SHAH ALAM - Seorang kerani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memalsukan baucar kerajaan berjumlah RM146,326 dengan mengubah nombor akaun penerima bayaran kepada akaun peribadinya pada tahun lepas.
Tertuduh, Nur Adila Azmie, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Fadhir Harun.
Wanita itu didakwa memalsukan baucar RM146,326 bertarikh 17 November 2011 dengan mengubah nombor akaun penerima bayaran ke akaun peribadinya.
Nur Adila didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) beralamat di No: 5934, Batu 6, Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34 di sini, pada 17 November tahun lepas. - BERNAMA
SHAH ALAM 3 Feb. - Beberapa dokumen tercatat nama Muthuraja a/l Allalkathan, ahli perniagaan India yang dilaporkan hilang di Malaysia sejak awal tahun 2010, adalah antara barang kes dirampas daripada pejabat guaman N. Pathmanabhan, tertuduh pertama dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Dokumen berkenaan disahkan oleh saksi ke-97 pendakwaan, pegawai turus bahagian operasi khas (D8) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pemangku ASP Koh Fei Cheow yang menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Antara barang kes dikemukakan di mahkamah dan dicam oleh Fei Cheow ialah dokumen mahkamah dan perjanjian jual beli antara Muthuraja dengan syarikat Southern Symphony Sdn. Bhd. dimiliki oleh Sosilawati serta surat kuasa kepada ahli perniagaan yang berasal dari Chennai itu.
Turut diserah kepada mahkamah dan dicamkan saksi tersebut ialah beberapa dokumen dengan tercatat nama Abdul Rahman Palil dan salinan cek yang dibayar kepada Pathma Nalli & Partners. - BERNAMA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad SAW. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.
Jasa besar Nabi Muhammad SAW. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.
Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu.
Rasulullah SAW telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad SAW inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.
Kita melihat bagaimana kehidupan manusia yang dibelenggu pemikiran jahiliyyah sebelum kedatangan Rasulullah SAW yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.
Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Ustaz Abu Bakar Hussian Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Perak
KUALA LUMPUR, 3 Feb: PAS kesal dengan tindakan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memberikan lesen kendalian sementara (TOL) kepada Lynas Corporation untuk memproses nadir bumi di Kuantan, Pahang.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat Zulkefly Mohamad Omar berkata, pemberian lesen itu membuktikan AELB mengabaikan maklum balas rakyat yang tidak bersetuju dengan projek tersebut atas faktor keselamatan.
"PAS sangat kesal dengan pemberian lesen ini dalam pada isu rakyat yang menentang masih belum selesai.
"Pemberian lesen ini sangat tergesa-gesa tanpa mengambil kira suara rakyat yang amat risau kesihatan dan keselamatan mereka untuk jangka masa panjang," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Penasihat Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) itu juga tidak menolak ada agenda tersembunyi di sebalik kelulusan lesen tersebut.
"Dalam pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tahun lepas, setiausahanya, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria kata kilang Lynas ini perlu mematuhi 10 syarat laporan alam sekitar (EIA).
"EIA ini gagal dipatuhi tapi lesen telah dikeluarkan, seolah-olah ada agenda tersembunyi oleh pihak yang berkepentingan," katanya.
Semalam, Setiausaha Eksekutif AELB, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan mengumumkan pemberian lesen kepada Lynas Corporation dan berkata, baki nadir bumi yang diproses adalah di bawah tanggungjawab syarikat tersebut.
Sementara itu, Zulkifli mengulangi gesaan agar Abdul Aziz mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar New York Times mengenai artikelnya yang mengkritik pembinaan kilang yang disifatkan sangat berbahaya itu.
Abdul Aziz bagaimanapun menyanggah artikel tersebut.
"Dalam pertemuan dengan Datuk Abdul Aziz dahulu, saya ada menyuruh beliau menyaman New York Times jika artikelnya mengenai Lynas tidak benar tapi sekarang beliau tidak berbuat demikian. Kalau artikel itu salah, saman sahajalah, katanya.
Terbaru, New York Times menyebut terdapat kebimbangan keselamatan dan kesihatan berikutan tindakan kontraktor utama dari Belanda yang menarik diri dari projek itu.
Sehubungan itu, Badar akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan AELB meluluskan pemberian lesen tersebut selain meneruskan meneruskan mobilisasi ahli untuk turun ke Himpunan Hijau membantah Lynas di Kuantan, 26 Februari ini.
SHAH ALAM - KTM Berhad (KTMB) perlu bergerak secara bersendirian di bawah kawal seliaan kerajaan, bukannya membolehkan pihak swasta mengambil alih semula syarikat berkenaan, kata kesatuan sekerjanya dalam surat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak awal minggu ini.
Dalam surat yang sama, Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB berkata, syarikat pengangkutan awam itu boleh dipandukan dan diterajui oleh warga kerja sendiri yang cukup cakna atau pakar dalam perkhidmatan kereta api.
"Malahan pihak kesatuan pernah menekankan agar KTMB dikembalikan kepada sektor awam . Tindakan menyerahkan KTMB kepada sektor swasta dilihat peranan mereka tidak tetap pendirian, yang akan menyusahkan negara yang nanti berkesudahan mengabaikan tanggungjawab kebajikan dan kebaikan pekerja," kata Presiden kesatuan, Abdul Razak Md Hassan dalam surat kepada Perdana Menteri.
Kesatuan itu menulis surat kepada Najib ekoran khabar angin bahawa syarikat MMC mahu mengambil alih KTMB dan adanya usah untuk menjual Bangunan KTMB.
Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB menentang sebarang usaha mahu menjual bangunan syarikat atas alasan menjadi tanggungjawab semua pihak mempertahankan 'bangunan warisan'.
Abdul Razak menambah, pihak kesatuan bukannya menanam perasaan prasangka buruk terhadap mana-mana syarikat bakal mengambil alih KTMB, tetapi setelah dikaji dan diperhalusi keupayaan syarikat yang berkenaan dirasai akan timbul 'kontroversi' dari aspek ekonomi dan sosial para pekerja yang mungkin akan terjadi hakisan terhadap beberapa feadah yang telah dinikmati kerana prinsip utama syarikat-syarikat berkenaan ialah mendapatkan "keuntungan ringgit."
Abdul Razak juga berkata, sepatutnya 'kemelut' percubaan mengambil alih KTMB tidak lagi terbangkit kerana pada hakikatnya keupayaan ini telah menemui titik noktah atau kegagalan apabila kerajaan menolak pembaharuan kontrak Konsortium Marak Unggul beberapa tahun lalu.
"Andaian kami berkemungkinan penolakan kontrak Konsortium Marak Unggul oleh kerajaan setelah pihak kerajaan dapat mengesan kebenaran fakta yang sama yang telah disuarakan oleh kesatuan yang mungkin membawa erti bahawa pihak konsortium tersebut tidak berkemampuan dan sukar mengendalikan urus tadbir syarikat KTMB.
"Peranannya yang tidak dapat memikul tanggungjawab moral kepada negara khususnya pada melindungi kebaikan syarikat dan kakitangan boleh juga membawa makna bahawa pihak konsortium tersebut tidak merealisasikan objektif sebenarnya mengambil alih KTMB," katanya.
SOLO, Indonesia - Seekor singa Afrika ditembak dengan ubat pelali selepas haiwan itu berjaya keluar dari kurungan di Zoo Taman Satwa Jurug di sini pada Selasa lalu.
Singa itu yang bernama Oni menyerang dan membunuh seekor unta sebelum dia ditembak dengan ubat pelali oleh pekerja zoo.- Reuters
WASHINGTON - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Leon Panetta percaya bahawa ada "kemungkinan yang besar" Israel akan menyerang lokasi nuklear Iran menjelang musim panas ini, demikian menurut Washington Post dalam ruangan editorial disiarkan semalam.
Bagaimanapun, apabila wartawan yang mengiringinya ke Brussles bertanya mengenai pendapat ruangan itu, Panetta enggan mengulas.
"Saya tidak akan mengulas perkara itu. David Ignatius boleh menulis apa yang beliau boleh tulis tetapi berkenaan apa yang saya fikir dan apa pendapat saya, saya menganggap ia sebagai sesuatu yang milik saya dan bukannya pihak lain," kata beliau dipetik AFP.
SYDNEY: Gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.0 magnitud menggegarkan kepulauan Pasifik Selatan di Vanuatu pada Jumaat, lapor Agensi Penyelidikan Gelogikal Amerika Syarikat (USGS).
Gegaran berlaku pada kedalaman kira-kira 21 kilometer dari aras laut dan kira-kira 116 kilometer di barat laut ibu negara Port Vila, di sini.
(Nizar naik di atas bumbung sebuah rumah yang terkena puting beliong petang semalam bagi melihat secara menyeluruh kawasan yang menjadi mangsa.)
SRI MANJUNG, 3 Feb: Berpuluh-puluh buah rumah di Taman Sri Manjung, Fasa 3 hilang bumbung masing-masing apabila diserang ribut puting beliong lewat petang semalam.
Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang sempat menziarahinya pagi ini melihat sendiri bagaimana bumbung rumah terangkat jauh akibat ribut tersebut.
Beliau yang amat bersimpati dengan keadaan itu berjanji akan mengumumkan pelancaran kutipan derma kilat bagi membantu mangsa di dua buah masjid di Manjung menjelang solat Jumaat hari ini.
"Saya menyeru orang ramai mengambil peluang ini untuk memberikan sumbangan derma kepada mangsa," kata beliau melalui Twitternya.
(Gambar: Nizar melihat dari dekat kemusnahan kira-kira 200 buah rumah akibat ribut.)
Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan bantuan segera kepada mangsa.
"Terima kasih tertinggi kepada semua petugas PDRM, bomba, Majlis Keselematan Negara daerah Manjung, pejabat Daerah, OBJ, MPM, JKKP dan lain-lain yang memberi khidmat terbaik membantu mangsa ribut," kata Nizar.
TEMERLOH, 3 Feb: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad memberi amaran, negara ini boleh terjerumus ke lembah kebankrapan jika parti yang memerintah dibiarkan berbelanja mewah.
Berucap dalam forum bertajuk 'Perubahan Politik Untuk Pembaharuan Ekonomi Bagi Kesejahteraan Rakyat' di Hotel Seri Malaysia dekat sini semalam, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, ini disebabkan kerajaan terus berbelanja mewah di luar kemampuan sekalipun dengan berhutang.
"Bayangkan kadar pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus setahun tetapi kadar peningkatan hutang pula 13 peratus," katanya.
Dengan kadar tersebut, pada tahun 2020 hutang negara akan mencecah RM1 trilion.
"Sejak kemelesetan ekonomi, dalam tempoh 13 tahun kerajaan tetap berbelanja besar-besaran sehingga ekonomi menjadi parah. Jadinya apa yang kita belanjakan hari ini seolah-olah kita makan daripada milik anak cucu kita iaitu generasi akan datang.
"Itu belum masuk lagi isu penyelewengan dan salah guna kuasa. Bayangkan RM28 bilion tiris setiap tahun sedangkan jumlah yang sama jika boleh dimanfaatkan untuk rakyat sudah boleh membawa rakyat keluar daripada garis kemiskinan," katanya.
Dzulkefly yang juga Pengarah Penyelidikan PAS Pusat berkata, semua masalah ini timbul kerana masalah kepimpinan kerajaan yang berbelanja tidak berhemat dan jentera di bawah kerajaan yang tidak cekap.
Tambahnya, hasilnya jurang kaya dan miskin semakin membesar dalam masyarakat akibat kos hidup yanmg melambung dan pada ketika ini 58 peratus isi rumah beroleh pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dan hampir separuh merupakan orang Melayu.
"Negara berada dalam krisis ekonomi yang teruk sekarang, dalam keadaan seluruh dunia tahu negara ini mempunyai sumber alam yang amat kaya. Jadi masalah ini hanya dapat diselesaikan dengan amanah. Negara yang baik jika diurustadbir dengan baik akan menjadi baik.
"Sebab itulah Pakatan Rakyat (PR) berazam tampil untuk penyelesaian. PR berazam keluarkan negara daripada krisis ekonomi yang teruk itu. Negeri-negeri di bawah PR sekarang bukti PR mampu mengurustadbir dan seterusnya mampu untuk perintah Putrajaya," tegasnya.
Serentak dengan itu, Dzulkifli mengharapkan rakyat membuka mata untuk memberi peluang kepada PR bagi menyelamatkan negara ini bagi menikmati keadilan, mengelakkan pembolotan dan monopoli dalam penswastaan kerana semuanya mahu diswastakan kepada seorang.
Sementara itu Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang turut menjadi panel berkata, di bawah BN pembaziran terlampau banyak berlaku harga yang dibeli melalui wang kerajaan melonjak 28 kali ganda seperti didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.
Mengenai tekanan kepada rakyat pula, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata masalah paling rumit kepada rakyat Malaysia ialah kenaikan harga barang.
"Apa cara kerajaan untuk turunkan harga barang? Kerajaan umum 85 buah kedai 1Malaysia. Tetapi didapati barang yang dijual tidak murah sebagaimana didakwa berbanding di pasaraya-pasaraya besar.
"Untuk projek itu kerajaan keluarkan bantuan RM400 juta kepada Mydin untuk jual barang kepada rakyat. Sedangkan sebab barang mahal ialah kerana monopoli. Antaranya Bernas. Ini yang menyebabkan harga barang tinggi." tambahnya.
Tony yang juga ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen, turut menyentuh monopoli merugikan rakyat dengan mengambi contoh kutipan tol Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) sudah menjangkau RM18 bilion.
"Kenapa tak hapuskan tol setelah untung. Sedangkan itu boleh rendahkan kos hidup rakyat melalui kos pengangkutan. Sebab itu janji PR jika menguasai Putrajaya, kita akan kaji semula untuk mansuh tol," ujarnya.
Tony turut mendedahkan harga lima buah kapal peronda yang dibeli Kementerian Pertahanan bernilai RM5 bilion bermakna RM1 bilion sebuah. Sedangkan New Zealand boleh dapat dengan harga RM240 juta sebuah dan di Israel pula RM770 sebuah.
Dua lagi mayat mangsa kejadian bot pancung karam di Teluk Semayong, Sedili Besar, dekat Kota Tinggi ditemui hari ini, menjadikan jumlah korban akibat tragedi itu 11 orang setakat ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata satu daripada mayat itu ditemui di pantai Tuan Sheh, Sedili Kecil kira-kira pukul 7.40 pagi manakala satu lagi ditemui di pantai Teluk Semayong, dua jam kemudian.
"Kedua-dua mayat itu ditemui oleh orang awam sebelum menghubungi polis," katanya ketika dihubungi hari ini.
Che Mahazan berkata kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
Dalam kejadian pada jam 6.30 pagi, Rabu lepas, lapan lelaki rakyat asing mati lemas, lima hilang, manakala 12 lagi selamat apabila bot pancung yang mereka naiki karam di kedudukan tujuh batu nautika dari perairan Teluk Semayong, Sedili Besar.
Kejadian berlaku ketika kesemua lelaki dipercayai rakyat Afghanistan dan Iraq berusia antara 20 dan 35 tahun itu cuba menyeludup keluar dari negara ini untuk ke negara jiran sebelum menuju ke negara ketiga.
Semalam, polis yang melakukan gerakan mencari dan menyelamat menemui satu mayat mangsa bot karam itu di pantai Teluk Semayong.
KARACHI 3 Feb. - Pakistan terpaksa menutup kilang farmaseutikal buat sementara waktu kerana didakwa mengeluarkan ubat yang disyaki telah membunuh lebih 100 pesakit jantung di wilayah Punjab, kata seorang pegawai semalam.
"Kami menemui bahan-bahan mentah seberat 48 kilogram dari kilang kimia Efroze yang digunakan untuk membuat ubat Isotab.
"Oleh itu kami terpaksa menutup kilang tersebut selama 14 hari," kata Akbar Baloch dari Agensi Penyiasat Persekutuan.
Jelasnya, kilang tersebut ditutup selepas sebuah makmal dari London menemui ubat Isotab bertanggungjawab ke atas kematian lebih 100 pesakit jantung di sebuah hospital di wilayah Punjab. - AFP
PENDUDUK Palestin mengerumuni kenderaan yang membawa Ban. Gambar bawah, perusuh membaling kasut ke arah konvoi membawa Ban ke Gaza, kelmarin. Warga Gaza marah Ban gagal bantu tahanan Palestin
GAZA: Keluarga beberapa tahanan Palestin di penjara Israel membaling kasut ke arah konvoi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang masuk ke Gaza awal pagi kelmarin.
Keluarga tahanan terbabit berkumpul di lintasan Erez. Mereka juga dituduh cuba menyerang kenderaan yang membawa Ban tetapi disekat anggota polis Palestin. Sekurang-kurangnya dua daripada mereka membaling kasut ke arah kereta yang membawa Ban, tindakan menghina pemimpin itu seperti dilakukan wartawan Iraq terhadap Presiden Amerika, George W Bush dalam sidang akhbar di Baghdad pada 2008.
Penunjuk perasaan itu berkata, mereka kecewa dengan agenda lawatan ke-3 Ban ke Gaza yang tidak membabitkan sebarang pertemuan dengan keluarga mangsa tahanan Israel.
Aktivis membawa sepanduk menyalahkan masyarakat antarabangsa kerana tidak mengutuk penahanan ahli perundangan Palestin selain sekatan rejim Yahudi terhadap Gaza.
"Kami datang ke sini sebagai memberi mesej simbolik kepada Ban bahawa penduduk Palestin di Gaza mahu hak melawat anak mereka di penjara Israel," kata Jamal Farwana, jurucakap keluarga tahanan Gaza.
"Beliau sepatutnya berusaha untuk membebaskan tahanan dan kami tertanya-tanya mengapa beliau mengelak berjumpa keluarga tahanan Palestin setiap kali datang ke sini."
Israel menutup laluan keluar masuk ke Gaza selepas pergerakan Hamas mengambil alih wilayah itu pada 2007.
Ban kemudian menuju ke Gaza bagi merasmikan tapak perumahan Agensi Kerja dan Bantuan PBB (UNRWA) yang dibina beberapa tahun lalu.
Projek itu terganggu seketika sebelum disambung selepas beberapa peraturan pemanduan tidak dilaksanakan pada 2010.
Menghabiskan masa beberapa jam di Gaza, Ban tidak dijangka bertemu pegawai Hamas.
PBB pula adalah antara anggota perunding damai Asia Barat yang termasuk Amerika, Kesatuan Eropah dan Russia.
Empat negara itu baru-baru ini mencadangkan rundingan sebanyak enam kali di antara perunding Israel dan Palestin bagi menggerakkan semula usaha damai yang buntu sejak 2010.
Israel menahan 7,000 tahanan Palestin. Sanak saudara tahanan dari Gaza tidak dapat melawat mereka di mahkamah sejak 2006 kerana peraturan ketat ke atas warga Gaza yang mahu memasuki wilayah ditakluki Israel. – Agensi
PKR akan menyambut kepulangan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kembali bertugas dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarga menteri pembangunan wanita itu.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pendedahan tersebut, Rabu depan, adalah mengenai dakwaan pembelian hartanah oleh keluarga menteri tersebut.
Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan pembelian itu berkait dengan National Feedlot Corporation -- syarikat milik keluarga menteri berkenaan yang terjebak dalam skandal projek lembut Pusat Fidlot National.
"Shahrizat akan kembali minggu ini jadi mungkin kita akan sambut dia dengan sesuatu... Kita sedang mengesan lebih banyak hartanah yang mungkin telah dibeli oleh keluarga itu," kata Rafizi kepada Malaysiakini.
Tambahnya, PKR akan dapat mengesahkan salah satu daripada perkara itu, minggu depan.
Shahrizat bercuti tiga minggu, berakhir minggu ini, untuk membantu siasatan berhubung dakwaan skandal itu.
PKR sebelum ini mendedahkan mengenai pembelian kondominium mewah bernilai kira-kira RM10 juta di Singapura namun tidak dapat mengesahkan bahawa dana NFC digunakan untuk membeli hartanah tersebut.
Keluarga menteri itu setakat ini masih belum mengesahkan atau menafikan perkara itu.
Bagaimanapun, sebahagian daripada pinjaman RM250 juta untuk projek NFC disahkan telah diguna untuk membeli dua unit kondominium mewah atas nama NFC.
ALOR GAJAH - Satu keluarga terpaksa hidup serba kekurangan selepas didakwa menceroboh di tanah sendiri oleh individu tertentu sebelum diusir keluar dan membina pondok usang di tepi sungai, dekat sini.
Zulghafar Abd Jalil, 48, bersama isteri, Aida Ridfa, 42, dan dua anak, Siti Hajar, 15, dan Muhammad Imran, 8, kini berlindung di pondok usang di Kampung Sungai Petai, di sini.
Mereka sekeluarga hanya berteduh di kawasan yang hanya dikepung menggunakan papan nipis dan zink karat berlubang, malah hanya berlantaikan tanah serta tanpa bekalan elektrik dan air.
Zulghafar berkata, sebelum ini mereka sekeluarga menetap di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) selama enam tahun terletak di tanah milik individu terbabit yang bersetuju mengizinkan rumah berkenaan didirikan di situ tanpa timbul sebarang pertikaian.
Walau bagaimanapun katanya, mengejutkan apabila pada awal tahun lalu, mereka diarahkan keluar dari rumah itu dengan alasan dia sekeluarga bersikap keras kepala dan berdegil untuk berdamai.
"Mereka juga mendakwa kami menceroboh tanah miliknya untuk mendirikan rumah berkenaan yang mulai kami diami pada Februari tahun lalu yang didakwa tidak sah," katanya.
Katanya, dia dan isterinya kini menyara hidup anak beranak dengan menoreh getah dan tidak memiliki sebarang kenderaan untuk bergerak akibat masalah penglihatan yang dihidapi.
"Saya terkejut dengan tindakan individu terbabit yang turut mengusir kami menggunakan kuasa sidang kampung.
"Malah, kami turut diugut untuk disaman setiap kali ada perselisihan faham termasuk membabitkan anak-anak saya," katanya.
Menurutnya, bimbang keselamatan isteri dan anak-anaknya, dia mendapatkan kebenaran dari pemilik tanah untuk menumpang mendirikan pondok yang diduduki mereka sekarang.
"Saya terpaksa mengeluarkan wang simpanan persekolahan anak-anak bagi membeli papan nipis yang kini mengepung tempat tinggal kami.
"Kami perlu melalui belukar dan meniti anak sungai untuk ke pondok usang ini dengan jarak kira-kira 300 meter dari jalan perkampungan," katanya.
Dia yang tertekan dengan keadaan itu tidak menafikan bimbang sekiranya masalah yang berlaku menjejaskan pelajaran dua anaknya, tambahan anak sulungnya yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini.
"Hanya dengan pelita dan lilin, saya berjaga menemani anak untuk mengulang kali pelajaran menduduki PMR tahun ini dan lebih merisaukan apabila anak bongsu saya diserang asma setiap kali hujan.
"Masalah ini sudah pun dibawa kepada pihak berkaitan, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil," katanya yang turut bimbang keselamatan mereka terancam dengan kehadiran haiwan berbisa yang kerap masuk ke pondok mereka.
KUALA LUMPUR, 3 Feb: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menyifatkan baucer buku 1Malaysia tidak berkesan melainkan ianya dipanjangkan tempoh sehingga ke satu tarikh yang munasabah.
Ini, katanya kerana baucer buku dikeluarkan saat para pelajar menghadapi pepepriksaan akhir dan selepas peperiksaan mereka akan bercuti panjang sedangkan tempoh sah baucer pula akan tamat pada 31 Mac depan.
Baucer itu juga, katanya tidak boleh dijual beli dan hanya dibenar untuk menukarnya dengan buku pada nilai RM200 sahaja.
Justeru, ujarnya baucer itu seeloknya diberikan di awal pembukaan semester untuk sesi baru pengajian kerana waktu itulah mereka memerlukan buku.
Tambahnya, begitu juga jika diberikan pada permulaan pengajian matrikulasi atau sewaktu Pesta Buku Antarabangsa pada bulan April.
"Baucer tidak menepati masa yang sesuai dan inilah menyebabkan sebahagian pihak menjual baucer tersebut untuk mendapatkan wang tunai," katanya kepada Harakahdaily.
Ini, ujarnya kerana keperluan mereka buat masa ini bukan buku disebabkan peperiksaan akhir telah berlangsung dan mereka akan bercuti.
Justeru itu, katanya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan agar kerajaan mengkaji juga bebanan lain yang dihadapi oleh mahasiswa seperti kos yuran, sewa rumah yang tinggi, kos hidup, PTPTN dan lain-lain.
"Sedang Islam meletakkan bahawa kerajaan wajib memberi pendidikan percuma pada rakyat bukan sekadar anugerah wang one off seperti baucer buku tersebut," katanya.
PERINGGIT - Mogok pemandu bas henti-henti di negeri masuk hari kedua semalam, dan mereka menganggap kenaikan RM10 dalam gaji pokok ditawarkan Kerajaan Negeri sebagai penghinaan buat mereka.
Walaupun pada asalnya mereka ditawarkan gaji pokok RM500, namun hasil tinjauan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Terminal Melaka Sentral kelmarin, ia dinaikkan kepada RM510.
Sambil melabelkan kenaikan itu sebagai hinaan, jurucakap bagi semua pemandu bas terbabit, Rosman Wahab, 49, berkata, kenyataan Mohd Ali bahawa mereka boleh memperoleh lebih RM1,000 sebulan selepas dicampurkan bayaran kerja lebih masa dan elaun juga tidak boleh diterima.
Menurutnya, ini kerana pemandu terbabit dikehendaki bekerja selama 12 jam setiap hari, walaupun mengikut undang-undang buruh, mereka hanya dikehendaki bekerja lapan jam sehari.
"Kita bukannya hendak minta banyak, sekadar gaji pokok sebanyak RM850 sebulan," katanya kepada Sinar Harian di Terminal Melaka Sentral, di sini, semalam, selepas mengadakan piket aman.
Tak setuju mansuh komisen
Mogok pemandu bas terbabit bermula kelmarin, iaitu hari pertama pengambilalihan operasi 10 syarikat bas henti-henti oleh anak syarikat kerajaan negeri, PM Cultural and Tourism Sdn Bhd (PMCT).
Mogok itu diadakan berikutan ketidakpuasan hati pemandu yang mendakwa, gaji pokok ditawarkan terlalu rendah berbanding RM2,000 yang diperoleh mereka sebelum ini.
Selain membantah gaji pokok RM510, Rosman berkata, pemandu juga tidak bersetuju dengan cadangan memasukkan komisen lima peratus sebagai sebahagian pendapatan pemandu dan konduktor bas.
Menurutnya, tindakan itu tidak masuk akal kerana ada sebahagian laluan tidak mempunyai ramai penumpang berbanding sesetengah laluan lain.
"Ada sebahagian laluan, mahu dapat RM200 sehari pun susah. Jika komisen lima peratus, bermakna kita hanya dapat RM10 sehari. Jika dibahagi dengan konduktor, maksudnya RM5 sehari. Apa kita hendak buat dengan RM5 sehari?
"Kami mahu supaya kerajaan memansuhkan komisen ini tetapi gantikannya dengan elaun kedatangan, elaun perumahan dan sebagainya. Selain itu, bayaran kerja lebih masa juga mesti dimulakan selepas lapan jam, bukannya 12 jam," katanya.
Rosman berkata, sebelum pengambilalihan itu, ramai yang mampu beli rumah dan kereta kerana purata pendapatan pemandu adalah RM2,000 ke atas.
"Sekarang hendak beli beca pun belum tentu dapat.
"Justeru, pemandu telah sepakat meneruskan mogok selagi permintaan tidak dipenuhi," katanya.
PUTRAJAYA, 3 Feb: Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan rasa kecewa kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap Pengerusi NFC, Datuk Mohamad Salleh Ismail.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, biarpun terdapat bukti kiriman pesanan ringkas (SMS) menunjukkan Salleh mengarahkan ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail merasuah anggota polis yang menyiasat skandal berkenaan, namun belum ada sebarang tindakan diambil SPRM.
Sebaliknya, kata Sivarasa, pihak berkuasa pula menahan Shamsuhbahrin selepas beliau membuat laporan polis.
"Apa yang dilakukan oleh Dr Mohamad Salleh itu amat serius yang mana melalui laporan polis oleh Samsulbahrin wujud satu arahan agar beliau (Shamsubahrin) merasuahkan pihak polis bagi menutup siasatan kes NFC.
"SPRM perlu bertindak segera apatah lagi arahan itu dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan telefon yang mempunyai SMS tersebut juga berada di dalam simpanan SPRM Putrajaya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan berhubung kes itu ke SPRM di Putrajaya semalam.
Pada 31 Januari lalu, laporan serupa telah dibuat di SPRM Kuala Lumpur namun pihak mereka mengatakan kes NFC ini dibawah siasatan SPRM Putrajaya dan perlu dirujuk kepada mereka.
"Dia bukan saja sebut malah tambah bukti di dalam bukti berbentuk SMS yang dia terima dari Datuk Salleh dan kita difahamkan oleh Samsubahrin bahawa ia sudah ada dalam tangan SPRM selepas tangkapan beliau pada 22hb Disember .
"Kenapa sudah sebulan lebih tidak ada apa-apa tindakan," kata Sivarasa lagi sambil mendesak SPRM mempercepatkan siasatan.
Sehubungan itubeliau memberi tempoh dua minggu kepada SPRM untuk bertindak termasuk membuat pendakwaan.
"Tempoh dua minggu ini sudah cukup untuk SPRM bertindak dan kita lihat bagaimana cekapnya mereka bertindak ke atas Samsulbahrin sepatutnya begitulah mereka perlu bertindak ke atas Dr Mohamad Salleh.
"Kita mahukan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja diwujudkan bagi mengambil alih semua siasatan yang gagal dilakukan oleh Pihak Polis dan juga SPRM," kata Sivarasa.
Turut serta membuat laporan itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Zuraida pada sidang media sama turut meluahkan kekecewaannya kerana tidak dapat berjumpa dengan Pegawai yang terlibat untuk menguruskan kes tersebut.
"Kita nak berjumpa dengan IO (Pegawai penyiasat) tapi dia tiada. Dan terus dibawa kepada Tuan Rahman Bachok, Ketua IO.
"Pegawai tidak mahu berikan maklumat dan kita minta dengan laporan untuk bertindak secepat mungkin," tegas beliau.
KUALA LUMPUR, 3 Feb: PAS mengutuk tindakan yang disyaki sabotaj berhubung kebakaran yang berlaku ke atas rumah dan kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkifli Ahmad di Taman Universiti, Johor Bahru awal pagi ini.
"PAS menggesa pihak polis melakukan siasatan dan tindakan segera," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menggesa ahli-ahli supaya bertenang dan menyerahkannya kepada pasukan keselamatan.
DAP Perak turut mengutuk keras perbuatan jijik membakar rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor itu.
"Polis tolong bertindak segera!" tulis setiausahanya, Nga Kor Ming melalui twitter.
Dalam kejadian kira-kira 3.40 pagi tadi, sebuah kereta BMW milik Dzulkifli serta tingkat bawah rumahnya hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat.
"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.
"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya kepada Harakahdaily.
ZUCKERBERG hanya memiliki kira-kira satu per lima daripada saham syarikat Facebook Inc.SEBAHAGIAN daripada pekerja Facebook yang bakal menjadi jutawan menjadi penghias dokumen tawaran IPO dikemukakan Facebook Inc kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS.
LOS ANGELES: Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun untuk merancang pengembaraan serba mewah, mengimpikan memandu kereta sport paling mahal dan menetap di apartmen serba lengkap di California.
Kini, ketika proses pengapungan bernilai RM15 bilion Facebook di pasaran saham semakin hampir, sekurang-kurangnya 1,000 pekerja rangkaian sosial berpangkalan di Menlo Park itu akan bakal menjadi jutawan.
Semalam, Facebook mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan untuk penawaran penyenaraian awam (IPO) paling ditunggu-tunggu sejak langkah sama dilakukan Google pada 2004.
Tindakan itu dijangka menjadikan syarikat sangat berjaya itu bernilai sehingga RM300 bilion.
Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq.
Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.
Ia menjadi perubahan besar terhadap syarikat yang dijelaskan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, dalam dokumen berkenaan sebagai "pada peringkat awal tidak dicipta untuk menjadi syarikat." "Ia dibangunkan untuk menyempurnakan misi sosial - bagi menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung," katanya.
Zuckerberg juga menyatakan, mereka menanam budaya unik dan pendekatan pengurusan dikenali sebagai "Kaedah Penggodam." "Ungkapan 'penggodam' diberi gambaran negatif secara berlebihan dalam media sebagai seseorang yang menceroboh komputer.
"Hakikatnya, penggodaman bermaksud membina sesuatu dengan pantas atau mencuba batasan kemampuan diri," katanya.
Dokumen dikemukakan Facebook Inc juga mendedahkan beberapa fakta penting firma banyak berahsia itu, selain kawalan ketat Zuckerberg ke atas pelbagai aspek pengurusan syarikatnya.
Ketika semua pihak menyangka setiap penutur berbahasa Inggeris memiliki akaun Facebook, sebenarnya rangkaian itu baru meneroka 60 peratus pasaran di Amerika Syarikat, Britain dan paling popular di Chile, Turki dan Venezuela.
Dokumen itu menyatakan, mereka menyasarkan China kini mengharamkan Facebook sebagai pasaran besar selanjutnya, tetapi ragu mampu menyediakan dasar tapisan diterima kerajaan negara berkenaan. - DM
NILAI – Sebanyak 14 unit kediaman di Pangsapuri Taman Semarak di sini, hangus dalam kebakaran, kira-kira jam 8 malam kelmarin.
Dalam kejadian itu, keseluruhan tingkat empat di sebuah blok di pangsapuri itu musnah, dipercayai berpunca daripada puntung rokok.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Nilai, Zainal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.26 malam dan mengambil masa lapan minit untuk ke lokasi.
"Tiba di lokasi, api sudah marak berikutan keadaan angin kencang menyebabkan api merebak pantas.
"Semua rumah di tingkat empat pangsapuri terbabit musnah dan kami berjaya memadamkan api daripada terus merebak ke tingkat lain setengah jam kemudian," katanya.
Menurutnya, sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai serta Mantin berserta 18 anggota termasuk dari Senawang diaeahkan ke lokasi kejadian.
"Tiada kecederaan dilaporkan dan punca sebenar kejadian masih disiasat.
"Walaupun tingkat empat pangsapuri ini tidak berpenghuni, namun kita percaya ia dijadikan tempat tinggal oleh gelandangan warga asing," katanya.
Zainal berkata, kejadian itu kali kedua berlaku di pangsapuri berkenaan pada tahun ini.
SYDNEY: Lebih 10,000 penduduk Australia terkandas akibat banjir di timur negara itu manakala ribuan mangsa lain diarah meninggalkan kediaman atau pejabat mereka.
Pada masa sama, pasukan tentera turut dikerahkan untuk membawa bekalan mangsa banjir.
Perkhidmatan Kecemasan Kebangsaan New South Wales, berkata kira-kira 10,500 penduduk terjejas akibat banjir yang melanda sepanjang utara negara itu selepas hujan turun tanpa henti beberapa hari lalu.
Lebih 2,000 mangsa diarah mengosongkan bangunan di bandar Moree, New South Wales, di mana persediaan menghadapi banjir kedua dalam tempoh beberapa bulan.
KUALA LUMPUR - Berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual di sekitar kawasan Kuala Lumpur berikutan paip jenis 'Mild Steel' (keluli lembut) bersaiz 600 milimeter (mm) di Jalan Duta berhampiran Stadium Tenis, Kuala Lumpur pecah, tengah hari semalam.
Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 12.52 tengah hari.
Menurutnya, disebabkan kejadian tersebut, Syabas mengambil langkah awal dengan melantik kontraktor untuk melakukan kerja pembaikan dan setakat laporan ini dikeluarkan, kerja penutupan injap sedang dilaksanakan.
"Dianggarkan kira-kira 13,500 akaun terlibat dan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan kejadian paip pecah ini," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, kawasan yang dikenal pasti ialah sepanjang Jalan Duta yang merangkumi kawasan Duta Vista; Sri Murni Apartmen; Istana Negara Baru; Seluruh Taman Duta; Jalan Kota, Lorong Kota 1 – 14; Jalan Semantan, Persimpangan Duta hingga Persimpangan Jalan Dungun.
Katanya, bangunan kerajaan iaitu Arkib Negara; Stadium Hoki; Mahkamah Sivil; Kompleks Pentadbiran Kerajaan; Masjid Wilayah; Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); Institut Kemajuan Islam Malaysia; Lembaga Peperiksaan; Pusat Perkembangan Kokurikulum; dan Mahkamah Tinggi Malaysia juga terlibat.
Gangguan turut berlaku di Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5 yang meliputi Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangsar; Jalan Vethavanan; Jalan St Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman Niaga Waris; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Kaya; Taman Segambut Indah; Kawasan Perindustrian Segambut; Kampung Seri Batu dan Kampung Batu.
Kawasan lain yang terlibat ialah Jalan Sentul yang merangkumi Taman Dato' Senu; Taman Pelangi; Kampung Flat Mah; Kampung Chubadak Dalam; Kampung Bandar Dalam; Kampung Muthiah; Kampung Chubadak Tambahan; Sentul Jaya; Sentul Indah; Sentul Bahagia; Sentul Permai; Kampung Chempedak Hilir; Kampung Chubadak Jaya; Kampung Puah; Kampung Puah Bahagia dan Sentul Pasar.
Abdul Halem berkata, gangguan bekalan air juga berlaku di Jalan Kuching yang melibatkan kawasan Taman Sri Kuching dan Taman City.
Menurutnya, kerja baik pulih dijangka siap pada jam 12.30 tengah malam semalam dan bekalan air akan pulih sepenuhnya secara berperingkat ke semua kawasan terlibat selewat-lewatnya pada jam 3.30 pagi hari ini.
"Pihak Syabas menyediakan tiga lori tangki dalam keadaan tunggu sedia sekiranya diperlukan," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh pembaikan paip tersebut.
Katanya, mereka yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu disarankan supaya menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252.
PASIR PUTEH - Seorang penoreh getah warga emas maut manakala 20 orang lagi cedera akibat disengat lebah dalam satu kejadian di Kampung Kandis, Gaal di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa, Esah Idris, 52, dalam perjalanan ke kelas mengaji al-Quran yang terletak di hadapan rumahnya.
Suami mangsa, Saidina Ali Mat, 57, berkata, semasa kejadian tersebut dia yang berada di dalam rumah terdengar jeritan isterinya meminta tolong sebelum keluar mendapatkan Esah yang dikerumuni lebah di kepalanya.
"Saya menjerit ke arah isteri agar patah balik ke arah rumah tetapi dia terus berjalan ke hadapan, mungkin pada masa itu dia sudah tidak sedar kerana ada banyak lebah mengerumuni mukanya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kandis, di sini semalam.
Saidina Ali berkata, isterinya meninggal dunia kira-kira jam 3.30 petang semasa dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis (HTA) di pangkuannya.
Dia yang bekerja sebagai petani berkata, kejadian tersebut sangat mengejutkan mereka sekeluarga kerana ia berlaku dengan cepat.
Menurutnya, bagaimanapun dia dan tiga anaknya reda dengan pemergian tersebut walaupun masih berada dalam keadaan trauma.
"Saya juga turut disengat oleh lebah di bahagian badan dan kepala semasa cuba menyelamatkan isteri," katanya turut menjadi mangsa sengatan lebah terbabit.
Beberapa penduduk kampung yang cuba membantu Esah dikatakan turut disengat serangga tersebut yang dikatakan berlaku akibat sarangnya diganggu burung yang ingin mendapatkan madu.
Malah, selepas beberapa jam kejadian tersebut, lebah terbabit dikatakan terus menyerang penduduk sekitarnya menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Kakak ipar mangsa, Nik Nah Mat, 65, berkata, sebelum kejadian Esah banyak mendiamkan diri dan tidak bergaul dengan jiran tetangga.
"Saya ada menegur kelakuan peliknya itu tetapi dia hanya tersenyum dan hanya mendiamkan diri sahaja sedangkan sebelum ini di tempat mengaji al-Quran dia sering beramah-mesra dengan kawan-kawan yang lain," katanya.
Nik Nah berkata, semasa kejadian tersebut dia dan beberapa orang rakan serta jiran tetangga turut disengat lebah tersebut yang terbang merata-rata di kawasan kediaman mereka.
Dia berkata, bagaimanapun kecederaan mereka tidak seteruk yang dialami Esah kerana mereka semua sempat menyelamatkan diri.
Menurutnya, lebah yang terdapat disalah satu pokok di kawasan semak rumah Esah bertindak menyerang adik iparnya itu setelah sarangnya diganggu oleh burung-burung yang ingin mendapatkan madu.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Leftenan Muda Samsudin Jaafar berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mereka seramai empat anggota bertindak segera menghapuskan sarang lebah tersebut.
"Semasa operasi membanteras kami turut menjumpai dua sarang tebuan dan satu lagi sarang lebah di kawasan tidak jauh daripada tempat kejadian.
"Tahun ini sahaja dua mangsa maut akibat disengat lebah," katanya.
Samsudin berkata, untuk bantuan segera JPAM orang ramai boleh hubungi 09-7855233, 09-7855235 dan 09-7861392.
MAK MANDIN - Seorang lelaki dipercayai pernah mengetuai sebuah kumpulan kongsi gelap sekitar daerah ini, mati ditembak dari jarak dekat dipercayai oleh pembunuh upahan berdekatan Rumah Pangsa Mak Mandin di sini, awal pagi semalam.
Mayat H'ng Kean Boon, 42, yang berasal dari Butterworth ditemui orang ramai, dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dengan tiga kesan tembakan di kepala, dada dan kaki bersebelahan kereta Nissan X Trial dinaikinya, di kawasan berkenaan, jam 6.30 pagi.
Difahamkan, mangsa dihalang tiga lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar teman wanitanya yang mendiami salah sebuah bangunan di rumah pangsa berkenaan, jam 5.30 pagi, sebelum ditembak dari jarak dekat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian, mangsa dikatakan diarah memberhentikan keretanya oleh tiga lelaki terbabit di kawasan itu semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Butterworth selepas menghantar teman wanitanya sebelum itu.
"Siasatan juga mendapati, mangsa dikatakan berbual dengan tiga lelaki yang menunggang motosikal masing-masing, sebelum ditembak oleh seorang lelaki terbabit menggunakan pistol automatik hingga mengakibatkan kematiannya," katanya.
Menurutnya, pihaknya tidak dapat mengulas panjang mengenai kejadian kerana masih meneruskan siasatan dari berbagai sudut, tetapi tidak menolak kemungkinan dendam menjadi motif utama Kean Boon ditembak mati.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.
KANGAR - PAS Perlis mengingatkan pimpinan Umno-BN agar tidak memperlekehkehkan minda penjawat awam khususnya golongan profesional dengan momokan buruk terhadap golongan tertentu termasuk parti pembangkang.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan berkata, golongan profesional dan intelektual seperti guru dan pendidik yang ada kini bukanlah jenis yang mudah terpengaruh dengan apa jua kata-kata yang dikeluarkan oleh pempimpin politik khususnya dari Umno-BN.
"Pemimpin Umno-BN janganlah sewenangnya menggunakan platform kerajaan untuk memberikan tanggapan buruk umum kepada mana-mana pihak termasuk parti pembangkang. Kepada golongan pendidik pula, janganlah memperkecilkan minda dan daya intelek mereka dengan memberikan tanggapan negatif dalam apa jua perkara termasuk perkembangan semasa politik tanahair.
"Golongan guru atau pendidik sekarang bukanlah macam dulu yang boleh menerima apa saja yang dkatakan oleh pemimpin Umno-BN," katanya mengulas kenyataan Menteri Besar Perlis, Dato' Dr Md Isa Sabu baru-baru ini kepada golongan pendidik di Perlis.
Dalam kenyataannya, Md Isa mengingatkan warga pendidik di Perlis suapaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan demi kepentingan diri mereka.
Mengulas lanjut, Rus'sele meminta pimpinan politik yang menerajui kerajaan agar tidak mengungkit tentang mana-mana bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.
Md Isa Isa dalam ucapnnya turut menyebut bantuan RM100 kepada pelajar menunjukkan kerajaan bersikap adil dan meletakkan kepentingan anak-anak lebih daripada yang lain.
"Bantuan yang diberikan adalah tanggungjawab kerajaan demi kesejahteraan rakyat. Tak kira bantuan RM100 pelajar atau BR1M sekalipun, itu adalah bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dan bukan dibuat oleh parti politik.
"Jangan ada pemimpin mengungkit dalam kerangka politik yang keterlaluan dan jangan pula ada tekana-tekanan khususnya kepada kakitangan awam. Jika pemimpin politik bercakap atau mengungkit tentang bantuan atau sumbangan yang diberikan, ini dilihat sebagai "rasuah poltitk" dan ugutan kepada rakyat," jelasnya lagi.
Mutakhir ini perkataan al-Wasatiyyah diwar-warkan, menggantikan slogan Islam Hadhari yang ditenggelamkan entah di mana dan tidak diketahui sampai ke mana. Jangan terjebak dengan apa yang disebut oleh ucapan Sayyidina Ali K.W.
كلمة حق أريد بها باطل (Kata-kata yang benar dijadikan tujuannya kebatilan)
Kebenaran yang mutlak tanpa dipertikaikan ialah kenyataan daripada Allah. Marilah kita berpegang kepadanya.
Firman Allah (maksudnya):
Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang wasatun, agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)
Dari sini bertolaknya konsep al-Wasatiyyah. Perkataan al-Wasatiyyah (الوسطية) dalam bahasa Arab adalah daripada perkataan al-Wasat(الوسط) yang diterjemahkan dari segi bahasa dengan makna pertengahan. Seterusnya diistilahkan dari segi Islam dengan maksud adil, sederhana dan terbaik.
Apabila menafsirkan al-Quran dan menghuraikan hadith daripada perkataan al-Wasat adalah tidak tepat dengan makna zahir bahasanya sahaja, sehingga membawa maksud pertengahan di antara baik dan buruk secara bercampur aduk atau adil dan zalim sama-sama dilakukan, dengan maksud boleh dikumpulkan benar dan salah, makruf dan munkar, buat baik dan buat maksiat kerana mesej Islam yang bersumberkan al-Quran dan ditafsirkan oleh sunnah Rasulullah S.A.W membawa mesej pelaksanaan kebaikan yang terbaik dengan betul dan istiqamah serta meninggalkan segala kemunkaran dan mencegahnya secara hikmah.
Ramai yang mengambil kesempatan meninggalkan syariat Allah dengan sengaja, berselindung di sebalik menafsirkan al-Wasatiyyah dengan hujjah, kononnya mengikut kehendak semasa, dengan cara tidak istiqamah mengikut perintah Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W dengan bergantung kepada terjemahan dari segi zahir bahasanya sahaja yang bermakna pertengahan di antara baik dan buruk, adil dan zalim, makruf dan munkar dalam keadaan mencampur adukkan kebaikan dan keburukan atau melaksanakan Islam secara terpilih, bukan keseluruhannya kerana mengikut langkah-langkah syaitan atau beramal dengan sebahagian dan meninggalkan sebahagian lagi, laksana kaum Yahudi yang dimurka Allah (al-maghdub alaihim), atau mengikut kemahuan sendiri laksana penganut ajaran sesat (al-dallin), tanpa usaha yang bersungguh-sungguh melaksanakan mesej umat terpilih dengan menegakkan makruf dan menentang kemunkaran atau tidak bercita-cita melaksanakan Islam sepenuhnya, dibuktikan dengan lebih setengah abad berpeluang mendapat kuasa politik memegang amanah.
Sederhana bukan beramal dengan Islam tanpa kesungguhan atau tidak melampau sehingga menyerah kalah, tanpa perhitungan sempadan nilai yang sebenar daripada hukum Allah dan matlamat kejadian manusia dan fitrahnya mengikut penciptanya sendiri iaitu Allah S.W.T, sehingga meninggalkan syariat Allah yang asasi, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, meninggalkan kewajipan beramal dengan syariat Allah serta tidak sempurna melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar. Allah memberi amaran kapada kaum Bani Israil yang dimurka sehingga hari kiamat, supaya menjadi pengajaran kepada umat Islam.
Firman Allah (maksudnya):
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Surah al-Baqarah: 42)
Apabila Islam keseluruhannya adalah panduan dan petunjuk jalan serta batas sempadan perjalanan kehidupan manusia, jika meninggalkannya atau pelaksanaannya tidak sempurna, menyebabkan berlakunya banyak perkara-perkara yang merosakkan kehidupan manusia dan alam sekelilingnya, maka Islam pula yang dipersalahkan.
Perlu difahami bahawa setiap aspek ajaran Islam yang berkait dengan akidah dengan setiap rukun dan cabangnya, syariat dalam segala urusannya, akhlak dalam segala hubungannya dan sistem pelaksanaannya secara menyeluruh adalah mata rantai yang tidak boleh dipisahkan atau dikurangkan. Zahir ayat Ummat Wasatiyyah tersebut menegaskan bahawa umat Islam dijadikan contoh di kalangan seluruh manusia dan layak menjadi saksi bagi pihak Rasul terhadap manusia pada hari kiamat kelak, bahawa para Rasul telah menyampaikan petunjuk Allah yang bernama Islam dengan amanah dan sempurna, sehingga mengharungi perjuangan bersama Rasul atau meneruskan perjuangannya yang penuh pengorbanan harta dan jiwa raga, bagi mengislamkan manusia dalam seluruh cara kehidupannya dari dunia dan berwawasan hari akhirat, bukan sekadar wawasan 2020.
Mengikut kaedah ilmu tafasir, al-Quran hendaklah ditafsirkan mengikut keutamaan. Sekiranya ada ayat-ayat al-Quran sendiri yang menafsirkan al-Quran hendaklah didahulukan, kemudian diikuti dengan sunnah Rasulullah S.A.W yang menafsirkan al-Quran, seterusnya diikuti dengan tafsir para ulama sahabat yang menerima secara berdepan dan menyaksikan tafsiran Rasulullah S.A.W secara menghayatinya, kemudian tafsir para ulama salaf dan khalaf (generasi awal dan mutakhir) yang menafsirkan al-Quran mengikut Ulum al- Quran (Ilmu-Ilmu alat bagi memahami al-Quran). Begitulah caranya al-Quran ditafsirkan dengan tepat, mengikut perintah Allah dan petunjuknya melalui Rasulullah S.A.W supaya diamalkan dengan berdasarkan iman. Kalau tidak maka tafsirnya salah dan berdosa besar atau menyeleweng sehingga sesat dan menyesatkan. Kalangan ulama yang mengambil pendekatan begitu adalah mengambil contoh golongan ahli kitab yang dimurka Allah (al-Maghdub alaihim dalam surah al-Fatihah) atau ulama jahat.
Firman Allah menunjukkan adanya kalangan ulama seperti ini (maksudnya):
Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. Amat buruklah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim.(Surah al-A'raf: 175-177)
Para ulama tafsir menceritakan ayat-ayat ini berkait dengan ulama yang disuap dengan kesenangan dunia sehingga sanggup memutar belit ayat-ayat Allah.
Al-Quran tidak boleh diseleweng dan dipermainkan kerana tetap dipelihara oleh Allah. Al-Quran itu hendaklah ditafsirkan mengikut ilmu-ilmu yang berkait dengannya iaitu ilmu-ilmu bahasa Arab seperti nahu, saraf, balaghah, sastera Arab kerana al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Ilmu asbab al-nuzul (sebab-sebab turunnya ayat), nasikh dan mansukh dan juga ilmu riwayat dan dirayat.
Maka tafsiran Wasatiyyah yang tepat hendaklah mengikut hakikat kerasulan dan ajaran Islam seluruhnya. Ia adalah daripada petunjuk al- Quran supaya umat Islam menjadi umat yang adil dan pilihan dengan beriman, beramal dan berakhlak dengan Islam, sehingga menjadi contoh kepada umat manusia seluruhnya. Mereka juga layak menjadi saksi atas perbuatan orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dan menentang para Rasul, apabila semuanya menghadapi pembicaraan dalam mahkamah di akhirat.
Hakikat umat Islam yang menjadi contoh ditengah masyarakat manusia itu dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran yang lain bagi memenuhi ciri Ummah Wasatan yang layak menjadi contoh kepada seluruh umat manusia dan saksi pada hari kiamat, antaranya firman Allah (maksudnya):
Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.(Surah Ali Imran: 110)
Firman Allah: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (8) المائدة (Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang-orang yang bangun menegakkan agama Allah kerananya (dengan ikhlas), supaya menjadi para saksi dengan adil, dan janganlah dengan sebab kamu bermusuh terhadap sesuatu kaum lalu kamu tidak berlaku adil Berlaku adillah, kerana lebih hampir kepada sifat taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha teliti pengetahuannya terhadap apa-apa yang kamu lakukan). (Surah al-Maidah: 8)
Rasulullah S.A.W memulakan pembangunan insan generasi awal yang pertama menjadi contoh Ummatan Wasatan dengan menegakkan iman, amal soleh dan akhlak yang mulia, bersumberkan ilmu daripada Allah. Apabila ditawarkan melalui Abu Talib yang paling disegani menjadi Raja atau Ketua dengan harta kekayaan dikumpulkan untuknya, tawaran yang mahal ini ditolak dengan tegas, sabdanya : يا عم والله لو وضعوا الشمس في يمينى، والقمر في يسارى على أن أترك هذا الامر حتى يظهره الله، أو أهلك فيه ما تركته . السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 474) (Wahai bapa saudara kesayanganku, sekiranya diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku, supaya aku meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam) sehingga dimenangkan oleh Allah atau aku mati kerananya nescaya aku tidak meninggalkannya).
Al-wasatiyyah dalam agama dan sistem cara hidup
Kedatangan Rasulullah S.A.W membawa Islam agama Allah adalah kesinambungan risalah para Rasul sebelumnya, setelah ajaran Rasul terdahulu dipesong menjadi sesat. Dua agama samawi, Yahudi dan Kristian yang terserlah sudah dipinda dan diubah oleh para pendeta dan paderi yang bersekongkol dengan kerajaan yang zalim di zaman masing-masing, sehingga berlaku penindasan agama terhadap masyarakat dengan mengadakan hukum yang tidak diizin oleh Allah.
Agama yang tidak samawi pula lebih sesat, sehingga menjadikan manusia memuja makhluk seperti batu dan binatang yang tidak berakal, serta menyanjung para sami seperti Tuhan. Islam berada ditengah-tengah penyelewengan agama, membawa Aqidah Tauhid mengesakan Allah dalam ibadah dan cara hidup, menentang penyelewengan agama samawi dan tidak samawi. Menentang agama yang menjadikan manusia seperti malaikat dan meletakkan manusia seperti binatang dan lebih rendah daripada binatang dan makhluk yang lain.
Berdasarkan firman Allah (maksudnya):
Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam (manusia), Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.(Surah al-Israk: 70)
Islam meletakkan manusia mengikut konsep Wasatiyyah, ada ruh berhubung dengan Tuhan tidak seperti malaikat, ada jasad dan hawa nafsu tidak seperti binatang dan boleh bergerak tidak seperti batu dan kayu.
Islam juga tidak melampau seperti Kristian yang memuja Rasul sehingga diletakkan setaraf ketuhanan dan tidak seperti Yahudi yang menolak Rasul dengan keras sehingga membunuhnya dan meminda ajarannya mengikut hawa nafsu.
Maka Islam adalah wasatiyyah di kalangan agama, kerana meletakkan manusia mengikut fitrahnya dengan tepat dan terbaik mengikut ketentuan Allah, sekiranya manusia itu berpegang dengan Islam dan beramal sepenuhnya dalam cara beragama, bukan dengan makna agama secara sekularisme.
Dalam aspek politik, wujudnya pemerintahan diktatur (kuku besi) yang memberi kuasa mutlak kepada seseorang atau kumpulan. Kemudiannya lahir amalan teokrasi yang memberi kuasa mutlak kepada ahli agama, dan demokrasi Barat yang dikatakan hak kepada rakyat secara mutlak. Maka Islam berbeza dengan semua teori tersebut dengan menyerlahkan wasatiyyah menentang diktatur dan teokrasi serta menentang penipuan terhadap rakyat di atas nama hak rakyat tanpa mengira jahil dan terdesak, dengan menyatakan batas sempadan ketaatan kepada pemimpin dan para ulama dan hak rakyat dengan tidak memberi kuasa mutlak kepada sesiapa.
Meletakkan batas sempadan perkara-perkara kemampuan manusia dan di luar kemampuan manusia. Islam menegaskan syarat iman, ilmu dan akhlak mengikut perhitungan agama yang adanya muhasabah halal dan haram, serta dosa dan pahala dalam amalan politik, bukan sahaja dalam perkara ibadat, kerana Islam tidak memisahkan politik daripada agama. Menerima apa yang baik dan bijaksana walaupun datang daripada mana tanpa mengira timur dan barat, dan menolak yang buruk dan jahat walaupun dilahirkan di bumi Makkah.
Dalam aspek ekonomi pula Islam menentang teori kapitalisme yang membebaskan hak individu sehingga mengorbankan hak masyarakat dan menentang komunisme dan sosialisme yang merampas hak individu di atas nama keadilan terhadap masyarakat, dan semua teori tersebut berteraskan kebendaan samada memisahkan kewajipan agama dalam ekonomi atau menafikan adanya peranan agama dalam kehidupan manusia.
Islam mengizinkan miliki harta dan mengurusnya, tetapi wajib menunaikan kewajipan bermasyarakat dengan zakat dan lain-lain.
Firman Allah (maksudnya):
Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian.(Surah az-Zariyat: 19)
Islam juga memerintahkan supaya membelanjakan harta secara sederhana, tidak boros dan tidak bakhil. Firman Allah (maksudnya):
Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu (bakhil) dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya (boros) kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal.(Surah al-Israk: 29)
Dalam kehidupan berkeluarga Islam tidak seperti agama yang mengharamkan paderi dan saminya berkahwin seperti malaikat dan ajaran yang membebaskan pergaulan seperti binatang, kerana kedua-duanya bertentangan dengan fitrah manusia. Maka Islam menetapkan hukum berkeluarga bermula daripada pertunangan, sehinggalah perkahwinan, nafkah dan perceraian.
Islam juga menetapkan ajaran yang berkait dengan adab pergaulan dalam keluarga dan masyarakat yang luas, daripada hukum berpakaian sehingga hukum bergaul dan bermuamalat, bagi menjaga akhlak manusia dan keharmonian kehidupan mereka.
Bagi menjaga agama, nyawa, akal, keluarga, maruah dan harta yang menjadi rukun kehidupan manusia maka Allah mewajibkan undang-undang jenayah, qisas dan hudud secara nas dalam hanya beberapa perkara yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia yang tetap bersifat makhluk yang lemah. Bagi perkara-perkara yang boleh dicapai dengan ilmu dan pengalaman, maka Islam mengizinkan kebijaksanaan akal dan pengalaman dengan panduannya.
Islam juga berkonsepkan al-Wasatiyyah dalam hubungan antarabangsa, perdamaian adalah konsep pertama yang wajib didahulukan, dalam masa yang sama mengakui bahawa adanya peperangan yang menjadi fitrah manusia, kerana adanya perbezaan yang membawa pergeseran dan wujudnya manusia yang menjadi pengikut syaitan yang wajib ditentang dengan cara peperangan apabila diceroboh dengan zalim, tetapi diharamkan melampau menggunakan senjata, ketika berperang dan selepasnya walaupun mencapai kemenangan.
Firman Allah (maksudnya):
Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.(Surah al-Baqarah: 190)
Islam mendahulukan perdamaian
Firman Allah (maksudnya):
Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin.(Surah al-Anfal: 61-62)
Al-Wasatiyyah dalam hubungan antarabangsa bermakna wajib berlaku adil di masa damai dan perang, tidak menyerah kalah terhadap kezaliman dan tidak melampau apabila bertindak.
Al-Wasatiyyah mengikut al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W menjadi ikutan adalah tetap, teguh dan istiqamah, bukan slogan politik sementara seperti Islam hadari, bersih cekap dan amanah, kepimpinan melalui teladan, yang pelaksanaannya tidak cukup dan tidak berpijak di bumi nyata, tenggelam dalam gejala keruntuhan yang tidak mampu dibaiki dengan islah kerana prinsip yang salah dan konsep yang tempang dan didatangi masalah baru yang bertalu-talu.
Makna wasatiyyah bukan melaksanakan Islam tidak sempurna atau secara terpilih atau campur aduk. Bukan sekadar mendirikan masjid tanpa sempurna mendirikan sembahyang, mengadakan Bank Islam tanpa kuasa mencegah kemunkaran riba, mengadakan musabaqah sekadar mendengar suara tanpa menjadikan petunjuk dalam amalan dan akhlak, kehilangan harta dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan salah urus lebih besar daripada bantuan kepada yang berhak dan kesimpulannya menegakkan kebaikan yang tidak sempurna membiakkan kemunkaran yang meningkat. Maka tidak layak bersifat al- Wasatiyyah untuk menunjukkan model Islam dan tidak layak menjadi saksi di dunia dan akhirat.
PAS Pusat sebulat suara menolak hasrat Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak dicalonkan dalam pilihanraya ke 13 samada di peringkat DUN atau Parlimen, dan membuat keputusan bahawa beliau perlu bertanding di PRU13.
Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat lujnah politik yang diadakan pada 2hb Februari di Pejabat Agong PAS. Tuan Guru Presiden turut akur dengan keputusan tersebut.
Dengan pengumuman ini, maka isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi PRU ke 13.
PAS bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am, bahawa perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat. Walaupun jawatan boleh bertukar ganti, namun PAS masih memerlukan Tuan Guru Presiden terus memimpin bahkan para pemimpin tertinggi PR juga telah mengeluarkan kenyataan meminta Presiden terus menerajui PR.
Kita yakin dengan karisma kepimpinan, wibawa dan kedudukan Tuan Guru Haji Hadi untuk memimpin parti. Malah, dengan kepercayaan gerakan Islam Antarabangsa kepada beliau bagi menjadi pimpinan utama dalam menghadapi sebarang kemelut negara-negara Islam boleh dinobatkan sebagai pimpinan Muslim agong abad ini.
Hasrat beliau yang lahir dari sifat tawaduk dan akhlak Islam yang tinggi memperlihatkan bahawa dalam PAS, jawatan bukanlah perkara yang direbut, tetapi ianya adalah amanah. Islam mengajar kita agar tidak meminta jawatan, tetapi di waktu yang sama kita tidak boleh melarikan diri bilamana jamaah mengharap dan memerlukan kita untuk terus memimpin.
PAS mendesak kerajaan dan Lynas menjelaskan kenapa firma AkzoNobel yang merupakan kontraktor utama dari Belanda menarik diri dari projek Lynas di Gebeng. Sedangkan ia adalah pembekal utama resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki pendinding konkrit.
Penarikan diri kontraktor utama ini menimbulkan kebimbangan awam berhubung soal keselamatan dan kesihatan. Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar dan rakyat berhak mengetahuinya kerana kelulusan lesen sementara untuk syarikat ini beroperasi dengan lima syarat yang mesti dipenuhi, dilihat sebagai suatu keganjilan dan kesangsian.
Apa makna ribuan bantahan rakyat dibuat, kalau kerajaan langsung tidak memikirkan bantahan tersebut?
Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300,000 warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2 km dari kilang.
Sampai hari ini, rakyat masih tidak faham mengapa kerajaan sanggup mengambil projek yang terlalu besar risiko untuk rakyat. Dengan kelulusan lesen pra-operasi telah semalam bermakna jarum jam 'bom jangka' telah bergerak. Jangan sudah terhantuk baru terngadah!
Rakyat diseru undilah Pakatan Rakyat pada PRU-13 yang tekad menghentikan operasi Lynas jika mendapat kuasa nanti. Nampaknya ini adalah jalan terakhir untuk kita bersama-sama menyelamatkan rakyat Kuantan, Gebeng dan sekitarnya daripada bom jangka Lynas yang telah dihidupkan ini.
SUMBANGAN BERAS BULANAN AL IT'AM DI CAWANGAN BANDAR 'A'
Pada petang Khamis 2 Februari 2012 YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, telah menziarahi dua orang penerima sumbangan al it'am dalam PAS Cawangan Bandar 'A' , bersama-sama Ketua Cawangannya Tn Hj Selamat Othman. Sumbangan ini walau kecil tetapi cukup bermakna kepada penerimanya.. Mereka cukup terharu dengan keperhatinan kami membantu meringankan beban hidup mereka. Setakat ini 35 orang dalam DUN Maharani meneria sumbangan ini.
En. Nasir menerima sumbangan beras bulanan daripada
Tn Hj Selamat, Ketua Cawangan PAS Bandar 'A'.
En. Nasir hanyalah seorang penjual surat khabar di Pasar Awam Muar. Pada hari minggu beliau menjualnya di Pasar Tani.Beliau mempunyai 7 orang anak. Isteri beliau sakit,sedang mendapat rawatan daripada hospital.
Puan Zahoriah (gambar di atas) pula seorang ibu tunggal.Beliau mengambil upah membuat kasut kertas yang digunakan oleh orang Tionghua ketika mati. Upahnya hanya 10 sen untuk sebuah kasut.
Khamis 2 Februari 2012, jam 2.30 petang Warong Asam Pedas Osman di simpang Pt Raja-Jalan Junid Muar
Petang ini satu lagi program kebajikan dalam DUN Maharani telah selamat dijalankan. Program kali ini dikelolakan oleh Puan Norizan Adnan, seorang muslimat yang cukup gigih dalam kerja-kerja kebajikan dalam DUN Maharani.
Majlis ini adalah rentetan dari pelbagai yang aktiviti kebajikan yang dijalankan dalam DUN Maharani sepanjan masa. Alhamdulillah dengan sumbangan daripada penderma-penderma, majlis ini telah dapat disempurnakan dengan jayanya. Dalam majlis ini seramai 30 orang penduduk di sekitar Kg Pt Raja, Pt Sakai,Pt Prupuk telah dijemput khas untuk menerima sumbangan beras dan wang tunai. 3 orang menerima kerusi roda kerana kudong kaki, angin akhmar dan kecacatan mental.
Majlis dimulakan dengan jamuan makan, beriani kambing yang dimasak oleh Cef Pak Atan yang terkenal dengan masakannya di majlis-majlis perkahwinan.Suasana sungguh meriah dengan kehadiran hampir 100 orang.
Selepas jamuan, YB Dr Mohammad telah merasmikan majlis dengan mengucapkan terima asi kepada Puan Norizan Adnan yang menguruskan majlis ini dan juga tuan punya warong, Sdr Osman Lani, yang mengizinkan warongnya dijadikan tempat jamuan dan menyampaikan sumbangan.Beliau juga menerangkan fungsi wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dinafikan peruntukannya tetapi tetap terus berkhidmat untuk rakyat.. Walaupun kawasan ini dimenangi pembangkang, pmbangunan terus berjalan dengan baik, malahan lebih baik dari sebelunya. Ini menunjukkan kehadiran pembangkang dapat memastikan tanggung jawab kerajaan yang memerintah berjalan dengan lebih sempurna.Dengan bantuan para penderma pihak ADUN masih dapat berfungsi membantu rakyat. Setiap tahun DUN Maharani mendapat peruntukan ADUN sebanyak RM200,000.00 setahun , peruntukan tambahan RM200,000.00 setahun dan tambahan RM50,000.00 untuk aktiviti lain.Kesemua peruntukan ini dikendalikan oleh pihak Barisan Nasional , seorang Pegawai Khas Menteri Besar Johor.Beliaulah tempat rakyat mengadu untuk mendapatkan peruntukan tersebut. Namun begitu ADUN Maharani tetap membantu rakyat menyampaikan masalah mereka kepada pihak yang bertanggungjawab.
YB Dr Mohammad menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis.
Pengerusi Majlis, Sdr Abd Razak Sulaiman, memulakan majlis.
Jamuan dimulakan sebelum pemberian sumbangan.
Tetamu Tionghua yang turut menerima sumbangan.
Rakan-rakan wartawan turut diraikan
Tetamu menikmati hidangan.
YB Dr Mohammad bermesra dengan tetamu.
YB Dr Mohammad bersama orang kuat penganjur, Puan Norihan Adnan
dan Pengarah MTD Maharani, Sdr Abu Bakar Ismail.
Setelah selesai jamuan dan ucapan majlis penyampaian sumbangantelah disempurnakan oleh YB Dr Mohammad Taslim.Para penerima sumbangan sangat berpuas hati dengan sumbangan yang mereka terima.
Cenderamata untuk tuan rumah, Sdr Osman Lani.
Warong beliau initerkenal dengan asam pedasnya.
Seorang Tionghua turut menerima sumbangan.
Sedikit sumbangan untuk meringankan beban.
Mereka yang berhak tetap dibantu.
Seorang penerima kerusi roda cukup bersyukur kerana selama ini beliau dan ibunya bergilir-gilir menggunakan sebuah kerusi roda yang sudah uzur.
MAKAN MALAM DAN PELANCARAN DANA Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana Pilihan Raya PAS Tampin Bersama Tuan Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS Tarikh : 26 Feb 2012, Ahad Jam : 8.30 mlm Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin, Batu 2 3/4, Jln Repah, Tampin, N.S
Tiket VVIP RM 50 , Tiket Biasa RM25
Hubungi : Hj Rosli Idris 013-6315181 Hj Abu Sufian 013-6303848 Iskandar 017-8050938
KULIAH AGAMA Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 3 Feb 2012, Jumaat Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib Tempat : PASTI Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Sg Gadut, Seremban Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
KUALA LUMPUR, 1 Feb - PAS mengajak rakyat Malaysia untuk turut sama dalam penghasilan manifesto pilihan raya ke-13 parti Islam dengan memberi cadangan dan harapan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata manifesto parti itu menekankan harapan rakyat Malaysia selepas Barisan Nasional (BN) gagal menjadi pemerintah yang baik.
"Kita akan membuat manifesto pilihan raya umum daripada cadangan yang menjadi harapan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
"Cadangan ini boleh dihantar kepada saya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), emel, Facebook atau Harakahdaily. Kita lakukan ini dengan harapan kita dapat tahu hasrat rakyat dan apa yang mereka mahukan dalam sesebuah kerajaan selepas pelbagai keadaan yang kurang di bawah BN," katanya yang merupakan pengerusi jawatankuasa manifesto pilihan raya PAS.
Beliau menambah cadangan-cadangan yang sesuai akan dimasukkan ke dalam manifesto sebagai penhargaan kepada rakyat.
Husam berkata cadangan itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan boleh di hantar pada bila-bila masa.
"Saya menjangkakan pilihan raya tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat...ia boleh dihantar," katanya.
Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan "Tawaran Jingga" iaitu tawaran manifesto Pakatan Rakyat yang menekankan dasar-dasar bersama tiga parti komponen.
Manifesto itu menggabungkan Rangka Kerja Bersama dan Buku Jingga Pakatan Rakyat, yang mengandungi janji parti perikatan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas menawan Putrajaya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih merahsiakan tarikh pilihan raya umum ke-13 namun BN dan Pakatan Rakyat telah menggerakkan jentera masing-masing sebagai persediaan.
Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013.
KULIAH AGAMA Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 3 Feb 2012, Jumaat Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib Tempat : PASTI Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Sg Gadut, Seremban Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Berhampiran kedai roti canai Sdr Awi berdekatan Surau Saidina Ali di jalan Anggerik 5, BS7 Bukit Sentosa 2 ini ada simpang yang amat sibuk bagi pengguna jalanraya (waktu kerja), murid dan guru sekolah kebangsaan bukit sentosa dan Sekolah Menengah Bukit Sentosa 2 di Anggerik 4. Sedemikian sebelum kemalangan lebih banyak berlaku dan sebelum ramai nyawa terlibat maka dicadangkan bumper yang berrekabentuk mampan dan terbaik perlu dipasang di simpang ini. PAS Caw Bkt Sentosa 2 juga mencadangkan sebuah jejantas merintangi jalanraya antara sekolah Menengah Bkt Sentosa 2 dan Surau Saidina Ali (berdekatan Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Sentosa) dibina bagi memudahkan aktiviti menyeberang jalanraya yang sibuk ini dan mengelakkan kemalangan jalanraya. Jejantas ini juga bagus untuk murid sekolah untuk solat Jumaat bila Surau Saidina Ali ini menjadi Masjid kelak.
Langkah Datuk Zaid Ibrahim mahu membubarkan parti KITA pimpinannya mendapat sambutan hangat para pimpinan Pakatan Rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan ini satu yang bijak untuk melahirkan Malaysia yang bersatu dan adil.
PAS pula melalui Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, ia bakal mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat.
Zaid dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, KITA akan dibubarkan.
Beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa bagi membincangkan cadangan agar KITA dibubarkan.
KITA dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh Datuk Zaid di Kuala Lumpur.
Zaid menganggap kes ini sebagai "jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan."
"Bagi saya, tindakan Datuk Zaid itu sangat membantu Pakatan Rakyat.
"Dengan tindakan ini, ia akan membolehkan Pakatan bergerak tanpa gangguan lagi di tengah jalan," kata Salahudin Ayub kepada Harakahdaily Posted by indah.com
UMNO pula lagi teruk, yang UMNO sekarang ialah UMNO(BARU) bukan UMNO dulu. UMNO dulu dah lama mati.Generasi muda UMNO tak tahu atau dungu bila tidak mengetahui bahawa parti mereka(UMNO) sebenarnya ialah parti yang telah terkubur. Yang ada sekarang ialah UMNO hantu yang telah bangkit dari kubur bila UMNO(BARU) senyap-senyap dijadikan UMNO, tanpa (BARU) tapi rakyat dah bau.
Kepala babi yang dibungkus dengan plastik disedari oleh seorang tukang sapu yang sekitar jam 7.30 pagi tadi. Ia diletakkan di depan pagar utama kawasan masjid Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.
Kehadiran bungkusan itu disedari kira-kira jam 11 malam tadi oleh bilal masjid yang awalnya menyangkakannya sampah selepas ia menghalang pagar daripada ditutup.
Dalam plastik berkenaan terdapat kaki, kepala, kulit dan beberapa anggota badan babi.
Untuk rekod, dua tiga hari lepas, satu kepala babi juga ditemui di pintu masuk masjid.
Masjid yang dimaksudkan ialah Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor. Kejadian yang dilaporkan seawal jam lima pagi itu hanya disedari apabila ahli jawatankuasa masjid membuka pintu pagar utama. Pihak polis bagaimana pun tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi.
Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim berkata dalam blognya pada Khamis bahawa mesyuarat agung luar biasa (EGM) akan diadakan tidak lama lagi bagi membubarkan parti politik itu yang gagal dalam matlamatnya untuk menjadi sebuah parti yang menyokong idea-idea yang sederhana progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban dalam wacana politik.
Beliau dalam laman blognya berkata, EGM akan diadakan tidak lagi bagi membubarkan Kita.
"Ia perlu bagi menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa parti itu tidak menyokong pembangkang terutama beberapa anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang yang mengkritik Pakatan Rakyat.
"Mereka telah melakukan perkara ini secara berterusan dengan jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berminat dengan isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan hanya mahu memalukan dan mencemuh pembangkang.
"Idea saya untuk menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea-idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban dalam wacana politik telah gagal.
"Saya tidak berjaya membawa masuk ramai ahli yang berminat dengan matlamat demokrasi, tadbir urus yang baik dan keseimbangan untuk rakyat.
"Saya juga tidak dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk menguruskan aktiviti-aktiviti parti dan teman-teman yang telah berjanji untuk membantu namun sebaliknya ini tidak berlaku," katanya.
Menurut Zaid, kecenderungan media dalam isu-isu kecil memberi kesan kepada parti itu .
"Cukup ramai orang di luar sana yang berminat dalam mengkritik kepimpinan saya dalam Kita dan mengeluarkan cerita-cerita untuk mencemuh saya," katanya.
Beliau menambah, terdapat peribahasa Melayu yang mengatakan 'jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
"Sekarang saya menyedari bahawa pembentukan Kita merupakan satu kesilapan. Saya berharap untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepada kepelbagaian bakat dalam kepimpinan pembangkang. Ia belum berlaku.
"Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya melakukan bahagian saya, sekali lagi, dan lagi bagi membantu mencapai tujuan itu.
"Saya tidak akan mengecualikan kepercayaan saya dari akar umbi bahawa memberi perkhidmatan kepada awam adalah baik di mana ia mampu dijalankan dengan kehormatan," katanya lagi.
Zaid dalam kenyataan blognya memohon maaf kepada ahli-ahli parti yang masih setia dengan partinya.
"Saya memohon maaf dan menghargai sokongan anda dan diharapkan anda menerima keputusan ini untuk kebaikan pembangkang.
"Survival demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang. Jika ia dimusnahkan maka Barisan Nasional cenderung untuk melakukannya maka tiada lagi demokrasi, tiada kebebasan dan tiada lagi dasar-dasar sederhana," katanya.
Zaid memimpin parti Kita yang dilancarkan tahun lalu dengan moto "moderat, demokratik dan liberal".
Kita sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia (AKM) yang ditubuhkan bagi mengembalikan semangat dan keharmonian ketika era kemerdekaan negara pada tahun 1957.
Nampaknya UMporNo habis-habisan berusaha menawan Kelantan untuk kesekian kalinya... difahamkan pada Sabtu ini 4 Feb semua blogger pencacai angkat najis UMporNo akan mengadakan KONVENSION MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA, PERINGKAT NEGERI KELANTAN bertempat di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kota Bharu., Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Kelantan. Dengar cite ahli Panel Forum /Moderator/Pembentang terdiri dari Haji Md Alwi Che Ahmad, Ust. Fathul Bari, Prof. Ramlah Adam, En. Rafi Awang Kechik, dan beberapa lagi blogger seperti papagomo dan parpukaripap Untuk menarik lebih ramai lagi hadir Cabutan Bertuah juga turut disediakan...Samsung Galaxy Tab 10.1 dan lain lain tue....HUHUHUHUHU
Penyerang sensasi negara,Safee Sali pada mencatat sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara apabila membuat keputusan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.
Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia semalam.Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media. Safee juga akan menerima pakej tambahan iaitu hak imej menerusi tajaan pengiklanan produk tertentu.
Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.
... kaya betul Indonesia... Malaysia pun xleh nak bayar pemain import tahan tue....
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib telah secara terbuka membantah sekeras-kerasnya hasrat presiden parti itu untuk berundur, menegaskan mahu melihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13. Harun berkata Hadi yang mempertahankan kerusi Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang adalah pemimpin harapan beliau untuk mengetuai kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat nanti. "Saya tidak setuju beliau (Hadi) berundur, saya bercita-cita nak lihat beliau jadi perdana menteri. Kalau beliau berundur dan tidak bertanding pilihan raya umum ke-13 maka tidak capai hasrat kita (lihat Hadi jadi perdana menteri).
"Sebab itu saya secara peribadi tidak setuju beliau berundur, kalau Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 beliau akan jadi perdana menteri dan menegakkan semula Islam," katanya. Tambah Harun, Hadi mampu membawa perubahan kepada Malaysia dan menjadi seorang ketua negara yang baik, menambah tidak mahu "memikirkan sekiranya Anwar dilpilih mengetuai Pakatan Rakyat."
"Kalau menang beliau (Hadi) boleh jadi perdana menteri, soal Anwar saya tidak tahu kerana dalam kepala saya presiden PAS akan menjadi perdana menteri.
"Ramai ahli tidak bersetuju beliau berundur kerana masih yang mahu melihat beliau bertanding dan memimpin," katanya.
Beliau menambah akan mengadakan pertemuan dengan Hadi secara peribadi untuk membincangkan perkara itu.
"Saya akan berdepan dengan beliau secara peribadi tapi saya tegaskan tidak bersetuju cadangan beliau mahu berundur," katanya menambah parti akan memutuskan pendirian sekiranya Hadi benar-benar serius.
AYER KEROH - Seorang penjual burger mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini semalam, atas dua tuduhan, termasuk mengugut menggunakan pistol palsu, pertengahan Disember tahun lalu.
Zuhairi Zakaria, 29, dari Cheng, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Berdasarkan pertuduhan pertama, Zuhairi didapati dengan sengaja melakukan ugutan jenayah sambil mengacukan sepucuk pistol tiruan bagi mendatangkan ketakutan dan kegusaran terhadap Ahmad Tamyiz Mak Aris, 41.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Restoran Hijrah Sari Cheng, Nasi Ayam Hailam, Cheng kira-kira jam 4.10 petang pada 15 Disember 2011.
Zuhairi didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama dan dibaca bersama Seksyen 32(2) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan penalti tambahan penjara tidak lebih 10 tahun.
Bagi pertuduhan kedua, Zuhairi didapati memiliki sebilah parang berhulu dan bersarung kayu sepanjang kira-kira 36 sentimeter, sebilah pisau bersarung besi bulat kira-kira 56 sentimeter di dalam sarung kain warna hijau diletakkan di dalam sebuah kereta Viva berwarna hitam.
Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kereta berhadapan Rumah Pangsa Taman Anika, Lorong Pandan kira-kira jam 5.45 petang pada hari sama.
Dia dituduh mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan boleh dihukum di bawah akta sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Ahmad Sazali membenarkan Zuhairi diikat jamin RM8,000 dan menetapkan 29 Februari depan tarikh sebutan semula kes.
Dalam prosiding berbeza di mahkamah sama, seorang mekanik mengaku tidak bersalah merogol dan mencabul teman wanitanya tahun lalu.
Mohd Redzuan Mohamad, 26, didakwa merogol perempuan berusia 15 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Jalan Lipat Kajang, Kampung Kandang, kira-kira jam 1.30 pagi pada 24 Oktober 2011.
Mohd Redzuan juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap perempuan sama di rumah tidak bernombor di KM 8 Kampung Alai kira-kira jam 1.40 pagi pada 22 November 2011.
Bagi kesalahan merogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sementara kesalahan mencabul, didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.
Ahmad Sazali membenarkan jaminan RM10,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 29 Februari depan.
MELAKA: Anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang bertugas di Rejimen 514 Wataniah, Kem Bukit Beruang, dekat sini, Lans Koperal Mohd Khairul Nizam Majid, 29, yang kehilangannya masuk tiga hari semalam, masih gagal dikesan.
Abangnya, Zamri Majid, 43, berkata, selepas dua hari gerakan mencari dan menyelamat membabitkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sekitar kawasan jirat Cina di Sungai Putat itu, kini mereka beralih kepada alternatif lain.
"Kami sekeluarga masih mencari Nizam di kawasan berkenaan dan turut mendapatkan khidmat perubatan tradisional, perubatan Islam serta paranormal bagi mengesannya.
"Pada jam 4.30 petang semalam (kelmarin), kakak kami, Suhaimi, 50, membuat laporan kehilangan Nizam di Balai Polis Bukit Baru," katanya.
Menurutnya, gerakan mencari oleh JPAM diberhentikan sementara selepas laporan berkenaan dan pihaknya kini menunggu tindakan susulan daripada polis bagi usaha mengesan adiknya itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan menerima laporan itu.
"Operasi masih dijalankan pasukan tentera dan 10 anggota polis turut serta dalam operasi itu selepas kami menerima laporan daripada kakak mangsa," katanya pada sidang media selepas majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka di sini, semalam.
Akhbar ini semalam melaporkan kehilangan Mohd Khairul Nizam di jirat Cina ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan tradisional akibat masalah kemurungan.
KETEREH, 1 Feb: Datuk Dr Awang Adek Hussin agak ketinggalan apabila mengulangi kenyataan Yayasan Islam Kelantan (Yik) belum menghantar senarai pelajar bagi mendapatkan bantuan RM100.
Sedangkan senarai penuh sudah dihantar pada 25 Januari lalu setelah Yik menerima pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertarikh 15 Januari 2012.
Malah taklimat juga diadakan kepada pengetua-pengetua pada 19 Januari lalu.
Anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu agak ketinggalan apabila tidak mendapat maklumat sebenar.
"Sebagai seorang Timbalan Menteri Kewangan II beliau mesti cermat mengeluarkan kenyataan supaya tidak menimbulkan salah faham," katanya selepas mengumumkan keputusan peperiksaan STAM 2011 di Kolej Yik di sini, hari ini.
Baru-baru ini Awang Adek beberapa kali mengulangi kenyataan dengan mengharapkan Yik memberi kerjasama kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk membolehkan pelajarnya menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100.
Pada Disember lalu ketika datang ke Kelantan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk memberi bantuan RM100 kepada pelajar-pelajar sekolah agama di bawah Yik seperti dinikmati pelajar lain.
TEMERLOH, 1 Feb: Umno didakwa hanya boleh hidup di tempat yang masyarakatnya tidak bermaklumat, kata Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Mokhtar Senik (gambar). Beliau berkata, untuk meraih kemenangan PAS mesti menjadikan masyarakat berilmu dan celik maklumat.
Berucap merasmikan Konvensyen ICT & Media Baru PAS Pahang 2012 di Darul Amin Sungai Gau di sini Sabtu lalu, Mokhtar menambah masyarakat yang jahil dan tidak bermaklumat lazimnya sukar untuk melakukan perubahan.
"Habitat Umno ialah masyarakat yang jahil dan di situlah biasanya PAS payah nak masuk dan berkembang. PAS payah nak hidup dalam habitat jahil dan tidak bermaklumat.
"Maknanya Umno-BN akan lebih subur dalam masyarakat tidak bermaklumat kerana rakyat tidak tahu apa yang mereka lakukan. Ini berbeza dengan kita, dalam masyarakat bermaklumat PAS berkembang subur. (Gambar: Ustaz Mokhtar melancarkan konvensyen dengan dengan mengklik tayangan slaid)
"Ini terbukti perjuangan PAS sekarang mudah diterima di bandar-bandar yang terdedah dengan maklumat darpada media baru berbanding di luar bandar yang hanya bergantung media tradisional yang terkongkong," jelasnya.
Mokhtar menambah, dakwah Islam juga perlukan kepada masyarakat bermaklumat ini terbukti perkembangan di Eropah 3,000 orang sehari menganut Islam, berbeza dengan negara yang disekat maklumat umpamanya di China. "Sebab itu cabaran untuk kita memperjuangkan Islam mesti mahukan masyarakat yang ada bermaklumat. Jadi cabaran kepada jentera penerangan PAS ialah mewujudkan saluran alternatif maklumat jika mahu menang besar dalam pilihan raya akan datang.
"Bagaimanapun pengamal media baru PAS mesti berdisiplin membawa berita yang benar. Kita tidak boleh mengikut rentak musuh yang menggunakan saluran untuk menyebarkan fitnah dan pembohongan," ujarnya.
Serentak dengan itu beliau mahu PAS meneroka saluran baru melalui media baru selain daripada medium tradisional dipertingkat bagi merancakkan saluran sedia ada. Kira-kira 200 daripada seluruh hadir mengikuti konvensyen sehari suntuk itu. (Gambar: Lutfi dan Shuhaimi semasa dialog)
Sementara itu pembentang kertas kerja, Pengarah Jabatan ICT Pusat Suhaimi Embong berkata di malaysia ada 12 juta pengguna laman sosial facebook iaitu di tempat ke 17 tertinggi di dunia dengan 60% pengguna merupakan golongan muda.
Tambahnya, dalam konteks media baru semua orang sudah boleh menjadi agen penerangan dan maklumat iaitu melalui blog, laman web, facebook dan IPTV.
"Saya cadangkan ditubuhkan skuad gabungan tenaga untuk mobilisasi media baru secara berpasukan bermula pada peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun).
"Bahan mestilah boleh dipertanggungjawabkan kerana dengan adanya media baru ini boleh tersebar dengan cepat dan luas. Bagaimanapun di kampung yang tiada ases internet, boleh diadakan wayang pacak sebagai alternatif," katanya.
Seorang lagi pembentang kertas kerja, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, berkata pilihan raya umum (PRU) ke 13 bukan saja getir tetapi juga sukar dan kritikal kepada PAS.
Tambahnya, oleh yang demikian cabaran kita ialah menyalurkan maklumat dan berjaya mengubah persepsi orang Melayu kerana politik adalah persepsi.
KUALA KRAI, 1 Feb: Kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kampung Manek Urai Baru esok mungkin terkejut melihat projek pembesaran jambatan (gambar) yang tersasar daripada jadual asal. Malah kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pembinaan jambatan itu mengikut jadual, ditolak penduduk tempatan.
Biar pun kerja-kerja pembinaan dimulakan ketika menjelang kempen pilihan raya kecil Dun Galas pada Oktober 2010, namun struktur asas di sungai belum kelihatan.
Sehingga kini hanya kelihatan kerja-kerja membina gelegar jambatan dan tiang di bahagian daratan sahaja. Difahamkan juga subkontrak yang terbabit dengan pembinaan jambatan itu sudah beberapa kali bertukar tangan.
Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai 2009 Muhyiddin menganggarkan peruntukan sebanyak RM7 juta hingga RM10 juta bagi membesarkan jambatan yang sedia ada.
Namun sekarang peruntukan sudah meningkat kepada lebih RM14 juta. Projek jambatan itu dilihat senasib dengan projek jambatan kedua Sultan Yahya Petra di Kota Bharu yang sudah jauh melewati tarikh asal disiapkan.
Muhyiddin juga mungkin malu apabila melihat projek kompleks sukan di Kampung Manjor yang bernilai RM300,000 hanya sekadar disiapkan padang dan astana kecil sahaja.
Seorang penduduk tempatan, Zamri Jusoh, 43 berkata, kompleks sukan yang diuar-uarkan Umno hanya sekadar meratakan tanah dan membina astaka kecil.
"Tak kan pula sekadar meratakan padang dan membina rumah kecil membabitkan kos sehingga RM300,000. Penduduk di sini ingatkan kompleks sukan lengkap dengan pelbagai kemudahan.
"Namun ia tidak lebih sekadar gimik politik semata-mata bagi mengelabui mata rakyat," katanya di sini.
Difahamkan juga kehadiran Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyebabkan pihak sekolah memberi kebenaran pelajar pulang lebih awal esok bagi membolehkan guru-guru hadir pada program berkenaan. Menurut sumber kakitangan kerajaan persekutuan di tempat-tempat lain di sekitar Kuala Krai turut diarah hadir pada program terbabit.
Penjawat awam tersebut termasuk guru, kakitangan hospital dan pelbagai lagi jabatan lain. Mereka difahamkan dibekalkan baju khas berwarna merah bagi menggambarkan gelombang merah.
Ketua Umno Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman sebelum ini mensasarkan seramai 15,000 orang hadir pada program itu.
Manakala guru-guru di Kota Bharu pula dikerah hadir pada program Muhyiddin di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Peringat pada sebelah pagi.
Kedua-dua program terbabit akan diselit dengan penyampaian bauncer Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Sementara pada 4 Febuari ini pula guru-guru difahamkan akan dihimpunkan di Kok Lanas bagi mendengar ceramah yang akan disampaikan pemimpin Umno.
KELAS AL-QURAN DAN TAFAQQUH REMAJA Pengambilan baru sebelum Mac 2012
Siapa yang patut menyertainya ? Pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 1 yang sudah khatam membaca al-Quran
Hari pengajian dan Masa : Isnin, Selasa dan Khamis ( 7 malam - 10 malam ) Mata Pelajaran : Al-Quran ( Hafazan) Feqah, Tauhid, Hadis dan Tajwid
Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi Ustaz Nor Azman 019-6400062
Alamat : Imtiyaz Training & Tarbiyah Centre No 19 (tingkat atas), Taman Kayu Manis 2 Jalan Seremban-Jelebu Seremban
Kebanyakan ibubapa yang telah menghantar anak-anak ke Kelas Agama Petang (KAP) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRA) mengharapkan kesinambungan pengajian agama secara formal yang diikuti oleh anak-anak mereka.
Justeru ramai yang memilih untuk menghantar anak-anak ke Sekolah Menengah Agama (SMA), namun oleh kerana jumlah tempat yang ditawarkan agar terhad maka usaha untuk meneruskan kesinambungan pembelajaran agama kepada anak-anak terhenti apabila mereka berada di sekolah menengah.
Imtiyaz Training & Tarbiyah Centre tampil menawarkan satu program berbentuk seperti Kelas Al-Quran dan Fardu (KAFA) bagi memenuhi keperluan ibubapa dan anak-anak memahami tuntutan sebagai seorang muslim.
Objektif Penubuhan - Memberikan pendidikan lanjut dan mendalam di dalam memahami tuntutan Dinul Islam kepada murid-murid yang telah mengikuti asasnya di peringkat Sekolah Rendah - Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengajian Islam secara lebih formal pada usia remaja sebagai benteng kepada permasalahan sosial pada hari ini - Meningkatkan tahap penguasaan dan hafalan al-Quran melalui guru-guru yang berpengalaman dan bertauliah - Memantapkan jati diri pelajar sebagai seorang Muslim sejati yang memahami tuntutan dan kewajipan di dalam melaksanakan perintah Allah
MAKAN MALAM DAN PELANCARAN DANA Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana Pilihan Raya PAS Tampin Bersama Tuan Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS Tarikh : 26 Feb 2012, Ahad Jam : 8.30 mlm Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin, Batu 2 3/4, Jln Repah, Tampin, N.S
Tiket VVIP RM 50 , Tiket Biasa RM25
Hubungi : Hj Rosli Idris 013-6315181 Hj Abu Sufian 013-6303848 Iskandar 017-8050938
KULIAH AGAMA Oleh Tuan Guru Hj Ahmad Tajuddin bin Md. Jali - Penasihat Program Pengajian Pondok, Madrasah Tarbiyah Madinatul Ilmi, Batu Kurau, Perak Tarikh : 3 Feb 2012, Jumaat Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib Tempat : PASTI Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3, Sg Gadut, Seremban Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
2 Feb 2012 - BARU-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom telah melancarkan Kempen Kesedaran Halal berkaitan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Berita mengenainya sekali lagi disiarkan oleh sisipan Mega Utusan Malaysia pada Jumaat pada 13 Januari 2012.
Pada majlis tersebut Jamil Khir memperkenalkan logo halal yang baru keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Difahamkan logo tersebut akan dicetak pada semua bungkusan makanan atau barang-barang lain oleh syarikat-syarikat tempatan di mana barang-barang keluaran mereka mendapat kelulusan halal dari Jakim.
Dukacita pada logo tersebut terdapat kesilapan pada ejaan jawi di mana nama negara Malaysia telah dieja kepada Malayzia. Dan difahamkan nama Malayzia tidak ada disebut oleh mana-mana negara di dunia ini. Di negara-negara Arab di Timur Tengah pula akan disebut atau dikenali sebagai Malasie.
Jakim sewajarnya mencontohi Bank Negara Malaysia (BNM) di mana semua wang kertas keluaran BNM didapati betul dalam ejaan tulisan jawi.
Ejaan betul pada semua wang kertas tersebut dieja 'min lam ya sin ya alif' dan bukannya ejaan salah iaitu 'min alif lam ya zai ya alif' seperti terdapat di logo halal tersebut.
Nama negara Malaysia ada termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia mestilah dihormati sama ada dalam bentuk ejaan pada semua tulisan atau sebutan. Dengan kesilapan itu seolah-olah Jakim tidak prihatin kepada tulisan jawi dalam ejaan Melayu. Kesilapan itu juga boleh membawa kepada kekeliruan di kalangan murid-murid sekolah.
Saya percaya Jakim telah mengeluarkan belanja yang agak besar untuk memperkenalkan logo baru itu termasuklah mencetak sijil halal, banner, baju pegawai penguatkuasa yang ada logo tersebut dan lain-lain lagi.
Atas kelemahan dan kesilapan itu, syarikat-syarikat juga akan mengalami kerugian kos atau tenaga kerja jika pembetulan grafik di logo itu terpaksa dibuat pada bungkusan-bungkusan keluaran mereka yang sudah siap dicetak dan hanya menunggu untuk diedarkan di pasaran tempatan atau ke luar negara.
Sikap kebudak-budakan jentera UMNO Gopeng kembali terserlah di mata rakyat apabila sekali lagi UMNO Gopeng di bawah arahan YB Dato' Hamidah Osman mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah Pakatan Rakyat di UPU Kampung Pisang, Batu Gajah hari ini, 1 Februari 2012.
Sehingga kini, hanya UMNO Perak dan Melaka sahaja yang melaksanakan dasar pembutaan maklumat kepada rakyat melalui usaha menutup kehadiran rakyat ke majlis ceramah Pakatan Rakyat dengan mengadakan program ceramah serentak atau boleh dikatakan sebagai ceramah berkembar.
Jika di Barat, kita melihat demokrasi matang mereka mengakibatkan pembangkang bebas berceramah dan berpidato di merata tempat. Pihak parti lain pula akan menghormati pihak yang sedang berceramah dengan tidak menimbulkan gangguan seperti apa yang UMNO ajar kepada anak muda di Perak.
Rakyat Batu Gajah dan Gopeng dapat menilai insiden malam ini yang dimeriahkan dengan ceramah oleh Bob Lokman dan YAB Dato' Seri Ir Nizar sebagai simbol paranoid ADUN Sg Rapat (YB Dato' Hamidah Osman) terhadap kebangkitan rakyat Gopeng dan Batu Gajah yang bakal menolak beliau dalam PRU-13 nanti.
UMNO mengekalkan prestasi sebagai parti yang tidak membangunkan generasi berakhlak apabila sanggup mengupah remaja bermotor untuk membuat bising sambil memegang bendera BN di kawasan ceramah Pakatan Rakyat. Lebih lucu, beberapa remaja telah ditahan oleh polis yang berkawal di tapak ceramah kerana menunggang sambil memegang bendera.
Sekitar 300 orang yang menghadiri ceramah UMNO tanpa permit ini kelihatannya lebih tertarik dengan jamuan makan percuma, wang kopi dan duit minyak bagi remaja motosikal yang ditaja oleh UMNO. Malah ada yang sanggup menunggu hingga 11.30 malam semata-mata untuk pengumuman keputusan cabutan bertuah!
Adakah UMNO menilai majlis malam ini di Kampung Pisang sebagai majlis penerangan jika kehadiran di khemah-khemah UMNO hanya disertai oleh wanita-wanita Melayu, kanak-kanak, pelajar sekolah dan para penunggang motosikal remaja bawah umur? Adakah strategi UMNO memberi penerangan dengan diupah dengan cabutan bertuah?
Rata-rata rakyat menyatakan negeri Perak boleh bangkrap kerana penerangan UMNO sebegini terpaksa menelan wang belanja sebanyak RM 60 000 hanya dalam tempoh semalam! Sedangkan ceramah Pakatan Rakyat bersebelahan hanya menggunakan modal RM 1000 sahaja!
Dari jeritan dan laungan serak suara ADUN Sg Rapat melaungkan 'Hidup UMNO' pada jam 11.45 malam melambangkan kehampaan beliau kerana majlis penerangan UMNO itu hanya dipenuhi dengan penceramah (termasuk ADUN) yang bukan berceramah sebaliknya menjerit dan menempik sehingga beberapa remaja menutup telinga di belakang khemah.
Disebabkan mereka menjerit dan melalak dengan dahsyat dengan harapan menutup pembesar suara Pakatan Rakyat, mereka hanya mampu berceramah sehingga jam 11.30 malam sahaja, manakala Pakatan Rakyat yang berceramah tenang mampu bertahan sehingga 12.20 malam. Malah 20 minit tambahan selepas jam 12 tengah malam diberi atas kebenaran OCPD Balai Polis Batu Gajah kerana awal ceramah terganggu akibat hujan.
OCPD yang bersimpati dengan penyokong Pakatan Rakyat yang sanggup berhujan semata-mata mempertahankan majlis yang sah mendapat permit polis telah dipuji sendiri oleh YAB Dato' Seri pada muqaddimah ceramahnya.
Ternyata paranoid UMNO Gopeng akan terus mencengkam kerana ternyata sasaran mereka untuk mengatasi majlis Pakatan Rakyat memberi maklumat dan memahamkan rakyat tidak berjaya.
Jika dibincang dari aspek majmuk kaum, ceramah Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan status sebagai majlis ceramah multi-kaum yang berkesan. Sebaliknya cukup memalukan apabila ADUN Sg Rapat mengarahkan pihak urusetia majlis UMNO memasang lagu 1 Malaysia dengan kuat sedangkan majlis mereka hanya dipenuhi dengan kaum Melayu serta ceramah yang sarat dengan perkauman dan sorakan Hidup Melayu.
Kecerdikan rakyat Gopeng dan Batu Gajah kian nampak melalui kehadiran pendengar yang semakin ramai serta konsisten sehingga tamat majlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan