CINA ISLAM (林川興) Posted: 07 Jan 2012 02:00 AM PST Anwar: Pakatan akan dapat lebih sokongan jika saya dipenjarakan Posted: 07 Jan 2012 01:34 AM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - PETALING JAYA, 7 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat neraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN). Ketua Umum PKR ini didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlana, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini. "Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan...Anwar masuk atau tidak (ke dalam penjara) tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara. "Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh," katanya dalam satu ceramah di Subang Jaya malam tadi. Kira-kira 2,000 orang telah hadir mendengar ceramah yang disampaikan ketua pembangkang itu. Anwar (gambar) menuduh "musuh politiknya" memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual. "Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya. "(Tetapi) jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu," dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi "sebarang kemungkinan" yang berlaku. Anwar dalam temubual bersama Bloomberg baru-baru ini memberitahu kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengenal pasti seorang pengganti untuk mengetuai pakatan pembangkang itu sekiranya beliau dipenjarakan. "Berdasarkan pada fakta, undang-undang...Anwar perlu dibebaskan pada 9 Januari ini. Tetapi kita menggunakan undang-undang Umno," tambahnya yang kelihatan penat tetapi bertenaga. Beliau menambah "komited" untuk menentang demi reformasi dalam negara walaupun telah menerima tawaran dari beberapa negara asing yang mahu memberikan perlindungan. Kebanyakan orang ramai yang menghadiri ceramah itu merupakan penyokong-penyokong kuat Pakatan Rakyat dan memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkeyakinan Anwar tidak bersalah. "Individu seperi (Mohd) Saiful akan sentiasa ada. Perbicaraan pertama, kini yang kedua. Tiada bukti dakwaan Mohd Saiful. "Walaupun orang biasa apabila mereka membaca akhbar mereka akan memberitahu ia tiada asas," kata seorang ahli perniagaan berbangsa Punjabi yang mahu dikenali sebagai Jit. Jit berkata dia hadir ke ceramah itu kerana mahu memberikan sokongan kepada Anwar serta kerajaan negeri Selangor yang mana telah menunjukkan prestasi yang baik berbanding ketika di bawah pentadbiran BN. "Sekurang-kurangnya kami tahu ke mana wang kami pergi." Seorang bekas tentera S.M Amin memberitahu dia memandu dari Klang bersama rakan-rakannya untuk mendengar ucapan Anwar. "Anwar ialah mangsa dalam sistem BN. Disebabkan itu saya memandu dari Klang untuk menunjukkan sokongan dan membuktikan rakyat berada di belakang Anwar, Pakatan Rakyat," katanya. Dia berkata kepimpinan BN gagal untuk menyedari bahawa mereka perlu membayar kembali dosa-dosa yang dilakukan selepas mati. "Sudah tentu, beliau tidak bersalah, rakyat sudah bosan sebab itu mereka berada di sini untuk menyokong Anwar, Pakatan Rakyat," kata seorang warga emas berumur 65 tahun yang mahu dikenali sebagai Ali. Ali percaya tuduhan terhadap Anwar patut digugurkan dan berkata akan menyertai perhimpunan 901 pada Isnin ini. PKR telah mengumumkan akan mengadakan satu perhimpunan aman pada 9 Januari untuk menyokong Anwar di kawasan parkir kereta di luar Mahkamah Tinggi Jalan Duta dan menambah polis telah memberikan kebenaran. Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada Selasa lalu mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mengesahkan perkara itu semasa satu taklimat dan sidang akhbar bersama PKR selepas rundingan dengan parti itu. Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun. Ini akan menamatkan karier politiknya dan memusnahkan peluangnya untuk menjadi perdana menteri. Malaysianinsider/- | Tewaskan Du Pengyu: Chong Wei ke final Terbuka Korea Posted: 06 Jan 2012 11:39 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 7 Jan. – Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Korea selepas menumpaskan pemain muda China, Du Pengyu 21-8, 21-13 di Seoul, hari ini. Chong Wei kini bakal berdepan pemenang di antara musuh tradisi dari China, Lin Dan atau pemain Jepun, Sho Sasaki yang hanya akan berentap pada separuh akhir, lewat petang ini. | Jepun akan tutup reaktor nuklear selepas 40 tahun digunakan Posted: 06 Jan 2012 11:06 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - TOKYO: Kerajaan Jepun akan menutup reaktor nuklear selepas 40 tahun digunakan bagi meningkatkan tahap keselamatan berikutan krisis yang melanda berpunca daripada tsunami tahun lalu. Usia reaktor yang digunakan terlalu lama diberi tumpuan kerana tiga unit reaktor di loji Fukushima Dai-ichi terletak di timur laut Jepun mengalami kebocoran berikutan tsunami pada Mac lalu kerana ia dibina pada 1967. Di antara reaktor yang digunakan lebih 40 tahun ialah di Tsuruga dan Mihama, tengah Jepun dibina pada 1970. Banyak lagi reaktor daripada 54 buah kesemuanya di Jepun akan mencecah usia 40 tahun tidak lama lagi. - AP | Individu ada maklumat kes pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak diminta bantu siasatan Posted: 06 Jan 2012 10:48 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - IPOH: Individu yang mempunyai maklumat berhubung kes seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak yang dipercayai menyembunyikan sejumlah wang tunai yang banyak selain pelaburan saham membabitkan jutaan ringgit diminta tampil bagi membantu siasatan.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Nooraziah Abd Manaf, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan beberapa individu dan kini masih mencari individu lain yang mempunyai maklumat bagi membantu melengkapkan kertas siasatan.
Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, individu yang dipanggil untuk memberi keterangan bukan dianggap pesalah malah kehadiran mereka diperlukan bagi membantu pihaknya mengenal pasti kesalahan dan mengesan pelakunya.
"Semua kenyataan, dokumen dan sebagainya amat diperlukan untuk bukti suatu kesalahan itu. Proses siasatan juga terikat dengan undang-undang dan peraturan yang mesti dipatuhi.
"Mereka (individu) tidak boleh ditahan selepas siasatan selesai dan dibenarkan pulang apabila dirasakan tidak jejaskan siasatan," katanya.
Sebuah akhbar semalam, melaporkan pegawai kanan yang berusia lingkungan 50-an itu ditahan pada jam 2 pagi Khamis lalu, ketika berada di rumah bersama isteri serta beberapa anaknya di perumahan kerajaan berhampiran Kem Tentera di Gerik.
Hasil pemeriksaan menemui wang tunai RM720,000 yang disusun rapi dalam lipatan telekung dan sebahagian lagi bersama beberapa buku amanah saham membabitkan pelaburan bernilai lebih RM4 juta disembunyikan berasingan di beberapa lokasi termasuk di dapur serta ruang tamu rumahnya.
Pegawai terbabit ditahan sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan kes itu. - BERNAMA
| Penggodam Turki ancam lepaskan gelombang siber Posted: 06 Jan 2012 09:44 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - ISTANBUL: Penggodam Turki mengancam untuk melepaskan gelombang serangan siber terhadap laman web Perancis selepas penggubal undang-undang di Paris mengundi meluluskan undang-undang menafikan penghapusan etnik Armenia. Terdahulu, penggodam menyerang berpuluh-puluh laman web Perancis termasuk laman web milik ahli politik Perancis, Valerie Boyer yang memperkenalkan undang-undang membolehkan individu yang menafikan pembunuhan beramai-ramai itu dihukum penjara. Kumpulan penggodam, AyYildiz didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan dengan alasan untuk memperjuangkan nilai rakyat Turki. "AyYildiz tidak menentang Perancis," katanya. "Tetapi jika undang-undang itu diteruskan, serangan lebih serius akan dilakukan oleh banyak kumpulan penggodam lain," kata jurucakap kumpulan itu, Ishak Telli. Dewan Perwakilan Rendah Perancis meluluskan undang-undang berkenaan pada 22 Disember tahun lalu dan Dewan Senat dijangka mengundi pada akhir Januari ini. - AFP | Ikan paus pilot ditemui mati selepas terdampar di pantai NZ Posted: 06 Jan 2012 09:33 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - WELLINGTON: Tujuh ikan paus pilot mati selepas terdampar di pantai New Zealand, hari ini dan anggota penyelamat kini berusaha menyelamatkan 18 mamalia itu. Tujuh daripada 25 ikan paus itu mati selepas terkandas di Farewell Spit berdekatan barat laut Pulau Selatan, semalam, kata pegawai pemuliharaan. Ikan paus yang masih hidup diapungkan di kawasan air pasang di luar pantai berkenaan. Pengurus Jabatan Pemuliharaan, John Mason, berkata haiwan berkenaan berjaya dilepaskan pada tengah hari tadi tetapi masih dalam bahaya kerana kumpulan haiwan mamalia itu berenang menuju ke utara yang lebih cetek airnya. "Beberapa bot digunakan untuk menunjuk arah kepada ikan paus supaya berenang menuju ke paras air lebih manakala orang ramai turut membantu. Tapi ada risiko kerana ikan paus itu mungkin kembali ke kawasan air cetek apabila arus mengalir semula pada lewat hari yang sama," katanya. | Menangkan dulu Pakatan, bukan bincang siapa PM Posted: 06 Jan 2012 09:20 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 7 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan, apa yang penting sekarang untuk semua ialah memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum ke 13 dan bukannya berbincang mengenai siapa menjadi Perdana Menteri. Dalam satu posting di Facebook pagi ini, Abdul Hadi berkata soal menjadi Perdana Menteri ialah ketentuan Allah. "Apa yang penting kita mesti menangkan dulu PR dalam pilihan raya ke 13, soal siapa menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah," kata beliau. Dalam temubual bersama Malaysiakini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sekiranya memenangi pilihanraya ke 13 akan melantik seorang Perdana Menteri sementara. "Kita sudah bincang perkara ini dengan kepimpinan Pakatan (jika beliau dipenjarakan). Adalah ia satu masalah? Tidak. Sekiranya kita menang, kita akan ada satu Perdana Menteri sementara. Sudah tentu, kerana saya yakin jika kita menang, saya tak akan berada di penjara untuk lama," kata beliau. Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas. Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan orang ramai yang sudah mempunyai tanggapan di minda untuk Januari 9 ini bahawa kesemua manusia akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. "Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman. "Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu," pesan Tuan Ibrahim.
|
| Selamat menikmati bekalan air bersih. Posted: 06 Jan 2012 09:15 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] -Meter air selepas lebih 20 tahun tidak menikmati bekalan air bersih oleh seorang warga di kg seberang manong kkangsar...tahniah kepada ketua cwgan pas kg seberang manong yg mengusahakan perkara tersebut tanpa apa2 imbuhan. Pihak yg tidak bertanggung jawab sebelum itu menawarkan khidmat dengan jumlah bayaran tertentu. | Federer cedera, Nadal tersingkir dari Terbuka Qatar Posted: 06 Jan 2012 08:19 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] -
Roger Federer ketika sidang media pengumuman menarik diri daripada menyertai tenis Terbuka Qatar.
DOHA: Pilihan utama, Rafael Nadal tersingkir dari Terbuka Qatar selepas tumpas dalam separuh akhir semalam dan mengiringi pilihan kedua, Roger Federer selepas pemain Switzerland itu menarik diri akibat kecederaan.
Nadal, juara Terbuka Perancis, tumpas 6-3, 6-4 kepada pilihan ke-16 dunia, Gael Monfils dari Perancis.
Keputusan itu menunjukkan jaminan bahawa pemain Perancis bakal bergelar juara Terbuka Qatar buat pertama kali sejak Nicolas Escude pada lapan tahun lalu. Jo-Wilfried Tsonga juga dari Perancis mara ke final apabila Federer menarik diri kerana sakit belakang. - AFP
Keputusan:
Separuh akhir, perseorangan lelaki: Gael Monfils (Perancis) klk Rafa Nadal (Sepanyol) 6-3 6-4; Jo-Wilfried Tsonga (Perancis) klk Roger Federer (Switzerland) menang percuma
| Lelaki tembak mati isteri dan ibu mentua di Georgia, AS Posted: 06 Jan 2012 07:40 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - FORT OGLETHORPE (GEORGIA): Seorang lelaki bersenjata menembak mati isteri dan ibu mentuanya dalam kejadian di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Georgia, selatan Amerika Syarikat sebelum menyerah diri kepada pihak polis. Jurucakap Biro Penyiasatan Negeri, John Bankhead, berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 6 petang semalam di Pusat Perubatan Hutcheson, Fort Oglethorpe, Georgia, berdekatan sempadan negeri Tennessee. Bankhead berkata, ketika kejadian wanita itu melawat ahli keluarga di hospital berkenaan. Punca kejadian dan identiti suspek masih belum dikenal pasti. - AP | RM190,000 milik kedai pengurup wang lesap dalam kejadian samun Posted: 06 Jan 2012 07:35 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - PETALING JAYA: Seorang pekerja dan pengawal keselamatan sebuah kedai pengurup wang cedera dalam kejadian samun membabitkan wang tunai RM190,000 berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata ketika kejadian, mangsa berada di dalam sebuah kereta Honda Accord yang turut dinaiki oleh dua lagi pekerja syarikat itu, yang dalam perjalanan ke pusat beli-belah berkenaan. "Kereta mangsa dilanggar dari belakang oleh suspek yang membawa kereta jenis Proton Waja, manakala sebuah lagi kereta jenis Naza Citra menghalang kereta mangsa dari hadapan. "Sementara itu, sebuah lagi kereta jenis Naza Citra dan sebuah motosikal turut mengepung kereta mangsa sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta mangsa, yang mencederakan pengawal keselamatan yang duduk di bahagian tempat duduk penumpang hadapan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini. Beliau berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam tadi, suspek melarikan wang yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang selepas memukul kepala pekerja kedai pengurup wang tersebut dengan sebatang besi. "Seramai enam hingga tujuh suspek dipercayai terbabit," kata Arjunaidi. Bagaimanapun, kesemua suspek berjaya melarikan diri dengan menggunakan sebuah Naza Citra dan motosikal. Suspek meninggalkan Proton Waja dan Naza Citra yang digunakan dalam kejadian itu. Beliau berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit. - BERNAMA | 11 terbunuh apabila belon udara panas terlanggar tiang elektrik Posted: 06 Jan 2012 07:33 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - WELLINGTON: Seramai 11 pelancong yang menaiki belon udara panas terbunuh apabila ia terlanggar tiang talian elektrik berdekatan bandar pedalaman di New Zealand awal pagi tadi, kata saksi dan polis tempatan. Insiden itu adalah yang terburuk dalam sejarah nahas udara di New Zealand selepas hampir 50 tahun. Dua daripada mangsa yang terbunuh melompat keluar daripada bakul belon kerana terdesak sebelum belon yang marak dengan api itu terjatuh di tanah ladang sambil kedengaran bunyi kuat. Belon itu terhempas berdekatan bandar Carterton, wilayah yang terkenal dengan belon udara panas. Komander Polis Wilayah Wellington, Superitendan Mike Rusbatch, berkata juruterbang dan lima pasangan pelancong berasal dari kawasan Wellington, kira-kira 150 kilometer selatan kawasan kejadian, terbunuh. Beberapa mayat mangsa didapati terbakar dengan teruk. - AP | Gunung Berapi Etna Meletus Posted: 06 Jan 2012 07:31 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] -LAHAR muntah dari kawah besar Gunung Berapi Etna yang dilitupi salji di kepulauan Sicily, selatan Itali, awal pagi tadi. Gunung berapi tertinggi di Eropah itu kembali aktif dan mula melepaskan abu panas ke udara. - Foto AFP | Aziz Bari: Dewan Negara jadi 'pintu belakang' menteri kalah Posted: 06 Jan 2012 04:33 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - Pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari menekankan keperluan membaiki sistem Dewan Negara yang didakwa menjadi "pintu belakang" kepada menteri yang kalah.
Tegasnya, Dewan Negara tidak akan berjalan dengan baik sekiranya amalan sama terus berlaku.
Berucap dalam ceramah jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya malam tadi, Dr Abdul Aziz membangkitkan isu wang zakat digunakan untuk membayar kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum dan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dikaitkan dengan isu projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
"Bukan salah lantik menteri kalah jadi anggota Dewan Negara. Tetapi janganlah ramai sangat.
"Ini yang ada dalam Dewan Negara sekarang ini," sindir bekas pensyarah undang-undang kanan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu. Sementara itu, Anwar pula dalam ucapannya berkata bukti berbentuk dokumen bagi membuktikan dakwaan berlakunya penyalahgunaan wang zakat Jamil Khir akan didedahkan pada masa terdekat.
"Bukti pembayaran pun ada. Kita ada keluarkan dalam masa sehari dua lagi," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jamil Khir pada 31 Disember dilaporkan menafikan berlaku penyelewengan wang zakat bagi pembayaran kos guamannya dalam kes tuntutan qazaf Anwar.
Sebaliknya, menteri itu mendakwa, wang yang digunakan bukan daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas kerajaan untuk pembayaran kos guaman.
Manakala semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail pula berkata jika sekalipun wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman, ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.
Dr Muhammad Yamin berkata, ia berdasarkan keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bil 2/2009 yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 3 September 2009 yang memperakukan Anggaran Belanjawan MAIWP 2010 termasuk penggunaan wang zakat bagi maksud bayaran khidmat guaman.
Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa undang-undang harus dilaksanakan secara adil tanpa memilih bulu.
"Islam tidak membezakan antara miskin dan kaya. Islam tidak membezakan kelas. Ini tidak, orang kaya terlepas, orang miskin dihukum," katanya.
Sambil membacakan laporan akhbar berhubung kes amil di Johor memulangkan wang zakat sebanyak RM19,510 dan dihukum penjara empat tahun dan tiga sebatan, Anwar mendakwa, wujud dua undang-undang di negara ini.
"Saya tak terima ini! Ini salah," katanya sambil menghempas akhbar itu ke atas rostrum menyebabkan orang ramai bersorak.
Turut berucap pada malam tadi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan aktivis Hishamuddin Rais.
Malaysiakini/-
| Anwar amat yakin Pakatan akan rampas Putrajaya Posted: 06 Jan 2012 04:31 PM PST Safar 1433H. [MOD] - Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat jarang bercerita mengenai anak lelaki beliau, Ehsan yang kini menuntut di peringkat sarjana di sebuah universiti di Amerika Syarikat.
Ketika diwawancara Malaysiakini semalam, Anwar bagaimanapun terus membuka bicara dengan menceritakan telatah anak lelaki tunggalnya itu yang kini berada di dalam negara untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi anaknya.
Dengan berjenaka, Anwar mengambil peluang itu untuk menceritakan mengenai Ehsan yang telah dijadikan sebagai modal untuk menyerang beliau berhubung perbicaraan kes Liwat II yang bakal diputuskan minggu depan. Awal-awal pagi lagi anaknya itu sudah mengajaknya untuk bersenam, kata Anwar yang mengharungi jadual sibuk saban hari sehingga beliau terpaksa pulang ke rumah pada jam dua pagi. Mengulas mengenai keputusan mahkamah pada Selasa, Anwar turut melihat perkembangan itu memihak kepada Pakatan Rakyat. Malah ada di kalangan penyokong dan pemimpin Pakatan yang berpendapat mereka akan meraih sokongan lebih besar sekiranya mahkamah memutuskan untuk memenjarakan Anwar, kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi. Walau apa jua keputusan 9 Januari, Anwar dengan penuh optimis berkata Pakatan akan berjaya mara dengan lebih jauh dalam pilihan raya umum akan datang, malah "cukup untuk mengambil alih Putrajaya." Negeri Perak, Negeri Sembilan akan tumbang ke tangan Pakatan, kata Anwar yang menambah beliau menghadapi saingan sengit BN untuk menembusi negeri Johor dan Melaka. Namun, Pakatan akan tetap berjaya meraih lebih banyak kerusi di negeri tersebut, serta laba yang lebih besar di Sarawak dan Sabah, kata Anwar lagi. Dalam sedutan wawancara eksklusif Malaysiakini berikut, Anwar turut mengulas mengenai kedudukan menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mungkin menjadi masalah kepada PAS Kelantan berikutan faktor umur dan kesihatan. Malaysiakini (MK): Negeri manakah yang menjadi satu masalah kepada Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang?Anwar: Ianya negeri-negeri di Selatan – Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Lebih-lebih lagi Melaka dan Johor kerana kita menghadapi banyak masalah untuk menyampaikan (mesej kepada rakyat). Bukannya orang tidak datang. Di Muar, 4,000 orang hadir, itu satu jumlah yang besar bagi Muar. Tapi ada pengecualian. Kita tidak boleh mendapat tempat berhampiran bandar, di mana orang boleh berhimpun. Seperti di Ledang, ada jumlah yang selesa tapi susah untuk masuk. Kita perlu bekerja lebih keras. Adakah kita lebih baik berbanding 2008? Sudah tentu. Bukan sahaja PKR, tetapi rangkaian DAP di kawasan bandar di Johor juga lebih baik sekarang. PAS telah memasuki kawasan baru. Jentera PKR selepas (ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua) Jui Meng ambil alih benar-benar meningkat, dari segi sumber dan juga jentera, jauh lebih baik berbanding 2008. Kemudian kita ada Sabah dan Sarawak. Di Sarawak ada kawasan majoriti Cina dan juga tiga atau empat kawasan kumpulan Dayak. Boleh kita dapat majoriti kerusi? Tidak. Tidak. Secara realistik, kita boleh dapatkan 30 atau 40 peratus daripada kerusi. Sabah itu cerita lain. MK: Adakah Datuk Seri yakin dapat tawan Melaka dan Johor?Anwar: Tidak, saya tidak kata begitu. Johor perlukan lebih banyak usaha. Di Melaka, kita akan dapat lebih banyak dan Negeri Semabilan lebih senang. Moodnya baik. MK: Datuk Seri akan dapat tawan Negeri Sembilan?Ya. MK: Adakah Pulau Pinang seteguhnya akan kekal bawah Pakatan?Ya, kukuh. Bermakna (peluang) kita bertambah di Pulau Pinang. Itu maksud saya. Fokus utama orang jenis PERKASA-Umno ialah untuk maki dan tuduh (ketua menteri, Lim) Guan Eng. Ia tidak menjadi. Saya sering ke Pulau Pinang. Tidak seperti tempat lain yang saya kunjungi sebagai pemimpin nasional, bila saya ke Pulau Pinang, saya duduk, saya pergi ke masjid. Tiada impak. Guan Eng telah berjaya dari segi itu. Orang Melayu... tahu dia seorang Cina, dia seorang DAP. Saya tak anjurkan supaya mereka setuju dengan apa saja yang dia kata dan juga dasar DAP, tapi mereka lihat dia sebagai pemimpin yang berkredibiliti. MK: Bagaimana dengan Kedah, Kelantan?Anwar: Saya akan ke Kelantan hari ini (semalam, Khamis). Ada beberapa isu dan kerajaan negeri perlu menanganinya sekarang. Ia perlu dijalankan sekarang, Isu air. Isu tanah di beberapa kawasan. Saya akan bercakap dengan Tok Guru Nik Aziz (Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) untuk nasihat supaya ini dapat diselesaikan segera. MK: PAS juga telah memerintah terlalu lama di Kelantan. Mungkin rakyat rasa perlu bertukar?Anwar: Tok Guru Nik Aziz ada cara dia sendiri. Orang kata dia tua, dia dah lama. Tapi dia bersih, tidak tipu kita dalam masyarakat dan sistem politik yang ada ramai sangat penipu yang merompak kekayaan... Tapi orang kata dia semakin uzur dan dia patut merancang (untuk bersara), dan pasukan yang mewakilinya itu penting. Saya akan berkongsi dengan dia beberapa pandangan secara tertutup hari ini kerana orang mahu lihat pasukan yang menyokong beliau dipersembahkan dalam pilihan raya umum ini. Ia mesti dilihat sebagai pasukan yang berkredibiliti. Malaysiakini | 10 syarat bagi perhimpunan 9 Januari Posted: 06 Jan 2012 04:30 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - Polis kini mengenakan 10 syarat kepada penganjur perhimpunan 9 Januari bagi menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antaranya tidak membenarkan ucapan awam dan membawa sepanduk bertulis 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar'. Syarat-syarat yang dikenakan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan itu, disiarkan di laman Facebook polis. Syarat-syarat tersebut bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam satu sidang akhbar sebelum ini. Syarat-syarat tersebut ialah: 1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar' adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung. 2. Penggunaan pembesar suara selain daripada 'loud hailer' tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan. 3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali. 4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah. 5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut. 6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah. 7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu. 8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan. 9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut. 10. Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut. | Rakyat tetap bangkit walau pemimpin PR dipenjara Posted: 06 Jan 2012 04:28 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 6 Jan: Kalau semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dipenjarakan sekalipun, rakyat akan tetap bangkit menyelamatkan negara ini dari cengkaman kekuasaan Umno, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau menegaskan perkara itu ketika pelbagai ramalan menyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan.
"Kebencian terhadap Umno yang semakin berapi-api dengan laungan bersama 'asal bukan Umno' tidak peduli lagi sama ada pemimpin atau tidak ada pemimpin.
"Zaman telah berubah dan 'asal bukan Umno' menjadi pembakar semangat bersama dan faktor kepimpinan hanya faktor nilai tambah dan bukan lagi penyebab utama kebangkitan rakyat hari ini," kata beliau.
Dengan kes masing-masing yang biasanya dikaitkan dengan apa yang didakwa sebagai perhimpunan haram, kata Mohamad, ramai pemimpin PR kini menghadapi perbicaraan di mahkamah.
"Saya sendiri menghadapi pelbagai perbicaraan berkaitan dakwaan kononnya menghadiri perhimpunan haram dan apa sahaja mungkin berlaku termasuk hukuman penjara.
"Tetapi sama ada saya bebas di luar untuk berjuang bersama rakyat atau dipenjarakan, semua itu tidak relevan lagi kepada sebahagian yang amat besar rakyat yang terlalu sakit hati dan bencikan Umno dan mahu menghancurkan segera cengkaman kekuasaan parti yang semakin sebati dengan panggilan parti perasuah itu," kata beliau.
Beliau juga memberi contoh peristiwa yang berlaku ketika Operasi Lallang pada tahun 1987 dahulu.
"Walaupun ramai pemimpin barisan hadapan ditangkap, tetapi semangat dan gerakan rakyat melawan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak mampu dipadamkan malah semakin geram dan membara," kata beliau.
Contoh diluar negara pula, kata Mohamad, ialah kebangkitan rakyat di Tunisia yang berjaya menggulingkan pemerintah kejam di negara itu baru-baru ini.
"Ramai pemimpin pembangkang yang terpaksa lari keluar negara dan rakyat tidak mempunyai 'central figure', tetapi seperti yang diakui sendiri oleh Rashid Ghannushi yang memimpin parti An-Nahdhah yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya negara itu baru-baru ini, kebangkitan tanpa pemimpin itulah yang berjaya menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang kejam itu," tegas beliau.
Beliau yakin, impian Umno untuk melihat lumpuhnya kebangkitan rakyat dengan keputusan perbicaraan Anwar itu akan hangus terbakar dengan berapi-apinya semangat 'asal bukan Umno' yang tidak lagi bergantung kepada mana-mana pemimpin.
Mengenai perhimpunan 'Bebaskan Anwar' pada 9 Januari ini, beliau menegaskan: "Ahli dan penyokong PAS boleh mengiringi Presiden dan Timbalan Presiden untuk mengikuti keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini". Harakahdaily/-
| 901: Saya akan hadir, ahli terserah - Presiden PAS Posted: 06 Jan 2012 04:27 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - Harakahdaily/- KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini. Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily. Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.
"Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.
Pimpinan PAS Selangor juga memutuskan untuk turun 9 Januari ini, kata Pesuruhjayanya, Dr Rani Othman.
"Kita akan bersama presiden di sana. Dalam perbincangan di peringkat negeri juga, kita sudah putuskan akan turun," katanya kepada Harakahdaily.
Pemuda PAS pula sedang memobilisasi ahlinya untuk turun pada perhimpunan tersebut.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda memberi komitmen untuk mencapai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur. "Jika Datuk Seri Najib kena zalim pun kita akan turun," kata Nasrudin.
Bersama Presiden
Aiman turut berkata, muslimat tidak perlu takut untuk bersama-sama 9 Januari ini atas kapasiti parti kerana Presidennya sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain sudah menyatakan komitmen untuk menyertai perhimpunan tersebut.
"Muslimat tidak perlu ragu-ragu kerana PAS sendiri termasuk Presiden kita akan turun bersama-sama. Jadi tidak ada masalah di peringkat parti," katanya.
Zalim kepada mahasiswa
Sementara itu, beliau menambah sudah tiba masanya rakyat berani menyatakan kebencian terhadap kerajaan Umno BN yang bertindak zalim ke atas mahasiswa sendiri.
Sambil mengucapkan tahniah kepada kebangkitan mahasiswa yang menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan, Aiman berkata mahasiswa sekarang sudah bijak berfikir dan bertindak tanpa mengabaikan pelajaran.
"Muslimat juga mengucapkan syabas dan tahniah di atas kebangkitan gerakan mahasiswa yang bermula daripada Adam Adli dan tragedi berdarah di UPSI.
"Muslimat berpendapat mahasiswa pada abad ke-21 ini mesti lebih cekap dan cerdik iaitu meletakkan pelajaran nombor satu tetapi gerakan kebangkitan rakyat bukan di tempat kedua.
"Yang paling penting dalam kehidupan seorang manusia apabila dia dapat melawan kelemahan dalam dirinya dan juga melawan kezaliman di sekelilingnya," tegasnya. | Thailand rampas kulit, tulang harimau seludup Posted: 06 Jan 2012 04:25 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - BANGKOK 7 Jan. - Pihak berkuasa kastam Thailand semalam merampas sebanyak empat kotak kulit dan tulang harimau bernilai kira-kira AS$60,000 (RM188,850) dipercayai diseludup bagi dijadikan barang hiasan rumah. Ketua Pengarah Kastam Diraja Thai, Somchai Poolsawasdi berkata, kulit dan tulang harimau itu dipercayai diseludup dari Indonesia dan dalam perjalanan ke China. "Keempat-empat kotak itu mengandungi kulit, tulang dan tengkorak harimau dan setiap satunya seberat lima kilogram," katanya. - AFP | 5 lelaki Hong Kong ditahan proses syabu Posted: 06 Jan 2012 04:23 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - MANILA 7 Jan. - Lima lelaki Hong Kong ditahan oleh polis hari ini kerana dipercayai memproses ubat-ubatan haram di sebuah kawasan perumahan berpagar di Filipina. Jurucakap skuad anti dadah, Evangeline Almenario berkata, empat suspek ditahan di sebuah rumah di kawasan kejiranan Ayala-Alabang selepas sepasukan anggota anti narkotik membuat serbuan dan menemui sejumlah dadah jenis syabu. Tambahnya, suspek kelima ditahan dalam satu susulan serbuan di tempat lain. - AFP | 6 kanak-kanak maut tong sampah meletup Posted: 06 Jan 2012 04:21 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - KABUL 7 Jan. - Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak dan seorang lelaki terbunuh apabila sebutir bom disembunyikan di dalam tong sampah meletup di wilayah selatan Uruzgan, Afghanistan, semalam. Jurucakap polis, Fardi Ayel berkata, letupan itu berlaku di bandar Tirin Kot kira-kira pada pukul 3 petang (6.30 petang waktu Malaysia). Tambahnya, empat kanak-kanak lain yang sedang bermain berhampiran tempat kejadian itu turut tercedera. - AFP | Serangan bom gegar ibu negara Syria Posted: 06 Jan 2012 03:19 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - DAMSYIK 6 Jan. - Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan bom berani mati di Damsyik hari ini, yang didakwa dilakukan oleh 'pengganas', serangan kedua di ibu negara Syria dalam tempoh dua minggu ini. Menurut stesen televisyen tempatan, letupan bom yang kuat itu berlaku di kawasan Midan di tengah-tengah ibu negara. Serangan itu yang berlaku di sebuah kawasan kejiranan berhampiran sebuah sekolah mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan 45 lagi. Katanya, kebanyakan mangsa itu adalah orang awam dan beberapa anggota keselamatan. Stesen televisyen itu turut menunjukkan rakaman video yang memaparkan beberapa anggota keselamatan mengangkat mayat-mayat di tepi jalan dan memasukkan mereka ke dalam beg plastik sampah. Turut dipaparkan beberapa penduduk yang berada di tempat kejadian menjerit dan mengecam serangan itu sebagai kerja pengganas. Serangan itu berlaku dua minggu selepas dua letupan yang disasarkan di bangunan keselamatan Damsyik sehingga membunuh 44 orang. - AFP | Berjalan kaki ke Mekah Posted: 06 Jan 2012 03:17 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - JEKSON Gomes memulakan perjalanan dari Masjid Nurul Anhar, Padang Barat, Padang, Sumatera Barat.
PADANG – Seorang pendakwah di Kota Padang, Sumatera Barat nekad untuk ke Arab Saudi dengan berjalan kaki selepas dua tahun mengimpikan mahu menunaikan haji. Dengan hanya bermodalkan peta dan sedikit wang, Jekson Gomes alias Muhammad Alif menetapkan sasaran untuk tiba di tanah suci Mekah dalam tempoh 10 bulan. Lelaki berusia 38 tahun itu, yang merupakan pendakwah dari masjid ke masjid, mengaku sudah membuat persiapan sejak dua tahun lalu. Menurutnya, antara persiapannya ialah mempelajari peta-peta negara yang bakal dilaluinya selain rutin bersenam. Perjalanannya dimulakan pada Jumaat lalu dari Masjid Nurul Anhar, Padang Barat, Padang. "Saya menetapkan sasaran untuk berjalan sejauh lapan kilometer dalam tempoh satu jam dan hanya berehat selama dua jam dalam sehari," kata. – AGENSI | Bekas Menteri Dalam Negeri Indonesia dipenjara Posted: 06 Jan 2012 03:06 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - JAKARTA 6 Jan. - Mahkamah Anti Rasuah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah terhadap bekas Menteri Dalam Negeri Indonesia, Jeneral (B) Hari Sabano (Gambar) yang didapati bersalah menggelapkan wang dari projek pemerolehan pada 2003 hingga 2005, menjadikan beliau jeneral pertama dipenjara kerana tuduhan rasuah. Panel hakim mendapati Hari bersalah berkonspirasi dengan bekas Ketua Pengarah Wilayah Autonomi Kementerian Dalam Negeri, Sidung Mawardi kerana mengarahkan gabenor-gabenor, pemimpin daerah dan datuk bandar di 22 wilayah untuk membeli jentera bomba. Kedua-dua defendan turut mengelak cukai import jentera bomba tersebut. Negara kerugian 97.02 bilion rupiah (RM33.9 juta) daripada projek pemerolehan tersebut. Jentera-jentera bomba itu diedar secara eksklusif oleh dua syarikat, Istana Sarana Raya dan Satal Nusantara, kedua-duanya milik ahli perniagaan Henky Samuel Daud yang telah meninggal dunia. Menurut pendakwaan, Hari telah menggelapkan wang lebih 1.1 bilion rupiah (RM378,207) daripada urus janji haram itu. Antara wilayah yang terlibat dalam urus janji pemerolehan itu adalah Kepulauan Riau, Riau, Jawa Tengah, Bali, Sulawesi Utara, Maluku Utara dan daerah seperti Kendari, Minahasa, Bolaang, Mangondow, Lampung Tengah serta Tanggamus. Hari merupakan jeneral penuh pertama Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan bekas menteri keenam yang dijatuhi hukuman penjara. Seorang lagi jeneral TNI, Mejar Jeneral (B) Suwarna Abdul Fatah yang digantung tugas daripada jawatan Gabenor Kalimantan Timur, dihukum penjara 18 bulan kerana mengeluarkan permit konsesi tanah haram pada 2001. Bekas Menteri Dalam Negeri itu dianggap sebagai seorang daripada menteri paling berpengaruh dalam barisan Kabinet bekas Presiden, Megawati Soekarnoputri. Peguam mewakili Hari, Eko Prananto berkata, anak guamnya akan mengemukakan rayuan. - AGENSI | Polis benar Perhimpunan 901 Posted: 06 Jan 2012 03:01 PM PST 13 Safar 1433H. [MOD] - Mohmad Salleh berjabat tangan dengan Azmin Ali (kanan) pada pertemuan di antara Polis Kuala Lumpur dengan PKR di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 6 Jan. - Polis Kuala Lumpur hari ini membenarkan penganjur Kempen Bebaskan Anwar 901 mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Isnin depan dengan syarat, ia berlangsung dalam keadaan aman dan teratur. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini. Sehubungan itu, orang awam yang ingin berurusan di kompleks mahkamah tersebut pada berkenaan diminta meletakkan kenderaan masing-masing di Stadium Hoki Jalan Duta atau Bangunan Matrade. Tempat letak kereta di kompleks tersebut akan ditutup sepenuhnya kepada pengguna kenderaan awam manakala tempat letak kereta di bahagian dalam kompleks itu hanya dikhaskan kepada kakitangan mahkamah dan hakim-hakim sahaja. ''Hasil pertemuan antara polis dengan Azmin dan beberapa lagi ahli PKR, kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dan antaranya, polis membenarkan perhimpunan itu diadakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011 yang telah diluluskan di Parlimen, baru-baru ini," katanya pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur selepas selesai pertemuan dengan Azmin. Dalam pada itu, Azmin pada sidang akhbar yang sama memberi jaminan perhimpunan tersebut akan berjalan secara aman dan teratur. Beliau turut berterima kasih dan menghargai polis kerana menjemputnya bagi membincangkan berkenaan perhimpunan tersebut. "Perbincangan agak panjang dan saya setuju perhimpunan akan dijalankan dengan teratur dan aman selaras dengan kerjasama yang diberikan polis dan KDN (Kementerian Dalam Negeri)," katanya. Sebelum itu, Mohmad turut mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang diketuai oleh Timbalan Presidennya, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar. Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, beliau telah mengarahkan Mohmad supaya mengadakan pertemuan dengan penganjur perhimpunan bagi membincangkan lokasi sesuai untuk mereka berhimpun. Sementara itu, Abdul Rahman ketika ditemui di luar IPK Kuala Lumpur memberitahu, Perkasa dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) akan mengadakan majlis solat hajat dan qiamullail di Masjid Wilayah pada Ahad ini bermula selepas solat Asar. Difahamkan, terdapat ceramah-ceramah keagamaan yang akan dimuatkan dalam majlis tersebut. Jelas beliau, pihaknya telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengadakan majlis solat hajat dan qiamullail di masjid berkenaan. "Selain itu, kita (Perkasa) dan Pekida memberi jaminan tiada sebarang provokasi dalam majlis solat hajat dan qiamullail yang akan kita laksanakan Ahad ini. "Kita juga menjangkakan 2,000 individu yang akan menyertai majlis solat hajat dan qiamullalil yang dianjurkan oleh kita di Masjid Wilayah," katanya. BERNAMA
| |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 06 Jan 2012 10:10 PM PST Pemuda PAS Sabah ketuai gerakan anak muda Posted: 05 Jan 2012 10:20 PM PST KOTA KINABALU, 6 Jan: Pemuda PAS Sabah akan mengiringi gerakan anak muda yang terdiri di kalangan pemuda-pemuda Sabah bagi menyatakan bantahan terhadap kezaliman dan menuntut keadilan bagi memastikan hak rakyat dijamin berdasarkan peruntukan perlembagaan negara.
Ketuanya, Lahirul Latigu akan mengetuai gerakan tersebut bagi memecah keegoan dan keceluparan Umno BN yang memperhambakan rakyat Sabah sebagai fixed deposit Umno BN berkuasa.
"Kita nyatakan pendirian dengan tegas bahawa, sebarang kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku dinegara ini adalah berpunca daripada Umno BN.
"Jangan terlalu ego dengan kesenangan yang ada ini. Hari ini, waktu ini dan di sini… anak-anak muda Sabah akan beraksi menentang kezaliman Umno BN," ujarnya.
Momentum Bersih 2.0 merupakan satu bentuk manifestasi kebangkitan rakyat pada perhimpunan aman 901 ini yang menyaksikan kebangkitan kuasa rakyat terhadap kepimpinan zalim.
"Anwar telah diaib dan dimalukan sebelum keputusan mahkamah dibuat. Adakah ini keadilan yang dipertahankan Umno BN," katanya.
Katanya, rakyat Sabah sudah muak dengan janji yang dimainkan saban hari oleh media perdana Umno BN.
"Pagi hari dia bagi tanah, malam hari dia rompak hasil tanaman rakyat. Siang hari dia derma baja, cukup bulan dia rampas tanah… apa ini?," kata Lahirul.
Pemuda PAS Sabah katanya, akan memainkan peranan yang lebih agresif dalam mendepani kezaliman Umno BN.
Justeru katanya, pihak polis perlu mengawal dan menjamin kelancaran perhimpunan dan bukan mengikut telunjuk Umno BN.
"Uniform biru yang dipakai itu menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan Perlembagaan Negara, bukan setia kepada Najib dan takut kepada Umno BN.
"Ingat semula surat aku janji yang dilafazkan itu," jelasnya. | |
LAMAN RASMI ADUN MAHARANI Posted: 06 Jan 2012 10:07 PM PST KEMPEN TAHUN BARU 2012 BERSAMA ADUN MAHARANI DAN AHI PARLIMEN BAKRI - KURANGKAN GUNA BEG PLASTIK Posted: 06 Jan 2012 08:09 AM PST SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 ! YB Er Teck Hwa, YB Dr Mohammad Taslim dan Sdr Tan dengan beg kitarsemula warna kuning di Jalan Sayang. Hari Sabtu 1 Januari 2012 diraikan dengan lawatan santai ke restoran dan warong di sekitar bandar Muar dan Bakri. Bersempena dengan sambutan Tahun Baru 2012 ini AP Bakri, Sdr Phua Sau ChingYB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dan YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri, melancarkan Kempen Kurangkan Guna Beg Plastik di sekitar DUN Maharani dan Parlimen Bakri. Mereka bergerak dari Klinik Mohammad di Jalan Sayang Muar pada tepat jam 8.30 pagi. YB Dr Mohammad dan YB Er diiringi oleh Yang Dipertua PAS Muar, Ustaz Abu Bakar Lajat, Pembantu Khas AP Bakri, Sdr Phua Sau Ching dan Setiausaha DAP Johor, Sdr Tan Chen Choon. Tempat pertama yang dituju ialah Kedai Makan di Jalan Sayang, kemudian ke dua buah Restoran Satey di Bangunan MARA, Warong di Jalan Hashim, Warong di Jalan Hj Jaib dan Warong di Jalan Bakariah. Setiap pengunjung bertuah menerima hadiah beg kitarsemula dan kalendar AP Bakri secara percuma.Sebanyak 200 beg kitarsemula telah dibahagikan secara pecuma pada pagi ini. Suasan penuh mesra dirasai sepanjang pertemuan dengan penduduk tempatan dan luar yang sedang menikmati sarapan pagi. Inilah peluang untuk pemimpin dan Wakil Rakyat bermesra dengan rakyat. Kehadiran mereka diterima dengan semangat perpaduan . Kempen Kurangkan Guna Beg Plastik ini telah dilancarkan oleh kerajaan tahun lalu. Kehadiran Wakil Rakyat ini adalah untuk mempromosikan tabiat yang baik ini untuk memelihara alam sekitar. Masih ada rakyat tidak menyedari bahaawa hari Sabtu adalah hari tanpa beg plastik di Pasaraya dan kedai-kedai besar di seluruh negara. Pemberian beg kitarsemula ini adalah simbolik sokongan rakyat untuk menyahut cabaran memelihara alam sekitar untuk generasi yang akan datang. YB Dr Mohammad, YB Er , Ustaz A. Bakar dan Sdr Tan bermesra dengan pelanggan sebuah restoran.
Sungguh gembira tuan punya restoran ini menerima kalendar dpd YB Er.
Pelanggan ini pun nampak sungguh gembira menerima hadiah beg.
Sama-sam kita jaga alam sekitar ! Penerimaan tanda perpaduan dan sokongan ! Inilah sumbangan kami.
Berpadu untuk jayakan Hari Tanpa Plastik.
Di akhir perjalanan bertemu peminat setia basikal antik di hadapan Restoren Jalan Bakariah.
| LAWATAN KE TEMPAT PELUPUSAN SAMPAH DI LORONG OSMAN , JALAN JUNID, MUAR Posted: 06 Jan 2012 03:56 AM PST Masalah Pelupusan Sampah di Lorong Hj Osman YB Dr Mohammad dan YB Gwee menerangkan sesuatu kepada wartawan. Penduduk di sekitar Lorong Hj Osman, Jalan Junid, Muar telah beberapa kali memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Muar tentang masaalah tempat pembuangan sampah di kawasan mereka dan juga beberapa masaalah lain. Perkara ini telah pun diambil tindakan oleh YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani dalam lawatan beliau terdahulu dengan melaporkan kepada MPM.Berita ini telah pun disiarkan oleh akhbar Sinar Harian. Malangnya belum ada tindakan positif diambil. Petang ini, Jumaat 6 Januari 2012, YB Dr Mohammad bersama YB Gwee Tong Hiang , ADUN Bentayan, melawat tapak tersebut bersama penduduk tempatan dan wartawan-wartan akhbar Cina. Di antara masalah yang mereka hadapi ialah: Tapak Pelupusan Sampah - Asap berkepul-kepul mencemarkan alam sekitar. 1. Tempat melupuskan sampah oleh MPM di hujung Lorong Hj Osman ini kotor. Ia menjadi sarang babi hutan, biawak dan monyet mencari makan. Apabila sampah tersebut dibakar, asap dan habok mengganggu kesihatan penduduk dan menyebabkan penyakit. Mereka mohon supaya pembuangan sampah di sini dihentikan, Sang biawak mencari makan - plastik jadi habuan ! Monyet makan tebu di atas bumbung, sambil menonton Astro? 2. Lorong Hj Osman rosak teruk kerana lori berat melaluinya setiap hari unuk membuang sampah.Jalan menjadi lecak. Mereka terpaksa menabur kasaran sendiri di tempat yang rosak, Jalan rosak, penduduk bergotong royong tabur kasaran. 3. Lorong Hj Osman ini asalnya jalan awam yang boleh dilalui dan laluan jogging hingga ke Tanjong Ketapang.Sejak laluan digunakan untuk membuang sampah ia terbiar dan jalan tar ini sudah dipenuhi rumput.Mereka minta jalan ini dibaikpulih untuk kegunaan awam, Jalan bertar ini sudah tidak diselenggara. Dahulunya laluan jogging hingga ke Tanjung Ketapang. 4. Jalan ini juga perlu ditambah lampu jalan untuk keselamatan, 5. Kawasan di Lorong Hj Osman ini adalah kawasan banjir. Ia dinaikki air setiap kali air pasang besar atau hujan lebat.Penyelesaiannya ialah dengan menggantikan jambatan di hujung jalan ini dengan kalvert yang lebih besar supaya air mudah surut apabila banjir, Mereka difahamkan peruntukan telah dip[ohon tetapi belum ada tanda-tanda ia akan dilaksanakan, Laluan air ke laut - calvert di bawah jambatan ini perlu diganti dengan yang lebih besar. Parit di tepi lorong Hj Osman Kawasan ini kawasan persendirian, bergeran. Mereka mohon supaya masalah yang sudah bertahun-tahun ini dapat diselesaikan segera.ADUN Maharani dan ADUN Bentayan akan membawa perkara ini kepada pihak yang berkenan untuk tindakan segera. | |
PAS Kawasan Miri Posted: 06 Jan 2012 07:22 PM PST Sarawak Patut Diperintah Oleh Pemimpin Berjiwa Rakyat Posted: 06 Jan 2012 01:28 AM PST "Jangan biarkan Sarawak diperintah oleh Parti Perkauman"
"Jangan biarkan Sarawak diperintah oleh parti yang berpangkalan di Semenanjung" menurut kenyataan Dr James Masing Presiden PRS dalam Borneo Post.Kalau dipandang dari satu sudut kenyataan ini memang jelas menunjukkan Dr James Masing seorang yang bersifat perkauman dan berfikiran sempit. Kenyataan begini tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang yang bertaraf menteri. Kenyataan semacam ini seolah-olah beliau tidak menyedari yang selama ini PRS adalah anggota parti komponen Barisan Nasional yang dibawah pimpinan datuk sri Najib presiden UMNO yang merupakan parti dari Semananjung. Mungkin beliau tidak sedar yang selama ini mereka diperintah oleh BN Semananjung dan lupa yang 'big bossnya' juga orang dari semananjung. Kalau beliau membenci sangat dengan parti yang berasaskan dari Semananjung adalah lebih baik PRS keluar dari komponen parti Barisan Nasional (BN) dan membawa haluan masing-masing untuk membela rakyat peribumi Sarawak yang masih jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas dan infrastruktur. Kalau beliau yakin tanpa adanya parti dari Semananjung boleh membela rakyat peribumi Sarawak maka sudah tentu rakyat Sarawak sudah maju kehadapan berbanding dengan Semananjung. Dr James Masing kena ingat walaupun Pakatan Rakyat berasaskan dari Semananjung tetapi pemimpin tempatan tetap diberi keutamaan untuk memimpin parti tersebut di Sarawak.Adakah kaum peribumi Sarawak selama ini terbela dibawah pimpinan PRS atau BN Sarawak? Kenapa wakil rakyat PRS dan BN Sarawak tidak berani mendesak kerajaan pusat untuk memberi kelebihan dan keutamaan kepada rakyat Sarawak dalam semua bidang pentadbiran dalam negeri Sarawak? Mengapa hasil bumi Sarawak tidak dapat dinikmati oleh rakyat Sarawak dan kemana semua hasil tersebut digunakan? Adakah pemimpin BN Sarawak mengunakannya untuk kepentingan masing-masing atau untuk rakyat?Perkara inilah yang seharusnya dijawab oleh pemimpin BN Sarawak sebelum menuduh Pakatan Rakyat Sarawak hanya mementingkan diri sendiri tanpa menjaga kepentingan rakyat Sarawak. Kalau beginilah sikap yang ditunjukkan oleh Dr James Masing dia hanya layak jadi Ketua Kaum saja kerana cara beliau berfikir tidak lagi sesuai pada zaman kini dimana rakyat mahu pemimpin yang berjiwa rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kita menyeru kepada rakyat Sarawak agar jangan memilih mereka yang masih mengamalkan dasar perkauman sempit untuk mencari pengaruh dalam Negara ini sebagaimana yang ditunjukan oleh pemimpin parti komponen BN. Jofri Jaraiee PAS Miri English version "Don't let Sarawak be ruled by Racist parties"
Don't let Sarawak be ruled by peninsula-based parties' according to a statement of PRS president Dr James Masing in the Borneo Post. If you viewed from one angle this statement are clearly shows that Dr James Masing a racist and narrow-minded. This statement does not deserve issued by someone who have the status of a minister. Statements like this as if he was not aware which all this PRS is a member of that Barisan Nasional component parties under the leadership of Umno president Datuk Sri Najib, who is the party from the Peninsular. Maybe he was not aware that all this while they were ruled by BN Peninsular and forget that the Big boss also people from Peninsular. If he hates most with a party that is based on the Peninsular is best PRS out of the component parties of Barisan Nasional (BN) and bring their own direction to defend the indigenous people of Sarawak which is still far behind in terms of basic facilities and infrastructure. If he is confident that in the absence of parties from the Peninsular can defend the indigenous people of Sarawak, then surely people of Sarawak have been move forward compared with the Peninsular. Dr James Masing should keep in mind that although the PR based on the Peninsular, but local leaders remains a priority to lead the party in the state.Are the indigenous people of Sarawak all this while under the care of PRS or Sarawak BN leaders? Why MPs PRS and Sarawak BN dare not insist the federal government to give advantages and priorities to the people of Sarawak in all areas of administration in the State? Why Sarawak revenue cannot be enjoyed by the people of Sarawak and where all these results used? Will Sarawak BN leaders use it to their respective interests or the people? This is what should be answered by the Sarawak BN leaders before accusing the Pakatan Rakyat Sarawak only selfish without the safeguard the interests of Sarawakians. If thus the attitude shown by Dr James Masing he could be Chief tribe only because of the way he thought were no longer viable at the time now where people want a leader with a heart for people regardless of race, religion and political belief. We call upon the Sarawakians that never choose those who have a policy of racial intolerance to find the influence in this country as shown by the leaders of BN component parties. | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH Posted: 06 Jan 2012 07:05 PM PST |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 06 Jan 2012 04:00 PM PST PENYOKONG ANWAR KEDAH ROSAKKAN KENDERAAN AWAM!!! Posted: 06 Jan 2012 01:44 AM PST Beberapa buah kenderaan di Kuala Nerang, Kedah didakwa telah conteng dengan tertera pelbagai tulisan 'Bebas Anwar' dan '901' menggunakan semburan cat... dan yang hebatnya kejadian tersebut berlaku di negeri Ust Azizan... Gambar yang perolehi melalui kiriman email ini melibatkan kenderaan-kenderaan awam seperti Bas dan Kereta Myvi.... dipahamkan pemilik kenderaan tersebut masih gagal dipastikan ....
... aku malas tuduh sape-sape la... korang teka la sendiri sape punye kerja...huhuhuhuhu | POLIS DAH IZINKAN!!!... KHUTBAH HARI INI BANTAH HIMPUNAN 901... Posted: 06 Jan 2012 12:39 AM PST "CINTA NEGARA " ( 6 JANUARI 2012/ 12 SAFAR 1433H ) Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membincangkan tajuk khutbah mengenai " Cinta Negara". Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,Bersempena dengan kedatangan tahun baru 2012, maka mimbar pada hari ini menyeru kepada jemaah dan umat Islam sekalian marilah kita membina sebuah masyarakat yang cintakan agama, bangsa dan negara dengan sama-sama mempertahankan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi pada hari ini. Walaupun rakyat di negara kita dalam pelbagai bangsa dan agama namun setiap daripada kita hendaklah bertanggungjawab dan sentiasa bersedia serta sanggup mengorbankan kepentingan diri demi negara yang kita cintai. Mimbar ingin menegaskan salah satu aspek terpenting yang menyumbang keadaan ini ialah keamanan. Dengan suasana aman kita dapat melakukan urusan kehidupan dunia tanpa merasa takut, gerun dan dengannya juga boleh membawa banyak kebaikan serta rezeki kepada manusia dan negara. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 112 : Maksudnya: " Dan Allah memberikan satu misalan; Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan."Muslimin Yang Dirahmati Allah,Dalam membina cinta negara ianya sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetian dan pengorbanan rakyat terhadap negara serta pemimpin secara menyeluruh. Rasa cinta itu terkumpul dalam erti kata dasar iaitu taat setia yang tidak berbelah bahagi. Rasulullah SAW bersabda: Mafhumnya: "Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Allah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku, dan sesiapa yang mengingkari pemerintahku, maka sesungguhnya dia telah mengingkariku." (Hadith al- Bukhari) Ketika menyusuri sirah Rasulullah SAW sebagai contoh yang terbaik. Baginda sangat terkenal sebagai seorang negarawan yang sayang dan setia kepada tanah air. Rasulullah SAW sendiri pernah mengungkapkan perasaan kasihnya sewaktu tiba di Madinah dalam peristiwa hijrah dengan sabdanya:"Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah sebagaimana Engkau berikan kecintaan kepada Makkah atau lebih dari itu ". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Begitu juga dalam misi penyebaran Islam Rasulullah SAW telah memberi keutamaan kepada mewujudkan perpaduan dan keamanan. Umat Islam dikunci dengan erat melalui konsep akidah, kiblat yang satu, kitab yang satu, pemimpin yang satu. Namun dalam pada itu, Baginda dan para sahabat juga sentiasa diterjah dengan berbagai ancaman musuh Islam yang didalangi oleh golongan munafik dan orang-orang Yahudi untuk mengkucar-kacirkan keamanan dan perpaduan umat Islam. Pihak musuh menggunakan pelbagai pendekatan dan helah, diantaranya menggunakan agama sebagai alat perpecahan, menggunakan taktik menunjuk perasaan sebagaimana yang berlaku dalam peperangaan Uhud. menyebarkan fitnah, melakukan bantahan secara kekerasan, melakukan huru-hara dan sebagainya. Namun atas kebijaksanaan Rasulullah SAW dan para sahabat dapat menangani segala permasalaah tersebut dan mengekalkan keamanan serta semangat perpaduan dikalangan umat Islam. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan umat Islam di antaranya termasuklah melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan samada melalui media massa dan alam siber. Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini, mereka mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan. Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai golombang rakyat yang membantah. Mereka bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan, mengheret rakyat ke jalanan, menjadikannya sebagai perisai tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan.Mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan golongan ini sebenarnya telah melakukan kesalahan yang besar dan menzalimi umat Islam serta keamanan negara. Percayalah bahawa demonstrasi jalanan yang mengamalkan kekerasaan dan kekacauan merupakan amalan yang dipolopori oleh golongan yang bersifat ekstrem yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Jauhilah olehmu duduk-duduk di tepi jalan, Sahabat menjawab, Wahai Rasulullah kami tidak mendapat jalan lain untuk kami berbincang. Maka Rasulullah SAW bersabda: Berikanlah hak-hak jalan iaitu menundukkan pandangan( mencegah daripada memandang yang haram), mencegah gangguan, menjawab salam, amar makruf dan nahi mungkar.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Prof Dr Abdul Muin Salim dalam kitabnya Fiqh al-Siasah menjelaskan bahawa: Mewujudkan suasana yang tidak stabil dalam sesebuah negara yang aman damai adalah haram. Sengaja mewujudkan suasana porak peranda seterusnya mengundang kepada mudharat kepada orang awam hukumnya adalah haram. Justeru, sebagai umat Islam yang mempunyai jati diri, cintakan agama, bangsa dan negara, diseru agar tidak bersama dengan golongan ini, jangan terpengaruh dengan pujuk rayu dan tipu daya mereka. Marilah sama-sama kita mempertahankan tanah air kita ini dari kekacauan, marilah sama-sama kita berganding bahu, bersatupadu, merapatkan saf, mengeratkan perpaduan dikalangan kita agar apa jua usaha mereka ini untuk menggugat keharmonian dan keamanan negara dapat digagalkan. Sesungguhnya kekuasaan dan pertolongan Allah SWT sentiasa bersama jemaah dan mereka yang benar. Firman Allah SWT dalam Surah Ali- Imran ayat 160: Maksudnya: "Jika Allah menolong kamu maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri.Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,Mengakhiri khutbah pada minggu ini, bersempena dengan lembaran baru 2012 mimbar menyeru seluruh umat Islam sekalian sama-sama kita membina cinta negara dengan memupuk perpaduan umat dan keamanan. Jangan sekali-kali kita terpedaya dengan godaan mereka yang ingin menghuru-harakan keamanan negara, jangan kita terlibat dengan agenda untuk merosakkan perpaduan ummah, janganlah kita menjadi seorang muslim yang mencetuskan kekacauan, melakukan rusuhan, mengadu-domba sesama kita. Insafilah bahawa keamanan negara ini bukan datang bergolek tetapi adalah datang daripada pengorbanan semua pihak samada rakyat atau pemimpin. Cintailah keamanan yang wujud di negara kita ini dan peliharalah dengan sebaik mungkin. Marilah kita melakukan tindakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berasaskan kepada semangat persaudaraan Islam dan bertimbang rasa dengan pihak lain. Janganlah pula kita terhasut dengan pemikiran yang jahat dan dari godaan syaitan yang menyesatkan. Kita berdoa kepada Allah SWT agar mereka yang terpengaruh dengan golongan ini diberi keingsafan dan berteduh dibawah payung perpaduan. Kita juga memohon dikekalkan kesinambungan nikmat keamanan dikalangan kita, dijauhi segala malapetaka yang boleh menjejaskan usaha membangunkan agama, bangsa dan negara. Maksudnya: "Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah kamu; sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar." (Surah al-Anfaal ayat 46) yang ini betul-betul ikut Islam!!!! | HIMPUN 901 : ORANG SARATOK PUN TURUT REPORT POLIS....WAKAKAKA Posted: 05 Jan 2012 11:20 PM PST ... jauh tue report polis... 788 laporan bantah kempen(Utusan) KUALA LUMPUR 5 Jan. - Sebanyak 788 laporan polis dibuat di seluruh negara daripada pelbagai sehingga pukul 9 malam ini bagi membantah rancangan perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar pada Isnin ini. Daripada jumlah tersebut, Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 149 laporan, diikuti Selangor dengan 137 laporan. Lain-lain negeri yang menerima laporan polis berhubung bantahan ini adalah Perlis (38), Kedah (71), Pulau Pinang (20), Kelantan (24), Perak (70). Pahang turut menerima 75 laporan, Kuala Lumpur (11), Negeri Sembilan (40), Melaka (25), Johor (34), Sabah (80) dan Sarawak (14). ... orang Saratok pun tak pernah sampai KL pun nak buat report polis jugak ke? | PUKIDA BAKAL QIAMULAIL DI MASJID WILAYAH PADA 9 JAN... Posted: 05 Jan 2012 10:57 PM PST KUALA LUMPUR, 6 Jan — Pertubuhan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) hari ini memberi amaran kepada penganjur perhimpunan 901 supaya tidak membuat kekecohan di kawasan Masjid Wilayah Kuala Lumpur di Jalan Duta ketika perhimpunan pada 9 Januari ini. Menurut Ahli Majlis Tertingginya, Mohd Syahril Abdul Aziz (gambar), Pekida akan menganjurkan program dakwah dan Qiamullail pada hari yang sama perhimpunan tersebut dijalankan. "Sekiranya kumpulan Anwar buat onar, Pekida Malaysia akan ambil tindakan, jangan melampaui apa yang telah dirancang. "Pekida ada program dakwah, dan qiamullail di Masjid Wilayah, jadi jangan buat kacau, masjid tempat untuk orang berdakwah dan beribadah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Menurut Syahril, berikutan cadangan perhimpunan yang dianjurkan untuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihaknya turut dipanggil oleh pihak polis untuk memberi penjelasan berhubung program tersebut. "Kami telah merancang program ini terlebih dahulu. Program ini bermula pada petang 8 Januari, dan tamat pada 9 Januari keesokan harinya. "Kepada penyokong Anwar Ibrahim, jangan cuba ambil kesempatan kepada kami," tegasnya. ... tak sabar nak tgk berape ribu orang Pukida yang tak pernah qiamulail nak berqiamulail....huhuhuhu | USTAZAH UMMI BERI AMARAN BUAT DSAI... HUHUHUHUHU Posted: 05 Jan 2012 08:19 PM PST Pehh... kecut teloq aku yang Ustazah Ummi Hafilda bagi amaran keras kat DS Anwar Ibrahim dan Abangnya.... siap ugut dengan rahsia dalam selimut lagiANWAR, AZMIN jangan cuba-cuba nak menghura-hurakan negara ini. Itulah amaran keras diberi oleh ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali. Cukuplah rakyat dah muak dengan perangai dua eko beruk ini yang memperguna dan mengheret rakyat di dalam kes liwatnya. Umi memang dah lama menunggu saat ini. Dia akan terus membongkar 'rahsia dalam selimut' yang menglibatkan Ketua Umum PKR dan Timbalannya sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus melakukan provokasi untuk menghuru-harakan negara ini. Menghancurkan Institusi Raja adalah salah satu perancangan Anwar dan Azmin jika PR berkuasa nanti. Oleh itu Umi menggesa supaya Raja-raja melayu menarik balik gelaran Datuk Seri yang diberikan pada Anwar. Menurut Umi lagi, sekiranya perancangan itu berjaya, Anwar akan melantik dirinya menjadi Presiden dan Azmin sebagai Perdana Menteri. Peracangan ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya Majlis Raja-raja dihapuskan dan mereka akan berbuat demikian atas alasan kehendak rakyat. ... aku nak tunggu 'rahsia' yang dia tau... dari 8 tahun dulu sampai sekarang tak gak bongkar-bongkar... same le dengan sorang lagi senator katak tue... cari glomor je.... | PUAK GILER PASIR MAS REPORT POLIS TERHADAP TG NIK AZIZ Posted: 05 Jan 2012 07:53 PM PST 300 orang NGO (Perkasa) berkumpul di hadapan masjid bandar Pasir Mas dan berarak menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas (IPD) untuk membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan beliau menghalalkan perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini. Laporan polis dibuat ekoran laporan berita siaran 7.45 malam tadi yang mengandungi kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa perhimpunan 901 adalah halal, dan mempunyai maksud bahawa orang ramai boleh menyertai perhimpunan berkenaan. Kenyataan Nik Abdul Aziz itu dibuat ketika rakyat di seluruh negara membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan tersebut kerana ia boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan negara. "Berdasarkan laporan berita tersebut, saya percaya ia boleh mengelirukan orang ramai dan seolah-olah menyeru rakyat untuk tidak menghormati kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan negara serta menimbulkan huru-hara. "Seorang Menteri Besar yang juga ketua pentadbiran negeri dengan jelas cuba memperlekehkan undang-undang negara. Polis hendaklah menggunakan kuasa yang ada dengan tegas tanpa berkompromi bagi menghalang hal itu daripada berlaku. .... muke orang giler memey lagu tue... | TOK MUN BAKAL BERTANDING DI DUN PULA KALI INI!!! Posted: 05 Jan 2012 07:21 PM PST Tok Mun atau nama sebenar Maimun Yusof akan berentap di PRU13,dalam usia menjangkau 93 tahun. Tok Mun masih berharap untuk menjadi calon walau pun kali ini dia berhasrat hanya mahu bertanding di kerusi DUN sahaja berbeza pada PRU12 lalu kerana masa tu dia bertanding kerusi Parlimen, P.36-KUALA TERENGGANU yang mana dia telah kehilangan wang pertaruhan dengan hanya mendapat 685 undi.
... go...go...Tuk Mun... jangan semput kayuh basikal sudah....
| RM700K DALAM RUMAH... ITU BARU PEGAWAINYA!!! MENTERINYA??? Posted: 05 Jan 2012 04:41 PM PST IPOH: Seorang pegawai Jabatan Perhutanan Perak dikesan menyembunyikan wang tunai lebih RM700,000 disyaki hasil suapan diterimanya di merata lokasi di kediamannya termasuk dalam kain telekung, selain di bilik tidur, ruang tamu dan dapur. Suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an dikatakan turut mengagihkan wang suapan yang keseluruhannya dipercayai melebihi RM4 juta di dalam beberapa akaun bank milik anggota keluarganya, berdasarkan buku bank yang turut ditemui di rumahnya. Perbuatan jijik suspek terbongkar apabila sepasukan lebih 10 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), melakukan serbuan mengejut di kediaman anggota perkhidmatan awam itu di Gerik, awal pagi semalam. Sumber berkata, suspek yang bekerja di Jabatan Perhutanan Perak, ditahan ketika berada di rumahnya bersama isteri dan anak-anaknya. "Hasil pemeriksaan, pegawai SPRM menemui sejumlah wang yang disembunyikan suspek di dalam bilik, dapur dan ruang tamu rumahnya, selain dalam telekung. | IGP AKAN GUNA KEKERASAN SEMPENA HIMPUNAN 901!!! Posted: 05 Jan 2012 04:35 PM PST KUALA LUMPUR, 5 Jan — Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, hari ini berjanji pihak berkuasa tidak akan mengharamkan perhimpunan 9 Januari depan, sebaliknya menuntut penganjur berunding dengan pihaknya berkenaan kawasan yang sesuai untuk mengadakan perhimpunan tersebut. "Kami tidak akan menghalang perhimpunan 9 Januari, pihak polis hanya mahukan perhimpunan itu dilakukan di kawasan yang lebih sesuai," katanya. "Saya sudah arahkan ketua polis bandaraya untuk memanggil penganjur dan berbincang berkenaan perkara itu," tambahnya. Ismail berkata, beliau sedar terdapat usaha untuk mengadakan perhimpunan berhampiran Mahkamah Tinggi Jalan Duta Isnin ini, hari yang sama hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membuat keputusan terhadap kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Sehubungan itu, pihak polis sudah bersedia untuk memastikan tahap keselamatan terhadap orang ramai dan harta benda awam terutamanya perkara yang keselamatan negara.
"Pihak berkuasa akan menasihati orang ramai agar bersurai, dan sekiranya mereka ingkar, terdapat pelbagai cara lagi yang akan digunakan sekiranya keadaan memerlukan.
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 06 Jan 2012 03:19 PM PST KHUTBAH KATA SALAH BESAR TAPI POLIS KATA OK JER Posted: 06 Jan 2012 01:59 AM PST "Mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan golongan ini sebenarnya telah melakukan kesalahan yang besar dan menzalimi umat Islam serta keamanan negara," petik khutbah itu lagi.[MK] Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan hari ini diberi amaran supaya tidak melakukan "kesilapan besar" dengan menghadiri demonstrasi jalanan.Menurut khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), mereka yang bersekongkol dengan penganjur demonstrasi jalanan melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam.Amaran itu dikeluarkan menjelang perhimpunan yang dirancang oleh penyokong-penyokong ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Kuala Lumpur pada hari keputusan perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya dan pembantu peribadinya diumumkan pada 9 Januari ini."Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan perpaduan umat Islam dan keamanan negara di antaranya melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan samada melalui media massa dan alam siber, melanggari undang-undang negara."Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini dengan mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan."Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai gelombang rakyat yang membantah," petik khutbah yang dibacakan itu.Menurut khutbah itu lagi, penganjur perhimpunan itu yang bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan sebenarnya mahu mengheret rakyat ke jalanan supaya dapat dijadikan sebagai perisai."Tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan. | AKHIRNYA PERHIMPUNAN 901 DIBENARKAN ! TAKBIR ! Posted: 05 Jan 2012 08:47 PM PST Akhirnya polis benarkan perhimpunan 901Setelah polis berbincang dengan Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali, Shamsul Iskandar Ketua Amk, Ketua Wanita Zuraidah, Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan Naib Presiden Surendran, akhirnya persetujuan dicapai, polis benarkan diadakan perhimpunan di kawasan tapak letak kereta berhampiran Mahkamah Jalan Duta dengan syarat tiada baner atau poster yang tertulis "BEBASKAN ANWAR"Ayuh rakyat yang cintakan keadilan, pastikan anda berada di sana..Biarkan dr hasang ali terjun dengan labu perkasamnya..persetankan katak ibrahim ali dan katak zul noordin serta senatak raja sesumpah ezam terjun dengan labu perkasamnya..Syabas kepada 5 pimpinan Keadilan yang berjaya berunding dengan pihak polis..terimakasih polis yang sudi memberi kerjasama..Posted & copy by RAKYAT MARHAEN | INILAH ANTARA TANDA KIAMAT BN DI PERAK Posted: 05 Jan 2012 08:26 PM PST Antara wang yang dirampas sedang dikira oleh pegawai SPRM12 Safar 1433H. Wang RM720,000, saham dirampasIPOH: Seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati menyembunyikan wang tunai RM720,000 dan beberapa buku amanah saham membabitkan pelaburan bernilai lebih RM4 juta di rumahnya di kuarters kerajaan berhampiran Kem Tentera di Gerik, awal pagi semalam.Sebahagian wang tunai itu ditemui disusun rapi dalam lipatan telekung dan sebahagian lagi bersama beberapa buku pelaburan ditemui disembunyikan berasingan di beberapa lokasi, termasuk di dapur serta ruang tamu rumah pegawai kanan berusia lingkungan 50-an.Serbuan dan tangkapan itu dibuat jam 2 pagi susulan penahanan seorang lagi pegawai kanan jabatan sama bersama seorang 'tauke balak' berkait kes mencuri balak bernilai lebih setengah juta ringgit di Hutan Kuak Luar, berdekatan Pengkalan Hulu, tengah hari kelmarin.Sumber SPRM berkata, pegawai itu ditahan ketika berada di dalam rumah bersama isteri serta beberapa anaknya dan hasil pemeriksaan di dalam rumah menemukan sejumlah wang tunai berjumlah RM720,000."Semua wang tunai dan buku pelaburan amanah saham yang ditemui dirampas dan suspek dibawa ke pejabat SPRM Perak untuk disoal siasat," katanya di sini, semalam.Semalam, akhbar ini mendedahkan seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak bersama seorang seorang tauke balak, masing-masing berusia 40 dan 50 tahun ditahan SPRM, Rabu lalu, berikutan penemuan lebih 300 balak siap dipotong bernilai RM600,000 di kawasan pembalakan Hutan Kuak Luar, berdekatan Pengkalan Hulu.Dalam serbuan itu, SPRM turut menahan tiga lori sedang mengangkut balak dan merampas beberapa jentera berat di kawasan pembalakan berkenaan. Siasatan awal SPRM juga mendapati balak itu ditebang di luar kawasan tender.Sumber berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kes itu berikutan penemuan sejumlah wang tunai yang banyak, selain pelaburan saham membabitkan jutaan ringgit."Pegawai kanan itu dan dua lagi suspek yang ditangkap Rabu lalu masih ditahan untuk siasatan. Kita juga akan memanggil beberapa individu lain termasuk ahli keluarga suspek bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009," katanya.BH | BILA DR PAKAR TIDAK BERUSRAH, HILANG ISTIQAMAH, HILANG MARUAH Posted: 05 Jan 2012 04:40 PM PST Jika benar apa yang dipaparkan di dalam media TV BN tentang ayat yang keluar dari Dr Hasan Ali PAKAR MOTIVASI itu maka kita boleh katakan inilah bahana orang yang tidak berusrah. Lebih-lebih lagi beliau seorang doktor dan pakar motivasi mungkin merasa beliau dah terlalu hebat tanpa usrah.Patutlahlah banyak usrah Kawasan dan cawangan PAS di Selangor tidak cemerlang. Lebih-lebih lagi di Hulu Selangor. Beliau yang pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor sewajarnya menjadi contoh menghidupkan usrah di kalangan pemimpin dan di ikuti PAS Kawasan dan seterusnya Zon dan Cawangan.Teman secara peribadi boleh mengatakan Dr Hasan Ali mungkin telah berumur dan telah letih dan mudah kecewa lebih-lebih lagi peluang beliau untuk menjadi MB si Selangor telah musnah. Harus ketahanan diri beliau semasa susah dahulu sukar dipertahankan lagi. Dibandingkan dengan teman atau kita yang hanya menjadi ahli PAS jika ada masalah atau kemusykilan memang sukar mahu berjumpa atau berinteraksi dengan pemimpin seperti Tok Guru kerana kekangan kewangan , kenderaan dan masa untuk berjumpa mereka ini. Tetatpi pada Dr Hasan Ali semua ini dengan mudah beliau boleh berjumpa di PArlimen atau menghubungi pimpinan sesama ranking untuk meluahkan ketidakpuashati atau membuat usul. Kenapa nak tunggu Tok Guru Nik Aziz atau Presiden PAS panggil baru nak datang? Yang bermasalah adalah Dr Hasan.SHAH ALAM 5 Jan. - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menolak perhimpunan haram "Bebaskan Anwar 901" pada 9 Januari ini dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.Beliau berkata, ahli Pas tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan."Jika semua pihak termasuk golongan pelajar dan muda turun pada hari itu ia akan memberikan implikasi tidak baik, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang berdepan dengan peperiksaan akhir."Saya tidak akan hadir dan saya nasihatkan anak-anak saya dan para mahasiswa khususnya supaya tidak hadir dan berikan tumpuan pada peperiksaan akhir supaya menjadi generasi pelapis yang lebih gemilang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah. - BERNAMA | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 06 Jan 2012 02:13 PM PST UMNO Melaka Terdesak Posted: 06 Jan 2012 07:27 AM PST Kerajan Melaka milik kerajaan Barisan Nasional Duit parti dikongsi dengan duit kerajaan negeri?
UMNO Melaka semakin terdesak. Kali ini mereka menggunakan jentera wanita untuk mengadakan bacaan Surah Yasin di surau dengan mengagihkan kalendar 2012 seperti yang tertera di atas. Pemberian kalendar ini tidak menjadi masalah dan persoalan yang ingin dirungkaikan di sini adalah tindakan UMNO menjadikan kerajaan negeri Melaka itu kerajaan Barisan Nasional.
Adakah pihak kerajaan Barisan Nasional tidak dapat membezakan sebuah kerajaan dengan parti? Walaupun dibaca Surah Yasin pada tiap-tiap malam Jumaat, hati tetap masih menolak Islam. Apakah formula yang sesuai agar pemimpin Barisan Nasional terutamanya UMNO untuk membezakan apa itu parti dan kerajaan? Adakah mereka pura-pura bodoh ataupun memang tidak cerdik dan tidak tahu membezakan parti dan kerajaan?
UMNO jangan ingat bahawa Melaka ini milik UMNO secara total. Ini kerana kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka bukan 100% milik UMNO/BN sebaliknya mempunyai 5 kerusi DAP. UMNO/BN tidak boleh mengatakan mereka kuat selagi ia tidak perintah 100% dan Ketua Menteri Melaka pernah berkata mahukan Melaka sifar pembangkang.
Dua hari yang lepas juga Barisan Nasional yang diketua UMNO telah mengadakan ceramah di Taman Sin Hoe untuk mengganggu ceramah yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat. Tindakan seperti itu sudah sinonim dengan UMNO yang suka mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Mereka merasakan tidak kuat walaupun mempunyai siaran TV yang sentiasa memaparkan berita milik mereka.
Jentera pihak berkuasa tempatan telah dipergunakan untuk memastikan ceramah milik UMNO/BN berjalan seperti biasa. Pihak berkuasa tempatan yang terlibat itu ialah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah ditugaskan ditempat ceramah UMNO/BN manakala ditempat ceramah Pakatan Rakyat pula mereka memegang buku saman.
Apakah motif yang tidak masuk akal ini? Adakah pihak berkuasa tempatan di Melaka bekerja 25 jam sehinggakan malam pun mahu di saman kenderaan yang diletakkan ditepi jalan. Atau adakah mungkin kerana pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai dana untuk membayar gaji pekerja sehinggakan melakukan operasi sehingga tempat ceramah?
Bukan itu sahaja, pihak majlis bagaikan mengganti pihak polis untuk menjaga keselamatan pada malam ceramah tersebut. Semenjak bila pula pihak berkuasa tempatan mengambil alih tugas pihak polis dan kebenaran mana pula tiba-tiba pihak berkuasa tempatan berselera menjalankan tugasan di malam hari?
Mungkin jangka hayat UMNO/BN akan berakhir pada tahun ini. Mereka dikatakan menggunakan jentera kerajaan dengan sepenuhnya bagi memastikan mereka terus berkuasa. Berjayakah mereka memindahkan mahasiswa untuk mengundi di parlimen Bukit Katil seperti yang didedahkan oleh blogger kijang59? | |
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM Posted: 06 Jan 2012 09:32 AM PST 60 peneroka Jengka 15 terima bantuan "Kembali Ke Sekolah" Posted: 06 Jan 2012 06:44 AM PST 6 Jan 2012, Jengka 15 - Seramai 60 peneroka di Jengka 15 telah menerima sumbangan awal persekolahan menerusi program "Sumbangan Kembali Ke Sekolah" yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Jengka 15 dengan kerjasama PAS Kawasan Kuala Krau. Program yang dianjurkan itu telah disampaikan sumbangannya kepada peneroka oleh Al-Fadhil Ustaz Shahril Azman Bin Abdul Halim Al-Hafiz, Ketua Pemuda PAS Pahang yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau. Turut serta menyampaikan sumbangan ialah Ketua Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau Ustazah FAtimah Muhamad. Selain itu, turut hadir menjayakan program sumbangan ini ialah Ustaz Abdul Rahim (Ketua Cawangan PAS Jengka 15), Engku Amizahar (Exco Dewan Pemdua PAS KAwasan Kuala Krau), beberapa AJK Muslimat KAwasan Kuala Krau dan Jawatankuasa Pemuda CAwangan Jengka 15. Kebanyakan penerima sumbangan ini ialah dikalangan peneroka yang sangat memerlukan bantuan untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Mereka sangat berterima kasih kepada pihak PAS kerana mengambil berat nasib mereka yang sangat memerlukan bantuan. Inilah yang dianjurkan oleh Islam, "bertolong bantu dalam perkara kebajikan." Dalam ucapan Us Shahril, sebenarnya program seperti ini adalah rutin Parti PAS dan Pakatan Rakyat. Kita akan sentiasa mencari dana untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Walaupun media arus perdana tidak hadir untuk mengambil berita program-program PAS, namun PAS tetap meneruskan agenda kebajikan kepada ahli dan masyarakat tidak kira dari parti mana asalkan mereka memerlukan bantuan. Kami akan turun membantu. Biarlah apa orang kata, PAS tetap terus dengan agendanya. Lagi gambar : http://www.facebook.com/medi/set/?set=a.348629131817646.96250.100000116851866&type=1 | |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 06 Jan 2012 09:08 AM PST INGATLAH, HUKUMAN ALLAH PASTI ADIL Posted: 05 Jan 2012 06:45 PM PST 10 Safar 1433 H | 5 January 2012
901 menjadi hari yang dinanti oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, khususnya yang mengikuti isu politik negara dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).
Secara sedar dan tidak sedar, sebahagian pemerhati telah membuat pelbagai telahan berhubung keputusan mahkamah pada hari tersebut. Ramai penganalisa politik kini telah bertukar menjadi pak nujum semata-mata untuk lebih mensensasikan keputusan yang akan diumumkan nanti.
Dari pelbagai andaian, lebih ramai menjangkakan DSAI akan dihumban semula ke penjara Sungai Buluh kerana kalau bukan untuk itu, kenapa diteruskan perbicaraan walaupun disedari awal, terdapat banyak kelemahan yang boleh menyebabkan kes ini dibuang awal-awal lagi. Ini andaian pertama.
Kumpulan kedua yang sangat minoriti pula berpendapat bahawa DSAI akan dibebaskan kerana beberapa kelemahan dalam penghujahan sepanjang perbicaraan.
Manakala andaian ketiga lebih kepada untuk mengaibkan beliau, iaitu dengan andaian kes sodomi berlaku tetapi beliau dibebaskan kerana tiadanya unsur paksaan sebagaimana yang dituduh oleh pengadu.
Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman.
Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu. | |
KHIDMAT MERU Posted: 06 Jan 2012 09:05 AM PST PERMOHONAN BANTUAN PERUNTUKAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR 2012 DIBUKA Posted: 05 Jan 2012 06:18 PM PST Permohonan adalah dibuka kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Negeri Selangor
Tarikh mula memohon : 5 Disember 2011. Tarikh tutup permohonan : 3 Februari 2012 Keterangan: Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 16, 000,000.00 untuk Sekolah Agama Rakyat, SJK (C) dan SJK (T). Sehubungan dengan itu, Tuan / Puan boleh mendapatkan borang permohonan di tempat – tempat berikut:
i. Portal Kerajaan Negeri Selangor ii. Pusat Khidmat Masyarakat (Pejabat DUN) di kawasan masing-masing iii. Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor
Tarikh tutup permohonan adalah 3 Februari 2012. Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pihak urusetia, | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 06 Jan 2012 09:03 AM PST |
PAS Kulaijaya Posted: 06 Jan 2012 07:55 AM PST |
Landskap Siasah Posted: 06 Jan 2012 07:27 AM PST Ummi Halfida dedah 3A? nak suruh bertaubat? Posted: 06 Jan 2012 12:30 AM PST KUALA LUMPUR - Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berjanji akan mendedahkan rahsia dahsyat kepimpinan atasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau trio 'bateri 3A' sekiranya mereka tidak bertaubat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. Ummi memberi amaran itu kerana beliau tidak sanggup melihat trio berkenaan iaitu Anwar, isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan abangnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mengelirukan rakyat dengan dakyah demi kepentingan politik mereka. ------------------------------------------------------------------------ Perempuan ini suruh orang bertaubat?Rambut hang tu amacam?Fitnah hang tu macam mana plak?kalau ikut perkembangan statement dia ni....sah dia meroyan.... | UMNO demo..(ini bukan budaya kita kata Imam Mahathir) Posted: 05 Jan 2012 11:47 PM PST Baca berita di bawah...........
SEMUA SUDAH PANDAI DEMO NOTA:Azhari Shaari (tengah) menujukkan laporan polis menentang `Kempen Bebaskan Anuar 901' sambil wakil-wakil sayap Barisan Nasional berdemostrasi membantah kempen berkenaan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam. 77 LAPORAN POLIS LUAH BANTAHAN - meloya Sebanyak 77 laporan polis dibuat di seluruh negara hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba melancarkan perhimpunan haram menerusi 'Kempen Bebaskan Anwar 901'. Daripada jumlah itu, sebanyak 49 laporan polis dibuat di Selangor apabila Pergerakan Pemuda UMNO bahagian mengetuai beberapa pertubuhan politik dan bukan kerajaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Turut membuat laporan di Selangor adalah beberapa pertubuhan di daerah Kuala Langat yang mengemukakan 11 laporan polis. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Putera MIC Selangor, A. Arvind; Timbalan Setiausaha Putera MIC Shah Alam, A. Prevrnavan dan Naib Ketua Pemuda PPP Selangor, Azli Rahman.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Mana Ulama' Muda UMNO, mana puak salafi UMNO yang kata DEMO tu khawarij?
Ni bukan Khawarij ke UMNO ngok semua tengah buat?
La kata ini bukan budaya kita?
Keluar la fatwa Ulama' ngok oooiiii....
| Ibrahim Badut nak berhimpun di masjid Posted: 05 Jan 2012 11:40 PM PST "Kami tunai solat sunat berjemaah dan berdoa Alalh SWT memberi kekuatan kepada pejuang ini. "Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi," kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali. Klik disini untuk membaca berita penuh. Ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 7 Julai 2011, Ibrahim Ali dan Perkasa memberikan ugutan yang sama. Namun apabila tiba hari perhimpunan, "habuk" pun tiada.------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Ini badut UMNO yang bernama Ibrahim Ali kelihatan masih tunjuk lagak walaupun takut bini.
BERSIH 2.0 pengikut PERKASA hanya menonton TV di tasik Perdana, Badut pula tak keluar rumah kerana isterinya larang.
Orang tak berhimpun dia pun sibuk......poooorah....!
| Khutbah ingatkan umat Islam tak sertai himpunan 901: kerajaan salah guna agama Posted: 05 Jan 2012 11:29 PM PST Khutbah ingatkan umat Islam tak sertai himpunan 901 Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan hari ini diberi amaran supaya tidak melakukan "kesilapan besar" dengan menghadiri demonstrasi jalanan.
Menurut khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), mereka yang bersekongkol dengan penganjur demonstrasi jalanan melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam.
Amaran itu dikeluarkan menjelang perhimpunan yang dirancang oleh penyokong-penyokong ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Kuala Lumpur pada hari keputusan perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya dan pembantu peribadinya diumumkan pada 9 Januari ini.
"Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan perpaduan umat Islam dan keamanan negara di antaranya melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan samada melalui media massa dan alam siber, melanggari undang-undang negara.
"Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini dengan mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan.
"Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai gelombang rakyat yang membantah," petik khutbah yang dibacakan itu.
Menurut khutbah itu lagi, penganjur perhimpunan itu yang bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan sebenarnya mahu mengheret rakyat ke jalanan supaya dapat dijadikan sebagai perisai.
"Tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan.
"Mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan golongan ini sebenarnya telah melakukan kesalahan yang besar dan menzalimi umat Islam serta keamanan negara," petik khutbah itu lagi. sumber : http://www.malaysiakini.com/news/185874 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu bentuk salah guna khutbah/agama.
Dulu dikhabarkan kerajaan Umayyah pernah guna Khutbah kutuk saidina Ali. Sekarang UMNO pula perkuda JAKIM sekat kebebasan rakyat. Perhimpunan yang tidak pernah mencederakan org awam melainkan peserta yang dicedrakan oleh polis. Salah konsep fiqh Awlawiyat oleh kerajaan yang zalim. Muhammad nuruddin Bashah
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan