Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak must explain the public benefit of the RM7.07 billion 60-year concession to Kumpulan Europlus Bhd(Europlus) for constructing a 316 km highway from Banting to Taiping and whether the RM 2.24 billion soft loans, 3% interest subsidies for commercial loans for 22 years and RM 980 million grant for land acquisition cost is in the public interest. Europlus had announced that it had received an approval letter to construct the 316 km highway from the Public Private Partnership unit of the Prime Minister's Department.
DAP is curious why the Federal government had still not make any announcement on such an important highway concession which violates the basic principles of public accountability and transparency. Before the government signs this agreement with Europlus, the Prime Minister must ensure that the following 7 questions why Europlus was given such a good deal are fully answered.
1. Was there an open tender, and if no why not. If yes, who were the other parties and why were their bids rejected?
2. Why was Europlus chosen when they have no proven track record in build-operate-transfer(BOT) of highway concession and its principal owners have a troubled history of problematic housing development projects?
3. How can the government grant such a long concession period of 60 years, which is the longest in Malaysian history, second only to Malaysia's 100 year agreement to supply water to Singapore in the 1960s?
4. What was the rationale of granting a soft loan of RM2.24 billion from 2013 at 4% interest and also offer an interest subsidy of 3% from commercial loans for 22 years? Both interest subsidies which may cost the Federal government RM4 billion assuming a principal loan of RM6 billion.
5. Why should the government pay RM980 million for land acquisition cost if this is a privatised project?
6. Why is the cost for the 316 km highway at RM7.07 billion or RM22.3 million per km more than double the cost of building a similar highway in India at RM10 million per km?
7. If this newest toll concession is the alternative to the already congested North South Highway, why stop at Taiping? Why is the Europlus concession not extended to Penang which is even more heavily congested? This is unfair not just to Penangites but also Kedahans.
For the Prime Minister's Department to grant a 60 year concession period means, that generations of Malaysian will be compelled to pay toll, from me to my great grand-children. This is unacceptable and giving such a long concession only benefits the few, allowing the toll operators to earn mega profits of Pharaonic proportions at the expense of 28 million ordinary Malaysians.
Malaysians can no longer tolerate another North-South Expressway(NSE) scandal, where the toll operator is given a 50 year concession period until 2038 even though they have reaped profits many times over their investment outlay. The NSE costs RM6 billion to build and as at 31.12.2010, the toll operator has already received RM24.3 billion, landing a cool RM18.3 billion in profits.
Why should the NSE operator be allowed to continue to collect till 2038 and hike up toll rates when they have earned such massive and Pharonic-like profits of RM18.3 billion, 3 times the construction cost? Enough is enough! That is why PR is pressing for the abolition of tolls on the NSE in view of the pharonic like profits earned by the toll operator.
Is the RM7.07 billion Europlus highway concession deal another scandal in the making? Malaysians do not want another NSE scandal. The Prime Minister must fully answer the 7 questions to ensure that public benefit is assured and public interest is protected in this Europlus RM7.07 billion 60-year concession deal.
Lim Guan Eng
—-BM Translation —-
Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 29.1.2012
Perdana Menteri Harus Menjelaskan Sama Ada Konsesi 60 Tahun Berjumlah RM7.07 Bilion Yang Dianugerahkan Kepada Europlus Untuk Pembinaan Lebuhraya Banting-Taiping Sepanjang 316km Yang Melibatkan Pinjaman Mudah RM2.24 Bilion, Subsidi Faedah 3% Untuk 22 Tahun Dan Geran Sebanyak RM980 Juta Untuk Pengambilan Tanah Adalah Selaras Dengan Kepentingan Awam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjelaskan sama ada konsesi 60 tahun berjumlah RM7.07 bilion yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Bhd (Europlus) untuk pembinaan lebuhraya Banting-Taiping sepanjang 316km yang melibatkan pinjaman mudah RM2.24 bilion, subsidi faedah 3% untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah adalah selaras dengan kepentingan awam.
Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri.
DAP berasa curiga kenapa Kerajaan Persekutuan belum lagi membuat pengumuman mengenai konsesi lebuhraya yang jelas melanggar prinsip asas ketelusan dan kebertanggungjawab awam. Sebelum Kerajaan menandatangani perjanjian dengan Europlus, Perdana Menteri hendaklah memastikan bahawa 7 soalan berikut dijawab:
1. Adakah tender terbuka dijalankan untuk perjanjian ini, dan jika tidak, kenapa? Jika ya, siapa lagi yang menyertai dan kenapa mereka tidak dipilih?
2. Kenapa Europlus dipilih, sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuhraya, dan pemilik utamanya mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan?
3. Bagaimanakah Kerajaan boleh memberi tempoh konsesi selama 60 tahun, iaitu yang terpanjang dalam sejarah Malaysia dan kedua hanya kepada perjanjian pembekalan air selama 100 tahun kepada Singapura yang telah dimeterai pada tahun 1960an?
4. Apakah rasional untuk penganugerahan pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion dari tahun 2013 pada kadar faedah 4% serta subsidi faedah 3% untuk pinjaman komersial selama 22 tahun? Kedua-dua subsidi ini berjumlah RM4 bilion jika prinsipal pinjaman adalah RM6 bilion.
5. Kenapa perlu Kerajaan membayar RM980 untuk pengambilan tanah sedangkan ini projek swasta?
6. Kenapa kos lebuhraya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km?
7. Jika konsesi tol terbaru ini adalah alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang sesak, kenapa berhenti di Taiping? Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk? Ini tidak adil untuk rakyat Pulau Pinang dan juga Kedah.
Konsesi 60 tahun yang dianugerahkan oleh Jabatan Perdana Menteri ini bermakna bahawa beberapa generasi rakyat Malaysia akan terpaksa membayar tol dari generasi saya hingga ke cucu-cicit saya. Ini langsung tidak boleh diterima kerana tempoh konsesi yang begitu lama ini hanya menguntungkan segelintir kroni syarikat pengendali tol yang akan mengaut keuntungan maha-Firaun manakala yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia tidak boleh menerima lagi satu skandal umpama Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), di mana pengendali tol diberi tempoh konsesi 50 tahun sehingga 2038 walaupun mereka sudah mengaut keuntungan berkali-kali ganda lebih daripada pelaburan asal. Kos pembinaan NSE adalah RM6 bilion dan setakat 31.12.2010, pengendali tol sudah pun menerima RM24.3 bilion, iaitu keuntungan sebanyak RM18.3 bilion.
Kenapa pengendali NSE dibenarkan mengutip tol sehingga 2038 serta menaikkan kadar tol apabila mereka sudah mengaut keuntungan yang maha-Firaun, iaitu RM18.3 bilion ataupun 3 kali ganda kos pembinaan? Cukup-cukuplah! Kerana itulah PR menekankan pemansuhan tol NSE.
Adakah konsesi lebuhraya RM7.07 kepada Europlus ini permulaan lagi satu skandal? Rakyat Malaysia tidak mahu pengulangan skandal NSE. Perdana Menteri haruslah menjawab 7 soalan di atas untuk memastikan kepentingan awam dijaga dan dipelihara dalam perjanjian RM7.07 bilion dan konsesi 60 tahun Europlus ini.
— Mandarin Translation —
民主行动党秘书长兼槟州首席部长林冠英于2012年1月29日在吉隆坡发表声明:
首相必须解释颁给优乐家集团(Europlus)价值70亿7000万令吉长达60年合约,兴建从万津到太平316公里的高速公路,对公众有什么好处?以及22亿4000万令吉的软贷款、22年的3%利息补贴及9亿8000万令吉的征地拨款,是否符合公众利益?
首相拿督斯里纳吉必须解释,颁予优乐家价值70亿7000万令吉长达60年合约,兴建从万津到太平316公里的高速公路,对公众有什么好处?以及22亿4000万令吉的软贷款、22年的3%利息补贴及9亿8000万令吉的征地拨款,是否符合公众利益?优乐家集团宣布它接获首相署公私合作单位的批准信,得以兴建一条316公里的高速公路。
民主行动党感到好奇,为什么联邦政府还没有宣布如此重要的高速公路特许经营合约?这违反了公众透明度及公信力的原则。在政府与优乐家集团签署这项合约之前,首相必须回答下列七道问题,解释为何优乐家集团获得这么好的待遇?
1. 是否进行公开招标,如果没有,为什么?如果有,其它参与招标者是谁?为什么他们被拒绝?
2. 优乐家集团在兴建-运作-转移(BOT)高速公路特许经营权方面完全没有经验,而且其主要所有人在之前的房屋发展计划留下许多问题,为什么它还会被选中?
3. 政府如何可以颁布长达60年的特许经营权?这是马来西亚史上最长的经营权合约,仅次于1960年签署的100年供水新加坡合约。
4. 有什么理由他们可以自2013年起获得22亿4000万令吉、利息4%的软贷款,而且还获得商业贷款3%利息补贴长达22年?如果贷款本金为60亿令吉,这联邦政府需花费的两项利息补贴为40亿令吉。
5. 既然这是私营化工程,为何政府要支付9亿8000万令吉的征地费用?
6. 为何316公里长的高速公路承建费为70亿7000万令吉,或每公里2230万令吉?比印度同等高速公路的承建费还高出一倍,在印度,高速公路兴建成本每公里约1000万令吉。
7. 如果这项特许经营权是拥挤的南北大道的替代道路,为什么只建到太平?为什么优乐家集团特许经营没有延长到交通更拥挤的槟城?这不只对槟城人不公平,也对吉打人不公平。
首相署颁布这项长达60年的特许经营合约,意味着马来西亚几代人都将被迫缴付过路费,从我一直到我的曾孙。这实在令人难以接受,如此的特许经营权只让少数人受惠,让收费站经营者赚取庞大的利益,却牺牲2800万马来西亚人的利益。
马来西亚人再也无法忍受另一个南北大道丑闻,这条大道的经营者获得50年的合约(到2038年),虽然他们已经赚取了比投资额高出许多倍的利润,他们还是可以继续收取过路费。南北大道花费60亿令吉兴建,截至2010年12月31日,他们已经收取243亿令吉的过路费,利润为183亿令吉。
为什么南北大道特许经营公司可以继续收费、调高过路费直到2038年?他们已经赚取了183亿令吉、这是承建费的3倍!够了!收费站已经赚到了庞大的利润,这就是为何民联要废除南北大道收费站的原因。
这项价值70亿7000万令吉的优乐家集团大道特许经营权是不是另一宗丑闻?马来西亚人不要另一宗南北大道丑闻。首相必须回答上述七道问题,确保在这项60年合约、70亿7000万令吉的特许经营合约中,公众利益受到保障。
林冠英
Tiada ulasan:
Catat Ulasan