Jumaat, 6 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 06 Jan 2012 03:54 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Ugutan Kutipan Sampah

Posted: 05 Jan 2012 08:01 AM PST

Agak pelik situasi pungutan sampah di Shah Alam seminggu ini. Rupanya ada juga puak yang iri hati dengan usaha kerajaan Pakatan Rakyat mengembalikan urusan pungutan sampah kepada pihak berkuasa tempatan. Usaha yang dibuat ini dapat menjimatkan jutaan ringgit yang perlu dibayar kepada pengusaha selama ini yang mana duit itu sepatutnya akan dinikmati oleh rakyat Selangor sendiri. Berikut pendedahan dibuat oleh beberapa pengusaha. Semoga isu kutipan sampah ini dapat diselesaikan segera di Shah Alam dengan kadar segera selepas laporan polis dilakukan.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 06 Jan 2012 03:27 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


FITNAH II BUKAN ISU PERIBADI DSAI

Posted: 05 Jan 2012 08:16 PM PST

Sekali UMNO/BN berjaya memasakkan ke dalam fikiran rakyat sesuatu fitnah menjadi kebenaran sehinggakan ada pimpinan dalam PAS sendiri tergamak mengatakan yang isu DSAI ialah isu peribadi. Fitnah II ialah kesinambungan Fitnah I untuk memastikan satu-satunya pemimpin rakyat yang boleh menyatukan parti2 pembangkang untuk membenamkan BN/UMNO. UMNO/BN sudah diketahui rakyat penuh dengan penyelewengan, rasuah dan kerakusan mengaut kekayaan negara ke dalam kocek masing-masing. Kita tidak menuduh membuta tuli kerana semua bukti berada di hadapan mata. Hatta Tun Mahathir sendiri mengaku yang UMNO/BN busuk hingga ke usus. Cuma sebahagian besar rakyat terutamanya umat Melayu yang masih tidak sedar yang Fitnah II ialah sambungan skrip untuk memenjarakan DSAI sekali lagi dan menghalang kejatuhan UMNO/BN.

Lupakah rakyat bagaimana jalan cerita yang sama telah digunakan untuk menconteng arang ke muka DSAI dengan pengakuan-pengakuan yang dibuat oleh pemandu DSAI si Azizan dan bagaimana Dr Munawar Anees dan Sukma dipaksa untuk membuat pengakuan-pengakuan?. Lupakah rakyat bagaimana di dalam Fitnah I kejadian dikatakan di sebuah kondo pada satu tarikh kondo Tivoli itu sendiri belum wujud? Tarikh kejadian beberapa kali dipinda semasa mahkamah bersidang. Dalam kes mata lebam DSAI , bagaimana pemalsuan dan pembohongan siasatan telah dibuat dan akhirnya selepas sisatan Suruhanjaya Bebas barulah rakyat tahu Tan Sri Rahim Noor IGP ketika itu yang membantai DSAI. Pada ketika itu Tun Mahathir sendiri menuduh DSAI telah menumbuk dirinya sendiri. Memanglah Melayu cepat lupa. Saya percaya sesiapa yang mengikuti kes Fitnah I dahulu yg lebih dikenali sebagai kes Sodomi masih ingat. Tetapi pengundi muda yang akan mengundi pada kali ini tidak tahu dan tentulah tidak ingat ini semua. Dato' Hasan Ali pun nampaknya telah melupai fakta kes ini.

Kita boleh mengatakan yang kenapa plot yang sama (berunsur skandal seks) juga digunakan kali ini? Fitnah II tidak berkesan atas rakyat Malaysia yang berumur 40an atau 50an kerana golongan umur ini masih mengingati apa yang berlaku, bagaimana tilam diusung keluar masuk mahkamah, bagaimana semua yang dikemukakan sebagai bukti oleh pembela menjadi tidak relevan oleh hakim HACKS. Sasaran sebenar Fitnah II ialah untuk mempengaruhi pemikiran pengundi muda 20an ke 30an. Ingat perbicaraan Fitnah I sudah berlalu lebih 10 tahun yang lepas. Kita yang mengikutinya dulu pun sudah ingat-ingat lupa tambahanlah generasi muda yang baru sedar nak mengundi. Sedikit sangat yang akan menggali fakta sejarah atau perbicaraan. Tambahan pula sesuatu pembohongan yang diulang-ulang akan diterima sebagai kebenaran. DSAI perlu dimusnahkan karier politiknya. Kehadiran beliau diluar penjara merugikan sokongan kepada UMNO/BN. DSAI memang tidak sempurna sebagai pemimpin tetapi beliau ada karisma dan aura tersendiri. Ini kelebihan yang diberikan Allah swt kepadanya. Ramai kita cuba nak berbicara seperti dia tapi tak menjadi. Klon dia yang terkenal YB Ezam Mohd Nor, semasa saya mula-mula melihat dia berceramah sebiji cuba meniru cara DSAI. Tapi sekarang mungkin sudah berubah. Lama tak dengar dia ceramah.

Fitnah II hanya berlandaskan 2 aspek pembuktian oleh pendakwa. Memang sebagai orang biasa mustahil kita mengikuti dengan teliti setiap aspek perbicaraan. Perbicaraan pula bertahun. Pihak Kerajaan mencanangkan yang DSAI sengaja melambatkan perbicaraan. Dari awal lagi mahkamah tidak adil kepada yang dituduh kerana semua nota siasatan tidak diberikan kepada peguam beliau. Bagaimana peguam hendak menyediakan pembelaan sekiranya tidak diketahui hasil siasatan dengan telus.

Saya akan cuba ringkaskan dan yang lain pembaca boleh buat fact finding sendiri. Cuma saya nak ingatkan yang dalam kita bercakap nak Islam tulin (bukan Negotiated Islam -istilah Dato' Hassan Ali), jangan dilupakan bahawa tuduhan zina (sodomi/zina kaum sejenis atau tidak) adalah berat. Sekiranya tiada saksi yang adil 4 orang, kes gugur gitu aje. Kalau saya sendiri atau seorang exco agama (kredibel lah title tu kan) melihat dengan mata sendiri pun seperti kunci masuk mangga, saya atau dia tidak boleh membuat tuduhan atau dakwaan kerana dalam hukum Islam saya kena bawa 3 lagi saksi. Burden of proof is on me. This non negotiated Islam! Itu hukumnya. Dalam Islam juga kita tak boleh menuduh tanpa bukti. Saya minta Dato Hassan Ali sebagai exco agama yang sekarang ini sedang mencanangkan ada komplot Kristian untuk memurtadkan orang Melayu untuk membawa bukti. (Mungkin dia akan jawab komplot bukan senang nak bukti!). Dakwa mereka dimahkamah. I am with you here kerana ianya salah disegi undang-undang negara. Orang-orang Kristian yang saya kenali pun mahu begitu. Ooops. ....saya takkan ke topik itu kali ini. Saya kena fokus tajuk Fitnah II.

Berbalik ke Fitnah II, aspek pertama hanya berdasarkan pengakuan dan kenyataan Saiful yang mendakwa dia diliwat secara paksa di tempat tertentu dan di masa tertentu. Walaupun banyak kontradiksi sudah tentu kalau dalam mahkamah yang adil, kes ini sudah ranap dan dah kena buang. Tapi kes ini diteruskan juga dengan diulang-ulangi pembohongan dan disebar luas oleh media.
Sehingga perbicaraan ditutup pendakwa tidak dapat membuktikan yang Saiful berada di tempat kejadian pada masa yang didakwa berlaku kejadian. Pendakwa tidak pula mahu memanggil kawan-kawan DSAI yang mengesahkan mereka berada dengan DSAI sepanjang masa yang didakwa. Para doktor (doktor Pusrawi dan 3 doktor HKL) juga telah mengesahkan yang tiada penetrasi ke dalam dubur saiful. Beliau masih teruna. Aspek kedua pendakwaan ialah DNA yang dijumpai dalam dubur Saiful ialah DNA DSAI. Untuk makluman pembaca DNA seseorang tidak terdapat hanya pada air mani sahaja. Semua sel yang berasal dari seseorang akan menunjukkan DNAnya. Jadi ia boleh didapati diberus gigi (sel mulut), dari rambut, dari air mandian (sel-sel kulit) dari tuala (sel kulit muka). Adanya DNA DSAI dalam spesimen yang diambil dari dubur Saiful tidak semestinya dari air mani beliau. Pendakwaan tidak membuktikan yang sapuan yang didapati dari dubur Saiful ialah mani. Malah fakta kes dalam mahkamah diakui oleh saksi ada DNA seorang lagi yang tidak dikenali. Pendakwa tak tanya pun DNA siapa. DNA saiful memang lojik lah ada kalau sapuan itu dari dubur dia. Ahh.. terlalu banyak kontradiksi. Belum lagi kita bercakap bagaimana air mani dalam dubur bersama DNA DSAI boleh hidup segar dan tidak reput untuk jangkamasa 99 jam (dari tarikh peristiwa 26hb jun dan penyerahan spesimen kepada makmal oleh I.O , DSP Jude Pereira pada 30hb jun pkl 7.55 malam) Pendakwaan mengatakan yang sperma boleh tahan 65 jam. Jangkawaktu spesimen tersbut berada diluar penyimpanan sejuk beku ialah 99 jam. Kuat macam mana pun tak akan boleh tahan kerana apa-apa yang bersifat protein akan mengalami degenerasi atau kereputan. Sudah lah tu I.O mengaku dalam mahkamah pula beliau telah membuka "seal" spesimen tersebut. Maknanya keberangkalian merekacipta bukti sangat tinggi. Di dalam mahkamah yang adil, secara teknikal, barang bukti ini tidak akan diterima. Peguam DSAI percayai yang bahan bukti telah di cemari dan DNA DSAI telah ditanam (implanted) ke dalam bukti kes.

Teringat saya semasa saya menjadi pegawai perubatan di Melaka lebih 25 tahun yang lepas, saya memeriksa satu kes di mana sampel kencing telah diambil daripada yang dituduh. Polis yang membawa kes itu. Saya tulis dalam nota saya pkl brp saya ambil, dan kpd siapa yang saya serahkan. Perbicaraan berlaku setelah saya meninggalkan KKM 2 tahun kemudian. Jadi pada hari perbicaraan saya diberi balik nota pesakit dan saya merujuk kepada nota saya. Pendakwa hendak memastikan yang tidak terputus bahan bukti itu sentiasa dibawah tanggungan seseorang. Pegawai polis yyang menjadi I.O pula ditanya dengan terpeinci tentang pergerakan spesimen tersebut, cara penyimpanan dan lain-lain lagi. Pihak pembela pula hendak memastikan yang laporan spesimen yang dibawa ke mahkamah benar-benar spesimen yang saya ambil dari yang dituduh bukan spesimen orang lain. Kalau tak silap saya pada ketika itu dituduh didakwa seorang penagih, maka pendakwa hendak membuktikan yang ada dadah dalam kencingnya. Rantaian bagaimana bahan bukti sampai ke makmal tidak boleh putus kalau tidak sia-sia kes ini dibawa kerana akan dibuang atas sebab teknikal. Saya ingat kes ini kerana saya berkhidmat tidak lama dengan KKM dan inilah satu satu kes yang saya perlu menjadi saksi dalam mahkamah. Tapi hebatnya doktor-doktor yang menjadi saksi pendakwa tidak perlu melihat nota mereka semasa perbicaraan. Semua tertanam di dalam kepala.

Saya tak dapat nak ceritakan semuanya di sini. Sukar saya nak faham manusia jenis apa kah mereka-mereka yang sanggup memfitnah hanya kerana ingin kekalkan kuasa. Insyaallah dalam ceramah di Sentosa pada 15hb ini saya akan perjelaskan lagi. Saya harap orang UMNO Kota Raja datang dengar. Jangan kita sama-sama panjangkan cerita yang DSAI berzina sedangkan kita tidak tahu hujung pangkal kes ini dan hanya mendengar dakwaan musuh politik beliau. Berat dosa yang kita nak bawa bila kita mati nanti. Lebih selamat kita bersangka baik dan mengatakan perkara ini tidak benar. Kita tidak berdosa begitu. Dalam Islam lebih baik membebaskan orang yang bersalah daripada menghukum orang yang tidak bersalah. Bagi saya perbicaraan DSAI tidak membuktikan kedua aspek pendakwaan 'beyond reasonable doubt" untuk kita orang biasa berselingkuh dengan dakwaan mereka.

Hanya dua aspek ini sahaja sudah cukap untuk membuktikan mala fide atau niat jahatkes ini diambil tindakan dan dibicarakan. Sekali lagi saya tegaskan yang kes ini bukan kes peribadi DSAI tetapi berkait rapat dengan perjuangan politik beliau. Kalau sodomi satu kesalahan dalam undang-undang Malaysia, kenapa Chua Soi Lek yang jelas seorang penzina tidak diheret ke mahkamah. Kes Rahim Tamby Chik , ketua menteri Melaka suatu ketika dahulu ditutup begitu sahaja tetapi yang mendedahkannya Lim Guan Eng yang dipenjarakan. Bukankah mereka terlepas kerana mereka mendokong politik pemerintah??? Sehingga hari ini, tiada kesalahan lain yang dapat didakwa ke atas DSAI. pemerintah yang kita tahu agendanya.

Seluruh dunia menganggap kes pendakwaan DSAI sebagai pendakwaan politik tetapi UMNO/BN berjaya memperdayakan rakyat yang ianya isu peribadi. Kalau seorang seperti Exco Agama kita pun terpedaya, maka saya tidak hairanlah kalau rakyat jelata yang secara umumnya mungkin tidak faham sepak terajang politik lagi tertipu.






CINA ISLAM (林川興)

Posted: 06 Jan 2012 01:44 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Pemuda PAS Sabah ketuai gerakan anak muda

Posted: 06 Jan 2012 01:23 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA KINABALU, 6 Jan: Pemuda PAS Sabah akan mengiringi gerakan anak muda yang terdiri di kalangan pemuda-pemuda Sabah bagi menyatakan bantahan terhadap kezaliman dan menuntut keadilan bagi memastikan hak rakyat dijamin berdasarkan peruntukan perlembagaan negara.

Ketuanya, Lahirul Latigu akan mengetuai gerakan tersebut bagi memecah keegoan dan keceluparan Umno BN yang memperhambakan rakyat Sabah sebagai fixed deposit Umno BN berkuasa.

"Kita nyatakan pendirian dengan tegas bahawa, sebarang kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku dinegara ini adalah berpunca daripada Umno BN.

"Jangan terlalu ego dengan kesenangan yang ada ini. Hari ini, waktu ini dan di sini… anak-anak muda Sabah akan beraksi menentang kezaliman Umno BN," ujarnya.

Momentum Bersih 2.0 merupakan satu bentuk manifestasi kebangkitan rakyat pada perhimpunan aman 901 ini yang menyaksikan kebangkitan kuasa rakyat terhadap kepimpinan zalim.

"Anwar telah diaib dan dimalukan sebelum keputusan mahkamah dibuat. Adakah ini keadilan yang dipertahankan Umno BN," katanya.

Katanya, rakyat Sabah sudah muak dengan janji yang dimainkan saban hari oleh media perdana Umno BN.

"Pagi hari dia bagi tanah, malam hari dia rompak hasil tanaman rakyat. Siang hari dia derma baja, cukup bulan dia rampas tanah… apa ini?," kata Lahirul.

Pemuda PAS Sabah katanya, akan memainkan peranan yang lebih agresif dalam mendepani kezaliman Umno BN.

Justeru katanya, pihak polis perlu mengawal dan menjamin kelancaran perhimpunan dan bukan mengikut telunjuk Umno BN.

"Uniform biru yang dipakai itu menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan Perlembagaan Negara, bukan setia kepada Najib dan takut kepada Umno BN.

"Ingat semula surat aku janji yang dilafazkan itu," jelasnya.

Harakah Daily

Najwa Latif di Kota Bharu sempena ‘Ladies Night’

Posted: 06 Jan 2012 01:19 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

PENGKALAN CHEPA, 6 Jan: Artis baru yang terkenal dengan lagu 'Cinta Muka Buku' Najwa Latif bakal membuat persembahan di Kelantan sempena program 'Kelantan Got Talent, Ladies Night'.

Program tertutup khusus untuk golongan wanita sahaja itu akan diadakan di Kelantan Trade Cantre kira-kira 2.30 petang dan pukul 8.45 malam untuk Ladies Night, pada 23 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar (gambar) ketika memberitahu media berkata, program berkenaan dianjur bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru dalam hiburan.

"Saya sedar ramai anak-anak kita serta kaum wanita kita yang boleh menyanyi atau membuat persembahan, cuma bakat saja tidak dicungkil.

"Program ini kita anjur juga untuk menghibur kaum wanita, kerana hiburan itu fitrah manusia yang memerlukan hiburan, cuma program ini tertutup macam biasalah khusus untuk kaum wanita sahaja," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis rebranding Perdana Resort oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Katanya lagi, majlis itu bermula jam 2.40 petang dan ianya terbuka kepada kaum wanita berusia 15 tahun ke atas, termasuk rakan media di kalangan wanita.

Harakah Daily

901: Saya akan hadir, ahli terserah - Presiden PAS

Posted: 06 Jan 2012 01:17 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini.

Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.

Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.

"Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Pimpinan PAS Selangor juga memutuskan untuk turun 9 Januari ini, kata Pesuruhjayanya, Dr Rani Othman.

"Kita akan bersama presiden di sana. Dalam perbincangan di peringkat negeri juga, kita sudah putuskan akan turun," katanya kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS pula sedang memobilisasi ahlinya untuk turun pada perhimpunan tersebut.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda memberi komitmen untuk mencapai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur.

"Jika Datuk Seri Najib kena zalim pun kita akan turun," kata Nasrudin.

Bersama Presiden

Aiman turut berkata, muslimat tidak perlu takut untuk bersama-sama 9 Januari ini atas kapasiti parti kerana Presidennya sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain sudah menyatakan komitmen untuk menyertai perhimpunan tersebut.

"Muslimat tidak perlu ragu-ragu kerana PAS sendiri termasuk Presiden kita akan turun bersama-sama. Jadi tidak ada masalah di peringkat parti," katanya.

Zalim kepada mahasiswa

Sementara itu, beliau menambah sudah tiba masanya rakyat berani menyatakan kebencian terhadap kerajaan Umno BN yang bertindak zalim ke atas mahasiswa sendiri.

Sambil mengucapkan tahniah kepada kebangkitan mahasiswa yang menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan, Aiman berkata mahasiswa sekarang sudah bijak berfikir dan bertindak tanpa mengabaikan pelajaran.

"Muslimat juga mengucapkan syabas dan tahniah di atas kebangkitan gerakan mahasiswa yang bermula daripada Adam Adli dan tragedi berdarah di UPSI.

"Muslimat berpendapat mahasiswa pada abad ke-21 ini mesti lebih cekap dan cerdik iaitu meletakkan pelajaran nombor satu tetapi gerakan kebangkitan rakyat bukan di tempat kedua.

"Yang paling penting dalam kehidupan seorang manusia apabila dia dapat melawan kelemahan dalam dirinya dan juga melawan kezaliman di sekelilingnya," tegasnya.

Harakah Daily

Turun bendera PM: Adam adli beri keterangan

Posted: 06 Jan 2012 01:15 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli Abdul Halim hari ini hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi susulan insiden beliau menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 18 Disember lalu.

Adam yang merupakan penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemani peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri.

Menurut Fadiah, polis memberitahu Adam Adli dipanggil kerana terdapat laporan polis yang telah difailkan terhadapnya.

Bagaimanapun menurutnya, pegawai polis berkenaan tidak menyatakan asas mengapa Adam dipanggil dan enggan membenarkan beliau melihat laporan tersebut.

"Apabila ditanya atas alasan apa anak guam saya dipanggil, pegawai ini berkata, Adam dipanggil di bawah Seksyen 504 Kanun Acara Jenayah kerana didakwa menimbulkan sesuatu yang memecah belahkan keamanan dengan risikonya hukuman penjara dua tahun," katanya kepada pemberita sebaik sahaja Adam selesai memberikan keterangan.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menyerahkan memorandum yang didakwa mengandungi bukti kekasaran polis terhadap mahasiswa di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini.

Kekasaran itu didakwa dilakukan polis pada demonstrasi aman di hadapan UPSI, 31 Disember lalu, menuntut Adam tidak dikenakan tindakan tatatertib berhubung tindakan menurunkan bendera gambar Najib.

Demonstrasi itu turut mendesak Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan.

Polis didakwa bertindak kasar terhadap Pengerusi Bebas, Safwan Anang sehingga terpaksa dirawat di hospital.

Seramai 17 mahasiswa ditahan pada malam tersebut.

Harakah Daily

Penyamun kurung mangsa dalam tandas

Posted: 06 Jan 2012 01:11 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

SUBANG JAYA – Dua penyamun tidak berhati perut sanggup mengikat dan mengurung seorang mangsanya yang mengandung enam bulan di dalam tandas rumah wanita itu sebelum membuat 'kerja' menyelongkar dan melarikan barang berharga milik mangsa.

Tidak cukup dengan tindakan kasar itu, kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an juga dikatakan bertindak kejam merentap rantai emas yang dipakai di leher serta menghentak kepala mangsa beberapa kali dilantai.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa menerima kunjungan dua tetamu tidak diundang itu di rumahnya di Casa Subang USJ 1, kira-kira jam 11.30 pagi, kelmarin.

"Ketika mangsa berada di dalam rumah, dia terdengar bunyi loceng dan terus membuka pintu sebelum dua lelaki berparang menyerbu masuk ke dalam rumahnya.

"Salah seorang suspek mencengkam muka mangsa dan mengacukan parang sambil bertanya di mana barangan berharga disimpan. Dalam keadaan takut dan cemas, mangsa menunjukkan tempat simpanan barang kemas,"katanya suspek kemudian mengikat dan mengurung mangsa dalam tandas rumah itu.

Yahaya berkata, setelah mendapat apa dihajati, suspek kemudian melarikan diri bersama barang kemas dan komputer riba milik suami mangsa.

"Meyakini keadaan sudah selamat, mangsa kemudian keluar dari tandas dan memberitahu insiden kepada jiran serta pengawal keselamatan yang bertugas di pangsapuri didiaminya.

"Bertindak atas aduan, pengawal keselamatan berjaya mengesan tindak tanduk dua lelaki mencurigakan dan terus mengejar suspek. Salah seorang daripadanya yang berusia 21 tahun berjaya dicekup manakala rakannya dapat melarikan diri,"katanya hasil pemeriksaan mendapati suspek bukan penghuni di kawasan pangsapuri itu.

Beliau berkata, dengan penangkapan suspek, barang kemas, komputer riba, sebilah parang dan sebuah motosikal yang dilaporkan hilang di Taman Putra Perdana berjaya ditemui.

"Suspek mengaku melakukan jenayah samun itu bersama seorang rakan yang didakwa baru dikenalinya seminggu lalu.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis memburu seorang lagi lelaki yang masih bebas. Polis percaya terdapat beberapa lagi suspek yang terlibat dengan kes samun ini,"katanya kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian

Nenek dakwa dipukau

Posted: 06 Jan 2012 01:07 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

BANDAR PEKAN – Seorang nenek mendakwa dipukau selepas menyedari beg tangannya dilarikan dua lelaki tidak dikenali ketika pergi ke bandar untuk menyelesaikan urusan peribadi kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Mangsa, Sadiah Awang, 66, yang berseorangan dari Nenasi ke bandar menaiki bas mendakwa dipukau ketika dalam perjalanan ke terminal bas untuk pulang ke rumah selepas membeli barang keperluan di sebuah pasar raya di sini.

Menurutnya, ketika tiba di kawasan pondok telefon awam terminal bas, tiba-tiba dia ditegur dua lelaki berusia lingkungan 30-an di mana seorang daripadanya kemudian mengeluarkan sebentuk batu permata berwarna kuning daripada poket seluar untuk ditunjukkan kepada mangsa.

"Selepas memegang batu permata itu, saya seperti lupa segala-galanya dan hanya menurut ajakan untuk pergi ke bahagian belakang pasar raya berhampiran kerana mereka mahu memberi penjelasan lanjut mengenai batu tersebut.

"Ketika berada di belakang pasar raya itu, lelaki terbabit mengarahkan saya menyerahkan rantai bersama loket dan cincin emas termasuk beg tangan berisi RM200," katanya.

Sadiah berkata, seorang daripada mereka kemudian memberi RM10 yang diambil daripada beg tangannya sendiri dan menyuruh membeli sabun serta air mineral sebelum mendapati mereka melarikan diri.

"Saya hanya sedar dipukau apabila pergi semula ke belakang pasar raya untuk menyerahkan sabun dan air mineral seperti diarahkan dua lelaki terbabit. Ketika itu, hanya Tuhan tahu perasaan saya.

"Walaupun sedar harta benda hilang, namun ingatan mengenai kejadian itu masih samar-samar hinggalah anak menemui dan membawa saya membuat laporan polis," katanya.

Dalam kejadian itu, Sadiah kerugian lebih RM2,500 apabila barang kemas termasuk wang tunai miliknya dilarikan dua lelaki yang dipercayai mahir memukau menggunakan permata berwarna kuning.

Dia berharap orang ramai terutama mereka yang sering menggunakan kemudahan awam lebih berhati-hati untuk mengelak kejadian sama berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada Sadiah berhubung kejadian itu, kelmarin.

Yahaya berkata, menurut rekod, pihaknya ada menerima aduan kes seumpama itu dan berusaha mengesan kedua-dua penjenayah terbabit yang dipercayai mempunyai kemahiran melakukan rompakan menggunakan ilmu hitam atau pukau.

"Saya menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan tawaran menjual barangan seperti batu permata untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

"Sikap waspada dan sentiasa peka dengan keadaan persekitaran dapat membantu kita mencegah risiko kejadian jenayah," katanya.

Sinar Harian

Pahang, Johor diramal hujan mulai Ahad ini

Posted: 06 Jan 2012 01:02 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor bermula Ahad ini akan berlanjutan sehingga hari Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kawasan yang terlibat di Pahang ialah daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran manakala bagi Johor ialah daerah Mersing dan Kota Tinggi.

Jabatan Meteorologi juga mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kmsj dan ombak melebihi 5.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, dan Layang-Layang yang dijangka berterusan sehingga 10 Januari.

Sementara itu keadaan yang sama juga diramalkan berlaku di Pantai Timur Semenanjung yang terdedah dengan kejadian kenaikan paras air sehingga Selasa ini.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak melebihi 4.5 meter yang dijangka berterusan sehingga Selasa ini di kawasan perairan Sarawak, Reef South, Palawan, Sulu, Wilayah Persekutuan Labuan dan beberapa kawasan di Sabah seperti Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan.

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sinar Harian

Letupan di premis barang lusuh, satu maut

Posted: 06 Jan 2012 01:00 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA — Seorang warganegara India terbunuh manakala dua rakan senegaranya cedera parah dalam satu letupan di premis perniagaan besi buruk di Kampung Bukit Lancang, Putra Heights, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata Ganesan Selvakumar, 25, yang putus tangan kiri dan cedera parah di bahagian kepala dan badan, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Thiruvattachelvam Ayyachamy, 28, dan Marimuthu Chinnathambi, 37, dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada 8.45 pagi tadi apabila Ganesan dipercayai merungkaikan pemampat peti sejuk dan rakan-rakannya mengetuk beberapa barangan besi.

"Ini mengakibatkan satu letupan kuat berlaku menyebabkan Ganesan tercampak," kata Yahaya.

Ketika kejadian berlaku hanya tiga pekerja itu sahaja yang berada di premis itu.

Yahaya berkata, siasatan awal mendapati premis besi buruk itu tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan di kawasan setinggan itu.

Kematian Ganesan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut, kata beliau.

Menurut Yahaya, Ganesan dan Thiruvattachelvam mempunyai pasport sah untuk berada di negara ini manakala Marimuthu pula telah berdaftar dengan program pemutihan pendatang asing tanpa izin baru-baru ini. — BERNAMA

20 tahun ketagihan dadah

Posted: 06 Jan 2012 12:59 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

KUANTAN - "Kalau saya tak ambil benda tu, saya tak boleh melakukan sebarang kerja, saya rasa seperti orang bodoh," demikian pengakuan salah seorang penagih tegar warga emas, Din, 54, yang ditahan dalam Ops Tapis, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), di sini.

Menurutnya, dia sudah ketagih dadah lebih 20 tahun lalu malah keluarganya mengetahui keadaannya.

"Saya rasa seperti orang gila dan tidak boleh buat kerja. Kalau saya tak dapat kerja, macam mana saya nak cari makan untuk anak isteri.

"Saya tidak boleh mengambil metadon kerana dinasihatkan mengambil ubat mental," katanya.

Dalam operasi selama tujuh jam bermula 9 pagi itu, seramai 43 daripada 75 mat gian yang ditahan pihak berkuasa berusia 24 hingga 54 tahun disahkan positif dadah jenis heroin dan methamphetamine oleh pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Polis, Superintendan Yap Toon Kuan berkata, dalam operasi tersebut, beberapa port mat gian di sekitar jeti tersebut diserbu.

Menurutnya, port berkenaan sudah menjadi pilihan penagih untuk melepaskan gian malah ada di antara mereka orang luar.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada nelayan dan ada juga orang luar yang datang ke sini semata-mata mahu melepaskan gian.

"Hasil pemeriksaan awal didapati kebanyakan mereka menyertai program pertukaran jarum yang disediakan kerajaan, bagaimana pun pelbagai alasan diberikan untuk kembali menagih dadah," katanya, semalam.

Toon Kuan berkata, pihaknya menggalakkan penagih yang belum mengikuti program yang disediakan supaya menyertainya supaya tidak bergantung pada bekalan yang dijual tokan.

Katanya, dalam operasi itu juga pihaknya turut menahan lima warga Myanmar dan dua daripada mereka didapati positif.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sinar Harian

Ombak musnah kawasan pendaratan penyu

Posted: 06 Jan 2012 12:57 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

RANTAU ABANG – Fenomena ombak besar yang melanda perairan pantai Dungun penghujung 2011 lalu mengakibatkan kemusnahan di beberapa lokasi peranginan di daerah ini.

Rantau Abang, sebagai destinasi pelancongan penyu yang terkenal di seluruh dunia tidak terkecuali terkena tempias ombak besar yang disifatkan sebagai tsunami kecil itu.

Seorang penduduk, Mohd Abdullah, 44, berkata, serangan ombak pada tahun ini disifatkan lebih ganas berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, kejadian ombak menghempas pantai pada tahun ini meninggalkan kesan yang amat teruk pada pantai yang menjadi tempat pendaratan bot nelayan tempatan.

"Landskap di tepi pantai, terutama berhampiran chalet penginapan juga banyak yang rosak teruk.

"Keadaan ini dibimbangi boleh menjejaskan kehadiran penyu ke sini kerana pantainya sudah tercemar selain semakin curam akibat hakisan ombak. Kalau boleh biarlah ada usaha dari pihak berkenaan untuk membaikinya sebelum keadaan menjadi bertambah teruk," katanya.

Menurut Mohd, lokasi terbabit perlu dipulih segera untuk memastikan ia tidak menjejaskan kehadiran penyu mendarat dan pelancong ke lokasi yang pernah popular pada lewat tahun 70-an dan awal 80-an itu.

Sinar Harian

Padah curi kain batik

Posted: 06 Jan 2012 12:55 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU- Padah mencuri 10 helai kain batik yang bernilai RM280, seorang buruh terpaksa meringkuk dalam penjara selama seminggu dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Khairi Noh @ Mohd Noh, 29, didapati bersalah setelah mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dihadapinya di hada-pan Majistret Noradila Ab Latif manakala pendakwaan dibuat oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi.

Berdasarkan pertuduhan pertama, kira-kira jam 11 pagi pada 1 Januari lalu, bertempat di kedai kain atas Pasar Kedai Payang, tertuduh telah melakukan curi dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia dan tempat menyimpan harta curi bernilai RM280 daripada milikan Muhamad Ismail, 46, seorang peniaga.

Dengan itu, dia telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau kemudian, hendaklah diseksa dengan penjara dan bolehlah dikenakan sebat.

Setelah mendengar pengakuan bersalah tertuduh, Majistret Noradila kemudiannya menjatuhkan huku-man penjara selama seminggu dan denda RM2,000. Jika gagal membayar denda, hukuman sebulan penjara akan dikenakan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati gagal membawa kad pengenalan dan didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara tidak lebih tiga tahun dan denda tidak lebih RM3,000.

Majistret Noradila kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM200 bagi pertuduhan kedua. Jika gagal membayarnya, hukuman seminggu penjara akan dikenakan.

Mengikut fakta kes, pada 1 Januari lalu, kira-kira jam 11 pagi, pengadu iaitu Muhamad Ismail berada di kedainya iaitu di Pasar Kedai Payang manakala tertuduh datang ke kedai itu untuk membeli kain.

Pengadu kemudiannya telah pergi ke bahagian sebelah lagi kedai itu dan meninggalkan tertuduh untuk memilih kain. Bagaimanapun, selang beberapa minit, pengadu diberitahu oleh pemilik kedai sebelah lelaki itu bahawa tertuduh telah mencuri kain.

Pengadu kemudian terus memegang lelaki tersebut dan memeriksa begnya. Dia mendapati tertuduh telah mencuri 10 helai kain batik pelbagai warna, lalu menghubungi polis dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Sinar Harian

Warga emas dibelasah

Posted: 06 Jan 2012 12:52 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

SUBANG JAYA - Tidak berperikemanusiaan! Itu gelaran layak diberi kepada lima lelaki yang membelasah seorang warga emas di sebuah tokong di Taman Bukit Kuchai, di sini sehingga pengsan meskipun mangsa menjerit meminta simpati supaya tidak dicederakan.

Sinar Harian difahamkan, mangsa, Toy Kin, 57, yang menjadikan rumah ibadat itu sebagai tempat tinggal sejak tiga tahun lalu ditumbuk berkali-kali di bahagian mata dan kepala menggunakan topi keledar sehingga tidak sedarkan diri.

Setelah puas 'mengerjakan' mangsa, kelima-lima suspek dikatakan melarikan diri bersama wang tabung derma tokong serta beberapa peralatan bernilai hampir RM25,000 yang diletakkan dalam tokong itu.

Mangsa berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi, empat lelaki dikatakan memecah masuk ke dalam Rumah Berhala Kuan Yin Tien dengan memanjat pintu pagar utama, manakala seorang lagi rakan mereka dipercayai menunggu di luar.

"Ketika itu saya baru bangun tidur untuk mengisi minyak di dalam bekas yang akan digunakan untuk upacara keagamaan.

"Apabila membuka pintu tokong, saya terkejut melihat empat lelaki yang kesemuanya memakai topi keledar sudah menunggu di luar, tanpa sempat berkata apa-apa dan tidak mengetahui tujuan mereka mengunjungi tokong pada awal pagi, mereka menumbuk mata dan memukul dengan topi keledar," katanya.

Toy Kin berkata, dia beberapa kali mengadu kesakitan dan meminta suspek berhenti daripada memukulnya, namun tidak diendahkan.

"Saya terus ditumbuk dan dipukul sehingga pengsan, saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu," katanya.

Difahamkan, kejadian itu hanya disedari apabila pembantu tokong datang untuk membuat kerja pembersihan sebelum mendapati Toy Kin sudah tidak sedarkan diri di tempat sembahyang.

Kejadian itu menyebabkan tulang di bahagian mata Toy Kin retak dan berlaku pendarahan pada kepala.

Kumpulan berkenaan dikatakan membawa lari sistem pembesar suara, peralatan kamera litar tertutup (CCTV), sebuah mesin dan wang tunai dianggarkan berjumlah RM4,000.

Toy Kin memberitahu, kesemua suspek berusia lingkungan 20-an, bagaimanapun dia tidak dapat mengecam muka suspek kerana masing-masing memakai topi keledar.

Sementara itu, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kinrara, Datuk Wong Hock Aun berkata, kejadian itu agak mengejutkan kerana pertama kali berlaku membabitkan rumah ibadat yang sudah berusia puluhan tahun.

"Ada beberapa kes samun berlaku di sekitar Kinrara kebelakangan ini dan saya berharap orang ramai akan lebih berhati-hati bagi menge­lak diri daripada menjadi mangsa jenayah.

"Simpan nombor telefon Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau nombor telefon balai polis terdekat supaya senang dihubungi ketika berlaku kecemasan," katanya yang turut menggesa polis meningkatkan rondaan di kawasan rumah ibadat dan perumahan.

Sinar Harian

Ikan tuna gergasi dilelong RM2.3 juta

Posted: 06 Jan 2012 12:43 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

KIYOSHI KIMURA (kanan) bergambar di sebelah ikan tuna gergasi di pasar ikan Tsukiji, Tokyo semalam.

TOKYO - Seekor ikan tuna gergasi sirip biru seberat 269 kilogram (kg) yang ditangkap di luar perairan wilayah Aomori, utara Jepun mencipta rekod apabila dilelong dengan harga 56.49 iuta yen (RM2.3 juta) pada lelongan pertama hidupan laut itu dalam tahun ini.

Menurut agensi berita AFP, ikan itu dibeli oleh presiden sebuah syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Zushi-Zanmai, Kiyoshi Kimura.

"Saya mahu memenangi ikan tuna yang terbaik supaya pelanggan Jepun dan bukan pelanggan dari luar negara yang akan menikmatinya," kata Kimura.

Dia merujuk kepada seorang pemilik restoran sushi di Hong Kong yang membeli seekor ikan tuna sirip biru yang dilelong pada harga 32.49 juta yen (RM1.32 juta) di Tsukiji, Jepun.

Penduduk Jepun makan tiga suku daripada ikan tuna yang ditangkap di seluruh dunia. - AFP

Rugi RM650,000

Posted: 06 Jan 2012 12:40 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

HI-TECH, KEDAH - Seorang kontraktor binaan berusia 46 tahun terkejut apabila mendapati sembilan saiz kabel berlainan berukuran 16,400 meter dilaporkan hilang apabila dia ingin memulakan kerja pemasangan.

Menurut seorang pekerja yang berada di tempat kejadian, mereka sedang melakukan kerja pemasangan pendawaian di sebuah kilang, di sini yang sudah 45 peratus siap.

"Sebelum ini semua kabel yang hilang tidak diletakkan di tempat kejadian, sebaliknya ia hanya diletakkan sehari sebelum projek pemasangan hendak dijalankan.

"Kira-kira jam 9.30 pagi ketika sampai di tempat kejadian, saya membuat pemeriksaan terhadap kabel yang ada untuk dipasang. tetapi terkejut apabila mendapati kesemua tempat di mana kabel itu digulung telah kosong," katanya.

Difahamkan susulan kejadian, kontraktor berkenaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulim semalam.

Terdahulu, menurut pekerja terbabit, terdapat sembilan jenis kabel yang disimpan di belakang bangunan di situ untuk pasang.

"Kesemua kabel ini baru dan ia memang panjang. Saya percaya suspek yang mencuri semua kabel ini datang dari arah belakang kerana pagar di belakang bangunan ini sudah dipotong.

"Secara logik, suspek harus menggunakan lori untuk mengangkat semua kabel. Saya mentafsirkan jumlah kerugian akibat kehilangan kesemua kabel itu kira-kira RM650,000," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim berkata, kes melibatkan kehilangan kabel kerap berlaku.

Menurutnya, kejadian itu mungkin berikutan bahan logam yang terletak dalam kabel itu boleh dijual dengan harga mahal atau dijual semula kepada mana-mana kontraktor yang menjalankan tugas pendawaian dengan harga lebih murah.

"Terdapat beberapa kawasan yang sering dilaporkan berlaku kes kecurian kabel. Sehingga kini beberapa kejadian serupa dilaporkan berlaku dan terdapat individu berjaya ditahan.

"Kes kecurian kabel melibatkan jumlah kerugian besar sukar dikenal pasti kerana suspek terlibat seakan–akan sedang menjalankan tugas pemasangan kabel," katanya.

Eng Khim tidak menafikan sukar untuk PPKM mengesyaki berlaku kes kecurian kabel sekiranya perlakuan suspek terlibat bersahaja dan seolah-olah mereka sedang menjalankan kerja pemasangan kabel.

Katanya, aktiviti pendawaian kabel bawah tanah ini selalunya dijalankan pada waktu malam dengan suspek akan memakai topi dan baju pantulan cahaya sama seperti pekerja pendawaian lain.

Sinar Harian

Hudud: Mohd Amar cabar Umno

Posted: 06 Jan 2012 12:34 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Umno kembali memainkan isu hudud Pas selepas bekas Ketua Dewan Ulama Pas, Wan Ismail Wan Ahmad meminta penjelasan mengenai hukum tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau dan beberapa pemimpin Pas sudah kerap kali menjawab isu tersebut namun mereka daripada Umno seolah-olah tidak mahu memahaminya.

"Apa yang ditimbulkan Wan Ismail itu hanya kekeliruan ketika menjawab kenyataan saya yang meminta orang ramai menunjukkan bahagian mana yang tidak betul dalam hudud yang dibawa Pas pada program Wacana Sinar Harian baru-baru ini.

"Hukuman yang kita ambil sememangnya tercatat dalam al-Quran, kita gubal dalam bentuk enakmen untuk disesuaikan dengan keadaan semasa, saya tidak faham apabila mereka masih mengatakan itu hudud Pas," katanya.
Sejak diluluskan pada 1993, Umno katanya, menolaknya dengan mengatakan ia hudud Pas dan bukan hukum hudud yang terkandung dalam al-Quran.

"Saya cabar Umno supaya membawa kepada kita hudud yang dikatakan betul agar kita dapat melaksanakannya, kita terbuka dalam hal ini dan sampai sekarang mereka tidak mengemukakannya," katanya demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Pelajar Cemerlang Penilaian Menengah Rendah dan Barangan Industri Kecil dan Sederhana Peringkat Dun Panchor dekat sini, semalam.

Katanya, soal teknikal boleh berlaku kerana terdapat khilaf mengenainya seperti menetapkan hukuman kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan hanya mengenakan hukuman kepada orang Islam.

Katanya, perbezaan pendapat ulama dalam fekah perkara biasa, apa yang penting ialah hasrat murni untuk melaksanakannya.

Sementara itu, katanya, surat sudah dihantar kepada Ahli Jawatankuasa Teknikal untuk perlaksanaan hudud dan akan mesyuarat akan diadakan selepas mendapat jawapan daripada mereka.

Mohd Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor menyampaikan sumbangan pelajar cemerlang, pelan Takaful Kifalah, barangan IKS, barangan pertanian dan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi kepada 184 penerima.

Mengenai persiapan Pas untuk Pilihan Raya Umum Ke-13, Mohd Amar berkata, Pas bersiap sedia menghadapinya pada bila-bila masa selepas senarai akhir calon untuk Kelantan dihantar Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Pas Pusat.

"Saya difahamkan senarai itu sudah diterima Pas Pusat dan sehingga hari ini senarai itu kekal, tidak ada perubahan calon," katanya.

Sinar Harian

Peneroka Felda tunjuk jalan keluar buat Isa

Posted: 06 Jan 2012 12:30 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan beberapa anggota Koperasi Permodalan Felda (KPF) untuk menghalang mesyuarat agung KPF diadakan melalui kuasa mahkamah menunjukkan seakan ada sesuatu yang tidak kena pada KPF atau pada bakal pengerusinya Tan Sri Isa Samad.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) merasa hairan kerana selama ini KPF tidak pernah bermasalah dan tiada suara-suara anggota KPF itu dibawa keluar.

Katanya, dunia Felda seperti senyap dengan keadaan yang tenang dan aman tanpa berlaku sebarang insiden yang memalukan.

"Namun demikian, dengan kehadiran Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF yang dilantik oleh tangan-tangan hitam tanpa restu ahli-ahli dan anggota Felda, Felda berkecamuk dengan begitu kuat sekali. Sehinggakan pemimpin Felda yang lain seperti sepakat bahawa yang menjadi duri dalam daging kepada Felda dan KPF adalah Tan Sri Isa Samad," ujarnya kepada Harakahdaily.

Lebih dari itu, ujarnya usaha menyingkirkan beberapa orang kanan Felda termasuk mencutikan Pengerusi KPF sebelum ini iaitu Datuk Dzulkifli Abdul Wahab secara paksa memarakkan lagi kemarahan warga Felda.

Kemuncaknya, kata beliau tindakan Tan Sri Isa untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia telah mendapat tentangan banyak pihak yang merasa terancam dengan masa depan KPF yang tidak menentu hasil penyenaraian tersebut.

Menurutnya, ramai beranggapan bahawa Tan Sri Isa Samad tidak layak memimpin KPF kerana beliau bukan ahli KPF, malah, beliau juga bukan berlatarbelakangkan Felda.

Tambahan pula, katanya Isa gagal memikat hati peneroka Felda daripada terus menyokongnya.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai menunjukkan kebencian terhadap beliau sehingga ada yang sanggup ke mahkamah demi memastikan beliau tidak mengemudi KPF," ujarnya.

Justeru, katanya lagi Isa sewajarnya sedar diri sekiranya ada ahli bawahan membantah setiap tindakan beliau.

Ini, ujarnya menunjukkan kepemimpinan Isa tidak disenangi oleh warga Felda sendiri.

Sepatutnya, kata Riduan langkah awal yang perlu dibuat oleh Tan Sri Isa Samad adalah dengan mengundur diri bagi mengelak lebih ramai mempertikaikan kehadiran beliau di situ.

"Dibimbangkan sekiranya beliau terus berdegil untuk memimpin Felda dan KPF, warga Felda keseluruhannya memberontak dan boleh menyebabkan berlakunya 'Felda Springs' pula melanda sebagaimana berlaku di negara Arab ketika ini," ujarnya.

harakahdaily/-

OPS Dadu: 10 ditahan

Posted: 06 Jan 2012 12:30 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU- Niat untuk bersuka-suka bagi mengisi masa lapang, akhirnya menjerat diri seorang warga emas, apabila dia ditahan dalam operasi judi yang dilakukan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di dua tempat berasingan, petang kelmarin.

Warga emas berusia 63 tahun itu yang dipercayai bekerja sebagai petani, merupakan antara yang ditahan bersama sembilan lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam permainan berkenaan.

Serbuan diketuai Pegawai Turus Bahagian Jenayah dan Kongsi Gelap, Asisten Superintendan, Nik Rosdi Nik Yahya dengan 11 anggota cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), di dua kawasan berasingan iaitu di Kampung Petalok, Jejulok dan Kampung Sering, Binjai.

Operasi yang bermula jam 5 petang itu berakhir kira-kira jam 8 malam dan kesemua yang disyaki dibawa ke balai polis Binjai untuk tindakan lanjut.

Nik Rosdi berkata, operasi dilakukan di dua tempat terbabit dari hasil maklumat awam dan risikan yang dilakukan anggota di kawasan itu sejak seminggu lalu.

"Serbuan pertama pada jam 5 petang yang dilakukan di sebuah kedai makan di Kampung Petalok, Jejulok, kita berjaya menahan empat lelaki yang berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun. Semua yang terlibat disyaki mempertaruhkan sejumlah wang dengan kaedah bermain daun terup," katanya.

Manakala dalam operasi kedua pada jam 6.45, di Kampung Sering, enam lelaki yang berusia 35 hingga 63 tahun, ditahan di sebuah kandang kambing kerana terlibat dalam permainan judi belangkas yang menggunakan taruhan wang dengan tikam bergambar menggunakan dadu.

"Mereka yang ditahan dipercayai bekerja sebagai buruh kasar dan petani dan akan dikenakan tindakan lanjut di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Diharapkan agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan ini dapat melaporkan kepada pihak kami," katanya.

Nik Rosdi berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang melaporkan kegiatan ini melalui talian Rakan Cop.

"Saya nasihatkan agar pihak yang berkeinginan untuk menganjurkan kegiatan ini supaya menghentikannya kerana pihak kami sudah mengenal pasti setiap lokasi yang menjadi tumpuan dalam permainan ini.

"Kita akan lakukan operasi dari masa ke semasa dan memantau keadaan di kawasan yang dikenal pasti, bagi membanteras kegiatan ini sehingga ke akar umbi," katanya.

Sementara itu, polis Kelantan membuktikan keseriusan mereka menangani jenayah judi di negeri ini apabila kelompok pertama yang ditahan dalam OPS Dadu, kelmarin di hadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Nazri Muhamad, 40, (pembantu kedai kopi); Hashim Mohd Yusof, 44, (buruh); Mohd Azmi Mohamad@Mat, 26, (jurukimpal) dan Ahmad Saiful Nizam Ab Ghani, 20, (petani) dikenakan hukuman denda RM2,500 setiap seorang atau empat bulan penjara jika gagal jelas denda.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Hafiz Mohd Noor mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan dibaca bersama seksyen 34 kanun sama.

Pada prosiding semalam, mereka mengaku bersalah berjudi dengan menggunakan wang sebagai pertaruhan di kedai makan Kampung Pelatak, Jejulok di sini, pada jam 5 petang, 4 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, mereka ditahan ketika sedang leka berjudi dan duit RM1 sebanyak 19 keping serta 52 daun terup yang digunakan dalam judi itu turut dirampas.

Siasatan dijalankan Inspektor Suhana Saad sementara pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Hafiz Abd Rahman.

Sinar Harian

Lepas gian belakang reban

Posted: 06 Jan 2012 12:26 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Cubaan seorang daripada tiga lelaki berusia antara 40 hingga 50-an untuk melarikan diri ketika asyik melepas gian di belakang reban ayam gagal apabila dia berjaya ditangkap sepasukan anggota polis di Masjid Tanah, di sini, kelmarin.

Operasi berkenaan yang dijalankan kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, diketuai Inspektor Sobri Zakaria bersama tujuh anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Alor Gajah selepas dua minggu intipan di­jalankan.

Dalam operasi itu, polis menemui 12 paket plastik lutsinar berisi heroin dan satu paket syabu dalam genggaman seorang daripada suspek yang sedang khayal.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin, berkata, operasi yang dijalankan di belakang reban ayam milik seorang daripada suspek bagaimanapun tidak disedari dua daripada mereka.

"Ketika tangkapan dibuat, dua suspek yang ditemui sedang khayal dan tidak melawan.

"Seorang daripadanya yang separuh sedar cuba meloloskan diri, namun berjaya ditangkap berhampiran lokasi serbuan.

"Hasil ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah," katanya.

Sementara itu, Umar berkata, jumlah keseluruhan dadah jenis heroin dan syabu itu dianggarkan bernilai RM3,000.

"Pihak polis tidak menafikan lokasi serbuan yang berdekatan jalan besar berkenaan sememangnya merupakan port penagih untuk melepas gian.

"Polis juga percaya masih terdapat penagih lain yang menjadikan lokasi ini sebagai port melepas gian.

"Oleh itu, pemantauan dari masa ke semasa akan dilakukan bagi mengurangkan kadar jenayah di daerah ini," katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A2 Akta Dadah Berbahaya atas kesalahan memiliki dadah dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

Sinar Harian

Ibu hilang bersama dokumen

Posted: 06 Jan 2012 12:20 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

BAHAU - Ketika kanak-kanak sebayanya sedang gembira menjalani alam persekolahan, seorang kanak-kanak di sini terpaksa melupakan seketika impian untuk ke sekolah berikutan tiada sijil kelahiran.

Ira Abdullah, 6, terpaksa hidup tanpa pengenalan diri selepas ibunya, seorang warga Indonesia berusia 20-an melarikan diri bersama dokumen pengenalan diri kanak-kanak berkenaan, tahun lalu.

Neneknya, Zahariah Hussin, 57, berkata, sebelum ini Ira sudah mempunyai dokumen kelahiran yang dimiliki menerusi bantuan seorang kenalan pada Disember 2010.

"Segalanya hampir selesai. Bagaimanapun, ibunya tiba-tiba menghilangkan diri dan lesap bersama dokumen anaknya pada tahun lalu.

"Sehingga kini, kami tidak tahu di mana dia dan ada sumber memaklumkan bahawa dia telah pulang ke negara asalnya," katanya.

Zahariah berkata, kira-kira 10 bulan lalu, kenalannya ada menerima panggilan daripada ibu Ira yang dikenali sebagai Villa Barokah Seth.

"Bagaimanapun, nombor telefon yang tertera dalam telefon bimbit itu seperti nombor luar negara," katanya.

Zahariah berkata, Villa ada memberitahu kenalannya itu bahawa dia akan memasukkan Ira ke sekolah sekiranya memberikannya wang untuk belanja tiket penerbangan ke negara ini.

"Namun, saya tidak mampu membantu Villa dan buntu memikirkan nasib cucunya itu kerana tidak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan salinan dokumen itu.

"Risau juga, sebab saya khuatir jika pihak berkaitan tidak percaya kata saya untuk mendapatkan salinan dokumen itu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, kelmarin.

Zahariah berkata, ibu dan bapa Ira sebenarnya sudah lama berpisah dan setelah cucunya itu dilahirkan, masing-masing tinggal secara berasingan.

"Ayahnya pula tidak tahu di mana dan pulang tidak tentu masa," katanya.

Berikutan itu, Zahariah amat mengharapkan sekiranya ada pihak datang membantu.

"Saya amat menghargai kerana ianya membabitkan masa depan Ira," katanya.

Sinar Harian

Suami isteri maut kereta tercampak ke parit

Posted: 06 Jan 2012 12:18 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

IPOH - Sepasang suami isteri terbunuh selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan tercampak ke dalam parit yang dipenuh air di Jalan Kampung Raja, Kampung Gajah, kira-kira 75 kilometer dari sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohd Fakri Che Sulaiman berkata Shahrin Ismail, 33, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan isterinya Norazimah Abdul Aziz, 34, mati lemas selepas terperangkap dalam kereta yang dipenuhi air.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.25 pagi ketika kereta Perodua Kelisa yang dipandu Shahrin dalam perjalanan dari Teluk Intan ke rumahnya di Bandar U25, Seri Iskandar, Bota, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat pasangan suami isteri itu yang terperangkap dalam kereta dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat, katanya.

Sinar Harian

Sudah tahu tapi tetap diperdaya

Posted: 06 Jan 2012 12:15 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

Penipuan membabitkan sindiket gores dan menang bukan isu baru. Walaupun sering kali didedahkan melalui media massa, namun masih ramai yang terpedaya dengan taktik licik sindiket ini. Mengikut laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri, sebanyak 189 aduan diterima sepanjang 2011 membabitkan kerugian sejumlah RM95,000.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abdul Hamid Abu Bakar mengesahkan purata kerugian setiap mangsa penipuan sindiket berkenaan mencecah RM5,000.

Namun kebanyakan aduan diterima tidak mempunyai dokumen lengkap termasuk resit bayaran, selain nama dan alamat syarikat palsu merumitkan siasatan dijalankan.

Lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan sindiket ini di bandar raya Johor Bahru, berdasarkan aduan mangsa yang diterima KPDNKK adalah Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), JB Sentral, jejantas JB Sentral ke Plaza City Square, Jalan Wong Ah Fook, termasuk kawasan parkir beberapa kompleks membeli belah.

Modus Operandi Penipuan Gores dan Menang

Modus operandi sindiket ini ialah menipu orang ramai dengan taktik mengundang mangsa dengan menawarkan hadiah lumayan menggunakan beberapa kad atau sampul sebagai umpan.

Selepas berjaya memperdayakan mangsa, sindiket akan membawa mangsa ke premis mereka kononnya bagi urusan tuntutan hadiah, sebelum meminta sejumlah wang tertentu kononnya sebagai cukai kerajaan, bayaran iklan dan pelbagai alasan lain.

Mangsa diminta untuk membuat bayaran sama ada secara tunai, kad kredit atau mengeluarkan wang dari mesin ATM, seterusnya mengambil wang diberikan bertujuan merekodkan nombor siri sebelum hadiah diserahkan.

Selepas berjaya mendapatkan wang mangsa, sindiket akan menyerahkan hadiah seperti tilam jade, peralatan penapis air, set teater rumah, mesin urut kaki dan sebagainya sebelum 'hadiah' sebenar diserahkan selain itu sindiket akan membantu urusan penghantaran hadiah berkenaan ke rumah mangsa.

Kebiasaannya sindiket berkenaan akan mengeluarkan resit tanpa nama dan alamat syarikat berkenaan atau menggunakan nama syarikat dan alamat palsu. Sindiket juga dikenal pasti turut mencatatkan amaun bayaran kurang daripada bayaran sebenar.

Antara alasan diberikan, khususnya mangsa warganegara jiran termasuk mengelakkan hadiah dimenangi dikenakan bayaran cukai semasa membawa pulang hadiah.

Sindiket juga dikesan akan berpindah ke lokasi lain dalam tempoh singkat bagi mengelakkan kegiatan mereka 'dihidu' pihak berkuasa termasuk disedari pelanggan.

Tangkapan dan tindakan KPDNKK Johor

KPDNKK negeri telah menahan 14 ejen sindiket gores dan menang membabitkan sembilan lelaki dan lima wanita berumur 20 hingga 30 tahun, termasuk menyita sejumlah kad gores dan menang serta risalah hadiah dalam serbuan pada 20 Disember lalu berdasarkan maklumat orang ramai.

Suspek dipercayai jurujual atau ejen sindiket yang ditugaskan untuk menarik pelanggan di lokasi tertentu sebelum di bawa ke pejabat mereka untuk tujuan penipuan. Siasatan lanjut ada sindiket menawarkan hadiah lumayan kepada mangsa iaitu kereta jenis Toyota Camry dan Jade Mattress.

Terbaru, dua suspek sindiket telah didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 21 Disember lalu, kerana telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 20(b)(ii) Akta Perihal Dagangan 2011 namun mengaku tidak bersalah dan mereka diikat jamin RM25,000 setiap seorang.

Kedua-dua tertuduh akan dibicarakan pada 10 Januari ini.

Menurut Abdul Hamid, ini adalah kes pertama yang didakwa di mahkamah melalui undang-undang berkenaan, jika sabit kesalahan dua lelaki terbabit bakal dihukum iaitu penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Selain daripada tindakan berkenaan, beberapa langkah bagi mengatasi masalah penipuan gores dan menang digunakan KPDNKK termasuk:
i- Meminta pengurusan kompleks membeli belah supaya membuat pengumuman atau hebahan tentang aktiviti penipuan gores dan menang kepada pelanggan melalui sistem pembesar suara.
ii- Meletakkan notis sebagai peringatan kepada orang ramai di kawasan 'panas' supaya orang ramai tidak terpedaya oleh sindiket yang aktif di lokasi berkenaan.
iii- Menjalankan pemeriksaan berkala dan pemantauan statik di kawasan 'panas' dan mengambil tindakan untuk menahan termasuk soal siasat terhadap suspek.
iv- Meminta pengawal keselamatan di kompleks membeli belah supaya mengusir ejen sindiket yang beroperasi dikawasan premis mereka.
v- Mendapat kerjasama daripada pihak polis untuk membuat rondaan di kawasan 'panas'.
vi- Menyebarkan risalah kepada orang ramai mengenai aktiviti penipuan gores dan menang.
vii- Memberi ceramah dan menyebar maklumat penipuan gores dan menang melalui media massa selain forum kepenggunaan yang diadakan.

Penyelesaian

Bagi membanteras kes penipuan gores dan menang dengan lebih berkesan KPDNKK turut mendapat kerjasama daripada pihak polis bagi mengambil tindakan terhadapan sindiket melalui Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Modus operandi sindiket adalah satu penipuan muslihat atau International Deception iaitu menggunakan taktik penyelewengan gores dan menang bertujuan memperdaya mangsa menyerahkan wang untuk membeli barangan walaupun tiada niat untuk membelinya.

Niat jahat sindiket boleh dikesan dengan cara operasi perniagaan mereka dengan menggunakan alamat palsu selain menggunakan nama individu yang tidak dapat dikesan.

Dibawah Seksyen berkenaan jika sabit kesalahan individu berkenaan bakal berhadapan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan selain boleh dikenakan denda.

Sinar Harian

Beli ubat kurap sebelum samun

Posted: 06 Jan 2012 12:12 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang lelaki menggunakan helah membeli ubat kurap sebelum menyamun sebuah farmasi di Jalan Bukit Sekilau, lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7.15 malam itu, mangsa yang juga pekerja farmasi itu, Jaslini Jasni, 32, berada di kaunter bayaran bersama seorang pekerja, Nur Hafifah Mohd, 19.

Menurutnya, lelaki tersebut memasuki farmasi seorang diri dengan memakai topi keledar dan membeli ubat kurap sebelum membuat bayaran RM10 di kaunter.

"Pada mulanya kami tidak mengesyaki apa-apa. Bagaimana pun, selesai mem­buat pembayaran dia berlegar-legar di dalam farmasi sebelum memasuki bahagian kaunter dan bertindak me­ngacukan pisau di perut Nur Hafifah serta meminta saya menyerahkan wang yang terdapat di dalam mesin wang.

"Akibat takut dicederakan, saya mengeluarkan semua duit di dalam mesin wang berjumlah RM300, namun dia tidak berpuas hati lalu mengarahkan kami menyerahkan beg tangan," katanya kepada Sinar Harian.

Kedua-dua mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah, semalam.

Sinar Harian

Sorok minyak dalam but

Posted: 06 Jan 2012 12:10 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

BUKIT KAYU HITAM - Taktik baru dengan mengubahsuai tangki minyak pada but kenderaan, selain bawah tempat duduk belakang untuk menyeludup minyak ke negara jiran berjaya ditumpaskan pihak berkuasa, semalam.

Dalam kejadian jam 7.20 hingga 7.50 pagi semalam, Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di sini, menahan semua kenderaan terbabit yang membawa muatan 1,900 liter petrol dan 1,600 liter diesel bernilai RM6,480 ketika sekatan jalan raya di Kilometer 1.3 di sini, arah Thailand.

Timbalan Komander UPP Kedah, Noor Mohamed Shaik Alaudin berkata, semua kenderaan termasuk empat Proton Saga, sebuah Ford Telstar dan sebuah pikap Thailand menggunakan taktik sama mengubahsuai tangki di beberapa bahagian kenderaan masing-masing.

Menurutnya, sindiket penyeludupan berkenaan dipercayai dari kumpulan sama, memandangkan tempoh penahanan semua kenderaan terbabit hanya melibatkan tempoh setengah jam sahaja.

"Namun ia adalah kumpulan baru berikutan masing-masing tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, beliau berkata, UPP mengesan trend terkini penyeludupan dengan menggunakan kenderaan tempatan sebagai modus operandi baru berbanding penggunaan kenderaan Thailand sebelum ini.

Sinar Harian

Cucu ugut kelar nenek

Posted: 06 Jan 2012 12:05 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Demi RM50, seorang cucu sanggup mengacu pisau ugut mengelar nenek kandungnya sendiri, sebulan lalu. Padahnya, dia dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman terhadap Mohd Faizal Abdul Rahim, 26, dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali kerana mengugut hendak menyebabkan kematian atau kecederaan parah.

Berdasarkan pertuduhan, buruh tersebut didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Eshah Botok, 72, di Kampung Aril, Peringat, Melor di sini, pada jam 8 pagi, 28 Disember tahun lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh mengacu pisau pemotong sayur sambil berkata kepada neneknya, 'semalam aku minta seratus, mu bagi RM50, mu bawa mari pitih (duit), kalau mu tak cari, aku 'siup' tengkuk mu.'
Eshah yang takut dicederakan kemudian menyerahkan RM50 sebelum ke balai polis Pengkalan Chepa membuat laporan.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly, bagaimanapun, menafikan akan digunakan untuk itu membeli dadah.

Mohd Fazaly Ali kemudian menyabitkan tertuduh dengan kesalahan tersebut sebelum mengarahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh tangkapannya, Isnin lalu.

Sinar Harian

PR mampu terus berjuang

Posted: 06 Jan 2012 12:01 AM PST

12 Safar 1433H. [MOD] -

SEREMBAN - Tanggapan pihak tertentu yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) akan berkubur sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipenjarakan adalah kurang tepat.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, PR mampu meneruskan perjuangan dan tetap bersama dalam satu pasukan demi menegakkan keadilan untuk rakyat.

"Yang penting, rakyat mesti pastikan Barisan Nasional (BN) dapat ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya pada ceramah khas di pekarangan Pejabat PKR negeri di sini, malam kelmarin.

DI MELAKA, dalam ceramahnya yang dihadiri 3,000 penyokong, Anwar menegaskan supaya penyokongnya terus menumpukan perhatian pada PRU13, berbanding keputusan mahkamah terhadapnya Isnin depan.

Anwar berkata, keputusan sama ada beliau dipenjarakan atau sebaliknya, tidak penting tetapi yang perlu diutamakan adalah keputusan rakyat membuat pilihan untuk mengubah kerajaan pada pilihan raya akan datang.

"Saya mahu semua penyo­kong dan rakyat fokus pada pilihan raya, malah perkara ini telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Naib Presidennya, Salahuddin Ayub," katanya.

Ceramah itu diadakan secara aman tanpa sebarang kekecohan dan majlis yang sama turut diadakan Barisan Nasional (BN) di kawasan bersebelahan, dengan jarak tidak sampai 100 meter.

Sinar Harian

Salam Perjuangan

Posted: 05 Jan 2012 11:26 PM PST

Salam Perjuangan


INGATLAH, HUKUMAN ALLAH PASTI ADIL

Posted: 05 Jan 2012 06:20 AM PST

10 Safar 1433 H | 5 January 2012

901 menjadi hari yang dinanti oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, khususnya yang mengikuti isu politik negara dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Secara sedar dan tidak sedar, sebahagian pemerhati telah membuat pelbagai telahan berhubung keputusan mahkamah pada hari tersebut. Ramai penganalisa politik kini telah bertukar menjadi pak nujum semata-mata untuk lebih mensensasikan keputusan yang akan diumumkan nanti.


Dari pelbagai andaian, lebih ramai menjangkakan DSAI akan dihumban semula ke penjara Sungai Buluh kerana kalau bukan untuk itu, kenapa diteruskan perbicaraan walaupun disedari awal, terdapat banyak kelemahan yang boleh menyebabkan kes ini dibuang awal-awal lagi. Ini andaian pertama.


Kumpulan kedua yang sangat minoriti pula berpendapat bahawa DSAI akan dibebaskan kerana beberapa kelemahan dalam penghujahan sepanjang perbicaraan.


Manakala andaian ketiga lebih kepada untuk mengaibkan beliau, iaitu dengan andaian kes sodomi berlaku tetapi beliau dibebaskan kerana tiadanya unsur paksaan sebagaimana yang dituduh oleh pengadu.


Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman.


Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu.

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 05 Jan 2012 11:14 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


CERAMAH UMUM

Posted: 05 Jan 2012 07:55 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 05 Jan 2012 10:00 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


AMANAT PERDANA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DI MUAR

Posted: 05 Jan 2012 08:23 AM PST

SELASA 3 Januari 2012 : Muar menyambut kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan Amanat Perdana di Parit Samsu Jalan Temenggong Ahmad Muar. Lebih 2000 orang menunggu kehadiran beliau dengan penuh sabar dan displin. Beliau tiba jam 11.30 malam selepas berceramah di Serom 3 Panggong, Ledang. Terima kasih kepada PDRM yang bertindak dengan profesional pada malam tersebut. Majlis berjalan dengan aman hingga lepas tengah malam.

DSAI berkaki ayam berceramah di hadapan ribuan peminat dan penyokong Pakatan Rakyat dari segala bangsa yang menunggu kehadiran beliau sejak jam 9.00 malam lagi. Dipercayai ramai penyokong BN hadir untuk mendengar amanat beliau. Intipatinya beliau meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat akan turunkan harga minyak petrol dan tarif elektrik apabila memerintah nanti. Kebajikan rakyat diutamakan.

Majlis pada malam tersebut di pengerusikan oleh Sdr Hizwan Ahmad, Penyelaras PKR Parlimen Muar. YBhg Ustaz Abu Bakar Lajat memulakan majlis dengan membaca doa diikuti dengan penceramah pertama, YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani. Selepas itu Che'gubard mengkisahkan perjalanan hidup pemimpin besar Dato' Sri Anwar dari zaman pelajar hingga sekarang.Pengkisahan yang sangat mengesankan, kisah anak muda yang dikagumi pemimpin dunia dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Dato Dr Mahfoz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor dan Dato' Chua Jui Ming, Pengerusi PKR Johor juga memukau rakyat dengan hujjah mereka. Sambutan daripada rakyat cukup hebat, tanda cahaya kemenangan PR di negeri Johor khusunya.


 
DSAI bersama kepimpinan PR,dari kiri YB Dr Mohamad, Dato' Chua Jui Ming,
Dato' Dr Mahfoz dan YB Dr Sheikh Ibrahim.

Pemimpin PAS mennggu giliran berucap sebelum ketibaan DSAI.

Dato' Chua, Sdr Hizwan dan YB Er Teck Hwa di pentas utama.

YB Dr Mohammad bersama Dato' Chua dan Ketua PKR Muar Sdr Yatin.



Pemimpin di pentas utama.


Jamuan selepas ceramah

Selepas ceramah,Puan Rubiah (isteri YB Dr Mohammad) dan puterinya
tidak melepaskan peluang merakamkan gambar bersama Ehsan, putera DSAI.
YB Dr Mohammad bersama Ehsan putera DSAI.


One for the album.

Jamuan...
 
Muslimat memenuhi ruangan.

Amanat DSAI memukau pendengar.
Rakyat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau sekeluarga

SUMBANGAN PERSEKOLAHAN PKR PARLIMEN MUAR DI DUN MAHARANI

Posted: 05 Jan 2012 03:04 AM PST

Pada petang Ahad 3 Januari 2012 yang lalu Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar telah mengadakan program ringkas menyampaikan Sumbangan Persekolah kepada 20 orang kanak-kanak India dalam DUN
Maharani. Mereka menerima sepasang pakaian sekolah.

Majlis ringkas tapi meriah ini dilangsungkan di pekarangan rumah seorang penduduk di Jalan Khalidi Muar. Majlis telah dirasmikan oleh Sdr Hizwan Ahmad, Penyelaras PKR Parlimen Muar.Beliau meyakinkan masyarakat bahawa Pakatan Rakyat sedia membantu rakyat yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama atau pendirian politik.Progam ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan kerjasam semua komponen parti  dalam Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat memerintah lebih banyak lagi sumbangan akan diterima oleh rakyat. Turut hadir Ketua PKR Cabang Muar, Sdr Yatin Sarpin, ADUN Maharani, YB Dr Mohammad Taslim, Wakil Masyarakat India  Sdr Subramani dan AJK PKR Muar.

YB Dr Mohammad dalam ucapannya memberi motivasi kepada penerima sumbangan untuk belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya untuk menaikkan taraf hidup mereka.Para ibubapa digesa supaya memastikan anak-anak mereka diberi galakan untuk cemerlang dalam akademik dan juga ko-kurikulum supaya dapat menyumbang khidmat bakti kepada negara.Pelajar-pelajar nampaknya sudah tidak sabar untuk memulakan persekolahan pada esok hari.

Sumbangan disampaikan oleh Sdr Hizwan, YB Dr Mohammad Taslim, Sdr Yatin dan Sdr Subramani.Rasa gembira pelajar ini dapat dirasakan dengan keceriaan mereka menerima sumbangan tersebut.

Sebelum ini pada 31 Disember 2011 PAS Kawasan Muar dengan kerjasama Urusetia Pusat Khidmat DUN Maharani telah menyampaikan 450 buah beg sekolah untuk pelajar dalam DUN Maharani. Majlis telah dijalankan di Pekan Parit Bakar, Muar.

Kepimpinan Pakatan Rakyat bersedia untuk memulakan majlis.

Ucapan perasmian oleh Sdr Hizwan Ahmad,Penyelaras
PKR Parlimen Muar
.

Penerima sumbangan berbaris menunggu giliran.


YB Dr Mohammad turut menyampaikan sumbangan.


 
Tersenyumgembira pelajar ini menerima sumbangan dpd Sdr Hizwan,

 
Terima kasih .......terima kasih.


Penerima sumbangan ceria menerima sumbangan.

Terima kasih Sdr Hizwan kerana menyediakan gambar-gfambar di atas .

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 05 Jan 2012 09:34 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


(Lawak) Program Realiti Ustazah Pilihan ASTRO Oasis (UIA Gombak) - Ustaz...

Posted: 05 Jan 2012 08:18 AM PST

Ustaz Azhar Idrus - Sejarah Ustaz Azhar Belajar Agama

Posted: 05 Jan 2012 08:06 AM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 05 Jan 2012 09:29 PM PST

PAS Negeri Sembilan


MB Negeri Sembilan tetap orang Melayu

Posted: 05 Jan 2012 01:52 AM PST



MB Negeri Sembilan tetap orang Melayu
January 5, 2012

SEREMBAN – DAP negeri memberi jaminan Menteri Besar (MB) negeri ini tetap dipilih dalam kalangan pemimpin Melayu Islam Pakatan Rakyat (PR) sekiranya parti itu berjaya mengambil alih Kerajaan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook berkata, pihaknya menghormati dan tetap mempertahankan prinsip perlembagaan negeri yang meletakkan bahawa MB perlu dipilih dalam kalangan orang Melayu.

"Jika PR menang, Islam tetap agama rasmi, Bahasa Melayu kekal bahasa kebangsaan, kedudukan hak istimewa orang Melayu akan terus dipertahankan dan yang paling penting MB tetap dipilih dalam kalangan orang Melayu.

"Saya tegaskan DAP negeri sokong Melayu jadi MB, tetapi kita mahu pemimpin Melayu yang bersih dan tidak korupsi, semestinya dipilih daripada PR," katanya pada ceramah khas di pekarangan Pejabat PKR negeri di sini, malam semalam.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/mb-negeri-sembilan-tetap-orang-melayu-1.16614

Tolong selamatkan negara, tumbangkan Umno!

Posted: 05 Jan 2012 01:08 AM PST



Tolong selamatkan negara, tumbangkan Umno!
January 5, 2012

Kekayaan negara banyak tetapi hanya dimonopoli oleh orang-orang tertentu, kata Anwar Ibrahim.

SEREMBAN: "Tolong diri kita, tolong selamatkan negara. Umno harus ditumbangkan jika rakyat ingin berkongsi kekayaan negara.

"Kekayaan negara banyak tetapi hanya dimonopoli oleh orang-orang tertentu", kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di ceramah Kempen Bebaskan Anwar 901 di perkarangan Pejabat PKR Negeri Sembilan di sini malam tadi.

Anwar memberikan contoh bagaimana sesuatu industri seperti gula, penjana kuasa elektrik persendirian (IPP), perhotelan, syarikat televisyen kabel hanya diberikan kepada tokoh korporat yang sama seolah-olah seperti tidak ada lagi Melayu, Cina dan India yang mampu mengendalikan perniagaan tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh juga mengutarakan beberapa contoh bagaimana kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) zalim kepada rakyat tetapi mesra kepada kroni.

Ujar beliau, "dengan rakyat biasa kau (kerajaan) bukan main garang. Oh! Tak boleh buat itu!, Oh! tak boleh buat ini!

"Tetapi apabila tokoh korporat kroni datang berjumpa kerajaan dengan tuntutan seperti kenaikan tarif elektrik atau harga gula, bagi begitu sahaja. Langsung tidak memikirkan beban pada rakyat.

Beliau menyoal, "tahap kemiskinan orang Melayu dan penindasan ke atas orang Melayu siapa punca, dia?

"Siapa lagi kalau bukan Umno? Siapa Perdana Menteri Malaysia? Siapa Timbalan Perdana Menteri? Siapa Menteri Kewangan? Siapa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani?

Menteri Umno

"Siapa lagi kalau bukan Menteri Umno yang berbangsa Melayu juga," kata Anwar dan disambut dengan sorakan gamat lebih 2,000 orang awam yang membanjiri kawasan tersebut.

Anwar seterusnya menceritakan pengalaman beliau ketika di penjara dulu (1998) bagaimana seorang lelaki yang mencuri sehelai seluar jeans dijatuhkan hukuman enam bulan penjara.

"Tetapi ada pemimpin Umno yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah membabitkan jutaan ringgit hanya dijatuhkan hukuman 12 bulan.

"Saya tidak memusuhi ahli Umno atau pemimpin bawahan Umno. Tetapi saya menentang pemimpin Umno atasan termasuk menteri yang saban hari mengutuk dan mengaibkan saya dengan fitnah.

"Saya menentang kerana mereka inilah yang ambil duit komisyen, terlibat dengan rasuah, salah guna duit rakyat, salah guna duit Zakat dan bisnes lembu", jelas Anwar lagi dan hadirin sekali lagi bersorak gamat sebagai tanda sokongan.

Anwar juga memberikan contoh bagaimana pendapatan hasil kayu balak oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah berlipat kali ganda lebih besar berbanding ketika pentadbiran BN.

"Ketika pentadbiran BN dulu hasilnya hanya RM1,000 untuk keluasan seekar. Di bawah kerajaan Pakatan, pendapatan negeri Kedah adalah RM19,000 untuk keluasan seekar. Mana pergi RM18,000 ketika zaman BN dulu?," tanya Anwar dan penyokong beliau kedengaran menjerit "BN dah sapu", "Umno sapu".

Di akhir ceramah Anwar meminta rakyat bangkit dan menolak Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Ini bukan soal saya dipenjarakan atau tidak. Tetapi ini soal keadilan rakyat. Senjata Umno hanyalah dengan memainkan isu perkauman dan memecah belahkan perpaduan di antara kaum.

"Jika dia (Umno) bagi duit, ambil. Bagi baju atau kain, ambil, tapi jangan lupa undi calon Pakatan. Keangkuhan pemerintahan Umno-BN harus ditamatkan.

"Lawan tetap lawan!", laung Anwar dan dibalas dengan orang ramai dengan kata-kata yang sama.

Muka baru

Sementara itu FMT menemubual Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berhubung jumlah kehadiran penyokong yang agak kecil sedikit berbanding ceramah Anwar sebelum ini di Seremban yang lazimnya mampu menarik di antara 3,000 ke 5,000 orang.
"Sebenarnya kehadiran pada malam ini memang ramai. Anda tidak boleh bandingkan 'crowd' sebelum ini dengan malam ini. Biasanya kita adakan ceramah Anwar di markas atau tapak ceramah yang memang popular di kalangan penyokong Pakatan.

"Bagaimanapun kali ini kita mengadakan di kawasan awam di bandar dan betul-betul di tepi jalan utama Seremban-Tampin. Hasilnya 80% orang awam yang hadir pada malam ini ialah muka-muka baru, pengundi atas pagar dan mereka yang bukan ahli PAS, PKR atau DAP.
"Biasanya ceramah Pakatan, majoriti yang hadir ialah Melayu. Malam ini anda sendiri boleh saksikan bagaimana ramainya orang India dan Cina turut bersama kita.

"Saya juga amat gembira melihat sokongan kaum India yang memang ramai
pada malam ini dan ini bukti sokongan kaum India pada

Pakatan masih utuh dan kononnya mereka telah lari kepada BN adalah mainan politik Umno-BN untuk mengalih fokus pengundi India kepada mereka," jelas Mohd Taufek.

Turut hadir ialah Naib Presiden dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook.

Selepas Anwar menghabiskan ceramah pada pukul 10.30 malam beliau bergegas ke Bukit Katil, Melaka untuk satu lagi sesi ceramah kempen 901.

Anwar akan mengetahui nasibnya pada Isnin 9 Januari ini berhubung kes tuduhan liwat II di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/05/tolong-selamatkan-negara-tumbangkan-umno/

Rapat Rakyat N.Sembilan 15 Jan 2012 di Gemas, N.Sembilan

Posted: 04 Jan 2012 11:49 PM PST



RAPAT RAKYAT
Ceramah Perdana dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan.
Tarikh : 15 Jan 2012, Ahad
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Rakyat, pekan Gemas, N.Sembilan (berhampiran pusat bowling Gemas)
Tetamu :
1. YB Dato Seri Anwar Ibrahim (tertakluk keputusan mahkamah 901)
2. Tuan Hj Mohamad Sabu (PAS)
3. YAB Lim Guan Eng (DAP)
4. Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat/Negeri

Semua dijemput hadir

Bangunan prasekolah tak siap

Posted: 04 Jan 2012 11:49 PM PST

Bangunan prasekolah tak siap
Sinar Harian 5 Jan 2012

TAMPIN – Kegagalan pihak berkenaan menyiapkan sepenuhnya lima bangunan prasekolah sebelum sesi persekolahan 2012 bermula memaksa lebih 100 kanak-kanak, di sini memulakan sesi pembelajaran di bangunan alternatif.

Sinar Harian difahamkan, lima sekolah yang terbabit dengan masalah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Keru; SK Tebong; SK Sungai Dua; SK Geduk dan SK Kem Syed Sirajuddin Gemas.

Tinjauan Sinar Harian ke SK Tebong membuahkan hasil apabila Pegawai Pelajaran Daerah Tampin, Hamzah Abu turut sama membuat lawatan ke sekolah berkenaan bagi memantau perkembangan hari pertama persekolahan.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai kegagalan menyiapkan bangunan prasekolah berkenaan.

"Namun, tindakan pantas dan bijak guru besar di kesemua sekolah yang terlibat de-ngan mencari lokasi alternatif bagi menempatkan kanak-kanak prasekolah berjaya menjamin sesi pembelajaran berjalan lancar pada hari pertama sesi persekolahan," katanya ketika ditemui di SK Tebong, dekat sini, semalam.

Difahamkan, tidak kurang 17 kanak-kanak prasekolah menjalani pembelajaran di bilik darjah, manakala, murid tahun empat ditempatkan di makmal sekolah.

Sementara itu, Hamzah berkata, pihak sekolah tetap menjalankan sesi pembelajaran seperti biasa walaupun bangunan prasekolah berkenaan baru lebih 50 peratus disiapkan pihak kontraktor.

"Memang tidak mempunyai masalah bagi menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran berikutan sekolah yang terlibat sudah membuat persediaan dengan mencari lokasi ganti," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bangunan-prasekolah-tak-siap-1.16562

PAS KDAS 3

Posted: 05 Jan 2012 09:18 PM PST

PAS KDAS 3


kuliah subuh ust wan

Posted: 05 Jan 2012 03:50 AM PST

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 05 Jan 2012 08:08 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


"Saya Sendiri Pernah Diberi Satu Longgok Cash Suruh Saya Edar".

Posted: 05 Jan 2012 04:04 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Jan : Veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar 'tidak kalut' untuk mengadakan pilihan raya seawal Mac tahun ini.

Sebaliknya kata beliau, Najib sewajarnya menunggu Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya selesai melaksanakan tugas mereka terlebih dahulu dan segala syor mereka dilaksanakan sepenuhnya.

Jika Perdana Menteri membuat pilihan raya awal tanpa menunggu jawatankuasa yang dibentuknya selesai menjalankan tugas, orang ramai akan mempertikaikan langkah beliau itu dan menganggap beliau menipu.
Oleh itu, katanya, Perdana Menteri perlu memastikan jawatankuasa itu selesai menjalankan tugas mereka selepas beliau sendiri melantik mereka sebelum ini.

Bekas menteri penerangan dan pelancongan itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan Harakahdaily semalam.

"Setakat ini baru cap jari (dakwat kekal), benda kecik sahaja, benda-benda pokok belum buat lagi.

"Kita ada masa, parlimen ini sampai April 2013, apa duk kalut sangat. Tabur duit merata-rata nak buat pilihanraya bulan Mac," katanya.

Sambil mengingatkan Najib bahawa sekarang sudah tahun 2012, rakyat zaman ini sudah pandai menilai dan tidak boleh lagi diperbodohkan,  kata beliau yang juga Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Antara lain katanya, keperluan rakyat kepada media yang adil dan bebas, bukan melaporkan sebelah pihak seperti sekarang ini.

"Harakah misalnya, mewakili setengah daripada orang Melayu di Semenanjung.

"Dia mintak permit nak buat akhbar (harian) ni dah 50 tahun dah, tak bagi juga. Kalau saya ada kuasa saya bagi," katanya lagi.

Selain itu, beliau juga mengingatkan kerajaan BN pada hari ini agar matang dan tidak lagi menggunakan taktik kotor untuk menang pilihan raya termasuk amalan membeli undi.

"Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara-terang terangan dua tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran.

"Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah," katanya sambil menyeru BN bertanding secara 'gentleman'.

PAS LENGGONG

Posted: 05 Jan 2012 07:26 PM PST

PAS LENGGONG


901

Posted: 04 Jan 2012 11:39 PM PST

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh Himpunan 901. Malah PAS akan sentiasa menyokong sesiapa sahaja yang dizalimi, dan akan menentang semua sistem perundangan yang zalim. DSAI sepatutnya diadili dalam sistem perundangan Islam yang maha adil, bukan sistem perundangan ciptaan manusia ala umno yang penuh tempang. Adakah undang-undang manusia lebih baik dari undang-undang Allah??? http://www.youtube.com/watch?v=KpQNLb7bPLg

Asnaf yang mana satu?

Posted: 04 Jan 2012 11:35 PM PST

Wang Zakat: Bina Bangunan RM13.85 juta, Apa Kata JKuasa Fatwa Negeri Melaka?



Bangunan MAIM yang tersergam indah ini menimbulkan pelbagai persoalan-persoalan yang perlu dirungkaikan dan dijawab oleh pihak MAIM.

Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 mendedahkan bahawa "Kegagalan RMSB membina Kompleks MAIM menyebabkan MAIM terpaksa membangunkan sendiri Kompleks tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat." (Sumber:http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/negeri/selatan/melaka%202009%20web.pdf )

Kes ini telah dilaporkan kepada SPRM oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Hj Azly Zahari dan beliau telah membuat tinjauan lanjutan pada Ogos 2011 yang lalu dan sumber SPRM tersebut memaklumkan wang tersebut adalah wang "lebihan" zakat. (Sumber:http://adlyzahari.blogspot.com/2011/08/lebihan-wang-zakat.html)

Jika betul bangunan tersebut dibina dengan menggunakan lebihan zakat, persoalannya disini ialah adakah MAIM yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka sendiri telah melanggar fatwa yang dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka sendiri yang telah diputuskan pada 2008 yang lalu berkenaan pengagihan lebihan wang zakat?

Fatwa tersebut secara jelas memperincikan bahawa wang lebihan zakat mestilah untuk kepentingan asnaf yang lapan. Berikut adalah fatwa tersebut.

"1. Menetapkan bahawa kaedah pengurusan lebihan agihan zakat daripada kutipan zakat bagi tahun semasa di Negeri Melaka adalah seperti berikut -
(a) lebihan agihan zakat daripada mana-mana bahagian asnaf bagi tahun semasa hendaklah dipindahkan kepada bahagianasnaf lain yang ada penerimanya dalam tahun semasa tersebut;
(b) sekiranya masih berbaki, lebihan agihan zakat daripada jumlah kutipan zakat bagi tahun semasa hendaklah dicampurkan dengan anggaran hasil kutipan zakat pada tahun berikutnya mengikut bahagian asnaf yang telah ditentukan; dan
(c) lebihan agihan zakat tersebut hendaklah disimpan di dalam kumpulan wang lebihan zakat.
2. Penggunaan dan perbelanjaan lebihan agihan zakat tersebut adalah hanya untuk lapan asnaf yang layak menerima zakat pada tahun yang berikutnya dengan menaikkan kadar bantuan agihan kepada setiap asnaf bagi tahun tersebut" (Sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/kaedah-pengurusan-lebihan-agihan-zakat-negeri-melaka)
Zakat adalah peruntukan yang telah ditetapkan asnafnya dalam Al-Quran dan Hadis dan tidak boleh lari daripada yang telah ditetapkan.
Benarkah wujud lebihan zakat seperti yang diperkatakan, kerana ada kes-kes penduduk yang saya ziarah dikurangkan jumlah bantuan bulanan dan ada kes ibu tunggal yang menyara anak yatim diberhentikan kupon bantuan makanan tanpa dimaklumkan alasan.
Dan jika ianya sekadar mendahulukan wang zakat untuk membina bangunan RM13.85 juta tersebut, adakah ianya telah dilunaskan kembali untuk diagihkan kepada yang berhak?

Mohon maaf atau berdepan saman

Posted: 04 Jan 2012 10:42 PM PST

Harakahdaily
IPOH, 4 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak memberikan tempoh tiga hari kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak, Mohamad Annuar Ariffin untuk menarik balik kenyataan yang menuduh Unit Amal PAS sebagai dalang demonstrasi pelajar di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, jika gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Annuar.

"Kami kesal dengan kenyataan tersebut dan mendesak agar Annuar menafikan kenyataan yang dikeluarkannya oleh Sinar Harian (muka surat 7) dengan segara atau berhadapan dengan tindakan Mahkamah," katanya merujuk kepada laporan di akhbar bahasa Melayu itu hari ini.

Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan oleh Annuar sungguh berat dan melampau kerana cuba mengaitkan perhimpunan Mahasiswa tersebut dengan PAS atau Dewan Pemuda PAS.

Sambil kesal dengan tindakan Annuar itu beliau juga mendakwa Pemuda Umno Perak sebenarnya tidak langsung mengambil sikap berbincang di atas meja rundingan malah tidak cakna kepada golongan Mahasiswa.

"Jika beliau enggan membuat demikian, kami akan meminta Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia kami mengemukakan writ saman kepada Annuar selepas tempoh yang diberikan berakhir," tegasnya.

Rembau Hari Ini

Posted: 05 Jan 2012 07:21 PM PST

Rembau Hari Ini


Rapat Rakyat N.Sembilan 15 Jan 2012 di Gemas, N.Sembilan

Posted: 04 Jan 2012 11:54 PM PST



RAPAT RAKYAT
Ceramah Perdana dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan.
Tarikh : 15 Jan 2012, Ahad
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Rakyat, pekan Gemas, N.Sembilan (berhampiran pusat bowling Gemas)
Tetamu :
1. YB Dato Seri Anwar Ibrahim (tertakluk keputusan mahkamah 901)
2. Tuan Hj Mohamad Sabu (PAS)
3. YAB Lim Guan Eng (DAP)
4. Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat/Negeri

Semua dijemput hadir

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 05 Jan 2012 03:23 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


PPIM TURUT DEMO SOKONG SAY POOL!!!

Posted: 05 Jan 2012 01:32 AM PST

Satu perhimpunan dikenali "Himpun Keadilan Untuk Saiful" dicadang diadakan di perkarangan Kompleks Mahkamah di sini Isnin ini.
Perhimpunan anjuran Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dikatakan bagi membela Mohd. Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.

Setiausaha Agung Permas, Zulkifly Shariff, berkata, Permas menyasarkan 5,000 ahli akan menyertai perhimpunan itu.

"Mereka telah sedia maklum bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat kita dan sekiranya mereka tetap untuk meneruskan perhimpunan tersebut, mereka perlu berdepan dengan Permas dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zulkifly berkata, Permas akan mendapatkan permit polis bagi mengadakan perhimpunan itu yang akan melibatkan 15 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah naungan Permas, antaranya Putra Malaysia, Pertubuhan Panel Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (Papim), Persatuan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) dan Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang.

Permas pun mamat Zulkifli Shariff nie pengerusi... Pemuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) pun dia...

peserta-peserta yang bakal diimport mereka!!!

PULAK!!! TEORI FIZIK MATAHARI BOLEH RAMAL KIAMAT : DR MAZLAN

Posted: 05 Jan 2012 01:18 AM PST

Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna (UNOV) yang berpangkalan di Pusat Antarabangsa Vienna, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman berkata, bidang astro fizik tidak dapat menentukan hari kiamat selagi tiada perubahan pada matahari.


"Ahli fizik memang percaya bahawa alam semesta akan berakhir tetapi sama ada pada 2012 atau 10 juta tahun dari sekarang mahu pun 10 bilion tahun lagi, ia terpulang kepada teori yang kita ada.

"Dari segi fizik, jika matahari sudah kehabisan hidrogen, ia akan berkembang menjadi bintang lain. Ketika itu kehidupan di bumi akan mengalami perubahan dan kejadian tersebut boleh dikatakan sebagai tanda kiamat.

"Ini kerana apabila matahari tiada lagi tenaga, manusia tidak boleh hidup dan akan berlaku banyak kejadian alam yang boleh mencetuskan pengakhiran dunia," katanya pada sidang akhbar selepas sesi ceramah Prominent Malaysia bertajuk Unknown Universe di sini hari ini.

... akibat agama dijawab oleh bukan ahli....

HIMPUNAN 901 : PKR SEDIA BERBINCANG DENGANKDN & IGP

Posted: 04 Jan 2012 07:37 PM PST

PKR menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.


Azmin Ali dalam satu kenyataannya hari ini turut menyambut baik kenyataan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang bersetuju untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman tersebut.

PKR hari ini menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman 901 berjalan dengan aman dan teratur.

"Saya menyambut baik kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim."

"Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka," katanya

Lembu-lembu betina yang hadir membuat laporan polis di Dang Wangi...

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 05 Jan 2012 12:19 PM PST

PEMUDA PAS DUN KIJAL


"Jangan Masuk PAS Jika Anda Cari Dunia"

Posted: 04 Jan 2012 07:08 PM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 05 Jan 2012 09:59 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Rapat Rakyat N.Sembilan 15 Jan 2012 di Gemas, N.Sembilan

Posted: 04 Jan 2012 11:47 PM PST



RAPAT RAKYAT
Ceramah Perdana dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan.
Tarikh : 15 Jan 2012, Ahad
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Rakyat, pekan Gemas, N.Sembilan (berhampiran pusat bowling Gemas)
Tetamu :
1. YB Dato Seri Anwar Ibrahim (tertakluk keputusan mahkamah 901)
2. Tuan Hj Mohamad Sabu (PAS)
3. YAB Lim Guan Eng (DAP)
4. Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat/Negeri

Semua dijemput hadir

Ceramah Isu Felda 5 Jan 2012 di Jempol, N.Sembilan

Posted: 04 Jan 2012 07:34 PM PST



CERAMAH PERDANA
Pelancaran BANGKIT peringkat Negeri Sembilan & Isu pelupusan hutang peneroka Felda.
Tarikh: 5 Jan 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Felda Raja Alias 4, Jempol, N.Sembilan (rumah Zul Kasma)
Penceramah :
1. Mazlan Aliman (Presiden ANAK)
2.YB Taufek Abd Ghani (PJ PAS NS)
3. Dr Rosli Yaakob (TPJ 1 PAS NS)
4. YB Ng Suee Lin ( Adun DAP Sekinchan)

Orang ramai dijemput hadir.

Sumber : http://pastampin.blogspot.com/

Jasindaily Online

Posted: 05 Jan 2012 09:48 AM PST

Jasindaily Online


JANJI PRU 12: JANJI TINGGAL JANJI

Posted: 05 Dec 2011 02:39 AM PST

KHIDMAT MERU

Posted: 05 Jan 2012 09:18 AM PST

KHIDMAT MERU


KEKEJAMAN MANUSIA DIPERHATI ALLAH

Posted: 04 Jan 2012 01:28 PM PST










Mahasiswa UPSI, Saudara Safwan Anang yang dibelasah dan diterajang teruk sehingga pengsan oleh pihak-pihak tertentu berazam untuk meneruskan perjuangan mahasiswa bagi menegakkan keadilan dan kebebasan bersuara di tanahair tercinta.

YB Dr Rani dalam menyumbangkan sedikit wang dari Pas Selangor memberi semangat kepada Safwan agar terus berjuang demi agama dan bangsa dan memberi jaminan bahawa kes ini akan mendapat bantuan guaman dari Pas Selangor.

Ustaz Salahuddin Nasir selaku YDP Kawasan Gombak juga bersama Dr Rani dalam sesi ziarah pejuang mahasiswa itu di Hospital Slim River.








PAS Kulaijaya

Posted: 05 Jan 2012 08:26 AM PST

PAS Kulaijaya


MCA : Alat UMNO Menyerang Islam.

Posted: 04 Jan 2012 05:26 PM PST

Landskap Siasah

Posted: 05 Jan 2012 07:40 AM PST

Landskap Siasah


DR Hassan; makin ditegur makin menjadi

Posted: 05 Jan 2012 07:37 AM PST

DR Hassan; makin ditegur makin menjadi

Saya secara peribadi menilai kenyataan terkini Dr Hassan sebagai terlalu nakal dan kebudak-budakan jikloa dibandingkan dengan tahap keilmuan beliau.

Selepas ditegur secara mahabbah oleh Presiden dan pimpinan PAS, beliau kelihatan ghairah untuk membuat 'comeback' apabila terlebih 'jack' pimpinan sehingga mengeluar kenyataan ala ahli Syura Parti bahawa Presiden PAS dan Mursyidul AM boleh dilantik menjadi PM jika DSAI dipenjara.

Isu perlantikan PM adalah isu terlalu klimaks dan ia merupakan isu yang paling perlu dibincangkan secara serisu bukan melalui kenyataan media mudah seperrti yang Dr Hassan amalkan. Pujian beliau yang mengatakan Tuan Guru yang berserban juga layak menjadi PM pada saya bukan pujian yang kena pada tempatnya. Jika tidak telah lama majlis syura desak Pakatan rakyat menamakan pimpinan PAS sebagai PM.

Semua ahli parti tertentu inginkan Presidennya dipilih menjadi menteri. Tetapi sifir politik dan adat berkawan dalam Pakatan rakyat tidak gopoh seperti itu.

Saya juga kesal dengan kenyataan beliau yang seolah-olah membunyikan nyanyian UMNO apabila mengatakan urusan pembicaraan Kes Liwat II sebagai kes peribadi DSAI dan tidak perlu membabaitkan para mahasiswa.

Tidak salah jika beliau ingin beri nasihat tersebut secara terteutup mungkin untuk menasihati keluarga beliau sendiri agar tidak ditangkap polis, tetapi bukan dengan mengeluar fatwa umum sebegitu. Beliau mengatakan tiada arahan pimpinan untuk turun ke 901 sedangkan mengapa beliau berada di celahan HIMPUN walaupun pimpinan pernah mengarahkan ahli agar tidak sertai atas maslahah lebih besar?

Apabila beliau mengeluar kenyataan begitu, rasanya ramai ahli gerakan islam akan terungkit kisah Abdullah Bin Ubai yang pernah menarik keluar sekelompok tentera nabi semasa persediaan ke Perang Uhud diadakan. Sedangkan dalam majlis mesyuarat Nabi, Abdullahlah yang beria ingin berperang daripada celahan rumah-rumah di Madinah.

Juga peristiwa Abdullah Bin Ubai yang menghasut beberapa sahabat besar seperti Kaab Bin Malik daripada menyertai Perang Tabuk. Akibatnya Kaab dipulau Nabi selepas Perang tersebut.

"Saya kasihan terhadap Anwar tetapi beliau tidak seharusnya menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. Pelajar sekolah menengah juga harus kekal di sekolah-sekolah dan tidak menjejaskan pelajaran mereka," kata beliau yang seolah-olah tidak faham bahawa Kes Liwat II adalah konspirasi UMNO. Ucapan sebegini mirip benar dengan ucapan Ezam semasa penghujung hayat beliau dalam PKR.

Saya berharap ada suatu sekatan untuk beliau bebas mengeluar kenyataan yang seolah-olah mewakili Parti.

Muhammad Nuruddin Bashah

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 05 Jan 2012 07:33 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


HARAMKAN PROVOKASI : PEMUDA PAS, DAP

Posted: 04 Jan 2012 05:08 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 05 Jan 2012 04:32 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


PRU13 : Muslimat turut dicalunkan oleh PAS Pahang

Posted: 05 Jan 2012 04:21 AM PST

PAS Pahang turut menyenaraikan calon di kalangan muslimat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, senarai calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen sudah dikemukakan kepada PAS Pusat.

Menurutnya, bagi setiap Dun dan Parlimen, tiga nama calon disenaraikan PAS Pahang, bagi tujuan PAS Pusat membuat pertimbangan dan pemilihan muktamad.

"Dalam senarai itu, ada beberapa nama calon muslimat yang turut dikemukakan dan segalanya terserah kepada Pusat untuk mempertimbangkannya.

"Setakat ini, jentera dan bilik gerakan Unit Pusat Mengundi (UPU) sudah diarahkan untuk bersiap sedia lebih awal memandangkan tarikh PRU sudah hampir," katanya kepada media semalam.

Difahamkan, PAS bertanding 25 daripada 43 kerusi Dun Pahang dan selebihnya akan ditandingi oleh PKR dan DAP secara satu lawan satu menentang BN atas semangat Pakatan Rakyat.

Pada PRU 2008, PAS Pahang meletakkan calon tunggal muslimat di Dun Luit, iaitu Ketua Muslimatnya Azizah Khatib Mat.

Mengenai peluang, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, berkata PAS Pahang meletakkan harapan agar berlaku perubahan politik di Pahang berdasarkan isu-isu semasa, gelombang kebangkitan rakyat dan kerja keras jentera penerangan.

"Insya Allah dan kita harapkan perubahan angin politik dapat dicapai dalam PRU nanti," katanya.

Tambahnya, dalam situasi sekarang PAS dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar untuk mara berdasarkan beberapa faktor antaranya sokongan golongan muda, pencapaian maklumat dan kelemahan ketara kerajaan negeri.

"Jadi Pakatan yang sudah ada empat kerusi Dun dan dua parlimen memang berpotensi besar asalkan jentera pilihan raya segenap peringkat terus bekerja keras terutama memberi penerangan kepada golongan luar bandar yang selama ini termakan umpan media BN," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, manifesto peringkat negeri juga akan dikeluar dan diedarkan tidak lama bagi menjelaskan tawaran-tawaran PAS Pahang kepada rakyat negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan