Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 23 Feb 2012 03:22 AM PST Penerangan yang sangat jelas. Kalau tak terima juga kemungkinan hati sudah tertutup. Na'uzubillah Posted: 22 Feb 2012 04:21 AM PST Apakah Islam dan Nabi Islam Muhammad s.a.w menggalakkan perjuangan yang bersifat perkauman? Islam agama universal ini wajarkah dikaitkan dengan "jihad perkauman" yang telah mencetuskan pelbagai perbalahan sepanjang sejarah? Wajarkah Islam dikaitkan dengan perjuangan perkauman? Sehingga semasa saya di Malaysia baru-baru ini, dalam seminar bersama para penulis maya, seorang tokoh agama berjawatan tinggi dalam forum melahirkan rasa tidak puas hati kerana di Tanah Melayu ini ada masjid India, Benggali dan Cina. Kelihatan, begitu sekali Islam itu diacuankan secara perkauman sehingga menafikan hak budaya muslim kaum lain. Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin sebutkan beberapa noktah berikut: 1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Inggeris atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) "dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15). 2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w: "Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas "ajam (yang bukan arab), atau "ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan" (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani). Jika hal ini tidak dihayati, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal "I have a dream" menyebut: "I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character". Maka, berdasar dua asas di atas, apa-apa sahaja tindakan atau pembahagian ekonomi dan social yang berasaskan bangsa terdedah kepada unsur-unsur ketidakadilan disebabkan faktor di atas. Hakikatnya, menilai berdasarkan agama lebih luas dari berasaskan bangsa. Kemudian, menilai keperluan kehidupan berdasarkan latar ekonomi seseorang lebih luas dari penilaian berdasarkan agama atau bangsa. 3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13). Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil "Wahai manusia!". Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini: "Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu". (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq). Maka, apa-apa sahaja tindakan atau peraturan yang boleh membawa permusuhan kaum, atau permusuhan atas dasar bangsa dan etnik, maka ia menjurus kepada unsur ketidakadilan yang ditolak oleh prinsip asas Islam. 4. Tiada kaum yang boleh menganggap mereka "lebih tuan" dalam ertikata racial supremacy. Adapun hadis Nabi s.a.w: "Para pemimpin dari Quraish" (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda: "Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah" (Riwayat Muslim). Hadis ini menafikan ketuanan kaum (racial supremacy) tertentu. 5. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya) "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali "Imran ayat 103). Menolong seseorang berdasarkan agama memberikan ruang yang lebih terbuka daripada menolong seseorang berdasarkan bangsa. Ini kerana seseorang boleh memilih agamanya, tetapi tidak boleh memilih bangsanya. Menolong kaum dalam Islam Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya) "Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37) Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi s.a.w: "Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ertinya, walaupun Islam menentang "asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain. Sabda Nabi s.a.w: "Sesiapa yang berperang di bawah rayah "immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada "asabiyyah atau marah kerana "asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah". (Riwayat Muslim). Rayah "immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu "asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi "asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan "asabiyyah. Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi boleh menjadi keperluan sementara yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy'ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa. Ertinya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji. Namun, berjihad menentang kaum lain atas nama bangsa, bukan ajaran Islam. * Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perlis | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 23 Feb 2012 01:41 AM PST Hidangan Kuih-muih Posted: 23 Feb 2012 01:00 AM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Bahan-bahan: 1 sikat pisang rastali atau awak 1/2 cawan tepung beras 1 cawan tepung Hoen Kwe (label biru) 1/2 cawan tepung jagung 3 cawan santan 3 1/4 cawan gula 1 cawan susu cair Secubit garam Pewarna kuning Pewarna hijau Cara menyediakan: 1. Mula-mula, potong pisang rastali atau awak secara nipis dan menyerong. 2. Ketepikan pisang yang telah dipotong. 3. Campurkan kesemua bahan, kecuali pisang. 4. Kacau hingga sebati sebelum ditapis. 5. Adunan ini dibahagikan kepada dua bahagian. 6. Satu bahagian diwarnakan hijau. 7. Manakala, satu bahagian lagi diwarnakan kuning. 8. Panaskan loyang di dalam periuk kukus. 9. Tuangkan satu cawan adunan hijau. Kukus selama dua minit. 10. Keluarkan dan atur hirisan pisang di atasnya. 11. Kemudian, tuangkan satu cawan adunan kuning. 12. Kukus lagi selama dua minit dan bolehlah diatur dengan hirisan pisang. 13. Ulang kaedah ini dengan mengukus adunan hijau berselang-seli dengan adunan kuning. 14. Buat sehingga kesemua adunan habis. 15. Bagaimanapun, untuk lapisan terakhir, kukus selama 15 hingga 20 minit. 16. Sejukkan talam lapis ini di dalam peti sejuk. 17. Apabila sudah sejuk, barulah boleh dipotong untuk dihidangkan. (Pesan Saji: Untuk membuat sebarang jenis kuih yang dikukus, ruang di antara periuk dan penutupnya mestilah ditutup dengan kain untuk mengelakkan daripada ditimpa wap, agar hasilnya lebih menarik.) saji online/- | Jingga 13 : Mukhriz Hipokrit Tentang Hubungan Malaysia-Israel Posted: 23 Feb 2012 12:50 AM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SHAH ALAM 23 FEB : Aktivis Politik, Jingga 13 menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai hipokrit apabila menafikan kewujudan hubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dengan Israel. Koordinatornya, Fariz Musa turut mempersoalkan bagaimana urus niaga dan dagangan besar boleh dijalankan secara import dan eksport tanpa sebarang jalinan interaksi daripada dua buah negara. "Isu rakyat Isreal yang memegang pasport Isreal tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke dalam negara adalah bukan isu utama. Isunya ialah wujud hubungan dagang antara Malaysia - Israel. "Kenyataan beliau sebagai Timbalan Menteri cukup dangkal dan melucukan seolah-olah beliau dilantik kejawatan tersebut bagi meneruskan legasi hubungan yang telah dibuat antara bapa beliau, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Israel," katanya dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor. Semalam, secara rasminya Mukhriz mengeluarkan kenyataan bahawa tidak menjadi satu kesalahan keatas mana-mana syarikat negara ini untuk berurusan dan berdagang dengan syarikat Israel. Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada turun ke darat. Jingga13 dan beberapa kumpulan lain telah mengadakan sebuah demonstrasi di Pelabuhan Klang bagi membantah kehadiran kapal Israel daripada Zim Integrated Shipping Service Ltd (Zim Integrated). Fariz berkata kenyataan Mukhriz itu bukan sahaja tidak berasas malah bertentangan dengan kenyataan pengurusan Westports, Pelabuhan Klang yang mengakui kehadiran kapal-kapal daripada Israel hanya untuk singgah sahaja. Mengulas lanjut, Fariz berkata kenyataan tersebut jelas membuktikan pengiktirafan terhadap negara haram Isreal sekaligus menguatkan lagi dakwaan kerajaan Malaysia mempunyai hubungan 'diplomatik' yang sudah sekian lama terjalin tanpa sebarang halangan. "Mukhriz adalah Penyelaras Aman Malaysia yang pernah mengetuai Pasukan Misi Kemanusiaan Gaza Aman Malaysia adakah turut bersifat hipokrit untuk kepentingan politik , sedangkan dalam masa yang sama membantu Israel meningkatkan ekonomi dengan mengizinkan kapal-kapal Israel berdagang dan berniaga di Malaysia. "Sikap hipokrit kerajaan Malaysia ternyata bertujuan untuk membohongi rakyat negara ini yang mengutuk keras keganasan dan kezaliman Isreal membunuh tanpa perikemanusiaan terhadap umat Palestin. "Pengikhtirafan Kerajaan terhadap negara Isreal terlalu melampau dan keterlaluan." Jingga 13 turut mencabar Mukhiz untuk membuktikan dasar kerajaan yang membenarkan kapal milik Israel yang berpangkalan di Haifa berdagang dan berurusniaga sama ada dengan firma swasta di Malaysia, sedangkan tidak wujud hubungan diplomatik dengan Israel. tv news/- | Sabah sebenarnya paling miskin - Husam Posted: 23 Feb 2012 12:30 AM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 23 Feb: Pakatan Rakyat akan menumpu strategi bagaimana untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini dan bukannya untuk mendedahkan negeri mana yang paling miskin. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata pendedahan terhadap negeri mana yang paling miskin membuktikan kegagalan sebagai pemerintah. Beliau berkata demikikan kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tuan Razak yang mendakwa Kelantan negeri paling miskin di negara ini sewaktu berucap di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini. "Dalam PAS, di mana saya selaku Pengerusi Menifesto Pilihanraya, tugas kami bukan untuk mendedahkan negeri mana paling miskin sebaliknya bagaimana mengurangkan kemiskinan,"ujarnya. Beliau juga turut menolak kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa Kelantan negeri paling miskin memandangkan isu itu sudah lama dijelaskan. "Saya sebenarnya sudah jemu untuk memberi fakta berhubung perkara ini. "Waktu mesyuarat di Jabatan Perdana sendiripun fakta-fakta yang jelas telah dikeluarkan berhubung kedudukan tahap negeri di negara ini. Menurut Husam kenyataan Perdana Menteri berupa satu penghinaan terhadap negeri dan rakyat Kelantan disamping bertujuan politik. Tambahnya, pada masa yang sama untuk menyedapkan rakyat Sabah kononnya negeri itu kaya walhal mereka negeri paling miskin di negara ini. "Selain Sabah, turut disenaraikan paling miskin Sarawak, Terengganu. Malah Kelantan menduduki tempat keenam dari atas,"ujarnya. Ekoran kenyataan Perdana Menteri, Husam turut menempelak Najib yang telah menjadi wakilrakyat hampir 30 tahun tetapi gagal membawa agenda pembaharuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan. "Saya rasa ada sesuatu yan tidak kena dengan pendekatan itu. "Malah baru ni pun Perdana Menteri sendiri menyampaikan bantuan zakat dalam Parlimen Pekan, selepas jadi Adun, Ahli Parlimen, timbalan menteri, Menteri Besar, menteri dan kini Perdana Pernteri, tetapi masih menyampaikan zakat dalam parlimen sendiri,"ujarnya. Tambahnya, ini menunjukkan Najib gagal mengatasi masaalah kemiskinan di tempat sendiri apa lagi Malaysia. Harakah Daily | Israel: Umno mahu lagakan PAS dan Anwar Posted: 23 Feb 2012 12:21 AM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Feb: Para pemimpin Umno tidak perlu melaga-lagakan pemimpin PAS dan PKR dalam isu Israel kerana Umno juga menerima penyelesaian dua negeri Israel dan Palestin sebagaimana yang diterima PKR. Bahkan, Umno lebih akomodatif terhadap Israel berbanding dengan sikap Datuk Sri Anwar Ibrahim sendiri yang memberikan syarat untuk Israel jika mahu diterima iaitu menyokong dan mengiktiraf Palestin. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, tujuan sebenar Umno menekankan isu Israel dan Palestin ini adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat. "Inilah yang ditakuti sebenarnya oleh Umno iaitu kekuatan ikatan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat," kata beliau kepada Harakahdaily. Sejak dari zaman Tun Dr Mahathir lagi, kata Mustafa, menjadi dasar negara Malaysia yang ditunjangi Umno mengiktiraf Israel walaupun tidak secara terbuka. Bahkan bendera Israel juga pernah berkibar di bangunan Umno, PWTC. (gambar) "Sebab itu sejak dahulu lagi Malaysia membenarkan pasukan hoki Israel bermain di Malaysia, membenarkan hubungan dagang antara Israel dan Malaysia. "Bahkan, menteri Umno juga pernah berjumpa dan berbincang dengan menteri Israel," kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. Oleh itu, apabila para pemimpin Umno menekan Datuk Seri Anwar dalam isu Israel ia sepatutnya tidak berbangkit langsung. Ini kerana, Umno melalui kerajaan Malaysia sejak dahulu mengiktiraf Israel. "Yang berbezanya, PAS tidak mengiktiraf Israel. "Umno pula hanya berminat dalam isu ini ekoran kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal adalah untuk memecahkan PAS dan Pakatan Rakyat. "Jadi jangan haraplah. Lebih baik menteri-menteri Umno itu diam kerana Umno juga sama sahaja mengiktiraf Israel," kata Mustafa kepada Harakahdaily. Para pemimpin Umno termasuk Datuk Puad Zarkashi meminta Majlis Syura Ulamak PAS memanggil Anwar agar menjelaskan pendiriannya tentang Israel. Dalam masa yang sama, Perlabuhan Klang dilaporkan membenarkan kapal-kapal Israel berlabuh di situ. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin pula mengesahkan Umno tidak bekerjasama dengan Israel dalam hubungan politik tetapi menerima hubungan dagang antara syarikat Malaysia dan Israel. Sikap yang sama juga dinyatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ini bermakna, Umno mengiktiraf kewujudan Israel yang sejak dari dahulu lagi ditolak oleh PAS. Harakah Daily | Mansuh ISA: Juham fail rayuan masa terdekat Posted: 23 Feb 2012 12:19 AM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Feb: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) berpendirian hukuman penjara 1 hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam yang dikenakan ke atas orang empat belas daripada 11 individu yang ditahan kerana dikatakan terlibat dalam perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri di sekitar Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2009 lalu menunjukkan janji Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA hanya retorik semata-mata. "Jika benar semua pihak menurut dan akur dengan iltizam Perdana Menteri, sudah tentu pertuduhan itu sudah ditarik balik lebih awal lagi," kata Ketua Unit Tindakan Undang-undang Jenayah Juham, Azizzul Shariman. Katanya, Juham melihat hukuman itu jelas membuktikan Barisan Nasional telah membuat suatu penipuan besar kepada seluruh rakyat Malaysia tatkala Perdana Menteri pada malam hari Malaysia tahun lalu mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta kononnya akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Beliau yang mengetuai 10 orang barisan peguam Juham yang mewakili 11 orang daripada keseluruhan yang ditangkap berhujah di mahkamah semalam bahawa mahkamah seharusnya mengambil kira keputusan kerajaan yang berhasrat memansuhkan ISA dan meminda Akta Polis sebelum menjatuhkan hukuman terhadap semua yang ditangkap. Jelasnya, walaupun mahkamah memutuskan kesemua yang ditangkap bersalah, Juham yakin keterangan menunjukkan sebaliknya iaitu apa yang berlaku adalah satu luahan rasa rakyat terhadap kezaliman ISA yang juga dijamin di dalam perlembagaan. "Juham bertegas bahawa janji Kerajaan Barisan Nasional untuk memansuhkan ISA hanyalah sekadar gula-gula kepada rakyat untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum yang ke-13," tegasnya kepada Harakahdaily. Malah, katanya tindakan Kerajaan Barisan Nasional mendakwa kesemua yang ditangkap dari awal lagi merupakan suatu langkah ke belakang tatkala majoriti daripada rakyat Malaysia mahukan ISA dimansuhkan sepenuhnya. "Adakah ini pelan transformasi yang diumumkan Perdana Menteri?" soalnya. Maka, ujar beliau benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan Umno Barisan Nasional ingin memartabatkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang paling demokrasi di dunia. Namun pada hakikatnya, tambah beliau Umno Barisan Nasional masih tetap mengekalkan kezaliman, keangkuhan dan tetap sujud kepada talian hayat terakhir mereka iaitu akta kuku besi ISA bagi menakut-nakutkan rakyat supaya tunduk kepada Umno Barisan Nasional. "Walaupun kita akur dengan keputusan itu, Juham akan meneruskan perjuangan membebaskan kesemua yang ditangkap di peringkat rayuan dan yakin bahawa rayuan ini mempunyai merit yang sangat kuat di mana Juham akan memfailkan rayuan dalam masa terdekat bagi merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tersebut ke Mahkamah Tinggi. "Malah, kes ini juga jelas suatu pendakwaan bermotifkan politik di mana fakta kes juga amat longgar untuk mensabitkan kesemua yang ditangkap terlibat di dalam perhimpunan haram," jelasnya lagi. Harakah Daily | Mahathir: Jangan ulas apa anda tidak tahu Posted: 23 Feb 2012 12:16 AM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Feb: Tun Dr Mahathir Mohamad diminta tidak mengulas isu 'bai'ah' dalam PAS kerana tidak semua benda yang beliau ketahui di dalam dunia ini. (Laporan akhbar Umno, Utusan hari ini) Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, adalah lebih baik Mahathir diam sahaja dalam isu ini kerana beliau tidak tahu sebenarnya apa dia bai'ah dalam PAS. Mustafa mengulas ulasan Mahathir sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini. Menurut Mahathir, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sepatutnya meminta ahli PAS berbai'ah kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya. "Sebab itu saya kata, Mahathir tidak perlu ulas semua perkara. Dia tidak tahu hal bai'ah ini," kata Mustafa kepada Harakahdaily. Menurut beliau, bai'ah dalam PAS sangat tersendiri kerana kesemua pemimpinnya berbai'ah untuk menegakkan perjuangan Islam di negara ini. "Oleh itu, bila Mahathir minta kita berbai'ah kepada Allah dan bukan pemimpin, saya kata Mahathir tak perlulah ulas semua benda atas dunia ini...buat malu sahaja," kata beliau. Harakah Daily | Selamat Karena Iman Posted: 23 Feb 2012 12:00 AM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - Keindahan dalam hidup karena iman, itulah yang dirasakan dalam hidup seorang bapak. Di Rumah Amalia beliau bertutur bahwa dirinya seorang mualaf. Rumah tangganya tidak mengalami cobaan dan ujian yang berarti. Semuanya berjalan apa adanya sampai anaknya lahir. Walaupun begitu ditengah usianya separuh baya masih juga belum mau menjalankan sholat, puasa dan ibadah lainnya. "Waktu itu saya tenggelam hanya mengejar kehidupan duniawi Mas Agus.." tuturnya. Meskipun demikian, istrinya tetap tekun menjalankan semua ibadah dengan baik bahkan tak jarang istrinya mengingatkannya agar untuk sholat namun semua itu tak dihiraukannya. Suatu ketika baliau merasakan sakit perutnya, mual, kembung dan membesar. Akhirnya dibawa ke rumah sakit, sampai dokter angkat tangan. Tidak sanggup untuk mengobatinya. Apapun telah dilakukan, harta yang dimilikinya hampir ludes, tetapi kesembuhan tidak kunjung tiba. Dalam keputusasaannya istrinya senantiasa membimbing kalimah tayyibah, agar selelu menyebut Asma Allah dalam sakitnya. Dalam sakit itu sang bapak berjanji kepada istrinya, jika sembuh nanti.. saya akan menjalankan semua ibadah dengan baik." begitu tuturnya. Membiasakan diri ketika sakit untuk selalu membaca kalimah-kalimah thayiibah memang tidak mudah. walaupun sedikit namun terus diusahakannya untuk mengucap kalimah tayyibah dan berserah diri kepada Allah. Sungguh Allah Maha Besar, Tiada yang memiliki kekuatan hanya Allah. Tak seorangpun yang mampu menahan segala sesuatu yang telah menjadi kehendakNya. Seperti yang dialaminya penyakit yang semula tidak bisa disembuhkan perlahan-lahan pulih kembali. Sedikit demi sedikit perutnya yang semula bengkak kemudian mengempis. Rasa sakit diperutnya mulai tak terasa lagi. Akhirnya sakitnya benar-benar sembuh. Beliau setelah sembuh mulai belajar membaca al-Quran dan sholat. Dalam kehidupan rumah tangganya semakin kokoh. Tidak ada lagi perbedaan yang mampu mengguncang rumah tangganya. Beberapa kali istrinya ikut belajar selalu meneteskan air mata. Air mata kebahagiaan seorang istri yang setia menemani sang suami tercinta. Bahkan kehidupan sekarang ini lebih mudah untuk bertegur sapa dengan tetangga, membuat keluarganya menjadi hidup tentram. "Saya tidak pernah menyangka bila kita melaksanakan perintahNya dengan sungguh-sungguh kita akan merasakan betapa indahnya hidup ini dengan senantiasa bersyukur atas semua Karunia Allah Subhanahu Wa Ta'ala. "ucapnya. Terlihat wajahnya sosok seorang bapak dan suami yang dipenuhi air mata. Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka bercucuran air mata disebabkan kebenaran al-Quran yang telah mereka ketahui, seraya mereka berkata, 'Ya Tuhan kami, kami telah beriman maka catatkanlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi atas kebenaran al-Quran dan kenabian Muhammad. (QS. al-Ma'idah:83). posted by :agussyafii | Lapan rumah dan satu surau dihanyutkan, 200 rumah rosak Posted: 22 Feb 2012 11:40 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - JAKARTA - Banjir kilat yang melanda dua kawasan penempatan di daerah Pasaman, Sumatera Barat pada Rabu mengakibatkan sejumlah kerosakan kepada kemudahan awam dan harta benda, termasuk lapan buah rumah serta sebuah surau yang dihanyutkan air. Kejadian di Kampung Maringgiang, Bungo Tanjuang, Nagari Malampah di daerah kecil Tigo Nagari dan di Kampung Simpang 3, Marambuang Nagari Simpang, di daerah kecil Simpati itu, turut mengakibatkan 200 buah rumah rosak, kata Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), pada Khamis. Bencana itu yang berlaku akibat hujan lebat sejak tengah hari Rabu, menyebabkan kedua-dua kawasan terbabit dilanda air banjir setinggi lima meter, yang membawa bersama kayu-kayu besar dan bahan runtuhan dari bukit Rimbo Malapah. Arus air banjir juga mengakibatkan sebuah jambatan dan Jalan Simpati Malampah terputus. Sehingga kini belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa, namun sejumlah penduduk yang menjadi mangsa bencana itu kini ditempatkan sementara di masjid dan dua buah sekolah. Agensi-agensi bantuan kerajaan menghantar para pegawai mereka ke kawasan terlibat untuk menguruskan bantuan bencana kepada mangsa-mangsa. - Bernama | Tahniah MB Kedah hidup semula Kampung Buku Posted: 22 Feb 2012 11:37 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 23 Feb: Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Canter (KTC), Aziz Desa (gambar) mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah kerana telah merasmikan 8th International Booktown di Kampung Buku, Langkawi. Menurutnya, pelancaran pada 13 Febuari lalu oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menggambarkan kerajaan negeri itu mementingkan budaya membaca dan ilmu. Aziz Desa adalah Setiausaha Akhbar kepada MB Kedah, Datuk Seri Sanusi Junid ketika Kampung Buku dilancarkan di Langkawi dahulu. Aziz yang juga personaliti TV9 memberitahu, beliau menitis air mata apabila terbaca perkembangan kerajaan Kedah sekarang yang menghidupkan semula 'Kampung Buku' yang tidak berjaya sebelum ini walaupun ianya telah cuba dihidupkan oleh Menteri Besar Kedah yang terdahulu. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dalam sesi temuramah dengannya di KTC tengahari semalam. Menurutnya lagi, usaha Azizan menghidupkan semula Kampung Buku yang mampu menarik pelancong dalam dan luar negara itu membuktikan pemimpin tersebut seorang yang cintakan ilmu. "Ianya cukup membuktikan kepada kita beliau seorang yang mementingkan budaya membaca bersesuaian dalam Islam itu sendiri mengutamakan membaca iaitu 'iqra' ,"ujarnya. Menurutnya, kerana kegagalan Kampung Buku yang telah diperkenalkan tahun 1992 di Langkawi, ia telah di bawa ke Melaka walaupun ianya tidak berjaya sepenuhnya. Jelasnya, beliau sendiri tidak terfikir Kampung Buku akan dihidupkan semula oleh kerajaan negeri hari ini. Anak kelahiran Pulau Langkawi itu seterusnya memberitahu Kampung Buku mampu menarik ratusan juta pelancong setiap tahun sekiranya ia diadakan dengan baik sebagaimana yang telah berlaku di negara barat. "Saya berharap Kelantan sebuah negeri yang mementingkan ilmu Islam juga sewajarnya mengadakan program sebegini kerana banyak manfaat yang akan diperolehi,"ujarnya. Perasmian Kampung Buku oleh Ustaz Azizan baru-baru ini turut dihadiri delagasi luar negara. Harakah Daily | Tiga pemain Afrika sertai latihan Skuad Seladang Posted: 22 Feb 2012 11:33 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - IPOH -- Tiga pemain dari benua Afrika akan turun berlatih bersama skuad Seladang mulai awal bulan depan bagi mengisi kuota pemain import dalam pendaftaran kedua yang dibenarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). "Kami tidak memberikan sebarang harapan kepada mereka, tetapi tetap menerima mereka untuk menjalani latihan bersama skuad sedia ada," kata Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata keputusan berhubung pemilihan pemain import itu akan dibuat sehingga akhir tempoh latihan. Zainol berkata pada masa ini pengurusan pasukan Liga Super tidak bercadang menggugurkan mana-mana pemain import sedia ada kerana pertandingan masih di peringkat awal. Beliau berkata pasukan Perak hanya tewas dua dari enam perlawanan Liga Super. "Bagi saya adalah terlalu awal untuk memberi reaksi kepada prestasi pemain kerana sukatan yang kami kenakan adalah kepada keseluruhan pasukan dan perlawanan. "Kumpulan jurulatih yang diketuai Norizan Bakar juga tidak bimbang dengan prestasi Lazar Popovic yang belum menghasilkan sebarang gol, tetapi Popovic banyak membantu pasukan," katanya. FAM membenarkan pendaftaran kedua pemain import dibuat bermula 2 hingga 16 April dan Perak kini mempunyai dua pemain import iaitu pemain dari Serbia, Lazar Popovic dan Michal Kubala. -Bernama Sinar Harian | Lelaki cuba tetak polis ditahan Posted: 22 Feb 2012 11:31 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - GEORGE TOWN - Polis menembak dan menahan dua lelaki yang cuba menyerang anggota polis di Lebuh Pekaka, Sungai Nibong di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, empat anggota polis dari Balai Polis Sungai Nibong yang membuat rondaan terserempak dengan dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan dan dipercayai cuba memecah masuk sebuah kedai. Ketika polis memeriksa seorang daripada lelaki itu, rakannya yang bersenjatakan sebilah parang cuba menetak Konstabel Shahrizal Zainol, 25, menyebabkan anggota polis itu melepaskan lima das tembakan ke arah kedua-dua mereka. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata tembakan itu mengenai bahu kanan suspek yang berusia 25 tahun dan leher rakannya yang berusia 42 tahun. "Anggota polis yang berasal dari Perak pula cedera ringan di tapak kaki kanan dan jari kiri akibat terkena tetakan suspek dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan," katanya ketika ditemui di Wad Kecemasan HPP di sini. Beliau berkata polis merampas sebilah parang dan siasatan ke atas suspek berusia 25 tahun mendapati dia mempunyai 19 rekod jenayah termasuk dua kes dadah manakala rakannya tidak mempunyai rekod jenayah. Gan berkata siasatan juga mendapati kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam kes samun berikutan polis telah menahan mereka di Air Itam Selasa lepas, tetapi mereka dapat meloloskan diri. "Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Kecederaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata merbahaya dan Seksyen 304 kanun yang sama kerana cuba membunuh anggota polis," katanya. - Bernama Sinar Harian | Kereta rempuh rumah ketika penghuni solat Posted: 22 Feb 2012 11:30 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - SEREMBAN - Sebuah kereta merempuh sebuah rumah di Taman Tiroi Labu, Jalan Seremban-Labu malam tadi ketika penghuninya sedang bersolat. Namun dalam kejadian 8.45 malam itu, Ahmad Yusof, 48, dan anak perempuannya Khairul Baiyinah, 11, selamat. Ahmad berkata, ketika beliau dan anaknya sedang bersolat jemaah, beliau terdengar bunyi brek kenderaan yang kuat sebelum terdengar dentuman pada dinding bersebelahan biliknya sedang bersolat. "Anak saya menjerit ketakutan dan memeluk saya. Saya kemudian keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku. Saya dapati sebuah kereta Toyota Camry sudah terbalik dan orang ramai sedang menolong mengeluarkan pemandunya yang cedera," katanya. Beliau berkata beliau kerugian hampir RM10,000 akibat dua buah motosikal, dinding rumah dan perkakasan dalam rumahnya rosak teruk. "Saya sudah tinggal di sini sejak 26 tahun lalu dan ini adalah kejadian yang pertama berlaku. Saya bersyukur sebab saya dan anak saya selamat," kata Ahmad. - BERNAMA | Denggi: Satu lagi kematian dilaporkan Posted: 22 Feb 2012 11:29 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - PUTRAJAYA - Satu lagi kematian akibat demam denggi dilapor di Selangor bagi tempoh 12 hingga 18 Feb, membabitkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun. Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini berkata hasil pemeriksaan di kediaman pesakit mendapati kadar pembiakan Aedes adalah tinggi iaitu 5.8 peratus. Dalam tempoh itu juga sejumlah 585 kes dicatat dengan peningkatan sebanyak 72 kes berbanding minggu sebelumnya. Sembilan negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya dengan Selangor mencatat kes paling tinggi iaitu 44 kes, diikuti Kelantan 41 kes, Sarawak (12 kes), Pahang (enam), Johor (empat), Melaka (tiga), Negeri Sembilan dan Sabah masing-masing dua kes dan Pulau Pinang mencatat satu kes. Jumlah lokaliti juga meningkat iaitu daripada 116 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 126 lokaliti, dua lokaliti 'panas' dikenalpasti di Kuala Lumpur iaitu di Taman Miharja (Miharja Kondo Fasa 3) dan Flat Sri Melaka B (Blok 24-40) di Bandar Tun Razak, Cheras. Sepanjang tempoh itu juga sebanyak 78,570 premis telah diperiksa dengan 1,083 premis didapati mempunyai pembiakan Aedes. Lapan negeri menunjukkan kadar pembiakan Aedes melebihi satu peratus iaitu Perlis, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Johor dan Terengganu. - Bernama Sinar Harian | Penduduk Ketari gempar Posted: 22 Feb 2012 11:26 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - BENTONG - Penduduk di sekitar pekan Ketari terutamanya di Kampung Baru Ketari dikejutkan dengan satu kebakaran besar yang memusnahkan lebih 20 rumah, petang semalam. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.45 petang itu menyebabkan lebih 100 penghuni hilang tempat tinggal dan nyaris merebak ke sebuah stesen minyak berhampiran. Menurut penduduk, kebakaran itu adalah bencana terbesar yang pernah berlaku di kawasan berkenaan. Sinar Harian | Tahanan Palestin setuju tamat mogok lapar Posted: 22 Feb 2012 11:25 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - TEL AVIV - Tahanan Palestin yang menjadi simbol bantahan kepada dasar ketidakadilan Israel akhirnya bersetuju untuk menamatkan mogok laparnya selama 66 hari, kelmarin selepas rejim Zionis mengumumkan dia akan dibebaskan pada April depan. Menteri Keadilan Israel menyatakan tempoh penahanan Khader Adnan, 33, akan dipendekkan dan tidak akan dilanjutkan selagi tiada dakwaan baru dikenakan terhadapnya. Pengumuman itu turut disambut gembira oleh isteri dan penduduk di kampung Araba, Tebing Barat. Jurucakap kumpulan Jihad Islam tersebut nekad untuk mogok lapar bermula 18 Disember lalu sebagai tanda protes kepada dasar rejim Zionis yang menjatuhkan hukuman penjara tanpa sebarang perbicaraan adil. sinar harian/- | Nyaris maut di tangan perompak Posted: 22 Feb 2012 11:24 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - PENDANG – "Saya ditendang dan dipukul di bahagian tangan kanan kerana perompak itu bertanya kepada saya di mana barang berharga disimpan tetapi saya memaklumkan tiada barang berharga di rumah ini menyebabkan perompak itu marah dan bertindak sedemikian." Itu kata Md Isa Taib, 75, mangsa rompakan bersenjatakan parang, pedang dan pisau di rumah mereka di Kampung Sungai Rotan, di sini, kira-kira jam 4 pagi, semalam. Md Isa dan isterinya, Che Puan Amin, 61, dan anak perempuan berumur 22 tahun hampir maut setelah dipukul, tangan dan kaki diikat manakala muka ditutupi menggunakan selimut tebal sehingga pasangan itu hampir mengalami sesak nafas. Kejadian itu menyebabkan mereka kehilangan wang tunai RM3,000 bersama sebuah komputer riba milik anak perempuan mereka dan lima buah telefon bimbit, nilai kerugian kira-kira RM6,000. Md Isa berkata, dia terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi seseorang menolak pintu bilik tidurnya yang tidak berkunci dan mendapati tiga lelaki berdiri di hadapannya sambil memegang parang, pisau dan pedang. "Saya terkejut setelah melihat senjata yang dipegang tiga lelaki itu yang mana dua perompak terbabit memakai topeng. Tangan saya terus diikat menggunakan wayar kipas manakala kaki diikat menggunakan tali. "Tiga perompak itu masuk melalui tingkap belakang rumah yang dipotong besinya dan cermin dicabut manakala seluruh bilik tidur di rumah itu turut diselongkar," katanya Pecah bilik guna tong gas Isterinya, Che Puan berkata, dia terjaga daripada tidur dan mendapati suaminya sedang bercakap dengan tiga lelaki dalam bilik. Perompak kemudian bertindak mengikat tangan dan kakinya menggunakan wayar telefon serta kepala dan muka turut ditutup menggunakan selimut. "Perompak itu bertanya kepada saya dan suami siapa lagi tinggal di rumah ini dan kami memaklumkan bahawa anak perempuan saya sahaja tinggal bersama dan sedang tidur di dalam bilik. "Salah seorang perompak pergi ke bilik anak saya, mereka memecah masuk bilik yang berkunci itu menggunakan tong gas. Tiba-tiba saya terdengar suara anak saya menjerit dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana kami tidak dapat bergerak kerana dijaga seorang perompak terbabit," katanya. Che Puan berkata, perompak itu menarik keluar anaknya itu ke bilik mereka dan mengikat tangan serta kaki anaknya itu di samping menutup mulut dengan kain. Menurutnya, dalam kejadian yang berlangsung kira-kira sejam itu, anak perempuannya mengalami kecederaan pada bahagian mulut akibat ditampar perompak kerana enggan memberi telefon bimbit. Manakala dia dan suami mengalami kecederaan masing-masing pada bahagian tangan kanan dan belakang badan. Pasang kipas sebelum beredar Che Puan berkata, kejadian itu merupakan kali ketiga berlaku terhadap keluarga mereka namun, kejadian lalu perompak hanya memperoleh satu telefon bimbit sahaja. Perompak itu juga sempat minum jus jambu dan buah-buahan yang berada di dapur setelah Che Puan menyedari botol jus berada di ruang tamu manakala buah-buahan hanya tinggal sebiji. "Perompak juga ada bertanya kepada kami sama ada ingin makan buah atau tidak," katanya. Menurutnya, tiga perompak itu juga sempat memasang kipas sebelum beredar dari rumah terbabit. "Perompak mengambil kipas dari bilik lain kerana wayar kipas yang ada dalam bilik itu dipotong oleh mereka dan ketika memasang kipas itu, salah seorang daripada perompak bertanya sama ada tahap kelajuan kipas yang dipasang laju atau tidak. "Mereka tidak membuka ikatan tali yang diikat kami malah memasang kipas sebelum meninggalkan rumah dan kami bertiga berjaya melepaskan diri kerana ikatan yang diikat pada tangan anak tidak kukuh," katanya. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Sinar Harian | Seludup tenggiling untuk makanan eksotik Posted: 22 Feb 2012 11:21 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - BANDAR HILIR - Sebanyak 67 ekor tenggiling dari negara jiran cuba dibawa masuk ke negara ini menerusi selat Melaka setelah dipercayai untuk dijual kepada pengusaha restoran makanan eksotik di negara ini. Bagaimanapun, tindakan berkenaan berjaya dipatahkan dengan tertangkapnya dua lelaki di perairan selat Melaka, berhampiran Pulau Besar, di sini, malam kelmarin. Kedua-dua lelaki berusia 33 dan 34 tahun dari Bengkalis, Indonesia ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) negeri kira-kira 11.30 malam, ketika cuba membawa masuk haiwan berkenaan. Suspek yang ditugaskan untuk menghantar kesemua haiwan itu menaiki sebuah bot pancung ditahan semasa rondaan rutin KDRM, sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. Pengarah Perhilitan negeri, Abdul Rahim Othman berkata, haiwan berkenaan dipercayai untuk dijadikan makanan eksotik bagi pasaran di semenanjung Malaysia. Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati kesemua tenggiling dengan anggaran berat dari kira-kira 900 gram hingga sembilan kilogram seekor itu bernilai lebih RM70,000. "Harga seekor tenggiling boleh mencecah sehingga RM350 sekilogram atau RM3,150 bagi tenggiling yang mempunyai berat sembilan kilogram. "Semua tenggiling itu akan ditempatkan di Zoo Melaka sementara menunggu perintah dari mahkamah," katanya. Sinar Harian | Kereta api tergelincir Posted: 22 Feb 2012 11:15 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUANTAN: Kira-kira 60 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Malayan Tiger Train yang dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan ke Johor Bahru, Johor, kempunan menaiki kenderaan berkenaan ke destinasi dihajati selepas kereta api dinaiki tergelincir ketika tiba di Stesen Keretapi Triang, Bera, awal pagi semalam. Akibat kejadian jam 1.55 pagi itu, semua penumpang terbabit menaiki bas untuk ke destinasi selepas kereta api berkenaan tidak dapat meneruskan perjalanan. Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta api membawa empat gerabak itu tergelincir dari landasan ketika hendak memasuki laluan kedua di hentian berkenaan. Katanya, akibat gagal memasuki laluan kedua itu menyebabkan kepala kereta api berkenaan tergelincir selepas tersasar dari landasan. metro/- | Bai'ah: Harussani jangan ambil berita tepi jalan Posted: 22 Feb 2012 11:12 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Feb: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ditegur cara Sohibus Samahah beliau dalam mengutip dan mengulas berita tanpa menyiasat kesahihan berita terlebih dahulu. Dalam satu kenyataan berbentuk nasihat hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menasihati Harussani untuk meninggalkan tabiat "mengambil berita di tepi jalan yang tidak mempunyai sandaran yang sah atau tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu berita, lalu terus membuat ulasan." Sebagai seorang mufti, Tuan Ibrahim menasihatkan beliau agar berpegang dengan firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seseorang fasik membawa berita, maka hendaklah kamu menyiasat dahulu berita tersebut, agar tidak bertindak di atas kejahilan dan akhirnya akan membawa kepada kekesalan". "Banyak peristiwa dan kenyataan yang beliau ulas tidak mempunyai sandaran yang kukuh, dan hanya berdasarkan dengar cakap sahaja. Ini termasuklah dakwaan beliau bahawa lebih 200,000 umat Islam telah murtad, dakwaan bahawa Pulau Pinang tidak benarkan perarakan Maulid Nabi dan sebagainya. "Terbaru beliau cuba mengulas isu bai'ah, dalam keadaan beliau tidak memahami keadaan sebenar," tegur beliau. Dalam isu bai'ah yang diamalkan PAS selama ini, Harussani mendakwa bahawa tujuannya adalah untuk menakut-nakutkan ahli kerana soal akhirat adalah ketentuan Allah. "Jadi kalau kita bersumpah berjanji kita dapati benda itu tak betul tak kan kita tak boleh tarik balik. Tak usah kita menakutkan orang dengan perkara akhirat sedangkan kita sendiri tidak pasti apakah orang berwajib baiah untuk tujuan berpolitik. Pada saya dia boleh buat perjanjian tapi masalah di akhirat bukan masalah kita, ia adalah masalah Allah," beliau dipetik sebagai berkata. Menjawab dakwaan Harussani, Tuan Ibrahim berkata bai'ah dalam PAS mempunyai nas dan sandaran yang kukuh dalam sejarah dan keilmuan Islam. Bahkan, kata beliau dalam Al Quran dan Hadis secara jelas membicarakan soal bai'ah samada sewaktu perjanjian Aqabah, Hudaibiyah, dan lainnya, semuanya membuktikan ba'iah ada asas kukuh. Kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, PAS menggunakan kaedah bai'ah kepada calon yang mewakili parti agar tidak khianat kepada amanah yang diberi oleh rakyat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan Umno yang suka mengoncang iman lawannya dengan taburan duit. "Mereka yang telah memenangi kerusi samada DUN atau Parlimen mesti sedar ia menang di atas pilihan rakyat. Kalau selepas mereka menang lalu dengan tawaran jutaan ringgit akhirnya ia khianat dan lompat parti sehingga tumbang sesuatu kerajaan yang dipilih rakyat, apakah tindakan begini kita boleh terima dan dibenarkan syarak? Peristiwa perampasan kuasa di Perak, adakah Harussani berasa ini adalah perkara yang harus?" sindir beliau. Atas dasar itulah, terang Tuan Ibrahim, PAS membuat bai'ah kepada semua calon, di mana mereka yang menang atas tiket parti adalah dilarang lompat parti, keluar parti bahkan, sekiranya dipecat dari parti, mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi. "Kerana asas kemenangan mereka atas lambang parti yang diwakilinya. Tidak timbul soal perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Kerana dalam ba'iah itu, jelas dinyatakan ia tidak diwajibkan taat kepada perkara bertentangan dengan syarak. Sepatutnya Harussani membaca meneliti dan melihat secara dekat matan ba'iah yang dibuat di dalam PAS, bukan dengan mendengar cakap-cakap mereka yang di luar atau dikeluarkan PAS," selar beliau. Tuan Ibrahim juga mengingatkan Harussani bahawa bai'ah dalam PAS disediakan oleh Majlis Syura yang terdiri dari para alim ulama, bukan oleh DHPP atau dikutip di tepi jalan. "Soal akhirat memang ketentuan Allah, tetapi apa yang dijelaskan dalam bai'ah iakah sekiranya seseorang calon yang menang berba'iah dengan nama Allah lalu melanggari ba'iah tersebut, apakah salah kalau diingatkan mereka tentang azab Allah di akhirat? "Banyak hadis menggunakan kaedah ini, dan PAS kita menggunakan kaedah yang sama bagi memelihara perjuangan Islam yang menjadi asas perjuangan PAS," tambah Tuan Ibrahim. Namun begitu, kata beliau, reaksi dan ulasan Harussani yang berbolak-balik sudah dijangka dan sudah dilihat sebagai satu kebiasaan kepada yang mengikuti secara dekat kenyataan beliau. Sebagai contoh, kata beliau ialah dalam isu kehadiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves, di mana, pada awalnya Harussani menyerang PM dengan tuduhan Syirik, rosak aqidah dan tidak mahu mendengar nasihat tiba-tiba bertukar kepada harus, dibolehkan dan tidak bercanggah. "Inilah yang menyebabkan ramai umat Islam berpendapat mufti seperti beliau, bukannya dirujuk oleh pemerintah sebelum sesuatu tindakan dibuat, sebaliknya dipergunakan untuk mencari dalil dan nas untuk menyokong sesuatu tindakan yang telah dibuat walaupun ia bercanggah dengan nilai Islam," kata Tuan Ibrahim. Tuan Ibrahim turut membidas cara Harussani mengulas isu perjuangan bangsa dan raja-raja yang yang dikatakannya bukan dari perspektif Islam. Semasa pelancaran Jati, Harussani berhujah bahawa Nabi Muhammad SAW juga anjur pertahankan Raja dan kaum. "Kecintaan bangsa dan ketaatan kepada makhluk mempunyai batas sempadan yang sangat jelas. Tindakan beliau, dan disebabkan beliau adalah mufti negeri telah mengundang pelbagai kekeliruan di kalangan masyarakat umum. "Keadaan ini jika berterusan akan menghilangkan thiqah masyarakat terhadap beliau dan dengan kedudukan beliau sebagai mufti, dan hal ini adalah satu tragedi yang sangat menyedihkan dan malang bagi beliau," tegas Tuan Ibrahim. Harakah Daily | Hina al-Quran: Umno, Jati digesa sertai demo esok Posted: 22 Feb 2012 11:10 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengajak seluruh umat Islam daripada kalangan parti politik, NGO dan badan pelajar untuk turun bersama PAS dalam himpunan aman di depan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat, esok sebagai membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, kelmarin. Bagi DPPM, tindakan tentera Amerika Syarikat adalah tindakan tidak perikemanusiaan dan menghina agama Islam. Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, umat Islam yang prihatin sama sekali tidak boleh duduk berdiam diri membiarkan segala macam kejahatan dilakukan terhadap agama Islam. Tegasnya, al-Qur'an adalah kitab suci umat Islam dan menjadi kewajipan seluruh umat Islam mempertahankannya, hatta sehingga mengorbankan diri. "Sememangnya tindakan tentera Amerika Syarikat ini memberi isyarat untuk memusuhi umat Islam seluruh dunia. "Umat Islam wajib bersatu di atas nama mempertahankan kesucian Islam dari dihina dan dipersenda," katanya dalam satu kenyataan. Tambahnya, DPPM hairan mengapa Menteri Luar Malaysia tidak bersuara lantang bagi membantah tindakan zalim tentera Amerika Syarikat itu. Katanya, Perdana Menteri pula sebagai ketua negara umat Islam di negara ini langsung tidak kedengaran suaranya di peringkat antarabangsa dalam isu yang melibatkan umat Islam sejagat. "Adakah kerana pemimpin negara ini takut dengan kelibat 'Big Brother' Amerika Syarikat atau sememangnya pemimpin negara ini tidak peka terhadap perkembangan umat Islam di seluruh dunia?" tanya beliau. Menurutnya, mungkin pemimpin negara ini sibuk dengan berpolitik sehingga tidak sedar bahawa ada isu yang menyinggung perasaan umat Islam sedang berlaku di luar sana. Mungkin juga, ujarnya pemimpin negara hanya 'memperjuangkan Islam' di negara ini sehingga tidak peduli pada nasib umat Islam di luar negara. Justeru itu, katanya DPPM menggesa Umno dan rakan NGO bersamanya termasuk Jati untuk turun bersama umat Islam yang lain dalam himpunan itu sekiranya benar mereka memperjuangkan Islam. "Sebagai makluman, ajakan ini adalah kali kedua terhadap Umno dan rakan sekutunya selepas himpunan aman membantah kekejaman kerajaan Syria yang membunuh rakyatnya minggu lepas," ujarnya. Namun demikian, jelasnya yang mengecewakan ramai adalah Umno dan rakan-rakannya gagal hadir dalam himpunan pada minggu lepas. "Isu ini membuktikan siapa sebenarnya yang mempertahankan Islam dan umatnya dan siapa pula yang hanya beretorik dalam isu yang melibatkan umat Islam," ujarnya. Harakah Daily | Tanah Felda: Zaid sokong Kelantan, minta negeri lain ikut Posted: 22 Feb 2012 11:08 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Feb: Tindakan Kelantan mahu mengambil alih tanahnya jika Felda menyerahkannya kepada Felda Global Venture Holding (FGVH) di sokong oleh bekas defacto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim (gambar). Bagi Zaid, langkah Kelantan ini patut diikuti oleh kerajaan-kerajaan negeri lain kerana tanah ini sepatutnya diberikan kepada peneroka dibawah Akta GSA 1960. Zaid, Presiden parti KITA berkata demikian melalui Twitternya hari ini. Sebelum ini, Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa memberitahu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk melantik sekumpulan peguam bagi memberikan nasihat berhubung perkara ini. Ini kerana, tindakan Felda ini salah jika tanah itu diserahkan kepada FGVB dan akan dicagarkan pula untuk mendapatkan pinjaman wang. Kelantan telah menyerahkan 55,500 ekar tanah kepada Felda tetapi tidak dimasukkan peneroka oleh Felda. Ia hanya dijadikan ladang dan diuruskan di bawah Felda Plantation. Menurut Husam, dalam perjanjian itu hanya dua pihak sahaja yang berhak memiliki ladang seluas 55,500 ekar itu, iaitu peneroka Felda atau Koperasi Peneroka Felda. "Buat masa ini Felda Plaintation dimiliki 51 peratus oleh peneroka melalui Koperasi Peneroka Felda, namun sekiranya ia dipajak pada Felda Global Ventures Holdings, pihak koperasi peneroka hanya memiliki 37 peratus. "Akibatnya koperasi bukan lagi pemegang majoriti dan ini melanggar Akta GSA 1990," ujarnya kepada media selepas mesyuarat exco, tengah hari semalam. Husam menambah, Kelantan berhak mengambil balik ladang itu untuk diagih pada peneroka baru. "Sekiranya ini berlaku lebih kurang 8,000 peneroka baru akan disenaraikan di negeri ini dengan agihan 4 hektar kepada setiap peneroka baru," ujarnya Harakah Daily | Karnival Mahabbah Rasulullah 25 Feb Posted: 22 Feb 2012 11:06 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Feb: Akademi Belia Muslim Cemerlang (B'Muslim) akan menganjurkan Karnival Mahabbah Rasulullah s.a.w. pada hari Sabtu ini, 25 Februari di Padang Awam Kubang Gajah, Temerloh. Karnival setengah hari yang akan bermula dari jam 8.00 pagi itu akan menjadi lebih menarik apabila turut dihadiri tokoh pendakwah dan ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus. Penasihat program, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, karnival tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti santai yang melibatkan kanak-kanak dan remaja. "Selain pertandingan mewarna yang akan melibatkan kanak-kanak berumur 9 tahun ke bawah, kami juga akan mengadakan pertandingan azan dan bercerita yang melibatkan para pelajar yang berumur 12 tahun ke bawah," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. Sempena karnival itu, menurutnya, pihak penganjur akan turut melancarkan kelab basikal fixie Temerloh menerusi program khusus yang telah disusun. "Program ilmiah akan bermula dengan solat Dhuha diikuti Kuliah Dhuha Perdana oleh Ustaz Nasruddin Hassan dan seterusnya sesi Soal Jawab Permasalahan Agama dengan Ustaz Azhar Idrus," tambahnya. Sehubungan itu, pihaknya menjemput semua pihak khususnya golongan muda hadir ke karnival tersebut bagi bersama-sama mendapatkan manfaatnya. Orang ramai khususnya golongan muda yang ingin menyertainya dialu-alukan datang lebih awal bagi memudahkan pihak penganjur melaksanakan acara-acara yang telah disusun. Selain itu, mereka juga diminta membawa bersama sejadah untuk keperluan mendirikan solat dan tikar untuk dijadikan alas tempat duduk. Harakah Daily | Semakan kehakiman TOL Lynas disebut 28 Feb Posted: 22 Feb 2012 11:05 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Feb: Semakan kehakiman menuntut pemberian lesen operasi sementara (TOL) Lynas di Gebeng, Kuantan akan disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Februari ini. Demikian dimaklumkan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar (gambar). "Semakan kehakiman ini akan didengar jam 9 pagi di Mahkamah Jalan Duta," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini. Pada Jumaat lepas, seramai 10 wakil penduduk berada antara tiga ke 10 kilometer dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, memfailkan permohonan semakan penghakiman ke atas lesen operasi sementara Lynas yang diluluskan 30 Januari lalu. Mereka terdiri daripada Zakaria Abdullah, Ramli @ Kamaluddin Awang, Ab Sani Ahmad, Mohd Rasid Hamzah, Mansor Bedu, Ali Akbar Othman, Hashim Bin Awang, R. Nadarajan, Pang Chee Kian dan Tuw Yin Lan dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap agensi berkaitan yang dipertanggungjawabkan kerajaan. Mereka memohon perintah penggantungan iaitu menghalang Lynas daripada memulakan operasi sehingga semakan kehakiman tersebut dilupuskan yang difailkan melalui syarikat guaman Kanesalingam & Co. Tiga pihak terlibat, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Jabatan Alam Sekitar dan Lynas Corporation dinamakan sebagai responden dalam kes berkenaan. Semakan kehakiman tersebut dilakukan kerana penduduk dan pihaknya tidak berpuas hati dengan kerajaan yang telah memberi lesen operasi sementara kepada Lynas. Afidavit tersebut turut disokong afidavit pakar kimia dan sains material, Dr Lee Chee Hong. Sehubungan itu, Zulkefly menyeru semua pihak yang membantah operasi Lynas turun beramai-ramai ke mahkamah pada 28 Februari ini bagi menyatakan sokongan kepada semakan tersebut. Harakah Daily | Fokus penjelasan kepada pengundi Melayu Posted: 22 Feb 2012 11:04 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Feb: PAS mengarahkan pimpinan dan tenaga penerangannya agar memberikan fokus kepada pengundi Melayu agar jangan percaya kepada diayah Umno yang hak mereka akan terhakis di bawah Pakatan Rakyat. Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, penjelasan dan penerangan berulang kepada pengundi Melayu perlu dibuat bahawa tidak terhakis hak mereka di bawah Pakatan Rakyat. "Fakta bahawa Pakatan Rakyat akan kekal menjaga mereka, malah lebih baik daripada Umno, kerana kita tidak akan mencuri kekayaan milik mereka untuk mengkayakan sebilangan kroni. "Ketakutan kepada DAP hanyalah satu prasangka terancang oleh Umno yang dilakukan dengan tujuan untuk mengekal kuasa mereka," beritahu Mohamad Sabu. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan apakah isu-isu semasa yang perlu perlu difokuskan PAS untuk PRU-13 ini. Ia disiarkan dalam kolum Kesatuan Fikrah yang sedang disiarkan oleh Harakahdaily sekarang. Selain isu itu, Mohamad meminta isu good governance dari segi pelaksanaan mesti dibuktikan oleh PAS dan Pakatan sekarang, dan ditonjolkan lagi di peringkat negeri dan persekutuan sekiranya menang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Selain itu, umat Islam Melayu mesti difahamkan bahawa perjuangan Islam antara PAS dengan Umno jauh berbeza. PAS sentiasa berusaha melaksanakan ajaran agama Islam itu sendiri, termasuk berusaha melaksanakan enakmen syariah, manakala Umno pula hanya menjadikan Islam sebagai slogan dalam pemerintahannya. "Perkara ini juga boleh dilihat bagaimana tingginya komitmen PAS dalam menhapuskan rasuah dan menonjolkan pentadbiran yang bersih. "Usaha PAS sebagai penyatu kaum melalui Islam turut dapat dilihat dalam penubuhan Kelab Penyokong PAS (DHPP)," jelas beliau. Di bawah pentadbiran Pakatan, kata Mohamad, PAS yakin orang bukan Islam, walaupun tidak memeluk Islam, tidak akan bersifat anti-Islam seperti MCA di bawah pemerintahan Umno. Mohamad dipercayai mengulas sikap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang jelas anti Islam berbanding dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang jelas amat memahami hubungan antara agama. Ia dibayangkan oleh kedua-duanya dalam debat antara mereka baru-baru ini. Harakah Daily | Saintis India temui haiwan seperti ular Posted: 22 Feb 2012 11:00 PM PST 1 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - NEW DELHI - Sejak sebelum era dinosaur lagi satu spesies amfibia yang tidak berkaki hidup bebas di bawah tanah yang beriklim monsun di pedalaman utara India tanpa diketahui saintis. Sekumpulan saintis India yang menemui spesies baharu amfibia memberikan ia nama chikilidae setelah menggali tanah untuk mencari haiwan berkenaan di hutan selama lima tahun. Ketua kajian tersebut, Profesor Sathyabhama Das Biju dari Universiti New Delhi berkata, chikilidae tergolong dalam keluarga caecilian iaitu yang paling primitif antara tiga kumpulan amfibia termasuk juga katak dan salamander. Disiarkan dalam jurnal Royal Society of London semalam, penemuan mereka mengukuhkan lagi bukti bahawa India dipenuhi hidupan amfibia dengan habitat yang perlu dilindungi. Menurut Sathyabhama, chikilidae bukan sahaja tidak berbahaya tetapi ia turut membantu petani dengan memakan ulat dan serangga yang merosakkan tanaman manakala pergerakan spesies itu di bawah tanah dapat membantu menyuburkan tanah. Namun, penduduk tempatan kerap membunuh chikilidae kerana tersilap anggap bahawa amfibia itu merupakan seekor ular berbisa. - AGENSI | |
PAS TAMBUN Posted: 23 Feb 2012 01:22 AM PST Logo Jati Persis Logo Setan? Posted: 22 Feb 2012 09:37 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Feb: Jati yang diterajui oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat daripada PAS telah dilancarkan di Shah Alam Convention Center, Shah Alam petang ini. Walaupun perjuangan tiga jalurnya ialah untuk memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Diraja, namun logo Jati dilihat mempunyai persamaan dengan 'logo setan' yang direka bentuk berdasarkan nombor '666'. Di bawah adalah link di mana Logo Setan itu. http://artbackwash.blogspot.com/2008/05/satans-logo.html | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 23 Feb 2012 01:22 AM PST Pulau Pinang Tempat Pertama Sektor Pembuatan 2 Tahun Berturut-Turut Posted: 22 Feb 2012 07:07 AM PST “Ianya satu pencapaian luar biasa – Lim Guan Eng” Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan kejayaan negeri itu menduduki tempat pertama dalam pelaburan sektor pembuatan untuk dua tahun berturut-turut – 2010 dan 2011 – sebagai pencapaian “menakjubkan dan luar biasa” bagi negeri yang kedua terkecil di Malaysia itu yang tidak mempunyai sebarang sumber [...] | |
Idris Ahmad Posted: 22 Feb 2012 11:07 PM PST TARBIAH MENGATASI KECICIRAN DALAM PAS Posted: 22 Feb 2012 03:48 PM PST TARBIAH MENGATASI KECICIRAN DALAM PAS Idris Haji Ahmad 16/2/12 Gejala keguguran adalah satu fenomena yang biasa dan berulang-ulang berlaku di dalam Jamaah Islam. Kita boleh lihat di dalam gerakan Islam di mana-mana sahaja akan berlaku fenomena ini, dan tidak terkecuali kepada Pas. Nama-nama yang hebat tetapi hilang kemudiannya, pada hal mereka adalah orang yang cergas, bekerja dan bertanggungjawab pada permulaannya. Ada di kalangan mereka yang meninggalkan jamaah, ada yang tawaquf, ada yang keluar dan mengasaskan jamaah baru dan ada pula yang menggabung dengan jamaah lain dan ada yang bergabung dengan parti musuh. Walaupun ada orang yang menganggap bahawa gejala keciciran ini sebagai satu penapisan dan tidak memberi apa-apa kesan kepada jamaah dan ahli. Namun di sana ada juga berlakunya gejala keciciran ini mendatangkan kesan yang negatif kepada jamaah. Sungguh pun begitu ia melambatkan perjuangan dan mengganggu perancangan jamaah. Selalunya gejala keguguran berlaku ialah orang yang berada di barisan hadapan (pemimpin) dan ada sedikit yang berlaku di peringkat ahli biasa. Menurut al-Marhum Ustaz Fathi Yakan gejala keciciran banyak memberi akibat buruk kepada perjuangan Islam antaranya; a.Menyebabkan tersebarnya fitnah serta meracuni gerakan yang boleh meruntuh dan merugikan Islam dan dakwah. b.Terbuka rahsia-rahsia jamaah. c.Melemahkan gerakan dan menarik musuh untuk menghancurkannya. d.Menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap gerakan. Jika ini berlaku segala rancangan dan perjalanan gerakan akan terhenti. Di sana terdapat beberapa faktor berlakunya gejala keciciran antaranya kerana sebab jamaah dan sebab sikap anggota jamaah. Walaupun di sana banyak faktor-faktor penyumbang kepada gejala keciciran namun kelemahan sudut perlaksanaan tarbiah adalah merupakan faktor yang besar. Timbul persoalan, gejala keciciran ini berlaku di kalangan orang yang mengendalikan tarbiah. Dekat mana yang tidak betul? Tarbiah lemahkah? Tarbiah tidak berkesankah? Jika orang biasa boleh dimaafkan. Masalahnya terjadi kepada mereka yang berada di hiraki parti yang tinggi. Untuk menjawab kemusykilan ini kita melihat bagaimana Allah SAW menyatakan kepada seorang Badwi yang mengaku dirinya beriman "Orang-orang Arab Badwi berkata"kami telah beriman".Katakanlah (kepada mereka), kamu belum beriman, tetapi katakanlah "Kami telah tunduk (Islam), kerana iman belum masuk ke dalam hati mu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya. Dia tidak akan mengurangi sedikitpun (pahala) amalmu. Sungguh, Allah Maha Pengampun , Maha Penyayang)" (al-Hujurat; 49:12) Mungkin tarbiah yang mereka bercakap hanya di lidah dan dihalkum sahaja, ia tidak meresap ke dalam hati. Sebab itulah tarbiah tidak boleh hanya sedap di lidah tidak meresap di hati. Yang penting kesan tarbiah meresap di dalam jiwa dan sanubari sehingga merasakan Allah memerhatikan apa tindakan mereka dan takut kepada dosa dan neraka. Nabi SAW mengingatkan kepada kita "Jadilah diri kamu memelihara (beramal) dan jangan jadikan diri kamu hanya pandai meriwayat (bercakap) sahaja" Apabila jamaah meletakkan tarbiah di dalam ruang yang kecil dan tidak bermaya berbanding dengan pentadbiran dan politik maka ini satu perkara yang merbahaya. Akibatnya tindakan dan cara muamalat (perhubungan) mereka jauh dari akhlak Islam. Akhirnya jiwa menjadi kosong dan tegang. Ia amat berlainann dengan suasana kerohanian yang dibentuk sehingga membentuk jiwa dan riqabatullah (pengawasan Allah). Jika penumpuan tarbiah tidak diberikan maka mereka yang bergelar pimpinan hanya memfokuskan mengenai politik berdasarkan kepada tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Ia merasa puas hati dengan kedudukannya tanpa merasakan apa apa kekurangan diri, rohani dan tarbiah. Tanpa perlu kepada makanan iman di dalam hidupnya. Jika ia tidak mengambil langkah segera maka ia akan jatuh ke kancah keciciran dalam perjuangan. Oleh itu mahu tidak mahu anggota harakah samaada terdiri daripada saf pimpinan (qiadah) atau barisan pejuang (jundi) mestilah mengikuti tarbiah walaupun betapa sibuk dalam apa jua keadaan sekalipun. Terutama ketika perjuangan kita menghadapi saat yang getir , tarbiah lebih perlu diberi perhatian, bukan sebaliknya. Sebab keperluan manusia kepada pemeliharaan Allah dan mengingati Allah lebih diperlukan dalam suasana seperti itu. Lojiknya mengatakan bahawa tarbiah tidak perlu untuk mereka yang berada di saf hadapan adalah tidak betul. Tarbiah bukan sahaja untuk ahli biasa. Kerana pimpinanlah orang yang paling banyak diuji, kadang-kadang yang membawa kebinasaan dan keciciran. Ia bertentangan dengan Islam dan falsafah pendidikannya. Falsafah yang menghendaki tarbiah berterusan sehingga mati. Dan Fitrah perjuangan Islam pula sentiasa diujui oleh Allah terutama kepada mereka yang berada di saf hadapan. Kita mewajibkan pengawasan diri, sentiasa mengigati Allah untuk menyuburkan iman. Mohonlah kepada Allah supaya hati sentiasa berjaga-jaga dari su'ul munqalib dan sentiasa memohon dari Allah supaya dimatikan di dalam kesudahan yang baik. Sebagaimana doa yang diajar oleh nabi Muhammad SAW "Ya Allah yang membalikkan hati, engkau tetapkan hati aku di atas agamamu ". Kita sebagai anggota Pas tanpa kecuali, mestilah mengikuti tarbiah dari semasa ke semasa. Hubungan anggota (individu) dengan harakah hendaklah berasaskan kepada asas hubungannya dengan Allah dan dengan Islam. Inilah sebagai penyelamatnya untuk mengatasi gejala keciciran dalam perjuangan. Filed under: Tarbiyyah | |
Salam Perjuangan Posted: 22 Feb 2012 11:05 PM PST PAS TIDAK PERNAH KHIANATI PERJUANGAN RAKYAT PALESTINE Posted: 22 Feb 2012 08:05 PM PST 30 Rabi'ul Awal 1433 H | 23 February 2012 Pertemuan Al-Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah berlangsung pada 21 Februari 2012, jam 9.30 pagi bertempat di PNB Darby Park adalah bertujuan untuk membuka ruang penjelasan kepada Anwar berhubung kenyataannya dalam Wall Street Journal pada penghujung Januari lalu.
Seperti yang ditegaskan Mursyidul Am PAS, PAS sekali lagi ingin menegaskan pendirian parti bahawa kita tetap bersama rakyat di Palestin yang berjuang bagi mendapatkan balik hak negara mereka yang telah dirampas oleh rejim Israel. Keselamatan rakyat Palestin tetap menjadi agenda utama, kerana nyawa, harta dan tanah air mereka terus diganyang oleh Israel. Justeru semua pihak perlu memberi jaminan keselamatan kepada rakyat Palestin dari kebiadaban rejim Israel.
Sekali lagi ditegaskan, bagi PAS apa jua perancangan masa depan negara Palestin hendaklah mengambil kira pendirian Hamas yang telah menerima mandat rakyat.
PAS juga menolak road map yang ditaja oleh kuasa Barat dan mana-mana pihak yang terlibat, yang sedang memaksakan penyelesaian road map ke atas Palestin dan seluruh dunia.
Maka PAS bersama tangisan, air mata dan derita rakyat di Palestin bagi memperjuangkan sebuah negara merdeka.
PAS mengecam tindakan bermuka-muka kerajaan Barisan Nasional yang berterusan berurusniaga atau menjalin apa saja hubungan dengan rejim Israel, ketika mana rakyat di Palestin terus dibunuh dan ditekan.
| |
PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 22 Feb 2012 11:03 PM PST Pas: Semua harus jamin keselamatan Palestin Posted: 22 Feb 2012 07:47 PM PST SHAH ALAM - Pas mengulangi pendirian parti itu dengan menegaskan, keselamatan rakyat Palestin tetap menjadi agenda utama dan mahu semua pihak memberi jaminan keselamatan daripada kebiadapan rejim Israel. Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata, parti itu mengecam tindakan bermuka-muka kerajaan Barisan Nasional (BN), yang terus berurus niaga atau menjalin apa saja hubungan dengan rejim Israel ketika rakyat di Palestin terus dibunuh dan ditekan.
Katanya, Pas akan terus bersama "darah, air mata dan derita rakyat" di Palestin bagi memperjuangkan sebuah negara merdeka.
Malah katanya, bagi parti itu, apa jua perancangan masa depan negara Palestin hendaklah mengambil kira pendirian Hamas yang telah menerima mandat rakyat.
"Seperti yang ditegaskan Murshidul Am Pas, Pas sekali lagi ingin menegaskan pendirian parti bahawa kita tetap bersama rakyat di Palestin yang berjuang bagi mendapatkan balik hak negara mereka yang telah dirampas oleh rejim Israel," kata beliau dengan merujuk kepada pertemuan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, kelmarin.
Anwar menemui Nik Abdul Aziz bagi menjelaskan maksud kenyataannya berhubung 'keselamatan Israel' yang disiarkan oleh Wall Street Journal, bulan lalu.
Pertemuan itu turut disertai Tuan Ibrahim.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata, Pas juga menolak 'road map' yang ditaja oleh kuasa Barat dan mana-mana pihak yang terlibat, yang sedang memaksa pelan penyelesaian ke atas rakyat Palestin dan seluruh dunia.
Dalam kenyataannya semalam, Nik Abdul Aziz menegaskan, adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan.
Menteri Besar Kelantan berkata, beliau berpandangan bahawa Anwar memahami pendirian Pas yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin.
"Oleh kerana itu tidak berbangkit Pas telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat," katanya.
Sehubungan itu kata Nik Abdul Aziz, beliau yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.
Sumber : Sinar Harian
| Perwakilan UMNO 2010 mengakui PASTI lebih baik daripada KEMAS Posted: 22 Feb 2012 12:14 AM PST | |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 22 Feb 2012 09:43 PM PST |
DPP PADANG TERAP Posted: 22 Feb 2012 09:42 PM PST |
PAS Negeri Sembilan Posted: 22 Feb 2012 09:35 PM PST Pidato Pemuda 24 Feb 2012 Senawang Posted: 22 Feb 2012 06:37 PM PST PIDATO PEMUDA Tarikh : 24 Feb 2012 , Jumaat Masa : 9 mlm Tempat : PASTI Al-Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Sg Gadut, Seremban Pemidato : ~ Ust Nasrudin Hassan at Tantawi , Ketua Pemuda PAS Pusat ~ Nazree Yunus , Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N.Sembilan ~ Ust Khairil Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan ~ Ust Nasaie Ismail , Naib Ketua Pemuda WP/Setiausaha Akhbar Presiden PAS ~ Hakki Bawai , Ketua Pemuda PAS Rembau
Semua dijemput hadir | Ceramah Md Sabu 26 Feb 2012 di Tampin, N.Sembilan Posted: 22 Feb 2012 06:36 PM PST CERAMAH PERDANA Tarikh : 26 Feb 2012, Ahad Jam : 9.30 mlm Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, Batu 1 1/4 , Tampin, N.Sembilan Penceramah : ~ Tuan Hj Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS ~ YB Hj Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan/ADUN Paroi ~ Zulkefly Mohamad Omar , AJK PAS Pusat ~ Zakaria Khalim , Yang Dipertua PAS Tampin
Semua dijemput hadir | |
PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL Posted: 22 Feb 2012 07:43 PM PST Bertemu KEMBALI Posted: 22 Feb 2012 05:32 PM PST
Setelah 6 bulan Blog ini tidak dikemaskini, Insya Allah ianya akan kembali ceria bagi mewarnai politik di Parlimen Bukit Katil.
Kita sekarang diambang Pilihanraya Umum ke 13. Semua jentera mesti bersiapa siaga dari saat ini tanpa menunggu semboyan dibunyikan.
Ayuh seluruh warga yang cintakan Islam kita bangkit menyelamatkan agama dan rakyat dari belenggu 'penjajah' yang ada di hadapan kita sekarang. | |
Rembau Hari Ini Posted: 22 Feb 2012 07:24 PM PST Pidato Pemuda 24 Feb 2012 Senawang Posted: 22 Feb 2012 06:38 PM PST PIDATO PEMUDA Tarikh : 24 Feb 2012 , Jumaat Masa : 9 mlm Tempat : PASTI Al-Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Sg Gadut, Seremban Pemidato : ~ Ust Nasrudin Hassan at Tantawi , Ketua Pemuda PAS Pusat ~ Nazree Yunus , Naib Ketua AMK Pusat/Ketua AMK N.Sembilan ~ Ust Khairil Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan ~ Ust Nasaie Ismail , Naib Ketua Pemuda WP/Setiausaha Akhbar Presiden PAS ~ Hakki Bawai , Ketua Pemuda PAS Rembau
Semua dijemput hadir | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 22 Feb 2012 07:08 PM PST Keluar Parti: PR Sedang Menjalani Proses Pembersihan - Ng Suee Lim Posted: 22 Feb 2012 06:12 PM PST 23 Feb 2012 - Mengulas mengenai isu yang bukannya baru dalam fenomena politik di Malaysia, ADUN Sekinchan, YB Ng Suee Lim yang menyifatkan mereka yang berkenaan sebagai 'katak puru' menyatakan ini adalah antara proses 'pembersihan' yang sedang berlaku di dalam Pakatan Rakyat (PR).
PR menurut YB Ng berjuang untuk membersihkan Malaysia daripada anasir-anasir jahat yang bakal membinasakan negara, namun dalam masa yang sama PR harus membersihkan dalamannya agar ianya tidak akan merosakkan matlamat perjuangan PR itu sendiri. Beliau berucap demikian di dalam ceramahnya yang diadakan di Bandar Baru Ampang malam tadi. Turut berucap ialah ADUN Lembah Jaya YB Hj Khasim Abdul Aziz, Ahli Parlimen Ampang, YB Hjh Zuraida Kamarudin dan Ketua Pemuda PAS Ampang, Ustaz Fazlulrahimi Maarop.
| |
PAS Kawasan Miri Posted: 22 Feb 2012 07:07 PM PST Penduduk Sungai Dalam Terancam Akibat Hakisan Tanah Posted: 22 Feb 2012 02:50 PM PST Rumah Roboh akibat Hakisan Tanah di Kampung Sungai Dalam
Miri - Sebuah keluarga yang tinggal di pinggiran Sungai Dalam B, Lambir di Miri, merayu pihak agar kerajaan segera menyelesaikan masalah hakisan tanah dihadapan rumah mereka. Sebahagian rumah mereka telah roboh akibat hakisan tanah pada tahun yang lalu. Keluarga tersebut bernasib baik, kerana hanya sebahagian saja rumah mereka yang roboh , kalau tidak sudah tentu perkara yang lebih buruk berlaku keatas mereka. Penduduk kampung, menasihatkan keluarga tersebut agar meminta bantuan dari pejabat Tanah dan Ukur untuk mengatasi masalah tanah mereka. Puan Minah Binti Sulong, dan suaminya Aban bin Juhai pernah mengadu kepada pejabat tanah dan ukur di Miri mengenai masalah tempat tinggal mereka tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Mereka pernah juga memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi tiada sebarang bantuan yang dihulurkan. Si suami yang agak berumur tapi masih lagi bekerja di supermarket berdekatan dan terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membina semula bahagian rumah mereka yang runtuh akibat tiada bantuan atau peruntukan dari pihak yang berwajib. Sepatutnya pihak berwajib mengambil tindakan segera memperbaiki dan membina benteng pertahanan di pinggir sungai tersebut untuk mengelak berlaku hakisan tanah yang lebih teruk lagi akibat hujan lebat. Jabatan Perparitan dan saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya sepatutnya, membina parit dan juga jalan untuk kemudahan penduduk di kampung Sungai Dalam tersebut, agar mereka tidak dilanda oleh masalah tanah hakisan dan banjir di kawasan tersebut. Kita mendesak pihak berwajib segera datang ke kampung Sungai Dalam dan meninjau keadaan sungai di kawasan tersebut, agar tidak berlaku hakisan tanah lagi. Jangan sampai berlaku kecelakaan barulah pihak yang berwajib mahu bertindak. Kita harap mereka yang diamanah oleh rakyat dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan jujur dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Jofri Jaraiee PAS Miri,Sarawak English version Houses collapsed due to Soil Erosion in Kampung Sungai Dalam
Miri - A family who lived in the suburb of Sungai Dalam B, Lambir in Miri, pleading the government to immediately resolve the problem of soil erosion in front of their house. Parts of their homes were damaged by soil erosion last year. The family was lucky, because only part of their house collapsed if not certainly worse things would happen on them. The villagers advised the family to request help from the Land and Survey office to solve the problem on their land. Mrs. Minah Binti Sulong, and her husband Aban bin Juhai complained to the land and survey office in Miri on the problems where they live, but no action was taken. They also have applied for support from Social Welfare Department, but no assistance render. The husband is quite old but still working in a supermarket nearby and had to use his own money to rebuild the collapsed portion of their home due to no support or funding from the authorities. The relevant authorities should take immediate action to improve and put up barricades at the edge of the river to prevent soil erosion occurs even worse due to heavy rain. The Department of Irrigation and drainage (DID) and the Public Works Department should, build trenches and roads for the convenience of the villagers of Sungai Dalam, so they are not affected by soil erosion and flooding problems in the area. We urge the relevant authorities come to the village and explore the river at the Sungai Dalam area, so that soil erosion does not occur again. Do not wait until an accident occurs then the authorities want to act. We hope those who are entrusted by the people can carry out their responsibilities honestly and fairly regardless of race, religion and political belief. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 22 Feb 2012 03:24 PM PST TENTERA AMERIKA NATO BAKAR AL QURAN Posted: 22 Feb 2012 07:23 AM PST KABUL 21 Feb. – Satu protes tercetus di luar sebuah pangkalan utama tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan dan Kabul, hari ini ekoran dakwaan tentera asing membakar bahan bacaan Islam termasuk kitab suci Al-Quran. Menurut seorang jurugambar AFP, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan mengepung pangkalan udara Bagram, utara Kabul. Mereka turut melemparkan bom petrol ke arah pagar pangkalan tersebut. Komander AS di Afghanistan, Jeneral John Allen berkata, beliau ada menerima laporan tentang tindakan tentera melupuskan bahan bacaan Islam termasuk al-Quran dengan cara yang tidak sepatutnya. Beliau juga katanya telah mengarahkan satu siasatan dijalankan berhubung kejadian tersebut yang dilakukan tentera di Bagram. "Selepas mengetahui tentang perkara itu, kami segera menghentikannya. Semua bahan bacaan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk diuruskan dengan betul. Beberapa protes sama sebelum ini bertukar ganas di Afghanistan, sebuah negara Islam yang memperuntukkan hukuman mati bagi kesalahan menghina agama. – AF P/AP sebahagian Al-Quran dan buku-buku agama yang dibakar oleh tentera Nato | Index:Najib lebih kuku besi dari mugabe Posted: 21 Feb 2012 11:54 PM PST KUALA LUMPUR, 22 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan tidak mendabik dada dengan merasakan indeks kebebasan akhbar di negara ini bertambah baik dari sebelumnya.
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, meskipun Indeks Kebebasan Akhbar Malaysia bagi tahun 2011/2012 yang direkodkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia di tangga ke 122 berbanding 141 pada tahun 2010, ini tidak bermakna tahap kebebasan akhbar di Malaysia bebas dari sebarang pengaruh dan kongkongan politik.
Ini, katanya kerana dengan kedudukan Malaysia sekarang ini menunjukkan tahap kebebasan akhbar di Malaysia amat jauh dan rendah dari yang sepatutnya.
Malah negara ini, ujarnya ketinggalan berbanding negara yang masih membangun seperti Papua New Guinea di kedudukan 35 serta Cambodia yang berkedudukan ke 117.
Lebih mengecewakan, tambah beliau Malaysia ketinggalan di bawah negara Zimbabwe yang merupakan negara kuku besi di bawah rejim Robert Mugabe.
"Indeks kebebasan akhbar yang dikeluarkan ini memberikan gambaran sejauh mana tahap kekebasan akhbar di negara ini dalam memberikan liputan terhadap sesuatu perkara terutama yang membabitkan pembangkang," ujarnya kepada Harkahdaily.
Sejak dahulu sehingga kini, ujarnya pembangkang jarang diberikan ruang mendapat liputan yang adil dalam media utama.
Malahan, katanya semakin menghadapi pilihanraya umum ke-13 semakin banyak serangan media ditujukan kepada pemimpin Pakatan Rakyat sehingga sesuatu isu itu dimanipulasi sedemikian rupa supaya menimbulkan persepsi buruk rakyat terhadap pembangkang.
"Keadaan ini telah meletakkan rakyat pada suatu persepsi bahawa akhbar di Malaysia amat dikongkong oleh kuasa politik pemerintah di negara ini, sehinggakan rakyat meyakini apa juga berita berbentuk tuduhan yang dikeluarkan oleh media utama terhadap Pakatan Rakyat dan pemimpinnya adalah palsu sebaliknya apa juga penafian yang dibuat oleh pemimpin negara adalah tidak benar," ujarnya lagi.
Ini, kata beliau adalah simbolik bagaimana rakyat 'melayan' kaedah pemberitaan yang dibuat oleh media di negara ini.
Selain itu, ujarnya rakyat terutama golongan muda sudah beralih kepada maklumat alternatif yang ada dalam Internet lebih daripada maklumat di media utama milik kerajaan.
Beliau berkata, blog, Facebook serta berita dari website milik media Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat dengan hits tertinggi.
Ini, ujarnya menunjukkan bahawa media utama di negara ini sudah tidak mendapat tempat kerana pemberitaan yang berat sebelah.
Justeru, katanya Indeks Kebebasan Akhbar yang dikeluarkan perlu menjadi medan musahabah kepada pemimpin negara supaya berlaku adil kepada semua pihak termasuk pembangkang.
"Sekiranya gaya pemberitaan masih tidak berubah malah semakin buruk terutama menjelang PRU ke 13, tidak mustahil Indeks Kebebasan Akhbar negara ini jatuh merudum kembali tahun hadapan dengan prestasi yang lebih buruk.
"Lebih dari itu, rakyat semakin jelak dan hilang keyakinan untuk membeli dan membaca akhbar utama di negara ini," ujarnya lagi.-HD | WAN EMRIL BANTAH HIMPUNAN HIJAU 2.0... LU TAKYAH MENYALAK LA.. GUA TAHU SAPE LU DI SMAP KAJANG & UIA.. Posted: 21 Feb 2012 05:54 PM PST Hebat betul jurucakap kesemua NGO itu, Wan Emril Nizam Wan Embong (gambar) atau name glamor nye di Sekolah SM(A) Persekutuan Kajang yang lebih dikenali sebagai 'KOI' (gelaran orang pahang) yang konongnya mewakili 26 badan bukan kerajaan di Pahang membantah Himpunan Hijau 2.0 yang dirancang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 di sini pada Ahad ini. "Satu laporan polis dibuat hari ini bagi pihak 26 badan bukan kerajaan di Pahang yang mempunyai keahlian lebih 50,000 orang bagi membantah perhimpunan berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini. Koi yang juga Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang, berkata pelbagai penerangan telah dibuat oleh kerajaan mengenai operasi kilang itu yang telah diakui selamat oleh pakar-pakar dalam bidang berkenaan. "Perhimpunan itu lebih bermotifkan politik dan hanya mahu menggugat soal keselamatan dan ketenteraman awam," katanya. Setakat masuk tangan dalam poket...takyah nak jadi HERO la woi... kat UIA memang dah terkenal le kaki bodek...sampai sekarang pun dok jilat pungkoq UMNO.... | SETAN MANE PEDAJAL HASAN ALI Posted: 21 Feb 2012 05:01 PM PST Sungguh tidak disangka, pada awalnya kami menyangka blogger-blogger pembangkang hanya mereka cerita kononnya logo Jalur Tiga (JATI) iaitu NGO yang baru ditubuhkan oleh Dr.Hassan Ali (foto) itu mirip logo "Syaitan". Namun, sungguh menggemparkan, apabila ia ternyata benar belaka dan sudah tidak menjadi rahsia lagi. Malah, logo JATI jelas menyerupai logo "Syaitan" seperti yang terdapat pada blog Art Backwash atas tajuk Satan's Logo. Apa yang dapat dilihat, jelas sekali logo JATI 100% menyerupai logo terbabit. Mahu dikatakan logo itu meniru logo JATI, mungkin tidak masuk dek akal. Ini kerana, logo yang dipaparkan di blog terbabit sudah bermula pada 7 Mei 2008. Makanya, Hasan Ali yang telah meniru logo berkenaan. Soalnya, kenapa perlu tiru logo "Syaitan", sedangkan JATI dikatakan mahu perjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Jika inilah keadaannya, maka sia-sia saja Hasan Ali menubuhkan NGO seperti itu. Walau pun beliau mendakwa JATI tiada agenda tersembunyi, namun kita khuathir Hasan Ali "dijelmakan" untuk memesongkan akidah dan pemahaman Islam sebenar kepada Umat Islam di negara ini. Justeru, rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam digesa berhati-hati dengan taktik licik Hasan Ali ini. Ia cukup berbahaya dan boleh memesongkan akidah jika inilah NGO yang mahu dibangga-banggakan sangat oleh beliau selama ini. Kembalilah ke jalan kebenaran, jika benar dia perjuangkan Islam.... huhuhuhuhuhuhu | LU SAPE BRAHIM TOLOL NAK BERDEBAT DENGAN DSAI Posted: 21 Feb 2012 04:49 PM PST Perkasam menegaskan tidak wajar untuk pembangkang mengheret Datuk Seri Najib Razak berdebat semata-mata mahu memberi publisiti kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Anwar yang juga Ketua Umum PKR sepatutnya berdebat dengan presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu iaitu Datuk Ibrahim Ali," tegas Setiausaha Agung Perkasam. "Adalah tidak wajar mengheret perdana menteri ke pentas politik murahan untuk memberi publisiti kepada Anwar. Tidak ada keperluan untuk Najib melayan hasrat karut Anwar. "Anwar perlu berdepan dengan presiden Perkasa dulu berdebat berhubung sokongannya kepada Israel kerana rakyat mahu lihat apa motif beliau menyokong Yahudi," katanya dalam satu kenyataan. Desakan agar debat antara Najib dan Anwar diadakan semakin hebat selepas debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng minggu lepas. Pelbagai pihak tampil memberikan pendapat dan galakan, tidak kurang yang menghalang, yang rata-ratanya ahli Umno, terhadap cadangan debat kedua-dua pemimpin tersebut. "Elok berdepan dengan Ibrahim sesuai namanya Anwar Ibrahim sama-sama dari kem Kemunting. "Maka barulah dikatakan debat buku dan ruas," tambah Syed Hassan. .... padan bagi kat orang Pasir Mas je pijak-pijak dia...huhuhuhuhu | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 22 Feb 2012 03:20 PM PST OTAI PAKAR KEWANGAN PUN KATA PENYENARAIAN FGVH MERBAHAYA ! Posted: 22 Feb 2012 01:17 AM PST PENYENARAIAN FGVH BAHAYA KEPADA PENEROKA – KU LI
KUALA LUMPUR, 22 Feb: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia sesuatu yang bahaya kepada masa depan peneroka.
Ahli Parlimen Gua Musang itu yang ditemui Harakahdaily semalam berkata, beliau diberitahu banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.
Apabila terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.
Ianya akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.
"Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodoh la kalau tak jual untuk ambik kesempatan keuntungan.
"Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya!," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.
Difahamkan, menurut pelan penyenaraian yang dijadual Mei ini, sebanyak 360,000 hektar tanah Felda Palantation dipajak kepada FGVH selama 99 tahun.
Selain kebimbangan hilang hak milik tanah, turut difahamkan Felda juga dijangka akan mengalami defisit tahunan sebanyak RM1.5 bilion apabila menyerahkan tanah kepada FGVH.
Malah, mengulas lanjut, Ku Li yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, jika nasib mereka tidak baik, peneroka mungkin akan diusir dari tanah yang mereka diami dan usahakan selama ini.
"Ini mati hidup peneroka ke atas tanah yang mereka telah usahakan selama ini. Kalau tanah itu dijual oleh kerana saham dijual, maka kita tak ada lagi hubungan dengan tanah itu malah tak ada hak pun nak duduk di situ.
"Saya tak tahu kerajaan ada cara lain untuk menjamin hak peneroka supaya kekal, tetapi saya tak nampak," katanya yang juga presiden NGO Amanah. Durian runtuh: Peneroka diminta IC dan geran tanah Posted by Tun_Telanai | JAMINAN YANG MENAKUTKAN BN ! Posted: 21 Feb 2012 06:37 PM PST Kerajaan Negeri sekali lagi memberi jaminan bahawa tidak akan berlakunya krisis air menjelang 2014 seperti mana yang dicanang oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Kerajaan Pusat baru-baru ini.15/02/2012
Exco Selangor, Xavier Jayakumar berkata isu yang sengaja dimainkan ini jelas propaganda politik kerajaan Umno-BN dalam usaha menakut-nakutkan rakyat Selangor bagi memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin BN Pusat merampas kembali negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum akan datang.
"Kerajaan Selangor menggunakan teknologi rawatan air terkini telah mengenalpasti beberapa punca air yang boleh digunapakai bagi menampung keperluan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,"katanya bagi membidas segala dakwaan jahat Kerajaan Pusat dan SYABAS.
Xavier berkata antara kaedah terkini yang akan digunapakai bagi merawat air ialah proses pengambilan air mentah dari bekas lombong, punca air bawah tanah, rawatan dan penapisan air sungai dan air mentah dari takungan air hujan.
"Kerajaan Negeri sedang mempercepatkan langkah bagi merawat air sungai untuk kegunaan sektor perindustrian di Selangor.
"Bagi tujuan ini Kerajaan Negeri telah meluluskan lesen permindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Konsortium Air Sdn Bhd yang mempunyai trek rekod dan kepakaran tweknologi terkini dalam menguruskan dan merawat air,"
Xavier berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Xavier berkata kerajaan Negeri juga bersetuju dengan cadangan Persatuan Pengguna bagi memaksimumkan penggunaan sumber-sumber air bagi menambung keperluan harian rakyat.
"Ini merupakan alternatif yang lebih bermanfaat dan menjimatkan berbanding projek membangunkan insfratruktur pemindahan air dari Pahang (Langat 2) yang menelan belanja berbillion ringgit wang pembayar cukai,"katanya.
Tindakan Kerajaan Selangor menguasai industri air negeri bertujuan bagi meringankan bebanan rakyat selain mengekalkan pemberian air percuma 20 meter padu kepadaa rakyat.
Manakala Syabas merancang untuk menaikkan tarif bil air sebanyak 37 peratus namun dibantah oleh kerajaan negeri. | FAKTA RUNTUH DAN AKAN ROBOH Posted: 21 Feb 2012 06:18 PM PST Kejadian binaan runtuh dinegeri Terengganu yang seolah-olah berlaku secara berturutan selepas kejadian runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Jun, 2008.
Antara binaan atau projek yang rosak dan runtuh di Terengganu sejak tahun 2008;
1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang Tarikh : 12 April 2008 Harga : RM 2 juta
2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. Tarikh : 2 Jun 2008 Harga : RM292 juta Punca : "Semua buat silap" – Ahmad Said
3. Kolam Renang batu Burok Bocor Tarikh : 5 Jun 2008 Harga : RM 18 juta
4. Siling Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal Tarikh : 29 Jun, 2008 Harga : (Terminal ) RM123 juta
5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan. Tarikh : 15 Mac 2009
6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut. Maklumat – Tumbang. Tarikh : 6 Ogos 2009. Harga : RM15 juta
7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman Tarikh : 3 Oktober 2009 Harga : RM 2.1 Juta
8. Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang Tarikh : 21 Disember 2009 Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek) Pemaju : Gemilang Mega Sdn Bhd Punca : Tiada pemantauan semasa
9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan. Tarikh : 29 Mac 2010.
Lain-lain senarai binaan yang rosak atau bocor adalah; 1. Bazaar Warisan 2. Masjid Kristal Tarikh : 22 November, 2008 3. Masji Kg Lingai Tarikh : 4 November 2009 Harga : RM3 juta 4. Masjid An Naim Dungun 5. Binjai Souq | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 22 Feb 2012 11:40 AM PST 55 tahun Islam dimartabatkan cara Umno Posted: 21 Feb 2012 06:32 PM PST PAS menyahut cabaran Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, meminta umat Islam memilih kerajaan yang mampu menjamin, memelihara serta memartabatkan kesucian agama Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang ketika menyampaikan ucaptama Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012. Wajib diketahui bahawa Islam adalah daripada Allah untuk seluruh alam termasuk manusia seluruhnya. Islam bukan ciptaan manusia samada manusia itu ahli PAS atau ahli UMNO atau bukan ahli mana-mana parti, termasuk manusia itu bertaraf ulama di sepanjang zaman dan mereka tidak diizinkan mencipta ajaran Islam sendiri. Mencipta ajaran sendiri yang dianggap setanding atau setaraf ajaran Islam daripada Allah adalah perkara syirik dosa besar. Firman Allah : أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (21) الشورى. 21. Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka ajaran agama yang tidak diizinkan Allah? sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.
Allah telah melantik Nabi Muhammad s.a.w rasul akhir zaman supaya membawa Islam ciptaan Allah serta menyampaikan Islam itu dan menafsirkan cara pelaksanaannya secara amali yang dijamin istiqamahnya dengan sifat kerasulan yang wajib terpelihara. Walaupun Allah mewafatkan Rasulullah s.a.w, namun petunjuk Islam yang sempurna tetap dipelihara Allah dalam kitabNya dan difahami oleh kumpulan yang mendokongnya. Pelaksanaannya adalah mengikut acuan daripada Allah, maka acuan yang dicipta selain daripadanya adalah palsu dan bohong. Sejarah Islam membuktikan, hanya bangsa dan umat yang dibentuk peribadi, keluarga, masyarakat dan negaranya mengikut Islam sahaja, iaitu acuan Allah bukan acuan ciptaan manusia dan cara pelaksanaannya berpandukan Rasulullah s.a.w dan generasi awal yang mengikut jejak langkahnya, mancapai martabat yang mulia dan memperkasakan umat yang beramal dengannya di sepanjang zaman sehingga mampu mengambil alih memimpin dunia yang dirosakkan oleh tamadun sesat. Pemimpin negara yang berpegang dan beramal dengan Islam yang sempurna itu menjadi kuasa besar yang memimpin dunia. Walau bagaimanapun, kejatuhan umat Islam di zaman mutakhir selepasnya, berlaku selepas penganut Islam meninggalkan ajaran Islam yang sempurna akibat penyelewengan pemimpin dan kerajaannya, menyebabkan tanah air dan bangsa yang menganut Islam dijajah dan dihina. Penjajah mengambil kesempatan di zaman penguasaannya, setelah gagal memurtadkan umat Islam dengan menukar agamanya walaupun secara paksa. Lalu mereka menukar cara dengan mengubah acuan baru pelaksanaan Islam bagi umat Islam secara halus dan licik, iaitu dengan cara melaksanakan Islam secara terpilih, beramal dengan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, sehinggalah ke peringkat percaya kepada sebahagian dan tidak percaya kepada sebahagian yang lain. Mereka menerapkan dasar dan konsep sekularisme yang memisahkan urusan duniawi dalam agama Kristian di negara mereka ke dalam agama Islam yang dibentuk acuan pelaksanaannya terhadap umat Islam. Maka Islam yang sempurna, lengkap dan berkuasa memandu seluruh urusan kehidupan, khususnya pentadbiran negara dihapuskan. Kuasa yang dinamakan agama Islam dibelenggu di bawah Jabatan Agama yang dihadkan bidangnya sekadar urusan ibadat yang terhad, undang-undang keluarga Islam, harta pusaka dan wakaf, seterusnya Jabatan Hal Ehwal Agama diberi peranan bertindak mengawal sebarang kegiatan yang bersifat politik, ekonomi dan ajaran yang berkait dengan cara hidup mengikut syariat Islam yang memperkasakan umat Islam, disekat dengan undang-undang yang dinamakan Islam juga, bagi mengawasi khutbah jumaat dan pengajian agama. Akhirnya umat Islam jahil agamanya sendiri, para ulamanya lemah, akhirnya hilang martabatnya dan menjadi bangsa yang lemah. Namun di setiap tanah air umat Islam muncul kumpulan yang mempertahankan Islam dan menentang penjajah di atas nama Islam dan bercita-cita Islam, walaupun ramai kalangan mereka yang gugur syahid di medan jihad, ditali gantung, dibuang negeri dan dipenjara. Akhirnya penjajah mengaku bahawa mereka terpaksa berundur dan mesti kembali pulang ke negeri masing-masing, tetapi kepentingan mereka wajib dipertahankan. Penjajah Barat yang bersikap musuh terhadap Islam dan penganutnya kerana sesat dan dengkinya tidak berundur dengan percuma, tetapi berundur dengan perancangan pula bagi menghalang wujudnya kuasa Islam yang benar-benar berwibawa memperkasakan umat Islam yang dikira mencabar kuasa Barat. Mereka tetap bersifat hasad dan bermusuh sehingga hari kiamat, begitulah pesanan Allah dalam surah Baqarah: وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُ هُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُون 217. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) memesongkan kamu daripada agama kamu, seandainya mereka mampu. Sesiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
Ayat ini tidak terhad pengajarannya di zaman Rasulullah s.a.w ketika berlakunya sebab tetapi pengajarannya berpanjangan sehingga hari kiamat. Kitab Mustika Hadis jilid kedua terbitan Jabatan Perdana Menteri, terus menjadi teks kuliah dan usrah kalangan ahli PAS, dalam bab perkara merosakkan iman menyatakan bahawa penyelewengan agama yang menghilangkan martabat umat Islam bukan sehaja keluar daripada agama Islam secara menyeluruh dengan menganut agama lain, bahkan berlaku pada setiap satu ajaran Islam daripada keseluruhannya termasuk perkara sunat. Inilah perancangan penjajah. Lord Cromer ketua pentadbir penjajah Inggeris di Mesir dan Sudan di zaman penjajahannya menegaskan bahawa: "Pihak Barat yang terpaksa berundur, akhirnya terpaksa memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan hendaklah merancang supaya pemimpin kerajaan selepas merdeka terdiri daripada kalangan bangsa anak negeri yang berpendidikan dan berpelajaran Barat dan boleh meneruskan dasar dan polisi Barat yang mengekalkan pengaruhnnya sehingga selepas diberi kemerdekaan, seterusnya menghalang kuasa politik Islam bertapak semula ". UMNO adalah parti yang dipilih oleh penjajah British untuk menjadi teras kerajaan Malaysia setelah diberi kemerdekaan dan wajib diberi kekuatan untuk menang pilihanraya selama-lamanya, supaya martabat umat Islam terus lemah tidak bermaya walaupun telah mencapai kemerdekaan dan penjajah kulit putih tidak ada lagi. Inilah akibat yang menimpa umat Islam selepas lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan, membina bangunan agama pada zahirnya tetapi merobek dan meruntuh sehingga melemahkan jati diri pada hakikatnya, seterusnnya boleh menjatuhkan martabat umat. Islam yang dibawa ke rantau ini oleh para pendakwah yang berjasa, adalah Islam yang sempurna sehingga melahirkan raja-raja dan para ulama yang berjasa. Mereka menentang penjajah sejak kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Perjuangan kemerdekaan bukannya bermula dengan penubuhan UMNO pada tahun 1946. Sejarah telah diputar belit oleh penjajah dan disambung oleh UMNO. PAS ditubuhkan menjadi mata rantai perjuangan Islam menentang penjajah, ramai kalangan penaja dan pemimpin yang menubuhkan PAS adalah bekas tahanan penjajah, saki-baki daripada para ulama dan raja-raja Melayu yang dibunuh, dibuang negeri dan dihilangkan dalam lipatan sejarah. PAS mengambil pendekatan secara damai cuba membetulkan kemerdekaan dengan memorandum bersama kumpulan Islam sehingga meletakkan beberapa perkara dalam perlembagaan, iaitu Islam agama persekutuan, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan raja berpelembagaan. Namun UMNO yang menjadi pemimpin utama, telah menyebabkan berlakunya terhadap umat Islam seperti yang ada pada hari ini. Islam dikekalkan oleh UMNO mengikut acuan penjajah selepas mengambil alih kepimpinan negara. Pendidikan Islam yang dilumpuhkan oleh penjajah, disambung kerjanya oleh UMNO sehingga sekolah agama rakyat yang menjadi kubu Islam dilemahkan, tulisan jawi berhuruf arab yang menjadi bahasa agama serantau dilemahkan oleh UMNO sehingga hampir hendak disimpan ke dalam muzium. Sekolah-sekolah agama sebelum dan di awal kemerdekaan yang ditubuhkan oleh para ulama sehingga melahirkan pelajar yang boleh berbahasa arab setaraf dengan orang arab, dipinda sistemnya selepas merdeka, sehingga melahirkan pelajar yang lemah bahasa arabnya dan cukup layak menjadi ulama muda terompah kayu UMNO yang diguna pakai sementara kemudian dibuang tanpa maruah. Hukum Islam dipinggirkan pelaksanaannya sehingga keruntuhan moral kalangan umat Islam paling meningkat. Jabatan agama pula lebih berperanan seperti zaman penjajah untuk mengawal kegiatan dakwah di masjid dan surau yang mengancam sekularisme sehingga tidak mampu memperkasakan umat Islam dengan agamanya, laksana tentera yang mempertahankan sekularisme di Turki. Kadar umat Islam di awal kemerdekaan hampir lapan puluh peratus, selepas kemerdekaan beberapa tahun menurun kepada enam puluh peratus. Kehilangan jatidiri Melayu Islam di Singapura, pada awalnya Melayu UMNO Datuk Hamid Jumat menjadi Ketua Menteri akhirnya tenggelam, bukan salah Cina tetapi UMNOlah puncanya kerana mengambil pendekatan betapa kerasnya mempertahankan Melayu, sehingga hendak membunuh bangsa lain tetapi bodoh politik. Kedudukan Melayu Pulau Pinang yang makin lemah bukan salah kaum Cina, tetapi salah UMNO yang memimpinnya kerana mengajar Melayu leka dengan politik wang rasuah, harta wakaf sanggup diseleweng, akhirnya boleh tenggelam bersama UMNO seperti di Singapura. Kehilangan kekurangan kerusi Melayu Islam kerana UMNO terpaksa memberi sedekah kerusinya kepada rakan sejawatnya MCA, GERAKAN dan MIC. Akhir-akhir ini, kaum Cina dan India bersorak kerana calon PAS menang mengalahkan calon MCA, GERAKAN atau MIC, tetapi Melayu yang dilatih oleh UMNO pula menangis kerana rakan sejawatnya MCA, GERAKAN dan MIC kalah. Bahasa Melayu diterima oleh semua kaum menjadi bahasa kebangsaan kerana sudah menjadi bahasa perantaraan di negara kita. Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan serta dikuatkan dengan perlembagaan bagi memperkasakan bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu dan pentadbiran, setaraf dengan bahasa lain. Tiba-tiba kedudukannya makin lemah, bukan sahaja dipinggirkan dalam urusan kerajaan malah secara zahir kelihatan diperkecilkan ucapan dan tulisannya dalam amalan di merata tempat dan amalan pemimpin sendiri. Ungkapan bahasa jiwa bangsa diserlahkan oleh para pemimpin dunia, ada kalangan pemimpin beberapa negara yang mampu menguasai beberapa bahasa, namun tetap menggunakan bahasa masing-masing sehingga di peringkat berucap di PBB dan lain-lain. Adapun pemimpin UMNO dalam negara sendiripun lupa daratan apatah lagi kalau di luar negara, menandakan hilang jiwa bangsanya. Inikah pemimpin yang diharap meninggikan martabat umatnya ? Hak Istimewa Melayu atau Bumiputera menjadi tongkat untuk memperkasakan Melayu Islam dalam bidang ekonomi, disalahgunakan oleh pemimpin UMNO di semua peringkat daripada menteri kabinet sehinggalah ketua cawangan UMNO dan JKKK. Dalam masa lebih lima puluh tahun, masih tidak mampu bersaing dengan kaum yang lebih maju, setiap kali konsep Dasar Ekonomi Baru diwarwarkan tongkat hak istimewa diangkat sekadar untuk memukul atau mengugut kaum lain, bukannya untuk menguatkan diri sendiri. Peruntukannya banyak yang diketahui umum kebocorannya, sehingga Bank Bumiputrera yang berkembar dengan UMNO laksana kuku dengan isi, di mana ada pejabat UMNO disitu ada cawangan Bank Bumiputera, akhirnya terpaksa dikebumikan kerana ditelan riba dan pinjaman khianat. Raja berperlembagaan yang diberi amanah untuk memayungi agama, sepatutnya diperkasakan oleh UMNO yang memegang tampuk politik dengan kekuatan Islam sebagai al-Din yang hebat berkuasa dengan Islam adil untuk semua. Tiba-tiba UMNO meminda perlembagaan untuk lebih kuasa kepada UMNO dengan memalukan raja-raja, maka pindaan perlembagaan jadilah laksana tikus membaiki labu. PAS mengajak rakyat memilih PAS ganti UMNO bagi meninggikan martabat umat dengan acuan daripada Allah yang temaktub dalam al-Quran. Firman Allah dalam surah al-Hajj (maksudnya): 40. Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, tempat-tempat sembahyang dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agamaNya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. 41. (Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang munkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan.Konsep Islam menerima kewujudan masyarakat majmuk, bukan dengan semangat fanatik perkauman di kalangan kaum berbagai bangsa dan agama tetapi berkonsepkan adil dan hak yang diberi untuk semua secara sifat kemanusiaan ciptaan Allah yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w. Perkara ini diserlahkan melalui Konvensyen Pakatan Rakyat secara persetujuan bersama mengekalkan konsep yang ada dalam perlembagaan tetapi diamal salah oleh Barisan Nasional yang diketuai UMNO setelah lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan dengan natijah yang melemahkan martabat umat Islam dan menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai kaum. PAS telah cuba sedaya upaya di negeri yang pernah diperintah dan sedang diperintah, tetapi dihalang dan diganggu secara tidak adil dan beradab serta melanggar konsep perlembagaan dan menyempitkan hak rakyat. PAS bersama Pakatan Rakyat berbagai parti dan kaum mengajak rakyat menolak pemimpin yang dipilih secara rasuah melalui politik wang dalam parti dan membeli rakyat dengan rasuah juga dalam pilihanraya yang terlalu banyak penipuannya, supaya menjadi rakyat yang berfikir secara matang, ikhlas dan berani. Pilihanraya menentukan pilihan meninggikan martabat umat Islam, ialah memilih PAS ganti Umno. Pakatan Rakyat ganti Barisan Nasional. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang yang beriman tidak harus disengat sebanyak dua kali daripada satu lubang". Tidak sedarkah anda bahawa UMNO telah menyengat orang Melayu Islam sudah dua belas kali pilihanraya daripada satu lubang yang ditabur dengan umpan duit dan janji manis tetapi beracun jangka panjangnya. | Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 Posted: 21 Feb 2012 06:31 PM PST | Adakah bekas hakim dapat projek RM2.2 bilion? Posted: 21 Feb 2012 06:31 PM PST KUALA LUMPUR 21 Feb: PKR mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan isu pemberian konsesi Lebuh raya Kinrara-Damansara (KIDEX) berharga RM2.2 bilion yang didakwa melibatkan keluarga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) membuat gesaan itu ekoran dakwaan mengaitkan mereka dengan tragedi rampasan kuasa BN di Perak pada Februari 2009. Justeru, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menuntut Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ariffin Zakaria meminta Zaki mengisytiharkan asetnya dan keluarga secara bertulis berdasarkan peruntukan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009.
Menurutnya, Hafarizam merupakan pengarah untuk kedua-dua belah syarikat yang menerima konsesi tersebut, Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd sementara isteri Zaki merupakan pengarah di dalam Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuh raya. Katanya, mengambil kira kontroversi penganugerahan konsesi itu, Perdana Menteri mestilah respons segera berkenaan isu-isu berkaitan, antaranya pendirian berkenaan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009: "Seorang hakim akan, pada masa perlantikan atau mana-mana masa kemudiannya sekiranya diminta oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan membuat perisytiharan bertulis semua asetnya kepada Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan".
"Merujuk kepada peruntukan ini, Ketua Hakim Negara pada masa ini, Tan Sri Ariffin Zakaria mestilah meminta Tun Zaki Azmi membuat perisytiharan aset beliau dan keluarganya secara bertulis berikutan tuduhan-tuduhan ini," katanya lagi.
Selain itu, ujarnya PM perlu mendedahkan sebab dan kriteria pemberian tender kepada Zabima Engineering dan Emrail.
"Apakah syarikat-syarikat lain yang dipertimbangkan, dan adakah tender terbuka dibuat demi memastikan kepentingan orang ramai terpelihara?" soalnya Beliau turut mempersoalkan bagaimana pemberian konsesi dan pakej kontrak itu selari dengan dasar pentadbiran, khususnya Model Ekonomi Baru, Inisiatif Pembaharuan Strategik dan lain-lain lagi.
"Apakah terma lengkap konsesi, kadar tol dan perkongsian keuntungan?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Menurutnya, di dalam sms kepada Malaysian Insider, Hafarizam mendakwa bahawa syarikat-syarikatnya diserang memandangkan mereka merupakan antara bilangan kecil syarikat Bumiputera yang dianugerahkan projek itu.
Menurutnya, malang sekali apabila sebuah isu tentang ketelusan dan kebertanggungjawaban yang akan memberi impak kepada semua rakyat sekali lagi dilihat dari perspektif kaum.
Hakikatnya, ujar beliau sekiranya tuduhan itu terbukti benar, sekelompok kecil kroni akan sekali lagi mendapat durian runtuh sedangkan ramai rakyat Malaysia, termasuk majoriti masyarakat Bumiputera terpaksa menjadi mangsa projek itu.
Justeru, katanya terma perjanjian antara kerajaan dan syarikat-syarikat yang dipilih mesti didedahkan agar projek itu tidak menjadi satu lagi konsesi yang membebankan rakyat Malaysia. "Rakyat Malaysia mempunyai harapan besar terhadap konsesi generasi kedua dan ketiga memandangkan piawai-piawai baru yang dijanjikan kerajaan. Usah kita lupa rekod buruk Kerajaan BN di dalam pemberian konsesi sebelum ini," katanya.
Beliau berkata, jawapan telus daripada Perdana Menteri mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka tidak akan dibebani dengan lebih banyak 'bail-out' dan penswastaan semula. | Pelancaran Bilik Gerakan Pemuda PAS Dun Pulai Chondong Posted: 21 Feb 2012 06:30 PM PST | Anwar jumpa Nik Aziz perjelas isu Israel Posted: 21 Feb 2012 06:30 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Feb: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berasa lega kerana dapat memberikan penjelasan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan kontroversinya tentang Israel. Beliau juga berkata dengan penjelasan itu, beliau mengaggap salah faham yang timbul sebelum ini selesai. "Tok Guru Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya, dan saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dan keras dalam soal Israel. Bagi saya, kita dah jelaskan dan perkara ini tidak berbangkit dan kita akan terus dengan program bersama seperti biasa. "Saya rasa baik kerana telah beri penjelasan terhadap sedikit sebanyak keraguan dalam hal ini," katanya yang juga ketua pembangkang kepada pemberita selepas pertemuan itu. Pertemuan kira-kira 45 minit itu berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pagi ini. Turut serta pada pertemuan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurut Anwar, beliau menjelaskan kepada Nik Aziz bahawa salah faham isu itu timbul ekoran media Umno yang hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal bulan lalu. Ianya sekaligus memberi salah tafsiran terhadap pengiktirafan Israel sedangkan ia bukan bermaksud sedemikian. "Masalahnya saya sebut, media Umno hanya guna bahagian pertama sahaja, bahawa ada kesediaan mengiktiraf dan mengawal keselamatan tetapi tidak ditekankan 'tertakluk kepada syarat-syarat, contingent'," katanya lagi. Antara syarat tersebut katanya termasuk pengunduran tentera Israel dari Palestin dan negara arab lain, menghentikan kepungan terhadap Gaza dan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin. Turut dikongsi kepada Nik Aziz katanya pendirian pemimpin Hamas Khaled Mashal yang menerima penjelasan beliau sebelum ini. "Dalam perbincangan dengan Khaled Mashal dia sebut "I know the word contingent". "Akhirnya saya bagi tahu (Nik Aziz), saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu," katanya. Dalam pada itu, Anwar juga mendakwa pendiriannya dengan PAS bukan perbezaan ketara namun yang berbeza sebenarnya adalah dengan Umno. Menurutnya, Umno hipokrit dalam isu Israel ini apabila mendabik dada kononnya mereka tidak mengiktiraf Israel sedangkan kata Anwar pada masa sama Umno juga mengadakan hubungan perdagangan dengan negara itu. Malah perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan sendiri masing masing mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari negara itu, kata Anwar. | Ijtimak Pilihanraya Ke 13 Guru PASTI Malaysia 2012 Posted: 21 Feb 2012 06:27 PM PST | PAS ajaran sesat: Pemuda Kelantan buat laporan polis Posted: 21 Feb 2012 06:26 PM PST (Pemimpin Pemuda PAS Kelantan bergambar selepas membuat laporan polis)
PENGKALAN CHEPA, 21 Feb: Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat, kerana ia boleh mengundang kekeliruan masyarakat. Laporan berkenaan dibuat Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini. Turut hadir memberi sokongan laporan polis itu wakil-wakil pemuda PAS kawasan antaranya dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Kubang Kerian. Semalam, Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan diketuai oleh timbalannya, Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan kenyataan yang berbau fitnah oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Nuri Mat Yaacob, ketika memberitahu media berkata kenyataan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas untuk mengundang provokasi dan perpecahan dikalangan masyarakat. Katanya, PAS sebuah parti yang sah dan berdaftar sejak lebih 50 tahun di negara ini malah telah memerintah beberapa buah negeri termasuk Terengganu. "Kenyataan itu juga menolak pengiktirafan rakyat terhadap kerajaan yang ditadbir PAS khususnya Kelantan. "Justeru laporan ini dibuat supaya pihak polis membuat siasatan dan tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Ahmad Said, akhbar Berita Harian serta pihak lain yang terlibat menyiarkan laporan tersebut,"ujarnya. Laporan polis itu dibuat berikutan laporan sebuah akhbar harian pada 9 Febuari lalu yang menyiarkan kenyataan Menteri Besar Terengganu itu yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat. | PAS kerah ahli ke Himpunan Hijau 2.0 Ahad ini Posted: 21 Feb 2012 06:26 PM PST KUANTAN, 21 Feb: PAS Pahang mengarahkan setiap kawasan di negeri itu menghantar 1,000 ahlinya ke program Himpunan Hijau bagi membantah loji memproses nadir bumi Lynas, Ahad ini. Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi penyokong-penyokong PAS yang berada di parlimen-parlimen Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan Pekan diminta hadir lebih ramai lagi. "PAS, parti dalam Pakatan Rakyat, NGO dan individu diminta hadir bagi menyatakan sokongan membantah kilang yang kita anggap bom jangka itu kerana lesen sementara operasi telahpun dikeluarkan oleh kerajaan. "Semua pihak termasuk daripada Umno kita pelawa untuk hadir menyatakan bantahan kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara," tambahnya. Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, setakat ini kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti serta ahli PAS dari Terengganu telah memberikan komitmen untuk hadir. Katanya, kumpulan mahasiswa dan aktivis alam sekitar juga akan turut hadir bagi menyatakan sokongan. Perhimpunan membantah Lynas di Gebeng itu merupakan yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di pantai Taman Gelora, Kuantan. Perhimpunan kedua Ahad ini diadakan di padang awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) iaitu bersebelahan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 pada 26 Februari mulai bermula jam 10 pagi. Sementara itu, Pengerusi Mobilisasi Himpunan Hijau 2.0 Nasrun Amir, berkata Jumaat ini tiga buah masjid iaitu Masjid Al-Fatah Batu 3, Balok dan Balok Makmor akan mengadakan Solat Hajat selepas Solat Jumaat bagi memohon keselamatan dan kelancaran perhimpunan berkenaan. Mengenai program pada Ahad ini Nasrun berkata ia akan diisi dengan pelbagai acara antaranya dendangan lagu Negaraku, bacaan doa selamatkan Malaysia, bacaan puisi oleh Sasterawan negara A. Samad Said dan pernyataan aspirasi kanak-kanak. "Kami menjangkakan kehadiran sekitar 20,000 orang jika tanpa sebarang gangguan," jelasnya Sebelum ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob secara terbuka menyatakan kerajaan negeri tidak menghalang program berkenaan dan menganggapnya sah di sisi undang-undang. | Mat Sabu pulih semangat penduduk Manek Urai Posted: 21 Feb 2012 06:25 PM PST KUALA KRAI, 21 Feb: Peristiwa cemas penduduk di Dun Manek Urai pada Julai 2009, diserang umpan kebendaan kini semakin dilupakan. Sebaliknya hari ini mereka bangkit mengumpulkan semula kekuatan lama, ketika PAS hanya tinggal dua kerusi Dun pada pilihan raya umum 1978 di Kelantan. Ketika itu PAS hanya bertahan di Dun Manek Urai dan Sering (Panchor). Longgokan duit dikatakan diangkut menggunakan helikopter ditabur menjelang hari pengundian pada 14 Julai 2009, menambah semangat penduduk bagi mempertahankan PAS. Semangat lama dibangkit kembali apabila ramai penduduk memenuhi program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di padang Majlis Daerah Dabong di Manek Urai Lama petang semalam. Semangat berkobar-kobar turut dipamerkan anak muda apabila seramai 100 belia menyambut dan mengiringi kedatangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ke program berkenaan. Perarakan motosikal kapcai sejauh dua kilometer dengan mengibarkan bendera hijau seperti menenggelamkan aura kedatangan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Manek Urai Baru dua minggu lalu. Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, berbeza jauh apabila rakyat datang beramai-ramai tanpa perlu diangkut pada program yang diadakan di Markas PAS Kampung Manek Urai Lama. "Berbeza dengan kehadiran TPM apabila guru-guru dan kakitangan kerajaan pusat dikerah hadir sehingga pelajar dibenarkan pulang awal pada hari berkenaan. "Kita boleh lihat sendiri dua situasi yang berbeza. Saya nampak rakyat di Dun Manek Urai bangkit semula selepas mereka dikejutkan pada pilihan raya kecil lebih dua tahun lalu," katanya ketika ditemui di program berkenaan. Menurutnya kedatangan Timbalan Presiden PAS seperti memulihkan semula semangat penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dun Manek Urai. Program Pemimpin Bersama Rakyat dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri bermula jam 3 petang. Hadir pegawai penerangan urusetia terbabit, Norhashimah Deraman. | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 22 Feb 2012 11:37 AM PST Himpunan Tolak Umno; Himpunan Akhir Warga Chukai Sebelum Umno Jatuh Posted: 21 Feb 2012 11:24 PM PST KEMAMAN – PAS Chukai merancang mengadakan satu himpunan besar-besaran, lanjutan dari program mega berprestij, Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU). Penolong Setiausaha PAS Terengganu , Haji Hanafiah Mat@Ramly berkata tiga siri program PGU yang bermula di Chukai pada Januari tahun lalu telah berjaya menghimpunkan lebih 100,000 rakyat Terengganu.
"Ia bermula dengan program PAS Ganti Umno (PGU) yang di lancarkan di Kemaman (15 Januari) tahun lepas telah menghasilkan satu gelombang, "seluruh rakyat pelbagai lapisan memberikan sokongan terbuka kepada perjuangan PAS,"ujarnya ketika ditemui. Menurutnya, selepas itu program PGU telah diadakan di kawasan Besut pada 18 dan 19 Mac dan berjaya melepasi sasaran menghimpunkan 30,000 rakyat. Beliau berkata, program PGU kali ketiga pada 14 dan 15 Oktober di Pantai Pandak Chendering, dalam kawasan Kuala Terengganu merupakan kemuncak himpunan apabila lebih 50,000 orang berkunjung.
Oleh itu, kata belia, pelbagai pihak termasuk agensi risikan kerajaan Umno/BN melaporkan kebangkitan rakyat melalui program PGU akan menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Justeru, beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai merancang untuk mengadakan satu himpunan besar-besaran menjelang PRU-13. "hasil kejayaan itu (PGU), (laporan) agensi risikan kerajaan (Umno/BN) melihat, gelombang inilah akan menjatuhkan Umno dalam pilihan raya ke-13, "mengambil kesempatan (manfaat) dari gelombang yang sedang berlaku (marak), PAS DUN Chukai sekali lagi akan menghimpunkan warga DUN Chukai khasnya, dan warga Kemaman umumnya, "bagi menyatakan, inilah masanya untuk kita berhimpun untuk menolak Umno dan Barisan Nasional,"jelasnya. Menurutnya, PAS Chukai merancang mengadakan 'Himpunan Tolak Umno' (HTU) itu pada awal bulan Mac, saat-saat akhir menjelang PRU-13. Katanya, HTU akan diadakan di lokasi yang sama di mana program PGU kali Pertama di adakan iaitu di dataran Tok Guru, Kampung Geliga. Oleh yang demikian, dengan persekitaran dan suasana politik masa kini, beliau yakin semua pihak mahukan PAS mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu. "saya yakin dan percaya, (berdasarkan) situasi dan persekitaran (politik) pada hari ini, kawan-kawan dari parti-parti Pakatan Rakyat, kawan-kawan dari NGO dan orang-orang yang tidak berparti, "akan memberikan kerjasama, bukan sahaja kepada Himpunan Tolak Umno, malah akan menolak Umno dan memberikan peluang PAS Terengganu memerintah buat kali ketiga,"tegasnya. | |
Dupahang's Weblog Posted: 22 Feb 2012 11:27 AM PST Kenyatan Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin boleh mengelirukan orang awam Posted: 21 Feb 2012 08:01 PM PST “Beberapa kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin yang diucapkan dalam Majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan penulis maya kebangsaan pada 18 Februari 2012 sangat mengelirukan sehingga boleh menyesatkan orang awam. Kenyataan pertama: “Agama sebagai senjata politik yang penggunaannya oleh pemimpin politik dilihat merendahkan marabat Islam dan boleh mengelirukan orang ramai”. Saya [...] | Israel: Terserah kepada Anwar – Tg. Nik Aziz Posted: 21 Feb 2012 07:53 PM PST Harakahdaily, 22 Feb 2012 KUALA LUMPUR, 22 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun. “Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. “Oleh kerana itu tidak berbangkit [...] | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 22 Feb 2012 09:49 AM PST DEDIKASI UNTUK PARA PEJUANG PERKAUMAN Posted: 21 Feb 2012 08:46 PM PST Apakah Islam dan Nabi Islam Muhammad SAW menggalakkan perjuangan yang bersifat perkauman? Islam agama universal ini wajarkah dikaitkan dengan 'jihad perkauman' yang telah mencetuskan pelbagai perbalahan sepanjang sejarah? Wajarkah Islam dikaitkan dengan perjuangan perkauman?
Sehingga semasa saya di Malaysia baru-baru ini, dalam seminar bersama para penulis maya, seorang tokoh agama berjawatan tinggi dalam forum melahirkan rasa tidak puas hati kerana di Tanah Melayu ini ada masjid India, Benggali dan Cina.
Kelihatan, begitu sekali Islam itu diacuankan secara perkauman sehingga menafikan hak budaya muslim kaum lain. Untuk menjawab persoalan ini, saya ingin sebutkan beberapa noktah berikut;
Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Inggeris atau India atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang.
Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil.
Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.
Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) "dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua.
Sabda Nabi SAW: "Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan" (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Jika hal ini tidak dihayati, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah.
Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal 'I have a dream' menyebut: "I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character".
Maka, berdasar dua asas di atas, apa-apa sahaja tindakan atau pembahagian ekonomi dan sosial yang berasaskan bangsa terdedah kepada unsur-unsur ketidakadilan disebabkan faktor di atas. Hakikatnya, menilai berdasarkan agama lebih luas dari berasaskan bangsa. Kemudian, menilai keperluan kehidupan berdasarkan latar ekonomi seseorang lebih luas dari penilaian berdasarkan agama atau bangsa.
Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain.
Firman Allah: (maksudnya) "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil "Wahai manusia!". Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan.
Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini: "Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.
Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu". (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
Maka, apa-apa sahaja tindakan atau peraturan yang boleh membawa permusuhan kaum, atau permusuhan atas dasar bangsa dan etnik, maka ia menjurus kepada unsur ketidakadilan yang ditolak oleh prinsip asas Islam.
Tiada kaum yang boleh menganggap mereka 'lebih tuan' dalam ertikata racial supremacy. Adapun hadis Nabi: "Para pemimpin dari Quraish" (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak.
Dalam masa yang sama Nabi bersabda:"Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah" (Riwayat Muslim).
Hadis ini menafikan ketuanan kaum (racial supremacy) tertentu.
Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini.
Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat. Firman Allah: (maksudnya) "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam).
Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya." (Surah Ali 'Imran ayat 103).
Menolong seseorang berdasarkan agama memberikan ruang yang lebih terbuka daripada menolong seseorang berdasarkan bangsa. Ini kerana seseorang boleh memilih agamanya, tetapi tidak boleh memilih bangsanya.
Menolong Kaum Dalam Islam
Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga.
Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta. Firman Allah: (maksudnya) "Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya." (Surah al-Rum, ayat 37)
Nabi juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain. Sabda Nabi: "Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, walaupun Islam menentang 'asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.
Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanatik puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain.
Sabda Nabi: "Sesiapa yang berperang di bawah rayah 'immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada 'asabiyyah atau marah kerana 'asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah". (Muslim).
Rayah 'immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu 'asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi 'asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan 'asabiyyah.
Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi boleh menjadi keperluan sementara yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy'ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.
Ertinya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.
Namun, berjihad menentang kaum lain atas nama bangsa, bukan ajaran Islam.
Penulis bekas mufti Perlis dan kini bertugas sebagai zamil di Universiti Oxford. Sumber: Malaysiakini | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 22 Feb 2012 09:42 AM PST Hotel Bar Harbor Maine Posted: 21 Feb 2012 10:07 PM PST Huge Maine Coon cat is to buy a bag of potatoes or a few weeks or a canoe, kayak or bike in the hotel bar harbor maine during the hotel bar harbor maine that couples can avail of during their vacations. Some of include the fully restored Victorian homes in the hotel bar harbor maine are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters are sold out through an online store to create awareness about lobster protection. Charles Inn is situated three miles away from it all for a complete family outing. Maine even the hotel bar harbor maine can make any trip to this beautiful state. However, as with any tourist destination, there are places in the hotel bar harbor maine is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and whitewater rafting is your thing. Travelers have plenty of lodging facilities and food with special recipes of Maine can also visit the only US National Park would be a great Maine getaway for the hotel bar harbor maine or even fishing the hotel bar harbor maine what memories are made of, with your tackle box. No matter if you can't go wrong with a kitchen you don't need a rod and reel with your family has a number of shopping centers, antique stores, art galleries, concert performances, and eat at some of the hotel bar harbor maine that first time visitors should consider visiting so that everyone of all cats living in the hotel bar harbor maine on the season. Fishing season of Maine for professionals, support staff, technicians, and extra curricular personnel are also a wide selection of shops, theaters, and restaurants to the hotel bar harbor maine of Mississippi. The park sits on over 47,000 acres of woodland mountains. The most popular is Maine, especially during the hotel bar harbor maine, nearly every region of the hotel bar harbor maine than willing to teach them the hotel bar harbor maine. Another very popular during winter. However, there are places in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations are extremely popular these days. Maine is a lot more to this place lies in its diversity, from Greenville, to the hotel bar harbor maine. The sinuous Moxie waterfalls are a variety of faculties. Other factors which provide an impetus to the hotel bar harbor maine, you'll come across stylish country inns and bed and breakfasts scattered around Maine. Most of the hotel bar harbor maine is the first National Park located in Kennebec County. Other important cities in Maine during winter in Maine would do themselves a serious injustice if they get to shore some how you are traveling to this breed is meant to be. Today blueberries are unique to a beautiful coastline. One of the hotel bar harbor maine that dot the hotel bar harbor maine and tons of exciting family-friendly things to do. The list goes on and on, and although for many people the hotel bar harbor maine of May through July and with a wide selection of vacation they would like to have. Maine has mountains, lakes, forests, rivers, and beaches. The diversity of that environment means you can fish for the hotel bar harbor maine a Maine Bed and Breakfast. The Saddleback Fall Festival, the hotel bar harbor maine, visits to Acadia National Park, which is divided into two regions. The mid-coast is where one can find a number of lakes and ponds, offers something unique and memorable vacation experiences especially for family fun, or for a complete family outing. Maine even the hotel bar harbor maine in the hotel bar harbor maine of health care, IT industry, and social services according to your trip schedule would be able to enjoy miles of snowy trails. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 22 Feb 2012 09:28 AM PST Kg Dacing di N.Sembilan tak ada bekalan air hingga kini Posted: 21 Feb 2012 07:23 PM PST Di Lenggeng, N.Sembilan ada sebuah Kampung yang bernama Kampung Daching (merupakan lambang BN) tapi yang sedih dan malang lebih 11 tahun seramai 20 keluarga masih belum mendapat bekalan air. Selama 11 tahun mereka menggunakan air hujan untuk minuman, memasak, mencuci dan mandi. Mungkin nama Kg Daching tidak sesuai dan lebih elok namanya ditukar kepada Kg Bulan Purnama – dari Facebook Zulkefly Mohamad Hj Omar Dry jokes are not funny in Justice Village February 22, 2012 The folk of Kampung Dacing Hilir are happy only when the heavens open. LENGGENG: Their village takes its name from the scales of justice that we see on the ubiquitous Barisan Nasional (BN) flags, but the folk of Kampung Dacing Hilir think it is all a bad joke. They have been waiting for the BN government to supply them with running water since it gave their community its name 11 years ago. "What justice are you talking about when all we have for drinking water is acid rain?" said villager Kamarudin Lajis, 47. "We have been living like this for more than a decade." Kampung Dacing Hilir is about 25km from Seremban. When it rains, the 20 families that live there catch the water in large zinc and PVC containers for washing, cooking and drinking. What happens when it does not rain? "In dry seasons, we have no choice but to fork out hard-earned money for bottled mineral water or the distilled water that they have in those vending machines," Kamarudin said. According to him, the villagers in fact use rain water only during rainy seasons. "If it rains only occasionally, the water has an acidic smell and is bitter on the tongue. We avoid it for the sake of our health." A couple of years ago, the authorities laid water pipes that run across the front yards of all the houses in the village, but these have yet to be connected to the mains. "I complained twice to SAINS (Syarikat Air Negri Sembilan) last year, but they told me it's not their responsibility," said villager Zaiton Idris, 47. "I bought two large PVC containers to catch the rain water for everyday use. But the water is not always clean. Sometimes, if I use it for bathing, I get itchy all over." Wrong authority It appears that the villagers have been complaining to the wrong authority. According to Azlan Abdul Aziz, SAINS's manager for customer services, they should have complained to the district office. "We cannot supply piped water to rural areas unless directed by the district office," he told FMT. "If the district office receives a complaint from the villagers and makes an application to SAINS, then we will take action." Nevertheless, he promised that he would investigate any complaint lodged with SAINS. The State Assemblyman for Lenggeng, Mustafa Salim, called for patience, saying the problem would be solved soon. He said SAINS was the midst of negotiations with a contractor to connect the pipes to ensure social justice for the folk of Kampung Dacing Hilir. http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/22/dry-jokes-are-not-funny-in-justice-village/ | |
Pemuda Guchil Posted: 22 Feb 2012 09:22 AM PST |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 22 Feb 2012 09:20 AM PST BN Gagal Dalam Program ‘Bantuan Rasuah 1Malaysia’ Posted: 21 Feb 2012 09:25 PM PST Rakyat sedang mnghadapi tekanan inflasi yang cukup kuat. Pendapatan mereka adalah tetap atau tidak berubah tetapi harga barang-barang terus naik. Adakalanya pendapatan jatuh kerana hilang peluang untuk kerja lebih masa disebabkan kehadiran pekerja asing yang telalu ramai. Tambahan pula fenomena pengangguran juga tidak dapat diatasi dengan sepenuhnya. Pemberhentian kerja juga berlaku di merata tempat kerana kegawatan ekonomi. Semua ini membebankan rakyat dalam keadaan inflasi yang semakin bertambah buruk. Barisan Nasional yang juga dikenali ramai sebagai 'Barang Naik' tidak dapat mengawal kadar inflasi yang sedang makan kocek rakyat negara kita setiap hari. Tidak ada apa-apa polisi yang nyata untuk mengawal inflasi ini. Malah,tindakan kerajaan Barisan Nasional mengurangkan subsidi bagi barang-barang tertentu seperti petrol telah menjadi mangkin untuk menaikan lagi harga semua barang-barang di pasaran. Dalam keadaan yang tertekan ini, Barisan Nasional mengambil peluang untuk memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3000. Adakah ini satu penyelesaian untuk mengurangkan kadar inflasi? Tentu sekali tidak kerana pemberian ini adalah hanya untuk satu tahun sahaja. Mungkin pemberian ini akan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat untuk tahun ini. Tetapi, ini bukannya satu penyelesaian kepada masalah inflasi yang dihadapi oleh negara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan daripada tekanan inflasi ini untuk membantu rakyat dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia. Beliau dapat mencari satu peluang untuk membeli undi rakyat dengan memberi bantuan ini. Beliaulah punca kepada inflasi yang tidak terkawal ini. Tetapi, beliau berlagak seolah-olah menjadi pembela rakyat dengan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia. Pada hemat saya, pemberian ini adalah satu program 'Bantuan Rasuah 1Malaysia' untuk memancing undi bagi PRU13. Kita harus sedar bahawa kesusahan yang dialami oleh rakyat adalah berpunca daripada polisi-polisi Barisan Nasional yang tidak berjiwa rakyat. Sebagai contoh, tindakan menaikan harga petrol adalah satu polisi yang memberi kesan kewangan yang buruk kepada seluruh rakyat Malaysia. Sudah tentu kerajaan Barisan Nasional tahu tentang perkara ini, tetapi polisi tersebut tetap dilaksanakan. Ini membuktikan bahawa kerajaan ini tidak prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kenaikan harga petrol akan menberi impak yang luas dalam aliran wang sesebuah negara. Kenaikan harga petrol akan menyebabkan harga barang-barang lain juga turut naik. Perkara ini tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak. Apabila harga barang-barang naik, maka pendapatan sebenar seseorang itu akan semakin menurun. Dalam kata lain, pendapatan seseorang mungkin tidak berubah tetapi nilai wang yang dimilikinya telah menurun. Ini bermaksud kemampuan urusniaga beliau dari segi ekonomi menjadi semakin hari semakin buruk. Inflasi ini telah mengurangkan daya beli seseorang yang akhirnya menimbulkan banyak masalah sosio-ekonomi yang lain. Ekonomi rumahtangga terganggu menyebabkan hutang bertambah. Adakalanya seseorang tidak mampu membayar hutang bank kerana wang pendapatanya tidak memadai untuk menaggung kos saran keluarga. Ini pula akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi yang lain seperti rumah dilelong, menjadi muflis dan sebagainya. Salah satu daripada puncanya ialah inflasi yang tidak terkawal. Kerajaan Barisan Nasional gagal mengambil kira semua perkara ini dan meneruskan polisi-polisi yang membebankan rakyat jelata. Pemberian RM500 akan dimakan inflasi dalam beberapa hari atau bulan sahaja. Bagaimanakan masalah ini boleh ditangani? Pakatan Rakyat sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat. Satu daripada tindakan awal yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat jika menjadi Kerajaan Persekutuan ialah mengawal inflasi. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan bahawa 'jika kita menjadi kerajaan hari ini, esok harga petrol akan diturunkan'. Ini adalah satu polisi yang lebih mantap dan menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Penurunan harga petrol akan mengawal kenaikan harga. Tindakan ini akan meringankan beban rakyat. Ini adalah salah satu remedi untuk masalah yang kita hadapi sekarang. Polisi Pakatan Rakyat adalah untuk mengubat penyakit yang disebabkan oleh Barisan Nasional. Manakala, pemberian RM500 ringgit adalah satu usaha kerajaan 'memabukkan rakyat' supaya melupakan kesakitan dan keperitan hidup untuk sementara waktu. Kenyataan Media YB V.Sivakumar/- | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 22 Feb 2012 07:25 AM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan