Selasa, 10 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 10 Jan 2012 03:23 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Antara 901 & 801

Posted: 09 Jan 2012 06:32 AM PST

Dunia mengikut perkembangan Fitnah II DSAI yang mana berlarutan hingga ke hari ini. 9 Januari menjadi detik penentu karier politik DSAI dan rata-rata masyarakat dunia menanti keputusan yang akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi. Ribuan rakyat hadir ke Kuala Lumpur memberi sokongan terhadap DSAI dan akhirnya DSAI didapati tidak bersalah dan dibebaskan.

Semua rakyat bersyukur dengan keputusan ini.Persoalan yang bermain selama ini terlerai juga pada 9 Januari 2012. Adakah skrip sama akan berulang seperti kes Menteri Besar Perak apabila Mahkamah Tinggi memutuskan Dato' Seri Nizar Menteri Besar yang sah kemudian dinafikan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Kita Tunggu episod berikutnya...

Apa pun kita mengharapkan Institusi Mahkamah tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak baik di peringkat kerajaan mahupun sebaliknya. Mereka sebagai pengamal undang-undang sepatutnya melaksanakan tugas dengan adil tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak yang ada berkepentingan.

Lain pula ceritanya dengan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli PAS. Sekian lama menjadi hero akhirnya terduduk dengan keputusan PAS Pusat. Semua ahli kena terima keputusan yang telah dibuat oleh parti. Di dalam parti setiap ahli dituntut mematuhi segala arahan demi memastikan perjuangan ini tidak dibazirkan dengan menyelesaikan perkara yang tidak septutnya. Semua jentera sedang bertungkus lumus bekerja untuk memenangi PRU13 didalam masa yang sama DDHA bermain caranya. Tanggal 8 Januari 2012 menjawab segalanya selepas DDHA menari mengikut lengguk tarinya. Jika benar-benar ikhlas tidak perlu mengungkit peristiwa 15 tahun dahulu. Buktikan dengan perbuatan bukan hanya dengan sebutan. Tunjukkan sikap rendah diri, tawaduk dan berlapang dada dengan segala keputusan yang telah dibuat.

Perjalanan masih jauh, banyak kerja perlu dilakukan. Ayuh tumbangkan BN/UMNO dalam PRU13. PAStikan Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya Asal Bukan UMnO (ABU)

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 10 Jan 2012 01:10 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Keputusan kes Anwar bukan kayu ukur kebebasan kehakiman

Posted: 10 Jan 2012 12:07 AM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 10 Jan : Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Yusmadi Yusof mengingatkan rakyat meskipun keputusan mahkamah semalam berpihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ia bukan bermakna sistem kehakiman negara telus.

Ini kerana katanya, masih banyak kepincangan berlaku dalam sistem keadilan di Malaysia sepertimana yang berlaku kes-kes melibatkan rasuah pimpinan Umno-BN serta kes-kes kematian dalam tahanan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Adakah kita boleh menyifatkan bahawa kita sudah mempunyai sistem kehakiman bebas? Saya kata tidak," kata beliau.

Menurutnya lagi, kes perbicaraan Datuk Seri Anwar berbeza dengan kes-kes lain kerana ia mendapat tekanan yang cukup kuat dari rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Bagaimanapun katanya, kes itu belum berakhir kerana pihak pendakwaan boleh membuat rayuan, untuk mengheret semula Anwar ke penjara.

"Kita tidak boleh menjadikan kes beliau (Anwar) satu kayu ukur (kehakiman bebas). Ini bukan pengakhiran kerana kes ini belum sepenuhnya berakhir kerana mungkin pihak pendakwa akan memfailkan rayuan," kata Yusmadi yang juga seorang peguam.

Menurut Ahli Parlimen Balik Pulau itu lagi, rakyat bukan sahaja menuntut sistem kehakiman yang bebas, tetapi juga dalam sistem demokrasi bagi melihat Pakatan Rakyat terus mara ke Putrajaya.

"Ia kerana semangat rakyat bukan saja dalam menuntut sistem kehakiman yang adil tetapi dalam sistem pemilihan demokrasi pilihanraya khususnya untuk menawan Putrajaya kelak," tegasnya.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut gembira dengan keputusan mahkamah dan berpendapat tuduhan terhadap Anwar sepatutnya digugurkan sejak tiga tahun lalu.

"Sepatutnya sejak dari awal lagi Hakim perlu menolak kes ini. Itu yang sepatutnya, kita tak perlu tunggu 3tahun. Dan amat malang sekali selepas Anwar diaibkan, baru hendak gugurkan kes ini," kata beliau.

Keadilan Daily

Nik Aziz minta wartawan, pemfitnah Anwar mohon maaf

Posted: 10 Jan 2012 12:02 AM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 10 jan: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa wartawan dan pihak yang menaburkan fitnah terhadap Datuk Seri Ibrahim, memohon maaf kepada ketua pembangkang itu.

"Wartawan-wartawan yang membuat fitnah terhadap Anwar Ibrahim ini, dia menanggung dosa besar. Dia tidak akan masuk syurga jika tidak minta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegasnya.

Beliau menegaskan, secara jelas, Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan terkutuk itu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari yang merupakan seorang pemuda yang gagah.

"Kalau nampak pada zahir pun, nampak terang-terang jahat. Anwar ini fizikal dia, nak bawa diri pun teruk, duduk sakit, nak bangun lebih sakit lagi kerana belakang dia sudah dirosakkan (cedera) semasa dalam jel.

"Orang macam (Anwar) ini macam mana nak buat hubungan seks dengan orang muda. Orang muda boleh tendang Anwar Ibrahim kerana fizikal Anwar Ibrahim apa sangat. Tapi fitnah, fitnah, sudah 10 tahun," katanya lagi.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata beliau akan berpuasa sunat hari ini sebagai tanda kesyukuran di atas pembebasan Anwar.

"Saya sendiri akan melakukan solat sunat syukur dua rakaat malam ini dan akan berpuasa sehari esok (hari ini), insya'Allah," katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Mengenai keputusan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang membebaskan Anwar dari tuduhan itu, Mursyidul Am PAS itu turut bersyukur kerana Allah swt membuka pintu hakim berkenaan.

"Kita bersyukur pada Allah swt kerana membuka pintu hati peguam dan hakim untuk membuat keputusan sebenar," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap politik fitnah di Malaysia selepas ini akan tamat.

"Allah berfirman, fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.

"Jadi mudah-mudahan politik fitnah yang mulai tumbuh di Malaysia ini tidak akan berlaku lagi," katanya lagi.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan fitnah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, kes itu mendedahkan pelbagai tembelang konspirasi, termasuk pertemuan sulit antara Saiful dan Datuk Seri Najib Razak beberapa hari sebelum membuat laporan polis.

Keadilan Daily

Anwar pemimpin 'paling bersih' jadi PM

Posted: 09 Jan 2012 11:59 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Pakatan pembangkang mengulangi pendirian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti kerana beliau dianggap "paling bersih".

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tiada pemimpin Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.

"Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri," katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini malam tadi.

Perhimpunan anjuran PKR itu adalah untuk memberi penerangan kepada orang ramai berhubung isu semasa serta meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, empat tahun lalu.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata sepanjang penganjuran perhimpunan aman oleh PKR, Pas dan DAP, tiada sebarang kekecohan yang berlaku kerana kehadiran peserta adalah untuk menuntut keadilan.

"Saya yakin selama 10 tahun pelbagai perhimpunan aman dilakukan, tiada sebarang insiden yang berlaku melainkan provokasi oleh Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata pihaknya kini dalam kaedah untuk menyerang BN bagi berdepan pilihan raya umum ke-13 berikutan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat.

"Datuk Seri Anwar tidak masuk penjara jadi beliau boleh menjelajah ke seluruh negara, sama-sama merancang serta memberikan semangat untuk mengerakkan jentera parti untuk berdepan dengan pilihan raya," katanya.

Sinar Harian

Marah keputusan mahkamah, banner jadi mangsa

Posted: 09 Jan 2012 11:45 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

TEMERLOH, 10 Jan: Mungkin kerana marah dengan keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, banner yang memaparkan janji Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang menjadi mangsa.

Banner atau kain rentang yang memaparkan tawaran Pakatan Rakyat di Seberang Temerloh telah diconteng oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Gambar conteng ini dipaparkan oleh blog selamatkanpahang.

Dalam banner itu, Pakatan Rakyat menjanjikan harga minyak diturunkan serta merta manakala elaun guru dinaikkan RM500.

Jenerasi kedua Felda pula ditawarkan menjadi peneroka untuk tanah Felda Plantation yang hendak dicagarkan oleh Felda untuk Felda Global Venture Berhad (FGVB).

Turut ditawarkan menjadi peneroka atas tanah itu adalah pesara tentera.

Namun, mereka yang tidak berpuashati telah menconteng janji ini dengan dakwat merah dan hitam.

Mereka menulis perkataan "Tipu" di atas banner itu.

Harakah Daily

PAS Titiwangsa aktif anjur program masyarakat

Posted: 09 Jan 2012 11:44 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Program Talkshow anjuran Nisa' Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa berjaya dilangsungkan dengan jayanya.

Program yang diadakan di Surau Al Falah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang, kelmarin dihadiri kira-kira 250 orang penduduk tempatan yang memberikan sambutan yang amat memberangsangkan.

Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Surau Al Falah dan Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Mejar (B) Ustaz Abdullah Abdul Wahab, Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa.

Talkshow yang bertajuk 'Dipenghujung Cintaku' itu mengetengahkan Adeep, bekas penyanyi kumpulan Fabulous Cat, Ustazah Teh Izanuri Jamaluddin, personaliti televisyen dan moderator oleh Ustaz Syed Mohamad Al Haddad, pendakwah bebas.

Adeep berjaya mencuri hati penonton dengan pengkisahan pengalaman beliau mengharungi kehidupan dan bagaimana beliau boleh berubah.

Melalui Ustaz Said Mohamad Al Haddad, beliau mengenali Islam, dan mengenali dunia dakwah.

Selama ini menurut beliau, hidupnya seakan kosong tanpa makna sehinggalah akhirnya Allah mencampakkan hidayah kepada beliau.

Ustazah Teh Izanuri pula menarik perhatian penonton dengan realiti kehidupan yang tiada makna tanpa Islam.

Hakikatnya ramai yang tersesat dalam mencari kehidupan sebenar sekiranya mereka gagal mengenali Islam dan Islam adalah jalan penyelamat manusia.

Ramai manusia terjerumus dengan cinta yang memerangkap kepada runtunan hawa nafsu yang merosakkan akhlak dan akidah umat manusia.

Talkshow diakhiri dengan persembahan khas oleh Adeep yang mendendangkan dua buah lagu beliau berunsurkan dakwah.

Rata-rata ramai yang berpuas hati dengan program itu dan berharap ianya akan dijayakan lagi dalam masa akan datang.

Harakah Daily

Gantung kerana kebebasan akademik mulia dari rasuah

Posted: 09 Jan 2012 11:42 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Jan: "Setahun setengah kena gantung sebab pejuang Academic Freedom lebih mulia dari setahun dipenjara makan rasuah," kata Adam Adli Abdul Halim.

Inilah penyataan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), itu selepas beliau dijatuhkan hukuman gantung pelajaran selama 18 bulan.

Penyataan ini dibuat beliau melalui Twitternya semalam sebaik sahaja jawatankuasa itu memutuskan beliau bersalah.

Adam digantung oleh jawatankuasa tatatertib UPSI selepas didapati bersalah kerana menurunkan bendera Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di depan bangunannya selama lima minit.

Tindakan itu dibuat Adam ketika menyertai rombongan untuk menyerahkan memo kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah bagi memansuhkan AUKU.

Beliau juga didakwa terlibat dalam demo di depan kampusnya atas tujuan untuk memperjuangkan kebebasan akademik di negara ini dengan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Dalam Twitternya juga Adam berkata, jawatankuasa tatatertib yang membicarakan beliau mendakwa, 242,000 jumlah carian Adam Adli dalam Google membuktikan anda mencemar nama baik universiti.

"Aku gelak besar dalam court!" tulis Adam lagi.

Bagi peguam yang juga Naib Presiden PKR, N Surendran, tekanan dari Umno yang menyebabkan pelajar ini digantung pelajarannya.

Penyataan Adam juga didokong oleh rakan-rakannya dalam Twitter.

Rakannya, Benazirjb berkata, "digantung 3 sem sebab turunkan bendera. Okay lah tu. Lagi mulia dari kena gantung sebab buat video seks."

Dalam Twitternya juga, Adam menerima komen dari seorang yang bergelar Ustaz bisik yang berkata: "Imam 4 mazhab dulu pun kena penjara dan sebagainya sebab pertahankan kemurnian ilmu."

Adam Adli menjawab, "He he..Saya bukan imam."

Harakah Daily

Pakatan lancar manifesto sempena konvensyen Sabtu ini

Posted: 09 Jan 2012 11:40 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 10 Jan: Pakatan Rakyat akan melancarkan manifesto mereka pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar 14 Januari ini.

Pelancaran tersebut akan dibuat pada program 'Rapat Rakyat Perdana' di sebelah malamnya yang akan dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat, lapor Warta Kedah.

"Ceramah umum akan bermula pada pukul 9.00 malam dan serentak dengan itu juga kita akan mengadakan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat pilihanraya umum ke-13," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi merangkap Pengarah Sekretariat Konvensyen.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon semalam.

Rapat Rakyat Perdana adalah program kemuncak konvensyen kali ini yang akan bermula dengan solat maghrib berjamaah, solat hajat, kuliah Datuk Dr. Harun Din sebelum mendengar ceramah dari pimpinan utama Pakatan.

100,000 dijangka hadir

Dalam pada itu juga, Konvensyen kali ini dijangka akan dihadiri 100,000 rakyat termasuk perwakilan dan pemerhati.

Phahrolrazi berkata, pemilihan Kedah sebagai tuan rumah untuk program itu kali ini sangat bermakna kepada seluruh rakyat negeri itu.

Pada konvensyen tersebut, semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat akan hadir antaranya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim kit Siang.

"Konvensyen kali ini bertemakan 'Bersihkan Malaysia' dan akan dihadiri oleh semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat.

"Ucapan pembukaan akan disampaikan oleh (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai tuan rumah, kemudian diikuti (Ketua DAPSY) Anthony Loke, (Setiausaha Agung PAS) Datuk Mustafa Ali dan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution," katanya.

Selain mereka, hadirin juga akan mendengar rintihan suara rakyat dalam slot 'Suara Hati Nurani Rakyat Malaysia' yang bakal menampilkan Datuk A. Samad Said sebagai wakil Budayawan, Prof. Dr Aziz Bari sebagai wakil Akademik serta lain-lain termasuk wakil Felda, penjawat awam, NGO, Pemuda & Mahasiswa serta wakil dari Sabah dan Sarawak.

Ucapan penggulungan pula akan disempurnakan oleh pimpinan utama parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuklah Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Seri Anwar, Tuan Guru Abdul Hadi, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Azmin Ali.

Harakah Daily

Bob Lokman selesai beri keterangan kepada Jaip

Posted: 09 Jan 2012 11:39 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

KUANTAN, 10 Jan: Pelakon dan penulis lirik terkenal, Mohd Hakim Lokman, 47, atau Bob Lokman selesai memberi keterangan di hadapan Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Ab. Malek dekat sini semalam.

Menurut peguambelanya, Mohd Fadzli Mohd Ramly, siasatan tersebut yang sepatutnya dilakukan pada 5 Januari lalu, ditangguhkan ke tarikh semalam di atas persetujuan bersama dan prosedur siasatan selama hampir satu jam itu berakhir dengan tenang dan profesional.

"Pihak Jaip akan memutuskan kemudian sama ada kes ini dibawa dan didakwa ke mahkamah. Kita akan menunggu tindakan lanjut dari pihak terbabit. Sekiranya diperintahkan untuk ke mahkamah, kita akan lawan," katanya dalam sidang media bersama kira-kira 30 orang penyokong.

Bob pada 24 Disember lalu telah ditahan pegawai Jaip sebaik selesai menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini Sabtu lalu.

Pegawai tersebut mengambil maklumat yang disiasat di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 ialah peruntukan bagi "Mengajar Ugama yang salah" di mana jika sabit kesalahan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Mohd Fadzli berkata, beliau turut menemui pegawai penyiasat Jaip dan menyatakan beliau kurang bersetuju dengan akta yang dikenakan kepada Bob Lokman kerana menurutnya anak guamannya itu bukan menyampaikan ceramah agama sebaliknya berkongsi pengalaman hidup bersama jemaah masjid.

"Bob tidak berceramah agama atau politik sebaliknya menceritakan kisah perjalanan dan pengalaman hidupnya yang akhirnya bertukar daripada seorang selebriti kepada pendakwa.

"Sudah tentu cerita yang berbentuk nasihatnya itu ada kaitan dengan peristiwa hijrah yang sedang disambut pada masa itu," tambahnya.

Tambah Fadzli, jika Jaip benar-benar mahu memantau aktiviti penyebaran agama di negeri ini, mereka sepatutnya mengenakan tindakan kepada guru agama serta guru mengaji yang tidak bertauliah.

"Oleh itu kita mahu kes ini dipertimbangkan sebaiknya kerana bimbang ada campur tangan politik. Jika tidak, tindakan yang dikenakan ke atas anak guaman saya dianggap sebagai 'pendakwaan terpilih'," katanya.

Harakah Daily

Ketua Muslimat PAS Kuala Nerus meninggal dunia

Posted: 09 Jan 2012 11:37 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA NERUS, 10 Jan: Dewan Muslimat PAS Kuala Nerus 'kehilangan' teraju kepimpinannya apabila allahyarham Tengku Aminah Tengku Ali, 59, telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham Tengku Aminah merupakan isteri kepada Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah yang juga mantan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.15 petang Isnin, 9 Januari di sisi suami serta anak-anaknya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Allahyarham telah dimasukkan ke hospital akibat penyakit leukemia (kanser sel darah putih) yang baru dikesan sejak seminggu lalu.

Allahyarham Tengku Aminah juga merupakan bekas guru berdedikasi di Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu.

Hasil perkongsian hidupnya dengan Ustaz Abu Bakar melahirkan 13 orang anak terdiri dari lapan lelaki dan lima perempuan berumur antara 16 hingga 32 tahun serta mempunyai beberapa orang cucu.

Allahyarham juga merupakan Timbalan Ketua Khairunnisa Terengganu iaitu Persatuan Isteri-isteri Bekas Wakil Rakyat PAS Terengganu.

Sementara itu, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata pemergian Allahyarham Tengku Aminah diterima dengan penuh keredhaan kepada Allah SWT.

Katanya, di saat akhir hayat allahyarham masih sedar dan kelihatan tersenyum dengan linangan air mata.

"Saya lihat keadaan dia (allahyarham) semakin lemah, ajar mengucap tetapi dia masih sedar dan boleh bercakap walau pun kelihatan letih.

"Saya katakan kepadanya, saya redha (dengan pemergiannya) dan dia tersenyum dengan linangan air mata," ujarnya dengan hiba.

Menurutnya, allahyarham seorang ibu yang baik terhadap anak cucu serta istiqamah dalam perjuangan PAS.

Sebab itu, kata Ustaz Abu Bakar, allahyarham masih dipilih sebagai Ketua Muslimat PAS Kuala Nerus sejak dari tahun 1992 hingga akhir hayatnya.

Solat jenazah allahyarham diimamkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama lebih 500 ahli jemaah pada jam 10.30 pagi tadi serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemuroh, Tepoh.

Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ketua Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husain Awang, Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh dan ramai lagi termasuk Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran.

Harakah Daily

Hakim bebas cengkaman politik, bukan kehakiman

Posted: 09 Jan 2012 11:36 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan kes liwat, bukan bermakna bidang kehakiman di negara ini bebas dari campur tangan politik para pemimpin Umno BN.

Sebaliknya, ia jelas melambangkan keberanian hakim untuk membebaskan diri dari cengkaman politik bagi mengembalikan semula era kegemilangan bidang kehakiman di tanah air.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, berdasarkan beberapa fakta jelas menunjukkan bidang kehakiman di negara ini telah sekian lama dicabuli oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan para hakim di negara ini menjadi begitu terkongkong dan tertekan dalam menjalankan tugas mereka.

Katanya, realiti itu sudah diketahui dengan jelas oleh seluruh penduduk negara ini, terutama di kalangan masyarakat sivil, parti-parti politik pembangkang dan NGO.

"Perkara itu sudah tidak dapat dinafikan lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan para pemimpin Umno BN, walaupun cuba disembunyikan dengan pelbagai cara.

"Malah disebabkan perkembangan yang tidak sihat itulah yang memaksa seluruh rakyat negara ini bangkit menyuarakan pandangan bagi membebaskan bidang kehakiman dari campur tangan politik," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Najib dalam kenyataannya seperti yang dilaporkan media tempatan malam tadi berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar dari kes liwat semalam membuktikan bidang kehakiman di negara ini bebas dari campur tangan politik.

Dengan itu, dakwaan para pemimpin pembangkang mengenai perkara itu selama ini, katanya, jelas tidak berasas dan semata-mata ingin mengelirukan orang ramai.

Kenyataan beliau turut disokong oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan TV3 menerusi slot Buletin Utama malam tadi.

Menurut Salahuddin, kenyataan Najib dan Mahathir itu sebenarnya bukan boleh membersihkan imej para pemimpin Umno BN, malah ia mengesahkan lagi realiti itu pada pandangan orang ramai.

Selama ini, tegas beliau, sememangnya berlaku campur tangan politik yang melampau dalam bidang kehakiman di negara ini, sehingga memaksa seluruh rakyat termasuk Bersih bangkit menyuarakan pandangan dengan bangkangan yang kuat.

"Jadi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan kes liwat semalam adalah hasil dari kesedaran baru di kalangan hakim untuk mengubah keadaan, bagi memulihkan kembali imej institusi kehakiman di negara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Keputusan tersebut, tambah beliau, adalah hasil dari keberanian hakim untuk membebaskan diri dari cengkaman politik bagi melakukan perubahan seperti yang didesak oleh rakyat.

"Manakala ucapan Datuk Seri Najib itu pula adalah manifestasi dari perkembangan yang berlaku di negara kita sekarang yang bukannya berlaku kerana tiada campur tangan politik, tetapi kerana iltizam para hakim ke arah itu," tegas beliau.

Harakah Daily

Catatan Anwar dari Mumbai

Posted: 09 Jan 2012 11:34 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Dato' Zabidin Mohd Diah memutuskan -- berlandaskan undang-undang dan fakta -- bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan KEADILAN; dukungan PAS dan DAP; para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media UMNO yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas dari,
Anwar Ibrahim

Harakah Daily

Apa sudah jadi, kes ugut ibu berulang

Posted: 09 Jan 2012 11:02 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU- Apa susah jadi. Akhbar ini semalam memaparkan seorang anak yang sanggup ugut cederakan ibu gara-gara permintaannya untuk mendapatkan RM15 untuk membeli dadah tidak ditunaikan.

Natijahnya, anak derhaka itu dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, kelmarin.

Kes yang berlaku di Kampung Kubang Parit di sini itu bagaikan berulang lagi semalam. Kali ini seorang anak yang layak digelar Tanggang bukan sahaja mengamuk dengan merosakkan harta benda, malah tanpa rasa bersalah sanggup melakukan ugutan jenayah terhadap ibu kandungnya sendiri.

Fadzli Abdul Rahman, 31, yang bekerja sebagai buruh itu bertindak sedemikian hanya berpunca kerana permintaannya untuk mendapatkan wang RM10 tidak ditunaikan oleh 'si ibu malang' tersebut.

Bagaimanapun, perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu terbalas apabila dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Noradila Abd. Latiff selepas tertuduh mengaku bersalah telah sengaja mendatangkan ketakutan kepada ibunya, Latifah Zin Labdi, 52, di kediaman mereka di Jalan Teluk Pasu, Kampung Sekati, Manir, pada 29 Disember tahun lalu kira-kira jam 3.30 petang.

Dengan itu, dia didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Noradila turut memerintahkan agar tertuduh dipenjarakan selama tempoh tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda yang dikenakan.

Berdasarkan fakta kes, punca tertuduh 'naik hantu' adalah kerana ibunya yang tidak bekerja itu enggan memberikan wang RM10 yang diminta sebelum ini.

Bengang permintaan berkali-kali itu tidak diendahkan, tertuduh mengamuk dengan merosakkan harta benda yang ada di dalam rumahnya kononnya untuk menunjukkan tanda tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya itu.

Bimbang tertuduh mungkin akan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan keselamatannya, si ibu me­ngambil keputusan membuat laporan polis pada hari kejadian.

Sinar Harian

Terpengaruh hasutan rakan, anak halau ibu

Posted: 09 Jan 2012 11:00 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU- Dek kerana terlalu terpengaruh dengan hasutan rakan, seorang anak sanggup menghalau ibu kandungnya dari rumah dengan mengugut akan menggunakan 'minyak mati bunuh' sekiranya enggan.

Zulkefly Muhamad, 22, yang tidak memiliki sebarang pekerjaan itu bertindak sedemikian selepas tidak berpuas hati apabila permintaannya untuk mendapatkan sedikit wang daripada ibunya yang bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan tidak dihiraukan.

Bagaimanapun, dia yang turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Hukuman berkenaan dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja telah mendatangkan ketakutan terhadap ibunya, Gayah Embong, 50, di kediaman mereka di Kampung Titian Baru, Pengadang Buloh, di sini, pada 20 Disember tahun lalu kira-kira jam 8 malam.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun sama yang memperuntukkan penjara dalam tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa berada di rumah dan tertuduh telah mengamuk dengan merosakkan harta benda di dalam rumah disebabkan mangsa enggan memberikan wang yang diminta tertuduh.

Susulan kejadian itu dan sehinggalah sekarang, mangsa terpaksa lari dari rumah dan tinggal bersama anak perempuannya di Kampung Batu Rakit kerana bimbang sekiranya tertuduh akan mencederakannya sekeluarga.

Mangsa syak perbuatan tertuduh yang sanggup mengugut akan menggunakan 'minyak mati bunuh' terhadap mereka sekeluarga adalah kerana termakan hasutan rakannya dengan panggilan 'Zali'.

Susulan laporan polis dibuat, tertuduh ditahan di rumahnya pada 5 Januari lalu kira-kira jam 3.30 petang.

Sinar Harian

Empat sekeluarga nyaris maut

Posted: 09 Jan 2012 10:58 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA KRAI - Empat sekeluarga yang mempunyai talian persaudaraan dengan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nyaris maut apabila rumah didiami mereka terbakar di Mengkebang Pusat, dekat sini, kelmarin.

Pada kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari, mangsa, Che Ku Mat Che Ku Muda, 65, dan isteri, Tuan Bidah Raja Ismail, 61, bersama dua cucu terselamat selepas sempat keluar menyelamatkan diri sebelum api memusnahkan rumah papan itu.

Tuan Bidah bagaimanapun­ melecur di muka, belakang dan tangan serta terpaksa ditahan dalam wad di Hospital Kuala Krai (HKK) akibat terkena bahang api ketika cuba masuk kali kedua bagi menyelamatkan barangan­ berharga miliknya.

Che Ku Mat, juga anak dua pupu kepada Nik Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama isteri sedang mengisi tapai ke dalam kereta manakala dua cucu mereka berusia empat dan lima tahun sedang tidur dalam sebuah bilik.

"Saya dan isteri sedang bersiap nak pergi ceramah agama di Masjid Al-Jauhar, dekat Guchil, jadi sementara tunggu waktu Zohor, kami isi dulu tapai dalam kereta.

"Tiba-tiba, terdengar bunyi letupan kecil dari dalam rumah dan bila saya masuk tengok, api sudah menyala di lantai salah satu bilik dekat dapur," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, dia cuba memadam api yang ketika itu masih kecil dengan mengambil air dari bilik air tetapi tidak sempat selepas tiba-tiba rebah, kemungkinan kerana terlalu panik.

"Saya sedih kerana tak semena-mena rebah dan seolah-olah tidak sedar apa sedang berlaku. Nasib baik, ingatan saya terlintas kepada dua cucu yang sedang tidur dan bingkas bangun untuk selamatkan mereka.

"Selepas kami keluar, isteri saya cuba masuk semula ke rumah untuk selamatkan wang yang diamanahkan kepadanya sebagai guru al-Quran tetapi tidak sempat dan dia pun cedera kena bahang api terutama atas belakang," katanya.

Che Ku Mat berkata, buat sementara waktu, dia dan isteri serta cucu yang tinggal bersama mereka sebelum kejadian­ akan menumpang di rumah anaknya di kampung berkenaan.

"Kami tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat nak selamatkan apa-apa. Bomba anggarkan kerugian kira-kira RM120,000 manakala punca kebakaran masih belum diketahui," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman selepas menyampaikan bantuan segera Tabung Serambi Mekah dan sempat menziarahi Tuan Bidah di hospital berkata, beliau­ bersimpati atas kejadian malang menimpa keluarga berkenaan.

"Pada masa sama, kita perlu bersyukur kerana walaupun hilang tempat tinggal, mangsa sekeluarga selamat dan diharap mereka bersabar menerima kejadian ini sebagai ujian daripada ALLAH.

"Sumbangan tabung ini sebagai bantuan segera bagi membantu mangsa dan saya akan lihat selepas ini, apa lagi bentuk bantuan lain yang kita boleh salurkan," katanya.

Sinar Harian

Tuntut tunggakan kenaikan gaji

Posted: 09 Jan 2012 10:55 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

MUAR – "Kami tidak puas hati dan seperti dipermainkan oleh penguru­san syarikat," kata pengawal keselamatan, Zainurin Mohamad, 39.

Zainurin adalah antara 43 pengawal keselamatan yang bertugas di sekolah-sekolah sekitar Muar yang bernasib malang kerana tidak menerima tunggakan kenaikan gaji daripada pihak syarikat.

Menurutnya, dia dimaklumkan mengenai gaji asas pengawal kese­lamatan yang telah dinaikkan daripada RM270 kepada RM500 bermula 15 Februari 2011.

"Namun sehingga hari ini, gaji asas kami tidak dinaikkan mengikut kenaikan yang sebenarnya," katanya ketika ditemui Sinar Harian di luar Jabatan Tenaga Kerja (JTK) cawan­­gan Muar, semalam.

Katanya, pihak syarikat juga gagal melunaskan pembayaran tunggakan kenaikan itu selama lapan bulan yang kini berjumlah RM1,840.

"Apabila berjumpa dengan pihak pengurusan syarikat untuk bertanya mengenai pembayaran tunggakan ini, mereka mengatakan Pejabat Pe­lajaran Daerah (PPD) masih belum me­­nerima sebarang pembayaran tung­­gakan ini.

"Tetapi berbeza pula jawapan daripada pihak PPD yang memaklumkan mereka sudah pun melunaskan bayaran kepada syarikat pada 2 No­vember, lalu.

Zainuri berkata, dia keliru dengan kenyataan pihak syarikat dan mereka seperti enggan membayar tunggakan kenaikan gaji seperti yang dituntut.

Jelasnya, atas desakan itu jugalah kami telah membuat laporan di JTK cawangan Muar, semalam.

"Pihak JTK juga menyarankan kami memfailkan kes tuntutan ini di mahkamah dalam waktu terdekat," katanya.

Seorang lagi pengawal keselama­tan, Mohd Ridhwan Zulkifli, 26, berkata, selain tidak mendapat tungga­kan gaji dia juga kecewa apabila men­­getahui syarikat berkenaan tidak lagi membuat potongan caruman Kum­­pulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Ke­se­la­matan Sosial (Perkeso) sejak setahun lalu.

"Saya sangat terkejut kerana dalam penyata gaji bulanan syarikat tertera ada buat potongan.

"Saya menyedarinya ketika mengemas kini penyata KWSP baru-baru ini dan dimaklumkan tiada sebarang caruman dalam akuan tahun lalu," katanya.

Katanya lagi, pihak syarikat turut memberikan pelbagai alasan apabila kami membangkitkan isu berkaitan caruman KWSP.

"Saya sangat kesal kerana syarikat ini tidak menjaga kebajikan pekerja yang rata-rata telah berkhidmat sebagai pengawal keselamatan selama setahun hingga dua tahun," katanya.

Sinar Harian

Malu kerana hidung berbau

Posted: 09 Jan 2012 10:52 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

GUAR CHEMPEDAK - Begitulah nasib yang dialami seorang pelajar tingkatan satu yang dikesan menghidapi penyakit ketumbuhan dalam hidungnya sejak Julai tahun lalu.

Ibunya, Habsah Ismail, 39, berkata, anak sulungnya daripada tiga beradik, Norhanim Kamarudin, 13, dikesan mempunyai ketumbuhan dalam lubang hidung sebelah kanan sejak Julai tahun lalu sekali gus mengubah kehidupan anak gadisnya itu.

Menurutnya, tahun ini sudah empat kali Norhanim enggan ke sekolah kerana masalah hidung berbau.

"Jika kami bawa dia naik kereta, satu kereta berbau disebabkan penyakit di hidungnya itu.

"Ini menyebabkan dia malu dan enggan ke sekolah. Walaupun pihak sekolah memahami keadaannya namun, saya risau akan menjejaskan pembelajarannya nanti," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Kampung Batu 17, semalam.

Habsah berkata, pembedahan membuang ketumbuhan di hidungnya itu dijangka dilakukan pada 29 Januari ini.

"Namun, bagi saya tarikh ini begitu lewat kerana sepanjang tempoh untuk menunggu tarikh tersebut saya bimbang Norhanim tidak mahu ke sekolah," katanya.

Habsah berkata, dia mahu membawa Norhanim mendapatkan rawatan di hospital swasta sementara menunggu tarikh pembedahan itu bagi mengurangkan bau di hidungnya namun, mengalami masalah kewangan.

Menurutnya, pendapatan dia dan suaminya, Kamarudin Saad, 43, cuma bergantung kepada hasil jualan kuih-muih yang diletakkan di beberapa gerai di sekitar kawasan ini iaitu sekitar RM700 sebulan bergantung kepada keadaan.

"Dengan pendapatan sebanyak itu kami perlu menyara tiga anak termasuk Norhanim yang masih bersekolah sementara saya pula sedang mengandung anak keempat kami yang kini berusia lapan bulan.

"Kami tidak mampu untuk berusaha mengubati penyakit Norhanim bagi menghilangkan bau di hidungnya agar dia tidak malu ke sekolah lagi sementara menanti tarikh pembedahan yang dijangka pada 29 Januari ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar," katanya.

Habsah berkata, Norhanim memerlukan sejenis ubat berbentuk serbuk iaitu Sodium Bicarbonate (Nasal Douche) yang perlu dibancuh dan dimasukkan ke dalam hidungnya untuk menghilangkan bau.

Menurutnya, ubat itu diambil mereka di HSB sebelum ini, namun habis digunakan dan mereka tidak mampu untuk terus berulang alik ke HSB untuk mengambil ubat itu.

Dia merayu kepada pihak korporat mahupun individu yang sudi membantu meringankan bebanan mereka untuk menampung kos rawatan sementara menunggu tarikh pembedahan Norhanim.

Kepada sesiapa yang sudi membantu boleh menghulurkan sumbangan anda kepada Norhanim melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Habsah Ismail bernombor 02116-29-86469676-7.

Sinar Harian

Seorang pemburu ayam hutan cedera terkena tembakan senapang patah

Posted: 09 Jan 2012 10:49 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

TEMERLOH - Seorang lelaki cedera di bahagian tangan dan kaki dipercayai terkena tembakan peluru sesat semasa memburu ayam hutan di sebuah ladang kelapa sawit dekat Kerdau petang semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansur berkata, kejadian berlaku pada pukul 6.45 petang sewaktu mangsa Wan Mohd Fadzil, 28, bersama seorang rakannya sedang memburu ayam hutan di kawasan Ladang Jentar.

Ketika asyik memburu, rakan mangsa yang berada kira-kira lima meter darinya terdengar mangsa tiba-tiba menjerit kesakitan setelah terdengar satu tembakan dilepaskan dari jarak kira-kira 20 meter.

Rakannya mendapati kedua tangan dan kaki mangsa berlumuran darah dipercayai terkena serpihan peluru senapang patah.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan kini dilaporkan stabil.

Mohd Noor berkata, kira-kira tujuh serpihan peluru penabur dipercayai daripada selaras senapang patah berjaya dikeluarkan dari kaki dan tangan mangsa.

Ekoran kejadian itu polis menahan seorang lelaki dalam lingkungan 30 tahun dan merampas selaras senapang patah buatan sendiri serta beberapa butir peluru dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api, 1960.

Sinar Harian

14 wanita warga Vietnam ditahan

Posted: 09 Jan 2012 10:47 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

SEREMBAN - Seramai 14 wanita warga Vietnam ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sebuah premis hiburan di Taman AST,
di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata mereka yang berusia antara 23 hingga 47 tahun ditahan atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

"Serbuan yang bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada pukul 11 malam tadi dilakukan hasil maklumat daripada orang ramai.

"Kita sedang menyiasat kesemua mereka ini yang dikatakan bekerja di premis tersebut dan meneliti dokumen perjalanan mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kesemua wanita itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen.

Katanya dalam serbuan tersebut pihak polis turut menahan 8 pelanggan warga tempatan dan tiga lelaki yang bekerja di premis itu untuk disoal siasat.

Sinar Harian

OKU (Orang Kuat Umno) MASUK PAS

Posted: 09 Jan 2012 10:30 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

CENDERONG BALAI,: Pas cawangan Kg. Pekan Rabu, mengadakan majlis penyerahan 20 borang keahlian baru kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Tn Hj. Razman Zakaria. Turut sama menyerahkan borang kemasukan ahli baru Pas, seorang bekas ahli Umno, Abd Halim Hadi, 56, yang juga merupakan mantan setiausaha cawangan Umno disini.

Ketika ditemui, Hj Razman mengucapkan syukur dan tahniah diatas kesedaran masyarakat disini kerana pada hari ini, perjuangan Pas sudah difahami oleh kebanyakan masyarakat berbilang kaum samaada di bandar-bandar besar mahupun yang tinggal diluar bandar,

ujarnya setelah diberitahu tempat program diadakan ini merupakan kubu kuat dan juga kampung kelahiran seorang ahli Parlimen parti lawan.

Hj Razman Berkata; "Jika sebelum ini, masyarakat melayu dan kaum-kaum bukan melayu seringkali ditakut-takutkan oleh pihak parti lawan dengan mengatakan, "Negara tidak akan maju, terkebelakang dan akan huru-hara sekiranya Pas atau Pakatan Rakyat memerintah,"

ternyata tidak benar sama sekali setelah masyarakat berbilang kaum di negara ini lebih meyakini pentadbiran cemerlang yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri."

Katanya Lagi, "Ini dibuktikan dengan adanya sayap parti, Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) mewakili kaum bukan Islam yang telah memberikan sokongan penuh terhadap dasar parti diperjuangkan oleh Pas iaitu,

membina sebuah Negara berkebajikan yang merangkumi semua aspek kehidupan dan pembangunan dengan memberikan keadilan kepada semua kaum, bangsa dan agama di Negara ini."

Hj Razman mengajak semua masyarakat menilai semula, apakah bentuk pembangunan dan kemajuan yang boleh dibanggakan oleh masyarakat disini setelah lebih 54 tahun, pihak lawan diberi mandat untuk mengurus kemajuan dan pembangunan seperti,

keperluan asas masyarakat setempat yang dilihat masih lagi sangat jauh ketinggalan daripada arus kemajuan sebenar.

'Beliau mengulas mengenai aduan Abd Hadi, yang baru menyertai Pas berikutan rasa tidak puashati penduduk kampung dengan janji-janji kosong ahli Parlimen parti lawan untuk menaik taraf jalan luar bandar (kampung) dan projek membina sebuah Masjid baru yang katanya, bernilai RM2.5 juta.

Tetapi, sehingga kini tidak dilaksanakan. "Perlukah masyarakat disini menunggu 20-30 tahun lagi?" Soal Hj Razman.'

Mengakhiri ucapannya didalam program ini, Hj Razman menyeru semua lapisan masyarakat supaya membuat pilihan yang betul agar memilih seorang pemimpin yang amanah dan benar-benar layak untuk mewakili penduduk disini mencapai kemajuan,

kebajikan dan pembangunan sepertimana telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri dengan rekod urus tadbir terbaik setakat ini, berbanding amalan belanjawan pihak parti lawan yang sering mengalami ketirisan ketika membelanjakan dana awam dan perbendaharaan harta Negara sejak sekian lama.

Saidina Sobri/-

Penyebar fitnah tidak boleh lepas tangan

Posted: 09 Jan 2012 07:17 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Jan: "Kita sebagai sebuah negara yang berjiran antara Indonesia dan Malaysia, kita perlu hidup dalam kerangka demokrasi yang adil serta jujur demi kepentingan rakyat untuk maju bersama-sama," jelas Naib Presiden Partai Bulan Bintang Indonesia, Fathur Rahman.

Beliau yang ditemui sejurus keputusan fitnah II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam menyifatkan keputusan tersebut tidak hanya kepada Anwar sahaja tetapi adalah tuntutan rakyat.

"Saya melihat ia bukannya keputusan yang dilakukan kepada seorang pemimpin bernama Anwar tetapi kepada tuntutan rakyat yang mahukan pengadilan yang telus dan adil, bukan untuk kepentingan peribadi Anwar.

"Saya berharap bahawa sistem pengadilan di Malaysia terus berkembang dan konsisten dalam merangka menjaga hak asasi manusia dan menegak keadilan, itu yang paling penting," jelasnya.

Tambahnya lagi, ketika ditanya tentang kenyataan fitnah yang diperkatakan sebelum ini, beliau mengharap persoalan tersebut perlu diperjelaskan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam penyebaran tersebut.

"Tentang isu fitnah yang telah dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, saya rasa ia perlu dijelaskan kepada rakyat dan pihak tersebut tidak boleh lepas tangan begitu sahaja setelah mereka memburukkan imej seorang pemimpin yang dihormati negara-negara luar.

"Sistem pengadilan di Malaysia perlu bersih dari campur tangan pihak luar agar segalanya berlaku secara telus, dengan cara ini sahaja rakyat akan kembali menghormati sistem keadilan sesebuah negara," sambungnya lagi.

Tambahnya, di Indonesia sistem pengadilan telah dilakukan sepenuhnya di mana rakyat akan menjadi pemantau kepada sistem pengadilan agar ia dilakukan secara adil dan jujur.

Sebelum itu, Fathur telah datang ke negara ini sejak hari Ahad lagi bagi mengikuti perjalanan keputusan isu Fitnah II.

Dalam pada itu, hubungan baik Anwar bersama Partai Bulan Bintang itu telah lama dan sering kali perbincangan diadakan apabila Anwar berkunjung ke Indonesia.

Harakah Daily

Pesta mendulang emas

Posted: 09 Jan 2012 07:14 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Bagaikan pesta keramaian apabila ratusan penduduk membanjiri Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee dekat sini apabila kawasan berkenaan didakwa mempunyai emas.

Tinjauan Sinar Harian semalam, mendapati lebih 50 individu pelbagai peringkat umur tekun mendulang apabila kawasan di situ dimaklumkan mengandungi bahan berharga berkenaan.

Kehadiran butir-butir yang dikatakan emas itu disedari sejak seminggu lalu selepas salah seorang penduduk di situ mendakwa menemui ketulan batu yang mengandungi hablur emas.

Ketulan batu di kawasan berkenaan sebenarnya dilonggokkan di situ dari tiga lori bagi projek membina sistem saliran yang terletak kurang tiga meter dari situ.

Keghairahan penduduk di situ semakin luar biasa apabila batu yang bersinar keemasan dan lebih berat daripada batu biasa itu dikatakan emas yang belum diproses dan telah disahkan oleh beberapa pemilik kedai emas.

Berita mengenai lubuk emas itu menarik individu dari luar kawasan terbabit yang tidak melepaskan peluang sanggup datang dari Pontian dan Mersing.

Penduduk yang ditemui, Maimun Mohd Warti, 43, berkata, dia mengetahui mengenainya melalui seorang penduduk yang menyedari longgokan tanah di hadapan rumahnya itu berkilauan seperti emas.

"Saya bertanya kepadanya mencari apa, dia cakap, batu aquarium, namun keadaan semakin pelik apabila semakin ramai orang yang datang ke kawasan itu dan akhirnya baru saya dimaklumkan longgokan batu itu mengandungi emas.

"Pada mulanya memang seakan tidak percaya tetapi apabila diteliti batu tersebut berkilau dan berwarna keemasan.

"Ada individu yang telah bertanya ke kedai emas mengenai kesahihan batu tersebut dan disahkan ia emas yang masih muda.

"Sejak itu orang ramai mula berkampung di sini dari jam 8 pagi hingga awal pagi, semata-mata untuk mencari emas," katanya.

Manakala bagi seorang penjawat awam, Shahrizal Mohd, 30, beliau menghabiskan masa hampir 12 jam sehari bagi mencari emas di situ dan kini menyimpan hampir setengah kilogram batu yang dipercayai emas.

"Saya tidak peduli apa tanggapan orang ramai dan saya percaya ini bukan kerja sia-sia, jika ia benar-benar emas, alangkah bertuahnya.

"Saya telah menelefon tukang lebur emas dari Pulau Pinang dan dijangka akan sampai ke sini dua, tiga hari ini, dan saya hanya akan berhenti mencari emas ini apabila disahkan batu yang kami temui ini bukan emas sebenarnya," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang datang dari luar kampung itu, Fadilah Sabtu, 25, berkata, beliau mula berkampung di situ sejak dua hari lalu.

"Saya dimaklumkan mengenai ketulan emas ini dari seorang rakan, sejak itu saya teruja untuk mencari emas yang dimaksudkan.

"Saya akan terus mencari selagi ada," katanya.

Sinar Harian difahamkan kehadiran orang ramai akan bertambah menjelang petang hingga lewat malam apabila malam proses mencari batu berkilau itu lebih mudah.

Sinar Harian

Seludup gading gajah gagal

Posted: 09 Jan 2012 07:11 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

PELABUHAN KLANG - Kastam Selangor berjaya menumpaskan cubaan menyeludup gading gajah seberat 492.4 kilogram yang bernilai RM2.4 juta di Pelabuhan Barat, di sini, Jumaat lalu.

Pengarah Kastam Negeri, Datuk Azis Yacub berkata, dalam kes terbaru itu, kejayaan bermula apabila Unit Pemantauan Kontena Bahagian Penguatkuasaan Selangor mengesan gading gajah selepas melakukan pemeriksaan rapi ke atas sebuah kontena yang ditahan sekitar jam 11 pagi.

"Pada awalnya dagangan dalam kontena dari Cape Town, Afrika Selatan itu diikrar sebagai bahan daripada gentian dan nilon, manakala sebuah syarikat berdaftar di negara ini dinamakan sebagai pengimport.

"Namun siasatan mendapati destinasi terakhir kontena itu adalah di Pelabuhan Klang," katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma Kastam Pelabuhan Utara, di sini, petang semalam.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan pada bahagian hadapan pintu kontena mendapati, beberapa barangan termasuk tikar, bantal dan tayar tersimpan di kenderaan itu.

Bagaimanapun jelasnya, hasil pemeriksaan lanjut menemukan gading gajah dimuatkan dalam kotak di bahagian belakang kontena bersama tayar terpakai dipercayai bagi mengaburi mata penguat kuasa.

"Berdasarkan keseluruhan rampasan itu, ia dianggarkan bernilai sebanyak RM2.4 juta," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (g) Akta Kastam 1967 iaitu dengan tipu daya cuba mengfrodkan (menipu) kerajaan untuk menyeludup barang larangan Kastam.

Dalam perkembangan sama, Azis berkata, gading gajah adalah barangan yang disenaraikan di bawah Appendix 1, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Yang Terancam (CITES) yang melarang sebarang perdagangan komersial ke atasnya dilakukan.

Katanya, siasatan lanjut ke atas syarikat berkenaan sedang dijalankan dan jika sabit kesalahan boleh didenda minimum tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau maksimum 20 kali ganda nilai barang atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, kperolehan pelbagai kes barang dagangan seludup, tidak diikrar atau ikrar tipu sepanjang tempoh tahun lalu yang dicatatkan Kastam Selangor membabitkan nilai lebih RM128 juta dengan cukai lebih RM97 juta.
Azis berkata, sehingga kini, sebanyak 496 kertas siasatan sudah dibuka dan 380 orang disiasat bermula Januari hingga Disember 2011.

"Saya harap tahun ini, Kastam Selangor akan lebih cemerlang dan lebih banyak percubaan penyeludupan dapat dipatahkan," katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855 atau hubungi mana-mana pejabat kastam terdekat.

Pada September dan Disember tahun lalu, Kastam Selangor turut berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk bahan larangan di bawah Appendix 1, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Yang Terancam (CITES) dengan nilai kedua-duanya dianggarkan RM7 juta.

Sinar Harian

Nurul Izzah: Upsi gantung Adam Adli motifkan politik

Posted: 09 Jan 2012 07:08 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan keputusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) menggantung Adam Adli Abdul Halim selama tiga semester mulai semalam sebagai tindakan opresif, bermotifkan politik zalim dan jelas menghalang mahasiswa menyuarakan pandangan mereka. Adam Adli dikenakan hukuman itu ekoran tindakannya menurunkan bendera tertera wajah Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan Menara Dato' Onn bulan lalu.

Sehubungan itu tegas beliau, kalaupun suatu kesalahan telah dilakukan, tindakan yang diambil haruslah bersifat memberi pengajaran, bukannya membudayakan budaya ketakutan di kalangan orang muda.

"Sebagai nadi masyarakat majoriti, mahasiswa dan anak muda wajib diberi ruang untuk berfikir secara kritikal, berbincang secara mendalam, dan bersuara dengan lantang.

"Di manakah mahasiswa mampu mengalami ruang sebegini jikalau bukan di universiti?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai ini menambah, jawatankuasa disiplin yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Adam Adli semalam telah merendahkan maruah dan nama Upsi sendiri, yang mempunyai sejarah yang begitu dalam dan cukup berkait rapat dengan kebangkitan semangat kebangsaan sejak sebelum negara mengecapi kemerdekaan.

Beliau juga mahu rakyat tampil mempertahankan hak mahasiswa daripada terus terhakis.

"Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita bangkit dan pertahankan hak mahasiswa kerana mahasiswalah yang menjadi penyambung perjuangan kita demi Malaysia yang lebih baik," katanya.

Sinar Harian

Wang pencen lesap bayar hutang

Posted: 09 Jan 2012 07:03 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Sepa­sang suami isteri warga emas kini terbeban dengan pembayaran balik pinjaman daripada sebuah syarikat pinjaman berlesan yang mengenakan caj faedah lebih dua kali ganda daripada jumlah bayaran balik setiap bulan.

Lebih parah apabila wang pencen sebanyak RM720 sebulan yang menjadi satu-satunya sumber kewangan mereka 'licin' setelah dipotong terus oleh ejen tersebut.

Potongan nilai bayar balik pinjaman juga tidak konsisten setiap bulan ditambah pula dengan caj faedah yang tidak munasabah.

Mangsa, Othman Salleh, 84, berkata, dia terdesak membuat pinjaman tersebut pada Januari tahun lalu kerana mahu mencari modal perniagaan bagi menampung perbelanjaan hidup bersama isterinya, Siti Selamah Hussin, 53.

Menurutnya, dia meminjam sebanyak RM5,000 tanpa menandatangani sebarang dokumen perjanjian, namun kad dan bank yang digunakan untuk urusan bayaran pencennya diambil oleh ejen berkenaan.

"Setiap bulan, dia akan potong terus duit pencen yang saya terima daripada akaun bank berkenaan, membuatkan saya langsung tidak dapat menggunakannya wang pencen tersebut tahun lalu.

"Saya mengaku saya silap dan kena tipu dalam hal ini kerana saya tidak tahu akan jadi begini, saya terdesak," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Siti Selamah berkata, baki pinjaman yang perlu dibayar kini adalah sebanyak RM5,559 setelah dicampur dengan beberapa pinjaman tambahan dibuat.

Katanya, disebabkan wang pencen suaminya habis dipotong untuk membayar pinjaman balik dan caj faedah, mereka tidak mempunyai wang lain dan terpaksa membuat pinjaman lain.

"Kerana terdesak, suami saya akan telefon ejen tersebut dan dia akan memasukkan wang dalam akaun saya dan yang terakhir sebanyak RM1,500 telah dipinjam dan itulah wang yang kami belanjakan sekarang ini.

"Apa yang kami risaukan apabila wang yang dipinjam ini habis, bayaran balik masih belum selesai disebabkan faedah yang tinggi dan kami terpaksa berhadapan dengan situasi sama sepanjang tahun lalu," katanya mengharapkan kad dan buku akaun suaminya dikembalikan.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Orang-orang Miskin Selangor dan Kuala Lumpur (Perkom) Mohd Solleh Ibrahim berkata, dia mendapat aduan daripada pasangan suami isteri tersebut berhubung hal itu dan menyifatkan syarikat pinjaman tersebut mengambil kesempatan ke atas warga emas berkenaan.

Katanya, pihaknya menggesa kerajaan memantau syarikat pinjaman berlesen daripada terus mengambil kesempatan terhadap orang yang terdesak dan kurang berpengetahuan dalam urusan pinjaman.

"Bagaimana syarikat pinjaman berlesen yang mengenakan caj faedah yang tidak munasabah ini boleh dibenarkan beroperasi?. Jika hal ini dibiarkan, ramai rakyat yang akan menjadi mangsa skim mereka," katanya.

Sinar Harian

Kabel telefon sering dicuri

Posted: 09 Jan 2012 07:00 PM PST

16 Safar 1433H. [MOD] -

RANTAU PANJANG – Persoalan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tidak menjawab setiap panggilan sejak tiga minggu lalu terjawab apabila dimaklumkan kabel telefon di kawasan jabatan tersebut dicuri pihak tidak bertanggungjawab dalam tempoh tersebut.

Timbalan Ketua Unitnya, Mohd Rahimie Mat Lazim berkata, dalam tempoh tersebut orang awam yang berdepan kecemasan terpaksa datang ke pejabat untuk memaklumkan kemalangan atau kecemasan lain kepada mereka.

Menurutnya, banyak pihak tidak mengetahui tentang perkara itu dan mungkin pelbagai andaian dibuat berikutan­ pihaknya tidak menjawab panggilan.

"Sekiranya orang awam mempunyai kenalan bekerja di sini, mereka memaklumkan tentang kemalangan atau kecemasan lain untuk mendapatkan bantuan.

"Kami sedar, banyak pihak berdepan masalah untuk menghubungi kami untuk mendapatkan khidmat JPAM, namun kami akan berusaha mencari alternatif," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Rahimie berkata, sebagai alternatif untuk menyelesaikan masalah ini, pihaknya cuba memohon telefon tanpa wayar kerana sedar kabel telefon kerap dicuri.

"Kes kecurian kabel telefon di sini bukannya kali pertama berlaku, malah semakin kerap sejak kebelakangan ini," katanya.

Sementara itu, penduduk, Haris Ahmad, 35, berkata, dia mencadangkan JPAM Unit Rantau Panjang menggunakan telefon mudah alih untuk kemudahan orang ramai menghubungi mereka.

Menurutnya, khidmat yang diberikan JPAM akhir-akhir ini begitu membanggakan.

"Setiap kali menghubungi JPAM khususnya jika berlaku kemalangan, mereka segera sampai ke lokasi kejadian, justeru saya mencadangkan mereka menggunakan telefon mudah alih.

"Perkhidmatan sebegini amat diperlukan rakyat setempat tetapi amat kecewa kerana ada pihak tidak bertanggungjawab sanggup mencuri kabel telefon tanpa memikirkan kesannya kepada penduduk," katanya.

Haris berkata, dia kerap terserempak dengan kemalangan, tetapi sukar untuk menghubungi JPAM sejak akhir-akhir ini.

Sinar Harian

Salam Perjuangan

Posted: 09 Jan 2012 11:45 PM PST

Salam Perjuangan


PASCA 901 - AYUH, FOKUS PRU13!

Posted: 09 Jan 2012 02:27 AM PST


14 Safar 1433 H | 9 January 2012
PAS mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) daripada pertuduhan melakukan liwat terhadap Saiful Bukhari.

Dengan bukti yang cukup rapuh dari awal, sepatutnya tuduhan ini dibuang kes lebih awal. Namun begitu keputusan hari ini membuktikan DSAI hanyalah mangsa tohmahan tuduhan liar yang dibuat oleh beberapa pihak.

PAS mengharapkan dengan keputusan ini, nama baik DSAI akan dibersihkan dan segala tohmahan liar terhadap beliau dan keluarga beliau dihentikan. PAS menggesa semua pihak khususnya umat Islam kembali kepada peringatan Allah bahawa qazaf adalah kesalahan dan dosa besar yang mesti bertaubat dan memohon maaf kepada yang dituduh.

PAS juga mengingatkan petugas parti agar menumpukan kepada gerak kerja parti, kerana dengan keputusan ini dijangka pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat.

Keputusan ini juga boleh dilihat dari satu sudut yang boleh digunakan media milik Umno untuk berhabis-habisan menaikkan imej Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Sehubungan itu, seluruh jentera parti mesti menggandakan upaya bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU akan datang.

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 09 Jan 2012 09:16 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


(SERIUS!!) Khas Buat Golongan Suka Tengok TV - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 09 Jan 2012 07:13 AM PST

PAS KDAS 3

Posted: 09 Jan 2012 09:10 PM PST

PAS KDAS 3


Nik Aziz: Tiada lagi politik fitnah

Posted: 09 Jan 2012 06:15 AM PST

Anwar: Terima kasih kepada semua

Posted: 09 Jan 2012 06:09 AM PST

Anwar dibebaskan: Pimpinan PAS syukur

Posted: 09 Jan 2012 06:00 AM PST

Presiden: Keputusan bebas Anwar kuatkan Pakatan

Posted: 09 Jan 2012 05:59 AM PST

Presiden: Keputusan bebas Anwar kuatkan Pakatan

Posted: 09 Jan 2012 05:59 AM PST

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 09 Jan 2012 07:52 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Adam Adli Ke Surau Hj Bidin, Dungun, Terengganu 14 Januari

Posted: 09 Jan 2012 06:57 PM PST

DUNGUN 10 Januari, Selasa - Adam Adli, 22, penuntut Sarjana Muda Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengundang kontroversi sebelum ini kerana menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 18 Disember lalu akan menyampaikan 'bicaranya' di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, di sini.

Program anjuran Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia  (WARIS) ini akan berlangsung pada 14 Januari Sabtu ini.

Menurut Ketua Penerangan MTD Sura, Encik Mohd Yusof Ismail, beliau (Adam) dijangka turut mengulas berhubung penggantungan tiga semester yang dikenakan oleh UPSI kerana didapati bersalah dalam insiden menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

"Saya mengambil kesempatan mengajak semua warga DUN Sura, khususnya dan Dungun amnya supaya hadir beramai-ramai mendengar bicara anak muda ini", ujar Encik Mohd Yusof.

Rembau Hari Ini

Posted: 09 Jan 2012 07:46 PM PST

Rembau Hari Ini


Pidato Anak Muda 21 Jan 2012 di Rembau

Posted: 08 Jan 2012 07:53 PM PST



PIDATO ANAK MUDA
Tarikh : 21 Jan 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Batang Nyamor, Kota, N.Sembilan (rumah Hj Bakar)
Pemidato :
Mohd Sani Hamzan , EXCO Pemuda PAS Pusat
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Ustaz Khairil Anwar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Mohd Hakki , Ketua Pemuda PAS Rembau

Semua dijemput hadir

PAS LENGGONG

Posted: 09 Jan 2012 07:42 PM PST

PAS LENGGONG


Teruskan pertuduhan qazaf terhadap Saiful

Posted: 09 Jan 2012 01:43 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Jan:Mahkamah Syariah digesa meneruskan pertuduhan qazaf yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar).

Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, pertuduhan qazaf itu harus diteruskan memandangkan Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Anwar bebas daripada tuduhan meliwat Saiful.

"Keputusan mahkamah hari ini menunjukkan tidak berlaku dakwaan liwat.

"Kes ini (qazaf) telah difailkan tetapi sengaja ditangguhkan tanpa sebab, kononnya untuk menunggu keputusan mahkamah dan hari ini mahkamah membuktikan tidak berlaku liwat," kata beliau ketika ditemui di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR, bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukjari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.

Menurut Ahmad Zamri, dengan keputusan tersebut, Saiful berhak didakwa di bawah kesalahan qazaf kerana memfitnah Anwar meliwat tanpa membawa saksi.

"Ini merupakan kesalahan jenayah syariah dan saiful boleh dituduh di bawah akta kesalahan jenayah Wilayah Persekutuan," katanya.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Anwar memfailkan tuntutan qazaf tersebut pada 8 Julai 2008 namun ditolak.

Nik Aziz puasa sunat, minta penuduh Anwar mohon maaf

Posted: 09 Jan 2012 01:40 AM PST

Rizal Tahir,


PENGKALAN CHEPA, 9 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihatkan pihak yang telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera.

Katanya, ianya termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini.

"Para wartawan yang turut membuat fitnah terhadapnya selama inipun perlu memohon maaf dari Anwar.

"Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media sekembalinya dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini pagi ini.

Sementara itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu akan menunaikan solat sunat 'syukur' malam ini ekoran keputusan mahkamah yang memutuskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, tidak bersalah.

Beliau juga akan berpuasa sunat sehari esok bagi melahirkan rasa syukur terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang akhirnya ditamatkan dengan keputusan mahkamah hari ini.

"Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi," ujarnya.

Meraka yang tak mengira dosa dan pahala.

Posted: 08 Jan 2012 09:52 PM PST

Jamil Khir yang kebas sekejap duit zakat untuk kos guaman tu bagai mana ?

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi KL hari ini telah membebaskan Anwar. Ini bermakna Saiful Bukhari boleh di dakwa kesalahan menipu dan memfitnah. Saiful Bukhari boleh didakwa untuk kesalahan tersebut. Menurut hukum Islam si penuduh yang gagal membawa 4 orang saksi yang tidak fasik boleh dikenakan hukuman Qazaf sekiranya didapati bersalah.

Jadi apa tunggu lagi, Saiful Bukhari mesti di bawa kemuka pengadilan untuk di dakwa kesalahannya pula. Beliau patut di pertanggungjawabkan ke atas segala tindakan yang beliau lakukan selama ini...

Penghakiman kes DSAI

Posted: 08 Jan 2012 09:16 PM PST

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya yang tidak melebihi lima minit berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa integriti bukti tidak diusik.

"Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.

Posted: 08 Jan 2012 08:03 PM PST

ALHAMDILILLAH

Posted: 08 Jan 2012 07:59 PM PST

Keputusan mahkamah hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan di bebaskan. Tuhan itu mahal adil. Doa orang teraniaya selalu dimakbulkan. Ternyata semua tuduhan hanya fitnah dan konspirasi. Tak tahu pula sampai pihak pendakwa berani main sumpah laknat sebelum ini. Camana tu? Menjawab la nanti di akhirat. Diharapkan semua rakyat Malaysia kembali bersatu hati dan tidak bermusuhan serta kurangkan sifat menjatuhkan orang lain dengan cara yang kotor.

Daripada Abu Bakrah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. apabila menerima suatu perkara yang menyenangkan atau diberi khabar gembira, segera baginda menunduk sujud sebagai tanda syukur kepada Allah Taala. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
Sebuah lagi hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari bahasa Ali bin Abi Talib menulis surat kepada Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu mengenai suku Hamzan yang memeluk Islam. Baginda terus tunduk bersujud, kemudian mengangkat semula kepalanya dan bersabda : ``Selamat sejahtera ke atas suku Hamzan, selamat sejahtera ke atas suku Hamzan.''
Melakukan Sujud Syukur ada yang mengatakan harus memenuhi syarat-syarat solat, tetapi yang sebenarnya ia tidak memerlukan syarat-syarat sebagaimana syarat solat.
Ini berpandukan kepada Imam Shaukani yang berkata: ``Dalam Sujud Syukur tidak terdapat sebuah hadis pun yang menjelaskan bahawa untuk melakukannya disyaratkan berwuduk, suci pakaian atau tempat sujudnya.''
Juga tidak terdapat keterangan daripada Baginda Rasulullah s.a.w. bahawa dalam Sujud Syukur harus bertakbir atau mengadap kiblat.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 09 Jan 2012 04:17 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


2019 : HUTANG NEGARA = GDP

Posted: 09 Jan 2012 03:59 PM PST

Hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, kata pakar ekonomi.


Bekas pengarah ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem mengingatkan bahawa kadar perolehan pendapatan kerajaan pusat terlalu perlahan dan tidak mampu membayar pinjaman yang meningkat 53.1 peratus KDNK pada 2010.

Beliau berkata jumlah hutang ditanggung kerajaan tidak terlalu besar namun kadar pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan.

Nisbah hutang-KDNK meningkat dari 41.1 peratus pada 2008 kepada 53.1 peratus pada 2010 manakala hutang kerajaan bertambah 14.6 peratus pada 2008 dan 18.3 peratus pada 2010, jauh mengatasi pertumbuhan KDNK negara, tambah Mohamad Ariff.

"Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019.

"Sekiranya pertumbuhan hutang semakin laju, ini boleh berlaku tidak lama lagi," katanya melalui emel kepada The Malaysian Insider.

Mohamad Ariff menjelaskan ketika kerajaan mengambil langkah rangsangan fiskal untuk menghadapi krises ekonomi dunia yang mana ia digunakan untuk pembangunan infrastruktur terdapat keperluan untuk mengurangkan perkhidmatan awam, yang menjadi asas pengurusan perbelanjaan Putrajaya.

Katanya perkhidmatan awam Malaysia - terbesar setiap kapita di Asia Pasifik mengikut OECD - meningkat dari 23.3 peratus pada 2007 operasi bajet kepada 33.1 peratus pada 2010, meningkat kepada 41.6 peratus pada 2010 jika bayaran pencen dimasukkan.

Ini adalah beban kewangan utama kerajaan iaitu daripada kos berlebihan, pembaziran dan rasuah yang didedahkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara, kata seorang profesor dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).

"Ia satu keperluan untuk kerajaan mengawal perbelanjaan yang mana ia termasuk mengurangkan perkhidmatan awam, membawa kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan tanggungjawab serta melaksanakan reformasi kutipan cukai untuk mendapat pendapatan," kata Mohamad Ariff.

BRO DIGANTUNG OK SIKIT DARI DIPECAT TERUS...HUHUHUHUHU

Posted: 09 Jan 2012 06:06 AM PST

Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tanpa dibela peguam semasa dibicarakan.


Penuntut sarjana muda pendidikan berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.
 
"Ketika dibicarakan saya seorang diri berdepan dengan lapan orang panel...saya seorang diri tanpa pembelaan peguam.

"Saya tidak dibenarkan membawa peguam kerana ia adalah peruntukan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), satu pembelaan yang saya tidak layak dapat," katanya.

"Saya akan pastikan tiada penindasan lagi," katanya menambah akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan itu yang disifatkan berat sebelah.

... asalkan tak kene pecat sudah!!!...huhuhuhuhu

LIWAT TETAP LIWAT : SAY POOL

Posted: 09 Jan 2012 05:40 AM PST

Saiful Bukhari yang tertewas dalam kes keliwatannya berharap pihak pendakwa dapat mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mendapat pembelaan adil untuk dirinya.

Dalam tulisan terbaru di blognya, pengadu kes liwat ini berkata beliau mempunyai hak untuk mendapat pembelaan yang adil hingga ke peringkat tertinggi badan kehakiman.

"Semua sedia maklum keputusan pada hari ini tidak memihak kepada saya. Namun saya redha dan menghormati keputusan ini...saya menerimanya dengan hati yang tenang.

"Bagaimanapun aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan. Oleh itu saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan," katanya.

(GAMBAR) SEKITAR LETUPAN BOM DI MAHKAMAH TINGGI

Posted: 09 Jan 2012 12:42 AM PST

Punca kejadian masih lagi disiasat!! Polis telah mengenal pasti bom yang digunakan adalah buatan sendiri dan ada dijual di Thailand. Bom ini lebih dikenali dengan "ball berring". 5 orang mangsa tercedera terdiri disebabkan bom ini dan 6 kenderaan di laporkan rosak daripada para penyokong Anwar.
Letupan bom berturut-turun selang hanya dalam 10 atau 9 minit sahaja.

Kejadian BOM ini telah mengemparkan seluruh penyokong dan menyebabkan beberapa kenderaan telah ditahan untuk siasatan lanjut.








iskh..iskh.. sape le punye angkara!!!!

ULAMA' MUDA FATWA PERKASA BOLEH SOLAT HAJAT SELEPAS ASAR!!!

Posted: 09 Jan 2012 12:17 AM PST


Akibat dikelilingi oleh puak-puak yang jahil hukum agama termasuk ulama' muda maka pertubuhan yang kononnya mengaku memperjuangkan Melayu, PERKASA yang memperjuangkan memperjuangkan Islam, tak tahu waktu-waktu yang diharamkan untuk melakukan solat sunat.


Kononnya mengejarkan pahala sebaliknya dosa haram yang mereka dapat.

Inilah contoh bagaimana Islam dipolitikkan untuk menunjukkan kononnya mereka sebagai pejuang Islam, namun kebodohan mereka terserlah menjadi gelak ketawa rakyat yang melihat.

Untuk pengetahuan Brahim Katak, Solat Hajat merupakan Solat Sunat Mutlaq antara lain seperti solat sunat Taubat yang merupakan solat sunat yang boleh dilakukan bila-bila waktu sahaja, selain dari waktu yang ditegah bersolat (eg: sewaktu matahari tegak, terbit, terbenam, selepas subuh dan selepas solat Asar).

Sabda Nabi Sallallahu 'alahi wasallam-; "Tidak ada solat selepas solat subuh hingga matahari meninggi dan tidak ada solat selepas solat asar hinggalah matahari terbenam" (HR Imam al-Bukhari dari Abi Sa'id al-Khudri, Bab La Tataharra as-Solah Qabla Ghurub as-Syams).

Abu Hurairah menceritakan; "Rasulullah menegah dari mengerjakan solat selepas asar hingga terbenam matahari dan selepas subuh hingga terbit matahari" (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah. Bab al-Auqat allati Nuhiya 'an as-Solah fiha).


Maklumlah Brahim katak dikelilingi golongan yang jahil agama seperti ini!!!!

HAJI SAY POOL REDHO DENGAN KEPUTUSAN...HUHUHUHUHU

Posted: 08 Jan 2012 10:34 PM PST

(BERNAMA) KUALA LUMPUR 9 Jan. – Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan reda dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.

Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata, beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

"Tidak di dunia, namun di Masyar pasti. Reda dgn ketentuan-Nya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi," demikian entri akaun Twitternya.

Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu.

Semasa melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, Mohamad Zabidin berkata, tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful, dan mahkamah tidak boleh bergantung semata-mata kepada keterangan tersebut bagi menyabitkan Anwar.
... power lah tuan haji...

DSAI AJAK KONVOI... JAM 1 TGHR DI R&R SG BULUH

Posted: 08 Jan 2012 08:01 PM PST



KONVOI BERSAMA RAKYAT - Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengetuai satu konvoi bermula jam 1 tengahari ini dari R & R Sungai Buluh sehingga ke Permatang Pauh.

Pada masa ini kenderaan-kenderaan yang akan mengikuti konvoi itu sedang bergerak ke destinasi bermula itu. Dianggarkan sekitar 150 kenderaan telah membanjiri kawasan tersebut.


Pada malam ini, DSAI dijadual berceramah di Tapak Ekspo Seberang Jaya, yang turut dijadual hadir oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin PR.

MESTI MARIII...!! Ayuh kita sesakkan Tapak Ekspo Seberang Jaya ini malam !

(TERKINI ) PENYOKONG SAY POOL BAKAR MERCUN PADA KERETA ELIZEBETH

Posted: 08 Jan 2012 07:18 PM PST

maklumat dari facebook
Sekurang-kurangnya kedengaran  3 letupan kedenganran di sekitar perkarangan letak kereta Mahkamah Kuala Lumpur sekitar jam 11.15 am - 11.50 am selepas keputusan pembebasan DSAI daripada tuduhan liwat. Dipercayai letupan tersebut adalah dihasilkan oleh mercun yang dibawa oleh para penyokong Saiful yang tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Ketiga-tiga bom diletakkan di berhampiran pencawang elektrik kompleks Mahkamah Tinggi, Hentian Selera Duta dan persimpangan Jalan Khidmat Usaha.  Polis masih menyiasat punca dan dalang dalam kes ini.

Kelihatan kawasan tempat letupan kedengaran yang ditutup dengan garisan kuning termasuk menempatkan tiga kenderaan penjaja dan beberapa buah kenderaan awam lain termasuk motosikal.


Polis membenarkan kenderaan yang diparkir di bawah medan selera keluar dripada kawasan berpagar kuning.

Polis juga membawa dua ekor anjing pengesan untuk memeriksa keadaan sekeliling.

SAY POOL BAWA KE MAHMAKAH SYARIAH PULAK!!!

Posted: 08 Jan 2012 06:35 PM PST

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa di liwat oleh DSAI akan membawa kes ini ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur memandangkan keputusan yang diumumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi menyatakan  bahawa kes tersebut kekurangan bukti dan DNA serta oral lisan tidak boleh dijadikan bahan pendakwaan. Justeru, maka pihak pendakwa (Mohd Saiful Bukhari Azlan) tidak perlu buat rayuan dimahkamah civil sebaliknya membawa kes ini ke Mahkamah Syariah




Kuala Lumpur - The High Court on Monday acquitted Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim of the charge of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan.



Justice Mohamad Zabidin Mohd Diah said that after going through the evidence, the court could not be 100% certain the integrity of the DNA samples was not compromised.


"I find that it's not safe to rely on the DNA evidence. As such, the court is left only with Saiful's testimony.


As this is a sexual crime, the court is reluctant to convict based entirely on Saiful's testimony, which is uncorroborated," he added. - THE STAR

(11.30 AM LINTAS LANGSUNG ) : DSAI SUDAH MENINGGALKAN MAHKAMAH

Posted: 08 Jan 2012 05:13 PM PST


11.05 am : Kenderaan yang membawa Anwar sekeluarga sudah beredar dari kawasan mahkamah. Polis mengarahkan penyokong bersurai kerana keadaan tidak selamat ekoran letupan bom.
10.55 am : Satu letupan kedengaran di tepi Jalan menuju ke kompleks Mahkamah yang menyebabkan seorang peguam tercedera letupan. Wartawan melaporkan polis sedang mengawal keadaan. Dipercayai bahan letupan itu diletakkan dalam salah-satu kon yang digunakan polis untuk mengawal aliran trafik.
10.10 am : Anwar sudah bergerak keluar dari perkarangan mahkamah dan bergerak ke Masjid Wilayah. Laungan tanpa henti oleh penyokong Pakatan sambil mengankat ibu jari tanda bagus. Ramai penyokong mahu meyerbu Anwar untuk mengucapkan tahniah, tetapi petugas AMK mengarahkan mereka bersurai dan bergerak ke Masjid Wilayah.


10.00 am - Anwar sedang berjalan keluar diiringi Presiden Pas Abdul Hadi Awang, Timbalan PKR Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin yang lain. Tengah hari ini DSAI akan ke Pulau Pinang dengan diiringi 100 buah kereta.

Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

Keputusan ini sudah tentu disambut dengan linangan air mata kegembiraan oleh puluhan ribu penyokong Anwar yang berhimpun sejak.



9.33 am - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabaskan dan melepaskan DSAI daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan - BH

9:33 am - 9/1 High Court finds Opposition leader Anwar Ibrahim not guilty of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan -STAR.

9:20 am- Kehadiran peguambela KARPAL SINGH bersama GOBIND SINGH dan LIM Guan Eng. P Ramasamy berada di luar Mahkamah



9.15 am : Keadaan di Mahkamah mula bertukar kecoh apabila DSAI mula memasuki kawasan perkarangan mahkamah sekitar jam 8.30 tadi.

Keadaan yang mulanya tenang bertukar kecoh apabila peserta Perhimpunan 901 mula mengerumuni Anwar dari pintu masuk utama hingga ke perkarangan mahkamah.

8:52 am- DS Anwar yang ditemani Wan Azizah dan anak-anaknya kelihatan hadir di dalam kamar. DSAI melemparkan senyuman dan lambaian buat-buat ke rakan-rakannya dan penyokongnya.
Dianggarkan seramai 5500 peserta menjerit melaungkan slogan "Reformasi", "Hidup Anwar", "Keadilan", dan "Allahuakbar".

8:33 am - Galeri awam mula dibuka kepada orang ramai termasuk wartawan dan pemerhati asing. Tan Sri Khalid dan isteri turut dilihat masuk ke dalam kamar. Seramai 13 orang pemerhati asing dilihat masuk ke dalam kamar dan mengambil tempat di galeri awam. Galeri awam mula sesak dgn kehadiran org ramai.
8.30 am: Kelihatan kenderaan yang membawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  masuk ke perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghadiri keputusan kes liwat II beliau hari ini.


8:25 am: Semua pemimpin PR berucap dan bakar hadirin untuk tolak BN…. YB Zuraidah Kamaruddin dengan sinis memanggil kabinet sekarang sebagai cabinet lembu

8:20 am:  Dr Rani, Adun Meru sedang berucap minta hancurkan UMNO, dan minta rakyat terus berjuang jatuhkan BN.

Turut kelihatan Irene Fernandez dan Mohd Saiful Anang pelajar UPSI serta A Samad Said.

V. Sivakumar turut berucap dengan mengungkit banyak kes-kes berkenaan krisis politik di Perak telah berlaku di mahkamah ini.



8:10 am:  Datuk Seri Nizar berucap diikuti laungan takbirTurut kelihatan N. Surendran, Azmin Ali, Xavier Jayakumar, Malik Kassim dan Osman Mansor

8:05 am: Azmin Ali tiba bersama Dr. Osman Mansor dan Malik Kassim, ADUN Batu Maung


Terkini pada pukul 8.30 am:

Pintu pagar mahkamah tinngi masih belum dibuka. Mereka tidak akan dibenar masuk kerana polis hanya membenarkan kawasan perhimpunan pada hari ini adalah parking mahkamah.

Jumlah kehadiran di parking Mahkamah kini mencecah sekitar 4,300 orang terdiri dari 80% Melayu dan selebihnya masyarakat India/Cina. Mereka melaungkan 'Reformasi'.

Sementara itu, di Masjid WP, kumpulan Perkasa/Pekida ada 80 org. Penyokong PR lebih kurang 100 orang berada di luar masjid. Manakala, di gerai makan Hentian Bas Jln Duta ada 600 sedang minum. Antara pemimpin mereka yang kelihatan:-

Tian Chua, Rozan Azen Mat Rasip, William Leong-AP Selayang, John Fernandez-AP Seremban, Latheefa Bibi Koya, Loh Koh Meng-DAP, Sivakumar-ex speaker Perak, Manoharan-AP Teluk Intan, Prof Ramasamy, A.Samad Said, dan Ambiga

MENYUSUL LAGI...

PERKASAM SEDIA 300 ORG BANTU POLIS.... HUHUHUHUHU

Posted: 08 Jan 2012 05:05 PM PST

Ibrahim Ali, menjelaskan, Perkasam telah mempersiapkan 300 ahlinya untuk persediaan sekiranya pasukan keselamatan tidak mampu mengawal keadaan semasa Perhimpunan 901 esok.


Si Katak berkata, Perkasam telah mempersiapkan ahlinya itu sejak dua hingga tiga bulan lepas.

"Kami sudah bersedia menghadapi kemungkinan untuk esok, sekiranya pasukan PDRM memerlukan bantuan, kami ada 300 ahli yang sudah bersiap sedia.

" Perkasa mengambil pendirian tidak akan berada di mahkamah esok, hanya sekiranya PDRM memerlukan bantuan, baru kami akan datang membantu," katanya lagi.

... power..power...!!!

PAK JABIT HANTU KAK LIMAH DI MAHKAMAH!!!

Posted: 08 Jan 2012 04:42 PM PST


Pelakon filem hantu kak limah balik rumah yg pegang watak sbg Pak Jabit


Terkini pada pukul 8.30 pagi:


Pintu pagar mahkamah tinngi masih belum dibuka. Mereka tidak akan dibenar masuk kerana polis hanya membenarkan kawasan perhimpunan pada hari ini adalah parking mahkamah.

Jumlah kehadiran di parking Mahkamah kini mencecah sekitar 4,300 orang terdiri dari 80% Melayu dan selebihnya masyarakat India/Cina. Mereka melaungkan 'Reformasi'.

Sementara itu, di Masjid WP, kumpulan Perkasa/Pekida ada 80 org. Penyokong PR lebih kurang 100 orang berada di luar masjid. Manakala, di gerai makan Hentian Bas Jln Duta ada 600 sedang minum. Antara pemimpin mereka yang kelihatan:-

Tian Chua, Rozan Azen Mat Rasip, William Leong-AP Selayang, John Fernandez-AP Seremban, Latheefa Bibi Koya, Loh Koh Meng-DAP, Sivakumar-ex speaker Perak, Manoharan-AP Teluk Intan, Prof Ramasamy, A.Samad Said, dan Ambiga

MENYUSUL LAGI...

POLIS BENARKAN 5K PENYOKONG DI KAWASAN PARKIR MAHKAMAH

Posted: 08 Jan 2012 04:29 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Ribuan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mula berkumpul di kawasan parkir Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dari pagi tadi untuk menunggu keputusan kes liwat ketua pembangkang itu.


Anggota polis yang berkawal di sekitar kawasan mahkamah mula berada di lokasi tersebut sejak jam tiga pagi lagi.

Dengan jumlah peserta yang semakin bertambah, anggota polis yang pada mulanya tidak membenarkan penyokong membawa sepanduk bertulis "Rakyat Hakim Negara", mula membenarkan mereka membawa sepanduk-sepanduk berkenaan selepas beberapa wakil berbincang dengan pihak berkuasa terbabit.

Namun demikian, atas kepentingan keselamatan, anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas setiap peserta yang membawa beg.

Dalam pemeriksaan tersebut, anggota polis turut merampas kain rentang bertulis "Bebas anwar 901, berhimpun jam tujuh pagi, Mahkamah Jalan Duta, "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi" dan kain rentang bertulis "Lawan Konspirasi" daripada seorang peserta perhimpunan.

Situasi di sekitar kawasan pintu masuk Mahkamah Tinggi masih lagi terkawal walaupun jumlah peserta perhimpunan semakin bertambah.

Peserta perhimpunan berterusan melaungkan slogan "Reformasi" sambil jumlah mereka yang memasuki kawasan perkarangan mahkamah semakin bertambah.

Sementara itu kelihatan juga sebuah helikopter berlegar-legar di kawasan Mahkamah Tinggi Jalan Duta tersebut.

Kumpulan-kunpulan kecil peserta mula bergabung dan berteriak "Takbir", dan polis masih lagi membenarkan para penyokong Perhimpunan 901 bergerak ke kawasan perkarangan mahkamah.
Kelihatan juga topeng gambar Datuk Seri Anwar diedarkan kepada peserta perhimpunan.

Sekitar jam tujuh pagi, sekitar 1000 ke 1300 peserta mula membanjiri kawasan perkarangan mahkamah untuk menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar.
 
Anggota Jingga 13 juga mula mengeluarkan arahan supaya orang ramai memenuhkan kawasan parkir berkenaan berikutan pihak polis mengehadkan seramai 5000 peserta dibenarkan untuk berada di kawasan berkenaan.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 09 Jan 2012 03:47 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


DENGAR BAIK-BAIK NASIHAT TOK GURU NIK ABDUL AZIZ !

Posted: 09 Jan 2012 01:14 AM PST

9 Jan 2012: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihatkan pihak yang telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera.Katanya, ianya termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini."Para wartawan yang turut membuat fitnah terhadapnya selama inipun perlu memohon maaf dari Anwar."Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya," ujarnya lagi.Beliau berkata demikian kepada media sekembalinya dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini pagi ini.Sementara itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu akan menunaikan solat sunat 'syukur' malam ini ekoran keputusan mahkamah yang memutuskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, tidak bersalah.Beliau juga akan berpuasa sunat sehari esok bagi melahirkan rasa syukur terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang akhirnya ditamatkan dengan keputusan mahkamah hari ini."Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi," ujarnya (IH)

PADA DSAI TAHNIAH, PAS NIE MAHKAMAH SYARIAH !

Posted: 08 Jan 2012 09:18 PM PST

Syukur Alhamdulillah kerana mahkamah telah mendapati Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah d atas tuduhan meliwat Saiful Azlan Bukhari.Ini masanya Anwar mengheret Saiful dan Dato K ke Mahkamah Syariah pula atas tuduhan Qazaf kata Tulang Besi dan teman memamng sokong 100%. elok benor di lawan sampai menang pase Menteri Agama sanggup guna wang zakat sekejap untuk bayar guaman semata nak bantah hukuman qazaf yang disuarakan DSAI.Penting bagi Anwar melakukan perkara ini kerana jutaan umat Islam di negara ini telah terjerumus dalam satu dosa besar yang dipanggil "qazaf"."Qazaf" ini bermaksud menuduh seseorang tanpa 4 orang saksi. Dosa Qazaf ini tergolong dalam salah satu dosa besar. Dan di dalam hukum hudud, wajib dikenakan 80 kali sebatan.Adalah lebih baik seseorang Islam itu memakan seekor babi dari melakukan dosa Qazaf ini.Wajarlah Anwar Ibrahim mengheret Saiful Bukhari, Dato' Eskay dan Dato' T itu ke mahkamah syariah sebagai pengajaran kepada seluruh umat Islam bahawa dosa Qazaf itu dibenci Allah SWT.Keputusan mahkamah bukti Putrajaya perlu hentikan politik kotor terhadap Anwar?"Anwar telah dibebaskan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya, sesuatu yang tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah."Semoga keputusan ini memberi satu mesej kepada kerajaan untuk menghentikan perkara ini," kata Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson di dalam satu kenyataan hari ini.Semasa mengumumkan keputusan itu, Mohd Zabidin berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar telah meliwat Mohd Saiful."Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada sampel DNA telah diusik."Oleh itu tertuduh dibebaskan," katanya.

HARITU PENGAWAL KENA CUCUK JARUM, PAGI NI ADA YANG KENA BOM !

Posted: 08 Jan 2012 08:15 PM PST

TERKINI: Letupan Bompagi.
Laporan malaysiakini11.38am Saksi kejadian yang merupakan seorang peniaga memberitahu tidak nampak apa-apa berlaku ketika letupan berlaku.11.20am Dua orang dipercayai tercedera akibat letupan sebelum ini.11.15am Kawasan tempat letupan kedengaran yang ditutup dengan garisan kuning menempatkan tiga kenderaan penjaja dan beberapa buah kenderaan awam lain termasuk motosikal.Polis membenarkan kenderaan yang diparkir di bawah medan selera keluar dripada kawasan berpagar kuning.Polis juga membawa dua ekor anjing pengesan untuk memeriksa keadaan sekeliling.11.10am Orang ramai mula bersurai setelah diarahkan polis kerana keadaan tidak selamat.11.04am Keseluruhan tiga letupan kedengaran di kawasan mahkamah antara jam 10.15 hingga 10.55

LINTAS LANGSUNG &PENYOKONG YANG MEMBAWA UNTUNG

Posted: 08 Jan 2012 04:30 PM PST

LAPORAN LANGSUNG7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba.7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS. - Malaysiakini
Ihsan dari blogger PASPB dan Lagiberita

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 09 Jan 2012 03:17 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


CERAMAH UMUM DI PAS DUN KEMASIK

Posted: 08 Jan 2012 07:58 PM PST

HIGH TEA DANA PRU KE-13 PAS DUN KEMASIK

Posted: 08 Jan 2012 07:56 PM PST

Dupahang's Weblog

Posted: 09 Jan 2012 12:09 PM PST

Dupahang's Weblog


Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran

Posted: 09 Jan 2012 08:12 AM PST

Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 9 Jan: Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran supaya tidak mendahului parti berhubung soal pencalonan dalam parti. Amaran itu diberikan dalam satu pertemuan dengan beliau semalam. Saari (gambar) telah dipanggil untuk bertemu dengan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Datuk Mustafa Ali, Naib [...]

Dua Anggota Umno Sertai DAP – Tamparan Hebat untuk BN

Posted: 08 Jan 2012 10:22 PM PST

Dua Anggota Umno Sertai DAP SHAH ALAM: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dan anggota Umno Negeri Sembilan Aspan Alias pada Ahad menyertai parti DAP secara rasmi. Kedua-duanya yang juga penulis blog, menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai DAP kepada Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng pada sidang [...]

PAS pecat Hasan Ali berkuat kuasa serta merta

Posted: 08 Jan 2012 10:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat  yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali  sebagai ahli PAS berkuatkuasa  serta merta. KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, [...]

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 09 Jan 2012 09:43 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Susulan letupan bom di Kompleks Mahkamah

Posted: 08 Jan 2012 10:55 PM PST



Akhbar portal Malay Mail melaporkan kejadian bom yang meletup di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta pagi tadi dipercayai berpunca dari bom asap yang diletakkan di dalam kon trafik.


Sodomy II verdict: Bomb blasts follow news of DSAI acquittal

One injured as three explosions occur outside courthouse

Monday, January 9th, 2012 13:10:00

KUALA LUMPUR: JUST minutes after news reached supporters' ears that Datuk Seri Anwar Ibrahim was acquitted of his sodomy charge, three small blast rocked the scene, dramatically cutting short the revelry.

One man sustained light injuries following the three morning explosions outside the Jalan Duta court complex, all of which occurred within the spat of 20 minutes.

IT WAS BELIEVED THE EXPLOSIONS WERE CAUSED BY SMOKE GRENADES placed inside three traffic cones at the traffic light before the turning into the court complex.

The first explosion occurred when Anwar was addressing the crowd outside, while the second explosion went off as the de facto PKR leader was exiting the court compound and the final blast occurred a few minutes later, at 10.50am, at the nearby hawker centre.

The force of the explosions blew apart the orange cones, located near a sub-power station some 50-metres away from the courthouse gates.

The Malay Mail was informed by a policeman at the scene on the possibility one of the cones had two bombs inside, bringing the total number of bombs to four.

However, at the time of reporting, The Malay Mail was unable to verify this information.

A man in his 20's who were participating in the gathering, suffered injuries to his right arm.

Witness R. Thamendra said the victim was standing close to one of the cones when the blast went off.

"He just fell to the ground and was in pain. He was taken away for treatment in an ambulance."

Police cordoned of the blast site with a tape following the third and final blast.

Canine unit were brought in to sniff the site to determine the possible presence of more bombs.

Due to safety concerns, police also then ordered demonstrators to clear the area.

http://www.mmail.com.my/content/88448-sodomy-ii-verdict-bomb-blasts-follow-news-dsai-acquittal

Pidato Anak Muda 21 Jan 2012 di Rembau

Posted: 08 Jan 2012 07:50 PM PST



PIDATO ANAK MUDA
Tarikh : 21 Jan 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Batang Nyamor, Kota, N.Sembilan (rumah Hj Bakar)
Pemidato :
Mohd Sani Hamzan , EXCO Pemuda PAS Pusat
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Ustaz Khairil Anwar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Mohd Hakki , Ketua Pemuda PAS Rembau

Semua dijemput hadir

KHIDMAT MERU

Posted: 09 Jan 2012 09:36 AM PST

KHIDMAT MERU


WARGA EMAS MENDAPAT ANG POW DAN CENDERAHATI

Posted: 09 Jan 2012 01:28 AM PST


















Satu Jamuan Makan Malam dan pemberian Ang Pau bagi warga emas kaum Tionghua telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru.


Seramai lebih 50 orang warga emas di Kg Meru telah diraikan di sebuah dewan sekolah.


YB Dr Rani bersama Ketua-ketua Kampung dan Biro Kebajikan JKKK Kg Meru sendiri telah pergi kemeja-meja makan warga-warga emas untuk menyampaikan sumbangan tersebut.


Dr Rani berharap warga-warga emas dapat merayakan Gong Xi Fa Cai dengan meriah bersama ahli keluarga mereka.




















Pemuda Guchil

Posted: 09 Jan 2012 09:19 AM PST

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 09 Jan 2012 09:13 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


JOM menghangatkan Panduria Pemuda Dun Sura 2012

Posted: 08 Jan 2012 03:56 PM PST

Pemuda Dun Sura sekali lagi akan menganjurkan program rekreasi bermotor 'PANDURIA PEMUDA DUN SURA 2012' pada Sabtu 28 Januari 2012 ini.Program siri ke-3 ini dianjurkan setelah mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada siri pertama 2007 dan kedua 2010 dahulu dengan penyertaan hampir 70 ke 75 buah motosikal.

"Acara dalam siri rangka 'Orang Mude Geng Kite' ini akan dibuka terhad kepada Pemuda Dun Sura sahaja yang memiliki lesen B2 yang sah dan diwajibkan berpasangan.Setiap peserta akan dibekalkan soalan yang berpandukan kata kunci di setiap laluan Panduria ini " demikian menurut Pengarah Panduria Pemuda Dun Sura 2012, saudara Mohd Ridzuan Mohd Noor.

Menurut beliau lagi, borang penyertaan boleh didapati dari ketua pemuda di cawangan masing-masing.Setiap penyertaan akan diberi percuma T-Shirt Panduria 2012.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN :

SELASA 24 JANUARI 2012


SUMBANGAN DERMA UNTUK JAYAKAN PROGRAM INI Hubungi :

atau salurkan sumbangan anda ke :

AKAUN BIMB : 13044010016883 atas nama

TENGKU MOHD HISHAM BIN TENGKU AMBAK



' Perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah seperti (menanam) sebuah biji yang menumbuhkan 7 untai dan tiap-tiap untaian (membuahkan) seratus biji dan Allah selalu melipatgandakan kepada sesiapa saja yang dikehendaki Nya, dan Allah Maha Luas (anugerahnya) lagi Maha Penyayang.'
Surah Al Baqarah, ayat 261


MEMIMPIN KEBANGKITAN ANAK MUDA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 09 Jan 2012 09:10 AM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Program terkini...

Posted: 09 Jan 2012 02:30 AM PST





Kebakaran Rumah Mak Ku Bidah pimpinan Muslimat RPT Mengkebang

Posted: 08 Jan 2012 08:42 PM PST

YB. Ust. Hj Abdul Latif Abd Rahman  melawat Kebakaran rumah Mak Ku Bidah pimpinan Muslimat RPT Mengkebang yg berlaku sekitar 12.30 tgh  Kelmarin turut bersama Sdr. Zamri Jusoh (S/U Pas Kawasan K. Krai)  & Pimpinan Pas kawasan lain. 




Anwar Bebas...

Posted: 08 Jan 2012 07:54 PM PST

Sumber: Kerabu Bersuara

DS Anwar Tersenyum Gembira, Bersiap Untuk Berucap!

Keadaan di luar mahkhamah tadi. Alhamdulillah, DS Anwar tersenyum gembira.
Ayuh kita sama bersyukur dengan keputusan ini
.


Pelukan DS Wan Azizah Kepada DS Anwar Selepas Keputusan

Pelukan kesyukuran dari seorang isteri yang setia.

DS Anwar Tiba Di Masjid Segambut Untuk Solat Hajat Dan Sujud Syukut

Ds anwar dan keluarga baru sampai. 
Untuk melalukan solat hajat dan sujud syukur.

Penyokong Sedang Bertakbir Dan Melaungkan Reformasi

Allahuakhbar!
Reformasi! 
Penyokong sedang berarak ke masjid untuk sama-sama buat sujud syukur.


(Anwar melambai tangan kepada penyokongnya semasa tiba ke mahkamah)
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapatinya tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini tanpa keraguan.


Hakim Mohd Diah Zabidin berkata, mahkamah tidak dapat menolak kemungkinan kesahihan sampel telah dikompromikan.
Beliau hanya membaca dua minit sahaja keputusan itu.




(Orang ramai yang hadir dari pandangan juh)





Pengumuman ini disambut dengan penuh linangan air mata kegembiraan oleh para penyokongnya.

Turut berada dalam mahkamah adalah keluarganya disamping para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sebaik sahaja keputusan diumumkan, Anwar dipeluk oleh anaknya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.
Puluhan ribu penyokongnya yang berada di luar mahkamah juga menyambut keputusan mahkamah ini dengan penuh kegembiraan dan laungan reformasi bergema.
Anwar Ibrahim selepas dibebaskan telah memberikan ucapan kepada puluhan ribu penyokongnya di perkarangan mahkamah.


Anwar antara lain beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir termasuk kepada kepimpinan PAS yang hadir sepenuhnya termasuk presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Saya ucap terima kasih kepada (Datuk Seri Dr Wan) Azizah dan keluarga, barisan peguam yang hebat, pimpinan Keadilan, pimpinan PAS yang datang dengan penuh kekuatan," kata Anwar.

Beliau turut ucapkan terima kasih kepada para pemimpin DAP dan PKR serta semua yang hadir.

"Saya dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah," kata Anwar.

Beliau juga berkata, kemenangan ini adalah kemenangan rakyat, tetapi perjuangan mesti diteruskan.
"Tugas kita sekarang bebaskan rakyat rakyat pula," kata Anwar disambut terikan reformasi oleh semua yang hadir











Landskap Siasah

Posted: 09 Jan 2012 08:01 AM PST

Landskap Siasah


Hassan buat statement dengan Ibrahim Ali?

Posted: 08 Jan 2012 05:05 PM PST

Dalam kitab Aafat a'la toriq (wabak sepanjang jalan) karangan Dr Syed Mohd Noh menyebut,
gejala isti'jal (gopoh) dan segala penyakit dalam pendakwah berlaku disebabkan pengaruh rakan.
dengan siapa kita bergaul...
dengan siapa kita meluah perasaan..
Ia membentuk sikap dan akhlak berjemaah kita.
Lihat berita di bawah..dengan siapa Dr Hassan berkawan?



Hasan Ali: Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim
"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Mohamed Ali malam semalam.

Mengulas pemecatannya sebagai anggota PAS berkuatkuasa semalam itu, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata segala komen yang diutarakannya adalah membabitkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam pemainan politik Anwar.

NONE"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.

"Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di kediamannya di Damansara.

Turut hadir bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Ibrahim Ali.

Kenyataan Media - ISU SETINGGAN YANG BERLARUTAN DI DUN SUNGAI RAPAT

Posted: 08 Jan 2012 09:08 AM PST

KENYATAAN MEDIA

8 Januari 2012

ISU SETINGGAN YANG BERLARUTAN DI DUN SUNGAI RAPAT

Rentetan daripada wawancara Sinar Harian bersama Ustaz radzi Zainon yang disiarkan dalam akhbar Sinar bertarikh 4 Januari 2012 (Rabu) baru-baru ini yang mengupas isu setinggan yang belum selesai di DUN Sg rapat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat (PAS) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang diberi nama Skuad Basmi Setinggan DUN Sg Rapat yang diketuai oleh Tuan Haji Ismail Arifin.

Tinjauan susulan telah dilakukan oleh kami yang disertai oleh saya sendiri sebagai Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat (PAS) serta Skuad Basmi Setinggan bersama angkatan medianya. Hasil tinjauan dan ziarah rakyat yang kami jalankan mendapati bahawa retorik Setinggan Sifar yang diutarakan oleh YB Dato' Hamidah Osman adalah kurang tepat dan 'belum berjaya'.

Menurut laporan BERNAMA pada 11 Oktober 2011 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat dianggap oleh Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Hamidah Osman sebagai kawasan pertama di Perak yang mencapai matlamat 'setinggan sifar'.

Beliau juga berkata dalam kenyataan media bahawa kejayaan itu susulan keputusan kerajaan negeri yang meluluskan kawasan seluas 7.2 hektar untuk dijadikan kampung tersusun bagi 46 keluarga setinggan dari Kampung Kamariah dan Kampung Pasir Tambahan.

Kami telah meninjau di Kampung Ara payung dan Kampung Teluk Pedang dan mendapati status beberapa puluhan rumah masih belum diiktiraf sebagai sah (tidak bergeran).

Sebagai contoh di Kampung Teluk Pedang sahaja, sekitar belasan rumah yang dibina sejak tahun 1970an belum diberi geran sehingga kini. Kunjungan daripada beberapa pimpinan parti kerajaan sejak rumah dibina hanya dianggap 'menanam tebu di bibir' sahaja.

Seorang wanita berusia emas di kampong ini telah berpindah ke kampong ini selepas rumahnya di simpang highway batu Gajah-Gopeng dibina oleh kerajaan dengan mendapat pampasan sebanyak RM 48000. Tetapi selepas berpindah ke kempung berkenaan, status tapak rumah baru masih bertaraf setinggan.

Suami wanita ini yang dikenali sebagai Mat Johor, hingga kini belum mendapat bantuan Baitul Mal walaupun telah 2 tahun membuat permohonan untuk meringankan beban kesakitan kaki yang beliau tanggung. Beliau mengalami kelemahan kaki sejak kemalangan dan memerlukan alat penyokong khas untuk bergerak dan hidup tanpa pendapatan tetap.

Tidak hanya dialami oleh kaum melayu, malah masalah setinggan juga menjadi masalah utama bagi kaum India. Terdapat beberapa rumah kaum India yang tidak mendapat geran walaupun telah mendirikan rumah selama lebih 27 tahun di kampung berkenaan.

Di Kampung Ara Payung yang tidak dinyatakan sebagai sasaran basmi setinggan oleh YB Dato' Hamidah, sebenarnya masih terdapat banyak rumah yang belum diberi geran. Makcik Rohimah yang telah berada di rumah bersebelahan jalan keretapi sejak berumur 19 tahun dan kini beliau berumur 74 tahun dalam status tanah setinggan.

Beberapa kesimpulan dapat kami buat melalui lawatan ini, antaranya memang terdapat wakil pejabat tanah dan wakil ADUN datang beberapa kali sejak tahun 1970an hingga kini. Akan tetapi majoriti penduduk setinggan mengakui isu kelulusan tanah hanya akan hangat diperdengarkan menjelang tarikh pilihanraya. Ada juga yang tidak mendapat apa-apa surat. Beberapa penduduk mengaku menerima borang 5A dan proses kelulusan yang tertangguh bertahun-tahun. Terdapat penduduk yang mengadu wakil kerajaan kerap datang mengambil keterangan, maklumat dan mengambil gambar namun keadaan masih sama.

Mereka benar-benar mengharapkan kelangsungan proses kelulusan tanah. Jika ada masalah bersangkutan dengan keadaan tanah yang tidak sesuai atau sebagainya, mereka perlukan maklumbalas segera dan tepat bukan hanya melalui jawapan kerajaan melalui media akhbar sahaja. Mereka juga rakyat yang sama seperti penduduk yang tinggal di tanah bergeran yang memerlukan perhatian yang adil daripada kerajaan.

Rata-rata penduduk beranggapan, isu setinggan akan terus menjadi mainan politik UMNO-BN bagi PRU-13 kerana mereka telah 'lali' dengan janji manis ADUN kerajaan.

Di sinilah kami akan terus berperanan berjuang atas kebajikan rakyat sama ada kami menang atau tidak berjaya menduduki kerusi DUN Sg Rapat. Ini janji kami kepada rakyat.

Skuad Basmi Setinggan akan terus menyuarakan suara rakyat di samping akan terus menjelajah beberapa kampung lagi untuk meninjau masalah setinggan yang belum 'sifar'!


Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat (PAS)

Radzi Zainon

Pengerusi Skuad Basmi Setinggan DUN Sg Rapat

Hj Ismail Arifin

PAS Kulaijaya

Posted: 09 Jan 2012 07:51 AM PST

PAS Kulaijaya


Tahniah DSAI - Ahli PAS Perlu Tumpu Kepada Kerja Pilihanraya

Posted: 08 Jan 2012 10:20 PM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 09 Jan 2012 07:04 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


BIAR BN JATUH : BEKAS PEGAWAI KERAJAAN

Posted: 08 Jan 2012 06:35 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan