Ahad, 26 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 25 Feb 2012 09:28 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Nizar ziarah keluarga Nurul Ain Bt Mohd Saimon yang mati dibunuh.

Posted: 25 Feb 2012 06:34 PM PST


24 FEBRUARI-- Bukit Gantang Perak telah dikejutkan dengan suatu berita yang menyayat hati dengan kes seorang pelajar perempuan SMK Dato'Wan Rashdi ,Jalan Trong,Taiping(Parlimen Bukit Gantang) mangsa adik Nurul Aien berumur 16 tahun disyaki dirogol sebelum dibunuh. Mengikut laporan polis pada hari berikutnya (25 Feb) 2 orang suspek telah diberkas untuk disiasat kes berkenaan.


25 Feb 2012 ~ Penulis bersama rombongan PAS Kawasan Bukit Gantang telah menziarah jenazah Allahyarhamah dirumah Tok Wan mangsa sebelum dibawa ke Masjid di Kg Batu 9,Jln Trong untuk di solat jenazah. Suasana pilu menyelubungi dikediaman Tok Wan mangsa yang dikunjungi oleh sanak saudara serta rakan sahabat yang mengenali Allahyarhamah.


Disini seorang bekas guru yang baru bersara menemui penulis dan meluahkan rasa terkilan kerana tiada wakil dari Pegawai Pelajaran Daerah datang menjenguk untuk menziarahi keluarga mangsa,sedangkan mangsa Allahyarham Adik Nurul Aien ini masih seorang pelajar di sebuah sekolah disini dan ibu mangsa seorang yang aktif dalam PIBG di sekolah tersebut. Manakala seperkara lagi ialah sikap YB Rosli Wakil Rakyat DUN Terong (UMNO) yang hanya hadir seketika saja pada malam kejadian dan tiada kelihatan hadir atau menghantar wakil semasa urusan solat jenazah dijalankan.


Berlainan dengan Dato' Seri Nizar yang berada di Pulau Pinang untuk suatu program disana telah bergegas ke Bukit Gantang dengan tujuan menziarahi keluarga mangsa disini. Sikap keperihatinan beliau memang diketahui oleh ramai penduduk di Parlimen Bukit Gantang ini. Dato Seri Nizar melahirkan rasa dukacita dan sedih dengan kejadian ini. Beliau berharap keluarga mangsa bersabar dengan ujian dari Allah ini.


Lensa penulis sempat merakam suasana berkaitan untuk tatapan bersama

YDP PAS Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar yang sudah menziarahi keluarga mangsa semalam datang lagi hari ini.

Suasana pilu dengan permergian insan yang tersayang



Rakan sekolah SMK Dato'Wan Ahmad Rashdi ,BT 8,JLN Trong,redha dengan pemergian sahabat mereka.






Dato Seri mendengar cerita kejadian dari Tok Wan mangsa, Pak Musa.

Dato Seri Nizar memimpin tahlil di rumah Tok Wan Allahyarham Adik Nurul Ain

Dato Seri Nizar juga menyampaikan sumbangan peribadi kepada Pak Musa,dato mangsa dibunuh.

Dato Seri Nizar menyampaikan salam takziah kepada ibu Adik Allahyarhamah Adik Nurul Ain. Beliau mendoakan dosa Nurul Ain diampun Allah s.w.t dan rohnya ditempatkan bersama orang beriman.

Al- Fathihah..
sumber

PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Feb 2012 09:26 PM PST

PAS Negeri Sembilan


YB Salahuddin Ayub 29 Feb 2012 di Lenggeng, N.Sembilan

Posted: 25 Feb 2012 08:43 PM PST


CERAMAH UMUM

Tarikh : 29 Feb 2012, Rabu

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Lenggeng, Lenggeng, N.Sembilan

Penceramah :

~ YB Salahuddin Ayub - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Naib Presiden PAS Pusat

~ YB Cha Kee Chin - ADUN (DAP) Bukit Kepayang , Seremban

~ Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat

YB Dr Hatta Ramli 27 Feb 2012 di Seremban

Posted: 25 Feb 2012 08:01 PM PST


CERAMAH UMUM

Tarikh : 27 Feb 2012, Isnin

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Cawangan Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Penceramah :

~ Dr Mohd Hatta Ramli - Ahli Parlimen Kuala Krai/Pengarah Jabatan Pilihjanraya PAS Pusat

~ Shamsul Iskandar Mohd Akin - Ketua Angkatan Muda KeADILan

~ Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat

PAS Kawasan Miri

Posted: 25 Feb 2012 07:13 PM PST

PAS Kawasan Miri


Datuk Daud Tuduh Pengusaha Islam Jual Makanan Tidak Halal !!!

Posted: 25 Feb 2012 08:59 AM PST

Adakah Sijil Halal JAKIM Menjamin Semua Makanan Jadi Halal?
Merujuk kepada kenyataan Datuk Daud Abdul Rahman Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dalam Utusan Borneo yang mengatakan "Jika restoran atau kedai makan ini diusahakan pengusaha Islam, tidak semestinya makanan yang mereka jual adalah halal. Kita mahu tahu dari mana mereka mendapatkan bahan-bahan bagi masakan."

Kita sangat kesal dengan kenyataan Datuk Daud seolah-olah menuduh restoran atau kedai makan pengusaha Islam tidak mengambil berat langsung soal halal haram dan kebersihan semasa menyaji makanan untuk umat Islam.

Persoalan bagaimana pengusaha Islam mendapat bahan-bahan bagi masakan tersebut adalah dari logo halal atau sijil halal yang dikeluarkan oleh pengusaha bahan makanan Islam dari kilang-kilang yang mendapat sijil halal dari JAKIM, bukannya salah pengusaha Islam yang menggunakan bahan tersebut.

Ramai pengguna Islam yakin, semua bahan makanan yang digunakan oleh restoran atau kedai makan yang diusahakan oleh orang Islam,dari kilang yang mengeluarkan bahan makanan yang halal, bukannya mereka sengaja menggunakan bahan bukan halal untuk dihidangkan kepada pelangan Islam.

Adalah tidak adil untuk menyalahkan pengusaha Islam yang menggunakan bahan tersebut, sebab semuanya berpunca dari kilang yang memproses bahan masakan yang disahkan halal oleh JAKIM.

Sekiranya terbukti bahan-bahan tersebut tidak halal pihak JAKIM seharusnya menarik balik sijil halal dari pengeluar bahan makanan tersebut. Ramai pengguna Islam yakin bahan tersebut halal, setelah melihat logo halal, yang dikeluarkan oleh JAKIM pada bahan masakan tersebut.

JAKIM akan bertanggungjawab di akhirat kelak sekiranya pengguna Islam termakan bahan yang tidak halal dari pengeluar makanan Islam yang disahkan halal oleh JAKIM.

Apa yang penting, JAKIM lakukan adalah memeriksa semua kilang yang memproses bahan makanan yang disahkan halal, agar pengguna Islam tidak keliru dengan logo halal yang digunakan oleh pihak pengeluar bahan makanan untuk umat Islam.

Isu sebenarnya disini adalah kesahihan sijil halal yang digunakan oleh kilang yang memproses makanan halal, bukannya soal pengusaha Islam mesti memohon sijil halal atau tidak kerana belum tentu setelah mereka mendapat sijil halal semua makanan akan menjadi halal.

Umpamanya di Sarawak, memang sukar untuk mendapat mee basah yang diusahakan oleh umat Islam dan ada sesetengah pembuat mee basah dari pengusaha bukan Islam yang menjual mee basah tersebut bercampur dengan mee yang memiliki logo halal. Ini menyebabkan pengguna keliru atau dengan tidak sengaja membeli mee tersebut.

Masalah untuk mendapat sijil halal bagi pengusaha Islam memang sukar seperti apa yang berlaku kepada penghibur tersohor negara, Datuk Khadijah Ibrahim yang mengusahakan restoran, Khadijah's Kitchen, sudah lebih dari dua tahun menunggu logo halal untuk dipamerkan di premisnya. Namun, hingga hari ini beliau masih belum menerima maklum balas daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai permohonan itu.

Menurut kenyataan Datuk Khadijah Ibrahim,yang dipetik dari akhbar harian online katanya "Seperti yang saya nyatakan tadi, setiap permohonan untuk mendapatkan sijil atau logo halal perlu dibuat secara online. Bayangkan, jika di premis berkenaan ada 30 menu makanan, kita perlu memasukkan setiap data dalam komputer satu persatu."

Itu baru penghibur tersohor negara pun susah untuk mendapat sijil atau logo halal, inikan pula pengusaha kecil Islam, sudah tentu sukar serta kos untuk mendapatkannya pun agak mahal. Ini bukan berpunca dari sikap sambil lewa pengusaha Islam seperti kata Datuk Daud.

Bagi pengusaha makanan bukan Islam, sudah tentu mereka berusaha untuk mendapatkan sijil halal tersebut sebab mereka mahu produk makanan mereka dapat dijual kepada semua golongan masyarakat.

Kita mendesak pihak berwajib, jangan terlalu menyusahkan pengusaha makanan Islam dengan syarat-syarat yang keterlaluan sehingga mereka sulit untuk mendapatkannya.

Kita mencadangkan kepada pihak JAKIM agar memberi sedikit kelongaran terhadap pengusaha Islam yang kurang berkemampuan untuk mendapat sijil halal dengan memberi mereka kursus latihan penjagaan kebersihan makanan. Semoga pengusaha Islam tidak ketinggalan dalam perusahaan makanan halal diperingkat antarabangsa.

Jofri Jaraiee
PAS Miri,Sarawak

English version
Will, JAKIM Halal Certification to ensure all food, Be Halal ?

Referring to the statement of Datuk Daud Abdul Rahman, Minister in the Chief Minister (Islamic Affairs) in the "Utusan Borneo" who says "If a restaurant or eateries are operated by Muslim entrepreneurs, not necessarily the food they sell is halal. We want to know where they get ingredients for cooking."

We are very disappointed with the statement of Datuk Daud as if accuse the restaurants or eatery of Muslim entrepreneurs is not concerned at all the question of halal and clean while serving food to the Muslims.

The question of how entrepreneurs get ingredients for these dishes are from the logo halal or halal certificate issued by the operators of Muslim food from factories that get the halal certification from Jakim, not the fault of Muslim entrepreneurs who use them.

Many Muslim consumers believe, that all food used by restaurants or food outlets operated by the Muslims are from factories that produce halal food, they are not intentionally using non-halal, to serve, to the Muslim customers.

It is unfair to blame the Muslim entrepreneurs who use of such material, because all sources of food ingredients processing factories are certified halal by Jakim.

If proven the ingredients are not halal, JAKIM should withdraw the halal certification from the manufacturer of the food. Many Muslim consumers are confident the material is halal, after seeing the halal logo issued by Jakim on the ingredients.

JAKIM will be responsible in the hereafter if Muslim consumers eating non-halal ingredients from Muslim food producers by Jakim halal certified.

What is important JAKIM do is, inspect all food processing factories that are certified halal, so that Muslim consumers are not confused with the halal logo used by the producers of food for Muslims.

The real issue here is the authenticity of the halal certificate used by the halal food processing factories, not the question of Muslim entrepreneurs must apply for a certificate of halal or not, because not necessarily after they get the halal certification means that all food will be halal.

For example, in Sarawak, it is difficult to get wet noodle initiated by Muslims and some wet noodle makers from non-Muslim entrepreneurs who sell the wet noodles mixed with the noodles have a halal logo. This causes consumer confused or deliberately buy these noodles.

Problem to get the halal certification are very difficult for Muslim entrepreneurs, as what happened to the country's foremost entertainers, Datuk Khadijah Ibrahim, who runs the restaurant, Khadijah's Kitchen, already more than two years of waiting for the halal logo displayed on the premises. However, until today she has yet to receive feedback from the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) on the application.

According to the statement of Datuk Khadijah Ibrahim quoted from the daily newspaper online said "As I mentioned earlier, each application for a certificate or halal logo should be made ​​online. Imagine, if the premises have 30 food menus, we need to enter each data in the computer one by one."

That is just the country's foremost entertainers, even cannot get certificates or halal logo, much of the small Muslim entrepreneurs, it will be difficult and the cost to get it was quite expensive. This is not due to complacency of Muslim entrepreneurs, such as Datuk Daud said.

For non-Muslim food operators, of course, they sought to obtain halal certification because they want their food products to be sold to all groups of society.

We urge the authorities do not burden Muslim food operators with excessive conditions until they were difficult to get it.

We propose to JAKIM to give a little flexibility for Muslims entrepreneur who cannot afford to get their halal certificates by giving food hygiene training courses. Hopefully Muslims entrepreneurs are not left behind in the halal food industry at international level.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 25 Feb 2012 03:22 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


INI BUKAN PARASIT LAGI TAPI PELESIT AKA PEMBELIT SERTA PEROSAK

Posted: 24 Feb 2012 07:58 PM PST

Budaya vandalisma semakin berkembang
Apabila terfikir kembali tentang isu penyenaraian Felda, saya tidak dapat melihat apa kah sebabnya yang kerajaan mahukan penyenaraian ini dilakukan dalam apa juga keadaannya. Saya tidak faham kenapa setiap badan-badan serta agensi kerajaan yang maju sentiasa berakhir dengan kerosakan.

Dulu MAS merupakan sebuah syarikat penerbangan yang premium jika berbanding dengan syarikat-syarikat penerbangan lain di dunia ini. Oleh kerana MAS begitu berjaya di bawah pengurusan Saw Huat Lai dan kemudiannya dikembangkan lagi oleh Tan Sri Aziz Abd Rahman maka setiap mata mereka yang meleleh air liur telah menjualkannya kepada Tajuddin Ramli. Sejak penyerahan MAS kerpada Tajuddin Ramli MAS telah menjadi apa yang kita lihat pada hari ini.

Dibawah pengurusan Tajuddin, MAS telah kerugian berbillion-billion ringgit sehinggakan kerajaan terpaksa melakukan 'bail-out' dengan membeli kembali saham-saham syarikat itu dengan harga yang sama yang dijual kepada Tajuddin sebelumnya. Kerugian yang dialami oleh MAS begitu besar sehinggakan MAS tidak lagi boleh bangun sampai ke hari ini.

Hari ini MAS telah dipergunakan oleh Air Asia, dalam satu 'share swapping' yang sangat menyedihkan mereka yang memahami keadaan sebenarnya. Tindakan "share swapping' ini pula diberikan sokongan oleh pihak kerajaan (Khazanah). MAS mendapat hanya air lelehan dari Air Asia sahaja. Kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka yang telah kita berikan amanah untuk menjaga kepentingan rakyat itu tidak jujur dan hanya memikirkan kepentingan diri mereka sendiri.

Banyak lagi insiden-insiden buruk seperti ini telah dilakukan oleh pihak yang berkuasa. Sekarang ini penjenayah kolor putih ini sedang cuba untuk memerah dan merosakkan Felda pula. Di mana sahaja ada wang yang besar di situlah pemimpin berlumba-lumba untuk mengambil kesempatan.

Sesungguhnya Felda tidak payah disenaraikan terutamanya KPF itu. Jika sungguh niat pimpinan Najib ini ikhlas dan mahukan juga ada penyenaraiannya elok disenaraikan anak-anak syarikatnya yang banyak telah membuat keuntungan besar dalam mana KPF itu sendiri membeli saham dalam syarikat IPO yang baru itu. Ini lebih bermakna.

Tetapi masalahnya niat kenapa hendak menyenaraikan Felda serta koporasinya itu tidak dapat kita bayangkan. Tentulah ada niat yang terselindung hanya diketahui oleh mereka yang mempunyai niat yang tersembunyi itu.

Apa sahaja agensi kerajaan yang membuat banyak keuntungan di situlah ramai pemimpin berlumba-lumba untuk merosakkannya. Kadangkala saya terfikir juga yang pimpinan kita merupakan kumpulan yang suka melakukan vandalisma terhadap semua perkara yang baik dan kukuh yang telah dilaksanakan oleh pimpinan yang terdahulu.

ATAU dalam bahasa kasarnya mereka ini merupakan kumpulan 'makhluk perosak' yang tidak ingin melihat kejayaan kepada rakyat dan negara ini. Usahkan hendak membina kejayaan yang baru….yang sudah berjaya pun hendak dirosakkan.
Posted by Aspan Alias

BESTNYER CUTI LAGI

Posted: 24 Feb 2012 07:29 PM PST

KUALA LUMPUR: Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. "Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, semalam. Sidek berkata, dua acara utama diadakan sempena pertabalan Seri Paduka iaitu Istiadat Pertabalan pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam, kedua-duanya di Istana Negara. Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lepas, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011. - Bernama

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 25 Feb 2012 03:05 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


TTEMU Mato anok Bachok 25hb Feb di Dewan MPS, Selayang. 5.00ptg – 11.00 Malam

Posted: 24 Feb 2012 07:38 PM PST

TTEMU Mato anok Bachok bersama pimpinan Bachok pada: 25hb Feb 2012 di Dewan MPS, Selayang. 5.00ptg – 11.00 Malam

Batu Gajah Mari

Posted: 25 Feb 2012 11:41 AM PST

Batu Gajah Mari


Zambry bagi alasan bodoh.. ternyata penakot!!!

Posted: 25 Feb 2012 02:41 AM PST

oleh Muhammad Faeez

IPOH, 25 Feb: Kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berhubung debat telah menggambarkan dirinya tidak ada wawasan.

Demikian tegas Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin tentang kenyataan Dr Zambry yang menyarankan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berdebat dengan Adun Behrang yang melompat parti, Jamaluddin Radzi dan bukannya dengan beliau atas alasan Adun bebas itu sudah lama menyatakan kesudian untuk berdebat.

Katanya, kenyataan tersebut memperlihatkan dirinya tidak mempunyai wawasan dan kurang matang dalam memberi respons tentang cadangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

"Cadangan Pemuda PAS untuk menyatukan kedua-dua pemimpin tersebut bermatlamat untuk memberi ruang kepada mereka melontarkan idea dalam mempimpin pentadbiran Kerajaan Negeri Perak ke tahap yang lebih baik," katanya kepada Harakahdaily.

Melihat kenyataan Zambry, beliau berkata, pemimpin utama BN Perak tersebut tangkas mengalih isu dengan mencadangkan Nizar berdebat dengan Adun Bebas yang telah melompat parti.

"Adakah Adun Bebas tersebut sebagai mewakili BN Negeri Perak?

"Adakah juga Adun Bebas tersebut adalah ketua parti komponen BN Perak?" ujarnya.

Menurutnya, debat atau forum adalah pentas bagi kedua-dua tokoh yang mengetuai BN Perak dan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

"Adakah rasional Datuk Seri Zambry menyerahkan wawasan mentadbir kerajaan negeri kepada Adun yang telah melompat partinya?" soal beliau.

Jelasnya, PAS Perak menasihatkan agar Zambry berani dalam perkara itu dan hendaklah matang dan profesional dalam memberi alasan untuk mengelak berdebat dengan Nizar.

"Mengalihkan isu dengan memberi cadangan yang tidak masuk akal adalah sangat memalukan kerana isu 'pokok' yang dicadangan oleh Pemuda PAS Perak adalah ingin memperlihatkan kedua-dua tokoh ini membicarakan wawasan untuk mentadbir semula kerajaan negeri jika mendapat mandat daripada rakyat pada PRU13 nanti," jelasnya.

Katanya, itulah yang ingin dilihat oleh rakyat, parti manakah yang mempunyai wawasan atau usaha untuk membangunkan rakyat di Perak.

PAS Perak, katanya sekali lagi melihat dolak-dalik Zambry sebenarnya kerana sedar BN Perak yang telah tumbang pada PRU12 tahun 2008 dahulu masih mengamalkan penyelewangan dan kronisme.

Tambahnya, Zambry idak perlu bimbang jika BN Perak telah benar-benar bersih dan rajin bekerja dalam membantu rakyat tanpa ada usaha menindas rakyat.

"Zambry perlu menyahut peluang dan ruang ini bagi membuktikan usaha yang telah dilakukan oleh BN benar-benar berkesan.

"Dan mungkin sebenarnya rakyat masih ingin meneruskan usaha dan kerja Pakatan Rakyat yang terhenti selama 11 bulan sahaja oleh kerana sikap ketidakperikemanusiaan BN yang merampas kuasa kerajaan yang dipilih oleh rakat," jelasnya.

Jasindaily Online

Posted: 25 Feb 2012 09:32 AM PST

Jasindaily Online


ABU ( ASALKAN BUKAN UMNO) DITUBUHKAN

Posted: 24 Feb 2012 10:57 PM PST

DAP : KETUA MENTERI MELAKA KEKAL MELAYU

Posted: 24 Feb 2012 10:56 PM PST

ADUN BN SABAH DITUMBUK ...

Posted: 24 Feb 2012 10:54 PM PST

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 25 Feb 2012 09:23 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


Tak ada hati perut; manusia hilang sifat kemanusiaan: STOP ZINA!!

Posted: 25 Feb 2012 06:30 AM PST

Bekas pemain bolasepak ABDULLAH ALI masuk PAS

Posted: 25 Feb 2012 05:00 AM PST

Kerajaan BN biarkan duit rakyat terlepas kepada bekas towkay MAS

Posted: 25 Feb 2012 03:19 AM PST

Pentadbiran angkuh Najib burukkan imej korup negara

Dr Zulkefly Ahmad, 24 Feb 2012 harakahdaily

Perbuatan pentadbiran PM Najib melepaskan hutang Tan Sri Tajuddin Ramli terhadap Danaharta sebanyak RM589 juta adalah kekemuncak keangkuhan kerajaan BN dalam mengurus kewangan negara yang telah pun buruk dengan pelbagai skandal, paling mutakhir NFC.

Pengerusi Transparency International Malaysia (TI-M) sendiri menyifatkan keputusan ini sebagai satu penyalahguanaan kuasa oleh kerajaan Najib yang tidak langsung mempedulikan tuntutan rakyat terhadap kebertanggungjawaban dalam urusan kewangan (fiskal) dan ketelusan yang sangat diperlukan oleh kerajaan. Ini kerana, kerajaan Najib-BN terus mengalami kejatuhan dalam ranking Indeks Persepsi Korupsi (CPI), sekaligus membawa kesan buruk negara di kacamata pelabur tempatan mahupun antarabangsa.

Penghapusan dana awam sebanyak RM589 juta, yang merupakan baki pinjaman Tajudin sebanyak RM1.79 bilion oleh sekumpulan peminjam bagi membiayai pembelian 32% kepentingan saham MAS pada tahun 1994 semasa era penswastaan mega di zaman Tun Mahathir.

Mahathir masih punya pelbagai 'tengkorak' atau 'skeleton' yang umum masih tuntut pertanggungjawaban. Buku-buku Tun banyak, tetapi tidak banyak hal yang dijelaskan, malang sekali.

Untuk ingatan semua, seorang penganalisa Danial Lian dari Morgan Stanley dalam tahun 2004 (April, The Edge) pernah mendedahkan bahawa dalam pentadbiran Tun Mahathir sebanyak USD 100 bilion (RM330 bilion) hangus dalam pelbagai kebobrokan urus-tadbir kewangan yang tiris dan curang kerana rasuah dan salah guna kuasa dalam era mega penswastaan dan bailout.

Perkara ini juga menimbulkan spekulasi bahawa Tun Mahathir masih lagi berkuasa menentukan banyak hal dalam pentadbiran Najib sehingga kes ini dapat diperap dan dilenyapkan begitu sahaja.

Bayangkan kekecewaan rakyat. Negara ini semacam ditadbir sekumpulan mafia yang tidak boleh dipertanggungjawabkan!

Tidak layak sama sekali perkara ini dipandang ringan oleh pihak Najib, terutama beliau juga menunjukkan sikap yang culas dan cukup tidak komited dalam menangani skandal perbelanjaan RM250 juta yang tidak dilakukan secara komplian oleh syarikat milik keluarga seorang menteri penuhnya.

Najib wajar diingatkan bahawa isu dakwaan rasuah dan 'kickback' pembelian kapal selam 'Scorpene' yang melibatkan beliau dengan dakwaan bayaran 'komisyen' RM540 juta atau 114 Euro juta masih di Mahkamah Perancis.

Rakyat kini mahu tahu dan mendesak supaya bentuk penyelesaian yang dicapai antara bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd yang dimiliki 100 peratus oleh Kementerian Kewangan didedahkan dan tidak dirahsiakan kerana ia melibatkan dana awam.

Mengikut kata Pengerusi TI-M itu lagi, kes ini pasti akan meninggalkan kesan buruk terhadap CPI akan datang sekali lagi akan menjejaskan ranking negara Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang tidak menarik. Sebagai seorang PM merangkap Menteri Kewangan, tidak layak Najib memandang ringan hal ini.

Kali terakhir Transparency International Malaysia (TI-M) mendedahkan rankingnya hujung tahun lalu (2011), Malaysia mencatat ranking terburuk dalam tempoh 10 tahun – jatuh dari tangga 56 kepada tangga 60 dari sejumlah 183 buah negara manakala skor CPI jatuh kepada tahap paling rendah 4.3/10.

Menurut TI-M, dari tempoh sembilan tahun (1995-2003), dalam era Tun Mahathir, kedudukan CPI Malaysia berligar di antara 4.8 pada tahun 2000 hingga 5.32 pada 1996 manakala ranking CPI jatuh 14 anak tangga dari No. 23 tahun 1995 kepada No. 37 pada 2003. (Skor 10 ialah markah paling bersih manakala 0 ialah markah paling korup).

Dalam tempoh lima tahun pentadbiran Pak Lah pula, ranking TI-M CPI Malaysia jatuh 10 anak tangga lagi dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 manakala skor CPI berlegar di antara 5.0 hingga 5.1.

Dalam era Najib kini yang baru melalui tempoh 2 1/2 tahun pentadbirannya mencatatkan TI CPI paling terburuk; jatuh sembilan (9) anak tangga dalam tempoh setahun sahaja dari No. 47 pada 2008 kepada No. 56 pada 2009.

Dalam penilaian paling mutakhir yang dilakukan TI-M di hujung tahun lalu (2011), ranking Malaysia jatuh 13 anak tangga dari No. 47 kepada No. 60 di bawah Najib berbanding ketika Pak Lah, Malaysia jatuh 10 anak tangga dari No. 37 pada 2003 kepada No. 47 pada 2008 dan sembilan tahun di bawah Dr Mahathir, Malaysia jatuh 14 anak tangga dari No. 23 pada 2007 kepada No. 37 tahun 2003.

Antara perhitungan besar pengundi dalam PRU ke-13 ini, adalah memilih kepimpinan dan kerajaan yang boleh mengeluarkan negara dari amalan rasuah, kronisme dan salah-guna kuasa sebagai antara faktor paling besar yang telah menggagalkan negara mencapai kedudukan negara maju dan menghalang rakyat mengecapi kemakmuran dan kemajuan negara sebenarnya.

Kekayaan kini hanya dibolot secara rakus oleh segelintir pemimpin politik dan elit bisnes yang bernama kroni sudah menjadi rahsia umum yang mengaibkan.

Pimpinan Umno-BN semacam langsung tidak mengendahkan dan jauh lagi untuk malu dengan kritikan serta herdikan rakyat. Inilah jenayah politik paling besar di negara ini. sekaligus khianat kepada Amanah Allah dan mandat Rakyat!

Kebobrokan urus-tadbir yang sarat 'rasuah dan ketempangan' ini dalam ketiga-tiga PM Umno-BN ini dan paling buruk di bawah PM Najib sudah cukup memberi maklumat bagaimana rakyat perlu memberi pengajaran kepada kerajaan BN dalam pilihnaraya ke-13 ini.
--------------------------------------------
Dr Dzulkefly Ahmad adalah Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP). Beliau juga adalah anggota Parlimen Kuala Selangor.

KHIDMAT MERU

Posted: 25 Feb 2012 09:08 AM PST

KHIDMAT MERU


MAKAN MALAM DAP PJU

Posted: 24 Feb 2012 09:26 PM PST
















Majlis makan malam anjuran DAP Petaling Jaya bagi mengumpul dana untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke 13 berjaya menarik seramai 4,000 peserta.


Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, YB Lau Weng San, YB Dr Rani dan YB Tony Phua adalah antara wakil-wakil rakyat yang dijemput untuk berucap pada majlis berkenaan.


YB Dr Rani dalam ucapannya menekankan bahawa kerjasama antara Islam dan bukan Islam telah lama berlaku sejak dizaman Rasulullah saw lagi dan di ikuti dizaman para-para sahabat.















mtdchenderoh

Posted: 25 Feb 2012 07:29 AM PST

mtdchenderoh


HIMPUNAN HENTIKAN LINAS

Posted: 25 Feb 2012 02:59 AM PST


Landskap Siasah

Posted: 25 Feb 2012 07:21 AM PST

Landskap Siasah


Cubaan ADUN Sungai Rapat mengganggu ceramah Ustaz Nik Zawawi

Posted: 25 Feb 2012 07:08 AM PST

Cubaan ADUN Sungai Rapat mengganggu ceramah Ustaz Nik Zawawi

25 Februari 2012- Ceramah Perpaduan Ummah yang diadakan oleh UMNO Bahagian Gopeng berdekatan ceramah Umum yang dilakukan oleh pakatan Rakyat di Changkat Larang malam ini merupakan kali ke-5 dilakukan oleh UMNO atas arahan YB Dato' Hamidah untuk mengganggu program penerangan PAS dan Pakatan Rakyat selain tindakan yang sama di lakukan di Taman Maju Rapat pada 21 Feb yang terakhir dilakukan.

Melalui siri ceramah yang sarat dengan perkauman dan laungan selogan perkauman melayu, UMNO masih gagal melaksanakan program yang bersifat multi-kaum untuk menyangi program ceramah dan penerangan pakatan rakyat.

Menurut Ustaz radzi Zainon iaitu Penyelia DUN (PAS) Sungai Rapat, strategi YB Dato' Hamidah sekarang adalah mengadakan ceramah yang diberi nama ceramah akidah dan perpaduan ummah di sebelah semua majlis ceramah Pakatan rakyat.

"hamidah sekarang tiada kerja melainkan meninjau di mana banner ceramah PAS dan Pakatan rakyat dan dengan wang yang cukup banyak dikerahkannya jentera UMNO untuk menganjurkan ceramah atas nama agama dan perkauman. Hamidah tetap gagal kerana masih gagal mengadakan program 'ceramah mee segera' ini dengan melibatkan komponen lain BN melainkan hanya penceramah melayu semata-mata" Jelas Ustaz Radzi Zainon kepada Unit Penerangan MTD Sg Rapat.

Menurut penduduk Changkat Larang, mujurlah ada limpahan air siasa najis di sebelah Dewan KEMAS kerana jika tidak pasti UMNO akan mengadakan ceramah di dewan berkenaan yang lebih dekat dengan tapak ceramah Pakatan Rakyat.

Sebelum ini di Taman Maju Rapat, YB Hamidah cuba menganggu ceramah Dato' Adnan bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak dengan mengambil tapak ceramah Pakatan Rakyat menyebabkan pihak PAS cawangan Taman Maju Rapat terpaksa memindahkan ceramah di kawasan homstay. Isi ceramah tersebut yang sarat dengan sifat bermuka-muka UMNO yang kononnya bencikan Pakatan Rakyat yang dikatakan bersekongkol dengan Zionis cukup menjelakkan beberapa hadirin wanita Kampung Sungai Terap Batu Gajah yang diarahkan hadir menggunakan beberapa bas tajaan UMNO.

Banner ceramah malam ini juga diconteng oleh anasir liar yang diupah pigak tertentu untuk merosak imej penceramah Pakatan Rakyat.

Ceramah Pakatan Rakyat malam ini dimeriahkan oleh Ustaz Nik Zawawi Mohd Salleh Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Pusat, YB Thomas Soo (ADUN Pasir Pinji) dan Ustaz Radzi Zainon selaku pengerusi majlis.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 25 Feb 2012 03:40 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


MDI rayu sumbangan

Posted: 24 Feb 2012 08:20 PM PST

Titian Baru : Satu majlis hi-tea telah diadakan semalam bagi tujuan mengutip dana pendidikan bagi menampung kos pengurusan Madrasah Darul Iman (MDI) di sini semalam.

Majlis anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama MDI itu telah Berjaya mengutip sumbangan dari orang ramai sebanyak RM3000 hasil daripada jualan kupon hi-tea itu.

Ustaz Kamaruzzaman Abdullah(kanan) telah dijemput sebagai tetamu khas majlis tersebut.

Dalam ucapannya beliau merayu kepada tetamu yang hadir agar turut sama dengan pihak PIBG dan sekolah untuk berkempen bagi mengutip derma-derma sebegini bagi pihak sekolah.

Tambahnya lagi sekolah-sekolah agama (SAR) rakyat sekarang ini tidak lagi dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling berdasarkan pencapaian semasa SAR.

"Kalau dulu orang tidak yakin dengan sekolah agama, tetapi alhamdulillah sekarang mereka telah lihat keupayaan kita dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak dan berilmu," tegas beliau.

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) member galakan agar semua pihak menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar yang belajar agama kerana balasan di sisi Allah sangat besar.

Bagi mereka yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kepada MDI bolehlah berhubung dengan Mudir MDI, Ustaz Mazlan Ibrahim di talian 019-9024674.

Jabatan Amal kebanggan PAS

Posted: 24 Feb 2012 07:02 PM PST

Marang : Unit Amal yang telah ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu, hari ini semakin mengorak langkah megah sebagai sebuah pasukan sukarela yang disegani lawan dan kawan.

Hal ini dapat dilihat dengan pengiktirafan orang ramai terhadap badan sukarela itu menunjukkan kumpulan ini semakin diterima masyarakat.

Jika dahulu berpakaian hijau tetapi sekarang dengan pakaian merah hati, beserta beret ala komando, mereka gagah melangkah ditengah-tengah masyarakat apabila ada sesuatu bencana atau keadaan yang memerlukan tenaga sukarela.

Dek kerana tugasan yang semakin mencabar dan memerlukan tenaga yang lebih ramai, maka Unit Amal kemudiannya telah ditukar kepada Jabatan Amal.

Lihat sahaja sumbangan besar mereka dalam beberapa pehimpunan yang besar, tugas mereka jelas membantu pasukan keselamatan awam bagi mengawal keadaan.

Begitu juga dalam peristiwa banjir besar seperti di Johor, Perlis dan boleh dikatakan seluruh negara mereka akan memberikan sumbangan mereka yang tidak sedikit.

Malah ramai diantara mereka juga telah menyumbang tenaga sukarela mereka sehingga ke peringkat antarbangsa.

Bertolak atas dasar ingin mengajak lebih ramai lagi orang ramai untuk turut serta bersama mereka, Jabatan Amal Marang semalam telah mengadakan satu majlis bagi mengenang jasa bekas-bekas ahli Jabatan Amal Marang.

Menurut ketuanya saudara Abu Dardaa Mohammad (kiri), majlis ini adalah sebagai satu cara bagi mengenang budi dan jasa bekas-bekas ahli Unit Amal Marang.

Ianya juga sebagai satu langkah untuk mengajak orang ramai agar turut serta bersama Unit Amal dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Majlis yang diadakan berhampiran Sekolah Rendah Kedai Buloh itu, diserikan dengan kehadiran wakil rakyat Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Dalam ucapannya, Ustaz Mohd Nor (kiri) memuji Jabatan Amal sebagai golongan yang sedia memberikan khidmat secara ikhlas kepada masyarakat tanpa ada apa-apa ganjaran menarik.

Mengimbau kembali kisah lama, beliau berkata semangat itu telah memberikannya motivasi yang tinggi untuk turut serta bersama Jabatan Amal ketika beliau masih remaja.

"Saya sanggup panjat pagar KUSZA semata-mata nak turut serta dengan mereka dalam jambori Unit Amal di Pantai Tok Jembal pada awal tahun 90-an dulu.

Walaupun KUSZA ketika itu mengamalkan disiplin yang kuat untuk tidak membenarkan pelajar-pelajarnya keluar bukan pada waktunya, tapi saya tak kisah kalau dikenakan tindakan displin, semata-mata ingin bersama Unit Amal," ujarnya sambil tersenyum.

Beliau seterusnya menyeru masyarakat setempat agar turut serta dalam Jabatan Amal ini agar jabatan ini dapat diperkuatkan lagi fungsinya.

Turut serta dalam majlis itu semalam ialah bekas-bekas ketua Jabatan Amal Marang manakala bekas ketua Unit Amal Malaysia Cikgu Hussin Ismail yang turut dijemput, tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

Majlis diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati kepada bekas-bekas ketua Jabatan Amal Marang sebagai tanda terima kasih atas jasa-jasa mereka.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 25 Feb 2012 03:31 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Perak mufti draws flak for remarks on jihad, PAS

Posted: 24 Feb 2012 08:32 PM PST

Perak mufti Harussani Zakaria's recent remarks criticising a requirement by PAS to have its candidates take an oath of loyalty, as well as his definition of the concept of jihad in Islam to include struggle for one's race, drew the ire of PAS leaders.

Information chief Tuan Ibrahim Tuan Man said Harussani should first get his sources right before commenting on certain issues, and pointed out that the practice of oath-taking, or bay'ah, were a practice endorsed in Islam.

He cited the historic events during the life of Prophet Muhammad, such as the pledge taken by Muslims at al-Aqabah and the Hudaybiyah agreement which the Prophet entered into with his Makkan enemies. 

"PAS imposes bay'ah on candidates representing the party so that they will not betray the people's trust, especially when faced with UMNO's tactics of using money," he explained. 

PAS candidates, said the Pahang PAS commissioner, were always reminded to respect the trust placed on them by voters.

"If they are offered millions of ringgit to defect, leading to the fall of an elected government, is such an action acceptable under principle of Islam?

"In the Perak power grab, does Harussani condone the act?" he asked, referring to the coup in Perak in 2009 following a string of defections involving PKR and DAP elected state representatives.

PAS vice president Husam Musa meanwhile took Harussani to task for equating the Islamic notion of 'holy struggle', or jihad, with the struggle based on race.

"Islam transcends racial lines and is not limited to any community. Islam brings the agenda of justice, unity, fairness and welfare above racial considerations. UMNO only embraces Islam when it needs to," said Husam, referring to Harussani's remarks made during his speech at the launch of Jalur Tiga, a new group formed by sacked PAS state assemblyman Dr Hasan Ali.

Husam opined that such views were proof of UMNO's failure to develop the Malay community. "It is wrong to put a racist Malay agenda above Islam," he stressed.

Meanwhile, Tuan Ibrahim also questioned Harussani's consistency in advising the government on Islam, and cited his recent about-turn over his criticism against prime minister Najib Razak's presence at Thaipusam celebrations.

Harussani had earlier spoken out against Najib for "selling out his faith" by attending Thaipusam celebrations, only to retract it later following a conversation with the UMNO president.

"This is why many Muslims consider muftis like him... are merely tools for the leaders to justify their actions, even when they are against Islamic principles," added Tuan Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan