Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 14 Feb 2012 09:40 AM PST Makan malam bersama Presiden PAS 19 Feb 2012 Rembau Posted: 13 Feb 2012 11:50 PM PST KENDURI RAKYAT Makan Malam bersama YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang Tempat : Kg Batu, Rembau Tarikh : 19 Feb 2012 , AHAD Masa : 8 mlm Percuma - Semua dijemput hadir Hubungi Hassan 019-2171942
KULIAH DHUHA Tempat : PASTI Al-Wildan, Seremban (sebelah Masjid Ampangan) Bersama YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang Tarikh : 19 Feb 2012 , AHAD Masa : 7.45 pagi
CERAMAH PERDANA Tarikh : 19 Feb 2012 , AHAD Masa : 9 mlm Tempat : Kg Tengah, Batu 8, Jalan Labu, Labu, N.Sembilan (Rumah Pak Itam) Penceramah : YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Pusat - Ahli Parlimen Ampang YB Hj Taufek Abd Ghani, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Dato Kamarul Baharin Abas, Ketua PKR N.Sembilan - Ahli Parlimen Telok Kemang YB Loke Siew Fook, Pengerusi DAP N.Sembilan - Ahli Parlimen Rasah/ADUN Lobak | |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 14 Feb 2012 09:39 AM PST Nazri nasihat Shahrizat bayar RM250j Posted: 13 Feb 2012 09:03 PM PST KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.
"Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan," katanya.
Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.
"Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam. -SH | Hilux Dirempuh Sehingga Masuk Kedai Petronas Posted: 13 Feb 2012 08:56 PM PST Guru wanita hilang kawalan rempuh HiluxPASIR PUTEH - Akibat hilang kawalan, kereta seorang guru wanita merempuh sebuah kereta 4x4 jenis Hilux sebaik sahaja selesai mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas Pasir Puteh Dua, di sini. Kejadian yang berlaku jam 6 petang kelmarin itu dipercayai berlaku apabila Azizah Mat Noor, 44, memandu kereta Cherry miliknya merempuh dengan laju Hilux yang diletakkan di hadapan Petronas sehingga memasuki kedai tersebut.
Pemilik Hilux, Sufian Abdullah, 21, berkata, semasa kejadian tersebut berlaku dia baru sahaja memasuki kedai Petronas tersebut tidak sampai tiga minit sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat.
"Semasa kejadian saya sedang berurusan di mesin wang di dalam kedai itu dan apa yang berlaku ini sangat mengejutkan," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam kejadian tersebut, kereta milik Azizah rosak teruk di bahagian hadapan akibat merempuh bahagian belakang kereta milik Sufian.
Azizah tidak mengalami sebarang kecederaan kerana semasa kejadian dia memakai tali pinggang keledar.
Sementara itu, Pengurus stesen minyak tersebut, Mohd Azli Abdullah berkata, sehingga sekarang pihaknya masih tidak dapat memberitahu berapa jumlah kerugian akibat kejadian tersebut.
"Ini kerana kami terpaksa menunggu wakil daripada pihak Petronas terlebih dahulu untuk datang menilai jumlah kerugian," katanya.
Menurutnya, kejadian tersebut merupakan yang pertama berlaku di stesen minyak tersebut dan dia bersyukur kerana ia tidak melibatkan orang ramai dan pekerja. -SH
Ulasan GB
Yang pemilik Hilux, Sufian Abdullah, (21 tahun) pergi letak kenderaannya melintang depan Petronas tu apa pasal? Bukankah ia boleh menghalang laluan?
Tidakkah sepatutnya dia meletakkan kenderaannya di sebelah tepi jika sekadar untuk membeli barang dan bukan untuk mengisi minyak? | MAJLIS FATWA PERLU RESPON 'FATWA' HARUSSANI Posted: 13 Feb 2012 08:49 PM PST SHAH ALAM - Datuk Dr Ismail Ibrahim meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang berpandangan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah "menggadai akidah" apabila menghadiri sambutan Thaipusam, Selasa lalu.
Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini berkata, jawapan rasmi terhadap "fatwa" dibuat Harussani harus disegerakan kerana ia mungkin mengelirukan umat Islam jika tidak dimuktamadkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan seterusnya disahkan Majlis Raja-raja sendiri.
Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata, isu seberat ini tidak mungkin dilihat sebagai satu perselisihan pendapat atau perbezaan pandangan sahaja seperti perbezaan pentafsiran dalam hal-hal ranting dalam agama Islam.
"Hal akidah bukan lagi merupakan masalah kecil seperti masalah perbezaan mazhab dalam beberapa hukum cabang yang dikenali sebagai masalah Furu' bukan masalah usul. Hal akidah adalah merupakan hal iman, Islam seseorang," kata beliau dalam entri terbaru blognya.
Ismail yang yang juga bekas duta Malaysia ke Arab Saudi berkata, beliau tidak berniat hendak menyokong atau membangkang kenyataan Mufti Perak yang mengatakan bahawa Perdana Menteri telah menggadaikan akidahnya dengan menghadiri perayaan Thaipusam.
Justeru soal beliau, "menggadai akidah adakah bermakna mencemarkan akidah? Menggadaikan akidah adakah bermakna terkeluar dari akidah Islam, dan seterusnya menjadi syirik?"
Katanya, "kalau inilah maksud menggadaikan akidah yang disebutkan oleh Mufti Perak itu, maka hal ini telah menjadi satu fatwa yang amat berat dan serius kepada umat Islam, terutamanya kepada batang tubuh Perdana Menteri sendiri, dan pihak bertanggungjawab tentang agama di negara kita haruslah memberikan perhatian yang serius juga kepada fatwa ini."
Tambah beliau, hal yang berhubung dengan akidah bukan perkara mudah kerana akidah merupakan keimanan kepada agama Islam itu sendiri dan akidah yang tergadai sekiranya dimaksudkan akidah yang telah tercemar atau terkeluar dari akidah Islam, maka orang itu dengan sendirinya menjadi tidak mukmin dan tidak Islam, syirik dan kafir.
"Apakah pengertian ini yang dimaksudkan oleh Mufti Perak dengan ungkapan menggadaikan akidah itu? Juga kenyataannya tentang perbuatan syirik yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu," ujar beliau.
Malah katanya, hal itu perlu diperjelaskan supaya umat Islam tidak menjadi keliru dengan fatwa Mufti Perak tentang orang Islam yang menyertai perayaan tersebut.
"Mungkin Jakim, Majlis-majlis Agama Negeri, Majlis Fatwa Kebangsaan, malah Raja-raja Melayu sendiri sebagai Ketua Agama Negeri perlu segera mengambil tindakan bagi membincangkan fatwa Mufti Perak ini dan memberikan keputusan yang muktamad dalam isu ini," katanya lagi. - sinarharian | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 14 Feb 2012 09:11 AM PST |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 14 Feb 2012 07:59 AM PST |
Landskap Siasah Posted: 14 Feb 2012 07:57 AM PST Pelbagai Kaum meriahkan Dialog Rakyat di DUN di Sungai Rapat Posted: 13 Feb 2012 08:32 AM PST Pelbagai Kaum meriahkan Dialog Rakyat di DUN di Sungai Rapat Dialog Rakyat yang melibatkan 4 orang ahli panel mewakili komponen parti dalam Pakatan Rakyat telah diadakan di UPU Desa Pelancongan pada 12 Februari 2012 baru-baru ini. Menurut Penyelia DUN Sungai rapat (PAS) Ustaz Radzi Zainon, dialog ini antara yang paling berjaya diadakan di kawasan Parlimen Gopeng kerana melibatkan kehadiran pelbagai kaum terutama kaum India. Ahli-ahli panel yang diundang ialah Ustaz Radhi Zainon selaku Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Sg Rapat, YB Dr Lee Boon Chye (ahli parlimen Gopeng), YB Sivakumar (ADUN Tronoh) dan YB Thomas Soo (ADUN Ipoh Timur). Dialog Rakyat ini dipengerusikan oleh Muhammad Nuruddin Bashah yang bertindak sebagai moderator. Majlis ini berjaya menarik pendengar yang bukan sahaja dari kaum Melayu malah kaum India dan Cina turut hadir. Hujan renyai yang turun di awal majlis tidak menghalang masyarakat di sekitar kawasan Desa Pelancongan hadir dan mendengar penerangan isu rakyat dari ahli-ahli panel yang bersedia turun padang pada bila-bila masa. Pada pusingan pertama Dialog Rakyat, setiap ahli panel diajukan soalan oleh moderator berkenaan pemberian RM500 kepada rakyat serta permasalahan setinggan yang dihadapi masyarakat setempat. YB Sivakumar pula diminta menjelaskan kepada pendengar yang hadir berkenaan sikap dan ucapan Perdana Menteri yang seperti cuba 'mengugut' dan 'merasuah' masyarakat India ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves berlangsung baru-baru ini. Pusingan kedua dialog bertambah hangat apabila pendengar dari kalangan kaum India bangun bertanyakan soalan kepada ahli panel dan mmberi pandangan mereka tentang hak mereka terhadap wang RM 500 berkenaan. Dialog ini lebih berkesan apabila Moderator dan peganjur membenarkan hadirin dan para panel berucap dalam bahasa ibunda untuk menjadikan komunikasi dan mesej disampai secara berkesan. Hal ini diambil pelung oleh YB Sivakumar untuk bercakap dalam bahasa tamil hamper 20 minit semasa penggulungan akhir hujah beliau. Kehadiran ahli panel yang berbilang kaum benar-benar membuat masyarakat yang hadir teruja untuk bertanya soalan berkenaan situasi yang berlegar di sekeliling mereka. Ahli panel turut menjawab soalan dalam bahasa ibunda masing-masing bagi memudahkan pemahaman masyarakat. Antara topic yang sepakat ditolak oleh para panel da hadirin ialah DAP tidak pernah menunggang PAS dan PAS tidak pernah terdetik untuk mempergunakan DAP. Malah dari aspek komposisi kaum dan jumlah kerusi ternyata propaganda DAP ingin menubuh kerajaan dan merebut jawata terteinggi adalah pembohongan UMNO dan BN yang paranoid dengan kemesraan politik DAP-PAS. Sebelum sesi penggulungan dialog, Cikgu Khairuddin, aktivis masyarakat yang banyak berjuang untuk kepentingan peniaga di TEMAN diberi penghormatan untuk menceritakan kronologi permasalahan di TEMAN yang kini dilihat sebagai projek 'gajah putih' kerajaan BN. Sehingga kini, TEMAN telah bertukar nama sebanyak tiga kali sedangkan permasalahan dalaman peniaga dilihat tetap tidak selesai walaupun beberapa majlis besar yang dihadiri Menteri telah diadakan beberapa kali di tempat tersebut. Terbaru, PM akan hadir pada 14 Februari ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) iaitu nama terbaru yang diberikan kepada TEMAN. Di akhir majlis, sesi cabutan bertuah diadakan. Semua ahli panel turut menyumbang cenderahati buah-buahan yang sepatutnya diterima mereka untuk dijadikan hadiah tambahan cabutan bertuah. Selain ceramah perdana dan ziarah rakyat, Dialog rakyat adalah suatu produk Lajnah Penerangan yang paling laris di DUN Sungai Rapat sejak ia diperkenalkan pada bulan Februari 2011 tahun lalu. Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Unit Penerangan MTD Sungai Rapat
| |
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH Posted: 14 Feb 2012 03:44 AM PST Sejadah rukuk dan sujud, kekayaan Tuhan Posted: 13 Feb 2012 06:08 PM PST Meskipun pelbagai reaksi dirimbulkan berkaitan deretan sejadah yang seolah-olah rukuk dan sujud menghadap kiblat, namun tidak dapat dinafikan itulah kekayaan Allah SWT. Subhanallah!Kejadian berlaku di Madrasah Darul Hijrah Paya Pasir, Maran, Pahang. Ia ditubuhkan oleh mantan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Alwi Abdul Hamid dan kini dipimpin pula oleh balunya mantan Ketua Muslimat PAS Pusat / Pahang Ustazah Azizah Khatib Mat.
Kejadian berlaku di surau lama (berusia hampir 70 tahun) kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.
Kejadian yang menggemparkan itu turut mendapat liputan media.
Seorang pelajar, Filza, bercerita begini, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan.
"Umi (Kak Zah) meminta kami mengangkat sejadah terbabit untuk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap.
"Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu untuk mengambil wuduk yang terbatal. Selepas mengambil wuduk dan melintasi bilik mengaji ini, saya terkejut apabila melihat sejadah di hadapan pintu berbentuk seakan sedang sujud menghadap kiblat.
Filza berkata, mereka segera ke tingkat bawah dan memaklumkan kepada pengetua maahad mengenai kejadian pelik itu. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan