www.telokkemang.blogspot.com/ Posted: 27 Jan 2012 07:19 AM PST KENYATAAN MEDIA - MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN WAJIBKAN PEMIMPIN ISYTIHAR HARTA Posted: 26 Jan 2012 08:03 AM PST
KENYATAAN MEDIA PENGERUSI MPN N. SEMBILAN/AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG 26 JANUARI 2012 MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN WAJIBKAN PEMIMPIN ISYTIHAR HARTA Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan ingin menegaskan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan yang telah dilancarkan pada 15 Januari 2012 yang lalu telah membuat ketetapan supaya Menteri Besar dan Ahli Exco Kerajaan N. Sembilan diwajibkan mengisytiharkan harta kepada rakyat jika Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Sembilan. Ini adalah bukti komitmen integriti dan pelaksanaan 'Good Governance' oleh pemimpin Pakatan Rakyat N. Sembilan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat bagi menguruskan Kerajaan Negeri Sembilan. Sikap serta komitmen ini jelas berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh pimpinan UMNO/BN dalam Kerajaan N. Sembilan sekarang yang jelas gagal untuk mengisytiharkan harta kepada rakyat bagi menunjukkan ketelusan mereka. Kenyataan bahawa pimpinan UMNO/BN dalam kerajaan negeri telah mengisytiharkan harta adalah suatu kenyataan yang palsu dan mengelirukan rakyat sedangkan mereka langsung tidak memberikan apa-apa juga bentuk akses maklumat atau pengisytiharan harta mereka kepada rakyat. Rakyat boleh menilai bagaimana keterbukaan serta ketelusan pimpinan Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang telahpun mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat dan boleh disemak dilaman web rasmi kerajaan negeri. Pengisytiharan harta kepada rakyat mampu untuk membendung budaya rasuah dan kronisme dalam pentadbiran kerajaan negeri. Ketegasan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan dalam soal mewajibkan pengisytiharan harta ini wajar menjadi pertimbangan rakyat untuk menolak UMNO/BN di Negeri Sembilan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas Pengerusi MPN N. Sembilan/Ahli Parlimen Telok Kemang | |
MEDIA Rakyat MALAYSIA Posted: 27 Jan 2012 03:10 AM PST |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 26 Jan 2012 11:17 PM PST Himpunan Penulis-Penulis Blogger dan Face Booker Pahang yang progresif! Posted: 26 Jan 2012 03:56 PM PST Saya menawarkan diri menjadi Tuan Rumah kepada Perjumpaan para Bloggers dan FaceBookers yang progresif dari Negeri Pahang di Kuala Krau.
Perjumpaan ini bukan sahaja bertujuan untuk saling kenal berkenalan diantara satu sama lain, tetapi juga untuk menerima amanah bagi mengenengahkan perjuangan rakyat.
Bagaimana para bloggers dan facebookers di Negeri Pahang ini boleh memainkan peranan positif didalam perjuangan rakyat.
Di Negeri Pahang ini terdapat ratusan bloggers dan facebookers yang progresif, yang secara sendiri-sendirian berjuang untuk kepentingan rakyat.
Mereka terdiri daripada bloggers dan facebookers daripada pelbagai kaum, dan mereka akan mengenali antara satu samalain. Mereka akan menjadi lebih yakin dan seronok kerana ramai dari facebookers ini menggunakan nama-nama samaran, dan didalam Himpunan Bloggers dan Facebookers yang progresif dari Negeri Pahang nanti kita akan bariskan mereka dari semua Daerah, Lipis, Cameron Highlands, Raub, Bentong, Jerantut, Paya Besar, Maran, Temerloh, Kuantan, Indera Mahkota, Pekan, Bera, Rompin, Kuala Krau dan dari Daerah-Daerah/Kawasan Parlimen ini akan hadir bloggers dan facebookers dari kampong-kampong dan dari kalangan Orang Asal.
Dari perkampongan Penderas, Sg Mai dan Kg Mendoi akan hadir Sdr Shafei Deris, Sdr Daud Busu, dan Sdr Yusri Ahon yang sentiasa membimbing perjuangan Orang Asal menggunakan facebook masing-masing.
Dari rancangan-rancangan Felda di Gugusan Mempaga, Koyan, Jengka, Bera, Keratong dan Paya Besar akan hadir mereka yang berterusan memperjuangkan hak Peneroka Felda.
Dari pimpinan Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP akan hadir bersama pengalaman masing-masing.
Saya berhajat melantik rakan-rakan dari semua komuniti dari semua Daerah dan dari semua kaum untuk menjadi Penyelaras kepada Himpunan ini agar Perjumpaan ini mendapat success.
Insya Allah, kita boleh juga bersantai dengan makanan tradisi Temerloh iaitu masakan Ikan Patin Masak Tempoyak yang akan dimasak oleh Kak Hendon yang juga seorang facebooker.
Sila hubungi saya di talian 019 9882115 atau melalui emel: Lksuhaimi@gmail.com dan saya juga adalah blogger lubokkawah.blogspot.com dan facebook saya adalah diatas nama Suhaimi Bin Said dan Haji Suhaimi, manakala Twitter saya menggunakan lksuhaimi.
| Alangkah mewah dan senangnya kehidupan Orang Asal dibawah pemerintahan UMNO/ BN selama 54 tahun! Posted: 26 Jan 2012 03:33 PM PST Inilah kehidupan Orang Asal setelah 54 tahun UMNO/BN memerintah Negara ini. Wahai Orang Asal, bangun perjuangkan hak anda bersama-sama Pakatan Rakyat! | Posted: 26 Jan 2012 03:31 PM PST Tanah Orang Asal di Kg Rekoh, Kuala Krau diceroboh! Kali ini pencerobohan disini untuk tujuan membina jalan untuk permainan motor cross. Habis hutan-hutan di tempat penduduk Kg Rekoh mencari makan disodok, mengikut kata sumber dari Felda Jenderak Selatan bahawa kawasan ini adalah sebahagian dari tanah Felda Jenderak Selatan yang belum dimajukan; dan pembinaan trek untuk motor cross ini akan dapat mengelakkan anak-anak muda Felda Jenderak Selatan dari menghabiskan masa merempit dan pengambilan dadah. Bagi Orang Asal Kg Rekoh dan Kg Beredut, hutan ini sudah menjadi tempat mereka mencari "makan" sejak nenek moyang mereka lagi dan didalam hutan ini terdapat bukti-bukti bahawa mereka sudah menjalankan aktiviti mencari rezeki dari dulu lagi. Pejabat Tanah Temerloh tidak dapat menyokong bahawa tanah hutan ini kepunyaan Orang Asal kerana tanah ini tidak ada geran. Tanah Orang Asal di seluruh Semenanjung kecuali di Selangor memang tidak ada geran, bahkan Rezab Orang Asal kesemuanya sudah ditaik balik oleh Kerajaan UMNO/BN. Tanah Orang Asal tidak akan selamat melainkan tanah komunal mereka diwartakan dengan menjadikan sebarang pencerobohan suatu jenayah berat. Pakatan Rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat didalam memperincikan Manifesto untuk Orang Asal telah menggariskan 14 tuntutan Orang Asal dan tuntutan yang utama adalah mewartakan tanah komunal Orang Asal; dibawah pemerintahan UMNO/BN tanah Orang Asal telah diceroboh, dibangunkan menjadi Felda, Felcra, dan estet-estet yang tidak mendatangkan sebarang faedah dan menfaat kepada Orang Asal. Kepentingan Orang Asal akan hanya dapat diperjuangkan melalui Pakatan Rakyat! | |
Anwar Ibrahim Posted: 26 Jan 2012 07:06 PM PST Keratan Liputan Akhbar Prioritas Dari Indonesia: Wawancara Khas Bersama Yb Nurul Izzah Posted: 26 Jan 2012 10:32 AM PST | Ceramah Perdana Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di Dengkil, Selangor Posted: 26 Jan 2012 06:51 AM PST Demi Rakyat 27 Januari 2012 (Jumaat) 9.00 – 12.00 malam Lokasi: Dewan Orang Ramai Kampong Ahmad Razali, Dengkil Penceramah: 1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2) YB Azmin Ali 3) YB Zuraida Kamaruddin 4) YB Dr Dzulkefly Ahmad 5) YB Dr Rani Osman | Laporan Utusan Tidak Benar Dan Tersasar – Teras Posted: 26 Jan 2012 05:29 AM PST Harakah Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menafikan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia 25 Januri lepas dan menyifatkan ianya sebagai tidak benar dan tersasar. Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam kenyataannya hari ini berkata, “Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali.” Teras merujuk laporan akhbar dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 yang bertajuk ‘Bersih 3 berniat kelirukan rakyat’. “Laporan itu yang kononnya memetik kenyataan saya adalah tidak benar dan tersasar sepertimana yang saya nyatakan. “Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali,” kata Azmi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini. Azmi menjelaskan, dalam kenyataannya kepada utusan Malaysia, beliau berkata pihak Bersih 3 berhak untuk memilih saluran samada melalui perundingan dengan pihak yang berkaitan atau melalui demontrasi aman yang di benarkan oleh undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. “Saya juga menyatakan bahawa adalah tidak salah salah bagi mana-mana pihak samada pihak kerajaan atau pembangkang untuk melakukan sesuatu tindakan dalam menghasilkan momentum berterusan untuk memenangi hati rakyat bagi memghadapi pilihhanraya umum ke 13 ini,” katanya. Bagi beliau, tindakan menghasilkan momentum sokongan rakyat adalah lumrah dalam demokrasi di mana-mana negara. “Saya menegaskan bahawa sesuatu perhimpunan awam yang aman dan mengikut saluran undang-undang adalah sesuatu yang sah dan pihak kerajaan tidak boleh menghalangnya kerana ianya adalah hak rakyat yang termaktub dalam perlembagaan negara serta tidak bertentangan dengan syariat Islam,” katanya. Beliau juga menegaskan bahawa perhimpunan aman yang bertujuan baik untuk menuntut sesuatu hak oleh rakyat akan diterima oleh rakyat Malaysia sebagai suatu proses pembinaan negara yang akan menghasilkan sebuah kerajaan dan pentadbirannya yang lebih adil, saksama dan bebas dari pengelewengan serta rasuah yang sangat dibenci oleh rakyat. Berbeza dengan laporan akhbar Umno itu, Azmi berkata, tindakan sebegini tidak ‘mengelirukan rakyat’ bahkan akan mematangkan lagi mana-mana kerajaan dan rakyat untuk terus membangunkan negara ini dengan penuh amanah dan tidak mengkhianatinya dengan amalan politik yang korup dan zalim kepada rakyat. | Umno Cipta Helah Untuk Elak Debat Anwar-Najib Posted: 26 Jan 2012 05:12 AM PST Keadilan Daily Umno mengguna pelbagai helah untuk mengelak debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu membabitkan rakyat, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa debat merupakan 'budaya barat' yang masih belum diterima di negara ini. "Ini satu lagu helah politik umno untuk elak debat dan kenyataan ini sungguh dangkal dalam keadaan kita menuju budaya politik baru," kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini. Shamsul turut menempelak kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memberi alasan kononnya debat Anwar-Najib tidak relevan kerana bukan melibatkan kepentingan umum. Menurutnya, debat antara kedua pemimpin itu sepatutnya dilihat dalam konteks lebih luas dan bukan atas pertimbangan politik semata-mata. Sehubungan itu, beliau mendesak agar debat Anwar-Najib disegerakan bagi membolehkan rakyat menentukan siapakah lebih layak mentadbir negara ini pada pilihan raya umum kelak. Beliau juga mencadangkan sekiranya debat itu diadakan, ia perlu disiar secara langsung bagi memberi peluang rakyat menilai secara adil dan bebas. "Saya juga ingin menjawab dakwaan pemimpin Umno kononnya debat boleh diadakan di Parlimen. "Soalnya Parlimen terhad dengan Najib mendapat kelebihan melalui Speaker BN yang menyokongnya selain tidak semua rakyat dapat melihat debat itu," katanya. Baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian menggesa Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang mengadakan debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara. Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan. | Siaran Temubual Dato Seri Anwar Ibrahim Bersama Alvito Di Tvone Posted: 25 Jan 2012 08:08 PM PST | Anwar Will Be the Next Prime Minister, Does Any Bigot Have a Problem With That? Posted: 25 Jan 2012 07:59 PM PST Malaysia Chronicle by Mathias Gomes, Stan Lee My father used to tell us not to be afraid or fear psychosis when I and my brother were young lads. He told us, people who fear things will happen to them will actually face it – eventually. Could it be karma? Over in Malaysia, for Umno and its cronies, it is this fear of Anwar Ibrahim being the next Prime Minister. And as the day gets nearer to GE-13, the great fear of Anwar intensifies. Every Ibrahim Ali, Ezam Mohd Nor and Hassan Ali is jumping into the bandwagon to slay Anwar. They are even defending the indefensible RM250 million NFC debacle, and soon they will be defending all the corruption scandals, including First Lady Rosmah Mansor’s Birkin bags and RM24 million diamond ring. Why? Very simple, it’s simply an enormous ‘fear psychosis’ of Anwar Ibrahim. Why so afraid But why Fear and it is fear with a capital F? After all, if BN thinks it is doing the right things, it can be sure the rakyat (people) will support it and give it another umpteen years to rule. Well, sorry to say, that’s not the case today. The people have woken up from their 54 years of hypnotized sleep, they can now see through the charades of BN and UMNO. It’s Pareto’s rule – 80% of Malaysians can feel the pinch of daily living in their pockets and mind you, it’s a sharp pain, while the 20% business people and UMNO elite are living in the fast lane enjoying the spoils. Most Malaysians being wage earners have everything stipulated for them – housing loans, car loans, income tax, deductions, family maintenance and most of all, food items. If you have a government that doesn’t care for the well being of the nation who just plunder and kill for the coffers of the nation, but leave the people high and dry, where and who will the people turn to? Change is the answer Change is the answer. The people are looking for change and mind you, Change with a capital C it will be. All signs are pointing to it, the people would not care if Anwar is the Prime Minister or even if it is Karpal Singh, so long as it is someone who will deliver and relieve the burden in their pockets. The people need a decent salary to survive, and the government has to ensure it. Malaysians are not a lazy people. There are some countries in the West where even if the citizens don’t work, the country supports them in all types of schemes, creating a lazy society. In Malaysia everyone works to survive, and the government should thank the people for it. So bring on Mahathir Mohamad, Nazri Aziz, Ibrahim Ali, Ezam, Hassan, Ummi Hafilda, Zul Nordin and every other UMNO goon and stooge to slay Anwar Ibrahim. We don’t care, the people have decided “Change it will be” and Anwar Ibrahim is going to be the next Prime Minister. Does any Bigot have a problem with that? | |
Wee Choo Keong Posted: 26 Jan 2012 03:12 PM PST Since 2004 there were compalints of “Misleading Pricing” in AirAsia’s website! Posted: 26 Jan 2012 06:43 AM PST In the story of Australian Competition & Consumer Commission (ACCC) having filed a suit against AirAsia for its misleading pricing in its website, AFP has stated that AirAsia could not be reached for comment. This was most unusual by AirAsia’s standard. Read in HERE. However, a few days later, AirAsia has responded with a press [...] | |
BULETIN RAKYAT Posted: 26 Jan 2012 11:05 AM PST NOH OMAR TUDUH PEMBANGKANG PUTARBELIT ISU NFC Posted: 26 Jan 2012 06:45 AM PST TANJONG KARANG – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak gagal seperti mana dijelaskan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, sekaligus menafikan tuduhan liar pembangkang.
Malah beliau berkata, syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih.
Katanya, punca lembu tidak dapat disembelih ialah kerana tiada pusat penyembelihan yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan kerana rumah penyembelihan yang dibina NFCorp hanya terhad kepada 100 lembu sehari sahaja.
"Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima yang layak di Bukit Belimbing, semalam.
Noh mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak menyebut perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dilaporkan berkata, perkataan ini digunakan oleh pihak lain dan JAN tidak dipertanggungjawabkan.
Namun begitu, Noh mengakui kelewatan berlaku pada pelaksanaan projek tersebut yang bermula ketika proses hendak membersihkan tapak seluas 5,000 hektar di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,500 hektar kepada NFCorp manakala 500 hektar diberikan kepada sebuah syarikat lain dan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat 3,000 hektar.
"Nak membersihkan tapak ini sahaja yang dibuat melalui tender terbuka mengalami kelewatan setahun iaitu sepatutnya bermula pada 2007 tetapi dilaksanakan pada 2008," katanya.
Beliau berkata, pertikaian yang ditimbulkan pembangkang bahawa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp sebelum perjanjian dimeterai jelas menunjukkan mereka keliru.
Katanya, terdapat dua perjanjian dimeterai antara syarikat swasta tersebut dengan kerajaan iaitu pertama pada 6 Disember 2007 dengan Kementerian Kewangan membabitkan pinjaman berkenaan.
Satu lagi perjanjian pula membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditandatangani pada 8 Mac 2010 iaitu ketika beliau menerajui kementerian tersebut bagi mendapatkan persetujuan antara kedua belah pihak.
"Jadi tidak mungkin perjanjian belum ditandatangani duit (pinjaman) sudah dikeluarkan, jadi pembangkang twist (putar belit) bahawa perjanjian dibuat pada 2010 sedangkan perjanjian sebelum itu tidak disebut," katanya.
Dalam pada itu, Noh berkata sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam projek berkenaan, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.
"Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian. Malangnya, pembangkang memutarbelitkan isu ini di dalam ceramah, blog dan surat khabar sehinggakan mengelirukan rakyat keliru dan menganggap projek ini milik kroni menteri.
"Saya berpendapat, langkah kerajaan dengan melantik sebuah firma audit bebas untuk menilai projek itu bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik dan memberikan gambaran sebenar berhubung projek berkenaan," katanya.
Penubuhan audit bebas ini juga katanya, akan dapat memperbetulkan salah faham terhadap kerajaan dan mengembalikan imej NFCorp yang dicemari tuduhan pihak tidak bertanggungjawab.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan