oleh:
AIDC Dato' Ibrahim menganggap pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Hasan Ali daripada keahlian PAS sebagai
'Liwat Menang, Akidah Kalah!'. "Maksudnya, bagaimana Pas sebagai sebuah pertubuhan Islam, memperjuangkan Islam. Patut yang pertamanya menolak pemimpin-pemimpin yang tidak bermoral. Yang ia perjuangkan ialah Islam. Islam itu apa ? Mempertahankan akidah.
"Jadi, kalau Hasan Ali mempertahankan akidah atas isu murtad, lepas itu menolak Anwar Ibrahim, dia kata jangan hadir perhimpunan, boleh menimbulkan huru-hara. Jadi, tiba-tiba Hasan Ali dipecat.
"Jadi, itu saya katakan maknanya Pas ikut telunjuk Anwar. Sebab Azmin Ali minta diambil tindakan. Jadi, di mana perjuangan Pas dari segi Islamnya? Itu saya kata, 'liwat menang akidah kalah.", katanya. Ikutilah wawancara lengkap AIDC bersama Dato' Ibrahim Ali, Presiden PERKASA di Kuala Lumpur pada 18 Januari 2012.
AIDC : Difahamkan Dato' juga ada hadir ke rumah Dato' Hasan Ali semasa malam pemecatan beliau pada 8 Januari. Boleh jelaskan ? Dato Ibrahim Ali : Saya kenal Dato' Hasan Ali ni, lama…bukan baru. Hampir 25 ke 30 tahun. Waktu itu, beliau memang terlibat dalam mengendalikan kursus untuk program motivasi. Saya pernah menghantar anak saya di kem beliau dulu.
Dan beliau selalu muncul dalam program-program motivasi yang saya ada sekali-sekali ikut.
Kemudian, apabila beliau menyertai dalam politik, pada tahun 2008 baru-baru ini, saya bekerjasama dengan Pas dan anggota Pas, maka hubungan saya menjadi intim dengan beliau.
Apabila beliau menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor, selepas Pilihan Raya 2008, bertanggungjawab terhadap portfolio Hal Ehwal Agama Islam. Saya mengikuti dengan dekat sebab Selangor ini begitu unik sekali kerana negeri ini dari segi penduduknya agak seimbang antara Melayu dengan bukan Melayu.
Dan tiba-tiba timbul bermacam-macam isu termasuklah dengan isu-isu yang berkaitan dengan murtad, mengenai dengan peristiwa gereja yang menganjurkan majlis buka puasa dan cuba memurtadkan orang-orang Islam.
Jadi, saya dapati Dato' Hasan Ali begitu komited dengan isu-isu ini untuk menjaga kepentingan Islam dan Melayu. Maka, saya ikuti perkembangan beliau sehingga akhirnya beliau dipecat daripada Pas.
Jadi, apabila saya tahu beliau dipecat daripada Pas, atas dasar perjuangan, bukan kerana rasuah, penyalahgunaan kuasa, menyeleweng ataupun ada isu-isu berkaitan dengan moral dan akhlak.
Jadi, oleh kerana beliau dipecat atas dasar prinsip dan pegangan beliau mempertahankan Islam, Melayu dan Raja. Dan saya juga menjadi Presiden PERKASA yang memperjuangkan dan mempertahankan isu yang sama. Maka, menjadi kewajipan saya, bila seorang sahabat seperjuangan sama dengan pendirian yang saya perjuangkan, saya haruslah tunjukkan simpati dan sokongan.
Maka, sebab itu saya ke rumahnya dan kebetulan beliau juga pun pada masa yang sama menghubungi saya sebelum malam (pemecatan). Saya hadir ke rumahnya dan saya pun tidak keberatan, kebetulan ada waktu, maka saya hadir.
Bermakna, pemecatan Dato' Dr Hasan Ali ini bukan berpunca daripada moral ataupun salah guna kuasa dan sebagainya. Tapi kerana prinsipnya tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Adakah Dato' melihat wajar pemecatan itu ? Memang jauh daripada wajar. Sebab itu, kalau nak tanya saya, ini perkara yang paling tepatlah.
Bila Dato' Hasan Ali memperjuangkan Islam, Melayu dan kedudukan Raja-raja, dipecat, apa ertinya pada Pas ? Ini bererti, "Menang liwat dalam Pas, akidah kalah dalam Pas !".
Sebab, Hasan Ali menolak Anwar Ibrahim kerana Hasan Ali yakin dengan apa yang dilakukan oleh Anwar. Beliau mempersoalkan moral dan akhlak Anwar.
Begitu juga, beliau tidak senang hati dengan tindak-tanduk DAP dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, termasuklah di Selangor yang beliau menjadi Exco.
Jadi oleh kerana itu, saya menganggap Hasan Ali adalah seorang wira. Sebab, kalau dia akur dengan kehendak pimpinan Pas, akur dengan kehendak Anwar Ibrahim yang memperalatkan Pas sekarang ini dan beliau tool the light, sudah tentu kedudukannya tidak tergugat. Sudah tentu beliau akan kekal sebagai Exco.
Tapi, beliau sudah dipecat, sudah hilang jawatan Exco dan tidak ramai orang yang berani mengambil risiko di waktu memegang jawatan.
Ada orang berani bercakap, berani berjuang, suara lantang waktu belum mendapat jawatan. Bila mendapat jawatan, bila ada jawatan tinggi…seperti contoh terbaik, Anwar Ibrahim sendiri.
Waktu dia dalam ABIM, sebelum masuk UMNO, lantang. Menentang ISA, menentang itu, menentang ini, memperjuangkan Islam. Tak ada perkara yang dia setuju dan betul pada waktu itu.
Kemudian dia masuk UMNO, dan cepat sampai ke jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dan semuanya pula betul dalam UMNO, tak ada yang salah. Yang pada waktu itu, yang salahnya Pas.
Tak ada yang salah, dan dia pertahankan ISA, saya ingat pada waktu itu. Waktu saya kena Operasi Lalang pada tahun 1987, dia waktu itu Timbalan Perdana Menteri ke apa, saya tak ingat dah. Tak ada dia bela pun. Mengenai Operasi Lalang, mengenai Ketuanan Melayu yang kita pertahankan.
Begitu juga akta universiti (AUKU), tak ada bising pun. Kalau dia tak setuju dengan akta universiti, dulu dia jadi Menteri Pelajaran, waktu dia dalam UMNO, Naib Presiden, kenapa dia tak pinda ?
Inilah dia penyangak paling besar, penipu, mengecewakan kawan-kawan yang menyokong beliau sejak kampus.
Selepas dia jadi Presiden ABIM, berapa ramai orang yang merana, menderita, berkorban kerana mempertahankan manusia yang dikatakan 'Anugerah Tuhan' oleh isterinya. Bukan 'Anugerah Tuhan', ini 'Anugerah Malapetaka' bagi negara Malaysia. Anugerah yang memusnahkan umat Islam, Melayu, dan juga agama Islam bagi negara kita Malaysia, kalau kita tengok tindak-tanduk politiknya sekarang ini. Jadi, semuanya ini adalah kesalahan beliau.
Jadi, berbeza dengan Hasan Ali. Beliau konsisten. Saya pun ada pengalaman yang sama. Saya juga pernah dipecat daripada UMNO. Mula-mula saya digugur sebagai Ketua Bahagian. Bila ada persempadanan semula, saya tidak puas hati, saya menentang dengan bertanding bebas. Maka, saya terkeluar daripada UMNO.
Baik, waktu itu saya menentang oleh kerana tak ada sebab mereka mengugurkan saya. Sebab saya lantang, tiba-tiba saya digugurkan ? Manakala, ada orang lain yang kahwin di Tak Bai, kahwin di Teresek, ada yang tokoh persepsinya rasuah, menyeleweng…kenapa tidak digugur? Kenapa gugur saya ? Dan tanpa diberitahu?
Ada orang dipecat daripada parti, ada surat tunjuk sebab. Digugur daripada jawatan Ketua Bahagian, ada sebab-sebab diminta, dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin. Saya tak ada, digugur begitu sahaja, ini yang dilakukan oleh pimpinan.
Rasa tidak adil ? Ya, rasa tidak adil. Oleh Abdullah Badawi, waktu dia jadi Perdana Menteri, jadi Presiden.
Berbalik kepada cerita Hasan Ali, dia kena pecat kerana itu, bukan kerana kes-kes yang menyeleweng dan sebagainya. Jadi, inilah kehebatannya.
Tapi, masyarakat jarang pandang orang macam ini. Masyarakat kita ini orang Melayu terutamanya, bila dia tengok pemimpin tidak bersuara lantang, tidak mempertahankan isu-isu kepentingan mereka, tegas, dia nak supaya pemimpin itu bersih.
Jadi, bila ada orang yang bertindak seumpama ini, macam Hasan Ali. Saya juga, sedikit sebanyak pengalaman dalam UMNO dulu. Akhir sekali mereka tidak bela. Akhir sekali mereka lari, menjaga kepentingan masing-masing.
Jadi, di sinilah saya tengok, kadang-kadang saya sendiri pun rasa tidak senang hatilah, di mana rakyat mahupun pemimpin yang tegas, pemimpin yang bersih.
Termasuk yang sedang bising sekarang ini. Okay, sekarang dia hentam saya kerana kononnya saya ekstrimis mempertahankan orang Melayu. Dia ini orang bukan Melayu.
Tapi soalnya sekarang ini, saya nak tanya, bukan saya nak banding dengan Anwar. Siapa lebih bersih ? Siapa lebih konsisten sejak menjadi pemimpin pelajar sampailah sekarang ini, 30 tahun yang lalu ?
Hidup saya sederhana, rumah saya sederhana, tempat saya habiskan waktu di mana, dengan kepentingan rakyat, dengan membela rakyat. Saya tidak berubah. Hidup saya seperti saya menjadi pemimpin pelajar sampai sekarang. Tetapi orang tidak pandang ini.
Dua kali dah masuk ISA. Tapi orang tak pandang ini. Tapi bila tak ada pemimpin yang memperjuangkan perkara-perkara seumpama ini, mereka juga mengatakan, wah..semua pemimpin tak guna, menjaga kepentingan diri, tidak membela rakyat, mengaut harta, mencari pangkat.
Tapi, bila ada satu orang..dua yang bertindak seumpama ini, tidak banyak pula orang yang membela. Malah, kita pula dicemuh, dikecam. Dikeji. Di sini, mana duduknya masyarakat kita ini, termasuklah mereka yang dok menulis yang karut-karut, sebagai bloger.
Nak menulis senang, saya pun boleh jadi bloger. Saya boleh menulis macam-macam. Saya boleh hentam orang macam-macam, saya boleh reka macam-macam. Setakat nak jadi bloger, tapi apa dia punya jasa? Apa dia punya bukti tentang perjuangan, pengorbanan mereka ?
Dato' kata tadi, dengan pemecatan Hasan Ali bermakna 'liwat menang akidah kalah.' Apa maksud Dato' itu ? Maksudnya, bagaimana Pas sebagai sebuah pertubuhan Islam, memperjuangkan Islam. Patut yang pertamanya menolak pemimpin-pemimpin yang tidak bermoral. Yang ia perjuangkan ialah Islam. Islam itu apa ? Mempertahankan akidah.
Jadi, kalau Hasan Ali mempertahankan akidah atas isu murtad, lepas itu menolak Anwar Ibrahim, dia kata jangan hadir perhimpunan, boleh menimbulkan huru-hara. Jadi, tiba-tiba Hasan Ali dipecat.
Jadi, itu saya katakan maknanya Pas ikut telunjuk Anwar. Sebab Azmin Ali minta diambil tindakan. Jadi, di mana perjuangan Pas dari segi Islamnya? Itu saya kata, 'liwat menang akidah kalah.'
Malulah Pas, malulah umat dalam Pas. Mana dia nak letak muka. Tak usah bercakap lagilah bab Islam. Kalau tengok pada pendirian, betul-betul kepentingan dunia, betul-betul kepentingan politik. Tidak mengotakan dari segi perjuangan yang diajarkan oleh Rasululullah s.a.w dan juga yang dituntut oleh agama kita Islam. Mana dia ?
Adakah semua yang berlaku dalam Pas ini, pengaruh dari parasit ataupun liberalisasi yang dibawa oleh Anwar ? Ya, sekarang ini masalahnya akibat daripada kegilaan kuasa. Melayu pun dah ada jadi ultra-liberal. Tidak lagi bersemangat Melayu, tak tahu lagi budaya Melayu, adab sopan Melayu. Ini kumpulan yang sudah menjadi perkakas kepada puak-puak bukan Melayu dan juga perkakas kepada orang-orang yang anti-Islam.
Sebab itu, kalau kita tengok, bila ada orang lempar kepala babi di Masjid Al-Falah, di Taman Desa Jaya, Johor. Dulu, di Masjid Al-Jumhuriah di Taman Dato Harun. Siapa ambil peduli? Mana Pas pergi buat laporan polis ?
Kenapa tak tunjuk perasaan gila-gila sebagaimana mereka turun untuk mempertahankan Anwar di depan mahkamah sampai pukul 3 pagi dah keluar. Kenapa tak pergi pertahankan masjid itu ? Kenapa tak buat tunjuk perasaan? Kenapa tak bela masjid ini ? Rumah Allah dicemari.
Banyak lagi isu-isu lain. Orang mempersoalkan peruntukan masjid, mempersoalkan azan, mempersoalkan korban, ada pula orang Islam bagi daging babi waktu Hari Raya Qurban. Tak ada siapa menegur. Mana ulama-ulama Pas menegur ?
Kalau saya nak atur peristiwa rentetan yang berlaku terhadap Islam, yang terbaru ni, juruwang dilarang menyarung tangan plastik daripada memegang daging babi yang haram di sisi Islam. Siapa ambil peduli?
PERKASA dok bising hal-hal isu-isu ini. Ini yang dikatakan PERKASA rasis dan puak-puak Pas pun cemuh PERKASA, cemuh saya. Saya rasa saya lebih 'mulia' daripada pemimpin dan ulama-ulama dalam Pas, dalam mempertahankan isu yang berkaitan dengan maruah Islam dan maruah orang-orang Melayu.
Sama juga apa yang dilakukan oleh Hasan Ali. Kita tidak ambil kira soal kepentingan diri. Kita ambil risiko.
Macam saya, saya dituduh ekstrimis, mempertahankan Melayu dan Islam. Dari segi amalan politik, kalau saya nak hidup, nak cari kepentingan, saya buat macam pemimpin Pas lah. Saya jadi pemimpin liberal lah.
Orang Islam saya jaga, lepas itu kepentingan orang bukan Islam, apa-apa isu yang merosakkan Islam pun saya duduk diam, supaya saya disokong oleh bukan Melayu. Pemimpin jenis apa ini ? Pemimpin jenis apa ini ? Saya tanya, pemimpin jenis apa ? Tiga kali saya tanya.
Tapi, menjaja ayat al-Quran sana-sini. Menjaja perjuangan Rasulullah sana-sini. Tapi tindak-tanduk…
Tapi saya, tak ada kata saya ini alim ulamak. Saya tidak gelarkan diri saya ini akhlak baik ke atau moral baik. Tapi, nah bentang rekod, dari segi kedudukan, penghidupan kita, pengorbanan kita, wang ringgit yang kita curahkan tanpa fikir soal kemewahan dan sebagainya.
Sudah 30 tahun saya berjuang, Alhamdulillah..tidak ada sekali pun saya didakwa di mahkamah kerana rasuah.
Tidak ada pernah sekali pun saya didakwa kerana menyalahgunakan kuasa. Rekod bersih. Ataupun lain-lain isu.
Orang lain macam-macam isu. Tapi orang ini dipuja, orang ini dijulang. Malu. No class…puak-puak ini.
Setelah Datuk Seri Anwar dibebaskan oleh mahkamah, Karpal Singh, peguambela Anwar gesa supaya pendakwaraya tidak merayu tentang kes itu. Kenapa boleh berlaku begitu ?
Ya, dia ada kepentingan. Karpal Singh ini dia orang politik. Kalau dia pengamal undang-undang yang tulen, yang ikhlas, dia patut mencadangkan pendakwaraya merayu.
Sebab, kalau Anwar didapati bersalah, sah dia akan merayu. Tapi dia ada kepentingan. Jadi bila ada kepentingan, dia menidakkan hak orang lain. Jadi, Karpal Singh dia tidak ambil perhatian berat kepada penderitaan yang dialami oleh Saiful Bukhari.
Pada dia, tak payah merayu. Kalau tak merayu maknanya Anwar bebas. Maka, Anwar boleh berpolitik. Dia boleh guna Anwar, Anwar pun boleh guna dia. Itu saja modalnya. Pun tak ada class juga ni. No standard. Cheap politician. Cakap je besar, moral ini (tunjuk ibu jari ke bawah)…
Dari segi prinsipnya, kalau dia seorang pengamal undang-undang, ada akhlak dan moral macam itu, patut dia awal-awal lagi tarik diri sebagai peguam pada Anwar. Semuanya politik.
Sebab tahun 1997, dia juga yang gelarkan Anwar peliwat ? Ya, memang dia lah. Semua orang kenal Karpal Singh ini. Langkah mayat dia dulu nak laksanakan Islam. Ini yang orang Pas dok berpeluk sekarang ini. Shameful..malu.
Pandangan Dato' tentang keputusan mahkamah bebaskan Anwar baru-baru ini..
Mahkamah sudah buat keputusan, apa lagi kita nak kata. Saya tak nak ulas apa-apa.
Ada orang kata, pada awal mereka menganggap Anwar bersalah. Sebab itu, pada awal-awal lagi mereka preemptive. Rakyat menjadi hakim, maknanya dia sudah pasang persepsi rakyat. Tiba-tiba lepas. Mereka pun terkejut. Jadi, bila terlepas, membuktikan mahkamah bebas.
Tapi saya nak beritahu satu. Apabila kita sebut Anwar dibebas, itu bererti maknanya mahkamah kita ini bebas dan apa yang berlaku ke atas Anwar ini bukan konspirasi.
Okay, saya nak betul satu persepsi. Apakah kalau Anwar didapati bersalah, adakah mahkamah tidak bebas ?
Jadi pada saya, itu hanya keputusan hakim. Dan keputusan hakim, tiada siapa pun boleh campur tangan.
Hari ini Anwar bebas. Kalau didapati bersalah, bermakna hakim tak bebas ? Sistem kehakiman kita tidak bebas.
Jadi pada saya, ini pun kena dibetulkan juga persepsi. Nanti esok-esok semua kes yang ada kena mengena dengan kerajaan ataupun tokoh-tokoh politik kerajaan, bila kena, bebas di mahkamah, ini mahkamah tidak bebas. Bila kena kepada tokoh pembangkang, mahkamah tidak bebas. Kena puak kerajaan, mahkamah bebas. Tak boleh, ini salah.
Is very wrong. So, to me, all the time we have to maintain and kita kena ada keyakinan pada sistem kehakiman negara kita, that the really independent. When the verdict is you salah atau you tak salah, tak kira siapa.
Jadi, dalam kes Anwar ini dia bebas. Maka, itu keputusan hakim. Makna kita yakin bahawa hakim itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan kalau Anwar kena pun, kita juga akan mengatakan bahawa hakim itu bebas. Tidak ada sebaliknya.
Ini juga kekeliruan yang ditimbul oleh Anwar. Jadi Anwar ini betul-betul beban negara. Betul-betul memberi masalah kepada negara, berpuluh tahun dah. Kita dok ikut dia, kita jadi bodoh macam lembu dulu. Diperbodoh oleh manusia ini.
Komen Dato' tentang kenyataan terbaru Anwar di BBC News tentang nak mengkaji semula undang-undang lapuk ini ? Mungkin dia ada kepentingan. Dia bercakap, lepas itu nak suruh..dia kata undang-undang ini undang-undang lapuk yang mengenai liwat..homoseksual ini. Mungkin dia ada kepentingan. Dia nak bela puak-puak ini.
Itu..lantak dia lah dia nak cakap apa pun. Saya bukan ambil peduli. Sebab pada saya, politically, pada saya Anwar sudah mati.
Kenapa Dato' berkata begitu ? To me, dia beban kepada negara. Membawa malapetaka kepada orang Melayu dan Islam. Cukuplah bercakap bab Anwar ini, saya pun malas dah. Let forget and look forward. Orang kata, life have to go on. And this country will survive ever without Anwar. Who is Anwar ?
Sekarang ini pasal dia kecewa, maka dia katakan apa sahaja yang berlaku dalam negara ini, tak betul. Tak ada apa yang orang lain buat betul. Sehingga dia jadi Perdana Menteri, barulah semua selesai. Apa ini ?
Apa dia ingat dia seorang boleh jadi Perdana Menteri? Ingat dia seorang sahaja yang mampu tadbir negara ini ? Ramai lagi yang lain. Pemimpin pergi bersilih ganti. Ada yang bagus, ada yang kurang bagus. Lepas ini kita tak tahu lagi siapa yang muncul. Ramai lagi orang boleh jadi pemimpin.
Apa yang sangat taksub dengan Anwar ini. Asalkan bersih, elok akhlak, kuat kerja untuk rakyat, okay lah. Saya pun kalau diberi peluang, boleh jadi Perdana Menteri (ketawa).
Umur Anwar pun sudah 64 tahun. Maksudnya sudah out of date dari politik mainstream ? No, ya lah..dari segi umur tak kisah. Pada saya, kalau you sihat, seratus tahun pun you boleh jadi pemimpin. Kalau you muda, kalau tak guna buat apa.
So, to me, age is not it issue, but you must be healthy. Okay, sama ada young or old. You muda, you tua..bukan menjadi persoalan asalkan you sihat. Tetapi yang pentingnya jujur, amanah, bersih, berjiwa rakyat, tegas, inovasi, kreativiti, memahami politik dunia, memahami isu-isu ekonomi..barulah jadi pemimpin, tak ada masalahnya. Tak kiralah umur berapa pun.
Cuma Anwar ini, pada saya, dia sudah gold age. Kalau ibarat kereta sudah condemned. Tak boleh buat apa dah, baikilah. Bolehlah re-service ke apa. Orang ni re-service ke arah kebaikan. Ni nak re-service apa. Undang-undang lapuk kononnya homoseksual, Islam pun nak disamakan dengan agama-agama lain. Ini re-service apa ni ?
Ini dah boleh masuk gaung. Tak pakai dah, you irrelevant dah. Let him rest lah.
Dia pada saya, sudah tidak relevan lagi. To me lah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan