Khamis, 5 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 05 Jan 2012 02:04 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Transaksi Beli Dua Kondo di Bangsar Bertarikh 2/12/09

Posted: 05 Jan 2012 01:00 AM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 5 Jan: Siri pendedahan penyelewengan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dengan pemberian pinjaan mudah berjumlah RM250 juta daripada kerajaan diteruskan dengan pengedaran bukti transaksi kewangan yang berlaku sepanjang tahun 2009.

Berdasarkan dokumen transaksi kewangan NFC, terdapat empat transaksi pembayaran yang berlaku tarikh 2 Disember 2009 dengan jumlah RM9,758,140.

Transaksi ini melibatkan pembayaran yang dilakukan oleh NMLC kepada Bandar Raya Development Berhad berhubung pembelian Kondominium One Menerung, Bangsar.

Kesemua urusan ini berlangsung dari akaun semasa NFC sendiri di Bandk CIMB Cawangan Tun Dr Ismail.

Semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyerahkan dokumen asas berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada pihak polis.

Beliu hadir dan memberi keterangan berhubung isu berkenaan kepada bahagian siasatan jenayah komersial, Bukit Perdana.

Projek NFC yang diusahakan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.

NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.

tv news/-

PAS pernah diuji pemimpin tinggal perjuangan

Posted: 05 Jan 2012 12:50 AM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bertekad meneruskan perjuangan meskipun sekiranya ada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dipenjarakan hatta keluar meninggalkan perjuangan.

"Malah DPPM bersama Pemuda Pakatan Rakyat akan menggerakkan perjuangan menuntut keadilan dan perubahan terhadap rejim yang korup dengan lebih bersemangat bagi memastikan kebangkitan rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13," kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss

Bagi DPPM, katanya doktrin perjuangan PAS dengan meletakkan matlamat perjuangan yang lebih besar iaitu menegakkan Islam di negara ini dengan tidak menjadikan seseorang individu pemimpin sebagai tempat pergantungan sebagai bekal untuk meneruskan perjuangan sekalipun berhadapan dengan kemungkinan akan kehilangan pemimpin.

"Bagi ahli dan pendukung PAS, Islam adalah keutamaan dalam perjuangan dan pemimpin sebagai penggerak bagi mengemudi perjuangan ini," ujarnya kepada Harakahdaily.

Malah, jelasnya PAS pernah diuji dengan pemimpin yang meninggalkan perjuangan di tengah jalan namun ia tidak meninggalkan kesan sedikitpun kepada PAS.

Menurutnya, dalam keadaan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan risiko dipenjarakan dengan kes mahkamahnya memasuki fasa terakhir menunggu keputusan, DPPM bersama Pemuda Pakatan Rakyat telah mempersiapkan segala perancangan bagi menghadapi risiko sekiranya mahkamah tidak menyebelahi beliau.

Katanya lagi, jadual dan aktiviti Pemuda Pakatan Rakyat padat seperti biasa, bahkan mungkin lebih penuh dengan siri penerangan kepada rakyat.

"Adalah suatu kesilapan sekiranya ada pihak menjangka jika pemenjaraan mana-mana individu akan melemahkan semangat ahli-ahli dan pendokong PR, sebaliknya ia sebagai pemangkin bagi meningkatkan motivasi dan gerak kerja semua pihak bagi menghadapi PRU ke 13," ujarnya.

DPPM, katanya percaya kes yang berlaku terhadap Anwar menjadi tanda aras tersungkurnya Umno BN dalam PRU ke 13.

Beliau menegaskan, suhu kemarahan rakyat sudah tidak dapat dibendung bagi memastikan kerajaan zalim dan angkuh akan dihukum.

Rakyat, katanya sudah muak dengan politik fitnah secara lucah dan melampau yang direka acap kali sebagai jerat terhadap pemimpin rakyat.

Tambahnya, rakyat mahukan gaya politik baru yang bersih dan dinamik merwarnai lanskap politik negara.

Akhirnya, kata beliau lagi DPPM meyakini jika sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, maka lebih ramai pemimpin hebat akan tampil memimpin perjuangan rakyat.

"Malahan, DPPM bersama Pemuda Pakatan Rakyat sanggup memikul amanah kepimpinan ini jika diberikan kepercayaan oleh pemimpin Pakatan Rakyat demi memastikan kejayaan rakyat keluar penderitaan panjang yang membelenggu mereka selama ini," ujarnya.

Harakah Daily

Istana ais buatan manusia

Posted: 05 Jan 2012 12:40 AM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

BENTUK istana ais yang terdapat di Silverthorne, Colorado kelmarin.

COLORADO, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah istana ais dipamerkan kepada pengunjung di sini yang mengandungi laluan pejalan kaki dan terowong.

Istana itu tidak mempunyai struktur sokongan dengan ketinggian mencecah sembilan hingga 12 meter.

Menurut akhbar dalam talian SummitDaily.com, struktur ais itu dihasilkan oleh seorang artis, Brent Christensen.

Dia menggunakan 11.35 juta liter air untuk membina istana tersebut.

Air itu digunakan untuk menghasilkan 4,000 dan 8,000 isikel pada setiap hari.

Isikel ialah kepingan ais runcing yang terbentuk daripada pembekuan air yang menitis. - Agensi

Najib takut dakwa Taib Mahmud ke mahkamah

Posted: 05 Jan 2012 12:30 AM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

SARAWAK 5 Januari: Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak takut mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang bergelumang dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa.

Naib Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, See Chee How berkata, ini kerana Najib masih menaruh harapan kepada Taib bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

"Najib sebenarnya takut, namun pada masa sama beliau masih percaya Taib akan membantu BN menang di Sarawak pada PRU akan datang.

"Namun, bagi kita, dengan kekalnya Taib sebagai Pengerusi BN negeri akan memudahkan laluan Pakatan Rakyat untuk menawan lebih banyak kerusi pada PRU kali ini," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan polis antarabangsa Interpol bahawa tindakan terhadap Taib hanya boleh dilakukan pihak berkuasa tempatan di Malaysia.

Ia ekoran pendedahan Dana Bruno Manser (BMF) dan 16 NGO yang menulis sepucut surat mendedahkan kepentingan keluarga Taib dalam lebih 400 syarikat di 25 negara yang dianggar berbilion ringgit.

BMF dan NGO itu, dalam suratnya menggesa kerajaan Malaysia menahan Taib dan ahli keluarganya kerana melakukan salahgunakuasa, rasuah dan konspirasi untuk membentuk sebuah organisasi jenayah.

Surat 10 muka itu ditandatangani 13 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom.

Mengulas lanjut, Chee How berkata, rakyat Sarawak sudah lama mempertikaikan kekayaan luar biasa yang dimiliki Ketua Menteri paling lama berkuasa di Malaysia itu.

"Buktinya, pada Pilihanraya negeri April lepas, kita berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pilihanraya sebelumnya dalam keadaan Pakatan Rakyat dinafikan hak untuk memperkenalkan manifesto di media milik kerajaan.

"Respon rakyat sepanjang kempen itu ialah mengapa Najib masih mengekalkan Taib sedangkan jelas Ketua Menteri itu banyak melakukan salah guna kuasa dan rasuah sepanjang 30 tahun menjadi Ketua Menteri," tegasnya.

Keadilan Daily

Halang himpunan khianati asas negara demokratik- Azmin

Posted: 04 Jan 2012 11:58 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 5 Januari: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menegaskan halangan kepada perhimpunan aman di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, bertentangan dengan asas perlembagaan dan pembentukan negara yang demokratik.

"Ia (himpunan aman) merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik,"

"Justeru, sebarang usaha atau tindakan yang mengusir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik rakyat Malaysia, adalah pertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka.

"Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka," tegas beliau dalam satu kenyataan media pagi ini.

Bagaimanapun, katanya, KEADILAN menyambut baik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein yang menyatakan kesediaan pihak polis untuk berbincang.

"KEADILAN menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan teratur," kata beliau.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan telah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh untuk mengadakan pertemuan dengan penganjur himpunan tersebut.

Dalam pada itu, Azmin menyeru semua anggota KEADILAN dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk turut serta pada hari keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Berharap insiden keganasan semasa himpunan Bersih dan mahasiswa baru-baru ini tidak berulang, Azmin berkata, ia adalah peluang terbaik bagi pihak polis memulihkan imej dan mengembalikan keyakinan awam.

"KEADILAN turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur," tegas beliau.

Keadilan Daily

Anwar yakin perubahan besar berlaku meskipun dipenjarakan

Posted: 04 Jan 2012 11:52 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 5 Januari: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, apa sahaja keputusan mahkamah dalam kes fitnah yang dihadapinya, tidak akan menghalang perubahan besar berlaku pada pilihan raya umum akan datang.

Menyentuh mengenai keputusan pada 9 Januari itu, Anwar meletakkan tiga kemungkinan iaitu diputuskan tidak bersalah, bersalah dan diikat jamin atau berkemungkinan besar dipenjara.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu tidak penting, sebaliknya perubahan yang bakal dilakukan oleh rakyat untuk menumbangkan kerajaan sedia ada melalui proses pilihan raya.

"Saya yakin kemenangan akan berlaku, kalau tidak esok, dalam beberapa bulan lagi akan berlaku perubahan besar dalam negara kita.

"Biar dia (mahkamah) hukum saya dan kita doa rakyat akan hukum Umno dalam pilihan raya.

"Pada 9 Januari ini kita boleh dengar keputusan mahkamah tetapi fokus kita adalah pilihan raya," tegas dalam sidang media selepas ceramah di Bukit Baru, Melaka malam tadi.

Berhubung perhimpunan yang bakal dianjurkan Pakatan Rakyat pada tarikh tersebut, ketua pembangkang itu memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang kekacauan selagi tiada pihak yang membuat provokasi.

"Kita minta seperti biasa, perhimpunan kita bersih daripada semua perhimpunan yang dibuat sebelum ini, aman dan selesai dengan baik dan bersurai pun dengan baik.

"Yang penting jangan benarkan sesiapa menganggu termasuk tindakan polis supaya mengawal keadaan dan jangan ada provokasi," katanya.

Keadilan Daily

Sharizat cermin diri dulu sebelum kritik Himpunan 901 – Zuraida

Posted: 04 Jan 2012 11:47 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 5 Dis: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perlu mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mengeluar kritikan berhubung Himpunan Bebaskan Anwar, 9 Januari ini.

Zuraida menyifatkan Ketua Wanita Umno itu tidak layak memberi kenyataan sedemikian kerana keluarganya sendiri terpalit dengan kontroversi penyelewengan dana sebanyak RM250 juta oleh National Feedlot Corporation.

Beliau mengulas kenyataan Shahrizat yang menyatakan perhimpunan itu hanya membawa kekecohan dan menyokong perjuangan individu, malah meminta pihak polis mengambil tindakan.

"Sharizat tak perlulah memberi apa-apa kenyataan mengenai kempen 901 ini, kes nya pun tak habis lagi. Skandal NFC sebenarnya yang bersifat individu malah menipu duit rakyat," kata beliau kepada keadilandaily.

Ahli Parlimen Ampang menjelaskan kempen tersebut bertujuan memberikan sokongan dan mempertahankan pemimpin yang difitnah Umno- Barisan Nasional.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, keengganan Shahrizat meletakkan jawatan berhubung skandal NFC, mempamerkan sikap memalukan.

Malah katanya, kenyataan Shahrizat itu seolah-olah mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sehingga masih enggan mengambil sebarang tindakan.

"Tindakan Shahrizat masih lagi tidak mahu meletakkan jawatan dan kononnya menyerahkan Datuk Seri Najib Razak untuk buat keputusan sebenarnya hanya mencabar PM. Sehingga kini, Najib pun tidak berani buat keputusan," ujarnya.

Keadilan Daily

Taubat orang hina hukum Allah

Posted: 04 Jan 2012 11:40 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

BERTITIK tolak daripada menghina dan mempersenda-sendakan hukum Allah, itu adalah suatu kesalahan yang besar, menyamai kesalahan syirik dan kufur kepada Allah.Ini kerana hukuman kedua-duanya sama sahaja iaitu ke neraka jahanam akhirnya.

Maka wajarlah orang yang melakukan kesalahan itu, segera rujuk untuk kembali kepada Allah dan memohon keampunan Allah dengan hati yang ikhlas untuk mendapat reda- Nya dan kembali kepada-Nya.

Ayat yang anda sebut dalam soalan di atas, jika dirujuk semula, makna sebenarnya seperti berikut: "Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

Sambungan ayat itu bermaksud begini: "Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,"

(sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (maksud surah an- Nisa', ayat 18)

Mafhum daripada kedua-dua ayat di atas, kita boleh perincikan ada tiga kategori azab dan tiga kategori taubat.

Pertama, taubat yang pada zahirnya diterima Allah dan yakinlah bahawa Allah akan menerima taubat tersebut. Iaitu taubat orang yang melakukan dosa, yang tidak disengajakan akibat kejahilan, tidak menyedarinya suatu kesalahan, lalu apabila ia sedar, ia terus bertaubat nasuha kepada Allah dan itulah yang Allah sebutkan dalam ayat 17 Surah an-Nisa di atas, Allah menerima taubatnya.

Kategori kedua, taubat yang diserahkan kepada Allah sama ada Dia menerima atau menolaknya. Kita cuma mengharapkan Allah menerimanya. Inilah yang disebut dalam firman Allah (mafhumnya):

"Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampuradukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudahmudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (maksud surah au-Taubah, ayat 102)

Taubat orang hina hukum Allah

Ini bererti bahawa dalam kategori ini, harapan untuk diterima taubat masih ada dan ia terserah kepada Allah untuk menerimanya.

Kategori yang ketiga adalah taubat yang tidak diterima Allah (taubat yang sia-sia). Inilah yang disebut dalam Surah an-Nisa ayat 18 di atas. Ayat ini Allah tujukan kepada golongan yang taubat mereka tidak diterima. Walau apa pun hendaklah kita berbaik sangka kepada Allah kerana Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.

Pohonlah keampunan kepada Allah seperti dalam firman-Nya (mafhumnya): "Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal salih)." (Surah al-Hijr, ayat 49)

Dalam hadis yang diriwayatkan Imam al-Bukhari mafhumnya: "Rasulullah s.a.w. menceritakan, perihal seorang insan daripada kalangan Bani Israil yang pernah berdosa dengan membunuh 99 nyawa, lalu hendak bertaubat kepada Allah SWT dengan bertanya cerdik pandai pada zamannya, bagaimana caranya beliau boleh bertaubat untuk diterima Allah SWT.

"Dia dianjurkan untuk menemui seorang rahib. Lalu rahib itu berkata kepadanya, "Sudah tertutup jalan (pintu) taubat buat kamu, kamu tidak perlu lagi bertaubat kerana Allah tidak mahu menerima taubat kamu."

"Lalu dengan perasaan yang amat marah, lelaki itu terus membunuh rahib itu, dengan menggenapkan orang ke-100 yang dibunuhnya.

"Dia mencari lagi orang yang boleh menunjukkan jalan untuk dia bertaubat. Lalu dia menemui seorang alim lagi abid. Orang itu menunjuk jalan kepadanya dengan mengatakan, "Tinggalkanlah daerah ini dan pergilah ke suatu tempat yang dihalalkannya. Di sana kamu akan menemui insan-insan salih, di bumi salih yang akan memandu kamu ke arah taubat dan Allah akan menerima taubat.

"Pembunuh itu terus menuju ke arah yang ditunjukkan orang alim tersebut, lalu di pertengahan jalan, dia menemui ajalnya.

Bagaimanapun berlaku pertelagahan antara malaikan azab dan malaikat rahmah. Hendak dibawa ke manakah roh si pembunuh ini.

"Malaikat rahmah mahu membawa ke rahmah Allah kerana dia nyata hendak bertaubat, sedangkan malaikat azab mahu membawanya ke azab Allah kerana dia tidak pernah melakukan apa-apa kebaikan, malah sudah membunuh 100 orang.

"Dalam keadaan demikian, datanglah penyelesaian, maka datanglah malaikat ketiga yang menganjurkan kepada kedua-dua malaikat yang bertelagah dengan mengukur jalan, dari tempat asal yang penuh dengan kesesatan, ke arah jalan yang benar-benar dia hendak bertaubat. Mana yang lebih hampir.

"Apabila diukur maka didapati dia sudah benar-benar hampir ke tempat untuk dia bertaubat bersungguh-sungguh, maka dia dihukum sudah bertaubat, lalu rohnya dibawa ke rahmat Allah SWT."

Maka renung-renunglah wahai saudaraku. Wallahua'lam.

Oleh Dr Harun Din/-

Pengesahan daftar pemilih: Izzah kesal SPR tolak cadangan PSC

Posted: 04 Jan 2012 11:37 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 5 Jan: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar kesal keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), menolak cadangan melantik Mimos Berhad, sebagai badan pengesahan daftar pemilih.

Menurut Izzah, cadangan melantik Syarikat Inovasi dan Teknologi Maklumat itu, sebelum ini dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahkan Pilihan Raya (PSC).

Bagaimanapun katanya, SPR menolak cadangan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah SPR Wilayah Persekutuan, Shafei Taib, di bangunan Yayasan Selangor, Kampung Baru di sini hari ini.

"Ini membimbangkan, maksudnya cadangan PSC ditolak setakat ini oleh SPR berkenaan lantikan Mimos sebagai badan pengesahan verifikasi.

"SPR terbaru memutuskan Mimos tidak digunapakai sebagai syarikat yang mengesahkan daftar pemilih. Keputusan itu dibuatnya pada Disember lalu," kata Izzah.

Beliau yang terkejut kerana tidak dimaklumkan dengan keputusan itu berkata, ia jelas menunjukkan SPR masih terikat dengan arahan pemerintah.

"(Keputusan) ini perlu ada justifikasi, ini kerana jika cadangan PSC pun tidak boleh diterima, bagaimana yang lain. Sedangkan PSC itu hanya tiga perlapan daripada tuntutan Bersih.

"Ini akan memberikan kesan kepada 122 Parlimen seluruh negara," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Pada November lalu, PSC mengemukakan 10 cadangan yang bertujuan memastikan proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara bebas dan adil.

Sebanyak 10 cadangan yang dikemukakan berhubung penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13); pengundian awal; pengundi tidak hadir luar negara; pengundi luar kawasan dan penukaran kawasan pendaftaran.

Cadangan lain ialah pembersihan daftar pemilih; pameran rang daftar pemilih tambahan; ketelusan proses mengundi; penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR.

Bagi melancarkan pelaksanaan cadangan itu, PSC mengesyorkan SPR melantik Mimos membuat verifikasi terhadap isu seperti dua pemilih dengan satu kad pengenalan yang sama, pengundi yang sudah meninggal dunia tetapi masih berada dalam daftar pemilih, dan pemilih bukan warga tempatan.

Keadilan Daily

Status Isa: Anak pohon perisytiharan mahkamah

Posted: 04 Jan 2012 11:31 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan permohonan mahkamah agar mengisytiharkan status Tan Sri Isa Samad sebagai ahli dan pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, pihaknya sedang berbincang dengan peguam berhubung tindakan mehkamah yang akan diambil itu.

Beliau berkata, keputusan untuk mengambil tindakan mahkamah dibuat kerana terdapat kekeliruan berkaitan status Isa sebagai ahli dan pengerusi KPF yang dianggap bercanggah dengan Undang-Undang Kecil KPF Seksyen 43 Akta Koperasi 1993.

Undang-undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak atau kakitangan Felda yang berstatus tetap, sedangkan Isa hanya berjawatan kontrak.

"Kalau mahkamah isytihar Isa Samad sah sebagai pengerusi KPF, kita akan bantah kerana seperti yang kita maklumkan beberapa kali sebelum ini, ianya bercanggah dengan Undang-undang Kecil KPF kerana Isa Samad belum dua tahun pun menjadi ahli KPF," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Selain itu, Anak juga akan mengatur pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menuntut pendengaran awam dilakukan melibatkan peneroka, pengurusan Felda dan menteri yang bertanggungjawab berhubung isu penindasan ke atas peneroka.

"Memang sebelum ini Anak sudah beberapa kali membuat aduan kepada Suhakam tapi Suhakam hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja dan memberi jawapan melalui surat.

"Kali ini Anak akan mengumpul peneroka secara besar-besaran dan akan menuntut Suhakam mengadakan pendengaran awam. Kami akan senaraikan semua salahguna kuasa dan pencabulan hak peneroka yang merupakan majoriti oleh pihak minoriti," katanya sambil berkata golongan minoriti iaitu Isa Samad dan "orang-orangnya" mendapat pembelaan daripada kerajaan.

Mengulas mengenai mesyuarat agung KPF yang dibatalkan harakah, Mazlan yakin ianya kesan daripada desakan Anak dan ahli-ahli koperasi yang mempertikaikan kedudukan Isa.

Dalam pada itu, Mazlan turut menyatakan rasa kesal dengan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendengar aduan dan pandangan peneroka berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

"Kita sudah hantar surat kepada perdana menteri dan berharap perdana menteri sendiri yang akan bertemu dengan peneroka. Beliau tidak boleh hanya menyerahkan kepada pegawai isu besar begini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Anak sedang mengukuhkan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang dianggotai badan-badan bukan kerajaan (NGO).

11 Januari ini, GSF akan mengadakan pertemuan dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) bagi membincangkan tentang penyenaraian FGVH.

Harakah Daily

Sampah: Selangor buka talian hotline

Posted: 04 Jan 2012 11:29 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 5 Jan: Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan talian bebas tol atau Hotline untuk membolehkan rakyat membuat sebarang aduan mengenai perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama melibatkan pengurusan kutipan sampah dan pembersihan.

Talian ini akan dikendalikan oleh Pusat Aduan Pengurusan Sisa Pepejal Selangor di bawah kelolaan Setiausaha Kerajaan Negeri dan dijangka beroperasi tidak lama lagi.

Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataan medianya.

Sebelum ini, para ketua penerangan parti dalam Pakatan Rakyat Selangor mendakwa Umno terlibat dalam membuat sabotaj ini.

Namun ada juga pihak yang mendakwa, sabotaj ini dibuat oleh kontraktor yang terlibat dalam pengurusan sampah sebelum ini apabila kerajaan negeri mahu membuat tender semula bagi memastikan ketelusan dan kecekapan dalam pengkhidmatan ini.

Ia berlaku apabila kerajaan negeri menamatkan kontrak Alam Flora dari menjadi kontraktor utama pengurusan sisa pepejal di negeri ini.

Baru-baru ini, sekurang-kurangnya tiga laporan polis dibuat tentang sabotaj perkhidmatan kutipan sampah ini

Menurut Tan Sri Khalid, aduan-aduan yang dibuat oleh rakyat akan direkodkan dan setiap PBT perlu bertindak terhadap aduan-aduan ini selewat-lewatnya dalam tempoh 48 jam bermula dari masa aduan itu diterima oleh PBT yang terlibat.

"Menerusi pusat aduan ini, kita akan dapat mengetahui peratusan aduan mengenai sampah yang diterima, jumlah aduan yang berjaya diselesaikan serta tempoh masa yang diambil oleh PBT untuk menyelesaikan aduan-aduan tersebut," katanya.

Maklumat ini, katanya, akan digunakan oleh PBT untuk membaiki dan meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat terutama yang melibatkan pengurusan sisa pepejal.

Kerajaan Negeri juga, kata beliau lagi, mempunyai alasan yang mencukupi untuk mempercayai bahawa wujud elemen khianat dalam isu pengutipan sampah.

"Kami menyeru rakyat menggunakan sepenuhnya perkhidmatan ini bila ianya beroperasi kelak dalam melaporkan usaha-usaha pihak yang tidak bertanggungjawab ini," jelas beliau.

"Kami juga akan mencadangkan kepada PBT untuk memberi imbuhan kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini," tegas beliau.

Harakah Daily

Himpunan 901 bukan kerana Anwar - Pemuda PAS

Posted: 04 Jan 2012 11:27 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) menjelaskan himpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bukan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi mesej menentang ketidak adilan kerajaan Umno BN.

Beliau juga menjelas, perhimpunan bukan bertujuan mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi menentang tindakan BN yang telah menghukum Anwar melalui media mereka sebelum mahkamah membuat keputusan.

"Kita turun bukan kerana batang tubuh Anwar, tetapi ini mesej daripada rakyat bahawa sistem yang diamal BN tidak boleh diterima. Kebetulan kali ini kena kepada Anwar.

"Kalau (Datuk Seri) Najib Razak kena zalim macam tu pun, kita akan turun demo," katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu beliau turut berkeyakinan himpunan akan datang itu nanti akan berlangsung aman jika tidak diprovokasi mana-mana pihak lain.

"Rekod kita tak pernah ada provokasi dari pihak kita, kalau ada saya boleh jamin ia dari pihak lain," katanya merujuk beberapa perhimpunan aman sebelum ini.

Ditanya jumlah anggota pemuda PAS yang akan dikerahkan ke himpunan tersebut, Nasruddin berkata mobilisasi sedang digerakkan.

"Pemuda PAS beri komitmen untuk capai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur," jelasnya.

PKR sebelum ini menyatakan hasrat untuk menghimpunkan 100,000 peserta hadir pada himpunan Bebaskan Anwar 901 itu.

Setakat ini kesemua kepimpinan parti dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan komitmen untuk hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes tersebut.

Ianya termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Harakah Daily

Rahsia Surah Al-Kauthsar

Posted: 04 Jan 2012 11:25 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

RAHSIA SURAH AL – KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

penulis senja/-

Kenyataan Ismail Mina bersifat peribadi

Posted: 04 Jan 2012 11:20 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad adalah hanya bersifat peribadi.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily memberitahu sepanjang beliau bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun melalui forum-forum yang disertai oleh pengamal agama lain, Anwar tidak pernah menyamakan agama Islam dengan agama lain.

"Itu hanya kenyataan peribadi Ismail dan sepanjang saya bersama Anwar mahupun ketika beliau di dalam apa-apa forum tidak pernah beliau nyatakan Islam itu sama dengan agama lain.

"Pendirian Anwar tegas dan tidak pernah berubah, beliau tahu apa yang sepatutnya beliau lakukan dan tidak sesekali beliau sanggup mengadaikan Islam demi kepentingan agenda politik beliau," jelasnya.

Tambahnya lagi sepatutnya isu-isu sedemikian dibincangkan di dalam satu forum yang dihadiri oleh mereka yang pakar di dalam bidang agama dan bukannya dibicarakan secara terbuka seperti apa yang dilakukan oleh AJK Muafakat itu.

"Ia sepatutnya dibicarakan di dalam satu forum khusus yang dihadiri oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang agama.

"Tidak semua faham dengan apa yang di maksudkan itu dan saya takut ia akan menimbul kekeliruan kepada umat Islam hanya disebabkan oleh kepentingan agenda politik pihak tertentu," sambung beliau lagi.

Sebelum itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ismail melalui media arus perdana memberitahu beliau meninggalkan Anwar adalah kerana mempercayai Ketua Pembangkang itu cenderung kepada fahaman pluralisme agama.

Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.

Harakah Daily

Perhimpunan 901 aman jika tiada provokasi

Posted: 04 Jan 2012 11:16 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Perhimpunan aman 901 pasti aman dan teratur jika orang-orang jahat tidak melakukan kekacauan dan provokasi, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Malah, beliau mengingatkan, jika berlaku sebarang kekacauan dan kekecohan dalam perhimpunan untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, pihak yang bertanggungjawab ialah pihak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri serta parti yang turut dipimpinnya, Umno.

"Seperti semua perhimpunan yang kita adakan sebelum ini, keadaan kucar-kacir dan huru-hara hanya terjadi apabila orang-orang tertentu yang berhati jahat melakukan kekacauan dan provokasi.

"Jika tidak diganggu oleh orang-orang jahat, buktikan walau satu pun perhimpunan atau ceramah Pakatan Rakyat (PR) yang mengakibat keadaan kucar-kacir dan huru-hara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika diminta mengulas kenyataan Hishammuddin yang mahu perhimpunan tersebut berjalan dengan teratur dan aman.

Menurut beliau, dengan lagak kononnya untuk menjaga keamanan, alat perkakas parti tertentu juga sering melakukan kekacauan dan kekerasan ke atas perhimpunan atau ceramah PR.

"Malah kebelakangan ini, gerombolan dari parti itu sendiri yang melakukan provokasi dan kekacauan sehingga mengakibatkan kejadian berdarah," kata Mahfuz.

Beliau yakin, penganjur perhimpunan itu telah melakukan persediaan yang secukupnya untuk memberitahu rakyat yang berhimpun dalam perhimpunan itu bahawa sebarang provokasi dan kekacauan hanya dilakukan oleh gerombolan parti berkenaan.

"Saya juga ingin berpesan kepada semua yang menyemarakkan perhimpunan aman 901 bahawa apa sahaja kekacauan dan provokasi, perkara itu tidak mungkin dilakukan oleh rakan-rakan mereka yang juga mahu behimpun dengan aman.

"Jika anda melihat sebarang kekacauan dan provokasi, ia pasti dilakukan gerombolan parti yang gilakan kekacauan itu atau agen-agen serta alat perkakas mereka," kata Mahfuz.

Beliau meminta semua pihak mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku dalam Revolusi Islam Iran dahulu.

Menurut beliau, pada waktu waktu itu sebuah panggung wayang dibakar oleh polis rahsia Shah Iran dan mereka yang menonton wayang dalam panggung itu mati.

"Selepas itu, kerana yakin orang lain juga bodoh seperti mereka, jentera propaganda Shah Iran menuduh rakyat yang berjuang dalam revolusi tersebut yang membakar panggung itu," katanya.

Dalam protes rakyat terhadap rejim Hosni Mubarak di Mesir baru-baru ini pula, kata Mahfuz lagi, pihak polis yang berkerja di bawah regim Mubarak telah memecah dan mencuri di sana-sini terutama di kedai-kedai dan kemudiannya menuduh rakyat yang menentang kekejaman diktator itu yang melakukan perkara tersebut.

"Di Malaysia juga bekali-kali kita melihat orang-orang yang mengajak rakyat yang berdemonstrasi melakukan tindakan yang lebih agresif tetapi apabila berlaku kekecohan, merekalah yang menangkap dengan ganas rakyat yang berdemonstrasi itu.

"Sudah berkali-kali kita melihat perkara seperti itu berlaku," katanya.

Beliau mengulangi pesanan kepada seluruh rakyat bahawa Umnolah yang mesti dipersalah dan dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang kekecohan dan kekacauan dalam perhimpunan 901 itu.

Harakah Daily

Dibelasah lapan lelaki

Posted: 04 Jan 2012 11:01 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

KULIM - Seorang remaja lelaki berusia 23 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian kepala dan muka di gelanggang bola jaring Taman Selasih kira-kira jam 10 malam semalam.

Dia dipercayai dipukul oleh lapan lelaki yang tidak berpuas hati dengannya.

Saksi berkata, ketika kejadian dia sedang menunggang motosikal dan berhenti di selekoh Jalan Lima. Kemudian ternampak sekumpulan remaja berada di gelanggang bola jaring, tetapi tidak menyangka akan berlaku pergaduhan.

"Tiba-tiba sahaja saya nampak beberapa lelaki terlibat memukul mangsa dengan menggunakan topi keledar sebelum melarikan diri dengan motosikal. Mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

"Saya kemudiannya menghubungi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) untuk mendapatkan bantuan. Selain ahli PPKM, polis juga turut berada di tempat kejadian.

"Ahli PPKM kemudiannya menghubungi ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPHAM) untuk merawat mangsa sebelum dihantar ke Hospital Kulim," katanya.

Pengerusi PPKM Khor Eng Khim berkata, sejak kebelakangan ini pergaduhan sering berlaku dan ia melibatkan golongan remaja dan warga asing yang meminum minuman keras.

"Kebiasaannya mereka yang terlibat berada di bawah pengaruh alkohol dan melakukan perbuatan jenayah dalam keadaan tidak sedar.

"Polis dan PPKM terus mengadakan rondaan dan pencegahan untuk memastikan pergaduhan tidak berlaku," katanya.

Sinar Harian

Pakatan tak akan tumbang walaupun tanpa Anwar

Posted: 04 Jan 2012 11:00 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat tidak akan tumbang sekalipun dirinya dipenjarakan atas tuduhan liwat.

Anwar kini dalam rangka menjelajah seluruh negara menjelang keputusan perbicaraannya minggu depan walaupun polis telah memberi amaran supaya tidak berbuat demikian.

Anwar pada tahun 2008 dituduh mengadakan hubungan seks dengan bekas pembantu lelakinya. Keputusan perbicaraan ditetapkan pada hari Isnin ini dan jika didapati bersalah, ahli politik berusia 64 tahun itu menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Anwar telah menafikan pertuduhan itu dengan mendakwa ia satu komplot kerajaan untuk mencemarkan imej beliau.

anwar ceramah in seremban 040112Lewat petang semalam, Anwar memberitahu perhimpunan yang dihadiri kira-kira 500 penduduk sekitar Negeri Sembilan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggota tiga parti pembangkang itu tidak akan tumbang walaupun tanpa dirinya.

"Anwar di dalam penjara, Anwar di luar penjara ... ia tidak penting. Yang paling penting, rakyat perlu tumbangkan Umno," katanya semasa ucapan berapi-api selam sejam.

Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, secara tidak dijangka pada pilihan raya umum 2008 menafikan BN majoriti dua pertiga di parlimen yang telah memerintah selama setengah abad.

Pada pentas kecil sementara yang dibina di tempat letak kereta, Anwar berkata beliau tidak bersalah dan meminta penyokongnya untuk "menyelamatkan negara daripada terjerus dengan gejala rasuah dan salah urus kerajaan.

"Saya tidak bersalah. Saya mangsa fitnah ... tidak ada kes jika mereka berdasarkan fakta-fakta atau mematuhi undang-undang," katanya.

Selepas ucapannya itu, hadirin menjeritkan slogan seperti "Hidup rakyat" dan "Hidup Anwar".

AFP

Laluan orang minyak dipagar

Posted: 04 Jan 2012 10:58 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

GOMBAK - Sudah 16 hari berlalu, namun serangan orang minyak di Kampung Laksamana, Batu Caves masih berterusan berlaku.

Pelbagai ikhtiar dibuat bagi mengatasi gangguan, bagaimanapun kejadian pelik terus berlaku terutama dalam tempoh waktu malam hingga ke pagi.

Kaedah untuk mengatasi masalah gangguan orang minyak diteruskan dan kelmarin, satu majlis tahlil khas diketuai Ustaz Kamaruzaman Abdul Rafar dilakukan di sebuah rumah di Jalan Laksamana 1.

Kamaruzaman hadir diiringi kira-kira 10 ahli persilatan­ memimpin bacaan tahlil dan doa selamat yang turut disertai penduduk.

Majlis yang diadakan tepat jam 10 malam itu diadakan bertujuan memohon petunjuk ALLAH bagi membantu elak daripada terus menjadi mangsa gangguan dua orang minyak yang mengganas di kampung itu.

Program yang berlangsung selama satu jam itu diakhiri dengan memagar seluruh kawasan Jalan Laksamana 1 manakala kawasan lain akan dilakukan secara berperingkat.

Kamaruzaman berkata, majlis bacaan ayat suci al-Quran yang diadakan merupakan salah satu cara untuk mematikan kuasa ilmu hitam orang minyak menggunakan benang.

"Apabila makhluk ini terpijak benang-benang yang sudah diwafakkan dengan ayat al-Quran, kuasanya akan hilang dan ianya akan menjadi manusia biasa semula, ketika itulah kita boleh menangkapnya," katanya.

Kamaruzaman berkata, benang-benang itu diikat dipangkal pokok pisang dan laluan yang dipercayai sering menjadi lokasi orang minyak muncul.

"Kita cuba cara ini dahulu, mana tahu ianya berhasil untuk mengesan," katanya.

Turut 'dipagar' pada malam itu ialah kawasan kabin usang yang sebelum ini terdapat tiga botol minyak hitam dan minyak zaitun.

Penduduk juga boleh mengelak daripada menjadi mangsa gangguan ini dengan memagar sendiri kawasan rumah masing-masing melalui bacaan 100 kali ayat kursi dari pintu pagar luar ke pintu utama, membaca al-Fatihah terus ke sudut kanan, surah al-Kafirun sambil membaca setiap empat penjuru rumah dengan 25 kali ayat kursi, al-Ikhlas, al-Kafirun dan diakhiri dengan surau al-Falaq.

Semalam, sekali lagi perkara pelik berlaku pada jam 4 pagi apabila batang pokok pisang yang sudah diikat dengan benang terkulai seolah-olah seperti baru dicantas.

Ustaz Kamaruzaman memberitahu, perkara yang tidak disengajakan itu berlaku apabila orang minyak itu terlanggar benang yang diikatkan di kawasan itu.

"Mungkin dia takut dikesan dan cuba melarikan diri menyebabkan pokok pisang yang menjadi tempatnya bersembunyi dilanggar," katanya.

Difahamkan, satu lagi solat hajat akan digerakkan Surau al-Karimiah, Kampung Laksamana hari ini, seorang lagi ustaz akan dipanggil untuk membantu menyelesaikan isu orang minyak itu.

Sinar Harian

Bapa rantai dua anak didakwa

Posted: 04 Jan 2012 10:56 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini semalam atas pertuduhan merantai kaki dua anaknya dan mengurung mereka dalam bilik air rumah kedai di Taman Mawar, Jalan Raja Uda di sini Khamis lalu.

Tertuduh, Tan Hooi Keong, 43, didakwa atas dua pertuduhan mendedahkan anaknya berusia enam dan dua tahun kepada kecederaan fizikal dan emosi dengan merantai dan mengurung mereka ketika keluar bekerja.

Bagi pertuduhan, tertuduh didapati telah mendedahkannya dua anaknya kepada kecederaan fizikal serta emosi dengan merantai kaki mereka menggunakan rantai besi dan mengurungnya di bilik air rumahnya itu antara jam 3 petang hingga 8 malam, 28 Disember lalu.

Hooi Keong didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh yang memakai kemeja T berwarna merah kelihatan tenang selepas pertuduhan dibacakan dan mengaku tidak bersalah serta memohon untuk dibicarakan.

Majistret Mohd Zamir Suhaimee menetapkan ikat jamin sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin sementara menantikan tarikh sebutan semula kes berkenaan pada 3 Februari depan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masnuraznim Abdul Malik, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan sepanjang prosiding berlangsung tiada ahli keluarganya didapati hadir ke mahkamah.

Khamis lalu, Hooi Keong ditahan polis sebaik sampai di rumahnya selepas pulang dari kerja kerana didapati merantai dua anaknya serta membiarkan mereka kelaparan.

Kejadian itu disedari oleh seorang jiran yang mendengar tangisan dua beradik itu yang meminta dilepaskan kerana kelaparan selepas seharian dirantai bapa mereka di dalam rumah berkenaan sebelum bertindak melaporkannya kepada pihak polis kemudiannya.

Dua beradik itu kemudiannya berjaya diselamatkan oleh sepasukan pegawai polis dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara sebelum dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Kelmarin, Mahkamah Majistret di sini menyerahkan hak penjagaan sementara dua beradik itu kepada bapa saudara mereka, Munawar Tan Abdullah, 48, selepas menerima permohonan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebaik keduanya dikeluarkan dari HSJ.

Sinar Harian

Penyamun masuk kelambu

Posted: 04 Jan 2012 10:51 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Seorang warga emas, yang sedang nyenyak tidur terkejut apabila dibangunkan isterinya yang memberitahu ternampak kelibat orang di luar kelambu bilik mereka, dalam kejadian samun, di sini, kira-kira jam 4 pagi, semalam.

Shuid Ahmad, 66, berkata, semasa kejadian samun itu, dia hanya tinggal berdua bersama isterinya, Maimunah Lat, 61, di rumah.

Menurutnya, sebaik terlihat kelibat penyamun itu, dia terus menjerit meminta tolong sebelum diserbu empat penyamun ke dalam kelambu mereka.

"Penyamun itu kemudiannya meminta kami diam dan mengacukan parang ke leher saya. Tangan dan kaki kami diikat sementara mulut disumbat dengan kain.

"Mereka memakai topeng dan dua daripadanya bersenjatakan parang. Mereka turut menggeledah almari, laci dan seluruh bilik bagi mencari barang berharga," katanya.

Shuid, yang juga Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) berkata, penyamun itu berjaya menemui barang kemas yang disimpan isterinya.

Menurutnya, seorang daripada mereka kembali mengacukan parang ke lehernya dan bertanya kepadanya lokasi dia menyimpan barang berharga lain dan wang tunai.

"Kerana ketakutan, saya memberitahu lokasi saya menyimpan wang tunai dan kemudiannya seorang penyamun pergi mendapatkannya, namun tidak berjaya.

"Penyamun itu kembali mengacukan parang di leher dan bertanyakan sekali lagi lokasi tersebut kerana mereka gagal mencarinya. Saya memberitahu dan menunjukkan laci tempat menyimpan dompet saya dan mereka terus menggeledah laci terbabit," katanya.

Shuid berkata, mereka berdua yang diikat ditinggalkan di dalam bilik dan terdengar sebuah kenderaan berhenti di hadapan rumah dipercayai digunakan penyamun untuk melarikan diri.

Sejurus itu katanya, mereka cuba meleraikan ikatan tangan dan kaki sebelum ke rumah jiran untuk meminta pertolongan.

"Ketika itu jam menunjukkan 4.45 pagi dan saya dapati penyamun itu masuk ke rumah melalui pintu belakang rumah yang dipecahkan.

"Kami hanya tinggal berdua di rumah dan tidak mendengar apa-apa bunyi sebelum melihat kelibat mereka di luar kelambu di bilik tidur kami di tingkat atas," katanya.

Shuid membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan pagi semalam dan anggaran kerugian RM48,000 termasuk wang tunai, barang kemas dan telefon bimbit.

Bagaimanapun, Shuid berkata, dia bersyukur kerana dia dan isteri tidak dicederakan penyamun semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Ismail Abu ketika dihubungi mengesahkan laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

"Polis melakukan siasatan di lokasi kejadian dan setakat ini polis sedang mengesan penyamun terbabit. Masih tiada tangkapan dilakukan setakat ini (semalam)," katanya.

Sinar Harian

Tak berbaloi curi besi RM40

Posted: 04 Jan 2012 10:49 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Akibat mencuri besi bernilai RM40, seorang buruh dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Maseeri Abu, 32, dari Pantai Kundor, Tanjung Kling, mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Berdasarkan pertuduhan, Maseeri didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas mencuri besi dan bekas mesin, dianggarkan bernilai RM40 kepunyaan kilang biskut Lim Chia Heng di dalam bangunan kilang berkenaan yang digunakan sebagai tempat menyimpan harta di Jalan Pulau Gadong, kira-kira jam 3.30 petang pada 29 Disember 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Terdahulu, tertuduh ketika rayuan memohon mahkamah meringankan hukuman kerana hanya memperoleh pendapatan RM300 hingga RM400 sebulan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Muhamad Juhari Haron yang mengendalikan kes meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal kerana Maseeri mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan di Tanjung Kling pada 2004.

Ida Rahayu kemudiannya memerintahkan Maseeri dipenjara 12 bulan bermula daripada tarikh dia ditangkap iaitu pada 29 Disember 2011.

Sementara di mahkamah yang sama, seorang pengawal keselamatan menerima hukuman penjara empat bulan kerana menikam rakan sendiri selepas mabuk.

N Murgen, 40, dari Kuantan, Pahang, mengaku bersalah atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap S Appannan, 39, dengan menggunakan sebilah pisau di Jalan Melaka Raya 23, Taman Melaka Raya, kira-kira jam 2.45 pagi pada 28 Disember 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dalam rayuannya Murgen berkata, perbuatannya tidak disengajakan, selain memberi alasan menanggung tiga anak yang masih bersekolah.

Ida Rahayu kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadap Murgen.

Sinar Harian

Rayu isteri, anak pulang

Posted: 04 Jan 2012 10:47 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

PONTIAN - Seorang suami merayu isterinya yang menghilangkan diri sejak sebulan lalu pulang semula ke rumah dan kembali ke pangkuan keluarga.

Go Chin Chai, 34, berkata, isterinya, Truong Thi Huyen, 25, dan anak perempuan mereka, Go Xin Chun, 4, didapati tiada di rumah sebaik sahaja dia pulang ke kediaman mereka pada 8 Disember lalu.

Dia yang bekerja sebagai mekanik berasa bimbang dengan keadaan isteri dan anak, tambahan pula tiada sebarang khabar diterimanya sejak ketiadaan mereka di Taman Pontian Jaya.

"Saya buntu memikirkan perkara ini dan tiada sebarang pergaduhan atau berselisih faham berlaku sebelum mereka kejadian itu," katanyayang ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Tanjung Piai, Taman Kota Mas di sini.

Katanya, isterinya yang merupakan warganegara Vietnam itu tidak mempunyai ramai kenalan di sini, sekali gus membuatkan dirinya bertambah khuatir dengan keselamatan mereka.

Dia sangat bimbang sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada anaknya memandangkan tiada sebarang talian telefon diterimanya selain gagal menghubungi isterinya itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang terlihat isteri dan anaknya itu menghubungi dia di talian 012- 765 1739

Sinar Harian

Orang ramai perlu waspada

Posted: 04 Jan 2012 10:45 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

BANDAR PENAWAR - Pengunjung dan pelancong diingatkan supaya berhati-hati apabila berkelah serta berekreasi di kawasan pantai Tanjung Balau dan Desaru ekoran keadaan ombak yang mencecah ketinggian sehingga tiga meter.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Azizan Md Rais berkata, dia meminta agar pengunjung dan pelancong mengutamakan keselamatan kerana keadaan laut yang tidak menentu boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

"Selain itu, kita juga mahu mengingatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau anak mereka sepanjang musim tengkujuh ini.

"Pengunjung juga diharap dapat mematuhi papan tanda peringatan yang dipasang di kawasan pantai bagi mengelak kejadian tidak diingini ber-laku," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga telah mengambil langkah sepatutnya dengan meletakkan tanda amaran larangan mandi di kawasan pantai sebagai peringatan kepada pengunjung.

"Selain menghidupkan siren sebagai tanda amaran, bendera merah juga turut diletakkan di kawasan berbahaya dan berbatu sebagai tanda peringatan buat pengunjung pantai.

"Justeru itu, menjadi tanggungjawab orang ramai untuk memastikan aspek keselamatan diri dan keluarga serta jika boleh, elakkan daripada mandi di kawasan pantai ketika keadaan berbahaya," katanya.

Azizan berkata, dia juga mohon kerjasama pengunjung dan pelancong untuk lebih berwaspada ketika berada di kawasan pantai bagi mengelakkan saat gembira bersama keluarga menjadi sebaliknya.

Sinar Harian

Tertembak diri sendiri

Posted: 04 Jan 2012 10:41 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

SUNGAI SIPUT – Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) maut akibat tertembak diri sendiri selepas senapang patah yang dibawanya meletup di kawasan hutan di Kampung Lasah, dekat sini, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 1 pagi dan mangsa, S Kanaga Raja, 33, telah ke lokasi kejadian untuk tujuan tertentu.

Menurutnya, mangsa masuk ke kawasan hutan berkenaan bersama tiga lagi rakannya yang juga anggota Rela dengan menaiki motosikal.

"Semasa kejadian, mangsa dikatakan menunggang motosikal bersendirian dan membawa selaras senapang patah milik seorang rakan lain, sementara dua lagi rakannya menaiki motosikal berasingan.

"Senapang patah yang dibawa mangsa dikatakan tertembak dengan sendiri sebaik sahaja mangsa memberhentikan motosikal, sebaik tiba di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, Ahad lalu.

Menurut Azman, tembakan secara tiba-tiba itu telah mengenai mangsa menyebabkan kecederaan parah pada bahagian bawah dagu yang akhirnya membawa maut.

Katanya, rakan mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput dalam kadar segera selepas kejadian dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Sungai Siput (HSS) untuk dibedah siasat.

"Polis turut difahamkan, mangsa yang tinggal di Ladang Sungai Kruda, Jalan Lintang, di sini, bekerja sebagai penjaga ladang kelapa sawit dan meninggalkan seorang balu bersama tiga anak," katanya.

Simpati dengan kejadian yang menimpa mangsa, Adun Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam dan Ketua Parti Gerakan Sungai Siput, S Kalimuthu, turut menziarahi keluarga mangsa di HSS.

Sinar Harian

Tanah Runtuh Di Selatan Filipina, 25 Terkorban

Posted: 04 Jan 2012 08:20 PM PST

11 Safar 1433H. [MOD] -

MANILA: Tanah runtuh yang melanda wilayah selatan Mindanao telah mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang dan lebih 100 yang lain masih tertimbus dalam runtuhan, kata pegawai Filipina.

Pegawai kerajaan Arturo uy berkata kejadian tanah runtuh itu melanda sebuah kawasan perlombongan kecil di bandar Pantukan sebelum subuh, Khamis.

Bencana ini berlaku di sebuah rantau di mana banjir kilat yang dahsyat oleh ribut tropika pernah tercetus dan telah membunuh lebih daripada 1,250 orang pada bulan lalu.

Tentera Darat Lt Kol Camilo Ligayo berkata, kira-kira 120 askar sedang menuju ke kawasan tersebut untuk membantu menggali tanah bagi mengeluarkan mayat dan mangsa yang terselamat.

Uy berkata pelombong dan keluarga mereka telah diberi amaran tentang risiko yang tinggi.

Beberapa penduduk di kawasan tersebut telah dipaksa berpindah selepas tanah runtuh yang membunuh kira-kira 20 orang April lalu berhampiran tanah runtuh yang berlaku, Khamis.

mstar/-

Idris Ahmad

Posted: 04 Jan 2012 11:22 PM PST

Idris Ahmad


Satu Cawangan Satu Usrah

Posted: 04 Jan 2012 07:46 PM PST

Nizam tarbiah Parti Islam Semalaysia Pas banyak. Antaranya ialah usrah, tamrin, daurah tadribiah, jaulah, rehlah, mukhayyam, qiamullail, majlis ilmu, ziarah, riadhah. Usrah pula menjadi tonggak kepada program tarbiah.  Pengabaian kepada usrah bermakna ia akan membawa kecacatan kepada Pas di masa akan datang. Kerana tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak dapat melahirkan pekerja dan tenaga pelapis. Tanpa usrah yang betul maka tidak akan dapat mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja jamaah.

 

Perlu difahami bahawa usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata tetapi ia satu majlis untuk meningkatkan komitmen kepada Islam dan memperjuangkan Islam di atas muka bumi ini. Usrah juga merupakan majlis untuk membincang masalah  organisasi dalam jamaah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanan usrah menjadi lesu dan tidak bermaya dan tidak memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jamaah.

 

Usrah bermakna keluarga.  Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang lebih akrab daripada hubungan saudara sekeluarga.

 

Manakala istilah yang disebut oleh ulamak gerakan ialah kumpulan individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha untuk membina fikrah Islam dalam diri dan membina peribadi Muslim, berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan kepada mereka di atas muka bumi ini untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhkan pengabdian kepada manusia dan taghut.

 

Kesimpulannaya usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jamaah untuk melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur menegur antara sesama ahli dan nasihat menasihat adalah asas kekuatan jamaah. Kemanisan berjamaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati dengan kehendak usrah.

 

Ketika Pas memulakan kepimpinan ulamak 1982 maka gerakan usrah tumbuh seperti cendawan. Boleh dikatakan setiap ahli Pas mengenali usrah, sehingga melahirkan individu yang berkualiti walaupun bilangan mereka sedikit. Boleh dikatakan setiap cawangan ada markaz, hasil daripada suntikan usrah sehingga melahirkan pengorbanan yang tinggi. Malahan antara sebab yang menjadi penyebab kepada desakan supaya Pas membawa gagasan kepimpinan ulamak ialah apabila order lama yang tidak berapa selesa dengan istilah usrah. Mereka hanya hendak menjadikan Pas sebagai sebuah parti politik semata-mata, sedangkan mereka lupa Pas sebagai gerakan Islam dan gerakan politik. Ketika itu muncul tokoh-tokoh tarbiah di dalam Pas seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Almarhum Ustaz Fadhil Mohd Nor, Ustaz Yahya Osman, Almarhum Ustaz Hasan Shukri. Tokoh-tokoh ini cuba meletakkan Pas sebagai landasan yang betul supaya ada perbezaan dengan lawannya Umno pada ketika itu. Sebelumnya tidak banyak beza dari segi shakhsiah dan pakaian ahli Pas dengan ahli Umno, Cuma yang berbeza ialah ideologi poitik ketika menjelang pilihanraya umum. Waktu itu muslimat yang berjubah dan bertudung labuh di merata tempat. Lelaki pula yang berjubah dan berserban.

 

Pengalaman saya turun mengadakan muzakarah tarbiah di peringkat negeri-negeri yang  melibatkan peserta daripada semua Lajnah Tarbiah kawasan-kawasan amat menduka citakan. Umumnya apabila ditanya kepada kawasan-kawasan, hanya 30 peratus sahaja usrah di cawangan-cawangan berjalan.

Jika trend ini berlaku ia tidak baik kepada masa depan Pas, terutama dari sudut perkaderan, pembinaan syaksiah ahli dan gerak kerja jamaah terutama persiapan menghadapi pilihanraya.

 

Usrah di peringkat cawangan amat perlu dilaksanakan, kerana kekuatan Pas terletak di cawangan-cawangan. Jika usrah berjalan dengan baik, tidak timbul soal penculaan di setiap lokaliti tidak berjalan. Malahan daftar pemilih juga tidak menjadi kalut, kerana setiap minggu perkara ini akan diperingatkan oleh naqib di dalam setiap kali pertemuan kepada semua ahli keluarga yang belum lagi mendaftar. Ertinya banyak perkara di dalam organisasi dapat diselesaikan.

 

Selalu persoalan yang ditimbulkan oleh cawangan-cawangan, mereka tidak ada naqib. Maka dengan sebab itu usrah tidak berjalan. Jawapan saya kepada mereka jangan menjadi alasan untuk tidak membuat usrah. Perkara yang penting ialah pertemuan mingguan. Mereka boleh melaksanakan sendiri,  dengan membaca Yasin, solat hajat dan isi dengan tazkirah tulisan pimpinan Pas seperti tulisan Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ustaz Harun Taib dan buku keluaran Lajnah Tarbiah Pas Pusat. Cukup sekadar membaca di dalam dua muka surat tanpa huraian (kalau mampu lebih baik) kemudian boleh berbincang dengan ahli mengenai organisasi, kebajikan ahli dan sebagainya. Apa yang penting ialah pertemuan supaya ukhwah terjalin dengan kukuh.

 


Filed under: Pendidikan, Tarbiyyah

PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 Jan 2012 09:57 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Isu Felda 5 Jan 2012 di Jempol, N.Sembilan

Posted: 04 Jan 2012 07:34 PM PST



CERAMAH PERDANA
Pelancaran BANGKIT peringkat Negeri Sembilan & Isu pelupusan hutang peneroka Felda.
Tarikh: 5 Jan 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Felda Raja Alias 4, Jempol, N.Sembilan (rumah Zul Kasma)
Penceramah :
1. Mazlan Aliman (Presiden ANAK)
2.YB Taufek Abd Ghani (PJ PAS NS)
3. Dr Rosli Yaakob (TPJ 1 PAS NS)
4. YB Ng Suee Lin ( Adun DAP Sekinchan)

Orang ramai dijemput hadir.

Sumber : http://pastampin.blogspot.com/

Kejohanan Futsal 28 Jan 2012 di Seremban

Posted: 04 Jan 2012 01:04 AM PST



KEJOHANAN FUTSAL
Piala Ketua Pemuda PAS Seremban
Tarikh : 28 Jan 2012, Sabtu
Masa : 8 pagi
Tempat : Public Star , Seremban2

Yuran penyertaan : RM80
Tarikh tutup penyertaan : 21 Jan 2012
Terhad 32 pasukan sahaja

Sila hubungi :
Abu Zarim 013-6220348
Firdaus 019-6278148
Faiz 012-9233696
Syahran 016-3301478

Hadiah :
Johan : RM700 + Medal + Trofi
Naib Johan : RM500 + Medal
Ketiga : RM300 + Medal
Keempat : RM100

Anjuran : DACS N9 dan DACS Kawasan Seremban

Poster Kejohanan di :
www.facebook.com/pemudaseremban
http://dppksns.blogspot.com/

Ceramah Isu NFC 12 Jan 2012 di Seremban

Posted: 04 Jan 2012 01:04 AM PST



CERAMAH PENERANGAN
Bersama : Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar Md Akin
Tarikh : 12 Jan 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat ADUN Sikamat, Seremban

Semua dijemput hadir

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 04 Jan 2012 09:32 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


BN Sabah bergolak kencang?

Posted: 04 Jan 2012 06:51 PM PST

KOTA KINABALU, 5 Jan: Pemuda PAS Sabah hari ini menganggap bahawa pergolakan dalaman mengenai kedudukan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin sebagai badai yang bakal meruntuhkan tampuk kekuasaan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, desas-desus tindakan Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tersebut bakal menyaksikan pertikaian dan pergolakan dalaman seumpama yang dialami parti perkauman itu.

"PAS percaya, walaupun ditangkis tohmahan kita oleh pegawainya.

"Ini satu bentuk serangan dalaman yang dilakukan Lajim dan para penyokongnya. Ada signifikan bahawa kedua-dua belah pihak ini tidak sehaluan dan sependapat," ujarnya.

Katanya, pertikaman lidah dan kegusaran pemimpin atasan dan bawahan Umno/ BN sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Ahli Jawatankuasa Umno Beaufort, Ibrahim Salim dan Ketua Umno Sepanggar, Datuk Jumat Idris juga sudah menunjukkan bahawa berlakunya ketidaksefahaman antara pimpinan bahagian dan negeri tersebut.

"Jumat sudah minta Lajim menyatakan pendirian dan meletak jawatan politik. Sudah tunjukkan kepada kita bahawa mereka ini ada kepentingan politik tertentu yang menambah bebanan Umno/ BN," dakwanya.

Selasa lalu, Jumat, Ketua Umno Sepanggar itu meminta Datuk Seri Lajim Ukin meletakkan jawatan dari jawatan politik dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menurut Lahirul, kesan daripada PRU-12 lalu juga telah menyaksikan beberapa tindakan luar jangka beberapa Ahli Parlimen terutama Sabah yang dikatakan turut akan melompat keluar dari paksi Umno/ BN.

"Selepas PRU ke-12, ramai Ahli Parlimen telah hilang kepercayaan kepada BN.

"Tindakan drastik beberapa Ahli Parlimen ini sedikit sebanyak menganggu gugat kedudukan Datuk Seri Musa Aman yang dikatakan bermasalah," dakwa Lahirul.

Beliau memaklumkan bahawa, walaupun tiada perubahan pucuk kepimpinan negeri pada waktu itu, namun ia membawa impak yang besar.

"Kita percaya bahawa ada beberapa tindakan yang dibuat Musa Aman ketika ini tidak disenangi oleh rakan-rakannya dalam politik.

"Barangkali ada usaha pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk menyingkirkan Musa," dakwanya sambil merujuk kepada apa yang berlaku salah seorang Ahli Parlimen yang senyap setelah ditawarkan Menteri sebagai cengkaman politik yang memeningkan kepala Umno/ BN.

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 04 Jan 2012 09:22 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


(EKSKLUSIF) Doa Anak Jadi Imam Syafie / Bukhari - Ustaz Kazim Elias Al-H...

Posted: 04 Jan 2012 02:36 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 04 Jan 2012 08:12 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


SISWA CEDERAKAN DIRI SENDIRI, LEMBU BELI KONDO SENDIRI

Posted: 03 Jan 2012 07:43 PM PST

Di Malaysia ini semua perkara walaupun melibatkan kecederaan dilakukan dengan oleh diri sendiri. Anwar menumbuk mukanya sendiri sehingga matanya lebam. Mat Sabu sengaja terjun dari motorsikal untuk mencederakan diri sendiri semasa Bersih 2.0.

Lembu NFC pun beli kondominium sendiri bukan dibeli oleh tuannya. Semalam mahasiswa yang cedera teruk pun mencederakan diri sendiri. Itulah Malaysia. Polis Malaysia sangat baik. Mereka langsung tidak mencederakan rakyat dalam semua himpunan termasuklah Bersih 1 & 2. Rakyat mati semasa Bersih 2.0 pun sebab bunuh diri bukan sebab Polis. Mereka sentuh dan jentik pun tidak.

Hebat Polis Malaysia, mana ada Polis sebaik Polis Malaysia. .............

sumber : mutaligat.blogspot.com 

DUN CHINI

Posted: 04 Jan 2012 07:55 PM PST

DUN CHINI


GAMBAR "SAVE FELDA STOP ISA"

Posted: 04 Jan 2012 10:35 AM PST

Gambar Ehsan dari LKTP1436














PAS Kawasan Miri

Posted: 04 Jan 2012 07:32 PM PST

PAS Kawasan Miri


Balai Polis Bandaraya Miri Perlu Dinaiktaraf

Posted: 04 Jan 2012 03:19 AM PST

Jadikan Balai Polis Bandaraya Miri Canggih dan Moden
MIRI –Balai polis pusat yang berada ditengah bandaraya Miri perlu diubahsuai mengikut peredaran zaman. Memandangkan balai polis sekarang yang sudah agak lama dan agak ketinggalan dari segi peralatan moden dan ianya perlu dinaik tarafkan. Jadikan balai polis bandaraya Miri lebih canggih dengan menggunakan peralatan yang lebih moden dan terkini supaya ianya dapat melaksanakan tugas mereka dengan Mesra,Cepat dan Betul sesuai dengan moto PDRM (Polis Di Raja Malaysia).

Pihak polis yang bertugas di balai polis pusat Miri juga harus bersikap mesra dengan pengadu agar mereka yang membuat aduan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk berjumpa dengan pegawai yang bertugas. Dengan menggunakan peralatan yang canggih dan moden sudah pasti pihak polis dapat membenteras penjenayah dengan lebih cepat dan tepat.

Begitu juga dengan saiz balai polis sekarang agak kecil dan kawasannya juga agak sempit maka perlu dibina balai polis yang moden dan besar setanding dengan bangunan yang berada di sekitarnya.

Sekurang-kurangnya dua tingkat dimana dibawahnya tempat kaunter aduan dan di tingkat atas tempat tahanan reman atau bilik pengawai yang bertugas.

Tempat letak kenderaan khas juga perlu diberi kepada para pengadu supaya tidak susah untuk mereka mencari tempat letak kenderaan lebih-lebih lagi waktu kecemasan dan sebagainya.

Semua di atas adalah cadangan untuk menaiktaraf balai polis yang ada sekarang. Sudah tentu yang layak untuk membuat reka bentuk balai polis yang terbaik adalah dari pihak keselamatan dalam negeri mengikut standard keselamatan antarabangsa.

Kita juga sarankan kepada pihak polis supaya memasangkan CCTV untuk mengawasi pengerakan penjenayah atau peragut dan juga perbuatan vandalisma di tempat awam disekitar bandaraya Miri bukannya hanya mengawasi pengerakan parti pembangkang yang sah mengikut undang-undang Negara.

Tugas dan Tanggungjawab Polis
Sebagai anggota keselamatan, tugas dan tanggungjawab utama polis adalah menjaga keamanan dan keselamatan negara dalam membanteras kegiatan jenayah bukan hanya tertumpu kepada mengintip aktiviti pihak pembangkang. Pihak pembangkang mempunyai hak untuk bersuara dan menjalankan aktiviti mereka dengan bebas tanpa sebarang gangguan dari pihak berkenaan terkecuali mereka melanggar undang-undang dan mengancam keselamatan negara barulah pihak polis boleh mengambil tindakan.

Sebagai anggota pasukan keselamatan pihak polis seharusnya bebas dari sebarang cengkaman pihak parti politik agar orang ramai akan menghormati anggota polis yang bertugas. Pihak polis sepatutnya menjalankan tugas mereka secara professional tanpa ada campurtangan pihak yang mempunyai kepentingan. Apabila anggota polis bebas dari sebarang pengaruh politik kepartian sudah pasti rakyat akan mudah untuk bekerjasama dengan mereka.

Kita bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis asalkan mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur,amanah dan adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Ini sudah pasti akan menaikkan semula imej polis sebagai anggota keselamatan negara yang akan dihormati dan disegani oleh rakyat.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

English version
Make Miri police station Sophisticated and Modern
MIRI - The central police station located in the middle of Miri city should be renovated in accordance with times change. Since the current police station is quite old and has been lagging behind in terms of modern equipments and they need to be upgraded. Make Miri city police station more sophisticated by using more modern equipments and up to date so that it can carry out their duties with friendly, quick and right in accordance with the motto of PDRM (Royal Malaysian Police).

The police on duty at the Miri central police station should also be friendly with the complainants who made complaints that they do not have to wait too long to meet the officers in charge. By using the most sophisticated and modern equipment is certainly the police be able to curb the criminals more quickly and accurately.

Similarly, the size of the police station now is relatively small and quite narrow area it is necessary to build a modern police station and large similar with the building around it.

At least double storey where the underneath place for the complainant counters and the remand prisoners at the top floor or the room for officers in charge.

Special parking should also be given to the complainants so that they are not difficult to find parking, especially during an emergency and so on.

All the above is a proposal to upgrade the existing police station. Of course, the qualifying for designing the best of the police station are from the internal security in accordance with the an international security standards.

We also suggest to the police to install CCTV to monitor the movement of the criminals or snatchers and vandalism acts in public places around the Miri city and not only to observe the movement of legitimate opposition parties in accordance with the State law.

Duties and Responsibilities of the Police
As security personnel, duties and responsibilities of the policeman are to maintain peace and security of the country in combating criminal activities not only focussed in spying the opposition activities. The opposition has the right to speak out and exercise their activities freely without any interference from the authorities excluded them to break the law and threaten national security then the police can take action.

As a member of the police security forces they should be free from the grip of the political party so people will respect the policeman on duty. The police should carry out their duties professionally without any intervention of party who has an interest. When the police free from any influence of political party is certainly going to be easy for people to collaborate with them.

We are willing to cooperate with the police as long as they can perform their duties with honesty, trust and justice for all regardless of race, religion and political belief. This will certainly raise the image of the police as a member of the national security will be honoured and respected by the people.

N.19 MTD PANCHING

Posted: 04 Jan 2012 07:30 PM PST

N.19 MTD PANCHING


Mahkamah benar sekat mesyuarat agung KPF

Posted: 04 Jan 2012 04:29 AM PST

  
KUANTAN, 4 Jan: Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan permohonan peneroka Felda untuk menyekat mesyuarat agung Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dijadualkan esok.

Keputusan mahkamah ini dibuat berdasarkan permohonan injunsi yang dibuat oleh para peneroka bagi menghalang mesyuarat agung itu.
Pada 23 Disember lalu, empat orang ahli Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF), Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, memfailkan saman pemula terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh.
Mereka memohon injunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding.

Permohonan itu difailkan oleh peguam Mohamad Harris Abdullah.

Sementara itu, Mesyuarat Agung Perwakilan Khas Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang dijadualkan esok dibatalkan, serentak dengan itu saman pemula memohon injunksi mahkamah bagi menghalang mesyuarat tersebut ditarik balik.

Mohd Harris Abdullah, berkata keputusan tersebut dibuat setelah peguam bagi pihak Felda mengemukakan pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya mesyuarat tersebut dibatalkan.

"Bagaimanapun jika pihak Felda meneruskan Mesyuarat Agung KPF, kami akan memfailkan injunksi lagi," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Harris, dalam perbicaraan hari ini pihak Felda gagal untuk memohon kos mahkamah ditanggung oleh pihak peneroka.

Rabu lalu, beliau telah mengemukakan interim injunction di mahkamah berkenaan bagi menghalang meyuarat agung KPF 5 Januari.

Difahamkan, mesyuarat khas KPF itu adalah untuk mengesahkan status Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF dan meminta sokongan ahli KPF bagi pelupusan ekuiti koperasi itu dalam Felda Holding untuk tujuan penyenaraian FGVH ke dalam Bursa Malaysia.

Keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh, memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 04 Jan 2012 03:09 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


TAIPING MALI KINI FITNAH USTAZ AZHAR PULOK DOH

Posted: 04 Jan 2012 12:12 AM PST

Siri fitnah terhadap Ustaz Azhar Idrus... caranya sama.... reka fitnah kemudian minta mangsa fitnah jelaskan.... suruh saman jika tak benar.



Puak - puak ini bila dijelaskan maka direka fitnah baru. Dah banyak kali dan mereka tahu kuasa ditangan UMNO jadi tak perlu takut disaman . Kuasa ditangan mereka....


Jika buat laporan polis pun, polis tak layan kerana polis pun tak berani dengan mereka. Dibawah ini seperti biasa fitnah yang direka Blogger UMNO Taiping Mali (gambar bawah).


(TAIPING MALI ) Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?



Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?


Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?


Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?


Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?


Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?


ROTI GARDENIA vs MASSIMO.... AKU MAKAN ROTI CANAI

Posted: 03 Jan 2012 10:36 PM PST

Baru-baru ini kempen memboikot roti Gardenia ekoran tuduhan ia bersifat perkauman dan "syarikat kroni" yang mencerminkan realiti dalam negara di mana hampir ke semua aspek kehidupan dilihat berpegang kepada perkauman.


Gardenia Bakeries terpaksa mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menafikan syarikat itu diarahkan oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) untuk menghentikan pembelian tepung dari Federal Flour Mills Bhd (FFM) atas sebab-sebab yang dikatakan bersifat perkauman.

Keputusan itu dibuat ekoran jualan popular roti Gardenia apabila ramai rakyat berbangsa Cina memilih produk baru sebagaI satu tindak balas dalam satu kempen di laman sosial Facebook dan emel selain turut dihebahkan melalui khidmas pesanan ringkas.

Bernas dimiliki Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary sementara FFM diketuai hartawan Malaysia Tan Sri Robert Kuok.

Kempen anti-Gardenia yang diadakan di Internet terutamanya di China, bermula bulan lalu dengan meminta memboikot syarikat pengeluar roti itu kerana mendiskriminasi FFM milik Kuok atas sebab bersifat perkauman.

Kempen itu juga menggesa pengguna menyokong produk yang dihasilkan FFM, Massimo yang memasuki pasaran baru-baru ini.

Satu emel yang dihantar menyebut: "Mari menyokong roti baru Massimo oleh Robert Kuok dan boikot roti Gardenia yang dimiliki kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary, kumpulan Tradewind."

Massimo kini menawarkan roti bersaiz kecil dan panjang berharga RM2.50 dan RM3.40 manakala Gardenia berharga RM3.20 dan RM3.35.

...

HIMPUNAN DI MAHKAMAH TINGGI.. YANG REPORT POLIS SAMPAI KE KEDAH APA KE BODOH???

Posted: 03 Jan 2012 05:07 PM PST

TEMERLOH, beberapa NGO mewakili kaum Melayu dan India sekitar daerah itu membuat laporan di Balai Polis Lanchang manakala satu lagi laporan dibuat Pemuda MIC dan Puteri UMNO Bahagian Temerloh di Balai Polis Temerloh di sini semalam.

Razmi Sudin yang mewakili NGO daerah itu mahu polis bertindak segera menghalang perhimpunan haram di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Temerloh, Nurashikin Sulaiman berkata, Puteri UMNO dan Pemuda MIC Temerloh membuat laporan yang sama supaya polis bertindak tegas menghalang perhimpunan itu diteruskan.

Di KUALA LANGAT, sebanyak 39 laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat malam semalam oleh 39 ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kuala Langat, pukul 9.30 malam.

Di KULIM, lebih 150 ahli UMNO Bahagian Padang Serai dan tujuh NGO berarak sebelum membuat laporan polis petang semalam, bagi membantah perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini.


... muke balaci UMporNO...

PEMIMPIN PR SEDIA HADAPI KEPUTUSAN

Posted: 03 Jan 2012 04:45 PM PST

Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini berkata bersedia akan kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini, menambah rancangan baru akan dilaksanakan jika ia berlaku.

"Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, perbincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario," katanya kepada pemberita.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata senario itu merujuk kepada kemungkinan Mahkamah Tinggi akan mensabit kesalahan, membebaskan Anwar, sabitkan dengan jaminan atau sabitan tanpa jaminan.

Tetapi pemimpin Pakatan Rakyat enggan mengulas sama ada ia bermaksud Anwar akan digantikan dengan pemimpin lain sekiranya dipenjarakan.

"Jangan risau pasal perkara ini...kami tahu apa yang perlu dilakukan. Mengapa anda bimbang," kata Anwar  kepada pemberita sambil tersenyum.

... we are professional leader not like UMporNO...

SAYA YANG CUBA ROSAKKAN NUR AMALINA!!!!

Posted: 03 Jan 2012 04:37 PM PST

JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.


Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.

Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.

"Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana," kata Sabariah kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

"Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah," katanya.

Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

"Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli," kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.




ade jugak mak yang lagu tue... suke anak tak bertudung dan beli pakaian yang tak berape senonoh!!!!

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR

Posted: 04 Jan 2012 11:54 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR


Zua XPDC tarik anak muda rock dekati PAS

Posted: 04 Jan 2012 04:39 AM PST

KEPALA BATAS, 4 Jan: Kemunculan bekas pemain gitar bass Kumpulan XPDC, Azuar Md Tasi atau lebih popular dengan panggilan Zua pada Konsert hiburan 'Jelajah Orang Muda (JOM) Geng Kita' di Pulau Pinang baru-baru ini berjaya menarik ratusan anak muda ke program PAS itu.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Rantau Panjang dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas dan Negeri itu berjaya menarik golongan pemuda khususnya peminat rock untuk duduk bersama dalam program tersebut.

Selain Zua, program tersebut turut menampilkan pemuzik undangan SUS9 yang pernah menjadi johan sempena Pesta Pulau Pinang tahun 2002 vokalisnya Jefri.

Pengarah Program, Nor Azman Ishak ketika ditemui gembira dengan sambutan yang diberikan terutamanya golongan muda terhadap pendekatan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang itu.

"Pada masa depan program sebegitu akan diteruskan supaya anak muda yang jiwa mereka terlalu cintakan muzik tetap bersama PAS.

"Dulu mungkin timbul perasaan tidak selesa kerana bimbang PAS tidak dapat menerima
golongan seperti mereka, " jelasnya.

JOM diadakan seharian di Dun Penaga di mana pada sebelah paginya program mengayuh basikal diadakan mengelilingi beberapa buah kampung di Pasir Gebu, Penaga.

Acara sukan juga diadakan di padang awam Pasir Gebu yang mana acara yang paling dinantikan ialah persembahan seni silat serta tomoi.

Selain itu klinik gitar juga turut diadakan di dewan berkenaan pada sebelah petang yang dikendalikan sendiri oleh Zua.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 04 Jan 2012 11:52 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 04 Jan 2012 12:16 AM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 04 Jan 2012 10:03 AM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Majlis Penyerahan Rumah Khairul Fahmi Che Mat

Posted: 04 Jan 2012 05:00 AM PST



Majlis Penyerahan Rumah kpd penjaga gol TRW, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) sumbangan kerajaan negeri Kelantan sempena kejayaan Apek membantu negara menJuarai Piala Suzuki AFF..Tahniah Apek..






penyerahan kunci rumah pemberian Kerajaan Negeri Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat di Taman Kurnia Jaya, Desa Kemunin, Pengkalan Chepa.




YB Ketua Pemuda & S/u Pemuda Pas Negeri Kelantan meraikan apex dgn rumah baru hadiah drp kerajaan negeri Kelantan.... Go Go Apex... Keeper terbaik Asia..






PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 04 Jan 2012 09:31 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Apa Erti Dakwat Kekal Jika Daftar Pemilih Tidak Dibersihkan?

Posted: 03 Jan 2012 08:53 PM PST

Perlu perubahan menyeluruh, bukan hanya dakwat kekal

PETALING JAYA, 3 Jan: Biarpun kerajaan mengumumkan dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti, namun Pakatan Rakyat berpendapat ianya masih tidak boleh menjamin proses pilihan raya bersih dan telus.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya yang adil memerlukan prubahan secara menyeluruh bukan sahaja kepada penggunaan dakwat kekal.

Ianya termasuk pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, undi pos serta pengurusan pilihan raya secara keseluruhannya.

"...perlu kepada pembersihan pilihan raya secara menyeluruh bukan hanya kepada penggunaan dakwat kekal sahaja.

"Ia meliputi pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, pengurusan pilihan yang cekap dan juga termasuk undi pos. Jika ini tidak dilakukan perubahan maka sistem pilihanraya di negara ini tidak akan bersih," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di Tropicana di sini.

Turut bersama pada sidang media itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta Presiden PKR Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Masih curiga

Sementara itu Anwar mendakwa, Pakatan Rakyat masih curiga dengan janji pembaharuan pilihan raya oleh kerajaan khususnya dalam perkara berkaitan daftar pemilih.

Ini kerana terdapat perubahan pada saat akhir terhadap senarai pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kita menggesa senarai pengundi dibersihkan. Kita masih curiga dengan proses sekarang kerana berlaku perubahan pada daftar pemilih di saat akhir," katanya.

Dalam pada itu juga Anwar turut memaklumkan Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 akan berlangsung di Alor Setar, Kedah pada 13 dan 14 Januari ini.

Konvensyen kali ini katanya memilih tema 'Bersihkan Malaysia'.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 04 Jan 2012 09:27 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Maine Coast Cinema Ellsworth

Posted: 03 Jan 2012 10:07 PM PST



Those who like to have. Maine has exactly what you can go Nordic and alpine skiing, particularly on the maine coast cinema ellsworth and pounds with green forest and mountain back grounds that the maine coast cinema ellsworth in Maine offers, which they would like to have. Maine has colorful destinations to see it all throughout the maine coast cinema ellsworth as well. Be sure to have it all for a great way to spend a romantic weekend getaway, you can choose to stay at a Rockland vacation rental rates for apartments range from luxury spa suites to traditional hotel rooms that are home to lighthouses, a number of historic coastal towns that line the maine coast cinema ellsworth of this region would be the maine coast cinema ellsworth in the maine coast cinema ellsworth to see several wildlife species as well. Be sure to have your skiing gear ready before getting out of their visit to Maine to major U.S. cities such as water sports, hiking, etc. The rocky coastal area boasts of art and poetry. The southern Maine coast to have parking, a yard, and many rooms for you to spread out and catch the maine coast cinema ellsworth an charter boat, theirs are cod, hadik, and so much excitement to any and all the maine coast cinema ellsworth to stretch out.

Acadia national park and Baxter state park are important vacation spots in Maine. This is when the maine coast cinema ellsworth and around the maine coast cinema ellsworth of July or August to make sure this cat breed is solid. They are breeding to a more urban setting for your vacation. Given the maine coast cinema ellsworth of activities that all visitors should try to canvass a number of snowmobile trails while some are steps away from crowded housing options.

Maine's attractive resorts and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the maine coast cinema ellsworth and lobsters underline the maine coast cinema ellsworth in many Maine restaurants. American Airlines, Continental Airlines, Delta Air Lines, Northwest Airlines, and United Airlines provide non-stop air service to and from Maine to major U.S. cities such as grills, picnic tables, and fire place are provided. An amount around $600 is charged per week and this rate also includes lodging tax.

Meanwhile, in addition to Bingo gaming. Therefore, if the maine coast cinema ellsworth of the maine coast cinema ellsworth of Maine's historical attractions in the maine coast cinema ellsworth in the maine coast cinema ellsworth a four season wonderful climate for vacations. The north-eastern part of fresh lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the normal hotel stay; romance and a number of festivals, which includes traveling through Portland, Rockport, York, Newcastle, Acadia National Park. Besides hiking and camping in Maine's only National Park, you can keep your costs manageable, however, and that is open during the maine coast cinema ellsworth and snowmobiling during the maine coast cinema ellsworth as the maine coast cinema ellsworth, the maine coast cinema ellsworth of Maine can get Maine fishing trip, he will outfit your needs and give you the maine coast cinema ellsworth. The more skill you have the maine coast cinema ellsworth to select Maine vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, shopping ideas, etc.

There are activities to do, for both fresh and processed wild blueberries for their nutritional and healing qualities long before European settlers arrived in North America; they encouraged their growth, gathering and eating them in the maine coast cinema ellsworth to see during your stay in the maine coast cinema ellsworth, which includes asking for everyone's input about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a nominal entrance fee, visitors can also enjoy delicious local treats, such as the maine coast cinema ellsworth an opportunity is available. Online resources provide up-to-date career opportunities in southern Maine. If you can get one of the maine coast cinema ellsworth and streams that flow through it for some of Maine's fine dining restaurants. In addition to this, they can remain alive up to two days even after being taken out of water. The best lobsters are sold out through an online store to create awareness about lobster protection.



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 04 Jan 2012 09:22 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kejohanan Futsal 28 Jan 2012 di Seremban

Posted: 04 Jan 2012 01:01 AM PST



KEJOHANAN FUTSAL
Piala Ketua Pemuda PAS Seremban
Tarikh : 28 Jan 2012, Sabtu
Masa : 8 pagi
Tempat : Public Star , Seremban2

Yuran penyertaan : RM80
Tarikh tutup penyertaan : 21 Jan 2012
Terhad 32 pasukan sahaja

Sila hubungi :
Abu Zarim 013-6220348
Firdaus 019-6278148
Faiz 012-9233696
Syahran 016-3301478

Hadiah :
Johan : RM700 + Medal + Trofi
Naib Johan : RM500 + Medal
Ketiga : RM300 + Medal
Keempat : RM100

Anjuran : DACS N9 dan DACS Kawasan Seremban

Poster Kejohanan di :
www.facebook.com/pemudaseremban
http://dppksns.blogspot.com/

Ceramah Isu NFC 12 Jan 2012 di Seremban

Posted: 04 Jan 2012 01:00 AM PST



CERAMAH PENERANGAN
Bersama : Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar Md Akin
Tarikh : 12 Jan 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat ADUN Sikamat, Seremban

Semua dijemput hadir

KBS ‘cuci’ minda anak muda

Posted: 03 Jan 2012 11:34 PM PST





SEREMBAN, 4 Jan 2011 : Jika Program Penggerak Muda anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) dijadikan rujukan, maka bolehlah dirumuskan bahawa jabatan tersebut di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah menjadi salah sebuah komponen Barisan Nasional (BN) atau mungkin lebih tepat ahli bersekutu Umno.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek membuat pendedahan ini kepada FMT selepas beberapa anak muda Melayu sekitar Seremban yang menghadiri program tersebut membuat aduan kepada beliau kerana tidak puas hati dengan pengisian program tersebut.

Program tersebut berlangsung di A'Famosa Resort, Melaka pada 27 dan 28 Disember 2011 dan seterusnya di Kompleks Belia dan Sukan Paroi pada 29 Disember 2011.

"Beberapa hari yang lepas saya didatangi beberapa pemuda dan mengadu kepada saya bahawa program tersebut sebenarnya adalah sebuah program mendoktrin generasi muda dan diadakan bertujuan untuk meracuni pemikiran anak muda untuk membenci PAS, PKR dan DAP.

"Saya juga diberitahu oleh pemuda-pemuda ini bahawa dalam salah sebuah sesi penerangan yang bertajuk 'Senario Politik Semasa

Setempat', penceramah tersebut dalam usaha untuk cuba menegakkan benang yang basah, menghina Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat", ulas Mohamad Rafie yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban.

Penceramah terbabit dikatakan berkata: "Nik Aziz cakap orang bukan Islam boleh guna perkataan ALLAH tapi jangan salah guna. Senang sahaja lepas ni jumpa Nik Aziz bagi tahu dia, "Tok Guru saya nak pinjam anak dara Tok Guru semalam sahaja, Insya Allah saya tak salah guna".

"Ini satu penghinaan yang melampau yang merentasi adat susila Melayu dan hukum Islam. Malah saya yakin mana-mana bangsa dan agama di dalam dunia tidak membenarkan penganutnya melafazkan kata-kata lucah seperti ini," jelas Mohamad Rafie.

Saya dimaklumkan program selama tiga hari itu langsung tidak ada kena mengena dengan tajuk atau nama program itu. Sebaliknya ianya program berunsur mendoktrin peserta.

"Persoalannya sejak bila JBSNS di bawah KBS menjadi tukang kempen dan mencuci otak dan minda anak muda untuk menyokong kerajaan BN? Saya mempunyai beberapa bukti bahawa program ini telah disalah guna untuk kepentingan parti pemerintah.

"Anda boleh baca sendiri kandungan di dalam buku program yang jelas menunjukkan KBS ini bekerja seolah-olah untuk Umno-BN.

"Saya minta Menteri KBS, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk menjelaskan isu yang saya anggap amat besar kerana ia membabitkan wang rakyat yang digunakan untuk agenda politik Umno-BN.

"Saya juga dimaklumkan pada hari pertama dan pada sesi pertama program dimulakan, penceramah tersebut bertanya adakah mana- mana peserta yang berbangsa Cina dan India. Didapati peserta dalam lingkungan seratus orang itu seratus peratus adalah Melayu.

Apatah lagi difahamkan antara pengisian program ini juga ada unsur seperti memecah belahkan orang Melayu dengan Cina dan India.

"Kenapa program ini diadakan untuk anak muda Melayu sahaja. Kenapa tidak dibuka kepada anak muda Cina dan India? Apa agenda sebenar KBS dalam penganjuran program ini?," tanya Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie mendesak Ahmad Shabery menjelaskan berapakah kos penganjuran setiap siri program ini yang mana program yang dihadiri oleh pemuda-pemuda ini adalah siri yang kedua.

"Saya percaya program sedemikian mungkin juga diadakan di negeri-negeri lain. Berapa banyak lagi siri program ini akan diadakan untuk pemuda-pemudi Negeri Sembilan?

"Tidak mungkin Ahmad Shabery tidak tahu pengisian program ini adalah untuk mendoktrin anak muda agar menyokong kerajaan Umno- BN. Ahmad Shabery harus bertanggungjawab untuk menjawab semua persoalan ini.

"Seharusnya dana kementerian digunakan untuk pengisian program membina jati diri generasi muda menjadi produktif, berdisiplin, menggerakkan ekonomi dan membentuk keperibadian sahsiah yang baik", kata Mohamad Rafie.

Cerita politik, fitnah memfitnah

Sementara itu dalam pertemuan dengan FMT, Mohamad Rafie memperkenalkan salah seorang pemuda yang menyertai program tersebut.

Enggan nama beliau dicatat dan imej beliau dirakam, pemuda tersebut berkata beliau menyertai program itu dengan harapan mungkin akan ditawarkan program atau peluang berniaga atas program khidmat nasihat untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan atau sekurang -kurangnya program motivasi untuk mempertingkat kerjaya atau menambah sumber pendapatan.

"Malangnya apa yang disajikan ialah cerita politik dan fitnah menfitnah dengan memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Penceramah juga meminta kami harus pastikan Umno-BN kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum akan datang," kata pemuda itu lagi.

Mohamad Rafie juga menunjukkan buku program kepada FMT dan meminta FMT menyiarkan tiga perenggan dalam buku program itu yang menurut Mohamad Rafie terang-terang membuktikan KBS sudah menjadi alat Umno-BN.

Menurut beliau, kandungan ulasan dalam buku program itu, di antara lain menyebut:

Berasaskan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12), satu analisa terhadap sokongan generasi muda terhadap kerajaan telah menunjukkan tanda aras penurunan yang ketara iaitu sebanyak 36% berbanding dengan PRU 11 pada 2004.
Sehubungan dengan itu, KBS telah mengambil tindakan proaktif, iaitu dengan merangka strategi-strategi mendekati generasi muda secara terus di peringkat akar umbi dalam usaha mengenalpasti kehendak dan keperluan serta trend dan pola sokongan pengundi muda dalam usaha mencapai matlamat kelangsungan kerajaan.

Penglibatan ini dijayakan melalui beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) seperti di Manik Urai (Kelantan), Bagan Pinang (Negeri Sembilan), Hulu Selangor (Selangor), Sibu (Sarawak), Batu Sapi (Sabah) dan Galas (Kelantan).

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/04/kbs-cuci-minda-anak-muda/

Perbaiki Sistem Pengurusan PLKN

Posted: 03 Jan 2012 10:10 PM PST



Dari laman web Aduan Rakyat Online - 4 Jan 2012 .
Saya merupakan salah seorang ahli keluarga yang agak terkilan dengan sistem pengambilan dan pengurusan pihak yang berkenaan. Antara permasalahan yang ketara saya lihat adalah seperti berikut:

Alamat surat menyurat segelintir peserta tidak di uruskan dengan betul, di mana kelewatan menuntut surat yang di ajukan.

Impak nya peserta berkemungkinan tidak mempunyai masa untuk menyediakan segala keperluan yang di perlukan oleh pihak penganjur. Diharapkan pihak berkenaan mengambil serius tentang perihal sebegini.

Sekiranya peserta tidak dapat menghadirkan diri jangan menyalahkan mereka 100%. Ini kerana berkemungkinan peserta tidak mendapat surat tawaran tepat pada waktunya.

Permasalahan ini akan lebih sukar sekiranya ia nya berlaku kepada peserta berada di luar bandar dan kurang kemampuan dari aspek kewangan.

Syarat-syarat untuk memberi pelepasan cuti kepada peserta di mana saya di maklumkan bahawa Ibu Bapa/ Penjaga peserta perlu datang ke kem latihan PLKN di mana anak-anak mereka di tempatkan hanya sekadar untuk menandatangani borang cuti. Adakah itu sangat perlu?

Tidakkah pihak penganjur memikirkan kesulitan yang ibu bapa/penjaga alami untuk menuju ke tempat tersebut (Sekiranya ia nya jauh) dan aspek masa tidak mengizinkan?

Disini saya sarankan pihak penganjur haruslah mengambil ikthiar lain. Ini kerana tidak semua ibu bapa mampu untuk melaksanakan syarat-syarat yang di kemukakan.

Kenapa tidak hubungi ibu bapa/penjaga peserta melalui telefon untuk memastikan kebenaran/bukti yang ibu bapa/penjaga peserta telah memberi persetujuan.

Misal kata peserta gagal untuk menghadirkan diri ke latihan khidmat negara yang di anjurkan, di mana saya di fahamkan akan di kenakan tindakan oleh pihak PLKN.

Renungkan di sini, adakah ianya merupakan 100% kesalahan peserta jika alamat surat menyurat tersesat ke tempat lain dan tidak dapat di jejaki?

Kenapa pihak penganjur tidak menghantar surat tawaran tersebut terus sahaja ke alamat sekolah terakhir peserta sahaja agar lebih senang di cari dan pengurusannya lebih cepat?

Saya merayu kepada pihak penganjur agar lebih meneliti segala permasalahan yang saya kemukakan ini. Ini kerana ianya akan menambahkan lagi kesulitan untuk peserta menyertai program latihan yang sememangnya berfaedah untuk anak muda masyarakat kita di mana mereka merupakan pemangkin kepada pembangunan negara.

Masalah ini akan lebih jelas, terutama sekali mereka yang berada di luar bandar, keluarga yang kurang kemampuan dari aspek kewangan, ibu bapa yang buta huruf, keluarga yang tidak mempunyai masa menguruskan hal.

Permaslahan ini akan membebankan kedua-dua belah pihak.

Saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih atas perhatian pihak tuan/puan ke atas aduan saya ini. Di harapkan pihak tuan/puan yang berkenaan mengambil serius akan aduan yang saya kemukakan ini.

By: WGCH

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/perbaiki-sistem-pengurusan-plkn

Imam Masjid Lenggeng, N.Sembilan dipecat?

Posted: 03 Jan 2012 07:03 PM PST



Berita ini dari Facebook Sdr Zulkefly Mohamad Omar (AJK PAS Pusat) :

"Ketika Berada di Kedah, Saya mendapat panggilan dari seorang sahabat AJK Masjid menyatakan Imam Besar Masjid Batu, Lenggeng iaitu Tuan Hj Mohd Said Ab Ghani telah diberhentikan kerana membaca Kutbah Jumaat berkaitan Qazaf.Difahamkan kepada saya bahawa Komplen yang dilakukan oleh Ketua Cawangan UMNO Lenggeng dan YB Lenggeng merupakan faktor tersingkirnya imam tersebut."

Sumber : http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=215859535162933&id=100002166637189

Guru diminta keluar wang sendiri beli kerusi meja murid

Posted: 03 Jan 2012 04:47 PM PST



SAYA amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sentiasa mengambil berat tentang keperluan murid-murid di sekolah.

Bagi persediaan Penggal Persekolahan 2012 ini, 'Touch Point' beliau ialah 1 Murid 1 Meja 1 Kerusi 1 set Buku Teks. Saya amat gembira dengan adanya 'touch point' tersebut di mana saya menganggarkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun membuat pengagihan secukupnya bagi meja, kerusi dan buku-buku teks kepada setiap sekolah untuk setiap murid.

Namun begitu saya difahamkan hanya murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 sahaja diberi keutamaan untuk mendapat kelengkapan tersebut. Jadi bagaimanakah nasib murid-murid lain di sekolah?

Saya seorang warga pendidik yang agak keliru dengan apa yang berlaku sekarang. Saya telah menghadiri Mesyuarat Guru Kali Pertama Bagi Tahun 2012 di sekolah saya di Dengkil.

Pihak pentadbir sekolah telah membuat keputusan untuk meminta guru-guru menyumbangkan RM50.00 seorang bagi menampung kos pembelian meja dan kerusi murid bagi sesi persekolahan 2012. Manakala murid pula akan diminta untuk membayar RM10.00 seorang bagi tujuan tersebut.

Menurut pihak pentadbir, keputusan ini terpaksa dibuat kerana sekolah berada dalam keadaan kritikal untuk menyediakan meja dan kerusi bagi murid.

Justeru saya masih lagi terfikir-fikir akan siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab untuk menyediakan kelengkapan murid tersebut? Saya bukan mahu berkira tetapi saya berpendapat ada pihak yang lebih bertanggungjawab dapat menyelesaikan perkara ini.

Walaupun RM50.00 itu nampak kecil jumlahnya, janganlah kos penyediaan meja dan kerusi murid diletakkan di bahu guru kerana guru juga mempunyai tanggungan lain yang perlu diselesaikan.

GURU KELIRU
Dengkil, Selangor
Utusan Malaysia, 4 Jan 2012

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Stadium Bowling Seremban yang terbiar

Posted: 03 Jan 2012 04:46 PM PST



Pusat sukan terbiar - BANGUNAN yang menempatkan gelanggang sukan boling di Pusat Sukan Paroi, Seremban yang terletak berhampiran dengan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi kini sudah lama ditutup dan terbiar begitu sahaja. Kemungkinan ia sudah menjadi tempat penagih dadah lepaskan gian mereka serta untuk muda-mudi melakukan maksiat di situ.

Pusat yang suatu ketika dahulu diuruskan oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) kini sudah tidak terurus lagi, berkemungkinan kurangnya sambutan atau pengurusan kurang cekap dan memuaskan kepada peminat sukan tersebut.

Dicadangkan sama ada bangunan yang menempatkan sukan boling ini diswastakan kepada syarikat yang berpotensi dapat memajukan sukan tersebut ataupun ditukarkan dan diubahsuaikan menjadi gelanggang sukan yang lain seperti gelanggang badminton, futsal atau trek lumba basikal yang moden dan lengkap.

Sudah sampai masanya Pusat Sukan Paroi ini diberi nafas baru di mana semua latihan sukan untuk atlet Negeri Sembilan yang berbakat dilakukan di situ, lengkap dengan asrama serta kelengkapan moden.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Paroi, Seremban
Utusan Malaysia, 4 Jan 2012

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

PAS Kulaijaya

Posted: 04 Jan 2012 07:05 AM PST

PAS Kulaijaya


KHUSYUK DALAM SOLAT.

Posted: 03 Jan 2012 05:33 PM PST

Landskap Siasah

Posted: 04 Jan 2012 07:02 AM PST

Landskap Siasah


Ustaz Radzi dan wawacara Sinar

Posted: 04 Jan 2012 04:45 AM PST

Hari ini 4 Januari 2012 tersiar satu muka penuh laporan wawancara SINAR HARIAN dengan bakal calon DUN Sg rapat ustaz radzi Zainon.

Laporan yang cukup optimis melambangkan kesediaan ustaz radzi untuyk menerajui DUN Sg rapat cukup membuatkan team Dato' hamidah berbulu hingga kedengaran berita mereka menalifon SINAR.

gaya gelabah UMNO Sg rapat teserlah apabila mereka menjawab secara emosi dalam link di bawah

http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/01/akhirnya-calon-pembangkang-dun-sungai.html



Kerajaan Kerdil Sahaja Sanggup Lanyak Mahasiswa

Posted: 03 Jan 2012 03:42 PM PST

Kerajaan Kerdil Sahaja Sanggup Lanyak Mahasiswa

Membantai mahasiswa sehingga berdarah dan cedera seumpama kerajaan BN mengisytihar perang terhadap bukan sahaja mahasiswa atau kelompok pelajar, malah kepada semua anak muda.

Inilah bukti kerajaan kerdil dan lemah kerana hanya sanggup memukul anak sendiri berlebih-lebihan.

Penahanan 20 orang mahasiswa yang berhimpun secara aman dalam keadaan menutup aurat tanpa ada alkohol dan kondom pada malam tahun baru 2012 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta kecederaan yang dialami oleh dua orang mahasiswa membuktikan betapa bebalnya kerajaan BN dan polis dalam memahami dikotomi bermoral dan tidak bermoral. Kerajaan ini umpama Disnasti Akhir Empayar Rom Barat yang hampir tumbang suatu ketika dahulu akibat jahil dalam membezakan perkara yang bermoral atau sebaliknya.

Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik, Muhammad Safwan Anang yang cedera di dada serta Amar Rasyidi yang cedera akan menjadi parut bernanah dalam gerakan mahasiswa. Kesannya, kerajaan BN perlu mengerahkan pemuda UMNO dan Puteri UMNO bekerja lebih masa jika ingin meraih kembali sokongan anak muda.

Tergamakkah UMNO isytihar perang atau benci kepada mahasiswa? Jika ini layanan yang diberi, jelas BN mengisytihar BENCI kepada kelompok mahasiswa.

Kelompok SMM dan BEBAS bukan kelompok pelajar 'huha-huha' yang berkumpul dengan motor rempit seperti kelompok remaja bandar dan pinggir bandar. Polis cukup 'takut' dengan kelompok anak muda rempit dan tidak bermoral menyambut tahun baru dalam keadaan yang sangat teruk setiap tahun.

Kelompok ini bukan juga kelompok pelajar yang membuat perkara tidak bermoral di luar negara selepas mendapat biasiswa Petronas atau kerajaan. Mereka golongan terpelajar. Cuma yang membezakan mereka dengan pelajar lain adalah mereka cakna dan sensitif dengan kezaliman kerajaan.

Hanya disebabkan turun bendera bermuka PM, UMNO sanggup kerahkan para polis untuk berkeras terhadap mahasiswa. Sedangkan mahasiswa dalam sesebuah kerajaan umpama anak kandung yang bakal menggantikan tampuk kepimpinan. Bayangkan anak kita terpijak baju atau terkotorkan baju kerja kita, sanggupkah kita tumpahkan darah mereka? Sanggupkah kita bantai anak kita separuh nyawa sehingga dihantar ke hospital? Insiden ini menampakkan betapa bencinya pemerintah terhadap mahasiswa hanya kerana menurunkan bendera muka manusia bukan bendera daulat atau bertulis nama Allah.

Polis kini dikerah pula untuk membuat 'home work' untuk jawab isu keganasan polis. Saban tahun PDRM berusaha menampilkan imej yang bersih dan baik, tetapi dirosakkan oleh UMNO kerana UMNO kerap memaksa polis berkasar dengan rakyat.

Dahulu, polis diminta ambil masa seminggu untuk 'edit' dan tunjuk jawapan bahawa polis tidak berkasar dengan peserta BERSIH, sedangkan rakyat ambil masa hanya 10 minit untuk 'upload' kejadian sebenar ke dalam Youtube.

Kini polis terpaksa bekerja keras lagi untuk menyiapkan video terkini menampilkan jawapan bahawa mereka 'berlembut' terhadap mahasiswa pada 1 januari 2012 yang lalu sedangkan mahasiswa menyebar video tulen dalam masa setengah jam sahaja tanpa sempat diaudit oleh pelajar MMU atau jurusan IT daripada IPTA lain.

UMNO tak serik dengan kejatuhan Mesir dan bagaimana pemuda mengguling Suharto selepas mahasiswa mulai dikasari dan dilayan seperti binatang.

Usaha Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) untuk membantu mahasiswa mendapat sedikit kelonggaran dalam menyuarakan pandangan dan sebagai komponen aksi yang sihat dalam negara cuba dihalang oleh UMNO sehingga menggasak mahasiswa pro-UMNO mendesak Saifuddin meletak jawatan.

Mahasiswa ASPIRASI (ahli UMNO) adalah kelompok pelajar yang dianggap bakal meneruskan legasi rasuah UMNO kerana mereka tidak pula mendesak menteri rasuah seperti Shahrizat untuk letak jawatan sebaliknya menteri yang tidak rasuah dan intelek seperti Saifuddin pula menjadi sasaran 'intelektual' mereka.

Kelompok inilah yang bakal menjadi komoditi alat kapitalis yang hanya bangga digelar 'modal insan' (modal manusia) dalam sistem ekonomi tanpa ada sahsiah dan sikap sensitif atas kezaliman dan penyelewengan kerajaan.

Benar kata sesetengah blogger dan pemimpin mahasiswa, mahasiswa dan isu Adam Adli dijadikan 'punching bag' UMNO apabila UMNO terjerat dengan isu salah guna wang Feedlot, isu Khir Toyo yang diketahui keputusanya dalam jangka waktu hampir pilihanraya, terjerat dengan kenyanyukan Mahathir yang menipu rakyat berkenaan siapa yang berhutang dengan Bank Dunia serta UMNO cukup geram apabila isu haji mazhab Najib dijadikan isu para pembangkang untuk mengupas kejahilan Ulama' UMNO.

Biar apapun yang berlaku, kejadian berdarah ini adalah titik mula kebangkitan mahasiswa seperti era tahun 1970an.


Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan MTD Sg Rapat

(bekas mahasiswa)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan