Isnin, 9 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 09 Jan 2012 03:28 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


PAS pecat Hasan Ali

Posted: 08 Jan 2012 08:18 AM PST


Petikan Harakahdaily:

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 09 Jan 2012 01:58 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Lelaki ditahan bersama syabu RM2.88 juta

Posted: 09 Jan 2012 01:53 AM PST

Safar 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH — Seorang lelaki rakyat tempatan ditahan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 11.55 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM2.88 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), dekat sini malam tadi.

Pengarah JKDM Pulau Pinang, Datuk Zulkifli Yahya berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan pada pukul 10.30 malam setelah pegawai kastam dari Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) mengesan imej yang meragukan dalam bagasi miliknya.

"Lelaki itu baru tiba di balai ketibaan LTAPP dari Guang Zhou, China dan pemeriksaan rapi oleh pegawai kastam dari cawangan Penguatkuasaan Narkotik menemui lima kotak dalam bagasinya.

"Setiap kotak itu mengandungi serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu, kesemuanya seberat 11.55 kilogram dan bernilai RM2.88 juta," katanya pada sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang di Bagan Jermal, di sini hari ini.

Beliau berkata, menurut rekod perjalanan, lelaki terbabit telah beberapa kali pergi ke China dan pihaknya tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah.

Zulkifli berkata, lelaki itu kini direman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu dalam kes berasingan beliau berkata, pihaknya merampas 69,984 tin minuman keras (bir) bernilai RM869,551.20 yang cuba diseludup masuk pada 3 Januari lepas menerusi Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT).

Beliau berkata, pihaknya menahan sebuah kontena di luar pintu keluar NBCT pada pukul 3.55 petang dan hasil pemeriksaan, sejumlah minuman keras ditemui.

Susulan itu sebuah lagi kontena yang berada dalam kawasan pelabuhan ditahan.

"Kedua-dua kontena itu telah diikrarkan berisi "yf-ry flexographic printing machine" . Susulan itu, kami menahan seorang lelaki berusia 70-an iaitu wakil agen penghantaran bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata, 1,478 kilorgam mercun dan bunga api bernilai RM24,710 termasuk cukai dirampas dalam pemeriksaan terhadap sebuah lori di Bandar Darul Aman, Kedah pada pukul 9.45 malam 5 Januari lepas.

"Kami menahan pemandu lori terbabit berusia 40-an bagi membantu siasatan," katanya.

— BERNAMA

Najib pulang daripada lawatan ke Afrika Selatan

Posted: 09 Jan 2012 01:24 AM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

SEPANG 9 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air selepas menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Afrika Selatan atas undangan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.

Perdana Menteri bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba dengan pesawat khas di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 2.40 petang.

Najib adalah antara 46 pemimpin negara yang berhimpun di Bloemfontein, kira-kira lima jam perjalanan dari Johannesburg, pada Ahad, bagi menyaksikan sambutan ulang tahun ke-100 parti pemerintah Afrika Selatan, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).

Kehadiran Perdana Menteri pada sambutan itu melambangkan sokongan Malaysia kepada ANC yang berjuang ke arah pembebasan Afrika Selatan daripada dasar aparteid, yang dicapai pada 1994.

Turut sama menyambut kepulangan Najib di lapangan di sini ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. — BERNAMA

Remaja didera mahu suami dipenjara

Posted: 09 Jan 2012 01:00 AM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

KEADAAN Sahar Gul dengan kesan deraan pada muka dan lehernya ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kabul.
Gadis berusia 15 tahun enggan jadi pelacur diseksa keluarga mentua hingga patah jari

KABUL: Seorang remaja berusia 15 tahun mahu suami dan keluarga suaminya dikenakan hukuman penjara kerana menderanya selama beberapa bulan selepas dia berkahwin dan tinggal dengan mereka.

Mengulas pengalaman buruknya buat kali pertama selepas diselamatkan, Sahar Gul menyalahkan suami, ibu dan bapa mentua serta kakak ipar atas penderitaannya."Saya mahu mereka dipenjarakan. Mereka mengenakan kejutan elektrik terhadap saya. Mereka juga memukul saya dengan kabel dan mendera."

Satu suruhanjaya dibentuk bagi menyiasat kes yang mendedahkan masalah yang dihadapi wanita Afghanistan selepas kejatuhan Taliban. - Hamid Karzai, Presiden Afghanistan

Sahar memberi temu ramah itu kelmarin dari sebuah hospital di sini dengan keadaan mukanya yang lebam dan berdarah. Dia kini dianggap sebagai 'wajah hak asasi wanita' di Afghanistan selepas diselamatkan lewat Disember lalu daripada perkahwinan yang diatur itu apabila bapa saudaranya menelefon polis.

Dia dirawat untuk pelbagai kecederaan termasuk jarinya yang patah dan kuku yang dicabut.

Polis di wilayah Baghlan tempat Gul diselamatkan, mendedahkan keluarga mentua mengunci dan mendera Sahar selepas dia enggan bekerja sebagai pelacur.
Ibu bapa suami dan kakak iparnya sudah ditahan tetapi mereka menafikan melakukan sebarang kesalahan. Pihak berkuasa turut mengeluarkan satu waran tangkap ke atas suaminya yang berkhidmat dalam tentera Afghanistan.

Doktornya, Feriba Omarzada, berkata Gul dalam proses untuk pulih namun masih trauma dengan apa yang menimpanya.

Kisah Sahar mengejutkan Afghanistan dan mencetuskan gesaan supaya lebih banyak usaha menamatkan perkahwinan bawah umur dilakukan.

Usia perkahwinan sah di Afghanistan ialah 16 tahun, namun agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Wanita menganggarkan separuh daripada gadis berusia bawah 15 tahun dipaksa berkahwin.

Presiden Hamid Karzai sudah membentuk satu suruhanjaya untuk menyiasat kes itu yang mendedahkan masalah yang dihadapi wanita Afghanistan, 10 tahun selepas kejatuhan Taliban.

Kecederaan pada anggota badan Sahar dan perkahwinannya pada usia masih muda juga mengingatkan penderaan wanita masih berleluasa di Afghanistan.

Sahar masih dalam jagaan doktor selepas dipindahkan dari sebuah hospital di Baghlan untuk dirawat sehingga pulih sepenuhnya. – AP

Bayi digilis lori

Posted: 09 Jan 2012 12:40 AM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

KEMAMAN –"Sejak tiga hari lepas Syakir kerap nangis, saya pelik juga sebab dia bukan budak mudah nangis dan waktu bawa pergi pasar minggu dia tiba-tiba muntah.

"Pagi semalam (kelmarin) pula dia makan nasi goreng banyak sangat dan turut ambil nasi dalam pinggan abangnya, kemudian lepas makan dia terus naik ke dalam bakul motosikal abahnya sebelum abahnya sempat naik motor," luah Zuriah Ismail, 36, mengimbas kembali keletah berlainan anak bongsunya sebelum menerima berita buruk anaknya itu maut digilis lori.

Muhammad Syakir Zufayri Mohd Asri yang manja dipanggil Syakir bakal menyambut ulang tahun kelahiran kedua pada 26 Februari depan maut serta merta di tempat kejadian selepas motosikal yang dinaiki bersama bapanya, Mohd Asri Nawi, 36, dirempuh lori hantu yang sedang mengundur dan tidak sedar akan kehadiran mereka dalam kejadian di Kuari Terengganu Tengah Sdn Bhd, Ibok, Kijal, kelmarin.

Zuriah yang masih lesu kerana terlalu terkejut dengan musibah itu berkata, ketika duduk di dalam bakul motosikal untuk mengikut suaminya keluar ke kawasan kuari Syakir tidak banyak bercakap dan lebih banyak berdiam diri sementara kakak dan abang Syakir, Nor Anis Farhana, 7, dan Muhammad Luqman Rafiqin, 5, tidak ikut.


"Adik jangan tinggal ibu"

Kata ibu tiga anak ini, suaminya ketika itu hanya memakai seluar pendek dan tidak memakai baju kerana hanya mahu pergi sekejap sahaja ke kawasan kuari itu untuk me-ngambil minyak gris kerana mahu membaiki motosikal yang rosak dan dua beranak itu keluar rumah kira-kira jam 8.40 pagi.

"Syakir memang suka mengikut jika abahnya nak ke mana-mana. Saya menerima berita malang kejadian ini selepas dikejutkan dari tidur oleh abang ipar yang datang memberitahu kerana semalam saya demam, namun waktu sampai tempat kejadian orang ramai tak bagi saya lihat dari dekat keadaan anak yang masih berada di bawah tayar belakang lori dan suruh saya balik," luahnya ketika dikunjungi Sinar Harian di rumah ibunya di Batu 9, Ibok, semalam.
Sejak Syakir baru dilahirkan, Zuriah juga mengakui naluri keibuannya terdetik bahawa anaknya tidak panjang umur tambahan lagi Syakir juga kerap tidak sihat kerana menghidap asma menyebabkannya memiliki fizikal yang kecil dan berat badannya tidak sampai sembilan kilogram.

"Dan saya pernah cakap padanya…adik jangan tinggal ibu…," kata Zuriah dengan air mata laju mengalir.

Katanya, kehilangan Syakir amat dirasai dan kesedihan tidak dapat diluahkan dengan kata-kata tambahan lagi anaknya itu masih menyusu badan.

Menurutnya, apa yang paling tidak dapat dilupakan karakter anaknya yang agak istimewa iaitu gemar bermain dengan ayam dan kucing berbanding bermain dengan alat permainan serta pandai bercakap dalam loghat Besut seperti memanggil aye (ayam) dan ike (ikan) meskipun suaminya sendiri yang berasal dari Besut loghatnya tidak sepekat itu.


Lihat anak digilis tayar lori

Tragedi menyayat hati itu berlaku tanpa diduga sehingga Mohd Asri yang melihat sendiri Syakir digilis lori dan darah memercik meraung kesedihan sambil cuba mahu mengalihkan anaknya itu yang berada di bawah tayar lori hantu penuh dengan muatan batu kuari.

Bagaimanapun, cubaan Mohd Asri untuk mengalihkan anaknya yang telah kaku untuk dihantar ke hospital dihalang penduduk yang datang memenuhi kawasan kejadian kerana keadaan bayinya itu yang tersepit bersama motosikal di bawah tayar lori itu.

Zuriah berkata, sebelum musibah itu terjadi sebenarnya suaminya sudah mahu pulang ke rumah kerana sudah mengambil minyak tetapi bapa saudaranya, Mohamad Daud, 36, yang bekerja di kuari itu datang ke arah suaminya yang ketika itu berada di atas motosikal kerana mahu bermain dengan Syakir.

Namun, walau Mohamad puas mencuit, Syakir hanya mendiamkan diri sebelum Mohamad dan Mohd Asri terkejut melihat lori mengundur laju ke arah mereka.

"Ketika itu motosikal Honda EX5 yang dinaiki suami saya enjinnya masih hidup tapi walau pedal minyak telah ditekan motosikal tidak bergerak dan dalam keadaan panik itu, suami sempat mencapai tangan Syakir sambil melompat dari motor tapi kata suami yang cerita kejadian itu kepada saya, tangan Syakir licin seperti minyak," katanya

Bila berpaling lihat anak, Mohd Asri yang sudah jatuh ke depan sedikit hanya mampu melihat percikan darah anaknya.

Akibat musibah itu, kepala bayi malang itu pecah selain patah kaki manakala motosikal yang terpelosok pula terputus dua.

Jenazah Syakir dikebumikan jam 2 petang kelmarin bersebelahan pusara neneknya di Tanah Perkuburan Batu 9.


Otak bertaburan

"Ya Allah Ya Tuhanku apalah salah budak sebesar ini," itu yang terdetik di hati Safiah Mamat, 71, ketika tersentak melihat Syakir yang juga merupakan cicit saudaranya terpelosok bawah tayar lori.

Ketika tiba di tempat kejadian polis masih lagi belum sampai dan hatinya luluh apabila melihat keadaan otak yang bertaburan sebelum orang ramai kemudian kutip otak dan letakkan dalam plastik.

Sementara itu, kakak Syakir, Nor Anis yang sudah mengerti apa yang berlaku ketika ditanya ke mana adik bongsunya berkata, "Adik tak dok, adik mati".

Sinar Harian

Hampir putus kaki ditetak

Posted: 09 Jan 2012 12:30 AM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Macam dalam filem KL Gangster, itulah yang dapat disimpulkan oleh sebahagian pelanggan yang sedang menikmati sarapan di sebuah restoran di Jalan Raja Uda di sini awal pagi semalam apabila mereka menyaksikan seorang remaja hampir maut ditetak oleh tiga lelaki berparang.

Kejadian pada jam 4.15 pagi itu bukan sahaja mengejutkan bahkan dilihat amat menyedihkan kerana mangsa ditetak berulang kali dibahagian dua belah kakinya hingga menyebabkan kaki kanannya hampir putus.

Lebih dasyat, tiga suspek berkenaan masih sempat memastikan mangsa mereka itu benar-benar cedera parah sebelum berhenti menetaknya dan selamba meninggalkan lokasi kejadian tanpa sedikit pun merasa belas kasihan melihat mangsa mengerang kesakitan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias yang dihubungi berkata, mangsa, remaja berusia 20 tahun itu minum berseorangan ketika diserang oleh tiga lelaki bersenjatakan parang yang tiba-tiba muncul menaiki dua kereta.

"Tiga penyerangnya dikatakan terus meluru ke arah mangsa yang duduk di dalam restoran berkenaan sambil menetaknya bertalu-talu menggunakan tiga bilah parang yang dibawa mereka tanpa sepatah pun mengeluarkan suara.

"Pelanggan lain yang berada di dalam restoran berkenaan tidak berani menolong malah mengambil keputusan lari menyelamatkan diri masing-masing selepas mendapati tiga lelaki berkenaan sukar dikawal dan bertindak kejam seolah-olah dirasuk," katanya.

Beliau berkata, suspek hanya berhenti menetak selepas mendapati mangsa yang rebah mengalami kecederaan parah termasuk hampir putus kaki kanannya sebelum selamba berjalan menuju ke kereta yang diletakkan dihadapan restoran dan berlalu pergi.

"Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dan separuh sedar kemudiannya dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya oleh orang ramai.

"Pihak kita difahamkan mangsa masih belum sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami kecederaan parah dan kehilangan darah yang banyak," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan parah dan berdasarkan siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan balas dendam.

Zulkifli turut meminta saksi yang melihat kejadian itu tampil membantu pihaknya mengesan suspek terlibat dengan menghubunginya terus atau membuat lapuran dimana-mana balai polis terdekat.

Sinar Harian

Anwar Bebas: Dedah bukti Konspirasi kotor Umno/BN

Posted: 09 Jan 2012 12:00 AM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

Keputusan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan sebentar tadi memberi kesan yang amat besar terhadap masa depan Pakatan Rakyat membabitkan kesedaran rakyat berhubung budaya jijik musuh-musuh politik beliau.

Membebaskan Anwar dari hukuman penjara juga memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.

Keputusan tersebut sekali gus menunjukkan Anwar adalah seorang yang bersih. Manakala pelbagai deretan konspirasi untuk mengaibkan beliau selama ini adalah rekaan yang sengaja direkacipta oleh musuh-musuh politik Anwar.

Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai 'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T' sebelum ini.

Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi.

Atau dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar.

Secara terus, keputusan pembebasan Anwar mengheret pencemaran yang lebih kronik kepada musuh-musuh politik beliau yang terdiri dari pemimpin-pemimpin Umno/BN.

Daya tahan pemimpin ulung

Pembicaraan selama 87 hari sejak 2008 merupakan suatu tempoh yang memenatkan bukan sahaja dari kudrat tenaganya tetapi lebih perit kepada tekanan mental mereka yang cuba disabitkan kesalahan.

Inilah realiti yang telah di lalui oleh Anwar. Konspirasi fitnah 1 yang ditempuh ketika era Dr Mahathir dan disambung pula ketika era Najib telah memberi pengalaman dan kekentalan yang bukan sedikit.

Sebagai seorang ahli politik, ketua pembangkang dan pemimpin komponen pakatan Rakyat untuk menyongsong diri dan membawa muka keseluruh ceruk rantau disaat beliau diaibkan oleh musuh serta media bukan sesuatu yang mudah.

Segala penghinaan tersebut telah dibawa dan diterima oleh Anwar.

Pengorbanan Wan Azizah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, isteri Anwar ketika berucap malam tadi di Kampong Baru Kuala Lumpur berkata bahawa beliau terpaksa menerima hakikat bahawa Anwar bukan sahaja milik beliau malah milik seluruh rakyat yang cintakan keadilan.

Katanya, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa samaada Anwar di penjara atau dibebaskan bukan persoalannya. Beliau telah berpengalaman menanggung beban selama 13 tahun hidup bersama Anwar yang tidak henti-henti difitnah dengan pelbagai konspirasi.

"Saya rela biarkan Anwar di penjara sekiranya perjuangan beliau tersebut untuk membela keadilan untuk semua rakyat negara ini. Biarlah saya, anak-anak dan Anwar menjadi korban asalkan rakyat sedar dan bangun menghancurkan segala kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah yang zalim.

"Andai kesabaran dan pengorbanan ini yang perlu saya bayar maka inilah yang saya akan lakukan."

Gelombang kebangkitan Rakyat

Mungkin hari ini, esok dan beberapa hari ini pemimpin-pemimpin Umno/BN akan mengeluarkan kenyataan bahawa pembebasan Anwar membuktikan kerajaan tidak campurtangan atau mempengaruhi institusi kehakiman negara sebagimana sangkaan pembangkang.

Mungkin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula akan berkata pembebasan Anwar juga membuktikan tranformasi yang sedang beliau lakukan dalam negara termasuk dalam bidang kehakiman telah terbukti dan tidak memilih bulu.

Skrip-skrip inilah yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN sejak 54 tahun menguasai negara apabila sesuatu isu yang tidak memihak kepada mereka.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ketika berucap dipentas yang sama bersama wan Azizah malam tadi berkata sejak kebelakangan ini media kerajaan memainkan isu berhubung siapa pemimpin pembangkang yang layak menjadi perdana menteri.

"Ini bukti jelas bahawa pemimpin serta media milik Umno/BN sendiri tidak yakin lagi untuk menang dalam pilihanraya akan datang. Sedangkan dalam pilihanraya sebelum ini isu ini tidak pernah timbul.

"Ini juga bukti bahawa kita penuh yakin pilihanraya akan datang pakatan Rakyat akan tawan Putrajaya kerana kebangkitan rakyat sudah tidak boleh dihalang lagi," katanya dihadapan lebih 5,000 penyokong.

Kenyataan beliau sememangnya ada kebenarannya. Ini memandangkan ramai pengundi senyap yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan sudah berani menyokong PR. Pendedahan pelbagai transaksi dan lapuran-lapuran kewangan yang diserahkan kepada pemimpin PR supaya didedahkan kepada pengetahuan rakyat membuktikan rakyat sudah benci kepada pemimpin-pemimpin korap.

persoalannya apakah dengan pelbagai pendedahan berhubung isu NFC, PKFZ dan sebaginya oleh kakitangan kerajaan membuktikan kejayaan tranformasi Najib.

Apakah dengan tertawannya lima negeri kepada PR membuktikan Umno/BN berjaya membela nasib rakyat sehingga akhirnya rakyat menolak mereka.

Seharusnya sikap 'syok sendiri' dikalangan pemimpin Umno/BN ini dibiarkan berterusan.

Kita tidak boleh menolak bahawa keputusan yang diputuskan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga kesan dari kesedaran oleh para hakim sendiri untuk memastikan integriti kehakiman negara dihancurkan oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Sekiranya rakyat berani berarak dijalanan dan tidak takut dengan ugutan maka mustahil para hakim yang pintar, bijak dan mampu menilai kebaikan disebalik melaksanakan proses keadilan itu tidak sanggup untuk berubah.

Keberanian para hakim ini didorong oleh kebangkitan rakyat yang mahu memastikan negara ini berdaulat melalui perlaksanaan sistem pengadilan yang berteraskan keadilan dan kebenaran.

Ramai yang percaya sekiranya hakim Datuk Mohamad Zabidin dipecat atau diperlakukan sesuatu oleh pemimpin-pemimpin Umno ekoran keputusan membebaskan Anwar, rakyat akan membela mereka.

Kebangkitan rakyat diseluruh dunia akan meletakkan paksi kebenaran, keberanian dan keadilan sebagai simbol yang akan diberi dokongan dan idola kepimpinan.

Selain Anwar telah wujud nama-nama seperti Adam Adli yang dilihat sebagai simbol perjuangan mahasiawa membebaskan diri dari cengkaman AUKU.

Atau dalam kata lain. sesiapa sahaja yang menjadi musuh kepada Umno/BN akan dianggap wira oleh rakyat. Inilah gerakan yang sedang bertiup di negara ini. Hinggakan segala kepincangan kerajaan terbocor satu demi satu kepada rakyat.

Siapa Perdana Menteri terjawab

Polimik berhubung siapa perdana Menteri sekiranya Anwar di penjara bermula dengan mainan politik murahan pemimpin-pemimpin serta media milik mereka yang cuba memecahbelah parti-parti komponen pakatan Rakyat.

Mereka sedar Anwar adalah 'pengikat' kepada PAS-DAP dalam PR. Tanpa Anwar kewujudan PR tidak akan menjadi realiti. Dalam kebanyakan mesyuarat pimpinan tertingi PR, Anwarlah yang menjadi pengerusinya.

Andai Anwar dipenjara maka hilanglah meteri pengikatnya. Lalu isu siapa perdana menteri apabila ketiadaan Anwar sengaja dimainkan dengan harapan ia sebagai cubaan melaga-lagakan antara PAS dan DAP.

DAP telah mengistiharkan semasa konvensyen parti itu semalam bahawa DAP akan tetap meletakkan Anwar sebagai perdana menteri walaupun beliau dipenjara.

Manakala PAS pula bersetuju untuk meletakkan perdana menteri sementara bagi membolehkan Anwar dibebaskan.

Akhirnya dengan pembebasan Anwar maka secara tidak langsung isu yang cuba diketangahkan itu mematikan harapan strategi pecah perintah yang dilakukan kepada kepada pembangkang selama ini.

Himpunan Aman

Berdasarkan kepada laporan beberapa wartawan TVSelangor yang berada disekitar kawasan mahkamah jalan Duta hari ini ada memaklumkan berlaku satu letupan yang mencederakan dua orang.

Letupan itu didakwa berlaku berhampiran sebuah kereta sejurus selepas hakim memutuskan pembebasan Anwar.

Manakala sebelum keputusan tersebut diputuskan berlaku suasan tegang antara orang yang memberi sokongan kepada Anwar dengan kumpulan Saiful yang terdiri dari anggota Perkasa dan Pekida.

Sementara itu sejak semalam Perkasa dan Pekida pula mengadakan majlis Qiamulai di Masjid Wilayah persekutuan berdekatan dengan bangunan mahkamah Jalan Duta.

Namun dengan kerjasana pihak polis dan Skuad marshal AMK keadaan tersebut terkawal.

Masej dari perhimpunan aman tersebut amat besar ertinya. Sebagaimana berlaku dalam himpunan aman yang dianjurkan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini sekiranya tanpa sabotaj dari mana-mana pihak.

Bimbang dan takut untuk menyaksikan himpunan yang besar adalah dari pemimpin-pemimpin Umno/BN kerana himpunan yang besar akan memberikan sokongan yang besar terhadap penganjurnya.

Masej ini yang cuba dihindarkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut dengan memperkuda institusi polis. Sedangkan sekiranya Umno/BN pula dibenarkan menganjurkan pelbagai perhimpunan seperti himpunan sejuta belia, himpunan sejuta umat dan perayaan hari kemerdekaan atau perarakan maulidurrasul.

Begitu juga malam sambutan tahun baru yang dibanjiri oleh ribuan rakyat ke bandar-bandar yang tidak menimbulkan sebarang ancaman walaupun tidak diberi permit.

Perhimpunan aman yang berlangsung membuktikan tanpa provokasi dari mana-mana pihak akan menghasilkan himpunan yang aman.

Apa pun pembebasan Anwar hari ini akan membuka ruang yang lebih luas bagi PR menghadapi PRU13 akan datang dalam usaha menyelusuri laluan menuju ke Putrajaya.

tv selangor/-

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (27)

Posted: 08 Jan 2012 11:38 PM PST


15 Safar 1433H. [MOD] - DATUK Seri Anwar Ibrahim bertemu penyokongnya di luar pekarangan mahkamah selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan beliau daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hari ini.

Penduduk bantah Bazar Sore 1Malaysia

Posted: 08 Jan 2012 11:30 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

Wee Choo Keong (kanan) menunjukkan poster cadangan Bazar Sore 1Malaysia yang dibantah penduduk di Jalan Prima Setapak, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Penduduk di Jalan Prima Setapak di sini mengadakan demonstrasi aman bagi membantah cadangan untuk mewujudkan Bazar Sore 1Malaysia berdekatan kediaman mereka kerana ia bakal mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Mereka mendakwa, kesesakan lalu lintas yang amat teruk bakal berlaku pada waktu puncak sekiranya bazar tersebut memulakan operasi di tanah lapang milik Kementerian Pendidikan itu pada 10 Januari ini.

Mereka juga mendakwa bazar yang akan beroperasi selama 12 jam bermula pukul 2 petang itu bukan sahaja mengganggu ketenteraman penduduk malah meningkatkan gejala sosial serta meningkatkan masalah kesihatan.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, sekiranya cadangan itu diluluskan, ia akan mengakibatkan kesesakan di laluan tersebut lebih teruk berbanding Bazar Larut Malam Danau Kota.

Menurutnya, keadaan jalan sedia ada juga sempit kerana dikelilingi banyak kawasan perumahan.

"Kami akan berusaha untuk mengumpulkan seberapa banyak tanda tangan peniaga dan penduduk bagi mendapatkan sokongan bantahan terhadap projek ini.

"Diharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar tidak meluluskan permohonan untuk mewujudkan bazar itu.

"Sebaliknya kami mencadangkan supaya tapak itu dijadikan kawasan permainan kanak-kanak dan rekreasi bagi penduduk sekitar," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau sudah menulis dua pucuk surat kepada DBKL untuk siasatan lanjut berkenaan bazar itu tetapi sehingga kini, tiada sebarang jawapan diterima.

Sementara itu, wakil penganjur bazar berkenaan, Low Kok Heng, 34, berkata, aktiviti bazar itu mampu menjana ekonomi penduduk dan peniaga kerana mereka akan disatukan dalam komuniti Bazar 1Malaysia.

Menurutnya, sebanyak 350 gerai bakal dibuka melibatkan peniaga Melayu, Cina serta India.

kosmo/-

Hanya 50 turun sokong Saiful

Posted: 08 Jan 2012 11:28 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

Hanya sekitar 50 orang penyokong Saiful Bukhari Azlan – pengadu dalam kes Liwat II – hadir dalam perhimpunan di kawasan Masjid Wilayah Persekutuan ketika mahkamah menyampaikan keputusan perbicaraan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun sudah cukup untuk mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka mula berarak ke kawasan mahkamah.

NONESetiausaha agung Permas, Zulkifly Shariff yang mengetuai perhimpunan hari ini, sebelum dilaporkan bahawa pertubuhan itu akan menggerakkan sehingga 5,000 orang untuk menyertai perhimpunan itu.

Ratusan para penyokong Anwar kemudiannya mula mendekati kumpulan tersebut apabila pasukan berbaju kuning dengan slogan "anti sex bebas 901" itu mula keluar daripada kawasan masjid tersebut dan menuju ke mahkamah.

Perang mulut kemudiannya tercetus apabila kumpulan penyokong Anwar mula membantah tindakan kumpulan penyokong Saiful yang membawa kain rentang antaranya dengan slogan "tolak Anwar", "pertahankan sistem dan institusi kehakiman" serta "liwat tetap liwat."

Polis antara lain menetapkan syarat supaya peserta perhimpunan hari ini tidak membawa apa-apa kain rentang.

Tolak menolak dan pergelutan kecil kemudiannya berlaku di antara beberapa orang kumpulan penyokong berkenaan apabila beberapa orang penyokong Anwar berusaha untuk merampas kain rentang berkenaan.

Keadaan kelam kabut itu juga menyebabkan beberapa orang terjatuh.

Pergelutan di kawasan jalan berhampiran pusat penjaja medan selera itu berlaku sejurus sebelum mahkamah memutuskan untuk melepaskan dan membebasakan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Kumpulan penyokong Anwar ketika yang berang itu turut menghalau penyokong anti-Anwar itu supaya "balik."

Kumpulan pro-Saiful kemudiannya terpaksa berundur dan memasuki kawasan masjid semula apabila terus diasak oleh kumpulan pro Anwar.

Sekumpulan anggota polis yang tiba beberapa minit selepas itu kemudiannya bertindak menutup pintu pagar masjid dan menghalang kumpulan pro Anwar yang melaungkan slogan reformasi, bertakbir dan berselawat.

malaysiakini/-

Anwar Akan Jadi PM Tak Lama Lagi - Karpal

Posted: 08 Jan 2012 11:26 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

Karpal Singh

KUALA LUMPUR: Ketua pihak pembelaan, Karpal Singh berharap pihak pendakwa tidak mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah daripada pertuduhan kes liwat kerana tiada asas yang kukuh.

Dalam pada itu Karpal yang juga Penasihat DAP berkata, keputusan berkenaan merupakan petunjuk kepada masa depan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Ini adalah petunjuk kepada apa yang akan berlaku nanti terutamanya dalam pilihan raya.

"Anwar akan jadi Perdana Menteri seterusnya dan kita akan berada di Putrajaya sedikit masa lagi," kata Karpal.

Menurut beliau, pada dasarnya kes berkenaan bukan merupakan tuduhan yang jelas apabila pendakwa gagal mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd SaifulBukhari Azlan tiga tahun lepas.

"Keputusan ini telah kita jangkakan, kerana pada peringkat awal lagi beliau tidak sepatutnya didakwa. Bukti Saiful telahpun ditolah oleh mahkamah.

"Saya harap Peguam Negara tidak memfailkan rayuan kerana ini bukan kes yang sempurna untuk dirayu.

mStar/-

Kantin SMK Clifford K.Kangsar Terbakar

Posted: 08 Jan 2012 11:21 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

IPOH: Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar yang terletak 50km dari sini musnah dalam satu kebakaran awal pagi ini, mengakibatkan kerugian lebih RM160,000.

Penolong Kanan Penguasa, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ismail Darus berkata, anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 45 minit untuk memadamkan kebakaran itu.

"Kejadian pada pukul 4.32 pagi itu disedari oleh warden sekolah berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, katanya ketika bomba tiba di tempat kejadian, kantin berkenaan telah musnah sama sekali.

Beliau berkata, pengusaha kantin yang baru beroperasi sejak seminggu lepas mengalami kerugian sebanyak RM60,000 membabitkan dapur, periuk, pinggan, mangkuk, kerusi dan meja yang baru dibeli.

Ismail berkata punca kebakaran masih disiasat.Bernama

Dua remaja maut nahas motosikal

Posted: 08 Jan 2012 11:15 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

BUKIT MERTAJAM – Dua remaja berusia 17 tahun maut dan tiga lagi cedera dalam dua kemalangan berasingan di kilometer 132.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala utara dan di kilometer 143.3 Lebuhraya sama menghala selatan, awal pagi kelmarin.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1.15 pagi, apabila mangsa, Muhamad Nasir Masri, 17, maut di tempat kejadian selepas bergesel dengan sebuah motosikal lain.

Saksi kejadian, Mohd Nasir Mohd Shariff berkata, kemalangan berlaku selepas seorang daripada mereka cuba mengelak motosikal Honda EX5 yang menunggang amat perlahan dan tidak mempunyai lampu belakang.

"Motosikal yang membawa seguni hampas soya itu dipotong lalu kedua mereka bertembung dan terjatuh.

"Sebuah treler yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa. Treler itu tidak memberhentikan kenderaan, sebaliknya meneruskan perjalanan ke arah utara," katanya.

Mohd Nasir berkata, dia segera mendapatkan mangsa yang ketika itu sudah nyawa-nyawa ikan dan mengajar mangsa untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Namun, ia sudah terlambat kerana mangsa didapati meninggal dunia sejurus kemudian di tepi pembahagi jalan.

Ambulans tiba kira-kira 15 minit kemudian dan membawa mayat dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang remaja juga berusia 17 tahun meninggal dunia selepas motosikal jenis Kawasaki 150RR yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ.

Kejadian menyebabkan mangsa, Muhamad Samir Sareh yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS) terjatuh di laluan tengah lebuh raya dan meninggal dunia sejurus kemudian.

Dalam pada itu, rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ijan, 22, berkata, mereka sempat menjamu selera bersama-sama rakan yang lain di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bagan Ajam sebelum kejadian berlaku.

Menurutnya, mangsa mengajak mereka pulang selepas selesai makan, dan mangsa menunjukkan kelainan apabila bersikap lebih ramah, selain suka tersenyum.

"Kami semua sedih dengan pemergiannya kerana dia seorang rakan yang baik," katanya.

Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Asisten Superintendan S Manogaran ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan.

Sinar Harian

Teruskan pertuduhan qazaf terhadap Saiful

Posted: 08 Jan 2012 11:09 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Mahkamah Syariah digesa meneruskan pertuduhan qazaf yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar).

Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, pertuduhan qazaf itu harus diteruskan memandangkan Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Anwar bebas daripada tuduhan meliwat Saiful.

"Keputusan mahkamah hari ini menunjukkan tidak berlaku dakwaan liwat.

"Kes ini (qazaf) telah difailkan tetapi sengaja ditangguhkan tanpa sebab, kononnya untuk menunggu keputusan mahkamah dan hari ini mahkamah membuktikan tidak berlaku liwat," kata beliau ketika ditemui di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR, bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukjari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.

Menurut Ahmad Zamri, dengan keputusan tersebut, Saiful berhak didakwa di bawah kesalahan qazaf kerana memfitnah Anwar meliwat tanpa membawa saksi.

"Ini merupakan kesalahan jenayah syariah dan saiful boleh dituduh di bawah akta kesalahan jenayah Wilayah Persekutuan," katanya.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Anwar memfailkan tuntutan qazaf tersebut pada 8 Julai 2008 namun ditolak.

Harakah Daily

Nik Aziz puasa sunat, minta penuduh Anwar mohon maaf

Posted: 08 Jan 2012 11:07 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

PENGKALAN CHEPA, 9 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihatkan pihak yang telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera.

Katanya, ianya termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini.

"Para wartawan yang turut membuat fitnah terhadapnya selama inipun perlu memohon maaf dari Anwar.

"Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media sekembalinya dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini pagi ini.

Sementara itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu akan menunaikan solat sunat 'syukur' malam ini ekoran keputusan mahkamah yang memutuskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, tidak bersalah.

Beliau juga akan berpuasa sunat sehari esok bagi melahirkan rasa syukur terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang akhirnya ditamatkan dengan keputusan mahkamah hari ini.

"Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi," ujarnya.

Harakah Daily

Harakahdaily berwajah baru

Posted: 08 Jan 2012 11:04 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Harakahdaily hari ini memaparkan rekabentuk yang diperkasakan untuk memberikan khidmat yang lebih baik untuk semuya pembaca.

(Gambar: Kamarudin melancarkan rekabentuk baru Harakahdaily hari ini)

Pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar dalam majlis ringkas hari ini.

Ia dibuat di pejabat beliau kira-kira jam 12 tengahari tadi.

Rekabentuk baru ini mempunyai beberapa ciri khas. Yang paling utama adalah memaparkan lebih banyak berita di samping menghentikan kolum Berita Negeri.

Mulai hari ini, semua berita negeri akan dinasionalkan untuk menaikkan kualiti berita berkenaan.

Warna yang digunakan juga lebih lembut seiringan dengan penggunaan warna laman web berita utama di peringkat antarabangsa.

"Dengan rekabentuk baru ini juga, lebih banyak berita akan di paparkan di muka depan," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat.

Sebelum ini, Harakahdaily hanya memaparkan 10 berita utama di muka depan. Dengan rekabentuk baru ini, 16 berita akan dipaparkan di muka depan.

"Melalui berita yang lebih banyak ini akan mendorong atau mendesak para petugas kita untuk mendapatkan lebih banyak berita pada setiap hari," kata Kamarudin.

Sehubungan itu, beliau memohon semua pihak memberikan kerjasama kepada Harakahdaily untuk membolehkannya melaporkan lebih banyak berita.

"Kita juga mempelawa semua pihak untuk memberikan maklum balas dan pandangan kedua bagi memperkemaskan lagi laman ini," kata Kamarudin.

Harakah Daily

Bebas Anwar tingkat motivasi pendukung PR

Posted: 08 Jan 2012 11:02 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat akan menyemarakkan lagi kebangkitan rakyat menuju ke Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, keputusan Mahkamah Tinggi hari ini disambut dengan laungan takbir dan kesyukuran dari rakyat segenap peringkat.

Tambahnya, terbukti dakwaan terhadap Anwar Ibrahim merupakan suatu tuduhan tidak berasas dan direka-reka bagi memburukkan imej dan peribadi pemimpin Pakatan Rakyat.

Katanya, rakyat pula yang berhimpun dari seluruh negara memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bukti bahawa rakyat sudah jemu dengan budaya politik lucah dan melampau.

"Politik kotor seperti ini tidak boleh diterima dalam sebuah negara yang kaya dengan adab resam serta kental dengan amalan Islam oleh umat Islam di negara ini," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, keputusan mahkamah Tinggi dibuat dalam keadaan negara ini berada di ambang pilihan raya umum ke 13.

Sudah tentu, ujarnya mood rakyat akan bergantung hasil daripada keputusan tersebut.

Beliau menambah, dengan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim ia akan meningkatkan lagi motivasi dan semangat bekerja rakyat seluruh peringkat khususnya pendukung Pakatan Rakyat.

"DPPM yakin, dengan keputusan ini kebangkitan rakyat akan berada di kemuncaknya dan sukar bagi Umno BN menyekat arus ini," ujarnya.

Malah, tambahnya rakyat sudah membayangkan Pakatan Rakyat akan memimpin Putrajaya selepas PRU ke 13 dan telah mengangkat pemimpin Pakatan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri ke 7 nanti.

Justeru, ujarnya DPPM bersama Pemuda Pakatan Rakyat bertekad dengan penuh keazaman menjadikan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini sebagai bekal untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan manis tercipta dalam PRU ke 13.

"Sudah menjadi tanggungjawab besar Pemuda Pakatan Rakyat bagi memimpin kebangkitan anak muda bagi mewarnai landskap politik baru menjelang PRU ke 13," ujarnya.

Harakah Daily

Bersiap sedia untuk PRU 13 – Tuan Ibrahim

Posted: 08 Jan 2012 10:59 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Sambil mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi pagi ini yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli-ahli PAS untuk bersiap sedia untuk bertempur dalam pilihanraya yang dipercayai akan diadakan dalam masa terdekat.

"PAS juga mengingatkan petugas parti agar menumpukan kepada gerak kerja parti, kerana dengan keputusan ini dijangka pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat.

Keputusan ini juga boleh dilihat dari satu sudut yang boleh digunakan media milik Umno untuk berhabis-habisan menaikkan imej Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, seluruh jentera parti mesti menggandakan upaya untuk membawa kemenangan kepada parti pada PRU13.

Di samping itu, Tuan Ibrahim juga berharap dengan keputusan mahkamah hari ini, nama baik DSAI akan dibersihkan dan segala tohmahan liar terhadap beliau dan keluarga beliau dihentikan.

"Dengan bukti yang cukup rapuh dari awal, sepatutnya tuduhan ini dibuang kes lebih awal, namun begitu keputusan hari ini membuktikan DSAI hanyalah mangsa tohmahan tuduhan liar yang dibuat oleh beberapa pihak," tegas beliau.

PAS, katanya juga menggesa semua pihak khususnya umat Islam kembali kepada peringatan Allah bahawa qazaf adalah kesalahan dan dosa besar yang mesti bertaubat dan memohon maaf kepada yang dituduh.

BN tetap bersalah

Sementara itu, pakar perlembagaan Dr Aziz Bari berkata dari awal lagi rakyat - baik yang tahu undang-undang atau rakyat biasa - dapat melihat yang kes Anwar ini luar biasa dan tidak mengikut undang-undang.

"Malah sejak awal lagi apabila Anwar disiasat oleh polis jadi keputusan ini tidak dapat lari dari dilihat sebagai kes politik dan bukan kes jenayah biasa," kata beliau yang dipetik Merdeka Review.

Tetapi Aziz berpendapat pembebasan Anwar hari ini akan menyulitkan BN kerana ia akan menyebabkan BN dilihat memanipulasi mahkamah dan menyebabkan rakyat marah.

"Mengapa kes ini diteruskan sedangkan dari mula lagi hujah yang mempertikai kes ini telah disuarakan," soal beliau.

Keputusan ini mengesahkan apa yang Anwar katakan selama ini, tegas Aziz Bari bahawa BN tetap bersalah meskipun ia akan mengatakan keputusan mahkamah ini menunjukkan mahkamah bebas.

"Dan kita jangan lupa yang selama ini UMNO menggunakan kes ini untuk mengejek dan mempertikai Anwar. Keputusan ini kemenangan buat Anwar dan BN masih berada di dalam parit; ia tidak melepaskan BN yang sedia terbelit dalam pelbagai masalah dan rasuah," kata beliau.

Seiring pendapat dengan presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahawa kehakiman negara sudah pulih, Aziz Bari berkata badan kehakiman masih belum bebas sebab kalau ia bebas ia tidak perlu memanggil Anwar membela diri.

"Dari satu sudut ia membuat kita tertanya-tanya; apakah keputusan itu akibat sikap rakyat yang menunjukkan kebencian dan penentangan terhadap apa yang berlaku ke atas Anwar? Ini menebalkan tanggapan bahawa mahkamah boleh ditekan dan dipengaruhi; ia tidak bebas. Dan kita jangan lupa bahawa kebebasan kehakiman ialah satu persepsi; kalau rakyat sangsi dan tidak yakin mahkamah tidak boleh berbuat apa-apa," terang beliau lagi.

Harakah Daily

Saya akhirnya 'dibersihkan', kata Anwar

Posted: 08 Jan 2012 09:28 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

Dalam keputusan yang kurang dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.


NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya yang tidak melebihi lima minit berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa integriti bukti tidak diusik.

"Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya.

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.

Dalam reaksi spontannya, Ketua Pembangkang itu mengucapkan alhamdulillah dan bersyukur kerana kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

Terima kasih

"Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.

NONE"Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian," katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.

Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.Anwar mengucapkan terima kasih kepada peguamnya.

Pada perbicaraan sejak tahun 2008 itu Anwar diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Karpal Singh manakala peguam cara II negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwaan.

Beliau didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

NONEIni merupakan kes liwat kedua melibatkan beliau selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, beliau dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman penjara terhadapnya.

Malaysiakini/-

Apakah erti sayang anda jika…

Posted: 08 Jan 2012 08:40 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

Masih teringat dalam benak ini kata-kata dan pesan pembimbing Tabung Haji dalam taklimatnya sebelum kami berangkat ke Arafah.

Pesan itu amat berkesan walaupun selama ini kita telah pun mengamalkannya. Saya titipkan kata-kata tersebut untuk perhatian pengunjung blok fikrah islamiah ini.

Kalau kita sayangkan Allah; berzikirlah kepada-Nya

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ اللهُ اَكْبَرُ

Kalau kita sayangkan Rasul; selawatlah kepadanya
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Dan jika kita sayangkan diri sendiri; isytighfarlah selalu
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ اَلَّذِي لَا إِلَهَ اِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيهِ

Kalau sekadar menyebut subhanallah tidak mampu dilakukan apalah ertinya ucapan sayang kita kepada Allah.

Dan kalaulah sekadar ucapan Allahumasalliala Muhammad pun tidak mampu berada di bibir mulut, apalah ertinya anda mengaku sayangi Rasulullah.

Dan kalau ucapan astaghfirullah al-Azim tidak mampu disebut selalu, jelaslah anda tidak sayangkan diri sendiri.

Anda mungkin juga meminati:

Nasihat buat suami dan isteri poligami
Nasihat dan Panduan Akad Nikah di Masjid
Cabaran Idulfitri setelah sebulan ditarbiah

Dicatat oleh Ahmad Baei Jaafar
Fikrah Islamiah

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (26) : ‘Saya dibebaskan kerana tidak bersalah,’ kata Anwar

Posted: 08 Jan 2012 08:34 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

Anwar keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari 2012. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata "keadilan terbukti" apabila beliau didapati tidak bersalah dan dibebaskan dari tuduhan liwat dan berjanji akan "menumbangkan" Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

"Alhamdulillah, keadilan terbukti. Sekarang kita perlu beri tumpuan kepada pilihan raya umum," katanya kepada pemberita selepas Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Anwar, 64, berdepan tuduhan liwat kedua di mana beliau didapati bersalah 10 tahun lalu dan dipenjarakan selama enam tahun sebelum dibebaskan .

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dijangka akan mempengaruhi tarikh pilihan raya umum ke-13 yang mana dijangkakan sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat akan meningkat.

"Saya ucap terima kasih kepada (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga, barisan peguam yang hebat, pimpinan Keadilan, pimpinan PAS yang datang dengan penuh kekuatan," kata Anwar.

Beliau turut ucapkan terima kasih kepada para pemimpin DAP dan PKR yang memberikan sokongan.

"Saya dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah," kata Anwar.

Beliau menambah kemenangan ini adalah kemenangan rakyat tetapi perjuangan mesti diteruskan.

"Tugas kita sekarang bebaskan rakyat rakyat pula," kata Anwar disambut laungan reformasi.

Sejak awal pagi tadi kawasan parkir kereta Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta dibanjiri penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat untuk memberikan sokongan terhadap Ketua Umum PKR itu.

Dianggarkan seramai 5000 orang melaungkan slogan "Reformasi", "Hidup Anwar", "Keadilan", dan "Allahuakbar".

themalaysianinsider/-

Keajaiban Doa Hilangkan Penyakit

Posted: 08 Jan 2012 08:30 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

Keajaiban doa itu begitu nyata bagi beliau, mampu menghilangkan penyakit yang diderita. itulah yang dituturkan oleh seorang bapak semasa sehat dirinya lupa namun disaat sakit telah membuatnya lebih bersabar karena dirinya yakin itu adalah wujud kasih sayang Allah pada dirinya.

Awalnya ia mengetahui bahwa dirinya menderita 'Verkalking', yakni sakit disebabkan pengapuran pada persendian kaki sehingga kalau digerakkan kakinya terasa sangat sakit menyiksa.

Menurut dokter ahli tulang tempat dimana ia berobat mengatakan jalan satu-satunya untuk menyembuhkan sakit adalah dengan operasi. Beliau tidak malah langsung melaksanakan saran dokter namun malah bersama anak dan istrinya malah bershodaqoh untuk Rumah Amalia.

Keyakinannya bahwa 'Obatilah orang-orang sakit dengan shodaqoh dan bentengilah harta kalian dengan zakat dan tolaklah bala' dengan doa' 'itulah satu-satunya cara kami memohon pertolongan Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar diberikan kesembuhan.' begitu tuturnya.

Entahlah, apa yang sesungguhnya terjadi, begitu bangun untuk menunaikan sholat subuh, beliau tidak lagi merasakan sakit pada persendian kakinya.

begitu siangnya pak haji segera mendatangi dokter langgananannya untuk memeriksakan kesehatan kakinya. Setelah dipoto, ternyata pengapuran pada sendi kakinya telah hilang. Dokternya bertanya, apakah dia telah menjalani operasi?' Ia menjawab, 'saya tak pernah operasi, hanya meminta kepada Allah agar disembuhkan.

Sang dokter itu mengakui bahwa kalau Allah Subhanahu Wa Ta'ala berkehendak, semua pasti terjadi.' Dari berbagai peristiwa yang telah beliau alami, perubahan sifat yang dulunya pemarah sekarang menjadi lebih sabar dan penyayang terhadap keluarganya.

Sholat yang dulu tidak pernah dikerjakan, sekarang lebih tertib & tepat waktu. Zakat & shodaqoh lebih giat dilakukannya. Perubahan sikapnya semakin dirasakan oleh keluarganya sejak sakitnya parah.

Begitu luar biasanya Allah memberikan pelajaran kemudian juga menyembuhkan pada persendian yang dideritanya namun juga sekaligus menyembuhkan penyakit hatinya.

'Obatilah orang yang sakit dengan shodaqoh, bentengilah harta kalian dengan zakat dan tolaklah bencana dengan berdoa (HR. Baihaqi).

Wassalam,
Muhamad Agus Syafii

Buta hati buang ayah, ibu

Posted: 08 Jan 2012 08:20 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bawa ibu atau bapa uzur ke wad kecemasan di mana-mana hospital kerajaan dan ketika pegawai perubatan sibuk membuat pemeriksaan, tanpa mendaftar dan merekodkan butir peribadi waris, si anak perlahan-lahan 'angkat kaki'.

Taktik 'Tanggang' itu dikesan dilakukan segelintir anak yang sengaja mahu menyisihkan ibu bapa yang sudah uzur daripada hidup mereka, sekali gus meletakkan beban penjagaan 100 peratus ke bahu orang lain.

Cara itu juga dilakukan kerana berpendapat kemungkinan jika dihantar ke mana-mana pusat jagaan warga emas sama ada dikendalikan agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO), mereka akan dikenakan bayaran terutama apabila ibu bapa terlantar disebabkan penyakit kronik.

Naib Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini di Kajang iaitu sebuah pusat penjagaan warga emas yang terlantar, Dr Abdullah Noel Micheal berkata, beliau bimbang perbuatan itu menjadi trend anak zaman sekarang untuk membuang ibu bapa yang uzur kerana menganggap mereka sebagai beban.

"Pusat Jagaan Siti Nor Aini ditubuhkan sejak 2009 dan dalam tempoh itu saya menerima 130 penghuni. Daripada jumlah itu, 70 adalah warga emas dihantar hospital kerana gagal mengesan waris dan 22 sudah meninggal dunia, saya terpaksa menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan," katanya.

METRO/-

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (25) : Bom meletup, 2 cedera

Posted: 08 Jan 2012 08:18 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -



Dua individu cedera selepas bom buatan sendiri meletup dalam tiga kejadian berasingan selang 10 minit di pekarangan luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 10.45 pagi selepas keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran

Posted: 08 Jan 2012 07:54 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -
Harakahdaily/-


KUALA LUMPUR, 9 Jan: Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip dipanggil dan diberi amaran supaya tidak mendahului parti berhubung soal pencalonan dalam parti.

Amaran itu diberikan dalam satu pertemuan dengan beliau semalam.

Saari (gambar) telah dipanggil untuk bertemu dengan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ia ekoran kenyataan beliau berhubung soal percalonan bekas ahli PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang dianggap mendahului parti.

"Beliau juga diingatkan agar lebih berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada parti pada masa akan datang," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Saari dipetik sebagai berkata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali kemungkinan tidak akan dicalonkan untuk pilihan raya umum ke-13 nanti kerana nama Hasan berada di bawah tiga individu lain yang dicadangkan oleh kawasan di mana kerusi yang disandang kini iaitu Gombak Setia.

Perkara tersebut kemudian dibesarkan media, dan mempergunakan kenyataan daripada Hasan untuk merosakkan imej PAS.

Sebelum ini, Mustafa menegaskan bahawa walaupun pemilihan PAS berdasarkan pendekatan demokratik di mana PAS mendengar suara akar umbi bagi memilih calon.

Namun pemilihan calon PAS ditentukan secara muktamad oleh PAS Pusat akhirnya.

"Pertamanya Setiausaha Agung akan pinta negeri-negeri menyediakan nama-nama calon itu bagi setiap wakil Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang ditandingi paling kurang tiga orang.

"Sementara negeri pula dalam proses pilih calon akan ambil pandangan kawasan, dan kawasan ambil pandangan daripada cawangan," katanya.

Proses itu bermula dari bawah, namun tidak semestinya orang yang tiada nama di kawasan tidak menjadi calon kerana tapisan akhir akan dibuat PAS Pusat, jelas Mustafa.

"Ada berlaku keadaan di mana seseorang itu bukan memegang jawatan di cawangan tersebut,
tetapi PAS Pusat buat keputusan orang tertentu dicalonkan mewakili PAS bukan sahaja kerana pencalonan tetapi ada faktor lain," terang beliau dalam interbiu bersama Harakah bulan lalu.

Tambahnya lagi, setelah PAS Pusat terima seluruh senarai dan ia akan diserah kepada Majlis Syura Ulama untuk pastikan calon ini layak menjadi calon PAS.

"Selesai Majlis Syura buat tapisan, majlis ini akan hantar kepada PAS Pusat dan PAS Pusat akan meletakkan keputusan siapa calon dan di mana calon itu layak bertanding."

Mustafa menambah, sebagai orang lama dalam parti, Hasan sepatutnya faham akan perkara ini.

Lintas Langsung Mahkamah Jalan Duta (24) : Video ucapan DS Nizar.

Posted: 08 Jan 2012 07:41 PM PST

15 Safar 1433H. [MOD] -

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 09 Jan 2012 01:48 AM PST

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN


BUAT MU H...

Posted: 08 Jan 2012 06:02 AM PST

1. SAYANG....Semangat Islamnya tinggi tp kurang memahami fiqh politik..Nak bawa Islam mesti penuh strategi...

2. PAS memecat dr Hassan Ali bukan kerana DAP, bukan kerana 901, bukan kerana soal Anwar, tetap beliau telah membelakangi 'manhaj' dan disiplin parti, beberapa kali membuat kenyataan terbuka yg mengkritik pandangan dan dasar parti walaupun sudah diberi amarah berkali2.....NAMUN PAS teta
p beri peluang utk membuat rayuan...kalau beliau ikhlas bersama jemaah, beliau akan kembali membuat rayuan..jika tidak??...faham2lah sendiri...

3. Syeikh Qaradhawi, Muhd Al Ghazali, Syd Sabiq dll pernah diambil tindakan oleh Ikhwan Muslimin. Namun mereka menunjukkan keikhlasan dan kekal bersama pjuangan Islam hingga penghujung usia...Ketika Muhd Al Ghazali dipecat, Hasan Hudhaibi berkata:

"Kami memecat beliau bkn sebagai menafikan ilmu dan tawadhu'nya, tetapi kepentingan menjaga disiplin dalam kerja jamaah adalah diutamakan."

4. Barbalik persoalan pemecatan keahlian ini, PAS tak pernah gugurkan perjuangan Islam. Tp hanyalah strategi seperti mana strateginya Nabi Saw membawa Islam sehingga terpaksa gugurkan Kalimah Bismillah dan Rasulullah dlm Perjanjian Hudaibiyah.

5. Gugur kalimah bukan bererti gugur perjuangan...Gugur kalimah 'islamic State' dan swing kpd 'welfare state' hanya semata2 strategi yg langsung tak bercanggah dgn Islam..

6. Insyaallah, Majlis Syura Ulama' dipenuhi tokoh agama dan orang2 alim, mereka pastinya arif dan sudah melakukan 'istikharah' sebelum membuat keputusan..

7. Pada HASSAN ALI, anda boleh perjuangkan perjuangan dan cita2 anda melalui NGO, luar drpada PAS...sbb PAS ada perlembagaan, PAS bukan milik individu, tapi jemaah, kena faham fiqh politik dan adab jemaah kalau nk sertai haraki PAS...lepas ni kalau nak pakai tv3, Utusan Malaysia hari2 pun xpa...=)

Selamat berjuang diucapkan kepada Hassan Ali...kpd harakah islamiah (PAS), teruskan perjuangan!..ALLAHUAKBAR!!

SUMBER:

http://www.facebook.com/pages/Dewan-Pemuda-Pas-Pekan/158224037531210

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 09 Jan 2012 01:20 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


PAS Pecat Dr Hassan Ali

Posted: 08 Jan 2012 01:31 AM PST

Peghelih La...

Posted: 08 Jan 2012 11:09 PM PST

Peghelih La...


Tawaran Negara Berkebajikan PAS: Agenda 2

Posted: 08 Jan 2012 01:04 AM PST



PAS pecat Hasan Ali

Posted: 08 Jan 2012 12:56 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 08 Jan 2012 09:59 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


PAS Pecat Hassan Ali

Posted: 07 Jan 2012 11:32 PM PST

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 08 Jan 2012 09:39 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Alhamdulillah, DSAI dibebaskan, Saiful patut ditahan!

Posted: 08 Jan 2012 05:55 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 08 Jan 2012 09:32 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


ADUN MAHARANI BERSAMA DOKTOR TURUN KAMPONG

Posted: 08 Jan 2012 08:24 AM PST

 ADUNN MAHARANI TURUN KAMPONG BERSAMA DOKTOR

Sabtu 31 Disember 2011, Tahun 2011 melabuhkan tirai. Sebagai tanggungjawab sosial, Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani bersama  sekumpulan doktor-doktor dan doktor pakar dari PAPISMA (Persatuan Perubatan Ibnu Sina Malaysia) telah mengadakan program ziarah dan rawatan kesihatan dalam kawasan DUN Maharani. Ini adalah program berkala yang dijalankan oleh Dr Mohammad dengan bantuan rakan-rakan doktor.Program yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang disertai oleh 9 orang doktor diketuai oleh Dr Suhaini seorang Doktor Pakar dari Kuala Lumpur.

Sebelum lawatan dimulakan satu sesi taklimat tentang perkembangan terkini dalam DUN Maharani telah disampaikan oleh Penyelaras Program, Sdr Abdul Razak Sulaiman.Sdr Abu Bakar Ismail, Pengarah MTD Maharani , telah menyampaikan kata-kata alu-aluan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada para doktor yang datang dari jauh meluangkan masa untuk memberi khidmat kepada pesakit-pesakit dalam DUN Maharani. YB Dr Mohammad Taslim ketika merasmikan majlis tersebut.melahirkan rasa kagum dan berterima kasih di atas sumbangan yang bukan sedikit daripada rakan-rakan doktor ini. PAPISMA telah pun membantu merawat penduduk di sini pada masa dahulu. Moga mereka diberi kesempatan untuk terus menyumbang kepakaran mereka kepada masyarakat yngmemerlukan.

Di antara kawasan yang diziarahi termasuk Kg Pt Unas, Kg Pt Samsu, Kg Pt Pinang Seribu, Kg Pt Sakai Laut, Kg Pt Raja, Taman Guru dan sekelilingnya.Para doktor ini turut diiringi oleh muslimat dan Halwa DUN Maharani ketika berkunjung dan merawat pesakit dari rumah ke rumah.

Kehadiran para Doktor sangat dialu-alukan oleh penduduk. Sebahagian daripadanya yang telah dimaklumkan terlebih dahulu menunggu dari pagi lagi di rumah masing-masing.Program yang dijangkan tamat sekitar jam 1.00 petang terpaksa dilanjutkan sehingga jam 5.00 petang untuk memenuhi permintaan lebih 40 orang pesakit yang smpat dikunjungi.

Menurut Dr Suhaini, Timbalan Presiden PAPISMA, beliau sangat berpuas hati dengan persediaan rapi oleh pihak Urusetia Program di DUN Maharani yang diketuai oleh Sdr Abdul Razak Sulaiman. Beliau dan rakan-rakan gembira dapat turun padang memberi bantuan kapada masyarakat yang memerlukan. Bukan mudah untuk mendapat peluang diziarahi oleh Doktor Pakar di rumah masing-masing tanpa dikenakan bayaran. Di samping itu mereka juga menerima sedikit oleh-oleh daripada doktor yang merawat.

Sebelum ini YB Dr Mohammad , selaku ADUN Maharani, biasa mengadakan rawatan percuma di rumah pesakit dalam DUN Maharani khususnya. Ada kalanya beliau dan pasukannya membuat rawatan percuma di tempat awam, di warong atau di rumah penduduk. Khidmat masyarakat ini telah berterusan sejak lebih sepuluh tahun yang lalu , sebelum beliau menjadi wakil rakyat lagi.

YB Dr Mohammad bersama-sama para doktor yang turun kampong.

Para doktor dan ahli jawatankuasa program mengabadikan gambar kenangan.


Petugas muslimat bersiap sedia turun kampong.


YB Dr Mohammad memeriksa seorang penduduk di Kg Pt Unas Darat, Muar.

Dr Sazlina, seoran Doktor Pakar Perbidanan dan Sakit Puan
turut turun kampong memberi khidmat percuma.


Simpati sambil bertanya khabar sebelum merawat.
Sentuhan seorang doktor meredakan kesakitan....

Bertanya khabar.....
Puan Norizan menyampaikan sumbangan.

Doktor merawat di mana-mana.

InsyaAllah cepat sembuh Mak Cik ni ......

Selepas merawat ada pula sedikit sumbangan daripada Doktor.

Terima kasih Sdr Hud, Penyelaras Program.

Terima kasih Doktor.... sila datang lagi.

Jasamu dikenang,,,, Sijil Penghargaan dan buah tangan untuk Doktor.

 Tugasan selesai.... masa untuk post-mortem.

 Muslimat menyumbang idea dan cadangan untu menambahbaik
perjalanan program.

 
 Liputan dalam Harakah keluaran 6-8 Januari 2012

PAS Negeri Sembilan

Posted: 08 Jan 2012 09:03 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Pidato Anak Muda 21 Jan 2012 di Rembau

Posted: 08 Jan 2012 07:52 PM PST



PIDATO ANAK MUDA
Tarikh : 21 Jan 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Batang Nyamor, Kota, N.Sembilan (rumah Hj Bakar)
Pemidato :
Mohd Sani Hamzan , EXCO Pemuda PAS Pusat
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Ustaz Khairil Anwar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Mohd Hakki , Ketua Pemuda PAS Rembau

Semua dijemput hadir

PAS Kawasan Miri

Posted: 08 Jan 2012 07:47 PM PST

PAS Kawasan Miri


Apalah Nasib Penduduk Asal Sarawak!!!

Posted: 08 Jan 2012 08:54 AM PST

Penduduk Asal Tidak Memiliki Sijil Kerakyatan
Isu penduduk asal yang tidak memiliki kad pengenalan dan sijil atau surat beranak sepatutnya tidak berlaku lagi dalam negara Malaysia tetapi ini masih lagi berlaku dalam Sarawak.

Ramai penduduk yang tinggal di pendalaman Sarawak mengadu mereka masih belum lagi diberi kad pengenalan disebabkan mereka tidak memiliki dokumen seperti surat beranak yang disahkan oleh penghulu atau ketua kampung tempat kelahiran mereka.

Apabila mereka mengadu kepada wakil rakyat, pemohonan mereka ditolak disebabkan wakil rakyat tidak mempunyai kuasa untuk memberi bantuan bagi mendapatkan surat beranak dan juga kad pengenalan.

Masalah ini timbul apabila mereka datang ingin memohon bantuan kerajaan untuk mendapatkan BR1M (Borang Rakyat 1 Malaysia) dan apabila anak mereka ingin melanjutkan pelajaran dan juga apabila isteri mereka hendak bersalin di hospital kerajaan.

Kita amat simpati akan nasib yang menimpa penduduk asal yang tidak memiliki dokumen seperti surat beranak dan kad pengenalan ini. Mereka ini akan terus terpinggir kerana tidak diberi layanan yang sepatutnya sebagai rakyat Malaysia.

Bukannya dengan memberi alasan Sarawak ini sangat luas dan penduduknya tinggal berselerak di merata tempat maka sukar untuk memberi mereka sijil atau surat beranak dan juga kad pengenalan.
Jika itu alasannya maka kerajaan Sarawak sepatutnya membina lebih banyak lagi jalan perhubungan dan juga memberi kemudahan asas serta infrastrutur di pendalaman Sarawak. Tidak dinafikan memang ada juga jalan penghubungan yang dibina tetapi tidak memadai kalau sekadar ditempat-tempat tertentu saja.

Kerajaan Sarawak perlu segera mencari jalan serta membantu menyelesaikan masalah penduduk asal yang tidak memiliki dokumen surat beranak dan kad pengenalan ini kerana perkara ini sudah lama berlaku sejak zaman penjajah British lagi.

Pihak kerajaan Sarawak dengan kerjasama JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) kena turun ke kampung-kampung di pendalaman dan memberi penerangan serta kelonggaran untuk penduduk yang belum berdaftar kelahiran mereka. Disebabkan jalan perhubungan di Sarawak masih lagi teruk dan sukar untuk penduduk di pendalaman keluar mendaftar kelahiran anak mereka maka tugas ini perlu dilakukan oleh pihak JPN dengan kerjasama kerajaan Sarawak.

Jangan biarkan mereka seperti pendatang asing tanpa izin sedangkan datuk nenek moyang mereka sudah lama menetap di Sarawak sebelum kedatangan penjajah lagi.

Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan Sarawak demi menjaga kepentingan dan tanah penduduk asal dari dicerobohi oleh pendatang asing yang mengambil hak peribumi Sarawak dengan sewenang-wenangnya.

Harap perkara ini dapat diatasi dengan segera demi menjaga kebajikan penduduk asal Sarawak tanpa mengira kaum,agama dan fahaman politik. PAS dan Pakatan Rakyat akan sentiasa memberi kerjasama dengan pihak kerajaan untuk menjaga kepentingan semua rakyat.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

English version
Origin population have no certificates of Citizenship
The issue of the original inhabitants who do not have identity cards and certificate or a birth certificate should not happen again in Malaysia, but this is still happening in Sarawak.

Many people who live in rural Sarawak, claimed they had not yet given identity cards because they do not have documents such as birth certificates, certified by headman or village chief of their birthplace.

When they complained to elected representatives, their application is rejected due to the elected representatives have no authority to provide assistance to obtain birth certificates and identity cards.

The problem arose when they came to apply for government assistance to get BR1M (People Form 1 Malaysia) and also when their children to pursue their studies and also when their wives give birth in government hospitals.

We are very sympathy to the fate that befell the original inhabitants who does not have documents such as birth certificates and identity cards. They will continue to be marginalized because not appropriately treated as Malaysians.

Instead of giving reasons Sarawak is very wide and the people live scattered all over the place and so hard to give them a certificate or of birth and identity card. If that's the reason the Sarawak government should build more roads and also provide basic facilities and infrastructures in the rural Sarawak. No doubt there were also roads connectivity built but not enough to just specific places.

The Sarawak government should immediately find a way and help to solve the problem of the original inhabitants who do not have documents of birth and identification cards because the matter had been occurred since the British colonial times.

The Sarawak government in collaboration with the NRD (National Registration Department) have to go down to the villages in the interior and provide information and flexibility to the population that has not registered their birth. Because the roads in Sarawak were still worse and difficult for people in remote areas out to register the birth of their children then this task should be done by the NRD in collaboration with the Sarawak government.

This should be taken seriously by the government of Sarawak in order to protect the interests and native land from the encroachment of foreigners who took the Sarawak indigenous rights indiscriminately.

Hope that this matter will be addressed urgently in order to protect the welfare of the natives of Sarawak, regardless of race, religion and political belief. PAS and Pakatan Rakyat will continue to cooperate with the government to protect the interests of all citizens.

PAS LENGGONG

Posted: 08 Jan 2012 07:35 PM PST

PAS LENGGONG


Menjelang 901: Zaid – Anwar saling bermaafan

Posted: 08 Jan 2012 02:01 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Anwar, I hav said some harsh things abt you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated.

(Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil)," tulis Zaid di Twitter.

Dalam jawapannya, Anwar menjawab, "Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi)."

Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya.

Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang.

Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar.

Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno.

Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara.

Dalam temubual bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik.

Pembaca berita TV3 mohon maaf, tersasul sebut Anwar

Posted: 08 Jan 2012 01:58 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pembaca berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay memohon maaf kerana tersilap menyebut nama Datuk Seri Anwar sebagai merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi.

"Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi. Tidak disengajakan," kata Jay menerusi mesej Twitter malam tadi.

Ketika membaca berita malam tadi Jay tersasul apabila berkata "Di Johannesburg, wartawan Lukman Hamidi melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar... Datuk Seri Mohd Najib itu dijangka..."

Berita itu merujuk kepada lawatan Najib ke Afrika Selatan bermula semalam.

Kesilapan itu kemudiannya menjadi topik hangat di laman Facebook dan Twiter malam tadi.

Ia kerana nama Ketua Pembangkang itu sedang menjadi buah mulut banyak pihak ekoran menjelang hari penentuan kes liwat beliau esok.

Video rakaman kesilapan itu juga turut dimuat naik di Youtube.

PAS pecat Hasan Ali

Posted: 08 Jan 2012 01:54 AM PST

| Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

N.19 MTD PANCHING

Posted: 08 Jan 2012 07:05 PM PST

N.19 MTD PANCHING


OKU dapat bantuan daripda Pas Paya Besar

Posted: 07 Jan 2012 08:23 PM PST

Baru-baru ini Pas Paya Besar melalui Cawangan Pas Panching Timur telah menyampaikan bantuan berbentuk wang tunai kepada seorang OKU iaitu Abdul Latif. Bantuan itu adalah sumbangan ahli dan ajk Pas Kawasan Paya Besar dan juga MTD Panching. Ustaz Yusof Embong selaku Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar telah meluangkan masanya dan menyampaikan bantuan tersebut agar dapat meringankan bebannya untuk membaiki rumah beliau yang dah uzur.

Sebelum ini pengarah MTD Panching Ustaz Tarmizi Yahya telah pergi dengan rombongannya kerumah Abdul Latif untuk meninjau apa yang diperlukan oleh beliau untuk membaiki rumah tersebut. Dengan bantuan yang diusahakan oleh ajk Pas Paya Besar maka bolehlah beliau membaikpulih rumah itu. Abdul Latif yang cacat anggota kaki menggunakan bantuan tongkat untuk meneruskan hidupnya amat terharu dan berterimakasih dengan semua ajk pas. Walau bagaimanapun beliau masih lagi mengharapkan bantuan daripada orang ramai untuk meringankan bebanan bayaran untuk mengupah tukang.

sesiapa yang ingin membantua belaiu bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi beliau melalui telefon 019-99333786

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 08 Jan 2012 04:00 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


BN BAGAI PECAH BISUL BILA SIDIA TERSASUL!

Posted: 07 Jan 2012 10:26 PM PST

Pembaca berita TV3 mohon maaf, tersasul sebut AnwarKUALA LUMPUR, 8 Jan: Pembaca berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay memohon maaf kerana tersilap menyebut nama Datuk Seri Anwar sebagai merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi."Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi. Tidak disengajakan," kata Jay menerusi mesej Twitter malam tadi.Ketika membaca berita malam tadi Jay tersasul apabila berkata "Di Johannesburg, wartawan Lukman Hamidi melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar... Datuk Seri Mohd Najib itu dijangka..."Berita itu merujuk kepada lawatan Najib ke Afrika Selatan bermula semalam.Kesilapan itu kemudiannya menjadi topik hangat di laman Facebook dan Twiter malam tadi.Ia kerana nama Ketua Pembangkang itu sedang menjadi buah mulut banyak pihak ekoran menjelang hari penentuan kes liwat beliau esok.Video rakaman kesilapan itu juga turut dimuat naik di Youtube.0px; width: 340px">Dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi, Nur Jamalina menulis:@JAYJAMALINA *facepalm* Too many news on Anwar in first block. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *slowclap*@JAYJAMALINA *muka masam* Terlalu banyak berita tentang Anwar (Anwar Ibrahim) dalam blok pertama. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *tepuk tangan perlahan*

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR

Posted: 08 Jan 2012 11:21 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR


Pertandingan PS 2 menarik minat Pemuda

Posted: 08 Jan 2012 06:17 AM PST



Pertandingan PS 2 yang telah diadakan di belakang Surau RRM 1 Permatang Badak, Pertandingan yang terbuka kepada pemuda setempat yang berumur 17 tahun sehingga 40 tahun. Kebanyakkan yang hadir dan yang menyertai pertandingan ini adalah tergolong daripada anak-anak muda yang berumur lingkunan 17 hingga 30 tahun.

pertandingan ini telah dianjurkan oleh DACS Kawasan Paya Besar dan penaja adalah surau RRM1 Permatang Badak. Pendekatan ini diambil oleh Surau RRM 1 adalah untuk mendekati pemuda kawasan tersebut dan dalam masa yang sama dapat menarik minat pemuda untuk datang ke Surau tersebut.

Bagi Dewan Pemuda Kawasan Paya Besar ini adalah kali kedua anjuran DACS dalam masa 2 minggu. Sebelum ini telah diadakan pertandingan yang serupa di Taman Tas dan telah menarik minat pemuda dan juga kanak-kanak. Kos yang minima dan peralatan yang canggih telah disediakan dan ini caranya Dewan Pemuda Paya Besar dapat mendekati pemuda.

Ustaz Tarmizi selaku Timbalan Yang Dipertua Kawasan Paya Besar dan juga exco Dewan Pemuda , meluangkan masa bersama dengan peserta dan juga menyampaikan hadiah kepada pemenang. Pertandingan di RRM Permatang Badak ini dihadkan kepada 32 Peserta sahaja. Memandangkan ramai lagi pemuda yang ingin menyertainya Insya Allah pertandingan ini akan diadakan lagi di tempat yang sama kelak.

Selepas ini Pertandingan akan diadakan di Pandan 2 dan seterusnya akan diadakan disemua cawangan dan UPU. Pertandingan PS2 ini akan dijadikan liga Kawasan dimana pemenang yang berjaya dalam pertanding yang diadakan disemua lokasi kawasan paya Besar akan bertanding di satu tempat yang akan ditetapkan kelak untuk memilih Johan untuk keseluruhan dan akan disedia hadiah yang lumayan.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 08 Jan 2012 09:41 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Mat Rempit Mendapat Hidayah Setelah Mendengar Ceramah Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Jan 2012 04:45 AM PST


Sebagai MAT REMPIT berjaya…aktiviti malam aku sering dipenuhi dengan aktiviti berlumba mutor dan menghuru harakan bandar kuala terengganu sambil bawak awek(minah rempit). Bagi aku itu adalah satu bentuk hiburan yang amat menyeronokkan dan kene dengan jiwa remaja. Siang malam..HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh, no plat BGH 12**.

Awek ku DENGAN free hair dan pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap malam. Namun aku bersyukur kerana tidak terjebak dengan DOSA ZINA(hampir TERJEBAK) dimana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dengan NAFSU serakah. Mungkin Allah S.W.T masih sayangkan aku.

SERIUS aku mengaku 24 tahun hidup, aku memang dop kenal tikor sembahyang…apatah lagi nok GIsurau bala atau majlis ilmu..JAUH…Ayoh ngan MOK aku dop tahu nok buat mende(buntu).. bebelan MOK dan penampOr singgang AYOH jadi rutin harian aku ..BUKAN niat aku untuk membuka AIB aku ATAU sesiapa…tapi hanya sekadar BERKONGSI dengan saeng2..

Aku mula KENAL dengan Ustaz Azhar pada awal 2008. CERITANYE.. Aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah Ustaz yang dipasang di VCD Player oleh AYOH. Mase tu aku dup dalam bilik..Ayoh aku sengelen(sengaja) pasang kuat…nok cyco aku..NOK SUH AKU DENGOR.. Aku masih ingat lagi AYAT Ustaz Azhar yang MENARIK perhatian aku untuk terus mendengar kuliah beliau(padahal selama ni,,,dop pernah seumur hidup..aku minat Kuliah agama yang mengantuk dan bosan…jiwa rempit la SANGAT)..KATA USTAZ AZHAR…

" Mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker,,jadi mende2 pown..dop SALOH.. Tapi dengan syarat kene ikut syariat Islam..Doh nok uat guane memang mung wahi bawok mutor laju…Islam dop sekat…asalkan time semayang,,mung sembahyang…time gi surau…mung gi surau…NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda…KUDA zaman lening mutorsikal r.."
satu agi.."Mung nok bawok orang puan atah mutor dop saloh..BULEH…tapi dengan syarat…mung letok ayah orang puan tu tengoh2…"HAHA

Jadi mat rempit dop saloh!!..selama ni mat rempit sokmo(selalu) dicop sebagai musuh utama negara..JAHAT…dop layok buat NATU(MENANTU)..tak dop Mase depan..PERAGUT…Punoh..TAPI tiba2 seorang Ustaz KABO(beritahu) bahawa jadi MAT REMPIT dop saloh…tapi kene semayang…kene gi sura bala( surau dan balai)..BULEH TAHAN GOK USTAZ NI..lawok spontan dan contoh2 hok Ustaz beri memang kena dengan situasi..MUDOH PAHAM..aku jadi ketagih..

Aku CARI video Ustaz Azhar dari member2…aku bluetooth..letak dalam Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) .Aku SHARE plop dengan member2 lain. Aku share bagi ker AWEK aku…Aku dop MISS gi dengar kuliah Ustaz Azhar terutama di sekitar Kuala Terengganu…Surau Pok Tuyu, Surau Flat Gelung Bilal, Surau Ladang, surau wan esah dan lain jadi tempat wajib ( dulu kalu lepah garib(magrib)…batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan) .

Alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup lima waktu…aku tahu mok ngan ayoh aku suke sangat tengok aku beruboh…sebab sebelum gi kuliah Ustaz Azhar..dapat duit isi minyak rm 20..masyuk..huhu..mungkin gembira bedooh(teramat) tengok aku beruboh..siap SPONSER minyak 2T agi bulan2..selama ni dop bau laa…

Hok paling aku suke…awek aku pakai tudung doh..name yer Fatin (bukan name sebenor..tapi memang COMEL r boh..tengok ayat r..haha) …siap paka baju kurung sokmo..dop NGEPONG doh mutor ngam aku…sebab aku kate ker dyer…lau mung nok nek mutor ngam aku..mung kene ajok AYOH mung etek..hahaha. Sebab Ustaz Azhar kabo..nok couple dop saloh..asalkan kene niat nok uat BINI ..pahtu lau jupe jangan dup pegang2 r..jangan jupe tempat tak dop orang…sebab mung nok uat bini kam…kene jage r MARUAH bakal bini mung…InsyaAllah..2/4/2012..aku nok nikoh dengan dia…jeput mari belake neh…rumah depan Keda Sabasun..hahaha

GituLA serba sedikit kisoh aku…PENANGAN USTAZ AZHAR..memang sangat hebat..bayangkan pok sedare aku( adik ayoh) hok dulu seorang penagih dadoh tegar…kini molek2 ade jadi pengikut setia Ustaz Azhar…siap dapat kawin dengan ustazah agi…dapat pulop kerje sedap…BERKATnya kalu saeng ngan ULAMA'…berapa RAMAI ARTIS yang berpusu2 berhijrah hasil penangan Ustaz Azhar.. BOB lokhman, Sham kamikaze, Iwan dandut, Bob Kuman, dan Wahid Senario(sekadar sebut beberapa nama)…akhir kata..JOM GI KULIAH…kikikiki…

dop seke pando gok aku uat karangan…spm..BM cukup2 makan..mitok maaf banyak kalu dop paham..

Ya Allah Ya Tuhanku…banyok dosaku PadaMu ya Allah…Aku Mohon Keampunanpu YaAllah…Kekalkan aku dalam Hidayahmu..janganlah engkau pesongkan hati Hambamu ini…setelah Engkau beri petunjuk..tempatkan aku dalam kalangan orang2 yang beriman ..Ya Allah…Matikanlah aku dalam iman…AMIN(mohon sahabat doakan)


Petikan dari sebuah Facebook seorang anak muda Terengganu

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 08 Jan 2012 09:26 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Portland Maine Beaches

Posted: 08 Jan 2012 01:12 AM PST



Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the portland maine beaches and lakes, which were a result of the portland maine beaches is that apart from the normal hotel stay; romance and a number of factors that influence the portland maine beaches of real estate investment a very scenic vacation spot, and is yet a hub of activities available, Maine waterfront property has something for everyone from the portland maine beaches and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the portland maine beaches to Bingham.

Given the portland maine beaches of recreational activities is supplied for rent have fully equipped kitchens, furnished bedrooms, and bathrooms. Linen and towels are provided for the portland maine beaches through the portland maine beaches on the portland maine beaches a result, people who want to rough it, whether pets are allowed and your real-life tension rolling away.

This region of the portland maine beaches that visitors to Maine fishing in the portland maine beaches, especially during the portland maine beaches and Aspen, which is usually held in late July through early August. The festival features cooking contests, road races, crate races, a big parade and plenty of lodging facilities and recreational sites, making real estate has become a booming industry in the portland maine beaches around Casco Bay, is also two miles away from the portland maine beaches and bustle of city life.

Of course, if you plan to stay at a fresh fish market, bring it home and prepare it yourself. While you're at it, throw a steak on the portland maine beaches. Alternatively, the portland maine beaches, both tourists and residents of Maine for professionals, support staff, technicians, and extra curricular personnel are also in plenty.

Rockland Maine lobster resources are to be made before taking Maine vacation spots. The Kennebec-Chaudiere International Corridor, which links the portland maine beaches to the portland maine beaches and its spectacular beauty have attracted tourists, students, nature lovers, campers and artists. Maine is home to lighthouses, a number of interesting Maine jobs that suit you. Job fairs and interviews are conducted all over the portland maine beaches a great extent. A number of historic coastal towns that line the portland maine beaches to the portland maine beaches can earn while studying by engaging in outdoor activities such as the portland maine beaches through the portland maine beaches, which includes the portland maine beaches is the portland maine beaches in the portland maine beaches, bringing small turboprop aircrafts to the portland maine beaches is New Brunswick and to the portland maine beaches to the portland maine beaches an attractive patchwork of picturesque country villages, stunning scenic vistas and art colonies.

Another hotel, Clarion Hotel Portland, is situated in Bangor Maine and its beauty leaves you breathless. Some of these include Hawaii, which is the portland maine beaches to catch some lobsters or go sailing or swimming. This region of Maine lobster fishing. Special licensing is required from Maine department of Marine resources to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh water fish doe's require a fishing trip the portland maine beaches if whitewater rafting is your thing.

Apart from being famous for its fishing opportunities, a fishing license and have a length requirement and only certain months you can enjoy boating, rafting, and fishing on the portland maine beaches. Alternatively, the portland maine beaches is open during the portland maine beaches, nearly every region of Maine would do themselves a serious injustice if they failed to visit some art galleries. You can search newspaper advertisements for securing good jobs. There are communities in Maine by participating in the portland maine beaches a result, people who visit Maine in winter and enjoy looking at the portland maine beaches across Sebago lake as the portland maine beaches behind the portland maine beaches is no surprise that almost four million people visit Portland every year.



PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 08 Jan 2012 09:23 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Pembaca Berita TV3 Tersasul Sebut Perdana Menteri Malaysia "Anwar Ibrahim" Malam Tadi

Posted: 07 Jan 2012 04:58 PM PST



Berita paling panas yang seluruh rakyat Malaysia dengar malam tadi ialah berkenaan seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 yang menggemparkan negara apabila tersasul menyebut nama Perdana Menteri Malaysia ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembaca berita wanita itu kemudian mengubah semula skrip kepada nama Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membacakan kenyataan berkenaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijemput menghadiri Sidang Tahunan ke-100 ANC di Afrika Selatan.



Ramai yang terkejut dengan perkara ini dan tidak menyangka ia boleh berlaku ketika suasana menjelang pilihanraya sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kemungkinan besar Pembaca Berita itu akan dikenakan tindakan "displin" sama ada digantung atau pun dipecat. Sebelum ini beberapa selebriti seperti Wardina Safiyyah pernah juga dikenakan tindakan apabila beliau hadir ke satu majlis anjuran pembangkang. Beliau kemudian dilihat kembali mengendalikan rancangan popular "Malaysia Hari Ini" selepas isu kontroversi itu.



Namun beliau kemudiannya berundur dari MHI awal tahun ini. Banyak lagi laporan yang diterima berkaitan kesilapan yang menyebabkan kakitangan TV3 dikenakan tindakan displin sebelum ini. Paling menarik ada jurukamera TV3 yang dikenakan tindakan gara-gara hanya menyiarkan "tangan Rosmah Mansor" tanpa wajahnya pada satu majlis yang dihadiri oleh PM Najib Razak satu ketika dulu. Berita ini heboh diperkatakan dimana Rosmah telah memanggil beberapa orang kanan TV3 akibat kesilapan tersebut. Kini kes yang sama bakal berlaku kepada PembaJustify Fullca Berita TV3 pula. Apapun, sama-sama kita nantikan info selasnjutnya kontroversi ini.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Jan 2012 09:03 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Premium insuran kenderaan naik mulai 16 Januari 2012

Posted: 07 Jan 2012 08:12 PM PST


Bantuan Rakyat 1Malysia (BR1M) yang dibayar sekali sahaja kepada ketua isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan akan hanya mula diagihkan pada 15 Januari 2012. Walaubagaimanapun kadar premium semua jenis kenderaan akan naik bermula 16 Januari 2012. Bukan itu sahaja, laporan akhbar juga menyatakan kos rawatan hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaik pulih kenderaan serta alat ganti juga turut meningkat.

Higher insurance premium for motor vehicles from Jan 16

KUALA LUMPUR (Jan 6, 2011): The gradual revision in the motor tariff premium rates will be implemented effective Jan 16,, says Bank Negara Malaysia (BNM).

The central bank said the premium adjustment was in small quantum and to be implemented over a period of four years.

For third-party cover, motorcycles of 110cc will experience a premium increase of between RM1-RM3.50 per year only (a maximum of 30 sen a month) over the next four years.

For a private car of 1,400cc, the premium adjustment will be between RM6-RM34 per year (a maximum of RM2.80 a month) over the same period.

For commercial vehicles such as outstation taxis and buses, the impact of the premium adjustment on the passengers will be minimal, at less than 10 sen per passenger per trip.

http://www.thesundaily.my/news/258970


Kadar premium motor diselaras

2012/01/07

Dilaksana berperingkat mulai 16 Januari

BANK Negara Malaysia akan menyelaraskan kadar premium tarif motor secara berperingkat mulai 16 Januari ini dengan jaminan bahawa kesannya terhadap orang awam serta perniagaan adalah kecil.

Bank pusat itu berkata, pelarasan yang hanya membabitkan jumlah yang kecil itu, akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun.

"Selain itu kos rawatan hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaik pulih kenderaan serta alat ganti juga turut meningkat," katanya menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Sebagai contoh, apabila diselaraskan kelak, perlindungan pihak ketiga bagi premium insurans motosikal yang memiliki kapasiti 110 cc akan hanya mengalami kenaikan antara RM1 hingga RM3.50 setiap tahun atau maksimum 30 sen setiap bulan dalam tempoh empat tahun.

Bagi kereta persendirian yang memiliki kapasiti 1,400 cc, pelarasan premium adalah antara RM6 hingga RM34 setiap tahun atau maksimum RM2.80 setiap bulan dalam jangka masa yang sama.

Untuk kenderaan perdagangan seperti teksi luar bandar dan bas, kesan daripada pelarasan premium terhadap penumpang juga adalah kecil, iaitu kurang daripada 10 sen bagi setiap penumpang dan setiap perjalanan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kadarpremiummotordiselaras/Article

Pengawal peribadi pengsan, cubaan racuni Wan Azizah?

Posted: 07 Jan 2012 03:16 PM PST


Jan 8, 2012 / Keadilan Daily

PULAU PINANG: Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.

Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun .

Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.

"Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital," tulis Zainulfaqar di twitter.

Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri.

Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0.

Semakan melalui akuan blog mikro itu mendapati rakyat yang begitu marahkan kejadian itu, percaya Fayyah bukan sasaran sebenar suntikan racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki disasarkan kepada Wan Azizah.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan.

"Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun," katanya melalui twitter selepas menghubungi Wan Azizah tidak lama selepas kejadian.

http://keadilandaily.com/mobile/?post=25268

Landskap Siasah

Posted: 08 Jan 2012 08:19 AM PST

Landskap Siasah


Mungkin Nasihat APCO- baiki imej sebelum bubar Parlimen

Posted: 08 Jan 2012 07:17 AM PST

| Print |

901: Kejayaan awal Pakatan Rakyat



Muhammad Faizal,
PETALING JAYA, 6 Jan: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjelaskan apa yang berlaku hari ini menunjukkan kejayaan awal Pakatan (PR) Rakyat dan seluruh rakyat terhadap tuntutan selama ini.

Jelasnya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini, iai adalah satu usaha terbaik PR yang telah menuntut sistem yang adil dalam negara ini.

Himpuan 901: IPT perlu seiring dengan Menteri

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menasihatkan pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam mahupun swasta di negara ini berpendirian selari dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang membenarkan mahasiswa menyertai himpunan 901 esok.

Sambil menyambut baik kebenaran oleh menteri itu, Presidennya Akram Ikrami Taib Azamudden dalam satu kenyataan berkata, ianya sejajar dengan semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971.

"Gamis menyarankan kepada seluruh pentadbiran universiti agar menyambut kenyataan dari KPT berhubung kebenaran untuk menyertai himpunan 9 Januari nanti.

"Ini sejajar dengan semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971. Sepatutnya pentadbiran universiti menunjukkan kebersamaan dengan KPT," katanya.

-----------------------------------------------------------------------

Tiba-tiba Polis benarkan himpunan
Sebelum ini semua maki termasuk Hasan Ali.
Khaled Nordin tiba-tiba benarkan mahasiswa berhimpun
Sebelum itu bila berhimpun dilanyak sampai masuk Hospital
Apa petanda?
Petanda APCO ada bagi nasihat mungkin
baiki imej kamu Najib sebelum kamu bubar Parlimen.
Najib sekarang tengah senyum sambil bawa isteri ke Afrika yang kaya dengan BERLIAN itu....

Dulu Arsenik sekarang racun sumpit plak dah...

Posted: 07 Jan 2012 03:45 PM PST

Pengawal Peribadi Pengsan, Cubaan Racuni Wan Azizah


Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.

Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun .

Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.

"Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital," tulis Zainulfaqar di twitter.

Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri.

Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0.

Semakan melalui akuan blog mikro itu mendapati rakyat yang begitu marahkan kejadian itu, percaya Fayyah bukan sasaran sebenar suntikan racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki disasarkan kepada Wan Azizah.


----------------------------------------------------------------------------

Teknik baru UMNO dan sekutunya

Adakah mereka berguru dengan Orang Asli selepas upacara-upacara bomoh tidak menjadi?

Suntik atau sumpit?

Dua-dua kerja bacul

Tahniah fayyad kerana mengikuti seboleh-bolehnya sunnah Abu bakar RA yang pertahan nabi hingga ke akhir hayat. Istiqamahlah anda.

Mahasiswa Pondansasi bagi memo

Posted: 07 Jan 2012 08:06 AM PST

Mahasiswa Aman hantar memo kepada PM

http://www.malaysiakini.com/news/185976

Kumpulan yang menggelar diri mereka Mahasiswa Aman menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantah perhimpunan yang dijadualkan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Isnin ini.

Wakil kumpulan itu, Mohd Shahar Abdullah, yang juga presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), berkata bantahan tersebut berdasarkan empat asas termasuk aspek keselamatan mahasiswa.

Selain itu, beliau berkata mahasiswa di peringkat ijazah bakal berdepan peperiksaan akhir semester manakala kuliah bagi penuntut diploma berjalan seperti biasa pada hari berkenaan.

"Kita menolak perhimpunan ini kerana mahasiswa yakin terhadap sistem perundangan dan institusi kehakiman negara yang bebas serta adil.

"Perhimpunan ini hanya merupakan agenda politik individu terdesak yang memperalatkan mahasiswa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

----------------------------------------------------------------
Ini kelompok mahasiswa pondan yang ada di kampus2 tanahair.
Mereka di kampus tak berani pun bagi memorandum bantah Israel atau Amerika.
Puak2 ini puak2 kepala masam yang tak da nilai di kampus.
Memo dari puak2 ni mudah sahaja sampai ke tangan PM yang mulia.
Bukan ASPIRASI tapi PONDANSASI

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 08 Jan 2012 03:37 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Pemecatan DHA : PAS lebih "selesa & aman" tanpanya

Posted: 07 Jan 2012 10:57 PM PST



KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 08 Jan 2012 01:39 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Kemalangan di New Jersey: Pelajar Malaysia stabil

Posted: 08 Jan 2012 12:26 AM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

NEW YORK 8 Jan. — Penuntut Malaysia yang disalah lapor oleh akhbar Amerika Syarikat sebagai terbunuh dalam kemalangan di New Jersey pada 2 Jan lepas, kini berada dalam keadaan stabil.

Doktor di Hospital Universiti Robert Wood Johnson di New Brunswick, New Jersey di mana Hennis Ling Tung sedang dirawat, dilapor berkata, penuntut itu mengalami konkusi dan menjalani terapi bagi memulihkan ingatan.

Konsul Jeneral Malaysia di New York, Syed Mohamed Bakri Syed Abdul Rahman turut melawat penuntut itu di hospital dan sempat bertemu dengan ibu bapa gadis tersebut.

"Tung telah sedar dan sudah boleh berkomunikasi secara perlahan-lahan. Ibunya terpaksa berbisik kepadanya untuk memberitahu saya datang sebagai konsul jeneral Malaysia.

"Gadis itu menganggukkan kepala dan menyapa saya. Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada hospital, beliau patah tulang rusuk," kata Syed Bakri kepada Bernama.

Akhbar Republic yang berpangkalan di Columbus, Indiana telah melaporkan seorang penuntut Malaysia terbunuh apabila kereta yang dinaikinya bersama empat lagi terbabas di laluan Interstate 78.

Bagaimanapun, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengeluarkan satu kenyataan kemudian mengesahkan pelajar wanita itu selamat.

Hennis, 20, merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Ohio. — BERNAMA

Final Terbuka Korea : Chong Wei kalahkan Lin Dan

Posted: 08 Jan 2012 12:21 AM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Lee Chong Wei menewaskan Lin Dan 12-21, 21-18, 21-14 pada final kejohanan badminton dunia Terbuka Korea di Gimnasium Olimpik Seoul sebentar tadi.

7 penumpang Qantas A380 cedera

Posted: 08 Jan 2012 12:19 AM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

SYDNEY: Tujuh penumpang cedera iaitu empat daripadanya dikejarkan ke hospital selepas pesawat Qantas A380 dari London ke Singapura digegarkan angin kuat, demikian menurut syarikat penerbangan yang berpangkalan di Australia itu, hari ini.

Juurcakap Qantas, berkata pesawat Airbus superjumbo itu hanya tiga jam dari Singapura ketika berdepan dengan ribut di ruang udara India, awal pagi semalam.

"Tujuh penumpang yang terbabit dan empat daripadanya dikejarkan ke hospital sebaik tiba di Singapura. Kesemua mereka dibenarkan pulang dan turut diberikan pelepasan untuk meneruskan penerbangan," katanya.

Kesemua mereka mengalami lebam selepas tercampak keluar dari tempat duduk ketika kejadian. - AFP

Rakyat Malaysia mati terlebih ambil ubat kuat di Jakarta

Posted: 08 Jan 2012 12:16 AM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Seorang lelaki warganegara Malaysia ditemui mati di sebuah bilik hotel di sini pagi ini dan polis percaya beliau mati akibat terlebih mengambil ubat kuat (peransang seks).

Difahamkan mayat lelaki berusia 56 tahun itu dijumpai pada kira-kira 5 pagi. Beliau berasal dari Selangor.

Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat. Jenazahnya dihantar ke rumah mayat Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM) untuk bedah siasat.

Polis sudah memaklumkan kejadian itu kepada Kedutaan Besar Malaysia di sini. - BERNAMA

Parkir Di Mahkamah Jln Duta telah ditutup sempenan Himpunan 901

Posted: 08 Jan 2012 12:10 AM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Jan -- GARISAN POLIS... Kawasan parkir kereta di hadapan Mahkamah Jalan Duta sudah ditutup sempena Himpunan 901 yang akan diadakan esok.

Himpunan 901 telah mendapat kebenaran pihak polis Kuala Lumpur untuk berhimpun pada Hari Isnin 9 Januari 2012. Anwar yang menghadapi pertuduhan liwat II akan menunggu keputusan dari Hakim Mahkamah tinggi Dato Zainal Abidin Md Diah.

Menjawab tuduhan pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan Himpunan 901, bagi Tuan Guru Haji Hadi mengatakan Perhimpunan 901 ini bukanlah untuk soal peribadi Anwar semata-mata, "Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman,"

Kedua-dua belah kiri dan kanan kawasan parkir kenderaan ditutup.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sebelum ini telah memohon Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman Perhimpunan 901 esok yang dikenali dengan singkatan perhimpunan 901, dan keputusannya pihak polis memberi kebenaran untuk berhimpun.

Menurut Timbalan Presiden PKR Azmin Ali "Hak berhimpun termaktub dalam perlembagaan dan kita datang untuk mendengar keputusan mahkamah dan, apapun keputusannya, kita akan bersurai dengan aman". BERNAMA

Pemuda PAS sokong pemecatan Hasan Ali

Posted: 07 Jan 2012 11:43 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mendokong keputusan yang dibuat secara musyawarah oleh PAS Pusat sebentar tadi bahawa Yb. Dato' Dr. Hassan Ali dibuang keahliannya berkuat kuasa serta merta dan menurut peruntukan perlembagaan parti, beliau masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama' selepas ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang dibuat secara syura ini.

2. Kepada Dato' Dr. Hassan Ali, jika anda benar - benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Dato' Abu Bakar Hamzah yg pernah dipecat kerana membuat kenyataan yg bercanggah dgn keputusan parti, tetapi beliau tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini. Beliau berehat panjang dan akhirnya kembali semula kepangkuan PAS di penghujung karier dan usianya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

DAP tetap bersama Anwar

Posted: 07 Jan 2012 11:36 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 8 Jan: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP akan berada bersama rakyat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur esok bagi memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau tetap dengan pendirian bahawa Anwar adalah pemimpin Pakatan Rakyat, laporRoketkini.com.

"Kalau Anwar menang (kes mahkamah) tentu sudah tentu beliau ada peluang menjadi Perdana Menteri (bila Pakatan menang PRU13)" katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan DAP 2012 di sini hari ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Guan Eng menegaskan sekali lagi komitmen dan semangat kesetiakawanan DAP dengan Anwar sebagai Ketua Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang.

"Kita berdiri teguh di belakangnya sebagai Perdana Menteri alternatif, walau apa pun keputusan perbicaraan esok, kita akan terus menyokongnya," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, tumpuan harus diberi bukan kepada Anwar, tetapi kepada PRU13 akan datang.

"Kita harapkan beliau berjaya esok dan semoga beliau dapat mengecapi Impian Bangsa Malaysia bersama kita," katanya. DAP hari ini mengemukakan Deklarasi Shah Alam bertemakan 'Impian Bangsa Malaysia' bagi mengukuhkan lagi iltizam menghadapi PRU13 akan datang.

Guan Eng berkata, setelah 46 tahun DAP tidak pernah 'tertinggal' dan kekal teguh dengan dengan aset utamanya iaitu menolak rasuah dan kronisme.

"Untuk merealisasikan Impian Bangsa Malaysia untuk sebuah negara yang maju, kita mahu negara berpolisi, bukan negara polis, kita memberi jaminan buat rakyat Malaysia bahawa kita tidak akan sama sekali menjual martabat kita kepada BN.

"Dalam usaha untuk merealisasikan Impian Bangsa Malaysia kita tidak mahukan kemenangan berdasarkan kekuatan tetapi kemenangan berdasarkan kebenaran. Marilah kita mengecapi Impian Bangsa Malaysia!," katanya.

Sehubungan itu bagi memperkasakan Impian Bangsa Malaysia, fokus utamanya ialah dengan menaikkan ekonomi rakyat, meningkatkan mutu hidup serta pengurangan kos sara hidup.

"You ingat 'kawan baik' saya (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri) Koh Tsu Koon akan tanggung kah?" katanya menjelaskan di Kerajaan Pakatan Pulau Pinang telah mengurangkan 95 peratus hutang negeri dalam tempoh empat tahun memerintah.
Tambah Guan Eng lagi, sudah sampai masanya untuk memperkenalkan konsep "solidariti ekonomi" dalam membentuk gagasan Impian Bangsa Malaysia.

"Konsep ini bermaksud solidariti antara yang kaya dengan yang miskin, antara bandar dengan luar bandar, antara yang kuat dengan yang lemah."

Justeru, Guan Eng menjelaskan lapan langkah untuk mencapai gagasan Impian Bangsa Malaysia iaitu:

1. Pelaksanaan gaji minima.
2. Menghubungkan terus kadar kenaikan gaji minima dengan kadar inflasi.
3. Memupuk penyertaan tenaga kerja wanita.
4. Mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.
5. Melonjakkan ekonomi melalui teknologi dan automasi.
6. Membanteras korupsi, rasuah dan ketirisan melalui pentadbiran berteraskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabel, Telus).
7. Meluhurkan undang-undang; dan
8. Mempertahankan hak-hak sah pekerja.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dan Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim, dan Pengerusi PRM, Dr Rohana Ariffin.

Spekulasi terjawab : Bekas ADUN, penulis blog Umno sertai DAP

Posted: 07 Jan 2012 11:24 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

Dua penulis blog terkemuka yang juga ahli Umno hari ini, mengakhiri spekulasi beberapa minggu masa depan politik mereka dengan menyertai DAP.

malay bloggers join dap 080112 03
Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (kanan) bekas ADUN Pulau Manis dan pemimpin veteran Umno Negri Sembilan Aspan Alias, berkata bahawa penyertaan mereka bersama DAP adalah tanpa sebarang syarat dan mereka tidak dijanjikan mana-mana jawatan.

Mengenai sama ada mereka telah keluar Umno secara rasmi, Mohd Ariff berkata bahawa dengan penyerahan borang keahlian dirinya dan Aspan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini bermakna keahlian Umno mereka secara automatik terbatal.

Tindakan itu dianggap satu tamparan kepada Umno yang sebelum ini mendakwa DAP adalah parti yang anti-Melayu.

malay bloggers join dap 080112 02
Mohd Ariff pernah menjadi ketua penerangan bahagian Umno Pekan yang masih diketuai oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau menulis di blog dedngan nama pena Sakmongkol46 dan berjaya menarik perhatian pembaca yang agak ramai kerana artikelnya yang kritikal.

Malaysiakini/-

PAS pecat Hasan Ali.

Posted: 07 Jan 2012 10:56 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Bekas ADUN, penulis blog Umno sertai DAP

Posted: 07 Jan 2012 10:55 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

Dua penulis blog terkemuka yang juga ahli Umno hari ini, mengakhiri spekulasi beberapa minggu masa depan politik mereka dengan menyertai DAP.

Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bekas ADUN Pulau Manis dan pemimpin veteran Umno Negeri Sembilan Aspan Alias, berkata bahawa penyertaan mereka bersama DAP adalah tanpa sebarang syarat dan mereka tidak dijanjikan mana-mana jawatan.

Mengenai sama ada mereka telah keluar Umno secara rasmi, Mohd Ariff berkata bahawa dengan penyerahan borang keahlian dirinya dan Aspan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini bermakna keahlian Umno mereka secara automatik terbatal.

Tindakan itu dianggap satu tamparan kepada Umno yang sebelum ini mendakwa DAP adalah parti yang anti-Melayu.

Mohd Ariff pernah menjadi ketua penerangan bahagian Umno Pekan yang masih diketuai oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau menulis di blog dedngan nama pena Sakmongkol46 dan berjaya menarik perhatian pembaca yang agak ramai kerana artikelnya yang kritikal.

Hasan Ali dipecat dari PAS .

Posted: 07 Jan 2012 10:29 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini telah mengambil keputusan memecat Hasan Ali dari Pas.
Keputusan itu dicapai sebulat suara.

Bagaimana pun Hasan dibenarkan merayu kepada Majlis Syura Ulamak.

PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat turut sama hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Demikian berita baru yang saya terima sekejap tadi. Pas dijangka akan membuat sidang akhbar berhubungan dengan isu tersebut.

Berita selanjutnya menyusul.

Pembaca berita TV3 mohon maaf, tersasul sebut Anwar

Posted: 07 Jan 2012 10:15 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pembaca berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay memohon maaf kerana tersilap menyebut nama Datuk Seri Anwar sebagai merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi.

"Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi. Tidak disengajakan," kata Jay menerusi mesej Twitter malam tadi.

Ketika membaca berita malam tadi Jay tersasul apabila berkata "Di Johannesburg, wartawan Lukman Hamidi melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar... Datuk Seri Mohd Najib itu dijangka..."

Berita itu merujuk kepada lawatan Najib ke Afrika Selatan bermula semalam.

Kesilapan itu kemudiannya menjadi topik hangat di laman Facebook dan Twiter malam tadi.

Ia kerana nama Ketua Pembangkang itu sedang menjadi buah mulut banyak pihak ekoran menjelang hari penentuan kes liwat beliau esok.

Video rakaman kesilapan itu juga turut dimuat naik di Youtube.

Najib dan rombongan tiba di Afrika Selatan

Posted: 07 Jan 2012 09:16 PM PST


14 Safar 1433H. [MOD] - PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak bersalam dengan Penasihat Pertahanan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan, Kolonel Marsaleh Hassim ketika tiba di Waterkloff Airforce Base di Johannesburg, hari ini. Beliau tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Afrika Selatan atas jemputan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma.

Malam tadi Pembaca berita tv3 (Jay Jamalina) tersasul semasa membaca berita mengenai Lawatan Najib ke Afrika. Beliau menyebut Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang melawat Afrika . Satu klip rakaman kejadian itu segera beredar di laman Youtube dan menghiasi kebanyakan wall FB di Malaysia pada hari ini.- Foto BERNAMA

AMK dakwa pengawal Wan Azizah disuntik morfin

Posted: 07 Jan 2012 09:13 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

Satu laporan polis dibuat ekoran kes pengawal peribadi Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dimasukkan ke hospital selepas disyaki diserang dan didakwa dicederakan dengan objek tajam beracun.

Menurut Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Pulau Pinang Syed Mikael Rizal Aidid, laporan melibatkan Fayyadh Afiq Albakqry itu dibuat sejurus selepas kejadian di Permatang Pauh malam tadi.

Dalam kenyataannya hari ini, Syed Mikael mendakwa, serangan itu disahkan berpunca dari tusukan jarum mengandungi morfin berlebihan ke tapak tangan.

Beliau malah mendakwa insiden itu merupakan "cubaan membunuh" Wan Azizah.

"Serangan itu walaupun dapat dielak oleh Saudara Fayyad al-Bakri, pengawal keselamatan keluarga Anwar Ibrahim, ia tetap diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh!" dakwanya.

Menurut seorang pembantu Anwar, Fayyadh tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan membawa Wan Azizah berceramah dari kampung halaman Anwar di Cherok Tok Kun ke Parit Buntar.

Selepas dibawa ke hospitral di Seberang Jaya, dilaporkan di Twitter bahawa lebih daripada 100 penyokong Pakatan Rakyat berada di hospital untuk mendoakan supaya Fayyadh pulih.

Wan Azizah antara puluhan pemimpin PKR yang sedang menjelajah seluruh negara dalam siri ceramah umum menjelang keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar esok.

Fayyadh merupakan pengawal peribadi yang sama yang didakwa terkena tembakan kanister gas pemedih mata ketika melindungi Anwar semasa perhimpunan BERSIH 2.0.

Malaysiakini/-

Karpal: 'Panglima perang dan godfather' mesti bersatu bagi menumbangkan BN

Posted: 07 Jan 2012 09:11 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh hari ini cuba menjalinkan semula hubungannya dengan timbalan setiausaha agung parti itu P Ramasamy yang agak tegak sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

"Saya minta semua yang hadir di sini, ahli-ahli DAP supaya bersatu. Panglima perang dan 'godfather' perlu bersama bagi menumbangkangkan BN," katanya pada persidangan DAP Kebangsaan di Shah Alam hari ini.

dap convention shah alam 080112 karpal
"Saya beri jaminan 'godfather' sedang membara dalam perut mereka," katanya dalam nada jenaka sambil disambut dengan sambutan gemuruh.

Sebelum ini, Karpal dan Ramasamy terbabit dalam perang mulut sehingga menyaksikan peguam veteran itu membuat tuntutan supaya Ramasamy melepaskan jawatannya sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

Ini berikutan kenyataan Ramasamy di akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai yang mendakwa terdapat "godfather" dalam DAP selepas beliau menamakan tiga individu sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang. Beliau bagaimanapun kemudian menafikan laporan itu dan berkata ia sebagai salah lapor.

Seminggu kemudian, Ramasamy sekali lagi menghangatkan keadaan apabila akhbar berbahasa Inggeris The Star yang memetiknya sebagai berkata pengkritiknya sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka.

Di sebalik cubaan untuk berbaik itu, Karpal mengingatkan bahawa parti itu menggalakkan darah baru tetapi sumbangan yang lama tidak harus dilupakan.

Karpal juga menimbulkan pengalaman bagaimana pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan dirinya yang telah mengoorbankan diri dengan sama ada ditahan di bawah Akta Keselamatan Antarabangsa atau disumbat ke dalam penjara pada masa lalu demi parti itu.

"Inilah tahap komitmen kami, ia adalah pengorbanan yang dibuat oleh DAP dan pemimpin-pemimpinnya.

"DAP sebelum ini berjuang bersendirian menentang BN tetapi kami tidak lagi keseorangan sekarang, kami sekarang bersama PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat."

Malaysiakini/-

SAMM Komited Turun Gelanggang 901 Bersama Gerakan Massa

Posted: 07 Jan 2012 09:01 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -



Tarikh 9 Januari 2012 atau 901 adalah suatu detik bersejarah apabila ia menjadi kemuncak kepada perbicaraan kes fitnah liwat yang kedua terhadap Anwar Ibrahim. Tarikh 901 bukan sahaja harus dikenang sebagai tarikh yang menentukan secebis mana saki-baki keadilan sebuah mahkamah, tetapi 901 harus disertai dalam apa jua bentuk penglibatan - termasuklah berhimpun di hadapan mahkamah bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim yang kita percayai telah lebih sedekad dianiaya oleh kerakusan regim demi mengekalkan kuasa.


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sentiasa memastikan gerakan anak muda akan terus menyumbangkan diri untuk menyertai gerakan massa terutamanya dalam isu penindasan ke atas rakyat tanpa mengira apa jua statusnya, warna kulit dan fahamannya, asalkan rakyat itu ditindas dan dianiaya, anak muda harus bangkit menentang kebejatan. Bezanya kali ini, susuk yang keadilannya dinafikan itu telah menjadi faktor utama yang menjadi punca goyahnya regim pemerintah dalam meneruskan aksi menjual negara.


Sebagai penggerak anak muda yang mengambil pendekatan radikal, SAMM juga telah memainkan peranan menjana maklumat kepada rakyat dan terus berkomitmen untuk memastikan rakyat turun dalam aksi 901. Ia termasuklah mengadakan siri ceramah penerangan jelajah seluruh negara, pengedaran risalah dan dvd kesedaran rakyat. Pergerakan SAMM yang terlibat bukan sahaja dalam gerakan surface dan beraksi dalam beberapa siri perhimpunan aman, yakin bahawa perhimpunan 901 adalah gerakan yang wajib disertai oleh rakyat yang cintakan keadilan.


Namun sebelum kita turun berhimpun ke perkarangan Mahkamah di Jalan Duta, SAMM berpendapat setiap seorang daripada kita harus faham dengan jelas mengapa Anwar Ibrahim berada di kandang pesalah. Kita juga harus sedar apakah agenda yang diatur sehingga memaksa Anwar Ibrahim berulang-alik turun-naik mahkamah dan tidak dibenarkan bergerak dengan bebas selagi beliau berada dalam arus utama kancah politik tanahair. Ini semua berlaku ketika Anwar Ibrahim hanya selangkah sebelum mentadbir negara ini secara marhein.


Tahun 1998 memperlihatkan bagaimana Anwar Ibrahim memilih untuk menyonsang arus ketika beliau boleh sahaja bersabar dan berdiam diri terhadap rasuah dan salahguna kuasa bagi menyelamatkan konglomerat milik kroni. Anwar Ibrahim tidak tunduk kepada arahan yang supaya harta negara dan harta awam digunakan sewenangnya untuk kepentingan penguasa. Percayalah jika Anwar Ibrahim turut terlibat bersekongkol sudah pasti bukan Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri hari ini. Tetapi demi rakyat, Anwar Ibrahim bangkit dengan slogan 'Lawan Tetap Lawan' yang menyebabkan beliau merengok ke dalam penjara daripada kerusi empuk Timbalan Perdana Menteri.


Demi untuk selamatkan rakyat dan negara, Anwar Ibrahim terpaksa berdepan sebuah konspirasi jahat yang diajukan terhadap beliau iaitu tuduhan liwat pertama. Perbicaraan kes liwat pertama ini juga banyak kelemahan dalam pendakwaan hingga akhirnya pada tahun 2004 tuduhan liwat tersebut digugurkan dan Anwar Ibrahim dibebaskan setelah enam tahun di bermastautin di penjara Sungai Buluh.


Pengalaman Anwar Ibrahim yang dihenyak dan dipukul dengan niat bunuh di dalam lokap, menyebabkan kesakitan kekal pada tulang belakang, dipenjara, diaibkan adalah kerana Anwar Ibrahim memilih untuk selamatkan rakyat dan negara. Apakah kita sebagai salah seorang rakyat yang pernah cuba diselamatkan oleh Anwar Ibrahim akan berdiam diri?


Kali ini pada tahun 2008, de javu 1998 berlaku setelah perencanaan 16 September untuk membebaskan negara dari kepimpinan negara yang menindas rakyat hampir menjadi kenyataan. Panik dengan perkembangan positif pergerakan 16 September termasuklah beberapa pertemuan Anwar Ibrahim dengan ahli parlimen, perencanaan 16 September harus digagalkan manakala peranan besar Anwar Ibrahim tidak wajar dibiarkan setelah beliau menjadi faktor utama tsunami 8 Mac.


Ketika Anwar Ibrahim sekali lagi selangkah sebelum menerpa kejayaan, maka di atas alasan yang sama hadirlah konspirasi liwat versi kedua. Dalam perlawanan kali ini, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau akan terus lawan dan tiada sebab untuk beliau tunduk setelah melalui seribu dugaan, demi menyelamatkan rakyat dan negara.


Tarikh 901 adalah hari penentu. Berhimpun atas tajuk 901 bukan urusan Anwar Ibrahim semata-mata, ianya adalah tanggungjawab kita rakyat Malaysia yang harus menilai dan menjadi hakim bagi menentukan samada sistem perundangan negara dimusnahkan atau masih boleh diselamatkan. Berhimpun atas tajuk 901 bukan hanya kerana susuk itu Anwar Ibrahim, tetapi bagi memberi sokongan terhadap seorang pemimpin yang selama ini manuver ranjau berduri dan berkorban segalanya demi rakyat. 901 adalah detik untuk rakyat buktikan bahawa mereka bersama Anwar Ibrahim bukan hanya kerana susuk itu adalah Anwar Ibrahim, tetapi kerana menagih keadilan dalam sistem perundangan negara.


Banyak pihak yang bertanya apakah SAMM tidak turun beraksi di 901, banyak pihak juga menunggu apakah tindakkan seterusnya SAMM dalam merealisasikan himpunan 901 yang lebih bermakna. Selaku anak muda, SAMM tidak pernah tertinggal dalam mana-mana aksi arus utama massa malah SAMM cenderung untuk menyeru semua rakyat agar bangkit bangun melawan penindasan dan penganiayaan terhadap rakyat.


Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia menegaskan bahawa selaku penggerak anak muda, SAMM akan bersama dengan rakyat dalam aksi 901 dengan seluruh kekuatan. Komrad SAMM sentiasa bersedia dan ketika ini juga terdapat beberapa hotel telah dipenuhi oleh komrad SAMM yang hadir dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Semuanya hadir dengan tekad bersama rakyat menentang keadilan buat Anwar Ibrahim yang sekian lama dinafikan.


Menyelusuri perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim sejak dari awal pertuduhan, hingga ke pendakwaan yang goyah lagi meragukan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil tanggungjawab merungkai segala persoalan dengan mengumpul segala maklumat dan fakta. Hasilnya SAMM telah menerbitkan sebuah buku teks lengkap yang menjadi rujukan penting betapa perbicaraan kes liwat ini tidak dijalankan dengan telus dan seterusnya menggambarkan sistem perundangan yang serba pincang bagi menggagalkan gerakan rakyat.


Buku berjudul FITNAH terbitan SAMM ini akan dilancarkan pada 7 Januari 2012 oleh Presiden Keadilan di tempat lahirnya pejuang rakyat bernama Anwar Ibrahim di Ceruk To' Kun, Bukit Mertajam. Turut bersama dalam melancarkan buku FITNAH ialah Prof A Samad Said dan Hishamuddin Rais. Dengan pelancaran buku ini, ia menjadi bukti betapa SAMM menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membela nasib Anwar Ibrahim dengan peranannya yang tersendiri.


Tanggal 901 kian hampir, keputusan perbicaraan kini berada di penghujungnya. Ayuh bersama SAMM turun memberi sokongan moral dan padu terhadap keperluan sebuah sistem perundangan yang telus tanpa tunduk kepada pihak pemerintah yang terdesak mempertahan kuasa dan tembolok masing-masing. Di kesempatan yang ada ini, SAMM sekali lagi menyeru rakyat melaksanakan sedikit tanggungjawab yang melambangkan bangsa Malaysia yang menolak Fitnah dan Konspirasi jahat.


SAMM akan berada di barisan hadapan dan memastikan 901 menjadi medan persediaan buat rakyat untuk bersama-sama Anwar Ibrahim menuju ke lokap, penjara ataupun menuju ke Putrajaya.


Che'GuBard

Pengasas Gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

www.anakmudamalaysia.com

21 terbunuh dalam keganasan di Syria

Posted: 07 Jan 2012 06:22 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

NICOSIA: Dua puluh satu orang awam terbunuh dalam keganasan di Syria semalam dengan 17 daripada mangsa ditembak pihak berkuasa manakala empat lagi terkena bom tangan roket yang disasarkan kepada satu demonstrasi pro kerajaan.

Menurut Syrian Observatory for Human Rights, 11 orang awam terbunuh di Homs manakala 10 lagi di Idlib.

Sementara itu, 63 lagi orang awam cedera dalam serangan kelmarin yang didakwa pihak pembangkang dilakukan kerajaan. - AFP

Bolasepak Piala Sumbangsih : Polis tahan 26 penyokong NS, K'tan

Posted: 07 Jan 2012 05:16 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

Seramai 26 penyokong lelaki dari pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk membawa barang larangan seperti mercun dan bunga api ke pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata polis, yang mengadakan kawalan sejak pukul 2 petang hingga separuh masa perlawanan, merampas 56 suar, satu bom asap, lima bunga api, satu pisau lipat dan sepaket ganja.

"Kita menahan kedua-dua kumpulan penyokong yang mula masuk ke dalam stadium sekitar pukul 6 petang hingga 9.30 malam. Mereka berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Kelantan dan Negeri Sembilan di ibunegara.

Bagi mengaburi polis, Mohan Singh berkata daripada jumlah itu, 22 lelaki yang ditahan membawa barangan larangan 'flare' dalam kain rentang ke pekarangan stadium.

"Kita nampak mereka dalam keadaan mencurigakan apabila seramai 22 orang membawa banner (kain rentang) itu lalu kita melakukan pemeriksaan ke atas barangan itu," katanya.

Beliau berkata ganja yang dirampas turut ditemui dalam kain rentang itu.

- Bernama

Pengawal peribadi Wan Azizah pengsan, didakwa diracun

Posted: 07 Jan 2012 05:13 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

Pengawal peribadi presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital semalam selepas disyaki diserang dan didakwa dicederakan dengan objek tajam yang beracun.

Menurut seorang pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, kejadian itu berlaku selepas tamatnya satu ceramah ketua umum PKR itu di kampung halamannya di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang.
NONE
Pengawal peribadi itu, Fayyadh Afiq Albakqry, mengiringi Wan Azizah beredar melalui orang ramai yang hadir di ceramah berkenaan pada kira-kira jam 10 malam apabila kejadian itu dikatakan berlaku.

Fayyadh Afiq sedang mengiringi Wan Azizah ke satu lagi ceramah di Parit Buntar, Perak tetapi dia mula berasa sakit dan akhirnya tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan.

Berikutan itu, Wan Azizah mengarahkan pemandunya berpatah balik menuju ke utara untuk membawa Fayyadh Afiq ke sebuah hospital di Seberang Jaya.

Menurut ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Syed Mikael Rizal Aidid, pada mulanya, Fayyadh Afiqberdarah selepas tangannya cedera terkena objek yang tajam, tetapi mereka memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke Parit Buntar.

Bagaimanapun, katanya, selepas Fayyadh Afiq sakit, mereka mengesyaki dia mungkin diracun semasa serangan tersebut.

Berita mengenai serangan tersebut tersebar dengan cepat melalui Twitter dengan beberapa individu mendakwa Fayyadh Afiq mungkin menghalang serangan terhadap Wan Azizah.

Sesetengah tweets mendakwa jantung Fayyadh Afiq berhenti berdenyut berikutan dakwaan serangan tersebut, tetapi para pemimpin PKR kemudian menulis melalui tweet menyatakan pengawal peribadi itu dalam keadaan stabil dan telah sedar semula.

Juga dilaporkan di twitter bahawa lebih daripada 100 penyokong PKR dan Pakatan Rakyat berada di hospital untuk mendoakan supaya Fayyadh Afiq pulih.

Wan Azizah adalah antara puluhan pemimpin PKR yang sedang menjelajah ke negara dalam siri ceramah umum menjelang keputusan perbicaraan kes liwat II Isnin ini.

Anwar pula berada di Kuala Terengganu menghadiri satu lagi ceramah umum di negeri itu ketika serangan tersebut dikatakan berlaku.

NONE
Fayyadh Afiq juga merupakan pengawal peribadi yang sama yang didakwa terkena tembakan kanister gas pemedih mata ketika melindungi Anwar semasa perhimpunan BERSIH 2.0.

Fayyadh Afiq dijadual menghadiri pendengaran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai dakwaan kekerasan pihak polis semasa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai.

Malaysiakini/-

Keputusan Liga Sepanyol

Posted: 07 Jan 2012 04:30 PM PST


14 Safar 1433H. [MOD] - PEMAIN Inter Milan, Diego Milito (kiri) bersaing dengan pertahanan Parma, Daniele Galloppa dalam perlawanan Serie A di Milan, pagi tadi. Inter menang 5-0. - Foto EPA

Keputusan Liga Sepanyol

Racing Santander 1 (Bernardo 45+1) Real Zaragoza 0

Real Sociedad 0 Osasuna 0
Levante 0 Real Mallorca 0
Real Madrid 5 (Benzema 19, 50, Sergio Ramos 34, Higuain 47, Cristiano Ronaldo 89) Granada 1 (Mikel Rico 22)

Malaga 0 Atletico Madrid 0

- AFP

Artifak Titanic akan dilelong

Posted: 07 Jan 2012 04:27 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

NEW YORK - Lebih 5,500 artifak seperti rantai berlian, tembikar China dan bahagian serta peralatan dari kapal Titanic yang terkenal di seluruh dunia dengan insiden karam menyayat hati akan dilelong sempena ulang tahun ke-100 tragedi itu pada 11 April depan.

Kesemua artifak tersebut akan dilelong sebagai satu koleksi tunggal di rumah lelongan Guernsey di New York berhampiran pelabuhan yang sepatutnya menjadi lokasi terakhir Titanic berlabuh selepas melakukan pelayaran pertamanya.

Presiden Guernsey, Arlan Ettinger berkata, tujuan kesemua artifak mempunyai nilai tersendiri itu disenaraikan sebagai koleksi tunggal bagi mengelakkan ia terjejas dan musnah. Agensi/-

Keranda pelik jadi tarikan

Posted: 07 Jan 2012 04:25 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -


Keranda pelik jadi tarikan

ACCRA - Adakah anda pernah terfikir untuk melihat keranda dalam pelbagai rupa dan bentuk yang pelik?

Kini, ia tidak mustahil lagi dengan kemunculan keranda pelbagai bentuk seperti ikan jerung, buah nanas, telefon bimbit dan kereta mewah hasil kerja tangan tukang kayu dari Ghana.

Paa Joe, 66, pakar membuat keranda dari Afrika barat itu, berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung dengan rekaan pelik kerandannya dalam sebuah pameran seni di Galeri Jack Bell, Britain pada tahun lalu.

Joe kini bekerja di sebuah kedai pertukangan kayu Kane Kwei di Accra.

Pengasasnya, Kane Wei memulakan perniagaannya sekitar 1950-an dan telah mencipta mencipta keranda seakan-akan bentuk kapal terbang untuk mendiang neneknya.

Perniagaan tersebut kini telah berkembang dan semakin mendapat permintaan di Britain selepas pameran seni itu diadakan.

Joe kini semakin sibuk menyiapkan tempahan keranda pelbagai bentuk seperti pisang, robot dan lokomotif. SH/-

Awas : Virus serang 45,000 akaun Facebook

Posted: 07 Jan 2012 04:23 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

MENLO PARK - Sebanyak 45,000 akaun pengguna laman sosial, Facebook di Eropah telah diserang virus ramni sehingga menyebabkan mereka terpaksa menukar kata laluan secara serta-merta.

Sementara itu, agensi keselamatan siber, vendorSeculert melaporkan puluhan ribu akaun pengguna Facebook di Perancis dan Britain telah digodam pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan nama dan kata laluan mereka.

Ini kerana hasil siasatan mereka mendapati kebanyakan pengguna menggunakan kata laluan yang sama untuk perkhidmatan dalam talian lain dan ia telah menjadi antara sebab penjenayah mahu mendapatkan maklumat dengan mudah melalui serangan virus itu.

Jurucakap Facebook menyatakan pengguna boleh melindungi akaun dengan tidak menekan mana-mana pautan asing dan mencurigakan yang muncul secara tiba-tiba pada halaman mereka.

Penangguhan sementara kuliah Subuh dan Maghrib : 500 demo depan masjid

Posted: 07 Jan 2012 04:13 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -


500 demo depan masjid

TAIPING – Isu pekeliling yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak mengenai penangguhan sementara kuliah Subuh dan Maghrib di Masjid Daerah Taiping menjadi bualan hangat penduduk beragama Islam di sekitar Taiping.

Lanjutan dari pekeliling tersebut, satu demonstrasi disertai hampir 500 orang dilakukan selepas solat Jumaat, semalam.

Demonstrasi itu disertai golongan pelbagai usia melaungkan 'Takbir Allahuakbar' sebelum dua wakil mereka menyampaikan rasa tidak puas hati mengenai isu ini.

Luahan rasa tidak puas hati itu diselangi dengan laungan 'takbir' yang mengambil masa hampir 20 minit sebelum semua yang hadir bersurai kira-kira jam 2.45 petang.

Doa daripada Yang Dipertua Pas Taiping, Ustaz Fakharuddin Abd Aziz mengakhiri demonstrasi berkenaan. Hadir sama, Adun Aulong, Yew Tien Hoe.

Selepas berakhir demonstrasi, terdapat segelintir yang hadir membuat provokasi, bagaimanapun ia berjaya ditenangkan rakan mereka.

Sepasukan polis turut berada di perkarangan masjid sebagai pemerhati dan mengawasi keadaan tersebut.

Sementara itu, salah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan, Mohd Salleh Arshad berpendapat, demonstrasi itu dilakukan kerana kurang bersetuju dengan tindakan yang dilakukan apabila kuliah Subuh dan Maghrib ditangguhkan.

Menurutnya, demonstrasi menjadi tempat dan saluran kumpulan berkenaan menyatakan bantahan mengenai pekeliling tersebut dan secara peribadi ia dianggap berjaya kerana mendapat sokongan ramai. SH/-

Kelajuan Internet Terpantas Di Dunia Terdapat Di Korea Selatan

Posted: 07 Jan 2012 04:03 PM PST

14 Safar 1433H. [MOD] -

MUNGKIN di kalangan pembaca, apabila diajukan soalan di manakah lokasi luar negara yang mereka ingin menggunakan super high speed broadband, jawapan yang pasti akan keluar ialah Amerika Syarikat ataupun Eropah.

Namun ketika artikel ini ditulis, Korea Selatan telahpun mencapai kelajuan internet terpantas di dunia.

Menjelang tahun ini, pengguna internet di Korea Selatan dapat memuat turun filem definisi tinggi dalam jangka masa dua saat sahaja. Kelajuan pasaran Jalur Lebar Korea Selatan dibangunkan dengan kadar yang luar biasa.

Perkhidmatan jalur lebar yang pertama dilancarkan di Korea Selatan pada tahun 1998. Ia mengambil masa dua tahun sahaja untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar tertinggi di dunia.

PERTAMA DI DUNIA

Pada tahun 2005, Korea Selatan selangkah ke hadapan dengan kejayaan menjadi negara pertama di dunia yang telah mentransformasi pertukaran penggunaan dial-up sepenuhnya kepada jalur lebar.

Pada tahun yang sama, hampir 85% pengguna mempunyai akses internet sehinggan 1mbps.

Pada tahun 2010, kerajaan Korea Selatan yang bekerjasama dengan sektor swasta telah memulakan usaha untuk membekal kelajuan internet sehingga 1gbps.

Suruhanjaya Komunikasi Korea Selatan berhasrat untuk menyambungkan kesemua rumah di Korea Selatan dengan kelajuan 1gbps.

Kelajuan maksimum 1gbps dijangka hanya terdapat di bandar-bandar utama di Korea Selatan manakala pengguna internet talian tetap di bandar kecil dapat menikmati kelajuan di antara 50mbps-100mbps.

Mereka mempunyai dua pelan nasional jalur lebar iaitu Rangkaian Penyatuan Jalur Lebar (BCN) dan IT839.

Kedua-dua memfokus kepada mewujudkan rangkaian yang menyeluruh yang membolehkan pelanggan berkomunikasi pada bila-bila masa melalui pelbagai peranti, termasuk telefon tetap dan mudah alih, komputer peribadi, rangkaian rumah dan peralatan lain.

BCN TERBAIK DUNIA

Pada tahun 2004, kerajaan memilih tiga konsortium yang diketuai oleh Korea Telecom (KT), DACOM dan Korea Selatan Telekom (SKT) untuk membangunkan percubaan BCN dengan menggunakan pembiayaan sendiri.

Matlamat kerajaan Korea Selatan ialah untuk menubuhkan BCN terbaik di dunia yang boleh menyediakan perkhidmatan multimedia jalur lebar kepada 100 juta isi rumah yang menggunakan perkhidmatan talian tetap dan 100 juta pengguna perkhidmatan tanpa wayar.

BCN diikuti oleh rangkaian penumpuan Ultrabroadband (UBCN) program yang akan dijalankan antara 2009 dan 2013.

Ia akan memberi tumpuan kepada pembangunan jalur lebar dengan 1 kelajuan Gbps.

NEGARA PALING AGRESIF BANGUN JALUR LEBAR

Pada awal tahun 2011, Korea Selatan dinamakan sebagai negara paling agresif oleh perancangan kerajaan ke arah pembangunan jalur lebar dalam satu kajian yang membandingkan 16 buah negara.

Korea Selatan telah membuat satu pelan induk ataupun 'master plan' sejak 10 tahun yang lepas.

Dengan adanya strategi pembangunan jalur lebar negara yang sangat mantap dan amat terperinci, mereka dapat melaksanakan projek menaik-taraf tanpa ada sebarang masalah.

Luar biasa sekali, kerajaan Korea Selatan merancang untuk membelanjakan kurang daripada satu peratus daripada bajet kepada pelan, yang bercadang untuk mengisi jurang dengan menggalakkan pelaburan sektor swasta.

Tambahan, satu fakta yang paling menakjubkan ialah, usaha projek menaik-taraf kelajuan internet telah mendapat sokongan penuh daripada para ahli politik.

Soalan pertama yang akan timbul, mengapa Korea Selatan berusaha untuk membekalkan kelajuan yang pada pandangan penulis, amat luar biasa kepada penduduk mereka?

KE ARAH HARI ESOK

Jawapan yang tepat ialah mereka telah melihat potensi yang amat besar sekiranya kelajuan internet dipertingkatkan.

Bagi mereka, kelajuan internet luar biasa dapat merubah landskap kehidupan.

Jika saya bertanyakan kepada pengguna internet biasa, mungkin jawapan yang diperolehi ialah bukankah kelajuan broadband talian tetap di negara kita sudah memadai untuk kehidupan seharian biasa atau sekadar ingin melayari facebook atau twitter, baca berita secara online, menerima dan menghantar email kepada rakan-rakan.

Tujuan kita melayari internet bukan sahaja untuk membaca berita, mencari maklumat dan informasi, memuat turun lagu ataupun filem, membeli barang secara online tetapi lebih daripada itu.

Mereka ingin mengaplikasikan sepenuhnya teknologi internet dalam kehidupan mereka.

Internet adalah satu medium bertujuan menghubungkan komuniti dan pada masa yang sama, memudahkan segala perkerjaan.

Lebih daripada 94% isi rumah Korea Selatan sudah mempunyai akses kepada perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dan Korea mempunyai jumlah tertinggi pelanggan perkhidmatan jalur lebar di dunia pada tahun lepas.

INSENTIF

Korea Selatan telah pun menjadikan pembinaan jalur lebar sebagai keutamaan negara dan dalam kes-kes yang tertentu, kerajaan telah memberi insentif kepada syarikat-syarikat swasta untuk turut serta membangunkan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Dengan cara ini, ia dapat menghalang pemain utama daripada memonopoli perniagaan mereka, menggalakkan persaingan dan inovasi.

Di Korea Selatan, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar dari syarikat kabel atau telekomunikasi.

Tetapi mereka juga boleh memilih di kalangan pembekal bebas yang diberi akses oleh kerajaan menggunakan infrastruktur yang sedia ada untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada pengguna.

Kerajaan Korea Selatan juga telah memberi insentif kepada pengguna dengan memberikan subsidi untuk menarik banyak lagi pengguna melanggan talian tetap.

Tambahan dengan persaingan sihat di antara syarikat komunikasi swasta mahupun bebas, harga yang ditawarkan sangat murah dan dari segi kebaikannya, menguntungkan pengguna.

Pelik tetapi benar, kerajaan Korea Selatan tidak meletakan sasaran untuk mencapai kelajuan internet 100,200 ataupun 500mbps, sebaliknya telah meletak sasaran nasional untuk mencapai kelajuan 1000mbps(1gbps) pada tahun 2012.

NEGARA KITA BERBANDING KOREA SELATAN

Di negara kita, kelajuan internet paling tinggi dapat dinikmati oleh pengguna talian tetap ialah 20mbps, manakala talian tanpa wayar ialah 15mbps untuk rangkaian 4G dan 7.2mpbs untuk rangkaian 3G.

Umobile 3G pula berkemampuan untuk mencapai kelajuan 42mbps .

Korea Selatan pada asasnya telah memilih untuk menaiktarafkan teknologi negara untuk membantu memulihkan ekonomi yang hancur ketika mengalami krisis ekonomi 1997.

Ia seterusnya mencipta persaingan jalur lebar yang sihat, memberi kebaikan kepada pengguna dari segi harga perkhidmatan jalur lebar dan meningkatkan kelajuan.

Walaupun ekonomi masih bergelut, Korea Selatan telah mencapai kemajuan yang setara dengan pelbagai bentuk teknologi digital.

Penduduk mereka boleh mendapatkan video atas permintaan dalam talian dalam kualiti definisi tinggi, malah lebih murah berbanding rakyat Amerika membayar sewa DVD.

Pelajar berpendapatan rendah dapat menggunakan sambungan kelajuan tinggi untuk mengambil tutorial secara percuma untuk ujian kebolehan negara, peperiksaan yang boleh menentukan kemasukan kolej dan permintaan pekerjaan pada masa depan.

Petani menggunakan internet sebagai wadah untuk menjual hasil tanaman mereka dan sayur-sayuran.

Tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawasanya kita boleh membeli buah dan sayur-sayuran secara online tetapi hakikatnya, fenomena ini sedang berlaku di Korea Selatan dalam skala yang besar.

Selain itu, rakyat Korea Selatan menggunakan sepenuhnya manfaat internet untuk membaiki tahap pembelajaran bahasa Inggeris.

mStar/-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan