Ahad, 30 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 30 Oct 2011 01:31 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


21 buruh landasan kereta api China maut nahas

Posted: 29 Oct 2011 02:46 AM PDT

1 Dzulhijjah 1432H. [MOD] -

BEIJING: Sekurang-kurangnya 21 pekerja binaan terkorban manakala tujuh lagi cedera parah apabila kenderaan mengangkut mereka ke tapak pembinaan landasan kereta api di Lintao, wilayah Gansu, terbalik awal pagi tadi, lapor media tempatan.

Menurut agensi berita Xinhua, jumlah sebenar pekerja yang menaiki kenderaan itu masih belum dipastikan. - AFP

16 cedera gempa 6.9 di Peru

Posted: 29 Oct 2011 02:42 AM PDT

1 Dzulhijjah 1432H. [MOD] -

LIMA: Gempa bumi berukuran 6.9 melanda pesisiran selatan Peru, menyebabkan bangunan di Lima bergoncang dan mencederakan 16 orang berhampiran bandaraya Ica.

Menurut pihak berkuasa, tiada laporan kematian atau kerosakan besar walaupun sekurang-kurangnya dua rumah bata runtuh.

Jabatan Kaji Geologikal Amerika Syarikat menyatakan gempa bumi itu pada mulanya dilaporkan dengan kekuatan 7.0 dan berpusat di bawah laut kira-kira 50 kilometer ke barat daya Ica, berhampiran pusat gempa bumi 8 magnitud yang membunuh lebih 500 orang pada 2007. - Reuters

Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa)

Posted: 29 Oct 2011 02:24 AM PDT


1 Dzulhijjah 1432H. [MOD] -Gambar yang dihantar oleh pusat Motivasi Taqwa semasa kunjungan saya ke Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa) yang dimiliki sepenuhnya oleh Pusat Motivasi At Taqwa yang terletak di Air Terjun Dusun Sg. Meru, Taman Meru 2C, Ipoh, Perak.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyalurkan dana wakaf boleh salurkan ke Akaun Pusat Motivasi At-Taqwa Maybank : 558015455345 Bank Islam : 08013010061487 dan layari http://pusatmotivasiattaqwa.blogspot.com u tuk keterangan lanjut.

Ketua Umno Parit Buntar meninggal dunia

Posted: 29 Oct 2011 02:15 AM PDT

1 Dzulhijjah 1432H. [MOD] -

Ketua Umno Bahagian Parit Buntar Datuk Abdul Raman Suliman, 62,(gambar)meninggal dunia di Hospital Daerah Parit Buntar, malam tadi.

Beliau yang menghidap sakit buah pinggang, disahkan meninggal dunia pada jam 12.20 tengah malam, iaitu kira-kira sejam selepas terjatuh di rumahnya di Kampung Kedah di Parit Buntar.

Pembantunya Mohd Jamil Yahaya ketika ditemui Bernama hari ini, berkata Allahyarham ditemui terbaring di dalam bilik air di rumahnya, oleh isteri Datin Saemah Hussein.

Kejadian berlaku sejurus selepas Abdul Raman yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, kembali daripada menghadiri mesyuarat badan perhubungan Umno Perak di Ipoh.

Allahyarham meningggalkan seorang isteri dan enam anak iaitu dua lelaki dan empat perempuan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan bekas Timbalan Menteri Pertanian Datuk Mohd Shariff Omar antara yang menziarahi keluarga Allahyarham hari ini.

Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedah tengah hari ini.

- Bernama

Ulasan :

Dalam perkembangan berkaitan ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim dalam Facebooknya turut mengucapkan takziah dengan dipetik sebagai berkata :

"Saya seisi keluarga dan kakitangan pejabat dun titi serong dgn ini mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga dato rahman . Juga permohonan maaf di sebabkan tidak sempat ziarah krn berada diluar perak pada pagi ini"

Ugutan bunuh: Sidang media Aziz Bari esok

Posted: 29 Oct 2011 02:09 AM PDT

1 Dzulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengadakan sidang media petang ekoran menerima ugutan bunuh, pagi tadi.

Nota ugutan bunuh yang disertai peluru kosong dihantar ke rumahnya di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

"Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata 'jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti'," kata Aziz kepada portal berita, The Malaysian Insider.

Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.

"Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut," kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.

Peluru dipos ke rumah Aziz Bari

Posted: 29 Oct 2011 02:06 AM PDT

1 Dzulhijjah 1432H. [MOD] -

Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.

Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".

"(Dihantar dengan) pos biasa saja.

"Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.

Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.

Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.

Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja".

Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

"Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali.

"Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang".

"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.

Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.

Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya.MK/-

PRU13: Cari mekanisme dekati 'generasi siber'

Posted: 29 Oct 2011 02:04 AM PDT

1 Dzulhijjah 1432H. [MOD] -



GOMBAK, 29 Okt: Pemuda PAS perlu mencari satu mekanisme terbaik bagi mendampingi golongan muda hari ini yang disebut 'generasi siber', jika mahu menang pilihan raya akan datang, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Menurutnya, suatu kerugian jika peluang tersebut tidak digunakan dalam keadaan pakatan rakyat tidak mempunyai kekuatan media seperti media arus perdana yang pro BN.

"Pemuda perlu mencari mekanisma terbaik, bagaimana untuk sampai kepada mereka.

"Kita perlu belajar bagaimana Barack Obama, orang kulit hitam boleh menjadi orang pertama white House," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS 2011 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar malam tadi.

Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mengulas kajian terbaru yang mendedahkan golongan remaja di negara ini menghabiskan masa purata 4 jam sehari mengadap internet.

Ianya termasuk menggunakan laman sosial Facebook, twitter dan blog untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat.

"Kajian AC Nielsen sangat signifacant yang mengatakan rakyat negara ini sudah tak tonton lagi televisyen, tak baca lagi akhbar tetapi membaca internet.

"Inilah masanya kita perlu sampaikan mesej Islam kepada mereka. Inilah tugas anak muda," katanya dihadapan kira-kira 3,000 peserta yang hadir malam tadi.

Beliau turut memuji kreativiti dewan pemuda kali ini yang menerbitkan filem pendek "Gua Ikut Enta", yang dimuat naik ke Youtube bagi membangkitkan kesedaran anak muda hadir ke ijtimak kali ini.

Turut berucap malam tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan, Pengarah Ijtimak Nik Abduh Nik Aziz dan wakil Hamas Palestin, Syeikh Ahmad Najjar.

Ijtimak Tarbawi 2011 yang akan berakhir esok adalah bertemakan "Mantapkan Tarbiah, Menangi Pilihan Raya'.

Program kemuncaknya adalah ceramah pentas pemuda dan pidato perdana oleh pimpinan utama PAS malam ini.

Antara yang akan berpidato malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, wakil Ikhwanul Muslimin Mesir Dr. Kamal Al Helbawi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Muslimat PAS Ustazah Siti Zailah Mohamad Yusof.

Harakahdaily/-

PAS KDAS 3

Posted: 29 Oct 2011 09:27 PM PDT

PAS KDAS 3


Mantapkan tarbiah, menangi pilihan raya

Posted: 29 Oct 2011 09:17 PM PDT

Audit 2010: Bukan tiris, dah bocor -Azizan

Posted: 29 Oct 2011 08:46 PM PDT

Strategi Umno jahilkan Melayu

Posted: 29 Oct 2011 08:32 PM PDT

GOMBAK,30 Okt: Umno BN berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu disebabkan perlaksanaan 21 strateginya sejak dulu yang terus meletakkan rakyat terutama orang-orang Melayu berada dalam kejahilan.

21 strategi tersebut merupakan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak islamik termasuk dasar pendidikan kebangsaan yang berasaskan sekularisme.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, selain itu, Umno BN turut meletakkan orang-orang Melayu terus dalam kejahilan menerusi perlaksanaan sistem ekonomi yang tidak islamik.

Menurut beliau, manakala antara dasar-dasar lain pula termasuklah perlaksanaan dasar pelancongan, hiburan yang melalaikan dan sosial.

Katanya, keadaan itu ditambah lagi dengan penguasaan Umno BN terhadap media sehingga menyebabkan rakyat gagal mendapat maklumat yang benar dan adil.

"Itulah strategi Umno yang telah kita kenal pasti. Menerusi dasar-dasar itu, Umno turut berjaya mengikat para pegawai kerajaan agar terus menyokongnya.

"Fokus kita pula adalah dakwah. Tapi bagaimana nak buat kalau ilmu dan kebenaran tak boleh disebarkan dalam masyarakat," katanya pada Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS Dalam Landskap Politik Semasa di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, semalam.

Selain beliau, turut menjadi ahli panel pada forum itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, manakala moderatornya Pengarah Akademik Kepimpinan Pemuda PAS Malaysia, Nazri Chik yang juga Exco dewan tersebut.

Forom tersebut diadakan sempena Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung selama 3 hari bermula semalam, dengan disertai ribuan pemimpin pemuda PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan di seluruh negara.

Menurut beliau, walaupun begitu, PAS mesti terus bangkit untuk mengatasi masalah itu demi mendaulatkan Islam di tanah air dan bagi kepentingan seluruh akyat negara ini.

Katanya, matlamat perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di negara ini sejajar dengan kedudukannya sebagai gerakan Islam, manakala perjuangan PAS pula menerusi dakwah dan politik.

"Gerakan dakwah PAS adalah untuk membawa orang ramai khususnya yang bukan Islam mengenali tauhid, manakala kepada sesama umat Islam pula supaya mengenali syariat Islam," katanya.

Usaha tersebut, tegasnya, mestilah dilakukan secara berterusan tanpa mempedulikan segala halangan yang dibuat oleh Umno BN bagi menyekat perkembangan Islam di negara ini.

Menurutnya, sehubungan itu, PAS perlu menyusun strategi tersendiri untuk mengatasi segala halangan itu seiringan dengan perjuangan politiknya termasuk dengan mengadakan "Tahaluf Siyasi" dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Pihak mmusuh tidak akan berhenti untuk melemahkan gerakan Islam. Gerakan kita mestilah ada pertimbangan untuk menghadapi segala tekanannya," katanya.

Jika PAS, tegasnya, hanya memfokuskan kepada gerakan dakwah sahaja seperti yang dilakukan oleh sesetengah gerakan Islam lain sama ada di tanah air dan di seluruh dunia, ia pasti tidak berkesan.

"Sekiranya kita hanya memfokuskan kepada gerakan politik sahaja seperti juga yang dilakukan oleh sesetengah gerakan Islam lain di tanah air dan di seluruh dinia serta hanya bersendirian, nasib kita nanti samalah seperti Taliban," katanya.

Pembangunan: Penduduk mesti diutamakan

Posted: 29 Oct 2011 08:28 PM PDT

DPP PADANG TERAP

Posted: 29 Oct 2011 09:07 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Pemberian Jersi Kepada Anak Muda

Posted: 29 Oct 2011 02:38 AM PDT




Geng muda memang hebat.
Baharu-baharu ini, Yb Ust. Nasir meluangkan masa turun ke Kampung Pong manis baru-baru ini untuk bertemu dengan para penduduk. Disamping bersembang santai, beliau menyampaikan sedikit sumbangan berupa jersi bola kepada anak muda di kampung tersebut. Beliau mengharapkan anak muda terus bergiat aktif didalam sukan kerana ia adalah suatu aktiviti yang sihat. Seorang penduduk kampung, Abdul Rahim yang juga Ketua Pas Cawangan melahirkan perasaan gembira dan berterima kasih kepada Yb Ust. Nasir kerana walaupun sibuk, tetapi beliau sentiasa meluangkan masa turun ke kampung-kampung untuk bertemu rakyat. Beliau juga sedia melapangkan masa mendengar segala luahan hati rakyat Padang Terap. Selesai pemberian jersi, Yb Ust. Nasir sempat singgah di rumah seorang penduduk yang sakit akibat dipatuk ular semasa menoreh getah. Turut serta hadir bersama beliau ialah Pengarah MTD Pedu, En. Shukri Abdullah.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 29 Oct 2011 07:24 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Pulau Redang, rakyat cuba bangkit di celah gahnya pembangunan

Posted: 29 Oct 2011 01:33 AM PDT



Meredah Laut Cina Selatan menuju Pulau Redang
Kesempatan menghadiri perasmian ihtifal PASTI Pulau Redang baru-baru ini mengungkap banyak perkara yang selama ini tersembunyi di seberang Laut China Selatan dari makluman umum.
YDP Setiu turut hadir, berbaju batik kuning adalah ketua Pas Cawangan
PASTI Pulau redang dengan kapasiti 24 orang pelajar sebenarnya mengatasi jumlah pelajar TADIKA KEMAS yang hanya memiliki seramai 20 pelajar. Lebih membanggakan, beberapa orang pelajar adalah anak-anak AJK Umno cawangan yang dikhabarkan bapa mereka pernah menerima surat tunjuk sebab dari Pengerusi JKKK atas tindakan mereka menghantar anak-anak belajar di PASTI.
Kemeriahan ihtifal memang sangat terasa terutamanya ketika sesi sukaneka pada petangnya dengan kehadiran masyarakat sekitar termasuk wakil dari Balai Polis Pulau Redang, Klinik Kesihatan Pulau Redang serta Tuan Imam Masjid Pulau.
Suatu ciri unik yang agak menarik perhatian saya adalah pergaulan masyarakat setempat yang kelihatan begitu rapat dengan sempadan fahaman politik dilihat tidak begitu dijadikan pemisah dalam perhubungan seharian. Kehadiran gadis-gadis yang tidak bertudung dan turut serta mengambil bahagian dalam acara sukaneka, bagi saya yang melihat dari sudut pendekatan dakwah, adalah suatu perkembangan yang sangat baik kerana mereka sedia memaklumi bahawa penganjur ihtifal dan sukaneka adalah Parti Islam Semalaysia! Ertinya ada tembok pemisah yang berjaya dirungkai oleh kepimpinan PAS Cawangan Pulau Redang. Sekalung tahniah untuk mereka.
Pelajar PASTI yang sedang mempersembahkan hafalan doa adalah anak seorang AJK Umno cawangan
Untuk rekod, sebenarnya prestasi UPU Pulau Redang dalam PRU 12 yang lalu adalah sangat memuaskan dengan angka kekalahan hanyalah sekitar 100 undi, pencapaian yang mampu mengatasi banyak UPU-UPU di tanah besar.
Sehari suntuk berkesempatan meninjau dan memahami kehidupan masyarakat di sini, kelihatan mereka cuba bangun dan membina kehidupan bermaruah di sini walaupun seinci demi seinci bumi tanah tumpah darah mereka diambil pihak lain yang gah membina reputasi perniagaan memanipulasikan keindahan pulau dan laut anugerah Allah.
Masjid Pulau Redang yang perlu dioptimunkan fungsinya
Masjid yang indah tersergam di atas bukit, sebagaimana dimaklumkan oleh Tuan Imam masih dikunjungi penduduk untuk menunaikan solat berjamaah sekalipun hanya pada waktu malam. Dia menyambut baik cadangan saya untuk membantu menghantar tenaga-tenaga penceramah bagi mengisi slot-slot kuliah dalam rangka untuk membantu membina rohani dan jati diri penduduk. Sepatah katanya yang membuatkan saya terasa sebak, "Kalau kita sendiri tidak membantu membina masyarakat kita, tak kan kita nak harapkan umno, kami tak kesempitan wang ringgit, tapi bantulah kami untuk sama-sama mendekatkan diri kepada Allah…" Lantas, tindakan segera diambil melalui perbincangan dengan Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, secara dasarnya kami bersetuju untuk menghantar seorang pengkuliah sebulan sekali yang akan bermula sebaik musim tengkujuh berakhir nanti. Keputusan ini disambut beliau dengan wajah ceria dan penuh harapan.
Jeti Pulau Redang, antara kawasan pantai yang masih menjadi milik awam
Melalui kehidupan masyarakat pulau yang semakin hari semakin sempit terutamanya kawasan pantainya yang telah menjadi hak ekslusif resort-resort terkemuka terutamanya, tentu sekali milik Tan Sri Vincent Tan, BERJAYA Group. Kawasan pantai yang indah kurnian Allah cuma boleh kita kunjungi apabila menjadi tetamu di mana-mana resort mewah yang kadar cajnya bukanlah untuk taraf rakyat kebanyakkan. Pantai yang menjadi milik awam hanyalah kawasan jeti. Saya sama sekali tidak menyangka wujudnya keadaan sebegini sehinggalah apabila dimaklumkan oleh Ketua PAS Cawangan Pulau Rhedang apabila kami melakukan tinjauan bersama menaiki sebuag van rusa buruk.
Lapangan Terbang milik Berjaya Group, lambang kemewahan di atas kesempitan rakyat
 Apatah lagi kawasan lapangan terbang milik Berjaya Air. Walaupun sekadar untuk meninjau suasana dan mengambil gambar, saya ditegur oleh seorang pengawal keselamatan warga Bangladesh. "Sorry! No permission!" Mungkin itulah ungkapan yang diajar oleh tuannya.  Tentunya belum ada walaupun seorang pun warga Pulau Redang yang berkesempatan 'menikmati' penerbangan ini walaupun hakikatnya tanah merekalah yang telah dikorbankan oleh Umno untuk dihadiahkan kepada Vincent Tan sehingga mereka seolah-oleh menjadi penumpang di tanahair sendiri. Kelihatan beberapa orang pelancong 'orang putih' sedang menunggu penerbangan ke destinasi yang tidak dimaklumi sedangkan dalam masa yang sama, kami dihalau oleh pengawal keselamatan lapangan terbang walaupun sekadar meminta izin untuk membuat pusingan U, sehingga hati kecil ini berdetik, inilah harga yang rakyat pribumi perlu bayar demi sebuah pembangunan ciptaan Umno.

Berita lanjut menyusul…

PAS LENGGONG

Posted: 29 Oct 2011 07:16 PM PDT

PAS LENGGONG


Suatu yang tak pernah berlaku dan kini telah berlaku

Posted: 29 Oct 2011 06:53 PM PDT

Yahudi bunuh yahudi dulu tak pernah berlaku, Tapi PM yahudi Somon Peres dibunuh oleh yahudi. Dan bila upco di ambil sebagai penasihat suddah timbul melayu ugut bunuh melayu.

Ugutan bunuh: Sidang media Aziz Bari esok

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengadakan sidang media petang ekoran menerima ugutan bunuh, pagi tadi.

Nota ugutan bunuh yang disertai peluru kosong dihantar ke rumahnya di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

"Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata 'jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti'," kata Aziz kepada portal berita, The Malaysian Insider.

Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.

"Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut," kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 29 Oct 2011 07:09 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Terengganu Jadi Pilihan, Pesuruhjaya PAS Terengganu Turut Ke Stadium

Posted: 29 Oct 2011 03:49 AM PDT



KUALA LUMPUR - Terengganu menjadi pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final di Stadium Shah Alam hari ini.



Namun, pengalaman beraksi pada perlawanan akhir serta dibarisi pemain berpengalaman, menjadikan harapan Negeri Sembilan tidak boleh diketepikan.


Itu ramalan jurulatih bola sepak negara menjelang aksi kemuncak bola sepak negara hari ini.


Bagi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti, pasukannya mempunyai rangkaian pemain terbaik untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas kali terakhir pada 2001 ketika menewaskan Perak 2-1.


Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah pula lebih selesa jika pasukannya dilabel sebagai underdog.


Sebaliknya, dia menganggap Terengganu sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia pada final hari ini, berdasarkan prestasi skuad Penyu musim ini.


Menganggap Terengganu merupakan pasukan terbaik dalam saingan Liga Malaysia, Azraai berkata, rekod menjuarai Piala FA dan keupayaan muncul naib juara Liga Super membuktikan skuad Penyu merupakan pasukan yang lebih konsisten.



Ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof pula menyifatkan kehadiran bekas rakan sepasukannya di Terengganu ketika memenangi Piala Malaysia 2001, Hairuddin Omar, serta beberapa lagi pemain berpengalaman menjadikan Negeri Sembilan pasukan yang perlu dihormati.


Ketua pasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan berkata, pengalamannya yang pernah beraksi pada pentas akhir bukan kelebihan.


"Bermain buat kali ketiga berturut-turut dalam perlawanan akhir Piala Malaysia saya tidak fikir bukan satu kelebihan buat kami.


"Tiap kali perlawanan akhir, ia adalah satu pentas yang berbeza buat setiap pemain, perasaan gementar itu sentiasa ada sebelum melangkah ke dalam padang.


"Tambahan berdepan Terengganu yang semakin konsisten dan mempunyai barisan serangan paling berbisa, perlawanan esok (hari ini) bukan satu perlawanan yang mudah buat Negeri Sembilan," katanya.

sumber : utusan.com

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 29 Oct 2011 03:19 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KALAU ABG JOE TAHU MESTI NAK GI !

Posted: 28 Oct 2011 06:13 PM PDT



Abg Joe atau Johari adalah Sahabat teman dan rakan jemaah PAS Caw Bukit Sentosa dan Buit Beruntung memamng mengenali beliau yang rajin dan selalu ke mana sahaja program PAS dan Pakatan Rakyat terutama yang melibatkan ulama dan walau jauh sekalipun.
Jadi kalau program begini dengan motorsikal pun beliau sanggup meredah hujan dan lebuhraya untuk ke sana.

JAHATMU NAMPAK SANGAT !

Posted: 28 Oct 2011 03:30 PM PDT

Komen : Apa motif Aktivitis Pakatan dan wartawan diserang? Adakah projek itu menggugat mereka ini dari meraih wang upahan? Tapi mereka(penyerang) lupa ,cara itu lagi mengujudkan keraguan tindakan dan rakyat akan merasa ada sesuatu kerja gelap yang mereka sorokkan. Mereka tidak peduli samada tindakan mereka yang mendapat sedikit atau banyak upah ini akan merosakkan negara dan jatidiri rakyat jelata. Mereka anggap kewarganegaraan ini boleh dijual beli. Warganegara asing sudah tentu anggap itu rezeki. Mereka sanggup beli walau tak free.

Aktivis Pakatan, Wartawan Di Serang Semasa Tinjauan ' Projek IC'

SEPANG 28 OKT : Sekumpulan aktivis Pakatan Rakyat diserang beberapa lelaki semasa membuat tinjauan terhadap satu operasi yang disyaki percubaan memberikan kad pengenalan kepada warga asing di sebuah resort berhampiran Putrajaya.

Turut diserang krew TvSelangor yang mengikuti tinjauan aktivis tersebut - gerakan 'Jingga 13'.

Kumpulan lelaki tersebut menyerang dengan menghentak dan menendang kenderaan aktivis dan wartawan TvSelangor dalam kejadian itu.

Namun tiada sesiapa yang tercedera dalam kejadian jam 6.20 petang semalam.

Sebelum itu, Pasukan Pemimpin PKR dari cabang Sepang berkata mereka menerima maklumat dari sumber yang dipercayai berhubung operasi itu dan bertindak membuat tinjauan kasar.


Ketua Cabang Keadilan Sepang, Borhan Aman Shah ketika ditemui TvSelangor berkata operasi tersebut ada kaitannya dengan pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Hari ini ada empat buah bas yang dikenal pasti telah membawa warga Indonesia, saya telah menemu bual pemandu bas dimana beliau telah mengesahkan ada membawa kumpulan warga asing ini dari Greenwood, Gombak. Menurut pemandu bas tersebut, warga asing itu dibawa untuk satu kursus keusahawanan.

"Warga asing ini dikatakan dibawa masuk ke resort untuk mengikuti kursus keushawanan, persoalannya sekarang adakah golongan ini datang ke Malaysia untuk berniaga ataupun untuk bekerja, kalau benar mereka mengikuti kursus keushawanan, atas fakta apa mereka mengikutinya," katanya.

Borhan berkata sekiranya benar terdapat satu usaha untuk memberi IC kepada warga asing, mereka bukan sahaja menjadi warganegara malah akan layak mengundi pada pilihanraya umum akan datang.

"Ini kali kedua, sebelum ini tersebar luas di media dimana enam buah bas memuatkan warga asing masuk ke kawasan ini dan hari ini kita jelas ada empat buah bas.

"Saya tidak menuduh, tetapi perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku."

Ekoran daripada maklumat tersebut, Pasukan Jingga 13 bergerak ke resort itu bersama-sama krew TVSelangor untuk meninjau lokasi yang dimaksudkan.

Setiausaha Gerakan 'Jingga 13', Saifuddin Shafi Muhammad berkata tujuan mereka adalah untuk melihat sendiri sama ada dakwaan yang dimaksudkan itu benar.

"Waktu itu hujan renyai-renyai, kami berhenti seketika di dalam kawasan resort untuk membuat pusing 'u' (ekoran jalan terlalu sempit), kemudian kami diserang dan diancam oleh sekumpulan lelaki, saya menganggarkan lebih kurang lima orang lelaki.

"Tindakan mereka mengamcam kami dari awal membuatkan kami tidak selesa dan bertindak melarikan diri.

"Apa yang sempat kami rakam ialah imej seorang lelaki yang bertindak menyerang kami, saya juga percaya lelaki yang sama ini turut menendang kenderaan wartawan TvSelangor."

Akibat kejadian tersebut, Krew TvSelangor yang terlibat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Manakal PKR Cabang Sepang telah membuat laporan di IPD Sepang-Tvsnews
Share
Posted by Sebatang lilin..

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 29 Oct 2011 03:17 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


ANA AKAN PASTIKAN BRAHIM KATAK KALAH PRU13

Posted: 29 Oct 2011 08:18 AM PDT

Ibrahim Ali aka katak forever yang memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS tiga tahun lalu akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13, kata parti Islam itu.


Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS.
Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen bebas.

Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata bahagian parlimen Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum lalu ditandingi Ibrahim Ali dengan menggunakan tiket PAS dan itu kira "selesai."

"Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umumk ke-13 akan berhadapan dengan  Ibrahim Ali yang akan menggunakan 'dacing'. Itu kemungkinan besar.

Pada Mac 2008, Ibrahim memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi. Ibrahim memperoleh 28,673 undi manakala Ahmad Rosdi Mahmad mendapat 19,682 undi.

Pada 2004, kerusi Pasir Mas dimenangi oleh Ismail Noh dari PAS dengan memperoleh 17,526 undi, Abd Rahim Abd Rahman yang mewakili BN mendapat 16,275 undi dan Ibrahim (6,198).

.... ana selaku anak jati Parlimen pasir Mas akan pastikan Brahim katak akan kalah pada PRU13 walaupun dia wujudkan Dataran dia sendiri dekat umah ana....

LINTAS LANGSUNG IJTIMA' TARBAWI PEMUDA PAS

Posted: 29 Oct 2011 08:07 AM PDT

Disebelah malam nye pula para pemuda di sajikan dengan program ceramah pentas pemuda yang dibarisi oleh penceramah yang hebat seperti Dr. Kamal AL Herbawi wakil Palestin, Mahfuz Omar, Ustazah Siti Zailah, KP sendiri, Ustaz Nasrudin Hassan dan dipengeruskan oleh Ustaz Ridhuan Md Nor.


 Para petugas sedang berbincang akan program yang diadakan pada esok harinya

LINTAS LANGSUNG IJTIMA' TARBAWI PEMUDA PAS

Posted: 29 Oct 2011 01:39 AM PDT

 Hari kedua Ijtima Tarbawi Pemuda Pas Peringkat Kebangsaan 2011 dimulakan dengan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Al Fadhil Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
 Sekitar jam 8.30 pagi para pemuda disajikan dengan ucapan khas daripada Mantan Murshidul Am Ikhwanul Muslimeen, Dr. Mahdi Akif

Dr. Mahdi menekankan tentang betapa pentingnya menepati masa sehingga dalam salah satu ucapan beliau ada menceritakan yang dizamannya pernah satu ketika beliau berjaya menghimpunkan pemuda pemudi ikhwan muslimeen sekitar 500 orang dlm tempoh 30 SAAT.


Ramai lagi yang tak dapat memasuki dewan Dato' Hj Fadhil Noor
 Jam 10.45 pagi Pembentangan Kertas kerja Pertama disampaikan oleh Ustaz Khairuddin Aman Razali di bawah tajuk PAS dan Tahaluf Siyasi
 Al Fadhil Ustaz menceritakan sirah di zaman Baginda Nabi terhadap hubungan tahaluf dengan kabilah arab dan kaitannya dengan hubungan Pas hari ini.
 Selapas Zohor Para pemuda disajikan Forum yang disampaikan oleh Dato' Mustapa Ali dan Dato' Abu Bakar Chik di bawah tajuk 'MAsa Depan Perjuangan Pas dalam Lanskap Politik'
 Ustaz Nazri Chik, Exco pemuda Pas Pusat selaku moderator forum tersebut.
 Ustaz Abu Bakar sedang menyampaikan pidato beliau
 dalam banyak-banyak gambar nie hok paling mahal... gambar KP Wangsa Maju ustaz Abduh dan ustaz yang dipecat dari TV9, Ustaz Zamri mantop

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 29 Oct 2011 11:51 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


PELANCARAN JENTERA PRU13 MTD KIJAL olehTUAN GURU PRESIDEN PAS MALAYSIA

Posted: 28 Oct 2011 06:59 PM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 29 Oct 2011 11:27 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Ke Stadium Shah Alam Bersama YB Pesuruhjaya (PJ) PAS Terengganu

Posted: 29 Oct 2011 09:32 AM PDT






Pj dan rombongan diberi sambutan hangat pemuda berebut2 utk bersalam.mulai jam 715 ptg masuk dlm stadium.bendera trg dan pas berkibar2,tepukan sorak riuh dgn berebut nok bersalam.org ramai terkejut dgn kehadiran pj

tahun 2001 pas perntah trg buat kali pertama menang piala malaysia,tahun mat said belanja 1 juta nok tebeng wat balik piala,semuanya hampa,napok gaya pas perintah semula baru menang piala malaysia

Permainan trg kurang menyengat malam ni,barisan pertahanan kurang mantap,pemain trg seakan tergaman dgn hantaran cantik n9,walaupun puluhan ribu penyokon

himpunan katak katak

Posted: 28 Oct 2011 09:14 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat menyifatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cuba mengumpulkan 'katak' untuk bersama dalam memperjuangkan dasar pertubuhan tersebut.

Menurutnya, penyertaan Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin jelas menunjukkan bahawa pertubuhan itu mengambil mereka yang tidak mempunyai prinsip.

Beliau berkata, pelantikan Zulkifli sebagai naib presiden yang baru juga tidak akan memberi kesan besar memandangkan wakil rakyat itu dikatakan sudah tidak dipercayai pengundi selepas keluar PKR.

"Mereka mahu mengumpulkan orang yang tiada prinsip untuk bersama dengannya. Kita melihat penyertaan beliau dalam Perkasa tidak boleh memberi impak yang sangat tinggi kerana dari segi politik, beliau sudah tidak dipandang lagi," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pemilihan Zulkifli sebagai Naib Presiden Perkasa yang baru bagi menggantikan Datuk Mokhtar Samad yang meletak jawatan. sinar

Hanafiah berkata, pemilihan Zulkifli juga dilihat hanya mengharu-birukan Perkasa kerana Zulkifli dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, masing-masing lantang menyuarakan pandangan sendiri.

Kedua-duanya dikatakan mempunyai ideologi yang mungkin tidak mampu membawa persamaan dalam memajukan pertubuhan tersebut.

"Kedua-duanya mempunyai 'kepala' lain selain mempunyai 'rambut berduri'. Saya lihat tindakan itu hanyalah untuk memperkuat pertubuhan itu dengan memilih Ahli Parlimen berkenaan," katanya.sinar harian

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 29 Oct 2011 11:25 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan 2011 - Dua

Posted: 29 Oct 2011 03:19 AM PDT

















Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan 2011 - Satu

Posted: 29 Oct 2011 03:14 AM PDT






















Jasindaily Online

Posted: 29 Oct 2011 09:11 AM PDT

Jasindaily Online


AUDIT : SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD

Posted: 28 Oct 2011 03:55 PM PDT

SEMUA BANGUNAN DIROBOH KECUALI BANGUNAN BN ? INI TIDAK ADIL

Posted: 28 Oct 2011 03:52 PM PDT

LAPORAN AUDIT : RIVER CRUISE MELAKA

Posted: 28 Oct 2011 03:37 PM PDT

PEMBELA : YB HILANG PERANAN ?

Posted: 28 Oct 2011 03:35 PM PDT

SELANGOR MAHU URUS AIR SENDIRI

Posted: 28 Oct 2011 03:34 PM PDT

IKAN MEMBUSUK DARI KEPALA

Posted: 28 Oct 2011 03:32 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 29 Oct 2011 07:42 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


AKTIVITI SIHAT UNTUK BELIA : PEMUDA PAS

Posted: 29 Oct 2011 03:36 AM PDT

mtdchenderoh

Posted: 29 Oct 2011 07:34 AM PDT

mtdchenderoh


ZIARAH MTD CHENDEROH KE KG. SETERUS

Posted: 28 Oct 2011 11:51 PM PDT

Pas Kawasan Padang Rengas melalui jentera Dewan Pemuda Pas Kawasan serta MTD Chenderoh meneruskan program ziarah ke UPU- UPU dalam rangka menyelami masalah rakyat secara langsung. Kali ini pada 23. 10. 2011 yang lalu UPU Kg. Seterus menjadi lokasi pilihan rombongan MTD Chenderoh yang di ketuai oleh Dr. Azalan Radzi. Bersama ini disertakan gambar- gambar untuk tatapan pengunjung blog kami:

















Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 29 Oct 2011 03:26 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Cakna Rakyat Parlimen Kota Raja

Posted: 28 Oct 2011 09:31 PM PDT


Program cakna rakyat bersama pemimpin telah di adakan dengan jayanya di sini semalam. YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja dan YB Shuhaimie Shafie, ADUN Sri Muda telah sudi turun padang bertemu rakyat kaum India dan komuniti Sabah di sekitar Taman Seri Muda.
Program yang sama juga telah di adakan di Taman Seri Andalas Klang pada hari Sabtu sebelumnya. Pada program tersebut YB Dr Siti Mariah Mahmud dan YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Sri Andalas bertemu  rakyat komuniti Sabah di sekitar Taman Seri Andalas.
Majlis tersebut di akhiri dengan penyampaian sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
 
  
 
 
 
 
 

Di Program Semarak Hijau DUN Sabak Bernam

Posted: 28 Oct 2011 09:19 PM PDT

Pagi memberi motivasi kepada peserta Semarak Hijau yang diadakan di DUN Sabak - alhamdulillah ramai yg hadir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan