Ahad, 15 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 15 Jan 2012 03:08 AM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


YB PAKATAN RAKYAT TURUN PADANG

Posted: 14 Jan 2012 03:10 PM PST


TRIANG: ADUN DAP YB Leong Ngah Ngah adalahseorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Ini tebukti dengan tindakanluarbiasanya mengikut sama kerja-kerja pengukuran tanah rakyat yang telahdijalankan oleh pihak yang berkenaan.

Turun padang YB Leong Ngah Ngah inimenyebabkan Dun Triang kekal bawahnya selama 4 penggal . Jika semua wakilrakyat menunjukkan sikap cakna seperti nya itu, maka banyaklah masalah rakyatdapat diselesaikan.

Seorang penduduk Triang yang ditemuimelahirkan rasa bangga dengan sikap cakna beliau, jika sesuatau perkaradimaklumkan kepadanya. Beliau akan memmastikan bahawa masalah itu diselesaikandengan kadar segera.


Beliau turun ke padang bersama-sama dengan isterinya ke dalam hutan bagi melihat sendiri kerja-kerja pengukuran sempadan dilakukan.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 15 Jan 2012 02:01 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Tawaran Jingga: Pakatan Akan Perkasa Perkhidmatan Awam Negara

Posted: 14 Jan 2012 11:15 PM PST

NABI Muhammad s.a.w bersabda; " Mereka (kakitanganmu) adalah saudara (adik beradik) mu, Allah menempatkan mereka di bawah kelolaanmu; sehingga sesiapa mempunyai saudara di bawah kelolaannya maka harus diberinya makan seperti apa yang dimakannya (sendiri) dan memberi pakaian seperti apa yang dipakainya (sendiri); dan tidak membebankan  mereka dengan tugas   berat di luar kemampuan, dan jika kamu [...]

Cikgu Asnah Turun Padang Bantu Mangsa Kebakaran Padang Assam Bayan Lepas

Posted: 14 Jan 2012 11:02 PM PST

Kebakaran yang berlaku pada jam 4.00 petang yang melibatkan 2 buah rumah,Setelah dimaklumkan oleh Pejabat Daerah , Cikgu Asnah Pegawai Penyelaras KADUN N38 Bayan Lepas,Yb Sim ADUN Pantai Jerejak , Penghulu Kawasan Bayan Lepas En Suhaimi bergegas ke tempat kejadian ,juga beberapa pengerusi JKKK iaitu Pengerusi JKKK Bayan Lepas Tuan Hj Rahim , Pengerusi Pekan [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 15 Jan 2012 01:11 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Projek lembu: TPM, Noh juga perlu disiasat, kata DAP

Posted: 14 Jan 2012 11:24 PM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

Memandangkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang bercuti rehat selama tiga minggu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia tidak boleh mengharapkan bahawa beliau kembali.

NONE
Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata walaupun Shahrizat sepatutnya berbuat demikian secara sukarela memandangkan siasatan polis ke atas kemelut projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), beliau percaya bahawa beliau ditekan untuk berbuat demikian.

"Tiada siapa yang percaya Shahrizat akan kembali ke kabinet atau Parlimen selepas tamat cuti tiga minggunya yang berakhir pada 3 Februari ini," katanya.

Menurut Lim, ini disebalik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa keputusan bercuti Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu adalah sesuatu yang tepat.

"Ya, saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi," kata Najib dipetik berkata di akhbar-akhbar hari ini.

NONE
Ini, kata Lim, bermakna bahawa Shahrizat berjaya menghalang siasatan dijalankan ke atas peranannya yang didakwa dalam skandal tersebut yang tercetus berikutan pendedahannnya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 tahun lalu.

Sementara itu, Lim juga menggesa kerajaan menubuhkan siasatan awam berhubung skandal NFC yang juga perlu merangkumi peranan yang dimainkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pertanian semasa kejadian itu dan Datuk Seri Noh Omar selaku menteri pertanian dan asas tani sekarang.

Lim berkata bahawa pembekuan aset NFC sementara menunggu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis adalah tidak mencukupi tanpa siasatan penuh dijalankan.

Malaysiakini/-

Nik Aziz nasihat Hasan Ali 'jaga mulut'

Posted: 14 Jan 2012 11:21 PM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.

NONE
Mursyidul am PAS berkata, tindakan Dr Hasan yang menyebabkannya dipecat genap seminggu lalu menggambarkan kenyataan yang "tidak cerdik", lebih-lebih lagi apabila bercakap secara terbuka kepada media milik Umno.

"Nasihat saya (pada Dr Hasan), jaga mulut. Jaga mulut. (Sepatutnya) kalau ada masalah apa tak betul dengan parti, kita sebut dalam mesyuarat. Ini cakap dalam surat khabar,

"Lebih-lebih lagi surat khabar Umno pula. Lepas itu dibesar-besarkan. Tak cerdik kita bila kita cakap bom bang bom bang kepada orang ramai. Nak kata bodoh tak boleh. Tak cerdiklah," katanya.

Dr Hasan yang merupakan penceramah motivasi terkenal dipecat serta merta daripada PAS pada 8 Januari lalu kerana tindakannya yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti, seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan ali
Beberapa jam selepas pemecatannya diumumkan, Dr Hasan (kanan) dalam perhimpunan di rumahnya dilaporkan menyifatkan pemecatannya hanya kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik ketua pembangkang.

Dalam wawancara dengan Malaysiakinidi kediaman rasminya di Kota Bharu Khamis lalu, mengenai nasib Dr Hasan, Nik Aziz berkata terpulanglah kepadanya sama ada untuk merayu atau tidak atas keputusan jawatankuasa pusat PAS itu.

"Ikut dialah. Kita beri peluang pada dia merayu. Bila merayu kita tengok keas macam mana keadaannya," katanya tanpa mahu mengulas panjang isu itu.

'Nasha sudah akil baligh, ikut dialah'

Nik Aziz juga mengulangi bahawa pemecatan itu sebagai perkara biasa dan mengumpamakannya sebagai penceraian dalam rumah tangga melibatkan suami dan isteri.

"Saya sebut dah, anak ramai, perempuan kaya suami dapat (gelaran) datuk, harta banyak, juga bercerai.

"Kerana apa? Ada sebab-sebab tertentu," katanya sambil mengingatkan tentang pemecatan presiden PAS keempat Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda daripada parti itu.

"Maknanya tak ada parti yang tak pecat ahlinya bila ada masalah. Di Kelantan ini, dua tiga orang Umno pun dipecat. "

azlan
Sementara itu, ditanya tentang pendirian bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa (kiri) yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Dr Hasan, Nik Aziz hanya berkata "itu dia punya pasal".

"Saya ini bila ada kes di depan, dalam mesyuarat itu saya buat keputusan. Tetapi saya nak komen luar (mesyuarat) begini saya tak boleh.

"Ikut dia, sudah akil baligh. Orang itu dah akil baligh reti apa yang bercanggah dengan peraturan, apa yang tidak," katanya.

Nasharudin antara pemimpin PAS yang hadir menyatakan sokongan pada perhimpunan di rumah Dr Hasan di Petaling Jaya pada malam beliau dipecat.

Beliau malah dilapor berucap mempertahankan Dr Hasan yang dikatakan menghadapi tugas yang bukan mudah dan diasak daripada pelbagai sudut ketika menegakkan agama.

Hasan bayangkan tak merayu

Dalam perkembangan berkaiatan, Dr Hasan dilapor membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang sehingga 7 Februari depan.

Dr Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian itu selepas merasakan perjuangan dalam PAS dikhianati oleh sekumpulan 'parasit' yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain, lapor Sinar Harian.

"Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti," beliau dipetik sebagai berkata dalam Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Kuala Lumpur.

Malaysiakini/-

Konvensyen Pakatan Rakyat lambang kebersamaan PR

Posted: 14 Jan 2012 11:16 PM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -
http://msomelayu.blogspot.com

Semasa meninggalkan bandar Alor Star jam 10:30 malam saya memasang angan-angan untuk mengisikan blog dengan memberi ulasan khas kepasa konvensyen ke-3Pakatan Rakyat yang berlangsung di stadium tertutup Sultan Abdul Halim di Suka Menanti Alor Star.

Sapaan para penenguk kepada saya di sepanjang berada di konvensyen itu memberi semangat dan kekuatan kepada saya untuk berbuat demikian, menyegerakan ulasan dalam blog.

Walhal mana mungkin untuk mengisi blog pada jam 4:20 pagi sebaik setiba dari Alor Star? Tubuh sudah lunyai dan kaki sudah kejam berdenyut. Sementelahan saya tidak dikejar dengan apa-apa tuntutan yang memaksa berbuat begitu kerana berblog semuanya percuma.

Walaupun blog saya tidak perlu dibayar dan boleh dihayati dengan percuma, dan boleh juga di hentam dan maki hamun secara percuma oleh sesetengah individu, tetapi rasa tanggungjawab tetap berdiri dalam hati. Saya tetap menjadikan blog Merah Tinta sebagai blog awal menyiarkan laporan.

Pertanyaan dan semangat yang diberikan oleh para penjenguk khasnya penjenguk tegar menjadi saya bersalah kalau tidak mengisi blog atau menyegerakan membuat pengeposan apa-apa peristiwa atau pun membuat apa-apa ulasan berhadap sesuatu isu. Saya dapat mersakan betapa penjenguk begitu mengharap kepada laporan dan ternanti-nanti pandangan dari saya.

Setiap kali mengingati itulah kadang kala saya mengorbankan masa untuk tidur dan juga makan. Adakanya di meja kecil saya tersedia dua tiga gelas tea atau kopi yang sudah kesejutan disiapkan isteri tanpa sempat menjamahnya kerana keasyikan menulis. Benarlah keasyikan menyebabkan kita kepada dunia lain diluar tumpuan kita. Kalau asyik mengejar perempuan maka akan lupa kepada perjuangan!

Realiti ini jarang diketahui dan rakan-rakan atau penjenguk hanya akan bertanya masa mana MSO menulis. Mereka hanya tanya itu tetapi tidak cuba memahami kesulitan dan masalahnya. Sebab itu ada kalanya saya jadi bengkeng kepada mereka yang menegur atau mempersoalkan typo yang berlaku dalam catatan saya.

Atas harapan dan penanti penjenguk itu maka saya bertekad dan akan berbuat seperti biasa. Malangnya kadang kala kita ini selalu bersikap egois, tenaga kurang tetapi nafsu kuat. Sebaik sampai rumah belum tanggal baju dan seluar saya terus up-loadkan gambar dari kamera ke dalam laptop sebagai proses awal untuk melapor atau mencatatkan mengenai konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3.

Selepas memerhati gambar yang diup-load tidak begitu menghairahkan tiba-tiba semangat menjadi kendur dan terpaksa membatalkan niat. Saya merasa bersalah kalau menghidang sesuatu yang tidak bermutu kepada penjenguk. Kalaulah ada kawan-kawan telah merakam gambar di konvensyen itu dan juga ceramah belah malamnya berhajat nak kongsi dengan saya bolehlah kirim kepada saya untuk digunakan.

Sesuatu hasil kerja yang kita lakukan akan menjadi pendorong kepada kita. Disebabkan gambar kurang menarik maka dorongan itu tidak ada, natijahnya laporan dan ulasan mengenai konvensyen itu tidak disegerakan. Mohon maaf kepada penyelek blog Merah Tinta yang kecewa kerana tidak dapat membaca catatan mengenai itu sesegeranya.

Berbalik kepada konvensyen di Alor Star semalam ia memberi beberapa keputusan yang dapat dirumuskan di sini. Apa yang saya nampak konvensyen berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan bukan saja menggalkan tetapi penuh keghairahan. Mungkin dari segi angka kehadirannya tidak begitu memberangsangkan, sekitar 3,000 itulah sebab ada media kroni dan PB melaporkan ia hambar dan tawar saja.

Kalau orang hanya melalui di hadapan stadium tertutup itu tidak akan dapat membilang angkanya yang sebenar atau merasa gelolak jiwa peserta yang hangat bertepok tangan. Dari luar ia tidak nampak berapa jumlah sebenarnya. Tetapi mengenai konvensyen itu bukan jumlah yang penting, tetapi yang mustahaknya konvensyen itu berjaya memberi satu resolusi terhadap masalah negara dan rakyat pada masa.

Kalau hendak melihat atau ukur berjaya atau tidak konvensyen itu dari segi jumlah kehadiran ialah pada ceramah perdana di sebelah malamnya -- saya akan ulas dan memberi pandangan saya secara berasingan selepas ini.

Konvensyen itu adalah majlis rasmi di mana pesertanya dijemput. Bukan semua orang boleh menghadirinya. Penyertaannya terbatas. Sebab itu peserta diminta mendaftarkan diri. Konvensyen itu bolehlah dianggap forum untuk membincang kesemua masalah rakyat untuk dicerkainkan dan diuruskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kelak.

Nilai atau pun keistimewaan lain di sebalik konvensyen itu komponen Pakatan Rakyat, Pas, PKR dan DAP duduk dalam satu majlis untuk memdengar ritihan, kehendak dan harapan rakyat dari semua aspek kehidupan. Konvensyen itu saya ruang mendapat input dan memberi input dari pemimpin kepada rakyat dan sebaliknya.

Dalam konvensyen ini parti-parti itu tidak bercakap hanya dalam lingkungan mereka saja, soal-soal kepentingan kaum, agama dan budaya tetapi membuka ruang untuk kepentingan semua sesuai dengan nilai kesejagatan hidup dan idealisme jihad Pakatan. Majlis seperti ini adalah memberi keyakinan kepada umum bahawa ketiga parti yang berbeza ideologi dan berbeza pendekatan sebelum ini sudah boleh duduk sekali dan sama-sama mengunyah masalah rakyat secara terbuka, telus dan beterus terang -- demi rakyat.

Sebenarnya persepakatan atau kejayaan Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen itu sesuatu yang digerumi oleh UBN. Kalau sebelum ini mereka (UBN) mencanangkan Pakatan Rakyat sebagai kahwin mutaah, pakatan yang tidak terikat, gabung bersifat sementara atau pelbagai anologi buruk lagi namun dengan terlaksanakan konvensyen berkenaan menunjukkan ketiga parti itu mempunyai satu komitmen dan mereka dapat membuang sifat mementingkan diri sendiri.

Yang menarik pada setiap konvensyen kesemua pemimpin dan peserta yang terdiri dari tiga fraksi (Islami, Sosial, Demokrat) akan melafazkan ikrar, berjanji sesungguh hati dan semurni jiwa untuk bekerjasama demi rakyat. Ikrar ini saya sifatkan sebagai satu tali besar yang memberkaskan mereka (PR) dalam satu ikatan dibuat semata-mata demi rakyat dan negara. Ia lebih penting lagi apabila ikrar itu diterjemahkan dalam gerak kerja mereka dan menjadi bukti ia diterima rakyat apabila satu demi satu meruntuhkan kerajaan negeri pimpinan UBN.

Apa yang termasuk dalam ikrar itu dan ini saya kira adalah intipati besar bahawa Pakatan Rakyat berjanji dan berusaha untuk membina Malaysia Baru. Tampaknya semua para pemimpin, ahli dan penyokong PR bersetuju untuk meruntuh Malaysia lama ciptaan UBN dan membina Malaysia Baru yang lebih dituntut oleh rakyat.

Ciri-ciri Malaysia baru seperti mana disebut dalam ikrar itu ialah membina negara yang adil, demokratik serta menjujung beberapa prinsip asas yang dipersetujui bersama antaranya akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat, menumpukan sepnuhnya usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Apa tercermin dalam ikrar itu Malaysia sebuah negara baru yang mengutamakan prinsip keadilan sosial, demokrarik dan berkebajikan.

Tidak dapat tidak dalam pemerhatian saya konvensyen itu ada kecatatan dan kekurangan tetapi soal titik bengkit itu tidaklah mengagalkan tujuan konvensyen itu diadakan. Ia boleh diperkemaskan di masakan datang biarlah bersesuaian dengan proses kematangannya.

Sekalung tahniah dan syabas diucapakan kepada Pengarah Konveysen Mahfuz Omar nampaknya beliau berjaya memikul tanggungjawab itu dan sekaligus menunjukkan kemampuannya untuk membantu atau memangku tugas itu yang seharusnya dipikul oleh MB Kedah Azizan Razak.

Lebih 50,000 hadir Rapat Rakyat Perdana

Posted: 14 Jan 2012 11:15 PM PST

Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 15 Jan: Lebih 50,000 rakyat di seluruh Kedah hadir pada Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, malam tadi.

Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium.

Keadaan itu menjadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan kopiah yang memutih yang cukup memukau pandangan jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

"Macam duduk di Padang Arafah," begitulah reaksi yang dituturkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulaklan ucapannya.

Dalam ucapannya, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan antara lain mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan Kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada PRU Ke-13 akan datang.

Program yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu turut menampilkan beberapa penceramah lain dari PAS dan Pakatan Rakyat, dengan dimulai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.

Manakala dari DAP, Pengerusi dan Timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh dan Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong.

Ceramah pada malam tadi adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di stadium tersebut bermula jam 8.00 pagi tadi.

Harakahdaily/-

Presiden PAS putuskan pengganti Hasan hari ini.

Posted: 14 Jan 2012 11:14 PM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Jan:Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membuat keputusan hari ini calon bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, nama itu akan beliau sampaikan kepada Menteri Besar Selangor esok.

"Kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari PAS," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Semalam, Dewan Harian PAS Pusat bermesyuarat di Alor Setar. Antara topik yang dibincangkan adalah pengganti Hasan Ali.

Hasan dipecat daripada menjadi ahli PAS pada 8 Januari lepas oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau bagaimanapun berpeluang membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 30 hari selepas dipecat.

Bagaimana pun, malam tadi Hasan membuat keputusan tidak akan merayu. Ia diumumkan beliau dalam satu majlis di Gombak.

Media hari ini menyiarkan keputusan Hasan itu.

Sebelum ini, beberapa pimpinan utama PAS meminta Hasan merayu termasuk Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Pada 13 Januari lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan perlantikan exco kerajaan negeri yang baru bagi mengantikan Hasan akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan, Shah Alam.

Beliau yang hadir pada sidang media selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberitahu pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan status kedudukan Hasan yang tidak lagi menjadi ahli PAS.

"Pagi tadi saya telah mengadap Tuanku Sultan untuk memberi taklimat mengenai status Dr Hasan sebagai exco.

"Dalam pertemuan itu saya telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah menerima surat rasmi dari PAS yang memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 8 Januari yang lalu telah membuat keputusan memecat Dr Hasan dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta merta," jelasnya.

Memandangkan Hasan bukan lagi ahli PAS, maka beliau tidak lagi boleh menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan Khalid telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan Hasan.

"Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan perlantikan Dr Hasan sebagai ahli MMKN.

"Pada masa yang sama, Tuanku Sultan telah menurunkan kuasanya pada saya untuk melantik ahli baru MMKN, dalam pada itu baginda juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," katanya.

Harakahdaily/-

Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana

Posted: 14 Jan 2012 11:02 PM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

Puluhan ribu banjiri Rapat Rakyat Perdana
Ribuan rakyat di seluruh Kedah dan kawasan sekitar membanjir Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Alor Setar, malam semalam.

Kereta hadirin berbaris sepanjang dua kilometer akibat kesesakan dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke tapak ceramah yang penuh sesak sehingga ada yang terpaksa duduk di luar stadium.

Ketayap putih yang dipakai sebahagian besar hadirin mejadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan putih yang cukup memukau jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.

pakatan kedah mega ceramah 150112 anwar speaking
Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada seteru politiknya agak menghentikan ejekkan terhadap diri dan keluarganya dan berkata "cukuplah" atas apa yang telah mereka lakukan dan mengulangi kesediaannya memaafkan mereka.

"Mereka telah lakukan segala-galanya terhadap saya, sepak saya, telanjang dan membogelkan saya tetapi saya bersedia memaafkan mereka.

"Jangan ganggu kami lagi kerana kami akan terus berjuang," katanya membayangkan beliau tidak sanggup lagi untuk bertolak ansur dengan serangan kotor dan firnah yang dilemparkan lebih lama.

pakatan kedah mega ceramah 150112 nik aziz
Sebelum itu, orang ramai terpukau dengan kehadiran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang datang dengan bertongkat, walaupun jelas kelihatan masih uzur.

"Macam duduk di Padang Arafah," kata Nik Aziz ketika hendak memulaklan ucapannya, berhubung jumlah yang sebegitu ramai yang hadir.

Sambil mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini, beliau meminta rakyat untuk menerima kumpulan-kumpulan etnik dan agama yang berbeza di sekeliling mereka.

Nik Aziz kemudiannya berkongsi pengalamannya bagaimana masyarakat majmuk hidup aman damai di Kelantan.

"Orang-orang Cina telah pun derma kepada masjid. Bila mereka terima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan, mereka akan derma sebahagiannya kepada kami," katnya.

Turut mendapat perhatian hadirin adalah ucapan Pengerusi DAP Karpal Singh yang berucap dari kerusi rodanya mengenai perbicaraan Anwar.

"Kami akan terus lawan, sama ada Peguam Negara buat rayuan ataupun tidak," katanya.

pakatan rakyat kedah stadium 150112
Beliau turut menyentuh secara ringkas kemelut hukum Hudud di antara ketiga-tiga sekutu Pakatan dan berkata mereka mesti menyelesaikan isu itu sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Isu ini kami masih lagi dikaji. Kita mesti bincang dan cuba cari jalan penyelesaian," katanya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang juga hadir dan duduk di pentas utama. Antara mereka, termasuk PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Abdul Hadi ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

pakatan kedah mega ceramah 150112 crowd 7
Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali serta Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli parlimen Kepong.

Ceramah malam semalam adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di Alor Setar. MK/-

Jet pejuang Perancis, Arab Saudi bertembung

Posted: 14 Jan 2012 03:43 PM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

RIYADH: Pesawat pejuang Perancis, Mirage dan jet pejuang milik Arab Saudi, F-15 bertembung ketika menjalani latihan bersama di wilayah utara Tabuk.

Demikian menurut laporan agensi berita Arab Saudi, SPA yang memetik pegawai tentera, Sabtu (waktu tempatan).

"Ketika misi latihan udara bersama antara kedua-dua negara, pesawat Mirage milik angkatan tentera Perancis bertembung dengan pesawat F-15, milik angkatan tentera Arab Saudi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, katanya, seorang juruterbang Arab Saudi dan dua juruterbang Perancis terselamat dan mereka dibawa ke Pusat Operasi Sektor Utara.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan terbabit. - AFP

Gempa bumi magnitud 5.8 melanda Filipina

Posted: 14 Jan 2012 03:40 PM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

NEW YORK: Gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda wilayah Kepulauan Babuyan, utara Filipina, tengah malam tadi (waktu tempatan), menurut Jabatan Kaji Selidik Amerika Syarikat (USGS), pagi ini.

USGS berkata, gempa bumi yang melanda jam 12.36 pagi Ahad dicatatkan pada kedalaman 25.5 kilometer (km), iaitu 511 km utara Manila.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan atau kerosakan diterima, manakala Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran susulan kejadian itu. - AP

MU pencabar utama City, Spurs tercicir

Posted: 14 Jan 2012 03:38 PM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

LONDON: Manchester United yang mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Bolton Wanderers semalam, mengesahkan statusnya sebagai pencabar utama terhadap Manchester City dalam saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Selepas enam bulan mengumumkan pengundurannya, bekas pemain tengah England, Paul Scholes, menjaringkan gol pertama 'The Red Devils' pada minit ke-45.

Scholes berusia 37 tahun menjaringkan gol hasil lencongan penyerang Manchester United, Wayne Rooney; sebelum Danny Welbeck dan Michael Carrick menutup tirai jaringan dalam perlawanan semalam.

Sementara itu, keputusan seri 1-1 antara Tottenham Hotspur dan Wolverhampton Wanderers membuka ruang kepada pasukan bimbingan Alex Ferguson menambah dua mata berbanding pasukan di tempat ketiga ketika ini (Tottenham).

Saingan musim ini bola sepak EPL bertambah menarik apabila apabila Manchester United mencatatkan perbezaan jaringan kepada satu gol berbanding City.

Pasukan bimbingan Roberto Mancini hanya akan beraksi Isnin depan menentang Wigan. - AFP

Karpal Gesa Peguam Negara Tidak Rayu Terhadap Pembebasan Anwar

Posted: 14 Jan 2012 03:31 PM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

GEORGE TOWN: Peguam utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menggesa Peguam Negara (AG) tidak memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membebas dan melepaskan ketua pembangkang itu dari tuduhan liwat.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata sebagai peguam bela beliau juga berhak, berdasarkan keterangan, menggesa AG agar tidak membuat rayuan.

"Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya semasa pesta Pongal di sini, Sabtu.

Pada 9 Januari, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari.

Sekalipun rayuan dibuat bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim supaya AG mengemukakan rayuan, Karpal Singh berkata sebagai peguam bela beliau juga mempunyai hak menggesa AG supaya tidak berbuat demikian.

"Cukup malang perkara berkenaan telah berlarutan hingga ke peringkat ini buat Saiful, tetapi sebaiknya negara dan semua terlibat menghentikan penghinaan terhadap Anwar dan keluarganya dan terus bergerak menangani isu-isu politik yang lebih penting yang menyentuh setiap orang," kata beliau. - BERNAMA

Amaran keganasan: Suspek dipercayai rakyat Sweden

Posted: 14 Jan 2012 03:29 PM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

STOCKHOLM 15 Jan. – Suspek yang ditahan di Thailand selepas satu amaran dikeluarkan mengenai kemungkinan berlakunya serangan pengganas di ibu negara itu, dipercayai merupakan seorang rakyat Sweden.

Jurucakap Kementerian Luar, Andre Mkandawire berkata semalam, suspek yang ditahan di Thailand merupakan seorang pemegang pasport Sweden.

"Kami telah menerima maklumat mengenai suspek itu namun kedutaan kami di Thailand sedang menyiasat jika maklumat tersebut adalah benar," katanya. - AFP

3 cedera kereta api pengangkut tergelincir akibat letupan

Posted: 14 Jan 2012 03:27 PM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

DAMASCUS 15 Jan. – Sekurang-kurangnya tiga cedera semalam selepas sebuah kereta api pengangkut yang dipercayai membawa bahan api, tergelincir lalu terbakar disebabkan oleh letupan bom di wilayah Idlib barat laut Syria.

"Bahan letupan itu diletakkan di atas landasan kereta api antara stesen Mahmabil dan Bishmarun di Idlib oleh sekumpulan pengganas bersenjata menyebabkan kereta api yang dimuatkan dengan bahan api, tergelincir lalu terbakar," lapor agensi berita SANA.

Katanya, kereta api itu membawa sebanyak 1,000 tan bahan api untuk digunakan bagi penjanaan kuasa. - AFP

Polis Kemboja temui 5 mayat disumbat di dalam beg pakaian

Posted: 14 Jan 2012 03:26 PM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

PHNOM PENH 15 Jan. - Polis Kemboja semalam menemui lima mayat termasuk dua daripada mereka disumbat di dalam beg pakaian dan ditinggalkan di dalam sebuah kereta milik seorang lelaki Perancis yang dipercayai telah hilang bersama empat anaknya selama beberapa bulan lalu, kata pegawai.

Pengarah Jabatan Keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri, Chhay Sinarith berkata, kereta itu dimiliki oleh Laurent Vallier, 42, diangkut keluar dari sebuah kolam berdekatan rumah kediamannya di wilayah selatan Kampung Speu.

"Lima mayat itu dipercayai merupakan keluarga Perancis yang telah hilang selama beberapa bulan lalu," ujar Sinarith.

Katanya, polis masih menyiasat punca kematian mereka. - AFP

Kelantan mahu hapus hutang PTPTN

Posted: 14 Jan 2012 06:11 AM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata negeri itu akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar hari ini, Husam berkata bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.

Kenyataannya itu bagi menjawab satu cabaran yang dikemukakan seorang wakil pelajar di konvensyen berkenaan dalam sesi terdahulu.

Husam mengulas, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005.

Semua aset NFC telah dibekukan, bukti bahawa dakwaan ada kebenaran !

Posted: 14 Jan 2012 05:58 AM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) telah dibekukan pada masa ini.

Katanya, beliau juga sudah menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar untuk mengkaji apakah penyelesaian yang terbaik dalam isu NFC, dengan siasatan polis yang dijalankan dan masa depan NFC itu sendiri.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.

Perdana menteri juga menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengambil cuti selama tiga minggu adalah keputusan yang tepat.

Katanya, ia akan membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Shahrizat sama ada beliau terbabit atau tidak dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Najib berkata ia termasuk siasatan dari awal lagi sama ada Shahrizat sebagai seorang menteri, terbabit dalam proses pemberian projek itu kepada keluarganya.

"Ya, saya dah berbincang dengan Shahrizat. Keputusan untuk ambil cuti itu adalah keputusan yang tepat untuk membolehkan pihak berkuasa jalankan siasatan yang rapi.

"Dan Datuk Seri Sharizat beritahu dia sanggup disiasat sepenuhnya dan apa yang akan berlaku kemudian tertakluk kepada hasil siasatan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Parit Buntar hari ini.

Shahrizat dalam satu kenyataan Khamis lepas mengumumkan telah memohon bercuti rehat selama tiga minggu mulai semalam daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui suaminya Dr Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan Pakatan Rakyat tentang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Pada 12 Jan lepas Parti KEADILAN mendesak kerajaan supaya membekukan aset National Feedlot Corporation (NFC) sebelum syarikat itu mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) dan mesyuarat lembaga pengarahnya.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata pembekuan aset itu penting bagi memastikan NFC tidak melakukan penstrukturan semula kerana ia akan membantutkan siasatan polis.

PAS, DAP, PKR adalah 'kuda perjuangan'

Posted: 14 Jan 2012 05:56 AM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 14 Jan: PAS, DAP dan PKR tidak pernah diperalat, diperkuda dan diperbodohkan antara satu sama lain, sebaliknya ketiga-tiga parti itu adalah 'kuda-kuda perjuangan' untuk merubah landskap politik tanah air.

Hanya dengan kuda-kuda perjuangan itu yang yang akan membolehkan politik kotor yang diamalkan oleh Umno BN di negara ini dibersihkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya melangkah ke Putrajaya pada PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, oleh itu dakwaan Umno yang mengatakan PAS diperalatkan atau diperkudakan oleh DAP ternyata tidak berasas.

"Kita adalah kuda-kuda perjuangan dan kita tidak sekali-kali boleh diperbodohkan oleh sesiapa, insya Allah," katanya ketika berucap pada sesi Penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu"adzam Shah, di sini, hari ini.

Berucap pada sesi yang dipengerusikan oleh Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah itu, beliau berkata, kerjasama erat antara PAS, DAP dan PKR ternyata amat mencemaskan Umno sehingga menyebabkan mereka sanggup membuat dakwaan seperti itu.

Bagaiamanapun, katanya, rakyat tahu realiti yang sebenarnya dan tidak lagi boleh diperbodohkan oleh Umno BN, sebaliknya ingin bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan pada PRU Ke-13 nanti.

"Sejak berada di bawah pemerintahan BN, rakyat juga sudah tahu betapa tidak bertanggungjawabnya Umno BN dalam pelbagai perkara termasuk Bahasa Melayu sendiri sebagai bahasa rasmi negara yang dikerdilkan," katanya.

Mereka juga, tambahnya, turut memainkan isu perkauman, pada hal kedudukan Malaysia sebagai negara yang didiami pelbagai kaum dan mempunyai pelbagai budaya boleh mendatangkan kekuatan kepada negara jika ditangani dengan betul.

"Begitu juga dengan permuafakatan yang diadakan oleh PAS dan DAP sebenarnya adalah atas perkara-perkara yang tidak berbeza yang boleh dimuafakati.

"Manakala dalam perkara-perkara yang berbeza pula, kita akan bertasamud," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.

Politik, tegas beliau lagi, adalah amanah Allah yang mesti dijaga dengan baik kerana ia adalah perkara yang baik dan bersih.

"Inilah yang dipraktikkan oleh PAS sejak dulu seperti yang dikehendaki oleh Islam, tetapi Umno BN tidak pernah mempedulikan perkara itu sehingga menyebabkan politik menjadi amat kotor di tangan mereka," ujar beliau.

Ma Ying-jeou dahului pilihan raya Presiden Taiwan

Posted: 14 Jan 2012 05:52 AM PST

21 Safar 1433H. [MOD] -

TAIPEI: Pemimpin Taiwan yang mempunyai hubungan baik dengan China, Ma Ying-jeou sedang mendahului dalam pilihan raya Presiden, lapor televisyen tempatan.

Pada ketika jumlah undi sebanyak 10 peratus baru dikira hari ini, Ma, 61, yang juga bekas Menteri Keadilan dan Datuk Bandar Taipei, mendapat 52.6 peratus undi manakala pembangkang dari Parti Progresif Demokratik, Tsai Ying-wen meraih 44.5 peratus.

Calon ketiga, James Soong, bekas orang kuat dalam Parti Nasionalis yang dipimpin Ma cuma mendapat 2.9 peratus undi. - AP

Sultan Kelantan dahului senarai penerima darjah kebesaran Kedah

Posted: 14 Jan 2012 05:49 AM PST


21 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR: Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V mendahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena keputeraan ke-84 Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini, esok.

Sultan Muhammad adalah penerima tunggal Darjah Kerabat Kedah (D.K).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula dianugerahkan Darjah Seri Setia Diraja Kedah (S.S.D.K) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga orang penerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S) (gelaran Datuk Paduka) ialah pengasas Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Pengarah Urusan United U-Li Corporation Berhad, Datuk James Lee Yoon Wah; Pengarah Jabatan Keselamtan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pesuruhjaya Datuk Salleh Mat Rashid; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; dan Pegawai Khas Perdana Menteri, Prof Datuk Dr Khairul Annas Jusoh akan menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (D.G.M.K) (gelaran Datuk Wira).

Penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Othman Abd Razak pula adalah penerima tunggal Darjah Kebesaran Mahkota Kedah (D.P.M.K) yang membawa gelaran Datuk.

Darjah Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) yang juga membawa gelaran Datuk akan dianugerahkan kepada 44 orang manakala 18 lagi menerima Jaksa Pendamai (J.P).

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah akan mewakili Tuanku Abdul Halim menganugerahkan darjah serta bintang kebesaran tersebut di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, pagi esok.

Antara penerima D.S.D.K. ialah Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail; dua anggota Exco kerajaan Kedah, Aishah Ghazali dan S Manikumar; ahli Dewan Negara, Senator Boon Som a/l Inong; ahli perniagaan, Datuk Muhammad Ikmal Opat Abdullah; dan Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim.

Setiausaha Kerajaan Kedah, Datuk Paduka Rasli Basir, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Isa Ismail serta tiga Exco kerajaan negeri, Datuk Taulan Mat Rasul, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Tan Chow Kang antara penerima J.P.
- BERNAMA

Peghelih La...

Posted: 14 Jan 2012 11:50 PM PST

Peghelih La...


Pakatan ikrar bentuk kerajaan bersih

Posted: 14 Jan 2012 12:15 PM PST

Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menyatakan ikrar untuk mengukuhkan jati diri dan menolak kesemua bentuk sogokan yang boleh mengkhianati usaha pakatan tersebut.

Pemimpin DAP, PAS dan PKR itu mengangkat tangan dan membacakan lima ikrar tersebut di hadapan 2,000 orang penyokong mereka dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar.
Dalam ikrar tersebut, pemimpin berkenaan berkata asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh dan rakyat Malaysia semakin dinafikan hak serta terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.

"Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan," kata pemimpin parti itu ketika membacakan ikrar yang diketuai penolong setiausaha agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Pemimpin berkenaan menggariskan empat janji utama – mempertahan perlembagaan dan dasar bersama Pakatan, memperkukuh kerjasama antara anggota komponennya serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Pemimpin yang mengambil bahagian dalam upacara sumpah ikrar itu termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta timbalannnya Azmin Ali.

Turut sama dalam upacara itu ialah setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, penasihat parti itu Lim Kit Siang, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.

Tawaran Jingga Pakatan Rakyat – ‘Bersihkan Malaysia’

Posted: 14 Jan 2012 12:07 PM PST

Di ambang pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), negara kembali berdepan dengan pelbagai kemelut dan suasana krisis hasil langsung dari urus-tadbir dan tata-kelola sebuah pemerintahan yang tempang. Sebuah kerajaan yang tidak benar-benar komited untuk mensejahterakan rakyat seluruhnya bahkan meletakkan keutamaannya untuk membela suku-sakat kroni dan membolot kekayaan negara untuk segelintir kelompok penguasa, lazimnya akan berakhir dengan kehidupan rakyat yang serba terhempit dan ternafi dari mengecapi kekayaan dan kemakmuran negara.

Justeru, jurang antara kaya-miskin tampak semakin melebar, kesenjangan pembangunan antara bandar-desa, antara pantai Barat Semenanjung dan negeri pantai Timur-Utara, serta Sabah-Sarawak semakin ketara. Begitu juga hal hutang negara, khasnya hutang awam (Kerajaan Persekutuan) terus membengkak, daya-saing terus menjunam, 'brain-drain' tidak mampu disekat, ketirisan akibat rasuah dan salahguna kuasa dalam sistem 'delivery' berulang setiap tahun dan ekonomi terdedah kepada ancaman kebankrapan hasil pengurusan dan defisit fiskal yang tidak mematuhi tuntutan amalan terbaik-best practice- dan prinsip tata-kelola kewangan pruden.

Lebih parah lagi kerana krisis ini bukan sahaja menyinggung aspek ekonomi dan kewangan akan tetapi melingkungi seluruh dimensi kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Kebrentakan ini terpapar jelas dengan pelbagai pola-pola persengkataan yang semakin tajam dan mendalam, di segi pertentangan ras-perkauman, tuntutan kelompok pendukung agama secara sempit dan kelompangan atau 'lacuna' bidang kuasa legal dan perundangan yang kerap disemarakkan api kefanatikan dan kejumudan politik perkauman.

Sementara itu fungsi institusi-institusi kritikal terus terkorban dari berperanan menjadi penyemak-imbang utama yang berkesan kerana terlalu tunduk dan dibelenggui penguasa Eksekutif yang angkuh dan rakus memusatkan dan merampas bidang wewenangan kuasa cabang Judisiari dan Legislatif yang terus dimandulkan.Tegasnya seteru politik kita, Umno-BN telah merosakkan dan menodai institusi-institusi kritikal negara –"An Assault on the Nation" yang sekaligus telah menatijahkan "Kereputan Sistem" atau "Systemic Rot" secara menyeluruh.Suasana ini cukup ngeri dan amat menakutkan, andainya ia berterusan kerana pastinya bakal menggagalkan usaha gigih pelbagai pihak untuk mendayakan negara supaya mampu bersaing dalam arus persaingan global dan serantau yang semakin sengit sekaligus mengancam kesinambungan negara sebagai yang bermaruah, berdaulat dan punya daya-juang dan daya saing yang tinggi.

Berdepan dengan lingkaran krisis yang tidak berhujung ini dan setelah menekuni serta mengenalpasti punca-sebab gejala kebrentakan ini, maka Pakatan Rakyat tampil dengan satu 'Tawaran Jingga' untuk mengundang seluruh rakyat dan pemilik penting-'critical stakeholders' negara ini, agar turut bersama-sama dalam satu gagasan "Membersihkan Malaysia" dari pelbagai kekotoran pengurusan pemerintahan Umno-BN supaya akhirnya kemakmuran dan sumber kekayaan negara mampu dikecapi, dinikmati dan dikongsi bersama oleh seluruh rakyat di negara bertuah ini.Inilah ertinya 'Merakyatkan Kemakmuran Untuk Semua" dalam satu permufakatan mulia, perkongsian murni dan persefahaman mendalam tuntutan kepelbagaian agama dan budaya agar mampu menghayati sunggguh-sungguh slogan - "Sharing The Nation" – "Bersama Mengecapi Kemakmuran Negara" .Tawaran Jingga – Huraian PendekatanSesungguhnya, pembentangan 'Tawaran Jingga' ini hanyalah satu prelude kepada 'Tawaran Manifesto' Pakatan Rakyat.

Tawaran Jingga ini sekadar menerangkan perbezaan pendekatan Pakatan Rakyat berbanding Umno-Barisan Nasional.Pendekatan pihak lawan yang bersifat menampilkan ungkapan pelbagai akronim ajaib yang sebenarnya mengusutkan fikiran bermula dengan NKRA, NKEA, PTK (GTP), SRI, NEM (MEB), ETP, EPP dan panjang lagi kalau dimasukkan agensi-agensi pelaksananya MAMPU, Pemandu, Pemudah, kini TERAJU yang kesemuanya boleh dibawa kepada satu lagi yakni ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) ketika sakit dan nazak.Saya yakin keseluruhan akronim ini dan tindih-tindannya tidak difahami sendiri oleh ramai menteri termasuk YAB PM, kecuali dua menteri pintu belakang (senator) di Jabatan Perdana Menteri itu..yang sentiasa bersedia memberi kuliah yang panjang ketika ditanya sikit oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan (dan juga BN) di Dewan Rakyat. Inilah dia Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang sangat dihajati oleh PM Najib.Sesungguhnya tidak akan dapat dilakukan Transformasi kecuali dirancang, dilaksana dan diurus program 'Reformasi Menyeluruh' dalam menangani 'kereputan sistem' yang dirobek dan dinodai regim Umno-Barisan Nasional.

Tawaran Jingga kami pula merumuskan pendekatan "Political Economy"

[1]atau pendekatan yang benar-benar mencerakinkan kembali kebijakan disiplin ekonomi ini dalam menggarap tuntutan Politik.Ia adalah disiplin atau bidang ekonomi yang membicarakan bagaimana "keputusan politik mempengaruhi bidang ekonomi atau economic outcomes" atau dengan kata lain mudahnya "Perubahan Ekonomi atau 'Economic Changes' hanya akan dapat dipacu dan direalisasikan dengan bersekali dilakukan oleh sesebuah kerajaan akan 'Reformasi Politik'.

Sebaliknya pula bagaimana cita-cita "Transformasi Ekonomi" akan gagal dihambat oleh "Kekangan Realiti Politik" sperti yang jelas berlaku dalam pemerintahan Umno-BN.Ini jelas apa yang telah berlaku dalam pendekatan BN yang masih terus tercari-cari pendekatan yang konsisten. Sebab itu Najib selalu berbolak-balik atau flip-flopping atau 'zigg-zaging'. Najib hampir dinobatkan sebagai the "Father of Flip-Floppers" justeru kerana sikapnya yang kerap tidak tetap. Terlalu banyak contoh yang boleh dibariskan termasuk hal urusan ekonomi seperti EOC dalam MEB (NEM) atau menangani BERSIH 2.0 dan banyak lagi.Sebab itu dalam NKRA dan PTK (GTP), Najib tidak langsung memberikan kepentingan kepada asepk reformasi politik. Bila baru celik kepentingan Reformasi Politik dan Perlembagaan? Bila digempur dek BERSIH2.0!

Hanya selepas 709 BERSIH2.0, Najib terhegeh-hegeh bercakap tentang menangani tuntutan Politik Baru dan membatalkan 3 Ordinan Dharurat (1966, 1969 & 1977), membatalkan Akta Hukuman Buang Daerah 1959; dan mula bercakap tentang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tembelang Najib terdedah apabila cakap-cakap menteri JPM mendahului beliau apabila mereka menyebut tentang mengantikan ISA yang dua-kali lima juga akalu tidak lebih drakormian lagi.Maka sebagai pendekatan Pakatan Rakyat, kami cenderung untuk mengambil pendekatan ini yang mengiktiraf bahawa masalah ekonomi akan hanya dapat digarap bersekali dengan reformasi politik. Seteru politik kita pada asalnya tidak mahu mengiktiraf ini. Hanya mutakhir setelah serik kita berpekik baharulah mereka faham.

Tegasnya 'Tawaran Jingga' adalah penyelesaian krisis negara secara bersepadu dan menyeluruh. Tawaran Jingga[2] adalah perumusan penyelesaian komprehensif bagi menangani segala krisis yang juga sifatnya 'menyeluruh dan sempurna' bukan sahaja dari aspek kebobrokan pengurusan fiskal dan ekonomi.Sebab itu kebobrokan rasuah, salahguna kuasa dan segala kebejatan penguasa dan elit bisnes yang rakus mesti ditangani dengan reformasi politik, perundangan serta keinsafan moral dan agama. Umno- BN tidak faham atau buat-buat tidak faham. Sebab itu kebejatan rasuah dan salah guna kuasa kini dilambang dengan NFC-Lembu dalam Kondo persis membayangkan kegagalan Transformasi Kerajaan Najib!

Tawaran Jingga kami berkisar di sekitar mencapai Dasar-Dasar Bersama:Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat (Reformasi Politik)Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil (Reformasi Ekonomi)Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh (Reformasi Sosial)Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara (Government-Governance-Federalisme).

Sebagai prelude kepada Manifesto Pakatan Rakyat, Tawaran Jingga telah cuba mengingatkan semua bahawa pendekatan kami bukan sahaja menambahbaik kerosakan dan kepincangan yang telah dilakukan oleh regim yang lalu.Tawaran Jingga bakal didedahkan dari masa ke semasa yang akan memuatkan rencana dasar, polisi dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing ini. Dalam Konvensyen ini, beberapa perkongsian awal tentang i.

Dasar FELDA Pakatan Rakyat, ii. Dasar Anti-Monopoli Pakatan Rakyat iii. Dasar Pengukuhan Federalism Pakatan Rakyat iv.Dasar Memperkasakan Perkhidmatan Awam Pakatan RakyatOleh kerana tarikh PRU ke-13 masih sukar diramalkan oleh pundit politik, maka Manifesto Pakatan juga perlu dirahsiakan sehingga ke satu tarikh yang ditentukan kemudian.Kami bersedia mendengar maklum-balas dari semua pihak agar perumusan penyelesaian kami dalam Tawaran Jingga dan Manifesto PR nanti akan menjadi lebih mentap dan padu lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Jingga Pakatan Rakyat.Konvensyen Pakatan Rakyat kali-3.Alor Star, Kedah.14 hb Januari 2012.

[1] 'Political Economy' bukanlah bidang baru bahkan hampir sama usia dengan bidang ekonomi itu sendiri. Adalah diakui bahawa penulisan 'seminal-agung' Adam Smith – Wealth of Nation (1776) itu sendiri adalah bicara "Political Economy" begitu juga penulisan John Stuart Mill – Principles of Political Economy (1848).

[2] Tawaran 'Negara Berkebajikan' PAS memulakan paksi penyelesaian dengan premis peranan sebagai "Amanah kepada Tuhan sebagai Khalifah Allah di muka bumi dan menganggap segala perbuatan rasuah, salahguna kuasa dan ketirisan adalah perlakuan dosa terhadap Allah dan kerosakan (Al-Khusraan) yang dilakuan oleh Penguasa yang rakus sebagai perbuatan fasiq dan khianat terhadap Amanah Allah dan Mandat Rakyat.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 14 Jan 2012 03:23 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


KETUA ZON PAS MASUK UMNO... BILE MASE PAS ADA KETUA ZON???

Posted: 14 Jan 2012 08:45 AM PST

Sejak bile pas ada ketua zon... bukan ketua cawangan ke?? huhuhuuhu

KUALA LUMPUR: Seramai 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.

Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini, Sabtu.

Jais berkata selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.

Jais, yang juga Ketua Zon PAS Taman Kamariah Gombak, berkata keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.

Menurutnya walaupun dipujuk oleh PAS supaya terus kekal bersama parti itu namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai Umno malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul. - BERNAMA


 Baju pas siap ada lopgo negeri selangor lagi... huhuhuhuhu
 ... entah bile mase pas ada baju kuning berlogo PAS....
 ... muke pun aku tak pernah tengok program pas gombak setia....huhuhuhuhu

UMNO KATE 2K SAMBUT NAJIB DI PKNS.. AKU KATE 20K.

Posted: 14 Jan 2012 06:55 AM PST

Blog Umporno mendakwa hampir 2 ribu orang rakyat Selangor memenuhi ruang legar PKNS semalam bagi memberi sambutan kunjungan Najib ke sana...

Ini aku kongsikan gambar semalam bersama Najib di Kompleks PKNS yang diambil sebijik-sebijik dari blog UMporNo... 
 







... betul tak aku cakap... blogger umno tak pernah menipu... 200 pun tak sampai... PM tue... kalu menterinye... huhuhuhuhu

GELOMBANG MERAH BAKAL TAWAN KELANTAN..HUHUHUHU

Posted: 14 Jan 2012 06:34 AM PST

Gelombang Merah, kempen yang dilancarkan tahun lepas untuk Barisan Nasional (BN) merampas kembali Kelantan daripada PAS, kini semakin menjadi gelombang besar yang memikat rakyat agar menyokong BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah juga berjaya melahirkan semangat bersatu di kalangan anggota dan pemimpin Umno dalam melaksanakan program yang lebih terancang bagi merealisasikan perjuangan menawan Kelantan.

"Dengan adanya Gelombang Merah ini, kita dapat menggerakkan jentera dengan
lebih lancar lagi kerana pilihan raya umum semakin hampir, kita dapati program
di seluruh negeri begitu banyak sama ada di peringkat pusat daerah mengundi,
dewan undangan negeri dan parlimen," katanya.

Mustapa berkata Umno Kelantan sedang merancang untuk mengadakan perhimpunan raksasa yang melibatkan kehadiran Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin pada bulan depan.


Takutnyeeeeeee............

KITA SUDAH SEDIA KE PUTRAJAYA

Posted: 14 Jan 2012 06:02 AM PST

Pakatan Rakyat (PR) harus mengekalkan matlamat untuk menumpaskan  Barisan Nasional (BN) dan menawan pentadbiran persekutuan, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

"Manusia hanya mampu merancang. Kita menghadapi pelbagai cabaran dan ujian, tapi janganlah itu menghapuskan matlamat kita ... Tuhan menentukan," kata Ketua Pembangkang itu ketika Konvensyen ke-3 PKR di sini.

"Kita janganlah berasa terancam, terperangkap kerana duit. Kita harus konsisten dan memberikan komitmen penuh untuk menjulang keadilan untuk rakyat Malaysia."

Tegas Anwar, tiada ruang dalam PKR buat mereka yang terpedaya dengan pujukan janji dan wang, dan mendesak parti komponennya mengamalkan budaya bersih.


"Saya ucapkan tahniah kepada Hadi Awang dan pimpinan PAS kerana mengambil tindakan tegas dan membuktikan parti akan tetap mempertahankan ideologi dan prinsip, dan sanggup berdepan dengan masalah dalaman parti memperjuangkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat."

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 14 Jan 2012 03:21 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


HEBAT RAKYAT DI KONVENSYEN , TAHNIAH SAIFUDIN !

Posted: 14 Jan 2012 01:54 PM PST

Setiausaha Agung KEADILAN terima anugerah DatukALOR STAR: DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menganugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.Anugerah itu adalah sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84.Saifuddin menerima anugerah itu Istana Anak Bukit, Alor Star 15 Januari.
Tahniah kepada Pakatan Rakyat dan Rakyat menjelang PRU13 di Alor Setar malam tadi.
Tidak kurang 70,000 orang membanjiri Stdium.

MASYALLAH! BUKAN PENYEWA TAPI BUAYA

Posted: 14 Jan 2012 04:28 AM PST

PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan Menteri Besar Selangor menegaskan mereka yang menentang kenaikan kadar sewa kompeks PKNS di Shah Alam bukan penyewa."Mereka yang menentang kenaikan kadar sewa di kompleks itu adalah golongan kaya raya."Di rumah mereka berderetan kereta mewah hasil dari aktiviti sebegini?" kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Faekah Husin dalam kenyataan media hari ini.Sebenarnya, kata bellau 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini.Penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran, tambahnya.Faekah mengulas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kompleks itu semalam.Najib dilaporkan sebagai berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga tentang kenaikan kadar sewa di Kompleks PKNS.Hero filem TamilFaekah menyifatkan gelagat Najib itu sebagai hero filem Tamil.Lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak, katanya.Sebaliknya beiau mendakwa kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun lalu dan perbuataan ini terhenti apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor." Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland."Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila melihat pemimpin Umno yang tamak haloba dengan tersenarainya nama mereka dalam senarai pemiliki tanah Felda dan Felcra yang sepatutnya menjadi milik peneroka."Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan," kata Faekah..

EN EF SI DI BEKU ! TAHNIAH PAKATAN RAKYAT

Posted: 14 Jan 2012 01:08 AM PST

KUALA LUMPUR – Kerajaan mula mengambil tindakan yang lebih tegas dalam isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) apabila membekukan semua aset milik perbadanan itu. Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar pula diarahkan agar mengawasi perjalanan perbadanan berkenaan.Arahan berhubung langkah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang akhbar di Perak, sebentar tadi. NFC diPengerusikan oleh Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. NFC menjadi perhatian dan diasak pembangkang apabila pihak Jabatan Audit Negara menyebut projek tersebut berada dalam kedaan kacau-bilau dalam laporan terbaru meraka yang diterbitkan akhir tahun lalu. Antara yang dipertikaikan banyak pihak adalah tindakan NFC yang menggunakan dana yang diperuntukan untuk membeli beberapa unit kondominium mewah dalam dan luar negara. Terkini, Shahrizat beberapa hari lalu mengumumkan akan bercuti selama tiga minggu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes NFC secara bebas sepenuhnya. Selain pembangkang, beberapa pemimpin UMNO seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad turut mengesa Shahrizat agar meletak jawatan dan jangan menjadi liabiliti kepada kerajaan dan parti. Mengulas mengenai cuti panjang Shahrizat, Najib berkata, itu adalah satu tindakan yang tepat. Katanya, menteri berkenaan telah berbincang dengan beliau dan bersetuju tindakan lanjutnya tertakluk kepada hasil siasatan SPRM. ~mynewshub

AL-MUTAQQIN BUKIT SENTOSA 2 NAIK TARAF JUMAAT 13 JAN 2012

Posted: 13 Jan 2012 05:12 PM PST

Alhamdulillah Bukit Sentosa 2 yang mempunyai 4 buah surau dan 1 buah sekolah rendah kebangsaan dan 1 buah sekolah menengah kebangsaan akhirnya ada tempat solat Jumaat sendiri apabila Tempat solat terdekat ialah Masjid AsSalam dalam jarak 3 km dan sebuah lagi Surau Widuri yang telah dinaiktaraf Solat Jumaat lebih setahun yang lalu.4 Surau tersebut ialah Surau Saidina Ali di Taman Anggerik 5 BS7 , Surau Al-Amien di Sri Anggrik BS6, Surau Hayatul Islam di Taman Seroja dan Surau Al-Mutaqqin di Taman Anggerik 3. Untuk makluman sementara menantikan projek naiktaraf Surau Saidina Ali menjadi masjid maka Surau Al-Mutaqqin diluluskan JAIS untuk solat Jumaat memandangkan infranya yang lebih baik.
Pada hari Jumaat 13 Januari 2012 berlansunglah Khutbah Jumaat yang di bacakan oleh Imam III Ustaz Hj Muhammad Firdaus dari Masjid AsSalam dan bilalnya Ustaz Kamli ialah dari Bilal 1 Masjid AsSalam .Dihadiri beberapa Pegawai/Ajk Masjid seperti Imam I Masjid AsSalam Ustaz Hamizi, Ustaz Wan Shamsuddin, Sdr Shaari Osman dan Ahli Majlis Sdr Mat Rahat yang juga merangkap Ajk Masjid.
Lebih 200 orang jemaah serta makmun pada solat Jumaat pertama kali ini dan melepasi jumlah sasaran hadir. Surau ini juga dapat memenuhi keperluan tempat solat Jumaat bagi murid lelaki Sekolah Menengah Bukit Sentosa 2 yang selama ini terlalu sukar dan jauh untuk ke masjid yang ada.
Sedikit taklimat selepas solat oleh ajk Surau Al-Mutaqqin dengan pegawai/ajk masjid serta ahli majlis.

PR SABAR , BN DICABAR

Posted: 13 Jan 2012 03:54 PM PST

GEORGETOWN - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh adalah Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri semalam.Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG. Boon Poh memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta. Beliau juga memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu itu juga memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund. Ketua Menteri, Guan Eng berkata, perisytiharan itu dilakukan syarikat swasta untuk memastikan perisytiharan dilakukan dengan telus. "Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (termasuk ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri) sudah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. "Ini memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang," katanya kepada media semalam. Guan Eng pula memiliki simpanan tetap RM298,785 serta saham amanah berjumlah RM25,989. Beliau juga memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000. Selain itu, beliau memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman pula memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000. Mansor juga memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819 serta sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000. Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy pula memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan. Beliau turut memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000. Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow disenaraikan memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000 serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000. Beliau memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000. Kon Yeow juga memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund. Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim pula tidak mencatatkan sebarang harta miliknya melainkan Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000. Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng pula memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh. Beliau juga memiliki saham di Kotindak dan Kojadi serta beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000. Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang pula memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000 serta sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000. Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air, Law Choo Kiang pula mempunyai sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000 serta beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC. Manakala Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai pula memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000 dan sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 14 Jan 2012 10:25 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Kemenangan Pasti Milik Islam – Us Azman Shapawi

Posted: 14 Jan 2012 09:43 AM PST

DUNGUN, 13 Januari – Khutbah Jumaat penuh bersemangat yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Al- Fadhil Ustaz Azman Shapawi Abd Rani telah membangkitkan semangat seluruh ahli jemaah yang hadir untuk terus berjuang menegakkan agama Allah Taala di atas muka bumiNya.

Beliau memulakan khutbah di Masjid Pulau Serai dekat sini dengan penegasan bahawa Islam pasti diberi kemenangan oleh Allah Taala pada satu hari yang telah ditetapkan dalam susunanNya.

" Wahai sidang Jumaat sekalian, kemenangan itu pasti akan berpihak kepada Islam walaupun perjalanan menuju kemenangan tersebut jauh", tegas beliau yang juga merupakan bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat

Beliau selanjutnya membaca sepotong ayat al-Quran daripada surah at-Taubah:

"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh dan penuh kesukaran bagi mereka" [at-Taubah: 42]

Selain itu, para pendokong perjuangan yang dibawa oleh PAS di bawah kepimpinan ulama' diseur untuk lebih bersungguh-sungguh berjuang untuk memastikan kemenangan milik Islam. Perjuangan Islam tidak boleh dilakukan sambil lewa. Hasrat dan cita-cita untuk melihat kebangkitan Islam memerlukan pengorbanan serta penat lelah seluruh ahli yang cintakan Allah dan RasulNya Sollallahu'alaihiwasallam.

Dalam kesempatan tersebut, beliau turut menceritakan kisah sahabat Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam, Suhaib ar-Rumi yang mengorbankan seluruh hartanya semata-mata memastikan hasratnya untuk berhijrah ke Madinah bersama Rasul tercapai. Sikap yang ditunjukkan oleh Suhaib ini dipuji oleh Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.

" Beruntung Suhaib…beruntung Suhaib", jelas Al-Fadhil Ustaz Azman menukilkan pujian Rasul terhadap sahabatnya itu.

Beliau juga membangkitkan rasa cinta dan ghairah seluruh ahli Jemaah untuk infaq pada jalan Allah. Pelbagai janji ganjaran oleh Allah kepada hambaNya yang sudi meminfaqkan harta dan jiwa pada jalan Allah.

" Setiap daripada kita mempunyai kepakaran tersendiri. Ada yang diberi kekuatan fizikal, ada yang diberi kekuatan harta, ada yang diberi kekuatan kepimpinan, ada yang diberi kekuatan ilmu, Kita semua perlu bekerjasama untuk memastikan Islam berdaulat di atas muka bumiNya: tegas beliau.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 14 Jan 2012 10:10 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pidato Anak Muda di tempat asal usul N.Sembilan

Posted: 13 Jan 2012 09:58 PM PST


Pada 21 Januari 2012 ini Anak Muda Pakatan Rakyat akan mengadakan sesi penerangan di tempat asal bermulanya Negeri Sembilan. Sesungguhnya kewujudan Negeri Sembilan bermula di sebuah kampung yang bernama Kg Batang Nyamor di kaki Gunung Datuk, Rembau. Barisan Anak Muda tersebut ialah Mohd Sani Hamzan (EXCO Pemuda PAS Pusat), Chegubard (Ketua PKR Rembau), Ustaz Khairil Anwar Wafa (Ketua Pemuda PAS N.Sembilan) dan Mohd Hakki (Ketua Pemuda PAS Rembau).

Rembau adalah tempat bermulanya sejarah Negeri Sembilan.

Rembau juga adalah tempat kemasukan Islam di Negeri Sembilan dan pengembangan agama Islam di kalangan Orang Asal atau Orang Asli.

Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani.


Kampung Batang Nyamor, mendapat nama apabila Batin Pak Nilu, anak Batin Chepa dan ipar kepada Batin Skudai ingin membina penempatan. Semasa meneroka hutan, Batin Pak Nilu telah bertemu sebatang pokok Merbau yang luar biasa besar dan tingginya. Setelah habis ditebang dikatakan selama 14 hari dengan menggunakan kekuatan tenaga zahir dan kekuatan batin tumbanglah pokok Merbau yang besar itu.

Kawasan yang diteroka tersebut akhirnya di bina dua penempatan, iaitu Kg Batang Nyamor dan Kg Mungkal.

Nama Kampung Batang Nyamor berasal dari batang pokok Merbau yang terjemur.

Nama Kampung Mungkal berasal dari pangkal pokok Merbau yang luar biasa besarnya.

Nama Rembau pula berasal dari pohon Merbau yang ditebang oleh kedua-dua Tok Batin.

Daerah Rembau, tidak akan wujud seperti adanya hari ini tanpa penglibatan dua tokoh pembesar Minangkabau dari Istana Pagar Ruyung yang bernama Datuk Lela Balang dan Datuk Laut Dalam.

Datuk Lela Balang telah sampai di Kampong Kota Lama. Datuk Lela Balang kemudian berkahwin dengan Datuk Bungkal, anak Batin Skudai. Datuk Lela Balang dan Datuk Bungkal telah mendapat 4 orang anak perempuan dan 1 orang anak lelaki yang bernama Sri Rama. Atas persetujuan Sultan Johor , anak Datuk Lela Balang ini telah dilantik sebagai Penghulu Rembau yang kemudian dipanggil Undang Rembau lalu bergelar Datuk Sri Rama iaitu Undang Rembau yang pertama dari tahun 1540 ke tahun 1555.

Datuk Sri Rama (Dato Lela Maharaja - Waris Jakun) pula telah berkahwin dengan anak Datuk Laut Dalam iaitu Datuk Siti Hawa ( Dato Sedia Raja - Waris Jawa) dan kemudian mendapat anak yang diberi nama Amba yang menjadi Undang Rembau kedua iaitu Dato Amba bin Dato Lela Maharaja Si Rama dari tahun 1555 ke tahun 1605.


Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat, Naning, Rembau, Sungai Ujong, Johol, Jelebu, Hulu Pahang, Jelai dan Kelang.

Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan.

Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama, Raja Melewar, ditabalkan di Rembau iaitu di Kampung Penajis dan bersemayam di Kampung Astana Raja. Baginda mangkat di Rembau.

Negeri Sembilan juga mempunyai banyak kaitannya dengan kerajaan Islam Melaka yang jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 ketika pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

Landskap Siasah

Posted: 14 Jan 2012 07:56 AM PST

Landskap Siasah


Ibrahim Ali ghairah tangkap petualang bom..apa yang tersirat?

Posted: 13 Jan 2012 07:23 AM PST

Beliau ini ghairah benar nak cari siapa pasang bom semasa 901.

Apa rahsia dan pemasangan bom itu di sebalik keghairahan beliau?
b

Ibrahim Ali tawar elaun MP buru dalang letupan 9 Jan

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menawarkan satu bulan elaunnya sebagai ahli parlimen untuk membantu mengesan dalang letupan bom ketika perhimpunan di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada 9 Januari lalu.

NONEDalam SMSnya kepada akhbar Sinar Harian hari ini, Ibrahim yang juga
ahli parlimen Bebas dari Pasir Mas, mengalu-alukan tawaran polis RM10,000 yang diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam.

"Bagi membantu usaha polis, saya juga menawarkan sebulan gaji pokok ahli parlimen sebagai tambahan kepada tawaran polis sebanyak RM10,000.

"Semoga ia menjadi rangsangan kepada sesiapa yang boleh membantu polis menangkap mana-mana individu atau kumpulan yang amat jahat ini demi keamanan serta keselamatan rakyat," katanya dalam SMS tersebut.

Menurut Sinar Harian, buat masa sekarang, anggota Dewan Rakyat menerima elaun bulanan asas sekitar RM6,500. Selain itu, mereka juga layak menerima elaun lain seperti hiburan, pengangkutan dan telefon.

Secara total mereka akan menerima dalam lingkungan RM13,000.

Sementara itu, Bernama melaporkan polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tiga letupan tersebit supaya menyalurkannya kepada polis untuk membantu siasatan.

Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai oleh menghubungi Pegawai Penyiasat Polis DSP Yahya Abdul Rahman di talian 019-470 8946, atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) di talian 03-2146 0584/0585, dan Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 dan 03-2266 3444.

Dalam insiden itu, tiga letupan berlaku di perhimpunan penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan beliau daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Letupan itu mengakibatkan empat orang awam cedera dan seorang lagi mengalami kejutan, selain menyebabkan kerosakan kecil kepada kenderaan milik orang awam.

Islam berpolitik bukan sekadar berebut jawatan PM

Posted: 09 Jan 2012 10:10 PM PST

Sesiapa yg berani cadangkan PM dr PAS...hukumannya adalah "PANCUNG" dengan serta merta...mcm mana nk laksana HUDUD ni?

Ayat ini saya dapati daripada ulasan FB daripada pembaca Malaysia Kini.

Ini kenyataan daripada pihak yang tidak faham erti penguasaan politik islam.

Gerakan Islam bertujuan mengembang nilai Islam, menghapus kezaliman, mencegah mungkar, menaikkan taraf hidup rakyat dan keamanan.

Ikhwanul Muslimin tidak pernah berebut untuk menjadi Presiden Mesir, tetapi matlamat digembleng untuk menghapuskan kezaliman sistem sedia ada sejak puluhan tahun.

mengeluar kenyataan bahawa Presiden PAS lebih layak menjadi perdana Menteri adalah ungkapan pemecah belah bukan suatu pengiktirafan yang ikhlas.

Pada saat ini, memilih individu yang mampu mengembeleng semua rakyat menentang kezaliman yang lebih besar.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 14 Jan 2012 07:03 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ORANG BN SOKONG PAKATAN : MAT SABU

Posted: 13 Jan 2012 11:12 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 14 Jan 2012 04:28 AM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


SYABAS SEMUA EXCO P. PINANG & WAKIL RAKYAT ISYTAIHAR HARTA

Posted: 13 Jan 2012 08:31 PM PST

[SH] GEORGETOWN - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh adalah Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri semalam.

Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG. 

Boon Poh memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta. 

Beliau juga memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu itu juga memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund. 

Ketua Menteri, Guan Eng berkata, perisytiharan itu dilakukan syarikat swasta untuk memastikan perisytiharan dilakukan dengan telus. 

"Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (termasuk ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri) sudah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. 

"Ini memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang," katanya kepada media semalam. 

Guan Eng pula memiliki simpanan tetap RM298,785 serta saham amanah berjumlah RM25,989. Beliau juga memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000. 

Selain itu, beliau memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom. 

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman pula memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000. 

Mansor juga memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819 serta sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000. 

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy pula memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan. 

Beliau turut memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000. 

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow disenaraikan memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000 serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000. Beliau memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000. 

Kon Yeow juga memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund. 

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim pula tidak mencatatkan sebarang harta miliknya melainkan Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000. 

Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng pula memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh. 

Beliau juga memiliki saham di Kotindak dan Kojadi serta beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000. 

Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang pula memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000 serta sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000. 

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air, Law Choo Kiang pula mempunyai sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000 serta beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC. 

Manakala Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai pula memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000 dan sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan