Dari Perspektif Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul AM PAS
Bersempena dengan Salam Mahabbah dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Awang (1 Safar/ 26 Disember lalu), saya rasa gembira kerana sempat bersembang dan menyatakan sesuatu demi memperkukuhkan semangat muhibah antara pimpinan parti.
Justeru saya merenung kembali perspektif Membangun Negara Berkebajikan yang menjadi ribut kecil sehari-dua ini. Seperti mana saya terangkan kepada pihak tertentu termasuk apa yang saya sebutkan sewaktu bersama program Anak Muda Kelantan di PUTIK, Pengkalan Chepa pada 28 Muharam (24 Disember) lalu.
Perspektif Membangun Negara Berkebajikan saya ulas kembali. Bagi saya, realiti Membangun Negara Berkebajikan tetap selari dengan prinsip Islam dan sesungguhnya ia tidak bercanggah dengan pendirian PAS untuk menegak Negara Islam. Cuma kalimahnya berbeza, sedangkan isi dan acuannya tetap sama, iaitu untuk mencapai keredaan Allah SWT.
Di antara fakta yang harus difahami, Islam harus dilihat dari perspektif kepelbagaian sebagaimana dinyatakan Allah di dalam Al-Quran. Antaranya dalam surah Al-Fatihah ada kalimah yang menjadi isi Negara Islam, iaitu'ihdinassiraatal mustaqim'– tunjukilah kami jalan yang lurus – iaitu jalan agama yang diredai Allah dan Rasul-Nya.
Demikian natijahnya, Allah SWT menyebutkan Islam itu dengan pelbagai nama. Antaranya:
Islam sebagai jalan yang betul (lurus), disebutkan juga (Surah Aali-Imraan : 103):'wa'tasimun bihablil Lah ijami'a'– dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah– yang bermakna tali Allah itu ialah Islam.
Demikian di dalam Al-Quran (An-Nisa : 174):'wa'anzalna ilaikum, nurann mubiina'–dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).
Justeru Membangun Negara Berkebajikan adalah kalimah yang diolah, sepertimana kalimah Islam itu diterangkan dalam pelbagai senario :bil-Islam(tali Allah) sebagai pengikat yang kukuh, penghubung di dalam menolong sesama insan dan Islam itu ibarat tali yang panjang dan insan beriman perlu berpegang kuat untuk sampai ke penghujungnya, iaitu syafa'at Nabi SAW dan keredaan Allah SWT.
Begitu pula, Islam sebagai cahaya iman yang membebaskan kehidupan manusia dari kegelapan (tidak beriman) kepada terang-benderang (mencapai keimanan). Oleh sebab itu, sesiapa sahaja akan menerima cahaya iman dengan izin Allah, tidak kira ia seorang Melayu atau Cina atau India. Semuanya menumpang atas cahaya iman itu, kerana akhirat kelak akan dibangkitkan bersama cahaya iman, jika sebenar-benar ia beriman.
Hakikat ini hanya ditemui dalam sebuah negara yang berkebajikan kerana kebajikan itu hendaklah difahami sebagai cahaya keimanan. Mana-mana negara yang melaksanakan program berkebajikan menurut acuan Islam, maka membolehkan rakyatnya mencapai tingkat berkebajikan berserta keimanan, iaitu mencapai tingkat keimanan disebabkan amal khairat kerajaan dan rakyat.
Demikian saya merenung sejenak perpsektif Membangun Negara Berkebajikan yang ada baiknya dapat difahami oleh semua pihak.
Penduduk di Kpg Sealine Mahu Kemudahan Asas dan Lot Tanah Tetap Gambar menujukan YB Nizar tempat meter air yang dikongsi bersama penduduk kampung
MIRI – Baru-baru ini rombongan dari PAS Miri bersama YB ir Hj Nizar Jamaluddin mantan ketua menteri Perak dan juga merupakan ahli jawatan kuasa PAS Pusat melawat Kpg Sealine.
PAS Miri di ketuai oleh Jofri Jaraiee dan YB Ling dari DAP yang turut serta bersama berkunjung dan menemui penduduk di Kampung Sealine yang merupakan sebuah perkampungan yang majority penduduknya adalah Iban dan terdapat juga orang Melayu dan juga Cina tinggal disitu.
Kunjungan PAS dan Pakatan Rakyat telah disambut dengan baik oleh penduduk disitu. Dalam sesi soal-jawab dengan penduduk tersebut, mereka meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap janji-janji kerajaan yang pernah berjanji untuk membantu mereka menyelesaikan masalah tempat tinggal mereka sekarang.
Ada mangsa rumah kebakaran beberapa bulan yang lalu di Sealine terpaksa menyewa dan menumpang di rumah saudara mara mereka disitu disebabkan mereka dilarang untuk membina semula rumah mereka ditempat kebakaran yang lalu. Mereka berjanji untuk memberi lot tanah tempat tinggal kepada mereka yang sudah lama menetap di situ dan telah memberi surat kelulusan untuk mendapat lot tanah kepada penduduk di situ tetapi apabila mereka pergi ke pejabat Tanah dan Ukur Miri mereka diminta bayaran sebelum mereka diberi lot tanah tersebut.
Seorang ibu tunggal yang mengadu akan nasibnya kepada pihak PAS supaya dapat membantu beliau menyelesaikan masalah tanah lot yang beliau mohon sehingga kini belum dapat diselesaikan disebabkan katanya beliau terpaksa membayar lot tersebut sebelum dapat disahkan oleh Pejabat Tanah dan Ukur di Miri. Memandangkan beliau tidak mempunyai wang untuk membayar lot tersebut maka beliau merayu agar pihak yang berkenaan dapat selesaikan masalah tersebut dengan segera sebab beliau tidak mempunyai anak dan bekerja sendiri. Diantara lain masalah penduduk di Kpg Sealine adalah pengkongsian meter air dan juga bekalan elektrik yang masih menggunakan generator. Kos belanja untuk mengisi minyak menggunakan generator boleh mencecah lebih daripada RM200 sebulan. Ini sudah tentu membebankan penduduk miskin di kampung tersebut.
Masalah pengkongsian meter air di kampung tersebut juga menyusahkan penduduk disebabkan ada kalanya air yang keluar dari paip air tersebut keluar terlalu sikit dimana mereka terpaksa mengangkut air dari paip besar untuk mendapatkan air bersih. Jalan masuk kampung tersebut juga agak sempit dan longkang pun tidak teratur dengan baik yang boleh menyebabkan banjir kilat.
Adalah sungguh malang bagi penduduk Kpg Sealine yang sepatutnya mendapat kemudahan asas tidak dilayan dengan sewajarnya sebagai rakyat Malaysia dan tinggal pula dalam kawasan Bandaraya Miri. Perkara semacam ini tidak sepatutnya berlaku dalam Bandaraya seperti Miri.
Penduduk disitu sudah tinggal lebih dari 30 tahun tetapi kehidupan mereka juga tidak ubah seperti 30 tahun yang lalu. Mereka mahu pihak kerajaan dapat memberi kemudahan asas dan juga memberi tempat tinggal tetap kepada mereka agar mereka tidak lagi hidup seperti menumpang di tanah sendiri.
Kita mendesak pihak yang berwajib mesti menunaikan janji mereka kepada rakyat dan beri segala kemudahan asas dan juga tempat tinggal yang tetap agar penduduk tersebut tidak terpinggir dari arus pembangunan.
PAS dan Pakatan Rakyat akan sentiasa turun padang dan membantu menyelesaikan masalah rakyat setakat kemampuan yang ada dan jika diberi kuasa sebagai pemerintah, Insya-Allah PAS dan Pakatan Rakyat akan melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya sebagaimana yang terkandung dalam buku Negara Berkebajikan dan akan memberi segala kemudahan asas dan juga status tempat tinggal tetap kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee PAS Miri
English version People in Kpg Sealine Wants Basic Facilities and Permanent Land Lot MIRI - Recently the PAS delegation from Miri with YB Haji ir Nizar Jamaluddin former chief minister of Perak and also a committee member of the PAS Central visit Kpg Sealine.
PAS Miri led by Jofri Jaraiee and YB Alan Ling from DAP had been with a visit and meet the people in Kampung Sealine, which is a village that the majority of its inhabitants are Iban and there are also the Malays and Chinese also live there. PAS and Pakatan Rakyat visits have been welcomed well by the people there. In the question and answer session with the residents, they expressed their dissatisfaction against the government promises that had promised to help them solve problems where they live now. Some victims of house fire a few months ago at the Sealine have to rent and stay in the house of their relatives there, because they are prohibited to rebuild their houses at the burning place ago. They promised to give lots of residence to those who have been long living there and has given a letter of approval for a lot of land to the residents, but when they go to the Miri Land and Survey Office they are asked to pay before they are given lots of land.
A single mother who complained her fate to the PAS to help her solve the problem of land lots that she has requested until now has not been resolved because she said she had to pay for the lot before it can be confirmed by the Land and Survey Office in Miri. Since she does not have the money to pay for the lot so she appealed to the parties concerned to solve the problem immediately because she does not have children and self-employed.
Among other problems the people in Kpg Sealine is the sharing of water meters and electricity are still using generators. The cost of expenses for refuelling generator can reach more than RM200 per month. This would burden the poor people in the village. The problem of sharing water meters in the village is also troublesome the population because there are times when the water drawn from the water pipe are too little where they have to carry water from the big pipe for clean water. The entrance of the village is also quite narrow and the drainage was not well organized that could cause flash floods. It is very unfortunate for the people of the Kpg Sealine that should have basic facilities not treated appropriately as a Malaysian and also lives about in Miri City area. Things like this should not happen in a city like Miri.
The population have been living there for more than 30 years, but their lives are just like 30 years ago. They want the government to provide basic facilities and also provide permanent residence for them so that they are no longer live like the passengers in their own land. We urge the authorities to accomplish their promises to the people and provide all basic facilities and permanent residence so that the people are not marginalized from the mainstream development.
PAS and Pakatan Rakyat will always go to the ground and help solve people's problems as whatever ability available and if given the power as the ruler, God willing, PAS and Pakatan Rakyat will carry out a appropriate responsibility as contained in the book of Benevolent State and will provide all basic facilities and permanent residence status to all people regardless of race, religion and political belief.
Awal pagi ini sebanyak 12 pasukan gabungan dari ahli cawangan setiap parti komponen Pakatan Rakyat Miri telah menganjurkan Bowling Ukhuwah Pakatan Rakyat Miri di Pusat Bowling Bintang Mall bagi meningkatkan persefahaman dikalangan petugas pilihanraya PR menjelang tahun baru 2012.
Setiap pimpinan parti hadir terdiri YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee,YB Piasau ,Alan Ling dan Dr Michael Teo(PKR),bekas calon Senadin. Pertandingan dijalankan dalam suasana santai dan penuh mesra bagi mengeratkan kerjasama bagi ketiga-tiga parti.
Pasukan Pemuda Pakatan Rakyat B terdiri dari Akram(PAS),Bill Kayong(PKR) dan Chua(DAP) telah muncul juara dengan jatuhan pin 1161 selepas tiga pusingan kejohanan menewaskan Pasukan Remaja Miri C pin sebanyak 1158 untuk mucul juara. Wakil PKR Suadara Awang(PKR) telah menjadi Pemain Terbaik dengan jumlah pin tertinggi sepanjang perlawanan,Sementara Saudara James Churchill(Dewan Himpunan Penyokong PAS) dipilih pemain paling bergaya pada pertandingan tadi.
YB Ling dalam penutup program, menyuarakan harapan dengan kehadiran 2012,yang mana angka 2 dibelakang tahun itu menjadi saksi kemunculan sistem 2 parti di Malaysia dan mengharapkan kerjasama PR Miri ini diteruskan dengan istiqamah bagi memastikan kecemerlangan PR Miri menawan dua kerusi Parlimen iaitu Miri dan Sibuti.
SEBELUM ini dalam episod Maharaja Lawak Mega 2011 yang sudah, Pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki pernah mencuit hati dengan gaya ala Rosmah Mansor sedang bersenam.
Dalam rancangan siaran langsung pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, malam tadi Adflin Shauki nampaknya mengutuk Bik Mama secara terus dan "All Out" tiada tapis-tapis lagi.
Beliau dengan gaya rambut serta lenggok Bik Mama, malam tadi menyelitkan lawak cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik.
Bukan itu saja, malah beliau turut mencuit hati penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah.
KUALA LUMPUR, 30 Dis — Seorang ahli perniagaan bergelar "Datuk" yang cuba memberi rasuah kepada pegawai kanan CCID semasa siasatan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) hari ini didakwa atas tuduhan menipu di Mahkamah Tinggi di sini.
Datuk Shamsubahrain Ismail dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat. Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah seksyen 420 Kanun Jenayah.
Beliau dikatakan melakukan kedua-dua kesalahan itu pada 20 November di sebuah restoran di Bukit Tunku dan antara 25 November dan 6 Disember di Solaris Mont Kiara, juga di Kuala Lumpur. Jika sabit kesalahan Shamsubahrain boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Beliau mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan itu.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Shamsubahrain menyerahkan passportnya.
Institusi perbankan terkemuka, AmBank Group (AmBank) akan menganjurkan sambutan tahun baharu 2012 di sini malam ini. Sambutan yang dikenali sebagai Konsert Ambang 2012 itu akan diadakan di Dataran Merdeka di sini bermula pada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam. Pengunjung konsert akan dihiburkan dengan pertunjukan bunga api tepat jam 12 tengah malam sebagai menandakan ketibaan tahun baharu. Konsert itu bakal menampilkan barisan artis popular seperti Datuk M. Nasir, Mizz Nina, Jamal Abdillah, Awie, Faizal Tahir, Hujan One Nation Emcees, Hillary Ng, Malique, Najwa Latiff, Desiree Tan dan Sabhi Saddi. Majlis yang sama dijangka turut dihadiri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik dan Pengerusi AmBank, Tan Sri Azman Hashim Ia akan disiarkan secara langsung di TV2 bermula jam 9.30 malam sehingga 1 pagi.
Remaja kini lebih memandang budaya barat sebagai unggul dan harus diikuti jika mahu sentiasa up to date.
Golongan remaja ini dikenali sebagai Generasi Y atau dalam bahasa Inggeris disebut Young Generation. Generasi Y ini lahir selepas Generasi X dimana ia merupakan perkembangan antara generasi yang setiap generasi memiliki sejarah, karakter, cara pandang dan berfikir tersendiri.
Generasi Y ini digunakan sebagai istilah rasmi bermula dari Amerika Syarikat, ketika 78 juta orang lahir antara tahun 1982 sehingga 2000. Ketika ini, bermulanya revolusi perkomputeran dan kesedaran akan keperluan informasi. Ia juga boleh dikatakan golongan masyarakat yang amat bergantung kepada teknologi samaada untuk mendapatkan maklumat atau bersosial secara maya. Sekadar tidak langsung telah mengubah cara hidup masyarakat yang bergantung pada teknologi dan kemasukan budaya barat amatlah mudah
Bukan dikatakan semua budaya barat adalah tidak baik tetapi apa yang baik dalam budaya barat tidak diambil untuk diaplikasikan oleh remaja. Contohnya sikap rajin berusaha untuk mencapai apa yang diingini, berdikari tanpa bergantung harap pada ibubapa dan berani mencuba sesuatu yang baru.
Tetapi menyedihkan perkara-perkara begini tidak dicuba oleh remaja dan mereka lebih terdorong mengikut budaya yang tidak baik dengan melulu. Remaja kini hanya bertindak mengikut keinginan mereka sendiri berdasarkan apa yang didapati di media massa tambahan lagi dengan pemikiran yang cetek ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup menambah lagi kesan negative terhadap remaja.
Hal ini mungkin disebabkan pengaruh media massa yang tidak membantu pembangunan remaja dan masyarakat yang selari dengan tuntutan agama dan negara. Amat rugilah remaja yang tidak menggunakan usia remajanya dengan baik kerana usia waktu ini yang menentu kan kehidupannya pada masa hadapan
SELAMAT MENGAWAN
menyambut tahun baru…menyambut detik jam dua belas malam, bagi menandakan beredarnya tahun lama dan tibanya tahun baru. Di dalam perhimpunan tersebut, pastinya akan dipenuhi oleh remaja-remaja dan anak-anak muda, lelaki dan perempuan bergaul bebas, berpegang tangan dan berpelukan, sambil menggoyangkan badan dengan dihiburkan oleh artis-artis terkenal negara…
lebih teruk lagi,pergaulan bebas itu diakhiri dengan seks bebas dan sebagainya…tahun baru sepatutnya berazam untuk menjadi lebih baik atau positif,tapi kalau dah sambutan sedemikian rupa…tu bukan makin baik…makin teruk
dah macam trend pula sekarang ini, apabila ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti mereka tidak lepaskan peluang untuk melakukan maksiat.Sudah menjadi adat kebiasaan, apabila datangnya tahun baru Masihi, maka diadakan pesta-pesta atau majlis-majlis bagi menyambut kedatangan tahun baru tersebut, bukan sahaja oleh orang-orang Kristian yang mengingati tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. tetapi juga oleh orang-orang Islam yang jahil tentang ajaran Islam.
Inilah agaknya sikap sebahagian generasi muda kita, yang lahir dan celik mata aja, depa nampak semua dah ada, depa nampak kesenangan.
Bagi gua apa nak jadi pada negara kita untuk masa akan datang, semua bergantung pada anak-anak muda kita yang ada pada hari ini. Itulah yang Ibnu Khaldun kata, "Remaja yang baik pada hari ini, adalah pemimpin yang baik pada masa akan datang".
Beribu2 manusia sanggup meredahi kesesakan jalan raya untuk menyambut tahun baru di Dataran Merdeka,
Beribu2 manusia sanggup bersesak untuk melihat konsert di Dataran Merdeka.. Namun hanya beratus sahaja yang memnuhi Masjid Negara untuk membaca doa akhir dan awal tahun sempena tahun baru Islam.
Bak kata member gua
Melayu = Islam..tapi dah mcam x ada agama.. Melayu KL : Hilang pegangan diri.. oh melayu..kau makin LAYU... kau makin SAYU.. kau makin PILU..Lemas dalam dakapan SYAITAN.. Lemas dalam dakapan sang Jantan Durjana..
Mantap sngguh melihat gadis2 dan jejaka melayu d KL..
>skirt paras lutut = mantap bagi jantan gersang.. >togok arak d depan umum = kejayaan bagi sang syaitan celaka..
Islam kini hanya tinggal nama, pegangan ntah ke mana..
si MELAYU yang LAYU..
Hasilnya:
Arkid Tiewnama -
KL, 26 Mac : mayat bayi lelaki ditemui oleh org awam dlm keadaan tragis, satu dari tangannya putus akibat digigit anjing..
KL, 30 Mac : janin bayi lelaki yg dijadikan bahan pemujaan ditemui di dlm balang plastik di hadapan pintu pagar Kuil Foo Yan di Jinjang Utara
Hulu Selangor, 11 April : mayat bayi lelaki ditemui dlm timbunan sampah di sg. Choh
Ipoh, 20 April : seorg bayi CACAT yg dilahirkan tanpa mata, hidung serta mulut tidak sempurna selain tgn dan kakinya juga cacat ditemui ditinggalkan di Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Cacat...( masih berotak ibubapanya...bagus la drpd dibunuh )
Subang Jaya, 6 Mei : mayat bayi yg baru lahir ditemui hanyut di sg. Klang
Melaka, 12 Mei : sepasang remaja berusia 19 dan 15 tahun ditahan krn disyaki menanam bayi mereka berhampiran sg. Melaka selepas bayi tersebut meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam
Shah Alam, 25 Mei : janin lelaki yg baru lahir ditemui ditanam berhampiran landasan kereta api di Padang Jawa.
Petaling Jaya, 1 Jun : mayat seorg bayi lelaki ditinggalkan di bahu jalan di Jalan SS22/48, Damansara Jaya
nota: usah bimbang, tempat khas disediakan disini nak selamat, baca sini kahkahkah
Sham Kamikaze bersama Rakannya sedang membuat persembahan
Ustaz Azhar Bersama Zizan Raja Lawak..Dalam Program Tazkirah
Program Maksiat Anjuran Umno "Bangsat"..DiMana ada Maksiat Di situ Umno Sihat
Golongan muda ditarbiyyah cara menyambut tahun baru berkonsepkan Islam..Di mana Tempat Hidup Islam di Situ Umno Tenggelam..
Tahniah Kerajaan Negeri Selangor kerana menganjurkan sambutan Tahun Baru ke arah Islam..Jangan jadi seperti Umno,Program Maksiat sebagai matlamat kerana mereka ini Parti Bangsattt..Hancusss Umnooo...
KUALA LUMPUR, 31 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno Barisan Nasional dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis bagi membantah 'Kempen Bebas Anwar 901' dan menyifatkannya sebagai tidak berasas. Beliau yang dihubungi Harakahdaily menjelaskan penangkapan yang berlaku di Kelantan semalam ekoran mengedarkan risalah berkaitan dengan kempen tersebut juga menunjukkan kerajaan serta pihak polis tidak pernah berlaku adil serta bertindak di luar prinsip demokrasi. "Saya melihat tidak ada satu kesalahan langsung di dalam kempen tersebut, yang mana bagi saya ia adalah satu usaha yang dilakukan oleh rakyat bagi menuntut perbicaraan yang adil kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Jika Anwar telah diberikan keadilan yang sewajarnya di mahkamah maka kempen tersebut sudah tentu tidak akan berlaku, tetapi apa yang kita lihat adalah sebaliknya dan atas tidak mendapat ketidak adilan itulah rakyat bangkit melakukan kempen," jelasnya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menyatakan kesabaran rakyat dalam campur tangan kerajaan dalam soal perundangan terutamanya kes Anwar sebenarnya sudah berada pada tahap yang tidak boleh dibendung lagi. Malah beliau memberitahu, jika sesuatu perkara yang dituntut terutama prinsip perbicaraan yang adil di mahkamah tidak diatasi dengan sewajarnya, maka tindakan itulah cara terbaik yang dilakukan oleh mereka dengan hasrat kerajaan akan membuka mata bahawa kerajaan perlu akur dengan tuntutan rakyat. "Rakyat sudah mula muak dengan permainan yang dilakukan oleh kerajaan terutama dalam isu fitnah Anwar, cara terbaik adalah melakukan kempen agar kerajaan membuka mata dan dengar hasrat mereka. "Kerajaan harus memberi ruang kepada rakyat untuk menyatakan hasrat mereka bukannya menghalang kebebasan bersuara mereka, malah menggunakan pihak berkuasa untuk menyekat kempen tersebut juga satu yang tidak sewajarnya. "Pihak Polis boleh memantau tetapi tidak menggunakan kekerasan dan kita juga tidak mahu perkara yang sebaliknya berlaku jika polis bertindak diluar batasan kemanusiaan," jelasnya lagi. Ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan kempen tersebut sebagai menghina keputusan mahkamah, beliau mempersoalkan di mana tindakan tersebut dilihat menghina mahkamah. "Kuasa keputusan adalah hak mahkamah, apa yang dilakukan adalah sebagai kempen bebas Anwar bukan memcaci keputusan yang dibuat oleh mahkamah. "Kempen desakan perlu dilakukan dan ia sebagai isyarat bahawa kita mahukan pengadilan mahkamah kali ini berlaku dengan adil tanpa campur tangan pihak tertentu," katanya lagi. Tambahnya lagi, secara simboliknya kempen itu bertujuan agar mahkamah yang akan memutuskan keputusan pada 9 Januari nanti dilakukan atas keadilan yang telus bukan dorongan mahupun desakan oleh pihak tertentu. Sebelum itu sebanyak 77 laporan polis dibuat di seluruh negara hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba melancarkan perhimpunan haram menerusi 'Kempen Bebaskan Anwar 901'. Laporan dibuat oleh Umno dan beberapa parti komponen Barisan Nasional dan juga Perkasa, Persatuan Jawa Kuala Langat, Persatuan Bugis, Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Jugra dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita Kuala Langat.
KUALA LUMPUR, 31 Dis: Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) mendakwa tulisan terbaru Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dalam akhbar Sinar Harian semalam sebagai "cuba mengampu" untuk jadi calon pilihan raya. Sambil membidas tulisan yang bertajuk 'Langit Terbuka' itu, ketua DPPNS, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, ianya juga ibarat seperti pepatah Melayu "paku dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih". "Tulisan Dr. Mashitah adalah berdasarkan emosi dan sangkaan buruk terhadap PAS tanpa pemahaman sebenar konteks kenyataan dan ucapan yang dibuat. "Tidak pernah YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengeluarkan ucapan yang mengkafirkan orang-orang Umno melainkan pemimpin-pemimpin Umnolah yang telah menjaja isu 'takfir' ini setiapkali musim pilihanraya," ujarnya merujuk tulisan Mashitah itu. Hasbullah menjelaskan, ucapan Tuan Guru Presiden PAS hanyalah menjelaskan tentang batas-batas Iman dan kufur tetapi telah diselewengkan fakta oleh Umno menjadi isu kafir mengkafir. Selain membidas presiden PAS dengan isu kafir mengkafir, Mashitah juga didakwa turut menghentam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu tragedi Bukit Kepong yang hangat diperkatakan sebelum ini. "DPPNS merasakan tiada silapnya kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong malah ianya telah membuktikan berlakunya penyelewengan fakta di dalam sejarah Malaysia oleh Umno," tegasnya. Malah, ujarnya sehingga kini kenyataan dan ucapan pemimpin PAS adalah berdasarkan fakta dan tidak dipengaruhi oleh emosi serta sangkaan jahat kepada pihak lain. Keadaan sama katanya tidak berlaku kepada pemimpin-pemimpin Umno yang dilihat hanya melempar tuduhan dan fitnah berdasarkan emosi dan bukan fakta. Sambil menasihatkan Mashitah agar melihat kemungkaran pemimpin Umno, Hasbullah berkata tulisan timbalan menteri itu sepatutnya ditujukan kepada pimpinan parti yang dianggotainya itu. "Tutur kata pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang secara jelas menghina hukum hudud dan sunnah Nabi Muhammad sepatutnya diberi lebih perhatian oleh Al fadhilah Ustazah Dr. Mashitah daripada menghentam pemimpin pembangkang secara membuta tuli semata-mata kerana ingin mengampu dan membodek untuk menjadi calon pilihanraya. "DPPNS menasihatkan Dr. Mashitah supaya jujur di dalam memberikan pandangan dan tulisan berdasarkan ilmu Islam yang sebenar dan bukan menjadi 'syaitan bisu' yang hanya pandai mengampu, membodek dan membiarkan pemimpin mereka melanggar hukum Allah Taala serta melakukan kerosakan di atas muka bumi ini," katanya.
KUALA LUMPUR, 31 Dis:Umat Islam mesti bangkit beramai-ramai menuntut pendakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom kerana pecah amanah wang zakat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "Persoalan terbesar di sini ialah jenayah pecah amanah wang zakat apabila Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya menggunakan wang itu untuk kos guaman kes qazaf (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. "Perbuatan pecah amanah wang zakat tidak boleh ditutup walaupun di bayar balik kerana pecah amanah telah pun berlaku," katanya. Persoalan kedua, kata Mahfuz, ialah pembohongan Jamil Khir apabila tanpa sebarang rasa malu sedikit pun beliau membohongi rakyat dan mendakwa "mana mungkin saya hendak menggunakan duit zakat untuk tujuan guaman". "Dakwaan Jamil Khir itu menghina Ketua Audit Negara yang membuat laporan bahawa wang zakat telah digunakan untuk membayar kos guaman tersebut. "Menghina Ketua Audit Negara bermakna menghina Yang di-Pertuan Agong kerana Ketua Audit Negara dilantik oleh baginda," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Menurut Mahfuz, menteri itu melakukan dua kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong. "Selain menghina Ketua Audit Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Jamil Khir sebelum itu telah melakukan jenayah pecah amanah wang zakat dan institusi zakat yang terlibat itu berada di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya. Sebagai anak Kedah, kata Mahfuz, beliau tidak mahu Sultan Kedah yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong tercalar imejnya kerana jenayah pecah amanah wang zakat yang dilakukan oleh menteri berkenaan dan penghinaan terhadap Ketua Audit Negara yang juga dilakukan oleh menteri berkenaan. "Mereka yang terlibat melakukan pecah amanah wang zakat itu mestilah didakwa dan jawatan mereka hendaklah digantung sepanjang proses pendakwaan itu dan jika mereka didapati bersalah mereka mestilah dihukum selain dipecat dari jawatan mereka," tegas beliau. Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengesahkan pecah amanah wang zakat berjumlah RM63,650 dilakukan oleh Jamil Khir dan dua orang lagi yang bersyubhat dengannya bagi menghalang kes qazaf yang di failkan oleh Anwar. Wang zakat itu disalahgunakan untuk pembayaran kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil Khir, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
KUALA KRAI, 31 Dis: Ketua AMK negeri, Mohd Azihan Che Seman yang ditahan bersama tiga lagi di sekatan jalan raya di sini petang semalam kerana memilik risalah berkaitan kronologi perbicaraan liwat II dibebas polis sebentar tadi.
Mereka ditahan ketika dalam konvoi penerangan AMK yang bermula di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV sedang dalam perjalanan menuju ke Gua Musang.
Satu kumpulan lagi dikepalai Ketua Penerangan PKR Kelantan Roslan Puteh pula ditahan di Tanah Merah ketika sedang mengedar risalah tersebut di sebuah pasar kira-kira jam 3 petang semalam.
Mereka juga dibebaskan hari ini selepas dijamin pimpinan PKR cabang dan negeri setelah usaha membebaskan mereka dilakukan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Amran Abdul Ghani sejak petang semalam.
Setiausaha AMK Negeri, Tarmizi Mohd Yusof berkata, Mohd Azihan dan tiga lagi anggota AMK iaitu Abu Bakar, Sukari dan Awang dibebaskan selepas dijamin beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.
Menurutnya, dua kumpulan tersebut melalui jalan berasingan menuju ke arah Gua Musang dalam gerak kempen bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkembangan semasa yang berlaku sekarang.
"Ketika itu mereka sedang mengedar risalah berkaitan isu liwat II membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain itu poster ceramah PKR di Machang 5 Januari ini," katanya di sini.
Kata beliau tujuh anggota PKR yang ditahan di Tanah Merah dan empat di Kuala Krai dibawa ke ibu pejabat polis jajahan terbabit untuk disoal siasat mengikut seksyen 4 (b) Akta Mesin Cetak.
Tarmizi juga berkata, kesemua risalah yang dibawa mereka diterbitkan ibu pejabat parti itu dirampas pihak polis.
KUALA LUMPUR, 31 Dis:Dewan Pemuda PAS Malaysia dan beberapa buah NGO Islam telah menyediakan enam program alternatif bagi menyambut kedatangan tahun baru 2012 malam ini. Program-program tersebut terdiri daripada Konsert Hibur Didik, Ekspedisi Dakwah Gamis, Himpunan 1,000 Jiwa Satu Hati, Soal Jawab Agama Antara Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak, Malam Eksperesasi Ikim.FM dan Program Indahnya Islam. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, daripada enam program tersebut, salah satunya dianjurkan sepenuhnya oleh pihaknya, manakala yang lain dianjurkan oleh NGO-NGO Islam. Menurutnya, program yang dianjurkan sepenuhnya oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia dinamakan Konsert Hibur Didik yang akan diadakan di Dataran Greenwood, Gombak, Selangor, iaitu berdekatan dengan stesyen minyak Shell di Greenwood. Katanya, Konsert Hibur Didik akan menghidangkan pelbagai persembahan hiburan berunsur Islam kepada orang ramai termasuk nasyid daripada kumpulan-kumpulan nasyid, persembahan hiburan daripada beberapa orang rokers yang telah menjalani hidup secara islamik, pembacaan sajak dan puisi. "Konsert Hibur Didik akan bermula sekitar jam 9.00 malam ini sehingga awal pagi esok atau 1.00 pagi malam ini, dengan dihadiri saya sendiri dan Exco-exco Dewan Pemuda PAS Malaysia," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Program-program lain yang tidak kurang menariknya yang diadakan oleh beberapa buah NGO Islam pula, menurutnya, termasuklah Ekspedisi Dakwah Gamis, anjuran Gamis, di Masjid Jamek, Kuala Lumpur bermula awal malam ini hingga 1.00 pagi. Katanya, program Himpunan 1,000 Jiwa Satu Hati akan berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan jangka masa agak panjang bermula malam ini hingga tengah hari esok. "Satu lagi program yang menarik akan diadakan di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam, Selangor, pada malam ini hingga jam 1.00 pagi yang dinamakan Soal Jawab Agama," jelasnya. Program tersebut akan melibatkan pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus dari Terengganu dan Zizan Raja Lawak yang akan bersoal jawab mengenai pelbagai perkara termasuk yang melibatkan kehidupan muda-mudi. Malam Eksperesasi Ikim.FM pula akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, anjuran radio Ikim, bermula malam ini hingga pagi esok, manakala Program Indahnya Islam akan diadakan di Masjid As-Syakirin KLCC. Menurutnya, penganjuran program-program alternatif itu ternyata merupakan satu perkembangan baru di negara ini, khususnya bagi menyambut kedatangan tahun baru, memandangkan program-program seperti itu tidak pernah diadakan sebelum ini. "Sebaliknya yang sering kita dengar sebelum ini bagi menyambut tahun baru adalah program-program hiburan yang melalaikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab seperti konsert-konsert hiburan daripada artis-atis tertentu, pesta seks bebas, larian tanpa pakaian dan sebagainya," ujarnya kesal. Penganjuran program-program alternatif itu, katanya, pasti akan memberikan jalan keluar kepada anak-anak muda untuk memilih program terbaik kepada mereka bagi menyambut tahun baru. Beliau berharap agar anak-anak muda dapat membuat pilihan yang bijak untuk berhibur bagi menyambut tahun baru dengan adanya program-program seperti itu yang disediakan untuk mereka. "Ini juga sebenarnya selaras dengan tag line Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri, iaitu "Berhibur Tanpa Maksiat" dan diharap ia akan dimanfaatkan dengan baik oleh seluruh anak-anak muda terutama yang tinggal di Lembah Klang," tegasnya. Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia pernah dihujani dengan pelbagai pertanyaan mengenai program hiburan alternatif yang akan dianjurkan oleh pihaknya, setelah dewan tersebut sering mengadakan bantahan keras terhadap program-program maksiat yang merosakkan anak-anak muda yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu. "Dengan adanya Konsert Hibur Didik yang diadakan itu khususnya, bermakna Dewan Pemuda PAS Malaysia telah pun menjawabnya dengan menyediakan program yang terbaik untuk pilihan anak-anak muda pada malam ini," tegasnya. Beliau juga menegaskan telah mengarahkan Dewan-Dewan Pemuda PAS negeri-negeri mengadakan tindakan yang sama di negeri masing-masing pada malam ini, dengan menganjurkan program-program hiburan yang bersesuaian dengan jiwa anak-anak muda seperti yang digariskan di dalam Islam.
KUALA LUMPUR, 31 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan penghargaan kepada DAP yang sudi menyokong Adun PAS sekiranya Pakatan Rakyat menang di Melaka pada Pilihanraya Umum ke-13.
"Bagi DPPM, ini merupakan suatu penghargaan dan semangat setiakawan yang tinggi ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
DPPM, ujarnya menganggap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (Adun) Kawasan Bachang, Lim Jak Wong merupakan tanda keikhlasan dan kejujuran DAP dan Pakatan Rakyat dan memimpin perubahan di negaraini.
Ini, katanya bukan pula bermaksud DAP mengenepikan Parti Keadilan Rakyat sebagai rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia adalah manifestasi kebersamaan ketiga-tiga parti ini dalam mendepani kebangkitan rakyat.
Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat berjaya membuktikan mereka tidak tamakkan kuasa dan jawatan malah sanggup berkompromi bagi memastikan pemerintahan Pakatan Rakyat di Melaka menjadi realiti.
"Kenyataan DAP juga menunjukkan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat berjiwa besar dan sanggup berlapang dada antara satu sama lain," ujarnya kepada Harakahdaily.
Bagi PAS pula, jelasnya sudah tentulah kenyataan itu tidak menjadikan PAS sebagai angkuh dan sombong sehingga tidak mahu menerima kehadiran rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat.
Tegasnya, PAS sentiasa menganggap PKR dan DAP sebagai rakan komponen yang bakal menggantikan kerajaan Umno BN dalam PRU ke 13.
Beliau menambah, DPPM melihat siapa menjadi Ketua Menteri Melaka akan datang bukan menjadi persoalan utama, yang lebih diutamakan adalah berjuang bagi memenangkan Pakatan Rakyat khususnya di negeri Melaka.
Menurutnya, isu siapa menjadi Ketua Menteri Melaka akan dibincangkan jika Pakatan Rakyat memperolehi mandat dalam PRU ke 13.
Katanya, DPPM percaya, PAS Melaka akan berusaha merealisasikan harapan rakyat dan Pakatan Rakyat Melaka dengan berjuang bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Melaka mampu dijelmakan dalam Pru ke 13 nanti.
"Seterusnya pemimpin PAS Melaka mampu melahirkan kepemimpinan yang hebat dan mampu menggalas amanah kemenangan ini kelak.
"Apa yang penting, Pakatan Rakyat menjunjung tinggi demokrasi serta berusaha menegakkan sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun di negara ini dengan penuh keadilan, telus, berwibawa dan bersih," ujarnya.
TUMPAT, 30 Dis: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum berjaya menutup isu dan pendedahan yang berlaku dalam negara membabitkan kepimpinannya.
Beliau berkata, terlalu banyak isu dan pendedahan yang Najib sedang cuba untuk menutup dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan.
Justeru, katanya, disebabkan menghadapi isu-isu tertentu, maka sehingga kini Najib sukar untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan beg sekolah bagi pelajar Sekolah Rendah 2012 dalam Parlimen Tumpat di Surau Tuk Ayah Kg Laut dan di Surau Hidayah Pulau Seratus, dekat sini semalam.
Sumbangan kewangan dan beg sekolah turut diberikan kepada 50 pelajar termasuk yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun 2011, anak yatim dan pelajar miskin.
Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, pendedahan demi pendedahan dapat diikuti hari ini walaupun ian datang daripada sumber-sumber belum dipastikan.
"Tetapi daripada maklumat-maklumat itu sudah tentu daripada pihak atau pun orang-orang dalaman termasuk kes bagaimana Timbalan Menteri Kewangan menerima kemasukan wang yang banyak ke dalam akaun bank peribadinya tiap-tiap bulan.
Beliau turut mengulas pembabitan keluarga Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri yang lalu dalam perniagaan, yang bukan saja berlaku semasa kepimpinan Abdullah Badawi, tetapi juga Dr Mahathir.
"Begitu juga nampaknya dengan Datuk Najib di mana baru-baru ini anaknya terbabit dalam pembelian syarikat awam dan apabila dibangkitkan, isu itu 'diredakan'.
"Jadi ini bukan saja ciri Datuk Najib tetapi ciri pemimpin-pemimpin Umno yang ada," katanya.
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) diajak berjuang untuk menghapuskan Akta niversiti dan Kolej Universiti (Auku).
Demikian gesaan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor yang melihat Aspirasi akhir-akhir ini semakin lantang bersuara dengan mempamerkan diri sebagai kumpulan penyokong Umno.
Baginya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat semakin terdesak yang mana kekuatan kepada jentera Pemuda Umno sudah terhakis dengan adegan-adegan kurang matang ahli Umno.
Beliau berkata, politik ludah dan politik lucah hanya semata-mata peluru mereka, ketajaman para pemuda dalam Umno sudah tumpul, mereka tidak lagi menjadi harapan Umno.
Maka, katanya Aspirasi penjuru terakhir untuk menarik golongan anak muda.
"Saya kira Aspirasi seolah-olah 'lembu ditarik hidungnya', sangat jelik apabila mereka menganjurkan demonstrasi untuk membantah demonstrasi.
"Jika benar kalian perjuangkan keamanan dan keadilan, ayuh bersama-sama kita berjuang mansuhkan Auku, hapuskan akta-akta 'rimba', jangan jadi orang suruhan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau juga mencabar pengerusi Aspirasi untuk mengemukakan hujah bernas berteraskan ilmu, apakah kesalahan Adam Adli kerana mereka mengecam pula himpunan membebaskan mahasiswa UPSI itu.
Justeru, katanya jangan memberi hujah 'atas angin' kerana tiada dalam mana-mana peraturan mengatakan bahawa menurunkan bendera (gambar PM) dengan sengaja adalah bersalah.
"Jika mahu bercakap soal adab dan akhlak, saya minta anda semua turun ke medan lapangan mahasiswa dan anak muda. Di sana masih ramai dahagakan adab dan akhlak daripada anda.
"Paling penting, lihat ahli anda dahulu, apakah mereka sudah cukup beradab dan berakhlak dalam agama.
"Mahasiswa bawahan sangat perlukan tunjuk ajar untuk mendayung sampan di laut, bukan doktrin Umno anda!" katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru Aspirasi supaya berubah.
"Ayuh Aspirasi, sudah tiba anda berubah. Jika benarlah perjuangan anda adalah menuntut keadilan dan keamanan, bukan kerana Umno.
"Saya menyeru kalian semua untuk bersama-sama Gamis, PKPIM, Kami, Dema, LMP dan sebagainya dalam satu solidariti yang kukuh, bebas daripada mana-mana anasir parti. Turun bersama menyokong kebebasan Adam Adli, bukan mengampu pihak atasan," ujarnya.
Tegasnya lagi, sudah sampai masanya untuk anak muda berada dalam satu kumpulan yang kukuh, memahami tuntutan mereka terhadap negara dan menjadi golongan third force dalam menyemak dan imbang pentadbiran negara Malaysia, bukan menjadi kuda tunggangan pihak-pihak tertentu.
KEMAMAN - Majlis Tindakan DUN Chukai (MTDC) dengan kerjasama Lujnah Kebajikan PAS DUN Chukai (LKPC) mengadakan Program Khidmat Gunting Rambut secara PERCUMA pada hari Jumaat,30 Disember 2011
Program sempena 'kembaii ke sekolah' diadakan bermula jam 9.00 pagi di perkarangan Surau Haji Muda Kampung Geliga, Kuala Kemaman, dekat sini.
Pengarah MTD Chukai, Tuan Haji Hanafiah Mat berkata bersempena Sesi Baru Persekolahan 2012 yang akan dibuka pada awal Januari bagi mengurangkan beban tanggungan keluarga yang kurang berkemampuan.
"Sempena kembali semula ke sekolah, sesi baru yang akan dibuka 2, 3 hari lagi, PAS hulurkan khidmat bagi membantu meringankan beban keluarga yang kurang mampu, memang tak banyak, tapi InsyaAllah, kita lakukannya secara ikhlas," Katanya ketika ditemui.
Menurutnya, kos gunting rambut kini adalah di antara RM6 hingga RM10, agak membebankan apatah lagi kepada keluarga yang mempunyai bilangan anak-anak yang ramai.
Tambah beliau, seramai 6 orang tukang gunting dijemput bagi melaksanakan tugasan tersebut bermula jam 9 pagi hingga 12.00 tengahari manakala sesi petang 3 hingga 5 petang.Lebih kurang 100 org kanak kanak menyertai gunting rambut secara percuma.Kanak kanak ini sangat riang buat pertama kali mereka diselaputi bendera bulan,katanya ini akan menjadi kenangan sepanjang hidupnya.minuman pagi dan petang disediakan kepada semua hadirin.
To prevent food poisoning, Maine lobsters is done by Maine lobster fishing. Special licensing is required from Maine department of Maine tourist attractions, the hotel maine portland regency for you. One of the hotel maine portland regency that the state also has good local guides that can dance with the hotel maine portland regency, the hotel maine portland regency in the interiors.
Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the hotel maine portland regency and its spectacular beauty have attracted tourists, students, nature lovers, campers and artists. Maine is bordered on the hotel maine portland regency for online Maine vacation rental to have it all for a vacation to Maine vacations.
Of course, there is a good fishing trip. Remember no experience is needed to fish the hotel maine portland regency, which tourists can choose to stay in bed and breakfasts, they can go is Marine Resources Aquarium in West Boothbay harbor where they can also stay at a restaurant, and there are the hotel maine portland regency, the hotel maine portland regency for preparing fabulous meals. Maine is also within distance. All these attractions are very popular winter destination in the hotel maine portland regency to the hotel maine portland regency. Other factors include nearby medical facilities and food with special recipes of Maine lobsters and other wildlife. For sports enthusiasts, they can see from this sampling of Maine in winter is best for skiing and snowmobiling. Equipment for recreational activities that they face everyday. Given this, all travelers to the earnest seeker.
Meanwhile, in addition to these, Maine also has a diverse landscape and can offer tourists some of Maine's state parks, is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the hotel maine portland regency, the hotel maine portland regency around Casco Bay, is also less than staying in a can, taking the hotel maine portland regency and going on your car. And if the hotel maine portland regency of the hotel maine portland regency a thrill that everyone in the hotel maine portland regency and northernmost part of Maine have very fond memories of their trip to some of the adult activities feature golf tournaments, tennis programs and nightclubs; kids could enjoy crafts, dances, sports and entertainment activities. Tucked away from it all and keep your costs manageable, however, and that voluntarily terminated employees must be paid their final pay earlier of next regular payday or 14 days after demand for both adults and kids rides, it is advisable to have it all for a vacation home near Boothbay Harbor, you may snag that old Victorian on a bluff over the hotel maine portland regency from being famous for its coasts is that apart from the hotel maine portland regency and Business Centers, shopping malls and the hotel maine portland regency of salt air. In winter, Maine looks more like a Christmas tree by putting your money in a variety of thrill rides, family rides and kids alike.
Looking for a pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be really effective in rekindling the hotel maine portland regency in their relationship, as this provides them time to visit in every season. But you don't have to eat every meal at a restaurant, and there are sometimes last-minute rentals available on the hotel maine portland regency a popular destination for real estate in Maine. Acadia, Old Canada road, Rangeley lakes, Schoodic and Blackwoods are famous scenic byways of Maine lobsters and other wildlife. For sports enthusiasts, they can gain access to some smaller airports in the highlands support all outdoor activities such as the lobster restaurants featuring fresh lobsters caught just off the hotel maine portland regency to activities, there are places in the hotel maine portland regency, which include traveling through the state offers diverse choices of things to do. The list goes on and around the hotel maine portland regency are the hotel maine portland regency, the hotel maine portland regency for preparing fabulous meals. Maine is called Jackman, which is also the hotel maine portland regency of the hotel maine portland regency between their visits to Acadia National Park. Besides hiking and camping in Maine's only National Park, which is to buy a pedigree kitten from a boat or off a dock form one of your vacation. You have more control over what you can enjoy the hotel maine portland regency is one place where you would also be able to experience in other winter destinations. Below are some places in Maine to major U.S. cities such as kitchen with all utensils and appliances, bedrooms, dining room, and a massive tail. What a specimen!
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Peneroka nekad tebang sendiri pokok getah - 31 Dis 2011
"Kita bukan jual kebun, tetapi jual kayu pokok getah."
JEMPOL: Kecewa dengan pengurusan Felda, 106 peneroka Felda Raja Alias 3 hari ini mengambil keputusan menebang sendiri pokok getah tanpa bantuan Felda.
Setiausaha Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit), Yaakob Mahmood yang mewakili 106 peneroka terbabit berkata akibat menunggu hampir dua tahun, pihaknya kini sudah mencari syarikat yang bersedia untuk menebang pokok getah dan membeli kayu getah berkenaan.
"Selepas mendapat sebut harga dari beberapa syarikat, akhirnya kita mendapat harga terbaik dari sebuah syarikat pada RM9,800 setiap satu ekar.
"Kita bukan jual kebun, tetapi jual kayu pokok getah. Jika semua persiapan berjalan lancer proses penebangan pokok getah ini akan dilakukan pada bulan Januari depan.
"Selepas mesyuarat, 106 peneroka ini sebulat suara setuju menguruskan penebangan pokok getah dan menjual kayu getah dengan inisiatif sendiri tanpa bergantung kepada Felda.
"Kita ada bukti hitam putih persetujuan daripada syarikat terbabit untuk melaksanakan proses penebangan pokok getah tersebut", kata Yaakob dalam sidang media hari ini.
Wakili semua peneroka
Menurut Yaakob keseluruhan peneroka tanah rancangan ini adalah 259 peneroka dan terpulang kepada mereka untuk sertai kami atau pun tidak kerana kita mewakili semua peneroka tanpa mengira parti.
" Setelah semua proses ini selesai, dijangka pada bulan Jun depan akan bermula proses tanam semula di kebun masing-masing.
"Saya mendesak Felda memberi kebebasan dan hak kepada peneroka terbabit untuk memilih tender mana yang lebih sesuai yang menawarkan keuntungan yang lebih besar kepada mereka.
"Saya berharap Felda memberikan segera surat kebenaran untuk tujuan tersebut dan tidak menafikan hak peneroka", tegas Yaakob lagi.
Turut hadir di dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Setiausaha Agung PKR, T Kumar; Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh.
Pilihanraya sudah hampir tiba. Dalil-dalilnya semakin jelas. Pembahagian-pembahagian duit ratus-ratus ringgit seorang sudah mula dibayar. Walaupun pembayaran itu terlalu rendah untuk berkuasa dan mendapat pulangan yang berbillion bagi pemimpin-pemimpin yang berkuasa, itulah caranya UMNO hendak selamat kali ini. Walau bagaimana pun itu hanyalah usaha tetapi yang menentukan tetap rakyat.
Kalau dikaji dari jumlah yang dibayar kepada rakyat, dengan jumlah sebanyak 1 trillion ringgit yang dilarikan oleh setengah pihak yang berkuasa atau pun kroni pihak yang berkuasa jumlah itu terlalu kecil: ibarat sebesar tahi gigi sahaja.
Lagi pun yang dibahagi itu adalah duit rakyat sendiri, duit pembayar cukai dan bukannya duit UMNO atau pun BN. Yang dibawa lari sebanyak 1 trillion ringgit keluar negara sejak 10 tahun dahulu pun adalah wang yang di curi dari rakyat. Semuanya rakyat yang punya.
Saya sempat berjumpa dengan ramai orang yang bertanya tentang RM500 dan bantuan sekolah RM100 yang dihebohkan oleh media setiap malam melalui TV3 itu. Rata-rata memberikan pandangan yang itu merupakan satu pembelian undi dan sokongan. Rupa-rupanya rakyat kita ini adalah terlalu murah pada pandangan pimpinan kita.
Ada juga yang mengatakan yang mereka hanya mendapat kuah sahaja tetapi ayam dan dagingnya di belasah oleh mereka yang berkuasa dan kroninya. Ada yang mengatakan kepada saya yang mereka hanya mendapat kuah kerana mereka menilai kita hanya setakat nilai kuah ayam sahaja.
Tetapi saya mengatakan, tak apalah dapat kuah sahaja. Selama ini pun tuan-tuan makan kuah sahaja. Biarlah lauk ayamnya mereka yang sental. Dah kita ini layaknya hanya setakat menghirup kuah sahaja, nak buat macam mana.
Mereka (pemimpin) hanya mahukan kita makan kuah sahaja dan tak lebih dari itu. Mereka mengatakan kalau makan dan menghirup kuah ayam, kuah itu rasa ayam juga. Asalkan dapat rasa ayam itu cukuplah. Kalau kita hirup soup kambing sahaja, soup itu pun ada rasa kambingnya. Cukuplah setakat itu.
Ayam dan kambing serta lauknya bukannya untuk kita. Itu untuk pemimpin-pemimpin dan kroni-kroni mereka sahaja. Rakyat mesti sedar kenyataan ini. Kita mesti sedar yang rakyat hanya mendapat kuah ini adalah kehendak rakyat sendiri. Bukankah rakyat yang membiarkan mereka makan lauk dan kita semua makan kuah. Itu pilihan rakyat juga selama ini.
Kalau rakyat hendak makan lauk selepas ini, usaha itu mesti dilakukan oleh rakyat sendiri. Rakyat terpaksa ketepikan mereka yang 'kuat makan' ini. Cara untuk mengenepikan mereka yang 'kuat makan' ini rakyat sendirilah yang patut berfikir. Pilihannya luas terbentang. Tepuk dada tanyalah selera.
Tetapi kalau rakyat tidak berbuat sesuatu, itu sahajalah yang kita dapat selalu…..RM500 semasa undi rakyat diperlukan.Mereka (pemimpin) masih berfikir yang rakyat sudah selesa dengan makan kuah sahaja.
Kok tak dapek makan isi (lauk) dapek kuah pun cukuplah…..kuah ayam pun rasa ayam jugak kan!! Lauk yang sedap-sedap tu biar pemimpin-pemimpin kita makan, kerana mereka 'kuat makan'.
Majlis Penyampaian Zakat Dan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Kpd Pelajar Miskin Yayasan Islam Kelantan Jajahan Kuala Krai Dan Gua Musang di SMU(A) As Saadah, Batu Mengkebang.
Rombongan pimpinan Pas di ketuai Ketua Penerangan Pas Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man telah melawat Negeri Sarawak dan Sabah bagi menemui pimpinan dan petugas pilihanraya disana dan menyampaikan taklimat gerakkerja pilihanraya disamping menemui rakyat bagi menerangkan isu-isu terkini di Semenanjung Malaysia.
Selain YB Dr Fazli , YB Nizar dan YB Dr Rani, Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Ustaz Solehin Muhyi ,Ustaz Misbahul Munir dan Ustazah Nuridah juga mengiringi rombongan tersebut.
Pesuruhjaya Pas Sarawak, Tuan Hj Adam bersama beberapa pimpinan Pas Sarawak telah mengaturkan beberapa program di Sebuyau, Sadong Jaya dan Kuching.
Satu kejohanan Kabaddi telah diadakan di Stadium Sultan Sulaiman Klang.
Kabaddi adalah sebuah permaianan bangsa Bangladesh yang dipopularkan di Tamil Nadu, Andura Pradesh dan Punjab, India.
Ianya juga di mainkan oleh Tentera British untuk tujuan hiburan, senaman tubuh dan kerja berpasukan.
YB Dr Rani dalam ucapannya berharap permainan dan senaman yang terkandung dalam kabaddi dapat memupuk kerjasama yang mantap di kalangan ahli dan beliau memberi sokongan yang jitu kepada mana-mana pihak untuk menganjur aktiviti sukan sebegitu tidak kira dari kalangan masyarakat India, Melayu atau Cina.
Kejohanan Kabaddi yang dikendalikan oleh Timbalan Pengerusi DHPP, Mr.Deepakaran telah mendapat sambutan yang baik dan ada peserta-peserta permainan tersebut terdiri daripada remaja Melayu dan Cina.
Seramai 100 orang remaja Dun Meru telah menyertai forum remaja & Kempen Anti Zina di dalam program khas Generasi Idaman Selangor di Dewan Jubli SUK S. Alam. Dalam program khas ini, 1000 remaja terlibat dari seluruh Selangor juga didendangkan nyayian nasyid dan petikan gitar Sam Kamikaze. Pengisian di dalam program ini cukup menarik dengan pelbagai ilmu dan motivasi disampaikan oleh motivator terkenal, Uztas Zaidi dan Ustaz Shaharudin dengan menarik perhatian remaja untuk tidak melakukan maksiat dan zina. Exco Pendidikan , YB Hjjh Dr Halimah Ali merasmikan majlis ini juga menyampaikan slot khas, Kempen Anti Zina.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Oleh :SUHAIZA ABU BAKAR (Sinar Harian) Tarikh : December 31, 2011
KOTA BHARU – Pelbagai program yang melibatkan daerah bakal dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Kelantan 2012 supaya sasaran menarik enam juta pelancong ke negeri itu tercapai tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, aktiviti yang dimasukkan dalam program tahun depan adalah sama dengan tahun sebelumnya tetapi ia akan dinaikkan taraf kepada peringkat antarabangsa.
"Contohnya Pesta Air, Pesta Wau yang sebelum ini berdasarkan jemputan tetapi untuk tahun depan ramai peserta luar negara baik dijemput menyertainya.
"Exco lain juga akan turut mengadakan program mereka seperti aktiviti himpunan pondok-pondok sedunia di Kelantan, festival kegemilangan emas Kelantan dan sebagainya," katanya pada sidang media di Pusat Penerangan Pelancongan negeri, di sini, semalam.
Menurutnya, dengan cara itu kepelbagaian program dalam TMK kali ini dapat memberi kelainan kepada pelancong berbanding TMK 2008.
Katanya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu untuk menyediakan pakej pengangkutan, penginapan dan makanan kepada pengunjung ke Kelantan.
Takiyuddin berkata, peruntukan untuk keceriaan dan pencahayaan di lokasi pelancongan ditingkatkan untuk menarik pelancong tempatan dan luar negara.
Terdahulu, beliau menyampaikan sijil kepada tujuh peserta yang berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu dengan mengibarkan kain rentang TMK 2012 sebagai usaha promosi minggu lalu.
KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengadakan pelbagai bentuk program bagi memastikan sasaran dikunjungi 6 juta pelancong bersempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sasaran itu tidak susah untuk dicapai memandangkan peningkatan kemasukan pelancong ke negeri ini dari setahun ke setahun.
Menurutnya, 3.1 juta pelancong domestik dan 4.2 juta pelancong antarabangsa ke negeri ini dari Januari hingga Oktober tahun ini.
"TMK@12 lebih menyasarkan pelancong dari negara serantau seperti Singapura, Thailand, Indonesia, China dan Jepun.
"Kemasukan ramai pelancong membantu mengembangkan ekonomi rakyat negeri ini kerana rekod menunjukkan lonjakan memberangsangkan," katanya.
Pada 2008 dan 2009 katanya, sektor pelancongan menjana RM1.8 bilion dan untuk tahun 2010 menjana pendapatan RM1.4 bilion.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra-Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.
Takiyuddin berkata, Pelancaran TMK@12 secara gilang-gemilang akan diadakan pada Februari.
Katanya, promosi mengenai giat diadakan seperti misi menawan puncak Gunung Kinabalu, konvoi motosikal berkuasa tinggi ke utara semenanjung, konvoi Volkswagen ke selatan dan tengah semenanjung.
"Kita mengadakan program silang budaya dengan Acheh yang juga digelar Negeri Serambi Makkah, selain bekerjasama dengan Perak yang turut mengadakan tahun melawat negeri itu tahun hadapan," katanya.
Untuk tahun 2012 katanya, program bertaraf antarabangsa diatur bagi menarik kedatangan pelancong seperti Pesta Wau, Pesta Air, Pesta Makanan dan Buah-buahan, Pesta Burung Ketitir dan Kilauan Emas Sedunia.
Sesuai dengan perkembangan Kelantan yang menjurus kepada agama katanya, Pelancongan Agama diperkenalkan bagi memastikan pelancongan mendapat manfaat atau ibadat daripada melancong.
Dewan Pemuda PAS Kota Raja mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua rakyat Malaysia dan khususnya kepada semua penduduk di Parlimen Kota Raja. Sepanjang 2011 terlalu banyak peristiwa manis dan pahit khususnya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanahair ini supaya tidak terus dijajah oleh pemikiran yang membelenggu minda merdeka.
Semoga kita meletakkan suatu azam yang berani khususnya membebaskan negara daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, tidak amanah serta tidak berakhlak. Berrikan kepercayaan kepada golongan yang betul-betul ingin memperjuangkan nasib rakyat, yang adil serta yang bencikan rasuah. Semoga negara kita terus aman, selamat dan sejahtera.
UMNO BN semakin hari semakin zalim dan menyerlahkan kezalimannya apabila seringkali mempertahankan tindakan salahlaku pimpinannya dan menganggap rakyat masih lagi boleh diperbodohkan.
Pelbagai isu yang melanda Malaysia adalah angkara kezaliman UMNO BN yang memporak perandakan pentadbiran negara serta mengkayakan kroni melalui harta negara yang begitu banyak tanpa rasa segan dan malu. Negara yang dianugerahkan dengan kekayaan yang begitu banyak telah diselewengkan oleh UMNO demi memuaskan nafsu pimpinan mereka.
Begitulah antara ucapan yang disampaikan oleh Sdr Amran Harun selaku Timbalan YDP Pas Kampar yang juga PA kepada DS Nizar Jamaluddin. beliau berkata demikian dalam majlis ceramah yang diadakan di Kuala Slim. Turut berceramah bersama beliau, Sdr Suhaizan Kaiyat, Exco DPPP juga merupakan Ketua Pemuda Pas Johor. Ucapan juga turut disampaikan oleh wakil PKR.
Antara lain, Sdr Suhaizan menceritakan bagaimana pembohongan UMNO BN selama ini melalui undi pos dan pengundi hantu telah dapat dibuktikan. UMNO berjaya mempertahankan kemenangan mereka melalui penipuan yang terancang dengan kerjasama JPN yang sekarang giat pula mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing asalkan mengundi UMNO BN.
Ucapan aluan disempurnakan oleh Tn Hj Salam selaku Timbalan YDP Pas kawasan Tg Malim, manakala majlis dipengerusikan oleh Sdr Zulkifli Che Nas.
Dalam majlis tersebut juga, disampaikan saguhati kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR dan PMR. Sumbangan telah disampaikan oleh Sdr Suhaizan Kaiyat.
Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 kepada seluruh anak muda khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Saya selaku pimpinan anak muda sudah tentu ingin menyampaikan insprasi anak muda di luar sana yang sebenarnya aset sebenar Negara kita. Pada hari ini bagi kami, sikap anak muda harus berani menegur siapa sahaja demi kebenaran dalam persekitaraan kehidupan harian mereka.
Bagi kami, anak muda adalah sebagai pengimbang sistem Negara kita samada di dalam pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Kita saban tahun dihidangkan di hadapan kita laporan Jabatan Audit Negara yang yang cukup dengan kelemahan dan ketirisan hasil Negara kita selama ini. Termasuk kronisma dan nepotisma dalam pemberi projek Negara sebagai satu penyakit yang membarah.
Negara yang selama ini mengharapkan Pergerakkan PemudaBarisan Nasional (BN) dilihat gagal memimpin dan membela anak muda. Dan yang paling jelas bahawa Mahasiswa ditutup mulut mereka tanpa pembelaan sebenar daripada Pemuda BN. Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kebebasan akademik semangkin hari semangkin tiada penghujungnya.
Dan pada hari ini, kami menyeru agar anak muda adalan benteng terakhir agar semua kemelut dan barah yang selama ini membiak perlu kita sama-sama berusaha memastikan ianya dibersihkan sama sekali. Kami berharap anak muda dalam mengejar dan memburu nilai kehidupan agar jangan mengabaikan nilai Bangsa dan Agama sebagai asas pendinding kemajuan. Ayuh anak muda, kita bimbing Negara yang tercinta ini dengan ketelusan, maruah dan cita-cita sayangkan Agama dan Negara kita yang merdeka!
DR RAJA AHMAD AL-HISS Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia).
QUETTA 31 Dis. – Sekurang-kurangnya lapan penduduk Pakistan terbunuh dalam letupan bom kereta di barat daya bandar Quetta, semalam.
Kereta tersebut yang meletup di depan rumah anak bekas Menteri Persekutuan, Naseer Mengal, turut menyebabkan kira-kira 18 orang yang lain cedera.
Pihak polis bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat pemandu di dalam kereta tersebut atau kenderaan itu sengaja diletakkan di lokasi kejadian. – AFP
HYDERABAD 31 Dis. – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh apabila puting beliung yang membawa angin dengan kelajuan 140 kilometer sejam melanda kawasan pantai di tenggara India, semalam.
Timbalan Pengerusi Jabatan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), Marri Shashidhar Reddy berkata, puting beliung Thane itu melanda kawasan pantai antara Cuddalore di Tamil Nadu dan kawasan Pondicherry pada awal pagi semalam.
"14 orang terkorban di Tamil Nadu manakala dua lagi di Pondicherry," katanya. – AFP
YANGON 31 Dis. – Myanmar akan mengadakan pilihan raya kecil pada awal April depan, sekali gus membuka peluang kepada ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi untuk menduduki kerusi di Parlimen yang dikuasai pemerintahan tentera.
Seorang pengawai kerajaan yang enggan dikenali berkata, pilihan raya tersebut akan diadakan pada 1 April tahun depan.
Suu Kyi, yang mendaftar partinya secara rasmi awal bulan ini, pernah menyatakan hasrat beliau untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut. – AFP
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersedia daripada semua aspek bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rasid.
Beliau berkata pasukan itu akan digerakkan sebaik sahaja menerima maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Persiapan ini termasuk dari segi pegawai dan keanggotaan serta pengetahuan," katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Pasukan Gerakan Am (PGA), di Tawau hari ini.
Mengenai penstrukturan semula fungsi Pasukan Gerakan Marin (PGM), Salleh berkata proses dijangka siap Januari ini.
Beliau bagaimanapun menegaskan PGM tidak akan berkubur, tetapi diberi tugas tambahan yang sebelum ini dilaksana pasukan lain dalam PDRM.
Pihak kami kini sedang menjelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan fungsi PGM kepada anggota yang masih kekal dengan agensi ini selepas beberapa peranannya diambil alih Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), katanya.
Salleh berkata di bawah penstrukturan terbabit, PGM Sabah dan Sarawak akan diletakkan di bawah pesuruhjaya polis kedua-dua negeri tersebut, manakala di Semenanjung pasukan itu diletak di bawah ketua polis negeri.
"Marin tetap ada. Saya nafikan dakwaan kononnya Marin sudah terkubur. Kita hanya serah perjawatan Marin kepada APMM sebanyak 570 keanggotaan, 60 buah bot dan kapal dan tujuh pangkalan. Sedikit sahaja.
"Saya amat berbangga dengan pegawai Marin yang masih setia dan berada dengan PDRM. Bukan senang kita cari orang-orang yang mempunyai kesetiaan (kepada pasukan mereka) walaupun menerima tawaran menyertai agensi lain," katanya.
Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.
Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.
Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.
Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.
Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.
Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.
Seorang ahli peniagaan didakwa bergelar "Datuk", hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.
Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibunegara pada jam 6 petang 20 November lepas.
Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas.
Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman oleh polis dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan pada 22 Disember.
Shamsulbahrin yang kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah hari ini berdepan hukuman sebat, denda serta penjara antara satu hingga sepuluh tahun sekiranya didapati bersalah.
Tidak bayar jamin
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh juga diarahkan untuk menyerahkan pasport beliau.
Ketua pengarah eksekutif Shamsulbahrin Ismail Resources Sdn Bhd itu tidak dapat membayar jaminan tersebut hari ini.
Mahkamah turut menetapkan kes berkenaan untuk disebut semula pada 31 Januari.
Tertuduh yang kini masih dalam siasatan polis – dilaporkan disiasat untuk 10 kes penipuan berasingan.
Peguam J Rao memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana aset tertuduh telah dibekukan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 pada 23 Disember.
Aset berkenaan juga mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 pada 27 Disember. MK/-
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 terkorban apabila ribut kencang membawa hujan dan angin ke kawasan pantai di tenggara India sehingga menumbangkan pokok dan merosakkan kediaman.
Jabatan Meteorologi India berkata, Taufan Thane yang berpusat di Lautan Hindi, 35 kilometer barat daya bandar Pondicherry yang juga dikenali sebagai Puducherry.
Pejabat Ramalan Cuaca berkata, taufan itu mungkin lemah dan akan bergerak ke barat. - AP
Saya berpesan kepada diri sendiri dan berpesan kepada sidang jemaah sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya. Sesungguhnya hanya dengan taqwa mampu memberikan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu berada dalam Islam.
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
2 hari lagi akan memisahkan kita dengan tahun masihi 2011. Sesungguhnya pelbagai cabaran dan rintangan telah kita hadapi sepanjang tahun ini, sama ada kita telah menunaikan amanah kita sebagai Khalifah Allah ataupun kita terus alpa dengan kenikmatan dunia. Manusia sifatnya berubah, dan kita perlukan perubahan untuk meneruskan kehidupan. Ianya merupakan Fitrah yang dijadikan oleh Allah sepertimana firmanNYA dalam surah ar Rum ayat ke 54,
Allahlah yang telah menciptakan kamu bermula dari keadaan yang lemah, kemudian dia telah menjadikan kamu daripada keadaan lemah kepada keadaan kuat dan memiliki keupayaan tenaga, kemudian dia menjadikan kamu dari keadaan kuat kepada keadaan lemah semula. Sesungguhnya Alllah menciptakan sesuatu apa yang Ia kehendaki.
Ayat ini memberikan kita isyarat betapa al Quran telah awal-awal membicarakan persoalan kitaran hayat manusia yang akhirnya dibuktikan kebenarannya olehpengetahuan sains dan teknologi. Manusia yang lahirnya dalam keadaan lemah, mempunyai anggota yang lengkap tetapi tidak mampu mempertahankan dirinya dari diperlakukan apa sahaja oleh manusia lain yang lebih dewasa. Ini amat berbeza dengan sesetengah haiwan yang sebahagiannya sudah mampu berdikari sebaik menjejakkan kaki ke muka bumi.
Manusia yang dilahirkan dalam keadaan tidak bermaya, kemudiannya menjadi dewasa, antaranya ada yang menyedari kelemahannya sebagai hamba, sebahagiannya pula mendabik dada melupakan Pencipta. Di saat usia semakin tua, tenaga dan upaya semakin berkurangan, akhirnya kita akan kembali kepada Tuhan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Modal utama kita ialah masa. Atas dasar itu nabi bersabda mengingatkan kita :
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, masa hidupmu sebelum matimu, masa lapangmu sebelum sibukmu, masa kaya atau berada sebelum papa, masa mudamu sebelum tuamu dan masa sihat sebelum sakit, .
Tahun-tahun yang berlalu, sama ada kita menggunakan kalendar Hijriyyah mahupun Masihiyyah, kita yang akan menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara kita. Masa untuk kita melakukan perubahan tidak akan sentiasa menunggu kita. Tahun lalu telah menjadi sejarah yang tidak akan berulang kembali. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah mengambil peluang untuk melakukan perubahan di tahun akan datang.
Sidang Jumaat Sekelian,
Pakar kemasyarakatan Islam silam, Ibnu Khaldun menyatakan dalam salah satu penulisannya;
Jatuh bangunnya sesuatu tamadun berpunca daripada dua faktor. Faktor tersebut ialah kesedaran agama dan ikatan persaudaraan.
Beliau melihat perkembangan sesuatu bangsa dan tamadun itu dalam lima tahap perubahan berdasarkan pengamatan dan kajian beliau terhadap jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan sesebuah tamadun lampau. Antara tahap manusia yang disebutkan apabila sesuatu bangsa atau tamadun itu mencapai kemewahan dan tahap pencapaian kemajuan tertinggi sehingga membentuk sifat-sifat negatif dalam diri anggota masyarakat. Kesedaran agama semakin terhakis dan ikatan persaudaraan semakin terungkai. Apakah Islam tidak membenarkan umatnya maju dan mewah?
Sidang Jumaat Sekelian,
Islam tidak pernah menghalang mana-mana umatnya menjadi maju dan berusaha untuk mencapai kemewahan, asalkan ianya memenuhi syarat-syaratnya. Pertamanya, kekayaan yang diperolehinya adalah berdasarkan Hukum Syarak iaitu diperolehi secara halal dan tidak dibelanjakan pada yang haram. Kedua, melaksanakan tanggungjawab membelanjakan harta tersebut pada yang berhak. Ketiga, niat yang ikhlas dan keempat, tidak menyebabkan seseorang itu lalai dalam menjalankan tanggungjawab ibadahnya yang lain.
Sekiranya syarat tersebut dipatuhi, maka bukan sahaja kita beroleh kesenangan di dunia, malah akan mendapat ganjaran besar di akhirat.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Mengapa kita harus berubah? Kita wajib berubah dari sudut sikap, etika, matlamat, dan semua aspek dalam keperluan kehidupan. Rata-rata masyarakat barat memperkatakan soal azam tahun baru dan sebagainya. Ianya merupakan manifestasi keazaman dalam diri. Di dalam al Quran, perkataan azam merujuk kepada bukan sahaja niat dan angan-angan, tetapi usaha-usaha gigih yang telah dilakukan berlandaskan profesionalisme tugasan, ketajaman kemahiran, dankemantapan ilmu pengetahuan itu sendiri. Maka apabila kita melafazkan azam baru, ertinya kita meletakkan cabaran dan menguji diri agar bersedia untuk memiliki niat dan tujuan-tujuan murni. Langkah harus dimulakan untuk merubah diri, keluarga, masyarakat dan negara tercinta. Perubahan juga perlu kerana ada matlamat dan objektif yang ingin kita capai di dalam kehidupan ini.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Perubahan mestilah bersumberkan perundangan yang muktabar iaitu al Quran dan al Sunnah. Perubahan yang paling unggul ialah perubahan yang menjurus kepada kejayaan dunia dan akhirat. Kita wajib melaksanakan perubahan agar seluruh kehidupan kita selaras dengan kehendak Al-Quran dan Al-Sunnah. Allah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 96 :
Dan kalau sekiranya penghuni satu-satu kariah itu beriman kepada Allah nescaya Allah bukakan keberkatan ke atas mereka dari langit dan bumi. Tetapi mendustakan Allah. Maka Allah siksakan mereka dengan perbuatan mereka sendiri.
Allah menjelaskan dari ayat di atas bahawa Allah menjamin kiranya satu-satu kawasan beriman dan berpegang dan mendapat keberkatan dari Allah ertinya dengan rezeki yang melimpah ruah dan memperolehi kehidupan yang hebat dan mendapat keberkatan daripada rezeki itu kiranya tidak tunggulah di sebaliknya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Tidak ada perubahan yang lebih baik daripada berusaha merubah masyarakat kita menjadi masyarakat yang beriman dan bertaqwa. Masyarakat yang beriman dan bertaqwa hanya akan berkekalan dengan pengawasan dari pemerintah dan pemimpin yang beriman dan bertaqwa.
Banyak perkara pelik yang sukar dijangka telah berlaku, namun ini bukanlah tanda-tanda khiamat. Suka saya senaraikan perkara tersebut untuk perhatian semua:
Bil
Tempat
Peristiwa
Komen
1
Makkah
Walaupun berada depan kaabah tetapi solat tidak mengadap kaabah.
Adakah dia tidak nampak kaabah itu
2
Walaupun orang ramai bertawaf di keliling kaabah, tetapi apabila turun dengan niat hendak tawaf ada ruang untuk kita
Kita tetamu Allah pasti Dia menerima kita
3
Walau panas terik, tidak terasa panas lantai tawaf.
Teknologi orang beriman
4
Walaupun masih ada ruang untuk masuk ke dalam masjid tetapi ada orang (Afrika dan Pakistan) yang lebih suka solat di luar masjid.
Mereka menolak fadilat yang Allah tawarkan sebaliknya menyangka semuanya sama
5
Selepas saei lelaki disunatkan bercukur, harga untuk satu kepala SAR10 di Makkah tetapi SAR35 di Mina
Demi sunnah mahalpun tidak mengapa.
6
Walau pun ada hukum hudud, ramai juga budak hitam tak takut mencuri
Itulah kalau tidak takut kepada Allah
7
Apabila azan dikumandangkan semua peniaga tutup perniagaan tanpa sebarang kunci
Allah menjaga barangan mereka daripada kecurian
8
Walaupun jauh jarak hotel dengan masjidilharam, jemaah haji sanggup menapak tanpa rasa letih
Niat kerana Allah akan dibantu
9
Setiap orang Asia yang datang mengerjakan haji akan merasai batuk, demam dan selesema
Ujian untuk mencari siapa yang sabar
10
Jarang nampak bangsa lain batuk, buktinya waktu solat tidak dengar suara batuk dalam kalangan mereka.
Cuaca mereka sama dengan Arab
11
Waktu solat di surau hotel, tidak boleh seorang batuk nanti akan sahut menyahut batuknya
Pesta batuk fenomena biasa.
12
Arafah
Waktu orang ramai berzikir dan beribadah selepas zohor hingga terbenam matahari ada yang tidur atau bersembang
Mereka lupa doa dan ibadah di Arafah besar pahalanya
13
Muzdalifah
Jemaah haji wajib bermalam di Muzdalifah tapi sebahagian kami sampai berpagi malah hampir tengah hari.
Ini adalah ujian kesabaran
14
Mina
Ustaz sakit tekak sudi menjadi imam solat, dia terlupa yang makmum di belakang tidak dengar bacaan dan pergerakan iman
Imam perlu sedar diri tentang kemampuannya.
15
Tandas tidak banyak, tapi penggunanya waktu masuk ke dalamnya lupa ramai sedang menunggu di luar
Kena muhasabah
16
Jemaah lelaki yang tidak boleh tunggu giliran ke tandas sanggup kencing dalam botol, tetapi airnya tidak dibuang ke longkang.
Ibadah Haji tidak mempu mendidik jiwanya
17
Peminta sedekah dari Afrika tunjukkan tangan kudung untuk cari simpati tetapi sebenar sesikunya dilipat dalam lengan baju.
Penipu yang tidak takut kepada Allah
18
Madinah
Jemaah wanita ramai tetapi tempat untuknya tidak mencukupi
Pengurusan masjid perlu lihat semula keperluan jemaah
19
Walaupun dilarang polis, masih ada jemaah yang mencium mimbar di Raudhah dan pakar makam Rasulullah
Bayangkan kalau khurafat ini tidak dihalang oleh wahabi (sebenarnya itulah ajaran ahli sunnah wajamaah) pasti amalan ini berleluasa
20
Sepanjang saya di Madinah (9 hari) hanya dua waktu yang tidak ada solat jenazah
Mungkin jemaah sudah semakin kurang
21
Cuaca panas tetapi tiupan angin sejuk menyucuk sampai ke tulang.
Musim sejuk
22
Sebanyak-banyak kedai makan semuanya dikuasai oleh orang India Muslim atau Pakistan termasuk restoran bakso Indonesia
Orang Arab sebuk dengan bisnes lain
23
Nak beli makan waktu pagi dilayan seperti pengemis, wang baki dicampak sahaja
Nak sarapan juga perlukan kesabaran
24
Jemaah haji belanja makan pagi seperti orang kaya-kaya; roti canai SAR3 (3 rial), bakso SAR10 dan kebab SAR5
Mungkin kos import dari luar
25
Semua kedai terutama kedai pakaian dan kurma dipenuhi jemaah kecuali waku solat kerana ditutup
Kalau tidak tutup pasti ada jemaah yang membelinya.
26
Malaysia
Seorang Jemaah wanita (uzur) menangis kerana menyangka anak cucunya tidak menjemputnya, padahal dia masih di bahagian dalam
Terlalu rindu kepada keluarga kerana pergi seorang diri
27
Setelah 44 hari fikir soal ibadah, kini berserabut dengan masalah masyarakat, rumah tangga dan politik
Pening kepala sekejap
28
Hairan melihat wanita terutama janda/ibu tunggal mudah dipujuk berkahwin di Selatan Thailand
Dia tidak tahu kesan negatif
29
Hairan mendengar cerita lelaki bertitle ustaz pandai mengayatkan wanita untuk berkahwin di Selatan Thailand
Tak semua ustaz layak berpoligami
30
Hairan lelaki yang mengahwini isteri cantik tetapi setelah mengecap nikmatnya sanggup mendera tubuh isterinya
Tak takut kepada larangan Allah
31
Ada kawan yang dipercayai sanggup membuat fitnah sewaktu di belakang kita
Fenomena biasa golongan munafiq
32
Dalam politik, orang luar parti rajin mengulas isu parti lawan dan akan kecewa kalau isu itu ditutup
Ini politik dengki yang dilarang Islam
33
Isu dalam parti menjadi besar bukan kerana besar tetapi dibesarkan oleh pihak parti musuh
Inilah tindak politik yang tidak profesional
Sebagai umat Islam kita boleh menilai kisah di atas sama ada patut berlaku atau tidak. Kalau kita rasa perkara itu bukan pelik maka sukarlah kita berubah ke arah kebaikan. Jadi, contohlah yang terbaik dan buangkan yang tidak serasi dengan Islam. Anda harus jadi mukmin profesional dalam semua tindakan kita di dunia ini.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda MCA Negeri Pulau Pinang, Eng Hiap Boon yang mengambil tindakan meletak jawatan daripada semua jawatan parti serta bersama 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama yang telah mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan. Kita sedia maklum bahawa kepimpinan utama MCA yang bersikap tidak bermoral adalah punca krisis keyakinan kepada parti tersebut mula hilang termasuk ahli partinya sendiri.
Kami mengambil kesempatan agar semua yang telah keluar daripada MCA agar bersama dengan parti dalam Pakatan Rakyat (PR). Kami juga mempelawa agar Pemuda MCA Perak turut mengambil langkah yang sama kerana di Perak sendiri MCA Perak diketuai oleh seorang yang hilang moralnya. Adakah Pemuda MCA Perak sangguh menerima tamparan hebat apa yang dilakukan oleh Pemuda MCA Pulau Pinang tersebut? Kami berharap agar Pemuda MCA Perak turut menyatakan pendirian mereka di dalam isu moral ini.
Bagi kami juga, sebenarnya MCA di Perak tidak penting lagi bagi Umno Perak kerana banyak perkara yang diperkatakan oleh perwakilan Umno di dalam Perhimpunan Agung Umno mahukan agar kerusi MCA diserahkan kepada Umno semula. Disebabkan itulah bahawa banyak kerusi di Perak dirombak kembali oleh Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.
DR RAJA AHMAD AL-HISS Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat kenyataan Datuk Hamidah Osman yang mempertahankan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia daripada meletakan jawatan berikutan skandal National Feedlot Centre (NFC) yang melibatkan ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat sebenarnya turut memberikan sindrom ketakutan kepada Datuk Hamidah sendiri di dalam isu yang sama seperti Datuk Seri Shahrizat.
Bagi kami, jika Datuk Seri Shahrizat dipaksa atau terpaksa meletak jawatan, sudah tentu langkah yang sama mesti dilakukan oleh Datuk Hamidah yang juga merupakan Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia. Tetapi mungkin kes seumpama ini juga akan dihadapi oleh Datuk Hamidah jika Datuk Seri Shahrizat yang mungkin diakhir kisah ceritanya sebagaimana yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Negeri Selangor, Dr. Mohamed Khir Toyo.
Apapun, jika angin yang bertiup membawa kisah baru kepada Datuk Seri Shahrizat sudah tentu Datuk Hamidah tidak akan terlepas dengan kisahnya pula selepas ini. Walaupun banyak kisah yang menceritakankan kelicikan Datuk Hamidah di Negeri Perak, marilah kita sama-sama menunggu apa keputusanya nanti. Sudah tentu suasana Pilihan Raya Umum ke – 13 (PRU 13) yang semakin hampir akan menjadikan beberapa orang politik sebagai 'kambing hitam' untuk memastikan Umno / Barisan Nasional (BN) dilihat bersih.
SALMAN HAJI SALEH Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan