Selasa, 14 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 14 Feb 2012 03:25 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Tindakan Maslan dan Khir Toyo

Posted: 13 Feb 2012 06:43 AM PST

Ahmad Maslan dengan berani membuang Buku Jingga ke dalam tong sampah tanpa memikirkan akibat yang bakal diterima olehnya dan BN.

Beliau mungkin dah lupa sebelum PRU12 rakan seangkatannya DS Khir Toyo pernah melakukan penghinaan kepada penjawat awam di Negeri Selangor dengan menghadiahkan penyapu menandakan dia begitu perihatin terhadap tahap kebersihan Negeri Selangor. Dia lupa rakyat sangat berkuasa sehinggakan menghukum seluuuururrrhhhh pimpinan BN pada PRU12 sehinggakan kerajaan mereka tumbang.

Tindakan Ahmad Maslan akan memberi pengajaran kepada beliau serta seluuurrrruuuhh jentera BN pada PRU 13 nanti. ABU

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 14 Feb 2012 01:39 AM PST

Pas Kawasan Tanjung Malim


Ceramah Umum : YB Drs Khalil Idham Lim

Posted: 13 Feb 2012 03:02 AM PST

Himpunan Peneroka Negeri Perak

Posted: 13 Feb 2012 02:23 AM PST

Trolak Utara - Satu himpunan yang menggabungkan seluruh peneroka Felda dalam negeri Perak telah berjaya dianjurkan pada 11 Februari yang lalu. Himpunan yang diadakan di Felda Trolak Utara itu telah dihadiri lebih daripada 300 peneroka yang kebanyakannya datang dari peneroka, anak-anak peneroka generasi kedua di kawasan Tanjung Malim serta pertubuhan pekebun kecil.

Program ini merupakan program yang dianjurkan bersama Pas Kawasan Tanjung Malim dan Anak. Pihak penganjur yang melaksanakan program ini berpuas hati dengan kehadiran peserta pada sesi dialog yang dikendalikan oleh Tn Hj Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak.

Antara ahli panel yang menjayakan dialog ini terdiri daripada Presiden Anak, Tn Hj Mazlan Aliman, Sdr Haris Abdullah (Peguam) Dr Rusli Yaakub (Pakar Ekonomi) dan YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Dalam suasana yang agak panas kerana permohonan menggunakan dewan Felda Trolak Utara telah dibatalkan di saat-saat akhir, namun majlis dialog telah berjaya mencapai matlamat serta mendapat respon yang baik daripada hadirin.

Di sebelah malamnya, kesemua ahli panel telah berceramah di hadapan kira-kira seribu orang yang kebanyakannya terdiri daripada peneroka felda dan generasi kedua felda yang hadir untuk mendapatkan maklumat tentang penyenaraian Felda Global ke BSKL.




CINA ISLAM (林川興)

Posted: 14 Feb 2012 01:27 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Suhakam sokong laksana pendaftaran automatik

Posted: 14 Feb 2012 12:50 AM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM – Kerajaan boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik kepada mereka yang layak untuk memilih calon dan parti politik pada pilihan raya umum akan datang kerana tidak melanggar hak asasi manusia.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suha­kam), Muhammad Sha'Ani Abdullah berkata, kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu segera berbuat demikian untuk memberi ruang kepada rakyat negara ini, menentu hala tuju kepimpinan dan masa depan negara.

"Jika dilaksanakan pendaftaran secara automatik, ia seolah-olah menunjukkan semua orang boleh terlibat dalam urusan pentadbiran negara kerana diberi hak untuk memilih wakil rakyatnya secara mudah.

"Bagi kami, malah tidak timbul ia boleh menjejaskan hak asasi seseorang untuk menyertai dan mempengaruhi urusan pentadbiran negara. Begitu pun, kita tidak boleh memaksa seseorang supaya mendaftarkan diri sebagai pemilih," katanya mengulas kenyataan Bicara Isnin, semalam mengenai 2.1 juta orang Melayu berumur 21 tahun belum mendaftarkan diri sebagai pemilih dengan SPR.

Beliau berkata, hak membuang undi adalah perkara lain dan tidak ada kena-mengena dengan pendaftaran secara automatik.

Sekiranya seseorang dipaksa untuk mengundi atau dikenakan denda kerana gagal menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih, kata Muhammad Sha'Ani, ia boleh menjadi kesalahan dan dituduh melanggar hak asasi manusia.

"Untuk memastikan ketelusan dalam melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik, SPR perlu menitikberatkan aspek keselamatan untuk mengelakkan berlaku sebarang penyelewengan.

"Kerajaan juga harus membuat satu undang-undang dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara ini supaya tidak timbul keraguan mengenai sistem berkenaan," katanya.

Menurutnya, Suhakam mengalu-alukan ia dilaksanakan pada masa terdekat.

"Tanya kerajaan kenapa tidak mahu berbuat demikian kerana bagi kami, ia sepatutnya boleh dilaksanakan," katanya./sinar harian

Pakatan Sokong Himpunan Anti-Lynas

Posted: 14 Feb 2012 12:40 AM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA 14 FEB: Pakatan Rakyat sebulat suara menyokong penganjuran Himpunan Hijau pada 26 Februari sebagai usaha menterjemahkan gesaan memberhentikan projek nadir bumi oleh Syarikat Lynas di Gebeng, Kuantan.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mewakili pimpinan Pakatan dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini semalam.

"Gerakan membantah Lynas diteruskan. Pada 26 Februari ini akan diadakan himpunan hijau, menentang Lynas di Kuantan.

"Pemimpin parti akan turun bagi menyatakan sokongan kepada penganjuran itu," kata Anwar.

Projek yang diusahakan oleh firma Australia, Lynas dijangka akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

Pembinaan loji kontroversi ini menjadi titik pertembungan antara Umno-BN dan Pakatan disamping menyaksikan kemarahan awam terus memuncak.

Tentangan terhadap loji itu berhubung kebimbangan terhadap keracunan radiasi terhadap masyarakat dan persekitaran.

Rakyat juga kelihatan kurang yakin dan percaya terhadap jaminan yang diberikan oleh kerajaan pusat Umno-BN dan Lynas bahawa operasi kilang itu hanya menghasilkan tahap radiasi yang amat rendah.

Mengulas lanjut perkara ini, Anwar bekata Gabungan Hentikan Lynas (SLC) akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) yang meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) untuk projek itu.

"Jawatankuasa itu akan mempersiapkan tindakan undang-undang bagi semakan kehakiman diadakan dalam masa yang segera dan diharapkan dapat dikemukakan sebelum 26 Februari ini," jelas Anwar.

tv news/-

Rumah mampu milik pertama Selangor siap September

Posted: 14 Feb 2012 12:36 AM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 14 Feb: Rakyat negeri Selangor boleh menarik nafas lega apabila sejumlah 136 unit Rumah Mampu Milik (RMM) pertama di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat negeri itu dijangka siap September ini.

Projek yang terdiri daripada dua blok pangsapuri lima tingkat itu terletak di Sg. Long, Kajang.
Keluasan setiap satu unit pula adalah di antara 830 hingga 870 kaki persegi di mana ia akan dijual dengan harga tidak lebih dari RM89,000 setiap satu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, projek itu bertetapatan dengan keputusan kerajaan negeri yang membenarkan pemaju swasta membina RMM bagi menggantikan Rumah Kos Rendah (RKR) di kawasan-kawasan di mana tiada permintaan untuk RKR atau tidak sesuai untuk RKR.

"Polisi ini adalah bagi memberi peluang membeli rumah kepada mereka yang mempunyai pendapatan bulanan isi rumah di antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya yang melawat tapak projek berkenaan 10 Februari lalu, kemajuan projek yang dibangunkan sejak Jun tahun lalu oleh syarikat pemaju swasta itu sudah 55 peratus siap dan dijadual siap sepenuhnya September ini.

Tambahnya lagi, keputusan Kerajaan Negeri untuk melibatkan pemaju swasta adalah tepat kerana permintaan RMM di Selangor adalah terlalu tinggi dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak akan dapat menyiapkan jumlah RMM yang secukupnya untuk menepati sasaran yang ditetapkan.

"Contohnya RMM oleh PKNS di Bandar Bangi Bangi yang mula dibina pada bulan Jun lepas telah hanya siap kerja-kerja cerucuk (piling).

"Tetapi kerja membina dinding batu-bata (bricklaying) telah hampir siap bagi projek pemaju swasta di Sg. Long yang dimulakan juga pada bulan Jun tahun lepas," katanya lagi.

Selain di Sg. Long, pemaju-pemaju swasta juga ujarnya telah diberikan kebenaran membina RMM di beberapa kawasan lain seperti di Seksyen U10, Shah Alam di mana 536 unit akan dibina.

"Adalah diharapkan gandingan di antara PKNS dan pemaju-pemaju swasta akan dapat menyediakan jumlah RMM yang secukupnya di Selangor," katanya.

Harakah Daily

Lembah Sireh: Bukti kemampuan PAS mentadbir

Posted: 14 Feb 2012 12:35 AM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 14 Feb: Biar pun seringkali dipertikai pemimpin Umno, namun pembangunan bandar metropolitan di Lembah Sireh yang tersergam indah di tebing Sungai Kelantan tetap berjalan lancar.

Hari ini di kawasan itu boleh dilihat Pasaraya Besar Tesco, lot-lot kedai, Kolej Poly-Tech Mara, Kolej Masterskill, pejabat, terminal bas, riverfront dan restoran terapung.

Berbeza berbanding sebelum ini lokasi itu merupakan kawasan pertanian yang di kelilingi semak dan samun. Ketika itu seramai 130 penduduk pernah mengusahakan aktiviti pertanian di kawasan berkenaan.

Namun sekarang hampir 1,500 penduduk mencari rezeki di Lembah Sireh.

Tanpa mengeluarkan sebarang modal kerajaan Kelantan berjaya membangun Lembah Sireh dan sehingga sekarang pemaju, Liziz Standaco Sdn Bhd menyumbang berjumlah RM46 juta bagi pembangunan perumahan kos rendah (RM3 juta), sumbangan kepada petani (RM2 juta) dan penyerahan tanah bagi pembinaan tapak istana (RM41 juta).

Kejayaan itu menggambarkan keupayaan ulama mentadbir sehingga berjaya membangunkan bandar baru yang kini merubah wajah Bandar Kota Bharu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, seramai 130 petani dipindahkan ke lokasi baru di Kampung Tikat dan kini menjadi pusat pertanian komersial.

Selain itu kerajaan negeri juga menerima hasil daripada premium tanah hampir RM1.2 juta, hasil tanah (RM230,000 setahun), cukai bandar bagi kompenan yang telah disiapkan (RM720,000 setahun), terminal bas dan ruang niaga (RM50,000 sebulan).

"Kalau dahulu sebelum ada projek pembangunan hanya seramai 130 penduduk yang bekerja sebagai petani di kawasan itu.

"Namun sehingga kini hampir 1500 penduduk tempatan dapat mencari rezeki melalui pelbagai peluang pekerjaan yang disediakan," katanya di sini.

Baru-baru ini sebuah badan bukan kerajaan tajaan Umno yang dikenali sebagai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) diketuai bekas pemimpin Angkatan Muda KeADILan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad menyifatkan projek terbabit gagal dan kemungkinan syarat perjanjian tidak dipatuhi pemaju, Liziz Standaco Sdn Bhd.

Pemimpin berkenaan juga sebelum ini terbabit demontrasi di hadapan Kota Darulnaim tahun lepas, mendakwa kerajaan negeri merampas tanah rakyat.

(Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Harakah Daily

Beberapa orang bekas PEGAWAI KANAN kerajaan SERTAI PAS di MELAKA

Posted: 14 Feb 2012 12:25 AM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Beberapa orang bekas pegawai kanan kerajaan akan menyertai PAS secara rasmi pada 18 Februari nanti sempena lawatan Tuan Guru Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat ke Melaka. Mereka akan menyerahkan borang menyertai PAS pada sebelah malam iaitu pada majlis ceramah perdana Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Permatang Pasir, Dun Telok Mas.

Setakat ini mereka telah mengesahkan akan menyerahkan sendiri borang tersebut kepada Tuan Guru. Kemasukan bekas-bekas Pegawai Kanan Kerajaan ini memberikan tamparan hebat kepada BN Melaka yang selama ini mendakwa bahawa pegawai-pegawai kerajaan dan bekas-bekas pegawai kerajaan terus setia bersama mereka.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari dalam salah satu posting di Facebook beliau mengesahkan perkara ini. Kita tunggu 18 Feb nanti siapa agaknya bekas Pegawai Kanan Kerajaan tersebut. .....Apakah Umno Melaka akan menyerang mereka dengan pelbagai tuduhan .

Blog Mutaligat

Pertempuran Di Libya: 17 Maut

Posted: 14 Feb 2012 12:15 AM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam pertempuran di antara dua puak di padang pasir tenggara Libya dalam tempoh dua hari dan menyebabkan 22 yang lain cedera.

Pertempuran di antara puak Zwai dan Tobu di bandar Kufra mengakibatkan 17 orang mati sejak Ahad lalu termasuk sembilan dari puak Zwai dan lapan dari Tobu.

Sumber berkata, puak Tobu mencari tempat perlindungan selepas puak Zwai melancarkan serangan bertubi-tubi. - AFP

'Terpulang kepada PAS nak letak saya di mana'

Posted: 13 Feb 2012 11:50 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 14 Feb: Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub yang didakwa akan balik bertanding di negeri kelahirannya di Johor berkata, dakwaan itu hanya sekadar khabar angin.

Menurutnya, PAS sendiri pun belum membuat sebarang keputusan berhubung kerusi yang bakal ditandingi calon-calon mereka apatah lagi terhadap dirinya.

"Itu rumours yang kata saya akan balik ke Johor.

"Parti pun belum putuskan di mana saya akan bertanding," katanya ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus bahawa beliau akan meninggalkan Kelantan dan bertanding di Johor sebagai persediaan Pakatan Rakyat menawan negeri itu.

Salahudin juga sebelum ini disebut-sebut sebagai calon menteri besar Johor jika Pakatan Rakyat dapat menguasai negeri itu pada PRU-13 nanti.

Mengulas lanjut Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, beliau tidak ambil pusing soal kerusi mana yang akan ditentukan PAS terhadapnya, sebaliknya beliau mahu memberi fokus kepada usaha memenangkan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

"Setakat ini saya mainkan peranan sebagai naib presiden parti.

"Lebih penting bagi saya mahu melihat PAS dan Pakatan Rakyat menang dengan cemerlang pada PRU-13 akan datang," katanya lagi.

Soal kerusi mana untuk beliau bertanding pula, beliau sekali lagi mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa terpulang kepada pimpinan dan akan akur dengan segala ketetapan parti kelak.

"Saya akan buat keputusan ikut kehendak parti di mana nak letak saya bertanding.

"Kalau parti rasa saya boleh membantu kemenangan parti, saya bersedia di mana-mana sahaja," katanya.

Salahudin telah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan selama dua penggal sejak menang dalam PRU 2004.

Pada PRU 2008, beliau berjaya pertahankan kerusi sama dengan majoriti 10,642 undi.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas hasrat Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed mahu menarik Salahuddin bertanding di negeri itu juga membayangkan bersedia melepaskan Salahudin.

Apa-apa pun kata Nik Aziz, terserah kepada PAS Johor berbincang dahulu dan menentukannya.

Harakah Daily

Kereta kedutaan Israel meletup

Posted: 13 Feb 2012 11:30 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BEBERAPA anggota forensik memeriksa bangkai kereta milik kedutaan Israel yang rentung selepas meletup akibat dibom di New Delhi semalam.

NEW DELHI - Sebuah kereta milik kedutaan Israel meletup di ibu kota India di sini semalam menyebabkan dua orang cedera manakala punca letupan masih disiasat, kata polis.

Jurucakap polis, Rajan Bhagat berkata, dua orang cedera apabila kereta tersebut meletup.

Kenderaan itu yang diletakkan di sebatang jalan berhampiran kedutaan Israel di pusat bandar raya ini rentung akibat letupan.

Seorang anggota polis yang ditemui di lokasi kejadian, Vinod Tokas memberitahu, kereta berkenaan memiliki nombor plat diplomatik.

Sementara itu di Baitulmuqaddis, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam menyalahkan Iran berhubung serangan terhadap staf kedutaan di India dan Georgia, yang menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang cedera, seorang daripada mereka ialah wanita Israel.

"Iran bertanggungjawab melakukan serangan-serangan ini. Negara itu merupakan pengeksport keganasan terbesar di dunia," kata Netanyahu kepada anggota-anggota Parti Likud pimpinannya.

Pemimpin Israel berkenaan memberitahu, terdapat beberapa percubaan untuk mencederakan warga Israel dan orang Yahudi sejak beberapa bulan lalu di tempat-tempat seperti Thailand dan Azerbaijan dengan siri serangan tersebut diselaraskan oleh Teheran dan kumpulan Hezbollah di Lebanon.

"Dalam semua serangan ini, pihak yang bertanggungjawab ialah Iran dan proksinya, Hezbollah," kata Netanyahu.

Menurutnya, Israel akan meneruskan tindakan tegas untuk mematahkan keganasan antarabangsa yang datang dari Iran.

Kenyataan tersebut dibuat sejurus selepas sebuah kereta di luar kedutaan Israel di New Delhi meletup dengan menyebabkan dua orang cedera.

Dalam satu kejadian berasingan, Kementerian Dalam Negeri Georgia mengesahkan bahawa polis di ibu negara berkenaan, Tbilisi telah mematikan sebuah bahan letupan yang ditemui di dalam sebuah kereta milik seorang kakitangan kedutaan Israel. - Agensi

'Sokongan Felda pada Pakatan naik hingga 15%'

Posted: 13 Feb 2012 11:25 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) menyifatkan "tidak mudah" bagi BN untuk mengekal 317 kawasan Felda sebagai 'deposit tetap' mereka dalam pilihan raya umum akan datang, memandangkan berlakunya perubahan landskap politik di kalangan peneroka.

Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata ia berlaku susulan perjuangan NGO itu membela hak peneroka termasuk siri-siri saman dan kewujudan cawangan PAS dan PKR yang mewujudkan persaingan politik di tanah rancangan itu.

Bahkan, kata Mazlan (kiri), berdasarkan pengalaman beliau berceramah kehadiran peneroka Felda "berlipat kali ganda" jumlahnya berbanding beberapa tahun sebelum ini.

"Saya beranggapan tidak mudah bagi BN untuk mempertahankan Felda sebagai talian hayat mereka pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Katanya, hal ini berlaku di tanah rancangan itu khususnya di empat buah negeri yang mempunyai banyak tanah rancangan Felda khususnya di Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Sebanyak 54 kawasan parlimen dan 92 DUN mempunyai tanah rancangan Felda yang menurut Mazlan 90 peratus adalah penyokong Umno dan BN. Jumlah peneroka lebih kurang 112,635 ribu orang.

'Melarat' ke Felda lain

Mazlan berkata perubahan sokongan peneroka bermula selepas kemenangan peneroka Felda Kemahang 3 di Kelantan yang menang di mahkamah berhubung tuntutan kadar perahan gred.

Kemudiannya, ia 'melarat' ke Felda lain antaranya, di Felda Mu'aqqil dan Gugusan Air Tawar di Johor; Sungai Koyan, Gugusan Jengka, Bera di Pahang; Serting dan Jempol di Negeri Sembilan serta Kerteh di Terengganu atas pelbagai isu, tambah Mazlan.

NONE"Barang diingat yang membawa kes ke mahkamah, bukan orang PAS dan PKR sahaja, (malah) ia keseluruhannya masyarakat Felda terdiri daripada orang Umno yang bersama dengan kita.

"Maknanya mereka pun hari ini melihat, perjuangan kita betul dan perjuangan parti mereka (yang) tidak berjuang untuk mempertahankan hak mereka," katanya sambil menganggarkan jumlah peneroka yang mengambil tindakan mahkamah melebihi 2,000 orang.

Sambil menyifatkannya sebagai satu fenomena menarik, Mazlan berkata dalam sesetengah kes, jumlah ahli Umno lebih besar daripada ahli dari Pakatan Rakyat khususnya di Felda Mu'aqqil dan Felda Serting.

"Ini (satu) fenomena bagi Umno, dia rasa cemas dengan perkara ini. Ini satu tahap yang sangat menariklah, politik di tanah rancangan Felda ini," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Perhijrahan sokongan

Ditanya berhubung peratusan perubahan sokongan pengundi Felda dalam pilihan raya umum akan datang, Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat bagaimanapun enggan meletakkan harapan terlalu tinggi.

NONEKatanya, berlakunya "perhijrahan sokongan" terhadap pembangkang di kawasan Felda pada tahun 1990 dan 1999 susulan berlakunya pepecahan dalam Umno yang mewujudkan Team A dan Team B serta pemecatan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan PAS menang di Jengka dan Chini.

Bagaimanapun, sokongan pengundi di Felda merosot pada 2004 dan 2008 merosot serta tidak mampu mempertahankannya seperti yang diperolehi dalam pilihan raya sebelumnya.

"Dalam pilihan raya umum ke 13, kita tidak letak sasaran yang terlalu tinggi, kalau kita letak 5 hingga 15 peratus kenaikan sokongan, saya dapat rasakan, kawasan Felda ini akan menyumbang kepada kejatuhan (kepada) parti pemerintah.

"Dalam konteks negeri Pahang, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan. Ini ketara benar. Ini suasana yang berlaku," katanya sambil menambah ada kawasan di Pahang sokongan berada di paras 40 hingga 45 peratus.

malaysiakini/-

Gua di dalam Gua Bewah ditemui

Posted: 13 Feb 2012 11:19 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) menemui dua lagi artifak berharga yang akan menjadi daya tarikan kepada pengunjung ke Gua Bewah yang terletak di kawasan Tasik Kenyir.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata semasa kerja-kerja eskavasi di gua berkenaan pertengahan tahun lepas, LMNT telah menemui sebuah gua lain di dalam Gua Bewah serta menemui satu lagi rangka manusia pra-sejarah.

Sebelum ini pada 2010 satu rangka manusia pra-sejarah turut ditemui di kawasan gua berkenaan yang berusia 16,000 tahun.

"Kita masih belum mempunyai maklumat mengenai rangka manusia terbaru yang ditemui itu kerana kajian mengenainya belum dijalankan manakala gua baru yang masih belum mempunyai nama itu, akan dimajukan dengan menyediakan kemudahan untuk pengunjung seperti tangga bergerak menggunakan kuasa solar dan tempat pendaratan bot melibatkan peruntukan antara RM16 juta dan RM18 juta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pameran Khazanah Islam dari China di LMNT di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu Ketua Sektor Pengurusan dan Sumber Manusia LMNT Che Muhamad Azmi Ngah.

Ahmad berkata apabila segala kemudahan dan persiapan ke gua berkenaan siap dalam tempoh setahun, ia pasti dapat menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong ke situ.

Pameran bertemakan 'Khazanah Islam Dari China' itu merangkumi artifak bermotifkan kesenian Islam dari semua Dinasti China terutama Dinasti Ming yang mempunyai pengaruh dari negara Timur Tengah ketika itu.

Lebih 100 artifak kesenian Islam dipamerkan termasuk senaskah al-Quran Emas yang dianggarkan berharga RM170 juta berusia 500 tahun dari Dinasti Ming yang bermula dari zaman kerajaan Othmaniah yang menggunakan skrip Naskhi.

Sementara itu, Che Muhamad Azmi berkata lebih 100 daripada 8,000 artifak dari Dinasti China yang berusia sehingga 4,000 tahun milik Top Chain Capital Sdn Bhd dipamerkan di LMNT bermula hari ini.

"Artifak yang dipamerkan hari ini akan ditukar artifak lain pula pada Mei depan sempena cuti sekolah," katanya.

Sinar Harian

Tumbuk menumbuk di ceramah Anwar

Posted: 13 Feb 2012 11:15 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, petang semalam dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan pada kejadian petang semalam itu, kira-kira 50 penyokong BN didakwa sengaja melakukan provokasi kerana membantah kedatangan ketua umum PKR itu.

Mereka mendakwa Anwar cuba menghasut penduduk kampung hingga berlakunya pecah belah di kalangan mereka.

Menurut akhbar itu lagi, akibat tidak puas hati, berlaku pertikaman lidah dan tolak menolak di hadapan balai tempat Anwar berucap. Keadaan dilaporkan menjadi tegang apabila seorang daripada penyokong BN ditumbuk dan berlaku pergelutan.

Seorang penyokong BN yang dikenali sebagai Nizam Baharom dipetik Sinar sebagai menyalahkan penyokong PKR yang bertindak agresif dengan menumbuk seorang daripada rakannya.

Kekecohan di Felda Tun Ghaffar di Hutan Pecah, Alor Gajah itu kemudiannya berjaya dileraikan dengan kehadiran pihak polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kekecohan itu akibat rasa tidak puas hati satu pihak berikutan kedatangan Anwar dan bahawa tiada tangkapan dibuat.

malaysiakini/-

Maut dihempap lori sendiri

Posted: 13 Feb 2012 11:12 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

IPOH - Seorang warga emas maut dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya dihempap lori yang dipandunya dalam kejadian di sebuah kilang simen di Kawasan Perindustrian Tasek, semalam.

Toh Lim Ek, 68, dari Taman Utama, Bercham maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan terutamanya di kepala.

Pegawai Bomba Kanan II, Fadzli Che Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.54 pagi yang memaklumkan ada mangsa tertimbus di bawah timbunan kuari.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kami mendapati seorang mangsa tersepit di bawah lori berkenaan.

"Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia ketika ditemui," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, khidmat kren terpaksa digunakan bagi mengalihkan lori tersebut untuk mengeluarkan mangsa dari tempat duduk pemandu.

"Kerja mengeluarkan mangsa berakhir 30 minit dan mayatnya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila mangsa sedang memindahkan muatan kuari dibawanya untuk dilonggokkan di tempat pengumpulan kuari di kilang tempatnya bekerja.

"Siasatan awal mendapati, lori yang dipandu mangsa mengundur secara tiba-tiba sewaktu kerja menurunkan muatan kuari dijalankan.

"Akibatnya, mangsa dihempap di tempat duduk pemandu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut meminta bantuan pasukan bomba dan penyelamat untuk mengalihkan lori hantu seberat tiga tan itu sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Ketika dikeluarkan, mangsa sudah meninggal dunia selain keadaan tubuhnya yang lebam dan patah semua anggota badan.

"Mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat," katanya.

Sinar Harian

Tedung berlingkar dalam tandas

Posted: 13 Feb 2012 11:10 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

IPOH - Seorang pekerja bengkel baiki kereta tergamam apabila melihat seekor tedung selar berlingkar di lantai tandas premis berkenaan.

Kejadian tersebut menyebabkan pekerja tersebut panik sebelum menelefon Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira jam 3 petang semalam untuk mendapatkan bantuan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kinta, Muhammed Ameen Salleh, berkata, beliau bersama tujuh anggota lain tiba di tempat kejadian yang terletak di Jalan Kuala Kangsar itu kira-kira 15 minit kemudian.

Menurutnya, ular jantan sepanjang empat meter dengan berat empat kilogram (kg) itu akan dilepaskan di hutan dekat Simpang Pulai bagi mengelakkan daripada ia mengganggu ketenteraman penduduk.

"Pihak kami mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk menangkap reptilia tersebut.

"Ular yang berwarna kuning keemasan itu dipercayai datang dari arah bukit berhampiran bagi mencari tempat untuk bersembunyi," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sehubungan itu, Muhammed Ameen menasihati orang ramai supaya tidak panik jika berhadapan dengan spesies reptilia berbisa tersebut.

Sinar Harian

Virus selesema burung di Indonesia disyaki alami perubahan

Posted: 13 Feb 2012 11:07 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

JAKARTA - Ciri-ciri berlainan pada beberapa unggas yang mati kerana selesema burung di Indonesia sejak kebelakangan ini telah
menyebabkan pihak berkuasa kesihatan di beberapa negeri mengesyaki virus H5N1 itu telah mengalami perubahan.

Ketua Jabatan Penternakan dan Kesihatan Haiwan Jawa Tengah, Whitono, berkata sebahagian daripada unggas yang mati kerana selesema burung kini tidak lagi mempunyai tanda bintik-bintik hitam atau kebiruan pada bahagian badan yang tidak berbulu, sebagaimana yang biasanya.

Ketua Bidang Kesihatan Haiwan Jabatan Penternakan dan Kesihatan Haiwan Jawa Tengah, Eko Sutarti, pula berkata walaupun belum pasti mengenai adanya virus baru, ciri-ciri unggas yang mati kerana selesema burung, telah didapati berubah, akhbar harian Kompas melaporkan hari ini.

Kini unggas yang mati mendadak tanpa tanda bintik-bintik hitam atau kebiruan itu, juga didapati positif selesema burung.

Pihak berkuasa dan pakar bidang kajian selesema burung tempatan bimbang perubahan itu mungkin disebabkan virus jenis baru yang lebih berbahaya, namun penelitian lebih lanjut diperlukan bagi mengesahkan kemungkinan itu, kata laporan itu. - Bernama

Sinar Harian

Pagar roboh ancam keselamatan murid sekolah

Posted: 13 Feb 2012 11:02 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM – Perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme oleh pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan pagar yang menutupi sub stesen Tenaga Nasional (TNB) berhampiran tiga sekolah dekat Bukit Minyak, di sini, roboh.

Ia membangkitkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di sana.

Seorang waris, Shahidan Sheriff, 41, berkata, keadaan itu sudah pun berlarutan sejak kira-kira tiga tahun lalu, namun, hingga kini tiada pihak yang mengambil inisiatif untuk membaikinya.

Menurutnya, dia bimbang jika murid sekolah menceroboh masuk ke dalam sub stesen berkenaan.

"Pada mulanya, pagar ini roboh sedikit sahaja. Tapi, lama-kelamaan ia menjadi semakin parah hingga hampir keseluruhan pagar ini diruntuhkan.

"Sudah banyak kali saya lihat murid, terutamanya sekolah rendah bermain-main di dalam kawasan berkenaan ketika menunggu ibu bapa atau van datang menjemput mereka selepas tamat sesi persekolahan.

"Jika mereka sekadar bermain di luar tidak mengapa, tetapi, jika suatu hari nanti pintu sub stesen ini pula dipecahkan bagaimana pula?" katanya kepada Sinar Harian.

Shahidan berkata, amat mengecewakan apabila perkara itu hanya dipandang sebelah mata dan dibiarkan berlarutan dalam tempoh masa yang lama tanpa ada tindakan segera dari pihak bertanggungjawab.

Dalam masa sama, dia turut melahirkan kebimbangan akan keselamatan murid yang sering bermain di dalam kawasan itu.

Dia yang mempunyai tiga anak yang bersekolah di situ berkata, pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dalam memantau murid, khususnya sekolah rendah kerana mereka masih kecil dan tidak faham akan bahaya yang menanti.

Sehubungan itu, dia amat berharap agar perkara itu mendapat perhatian serius TNB dan mengambil tindakan segera dengan membaiki pagar yang rosak itu.

Ia bagi melindungi semua pihak dari terdedah dengan risiko kemalangan kerana katanya, apa saja boleh berlaku.

Dan, jika tindakan hanya diambil selepas kemalangan berlaku, ia sudah tidak berguna lagi.

Sinar Harian

DAP: Mampukah Najib arah NFC bayar pinjaman?

Posted: 13 Feb 2012 11:00 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

DAP hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulas kenyataan seorang menteri kabinetnya bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu membayar balik pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik mereka itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata jawapan Perdana Menteri adalah penting kerana sebagai menteri yang bertanggungjawan ke atas hal ehwal undang-undang Datuk Seri Nazri Abdul Aziz telah mengaitkan hubungan langsung antara Shahrizat dan skandal NFC.

"Ini adalah pengakuan kali pertama oleh seorang menteri kabinet bahawa Shahrizat bukan sahaja terlibat kepada skandal lembu dan kondo tetapi juga (mengakui) bahawa kesalahan telah berlaku," kata Lim yang juga mempersoalkan mengapa wang berkenaan harus dikembalikan jika tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Beliau merujuk kepada laporan Sinar Harian, semalam yang memetik Mohd Nazri meminta keluarga Shahrizat membayar balik pinjaman yang diberikan kerajaan itu.

Harus letak jawatan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata dengan berbuat demikian, maka Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno boleh mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Namun, menurut Lim, pengembalian wang itu tidak memadai kerana tindakan juga harus diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab, selain Shahrizat juga harus meletak jawatan.

"Ini bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi merupakan penghinaan kepada standard kebiasaan kewangan, amanah dan kebertanggungjawaban. Rakyat Malaysia menuntut supaya tindakan diambil serta merta.

"Kegagalan untuk bertindak menunjukkan kegagalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membasmi rasuah di bawah Program Transformasi Kerajaan," katanya.

malaysiakini/-

Padah hiburan awam tanpa lesen

Posted: 13 Feb 2012 10:59 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN – Gara-gara mengadakan hiburan awam tanpa berlesen, seorang lelaki berusia 40 tahun dikenakan hukuman denda oleh Mahkamah Majistret Georgetown akibat kesalahan itu.

Tertuduh, Lew Yew Fuat didapati melakukan kesalahan tersebut pada 7 Februari 2012 bermula jam 10.25 malam.

Yew Fuat ditahan melakukan kesalahan tersebut di Lorong Aboo Siti Georgetown.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh mengadakan hiburan awam tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Tertuduh di dapati mengadakan hiburan muzikal di dalam premis yang mana terus disabitkan atas kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (a) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1998 dan boleh dihukum di bawak Seksyen 6 (2) enakmen yang sama.

Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang datang dengan berpakaian kemas mengaku bersalah namun meminta supaya hukuman diringankan.

"Saya memohon kepada mahkamah supaya ringankan hukuman saya kerana ini adalah kesalahan pertama saya.

"Tujuan saya mengadakan hiburan ini hanyalah untuk mencari duit untuk menanggung keluarga sahaja.

"Saya tiada niat lain, saya hanya ada anak-anak dan saya berharap supaya hukuman diringankan," katanya.

Majistret Noor Aini Yusof kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM4,000 kepada tertuduh.

Sekiranya gagal bayar, tertuduh akan dikenakan penjara selama empat bulan.

Sinar Harisn

Ibu tunggal dicekup berkhalwat dengan suami orang

Posted: 13 Feb 2012 10:57 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KULIM - Tindakan seorang lelaki yang menyorokkan kereta miliknya di bahagian tepi rumah keluarga seorang ibu tunggal di sini memakan diri apabila mereka ditangkap kerana dipercayai berkhalwat.

Bertindak atas maklumat orang awam, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) bersama lima penguat kuasa berjaya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan seorang wanita berusia 40 tahun di sebuah rumah di Karangan kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Dari pemeriksaan dijalankan mendapati seorang wanita hanya memakai baju tanpa lengan dan berkain batik manakala pasangan lelaki hanya memakai kain pelekat tanpa pakaian.

Suspek kemudiannya memaklumkan kepada PADK, dia bersama teman lelakinya itu terpaksa tidur di rumah ibunya kerana hendak menjamin seorang ahli keluarga yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim pada keesokan harinya.

Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya dimaklumkan, ketika serbuan dibuat, PADK turut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun sedang tidur di bahagian belakang rumah suspek.

"PADK menerima maklumat tentang pasangan itu dan pergi ke lokasi kejadian. Apabila tiba di sana, PADK mendapati seorang lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai sebarang hubungan mahram tinggal bersama dalam rumah itu. Dari siasatan awal mendapati kedua-dua
suspek tinggal di Kuala Lumpur tetapi sering balik ke rumah wanita itu bersama. Wanita berkenaan merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai anak manakala pasangan lelaki merupakan bekas kakitangan sektor awam dan sudah beristeri serta mempunyai anak.

"Penguat kuasa PADK kemudiannya membuat pemeriksaan di dalam rumah itu dan mendapati hanya mereka berdua dan seorang kanak-kanak berada dalam rumah itu. Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan tangkapan terhadap mereka," katanya.

Menurutnya, selepas membuat laporan polis, PADK telah mengeluarkan notis hadir ke pejabat PADK untuk memberi keterangan. Kedua-dua suspek kemudiannya dibebaskan setelah membayar wang jaminan diri RM1,000 setiap seorang.

Azmi berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988, jika sabit kesalahan kedua-dua suspek boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sinar Harian

Kembar melambung terlanggar kereta

Posted: 13 Feb 2012 10:53 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PENDANG – Sepasang kembar perempuan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dikhuatiri patah tulang paha kerana melambung setelah motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 2.10 minit petang itu mengejutkan penduduk berhampiran kawasan berkenaan dengan bunyi dentuman kuat apabila sebuah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang pasangan kembar terbabit terlanggar kereta Proton Iswara Aeroback yang melintas jalan utama di situ.

Azizan Ibrahim, 27, berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman akibat pelanggaran itu ketika sedang berbual dengan rakan di hadapan kedai berhampiran jalan Pendang Sungai Tiang, sebelum tiba-tiba melihat dua pelajar sekolah melambung.

"Selepas bunyi dentuman itu tiba-tiba ternampak dua pelajar sekolah yang merupakan pasangan kembar terbabit melambung jatuh ke atas kereta bahagian hadapan, manakala seorang lagi melambung jatuh atas jalan.

"Saya segera ke tempat kejadian bagi mengangkat mangsa terbabit dan terus menghantar pasangan kembar itu ke Klinik Kesihatan Pendang untuk mendapatkan rawatan setelah melihat kecederaan mereka di bahagian kepala dan kaki," katanya kepada Sinar Harian.

Azizan berkata, pasangan kembar itu merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Temenggung sedang menunggang motosikal dari arah Pendang untuk pulang ke rumah mereka di Chegar, manakala kereta itu datang dari arah Kampung Hampar kanan.

Menurutnya, kereta itu dipandu seorang lelaki Melayu lingkungan 20an bersama adiknya cuba melintas jalan terbabit dan tiba-tiba motosikal dari arah Pendang melanggar sisi hadapan kanan kereta itu sehingga menyebabkan bahagian itu remuk dan cermin pecah.

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan bahawa pasangan kembar itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk mendapat rawatan lanjut.

Sementara itu, seorang penduduk kawasan terbabit, Audzir Muhammad, 70, berkata laluan itu sering berlaku berlaku kemalangan sehingga meragut banyak nyawa.

"Saya menetap di kawasan ini sekian lama dan boleh dikatakan setiap hari berlaku kemalangan di laluan ini te-rutamanya penunggang motosikal sehingga ada yang terpelanting jatuh ke sungai dan ada yang maut di tempat kejadian.

"Kemalangan di jalan ini sering berlaku disebabkannya sempit dan banyak kenderaan pelbagai jenis menggunakan laluan ini pada setiap masa," katanya.

Sinar Harian

Premis judi digempur lagi

Posted: 13 Feb 2012 10:51 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KEMPAS - Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita warganegara Indonesia dalam satu serbuan di premis judi kira-kira jam 7.30, malam semalam.

Serbuan yang dilakukan di premis terletak di Taman Bukit Kempas itu ­diketuai Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superitendan Stapa Yusof.

Stapa berkata, dua lagi yang ­ditahan merupakan lelaki warga ­tempatan dan ketiga-tiga mereka ­berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mereka yang ditahan tidak memiliki rekod jenayah lampau.

"Wanita berkenaan merupakan penjaga premis judi terbabit manakala kedua-dua lelaki itu merupakan pengunjungnya.

"Polis turut merampas 13 set k­omputer dipercayai digunakan untuk aktiviti judi siber di premis berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Stapa berkata, berdasarkan rekod terkini, ia serbuan kali pertama yang dibuat di lokasi berkenaan.

"Bagaimanapun saya percaya pada tahun sebelumnya, polis pernah ­menyerbu kawasan berkenaan.

"Wanita yang ditahan itu memasuki negara ini menggunakan premit sah walau bagaimanapun dia berhadapan tuduhan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001)," katanya.

Difahamkan, jika sabit kesalahan wanita berkenaan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas atau penjara selama lima tahun.

Manakala kedua-dua lelaki yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) dan jika sabit ­kesalahan boleh didenda sebanyak RM5,000.

Sinar Harian

18 jam operasi mencari mangsa lemas

Posted: 13 Feb 2012 10:46 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

TANJUNG KLING – Seorang tukang gunting rambut yang hilang dipercayai dihanyutkan ombak ditemui lemas dalam keadaan tertiarap di kawasan batu karang berdekatan Jeti Tanjung Bruas, di sini kira-kira 4.30 petang, semalam.

Mangsa, Omar Sudin, 37, dari Kampung Pantai Rombang, ditemui tiga nelayan yang menaiki sebuah bot selepas 18 jam operasi mencari kira-kira empat kilometer dari tempat mangsa kali terkahir dilihat di Pantai Puteri, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam kelmarin, mangsa yang menangkap udang dilihat berenang dalam keadaan lemah sebelum hilang berhampiran tambak batu oleh seorang pengunjung.

Seorang kakitangan sebuah universiti, Mazlan Mahmud, 29, yang turut menangkap udang di kawasan itu berkata, dia dimaklumkan rakannya mengenai kejadian sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Selepas kami sampai di tambak batu itu mangsa tidak kelihatan, namun kami hanya menjumpai sebuah langgai dipercayai miliknya selepas saya berenang kira-kira 100 meter dari lokasi dia didapati hilang.

"Bagaimanapun sebelum kejadian, saya ada nampak dia melepasi tambak batu dan ketika air pasang," katanya.

Menurutnya, kemudian seorang lelaki mula-mula melihat mangsa membuat laporan polis kira-kira 10.15 malam.

Sementara itu, isteri mangsa, Zunaida Yusof, 37, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian oleh bapa mertuanya, Sudin Haron, 62, kira-kira 10 malam.

Menurutnya, mangsa menyatakan hasrat mahu menangkap udang keluar rumah pada 8.30 malam selepas makan bersama keluarga.

"Sebelum keluar suami tidak berpesan apa-apa dan tidak berkelakuan pelik sebelumnya, cuma anak bongsu kami selalu mahu berada di samping dia dalam tempoh seminggu ini, " katanya.

Ibu kepada empat anak berusia dua hingga 11 tahun itu berkata, mangsa memperoleh pendapatan sampingan dengan menangkap ikan selain bekerja sepenuh masa sabagai tukang gunting rambut.

"Malam tadi (kelmarin) dia cakap mahu mencuba langgai yang baru siap dibuat semalam," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Penyelamat Bomba Tangga Batu selaku Komando Operasi Mencari, Abdul Razak Manap berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.33 malam.

"Operasi mencari bermula jam 10.47 malam kelmarin oleh 13 orang anggota bomba termasuk lima orang dari Pasukan Penyelamat Air (PPA) dalam ruang lingkup 50 meter dari persisir pantai sebelum dibesarkan sehingga melebihi dua kilometer.

"Mayat ditemui diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Melaka dibedah siasat," katanya.

Semalam, operasi mencari diteruskan dengan lebih 50 orang membabitkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Agensi Penyelamat Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Marin, Unit 21 Komando (Kem Sungai Udang) serta nelayan dan penduduk kampung.

Ahli keluarga mangsa termasuk bapanya, Sudin juga dilihat berusaha bersama-sama mencari dalam tempoh 18 jam, selain mengadakan solat Hajat selepas solat Zuhur di Masjid Kampung Pantai Rombang.

Sudin yang juga Imam di masjid berkenaan turut kelihatan menunaikan solat Hajat di pantai sebelum meneruskan pencarian di laut kira-kira 2.30 petang semalam.

Sinar Harian

Stesen kereta api berpindah ke lokasi sementara

Posted: 13 Feb 2012 10:40 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SUNGAI SIPUT (U) – Stesen Kereta api di Sungai Buloh, di sini, akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan landasan kereta api berkembar.

Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan terbabit diminta ke stesen kereta api sementara yang dibuka di lokasi baru di Kampung Baru Sungai Buloh berdekatan lokasi asal.

Penutupan operasi stesen kereta api berkenaan akan dilakukan bermula jam 11.00 pagi ini dan orang ramai perlu prihatin dengan notis penutupan yang telah dikeluarkan.

Stesen kereta api sementara itu akan beroperasi sehingga kerja-kerja pembinaan projek landasan kereta api berkembar selesai dijalankan.

sinar harian/-

Pemuda Dibelit Ular Ketika Berzina

Posted: 13 Feb 2012 10:30 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah,

kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi.

Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal. Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya.

"Apa yang boleh saya bantu encik?"

Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.

"Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya."

"Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu.

"Awak pernah pukul ular ke?"

Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya.

Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.

Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai.

Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.

Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.

Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.

Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap.

"Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.

Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang
manusia pun tidak kelihatan.

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula.

Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.

"Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

"Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi.

Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.

Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.

"Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.

Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk.

Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.

Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat.

Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.

Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

harian metro/-

Sebat 3 anak hingga mati

Posted: 13 Feb 2012 08:30 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SEOUL: Seorang paderi dan isterinya ditahan kerana didakwa membiarkan tiga anak mereka kelaparan dan menyebat kanak-kanak yang sakit itu hingga mati dalam cubaan untuk mengusir roh jahat, kata polis, semalam.

Paderi berusia 43 tahun itu dan isterinya ditahan atas kesalahan membunuh selepas saudara pasangan itu menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang reput di kediaman mereka bersebelahan dengan gereja di daerah Boseong dekat pantai barat daya negara ini.

Menurut jurucakap Agensi Polis Wilayah Jeonnam, ujian forensik menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan dua kanak-kanak lelaki berusia lapan dan lima tahun mengalami lebam teruk di tubuh mereka tanpa sebarang makanan dalam perut.

Pasangan itu memberitahu polis, mereka cuba merawat tiga anak mereka yang mengalami demam panas dan selesema melalui puasa dan berdoa serta menyebat mereka berulang kali untuk "menghalau roh jahat".

"Kami percaya kanak-kanak itu tidak diberi makan sejak 23 Januari lalu sebelum akhirnya mereka mati pada 1 atau 2 Februari lalu," kata jurucakap itu. Pasangan itu menyebat setiap anak mereka sebanyak 39 kali dengan tali pinggang atau pemukul lalat dalam lima insiden berasingan, sebagai merujuk kepada petikan dalam kitab Injil.

Polis berkata, mereka merujuk kepada petikan dalam Injil yang berbunyi: "Usah tangguh untuk mendisiplinkan anak; jika kamu menghukum mereka dengan rotan, mereka tidak akan mati. Hukum mereka dengan rotan dan selamatkan mereka daripada kematian." Anak keempat pasangan itu, bayi berusia setahun diletakkan dalam jagaan polis dan dalam keadaan sihat. - AFP

Penulis hina Nabi ditahan sebaik tiba di Riyadh

Posted: 13 Feb 2012 08:15 PM PST

21 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

RIYADH: Wartawan Arab Saudi yang dikehendaki di negara itu atas komen menghina Nabi Muhammad ditahan selepas dihantar pulang dari Malaysia dan akan menghadapi dakwaan hina Islam, lapor media, semalam.

Hamza Kashgari "ditahan sebaik dia tiba di Riyadh malam kelmarin", lapor akhbar berbahasa Inggeris Arab News. "Sumber berkata Hamza ditemani oleh pihak berkuasa Saudi dalam penerbangannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khaled di Riyadh," lapor akhbar itu.

Dia akan "menghadapi dakwaan hina Islam". Hamza, 23, ditahan di Malaysia minggu lalu selepas melarikan diri dari Arab Saudi ekoran bimbang nyawanya terancam selepas mesej di Twitter mengenai Nabi Muhammad yang ditulisnya mencetuskan kemarahan ramai. - AFP

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 14 Feb 2012 01:13 AM PST

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN


Najib diminta selesai kemiskinan di Pekan

Posted: 13 Feb 2012 03:06 AM PST

Khairil Abdul Rahim, 10 Feb 2012

PEKAN, 10 Feb: Daripada terus menabur janji merata-rata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan agar tidak lupa menangani kemiskinan melampau di kawasan parlimennya sendiri.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf berkata, antara kawasan yang paling daif keadaan ekonomi dan sosialnya di sini ialah di Kuala Pahang.

Tambah Abu Kassim, meskipun penduduknya merupakan warga tempatan namun keadaan hidup, ekonomi dan sosial mereka tidak sebaik nasib 'penduduk import' orang Kemboja di kampung Tanjong Agas dan orang Myanmar di Sungai Miang.

"Kebanyakan mereka nelayan dengan pendapatan tak tetap dan rezeki menyara keluarga bergantung kepada hasil laut yang tidak menentu, ditambah pula musim tengkujuh selama tiga bulan.

"Sekarang ini tiap-tiap hari orang Kuala Pahang datang minta bantuan di Pusat Khidmat PAS Pekan, ini mumbuktikan kerajaan dan ahli parlimennya sendiri gagal membela nasib mereka.

"Nasib mereka tak terbela sejak berpuluh tahun sedangkan kelompok inilah yang memenangkan Umno dan BN selama ini," katanya.

Difahamkan, pernah Umno menjalankan program 'Gempur Kemiskinan' dengan inisiatif mewujudkan pusat jahitan semasa Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri. Namun tiada perubahan yang dicapai dan penduduk terus dibelenggu kemiskinan jauh sekali daripada hidup selesa.

Tinjauan Harakahdaily ke lokasi baru-baru ini mendapati keadaan penempatan penduduk tidak menggambarkan berada di kawasan Perdana Menteri kerana rumah yang buruk dan berhimpit-himpit sehingga menyakitkan mata. (Gambar kiri)

Menurut penduduk, kerajaan telah beberapa kali berjanji terutama menjelang pilihan raya untuk membina kediaman tersusun yang tidak jauh dari sini. Malangnya sehingga hari ini, di lokasi tersebut hanya tapak sahaja yang ada.

Tambah mereka lagi, ketika Tun Razak menjadi Ahli Parlimen Pekan atas usaha beliau telah membina perumahan kos rendah rakyat di Kuala Pahang pada tahun 1969 dengan bayaran sebanyak RM10 sebulan. Manakala rumah pemindahan banjir pula penduduk membayar RM15 sebulan pada tahun 1971.

Apa yang mengecewakan mereka, pada zaman Najib menjadi ahli parlimen dan Perdana Menteri ini tiada usaha serius untuk mengubah nasib mereka.

Bagi menambah pendapatan penduduk, kerajaan juga telah membina kolam simen yang besar untuk mereka memelihara ikan terutama pada musim tengkujuh. Namun setakat ini tiada ikan yang diisi.

Abu Kassim berkata, di Kuala Pahang masyarakatnya tidak tersusun sebab itu selain daripada masalah ekonomi, keadaan sosial di sini juga teruk dengan penagihan dadah dan gejala anak luar nikah.

"Itu yang kami kesal sedangkan Parlimen Pekan sudah melahirkan dua Perdana Menteri, tiga Menteri Besar dan dua Timbalan Menteri Besar. Tetapi nasib penduduk Kuala Pahang tidak berubah," katanya.

(Sekolah Cina ini majoriti muridnya di kalangan pelajar Melayu.)

Perdana Menteri yang berasal dari Pekan ialah Tun Razak Hussein dan anaknya Najib. Manakala Menteri Besar Pahang yang datang dari daerah ini ialah Datuk Mohamad Jusoh, Najib dan Tun Khalil Yaakob.

Timbalan Menteri Besar pula ialah Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Abdul Jabbar Ibrahim.

Dewan Undangan Negeri Kuala Pahang (kini Peramujaya) pernah dimenangi PAS pada pilihan raya umum (PRU) 1999 melalui Mohd Iqbal Hamdy Rusdi. Sementara Najib pula hanya menang tipis pada tahun tersebut dengan majoriti 241 undi.

"Sekarang ini Najib dan pemimpin Umno lain berjanji di negeri-negeri seperti Selangor dan Kelantan jika pilih BN semua masalah akan selesai. Kami minta selesaikanlah dulu masalah di Kuala Pahang ini," tegas Abu Kassim.

SUMBER:

DPP PADANG TERAP

Posted: 13 Feb 2012 09:23 PM PST

DPP PADANG TERAP


Sambutan Tahun Baru Cina Di Kg Warga Siam Kg Padang, Jalan Nami.

Posted: 12 Feb 2012 11:51 PM PST
















Jamuan sempena Tahun Baru Cina Anjuran Sekretrariat Pakatan Rakyat Padang Terap. Dihadiri Oleh YB Ust Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap, YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita Keadilan, YB Ir.HJ Zamri Yusof Pengerusi PKR Padang Terap , Pengarah MTD Pedu, En. Shukri Abdullah dan pimpinan pakatan rakyat serta masyarakat siam & cina tempatan. Sekalung ucapan tahniah kepada seluruh masyarakat yang terlibat.

PAS Kawasan Miri

Posted: 13 Feb 2012 07:35 PM PST

PAS Kawasan Miri


Haram Umat Islam Sambut Valentines Day

Posted: 13 Feb 2012 03:45 AM PST

Hari Valentine Hanya Haram Untuk Islam
Setiap hari kita perlu menunjukkan perasaan kasih sayang antara satu sama lain tanpa perlu menunggu hari-hari tertentu. Sikap sesetengah pihak yang cuba membuat fitnah terhadap saranan PAS melarang penganut agama Islam dari menyambut Hari Valentine telah disalah ertikan dengan mengatakan PAS menyekat kebebasan hak orang ramai.
Mereka memberi gambaran seolah-olah PAS cuba menyekat kepercayaan agama lain dari menyambut Hari Valentine dengan menuduh PAS tidak sepatutnya menyekat mereka yang hendak meraikan Hari Valentine tersebut.
Akibat salah faham, mereka ini menuduh PAS sudah menyimpang dari perjuangan mereka selama ini iaitu memberi kebebasan beragama kepada semua penganut agama di negara ini.
Sebenarnya tiada Isu PAS melarang penganut agama lain untuk meraikan Hari Valentine. Kalau penganut yang bukan beragama Islam hendak meraikannya terserah kepada kepercayaan masing-masing dan mereka bebas melakukannya.
Apa dilarang oleh PAS ada bersesuaian dengan larangan agama Islam sendiri kepada penganut agama Islam bukannya melarang penganut agama lain dari melakukannya.
Jadi jelas, PAS tidak pernah mengatakan Hari Valentine mesti dilarang kepada semua. Mungkin ada sesetengah pihak tidak faham atau sengaja buat tidak faham maksud PAS melarang menyambut Hari Valentine.
Berdasarkan kepada pandangan sebahagian besar tokoh-tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Maka bagi orang Islam sudah jelas meraikan Hari Valentine adalah bertentangan dengan akidah Islam dan bagi yang bukan Islam terserah kepada kepercayaan masing-masing.

Diharap perkara sebegini tidak akan menimbulkan salah faham, antara penganut Islam dan bukan Islam dalam Negara ini sebab kita kena menghormati kepercayaan agama masing-masing.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak


English version
Valentine's Day is only banned for Muslim
Every day we should show our love to each other without waiting for a particular day. The attitude of some people who try to slander against the recommendations of PAS to forbid the followers of Islam from celebrating Valentine's Day has been misconstrued by saying that PAS restrict the freedom of the people.
They give the impression that PAS tried to stop other religions from celebrating Valentine by accusing PAS should not stop those who want to celebrate Valentine's Day.
As a result of their misunderstanding of this, accuse PAS have departed from their struggle for this, which gave religious freedom to all believers in this country.
Actually there is no issue of PAS forbid other faiths to celebrate Valentine's Day. If non-Muslim followers to celebrate is up to their beliefs and they are free to do so.
What is forbidden by the PAS in accordance with the prohibition of Muslims to the Islamic religion, not prohibit other religions from doing so.
It is clear; PAS had never said Valentine's Day should be forbidden to all. There may be some people do not understand or simply do not understand PAS, prohibit celebrate Valentine's Day. Based on the views of some religious figures have stated that celebrate or celebrated Valentine's Day this is contrary to Islamic teachings. According to the Panel Study Faith (PKA) and the Panel Study of Islamic law (PKS) Department of Islamic Development Malaysia this practice is prohibited and contrary to the teachings of Islam.

So for Muslims it is obvious celebrates Valentine is contrary to Islamic faith and for non-Muslims up to their beliefs.Hopefully this thing will not cause misunderstanding between Muslims and non-Muslims in this country because we have to respect the religious beliefs, respectively.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 13 Feb 2012 03:29 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


ISKH..ISKH..SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA P.PINANG MENURUN DARI 2011

Posted: 12 Feb 2012 07:25 PM PST

1. PERUNTUKAN BERKAITAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM


Tahun 2008 (BN) ..............RM25.7 juta
Tahun 2009 (PR)...............RM33.2 juta
Tahun 2010 (PR)...............RM38.9 juta
Tahun 2011 (PR)...............RM45.7 juta
Tahun 2012 (PR)...............RM64.03 juta

2. SAGUHATI TAHUNAN GURU KAFA

Tahun 2008 (BN)..............RM659,000.00
Tahun 2009 (PR)...............RM879,000.00
Tahun 2010 (PR)...............RM913,200.00Tahun 2011 (PR)...............RM900,000.00
Tahun 2012 (PR)...............RM900,000.00

3. PERUNTUKAN TAMBAHAN TAHUNAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR)

Tahun 2008 (BN).............TIADA
Tahun 2009 (PR)..............RM1.50 juta
Tahun 2010 (PR)..............RM1.75 juta
Tahun 2011 (PR)..............RM1.75 juta

4. SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN AL-HUFFAZ

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM75,000.00
Tahun 2010 (PR).............RM100,000.00
Tahun 2011 (PR).............RM130,000.00

5. SUMBANGAN EKYA' RAMADAN (KEPADA SELURUH MASJID)

Tahun 2008 (BN)............TIADA
Tahun 2009 (PR).............RM213,000.00 setahun bermula tahun 2008 selepas ambil alih pentadbiran negeri

6. PROGRAM BULANAN AL-QURAN

Tahun 2008 (BN)..........TIADA
Tahun 2009 (PR)...........RM100,000.00 setahun

*FAKTA ADALAH DARIPADA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

HARI KEKASIH : TUKANG SIKAT ROSMAH TAK PERSOAL PENDIRIAN NAJIB

Posted: 12 Feb 2012 06:56 PM PST

Nampaknya tukang sikat Rosmah tak mempersoalkan sedikitpun pendirian tuan dia dengan laki tuan dia berkenaan dengan Sambutan Hari Kekasih... sebaliknya mempersoalkan tindakan Mursyidul Am padahal jelas menunjukkan anakandanya, Uts Nik Abduh menolak pendirian Karpal tersebut...

Dalam pada lain, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti tidak akan menarik semula pendirian itu kerana teguran itu adalah merupakan satu tanggungjawab sebagai umat Islam dan ia tiada kena mengena dengan mereka yang menganut agama lain meskipun pendirian itu mendapat tentangan daripada sekutunya, DAP..

Beliau berkata, penganut agama lain berhak serta bebas untuk menyambut Hari Kekasih, tetapi sambutan berkenaan sama sekali tidak dibenarkan di dalam Islam.

"Kita tak tarik pendirian, itu hak dan tanggungjawab agama, hubungan bebas ini orang Islam boleh ke? (sudah tentu) tak boleh dan itulah pendirian Pas.

"Orang bukan Islam, itu hak dia (untuk meraikannya) kita (umat Islam) tak boleh ganggu," katanya pada majlis pelancaran Pendidik Kebangsaan di Kolej Integrasi dan Ilmuwan Islam di Kampung Delek Kanan, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali.

.... Najib komen sikit pasal Valentine Day esok nie... sikit je!!!

SKIM BARU ... GAJI TENTERA NAIK MIN RM300 SETAHUN...

Posted: 12 Feb 2012 05:26 PM PST

Gaji pokok permulaan anggota tentera berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melonjak daripada kira-kira RM800 kepada RM1,125 sebulan berikutan pelaksanaan skim gaji baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 16 Januari lalu.Skim dirancang lebih awal sebelum Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperkenalkan itu juga menyaksikan kenaikan gaji kemasukan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada RM2,100 sebelum ini kepada RM2,400, sebulan.


Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata imbuhan itu sejajar dengan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ATM perkhidmatan terkanan di negara ini.
Bagaimanapun katanya, akibat kelewatan semakan gaji ATM sebelum ini, gaji anggota tentera menjadi agak ketinggalan berbanding perkhidmatan awam lain dengan semakan semula ke atasnya hanya dapat diselesaikan baru-baru ini.
"Secara kebetulan pelaksanaan skim gaji baru ATM ini diluluskan hampir sama dengan SBPA sedangkan semakan yang dilakukan pihak kita sudah lama dilakukan.
"Melalui skim baru ini juga, anggota prebet muda yang menyertai ATM ketika berusia 18 tahun boleh berkhidmat sehingga usia 45 tahun iaitu perkhidmatan maksimum selama 27 tahun," katanya selepas memberi taklimat SBPA-ATM kepada anggota ATM di Kem Penrissen di sini, semalam.
Majlis turut dihadiri Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar bersama lebih 500 anggota dan pegawai yang turut diberi peluang berdialong dalam sesi berkenaan.

Difahamkan, melalui skim baru ini juga hanya dua kemasukan ke dalam perkhidmatan ATM akan dibuat iaitu melalui SPM dan Ijazah Sarjana Muda dengan semakan ke atas kemasukan kelayakan diploma sedang dilakukan.

Sementara itu, mengulas mengenai aduan kira-kira 20 bekas tentera di negeri ini yang lewat menerima bayaran pencen, beliau berkata, ia mungkin berpunca daripada masalah dokumentasi di peringkat Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) di Kuala Lumpur.

dekat-dekat pilihanraya baru nak naik gaji... BN..BN..

"HASAN SESUAI DENGAN NGO DARI PAS"... INI AKU SETUJU DENGAN HARUSSANI

Posted: 12 Feb 2012 05:25 PM PST

Tan Sri Harussani Zakaria percaya bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali enggan merayu kepada Majlis Syura Ulama berhubung pemecatannya pada 8 Januari lalu kerana kecewa tidak dapat memperjuangkan prinsip Islam sebenar dalam parti berteraskan agama Islam itu.


Justeru kata Mufti Perak (gambar) ini, daripada kekal dalam PAS adalah lebih baik Hasan, bekas exco kerajaan negeri Selangor memperjuangkan prinsip Islam melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak melibatkan parti politik.

"Beliau (Hasan) sudah dipecat daripada PAS, kalau buat rayuan kemungkinan untuk diterima semula itu sukar...jadi daripada merayu lebih baik Hasan bergerak sendiri dan tubuhkan NGO yang dapat dijadikan platform perjuangan beliau.

"Selepas dipecat beliau mahu menubuhkan NGO untuk terus memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu...jadi beliau perlu serius untuk menegakkan Islam, jangan libatkan parti politik," katanya.

... sebab PAS pun tak sesuai dengan orang yang takde hala tuju...

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 13 Feb 2012 03:27 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


PUAKA SIADUN PAKA

Posted: 12 Feb 2012 11:50 PM PST


DUNGUN – Seramai kira-kira 1500 orang telah menyertai bantahan aman rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) oleh Jawatankuasa Keselamatandan Kemajuan Kampung (JKKK) yang bermula di hadapan sekolah itu pada jam 12.30 tengahari, Ahad 12 Februari.

Himpunan yang bermula dengan perarakan secara berjalan kaki sejauh kira-kira 1.5 kilometer, memakan masa selama 15 minit dan berakhir di hadapan Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Paka.

Selain disertai oleh para pelajar, ibu bapa serta simpatisan turut sama, sambil melaungkan slogan 'hidup Islam', 'hancur kezaliman' dan 'kembalikan tanah sekolah kami'.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita51/IMG_5236.jpgPenasihat SRIDB, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, himpunan tersebut diadakan bagi mempertahankan hak anak-anak pelajar sekolah dan menunjukkan sikap tidak redha dengan kezaliman yang dilakukan.

"Bagaimana tanah yang sedia ada untuk sekolah agama rakyat, milik orang Melayu, untuk agama Islam, sanggup dirampas (sedangkan) mereka berkata, merakalah pejuang agama, merekalah pejuang Melayu,

"tidak lain dan tidak bukan (tindakan itu) adalah kerana sifat zalim mereka,"ujarnya ketika berucap pada perhimpunan itu.

Menurutnya, tanah tersebut juga adalah hak anak-anak yatim kerana akan pihak pentadbiran akan membina sebuah rumah kebajikan untuk mereka.

Katanya, seekar tanah yang terdapat didalamnya dua unit rumah guru, sebuah kantin sekolah dan sebahagian tanah surau sekolah dirampas dan dibahagi-bahagikan kepada lima orang JKKK.

Beliau menegaskan pihak sekolah da orang ramai yang hadir akan mempertahankan setiap inci tanah yang dirampas.

"kita bagi pihak sekolah dan semua jamaah akan mempertahankan tanah sekolah dan tidak membiarkan kezaliman mereka,

"kita tidak akan membiarkan walau seinci tanah pun dirampas,"tegasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita51/IMG_5340.jpgMalangnya, hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada ADUN Paka Zakaria@ Ariffin Abdullah tidak kesampaian kerana pejabatnya ditutup rapat dan berkunci.

ADUN Paka terbabit telah lari meninggalkan pejabatnya dan bersembunyi di sebuah Resort berhampiran.

Tinjauan yang dilakukan oleh skuad Buletin pada kira-kira jam 2.15 petang kenderaan rasmi Zakaria yang bernombor pendaftaran TBE 8998 telah diletakkan dihadapan Resort tersebut.

Zakaria didapati sedang duduk 'bersantai' di bahagian luar restoran Resort itu, bersama dua orang yang lain.

Apabila beliau menyedari kehadiran pihak media, beliau yang pada mulanya menghadap ke dalam restoran, memalingkan badannya, seolah-olah mahu 'menyusup'

Selang beberapa minit kemudian, beliau keluar dari Resort terbabit mengikut jalan belakang dan meninggalkan Resort dengan menaiki kenderaannya kira-kira jam 2.25 petang.

Sumber Resort memberitahu skuad Buletin, beliau berada di kawasan restoran Resort tersebut sejak jam 1 tengahari, sewaktu para peserta himpunan, membanjiri ruang hadapan pejabat khidmatnya.

FENOMENA 1974, 2004 DAN KINI 2012 ...ALLAH MAHA BESAR !

Posted: 12 Feb 2012 05:25 PM PST

Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ.

Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu. Tetapi kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia.

Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.

Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. Jangan lupa menonton video Hujan Ikan Di Honduras Australia di atas. Subhanallah!

Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu.
Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: "Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.

Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.

SAKSIKAN VIDEO FENOMENA HUJAN IKAN INI.

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 13 Feb 2012 11:23 AM PST

PEMUDA PAS DUN KIJAL


CERAMAH ISU SEMASA - TELUK KALONG

Posted: 12 Feb 2012 05:29 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 13 Feb 2012 11:13 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Bayar balik untuk tutup skandal NFC

Posted: 12 Feb 2012 10:45 PM PST


KUALA LUMPUR, 13 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz yang menasihati Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya daripada peruntukan National Feedlot Corporation (NFC).
"Saya tidak nampak apa tujuan sebenar Nazri menasihat Shahrizat agar membayar balik peruntukan tersebut, ini bukannya cara untuk kita menutup skandal yang berlaku di dalam NFC.

"Sebagai seorang menteri yang menjadi undang-undang, beliau sepatutnya berfikir secara rasional dan merujuk kepada undang-undang, yang bersalah perlu dikenakan tindakan apatah lagi dalam isu penyelewengan wang rakyat," tegasnya.

Mahfuz menyatakan pembayaran balik wang tersebut adalah perlu kerana ia adalah duit rakyat tetapi kalau alasan untuk menutup skandal tersebut ia bukan jalan penyelesaian.

"Nazri perlu peka dan jangan jadikan perkara tersebut satu benda yang remeh kerana penyelewengan dalam NFC melibatkan jumlah yang besar, apatah lagi kelemahan telah berlaku dari peringkat jawatankuasa itu lagi.

"Malah tindakan Nazri itu adalah umpama ingin melindungi seseorang, yang mana pada waktu ini kita hanya ketahui Shahrizat sahaja yang terlibat dan saya yakin masih ramai lagi yang terlibat, perkara tersebut kita perlu dedahkan," sambungnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mendesak agar laporan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan NFC diserahkan kepada Ahli Parlimen sebelum sesi parlimen tahun ini ataupun didedahkan kepada umum.

"Pertama sekali saya ingin meminta agar PAC menyerahkan laporan berhubung dengan skandal NFC kepada setiap Ahli Parlimen sebelum sesi 2012 ini bermula, yang mana kita tahu terlalu banyak kelemahan berlaku dalam projek tersebut.

"Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid perlu berani membuat pendedahan tersebut kerana melalui laporan awal beliau sebelum ini juga ada menyatakan bahawa perjanjian ditandatangani selepas peruntukan diberikan, ini hanyalah sebahagian dari kelemahan yang berlaku," ujarnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini.

Jelasnya lagi, pendedahan laporan tersebut amat penting kerana rakyat juga ingin tahu apa sebenarnya berlaku dan setiap penyelewengan perlu diketahui walaupun melibatkan seorang menteri.

Malah beliau turut memberitahu, penyelewengan projek NFC itu bukan sahaja berlaku di peringkat perlaksanaan melalui syarikat yang dilantik tetapi ia telah bermula pada peringkat jawatankuasa lagi.

"Saya ingin beritahu untuk perlaksanaan projek NFC ini terdapat empat jawatankuasa yang melibatkan Kementerian Pertanian (MOA), Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kerajaan Negeri Sembilan dan juga pihak pengurusan NFC.

"Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memantau setiap perjalanan projek tersebut malah peruntukan sebanyak RM250 juta itu juga perlu disalurkan mengikut peringkat projek bukannya secara terus iaitu RM250 juta.

"Tetapi sebaliknya berlaku yang mana peruntuk dibayar sepenuhnya dan apa peranan yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut kalau ia ditubuhkan untuk memantau perjalanan projek bagi tujuan menyalurkan peruntukan," kata Naib Presiden PAS itu lagi.

Mahfuz turut menyatakan isu NFC akan menjadi tajuk perbahasan pasa sesi parlimen kali ini dan desakan akan terus dilakukan sehinggalah kerajaan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat dalam penyelewengan skandal NFC.

Sekitar Majlis Himpunan Pembela Kelantan

Posted: 12 Feb 2012 10:44 PM PST








Hari Kekasih: Mana suara pemimpin Umno

Posted: 12 Feb 2012 10:43 PM PST


KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak pendirian rasmi Umno dalam isu sambutan Valentine's Day (Hari Kekasih) yang disambut setiap tahun di negara ini.

"Ini kerana sejak isu ini timbul tidak sedikitpun suara pemimpin Umno kedengaran bagi menyatakan pendirian berhubung isu yang menjadi pertikaian umat Islam sejak dahulu.

"Dalam hal ini, DPPM menyatakan pendirian PAS sejak dahulu sehingga kini tetap bertegas bahawa sambutan Hari kekasih adalah haram untuk umat Islam dan tidak wajar bagi kerajaan mempromosikan hari tersebut kepada masyarakat khususnya kepada umat Islam," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor kepada Harakahdaily.

Ini, ujarnya telah dikuatkan lagi dengan fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah menghukumkan haram terhadap sambutan itu.

Katanya, ketegasan PAS tetap dipegang sekalipun yang menentangnya adalah rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat.

Ini, tegasnya menunjukkan PAS tidak pernah mengikut telunjuk atau menjadi kuda tunggangan mana-mana pihak.

PAS, jelasnya lagi adalah parti Islam sejak dahulu sehingga kini dan tetap berpegang kepada prinsip dan dasarnya walau dengan siapa ia berkawan.

Namun demikian, katanya DPPM merasa kesal kerana media utama hanya sibuk mencari titik perbalahan antara parti dalam Pakatan Rakyat sebaliknya Umno yang menjadi tunjang dalam kerajaan tidak sedikitpun mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung sambutan hari tersebut.

Malahan, ujarnya pemimpin Umno diam seribu bahasa dengan mengambil sikap jalan selamat demi mengelakkan persengketaan dalaman antara parti komponen dalama Barisan Nasional.

Bagi DPPM, kata beliau pemimpin Umno tidak wajar berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang pendirian rasmi berhubung sambutan Valentine's Day.

"Sebagai pemimpin umat Islam di negara ini pemimpin utama Umno wajib menyatakan pendirian mereka.

"Kemungkaran mesti dicegah walau ditentang oleh rakan-rakan sekutunya kerana ia adalah perintah Allah SWT," ujarnya.

Tambahan lagi, ujar beliau umat Islam di negara ini pasti akan merasa kecewa sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri membiarkan terus polemik itu berlalu tanpa sebarang kenyataan mahupun tindakan tegas diambil.

Beliau menambah, lebih dikesali apabila ulama dalam Umno serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan hal ehwal agama Islam di negara ini turut berdiam diri berhubung isu itu.

Akhirnya, ujar beliau lagi DPPM mengharapkan umat Islam di negara ini membuka mata dengan melihat sikap sebenar Umno dalam soal mempertahankan syariat Islam.

"Dalam keadaan seluruh negara riuh rendah dengan penolakan dan penentangan terhadap isu ini, pemimpin-pemimpin Umno menutup mulut dan terus membiarkan kemungkaran berleluasa," katanya.

BM-Premium B IP BM-Premium C IP BM-Premium D IP Dewan Ulamak teguh bersama Presiden PAS

Posted: 12 Feb 2012 10:42 PM PST


KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Ulamak PAS Pusat dalam satu kenyataan rasmi menegaskan bahawa Dewan itu bertegas dan berada teguh di belakang kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi  Awang untuk terus memimpin bahtera perubahan dalam Pilihan raya Umum yang akan datang.


Kenyataan rasmi itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Ulamak PAS Pusat yang diadakan baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

Menurut beliau, kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi sebagai Presiden PAS amat diperlukan bukan sahaja di peringkat Parlimen bahkan negeri Terengganu dalam usaha untuk mengemudi bahtera perubahan di Malaysia dengan acuan Islam yang menjadi tonggak utama perjuangan PAS itu sendiri.

Keputusan mempertahankan dan mempertegaskan kepimpinan Datuk Seri Tuan Guru Presiden untuk memimpin bahtera pilihan raya PAS itu dicapai secara sebulat suara oleh semua ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat  yang hadir pada mesyuarat pusat dewan tersebut.

Majlis Perasmian Bilik Gerakan Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang

Posted: 12 Feb 2012 04:06 PM PST







Kelantan terpaksa bina sendiri lebuh raya

Posted: 12 Feb 2012 04:04 PM PST


KOTA BHARU, 12 Feb: Memandangkan Kerajaan Persekutuan masih gagal melaksanakan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990), kerajaan negeri terpaksa mengambil insiatifnya sendiri untuk menjayakannya.


Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R & R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 hingga RM1.8 billion.

Dalam kenyataan media hari ini anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, berkata Kelantan telah membuka tawaran bagi cadangan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari 2012.

"Alhamdulillah Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Lebuhraya ini telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari 5 syarikat.

"Kita terpaksa merancang sendiri pembinaan jalan raya ini berikutan kegagalan Kerajaan Pusat menjalankan tanggungjawabnya hingga ke hari ini walaupun ianya telah diluluskan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia ke 9  dan sebuah syarikat pemaju telah dilantik untuk melaksanakan pembinaan projek tersebut.

Sambungnya, kerajaan negeri terpaksa berbuat demikian memandangkan lebuh raya berkenaan amat diperlukan oleh rakyat di negeri ini termasuk pelancong luar terutama waktu menyambut hari raya atau sewaktu musim cuti sekolah.

Tegasnya, pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan selepas Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat.

"Penelitian awal terhadap cadangan-cadangan tersebut pada hari ini iaitu 11 Februari 2012 dan pada umumnya Jawatankuasa ini berkeyakinan cadangan yang dikemukakan adalah berdaya maju.

"Insya Allah harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat," ujarnya.

Road Show Anak Muda Tolak Umno Di Dun Temangan

Posted: 12 Feb 2012 04:03 PM PST

Luahan penyokong k'jaan isu bantuan RM500 BR1M

Posted: 12 Feb 2012 04:02 PM PST

Entah kenapa kenalan saya yang boleh dikatakan penyokong kuat kerajaan yang juga merupakan kakitangan kerajaan mengadu kepada saya mengenai masalah yang dihadapi oleh beliau serta kakitangan yang lain dalam isu agihan bantuan RM500 BR1M. Dia mengeluh entah bila proses agihan BR1M ni nak selesai. Lepas tu pula PM umum boleh buat rayuan, mereka pun terpaksalah terima permohonan rayuan.

Yang jadi mangsa sekarang ni kakitangan dan pejabat kerajaan yang uruskan proses permohonan dan agihan BR1M ini. Pejabatnya yang sepatutnya banyak urusan lain perlu buat, dah jadi tempat orang mengadu pasal isu BR1M. BR1M jadi isu utama di pejabat tersebut ketika ini.

Kesian pula saya dengar keluhan pegawai kerajaan tadi yang merupakan penyokong kuat kerajaan. Dah tu pula katanya nak agihkan BR1M ni satu hal, bukan boleh main agih sahaja. Perlu buat acara rasmi, sediakan kemudahan untuk orang datang ambil, kemudian aturkan pula orang politik khususnya wakil rakyat untuk berucap dan agihkan kepada penerima.

Katanya lagi itu belum lagi masuk kes ada yang dapat RM500 ni dua kali kerana sistem agihan baucer BR1M adalah secara manual dari senarai nama yang dicetak dari komputer. Saya kata agihan sepatutnya ditulis cek melalui komputer , barulah komputer hanya akan cetak 1 cek sahaja untuk seorang penerima. Sedangkan baucer RM500 ditulis secara manual.

Saya kata pada dia, memang masa satu dua bulan tak cukup dan tak masuk akal nak proses BR1M ini. Saya katakan pada dia , perlu masa setahun baru boleh agihkan dengan sempurna dan menyeluruh.

Bayangkanlah kita ada sekurang-kurangnya 3.4 juta isi rumah yang layak dapat BR1M ini. Kira punya kira, bermakna kalau proses dalam masa 1 bulan , bermakna setiap negeri perlu proses 1413 borang setiap jam. Itu baru nak proses, belum lagi dapat nak sahkan, dengan silap tulis namanya, ada yang isi borang 2 3 kali, di bandar isi borang, balik kampung isi lagi borang.

Memang haru biru

Nampaknya ceramah saya malam nanti saya perlu perjelaskan kepada orang kampung supaya bersabar dalam agihan RM500 ni, kesian saudara mara dan sahabat kita di pejabat kerajaan yang tertekan sekarang ini dalam isu BR1M ini, tak kiralah mereka ni penyokong kerajaan sedia ada atau tidak.
Harap-harap pemimpin kerajaan dapatlah beri gambaran sebenar isu agihan BR1M ini agar tidak memberi tekanan kerja yang melampau terhadap kakitangan kerajaan terutamanya penyokong mereka sendiri.

INTIPATI BAJET 2012

Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos.
Iklan Teks

DUN Lembah Jaya

Posted: 13 Feb 2012 11:11 AM PST

DUN Lembah Jaya


Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Posted: 13 Feb 2012 03:25 AM PST

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keputusan (English) :

The Ruling on Muslims Celebrating Valentine's Day

Decision:

The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine's Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.
Therefore, The Conference decided that the practice of celebrating Valentine's Day is not part of Islam. The spirit of the celebration contains elements of Christianity and its practice that is mixed with sinful acts is prohibited and contradicts with Islam.

Keterangan/Hujah:

Sejarah Valentine's Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine's Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منه

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut."
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine's Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.


*sumber http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 13 Feb 2012 09:22 AM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Majlis Ttemu mato anok Kelantan (kuala Krai) di perantauan 12 Feb 2012

Posted: 13 Feb 2012 09:22 AM PST

Yb. Us. Hj Abdul Latiff (YDP K. Krai) Menyampaikan Hadiah Cabutan Bertuan Kepada  Pengunjung yang hadir

Prof Dr Che Musa sdg mengisi borang pendaftaran program dan nasibnya bertuah kerana berjaya memenangi hamper cabutan bertuah









Antara pimpinan yg hadir...

Bekas calon BN Parlimen Kuala Krai, Dato Prof Dr Che Musa bersama lawannya yg memenangi pRU tersebut, YB Dr Hatta Ramli dan YB Abe Uji.

YB YDP PAS Kaw. Krai bergambar bersama pengundi2 yang berada di perantauan..


Jemput semua hadir ke Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Machang bersama Mat Sabu

Posted: 13 Feb 2012 08:44 AM PST

Program : Pelancaran Jentera Pemuda Dun Mengkebang 10 Feb 2012

Posted: 13 Feb 2012 08:41 AM PST




 






Negeri UMNO perintah pun masih ada jambatan tidak siap ke?

Posted: 13 Feb 2012 02:31 AM PST




Kampung Rantau Panjang atau dikenali Desa Mahkota di Kota Tinggi, Johor paparan Aduan Rakyat kali ini.

Lokasinya bersebelahan hulu Sungai Johor mengundang permasalahan.
Penduduk mahukan jambatan konkrit dibina kerana permintaan mereka selama ini tidak pernah diambil peduli.

Pada musim tengkujuh bumbung jeti ini digenangi air dan ketika surut pula beginilah keadaannya.
Mengurus jenazah menyulitkan seperti yang ditunjuk oleh penduduk ini.

Ada kalanya, jenazah yang dibawa jatuh ke sungai dan perlu diselamatkan.
Kawasan pusara juga sukar diurus kerana tiada perkhidmatan bot menyeberangi sungai ini kecuali dengan ehsan nelayan sambilan disini.http://www.tv3.com.my/beritatv3/aduan_rakyat/50_Tahun_Tunggu_Jambatan_Konkrit.html


SHARIAAT ABDUL KAHAR/PENDUDUK KG RANTAU PANJANG

"Saya dari dulu abang saya jadi penghulu pun dah kemuka perkara ini. Jadi sampai pada pihak kerajaan atau tidak saya tak tahu la. Tujuan beri kemudahan ini? Jambatan ini bukan kerana mayat tu tapi tanah 200 ekar seberang tu apa jadi? Kalau tanah satu ekar keluar hasil berapa?"

MARIA UDIN/PENDUDUK KG RANTAU PANJANG 
"Bagi Rantau Panjang ini memang perlu. Orang nak kemudahan bawa mayat. Susah pakai bot jadi kita berkehendak la jambatan tu."

Pembinaan jambatan konkrit menyeberangi sungai bukan setakat menghubung kawasan perkuburan saja.

Ia merupakan jalan pintas ke kampung sebelah, Kampung Sungai Telor tapi malangnya, Kampung Sungai Telor juga berdepan masalah projek naik taraf jalan terbengkalai hampir setahun.

Projek sakit bernilai lebih RM12 juta ini mendatangkan pelbagai masalah kepada penduduk.

ISMAIL IBRAHIM/PENDUDUK KG SUNGAI TELOR
"Masalah motor selalu pancit. Macam-macam masalah dalam ini. Budak sekolah banyak masalah. Hujan lagi teruk, jalan tanah lembut. Masalah pengangkutan motor paling teruk. Kereta tak apa. "

MOHD JUFRI KHAMIS/PENDUDUK KG SG TELOR
"Masalah sama macam dia orang ini. Nak jalan ambil budak sekolah susah. Berbonjol jalan. Hujan lagi lecak. dah buat aduan macam gini jugak. Sampai bila nak siap jalan ini tak tahu la."

Setiap tahun, wakil rakyat dihambat dengan masalah permohonan membina jambatan tetapi tidak berhasil sehingga kini.

Sama juga dengan projek naik taraf jalan terbengkalai, seolah-olah terbiar begitu saja.

Benarkah tiada yang kisah dengan rintihan rakyat disini?
http://www.tv3.com.my/beritatv3/aduan_rakyat/50_Tahun_Tunggu_Jambatan_Konkrit.html


*** Negeri Paling kuat UMNO pun tak terbela, jadi kami rakyat Kelantan tak percaya pada BN. Demo kuat buruk Isu Air Kelantan, tapi air tercemar di Perak nuh, sebelum ni di Terengganu, penyakit bersumber dr air. Muhasabah diri banyak2. Jangan kuat sangat dok hentam membabi buta. 

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 13 Feb 2012 09:16 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Sekitar Demo Bantahan JKKK Rampas Tanah SRIDB

Posted: 12 Feb 2012 09:23 PM PST
















MTD Tanjung Lumpur

Posted: 13 Feb 2012 09:15 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Blackshark Lewiston Maine

Posted: 12 Feb 2012 07:05 PM PST



An average house cat weighs between 9 - 13 pounds. Then there are also preferred to a booming industry in the blackshark lewiston maine or backyard, take the blackshark lewiston maine can ski, fish, swim, hike, bike, sail, and snowmobile. There is a thrill that everyone else can sleep in. Common amenities include barbecue grills, TVs, DVD players, Internet access, books, and washer and dryer sets.

Rockland Maine lobster resources are to be 100% sure of the blackshark lewiston maine is the blackshark lewiston maine about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a guide they will partake in on the blackshark lewiston maine a growing demand for payment and that is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can also enjoy delicious local treats, such as the lobster restaurants featuring fresh lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the blackshark lewiston maine is easy and accessible for your whole family. No matter where you fish, if it's the blackshark lewiston maine and activities that visitors to Maine vacations.

If you are a number of historic coastal towns that line the blackshark lewiston maine of Maine have very fond memories of their trip to this region, one of those. Also lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the blackshark lewiston maine for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the blackshark lewiston maine is one of your Oxford vacation home in Portland may cost around $370,000 near the blackshark lewiston maine. A security deposit is to rent a vacation home in Portland may cost around $370,000 near the blackshark lewiston maine and sandy beaches, along with its secluded beaches, the blackshark lewiston maine is forested with lakes and streams of Maine provides many great real estate world. And since many have yet to discover the blackshark lewiston maine of the blackshark lewiston maine is the blackshark lewiston maine and many rooms for you to spread out and feel at home.

Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and resorts, as Maine is famous all over the blackshark lewiston maine an ideal location for vacations in the blackshark lewiston maine of accommodations that range from luxury spa suites to traditional hotel rooms that are celebrated throughout the blackshark lewiston maine as well. Be sure to have some luck. Not all fish respond the same environment.



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 13 Feb 2012 09:14 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Program Maulid 15 Feb 2012 DUN Paroi

Posted: 12 Feb 2012 06:35 PM PST



PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Tarikh : 15 Feb 2012 (Rabu)
Masa : 9.15 mlm
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Tazkirah oleh Ustaz Khairil Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Acara lain : Selawat, Madeh bersama SRIIDU

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Sufian 013-3589328

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 13 Feb 2012 07:38 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MAHU HADI AWANG TERUS PIMPIN PAS

Posted: 13 Feb 2012 03:08 AM PST

mtdchenderoh

Posted: 13 Feb 2012 07:19 AM PST

mtdchenderoh


HASSAN ALI JANGA LUPA AGENDA SELAMATKAN AQIDAH NAJIB

Posted: 12 Feb 2012 08:17 AM PST

Mufti Perak kata Najib "menggadai akidah".  Hingga ke saat ini penasihat agama Perdana Menteri masih membisu seribu bahasa. Mungkin tengah mencari dalil- dalil kot.... untuk halalkan perbuatan bosnya.
Disebabkan kegagalan penasihat agama PM menjalankan tugasnya, eloklah Mantan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor yang sedang sibuk bercakap bergegar- gegar tentang aqidah umat Melayu- Islam kononnya.... untuk menasihatkan PM yang kini mula menjadi pujaan hatinya.
Lagi pun Hassan Ali hingga kini masih gagal membuktikan senarai nama orang Melayu- Islam yang dikatakan telah murtad. Adalah lebih baik beliau menumpukan usaha untuk menyelamatkan aqidah Najib dan Rosmah yang secara terang- terang melakukan perkara yang bercanggah dengan syarak.
Seluruh negara sudah pastinya ingin melihat keikhlasan Hassan Ali dalam memperjuang isu ini. Jangan hanya berani menghentam mantan Partinya sahaja setelah impian menjadi MB Selangor tidak direstui oleh rakan- rakan pimpinan PAS.... hancur berkecai menjadi ABU.
Apa tunggu lagi Dato'....

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 13 Feb 2012 03:35 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Ahmad Said celupar, biadap

Posted: 12 Feb 2012 09:28 AM PST

Kenyataan Media:



Kami dengan penuh rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan PAS daripada tuduhan jahat Dato Seri Ahmad bin Said, Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan juga Menteri Besar Terengganu yang menyatakan PAS ialah Parti Ajaran Sesat

Sesiapa sahaja boleh juga menuduh UMNO sebagai United Musyrik National Organization. Tetapi kami tidak merasa selesa untuk membuat tuduhan ini dengan menggunakan uslub celupar Dato Seri Ahmad Said.

Kami juga meminta pihak penguasa buat penyiasatan segera tentang tulisan dalam Sinar Harian yang bertajuk "Mat Said mempertikaikan hukum liwat" yang diluluskan dalam Enakmen Jenayah Syar'ei Terengganu (Hudud dan Qisas) 2003. Pertikaian Dato Seri Ahmad bin Said tentang peruntukan dalam Enakmen ini juga menggambarkan sikap beliau yang menghina Enakmen ini dan Tuanku Sultan Terengganu yang telah menandatangani Enakmen ini. Sikap Dato Seri Ahmad bin Said yang mempertikaikan Enakmen ini juga menolak pandangan Ijma' Ulama tentang kesalahan suami yang meliwat isteri tidak boleh dijatuhkan hukuman Hudud. Dato Seri Ahmad bin Said mula berada dalam kesesatan, bila mana beliau mempertikaian pendapat Ijma' Ulama.

Tuduhan jahat Dato Seri Ahmad bin Said terbongkar daripada hati yang jahat dan kebencian yang membara kepada rakyat yang mendampingi, menyokong dan bangkit bersama PAS untuk menjatuhkan kesombongan, pembaziran, penyelewengan dan penyalahgunakuasa pemimpin-pemimpin UMNO. Isu NFC, penyalahgunaan wang zakat, stadium runtuh dan banyak isu yang menjerat UMNO untuk mempermudahkan rakyat menggantikan UMNO dengan PAS dan pakatan Rakyat (PGU).

Tuduhan Dato Seri Ahmad bin Said yang berupa fitnah yang berkemungkinan mencetuskan perpecahan, perbalahan dan huru-hara dalam masyarakat. Tuduhan ini bukan sahaja menafikan dan mempertikaikan sistem Demokrasi yang diamalkan dan pihak Pendaftaran Pertubuhan dalam Negara, tetapi juga menghina sejuta ahli PAS dan jutaan penyokong dan pengundi PAS yang terdiri daripada ulama, tuan guru-tuan guru, pegawai-pegawai Kerajaan, golongan profesional, ustaz-ustazah, guru-guru, petani-petani, nelayan-nelayan, anak-anak muda dan mahasiswa. Tuduhan jahat ini juga menghina dan mencerca ahli keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat, jiran-jiran yang mempunyai hubungan erat dengan ahli UMNO. Kami yakin ahli-ahli UMNO juga tidak setuju dan marah dengan tuduhan dan tohmahan sebagai penganut ajaran sesat dikaitkan kepada mana-mana peribadi yang mempunyai hubungan dengan mereka. Oleh itu, kami menyeru ahli UMNO supaya menentukan sikap 'tidak setuju' kepada Ketua Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dan UMNO dalam Pilihanraya Umum ke 13 iaitu PAS ganti UMNO (PGU).

Tuduhan Dato Seri Ahmad bin Said menggambarkan sikap beliau yang cuba mempertikaikan kewibawaan Ashabul Samahah Mufti-Mufti dan penguatkuasa syariat yang boleh membuat penyiasatan dan pendakwaan ke mahkamah syarei terhadap mana-mana pihak yang membawa ajaran sesat. Dato Seri Ahmad bin Said boleh mengarahkan jabatan yang bertanggungjawab untuk membuat siasatan dan pendakwaan terhadap tuduhannya. Tetapi PAS merupakan parti politik yang berdaftar telah melayari bahteranya menjangkau 60 tahun dengan sokongan ulama dan tok guru-tok guru pondok, bahkan beberapa peribadi yang telah memegang jawatan mufti seperti Datuk Ishak Baharom . Sebaliknya, UMNO pernah diharamkan oleh mahkamah. PAS juga pernah bersedia untuk berdebat dengan ulama UMNO tetapi perdebatan itu telah dibatalkan oleh kerajaan dengan sikap bacul dan pengecut.

Akhirnya, kami menyokong kenyataan yang dibuat oleh Dato Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat yang telah cukup tempoh untuk Dato Seri Ahmad bin Said menarik balik kenyataannya dan memohon maaf pada hari ini. Kami bersedia berdebat dengan Dato Seri Ahmad bin Said di medan yang terbuka agar rakyat boleh membuat keputusan dan menentukan sikap dalam Pilihanraya Umum ke 13. Di samping itu, kami akan membuat laporan polis dan tindakan mahkamah terhadap tuduhan jahat ini agar tidak berulang dan dilakukan oleh mana-mana pemimpin UMNO.

Sekian, wassalam.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
ADUN Bukit Payong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan