BN Menyesal Rakyat Selangor Masih Bersama PR Idris hj Ahmad 30/12/11
Kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengatakan rakyat Selangor menyesal kerana menolak BN di dalam pilihanraya yang lalu merupakan kenyataan yang tidak berasas sama sekali. Ia bertentangan dengan kegembiraan oleh rakyat Selangor menikmati berbagai kemudahan. Kenapa pula rakyat Selangor hendak menyesal kerana menolak BN ? Mereka tidak pernah mimpi memperolehi air percuma, skim kifalah RM2500′, guru Kafa mendapat elaun RM1500, Tabung Wawasan Anak Selangor (TAWAS) RM100.00, skim mikro kredit miskin bandar sebanyak RM5000 bagi mereka yang berpendapatan RM1500 sebulan, berjaya melunaskan hutang RM 173 juta daripada RM800 juta.
Sebenarnya yang paling menyesal apabila rakyat Selangor menolak BN di Selangor ialah pemimpin Umno. Impian mereka hendak membolot khazanah di Selangor tidak kesampaian. Hajat untuk membina rumah mewah yang berhaga berpuluh juta terpendam, hajat mereka untuk menutup kelas pengajian di masjid dan surau tidak berjaya.
Perkara yang paling menyakitkan hati pemimpin BN ialah ”khurafat”yang mengatakan selain daripada Umno memerintah maka sebuah negeri tidak maju telah tertolak dengan kejayaan PR menunjukkan prestasi cemerlang walaupun dalam masa yang singkat.
Rakyat Selangor tidaklah sebodoh itu untuk menukar kerajaan yang sudah memberi keselesaan kepada kerajaan BN yang kembali menindas rakyat demi kepentingan perut kroni dan anak pinak jika mereka berkuasa.
Kes Surau Salihiah, Sejak Bila Umno Juara Agama Idris Ahmad 27/12/11 Rakyat terkejut apabila Umno marah kepada kerajaan Kedah kerana hendak merobohkan Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar. Walaupun berkali-kali telah dijelaskan bahawa Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah membenarkan, dan pihak pemaju bersetuju untuk membayar pampasan dan memberi tapak baru kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Namun pimpinan Umno Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat Kedah cuba mengambil isu surau untuk menjadi modal kempen. Rakyat tertanya-tanya sejak bila Umno menjadi juara agama dan hendak membela surau?. Kenapa pemimpin Umno seperti Datok Ahmad Bashah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan Umno meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau d Puchong Perdana dan meruntuhkan surau kampung Berembang Ampang.
Oleh kerana Umno Kedah sedang lemas melihat kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya memimpin Kedah dengan cemerlang walaupun terpaksa menanggung hutang lapok sebanyak RM2.3 bilion. Contohnya kebijaksanaan kerajaan Kedah mengurus negeri sehingga pendapatan balak daripada RM8 juta setahun meningkat RM53 juta. Umno takut rakyat Kedah membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan Umno selama 51 yang menindas rakyat, maka Umno cuba menjadi juara membela agama, sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana Umno sudah bertukar nada.
Perjuangan Pas bukan merupakan perjuangan yang dihampari dengan permaidani merah, ia penuh dengan ranjau dan duri, ancaman yang datang daripada luar atau daripada dalaman sendiri. Perjuangan Pas ia mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah bukan untuk mengabdikan diri sesama manusia. Maka kerja ini bukan seperti menjual barang jualan langsung yang nampak mata bonus di hadapan. Sedangkan perjuangan untuk menyeru mausia kepada jalan Allah merupakan siatu perkara yang tidak kelihatan di mata kasar, ia hanya menyeru supaya ada keyakinan berdasarkan kepada sam’iyyat (hanya didengar bukan dapat dilihat).
Oleh itu hubungan dengan Allah perlu dipertingkatkan dan kita mesti menjaga batasan supaya hijab pertolongan Allah dapat diatasi. Kita mesti elak melakukan maksiat sama seperti musuh.
Pesanan Saidina Umar al-Khattab kepada Saad bin Abi Waqas di dalam suatu peperangan
” Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Sa’ad dan juga mereka yang bersama-samamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan. Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samanu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Bilangan tentera kita tidak seramai tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan aka menyebelahi mereka. Jika kita tidak dapat pertolongan dari Allah SWT ke atas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka”.
Ketahuilah!
“Bahawasanya bersama-sama dalam perjalananmu, ada malaikat-malaikat yang mengawasi. Para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjagamu. Maka ketahuilah apa yang kamu kerjakan. Maka malulah terhadap apa yang kamu ingin lakukan. Janganlah kamu berkata, “Sesungguhnya pihak musuh lebih hina daripada kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan”. Mana tahu Allah SWT akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang pernah berlaku kepada Bani Israil dahulu yang akhirnya mereka tumpas dan dikuasai oleh orang-orang Majusi. Mohonlah kepada Allah SWT kemenangan ke atas nafsu-nafsumu seperti kamu memohon kemenangan ke atas musuh-musuhmu. Aku memohon perkara yang sama ke atas diriku dan dirimu”.
Kita mesti membina hubungan dengan Allah penuh keikhlasan kerana ini adalah kelayakan yang utama. Tugas mengajak manusia kepada Allah bukan ia matlamat perseorangan untuk memperolehi kebendaan. Tugas menyeru kepada manusia tidak akan berjaya tanpa mendapat restu daripada Allah SWT.
Berusahalah memprogramkan diri agar kita dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Antaranya @Berusaha untuk membina diri menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah SWT dengan menjauhkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah SWT. @Membanyakkan membaca al-quran kerana ini adalah amalan yang terbaik. Amat malanglah kepada ahli Pas yang mengabaikan daripada membaca Al-quran sedangkan ini adalah rujukan parti Pas.
@Melazimkan diri dengan zikir ma’thur terutama selepas solat
@Cuba mengelakkan diri daripada terlibat dengan amalan syubhah
@Melatihkan diri supaya mewajibkan solat sunat seperti qabliah dan ba’diah
@Melazimkan solat tahajjud kerana ini adalah sumber kekuatan yang paling ampuh dari sudut kerohanian dan dapat melatih keikhlasan dalam diri.
@Bersahabatlah dengan rakan yang boleh memberi nasihat untuk kekuatan jamaah dan peribadi.Elakkan bersahabat dengan rakan yang malas dan lagha @Binalah rumah tangga Islam sebelum menegakkan Islam di negara ini. @Jangan jemu memohon doa kepada Allah untuk kemenangan Islam dan memberi kekuatan kepada kita kesihatan dan istiqamah untuk terus berjuang. @Terus berdoa kepada Allah supaya Allah membuka pintu hidayah rakan-rakan kita supaya mereka diberi petunjuk untuk menerima perjuangan yang kita bawa.
Unit Amal Negeri Sembilan telah mengadakan Program Jambori Amal pada 16 hingga 18 Disember 2011 yang lalu di Port Dickson, N.Sembilan.
Jambori Amal pada tahun ini mencipta sejarah kerana disertai peserta yang paling ramai sejak program ini diadakan.
Lebih 90 peserta remaja dan lebih 30 peserta dewasa telah menyertai jambori pada kali ini.
Unit Amal Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program jambori ini, terutamanya AJK dan para peserta.
InsyaAllah, jumpa lagi dalam program anjuran Unit Amal N.Sembilan selepas ini.
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berharap Datuk Jamil Khir Baharom segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu wang zakat.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tentang salah guna wang zakat meliabtkan menteri berkenaan.
Nazmi berkata, berikutan kenyataannya semalam,Muhamad Yamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa pembiayaan kos guaman Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi pegawai kanan MAIWP dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan.
"Dalam kenyataannya, beliau juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak tertentu yang 'menyalahgunakan' proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah," ujarnya dalam satu kenyataan.
Pada Jun 2011 juga, katanya Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman itu.
Malangnya, kata beliau Yamin tidak menyebut tentang 'pendahuluan' RM63,650 daripada wang zakat yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara pada November 2011.
"Yamin juga harus sedar bahawa apabila seorang itu dizalimi, beliau mempunyai hak yang diiktiraf di dalam syarak dan sistem Perlembagaan kita untuk mempertahankan diri mereka.
"Saya berharap Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia dapat segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini," ujarnya.
Menurutnya, pada Jun lalu juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salah guna wang zakat yang disalurkan selain daripada asnaf yang lapan adalah kesalahan dan dosa besar.
Sekurang-kurangnya, kata beliau apabila isu itu mula-mula timbul peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan.
"Persoalannya, adakah pandangan tersebut diberikan dan sekiranya ya, apakah pandangan beliau?" tanya beliau yang juga Adun Seri Setia
Yang nyatanya, kata beliau lagi Ketua Audit mengesahkan wang zakat dibayar kepada peguam sebelum dipulangkan hampir enam bulan kemudian pada Disember 2010.
Soalnya lagi, mengapa wujud dwi-standard dengan kes amil zakat di Johor Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini.
Katanya, umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat.
RM63,650 /3 = RM21,217.00 seorang.manakala Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 sapa lebih banyak?
siapa yang nak dakwa. Redzuan bila nama tersiar pergi menyerah diri, yang "tiga e**r" tu dah keluar macam mana
Penyalahgunaan Wang Zakat :Antara Jamil Khir Baharom dan Redzuan Mohd Said Posted on Wednesday, December 28 @ 11:00:00 PST Dilulus untuk paparan oleh Juragan
"Penyalahgunaan wang zakat. Kita lihat adakah kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom and The Gang- Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin dengan kes Redzuan Mohd Said mempunyai persamaan. Pastinya pengakhiran yang berbeza. Rakyat menyerah diri, menteri melarikan diri. Darjat antara menteri dan rakyat biasa.
Redzuan Mohd Said
Kes Redzuan Mohd Said, Amil Fitrah yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) bagi mengutip zakat di kawasan Kulaijya Johor. Dia gagal menyerahkan wang kutipan zakat berjumlah RM19,510 antara Ogos dan September tahun ini. Dia menyerah diri apabila wajahnya disiarkan di akhbar dan memulangkan semula wang tersebut. Guna dahulu, serah kemudian!!
Pengakhirannya, sabit kesalahan dia telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatanatas kesalahannya.
Jamil Khir Baharom and The Gang
Ketua Audit Negara mengesahkan Jamir Khir and The Gang menggunakan RM63,650 daripada wang zakat untuk membiayai kos guaman menghadapi kes permohonan qazaf Anwar. Pinjam dan bayar kemudian sesuka hati.
Mereka menyerahkan RM63, 000 wang zakat kepada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka. Bayaran pertama RM31,500 menggunakan wang zakat pada 9 Februari 2010 dan bayaran kedua juga menggunakan wang zakat berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010. Pembayaran semula wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 setelah mendapat geran kerajaan berjumlah RM700, 000 pada 22 Jun 2010. Guna dahulu, serah kemudian!!
Pengakhirannya, Jamil Khir and The Gang masih berlenggang-lenggang seperti biasa dan tak pernah disiasat dan menjawab.
Lihat kata-kata hikmah Datuk Seri Jamil Khir di atas -KOSMO
Adakah wujud perbezaan antara seorang amil zakat biasa yang melakukan kesalahan dengan seorang Menteri dan Ketua Pengarah Jawi. Jamil Khir tidak sepatutnya diam dan tidak sepatutnya membisu serta perlu menjawab lebih-lebih lagi dia menteri agama.
Kuli, Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974 yang juga Ketua UMNO Bahagian itu menjangkakan Anwar Ibrahim akan dipenjarakan, kerana menurutnya jika Anwar tidak dipenjarakan,UMNO akan habis punah ranah@mampos dalam PRU13 yang akan datang.
"La nih Anwar menjadi ketakutan kepada Najib. Ini mengikut logik yang aku tengok la.Kuli yakin yang anwar nih akan dipenjarakan Kalau anwar tak kena penjara alamat lingkoplah umno dalam PRU nanti...Itu komen Kuli sendiri
Kuli juga berpendapat Umno akan menerima kekalahan lagi dalam PRU13 nanti kerana orang cina dan india bukannya semakin mendekati Bn tetapi semakin jauh lagi adala...Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.
Kuli menyifatkan pentadbiran najib ni sangat lemah disamping bini dia Rosmah akan menjadi liabiliti kepada kekalahan besar umno nanti.Mengikut Ku Li pentabiran sekarang nih selalu berdolak-dalik atau flip flop apabila mengemukakan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana ianya tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.
Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menyatakan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan sebagai hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.
Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak nih atas arahan Tun Abdul Razak.
"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui.
Mengulas mengenai Tun Dr. Mahathir beliau berkata bahawa Mahathir nih bukannya cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri@mencedok idea orang lain dan lepastu dia kata ni idea dia..
"Dia curi lah!. Aku selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau selama 5 tahun bersama Mahathir Mohamad sebagai menteri.
Ku Li berpendapat bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam keadaan yang huru hara kacau bilau.Contohnya seperti isu Syarizat lebu NFC.Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai.
Di lenggong, umno nak robohkan sebahagian mesjid lama lenggong, tapi harini masjid lama itu diadakan solat jumaat.
Begitu juga di temelong. Di Batu dinding dirobohkan Surau Bati dinding untuk buat Polyklinik Lenggong, surau itu digantikan. Tak hebohpun? Maslahah umum diharuskan. Sememang umno bengong. Pakai wang zakat untuk bayar guaman pula diboleh dan di angguk oleh semua umno sehingga menteri yang jaga ibadah haji.
THURSDAY, DECEMBER 29, 2011
Isu Azizan nak Roboh Surau di Kedah - Nak Tanya : Surau kaa Atau Pejabat Takaful..???
SURAU KAH ATAU PEJABAT TAKAFUL..???
Umno Kedah diminta akur
Oleh : ROSLINDA HASHIM Tarikh : November 24, 2011
Umno Kedah diminta akur dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang membenarkan tapak Madrasah Salihiah, Jalan Tambang Badak dibangunkan untuk projek pembangunan kompleks beli-belah, Aman Central.
Ketua Pemuda Pas Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, Kerajaan Negeri memperoleh surat persetujuan bertulis daripada Majlis Fatwa, bukannya diputuskan oleh Kerajaan Negeri sewenang-wenangnya.
"Kenapa mahu menidakkan keputusan yang diputuskan oleh Majlis Fatwa, sedangkan Kerajaan Negeri sendiri merujuk kepada Majlis Fatwa dan Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebelum membangunkan semula projek terbengkalai itu," katanya.
Menurutnya, walaupun status tapak madrasah itu adalah tanah wakaf, namun jika dibangunkan untuk perkara yang lebih baik, ianya dibenarkan.
"Kerajaan Negeri bukan ambil tanah itu percuma, sebaliknya dibayar pampasan RM1.48 juta kepada Maik dan RM36.9 juta kepada waris terlibat," katanya.
Mohd Azam mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah kelmarin, yang membantah tindakan Kerajaan Pas Kedah membenarkan pengambilan tapak dan bangunan Madrasah Salihiah bagi dibangunkan kompleks beli-belah.
Ahmad Bashah mendakwa tindakan itu seolah membelakangkan masyarakat Islam, selain menjatuhkan kredibiliti Pas, yang sebelum ini lantang memperjuang syiar Islam.
Mohd Azam berkata, sekiranya Umno Kedah tidak berpuas hati dengan penjelasan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini, mereka boleh merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah.
"Jika bantah, kenapa ketika Sidang Dun minggu lalu, tidak bangkitkan isu ini. Saya pasti Menteri Besar sudah bersedia dengan hujahnya untuk menangkis dakwaan tidak berasas membabitkan isu pengambilan tanah madrasah," katanya.
Menurutnya, sepatutnya masyarakat Islam di negeri ini, khususnya bandar raya Alor Setar bersyukur dengan kemudahan surau baru yang disediakan sebagai ganti dalam kompleks, kerana mampu menampung 400 jemaah, berbanding jumlah jemaah sedia ada di madrasah itu.
"Pemaju juga bagi jaminan surau baru itu boleh diakses dari luar bangunan, tanpa perlu masuk ke dalam kompleks. Ini memudahkan orang ramai yang mahu tunaikan solat," katanya.
Mohd Azam turut menyangkal dakwaan bangunan madrasah itu berusia lebih 100 tahun, kerana bangunan asal madrasah itu sudah dirobohkan pada 2007.
"Sebahagian bangunan madrasah itu disewa kepada syarikat lain untuk perniagaan, bukan diguna sepenuhnya untuk aktiviti agama. Malah penduduk berdekatan juga semakin berkurangan. Lebih elok jika Maik gunakan duit pampasan untuk bina surau di lokasi lain yang lebih memerlukan," katanya.
Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti
Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.
Eng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.
Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.
Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.
Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.
Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.
Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini.
Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin.
Arifin ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.
Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.
Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor. – Malaysiakini
Pihak MalaysiaTribune mengucapkan sekalung takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan memberikan pandangan terhadap isu penggunaan duit zakat untuk tujuan membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pandangan segera para ulama dan Mufti penting bagi mengelakkan timbulnya pelbagai persepsi negatif dari umat Islam di negara ini terhadap institusi zakat dan pemimpin yang berkuasa menjaga institusi tersebut.
Katanya, isu sama ada duit tersebut telah dikembalikan tidak timbul kerana persoalan pokok yang perlu dijawab adalah bolehkah duit zakat digunakan untuk kepentingan peribadi pemimpin.
"Sebagai pemimpin yang berkuasa dalam urusan hal ehwal umat Islam di negara ini, sepatutnya beliau memegang amanah ini sebaiknya.
"Wang zakat perlu diuruskan dengan betul dan disalurkan ke tempat yang sewajarnya. Wang zakat tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan selain dari urusan yang selayaknya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, tindakan Datuk Seri Jamil Khir mengeluarkan wang zakat bagi membiayai kos guaman beliau dan orang bawahannya amat dikesali seluruh umat Islam yang membayar zakat di negara ini, khususnya di Wilayah Persekutuan.
Tindakan tersebut ujarnya, boleh menimbulkan prejudis dikalangan umat Islam dengan persoalan adakah wang zakat disalurkan ke tempat yang sepatutnya ataupun ianya digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu.
"DPPWP mengharapkan agar para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan menyatakan pandangan mereka.
"Sekiranya tindakan ini salah dan melanggari syariat Islam, teguran secara terbuka perlu dibuat terhadap Datuk Seri Jamil Khir dengan ingatan dan amaran keras," ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, kemungkaran yang dilakukan perlu dicegah terutama melibatkan pemimpin besar negara kerana mereka perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.
Selain itu, Datuk Seri Jamil Khir juga jelasnya perlu memohon maaf atas tindakan beliau dan menyerahkan kepada pihak polis atau yang berkaitan untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut.
"Beliau perlu bersedia menghadapi sebarang tindakan dan hukuman jika terbukti jelas telah melakukan kesalahan," tegasnya.
Pemuda Pas Pasir Gudang bersama Pemuda Negeri Johor sampaikan sumbangan kepada kanak-kanak sekolah dalam usaha meringankan bebanan ibu bapa mereka menjelang musim pembukaan sekolah Januari nanti. .Program yang bermula sebelah Pagi ,turut bersama Saudara Suhaizan Kayiat Ketua Pemuda Negeri Johor serta Ajk , Ketua Pemuda Pasir Gudang Mohd Rozi serta Ajk dan Rombongan Muslimat bersama Pas Cawangan yang sampaikan sumbangan dari rumah ke rumah berdasarkan Maklumat dari cawangan Pas Kota Putri dan Megah Ria.
Suhaizan sampaikan peralatan sekolah pada penerima
Wakil Muslimat sampaikan sumbangan di perhatikan oleh suhaizan dan Faizol
Pemuda Pasir Gudang dan Pemuda Negeri serta Penyelia PAR Permas
Ibu tunggal ini terharu kerana Pas sudi berisumbangan kepada kedua anak nya yang masih sekolah
Program yang di di rancangkan oleh Pemuda Pasir Gudang yang turut disertai oleh Lajanah Kebajikan Kawasan berjaya di sampaikan kepada yang berhak,25 pelajar terima sumbangan dari pada Pemuda Pasir Pasir Gudang.Rata Rata Ibu bapa Gembira menerima sumbangan dari pada Pas ,walaupun sedikit tatapi chukup bermakna bagi mereka. .
Taklimat Ringkas dari Ketua Pemuda Kawasan sebelum bergerak
Ketua Pemuda Johor Suhaizan dan Ketua Pemuda Pasir Gudang serta Pengarah MTD Permas Saudara Adi.........Pasar Malam Dekat sana kata Rozi
Pemuda Pasir Gudang yang diketuai Sdr Mohd Rozi telah menganjurkan program mengedar risalah buku jingga kepada pengundi di Parlimen Pasir Gudang.
Program pengedaran risalah dilaksanakan di tapak Pasr Malam (sabtu) di Taman Air Biru Pasir Gudang . Hampir 20 orang petugas yang terdiri dari Ketua Pemuda Negeri Johor Saudara Suhaizan dan Timbalan Ketua Pemuda turut serta Penyelia Pusat Aduan Rakyat Permas syed Othman serta ahli pas hadir pada program tersebut.
Saya Perkenal Kepada Suhaizan Orang Kuat UMNO Di Taman Air Biru
Pemuda Pastikan Risalah sampaikan kepada orang ramai
Tapak Pasar Malam Taman Air Biru
Suhaizan samapai Risalah Buku Jingga
Pengederan risalah Buku Jingga ini amat perlu disegerakan kepada masyarakat terutama pengundi di kawasan Parlimen Pasir Gudang kerana UMNO dan Barisan Nasional mula mencuri idea yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat dalam buku jingga tersebut. Antara idea terbaru yang di lihat menyerupai idea Buku Jingga adalah pemansuhan undang-undang ISA.
Penerimaan pemgundi di kawasan tersebut amat baik sekali.mereka hendak membaca dan meneliti risalah buku jingga yang diedarkan.
Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar partiDalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.Eng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.Malaysiakini
Sempena meraikan Senator Nallakarupan.. Untuk Pembacaan Semula...Alih-Alih Orang UMNO Setia Juga Yang Rugi...Kenapa???Salam,Ternyata bukan lagi satu rahsia apabila seorang lagi spesis 'katak' yang berjaya diangkat menjadi YB hasil usaha keras mengentam mantan bosnya.Maka para pejuang setia UMNO, usahlah gundah gulana kerana kesetiaan anda nyata akan teruji dengan perlantikan manusia yang tiada prinsip berjuang dan sesungguhnya berjuang atas kedudukan walaupun beliau pernah menafikannya sebelum ini. Harus diingat, percubaan beliau bertanding sebagai calon parlimen satu ketika dulu pernah gagal dan beliau mengambil langkah drastik agar dirinya tidak terus tenggelam dalam karier politik apabila bersungguh-sungguh membodek pimpinan di samping menawan hati ahli UMNO dengan suara ala DSAI dan anehnya masih ada yang terpengaruh dan menyanjung beliau sedangkan terang-terangan dia pernah membohongi ahli-ahli UMNO dan rakyat secara keseluruhan apabila menjadi pengikut dan orang kuat PKR parti yang dilihat telah hampir memadamkan kehebatan UMNO pada satu ketika.Aduhai malangnya UMNO apabila sanggup membiarkan 'orang luar' mengambil hak pejuang setia yang bertungkus-lumus berjuang, setia dan berkhidmat kepada UMNO. Saya teringat kata-kata seorang sahabat tentang perihal pemilihan 'WAJIB' seorang YB atau calon pilihanraya khususnya bagi UMNO. Antara yang masih terngiang-ngiang di telinga ini ialah mesti dan wajib seorang calon UMNO itu mesti dan wajib pandai 'berfoya-foya. Dalam masa yang lain mesti dan wajib berlagak alim mengikut situasi terutama di hadapan isteri. Tambahnya lagi, seorang bakal calon tak semestinya mempunyai akhlak yang mulia kerana itu bukan faktor utama yang diambil kita oleh pimpinan tertinggi dalam menentukan kriteria pemilihan seseorang calon bagi mewakili parti utama orang Melayu dan Islam ini.Hari ini seperti makin terbukti selepas bukti-bukti yang wujud terutamanya di negeri Perlis nampaknya semakin merebak auranya ke sebelah ibu kota apabila 'orang hebat' ini dengan selambanya diumumkan sebagai salah seorang bakal Senator tanpa perlu berebut-rebut jawatan di peringkat cawangan atau bahagian. Tanpa perlu menabur khidmat terbaik di peringkat akar umbi, hanya berbekalkan air liur dan gaya suara milik bekas bosnya sahaja sudah memampukan beliau untuk donobatkan sebagai calon senator terbaik pilihan presiden parti. Entahlah, sudahlah UMNO 'tewas' dalam PRK Hulu Selangor khususnya kepada MIC, hari ini UMNO terus 'tewas' dek permainan bijak politik insan bernama 'Mr.Box' ini....Aduhai UMNO........p/s: Pengumuman: Marilah beramai-ramai ucapkan TAHNIAH kepada Lelaki BERKOTAK ini sementara masih tak lupa jasa ahli UMNO yang setia berjuang sejak dahulu demi menaikkan mereka-mereka yang berjiwa 'hebat' seperti ini.... Air liur sahaja babe!!!!Jangan lupa ucapkan tahniah kepada pelakon TAMIL terkenal era PRK Hulu Selangor, sekali gertak sudah dapat balik 'title' YBnya.. Syabas UMNO! Sampai bila nak faham pun tak tahulah...thx!..._...|..__________ __________, , ) ____....../ `---___________---- _____|] .........../_==o;;;;;;;;__ _____.:/.....), ---.(_(__) /....// (..) ), ----"...//___// Take The Gun And Kill Your Self???..//___//.//___//dikirim oleh perfectwater75
KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.
Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.
Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.
Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.
"Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.
"Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing," katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.
Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.
"Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.
"Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid," katanya.
Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. ~sinarharian
Persoalan tentang siapa ADUN berkenaan dan siapa pula wartawan yang ditangkap khalwat bersama-samanya pasti akan didedahkan tidak lama lagi... tunggu saja!!!
Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina.
Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.
Kerajaan negeri juga, telah membayar pampasan bernilai RM1.48 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebagai pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep 'istiddal' bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanafaat kepada umat Islam.
"Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.
"Saya tahu hukum-hakam..saya (juga) lulusan (Universiti Al Azhar) Mesir. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Majlis Fatwa dan Mufti.
"Jangan cari publisiti murahanlah...selesai dulu kes lembu (NFC) RM250 juta tu dulu," kata Azizan membidas pemimpin Umno yang membangkit isu itu.
Bekas Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Nasharuddin Mat Isa telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din semalam untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti yang sebelum ini.
Pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hasan dan Nasharuddin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS yang lain di Kota Bharu.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Nik Aziz, dan menurutnya, Hasan turut memohon maaf daripada pimpinan PAS mengenai perkara itu.
"Saya melahirkan kesyukuran di atas rasa rendah diri Datuk Hasan Ali yang bersedia membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.
"Bukan mudah orang nak mengaku salah selepas melakukannya, jadi tindakan beliau itu mengharukan saya.
"Saya juga berharap orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Hasan," kata Nik Aziz selepas melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama Bachok hari in. Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, "sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia."
Sehubungan itu, menurut Nik Aziz, pihaknya sendiri akan mengadakan kenduri kesyukuran kecil-kecilan di JKR 10 hari ini sebagai tanda syukur terhadap penyelesaian kes berkenaan.
"Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan," katanya lagi.
Prof Dr Aziz Bari dipelawa Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia (DPMM) untuk menyertai parti berkenaan bagi meneruskan perjuangannya sebagai Pakar Perlembagaan dan Undang-undang negara.
Naib Ketua DPMM, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, pihaknya mengharapkan agar bekas pensyarah UIA itu dapat menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu supaya dapat terus berjuang mengembalikan sistem negara kepada landasan yang betul dan tepat.
"Kami mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam parti sebagai ahli politik bagi membetulkan sistem negara kerana parti amat memerlukan pengalaman dan ilmunya yang luas dalam bidang perundangan.
"PAS yakin penyertaan Aziz (gambar) akan dapat memberikan manfaat yang baik kerana ilmu yang telah di ajarnya selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas undang-undang yang sebenar," katanya. Menurut Raja Ahmad, perjuangan Aziz dalam memelihara Perlembagaan negara akan akan terus berkembang di bawah PAS. "Kami yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkannya akan terus terpelihara kerana Aziz bukan sahaja mengajar malah turut menggubal perundangan itu sendiri," tambahnya.
Jelasnya lagi, PAS yakin penyertaan Aziz akan memantapkan lagi cita-cita mereka untuk melaksanakan Islam di negara ini.
"Kami masih menunggu keputusan beliau, malah kami tetap menghormati Aziz sebagai seorang yang berpegang teguh dengan pendiriannya," katanya lagi.
... harapnya Prof. menjadikan PAS wadah politiknya....
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mengucapkan terima kasih dan penghargaan setingginya kepada pucuk pimpinan PAS yang berjaya menyelesaikan kemelut dalaman secara penuh ukhwah dan semangat persaudaraan melalui pertemuan khusus yang diadakan semalam.
"DPP Malaysia merasa terharu kerana pimpinan PAS bingkas menyelesaikan segala konflik dan kemelut dalaman yang membelenggu PAS beberapa minggu ini dengan penuh sifat tawadduk dan merendah diri," kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss.
Katanya, pertemuan dan penyelesaian penuh bermakna antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa pastinya akan menjernihkan keadaan dan memadamkan fitnah yang selama ini membakar dan meliar di dalam gerakan Islam itu.
Menurutnya, masyarakat khususnya yang beragama Islam melihat bahawa PAS mampu menjadi contoh kepada semua parti politik bagaimana pengurusan konflik boleh diselesaikan dengan baik dan mudah tanpa persengketaan yang panjang.
Katanya, meskipun terdapat perbezaan pandangan dan pendapat dalam beberapa perkara, akhirnya ia mampu diselesaikan di meja rundingan dalam pertemuan penuh mahabbah.
Tambahnya lagi, ternyata segala tohmahan liar segelintir golongan bahawa kemelut dalaman PAS tidak akan berkesudahan adalah suatu tuduhan tidak berasas.
PAS, ujarnya membuktikan masih menjunjung tinggi nilai ukhwah, perpaduan dan persaudaraan yang bertunjangkan kepada akidah perjuangan Islam.
"Nilai ini terus bertahan dan tidak akan luput sejak ia ditubuhkan dan selama mana hayat PAS di persada tanah air ini," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, DPP Malaysia percaya penyelesaian baik yang ditunjukkan antara pimpinan PAS membuktikan kepemimpinan PAS berjiwa besar dan sanggup berlapang dada bagi menyelesaikan permasalahan mereka secara baik.
PAS juga, katanya dilihat mampu menjadi pengganti Umno BN yang sudah semakin mereput menanti ajal. "Insya Allah, keteladanan yang terpuji oleh kepemimpinan tertinggi PAS mampu menjadi bekal buat semua ahli dan pendokong PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan dalam PRU ke-13," katanya lagi.
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan memberikan pandangan terhadap isu penggunaan duit zakat untuk tujuan membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pandangan segera para ulama dan Mufti penting bagi mengelakkan timbulnya pelbagai persepsi negatif dari umat Islam di negara ini terhadap institusi zakat dan pemimpin yang berkuasa menjaga institusi tersebut.
Katanya, isu sama ada duit tersebut telah dikembalikan tidak timbul kerana persoalan pokok yang perlu dijawab adalah bolehkah duit zakat digunakan untuk kepentingan peribadi pemimpin.
"Sebagai pemimpin yang berkuasa dalam urusan hal ehwal umat Islam di negara ini, sepatutnya beliau memegang amanah ini sebaiknya.
"Wang zakat perlu diuruskan dengan betul dan disalurkan ke tempat yang sewajarnya. Wang zakat tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan selain dari urusan yang selayaknya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, tindakan Datuk Seri Jamil Khir mengeluarkan wang zakat bagi membiayai kos guaman beliau dan orang bawahannya amat dikesali seluruh umat Islam yang membayar zakat di negara ini, khususnya di Wilayah Persekutuan.
Tindakan tersebut ujarnya, boleh menimbulkan prejudis dikalangan umat Islam dengan persoalan adakah wang zakat disalurkan ke tempat yang sepatutnya ataupun ianya digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu.
"DPPWP mengharapkan agar para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan menyatakan pandangan mereka.
"Sekiranya tindakan ini salah dan melanggari syariat Islam, teguran secara terbuka perlu dibuat terhadap Datuk Seri Jamil Khir dengan ingatan dan amaran keras," ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, kemungkaran yang dilakukan perlu dicegah terutama melibatkan pemimpin besar negara kerana mereka perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.
Selain itu, Datuk Seri Jamil Khir juga jelasnya perlu memohon maaf atas tindakan beliau dan menyerahkan kepada pihak polis atau yang berkaitan untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut.
"Beliau perlu bersedia menghadapi sebarang tindakan dan hukuman jika terbukti jelas telah melakukan kesalahan," tegasnya.
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim(gambar) menggesa kerajaan menghentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa.
Ini, katanya kerana jelas ia merupakan kehendak politik pimpinan Umno yang terdesak.
"Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Auku serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.
"Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik Umno," ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan Umno semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan itu serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.
Katanya, komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong.
Menurutnya, perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah Auku sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa.
Tambah beliau, tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.
"Insiden remeh di depan ibu pejabat Umno di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik Umno seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Beliau berkata, tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan Auku terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.
TANAH MERAH, 28 Dis: Biar pun Felda Kemahang 2 dan 3 merupakan kubu tradisi Umno, namun PAS mampu bertapak di situ pada pilihan raya umum lalu.
Sebahagian peneroka meninggalkan Umno kerana kecewa dengan pihak pengurusan Felda sehingga mereka membawa kes ke mahkamah.
Sebelum itu seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3 menyaman Felda berhubung dakwaan menipu gred buah kelapa sawit.
Selepas bertahun-tahun menunggu akhirnya Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar RM11 juta.
Usaha mengetengahkan kes tersebut turut mendapat sokongan pemimpin PAS sehingga akhirnya mereka menang saman.
Setiausaha Majlis Tindakan Dun Kemahang, Jusoh Ismail berkata, biar pun ada cakap-cakap segelintir peneroka terbabit mahu kembali semula ke pangkuan Umno kerana tidak puas hati jumlah pampasan diterima, namun belum ada yang berbuat demikian.
"Belum ada ahli atau penyokong PAS di di Kemahang 3 menyertai Umno sebagaimana didakwa media massa baru-baru ini.
"Sebaliknya apa yang berlaku tidak lebih sekadar gimik segelintir peneroka dengan meluah perasaan pada satu majlis dihadiri Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad di Felda Kemahang 3 baru-baru ini," katanya di sini.
Menurutnya rasa tidak puas hati hanya berlaku sesama peneroka berkaitan pembahagian jumlah pampasan selepas mereka menang dalam kes saman Felda sebelum ini.
Katanya, masalah itu terbawa-bawa sehingga ada peneroka tidak puas hati dan hadir pada program penyampaian bonus yang dihadiri Isa di Kemahang 3.
Baru-baru ini Ketua PAS Cawangan Felda Kemahang 3, Mohd Ramli Deramin dilaporkan meletak jawatan kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.
Menurutnya sebahagian daripada 304 peneroka yang menyertai PAS sebelum ini akan mengikut jejak langkahnya.
Jusoh yang juga penghulu Mukim Kemahang berkata, ada peneroka meluahkan rasa kecewa ketika Isa Samad datang, kemudian digambarkan media seolah-olah mereka mahu menyertai Umno.
"Peneroka terbabit ada menemui saya selepas majlis tersebut dan menjelaskan perkara sebenar yang tidak lebih sebagai gimik semata-mata," katanya.
Kelantan gagal membawa pulang Piala Unity 2011 ke Negeri Cik Siti Wan Kembang selepas tewas secara aggregat 4 – 3 pada aksi kedua Kelantan dan Persebaya di Surabaya Indonesia.
Terikat 1 – 1 pada perlawanan pertama di Kota Bharu 23 Disember lalu, Persebaya tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol selepas Andik Vermansyah berjaya menyumbat masuk gol pada minit ke 15″.
Gol kedua dan ketiga Persebaya hadir pada minit ke 65″ dan 73″ hasil kesilapan dan kelekaan pertahanan Kelantan.
Gol pertama dan kedua Kelantan menerusi Norshahrul Idlan Talaha dan Indraputra Mahyuddin pada minit ke 48″ dan 93″.
Kelantan dilihat banyak melakukan serangan pada separuh masa kedua namun buntu mencari lebih banyak jaringan.
Tamat Perlawanan menyaksikan Kelantan tewas 4 – 3 secara aggregat kepada Persebaya Indonesia dan Persebaya muncul Juara Unity Cup 2011 buat kali pertama sejak ia diperkenalkan pada tahun ini.
Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina. Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.
"Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.
Beliau membidas sikap sesetengah pihak khasnya Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan surau itu diroboh.
Surau itu terpaksa dirobohkan untuk membolehkan projek Aman Central dibina di atasnya kerana ia bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk.
"Saya tahu hukum-hakam..saya (juga) lulusan (Universiti Al Azhar) Mesir. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Majlis Fatwa dan Mufti.
"Jangan cari publisiti murahanlah...selesai dulu kes lembu (NFC) RM250 juta tu dulu," kata Azizan membidas pemimpin Umno yang membangkit isu itu.
Kerajaan negeri juga, katanya, telah membayar pampasan bernilai RM1.48 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebagai pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep 'istiddal' bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanafaat kepada umat Islam.
KUALA LUMPUR- Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.
Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.
Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.
Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.
Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.
Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.
"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.
Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.
Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.
Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.
"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."
Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.
Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.
Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.
Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.
Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.
"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.
"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.
Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.
Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.
"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."
Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.
"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.
Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.
Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman. -Hrkh
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Setelah menyaksikan Oley 1, seluruh penduduk negara ini akan berpeluang menonton Oley siri kedua pula tidak lama lagi menerusi internet.
Langkah untuk menerbitkan Oley 2 itu kini sedang giat diusahakan oleh penerbit Oley 1, Solidariti Muslim Prihatin (SMP) bagi memberi peluang kepada rakyat negara ini menimba ilmu menerusi dakwah cara baru.
Pengerusi SMP, Nurul Islam Mohamed Yusoff, 29,berkata, Oley 1 yang diterbitkan pada 15 Disember lalu ternyata mendapat sambutan amat memberangsangkan daripada orang ramai.
Menurutnya, berdasarkan view dan "like" pada wall Youtube didapati filem pendek tersebut telah ditonton lebih 160,000 orang setelah ia dipaparkan di dalam Youtube dalam tempoh lima hari diterbitkan.
Katanya, jumlah penonton semakin meningkat apabila filem itu juga dimuatnaik oleh Harakahdaily menerusi slot videonya, apabila ia turut ditonton lebih 20,000 orang setelah lima hari dimuatkan ke dalam slot itu.
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan penontonnya sebanyak lebih 180,000 orang setelah lima hari disiarkan. Sehingga hari ini pula jumlah penontonnya dah melebihi 250,000 orang," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Beliau mengakui sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai telah mendorong pihaknya mempercepatkan proses penerbitan Oley siri 2 tidak lama lagi.
Jika Oley 1 hanya memakan belanja RM3,000 sahaja, beliau menjangkakan Oley 2 juga akan memerlukan perbelanjaan sebanyak itu sahaja.
"Untuk penerbitan Oley 2, kami juga akan berusaha mengambil masa pembikinan paling minima seperti juga Oley 1 iaitu hanya sekitar 2 jam shooting dan satu setengah jam bagi proses editing," jelasnya.
Oley 2 seperti juga Oley 1 diterbitkan untuk berdakwah, khususnya bagi menjawab kritikan-kritikan tidak berasas daripada pihak-phak tertentu berkenaan hukum Allah atau perundangan Islam, terutama membabitkan hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS.
Filem pendek itu akan dihidangkan dalam bentuk santai dengan penekanan kepada soal jawab secara bersahaja di kalangan pelakon-pelakonnya mengenai hukum Allah khususnya hukum hudud, bagi memberikan kefahaman kepada semua pihak tentang kaedah perlaksanaan sebenar hukum itu berdasarkan ajaran Islam yang sebenar.
Jika Oley siri pertama menamplkan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan, Timbalannya, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Penerangan Dewan itu, Riduan Mohd Nor sebagai pelakon pentingnya, Oley 2 juga akan mengekalkan pelakon-pelakon yang sama.
Penglibatan Nik Mohd Abduh di dalam filem itu sejajar dengan kedudukannya sebagai pemimpin kepada sebuah NGO, ILMAM, manakala Riduan dalam Muslim Care.
Selain mereka, pelakon-pelakon penting lain dalam Oley 1 yang turut dikekalkan dalam Oley 2 termasuk penceramah selebriti yang sedang meningkat naik, Ustaz Syed Kadir Hussin Al Joffre serta pendakwah bebas, Ustaz Imran Al-Malizi.
"Begitu juga dengan pelakon-pelakon penting lain termasuk pengacara, penulis lirik dan pelawak terkenal, Bob Lokman, juga akan dikekalkan bagi Oley 2," jelasnya.
Manakala penampilan istimewa vblooger terkenal, Mat Lutfi dan Man John, juga tidak akan dikesampingkan kerana kemunculan mereka telah dikesani menarik minat tersendiri di kalangan anak-anak muda untuk menonton filem tersebut.
Sementara itu, sehingga berita ini ditulis, Oley 1 ditonton lebih 44,510 pengguna Youtube di chanel Tvpas manakala 189,693 lagi melalui chanel Oneheartcs.
Baru-baru ini rombongan PAS DUN Johol, Negeri Sembilan telah berkesempatan mengadakan lawatan menziarahi keluarga miskin di Kampung Kepis Hilir (lorong Lonek) iaitu sebuah keluarga pasangan suami isteri yang mempunyai 4 orang anak.
Suaminya bekerja kampung, mengambil upah dan menoreh getah milik orang.
Kehidupannya semakin terhimpit apabila tuan kebun tersebut ingin menoreh sendiri getahnya.
3 dari anaknya akan bersekolah pada sesi 2012 akan datang.
Rumah yang diduduki beliau adalah ihsan dari seorang penduduk kampung yang meminta beliau menunggu rumah pusaka. Rumah itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.
Beliau pernah dijanjikan untuk mendapat rumah PPRT namun sehingga kini tanahnya sahaja yang diratakan tetapi rumah tetap tidak didirikan lagi.
Melihat rumahnya yang cukup usang, dengan anak yang semakin membesar pihak PAS DUN Johol berhasrat menggerakkan inisiatif untuk membantu beliau sekeluarga membina rumahnya.
Kepada mereka yang ingin membantu sila hubungi beliau iaitu Roos Noor Faizli bin Razali ( 012-2682373 ) Kampung Kepis Hilir, 71300 Johol, Negeri Sembilan.
AMANAT DS ANWAR IBRAHIM Tarikh : 4 Jan 2012, Rabu Masa : 8.45 mlm Tempat : Perkarangan Pejabat PKR NS, Jln Tuanku Antah, Seremban Semua dijemput hadir
RAPAT RAKYAT NEGERI SEMBILAN Tarikh : 15 Jan 2012, Ahad Masa : 8.30 mlm Tempat : Dataran Rakyat, Pekan Gemas, N.Sembilan Bersama Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat Semua dijemput hadir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan