Ini adalah pandangan bekas pengarang Bernama dan juga bekas setiausaha akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Syed Imran yang menyatakan pemerhatian beliau dalam blognya, Kuda Ranggi tentang apa yang telah dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang untuk Islam. Dalam pemerhatiannya yang telah menghabiskan lapan hari di Pulau Pinang beliau telah melihat dan meneliti beberapa [...]
17 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Kebelakangan ini, galak sungguh pihak kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional memperkenalkan pelbagai inisiatif mudah, mesra kepada golongan yang pendapatan isi rumah mereka kurang daripada RM3000.
Saya tidak mempersoalkan tindakan tersebut malah menyokong segala inisiatif yang diadakan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah apabila diberi undi oleh rakyat, iaitu untuk memakmurkan kehidupan rakyat yang memilihnya.
Namun, apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam keghairahan kerajaan pemerintah pimpinan Barisah Nasional memberi segala bagai kebendaan dan wang kepada golongan ini, pihak kerajaan telah tidak langsung meminggirkan golongan pertengahan tinggi yang merupakan golongan yang paling banyak membayar cukai pendapatan, cukai perkhidmatan dan merupakan pencarum kepada Skim Kumpulan Simpanan Pekerja yang wang simpanannya digunakan oleh kerajaan sewenang- wenangnya tanpa kebenaran mereka.
Golongan pertengahan tinggi ini dikategorikan oleh kerajaan sebagai golongan mampu tetapi mereka sebenarnya terpaksa membayar segala bentuk perkhidmatan yang diperlukan seperti yuran asrama anak yang tinggi, kos makanan anak di asrama, bayaran bulanan pembelian rumah, tol, minyak, kenderaan, Astro, khidmat internet, khidmat kesihatan hatta cukai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan di restoran- restoran.
Meraka ini adalah pembayar cukai yang tinggi sehingga gaji bulanan yang dikategorikan sebagai tinggi dan mampu oleh kerajaan sebenarnya adalah rendah dan menyesakkan.
Namun, apa yang golongan ini dapat daripada pelbagai inisiatif kerajaan pemerintah pimpinan Barisan Nasional sekarang? Boleh dikatakan tidak ada langsung. Yang ada mungkin hanya wang RM100 untuk bantuan persekolahan anak dan baucer buku bernilai RM200 bagi anak- anak mereka yang belajar di universiti.
Perkhidmatan asas seperti bantuan penuh untuk anak-anak di asrama, pengecualian cukai perkhidmatan di restoran- restoran, diskaun tol dan diskaun perkhidmatan kesihatan patut diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan pertengahan tinggi ini dalam memastikan mereka juga patut menikmati hidup yang lebih makmur.
Kerajaan permerintah pimpinan Barisan Nasional patut sedar bahawa golongan pertengahan tengah inilah merupakan golongan pengundi yang celik hak dan mereka berupaya melakukan perubahan pemerintahan dalam PRU13 yang akan datang ini. Mereka patut diberi perhatian! Mkini
17 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - DHAKA 12 Feb. - Sepasang suami isteri yang bekerja sebagai wartawan di dua stesen televisyen di Bangladesh, ditemui mati ditikam dengan kejam di apartmen mereka di ibu negara Dhaka, semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis, Imam Hossain, pasangan tersebut dikenali sebagai Sagar Sarwar, 35 dan isterinya, Meherun Runi, 33, ditemui mati pada awal pagi semalam dengan beberapa kesan tikaman di seluruh badan mereka.
Katanya, motif pembunuhan pasangan tersebut masih tidak diketahui.
Runi, 33, merupakan seorang wartawan di stesen televisyen ATN Bangla manakala Sarwar, 35, bekerja sebagai editor berita bagi televisyen Maasranga. - AFP
19 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Bagi meneruskan usaha untuk merealisasikan pembinaan dan pembangunan Kompleks Pendidikan Darul Anwar (KPDA), maka pihak Idham Care memulakan langkah berikutnya dengan membuka peluang kepada sesiapa sahaja berwakafkan dengan tujuan pembinaaan bangunan KPDA.
Pakej Wakaf Bangunan ini terdiri dari dua Pakej d imana Pakaj 1 bernilai RM 300 .Melalui pakej ini setiap pewakaf akan dihadiahkan satu set Al Quran Digital .
Pakej 2 pula berharga RM 500 dan pewakaf akan dihadiahkan 2 set Digital Al Quran.
Sasaran naskah Al Quran yang akan dihabiskan sebelum 31 Mei 2012 ialah sebanyak 10,000 Naskah Set Al Quran Digital model terbaru M10.
Iklan di atas akan terbit pada Harakah cetak sebanyak 5 kali bermula Khamis ini.(Harakah Edisi Ahad (hari ini) - seperti yang dimaklumkan sebelum ini, iklan tak sempat diterbitkan kerana masalah teknikel, kami memohon maaf )
Pihak pengurusan Idham Care dan KPDA yakin skim wakaf yang dilancarkan ini akan mendapat sambutan hangat dari seluruh umat Islam .
Selain itu kami masih berhasrat untuk memulakan pembangunan fasa pertama KPDA bermula pada penghujung Mei akan datang.
Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi kami pada talian 016-4951221.
17 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - TEHRAN: Hamas tidak akan sama sekali mengiktiraf Israel, tegas Perdana Menteri pergerakan itu di Gaza, Ismail Haniya, semalam dalam ucapan di Iran yang dilihat menyukarkan usaha Palestin membentuk kerajaan perpaduan berikutan bantahan wilayah Yahudi itu.
"Mereka mahu kami mengiktiraf pencerobohan Israel dan menghentikan tentangan tetapi sebagai wakil penduduk Palestin dan dengan nama kebebasan, saya mengumumkan dari Dataran Azadi di Tehran yang kami tidak akan mengiktiraf Israel.
"Tentangan akan diteruskan sehingga semua tanah Palestin termasuk Baitulmaqdis dibebaskan dan semua pelarian kembali," katanya.
Penegasan Haniya mengenai pendirian Hamas itu dibuat dalam satu majlis memperingati revolusi Islam di Iran pada tahun 1979.
Pemimpin Gaza itu bercakap kepada anggaran 30,000 hadirin dari atas pentas bersama-sama Presiden Mahmoud Ahmadinejad.
"Rakyat Iran adalah rakan dalam kejayaan ini. Insya-Allah, kami akan bertemu anda bersama-sama rakyat Palestin lain dalam negara bebas Palestin, di ibu negara, Baitulmaqdis," katanya.
Israel menolak usaha Hamas untuk bekerjasama dengan Fatah, parti lebih sekular pimpinan Presiden Mahmud Abbas yang mentadbir Tebing Barat, untuk membentuk kerajaan perpaduan. Ia menganggap Hamas sebagai pertubuhan pengganas dan Iran sebagai penyokong dan pembekal senjata.
Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, memberitahu wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Khamis lalu perjanjian Hamas dan Fatah yang ditandatangani minggu ini untuk berganding bahu dalam kerajaan baru tidak menyumbang kepada lanjutan rundingan damai atau kebajikan penduduk Palestin.
Blok yang bertanggungjawab dalam proses damai Asia Barat itu iaitu Kesatuan Eropah, Russia, PBB dan Amerika Syarikat sudah lama mendesak supaya kerajaan Palestin termasuk Hamas memenuhi syarat tertentu untuk menyertai rundingan iaitu menghentikan keganasan dan mengiktiraf Israel dan perjanjian masa lalu dengan wilayah Yahudi itu. – AFP
17 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Pada saat-saat umat Islam menyambut Maulidur Rasul memperingati hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, mereka dikejutkan dengan berita serta gambar Perdana Menteri menyambut Thaipusam di Batu Caves.
Sejarah perkembangan Islam di negara ini yang dibawa oleh Parameswara yang kemudiannya memeluk Islam dan menggunakan nama Muzaffar Shah, seolah-olah diterbalikkan oleh seorang pemimpin penganut Islam untuk kembali ke agama Hindu.
Melalui rakaman gambar-gambar yang tersebar, kelihatan seolah-olah pemimpin yang mengakui dirinya Islam ini sudah mengambil-alih peranan dewa agama Hindu. Bak kata SS Mufti Negeri Perak, Najib sudah menggadai akidah. (pautan di akhir artikel ini) ~~
Perayaan Thaipusam, sejak tiga tahun yang lalu telah diambil-alih oleh seorang pemimpin yang seronok membiarkan dirinya dilayan dan dijadikan seumpama dewa. Malah, lebih hebat daripada dewa yang disembah oleh penganut agama Hindu sendiri. Kita ikuti tulisan J. D. Lovrenclear yang menyentuh mengenai perayaan keagamaan masyarakat Hindu yang telah menjadi perayaan mendewakan pemimpin.
Perdana Menteri Malaysia dan isterinya difotografkan di mana mereka dikalungkan dengan kalungan bunga yang amat besar di Batu Caves semasa perayaan Thaipusam berlangsung.
Saiz kalaungan itu adalah antara isu yang telah menimbul seribu tanda tanya.
Kenapa pihak Kuil membiarkan ahli politik mengambil kesempatan ke atas perayaan yang sedang diadakan? Adakah kita begitu terdesak sehinggakan erti perayaan dan maknanya digunakan untuk tujuan politik semata-mata?
Jangan merendah-rendahkan Thaipusam
Pertama sekali, kenapa ada kalungan bunga yang besar dipakaikan kepada PM dan isteri seolah-olah merekalah yang sepatutnya diraikan. Bukankah tumpuan perayaan adalah untuk penganut-penganut menyembah tuhan sebagai tanda kesucian, keabdian dan penyerahan diri?
Bukankah prinsip dan makna Thaipusam sepatutnya diraikan dan dijadikan tumpuan?
Kalungan bunga sebesar itu sudah semestinya mahal dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Kenapa wang itu tidak digunakan sahaja untuk keperluan perayaan dan korban yang merupakan tujuan utama Thaipusam?
Adakah PM atau isteri beliau tidak mempunyai rasa rendah diri dan peka untuk menasihati pihak kuil yang cuba membodek ahli politik sekali gus menunjukkan kebodohan mereka dengan persembahan yang melibatkan kalungan gergasi itu?
Tiada rasa malu dan sensitif
Mengapa Perdana Menteri bercakap pula tentang 'nambikai' - tentang saling mempercayai di antara satu sama lain di tempat lelaki dan wanita berkumpul dari jauh dan dekat untuk melakukan penebusan dosa dan melakukan pemberian kepada dewa-dewa masing-masing?
Dan kenapa menggunakan Thaipusan untuk berpolitik dengan mengumumkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi pembinaan pusat baru di Batu Caves?Jika niat itu benar-benar ikhlas ia boleh diumumkan pada bila-bila masa atau hari lain dan bukankah ini akan memberi makna yang lebih positif?
Semua yang terus bersubahat, membiarkan sahaja dan menyokong penodaan perayaan keagamaan seperti Thaipusam dengan berpolitik secara kotor sepatutnya malu. Jangan cuba untuk menjustifikasikan perbuatan itu. Apakah komen ahli politik India? Apa pula kata pemimpin agama Hindu?
Oleh J. D. Lovrenclear - pembaca Malaysia Chronicle
17 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - WASHINGTON: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 skala Ritcher menggegarkan wilayah tengah Chile, lewat malam tadi.
Menurut Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut berlaku pada jam 11.58 malam (waktu tempatan), kira-kira 52 kilometer di barat daya bandar Concepcion. Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini. - AFP
17 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut cukup yakin Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, ini bakal berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Katanya, berdasarkan senario semasa politik negara hari ini, Terengganu juga akan dimenangi oleh PAS pada pilihan raya akan datang.
Menurutnya, kerajaan PAS pernah memerintah Terengganu sebanyak dua kali iaitu pada pilihan raya pertama tahun 1959 dan PRU10 tahun 1999.
"Kita (PAS) di Terengganu pernah menang dua kali. Kita menang Pilihan Raya Pertama tahun 1959 dan menang kali kedua tahun 1999 dan Insya'Allah, kita (PAS) hendak menang kali ketiga (PRU13) ini," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum PAS Kawasan Besut.
Majlis Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Sweet Beach Resort, Semerak Pasir Putih, Kelantan, semalam.
Namun kata Abdul Wahid, kemenangan tersebut perlu diperolehi bukan kerana kelemahan Umno dan Barisan Nasional tetapi atas kekuatan PAS sendiri.
Menurutnya, seluruh jentera parti hari ini sedang bekerja ke arah mencapai kemenangan tersebut.
"Kita (PAS) hendak menang bukan atas kelemahan Barisan Nasional tetapi atas kekuatan PAS sendiri. Kita (PAS) sedang bekerja ke arah untuk mencapai kemenangan pada PRU13, Insya'Allah," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mendakwa PAS negeri telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya (PRU13) sejak bulan November 2011.
Katanya, Umno-BN tidak berani untuk mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat ini kerana parti itu hilang sokongan rakyat.
Menurutnya, seluruh rakyat terutama di kalangan pengundi Tionghua (Cina) dan India sepakat menolak Umno dan kerajaan BN.
"Umno-BN tidak berani hendak buat pilihan raya dalam masa terdekat ini. Kita (PAS) telah siap sedia sejak bulan November 2011 lagi.
"Kita (PAS) juga bersiap untuk pilihan raya jika bulan Mac 2012 ini. Mereka (BN) telah kehilangan sokongan rakyat secara umum terutama orang (pengundi) Cina dan India," jelasnya.
Katanya, banyak faktor yang menyebabkan Umno-BN tidak berani mengadakan pilihan raya tersebut seperti kes Dato' Seri Anwar, Laporan Audit Negara, projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dan banyak lagi.
Antara pimpinan PAS yang hadir pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, Ketua Muslimat PAS Terengganu, Cikgu Safinah Jusoh, Setiausaha Muslimat PAS Terengganu, Raja Endut Raja Abdul Rahman dan Adun Limbungan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat. HDaily
17 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 12 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku menteri agama agar segera menyatakan pendirian berhubung kehadiran Perdana Menteri ke perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Ini kerana, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menyifatkan Datuk Seri Najib Razak "menggadai akidah" kerana hadir dalam upacara keagamaan yang haram di sisi Islam.
"Apa guna Jamil Khir menjawat jawatan menteri mengenai urusan agama apabila beliau gagal menasihat dan menegah penyertaan Perdana Menteri dalam upacara Thaipusam sehingga mufti sendiri menyifatkan perbuatan Perdana Menteri itu menggadai agama," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, adalah pelik jika menteri yang sepatutnya menasihati Najib berdiam diri sehingga teguran dan tegahan terpaksa datang dari Mufti Perak pula.
Beliau juga mempersoal di mana peranan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu dalam menasihati Najib dalam urusan agama.
"Atau adakah Najib hanya mahu menerima nasihat dan petunjuk dari Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide sahaja?
"Kalau begitu, lebih baik Jamil Khir meletak jawatan dengan segera," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz juga hairan, adakah Jamil Khir tidak tahu bahawa selain dari menghadiri upacara Thaipusam, banyak lagi tindakan dan perkara yang haram dalam Islam dihalalkan oleh Umno.
"Tindakan tersebut termasuk rasuah, fitnah, mencuri duit rakyat dan diberikan kepada kroni seperti kes lembu fidlot, mengaibkan sesama manusia, menipu dalam pilihan raya, pengundi hantu, pemberian kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak menerimanya dan banyak perkara lain yang diharamkan oleh Islam.
"Tetapi dalam Umno semuanya halal asalkan dapat undi, dapat untung dan dapat wang. Itulah fahaman Umno dan itulah yang dilakukan oleh Umno. Adakah Jamil Khir tidak tahu atau beliau juga merestui perbuatan-perbuatan itu?" katanya.
Sebelum ini, dalam tegura terhadap perbuatan Najib menyertai perayaan Thaipusam yang disifatkannya "menggadai akidah" itu, Harussani juga berkata, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu. - HDaily
KUALA LUMPUR, 11 Feb:Teras Pengupayaan Melayu (Teras) amat kesal untuk kesekian kalinya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak mempedulikan nasihat dan teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai kehadiran dalam ucapara peribadatan Thaipusam baru-baru ini.
"Apakah PM merasa bahawa tidak perlu dipedulikan semada tingkahlakunya bercanggah dengan agama Islam atau tidak?
"Apakah teguran Mufti itu tidak dianggap perlu untuk beliau hormati?" tanya presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Teras, katanya mengambil perhatian berat apabila tahun sebelum ini Najib sekali lagi menunjukkan sikap tidak peduli terhadap ingatan Mufti Perak.
Menurutnya, pada tahun itu disaksikan gambar PM didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves.
"Bukan sahaja ini merupakan persoalan yang akan memberi natijah tidak sihat kepada masyarakat Islam, malah di kacamata anak-anak muda juga menunjukkan PM sudah menerima agama boleh digadaikan hanya untuk mendapat sokongan politik.
"Teras menegaskan agar PM tidak mengambil sikap berdegil kepada teguran Mufti kerana ini akan disahkan oleh rakyat sebagai PM yang sudah mengamalkan pemikiran plural-liberal dalam kefahamannya terhadap agama," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, menghadhirkan diri dalam upacara khusus keagamaan bukan Islam adalah suatu yang tidak diterima dalam Islam malah diingatkan agar umat Islam menjauhinya kerana ia boleh dilihat sebagai memperakui agama tersebut sama dengan agama Islam.
Padahal, ujarnya Islam sangat jelas dalam hal ini yang dianggap prinsip aqidah yang tidak boleh dikompromi.
"Kami menegaskan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa terhadap hal ini agar umat Islam khususnya dan rakyat amnya tidak akan keliru demi menjaga kemuliaan Islam dan aqidah umat," katanya lagi.
Mutakhir ini perkataan al-Wasatiyyah diwar-warkan, menggantikan slogan Islam Hadhari yang ditenggelamkan entah di mana dan tidak diketahui sampai ke mana. Jangan terjebak dengan apa yang disebut oleh ucapan Sayyidina Ali K.W.
كلمة حق أريد بها باطل
(Kata-kata yang benar dijadikan tujuannya kebatilan)
Kebenaran yang mutlak tanpa dipertikaikan ialah kenyataan daripada Allah. Marilah kita berpegang kepadanya.
Firman Allah (maksudnya):
Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang wasatun, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)
Dari sini bertolaknya konsep al-Wasatiyyah. Perkataan al-Wasatiyyah (الوسطية) dalam bahasa Arab adalah daripada perkataan al-Wasat(الوسط) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan. Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.
Apabila menafsirkan al-Quran dan menghuraikan hadith daripada perkataan al-Wasat adalah tidak tepat dengan makna zahir bahasanya sahaja, sehingga membawa maksud pertengahan di antara baik dan buruk secara bercampur aduk atau adil dan zalim sama-sama dilakukan, dengan maksud boleh dikumpulkan benar dan salah, makruf dan munkar, buat baik dan buat maksiat kerana mesej Islam yang bersumberkan al-Quran dan ditafsirkan oleh sunnah Rasulullah S.A.W membawa mesej pelaksanaan kebaikan yang terbaik dengan betul dan istiqamah serta meninggalkan segala kemunkaran dan mencegahnya secara hikmah.
Ramai yang mengambil kesempatan meninggalkan syariat Allah dengan sengaja, berselindung di sebalik menafsirkan al-Wasatiyyah dengan hujjah, kononnya mengikut kehendak semasa, dengan cara tidak istiqamah mengikut perintah Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W dengan bergantung kepada terjemahan dari segi zahir bahasanya sahaja yang bermakna pertengahan di antara baik dan buruk, adil dan zalim, makruf dan munkar dalam keadaan mencampur adukkan kebaikan dan keburukan atau melaksanakan Islam secara terpilih, bukan keseluruhannya kerana mengikut langkah-langkah syaitan atau beramal dengan sebahagian dan meninggalkan sebahagian lagi, laksana kaum Yahudi yang dimurka Allah (al-maghdub alaihim), atau mengikut kemahuan sendiri laksana penganut ajaran sesat (al-dallin), tanpa usaha yang bersungguh-sungguh melaksanakan mesej umat terpilih dengan menegakkan makruf dan menentang kemunkaran atau tidak bercita-cita melaksanakan Islam sepenuhnya, dibuktikan dengan lebih setengah abad berpeluang mendapat kuasa politik memegang amanah.
Sederhana bukan beramal dengan Islam tanpa kesungguhan atau tidak melampau sehingga menyerah kalah, tanpa perhitungan sempadan nilai yang sebenar daripada hukum Allah dan matlamat kejadian manusia dan fitrahnya mengikut penciptanya sendiri iaitu Allah S.W.T, sehingga meninggalkan syariat Allah yang asasi, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, meninggalkan kewajipan beramal dengan syariat Allah serta tidak sempurna melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar. Allah memberi amaran kapada kaum Bani Israil yang dimurka sehingga hari kiamat, supaya menjadi pengajaran kepada umat Islam.
Firman Allah (maksudnya):
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Surah al-Baqarah: 42)
Apabila Islam keseluruhannya adalah panduan dan petunjuk jalan serta batas sempadan perjalanan kehidupan manusia, jika meninggalkannya atau pelaksanaannya tidak sempurna, menyebabkan berlakunya banyak perkara-perkara yang merosakkan kehidupan manusia dan alam sekelilingnya, maka Islam pula yang dipersalahkan.
Perlu difahami bahawa setiap aspek ajaran Islam yang berkait dengan akidah dengan setiap rukun dan cabangnya, syariat dalam segala urusannya, akhlak dalam segala hubungannya dan sistem pelaksanaannya secara menyeluruh adalah mata rantai yang tidak boleh dipisahkan atau dikurangkan.
Zahir ayat Ummat Wasatiyyah tersebut menegaskan bahawa umat Islam dijadikan contoh di kalangan seluruh manusia dan layak menjadi saksi bagi pihak Rasul terhadap manusia pada hari kiamat kelak, bahawa para Rasul telah menyampaikan petunjuk Allah yang bernama Islam dengan amanah dan sempurna, sehingga mengharungi perjuangan bersama Rasul atau meneruskan perjuangannya yang penuh pengorbanan harta dan jiwa raga, bagi mengislamkan manusia dalam seluruh cara kehidupannya dari dunia dan berwawasan hari akhirat, bukan sekadar wawasan 2020.
Mengikut kaedah ilmu tafasir, al-Quran hendaklah ditafsirkan mengikut keutamaan. Sekiranya ada ayat-ayat al-Quran sendiri yang menafsirkan al-Quran hendaklah didahulukan, kemudian diikuti dengan sunnah Rasulullah S.A.W yang menafsirkan al-Quran, seterusnya diikuti dengan tafsir para ulama sahabat yang menerima secara berdepan dan menyaksikan tafsiran Rasulullah S.A.W secara menghayatinya, kemudian tafsir para ulama salaf dan khalaf (generasi awal dan mutakhir) yang menafsirkan al-Quran mengikut Ulum al- Quran (Ilmu-Ilmu alat bagi memahami al-Quran). Begitulah caranya al-Quran ditafsirkan dengan tepat, mengikut perintah Allah dan petunjuknya melalui Rasulullah S.A.W supaya diamalkan dengan berdasarkan iman. Kalau tidak maka tafsirnya salah dan berdosa besar atau menyeleweng sehingga sesat dan menyesatkan. Kalangan ulama yang mengambil pendekatan begitu adalah mengambil contoh golongan ahli kitab yang dimurka Allah (al-Maghdub alaihim dalam surah al-Fatihah) atau ulama jahat.
Firman Allah menunjukkan adanya kalangan ulama seperti ini (maksudnya):
Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.
Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.
Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim.(Surah al-A'raf: 175-177)
Para ulama tafsir menceritakan ayat-ayat ini berkait dengan ulama yang disuap dengan kesenangan dunia sehingga sanggup memutar belit ayat-ayat Allah.
Al-Quran tidak boleh diseleweng dan dipermainkan kerana tetap dipelihara oleh Allah. Al-Quran itu hendaklah ditafsirkan mengikut ilmu-ilmu yang berkait dengannya iaitu ilmu-ilmu bahasa Arab seperti nahu, saraf, balaghah, sastera Arab kerana al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Ilmu asbab al-nuzul (sebab-sebab turunnya ayat), nasikh dan mansukh dan juga ilmu riwayat dan dirayat.
Maka tafsiran Wasatiyyah yang tepat hendaklah mengikut hakikat kerasulan dan ajaran Islam seluruhnya. Ia adalah daripada petunjuk al- Quran supaya umat Islam menjadi umat yang adil dan pilihan dengan beriman, beramal dan berakhlak dengan Islam, sehingga menjadi contoh kepada umat manusia seluruhnya. Mereka juga layak menjadi saksi atas perbuatan orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dan menentang para Rasul, apabila semuanya menghadapi pembicaraan dalam mahkamah di akhirat.
Hakikat umat Islam yang menjadi contoh ditengah masyarakat manusia itu dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran yang lain bagi memenuhi ciri Ummah Wasatan yang layak menjadi contoh kepada seluruh umat manusia dan saksi pada hari kiamat, antaranya firman Allah (maksudnya):
Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.(Surah Ali Imran: 110)
(Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang bangun menegakkan agama Allah kerananya (dengan ikhlas), supaya menjadi para saksi dengan adil, dan janganlah dengan sebab kamu bermusuh terhadap sesuatu kaum lalu kamu tidak berlaku adil Berlaku adillah, kerana lebih hampir kepada sifat taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha teliti pengetahuannya terhadap apa-apa yang kamu lakukan). (Surah al-Maidah: 8)
Rasulullah S.A.W memulakan pembangunan insan generasi awal yang pertama menjadi contoh Ummatan Wasatan dengan menegakkan iman, amal soleh dan akhlak yang mulia, bersumberkan ilmu daripada Allah. Apabila ditawarkan melalui Abu Talib yang paling disegani menjadi Raja atau Ketua dengan harta kekayaan dikumpulkan untuknya, tawaran yang mahal ini ditolak dengan tegas, sabdanya :
يا عم والله لو وضعوا الشمس في يمينى، والقمر في يسارى على أن أترك هذا الامر حتى يظهره الله، أو أهلك فيه ما تركته .
السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 474)
(Wahai bapa saudara kesayanganku, sekiranya diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku, supaya aku meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam) sehingga dimenangkan oleh Allah atau aku mati kerananya nescaya aku tidak meninggalkannya).
Al-wasatiyyah dalam agama dan sistem cara hidup
Kedatangan Rasulullah S.A.W membawa Islam agama Allah adalah kesinambungan risalah para Rasul sebelumnya, setelah ajaran Rasul terdahulu dipesong menjadi sesat. Dua agama samawi, Yahudi dan Kristian yang terserlah sudah dipinda dan diubah oleh para pendeta dan paderi yang bersekongkol dengan kerajaan yang zalim di zaman masing-masing, sehingga berlaku penindasan agama terhadap masyarakat dengan mengadakan hukum yang tidak diizin oleh Allah.
Agama yang tidak samawi pula lebih sesat, sehingga menjadikan manusia memuja makhluk seperti batu dan binatang yang tidak berakal, serta menyanjung para sami seperti Tuhan. Islam berada ditengah-tengah penyelewengan agama, membawa Aqidah Tauhid mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup, menentang penyelewengan agama samawi dan tidak samawi. Menentang agama yang menjadikan manusia seperti malaikat dan meletakkan manusia seperti binatang dan lebih rendah daripada binatang dan makhluk yang lain.
Berdasarkan firman Allah (maksudnya):
Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam (manusia), Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.(Surah al-Israk: 70)
Islam meletakkan manusia mengikut konsep Wasatiyyah, ada ruh berhubung dengan Tuhan tidak seperti malaikat, ada jasad dan hawa nafsu tidak seperti binatang dan boleh bergerak tidak seperti batu dan kayu.
Islam juga tidak melampau seperti Kristian yang memuja Rasul sehingga diletakkan setaraf ketuhanan dan tidak seperti Yahudi yang menolak Rasul dengan keras sehingga membunuhnya dan meminda ajarannya mengikut hawa nafsu.
Maka Islam adalah wasatiyyah di kalangan agama, kerana meletakkan manusia mengikut fitrahnya dengan tepat dan terbaik mengikut ketentuan Allah, sekiranya manusia itu berpegang dengan Islam dan beramal sepenuhnya dalam cara beragama, bukan dengan makna agama secara sekularisme.
Dalam aspek politik, wujudnya pemerintahan diktatur (kuku besi) yang memberi kuasa mutlak kepada seseorang atau kumpulan. Kemudiannya lahir amalan teokrasi yang memberi kuasa mutlak kepada ahli agama, dan demokrasi Barat yang dikatakan hak kepada rakyat secara mutlak. Maka Islam berbeza dengan semua teori tersebut dengan menyerlahkan wasatiyyah menentang diktatur dan teokrasi serta menentang penipuan terhadap rakyat di atas nama hak rakyat tanpa mengira jahil dan terdesak, dengan menyatakan batas sempadan ketaatan kepada pemimpin dan para ulama dan hak rakyat dengan tidak memberi kuasa mutlak kepada sesiapa.
Meletakkan batas sempadan perkara-perkara kemampuan manusia dan di luar kemampuan manusia. Islam menegaskan syarat iman, ilmu dan akhlak mengikut perhitungan agama yang adanya muhasabah halal dan haram, serta dosa dan pahala dalam amalan politik, bukan sahaja dalam perkara ibadat, kerana Islam tidak memisahkan politik daripada agama. Menerima apa yang baik dan bijaksana walaupun datang daripada mana tanpa mengira timur dan barat, dan menolak yang buruk dan jahat walaupun dilahirkan di bumi Makkah.
Dalam aspek ekonomi pula Islam menentang teori kapitalisme yang membebaskan hak individu sehingga mengorbankan hak masyarakat dan menentang komunisme dan sosialisme yang merampas hak individu di atas nama keadilan terhadap masyarakat, dan semua teori tersebut berteraskan kebendaan samada memisahkan kewajipan agama dalam ekonomi atau menafikan adanya peranan agama dalam kehidupan manusia.
Islam mengizinkan miliki harta dan mengurusnya, tetapi wajib menunaikan kewajipan bermasyarakat dengan zakat dan lain-lain.
Firman Allah (maksudnya):
Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian.(Surah az-Zariyat: 19)
Islam juga memerintahkan supaya membelanjakan harta secara sederhana, tidak boros dan tidak bakhil. Firman Allah (maksudnya):
Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu (bakhil) dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya (boros) kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal.(Surah al-Israk: 29)
Dalam kehidupan berkeluarga Islam tidak seperti agama yang mengharamkan paderi dan saminya berkahwin seperti malaikat dan ajaran yang membebaskan pergaulan seperti binatang, kerana kedua-duanya bertentangan dengan fitrah manusia. Maka Islam menetapkan hukum berkeluarga bermula daripada pertunangan, sehinggalah perkahwinan, nafkah dan perceraian.
Islam juga menetapkan ajaran yang berkait dengan adab pergaulan dalam keluarga dan masyarakat yang luas, daripada hukum berpakaian sehingga hukum bergaul dan bermuamalat, bagi menjaga akhlak manusia dan keharmonian kehidupan mereka.
Bagi menjaga agama, nyawa, akal, keluarga, maruah dan harta yang menjadi rukun kehidupan manusia maka Allah mewajibkan undang-undang jenayah, qisas dan hudud secara nas dalam hanya beberapa perkara yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia yang tetap bersifat makhluk yang lemah. Bagi perkara-perkara yang boleh dicapai dengan ilmu dan pengalaman, maka Islam mengizinkan kebijaksanaan akal dan pengalaman dengan panduannya.
Islam juga berkonsepkan al-Wasatiyyah dalam hubungan antarabangsa, perdamaian adalah konsep pertama yang wajib didahulukan, dalam masa yang sama mengakui bahawa adanya peperangan yang menjadi fitrah manusia, kerana adanya perbezaan yang membawa pergeseran dan wujudnya manusia yang menjadi pengikut syaitan yang wajib ditentang dengan cara peperangan apabila diceroboh dengan zalim, tetapi diharamkan melampau menggunakan senjata, ketika berperang dan selepasnya walaupun mencapai kemenangan.
Firman Allah (maksudnya):
Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.(Surah al-Baqarah: 190)
Islam mendahulukan perdamaian
Firman Allah (maksudnya):
Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.
Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin.(Surah al-Anfal: 61-62)
Al-Wasatiyyah dalam hubungan antarabangsa bermakna wajib berlaku adil di masa damai dan perang, tidak menyerah kalah terhadap kezaliman dan tidak melampau apabila bertindak.
Al-Wasatiyyah mengikut al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W menjadi ikutan adalah tetap, teguh dan istiqamah, bukan slogan politik sementara seperti Islam hadari, bersih cekap dan amanah, kepimpinan melalui teladan, yang pelaksanaannya tidak cukup dan tidak berpijak di bumi nyata, tenggelam dalam gejala keruntuhan yang tidak mampu dibaiki dengan islah kerana prinsip yang salah dan konsep yang tempang dan didatangi masalah baru yang bertalu-talu.
Makna wasatiyyah bukan melaksanakan Islam tidak sempurna atau secara terpilih atau campur aduk. Bukan sekadar mendirikan masjid tanpa sempurna mendirikan sembahyang, mengadakan Bank Islam tanpa kuasa mencegah kemunkaran riba, mengadakan musabaqah sekadar mendengar suara tanpa menjadikan petunjuk dalam amalan dan akhlak, kehilangan harta dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan salah urus lebih besar daripada bantuan kepada yang berhak dan kesimpulannya menegakkan kebaikan yang tidak sempurna membiakkan kemunkaran yang meningkat. Maka tidak layak bersifat al- Wasatiyyah untuk menunjukkan model Islam dan tidak layak menjadi saksi di dunia dan akhirat.
(Najib menyertai perayaan Thaipusam di batu Caves)
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
"Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
"Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.
"Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
"Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau perjalanan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas (EGM) Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF), 22 Februari ini.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihaknya khuatir wujud penyelewengan dan sogokan dalam EGM itu berdasarkan maklumat yang diterima bahawa kos EGM tersebut mencecah RM1 juta.
Katanya, Anak menerima maklumat perwakilan akan diberi habuan agar menyokong penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.
"Anak meminta SPRM membuat pemantauan sebelum dan semasa EGM ini berlangsung kerana kosnya begitu besar.
"Kita tak pasti kos apa yang begitu besar sebab itu wujud kebimbangan akan ada sogokan kepada perwakilan," kata Mazlan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Sementara itu, Anak melalui peguamnya, Mohd Harris Abdullah akan sekali lagi memfailkan saman pemula memohon injunksi mahkamah bagi menghalang EGM itu diadakan.
Saman itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan, 17 Februari ini.
Menurut Harris, beliau akan berbuat demikian setelah diminta oleh ahli KPF yang tidak menyokong EGM tersebut, selepas menerima notis panggilan mesyuarat yang akan diadakan di Ibu Pejabat Felda, Jalan Maktab, dekat sini.
Notis bertarikh 31 Januari di bawah Fasal 30 (1) Undang-undang Kecil KPF itu antaranya menyatakan agenda EGM untuk membincangkan perkara berkenaan usul-usul Lembaga KPF dan/atau Rekuisisii tersebut mengenai cadangan penjualan pegangan KPF sebanyak 51% dalam Felda Holdings Berhad melibatkan 10 anak syarikat Felda.
Ia berhubung penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
"Ahli KPF sudah menerima notis panggilan mesyuarat yang akan fokus kepada penyenaraian FGVH.
"Seperti sebelum ini, saya akan failkan injunksi agar mahkamah menghalang EGM ini," katanya. Mesyuarat agung khas halang penyenaraian
Bercakap pada sidang media yang sama, Mazlan berkata, pihaknya akan akan memanggil mesyuarat agung khas dengan persetujuan perwakilan atau pemegang saham KPF bagi menghalang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
Anak akan menuntut mesyuarat agung tersebut menggunakan peruntukan fasal 29 (1) Undang-undang Kecil KPF.
Menurut Undang-undang Kecil KPF, Lembaga pada bila-bila masa boleh, dan apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus perwakilan mengikut mana yang kurang hendaklah memanggil suatu mesyuarat agung perwakilan khas mengikut subseksyen 40 (1) Akta.
Sehubungan itu, Anak akan menyerahkan notis tersebut kepada setiausaha KPF di Ibu Pejabat Felda Khamis ini.
Menurut Harris, mesyuarat itu meminta KPF tidak dikaitkan dengan menyenarai FGVH dalam apa cara sekali pun.
"KPF dilarang sama sekali untuk lupuskan ekuiti milik KPF dalam Felda dan sepuluh anak syarikat milik Felda kepada FGVH atau mana-mana syarikat yang telah atau bakal ditubuhkan oleh Felda atau FGVH," katanya.
Selain itu, mereka juga menuntut agar KPF melarang sebarabg jenis campur tangan dalam urusan harian KPF atau mengusik atau menyentuh atau melupuskan apa-apa ekuiti milik KPF dalam Felda dan sepeuluh anak syarikat Felda oleh mana-mana pihak termasuk Felda atau FGVH atau mana-mana syarikat yang telah atau bakal ditubuhkan oleh Felda.
"Kita akan ke Ibu Pejabat Felda jam 11 pagi Khamis ini bagi bertemu dengan lembaga pengarah," katanya.
Pada saat-saat umat Islam menyambut Maulidur Rasul memperingati hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, mereka dikejutkan dengan berita serta gambar Perdana Menteri menyambut Thaipusam di Batu Caves.
Sejarah perkembangan Islam di negara ini yang dibawa oleh Parameswara yang kemudiannya memeluk Islam dan menggunakan nama Muzaffar Shah, seolah-olah diterbalikkan oleh seorang pemimpin penganut Islam untuk kembali ke agama Hindu.
Melalui rakaman gambar-gambar yang tersebar, kelihatan seolah-olah pemimpin yang mengakui dirinya Islam ini sudah mengambil-alih peranan dewa agama Hindu. Bak kata SS Mufti Negeri Perak, Najib sudah menggadai akidah. (pautan di akhir artikel ini) ~~
Perayaan Thaipusam, sejak tiga tahun yang lalu telah diambil-alih oleh seorang pemimpin yang seronok membiarkan dirinya dilayan dan dijadikan seumpama dewa. Malah, lebih hebat daripada dewa yang disembah oleh penganut agama Hindu sendiri. Kita ikuti tulisan J. D. Lovrenclear yang menyentuh mengenai perayaan keagamaan masyarakat Hindu yang telah menjadi perayaan mendewakan pemimpin.
Perdana Menteri Malaysia dan isterinya difotografkan di mana mereka dikalungkan dengan kalungan bunga yang amat besar di Batu Caves semasa perayaan Thaipusam berlangsung.
Saiz kalaungan itu adalah antara isu yang telah menimbul seribu tanda tanya.
Kenapa pihak Kuil membiarkan ahli politik mengambil kesempatan ke atas perayaan yang sedang diadakan? Adakah kita begitu terdesak sehinggakan erti perayaan dan maknanya digunakan untuk tujuan politik semata-mata?
Jangan merendah-rendahkan Thaipusam
Pertama sekali, kenapa ada kalungan bunga yang besar dipakaikan kepada PM dan isteri seolah-olah merekalah yang sepatutnya diraikan. Bukankah tumpuan perayaan adalah untuk penganut-penganut menyembah tuhan sebagai tanda kesucian, keabdian dan penyerahan diri?
Bukankah prinsip dan makna Thaipusam sepatutnya diraikan dan dijadikan tumpuan?
Kalungan bunga sebesar itu sudah semestinya mahal dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Kenapa wang itu tidak digunakan sahaja untuk keperluan perayaan dan korban yang merupakan tujuan utama Thaipusam?
Adakah PM atau isteri beliau tidak mempunyai rasa rendah diri dan peka untuk menasihati pihak kuil yang cuba membodek ahli politik sekali gus menunjukkan kebodohan mereka dengan persembahan yang melibatkan kalungan gergasi itu?
Tiada rasa malu dan sensitif
Mengapa Perdana Menteri bercakap pula tentang 'nambikai' - tentang saling mempercayai di antara satu sama lain di tempat lelaki dan wanita berkumpul dari jauh dan dekat untuk melakukan penebusan dosa dan melakukan pemberian kepada dewa-dewa masing-masing?
Dan kenapa menggunakan Thaipusan untuk berpolitik dengan mengumumkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi pembinaan pusat baru di Batu Caves?Jika niat itu benar-benar ikhlas ia boleh diumumkan pada bila-bila masa atau hari lain dan bukankah ini akan memberi makna yang lebih positif?
Semua yang terus bersubahat, membiarkan sahaja dan menyokong penodaan perayaan keagamaan seperti Thaipusam dengan berpolitik secara kotor sepatutnya malu. Jangan cuba untuk menjustifikasikan perbuatan itu.
Apakah komen ahli politik India? Apa pula kata pemimpin agama Hindu?
Oleh J. D. Lovrenclear - pembaca Malaysia Chronicle
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) amat kesal untuk kesekian kalinya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak mempedulikan nasihat dan teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengenai kehadiran dalam ucapara peribadatan Thaipusam baru-baru ini.
"Apakah PM merasa bahawa tidak perlu dipedulikan semada tingkahlakunya bercanggah dengan agama Islam atau tidak?
"Apakah teguran Mufti itu tidak dianggap perlu untuk beliau hormati?" tanya presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Teras, katanya mengambil perhatian berat apabila tahun sebelum ini Najib sekali lagi menunjukkan sikap tidak peduli terhadap ingatan Mufti Perak.
Menurutnya, pada tahun itu disaksikan gambar PM didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves.
"Bukan sahaja ini merupakan persoalan yang akan memberi natijah tidak sihat kepada masyarakat Islam, malah di kacamata anak-anak muda juga menunjukkan PM sudah menerima agama boleh digadaikan hanya untuk mendapat sokongan politik.
"Teras menegaskan agar PM tidak mengambil sikap berdegil kepada teguran Mufti kerana ini akan disahkan oleh rakyat sebagai PM yang sudah mengamalkan pemikiran plural-liberal dalam kefahamannya terhadap agama," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, menghadhirkan diri dalam upacara khusus keagamaan bukan Islam adalah suatu yang tidak diterima dalam Islam malah diingatkan agar umat Islam menjauhinya kerana ia boleh dilihat sebagai memperakui agama tersebut sama dengan agama Islam.
Padahal, ujarnya Islam sangat jelas dalam hal ini yang dianggap prinsip aqidah yang tidak boleh dikompromi.
"Kami menegaskan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa terhadap hal ini agar umat Islam khususnya dan rakyat amnya tidak akan keliru demi menjaga kemuliaan Islam dan aqidah umat," katanya lagi.
KUALA LUMPUR, 11 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menyalahgunakan wang Felda sejumlah RM353,375 bagi mengadakan rumah terbuka Aidilfitri, September tahun lalu.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, Isa tidak mengadakan rumah terbuka di Ibu Pejabat Felda seperti kebiasaannya, sebaliknya memilih untuk mengadakannya di kediamannya di Port Dickson.
"Sepatutnya Felda mengadakan rumah terbuka di ibu pejabatnya dengan kos lebih kurang RM30 ribu.
"Tapi Tan Sri Isa buat di kediaman sendiri. Jadi sudah tentu memerlukan peruntukan yang banyak untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya, dan dia guna duit Felda, sudah tentu duit peneroka," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Selain itu, turut dipersoal isteri Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang juga mengadakan rumah terbuka, juga menggunakan duit Felda.
Kos rumah terbuka tersebut mencecah RM17,875 dan diadakan di Taman Fatimah, Kuala Pilah.
"Apa gunanya isteri dia buat rumah terbuka guna anam sendiri dan peruntukan Felda? Sepatutnya cukuplah pengerusi Felda sahaja yang buat," katanya.
Sehubungan itu, Anak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.
"Kami akan buat laporan ke SPRM dan SPRM dapat menyiasat perkara ini," katanya.
Pada saat-saat umat Islam menyambut Maulidur Rasul memperingati hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, mereka dikejutkan dengan berita serta gambar Perdana Menteri menyambut Thaipusam di Batu Caves.
Sejarah perkembangan Islam di negara ini yang dibawa oleh Parameswara yang kemudiannya memeluk Islam dan menggunakan nama Muzaffar Shah, seolah-olah diterbalikkan oleh seorang pemimpin penganut Islam untuk kembali ke agama Hindu.
Melalui rakaman gambar-gambar yang tersebar, kelihatan seolah-olah pemimpin yang mengakui dirinya Islam ini sudah mengambil-alih peranan dewa agama Hindu. Bak kata SS Mufti Negeri Perak, Najib sudah menggadai akidah. (pautan di akhir artikel ini) ~~
Perayaan Thaipusam, sejak tiga tahun yang lalu telah diambil-alih oleh seorang pemimpin yang seronok membiarkan dirinya dilayan dan dijadikan seumpama dewa. Malah, lebih hebat daripada dewa yang disembah oleh penganut agama Hindu sendiri. Kita ikuti tulisan J. D. Lovrenclear yang menyentuh mengenai perayaan keagamaan masyarakat Hindu yang telah menjadi perayaan mendewakan pemimpin.
Perdana Menteri Malaysia dan isterinya difotografkan di mana mereka dikalungkan dengan kalungan bunga yang amat besar di Batu Caves semasa perayaan Thaipusam berlangsung.
Saiz kalaungan itu adalah antara isu yang telah menimbul seribu tanda tanya.
Kenapa pihak Kuil membiarkan ahli politik mengambil kesempatan ke atas perayaan yang sedang diadakan? Adakah kita begitu terdesak sehinggakan erti perayaan dan maknanya digunakan untuk tujuan politik semata-mata?
Jangan merendah-rendahkan Thaipusam
Pertama sekali, kenapa ada kalungan bunga yang besar dipakaikan kepada PM dan isteri seolah-olah merekalah yang sepatutnya diraikan. Bukankah tumpuan perayaan adalah untuk penganut-penganut menyembah tuhan sebagai tanda kesucian, keabdian dan penyerahan diri?
Bukankah prinsip dan makna Thaipusam sepatutnya diraikan dan dijadikan tumpuan?
Kalungan bunga sebesar itu sudah semestinya mahal dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Kenapa wang itu tidak digunakan sahaja untuk keperluan perayaan dan korban yang merupakan tujuan utama Thaipusam?
Adakah PM atau isteri beliau tidak mempunyai rasa rendah diri dan peka untuk menasihati pihak kuil yang cuba membodek ahli politik sekali gus menunjukkan kebodohan mereka dengan persembahan yang melibatkan kalungan gergasi itu?
Tiada rasa malu dan sensitif
Mengapa Perdana Menteri bercakap pula tentang 'nambikai' - tentang saling mempercayai di antara satu sama lain di tempat lelaki dan wanita berkumpul dari jauh dan dekat untuk melakukan penebusan dosa dan melakukan pemberian kepada dewa-dewa masing-masing?
Dan kenapa menggunakan Thaipusan untuk berpolitik dengan mengumumkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi pembinaan pusat baru di Batu Caves?Jika niat itu benar-benar ikhlas ia boleh diumumkan pada bila-bila masa atau hari lain dan bukankah ini akan memberi makna yang lebih positif?
Semua yang terus bersubahat, membiarkan sahaja dan menyokong penodaan perayaan keagamaan seperti Thaipusam dengan berpolitik secara kotor sepatutnya malu. Jangan cuba untuk menjustifikasikan perbuatan itu.
Apakah komen ahli politik India? Apa pula kata pemimpin agama Hindu?
Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia dizamanya iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud.
Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya kaki para anbiya' dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa yahudi dengan zalimnya , menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah juga manjadikan kiblat pertama bagi umat Islam dibumi Palestin. Di sini juga tampat berakhirnya Isra' dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka yang layak memakmurkan Palastin ialah mereka yang beriman dan budiman.
Agama Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka. Sejarah membuktika hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.
Kejayaan tentera Islam di zaman Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. membebaskan Palestin daripada penjajahan Romawi disambut oleh Paderi besarnya dengan meminta Khalifah Umar datang menyaksikannya. Maka Khalifah Umar datang sehingga mengunjungi geraja besarnya, kemudian dimeteraikan perjanjian yang memberi hak yang adil kepada semua, kerana selama ini penjajah Romawi Byzantin yang beragama Kristian mazhab Ortodok, tidak melayani mereka yang tidak semazhab dengannya dan kerajaan Yahudi pula menzalimi mereka yang tidak seagama dengannya. Hal yang sama berlaku dalam era kelemahan kerajaan Islam, sehingga tentera salib menakluk Palestin. Keadaan menjadi baik semula, setelah Sultan Salahuddin Al Ayyubi daripada bangsa Kurdis dapat mengalahkan tentera Salib yang zalim dan membebaskan semula bumi Palastin. Lalu melayani semua pengunjungnya dengan adil.
Di zaman mutakhir, malapetaka menimpa bumi Palestin dengan memuncaknya keganasan, setelah Palestin dirampas dengan ganas oleh penjajah Barat yang menyimpan dendam terhadap Islam dan mengambil kesempatan daripada kelemahan umat Islam Arab yang memperkecilkan Islam dan membesarkan kebangsaan Arab sehingga melebihi Islam dan mengatasinya. Dalam pembahagian tanah air yang dijajah dikalangan penjajah barat, maka Palastin jatuh ke dalam bahagian penjajahan British.
Perjanjian Balfore dimeteraikan diantara pemimpin Zionis Yahudi dangan Menteri Luar British, Lord Balfore bagi menyerahkan bumi Palastin kepada golongan Zionis untuk mendirikan negara kebangsaan Yahudi dinamakan Israel. Kalangan penganut mazhab Ortodok Yahudi menentangnya dan memberi amaran bahawa tindakan ini bercanggah dengan ajaran mereka dan boleh menguburkan bangsa Yahudi. Kalangan sekuler yang memisahkan agama yahudi daripada politik melakukan kesalahan besar ini, semata-mata menegakkan semangat kebangsaan dengan alasan sejarah bohong, bagi negara agung Israel yang pernah dipimpin oleh Nabi Sulaiman A.S. sehingga menakluk dunia.
Negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi. Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua, bagi mengotakan perjanjian Balfore yang melibatkan British yang dibantu oleh zionis Yahudi, sejak perang dunia pertama lagi. Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia. I
ni kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia yang menjajah memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk melakukan jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan zionis untuk berkuasa.
Dalam pertarungan politik dan ekonomi antarabangsa yang didalangi oleh kuasa besar dunia pula, menjadikan negara haram Israel rakan strategik untuk menjaga kepentingan mereka dirantau paling banyak membekalkan sumber tenaga kepada dunia, dan juga bertindak menjadi polis bagi pihak Barat terhadap dunia Islam.
Perkara ini ditambah lagi dengan sikap tidak saksama negara besar yang menghalalkan negara haram Israel memiliki senjata pemusnah yang diharamkan kerana tanpa perikemanusiaan. Israel sudah membinanya sejak tahun enam puluhan lagi dan menghalang dengan apa cara sahaja bagi melindungi jenayah kemanusiaan yang dilakukannya. Walaupun melalui badan antar bangsa yang paling besar dan berpengaruh, sehinggalah menggunakan kuasa veto paling zalim.
Bagi umat Islam sudah menjadi perkara wajib membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, sehingga menjadi fardu ain kepada penduduk tempatan dan yang berjiran dan wajib mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang jauh. Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian wujud dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak.
Walau pun banyak kalangan negara Arab menerima penyelsaian secara mewujudkan dua negara, ketahuilah bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum yahudi sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin dengan darah para anbiya dan ulama yang soleh.
Bagi Penganut Islam, bacalah firman Allah dalam beberapa surah. Diantaranya firman Allah:
61. Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.
21. Sesungguhnya orang-orang yang engkar kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka, bahawa mereka akan menerima siksa yang pedih.
22. Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong.Bagi penganut Islam yang mendirikan solat lima waktu yang diwajibkan, memanjatkan doa pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya supaya dijauhkan bersifat golongan yang dimurkai Allah, maksudnya saperti golongan Zionis Yahudi tersebut.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
Pihak polis telah menahan kolumnis akhbar Arab Saudi, Mohammad Najeeb A.Kashgari yang lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23,, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Kolumnis berkenaan dilaporkan telah mengeluarkan satu laporan yang menghina Islam melalui twitternya, yang menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.
Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah sama taraf.
Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad SAW yang disukai dan tidak disukainya. Media negara itu melaporkan susulan laporan Hamza, sebanyak 30,000 entri twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam.
KUALA LUMPUR 10 Feb. 2012 - Akibat apa yang didakwa sebagai 'ketirisan' dan kelemahan pentadbiran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), lima daripada lapan aset udara pihak berkuasa itu kini tersadai ibarat gajah putih.
Menurut sumber, selain masalah penggantungan operasi aset udara, sepasukan petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah beberapa kali melakukan pemeriksaan di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya berkaitan 'Bayaran Insentif Penerbangan' kepada anak kapal yang tidak berkelayakan sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, kelemahan itu antara lain menyebabkan dua pesawat amfibia agensi berkenaan iaitu Bombardier CL415MP dihentikan operasi sejak Disember 2010 manakala tiga helikopter AgustaWestland AW139 berhenti beroperasi mulai September 2011.
Katanya, penghentian operasi kelima-lima aset itu secara tidak langsung menjejaskan keupayaan Cawangan Udara agensi tersebut.
"Kelemahan itu antara lain menyaksikan aktiviti penyelenggaraan AW139 masih dilaksanakan oleh pihak kontraktor yang belum memperoleh status kelayakan menyelenggara dan Certificate Of Airworthiness pesawat berkenaan digantung.
"Jika masalah kelemahan selenggara, pengurusan pesawat dan sumber manusia APMM tidak diambil perhatian oleh pihak berkuasa, ia dikhuatiri akan berterusan dan sengaja dimanipulasikan oleh pihak tertentu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.
Sumber tersebut menambah, APMM gagal menggerakkan kelima-lima pesawat itu kerana kontrak penyelenggaraan asal syarikat yang dilantik, AJ Aviation Services Sdn. Bhd. dan AgustaWestland telah dihentikan.
Katanya, berdasarkan bilangan pesawat yang kecil dan usia yang masih baru, APMM dan negara secara amnya hanya mempunyai beberapa orang kapten pesawat yang berkelayakan bertugas dalam semua keadaan cuaca pada bila-bila masa.
Katanya, dua jurulatih pesawat helikopter agensi itu dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan tamat tempoh pada pertengahan tahun ini manakala satu-satunya jurulatih penerbangan agensi itu dirancang ditukar ke bahagian lain.
"Pembangunan modal insan turut terjejas di mana pelatih-pelatih penerbangan gagal menamatkan latihan walaupun kos latihan telah dijelaskan kerajaan akibat daripada kelemahan pemantauan dan pengurusan oleh pihak berkaitan," dakwanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim, Datuk Mohd. Amdan Kurish ketika dihubungi mengakui pihaknya mempunyai sedikit masalah berhubung penyambungan kontrak penyelenggaraan pesawat itu yang kini dalam peringkat akhir perbincangan.
Kerana masalah itu katanya, kelima-lima aset udara tersebut tidak dibenarkan untuk beroperasi atas faktor keselamatan selari dengan amalan dan arahan kerajaan.
Bagaimanapun menurutnya, kesemua aset tersebut dijangka kembali beroperasi selepas segala prosedur penyambungan kontrak itu diselesaikan dalam masa terdekat ini.
"Mengenai SPRM pula, ia bukannya siasatan tetapi mereka meminta kerjasama kami menyediakan beberapa dokumen mengenai perkara tertentu, saya tidak pasti kerana baru pulang daripada bercuti," katanya.
Pada Januari 2009 kerajaan Malaysia telah menerima pesawat amfibia Bombardier untuk kegunaan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia), kemudian pada awal 2010 sebuah lagi pesawat model yang sama diterima pada kos sekitar RM 120 juta sebuah. Kini kedua-dua buah pesawat tersebut telah tersadai tidak dapat digunakan kerana tiada peruntukan kewangan untuk penyenggaraan pesawat.
Satu telah tersadai sejak tahun 2010 lagi, dan sebuah lagi kira-kira 6 bulan yang lalu. Pada awalnya kerajaan berbangga kerana Malaysia adalah negara yang pertama di Asia yang menggunakan pesawat amfibia.
Malaysia di kelilingi oleh lautan dan pantai yang luas dan panjang. Dengan ketiadaannya pesawat maritim ini akan pasti mengancam keselamatan negara.
Siapa yang akan dipersalahkan atau dikambing hitamkan dalam kes ini?
Dalam pada masa yang sama kita mempunyai 18 buah jet pejuang Sukhoi yang berharga sekitar RM 3 bilion atau sekitar RM 150 juta sebuah.
No money to fly
27 December 2011
PETALING JAYA (Dec 26, 2011): The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) has had to ground its two amphibious planes – barely two years after putting the aircraft into service – due to budget constraints.
Since their grounding, the two Bombardier Aerospace CL415MP have been sitting in a hangar in Subang. One has been parked there since late last year, while the other has been grounded for about half a year.
According to the agency's 2010 annual report, the planes had to be grounded as the agency has yet to sign the maintenance contract for the amphibious planes as MMEA has not been allocated enough funds for the purpose.
Apart from firefighting, the amphibious planes can be used for search and rescue and maritime surveillance although only one aircraft, serial number M71-01, has been fitted with the specialised mission equipment including two side-looking airborne radars, a forward-looking infrared radar, an airborne maritime surveillance system and other avionics and communications equipment.
The government ordered the planes from Bombardier in June 2008 and the first aircraft was delivered in January 2009 while the second arrived in early 2010.
PELABUHAN KLANG 14 Okt. - Pesawat pelbagai guna amfibia yang dibeli oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijadualkan tiba bulan depan, sekali gus akan menjadikan negara ini sebagai yang pertama di Asia menggunakan kapal terbang jenis itu.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan akan meneliti laporan bahawa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dikatakan diarah tidak menggunakan dua pesawat amfibianya berikutan masalah kewangan.
Katanya, beliau masih menunggu laporan penuh agensi itu berkaitan dua Bombardier Aerospace CL415MP dengan sebuah tersadai sejak akhir tahun lalu manakala sebuah lagi hampir enam bulan.
Akbar itu memetik, berdasarkan laporan tahunan APMM 2010, pesawat berkenaan tidak boleh diterbangkan kerana agensi itu belum menandatangani kontrak penyelenggaraan berikutan kekurangan dana.
Pesawat Pertama (M71-01) telah diserahkan kepada APMM pada 23/1/2009 manakala pesawat kedua telah diserahkan pada bulan Oktober 2009. Pesawat Bombardier ini berupaya untuk membantu dalam memadamkan kebakaran. Pesawat ini berupaya melawan kebakaran dengan kelajuan 150 kt 278 km/j.
Bagi meneruskan usaha untuk merealisasikan pembinaan dan pembangunan Kompleks Pendidikan Darul Anwar (KPDA), maka pihak Idham Care memulakan langkah berikutnya dengan membuka peluang kepada sesiapa sahaja berwakafkan dengan tujuan pembinaaan bangunan KPDA.
Pakej Wakaf Bangunan ini terdiri dari dua Pakej d imana Pakaj 1 bernilai RM 300 .Melalui pakej ini setiap pewakaf akan dihadiahkan satu set Al Quran Digital .
Pakej 2 pula berharga RM 500 dan pewakaf akan dihadiahkan 2 set Digital Al Quran.
Sasaran naskah Al Quran yang akan dihabiskan sebelum 31 Mei 2012 ialah sebanyak 10000 Naskah Set Al Quran Digital model terbaru M10.
Iklan di atas akan terbit pada Harakah cetak sebanyak 5 kali bermula Ahad ini.
Pihak pengurusan Idham Care dan KPDA yakin skim wakaf yang dilancarkan ini akan mendapat sambutan hangat dari seluruh umat Islam .
Selain itu kami masih berhasrat untuk memulakan pembangunan fasa pertama KPDA bermula pada penghujung Mei akan datang.
Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi kami pada talian 016-4951221.
18 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - 10 FEB 2012: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberi sejambak bunga kepada isteri beliau, Tuan Sabariah Tuan Ishak sebagai tanda simbolik perasmian sambutan Hari Suami Isteri yang diadakan di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu
IPOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan sehari ke Perak hari ini dengan bertemu Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini.
Ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pada kira-kira jam 8.30 pagi disambut Zambry dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.
Beliau turut bersarapan pagi di kediaman Menteri Besar.
Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Selepas ini Muhyiddin dijadualkan mengadakan pertemuan tertutup dengan anggota Badan Perhubungan Umno Perak diikuti perjumpaan dengan Badan Perhubungan BN negeri di Bangunan Umno, di sini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran kemudian dijadual menghadiri majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik negeri Perak di sini.
Timbalan Perdana Menteri mengakhiri lawatannya dengan menghadiri program bersama rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia di Teluk Intan.
Sementara itu, Noorainee yang mempunyai jadual berasingan akan bersarapan bersama Badan Amal dan Usaha Isteri (Baiduri) negeri Perak diikuti dengan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama-sama Persatuan Ibu Tunggal Cina Perak di kediaman rasmi Menteri Besar.
Beliau kemudian dijadualkan melawat wad wanita dan kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini - BERNAMA
Asalamu 'Alaikum Ya Sahibus-Samahah, Tan Sri Harussani Zakaria,Mufti Perak,
Rakyat Satu Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri diatas keberanian Tan Sri memberi teguran kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang telah hadir dalam perayaan agama lain baru-baru ini.Syabas Tan Sri!
Tindakan berani menegur kesilapan pemimpin atau pembesar negara amat jarang berlaku kerana kebanyakan mereka yang ada disekeliling pembesar atau pemimpin kita hanyalah Tukang Ampu dan Tukang Angguk atau Pak Turut semata-mata.
Walau apa pun, bersama ini, ingin saya sertakan beberapa bukti penglibatan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir dalam menyambut perayaan yang sama seperti laporan di sini dan juga yang ada di sini
Sukacita saya sertakan diakhir surat ini satu rakaman video clip lama menunjukan kehadiran Zambry menyambut perayaan tersebut 3 tahun yang lalu.
Dengan ini, atas kapasiti Tan Sri sebagai Mufti kerajaan negeri Perak, adalah menjadi tanggung jawab Tan Sri untuk menasihati Zambry supaya beliau selamat daripada tergelincir akidah.
Saya merayu kepada Tan Sri, agar dapat diusahakan satu kursus Pemulihan Akidah khas untuk Zambry kerana beliau kerap melakukan kerja-kerja penyelewengan akidah dimana sebelum ini Zambry pernah terlibat dalam melakukan upacara sesat 'Ancak'.
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Lajnah Pendidikan PAS Pusat bakal melakar sejarah baru dalam dunia pendidikan tanah air kerana akan menubuhkan NGO bagi warga pendidik iaitu Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) pada 12 Februari ini.
Program yang bermula jam 2.00 hingga 5.30 petang itu akan diadakan di Dewan Putra, Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuan Selangor, Kampung Delek, Selat Klang, Selangor.
Pengarah program, Normala Sudirman (gambar)berkata, program anjuran Lajnah Pendidikan PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat melibatkan peserta yang terdiri daripada Ketua DMPP dan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Negeri / Wilayah Persekutuan atau wakil dengan minima 5 orang.
Katanya, ia juga mensasarkan peserta daripada guru-guru di bawah institusi pendidikan yang dimiliki oleh ahli PAS, NGO seperti JIM, Abim dan lain-lain, sekolah agama rakyat dan swasta, Pusat Tahfiz Al- Quran, Pasti dan Kafa, pesara guru dan professional pendidik, aktivis pendidikan ahli dan penyokong PAS.
Beliau berkata, antara objektif Pendidik ialah sebagai satu wadah atau platform untuk menggerakkan kesedaran dan kebangkitan warga pendidik di seluruh Malaysia berkaitan isu-isu pendidikan dan perguruan di negara ini.
Tambahnya, ia juga untuk menyatukan semua golongan pendidik di bawah satu NGO agar semua tuntutan dan desakan atas apa jua isu pendidikan dan perguruan 'didengari' oleh semua pihak yang berautoriti dan berkepentingan.
"NGO Pendidik juga sebagai satu saluran suara untuk memperjuangkan hak dan kebajikan guru yang tertindas dan dizalimi di samping menghimpunkan warga pendidik untuk menjalin ukhuwwah, hubungan komunikasi, kesefahaman dan kerjasama yang baik antara golongan pendidik di seluruh Malaysia," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga AJK Lajnah Pendidikan PAS Pusat memberitahu, majlis pelancaran itu akan diserikan dengan 100 orang pemuda daripada Jabatan Amal Malaysia yang menyertai konvoi bermotor untuk mengiringi ketibaan Tuan Guru Presiden PAS bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Pelancaran NGO Pendidik
Menurutnya, antara tetamu yang bakal hadir dan menyampaikan ceramah untuk berkongsi pengalaman tentang dunia pendidikan tanah air ialah Datuk Adnan Ibrahim, mantan Pengarah Pelajaran Negeri Perak yang kini telah menyertai PAS.
Tambahnya, tetamu lain yang akan hadir untuk menyampaikan ucapan ialah Dr Halimah Ali, Exco Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Ustaz Datuk Abu Bakar Chik.
"Semoga dengan pelancaran NGO Pendidik ini dapat membangkitkan kesedaran dan momentum perjuangan para pendidik di seluruh tanah air agar berani membuat perubahan dalam memperjuangkan hak dan kebajikan para guru selain daripada prihatin terhadap nasib para pelajar demi kelangsungan generasi pewaris kepimpinan masa hadapan," ujarnya
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan BN telah membelanjakan RM200 juta untuk sekolah-sekolah Tamil sejak tahun 2009.
"Adakah jumlah ini cukup besar untuk dibanggakan?" tanya Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, beliau yang juga Adun Tronoh mendakwa Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menganak tirikan sekolah-sekolah Tamil di negara ini.
Katanya, perbelanjaan RM200 juta itu tidak memadai untuk menaik taraf semua sekolah-sekolah Tamil yang sedia ada.
Menurutnya, banyak sekolah Tamil di negara kita berada dalam keadaan yang usang dan perlu dinaik taraf dan diperbaiki dengan segera tetapi kerajaan tidak mengambil langkah-langkah proaktif untuk membantu menyelesaikan masalah sekolah-sekolah itu.
Menurutnya, pemberian wang untuk beberapa sekolah Tamil baru-baru ini adalah satu gimik politik untuk mendapat sokongan orang-orang India untuk memenangi PRU13.
Katanya lagi, jumlah RM200 juta bagi sekolah-sekolah Tamil yang telah dibelanjakan untuk beberapa tahun bukanlah satu jumlah yang besar dan boleh dibanggakan.
Baginya, sedangkan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil telah membelanjakan wang sebanyak RM250 juta di bawah NFC secara sewenang-wenangnya yang mana wang rakyat didakwa telah disalahgunakan untuk 'membela lembu di kondo'.
Katanya, kerajaan BN sanggup mengalami kerugian RM250 juta yang didakwa telah disalahgunakan oleh Ketua Wanita Umno tetapi tidak berminat untuk membantu sekolah-sekolah Tamil yang berada dalam keadaan yang buruk.
Menurutnya lagi, sekolah-sekolah Tamil hanya diberi peruntukan RM200 juta untuk beberapa tahun sejak tahun 2009.
"Saya mencabar Menteri Pelajaran untuk memberitahu kepada rakyat jumlah peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah Tamil bagi tahun 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, dan 2011 secara berasingan," ujarnya.
Beliau berkata, RM200 juta yang diberikan untuk 523 sekolah Tamil yang mempunyai murid-murid lebih kurang 100,000 orang bukanlah satu jumlah yang besar, jika dibandingkan dengan skandal keluarga Sharizat yang didakwa menyalahgunakan RM250 juta untuk kepentingan sendiri.
Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia dizamanya iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud.
Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya kaki para anbiya' dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa yahudi dengan zalimnya , menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah juga manjadikan kiblat pertama bagi umat Islam dibumi Palestin. Di sini juga tampat berakhirnya Isra' dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka yang layak memakmurkan Palastin ialah mereka yang beriman dan budiman.
Agama Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka. Sejarah membuktika hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.
Kejayaan tentera Islam di zaman Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. membebaskan Palestin daripada penjajahan Romawi disambut oleh Paderi besarnya dengan meminta Khalifah Umar datang menyaksikannya. Maka Khalifah Umar datang sehingga mengunjungi geraja besarnya, kemudian dimeteraikan perjanjian yang memberi hak yang adil kepada semua, kerana selama ini penjajah Romawi Byzantin yang beragama Kristian mazhab Ortodok, tidak melayani mereka yang tidak semazhab dengannya dan kerajaan Yahudi pula menzalimi mereka yang tidak seagama dengannya. Hal yang sama berlaku dalam era kelemahan kerajaan Islam, sehingga tentera salib menakluk Palestin. Keadaan menjadi baik semula, setelah Sultan Salahuddin Al Ayyubi daripada bangsa Kurdis dapat mengalahkan tentera Salib yang zalim dan membebaskan semula bumi Palastin. Lalu melayani semua pengunjungnya dengan adil.
Di zaman mutakhir, malapetaka menimpa bumi Palestin dengan memuncaknya keganasan, setelah Palestin dirampas dengan ganas oleh penjajah Barat yang menyimpan dendam terhadap Islam dan mengambil kesempatan daripada kelemahan umat Islam Arab yang memperkecilkan Islam dan membesarkan kebangsaan Arab sehingga melebihi Islam dan mengatasinya. Dalam pembahagian tanah air yang dijajah dikalangan penjajah barat, maka Palastin jatuh ke dalam bahagian penjajahan British. Perjanjian Balfore dimeteraikan diantara pemimpin Zionis Yahudi dangan Menteri Luar British, Lord Balfore bagi menyerahkan bumi Palastin kepada golongan Zionis untuk mendirikan negara kebangsaan Yahudi dinamakan Israel. Kalangan penganut mazhab Ortodok Yahudi menentangnya dan memberi amaran bahawa tindakan ini bercanggah dengan ajaran mereka dan boleh menguburkan bangsa Yahudi. Kalangan sekuler yang memisahkan agama yahudi daripada politik melakukan kesalahan besar ini, semata-mata menegakkan semangat kebangsaan dengan alasan sejarah bohong, bagi negara agung Israel yang pernah dipimpin oleh Nabi Sulaiman A.S. sehingga menakluk dunia.
Negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi. Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua, bagi mengotakan perjanjian Balfore yang melibatkan British yang dibantu oleh zionis Yahudi, sejak perang dunia pertama lagi. Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia. Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia yang menjajah memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk melakukan jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan zionis untuk berkuasa.
Dalam pertarungan politik dan ekonomi antarabangsa yang didalangi oleh kuasa besar dunia pula, menjadikan negara haram Israel rakan strategik untuk menjaga kepentingan mereka dirantau paling banyak membekalkan sumber tenaga kepada dunia, dan juga bertindak menjadi polis bagi pihak Barat terhadap dunia Islam.
Perkara ini ditambah lagi dengan sikap tidak saksama negara besar yang menghalalkan negara haram Israel memiliki senjata pemusnah yang diharamkan kerana tanpa perikemanusiaan. Israel sudah membinanya sejak tahun enam puluhan lagi dan menghalang dengan apa cara sahaja bagi melindungi jenayah kemanusiaan yang dilakukannya. Walaupun melalui badan antar bangsa yang paling besar dan berpengaruh, sehinggalah menggunakan kuasa veto paling zalim.
Bagi umat Islam sudah menjadi perkara wajib membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, sehingga menjadi fardu ain kepada penduduk tempatan dan yang berjiran dan wajib mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang jauh. Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian wujud dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak.
Walau pun banyak kalangan negara Arab menerima penyelsaian secara mewujudkan dua negara, ketahuilah bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum yahudi sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin dengan darah para anbiya dan ulama yang soleh.
Bagi Penganut Islam, bacalah firman Allah dalam beberapa surah. Diantaranya firman Allah:
61. Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.
21. Sesungguhnya orang-orang yang engkar kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka, bahawa mereka akan menerima siksa yang pedih.
22. Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong.
Bagi penganut Islam yang mendirikan solat lima waktu yang diwajibkan, memanjatkan doa pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya supaya dijauhkan bersifat golongan yang dimurkai Allah, maksudnya saperti golongan Zionis Yahudi tersebut.
TAIPEI - Sekumpulan pemandu teksi Taiwan yang berang mengadakan tunjuk perasaan semalam bagi menuntut permohonan maaf selepas dua warga Jepun termasuk seorang penyanyi wanita dituduh memukul seorang pemandu teksi tempatan dengan teruk.
"Kami menuntut kebenaran, kami menuntut maruah, kami mahu permohonan maaf," laung puluhan penunjuk perasaan yang berhimpun di Kedutaan Jepun di sini semasa mereka menyerahkan surat bantahan kepada seorang perwakilan Jepun.
Ketika ini, terdapat kebimbangan kes tersebut akan membangkitkan sentimen anti-Jepun kerana Taiwan pernah menjadi koloni negara matahari terbit itu.
Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi dan aktres Jepun terbabit, Makiyo yang menetap di sini dan teman lelakinya telah disoal siasat kerana didakwa memukul seorang pemandu teksi yang mengarahkan mereka memakai tali pinggang keledar.
Makiyo memberitahu wartawan selepas kejadian pada 2 Februari lalu bahawa dia tidak menyerang pemandu teksi berkenaan manakala temannya itu pula cuba untuk melindunginya selepas pemandu tersebut menyentuh dadanya dalam satu pertengkaran.
Namun, wanita itu dikecam setelah rakaman kamera litar tertutup menunjukkan dia turut memukul lelaki terbabit dan mengapikan-apikan rakannya supaya memukul si mangsa.
Menurut beberapa doktor yang merawat mangsa, pemandu teksi itu masih dirawat kerana cedera teruk di kepala manakala dua tulang rusuknya turut patah. - AFP
ROBOT TELESAR V memegang cawan di makmal Profesor Susumu Taichi di Yokohama pada Rabu lalu.
YOKOHAMA - Seorang saintis Jepun hampir menjadikan filem blockbuster Hollywood, Avatar satu realiti apabila dia mencipta sebuah robot yang boleh meniru pergerakan manusia yang mengawalnya.
Pengguna robot TELESAR V memakai peralatan khas yang bukan sahaja membolehkan mengawal aksi robot secara kawalan jauh tetapi mereka juga melihat, mendengar dan merasai sama seperti robot berkenaan.
"Apabila saya memakai alat khas ini dan menggerakkan badan, saya melihat tangan saya seperti menjadi tangan robot dan apabila saya menggerakkan kepala, penglihatan saya turut berbeza daripada sebelumnya," kata penyelidik Sho Kamuro kepada agensi berita AFP.
"Ia satu pengalaman aneh yang membuatkan anda terfikir sama ada anda benar-benar menjadi sebuah robot," katanya kepada agensi berita AFP.
Pakar kejuruteraan dan realiti maya Sekolah Reka Bentuk Media, Universiti Keio, Profesor Susumu Tachi berkata, sistem pengendalian yang dipasang pada topi, baju dan sarung tangan menghantar arahan terperinci kepada robot yang akan meniru setiap gerakan pengguna.
Pada masa yang sama, sejumlah sensor pada robot TELESAR V memancarkan kembali data yang akan ditukar menjadi bentuk yang boleh dirasai dan dilihat oleh pengguna.
Teknologi TELESAR iaitu singkatan untuk TeLexistence Surrogate Anthropomorphic Robot memiliki mata berkamera untuk merakam imej.
Imej yang dirakam, dipaparkan pada skrin halus di hadapan mata pengguna untuk penglihatan tiga dimensi.
Filem Avatar yang ditayangkan pada tahun 2009 dan diarahkan oleh James Cameron, mengisahkan tentang teknologi untuk mengawal tubuh makhluk asing. - Agensi
TEHRAN 11 Feb. - Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya (Gambar) tiba di Tehran semalam untuk lawatan tiga hari dan dijadualkan berucap pada perarakan ulang tahun ke-33 Revolusi Islam 1979 hari ini.
Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan Presiden Mahmoud Ahmadinejad serta beberapa pemimpin tertinggi negara ini.
Media tempatan turut melaporkan Haniya bakal menerima ijazah kehormat daripada Universiti Tehran. - AFP
MADRID 11 Feb. - Polis Sepanyol menahan Vladimir Milisavljevic (Gambar), seorang daripada pelarian yang disabitkan kesalahan terhadap pembunuhan Perdana Menteri Serbia, Zoran Djindjic pada 2003.
Milisavljevic, yang hidup dalam pelarian selepas disabitkan kesalahan pada 2007 dengan 11 orang yang lain atas tuduhan membunuh, ditahan pada Khamis lalu di sebuah restoran di timur bandar Valencia bersama seorang ketua mafia, Luka Bojovic.
Bojovic dilaporkan menjadikan Milisavljevic sebagai orang kuatnya dalam kumpulan mafia Zemun Clan selepas pembunuhan Djindjic. - AFP
DAMSYIK 11 Feb. - Dua serangan bom kereta di pos keselamatan Syria di bandar Allepo semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan mencederakan 235 yang lain.
Stesen televisyen negeri melaporkan, serangan di kawasan komersial itu dipercayai perbuatan kumpulan pengganas.
Katanya, seorang pengebom berani mati menaiki sebuah kereta yang dipenuhi bahan letupan melancarkan serangan di sebuah balai polis yang terletak berdekatan pusat pengedaran makanan.
Serangan kedua dilancarkan ke sebuah pangkalan pusat perisikan. - AF
(Najib menyertai perayaan Thaipusam di batu Caves)
KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
"Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
"Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.
"Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
"Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.
Wang KWSP ialah wang simpanan hari tua, ia bukan tabung buluh kerajaan BN untuk dibelanja sewenang-wenangnya bagi maslahat politik. Terbaru Senator Datuk Nong Chik mengumumkan kerajaan akan menggunakan wang KWSP sebanyak RM1.5 bilion untuk membantu 20,000 penyewa di Kuala Lumpur membeli rumah.
Kenapa wang KWSP yang digunakan? Kenapa kerajaan tidak menggunakan dana kerajaan sendiri?. Apakah ini petanda kerajaan BN sudah kritikal dari segi kewangan sehingga terpaksa mengguna dana awam.
Bagaimana pula nasib rakyat di luar Kuala Lumpur yang menjadi penyumbang kepada KWSP. Kenapa mereka dianak tirikan? Rakyat Sabah dan Sarawak juga perlukan rumah Adakah ini hanya projek untuk mengambil hati pengundi di Parlimen Lembah Pantai yang bakal ditandingi oleh Senator Datuk Nong Chik Raja Zainal Abidin..
Paling menyedihkan sekali menurut Bekas Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Komersial Sabah (SCEU) Rebecca Chin tidak dimaklumkan semasa beliau menghadiri mensyuarat Lembaga Pengarah KWSP. Beliau mewakili kesatuan di lembaga KWSP dari tahun 2007 hingga 31 Januari 2012.
Sebelum ini dana KWSP juga digunakan untuk valueCap sebanyak RM5 bilion, Felda RM6 bilion, pinjaman kepada GLC tanpa penjamin RM55.1 bilion.
Dana KWSP untuk simpanan hari tua, bagaimana nasib para pekerja selepas bersara, terutama mereka yang berpendapan rendah. Dividen KWSP hanya berkisar 5 hingga 6 peratus. Sedangkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera boleh memberi sebanyak 15 peratus.
KWSP berada di tangga ke 9 pada tahun 2010 sebanyak AS145.570 bilion berbanding tahun 2009 di tangga ke 18. Ini menunjukkan pungutan KWSP setiap tahun meningkat. Anggaran setiap bulan KWSP memungut sebanyak RM500 juta. Seramai 5.7 juta penyumbang, ahli MTUC 800,323 dengan 390 kesatuan. Malangnya ia tidak diurus dengan baik oleh kerajaan BN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Najib Dan Muhyidin Masih Gagal Menawan Pengundi Selangor
Tahniah kepada Datuk Seri Khir Toyo kerana membuat pengakuan jujur bahawa BN sukar merampas Selangor walaupun Datuk Seri Najib dan Tan Seri Muhyiddin Yasin begitu kerap sekali turun ke Selangor. Seolah-olah di Malaysia ini hanya Selangor sahaja yang perlu dijaga. Pemimpin Umno begitu berazam hendak merampas Selangor kerana hampir 40 peratus ekonomi Malaysia berpusat d Selangor. Betapa untungnya rakyat Selangor telah menjadi anak emas, sedangkan negeri lain seolah anak pungutan. Pengakuan jujur bekas Menteri Besar Selangor berdasarkan sokongan orang bukan Melayu masih tidak kepada BN.
Sebenarnya bukan sahaja orang bukan Melayu tidak menyokong BN, malahan pengundi-pengundi Melayu sudah mula berubah sokongan kepada Pakatan Rakyat. Andaian Umno menganggap pengundi luar bandar masih menyokong Umno juga satu kesilapan. Anak-anak mereka yang celik IT dan media baru tidak akan membiarkan ibu bapa mereka ditipu oleh pemimpin BN yang sudah menunjuk rekod tidak baik. Mereka akan pastikan ibu bapa mereka tida dipatuk ular sebanyak dua kali di dalam lubang yang sama.
Banyak program kerajaan PR yang sudah dirasai oleh penduduk luar bandar seperti skim warga emas, air percuma, Tabung Wawasan Anak Selangor (TAWAS), bantuan kepada pelajar ke IPTA, menaikan gaji guru KAFA kepada RM1500.00, skim Kifalah RM2500 kepada keluarga yang kematian warga emas.
Kelas-kelas ilmu di masjid sebagai satu pencerahan ilmu di kalangan rakyat Selangor sudah mula dirasai. Umno cukup gerun dengan majlis ilmu kerana orang berilmu akan meninggalkan Umno. Oleh itu akan berusaha sedaya mungkin supaya majlis ilmu gagal, maka rakyat akan buta agama.
Pencapaian cemerlang dan pengagihan kekayaan untuk rakyat mula dirasai oleh semua lapisan rakyat. Tidak seperti zaman umno, rakyat makan tulang pemimpin makan isi.
Kejayaan kerajaan PR Selangor menjelaskan hutang pada tahun 2010 sebanyak RM173 juta daripada RM800 juta. BN berhutang, PR tolong bayar. Untuk menunjukkan betapa serius kerajaan PR untuk memerangi rasuah maka diperuntukan dalam bajet 2012 sebanyak RM12 juta.
Asas inilah, walaupun dua gergasi di dalam Umno turun ke Selangor, insyaAllah tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PR.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PAS Dun Chini lebih selesa dengan perancangan yang telah di buat… Setia pada pemimpin adalah jalan yang terbaik untuk menyimpul masaalah... PKR tetap menerajui DUN Chini seperti yang telah dirancang... Bekerjasama jalan yang terbaik …
"MENUMBANGKAN BN ADALAH MATLAMAT UTAMA KAMI DALAM PR CHINI."
Dibawah artikal dari BDO
Friday, February 10, 2012 Panas: Kontroversi Calon, Pakatan Rakyat Hadapi Dilema Tentukan 'Siapa Bertanding' Di DUN Chini PEKAN, 10 Feb - Pakatan Rakyat (pembangkang) kini masih bercelaru dan belum mencapai kata sepakat dalam menentukan siapakah calon yang akan bertanding di kerusi DUN Chini, Parlimen Pekan pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Difahamkan, kedua-dua parti iatu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) kini berminat untuk meletakkan calon mereka di kawasan itu. Pada Pilihanraya Umum Ke-12 (2008) yang lalu, calon BN, Abu Bakar Harun menang ke atas calon PAS, Ustaz Mohd Fadhil Noor Abd Karim dengan majoriti 4,524 undi. Calon BN itu mendapat 7,398 undi, manakala Ustaz Fadhil (PAS) hanya mendapat 2,874 undi. Susulan dengan itu, PKR khabarnya berminat untuk bertanding semula di kerusi itu berdasarkan kepada rekod mereka pernah menang pada Pilihanraya Umum ke-10 (1999) bila mana calon KeADILan, Mohd Jafri Abdul Rashid menang ke atas calon BN iaitu Dato' Wan Razali Wan Mahussin (Speaker DUN Pahang sekarang) dengan majoriti tipis sebanyak 5 undi sahaja. Jafri mendapat 4,060 undi manakala Wan Razali mendapat 4,055 undi. Keputusan memeranjatkan itu diluar jangkaan sebenarnya. Namun, mungkin dek kerana gelombang reformasi yang melanda selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka ia berlaku. Ini menyebabkan UMNO BN di DUN Chini bagai "cacing kepanasan". Mereka tidak menyangka, Dato' Wan Razali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang ketika itu boleh ditewaskan. Namun selepas itu Jafri gagal untuk mempertahankan kerusi terbabit apabila dia kecundang dengan majoriti 4,005 undi kepada calon BN, Abu Bakar Harun. Calon BN itu mendapat 6,664 undi, manakala Jafri hanya mendapat 2,659 undi iaitu satu jumlah yang begitu jauh dari kejayaan beliau menewaskan BN pada pilihanraya umum sebelum itu. Kekalahan Jafri ini menyebabkan beliau kemudian beralih arah pada Pilihanraya Umum ke-12, bila bertanding pula di kerusi Parlimen Paya Besar menentang Datuk Abdul Manan Ismail (BN). Walau bagaimana pun beliau tewas dengan majoriti 8,503 undi. Abdul Manan ketika itu mendapat 19,355 undi, manakala Jafri 10,852 undi. Lantaran itulah, kerusi DUN Chini telah ditandingi Ketua Pemuda PAS Pekan, Ustaz Mohd Fadhil Noor. Kini, siapakah calon yang paling sesuai kali ini agaknya?.
[Berdasarkan rekod sejak PRU-10 (selepas Pakatan Rakyat bergabung), PKR telah bertanding dua kali di DUN Chini manakala PAS baru sekali. Maka itulah PAS mendakwa mereka lebih layak untuk bertanding di kerusi DUN Chini pada kali ini. Namun, apa yang berlaku pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang sudah membuat ketetapan bahawa kerusi DUN Chini akan diberikan kepada PKR dan parti itu sudah pun mengenalpasti beberapa calon yang akan bertanding di situ. Namun, berita panas diterima apabila sebahagian besar kepimpinan PAS di Peti Undi DUN Chini mahu calon dari parti mereka yang bertanding. Ini menimbulkan konflik, dan bakal mengugat kekuatan Pakatan Rakyat jika ia tidak ditangani dengan betul. Difahamkan, ada dikalangan pemimpin PAS setempat yang sudah awal-awal lagi mahu membuat protes jika PKR bertanding di situ. Malah, dalam beberapa mesyuarat yang diadakan baru-baru ini ternyata kepesepakatan masih belum diperolehi lagi. Alasan yang diberika oleh PAS, kononnya PKR tidak mempunyai jentera yang cukup untuk bertanding di situ. Malahan, kata mereka PAS lebih layak kerana sudah bersiap sedia dengan jentera mereka sedangkan PKR masih terkial-kial untuk menubuhkan cawangan (ranting) parti itu di DUN Chini. Persoalannya, siapakah yang paling layak untuk bertanding di kerusi DUN Chini kali ini. PAS dan PKR perlu mencari kata sepakat yang terbaik agar tidak ada mana-mana pihak yang kecewa dengan keputusan yang akan ditetapkan. Apapun, pada PRU-13 kali ini Pakatan Rakyat dijangka berupaya merampas semula kerusi DUN Chini berdasarkan kepada sokongan kuat masyarakat peneroka Felda terhadap parti pembangkang].
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang "menggadai akidah" apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain," katanya.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
"Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
"Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan," katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing. .
"Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
"Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang," kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.
KOTA BHARU: Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja. "Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah. "Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di sini, semalam. Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini selepas melangsungkan perkahwinan pada 1962. Beliau turut dipilih sebagai Ikon Keluarga Mawaddah Peringkat Kelantan 2012 manakala lima pasangan lagi turut menerima Hadiah Pasangan Terpilih pada majlis berkenaan. Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata, statistik menunjukkan terdapat lebih 234,000 anak tidak sah taraf, 81,000 daripadanya Melayu yang direkodkan di negara ini sejak 2006 hingga 2010 di seluruh negara amat mengejutkan. Katanya, semua masalah itu timbul akibat tiada lagi wujud rasa takwa kepada Allah S.W.T. "Masalah ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja bagi membina pusat perlindungan kepada anak ini (anak tidak sah taraf).
"Akibat tidak menjaga agama dan pergaulan terlalu bebas seperti sering ke kelab malam dan minum arak, maka ia boleh menjurus kepada zina," katanya. Pada masa sama, Nik Abdul Aziz turut mencadangkan sambutan Hari Valentine yang biasa disambut dengan pelbagai acara yang penuh maksiat diganti dengan Sambutan Hari Suami Isteri oleh umat Islam.
KUALA LUMPUR, 9 Feb - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia melepaskan naib presiden parti itu, Salahuddin Ayub sekiranya PAS Johor memerlukan pengalaman beliau di negeri berkenaan. Sehubungan itu, kata Nik Aziz, pucuk kepimpinan parti sedia memberi laluan kepada Salahuddin untuk bertanding di negeri kelahirannya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Saya sedia lepaskan dia (Salahuddin) bertanding di sana (Johor), jika PAS Johor betul-betul perlukan khidmatnya," katanya kepada pemberita di Kota Baru.
Menteri Besar Kelantan ini mengulas hasrat Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed mahu menarik Salahuddin bertanding di negeri itu.
Selain itu, Nik Aziz juga berharap dengan perpindahan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat di negeri yang dikuasai Umno-Barisan Nasional (BN).
(Kesian Umno sudah menyimpang jauh...kata Tan Sri Kadir dalam sidang medianya hari ini)
SERDANG, 10 Feb: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini membidas tindakan pemimpin Umno yang mahu merujuknya ke Jawatankuasa Disiplin parti itu ekoran beberapa kritikannya.
"Saya tak ada masalah apa, saya pun tak bergantung hidup pada parti, cuma saya kesianlah kerana Umno sudah menyimpang jauh," katanya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib 27 Januari lalu memaklumkan, Tan Sri Kadir akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Umno berikutan beberapa kenyataan yang dibuat oleh beliau.
Tindakan diambil Umno berikutan beberapa siri temubualnya dengan media alternatif khususnya dengan TVPAS (Harakahdaily), MobTV dan Malaysiakini.tv yang menyentuh isu pembelian undi pilihan raya yang sedang berjalan dan kegagalan BN melaksanakan agenda bumiputra yang ditafsir sebagai menghentam parti.
"Pandangan yang saya beri dalam rakaman ini tidak sampaipun 10 peratus dari apa yang kami Pemuda Umno dan yang lain-lain pada tahun 60an dan 70an dahulu pernah berhujah, mengkritik dan memberi pandangan termasuk yang pedih terhadap pimpinan parti.
"Kepada Jawatankuasa Disiplin pula tidaklah perlu bersusah payah untuk menyiasat saya kerana saya akan menghantar kepada mereka rakaman-rakaman ini yang penuh dan tidak diedit," katanya pada sidang media di pejabatnya di Mines Waterfront di sini.
Salinan rakaman temubual itu menurutnya akan dihantar kepada pejabat Umno selewat-lewatnya minggu depan.
Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pada pilihan raya.
Dalam isu agenda bumiputra pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputra di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah.
Ianya termasuk kemudahan pinjaman 30 peratus kepada syarikat kecil bumiputera yang kini sudah dihentikan.
"Kalau benda macam ini pun saya tak boleh bagi pandangan, apa dah jadi dengan Umno. Saya ni orang lama, kaji la dulu apa yang orang kritik.
"Datuk (Sri) Najib pernah buat lawak kata wujud dilema dalam Umno 'jika beri salah, tak beri kalah', maknanya ini (politik wang) sudah jadi tabiat yang diterima dalam Umno," katanya yang juga bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi.
Menyifatkan rasuah politik oleh Umno itu sebagai perbuatan hodoh dan ketinggalan zaman, Abdul Kadir juga mendakwa wujud keadaan di mana mereka perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan untuk mendapat tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi.
Selain itu, beliau juga menasihatkan pemimpin Umno agar tidak menuding jari kepada pihak lain berhubung kegagalan perlaksanaan agenda bumiputera.
"Jangan persalahkan orang Cina atau parti-parti politik Cina di atas kegagalan pimpinan kita (Umno) sendiri untuk meletakkan kedudukan sosio-ekonomi bumiputera ditempat yang adil dan sepatutnya," katanya lagi.
Beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) juga mendakwa, tindakan Umno ke atasnya itu hanya mengesahkan pandangan rakyat selama ini bahawa Umno sekarang bukan sebuah parti demokratik.
Menurutnya, ia berbeza dengan Umno zaman penubuhannya oleh Datuk Onn Jaafar dahulu yang benar-benar demokratik dan mendengar pandangan semua pihak.
Ditanya jika Umno akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau berkata ianya bukan masalah baginya.
Contohi Ketua UMNO ini agar ahli dan penyokong tegar UMNO dapat info kedua belah pihak. Selama ini mereka dapat info melalui media kerajaan sahaja, tibalah masa kini mereka wajar dapatkan maklumat atau info bagi menapis berita yang diterima agar tidak tertipu dan ketinggalan dalam arus perbahan minda dan perubahan kerajaan menjelang PRU13 nanati.
Kesiahan, bila melihat ramai ahli dan penyokong tegar UMNO dilarang pergi demo atau ceramah umum Pakatan Rakyat yang mana UMNO pimpinan atasan tidak mahu ahli mereka tahu penipuan mereka dan lakonan mereka demi menyelamatkan kepentingan mereka.
.: Meraut Rasa Selepas Subuh: Dr Mu'ti: Polong Import Untuk Kacau Anwar UBN sudah kehabisan modal dan kudrat untuk menyekat kemaraan Anwar Ibrahim dan sekaligus menghan...
tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
S. Raju menunjukkan ketiadaan bekalan minyak masak peket di sebuah pasar raya di Port Dickson, semalam.
TELOK KEMANG 9 Feb. 2012 - Masalah bekalan minyak masak yang dilaporkan meruncing di Lembah Klang kini melanda bandar ini apabila orang ramai dikatakan sukar untuk mendapatkan bahan itu.
Para peniaga dan orang ramai yang ditemui memberitahu, bekalan minyak masak peket sukar untuk diperoleh sejak beberapa bulan lalu sehingga terpaksa mengunjungi beberapa kedai di sekitar bandar ini untuk mendapatkannya.
Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kedai runcit di sekitar kawasan ini mendapati, rak jualan bekalan minyak masak terutama minyak masak peket satu kilogram kosong.
Seorang peruncit, V. Kumar, 58, berkata, kali terakhir kedainya menerima bekalan minyak masak adalah pada Disember tahun lalu.
"Walaupun minyak masak kurang dibeli di kedai saya disebabkan berhampiran dengan hotel, tetapi kini ada segelintir penduduk yang datang mencari bekalan minyak di sini disebabkan kawasan sekeliling kediaman mereka kehabisan bekalan," ujarnya.
Seorang lagi peniaga, Lim Jit Huang, 53, berkata, dia juga menghadapi masalah mendapatkan bekalan minyak masak peket satu kilogram.
"Setiap kali pelanggan datang hanya satu peket dibenarkan dibeli sehingga ada pelanggan merungut.
"Dahulunya saya mendapat bekalan daripada pembekal sebanyak 100 peket untuk sebulan tetapi ia berkurangan menjadi 50 peket dan baru-baru ini 30 peket," ujarnya.
Peniaga, R. Balan, 50, pula kesal dengan segelintir pelanggan yang mendakwa mereka sengaja menyembunyikan minyak masak sedangkan adalah sukar untuk mendapatkan bekalannya daripada pemborong.
"Tiada sebab untuk kami berbuat demikian kerana apa yang diberi oleh pembekal, itulah yang kami pasarkan. Saya harap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana minyak masak merupakan antara keperluan harian yang penting," tambahnya.
SESIAPAPUN akan merasa sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapanya disebut-sebut di hadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan. Inilah fitrah hubungan kasih dan sayang yang ada di antara seseorang itu dengan ibu bapa kandungnya.
Keburukan apakah yang lebih besar daripada kekufuran dan kekufuran siapakah yang lebih jelas daripada Abu Lahab sehingga celaan Allah SWT terhadapnya terakam jelas di dalam al-Quran. Tetapi apabila sampai ke telinga Nabi SAW bahawa ada sahabat yang mengungkit tentang kekufuran dan penentangan Abu Lahab di hadapan anak perempuannya yang Muslim, Nabi SAW telah melarang dan menegur perbuatan itu dengan sabdanya, "Jangan engkau mencerca mereka yang mati, lalu engkau menyakiti mereka yang hidup." (Riwayat al-Tirmizi).
Jika itulah sikap Nabi SAW dalam kes Abu Lahab, bagaimanakah pula jika ibu dan ayah Nabi SAW sendiri yang disebut dan diungkit sebagai kufur dan berada dalam neraka? Adakah Nabi SAW tidak terguris hati atau merasa disakiti, tanpa mengira apa pun niat si penyebut? Lebih buruk lagi keadaannya jika diinsafi bahawa pandangan yang ibu dan ayah Nabi itu kufur adalah tidak benar dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama umat ini. Maka kenyataan tersebut turut merupakan suatu pendustaan dalam isu yang begitu dekat dengan kekasih Allah SWT dan makhluk-Nya yang paling mulia.
Malangnya, akhir-akhir ini, telah beberapa kali dakwaan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW itu kufur dan berada dalam neraka di ketengahkan dalam masyarakat kita secara terbuka dalam media perdana oleh para pendakwah yang popular dan dikenali ramai. Dalam keadaan begitu, tidak mustahil akan ramai ahli masyarakat yang tidak berkeahlian akan mudah terpengaruh, lantas sama-sama mengulangi kalimah yang pastinya menyakiti Nabi SAW itu. Mahukah kita jika umat Islam di Malaysia sampai terhitung sebagai tidak peka dengan apa yang menyakiti Nabi SAW? Bukankah ini boleh mengundang kemurkaan Allah dan Rasul-Nya?
Isu Yang Tak Patut Ditimbulkan
Jika diteliti secara insaf, sebenarnya tidak terdapat satu sebab pun yang munasabah untuk isu status ibu dan bapa Nabi SAW kita ungkit dan ditimbulkan di tengah-tengah masyarakat kita. Jika tidak ditimbulkan isu ini, masyarakat kita amnya mempunyai tanggapan yang sangat mulia terhadap ibu dan bapa Nabi SAW. Sikap ini adalah sikap yang lebih tepat dan berasas, seperti yang akan kita huraikan. Kalau pun ada yang bertanggapan bahawa ini adalah suatu sikap yang bercanggah dengan hadis, apakah isu ini menepati keutamaan yang begitu tinggi dan mendesak sehingga perlu ditimbulkan. Adakah selama ini dengan memuliakan ibu dan bapa Nabi SAW telah begitu merugikan dan memundurkan Islam dan umatnya di Malaysia?
Selain kerana tiada keperluan jelas untuk ditimbulkan, isu ini juga tidak patut ditimbulkan secara terbuka kerana untuk benar-benar menganggapnya secara adil menuntut kajian dan penelitian ilmiah khusus. Kenapalah kita perlu menyibukkan masyarakat awam dengan persoalan-persoalan yang tidak mudah atau tidak mampu untuk mereka sikapi dengan adil?
Sebenarnya, isu ini ada persamaan dengan beberapa isu-isu agama yang sifatnya kompleks dan boleh mengelirukan yang suka ditimbulkan oleh segelintir penceramah akhir-akhir ini. Walaupun kita sangat keberatan membahaskannya, tetapi apabila sudah ada yang menimbulkannya secara terbuka maka wajiblah pula penjelasan dibuat agar masyarakat tidak keliru dan tersalah faham. Pendek kata ia sudah menjadi suatu kemungkaran dan kezaliman ilmiah yang wajib dicegah dan dibetulkan.
Fahaman Yang Lebih Sejahtera
Pandangan yang mendakwa ibu dan bapa Nabi SAW adalah kufur dan berada dalam neraka sebenarnya berpunca daripada dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Dalam salah satunya, Nabi SAW bersabda bahawa Baginda tidak diizinkan oleh Allah memohon keampunan bagi ibu Baginda tetapi diizinkan menziarahi kuburnya. Dalam hadis kedua, Nabi SAW diriwayatkan menjawab pertanyaan seorang lelaki tentang nasib bapanya dengan menjawab bahawa ayah lelaki tersebut dan ayah Baginda sendiri berada dalam neraka. Walaupun sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa teks hadis-hadis ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ia adalah suatu yang biasa berlaku dalam kita berinteraksi dengan hadis. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadis. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadis itu sendiri yang perlu dipatuhi.
Berdasarkan kaedah-kaedah dalam memahami teks hadis, hadis-hadis di atas sebenarnya tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi SAW kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadis-hadis ini tidak boleh dipegang kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis lain. Antaranya, ayat-ayat dan hadis yang mensabitkan bahawa Nabi SAW adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti ayat 219, surah al-Syu'ara' yang bermaksud, "dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud". Ibnu 'Abbas r.a, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir-tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi SAW telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi di kalangan nenek moyang yang sujud dan beriman. Hal ini disokong oleh hadis-hadis yang merakamkan bahawa Nabi SAW pernah memuji atau berbangga dengan ibu bapa dan keturunannya, sedangkan adalah tidak wajar Nabi SAW melakukan demikian jika mereka itu syirik atau kufur.
Maksud zahir hadis-hadis ini juga bertentangan dengan nas-nas al-Quran berkenaan kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan para rasul-Nya untuk menyampaikan agama yang benar (al-Israa':15, al-An'aam:131, al-Syu'araa', al-Nisaa':165). Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada kaum Nabi Muhammad SAW sebelum kebangkitan Baginda (Saba':44, al-Qasas:46). Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi SAW sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul, menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.
Ada juga pandangan ulama yang mentakwilkan makna 'abi' dalam hadis kedua yang zahirnya bermaksud 'ayah' kepada Abu Talib atau Abu Lahab, bapa-bapa saudara Nabi SAW dan bukannya Abdullah, bapa Baginda SAW.
Penggunaan panggilan sebegini memang berlaku dalam bahasa Arab dan dalam al-Quran sendiri dalam kes Nabi Ibrahim AS (al-An'aam : 74). Ada juga pandangan ulama bahawa kedua-dua hadis Riwayat Muslim itu memang perlu ditakwilkan kerana makna zahirnya bercanggah. Jika ibu Nabi SAW benar-benar kafir, Nabi SAW tidak akan diizinkan Allah SWT untuk menziarahi kuburnya.
Kita juga telah menyentuh bagaimana mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW berada di dalam neraka akan menyakiti Nabi SAW. Menyakiti Nabi dengan apa cara sekalipun adalah jelas diancam di dalam al-Quran dengan laknat Allah SWT di dunia dan akhirat serta dijanjikan dengan siksa yang pedih dan hina (al-Tawbah:61 dan al-Ahzab:57). Melihat betapa besarnya kesalahan ini, tidak hairanlah Saidina Umar bin Abdul Aziz dilaporkan telah mengancam seorang pegawainya yang mengatakan ibu dan bapa Nabi SAW musyrik dengan hukuman dipotong lidahnya, dipotong tangan dan kakinya dan dipancung kepalanya. Lalu pegawai itu dilarang memegang apa-apa jawatan sepanjang khilafahnya.(Tarikh Ibn 'Asakir). Imam al-Alusi (m.1127H) pula dalam Tafsir Ruh al-Maaninya ada memberi amaran keras, "Aku bimbangkan kekufuran terhadap seseorang yang menuduh ibu dan ayah Nabi SAW (kufur) (Jilid 11, ms.207).
Perincian dan huraian lanjut tentang pandangan para ulama yang membela ibu dan bapa Nabi SAW boleh didapati dalam beberapa kitab termasuk kitab-kitab khusus karangan Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, Masalik al-Hunafa dan al-Ta'dzim wal Minnah, kitab al-Hujaj al-Wadhihaat karya ulama' Makkah, Al-'Allamah Sayyid Ishaq Azzuz, kitab Sadad al-Din oleh Imam al-Barzanji, kitab Hadyu al-Nairain karya al-Allamah Prof.Dr.Judah al-Mahdi dari Universiti al-Azhar Mesir dan fatwa Mufti Mesir, Al-Syeikh Dr.Ali Jum'ah dalam koleksi fatwanya, al-Bayan. Insya-Allah dalam masa terdekat, kami akan mengeluarkan terjemahan dan sedutan daripada kitab-kitab ini dalam bahasa Melayu.
Jelas daripada perbahasan ringkas kita ini bahawa, jika kita mahu, ruang untuk kita mempertahankan keimanan dan terselamatnya ibu dan bapa Nabi SAW yang mulia adalah luas terbentang. Kalaulah bersangka baik itu terpuji, maka apakah lagi situasi yang lebih utama untuk kita bersangka baik selain dalam isu ini yang membabitkan hak kekasih dan makhluk yang paling dimuliakan oleh Allah SWT. Ia juga sebenarnya adalah sangka baik kita terhadap Allah SWT sendiri yang Maha Kaya lagi Berkuasa untuk meletakkan zuriat kekasih-Nya dalam rantaian keturunan hamba-hamba-Nya yang terpilih.
Di sebalik episod yang sangat mengguris hati ini, mungkin ada beberapa hikmah dan pengajaran yang perlu diambil. Para penceramah yang giat mengisi ruang dakwah di tengah masyarakat mestilah sangat berhati-hati dalam memilih kandungan dan mesej dakwah mereka. Ini kerana, bersama populariti dan kemasyhuran itu datangnya amanah yang dipertanggungjawabkan. Bagi masyarakat pula, di zaman ledakan informasi ini yang turut menyaksikan informasi agama turut tersebar tanpa kawalan, mereka perlulah lebih berhati-hati dalam mempercayai apa yang mereka baca dan dengar. Maklumat agama yang keluar di akhbar, terdengar di radio, tersiar di TV dan popular di internet tidaklah semestinya dijamin betul dan benar. Dalam bab agama, janganlah kita malas mengkaji dan mempastikan kerana akhirat kitalah yang jadi pertaruhannya. Isu ini juga adalah satu contoh jelas bagaimana sikap terlalu merujuk kepada Sunnah tanpa berpandukan kaedah dan panduan para ulama muktabar adalah sikap yang silap dan merbahaya. Janganlah kita mudah terbawa-bawa dengan sesetengah aliran yang mendakwa sebagai menjuarai Sunnah sedangkan hakikatnya mereka sering menzalimi Sunnah dan yang empunya Sunnah SAW. Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan mereka yang sentiasa menggembirakan dan mempertahankan kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW.
Penulis ialah Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan
Disamping itu PAS Kawasan Sepanggar beserta Dewan Pemuda PAS Sepanggar memohon agar selawat dan salam keatas baginda hendaklah diteruskan dalam membuktikan cinta dan kasih kita kepada baginda SAW...
Slim River- Matlamat diwujudkan Felcra adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah memperolehi tambahan pendapatan secara pemberian keuntungan secara berkala. Malangnya hal ini tidak seperti yang dijanjikan, bahkan mereka yang diberi kuasa telah melakukan pembelotan yang menyebabkan individu yang sepatutnya diberi hak, tidak mendapat haknya. Lain pula bagi yang tidak berhak kerana berpendapatan tinggi serta berkedudukan dalam masyarakat, dan disebabkan berjawatan dalam kepimpinan UMNO Tg Malim, maka individu ini terus mendapat ganjaran. Mereka ini terus kaya dan kaya kerana tersenarai dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Tg Malim.
Perkara ini telah didedahkan oleh Timbalan YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Abdul Salam dalam sesi ceramahnya pada 2 Februari lalu yang diadakan di Kuala Slim.
Berikut adalah kenyataan media yang dibuat oleh beliau pada hari berikutnya:
TANAH FELCRA : UMNO KHIANATI PESERTA
Pas Kawasan Tanjung Malim merasa amat dukacita dengan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO Bahagian Tanjong Malim. UMNO Bahagian Tg Malim telah menggunakan kaedah menghalalkan cara demi memperoleh keuntungan kepada pihak tertentu yang terdiri daripada Jawatankuasa Bahagian UMNO Tg Malim.
Bagi Pas Kawasan Tg Malim, Tanah Felcra yang telah dianugerahkan kepada mereka yang layak atas faktor ekonomi yang rendah sepatutnya dilayan dengan memberikan dividen setelah mereka membayar premuim dan mendapatkan geran hak milik tanah. Malangnya, mereka yang membayar premium tidak memperolehi sebarang dividen seperti dijanjikan, tetapi Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tg Malim dan seorang ahli perniagaan UMNO, tanpa perlu membayar sejumlah premium, dan hanya menandatangani satu borang tukar hak milik, telah dibayar dengan sejumlah wang (21,000.00) sebagai dividen Felcra.
Apakah kelayakan Timbalan Ketua Pemuda UMNO Tg Malim dan seorang ahli perniagaan ini untuk diberi hak tanah dan dividen Felcra? Apakah mereka digolongkan dalam keluarga yang berpendapatan rendah? Bagaimanakah nasib peserta-peserta lain yang memang layak memperolehi hak, tetapi masih tidak memperolehi apa-apa dividen sehingga hari ini.
Berbekalkan amanah jawatan yang diberi oleh rakyat, dengan segala peluang yang diwujudkan untuk rakyat marhain bagi meringankan beban kesusahan hidup, telah diselewengkan oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian Tg Malim. Di manakah slogan yang sering dilaung-laungkan UMNO sebagai pejuang bangsa Melayu. Jangan biarkan anda semua dikenang sebagai penyangak yang membujur lalu melintang patah bila berpeluang membolot harta rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan