Assalamualaikum.
Mungkinsaya agak terlewat sedikit untuk mengulas mengenai pemecatan Datuk Dr HassanAli sebagai ahli Pas, sekaligus sebagai Exco Kerajaan Selangor. Namun, denganperkembangan menarik yang berlaku selepas pelantikan exco kerajaan negeri yangmenggantikan Datuk Dr Hassan Ali dibuat dengan portfolio hal ehwal agama Islamdipegang oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR, ia menarikperhatian saya.
Sayatidak peduli (seperti ayat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)mengenai portfolio itu dipegang oleh PKR ke, Pas ke kerana bagi saya, selagimereka berada dalam Pakatan Pembangkang yang didalamnya ada DAP, keadaan tidakmungkin mampu mengubah apa-apa.
Padapendapat saya, saya tidak nampak bahawa selain Datuk Dr Hassan Ali, ada lagipemimpin Pas yang berani dalam menegakkan perjuangan partinya. Soal padapandangan UMNO, Pas adalah parti yang memperalatkan Islam itu soal lain yangkita ketepikan seketika – kerana jika tidak, ada yang beranggapan sayabersetuju dengan Datuk Dr Hassan Ali sewaktu beliau berada dalam Pas.
Begini,ketegasan Datuk Dr Hassan Ali dalam memperjuangkan isu murtad di kalangan umatIslam di Selangor misalnya, dilihat menjangkaui kepentingan politiksemata-mata. Oleh sebab itu, ia dilihat dalam banyak perkara, bertentangandengan ramai pemimpin tertinggi Pas dan saya amat yakin bahawa sesiapa pun yangrapat dengan Datuk Dr Hassan Ali, selain melihat trek rekod beliau dalammemperjuangkan isu-isu yang berkaitan Islam, maka kita simpulkan bahawa DatukDr Hassan Ali adalah seorang yang ikhlas dalam perjuangannya.
Pokoknyaialah, mengapa manusia seperti Datuk Dr Hassan Ali tersingkir dan disingkirkan.Ya, bagi seorang pemimpin UMNO dan BN, sudah tentu saya "gembira" dengan apayang berlaku kerana ia sudah tentu membawa sedikit keuntungan kepada partisaya. Namun, apakah seorang manusia seperti Datuk Dr Hassan Ali yang tegasdalam perjuangan Islam, hendak kita letak ketepi.
Jauhdaripada itu, ia lebih kepada soal perjuangan umat Islam yang merentasisempadan parti politik pun sebenarnya.
Apayang saya inginkan ialah, rakyat mesti membuka mata dan melihat apa yang sedangberlaku ini dengan matang dan terbuka. Kita tidak boleh terlalu fanatik keranaorang yang fanatik tidak akan dapat berfikir dengan waras dan bijaksana.
Olehitu, marilah kita melihat isu ini dengan bijaksana untuk menilai, siapakah Passebenarnya. Apakah ia benar-benar sebuah parti Islam, atau hanyalah sebuahparti yang inginkan kuasa.
Apakahia hanya sebuah parti yang pentingkan partinya mengatasi kepentingan laintermasuk Islam?. Atau apakah wajar rakyat yang selama ini terpedaya dengan Pasuntuk terus menyokong Pas.
Andafikir, renung dan tentukan pendirian anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan