Jumaat, 13 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 13 Jan 2012 04:01 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Tindakan Disiplin Satu Tarbiah

Posted: 12 Jan 2012 04:53 AM PST


1. Tindakan disiplin adalah merupakan sebahagian daripada tarbiah.
2. Mereka yang berjiwa besar akan menganggap ini adalah satu penghormatan dan peluang untuk mereka muhasabah diri
3. Mereka yang dikenakan tindakn disiplin diuji dengan secara praktikal, bukan sahaja teori. Kerana tarbiah ialah amali bukan teori semata-mata.
4. Salah satu cara Allah hendak mengangkat darjat seorang itu di dalam berjamaah.
5. Menguji keikhlasan seorang itu samaada mereka berjuang kerana Allah, bukan kerana jawatan.
6. Tidak rugi apabila kita merendah diri dan rela menerima tindakan dengan hati yang lapang.
7. Allah akan menguji kepada kita sama ada kita akan mengkhianat jamaah atau tidak apabila kita diambil tindakan. Jika Kaab bin Malik dipujuk oleh Raja Ghassan yang kafir, maka kita juga akan dipujuk oleh musuh-musuh PAS yang sentiasa mencari peluang.
8. Contohilah seorang ahli biasa PAS di Pasir Salak walaupun diambil tindakan mereka terus memberikan khidmat kepada PAS.
9. Allah hendak melihat kita bercakap serupa dengan apa yang kita sering ungkap kisah Khalid ibn Walid yang dipecat di zaman Saidina Umar. Beliau terus berjuang walaupun menjadi pengikut biasa.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 13 Jan 2012 02:05 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Isytihar Harta : Exco Pulau Pinang Memang Tiada Harta

Posted: 12 Jan 2012 08:01 AM PST

Cuba tuan-tuan bandingkan dengan Exco kerajaan negeri-negeri BN. Jangan kata Exco, Adun-adun biasa pun mempunyai harta jutaan ringgit. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunaikan janjinya mewajibkan Ketua Menteri dan semua Exco mengisytiharkan harta masing-masing. Paling hebat ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki [...]

Futsal Piala Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang

Posted: 12 Jan 2012 07:18 AM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 13 Jan 2012 02:03 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


14,000 pelajar terjejas akibat AirAsia X henti laluan London

Posted: 13 Jan 2012 02:01 AM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

LONDON 13 Jan. - Keputusan AirAsia X untuk menghentikan laluan Kuala Lumpur-Londonnya mulai 30 Mac dijangka memberi kesan kepada lebih 14,000 pelajar Malaysia yang meneruskan pengajian mereka di United Kingdom (UK).

Sejak memulakan laluan itu pada bulan Mac 2009, syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah ini telah menjadi pilihan ramai kepada mereka yang mahu kembali ke tanah air dari UK memandangkan tambangnya yang amat berpatutan dan disertai dengan perkhidmatan yang baik.

Pengerusi United Kingdom dan Majlis Eire Pelajar-pelajar Malaysia, Ahmad Syawal Hafriz Abdullah berkata, pemberhentian ke atas laluan ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai pilihan penerbangan yang sedikit.

"Kebanyakan kami memang tidak sabar-sabar untuk menyertai keluarga dan mereka yang tercinta terutamanya pada musim-musim perayaan," kata beliau kepada Bernama.

Pelajar tahun dua di London School of Economics berkata, beliau berharap AirAsia X akan menarik balik penggantungan ini dan menyambung semula penerbangannya ke London secepat mungkin.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, Datuk Zakaria Sulong berkata, ketibaan rakyat Malaysia telah meningkat ekoran pengenalan AirAsia X ke UK.

"Ini termasuklah pelajar Malaysia di UK yang mahu pulang ke tanah air. Tiada alternatif penerbangan tambang rendah dari Kuala Lumpur. Pergerakan antara kedua-dua negara akan terjejas oleh penutupan ini," kata beliau.

Selain London, AirAsia X turut mengumumkan pada hari Khamis yang ia akan menggantungkan penerbangan ke Paris pada 31 Mac dan Mumbai dan New Delhi pada 31 Januari.

Menurut AirAsia X, sebab di sebalik penggantungan ini ialah kerana pelaksanaan skim perdagangan emisi dan duti penumpang udara di UK, yang semakin meningkat di United Kingdom dan akan dinaikkan sekali lagi pada April.

Sebab lain ialah kebimbangan terhadap peruntukan dan dipengaruhi pula oleh situasi tidak menentu ekonomi global dan harga bahan bakar jet yang melambung meskipun AirAsia X mencatatkan faktor beban melebihi 80 peratus untuk penerbangan London dan Parisnya pada tahun 2011. — BERNAMA

Apple tangguh penjualan iPhone 4S di China

Posted: 13 Jan 2012 01:49 AM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -


BEIJING 13 Jan. - Apple Inc. menangguhkan penjualan iPhone 4S di China berikutan penggemar telefon itu yang berang dan membaling telur kedai berkenaan setelah gagal dibuka.

Kejadian itu berpunca daripada kedai berkenaan gagal dibuka pada pukul 7 pagi, sedangkan ratusan orang ramai telah beratur dari malam, dalam cuaca yang membeku.

Syarikat itu menjelaskan penangguhan itu adalah kerana bimbangkan keselamatan orang ramai yang berbaris dalam kesejukan serta keselamatan kakitangan di kedai berkenaan.

Bagaimanapun orang ramai di China masih dapat membeli telefon itu secara online. - Agens

Ibu Kugan fail saman RM100 juta terhadap Khalid, empat individu

Posted: 13 Jan 2012 01:46 AM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ibu kepada seorang tahanan polis yang mati dalam lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya, A Kugan, hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan empat yang lain kerana didakwa gagal memastikan keselamatan anaknya semasa dalam tahanan, tiga tahun lalu.

Pentadbir estet, N Indra turut menamakan Konstabel Polis V Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Indra memfailkan saman itu melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada 9 pagi.

Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa kesemua defendan telah gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan si mati (Kugan) semasa dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Jan 2009 serta gagal untuk melaksanakan pengawasan dan pengawalan ke atas anggota polis.

Wanita berusia 44 tahun itu turut mendakwa defendan-defendan gagal menyediakan satu sistem yang selamat untuk menyoal dan mengendali suspek dalam polis tahanan serta gagal memastikan jagaan perubatan untuk anaknya.

Indra mendakwa para defendan juga cuba menyembunyikan sebab kematian sebenar anaknya dan/atau mengeluarkan kenyataan yang dikira membebaskan polis daripada tanggungjawab/liabiliti dengan pengetahuan sepenuhnya bahawa kematian itu adalah tidak disebabkan oleh mereka.

Wanita itu menuntut ganti rugi RM100 juta, serta ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Pada 28 Januari tahun lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Navindran daripada dua tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan.

Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah, meninggal dunia ketika dalam tahanan polis pada 20 Januari 2009. - BERNAMA

Hukum penggunaan wang Zakat

Posted: 13 Jan 2012 01:00 AM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

1. Golongan yang berhak menerima harta zakat telah ditentukan Allah, ianya tidak diserahkan kepada pilihan manusia atau pemerintah semata-mata. Setiap yang telah ditentukan Syarak perlulah dilaksanakan sebagaimana dikehendaki Syarak. Ini menjadi amanah penting yang dipikul oleh individu atau institusi yang bertanggungjawab menguruskan harta zakat; memungut dan mengagihkannya.

Menjadi satu kaedah yang disepakati oleh para Fuqahak bahawa;

تَصَرُّفُ الإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

"Tidak tanduk pemimpin dalam perkara yang berkait dengan rakyat terikat dengan maslahah (untuk rakyat)"

(al-Asybah wa an-Nazair, Imam as-Suyuti).

Mengulas kaedah ini, Imam Ibnu Nujaim berkata;

إذا كان فعل الإمام مبنيا على المصلحة فيما يتعلق بالأمور العامة لم ينفذ أمره شرعا إلا إذا وافقه،
فإن خالفه لم ينفذ

"Oleh kerana perlakuan/tindakan pemimpin bagi urusan-urusan awam mesti terbina di atas maslahah, tidak dilaksanakan arahannya –dari segi Syarak- melainkan jika arahan itu menepati maslahah. Maka jika ia menyalahai maslahah, tidak harus dilaksanakan"

(al-Asybah wa an-Nazair, Imam Ibnu Nujaim, halaman 138).

2. Khusus bagi pengurusan kewangan, Saidina 'Umar pernah menegaskan;

إني أنزلت نفسي من مال الله تعالى بمنزلة ولي اليتيم.

"Sesungguhnya aku meletakkan diriku dalam pengurusan harta Allah sama seperti kedudukan penjaga harta anak yatim".

Penjaga harta anak yatim adalah adalah pemegang amanah. Tidak harus ia membelanjakan harta itu sewenang-wenang seolah-olah harta itu miliknya, sebaliknya ia hendaklah menguruskan harta itu bagi pihak orang lain dengan penuh kejujuran agar ancaman Allah dalam ayat berikut tidak berlaku ke atasnya;

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْماً إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي
بُطُونِهِمْ نَاراً وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيراً

(Surah an-Nisa', ayat 10)

Menyentuh tentang pengurusan harta zakat, Imam an-Nawawi menegaskan; "Adalah dituntut ke atas pemerintah dan individu yang ditugaskan memungut zakat apabila diserahkan kepadanya urusan pengagihan harta zakat untuk memberi perhatian kepada memastikan dengan tepat orang-orang yang berhak terhadap harta tersebut, mengetahui bilangan mereka, kadar keperluan mereka dan kadar hak mereka"

(al-Majmu', kitab az-Zakah, bab Qism as-Sadaqaat, 6/188).

3. Golongan yang berhak menerima zakat

Allah telah menghadkan orang-orang yang berhak menerima harta zakat kepada lapan golongan;

1. Untuk golongan fakir
2. Untuk golongan miskin
3. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
4. Untuk 'amil-amil yang dilantik menguruskan zakat
5. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya
6. Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang
7. Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah)
8. Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan.

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

"Sesungguhnya sedekah-sedekah (yakni zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hokum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

(at-Taubah: 60)

4. Oleh kerana orang-orang yang berhak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah, tidak boleh sewenang-wenangnya kita harta zakat digunakan kecuali kepada kepada aspek-aspek yang ditentukan Syarak. Para ulamak menegaskan; Jika seorang telah tersalah memberikan zakatnya di mana ia membayar zakatnya kepada orang yang tidak layak menerima harta zakat, maka zakatnya tidak sah dan wajib diulangi.

(al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 514).

Kerana itu, amat penting diperhatikan kepada siapa kita salurkan zakat kita?

5. Pengertian Sabilillah

Jumhur ulamak terdahulu (termasuk ulamak-ulamak mazhab Syafi'ie) mengkhususkan Fi Sabilillah hanya kepada tentera-tentera Islam yang berperang di jalan Allah. Ini sebagaimana ditegaskan oleh Imam as-Syirazi dalam al-Muhazzab;

"Bahagian Fi Sabilillah diberikan kepada tentera-tentera yang berperang secara bersunguh-sungguh jika mereka tidak diberi gaji. Adapun tentera-tentera yang dibayar gaji oleh pemerintah, maka mereka tidak diberikan zakat kerana rezki dan keperluan mereka ditanggung oleh harta Negara (al-Fai')"

(al-Muhazzab, Kitab az-Zakah).

6. Berkata Imam Nawawi ketika mensyarahkannya;

"Mengikut mazhab kami (yakni mazhab Syafi'ie), habuan fi Sabilillah yang disebut dalam ayat ialah dibelanjakan kepada tentera-tentera yang tidak diperuntukkan bagi mereka harta dari jabatan kerajaan di mana mereka berperang secara sukarela. Perdapat yang sama diutarakan oleh Abu Hanifah dan Malik"

(al-Majmu', Imam an-Nawawi).

7. Namun terdapat para ulamak yang memperluaskan pengertian Fi Sabilillah ini kepada semua aktiviti dan usaha untuk kemaslahan Islam dan umat Islam. Di antara mereka, Imam al-Kasani yang menyebutkan dalam kitabnya yang terkenal (بدائع الصنائع):

Adapun firman Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه): ia adalah ungkapan bagi semua usaha yang mendekatkan diri kepada Allah. Maka termasuk di dalamnya semua orang yang berusaha melaksanakan ketaatan kepada Allah dan berusaha di jalan kebaikan jika ia seorang yang memerlukan (harta zakat)".

8. Menurut Imam Fakhruddin ar-Razi; Imam al-Qaffal telah menaqalkan dalam tafsirnya dari beberapa Fuqaha' yang mengharuskan dibelanjakan zakat untuk semua bentuk kebaikan/kebajikan seperti membina benteng-benteng pertahanan, membangunkan masjid dan sebagainya kerana ungkapan Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه) itu adalah umum".

(Tafsir ar-Razi: 16/113, Lihat Fiqh az-Zakat, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 2, hlm. 689).

9. Apa yang jelas dari kalimah yang digunakan Allah "Fi Sabilillah", penggunaan harta zakat bagi tujuan ini hendaklah yang ada kaitan dengan agama dan ummah, bukan semata-mata kepentingan bersifat individu. Ini sebagaimana disentuh oleh Syeikh Rasyid Ridha dalam tafsirnya al-Manar; "Setelah dibuat kajian jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan Fi Sabilillah di sini ialah segala urusan kepentingan umum kaum muslimin yang dengannya tertegak urusan agama dan Negara. Ia bukan urusan kepentingan individu….".

(Fiqhu az-Zakah, jil. 2, hlm. 692).

10. Ditegaskan juga oleh Syeikh Abdurraziq Nasir Muhammad (salah seorang ulamak al-Azhar, Mesir) dalam buku Fiqh Zakatnya; "Maksud kalimah Sabilillah ialah maslahah-maslahah umum yang melata manfaatnya kepada sekelian kaum muslimin, bukan yang khusus kepada individu tertentu sahaja"

(Fiqh az-Zakah Fi al-Mal wa al-Badan, halaman 139)

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Model unik Metropolis II

Posted: 13 Jan 2012 12:50 AM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

SEORANG pekerja sukarela melihat model bandar raya Metropolis II di Muzium Seni Los Angeles kelmarin.

LOS ANGELES - Seorang artis terkenal, Chris Burden (gambar kecil) mencipta model bandar raya Metropolis II yang mempunyai 1,100 kereta mini dan pelbagai bentuk bangunan.

Burden menunjukkan hasil kerjanya itu di Muzium Seni Los Angeles di sini dalam satu pameran yang diadakan sehingga 14 Januari depan.

Model itu mempunyai 25 buah bangunan besar, 18 laluan trafik, 13 kereta api, 18 jalan raya dan seorang pengendali manusia.

Kereta mini itu bergerak pada kelajuan kira-kira 386 kilometer sejam di sistem laluan jalan raya.

Burden berkata kepada stesen televisyen ABC baru-baru ini bahawa kereta itu boleh berlanggar sesama sendiri.

Kereta itu bergerak kerana terdapat daya tarikan magnet. - Agensi

Rashid, Husam dedah misteri dakwat kekal PRU12

Posted: 13 Jan 2012 12:50 AM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, Jan 13: Misteri pembatalan penggunaan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum ke 12 telah terburai semalam di Wacana Perdana 9 bertajuk, "Pilihanraya Bebas dan Adil: Realiti atau Ilusi?" yang diadakan di sini malam tadi.

(Gambar: Wacana Perdana di KTC malam tadi)

Forum yang berlangsung hampir tiga jam itu dipengerusikan oleh pensyarah UKM, Datuk Dr Mohd Agus Yusuf dengan tiga panelis – Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS, Tan Sri Abdul Rashid, mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam hujahnya, Rashid berkata beliau dan SPR telah berusaha untuk memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada tahun 2007, sebelum ia dibatalkan oleh pihak-pihak tertentu menjelang PRU-12.

"Usahlah cakap pasal dakwat kekal, saya dulu pun dah nak buat kalau orang tak sekat… (tepukan gemuruh), undang-undang dah buat, tapi ada orang yang tidak bersetuju dia sekat.

"Jadi ini nak buat pula, baguslah, buat lah, memang itu patut dibuat… SPR tak tipu, kalau ada penipuan, itu orang lain tipu. Jangan salahkan SPR. Orang lain saya tak tahu. SPR ikut undang-undang 100 percent, jangan salahkan SPR. Kalau undang-undang itu bodoh macam lembu, bodoh macam lembulah," kata Rashid dalam forum itu.

Pada masa ini, Husam mencelah, "Tan Sri, kalau parti-parti lain itu menipu, SPR duduk sana buat apa?"

Rashid pula membalas, "SPR tak ada kuasa." Balasan Rashid itu membuatkan hadirin yang penuh sesak dalam dewan itu tidak kering gusi dengan gelak ketawa.

Menjawab Rashid, Nazri mengaku bahawa beliaulah antara orang yang mempertikaikan penggunaan dakwat kekal kerana berdasarkan perlembagaan negara, perkara yang melayakkan seseorang itu mengundi hanya dua – berumur 21 tahun dan berdaftar sebagai pengundi.

"Jadi, kalau ada seorang yang tak mahu dakwat kekal dicalit di jari dan mahu kertas undi, apa yang berlaku? Syaratnya cuma dua, berumur 21 tahun dan berdaftar. Disebabkan itu, dan waktu PRU dah dekat, SPR ambil pendekatan untuk batal penggunaan dakwat kekal," terang Nazri mengenai sebab penggunaan dakwat kekal dibatalkan.

Mengenai persoalan mengapa dakwat kekal digunakan sekarang pula, Nazri berhujah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan baru sahaja memberikan lampu hijau untuk penggunaan dakwat kekal dan peguam negara bersetuju untuk tukar perlembagaan untuk membolehkannya.

"Sekarang Majlis Fatwa baru umum benarkan, maksudnya dulu tak pernah umum lah, kalau tak mengapa nak umum dua kali," sindir Nazri.

Menjawab dakwaan Nazri mengenai halangan perlembagaan, Rashid secara sinis menjawab, "Saya tak setuju bantahan Peguam Negara pada 2007. Dalam perlembagaan pun tak kata mesti tunjuk kad pengenalan (IC) sebelum mengundi. Tapi kita suruh tunjuk IC, kalau tak dia tak boleh mengundi. Itupun dipatuhi. Kalau nak mengundi kena patuhi peraturan dan cara-cara mengundi."

Dalam kontroversi Majlis Fatwa Kebangsaan, Husam mengingatkan Nazri bahawa fatwa sudahpun dikeluarkan pada 2007, dan semua ini boleh disemak melalui web e-fatwa di Internet.

"Tan Sri Rashid baru berbisik kepada saya, SPR ada menerima surat daripada Majlis Fatwa mengenai hal itu pada tahun 2007. Macam mana seorang menteri tak tahu mengenai hal ini? Wallahuaklam," kata Husam.

Kemudian, exco kerajaan Kelantan turut mengingatkan Rashid mengenai alasan yang diberikannya kepada rakyat ketika pembatalan dakwat kekal bahawa terdapat laporan ada pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya dengan menyeludup sejumlah besar dakwat kekal ke negara ini.

"Pada 5 Mac 2008, Tan Sri keluar di kaca TV memberikan 2 sebab mengapa dakwat kekal tak jadi guna. Dia memberi sebab keselamatan kerana ada orang ditangkap membawa dakwat ini termasuk di Kelantan.

"Ketua Polis Tan Sri Musa Hasan pula mengesahkan adanya dakwaan tersebut. Dan kemudian ditanya ahli parlimen Pakatan Rakyat selepas Mac 2008, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan tiada tangkapan tersebut dan tiada dakwaan dibuat. Bermakna, Tan Sri Rasyid telah dipaksa berbohong," selar Husam.

Husam turut berkata keputusan menggunakan dakwat kekal kini adalah hasil perjuangan Bersih 2.0.

"Yang berikan hujah yang kata dakwat kekal boleh digunakan untuk PRU akan datang ini ialah Tan Sri Abdul Ghani Patail, yang dulunya memberikan nasihat yang sama tak boleh pakai. Peguam Negara yang sama yang dulu kata tak boleh pakai, tetapi kini boleh pakai, bermakna ada sesuatu yang lompang kepada sistem piliharaya ini.

"Yang lebih penting ialah, bila Tan Sri Ghani Patail kata boleh pakai sekarang, ini adalah hasil daripada Bersih. Kalau tak ada Bersih, tak adalah dakwat kekal kini," tambah beliau lagi.

Sementara itu, Rashid berkata undang-undang pilihanraya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana SPR tidak diberikan kuasa sepenuhnya.

"SPR kena share kuasa, jadi demokrasi negara tak lengkap. Orang lain berkuasa, polis berkuasa, kementerian penerangan berkuasa... bukan Umno berkuasa (gelak hadirin), tapi mereka tak bebas," kata beliau.

Keterangan Rashid dipersetujui Husam.

"Setuju kuasa SPR tak mencukupi, jadi pemulihan PSC (Jawatankuasa Terpilih Parlimen) tidak kena pada core (tunjang) nya (memberikan kuasa sepenuhnya kepada SPR untuk laksana undang-undang pilihanraya)."

harakahdaily/-

Malaysia bakal jadi pengeluar kondom utama dunia

Posted: 13 Jan 2012 12:40 AM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

NEW DELHI 13 Jan. - Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

MREPC berkata, Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom," kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.

Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia — Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia — terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.

"Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom," kata Yoke Kiew.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.

Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. — BERNAMA

Pembeli rumah lapor SPRM

Posted: 13 Jan 2012 12:30 AM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

HAMIZUN (kanan) berbincang dengan sebahagian pembeli rumah sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, semalam.
Desak siasat lelaki menyamar pegawai MB ambil deposit RM1.5 juta

PUTRAJAYA: Sekumpulan pembeli rumah kos rendah di Taman Harmoni, Balakong; Taman Cheras Intan, Cheras; Taman Mulia, Selayang dan Taman Botanik, Klang yang mendakwa ditipu lelaki menyamar pegawai di pejabat Menteri Besar, melaporkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat masalah terbabit.

Kumpulan itu diwakili Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin,

berkumpul semalam bagi membuat laporan terhadap lelaki yang mengakibatkan mereka kerugian RM1.5juta hasil kutipan wang pendahuluan serendah RM2,100 setiap pemohon.

Hamizun berkata, selepas 45 laporan polis dibuat di empat ibu pejabat polis daerah (IPD), pembeli mengambil keputusan membuat laporan ke SPRM bagi menyelesaikan masalah penyelewengan terbabit.

"Tempoh dua minggu diperlukan bagi menyiasat semua bukti penyelewengan berdasarkan laporan pembeli dan kita berharap satu siasatan telus dapat dilaksana," katanya di sini, semalam.

Berita Harian sebelum ini menyiarkan keluhan 686 pembeli rumah kos rendah melalui skim kerajaan negeri yang ditipu selepas lelaki diharapkan lesap, sekali gus membebankan kebanyakan pembeli berpendapatan rendah.

Ada yang mengeluarkan simpanan untuk membayar wang pendahuluan tetapi hanya menerima beberapa dokumen, termasuk surat tawaran pembelian rumah mengikut sistem pendaftaran terbuka berpusat rumah kos rendah Selangor menggunakan kepala surat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Wakil pembeli, Azlan Lam, 37, yang dijanjikan unit rumah di Taman Harmoni, Balakong, berkata pihaknya mempercayai ketelusan siasatan SPRM yang berjaya menyelesaikan masalah sama.

berita harian/-

Kepala hancur digilis lori

Posted: 13 Jan 2012 12:00 AM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

SELAT KLANG - "Arwah sempat menyiapkan bekalan nugget pada adik bongsunya sebelum bertolak ke tempat kerja, bekalan itu hampir tertinggal, tetapi dia cepat-cepat mengambil lalu diserahkan kepada adiknya sambil tersenyum," demikian cerita Mohd Fauzi Abdul Kadir, 54, bapa kepada Faziatul Zainiza yang maut dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Kampung Delek, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8 pagi itu, Faziatul, 26, maut setelah kepalanya hancur digilis sebuah lori ketika dalam perjalanan ke rumah rakan untuk ke tempat kerjanya di kilang Ayamas, Pelabuhan Klang.

Mohd Fauzi berkata, sikap anak keempatnya itu agak menghairankan kerana kebiasaannya tidak berperangai sedemikian.

Menurutnya, pada hari kejadian, arwah Faziatul bangun awal dan menggoreng nugget, apabila ditanya, dia memberitahu untuk dijadikan bekalan adik bongsunya ke tempat kerja.

"Namun, belum pun sempat adik bongsunya itu menjamah hidangan, arwah terlebih dahulu meninggalkan kami," katanya sebak kepada Sinar Harian, semalam.

Difahamkan, setiap kali ke tempat kerja, Allahyarham akan menunggang motosikal seorang diri ke rumah rakan sekerja di Kampung Sungai Sireh sebelum menumpang rakannya itu menaiki kereta untuk ke tempat kerja.

Allahyarham Faziatul yang juga ibu dua kanak-kanak masing-masing berusia lima tahun dan enam bulan dalam proses perceraian dengan suami.

Mohd Fauzi berkata, sebelum ini, arwah sempat mendaftarkan anak sulungnya yang mempunyai hilang keupayaan bercakap ke sebuah pusat pendidikan swasta berhampiran rumah mereka kerana teringin melihat anaknya itu bersekolah seperti kanak-kanak lain.

"Namun apakan daya, semua hasratnya tidak kesampaian, apa yang menyedihkan kami sekeluarga, dia meninggal dalam keadaan tragis dan menyayat hati.

"Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, kami reda dengan pemergiannya," katanya.

Jenazah selamat dikebumikan di Jerantut, Pahang yang merupakan kampung halaman datuk dan nenek arwah, lewat petang semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, insiden itu berlaku di Jalan Kunci Air, Jalan Kampung Delek menghala ke Kampung Sungai Sireh.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, motosikal ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain menyebabkan mangsa terjatuh ke bahagian laluan jalan.

"Dia kemudiannya digilis sebuah lori yang membawa muatan gas yang dipercayai gagal mengelak menyebabkan kepala mangsa pecah.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan sehingga kini, kita masih mengumpul maklumat mengenai kejadian ngeri ini," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

sinar harian/-

Reka bentuk baru didedah

Posted: 12 Jan 2012 11:40 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Pelan dan reka bentuk surau baru di kompleks beli belah Aman Central bagi menggantikan Madrasah Salihiah dipersetujui Kerajaan Negeri Jumaat lalu, selepas beberapa pindaan dibuat.

Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, surau satu setengah tingkat dengan seni bina bercirikan Islamik moden ini menggunakan cermin separa lut sinar yang dibina atas keluasan 4,800 kaki persegi.

"Saya harap dengan adanya ilustrasi reka bentuk surau ini akan melenyapkan segala tohmahan terhadap Kerajaan Negeri kononnya masih belum mempunyai perancangan mengenai surau baru yang bakal dibina.

"Kedudukan surau ini seolah-olah berasingan walaupun ia adalah sebahagian daripada kompleks beli belah itu. Selain menampakkan ciri-ciri Islamik di bahagian hadapan dan tepi, surau ini dibina dengan kelebihannya iaitu boleh diakses dari luar tanpa perlu masuk ke dalam bangunan kompleks," katanya.

Amiruddin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berkata, sebuah kubah dan menara turut dibina pada sisi hadapan surau yang bercirikan Timur Tengah di bahagian luar.

Menurutnya, amat jelas imej surau itu adalah tempat beribadat umat Islam, dengan kapasiti yang mampu memuatkan 400 jemaah pada satu masa.

"Ia lebih menyerupai sebuah masjid berbanding peranannya sebagai surau. Surau ini termasuk tempat wuduk dibahagikan kepada dua bahagian berasingan untuk lelaki dan wanita, menjadikannya sebuah surau yang selesa untuk beribadah.

"Kesemua jemaah solat di tingkat bawah, manakala bahagian atas berkeluasan 1,600 kaki persegi menempatkan ruang bermesyuarat, aktiviti, stor termasuk pejabat pengurusan surau," katanya.

Mengenai kerja merobohkan bangunan Plaza Tunku Yaacob terbengkalai lebih 30 tahun lalu, Amiruddin berkata, ia kini berjalan lancar dan dijangka selesai sebelum Tahun Baru Cina.

"Kesemua bangunan lama terbengkalai akan dirobohkan dahulu dan dijangka selesai sebelum perayaan, manakala bangunan perabot bersebelahan menyusul selepas itu. Bangunan Madrasah Salihiah paling akhir dirobohkan," katanya.

Menurutnya, difahamkan pemaju akan memulakan kerja menanam cerucuk terlebih dahulu sebelum melakukan kerja merobohkan bangunan terakhir, yang dijangka dijalankan sekitar Mac.

sinar harian/-

Bagaimana Menambah Nikmat Allah

Posted: 12 Jan 2012 11:25 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

Nikmat itu terbahagi tiga:

1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba.

2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba.

3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya.

Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.

Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan.

Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.

Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.

Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya.

Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata: "Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya.

Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-Nya dan sentiasa mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya." -Ibnul Qayyim al-Jauzi

Sumber: I Luv Islam.Com

Lawatan penjara Tahun Baru Cina 25-26 Jan

Posted: 12 Jan 2012 11:00 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara membenarkan keluarga banduan daripada kalangan kaum Cina untuk melawat mereka di penjara sempena perayaan Tahun Baru Cina minggu depan.

Timbalan Komisioner Kanan Penjara, Supri Hashim, berkata lawatan dibenarkan pada 25 dan 26 Januari kerana semua penjara termasuk pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney ditutup pada hari pertama dan kedua sambutan Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Januari ini.

"Bagaimanapun, keluarga bagi tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh melakukan lawatan di Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting pada 23 dan 24 Januari sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Waktu perjumpaan ditetapkan antara 8.15 pagi dan 4.15 petang.

Pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.

Namun, mereka tidak dibenarkan membawa sebarang makanan atau minuman semasa bertemu banduan kerana juadah boleh dibeli di kantin penjara.

Supri berkata ahli keluarga tidak digalakkan memberi wang kepada banduan semasa lawatan memandangkan segala kemudahan asas disediakan oleh Jabatan Penjara.

"Sekiranya pelawat hendak berbuat demikian atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, mereka perlu mendapatkan resit rasmi daripada penjara sebagai akuan penerimaan," katanya. - BERNAMA

PAS Padang Serai perlu dana baiki markas

Posted: 12 Jan 2012 10:50 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

PADANG SERAI, 13 Jan: Menjelang pilihan raya umum ke 13, semua pihak dalam PAS sedang berusaha keras untuk membuat persiapan terbaik.

Antara yang perlu dipersiapkan adalah markas atau pusat aktiviti kempen pilihan raya ini.

Di Padang Serai, Kedah, antara markas PAS yang sedang diperkemaskan adalah markas tarbiyah Tuan Guru Haji Khatib Sarbini, Padang Ubi, Labu Besar dekat sini.

Menurut setiausaha kerja markas ini, Anwar Md Hashim, markas ini masih berfungsi namun keadaannya menyedihkan dengan lantainya uzur, PA system kadang-kadang berfungsi, kadang-kadang tidak, tingkapnya terbuka menyebabkan air hujan dapat memasuki melaluinya, kayu dimakan anai-anai, dimamah usia dan sebagai.

Ekoran itu, katanya, pihaknya sedang berusaha untuk membaikpulihnya menjelang pilihan raya akan datang ini.

Sehubungan itu, sumbangan diperlukan untuk membaiki. Kepada yang sudi, sila masukkan sumbangan anda melalui akaun Surau Haji Khatib Sarbini BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD : 02 – 05702 – 228785 – 1.

harakahdaily/-

Khatam Quran puncak gunung

Posted: 12 Jan 2012 10:30 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika mendaki Gunung Kinabalu, Sabah, namun 23 peserta dari Maahad Tahfiz Daril Naim, Melor, di sini tetap berjaya menawannya dengan khatam 30 juzuk al-Quran.

Pengarah ekspedisi, Muhammad Izzat Che Husin semasa menceritakan pengalaman berkenaan berkata, usaha yang dijalankan itu sebagai menghargai maahad (pondok) tersebut yang sudah 10 tahun dibina.

"Semasa perjalanan mendaki gunung, ada di kalangan peserta yang mengalami kekejangan otot, pening dan loya akibat suhu di kawasan pergunungan yang sejuk.

"Cuaca serendah empat darjah celcius pada hari kedua juga menguji tahap mental dan fizikal peserta terutama ketika mendaki cerun gunung yang berbatu dan licin menggunakan tali," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, tekanan udara yang rendah menyebabkan pernafasan peserta terganggu, namun acara khatam al-Quran sebanyak 30 juzuk berjaya dilaksanakan pada jarak 200 meter dari puncak gunung.

Menurutnya, usaha berkenaan melahirkan semangat juang dalam diri peserta bagi menyempurnakan misi khatam al-Quran di puncak Gunung Kinabalu.

"Ia sebagai bukti dan kemampuan peserta kepada peserta lain supaya tidak gentar menghadapi apa jua cabaran bagi meraih kejayaan," katanya.

Katanya, dengan adanya cabaran pendakian untuk perjuangkan misi maahad di mata dunia, ia diharap menjadi contoh kepada institusi pendidikan lain untuk menyahut cabaran.

sinar harian/-

Sultan perkenan gugur Hasan Ali

Posted: 12 Jan 2012 08:34 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

Sultan Selangor hari ini bersetuju untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi tadi.

Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.

"Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak," tambahnya.

Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan.

“Ada pihak halang saya guna dakwat” – Bekas Pengerusi SPR

Posted: 12 Jan 2012 08:30 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 13 Jan: "Saya dah nak buat pada pilihan raya umum lalu, namun ada pihak yang halang," kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengulas cadangan menggunakan dakwat pada pilihan raya umum akan datang.

Kata beliau kalau kerajaan hendak buat sekarang elok benarlah kerana cadangan itu sudah cuba dilakukan SPR pada pilihan raya umum lepas namun ada halangan tertentu.

Isu penggunaan dakwat menghangatkan Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Centre malam tadi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nazri Abdul Aziz cuba berdalih setelah pekungnya didedah Abdul Rashid.

Menteri yang menjaga hal ehwal parlimen itu bersama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa juga bertindak sebagai ahli panel pada wacana siri ke-9 terbabit. Prof Madya Datuk Dr Muhamad Agus Yusof dari UKM bertindak sebagai moderator.

Dewan konvensyen penuh sesak dengan kehadiran orang ramai termasuk dari luar Kelantan.

Pihak penganjur, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri terpaksa memasang layar di luar dewan, menyebabkan orang ramai melimpah ke jalan raya. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Nazri menyebut ketika itu kerajaan tidak dapat melaksanakan penggunaan dakwat pada hari mengundi kerana ada percanggahan dengan perlembagaan dan ada pihak yang menganggap sebagai meragukan.

Sebaliknya, Abdul Rashid mempertahankan hujah penggunaan dakwah pada jari pengundi tidak perlu kepada pindaan perlembagaan, dan ia sekadar melibatkan peraturan di peringkat SPR sahaja.

"Sama seperti arahan setiap pengundi perlu menunjukkan kad pengenalan sebelum diberi kertas undi. Syarat itu hanya peraturan di peringkat SPR sahaja dan tidak perlu kepada pindaan perlembagaan," katanya.

Malah Husam mengambil peluang mencelah dengan menjelaskan JAKIM sudah mengeluarkan kenyataan dakwat boleh digunakan pada hari mengundi sejak 2007 lagi.

Abdul Rashid juga seakan-akan meluah rasa kecewa memandangkan SPR tidak diberi kuasa penuh bagi mengendalikan pilihan raya secara lebih berkesan, sambil menyifatkan apa yang cuba dilakukan kerajaan sekarang sekadar merubah di bahagian ekor dan bukannya kepala.

"Kepala tidak disentuh hanya ekor sahaja disentuh melalui Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya. Sepatutnya perubahan perlu dibuat secara lebih menyeluruh. Perubahan perlu kepada political will.

"Apa yang perlu diubah macam tidak disentuh. Sepatutnya kita perdalamkan perbincangan mengenai demokrasi itu sendiri. SPR sejak 1959 hanya berkongsi kuasa dengan pihak lain dan tidak mempunyai kuasa penuh.

"SPR berkongsi kuasa dengan pihak polis, Jabatan Penerangan dan jabatan-jabatan lain lagi. Kuasa yang ada pada SPR tidak kuat," ujarnya mendapat sokongan gemuruh orang ramai.

harakahdaily/-

Panggilan Allah

Posted: 12 Jan 2012 08:20 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal" (QS. Al Anfal: 2).

Manusia termasuk makhluk yang banyak mendapat panggilan dari Allah. Mulai dari panggilan untuk hidup di dunia ini, panggilan untuk shalat pada waktunya, panggilan untuk berhaji pada bulannya, panggilan untuk mati untuk kembali ke alam baka, hingga panggilan di hari pengadilan di akhirat kelak untuk diadili. Namun kenyataannya, tidak semua panggilan itu dipenuhi sebahagian manusia, terutama panggilan untuk melaksanakan ibadah shalat melalui azan.

Padahal menurut para ulama, walaupun dikumandangkan oleh manusia, azan sebenarnya merupakan panggilan dari Allah. Lafaznya yang sama di seluruh dunia, meskipun manusia memiliki berbagai macam bahasa. Manusia-manusia beriman di belahan bumi manapun berada, akan tersentuh hatinya dan bertambah keimanannya tatkala mendengarnya. Hati menjadi bergetar untuk segera bangkit untuk menyucikan diri untuk segera menghadapNya tanpa perantaraan. Dan bahkan ada rasa penyesalan bila tak sempat memenuhinya.

Bila ada yang tak tersentuh, atau bahkan merasa jengkel tatkala suara azan bergema, maka itu bisa jadi suatu pertanda bahwa hatinya telah menjadi keras, sempit, dan gelap. Hati yang seperti ini tak akan mampu lagi menampung kebenaran atau panggilan-panggilan untuk menuju kepada kebenaran. Makanya, timbul rasa berat untuk bangkit dari tempat duduk atau tempat tidurnya, meskipun untuk menghadap Allah. Bila hati orang beriman bergetar tatkala mendengar nama Allah, maka yang tak bergetar tentunya adalah orang yang sebaliknya.

Tapi perlu diingat bahwa panggilan ini akan memberi pengaruh besar terhadap panggilan-panggilan yang mesti dipenuhi selanjutnya. Yaitu, panggilan untuk kematian yang datangnya tak disangka-sangka dan panggilan di akhirat kelak.

Serambi/-

Memohon Perlindungan

Posted: 12 Jan 2012 08:20 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman

"Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku sebagai benteng urusanku. Perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku. Perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah, ya Allah, kehidupan ini penambah kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasanku dari segala kejelekan" (HR. Muslim).

Di atas adalah permohonan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Sungguh ini suatu permohonan yang amat penting dimohon setiap insan yang masih hidup di dunia yang sebentar lagi akan ditinggalkan untuk selamanya. Lebih-lebih di zaman yang sudah diperintah hawa nafsu seperti sekarang ini. Banyak hal sudah diukur berdasarkan pemuas nafsu. Tidak sedikit orang yang hanya mau bergerak berbuat bila didorong materi pemuas nafsu. Berbuat karena didorong niat yang ikhlas sudah menjadi hal yang langka.

Kecenderungan untuk tergerak berbuat karena hawa nafsu bisa mengenai siapa saja, terutama yang keyakinan terhadap nilai-nilai agama sudah luntur dalam dirinya. Berbeda-beda tingkat keparahannya. Yang sudah parah malah menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Karena itu, sepatutnya kita menyempatkan diri memohon perlindungan kepada Allah. Yaitu, memohon agar ajaran-ajaran agama bukan sekedar menjadi hafalan semata. Tetapi mampu menjadi benteng yang melindungi diri kita dari hal-hal yang menjerumuskan ke dalam kesesatan dan mengikuti hawa nafsu.

Bukan hanya itu, juga memohon agar hidup ini produktif dalam menghasilkan kebaikan walaupun kecil, bukan kerusakan. Apalagi sudah terbukti dalam sejarah panjang manusia di bumi ini, orang-orang yang produktif dalam menghasilkan kerusakan pasti berujung pada kecelakaan hidup sekaligus matinya. Semoga dengan permohonan ini, setiap kita mampu memperbaiki ibadah masing-masing dan mengokohkan amalan. Yang juga penting adalah menjadikan permohonan atau doa sebagai rutinitas yang dicintai.

Serambi/-

Membuka Pintu Maaf

Posted: 12 Jan 2012 08:07 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman

"Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya" (QS. Ali 'Imran: 159).

Manusia adalah makhluk yang sangat lengkap, baik fisik maupun non fisik. Termasuk dilengkapi dengan kemampuan untuk memberi maaf kepada sesama manusia. Kemampuan ini juga banyak digunakan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam semasa hidupnya. Bahkan, menurut Aisyah r.a., suka memaafkan termasuk sifat utama Nabi sallallahu 'alaihi wasallam. Sifat itu juga ikut membantu dalam memajukan Islam ke berbagai negara. Ini adalah suatu isyarat bahwa kalau ingin maju, kita harus selalu siap menggunakan kemampuan memberi maaf.

Namun kenyataannya, banyak yang sulit membuka pintu maaf, terutama di saat merasa dirinya sangat kuat. Ini pertanda bahwa ada kesulitan dalam memanfaatkan kemampuan yang sudah dimiliki. Padahal Rasulullah mengingatkan betapa besar kebaikan yang akan diperoleh orang-orang yang mau memaafkan. Katanya, "Siapa saja yang mampu memberi maaf ketika dia mampu membalas, maka Allah akan mengampuninya saat ia mengalami kesukaran. Dan orang yang memaafkan terhadap kezaliman, karena mengharapkan kerizaan Allah, maka Allah akan menambah kemuliaan kepadanya di hari kiamat."

Bukan hanya itu, dalam sejumlah ayat Alquran (Al-Araf 199, Al-Hijr 85, dan Asy-Syura 43), Allah menganjurkan hamba-hambaNya untuk senantiasa membuka pintu maaf. Seruan yang lebih dari sekali ini akan membuat hati manusia, kecuali hati yang sudah sulit untuk dimasuki petunjuk. Dan jika firman Allah tak mampu lagi mempengaruhi hati untuk memberi maaf, lantas apalagi yang akan membuat hati berubah?

Serambi/-

Bieber lancar robot menari

Posted: 12 Jan 2012 08:00 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

JUSTIN BIEBER meletakkan mikrofon dekat dengan pembesar suara yang terdapat pada robot dengan disaksikan Ho Vinh Hoang (dua dari kiri) dan Allison Hagendorf.

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Penyanyi remaja yang terkenal, Justin Bieber menjadi tumpuan ramai apabila dia muncul pada Pertunjukan Pengguna Elektronik Antarabangsa di sini kelmarin.

Bieber, 17, yang popular dengan lagu Baby melancarkan robot menari yang dilengkapi pembesar suara mudah alih keluaran syarikat TOSY Robotics JSC dari Vietnam.

Dia yang terkenal dengan lagu Baby melancarkan robot itu yang dikenali mRobo dengan dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif TOSY Robotics JSC, Ho Vinh Hoang dan wartawan muzik, Allison Hagendorf.

Bieber yang memakai jaket Louis Vuitton sempat meluangkan masa untuk menandatangani autograf dan bergambar bersama peminat.

Harga robot itu tidak didedahkan dan jumlah bayaran yang diberikan kepada penyanyi itu kerana melancarkan robot berkenaan juga tidak diketahui. - Agensi

4 pegawai kerajaan dijadikan tebusan kumpulan militan Somalia

Posted: 12 Jan 2012 07:42 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

GARISSA: Sekurang-kurangnya empat pegawai kerajaan termasuk pegawai daerah menjadi tebusan kumpulan militan Somalia dalam serangan di utara Kenya yang mengakibatkan sekurang-kurangnya enam nyawa terkorban.

Pesuruhjaya Polis Wilayah Utara Timur, James ole Seriani, berkata tiga anggota polis termasuk penjawat awam dan guru sekolah rendah adalah antara enam terbunuh dalam serangan lewat petang semalam.

Sementara itu, seorang saksi berkata, seorang wanita yang sarat mengandung juga dibunuh kumpulan militan terbabit.

Bagaimanapun, jumlah sebenar tebusan dari bandar utara Gerille itu tidak dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kumpulan militan, al-Shahab.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan serangan agresif yang diterima masyarakat Islam di Somalia, tentera khas dari unit elit Al Mujahideen Harakat Al-Shabaab menyerang khemah Pentadbiran Polis Kenya. - AP

PM Jepun bakal gugur dua menteri

Posted: 12 Jan 2012 07:40 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda bakal menyingkir dua menteri dalam pengumuman rombakan kabinetnya hari ini dalam usaha memantapkan lagi jentera pentadbiran yang dipegangnya sejak dua bulan lalu.

Noda akan menggunakan kuasanya untuk menggugurkan dua rakan kabinetnya ketika pentadbirannya berdepan masalah peningkatan kadar cukai dan memastikan pertumbuhan ekonomi Jepun, khususnya daripada masalah bebanan hutang.

Laporan media hari ini menyebit semua menteri kabinet dijangka hadir dalam mesyuarat pagi ini untuk menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing bagi memberi laluan kepada pembentukan kabinet baru.

Bagaimanapun, majority menteri kabinet terbabit akan dipilih semula.

Media dalam laporannya semalam menyebut, Noda akan melantik semula dua orang kanannya, Menteri Pertahanan, Yasuo Ichikawa dan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Kenji Yamaoka.

Beberapa menteri bakal digantikan tetapi menteri kanan seperti Menteri Luar dan Menteri Kewangan dijangka tidak berubah. - AFP

Khalid menghadap Sultan Selangor isu pelucutan Hasan Ali

Posted: 12 Jan 2012 07:37 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Istana Bukit Kayangan, di sini kira-kira jam 10.05 pagi tadi bagi menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberi taklimat mengenai pelucutan jawatan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai EXCO kerajaan negeri.

Abdul Khalid selepas itu dijadualkan mengadakan sidang media di pejabatnya jam 11.30 pagi ini mengenai hasil pertemuan dengan tuanku.

Istihar Harta : KM Pulau Pinang miliki harta dibawah sejuta ringgit

Posted: 12 Jan 2012 06:52 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh adalah Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri semalam.

Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.

Boon Poh memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta.

Beliau juga memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Puyu itu juga memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund.

Ketua Menteri, Guan Eng berkata, perisytiharan itu dilakukan syarikat swasta untuk memastikan perisytiharan dilakukan dengan telus.

"Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (termasuk ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri) sudah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

"Ini memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang," katanya kepada media semalam.

Guan Eng pula memiliki simpanan tetap RM298,785 serta saham amanah berjumlah RM25,989. Beliau juga memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000.

Selain itu, beliau memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman pula memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000.

Mansor juga memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819 serta sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000.

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy pula memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan.

Beliau turut memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow disenaraikan memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000 serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000. Beliau memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000.

Kon Yeow juga memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund.

Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim pula tidak mencatatkan sebarang harta miliknya melainkan Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000.

Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng pula memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh.

Beliau juga memiliki saham di Kotindak dan Kojadi serta beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang pula memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000 serta sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air, Law Choo Kiang pula mempunyai sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000 serta beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC.

Manakala Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian, Wong Hon Wai pula memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000 dan sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000.- sinarharian

Adnan diminta atasi masalah bekalan air UMP Pekan

Posted: 12 Jan 2012 06:30 PM PST

19 Safar 1433H. [MOD] -

PEKAN, 13 Jan: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob diminta campur tangan agar kemelut dan permasalahan bekalan air di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan dapat diselesaikan dengan segera.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMP, Muhamad Fazli Abdul Halim membuat gesaan itu sekiranya pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang gagal mengatasi permasalahan tersebut.

Menurutnya, maklum balas yang diterima daripada pihak JBA Pahang rentetan isu krisis ganguan air antara lain menyatakan bahawa masalah bekalan air yang tidak stabil itu akan berpanjangan sehinggalah suatu sistem bekalan air yang sempurna disiapkan untuk kampus berkenaan.

Katanya, pihak JBA juga menyatakan bagi mengatasi masalah tekanan air rendah adalah dengan menyalurkan bekalan air secara terus ke kampus dari Loji Air Peramu dan menjangkakan kerja-kerja pemasangan paip itu siap akhir tahun 2012.

Justeru, katanya berdasarkan maklum balas yang diterima itu krisis gangguan air akan berterusan dalam satu tempoh jangka masa yang panjang.

"Pihak kami mendesak dan menggesa agar projek pembinaan bekalan air secara terus dari Loji Air Peramu ke Kampus UMP Pekan tersebut dipercepatkan bagi menyelesaikan kemelut yang dialami," katanya.

Menurutnya, usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan universiti dalam menangani krisis itu sewajarnya diberikan pujian seperti menggunakan khidmat lori tangki air bagi penghantaran air ke kampus sebagai satu langkah sementara dalam meredakan permasalahan itu.

Namun, kata beliau sewajarnya hal tersebut dimainkan secara serius oleh pihak JBA Pahang yang berfungsi dan dipertanggungjawabkan dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan tersebut.

"Pihak kami bimbang krisis ini akan bertambah serius apabila beberapa bangunan baru seperti perpustakaan, pusat aktiviti pelajar dan bangunan Fakulti Pembuatan yang dijangka beroperasi secara penuh pada awal semesta hadapan yang secara umumnya akan menyebabkan tekanan air menjadi lebih rendah," ujarnya.

Menurutnya lagi, melihat kepada keadaan semasa yang mana kebanyakan kelewatan projek berlaku dalam proses pembangunan kampus Pekan, pihaknya kurang berkeyakinan projek tersebut akan disiapkan dalam tempoh jangka masa yang ditetapkan.

Oleh hal sedemikian, ujarnya pelbagai pihak yang akan terjejas akibat permasalahan tersebut seperti mahasiswa, pensyarah, pengusaha kafeteria dan pengurusan universiti sendiri.

Katanya, krisis gangguan air itu bukan hanya menjejaskan warga UMP Pekan tetapi turut menjejaskan masyarakat sekitar kampus.

Untuk makluman, ujarnya UMP Pekan serta masyarakat sekitar berkongsi sumber air yang sama iaitu sumber air daripada Loji Air Kuala Pahang.

Tambahnya, apabila terdapat banyak aduan yang diterima akibat gangguan air di UMP, maka air akan disalurkan lebih ke UMP yang dalam masa yang sama masyarakat sekitar pula akan mengalami gangguan, begitulah yang berlaku seterusnya.

"Oleh hal sedemikian pihak kami menuntut pihak yang bertanggungjawab dalam menangani krisis ini mengambil tindakan yang sewajarnya agar kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan segera.

"Pihak kami mengharapkan pihak JBAPahang bersedia menjawab permasalahan ini secara terbuka agar segala keraguan dapat diatasi dengan segera," ujarnya.

harakahdaily/-

PAS TAMBUN

Posted: 13 Jan 2012 01:28 AM PST

PAS TAMBUN


SELAMATKAN RAKYAT MANJOI : PROGRAM SIHAT CERIA

Posted: 13 Jan 2012 01:16 AM PST


15 JANUARI 2012(AHAD)

NO 158JALANBERLIAN
KG SG TAPAH IPOH

SELAMATKAN RAKYAT MANJOI :FORUM BICARA RAKYAT

Posted: 13 Jan 2012 01:05 AM PST

AHLI PANEL

YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
(NAIB PRESIDEN PAS MALAYSIA)

TN HJ ASMUNI AWI
(AJK PAS MALAYSIA)

YBHG MUSTAFA KAMIL AYUB

TARIKH
17 JAN 2012 (SELASA)

TEMPAT
PADANG BERSEBELAHAN MASJID MEDAN KLEBANG RESTU,CHEMOR

SELAMATKAN RAKYAT MANJOI : CERAMAH RAKYAT DI ZON CHEMOR

Posted: 13 Jan 2012 01:01 AM PST

PENCERAMAH

TN HJ ASMUNI AWI
(AJK PAS MALAYSIA)

CIK SITI AISYAH
(KETUA SRI KANDI KEADILAN RAKYAT MALAYSIA)

TARIKH
15 JAN 2012 (ahad)

TEMPAT
MARKAZ PAS KG ULU CHEPOR TAMBAHAN,CHEMOR
(berhampiran Maahad Ummah)

HAJI SHURUR MANGSA KAPITALIS UMNO

Posted: 13 Jan 2012 12:52 AM PST


Hanya beberapa meter sahaja kedai 1 malaysia di bina berhampiran dengan kedai Tn Hj Shurur, apakah ini yang dikatakan untuk menolong orang melayu, apakah tidak cukup dengan pasaraya Maideen yang sedang dalampembinaan sekarang apakah akan jadi kepada nasib peniaga-peniaga melayu...

Idris Ahmad

Posted: 12 Jan 2012 11:21 PM PST

Idris Ahmad


TINDAKAN DISIPLIN SATU TARBIAH

Posted: 12 Jan 2012 01:52 AM PST

TINDAKAN DISIPLIN SATU TARBIAH
Idris Ahmad
12/1/12
Apabila kita mengisi borang sebagai ahli Parti Islam Semalaysia Pas kita telah berjanji untuk mematuhi perintah dan arahan parti selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Janji ini  merupakan lumrah kepada mana-mana organisasi. Begitu juga apabila kita bekerja di sektor swasta atau awam tetap mempunyai disiplin dan peraturan yang perlu dipatuhi jika mahu berkerja di tempat ini. Perkara yang sama kita sebagai seorang muslim sudah pun digariskan oleh nabi SAW sebagai panduan disiplin dengan agama kita yang tidak boleh  dirungkai daripada diri kita. Tidak ada makhluk yang bernama manusia hidup tanpa peraturan dan disiplin. Sekiranya manusia hidup tanpa  disiplin, maka dunia akan haru hara. Lebih-lebih lagi sebagai sebuah parti yang hendak mendaulatkan Islam dan mempunyai cabaran yang begitu besar perlu mempunyai disiplin yang ketat supaya tidak ada gangguan untuk mencapai matlamatnya.
Banyak kisah-kisah yang dipaparkan di dalam sirah nabi SAW yang boleh menjadi teladan kepada kita. Oleh itu tindakan disiplin adalah sebahagian daripada tarbiah di dalam jamaah.
Contoh yang berlaku tindakan disiplin kepada tiga orang sahabat Nabi SAW yang tidak menyertai perang Tabuk. Mereka ialah Kaab bin Malik, Murarah bin Rabi'ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi. Mereka ini adalah antara lapan puluh orang yang tidak pergi berperang di Tabuk. Rasulullah tidak menerima keuzuran mereka bertiga, manakala yang lain baginda menerima dari  alasan mereka.
Menurut Kaab bin Malik beliau tidak pernah ponteng di dalam setiap kali berperang, tetapi di dalam perang Tabuk beliau merasa malas hendak menyertai, walaupun beliau mempunyai kelengkapan yang cukup melebihi daripada keterlibatan beliau berperang di medan yang lain. Oleh kerana godaan nafsu dunia maka beliau tidak berangkat bersama dengan nabi SAW. Beliau menyangka baginda tidak tahu,  sangkaan beliau meleset kerana baginda terus bertanya beliau ketika di Tabuk.
Apabila baginda pulang daripada Tabuk, maka Kaab pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW di masjid untuk meminta maaf, maka baginda suruh beliau balik sehingga mendapat pengampunan daripada Allah SWT. Baginda mengarahkan jangan berurusan dengan mereka bertiga, ertinya mereka dipulau oleh orang Islam di Madinah. Baginda sendiri tidak melayan dan menegur Kaab. Dua orang sahabat yang lain hanya tinggal di dalam rumah dan menangis serta memohon keampunan daripada Allah SWT.
Pada suatu hari ada utusan Raja Ghassan daripada Sham datang membawa surat daripada untuk memujuk Kaab bin Malik ke Sham kerana sahabat dan saudara mereka tidak perlukan beliau lagi. Maka Kaab mengabil surat itu lalu dibakar kerana ini adalah ajakan syaitan dan iblis supaya beliau meninggalkan Islam.
Masuk hari yang ke empat puluh maka datang satu utusan menyuruh mereka menjauhkan isteri mereka. Maka Kaab menyuruh isterinya pulang ke pangkuan keluarga sehinggalah datang pengampunan daripada Allah SWT. Oleh kerana  Hilal bin Umaiyah sangat tua dan lemah maka isterinya datang  bertemu Rasulullah saw. lalu ia bertanya, "Ya Rasulullah, sebenarnya Hilal bin Umaiyah seorang yang  sangat tua, lagi pula ia tidak memiliki seorang pembantu. Adakah boleh aku melayaninya di rumah?"
Rasulullah saw. menjawab, "Tidak! Akan tetapi ia tidak boleh mendekatimu!"
Istri Hilal menjelaskan, "Ya Rasulullah! Ia sudah tidak bersemangat pada yang itu lagi. Demi Allah, yang dilakukannya hanya menangisi dosanya sejak saat itu hingga kini!". Maka Rasulullah tetap tidak benarkan.
 
Selama lima puluh hari lima puluh  malam pemulauan berlaku terhadap mereka bertiga, selepas waktu subuh datang utusan daripada baginda SAW memberi tahu bahawa Allah SWT telah mengampunkan mereka bertiga.
Mendengar berita itu Kaab terus   sujud syukur kepada Allah.
 
Ketika aku mengucapkan salam kepada Rasulullah, mukanya nampak cerah dan gembira, katanya "Bergembiralah kau pada hari ini! Inilah hari yang paling baik bagimu sejak kamu dilahirkan oleh ibumu!"
"Apakah dari Allah ataukah dari engkau ya Rasulullah?" tanyaku sabar.
"Bukan dariku! Pengampunan itu datangnya dari Allah!" jawab Rasul saw.
 

Demi Allah, aku belum pernah merasakan besarnya nikmat Allah kepadaku sesudah Dia memberi hidayah Islam kepadaku, lebih besar bagi jiwaku daripada sikap jujurku kepada Rasulullah saw."
Ka'ab lalu membaca ayat pengampunannya itu dengan penuh haru dan syahdu, sementara air matanya berderai membasahi kedua pipinya.
"Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepadaNya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang." (At-Taubah:118)
 
Banyak lagi kisah tindakan disiplin yang dikenakan kepada para sahabat antaranya ialah kepada Hatib Abi Balta'ah yang membocor rahsia mengenai persiapan baginda untuk menyerang Makkah kepada kaum keluarganya di Makkah. Beliau selamat daripada hukuman kerana Hatib ialah ahli Badar. Begitu juga dengan Abu Lubabah ibn Munzir yang diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk berunding dengan Bani Quraizah yang sudah dikepung selama dua puluh lima hari. Apabila Abu Lubabah sampai mereka meminta pandangan apakah kamu berpedapat lebih baik kami mengikut hukum Muhammad? Abu Lubabah mengatakan: Ya . kemudian dia mengisyaratkan tangan dan tengkuknya, yakni menunjukkan mereka akan disembelih. Apabila beliau menyedari beliau telah mengkhianat amanah Rasulullah maka beliau mengikat badan beliu di masijid selama enam hari sehinggalah datang pengampunan daripada Allah SWT. Bermaksud,
"Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka yang bercampur baur pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi Maha Penyayang" (al-Taubah 9:102)
 
Pernah berlaku kepada seorang aktivis Pas di Pasir Salak Perak yang telah diambil tindakan oleh jawatankuasa disiplin parti kerana masalah dalaman parti, namun beliau tidak pernah jemu-jemu membantu Pas dan menghadiri program Pas walaupun beliau bukan ahli Pas. Paling menarik rumah beliau telah diadakan ceramah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang memecat beliau pada ketika itu. Selepas beberapa beliau ditemui meninggal dengan penuh misteri di dalam parit di tanah rancangan Felcra Seberang Perak.
 
 
Rumusannya
1.Tindakan disiplin adalah merupakan sebahagian daripada tarbiah.
2.Mereka yang berjiwa besar akan menganggap ini adalah satu penghormatan dan peluang untuk mereka muhasabah diri
3.Mereka yang dikenakan tindakn disiplin diuji dengan secara praktikal, bukan sahaja teori. Kerana tarbiah ialah amali bukan teori semata-mata.
4. Salah satu cara Allah hendak mengangkat darjat seorang itu di dalam berjamaah.
5.Menguji keikhlasan seorang itu samaada mereka berjuang kerana Allah, bukan kerana jawatan.
6. Tidak rugi apabila kita merendah diri dan rela menerima tindakan dengan hati yang lapang.
7. Allah akan menguji kepada kita samaada kita akan mengkhianat jamaah atau tidak apabila kita diambil tindakan. Jika Kaab bin Malik dipujuk oleh Raja Ghassan yang kafir, maka kita juga akan dipujuk oleh musuh-musuh Pas yang sentiasa mencari peluang
8.Contohilah seorang ahli biasa Pas d Pasir Salak  walaupun diambil tindakan mereka terus memberikan khidmat kepada Pas
9.Allah hendak melihat kita bercakap serupa dengan apa yang kita sering ungkap kisah Khalid ibn Walid yang dipecat di zaman Saidina Umar. Beliau terus berjuang walaupun menjadi pengikut biasa. 


Filed under: Tarbiyyah

Salam Perjuangan

Posted: 12 Jan 2012 11:18 PM PST

Salam Perjuangan


PAS PAHANG UCAP TAKZIAH

Posted: 12 Jan 2012 02:51 AM PST

17 Safar 1433 H | 12 January 2012
KUALA LUMPUR, 12 Jan: PAS Pahang merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil Al-Marhum Sultan Abu Bakar, kekanda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada jam 5.30 pagi tadi.

Tengku Ainon Jamil, 84, mangkat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, demikian menurut kenyataan Setiausaha Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang, Datuk Sabaruddin Sulaiman.

"Kemangkatannya merupakan suatu berita sedih bukan sahaja bagi anggota keluarga bahkan bagi seluruh rakyat Pahang. Baginda sangat terkenal dengan minatnya terhadap kuliah pengajian agama, sering menghadiri majlis-majlis ilmu dan keeratannya dengan semua golongan rakyat," kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan media.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan menerima semua amalan baiknya dan merahmatinya di alam barzakh. Al-Fatihah.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 12 Jan 2012 10:19 PM PST

PAS Negeri Sembilan


5 petugas PAS Tampin dibebaskan

Posted: 12 Jan 2012 05:46 AM PST


(Gambar: Taufek [kiri sekali] bergambar dengan lima pemimpin dan ahli PAS Tampin yang dibebaskan dengan jaminan polis hari ini)

TAMPIN, 12 Jan: Mahkamah Majistret Tampin membebaskan lima pemimpin dan ahli PAS kawasan Tampin yang ditahan tiga hari lalu oleh polis ekoran kejadian mengoyakkan poster sempena Rapat Pakatan Rakyat Negeri Sembilan 15 Januari ini.

Pembebasan mereka yang disambut oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Abd Ghani pagi ini. Mereka dibebas dengan jaminan polis.

Kelima-lima mereka ditahan tiga hari lalu ketika datang ke Balai Polis Tampin untuk membuat laporan polis ekoran pertengkaran yang berlaku antara mereka dengan sekumpulan orang yang mendakwa petugas Majlis Daerah Tampin kemudiannya.

Ia berlaku pada 9 Januari lepas, apabila kelima-lima mendapati poster Rapat Pakatan Rakyat N9 dikoyak selepas mereka memasangnya di pekan Gemencih.

Apabila kelima-lima petugas PAS yang diketuai Zanil Subuh, Ketua Penerangan PAS Tampin itu menyiasat mendapati sekumpulan orang sedang mengoyak poster itu. Apabila ditanya, mereka menjawab, mendapat arahan untuk membuang poster itu.

Ekoran itu, berlaku pertengkaran antara mereka kerana para petugas PAS ini beranggapan yang mengoyak ini dari parti lawan yang cuba merosakkan majlis mereka kerana tidak memperkenalkan diri atau berpakaian seragam.

Selepas itu, satu laporan polis dibuat. Para petugas PAS ini pula ke balai polis Tampin jam 2 pagi hari yang sama untuk membuat laporan polis juga ekoran pertengkaran itu.

Namun, mereka telah ditahan polis atas dakwaan menghalang tugas pejawat awam iaitu petugas Majlis Daerah Tampin yang membuang poster itu.

"Saya yakin sukar untuk mereka mendakwa kerana yang mendakwa petugas majlis daerah ini tidak berpakaian seragam, notis pula tidak dikeluarkan," kata Taufek, Adun Paroi itu.

Pakatan Rakyat merancang untuk mengadakan Rapat Rakyat N9 di Dataran Rakyat pekan Gemas Ahad ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Haji Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng dijangka menyertai rapat yang dibuat di bumi NFC (National Feedlot Centre) ini.

Mereka memanggil Gemas bumi NFC kerana ladang lembu yang dimiliki NFC dibina di Gemas.

"Saya dapati moral kelima-lima mereka amat tinggi walaupun tiga malam tidur di lokap kerana selepas bebas terus mereka membuat kerja untuk rapat Pakatan Ahad ini," kata Taufek kepada Harakahdaily.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7537-5-petugas-pas-tampin-dibebaskan

5 pejuang PAS Tampin ditahan lokap polis makin bersemangat

Posted: 12 Jan 2012 05:27 AM PST


5 TAHANAN REMAN AKTIVIS PAS TAMPIN BEBAS

12 Jan 2012 - Dari Blog Sokong PR

5 oang aktivis Pas Tampin yang ditahan reman sejak malam Isnin lalu telah bebas pada tengahari ini. Kelima-lima aktivis Pas ini telah menghalang seorang yang tak dikenali yang telah meruntuhkan poster dan kain rentang berkaitan dengan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada 15 Januari ini di Dataran Gemas.

Orang yang tak dikenali itu akhirnya diketahui adalah kakitangan PBT Tampin. Kakitangan PBT ini tidak memakai pakaian seragam semasa meruntuhkan poster Pakatan Rakyat.

Pihak PR Tampin amat yakin pegawai PBT ini menjadi alat Umno untuk mensabotaj program PR pada 15 Januari yang akan dihadiri oleh Anwar Ibrahim.

Turut hadir di Balai Polis Tampin pada tengahari tadi ialah YB Pesuruh Jaya Pas Negeri Sembilan, pimpinan Pas Kawasan, pimpinan Cabang PKR serta pimpinan Pas cawangan-cawangan di dalam kawasan Tampin.

Yang ditahan ialah Zanil Suboh, Shamsudin Hashim. Musa Ali. Mohd Nor Isa dan Mohamad bin Yusof.

Gambar-gambar sekitar pembebasan para pejuang PAS Tampin di http://sokongpr.blogspot.com/2012/01/5-tahanan-reman-aktivus-pas-tampin.html



Untung DUN Paroi, 3 Jamuan Raya, 3 Pusat Khidmat

Posted: 12 Jan 2012 12:11 AM PST



Wakil rakyat di DUN Paroi, Negeri Sembilan adalah dari PAS, iaitu YB Tn Hj Mohamad Taufek Abd Ghani yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan. Kalau DUN lain di N.Sembilan ini nak jadikan Menteri Besar sebagai Bapa Angkat mereka, ada 3 Pusat Khidmat Masyarakat BN dalam DUN tersebut, dapat 3 kali Jamuan Raya bersama Menteri Besar dalam satu minggu, pilihlah wakil rakyat dari Pakatan Rakyat dalam Pilihranya Umum ke 13 nanti.

Kalau tak percaya baca sendiri sedutan berita di bawah ini. MB sebagai Bapa Angkat DUN Paroi, 3 Jamuan Raya dalam seminggu di DUN Paroi dan 3 Pusat Khidmat Masyarakat BN di DUN Paroi.

Untuk betul khidmat katering, khidmat khemah serta kanopi, khidmat PA sistem dan lain-lain perniagaan di DUN Paroi ini bila banyak jamuan raya di sini.

Bak kata P. Ramlee dalam filem 3 Abdul, "Jangan Marah".

20 SEPT. 2011

Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hj.Hasan berucap di Program Pemimpin Bersama Rakyat dan sambutan Merdeka Raya di Taman Satria, Senawang yang berlangsung semalam dengan mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 10,000 orang datang dan dari pelbagai bangsa serta lapisan.

http://n9kini.com/20-sept-2011-menteri-besar-yab-dato%E2%80%99-seri-utama-hj-mohamad-hj-hasan-berucap-di-program-pemimpin-bersama-rakyat-dan-sambutan-merdeka-raya-di-taman-satria-senawang-yang-berlangsung-semala/

September 21, 2011

SENAWANG, 20 September – Penduduk DUN Paroi hari ini seolah olah bangkit bagi membuktikan bahawa mereka sudah bersedia memberi semula kawasan DUN Paroi ke atas pentadbiran Barisan Nasional. 'Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 dan Sambutan Kemerdekaan ke 54 Peringkat DUN Paroi' kunjungan lebih dari 10 ribu orang.

Bertempat di Padang Sekolah Men. Keb. Senawang kehadiran Menteri Besar, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan isteri di sambut dengan persembahan Silat Gayong Taman Widuri.

Beliau menyeru agar penduduk 15 Cawangan UMNO peti undi Senawang dan Taman Marida yang hadir malam ini sentiasa bersatu padu dan mengekalkan momentum kerjasama dalam usaha sifar pembangkang.

http://n9kini.com/bersatu-padu-kekalkan-momentum-kerjasama-dalam-usaha-sifar-pembangkang/

September 27, 2011

PAROI, 26 Sept – Sambutan Aidilfitri 1432H dan Kemerdekaan Ke-54 kini masuk siri yang ketiga yang telah dianjurkan Jentera Pilihanra UMNO Bahagian Rembau.

Program ini dianjurkan dalam rangka menawan kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Paroi dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Sambutan kali ini yang bertempat di Padang Awam Flat Seroja, Tasik Jaya Paroi telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk tempatan.

Kehadiran Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan suasana majlis.

http://n9kini.com/menteri-besar-menyeru-agar-rakyat-berpijak-di-bumi-yang-nyata-walaupun-berbeza-pendapat/

Setiap DUN Di N.sembilan Ada Bapa Angkat
May 27, 2009

SEREMBAN, 27 Mei (Bernama) -- Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan termasuk di bawah kawasan pembangkang akan mempunyai bapa angkat yang terdiri dari exco kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata langkah tersebut berupa sebahagian dari pelan pemulihan politik di negeri itu.

"Melalui rancangan ini, exco-exco yang dilantik perlu meluangkan masa untuk berintekrasi dengan penduduk," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Mohamad sendiri menjadi bapa angkat untuk DUN Mambau dan Paroi, Datuk Mohammad Razi Kail (Sikamat), Shamsulkahar Mohd Deli (Bahau), Datuk Ismail Taib (Chuah), Siow Chen Pin (Lukut), VS.Mogan (Port Dickson).

Datuk Hashim Rusdi (Bukit Kepayang), Datuk Ismail Lasim (Nilai dan Rahang), Samad Ibrahim (Senawang), Zainab Nasir (Repah dan Tampin), Datuk Yunus Rahmat (Ampangan) dan Datuk Dr Yeow Chai Thiam (Lobak dan Temiang).

Mohamad berkata DUN yang dikuasai pembangkang turut diberi bapa angkat kerana didapati rakyat di kawasan itu tidak dibela oleh Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang.

"Oleh itu DUN pembangkang akan turut menerima bapa angkat supaya dapat menguruskan masalah-masalah yang berlaku di dalam kawasan berkenaan," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=414030&cat=tn

Pusat Khidmat DUN Paroi beroperasi Februari
Tuesday, 19 January 2010

Barisan Nasional Negeri Sembilan akan menubuhkan sebuah lagi pusat khidmat masyarakat Barisan Nasional (BN) bagi memberi kemudahan kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan perkhidmatan.

Pengerusi BN Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hasan berkata, pembukaan satu lagi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi adalah selaras hasrat Kerajaan Negeri memenuhi keperluan masyarakat setempat.

`DUN berkenaan bakal mempunyai tiga pusat khidmat memandangkan kawasan berkenaan mempunyai populasi penduduk yang lebih padat berbanding tempat lain.

`Memandangkan kawasan tersebut wakil rakyatnya bukan wakil rakyat BN,kita tidak mahu rakyat di situ terus terabai. katanya ketika berucap di Majlis Penutup Karnival Kelab Sukan Komuniti DUN Paroi di Centre Court, Paroi, Seremban.

`Banyak aduan diterima di mana wakil rakyat di situ tidak dapat dihubungi,ataupun rakyat susah berjumpa dengan mereka(wakil rakyat),dan perkara seperti ini tidak seharusnya berpanjangan.

`Oleh itu,kita mengambil keputusan untuk membuka sebuah lagi pusat khidmat bagi memudahkan orang ramai mendapat bantuan' , katanya.

Dato' Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata, program Dasar Jaringan Keselamatan Sosial dilaksanakan Kerajaan Negeri sebelum ini memerlukan pusat khidmat yang cukup bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan memantapkan segala dasar kerajaan.

Menteri Besar berharap penubuhan khidmat baru awal Februari depan dapat membela nasib rakyat di kawasan di menangi pembangkang sekali gus menjaga kebajikan rakyat setempat.

"Bukan sahaja di Paroi,tetapi kita juga telah membuka dan akan menambah lagi pusat khidmat ini di kawasan sekitarnya terutama kawasan yang di menangi pembangkang seperti Sikamat dan Ampangan. Apa yang menjadi keutamaan ialah seluruh rakyat di negeri ini berpuas hati dan dapat kebajikan

http://umnons.org/umnons/index.php?option=com_content&task=view&id=31&Itemid=1

HiTea dgn Nurul Izzah 15 Jan 2012 di Rembau

Posted: 11 Jan 2012 09:54 PM PST



MINUM PETANG & CERAMAH
Bersama YB Nurul Izzah, YB Taufek & CheguBard
Tarikh : 15 Jan 2012, Ahad
Masa : 4.45 ptg
Tempat : Simpang 3,Kg Batu, Rembau
Sempena Pelancaran Bilik Gerakan PR DUN Kota

Semua dijemput hadir

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 12 Jan 2012 09:56 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


SBPA Ditangguhkan !!! Penangguhan Ambil Masa Beberapa Bulan Lagi @ Mungkin Selepas PRU Ke 13

Posted: 11 Jan 2012 10:53 PM PST

PAS Kawasan Miri

Posted: 12 Jan 2012 07:57 PM PST

PAS Kawasan Miri


Nasib Anak Tanpa Kerakyatan

Posted: 12 Jan 2012 01:25 AM PST

Anak-anak Tidak Bersekolah Sebab Tidak Memiliki Surat Beranak
MIRI - Isu penduduk asal yang tidak memiliki kad pengenalan atau MyKad dan surat beranak yang tidak mendapat taraf kerakyatan berlaku di bandaraya Miri, Sarawak.

PAS Miri telah berkunjung ke rumah sebuah keluarga di Pujut yang anak-anaknya tidak dapat belajar di sekolah disebabkan tidak memiliki surat beranak. Anak yang sulung berumur 11 tahun dan juga adik-adiknya yang lain juga tidak bersekolah disebabkan masalah yang sama.

Keluarga ini yang berasal dari pendalaman Sabah yang merantau mencari pekerjaan di Sarawak sudah lama menetap di Miri, Sarawak lebih daripada 20 tahun. Kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut memiliki kad pengenalan lama tetapi apabila berlaku pertukaran kepada Mykad, kad pengenalan lama mereka tidak dikembalikan oleh JPN disebabkan nombor kad pengenalan lama mereka mempunyai persamaan dengan kad pengenalan orang lain.

Mereka yang memang penduduk asal dari pendalaman Sabah menceritakan kepada kami keadaan hidup mereka yang sukar untuk mendaftar kelahiran dan mendapat surat beranak disebabkan oleh keadaan muka bumi Sabah yang berbukit bukau dan jauh terpencil dari arus pembangunan.

Begitu juga keadaan jalanraya yang teruk dan sukar bagi mereka turun ke bandar untuk mendaftarkan kelahiran atau membuat surat beranak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kebanyakan mereka yang lahir secara tradisional mengunakan khidmat bidan kampung di pendalaman Sabah dan Sarawak masih lagi tidak memiliki surat beranak dan kad pengenalan. Mereka hanya menulis tarikh kelahiran anak mereka menggunakan tanda seperti menulis di dinding atau menanam pokok kelapa di tempat kelahiran mereka.

Mereka ini adalah penduduk asal bukannya pendatang asing, sepatutnya JPN jangan biarkan mereka hidup tanpa ada status kerakyatan yang sah. Mereka sudah memohon kepada JPN agar diberi sedikit kelonggaran untuk mendapat taraf kerakyatan. Oleh kerana mereka berasal dari tempat yang jauh di pendalaman dan sukar untuk mendaftar dengan JPN sudah tentu mereka tidak memiliki surat beranak seperti mereka yang tinggal di Bandar.

Mereka memohon bantuan PAS untuk menyelesaikan masalah anak-anak mereka yang masih belum dapat bersekolah, mereka memohon agar pihak kerajaan dapat memberi sedikit kelonggaran untuk anak mereka belajar di sekolah macam kanak-kanak lain. Kita akan mengunakan khidmat guaman jika diperlukan, agar kanak-kanak ini dapat bersekolah seperti kanak-kanak yang seusia dengan mereka.

Kita sungguh simpati akan nasib anak-anak kecil yang sepatutnya pergi belajar di sekolah tetapi terhalang disebabkan oleh sistem persekolahan yang memerlukan surat beranak atau MyKad untuk membolehkan mereka belajar.

Sampai bila pihak kerajaan atau JPN membiarkan perkara ini terus berlaku? Adakah sehingga mereka dewasa dan terus meminggirkan mereka tanpa memberi mereka taraf kerakyatan. Apa akan jadi pada nasib anak-anak ini nanti apabila mereka sudah dewasa dan masih lagi belum diiktiraf sebagai rakyat Malaysia?

Mengapa JPN tidak mahu mendaftar anak-anak kecil ini? Kalau ibubapa mereka tidak mempunyai Mykad atau surat beranak adalah disebabkan oleh infrastrutur dan jalan penghubungan yang masih lagi sukar di Sabah dan Sarawak.

Apa salahnya mereka ini didaftarkan sebagai warganegara sedangkan mereka juga penduduk asal Malaysia dan lahir di Sarawak. Mereka semua adalah rakyat Malaysia yang membezakan mereka cuma mereka ini datang dari pendalaman yang masih lagi ketinggalan dari arus pembangunan.

Kesemua kanak-kanak ini lahir di Miri dan mereka perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib, agar pihak kerajaan dapat membenarkan mereka bersekolah agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. Mereka perlu diberi ilmu pengetahuan dan pelajaran agar mereka tidak jadi golongan buta huruf.

Mereka inilah akan jadi asset yang berguna dan akan memimpin Negara di masa hadapan tetapi kalau mereka tidak mempunyai pelajaran macam mana mereka hendak jadi asset atau pemimpin yang bertanggungjawab di kemudian hari.

Kita mendesak pihak kerajaan dan JPN agar jangan membiarkan perkara ini terus berlaku kerana kita tidak mahu nasib anak-anak kecil yang tidak bersekolah dan tidak memiliki surat beranak dan MyKad ini dikemudian hari akan terpinggir begitu saja tanpa ada sebarang pembelaan disebabkan mereka tidak memiliki surat beranak dan juga taraf kerakyatan yang sah. Mereka ini tidak bersalah dan sepatutnya pihak JPN memberi sedikit kelonggaran terhadap anak-anak kecil ini agar mereka juga dapat pembelaan dan pengiktirafan sebagai warganegara yang sah.

Jika pihak kerajaan dan JPN gagal mengatasi masalah ini sudah pasti Negara kita dikemudian hari akan menjadi kucar kacir disebabkan penduduk asal yang ingin menuntut kerakyatan mereka pasti akan bangun dan menentang kerajaan yang merampas hak tanah adat datuk nenek moyang mereka dulu.

Penduduk asal berhak untuk menuntut hak kerakyatan mereka walaupun mereka ini tidak memiliki surat beranak kerana datuk nenek moyang mereka sudah lama menetap di bumi Sarawak maka mereka seharusnya diberi sedikit kelonggaran untuk mendapat MyKad dan juga surat beranak.

Mungkin pihak JPN ada cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dan apa yang penting selesaikan secara adil untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Sekali lagi kita mendesak pihak kerajaan dan JPN memberi sedikit kelonggaran kepada nasib anak-anak kecil yang kurang bernasib baik ini supaya mereka dapat belajar dan bersekolah seperti anak-anak lain walaupun mereka tidak memiliki surat beranak, apa yang penting beri mereka pelajaran daripada membiarkan mereka hidup terbiar tanpa mendapat sebarang ilmu yang berguna dan memberi menafaat kepada mereka di kemudian hari.

Golongan ini perlu diberi bantuan dan janganlah menghukum mereka disebabkan oleh keadaan yang menimpa mereka. Mereka juga rakyat Malaysia walaupun mereka tidak memiliki surat beranak bukan bermakna mereka mesti terus dipinggirkan dan diabaikan begitu saja.

Kita PAS dan Pakatan Rakyat akan sentiasa membantu serta menyuarakan masalah rakyat yang kurang bernasib baik tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

English version
Young children do not attend school because they do not have Birth Certificate
MIRI - The issue of indigenous residents who does not have identity cards or MyKad and birth certificate which are stateless happening in Miri city, Sarawak.

PAS Miri had visited a family in Pujut whose children could not studied at school due to not having a birth certificate. The eldest child was 11 years old and the other siblings also are not in school due to the same reasons.

This family originated from the interior of Sabah, who had travelled to seek employment in Sarawak had been living in Miri, Sarawak for more than 20 years. Both parents of the child have the old identity cards, but when there is a change to MyKad, their old identity card is not returned by the NRD due to their old identity card numbers has a similarities with other persons identification card.

They are the original inhabitants of the interior of Sabah told us their living conditions are difficult to register births and obtain birth certificates due to the conditions of Sabah's land, mountain passes and remote from the mainstream of development.

Similarly, poor road conditions and difficult for them to go down to town to register a birth or make a birth certificate at the National Registration Department (NRD). Most of those who use the services of traditional birth midwives in rural villages in Sabah and Sarawak still do not have birth certificates and identity cards. They just write the chronicle of their child's birth using signs such as writing on the wall or coconut trees planted at the their birthplace.

These natives are not illegal immigrants; NRD should not leave them without legal citizenship status.
They have been applied to the NRD, to be given some flexibility to get the status of citizenship.
Since they come from far in the interior and difficult to register with the NRD of course they do not have birth certificates, such as those who live in City.

They seek assistance from PAS to solve their children which have yet to go to school; they request that the government can give some flexibility for their children to school like other children. We will use legal services if needed, so that the children can go to school as a child of the same age with them.

We are very sympathetic to the fate of these small children which they should go to school, but is barred due to the school system that requires a birth certificate or identification card to enable them to study.

Until when the government or the NRD let this matter continue to happen? Do until they become adults and continue to marginalize them without giving them the status of citizenship. What will be the fate of these children later when they have grown up and have yet to be recognized as citizens of Malaysia?

Why the NRD did not want to register these children? If their parents do not have birth certificates or MyKad is due to the infrastructures and road connections are still difficult in Sabah and Sarawak.

What is wrong with these people to be registered as citizens although they are the original inhabitants of Malaysia and born in the state? They are all Malaysians which distinguish them only thing they may come from the interior of which is still lagging in development.

All the children are born in Miri, and they should be given attention by the authorities, that the government would have allowed them to school so that they are not left behind in their studies. They should be given knowledge and education so that they are not illiterates.

These are assets that will be useful and will lead the country in the future but if they do not have education how they want to be the asset or be a responsible leader in the future.

We urge the government and the NRD so that do not let these things continue to happen because we do not want the fate of young children who do not attend school and does not have a birth certificates and MyKad in the future will be left out without any justification because they does not have a birth certificates and the status of legal citizenship.

They are not guilty and the NRD should provide some flexibility for small children so that they get support and recognition as legitimate citizens.

If the government and the NRD failed to overcome this problem is certainly the future of our country will be chaos because the original inhabitants who wish to claim their citizenship will wake up and oppose the government for confiscated their ancestors of customary land rights.

The original population is entitled to claim their citizenship rights, even if they do not have birth certificates because their fathers ancestors had long lived in the land of Sarawak, they should be given some flexibility to get the identification card and birth certificate.

Perhaps the NRD have the best way to overcome this problem and what is important is to resolve fairly to all regardless of race or religion.

Once again we urge the government and the NRD to give some flexibility to the plight of young children who are less fortunate so that they can learn and go to school like other children even if they do not have a birth certificate, what is important to give them lessons from letting them living left without getting any useful knowledge and give benefits to them in the future.

These groups need to be given help and do not punish them caused by circumstances that befall on them. They are also the people of Malaysia, although they do not have a birth certificate is not meaning that they must continue to be marginalized and ignored.

We PAS and Pakatan Rakyat will always help and voice problems for the less fortunate people irrespective of race, religion and political belief.

PAS LENGGONG

Posted: 12 Jan 2012 07:36 PM PST

PAS LENGGONG


FB YDP PAS Lenggong

Posted: 12 Jan 2012 02:06 AM PST


Terima kasih yg meberi sokongan kpd Ibu dlm menghadapi Tekanan UMNO melalui FELCRA menyaman Mak saya. Tindakan saya hendak menyedarkan org melayu yg diTindas Umno melalui Felcra. Org kg menyerahkan tanah kepada FELCRA tempuh perjanjian 15thn semua hasil di FELCRA kenapa lebih 20thn hutangmasih ada. Sebagai pengengersi Badan bertindak Peserta felcra menyeru kpd semua peserta Felcra Bangkit tukar kerajaan unt kita hentikan penindasan ini.

FB YDP PAS Lenggong

Posted: 12 Jan 2012 02:05 AM PST


Kebaikan berada dlm jamaah Islam insyaallah bukan shj Allah menjaga manusia turut sama menjaga. kkalau dlm umno pemimpin xtutup Aurat ponco-ponco itu takjadi isu. Syabas Muslimat kesopan terjaga tersasul cepat2 ditegur dan kita terima dan perbaik insyaallah ada Rahmahnya.

FB YDP PAS Lenggong

Posted: 12 Jan 2012 02:04 AM PST


Sedang Bersama Peserta Felcra Bukit Apit1 Masjid Tanah Melaka. Rumusannya selagimana umno tidak diganti ketirisan kegagalan pengurusan penindasan kpd rakyat akan berterusan.

Siapa gerangan pelakunya

Posted: 12 Jan 2012 01:59 AM PST

Dalam rusuhan Batu buruk dahulu siap dengan gambar sekali. kenapa kali ini tak dapat cari?
Pastinya bukan orang PR yang melakukannya.

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Polis menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya pihak yang bertanggungjawab dalam insiden letupan dalam perhimpunan 901 baru-baru ini.

Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada DSP Yahya B. Abd Rahman di talian 019-470 8947 atau Bilik Gerakan IPK KL di talian 03-2146 0584/0585 atau Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 / 03-2266 3444 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Demikian tulis PDRM dalam facebook mereka hari ini.

Tulisan itu berbunyi:

TAWARAN RM 10,000 : Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.


Tawaran ini dibuat polis ekoran kejadian tiga letupan yang berlaku di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin 9 Januari lepas, ketika orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mendengar keputusan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiga-tiga letupan itu dikatakan berlaku dari dari kon lalulintas dan dipercayai dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian yang pertama, sebuah kereta telah rosak manakala seorang cedera terkena serpihannya.

Letupan kedua pula berlaku di dalam kawasan ibu sawat TNB manakala letupan ketiga di sekitar bangunan persekutuan.

Pihak polis telah mengarahkan orang ramai agar beredar dari tempat-tempat yang disyaki menjadi lokasi kejadian itu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Polis juga didapati menggunakan anjing pengesan untuk menyiasat kawasan letupan berkenaan.

Rakyat ramai yang bersetuju dengan soalan ini.

Posted: 11 Jan 2012 11:17 PM PST


KHAMIS, 12 JANUARI 2012

PEGUAM NEGARA TIDAK RAYU KES RAZAK BAGINDA, ADAKAH KES ANWAR PEGUAM NEGARA BERTINDAK SEBALIKNYA?

Oleh: WFAUZDIN NS

SAMADA Peguam Negara mahu merayu atau tidak keputusan Perbicaraan Liwat II, rakyat sudah tidak memperdulikannya lagi. Yang nyata, kes ini sepatutnya lebih awal lagi dicampakkan ke dalam tong sampah kerana terlalu banyaknya perkara yang langsung tidak masuk akal samada dari segi lojik akal apatah lagi dari sudut perundangan dan jauh sekali dari sudut Hukum Islam.

Terkini, pihak Pendakwaan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yangmembebaskan ketua pembangkang itu daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Isnin lalu.
NONEDalam laporan berita bahasa Inggeris Nightline, terbitanTV3, Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (foto) dipetik berkata keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan.

Rakyat yang mahukan keadilan dan bencikan amalan fitnah telah bersedia untuk berdepan dengan gerombolan penfitnah dan korup ini. Mereka jangan sangka dengan pembebasan DS Anwar Ibrahim pada 09 Jan yang lalu menyebabkan rakyat bersedia untuk menerima apa jua keputusan mahkamah selepas ini kerana kita telah lama sedar bahawa institusi kehakiman di negara ini masih memerlukan reformasi yang menyeluruh.

Selagi Umno/Bn berkuasa dan selagi Najib dan Rosmah berada di Putrajaya, usah bermimpi untuk melihat sistem kehakiman boleh dipercayai hatta lima puluh peratus. Justeru itu, kita tidak boleh lalai dengan sebarang bentuk helah mereka dan tidak mustahil pembebasan DS Anwar baru-baru ini adalah salah satu dari ribuan strategi dan helah rejim diktator sekarang.

Apa yang perlu dilakukan sekarang, kita teruskan perjuangan kita dengan menyampaikan maklumat segala bentuk penyelewengan Umno/Bn selama lebih 50 tahun mereka berkuasa. Umat Islam, Melayu, semua rakyat berbilang kaum dan negara ini wajib kita selamatkan dari terus menjadi mangsa buas Umno/Bn. Rakyat sudah jelak dengan sifat dayus dan bacul pemimpin mereka yang tidak pernah berani berdepan dengan Pakatan Rakyat. Mereka hanya bergantung kepada media pencacai di bawah kawalan mereka dan juga bergantung hayat `di dubur Saiful'. Kali ini `ranap' sudah dubur pemuda tersebut kerana diusung keluar masuk mahkamah sehinggakan mahu diusung lagi dalam kes rayuan nanti.

Di dalam kes pembunuhan Altantuya, Peguam Negara tidak berhajat untuk merayu apabila Razak Baginda dilepaskan. Mengapa? Semua tahu jawapannya. Namun, sekiranya Peguam Negara mahu menyelamatkan Umno dengan mengemukakan kes rayuan di dalam kes DS Anwar kali ini, kita akan tentukan kebangkitan yang berlipat kali ganda lagi dari 09 Jan yang lalu kerana budaya fitnah berbentuk konspirasi ini wajib kita tamatkan riwayatnya./wfauzdin.blogspot.com

Rakyat cerdik untuk menilai

Posted: 11 Jan 2012 11:08 PM PST


Tuan Mufti



Penggunaan Wang Zakat Untuk Kos Guaman MAIWP Ikut Hukum Syarak - Mufti WP

[Mstar] KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pada Rabu menegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan dengannya adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Bernama melaporkan, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai berkata, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 September 2009 bagi membincangkan anggaran belanjawan MAIWP 2010 telah meluluskan sebanyak RM205,000 bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah.

"Peruntukan ini perlu diwujudkan kerana Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 55) dalam Bahagian II Perkara 5 (2) menyatakan, majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.

"Selain itu, dalam melaksanakan tanggungjawab terdapat keadaan di mana majlis itu terpaksa mendapat keputusan mahkamah seperti dalam kes tuntutan jenazah mualaf yang dituntut keluarga yang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran beberapa laporan media baru-baru ini yang menyebut mengenai penyalahgunaan wang zakat oleh MAIWP.

Wan Zahidi berkata:

"Mengenai peletakan perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan tafsiran yang lebih luas daripada perbelanjaan jihad semata-mata.

"Antara mereka ialah Imam Al-Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar, dan menurut Sheikh Rasyid pendapat yang benar mengenai maksud fisabilillah di sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan.

"Oleh yang demikian, saya berpendapat tidak terdapat penyalahgunaan dalam isu yang dibangkitkan itu," katanya.

Pada tengah hari Rabu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sidang akhbarnya mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom terbabit dalam penyelewengan wang zakat bagi pembayaran kos guaman beliau.

Beliau turut mendedahkan bukti set dokumen yang menunjukkan Jamil Khir menggunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi pembayaran kos guaman dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bukti juga mempunyai dokumen yang merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Nik Nazmi turut menegaskan menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.


P/s: Penjelasan Tuan Mufti ini membuktikan bahawa Jamil Khir memang menggunakan wang zakat untuk mendahulukan kos guamannya. Harap-harap Jamil Khir menarik semula penafiannya sebelum ini.

Kedua, kenyataan Tuann Mufti bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman MAIWP mengikut hukum syarak di bawah asnaf fisabilillah agak mengejutkan kerana kes itu melibatkan usaha menentang/menghalang tuntutan qazaf yang dikemukakan oleh DSAI. Adakah "halal" bagi MAIWP menggunakan wang zakat untuk menentang usaha DSAI menggunakan hukum Allah?
Cuba baca maksud fisabilillah dalam konteks yang dinyatakan:segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan.
Ingat Allah, Tuan Mufti, jangan ingat UMCO sahaja!!!!

Jumpa Hasan: Ismail Kamus mahu saman media

Posted: 11 Jan 2012 10:54 PM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Bekas Adun Gombak Setia, Datuk Ismail Kamus menafikan dakwaan pihak media kononnya beliau hadir pada sidang media Datuk Dr Hasan Mohd Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 8 Januari baru-baru ini.

Beliau bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak media yang melaporkan berita palsu itu, lapor Harakah cetak yang sedang dalam pasaran sekarang.

"Ketika sidang media Hasan, pada hari Ahad saya dimasukkan ke Hospital Pantai kerana demam panas dan pagi tadi (10 Januari) saya baru keluar hospital," katanya.

Menurut beliau, tidak ada sesiapa yang menghubunginya untuk menghadiri sidang media Hasan.

"Ini amat mengaibkan saya. Saya dikata bersekongkol dengan Hasan, ini tidak cantik. Nama saya sudah dikotorkan," kata Ismail Kamus, bekas Adun Gombak Setia itu.

Ismail yang juga Tokoh Maal Hijrah Selangor untuk tahun 1433/2011 itu menang kerusi Dun Gombak Setia dalam pilihan raya umum 1999 atas tiket PAS.

Buletin Utama TV3 dan Astro Awani dalam laporan mereka berkata, majlis Hasan Ali yang diadakan di rumah beliau selepas beliau dipecat turut disertai oleh Ismail.

Selain itu, timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan anggota Parlimen Baling Ustaz Taib Azamudin juga dilaporkan menyertai majlis itu yang turut disertai oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam menjelaskan, tiga pemimpin PAS itu tidak berada dalam majlis di rumah Hasan Ali itu.

"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan," terang Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan semalam.

Zakat: Jamil Khir mesti letak jawatan - jika berwibawa

Posted: 11 Jan 2012 10:25 PM PST

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali tidak boleh lari dari tanggungjawab setelah berdepan dengan dakwaan pecah amanah dan menyalahgunakan kuasa.

"Paling ringan, tanggungjawab yang mesti diambil oleh mereka ialah meletakkan jawatan," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan(gambar).

Menurutnya, perletakan jawatan itu kelak akan memudahkan proses siasatan diambil apabila dakwaan rasmi telah dikemukakan ke atas salah laku mereka."

"Menggunakan RM 63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman mereka mengadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah suatu perbuatan tercela justeru ia melibatkan wang milik asnaf yang sewajibnya diagihkan," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau turut merujuk kepada laporan Ketua Audit Negara, antaranya:

a) 11 Januari 2010 MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar.

b) Datuk Che Mat Che Ali, Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [MAIWP] telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan Am pada 28 Januari 2010. Geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010.

c) MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat.

"Timbul beberapa persoalan besar yang jelas bertentangan dengan nilai integriti dan tanggungjawab seorang pemegang amanah," ujarnya.

Menururtnya, mereka tiada hak dan kelayakan menggunakan wang zakat justeru mereka bukanlah asnaf yang berhak menerimanya .

Baginya, berlaku penyalahgunaan kuasa apabila yang meluluskan sejumlah wang zakat tersebut atas nama Setiausaha MAIWP kepada Pengarah Jawi untuk pembiayaan kos guamannya, sedang pemegang kedua-dua jawatan itu adalah orang yang sama iaitu Datuk Che Mat Che Ali.

Katanya, kelihatan Jamil Khir cuba untuk melarikan diri dari isu itu apabila menuding kononnya ini adalah propaganda pembangkang sedangkan isu itu adalah jelas bagaimana beliau menggunakan wang zakat dan ternyata beliau tidak boleh menafikan kesohihan dakwaan tersebut.

"Lebih kesal apabila mufti turut diseret oleh beliau untuk mengeluarkan kenyataan mempertahankan kebathilan yang dilakukan oleh beliau selaku Menteri Agama iaitu orang yang bertanggungjawab terhadap amanah ummat Islam," katanya lagi.

Justeru, tegasnya Mufti selayaknya mengeluarkan kenyataan untuk memelihara dan memihak kepada kebenaran bukan mencari akal untuk membebaskan salah laku mereka yang bertaraf menteri.

"Tugas utama Mufti ialah jaga agama bukan jaga menteri," katanya.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 12 Jan 2012 07:24 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Tulisan Pertama Adam Adli...Mengapa Saya Pilih Jalan Raya?

Posted: 12 Jan 2012 08:24 AM PST



Apabila saya dihubungi editorial Merdeka Review untuk menjadi kolumnis jemputan, saya seakan tidak percaya; kerana lebih kurang 10 minit sebelum dihubungi oleh pihak editorial, saya baru sahaja menyatakan hasrat saya untuk menulis di akhbar dan portal agar segala pandangan dan buah fikiran saya dapat dinilai seadilnya.  Bukan sekadar di medium Twitter atau Facebook.  Tidak lama kemudian, saya mula termenung; apa harus saya tulis?  Saya pernah terbaca pesanan seorang penggiat sastera yang mengatakan "pertama, kita harus tulis apa yang orang mahu, kemudian barulah kita tulis apa yang kita mahu,".  Saya cuba untuk menuruti pesanan beliau.  Puas saya fikirkan, akhirnya saya buat keputusan.  Reaksi kepada soalan-soalan yang sering diajukan kepada saya, saya fikir, ramai yang ingin tahu dan baca; mengapa saya pilih jalan raya.

Tahun 1997 dan 1998 tentu sekali tahun penting dalam lipatan sejarah Negara kita kerana pada tahun itulah kita menyaksikan mobilisasi manusia yang disifatkan paling besar pernah berlaku dalam sejarah moden tanah air.  Dari situ saya mengenali jalan raya sebagai medium sebenar menyampaikan suara dan isi hati rakyat yang setiap satunya mungkin tidak pernah pun merasai sejuk hawa dingin bangunan Parlimen mahupun Putrajaya.  Saya masih ingat, ayah saya juga antara demonstran tegar ketika itu.  Setiap pagi Sabtu beliau pasti akan turun ke kota.  Dengan hanya berkemeja-t dan berseluar jeans, dengan motosikal buruknya beliau akan ke sana.  Pernah saya mohon untuk bersama, tapi dihalang beliau.  Katanya bahaya.

Lebih kurang sepuluh tahun kemudian, saya mula kenal jalan raya.  Bermula dengan demonstrasi menuntut hak air rakyat Selangor, segala persoalan mengapa ayah saya turun ke tengah kota hampir setiap minggu sepuluh tahun lalu terjawab.

Di tengah-tengah keringat ribuan manusia, saya seorang diri asalnya.  Saya tidak kenal langsung siapa yang berada di situ.  Usai demonstrasi tersebutlah baru saya kenal beberapa rakan baru yang kini bersama dalam satu barisan bernama Solidariti Mahasiswa Malaysia.  Saya masih ingat, ketika itu, berdepan dengan trak FRU, sebagai "first timer", logiknya pasti saya memilih barisan paling ke belakang sekali.  Namun entah dari mana saya dapat keberanian untuk menjadi benteng hadapan.  Sekali lagi diulangi, saya hadir seorang diri tanpa rakan yang dikenali.  Namun aneh, saya tidak pula rasa keseorangan.  
 
Dengan bergandingan bahu bersama beberapa anak muda mahasiswa yang lain, kami berdepan dengan tembakan water-cannon.  Kami tidak berganjak dari tempat kami.  Sehingga akhirnya diserang oleh anggota keselamatan barulah kami mula mangambil langkah berundur.  Itu antara kenangan yang masih saya simpan.
 
baca artikel penuh...di sini.

Rembau Hari Ini

Posted: 12 Jan 2012 07:13 PM PST

Rembau Hari Ini


HiTea dgn Nurul Izzah 15 Jan 2012 di Rembau

Posted: 11 Jan 2012 09:58 PM PST



MINUM PETANG & CERAMAH
Bersama YB Nurul Izzah, YB Taufek & CheguBard
Tarikh : 15 Jan 2012, Ahad
Masa : 4.45 ptg
Tempat : Simpang 3,Kg Batu, Rembau
Sempena Pelancaran Bilik Gerakan PR DUN Kota

Semua dijemput hadir

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 12 Jan 2012 04:19 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


TAHNIAH DARI PRESIDEN KESATUAN ULAMA' DUNIA

Posted: 12 Jan 2012 02:49 PM PST

Sheikh Yusof Al-Qaradhawi ucap tahniah kepada AnwarKongsiLAMAN web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini.Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat."Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalah melalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat"(diterjemah dari google translate).
Seperti biasa, media propaganda seperti Utusan, tidak akan menyiarkan berita ini, sebaliknya hari ini Utusan menyiarkan berita kononnya Gay Philipina gembira dengan pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat.source: http://milosuam.blogspot.com/2012/01/sheikh-yusof-al-qaradhawi-ucap-tahniah.html#ixzz1jHhFYlR0

ALHAMDULILLAH , RAYUAN PEGUAM NEGARA DITOLAK

Posted: 11 Jan 2012 08:22 PM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak rayuan daripada Peguam Negara yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Mei 2009 yang melepaskan dan membebaskan 10 orang termasuk beberapa pimpinan PAS daripada pertuduhan terlibat dengan perhimpunan Bersih pada 11 Disember 2007 lalu.Keputusan tersebut dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Yeok Geam.Mahkamah Sesyen pada 4 Mei 2009 telah melepaskan dan membebaskan 10 orang tersebut di mana pihak pendakwa menurut mahkamah gagal membuktikan wujudnya perhimpunan haram pada hari tersebut yang menyalahi Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967.Antara mereka yang ditahan kerana dituduh menyertai perhimpunan itu ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Ustazah Nuridah Salleh, dan Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim.Manakala lima lagi adalah Badilah Muda, Hashim Awang, Azira Arifin, Mohd Sabri Syafie dan Ang Hok Gan.Mereka pada jam 11.30 pagi, 11 Disember 2007, telah hadir ke bangunan parlimen bagi menghantar satu memorandum, mendesak kerajaan supaya tidak melanjutkan khidmat Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu.Semua tertuduh diwakili oleh barisan Peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai oleh Ketua Unit Tindakan Kes-kes Jenayah Juham, Ariff Azami dan dibantu oleh Radzlan Jalal, Azizul Shariman, Dr Zulqarnain Luqman, Noorazmir Zakaria dan Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.Menurut Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, keputusan itu membuktikan bahawa pertuduhan dan pendakwaan tersebut jelas bermotifkan politik di mana mereka yang dituduh hanya melaksanakan hak kebebasan bersuara seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.Sumber: Harakahdaily.net
Harapan rakyat semoga mana2 Mahkamah akan menolak rayuan kes liwat II yang tidak sewajarnya lulus pendakwaan sebelumnya. Sepatutnya dari awal lagi , pendakwaan tidak wajar dilakukkan kerana tidak cukup bukti dan banyak saksi DAI dinafikan. Dan kerajaan telah menghabiskan wang dan masa hakim dan peguam bagi membicarakan kes yang gagal untuk didakwa.

MALAYSIA AKAN BANGKRAP 2019 KECUALI PILIH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PRU13

Posted: 11 Jan 2012 07:18 PM PST

Malaysia akan bankrap menjelang 2019 Malaysia akan menjadi negara penghutang sebelum akhir dekad ini jika Kerajaan BN meneruskan cara-cara perbelanjaan dan peminjaman yang tidak bertanggungjawab.Nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) telah meningkat setiap tahun dari 53.1% pada tahun 2010, 53.8% pada tahun 2011 hingga 54.8% pada tahun 2012. Kadar hutang ini amat membimbangkan kerana sudah hampir mencecah siling hutang negara iaitu 55%.Mengikut felo Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya Kerajaan Persekutuan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100% ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019!Secara mutlak, hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak 71% dalam tempoh 4 tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007. Jika kadar peningkatan yang sama diteruskan, hutang negara akan meningkat kepada RM780 bilion pada tahun 2016 dan RM1,300 bilion pada tahun 2020.Yang lebih menrunsingkan, Mohd Ariff juga menyatakan bahawa kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi. Beliau dipetik berkata: "Jika tindakan tidak diambil untuk menyongsangkan trend dalam perbelanjaan dan pendapatan kerajaan, ekstrapolasi menunjukkan bahawa hutang negara Malaysia akan menjadi 100% KDNK menjelang 2019."Ini amat berbahaya, dan lebih teruk lagi jika ditambah dengan data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK, lantas "menobatkan" Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan. Tambahan pula, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dalam erti kata lain, setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang.Rakyat Malaysia bukan sahaja dibebani hutang piutang, tetapi kos barang-barang harian juga sedang melambung sementara pendapatan dan gaji tidak meningkat. Susu bayi pun telah naik harga sebanyak 50% baru-baru ini. Antara kos barangan harian yang meningkat adalah: Gula: RM1.45/kg (Jan 2010) kepada RM2.30 (Mei 2011) - 58% dalam 18 bulan. Telur: Greg B RM9/30biji (Sep 2010) kepada RM10/30biji (sekarang). Tarif Elektrik: kenaikan purata 7.12% pada bulan Jun 2011. Teh Tarik dan Kopi Susu: Kenaikan RM0.10 hingga RM0.20 (9.1% hingga 18.2%). Roti Gardenia: Kenaikan 5-14% (2011). Cukai Perkhidmatan: Kenaikan 1% (cukai tambahan RM720 juta untuk Kerajaan Persekutuan). Bawang: Kenaikan 17% (Dis 2010). Milo: Kenaikan 5% pada suku pertama 2011, 4% pada setengah tahun kedua 2011. Nescafe: Kenaikan 6% pada setengah tahun kedua 2011, di mana harga sudah >RM20/300gm Semua makanan kegemaran ramai seperti roti canai, char koay teow dan nasi kandar makin kecil bahagiannya walaupun harga tetap sama.Sebaliknya, negeri-negeri Pakatan Rakyat telah berjaya mengurus kewangan supaya rakyat tidak dibebani hutang. Di Pulau Pinang, hutang kerajaan negeri telah dikurangkan daripada RM630 juta pada 8 Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir Oktober 2011. Ini merupakan pengurangan sebanyak 95% ataupun RM600 juta, iaitu pengurangan yang paling besar dalam sejarah mana-mana negeri di Malaysia!Adalah jelas bahawa rakyat Malaysia yang menginginkan kehidupan yang lebih baik hari ini dan untuk generasi masa depan hendaklah membuat pilihan di antara sebuah kerajaan yang boros dan meminjam secara tidak bertanggungjawab di samping gagal menjana perkembangan ekonomi, dengan sebuah kerajaan yang berhemat dan telus serta mengutamakan kepentingan rakyat.Pengesahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 dengan nisbah hutang kepada KDNK 100% menunjukkan keperluan untuk menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum akan datang supaya PR boleh menyelamatkan negara daripada kemuflisan.*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Kawasan Baganhttp://dapmalaysia.org/english/2012/jan12/lge/lge1457.htm

LYNAS DAH PANAS , BN PAHANG RIMAS

Posted: 11 Jan 2012 04:47 PM PST

Panas: Mangsa Cynide Di Bukit Koman Meninggal Dunia Semalam, Kerajaan Perlu Batalkan Lynas !!KUANTAN, 11 Jan - Kerajaan digesa membatalkan segera operasi projek kilang memproses Rare Earth milik syarikat Australia, Lynas Corporation yang dibantah rakyat sekarang ini. Ia berikutan, seorang penduduk yang berjuang bermati-matian untuk membantah sebuah lagi syarikat Australia yang membawa projek berisiko ke negeri ini meninggal dunia malam semalam. Mustapa Hussin (foto) yang menderita sakit kritikal akibat kesan penggunaan racun Cynide di lombong emas Lombong Emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) meninggal dunia selepas sekian lama menderita. Kerajaan perlu sedar, rakyat tidak mahu berhadapan lagi dengan risiko seperti yang dialami oleh para penduduk Bukit Koman selama ini. Biar pun berbagai alasan yang diberikan termasuk tindakan Lynas menyiarkan iklan setiap hari di media arus perdana untuk mempertahan kilang terbabit, namun rakyat sebenarnya lebih mengetahui risiko radiasi yang dihadapi oleh mereka. Kerajaan sepatutnya mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Bukit Koman yang menimbulkan masalah kesihatan terhadap penduduk sekarang ini. Malah, kedua-dua syarikat berkenaan adalah dari negara yang sama iaitu Australia. Tentangan rakyat terhadap kilang yang boleh mendatang risiko ada kewajarannya jika dibandingkan dengan industri lain. Memang benar, ada pihak yang mempertikaikan kenapa rakyat tidak menentang kilang kimia yang banyak terdapat di Kawasan Perindustrian Gebeng. Namun, mereka juga perlu faham bahawa Lynas akan memproses "rare earth" yang diakui seantero dunia akan mengeluarkan radiasi atas pembuangan sisa-sisanya. Jika kita lihat penggunaan racun sianida (Cynide) di Lombong Emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGMSB) sebelum ini maka ternyata senarionya hampir sama. Tentangan rakyat dijawab dengan alasan mudah oleh kerajaan untuk mengiyakan apa yang telah mereka lakukan. Namun, hakikatnya projek berisiko wajib ditentang demi anak cucu dan generasi kita pada masa yang akan datang hendaknya.ihsan Pahangdaily

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 12 Jan 2012 03:54 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


ALHAMDULILLAH... WARDINA DIROMPAK!!!

Posted: 11 Jan 2012 10:02 PM PST

Kuala Lumpur 2012/01/12 : Personaliti TV, Wardina Safiyyah Fadlullah, 33, kerugian kira-kira RM20,000 selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa di sini dirompak oleh tiga lelaki yang memakai tudung.

Perompak berkenaan dipercayai warga Indonesia berdasarkan kepada percakapan mereka. Ketika kejadian yang berlaku pada jam 3.15 pagi itu, suami Wardina, Ikhwan Johari, 36, dipukul di kepala dan kaki menggunakan pemutar skru serta batang kayu sebelum diikat menggunakan wayar selama 45 minit.

... Alhamdulillah... Wardina sekeluarga hanya dirompak dan kerugian RM20k sahaja walaupun suaminya dicederakan perompak... dan perompak itu tidak mengapa-apakan Wardina dan anak-anaknya....

BUKTI PERKASA TAK GENTLE BERBANDING HIMPUNAN 901

Posted: 11 Jan 2012 08:34 PM PST

Baru kate 'KEMUNGKINAN'... dah gelabah satu badan... punye tak gentle... camne nak perjuang Islam....malu la woiii!!!  huhuhuhuhuhu...
SHAH ALAM - "Kami pimpinan Perkasa ketawa besar bila Ketua AMK Shamsul Iskandar (Mohd Akin) bertanyakan apakah berkemungkinan Perkasa mendalangi letupan bom di pekarangan Mahkamah Jalan Duta."

Demikian respons Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berhubung kenyataan Shamsul semalam yang mencabar pertubuhan pembela hak orang Melayu itu menafikan pembabitan mereka dalam insiden Isnin lalu, yang terjadi sejurus selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya sedang mengkaji untuk mengambil tindakan perundangan ke atas Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam.

"Kepada Shamsul, 'terlajak perahu boleh undur, terlajak kata padah akibatnya'. Perkasa sedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Shamsul. Kami akan kaji kenyataan yang Shamsul buat itu. Tuduhan itu sangat serius," katanya.

Syed Hassan seterusnya berkata, "mudahnya Shamsul Iskandar buat pengandaian begitu."

Dalam satu kenyataan semalam, Shamsul Iskandar mendakwa kemungkinan letupan bom buatan sendiri di pekarangan kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur didalangi oleh ahli-ahli Perkasa.

"Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?" kata Shamsul Iskandar.

 ...Peserta Himpunan 901 dituduh 'terus' Utusex pun tak berhajat nak saman paper UMporNO... sebab utusex tue paper untuk orang .....

DAKWA DIROGOL LEPAS PAKWE 'CRET' TAKNAK BERTANGGUNGJAWAB...

Posted: 11 Jan 2012 07:46 PM PST

Mula-mula 'RELA' di 'cret'...lepas pakwa 'cret' taknak bertanggungjawab... baru nak tuduh dirogol... huhuhuhuhu

[HM] KUALA LUMPUR: Pertemuan indah diimpikan seorang wanita berusia 32 tahun yang mahu bertemu 'kekasih SMS' buat pertama kalinya selepas berkenalan melalui telefon sejak lebih sebulan lalu bertukar tragedi apabila dia dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah di Jalan Semarak, di sini.
Wanita yang termakan pujukan manis lelaki berusia 20-an itu dilaporkan menempuh perjalanan lebih lima jam dengan menaiki bas dari rumahnya di Dungun, Terengganu untuk bertemu kekasihnya itu di ibu kota pada 8 Januari lalu.

Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari sebelum tiba di Hentian Putra, di sini, kira-kira jam 5 petang dan dijemput lelaki terbabit.

Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke rumah kekasihnya itu di Jalan Semarak, di sini, sebelum dirogol lelaki terbabit.

"Selepas kejadian itu, lelaki terbabit berjanji untuk bertanggungjawab atas perbuatannya.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hentian Putra untuk pulang ke rumah. Lelaki itu sekali lagi berjanji akan menghantar rombongan peminangan ke rumah mangsa untuk sebagai tanda kasih," katanya.

Bagaimanapun, sejam selepas bas meninggalkan hentian berkenaan, lelaki itu menghantar SMS mengatakan tidak mahu bertanggungjawab dan mengarahkan mangsa melupakannya.

Berang dengan perbuatan kekasihnya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Besi di Dungun pada 9 Januari sebelum kes berkenaan dirujuk semula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

BAPAK SAY POOL MINTAK A-G KEMUKA RAYUAN

Posted: 11 Jan 2012 06:06 PM PST

Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari hari ini merayu kepada Peguam Negara agar memfailkan rayuan untuk mendapatkan pembelaan adil anaknya, menegaskan jangan terpengaruh oleh mana-mana pihak termasuk Majlis Peguam.


Pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini, Azlan, 58, turut melahirkan kekecewaan dengan kenyataan Majlis Peguam agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

"Saya Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari berasa amat kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan keputusan kes anak saya yang diputuskan oleh mahkamah pada 9 Januari 2011.

"Pada pandangan saya, tindakan Majlis Peguam itu adalah dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seseorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat tertinggi menurut Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 12 Jan 2012 01:41 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


BERKAS PENGARAH KASTAM KEDAH MASUK PAS

Posted: 11 Jan 2012 09:32 PM PST


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

JERLUN: Tindakan bekas-bekas pegawai tertinggi kerajaan menyertai PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa mereka sudah muak dengan Umno-BN yang cuba memperalatkan para pegawai kerajaan untuk kepentingan Umno-BN, demikian ditegaskan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Hakikat itu juga ujarnya, membuktikan bahawa ramai pegawai kerajaan telah lama menyokong perjuangan PAS, tetapi hanya mengisytiharkan secara rasmi menjadi ahli apabila telah pencen dari perjawatan.

Beliau menyatakan demikian selepas menerima serahan borang menyertai PAS dari bekas Pengarah Kastam Negeri Kedah, Ishak Ahmad di Kampung Alor Biak, di sini 10 Januari baru-baru ini.

Tiga bulan lalu, bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dato' Adnan Ibrahim dan bekas Pegawai Tertinggi TLDM, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid menyertai PAS dalam satu majlis di Taiping.

Turut menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mahfuz adalah 16 anak muda diketuai oleh Muhamad Maududi Abd Ghani.

Hadir sama berceramah semalam ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Abd Ghani Ahmad dan Pengerusi KeADILan Negeri Kedah, Ahmad Kassim.


Keterangan gambar:

Kastam: Ishak menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mahfuz




Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 12 Jan 2012 12:23 PM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 12 Jan 2012 02:01 AM PST

Tindakan disiplin satu tarbiah

Idris Ahmad,
Apabila kita mengisi borang sebagai ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kita telah berjanji untuk mematuhi perintah dan arahan parti selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Janji ini merupakan lumrah kepada mana-mana organisasi. Begitu juga apabila kita bekerja di sektor swasta atau awam tetap mempunyai disiplin dan peraturan yang perlu dipatuhi jika mahu berkerja di tempat ini. Perkara yang sama kita sebagai seorang muslim sudah pun digariskan oleh Nabi SAW sebagai panduan disiplin dengan agama kita yang tidak boleh  dirungkai daripada diri kita. Tidak ada makhluk yang bernama manusia hidup tanpa peraturan dan disiplin. Sekiranya manusia hidup tanpa  disiplin, maka dunia akan haru hara. Lebih-lebih lagi sebagai sebuah parti yang hendak mendaulatkan Islam dan mempunyai cabaran yang begitu besar perlu mempunyai disiplin yang ketat supaya tidak ada gangguan untuk mencapai matlamatnya.
Banyak kisah-kisah yang dipaparkan di dalam sirah Nabi SAW yang boleh menjadi teladan kepada kita. Oleh itu tindakan disiplin adalah sebahagian daripada tarbiah di dalam jamaah.
Contoh yang berlaku tindakan disiplin kepada tiga orang sahabat Nabi SAW yang tidak menyertai perang Tabuk. Mereka ialah Kaab bin Malik, Murarah bin Rabi'ah Al-Amiri dan Hilal bin Umayah Al-Waqifi. Mereka ini adalah antara lapan puluh orang yang tidak pergi berperang di Tabuk. Rasulullah tidak menerima keuzuran mereka bertiga, manakala yang lain baginda menerima dari  alasan mereka.
Menurut Kaab bin Malik beliau tidak pernah ponteng di dalam setiap kali berperang, tetapi di dalam perang Tabuk beliau merasa malas hendak menyertai, walaupun beliau mempunyai kelengkapan yang cukup melebihi daripada keterlibatan beliau berperang di medan yang lain. Oleh kerana godaan nafsu dunia maka beliau tidak berangkat bersama dengan nabi SAW. Beliau menyangka baginda tidak tahu,  sangkaan beliau meleset kerana baginda terus bertanya beliau ketika di Tabuk.
Apabila baginda pulang daripada Tabuk, maka Kaab pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW di masjid untuk meminta maaf, maka baginda suruh beliau balik sehingga mendapat pengampunan daripada Allah SWT. Baginda mengarahkan jangan berurusan dengan mereka bertiga, ertinya mereka dipulau oleh orang Islam di Madinah. Baginda sendiri tidak melayan dan menegur Kaab. Dua orang sahabat yang lain hanya tinggal di dalam rumah dan menangis serta memohon keampunan daripada Allah SWT.
Pada suatu hari ada utusan Raja Ghassan daripada Syam datang membawa surat daripada untuk memujuk Kaab bin Malik ke Syam kerana sahabat dan saudara mereka tidak perlukan beliau lagi. Maka Kaab mengambil surat itu lalu dibakar kerana ini adalah ajakan syaitan dan iblis supaya beliau meninggalkan Islam.
Masuk hari yang ke empat puluh maka datang satu utusan menyuruh mereka menjauhkan isteri mereka. Maka Kaab menyuruh isterinya pulang ke pangkuan keluarga sehinggalah datang pengampunan daripada Allah SWT. Oleh kerana Hilal bin Umaiyah sangat tua dan lemah maka isterinya datang bertemu Rasulullah SAW lalu ia bertanya, "Ya Rasulullah, sebenarnya Hilal bin Umaiyah seorang yang  sangat tua, lagi pula ia tidak memiliki seorang pembantu. Adakah boleh aku melayaninya di rumah?"
Rasulullah SAW menjawab, "Tidak! Akan tetapi ia tidak boleh mendekatimu!"
Isteri Hilal menjelaskan, "Ya Rasulullah! Ia sudah tidak bersemangat pada yang itu lagi. Demi Allah, yang dilakukannya hanya menangisi dosanya sejak saat itu hingga kini!". Maka Rasulullah tetap tidak benarkan.
Selama lima puluh hari lima puluh malam pemulauan berlaku terhadap mereka bertiga, selepas waktu subuh datang utusan daripada baginda SAW memberi tahu bahawa Allah SWT telah mengampunkan mereka bertiga.
Mendengar berita itu Kaab terus  sujud syukur kepada Allah.
Ketika aku mengucapkan salam kepada Rasulullah, mukanya nampak cerah dan gembira, katanya "Bergembiralah kau pada hari ini! Inilah hari yang paling baik bagimu sejak kamu dilahirkan oleh ibumu!"
"Apakah dari Allah ataukah dari engkau ya Rasulullah?" tanyaku sabar.
"Bukan dariku! Pengampunan itu datangnya dari Allah!" jawab Rasul SAW.
Demi Allah, aku belum pernah merasakan besarnya nikmat Allah kepadaku sesudah Dia memberi hidayah Islam kepadaku, lebih besar bagi jiwaku daripada sikap jujurku kepada Rasulullah SAW."
Ka'ab lalu membaca ayat pengampunannya itu dengan penuh haru dan syahdu, sementara air matanya berderai membasahi kedua pipinya.
"Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepadaNya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang." (At-Taubah: 118)
Banyak lagi kisah tindakan disiplin yang dikenakan kepada para sahabat antaranya ialah kepada Hatib Abi Balta'ah yang membocor rahsia mengenai persiapan baginda untuk menyerang Makkah kepada kaum keluarganya di Makkah. Beliau selamat daripada hukuman kerana Hatib ialah ahli Badar. Begitu juga dengan Abu Lubabah ibn Munzir yang diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk berunding dengan Bani Quraizah yang sudah dikepung selama dua puluh lima hari. Apabila Abu Lubabah sampai mereka meminta pandangan apakah kamu berpedapat lebih baik kami mengikut hukum Muhammad? Abu Lubabah mengatakan: Ya . kemudian dia mengisyaratkan tangan dan tengkuknya, yakni menunjukkan mereka akan disembelih. Apabila beliau menyedari beliau telah mengkhianat amanah Rasulullah maka beliau mengikat badan beliu di masijid selama enam hari sehinggalah datang pengampunan daripada Allah SWT, bermaksud:
"Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka yang bercampur baur pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi Maha Penyayang" (al-Taubah 9:102)
Pernah berlaku kepada seorang aktivis PAS di Pasir Salak Perak yang telah diambil tindakan oleh jawatankuasa disiplin parti kerana masalah dalaman parti, namun beliau tidak pernah jemu-jemu membantu PAS dan menghadiri program PAS walaupun beliau bukan ahli PAS. Paling menarik rumah beliau telah diadakan ceramah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin yang memecat beliau pada ketika itu. Selepas beberapa beliau ditemui meninggal dengan penuh misteri di dalam parit di tanah rancangan Felcra Seberang Perak.
Rumusannya:
1. Tindakan disiplin adalah merupakan sebahagian daripada tarbiah.
2. Mereka yang berjiwa besar akan menganggap ini adalah satu penghormatan dan peluang untuk mereka muhasabah diri
3. Mereka yang dikenakan tindakn disiplin diuji dengan secara praktikal, bukan sahaja teori. Kerana tarbiah ialah amali bukan teori semata-mata.
4. Salah satu cara Allah hendak mengangkat darjat seorang itu di dalam berjamaah.
5. Menguji keikhlasan seorang itu samaada mereka berjuang kerana Allah, bukan kerana jawatan.
6. Tidak rugi apabila kita merendah diri dan rela menerima tindakan dengan hati yang lapang.
7. Allah akan menguji kepada kita sama ada kita akan mengkhianat jamaah atau tidak apabila kita diambil tindakan. Jika Kaab bin Malik dipujuk oleh Raja Ghassan yang kafir, maka kita juga akan dipujuk oleh musuh-musuh PAS yang sentiasa mencari peluang.
8. Contohilah seorang ahli biasa PAS di Pasir Salak walaupun diambil tindakan mereka terus memberikan khidmat kepada PAS.
9. Allah hendak melihat kita bercakap serupa dengan apa yang kita sering ungkap kisah Khalid ibn Walid yang dipecat di zaman Saidina Umar. Beliau terus berjuang walaupun menjadi pengikut biasa.

Dupahang's Weblog

Posted: 12 Jan 2012 11:54 AM PST

Dupahang's Weblog


PAS melencong perjuangan asal?

Posted: 11 Jan 2012 04:45 PM PST

Datuk Haron Din, Datuk, akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu. Saya keliru kerana diulang-ulang dan disebut oleh media masa, sedangkan yang menyanggahnya jarang kedengaran. [...]

KHIDMAT MERU

Posted: 12 Jan 2012 10:53 AM PST

KHIDMAT MERU


RAKYAT RAMAI TURUN PADANG 901

Posted: 11 Jan 2012 07:32 PM PST







































DANA ALAM SEKITAR

Posted: 11 Jan 2012 03:16 PM PST








Satu Majlis Makan Malam bagi mengutip derma perjuangan mempertahankan persekitaran yang selamat dan ceria diantara alam sekitar dan kehidupan masyarakat telah dianjurkan oleh Pakatan Rakyat peringkat Pusat.

Majlis Dana Alam Sekitar itu alhamdulilah mendapat sambutan yang menggalakkan dan ramai tokoh-tokoh pimpinan yang hadir yang menambahkan semangat berderma dan berjihad dikalangan hadirin.

YAB TG Nik Aziz Nik Mat selaku MB Kelantan dan Mursyidul Am Pas telah merasmikan majlis pada malam tersebut.






Pemuda Guchil

Posted: 12 Jan 2012 10:27 AM PST

Jasindaily Online

Posted: 12 Jan 2012 09:30 AM PST

Jasindaily Online


Penggunaan Dakwat Kekal Dibenar Syarak

Posted: 12 Jan 2012 06:00 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 12 Jan 2012 09:07 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


5 pejuang PAS Tampin ditahan lokap polis makin bersemangat

Posted: 12 Jan 2012 05:31 AM PST


5 TAHANAN REMAN AKTIVIS PAS TAMPIN BEBAS

12 Jan 2012 - Dari Blog Sokong PR


5 orang aktivis Pas Tampin yang ditahan reman sejak malam Isnin lalu telah bebas pada tengahari ini. Kelima-lima aktivis Pas ini telah menghalang seorang yang tak dikenali yang telah meruntuhkan poster dan kain rentang berkaitan dengan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada 15 Januari ini di Dataran Gemas.

Orang yang tak dikenali itu akhirnya diketahui adalah kakitangan PBT Tampin. Kakitangan PBT ini tidak memakai pakaian seragam semasa meruntuhkan poster Pakatan Rakyat.

Pihak PR Tampin amat yakin pegawai PBT ini menjadi alat Umno untuk mensabotaj program PR pada 15 Januari yang akan dihadiri oleh Anwar Ibrahim.

Turut hadir di Balai Polis Tampin pada tengahari tadi ialah YB Pesuruh Jaya Pas Negeri Sembilan, pimpinan Pas Kawasan, pimpinan Cabang PKR serta pimpinan Pas cawangan-cawangan di dalam kawasan Tampin.

Yang ditahan ialah Zanil Suboh, Shamsudin Hashim. Musa Ali. Mohd Nor Isa dan Mohamad bin Yusof.

Gambar-gambar sekitar pembebasan para pejuang PAS Tampin di http://sokongpr.blogspot.com/2012/01/5-tahanan-reman-aktivus-pas-tampin.html



HiTea dgn Nurul Izzah 15 Jan 2012 di Rembau

Posted: 11 Jan 2012 09:52 PM PST



MINUM PETANG & CERAMAH
Bersama YB Nurul Izzah, YB Taufek & CheguBard
Tarikh : 15 Jan 2012, Ahad
Masa : 4.45 ptg
Tempat : Simpang 3,Kg Batu, Rembau
Sempena Pelancaran Bilik Gerakan PR DUN Kota

Semua dijemput hadir

Pelatih PLKN yang kegemukan perlu modul khas

Posted: 11 Jan 2012 05:41 PM PST



Sebelum ini dilaporkan 8 peratus pelatih PLKN terdiri daripada mereka yang buta huruf. Kini terdapat pula pelatih-pelatih PLKN yang menghadapi masalah obesiti atau kegemukan sehinggakan perlu diadakan modul khas untuk pelatih PLKN yang mempunyai masalah kegemukan serta modul khas lain pula untuk pelatih PLKN yang buta huruf.

Bukankah ini semua akan membantutkan usaha untuk mencapai objektif PLKN yang hanya diberi masa 3 bulan untuk latihan PLKN? Kenapa tidak diadakan tapisan atau ujian kecerdasan otak, ujian membaca dan menulis serta ujian fizikal sebelum para pelatih PLKN ini tersenarai secara rawak sebagai pelatih PLKN?

*************
Pelatih PLKN obes bakal terima latihan fizikal khas
Harian Metro 12 Jan 2012

KUALA LUMPUR: Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mengalami masalah obesiti hingga tidak mampu mengikuti program fizikal diberikan bakal diasingkan dengan pelatih lain dan diberikan latihan khas dalam modul latihan fizikal baru.

Modul baru berkenaan dihasilkan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dijangka membabitkan pelatih PLKN Kumpulan Dua dan Tiga yang akan melapor diri pada Mei dan September depan.

Dekan FSSK, Dr Mohd Sani Madon berkata, modul berkenaan adalah kandungan baru dalam Manual Fizikal PLKN yang dijangka siap sepenuhnya April depan bagi kegunaan jurulatih PLKN.

"Modul ini yang dihasilkan oleh beberapa tenaga pakar dari FSSK akan mengenal pasti aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan golongan berkenaan.

"Namun, mereka hanya akan diasingkan dalam aktiviti fizikal saja. Bagi aktiviti lain yang tidak membabitkan fizikal, mereka akan bersama-sama dengan pelatih lain. "Latihan yang diberikan berbeza dan bersesuaian dengan kemampuan mereka. Aspek keselamatan juga diutamakan dengan risiko kecederaan yang lebih rendah," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam akhbar kelmarin mengenai Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) yang melantik UPSI bagi membuat kajian terhadap penambahbaikan modul sedia ada.

Dr Mohd Sani berkata, dalam modul sebelum ini, pelatih obes yang tidak berkemampuan melakukan aktiviti fizikal tertentu akan dikecualikan. Namun, dengan modul baru ini mereka dikehendaki mengikuti latihan fizikal diberikan, tetapi bersesuaian kemampuan mereka.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelatihPLKNobesbakalterimalatihanfizikalkhas/Article/index_html

Penduduk Kg. Melekai kecewa jalan tak berturap

Posted: 11 Jan 2012 05:40 PM PST



MOHD. Hidir Osman menunjukkan keadaan jalan yang perlu diturap bagi memberi keselesaan kepada penduduk di Kampung Melekai, baru-baru ini.

KUALA PILAH 11 Jan. 2012 - Penduduk di Kampung Melekai, dekat sini melahirkan rasa kecewa dengan keadaan jalan di kampung itu yang masih belum berturap seperti yang dinikmati di banyak kampung tradisional yang lain.

Mereka meminta jasa baik kerajaan membina jalan berturap memandangkan ia adalah jalan utama untuk kampung berkenaan.

Penduduk, Mohd. Hidir Osman, 43, berkata, setiap kali hujan, beliau sekeluarga tidak dapat menggunakan jalan itu untuk ke rumah mereka yang terletak di atas bukit akibat lumpur dan takungan air.

"Jalan ini merupakan penghubung utama untuk ke rumah dan jalan keluar ke bandar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Jaafar Daud, 42, berkata, penduduk berharap masalah itu tidak dipandang remeh kerana jalan yang licin dan berlumpur semasa hujan menyukarkan orang ramai untuk bergerak.

Ahmad Zailani, 37, berkata, jalan yang tidak sempurna itu juga tidak mempunyai sistem perparitan yang teratur.

"Keadaan bertambah buruk apabila takungan air yang kotor melimpah sehingga menyebabkan jalan menjadi licin dan menyukarkan laluan orang ramai untuk ke rumah masing-masing," katanya.

Raja Azman Raja Ibrahim, 40, memberitahu, permohonan menurap jalan telah diajukan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tetapi masih tiada jawapan dan tindakan sehingga kini.

Beliau berharap tindakan secepat mungkin dapat dilaksanakan untuk keselesaan penduduk kerana ia adalah jalan penghubung utama penduduk.

Isha Susah, 47, berkata, beliau tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku yang berpunca daripada air yang bertakung.

"Saya juga berharap agar permohonan jalan ini diluluskan secepat mungkin agar kemudahan bersama dapat digunakan," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Koyak poster, dakwa semarak Rapat Rakyat N9

Posted: 11 Jan 2012 05:40 PM PST



Koyak poster, dakwa semarak Rapat Rakyat N9
Harakahdaily

SEREMBAN, 11 Jan 2012 : Pakatan Rakyat Negeri Sembilan berazam untuk menjadikan kawasan Gemas yang menjadi tapak projek Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC) sebagai tapak pelancaran kebangkitan rakyat negeri ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Taufek Abdul Ghani berkata, atas dasar itulah, Pakatan akan melancarkan Rapat Rakyat N9 Ahad ini di Dataran Rakyat Gemas.

"Walaupun tiga ahli PAS akan didakwa esok ekoran program ini, kita akan jadikannya pembakar semangat," kata beliau kepada Harakahdaily.

Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS bertanding di Parlimen Tampin, Dun Gemas dan Gemencheh manakala DAP bertanding di Dun Repah. Namun, Harakahdaily difahamkan, selepas ini akan ada perubahan pembahagian kerusi kawasan ini.

9 Januari lepas, tiga ahli PAS ditahan polis ketika mereka datang ke Balai Polis Tampin untuk membuat laporan ekoran satu kejadian pertengkaran mereka dengan beberapa orang yang tidak dikenali.

Sekitar jam 10 malam, lima petugas PAS dengan diketuai Zanil Subuh, Ketua Penerangan PAS Tampin menampal poster rapat ini di sekitar pekan Gemencheh.

Namun, apabila mereka pusing balik ke tempat poster itu ditampal, mereka mendapati poster-poster yang dipasang mereka telah dikoyak.

Setelah disiasat mereka menjumpai sekumpulan orang sedang mengoyak poster itu. Apabila ditanya, mereka menjawab, mendapat arahan untuk membuang poster itu.

Ekoran itu, berlaku pertengkaran antara mereka kerana para petugas PAS ini beranggapan mereka dari parti lawan yang cuba merosakkan majlis mereka kerana mereka tidak memperkenalkan diri atau berpakaian seragam.

Selepas itu, satu laporan polis dibuat. Para petugas PAS ini pula ke balai polis Tampin jam 2 pagi hari yang sama untuk membuat laporan polis juga ekoran pertengkaran itu.

Namun, tiga orang termasuk Zanil telah ditahan polis atas dakwaan menghalang tugas pejawat awam iaitu petugas Majlis Daerah Tampin yang membuang poster itu.

"Kami telah menziarahi mereka di lokap dan kita juga telah memaklumkan hal ini kepada keluarga masing-masing. Kita juga telah siapkan peguam untuk mereka kerana kita dimaklumkan oleh pegawai penyiasat kes ini ketiga-tiga mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret Tampin esok," kata Taufek yang juga Adun Paroi itu.

Ahad ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan ucapannya yang pertama di Negeri Sembilan selepas dibebaskan dari pertuduhan liwat 9 Januari lepas. Beliau akan disertai oleh timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Perhimpunan di pekan Gemas Ahad ini adalah yang pertama selepas Konvensyen Pakatan Rakyat ke 3 yang akan diadakan di Alor Setar 14 Januari ini.

"Sehingga kini, 80 peratus persiapan sudah siap. Kita jangkakan lebih 20,000 rakyat negeri ini akan hadir majlis ini," kata Taufek kepada Harakahdaiily.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7513-koyak-poster-dakwa-semarak-rapat-rakyat-n9

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 12 Jan 2012 08:30 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


BEKERJA UNTUK ISLAM : TG NIK AZIZ

Posted: 11 Jan 2012 07:55 PM PST

PAS Kulaijaya

Posted: 12 Jan 2012 08:12 AM PST

PAS Kulaijaya


Petanda PAS semakin diterima rakyat di N50 DUN Bukit Permai.

Posted: 11 Jan 2012 06:37 PM PST

mtdchenderoh

Posted: 12 Jan 2012 07:26 AM PST

mtdchenderoh


NEGARA ISLAM DAN NEGARA BERKEBAJIKAN TIDAK BERCANGGAH: Dr. Haron Din

Posted: 11 Jan 2012 07:36 AM PST


Petikan jawapan Dr. Haron Din tentang persoalan Negara Berkebajikan dan Negara Islam.


"Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam. Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah. Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS)".

"Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman"

"PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan. Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah. Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam".

"PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang".


Sumber:
Artikel di atas dipetik daripada ruangan Bersama Dato' Haron Din yang disiarkan akhbar Harakah Bil. 1704 (8-11 Safar 1433/2-5 Januari 2012)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan