CINA ISLAM (林川興) Posted: 23 Jan 2012 01:14 AM PST Selamat Tahun Baru Cina. Posted: 23 Jan 2012 07:59 AM PST 29 Safar 1433H. [MOD] -
Bila malam Hari Raya Cina saya sering terkenangkan kisah silam betapa kemeriahan menyambut datangnya Tahun Baru dengan pelbagai juadah yang telah tersedia disamping perbagai persiapan lain yang telah dibuat sejak dari awal.
Ayah cuma memberi peluang untuk kami anak-anaknya untuk membeli kasut baru setiap tahun untuk Hari Raya berupa kasut sekolah jenama "Bata" sekaligus untuk sekolah dan untuk sambut Hari Raya. Demikianlah kami sekeluarga berjimat, dan itulah sikap Ayah yang menjadi kenangan hidup kami sekeluarga. Sikap berjimat sebegitu adalah satu pendidikan keluarga bagi keluarga Cina.
Malam ini kami berkumpul untuk sama-sama "makan besar", dan tradisi itu saya teruskan selepas memeluk Islam. Demikianlah terasa kemeriahan Tahun Baru Cina yang disambut saban tahun sehingga berumur 22 tahun pada tahun 1985 saya mengucap dua kalimah syahadah dengan Hidayah dari Allah Jua.
Kerana itu segalanya saya teruskan dengan menyambut Tahun Baru Cina setiap tahun. malam ini kami sekeluarga di Perak akan "makan besar" sekali lagi. Seadanya persiapan dibuat untuk menyambut kedatangan Tahun Baru Cina esok Hari.
Masa terasa begitu cepat berlalu dan sudahpun 25 tahun saya memeluk agama Islam, selama itu juga saya masih merasakan kemeriah sambutan Tahun baru Cina bersama Isteri dan anak-anak.
Malah saya yakin dengan hak saya seorang Cina Islam untuk saban tahun merayakan perayaan tradisi nenek moyang kami yang dikatakan sudah lebih 4000 tahun telah dirayakan.
Kerana ini bila sesiapa mendengar ucapan saya mengenai"masuk Islam atau masuk Melayu" dengan nada keras saya katakan mustahil menukar bangsa sendiri, dan saya cuma masuk Islam bukannya masuk Melayu.
Kerana itu harapan besar diri yang kedil ini dengan wadah Pakatan Rakyat yang baru berusia sekitar 4 tahun, tidak lain untuk melihat Malaysia terus aman dan makmur dengan semangat toleransi yang dipacu dengan haluan yang benar sejak tsunami politik 2008.
Sungguh jauh bezanya UMNO berada dalam BN yang tidak mampu memperkenalkan sosok sebenar Islam kepada non muslim. Sedangkan dalam tempoh umur PR setahun jagung PAS telah mampu meleraikan sikap prajudis non muslim kepada Islam yang hakikatnya nya datang dari sikap pemimpin UMNO yang terus menerus menyerang PAS untuk menggambarkan Islam yang kami perjuangkan tidak benar.
Oleh itu Tahun Baru Cina pada tahun ini berkebetulan Tahun Naga dan tahun kelahiran peribadi 1964 adalah tahun naga, saya berdoakan kepada Allah semuga Islam terus dapat diperjelaskan kepada bagsa saya yang mengikut sejarahnya lebih dahulu memeluk Islam.
Tidak ada alasan yang kukuh kenapa bagsa Cina perlu takut kepada Islam sedangkan nenek moyang kami lebih dahulu memeluk Islam. Hairannya bila mereka sampai ke Malaysia mereka ditakutkan oleh orang melayu yang tidak bertanggung jawab.
Adalah sesuatu yang silap kalau masih ada orang melayu atau pemimpin cina MCA , kerana ingin mempertahankan kuasa yang sedang berada dihujung tanduk, lalu masih memukul gendang lama untuk menyerang sosok Islam yang kami perjuangkan dalam PAS.
Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le......
DRS. KHALIL IDHAM LIM PARIT BUNTAR, 22 Januari 2012. | Al-Quran bersadur emas RM170 juta dipamer Posted: 22 Jan 2012 11:04 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] -
INILAH naskhah al-Quran bersadur emas yang bakal dipamerkan di Muzium Negeri Terengganu bulan depan.
|
KUALA TERENGGANU - Naskhah al-Quran bersadur emas bernilai lebih RM170 juta yang bakal dipamerkan pada pameran Khazanah Islam dari China di Muzium Terengganu bulan depan akan dibekalkan dengan ciri keselamatan dan penjagaan tahap tertinggi. Dipercayai berusia lebih 500 tahun dan berasal dari Dinasti Ming, China, pihak penganjur juga akan melantik firma keselamatan swasta bagi memastikan keselamatan artifak itu sepanjang enam bulan sesi pameran. Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pameran bertaraf antarabangsa itu adalah hasil kerjasama dengan penganjur acara, Topchain Capital Sdn. Bhd. Kosmo/- | Liga Arab gesa Assad lepas kuasa Posted: 22 Jan 2012 10:28 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] -
KAHERAH: Liga Arab meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong pelan baru bagi menyelesaikan krisis di Syria yang bakal menyaksikan Presiden Bashar al-Assad melepaskan kuasa kepada timbalannya dan kerajaan perpaduan diwujudkan dalam tempoh dua minggu.
Menurut kenyataan yang dibacakan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Al-Thani selepas menteri luar Arab bertemu di sini bagi menentukan kedudukan misi pemerhati mereka, Assad perlu "melepaskan kuasa kepada naib presiden untuk diselaras dengan sebuah kerajaan perpaduan" yang akan ditubuhkan dalam tempoh dua bulan.
Ditempatkan sejak 26 Disember lalu bagi meyelaras pelan damai Liga Arab, misi itu dikritik kerana gagal menyekat tindakan keras kerajaan terhadap penunjuk perasaan yang menyebabkan ramai terkorban.
Terdahulu, Menteri Luar Arab Saudi menyatakan Riyadh sudah menarik balik pemerhatinya daripada misi itu kerana kerajaan Syria "tidak menghormati sebarang fasal" dalam pelan Arab itu bagi menamatkan krisis. - AFP | Syria tolak pelan baru Liga Arab Posted: 22 Jan 2012 10:24 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] -
DAMSYIK: Syria menolak pelan Liga Arab supaya Presiden Bashar al-Assad melepaskan kuasa kepada timbalannya dan menyifatkan usaha itu sebagai "campur tangan terang terangan", menurut televisyen negara itu.
"Syria menolak keputusan yang dibuat di luar rangka kerja pelan Arab dan menganggapnya serangan ke atas kedaulatan negara dan campur tangan terang-terangan terhadap hal ehwal dalaman," menurut seorang pegawai kerajaan Syria seperti dilaporkan saluran televisyen itu.
Liga Arab malam tadi meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong pelan baru bagi menyelesaikan krisis di Syria yang bakal menyaksikan Assad melepaskan kuasa kepada timbalannya dan kerajaan perpaduan diwujudkan dalam tempoh dua minggu.
Menurut kenyataan yang dibacakan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Al-Thani selepas menteri luar Arab bertemu di sini bagi menentukan kedudukan misi pemerhati mereka, Assad perlu "melepaskan kuasa kepada naib presiden untuk diselaras dengan sebuah kerajaan perpaduan" yang akan ditubuhkan dalam tempoh dua bulan. - AFP | Kepala pelatih pengawal peribadi dipukul dengan botol Posted: 22 Jan 2012 04:34 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - SEORANG jurulatih memukul kepala seorang pelatih pengawal keselamatan peribadi wanita dengan botol dalam satu latihan di Beijing, China pada 13 Januari lalu.
BEIJING - Kepala seorang pelatih wanita yang mahu menjadi pengawal keselamatan peribadi dipukul dengan botol pada satu sesi latihan di Beijing pada 13 Januari lalu. Botol kaca itu berkecai selepas terkena botol tersebut semasa pengawal keselamatan tersebut sedang berdiri. Dia merupakan di antara 20 wanita yang menjalani latihan selama lapan hingga 10 bulan untuk menjadi pengawal keselamatan, kebanyakannya lulusan kolej. Latihan itu dilakukan oleh syarikat Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd. Co. Pelatih terbaik akan ditawarkan syarikat itu peluang untuk menjalani latihan di Akademi Keselamatan Antarabangsa di Israel. - Reuters | Melihat ikan paus di Sri Lanka Posted: 22 Jan 2012 04:32 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - SEEKOR ikan paus biru dilihat di luar pantai bandar Mirissa, Sri Lanka kelmarin.
MIRISSA - Laut di luar pantai bandar Mirissa di Sri Lanka menjadi tumpuan para pelancong untuk menyaksikan ikan paus dari atas sebuah bot. Ikan paus sperm, humpback dan biru mudah dilihat di sekitar Sri Lanka selama enam hingga lapan bulan setahun. Sebanyak 21 daripada 81 spesies ikan paus di dunia boleh dilihat di sekitar Sri Lanka. - AFP | Sri Lanka derma mata untuk dunia Posted: 22 Jan 2012 04:31 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - SEJUMLAH pesakit yang mengalami masalah katarak mata menunggu untuk dibedah di Persatuan Pendermaan Mata di Colombo pada 4 November 2011.
COLOMBO - Sri Langka merupakan antara negara yang paling banyak penderma mata di dunia selepas perang saudara di negara ini berakhir. Ia menyumbang 3,000 kornea pada setiap tahun dan menyediakan tisu untuk mata kepada 57 buah negara bagi tempoh lebih hampir setengah abad. Persatuan Pendermaan Mata Sri Lanka memulakan promosi menderma mata sejak berdekad-dekad lamanya. Bekalan kornea amat baik di negara ini sehingga menyebabkan kerajaan Sri Lanka menubuhkan bank mata pada tahun lalu. Bank itu dibiayai oleh penderma dari Singapura. Hampir 900,000 orang telah menandatangani ikrar untuk menderma mata selepas mereka mati menerusi persatuan tersebut. "Orang ramai bertanya kepada saya, bolehkah kami menderma mata kami semasa maish hidup?Disebabkan kami mempunyai dua mata, bolehkan kami menderma satu mata?" kata Pengarah Hospital Mata Kebangsaan Sri Lanka, Dr. Sisira Liyanage. Kebanyakan penduduk Sri Lanka beragama Buddha yang percaya mendermakan mata membantu mereka dilahirkan kembali dengan menikmati hidup yang lebih baik. - Agensi | Pakar feng shui buat ramalan tahun Naga Posted: 22 Jan 2012 04:28 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] -
| PAKAR feng shui, peter So bergambar dengan kompas feng shui Cina di Hong Kong pada Selasa lalu.
|
HONG KONG - Mahu mengetahui apa yang terkandung pada 2012? Siapa yang akan memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat? Adakah zon mata wang euro akan berpecah? Seorang pakar feng shui berdepan dengan isu-isu besar itu dengan ramalan mereka untuk Tahun Naga. Feng shui merupakan kajian purba mengenai kekuatan tenaga hidup yang merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat Cina. Lima unsur Cina yang digunakan dalam ramalan itu ialah kayu, api, bumi, logam dan air. Tahun 2012 merupakan tahun berkaitan dengan air. "Ekonomi dunia akan menjadi tidak stabil pada Tahun Naga kerana ekonomi di Eropah dan AS masih mengalami kesan kemelesetan," kata pakat feng shui itu dari Hong Kong, Anthony Cheng. Seorang peramal selebriti, Peter So menyatakan, AS akan memberikan berita baik pada lewat tahun itu. "Eropah tidak akan pulih dengan segera. Ia (keadaan ekonomi) dijangka menderita sehingga 2014. "Namun, apa yang saya boleh katakan, satu pemulihan untuk ekonomi AS adalah mungkin berlaku pada 2012," katanya. Menurutnya, jika mahu melabur pada 2012, Rusia dan China mungkin menjadi tempat yang terbaik. Dua pasaran itu akan memperlihatkan prestasi yang terbaik, katanya. Namun, bersedia untuk menghadapi kejutan terutamanya di China apabila Parti Komunis akan mengadakan Kongres kali Ke-18 untuk memilih satu barisan generasi baharu kepimpinan. Ramai orang menjangkakan Naib Presiden China, Xi Jinping akan menjadi pemimpin komunis yang seterusnya selepas Kongres Kali Ke-18 pada Oktober atau November depan. "Bagi tempoh penggal kedua tahun ini, satu kes skandal rasuah akan meletus di China," katanya. Namun, dia enggan menghuraikannya mengenai siapa yang akan terlibat. "Saya juga meramalkan di Hong Kong dan di tanah besar China, sejumlah pegawai tinggi akan dipaksa untuk meletakkan jawatan. "Sebahagiannya akan dipaksa meletakkan jawatan. Sebahagian lagi mungkin 'dicampak' ke dalam penjara atau meninggal dunia," tambahnya. Ketika ditanya siapa yang akan memenangi pilihan raya Presiden AS, So enggan membuat ramalan tanpa maklumat yang tepat mengenai tarikh dan masa kelahiran calon-calon yang bertanding. Seorang ahli nujum Hong Kong yang terkenal, Alion Yeo menyatakan terdapat jangkaan kawasan banjir seperti di Thailand dan di sekitar Laut China Timur. "Indonesia, Pakistan, India dan tempat-tempat di China seperti Sichuan, Yunnan dan Guizhou merupakan kawasan yang terdedah pada bencana. Kawasan-kawasan itu mungkin kerap mengalami gempa bumi," katanya. - AFP | Usaha menyelamat diteruskan. Posted: 22 Jan 2012 04:24 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - KEDUDUKAN kapal pesiaran Costa Concordia yang terbalik di Pulau Giglio, Itali semalam. |
PULAU GIGLIO, Itali - Para penyelamat semalam menyambung semula usaha untuk mencari mangsa-mangsa yang terselamat di sebuah kapal pesiaran yang karam di sini. Beberapa pegawai perlindungan awam menyatakan, para penyelam tidak akan menyelam di bahagian yang tenggelam. Kapal itu, Costa Concordia terbalik dekat dengan pelabuhan di pulau ini pada 13 Januari lalu. Para penyelam kelmarin menarik mayat seorang wanita dari koridor dekat ruang perpindahan penumpang dilakukan semasa langkah-langkah penyelamat dibuat. Jumlah kematian kekal 12 orang manakala 20 orang lagi masih hilang. Ketika kejadian, kapal itu membawa lebih 4,000 orang penumpang dan melanggar batu menyebabkan ia senget dan terbalik. Setakat ini, kapten kapal itu menjalani tahanan di rumah dan berdepan dengan dakwaan yang melibatkan kapal tersebut karam. Sementara itu, seorang Ketua Perlindungan Awam, Franco Gabrielli menyatakan, terdapat para penumpang yang tidak berdaftar di atas kapal berkenaan. Menurutnya, beberapa saudara-mara seorang wanita Hungary telah memberitahu pihak berkuasa Itali bahawa dia telah membuat panggilan telefon dari atas kapal tersebut. Gabrielli berkata, saudara-mara tersebut tidak lagi mendengar berita mengenainya selepas kapal berkenaan terbalik. - Agensi | Usaha menyelamat diteruska Posted: 22 Jan 2012 04:24 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] - KEDUDUKAN kapal pesiaran Costa Concordia yang terbalik di Pulau Giglio, Itali semalam.
|
PULAU GIGLIO, Itali - Para penyelamat semalam menyambung semula usaha untuk mencari mangsa-mangsa yang terselamat di sebuah kapal pesiaran yang karam di sini. Beberapa pegawai perlindungan awam menyatakan, para penyelam tidak akan menyelam di bahagian yang tenggelam. Kapal itu, Costa Concordia terbalik dekat dengan pelabuhan di pulau ini pada 13 Januari lalu. Para penyelam kelmarin menarik mayat seorang wanita dari koridor dekat ruang perpindahan penumpang dilakukan semasa langkah-langkah penyelamat dibuat. Jumlah kematian kekal 12 orang manakala 20 orang lagi masih hilang. Ketika kejadian, kapal itu membawa lebih 4,000 orang penumpang dan melanggar batu menyebabkan ia senget dan terbalik. Setakat ini, kapten kapal itu menjalani tahanan di rumah dan berdepan dengan dakwaan yang melibatkan kapal tersebut karam. Sementara itu, seorang Ketua Perlindungan Awam, Franco Gabrielli menyatakan, terdapat para penumpang yang tidak berdaftar di atas kapal berkenaan. Menurutnya, beberapa saudara-mara seorang wanita Hungary telah memberitahu pihak berkuasa Itali bahawa dia telah membuat panggilan telefon dari atas kapal tersebut. Gabrielli berkata, saudara-mara tersebut tidak lagi mendengar berita mengenainya selepas kapal berkenaan terbalik. - Agensi | Pegawai kanan NTC letak jawatan ekoran demonstrasi Posted: 22 Jan 2012 04:17 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] -
TRIPOLI 23 Jan. - Pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC), Abdel Hafiz Ghoga semalam mengumumkan akan meletak jawatan.
"Saya tidak mahu mempengaruhi NTC lagi dan demi kepentingan negara, saya akan meletak jawatan," ujar Ghoga kepada stesen televisyen Al-Jazeera.
Katanya, keputusan itu dibuat ekoran demonstrasi anti-Ghoga yang diadakan oleh ribuan penunjuk perasaan di timur Benghazi baru-baru ini. - AFP | Perbicaraan pemimpin Al-Qaeda Afrika Utara bermula Posted: 22 Jan 2012 04:15 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] -
ALGIERS 23 Jan. - Perbicaraan pemimpin tertinggi Al-Qaeda Afrika Utara, Mokhtar Belmokhtar dimulakan di Algeria.
Belmokhtar dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian dua askar Algeria di mana perbicaraan tersebut dijalankan tanpa kehadirannya.
Beliau dan sembilan yang lain turut menghadapi dakwaan terlibat dengan aktiviti pengganas termasuk menyerang tentera di Djelfa, Algeria pada Mei 2010.
Pemimpin yang berasal dari tengah Algeria itu merupakan pengasas kumpulan Salafis for Preaching and Combat yang kini dikenali sebagai kumpulan Al-Qaeda Maghreb. - AFP | Puluhan bayi maut akibat asfiksia di Bengal Barat Posted: 22 Jan 2012 04:12 PM PST 29 Safar 1433H. [MOD] -
KOLKATA, India 23 Jan. - Sekurang-kurangnya 26 bayi dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh lima hari lalu di sebuah hospital kerajaan di Bengal Barat, India.
Hospital yang terletak di Malda, Kolkata itu sebelum ini didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian bayi-bayi yang dirawat di situ.
Bagaimanapun, Pengarah Perkhidmatan Kesihatan di Bengal Barat, Biswa Ranjan Satpathi, menafikan kematian-kematian itu berpunca daripada kecuaian pihak hospital.
Beliau mendakwa, bayi-bayi itu mati akibat kekurangan berat badan manakala sebahagian daripada mereka turut dikesan menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.
Selain itu, beliau menyatakan bahawa, ada diantara bayi-bayi itu mati akibat asfiksia kelahiran (kegagalan bernafas secara spontan). - AFP | Sejarah Tahun Baharu Cina Bermula Lebih 4000 Tahun Posted: 22 Jan 2012 03:13 AM PST 28 Safar 1433H. [MOD] -
Bila sebenarnya perayaan Tahun Baharu Cina bermula? Menurut pakar astronomi dari Akademi Sains China, Wang Sichao, perayaan itu mempunyai sejarah lebih 4000 tahun. Jelasnya, Tahun Baharu Cina biasanya disebut sebagai "Guo Nian". Pelbagai andaian dibuat mengenai asal usulnya. Namun yang diterima umum ialah mengenai Maharaja Shun yang naik takhta lebih 2000 tahun lalu. Maharaja Shun dikatakan telah mengetuai upacara pemujaan langit dan bumi yang kemudiannya menjadi ikutan pegawai dan rakyat China. Sejak itu, hari itu diterima sebagai hari pertama imlek Tahun Baharu Cina yang kemudiannya disebut juga sebagai "Pesta Musim Bunga". Menurut Wang Sichao lagi, sebagai perayaan tradisional yang paling penting dan meriah di China, sambutannya telah menjadi salah satu ciri utama dalam kebudayaan bangsa China. Pelbagai cara sambutannya, terrmasuk membeli barangan baharu khusus untuk tahun baharu, melekatkan kuplet di pintu masuk kediaman, bermain mercun, mengucapkan Selamat Tahun Baharu antara satu sama lain, memberikan angpau dan sebagainya. CRI/- | Nik Aziz sedia isytihar harta kepada SPRM Posted: 22 Jan 2012 02:23 AM PST 28 Safar 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika peraturan memintanya berbuat demikian.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan adalah isu lama. "Saya dan semua Exco Kerajaan Negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian watikah pelantikan Penghulu dan Majlis Penghulu Mukim di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, hari ini. Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA), Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.
Menteri Besar itu berkata, sebelum ini, beliau pernah membuka pintu siasatan seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat beliau.
"Soal mengisytiharkan harta semua pihak...memang boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketakwaan seseorang kepada Allah, kerana taqwa adalah kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran," kata Nik Aziz.
Mengenai pelantikan penghulu di Kelantan, beliau berkata, kerajaan negeri tidak memberi jaminan untuk menaikkan elaun 787 penghulu yang kini menerima elaun RM700 sebulan. "Kita hanya mampu membayar elaun mengikut kemampuan yang ada, cuma kalau ada rezeki berlebihan melalui wang bayaran royalti minyak kelak, kita mungkin boleh pertimbangkan," katanya.BERNAMA | Parti Islam kuasai dua pertiga Parlimen Mesir Posted: 22 Jan 2012 02:18 AM PST 28 Safar 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Keputusan pilihanraya Parlimen Mesir menepati ramalan pelbagai pihak dengan parti-parti beraliran Islam mencatat kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di negara itu.
Keputusan akhir pemilihan Parlimen pertama Mesir setelah jatuhnya Presiden Hosni Mubarak turut menepati ramalan beberapa pihak apabila parti politik milik Ikhwanul Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi.
Dengan perolehan yang turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir semalam mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat.
Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.
Semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, Ikhwanul Muslimin merupakan organisasi yang dilarang bergiat dalam politik dan dengan keputusan tersebut, parti-parti Islam kini telah berjaya menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di Mesir.
Dengan keputusan itu juga, FJP kini sudah memutuskan untuk melantik seorang ahli politik kanannya, Saad al-Katatni sebagai ketua (speaker) Majlis Rakyat.
Wartawan BBC di Kairo, Jon Leyne dalam laporan terkininya berkata, Presiden Mesir yang akan dipilih nanti bagaimanapun bukan parti pemenang pilihanraya itu.
Sebaliknya, pemilihan presiden akan dilangsungkan pada bulan Jun nanti, setelah segala proses lain yang berkaitan dengannya diselesaikan.
Berdasarkan sistem pemilihan Mesir, warganegara itu akan memilih dua pertiga anggota Parlimen berdasarkan parti yang memiliki daftar calon masing-masing dan hanya sepertiga calon individu yang dipilih secara langsung.
Pemilihan Majlis Tertinggi Parlimen akan diadakan pada bulan Februari nanti dan selepas itu akan dipilih 100 anggota dari Majlis Tertinggi dan Majlis Rendah yang ditugaskan untuk menyusun perlembagaan baru Mesir.
Pilihanraya Parlimen Mesir itu diadakan setelah kebangkitan rakyat yang turun ke jalan-jalan raya di negara itu sehingga berhasil menjatuhkan Presiden Mubarak pada bulan Februari 2011 lalu.
Warga Mesir memberikan suara dalam tiga tahap pilihanraya yang berlangsung selama enam minggu untuk memilih 498 anggota Majlis Rakyat (Parlimen), sementara 10 anggotanya diperuntukkan untuk Dewan Tertinggi Tentera yang kini memerintah negara itu untuk sementara waktu.
Sementara itu, Agensi pula melaporkan, keputusan rasmi pusingan pertama pilihan raya Mesir menunjukkan parti Islam mencapai kemenangan besar, termasuk kumpulan Salafi yang terkenal kerana bersifat radikal.
Kumpulan Ikhwanul Muslimin yang berfahaman sederhana memenangi 36.62 peratus diikuti oleh Parti An-nur yang mewakili kumpulan Salafi, 24.36 peratus sementara Al Wasat, sebuah lagi parti Islam berfahaman sederhana meraih 4.2 peratus undi, berdasarkan carta yang disediakan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pilihan Raya, Yusri Abdel Karim.
Menurut carta itu, Parti Kebebasan dan Keadilan (AJP) yang mewakili Ikhwan, memenangi 3.56 juta daripada 9.73 undi, An-Nur, 2.37 juta dan Al-Wasat, 415,590.
Keputusan itu adalah untuk kawasan yang mengundi pada Isnin dan Selasa lalu dan ia mengesahkan ramalan awal bahawa parti berhaluan Islam akan memenangi sekurang-kurangnya dua pertiga undi.
Satu-satunya parti sekular yang mencatatkan kemenangan besar ialah Blok Rakyat Mesir yang memperoleh 13.35 peratus undi.
Jurucakap Ikhwan seperti yang dilaporkan oleh Agensi berkata, "Rakyat memilih calon yang mewakili identiti Islam dan dipercayai pengundi."
Beliau menegaskan, FJP jauh berbeza dengan kumpulan Salafi yang menurutnya mencapai kemenangan memeranjatkan dalam pilihan raya itu.
"Kami berharap orang ramai akan dapat membezakan antara pergerakan yang berbeza dan tidak menganggap semua aktivis Islam berada dalam satu 'kapal'," katanya.
Harakahdaily/- | |
Peghelih La... Posted: 22 Jan 2012 11:08 PM PST Nukilan seloroh sambutan Tahun Naga Posted: 22 Jan 2012 02:33 AM PST Negara dan media antarabangsa heboh dengan bunyi mengerikan yang dirakam di Aaborg, Denmark dan terbaru di negara Malaysia, yang berlaku di Kota Samarahan, Sabah pada 11 dan 12hb lalu.Pelbagai spekulasi dibuat mengenai sumber bunyi tersebut, namun apa yang jelas ialah bunyi tersebut berbentuk bunyi dengkuran kuat yang diulang berkali-kali. Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang berkebetulan tahun naga air, ada juga "suara nakal" yang menyatakan apakah bunyi itu bunyi dengkuran 'naga yang sedang tidur'. Kerana apabila naga sedang tidur, memang ia tidak akan mengancam sesiapa pun. Namun, bilamana ia terjaga, naga air yang baik akan melawan naga jahat. Naga jahat ini bukan sekadar jahat, ia juga terkenal dengan sikap makan duit rasuah, makan lembu, teropong dan X-band. Bahkan, dengan kekayaan yang melimpah-limpah, naga jahat ni dilihat terus berminat dengan koleksi beg tangan, cincin dan kosmetik. Terbaru, naga jahat ni mula mengubah taktik, ia tiba-tiba menunjukkan "kebaikan" dengan memberi duit RM500 dan termasuk pukat kepada nelayan supaya boleh menjerat naga air yang baik ini. Mungkin naga jahat terlupa naga air yang baik ini, walaupun tinggal di dalam air ada sakti, boleh sembur api walaupun dalam air yang menghanguskan pukat dan jerat rasuahnya. Apapun yang masih menjadi tanda-tanya kini ialah bila naga air yang baik yang sedang berdengkur tu nak bangun dari tidurnya?
Kalau dengar dengkuran tu, macam lama lagi ia nak tidur. Sekurang-kurangnya tiga empat bulan lagi. Apa pun yang tidur, tidak selamanya tidur.
Satu hari dia akan terjaga juga. Untuk memendekkan cerita, apabila naga air yang baik terjaga, naga jahat pasti dapat ditewaskan akhirnya.
Sekadar nukilan untuk menambahkan riang sempena cuti panjang sambutan Tahun Naga.
Gong Xi Fa Cai kepada yang menyambutnya dan selamat bercuti dan hati-hati di jalan raya.
Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 22 Januari 2012 | |
Idris Ahmad Posted: 22 Jan 2012 11:07 PM PST BR1M RM500 Umno Jangan Perasan Posted: 22 Jan 2012 09:19 PM PST BR1M RM500 Umno Jangan Perasan Idris Ahmad 23/1/12 Umno jangan “perasan” Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno. Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN. Pada hal ini ialah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber negara. Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno. Pemimpin Umno bising dan menjadi modal kempen untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya mengenai pemberian BR1M.. Maklumlah pemberian yang diberi 55 tahun setahun sekali, itu pun apabila kuasa Umno BN berada di hujung tanduk. Selama ini pemberian ini tidak pernah terfikir oleh pemimpin Umno Bn untuk memberinya. Keadaan yang sama juga berlaku di Trengganu, walaupun minyak ditemui sejak tahun 70an, tetapi rakyat baru dapat wang ehsan RM300 setahun apabila Pas memerintah Terengganu 1999. Percayalah Umno semakin tertekan dengan berbagai tawaran yang telah ditunjukkan oleh kerajaan PR, walaupun mengalami kekangan kewangan. Kerajaan PR mampu laksanakan, kerana dasar penjimatan dan memerangi rasuah. Umno terpaksa ikut, jika tidak rakyat akan bangkit menolak BN. Sebelum jatuh biarlah tunjuk bakti terakhir untuk rakyat, sekurang-kurang generasi akan datang dapat melihat bahawa kerajaan Umno BN pernah memberi wang RM500.00 setelah 55 tahun merdeka. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Filed under: Pilihanraya, Politik | |
MTD-RANTAU ABANG Posted: 22 Jan 2012 11:06 PM PST |
Salam Perjuangan Posted: 22 Jan 2012 11:03 PM PST NUKILAN TAHUN BARU CINA - KISAH NAGA JAHAT DAN BAIK Posted: 22 Jan 2012 05:47 AM PST 27 Safar 1433 H | 22 January 2012
Negara dan media antarabangsa heboh dengan bunyi mengerikan yang dirakam di Aaborg, Denmark dan terbaru di Malaysia, yang berlaku di Kota Samarahan, Sabah pada 11 dan 12hb lalu. Pelbagai spekulasi dibuat mengenai sumber bunyi tersebut, namun apa yang jelas ialah bunyi tersebut berbentuk bunyi dengkuran kuat yang diulang berkali-kali.
Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang berkebetulan tahun naga air, ada juga "suara nakal" yang menyatakan apakah bunyi itu bunyi dengkuran 'naga yang sedang tidur'? Kerana apabila naga sedang tidur, memang ia tidak akan mengancam sesiapa pun. Namun, bilamana ia terjaga, naga air yang baik akan melawan naga jahat.
Naga jahat ini bukan sekadar jahat, ia juga terkenal dengan sikap makan duit rasuah, makan lembu, teropong dan X-band. Bahkan, dengan kekayaan yang melimpah-limpah, naga jahat ni dilihat terus berminat dengan koleksi beg tangan, cincin dan kosmetik.
Terbaru, naga jahat ni mula mengubah taktik, ia tetiba menunjukkan "kebaikan" dengan memberi duit RM500 dan termasuk pukat kepada nelayan supaya boleh menjerat naga air yang baik ini.
Mungkin naga jahat terlupa naga air yang baik ini, walaupun tinggal di dalam air ada sakti, boleh sembur api walaupun dalam air yang menghanguskan pukat dan jerat rasuahnya. Apapun yang masih menjadi tanda-tanya kini ialah bila naga air yang baik yang sedang berdengkur tu nak bangun dari tidurnya?
Kalau dengar dengkuran tu, macam lama lagi ia nak tidur. Sekurang-kurangnya tiga empat bulan lagi. Apa pun yang tidur, tidak selamanya tidur. Satu hari dia akan terjaga juga. Untuk memendekkan cerita, apabila naga air yang baik terjaga, naga jahat pasti dapat ditewaskan akhirnya.
Sekadar nukilan untuk menambahkan riang sempena cuti panjang sambutan Tahun Naga. Gong Xi Fa Cai kepada yang menyambutnya dan selamat bercuti dan hati-hati di jalan raya. | |
LAMAN RASMI ADUN MAHARANI Posted: 22 Jan 2012 09:18 PM PST ADUN MAHARANI MELAWAT PADANG BOLA SEPAK SERI KUMBANG MUAR Posted: 22 Jan 2012 09:48 AM PST ADUN MAHARANI MELAWAT PADANG BOLA SEPAK SRI KUMBANG DI KG ASAM KUMBANG, JALAN JUNID MUAR Kg Asam Kumbang di Jalan Junid Muar mungkin kurang dikenali oleh ramai penduduk Muar kerana kedudukannya yang agak jauh di Jalan Junid bersebelahan Parit Bakar. Kawasan di sebelah laut merupakan kawasan tanah kerajaan yang rasmi dikurniakan kepada penduduk pada tahun 1980an. Di kawasan ini telah direzabkan tanah seluas 3 ekar khusus untuk padang permainan yang dinamakan Padang Bola Sepak Sri Kumbang. Ia telah dirasmikan oleh seorang Wakil Rakyat, Allahyarham YB Hj Shahdan Sabtu.. Sebuah padang bola, grand stand, tandas dan bilik mandi serta sebuah setor terdapat di sini . Ia dikelolakan oleh KRT Desa Wawasan Asam Kumbang. Walaubagaimanapun tiada bekalan air atau elektrik di sini. Belia di kampung ini menyuarakan hasrat untuk menambahbaik kemudahan di padang ini. Padang inilah tempat penduduk, belia dan pelajar sekolah bermain dan berlatih bermain bola sepak setiap petang. Mereka masih memerlukan bantuan untuk menyelenggara tempat ini dan menambah kemudahan asas dan peralatan sukan. Pada petang hari Sabtu 21 Januari 2012 yang lalu, YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani bersama-sama AJK Pusat Khidmat DUN Maharani termasuk Sdr Abu Bkar Ismail (Pengarah Majlis Tindakan DUN Maharani), Sdr Abdul Razak Sulaiman dan Sdr Faizul Salleh (Ketua Pemuda PAS Muar) serta AJKnya berkesempatan melawat kawasan padang bola sepak ini. Mereka disambut meriah oleh AJK pengurusan padang dan para belia dan pelajar yang berlatih bola sepak di padang ini. Sempena lawatan ini sumbangan berupa 5 biji bola sepak, jersi dan kon latihan telah disampaikanoleh YB Dr Mohammad sebagai bantuan permulaan. Sempena dengan Pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS Muar pada 29 Januari 2012 ini 2 buah pasukan mereka ditaja untuk menyertai Pertandingan Futsal tersebut.. Padang ini sangat berpotensi untuk dijadikan satu lagi padang untuk pertandingan bola sepak dan juga aktiviti sukan lain. Dengan kerjasama semua pihak mereka sangat mengharapkan bantuan daripada pihak berwajib dan orang ramai akan merialisasikan impian mereka.Menyedari Muar kekurangan padang yang luas untuk aktiviti sukan,tempat ini sangat sesuai untuk dibangunkan. InsyaAllah beberapa aktiviti akan diaturkan bagi memakmurkan tempat ini. Papan tanda Padang Bola Sepak Sri Kumbang. YB Dr Mohammad dan rombongannya bermesra sengan AJK pengurusan padang.
Penyampaian bola, jersi dan kon latihan.
Penyerahan borang tajaan menyertai Pertandingan Futsal anjuran Dewan Pemuda PAS Muar. Sumbangan yang sedikit ini diharap dapat memberi semangat kepada belia di sini mengembangkan bakat mereka.
Pada petang ini, hujung minggu, hampir 50 orang belia dan pelajar memenuhi padang ini. Apa yang fikirkan oleh Sdr Abdul Razak agaknya ?
YB Dr Mohammad dan rombongan di grand stand. Orang kuat pengurusan padang gembira dengan sokongan kami. Ketua Pemuda PAS Muar bersama Ketua Pengurusan Padang
| |
PAS KDAS 3 Posted: 22 Jan 2012 09:09 PM PST |
PAS Negeri Sembilan Posted: 22 Jan 2012 09:06 PM PST Pengsan empat jam beratur tuntut baucar RM500 BR1M Posted: 21 Jan 2012 10:15 PM PST Sinar Harian 22 Jan 2012 . ULU KLAWANG, Jelebu - Akibat menunggu terlalu lama, seorang wanita Orang Asli jatuh pengsan ketika beratur semasa menuntut baucar wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Serambai, di sini, tengah hari semalam. Sinar Harian difahamkan, wanita berkenaan, Ros Geboy, 43, dari Kampung Orang Asli Kelaka hadir ke dewan itu seawal kaunter itu dibuka iaitu pada jam 8 pagi. Menurut adiknya, Wahab Geboy, 42, kakaknya beratur hampir empat jam dari jam 8 pagi hingga kira-kira jam 12.30 tengah hari. "Kakak saya tidak menghidap sebarang penyakit tetapi mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan terpaksa beratur panjang menyebabkan dia pengsan. "Kakak saya pengsan selama setengah jam sebelum ambulans datang menghantarnya ke Hospital Jelebu," katanya kepada Sinar Harian. Katanya, kakitangan bank yang bertugas bertindak menuntutkan baucar BR1M milik Ros setelah mendapati dia pengsan ketika beratur. "Saya juga keletihan akibat menunggu terlalu lama tetapi tidak kisah kerana sudah biasa beratur panjang. "Cuma mungkin disebabkan cuaca panas, ia menyebabkan orang mudah pening," katanya. Sementara itu, tinjauan mendapati jumlah penerima yang ramai menyebabkan proses tuntutan baucar memakan masa hingga ada yang terpaksa beratur di luar dewan. Dalam pada itu, seramai 488 penerima baucar BR1M bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Klawang menghadiri majlis penyerahan bantuan berkenaan. Penyampaian baucar itu disempurnakan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pengsan-empat-jam-beratur-1.19566 | |
Dr Azman Ibrahim Posted: 22 Jan 2012 07:31 PM PST i-SHARP Menyusahkan Rakyat, Najib Perlu Bertanggungjawab Posted: 21 Jan 2012 10:58 PM PST | Bersama Pengerusi Lujnah Alam Sekitar Pas Pusat meninjau kemusnahan tanah penduduk yang digali pemaju i-SHARP |
Semasa Program Ceramah Umum Isu Projek Udang i-SHARP, Jumaat lepas di Kampung Penarik, Setiu, saya menegaskan bahawa kita tidak bersengketa dengan pekerja-pekerja Blue Archipelago di kawasan tapak projek walaupun seorang daripada mereka pernah menggelar delegasi kami sebagai Yahudi kerana masuk membuat tinjauan ke kawasan projek mereka 'tanpa kebenaran' walaupun hakikat sebenarnya bos mereka di Kuala Lumpur telah melakukan kesalahan yang lebih besar dengan menceroboh tanah penduduk tanpa kebenaran dan kerja mereka jelas melanggar 'Local Agenda' yang menggariskan bahawa penduduk setempat mesti dimaklumkan dan diambil pandangan bagi setiap projek yang ingin dilaksanakan di mana-mana lokasi kerana merekalah yang bakal menanggung kesannya.
Kita tidak mahu membuang masa berhujah dengan pekerja di lapangan kerana mereka bukanlah pembuat dasar yang menentukan polisi syarikat, apatah lagi sebahagian mereka telah saya anggap sebagai kawan. Ada di antara mereka yang secara jujur pernah mengunjungi saya dan mengakui bahawa apa yang i-BANTAH perjuangkan adalah suatu kebenaran terutamanya pekerja syarikat yang biasa minum kopi bersama para nelayan yang bersiap untuk turun ke laut menangkap ikan diawal pagi dan mendengar sendiri keluhan para nelayan.
Kita melihat dari segi polisi dan dasar. Sedia dimaklumi, pemaju projek i-SHARP, Syarikat Blue Archipelago Berhad adalah anak syarikat Khazanah Nasional Berhad yang merupakan syarikat induk cabang pelaburan Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan. Khazanah Nasional memiliki Sembilan Ahli Lembaga Pengarah dengan Najib Tun Razak Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. Ia berperanan menguruskan semua aset komersil kerajaan Malaysia dan merupakan pemegang amanah aset kewangan negara.
Dari segi faktanya, Najib sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional perlu bertanggungjawab di atas semua tindakan anak syarikatnya yang terbukti telah menyusahkan rakyat. Ditambah lagi dana RM300 juta untuk projek i-SHARP yang diambil daripada Khazanah Nasional adalah dana awam atau dengan istilah mudah, duit rakyat!
Berbincang dengan pekerja di lapangan tidak menyelesaikan apa-apa. Kuasa untuk mengambil suatu tindakan drastik bagi menyelamatkan keadaan ada di Putrajaya. Saya juga cukup yakin bahawa pegawai-pegawai tinggi Blue Archipelago Berhad tidak memaklumi tentang bencana yang telah menimpa penduduk ekoran kerja-kerja mereka. Kerana itulah, apabila seorang pekerja teknikal syarikat memaklumkan, "Kalau inginkan maklumat berkaitan dengan projek, hubungilah ibu pejabat..." Saya dengan tegas menyatakan, "Saya hidup bersama rakyat, menyelami masalah mereka, melihat kesukaran mereka, mendengar rintihan mereka, yang saya perjuangkan adalah isu rakyat, pegawai kamu di ibu pejabat tahu ke tidak rakyat kena banjir luar biasa ekoran projek kamu?"
Saya tidak berminat lagi untuk mendengar teori-teori kosong, kononnya inilah 'green projek', 'enviromentally friendly', menyediakan peluang pekerjaan, tanah rakyat telah dibayar pampasan setimpal, projek akan menjadi pemacu ekonomi dan pelbagai lagi ungkapan yang semakin kabur realitinya.
i-BANTAH telah merangka fasa seterusnya dalam pelan bertindak kami. Pasti ianya lebih agresif, drastik dan menyeluruh. Dalam masa yang sama kami menyanjung dan menghormati kedaulatan undang-undang yang sedia ada walaupun kadang-kadang rakyat kecil di kesampingkan demi maslahah golongan korporat.
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 22 Jan 2012 03:35 PM PST PERKASA BARU TERASA ! Posted: 22 Jan 2012 02:03 AM PST Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini mencabar pengendali projek lembu National Feedlot Corporation (NFC) membuat laporan polis balas bagi menafikan dakwaan penyelewengan perbelanjaan kad kredit syarikat itu sehingga RM600,000.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali secara spesifik menyebut laporan itu mesti dibuat oleh pengarah eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh yang tampil menafikannya sebelum ini.
"Baru-baru ini adalah laporan polis oleh sekumpulan yang memakai baju hitam bertulis JINGGA 13 yang membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi.
"Jadi saya cabar Izmir, oleh kerana itu laporan polis yang tidak betul, supaya minta dia buat laporan polis pula.
"Saya cabar Izmir kalau kalau di pihak yang betul, kamu (Izmir) kata itu tak betul, itu fitnah, saya cabar Izmir ini pula, kamu pula buat laporan bahawasanya itu laporan palsu," katanya.
PERKASA dan beberapa NGO Melayu hari ini diberikan taklimat oleh pengerusi NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail - yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil - lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
JINGGA 13 - minggu lalu membuat laporan polis terhadap empat anggota keluarga mereka yang didakwa membelanjakan hampir RM600,000 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.
NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu juga mempersoal sama ada benar wang itu tidak dibelanjakan untuk kepentingan peribadi atau berpoya-poya, sebaliknya untuk perbelanjaan pengurusan projek lembu atau NFC.
Dalam sidang media selepas itu, Ibrahim berkata, beliau difahamkan laporan polis itu akan dibuat atau jika tidak PERKASA akan "simpan kepercayaan" atas penjelasan isu itu hari ini.
Ibrahim juga berkata, dalam dialog dengan 12 NGO hari ini, mereka difahamkan perbelanjaan tinggi kad kredit itu itu dibuat atas nama aktiviti syarikat.
"Tetapi mereka pergi ke Australia untuk promosikan itu dan ini, jadi syarikat bayarlah guna dia punya kad kredit. Ini aktiviti syarikat," katanya lagi.
Malaysiakini | |
Siti Zailah | Home Posted: 22 Jan 2012 03:16 PM PST |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 22 Jan 2012 03:15 PM PST PEHH!!! 2K DATANG MEMERIAHKAN FUTSAL AZEEZ DI MAMALI Posted: 22 Jan 2012 02:01 AM PST Azeez Rahim terkehel leher menganjurkan pelawanan futsal di kawasan Memali iaitu di Kampung Kebun Ubi, Jalan Felcra Weng, Baling.... difahamkan hampir 2k orang limau cina diagihkan kepada peserta....huhuhuhuhu | |
PEMUDA PAS DUN KIJAL Posted: 22 Jan 2012 11:27 AM PST |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 22 Jan 2012 11:18 AM PST Posted: 21 Jan 2012 09:05 PM PST Tuan Ibrahim Tuan Man, | 22 Jan 2012 |
Negara dan media antarabangsa heboh dengan bunyi mengerikan yang dirakam di Aaborg, Denmark dan terbaru di negara Malaysia, yang berlaku di Kota Samarahan, Sabah pada 11 dan 12hb lalu. Pelbagai spekulasi dibuat mengenai sumber bunyi tersebut, namun apa yang jelas ialah bunyi tersebut berbentuk bunyi dengkuran kuat yang diulang berkali-kali. Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang berkebetulan tahun naga air, ada juga "suara nakal" yang menyatakan apakah bunyi itu bunyi dengkuran 'naga yang sedang tidur'. Kerana apabila naga sedang tidur, memang ia tidak akan mengancam sesiapa pun. Namun, bilamana ia terjaga, naga air yang baik akan melawan naga jahat. Naga jahat ini bukan sekadar jahat, ia juga terkenal dengan sikap makan duit rasuah, makan lembu, teropong dan X-band. Bahkan, dengan kekayaan yang melimpah-limpah, naga jahat ni dilihat terus berminat dengan koleksi beg tangan, cincin dan kosmetik. Terbaru, naga jahat ni mula mengubah taktik, ia tiba-tiba menunjukkan "kebaikan" dengan memberi duit RM500 dan termasuk pukat kepada nelayan supaya boleh menjerat naga air yang baik ini. Mungkin naga jahat terlupa naga air yang baik ini, walaupun tinggal di dalam air ada sakti, boleh sembur api walaupun dalam air yang menghanguskan pukat dan jerat rasuahnya. Apapun yang masih menjadi tanda-tanya kini ialah bila naga air yang baik yang sedang berdengkur tu nak bangun dari tidurnya? Kalau dengar dengkuran tu, macam lama lagi ia nak tidur. Sekurang-kurangnya tiga empat bulan lagi. Apa pun yang tidur, tidak selamanya tidur. Satu hari dia akan terjaga juga. Untuk memendekkan cerita, apabila naga air yang baik terjaga, naga jahat pasti dapat ditewaskan akhirnya. Sekadar nukilan untuk menambahkan riang sempena cuti panjang sambutan Tahun Naga. Gong Xi Fa Cai kepada yang menyambutnya dan selamat bercuti dan hati-hati di jalan raya. Tuan Ibrahim Tuan ManKetua Penerangan PAS Pusat 22 Januari 2012 | Posted: 21 Jan 2012 08:47 PM PST Gong Xi Fa Cai buat kaum Tiong Hua. Tahun ini cukup istimewa kerana ialah tahun naga air. 'Naga air' yakninya bersifat 'cool' di luar tapi sudah semestinya mempunyai hembusan apinya lebih hebat sehingga air pun tidak mampu melenyapkannya. Atas semangat kiasan itulah, diharap kaum TiongHua meneruskan agenda untuk berubah "換" (huan) ke arah pendamaian jiwa. Sebagaimana yang kita sedar, di Malaysia, pendamaian jiwa sukar dicapai dengan kerajaan kini, yang suka berflip-flop dan menegakkan benang basah dari segala sudut urusan negara. Pentadbiran PAS dan Pakatan Rakyat telah terbukti menjunjung prinsip keadilan, iaitu asas terulung dan terpenting untuk mencapai pendamaian jiwa. Ayuh, mari bersama PAS dan Pakatan Rakyat menjadikan tahun naga air ini menjadi titik noktah terakhir kepada kecelaruan jiwa yang ditimbulkan oleh dasar perkauman sempit Umno-Barisan Nasional. Selamat Tahun Baru Cina. "新年進步"Xin Nian Jing Bu! | |
Dupahang's Weblog Posted: 22 Jan 2012 11:15 AM PST SELAMATKAN HUTAN SIMPAN KEMASUL Posted: 22 Jan 2012 07:06 AM PST KENYATAAN MEDIA PAS PAHANG Parti Islam Se Malaysia (PAS) Negeri Pahang menggesa Kerajaan Negeri Pahang menjelaskan kepada rakyat bagaimana boleh berlaku pengeluaran balak di kawasan Hutan Simpan Kekal Kemasul di dalam Daerah Bentong. Berdasarkan lawatan kerja PAS Pahang ke kawasan tersebut pada 19 Januari 2012, didapati papan tanda pemberitahuan status Hutan Simpan Kekal oleh Jabatan [...] | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 22 Jan 2012 11:10 AM PST SEKITAR BANGKEL PROGRAM ANAK MUDA KELATE 2012 Posted: 21 Jan 2012 07:54 PM PST | Sekitar Program Road Show Pemuda, Di Hutan Kuin Posted: 21 Jan 2012 04:38 PM PST | Perutusan Tahun Baru Cina Presiden PAS Posted: 21 Jan 2012 04:34 PM PST Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Tionghua di Malaysia dan di seluruh dunia minggu ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengucapkan selamat menyambut hari kegembiraan tersebut. Perayaan yang turut melibatkan majlis makan besar dalam keluarga besar merupakan satu nilai positif yang juga turut disanjung ajaran Islam. Islam juga menggalakkan hubungan kekeluargaan dipereratkan, malah jika sudah memeluk Islam sekalipun, hubungan kekeluargaan tidak pernah putus khususnya dengan kedua ibu bapa mereka. Apa yang malangnya ialah pemerintahan negara selama puluhan tahun ini masih belum mampu mewujudkan perpaduan nasional yang mantap. Malah hidup dalam kegelisahan akibat permainan politik perkauman pihak pemerintah. Bahkan hubungan masyarakat Tionghua di Tanah Melayu ini telah wujud seawal pemerintahan kerajaan Islam Melaka melalui hubungan diplomatik Laksamana Cheng Ho dengan kerajaan Melaka. Masyarakat Tionghua di Malaysia merupakan kelompok kedua terbesar di negara ini dan memberi kesan terhadap politik dan sosial negara. Perubahan yang mereka lakukan dalam pilihanraya ke-12 yang lalu membuka lembaran baru politik negara yang menyentak keselesaan pemerintah di peringkat pusat. Perubahan yang dilakukan adalah untuk melihat negara maju ke hadapan dan keluar daripada politik usang yang menindas, diskriminasi dan zalim kepada rakyat kepada politik yang adil dan saksama sesama rakyat. Namun ianya belum cukup merubah keseluruhan sistem 'usang' negara dan menginsafkan pemimpin pusat yang terus menerus menindas negeri-negeri dan rakyat. Maka tibalah masanya kita membuat perubahan total diperingkat kerajaan pusat. Maka sekali lagi masyarakat Tionghua adalah penting dalam mengekalkan dan meningkatkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya bersama membina negara yang adil untuk semua. PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur. PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan. Gong Xi Fa Cai kepada semua. Presiden PAS | BICARA SELEBRITI Posted: 21 Jan 2012 04:33 PM PST | Akhbar Australia: Rosmah belanja RM325,000 di Sydney Posted: 21 Jan 2012 04:32 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Jan: Akhbar Australia Sydney Morning Herald hari ini melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu. Dalam ruangan 'Private Sydney', akhbar itu memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp menggelarkan Rosmah sebagai "first lady of shopping" disamping gelaran asalnya first lady of Malaysia (Flom). Selain menyifatkan Rosmah sebagai 'pengikut fesyen yang berdedikasi', Carl Kapp juga menyifatkan isteri Datuk Seri Najib itu sebagai "pelanggan terbesar" kerana telah membelanjakan A$100,000 semata-mata untuk membeli pakaian. Selain itu, Rosmah juga katanya sangat baik hati dan mudah berurusan. Menurut akhbar tersebut juga, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling. Selain itu, Kapp juga didakwa sangsi terhadap identiti seorang pelanggan yang dikatakan VIP itu apabila kedai Oxford Street menerima panggilan bertalu-talu yang meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju, seluar dan penutup kepala diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik. | Selamat Tahun Baru Cina: Selamatkan negara dari bankrap Posted: 21 Jan 2012 04:32 PM PST Antara keunikan utama dan menambah warna budaya Malaysia ialah kepelbagaian kaum. Hari ini rakan-rakan kita dari kaum Tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina 2012 dengan lambang (tahun) Naga Air. Wujudnya hari besar dalam kehidupan kita sebagai platform untuk bertemu mata dengan kaum keluarga dan merapatkan hubungan setelah setahun terpisah lantaran sibuk dengan urusan kehidupan masing-masing. Keceriaan kaum wanita dan pendekatan serta persiapan mereka dengan pakaian dan makanan jelas menambah perisa Tahun Baru yang akan diraikan. Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) ingin melebarkan ucapan Tahun Baru Cina terutama kepada wanita dan keluarga mereka moga tahun mendatang ini akan membawa "kekayaan" dan kecemerlangan hidup buat semua. Semua rakyat Malaysia berkongsi rasa gembira bila kaum Tionghua dapat menikmati Tahun Baru di seluruh negara dengan penuh ceria. Maka sudah tentu keceriaan ini disumbangkan oleh pelbagai faktor termasuklah politik dan ekonomi.Sebarang kenaikan harga barang yang tidak wajar dan berterusan sudah pasti akan memenatkan dan merencatkan persediaan keluarga untuk menyambut Tahun Baru Cina dan selepas perayaan Tahun Baru Cina yang masih berbaki 363 hari. Keperluan pendidikan, perumahan, makanan serta kegunaan harian adalah antara isu penting untuk diutarakan sebagai bahan dalam majlis YEE SANG dan sudah pasti hidangan Buku Jingga,Buku Hijau Negara Berkebajikan dan Tawaran Jingga dari Pakatan Rakyat untuk Malaysia akan menghangat dan melazatkan lagi juadah makan bersama wanita dan keluarga. PAS menerusi Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersedia untuk membantu rakyat kaum Tionghua untuk menyuarakan hasrat dan citra mereka melalui pilihan raya. Kemajuan demokrasi politik dan negara akan ditentukan rakyat kita melalui bilik mengundi dengan semua warganegara semua kaum semua peringkat umur mendaftar sebagai pengundi dan TURUN mengundi Pakatan Rakyat. Pesanan dan gesaan serta persediaan untuk balik mengundi bersama rakan dari tempat kerja ke rumah masing-masing semasa Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) nanti. Kepulangan dan komitmen mereka kepada Pakatan Rakyat sama penting dengan duit yang mereka bawa balik kerana nilai RM ditentukan oleh kestabilan politik negara. Kita perlu menyelamatkan negara ini dari bankrap kalau masih dipegang oleh BN kerana inilah kenyataan dan rekod BN. Sebagai wanita yang dihargai oleh keluarga dan berpendidikan, pendapat kita dirujuk dan dikira dalam urusan pentadbiran rumahtangga kerana kita rakan kongsi dan pentadbir rumah dan keluarga. Oleh itu sebagai ibu, isteri,nenek, anak perempuan , adik dan kakak yang saban hari terdedah kepada jenayah ragut, rogol dan rompak termasuk dalam rumah kita wajib menyuarakan hak kita untuk memastikan keselamatan kita oleh pemimpin negara menerusi kertas umndi. Jumlah 52.3% kemasukan pelaburan asing (FDI) ke 4 negeri Pakatan Rakyat berbanding 47.7 % sahaja FDI ke 9 negeri yang diperintah oleh BN dalam tempoh 2008 hingga 2011 sahaja jelas menunjukkan keyakinan pelabur luar negara kepada ketelusan dan integriti pimpinan Pakatan Rakyat mentadbir negeri Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan perlu diperkuatkan dan disemarakkan ke seluruh negara. Kita perlu bersatu untuk mara ke Putrajaya! Justeru, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyeru dan mengajak para wanita untuk mengambil peluang keemasan ini untuk mengajak semua ahli keluarga balik mengundi Pakatan Rakyat sama ada PAS, DAP, Keadilan dan mana parti sekutu dalam Pakatan Rakyat untuk PRU 13 ini. We wish you a HAPPY CHINESE NEW YEAR AND LETS VOICE OUT... VOICE OF CHANGE! Bersama Selamatkan MALAYSIA Tanahair Kita! SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT MENGUNDI Pakatan Rakyat untuk PRU 13! 祝大家身体健康,万事如意!Gong Xi Fatt Chai! MUMTAZ BINTI MD.NAWINaib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Mewakili Semua Kepimpinan DMPP & Muslimat PAS Seluruh Malaysia | NFC: Soi Lek pun bidas Shahrizat Posted: 21 Jan 2012 04:31 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Jan: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ( gambar) berkata, dengan pendedahan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil sewajarnya tahu tindakan yang harus diambil. Tidak menyebut secara jelas sama ada tindakan tersebut adalah 'meletakkan jawatan', namun Soi Lek berkata Shahrizat seharusnya mengambil tindakan awal apabila ia dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang melaporkan porojek itu bermasalah. Apatah lagi katanya selepas pendedahan itu, beberapa pihak termasuk dari BN sendiri mendesak beliau meletakkan jawatan. "Beliau bukan ahli junior (dalam Kabinet), beliau sudah bertaraf senior. "Firasat saya merasakan Shahrizat berkemungkinan tidak mendapat khidmat nasihat yang betul, dan juga mungkin menurutnya, jika Wanita Umno menerimanya, tiada masalah terhadap perkara itu," katanya kepada The Malaysian Insider. Sambil menegaskan untuk menangkap lembu mestilah menggunakan tanduknya, Dr Chua juga menyifatkan tindakan BN terhadap Shahrizat bagi menangani isu itu juga 'sangat lemah' sehingga ianya dilihat 'sangat teruk' kepada masyarakat. "Berikutan mereka (pembangkang) mempunyai maklumat, mereka akan menggunakannya sebagai platform dan tindakan mereka itu memburukkan keadaan. "Dan kerajaan BN bertindak sangat perlahan dan tidak telus sepenuhnya," katanya. Sebelum ini sudah ramai di kalangan Umno sendiri termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara berlapik mengisyaratkan kepada Sharizat agar Ketua Wanita Umno itu meletakkan jawatan ekoran terpalit skandal 'lembu gate' tersebut. Selain Tun, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh turut membuat desakan sama. Ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010, Pakatan Rakyat sebelum ini mendedahkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat NFC milik suami Shahrizat untuk projek penternakan lembu disalah guna. Ianya termasuk pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan dituduh menggunakan dana kerajaan tersebut untuk perbelanjaan peribadi keluarganya. Parti pembangkang itu itu turut menuduh keluarga Shahrizat menggunakan sejumlah RM600,000 daripada dana NFC bagi membiayai pembayaran bil kad kredit mereka pada 2009. Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa suami Wanita Umno, dan anak-anaknya yang menjadi lembaga pengarah NFC, menggunakan dana daripada RM250 juta untuk projek berkenaan bagi membayar bil kad kredit yang berjumlah melebihi RM10,000 sebulan sepanjang tahun tersebut. Namun begitu, pentadbiran NFCorp menepis dakwaan tersebut dan menegaskan penggunaan kad kredit tersebut adalah untuk kegunaan perniagaan. | Sekitar Majlis Perasmian KITE 2012@TGNA Posted: 21 Jan 2012 04:31 PM PST | Tukang karut Umno sempitkan perjuangan Islam Posted: 21 Jan 2012 04:29 PM PST KUALA LUMPUR, 21 Jan: Ruang perjuangan dan perlaksanaan Islam tidaklah sesempit pemikiran Umno dan tukang karut terbarunya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Wadah untuk memperjuang dan memartabatkan Islam hampir tiada batas sempadan, tidak kira di masjid atau di padang bola. "Cakap-cakap kecewa tukang karut Umno yang terbaru benar-benar memperlekehkan Islam apabila ia menggambarkan maruah umat Islam terpaksa bergantung dan menempel atas sesuatu jawatan," kata beliau. Malah, tegas Mahfuz, Islam boleh dimartabatkan tanpa mengira apa jua bidang yang diamanahkan. "Bagi yang tidak berfikiran sempit, Islam boleh diperjuang dan dimartabatkan tidak kira dalam hal ehwal belia, sukan, pendidikan, pengajian tinggi, pembangunan modal insan, perumahan, pengurusan bangunan, pengurusan setinggan malah apa sahaja bidang. "Tetapi kalau otak dan pemikiran masih lagi dalam acuan pemikiran jumud Umno walaupun mendabik dada kononnya pejuang aqidah seolah-olah hancur musnahlah aqidah semua orang tanpa beliau, tentulah Islam dan perjuangan memartabatkannya dilihat dari pemikiran yang sempit dan jumud," kata Ahli Parlimen Pokok Sena. Menurut Mahfuz, orang yang melihat Islam sebagai ajaran suci yang mencakupi semua ruang dan bidang, sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar tidak mengeluarkan cakap-cakap tidak menggunakan akal yang menyesatkan orang lain. "Tetapi, dengan pemikiran sempit ajaran Umno, keluarlah cakap-cakap menyesatkan kononnya maruah dipijak kerana tidak dapat memegang portfolion hal ehwal Islam. "Sedangkan orang yang memijak-mihak maruahnya sendiri ialah orang tidak puas-puas mendedahkan sisi-sisi buruk dan jelik dirinya sendiri," kata beliau. Bagaimanapun, kata Mahfuz, apa yang berlaku itu menjadi pengajaran kepada semua pihak agar ikhlas memperjuangkan Islam. "Bila kita memperjuangakan Islam, berusahalah untuk mengikhlaskan diri, tidak gila talak kerana tidak dapat jawatan lalu menjadi pengacau kerana sakit hati tidak mendapat jawatan yang diidam-idamkan seperti jawatan menteri besar dan sebagainya. "Bagi melindungi sebab sebenar membuat kacau, pengacau sentiasa berubah-ubah alasannya membuat perangai, mula-mula dia mendakwa puncanya perkara ini, kemudian perkara itu dan selepas itu perkara yang lain pula. "Hampir setiap hari bertukar-tukar sebab dan punca beliau menggelupur," katanya. Mahfuz juga merasa geli hati melihat Umno berpesta di dalam media-medianya seperti orang mabuk seolah-olah mendapat "tangkapan yang lumayan". "Kalau Umno ingat ia sudah mendapat tangkapan yang lumayan sebasgai modal kempennya, ia tentu amat menggelikan hati kerana apa yang dapat dicekup oleh Umno itu sudah ditolak oleh akar umbi sehingga tidak mendapat pencalonan dari akar umbi untuk terus menjadi wakil mereka," katanya. Bagaimanapun, Mahfuz yakin Umno akan tetap "terkinja-kinja keseronokan dengan apa yang dicekupnya itu" walaupun menjadi bahan ketawa orang ramai. | Wasatiah: Najib diminta 'jangan cakap tidak serupa bikin' Posted: 21 Jan 2012 04:27 PM PST KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS meminta Datuk Seri Najib Razak agar jangan mencemarkan Islam dengan slogan sehingga merosakkan imej Islam di pandangan masyarakat bukan Islam di negara ini. (Gambar Najib dan isteri...jangan cakap tidak serupa bikin)"Kita mengharapkan Datuk Seri Najib biarlah bercakap serupa dengan bikin," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Beliau mengulas dasar wasatiah yang diperkenalkan Najib. Bagi beliau, ia adalah lanjutan dasar pragmatis Umno untuk meraih sokongan di kalangan orang Melayu terutama musim pilihanraya. "Zaman Tunku Abdul Rahman memperkenalkan musabaqah al-Quran, zaman Tun Hussein Onn memperkenalkan Bulan Dakwah. "Tun Dr Mahathir Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Tun Abdullah Badwi Islam Hadhari. "Kita rasa sangsi dengan Islam Wasatiah yang diperkenalkan oleh Najib. "Apakah beliau memperkenalkan Islam Wasatiah kerana gerun melihat kebangkitan rakyat Arab yang menggulingkan pemerintah di negeri mereka dengan andaian ini ada tindakan ekstrim. "Kalau itu maksudnya maka ini adalah satu kesilapan untuk memahami pengertian Wasatiah," katanya. Menurut Idris, memang Islam ajarannya wasatiah, iaitu tidak melampau dan tidak kurang. Contoh wasatiah di dalam ibadah puasa, ia mesti buka, tidak boleh terus menerus berpuasa. Begitu juga dengan memakai pakaian yang menutup aurat ini adalah wasatiah, jika mendedahkan aurat maka ini bukan Islam wasatiah. | Sekitar Pidato Mahasiswa Di KTC Posted: 21 Jan 2012 04:26 PM PST | Apa makna orang agama kalau wang zakat disalahguna? Posted: 21 Jan 2012 04:16 PM PST KUALA LUMPUR, 20 Jan: "Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?" Itulah jawapan ringkas berbentuk soalan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) untuk membalas serangan bertubi-tubi media Umno terhadap PAS dalam isu exco agama kerajaan negeri Selangor. Bagi beliau, serangan Umno menandakan pemikiran Umno masih berada di kotak lama kerana menganggap exco agama mesti diberikan kepada PAS, seolah-olah orang lain tidak layak; atau PAS hanya layak pegang exco agama; sedangkan portfolio lain tak layak. Dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun, Tuan Ibrahim menegaskan yang penting ialah amanah seperti yang dinyatakan dalam satu nasihat Nabi Muhammad kepada Abu Zar Radiallahu'anhu. "Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya). "Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?" kata beliau. Kenyataan beliau ini dipercayai merujuk kepada kontroversi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan dana zakat sebanyak RM63,650.00 untuk sebagai pendahuluan membiayai kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir dalam menangai kes permohanan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berpendapat bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan perakuan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS dalam isu-isu agama dan merujuk kepada pakar dalam isu-isu hukum telah menggambarkan kepada rakyat, sikap berhati-hati yang diambil kerajaan Selangor dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya. Dalam perlantikan Dr Yunus dengan sokongan padu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman, Tuan Ibrahim berkata ia memperlihatkan kepada umum betapa kepimpinan PAS bukanlah golongan yang mengejar jawatan. "Bahkan rela diberi kepada orang lain yang difikirkan sesuai dan layak demi memperkasakan jentera parti," tambah beliau. | Exco agama: Yang pentingnya amanah, kata Mohd Sabu Posted: 21 Jan 2012 04:14 PM PST KUALA LUMPUR, Jan 20: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ( gambar) berkata, bukan semestinya orang belajar agama sahaja yang boleh mengambil tugas Exco hal ehwal agama, tetapi perlukan seorang Muslim yang amanah, jujur dan ikhlas. Lagipun, katanya, Pembantu Exco Hal Ehwal Agama adalah kekal dipegang Adun PAS iaitu Dr Shafei Abu Bakar (Bangi). Beliau berkata demikian ketika menyokong hujah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatan exco agama kerajaan Selangor. Semenjak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang disandang oleh bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang dipecat, media Umno telah bertubi-tubi menyerang isu ini kononnya PAS tidak Islam lagi tanpa portfolio tersebut. Menjawab serangan tersebut, Mohamad berpendapat langkah Khalid adalah tepat kerana dengan pilihanraya umum yang semakin dekat, adalah perlu untuk satu institusi yang lebih besar untuk mengawal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). "(Oleh itu), adalah lebih baik untuk Tan Sri Khalid mengambil exco agama. Bukan semestinya orang agama sahaja yang boleh ambil tugas itu, asalkan ia amanah, jujur dan ikhlas. "Nasib yang melanda (Datuk Seri) Jamil Khir dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin memberitahu kita, yang penting ialah amanah dan takut pada Allah, bukannya siapa yg menduduki satu jawatan," kata beliau kepada Harakahdaily. Kedua-dua menteri Umno yang disebut Mohamad itu kini terlibat dalam skandal dakwaan salahguna kuasa dan wang. Jamil terpalit dengan skandal menggunakan wang zakat untuk membayar kos guamannya, manakala Muhyiddin pula tertekan sebagai menteri yang meluluskan projek RM250 untuk Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Ketua Umno Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil. (Dr Shafei Abu Bakar...Pembantu Exco Hal Ehwal Agama yang kini dipegang portfolionya oleh MB Selangor.)Awal pagi ini, Tuan Ibrahim menegaskan amanah merupakan benda terpenting dalam memegang jawatan dalam apa bidang sekalipun. "Dalam satu peringatan Rasulullah kepada Abu Zar Radiallahu'anhu, baginda menyatakan: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah, sedangkan jawatan ini adalah amanah, dan ianya adalah penyesalan di hari akhirat, melainkan kamu menerimanya di atas kelayakan kamu dan kamu menunaikan hak kepada yang berhak menerimanya (tunaikan amanahnya). "Jelas apa yang penting penyandang adalah mesti seorang yang amanah. Apa makna jawatan tertentu kalau diserahkan kepada golongan agama sekalipun, jika wang zakat pun boleh disalahgunakan seperti yang diledakkan Ketua Audit Negara?" kata beliau. Menyambung hujah Tuan Ibrahim, Mohamad berkata tiada gunanya sekiranya seorang ustaz diletakkan di sesuatu jawatan "kalau dana zakat yang terang-terang salah boleh dihujahkan sebagai betul." "Buat apa? Tapi untuk Umno, lainlah, mereka parti yang suka tegakkan benang basah. Laporan ketua Audit Negara dah kata NFC bermasalah, masih nak buat audit baru untuk confirm audit ketua negara," sindir beliau. Muhyiddin yang turut terpalit dengan isu skandal NFC telah secara ironisnya mengumumkan hasrat kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi tujuan menjalankan penelitian wajar untuk mengaudit projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). Cadangan tersebut dibantah oleh Jingga 13 dengan alasan Muhyiddin sebagai menteri yang terlibat dalam skandal tersebut sudah tidak mempunyai kredibiliti dan integriti lagi untuk berbuat demikian kerana sudah pasti ia akan menimbulkan prejudis oleh seluruh rakyat Malaysia. | Umno gagal takutkan Melayu kepada DAP Posted: 21 Jan 2012 04:14 PM PST KUALA LUMPUR, 20 Jan: Dengan penyertaan beberapa orang Melayu termasuk orang kuat Umno ke dalam DAP sejak akhir-akhir membuktikan dakwaan Umno bahawa DAP anti Melayu selama ini meleset sama sekali. Malah kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ( gambar), cubaan Umno menakut-nakutkan orang Melayu terhadap DAP itu ternyata gagal apabila terbaru bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menyertai DAP semalam. Yang lebih menarik lagi, Hata Wahari adalah bekas wartawan Utusan Melayu, organisasi media milik Umno sendiri. Perkembangan itu juga jelas Mahfuz membuktikan bahawa DAP lebih diyakini oleh sesetengah rakyat termasuk Melayu berbanding Umno dan MCA. "Kita melihat sekarang ini bahawa DAP lebih baik daripada Umno mahupun rakan mereka MCA yang mana ia diterima oleh semua kaum termasuk orang Melayu itu sendiri. "Kalau Umno dan juga media mereka mengatakan DAP itu anti kepada orang Melayu ataupun bersikap perkauman adalah fitnah semata-mata," jelasnya. Semalam, Hata Wahari yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia, menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP. Selain itu juga awal bulan ini, penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno dan Mohd Ariff Sabri Aziz yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004 telah terlebih dahulu menyertai DAP. Turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias. Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata Umno sepatutnya menilai kembali sikap rasis di dalam parti mereka sendiri bukannya menuduh orang lain, apatah lagi dengan tujuan menakut-nakutkan orang Melayu. "Bagaimana DAP yang dikatakan anti kepada orang Melayu boleh menerima kemasukan orang Melayu beragama Islam di dalam parti mereka, apatah lagi individu tersebut merupakan salah seorang kakitangan akhbar Umno sebelum ini. "Fitnah yang telah dilemparkan oleh Umno selama ini telah gagal, orang Melayu bukannya takut tetapi semakin boleh menerima parti itu (DAP) dalam kehidupan mereka," kata Mahfuz. | Veteran Umno saman kerajaan negeri Perak Posted: 21 Jan 2012 04:13 PM PST KUALA LUMPUR, 20 Jan: Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Lumut, Haji Jauhari Bin Yahya hari ini telah memfailkan Saman Semakan Kehakiman ke atas Kerajaan Negeri Perak & dua individu yang lain di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur hari ini. Tindakan ini diambil berikutan kegagalan pihak Kerajaan negeri Perak menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 1998. Tindakan ini dibuat melalui syarikat guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates. (Gambar: Haji Jauhari menunjukkan surat yang difailkannya di Mahkamah Tinggi hari ini)Berdasarkan kajian kes, pada tahun 1997 tanah beliau seluas lima ekar lebih yang dicagarkan kepada Bank Bumiputra Bhd telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Perak kerana gagal membayar cukai tanah. Jauhari telah memohon semula tanah tersebut dan pada bulan Julai 1997 permohonan untuk mendapatkan tanah tersebut telah diluluskan. Kemudiaan pada 21/2/1998, Jauhari telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak dan pihak Bank Bumiputra Bhd. Semasa pertemuan tersebut Jauhari bersetuju untuk membenarkan kelulusan ke atas tanah tersebut dibatalkan dan pihak Kerajaan Negeri Perak berjanji akan memberi tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan itu. Selepas tarikh tersebut Jauhari telah banyak kali membuat permohonan untuk mendapatkan tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan tersebut tetapi tiada tanah baru yang diberikan bagi menggantikan tanah tersebut. Walau pun ada beberapa kali tawaran tanah diberikan kepada Jauhari namun tanah yang ditawarkan berada dilokasi yang tidak sesuai dan tidak sama dengan nilai tanah Jauhari yang dibatalkan. Pada bulan 12/2011 beliau dimaklumkan permohonan bagi menggantikan tanah yang dibatalkan telah DITOLAK, justeru itu Jauhari memfailkan Semakan Kehakiman bagi membatalkan keputusan Kerajaan Negeri Perak menolak permohonan tersebut. Tindakan Mahkamah diambil kerana Jauhari begitu lama menunggu untuk diberikan tanah baru bagi menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan. Jauhari adalah pesara guru dan pada masa ini ahli veteran Umno. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 22 Jan 2012 09:04 AM PST Pengsan empat jam beratur tuntut baucar RM500 BR1M Sinar Harian 22 Jan 2012 . ULU KLAWANG, Jelebu - Akibat menunggu terlalu lama, seorang wanita Orang Posted: 21 Jan 2012 10:13 PM PST Sinar Harian 22 Jan 2012 . ULU KLAWANG, Jelebu - Akibat menunggu terlalu lama, seorang wanita Orang Asli jatuh pengsan ketika beratur semasa menuntut baucar wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Serambai, di sini, tengah hari semalam. Sinar Harian difahamkan, wanita berkenaan, Ros Geboy, 43, dari Kampung Orang Asli Kelaka hadir ke dewan itu seawal kaunter itu dibuka iaitu pada jam 8 pagi. Menurut adiknya, Wahab Geboy, 42, kakaknya beratur hampir empat jam dari jam 8 pagi hingga kira-kira jam 12.30 tengah hari. "Kakak saya tidak menghidap sebarang penyakit tetapi mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan terpaksa beratur panjang menyebabkan dia pengsan. "Kakak saya pengsan selama setengah jam sebelum ambulans datang menghantarnya ke Hospital Jelebu," katanya kepada Sinar Harian. Katanya, kakitangan bank yang bertugas bertindak menuntutkan baucar BR1M milik Ros setelah mendapati dia pengsan ketika beratur. "Saya juga keletihan akibat menunggu terlalu lama tetapi tidak kisah kerana sudah biasa beratur panjang. "Cuma mungkin disebabkan cuaca panas, ia menyebabkan orang mudah pening," katanya. Sementara itu, tinjauan mendapati jumlah penerima yang ramai menyebabkan proses tuntutan baucar memakan masa hingga ada yang terpaksa beratur di luar dewan. Dalam pada itu, seramai 488 penerima baucar BR1M bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Klawang menghadiri majlis penyerahan bantuan berkenaan. Penyampaian baucar itu disempurnakan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Datuk Yunus Rahmat dan Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pengsan-empat-jam-beratur-1.19566 | SAMM MENGUTUK SERANGAN GANAS BERSIFAT PERKAUMAN. Posted: 21 Jan 2012 10:11 PM PST Umno harus ambil tanggungjawab ; serangan bersifat perkauman terhadap program ABU Kenyataan Rasmi 22 Januari 2012 SAMM MENGUTUK SERANGAN GANAS BERSIFAT PERKAUMAN. Asalkan Bukan Umno (ABU) ialah sentimen rakyat yang ingin melihat penyatuan perbagai 'force' dalam usaha menumbangkan Umno ke arah menyelamatkan negara. Ini penting kerana melihat kehancuran negara yang disebabkan Umno iaitu sebuah parti yang dicipta penjajah untuk mewarisi negara ini semakin tidak terbendung. Sentimen ABU ini ialah sentimen rakyat namun baru - baru ini beberapa organisasi pertubuhan bukan kerajaan dengan kerjasama beberapa parti politik telah bergabung untuk memberi nafas baru kepada sentimen ini menjadi kempen kesedaran peringkat nasional. Pada 15 Disember lepas ABU telah dilancarkan di Taman Melewar, Gombak dengan menyaksikan pentas perasmian dikongsi oleh ahli politik, aktivis masyarakat, peniaga kecil, kontraktor, wakil orang asal, pekerja kilang dan wakil-wakil perbagai segmentasi masyarakat hadir menyampaikan ucapan. Selepas itu program berteraskan ABU berterusan dalam perbagai pendekatan dalam skala kecil dan besar. Antaranya ialah pelancaran ABU Pulau Pinang pada 18 Januari 2012 di Permatang Damar Laut yang menyaksikan bukan sahaja lebih 1500 kehadiran dalam kawasan yang dikenali kubu Umno sebelum ini tetapi turut menyaksikan pengistiharan keluar beramai - ramai ahli Umno yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Umno kawasan tersebut. Bukan itu sahaja pengedaran risalah ABU serta kemeja ABU mula menjadi trend anak muda. Mungkin melihat kejayaan dan penerimaan makin meningkat maka Umno menjadi gusar. Minggu lepas sekali lagi ABU menjadi perhatian apabila Hindraf secara rasmi menyatakan pendirian bersama dengan ABU. Hindraf berjanji akan bersama dengan sekutu - sekutu yang bersama sentimen ABU malah koordinator Kebangsaan hindraf w.Sambulinggam menyatakan hasrat ingin bersama PR bagi mengalahkan Umno/Bn dalam PRU akan datang. Serentak dengan itu Hindraf mengusakan beberapa pentas program ABU di beberapa tempat. Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam. Kira - kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan, kebetulan dengan waktu Isya yang lewat maka kehadiran awal ialah majoriti bukan Islam. Kira - kira 9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula duduk diatas pentas. Serentak dengan itu datang kira - kira 20 orang pemuda menjerit perbagai cacian dan makian yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India. Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan. Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul. Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalamai kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah. Petugas dengan beberapa hadirin yang kebutulan ada yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan pemuda - pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan. Ketika kira kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa. Kira - kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku. Jelas serangan tersebut ditujukan kepada hadirin bukan Melayu khususnya India, dalam taklimat sebelum bersurai cheGuBard meminta agar kawan - kawan Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan berbangsa India dapat di iring ke kenderaan dan selamat keluar dari kawasan kerana di keliling dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata bertambah ramai menjerit jerit ugutan perkauman. Ada orang tempatan yang mengenai penyerang tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari pakaian (ada berlogo Umno), aksi dan jeritan mereka yang menghalau orang India keluar kerana ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan serangan tersebut harus dipertanggungjawabkan kepada Umno. Mereka sedang mencipta pergaduhan kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak. Kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1 Malaysia. Adakah orang India sudah tidak selamat berada dikawasan ramai penyokong Umno ? satu lagi paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda Umno menjelang PRU akan datang. Umno harus dipertanggungjawabkan dalam kejadian serangan fizikal, ganas dan bersifat perkauman ini. PDRM dituntut bertindak profesional gambar rakaman semua tersedia dan diserahkan bersama dengan laporan yang dibuat penganjur. Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan. Malah semua rakyat dijemput untuk hadir ke Pelancaran ABU Negeri Sembilan 28 Januari 2012, 9.00 malam Taman Seremban Selatan.
Sekian che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia 22 Jan 2012 2.08 pagi lanjut berita dan gambar sila layari http://chegubard.blogspot.com Laporan bergambar juga di http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/21/mob-disrupts-abuhindraf-talk-many-assaulted/ | Jemputan jadi AHLI KELAB IKRAM JUNIOR Negeri 9 Posted: 21 Jan 2012 03:43 PM PST Dari Facebook Ikram Negeri Sembilan Assalamualaykum warahmatullah. Buat ibu bapa, ikhwah akhawat yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak (6 - 12 tahun) sebagai AHLI KELAB IKRAM JUNIOR Negeri 9. PENDAFTARAN & PERJUMPAAN KELAB IKRAM JUNIOR AKAN DIADAKAN PADA TARIKH : 28 JANUARI 2012 HARI : SABTU MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI TEMPAT : MASJID BANDAR BARU SENAWANG (Berhampiran dengan Balai Polis Senawang & Giant Senawang) ATUR CARA 9.30 PG - 10.30 PG : PENDAFTARAN 10.30PG - 11.30 PG : ICE BREAKING / AKTIVITI ANAK-ANAK 11.30 PG : JAMUAN UNTUK ANAK-ANAK Ibu bapa/ ikhwah akhawat yang telah mengisi borang pendaftaran, sila bawa bersama waktu pendaftaran. Mari bersama isikan masa anak-anak anda dengan aktiviti yang mendidik & menyeronokkan. "GIAT BERMANFAAT GENERASI HEBAT!!" Sumber : http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100001992671059 | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 22 Jan 2012 07:19 AM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan