Selasa, 24 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KDAS 3

Posted: 23 Jan 2012 09:25 PM PST

PAS KDAS 3


Nik Aziz sedia isytihar harta, Najib bagaimana

Posted: 23 Jan 2012 05:30 AM PST

Kesedian TN Nik Aziz untuk mengishtharkan harta telah menjadi impak kepada Pimpinan Umno Bn adakah mereka juga berani untuk mengishtiharkan harta, Sudah pasti pimpinan Unmo tak sanggup untuk mengishtiharkan harta mereka masing-masing kerana tahu akan menjerat diri mereka sendiri. Dengan menjadi pimpinan Umno dalam tempoh amsa yang sekejap sudah mampu untuk menyimpan dan mengumpul nilai jutaan ringgit jika dihitung harta mereka. Dari amnakah mereka dapat untuk mengumpulkan harta dengan begitu cepat, sedang kan gaji dan pendapatan mereka tidaklah memungkinkan mereka untuk dapat mengumpulkan harta dengan begitu banyak. Jawapannya sudah pasti dengan penyelewengan dan salah guna kuasa seperti yang terbukti dilakukan oleh Pimpina Wanita mereka iaitu Sharizat Jalil. Apakah tindakan yang dikenakan oleh Umno kepada mereka yang melakukan kesalahan? sudah tentu jawapannya tidak kerana Umno sendiri memang parti yang sedemikian iaitu Parti yang sering mengamalkan Politik rasuah dan salah guna kuasa. Sewajarnya kita sebagai Rakyat Malaysia yang cintakan tanahair untuk kita dengan tegasnya menolak Umno dan Barisan Nasional demi masa depan Malaysia yang gemilang dan untuk menjaga Malaysia daripada manjadi bankrup. Marilah kita dalam PRU 13 nanti sama-sama menyokong Pakatan Rakyat. Berilah Undi kepada Pakatan Rakyat demi Untuk Negara Yang tercinta. Allahuakbar.

DPP PADANG TERAP

Posted: 23 Jan 2012 09:16 PM PST

DPP PADANG TERAP


Ceramah Pada Malam Ini di Markas Pas Kampung Pisang, Padang Nyior

Posted: 23 Jan 2012 06:38 PM PST


Kerjasama Agensi Pusat perlu dipertingkatkan-Ust Mohd Nasir Zakaria

Posted: 23 Jan 2012 06:25 PM PST


Menonton Perlawanan Bola Sepak Bersama Tengku Laksamana Kedah di Stadium Darul Aman.

Posted: 21 Jan 2012 11:01 PM PST









Aktiviti Riadhah bersama beberapa ajk Pas Kawasan.Padang Terap

Posted: 21 Jan 2012 07:25 AM PST








Lensa sekitar ceramah Dato' Mahfuz dan Yb Ust Nasir di Kg Naiteh Kuala Nerang

Posted: 20 Jan 2012 09:44 AM PST









CERAMAH PADA MALAM INI, 19 JANUARI DI MARKAS PAS KG NAITEH.

Posted: 18 Jan 2012 08:11 PM PST


KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT DI KEDAH

Posted: 15 Jan 2012 08:37 AM PST






Makan Malam Dana Perjuangan Bersama Bob Lokman Di Padang Terap

Posted: 12 Jan 2012 05:56 PM PST


Program Penerangan Pakatan Rakyat 13 Jan Di Padang Terap

Posted: 12 Jan 2012 05:25 PM PST


PERJUANGKAN HAK MAHASISWA

Posted: 11 Jan 2012 11:02 PM PST


YB Ustaz Mohd Nasir Bin Zakaria, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menuntut kerajaan UMNO-BN bertindak menghapuskan serta merta Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Semoga Tuan Guru Nik Abdul Aziz dipanjangkan usia.

Posted: 10 Jan 2012 11:31 PM PST

 Di usia panjang ini saya kerja untuk agama - Nik Aziz

KOTA BHARU, 11 Jan: "Saya bekerja ni untuk itulah, untuk meluaskan bingkai agama, jadi melalui usia yang panjang inilah saya boleh melakukannya," kata Tuann Guru Datuk Nik Abdul Aziz kepada Harakahdaily selepas majlis meraikan harijadi beliau ke 81 hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu hari ini begitu terkejut apabila majlis keraian diadakan untuknya sempena menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-81, yang jatuh pada 10 Januari semalam.
Mursyidul Am itu juga tidak menduga acara itu dibuat sedemikian rupa yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu padanya sebelum ini.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas menjamu selera sempena majlis keraian itu yang diadakan di pejabatynya hari ini.
Majlis itu diadakan selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri hari ini. Semalam Nik Aziz berpuasa tanda kesyukuran ekoran pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat.
"Saya hanya diberitahu oleh setiausaha saya hari ini ada jamuan, itu sahaja,"ujarnya sambil tersenyum ceria.

Menurutnya, beliau tidak pernah menyambut hari ulangtahunnya sendiri selama ini.

Tambahnya, hanya setiap hari beliau berdoa semoga usia yang diberikan Allah setiap hari itu dapat dimanfaatkan dengan baik khususnya untuk berdakwah semoga rakyat Kelantan termasuk Malaysia menggunakan Islam yang syumul, bukan hanya separuh sahaja.

Katanya, Islam separuh hanya disebarkan oleh orentalis barat seperti agama dan politik perkara yang berasingan yang akhirnya ditelan oleh umat Islam pelbagai bangsa di dunia ini.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman, Datuk Abdul Fatah Mahmood.

Turut meraikan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Fauzi Che Mamat dan lain-lain pimpinan.

Secebis Cerita Pendek OKU

Posted: 10 Jan 2012 10:25 PM PST

Ceramah Ust Nik Abduh Di Kampung Tanjung Luar, Pedu.

Posted: 06 Jan 2012 09:17 PM PST







Ceramah Pada Malam Ini.

Posted: 05 Jan 2012 09:06 PM PST


LIPUTAN TALIAN TELEFON MUDAH ALIH SERTA KEMUDAHAN WiFi PERCUMA DALAM KAWASAN DI PARLIMEN PADANG TERAP

Posted: 03 Jan 2012 06:37 PM PST

PERNYATAAN MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN BAGI MENJAWAB PERTANYAAN YANG BERHORMAT TUAN MOHD NASIR BIN ZAKARIA ( PARLIMEN PADANG TERAP )

Di bawah Program Time 3, sebanyak 17 menara baru yang terletak di Parlimen Padang Terap akan dibina. Dengan pembinaan menara-menara ini, kebanyakan kawasan tersebut dijangka akan dapat menikmati kemudahan telefon selular. Ia dijangka siap dilaksanakan menjelang penghujung suku keempat tahun 2012.

Projek Kampung Tanpa Wayar ( Kampung WiFi ) yang menyediakan kemudahan WiFi dengan caj yang minimum iaitu RM10 sebulan sedang dilaksanakan secara berperingkat di 3,100 kampung-kampung terpilih di seluruh negara sehingga penghujung tahun 2012.

Sebanyak 24 buah Kampung Tanpa Wayar ( Kampung WiFi ) telah siap dilaksanakan di kampung-kampung di sekitar Parlimen Padang Terap melalui Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat ( PPS ). Pemasangan WiFi di kampung-kampung tersebut adalah di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan penduduk seperti di dewan orang ramai, sekolah dan pusat kemasyarakatan bagi membolehkan kemudahan WiFi tersebut dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh masyarakat setempat.

2 Ceramah Hangat Awal Bulan Jan 2012 Di Padang Terap!

Posted: 03 Jan 2012 07:16 AM PST





Dewan Pemuda PAS Padang Terap Ucap Tahniah

Posted: 02 Jan 2012 09:36 PM PST


Pihak Dewan Pemuda PAS Padang Terap melalui ketuanya Yang berhormat Ustaz Nasir Zakaria merakamkan tahniah atas usaha yang tepat oleh Kerajaan Negeri Kedah. Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri mengharapkan lebih banyak programyang langsung ke sasaran akan diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan Dato Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak.

Suka Duka Kejohanan Motocross Ambang 2012 Peringkat Negeri Kedah

Posted: 01 Jan 2012 06:15 AM PST

















Kemeriahan Kejohanan Motocross Peringkat Negeri Kedah Ambang 2012 Pada Hari Kedua.

Posted: 01 Jan 2012 05:15 AM PST

Ketibaan Exco Pelancongan Negeri Kedah, Yb S. Manikumar di Tapak Kejohanan Motocross.

 Kanak-kanak turut tidak melepaskan peluang untuk menonton Perlumbaan Motocross

 Aksi lompatan seorang peserta kategori Expert.
 Peserta tunggal wanita Kejohanan motocross.
 Peserta Kejohanan sedang mendengar ucapan daripada Yb Nasir dan Yb S. Manikumar pada majlis perasmian penutupan Motocross.
 Yb Ust Nasir menyampaikan ucapan aluan pada majlis perasmian penutupan Motocross.
 Yb S. Manikumar semasa menyampaikan ucapan perasmian penutup Kejohanan tersebut. 
 Peserta Kejohanan mengambil tempat masing-masing untuk memulakan perlumbaan.
 Yb S. Manikumar mengibarkan bendera sewaktu melepaskan peserta perlumbaan tersebut.
 Aksi lompatan peserta Motocross.
Sempat bergambar berlatar belakang lompatan peserta Kejohanan Motocross.

Kejohanan Motocross Ambang 2012 Peringkat Negeri Kedah Meriah

Posted: 30 Dec 2011 11:35 PM PST

Banner Kejohanan Motocross Ambang 2012 peringkat Negeri Kedah.
Dif Jemputan mengambil tempat di khemah utama.
MKK Kg Lebai Saman, Ust Nashid membacakan doa semasa pembukaan Kejohanan Motocross.
Yb Dr Ismail Salleh menyampaikan ucapan perasmian pembukaan Kejohanan Motocross. 
Pengarah Kejohanan Motocross, Saudara Jasnizam bin Hj Husni menyampaikan cenderahati kepada Yb Dr. Ismail Salleh selepas majlis perasmian pembukaan Kejohanan Motocross.

Yb Dr Ismail Salleh, Yb Ust Nasir Zakaria dan Ybhg. Ust Hamizan Amzah sempat bergambar bersama diatas motocross.
Kehadiran orang ramai pada hari pertama Kejohanan Motocross.
Peserta Kejohanan Motocross bersedia untuk memulakan aksi sempena pembukaan Kejohanan Motocross.
Yb Dr. Ismail Salleh ketika mengibarkan bendera untuk melepaskan perlumbaan.
Aksi lompatan seorang peserta Motocross.
Deretan motocross untuk perlumbaan.
        Peserta Daripada KeMLes, Saudara Ariff Hj Husni menunjukkan aksi bersahaja.

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT: KEDAH LUPUS HUTANG PINJAMAN PELAJARAN

Posted: 28 Dec 2011 01:50 AM PST




Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak atas keputusan melupuskan pinjaman pelajaran bagi kes-kes terpilih.

1. DPPNK merasakan keputusan ini sangat bijak dan tepat serta kena kepada sasaran. Ia adalah satu bentuk tawaran tulen kepada golongan yang tidak sepatutnya dibebankan dengan hutang tidak wajar. Kematian, penyakit kronik, gila dan tiada daya membayar adalah golongan-golongan yang ditimpa musibah. Mereka wajib dibantu.

2. DPPNK merasakan tindakan ini selaras dan merupakan bukti perlaksanaan Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS serta komitmen penerusan agenda Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat.

3. Tindakan ini merupakan satu lonjakan positif bersifat jangka panjang dalam menjaga kebajikan rakyat yang sudah sedia terhimpit dengan kos tinggi sara hidup. Ia bukanlah satu bentuk tindakan 'one off' yang bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat.

4. DPPNK merasakan dengan keupayaan kewangan terbatas serta hutang tinggalan Barisan Nasional yang bertimbun, penghapusan hutang kepada golongan terpilih adalah wajar sebagai permulaan.

5. Tindakan kerajaan negeri merupakan satu cara perkongsian hasil negeri dengan rakyat yang wajar dijadikan contoh oleh pemimpin-pemimpin lain.

6. DPPNK yakin keputusan ini adalah berita baik kepada seluruh penjamin yang terbeban sejak sekian lama. Keputusan ini sudah pasti melegakan penjamin seterusnya mereka akan memaksimumkan sumbangan untuk pembangunan negeri dalam bentuk yang lebih sesuai.

7. DPPNK juga berpendapat, Kerajaan Pusat yang mengutip hasil yang lebih banyak sepatutnya melaksanakan program ini di peringkat nasional. Adalah memalukan dengan segala hasil mahsul yang dijana daripada rakyat dengan begitu banyak, Kerajaan Pusat tidak berani bertindak seperti dilakukan oleh sebuah Kerajaan Negeri.

DPPNK yakin dengan pengumuman serta tindakan Dato' Seri Diraja Menteri Besar dalam menyelesaikan masalah ini akan mendapat sokongan daripada rakyat. Ia adalah satu lagi pencapaian hebat Kerajaan Negeri Kedah. Tahniah!

"Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua."


Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan DPPNK

Program Ziarah DPP Padang Terap

Posted: 27 Dec 2011 09:27 PM PST


Isu kes Murtad Ke Mahkamah Sivil:Kerajaan BN Musnahkan Islam??

Posted: 27 Dec 2011 09:01 PM PST


Pemuda Pas bantah pindah kes murtad  ke mahkamah sivil - Harakahdaily




KUALA LUMPUR, 28 Dis: Pemuda PAS membantah keras kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahu membawa kesemua kes murtad ke mahkamah sivil dan bukan lagi Mahkamah Syariah seperti sebelum ini.

Ini berdasarkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.
Media melaporkan, kesemua perbicaraan kes murtad akan dibawa ke mahkamah sivil dan bukan lagi mahkamah syariah selepas Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini tidak ada penyelarasan kerana ada pesalah dibicarakan di mahkamah syariah dan ada di mahkamah sivil.

"Kes murtad nanti akan berada di bawah mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah kerana jika mahkamah syariah, keseluruhan masalah tidak dapat diselesaikan sebab apabila disebut murtad ia membabitkan pelbagai pihak termasuk bukan Islam.

"Jadi, saya minta supaya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mengatur pertemuan dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi memaklumkan kewujudan enakmen ini," ujar Jamil Khir selepas mengadakan pertemuan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan Islam di sini kelmarin.
"Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa terkejut kerana kerajaan membuat keputusan ini tanpa melihat kepada kesan kes ini terhadap umat Islam di negara ini serta merujuk kepada nasihat para ulama' terlebih dahulu.

"Sepatutnya kes seperti ini dirujuk dahulu dengan semua pihak supaya tidak menimbulkan pertikaian dan bantahan di kemudian hari," kata Exco Dewan Pemuda PAS, Mohamad Firdaus Jaffar (gambar atas) dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Jerai berkata, DPP Malaysia melihat keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai isu ini amat merbahaya dan merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam.

"DPP Malaysia mempersoalkan, jika ianya dilaksanakan nanti, bagaimanakah mahkamah sivil boleh memutuskan sesuatu hukuman yang berkait dengan syariat Islam sedangkan mahkamah sivil tiada kuasa memutuskan hal-hal yang berkait dengan undang-undang Islam?

"DPP Malaysia khuatir apakah hukuman kepada pesalah murtad nanti akan berdasarkan kepada hukuman Islam atau sebaliknya.

"Kalau demikian, apakah bidang kuasa mahkamah syariah sekiranya kes murtad juga akan dibicarakan di mahkamah sivil?" katanya.

DPP Malaysia berpandangan, kesan daripada keputusan ini adalah kuasa mahkamah syariah semakin mengecil dan kurang berperanan.

Mahkamah syariah hanya untuk mengendalikan kes-kes kecil seperti nikah, talak, harta pusaka dan lain-lain.

Manakala kes-kes besar seperti murtad, jenayah, dan lain-lain pula dirujuk kepada mahkamah sivil yang mempunyai peranan yang besar, katanya.

"Inilah sistem sekularisma yang masih diamalkan dinegara ini selama ini yang memisahkan antara perundangan menurut Islam dengan bukan Islam.

"Selain itu, hukuman terhadap pesalah murtad juga akan dipandang ringan, malah boleh dicabar oleh mereka yang bukan Islam," tegas beliau.

Apa yang amat dibimbangkan, katanya, adalah hukuman murtad boleh dipermain-mainkan oleh sesetengah pihak sehingga merendahkan kesucian Islam.

Oleh itu, DPP Malaysia mendesak supaya Datuk Seri Jamil Khir Baharom menarik semula usaha membawa undang-undang murtad ke mahkamah sivil.

"Beliau perlu ingat bahawa undang-undang pencegahan murtad seperti yang terkandung di dalam perundangan Islam yang sebenar adalah hukuman yang datangnya dari Allah SWT, bukan direka-reka oleh sesiapa pun.

"Mengubah hukum Islam yang terkandung didalam Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW, adalah suatu dosa yang besar dan boleh menyebabkan akidah seseorang itu tergelincir," katanya.

PEMBONGKARAN KENAPA HIV DI KELANTAN TERTINGGI

Posted: 27 Dec 2011 12:34 AM PST

Program Ziarah Asnaf Zakat

Posted: 23 Dec 2011 09:38 PM PST


Pada 22 Disember yang lepas, Ahli Parlimen Padang Terap, Yb Ust Nasir Zakaria telah menziarahi Kampung Genting Palas. Beliau turut ditemani Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas, Saudara Shukor Minai dan Setiausaha Dewan Pemuda, Mimbarzubir serta beberapa orang ajk Pas cawangan kampung tersebut. Program tersebut yang dilakukan secara ziarah dari rumah ke rumah untuk melawat dan mendengar keluhan dari penduduk itu sendiri.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Padang Terap turut menyampaikan zakat kepada mereka yang layak seramai 28 orang. Dalam Program Ziarah Asnaf tersebut, beliau melawat golongan miskin, warga emas, orang sakit, dan anak yatim. Menurut Ust Nasir, beliau sangat terharu dengan keperitan yang ditempuhi golongan yang kurang mampu. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat walaupun tinggal jauh di pedalaman amat membebankan.
Salah seorang penerima zakat berkata, beliau mengucapkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kerana Ust Nasir kerap turun padang menjenguk nasib rakyat walaupun sibuk dengan pelbagai urusan wakil rakyat. Beliau juga gembira kerana walaupun pemberian zakat tersebut tidak besar jumlahnya, tetapi ia amat bermakna kepada mereka. Katanya yang baru mendirikan sebuah pondok kecil tempat dia dan keluarga berteduh.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dipaparkan untuk blog ini.





PAS Kawasan Miri

Posted: 23 Jan 2012 07:13 PM PST

PAS Kawasan Miri


PAS Mendekati Semua Kaum Dan Agama

Posted: 23 Jan 2012 06:02 AM PST

PAS Sesuai untuk Semua Kaum dan Agama
MIRI - Sempena perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, rombongan PAS Miri telah berkunjung ke rumah masyarakat Cina di sekitar bandaraya Miri, Ini merupakan kunjungan muhibah yang dilakukan oleh PAS Miri untuk merapatkan perhubungan antara kaum dan agama.
PAS Miri sentiasa mendekati semua kaum di Miri tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan aktiviti sebegini, masyarakat di Miri akan mudah mengenali PAS secara dekat. Ini juga secara tidak langsung akan menghakiskan perasaan takut dan salah faham masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap PAS selama ini.
Ada sesetengah pihak mendakwa, PAS akan ditolak di Miri atau di Sarawak disebabkan PAS hanya sebuah parti yang memperjuangkan Islam semata-mata tanpa memikirkan masalah orang lain.
Dakwaan ini adalah tidak tepat, hanya mereka yang takut akan kedudukan mereka terancam dan jahil saja yang beranggapan begitu.
PAS Miri telah membuktikan bahawa dakwaan tersebut tidak tepat, dengan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang terdiri dari berbagai kaum dan agama telah dengan sendirinya menafikan dakwaan tersebut.
Kalau PAS tidak terima oleh masyarakat berbilang bangsa dan agama di Sarawak, sudah tentu mereka ini, tidak akan bersama PAS dan menubuhkan DHPP. Setelah mereka mendapat kefahaman tentang perjuangan PAS dan Islam, mereka yakin bahawa PAS boleh di terima oleh semua kaum dan agama di Negara ini.
Atas usaha yang dilakukan oleh PAS Miri selama ini, telah menunjukan peningkatan sokongan yang positif,dari masyarakat Islam, dan bukan Islam terhadap PAS di Miri dan juga Sarawak.
Mereka menerima PAS dengan baik dan akan memberi kerjasama jika PAS bertanding dalam kawasan bandar dan Luar Bandar, dengan kerjasama Pakatan Rakyat, PAS sudah pasti mampu mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke13 nanti.
Kita akan sentiasa memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat berbilang kaum di Miri khususnya, bahawa kedatangan PAS di Miri bukan saja sebagai sebuah politik dan dakwah semata-mata bahkan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat menegakkan keadilan dan memberi kebajikan kepada semua kaum tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
PAS Miri



English version
PAS Suitable for All Racial and Religious
MIRI - In conjunction with Chinese New Year recently, PAS Miri delegation has visited the Chinese community in the Miri city, this is a goodwill visit by PAS Miri to close the relationship between race and religion.
PAS Miri will always close to all the people in Miri regardless of race and religion. With these activities, the people will easily recognize PAS Miri closely. This also indirectly will erode feelings of fear and misunderstanding of Muslims and non-Muslims towards PAS over the years.
There are some people claimed that PAS will be rejected in Miri or in Sarawak because PAS is a party fighting for Islam alone, without considering other people's problems.
This claim is not accurate, only those who fear their position threatened and ignorant only who thought so.
PAS Miri has shown that the allegations is not accurate, with the existence of PAS Supporters Assembly Hall (DHPP) which consists of many races and religions, has denied the allegation by itself.
If PAS is not accepted by the multi-ethnic and religious communities in Sarawak, they certainly will not with PAS and establish DHPP. Once they get an understanding of the struggle of PAS and Islam, they believe that PAS can be accepted by all races and religions in this country.
On the efforts made by the PAS Miri so far, has shown an increase, positive support from the Muslim community, and non-Muslims for PAS in Miri and Sarawak.
They accept PAS very well and will give full cooperation if PAS to contest in the urban and Rural Areas, in cooperation with the People's Alliance, PAS definitely able to defeat the Barisan Nasional (BN) in the 13th general election later.We will always give explanations and clarifications to the multi-racial society particularly in Miri, that the advent of PAS in Miri is not only as a political and missionary alone, but with the People's Alliance uphold justice and welfare to all people regardless of race, religion and political belief.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 23 Jan 2012 03:17 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


RAKYAT KENA NILAI

Posted: 23 Jan 2012 12:35 AM PST




Nilaikan sendiri....Begitu tebalnya sikap Perkauman UMNO dan sikap kurang ajarnya UMNO yang cuba merosakkan Ceramah Hindraf di Klang semalam, 21hb Jan 2012. Video ini menjadi saksi......sikap brutal, samseng dan kurang ajarnya UMNO. Sikap begini bakal merugikan UMNO itu sendiri dalam pilihanraya umum yang bakal menjelang. Tumbangkan UMNO jangan biarkan samseng-samseng ini memerintah negara.
Sebarkan....dengan video ini UMNO bakal tumbang. Daulat Pang

AWAS POLIS MABUK HULU SELANGOR?

Posted: 22 Jan 2012 11:40 PM PST

PETALING JAYA - Seorang lelaki 44 tahun hari ini menceritakan bagaimana dia dipukul dan dirompak oleh seorang polis lelaki malam tadi. Bercakap kepada FMT sejurus selepas sidang akhbar dengan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng DAP di Rawang, dia menceritakan pengalaman buruknya itu.

"Malam tadi, pada pukul 9 malam polis mabuk dengan nama Mansur mula memarahi dan memukul saya," kata Khoo Gin Seong yang berjudi di sebuah restoran di Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Khoo berkata, dia mengecam Mansur sebagai anggota polis yang sering mabuk di restoran itu. Beliau kemudian dibawa ke balai polis Bukit Sentosa. "Mereka mengambil RM1,000 daripada saya dan sekumpulan anggota polis mula memukul saya. Mereka juga mengancam untuk melokapkan saya jika saya tidak memberikan wang saya.

"Selepas itu, saya dipukul sehingga gigi palsu patah dan badan saya dalam kesakitan," kata Khoo. Pada tahap ini, Lim memberitahu FMT bahawa Khoo pulang pada 11 malam dan kemudian membuat laporan pada jam 4.30 pagi di balai polis yang sama. "Kakitangan kaunter depan dalam balai polis pada mulanya enggan menerima laporan itu."

Lim mendakwa pegawai penyiasat kes menggesa Khoo untuk menyelesaikan kes itu pada pukul 9 pagi. "Khoo enggan dan memberitahunya bahawa beliau telah memaklumkan kepada DAP mengenainya," kata Lim.

"Jangan cuba untuk mengenakan orang yang tidak bersalah ini untuk menghalang kerja-kerja polis," katanya kerana pihak polis, menurut beliau, boleh mendakwa orang awam yang cuba menghalang tugas yang dikatakan."

"Jangan bermain helah kerana saya mempunyai saksi-saksi," kata Lim yang mengatakan bahawa beberapa pelanggan di restoran telah menyaksikan insiden keseluruhan. ~freemalaysiatoday

Komen : bulan disember 2011 lepas seorang polis dari balai yang sama dipercayai mabuk telah melanggar lampu jalan sehingga tumbang dan menyebabkan lampu jalan di sekitar jalan seroja Bukit Sentosa 2 bergelap sehingga kini. Cuma teman tak pasti adakah polis yang sama?
Semoga Pihak atasan polis dan Kementerian Dalam Negeri akan mengambil perhatian serius terhadap kes polis mabuk ini yang akan memalukan pihak keselamatan.

Dupahang's Weblog

Posted: 23 Jan 2012 11:28 AM PST

Dupahang's Weblog


Thiqah, Wala’ dan Road-Show

Posted: 22 Jan 2012 07:05 PM PST

Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka [...]

KHIDMAT MERU

Posted: 23 Jan 2012 09:04 AM PST

KHIDMAT MERU


Posted: 22 Jan 2012 07:00 PM PST

































PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 23 Jan 2012 03:25 AM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


YB Semantan Santuni Masyarakat Cina Sempena Tahun Baru Cina

Posted: 22 Jan 2012 06:05 PM PST

TEMERLOH: YB Kuala Semantan YB Syed Hamid Syed Mohammad menyantuni masyarakat Tionghua dekat sini kelmarin.

Program turun padang beliau adalah sempena Perayaan  Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Dalam majlis berkenaan beliau dengan rombongan pejabat Adun pimpinan PAS Kawaasan , rakan Pakatan DAP berjalan dari kedai ke kedai sekitar bandar ini bagi menyampaikan cenderahati kepada masyarakat berketurunan Cina.

Ini adalah sebagai tanda terima kasih beliau atas sokongan masyarakat Cina terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Kekuatan Pakatan Rakyatdiserlahkan  menerusi kerjasama erat dansikap saling faham memahami dan hormat menghormati antara kaum dalam negaraini akan lebih membawa kemakmuran rakyat pada masa depan, ujar beliau kepada penulis selepas selesai program berkenaan.


Di majlis yang sama YB Syed Hamid mezahirkan rasagembira dan optimis terhadap sambuatan yang diterima. Insyallah peluang Pakatan dalam PRU13 akan datang amat cerah beralih ke tangan Pakatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan