Sabtu, 19 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 19 Nov 2011 01:52 AM PST

PAS Kawasan Padang Besar


Sambutan Ulangtahun ke-60 PAS Peringkat Negeri Perlis

Posted: 18 Nov 2011 02:09 AM PST



CINA ISLAM (林川興)

Posted: 19 Nov 2011 01:41 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Skandal NFC: Kemanakah kesudahannya?

Posted: 19 Nov 2011 01:09 AM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -


Setelah hampir sebulan sunyi sepi, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang menjadi sasaran dalam parlimen dan di luar parlimen, akhirnya membuka mulut.

Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, pengerusi NFC dan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menganjurkan sidang akhbar pada 17 November lalu bagi mempertahankan NFC.

Beliau menjelaskan bahawa segala-galanya berjalan dengan baik, syarikat sedang menuju ke arah mencapai sasarannya dan tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Tetapi fakta-fakta beliau jauh dari meyakinkan. Malahan, ia hanya satu percubaan untuk menutup skandal, dengan beberapa penafian yang telah pun dibuat oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum beliau.

Sebelum kita pergi kepada subjek utama, mari kita sentuh dua isu. Pertama, sidang akhbar Salleh dibuat secara eksklusif kerana hanya membenarkan enam organisasi media sahaja, iaitu akhbar berbahasa Melayu dan saluran-saluran televisyen membuat liputannya.

Akhbar berbahasa Cina dan lain-lain diharamkan dari sidang akhbar itu. Jika NFC benar-benar ikhlas mahu menyatakan yang benar, mereka tidak harus bimbang kepada para wartawan selain dari media yang dikawal oleh BN, yang pada kebiasaannya dianggap perkakas propaganda BN?

Jelas kelihatan NFC tidak mempunyai keyakinan untuk menjawab soalan-soalan dari para pemberita dari media yang tidak dikawal oleh BN? Tidakkah ini jelas menunjukkan BN mahu rakyat membaca apa yang BN mahu mereka membacanya?

Pembelian kondo tidak boleh diterima

Kedua, Salleh mahu kita mempercayai bahawa pembelian dua unit kondominium mewah berjumlah RM14 juta itu adalah usaha menggunakan pinjaman mudah itu secara sah dengan menyatakan kedua-dua kondo ini memberi pulangan yang tinggi.

Beliau berkata, pulangan sewa dari sebuah kondo ialah RM70,000 tetapi tidak ada sesiapa yang mempercayainya.

Selain dari kredibilitinya tercabar, siapakah dia Salleh yang memikirkan dirinya membuat rakyat tidak keberatan untuk meminjamkan wang kepada keluarganya pada tempuh jangka panjang dengan kadar faedah 2% supaya mereka dapat meraih pulangan berlipat kali ganda hasil dari pelaburan dalam hartanah?

Alasannya bahawa ini (pembelian dua kondo) merupakan pelaburan sementara atas lebihan wang yang boleh digunakan kemudian nanti untuk projek lembu feedlot adalah tidak boleh diterima.

NFC tidak sepatutnya membuat permohonan dan kerajaan juga tidak sepatutnya memberi kebenaran untuk mengeluarkan wang yang banyak itu, yang tidak digunakan dari Akaun Pinjaman Khas. Pengeluaran wang dari akaun sepatutnya dikawal ketat dan diteliti

Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Atau, adakah NFC memberitahu kita bahawa mereka tidak menyediakan unjuran aliran tunai dan akaun untung rugi untuk projek ini ketika membentangkannya kepada kerajaan sebelum kontrak ini diperolehi?

Salah guna dana awam yang berlaku mencerminkan kegagalan kerajaan untuk melindungi dana awam, atau lebih buruk, terdapat konflik kepentingan berunsur jenayah (disebut rasuah) kerana memberi kontrak kepada kroni tanpa pertimbangan yang saksama melalui kertas kerja projek yang lengkap..

Sekarang, mari kita lihat kepada fakta-fakta yang dikemukakan oleh Salleh untuk menyokong dakwaannya bahawa projek ini berjalan dengan baik.

Projek 'berjaya' satu ilusi

Salleh berkata, ini merupakan tahun ketiga operasi dan masalah remeh temeh adalah dijangka. Salah. Anaknya sendiri, Wan Shahinur Izran, ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif berkata, ketika majlis menandatangani perjanjian kemudahan pinjaman RM250 juta itu pada 6

Disember 2007 bahawa "operasi dijangka bermula bulan Februari tahun depan." Maka empat tahun sudah berlalu sejak perjanjian itu.

Kata Salleh lagi, syarikatnya telah menternak 8,016 ekor lembu pada tahun 2010, "mengatasi sasaran 8,000 ekor lembu". Salah.

Kriteria yang harus dipertimbangkan ialah jumlah lembu yang disembelih, bukan "diternak", kerana projek ini adalah projek pembekalan daging lembu.

Jumlah lembu feedlot tidak boleh diukur dengan pengeluaran, kalau tidak, bilangan banyak lembu yang banyak yang tiba dari luar negeri dikira sebagai "pengeluaran".

Maka Ketua Audit Negara adalah betul dalam laporannya bahawa sebanyak 3,289 ekor lembu yang disembelih pada 2010 menyumbang hanya 41% dari sasaran, satu jumlah sasaran yang telah pun dikurangkan. Sasaran asal ialah 60,000 ekor lembu setahun seperti yang diumumkan oleh CEO Izran ketika majlis menandatangani perjanjian pinjaman itu.

Seterusnya Salleh berkata, "dari operasi tahun 2009, NFC masih belum mendapat pasaran dan tempat penyembelihan hanya diluluskan pada bulan April tahun tersebut, sijil halal diperolehi dua bulan kemudian dan Piawaian Kesihatan Veterinar, adalah wajib sebelum daging dapat dijual, dalam tahun 2010."

Salleh menambah, NFC perlu menghantar para pekerjanya untuk menjalani latihan untuk mendapatkan kepakaran bagi mengendalikan operasi ternakan lembu.

Perkataan yang disebut Salleh ini nampak seperti seorang yang amatur dalam bidang ini, merayu supaya kita memahami masalah ini akibat prestasinya yang mengecewakan.

Ini berbeza dengan ucapan Izran pada 2007 apabila beliau berkata, "kami ingin memainkan peranan penting untuk memimpin, struktur dan mentransformasi industri daging lembu bagi mencapai 40% keperluan negara."

Izran juga berkata, aktiviti-aktiviti syarikat termasuk "lembu feedlot dan pengeluaran makanan melalui kontrak dan perladangan satelit, penyembelihan, pemprosesan, pemasaran dan lain-lain aktiviti hiliran dan huluran."

Untuk perladangan kontrak, NFC akan "membantu pihak-pihak terpilih untuk mendapatkan pinjaman, untuk memula projek dan latihan lanjutan dalam bidang pengeluaran dan pentadbiran perniagaan termasuk menyediakan lembu, bahan pemakanan dan perkhidmatan veterinar. Skop aktiviti ini terdapat dalam laman web NFC.

Ekuiti yang cukup?

Maka amat jelas wujudnya jurang di antara realiti dan retorik dalam kisah NFC ini.

Salleh berkata, NFC hanya memulakan operasi pada 2009. Tetapi kenapa tidak pada 2008 memandangkan syarikatnya telah memperolehi pinjaman besar ini lebih awal?

Secara tidak langsung, operasi syarikat ini bergantung sepenuhnya kepada pinjaman mudah ini tanpa mempunyai ekuiti yang mencukupi dari para pemegang sahamnya. Jika ini benar-benar terjadi maka terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam penganugerahan projek ini.

Salleh memberitahu bahawa permintaan dalam pasaran menjadi penghalang hingga membantutkan perkembangan projek ini sehinggalah pada 2010. Tetapi bagaimana mungkin ini terjadi sedangkan negara kita telah mengimport 80% daging lembu dari luar negara?

Aduan serupa ini hanya mendedahkan kelemahan mereka untuk mengendalikan perniagaan ini.

Dengan mendawa pihak yang memberi projek melambatkan kelulusan-kelulusan yang diperlukan hanya sebagai alasan sahaja.
Hakikatnya, sukar untuk menolak kemungkinan berlakunya salah guna kuasa dalam pemberian projek ini, termasuk kecuaian jenayah (oleh pihak kerajaan) dan pecah amanah (pengendali projek) dalam menyalah guna dana awam.

Langkah yang sebaik-baiknya ialah dengan mendakwa pihak yang terlibat, mendapatkan semula dana itu dan melantik usahawan yang benar-benar berwibawa untuk mengendalikan projek ini.

Adakah kerajaan BN sanggup melakukannya, atau perkara yang sama, seperti biasa akan dibiarkan terus berlaku? FMT/-

Wang bantuan sekolah RM100 diberi di pejabat Umno

Posted: 19 Nov 2011 01:07 AM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua Wanita PKR hari ini mendedahkan wang bantuan RM100 kepada murid sekolah diberikan di pejabat Umno.

Zuraida mendakwa sebuah sekolah rendah di Ampang membawa pelajarnya ke pejabat Umno bahagian untuk mendapatkan wang bantuan terbabit.

Malah bantuan tersebut diberikan oleh Ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang di Jalan Bukit Belacan.

"Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu," kata Zuraida dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Tindakan itu disifatkan Zuraida sebagai petanda jelas Umno begitu terdesak untuk menipu rakyat bagi mendapatkan undi kerana ia sepatutnya disalurkan terus kepada sekolah dan tidak membabitkan campur tangan parti politik.

Diumum Najib

"Sepatutnya bantuan itu diserahkan oleh kakitangan kerajaan atau pun daripada Kementerian Pelajaran," katanya.

Wang bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 sepatutnya disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Manakala bayaran bantuan kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari tahun depan.FMT/-

Bekas ketua tentera Sri Lanka dipenjara tiga tahun

Posted: 19 Nov 2011 12:46 AM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

COLOMBO 19 Nov. - Bekas ketua tentera Sri Lanka, General Sarath Fonseka dijatuh hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi kerana melanggar peraturan kecemasan.

Hukuman dijatuhkan setelah beliau didapati bersalah memfitnah Setiausaha Pertahanan, Gotabhaya Rajapakse bertanggungjawab ke atas pembunuhan pemisah Tamil yang menyerah diri.

Menurut pertuduhan, Fonseka membuat dakwaan tersebut dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar mingguan tempatan.

Beliau mendakwa Gotabhaya telah mengarahkan pihak tentera membunuh semua anggota Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang bersetuju untuk menyerahkan diri di peringkat akhir konflik pemisah Sri Lanka pada Mei 2009.

Dalam masa yang sama, lawan kepada Presiden Mahinda Rajapaksa dalam pilihan raya 2010 itu sedang menjalani hukuman penjara selama 30 bulan.

Hukuman tersebut dikenakan selepas mahkamah tentera menyabitkan dia dengan kesalahan salah laku. - AFP

Desak bebas pengganas: Benarkah Suhakam tak bertanggungjawab ?

Posted: 19 Nov 2011 12:31 AM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab apabila mendesak supaya 13 individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Isnin lepas dibebaskan.

Beliau berkata Suhakam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengetahui tentang latar belakang dan fakta tentang kesemua mereka yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah.

"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Semberong menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam yang menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya membebaskan 13 individu yang ditahan itu.

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan bahawa ISA dimansuhkan pada sambutan hari Malaysia baru-baru ini.

Gempa bumi 5.2 magnitud gegar Laut Banda

Posted: 19 Nov 2011 12:28 AM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berukuran 5.2 magnitud menggegarkan Laut Banda, Indonesia pada jam 9.58 pagi hari ini, menurut laporan Jabatan Kajicuaca Malaysia.

Dalam kenyataan jabatan itu, pusat gempa terletak 467 kilometer (km) ke tenggara Ambon, Indonesia dan 1,752 km tenggara Tawau, di Sabah.

Namun, kejadian tersebut tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami.

Suhakam gesa bebaskan ISA13 di Sabah

Posted: 19 Nov 2011 12:27 AM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meluahkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 atas kegiatan militan di Sabah.

"Tindakan pihak berkuasa ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan perdana menteri yang berani dan bersejarah untuk memansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia, serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara – yang telah lama dinanti-nantikan dan amat dialu-alukan dengan sepenuh hati oleh rakyat," kata Pengerusi Tan Sri Hasmy Agam.

Polis semalam mengesahkan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing di Sabah mengikut bawah ISA antara 14 hingga 16 November kerana didakwa cuba menghidupkan kembali gerakan militan.

Perdana menteri pada malam hari Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula undang-undang lain bagi memastikannya memenuhi kehendak semasa.

Dalam kenyataannya hari ini, Hasmy berkata, selaras dengan seruan pemansuhan undang-undang penahanan pencegahan, Suhakam menggesa supaya pihak berkuasa membebaskan kesemua tahanan dan memberikan mereka hak perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam.

6 diusir balik ke Indonesia

Dalam masa sama, suruhujanya itu juga menyeru kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan menangani isu berkaitan keganasan bawah undang-undang lain yang sedia ada.

"...dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan akan dijalankan di bawah akta ini," kata Hasmy lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, enam warga Indonesia akan diusir balik ke negara asal, manakala tujuh warga Malaysia akan dihadap ke mahkamah sekiranya bukti mencukupi.

Beliau dilaporkan berkata, warga tempatan itu boleh ditahan di bawah akta baru yang akan menggantikan ISA pada Mac tahun depan.

Hishammuddin juga berhujah, penggunaan terbaru ISA dalam minggu ini tidak menjejaskan komitmen kerajaan untuk memansuhkan akta tersebut.

Bimbang dengan bantahan ? : Muhyiddin umum pemansuhan projek rintis pengajaran 9 jam

Posted: 19 Nov 2011 12:18 AM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri, tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.

Katanya, ketetapan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah).

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Labuan di sini, sebentar tadi.

Pemgumuman mengenai projek itu sebelum ini mendapat bantahan dari banyak pihak.

Hampir 10,000 dipindahkan dalam kebakaran Nevada

Posted: 18 Nov 2011 08:05 PM PST


22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -MUSNAH...keadaan kawasan kediaman yang musnah dijilat api di Reno, Nevada, Amerika Syarikat, hari ini. Gabenor Nevada, Brian Sandoval mengeluarkan perintah darurat selepas kebakaran yang sukar dikawal itu merebak cepat sehingga mengorbankan satu nyawa, memusnahkan 20 struktur rumah dan memaksa 9,500 penduduk meninggalkan kediaman mereka. - Foto Reuters

LOS ANGELES: Hampir 10,000 penduduk dipindahkan susulan kebakaran yang melanda sebahagian besar wilayah Reno di Nevada, hari ini.

Penduduk tempatan yang tidak berpindah dengan segera diberi amaran supaya tidak keluar dari kediaman masing-masing selepas asap tebal melanda kawasan itu.

Susulan kejadian itu, kira-kira 450 anggota bomba dikerahkan bagi memadamkan kebakaran yang sudah memusnahkan hampir 810 hektar di barat daya Reno.

"Anggota daripada pelbagai agensi kebakaran bekerjasama untuk memadamkan kebakaran yang sedang marak itu.

"Bacaan kualiti udara di seluruh wilayah ini meningkat," kata Ketua Bahagian Kebakaran Bandar, di sini.

Kira-kira 9,500 penduduk di daerah Nevada, wilayah Washoe dan Reno sudah dipindahkan dan diisytiharkan darurat, kata pihak berkuasa tempatan dalam satu laman web rasmi. - AFP

Peghelih La...

Posted: 18 Nov 2011 11:58 PM PST

Peghelih La...


Pakat mai ramai-ramai

Posted: 18 Nov 2011 12:21 AM PST



PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 18 Nov 2011 11:42 PM PST

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Meramaikan jaringan penyokong dan simpatisan PAS

Posted: 18 Nov 2011 04:01 PM PST

Oleh USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN

BEBERAPA fakta terkini menekankan betapa revolusi teknologi maklumat melalui sepuluhhttp://makemoney24hour.com/wp-content/uploads/2009/01/internet.jpg teknologi-teknologi strategik sedang merubah landskap perniagaan, kerajaan, kehidupan dan seterusnya gerakerja dakwah dan politik.

Organisasi dakwah dan politik seperti PAS sudah pasti terkesan, perlu bersiap siaga, mengambil peluang dan memanfaatkannya.

Kini, penggunaan telefon bimbit pintar dan tablet telah melebihi komputer meja dan riba.

Seperkara yang penting ialah telefon bimbit pintar adalah sebenarnya sebuah komputer yang dimampat dan dipadatkan dan semuanya boleh dibuat dengan menggunakannya.

Dengan pemerkasaan media baru melalui penggunaan ICT, kini, penguasaan media adalah terletak kepada setiap individu manusia, yang ada perkakasan seperti telefon bimbit pintar,ada capaian internet, menjadi ahli media sosial seperti Facebook dan aktif menghasil dan menyebarkan maklumat.

Pengguna kini ada pilihan maklumat yang mereka mahu, boleh berkongsi dengan mudah dan pantas, tidak mudah terikat dan terpengaruh, dan akhirnya, mereka membuat keputusan yang terbaik mereka rasakan.

PAS sebagai sebuah organisasi dakwah dan politik tidak mahu ketinggalan dengan peluang untuk memperkasakan organisasi dan ahlinya, serta keupayaan mencapai lebih ramai sasaran dakwah dan pengundi dengan pantas dan mudah.

Melalui laman-laman rasmi portal dan Facebook PAS, rakyat jelata di luar dan dalam negara kini diberi pilihan untuk mendapat maklumat yang tepat dari organisasi PAS sendiri.

Ceramah-ceramah PAS kini tidak lagi tertumpu di markas sahaja, malah boleh dicapai dari mana-mana sahaja di dunia melalui WebTV PAS.

Meraih kekuatan dan pemerkasaan melalui ICT dan Media Baru juga memerlukan pengorbanan daripada semua penggerak, daripada semua lapisan kepimpinan dan penggerak bawahan.

Sebagai merumuskan usaha-usaha memperkuat dan memperkasakan organisasi dan gerakerja PAS untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-13 (PRU 13), langkah-langkah berikut mestilah dimulakan dari sekarang:

1. Manfaatkan Prasarana dan Teknologi Berasaskan Cloud Computing – Dengan cara ini, tidak perlu lagi penggerak teknikal dan IT PAS memiliki dan menyenggarakan perkakasan kerana sumber perkomputeran (computing services) telah boleh disewa dan dibayar secara bulanan dengan harga berpatutan. Jabatan IT PAS Pusat akan mempelopori dan menerokai penggunaan servis-servis cloud yang memperkasakan organisasi PAS, seperti penggunaan Google Apps, Cloud Flare dan Cloud P2P yang meramaikan lagi penonton video-video PAS melalui internet;

2. Manfaatkan Media Sosial untuk Menyebarluaskan Maklumat dan Pengarahan Tugasan Jentera Parti – Sehingga bulan April 2011, lebih 10 juta rakyat Malaysia adalah pengguna aktif Facebook. Kewujudan (presence) organisasi dan fikrah PAS melalui Facebook adalah amat strategik.

PAS Pusat, Negeri dan Dewan-dewan perlu memanfaatkan Facebook dan media sosial lain seperti Twitter dan Google Plus untuk meramaikan jaringan penyokong dan simpatisan PAS.

Pengarahan tugasan gerakerja umum PAS, seperti meramaikan kehadiran ke rapat-rapat umum, adalah lebih cepat dan efektif disalurkan melalui wahana media-media sosial ini;

3. Menggalakkan Ahliahli dan Penggerak PAS Melabur untuk Memiliki dan Memanfaatkan Telefon Bimbit Pintar (smartphones) Berserta Capaian Internet Bergerak (3G) – Inilah senjata maklumat dan komputer kecil yang perlu dimiliki dalam dunia yang kian terjaring dan pantas bergerak. Maklumat-maklumat dari SSDP, SPOKAS, SMSPRO dan SISPRO kini benar-benar berada di dalam tangan;

4. Memiliki Skil dan Kemahiran Baru untuk Keluar Dari Zon Selesa dan Berinteraksi Dengan Generasi Muda dan Rakyat Pelbagai Bangsa Melalui Media Baru Skil dan kemahiran baru untuk berinteraksi dengan jutaan generasi muda dan rakyat pelbagai bangsa adalah diperlukan dengan menggunakan media-media baru.

USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN adalah Pengerusi Lujnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi PAS Pusat 

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 18 Nov 2011 11:42 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Mahathir tak layak bercakap pasal bersatu

Posted: 18 Nov 2011 04:48 PM PST

Oleh Subky Latif

ISU orang Melayu tidak bersatu bukan suatu yang baru. Ia telah diperkata oleh UMNO sejak Tunku Abdul Rahman Putra masih ada.

Masa itu https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRf49FZdcZ048pshqrVTWUMy8SGlZxCcQmPamaLi87r1aWK4KSRLtH5Ee0RimBebo5cnRZrK1IduvMuY6niKDuUvra672kMBecDEox4rUyvtiZDSoqZVggtdl7RSoukclFa1squnc5wYI/s400/mahathir=1.jpgParti Semangat 46 sedang bertenaga. Tunku dan Tun Hussein Onn terkeluar dari UMNO (Baru). Para pemimpin UMNO (Baru) menjaja isu apa yang dikatakan perpecahan orang Melayu. Mereka kononnya amat bimbang. Sama seperti yang Dr. Mahathir masih bimbangkan hari ini.

Kalau sebelumnya dikatakan Melayu itu berpecah antara UMNO dan PAS saja, kita itu sudah dijadi tiga dengan adanya S46.

Menjawab Tunku yang naik pentas PAS masa itu, adanya orang Melayu dalam berbagai parti, bukan tanda perpecahan tetapi ia dibenarkan oleh demokrasi.

Dr. Mahathir mengulang lagi, sekarang orang Melayu bukan sekadar berpecah antara PAS dengan UMNO, malah ada pula KITA dan lain-lain.

Dulu PAS tak berkawan dengan DAP. Hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC. Tetapi UMNO kata ia bimbang. Sekang mungkin bimbangnya bertambah kerana PAS berkawan pula dengan DAP. Tetapi asas bimbang itu sama dulu dan sekarang.

Masa Dr. Mahathir berkuasa dulu, perpecahan orang Melayu bukan sekadar antara PAS dan UMNO. Melayu juga berpecah kepada Semangat 46, Berjasa yang ditaja oleh UMNO dan Hamim pimpinan Tan Sri Asri yang direstui oleh Dr. Mahathir.

Sama saja dengan sekarang ada KITA dan PKR. Tetapi adanya KITA itu samalah dengan adanya S46, Berjasa dan Hamim dulu. Adanya sekejap saja dan adanya seperti tak ada saja.

Beza sekarang ada PKR yang kedudukannya lebih kuat dari S46.

Katakanlah keadaan itu tidak baik pada orang Melayu, maka ia banyak disebabkan oleh politik Dr. Mahathir sendiri.

Apa untungnya PAS berada dalam BN? Perpecahan Melayu itu dapat diredakan, malah ia seperti hampir bersatu. Tetapi yang memecahkannya ialah Dr. Mahathir sendiri. Berseteru semula PAS dengan UMNO. Angkara siapa? Jika tidak baik, Dr. Mahathirlah yang menjadikan begiu.

Kemudian berpecah pula orang Melayu kepada Berjasa dan Hamim. Siapakah yang mendorongkan wujudnya parti itu? Jangan kata Dr. Mahathir tidak ada peranan.

Kemudian tinggal PAS dengan UMNO semula kerana Berjasa dan Hamim ada seperti tidak. Tetapi gara-gara politik Dr. Mahathir memecah belahkan UMNO, muncul pula S46. Orang Melayu terbagi tiga pula. Dari dua jadi tiga. Jangan kata ia bukan angkara Dr. Mahathir!

Selepas S46 hilang stamina Melayu kembali berpecah kepada dua semula. Tetapi Dr. Mahathir berkarinah lagi. Ditendangnya pula Anwar Ibrahim dari Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Ia menyumbang kepada keadaan yang ada sekarang. Anwar dan penyokong-penyokongnya dalam UMNO membentuk PKR. Apakah keadaan yang ada ini suatu yang tidak baik bagi orang Melayu?

Kalau ia satu malapetaka kepada bangsa Melayu, maka antara orang yang menjadikannya begitu ialah Dr. Mahathir. Punca besar perpecahan itu dalam setiap kejadian adalah dari Dr. Mahathir. Jika dia tidak tendang PAS dari BN, mungkin BN itu boleh menjelma mejadi sebuah parti dominan orang Melayu.

Tetapi kerana politik gilanya memperbodohkan Tun Hussein Onn, orang tua terpengaruh lalu menendang PAS. Dato Asri, Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz tidak boleh disalahkan. Mahathir mesti belajar menyalahkan dirinya sendiri.

Kalau dia marah orang Melyu jadi begitu, dia kena marah dirinya dulu. Kalau dia menangis, itulah tagis buaya. Tangis yang sudah tidak ada erti.

Katakanlah orang Melayu betul berpecah. Yang melebar dan memperkuat perpecahan itu ialah diskriminasi kerajaan UMNO terhadap orang PAS dan anak-anaknya. Orang Islam dan orang PAS yang tidak bersama UMNO dilihat sebagai orang Melayu kelas tiga.

Orang Melayu kelas satu ialah UMNO yang menyokong Perdana Menteri. Melayu kelas dua yang tidak menyokong Perdana Menteri dan Presiden UMNO. PAS adalah Melayu kelas tiga.

Amalan diskriminasi UMNO itu lebih memecahkan orang Melayu dibandingkan dengan kewujudan beberapa parti Melayu.

22 tahun dia berkuasa dia tidak dapat buat apa-apa untuk menyatukan orang Melayu. Sepanjang masa dia memecahkan orang Melayu. Yang layak baginya bukan menyesali perpecahan itu tetapi menyesali dirinya tidak buat apa-apa untuk menyatukan orang lain.

DPP PADANG TERAP

Posted: 18 Nov 2011 09:44 PM PST

DPP PADANG TERAP


Acara Menarik Bersama Artis , MP Kuala Langat Dan Pemimpin Siam Di Ekspo Penerangan Malam Ini 19hb Di Naka.

Posted: 18 Nov 2011 07:04 PM PST

PAS KDAS 3

Posted: 18 Nov 2011 09:41 PM PST

PAS KDAS 3


Perbezaan Dan Perbandingan Yang Nyata

Posted: 18 Nov 2011 05:48 AM PST

Banding je kesan 13 Mei terhadap nasib anak bangsa Melayu dengan perkara ni ye..... Jangan tak faham2 je akal anak bangsa melayu yang memuja2 UMNO tu....

Fakta.... 13 Mei tu.... hehehehe.... satu hari jekan. Berapa ramai anak bangsa melayu yang mati dan merempat gara2 13 Mei tu ?

1. Tanah Rezab bangsa melayu.... dulu British tinggalkan 3 juta hektar untuk anak bangsa melayu. Kini tinggal 1.7 hektar je ? Siapa yang songlap ? DAP ke ?

2. Dulu kerajaan kata bumiputera dan bangsa melayu disediakan biasiswa untuk belajar kat IPT. Sekarang jadi pinjaman pulak. Biasiswa tak perlu bayar. Pinjaman mesti bayar. Kalau anak bangsa melayu ditangkap atau disaman gara2 tak bayar pinjaman ? Siapa punya akal ? DAP ke ?

3. Dulu budaya bangsa melayu. Kalau kandung anak luar nikah. Mak bapak boleh bunuh diri atau anak dihalau keluar rumah. Tapi sekarang ni kalau sebut kandung luar nikah.... Hehehehe... kesiannnnnnnnn..... angka 152 ribu anak luar nikah.... tu DAP punya anak ke ?

4. DEB kata nakkan anak bangsa melayu mampu capai 30% penguasaan ekonomi untuk bersaing dengan kaum Cina. 30 tahun perlaksanaannya, kenapa hanya capai sekitar 18 % je. Kenapa tak mampu nak kuasai 30%. DAP ke yang songlap keistemewaan DEB tu ? 30 tahun tu terlalu sekejap ke berbanding 1 hari....

5. 13 mei kata orang cina bunuh orang melayu. Orang melayu tak nak bunuh orang cina ke time tu ? 

6. Kelantan 99.9 % rakyatnya orang melayu. Kekayaan hasil minyak Ktan kenapa tak kasi kepada rakyat melayu Ktan ? DAP ke yang tak nak bagi ? Salahkan orang melayu Ktan pilih orang melayu pimpinan PAS memerintah Ktan. Ada beza ke melayu PAS dan melayu UMNO ? Siapa punya kerja ? DAP ke punya tafsiran ?

7. Sultan dikatakan kuasa kepada bangsa Melayu ? Melaka kenapa tak mampu nak dikasi Sultan meskipun kerajaan UMNO yang perintah sejak merdeka ? 54 tahun berlalu.... hehehehe.... DAP ke yang tak kasi taraf sultan kat Melaka ? 

8. Sumber kebanggaan anak bangsa melayu dalam pendidikan ialah apabila habis belajar dapat kerja kerajaan atau kerja kat swasta dan makan gaji setiap bulan. Sekarang ni banyak anak bangsa melayu yang pegang sijil SPM/ Ijazah hidup mengganggur tanpa pekerjaan setimpal dengan silij/ijazah mereka. Bukan tak pandai cuma tak fasih berbahasa Inggeris. hehehehe.... siap suruh BI menjadi bahasa utama dalam pekerjaan. DAP ke yang buat dasar tu ?

9. Dulu melayunya hidup dengan pakaian penuh sopan sebagai bangsa bermaruah. Kini pakaian anak bangsa melayu semakin kurang kain hingga tak segan silu menampakkan lurah dada dan lurah PUKI.... siapa punya kebenaran ? DAP ke yang ajar ?

10. Dulu kalau hidup bangsa melayu tu kalau sebut kuliah agama atau ceramah agama itulah kebanggaan bangsa melayu. Kini nak dengar ceramah atau kuliah agama pun susah nak buat. Sebab mesti ada tauliah. Tapi kalau sebut pasal hiburan... hehehehe.... bukan susah pun nak buat program. Pub/pusat hiburan tak cukup sampai jam 1 pagi. Boleh tambah sampai jam 3. Siapa punya angkara ? DAP ke punya pusat hiburan tu ?

11. BODOH.... kalau cakap pasal bodoh pastinya bangsa melayu tak nak ngaku. Tapi bila lihat kehidupan anak bangsa melayu dr segenap segi dengan kedudukan ekonomi mereka.... hehehehehe..... nampak sangat melayu tu memang terlalu mudah nak diperbodohkan ? Siapa yang memperbodohkan melayu ? DAP ke ? DAP ke kasi beras sekampit, sekilo gula dan sehelai t-Shirt untuk anak bangsa melayu hidup senang lenang ? 

Kalau bukan akal spesis UMNO punya angkara.... JANGANLAH NAK TAKUTKAN DAP PULAK. DAP TU MASIH TAK PUNYA KUASA MUTLAK. RAKYAT JUGA YANG MAMPU MENGUBAHNYA. MASALAH BESAR PEMIKIRAN ANAK BANGSA MELAYU IALAH.... CELAKANYA SPESIS UMNO YANG BODOH YANG SENANG-SENANG MEMPERBODOHKAN AKAL PEMIKIRAN BANGSA MELAYU YANG DITAFSIRKAN OLEH MEREKA SEBAGAI BANGSA PEMALAS DAN BODOH.....

Kepada anak bangsa melayu yang masih agung2kan UMNo dan masih sayangkan UMNO..... bodohnya melayu bukan kerana akal. Tapi kerana UMNO BIJAK NIPU!

JK khas teliti calon PAS untuk PRU-13

Posted: 18 Nov 2011 05:39 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov: PAS telah menubuhankan satu jawatankuasa khas bagi memilih dan menilai calon-calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum nanti.


Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, anggota jawatankuasa itu terdiri daripada anggota parti di peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti.


"PAS tidak ada masalah dalam pemilihan calon, kerana kita mempunyai ramai calon berkelayakan cuma pemilihan perlu dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti," katanya dipetik Bernama.


Beliau yang Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di dataran Ilmu di Kota Baharu hari ini.


Menurutnya, PAS berhati-hati dalam melilih calon dan penubuhan jawatankuasa khas itu adalah untuk memastikan calon yang dipilih benar-benar layak dan memenuhi kehendak rakyat.


Beliau berkata apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lepas, tidak akan dipilih lagi kali ini.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 18 Nov 2011 07:51 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Perhimpunan Dataran Tahrir : Desak Tentera Serah Kuasa

Posted: 18 Nov 2011 06:34 PM PST

PULUHAN ribu penunjuk perasaan mendesak tentera Mesir   menyerahkan kuasa selepas 10 bulan kejatuhan pemerintahan Hosni Mubarak, di Dataran Tahrir, semalam.
PULUHAN ribu penunjuk perasaan mendesak tentera Mesir menyerahkan kuasa 
selepas 10 bulan kejatuhan pemerintahan Hosni Mubarak, di Dataran Tahrir, semalam.
Perhimpunan pimpinan Ikhwanul Muslimim mahu revolusi dikembalikan

KAHERAH : Berpuluh ribu penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir semalam bagi mengadakan perhimpunan besar-besaran bertujuan mendesak tentera Mesir yang memerintah negara itu menyerahkan kuasa, 10 bulan selepas kebangkitan yang menumbangkan pemerintahan rejim Hosni Mubarak.
Ketika pilihan raya parlimen semakin hampir, yang pertama sejak Mubarak disingkirkan Februari lalu, penunjuk perasaan menuntut lebih kawalan berhubung Perlembagaan yang bakal dirangka Parlimen baru.
Bantahan semalam diketuai Ikhwanul Muslimim dan kumpulan pelbagai parti politik di bawah sepanduk berbeza yang bersetuju tentera mesti menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam secepat mungkin.

"Rakyat mahukan jadual penyerahan kuasa," kata satu slogan pada kain rentang besar yang digantung di dataran itu.

Ketika memberikan khutbah solat Jumaat, imam Mazhar Shahin menggesa penunjuk perasaan terus mempertahankan matlamat revolusi itu.

"Mungkin mereka yang memerintah memikirkan kita akan melupakan matlamat kita seiring masa yang berlalu. Mereka salah. Kami menolak bebanan dikenakan ke atas rakyat. Kami menolak dokumen Silmi. Tiada suara dapat menjatuhkan suara rakyat," Shahin memberi amaran kepada Majlis Agung Pasukan Bersenjata (SCAF), yang mengambil alih kuasa apabila Mubarak dijatuhkan.

Dokumen kerajaan yang dicabar, dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Ali Silmi, mengundang kecaman pelbagai pihak kerana memasukkan klausa yang mengeluarkan bajet tentera daripada pengawasan Parlimen dan membenarkan SCAF mempunyai kata putus mengenai hal berkaitan tentera.

Kerajaan menyemak semula draf itu, tetapi Ikhwanul Muslimin, yang menganjurkan bantahan besar-besaran Julai lalu menentang piagam itu, menolak idea dokumen berkenaan yang akan mengehadkan kekuasaan Parlimen untuk menderaf Perlembagaan, menyifatkan artikel itu tidak demokratik.

Pertubuhan itu, menerusi Parti Kebebasan dan Keadilan, mungkin muncul sebagai blok terbesar dalam pilihan raya.

"Mereka yang bimbangkan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, saya ingatkan jangan takut dengan Islam di Mesir. Mesir adalah Islam, sama ada suka atau tidak. Kami mahukan negara demokratik dengan visi Islam yang membenarkan rakyat mengamalkan hak dan demokrasi," katanya. - AFP

sumber : bharian.com

PAS Kawasan Miri

Posted: 18 Nov 2011 07:24 PM PST

PAS Kawasan Miri


Pengguna Marah Bayar Air Percuma Pada LAKU!!!

Posted: 18 Nov 2011 12:28 AM PST

Pengguna Terpaksa Mandi dengan Air Tercemar ?
Gambar sampel air yang tercemar

MIRI - Masalah air paip kotor di bahagian Miri dan Sibuti memang sudah lama berlaku dan pihak yang bertanggungjawab sepatutnya mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini dari terus berlarutan. Mengikut sampel air paip yang diperolehi dari Mohdar Hj Ismail seperti contoh dibawah jelas menunjukkan bahawa air paip di bahagian Miri dan Sibuti memang keruh dan kotor.
Air paip yang diambil dari lokasi tertentu secara rawak:
1. Pusat Bandar Miri
2. Luak Bay
3. Kg Bakam
4. Kg Siva Jaya
5. Kg Terhad
6. kg Angus
7. Kg Tengah
8. Kg Menjelin
9. Kg Jengalas
10. Bekenu Bazaar
Sampel ini di ambil dari jam 02:30pm-08:00pm pada 2011/11/17 dan akan lebih banyak lagi sampel air di kumpul dari kawasan Sibuti dan Miri menurut Mohdar Hj Ismail dalam face book nya. Banyak lagi contoh-contoh air yang diperolehi dari orang ramai yang merungut kerana terpaksa menggunakan air yang keruh dan ada kalanya hitam pekat macam air longkang.
Ramai pengguna mengadu mengapa pihak LAKU (lembaga Air Kawasan Utara) tidak membuat sesuatu agar perkara ini dapat diatasi dengan segera kerana pengguna terpaksa membayar bil air yang tidak dapat digunakan untuk mandi dan memasak. Bahkan penapisan air pengguna juga tercemar akibat menapis kekotoran kesan dari air paip yang kotor tersebut.

Kita mendesak agar pihak LAKU bertindak dengan segera jangan sampai pengguna terkena penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna akibat menggunakan air kotor. Berilah perkhidmatan terbaik untuk semua pengguna tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik. Jangan hanya mementingkan keuntungan semata-semata tapi pengguna tidak diberi perkhidmatan yang sebaiknya.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

Consumers had to shower with Contaminated Water?
MIRI - Dirty tap water problems at the Miri and Sibuti areas had been long occurred and the responsible party should take immediate action to solve the problem from further prolonged.
According to the tap water samples obtained from Mohdar Hj Ismail as an example below clearly shows that tap water in the Miri and Sibuti was muddy and dirty.
Piped water drawn from specific location randomly:
1. Centre point Miri
2. Luak Bay
3. Kg Bakam
4. Kg Siwa Jaya
5. Kg Terhad
6. Kg Angus
7. Kg Tengah
8. Kg Menjelin
9. Kg Jengalas
10. Bekenu Bazaar

The sample is taken from 02:30pm to 08:00pm hours on 17/11/2011 and will be even more water samples to be collected from Sibuti and Miri area as mention by Mohdar Hj Ismail in his face book.

Many other water samples obtained from people who complain of having to use the muddy water and black sometimes like drains water. Many users complain why LAKU (board Northern Region Water) not doing something so that this matter be resolved immediately because the user had to pay the water bills that cannot be used for bathing and cooking.

Even the user filtering water polluted due to impurities which percolate beyond the impression of the dirty pipe. We urge LAKU to act quickly and do not let the users affected by diseases that can affect the health of consumers by using polluted water. Give the best service to all users regardless of race, religion and political belief. Do not just solely concerned with profit, but consumers are not given the best service.






PS: Kalau di Selangor kerajaan bagi air percuma kepada penduduknya tetapi di Sarawak pengguna pulak bayar air percuma kepada syarikat....apa nak jadi!!!

PAS LENGGONG

Posted: 18 Nov 2011 07:08 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 18 Nov 2011 03:38 PM PST

Posted: 18 Nov 2011 03:38 PM PST

RM100.00

Posted: 18 Nov 2011 01:21 AM PST


Program serahan RM100 jadi medan politik Umno| Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Majlis penyerahan bantuan sekolah RM100 kepada pelajar yang sedang rancak berlangsung didakwa telah menjadi medan Umno berpolitik.

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, perkara itu jelas dapat dilihat apabila pemimpin Umno setempat turut dilibatkan dalam program itu.

"Di sini persoalan timbul apakah kewajarannya pemimpin Umno dilibatkan sama dalam pengagihan wang tersebut sedangkan pihak sekolah mempunyai cukup guru dan kaki tangan untuk mengelolakan agihan wang tersebut.

"Ibu bapa terpaksa mendengar ucapan dari pemimpin BN yang menggunakan kesempatan itu untuk berkempen sebelum wang RM100 diagihkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, perkara tersebut turut berlaku di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) di mana ibu bapa dihidangkan dengan ceramah politik.

Menurutnya lagi, urusan agihan wang tersebut sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah sekiranya bantuan RM100 tersebut adalah dengan niat untuk membantu pelajar.

"Bagi saya ia jelas menyusahkan ibu bapa, bukan itu sahaja, masa mereka terbuang begitu sahaja untuk menunggu kehadiran pemimpin BN cuma kerana wang RM100," jelasnya lagi.

Secara jelasnya kata Khalil Idaham, penglibatan orang politik dalam agihan itu membuktikan bahawa sumbangan tersebut punya niat tersembunyi sebagaimana yang dikatakan oleh banyak pihak.

"Saya berharap agar kerja jahat dan kesempatan yang diambil untuk berkempen sebelum agihan wang kepada ibu bapa tidak dapat mengubah minda warga Malaysia untuk terus menilai BN dalam PRU13 tidak lama lagi.

"Rakyat Malaysia jangan lupa terhadap kerakusan pemimpin BN yang telah menyapu bersih wang rakyat, antaranya skandal-skandal seperti isu PKFZ yang bernilai RM12.5 bilion, pembelian koc keretapi RM500 juta, pemberian kontrak kepada kroni RM500 juta, projek lembu Feedlot kepada Sharizat Jalil bernilai RM250 juta, penyelewengan projek Facebook (Pelancongan) RM1.8 juta," katanya.

Demi Maruah Ketua Audit Negara

Posted: 18 Nov 2011 01:18 AM PST


KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kerajaan digesa bertindak supaya laporan Ketua Audit Negara ditarik balik kerana suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan laporan itu kurang tepat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan, laporan Ketua Audit Negara mestilah tepat kerana ia berkaitan dengan pengurusan kewangan negara dan jika laporan itu kurang tepat, ia tidak memberikan gambaran yang sebenarnya dan akan mengelirukan semua pihak.

"Jika laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, ahli-ahli Parlimen bercakap berdasarkan fakta yang mengelirukan, rakyat mendapat maklumat mengelirukan dan kerajaan juga menjadi mangsa kerana dikritik berdasarkan maklumat mengelirukan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz berkata, dari segi pentadbiran kewangan, negara tidak boleh disogokkan dengan laporan yang kurang tepat berkaitan pengurusan kewangan negara dan oleh kerana suami seorang menteri kabinet sendiri yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, kerajaan mesti bertindak pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporan itu dan membetulkannya untuk dibentangkan semula.

"Yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara itu kurang tepat bukan taraf pemeriksa kira-kira Umno cawangan, tetapi suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya.

Menurut Mahfuz, tindakan pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporannya itu amat tepat untuk dilakukan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memperlihatkan keyakinan yang luar biasa besar terhadap projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dikendalikan oleh suami Shahrizat itu.

Mahfuz juga meminta suami Shahrizat yang juga Pengerusi Eksekutif NFC mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara kerana menyifatkan projek yang dianugerahkan kepadanya itu 'kacau-bilau' dan juga gagal menjalankan program keusahawanan seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.

"Sudah ada peguam yang ramai orang dakwa ada taktik boleh menang kes, takut apa nak ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara?" kata beliau.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata Laporan Ketua Audit Negara yang menyebut bahawa projek penuh kontroversi itu hanya mencapai 41 peratus daripada jumlah daging yang disasarkan adalah kurang tepat.

Malah, suami Shahrizat itu juga mendakwa pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek lembu itu adalah keputusan perniagaan bijak.

Dr Mohamad Salleh malah dilaporkan mendakwa pihaknya berjaya menyewakan kondominium di One Menerung, Bangsa itu dengan nilai RM70,000 sebulan.

Dakwaan itu bagaimanpun ditolak oleh pakar-pakar hartanah yang menyatakan nilai tertinggi yang boleh dijana dari sewaan kondominium itu hanya setakat RM24,000 sahaja sebulan.

Sidang akhbar suami Ketua Wanita Umno itu turut dihadiri Penasihat Undang-Undang NFC, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 18 Nov 2011 03:47 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


(GAMBAR) INI DIA KONDO RM6.9 YANG DIDAKWA LAKI SHAHRIZAT

Posted: 17 Nov 2011 07:06 PM PST

 Dalam kecoh-kecoh berkenaan isu pembelian Kondominium Mewah One Menerong, Datuk Seri Dr. Mohamad Slleh yang juga merupakan suami kepada Sharizat Abdul Jalil mengesahkan yang nilai sebenar kondominium yang dibeli oleh NCF adalah bernilai RM6.9 juta.... harga kondo tersebut RM1,000 sekaki persegi dengan keluasan keseluruhan 6,964 sf...







...so masih ada lagi kosong... berminat nak duduk berjiran dengan Sharizat n the geng boleh call Ricky Leong 012-393 5230.

KONDO MENERONG RM6.9 JUTA... MANE PERGI BAKI RM1.9 JUTA???

Posted: 17 Nov 2011 06:47 PM PST

Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang merupakan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Shahrizat Abdul Jalil mempertahankan pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah keputusan perniagaan bijak, demikian menurut Pengerusinya dan tidak yang seperti didakwa oleh Laporan Ketua Audit Negara yang bernilai RM9.8 juta.


Menjelaskan kontroversi yang timbul, beliau berkata, sekiranya wang itu ditempatkan di dalam bank, kadar pulangan tahunan hanya 2.6 peratus.

"Berbanding pelaburan sektor hartanah, ia mampu menjana keuntungan tahunan 12.9 peratus serta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 yang disalurkan kepada syarikat dan bukannya individu," katanya di Gemas hari ini.

"Justeru, sambil menunggu pelaksanaan projek seterusnya, saya fikir duit geran yang masih belum digunakan itu perlu dilabur supaya mendapat keuntungan," katanya pada sesi taklimat media di pejabat ladang NFC, demikian menurut laporan Berita Harian Online.

Pada 2 Disember 2009, NFC telah membuat 4 pindahan wang dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar.
Butiran 4 pindahan wang tersebut adalah seperti berikut:

2 Disember 2009 jumlah RM699,870.00
2 Disember 2009 jumlah RM694,150.00
2 Disember 2009 jumlah RM4,199,220.00
2 Disember 2009 jumlah RM4,164,900.00

Jumlah                             RM9,758,140.00

..so mane pergi lagi RM1.9 juta?.....

DATA NURUL IZZAH DI BANK ISRAEL DIEDIT DARI DATA ANAK CHE DET

Posted: 17 Nov 2011 05:36 PM PST


Kini isu ini dimainkan semula oleh Blogger Pencacai Angkat Najis UMNO menyebarkab berita yang mengaitkan beliau dengan akaun berjuta-juta di Bank Of Israel. Hakikatnya no. account Nurul Izzah itu hanyalah diubahsuai dari info yang telah tersebar pertengahan tahun 2008 dulu..
Ini kononnya data-data tentang account Nurul Izzah..

Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00

Ini pula dari fitnah tahun 2008, data-data tentang account Marina Mahathir, perhatikan Nombor Passportnya.


Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : C-719-418-210 (M)
Amount : USD 13,000,000.00
Date of opening account : 17/06/96
Date of Maturity : 17/06/99

Nombor Passport mereka adalah sama.. dibawah pula adalah info terhadap Nurul Izzah yang diedit daripada Mokhzani pula, perhatikan Account No, Amount, Date of opening account dan Date of Maturity

Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00


Name : Mr Mokhzani Bin Mahathir
Post : Son of Prime Minister
Passport No. : R 719325 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00




Kecuali nama, tidakkah ianya sama dengan data-data yang digunakan oleh blogger pro UMNO untuk memfitnah Nurul Izzah?

Begitu juga dengan yang ini.. perhatikan apa yang telah ditukar pencacai UMNO.. nama dan post je yang tukar

Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : F-817-200-11 (C)
Amount : USD 12,500,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/99

Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : F-817-200-11 (C)
Amount : USD 12,500,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/99

Dan juga yang ini..


Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
5 years
Account No : G-211-922-718-2 (D)
Amount : USD 15,000,000.00
Date of opening account : 12/07/97
Date of Maturity : 12/07/02


Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
5 years
Account No : G-211-922-718-2 (D)
Amount : USD 15,000,000.00
Date of opening account : 12/07/97
Date of Maturity : 12/07/02

Hanya nama dan post yang ditukar mereka..itu je la yang paling hebat puak-puak pencacai angkat najis UMporNo boleh buat!!!!

ORANG BUKAN ISLAM BOLEH AGIH DAGING KORBAN : JAMIL KHIR

Posted: 17 Nov 2011 05:13 PM PST



Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata walaupun pengagihan daging korban itu boleh dilakukan oleh golongan bukan Islam tapi perkara berkenaan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam.

"Pengagihan daging korban tidak salah dalam konteks hukum Islam" katanya dipetik Bernama Online.
Jamil Khir berkata beliau tidak mengetahui sejauh manakah kebenaran blog yang memaparkan gambar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok  mengagihkan daging korban kepada masyarakat Islam baru-baru ini bagaimanapun blog itu tidak menjelaskan bila dan di mana gambar anggota Parlimen itu dirakamkan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini yang mempertikai tindakan Teresa Kok mengagihkan sendiri daging korban kepada masyarakat Islam.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 18 Nov 2011 03:41 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


NAJIB KATA ISA DAH TAK PAKAI , KPN BERI AMARAN SAPA PERTIKAI

Posted: 18 Nov 2011 01:43 AM PST

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan sama sekali dan kerajaan akan memperkenalkan dua akta baru untuk mengekalkan keselamatan negara, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Hari Malaysia.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-isa-dimansuh-tiga-proklamasi-darurat-dibatal/


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mempertikaikan tindakan penahanan 13 individu dipercayai anggota militan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Tawau, Sabah awal minggu ini kerana ia membabitkan isu keselamatan negara.

Katanya, tindakan itu mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang, selain berdasarkan maklumat risikan.

"Sebagai Ketua Polis Negara, saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana cubaan mengancam keselamatan negara kita. Malah, kita mempunyai sumber perisikan yang kuat dengan rangkaian kerjasama di seluruh dunia.

"Penahanan itu dibuat berdasarkan maklumat risikan dan saya meminta fakta mengenainya tidak diputarbelitkan hingga mengelirukan rakyat," katanya. - Bharian.

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/11/terima-kasih-kpn-pasai-tangkap-13-orang.html#ixzz1e342PrY5

TAKBIR ! KETUA POLIS MASUK PAS

Posted: 17 Nov 2011 08:55 PM PST

Bekas Ketua Polis Sertai Pas

TAIPING, 18 Nov: PAS Perak menerima keahlian baru daripada tokoh besar apabila Bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Tn Hj Abdullah Omar bertindak menyertai pati itu.

Menurut beliau, penyertaan ke dalam PAS baru-baru ini dibuat atas dasar kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

Hj Abdullah berkata, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewangan, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan.

"Saya tahu wajah BN sebenar, hanya bermuka-muka di depan rakyat sedangkan parti itu sungguh teruk dan busuk," katanya ketika memberi ucapan di Liqa' Fikri PAS Perak di Air Kuning, Taiping.

Turut serta pada program itu Pasuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

"Saya berazam akan berjuang bersama PAS bagi memperjuangankan Islam hingga ke akhir hayat," ujarnya lagi.

Kini beliau bersama-sama PAS Perak dalam Program 'Jom Masuk PAS' menjelajah seluruh negeri bagi menarik masyarakat khususnya bekas kakitangan kerajaan.

Sebelum ini, PAS Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.Hrkh
ihsan TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

AMAT SERIUS , BUKIT TAGAR PERLU DI PAGAR !

Posted: 17 Nov 2011 08:05 PM PST


LebuhRaya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Tol Bukit Tagar dah sampai kemuncak tahap kemerbahayaannya. Saban hari ada sahaja kemalangan sampaikan ada yang mengatakan ada kena mengena dengan hantu. Malam semalam di Km 425.6-425.8 antara 8malam hingga 11 malam berlaku kejadian kemalangan berganda yang melibatkan lebihkurang 12 kenderaan.
Kesannya 1 maut dan 5 parah manakala lebih 60 orang terselamat.
Kemalangan ini dah terlalu banyak dan kita boleh layari blog ondscene yang memaparkan gambar kemalangan di Bkt Tagar yang lepas.
Tak sanggup teman tunjuk gambar kemalangan, cuma teman tekannkan tindakan bersepadu mengekang kekurangan kualiti atau pencemaran kualiti jalanraya dan udara di sekitar Bkt Tagar itu.

Dulu ada citer orang bengkel buat projek mengeksidenkan kenderaan denga melumurkan jalanraya dengan minyak pelincir dan sebagainya.
Cuma yang terkini , ramai saksi dan penduduk serta pengguna jalanraya yang merungut dengan air busuk serta berkimia dari lori sampah dari KL yang dibuang melalui jalan itu ke Tempat pembuangan sampah di Bukit Tagar.
Fakta ini ada juga logiknya di mana apabila air meleleh dari lori terlibat akan menjejer ke jalanraya dan akan menutup gerigi jalan yang sepatutnya permukaan jalanraya kesat bukan licin . Jalanraya yang bagus mestilah mempunyai jalan yang jika dilihat dengan dekat batu kerikil yang ditar selalunya tidak licin bagi memudahkan cengkaman tayar apabila membrek kenderaan.

Sedemikian Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Perumahan , Jabatan Kerja Raya dan PLUS dan agensi yang berkaitan wajar berkerjasama mengkaji kesan lelehan air lori sampah atau rekabentuk laluan lebihraya dan lain-lain kemungkinan dengan serius.
Meminjam kata-kata blog serius sampai nak berak pun kena serius apatah lagi jika melibatkan ancaman nyawa manusia.


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 18 Nov 2011 01:03 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


1,478 peroleh 5A di Melaka

Posted: 17 Nov 2011 07:00 PM PST


Gambar hiasan

MELAKA - Seramai 1,478 daripada 14,758 murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Melaka tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Mohamad Yusoff Osman berkata, bilangan murid yang mendapat semua A pada tahun ini menurun daripada 10.4 peratus tahun lalu kepada 10 peratus tahun ini.

''Bilangan yang mendapat semua A juga menurun 27 murid daripada 1,505 murid tahun lalu kepada 1,478 murid tahun ini," katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan UPSR negeri di sini hari ini.

Mohamad Yusoff berkata, pencapaian murid dalam menguasai tahap minimum gred A, B dan C bagi semua mata pelajaran pula seramai 10,150 murid atau 68.8 peratus berbanding 68.6 peratus tahun lalu.

Katanya, pada tahun ini, bilangan murid yang menduduki peperiksaan UPSR meningkat berbanding seramai 14,473 atau perbezaan 285 murid pada tahun lalu.

''Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus (2) mencatatkan bilangan murid tertinggi memperoleh semua A apabila 48.8 peratus murid dari sekolah ini memperoleh 5A," katanya.

Menurutnya, Gred Purata bagi negeri ini adalah 2.16 iaitu meningkat 0.02 berbanding tahun lalu.

Sakit Sendi Bukan Penghalang cemerlang UPSR

Posted: 17 Nov 2011 04:01 PM PST



MELAKA - Walaupun menghidap pseudoachondroplasia atau masalah sendi sehingga menyukarkan Syakirah Karim menulis, namun ia tidak menghalang murid Sekolah Kebangsaan Sacred Heart, Banda Hilir itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Kata Syakirah, akibat penyakit itu tangannya cepat lenguh ketika menulis menyebabkan dia sering tidak sempat menyalin nota yang ditulis guru di papan hitam.

"Saya terpaksa meminjam buku rakan-rakan dan menyalin semula nota di rumah," katanya.

Syakirah yang juga mengalami masalah pembesaran berkata, akibat kesukaran untuk menulis, tempoh menjawab soalan UPSR yang didudukinya ditambah 15 minit berbanding murid biasa.

Mengenai rahsia kejayaannya katanya, dia mengulangkaji pelajaran setiap hari selama satu atau dua jam.

"Saya tak sangka dapat 5A kerana hanya dapat 1A 4B semasa peperiksaan percubaan," katanya yang hanya mempunyai ketinggian 116 sentimeter dan seberat 21 kilogram.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 18 Nov 2011 11:44 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Majlis Perlepasan Skuad Motosikal Cakno Anak Muda Dun Temangan

Posted: 18 Nov 2011 04:04 AM PST











ISA: Tindakan terdesak Umno BN menjelang PRU13

Posted: 18 Nov 2011 04:01 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Majlis Pimpinan PKR Sabah menyifatkan tangkapan terbaru aktivis Islam di negeri itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu lagi tindakan terdesak Umno BN untuk pilihan raya.
Setiausahanya, Dr Roland Chia Ming shen berkata, tindakan itu bertujuan membangkit isu agama dalam kalangan masyarakat di daerah itu yang terkenal dengan perkembangan ilmu yang amat baik, laporKeadilanDaily.
"Media di Sabah hari ini melapor salah seorang tangkapan itu ialah Ustaz Nazri Dollah, tokoh agama berkelulusan dari Jordan dan kerap diundang oleh masyarakat untuk menyampaikan ilmu di sekolah dan surau di daerah itu.
"Maka dakwaan beliau terlibat dengan keganasan sungguh aneh, mana mungkin orang yang diundang untuk menyampaikan ilmu boleh dianggap pengganas kononnya mengancam keselamatan rakyat," katanya menghubungi Keadilandaily.com hari ini.
Menurutnya, kalaupun beliau didakwa kononnya terlibat dengan aktiviti keganasan, mengapa mesti menggunakan akta ISA yang sebelum ini dijanjikan Najib sudah dimansuh sepenuhnya.
"Nak kata Ustaz Nazri ini PAS tidak juga kerana antara pendengar setia beliau dalam ceramahnya ialah ahli Umno selain tangkapannya turut tidak diketahui polis di daerah Tawau.
"Datuk Najib harus segera tampil menjawab persoalan ini," katanya yang turut bimbang ekonomi Sabah terjejas akibat laporan mengenai dakwaan kononnya ada aktiviti keganasan di negeri itu.
Beliau mengulas laporan media di Sabah hari ini yang menyatakan Ustaz Nazri salah seorang yang ditahan di bawah Seksyen 73 (1), akta ISA kerana didakwa terlibat dengan keganasan.
Manakala laporan Berita Harian dan New Straits Times melapor antara 10 hingga 11 orang ditahan di bawah akta itu sejak Isnin lalu hingga semalam.

Sekitar Ihtifal PASTI Di Kawasan Machang

Posted: 18 Nov 2011 04:00 AM PST




RM100 belum boleh bersihkan dosa Umno BN

Posted: 18 Nov 2011 03:59 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Pemberian wang sebanyak RM100 kepada para pelajar di seluruh negara sejak minggu lalu belum boleh membersihkan dosa-dosa Umno BN terhadap rakyat sejak sekian lama.

Malah, pemberian wang tersebut turut dilihat jelas oleh orang ramai sebagai umpan murahan Umno BN kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, pemberian wang RM100 itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang erti kepada rakyat jika dihitung dengan keadaan sekarang. 

Menurut beliau, sebaliknya jika Kerajaan BN benar-benar ingin menolong rakyat bukan RM100 yang diberikan, tetapi jauh lebih besar daripada itu. 

Katanya, dengan keadaan sekarang yang menyebabkan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan harian, pemberian wang RM100 itu tentunya tidak memberikan sebarang makna kepada orang ramai. 

"Nak buat apa dengan wang RM100? Dengan kos sara hidup yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang meningkat, apa nilainya wang RM100 itu?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. 

Rakyat Malaysia sekarang, menurut beliau, sememangnya semakin cerdik dan umpan murahan Umno BN itu pasti dapat dibaca dengan mudah oleh orang ramai. 

Katanya, dengan itu, rakyat pasti dapat menilai pemberian Kerajaan BN itu kerana jika benar kerajaan prihatin dan hendak menolong rakyat bukan nilaian wang sekecil itu yang akan diterima oleh mereka.

"Dalam keadaan sekarang, perkara yang lebih diutamakan oleh rakyat tentunya tindakan yang jujur dari kerajaan untuk menurunkan harga barangan keperluan utama bagi menstabilkan ekonomi. 

"Dengan pemberian wang RM100, tekanan hidup yang dialami oleh rakyat tidak juga dapat diatasi, malah keadaan itu pula terpaksa ditanggung oleh rakyat sejak sekian lama sepanjang berada di bawah pemerintahan BN," ujarnya.

Umpan murahan Umno BN dengan pemberian itu, tambah beliau, turut kelihatan jelas oleh orang ramai apabila wang tersebut bukan diberikan terus kepada para pelajar. 

Sebaliknya, tegas beliau, ia diberikan kepada ibu bapa dengan memaksa ibu bapa pelajar datang ke sekolah sehingga turut menimbulkan pelbagai kerumitan kepada ibu bapa sendiri.

"Selain itu di beberapa tempat, turut diadakan ceramah politik terlebih kepada ibu bapa yang datang oleh pihak Umno BN sebelum wang itu diberikan. 

"Ini pasti lebih merumitkan ibu bapa yang bukan sekadar terpaksa bersusah payah datang ke sekolah hanya untuk mengambil wang RM100, tetapi juga membuang masa sehingga terganggu pula urusan penting mereka yang lain," tegas beliau.

Ibu bapa tidak hadir, tak dapat RM 100?

Posted: 18 Nov 2011 03:58 AM PST

RM250 juta boleh bantu 62,500 keluarga Umno

Posted: 18 Nov 2011 03:57 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kes National Feedlot Corporation (NFC) satu lagi bukti kerajaan BN telah gagal menjadikan 'Pertanian Satu Perniagaan', jauh sekali untuk menjadikan ia sebagai food security.
"Ini adalah lambang kebobrokan dasar BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap, stadium runtuh, perhentian bas Kuala Berang runtuh dan banyak lagi jikalau hendak disenaraikan," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Menurutnya, sememangnya kerajaan BN gagal menjaga keselamatan makanan untuk rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada negara luar.
Tambahnya, pada 1990 negara mengimport makanan sebanyak RM4.6 bilion dan mendadak meningkat kepada RM26.7 bilion pada tahun 2010.
Katanya, sedangkan Malaysia tanahnya luas tetapi semua makanan seperti beras, bawang, cili, sayuran terpaksa bergantung kepada negara lain.
"Negara Indonesia, Thailand, Kemboja walaupun iklim negara sama dengan negara kita tetapi mampu menampung keperluan makanan di negara mereka malahan boleh dieksport ke negara Malaysia. Harga cili naik sehingga RM20 sekilo kerana Thailand banjir, ini hanya satu contoh.
"Apa pemimpin negara buat untuk merancang keperluan permakanan negara kita? Menteri Pertanian buat apa?" ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya lagi, rakyat tentu tidak lupa bagaimana cerdiknya pemimpin BN yang pernah menjual saham Bernas kepada syarikat Wan Tan di Hong Kong.
Beliau menambah, jika sektor strategik pun kerajaan BN pernah jual kepada negara asing, ini semua bahana kerana penyakit 'kroni diutamakan, kepentingan rakyat dikemudiankan.
Buktinya, kata beliau projek NFC, anak syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd di Gemas Negeri Sembilan diberi kepada bukan ahlinya, maka itulah akibatnya.
Katanya, peruntukan wang sebanyak RM250 juta ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pertanian dengan target pengeluaran lembu pada tahun 2010 sebanyak 60,000 tetapi hanya mampu sebanyak 8,000 ekor.
"Kesannya wang rakyat mengalir begitu banyak kerana negara terpaksa mengimport lembu daripada negara luar kerana kegagalan projek ini.
"Kita tidak kisah jika lembu ini diberi kepada penyokong Umno tegar di kampung-kampung yang berada di bawah paras miskin, kerana mereka ada kebolehan untuk membela lembu, sekurang-kurangnya dapat meningkat taraf hidup mereka," ujarnya.
Sebaliknya, kata beliau diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.
Menurutnya lagi, berapa banyak wang negara mengalir keluar akibat dasar bebal pemimpin negara kita yang gagal menjaga keselamatan makanan.
"Apa akan terjadi kepada rakyat jika terjadi sesuatu kepada negara ini atau negara yang mengeksport makanan seperti bencana alam?" soalnya.
Tambah beliau, pemimpin BN tidak bimbang kerana boleh membeli beras atau makanan yang berkualiti tinggi.
Sepatutnya, kata beliau lagi masalah kekurangan daging lembu akan dapat diatasi jika diberi kepada ahlinya, bukan diberi kepada keluarga Datuk Sharizat Jalil.
Menurutnya, wang sebanyak itu boleh membeli 125,000 ekor lembu yang berharga RM2,000 seekor.
"Cuba bayangkan 125,000 ekor boleh diagihkan kepada 62,500 ahli Umno yang miskin, jika dua ekor sekeluarga, sekurang-kurangnya 62,500 keluarga Umno yang miskin dapat dikurangkan," ujarnya.
Tetapi, katanya apa boleh buat pemimpin negara bukan sahaja tidak menjaga kebajikan rakyat malahan ahlinya juga terbiar.

JK khas teliti calon PAS untuk PRU-13

Posted: 18 Nov 2011 03:55 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Nov: PAS telah menubuhankan satu jawatankuasa khas bagi memilih dan menilai calon-calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum nanti.

Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, anggota jawatankuasa itu terdiri daripada anggota parti di peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti.

"PAS tidak ada masalah dalam pemilihan calon, kerana kita mempunyai ramai calon berkelayakan cuma pemilihan perlu dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti," katanya dipetik Bernama.

Beliau yang Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di dataran Ilmu di Kota Baharu hari ini.

Menurutnya, PAS berhati-hati dalam melilih calon dan penubuhan jawatankuasa khas itu adalah untuk memastikan calon yang dipilih benar-benar layak dan memenuhi kehendak rakyat.

Beliau berkata apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lepas, tidak akan dipilih lagi kali ini.

Dupahang's Weblog

Posted: 18 Nov 2011 11:07 AM PST

Dupahang's Weblog


RM250 Juta Boleh Membantu 62500 Keluarga Umno

Posted: 17 Nov 2011 05:00 PM PST

Kes National Feedlot Corporation (NFC) satu lagi bukti kerajaan BN telah gagal menjadikan Pertanian Satu Perniagaan, jauh sekali untuk menjadikan ia sebagai Food Security. Ini adalah lambang kebobrokan dasar BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap,stadium runtuh, perhentian bas Kuala [...]

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 18 Nov 2011 10:20 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Diskusi "Konsep Negara Berkebajikan" | FOTO

Posted: 18 Nov 2011 05:18 AM PST



















ISA : Kerajaan BN Keras Kepala

Posted: 17 Nov 2011 06:29 PM PST

Kenyataan Media : Dewan Pemuda PAS Malaysia
22 Dzu al-Hijjah 1432 / 18 November 2011

Sebelum ini, dengan yakinnya YAB Perdana Menteri Datuk Seri Hj. Najib Tun Abd Razak mengisytiharkan bahawa Kerajaan UMNO dan BN akan memansukhkan ISA sekaligus memberi sinar harapan kepada rakyat yang menanti sejak sekian lama untuk bebas dari belenggu akta drakonian ISA yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan telah banyak membawa kesengsaraan kepada rakyat sendiri.

Tangkapan terbaru ke atas saudara Nazri Dollah di bawah akta ISA adalah bukti bahawa Kerajaan UMNO dan BN terus mempermainkan kesabaran rakyat dan terus mendera perasaan mereka. Ia bukan sahaja satu bukti bahawa kerajaan UMNO dan BN tidak serius dan jujur menghapuskan akta zalim itu tetapi juga terus mendera dan membuli rakyat sendiri.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 18 Nov 2011 09:31 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tiada lagi bas awam di Seremban?

Posted: 18 Nov 2011 12:15 AM PST



2-3 hari ini keluhan kedengaran para pelajar yang tiada bas awam untuk pergi dan pulang dari sekolah. Rupa-rupanya ramai yang tidak tahu perkhidmatan bas awam di Seremban dan Negeri Sembilan ada yang sudah tamat atau akan ditamatkan kerana pengusaha bas menanggung kerugian. Bukan setakat para pelajar, ibu bapa, orang ramai yang susah, lebih susah lagi para pemandu bas yang hilang punca rezeki.

Perkara ini juga akan menyebabkan juga kesesakan jalanraya yang lebih teruk di Seremban untuk jangka masa panjang.

Sebelum ini Pakatan Rakyat telah mendesak kerajaan negeri agar mempertimbangkan untuk pemberian subsidi kepada pengusaha bas ini.

Kesian para pelajar yang sedang mengambil SPM sekarang ini, nak naik teksi pasti tinggi kosnya.

Kita tunggu dan lihat apa tindakan kerajaan negeri dan pusat selepas ini.

Beri subsidi kepada pengusaha bas

SEREMBAN 28 Julai 2011 - Kerajaan disarankan mempertimbangkan pemberian subsidi kepada pengusaha bas berhenti-henti di negeri ini agar mereka dapat menampung kos memperluaskan kawasan operasi. Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook berkata, kos yang tinggi mengakibatkan pengusaha terpaksa menamatkan perkhidmatan ke beberapa lokasi sekitar bandar ini.

"Penduduk di beberapa taman perumahan sering membuat aduan mengenai ketiadaan bas berhenti-henti di kawasan mereka.

"Keadaan bertambah buruk apabila mereka terpaksa membayar sekurang-kurangnya RM10 untuk caj teksi ke lokasi yang jaraknya kira-kira 10 kilometer sahaja," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog DAP negeri bersama pengusaha bas Cityliner di Taman Oakland dekat sini, semalam.

Hadir sama Pengurus Besar Wilayah II Cityliner, Mohd Zaki Awang dan Timbalan Pengerusi DAP negeri, P Gunasekaran.

Sementara itu, Mohd Zaki berkata, pihaknya perlu ambil kira kos dan pulangan daripada perkhidmatan bas disediakan di setiap lokasi.

"Pengusaha bas terpaksa tanggung rugi jika bilangan penumpang di kawasan tertentu tidak cukup untuk tampung kos," katanya.

MB Akan Bertemu Pihak Cityliner

SEREMBAN, 16 Nov 2011 (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau akan bertemu pengerusi syarikat bas Cityliner yang menghentikan operasi tujuh anak syarikat bas henti-henti Cityliner di 10 laluan di Negeri Sembilan kerana mendakwa mengalami kerugian.

"Saya akan bersemuka dengan pengerusi syarikat tersebut dan saya nak dengar masalah mereka yang secara tiba-tiba memberikan notis selama seminggu nak memberhentikan laluan tersebut.

"Saya rasa tindakan itu tidak sealiran dengan pemikiran sekarang kerana sekarang ini usaha kerajaan ialah untuk melihat supaya kita meringankan beban orang ramai sebab bukan semua orang boleh mampu memiliki kereta dan pengangkuran awam masih lagi diperlukan.

"Saya akan fikirkan cara penyelesaian yang terbaik. Kerajaan negeri akan melihat supaya kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian terbaik. Dalam hubungan ini, apa saja tindakan dan keputusan yang akan dibuat, ia tidak akan membebankan rakyat dan pastikan rakyat diberikan keutamaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini pada Rabu.

Katanya beliau mendapat memorandum dari syarikat bas Cityliner Isnin lepas menyatakan mereka terpaksa menamatkan perkhidmatan bas henti-henti di 10 laluan di negeri ini kerana mendakwa mengalami kerugian.

"Saya akan melihat perkara ini secara terperinci kerana kita nak tahu dia rugi sebab apa. Kalau dia rugi sebab kurang penumpang, cara penyelesaiannya lain. Begitu juga kalau dia rugi kerana dia terpaksa lalu jalan tersebut, cara penyelesaiannya lain kerana bukan semua jalan yang dia rugi.

"Bagi pandangan saya, ada jalan yang dia untung, jadi jangan fikir dalam berniaga jangan nak untung saja, yang rugi tak nak ambil. Cityliner adalah pemegang konsesi pengangkutan bas yang terbesar di Negeri Sembilan," katanya.

Sementara itu, nasib lebih 100 pemandu bas Cityliner kini terumbang-ambing apabila pihak pengurusan syarikat membuat keputusan memberhentikan perkhidmatan bas mereka mula Rabu.

Pemandu Mustafa Ibrahim, 59, berkata beliau berasa kesal dengan tindakan syarikat yang membuat keputusan secara mengejut tanpa memaklumkan kepada pekerja dengan lebih awal.

Katanya pihak syarikat hanya memberitahu melalui panggilan telefon semalam yang meminta semua pemandu menghantar bas ke depoh Cityliner di Seremban 2.

"Tiada sebarang notis bertulis yang diberikan kepada kami, malah mereka hanya memberitahu sehari sebelum perkhidmatan ditamatkan, supaya memulangkan bas. Saya kecewa dengan tindakan tersebut, kerana keadaan ini seolah-olah telah menutup periuk nasi kami semua," katanya ketika ditemui di depoh bas Cityliner Seremban 2.

Katanya perkara yang paling dikesalkan apabila mengenangkan nasib penumpang setia bas mereka yang kini terpaksa mendapatkan perkhidmatan teksi dengan harga lebih mahal berbanding bas.

"Sekarang ini adalah minggu pelajar sekolah megambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dengan tiadanya perkhidmatan bas ini, maka segala-galanya akan terganggu. Masalah ini bukan hanya ditanggung oleh pemandu sahaja, tetapi penumpang juga turut merasai kesannya," katanya.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Tengku Hasmadi Tengku Hashim ketika dihubungi berkata pihaknya terpaksa menghentikan operasi tujuh anak syarikat bas henti-hanti Cityliner di Negeri Sembilan kerana mengalami kerugian sejak awal tahun ini yang kini mencecah RM7 juta.

"Kami terpaksa menanggung kerugian yang besar setiap tahun tetapi hingga kini masih belum ada pihak yang sudi membantu. Namun, saya amat mengalu-alukan jika ada pihak yang sudi berbincang dengan lebih mendalam mengenai perkara ini, agar masalah tersebut dapat diatasi bersama," katanya.

Alangkah bagus kalau ada Kaunter Bergerak Baitul Mal

Posted: 17 Nov 2011 04:29 PM PST



Alangkah bagus perkhidmatan Kaunter Bergerak (Bas Bergerak) untuk kutipan zakat seperti di bawah ini diperluaskan untuk perkhidmatan lain terutamanya untuk agihan wang zakat atau wang bantuan kepada yang memerlukan seperti Kaunter Bergerak Baitul Mal, Kaunter Bergerak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kaunter Bergerak Aduan Rakyat dan seterusnya.

Urusan bayar zakat dimudahkan
Kosmo 18 Nov 2011

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini berpeluang untuk membuat pembayaran zakat menggunakan sebarang kad kredit berlandaskan konsep syariah di kaunter bergerak Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui penyediaan perkhidmatan bayaran zakat tanpa wayar atau Zakat@AmIslamic Bank oleh AmIslamic Bank Bhd. (AmIslamic Bank).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AmIslamic Bank, Datuk Mahdi Murad berkata, terminal pembayaran tanpa wayar itu memberikan kemudahan kepada pihak LZS membuat pungutan pembayaran zakat di mana-mana lokasi khususnya di kawasan tumpuan ramai seperti di pusat beli-belah.

"AmIslamic Bank telah bekerjasama dengan pihak LZS sejak bulan Disember 2002 dalam usaha untuk memudahkan pembayaran zakat melalui kemudahan perbankan yang kami sediakan termasuk juga oleh Kumpulan AmBank.

"Para pelanggan boleh membuat pembayaran zakat melalui perkhidmatan perbankan dalam talian AmOnline atau mudah alih AmGenie atau di kaunter cawangan daripada akaun simpanan, semasa ataupun kad kredit AmIslamic Bank mengikut kesesuaian diri mereka," katanya pada majlis pelancaran Zakat@AmIslamic Bank di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Jasindaily Online

Posted: 18 Nov 2011 09:20 AM PST

Jasindaily Online


SUBSIDI 100 TAK HAPUS DOSA BN PADA RAKYAT

Posted: 18 Nov 2011 08:43 AM PST

KERJA 9 JAM ; PAS BANTAH UNTUK GURU

Posted: 18 Nov 2011 08:41 AM PST

JOM KITA SEMARAKKAN BERSAMA

Posted: 18 Nov 2011 08:38 AM PST

KHIDMAT MERU

Posted: 18 Nov 2011 09:14 AM PST

KHIDMAT MERU


MAKAN MALAM SAMBIL MENDERMA

Posted: 17 Nov 2011 03:01 PM PST




















YB TG Dato Seri Hj Abd Hadi Awang telah merasmikan Majlis Pelancaran Kutipan Dana bagi membiayai kos pembelian Bangunan Pas yang terletak di Worldwide, Shah Alam.

YB Iskandar selaku Pengerusi Lajnah Bangunan dan Harta merayu agar penyumbang-penyumbang terus memberikan sumbangan ikhlas bagi membiayai harga bangunan yang mencecah RM1.3 juta.

YB Pesuruhjaya Pas Selangor pula mengingatkan bahawa Tuhan sebagai ArRazzak akan mempersoalkan setiap dari kita diakhirat tentang wang yang kita perolehi, dari mana kita dapat dan kemana pula kita belanjakan.



















MELENTUR BULUH BIAR DARI REBONGNYA

Posted: 17 Nov 2011 02:19 PM PST

























Satu Karnival Kecemerlangan Pelajar-pelajar Pasti telah diadakan di Dewan Orang Ramai MPK Meru.

Berbagai aktiviti sampingan diadakan bagi meraikan ibu-bapa yang hadir dan keluarga mereka.

YB Dr Rani dalam ucapannya mengimbas kembali Pepatah Melayu yang berbunyi 'Nak Melentur Buluh Biarlah Dari Rebongnya'.

Masyarakat kini telah menyedari betapa pentingnya fungsi agama dalam kehidupan mereka lalu mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah yang mengajar agama.


Ustaz Fikri Hj Bostami yang merupakan Pengerusi Pasti melahirkan rasa gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa terhadap guru-guru Pasti dalam membimbing anak-anak mereka kearah mencapai mardhotillah.








SKIM MESRA USIA EMAS BERJALAN LANCAR

Posted: 17 Nov 2011 08:50 AM PST


















Skim Mesra Usia Emas yang dilancarkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah mendapat gambaran dan maklumbalas yang baik dari rakyat berbilang kaum dan agama di negeri bertuah ini.


YB Dr Rani dan YB Manikavasagam telah dijemput untuk menyampaikan sumbangan Fasa Kedua SMUE tersebut kepada beberapa orang pewaris warga emas dari Sementa, Meru dan Sg Pinang.


Majlis tersebut yang diadakan di perkarangan Dewan Orang Ramai MPK Meru menyaksikan pewaris-pewaris berbagai bangsa datang dan mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana sumbangan tersebut yang sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mereka.


















Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 18 Nov 2011 07:33 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


AYUH ANAK MUDA..JOIN HEMPAP 2011

Posted: 18 Nov 2011 05:44 AM PST

DULU ROCK..KINI DAKWAH

Posted: 18 Nov 2011 05:32 AM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 18 Nov 2011 01:11 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Zul Noordin pula didakwa minta RM60,000

Posted: 18 Nov 2011 01:00 AM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

NONEDr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR.

"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan.

Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya.

Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran.

NONE"Tidak dapatlah Anwar bertanding di Bandar Baru Kulim," tulis bekas timbalan presiden PKR itu.

Zulkifli, kini anggota parlimen bebas, kemudian sering memburukkan parti dan Anwar dalam tulisan blog yang mendapat liputan meluas, yang kemudian mengheretnya ke jawatankuasa disiplin PKR, dakwa Dr Syed Husin.

"Akhirnya beliau disingkirkan daripada parti. Tohmahan dan fitnah beliau semakin meningkat," coret Dr Syed Husin.

"Terutama sekali selepas beliau dan seorang lagi yang keluar parti, Datuk Zahrin (Hashim), dibawa oleh PM Najib ke Amerika Syarikat. Mengikut Zulkifli mereka berbincang tiap-tiap tiap-tiap malam dengan PM."

Malaysiakini telah menghubungi Zulkifli dan masih menunggu komennya berhubung dakwaan itu.

malaysiakini/-

Audit: Parti dapat ‘kad merah’ wajar dibubar

Posted: 18 Nov 2011 01:00 AM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 18 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tindak-tanduk pemimpin parti pemerintah negara atau negeri sangat mustahak dalam melaksanakan dasar partinya.

Parti yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang memerintah.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, parti pemerintah yang mendapat 'kad kuning' atau 'kad merah' daripada Ketua Audit Negara kerana melakukan penyelewengan atu salah laku urus tadbir dalam kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat di bawahnya, maka parti berkenaan hendaklah dibubarkan.

"Ketua Audit, kalau dia tegur orang yang terbukti bersalah sama ada orang berkenaan kena letak jawatan atau pun partinya hendaklah dibubarkan semua sekali.

"Ini kerana yang memegang sesebuah negara atau negeri adalah parti. Parti mana yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang berkuasa memerintah negara atau negeri.

"Parti itu mustahak sekali termasuk dasar dan tindak-tanduk pemimpin parti kerajaan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah minggunnya di Medan Ilmu di sini, pagi tadi.

sebagai respons kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang membabitkan aktiviti kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan.

Buku Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu telah pun diedarkan pada persidangan Parlimen baru-baru ini.

Beliau bersetuju 'ketirisan' dan 'penyelewengan' yang mungkin telah dilakukan pihak tertentu seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara itu diperjelaskan kepada rakyat umum dan dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti oleh penceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya bersetuju sangatlah. Ini kerana audit itu ibarat referee (pengadil). Kalau di padang bola, maka referee itu menjadi hakim.

"Apabila referee tegur satu orang, maka orang itu kenalah ambil perhatian berat, tidak kira sama ada pemain itu mendapat kad kuning atau kad merah.

"Boleh jadi yang memegang kad kuning dengan cara kad kuningnya, manakala pemegang kad merah pula dengan cara kad merahnya. Bahkan kalau tidak mendengar kata refree itu juga, maka 'parti' berkenaan itu kenalah dibubarkan," ujarnya lagi.

Beliau menegaskan kalau pihak audit membut teguran terhadap orang yang terbukti bersalah, bahkan sering terbukti mengulangi kesalahan yang lalu, maka sama ada orang berkenaan kena meletak jawatan atau pun partinya dibubarkan semua sekali.

harakahdaily/-

Khalid kepada BN : Jangan Korbankan Rakyat untuk SYABAS

Posted: 18 Nov 2011 12:50 AM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 18 NOV : Kerajaan Negeri akan menggunakan semua kekuatannya untuk menentang sehabis mungkin usaha menyerahkan aset pengurusan air kepada syarikat yang membelakangkan kepentingan rakyat Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rancangan menyerahkan aset air Selangor kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menyerupai komplot golongan 'rentier' memperkayakan diri mereka.

Kerajaan Persekutuan harus sedar sekiranya aset air Selangor diserahkan kepada Syabas, setiap isi rumah dipaksa membayar 70 peratus caj air yang lebih mahal dari kadar sepatutnya.

Ini berbeza dengan kerajaan negeri yang menawarkan kenaikan hanya 12 peratus dan skim air percuma 20 meter padu, sekiranya aset air dikembalikan semula kepada Selangor dan diuruskan pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Kalau diuruskan kerajaan negeri, caj air tidak akan dinaikkan melebihi 12%. Tetapi Kerajaan Persekutuan mahu serahkan kepada syarikat yang mahu naikkan caj air setinggi 70%," kata Abdul Khalid.

"Sekarang zaman putar-belit. Orang yang ada duit menggunakan duit itu untuk mempertahankan kepentingan mereka, bukan menolong rakyat Selangor," kata Abdul Khalid.

"Adakah rakyat akan rugi hasil dari kita tidak buat perkara ini? Ya rakyat rugi. Adakah kita takut kepada Kerajaan Persekutuan dan Syabas? Tidak! Rakyat mahu kerajaan yang berani pertahankan hak mereka," tambah beliau.

Khalid berkata demikian ketik ditemubual wartawan TVSelangor dalam rancangan Fokus Berita. Kerajaan Negeri kini menghadapi saman dari Syabas kerana menghalang komplot tersebut.

Di sesi temubual sama, Abdul Khalid membidas golongan rentier dan berikrar Kerajaan Selangor akan memerangi budaya "rentier" - atau amalan mengikis duit rakyat oleh orang-orang tengah.

Tegasnya amalan rentier ini dibudayakan Barisan Nasional sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya mengalami kerugian jutaan ringgit akibat ketirisan yang masuk ke poket-poket kroni.

"Reformasi ini akan mengubah cara tatakelola pentadbiran. Biasanya dahulu ada orang tengah dalam perjalanan perniagaan kerajaan.

"Ketua Pembangkang (Satim Diman) dahulunya dapat tanah pada harga yang murah dari syarikat kerajaan dan terus menjualnya kepada orang lain untuk mendapat keuntungan," kata Khalid.

"Kontrak-kontrak kerajaan persekutuan di selangor juga dibuat begini. budaya ini merosakkan rakyat. Laporan Audit menunjukkan kita kerugian ribu juta ringgit akibat penyakit ini," kata Khalid.

tv news/-

SPR pamer 42,051 pemilih meragukan

Posted: 18 Nov 2011 12:30 AM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mempamerkan 42,051 nama pemilih berdaftar yang rekodnya meragukan mulai hari ini hingga 31 Disember ini.

Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, senarai nama itu dipamer melalui laman web SPR dan pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan pemilih atau waris kepada nama dipamer tampil, membuat pengesahan berhubung status rekod pemilih mereka.

"Jika nama pemilih itu ada dalam senarai, maka beliau perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara terlebih dahulu untuk mengenal pasti masalah berhubung rekod nombor kad pengenalannya, sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan dengan pendaftaran pemilihnya," katanya.

Beliau berkata, laman web SPR ialah www.spr.gov.my dan pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di 03-8885 6565 atau faks 03-8888 9112 atau hubungi pejabat pilihan raya negeri.

sinar harian/-

Memoir Syed Husin: Ezam keluar parti kerana wang

Posted: 18 Nov 2011 12:20 AM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Memetik perbualan sepanjang hasil kerjaya politiknya, timbalan presiden PKR menerusi bukunya - Memoir Perjuangan Politik - Syed Husin Ali menceritakan babak-babak yang menyaksikan bekas ketua pemuda parti itu, Ezam Mohd Noor berpaling tadah.

ezam mohd noor at mca functionDalam bab yang dinamakannya, 'Alasan Ezam keluar parti' - ahli politik veteran itu berkata, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana terpaksa bergantung kepada pendapatan isterinya.

"Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.

"Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti," tulisnya dalam buku itu.

Menurut Syed Husin pendedahan itu dibuat oleh Ezam selepas beliau meminta penjelasan berhubung khabar angin bahawa ketua pemuda PKR itu telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada setiausaha PKR Selangor.

NONE"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya," Ezam didakwa berkata.

Menceritakan reaksinya, Syed Husin berkata beliau tertanya-tanya jika Ezam yang sekarang ini telah dilantik sebagai senator oleh BN sudah berjaya "dibeli oleh pemimpin Umno".

"Aku teringatkan surat daripada Hishammuddin Rais semasa beliau dalam tahanan dulu.

"Aku terperanjat besar. Aku masih tidak faham mengapa Ezam begitu berterus terang sekali," tulis Syed Husin lagi.

Bagi pemimpin veteran itu, tindakan Ezam cukup mengecewakannya.

"Aku beranggapan beliau mempunyai potensi untuk memainkan peranan penting dalam parti. Bahkanterlintas juga dalam dalam fikiranku bahawa mungkin beliau boleh dipromosikan untuk menjadi salah seorang calon timbalan presiden pada masa akan datang," katanya.

malaysiakini/-

Pemuda maut langgar tiang elektrik

Posted: 18 Nov 2011 12:00 AM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PEKAN - Seorang pemuda terbunuh apabila motosikal yang diboncengnya terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Km23 Jalan Pekan-Batu Balik, di sini awal hari ini.

Basir Ibrahim, 25, yang bekerja sendiri mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Pekan akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Rakan mangsa yang menunggang motosikal itu, Ismayuddin Ismail, 19, juga bekerja sendiri, turut cedera dan patah tulang bahu, dan kini dirawat di Hospital Pekan. - Bernama

Tidak tepat: Tarik balik Laporan Ketua Audit

Posted: 17 Nov 2011 11:48 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Kerajaan digesa bertindak supaya laporan Ketua Audit Negara ditarik balik kerana suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan laporan itu kurang tepat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan, laporan Ketua Audit Negara mestilah tepat kerana ia berkaitan dengan pengurusan kewangan negara dan jika laporan itu kurang tepat, ia tidak memberikan gambaran yang sebenarnya dan akan mengelirukan semua pihak.

"Jika laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, ahli-ahli Parlimen bercakap berdasarkan fakta yang mengelirukan, rakyat mendapat maklumat mengelirukan dan kerajaan juga menjadi mangsa kerana dikritik berdasarkan maklumat mengelirukan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz berkata, dari segi pentadbiran kewangan, negara tidak boleh disogokkan dengan laporan yang kurang tepat berkaitan pengurusan kewangan negara dan oleh kerana suami seorang menteri kabinet sendiri yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara kurang tepat, kerajaan mesti bertindak pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporan itu dan membetulkannya untuk dibentangkan semula.

"Yang menyatakan laporan Ketua Audit Negara itu kurang tepat bukan taraf pemeriksa kira-kira Umno cawangan, tetapi suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya.

Menurut Mahfuz, tindakan pantas untuk membolehkan Ketua Audit Negara menarik balik laporannya itu amat tepat untuk dilakukan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memperlihatkan keyakinan yang luar biasa besar terhadap projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang dikendalikan oleh suami Shahrizat itu.

Mahfuz juga meminta suami Shahrizat yang juga Pengerusi Eksekutif NFC mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara kerana menyifatkan projek yang dianugerahkan kepadanya itu 'kacau-bilau' dan juga gagal menjalankan program keusahawanan seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.

"Sudah ada peguam yang ramai orang dakwa ada taktik boleh menang kes, takut apa nak ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Audit Negara?" kata beliau.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata Laporan Ketua Audit Negara yang menyebut bahawa projek penuh kontroversi itu hanya mencapai 41 peratus daripada jumlah daging yang disasarkan adalah kurang tepat.

Malah, suami Shahrizat itu juga mendakwa pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek lembu itu adalah keputusan perniagaan bijak.

Dr Mohamad Salleh malah dilaporkan mendakwa pihaknya berjaya menyewakan kondominium di One Menerung, Bangsa itu dengan nilai RM70,000 sebulan.

Dakwaan itu bagaimanpun ditolak oleh pakar-pakar hartanah yang menyatakan nilai tertinggi yang boleh dijana dari sewaan kondominium itu hanya setakat RM24,000 sahaja sebulan.

Sidang akhbar suami Ketua Wanita Umno itu turut dihadiri Penasihat Undang-Undang NFC, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

harakahdaily/-

Amuk di Dungun: 2 cedera, 6 kenderaan rosak

Posted: 17 Nov 2011 11:30 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

DUNGUN — Dua lelaki cedera manakala cermin enam buah kenderaan rosak dalam satu kejadian amuk melibatkan seorang lelaki bersenjatakan sebatang cangkul pendek berhampiran Kampung Balai Besar di sini semalam.

Dalam kejadian hampir pukul 11 pagi, cermin tingkap Surau Ustaz Daud Balai Besar turut pecah akibat dihentak dengan menggunakan cangkul oleh lelaki yang berusia 30-an itu.

Sebelum itu, lelaki terbabit difahamkan mengamuk dan merosakkan harta benda di rumahnya di Kampung Paya selain memecahkan cermin depan lori miliknya sebelum menaiki motosikal dan membawa sebatang cangkul pendek ke jalan Balai Besar.

Sampai di sana, lelaki terbabit yang hanya berseluar pendek tanpa memakai baju bertindak memecah cermin belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta Honda Civic yang ketika itu, pemiliknya sedang minum di sebuah warung berhampiran.

Suspek yang dipercayai mengalami tekanan akibat masalah kewangan dan rumahtangga kemudian memecahkan pula cermin depan dua buah lori milik Majlis Perbandaran Dungun yang ketika itu sedang menjalankan kerja membersih semak di tepi jalan terbabit.

Difahamkan selepas itu, lelaki yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu jengkaut itu telah menghayunkan cangkul yang dipegangnya ke arah seorang penunggang motosikal menyebabkan mangsa terjatuh ketika cuba mengelak.

Mangsa Mohd Fairul Hizar Ruszelan, 23, yang bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Sura, berkata dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya apabila secara tiba-tiba suspek muncul dan melibaskan cangkul ke arah mukanya.

"Saya sempat mengelak dengan menunduk kepala namun motosikal saya hilang kawalan menyebabkan saya terjatuh sebelum sebuah lagi motosikal melanggar dari arah belakang kerana tidak sempat mengelak," katanya.

Dalam keadaan ketakutan dan panik itu, dia sempat melihat lelaki itu menerpa ke arahnya dan seorang lagi penunggang motosikal yang terjatuh.

Mohd Fairul berkata dalam keadaan kesakitan akibat kecederaan di sebelah kiri tangan dan kaki setelah terjatuh, dia segera mengangkat pemuda yang melanggar motosikalnya itu dan melarikan diri kerana bimbang dicederakan lelaki itu.

Suspek kemudiannya pergi ke Surau Ustaz Daud dan mandi di dalam kolah di surau berkenaan sebelum bertindak memecahkan tingkap surau terbabit dan cermin sebuah kereta Perodua Viva yang diletakkan di situ.

Drama amuk itu reda seketika apabila Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Paya, Zulkifli Yaman, 49, bertindak memujuk suspek yang disifatkan sebagai antara orang yang baik dan tidak pernah menimbulkan masalah sebelum ini.

Suasana itu menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan itu menyebabkkan keadan agak sesak dengan kehadiran ramai orang ingin melihat lebih dekat kejadian itu sebelum polis tiba.

Setelah hampir setengah jam, suspek meminta agar isteri, anak dan ibunya dipanggil untuk diambil gambar oleh wartawan supaya masalah hidupnya dapat disiarkan.

Dia juga meminta agar dibelikan air sirap dan mengkehendaki isterinya sendiri menghantar air itu. - Bernama

22,234 Unit Rumah Kos Rendah Untuk Rakyat

Posted: 17 Nov 2011 11:15 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 17 NOV : Impian memiliki kediaman sendiri oleh golongan berpendapatan rendah di negeri Selangor adalah terjamin dengan usaha-usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi memenuhi kehendak rakyat yang berbeza kemampuan.

EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad turut menjelaskan bahawa ketika ini, terdapat 3,317 unit rumah kos rendah sedang dalam pembinaan sementara 10,338 unit rumah kos rendah dalam proses pemulihan akibat terbengkalai sebelum ini.

Kerajaan juga meluluskan 8,579 unit rumah kos rendah untuk dibina menjadikan kesemua jumlah rumah kos rendah yang akan siap dibina adalah sebanyak 22,234 unit.

Secara terperincinya, sebanyak 980 unit PPR Kg. Baru HICOM di Seksyen 26, Shah Alam dan 396 adalah unit kosong, PPR Taman Tasik Teratai di Serendah dengan 300 unit dan 215 unit kosong, PPR KOta Damansara dengan 1,152 unit dan 293 unit kosong serta PPR Taman Putra Damai di Lembah Subang dengan 3,004 unit dan 488 unit kosong.

Selain itu, nilai sewa rumah bagi mereka yang berpendapatan RM1,500 sebulan atau yang mempunyai tanggungan ramai yang pernah dinaikkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada Jun 2007 juga telah diturunkan.

"Mereka yang berhak menyewa rumah PPR tidak perlu membayar deposit sekaligus dan bagi yang berpendapatan rendah, deposit boleh dibayar secara ansuran.

"Kerajaan Negeri juga di dalam peringkat akhir rundingan untuk menyediakan pinjaman perumahan di bawah skim pinjaman khas bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji contohnya mereka yang bekerja sendiri," Iskandar memberitahu sidang DUN.

Skim ini dinikmati oleh bekas peneroka bandar Kg. Rimba Jaya dahulu dan akan diperluaskan lagi selepas ini.

tv selangor/-

Audit: Parti dapat ‘kad merah’ wajar dibubar

Posted: 17 Nov 2011 10:50 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 18 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tindak-tanduk pemimpin parti pemerintah negara atau negeri sangat mustahak dalam melaksanakan dasar partinya.

Parti yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang memerintah.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, parti pemerintah yang mendapat 'kad kuning' atau 'kad merah' daripada Ketua Audit Negara kerana melakukan penyelewengan atu salah laku urus tadbir dalam kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat di bawahnya, maka parti berkenaan hendaklah dibubarkan.

"Ketua Audit, kalau dia tegur orang yang terbukti bersalah sama ada orang berkenaan kena letak jawatan atau pun partinya hendaklah dibubarkan semua sekali.

"Ini kerana yang memegang sesebuah negara atau negeri adalah parti. Parti mana yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang berkuasa memerintah negara atau negeri.

"Parti itu mustahak sekali termasuk dasar dan tindak-tanduk pemimpin parti kerajaan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah minggunnya di Medan Ilmu di sini, pagi tadi.

sebagai respons kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang membabitkan aktiviti kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Buku Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu telah pun diedarkan pada persidangan Parlimen baru-baru ini.

Beliau bersetuju 'ketirisan' dan 'penyelewengan' yang mungkin telah dilakukan pihak tertentu seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara itu diperjelaskan kepada rakyat umum dan dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti oleh penceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

"Saya bersetuju sangatlah. Ini kerana audit itu ibarat refree (pengadil). Kalau di padang bola, maka refree itu menjadi hakim.

"Apabila refree tegur satu orang, maka orang itu kenalah ambil perhatian berat, tidak kira sama ada pemain itu mendapat kad kuning atau kad merah.

"Boleh jadi yang memegang kad kuning dengan cara kad kuningnya, manakala pemegang kad merah pula dengan cara kad merahnya. Bahkan kalau tidak mendengar kata refree itu juga, maka 'parti' berkenaan itu kenalah dibubarkan," ujarnya lagi.

Beliau menegaskan kalau pihak audit membut teguran terhadap orang yang terbukti bersalah, bahkan sering terbukti mengulangi kesalahan yang lalu, maka sama ada orang berkenaan kena meletak jawatan atau pun partinya dibubarkan semua sekali.

harakahdaily/-

Suspek serangan Rumah Putih ditahan

Posted: 17 Nov 2011 10:40 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

WASHINGTON - Seorang suspek berumur 21 tahun ditahan polis, kelmarin selepas disyaki terlibat dengan cubaan menyerang kediaman Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, pada minggu lalu.

Perkhidmatan Rahsia AS menyatakan Oscar Ortega-Hernandez ditahan pasukan tentera Pennsylvania di motel berhampiran Indiana, selepas mengesan jejak suspek melalui penemuan senapang AK47 di dalam sebuah kereta yang ditinggalkan olehnya di kawasan berhampiran Rumah Putih, sebelum bertindak melarikan diri.

Selasa lalu, polis turut menemui dua kelongsong peluru di tempat kejadian yang juga menjadi antara bukti utama penglibatan lelaki itu.

Jurucakap Perkhidmatan Rahsia AS, Edwin Donovan berkata, hasil siasatan mendapati dua das tembakan dilepaskan Ortega- Hernandez, gagal mengenai sasaran kerana tingkap rumah agam tersebut, sememangnya kalis peluru dan ia hanya meninggalkan kesan retak.

Siasatan awal polis ke atas Ortega-Hernandez juga mendedahkan suspek mempunyai perasaan terlalu benci terhadap Obama sehingga mendakwa dia mendapat 'petunjuk' dari tuhan untuk melancarkan misi serangan ke atas Rumah Putih.

Pihak berkuasa kini menjalankan ujian kesihatan ke atas mental suspek kerana sebelum serangan, Ortega-Hernandez dikatakan, sempat menghabiskan masa dengan menyertai protes diadakan penunjuk perasaan anti-Wall Street.

sinar harian/-

Orang Asli bantah tanah adat diceroboh

Posted: 17 Nov 2011 10:30 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MARAN, 18 Nov: Kira-kira 50 penduduk dari kampung Orang Asli Paya Besar, Chenor dekat sini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Maran semalam kerana mendakwa berlaku pencerobohan terhadap Wilayah Tanah Adat mereka oleh kontraktor pembalakan.

Jurucakap penduduk, Kamar Hamzah, 42, berkata mereka menyedari pencerobohan itu sudah berlaku selama lebih daripada sebulan di mana pihak pembalak yang dipercayai didalangi pemimpin politik tempatan, telah menebang pokok dan menyodok tanah di kawasan wilayah adat mereka.

Beliau yang turut membuat laporan polis, berkata kegiatan menceroboh Wilayah Tanah Adat Orang Asli itu telah menyebabkan 79 keluarga yang mendiami kampung berkenaan mengalami kerugian dan dinafikan hak.

"Kawasan tersebut kami telah mohon hak milik melalui Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) pada tahun 2003, bertujuan untuk tanaman komersial seluas 100 hektar. Namun sehingga kini tiada jawapan. Pelan topo juga masih ada dalam simpanan kami.

"Walaupun masih belum mendapat sebarang kelulusan tetapi kawasan itu adalah tanah adat kami sejak turun temurun yang diterokai nenek moyang kami sejak dulu lagi.

"Sebab itu kami membantah pencerobohan ini bagi mempertahankan tanah adat yang menjadi wilayah kami agar dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Laporan polis dibuat hari ini bagi memohon dibuat siasatan dan dihentikan segera pencerobohan ke atas wilayah tanah adat kami," katanya di luar balai polis.

Menurut Kamar, penceroboh berkenaan bukan saja menebang balak sesuka hati tetapi lebih mencurigakan mereka meletakkan batu pancang beralih-alih tempat di kawasan yang didakwa wilayah adat itu sehingga menimbulkan keresahan kepada penduduk.

"Nampaknya penceroboh bukan saja mengeluarkan kayu balak tetapi juga mahu merampas tanah wilayah kami berdasarkan batu pancang yang beralih-alih kedudukan itu diletakkan secara tiba-tiba termasuk dalam kawasan kebun getah yang sedang diusahakan penduduk.

"Apa yang dikesalkan, mereka menceroboh sesuka hati termasuk memusnahkan kawasan yang kami anggap 'tempat suci' selama ini di mana di situlah tempat orang-orang tua kami 'meminta' sesuatu apabila berlaku sakit pening.

"Inilah yang menyebabkan orang-orang di kalangan kami sangat marah," katanya.

Kamar turut meminta supaya pejabat tanah mewartakan segera kawasan wilayah tersebut sebagai tanah adat hak milik Orang Asli bagi mengelakkan pencerobohan juga sebagai memenuhi janji pemimpin politik setiap kali pilihan raya.

harakahdaily/-

Tandas, kereta kecil sertai perlumbaan

Posted: 17 Nov 2011 08:30 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

LONDON - Seorang pencipta Britain, Perry Atkins menyertai hari Guinness World Records kelmarin di sini dengan berlumba dengan kereta kecil ciptaannya.

Kereta yang dicipta Atkins itu berukuran 66.04 lebar dan 132.08 sentimeter panjang.

Para pemegang rekod Guinness itu akan menyertai pertandingan berlumba dengai menaiki ciptaan mereka seperti tandas yang paling laju bergerak.

PERRY ATKINS duduk di dalam kereta paling kecil di London semalam.

Edd China dari Britain merupakan pencipta tandas bergerak itu.



Seorang lagi pencipta dari Britain, Colin Furze juga menyertai perlumbaan itu dengan ciptaannya, skuter kecil paling laju di dunia. - Agensi

PAS Mahu SPRM Siasat Penyelewengan Giatmara

Posted: 17 Nov 2011 08:15 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan bahawa Giat Mara membeli beberapa peralatan tanpa prosedur yang betul.

Mendakwa ia satu penyelewengan, Salahuddin mahu SPRM menyiasat perkara itu kerana tidak berpuas hati dengan laporan yang diberikan pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas beliau membangkitkannya di Dewan Rakyat minggu lalu.

"Suatu siasatan mesti diadakan dan SPRM mesti bertangungjawab menyiasat dan saya sebagai salah seorang panel khas SPRM di bawah Parlimen akan serah laporan ini kepada SPRM Isnin depan," kata beliau pada sidang media di lobi Prlimen hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain tidak meminta sebut harga daripada pihak pembekal sebelum membuat tempahan, peralatan juga dibeli dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga sebenar.

Laporan tersebut juga langsung tidak menafikan perkara itu.

Apa yang dikesalkan, selepas ditegur Ketua Audit Negara, pihak Giat Mara hanya bertindak menghantar surat kepada pihak pembekal meminta wang lebihan dikembalikan.

Antara peralatan yang dilaporkan dibeli dengan harga yang tinggi daripada harga pasaran ialah ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419 dan katil boleh lipat pula dibeli dengan harga RM500 berbanding harga pasaran RM100.

Dua dapur gas pembakar dibeli dengan harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90, mesin gunting rambut yang dibekalkan dengan harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79 dan pengisar dibeli dengan harga RM140 berbanding harga pasaran RM60.

"Jawapan yang saya terima daripada pegawai kementerian, saya anggap tidak munasabah.
"Mereka sudah bayar duit kepada pembekal tapi bila audit tegur baru minta syarikat bayar balik harga lebihan.

"Betapa tidak telusnya dan tidak cermatnya agensi dalam membeli barang-barang sehingga ditegur audit," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS. -HD

ISA: 'Flip flop' berulang, kata Pemuda PAS

Posted: 17 Nov 2011 08:00 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Tindakan terkini kerajaan terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun perdana menteri telah mengumumkan pemansuhannya menunjukkan sikap flip flop atau berdolak dalik, kata Pemuda PAS.

NONEKetuanya Nasrudin Hassan berkata, tindakan itu sama seperti cara kerajaan menangani isu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan reformasi sistem pilihan raya.

"Ia bukan sahaja satu bukti bahawa kerajaan Umno dan BN tidak serius dan jujur menghapuskan akta zalim itu tetapi juga terus mendera dan membuli rakyat sendiri.

"Selayaknya kerajaan tidak lagi menggunakan ISA setelah komitmen untuk memansuhkannya telah dipertegaskan oleh perdana menteri sendiri," katanya.

Polis semalam mengesahkan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing di Sabah mengikut bawah ISA antara 14 hingga 16 November kerana didakwa cuba menghidupkan kembali gerakan militan.

Perdana menteri pada malam hari Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula undang-undang lain bagi memastikannya memenuhi kehendak semasa.

HARAKAHDAILY/-

Bekas Ketua Polis Daerah pula sertai PAS

Posted: 17 Nov 2011 07:40 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

TAIPING, 18 Nov: PAS Perak menerima keahlian baru daripada tokoh besar apabila Bekas Ketua Polis Daerah Slim River, Tn Hj Abdullah Omar bertindak menyertai pati itu.

Menurut beliau, penyertaan ke dalam PAS baru-baru ini dibuat atas dasar kesedaran dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.

Hj Abdullah berkata, beliau mahu berjuang bersama PAS untuk menentang penyelewangan, salah guna kuasa, rasuah dan sebagainya yang sudah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan.

"Saya tahu wajah BN sebenar, hanya bermuka-muka di depan rakyat sedangkan parti itu sungguh teruk dan busuk," katanya ketika memberi ucapan di Liqa' Fikri PAS Perak di Air Kuning, Taiping.

Turut serta pada program itu Pasuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Husin dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

"Saya berazam akan berjuang bersama PAS bagi memperjuangankan Islam hingga ke akhir hayat," ujarnya lagi.

Kini beliau bersama-sama PAS Perak dalam Program 'Jom Masuk PAS' menjelajah seluruh negeri bagi menarik masyarakat khususnya bekas kakitangan kerajaan.

Sebelum ini, PAS Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.

HARAKAHDAILY/-

Parlimen Kuwait diserbu

Posted: 17 Nov 2011 07:30 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SEBAHAGIAN daripada ribuan penduduk menyerbu bangunan Parlimen di Kuwait kelmarin.

KUWAIT - Beribu-ribu rakyat di sini menyerbu bangunan parlimen kelmarin selepas polis dan pasukan elit membelasah penunjuk perasaan yang berarak menuntut Perdana Menteri, Sheikh Nasser Mohammad al-Ahmad Al-Sabah meletakkan jawatan, kata seorang ahli parlimen pembangkang.

Penunjuk perasaan itu memecahkan pintu masuk bangunan parlimen dan memasuki ruang utama dan menyanyikan lagu negara mereka.

"Kini kami telah memasuki bangunan milik rakyat ini," kata Mussallam al-Barrak yang mengetuai tunjuk perasaan itu.

Bagaimanapun, kumpulan ini beredar selepas beberapa minit.

Terdahulu pihak polis telah menggunakan baton untuk menghalang kumpulan perusuh ini ketika sedang berarak.

Saksi-saksi menyatakan sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan cedera.

Beberapa aktivis berkata, mereka akan terus mengadakan tunjuk perasaan di luar parlimen sehingga perdana menteri itu dipecat.

Ia adalah keganasan politik yang pertama sejak Disember tahun lalu, apabila pasukan elit membelasah para penunjuk perasaan dan ahli parlimen pada perhimpunan awam.

Ketegangan telah bermula dalam tempoh tiga bulan yang lalu selepas kira-kira 16 orang ahli parlimen didakwa menerima rasuah kira-kira AS$350 juta (RM1105.79 juta).

Pada Rabu lalu, seramai 20 ahli parlimen pembangkang telah memboikot sesi parlimen sehari selepas pihak kerajaan dan para penyokongnya menolak kenyataan perdana menteri telah menerima rasuah.

Tiga anggota parlimen juga memfailkan permohonan supaya perdana menteri berusia 71 tahun itu disoal berhubung dakwaan rasuah melibatkan ahli-ahli parlimen dan pemindahan wang ke luar negara secara haram.

- AFP

MB: DUN Selangor tak akan dibubar hingga Jun 2012

Posted: 17 Nov 2011 07:00 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor jika pilihan raya umum diadakan sebelum Jun 2012.

"Saya sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak akan sertai tetapi jika sebaliknya negeri Selangor akan bersama dalam pilihan raya itu.

"Ini adalah ingin memastikan segala apa yang kita janjikan pada belanjawan kali ini dapat dipenuhi sepenuhnya serta rakyat dapat menikmati apa yang telah kita janjikan.

"Banyak yang kerajaan negeri telah janjikan dan kita mahu pastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya selepas majlis penutup sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Khalid juga menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat Selangor tidak yakin akan memenangi pilihan raya itu.

"Kita kena fikir positif dan apa yang dilakukan ini adalah untuk kebaikan, untuk apa kita berbahas tentang bajet dan sebagainya jika kita turut sama dalam pilihan raya sehinggakan apa yang dijanjikan pada belanjawan kali ini tidak dapat ditunaikan sepenuhnya," katanya.

Pada masa yang sama Abdul Khalid juga meminta setiap pihak menghormati intitusi di negeri ini terutamanya Institusi Raja, Dewan Negeri, Kerajaan Negeri dan rakyat.

"Sebagai menjadikan sebuah negeri yang harmoni setiap pihak perlu bekerjasama tanpa ada sebarang sikap prasangka dan yang perlu dilakukan oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat adalah melaksanakan apa yang telah diamanahkan," katanya.

malaysiakini/-

Angin kencang, laut gelora mulai Isnin ini

Posted: 17 Nov 2011 06:50 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Beberapa kawasan perairan negara diramal dilanda angin kencang dan laut bergelora Isnin ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa angin berkelajuan 40-50 km sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku sehingga 29 Nov.

Angin kencang itu dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Tioman.

Kawasan lain yang terlibat adalah perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Condore dan Reef North (sekitar kawasan perairan Laut China Selatan), Pulau Layang-layang, Bunguran (antara Semenanjung dan Kuching), Reef South (sepanjang perairan Sarawak) dan Palawan (utara Sabah).

Keadaan angin kecang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan bot kecil, kata jabatan itu.

- Bernama

Waktu Solat Laporan Cuaca Berita Utama Dalam Negeri Wilayah Laporan Khas Parlimen Politik Luar Negara Sukan Bisnes Mahkamah Jenayah Aga

Posted: 17 Nov 2011 06:45 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

TOKYO 18 Nov. – Guinness World Records semalam mengiktiraf Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter sebagai bangunan tertinggi di dunia.

Dalam majlis yang diadakan di bandar raya Tokyo, Pengarah Pengurusan Guinness, Alistair Richards menyampaikan pengiktirafan tersebut kepada Presiden Tobu Tower Sky Tree Co., Michiaki Suzuki.

Bangunan pencakar langit tersebut mengatasi Canton Tower di China yang memiliki ketinggian 600 meter. – dpa

NFC: SPRM serah aduan PKR ke Jenayah Komersial, bukannya IGP

Posted: 17 Nov 2011 06:30 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Pengerusi NFC menyifatkan pembelian dua unit kondo mewah oleh NMLC sebagai keputusan melindungi dana yang berlebihan. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 18 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya telah merujuk aduan PKR berkaitan dengan pembelian kondominium menggunakan dana Pusat Fidlot Kebangsaan, projek yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada kepada polis kelmarin.
Bagaimanapun menurut jurucakap SPRM, aduan tersebut dipanjangkan kepada Pengarah Jabatan Jenayah Komersial susulan kenyataan dikeluarkan oleh pihaknya Isnin lalu.

"SPRM mengesahkan laporan berkaitan dengan NFC telah dihantar kepada Pengarah Jenayah Komersial pada 16 November 2011," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Katanya, laporan itu dirujuk kepada polis untuk tindakan susulan atas nasihat Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM bahawa kes berkenaan seharusnya disiasat di bawah Kanun Keseksaan, yang mana terletak di bawah bidang kuasa polis.

"Laporan itu tidak harus disiasat oleh SPRM di bawah Akta SPRM 2009 sebagaimana dinasihati. Laporan itu dipanjangkan kepada Pengarah Jenayah Komersial dan bukannya Ketua Polis Negara," kata jurucakap itu.

Jurucakap itu mengulas laporan semalam memetik Ketua Polis Negara bahawa belum menerima sebarang laporan daripada SPRM berkaitan isu projek NFC, yang dikaitkan dengan keluarga Shahrizat, Ketua Wanita Umno dan anggota Kabinet.

"Setakat ini, saya belum menerima apa-apa lagi," kata beliau yang awalnya dikatakan kelihatan terkejut apabila diminta mengulas isu itu sambil memberitahu perkara berkenaan merupakan kes SPRM.

Bagaimanapun apabila dikatakan bahawa SPRM sudah memindahkan isu berkenaan kepada polis, Ismail berkata beliau perlu meneliti perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Isnin lalu, SPRM berkata agensi itu tidak boleh menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek NFC, sebaliknya menyerahkan polis.

Katanya aduan berkaitan hanya boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata setelah diteliti aduan diterima minggu lalu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan telah mengaklasifikasikan perkara tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa suruhanjaya sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Minggu lalu, PKR mendakwa NFC telah membayar hampir RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC).

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata apartmen mewah di One Menerung, Bangsar itu direkodkan oleh NFC, projek ternakan lembu yang dikurniakan kepada keluarga Shahrizat, sebahagian daripada "pinjaman" RM83 juta disalurkan kepada NMLC.

"Mereka kata akaun pinjaman RM250 juta bagi projek ini diteliti dengan ketat. Adakah kondominium ini bagi lembu untuk tinggal," katanya.

Saifuddin berkata sebanyak RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun NFC di CIMB cawangan di Taman Tun Dr Ismail di sini kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.

Pada hari yang sama, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa juga membuat laporan mengenai pendedahan salah laku pecah amanah di NFC, di pejabat SPRM Shah Alam.

Dalam taklimat kepada beberapa media, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berkata NFC telah mereka strategi kewangannya sendiri yang termasuklah strategi pelaburan di bidang harta yang ia jangka dapat memberi pulangan tinggi dan stabil kepada syarikat.

Menjawab dakwaan PKR itu, katanya, pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial melindungi dana yang tidak digunakann untuk projek rumah sembelihan yang tergendala bukan kerana kesilapan NFC.

"Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi. Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun," katanya.

Salleh, suami kepada Shahrizat berkata, yang terbaik sekali ialah membiarkan dana sebagai simpanan tetap yang akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.

malaysian insider/-

Laut sebar sisa radioaktif Fukushima

Posted: 17 Nov 2011 06:15 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BEG beras jenis Koshihikari diidapati turut dicemari radioaktif dan diharamkan pihak berkuasa Jepun.

TOKYO: Sebahagian besar sisa radioaktif akibat bencana di loji nuklear Fukushima jatuh ke lautan dan merebak ke seluruh planet selepas dibawa air laut, kata penyelidik Jepun di sini semalam.

Selain itu, pihak berkuasa mengharamkan beras dari sebuah kawasan berhampiran loji Fukushima yang membocorkan radiasi sejak musnah dalam gempa bumi dan tsunami, 11 Mac lalu.

Sehingga 80 peratus bahan radiasi caesium yang dibebaskan loji kuasa Fukushima Daiichi jatuh ke Pasifik dan menular ke laut lain di seluruh dunia, kata saintis di Institut Penyelidikan Meteorologi.

"Bakinya jatuh di atas tanah di sekitar Fukushima. Akibatnya lautan lebih tercemar berbanding darat walaupun data terkini menunjukkan pencemaran lautan disebabkan kemalangan itu di bawah paras yang menjejaskan manusia," kata penyelidik di institut itu, Hiroshi Takahashi.

Penyelidik berkata, bahan radioaktif termasuk caesium-137, tersebar luas apabila memasuki lautan dan setiap partikel diukur tidak sampai satu mikrometer, satu pertujuh daripada saiz sel darah merah manusia.

Menggunakan simulasi komputer, mereka menetapkan bahan radioaktiif pertama tersebar ke timur laut melepasi timur Russia dan Alaska, sebelum masuk ke Lautan Pasifik dan sampai ke pantai barat Amerika sekitar 17 Mac lalu, kata Takahashi.

Bahan itu dipercayai menyempurnakan penyebaran seluruh dunia pada 24 Mac lalu, katanya, sambil menambah hasil kajian akan dibentangkan di pertemuan akademik di Nagoya, tengah Jepun.

Beberapa kajian terdahulu, termasuk satu yang dihasilkan di Perancis bulan lalu, merumuskan kejatuhan itu dicairkan oleh arus lautan dan kecuali bagi spesies berhampiran pantai, ia tidak memberi ancaman. – Reuters

Kedah pula bakal perkenal hukum hudud

Posted: 17 Nov 2011 06:00 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Kerajaan Kedah akan menunggu Kelantan melaksanakan undang-undang hudud terlebih dahulu sebelum melaksanakannya, Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Taulan Rasul berkata mereka mahu melihat kejayaan pelaksanaan undang-undang itu di Kelantan yang telah diluluskan di negeri itu.

"Kelantan dah luluskan Enakmen Jenayah Syariah dan menunggu kebenaran kerajaan pusat. Kerajaan pusat masih belum memberi kebenaran," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Sultan Kedah ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah dan Rang Undang-Undang Peruntukan 2012 oleh Kerajaan Negeri di Alor Setar, semalam.

Beliau berkata undang-undang Islam adalah satu kewajipan terhadap umatnya dan perkara itu tidak sepatutnya dipermainkan oleh mana-mana pihak.

"Apa yang berlaku di Kelantan adalah masalah pelaksanaan. Kalau Kelantan boleh melaksanakannya, ia boleh berjalan dengan baik," katanya.

- Bernama

Syabas, Khalid Ibrahim yang berani

Posted: 17 Nov 2011 05:45 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Selangor memang diakui, oleh banyak pihak, sebagai negeri yang cukup penting dan kritikal, daripada segi ekonomi dan juga politik. Ia merupakan negeri termaju dan menjadi penyumbang utama kepada petunjuk ekonomi negara.

Meskipun BN tidak lagi membawa projek mega ke Selangor selepas kalah teruk pada 2008, di bawah Pakatan Rakyat, negeri ini masih mencatatkan jumlah pelaburan kedua tertinggi di negara, berjumlah RM10.6 bilion, dengan 183 projek pelaburan baru, menjadikannya negeri paling diminati pelabur asing dan pelabur tempatan.

Bukan saja menyumbangkan 22 kerusi Parlimen, malah senario politik sekitar Lembah Klang mampu mempengaruhi kecenderungan mengundi di seluruh negara memandangkan ramai penduduk Selangor masih balik ke kampung halaman masing-masing setiap kali pilihan raya umum.

Justeru, ada penganalisis berpendapat, perubahan politik di Semenanjung hanya berlaku jika Selangor memulakan gelombang itu. Tidak hairanlah, Presiden Umno, Najib Razak masih mengekalkan jawatan sebagai ketua perhubungan Umno Selangor, meskipun negeri-negeri kritikal lain seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu telah dilepaskan kepada pimpinan tempatan.

Penulis buku politik, Shahbudin Husin, dalam Kesilapan-Kesilapan Najib, turut menekankan kepentingan BN merampas kembali Selangor dalam PRU13 (meskipun tidak berjaya meraih majoriti dua pertiga di Parlimen) bagi mengelak daripada Najib diasak meletakkan jawatan, untuk memberi laluan kepada Muhyiddin Yassin, sepertimana pengalaman pahit Abdullah Ahmad Badawi.

Semasa saya mewawancara Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor, Cikgu Jaafar Samsudin, 2 Nov lalu, beliau juga banyak bercerita tentang pelbagai taktik licik dan konspirasi Umno untuk merebut Selangor terutama melalui senarai daftar pemilih yang terdedah dengan bermacam-macam manipulasi.

Difahamkan, dalam program-program tertutup, di depan penyokong dan jentera parti, pemimpin BN melahirkan keyakinan tinggi mereka untuk mengatasi Pakatan dalam PRU13 nanti. Tentunya ada faktor tertentu menyebabkan mereka begitu yakin ...

Meskipun diakui tidak mudah persaingan kali ini, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menampilkan prestasi terbaik, dengan melaksanakan pelbagai tawaran menarik buat rakyat dan melunasi janji program pembaharuan yang memikat. Malah, berbanding negeri-negeri Pakatan lain, Selangor dilihat lebih ke depan, baik dari segi reformasi ekonomi mahupun politik.

Sebagai orang media, yang sering tertekan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA), saya masih teruja dengan keberanian Selangor sebagai negeri pertama meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2010, yang memberikan hak kepada rakyat untuk mengakses maklumat berkaitan pentadbiran negeri. NGO berkaitan media diundang khusus untuk memberikan maklum balas terhadap enakmen itu.

Begitu juga dengan inisiatif kerajaan negeri memperuntukkan RM600,000 untuk membina papan iklan (billboard) bagi menjayakan kempen memansuhkan ISA di semua 56 kawasan Dun. Juga geran peruntukan RM1 juta bagi membiayai usaha memfailkan bantahan terhadap daftar pengundi baru yang dikeluarkan SPR, terbuka untuk seluruh rakyat Selangor tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan kecenderungan politik.

Walaupun Menteri Besar Abd Khalid Ibrahim dilihat tidak begitu menonjol "tindakan siasahnya" tetapi keberanian melakukan pembaharuan politik -- apatah lagi sejak awal mentadbir, terserlah kebijaksanaannya dalam program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) -- amat dipuji.

Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2012 pada 9 Nov lalu, di bawah tajuk kecil Program Pengukuhan Demokrasi, "peruntukan sebanyak RM5 juta akan disediakan bagi gerhad terhad dalam mengukuhkan proses pilihan raya yang adil dan bebas di Malaysia ... melibatkan aktiviti kesedaran dan latihan sukarelawan serta pemantau pilihan raya."

Kerajaan negeri turut memperkenal "program pembasmian rasuah dan penyelewengan" dengan peruntukan RM15 juta. Pelapor kes rasuah dan penyelewengan dalam agensi kerajaan Selangor yang berjaya dibuktikan akan diberi hadiah oleh kerajaan negeri.

Sebagai orang yang pernah naik turun ibu pejabat BPR (kini SPRM) di Putrajaya dan Shah Alam untuk mengadu kes rasuah dan salahguna kuasa bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo, saya menarik nafas lega membaca komitmen Khalid itu. Ramai MB Selangor sebelum ini (antaranya Muhammad Muhd Taib dan Abu Hassan Omar), sama ada diseret ke mahkamah atau tidak, yang pasti, mereka tidak pernah terlepas daripada palitan kotor dakwaan korupsi!

Wajar juga disebut beberapa kemudahan buat rakyat, antara lain, pemberian air percuma 20 meter padu, iaitu RM11.40 sebulan atau RM136.80 setahun, membabitkan lebih 1.2 juta isi rumah atau sekitar lima juta penduduk Selangor. Juga program pendidikan seperti Pusat Tuisyen Rakyat (RM2 juta), program SPIES (RM3 juta) dan Generasi Idaman Selangor (RM1 juta), dan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang (RM1 juta).

Sumbangan buat warga emas melalui Jom Shopping sebanyak RM10 juta sebelum ini yang disumbangkan Kumpulan Semesta dijangka akan bertambah selari dengan peningkatan royalti perlombongan pasir. Dalam bajet 2012 itu diumumkan peruntukan untuk program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) sebanyak RM7.5 juta; Hadiah Anak Masuk Universiti, RM7.7 juta; Skim Mesra Usia Emas (SMUE), RM20.7 juta; Elaun Anak ke Nurseri, RM3 juta.

(Saya dimaklumkan bahawa masih ramai rakyat Selangor tidak menyedari pelaksanaan beberapa langkah pembaharuan ekonomi dan politik di bawah Pakatan. Tentulah lebih ramai penduduk di negeri-negeri lain tidak terkesan dengan usaha reformasi itu. Sedangkan ia harus disebarluaskan agar rakyat seluruh negara dapat membuat perbandingan secara adil terhadap pentadbiran BN dan Pakatan. Harakah turut dituntut lebih banyak menyiarkan "kisah kejayaan" pentadbiran negeri Pakatan dan jangan hanya tertumpu kepada "kisah kegagalan" BN).

Apa pun, yang lebih menarik perhatian umum ialah "Geran Selangorku", dengan peruntukan RM300 juta, sumbangan GLC Negeri dan Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Tentulah program paling menonjol daripada 17 program Geran Selangorku ini ialah tawaran gaji minimum RM1,500 gaji kasar (gross income). Dimulai empat syarikat milik kerajaan negeri yang stabil prestasi kewangannya, seperti PKNS, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) dan Worldwide.

Dana RM10 juta akan disediakan untuk menampung syarikat kerajaan negeri yang tidak berupaya untuk menampung kos untuk dasar ini. "Kerajaan negeri akan berusaha meningkatkan produktiviti negeri dan syarikat yang dimiliki supaya ia layak melaksanakan gaji minimum," tegas Menteri Besar.

Pada hemat saya, dua lagi program menarik ialah program jangkaan kehidupan bandar. Khalid menekankan: "Ia penting untuk kita menjangka kehidupan pada masa depan agar adaptasi dapat dilakukan dengan lebih baik dan tidak berlaku kejutan dalam rancangan pembangunan serta budaya; pada masa sama alternatif perkampungan bandar juga boleh diteroka sebagai pilihan."

Selangor juga menekankan program pengukuhan budaya. Sebanyak RM3 juta diberikan dalam bentuk geran terhad kepada para aktivis budaya untuk merancakkan aktiviti budaya. Kegiatan ilmu melalui Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) yang baru dan ceria juga harus disokong, termasuk dengan pembinaan perpustakaan desa dan daerah, yang turut disokong GLC.

Penyediaan rumah mampu milik melalui PKNS, dengan keluasan 850 hingga 1,000 kaki persegi, dikhususkan kepada golongan berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan, berharga sekitar RM100,000 ke RM150,000, dengan anggaran pembinaan 11,00 unit setiap tahun adalah petanda kerajaan negeri serius menangani kemelut berlarutan yang ditinggalkan BN.

Harga rumah berkenaan jauh lebih murah berbanding dengan apa yang diperkenalkan kerajaan persekutuan, iaitu melebihi RM200,000. Cuma, mekanisme untuk menentukan siapa yang berjaya memilikinya nati harus dibuat secara telus agar elemen pilih kasih dapat dihindari.

Selain itu, saya kira usaha kerajaan negeri untuk menstrukturkan semula industri perkhidmatan air perlu diberi penjelasan lanjut. Tindakan ini, seperti ditegaskan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dalam sidang Dun, 11 Nov, semakin mendesak kerana industri air di Negeri Selangor adalah fragmented atau bercelaru, tidak efisien dan tarif yang melampau ekoran persetujuan Kerajaan Pusat dengan kerjasama Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran lama untuk menswastakan industri perkhidmatan air kepada 4 syarikat konsesi.

"Saya mendesak kerajaan negeri untuk tidak berganjak daripada usaha menamatkan perjanjian konsesi sedia ada bagi memastikan kos operasi dan keuntungan operator tidak melampau sehingga membebankan rakyat. Penyangak air di Selangor harus diperangi habis-habisan kerana menghisap darah rakyat dan mendapat kekebalan dari kerajaan pusat," tegasnya.

Jika dibenarkan kenaikan tarif air yang dicadangkan Syabas, setiap isi rumah di Selangor akan berdepan dengan kenaikan bil air sehingga 71 peratus. Selain itu, dakwaan bahwa kemungkinan Selangor menghadapi krisis air menjelang tahun 2014 hanya momokan. Data-data yang dikumpulkan oleh pelbagai pihak berhubung pengeluaran dan permintaan air di Negeri Selangor menunjukkan sebaliknya.

Penyelesaian kepada masalah ini, menurut Azmin, ialah bukan mendesak pembinaan loji rawatan air yang baru tetapi yang lebih mendesak ialah bagaimana keupayaan kita untuk mengurangkan NRW (peratusan Air Tanpa Berhasil - non revenue water). Data ini juga menunjukkan sekiranya kita mengurangkan 5% sahaja NRW, simpanan air di Negeri Selangor mempunyai lebihan sebanyak 230 jlh menjelang tahun 2014.

Berbicara soal industri air yang berkecamuk di Selangor, tentu ramai segera mengingati kos pengurusan tertinggi, terutama yang diperolehi Pengerusi Puncak Niaga Holdings Bhd, iaitu pemegang terbesar Syabas. Pada tahun 2008 beliau dibayar RM5.7 juta elaun dan gaji pengarah. Rozali dikatakan antara 10 pengarah yang mendapat bayaran tertinggi di Malaysia.

Kerajaan pusat nampaknya ghairah membela kroni perniagaan berbanding mengutamakan kepentingan rakyat Selangor. Seperti kata Tony Pua, AHli Parlimen Petaling Jaya Utara, sejak awal konsesi diberikan kepada syarikat swasta yang mempunyai kaitan politik yang baik meskipun tanpa kemahiran dan pengalaman dalam industri air, juga tidak memiliki dana ekuiti yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan ini.

Saya harap dapat mengulas lanjut isu penswastaan air ini dalam tulisan akan datang, insya-Allah.

harakahdaily/-

Piranha gigit 15 perenang

Posted: 17 Nov 2011 05:40 PM PST

22 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Spesies maging mengganas di Brazil

SAO PAULO: Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang.

Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu.

"Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar," kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV.

Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22.

"Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki.
Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah," katanya.

Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi.

Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert.

Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. – AP/Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan