::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 08 Jan 2012 01:24 AM PST PAS bangga dengan kecekalan keluarga Adam Adli Posted: 07 Jan 2012 06:16 AM PST PULAU PINANG, 7 Jan: PAS bangga dengan kecekalan ayah kepada Adam Adli kerana begitu konsisten terhadap perjuangan yang digerakkan oleh anaknya walaupun tahu perjuangan Adam Adli (gambar) bakal berhadapan dengan ugutan, tohmahan dan ancaman. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menziarahi keluarga Adam Adli di salah satu kawasan parlimen di Seberang Perai [...] | Lim Guan Eng Menang Saman Malu Ke Atas Utusan Posted: 14 Dec 2011 03:38 PM PST “Kerajaan negeri tidak pernah merobohkan rumah di Pulau Pinang, yang merobohkan adalah koperasi yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang” – Lim Guan Eng Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk ‘Kebiadaban Guan Eng' yang diterbitkan pada 20 Disember [...] | |
Peghelih La... Posted: 07 Jan 2012 11:46 PM PST |
PARLIMEN BUKIT GANTANG Posted: 07 Jan 2012 09:22 PM PST Makan durian bersama penduduk Bukit Gantang. Posted: 07 Jan 2012 07:24 PM PST ALHAMDULILLAH... PIMPINAN PAS PUSAT DAN NEGERI NEGERI TURUT HADIR KE MARKAZ TMN KUNING SARI INI ANTARANYA UST IDRIS HJ AHMAD (AJK PAS PUSAT), USTAZ ABU BAKAR HUSSEIN (PESURUHJAYA NEGERI PERAK), DATO' SERI NIZAR JAMALUDDIN (TIM. PESURUHJAYA PAS PERAK 1 / AHLI PARLIMEN BKT GANTANG), USTAZ MISBAH MUNIR (TIM. PESURUHJAYA PAS PERAK 2), TN. HJ RAZMAN ZAKARIA (TIM. PESURUHJAYA PAS PERAK 3) PIMPINAN KAWASAN DAN JUGA CAW.2 BERDEKATAN. SEMOGA DENGAN KUNJUNGAN2 DARI PAS PUSAT DAN NEGERI PAS TMN KUNING SARI AKN MENJADI KUBU KUAT PAS PULA...INSYA ALLAH....
| Bersiap hadapi ibu pilihan raya Posted: 07 Jan 2012 07:22 PM PST Apapun pergolakan atau peristiwa yang berlaku dan akan berlaku dalam waktu terdekat ini, sewajarnya tidak membantutkan persiapan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Ini kerana PRU Ke-13 ini, yang dianggap 'ibu segala pilihan raya' di Malaysia, akan menentukan sama ada Barisan Naional akan berkuasa kembali atau Pakatan Rakyat akan memerintah Puterajaya. Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengatakan bahawa "sama ada saya dipenjarakan atau dibebaskan oleh mahkamah pada 9 Januari ini tidak penting, yang penting ialah meneruskan perjuangan hinggah Pakatan Rakyat menang dalam piluhan raya umum kali ini." Beliau mengulangi, keputusan sama ada beliau dipenjarakan atau tidak, tidak penting, namun apa yang dinantikan adalah keputusan rakyat dalam menilai dan membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang untuk merubah kerajaan. Untuk mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13, Pakatan Rakyat sewajarnya membuat persiapan paling rapi, strategi dan bacaan politik yang tepat dan dalam masa yang sama berazam dan bertawakkal kepada Ilahi, justru pada akhirnya segala keputusan di tangan-Nya. Dari pelbagai laporan yang diterima, khusunya dri negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, Persiapan berjalan lancar. Petugas parti-parti dalam Pakatan Rakyat bertungkus lumus, siang dan malam membuat persiapan dalam semua aspek. Misalnya, PAS Selangor sudahpun melancarkan program 'Semarak Hijau' di beberapa kawasan di Selangor untuk memugar pengundi agar menyokong Pakatan Rakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Program berterusan ini yang dikendalikan oleh pengarahnya, Ir. Izham Hashim yang juga Bendahari PAS Selangor, boleh dikatakan telah mencapai matlamat, di mana, menurutnya, sudah ada perubahan pemikiran di kalangan rakyat – khususunya di luar bandar, termasuk di rancangan Felda. Mereka bukan lagi penyokong tegar Umno/BN, tetapi sudah ada yang menunjuklkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Negeri Selangor yang kaya dan ternama itu, walaupun menghadapi pelbagai cabaran, serangan pelbagai bentuk dari musuh politik Pakatan Rakyat, namun pemerintahannya yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim masih kukuh dan diterima oleh rakyat kerana telah memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Selangor.
PAS Negeri Johor pula sedang melancarkan jentera dan program untuk menghadapi PRU Ke-13 itu. Sambutan Ulangtahun PAS Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Dataran Haji Mardi [Dewan Marwan Al Hakam] Ayer Hitam, Johor baru-baru ini telah dihadari oleh lebih 3,000 orang.
PAS negeri itu memutukan untuk mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Persuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, mereka 'menyerahkan' lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada pilihan raya umum lalu kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Kesemua kerusi itu adalah kawasan campuran berdasarkan kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan di kawasan terbabit," katanya lagi.
PAS Johor, katanya, membuat keputusan untuk bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 28 kawasan DUN pada PRU13, berbanding sembilan Parlimen dan 33 DUN pada PRU 2008.
Kata beliau, senarai calon dari PAS Johor yang akan bertanding pada PRU13 telah pun siap, tetapi ia perlu diperakui dan diluluskan oleh kepimpinan parti pada peringkat pusat.
Sementara itu, PAS/Pakatan Rakyat Negeri Kedah juga telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi PRU Ke-13 dengan fokus utama mempertahankan kerusi yang dimenangi dalam PRU yang lalu.
Dalam masa yang sama berusaha keras untuk menawan kerusi yang tewas di tangan BN dalam PRU yang lalu. Ini adalah keazaman pimpinan Pakatan Rakyat Negeri itu.
PAS sendiri, yang memimpin kerajaan negeri itu telah melaksanakan pelbagai program untuk rakyat dalam pelbagai bidang. Walaupun menghadapi pelbagai tohmah dari Umn/BN, namun kerajaan pimpinan Datuk Seri Azizan Razak itu berjaya mematahkan tuduhan itu.
Di negeri yang belum diperintah oleh Pakatan Rakyat – Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak, jentera pilihan raya Pakatan telahpun digerakkan. Pemimpin Pakatan terus memantau persiapan. Mereja silih berganti ke Sabah dan Sarawak untuk mempatikan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat berjalan lancar.
Dari tinjauan yang ada, menunjukkan negeri-negeri yang dulunya bukan di bawah Pakatan Rakyat sangat sukar bertapak sudah menunjukkan perubahan. Tetapi kini negeri-negeri tersebut tidak boleh lagi dianggap sebagai negeri 'simpanan tetap' Umno/BN.
Ini adalah perubahan yang amat ketara termasuk di negeri Johor, yang selama ini dianggap sebagai kubun Umno. Dari tinjauan yang dibuat, menunjukkan perubahan sikap rakyat Johor sangat ketara.
Isu rasuah, skandel projek lembu, isu tanah rancangan Felda, isu pelabur asing mendominasi negeri Johor, isu pemimpin Umno/BN hidup bermewah-mewah dan lain-lain diperkatakan dengan meluas dan terbuka di mana-mana oleh rakyat negeri itu. Ini menyebabkan rasa benci mereka terhadap Umno/BN.
Sementara itu Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan konvensyen yang bertema 'Bersihkan Malaysia' pada 13 dan 14 Januari ini di Alor Setar, Kedah dengan memberikan fokus khusus kepada pembentukan manifesto pakatan itu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Dalam Konvensyen terebut, pimpinan Pakatan Rakyat akan membincangkan beberapa isu pokok yang akan menjadi asas kepada manifesto Pakatan Rakyat, selain yang tertera dalam Buku Jingga.
Ia adalah manifesto utama yang terus menjadi pegangan dasar Pakatan Rakyat sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang. Isu-isu yang menjadi fokus dalam konvensyen selama dua hari itu antara lain melibatkan perkhidmatan awam, mahasiswa dan juga isu-isu federalisme. Konvensyen sebelum ini diadakan di Selangor dan Pulau Pinang. | |
LAMAN RASMI ADUN MAHARANI Posted: 07 Jan 2012 09:06 PM PST BANTUAN PERSEKOLAH DUN MAHARANI 2012 Posted: 07 Jan 2012 09:21 AM PST PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN MAHARANI Pusat Khidmat DUN Maharani dengan kerjasama PAS Kawasan Muar telah mengadakan program tahunannya, Bantuan Persekolah, padapagi hari Isnin 26 Disember 2011 . Majlis diadakan di pekarangan Pejabat Pusat Khidmat ADUN Maharani di Pekan Parit Bakar Muar. Suasana meriah dan ceria dapat dirasakan pada pagi tersebut. Penerima bantuan datan berduyun-duyun sejak jam 8.00 pagi lagi. Menurut ADUN Maharani, YB Dr Mohammad Taslim, tahun ini seramai 450 orang pelajar dipilih dari seluruh kawasan DUN Maharani untuk menerima beg sekolah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan Muar dan semua yang memberi sumbangan untuk menjayakan majlis ini.AJK DUN Maharani dan MTD Maharani, Muslimat, Pemuda, Halwa turut menyumbang tenaga. Majlis ini turut dihadiri oleh YDP PAS Muar sendiri, Ustaz Abu Bakar Lajat, Timbalan YDP PAS Muar Tn Hj Malik Md Diah, Ahli Parlimen Bakri YB Er Teck Hwa dan PAnya, Sdr Yatin Sarpan Ketua PKR Cabang Muar dan ramai kepimpinan Pakatan Rakyat Muar. Liputan berita Program bantuan Persekolahan DUN Maharani dalam Harakah 30 Disember 2011
Suasana meriah diPekan Parit Bakar, tempat program dijalankan.
Sokongan padu daripada Kepimpinan Pakatan Rakyat.
Pemimpin bersama rakyat : Dari kiri Sdr Malik Md Diah (Penyelaran Pusat Aduan Rakyat DUN Sg Balang), Ustaz Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar), Sdr Yatin Sarpan (Ketua Cabang PKR Cabang Muar), YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri), YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani), PA YB Er. Ibubapa dan anak-anak memenuhi ruang dalam khemah.
Sumbangan beg sekolah untuk 450 orang pelajar dalam DUN Maharani. Pendaftaran penerima sumbangan. Urusetia dengan tugasnya. Berdiri berbau putih ialah Sdr Abu Bakar Ismail (Pengarah MTD Maharani). Sdr Hamidun Omar (Pegawai Khas ADUN) , berbaju putih, bersama urusetia.
Ini untuk anda ...
| |
PAS LENGGONG Posted: 07 Jan 2012 08:03 PM PST Bubar sebelum selesai PSC marahkan rakyat Posted: 07 Jan 2012 07:16 PM PST Muhammad Yusri Amin KOTA BHARU, 7 Jan: Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) Dr Mohd Hatta Md Ramli yakin mana-mana pihak yang cuba untuk mendahului PSC bagi membubarkan Parlimen lebih awal akan berhadapan dengan kemarahan rakyat. (Dr Hatta dalam pendengaran awam di Kota Bharu) Sehubungan itu, beliau berharap, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak membubarkan Parlimen sehingga kajian dan cadangan PSC dilaksanakan.
"Maksudnya, pembubaran Parlimen akan ditakhirkan, dikemudiankan, dan itu bukan saja boleh menyelesaikan tugas kami, tetapi seterusnya untuk dilaksanakan penambahbaikan sistem pilihan raya. Ini harapan kita," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media sempena sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan pilihan raya di Kota Darulnaim di sini tengahari tadi.
PSC dipengerusikan Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili itu turut dianggotai oleh tiga Ahli Parlimen Pakatan iaitu ahli Parlimen PKR Gombak, Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke Siew Fook.
Dewan Rakyat meluluskan penubuhan PSC pada 3 Oktober 2011 dengan tanggungjawab mengkaji perkara untuk memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil.
Penubuhan PSC berkuatkuasa selama enam bulan dari tarikh penubuhannya.
Sementara itu, mengulas isu pembubaran Parlimen sebelum tugas-tugas PSC selesai, Pengerusi PSC Datuk Dr Maximus berkata (pembubaran Parlimen) itu kuasa mutlak Perdana Menteri.
"Kita pun terbabit, namun yang penting kita jalankan kerja ini.
"Selesai tugas kita, barulah berjumpa di luar, perjuangan itu secara demokratik.
"Tetapi kita tidak ada kuasa hendak memutuskan perkara itu," ujarnya.
| Pembohongan Najib ‘grand design’ kotor Umno Posted: 07 Jan 2012 07:13 PM PST KUALA LUMPUR, 8 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup kesal dan kecewa terhadap tuduhan dan pembohongan Datk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang dikatakan tidak memberikan kerjasama dan kelulusan terhadap projek-projek yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan.Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) beranggapan tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas serta berniat jahat untuk memburukkan kerajaan negeri. Najib semasa lawatan ke Hulu Selangor baru-baru ini telah membohongi rakyat di Felda Gedangsa apabila menyatakan kegagalan Barisan Nasional menunaikan janji semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor lalu untuk membina rumah peneroka Felda generasi kedua adalah disebabkan tidak mendapat kerjasama pihak kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan balas dengan menyatakan tiada sebarang permohonan yang telah dibuat sama ada oleh pihak kerajaan pusat ataupun Felda untuk sebarang projek perumahan di kawasan Felda terbabit sehingga kini. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat pembohongan demi pembohongan yang sengaja dicipta adalah antara 'grand design' kotor Umno untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat," kata Hasbullah kepada Harakahdaily. Menurutnya, Umno berasa cukup gusar kerana rakyat Selangor telah melihat kebaikan dan ketelusan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang cukup prihatin terhadap rakyat. Beliau berkata, agenda 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' Pakatan Rakyat juga telah menunjukkan hasil yang baik dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Selangor tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik mereka. "Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan supaya Najib dan Umno Selangor supaya menghentikan segala pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana ianya akan menjadi cacian dan makian rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional semula akhirnya," katanya. | Pengiring Anwar terkena suntikan beracun Posted: 07 Jan 2012 07:08 PM PST Harakahdaily KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pengiring peribadi Anwar Ibrahim, Fayyad Al-Bakri yang mengalami kecederaan retak tulang pipi kerana terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0 tahun lalu menerima kecelakaan malam tadi. Blog pulakdah menyebut, Fayyad telah mengiringi Dr Wan Azizah di dalam program pelancaran LANG-GAR 901 yang diadakan pada malam 7 Januari di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Bukit Mertajam. Menurut Dr. Wan Azizah, Fayyad telah berjalan di hadpan sewaktu mengiringnya meredah di dalam kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kg. Cherok Tokkun. Ketika itulah Fayyad telah diserang menerusi suntikan di tapak tangan kiri. (Gambar: Keadaan Fayyad yang sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan sudah sedarkan diri.) Berikut adalah tulisan di laman http://pulakdah.blogspot.com. Jika sebelum ini kita mendengar pengiring peribadi Anwar Ibrahim, Fayyad Al-Bakri mengalami kecederaan retak tulang pipi kerana terkena kelongsong gas pemedih mata yang diarahkan ke mata Anwar Ibrahim. Malam semalam satu lagi kecelakaan menimpa Fayyad.
Fayyad telah mengiringi Dr Wan Azizah di dalam program pelancaran LANG-GAR 901 yang diadakan pada malam 7/1/2012 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Bukit Mertajam. Dr Wan Azizah yang menghadiri pelancaran itu sebagai mewakili Anwar Ibrahim, Seniman Negara, A. Samad Said yang mewakili golongan seniman dan Hishamudin Rais mewakili Reformis & Blogger. Kempen yang diketuai oleh Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) ini menggabungkan beberapa NGO seperti SAMM, Jingga 13, SMM, A.B.U, Lantang juga para Bloggers, Dewan Pemuda PAS & DAPSY.
Tujuan LANG-GAR 901 dilancarkan adalah utk memberi peringatan kepada pihak kerajaan yg semenjak dari tahun 1998 telah terlalu banyak MELANGGAR peraturan dan norma perundangan dalam kes Liwat versi 1998.
Kini dalam kes Liwat 2, kerajaan dilihat cenderung MELANGGAR peraturan dan norma kebiasaan perundangan. LANG-GAR 901 akan menggembleng tenaga pelbagai khalayak masyarakat, khususnya anak muda yang beridealisme untuk juga MELANGGAR norma peraturan sebagaimana kebiasaan dilakukan kerajaan selama ini. Namun LANG-GAR 901 adalah berorientasikan keamanan dalam perjuangan menegakkan KEADILAN.
Menurut Dr. Wan Azizah, Fayyad telah berjalan di hadpan sewaktu mengiringnya meredah di dalam kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kg. Cherok Tokkun. Ketika itulah Fayyad telah diserang menerusi suntikan di tapak tangan kiri. Persoalannya sekarang kepada siapakah sasaran sebenar serangan itu?. Adakah ia ditujukan kepada Dr Wan Azizah. Kesan daripada serangan itu, Fayyad telah tidak sedarkan diri dan degupan jantungnya terhenti seketika.
Bagaimanapun, selepas mendapat rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, keadaan beliau semakin stabil dan telah sedarkan diri. Namun bahagian tangan kirinya sehingga bahu masih kebas dan gagal digerakkan. Doktor juga sedang menjalankan ujian darah dan air kencing untuk mengenal pasti jenis racun tersebut.
Satu laporan polis juga telah dibuat oleh Norul, pegawal peribadi Dr Wan Azizah di Balai Polis Seberang Jaya berkenaan serangan terhadap Fayyad. Sama-sama kita berdoa semoga Fayyad pulih sepenuhnya dan dilindungi dari sebarang komplikasi serius akibat serangan tersebut. | Anwar bersedia terima keputusan Isnin ini Posted: 07 Jan 2012 02:25 AM PST Abd Shukur Harun SUBANG JAYA, 7 Jan:Tidak sampai 60 jam menjelang keputusan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu di sini bahawa beliau sudah bersedia di segi mental dan fizikal untuk menerima apa saja keputusan mahkamah tersebut. Memberitahu lebih 10,000 orang yang hadir di majlis ceramah anjuran PKR/Pakatan Rakyat di stadium mini di sini, Anwar berkata, beliau bersedia menerima sebarang kemungkinan. Tetapi, katanya, dengan nada tegas: "kes lewat saya ini dan keputusannya tidaklah penting, yang lebih penting ialah persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRU Ke-13 supaya Pakatan dapat berkuasa di Putrajaya. "Ertinya kita mesti meneruskan perjuangan menegakkan keadilan, kebebasan, menentang rasuah, diskriminasi, penipuan dan segala kezaliman BN. Perjuangan ini jauh lebih penting dari memikirkan nasib saya atau apapun keputusan mahkamah," kata beliau yang disambut dengan tepukan gemuruh dari orang ramai yang terdiri dari pelbagai kaum. Dengan suara bergetar, Anwar memberitahu bahawa beliau akan terus berjuang sama ada di dalam penjara atau di luar penjara. Oleh itu, katanya, rakyat yang mahukan kebebasan dan pemerintahan yang adil mestilah meneruskan perjuangan ini. Beliau memberitahu bahawa beberapa pemimpin negara di Asia Barat, termasuk dari kerajaan baru Tunisia dan Perdana Turki, Resep Rayeeb Erdogan menawarkan beliau dan keluarganya supaya tinggal di salah sebuah negara tersebut, tetapi beliau menolak. "Insya-Allah, saya tidak akan lari ke luar negara walau apapun kemungkinan yang berlaku. Wan Azizah, anak-anak dan menantu sudah saya beritahu," katanya. Bagaimanapun minggu depan, kata Anwar, beliau akan berada di luar negara beberapa hari untuk berucap di beberapa seminar, termasuk di Turki yang akan membincangkan persoalan gerakan Islam dan demokrasi. Dengan nada tegas, Anwar berulang kali menyeru rakyat supaya meneruskan perjuangan sama ada beliau berada dalam penjara atau di luar penjara untuk membebaskan negara ini dari kancah rasuah, menegakkan demokrasi dan keadilan serta menolong rakyat yang kurang berada. Katanya, beliau pernah mengalami pelbagai penyiksaan, dihina, dipukul, dipenjara dan pelbagai lagi. Tetapi, semuanya, katanya tidak sedikitpun mengurangkan semangat perjuangannya menegakkan untuk keadilan dan membela rakyat. "Ini perjuangan agama dan tuntutan universal," katanya. Jika diukur dari kehadiran di majlis ceramah Anwar malam semalam, ada isyarat jelas bahawa majoriti penduduk Subang Jaya yang terdiri dari pelbagai kaum menyokong Pakatan Rakyat. Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dari DAP yang turut berucap malam itu adalah antara Adun Pakatan di Selangor yang mendapat majoriti besar dalam PRU Ke-12, 2008 yang lalu. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Othman yang turut berucap menyeru ahli PAS Selangor supaya datang beramai-ramai ke kawasan letak kereta di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan aman pagi Isnin ini, untuk memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim. "Kita menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. Ini bukan persoalan peribadi beliau, tetapi perjuangan Anwar," kata Dr. Rani. Turut berucap di majlis tersebut, pemimpin PKR Selangor, Syed Shahir, bekas Speaker Perak, V. Sivakumar. | Rakyat tetap bangkit walau pemimpin PR dipenjara Posted: 07 Jan 2012 02:23 AM PST KUALA LUMPUR, 6 Jan: Kalau semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dipenjarakan sekalipun, rakyat akan tetap bangkit menyelamatkan negara ini dari cengkaman kekuasaan Umno, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.Beliau menegaskan perkara itu ketika pelbagai ramalan menyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan."Kebencian terhadap Umno yang semakin berapi-api dengan laungan bersama 'asal bukan Umno' tidak peduli lagi sama ada pemimpin atau tidak ada pemimpin."Zaman telah berubah dan 'asal bukan Umno' menjadi pembakar semangat bersama dan faktor kepimpinan hanya faktor nilai tambah dan bukan lagi penyebab utama kebangkitan rakyat hari ini," kata beliau.Dengan kes masing-masing yang biasanya dikaitkan dengan apa yang didakwa sebagai perhimpunan haram, kata Mohamad, ramai pemimpin PR kini menghadapi perbicaraan di mahkamah."Saya sendiri menghadapi pelbagai perbicaraan berkaitan dakwaan kononnya menghadiri perhimpunan haram dan apa sahaja mungkin berlaku termasuk hukuman penjara."Tetapi sama ada saya bebas di luar untuk berjuang bersama rakyat atau dipenjarakan, semua itu tidak relevan lagi kepada sebahagian yang amat besar rakyat yang terlalu sakit hati dan bencikan Umno dan mahu menghancurkan segera cengkaman kekuasaan parti yang semakin sebati dengan panggilan parti perasuah itu," kata beliau.Beliau juga memberi contoh peristiwa yang berlaku ketika Operasi Lallang pada tahun 1987 dahulu."Walaupun ramai pemimpin barisan hadapan ditangkap, tetapi semangat dan gerakan rakyat melawan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak mampu dipadamkan malah semakin geram dan membara," kata beliau.Contoh diluar negara pula, kata Mohamad, ialah kebangkitan rakyat di Tunisia yang berjaya menggulingkan pemerintah kejam di negara itu baru-baru ini."Ramai pemimpin pembangkang yang terpaksa lari keluar negara dan rakyat tidak mempunyai 'central figure', tetapi seperti yang diakui sendiri oleh Rashid Ghannushi yang memimpin parti An-Nahdhah yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya negara itu baru-baru ini, kebangkitan tanpa pemimpin itulah yang berjaya menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang kejam itu," tegas beliau.Beliau yakin, impian Umno untuk melihat lumpuhnya kebangkitan rakyat dengan keputusan perbicaraan Anwar itu akan hangus terbakar dengan berapi-apinya semangat 'asal bukan Umno' yang tidak lagi bergantung kepada mana-mana pemimpin.Mengenai perhimpunan 'Bebaskan Anwar' pada 9 Januari ini, beliau menegaskan: "Ahli dan penyokong PAS boleh mengiringi Presiden dan Timbalan Presiden untuk mengikuti keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini". | BN anggap saya bahaya dibiar ‘di luar’ - Anwar Posted: 07 Jan 2012 02:17 AM PST PERMATANG PAUH, 7 Jan: Ribuan orang ramai mendirikan solat hajat bersama Ketua Umum Parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dataran Kompleks An-Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam pagi tadi menjelang keputusan hukuman liwat 2 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini. Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut dihadiri kepimpinan PKR negeri dan keluarganya. Selesai solat hajat beliau diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman dan tidak kurang ada yang menitiskan air mata apabila bertentangan muka sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh. Semasa berucap beliau menyifatkan apa yang terjadi mempunyai hasrat yang tersembunyi bukan kerana dirinya 'Anwar' tetapi kerana pembongkaran yang membolehkan rakyat lebih celik dan tahu siapa kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebenarnya. "BN anggap saya terlalu bahaya jika dibiarkan di luar, maka mereka mencari kaedah yang membolehkan saya dipenjarakan terus buat kali ke dua. Mereka dah kena pada pilihanraya kecil Permatang Pauh di mana majoriti jauh lebih baik dari dulu sedangkan waktu itu saya baru dibebaskan," ujarnya ringkas. Apa pun tambahnya, keluarga dan sanak saudara telah bersedia dengan segala kemungkinan. Katanya, jika dipenjarakan perasaanya tidak lemah sebaliknya 'lawan tetap lawan' sementara perjuangan tetap akan diteruskan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Tegsnya, perjuangan untuk menjatuhkan BN merupakan satu kewajipan kerana kemimpinan yang ada semuanya rosak dan tenggelam. "Sebenarnya penjara atau bebas semua tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat yang terlalu resah dengan penekanan yang tidak disangka-sangka, lagi lama berada di bawa pemerintahan yang tidak adil selagi itulah rakyat terus menderita," jelasnya. | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH Posted: 07 Jan 2012 07:38 PM PST |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 07 Jan 2012 03:43 PM PST Siapa PM tidak penting... segalanya ketentuan Allah : Presiden PAS Posted: 06 Jan 2012 08:30 PM PST Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan kepimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong parti perikatan itu memberikan tumpuan untuk "menumbangkan" Umno-Barisan Nasional (BN) dan bukan memikirkan siapa calon perdana menteri sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara. Anwar, Ketua Umum PKR didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlana, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini. Dalam satu tulisan di laman sosial Facebook, Abdul Hadi (gambar) berkata soal siapa menjadi perdana menteri tidak penting sebaliknya Pakatan Rakyat harus menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. "Apa yang penting kita mesti menangkan dulu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13. "Soal siapa menjadi perdana menteri tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah," kata Ahli Parlimen Marang ini. | |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 07 Jan 2012 10:22 AM PST Penjelasan Mufti Kedah.....puak2 tak puas hati tu masih tak puas hati lagi ka??? Posted: 06 Jan 2012 06:17 PM PST kalau puak2 umno ni masih lagi tak paham dan tak reti....aku rasa dah pakat kena pi mandi ayaq 40 jenis bunga lah kot.....
yg dok hingaq tu pun entah apa kelulusan yang depa ada.....kepala depa pun takat SPM saja, yang jadi pak turut pun hanya sbb kepentingan politik saja....dah tu, kaitkan dgn orang itu ini....macam depa lah pandai dan mahir segala......
patut padan kalau puak2 ni dok menentang lagi, aku syorkan kpd Tuanku Sultan supaya ambik tindakan ke atas puak2 tak reti bahasa tu.....
lagi apa mau kata.....aku bancuh saja..... | Aziz Bari: Dewan Negara jadi 'pintu belakang' menteri kalah Posted: 06 Jan 2012 06:11 PM PST 13 Safar 1433H. Pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari menekankan keperluan membaiki sistem Dewan Negara yang didakwa menjadi "pintu belakang" kepada menteri yang kalah.
Tegasnya, Dewan Negara tidak akan berjalan dengan baik sekiranya amalan sama terus berlaku.
Berucap dalam ceramah jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya malam tadi, Dr Abdul Aziz membangkitkan isu wang zakat digunakan untuk membayar kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum dan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dikaitkan dengan isu projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
"Bukan salah lantik menteri kalah jadi anggota Dewan Negara. Tetapi janganlah ramai sangat.
"Ini yang ada dalam Dewan Negara sekarang ini," sindir bekas pensyarah undang-undang kanan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu. Sementara itu, Anwar pula dalam ucapannya berkata bukti berbentuk dokumen bagi membuktikan dakwaan berlakunya penyalahgunaan wang zakat Jamil Khir akan didedahkan pada masa terdekat.
"Bukti pembayaran pun ada. Kita ada keluarkan dalam masa sehari dua lagi," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jamil Khir pada 31 Disember dilaporkan menafikan berlaku penyelewengan wang zakat bagi pembayaran kos guamannya dalam kes tuntutan qazaf Anwar.
Sebaliknya, menteri itu mendakwa, wang yang digunakan bukan daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas kerajaan untuk pembayaran kos guaman.
Manakala semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail pula berkata jika sekalipun wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman, ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Dr Muhammad Yamin berkata, ia berdasarkan keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bil 2/2009 yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 3 September 2009 yang memperakukan Anggaran Belanjawan MAIWP 2010 termasuk penggunaan wang zakat bagi maksud bayaran khidmat guaman.
Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa undang-undang harus dilaksanakan secara adil tanpa memilih bulu.
"Islam tidak membezakan antara miskin dan kaya. Islam tidak membezakan kelas. Ini tidak, orang kaya terlepas, orang miskin dihukum," katanya.
Sambil membacakan laporan akhbar berhubung kes amil di Johor memulangkan wang zakat sebanyak RM19,510 dan dihukum penjara empat tahun dan tiga sebatan, Anwar mendakwa, wujud dua undang-undang di negara ini.
"Saya tak terima ini! Ini salah," katanya sambil menghempas akhbar itu ke atas rostrum menyebabkan orang ramai bersorak.
Turut berucap pada malam tadi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan aktivis Hishamuddin Rais.
Malaysiakini/- | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 07 Jan 2012 09:57 AM PST JOM Bersama Adam Adli | 14.01.2012 Posted: 07 Jan 2012 08:43 AM PST Jelajah Orang Mude bersama Adam Adli (JOM bersama Adam Adli), mahasiswa UPSI yang berani menurunkan bendera PM di Ibu pejabat Umno, akan berceramah di Dungun jam 9.30 mlm, 14/1/12 nanti. Bersama beliau juga Sdra Safwan Anang yang teruk dibelasah polis dalam trajedi berdarah Upsi minggu lalu. -----> Selamat Datang Semua! | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 07 Jan 2012 09:54 AM PST Dapatkah mahasiswa kita menyaingi mahasiswa Indonesia? Posted: 06 Jan 2012 11:26 PM PST Pelajar kejuruteraan Indonesia hasil kereta di bengkel Kosmo , 7 Jan 2011 SOLO - Kereta prototaip buatan pelajar-pelajar kejuruteraan Indonesia telah mendapat sambutan menggalakkan daripada beberapa pegawai kanan pentadbiran negara ini yang mahu membelinya. "Sepuluh buah kereta Kiat Esemka dihasilkan di bengkel Kiat Motor di bandar ini," kata pemilik bengkel tersebut, Sukiyat. Model pertama dikeluarkan pada 2009 tetapi laporan media menyatakan Datuk Bandar Solo, Joko Widodo telah membeli sebuah kereta tersebut untuk kegunaan pejabat. Beberapa pegawai lagi mula menunjukkan minat untuk membeli kereta tersebut yang dibina untuk lapan tempat duduk dan empat tempat duduk. Kereta tersebut mendapat pujian Presiden Susilo bambang Yudhoyono. Menurut Sukiyat: "Buat masa ini, ia mengambil masa dua hingga tiga bulan untuk menghasilkan sebuah kereta." Sebanyak 80 peratus komponen kereta itu dibuat di Indonesia dan kos pengeluaran pada skala kecil ialah di antara AS$8,200 (RM25,797) hingga AS$10,400 (RM32,718). Kereta itu dikeluarkan sebagai satu latihan untuk pelajar sekolah tinggi vokasional dan bengkel itu belum bersedia untuk membuat pengeluaran pada skala besar-besaran. - AFP http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm | Pabila Pengerusi Cegah Jenayah pun menjadi mangsa penjenayah Posted: 06 Jan 2012 08:44 PM PST Apabila rumah Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah pun menjadi sasaran penjenayah, apatah lagi kita rakyat jelata. Jenayah semakin menjadi-jadi ketika ini. Penjenayah menyerang sesiapa sahaja tanpa batasan perkauman, bangsa, agama dan fahaman politik. Lima Lelaki Pecah Masuk Rumah Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah NS SEREMBAN, 6 Jan 2012 (Bernama) - Lima lelaki memecah masuk rumah pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Sembilan Datuk Goh Siow Huat, 63, di Taman South East Asia, Rahang di sini Khamis malam sebelum melarikan sepasang jam Rolex, barangan kemas, wang dan beberapa botol minuman keras yang dianggarkan bernilai RM100,000. Goh, yang juga Ketua MCA Bahagian Rembau, berkata kelima-lima lelaki itu dipercayai masuk rumahnya melalui satu daripada pintu belakang yang tidak berkunci pada pada kira-kira pukul 8.15 malam. "Saya sedang berehat di ruang tamu setelah makan malam bersama isteri saya Datin Cheng Kiow Hee serta tiga cucu, dua perempuan dan seorang lelaki berusia 6 hingga 11 tahun, apabila tiba-tiba lima lelaki bersenjata parang dan pisau menyerbu masuk. "Kelima-lima lelaki itu memakai cap (topi) manakala muka mereka ditutup dengan kain. Mereka kemudian bertindak mengurung isteri dan cucu saya dalam sebuah bilik. Tiga daripada lelaki itu menyelongkar kesemua bilik bawah dan atas manakala dua lelaki itu mengugut saya supaya bekerjasama menunjukkan peti besi kerana jika tidak saya akan dicederakan," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat. Bekas anggota Parlimen Rasah itu berkata suspek kemudiannya bertindak memecah peti besi di tingkat atas dan melarikan sepasang jam tangan Rolex, barang kemas dan wang. "Suspek turut melarikan beberapa botol minuman keras di dalam almari pameran. Kerugian dianggarkan bernilai RM100,000. Kejadian ini kemudian saya laporkan kepada polis. Walaupun mengalami kerugian, namun saya bersyukur kerana semua ahli keluarga saya selamat," katanya. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. -- BERNAMA http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=638440&cat=tn
| Boikot mahkamah sivil yang bertentangan dengan Islam - ISMA Posted: 06 Jan 2012 08:01 PM PST Artikel ini di bawah ini ditulis oleh Ustaz Haji Abdul Halim bin Abdullah yang merupakan Naib Presiden ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) yang ada kaitan dengan keputusan mahkamah pada 9 Januari 2012 nanti : "Hendaklah anda memboikot mahkamah-mahkamah sivil dan semua kehakiman yang tidak Islamik, kelab-kelab, akhbar-akhbar, kumpulan-kumpulan, sekolah-sekolah dan badan-badan yang bertentangan dengan Fikrah Islam anda, dengan pemboikotan yang sepenuhnya". Artikel penuh dalam blog beliau di http://inijalanku.wordpress.com/2012/01/06/wajibat-2538-boikot-mahkamah-sivil-yg-bertentangan-dgn-islam/ | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai Posted: 07 Jan 2012 09:24 AM PST 901 : Ahli PAS boleh hadir 'Bebaskan Anwar' - Mat Sabu Posted: 06 Jan 2012 04:48 PM PST Ahli, pemimpin dan penyokong PAS boleh menghadiri perhimpunan 'Bebaskan Anwar' pada 9 Januari ini meskipun tiada arahan bertulis daripada pemimpin atasan, kata timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu. Beliau mengulas kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada Isnin ini. "Itu kehendak dia. Presiden dan saya akan hadir... Setakat ini tidak ada arahan bertulis (daripada PAS Pusat). "Kalau presiden dan timbalan presiden hadir, maknanya ahli boleh hadir," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam. "Ahli dan penyokong PAS, boleh mengiringi presiden dan timbalan presiden untuk mengikuti keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini," kata Mohamad ( atas, kanan) yang popular dengan panggilan Mat Sabu. Pandangan peribadiHasan juga semalam turut menasihatkan mahasiswa dan pelajar khususnya yang sedang menghadapi peperiksaan dalam tempoh ini supaya tidak menghadiri perhimpunan itu. Pemimpin PAS yang rapat dengan Umno itu juga mempersoalkan kewajaran Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman yang mengarahkan ahli-ahli PAS supaya hadir dengan berkata bahawa ia adalah tidak sesuai, meskipun Abdul Hadi dan Mohamad telah mengesahkan kehadiran mereka. Hasan juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi perdana menteri jika ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim didadapati bersalah pada perbicaraan kes liwatnya, Isnin ini. Hasan secara tidak langsung menyindir ketua pembangkang itu dengan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian. Mengulas keceluparan pemimpin PAS itu, Mohamad berkata ia adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PAS. "Beliau masih lagi ahli jawatankuasa PAS Pusat, beliau boleh mengemukakan (cadangan itu) dalam mesyuarat jawatankuasa. Beliau ada saluran dalam PAS. "Kemudian PAS akan mengemukan cadangannya itu dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Keputusan mesyurat (Pakatan) adalah pandangan yang sebenar. "Sistem kita sistem parti, bukan sistem individu," katanya. Buta hati, buta mataMenurut Mohamad lagi, adalah lebih baik cadangan tersebut disalurkan melalui parti daripada terus diumumkan kepada umum. Tindakan Hasan itu juga mengundang keberangan daripada PKR. "Hasan Ali sudah buta hati dan buta mata. Hanya mampu mengulangi skrip Umno. "Ketika Hasan Ali mencerca Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada masa yang sama, 5 petang tadi (semalam) YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz sedang meraikan Anwar di Kota Bharu," tulis timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali di twitter. Menjawab cadangan yang dikemukakan di twitter oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya Menteri Besar Selangor memecat Hasan, Azmin membalas "Apakah Umno bersedia menerimanya?" | Sah !!! Presiden Pas Akan Hadiri Himpunan 901 Posted: 06 Jan 2012 04:46 PM PST KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini. Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily. Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar. "Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.Pimpinan PAS Selangor juga memutuskan untuk turun 9 Januari ini, kata Pesuruhjayanya, Dr Rani Othman. "Kita akan bersama presiden di sana. Dalam perbincangan di peringkat negeri juga, kita sudah putuskan akan turun," katanya kepada Harakahdaily.Pemuda PAS pula sedang memobilisasi ahlinya untuk turun pada perhimpunan tersebut. Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda memberi komitmen untuk mencapai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur. "Jika Datuk Seri Najib kena zalim pun kita akan turun," kata Nasrudin.
Bersama Presiden
Aiman turut berkata, muslimat tidak perlu takut untuk bersama-sama 9 Januari ini atas kapasiti parti kerana Presidennya sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain sudah menyatakan komitmen untuk menyertai perhimpunan tersebut.
"Muslimat tidak perlu ragu-ragu kerana PAS sendiri termasuk Presiden kita akan turun bersama-sama. Jadi tidak ada masalah di peringkat parti," katanya.
Zalim kepada mahasiswa Sementara itu, beliau menambah sudah tiba masanya rakyat berani menyatakan kebencian terhadap kerajaan Umno BN yang bertindak zalim ke atas mahasiswa sendiri.
Sambil mengucapkan tahniah kepada kebangkitan mahasiswa yang menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan, Aiman berkata mahasiswa sekarang sudah bijak berfikir dan bertindak tanpa mengabaikan pelajaran.
"Muslimat juga mengucapkan syabas dan tahniah di atas kebangkitan gerakan mahasiswa yang bermula daripada Adam Adli dan tragedi berdarah di UPSI.
"Muslimat berpendapat mahasiswa pada abad ke-21 ini mesti lebih cekap dan cerdik iaitu meletakkan pelajaran nombor satu tetapi gerakan kebangkitan rakyat bukan di tempat kedua.
"Yang paling penting dalam kehidupan seorang manusia apabila dia dapat melawan kelemahan dalam dirinya dan juga melawan kezaliman di sekelilingnya," tegasnya.Hrkh | Gambar: Lautan Manusia membanjiri Machang mendengar amanat Anwar.. Posted: 06 Jan 2012 04:27 PM PST
Padang Majlis Daerah Machang (MDM) malam tadi penuh sesak dengan orang yang datang untuk mendengar pesanan dan peringatan Anwar Ibrahim menjelang hari menjatuhkan hukuman ke atas beliau atas tuduhan meliwat.
Kira-kira 40,000 orang ramai yang datang dari segenap penjuru di Kelantan untuk mendengar amanat dari tokoh yang didoakan bakal menjadi pemimpin nombor satu Malaysia
Sejak dari Asar lagi orang ramai terutamanya dari Gua Musang, Jeli dan termasuk dari Terengganu sudah mulai memenuhi padang MDM. Cuaca yang cerah tanpa hujan tambah menarik minat orang ramai untuk mengikuti amanat Anwar.
Walaupun hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang sedang bergelora di dalam hati Anwar bagi menghadapi 9 Januri, tetapi beliau seperti biasa terus membakar semangat rakyat dan memberi harapan agar terus berjuang dan melawan untuk menjatuhkan UBN.
Katanya dirinya tidak penting yang penting rakyat dan UBN mesti dijatuhkan untuk memastikan rakyat selamat. Ketidakadilan, korupsi, penyelewengan dan pengkayaan kroni di dalam Umno hendaklah di tentang habis-habisan.
Bagi dirinya, katanya dia akan bersama rakyat walaupun dalam keadaan apa sekali pun. Malam kelmarin katanya beliau bersama keluarga sudah berbincang untuk menghadapi apa saja kemungkinan.
"Kami berbincang dan keluarga memutuskan agar saya menghadapinya tanpa melarikan diri... bagi mengelakkan diri di penjara," katanya penuh semangat.
"Iya saya mengambil keputusan untuk bersama rakyat walaupun apa akan terjadi," katanya disambug dengan laungan dan takbir.
Keputusan itu menjelaskan bahawa Anwar sudah membuat perhitungan rela mati kerana memperjuangkan keadaan kepada rakyat dan meruntuhkan sistem pemerintah UBN yang zalim dan tidak adil.
Dengan gaya seorang pidato bebas tanpa duduk di restrom dan bergerak ke segenap penjuru pentas Anwar sekali lagi mengulangi komitmen Pakatan Rakyat terhadap nasib dan masa depan rakyat dan negara.
Katanya sekiranya Pakatan Rakyat diberi kemenangan, segala keperluan rakyat yang terdesak kini dan tidak dapat diatasi oleh kerajaan UBN seperti masalah kenaikan harga barang, pengangguran akan diatasi.
"InsyaAllah kalau hari ini kita menang, esok juga kita akan turunkan harga petrol", katanya di sambut laungan takbir Allahuakbar.
"Sekiranya kita menang kita akan tuntut royalti minyak supaya dikembalikan ke Kelantan," sambugnya, sekali lagi disambut dengan gemuruh oleh para hadirin. Di celah-celah sambutan itu terdengar jeritan dan pekikkan tumbang kan Umno pengkhinat.
Dalam pidato selama kira-kira 45 minit itu Anwar mengajak rakyat supaya tidak terpengaruh dengan gula-gula atau sogokan kewangan oleh Umno. "Anak muda jangan mudah terpengaruh dengan wang RM50 sehingga menggadaikan maruah negara," pesannya.
Sebelum Anwar, turut menyampai ucapan Pengerusi Perhubungan PKR Kelentan Abdul Aziz Kadir, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan Nasruddin Daud yang mengganti Tok Guru yang sepatutnya hadir tetapi terpaksa membatalkan kerana kurang sihat.
Semua pemimpin PKR peringkat cabang dan negeri hadir.
Turut sama kelihatan di pentas Angoota Exco Kelantan Dr Mohd Fadzli Hasan, Ahli Parlimen Kota Bharu Wan Abdul Rahim Wan Abdulah, Adun Gaal, Dr Nik Maziah Nik Mohamad dan lain-lain
Sebelum tiba di MDM Anwar telah mengadakan pertemuan dan berdialog rengkas dengan para mahasiswa dan juga blogers bertempat di Darul Quran di Labak. Anwar sempat memberi penjelasan kepada beberapa persoalan yang ditimbulkan termasuk mengenai masa depan Pakatan Rakyat sekiranya beliau di penjara.
Kata Anwar tanggapan Pakatan Rakyat akan berpecah dan hancur sekiranya beliau di penjara adalah tidak benar kerana Pakatan Rakyat diwujud atas ikatan perjuangan bersama. "Kita ada ikatan dalam pakatan sebab itu ia tidak mudah untuk dipecahkan," katanya.
Dalam kesempatan itu juga Anwar telah mengujungi veteran Pas Kelantan yang juga bekas pemimpin Kelantan dan Exco kerajaan negeri Ustaz Yahaya Othman yang kini agak keuzuran.
Yahya juga merupakan kawan Anwar semasa sama-sama di dalam Abim dan mereka adalah di antara perwakilan dari Malaysia yang sering diundang oleh gerakan dakwah sedunia menghadiri seminar atau forum antarabangsa
| |
Landskap Siasah Posted: 07 Jan 2012 08:15 AM PST Bangga dapat Presiden seperti Ustaz Hadi... Posted: 06 Jan 2012 10:18 PM PST Bangga kami ahli PAS dapat pemimpin sebegini....
Dalam kita tidak berebut-rebut, para pemimpin sibuk bersedia untuk pengisian kemenangan..
Pengisian kemenangan bukan sekadar rebut jawatan tertinggi....
Hassan Ali wajar ikut usrah pengenalan semula.
---------------------------------------------------------------
Menangkan dulu Pakatan, bukan bincang siapa PM | | Print | | Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 7 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan, apa yang penting sekarang untuk semua ialah memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum ke 13 dan bukannya berbincang mengenai siapa menjadi Perdana Menteri. Dalam satu posting di Facebook pagi ini, Abdul Hadi berkata soal menjadi Perdana Menteri ialah ketentuan Allah. "Apa yang penting kita mesti menangkan dulu PR dalam pilihan raya ke 13, soal siapa menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah," kata beliau. Dalam temubual bersama Malaysiakini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sekiranya memenangi pilihanraya ke 13 akan melantik seorang Perdana Menteri sementara. "Kita sudah bincang perkara ini dengan kepimpinan Pakatan (jika beliau dipenjarakan). Adalah ia satu masalah? Tidak. Sekiranya kita menang, kita akan ada satu Perdana Menteri sementara. Sudah tentu, kerana saya yakin jika kita menang, saya tak akan berada di penjara untuk lama," kata beliau. | | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 07 Jan 2012 07:31 AM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan