Khamis, 2 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 02 Feb 2012 03:10 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Malaysian Indian Political Transformation Forum

Posted: 01 Feb 2012 04:27 AM PST




CINA ISLAM (林川興)

Posted: 02 Feb 2012 01:19 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Jamil Khir salah guna wang Yayasan Taqwa pula?

Posted: 02 Feb 2012 01:00 AM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengecam keras tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang didakwa menggunakan wang Yayasan Taqwa untuk melaksanakan beberapa program di kawasan Jerai, Kedah.

Tindakan tersebut ternyata amat aneh kerana Yayasan Taqwa adalah sebuah agensi yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dananya adalah dari peruntukan MAIWP.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, disebabkan yayasan tersebut berada di bawah MAIWP, wang tersebut sepatutnya digunakan untuk kepentingan penduduk di Wilayah Persekutuan.

Beliau mendakwa, namun Jamil ternyata telah melakukan tindakan aneh apabila telah membawa dana dari MAIWP ke kawasan Jerai dengan mengadakan beberapa majlis untuk memberikan bantuan kepada penduduk di kawasan itu.

Katanya, pada hal bantuan dari MAIWP amat susah untuk diperolehi oleh penduduk di kawasan Wilayah Persekutuan sendiri, tetapi kini Jamil tergamak membawa keluar dana yayasan tersebut ke luar kawasan MAIWP khususnya ke Jerai.

"Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sehingga sekarang sudah lima majlis bantuan kepada penduduk di kawasan Jerai yang menggunakan wang dari Yayasan Taqwa yang diadakan oleh Datuk Seri Jamil Khir.

"Dari majlis-majlis yang diadakan itu bermakna sudah cukup banyak wang dari peruntukkan MAIWP yang sepatutnya digunakan di Wilayah Persekutuan dibawa ke Jerai," dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Dana dari Yayasan Taqwa, menurutnya, diyakini datangnya dari wang zakat dan peruntukan MAIWP dan tindakan Jamil itu dibimbangi turut membabitkan penyalahgunaan wang zakat.

"Datuk Seri Jamil Khir tidak sepatutnya bertindak seperti itu. Beliau sepatutnya menggunakan wang tersebut dengan betul dengan menyalurkannya kepada mereka yang lebih berhak menerimanya di Wilayah Persekutuan sendiri," tegasnya.

Sebelum ini, Jamil juga turut dikaitkan dengan penyalahgunaan wang zakat dengan menggunakannya bagi kepentingan peribadinya untuk pembiayaan kes mahkamah yang melibatkannya.

Dengan tindakannya yang menggunakan wang yayasan tersebut bagi memberikan bantuan kepada penduduk Jerai, tindakan-tindakannya kini semakin diragui banyak pihak.

Lebih diragui lagi, dakwa Nasie, apabila bantuan-bantuan yang diberikan oleh beliau kepada penduduk Jerai itu diyakini mempunyai kaitan dengan kepentingan peribadinya sendiri.

Harakah Daily

Lebih 5 Juta Orang Menganggur Di Sepanyol

Posted: 02 Feb 2012 12:50 AM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MADRID: Bilangan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan di Sepanyol meningkat sehingga lebih 5 juta orang menyebabkan kadar pengganguran yang melonjak naik itu umpama nisbah seorang penganggur dalam empat orang, kata seorang pegawai.

Institut Statistik Kebangsaan Sepanyol melaporkan seramai 5.3 juta orang tidak mempunyai pekerjaan pada akhir Disember tahun lalu, meningkat dari 4.9 juta orang pada suku ketiga – satu peningkatan dalam kadar pengangguran dari 21.5 peratus kepada 22.8 peratus pada suku keempat.

Selain itu, institut tersebut turut berkata, hampir separuh daripadanya iaitu sebanyak 48 peratus merupakan penganggur yang berusia 25 tahun ke bawah.

Kini terdapat 1.6 juta isi rumah di Sepanyol tanpa seorang ahli keluarga mereka mempunyai pekerjaan.

Sepanyol telah pun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi di kalangan 17 negara dalam Eropah di mana kadar penggangguran secara purata adalah kira-kira 10 peratus.

Pesaing Sepanyol bagi kadar pengangguran adalah Ireland dengan 14.6 peratus pengangguran. - AP

Syarikat dijual, pekerja dapat bonus

Posted: 02 Feb 2012 12:45 AM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MELBOURNE - Ken Grenda dari Australia telah menjual syarikat bas miliknya, tetapi hampir 2,000 pekerjanya senyum besar apabila kesetiaan mereka dihargai dengan imbuhan istimewa.

Grenda memberi bonus tunai mencecah AS$16 juta (RM48 juta) kepada pekerja-pekerja hasil jualan syarikat basnya yang telah beroperasi selama 66 tahun.

Grenda, 79, dan dua anak lelakinya Geoff dan Scott, dilabelkan sebagai majikan paling pemurah di Australia ekoran keputusan mereka menghargai 1,800 pekerja mereka.

Secara purata pekerja-pekerja menerima RM27,000, berdasarkan tempoh perkhidmatan masing-masing. Ada yang menerima antara RM96,000 dan RM320,000, lapor media Australia dipetik BBC.

Syarikat itu dijual kepada Ventura, satu lagi syarikat pengangkutan pada harga RM1.3 bilion.

"Anda tahu, kami ada pekerja-pekerja yang telah berkhidmat lebih 40 tahun. Jadi, sesuatu yang baik untuk berbuat demikian," kata Scott kepada ABC News.

Scott, Pengarah Urusan syarikat itu berkata, bapanya sedih untuk menjual bisnesnya dan mahu menghargai pekerja-pekerja atas perkhidkmatan mereka selama ini.

"Kami ada pekerja generasi kedua dan seorang bekerja sejak 52 tahun lalu," katanya lagi.

sianr harian/-

Sombong bukan akhlak pemimpin dan ahli jamaah

Posted: 02 Feb 2012 12:40 AM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji).

Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina." – (Al-Mukmin: 60).

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya.

Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat.

Imam Al-Ghazali berkata: "Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar."

Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.

Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.

Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: Rasulullah Saw bersabda: "Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya". [HR Muslim]

Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk

Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan

Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian

Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang
Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW

"Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya" (Abu Daud dan al-Tirmizi)

Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain

Cara untuk mengubat

Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang.

Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.

Sebagai ahli Pas hendaklah mesti bersikap rendah diri samaada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli Pas, bukan wang yang mereka minta.

Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat.

Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.

Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji.

Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh Pas kepada orang luar. Sekiranya ahli dan pemimpin Pas dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang.

Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.

Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa dan rasa bangga diri.

Sifat tawadhuk akan membuka hati mad'u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh Pas. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya.

Mereka bersikap sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.

Firman Allah s.w.t

"Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63)

Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.

Juga sabdanya s.a.w.:
"Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah."

Rasulullah SAW bersabda

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain" (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita.

Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.Ust. Idris Ahmad

selatan online/-

Bubar KITA: Pakatan sambut baik langkah Zaid

Posted: 02 Feb 2012 12:30 AM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Langkah Datuk Zaid Ibrahim mahu membubarkan parti KITA pimpinannya mendapat sambutan hangat para pimpinan Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan ini satu yang bijak untuk melahirkan Malaysia yang bersatu dan adil.

PAS pula melalui Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, ia bakal mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat.

Zaid dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, KITA akan dibubarkan.

Beliau akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa bagi membincangkan cadangan agar KITA dibubarkan.

KITA dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh Datuk Zaid di Kuala Lumpur.

Zaid menganggap kes ini sebagai "jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan."

"Bagi saya, tindakan Datuk Zaid itu sangat membantu Pakatan Rakyat.

"Dengan tindakan ini, ia akan membolehkan Pakatan bergerak tanpa gangguan lagi di tengah jalan," kata Salahudin Ayub kepada Harakahdaily.

Harakah Daily

Pengundi Cina sokong PAS, MCA jangat buat sibuk

Posted: 02 Feb 2012 12:20 AM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan MCA supaya tidak perlu 'sibuk-sibuk' membuat kenyataan berkenaan sokongan pengundi Cina terhadap PAS.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata, tetapi MCA perlu menyedari kemampuan parti mereka sendiri untuk menarik semula sokongan pengundi Cina kepada mereka.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Naib Presiden MCA di dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang menyebut bahawa sokongan masyarakat Cina kepada PAS adalah bersifat sementara sahaja dan mereka hanya berpura-pura menyokong PAS kerana parti itu tidak boleh dipercayai.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap kenyataan Dr. Ng sebenarnya adalah hasil daripada rasa takut MCA melihat perkembangan mutakhir ini yang memperlihatkan sokongan masyarakat pengundi bukan Melayu khususnya orang-orang Cina semakin cenderung dan tertarik dengan PAS itu sendiri," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, berkemungkinan Yen Yen hanya mendapat maklumat daripada 'pengampu-pengampu' yang cuba membodek beliau sahaja, bak kata pepatah Melayu 'kalau tiada angin bertiup masakan pokok boleh bergoyang'.

Oleh itu, katanya Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan MCA supaya 'mengkoreksi diri sendiri' dan perlu merasa 'gerun' dengan sokongan terbuka masyarakat Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat kerana MCA dan Barisan Nasional sudah tidak boleh diharapkan lagi oleh rakyat khususnya masyarakat Cina.

Harakah Daily

Pengawal keselamatan mati diserang sekumpulan lelaki

Posted: 02 Feb 2012 12:04 AM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Seorang pengawal keselamatan di sebuah tapak projek sub stesen Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Seksyen 18 di sini mati selepas dipercayai diserang dan ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata mangsa dikenali sebagai I. Krishnanmurthy, 31, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, dahi dan badan serta tangan kanan mangsa juga putus.

Beliau berkata kumpulan lelaki berkenaan yang dipercayai seramai 20 orang menaiki kereta dan kenderaan pacuan empat roda menyerang mangsa dengan merempuh pintu utama sub stesen berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu.

"Kita turut menjumpai sebilah parang yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk menetak mangsa dalam kejadian itu.

"Siasatan awal tidak menolak motif kejadian ada kaitan dengan dendam membabitkan dua kumpulan kongsi gelap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mazlan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, 03-55202222 bagi membantu siasatan.- Bernama

Sinar Harian

Lynas: Jarum jam bom jangka mula berdetik!

Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUANTAN, 2 Feb: Jarum jam bom jangka Lynas telah bergerak! Itulah reaksi Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke atas kelulusan lesen kendalian sementara (TOL) kepada projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) semalam.

"Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300 ribu warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2 km dari kilang?

"Sampai hari ini, rakyat masih tidak faham mengapa kerajaan sanggup mengambil projek yang terlalu besar risiko untuk rakyat. Dengan kelulusan lesen pra-operasi telah semalam bermakna jarum jam 'bom jangka' telah bergerak. Jangan sudah terhantuk baru terngadah!" kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut kenyataan AELB semalam, Lynas untuk dibenarkan memulakan operasi memproses nadir bumi di bawah pengawasan yang ketat daripada pihak berkuasa dan berdasarkan lima syarat lain yang mesti dipatuhi oleh Lynas.


1) pihak Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF);

2) pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan tanpa mengambil kira hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengkomersilan, pengkitaran dan penggunaan semula bahan residu.

3) pelan dan lokasi PDF perlu dikemuka dan diluluskan dalam tempoh masa lesen dan tidak melebihi 10 bulan daripada tarikh pengeluaran lesen TOL.

4) Lynas perlu mematuhi syarat jaminan kewangan dan membayar Kerajaan Malaysia sebanyak USD50 juta secara ansuran.

5) Lembaga berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen.

Namun begitu, kelulusan AELB itu dikira sebagai mengejutkan kerana sebelum ini ramai yang menghantar surat bantahan kepada AELB semasa membuka ruang untuk rakyat memberikan maklum balas terhadap paparan dokumen permohonan lesen sementara oleh Lynas.

"Apa makna ribuan bantahan rakyat dibuat, kalau kerajaan langsung tidak memikirkan bantahan tersebut?" soal Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS.

Pada masa yang sama, akhbar New York Times (NYT) semalam melaporkan bahawa kilang RM2.5 bilion itu mempunyai masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru berikutan pengunduran kontraktor utamanya dari Belanda, AkzoNobel dari projek tersebut.

AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan gentian fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan, telah dikatakan menarik diri akibat tidak yakin dengan rekabentuk tangki tersebut, yang dijangka akan menyebabkan kebocoran.

Ratusan tan nadir bumi dengan tahap pencemaran radioaktif yang rendah akan dicampurkan dalam tangki dengan asid yang amat menghakis pada suhu lebih daripada 90 darjah Celsius.

Hakisan pada suhu yang tinggi dikatakan ideal bagi asid membubarkan bijih galian. Walau bagaimanapun, kaedah ini dilaporkan tidak stabil.

Menurut NYT, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh pengerusi Lynas Corporation Nicholas Curtis.

"Penarikan diri kontraktor utama ini menimbulkan kebimbangan awam berhubung soal keselamatan dan kesihatan. Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar dan rakyat berhak mengetahuinya kerana kelulusan lesen sementara untuk syarikat ini beroperasi dengan lima syarat yang mesti dipenuhi; dilihat sebagai suatu keganjilan dan kesangsian," kata Tuan Ibrahim.

PAS, katanya turut mendesak kerajaan dan Lynas untuk menjelaskan kenapa firma AkzoNobel yang merupakan kontraktor utama dari Belanda menarik diri dari projek Lynas di Gebeng sedangkan ia adalah pembekal utama resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki pendinding konkrit.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Tuan Ibrahim menyeru rakyat menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang yang bertekad menghentikan operasi Lynas jika mendapat kuasa nanti.

"Nampaknya ini adalah jalan terakhir untuk kita bersama-sama menyelamatkan rakyat Kuantan, Gebeng dan sekitarnya daripada bom jangka Lynas yang telah dihidupkan ini," tegas beliau.

Harakah Daily

Kepala babi: Selangor prihatin tawar RM10,000

Posted: 01 Feb 2012 11:45 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menyumbang sebanyak RM10,000 kepada mana-mana pihak yang berjaya menjejaki dalang kepada insiden meletakkan kepala babi di hadapan pintu utama Masjid Nurul Iman di Rawang.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan mengharapkan semoga dengan sumbangan berbentuk wang tunai itu akan dapat menyelesaikan isu terbabit dengan kadar segera dan seterusnya akan mententeramkan kembali perasaan masyarakat setempat.

"Selain itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengecam insiden tersebut dan menyifatkan tindakan ini adalah tindakan orang yang 'singkat akal' dan tidak bertamadun," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tawaran Kerajaan Selangor mengenai ganjaran wang tunai RM10,000 kepada individu yang dapat memberikan maklumat hingga tertangkapnya pihak yang melakukan tindakan keji itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail ketika memberitahu media selepas mesyuarat mingguan Exco semalam berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu boleh menghubungi menerusi pusat khidmat pelanggan di talian 1800-888-2824 bagi menyalurkan maklumat.

Hasbullah berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mengharapkan semoga seluruh rakyat bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokasi itu.

Justeru, beliau meminta rakyat untuk terus bermunajat dan berdoa semoga tindakan provokasi itu akan dapat dihentikan dan pesalah-pesalah tersebut akan dihadapkan ke muka pengadilan.

harakahdaily/-

Kepala babi ditemui di luar masjid di Sentul pula

Posted: 01 Feb 2012 11:30 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Kepala babi ditemui pula di luar sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, menjadikannya kes kedua dalam tempoh kurang seminggu.

Menurut ahli parlimen Batu Tian Chua, kali ini kepala babi itu ditinggalkan di Masjid Hidayah Sentul, di kawasan parlimennya.

nurul izzah pc 050112 tian chua"Pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan kepala babi di luar Masjid Hidayat Sentul. Percaya cakap saya, sesiapa yang bermain dengan api ini, kita akan berikan mereka neraka!"

"Kepala babi (rupanya macam babi hutan) dan empat kaki dibungkus dalam plastik dan diletak di luar pagar," tulisnya di Twitter.

Ketika dihubungi, Chua berkata beliau sedang bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa masjid mengenai perkara itu dan akan mendedahkan lebih banyak butiran selepas mesyuarat berkenaan.

Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.

Polis sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

malaysiakini/-

NFC: SPRM perlu jelaskan e-mel 'unsur rasuah'

Posted: 01 Feb 2012 11:10 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA, 2 Feb: Jingga 13 hari ini mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi penjelasan dengan segera berhubung perkembangan laporan isu e-mel yang dihantar oleh Ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Megat Najmudin Megat Khas.

Kata Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa sewaktu menyerahkan memorandum kepada SPRM, laporan telah dibuat pada 12 Januari lepas berkaitan bukti e-mel bertarikh 31 Disember tahun lepas yang bertajuk "sekarang NFC adalah mangsa penipuan" sehingga sekarang tidak ada sebarang perkembangan.
Memorandum tersebut telah diterima oleh Penolong Kanan Penguasa SPRM, Azlin Mohd Ali pada jam 11.30 pagi di Ibu Pejabat SPRM di sini.
"Sehingga sekarang kami tidak mendapat apa-apa perkembangan dari laporan yang telah dibuat. Apa yang pasti jelas e-mel yang ditulis oleh Megat Najmuddin menunjukkan wujudnya unsur rasuah yang melibatkan Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

"Arahan rasuah itu jelas apabila Mohamad Salleh mengarahkan Datuk Samsulbahrin sebagai orang tengah bagi merasuah pihak polis sebanyak RM1.755 juta agar perkara itu ditutup," dakwa Fariz.

Tambahnya lagi, SPRM masih bersikap diam diri serta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi laporan tersebut dan ia seolah-olah wujud sikap pilih kasih dalam kes yang dikendalikan oleh SPRM.

"Kita melihat Samsulbahrin ditangkap dan sekarang berada di Penjara Sungai Buloh tetapi malangnya pelaku rasuah Mohamad Salleh masih bebas serta tidak didakwa langsung," dakwanya lagi.

Katanya, email yang dihantar oleh Megat Najmuddin perlu dipandang serius.
Ini, ujarnya memandangkan Najmuddin merupakan Ahli Lembaga Penasihat SPRM serta selari dengan laporan polis oleh Samsulbahrin pada 27 Januari lalu.
"Beliau mengaku bahawa terdapat arahan dari Mohamad Salleh agar beliau (Samsulbahrin) membayar pihak polis bagi menutup siasatan skandal NFC," katanya lagi di hadapan bangunan SPRM.

Fariz juga menyebut laporan SPRM juga telah dibuat oleh Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pada 31 Januari yang lepas mengenai perkara itu.

"Jingga 13 meneruskan tekad untuk terus menjadi pendesak dalam isu NFC yang tampak begitu bersungguh-sungguh cuba diselindungi oleh pihak-pihak tertentu.

"Justeru, Jingga 13 ingin mendapatkan kepastian tentang status siasatan yang sedang dilakukan oleh SPRM. Rakyat perlu tahu apakah perkembangannya kerana sudah diketahui umum ini semua adalah melibatkan wang rakyat.

"Jika Ketua Persuruhjaya SPRM tidak mampu dan tiada kredibiliti adalah lebih baik meletakkan jawatan agar dapat dilantik pengganti yang baru yang lebih tegas serta telus dalam melakukan siasatan tanpa takut tekanan pihak lain" sambungnya lagi.

Harakah Daily

Azizan: Saya tak boleh campur tangan isu Kuin

Posted: 01 Feb 2012 11:09 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 2 Jan: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (gambar) berkata pihaknya tidak boleh campurtangan dalam pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) berhubung penggantungan lima pelajarnya.

Menurutnya, pengurusan Kuin adalah satu badan bebas dan tidak wajar untuknya mempengaruhi sebarang keputusan yang dibuat kolej itu.

"(Pengurusan Kuin) sebagai satu badan bebas, apa keputusan dibuat selagi tak bercanggah dengan prinsip nyata biar mereka putuskan. Saya tak boleh campur tangan. Saya pun tak boleh cakap banyak kerana perkara ini telahpun dibawa ke mahkamah...bukan kami tetapi pelajar tu yang bawa ke mahkamah," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Kuin turut menegaskan tindakan yang dikenakan terhadap pelajar tersebut bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS).

"Mereka yang tak faham...tembak tak betul menyebabkan semua orang keliru dan pening kepala. Saya dah beri jawapan (undang-undang) IPTS lain daripada IPTA," katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata beliau telah menerangkan perkara itu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan telah mengarahkan setiausaha politiknya supaya ke Kuala Lumpur bersama dokumen berkenaan untuk menerangkannya lagi.

Lima pelajar universiti itu digantung pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asrama mereka di kediaman Ar-Razi, di sini.

Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini, manakala seorang lagi masih dalam penggantungan.

Harakah Daily

Konvoi Penerangan PAS jelajah seluruh negara

Posted: 01 Feb 2012 11:07 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Lajnah Penerangan PAS akan menjelajah seluruh negara menjelang pilihan raya umum ini dengan negeri-negeri Pantai Timur menjadi sasarannya yang pertama.

Dengan diketuai sendiri oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Konvoi Penerangan ini akan bermula di Kelantan pada 4 Februari ini.

Ia diikuti dengan Terengganu 5 Februari dan Pahang pada keesokannya iaitu pada 6 Februari.

Program utama pada setiap negeri adalah taklimat kepada jentera penerangan di negeri berkenaan. Melalui program ini semua jentera penerangan PAS negeri berkenaan akan dikumpulkan.

Taklimat ini akan dibuat sendiri oleh Tuan Ibrahim. Ia dipercayai akan menyelaraskan aktiviti penerangan di seluruh negara.

Selian itu, semua anggota konvoi yang turut disertai oleh keluarga masing-masing ini juga akan menyertai pelbagai program yang diatur di negeri berkenaan.

Antaranya kuliah subuh, sessi minum pagi dengan penduduk, program hi-tea, kuliah maghrib di samping ceramah di negeri berkenaan.

Semasa di Kelantan, program akan bermula seawal waktu Subuh dengan program Solat Subuh di Gua Musang.

Ia akan diberikan oleh dua pemimpin kanan lajnah ini iaitu Tuan Ibrahim dan Drs Khalil Idham Lim.

Kemuncak program di Kelantan adalah taklimat khas tertutup isu semasa oleh Tuan Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli.

Ia akan diadakan waktu tengahari di Madu, Machang.

Sebelum ini, Konvoi Penerangan menjelajah Sabah dan Sarawak di mana mereka telah menghabiskan selama lima hari di kedua-dua negeri berkenaan.

Harakah Daily

Pelajar bunuh diri kerana bosan hidup

Posted: 01 Feb 2012 11:00 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

ASHLEY menyiarkan gambar pistol pada laman Twitternya, tidak lama sebelum bunuh diri.

HOUSTON: Seorang pelajar popular membunuh diri selepas rayuannya kepada ratusan rakan online untuk mendapatkan bantuan tidak dihiraukan.

Pelajar sekolah menengah, Ashley Duncan, 17, menulis,: "Saya akhirnya memperoleh pistol" dan kemudian memuat naikkan gambar senjata itu. Pistol berkenaan dipercayai digunakannya untuk membunuh diri tidak lama kemudian.

Ia menyusuli beberapa siri tulisannya dalam Tumblr dan Twitter, tempat dia bercerita mengenai membunuh diri, mempersoalkan erti kehidupan dan berkata dia dalam keadaan sengsara.

Antara tulisannya berbunyi: "Kehidupan tidak ada harganya jika kamu tahu atau sudah tahu bagaimana rasanya ingin mati setiap saat, minit, jam, hari, minggu bulan dan tahun. Dengan itu, anda boleh merasai seperti saya. "Saya mungkin tidak perlu bergelut dengan masalah kewangan tetapi saya bergelut dengan emosi dan mental dan saya percaya ia pergelutan paling teruk.

"Jadi saya tertanya mengapa bukan menjadi pilihan saya untuk mati sekarang? Kehidupan saya sengsara.

"Satu hari nanti, saya tidak akan ada di sini lagi dan ia akan menjadi hari paling gembira dalam hidup saya. Saya bosan dengan kehidupan ini.

"Tuhan seolah-olah mendera saya dengan membiarkan saya hidup. Satu-satunya perkara yang membuat saya gembira sudah berlalu. Saya sengsara." 'Perkara' yang dirujuknya itu tidak jelas tetapi tulisannya sebelum ini membayangkan hubungan cintanya dengan seorang rakan terputus.

Dia menulis: "Saya kecewa. Saya tidak akan bergantung kepada orang lain untuk memulihkan hati saya. Ia sudah musnah." Ashley, pemain bola tampar berbakat dikatakan pelajar popular di Sekolah Menengah Bellaire sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Pershing kerana mahu menamatkan persekolahannya lebih awal.

Semalam, Ashley, yang selama ini dilihat sebagai remaja periang, berjalan ke persimpangan Braes Forest Drive dan Portal Drive dan menembak dirinya.

Rakannya di Bellaire berkata mereka menyangka tulisannya itu hanya jenaka.

"Saya tidak memberi tumpuan kerana dia sering bergurau. Saya tidak pernah menyangka dia serius," kata Theresa Sosa. - DM

Suruhanjaya selamatkan warisan Melayu P Pinang

Posted: 01 Feb 2012 10:59 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Kesedaran dan tindakan menyelamat Batu Uban bukan hanya bertumpu kepada isu penjualan tanah bertujuan merobah landskap setempat. Ia bukan hanya isu menghapuskan 'kecacatan' ruang 'kekampungan' demi membina bangunan-bangunan konkrit moden bagi menampung jumlah penduduk dan objektif-objektif komersial yang lain.

Isunya bukan hanya ke atas kawasan yang dikenalpasti sebagai Kampung Batu Uban sahaja. Malah, Batu Uban adalah simbol kepada sejarah dan warisan Melayu Pulau Pinang/Kedah.

Ia bukan sekadar Batu Uban, tetapi kepada semua penempatan Melayu di Pulau Pinang. Ini bukan soal menafikan hak kepada kaum lain. Ini soal menutut hak sendiri. Ini bukan hak ekonomi atau politik. Ini hak sejarah dan warisan.

Sejak berpuluh tahun lamanya, tanah-tanah Melayu tergadai di Pulau Pinang. Nama-nama Melayu pun kian terhakis. Apakah kita sanggup menggadaikan nama, sejarah dan warisan? Warisan adalah sama pentingnya dengan dimensi ekonomi dan politik.

Politik dan ekonomi Melayu Pulau Pinang sentiasa tenggelam dalam arus pasca kolonial. wacana kehidupan pun tidak dapat diwajahkan dengan sewajarnya. Melayu telah tewas dalam wacana Pulau Pinang, sedangkan jumlah penduduk Melayu di negeri itu bukanlah sedikit.

Kita telah lupa bahawa pada satu masa dulu, Pulau Pinang adalah pusat persuratan, kewartawanan dan penerbitan Melayu di Nusantara. Pulau Pinang merupakan pusat pemikiran dan penerbitan wacana Melayu-Islam sebelum Perang Dunia kedua.

Apakah kita sanggup melenyapkan keupayaan dan genius Melayu di Pulau Pinang? Apakah tewas dan tiada lagi khudrat dan iltizam menyelamatkan sejarah dan warisan Melayu-Islam di Pulau Pinang?

Pulau Pinang bukan hanya geografi yang merangkumi pulau dan Seberang Perai. Ia ada sejarah, ia ada identiti, ia ada personaliti. Ia ada pengalaman dan asal usul. Sejarah dan warisan sama pentingnya dengan makan dan minuman.

Jika satu lapisan sejarah terhakis, maka nama-nama tempat pun akan terhakis. Apakah kita sanggup membiarkan nama-nama asal dan awal di Pulau Pinang juga dipinggirkan dan seterusnya lenyap dari pendengaran dan ingatan?

Apakah kita hendak sebuah Singapura bermaharajalela di utara semenanjung Tanah Melayu?

Di sini saya cadangkan beberapa langkah bagi mengatasi masalah kehilangan sejarah ini. Ia bukan sekadar satu inisiatif, tetapi juga satu tindakan yang mesti dipenuhi oleh semua pihak berwajib.

(1) Satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan khusus mengatasi masalah warisan Melayu di Pulau Pinang. Suruhanjaya ini hendaklah mengkaji dan meneliti apa yang telah berlaku dan bagaimana peminggiran dan penghakisan warisan Melayu telah terjadi.

(2) Pihak berwajib mesti menubuhkan satu bank tanah. Bank tanah itu hendaklah sebuah institusi dan organisasi rasmi yang dikendalikan oleh satu satu atau kedua-dua pihak negeri dan persekutuan. Institusi ini berfungsi untuk jangka panjang dalam mengendali jual beli tanah milik Melayu, termasuk membeli balik tanah-tanah Melayu yang terjual.

(3) Seorang Pesuruhjaya Warisan Melayu khusus untuk Pulau Pinang di wujudkan. Fungsi Pesuruhjaya itu ialah mengenalpasti, menilai kawasan-kawasan yang mempunyai nilai sejarah dan warisan, dan memulihara kawasan-kawasan itu.

(4) Institusi pendidikan dan perdagangan dan GLC Melayu mesti menggembeling tenaga mengekalkan ruang-ruang warisan yang ada di Pulau dan di Sebarang Perai. Sebagai contoh, pendudukan di kawasan Lebuh Acheh-Armenian.

(5) Pihak berwajib yang sedia ada dan boleh ditubuhkan mengkaji semua penamaan ruang, jalan dan tempat di Pulau Pinang. Nama ruang, jalan dan tempat janganlah diluluskan dengan sewenangnya-wenangnya. Apakah nama dan penamaan tidak penting? Apakah nama 'Tanjung Pinang' itu, bersebalahan Tanjong To'kong, bertujuan menghakiskan nama asal tempat itu. Kita perlu ingat, nama tempat berupaya mentakrif dan mempengaruhi sejarah masa depan.

(6) Wartakan Batu Uban dengan mewujudkan zon warisan. Susun semula penempatan di Batu Uban. Jangan bina apa-apa muzium di situ. Apakah orang Melayu di Pulau Pinang mesti dimuziumkan seperti begitu? Sebaliknya, wujudkan rumah tersusun, kompleks sejarah dan warisan bagi menandakan penempatan Melayu pertama di Pulau tersebut – 1700an. Rujuk kepada lakaran peta Inggeris 1763.

(7) Jadikan Batu Uban sebagai pusat maklumat sejarah dan warisan hidup Pulau Pinang dan hubungannya dengan pelabuhan Batu Bara di Sumatera Utara. Batu Uban mempunyai perhubungan yang akrab dengan Batu Bara bermula awal 1700an lagi. Jadikan Batu Uban itu bandar kembar Batu Bara. Salah satu tindakan lanjut ialah wujudkan berhubungan feri antara Batu Uban dan Batu Bara. Batu Uban juga mempunyai hubungan dengan Kampung Bodi (Buadi) di Payakumbuh, Sumatera Barat. Haji Muhammad Salleh@Nakhoda nan Intan dan Dato' Jenaton berangkat dari Payakumbuh, ke Batu Bara dan kemudian ke Batu Uban.

(8) Dengan itu perancangan Batu Uban dan juga tempat seperti Tanjung To'kong, dan beberapa buah kawasan lagi di Tanjung dan Air Itam hendaklah mengambil kira isu pemuliharaan tempat dan penduduk. Jika Melaka dapat lakukannya, mengapa tidak Pulau Pinang? Dan sekali lagi, wujudkan institusi dan bidang kuasa yang relevan dan berkesan.

(9) Apakah wujudnya senibina dan landskap Melayu Pulau Pinang? Ciri-ciri dan bentuk rumah-rumah Melayu Pulau Pinang/Kedah yang wujud hendaklah diperkasakan. Ruang penempatan Melayu dalam sejarah mesti dirancangkan dengan sewajarnya pada zaman ini. Apa yang selalu terserlah ialah senibina Melayu-kolonial rumah-rumah Jawi Peranakan di Tanjung. Akan tetapi terdapat juga keaslian senibina rumah-rumah Melayu di kawasan-kawasan seperti di Air Itam, Gelugor, Bayan Lepas dan Balik Pulau. Dan kita mesti ingat, Pualu Pinang adalah satu wilayah Kesultanan Kedah. Sumbernya di Kedah. Mengapa ini tidak ditonjolkan oleh para perancang tempatan?

(10) Salah satu fungsi kritikal pejabat Pesuruhanjaya Warisan Melayu Pulau Pinang ialah menukar nama-nama yang penting lalu berusaha mewartawakannya, seperti Tanjung (mengganti Georgetown) dan Seberang Perai (mengganti Province Wellesley), serta juga nama Butterworth. Jika kita serius dalam mengekalkan dan memperkasakan sejarah, nama-nama jalan/ruang/tempat pada masa depan di Pulau Pinang mesti mewajahkan ciri-ciri sejarah dan warisan. Melayu.

(11) Pameran dan penceritaan sejarah dan warisan Pulau Pinang di Muzium Negeri Pulau Pinang hendaklah dirombak dan di wajahkan dengan sewajarnya.

(12) Mengkaji semula dokumen yang diserahkan kepada UNSECO bagi mendapat status tapak warisan. Budaya dan sejarah Pulau Pinang telah disalah tafsir dan tidak diwajahkan dengan sewajarnya. Apa yang diceritakan adalah satu penganiayaan penafian hak warisan, kewujudan dan sejarah.

Saya menggesa Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan warisan dan sejarah negeri Pulau Pinang dan Kedah dalam hal ini dengan inisiatif dan tindakan konkrit jangka panjang dengan telus, tulus dan ikhlas.

Ini bukan hanya masalah warisan dan sejarah Pulau Pinang, tetapi masa depan warisan dan sejarah negara. Apakah kita mahu menggadai 'permata mutiara' di depan mata kita – yang bukan sekadar pulau dan tempat, tetapi pengalaman warisan dan identiti?

Ketidakadilan dimensi warisan adalah sama beratnya dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah, kerana ia menafikan hak dan menindas identiti.

Jika langkah-langkah seperti diatas tidak dilakukan, maka Melayu dan wajah Melayu Pulau Pinang akan menjadi satu mitos, yang anihnya lahir dari peneroka awal dan keturunan yang wujud asal-usulnya, roh dan jasadnya, identiti dan personalitinya.

Harakah Daily

Guna taktik bawa bayi, kanak-kanak

Posted: 01 Feb 2012 10:54 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM – Peminta sedekah warga asing dikesan menggunakan taktik membawa bayi atau kanak-kanak ke lokasi tumpuan orang ramai bagi meraih simpati.

Presiden Kelab Harmoni Selangor (KHS), Dr V Sunder berkata, beliau percaya peminta sedekah berkenaan adalah ahli sindiket yang bergiat aktif sekitar Shah Alam, Klang dan Pelabuhan Klang.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil tindakan tegas bagi menangani masalah itu yang dilihat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

"Saya menjumpai seorang gadis ketika menghadiri majlis yang dihadiri oleh pemimpin negara baru-baru ini dan agak mengejutkan, gadis itu baru berusia 19 tahun berasal dari Myanmar.

"Apabila didesak, dia mengakui dihantar oleh seseorang yang berpangkalan di Klang untuk menjadikan Shah Alam sebagai lubuk rezeki memandangkan hasil yang diterima lumayan terutama pada hari cuti umum," katanya.

Beliau berkata, gadis berkenaan turut mengakui, diberi jadual mengikut giliran untuk berubah lokasi dan menggunakan taktik berlainan termasuk membawa gambar orang kurang upaya (OKU) ke setiap kenderaan di kawasan lampu isyarat yang ditetapkan bagi meraih simpati.

Jelasnya, sindiket sama juga dipercayai aktif di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja Uda menghala Pelabuhan Klang, Jalan Batu Tiga dan Jalan Meru.

"Imej setempat pasti terjejas jika ia tidak dibanteras, pada masa sama memberi gambaran tidak elok terutama kepada pelancong dari luar yang pertama kali datang ke sini," katanya.

Sunder menunjukkan gambar peminta sedekah membawa bayi untuk meraih simpati orang ramai yang sempat dirakamkan sekitar Shah Alam.

Agency

Ditemui hanya berseluar dalam

Posted: 01 Feb 2012 10:51 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MUAR – "Saya jerit minta tolong tetapi tidak disedari rakan lain dan bot semakin jauh meninggalkan saya."

Demikian luah seorang nelayan warga Indonesia yang terpaksa bergadai nyawa selama 17 jam dalam laut selepas terjatuh dari bot yang dinaiki ketika menangkap ikan di perairan antarabangsa pada 30 Januari lalu.

Beni Kassim, 25, berkata, dia bernasib baik selepas diselamatkan nelayan tempatan di perairan antarabangsa kira-kira 12 batu nautika dari Sungai Sarang Buaya, Parit Jawa, di sini, kelmarin.

Dia yang berasal dari Kampung Baran, Tanjung Balai hanya berpaut pada tong air sepanjang tempoh 17 jam itu bagi mengelakkannya lemas.

"Saya keluar bersama empat lagi rakan dari Tanjung Balai pada Ahad lalu untuk menangkap ikan di perairan berkenaan pada kira-kira jam 10 pagi, kelmarin (30 Januari).

"Tetapi apabila tiba di tengah laut pada kira-kira jam 10 pagi, saya sakit perut dan mengambil keputusan untuk membuang air besar di belakang bot," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia membawa bersama tong bekas air ke belakang bot dan secara tiba-tiba bot bergoyang kerana dilambung ombak dan saya tergelincir lalu terjatuh ke laut.

"Saya terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa hanya berpaut pada tong berkenaan sambil berharap ada nelayan yang melalui kawasan ini.

"Setelah 17 jam berada di laut badan saya menjadi lemah dan bersyukur diselamatkan dua nelayan tempatan yang kebetulan berada berhampiran tempat saya ditemui," katanya.

Nelayan yang menemuinya, Marhasan Maion, 60, berkata, dia terdengar suara meminta tolong ketika menangkap ikan bersama seorang rakannya kira-kira jam 3 pagi, kelmarin.

"Saya segera memasang lampu dan melihat seorang lelaki sedang berpaut pada tong berkenaan dalam keadaan lemah dengan hanya memakai seluar dalam.

"Kami menghampiri mangsa dan membawanya ke Jeti Nelayan Sungai Sarang Buaya sebelum membuat laporan polis," katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan penemuan mangsa pada kira-kira jam 8 pagi semalam.

"Kami menghantarnya bagi menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF)," katanya.

Sinar Harian

2 lelaki ditahan bantu siasatan sebar berita kematian KPN

Posted: 01 Feb 2012 10:48 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SUNGAI BULOH - Polis menahan dua lelaki masing-masing di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak semalam bagi membantu siasatan penyebaran berita palsu melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar meninggal dunia dalam rangka lawatan kerja di London.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, dua lelaki itu dibebaskan selepas dirakam percakapan.

"Kita rampas telefon bimbit milik mereka yang berumur lingkungan 30-an. Selepas berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan, kita melepaskan mereka, semalam," katanya pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Pemandu Berhemah Sempena Ops Sikap ke 25 di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Restoran Jejantas, Sungai Buloh, hari ini.

Beliau berkata, polis kini sedang memburu individu pertama yang memulakan penyebaran SMS tersebut.

"Jangan anggap ini sebagai gurauan. Jika mahu bergurau biarlah bertempat. Ini merupakan satu bentuk fitnah dan membuat berita paslu. Kita akan ambil tindakan sepatutnya bagi memberi kesedaran kepada masyarakat," katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan, anak KPN, Muhammad Amsyari, 30, menafikan berita kematian ayahnya sambil menyelar perbuatan individu tidak bertanggungjawab tersebut.

Pusat Media Bukit Aman melalui kenyataan medianya juga menafikan SMS palsu yang mula disebarkan pada awal pagi, Isnin lalu.

Dalam pada itu, Khalid berkata, polis turut melakukan pemantauan terhadap media sosial bagi memastikan gejala menyebarkan berita fitnah dan ugutan tidak berlaku.

"Polis pandang berat penyalahgunaan media sosial yang sering membuat fitnah, tipu dan ugutan. Kita juga akan pantau komen yang memaki hamun orang," katanya.

Sinar Harian

Facebook jual saham

Posted: 01 Feb 2012 10:45 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Lapan tahun selepas penubuhannya, gergasi rangkaian sosial Facebook bakal mengemukakan permohonan tawaran awam bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka.

Menurut laporan media tempatan, Facebook yang mempunyai lebih 800 juta pengguna dijadualkan mengemukakan prospektus untuk tawaran awam awal (IPO) kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS seawal pagi semalam.

Berita berhubung permohonan IPO oleh Facebook didedahkan akhbar Wall Street Journal pada minggu lalu, lapor agensi berita AFP.

Menurut akhbar berkenaan, syarikat berpangkalan di Palo Alto, negeri California itu merancang mengumpulkan sebanyak AS$10 bilion (RM30.4 bilion).

Namun, sasaran AS$10 bilion itu dikurangkan kepada hampir separuh dalam beberapa laporan baharu yang disiarkan kelmarin dalam akhbar The New York Times dan International Financing Review.

Namun, Facebook yang diterajui bilionair muda, Mark Zuckerberg tidak mendedahkan bilangan saham atau senarai harga tawaran awam tersebut. - Agensi

Bangunan gergasi AS terdapat kecacatan

Posted: 01 Feb 2012 10:40 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

GAMBAR menunjukkan bangunan One World Trade Centre yang sedang dalam pembinaan di New York pada Isnin lalu. - AFP

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Agensi yang membina bangunan One World Trade Centre bagi menggantikan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) yang runtuh akibat serangan pengganas pada 11 September 2001 di sini menyatakan kelemahan dalam reka bentuk bangunan menyebabkan pihaknya terpaksa menampung kos tambahan berjumlah ratusan juta dolar, lapor agensi berita AP.

Pada Isnin lalu, akhbar Wall Street Journal melaporkan kos pembinaan bangunan One World Trade Center kini mencecah AS$3.8 (RM11.5 bilion), AS$700 juta (RM2.1 bilion) lebih tinggi berbanding anggaran asal pada 2008.

Agensi yang membina pencakar langit baharu berkenaan, Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey kelmarin memberitahu, dek pemunggahan barang di bawah One World Trade Center tidak dapat disiapkan mengikut jadual bagi membolehkan penyewa memindahkan peralatan mereka ke dalam menara setinggi 104 tingkat itu dan setinggi 541 meter.

Masalah itu berpunca daripada stesen sementara yang dibina untuk laluan bawah tanah Pihak Berkuasa Pelabuhan Trans Hudson.

Stesen sementara itu tidak dapat dirobohkan bagi membina dek pemunggahan itu sehingga stesen tetap Pihak Berkuasa Pelabuhan Trans Hudson siap dibina.

Namun, menurut Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, pihaknya yakin dapat menyiapkan One World Trade menjelang 2013.

Bangunan berkembar WTC runtuh selepas dua pesawat yang dirampas pengganas merempuh bangunan berkenaan sehingga mengakibatkan lebih 3,000 orang mati. - Agensi

Pejabat PM Pakistan terima kiriman mengandungi anthrax

Posted: 01 Feb 2012 10:30 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

ISLAMABAD 2 Feb. – Sebuah bungkusan yang dikirimkan ke pejabat Perdana Menteri Pakistan pada Oktober lalu disahkan mengandungi sejumlah kecil spora anthrax yang boleh mengundang maut.

Jurucakap Perdana Menteri Yusuf Raza Gilani, Akram Shahidi semalam berkata, pasukan keselamatan mula mengesyaki sesuatu terhadap bungkusan tersebut. Selepas ujian makmal dilakukan, ia disahkan mengandungi anthrax.

Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan dan bungkusan itu dikirimkan dari bandar Jamshoho, selatan Pakistan. - REUTERS

Kelebihan Berselawat

Posted: 01 Feb 2012 08:00 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa, tetapi dia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga:

Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulakan dengan mengucapkan puji-pujian kepada Allah, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. (HR Abu Dawud dan Termidzi)

Nabi saw. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata:

Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (al-Ahzab:56)

tazkirah/-

Dua pelancong asing sedang belayar diculik di Filipina

Posted: 01 Feb 2012 07:40 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MANILA 2 Feb. – Sekumpulan penculik bersenjata menculik dua pelancong dari Belanda dan Switzerland bersama seorang pemandu pelancong tempatan yang sedang belayar dalam sebuah bot pelancong selepas melakukan lawatan selama 14 hari di pulau selatan negara ini.

Gabenor Pulau Tawi-Tawi, Sadikul Sahali hari ini berkata, lima lelaki yang membawa pistol, rifel dan pelancar peledak merampas bot tersebut dan mengarahkan mereka yang berada di dalamnya iaitu seorang anggota polis, seorang anggota majlis dan pengemudi kapal supaya keluar dari bot.

Penculik kemudian melarikan tawanan mereka iaitu, Elwold Horn, 52, dari Belanda dan Lorenzo Vinciguerra, 47, dari Switzerland bersama seorang pemandu pelancong tempatan. - REUTERS

‘Aku bunuh anak kau’

Posted: 01 Feb 2012 07:30 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke PPUM, semalam.

SERDANG: "Aku sudah bunuh anak kamu dua hari lalu, balik sekarang untuk jengguk dia," kata seorang wanita berusia 57 tahun kepada anaknya selepas membunuh cucu perempuannya berusia 10 tahun dalam kejadian di Apartmen Koi Legian, Taman Kandan Baru, dekat Puchong, di sini, semalam.

Wanita terbabit menghubungi anak lelakinya jam 9.30 pagi selepas membunuh cucunya, Pow Mei Shuang, 10, dengan menekup bantal ke muka kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, bapa mangsa yang berusia 31 tahun gagal masuk ke dalam rumah kerana pintu utama dikunci dari dalam lalu meminta bantuan polis.

Sebaik polis memecah pintu, bapa mangsa terkejut melihat anak perempuannya terbaring kaku di atas katil di bilik utama di tingkat lapan manakala ibunya pula cuba membunuh diri dengan mengerat jari manis tangan kiri dengan pisau pemotong daging sebelum cuba terjun dari tingkap bilik.

Wanita terbabit yang tinggal bersama mangsa, bapa mangsa dan dua cucu lain mengalami kemurungan selepas menghadapi masalah kemerosotan perniagaan restorannya di Jalan Klang Lama.

METRO/-

Radiasi punca misi ke angkasa gagal

Posted: 01 Feb 2012 07:30 PM PST

9 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MOSCOW: Ketua Agensi Angkasa Lepas Russia (Roscosmos), Vladimir Popovkin, berkata kegagalan kapal angkasa lepas tanpa pemandu Phobos-Ground dalam misinya menuju ke Phobos, satu daripada bulan di planet Marikh, berkemungkinan disebabkan 'pengaruh partikel angkasa lepas yang dipenuhi radiasi.'

"Dua unit sistem komputer di dalam Phobos-Ground bertukar kepada mod 'hidupkan semula' yang menjimatkan tenaga dan ia jelas akibat radiasi," katanya.
Popovkin berkata, kelmarin bahawa radiasi kosmik mungkin menjadi punca kegagalan kapal angkasa itu menuju ke Phobos, lalu terhempas ke bumi bulan ini, dan mendakwa bahawa komponen import kualiti rendah mungkin terdedah kepada radiasi.

Popovkin juga berkata, sebuah kapal angkasa yang dikemudi untuk dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) ditunda sejak 30 Mac lalu kerana kecacatan ditemui dalam kapsul Soyuz.

Kenyataan itu menggariskan pelbagai masalah yang menjejaskan program angkasa lepas yang dibanggakan negara itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk kemalangan Ogos lalu sebuah kapal bekalan untuk stesen angkasa lepas dan bulan lalu kemalangan sebuah satelit komunikasi.

Sejak tamatnya program kapal angkasa lepas Amerika Syarikat tahun lalu, kapal Russia hanyalah satu-satunya cara menghantar krew masuk dan keluar dari ISS.

Phobos-Ground dilancarkan ke Phobos, bagi mengambil sampel tanah dan membawanya pulang. Namun ia terkandas dalam orbit bumi sejurus dilancarkan 9 November lalu.
Agensi berita Russia, Ria Novosti melaporkan pada 24 November bahawa misi itu diumumkan gagal berikutan kapal angkasa terbabit tidak lagi boleh dihantar ke Marikh.

Ia jatuh dari orbit pada 15 Januari lalu, dilaporkan di luar pantai Chile, namun tiada serpihan ditemui.

Misi penghantaran dibangunkan Roscosmos, dan dibangunan oleh NPO Lavochkin bersama Institut Penyelidikan Angkasa Lepas Russia.

Kapal itu adalah yang pertama dilancarkan ke Phobos selepas kegagalan projek penghantaran kapal angkasa ke Marikh pada 1996 yang dikenali sebagai Mars 96.
Kegagalan kali ini dianggap memalukan Russia dan Popovkin pada awalnya menyatakan ia mungkin akibat sabotaj pihak asing.

Namun kelmarin, beliau berkata, dalam satu ucapan bahawa siasatan menunjukkan punca mungkin adalah 'pengaruh tempatan partikel angkasa lepas yang dicemari radiasi.' – Agensi

Peghelih La...

Posted: 01 Feb 2012 11:29 PM PST

Peghelih La...


Mesyuarat agung khas halang penyenaraian FGVH

Posted: 01 Feb 2012 12:27 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memanggil mesyuarat agung khas dengan persetujuan perwakilan atau pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia.Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, akan menuntut mesyuarat agung tersebut menggunakan peruntukan fasal 29 (1) Undang-undang Kecil KPF.

Menurut Undang-undang Kecil KPF, Lembaga pada bila-bila masa boleh, dan apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus perwakilan mengikut mana yang kurang hendaklah memanggil suatu mesyuarat agung perwakilan khas mengikut subseksyen 40 (1) Akta.

"Kita telah mendapat penjelasan oleh KPF tentang peruntukan fasal 29 ini dan mereka kata boleh buat EGM berasingan atas tuntutan yang berbeza.

"Maksudnya satu pihak nak buat EGM untuk luluskan penyenaraian (FGVH ke Bursa Saham), kita pula boleh buat satu lagi EGM untuk menentang penyenaraian dan kita dah bincang dengan peguam," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Mazlan berkata, pihaknya mendapat maklumat, Mesyuarat Agung KPF akan diadakan pada 22 Februari ini dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Mazlan berkata, Anak akan bekerjasama dengan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) untuk mendapatkan sokongan perwakilan mengadakan mesyuarat agung menntang penyenaraian sebaik sahaja menerima notis panggilan mesyuarat agung KPF.

"Kita tidak menolak kemungkinan, kita akan gerakkan satu kekuatan untuk mendapatkan senarai daripada pemegang-pemegang saham terutama bagi mereka yang menentang usaha penyenaraian FGVH ini," katanya.

Beliau juga yakin kumpulan yang menentang penyenaraian FGVH lebih besar daripada kumpulan yang meyokong usaha itu.

"Saya berkeyakinan kumpulan yang menentang (penyenaraian) lebih besar daripada kumpulan yang menyokong penyenaraian.

"Tidak mudah untuk kerajaan melakukan penyenaraian ini," tegasnya

PAS buktikan ia 'parti celik budaya'

Posted: 01 Feb 2012 01:13 AM PST

Petikan Malaysiakini

.....Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata ini bukan kali pertama parti Islam itu menjemput "singa hijau" memeriahkan majlis mereka.

Menurutnya, sejak dua atau tiga tahun lalu, PAS sebenarnya telah menampilkan persembahan tarian singa di jamuan makannya di Arau dan Sanglang.

Bagaimanapun, beliau berkata ini kali pertama parti itu mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina dengan menjemput "singa hijau" untuk memeriahkan majlis itu di ibu pejabatnya pada 29 Jan lalu.

Melayu terhibur

Difahamkan bahawa singa hijau itu dijemput dari sebuah kelab sukan di Kedah.

Apabila ditanya mengapa PAS mengadakan persembahan tarian singa, Hashim menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak kerajaan PAS Kelantan yang sentiasa mengalakkan persembahan kebudayaan berbilang kaum.

"Bukan sahaja Cina, orang Melayu juga terhibur dengan persembahan tarian singa. Ia amat menarik."

Ditanya sama ada tindakan itu, cubaan PAS untuk meraih sokongan masyarakat Cina, Hashim berkata terpulang kepada rakyat untuk

menilai bagaimana parti Islam itu berinteraksi dengan masyarkat berlainan agama dan kaum.

Ini katanya, jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh PAS akan "memotong tangan dan kaki orang Cina" apabila mereka berkuasa nanti.

BERITA PENUH DI SINI >>

Salam Perjuangan

Posted: 01 Feb 2012 11:15 PM PST

Salam Perjuangan


PAS KONSISTEN BANTAH LYNAS

Posted: 01 Feb 2012 03:03 AM PST

8 Rabi'ul Awal 1433 H | 1 February 2012
PAS menyelar kenyataan Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis yang mendakwa bahawa PAS menyokong kilang Lynas, dan isu tersebut hanya merupakan pandangan sebelah pihak dari Fuziah dan PKR sahaja.

Dakwaan tersebut berniat jahat untuk memesongkan fokus rakyat berkenaan isu sebenar yang timbul berikutan pembinaan kilang kontroversi tersebut dan berniat untuk memecah-belahkan penentangan rakyat terhadap operasi mereka.

Perjuangan menentang pembinaan dan pengoperasian kilang tersebut adalah perjuangan semua golongan rakyat yang prihatin tanpa mengira kaum, agama dan bangsa demi memelihara alam sekitar dan masa depan generasi akan datang.

Malangnya sebahagian besar masyarakat Melayu disekat dari mendapat maklumat yang telus dan terbuka. Tidak sebagaimana masyarakat Cina yang bebas menilai maklumat dan membuat penilitian berdasarkan ilmu dan akal yang waras selepas menilai pelbagai kemungkinan dan kesan yang akan timbul kelak. Maklumat yang disampaikan kepada kebanyakan rakyat terutamanya orang Melayu lebih berbentuk satu hala dan lebih kepada momokan yang memburukkan mereka yang menentang kilang tersebut.

PAS adalah konsisten melalui dan tidak pernah berganjak dari pendirian awal menentang projek tersebut. Usul yang di bawa oleh Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota disokong sebulat suara lalu dipanjangkan kepada Muktamar PAS Kawasan Indera Mahkota yang juga disokong secara konsensus. Usul ini kemudiannya dipanjangkan ke peringkat PAS negeri Pahang dan seterusnya diluluskan dalam Muktamar PAS Pusat.

PAS Indera Mahkota seterusnya menubuhkan Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR) bagi menyelaraskan aktiviti dan gerak kerja mewakili parti bagi menentang projek tersebut dan BADAR kini merupakan organ parti yang bernaung di bawah Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.

Tuan Guru Presiden PAS telah menyerahkan mandat PAS kepada Lajnah Alam Sekitar di bawah pimpinan Haji Zulkefly Mohamad Omar untuk bersama-sama dengan penduduk Pahang menentang projek ini.

Kehadiran dan sokongan dua tokoh utama PAS iaitu Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis makan malam  Perdana bagi mengutip dana untuk tindakan mahkamah ke atas Lynas pada 7hb Januari 2012 yang lalu satu lagi isyarat jelas pendirian kepimpinan utama PAS terhadap isu Lynas.

Penglibatan segelintir ahli dan penyokong yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung adalah atas dasar peribadi dan tiada kena mengena dengan dasar dan pendirian PAS. Justeru itu, tidak timbul isu PAS menyokong Lynas sebagaimana yang di putar-belitkan oleh Curtis dan golongan-golongan yang berkepentingan dalam projek tersebut.

Pendirian Curtis bahawa pelabur asing tidak akan datang ke Malaysia sekiranya pembangkang membatalkan projek ini apabila berkuasa nanti adalah sama sekali tidak berasas. Saya bersetuju dengan kata-kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh bahawa sebaliknya pelabur asing mana yang sanggup datang ke Kuantan yang bakal dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi kerana radiasi kilang Lynas tersebut.

Sebaliknya Curtis perlu menjawab dengan jujur mengapa kontraktor AkzoNobel yang membekalkan resins untuk pembinaan kilangnya di Gebeng seperti yang didedahkan New York Times. Bagaimana pula masalah kelembapan yang dibangkit AkzoNobel yang menjadi sebab penarikan kontraktor tersebut dalam pembinaan tangki pemprosesan nadir bumi, yang dikatakan tidak stabil dan bakal berlaku kebocoran dan menyebabkan pencemaran?

PAS tegas dengan keputusannya dan berjanji akan menghalang kilang Lynas habis-habisan. Sekiranya kita diberi kuasa memerintah kelak, PAS berjanji akan memansuhkan operasi kilang ini dengan serta merta.

Seperti kata Murshidul Am, rakyat boleh membantu untuk menghentikan kilang Lynas dengan mudah – Buang BN, Ambil PR!

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 01 Feb 2012 09:30 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Gabungan Artis, Penyajak & Pemidato : Menyusuri Derita Bangsa

Posted: 01 Feb 2012 04:56 PM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 01 Feb 2012 09:22 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Peniaga pekan Bahau resah bau sampah

Posted: 01 Feb 2012 06:03 PM PST



Sampah sarap berlonggok serta berbau sehingga mencemarkan pemandangan berhampiran perhentian bas Bahau, baru-baru ini.

JEMPOL 1 Feb. 2012 - Bau busuk dan keadaan kurang menyenangkan sudah menjadi sajian biasa bagi penduduk sekitar pekan Bahau dekat sini berikutan timbunan sampah di tepi jalan dekat sini.

Mana tidaknya, timbunan sampah tidak terurus ditambah lagi dengan sikap segelintir pihak untuk mencari jalan mudah membuang sampah, bukan sahaja memburukkan keadaan sekali gus memberi tanggapan negatif terhadap pekan utama daerah ini.

Bagi seorang penduduk, Lim Boon Hiong, 25, masalah itu telah berlarutan sejak setahun lalu namun masih tiada jalan penyelesaian.

''Sudahlah busuk, sampah pula bersepah-sepah di tepi jalan. Bayangkan bau busuk itu juga dapat dihidu walaupun berada di dalam kenderaan.

''Senario itu sudah pastinya mencemarkan imej pekan ini apatah lagi ramai orang luar datang ke Bahau dengan menggunakan perkhidmatan bas. Turun sahaja di perhentian, mereka akan di sajikan dengan pemandangan kotor," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Phung Er Cheng, 54, pula mempersoalkan sikap segelintir peniaga yang seolah-olah mengambil mudah dengan membuang sampah sesuka hati di tempat larangan.

''Saya sudah menetap di sini sejak sekian lama, dulu tempat ini cantik dan banyak kemudahan yang disediakan. Namun sekarang dengan keadaan seperti ini sudah tentu ia memalukan warga pekan ini," katanya.

Er Cheng meminta supaya pihak berkuasa tempatan untuk memperbanyakkan kempen kesedaran tentang bahayanya hidup dalam persekitaran yang kotor bagi menjana kesedaran orang ramai mengenainya.

''Malah cara yang lebih baik adalah menyediakan lebih banyak tong sampah berskala besar bagi membolehkan para peniaga membuang sampah di tempat yang disediakan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

DPP PADANG TERAP

Posted: 01 Feb 2012 09:13 PM PST

DPP PADANG TERAP


Jamuan Makan Malam Dana Perjuangan Pada Malam Ini.

Posted: 01 Feb 2012 08:37 PM PST




Geng Umno keluar Parti

Posted: 01 Feb 2012 07:48 AM PST

Pengisytiharan keluar parti oleh puluhan ahli Umno di Kg. Bukit Nyamuk sebentar tadi. Mereka yang keluar daripada parti Umno dan menyertai parti PKR dengan menyerahkan borang kemasukan parti PKR kepada Ketua PKR cabang Padang Terap, Ir Zamri Bin Yusof. Turut serta dalam majlis ini ialah Yb Ust Nasir bin Zakaria, ahli Parlimen Padang Terap, pimpinan Pas dan PKR Padang Terap.

PAS KDAS 3

Posted: 01 Feb 2012 09:11 PM PST

PAS KDAS 3


LAGI KEPALA BABI DILETAKKAN KAT MASJID

Posted: 01 Feb 2012 06:07 AM PST

Lagi berita yang menggemparkan telah berlaku kat Negeri Selangor. Kes yang sama macam dulu kini berulang lagi. Agak2 sapa la yang letak kat Masjid tu, mesti orang yang sama yang letak dulu kat masjid juga. Orang yang letak tu memang BABI la. Nak provokasi kerajaan Negeri la tu, kononnya bila hassan ali tak jadi exco Agama kes kepala babi terjadi kat selangor, 

 (Gambar: Polis membawa keluar kepala babi yang diletak atas alas kaki masjid Nurul Iman, Rawang)
Rakyat pastinya sudah menjangkakan perkara yang sama macam dulu pasti berulang lagi dan dalangnya sudah tentu orang yang sama, eh silap la, bukan orang Tapi BABi yang sama yang letak, Perangai yang macam nie tak boleh nak panggil orang dah, kita kena panggil dia bABi je...Ingat orang nak terpengaruh dengan dakwaan yang mengatakan ini kerja orang DAP la nie..Rakyat dah paham dan sedia maklum yang ini semua adalah Provokasi semata-mata.
Jangan la ada pihak nak main isu api perkauman disaat rakyat sudah boleh bersatu dibawah Pakatan Rakyat. Semoga pihak yang melakukan Kesalahan nie akan dibalas akan perbuatan nya oleh Allah swt dengan balasan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan. Kepada semua, saya menyeru kepada semua, jika yang melakukan perkara ini orang bukan Islam mari kita sama-sama berdoa semoga ia mendapat Hidayah dari Allah dan jika yang buat kerja jijik nie orang Islam yang jahil tentang agama dan ingin membuat provokasi kita doakan semoaga diberi kesempatan oleh Allah untuk dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. 

Siti Zailah | Home

Posted: 01 Feb 2012 03:27 PM PST

Siti Zailah | Home


Aktiviti YB pada 30/01/12

Posted: 31 Jan 2012 05:14 PM PST



 KakLah merasmikan Ijtima' Pilihanraya DMP
Kawasan Pasir Mas pada pukul 4.00 petang.
 



 Menyampaikan tazkirah maghrib di Madrasah
Kuin Merah dalam DUN Gual Periok.


Ziarah rakyat yang uzur dan sakit dalam
mukim Kuin Merah bersama penghulu dan isterinya.

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 01 Feb 2012 03:14 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


CERAMAH UMUM DI KG. BARU, KEMASIK

Posted: 01 Feb 2012 03:10 AM PST

CERAMAH UMUM DI KG. PENGKALAN RANGGON, KERTEH

Posted: 01 Feb 2012 03:08 AM PST

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 01 Feb 2012 03:06 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


2 BUDAK BAIK MULUT BAU TAIK ?

Posted: 31 Jan 2012 10:01 PM PST

Teringat cerita Sarjan Hasan yang kisahkan tentang semasa kecil budak yang bernama Hasan ini selalu dibuli sepupunya tapi tidak pernah balas dendam .Kebetulan dalam bahasa arab 'hasan' bermakna baik.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.

Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.
"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaai Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.

Oleh sebab itulah rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.

Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."

Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguat kuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuat kuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.

"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahnyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.

SEKILAS KES YANG SAMA, RAKYAT DAH TAU SKRIP LAMA!

Posted: 31 Jan 2012 04:51 PM PST


Kisah kepala babi di Masjid Nurul Iman
Komen Teman : Kes kepala babi di masjid rakyat dah tahu sapa buat ? Kes video Anwar terus berulang..sapa buat? Kes liwat berulang..sapa yang malang. Kes Bangunan runtuh selepas siap ..sapa buat? Kes fitnah oleh akhbar sapa yang berulang sapa di belakang?

Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.

Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid.Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.

Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.

"Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah," katanya.

Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.Tindakan provokatif Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.

Liu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang.

Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka. kredit BRIGED MP SEGAMBUT & dll



Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 01 Feb 2012 11:05 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


05 Februari 2012

Posted: 31 Jan 2012 04:17 PM PST

04 Februari 2012

Posted: 31 Jan 2012 04:17 PM PST

03 Februari 201

Posted: 31 Jan 2012 04:16 PM PST

PAS Kelantan imbau detik cemas 1978

Posted: 31 Jan 2012 04:13 PM PST

KOTA BHARU, 31 Jan: Mungkin tidak ramai mengetahui detik kejatuhan kerajaan PAS Kelantan pada 1978 kerana pengisytiharan darurat ekoran krisis politik yang berlaku pada 1977.

Bermula dari situlah politik darurat dilakukan pemimpin Umno tanpa mengadakan rundingan dengan kerajaan PAS.

Ekoran itu pada 13 Disember 1977 PAS disingkirkan daripada BN kerana enggan mematuhi Whip BN mengenai penggunaan Akta Darurat di Kelantan.

Pemerintahan darurat di bawah Majlis Gerakan Negara (Mageran) hanya ditarik balik pada 1 Januari 1978 dan pada 11 Mac 1978 kerajaan pusat mengisytiharkan pilihan raya negeri Kelantan.

Sebenarnya isu tersebut bermula lebih awal iaitu apabila Dato' Asri Muda yang juga Yang Dipertua PAS ketika itu menerima pelawaan Tun Abdul Razak Hussin menyertai kerajaan campuran.

Ketika berada dalam kerajaan campuran, Umno menolak calon PAS dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan, sebaliknya menerima Dato' Mohamad Nasir.

Kelibat Mohamad yang dilihat lebih mengikut telunjuk Umno dan Tengku Razaleigh Hamzah akhirnya mencetus undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, krisis terbabit menyebab berlaku perpecahan PAS.

Dan pada pilihan raya umum 1978 lahir pula Berjasa yang diketuai Mohamad dan bergabung dengan Umno (BN) menentang PAS. Bermula dari detik itulah kerajaan PAS Kelantan jatuh.

Oleh itu bagi mengenang semula detik-detik mendebarkan tersebut PAS Kelantan akan menganjurkan seminar Tiga Dekad Kebangkitan Semula PAS Kelantan (1978-2008) pada 10 Febuari ini.

Seminar tersebut akan diadakan di Pondok Pasir Tumbuh, tidak jauh dari bandar Kota Bharu.

Program bermula dengan kuliah perdana disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Empat kertas kerja juga dibentang pada seminar sehari tersebut. Anggota parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman membentang tajuk "Pengalaman Bersama BN dan Kekalahan Pada 1978".

Petronas dipandang tinggi jika bayar royalti Kelantan

Posted: 31 Jan 2012 04:13 PM PST


KUALA LUMPUR, 31 Jan: Petronas sepatutnya mengutamakan tanggungjawabnya di segi perundangan dahulu sebelum melaksanakan tanggungjawab sosialnya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Menurut beliau, walaupun pembinaan laluan pejalan kaki berhawa dingin yang menghubungkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dengan Bukit Bintang adalah sumbangan yang sangat dialu-alukan, tetapi lebih penting lagi Petronas mengutamakan perlaksanaan tanggungjawabnya di sisi undang-undang.

"Sehingga kini Peronas tidak melaksanakan legal responsibiliti atau tanggungjawabnya di sisi undang-undang dan membayar royalti minyak kepada Kelantan," katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yakin, jika Petronas melaksanakan tanggungjawab perundangannya itu dan membayar royalti minyak kepada Kelantan dan negeri lain yang berhak mendapat royalti tersebut, syarikat minyak nasional itu akan dipandang tinggi sebagai warga korporat yang bertanggungjawab.

Sehingga kini, kerajaan negeri Kelantan terus disekat dan dinafikannya haknya untuk menerima royalti yang termaktub dalam Akta Petroleum itu.

Menurut The Star, laluan pejalan kaki berhawa dingin bernilai RM100 juta itu dibiayai oleh Petronas di bawah program sumbangan sosialnya.

Bagaimanapun, harga RM100 juta untuk laluan berhawa dingin sepanjang 562 meter dan selebar lima meter itu dipertikaikan oleh blogger pro-Umno sendiri.

Blogger itu menyifatkan harga laluan pejalan kaki itu, iaitu RM3,307 sekaki persegi terlalu mahal.

Menurut blogger itu, harga RM3,307 sekaki persegi untuk laluan pejalan kaki itu enam kali ganda lebih mahal dari harga kondominium enam bintang di Mont Kiara.

Kos sedemikian, katanya, "lebih teruk dari kondo lembu".

Laluan pejalan kaki berhawa dingin yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merentasi kawasan sibuk di Jalan Pinang, Jalan Perak dan Jalan Raja Chulan dengan pintu masuk bereskalator dan bertangga serta pintu keluar di lokasi strategik dan selesa.

Bahagian lainnya terdiri daripada sebuah terowong pejalan kaki dari aras concourse Pusat Konvensyen Kuala lumpur yang sekarang bersambung dengan terowong sedia ada ke kompleks beli-belah Suria KLCC.

Bankrap: Pakatan Rakyat tidak tiru cara BN

Posted: 31 Jan 2012 04:12 PM PST


KUALA LUMPUR, 31 Jan: Pakatan Rakyat (PR) sama sekali tidak akan meniru cara BN menguruskan negara jika diberi mandat oleh rakyat, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Ini, katanya kerana negara akan bankrap jika PR meniru cara BN.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan Datuk Seri Najib ketika bercakap di Arau yang mempersendakan kemampuan Pakatan Rakyat yang membuat berbagai tawaran yang disifatkan boleh menghancurkan negara.

"Tuduhan ini adalah lahir daripada seorang yang resah dengan tawaran demi tawaran yang dikemukakan oleh PR," katanya kepada Harakahdaily.

Jelas Idris, pemimpin PR membuat tawaran setelah dikaji daripada mana sumber kewangan yang akan diperolehi, bukan bertindak secara membabi buta.

Setakat hari ini, ujarnya semua negeri PR tidak ada masalah, cuma yang bermasalah ialah negeri di bawah pentadbiran Umno BN.

Katanya, Sabah dan Terengganu, walaupun memiliki hasil minyak, malangnya rakyat berada di tangga pertama dan kedua dari segi kemiskinan tegar.

"Yang mengatakan negara akan bankrap pada tahun 2019  ialah Datuk Seri Idris Jala, Menteri Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Secara sinis katanya, memang negara akan hancur jika pemimpin PR memberi projek lembu RM250 juta kepada suami menteri yang bukan ahlinya.

Tambahnya lagi, negara bankrap jika bil elektrik rumah Perdana Menteri dan Timbalan Menteri RM160,000 sebulan dan bil air pula RM31,000 sebulan.

"Memang bankrap jika kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahun 2006-2010 sebanyak RM48 juta dan kos menyewa rumah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahun 2006-2010 sebanyak RM33 juta," katanya.

Beliau menambah, negara bankrap jika PR meneruskan usaha memberi subsidi loji penjana kuasa sebanyak RM19 bilion, sedangkan subsidi minyak untuk rakyat sebanyak RM11 bilion cuba dikurangkan.

Menurutnya lagi, negara bankrap jika PR tidak menghentikan amalan rasuah sehingga negara mengalami kerugian RM28 bilion setahun.

Katanya, negara akan bankrap jika pemimpin PR tidak ambil peduli setiap tahun teguran Ketua Audit Negara.

Contohnya, kata beliau Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta walaupun tanpa baucer.

"Jika trend ini ditiru memang negara akan bankrap," ujarnya.

Justeru, katanya PR jangan meniru perangai buruk pemimpin Umno BN yang menjahanamkan khazanah negara.

"Negara yang kaya dengan bahan mentah dan bumi yang subur tidak sepatutnya ada rakyat yang masih tidak bertanah, malahan ada yang tinggal di dalam air seperti di Sabah dan Sarawak," katanya.

Najib patut tinggalkan saja NKRA perangi rasuah

Posted: 31 Jan 2012 04:11 PM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak patut tinggalkan sahaja Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memerangi rasuah dalam GTP jika beliau tidak berani mewajibkan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menterinya untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kes skandal RM250 juta "lembu dan kondo" ataupun kes wang haram berjumlah RM1,077 bilion (termasuk wang rasuah) yang telah dialirkan keluar daripada negara dari tahun 2000-9.


Pada bulan April 2009, Perdana Menteri telah mengumumkan 6 NKRA dalam GTP, dan salah satu daripadanya merupakan NKRA memerangi rasuah. Selepas hampir 3 tahun, Perdana Menteri masih tidak ada kejayaan. Malah, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) Malaysia telah menurun kepada 4.3 daripada 10 dan tangga ke-60 daripada 183 negara dalam tempoh pentadbiran beliau.

Kegagalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), walaupun diberi bajet tahunan sebanyak lebih RM200 juta sejak 2011 hanya diatasi oleh penyalahgunaan kuasa di kalangan pegawai-pegawainya. Selain daripada dakwaan rasuah, dua kes kematian telah terjadi dalam kawasan SPRM – Teoh Beng Hock pada Julai 2009 dan pegawai kanan Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed pada April 6 2011.

Parlimen telah memperuntukkan bajet RM202.2 juta untuk SPRM pada tahun 2011 dan hasilnya adalah kedudukan CPI terendah untuk negara kita iaitu tangga ke-60 dan juga kadar CPI terendah iaitu 4.3. Pada tahun 1996, Parlimen telah memperuntukkan bajet RM29.4 juta untuk Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pada tahun itu Malaysia menduduki tangga ke-26 dan mencapai CPI tertinggi dalam 17 tahun iaitu 5.32.

Rakyat Malaysia berhak untuk membandingkan bajet yang diberi kepada BPR pada tahun 1996 dan SPRM pada tahun 2011, dengan CPI Malaysia pada kedua-dua tahun ini. Walaupun SPRM diberi bajet hampir 7 kali ganda apa yang diberi pada tahun 1996, kenapakah CPI Malaysia pada tahun 2011 mendapat kedudukan yang paling rendah iaitu tangga ke-60 dan kadar CPI 4.3 apabila pada tahun 1996 kita berada di kedudukan ke-26 dengan kadar 5.32?

Nampaknya lagi besar bajet, lagi ramai staf dan lagi banyak sumber yang diberi kepada SPRM, lagi teruk keadaan rasuah di Malaysia. Ke manakah perginya lebihan sebanyak RM172.8 juta dalam bajet anti-rasuah pada tahun 2011 berbanding 1996?
1996 29.5 Juta
1997 32.4 Juta
1998 32.2 Juta
1999 38.2 Juta
2000 41.8 Juta
2002 63.8 Juta
2003 67.7 Juta
2004 70.4 juta
2005 76.4 juta
2006 99.1 juta
2007 148.1 juta
2008 146.7 juta
2009 162.1 juta
2010 156.8 juta
2011 202.2 juta
2012 211.2 juta
Yang lebih teruknya adalah keengganan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan RCI mengenai skandal "lembu dan kondo" yang melibatkan keluarga seorang Menteri Kabinet dengan alasan lemah bahawa SPRM sedang menyiasat perkara ini. Sebenarnya, RCI diperlukan untuk menyiasat skandal "lembu dan kondo" ini kerana pihak umum sudah hilang kepercayaan dalam SPRM, seperti yang ditunjukkan oleh penurunan dalam kadar dan kedudukan TI.

NKRA memerangi rasuah yang dijuarai Perdana Menteri juga nampaknya bermasalah ekoran daripada keengganan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Pada 29.1.2012, Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri VK Liew telah mewajarkan keengganan beliau dengan mempersoalkan kenapa Ahli-ahli MMK (Exco) Pulau Pinang mengambil masa 4 tahun untuk mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Tidakkah pemimpin-pemimpin BN berasa malu kerana Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah berjaya melakukan demikian selepas 4 tahun walhal BN telah gagal selepas 55 tahun? Pengisytiharan harta Ahli-ahli MMK Pulau Pinang merangkumi juga aset dan liabiliti mereka pada 8 Mac 2008 dan setakat 31.12.2011. Tambahan pula, pengisytiharan harta kita dibuat secara terbuka, dimuat naik ke dalam Internet dan telah disahkan oleh sebuah firma audit dan akauntan bebas, KPMG.

Jika Perdana Menteri tidak memberi SPRM kuasa pendakwaan bebas dan kebertanggungjawaban kepada Parlimen, menubuhkan RCI untuk skandal-skandal dan mewajibkan pengisyiharan harta secara terbuka, CPI Malaysia yang dikendalikan Transparency International akan terus merosot.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 01 Feb 2012 09:08 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tentera beli kenderaan yang dibuat oleh pelajar sekolah

Posted: 01 Feb 2012 06:19 AM PST


Sebagai menghargai dan meyakini produk keluaran anak bangsa mereka sendiri, Panglima Tentera Indonesia telah memesan 20 buah kenderaan pelbagai guna yang dihasilkan sendiri oleh para pelajar sekolah menengah teknik di negara tersebut yang berjenama Kiat Esemka untuk kegunaan pasukan elit komando mereka.

*************

Kostrad Pesan 20 Kiat Esemka untuk Kendaraan Dinas

1 Februari 2012, Solo: Komando Strategis Angkatan Darat memesan sebanyak 20 unit mobil Esemka yang merupakan karya para pelajar Sekolah Mengah Kejuruan (SMK) untuk mobil dinas kesatuan.

"Sebanyak 20 unit mobil Esemka yang kami pesan itu nantinya akan dimodifikasi lagi untuk disesuaikan dengan kebutuhan kendaraan militer. Warnanya juga tidak hitam seperti yang ada, tetapi disesuaikan dengan kebutuhan militer yaitu warna hijau," kata Panglima Kostrad Letnan Jenderal TNI Azmyn Yusri Nasution yang didampingi Panglima Divisi II Kostrad Malang Mayjen TNI Ridwan dan Wali Kota Surakarta Joko Widodo (Jokowi) ketika meninjau perakitan mobil Esemka di Solo Technopak (STP), Rabu.

Pangkostrad juga mencoba dan menyetir sendiri mobil Esemka didampingi Jokowi. "Mobilnya enak dan bagus dan harganya murah. Kita harus bangga anak-anak bangsa telah bisa membuat mobil sendiri yang tidak kalah dengan buatan luar".

"Kami akan mempelopori di kesatuan TNI untuk menggunakan kendaraan buatan dalam negeri. Setelah itu kami juga berharap kesatuan lainnya seperti Angkatan Udara maupun Angkatan Laut juga mau memakai mobil buatan anak bangsa kita ini. Ya siapa lagi kalau gak kita yang pakai," katanya.

Pangkostrad mengatakan, bahwa mobil Esemka cukup bagus untuk mobil dinas karena medan yang akan ditempuh tidak terlalu berat

"Kami berharap pesanan mobil itu pada tanggal 6 Maret 2012 sudah bisa jadi. Paling tidak beberapa sudah jadi, agar bisa diserahkan pada Hari Ulang Tahun Kostrad pada tanggal tersebut," katanya.

http://beritahankam.blogspot.com/2012/02/kostrad-pesan-20-kiat-esemka-untuk.html

Bilakah suasana politik di Malaysia akan matang?

Posted: 31 Jan 2012 04:54 PM PST



Kita di Malaysia ini , ahli politik serta medianya saling tuduh menuduh, mengatakan masing-masing ada kaitan dengan Israel. Sedangkan ahli-ahli parlimen di Indonesia secara serius membahaskan isu ini dalam sidang parlimen sebelum sesuatu pembelian peralatan persenjataan itu dibuat. Terkini ahli-ahli parlimen di Indonesia sedang memperincikan pembelian pesawat tanpa pemandu UAV yang berkemungkinan dikeluarkan syarikat dari Israel, dimana menurut sumber lain dikhabarkan Malaysia juga ada membeli senjata yang berkemungkinan dikeluarkan oleh syarikat dari Israel.

Menang Sorak, Kampung Tergadai !

Tuesday, January 31, 2012
TB Hasanudin Curiga Kemhan Akan Beli Pesawat Tanpa Awak Buatan Israel

31 Januari 2012, Senayan: Wakil Ketua Komisi I DPR TB Hasanuddin curiga, pesawat tanpa awak yang akan di beli Kemhan dari Filipina merupakan pesawat buatan Israel. Sebab, selama ini tidak pernah terdengar akan kemampuan Filipina dalam pengembangan industri pesawat terbang, termasuk soal pengembangan pesawat tanpa awak untuk penunjang kegiatan Militer.

Sumber : http://beritahankam.blogspot.com/2012/01/tb-hasanudin-curiga-kemhan-akan-beli.html

RI & Malaysia juga pakai produk militer Israel
10 Januari , 2012

JAKARTA: Singapura bukan satu-satunya negara yang memakai senjata buatan Israel. Malaysia dan Indonesia diam-diam juga merupakan pengguna beberapa senjata negara tersebut.

Sumber : http://bisnis-jabar.com/index.php/2012/01/ri-malaysia-juga-pakai-produk-militer-israel

Warga emas tertekan bil elektrik melambung 65 kali ganda

Posted: 31 Jan 2012 04:54 PM PST



Warga emas tertekan bil elektrik melambung 65 kali ganda

1 Feb 2012 , JOHOR BAHRU – Seorang warga emas, Lim Ah Lek, 72, mendakwa hidupnya kini tertekan apabila terpaksa menanggung bil elektrik yang tidak munasabah sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Ah Lek, bacaan bil elektrik di rumahnya di Taman Perumahan Rakyat Iskandar di sini berubah secara mendadak sejak meter bacaan ditukar oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa pengetahuannya pada Oktober tahun lepas.

Jelasnya, sejak itu, bil elektrik melambung tinggi sehingga mencecah RM1,092.52 sebulan berbanding hanya purata RM17 sebulan sebelum ini.

Katanya, jumlah tersebut tidak munasabah memandangkan dia hanya tinggal bersendirian dengan memiliki sebuah kipas, televisyen dan peti sejuk dengan penggunaan yang cukup minimum.

Ujarnya, pada bulan Oktober tahun lalu, bil elektrik di rumahnya melambung sehingga RM96 dan dia kemudian menerima notis pemotongan pada bulan Disember apabila bil mencecah RM150.

"Apabila saya ajukan masalah ini kepada pihak TNB, saya dimaklumkan bahawa meter telah ditukar dan saya perlu membayar bil mengikut jumlah yang ditetapkan. Saya akur dan membayarnya.

"Bagaimanapun, bil terbaharu yang saya terima awal Januari lalu menunjukkan jumlah mengejutkan iaitu RM1,092.52. Ia membuatkan saya tertekan kerana tidak ada duit untuk membayarnya," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Biro Aduan Awam Pemuda MCA Johor, Kua Song Tuck di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Shafri, wartawan Harakah pergi untuk selama-lamanya

Posted: 31 Jan 2012 04:52 PM PST



Shafri, wartawan Harakah pergi untuk selama-lamanya
Harakahdaily, 31 Jan 2012

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Harakah kehilangan seorang warganya apabila wartawan Mohamad Safri Samsudin, 42 tahun, meninggal dunia jam 5.37 petang ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Shafri yang mula koma pagi tadi disahkan mengidap barah Ahad lepas oleh HKL.

Beliau meninggalkan lima anak yang berumur antara lapan hingga 16 tahun dan isteri, Puan Sharifah Nurhayati Al Yahya.

Shafri meninggal di hadapan keluarga terdekatnya di samping rakan-rakan dari Harakah. Antara pemimpin PAS terakhir yang melawatnya adalah Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS jam 11.30 pagi tadi.

Petang semalam Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS juga sempat menziarahi beliau.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menziarahi sejurus jenazah Shafri dibawa keluar dari HKL, petang ini.

Shafri mula terasa letih-letih badan sejak dua bulan lalu. Akibatnya badan beliau kelihatan susut dengan cepat.

Beliau mendapatkan rawatan awal di Hospital Selayang namun doktor di sana mengesyaki beliau sakit batu karang dan memberikan jadual lawatan seterusnya pada 1 April depan.

Namun, minggu lalu Shafri terasa letih sangat dan berat badannya susut begitu mendadak.

Beliau kemudiannya membuat pemeriksaan di HKL dan telah dimasukkan ke wad di sana.

Dua hari lepas, 29 Januari, HKL mengesahkan beliau mengidap kanser yang bermula dari hati dan merebak dengan cepat ke seluruh badan.

Shafri dan Harakah

Safri mula bekerja sebagai perekabentuk dengan Harakah sejak tahun 1990an lagi namun berhenti selepas itu.

Pada tahun 2008, Shafri menyertai kumpulan Harakah semula dengan bertugas sebagai perekabentuk di akhbar Siasah.

Pada awal tahun 2011, apabila Siasah tidak lagi bersama Harakah, beliau bertukar profesyen menjadi wartawan Harakah.

Ini kerana kebolehan dan minat beliau yang mendalam sebagai wartawan.
Sejak itu beliau banyak membuat tugasan di Parlimen dan juga sidang Dun di samping tugas-tugas kewartawanan yang lain.

"Shafri seorang wartawan yang berdedikasi dan fleksibel. Kami terasa benar kehilangannya. Saya bagi pihak semua Jamaah Pengarah Harakah dan kakitangan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," kata Datuk Kamarudin Jaffar, Pengarah Urusan Harakah.

Beliau juga memaklumkan, pihak Harakah menyumbangkan RM2,000 untuk membantu keluarga beliau.

Jenazah Shafri dijangka akan dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 6, Gombak (belakang Anjung Rahmat) petang ini juga.

Jika prosesnya cepat, jenazah beliau dijangka akan diuruskan malam ini juga.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau.

Alfatihah.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7856--shafri-wartawan-harakah-pergi-untuk-selama-lamanya

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 01 Feb 2012 07:21 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PAS ZIARAH MANGSA RUMAH ROBOH DITIMPA POHON KELAPA

Posted: 01 Feb 2012 04:56 AM PST

JATI PERLU IKHLAS - PEMUDA PAS

Posted: 01 Feb 2012 04:15 AM PST

DPPK BAGAN DATOH HULUR BANTUAN RAKYAT

Posted: 31 Jan 2012 08:44 AM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan