CINA ISLAM (林川興) Posted: 03 Jan 2012 02:00 AM PST Ada bukti kekerasan polis, dakwa peguam Posted: 03 Jan 2012 01:59 AM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - Mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim kelmarin mempunyai bukti menunjukkan pihak polis melakukan kekerasan, dakwa peguam Fadiah Nadwa Fikri. Fadiah ( kiri) yang mewakili 17 mahasiswa yang ditahan berkata, bukti bergambar dan rakaman video dalam simpanan mereka menunjukkan peserta perhimpunan dipijak, dipukul, diterajang dan tidak diberi bantuan oleh pihak polis. "Ada unsur jenayah. Kerajaan harus bertanggungjawab kerana ini satu tindakan jenayah," katanya yang mengiringi sekumpulan mahasiswa membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibu pejabat daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur. Dakwanya, kekerasan itu digunakan ketika hendak meleraikan perhimpunan di depan Universi Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru. | Lagi tamparan kepada MCLM berhubung kenyataan RPK Posted: 03 Jan 2012 01:57 AM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) menerima satu lagi tamparan hari ini apabila dua lagi calon mereka telah dikenal pasti untuk diketengahkan sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang menarik diri. Semua ini gara-gara tidak berpuas hati dengan pandangan pengerusi MCLM, Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dsemasa temu bualnya dengan media arus perdana hujung minggu lalu. "Dukacita dimaklumkan, saya tidak lagi mahu dikaitkan Gerakan Kebebasan Awam Malaysia," kata Malik Imtiaz Sarwar dalam satu kenyataan hari ini. "Saya telah membincangkan perkara berkenaan dengan Encik Sreekant Pillai yang juga meminta saya menyatakan bahawa beliau berkongsi pandangan dengan saya dan juga mahu dirinya diasingkan daripada gerakan itu," katanya. Semalam, Presiden MCLM Haris Ibrahim meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra itu. Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu. "Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya. Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM). Malaysiakini/- | Kontrak lounge suit: Nga saman penulis blog RM10j Posted: 03 Jan 2012 01:53 AM PST 9 Safar 1433H. [MOD] -
Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming akan memfailkan saman fitnah terhadap penulis blog yang mendakwa bahawa dirinya telah menyalahgunakan kuasa sebagai exco semasa pemerintahan singkat Pakatan Rakyat di Perak.
"(Saya akan) failkan saman fitnah RM10 juta di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menyaman blogger kerana memfitnah saya," katanya pada posting di Facebook hari ini.
Dalam tuntutannya Jumaat lalu, Nga telah menghantar surat kepada penulis blog Ahmad Sofian Yahya supaya membuat permohonan maaf kepada dirinya dalam tempoh 48 jam.
Ini kerana penulis blog pro-BN berusia 47 tahun itu didakwa memfitnahnya melalui artikel di www.sekupangduas.blogspot.com
Blogger itu bagaimanapun dilaporkan enggan berbuat demikian dan sebaliknya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan mendakwa peyalahgunaan kuasa oleh Nga, yang ketika itu exco yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan.
[Baca berita penuh] Versi Bernama Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming hari ini menfailkan saman menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta terhadap seorang blogger 'Sekupangdua', Ahmad Sofian Yahya kerana menulis dan memaparkan satu artikel yang didakwa menfitnahnya. Writ saman itu difailkan pada 11.30 pagi tadi melalui peguamnya Leong Cheok Keng, Augustine Anthony dan Nga Hock Cheh dari Tetuan Leong & Tan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dan meminta defendan mengemukakan maklum balas dalam tempoh 14 hari daripada tarikh ia difailkan.
Dalam writ saman itu, plaintif turut menuntut satu injuksi bagi menghalang defendan atau ejen dan pekerja defendan daripada menulis, menerbit serta atau memaparkan pengataan, kenyataan, tulisan berunsur fitnah dalam blog 'Sekupangdua' ataupun dalam apa jua cara yang menyentuh plaintif atau anggota keluarganya.
Mengikut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa pada 16 Dis lepas, defendan telah menulis dan menerbitkan satu artikel yang mengandungi fitnah terhadapnya menerusi artikel bertajuk 'Panas! Bongkar Nga Kormeng dan Pakatan Rakyat Menyamun' serta memaparkan atau menyebabkan artikel itu dipaparkan dalam blog berkenaan bertujuan merosakkan, merendahkan dan memusnahkan nama baiknya di kalangan rakyat Malaysia.
Nga turut mendakwa artikel itu telah dibaca, muat turun dan diedarkan dengan liputan yang luas sehingga plaintif diminta menjelaskan kesahihan dan kebenaran artikel berkenaan oleh wartawan media arus perdana, media online, anggota parti DAP-PKR-Pas, pengundi dan rakyat Malaysia.
Berdasarkan permintaan serta tuntutan wartawan, anggota dan pemimpin gabungan parti politik DAP-PKR-Pas, pengundi serta ramai rakyat negara, plaintif tidak boleh membiarkan artikel tersebut tanpa menafikan, memperjelaskan kesahihan serta kebenaran artikel tersebut kepada kesemua pihak berkenaan.
Kandungan artikel itu dan perkataan-perkataan yang terkandung di dalam artikel itu adalah berunsurkan fitnah dan difahami merujuk kepada plaintif, dakwanya. Plaintif menyatakan namanya mempunyai bunyi sama dengan 'Nga Komeng' serta perkataan di dalam artikel tersebut mempunyai makna biasa dan semula jadi adalah bermaksud dan difahami sebagai merujuk kepadanya sebagai seorang yang tidak jujur dan amanah, penyamun harta rakyat Malaysia, menyalahgunakan kuasa sebagai seorang anggota Exco kerajaan negeri semasa urustadbir negeri Perak, seorang pemimpin yang korup dan munafik, tidak layak menjadi Anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Perak atau memegang sebarang jawatan awam dan hipokrit.
Artikel itu adalah fitnah semata-mata kerana plaintif tidak pernah berlaku secara tidak amanah, menyalahgunakan kuasa dan tidak pernah campur tangan dalam urusan pemberian tender Majlis Bandaraya Ipoh untuk memihak kepada mana-mana pihak lebih-lebih lagi isterinya sendiri, dakwanya.
Defendan juga didakwa membuat satu laporan kononnya salah guna kuasa yang dilakukan oleh plaintif kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi tekanan berterusan kepada plaintif. Plaintif yang juga Anggota Parlimen Taiping menerusi peguam caranya telah menghantar satu surat tuntutan bertarikh 28 Dis 2011 kepada defendan supaya meminta maaf rasmi dan membayar ganti rugi kepada plaintif namun defendan enggan berbuat demikian malah dengan angkuh melanjutkan dan meneruskan fitnah serta sindirian di dalam blog berkenaan. Nga turut mendakwa akibat daripada fitnah bertulis yang palsu dan dibuat serta diterbitkan secara niat jahat, beliau telah hilang maruah dan reputasi serta mengalami tekanan mental yang teruk di samping karakter, reputasi serta jawatannya telah dicalar dengan serius. Plaintif menyatakan defendan mempunyai niat jahat di dalam menulis dan menerbitkan artikel itu dengan tujuan menghancurkan dan memusnahkan nama baiknya, kerjaya politik dan segala karier politiknya di masa depan akan terus musnah. Selain itu, Nga yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pantai Remis turut menuntut defendan menyiarkan satu pernyataan mohon maaf bertulis kepada plaintif dalam tiga akhbar arus perdana berbahasa Melayu, Inggeris dan Cina serta di dalam blog 'Sekupangdua'. Selain ganti rugi am berjumlah RM10 juta itu, plaintif turut menuntut ganti rugi teladan dan ganti rugi keterlaluan yang jumlahnya difikirkan sesuai oleh mahkamah di samping faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah. Sementara itu dalam sidang media berasingan, Ahmad Sofian berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya serta tidak akan memohon maaf kepada Nga walaupun berdepan dengan tindakan saman. "Hari ini juga saya mahu Nga menarik balik tuduhan beliau yang keluar dalam portal berita Malaysiakini bertarikh 19 Dis yang menuduh saya mempunyai rekod mengada-adakan bukti serta memalsukan dokumen," katanya sambil memberi tempoh 48 jam untuk Nga memohon maaf dan menarik balik kenyataan berkenaan atau berdepan dengan tindakan saman olehnya. Malayskaini/- | PR Gerakkan 100,000 Orang Berhimpun Secara Aman Posted: 03 Jan 2012 01:00 AM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - PETALING JAYA, 3 JAN: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menggerakan 100,000 orang penyokong untuk berhimpun secara aman sebagai tanda sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini bagi mendengar keputusan berhubung kes liwat II. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, muslihat Umno-Barisan Nasional yang merekasaya tomahan ini tidak akan menggelincirkan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan. Tegas beliau, Pakatan akan bangkit meruntuh tembok kezaliman walau apa pun konspirasi untuk memenjarakan Anwar. "Walau apapun keputusan pada 9 Januari ini, pimpinan Keadilan bersama Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya telahpun bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan tepat. "Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan Keadilan akan terus menerajui agenda rakyat. Persoalan kepimpinan sememangnya diputuskan melalui permuafakatan dalam parti. "Semenjak dari penubuhannya kepimpinan parti merupakan suatu "evolutionary process," dan bukannya suatu "revolutionary process.", katanya. Mengenai pendirian dan sokongan DAP pula katanya, Ketua AMK, Shamsul Iskandar sudah berjumpa dengan pimpinan DAP dan ianya akan dibincangkan semula dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat petang ini dan taklimat Pakatan Rakyat pada 5 Januari ini. Ujar beliau lagi, Pakatan Rakyat akan meneruskan program himpunan besar-besaran di Pulau Pinang pada sebelah malam pada hari yang sama. "Apa yang telah kita susun, kita teruskan sama ada beliau dibebaskan ataupun dijatuhkan hukuman with bill atau without bill kerana gerakan ini bukan bermusim. "Gerakan rakyat akan berterusan sehingga PRU-13. Diharapkan beliau akan diberikan Keadilan. "Kita akan teruskan sama ada dibebaskan atau dipenjarakan dengan segera pada hari tersebut kita akan Penang. Kita ada satu perhimpunan besar pada 9 Januari jam 8 malam di tapak ekspo. "Kalau dibebaskan beliau akan balik ke kampung untuk meraikan kemenangan tersebut. "Sekiranya beliau ditahan kita akan balik ke Pulau Pinang untuk menuntut beliau dibebaskan daripada kezaliman," katanya. Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Othman memberikan jaminan, Pas akan menggerakkan rakyat turun berhimpun bersama pada 9 Januari ini. "Saranan saya, jangan seorang pun membawa senjata. Bawa video atau kamera untuk rakam. Saya menyeru ahli Pas untuk turun pada 9 Jan," katanya. tv selangor/- | Doa Kekal Hidayah Posted: 03 Jan 2012 12:40 AM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahhab. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. tazkirah/- | Penjelasan polis ulang tayang skrip lama - Mohd Sabu Posted: 03 Jan 2012 12:31 AM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 3 Jan: Penjelasan polis mengenai pembantaian mahasiswa pada 1 Januari lalu hanyalah ulang tayang skrip lama yang sudah basi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Ia adalah ulang tayang skrip polis sejak dahulu lagi. Skrip lama itu sebelum ini digunakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 dan ia tidak akan mengurangkan sama sekali kemarahan rakyat terhadap pembelasahan yang tidak tidak berperikemanusiaan itu," kata beliau. Selepas perhimpunan Bersih 2.0, katanya, dengan tujuan hendak meyakinkan orang ramai, polis membuat bising bahawa bukti bergambar dan dirakam akan dikemukakan kononnya untuk mematahkan hujjah dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh rakyat tentang keganasan polis dalam perhimpunan itu. "Tetapi, dalam sidang akhbar nak tunjuk bukti bergambar dan dirakam itu pun polis berbohong dan memfitnahkan saya kononnya saya berbohong mengenai penganiayaan ke atas saya sedangkan saya telahpun membuat laporan polis sebelum itu dengan fakta yang sama sekali bercanggah dengan cerita rekaan pegawai polis berkenaan. "Malah, bila saya sekali lagi menceritakan apa yang sebenarnya terjadi dalam pendengaran oleh Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), penjelasan saya itu tidak dicabar pun oleh pihak polis," kata Mohamad. Beliau yakin, apa jua cereka polis tidak akan meredakan sedikit pun kemarahan orang ramai dan akan semakin membara semangat untuk menamatkan kekejaman pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) yang kian terbukti semakin ketagihkan darah rakyat. "Dalam perhimpunan Bersih 2.0 bukan sahaja banyak yang dimangsakan dan berdarah, malah menyebabkan kematian seorang rakyat yang hanya meminta pilihan raya negara ini dijalankan dengan adil dan bersih. "Dalam perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim itu juga mengalir darah pelajar-pelajar Melayu Islam akibat tindakan ganas alat perkakas Umno yang setiap hari berbohong kononnya hendak menolong Melayu," kata Mohamad (gambar). Diminta mengulas tentang demonstrasi mahasiswa di perkarangan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru itu, beliau menyifatkan perhimpunan menuntut mahasiswa dimerdekakan dari Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu mempunyai signifikan yang bersejarah. "Perjuangan menuntut kemerdekaan sehingga diturunkan bendera Union Jack di tanah air kita dahulu antara lain tercetus di Maktab Perguruan Tanjung Malam yang kini menjadi UPSI. "Demonstrasi mahasiswa menuntut kebebasan di hadapan UPSI itu pula berlaku selepas apa yang difahamkan kepada saya tentang tindakan berani seorang mahasiswa menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis di negara ini, Apco Worldwide. "Tindakan menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis itu adalah sehebat tindakan menurunkan bendera Star of David," tegas Mohamad. Beliau yakin, semakin ramai anak muda dan para mahasiswa yang akan bangkit untuk menamatkan kezaliman pemerintahan Umno BN. "Bila sesebuah kerajaan jahat semakin ketagihkan darah rakyat, ia hakikatnya sudah semakin dekat dengan penghujung hayat," tegas Mohamad. Harakah Daily | Ubat curi HKL dijual kepada pasaran gelap Posted: 03 Jan 2012 12:30 AM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - PETALING JAYA – Ubat-ubatan bernilai RM1 juta yang disedari hilang ketika kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) membuat pemeriksaan stok di HKL pada 28 Disember lalu dipercayai dicuri untuk dijual di pasaran gelap di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai berkata, pihaknya percaya ubat berkenaan yang dijumpai semula di sebuah premis di Jalan Duta, Kuala Lumpur tiga hari lalu adalah untuk dijual secara tidak sah bagi mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda berbanding nilai sebenar ubat itu. Katanya, kes berkenaan adalah serius kerana apabila ubat itu berada di pasaran gelap dan dijual secara tidak sah, ia akan menyebabkan ubat tersebut bercampur dengan ubat-ubatan tiruan dan berkualiti rendah. Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya untuk membeli ubat-ubatan di pasaran gelap yang mungkin datang daripada hasil curi atau kualitinya tidak elok. "Apabila sudah bercampur-campur dalam pasaran gelap, mungkin ada yang asli dan tidak, jadi sukar untuk dipastikan mana satu yang betul. Nasihat saya jangan beli terus ubat yang tidak tahu asal usulnya," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam. Kosmo | Lima sekeluarga dibunuh kejam di Sibu Posted: 03 Jan 2012 12:00 AM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - SIBU - Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak ditemui dibunuh dengan kejam di rumah mereka di RTM Road Lane 13B1 di sini kira-kira 7 pagi ini. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata mangsa dikenal pasti sebagai wanita warga emas berusia 80 tahun, anak lelakinya yang merupakan ahli perniagaan berusia 36 tahun serta tiga anaknya iaitu seorang perempuan berumur 10 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun. "Anak yang bongsu meninggal dunia dunia di Hospital Sibu sejurus selepas tiba untuk rawatan akibat kecederaan parah di kepala," katanya. Shafie berkata polis percaya pelaku lebih daripada seorang dan mereka menggunakan objek tumpul dan objek tajam untuk membunuh mangsa. Satu sidang media akan diadakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Law Hong Soon petang ini berhubung kes itu, katanya. sinar harian/- | Nik Aziz lahir simpati dengan mahasiswa Posted: 02 Jan 2012 11:49 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 3 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa simpati terhadap golongan mahasiswa yang dicengkam kebebasannya melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971). Katanya kedudukan pencabulan pihak atasan terhadap kemampuan, kebolehan mahasiswa di negara ini telah dilalui oleh kerajaan Kelantan sejak 21 tahun lalu. "Saya selaku Menteri Besar Kelantan sejak 21 tahun lalu tidak pernah diundang menghadiri sekolah mereka,"ujarnya. (Hafizuddin sedang menyampaikan ucapan sambil didengar oleh Nik Aziz) Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan 10 orang wakil Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur), yang menyerahkan memorandum Menuntut Penolakan Auku 1971 dan Pengembalian Autonomi Kampus dan Mahasiswa. Penyerahan itu diserahkan oleh wakil Gempur yang juga jurucakapnya, Mohamad Hafizudin Mohd Nasaruddin, di pejabat rasmi Menteri Besar, Kota Darulnaim. Sambungnya, ia adalah antara kezaliman serta ketidakadilan kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeri. Tambahnya, malah dirinya sebagai orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat secarah sah dalam pilihanraya umum sejak 21 tahun lalu turut dinafikan banyak haknya sebagai ketua kerajaan di negeri itu. Katanya, menyentuh akta ini semua golongan mahasiswa tidak boleh bebas dalam menyatakan pandangan, kritikan kepada mana-mana individu. Jelasnya, golongan terpelajar ini bukan sahaja belajar di universiti, sebaliknya juga di luar seperti berhimpun sebagaimana Islam sendiri mengajar umatnya berhimpun lima kali sehari untuk menunaikan solat. "Pergi solat berjemaah nak sebut berhimpun ke, demontrasi ke sama saja, sebab demontrasi ni maksudnya berhimpun di masjid beramai-ramai di masjid, Arafah setahun sekali dan ianya ada asas dalam Islam. "Kerana itu demontrasi ni adalah hak manusia, hak pelajar di mana mereka (pelajar) bakal menjadi pemimpin di suatu hari nanti,"ujarnya. Katanya, semua pemimpin dan menteri yang ada sekarang ini akan meninggal dunia suatu hari nanti dan golongan pelajar hari ini bakal menggantikan mereka. Sehubungan itu, beliau begitu bersetuju sekiranya pelajar bermula di peringkat bawah hingga ke peringkat paling atas diajar bagaimana untuk berurusan dengan rakyat. "Pelajar universiti ni belajar bukan untuk menjadi orang kaya semata-mata, jadi menteri ke, bukan sebaliknya mereka perlu dilatih bagaimana menjadi seorang pemimpin,"ujarnya. Beliau bagaimanapun menyatakan memorandum yang diserahkan padanya untuk meminta kerajaan negeri bersuara berhubung AUKU agar dimansuhkan, ianya tidak boleh dilakukan. Jelasnya, kerajaan negeri tidak ada hak untuk berbuat demikian, kecuali sekiranya perkara yang sama berlaku dalam Yik ianya akan ditangani mengikut cara Islam. Harakah Daily | Pukul mahasiswa: J’kuasa siasatan awam perlu ditubuhkan segera Posted: 02 Jan 2012 11:46 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - JOHOR 3 Jan: KEADILAN Johor menuntut satu jawatankuasa siasatan awam diadakan bagi menyiasat kejadian mahasiswa, Safwan Anang Taib yang cedera akibat dipukul polis, 1 Januari lalu. Ketua Penerangannya, Syed Hamid Ali berkata, KEADILAN memandang serius keganasan terhadap mahasiswa dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS), yang dianjur di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) itu. "Kami menuntut kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) khasnya, segera mengadakan pendengaran awam dan siasatanterbuka berhubung kejadian di mana Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Taib, telah cedera parah dan 17 yang lain ditangkap. "Jawatankuasa Siasatan Awam itu hendaklah terdiri daripada pakar-pakar perundangan dan NGO yang bebas; selepas siasatan dilakukan, laporannya hendaklah diumumkan," kata beliau dalam satu kenyataan media. Katanya, jawatankuasa itu merupakan pendekatan terbaik untuk menangani peristiwa ini memandangkan pelbagai khabar angin tersebar sehingga mengelirukan orang ramai dan menimbulkan syak wasangka. Ini kerana Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan mendakwa tulisan di beberapa blog mengenai kecederaan dua mahasiswa akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), adalah tidak benar dan merupakan fitnah. Bagaimanapun, kata Syed Hamid, Safwan Anang pula mendakwa dia telah dipaksa oleh polis untuk berbohong dan menandatangani dokumen yang menyatakan dia "cedera akibat jatuh". "Sebab itulah kami menuntut supaya Jawatankuasa Siasatan Awam ditubuhkan dengan segera untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan bagi semua pihak," katanya. Keadilan Daily | 9 Januari penting bagi rakyat tuntut perubahan- Surendran Posted: 02 Jan 2012 11:42 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 3 Dis : Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tanggal 9 Januari merupakan tarikh penting buat rakyat Malaysia dalam menentukan perubahan berlaku di negara ini. Ini kerana menurutnya, kes perbicaraan Fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada hari tersebut. "Umno kini cuba menyekat rakyat Malaysia berjalan ke arah kebebasan, dengan cuba untuk menghapuskan politik Anwar Ibrahim melalui sistem keadilan yang berpihak dan patuh kepada mereka (umno)," "Inilah sebabnya 9 Januari penting untuk rakyat Malaysia. Pendirian tegas Anwar terhadap sistem yang tidak adil telah memberikan semangat dan harapan baru kepada rakyat dalam menghadapi tekanan yang mengekang iltizam rakyat untuk menuntut perubahan dan pembaharuan," katanya dalam satu kenyataan media. Katanya lagi ini tarikh ini juga merupakan kemuncak perjuangan dalam membentuk negara yang diinginkan rakyat terutamanya dalam menuntut perubahan dalam sistem keadilan. "Apa jua keputusan pada 9 Januari ini, kita akan melihat bahawa rakyatlah yang akan menentukan kedudukan terhadap kerajaan sekarang," kata beliau. Surendran turut membidas badan behakiman yang dilihat gagal menegakkan hak asasi yang terkandung dalam perlembagaan, malah membiarkan hak tersebut dicabuli. "Rakyat telah menderita di bawah undang-undang yang keras, rasuah yang berleluasa dan penyalahgunaan jawatan awam untuk memberi keuntungan," kata beliau. Keadilan Daily | Dakwa dinikah malaikat Posted: 02 Jan 2012 11:30 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Saya pernah disampaikan ajaran songsang oleh selebriti itu, tetapi terpaksa menolaknya kerana didapati melanggar hukum syarak dan syariat," kata Sudin, 40-an, antara individu yang pernah disampaikan dakyah palsu oleh Selebriti Sesat (SS) yang mengakui dirinya sebagai rasul. Harian Metro Sabtu lalu melaporkan, seorang SS mengakui dirinya diutuskan sebagai seorang rasul bagi merahmati sekalian alam, mendakwa wujud sebelum Nabi Adam a.s, selain berada di barisan depan di Padang Mahsyar untuk memberikan syafaat kepada pengikutnya. Menurut Sudin, selama dua bulan bersama SS, artis terbabit berbual dengannya hal agama berkaitan hakikat dan syariat, malah pernah disuruhnya tidak berpuasa dan bersolat kerana perlu kembali kepada hakikat. Kata Sudin, biarpun selebriti berkenaan sudah beristeri, dia juga didakwa ada menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain kononnya malaikat yang nikahkan mereka. "Saya beranggapan SS ibarat baru lahir terus masuk ke universiti, sama juga seperti dia belajar agama seorang diri seterusnya mengakui dirinya Rasul," katanya. Harian Metro | Anwar mulakan siri jelajah di Johor malam ini Posted: 02 Jan 2012 11:28 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 3 Januari: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan siri jelajahnya ke beberapa negeri di semenanjung, bermula di Johor malam ini, . Siri jelajah itu dirangka bagi memberi peluang setiap lapisan rakyat memperoleh maklumat sebenar mengenai kes Fitnah II, menjelang keputusan perbicaraan itu pada 9 Januari. Selain menangkis fitnah yang dilakukan Umno, ketua pembangkang itu juga dijangkan mengupas isu-isu terkini serta perkembangan politik tanah air. Beliau akan berucap di Serom 3, Ledang, Muar kira-kira jam 9.00 malam, dan Parit Samsu, Jalan Temenggong Ahmad, Muar kira-kira jam 11 malam. Manakala esok, Anwar akan berucap di perkarangan Pejabat KEADILAN, Jalan Rahang, Negeri Sembilan jam 9 Malam sebelum beredar untuk sesi ceramah yang seterusnya di Taman Sin Hoe, Bukit Katil, Melaka jam 11 malam. Pada hari Khamis pula, Anwar akan berada di dua lokasi di Kelantan iaitu di Pondok Padang Kala, Melor, Ketereh pada jam 7 malam dan Padang Majlis Daerah Macang, jam 10 malam. Manakala keesokannya Anwar akan kembali semula ke Lembah Kelang dengan mengadakan ceramah di Dewan Gasing Indah, Seksyen 5, Petaling Jaya jam 9 malam dan Kompleks Sukan 3K, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Kelana Jaya jam 11 malam. Pada hari sabtu pula, ketua pembangkang itu akan berada di tiga buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Pahang dan terengganu. Beliau akan berucap di Madrasah An Nahdoh, Kubang Semang, Permatang Pauh jam 9 pagi sebelum bertolak ke Markas Pas, kampung Balok, Kuantan jam 3.30 petang. Pada sebelah malam pula, Anwar akan berada di Hulu Terengganu iaitu di Pejabat KEADILAN Kuala Terengganu, Gong Kapas pada jam 9 malam dan Kampong Gaung, Kuala Berang jam 9 malam. Pada hari Ahad, beliau akan berucap di kediamannya di Bukit Segambut, jam 7 petang, sebelum ke Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung baru jam 9 malam. Beliau akan meneruskan pidato terakhirnya di dewan orang Ramai Kampung pandan, jam 11 malam. Keadilan Daily | Saya bangga ada anak menantu yang begitu Posted: 02 Jan 2012 11:16 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Saya bangga ada anak dan menantu yang sebegini dan saya harap ramai lagi mahasiswa yang akan bangkit untuk memperjuangkan yang hak." (Puan Mariam ketika bercakap kepada para pemberita) Demikian kata Puan Mariam Abdul Rashid, ibu mertua kepada Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini. Puan Mariam berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melawat menantunya Safwan yang baru keluar dari hospital. Ketika bercakap kepada media, Safwan berkata, dia ditumbuk sekali di bahagian muka dan ditendang dengan lutut oleh anggota polis. Kejadian itu berlaku apabila beliau cuba membebaskan rakannya yang sedang diheret oleh polis di malam tahun baru 2012 di Univerisiti Perguruan Sultan Idris. "Bangga..." kata Puan Mariam sambil tersenyum kepada wartawan yang bertanya kepada beliau tentang Safwan yang terpaksa diusung ke hospital selepas dipukul. "Dia menantulah dan anak saya juga seorang aktivis pelajar," kata Puan Mariam. "Bangga..sebab mereka sangat berani untuk memperjuangkan yang hak dan juga untuk membela nasib yang lain. "Walaupun kita rasa agak sedih dengan kejadian yang berlaku....menyebabkan kecederaan dan sebagainya. "Kita sangat kesal dengan tindakan polis terhadap mahasiswa yang sepatutnya diberikan kebebasan untuk menyuarakan pandangan mereka tetapi sebaliknya berlaku begitu...itu sahaja," kata Puan Mariam. Namun Puan Mariam sekali lagi menyambung dengan berkata, "Saya bangga ada anak dan menantu yang begitu....." Harakah Daily | Guru Pasti P.Pinang dapat RM600 seorang Posted: 02 Jan 2012 11:14 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - KEPALA BATAS, 3 Jan: Seramai 214 guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Pulau Pinang tersenyum lebar apabila pengurusan Pasti Negeri Pulau Pinang bersama Dewan Pemuda PAS Negeri bertindak menyalurkan bantuan kewangan RM600 seorang sebagai hadiah tahun baru 2012. Pemberian itu diserahkan pada satu majlis khas yang diadakan di sini semalam. Hadir sama menyampaikan sumbangan ialah Pengarah Pasti Negeri Nazarudin Awang Hamat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Yusni Mat Piah, Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein, Pengerusi Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri, Hafiz Kasim dan Setiausaha Kerja Pasti Negeri, Shukri Mohd Tauzin. Bagi Guru Pasti Sembilang, Permatang Pauh, Zurida Ismail, (gambar kanan) pemberian itu sekaligus menyemarakan semangat mereka untuk terus menyambung perjuangan mendidik anak bangsa mengenali agama Islam. "Sebagai guru Pasti rasa syukur dengan keprihatinan yang ditunjukan oleh Pasti dan Dewan Pemuda PAS Negeri terhadap jasa dan pengorbanan guru yang selama ini mengajar tanpa rasa jemu," jelasnya. Cikgu Jamilah Sharif dari Pasti Tasek Mutiara, Nibung Tebal pula menyifatkan pemberian tersebut sebagai 'ole-ole tahun baru' untuk memupuk semangat guru agar lebih menumpukan perhatian sebaik mungkin kepada proses pendidikan pelajar. "Kerelaan guru Pasti samada yang masih menabur bakti atau bekas guru amat disanjung oleh semua pihak kerana dari sinilah kanak-kanak diajari dengan pengenalan Islam sebagai bekalan bila besar nanti, " katanya yang sudah 10 tahun bersama Pasti. Noralyn Jamiri dari Pasti At Taqwa, Butterworth menambah, memang tidak dinafikan kanak kanak bukan sahaja memerlukan belaian kasih sayang dari ibubapa tetapi juga memerlukan makanan rohani daripada seorang guru. Tanpa guru yang membimbing sambungnya, para pelajar yang membesar terutamanya di kawasan bandar mudah terpengaruh perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh agama. Harakah Daily | Pemuda PAS persoal siswa cedera buat sendiri Posted: 02 Jan 2012 11:12 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 3 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini mengutus surat kepada Ketua Polis Negara sebagai menyatakan kekesalan terhadap insiden di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada malam ambang tahun baru lalu. Dalam surat kepada Tan Sri Ismail Omar itu, Naib Ketua DPPP, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss turut menyatakan bantahan terhadap kenyataan Ketua Polis Negeri Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang mendakwa kecederaan beberapa Mahasiswa adalah disebabkan perbuatan mereka sendiri. "Persoalan kami, mustahil kecederaan dengan sebelas jahitan berlaku dengan perbuatan sendiri? "Mustahil juga kecederaan yang berlaku dirusuk Mahasiswa tersebut adalah perbuatan sendiri dan mustahil juga seorang Mahasiswa pecah mulutnya dengan perbuatan sendiri," soalnya sambil menambah sepatutnya Ketua Polis Perak mengemukakan bukti atas tuduhan tersebut. Dalam insiden awal pagi 1 Januari lalu, dua mahasiswa dilaporkan cedera teruk ketika pihak polis cuba meleraikan Himpunan Kebebasan Akademik (Bebas) yang disertai kira-kira 70 mahasiswa si hadapan pintu masuk UPSI. Mereka adalah Muhammad Safuwan Anang dan seorang lagi Amar Rasyidi. Selain itu, 17 daripada mereka juga ditahan polis dan dibebaskan pada petang hari yang sama selepas diambil keterangan. Bagaiamanapun, ketua polis Perak pada satu sidang media menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan apatah lagi mencederakan mahasiswa tersebut. Menurutnya, kecederaan yang menimpa mahasiswa tersebut adalah akibat perbuatan mahasiswa itu sendiri. Mengulas lanjut, Raja Ahmad juga menasihatkan pihak polis agar jangan mengulangi insiden yang pernah berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mencederakan dirinya sendiri dalam insiden 'mata lebam' dan akhirnya terbongkar ianya dialkukan pihak lain. "Kami berharap tiada unsur 'menipu' di dalam insiden ini dan Polis perlu jujur di dalam menjalakan tanggungjawab yang diberikan. "Kami mendesak agar satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan di atas kenyataan penafian Ketua Polis Perak tersebut," katanya yang juga mahu Suruhanjaya Asasi Manusia (Suhakam) turut dilibatkan di dalam suruhanjaya itu. Himpunan ambang tahun baru itu adalah anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu atas alasan menuntut kebebasan akademik dengan menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971. Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI, Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Disember lepas, tidak dikenakan tindakan tata tertib oleh pentadbiran universiti berkenaan. Harakah Daily | Tatatertib: Adam Adli bincang dengan peguam Posted: 02 Jan 2012 11:11 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 3 Jan: Pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim belum memutuskan sama ada akan hadir atau tidak ke sesi pendengaran hukuman tatatertib terhadapnya, 9 Januari ini. Adam sebaliknya berkata, beliau akan berbincang dengan pihak peguam sebelum membuat sebarang keputusan. "Saya akan bincang dengan peguam dahulu, belum ada keputusan rasmi setakat ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) itu menerima notis tindakan tatatertib oleh UPSI berhubung tindakannya menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno, 17 Disember lalu. Adam menurunkan bendera muka Najib beberapa minit dengan menggantikannya dengan bendera Kebebasan Akademik selepas menyerahkan memorandum menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Ditanya pendiriannya berhubung notis tindakan tatatertib tersebut, Adam berkata, beliau bersedia "berlawan" dengan pihak pentadbiran UPSI kerana yakin tindakannya itu bukan satu jenayah. "Prinsip saya, saya akan terus lawan walau apa pun yang terjadi. Sama ada berdepan dengan HEP atau tidak, saya akan terus lawan," tegasnya yang turut ditahan polis bersama 16 yang lain selepas terlibat dengan demonstrasi di hadapan UPSI Sabtu lalu. Demonstrasi itu bagi mendesak Adam dibebaskan daripada sebarang tindakan tatatertib dan menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata, notis tindakan tatatertib kepada Adam akibat penyertaannya dalam demonstrasi itu akan diserahkan dalam tempoh 10 ke 14 hari lagi. Harakah Daily | 5 hari Lajnah Penerangan PAS di Sabah dan Sarawak Posted: 02 Jan 2012 11:07 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat telah mengadakan lawatan kerja ke Sarawak dan Sabah bermula 28 Disember 2011 sehingga 1 Januari 2012 yang lalu. Tujuan lawatan ini diadakan ialah sebagai persediaan untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang di kawasan-kawasan yang PAS bertanding. Seramai 15 orang rombongan diketuai oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan turut disertai oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah, YB Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Timbalan pengerusi 2 Lajnah, Ustazah Nuridah Salleh, Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh-Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Pusat, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki- Setiausaha Lajnah, YB Dr Mohamad Fadzli Hassan- Exco Penerangan Negeri Kelantan, Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat, Ustazah Salbiah Wahab & Ustaz Solehin Mokhyi, AJk Lajnah, Mohd Shahir-Pegawai tadbir Penerangan dan lain2. Di Sarawak,rombongan telah disambut oleh Pesuruhjaya PAS Sarawak Tuan Hj Adam Ahid dan AJK beliau. Ahli-ahli rombongan telah berpecah kepada beberapa kumpulan iaitu Sebuyau, Batang Sadong, Kuching dan Miri, iaitu di kawasan yang mana PAS akan bertanding dalam pilihanraya umum nanti. Di DUN Sebuyau yang diketuai Ustaz Tuan, acara yang diadakan ialah Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh di Surau Kg Masjid dan Jamuan bersama rakyat, dan program ziarah. Rombongan telah menziarahi dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk di Pekan Sebuyau dengan bersarapan bersama mereka di sebuah kedai kopi yang menjadi tumpuan penduduk di situ. Kemudian, rombongan telah menziarahi rumah seorang warga emas yang uzur berumur 90 tahun yang juga ibu saudara kepada Pesuruhjaya PAS Sawarak Hj Adam Ahid, serta menziarahi rumah sebuah keluarga yang mana suaminya baru meninggal dunia sehari sebelum itu. Pada malamnya, semua ahli2 rombongan telah berkumpul kembali di Kuching kerana diadakan pertemuan antara pimpinan PAS dengan tenaga penggerak PAS Sarawak. Di Sabah pula, rombongan telah berpecah juga kepada tiga kumpulan iaitu ke Kota Kinabalu, Tawau dan juga Sandakan.Di Sandakan rombongan telah disambut oleh YDP PAS Batu Sapi Tuan Haji Hamzah selaku YDP PAS Batu Sapi dan jawatankuasa kawasan. Program pertama yang diadakan ialah program Hi-Tea di Kampung Lupak Meluas bersama penduduk-penduduk kampung. Dalam majlis itu kesemua pimpinan yang berucap telah berpesan kepada penduduk supaya berani membuat perubahan yang besar dalam PRU akan datang iaitu dengan mengundi PAS bagi memastikan nasib penduduk2 di Negeri Sabah ini terbela. Kemudian slot kuliah Maghrib diisi di beberapa buah masjid dan surau iaitu Masjid Lupak Meluas, Masjid Sundang Laut, Masjid Karamunting dan Surau Kampung Gas. Setelah selesai, diadakan pula ceramah kelompok di Kampung Gum Gum, 25 km dari bandar Sandakan. Pada 31/12/2011, setelah mengisi slot kuliah Subuh di beberapa buah masjid di sekitar Sandakan, rombongan dibawa pula menziarahi Pulau Shanghai dan Pulau Tronglit. Walaupun cuaca tidak menentu kadangkala panas, kadangkala hujan lebat serta air laut pasang dan agak bergelora, namun ia tidak melemahkan semangat ahli rombongan yang diketuai oleh Ustaz Dato Tuan, Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Nik Zawawi. Sayu terasa di hati melihat kedhaifan penduduk di kedua pulau tersebut. Mereka seolah2 dilupakan kebajikannya oleh Kerajaan Barisan Nasional. Para pimpinan telah berpesan kepada pnduduk kedua pulau tersebut supaya berani membuat perubahan dengan mengundi PAS. Apa sahaja yang akan BN bagi pada masa akan datang boleh diambil kerana ia adalah hak rakyat, namun hati perlu bertekad dan bulat untuk menyokong calon PAS. Setelah itu pimpinan menyampaikan sedikit bantuan kepada pnduduk di kedua pulau tersebut yg disumbangkan oleh PAS batu Sapi dan PAS Sandakan. Di sebelah malamnya pula, sesi kuliah Maghrib terus diadakan di Masjid2 sekitar Sandakan, dan program edar risalah tahun baru di Bandar Sandakan. Pada pagi tahun baru 2012, dimulakan dengan perasmian PASTI Sayydina Ali di Sim-Sim serta upacara tahnik dua orang bayi, anak kepada aktivis PAS di sana. Pada waktu petang diadakan perjumpaan dalaman bersama PAS Batu Sapi dan PAS Sandakan di Rumah Ustaz Mahdzir Bendahari PAS Kawasan, sebelum ke lapangan terbang Sandakan utuk bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Harakah Daily | Lajim Ukin mahu keluar Umno? Posted: 02 Jan 2012 11:05 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - KOTA KINABALU, 3 Jan: Pemuda PAS Sabah hari ini menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin jika mahu keluar daripada Umno BN. Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, jika benar dakwaan itu, tindakan yang dibuat oleh ahli parlimen itu sekaligus memberi petanda bahawa Umno BN juga ditolak oleh pemimpinnya sendiri. "Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk keluar daripada Umno BN. "Ini merupakan petanda bahawa, Umno BN tidak hanya ditolak oleh rakyat tetapi termasuklah pemimpinnya sudah meragui kewibawaan parti itu," katanya. Sehubungan itu, kata Lahirul, pihaknya turut mempelawa Datuk Seri Lajim untuk bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat bagi membela nasib dan taraf hidup rakyat Sabah. "Kita pelawa beliau untuk sama-sama dengan Pakatan Rakyat. Beliau sudah sedar apabila bersama UMNO/ BN masih tidak berubah. "Yang berubah ialah pemimpin-pemimpin Umno BN," ujar Lahirul. Lajim, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini diwar-warkan akan keluar dariUmno dan akan mengetuai satu front baru yang dikenali sebagai SPF sebagaimana yang telah dilaporkan di media massa perdana. Desas desus mengatakan demikian semakin kuat apabila tindakan Lajim menghadiri majlis sambutan Krismas bekas wakil rakyat Kuala Penyu, Datuk John Ghani yang turut dihadiri beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Tambah Lahirul, sifat pemimpin Umno BN yang tidak mengenang budi dengan jasa-jasa Lajim yang telah memberi kuasa kepada Umno BN untuk memegang tampuk pemerintahan Sabah sekitar tahun 1994 lalu juga menyaksikan bahawa parti itu dalam dilema dan perpecahan. "Tindakan berani Lajim melompat daripada PBS kepada Umno bersama beberapa rakannya yang lain telah memberi laluan Umno mendapat majoriti mudah mentadbir negeri," jelasnya. Harakah Daily | Lima sekeluarga dibunuh kejam di Sibu Posted: 02 Jan 2012 11:01 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - SIBU - Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak ditemui dibunuh dengan kejam di rumah mereka di RTM Road Lane 13B1 di sini kira-kira 7 pagi ini. Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata mangsa dikenal pasti sebagai wanita warga emas berusia 80 tahun, anak lelakinya yang merupakan ahli perniagaan berusia 36 tahun serta tiga anaknya iaitu seorang perempuan berumur 10 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun. "Anak yang bongsu meninggal dunia dunia di Hospital Sibu sejurus selepas tiba untuk rawatan akibat kecederaan parah di kepala," katanya. Shafie berkata polis percaya pelaku lebih daripada seorang dan mereka menggunakan objek tumpul dan objek tajam untuk membunuh mangsa. Satu sidang media akan diadakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Law Hong Soon petang ini berhubung kes itu, katanya. Sinar Harian | Suspek kes dera berjaya ditahan polis Posted: 02 Jan 2012 10:56 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - GEORGETOWN - Kurang dari 12 jam selepas menjadi buruan polis, seorang pekerja barang lusuh yang dipercayai terbabit dengan kes penderaan, berjaya ditahan polis dengan bantuan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Menurut jurucakap polis, suspek yang berumur 49 tahun itu berjaya ditahan ketika cuba melarikan diri di Pasar Jelutong pada pukul 12.30 pagi tadi. Katanya, suspek turut cuba mengubah identitinya dengan membotakkan kepalanya untuk mengelak daripada dikenali namun cubaan itu tidak berhasil dan lelaki itu berjaya diberkas ketika sedang menunggang motosikal. "Lelaki itu telah dibawa ke balai polis Jelutong untuk soal siasat dan dijangka dibawa ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan hari ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi di sini pagi tadi, mengesahkan penahanan itu. Beliau berkata kes itu akan di siasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Semalam, polis berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, yang dikurung dalam sebuah rumah di Jalan Perak. Budak itu disyaki mangsa dera oleh bapanya berdasarkan kesan lebam lama dan baru di belakang badan dan calar di kaki serta tangan, dikatakan menangis dan meminta tolong selama 10 jam, bermula pukul 3 petang sehinggalah diselamatkan pada 1 pagi. Kanak-kanak itu kini masih mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang kerana terdapat kesan luka di tangan, badan dan kakinya. Sinar Harian | Pesan Anwar Kepada Rakyat Posted: 02 Jan 2012 10:55 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - PETALING JAYA, 3 JAN : Mengira beberapa hari sahaja lagi menuju keputusan kes mahkamahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada rakyat walau apa pun berlaku jangan pernah berhenti desak perubahan. Tegas Anwar, Barisan Nasional (BN) silap sekirannya berfikir bahawa mereka selamat dengan memenjarakan beliau. "Teruskan perjuangan ini, teruskan membela rakyat yang dizalimi. "Keutamaan adalah memenangkan Pakatan Rakyat (PR), perbincangan apa terjadi kepada Anwar adalah perkara kedua,"katanya. Tambahnya persoalan samada beliau ada didalam penjara atau diluar tidak penting sekiranya rakyat dan Pakatan masih utuh memilih beliau mengalas jawatan perdana menteri. Dalam pada itu, beliau penuh yakin bahawa gagasan Pakatan Rakyat akan menduduki Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Beliau berkata demikian dalam sesi Temubual Khas, Fokus Berita terbitan TVSelangor, di sini pagi tadi. tv selangor/- | Kes Anwar: Pakatan himpun 100,000 ahli Posted: 02 Jan 2012 10:51 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) dijangka menggerakkan 100,000 ahlinya bagi menyokong kempen Bebas Anwar 901 di pekarangan kompleks mahkamah Jalan Duta di sini Isnin depan. Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, sokongan padu terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan diterjemahkan dalam pehimpunan besar-besaran itu nanti. "Kita tidak takut untuk menggerakkan perhimpunan ini kerana ada peruntukan dalam Perlembagaan yang membenarkan kita berhimpun secara aman. "Pada perhimpunan itu nanti, kita sediakan garis panduan kepada nereka supaya mematuhi peraturan dengan tidak membawa senjata tajam dan seumpamanya," katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata, perhimpunan itu akan tetap diteruskan walaupun berisiko berhadapan dengan tindakan undang-undang dan dihalang pihak berkuasa. "Kita sudah lali dengan kenyataan berbentuk ancaman dari pihak berkuasa ini. Kenyataan polis begini sudah banyak kali kita dengar. "Di mana-mana negara pun, kita diingatkan supaya berfikir di luar kotak pemikiran. Gaji mereka (polis) pun rakyat yang bayar," katanya. Abd Rani berkata, semua ahli dan penyokong PR dijemput hadir pada perhimpunan besar-besaran itu nanti. "Pas akan laksanakan mobilisasi terbesar. Sekiranya dijangka 100,000 orang, maka 100,000 yang akan turun pada 9 Januari nanti," katanya. Sinar Harian | Guru Pasti P.Pinang dapat RM600 seorang Posted: 02 Jan 2012 10:50 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - KEPALA BATAS, 3 Jan: Seramai 214 guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Pulau Pinang tersenyum lebar apabila pengurusan Pasti Negeri Pulau Pinang bersama Dewan Pemuda PAS Negeri bertindak menyalurkan bantuan kewangan RM600 seorang sebagai hadiah tahun baru 2012. Pemberian itu diserahkan pada satu majlis khas yang diadakan di sini semalam. Hadir sama menyampaikan sumbangan ialah Pengarah Pasti Negeri Nazarudin Awang Hamat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Yusni Mat Piah, Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Husein, Pengerusi Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri, Hafiz Kasim dan Setiausaha Kerja Pasti Negeri, Shukri Mohd Tauzin. Bagi Guru Pasti Sembilang, Permatang Pauh, Zurida Ismail, (gambar kanan) pemberian itu sekaligus menyemarakan semangat mereka untuk terus menyambung perjuangan mendidik anak bangsa mengenali agama Islam. "Sebagai guru Pasti rasa syukur dengan keprihatinan yang ditunjukan oleh Pasti dan Dewan Pemuda PAS Negeri terhadap jasa dan pengorbanan guru yang selama ini mengajar tanpa rasa jemu," jelasnya. Cikgu Jamilah Sharif dari Pasti Tasek Mutiara, Nibung Tebal pula menyifatkan pemberian tersebut sebagai 'ole-ole tahun baru' untuk memupuk semangat guru agar lebih menumpukan perhatian sebaik mungkin kepada proses pendidikan pelajar. "Kerelaan guru Pasti samada yang masih menabur bakti atau bekas guru amat disanjung oleh semua pihak kerana dari sinilah kanak-kanak diajari dengan pengenalan Islam sebagai bekalan bila besar nanti, " katanya yang sudah 10 tahun bersama Pasti. Noralyn Jamiri dari Pasti At Taqwa, Butterworth menambah, memang tidak dinafikan kanak kanak bukan sahaja memerlukan belaian kasih sayang dari ibubapa tetapi juga memerlukan makanan rohani daripada seorang guru. Tanpa guru yang membimbing sambungnya, para pelajar yang membesar terutamanya di kawasan bandar mudah terpengaruh perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh agama. harakahdaily/- | Wanita cari bapa kandung Posted: 02 Jan 2012 10:46 PM PST 9 Safar 1433H. [MOD] - KOTA TINGGI – Seorang wanita merayu orang ramai supaya membantunya mengesan bapa kandungnya, Dol Mohamad Amin, yang terpisah sejak dilahirkan. Zulnaidah Dol, 37, berkata, dia mencari bapanya itu untuk menjadi wali pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 11 Disember lalu. Dia yang kini menetap di Kampung Gembut, Tanjung Sedili dekat sini berkata, sejak bercerai dengan ibunya, bapanya tidak pernah datang menjenguk malah saudara maranya juga tidak tahu di mana ayahnya berada hingga kini. "Saya dibesarkan oleh datuk dan nenek, malah saya tidak pernah sekalipun melihat wajah ayah sejak dari kecil. "Sebaik saya dilahirkan, kami terpisah kerana ibu dan bapa bercerai dan saya mengikut ibu tinggal bersama nenek di Kampung Gembut. "Ketika saya berusia empat tahun, ibu pula berkahwin baru dan terus menghilangkan diri tanpa khabar berita sehinggalah hari ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Menurutnya, dia yang kini tinggal berdua bersama neneknya berusia 84 tahun begitu memerlukan kehadiran bapanya untuk melangsungkan perkahwinan yang sebelum ini telah ditunda. "Bagi melangsungkan perkahwinan bersama lelaki pilihan, saya memerlukan kehadiran ayah agar dapat mewalikan pernikahan kami. Jika ada sesiapa mengenalinya diharap segera menghubungi di talian 011-14797545," katanya. Zulnaidah berkata, perkahwinannya beberapa kali tertangguh berikutan gagal mengesan bapanya untuk menjadi wali. "Jabatan agama menyarankan supaya berita mengenai pencarian wali ini disiarkan dalam mana-mana akhbar sebelum melantik wali hakim. "Meskipun tidak pernah bertemu dengannya, saya berharap dia muncul dan menjadi wali pernikahan saya," katanya. Sinar Harian | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan