Khamis, 26 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 26 Jan 2012 01:29 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Muslim murtad selesaikan puncanya dahulu

Posted: 26 Jan 2012 01:00 AM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Isu murtad sudah banyak kali ditimbulkan oleh pendakwah dan dibesarkan oleh media, namun apa yang ditimbulkan itu hanya tinggal begitu sahaja. Bising sekejap kadar seminggu, setelah ada pihak menafikannya, isu tersebut hilang begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan. Persoalannya benarkah murtad menjadi-jadi mutakhir ini?

Kalau kenyataan itu keluar daripada orang yang berautoriti bolehkah kita terima sebagai sah. Persoalannya siapa yang berautoriti dalam hal ini? Sudah tentu mereka yang berurusan mendaftar, peguam syari' dan hakim syari'. Mereka inilah yang paling tahu kadar sebenar. Apapun orang lain hanya sekadar mendengar maklumat daripada orang lain.

Kita tidak nafikan ada orang yang murtad tetapi tetapi apakah kepentingan kita besarkan isu itu? Kadang-kadang isu itu dibesarkan oleh musuh untuk menjadikan kita panik dan takut sekali gus melemahkan jiwa umat Islam sendiri. Hal ini mungkin mereka sudah merasa umat Islam semakin lemah atau berpecah.

Kadang-kadang kenyataan itu dikeluarkan oleh tokoh Islam sendiri sebagai amaran kepada umat yang masih leka lalu membiarkan diri dan keluarganya terpesong jauh daripada Islam. Isu itu mungkin tidak besar mana, tetapi dibesarkan untuk melahirkan kesedaran dan kewaspadaan. Walau apapun kedua-dua keadaan ini ada pro dan kontranya.

Realiti isu murtad

Umat Islam yang dikatakan murtad terdiri daripada golongan muallaf yang terbiar tanpa bimbingan. Mereka ini apabila memeluk Islam tidak menghadiri sebarang kursus atau kelas pengajian. Mereka meneruskan kehidupan harian seperti biasa. Sedangkan amalan Islam tidak diamalkan seperti yang sepatutnya.

Golongan ini juga sesetengahnya tidak ada pekerjaan maka sepanjang kehidupannya mengharapkan bantuan zakat dan sumbangan orang ramai. Sebahagian mereka memberi alasan sakit dan ditinggalkan isteri atau dibuang kerja. Mereka ini kalau terus dibiar tanpa didikan Islam lambat laun akan murtad akhirnya.

Golongan kedua terdiri daripada orang yang berkahwin dengan orang Islam. Pasangan Islam ini pula tidaklah berniat untuk membimbing pasangannya.

Lebih malang lagi pasangan yang asal Islam ini tidak menunaikan solat, bagaimana dalam keadaan itu dia boleh menjadi contoh kepada pasangan yang baru memeluk Islam itu.

Di sinilah kadang-kadang jodoh mereka tidak lama, pasangan yang muallaf ini seperti laying putus talinya. Apabila tiada lagi tempat bergantung, dia akan mencari orang yang boleh membantunya. Bagaimana kalau dia bertemu dengan orang bukan Islam yang mengajaknya supaya murtad, tentu dia dengan mudah boleh murtad.

Dua keadaan ini, siapa yang boleh kita salahkan? Jelas di sini, orang Islam sendiri yang patut disalahkan. Orang yang mengislamkannya sama ada dengan cara dakwah atau dengan berkahwin sepatutnya dihukum kerana cuai membimbing ke jalan yang benar.

Jadi kalau begitu mengapa kita asyik menyalahkan orang yang murtad? Memang mereka hendak Islam tetapi orang Islam yang tidak mahu mendidik dengan cara yang betul.

Orang Islam sendiri, tidak banyak yang bertindak murtad kecuali mereka lemah Islamnya lalu berjaya dipujuk ke arah murtad. Biasanya mereka ini dipujuk oleh pasangan kekasih atas alasan cinta. Mereka tidak juga faham agama itu dengan baik sebagaimana dia tidak memahami Islam dengan sebaiknya. Mereka ini biasanya menipu ibu bapa dalam pergaulan kerana sering dikongkong oleh ibu bapa.

Dalam kes sepertinya, ibu bapa juga boleh dipersalahkan selain anak itu sendiri. Kecuai mereka mendidik anak dengan sempurna ada dosa besar. Kita kena ingat iman tidak diwarisi, maka kalau tidak dididik dengan yang betul pasti tidak menjadi.
Apabila anak dibiar atas alasan percaya dia bersekolah agama adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Punca murtad

Gelaja murtad yang disebut di atas berlaku apabila seseorang itu dalam keadaan goyah imannya. Tetapi tahukah anda orang yang ada iman malah kuat imannya juga boleh menjadi murtad. Mereka boleh murtad dengan rosaknya iman di dada. Ada tiga perkara atau tiga cara iman itu boleh rosak:

1. Iktiqad.

2. Perkataan.

3. Perbuatan.
Melalui iktiqad, iman boleh rosak dengan sebab-sebab berikut:

1. Kurang yakin atau ragu-ragu dengan satu atau lebih dari sifat-sifat yang wajib bagi Allah. Contohnya: Ragu dengan Qudrat (kekuasaan) Allah. Sebaliknya ia yakin bahawa ada kuasa lain yang boleh memberi bekas selain Allah.

2. Ragu dengan perkara-perkara ghaib seperti wujudnya malaikat, Hari Qiamat, Alam Barzakh, syurga, neraka dan lain-lain seumpamanya.

3. Ragu dengan satu atau lebih dari sifat-sifat nabi dan rasul.

4. Ragu tentang mampunya Islam, dengan panduan al-Quran dan Sunnah, sebagai pembawa keselamatan.

Jadi, semua keraguan tentang perkara yang disuruh beriman dengannya oleh Allah boleh membawa kepada rosaknya iman seseorang. Oleh sebab itu amat perlu bagi tiap-tiap individu memastikan hatinya tidak ada sebarang keraguan.
Selain itu iman juga boleh rosak melalui perkataan. Ianya boleh berla ku sama ada sedar atau tidak. Antara perkataan yang boleh merosakkan iman ialah:

1. Mengatakan Allah itu kejam, zalim, tidak adil dan lain-lain yang mencacatkan kesempurnaan sifat Allah.

2. Mengata dan mencaci Rasulullah sama ada tentang perkataan, perbuatan dan seluruh ajaran baginda.

3. Mengatakan syariat Islam tidak sesuai untuk semua zaman. Ia hanya sesuai untuk "zaman unta" dan sebagainya.

4. Menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Contohnya: Menghalalkan riba, zina, arak, judi dan lain-lain. Mengharamkan poligami dan lain- lain.

Pendek kata apa sahaja perkataan yang dikeluarkan berbentuk cacian dan penghinaan pada kemuliaan dan kebenaran Islam, sama ada sengaja atau tidak boleh merosakkan iman seseorang. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga perlulah kita berhati-hati dalam bercakap, jagalah perkataan yang keluar dari mulut kita.

Seterusnya perbuatan juga boleh merosakan iman. Perkara ini boleh berlaku kerana dua keadaan:

1. Sujud pada selain Allah, sama ada pada patung, pokok kayu, matahari, bulan dan lain-lain.

2. Meraikan dan membesarkan hari-hari agama lain.

Jelas di sini seseorang yang melakukan salah satu dari tiga cara di atas, dalam sedar dan yakin, adalah seorang yang telah rosak imannya. Dengan kata lain mereka telah murtad. Dengan kedudukan ini munasabahlah ramai umat Islam murtad. Boleh jadi murtad jenis ini lebih besar.

Selamatkan yang murtad

Menyedari keadaan ini semua pihak perlu bertanggungjawab menyedarkan umat Islam ada yang sudah murtad dan mereka yang termasuk dalam gejala murtad di atas. Untuk mengembalikan mereka tidak cukup dengan demontrasi, kempen berpidato dan sebagai. Semua itu boleh menjadikan musuh Islam mengelakkan kita.

Menggubalkan undang-undang atau akta murtad memang bagus, kerana kewujudannya boleh menghalang orang Islam daripada murtad. Dan kalau ada yang murtad boleh dihukum dengan undang-undang itu. Tetapi itu semua untuk mereka yang sudah murtad. Bagaimana yang dalam gejala murtad yang semakin ramai kini?

Di sinilah pentingnya dakwah dan pengajian untuk orang Islam. Usaha ini perlu dijalankan dengan serius. Usaha ini sepatut disokong oleh kerajaan dan NGO Islam. Orang yang selama ini menentang gerakan dakwah sepatutnya insaf bahawa sebenarnya gejala murtad itu ada kaitan dengan penentangan mereka. Oleh sebab itu bukalah peluang yang luas untuk menyebar luaskan ajaran Islam di mana-mana.

Umat Islam perlu disedarkan dengan perkara yang boleh membatalkan iman kerana semua itu jalan kepada murtad. Jadi, usahakan agenda ini dengan serius agar iman umat Islam kembali teguh. Pada masa yang sama didiklah orang yang baru memeluk Islam dengan sebaiknya.

Percayalah kalau semua pihak bergerak aktif pasti umat Islam akan kembali gemilang. Ketika itu negara dan kepimpinannya akan disegani oleh musuhnya.

Ahmad Baei Jaafar

Umrah MLM Haram

Posted: 26 Jan 2012 12:45 AM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Niat halal cara haram. Itu ungkapan paling sesuai apabila sebuah koperasi dikesan menggunakan kaedah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang lazimnya diamalkan syarikat jualan langsung untuk menawarkan pakej umrah dengan harga amat murah.

Dengan modal RM1,700, koperasi terbabit mempromosi jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk umat Islam mengerjakan umrah dengan syarat mereka perlu menaja tujuh peserta lain untuk berada di bawah mereka.

Peserta terbabit juga disyaratkan mengeluarkan modal dalam jumlah sama dan ia berturutan menjadi rantaian tanpa had, malah pakej itu juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa saja termasuk bukan ahli skim berkenaan.

Penolong Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A Mogan berkata, pihaknya melakukan siasatan terhadap kegiatan koperasi itu selepas menerima aduan orang ramai.

"Siasatan awal setakat ini mendapati kegiatan mereka itu bertentangan dengan undang-undang. Antara kesalahan paling ketara ialah mereka tidak memiliki lesen untuk menganjurkan pakej umrah seperti yang dipromosikan," katanya ketika dihubungi.

Harian Metro

Perkampungan ditimbus tanah

Posted: 26 Jan 2012 12:40 AM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PORT MORESBY - Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan 20 lagi masih hilang selepas runtuhan tanah di Pergunungan Selatan, Papua New Guinea yang berlaku secara tiba-tiba, semalam.

Pengarah Pusat Bencana Kebangsaan Kepulauan Asia Pasifik, Martin Mosi berkata, runtuhan tanah itu menyebabkan beberapa buah kampung musnah dan meningkatkan jumlah kematian.

Ahli politik kawasan terjejas, Francis Potape memberitahu, dua perkampungan tertimbus sepenuhnya dan ketika kejadian semua mangsa sedang tidur.

"Ramai yang tertanam di bawah dan sebilangan mereka terdiri daripada kanak-kanak," katanya menggambarkan keadaan kampung itu yang kini terputus hubungan dengan kawasan luar.

sinar harian/-

Nasib Penduduk Sarawak Yang Belum Memiliki MyKad

Posted: 26 Jan 2012 12:30 AM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Photo Jacky (kiri) bersama ayah tiri dan 2 orang anaknya.

MIRI – Baru-baru ini rombongan PAS Miri bersama YB Khalid Samad ahli
Jawatankuasa PAS Pusat dan juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam telah
bersama melawat ke Tudan dan memberi sumbangan Raya Cina kepada
penduduk di situ sempena perayaan tahun baru Cina.

Seramai 20 buah keluarga terdiri daripada bangsa Cina dan juga Iban telah
menerima sumbangan Raya Cina tersebut.

Salah seorang penduduk di kampung tersebut yang menamakan dirinya sebagai
Jacky telah mengadu kepada pihak PAS Miri yang beliau serta isterinya dan
juga anak-anaknya masih belum memiliki MyKad.

Dia mengadu akan nasib anaknya yang masih belum dapat bersekolah disebabkan
tidak memiliki surat beranak dan MyKid. Anak beliau yang berumur 6 tahun
sepatutnya dapat bersekolah bersama dengan rakan-rakannya yang sebaya
dengannya tetapi disebabkan tidak memiliki surat beranak dan MyKid anak
beliau tidak dapat bersekolah.

Walaupun beliau memiliki surat beranak dan ingin memiliki Mykad tetapi
semasa beliau ke pejabat JPN (Jabatan Penerangan Negara) di bahagian Miri
untuk mendapatkan MyKad, pegawai yang bertugas di JPN Miri tersebut telah
bertanya kepada beliau samada beliau pernah mengundi sebelum ini.

Persoalan pengawai tersebut sungguh pelik, bagaimana beliau hendak mengundi
sedangkan beliau tidak memiliki kad pengenalan atau MyKad.

Mereka juga meminta wang untuk proses pendaftaran daripada beliau,
memandangkan beliau tidak memiliki wang yang mencukupi dan kurang
berkemampuan lalu sampai sekarang beliau tidak dapat memiliki MyKad
tersebut. Inilah luahan perasaan beliau kepada pihak PAS semasa lawatan di
kampung Tudan baru-baru ini.

Andaikata perkara ini terus berlaku seperti apa yang diluahkan oleh
penduduk tersebut, kita amat kesal dengan sikap JPN, kerana tidak
memperdulikan akan nasib, penduduk tersebut. Pihak JPN seharusnya segera
bertindak mengatasi masalah ini agar penduduk tersebut tidak terpinggir
terus dari mendapatkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang sah menurut
perlembagaan Malaysia.

Kita mendapat banyak maklumat tentang masalah penduduk tempatan Sarawak
yang tidak memiliki MyKad dan juga surat beranak disebabkan kebanyakkan
mereka berasal dari pendalaman yang tidak memiliki kemudahan asas dan juga
jalan perhubungan yang teruk di Sarawak.

Apa tanggungjawab dan peranan JPN untuk mengatasi masalah penduduk
tempatan yang tidak memiliki Mykad dan surat beranak ini?

Mereka adalah penduduk asal Sarawak, bukannya pendatang asing tetapi nasib
mereka lebih malang dari orang asing yang datang menetap di Negara ini.

Adakah JPN akan terus membiarkan mereka terpingir tanpa sebarang tindakan
untuk mengatasi masalah mereka agar mereka mendapat hak yang sama dengan
penduduk yang memiliki MyKad.

Mereka yang tidak memiliki MyKad dan surat beranak sudah pasti tidak dapat
menerima sumbangan BR1M sebanyak rm500 dan RM100 untuk anak-anak mereka
yang bersekolah.

Kita mendesak JPN dan kerajaan Sarawak agar segera mengatasi masalah ini
dari terus berlarutan dan perlu memikirkan masa depan penduduk tempatan
tersebut. Apa akan jadi pada mereka, anak dan cucu cicit mereka pada masa
akan datang, kalau mereka tidak memiliki MyKad dan surat beranak?

Kalau JPN dan kerajaan Sarawak gagal mengatasi masalah ini, kita akan
membawa isu in ke sidang parlimen untuk dibahaskan melalui wakil rakyat
dalam Pakatan Rakyat yang akan mempastikan perkara ini dapat diatasi serta
akan memberi balik hak yang sama rata kepada penduduk asal yang tidak
memiliki MyKad dan surat beranak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman
politik.

Inilah tanggungjawab kerajaan yang memerintah supaya sentiasa berlaku adil
dan saksama untuk semua rakyat.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

Umno cipta helah untuk elak debat Anwar-Najib

Posted: 26 Jan 2012 12:17 AM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 26 Jan: Umno mengguna pelbagai helah untuk mengelak debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu membabitkan rakyat, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa debat merupakan 'budaya barat' yang masih belum diterima di negara ini.

"Ini satu lagu helah politik umno untuk elak debat dan kenyataan ini sungguh dangkal dalam keadaan kita menuju budaya politik baru," kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Shamsul turut menempelak kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memberi alasan kononnya debat Anwar-Najib tidak relevan kerana bukan melibatkan kepentingan umum.

Menurutnya, debat antara kedua pemimpin itu sepatutnya dilihat dalam konteks lebih luas dan bukan atas pertimbangan politik semata-mata.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar debat Anwar-Najib disegerakan bagi membolehkan rakyat menentukan siapakah lebih layak mentadbir negara ini pada pilihan raya umum kelak.

Beliau juga mencadangkan sekiranya debat itu diadakan, ia perlu disiar secara langsung bagi memberi peluang rakyat menilai secara adil dan bebas.

"Saya juga ingin menjawab dakwaan pemimpin Umno kononnya debat boleh diadakan di Parlimen.

"Soalnya Parlimen terhad dengan Najib mendapat kelebihan melalui Speaker BN yang menyokongnya selain tidak semua rakyat dapat melihat debat itu," katanya.

Baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian menggesa Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang mengadakan debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

Keadilan Daily

PAS saran MUIP batal hasrat beli hotel

Posted: 26 Jan 2012 12:14 AM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUANTAN, 26 Jan: Selain memuji penjelasan pantas Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, PAS Pahang hari ini turut menyarankan agar kerajaan negeri, khususnya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk membatalkan hasrat untuk membeli hotel MS Garden di Kuantan pada harga RM50 juta, yang didakwa akan menggunakan wang zakat.

Semalam, Ketua Pemuda PAS, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi mendakwa beliau menerima maklumat daripada pihak-pihak yang rapat dengan MUIP bahawa mereka berhasrat membeli hotel MS Garden dengan menggunakan wang zakat.

Tengku Abdullah, yang juga Yang Di-pertua MUIP hari ini bertitah urusan pengambilalihan hotel itu oleh MUIP akan dibuat menerusi pinjaman, tetapi sama ada akan menggunakan wang zakat bagi urusan itu belum dimuktamadkan.

"Bagi saya masa untuk selesaikan hal kewangan ini dahulu dan kita akan pastikan cuba tidak gunakan wang zakat," titahnya yang dipetik Sinar Harian.

Dalam reaksinya kepada Harakahdaily, Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tinjauan awam mendapati rata-rata rakyat Pahang tidak bersetuju dengan tindakan MUIP untuk membeli hotel, walaupun tidak menggunakan wang zakat.

Katanya, dalam keadaan masih ramai umat Islam berada ditahap kemiskinan tegar, institusi agama yang masih ketinggalan, sebahagian besar rakyat Pahang sangat mengharapkan isu-isu utama dapat diselesaikan terlebih dahulu.

Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata kegagalan kerajaan negeri Pahang untuk memastikan seluruh institusi agama berjalan dengan sempurna telah menyebabkan banyak urusan pentadbiran masih berhadapan dengan pelbagai kepincangan.

Antara kepincangan yang dimaksudkan beliau ialah seperti kegagalan melantik hakim Mahkamah Tinggi Syariah, hakim Mahkamah Rayuan Syariah, pendakwaraya, Pengetua Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan dan puluhan kekosongan naib Qadhi dan wali hakim.

"Kesemua ini telah membawa kesusahan kepada masyarakat Islam di Pahang," tegas beliau, sambil bertanya apakah objektif sebenar untuk kerajaan Pahang membeli hotel yang terletak di tengah kota ibu negeri Pahang.

"Jika keutamaannya adalah untuk meninggikan imej MUIP, bukankah lebih baik selesaikan ratusan kes syariah seperti perceraian, tuntutan harta dan lain yang masih tertunggak akibat kekurangan pegawai daripada membeli hotel?" tambah beliau.

Tuan Ibrahim juga berhujah bahawa ketika ini, rakyat Pahang masih menunggu tindakan kerajaan negeri untuk melaksanakan hasrat KDYMM Sultan Pahang bagi mewujudkan sekolah agama Bestari di Pahang. Bahkan, katanya, rakyat Pahang sedang tertunggu-tunggu usaha kerajaan negeri untuk mengatasi pelbagai kekurangan kemudahan di sekolah-sekolah agama yang tidak lagi kelihatan, daripada pengumuman untuk membeli hotel mewah.

Tambahnya lagi, rata-rata rakyat berharap kerajaan negeri Pahang dapat mengunakan puluhan juta wang zakat yang terkumpul kini bagi meninggikan syiar Islam terutamanya bagi memajukan bidang pendidikan.

"Alangkah baiknya kalau setiap sekolah agama diperuntukan RM200,000 bagi membaikpulih kerosakan dan penyediaan kemudahan pendidikan, bantuan pendidikan kepada para pelajar miskin serta menigkatkan bayaran bantuan kepada pelajar agama di Timur Tengah kerana Pahang antara yang paling sedikit bantuan berbanding negeri-negeri lain," katanya.

Selari dengan tuntutan dan hasrat rakyat, PAS Pahang menyarankan kerajaan negeri Pahang khususnya MUIP untuk membatalkan hasrat membeli hotel mewah sebanyak RM50 juta itu.

"Dana tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat kepada rakyat Pahang dan Islam," tegas beliau.

Najib didesak selesaikan projek terbengkalai di Tanjung Agas

Posted: 26 Jan 2012 12:11 AM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PEKAN, 26 Jan: Kegagalan projek mega Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas (TAOGLIP) yang dianggarkan bernilai RM8 bilion di sini, terus dipersoalkan penduduk.

Pada asalnya projek gah yang pernah menarik perhatian negara di parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini diuar-uarkan bakal memberi nikmat besar kepada penduduk termasuk 3,000 peluang pekerjaan baru di samping menyediakan peluang perniagaan.

Harapan penduduk juga turut berbunga kerana daerah mereka bakal setanding dengan bandar besar seperti Kelang apabila siapnya projek raksasa di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) itu.

Namun setelah dua tahun diumumkan oleh Perdana Menteri, projek di atas tanah seluas 4,700 ekar itu yang siap hanyalah lebuh raya sepanjang 15 kilometer menghubungkan Jalan Pekan-Rompin ke tapak projek. Itupun telah rosak teruk akibat hakisan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati banyak hutan telah dimusnahkan, pasir sudah dikorek merata-rata dan binaan batu pemecah ombak pula menyusahkan nelayan kampung Tanjung Agas untuk keluar mencari rezeki kerana terpaksa mengikut Kuala Pahang.

Jalan masuk utama melalui lebuh raya bernilai RM340 juta ke projek berkenaan di Batu 5, dikawal syarikat keselamatan sementara jalan mengikut kampung Tanjung Agas ditutup dengan batu pemecah ombak yang dibina panjang.

Seorang penduduk Kapten (B) Ahiatuddin Daud berkata, projek Tanjung Agas dari awal lagi dianggap penduduk tidak munasabah boleh menjadi pengkalan (hub) minyak dan gas serta operasi perkapalan seperti yang dilaungkan kerajaan sebelum ini.

"Saya dengar projek ini sudah ditinggalkan atau pelabur tak sanggup berikutan lokasi tidak sesuai kerana airnya cetek, ombak kuat tanpa pelindung dan hakisan. Bayangkan sebuah padang golf di Batu 16 sudah ditelan laut, begitulah kuatnya hakisan," katanya.

Projek yang sepatutnya beroperasi sepenuhnya tahun ini sebagaimana diumumkan perdana menteri itu akan menjalin usaha sama dengan sebuah syarikat dari Dubai Oilfields Supply Center Ltd (OSC) dengan pelaburan RM620 juta sementara Kerajaan Negeri Pahang akan memiliki ekuiti 30% melalui anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).

Menurut kenyataan syarikat berkenaan, kos untuk infrastruktur sahaja menelan belanja RM2 bilion sehingga bakal menjadi pusat sehenti moden pertama untuk industri maritim, minyak dan gas di Malaysia di samping projek-projek komersil dan perumahan.

Apabila siap ia akan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sokongan menyeluruh untuk syarikat tempatan dan antarabangsa yang terbabit dalam operasi penerokaan, eksploitasi dan pengeluaran minyak dan gas luar pesisir perairan Malaysia serta perairan di sekitar Laut China Selatan.

"Hutan kayu bakau serta Hutan Simpan Paya Laut Sungai Miang sudah ditebang sedangkan pokok bakau secara semula jadinya ialah untuk menahan ombak kuat seperti tsunami, tetapi kalau dah dimusnahkan apa-apa berlaku sekarang memang susah.

"Pasir juga sudah dikorek merata-rata. Tidakkah ini memberi kesan buruk kepada alam sekitar?," soalnya.

Sementara itu, seorang penduduk mendakwa kontraktor telah mengorek pasir dan membuat sekatan di tanahnya tanpa membayar sebarang sewaan.

Ketika projek gergasi itu diisytiharkan dulu, PAS Pahang pernah memberi amaran projek Tanjung Agas yang mengaut wang daripada khazanah negara akan menerima nasib seperti skandal Port Klang Free Zone dengan (PKFZ) yang belum selesai dibicarakan di mahkamah.

"Kita dengar Najib berkempen, pilih BN dan semua masalah akan selesai. Jadi sekarang kita minta beliau selesaikan dulu masalah projek terbengkalai di kawasan parlimennya," kata Kapten Ahiatuddin.

Harakah Daily

Inspektor polis dihadap ke mahkamah atas dakwaan rasuah

Posted: 26 Jan 2012 12:10 AM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM3,000 daripada seorang pemandu teksi kira-kira tiga tahun lepas.

Inspektor Mohd Firdaus Mohd Japar, 26, dari Cawangan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling didakwa menerima suapan itu sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes adik pemandu teksi itu dan rakannya yang ditahan bagi siasatan kes samun dan rompak.

Mohd Firdaus didakwa menerima RM3,000 daripada Norman Sapingai, 31, di Balai Polis Sungai Buloh pada 23 Feb, 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh perbicaraan dari 2 hingga 6 April.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mahamad Sukri Abu Seman manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Nawab Zadah Khan.- Bernama

Sinar Harian

MAULIDUR RASUL SUBURI KECINTAAN TERHADAP NABI MUHAMMAD SAW

Posted: 26 Jan 2012 12:00 AM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ﴿٣١﴾

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampun dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (S. Ali-Imraan: 31).

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! ِاتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH!
Sama-samalah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana berkesempatan sekali lagi bersua dengan Bulan Rabiulawal, iaitu bulan di mana kita memperingati dan meraikan hari ulang tahun keputeraan Rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW menjelang tanggal 12 Rabiulawal.

Kita memperingati dan meraikan hari yang mulia dan bersejarah berkenaan dengan tujuan menyubur kembali perasaan kasih dan cinta kita kepada Nabi SAW, dalam erti kata mempertingkatkan lagi keazaman dan usaha menjadikan sirah serta sunnah baginda sebagai contoh ikutan dalam melayari bahtera kehidupan seharian. Sesungguhnya, mencontohi serta meneladani sirah dan sunnah Nabi SAW merupakan antara perbuatan mendaulat dan memuliakan ajaran serta syiar Islam kesan daripada wujudnya sifat takwa sebagaimana ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:-

ذَ‌ٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَـآئِرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى ٱلْقُلُوبِ ﴿٣٢﴾
"...Dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin." (S. Al-Hajj: 32).

MUSLIMIN YANG DIKASIHI ALLAH!
Asas dan bukti keimanan seseorang Muslim dalam menegakkan Islam terletak pada perasaan cinta dan kasih yang teramat sangat terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW. Kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya harus mengatasi perasaan cinta dan kasih kepada yang lain termasuk ibu bapa, isteri, suami, anak-anak, harta benda dan sebagainya. Pernyataan ini sejajar dengan firman Allah:-

قُلْ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَ‌ٰنُكُمْ وَأَزْوَ‌ٰجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَ‌ٰلٌ ٱقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةٌۭ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَـٰكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍۢ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُوا۟ حَتَّىٰ يَأْتِىَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْفَـٰسِقِينَ ﴿٢٤﴾

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan isteri-isteri (atau suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya (daripada) berjihad untuk agamanya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik (derhaka)." (S. At-Taubah: 24).

Ayat ini mengingatkan manusia khususnya umat Islam bahawa perasaan cinta dan kasih kepada Allah dan Rasulullah SAW hendaklah melebihi rasa cinta dan kasih kepada yang lain. Ini kerana dari rasa cinta dan kasih itulah akan lahir semangat dan keazaman yang kuat untuk menuruti serta mematuhi segala suruhan dan larangan Allah dan Rasulullah SAW dengan penuh istiqamah.

Malah, cinta dan kasih itulah yang akan menyemarakkan semangat untuk berjihad atau berusaha menegakkan peraturan dan hidayah Allah di alam ini. Ia selaras dengan penyaksian serta pengakuan kita bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Dalam pada itu, kesempurnaan Iman seseorang Muslim itu juga diukur berdasarkan kepada tahap kecintaan dan kasihnya terhadap Rasulullah SAW. Maknanya, mencintai Rasulullah SAW harus melebihi perasaan cinta kepada diri sendiri dan segala sesuatu yang dimiliki. Hal ini ditegaskan baginda melalui sabdanya:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ
"Tidak dianggap sempurna Iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada bapanya dan anaknya." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Malah, cintakan Nabi SAW juga menjadi pra-syarat untuk memperoleh kemanisan iman. Hal ini dijelaskan baginda melalui sabdanya yang bermaksud:

"Sesiapa yang terdapat di dalam dirinya tiga perkara ini, akan merasai kemanisan iman; Allah dan RasulNya lebih dikasihi daripada selain keduanya, dia mengasihi seseorang yang tidak dikasihinya melainkan kerana Allah dan dia berasa benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia berasa benci sekiranya dicampakkan ke dalam neraka." (HR. Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Nasa'i).

SIDANG JEMAAH YANG BERBAHAGIA!

Persoalannya, bagaimana hendak mencintai Rasulullah mengatasi orang dan harta yang sangat disayangi? Caranya sudah tentulah dengan mengikuti segala tunjuk ajar Rasulullah SAW dalam mengharungi kehidupan berpandukan al-Quran dan sunnahnya. Tatacara ini disarankan oleh Allah melalui firman-Nya:-

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ ﴿٣١﴾

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampun dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (S. Ali-Imraan: 31).

Ayat ini menjelaskan bahawa rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW bukanlah setakat mengucapkan "kami cinta Rasulullah". Perasaan cinta dan kasih kepada baginda SAW perlu dizahirkan dan diterjemahkan melalui perlaksanaan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya berdasarkan al-Quran dan sunnah.

Dalam erti kata yang lain, umat Islam perlu membuktikan rasa cinta dan kasih sayang masing-masing kepada Nabi SAW dengan menuruti segala ajaran baginda dalam segenap aspek kehidupan. Jika perilaku dan tindak tanduk seseorang Muslim itu bercanggah dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, maka tidak layak dia dianggap mencintai dan mengasihi Allah SWT dan Rasul-Nya. Malah, orang yang mengingkari suruhan dan larangan Allah dan Rasul dianggap derhaka hatta bakal menerima azab yang maha pedih.

MUSLIMIN MUKMININ YANG DIRAHMATI ALLAH!

Ramai di kalangan generasi muda hari ini yang bukan saja liat mengerjakan suruhan Allah dan Rasulullah SAW, malah ada juga yang tidak kenal atau tidak tahu langsung mengenai insan kamil yang telah diutuskan Allah untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang, iaitu nur Islam. Mereka itu lebih kenal dan meminati artis-artis serta bintang-bintang sukan tertentu sehingga ada yang terikut-ikut dengan cara hidup mereka seperti cara mereka beraksi, berpakaian dan sebagainya. Akibatnya, ada yang kehilangan arah hidup lantaran hanyut dalam dunia keseronokan dan keterujaan memuja artis dan bintang sukan yang tidak memberi sebarang manfaat kepada mereka.

Allah SWT telah jelaskan di dalam al-Quran bahawa hanyasanya insan yang berhak dan layak dijadikan contoh ikutan yang terbaik adalah Muhammad SAW, nabi akhir zaman yang diutuskan sebagai rahmat kepada seluruh alam. Firman Allah:-
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلآخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا ﴿٢١﴾

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (S. Al-Ahzab: 21).

Sehubungan dengan firman Allah tersebut, Maka setiap panduan, tuntunan, perintah dan larangan yang lahir daripada Baginda perlulah kita ikuti. Akhlak, keimanan, ibadah, muamalat, pergaulan dan sebagainya perlulah mengikuti seperti yang diteladankan dan dikehendaki oleh Rasulullah SAW. Cara ini selaras dengan saranan Allah SWT melalui firman-Nya:-

وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمْ عَنْهُ فَٱنتَهُوا۟ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ ﴿٧﴾

"…Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya itu. Dan bertakwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang yang melanggar perintah-Nya)." (S. Al-Hasyr:7)

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI ALLAH!

Secara kebetulan, tarikh Maulidur Rasul tahun ini jatuh beriringan dengan Hari Valentine yang diraikan oleh orang Barat pada 14 Febuari setiap tahun. Namun, umat Islam wajib menghindari diri masing-masing daripada terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dengan perayaan Hari Valentine kerana perayaan itu membawa unsur yang merosakkan akidah dan akhlak umat Islam, khususnya golongan muda. Tambahan pula Rasulullah SAW melarang kita daripada meniru amalan bukan dari ajaran Islam sebagaimana sabda baginda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

"Siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka." (HR. Abu Daud, Ahmad dan lain-lain).

Oleh hal yang demikian, lupakan dan sisihkan sama sekali Hari Valentine dari laman hati, ingatan dan fikiran supaya tidak menjadi sebahagian daripada mereka yang sesat dan rugi. Sebaliknya, suburi dan teguhkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dengan cara mematuhi segala ajaran al-Quran dan sunnahnya.

Syukurilah dan kenangilah segala pengorbanan serta perjuangan baginda menyibar risalah Islam dengan memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW sebagaimana dianjurkan oleh Allah SWT:-

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat) baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya." (S. Al-Ahzaab: 56).



Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Al-Quran Terbesar Di Dunia Dicipta

Posted: 25 Jan 2012 11:50 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Sebuah kitab suci Al-quran yang dikatakan terbesar di dunia telah berjaya dihasilkan di ibu kota Afghanistan, Kabul.

Ia secara tidak langsung menunjukkan kepada dunia, walaupun lebih 30 tahun terlibat dalam kancah peperangan, warisan Afghanistan yang kaya dengan budaya belum mampu dimusnahkan secara total.

Penulis khat, Mohammed Sabeer Khedri Hussani, 52, dan sembilan pelatihnya bertungkus-lumus bekerja selama 18 jam sehari, tujuh hari seminggu, untuk mencipta karya agung itu.

Sabeer memberitahu CBS News, Al-Quran tersebut dihasilkan kerana minat dan dia berbangga dengan pencapaiannya.

" Saya sangat gembira apabila ramai yang datang berhimpun setiap hari untuk melihat kaligrafi saya, bangga rasanya," katanya.

Kitab suci yang berukuran lebih daripada tujuh kaki panjang dan lima kaki lebar itu telah diperakui sebagai Al-Quran terbesar di dunia oleh Kementerian Haji dan Hal Ehwal Agama Afghanistan.

Ia seberat 1,102 paun dan mempunyai 218 muka surat kain serta kertas yang terikat di dalam penutup kulit yang diperbuat daripada 21 ekor kambing.

Sabeer berkata, kitab suci itu menelan belanja sebanyak sejuta dolar untuk dihasilkan.

Ia dibiayai Alhaj Sayed Mansoor Naderi.

Al-Quran tersebut menggabungkan skrip emas dengan berjuta-juta titik kecil yang berwarna-warni, yang membentuk hiasan sangat simbolik di sekitar muka surat gergasi itu.

" Saya mahu menggunakan seberapa banyak yang mungkin warna-warna yang menarik bagi membolehkan ia kelihatan cantik," kata Hussani.

Kitab suci itu sebenarnya telah siap pada tahun 2009, tetapi disebabkan saiznya, sebuah bilik terpaksa dibina di pusat kebudayaan itu.

Pusat kebudayaan tersebut pada asalnya ditubuhkan sekitar tahun 80an dan pernah menempatkan 50 ribu judul buku, menjadi sebuah pusat perubatan dan sekolah yang mengajar kraf tradisional Afghanistan seperti tenunan permaidani.

Namun sebahagian besar daripada bangunan itu musnah pada tahun 1990 ketika berlakunya perang.

Para pengasas pusat itu telah memulihkan semula bangunan itu sejak kejatuhan kerajaan Taliban pada tahun 2001, dan Al-quran baru itu adalah barang pameran utamanya.

Mynewshub

Sombong bukan akhlak ahli PAS

Posted: 25 Jan 2012 11:40 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga.

Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina." - (Al-Mukmin: 60).

Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat.

Imam Al-Ghazali berkata:

"Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar."

Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.

Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.

Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim:

Rasulullah Saw bersabda: "Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya". [HR Muslim]

Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk

-Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
-Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.
-Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.
-Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW

"Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya" (Abu Daud dan al-Tirmizi)

-Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain

Cara untuk mengubat

Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.

Sebagai ahli PAS hendaklah mesti bersikap rendah diri sama ada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli PAS, bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.

Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh PAS kepada orang luar. Sekiranya ahli dan pemimpin PAS dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.

Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa dan rasa bangga diri.

Sifat tawadhuk akan membuka hati mad'u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh PAS. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya. Mereka bersikap sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.

Firman Allah s.w.t

"Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63)

Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.

Juga sabdanya s.a.w.:

"Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah."

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain" (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38

Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita.

Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.

Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Harakah Daily

Jika popular, kenapa Najib takut berdebat dengan Anwar?

Posted: 25 Jan 2012 11:30 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya tidak perlu takut untuk menyambut cabaran debat yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, apatah lagi beliau dikatakan lebih popular berbanding Ketua Pembangkang itu.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor berkata, dengan populariti Najib yang dikatakan sedang meningkat naik, maka cabaran debat tersebut adalah peluang terbaik untuk beliau mengutarakan visi dan misi beliau.

"Populariti Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan semakin baik dan mengalahkan populairiti Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dinyatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Dengan populariti yang baik dan meningkat naik, tidak wajar Datuk Seri Najib melepaskan peluang ini untuk menerima pelawaan debat yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia," ujar Riduan.

Menurut beliau lagi, banyak pihak sedang ternanti-nanti kedua-dua pemimpin utama negara itu bersemuka di atas satu pentas bagi melihat hujah yang dikemukakan oleh pemimpin tersebut.

Malah baginya, debat adalah suatu dimensi politik baru yang perlu diterokai oleh kedua-dua pemimpin negara ini.

Suasana juga ujarnya sudah berubah di mana rakyat sudah semakin terbuka dan bijak dalam menilai sesuatu maklumat yang diterima.

Rakyat tegasnya memerlukan suatu saluran bagi mendapatkan suatu informasi berharga bagi menajamkan pemerhatian mereka terhadap politik negara dan debat terbuka adalah langkah terbaik untuk semua.

"Jika selama ini, rakyat terbelenggu dengan hanya maklumat dari sebelah pihak sahaja.

"Dengan cengkaman media yang berat sebelah, ditambah pula dengan propaganda yang memburukkan imej pemimpin pembangkang di negara ini sejak sekian lama, wacana debat adalah perlu bagi menilai pandangan kedua-dua tokoh terbabit," tegasnya.

Mengulas lanjut, Riduan berkata, debat yang bakal dianjurkan ini bakal menjadi suatu peristiwa bersejarah kerana pemimpin negara berjiwa besar sanggup duduk semeja dan berhujah dengan Ketua Pembangkang.

"Oleh itu, Datuk Seri Najib tidak perlu risau dan gentar bagi menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pentas perdebatan.

"Yang diadili bukan siapa menang atau kalah, yang penting siapa yang benar dan siapa yang salah. Jika Datuk Seri Najib di pihak yang benar, apa yang perlu ditakutkan," soalnya tegas.

Harakah Daily

Hadits : Amal Kebaikan dan Keburukan.

Posted: 25 Jan 2012 11:25 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Rasulullah SAW bersabda : "Maka barang siapa telah berniat untuk berbuat suatu kebaikan, tetapi tidak melakukannya, maka Allah SWT mencatatnya sebagai satu amal kebaikan. Jika ia berniat baik lalu ia melakukannya, maka Allah SWT mencatatnya berupa sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali lipat, bahkan masih dilipatgandakan lagi.

Dan barang siapa berniat amal keburukan namun tidak melakukannya, Allah SWT akan mencatatnya sebagai amal kebaikan yang utuh, dan bila ia berniat dan melakukannya, maka Allah SWT mencatatnya sebagai satu amal keburukan."

(HR. Bukhori dan Muslim)

Muhammad manusia agung

Posted: 25 Jan 2012 11:18 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MUHAMMAD (SAW) ADALAH UTUSAN DAN CIPTAAN ALLAH YANG MAHA AGUNG

Muhammad (SAW) Ibn Abdullah adalah Rasul dan Nabi Pilihan. Rasul Terakhir kepada manusia ini merupakan ciptaan Allah yang Maha Agung.Kehebatan Muhammad (SAW) terserlah dalam semua semua aspek, suatu yang tidak perlu dipertikaikan. Baginda dipilih di kalangan manusia kerana baginda adalah Nabi dari segi teori dan praktikal kehidupan manusia dalam segenap kehidupan. Adab akhlaknya dibentuk dan diprogramkan sempurna sebagai makhluk oleh Allah Taala dari kecil sehinggalah ke tempoh kewafatannya.

Baginda adalah nabi yang berkahwin, makan, minum dan tinggal di kediamannya. Namun kadar yang dinikmati oleh Rasulullah SAW adalah kadar paling sederhana dan berhemat yang menunjukkan gaya hidup dan kondisi pemimpin yang dihormati bukan kerana kemewahannya untuk diri tetapi banyak disumbangkan untuk keperluan dan kepentingan ummat, sekaligus keluarga dan para sahabatnya.

Baginda memulakan hidup berkelamin di usia 25 tahun dan mengamalkan monogami selama 27 tahun bersama wanita yang paling mulia yang dicintainya sepenuh hati iaitulah Ummul Mukminin, Saiyidatina Khadijah r.a. Setelah kewafatan Khadijah, dan baginda saw berhijrah, baginda beristeri dengan beberapa orang wanita yang kemudiannya digelar Ummahatul Mukminin.

Terpanggil dengan kontroversi terbaru oleh OWC tentang penonjolan Rasulullah saw sebagai "Ikon Seks Suci", saya merasa amat prihatin untuk mengulas dengan pendidikan berumahtangga yang disaran oleh Rasulullah saw. Mengapa ada yang tergamak untuk meletak slogan dan label sedemikian? Adakah dengan tidak memberikan anugerah ini berkurangnya kehebatan Rasulullah saw dari aspek perkahwinan? Apa justifikasi mereka untuk berkata demikian?

Banyak sudut yang boleh diulas dengan Qudwah (Contoh) Rasulullah saw dlm memimpin isteri-isteri dan anak menantunya. Pelbagai etika dan adab yang perlu diikuti oleh orang yang telah ditakdirkan sampai jodoh dan ada yang menjalani kehidupan berkeluarga sebagai anak dan adik beradik.

Kita pada hari ini walaupun hanya memiliki dan melayan seorang isteripun GAGAL untuk solat sunat dan puasa sunat. Puasa wajib pun sekadar cukup tinggal makan minum sahaja. Kita sering alpa dan tidak ada kekuatan untuk bangun bertahajjud dan qiyamullail. Kita jarang bahkan mungkin tidak pernah berkhulwah selama sebulan. Kita tidak rajin untuk bertaddarus dan beriktikaf 10 akhir Ramadhan.

Kita culas untuk solat berjamaah apatah lagi memimpin solat setiap waktu dan selalu tidak upaya lekat wudhu'. Kita tidak pernah dapat aduan ada suami hari ini yang solat sehingga bengkak kakinya dan yang bersedekah sehingga dia dan keluarganya tidak punya apa untuk dimakan. Kita juga makan daging dan lauk sehingga kini sering sakit dengan pelbagai macam penyakit kerana terlebih makan!

Nah, Nabi saw berpesan bahawa antara ciri solehahnya isteri itu bilamana dia amanah dalam merahsiakan hal ehwal dalaman dan tempat tidur suaminya. Soal hubungan kelamin tidak pernah menjadi tajuk awam dalam perbicaraan Rasulullah saw kerana baginda memuliakan perkahwinan dan soal intimasi suami isteri adalah hak peribadi yang dilindungi dan difahami.

Majoriti hadith berkait dengan soal kekeluargaan menyentuh santunnya Rasulullah saw melayan anak isterinya dalam semua tahap dan keadaan. Sabarnya ketika meleraikan konflik isteri kesayangan, Aisyah r.a yang difitnah jijik. Psikologi dan diplomasi baginda ketika mendamaikan isteri-isteri akibat cemburu merebut kasih sayangnya.

Hebatnya isteri kerana bukan setakat boleh berkorban makan tapi berkorban giliran. Giliran bersama isteri juga banyak dihabiskan dengan mereka turut serta dalam medan peperangan dan dakwah.

Hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah ra.,Maimunah r.a, Hafsah r.a, Juwairiyyah r.a,Sofiyyah r.a dan Ummu Salamah semuanya menjurus ke arah tegarnya komitmen Rasulullah saw terhadap ibadat dalam kehidupan malamnya. Tidak berbuat apapun baginda saw melainkan ianya atas tujuan ibadat hatta untuk bersama isterinya.

Baginda saw berjaya mendidik isteri-isterinya yang baru memeluk Islam untuk turut berqiyamullail dan beriktikaf bersamanya. Ada baiknya untuk kita ketahui bahawa bila beramal seumpama itu di waktu malam ianya mesti dalam keadaan berwudhu' dan tak pernah alpa dan asyik dengan aktiviti badaniah dan seksual yang boleh memenatkan dan merencatkan amalan qiyamullail akibat keletihan.

Makanan ruji dan sajian Rasulullah saw adalah amat ringkas dan mudah. Baginda tidak mengambil vitamin dan pelbagai "pil penguat" kerana Islam mengajar hubungan suami isteri di bilik tidur adalah sebahagian proses untuk mendapatkan zuriat yang soleh bukan atas landasan melampiaskan nafsu yang sentiasa berkobar. Klimaks kemesraan dan kemanjaan bertempat dan sahih serta terhormat antara lelaki dan wanita menyebabkan semua sahabat berlumba untuk berkahwin.

Banyak masa siangnya dihabiskan di luar rumah sebagai "hablun minannas" dan masa malamnya digunakan untuk mengabdi diri dengan meningkatkan hubungan "hablun minaLlah".



Jadi, adalah kurang molek dan mencemar fokus kalau ketaatan isteri dan kecintaan suami itu ditumpukan pada aspek seksual yang lebih bersifat fizikal dan sementara.

Mengatur dan meletakkan had dan aras dalam hubungan kelamin adalah wajar dan perlu dalam Islam kerana andai tidak dijelaskan manusia mungkin meniru gaya dan kekerapan binatang dan haiwan dalam melakukan hubungan jenis. Seks adalah perkara fitrah tetapi ia harus dipupuk supaya ia menjadi hubungan suci lagi murni bukan keperluan hakiki yang wajib dinikmati setiap ketika atas alasan kerana telah bernikah.

Suami isteri yang tua lagi uzur, mereka masih mempunyai cukup ruang untuk meluahkan kasih sayang dengan sifat mawaddah, ihsan dan rahmah sehingga wujud sakinah dalam rumahtangga dan kehidupan. Organ seks bukanlah kemuncak alat dalam kehidupan yang perlu diagungkan dan manusia yang tidak memilikinya serta menikmatinya dianggap kurang dan tidak sempurna!

Manusia itu sempurna dengan minda, badan, emosi dan spiritual yang sihat dan cerdas. Nabi Isa a.s dan ibunya maryam tidak pernah berkahwin tetapi terbukti mereka masing-masing adalah Rasul Ulul Azmi dan antara 4 perempuan yang paling mulia dalam Islam. Mereka tetap Idola kita sebagai umat Islam. Imam Nawawi juga tidak sempat berkahwin tetapi hadith arbain susunannya tetap unggul dan bermakna untuk kelangsungan ummah.

Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw dan menjalani dan mengurus isteri dan rumahtangga adalah cabaran besar dan rutin yang menuntut ilmu dan hikmah sepanjang masa bukan hanya seks. Aktiviti seks mungkin memakan tempoh 30 minit dalam seminggu atau dalam tempoh 3 bulan jadi adalah tidak munasabah kalau ukuran kehebatan Islam itu diukur dan dilabel dengan fokus itu dan ke situ! Seolah kita juga kini terjerumus dan menjerumuskan masyarakat ke dalam minda "hanya kepuasan seks" segala-galanya.

24 jam bersama suami dan 30 tahun berumahtangga memerlukan kesyumulan contoh dari Rasulullah saw melayari kehidupan. Bukan terhenti atau terikat dengan aktiviti seksual semata. Rasulullah saw diangkat menjadi nabi ketika usianya menjangkau 40 tahun dan mempunyai had masa 23 tahun untuk menyampaikan dan menyempurnakan keseluruhan aspek sosial,politik dan ekonomi Islam yang diwariskan kepada ummat sehingga qiamat.

Piawaian lelaki dan manusia terbaik di kalangan semua ummat adalah lelaki yang paling baik layanan dan penghormatan kepada isteri dan keluarganya. Islam bukan agama hipokrit dan bermotif dengan menyayangi isteri dan anak kerana pulangan khidmat dan balasan seksual dan fizikal tetapi kerana itu adalah hak dan hudud yang ditetapkan oleh Allah swt.

Rasulullah saw pengangkat martabat wanita dan lelaki serta anak-anak dengan setinggi-tingginya dengan penganugerahan hak layanan, penghormatan nasab, harta,nafkah dan pusaka dengan sepatah kata "aku terima nikahnya".

Saya yakin dan saya percaya ramai lagi di luar sana yang menyanjung dan ingin mengamalkan sunnah kehidupan berkeluarga Rasulullah saw yang syumul dan lebih banyak dibuat oleh baginda di luar bilik tidur.

Maka, marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah saw kerana kemuliaannya , jasa pengorbanannya dan sopannya menghargai wanita dan keluarga sebagai manusia yang punya hak dan kemahuan bukan objek seks sebagaimana kefahaman barat mengenai wanita. Janganlah kita terperangkap dan terjerat oleh kehendak dan fahaman mereka mengenai rumahtangga dan perkahwinan.

Berkahwin itu adalah proses yang lebih mulia dan jangka panjang untuk ummah sifatnya dan antara dua keluarga dan masyarakat bukan berobjektifkan ketaatan fizikal individu dan penyerahan tubuh semata mata.

Percayalah, apapun aktiviti kita semuanya adalah untuk beribadah dan menggambarkan kehambaan kita kepada yang Maha Pencipta.


Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasahbihi ajmain.


MUMTAZ MD. NAWI
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Pengamal Undang-Undang Sivil dan Syarie

Harakah Daily

Nafi sahaja tak cukup, Rosmah perlu saman

Posted: 25 Jan 2012 11:16 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 26 Jan: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor terus dicabar agar menyaman akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Hornery dan pereka fesyen, Carl Kapp yang didakwanya telah memfitnah dirinya.

Cabaran itu kali ini dikemukakan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jingga 13 yang juga mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bertindak menyiasat dakwaan akhbar itu bahawa Rosmah berbelanja lebih RM300,000 di sebuah butik di Australia.

"Sesiapa pun boleh menafikan dan menganggap menjadi mangsa atau ianya adalah merupakan berita karut, liar dan tidak benar, sedangkan tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap segala laporan yang dibuat," kata ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.

"Bukan sahaja berbelanja mewah tetapi beliau bersama suaminya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga telah menginap di Hotel Darling, Sydney dengan kos RM65,100 semalam, termasuk juga perkhidmatan tempat letak kereta khas untuk limosin beliau," ujar Fariz lagi.

Laporan ke SPRM turut dibuat oleh NGO itu hari ini yang diwakili Mohd Azuan Ab Rahman di Pejabat SPRM Shah Alam dengan memetik laporan di dalam seksyen 'Private Sydney' yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald sebagai bahan bukti.

Sebelum ini beberapa pihak turut mencabar Isteri perdana menteri itu mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Autralia itu jika benar ianya adalah fitnah.

Malah bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam responya sebelum ini, beliau menganggap penafian dari rosmah itu bukan sesuatu yang pelik malah memang sudah dijangka.

Biarpun penafian dibuat Rosmah, kolumnis Andrew Hornery dalam satu kenyataan balas kemudiannya mempertahan tulisannya dengan mendakwa ianya sah dan benar.

Harakah Daily

Geram: Platform anak lakukan perubahan PRU13

Posted: 25 Jan 2012 11:15 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) akan melancarkan Gerakan Anak Muda (Geram) Kuala Lumpur bagi menerajui kebangkitan anak-anak muda khususnya di sekitar Wilayah Persekutuan.

Majlis pelancarannya akan diadakan pada 28 Januari ini, bermula jam 8.00 malam bertempat di Darul Ummah, No. 44, Jalan Dua, Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan akan disempurnakan oleh Kamaruzaman Mohamad, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Ketua Pemuda DPPKT, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, diijangkakan seramai 150 anak-anak muda sekitar Kuala Lumpur akan hadir pada majlis tersebut.

"Sesuai dengan namanya, Geram adalah platform bagi anak muda melepaskan amarah dan amukan mereka melihat segala kebobrokan dan keabsahan yang berlaku dalam negara ini," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, anak muda pastinya geram melihat telatah pemimpin negara yang meratah harta rakyat demi kepentingan diri mereka sendiri.

Katanya, issu penyelewengan wang zakat, penyelewengan kuasa dalam isu skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), kelulusan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang mengenepikan hak penduduk, rampasan tanah rakyat di Kuala Lumpur, Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Akta Pekerja dan lain-lain adalah episod kemarahan anak muda terhadap pemerintah.

Selain itu, katanya kadar pengangguran yang meningkat, kos sara hidup yang bertambah serta kadar jenayah terutama di ibu kota yang bertambah semakin menaikkan suhu kemarahan anak-anak muda.

"Anak Muda merasa geram kerana selama berpuluh tahun negara merdeka, dan dengan limpahan kekayaan harta negara, kehidupan rakyat di ibu kota masih tidak berubah," katanya.

Menurutnya lagi, masih ramai yang hidup di bawah paras kemiskinan, gagal memiliki rumah sendiri, keselamatan mereka dan keluarga sentiasa terancam, serta pendapatan yang jauh dari kemampuan sebenar mereka.

Katanya, kebanyakan anak muda merasa hampa kerana pemerintah yang mereka letakkan harapan untuk membela mereka gagal membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat yang semakin terbelenggu dengan faktor kemiskinan bandar.

"Geram adalah landasan terbaik mengumpulkan anak-anak muda bagi menyatakan noktah terakhir kepada Umno BN dalam PRU ke 13. Bermula dari titik itu, Geram akan terus meluncur laju sesuai dengan kehendak anak-anak muda," ujarnya lagi.

Beliau memebritahu, taqwim aktiviti disajikan sebagai menarik anak-anak muda menyertai Geram, antaranya Hi Tea Anak-anak Muda PPR Jelatek bersama artis terkenal serta pimpinan PAS Pusat pada 19 Februari 2012, Santai Anak Muda dan BBQ di Desa Pandan pada 24 Februari 2012, 'Lunch Hour' Anak Muda Alam Shah pada 25 Februari 2012 di kawasan sekitar Masjid Alam Shah, Konvoi dan Rehlah Anak Muda Kampung Baru di Sungai Sendat pada 4 Mac 2012, serta Pertandingan Futsal Inter Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Titiwangsa pada 25 Mac 2012.

Katanyha, kemuncak daripada ini adalah program talk show yang akan menampilkan Ustaz Azhar Idrus bersama artis terkenal tanahair yang akan diumumkan tarikhnya kelak.

Jelasnya, Geram bertekad mahu membina sebuah lanskap baru politik Malaysia yang bersih dan bebas dari penyelewengan dan mengangkat pemimpin yang cakna kebajikan rakyat terutama anak-anak muda.

"Anak Muda wajib berubah, demi selamatkan Malaysia," tegasnya.

Harakah Daily

BN jangan lagi tipu rakyat, ambil pengajaran Mesir

Posted: 25 Jan 2012 11:12 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 Jan: PAS menerusi Lajnah Antarabangsanya mendesak Kerajaan BN agar jangan lagi terus menipu rakyat menerusi pelbagai janji manis untuk melakukan perubahan terhadap perjalanan pilihanraya di negara ini.

Sebaliknya, kesemua janji tersebut mestilah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membolehkan pilihanraya di negara ini diadakan dengan bersih, adil dan telus seperti yang dituntut oleh rakyat.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, perkembangan terkini yang berlaku di seluruh dunia terutama di Timur Tengah amat perlu dijadikan pengajaran oleh kerajaan bagi menjaga imej negara.

Menurutnya, sekiranya Kerajaan BN tidak juga mengambil iktibar terhadap kebangkitan rakyat terutama di Timur Tengah, kejadian yang sama juga pasti akan turut berlaku di negara ini yang akan memaksa rakyat bangkit ke jalan-jalan raya.

Katanya, fenomena di seluruh dunia terutama di Timur Tengah kini ternyata telah berubah yang jelas menunjukkan rakyat sudah tidak boleh disekat lagi untuk menikmati perubahan dalam pemerintahan ke arah yang lebih baik.

"Di Mesir setelah rakyat berpeluang membuat pemilihan sendiri, setelah kerajaan kuku besi regim Mubarak digulingkan oleh rakyatnya sendiri, rakyat negara itu ternyata telah memilih parti Islam untuk memerintah negara itu.

"Ini sememangnya satu perkembangan menarik yang menunjukkan rakyat di seluruh dunia kini sudah tidak lagi mampu disekat oleh kerajaan yang memerintah bagi membolehkan mereka menikmati perubahan ke arah yang lebih baik," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Keputusan pilihanraya Parlimen Mesir pada Sabtu, 21 Januari lalu menepati ramalan pelbagai pihak dengan parti-parti beraliran Islam mencatat kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di negara itu.

Keputusan akhir pemilihan Parlimen pertama Mesir setelah jatuhnya Presiden Hosni Mubarak turut menepati ramalan beberapa pihak apabila parti politik milik Ikhwanul Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi.

Dengan perolehan yang turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir pada 21 Januari lalu mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat (Parlimen).

Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.

Semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, Ikhwanul Muslimin merupakan organisasi yang dilarang bergiat dalam politik dan dengan keputusan tersebut, parti-parti Islam kini telah berjaya menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di Mesir.

Dengan keputusan itu juga, FJP kini merupakan parti utama yang menerajui kerajaan Mesir, sejajar dengan keinginan rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih baik di bawah pemerintahan kerajaan baru di negara itu.

Menurut Kamarudin, Lajnah Antarabangsa PAS Pusat sememangnya mengikuti dengan baik perkembangan yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Timur Tengah.

Katanya, sebelum parti Ikhwanul Muslimin di Mesir berjaya menjadi parti yang utama bagi kerajaan baru yang memerintah negara itu, perkembangan yang memihak kepada rakyat juga telah berlaku terlebih dahulu di Tunisia.

"Kami sememangnya berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Mesir dan Tunisia itu dan perkembangan yang sama pasti akan turut berlaku di seluruh dunia.

"Di negara kita juga, sekiranya pilihanraya dilaksanakan dengan bersih, adil dan telus, Kerajaan BN dah lama tumbang, tetapi kini sekiranya kerajaan tidak juga berubah, pengalaman rakyat Mesir dan Tunisia itu pasti akan dijadikan pengajaran oleh rakyat negara ini," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat menegaskan, malah rakyat di negara kita kini telah mulai bangkit sehingga menyebabkan mereka menjadi begitu waspada dengan segala janji manis yang ditaburkan oleh pihak Kerajaan BN agar tidak tertipu lagi seperti sebelum ini.

"Rakyat berharap agar kerajaan tidak lagi terus menekan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan SPR melaksanakan tanggungjawabnya dengan bebas dan baik, termasuk dengan melaksanakan 8 tuntutan Bersih dan seperti yang turut dibangkitkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini," tegasnya.

Lapan tuntutan Bersih yang dimaksudkan oleh beliau itu termasuklah bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Harakah Daily

Mazlan dedah kandungan perjanjian Felda-FGVH

Posted: 25 Jan 2012 11:04 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini tampil mendedahkan isi perjanjian di antara Felda Holdings dengan Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd (FGVH) yang disifatkan sebagai berat sebelah dan menindas peneroka.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihaknya berbuat demikian kerana peneroka langsung tidak mengetahui perjanjian di antara kedua-dua pihak itu dalam usaha penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.

Antaranya, jika perjanjian itu ditandatangani, segala kuasa akan jatuh kepada FGVH dan Felda akan hilang fungsinya sebagai institusi tanah milik Orang Melayu.

"Felda tidak punya apa-apa peranan, jadi seperti patung yang tidak punya kekuatan.

"Segala urus niaga akan diurus oleh FGVH dan FGVH mendapat kenikmatan aman sentosa," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS pusat itu turut berkata, pihaknya akan membuat pendedahan secara bersiri dan ini merupakan pendedahan yang pertama.

Ini kerana segala pandangan dan bantahan mereka terhadap penyenaraian tersebut tidak diterima kerajaan.

"Anak sudah bagi masa yang cukup kepada kerajaan khususnya perdana menteri untuk membuat pertimbangan terhadap penyenaraian ini.

"Sudah tiba masanya kami membuat pendedahan demi pendedahan kerana peneroka tidak tahu isi kandungan dan terma perjanjian sebaliknya peneroka terpengaruh dengan dakyah kerajaan bahawa penyenaraian itu memberi kesenangan kepada peneroka," katanya.

Kandungan perjanjian itu antaranya juga menyebut tanah Felda seluas 360, 067 hektar yang kini diurus Felda Plantations Snd Bhd (FPSB) akan dipajak kepada FGVH.

Selain itu, perjanjian tersebuty menyatakan, jika peneroka ingin mendapatkan aset dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF), mereka terpaksa menjual hasil perahan kelapa sawit kepada kilang milik FGVH.

"Kalau polisi itu dibuat, ia akan merugikan peneroka dan saya menjangkakan bukan sahaja soal nak salurkan hasil jadi masalah tapi tanah 10 ekar yng dimiliki peneroka akan terjejas.

"Memanglah Isa Samad kata tak usik tanah peneroka tapi secara tak langsung kesan dihadapi ke atas peneroka," kata Mazlan lagi.

Perjanjian tersebut turut diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk dipersetujui.

Setakat ini, semua negeri Pakatan Rakyat bersetuju untuk menyerahkan tanah kepada Felda untuk dipajak kepada FGVH.

"Negeri-negeri PR tidak akan serah tanah Felda untuk dipajak tapi kita akan tetap buat roadshow dan bertamu dengan menteri-menteri besar dan wakil-wakil peneroka bagi jelas isu penyenaraian ini," katanya.

Felda defisit RM1.5 bilion

Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa Anak, Dr. Rosli Yaakob yang juga pakar ekonomi melahirkan kebimbangan terhadap jangkaan defisit tahunan sebanyak RM1.5 bilion yang akan dialami Felda apabila menyerahkan tanah kepada FGVH.

Menurut Perjanjian Pajakan Tanah tersebut, Felda hanya menerima bayaran RM251 juta sahaja setahun setelah Felda menjual semua saham di dalam FGVH.

Ini akan membolehkan Felda mendapat wang lebih kurang RM5.9 bilion berdasarkan penilaian FGVH dan berdasarkan 15 peratus keuntungan Operasi Pertanian atau perkongsian keuntungan tahunan yang bergantung kepada harga pasaran minyak sawit mentah.

"Pendapatan Felda daripada sekitar RM2 hingga 2.3 bilion setahun akan tinggal 508 juta sahaja. Itu pun jika harga komoditi berada di paras stabil seperti sekarang.

"Manakala perbelanjaan Felda tahun 2010 sahaja mencecah RM1, 980 juta. Felda akan mengalami defisit tahunan sekitar RM1.5 bikion. Siapa yang akan menampung kekurangan pendapatan Felda ini?" soalnya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Harakah Daily

Tekong dan pembantu dipenjara lapan tahun kerana seludup manusia

Posted: 25 Jan 2012 10:57 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KOTA TINGGI - Seorang tekong dan pembantunya dijatuhi hukuman penjara lapan tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kerana menyeludup manusia ke negara ini.

Alexander Yub Kalang, 48, dan Mohd Jali Manaf, 32, dari Indonesia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Pindaan) 2010 yang membawa hukuman tidak lebih 15 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, Agensi Pengkuatkuasa Maritim Malaysia yang melakukan rondaan telah menahan bot yang dikendalikan Alexander dan Mohd Jali di 0.6 batu nautika dari barat daya Tanjung Pengelih pada pukul 11.55 malam, 12 Jan lalu.

Ketika diperiksa, bot itu didapati membawa 45 imigran Indonesia berusia antara 25 hingga 55 tahun tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Hakim Salawati Djambari memerintahkan supaya hukuman dilaksanakan mulai tarikh tangkapan kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya APMM Mohd Safarizal Zakaria manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- Bernama

Sinar Harian

3,996 calon lulus STAM 2011

Posted: 25 Jan 2012 10:54 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA - Seramai 3,996 atau 60.7 peratus calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 berjaya memperoleh sijil dengan pangkat sekurang-kurangnya Maqbul (Lulus) dalam kesemua 10 mata pelajaran.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na'imah Ishak berkata daripada jumlah itu, 326 calon memperoleh pangkat Mumtaz (Cemerlang), 529 mendapat Jayyid Jiddan (Sangat Baik), 1,602 Jayyid (Baik) dan selebihnya Maqbul.

Seramai 6,584 calon menduduki peperiksaan itu pada tahun lepas di 108 pusat peperiksaan berbanding 6,537 orang pada tahun sebelumnya, katanya semasa mengumumkan keputusan STAM 2011 di Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Daripada segi nilai Gred Purata Nasional, Na'imah berkata pencapaian keseluruhan calon menunjukkan peningkatan daripada 3.23 pada tahun 2010 kepada 3.19 pada 2011.

STAM yang mula dilaksanakan sejak 2000, melayakkan pelajar yang memperoleh sijil itu untuk memohon mengikuti program ijazah pertama di Universiti Al-Azhar Mesir dan universiti tempatan dalam bidang yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.

Mengenai prestasi mata pelajaran, Na'imah berkata enam mata pelajaran iaitu Fiqh, Balaghah, Hadith dan Mustolah, Insya' dan Mutala'ah, Tafsir dan Ulumuhu serta 'Arudh dan Qafiyah mencatatkan peratusan peningkatan calon lulus (Mumtaz hingga Maqbul) berbanding tahun 2010.

Empat mata pelajaran lagi mencatatkan penurunan peratusan kelulusan calon iaitu Hifz Al-Quran dan Tajwid, Nahu dan Sarf, Adab dan Nusus serta Tauhid dan Mantiq, katanya.

Beliau berkata satu kajian terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti aspek yang boleh diperbaiki untuk meningkatkan peratusan calon yang lulus pada semua mata pelajaran untuk peperiksaan akan datang.

"Antara yang boleh dikaji mungkin aspek pengajaran dan pembelajaran serta teknik yang sesuai untuk pelajar. Kita akan cari mekanisme terbaik," katanya.

Na'imah berkata calon-calon yang tidak berjaya boleh menduduki semula atau memperbaiki pencapaian mana-mana mata pelajaran yang kurang memuaskan dalam tempoh tiga tahun. - Bernama

Sinar Harian

Ijtima Pilihanraya dan Penerangan PAS Sarawak 1433H Pemangkin Kebangkitan Islam Bumi Kenyalang

Posted: 25 Jan 2012 10:50 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

MIRI - Alhamdulillah pada 21 hingga 23 Januari 2011 yang lalu PAS
kawasan Miri telah menganjurkan program Ijtima Pilihanraya dan
Penerangan PAS Sarawak yang buat julung kalinya diadakan oleh Badan
Perhubungan PAS Negeri Sarawak di Miri.

PAS Miri diberi penghormatan sebagai tuan rumah untuk menganjurkan
program tersebut, dan telah berjaya mengumpulkan hampir 120 petugas
PAS dari seluruh Sarawak, terdiri dari kawasan
Petrajaya,Mukah,Limbang,Bintulu,Sadong Jaya,Batang
Lupar,Sarikei,Selangau,Sibu dan Miri.

Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi pada hari Sabtu di Pasar
Mosjaya Miri dengan program agihan kad tahun baru cina dan limau
bersempena Tahun Baru Cina yang diketuai sendiri oleh Abang Ahmad
Kerdee,YDP Batang Lupar merangkap AJK PAS Pusat .

Hampir 1,000 biji buah limau dan kad diedarkan disekitar kawasan pasar
tersebut. Sambutan amat mengalakkan (positif) diterima oleh kaum
Tionghua dengan santun. Pada sebelah malam, program Jamuan BBQ Ahlan
Wasahlan diadakan di PASTI Piasau bagi menyambut kehadiran perwakilan
dari setiap pelusuk negeri.

YB Datuk Husam Musa,Naib Presiden PAS dan YB Khalid Samad ahli
parlimen Shah Alam turut hadir ke majlis tersebut. Pada malam tersebut
juga diberi sedikit penerangan dan penjelasan mengenai isu-isu semasa
oleh kedua pimpinan dari pusat. Turut hadir YDP PAS Miri serta ahli
jawatankuasa PAS kawasan Miri.

Pada 22hb Januari 2012, program Ijtima bermula jam 8.30 pagi sehingga
5.00 petang dirasmikan oleh YB Datuk Husam Musa dengan pembentangan
tiga kertas kerja iaitu:-

i. Pelan Strategik Roadmap PRU 13 oleh YB Husam Musa
ii. Pengalaman PAS Selangor oleh YB Khalid Samad
iii. ICT dan Media Baru oleh Haji Shaifuddin PAS Sabah

Turut hadir dalam majlis tersebut Haji Adam Ahid Pesuruhanjaya PAS
Sarawak, Timbalan Pesuruhanjaya serta pemimpin negeri dan juga ahli
jawatankuasa dari setiap kawasan PAS Sarawak. Wakil DAP dan juga PKR
hadir sebagai pemerhati.

Perbahasan dari setiap wakil Kawasan dan Dewan juga diadakan pada
sebelah petang. Komitmen yang tinggi telah ditunjukkan oleh peserta
Ijtima bagi memastikan Sarawak bukan lagi "Fix deposit" bagi Barisan
Nasional. Sasaran PAS Sarawak untuk memenangi sekurang-kurangnya satu
kerusi Parlimen bagi membantu merealisasikan usaha Pakatan menawan
Putrajaya.

Para peserta diingatkan agar sentiasa berdamping dan bergaul dengan
semua bangsa dan agama agar PAS dapat diterima oleh semua kaum dan
agama di Sarawak ini. PAS boleh bertanding dimana saja asal saja terus
berkerjasama dengan Pakatan Rakyat bagi mempastikan impian rakyat
untuk menawan Putrajaya menjadi kenyataan.

Pada hari ke 23 Januari,perwakilan yang masih belum pulang telah
bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri yang diketuai oleh Mr Yeo KL
menghadiri beberapa buah rumah penyokong PAS dari kaum Tionghua
sempena sambutan Tahun Baru Cina. Dengan kunjungan dan program
sebegini telah menunjukkan bahawa PAS Sarawak boleh diterima oleh
semua kaum dan agama dengan baik sekali.

Di keluarkan oleh Pusat Penerangan PAS Miri

Pesalah Trafik: Penubuhan Majlis Hukuman pastikan hukuman setimpal

Posted: 25 Jan 2012 10:47 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Majlis Peguam mencadangkan sebuah Majlis Hukuman diwujudkan untuk mengadakan satu garis panduan mengenai kadar hukuman ke atas pemandu yang menyebabkan kemalangan maut di jalan raya.

Presidennya Lim Chee Wee berkata dengan adanya majlis ini, hukuman yang dijatuhi bersesuai dengan kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik itu.

Beliau berkata mengenakan hukuman mandatori ke atas pemandu yang menyebabkan kemalangan maut adalah tidak wajar kerana sesuatu kes itu perlu dilihat dari aspek bagaimana kemalangan itu, serta sama ada kes itu "berat atau ringan."

"Sesuatu hukuman perlu bergantung kepada fakta-fakta kes yang pada amnya berlainan antara satu sama lain.

"Oleh itu budibicara hakim tidak patut disekat, malah hukuman bukan sekadar untuk hukuman sahaja tetapi untuk pemulihan (ke atas pesalah trafik)," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas pandangan Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Tan Sri Lee Lam Thye pada Ahad lepas, yang menyarankan agar pihak berkuasa mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap mereka yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Pandangan Lim turut dikongsi oleh peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang bersetuju bahawa hukuman mandatori tidak sesuai dilaksanakan kerana ia bukanlah satu kesalahan yang berat seperti kes pengedaran dadah ataupun kes bunuh.

"Ini kerana kita perlu mengambil kira latar belakang sesuatu kesalahan memandangkan terdapat beberapa faktor lain yang mengundang kepada kemalangan jalan raya.

"Sewajarnya, hukuman perlu diberatkan lagi bagi kesalahan pemandu yang cuai.

Contohnya, tempoh hukuman penjara perlu ditambah dari lima tahun kepada 10 tahun, jumlah denda dinaikkan, atau lesen ditarik serta merta," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Madya Dr Wong Shaw Voon bersetuju dengan cadangan Lee bahawa hukuman penjara mandatori itu perlu diwujudkan sebagai satu pengajaran yang berkesan kepada mereka yang memandu dengan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan maut.

Wong berkata hukuman itu bagaimanapun tidak sepatutnya dijatuhi ke atas pesalah secara menyeluruh tanpa meneliti kesalahan itu berdasarkan tahap keseriusan kesalahan yang lakukan.

"Tidak semua kesalahan jalan raya perlu dihukum dengan hukuman penjara mandatori kerana ia perlu diperhalusi oleh badan perundangan dan kehakiman,
berdasarkan bukti-bukti yang kukuh," katanya.

Wong berkata bagaimanapun pelaksanaan peraturan itu dapat meningkatkan tahap kesedaran pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan ketika memandu," katanya.

Beliau berkata selain hukuman penjara mandatori, kerajaan juga perlu memberi tekanan terhadap jumlah denda ke atas mereka yang didapati bersalah supaya masyarakat tidak memandang ringan kesalahan trafik yang mereka lakukan.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) Hamzah Masri pula berharap agar kerajaan lebih giat mengadakan kempen kesedaran untuk meningkatkan tahap pemahaman orang ramai berhubung peraturan undang-undang sedia ada.

"Walaupun pelbagai bentuk undang-undang telah diwujudkan namun sekiranya masyarakat tidak memahami pelaksanan sesuatu undang-undang, ia tidak akan berkesan," katanya.

"Kita perlu melihat sejauh mana tahap pemahaman orang ramai mengenai sesuatu undang-undang. Misalnya hukuman penjara mandatori tidak semua orang ramai dapat memahaminya, kerana kurang pendedahan dan pengetahuan dalam undang-undang," katanya.

Sementara itu, Lee dalam mempertahankan cadangan yang dikemukakannya berkata hukuman penjara mandatori ini adalah langkah terbaik untuk mendidik masyarakat supaya mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya berikutan kes kematian yang melibatkan kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun.

"Jika kita lihat kes kematian di kalangan pengguna jalan raya meningkat di mana pada tahun 2010 sebanyak 6,872 kes dicatat, dan ini meningkat daripada 6,745 kes pada tahun 2009.

Selain itu, pada tahun 2008, sebanyak 6,527 kes direkodkan, meningkat sebanyak 245 kes berbanding 6,282 pada tahun 2007, dan 60 peratus kes kematian melibatkan pengguna motosikal, katanya.

Beliau juga menjelaskan hukuman penjara mandatori ini tidak hanya tertakluk kepada pemandu jalan raya persendirian tetapi termasuk pemandu perkhidmatan awam seperti bas dan teksi.

Lee berkata hukuman penjara mandatori ini juga telah dilaksanakan di Australia, dan sudah tiba masanya Malaysia turut mengguna pakai peraturan itu.- Bernama

Sinar Harian

Isytihar harta : Zambry isytihar harta kepada UMNO?

Posted: 25 Jan 2012 10:40 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terpanggil dengan kenyataan terbaru mentor Umno dan Barisan Nasional (BN), Tun Dr Mahathir Mohamed yang bersetuju agar pendekatan untuk mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat membendung tindakan salahguna kuasa dan membina kekayaan peribadi serta keluarga agar dapat dielakkan. Umum maklum bahawa sebelum ini, pimpinan Umno hanya mengisytiharkan harta mereka hanya kepada Presiden Umno, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sahaja.

Bagi membuktikan kepimpinan Umno / BN benar-benar bersih, kami mencabar Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir dan kepimpinannya mengisytiharkan harta kepada SPRM dan umum sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Pulau Pinang.

Adakah Datuk Seri Zambry dan pimpinan Umno / BN Perak bersedia menerima cabaran tersebut? Adakah cabaran tersebut sangguh disambut oleh Datuk Seri Zambry dan kepimpinan Umno / BN di Perak? Sudah tentu isu EXCO Kerajaan Negeri BN Perak yang pernah disiasat oleh SPRM akan terjawab jika mereka bersedia mengisytihar harta sepertimana saranan Tun Dr Mahathir tersebut.

Kami menunggu kesedian Datuk Seri Zambry dan kepimpinan Umno / BN Perak untuk mengisytiharkan harta mereka termasuk kepimpinan Pergerakan Wanita Umno Negeri Perak, Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dan Pergerakan Puteri Umno Negeri Perak. Jika mereka semua masih memberikan pelbagai alasan, kami yakin rakyat akan melihat memang benar mereka sedang dan masih meneruskan budaya membina kekayaan peribadi dan keluarga mereka sehingga kini.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tahun melawat Perak : Hamidah hilang fokus!

Posted: 25 Jan 2012 10:30 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kecewa dengan perancangan Tahun Melawat Negeri Perak pada tahun ini yang seolah-olah ibarat 'tangkap muat' sahaja di bawah kendalian Datuk Hamidah Osman sebagai orang yang dipertanggungjawabkan. Terkini,

melalui pengumuman Datuk Hamidah yang mana telah melantik Datuk AC Mizal atau Mizal Zaini nama sebenarnya sebagai Duta Pelancongan Negeri Perak telah mendapat kritikan umum oleh rakyat.

Ini kerana umum mengetahui bahawa Datuk AC Mizal bukanlah anak kelahiran negeri Perak sepertimana yang dilaporkan oleh Wikipedia, ensiklopedia bebas yang menyatakan bahawa Datuk AC Mizal adalah anak kelahiran Muar, Johor. Ianya bertentangan dengan kenyataan Datuk Hamidah sendiri yang menegaskan bahawa Datuk AC Mizal adalah anak kelahiran Perak. Adakah Datuk Hamidah telah dimaklumkan tentang perkara ini?

Datuk AC Mizal yang mendapat gelaran Datuk di Negeri Pahang dahulu, telah menjadi 'buah mulut' banyak pihak yang kesal terhadap isu ini. Persoalan juga timbul, tiadakah artis berbakat lain anak kelahiran Perak yang boleh dinobatkan sebagai Duta Pelancongan Negeri Perak? Kami juga turut kesal akan perkara ini yang memberikan kesan negatif terhadap perancangan pelancongan serta Tahun Melawat Perak kali ini.

Dan kami juga ingin mendedahkan tentang laman website Perak Tourism; Visit Perak Year 2012 yang telah meletakkan Teluk Rubiah sebagai salah satu destinasi Pelancongan Tahun Melawat Perak yang didapati tidak dikemaskini dan boleh memberikan gambaran 'tidak benar'.

http://www.peraktourism.com/planning_your_visit/content_golf.cfm?id=12831D18-2FB6-11D4-9C6A00062950EFFA

"Royal Teluk Rubiah Country Club: Located west of Lumut is the Royal Teluk Rubiah Country Cluband itis said to be among the best in the country with its BEAUTIFUL BEACH-FRONT. The club was designed to blend with its NATURAL SURROUNDING a concept which is in line with the GOVERNMENTS POLICY to PRESERVE THE ENVIRONMENTAL.

The luxurious 728 hectares golf club boasts of a beautiful 8 km beach-front which enables visitors to savour the cool and refreshing breeze of the sea."

Keadaan ini amat jelas dan umum mengetahui apa yang sedang berlaku di sana berikutan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Di Raja Dr Haji Zambry Abdul Kadir dan EXCO yang bertanggungjawab di bawah Datuk Hamidah yang telah membenarkan operasi Kilang Bijih di sana. Jelas polisi yang menjelaskan alam sekitar akan memburukkan lagi keadaan dan usaha menarik pelancong ke sana kelak.

Perkara ini jelas bahawa tiada perancangan rapi di dalam usaha menarik pelancong dalam misi Tahun Melawat Perak dan fokus utama sasaran menarik lima juta pelancong hanya 'indah khabar dari rupa' sahaja tanpa melihat kemampuan sebenar akan khazanah yang ada di Perak sebenarnya.

SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Misi PR tawan Johor, pertahan Selangor

Posted: 25 Jan 2012 08:35 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Selepas berjaya merampas negeri Selangor dan tiga negeri lain yang dikatakan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), kini Pakatan Rakyat menyasarkan sebuah lagi negeri yang menjadi kubu kuat BN - Johor.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, adalah tidak mustahil untuk merampas negeri Darul Takzim itu kerana yakin rakyat Johor telah mula ingin melihat wahana politik baru di negeri itu.

Azmin melahirkan keyakinan itu ketika negara bersiap sedia untuk mengadakan PRU13, yang ramai menjangkakan akan diadakan menjelang pertengahan tahun ini.

Pada Mac 2008, PR yang dianggotai PAS, DAP dan PKR menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak, selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai Pas sejak 1990.

Bagaimanapun PR hilang kerajaan negeri Perak pada awal 2009.

"Jika Johor berjaya dirampas, ini merupakan permulaan yang baik untuk Pakatan Rakyat (PR) menyusun langkah bagi menawan Putrajaya tetapi perkara ini tidak mungkin berlaku jika Sabah dan Sarawak tidak berada dalam genggaman," kata beliau dalam satu wawancara bersama Sinar Harian Online semalam.

"Dalam usaha untuk menawan Johor, kami juga akan berusaha untuk mempertahankan Selangor dan dalam masa yang sama kami akan memperluaskan pengaruh ke daerah-daerah yang telah ditakluki," katanya.

Sementara itu, Azmin turut mengulas kenyataan terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor yang meminta kepimpinan BN Selangor untuk merampas Selangor dengan apa cara sekalipun.

"Jelas kenyataan itu menunjukkan Najib menggalakkan ahlinya boleh menghalalkan apa cara sekalipun termasuk rasuah, mengugut ataupun merampas demi mencapai matlamat yang ingin dicapai.

"Jika beliau (Najib) merupakan kelompok yang sederhana, beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana boleh membimbangkan rakyat," kata Pengerusi PKR Selangor ini.

Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak menambah, Najib sebagai seorang pemimpin yang demokrat sewajarnya menghormati keputusan rakyat Selangor yang telah memilih PR sebagai peneraju baru negeri itu.

Beliau bagaimanapun tidak bimbang tentang situasi ini kerana merasakan apa yang berlaku sekadar retorik dalam politik semata-mata.

Katanya, maklum balas yang diterima oleh rakyat Selangor terhadap kepimpinan PR adalah sangat positif terutamanya kini rakyat Selangor dapat merasai hasil dari khazanah negeri itu.

SINAR HARIAN/-

Salam Perjuangan

Posted: 25 Jan 2012 11:32 PM PST

Salam Perjuangan


PAS PAHANG GESA MUIP BATAL PEMBELIAN MS GARDEN, UTAMAKAN KEMASLAHATAN UMMAH

Posted: 25 Jan 2012 10:57 PM PST

2 Rabi'ul Awal 1433 H | 26 January 2012

Tinjauan awam mendapati rata-rata rakyat Pahang tidak bersetuju dengan tindakan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)  membeli Hotel MS Garden, walaupun tidak menggunakan wang zakat. 

Tindakan segera YDP MUIP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberikan penjelasan segera terhadap isu ini harus dipuji.


Baginda bertitah urusan pengambilalihan hotel itu oleh MUIP akan dibuat menerusi pinjaman, tetapi sama ada akan menggunakan wang zakat bagi urusan itu belum dimuktamadkan.


"Bagi saya masa untuk selesaikan hal kewangan ini dahulu dan kita akan pastikan cuba tidak gunakan wang zakat," titahnya (dipetik dari Sinar Harian).


Dalam keadaan masih ramai umat Islam berada di tahap kemiskinan tegar, sebahagian besar rakyat Pahang sangat mengharapkan isu-isu utama dapat diselesaikan terlebih dahulu.


Kegagalan kerajaan negeri untuk memastikan seluruh institusi agama berjalan dengan sempurna telah menyebabkan banyak urusan pentadbiran masih berhadapan dengan pelbagai kepincangan.


Antara kepincangan yang dimaksudkan ialah seperti kegagalan melantik hakim Mahkamah Tinggi Syariah, hakim Mahkamah Rayuan Syariah, pendakwaraya, Pengetua Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan dan puluhan kekosongan naib Qadhi dan wali hakim. Kesemua ini telah membawa kesusahan kepada masyarakat Islam di Pahang. 


Apakah hujah kerajaan negeri Pahang dalam membeli hotel di tengah kota ibu negeri Pahang? Jika keutamaannya adalah untuk meninggikan imej MUIP, bukankah lebih baik selesaikan ratusan kes syariah seperti perceraian, tuntutan harta dan lain yang masih tertunggak akibat kekurangan pegawai daripada membeli hotel?


Ketika ini, rakyat Pahang masih menunggu tindakan kerajaan negeri untuk melaksanakan hasrat KDYMM Sultan Pahang bagi mewujudkan sekolah agama Bestari di Pahang. Bahkan, rakyat Pahang sedang tertunggu-tunggu usaha kerajaan negeri untuk mengatasi pelbagai kekurangan kemudahan di sekolah-sekolah agama yang tidak lagi kelihatan, daripada pengumuman untuk membeli hotel mewah. 


Rata-rata rakyat berharap kerajaan negeri Pahang dapat mengunakan puluhan juta wang zakat yang terkumpul kini bagi meninggikan syiar Islam terutamanya bagi memajukan bidang pendidikan.


Alangkah baiknya kalau setiap sekolah agama diperuntukan RM200,000 bagi membaikpulih kerosakan dan penyediaan kemudahan pendidikan, bantuan pendidikan kepada para pelajar miskin serta menigkatkan bayaran bantuan kepada pelajar agama di Timur Tengah kerana Pahang antara yang paling sedikit bantuan berbanding negeri-negeri lain.


Selari dengan tuntutan dan hasrat rakyat, PAS Pahang menyarankan kerajaan negeri Pahang khususnya MUIP untuk membatalkan hasrat membeli hotel mewah sebanyak RM50 juta itu. Dana tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat kepada rakyat Pahang dan Islam.

Idris Ahmad

Posted: 25 Jan 2012 11:18 PM PST

Idris Ahmad


Boleh Kritik Pas

Posted: 25 Jan 2012 09:29 PM PST

Boleh Kritik Pas
Idris haji Ahmad
24/1/12

Sebagai sebuah parti Islam ia tidak sunyi daripada kecacatan dan kelemahan. Selagi yang memimpin itu bernama manusia. Pemimpin Pas bukan maksum ia juga terdedah kepada kecacatan dan kekurangan. Sifat maksum hanya Rasulullah SAW sahaja, selain daripada mereka semuanya tidak maksum.

Ayat yang lazim dibaca selepas daripada mesyuarat dan perjumpaan ialah tasbih kaffarah dan surah al-Asr. Di dalam surah al-Asr memberi panduan kepada orang yang beriman supaya menghidupkan budaya tausiah (nasihat dan teguran) di kalangan mereka terutama di kalangan anggota jamaah. Manakala tasbih kaffarah untuk memohon keampunan daripada Allah mungkin ada kesilapan dan kesalahan sepanjang pertemuan dan perbincangan.

Pas tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk mengkritik termasuk daripada musuh. Bukan semua kritikan daripada musuh kita membakul sampahkan sahaja, malahan perlu untuk dimuhasabah di kalangan pimpinan. Begitu juga kritikan daripada orang yang di luar jamaah yang memberi pandangan sebagai orang luar. Pas bersedia untuk menerima kritikan daripada pemerhati bebas, cuma jangan ada unsur fitnah.

Menurut Abu Ala Al Maududi seorang pemimpin gerakan Islam Jamiat Islami Pakistan di dalam tulisannya ada menyatakan, suatu gerakan Islam yang mempunyai pak turut yang tidak berfikir panjang akan mendapati jamaahnya  diresapi kesilapan-kesilapan walaupun sebuah jamaah itu melalui jalan yang benar. Dengan adanya kritikan maka segala  kesilapan dapat diminimumkan di dalam jamaah.

Jika tidak ada tegur menegur maka kesilapan demi kesilapan berterusan akan berlaku di dalam jamaah kerana tidak ada siapa yang berani menegur. Ini merupakan satu musibah kepada jamaah dan akan menghalang jamaah daripada terus maju.

Kita boleh melihat di dalam Muktamar Tahunan Pas. Ahli bebas memberi pandangan dan kritikan kepada pimpinan tanpa ada sekatan dan tapisan. Muktamar tidak dijadikan sebagai pesta mengampu pemimpin. Pimpinan Pas pula menerima kritikan dengan dada terbuka dan mengambil teguran sebagai satu peringatan.

Oleh itu salah satu daripada agenda usrah ialah sesi muhasabah di kalangan anggota ahli usrah. Naqib boleh muhasabah ahli dan ahli boleh muhasabah naqib. Ertinya tidak ada batu penghalang di antara mereka untuk membina peribadi dan jamaah melalui sessi muhasabah.

Cuma perlu diambil ingatan bahawa teguran ini datang dengan hati yang ikhlas bukan kerana dendam untuk mencari kesalahan mana-mana pihak. Jika ada sifat ini maka teguran ini tidak mempunyai apa-apa kebaikan kepada jamaah.

Gunalah saluran yang betul ketika memberi teguran. Lagak kita tidak boleh bertindak seperti orang yang tidak ada jamaah. Janganlah kita luahkan rasa tidak puas hati mengenai jamaah melalui Face book, blog, twiter, akhbar, televisyen. Janganlah mengkritik di majlis ceramah atau majlis ilmu, kerana pendengar  Ini bukan ahli Pas sahaja, mungkin musuh. Jika berlaku demikian rupa ia akan menguntung musuh Pas. Walaupun kita boleh memuas hati kita tetapi ia memberi mudharat kepada jamaah. Jangan kita membantu musuh daripada dalam tanpa kita sedari.

Sekiranya teguran masih tidak membawa apa-apa perubahan kepada jamaah dan pimpinan, maka parti membenarkan kita menukar pemimpin yang lain setiap dua tahun sekali. Kita boleh memilih pemimpin yang bersedia untuk menerima teguran untuk kebaikan jamaah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Tarbiyyah

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 25 Jan 2012 09:35 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Polis diminta siasat pengacau program ABU

Posted: 24 Jan 2012 09:48 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Sebuah NGO, Activist901 telah membuat laporan polis berkenaan insiden kekacaun yang berlaku sewaktu program 'Asal Bukan Umno' (ABU) dan Hindraf di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun tempoh hari.

Penyelaras Activist901, Azura Aziz menjelaskan sebagai sebuah badan NGO yang baru ditubuhkan menentang keras perbuatan individu yang membuat kekecohan tersebut sambil melontarkan perkataan yang berbaur perkauman dan hasutan kepada kaum India yang berada di sana.



"Kami menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengenal pasti identiti sekumpulan individu yang telah membuat kekecohan tersebut kerana melalui bukti video dan jugak gambar yang ada.

"Individu tersebut telah mengeluarkan perkataan-perkataan yang mengancam keselamatan kaum India yang berada di situ," jelasnya.

Tambahnya lagi, cacian yang dilemparkan oleh kumpulan tersebut jelas tidak mengambarkan semangat 1Malaysia jika ia dilakukan oleh pihak Umno.

"Kita tidak pasti apa motif sebenarnya mereka bertindak sedemikian sehinggakan berlaku kecederaan kepada orang awam.



"Sama ada ia bermotif politik ataupun bersifat iri hati, pihak polis harus bertindak segera kerana kita tidak mahu kejadian tersebut berulang lagi," sambungnya lagi.



Sebelum ini, dalam insiden tersebut, seorang belia kaum India telah tercedera kerana dan dimasukkan ke Hospital pakar Seri Sentosa, Klang.



Turut hadir semasa laporan polis itu adalah Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan juga Hindraf.



Laporan dibuat di IPD Dang Wangi tengah hari tadi.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 25 Jan 2012 09:26 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SUMBANGAN AL IT'AM LAJNAK KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN PAS MUAR

Posted: 25 Jan 2012 09:20 AM PST


Rabu 25 Januari 2012.

Petang ini, Rabu 25 Januari 2012, YB Dr Mohammad Taslim dengan diiringi oleh Tn Hj Abdul Rahman Lajim, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Muar dan Sdr Aliff Baharom meluangkan masa menyampaikan sumbangan beras bulanan  al it'am kepada 4 orang penerima. Program Lajnah Kebajikan PAS ini adalah hasil kesedaran masyarakat yang terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan. Ia dicetuska oleh Tn Hj Abd Rahman mengambil model yang telah lama dijalankan di negeri Kelantan. Setakat ini 26 orang penerima telah mendapat manafaat dan angka ini akan bertambah.

Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, moga Allah gandakan rezeki yang halal..Sahabat-sahabat yang berhajat menyumbang sebulan sekampit bewras ini sila hubungi Pengerusi program al it'am, Tn Hj Abd Rahman sendiri, no. telefon 0142358861.


Jejak kasih...... sumbangan diberi, rupa-rupanya tanpa diduga 
penerima ini ada hubungan keluarga dengan YB Dr Mohammad !
Untuk nenek yang tinggal bersendirian.

 
Hajat datang memberi sumbangan beras bulanan.
Kebetulan kakak  yang terlantar kerana angin ahmar ini demam.
YB Dr Mohammad sempat memberi rawatan.


ZIARAH TAHUN BARU CINA BERSAMA ADUN MAHARANI DI PEKAN PARIT BAKAR MUAR , HARI KE TIGA

Posted: 25 Jan 2012 08:24 AM PST

RABU 25 JANUARI 2012, HARI KE TIGA TAHUN BARU CINA 2012
Kemeriahan Tahun Baru Cina 2012, Tahun Naga Air, masih terasa. Hari ini, 25 Januari 2012, sudah masuk hari ke tiga Tahun Baru Cina 2012. YB Dr Mohammad Taslim  dengan diiringi oleh Pengarah MTD Maharani, Sdr Abu Bakar Ismail, Sdr Abdul Razak Sulaiman, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Muar, Tn Hj Abdul Rahman Lajim, dan AJK DUN Maharani bersama-sama menziarahi jiran-jiran di sekitar Pekan Parit Bakar Muar. Salam perkenalan, salam persahabatan, salam perpaduan dihulurkan dengan iringan buah limau. 

Ziarah ini menzahirkan perpaduan irat masyarakat majmuk Malaysia khusunya dalam DUN Maharani. Setakat ini rombongan YB Dr Mohammad diterima dengan penuh kegembiraan. Mereka gembira diziarahi malah ada yang tidak menyangka seorang Wakil Rakyat akan bersama menyambut Tahun Baru di rumah mereka. Ada juga yang menyatakan bahawa inilah kali pertama sejak lebih 50 tahun yang lalu seorang wakil rakyat datang menemui mereka sempena Tahun Baru Cina. "Sangat tak sangka," kata mereka.

Suasana mesra dan ceria tanda sokongan padu dalam dilihat dalam rakaman gambar-gambar sempena lawatan YB ke rumah penduduk dan di tempat awam.


 Bersama penduduk di warong di Pekan Parit Bakar  menghadiahkan limau.


 Limau diberi tanda setiakawan dan hormat.


 Senyuman menceritakan segala-galanya.
Limau diberi mengeratkan hubungan.


 Anak muda geng kita !


 "V sign" menyambut kami. Tahun Baru membawa kemenangan dan kegembiraan !

 Selamat Tahun Baru semua ! Mereka bersedia melakukan perubahan.


 Limau membawa perpaduan.


 Di mana saja limau membawa keharmonian sejagat.


Anak muda disantuni.

PAS KDAS 3

Posted: 25 Jan 2012 09:12 PM PST

PAS KDAS 3


YB Abdullah Sani - Hak seorang Pekerja telah di cabul oleh K'jaan BN

Posted: 25 Jan 2012 07:58 AM PST

KENAPA NAJIB SERING TURUN KE PERAK

Posted: 25 Jan 2012 04:06 AM PST

Kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno turut ke Perak sejak kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan termasuk adakah BN negeri itu sedang menghadapi masalah besar. 

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Saleh berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu malah menambah ianya juga mungkin kerana BN tidak yakin pada PRU-13 nanti rakyat Perak akan bersama mereka.Menurut Salman, umum maklum bahawa pada 13 Januari yang lalu, Najib telah pun berada di Perak dalam satu program khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN seluruh negara yang berkampung di Perak ketika itu.Kini, selang dua minggu pula, Najib akan sekali lagi turun di Perak sempenan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan pada 28 Januari ini di Setiawan, tambahnya lagi. 
Malah jadual Naib dikhabarkan begitu padat dalam tempoh terdekat untuk turun ke Perak dalam tempoh dua bulan yang akan datang. "Adakah ianya juga ada kaitan dengan kajian UM tentang prestasi BN Perak yang juga dilaporkan baru-baru ini?"Malah, kami juga melihat kenyataan terbaru Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang terus menafikan berlaku masalah menentukan kerusi bagi BN Perak turut menyumbang kehadiran Datuk Sri Najib ke negeri Perak sekali lagi," ujarnya. 

Keyakinan itu juga jelasnya dapat dilihat dengan kehadiran Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin ke Perak pada 23 Januari yang lalu.Menurutnya, kehadiran Khairy itu memberikan gambaran jelas bahawa Umno BN Perak berada dalam keadaan terdesak untuk memastikan BN mendapat kembali mandat rakyat Perak di dalam Pilihan Raya Umum ke –13 yang akan datang. Harap-harap BN akan tumbang sekali lagi di Perak dengan berkat usaha dan doa para pendokong kebenaran dan penentang kezaliman sekalian. Allahuakbar..

PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Jan 2012 09:08 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Cabut bendera PAS rajin, tapi warga Nigeria tak terkawal

Posted: 25 Jan 2012 03:00 PM PST

Apakah Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan hanya rajin untuk mencabut bendera-bendera PAS dan PKR yang dipasang di sekitar Seremban tetapi tidak dapat mengawal warga Nigeria yang tidak mematuhi undang-undang negara serta tidak menghormati budaya rakyat tempatan? Gambar petugas Majlis Perbandaran Nilai sedang melakukan operasi mencabut bendera-bendera PAS dan PKR dari Facebook Sdr Husaini di http://www.facebook.com/profile.php?id=100000436580783

Warga asing bermasalah di Sri Palma Villa, Mantin

Aduan Rakyat Online 24 Jan 2012

Masalah warga asing yang tinggal di apartment, Sri Palma Villa – Mantin, Negeri Sembilan ini memang amat merungsingkan kami semua penduduk di sini. Buat bising sana sini, bergaduh sesama mereka, mabuk. Bukan baru lagi perkara ini, dah lama tapi tindakan jarang dilakukan oleh pihak berkuasa. Telefon pun selalu tak datang atau lambat. Sikap pihak berkuasa ini juga harus diambil tindakan. Makan gaji buta? Malas? Tidur?

Malam tahun baru cina ini, mereka buat hal lagi. Mabuk di kawasan apartment, tepi tasik. Menjerit sana sini, bergaduh. Botol kaca arak mereka baling saja ke tanah. Ada yang baling ke dalam tasik. Macam mana kalau orang Islam yang tidak tahu mengenai hal ini, dan pergi duduk dikawasan dicemari arak itu? Kanak-kanak terpijak serpihan kaca? Penduduk yang memancing ikan di tasik itu, makan ikan nya?

Bila kita tegur, mereka marah kita balik, maki kita pula. Ini negara siapa? Undang-undang siapa? Hak siapa?

Pemberi sewa pun satu masalah juga, sanggup pekakkan telinga, butakan mata, semata-mata kerana wang. Kalau mereka tidak menyewakan kepada warga asing ini memang tak akan ada masalah. Bukan semua warga asing ini bermasalah, hanya mereka yang berasal dari Nigeria. Apartment ini bukan untuk mereka pun. Pihak Kolej dah pun memberi mereka hostel. Sebabkan nak kebebasan, orang lain yang kena tanggung. Malu saya nak mengaku yang rakyat Malaysia ini selalu tidak fikir panjang. Tolong fikir tentang akibatnya sekali sebelum buat sesuatu.

Sudah 3 tahun lebih perkara ini semua asyik berulang. Kami sebagai penduduk sudah pun mengambil tindakan yang kami mampu. Tapi malangnya, bila penyewa dan pihak berkuasa tidak sama-sama memberi kerjasama. Perkara yang sama terus berulang. Kami pembeli rumah yang tinggal di sini pula yang kena tahan? Kene pindah keluar? Dimanakah rasa tanggungjawab? Wang memang membutakan mata manusia..

Diharap pihak yang berkaitan, dapat bawa ke tengahkan hal ini. Sedarkan semua rakyat. Ini negara islam, ada batas yang perlu dijaga atau mereka ketahui. Bukan kita larang mereka untuk minum arak dan sebagainya, tapi jangan sampai melampaui batas. Minum arak dirumah bukan tak boleh. Merata-rata botol arak mereka buang. Tangga, lif, taman, laluan kaki lima, tempat parking. Kadang-kadang balik dari tingkat atas ke bawah. Macammana kami nak tahu tempat yang kami pegang itu suci? Kena pakai sarung tangan pergi kemana-mana?

Ini sahaja aduan yang saya hantarkan walaupun ada banyak lagi. Kalau nak tulis, panjang nya boleh jadi macam satu novel. Anda boleh gelak, anda boleh cakap yang kami ini terlalu cerewet, kami tak kisah. Tak sudi atau rasa tak perlu datang tolong pun kami tak kisah. Janji kami tak berdiam diri dan akan terus mencuba untuk menanggani masalah ini. InsyaAllah, perkara macam ini akan berakahir satu hari nanti. Terima Kasih.

By: Awan

http://www.aduanrakyat.com.my/warga-asing-bermasalah-di-sri-palma-villa-mantin

Program ABU 28 Jan 2012 di Seremban Selamat

Posted: 25 Jan 2012 05:25 AM PST


CERAMAH ASALKAN BUKAN UMNO – ABU

Tarikh : 28 Jan 2012, Sabtu

Masa : 8.30 mlm

Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, N.Sembilan

Penceramah :

YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen (PAS) Kuala Selangor

En. Haris Ibrahim, ABU

En. Sambulingam, HINDRAF

Chegubard, SAMM

Untuk maklumat lanjut hubungi 019-2171942 , 017-3851930

Semua dijemput hadir

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 25 Jan 2012 09:08 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Bosan! Jalanraya di Sabah terus menakutkan

Posted: 25 Jan 2012 04:53 AM PST

KOTA KINABALU, 25 Jan: Rakyat di negeri ini sudah bosan dan kecewa dengan kegagalan pihak kerajaan negeri yang hingga kini masih gagal mencari formula terbaik menangani masalah jalan rosak yang terpaksa dilalui setiap hari.

Biarpun pendedahan demi pendedahan dan laporan demi laporan termasuklah kajian strategik yang dibuat mengenai isu itu, namun ia bagaikan 'bising hanya dibibir' kerana tiada perubahan yang ketara terhadap kualiti jalan raya terutama di negeri ini seperti mana yang diharapkan pengguna.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julpikar Abd Mijan berkata, rakyat sudah muak dengan janji-janji kosong yang ditaburkan pihak tertentu hanya semata mahu meraih undi semasa pilihan raya.

"Rakyat sudah bosan dan kecewa dengan keadaan begini.

"Keadaan jalan berlubang, mendap, beralun serta tampalan yang tidak sempurna dan berpasir terpaksa dihadapi pengguna jalan raya menyebabkan pemilik resah memikirkan kos bagi penyelenggaraan kenderaan," ujarnya dalam nada yang kecewa.

Menurutnya, jalan utama yang menghubungkan beberapa daerah di negeri ini seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Telupit, Beluran, Sandakan, Kinabatangan dan Lahad Datu boleh diklasifikasikan jalan yang paling teruk bermasalah.

Beberapa siri kejadian di mana kenderaan mengalami masalah tayar meletup, rim bengkok akibat hentakan jalan berlubang dan sebagainya sentiasa berlaku di jalan-jalan ini.

"Ini adalah antara laluan yang berbahaya terutama di waktu malam. Pengguna kerap kali melalui jalan yang teruk yang terpaksa memikirkan kos sampingan selain kos penyelengaraan kenderaan," katanya.

Selain itu, kegagalan kerajaan negeri melihat permasalahan ini diselar berikutan begitu banyak pembaziran yang dibuat berbanding menyediakan kemudahan asas yang lebih baik untuk rakyat.

"Kita (PAS) tidak nafikan bahawa, keindahan itu penting. Tapi alangkah baik sekiranya kerajaan juga menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik untuk rakyat.

"Ini jelas menepati slogan rakyat didahulukan... bukan kroni dan bukan juga perut menteri," ujar Julpikar.

PAS Kawasan Miri

Posted: 25 Jan 2012 07:35 PM PST

PAS Kawasan Miri


Semakin Ramai Penduduk Asal Sarawak Tidak Memiliki Hak Kerakyatan !

Posted: 25 Jan 2012 06:57 AM PST

Nasib Penduduk Sarawak Yang Belum Memiliki MyKad

Photo YB Khalid Samad bersama YDP PAS Miri dan penduduk Tudan

MIRI – Baru-baru ini rombongan PAS Miri bersama YB Khalid Samad ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam telah bersama melawat ke Tudan dan memberi sumbangan Raya Cina kepada penduduk di situ sempena perayaan tahun baru Cina.

Seramai 20 buah keluarga terdiri daripada bangsa Cina dan juga Iban telah menerima sumbangan Raya Cina tersebut.

Salah seorang penduduk di kampung tersebut yang menamakan dirinya sebagai Jacky telah mengadu kepada pihak PAS Miri yang beliau serta isterinya dan juga anak-anaknya masih belum memiliki MyKad.

Dia mengadu akan nasib anaknya yang masih belum dapat bersekolah disebabkan tidak memiliki surat beranak dan MyKid. Anak beliau yang berumur 6 tahun sepatutnya dapat bersekolah bersama dengan rakan-rakannya yang sebaya dengannya tetapi disebabkan tidak memiliki surat beranak dan MyKid anak beliau tidak dapat bersekolah.

Walaupun beliau memiliki surat beranak dan ingin memiliki Mykad tetapi semasa beliau ke pejabat JPN (Jabatan Penerangan Negara) di bahagian Miri untuk mendapatkan MyKad, pegawai yang bertugas di JPN Miri tersebut telah bertanya kepada beliau samada beliau pernah mengundi sebelum ini.

Persoalan pengawai tersebut sungguh pelik, bagaimana beliau hendak mengundi sedangkan beliau tidak memiliki kad pengenalan atau MyKad.

Mereka juga meminta wang untuk proses pendaftaran daripada beliau, memandangkan beliau tidak memiliki wang yang mencukupi dan kurang berkemampuan lalu sampai sekarang beliau tidak dapat memiliki MyKad tersebut. Inilah luahan perasaan beliau kepada pihak PAS semasa lawatan di kampung Tudan baru-baru ini.

Andaikata perkara ini terus berlaku seperti apa yang diluahkan oleh penduduk tersebut, kita amat kesal dengan sikap JPN, kerana tidak memperdulikan akan nasib, penduduk tersebut. Pihak JPN seharusnya segera bertindak mengatasi masalah ini agar penduduk tersebut tidak terpinggir terus dari mendapatkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang sah menurut perlembagaan Malaysia.
Photo Jacky (kiri) bersama ayah tiri dan 2 orang anaknya.



Kita mendapat banyak maklumat tentang masalah penduduk tempatan Sarawak yang tidak memiliki MyKad dan juga surat beranak disebabkan kebanyakkan mereka berasal dari pendalaman yang tidak memiliki kemudahan asas dan juga jalan perhubungan yang teruk di Sarawak.

Apa tanggungjawab dan peranan JPN untuk mengatasi masalah penduduk tempatan yang tidak memiliki Mykad dan surat beranak ini?

Mereka adalah penduduk asal Sarawak, bukannya pendatang asing tetapi nasib mereka lebih malang dari orang asing yang datang menetap di Negara ini.

Adakah JPN akan terus membiarkan mereka terpingir tanpa sebarang tindakan untuk mengatasi masalah mereka agar mereka mendapat hak yang sama dengan penduduk yang memiliki MyKad.

Mereka yang tidak memiliki MyKad dan surat beranak sudah pasti tidak dapat menerima sumbangan BR1M sebanyak rm500 dan RM100 untuk anak-anak mereka yang bersekolah.

Kita mendesak JPN dan kerajaan Sarawak agar segera mengatasi masalah ini dari terus berlarutan dan perlu memikirkan masa depan penduduk tempatan tersebut. Apa akan jadi pada mereka, anak dan cucu cicit mereka pada masa akan datang, kalau mereka tidak memiliki MyKad dan surat beranak?

Kalau JPN dan kerajaan Sarawak gagal mengatasi masalah ini, kita akan membawa isu in ke sidang parlimen untuk dibahaskan melalui wakil rakyat dalam Pakatan Rakyat yang akan mempastikan perkara ini dapat diatasi serta akan memberi balik hak yang sama rata kepada penduduk asal yang tidak memiliki MyKad dan surat beranak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Inilah tanggungjawab kerajaan yang memerintah supaya sentiasa berlaku adil dan saksama untuk semua rakyat.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

English version
The fate of Sarawakians, Not Having MyKad
MIRI - Recently PAS Miri delegation with YB Khalid Samad, PAS Central Committee and also the MP for Shah Alam, has been with the visit to Tudan, and contributes Chinese New Year gifts to the residents in conjunction with the Chinese new year celebration.

A total of 20 families consisting of Chinese and Iban have received contributions of the Chinese New Year gifts.

One of the residents in the village who named himself, as Jacky had complained to the PAS Miri that he and his wife and children still do not have MyKad.

He complained to the fate of his son which have yet to school, due to does not have a birth certificates and Mykid. His son was 6 years old should be able to go to school with his friends of the same age, but due to not having a birth certificate, and Mykid, his son could not go to school.

Although he have a birth certificate and would like to have MyKad, but when he went to Miri NRD office (National Information Department) for MyKad, NRD officer on duty at the Miri had asked him if he had ever voted before.

The question of the officers was so strange, how he wanted to vote when he did not have identity card or MyKad.

They also asked for money for the registration process from him, since he does not have enough money and less fortunate then until now, he cannot have MyKad. This is the expression of his feelings to the PAS during the visit at the Tudan village recently.

Assuming that this continues to happen like that expressed by the residents, we are disappointed with the attitude of the NRD for not paying any attention to the fate of the rural population. The NRD should quickly solve this problem so that the population are not isolated directly from obtaining their rights as citizens of Malaysia, which is legal according to the Malaysian constitution.

We get a lot of information about the problem of local people of Sarawak, which has no identification card and birth certificate because most of them come from remote areas that do not have basic amenities and poor connecting roads in Sarawak.

What are the responsibilities and role of NRD to overcome local residents who do not have MyKad and this birth certificate?

They are natives of Sarawak not immigrants, but their fate is unfortunate from the foreigners who come to stay in this country.

Is NRD will continue to leave them isolated, without any action to resolve their problems so that they have the same rights as the population that have MyKad. Those who do not have the identification card and birth certificate would not be able to receive the contribution of BR1M, RM500 and RM100 for their children to school.

We urge the NRD and the Sarawak government to immediately address this problem from further prolonged and need to consider the future of the local population. What will happen to them, children and their descendants in the future, if they do not have the identification card and birth certificate?

If the NRD and the Sarawak government failed to overcome this problem, we will bring this issue to the parliament session for deliberation by elected representatives in the People's Alliance which will ensure that this matter can be resolved and will have an equal right back to the original inhabitants who do not have identification card and birth certificate, regardless of race, religion and political belief.

This is the responsibility of the ruling parties as always to be fair and equitable to all citizens.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 25 Jan 2012 07:30 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


CERAMAH UMUM BERSAMA KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Posted: 24 Jan 2012 07:44 PM PST

Rembau Hari Ini

Posted: 25 Jan 2012 07:18 PM PST

Rembau Hari Ini


Program ABU 28 Jan 2012 di Seremban Selamat

Posted: 25 Jan 2012 05:32 AM PST


CERAMAH ASALKAN BUKAN UMNO – ABU

Tarikh : 28 Jan 2012, Sabtu

Masa : 8.30 mlm

Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, N.Sembilan

Penceramah :

YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen (PAS) Kuala Selangor

En. Haris Ibrahim, ABU

En. Sambulingam, HINDRAF

Chegubard, SAMM

Untuk maklumat lanjut hubungi 019-2171942 , 017-3851930

Semua dijemput hadir


PAS LENGGONG

Posted: 25 Jan 2012 07:13 PM PST

PAS LENGGONG


Dari FB YDP Lenggong.

Posted: 25 Jan 2012 06:11 PM PST

Rakyat Perak diajak Bersama tuntut janji dan hentikan penindasan UMNO terhadap Rakyat Perak Beramai-ramai kita berarak dr Masjid Negeri pada jam 2.30 ptg 3 Feb 2012 unt bersama membantu 3 NGO. BAPA ANAK KERABAT penindasan terhadap peserta Felcra. Penggadaian Tanah Perak kepada FGV. Janji 7000 tapak rumah kpd bekas tenteta. Bangkit serah Memo kpd MB Perak Mintak diselesaikan sebelum MB PR ambil aleh.

Yang nak berlagak namanya Wati dari JMM

Posted: 24 Jan 2012 09:06 PM PST

Wati sebenarnya tak tahu makna sebenar di akhirat nanti tercela


KUALA LUMPUR, 23 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana kesediaan beliau untuk mengisytiharkan harta sekiranya undang-undang menetapkan demikian.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor(gambar) menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunjukkan sikap keterbukaan dan ketelusan pemimpin PAS sebagaimana juga yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anggota Exconya yang telah mengisytiharkan harta mereka.

Katanya, kesediaan mengisytiharkan harta menunjukkan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sanggup meletakkan keutamaan rakyat melebihi kepentingan diri mereka sendiri.

"Malah pemimpin PAS sanggup 'membahayakan' dirinya sendiri dengan menafikan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang mengelak untuk mengisytiharkan harta mereka kerana takutkan 'bahaya' yang menimpa mereka," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, DPPM berpendapat, rakyat berhak mengetahui aset pemimpin mereka supaya mereka mengerti bahawa pemimpin yang diangkat benar-benar ikhlas memperjuangkan rakyat, bukan diri mereka sendiri.

Menurutnya, mengisytiharkan harta boleh mengelakkan berlakunya penyelewengan kuasa dan rasuah dari kalangan pemimpin negara.

"Tidak timbul isu pemimpin 'bershopping' secara bermewah dan melampau dalam berbelanja. Juga tidak akan berlaku pemimpin korup yang mengambil kesempatan di atas kedudukan dan kuasa yang mereka miliki," ujarnya.

Malahan, ujarnya DPPM serta seluruh rakyat khususnya penduduk negeri Kelantan boleh berbangga dengan cara hidup berserdehana Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, meskipun telah memerintah negeri Kelantan lebih dari 20 tahun, namun gaya hidup pemimpin itu tidak menggambarkan beliau seorang yang rakus dalam membaham harta rakyat.

"Beliau masih duduk di rumah sendiri, makan di kedai-kedai seperti insan yang lain, solat berjemaah di masjid-masjid tanpa kawalan ketat pengawal peribadinya, rumahnya yang mudah dikunjungi tanpa protokol, mengelak mengambil pelbagai elaun yang diberikan, berkunjung ke pasar-pasar tanpa kekok," katanya lagi.

Tambahan lagi, ujarnya Tuan Guru dan keluarganya tidak pernah dilaporkan berbelanja mewah di luar negara, tidur di hotel-hotel ternama yang mahal, serta menaiki jet peribadi atau kenderaan import yang berharga jutaan ringgit.

Jelasnya, lebih membanggakan apabila pemimpin kerajaan beliau selama ini tidak pernah dipalitkan dengan apa juga kesalahan rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

"DPPM dengan ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan seluruh pemimpin kabinet untuk bersedia mengisytiharkan harta mereka kepada awam sekiranya benar mereka adalah pemimpin rakyat dan bersih dari sebarang penyelewengan.

"Tidak apa yang perlu dirisaukan sekiranya mereka tidak bersalah bahkan tindakan ini adalah suatu kebanggaan kepada seluruh rakyat di negara ini," katanya.

Pada 26.1.12

Posted: 24 Jan 2012 09:02 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 25 Jan 2012 03:24 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


IBRAHIM KATAK 'MELOMPAT' BILA TAK DIIZINKAN MASUK SELANGOR

Posted: 25 Jan 2012 01:25 AM PST

Perkasa hari ini menegaskan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Datuk Ibrahim Ali daripada memasuki negeri itu.


Kumpulan membela hak Melayu itu memberikan respons terhadap satu kenyataan dikeluarkan Faekah Husin, setiausaha politik Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam.

Faekah berkata presiden Perkasa itu diharam memasuki Selangor dan Khalid sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu kepadanya.

"Ini merupakan kenyataan paling bodoh yang tidak pernah saya dengar. Selangor bukan mak bapak awak punya tempat," kata setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali.

... kuat betul melatah puak-puak katak gomok nie....

KELAB TAAT SUAMI TERBIT BUKU "RASULLULLAH TOKOH SEKS SUCI ISLAM"

Posted: 24 Jan 2012 08:46 PM PST

Disebalik kontroversi buku panduan seks, Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.


Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.

Menurut Presidennya Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.

Beliau berkata ramai "umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah."

"Sudah tentu ikutan (Rasulullah) menjadi panduan dan ia termasuk aspek ibadah keluarga bahkan termasuk dalam kehidupan seks. Tentu bila sebut tentang hal seks suci ramai yang terlupa tentang hal yang terangkum dalam hal suami isteri, sesuatu yang kita lakukan hari-hari.

"Dalam kehidupan biasa ia bukan sesuatu yang kontroversi tapi kita sudah terlalu jauh dengan Rasulullah, jadi kita mahu mengajak umat Islam mendokong melaksanakan kehidupan Islam yang sebenar tambahan kalau kita lihat banyak gejala tidak sihat yang berlaku sekarang," katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam" di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.

...jahanam....

LAMA DAH TAK DENGAR JMM SERANG TG NIK AZIZ

Posted: 24 Jan 2012 07:08 PM PST


KUALA LUMPUR 24 Jan. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak perlu berdolak-dalih dan berasa takut untuk mengisytiharkan hartanya jika ia diperoleh secara benar.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noorizawati Ahmad Zulkifli (gambar) berkata, pemimpin pembangkang terutama Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli perlu mendesak Nik Aziz dan menantunya Abdul Ariffahmi Ab. Rahman serta Exco kerajaan Pas Kelantan untuk berbuat demikian.

"Jangan pula cuba menggunakan agama untuk mengaburi mata rakyat bagi tidak mengisytiharkan harta mereka dan mengelak diri bagi menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.

(ana tak berminat nak tampal semua artikel... sebab puak puak nie same je dengan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) yang ditubuhkan di Kelantan bagi mengganggu pentadbiran kerajaan PAS dibawah pimpinan TG Nik Aziz)

... kita tunggu je le apa dia nak kondem lagi....


 
... tapi aku tunggu jugak bile la Rosmah nak isytihar beg-beg dia....!!!huhuhuhuhu

PM TEPUNG TAWAR : INI JAWAPAN MUFTI HARUSANI

Posted: 24 Jan 2012 06:19 PM PST

"Tindakan beliau (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir  Najib Abd Razak ) merenjis dan menepung tawar adalah biasa dalam masyarakat Melayu. Perbuatan itu tidak bercanggah dengan syarak selagi tidak diIltiqadkan dengan sesuatu kepercayaan." - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

... so takyah le nak panjangkan cite pasal Najik tepung tawar 15 van umno Kelantan.... jawapan dah tersedia....copy ... edit... paste je... semuanye selesai....huhuhuhuhuhuhu

SEKURANG-KURANGNYA AKU BERTUDUNG BRO!!!

Posted: 24 Jan 2012 05:00 PM PST

 Tak kisah le korang nak kate ape kat aku... koman-koman pun aku bertudung bro... yang lain-lain tu pelan-pelan kayuh la...




tak macam minah nie.... name je pergi naik haji...haram tak berubah pun...
 kita doakan agar isteri PM 1 Malaysia berubah....huhuhuhuhuhuhu...

BILO MASO MAMAT NIE JADI BLOGGER PAS???

Posted: 24 Jan 2012 04:35 PM PST

Tak perasan le pulak sejak bila la PAS ada blogger bername tin-buruk yang dicanang dibeberape blog pencacai angkat najis UMporNO? Tue yang musykil tue... mungkin otai-otai blogger PR kenal kot... den tak berape perasan... maklum le asyik bukak blog lucah UMporNO je....

... yang mane rajin tue tolong-tolong le jadi members... 9 owang je... gua dah tolong promote blog mamat nie... sian nengoknye... takde orang jengah masuk.... huhuhuhuhuhu

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 25 Jan 2012 03:22 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


PERISTIWA UMNO LEPAS JUMAAT BUANG TEBIAT

Posted: 25 Jan 2012 12:53 AM PST

http://really.tigaline.com/really-gambar-melayu-umno-baling-batu-ke-jemaah-pas-di-masjid-nurul-hidayah-kg-pandan/




lign: center;">



TANPA USRAH JEMAAH LEMAH, TANPA JEMAAH PAS LEMAH SEDEMIKIAN KUKUHKAN UKHUWAH

Posted: 24 Jan 2012 10:45 PM PST

INGATAN UNTUK AHLI PAS - KUKUHKAN UKHUWAH, JANGAN MERUGIKAN JEMAAH

16 Safar 1433 H | 11 January 2012
Dalam suasana hampir dengan pilihanraya, pelbagai isu luaran dan dalaman yang akan timbul untuk mengganggu kelancaran gerak-kerja parti.

Gangguan ini melibatkan berita bohong/fitnah/mengelirukan/niat jahat/provokasi yang dihebah oleh media perdana dengan agenda untuk mengelirukan ahli-ahli PAS di samping melaga-lagakan antara pimpinan parti.

Terbaru media perdana dilaporkan sebagai membayangkan Dato Dr Harun Din, YB Ustaz Taib Azamuddin, dan Ustaz Ismail Kamus antara yang hadir dalam penjelasan di rumah Dato Dr Hasan Ali malam Ahad yang lalu.

Laporan tersebut adalah tidak betul dan mempunyai niat tidak senonoh, kerana hakikatnya kesemua mereka tidak bersama pada malam tersebut.

Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Dato Dr Harun Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agong PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan.

Manakala bagi Ustaz Nasharudin Mat Isa, beliau yang baru kembali dari luar negara ada memaklumkan kepada Majlis Syura akan kehadirannya ke rumah Dato Dr Hasan Ali.

Jelas perkara di atas adalah usaha pihak tertentu bermotif untuk memberi imej buruk kepada para pimpinan parti dan mengelirukan ahli-ahli PAS sehingga bersangka buruk terhadap pimpinan parti demi mengganggu persiapan terakhir pilihanraya.

Lantaran itu, semua ahli dan pimpinan parti mesti merujuk kepada media rasmi parti iaitu Harakahdaily dan Harakah cetak untuk mendapatkan sumber sahih dan rasmi parti.

Semua ahli dan pimpinan parti juga diseru menguatkan kesedaran politik agar tidak mudah dipengaruhi permainan jahat pihak lawan.

Dalam suasana mencabar ini, semua ahli PAS diseru untuk memperkukuhkan perpaduan dan ukuhwah dalaman parti agar kita dapat menjauhi kerja yang tidak menguntungkan jamaah dan menumpukan seluruh masa, tenaga dan dana bagi menghadapi persiapan pilihanraya umum yang semakin hampir.

DR RANI DI BUKIT SENTOSA, ADA CHEGU BAD LAGI BN TERASA

Posted: 24 Jan 2012 06:12 PM PST



JIKA DIHAYATI ARTIS, AIR MATA PUN MENITIS

Posted: 24 Jan 2012 04:46 PM PST


Kisah Sedihh..Pengorbanan Zizan Kepada Utz Azhar..
Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya.

Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus.

Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.

Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas.

Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.

Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur (Kerajaan Negeri Selangor).

Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.

Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat.

Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.
Nukilan Oleh Juragan pada 24 jan 3:48 PTG

DPP Gopeng

Posted: 25 Jan 2012 03:09 PM PST

DPP Gopeng


Rebutan kuasa Umno Gopeng kian parah, penyokong 'dilarikan' ke Jakarta dan Bandung

Posted: 25 Jan 2012 07:24 AM PST

Kemelut rebutan kuasa didalam Umno Gopeng telah lama kedengaran, namun mutakhir ini ianya semakin galak dan parah. Biarpun berkali-kali dinafikan, namun penyokong akar umbi telah mula menghidu sesuatu yang tidak enak di dalam bahagian tersebut.

Pilihanraya umum menjelang tiba, perebutan sesama mereka untuk menduduki kerusi Dun Sg Rapat masih berlangsung sehinggakan masih tiada kata putus siapakah bakal calon di Dun tersebut. Dan perlawanan ini bertambah rancak apabila bukan hanya kerusi Dun sahaja yang menjadi idaman malah kerusi Ketua Bahagian juga semakin tidak selamat. Peruntukan pilihanraya bakal digenggaman Ketua Bahagian, maka ada yang mula mengatur langkah untuk berkuasa menggenggam peruntukan tersebut.

Ketua Bahagian Umno Gopeng, Dato' Hamzah Kassim yang dikatakan bakal bertanding sebagai calon Dun Sg Rapat menggantikan Hamidah, kini ditentang oleh Timbalannya sendiri iaitu Mejar (B) Roslan Zakaria. Mejar Roslan kini dilihat semakin aktif memainkan peranan untuk merebut kedua-dua kerusi iaitu di Dun Sg Rapat dan juga Ketua Bahagian Umno Gopeng sekaligus. Dengan menggelarkan dirinya sebagai 'orang kuat' Zambry, perancangan yang dijalankannya tampak drastik dan licik.

Mejar Roslan adalah seorang yang bercita-cita tinggi untuk duduk di peringkat atasan di dalam Umno Gopeng, dengan mendapat bantuan daripada Musa Nordin, seorang AJK Bahagian yang juga bekas orang Dato' Hamzah. Musa kini bertindak sebagai kempen manager kepada Mejar Roslan dengan dijanjikan jawatan Naib Ketua apabila Mejar Roslan menduduki kerusi Ketua Bahagian nanti.

Gandingan Mejar Roslan dan Musa Nordin telah berjaya 'melarikan' ramai penyokong-penyokong Dato' Hamzah dengan tajaan bercuti ke Jakarta dan Bandung. Ramai diantaranya adalah Ketua Cawangan dan juga Timbalan Ketua Cawangan.

Tajaan bercuti selama 3 hari 2 malam tersebut telah berlangsung 2 minggu yang lalu dimana 17 orang telah dibawa ke Jakarta manakala selebihnya dibawa pula ke Bandung pada 28 Januari (Sabtu) ini.

Antara yang mengikuti percutian ini adalah:-

Zon Sg Rapat

Timbalan Ketua Cawangan Medan Gopeng
Timbalan Ketua Cawangan Rapat Jaya
Timbalan Ketua Cawangan Pengkalan Pegoh
Timbalan Ketua Cawangan Kg Pisang
Ketua Cawangan Station 18
Ketua Cawangan Changkat Larang
Ketua Cawangan Pengkalan Seberang

Zon Simpang Pulai

Ketua Cawangan Merawan Indah
Timbalan Ketua Cawangan Kg Tanjung

Zon Teja

Ketua Cawangan Tekah
Ketua Cawangan Batu 5
Ketua Cawangan Kg Kurnia

Turut bersama-sama dengan kumpulan ini adalah seorang daripada Jawatan Kuasa Bahagian.

Luka di Umno Bahagian Gopeng sedang digaru-garu. Tidak lama lagi kudis tersebut akan menanah dan mengeluarkan bau yang cukup tidak enak. Kita tunggu dan lihat sejauh mana permainan merebut kuasa ini mampu bertahan.

- Pak Long

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 25 Jan 2012 01:27 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


CERAMAH UMUM BERSAMA KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Posted: 24 Jan 2012 07:44 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 25 Jan 2012 11:46 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


"Sinergi Mahasiswa Machang 2012"

Posted: 24 Jan 2012 04:05 PM PST

Rampas tanah rakyat petanda kejatuhan Umno T'ganu

Posted: 24 Jan 2012 04:02 PM PST



DUNGUN, 24 Jan: Pemimpin Umno cawangan yang memimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dikecam hebat oleh masyarakat setempat kerana "merampas" tanah yang sebelum ini dimiliki oleh Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) di Kampung Kolam Mak Tagar, Jalan Santong, Paka, Dungun.

Harakahdaily dimaklumkan, tanah berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepunyaan pihak sekolah agama rakyat itu seluas dua ekar dirampas serta diagihkan kepada pihak Umno dan JKKK kawasan itu.

SRIDB yang ditubuhkan pada tahun 2001 merupakan sebahagian dari Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan (MTIDB) yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebagai Sekolah Rendah Agama Rakyat.

Manakala, tapak kompleks bangunan sekolah yang seluas dua ekar tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri pada 22 Oktober 2003.

Antara yang telah dibangunkan iaitu bangunan tetap satu tingkat bagi menampung 10 kelas, bilik guru, pejabat, surau dan kantin.

Bahkan, dalam tempoh 11 tahun dari tarikh kelulusan tersebut kini kompleks SRIDB telah pun mempunyai beberapa buah bangunan bagi keperluan 350 pelajar serta 38 orang guru dan kakitangannya.

Mengikut pelan pembangunan SRIDB, cadangan pembangunan seterusnya untuk tapak parkir, pembinaan bangunan tambahan, pembesaran kantin, perumahan guru serta asrama anak yatim Darul Bayan.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik menyifatkan tindakan pihak JKKK Kampung Limbong yang bertindak 'merampas' tanah Sekolah  Rendah Islam Darul Bayan sebagai zalim.

Kata beliau, tindakan merampas tanah tersebut satu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan dan mesti ditentang oleh rakyat seluruhnya.

"Ini bukan pertama kali kerajaan Umno dan Barisan Nasional buat perkara yang memalukan dan kerana hendak memuaskan nafsu JKKK, mereka sanggup menafikan hak rakyat dan hak Darul Bayan.

"Tanah ini kita (sekolah) telah bayar Lesen Menduduki Sementara (TOL) sejak tahun 2003, 2004 dan 2005 lagi," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Ceramah Isu Semasa "JKKK Rampas Tanah SRIDB" di perkarangan SRIDB, Kampung Kolam Mak Tagar, Paka, Dungun.

Menurut Ustaz Abu Bakar, sejak tahun 2006 pihak kerajaan negeri di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh telah membekukan pembayaran lesen TOL tersebut.

Beliau yang juga bekas Exco Kerajaan Terengganu menjelaskan pendidikan bukan isu biasa tetapi menjadi isu yang lebih penting dari isu-isu lain.

Ini kerana, katanya melalui pendidikanlah agama dapat disemai dalam diri setiap manusia dan rakyat menjadi baik.

"Kita (PAS) harap pihak berkenaan pulangkan semula hak (tanah) ini kepada pihak sekolah (SRIDB) sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini, kerana Allah SWT itu Maha Adil dan Bijaksana," tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata tindakan pihak Umno dan JKKK merampas tanah SRIDB petanda kejatuhan kerajaan BN Terengganu.

Menurutnya, tindakan serupa pernah dilakukan sebelum ini terhadap sekolah Institut Berakan (IB) di Kuala Terengganu tahun 1991.

"Ini (tindakan) petanda Umno-BN akan jatuh di negeri Terengganu kerana perbuatan zalim rampas tanah sekolah agama rakyat (SRIDB).

"Mereka (Umno) pernah rampas dan roboh Institut Berakan tahun 1991 dan akhirkan mereka jatuh kerajaan tahun 1999.
"Ini bukan sekolah untuk berniaga, buat duit tetapi untuk mendidik anak-anak kita termasuk anak yatim dengan ilmu agama (Islam)," ujarnya.

Katanya, rakyat perlu membuat perubahan dalam pilihan raya dengan menolak Umno dan kerajaan BN serta memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.

Nana teruja dijemput buat persembahan di Kelantan

Posted: 24 Jan 2012 04:02 PM PST



KOTA BHARU, 24 Jan
: Penyanyi berimej baru Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan Nana, 28, mengakui mungkin kerana imejnya yang sudah bertudung, beliau diundang oleh kerajaan Kelantan untuk membuat persembahan di negeri itu semalam.

Artis yang terkenal lagu duetnya 'Paling Comel' bersama allahyarham Achik itu juga tidak menduga beliau akan dijemput menjayakan program anjuran kerajaan negeri melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Menurutnya, beliau memang sedar kerajaan Kelantan mempunyai dasarnya sendiri berhubung hiburan dan bukan mudah untuk membuat persembahan di negeri itu.

"Tetapi apabila saya tiba-tiba diundang, memang terkejutlah saya dan saya rasa begitu gembira dan dihargai,"ujarnya yang buat pertama kali membuat persembahan secara  tertutup sepanjang kariernya sebagai seorang penyanyi.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas membuat persembahan Ladies Nite 2012  di Kota Bharu Trade Centre (KTC), malam tadi sempena program Kite.

Walaupun beliau belum pernah membuat persembahan tertutup khusus untuk penonton wanita sahaja, namun pengalaman manis itu membuatkan beliau mudah bergerak untuk membuat persembahan.

"Tak adalah saya nak 'control' sangat macam sebelum ni, sebab semuanya wanita, sound sistempun wanita, begitu juga keselamatan terdiri dari kaum wanita,"ujarnya.

Beliau juga turut teruja dengan penonton wanita Kelantan yang begitu 'sporting' apabila turut menyanyi bersamanya.

Sempena persembahannya, beliau mendendangkan enam buah lagu termasuk lagu hitnya 'paling comel'.

Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih pada kerajaan Kelantan kerana sudi mengundangnya dan berhasrat untuk datang lagi sekiranya diundang.


Bukan kerana trend

Menyentuh tentang penghijrahannya yang kini imej bertudung beliau berkata ianya bermula akhir Ramadan tahun lalu.

Nana bagaimanapun menolak imejnya itu ada kaitan dengan trend artis kini yang semakin ramai bertudung.

Sambungnya, apa yang berlaku kerana keinsafan diri bersesuaian dengan usia semakin hari semakin bertambah.

"Jadi saya perlu memberi contoh yang baik untuk anak tunggal saya yang kini berusia empat tahun,"ujarnya.

Nana yang mula bergiat dalam bidang nyanyian sejak tahun 1999 kini telah berjaya menghasilkan enam album, termasuk dua album duetnya.

Kejohanan Karom Peringkat UPU Di Dun Pulai Chondong

Posted: 24 Jan 2012 04:01 PM PST














Polis diminta siasat pengacau program ABU

Posted: 24 Jan 2012 03:58 PM PST


KUALA LUMPUR, 24 Jan: Sebuah NGO, Activist901 telah membuat laporan polis berkenaan insiden kekacaun yang berlaku sewaktu program 'Asal Bukan Umno' (ABU) dan Hindraf di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun tempoh hari.

Penyelaras Activist901, Azura Aziz menjelaskan sebagai sebuah badan NGO yang baru ditubuhkan menentang keras perbuatan individu yang membuat kekecohan tersebut sambil melontarkan perkataan yang berbaur perkauman dan hasutan kepada kaum India yang berada di sana.

"Kami menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengenal pasti identiti sekumpulan individu yang telah membuat kekecohan tersebut kerana melalui bukti video dan jugak gambar yang ada.

"Individu tersebut telah mengeluarkan perkataan-perkataan yang mengancam keselamatan kaum India yang berada di situ," jelasnya.

Tambahnya lagi, cacian yang dilemparkan oleh kumpulan tersebut jelas tidak mengambarkan semangat 1Malaysia jika ia dilakukan oleh pihak Umno.

"Kita tidak pasti apa motif sebenarnya mereka bertindak sedemikian sehinggakan berlaku kecederaan kepada orang awam.

"Sama ada ia bermotif politik ataupun bersifat iri hati, pihak polis harus bertindak segera kerana kita tidak mahu kejadian tersebut berulang lagi," sambungnya lagi.

Sebelum ini, dalam insiden tersebut, seorang belia kaum India telah tercedera kerana dan dimasukkan ke Hospital pakar Seri Sentosa, Klang.

Turut hadir semasa laporan polis itu adalah Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan juga Hindraf.

Laporan dibuat di IPD Dang Wangi tengah hari tadi.

Nik Aziz sedia isytihar harta, Najib bagaimana

Posted: 24 Jan 2012 03:56 PM PST


KUALA LUMPUR, 23 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana kesediaan beliau untuk mengisytiharkan harta sekiranya undang-undang menetapkan demikian.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunjukkan sikap keterbukaan dan ketelusan pemimpin PAS sebagaimana juga yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anggota Exconya yang telah mengisytiharkan harta mereka.

Katanya, kesediaan mengisytiharkan harta menunjukkan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sanggup meletakkan keutamaan rakyat melebihi kepentingan diri mereka sendiri.

"Malah pemimpin PAS sanggup 'membahayakan' dirinya sendiri dengan menafikan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang mengelak untuk mengisytiharkan harta mereka kerana takutkan 'bahaya' yang menimpa mereka," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, DPPM berpendapat, rakyat berhak mengetahui aset pemimpin mereka supaya mereka mengerti bahawa pemimpin yang diangkat benar-benar ikhlas memperjuangkan rakyat, bukan diri mereka sendiri.
Menurutnya, mengisytiharkan harta boleh mengelakkan berlakunya penyelewengan kuasa dan rasuah dari kalangan pemimpin negara.

"Tidak timbul isu pemimpin 'bershopping' secara bermewah dan melampau dalam berbelanja. Juga tidak akan berlaku pemimpin korup yang mengambil kesempatan di atas kedudukan dan kuasa yang mereka miliki," ujarnya.

Malahan, ujarnya DPPM serta seluruh rakyat khususnya penduduk negeri Kelantan boleh berbangga dengan cara hidup berserdehana Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, meskipun telah memerintah negeri Kelantan lebih dari 20 tahun, namun gaya hidup pemimpin itu tidak menggambarkan beliau seorang yang rakus dalam membaham harta rakyat.

"Beliau masih duduk di rumah sendiri, makan di kedai-kedai seperti insan yang lain, solat berjemaah di masjid-masjid tanpa kawalan ketat pengawal peribadinya, rumahnya yang mudah dikunjungi tanpa protokol, mengelak mengambil pelbagai elaun yang diberikan, berkunjung ke pasar-pasar tanpa kekok," katanya lagi.
Tambahan lagi, ujarnya Tuan Guru dan keluarganya tidak pernah dilaporkan berbelanja mewah di luar negara, tidur di hotel-hotel ternama yang mahal, serta menaiki jet peribadi atau kenderaan import yang berharga jutaan ringgit.

Jelasnya, lebih membanggakan apabila pemimpin kerajaan beliau selama ini tidak pernah dipalitkan dengan apa juga kesalahan rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

"DPPM dengan ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan seluruh pemimpin kabinet untuk bersedia mengisytiharkan harta mereka kepada awam sekiranya benar mereka adalah pemimpin rakyat dan bersih dari sebarang penyelewengan.

"Tidak apa yang perlu dirisaukan sekiranya mereka tidak bersalah bahkan tindakan ini adalah suatu kebanggaan kepada seluruh rakyat di negara ini," katanya.

P'raya di Mesir bukti masyarakat minat parti Islam

Posted: 24 Jan 2012 03:55 PM PST


KUALA LUMPUR, 23 Jan: Kemenangan besar yang dicapai oleh parti-parti beraliran Islam di Mesir pada pilihanraya Parlimen di negara itu merupakan satu tamparan hebat bagi rakyat negara ini jika tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kemenangan parti-parti Islam di Mesir itu jelas memberikan isyarat bahawa majoriti penduduk dunia kini mulai memberikan kepercayaan kepada parti Islam untuk memerintah mereka berbanding parti-parti lain.    

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan At-Tantawi berkata, sebelum keputusan pilihanraya Parlimen Mesir diumumkan kelmarin, penduduk di beberapa buah negara lain di seluruh dunia sebelum ini telah pun menunjukkan minat masing-masing kepada parti-parti Islam.

Menurutnya, perkembangan tersebut jelas menunjukkan abad ini merupakan abad kebangkitan Islam dan ia menepati kata-kata ulama-ulama kontemporari termasuk Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Katanya, oleh itu, rakyat negara ini juga perlu bangkit bersama penduduk di negara-negara lain di seluruh dunia dengan memberikan kepercayaan kepada parti Islam untuk memerintah mereka bagi menyokong kebangkitan Islam.

"Jika tidak, rakyat negara ini pasti akan ketinggalan, walaupun arus kebangkitan Islam sudah mula tercetus di tanah air kita sejak akhir tahun 1980-an lalu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily di sini hari ini.

Sebelum ini, menurutnya, rakyat negara ini telah sekian lama dimomokkan oleh Umno BN kononnya golongan ulama tidak boleh menjadi pemimpin bagi sesebuah kerajaan.

Katanya, momokan itu menjadikan golongan ulama di tanah air terasa rendah diri walaupun hakikat sebenarnya golongan ulamalah yang lebih layak menjadi pemimpin.

"Tetapi kemenangan parti-parti Islam di Mesir dan di negara-negara lain sekarang jelas menafikan pandangan negatif Umno BN itu, sebaliknya orang ramai di seluruh dunia ternyata lebih meyakini kemampuan golongan ulama menjadi pemimpin berbanding bukan golongan ulama," tegasnya.

Dari segi hakikatnya, tambah beliau, golongan ulamalah yang lebih berkelayakan menjadi pemimpin kerana ia sejajar dengan ilmu dan kewarakan yang ada kepada mereka.

"Orang ramai bagaimanapun menjadi terkeliru dengan realiti itu disebabkan momokan Umno BN, tetapi dengan perkembangan terbaru yang berlaku di Mesir dan di beberapa buah negara lain mutakhir ini diharap akan menyedarkan kembali rakyat negara ini dengan perkara itu," ujarnya.

Beliau berharap agar golongan agama dan ulama di tanah air turut sedar dengan hakikat itu, dengan turut turun ke tengah masyarakat bagi menyedarkan orang ramai agar melakukan perubahan terhadap landskap politik tanah air pada PRU Ke-13 nanti.

Negara kita, tegasnya, telah sekian lama berada di bawah pemerintahan BN, manakala BN pula ternyata gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sehingga menyebabkan pelbagai kepincangan berlaku di negara ini.

"Jadi sekarang tibalah masanya bagi golongan agama dan ulama turun ke tengah masyarakat bagi membetuli kepincangan itu termasuk dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan dan sosial demi kepentingan negara dan rakyat," katanya.

Beliau menyarankan golongan agama dan ulama di negara ini agar tidak lagi terasa rendah diri, segan dan malu-malu untuk berbuat demikian bersama aktivis lain kerana itu semua adalah tanggungjawab mereka sendiri yang mesti dilaksanakan dengan baik.

Jika tanggungjawab itu dilaksanakan dengan baik dengan niat kerana Allah, beliau yakin rakyat negara ini akan sedar tentang kepentingan mereka menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 akan datang, bagi membolehkan mereka bersama-sama melakukan perubahan di negara ini ke arah yang lebih baik.

Semangat 'naga air' tolak perkauman sempit Umno

Posted: 24 Jan 2012 03:55 PM PST


Gong Xi Fa Cai buat kaum Tiong Hua.

Tahun ini cukup istimewa kerana ialah tahun naga air. 'Naga air' yakninya bersifat 'cool' di luar tapi sudah semestinya mempunyai hembusan apinya lebih hebat sehingga air pun tidak mampu melenyapkannya.

Atas semangat kiasan itulah, diharap kaum TiongHua meneruskan agenda untuk berubah "換" (huan) ke arah pendamaian jiwa. Sebagaimana yang kita sedar, di Malaysia, pendamaian jiwa sukar dicapai dengan kerajaan kini, yang suka berflip-flop dan menegakkan benang basah dari segala sudut urusan negara.

Pentadbiran PAS dan Pakatan Rakyat telah terbukti menjunjung prinsip keadilan, iaitu asas terulung dan terpenting untuk mencapai pendamaian jiwa.

Ayuh, mari bersama PAS dan Pakatan Rakyat menjadikan tahun naga air ini menjadi titik noktah terakhir kepada kecelaruan jiwa yang ditimbulkan oleh dasar perkauman sempit Umno-Barisan Nasional.

Selamat Tahun Baru Cina. "新年進步"Xin Nian Jing Bu!

Mohamad Sabu,

Timbalan Presiden PAS

Rosmah, Najib dicabar saman akhbar Australia

Posted: 24 Jan 2012 03:54 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Rakyat sedang menunggu apakah penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor dan juga suaminya Datuk Seri Najib Razak terhadap laporan akhbar Australia semalam. Semalam, akhbar Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.
Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, jika sekali lagi akhbar Australia membuat laporan tidak benar mengenai tabiat berbelanja mewah Datin Seri Rosmah Mansor, maka satu tindakan undang-undang perlu diambil terhadap akhbar dan sumber berita akhbar tersebut.
"Jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku apabila Najib enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang pernah mendakwa tentang kaitan beliau dengan kes Altantuya Shaariibuu.
"Kalau banyak kali sangat dilihat takut mengambil apa-apa tindakan undang-undang, rakyat akan percaya apa yang dilaporkan mengenai Najib dan keluarganya itu benar," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Sebelum ini, akhbar Australia yang lain membuat laporan yang didakwa tidak benar mengenai tabiat berbelanja Rosmah tetapi Najib dan keluarganya tidak pula mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap akhbar itu.
"Rakyat yang berfikiran waras sudah tidak tahan lagi melihat wujudnya watak seperti itu di negara ini yang mengingatkan mereka kepada Laila Trabelsi, wanita yang mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai isteri Presiden Tunisia," kata Mahfuz lagi merujuk kepada isteri Zine El Abidine Ben Ali yang dihambat dari kekuasaannya oleh kebangkitan rakyat tahun lalu.
Perlu disiasat
Bagaimanapun, kata Mahfuz, jika laporan akhbar Australia itu memang benar berlaku dan bukan rekaan semata-mata, satu siasatan terperinci tentang kehidupan mewah isteri Perdana Menteri itu mesti dijalankan segera.
"Mesti disiasat dari mana sumber kewangannya sehingga Rosmah dilaporkan begitu bermewah-mewah dalam kehidupannya sehingga dilihat melebihi dari kemampuan isteri seorang Perdana Menteri," kata beliau sambil membangkitkan Bernama sebelum ini pernah melaporkan Rosmah menderma RM1.5 juta kepada Tabung Gaza.
Apa yang berlaku itu, kata Mahfuz, memperlihatkan Rosmah mempunyai kekayaan yang sangat luar biasa yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Beliau juga menggesa supaya Najib dan Rosmah serta anggota kerajaan dan keluarga masing-masing segera mengisytiharkan harta mereka.
"Jangan lagi membuat pelbagai alasan yang menipu rakyat untuk mengelakkan harta mereka diisytiharkan," katanya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 25 Jan 2012 09:08 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Program ABU 28 Jan 2012 di Seremban Selamat

Posted: 25 Jan 2012 05:18 AM PST


CERAMAH ASALKAN BUKAN UMNO – ABU

Tarikh : 28 Jan 2012, Sabtu

Masa : 8.30 mlm

Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, N.Sembilan

Penceramah :

YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen (PAS) Kuala Selangor

En. Haris Ibrahim, ABU

En. Sambulingam, HINDRAF

Chegubard, SAMM

Untuk maklumat lanjut hubungi 019-2171942 , 017-3851930

Semua dijemput hadir

Aduan pelajar Mesir mengenai QAS Management Sdn Bhd

Posted: 24 Jan 2012 11:14 PM PST

Jika diperhatikan laman web QAS Management Sdn Bhd di http://qas.com.my dan facebook syarikat ini, mereka telah beroperasi sejak tahun1992 lagi dan memang mempunyai pengalaman dalam bidang ini serta diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Walau bagaimanapun kita harapkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi dapat menyiasat perkara ini, sekiranya benar, dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Jika tidak benar, diharap pihak yang membuat aduan dapat memperbetulkan fakta agar tidak menjejaskan reputasi syarikat tersebut.


QAS Management Sdn Bhd Penipu Besar

Aduan Rakyat Online , 24 Jan 2012

Saya merupakan pelajar tahun dua perubatan Mesir, datang ke Mesir dengan bantuan QAS Management Sdn Bhd. Alhamdulillah, kejayaan peribadi saya dapat datang belajar di bumi anbia ini.

Walau bagaimanapun, ingin saya komen tentang perkhidmatan yang disediakan agensi saya, iaitu QAS Management Sdn Bhd. Betapa banyaknya penipuan dilakukan mereka semata-mata untuk meraih keuntungan.

RM3900 dibayar untuk mendapat rumah serta perabotnya. Dua orang kawan saya tinggal di Kaherah, bayar dengan jumlah yang sama, namun langsung TIDAK MENDAPAT APA-APA kecuali filter air. Terpaksa mereka menumpang di rumah negeri, yang mana sewa rumah dibayar oleh mereka sendiri. Ke mana RM3900 yang mereka bayar untuk mendapat rumah dan perabot yang selesa?

Tidak cukup dengan itu, tahun 2011 bulan 9, lebih kurang 36 orang pelajar QAS diletakkan di asrama universiti dengan bayaran bulanan adalah sebanyak LE1000 = RM500 sebulan. Katanya untuk transport, makanan dan tempat tinggal, dan katanya setahun, sampai ke bulan 7. Namun, bulan 11 2011, pihak asrama universiti telah meminta agar pelajar menjelaskan yuran bulanan sewa mereka. Aik? Ke mana perginya duit yang mereka bayar untuk setahun tu? Tiba-tiba, QAS telah minta lagi ibu bapa pelajar agar membayar RM 5400, katanya, untuk sambung kontrak tinggal di asrama, katanya sebagai tambahan, untuk makanan dan tinggal sampai ke bulan 7. Mesti pembaca tak faham kan? RM3900 mula-mula dibayar untuk sewa, transport dan makanan dari bulan 9 smpi bulan 7, tiba-tiba dalam bulan 12, QAS minta lagi RM5400 untuk teruskan kontrak sampai ke bulan 7.

Banyak lagi sebenarnya. Diharap pihak berwajib dapat membantu pelajar QAS yang sedang ditindas dan ditipu oleh QAS Management Sdn Bhd. DUit dikaut, diri dilarikan. Kepada ibu bapa pelajar, yang sudah datang ke Mesir, bersatu tumbangkan QAS. Yang baru nak datang, tak perlu datang dengan QAS. Memang mengarut.

By: Luqman

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/qas-management-sdn-bhd-penipu-besar

Warga asing bermasalah di Sri Palma Villa, Mantin

Posted: 24 Jan 2012 10:40 PM PST

Kita harapkan pihak yang bertanggungjawab terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan samada Majlis Perbandaran Nilai atau Seremban, Majlis Daerah Seremban, PDRM, Imigresen, Kementerian Pengajian Tinggi dapat menyiasat perkara di bawah ini. Sekiranya benar, harap dapat mengambil tindakan yang sewajarnya demi kepentingan rakyat Malaysia. Sekiranya tidak benar, harap pengadu dapat memperbetulkan fakta.

Warga asing bermasalah di Sri Palma Villa, Mantin

Aduan Rakyat Online 24 Jan 2012

Masalah warga asing yang tinggal di apartment, Sri Palma Villa – Mantin, Negeri Sembilan ini memang amat merungsingkan kami semua penduduk di sini. Buat bising sana sini, bergaduh sesama mereka, mabuk. Bukan baru lagi perkara ini, dah lama tapi tindakan jarang dilakukan oleh pihak berkuasa. Telefon pun selalu tak datang atau lambat. Sikap pihak berkuasa ini juga harus diambil tindakan. Makan gaji buta? Malas? Tidur?

Malam tahun baru cina ini, mereka buat hal lagi. Mabuk di kawasan apartment, tepi tasik. Menjerit sana sini, bergaduh. Botol kaca arak mereka baling saja ke tanah. Ada yang baling ke dalam tasik. Macam mana kalau orang Islam yang tidak tahu mengenai hal ini, dan pergi duduk dikawasan dicemari arak itu? Kanak-kanak terpijak serpihan kaca? Penduduk yang memancing ikan di tasik itu, makan ikan nya?

Bila kita tegur, mereka marah kita balik, maki kita pula. Ini negara siapa? Undang-undang siapa? Hak siapa?

Pemberi sewa pun satu masalah juga, sanggup pekakkan telinga, butakan mata, semata-mata kerana wang. Kalau mereka tidak menyewakan kepada warga asing ini memang tak akan ada masalah. Bukan semua warga asing ini bermasalah, hanya mereka yang berasal dari Nigeria. Apartment ini bukan untuk mereka pun. Pihak Kolej dah pun memberi mereka hostel. Sebabkan nak kebebasan, orang lain yang kena tanggung. Malu saya nak mengaku yang rakyat Malaysia ini selalu tidak fikir panjang. Tolong fikir tentang akibatnya sekali sebelum buat sesuatu.

Sudah 3 tahun lebih perkara ini semua asyik berulang. Kami sebagai penduduk sudah pun mengambil tindakan yang kami mampu. Tapi malangnya, bila penyewa dan pihak berkuasa tidak sama-sama memberi kerjasama. Perkara yang sama terus berulang. Kami pembeli rumah yang tinggal di sini pula yang kena tahan? Kene pindah keluar? Dimanakah rasa tanggungjawab? Wang memang membutakan mata manusia..

Diharap pihak yang berkaitan, dapat bawa ke tengahkan hal ini. Sedarkan semua rakyat. Ini negara islam, ada batas yang perlu dijaga atau mereka ketahui. Bukan kita larang mereka untuk minum arak dan sebagainya, tapi jangan sampai melampaui batas. Minum arak dirumah bukan tak boleh. Merata-rata botol arak mereka buang. Tangga, lif, taman, laluan kaki lima, tempat parking. Kadang-kadang balik dari tingkat atas ke bawah. Macammana kami nak tahu tempat yang kami pegang itu suci? Kena pakai sarung tangan pergi kemana-mana?

Ini sahaja aduan yang saya hantarkan walaupun ada banyak lagi. Kalau nak tulis, panjang nya boleh jadi macam satu novel. Anda boleh gelak, anda boleh cakap yang kami ini terlalu cerewet, kami tak kisah. Tak sudi atau rasa tak perlu datang tolong pun kami tak kisah. Janji kami tak berdiam diri dan akan terus mencuba untuk menanggani masalah ini. InsyaAllah, perkara macam ini akan berakahir satu hari nanti. Terima Kasih.

By: Awan

http://www.aduanrakyat.com.my/warga-asing-bermasalah-di-sri-palma-villa-mantin

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 25 Jan 2012 07:41 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PAS LAWAT KAWASAN BAGAN CINA - YDP PAS TURUN SAMA

Posted: 25 Jan 2012 02:18 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 25 Jan 2012 03:21 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Bukan UMNO Dalang Tapi..B*

Posted: 24 Jan 2012 04:21 AM PST


Siapa yang pegang bendera tu??Bendera parti mana??Bob tolong jelaskan pada orang Jalan Kebun!!!

Lelaki Paling Glamour Minggu Ini

Posted: 24 Jan 2012 04:08 AM PST

Muka ini mendapat tempat di dada-dada akhbar seluruh Malaya minggu ini. Seluruh orang Jalan Kebun kenal mamat ini. 13 Januari yang lepas mamat ini baru mencecah 27 tahun. Muda lagi...

 Kuat tido...

 Dengan penuh semangat 1Malaysia..tau2 jelah kalau dah buat tangan tu, puak-puak siapa???

 Dengan si puteri.....

Yang PANAS!!!! berkawan rapat dengan si mamat ni..Naib Ketua UMnGok Kota Raja...Tengok Kenyataan Si Mohd Abdul Raof b. Mokhtar..Polis ambik kenyataan Mamat ni??

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 25 Jan 2012 03:14 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Umno bukan pejuang bangsa

Posted: 25 Jan 2012 02:02 AM PST

Para pemimpin Umno diakui sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai kerana mereka sebenarnya tidak pernah bersungguh-sungguh berjuang untuk kepentingan bangsanya.   

Sebaliknya, mereka ternyata hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri, tetapi sengaja mengaburi mata orang ramai terutama di kampung-kampung kononnya berjuang untuk kepentingan bangsanya. 

Untuk menutupi tindakan mereka itu, mereka sanggup menyalahkan bangsa-bangsa lain termasuk Cina dan India kononnya sebagai penghalang untuk mereka bertindak lebih jauh bagi kepentingan bangsa Melayu. 

"Adakah ahli-ahli Umno di kampung-kampung percaya dengan perkara itu? Tetapi percaya atau tidak, memang itulah realitinya yang perlu disedari," tegas bekas pemimpin Umno yang juga bekas wakil rakyat dari Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz.

Ketika mendedahkan perkara itu, beliau menegaskan, kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi negara.

Sebaliknya, perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh para pemimpin Umno, sehingga menyebabkan usaha mencapai saham bumiputera 30 peratus daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.

Beliau mengatakan demikian dalam tulisan terbarunya yang disiarkan sebuah laman berita internet dan kemudian turut didedahkan dalam blog "Apa Khabar Ganu Kita" semalam.

Bekas Adun Pulau Manis, Pahang itu menegaskan, punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin Melayu itu sendiri.

Katanya, kepimpinan Melayu di semua peringkat tidak bertindak demi kepentingan orang Melayu sebenarnya, namun 30 orang pemimpin elit orang Melayu bertambah baik kehidupannya.

"Walaupun pemimpin Umno berjuang kononnya mempertahankan 30 peratus pemilikan orang Melayu, mereka sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.

"Pemimpin elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung di sebalik ketuanan Melayu," katanya. 

Datuk Mohd Ariff  adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri. 

Jawatan Ketua Penerangan itu bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian dan beliau adalah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan.

Dengan jawatan-jawatan yang pernah disandang olehnya dan hubungan baiknya dengan Najib, beliau berharap agar pendedahannya itu akan memberikan kesedaran kepada orang-orang Melayu yang masih menyokong Umno agar tidak lagi menaruh kepercayaan kepada parti itu dan BN untuk memerintah negara pada PRU Ke-13 akan datang.

Dulu 'winnable candidate' kini 'winnable state'

Posted: 24 Jan 2012 06:07 PM PST

Setelah merasuah hampir 50% pengundi dengan RM100 & RM500, kini Najib dengan angkuhnya menyatakan bahawa Kelantan merupakan 'winnable state' bagi UBN dalam PRU akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk merampas Kelantan daripada Pas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Najib, yang juga Presiden Umno, melahirkan keyakinan tersebut semasa perjumpaan dengan pemimpin BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini, sebelum mengakhiri lawatan setengah hari ke negeri ini.
Katanya, Perdana Menteri menyatakan walaupun pertandingan antara BN dan Pas amat sengit, Kelantan merupakan 'winnable state' bagi BN pada pilihan raya umum itu.
"Apabila keyakinan itu keluar daripada mulut Perdana Menteri sendiri, ia menjadi suntikan semangat kepada kita untuk bekerja kuat," kata Awang Adek lagi

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 25 Jan 2012 01:36 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Bebaskan rakyat dari cengkaman Umno-BN

Posted: 25 Jan 2012 01:00 AM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat kini merangka agenda pembebasan rakyat seluruhnya daripada cengkaman pelbagai undangundang yang menekan rak yat dan penguasaan instrumen penting oleh "tangan-ta ngan ghaib" di Malaysia.

Pengarah Strategi Ke- ADIL an, Rafizi Ramli menegaskan, agenda tersebut dilaungkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, menjurus kepada usaha mencapai kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.

"Ini kerana, rakyat masih tertakluk di bawah instrumen penting di negara ini, sama ada kehakiman, Polis, SPR, SPRM dan sebagainya. Rakyat masih boleh dikenakan dengan pelbagai undang-undang negara," tegas beliau

Rafizi berkata, keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dari tuduhan liwat, 9 Januari lalu tidak boleh dijadikan tanda aras bahawa badan kehakiman negara ini sudah melakukan perubahan.

Biarpun Anwar dibebaskan, katanya, rakyat juga perlu dibebaskan dari tanggapan kononnya sistem kehakiman dan badan-badan lain sudah melakukan tranformasi ke arah yang lebih baik.

Sehubungan itu, tegas be liau, bagi memastikan agenda pembebasan rakyat dapat dijayakan, Pakatan akan terus mengekalkan momentum kebangkitan rak yat yang sedia ada.

"Sejak kebelakangan ini, momentum rakyat kelihatan bersama Pakatan. Tugas KeADILan dan juga Pakatan adalah untuk mengekalkan momentum itu hingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," tegasnya.

Tambah beliau, bermula di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3, di Alor Setar, Kedah, pada 14 Januari lalu , agenda tersebut akan diserapkan ke akar umbi bagi memastikan momentum sedia ada terus kekal di tempatnya.

detikdaiy/-

Polis sahkan tiga kesan calar pada mangsa tebusan

Posted: 25 Jan 2012 12:40 AM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Polis hari ini mengesahkan kanak-kanak yang menjadi mangsa tebusan seorang lelaki bersenjatakan pisau di Kampung Baru di sini kelmarin mengalami tiga kesan calar berpunca daripada pisau yang digunakan suspek sebelum polis bertindak melepaskan empat das tembakan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, kesan calar itu sudah disahkan oleh doktor yang merawat mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Kesan calar itu ada dua pada bahagian dada dan satu calar di tangan sebelah kiri. Kita percaya kesan itu datang dari pisau yang digunakan suspek semasa menjadikan mangsa sebagai tebusan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, buat masa ini mangsa masih diberikan rawatan dan tidak dibenarkan diganggu oleh mana-mana pihak dan polis akan menunggu keputusan daripada doktor sama ada boleh berjumpa mangsa atau sebaliknya.

Zulkarnain berkata, tindakan polis melepaskan empat das tembakan pada waktu itu adalah wajar bagi menyelamatkan mangsa kerana keadaan suspek semakin agresif dan risiko keselamatan mangsa semakin meningkat.

"Kita terpaksa melepaskan tembakan itu kerana nyawa mangsa berada dalam keadaan bahaya. Tujuan tembakan itu untuk mencederakan suspek, namun beliau mati di hospital sebelum sempat polis menyoal siasat," katanya.

Katanya lagi, suspek yang mempunyai tujuh rekod jenayah membabitkan narkotik dan samun, mati antara pukul 4.50 petang hingga 4.55 petang pada hari kejadian dan jenazahnya sudah dituntut oleh sepupunya pada pukul 8 malam tadi. - BERNAMA

Lori bawa cecair kimia terbalik

Posted: 25 Jan 2012 12:30 AM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Sebuah lori tangki seberat 15 tan yang membawa muatan cecair kimia terbalik ketika pemandunya membuat pusingan U di kilometer 19, Jalan Johor Baharu-Ayer Hitam menghala ke Kulaijaya hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.50 pagi itu, lori yang dipandu A. Hamid Md. Said, 56, dalam perjalanan dari Pasir Gudang untuk menghantar cecair kimia jenis "caustic soda" ke sebuah kilang di Taman Teknologi di sini.

"Pemandu lori berkenaan cedera ringan di kepala dan telinganya. Punca sebenar kejadian masih disiasat," kata Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan di sini hari ini.

Sementara itu, Shahrir Abu Bakar, Pengurus Pentadbiran dan Akaun New Port Bulk Terminal Sdn. Bhd., syarikat lori tangki itu berkata, tiada tumpahan bahan kimia berlaku.

Beliau yang ditemui di tempat kejadian berkata, bahan cecair kimia itu kebiasaanya diguna oleh pihak industri untuk merawat air. - BERNAMA

Jagalah Hati Sepanjang Hari

Posted: 25 Jan 2012 12:20 AM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Jangan pernah meremehkan suasana hati anda sebab kalau hati sedang dalam kondisi buruk, bisa merusak kesehatan bahkan bisa berakibat pada kematian, berdasarkan penelitian dari Dr. Ghanshyam Pandey dari University of Illinois, Chichago,

belum lama ini kasus memburuknya kesehatan & mempercepat kematian ditengah masyarakat karena dipicu oleh suasana hati yang buruk. Kondisi memburuknya suasana hati disebabkan banyak faktor, diantaranya putus asa, patah semangat secara sekilas tidak berbahaya namun bisa berakibat fatal. Gangguan umum yang berkaitan dengan suasana hati yang memburuk dalam beberapa bentuk seperti gangguan tidur, gangguan pada kulit,

gangguan pada perut, tekanan darah, pilek, migran, sakit kepala yang disertai dengan mual dan gangguan penglihatan, sejumlah penyakit tulang, ketidakseimbangan ginjal, kesulitan bernapas, alergi, serangan jantung dan membengkakan otak, tentu saja tidak semua jenis penyakit itu berkaitan dengan suasana hati namun secara alamiah telah dibuktikan bahwa penyebab gangguan kesehatan semacam itu lebih disebabkan faktor kejiwaan.

Putus asa, kekecewaan, depresi dan berbagai jenis penyakit yang menimpa banyak orang adalah suasana hati yang selalu diliputi oleh kekhawatiran akibat perasaan seperti cemas, takut, merasa tidak aman, ledakan emosional yang berlebihan dan berbagai tekanan yang merusak keseimbangan tubuh.

Ketika seseorang mendapatkan tekanan atau beban diluar batas kesanggupan dirinya, tubuhnya bereaksi dan membangkitkan bunyi sirine sebagai tanda bahaya sehingga memicu reaksi biokimia didalam tubuh, kadar andrenalin meningkat, reaksi tubuh meninggi, gula, kolesterol dan asam lemak bergerak ke dalam aliran darah, tekanan darah menjadi meningkat dan denyut jantung berdetak kencang.

Glukosa berjalan menuju otak, kadar kolesterol naik, dan semua ini membuat tubuh memburuk. Semua perubahan yang terjadi pada tubuh dari keadaan yang semula sehat ke kondisi sakit disebut sebagai penyimpangan citra tubuh atau 'Distortion of body image' adalah dampak dari suasana hati yang memburuk yang menyerang kondisi kesehatan tubuh.

Maka disinilah pentingnya arti ketenteraman hati bukan hanya membuat nyaman namun juga membuat tubuh anda menjadi sehat. Ketenteraman hati anda hanya bisa anda dapatkan dengan mendekatkan diri kepada Allah, semakin dekat anda kepada Allah dengan selalu mengingatNya maka semakin mudah hati anda menjadi tenteram. 'Yaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.' (QS. Ar-Raad 28).

posted by :agussyafii

Pengikut setia Gaddafi tawan semula Bani Walid

Posted: 25 Jan 2012 12:00 AM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

TRIPOLI - Pengikut setia bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berjaya menawan semula seluruh Bani Walid, kelmarin selepas melancarkan beberapa siri serangan di beberapa bandar dan turut menyebabkan tujuh bekas pemberontak terkorban dalam insiden itu.

Kejadian keganasan tersebut dipercayai berlaku selepas pemimpin kerajaan baru Libya berhasrat menghapuskan kuasa pro-Gaddafi untuk tujuan menyatukan negara di bawah satu pemerintahan.

Bekas ahli Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Mbarek al-Fotmani berkata, serangan itu turut menyasarkan Tripoli dan bandar timur Benghazi.

"Seramai kira-kira 150 penyokong pro-Gaddafi bertempur di jalanan. Mereka juga bertindak mengibarkan bendera rejim Gaddafi di pintu masuk di utara bandar tersebut," menurut jurucakap kerajaan di Bani Walid, Mahmoud al-Warfali.

Dalam satu kenyataan, seorang penduduk di Bani Walid mendakwa pertempuran tersebut tercetus selepas pasukan tentera revolusi menahan seorang pengikut setia Gaddafi dan mereka nekad melancarkan serangan untuk membebaskannya.

sinar harian/-

MB Kedah tunjuk pelan surau gantikan Salihiah

Posted: 24 Jan 2012 11:58 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 25 Jan: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Razak menunjukkan pelan cadangan surau baru di Aman Central, yang bakal menggantikan Madrasah Salihiah.

Surau itu bakal dibuka 24 jam walaupun kompleks membeli belah itu tidak dibukan 24 jam.

Surau berkeluasan 4,800 kaki yang mampu memuatkan 400 jemaah akan dibina di aras bawah oleh pemaju, Belleview Sdn Bhd, bagi menggantikan madrasah yang diroboh.

Sebelum Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, mencabar kerajaan negeri Kedah menunjukkan pelan cadangan surau bagi menggantikan Madrasah Salihiah.

"Saya hairan kenapa asyik bercakap pasal nak roboh surau tetapi tidak diuar-uarkan akan dibina surau baru yang lebih luas dan selesa.

"Sejumlah RM4.8 juta disumbangkan pemaju kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) untuk bina surau ini, selain RM1.4 juta yang telah dibayar, menjadikan keseluruhan RM6 juta," kata Azizan kepada media selepas meraikan masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Seri Mentaloon.

Menurutnya, Maik telah pun mengenal pasti enam tapak di sekitar Alor Setar untuk dipilih bagi menggantikan tanah wakaf baru madrasah itu.

Menurut Azizan selain berhasrat membangunkan negeri ini, projek berkenaan Aman Central bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 orang.

"Selain kompleks beli belah, sebuah hotel lima bintang akan dibina berdekatan dalam usaha kita merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar. Kita mahu ubah kawasan ini menjadi seperti Orchard Road di Singapura," katanya.

(Laporan lengkap dalam Harakah Jumaat ini)

Harakah Daily

Soalnya, dana RM250 juta NFC ikut peraturan kewangan atau tidak?

Posted: 24 Jan 2012 11:56 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Soal kekeliruan Laporan Ketua Audit Negara tidak lagi berbangkit kerana terlalu banyak perkara meragukan mengenai Fidlot Nasional Corp (NFCorp) yang didedahkan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menekankan, isu utama berkaitan dengan NFCorp ialah adakah dana RM250 juta yang diterima dari kerajaan oleh syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kini bercuti dari jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibuat mengikut peraturan kewangan kerajaan.

"Itu isu utama mengenai NFCorp. Adakah pemberian dana RM250 juta kepada NFCorp dibuat mengikut peraturan kewangan kerajaan?

"Selain itu, isu utama yang lain ialah pendedahan mengenai pembelian unit kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM9.9 juta dan kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya," kata Mahfuz.

Malah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tidak ada langsung penjelasan yang meyakinkan ke atas dakwaan mengenai penggunaan wang NFCorp yang dikatakan membiayai percutian keluarga Ketua Wanita Umno itu di luar negara, selain disalurkan kepada restoran-restoran mewah yang juga milik keluarga Shahrizat.

Tidak ada juga penjelasan yang memuaskan terhadap dakwaan penggunaan sehingga RM600,000 dari dana yang diperuntukkan untuk projek lembu NFCorp bagi membayar hutang kad kredit pada tahun 2009, kata Mahfuz lagi.

Oleh sebab itu, kata beliau, tidak perlulah Pengerusi NFCorp yang juga suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail membangkitkan isu kekeliruan dalam laporan Ketua Audit Negara antara NFCorp dan Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Jawablah dahulu pendedahan-pendedahan yang dibuat itu sehingga umum yakin dan percaya bahawa NFCorp tidak menyalahgunakan wang RM250 juta untuk projek lembu itu memandangkan Salleh sendiri sebelum ini mengakui wang tersebut digunakan untuk membeli kondominium kononnya untuk pelaburan

"Jangan mudah membuat dakwaan kononnya ada kekeliruan dalam laporan Ketua Audit Negara," kata Mahfuz.

Salleh sebelum ini mendakwa, entiti perniagaan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang berada dalam keadaan kucar kacir bukanlah NFCorp.

Menurutnya, pihak pengaudit telah terkeliru antara NFCorp, sebuah syarikat persendirian, dengan NFC, syarikat kepunyaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Mempersoalkan dengan lebih lanjut mengenai pelbagai perkara yang meragukan dalam NFCorp, Mahfuz bertanya, mengapa timbul dakwaan bahawa seorang pegawai yang dipecat dari syarikat milik suami dan anak-anak Shahrizat itu menjual maklumat kepada pembangkang?

"Sebagai andaian, katakanlah maklumat dijual kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

"Jika tidak ada sebarang perkara yang meragukan dan perniagaan berjalan NFCorp berjalan dengan telus dan bersih, tidak mungkin Rafizi, seorang akauntan bertauliah mahu membeli maklumat yang didakwa dijual oleh pegawai NFCorp yang dipecat itu," kata beliau.

Mahfuz menambah, jika benar ada rahsia NFcorp yang dijual, ia bermakna ada perkara yang dirahsiakan.

"Rahsia apa? Adakah rahsia mengenai perbelanjaan yang tidak ada kaitan dengan projek lembu yang membolehkan NFCorp mendapat dana RM250 juta itu dari kerajaan?" soal beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan berhubung dakwaan kekeliruan dalam laporan pihaknya itu.

Harakah Daily

Kolumnis Australia pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325 ribu

Posted: 24 Jan 2012 11:47 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SYDNEY: Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaan bahawa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

Ia berikutan penafian Rosmah terhadap dakwaan Hornery dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu dengan menyifatkannya sebagai 'karut'.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya 'membesar-besarkan secara liar' lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya semalam.

Hornery dalam kolumnya memetik pereka fesyen Sydney, Karl Capp yang menggelar Rosmah sebagai First Lady Of Shopping (FLOM) dan menganggap Rosmah sebagai 'pelanggan besar' beliau.

Menurut laporan itu, Rosmah membuat perbelanjaan berkenaan kira-kira tiga minggu lalu.

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di penthouse hotel Darling yang bertaraf lima bintang dan bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam.

Rosmah juga dikatakan meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen itu ke Malaysia bulan depan untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Sebelum ini, Rosmah yang gemar menonjolkan gaya hidup mewah dikaitkan dengan pembelian berlian berharga RM24 juta dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London.

Beliau juga dikatakan memiliki berbelas koleksi simpanan beg tangan jenama mewah rekaan Hermes, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.

Malah, Rosmah gemar menghabiskan wang untuk melancong termasuk membayar hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman.

Beliau juga ghairah mendapatkan publisiti dari media luar negara sehingga kerajaan membelanjakan RM1.5 juta untuk menempah iklan yang memaparkan gambar beliau dalam sebuah akhbar Amerika Syarikat, New York Times.

Keadilan Daily

Rayuan Fitnah II: Peguam tunggu alasan penghakiman

Posted: 24 Jan 2012 11:43 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 25 Jan: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menunggu alasan penghakiman oleh mahkamah tinggi, ekoran rayuan yang difailkan peguam negara terhadap keputusan membebaskan ketua pembangkang itu.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, tindakan susulan pihaknya berhubung perkara itu akan hanya dibuat selepas mahkamah memberikan alasan penghakiman tersebut.

"Kita masih menunggu apa alasan-alasan penghakiman yang akan diberikan mahkamah berhubung kes Fitnah II ini.

"Selepas itu, barulah kita berbincang dan menentukan apa langkah susulan," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Rekod rayuan tidak lengkap selagi alasan penghakiman tidak difailkan bagi membolehkan mahkamah rayuan menentukan tarikh dan masa perbicaraan.

Pada 20 Januari lalu, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memfailkan notis rayuan terhadap kes fitnah II, selepas mahkamah tinggi mendapati Anwar tidak bersalah dan membebaskan beliau dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum ini pelbagai pihak mengecam langkah peguam negara memfailkan rayuan tersebut termasuk Majlis peguam dan pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee misalnya berkata, tindakan itu menyemarakkan lagi kepercayaan rakyat bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berusaha menamatkan karier politik Anwar.

Manakala Peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ALIRAN sepakat menyatakan bahawa tindakan itu adalah taktik berterusan perdana menteri, Najib Razak untuk memenjarakan Anwar.

Keadilan Daily

Skandal NFC: Suami Shahrizat cuba alih isu- Azan

Posted: 24 Jan 2012 11:40 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 25 Jan: Pengerusi Pusat Fidlot Nasional (NFC), Mohamad Salleh Ismail, didakwa cuba mengalihkan perhatian rakyat apabila menyatakan NFC Corp miliknya adalah entiti berasingan dengan NFC.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menafikan kenyatan suami Datuk Seri Shahrizat Jalil itu, sebaliknya menegaskan kedua-dua syarikat berkenaan mempunyai kaitan antara satu sama lain dalam projek penternakan lembu yang diusahakan.

"Datuk Seri Mohamad Salleh cuba mengalih isu. Isunya bukanlah syarikat itu milik siapa tetapi isu pokok yang menjadi perhatian rakyat ialah dana RM250 juta diseleweng.

"Walaupun kedua syarikat itu berbeza namun tetap berkait antara satu sama lain dan isu utama ialah kedua syarikat itu terbukti gagal menepati sasaran ditetapkan sehingga ditegur dalam Laporan ketua audit negara 2010.

"Bila ditegur dalam laporan audit, maknanya ada yang tidak kena dalam projek itu," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Azan mengulas kenyataan Salleh bahawa pihak audit keliru antara NFCorp- sebuah syarikat persendirian- dengan NFC yang dipunyai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Kita juga hairan kenapa baru sekarang NFCorp menjelaskan kekeliruan ini dan mengapa tidak selepas ia didedahkan LKAN 2010 pada Oktober tahun lalu," soal Azan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebelum ini mendedahkan NFC gagal menepati sasaran walaupun mendapat pinjaman mudah RM250 juta melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menterinya, pada 14 Ogos 2007.

NFCorp turut didedah mengguna wang itu membeli kondominium elit di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, membeli tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan.

Terbaru, KEADILAN mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009.

Selain Muhyiddin, turut terlibat dalam skandal ini, Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Projek Impak Tinggi yang melulus projek berkenaan.

Keadilan Daily

Pegawai bank hidup di jalanan

Posted: 24 Jan 2012 11:30 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Sebelum ini semuanya berjalan lancar, malah kehidupan saya sebagai pegawai bank agak stabil, tetapi semuanya hancur berkecai selepas menjadi mangsa pukau sebelum dipaksa menganut agama lain," kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Anwar, 30-an, di sini, semalam.

Anwar, lulusan ijazah sarjana muda kewangan dari sebuah universiti tempatan pada 1993, kini mendapatkan perlindungan di Anjung Singgah, di sini, dan kini dalam proses mencari kerja bagi membina kehidupan baru.

Dia seorang dari beberapa gelandangan berkelulusan universiti yang hidup merempat dengan mendapatkan bantuan makanan dan tempat tinggal daripada beberapa pertubuhan sukarela di ibu kota.

Menceritakan kejadian yang memusnahkan hidup dan kerjayanya, Anwar berkata, kerjaya perbankan diceburi hampir 13 tahun musnah selepas dipukau sebelum dibawa ke merata negeri termasuk negara jiran, dua tahun lalu.

Masalah itu, katanya, bermula dengan perkenalan dengan seorang mubaligh yang kerap datang berurusan di bank tempat kerjanya.

my metro/-

Ganggu Ceramah : Hindraf Kecewa Anak Muda Diperalat

Posted: 24 Jan 2012 11:15 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM 25 JAN : Penglibatan anak-anak muda yang mencetuskan kekecohan dalam insiden ceramah Asal Bukan Umno(ABU) dan Hindraf di Jalan Kebun di sini tempoh hari sangat mengecewakan W Sambulinggam.

Beliau yang juga Koordinator Kebangsaan Hindraf memberitahu anak-anak muda ini tidak bersalah namun dipengaruhi sejak dahulu untuk membenci pertubuhan lain, melainkan Umno-BN.

"Kami berasa sangat kesal dan sedih melihat anak-anak muda ini bertindak di luar batas kematangan, mencetuskan kekecohan dan bertindak di luar kawalan.

"Sedangkan mereka tidak mengerti apa-apa mengenai apa yang berlaku hari ini kerana kebanyakkan mereka itu masih muda dan pasti tidak dapat berfikir secara rasional untuk membuat penilaian terbaik," luah Sambulinggam kesal.

Menurut Sambulinggam, dalam kejadian yang berlaku tempoh hari, kebanyakan daripada penyerang adalah anak-anak remaja yang masih dibangku sekolah.

"Saya tidak berani menuduh siapa yang pengaruhi mereka atau kemungkinan mereka ini dibayar untuk mencetuskan kekecohan. Yang pasti penglibatan mereka ini samada secara dirasuah atau sukarela amat menyedihkan," sambung Sambulinggam.

Sementara itu, menyentuh satu laporan oleh media pro-BN hari ini, Sambulinggam menjelaskan kenyataan yang disebut dalam laporan itu tidak benar.

"Bagaimana mereka boleh menyatakan berlaku penggunaan bahasa kesat dalam ceramah itu sedangkan ceramah pun belum sempat bermula.

"Jika sekadar pengerusi majlis mengalukan hadirin mengambil tempat itu dikatakan menggunakan kata-kata kesat dan provokasi, saya benar-benar tidak mengerti di mana kekesatan yang dimaksudkan," jelasnya lanjut.

Sambulinggam turut menambah bahawa tidak adil untuk menuduh mereka yang memulakan kekecohan itu sedangkan tiada sebarang cubaan pihak mereka untuk melawan tindakan provokasi yang dicetuskan penyerang.

"Apa yang dikesalkan juga polis akhirnya bertindak mengarahkan ceramah kami dihentikan. Apa yang kami harapkan mereka mengawal keadaan sewaktu ceramah dijalankan.

"Namun sebaliknya yang berlaku. Kami memang kesal tapi kami akur dengan arahan polis," akhiri Sambulinggam yang dihubungi melalui panggilan telefon.

tv news/-

Politik perkauman akhiri zamannya

Posted: 24 Jan 2012 11:09 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Tidak syak lagi bahawa generasi baru, malah sesetengah generasi lama juga, telah dengan jelas menolak politik perkauman. Dengan itu parti politik yang berasaskan kaum, atau tebal dengan perkauman sedang menghadapi zaman gelapnya.

Dengan itu, tidak mungkin lagi politik perkauman akan terus mendominasi iklim politik di Malaysia, justru golongan yang mendukung politik perkauman semakin merosot dan terus merosot.

DAP yang sejak puluhan tahun digambarkan oleh musuh politiknya sebagai parti perkauman Cina, kini berusaha keras memulihkan imejnya sebagai parti politik untuk semua kaum di Malayia. Usahanya itu sebanyak sedikit menampakkan hasil di mana sudah ada tokoh-tokoh Melayu yang menyertainya.

Keterlibatan tokoh Melayu itu mampu menonjolkan kesungguhan DAP untuk dilihat secara praktikal sebagai parti bukan perkauman. Tokoh terkini Melayu dalam DAP yang mula mengukir nama ialah seperti Zairil Khir Johari (anak Tan Sri Khir Johari), Prof. Arifin Omar, Mohd Arif Sabri seorang blogger yang terkenal dengan nama samaran Sokmongkol AK 47, bekas Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ), Hatta Wahari dan mungkin ramai lagi yang sudah memasang niat untuk bersama DAP.

Ramai yakin untuk memastikan Melayu dilihat ada tempat dalam DAP, mereka akan diberi kedudukan tertentu untuk ditonjolkan sebagai tokoh Melayu dalam DAP.

Kalangan yang menyertai DAP ini sudah tentu mempunyai persepsi yang sama bahawa masa depan politik Malaysia bukanlah politik perkauman. Justru mereka melihat Pakatan Rakyat – di mana terdiri dari PAS, DAP dan PKR – mempunyai potensi yang sangat baik.

Menurut Dr. Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS dalam tulisannya di Merdeka Review baru-baru ini, bahawa usaha 'mesra Melayu' oleh DAP menjadi mudah apabila ia menjadi parti yang memerintah di Pulau Pinang.

Kata beliau, DAP menzahirkan hasratnya itu melalui dasar berkebajikan kerajaan negeri di mana golongan yang paling bermanfaat dalam dasar ini ialah orang Melayu selain daripada bangsa lain.

"Pengagihan ini memperlihatkan betapa DAP bukanlah hendak meminggir orang Melayu atau mendiskriminasikan mereka di Pulau Pinang, malah penonjolan Lim Guan Eng yang lebih memahami kehendak Islam berbanding dengan Ketua-Ketua Menteri sebelum ini pada kadar tertentu, telah mencairkan chauvanisme DAP. Jadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri adalah satu alat taktikal yang paling efektif untuk DAP menggerakkan strategi 'mesra Melayunya'," kata Mujahid.

Semuanya ini adalah perkembangan yang sangat menarik sedang berlaku dalam dalam politik kepartian di Malaysia. Bagi aktivis dan pemerhati politik seperti Dr. Mujahid, perkembangan ini menandakan nafas-nafas akhir politik perkauman yang mencengkam politik Malaysia selama ini. Suatu masa nanti, katanya, parti politik Malaysia tidak boleh lagi dikenali dengan pola perkaumannya kerana mereka sudah membebaskan diri dari pengenalan itu.

Yang menjadi persoalan nanti, kata beliau, ialah apakah dasar yang diutarakan kepada rakyat, mana-mana parti yang lebih menarik dasarya itulah yang menjadi pilihan rakyat. Begitu juga ketokohan peribadi ahli politik sebagai ikon yang disukai ramai akan menjadi trend politik kepartian di masa depan.

Sehingga semua itu terlaksana, yang penting ialah prosesnya yang sedang bermula dengan kadar yang sungguh laju.

Pada pendapat saya, PAS sendiri, sebagai parti bukan perkauman yang memperjuangkan dan berusaha menterjemahkan kesyumulan Islam, ia mempunyai kemampuan untuk menarik perhatian lebih ramai bukan saja golongan generasi baru, bahkan juga generasi lama dari pelbagai kaum dan agama.

PAS sendiri ternyata sentiasa hidup di tengah-tengah suasna terkini seperti yang berlaku dalam PRU Ke-12 yang lalu di mana pengundi, terdiri pelbagai bangsa dan agama telah menyokongnya. Di kawasan yang banyak pengundi bukan Melayu seperti di Kota Raja, Selangor di mana calon PAS, Dr. Maria Mahmod telah mencapai kemenangan besar.

Begitu juga di kawasan Kuala Selangor keadaan yang serupa berlaku di mana calon PAS, Dr. Dzulkifly Ahmad juga telah berjaya.

Kawasan lain yang mempunyai ramai pengundi bukan Melayu seperti di dua Dun di Muar, di Pulau Pinang, Perak dan lain-lain, calon PAS juga menang cemerlang.

Hasil tahalluf-Siasi yang dijalin oleh PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, menyebabkan pemngundi bukan Melayu kebanyakannya telah memberi sokongan kepada calon Pakatan, khususnya dari PAS. Ini membuktikan bahawa tasawuur Islam yang dibawa oleh PAS telah diterima oleh pelbagai pihak, khususnya bukan Islam.

Inilah manfaat paling ketara hasil jalinan hubungan PAS dengan pelbagai parti, di mana selama ini, Islam kelihatannya tinggal di masjid dan surau saja.

Saya yakin, dengan sifat Islam yang menolak perkauman, dikriminasi kaum dan seumpamanya, generasi baru, bahkan generasi lama, akan terus menerima PAS dalam PRU Ke-13 akan datang.

Saya berkongsi pandangan dengan Dr. Mujahid seterusnya bahawa yang menjadi persoalan nanti, ialah apakah dasar yang akan diutarakan kepada rakyat, mana-mana parti yang lebih menarik dasarya itulah yang menjadi pilihan rakyat, bukan diukur dari sudut kaum dan sebagainya.

Oleh itu, suatu hal yang amat penting difikirkan oleh Pakatan, khususnya PAS, ialah persoalan ketokohan peribadi ahli politiknya sebagai ikon yang disukai ramai, yang akan menjadi trend politik kepartian di masa depan.

Generasi baru, boleh jadi juga generasi lama, akan melihat siapakah para tokoh yang akan dicalonkan. Kewibawaan, ilmu, keteramplilan dan latar belakang, serta rekod perkhidmatan seseorang calon akan menjadi ukuran penting kepada pengundi. Dengan itu Pakatan Rayat, khususnya PAS, mestilah menyediakan calon bermutu tinggi, yang mempunyai ciri-ciri seperti yang diebutkan.

Namun, saya percaya, PAS tidak kurang dengan tokoh berwibawa dari pelbagai lapangan, justru ia adalah gabungan antara ulama dan professional, yang menjadi harta kekal PAS sendiri.

Mengukur dari trend politik yang ada sekarang, PRU Ke-13 nanti sangat critical sifatnya. Ini kerana pengundi tradisional yang selama ini terbiasa dengan memilih berdasarkan kaum dan suku sakat mereka akan mengakhiri zamannya.

Inilah sebuah perubahan yang akan dihadapi oleh semua parti politik.

Dengan itu, hanya parti politik yang bukan perkauman, diyakini mampu membela rakyat, mampu membawa keadilan dan demokrasi akan menjadi pilihan rakyat.

Harakah Daily

Dr Shafie: Urusan agama lebih lancar di bawah MB

Posted: 24 Jan 2012 11:02 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BANGI, 25 Jan: Pembantu Exco Hal Ehwal Agama Selangor, Dr Shafie Abu Bakar (gambar) yakin segala urusan berkaitan hal ehwal agama di Selangor akan lebih licin selepas portfolio itu dipegang sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurutnya yang juga Adun PAS Bangi, dengan kelebihan yang ada pada Khalid selaku Menteri Besar, ianya akan memudahkan 'banyak benda' termasuk dalam urusan dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Malah lebih penting ujarnya, hubungan baik beliau dengan pihak istana termasuk Sultan Selangor yang merupakan ketua agama Islam negeri.

"Kedudukan YAB sebagai Menteri Besar, menjadikan hubungan dengan Mais dan Jais khususnya Istana akan lebih dihormati dari segi memberi pandangan dan kedua-dua belah pihak boleh diharmonikan dan dilicinkan dari segi pentadbiran.

"Dengan (portfolio agama) dipegang YAB Menteri Besar, polisi dan peruntukan juga barangkali dapat dijalankan dengan licin," katanya dalam temubual khas bersama Harakahdaily.

Dr Shafie sebelum ini bertugas dibawah Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai pembantu Exco Hal Ehwal Agama Islam.

Kini, Dr Shafie masih memegang jawatan sama namun bertukar bosnya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

18 Januari lalu, Kerajaan Negeri Selangor membuat penstrukturan semula portfolio exconya selepas Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco menggantikan Hasan Ali.

Dr Yunus memegang portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Semetara portflio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Asas yang dipegang Hasan Ali sebelum ini dipegang sendiri oleh Menteri Besar.

Ditanya beban tugas selepas pertukaran bos, Dr Shafie berkata, beliau yakin kerjanya sebagai pembantu exco agama akan lebih berat dibawah Tan Sri Khalid.

"Oleh kerana dia sibuk dengan pelbagai tugas, mungkin peranan (exco agama) ini banyak diturunkan kepada saya lah.

"Barangkali saya akan lebih banyak menjalankan tugas yang sepatutnya dijalankan oleh Menteri Besar kerana masa dia tak banyak," katanya yang juga Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (Padat).

Nafi PAS hilang portfolio

Mengulas tohmahan pihak tertentu khususnya Umno bahawa PAS dipinggir dari memegang portfolio agama di Selangor, Dr Shafie berkata ianya hanya tuduhan jahat yang mahu memecahbelahkan Pakatan Rakyat negeri itu.

Menurutnya, isu itu langsung tidak timbul, malah PAS melihat kapasiti Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar adalah paling baik untuk memegang portfolio itu buat masa ini.

Apatah lagi katanya, dia sendiri masih kekal sebagai pembantu exco agama yang sudah tentu akan memikul sebahagian besar tugas Tan Sri Khalid.

"Sebenarnya kalau dianggap kita dari PAS hilang portfolio Hal Ehwal Islam itu, tidak lah.

"Selagi di bawah Pakatan, orang mempunyai kelayakan wajar memegangnya lebih-lebih lagi Menteri Besar yang kedudukannya yang boleh memperkukuhkan hubungan dengan Jais, Mais dan pihak Tuanku," katanya.

Menurutnya lagi, keputusan Tan Sri Khalid mengambil alih portfolio itu bukan kerana tidak ada mereka yang layak.

Namun atas faktor lebih besar iaitu hubungan dengan pihak atasan tersebut, maka keputusan tersebut dibuat.

"Baik Dr Yunus, Dr Rani, saya sendiri layak untuk menjalankan tanggungjawab ini, tapi dari segi komunikasi dengan peringkat atas kita tak biasa," tegasnya.

Harakah Daily

Bosan! Jalanraya di Sabah terus menakutkan

Posted: 24 Jan 2012 11:00 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KOTA KINABALU, 25 Jan: Rakyat di negeri ini sudah bosan dan kecewa dengan kegagalan pihak kerajaan negeri yang hingga kini masih gagal mencari formula terbaik menangani masalah jalan rosak yang terpaksa dilalui setiap hari.

(Gambar: Antara contoh jalan raya di Sabah...rakyat sudah bosan)

Biarpun pendedahan demi pendedahan dan laporan demi laporan termasuklah kajian strategik yang dibuat mengenai isu itu, namun ia bagaikan 'bising hanya dibibir' kerana tiada perubahan yang ketara terhadap kualiti jalan raya terutama di negeri ini seperti mana yang diharapkan pengguna.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julpikar Abd Mijan berkata, rakyat sudah muak dengan janji-janji kosong yang ditaburkan pihak tertentu hanya semata mahu meraih undi semasa pilihan raya.

"Rakyat sudah bosan dan kecewa dengan keadaan begini.

"Keadaan jalan berlubang, mendap, beralun serta tampalan yang tidak sempurna dan berpasir terpaksa dihadapi pengguna jalan raya menyebabkan pemilik resah memikirkan kos bagi penyelenggaraan kenderaan," ujarnya dalam nada yang kecewa.

Menurutnya, jalan utama yang menghubungkan beberapa daerah di negeri ini seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Telupit, Beluran, Sandakan, Kinabatangan dan Lahad Datu boleh diklasifikasikan jalan yang paling teruk bermasalah.

Beberapa siri kejadian di mana kenderaan mengalami masalah tayar meletup, rim bengkok akibat hentakan jalan berlubang dan sebagainya sentiasa berlaku di jalan-jalan ini.

"Ini adalah antara laluan yang berbahaya terutama di waktu malam. Pengguna kerap kali melalui jalan yang teruk yang terpaksa memikirkan kos sampingan selain kos penyelengaraan kenderaan," katanya.

Selain itu, kegagalan kerajaan negeri melihat permasalahan ini diselar berikutan begitu banyak pembaziran yang dibuat berbanding menyediakan kemudahan asas yang lebih baik untuk rakyat.

"Kita (PAS) tidak nafikan bahawa, keindahan itu penting. Tapi alangkah baik sekiranya kerajaan juga menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik untuk rakyat.

"Ini jelas menepati slogan rakyat didahulukan... bukan kroni dan bukan juga perut menteri," ujar Julpikar.

Harakah Daily

Ikhwan harapkan Malaysia selepas Mesir

Posted: 24 Jan 2012 10:58 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Parti politik naungan Ikhwanul Muslimin Freedom and Justice Party (FJP) berharap Malaysia akan mencontohi Mesir selepas ini.

(Gambar: Dr Syed Azman berbincang dengan Dr Essam di pejabatnya dekat Kaherah)

Timbalan Pengerusi FJP, Dr Essam El-Eryan dalam temubualnya dengan Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ingin benar tahu apakah kebangkitan rakyat juga akan berlaku di Malaysia dalam pilihan raya ke 13 nanti.

FJP mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi dan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat.

Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.

Dalam sidang Parlimen pertama, pimpinan kanan FJP, Dr Saad al-Katatni telah dilantik sebagai Ketua (speaker) Majlis Rakyat yang pertama selepas kejatuhan rejim Mubarak.

Sepanjang bulan lalu Dr Syed Azman berada di kota Kaherah sebagai anggota rombongan Ahli Pemerhati Antarabangsa Pilihan Raya Mesir di bawah seliaan PBB yang yang baru berakhir baru-baru ini.

Tidak siapa dapat menjangkakan Pilihan raya boleh dijalankan dengan aman selepas 'Revolusi 25
Februari' yang telah berjaya menggulingkan rejim 'kuku besi' Hosni Mubarak dengan hanya bersenjatakan 'Kuasa Rakyat' yang turun secara sukarela berdemonstrasi di jalan-jalanraya di seluruh negara.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar PAS telah bertemu dengan Dr Essam, sahabat lama beliau di sana.

Menurut Dr Essam, punca kemenangan FJP adalah melalui susunan trategi yang antaranya:

1. Organisasi kempen FJP yang tersusun dan berstrategik.

2. Teknik 'bantuan dan kebajikan' yang efektif kepada pengundi terutamanya di luar bandar.

3. Pendekatan kempen kepada golongan remaja dan anak muda yang mesra dan bersifat memenuhi realiti semasa.

4. Kempen dari rumah ke rumah yang berterusan.

5. Mengemukakan pelan ekonomi yang di terima rakyat.

6. Kempen melalui media baru seperti Twitter dan Facebook yang amat berkesan.

(Ikuti tulisan penuh Dr Syed Azman dalam Harakah Jumaat ini)

Harakah Daily

Kemelesetan ekonomi AS dan EU jejaskan Malaysia

Posted: 24 Jan 2012 10:56 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Kemelesetan ekonomi yang dialami oleh negara-negara Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) ekoran daripada krisis hutang yang dijangka akan menjejaskan ekonomi Malaysia.

Pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakob (gambar) berkata, ia adalah berpunca daripada hubungan dagang negara-negara yang terbabit dengan EU dan AS.

"Malaysia banyak mengeksport barang ke EU dan AS, oleh kerana itulah jika ekonomi EU dan AS meleset maka ekonomi Malaysia akan turut terjejas,"ujarnya kepada Harakah.

Jelasnya, Zon Euro dijangka akan menghadapi kemelesetan ekonomi yang agak teruk berikutan krisis
ekonomi hutang yang dihadapi oleh negara-negara yang menjadi ahli kepada komuniti Euro seperti Greek, Itali, Ireland, Portugal dan sebagainya.

Keadaan tersebut tambahnya, menyebabkan mereka terpaksa mengekang perbelanjaan yang akan menjejaskan ekonomi negara-negara yang berdagang dengan EU dan AS.

"Ini sekali gus memberi kesan buruk kepada negara-negara Asia yang mengeksport barang ke EU dan AS," jelas Dr Rosli lagi.

Harakah Daily

Serang di Jalan Kebun: Suhakam pertikai polis

Posted: 24 Jan 2012 10:54 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini melahirkan rasa kesal di atas insiden serangan di majlis anjuran Asal Bukan Umno (ABU) bersama Hindraf di Jalan Kebun, Klang baru-baru ini.

Bercakap sewaktu menerima serahan memorandum dari kumpulan Asal Bukan Umno (ABU) hari ini, Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, pihak berkuasa sepatutnya bertindak adil dalam insiden tersebut.

"Sebagai pihak berkuasa mereka sepatutnya menggunakan undang-undang melindungi mangsa kepada kekacauan tersebut bukannya memberi perlindungan kepada yang membuat kacau.

"Saya ingin menegur pihak polis agar lebih adil, siapa yang benar atau yang salah mereka perlu tahu dan kita tidak mahu mereka menyalahguna kuasa yang mereka ada," jelasnya.

Serahan memorandum itu dibuat pemimpin ABU yang diketuai Badrul Hisham Shahrin di Pejabat Suruhanjaya itu di Kuala Lumpur pagi tadi.

Semalam mereka membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.

Menurut jurucakap mereka, laporan tidak dibuat di Klang kerana tidak yakin dengan polis di sana yang dlihat bercakap dengan pihak terbabit selepas kejadian itu.

Ceramah Umum ABU di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam pada 22 Januari lalu menyaksikan satu serangan keterlaluan oleh sekumpulan samseng terhadap orang ramai.

Samseng yang dipercayai penyokong tegar Umno itu bertindak ganas dengan mensasarkan kaum India sahaja apabila dilihat hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan kaum Melayu dan Cina yang turut berada di dalam dewan itu.

Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah (gambar) apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.

Dalam ulasannya, Sha'ani berkata, pihak berkuasa juga sepatutnya boleh terus mengambil tindakan kepada mereka yang menyerang ceramah ABU pada malam itu kerana jelas boleh dilihat pihak mana yang memulakan kekacauan tersebut.

"Suhakam sendiri melihat apa yang berlaku pada hari tersebut siapa yang memulakan kekacauan dan sepatutnya pihak polis boleh menahan terus mereka tetapi apa yang kita dengari adalah kenyataan pihak berkuasa yang mengatakan tidak ada apa-apa yang berlaku dan belum menerima sebarang laporan.

"Majlis tersebut dianjurkan oleh sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sah di sisi undang-undang bukannya kongsi gelap, dan atas alasan itulah sepatutnya polis sedar siapa yang bersalah ataupun tidak," katanya lagi.

Menurutnya, apa yang dibimbangi, serangan tanpa rasa takut ekoran tiada tindakan drastik oleh pihak bekuasa akan menjadi trend selepas ini lebih-lebih lagi dalam suasana menjelang pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu Suhakam akan membawa perkara tersebut dalam mesyuarat suruhanjaya untuk tindakan selanjutnya serta akan melakukan inkues awam.

"Setiap yang bersalah perlu dikenakan tindakan bukannya dilindungi oleh pihak berkuasa, saya ingin persoalkan kepada pihak polis siapa yang mereka ingin lindungi individu yang benar ataupun yang bersalah," katanya.

Harakah Daily

Polis tahan 24 lelaki terlibat dalam judi sabung ayam

Posted: 24 Jan 2012 10:50 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SANDAKAN - Tindakan sekumpulan 24 lelaki yang berjudi sabung ayam di kawasan tidak jauh dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan berakhir apabila mereka ditangkap dalam serbuan polis pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata serbuan hasil maklumat orang awam itu dilakukan pada pukul 5.10 petang di satu kawasan lapang
berbumbung yang dijadikan gelanggang sabung ayam di kuarters Jabatan Kerja Raya.

Kesemua yang ditahan berusia antara 25 hingga 60 tahun dan polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan dalam kegiatan judi itu, katanya di
sini hari ini.

Antara peralatan yang dirampas itu adalah tujuh ekor ayam sabung dan sangkar, kerusi, meja, alat penimbang dan sebuah kamera.- Bernama

Sinar Harian

11 dicekup ketika minum arak

Posted: 24 Jan 2012 10:47 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seramai 11 individu ditahan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Masjid Al-Azim Pandan Indah dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) kerana minum arak di khalayak ramai di Bukit Permai dan Bukit Langat, Ampang, awal pagi semalam.

Seorang daripada mereka, seorang lelaki, pernah ditahan anggota penguat kuasa tahun lalu di lokasi yang sama.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, ketika serbuan di Bukit Permai, pihaknya mendapati sekumpulan daripada tujuh lelaki dan dua perempuan sedang bergurau senda.

"Sebotol arak dan air berkarbonat diletakkan berhampiran mereka dan seorang anggota unit beruniform bersama kekasihnya, isteri orang yang sarat mengandung, turut ditahan," katanya.

Beliau berkata, di Bukit Langat, dua lelaki ditahan anggota penguat kuasa apabila sebotol arak dijumpai di dalam kereta yang dinaiki.

Kesemua individu yang ditahan itu pekerja swasta berusia 23 hingga 30 tahun.

Ahmad Nawi, yang mengetuai operasi bermula jam 12.30 hingga 4 pagi itu berkata, kesemua individu terbabit akan diberi kaunseling di Masjid Al-Azim pada 29 Januari ini.

Sinar Harian

Sembunyi atas loteng elak ditangkap

Posted: 24 Jan 2012 10:45 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang bersembunyi atas loteng ditahan pihak berkuasa bersama pasangannya di sebuah hotel bajet di Pandan Indah, awal pagi semalam.

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) selepas menerima maklumat orang awam.

Ketika ditahan, lelaki berusia 20-an itu berpa­kaian lengkap, bersama pasa­ngannya berusia 22 tahun, yang hanya memakai baju tidur, kira-kira jam 4 pagi.

Pegawai masjid berkenaan, Ahmad Nawi Osman berkata, gadis itu bekerja sebagai pegawai pemasaran insurans. Pasangannya baru bekerja di syarikat yang sama.

"Gadis itu mendakwa dia seorang sahaja di bilik itu, tetapi kami mengesan lelaki berkenaan menyorok di loteng. Mereka antara dua pasangan lain yang ditahan selepas disyaki berkhalwat di hotel berkenaan," katanya.

Sinar Harian

Kanak-kanak sambut hari jadi lemas

Posted: 24 Jan 2012 10:41 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PORT DICKSON – Dijemput Ilahi pada usia muda. Peristiwa itu pasti sukar dilupakan keluarga Norfaraniza Rumizim, 6, yang mati lemas di Pantai Batu 5 di sini, malam kelmarin.

Lebih menyedihkan, kek yang sudah ditempah untuk meraikan hari jadinya pada malam kejadian itu, masih terbiar begitu sahaja dalam bungkusan.

Mayat Norfaraniza ditemui terdampar di tepi pantai kira-kira jam 10.30 malam, empat jam selepas dia disedari hilang.

Ibu Allahyarham, Faridah Ali, 35, berkata, mereka sekeluarga datang dari Klang ke Port Dickson untuk meraikan hari lahir Norfaraniza, anak keempat daripada enam beradik itu.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menyangka anaknya yang dipanggil dengan nama Farah itu akan pergi buat selama-lamanya tepat pada hari jadinya.

"Kami tiba di Port Dickson sekitar 1.30 petang. Farah terus mahu bermain di pantai dan dia kelihatan begitu seronok.

"Saya sukar lupakan tragedi ini. Ibu mana yang tidak sedih melihat jenazah anak, namun saya reda dengan ketentuan Ilahi," katanya.

Bapa Allahyarham, Rumi­zim Rosli, 34, berkata, mereka menghubungi polis selepas gagal menemuinya.

"Ketika itu, semua anak-anak saya sedang bermain-main air dan pasir tepi pantai. Mungkin terlalu leka sehingga tidak sedar kehilangan Farah.

"Apabila menyedari Farah tiada di situ, kami terus mencarinya, tetapi tidak menemui sebarang petunjuk, lalu saya hubungi polis untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada Sinar Harian di Bilik Mayat Hospital Port Dickson di sini, semalam.

Rumizin berkata, orang ramai yang berada di lokasi ada memberitahu mereka melihat seorang kanak-kanak seperti Farah bermain di kawasan taman permainan menye­babkan mereka me­nyangka anaknya hilang di sekitar kawasan itu.

"Usaha mencari dilakukan di kawasan berkenaan berlarutan hingga malam, namun masih tidak juga jumpa.

"Bagaimanapun, sekitar jam 10.30 malam, bapa saudara saya turun ke pantai dan menemui mayat Farah terdampar di tepi pantai yang ketika itu air sudah surut," katanya.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang dari Hospital Port Dickson kira-kira jam 10 pagi semalam untuk dikebumikan di Klang selepas Zuhur, semalam.

Sinar Harian

1,000 rumah di Australia bergelap ekoran banjir

Posted: 24 Jan 2012 10:40 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SYDNEY 25 Jan. - Beribu-ribu penduduk di timur laut Australia terputus bekalan elektrik ekoran banjir yang melanda kawasan itu dan pihak berkuasa sudah memulakan operasi pemindahan mangsa ke tempat yang lebih selamat.

Kira-kira 12 keluarga di kawasan luar bandar Brisbane dipindahkan dan pihak berkuasa turut mengarahkan lebih ramai penduduk meninggalkan rumah masing-masing.

Hampir 1,000 buah rumah terputus bekalan elektrik dan paras air banjir yang semakin naik menyebabkan beberapa jalan di Brisbane terpaksa ditutup. - AFP

Aliran trafik di Lebuh raya bergerak perlahan tengah hari ini

Posted: 24 Jan 2012 10:30 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Keadaan trafik di lebuh raya utama negara tengah hari ini dilapor bergerak perlahan, dengan kemalangan di beberapa lokasi.

Menurut laman web twitter Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) terdapat kemalangan di Km 368.6 arah selatan (Sungkai-Slim River) dan di Km 270.2 selepas R&R Seremban arah selatan.

Selain itu, laman twitter PLUS melaporkan trafik bergerak perlahan di sepanjang dua kilometer di tempat kejadian. Tiada penutupan lorong dilakukan.

Menurut laman web itu, trafik kembali normal dan bergerak lancar sebelum persimpangan Nilai menuju ke selatan.

PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya agar memandu dengan selamat ke destinasi dan tidak memperlahankan kenderaan semata-mata untuk melihat kemalangan.- Bernama

Pegawai polis dipecat kerana merokok di dalam pejabat

Posted: 24 Jan 2012 08:25 PM PST

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

NEWBERN (Tennessee): Jabatan Polis Tennessee berkata, pihaknya memecat seorang pegawai yang sudah berkhidmat selama 17 tahun kerana dia berulang kali merokok di dalam pejabat dan melanggar polisi larangan merokok di bandar raya itu.

Sarjan James Bishop dipecat minggu lalu kerana melanggar polisi larangan merokok yang dikuat kuasa sejak 2007 di bandar raya itu, yang melarang merokok di dalam semua pejabat dan bangunan kerajaan.

Menurut surat pemecatan yang dilaporkan media, Ketua Polis, Harold Dunivant berkata, beliau mendapat aduan kakitangannya merokok di dalam pejabat dan mengeluarkan amaran tindakan disiplin akan dikenakan. Dunivant berkata, beliau terus mendapat aduan mengenai Bishop yang merokok di dalam pejabat dan terpaksa memecatnya. - AP

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 25 Jan 2012 01:33 AM PST

Pas Kawasan Tanjung Malim


Anak Felda Perlu Bangkit Menentang Isu Felda

Posted: 24 Jan 2012 12:00 PM PST

24 Januari 2012 - Bangkitlah anak-anak Felda. Selamatkan Felda. Jangan sampai Felda tergadai kepada warga asing dek kerakusan dan ketamakan penyangak-penyangak yang sentiasa mahu mengambil peluang dan ruang bagi mendapatkan keuntungan sebanyak mungkin daripada penyenaraian Felda Global ke BSKL. Jangan sampai nanti kita dipersalahkan oleh generasi akan datang kerana tidak melakukan sesuatu sehingga mengakibatkan mereka menanggung sengsara dan merempat di bumi sendiri.

Begitulah lantang dan bersemangat ucapan YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli ketika menyampaikan ucapan sempena Ceramah Isu-isu Felda yang diadakan di Felda Besout 01. Turut berceramah bersama beliau, Ustaz Fakhrul Razi Mokhtar, EXCO Dewan Pemuda Pas Perak dan Sdr Nasaie Ismail, Setiausaha Akhbar Presiden Pas. Manakala ucapan alu-aluan disampaikan oleh Ketua Pemuda Tg malim, Sdr Junaidin Yusop.


PAS TAMBUN

Posted: 25 Jan 2012 01:21 AM PST

PAS TAMBUN


SELAMATKAN RAKYAT DUN MANJOI : MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN 200 ORANG PENDUDUK KDAS 2

Posted: 24 Jan 2012 11:12 PM PST


Tn Hj Asmuni menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang dan tuan rumah PAS Caw KDAS 2, kerana berjaya menjayakan majlis ini.


di antara para penerima sumbangan khusyuk mendengar butiran yang disampaikan oleh Tn Hj Asmuni, dan perubahan perlu di buat pada PRU 13 nanti..



JAN 22: KDAS 2: Seramai 200 orang penduduk di sekitar Kg Dato Ahmad Said 2 telah menerima sumbangan berupa keperluan harian yang telah disampaikan oleh Tn Hj Asmuni Awi, dalam majlis tersebut beliau turut berucap dan menjelaskan tentang BR1M yang berjumlah RM500 itu adalah wang rakyat sendiri, maka memang selayaknya rakyat terima, tetapi UMNO telah mengambil kesempatan dari pemberian tersebut dan menyusahkan rakyat dengan memaksa mereka beratur panjang dan menghabiskan masa berjam-jam untuk mendapatkan sumbangan tersebut, walaupun pemberian tersebut hanya perlu dimasukan ke bank atau ke tabung haji, kerana rata-rata rakyat mempunya akaun simpanan mereka sendiri. "ini dengan muka tak malu wakil-wakil rakyat menyampaikan sumbangan tersebut,bukan duit UMNO atau BN.. menyusahkan orang sahaja." ujar beliau.

Beliau amat terkejut kerana masih ada ramai lagi masyarakat yang susah di sekitar KDAS 2 ini, kerana jumlah 200 org penduduk yang menerima sumbangan pada hari itu mengambarkan pimpinan UMNO gagal untuk menaik taraf sosio ekonomi masyarakat setempat, terutamanya Dato Nazri Ismail wakil rakyat Dun Manjoi.

KP : tahniah juga kepada Abg Nan dan team dapur yang selalu tidak di dendang, kerana berjaya menghidangkan masakan terbaekkk... semoga Allah membalas dengan ganjaran pahala InsyaAllah.. (kari kambing, gulai lemak terung ikan masin, sambal belacan pergh)

SELAMATKAN RAKYAT DUN MANJOI : MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN FAKIR MISKIN KAUM TIONG HUA DI KG BARU KUALA KUANG

Posted: 24 Jan 2012 10:43 PM PST

Kehadiran Tn Hj Asmuni di sambut oleh ahli pas dan masyarakat Kg Kuala Kuang

Menyampaikan Ucapan Tahun Baru Cina

kemesraan warga Kg Baru dan penerimaan mereka kepada PAS tidak berbelah bagi walaupun segala bentuk material yang diberikan oleh BN.

Hj Asmuni menyampaikan bungkusan limau sebagai cenderahati kepada anak rantau yang baru sampai dari rantauan untuk menyambut Tahun Baru di kampung.





Uncle ni dah berumur hampir 100 tahun


JAN 21 : KUALA KUANG : Tuan Haji Asmuni Awi telah menyampaikan hamper kepada 60 orang fakir miskin dari kaum Tionghua dalam suasana menyambut kehadiran perayaan Tahun Baru Cina, beliau juga turut berucap dan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, dan beroleh kemakmuran dan sihat sejahtera.

Di Majlis itu juga beliau turut menyampaikan sumbangan cenderahati berupa bungkusan limau sebagai simbolik sambutan perayaan tahun baru cina itu kepada rumah di sekitar kampung tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan