Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 26 Oct 2011 03:44 AM PDT Rakyat must rise to defend Selangor. Posted: 25 Oct 2011 09:18 PM PDT Salient points of short speech by YB Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin at Stadium Kota Raja
Auditor-General praises PR states
The financial performance of states ruled by Pakatan Rakyat has earned praises in the Auditor-General's report. There have definitely been changes for the better in the way that PR runs those states. There must be change in Putrajaya to save our country Malaysia.
Najib's budget
All are promises only, much like what was promised during the Kuching by-election but have not been delivered till now. The one-off payment of RM 500 for families earning less than RM 3000 per month is to bribe the rakyat, especially the Malays. If the money must be borrowed to pay for this, then it's like taking the money from the rakyat to pay back the rakyat. We look forward to this being the last budget by BN.
The Perak coup by Najib
Najib focused on Perak because of the slim majority by PR there. Dirty tactics were used to rob the rakyat of their elected government, including sex being used to entrap PR ADUNs. He gave a blow-by-blow account of how the 27 PR ADUNs tried to stave off the attack on the Speaker for an hour before the 28 BN ADUNs reinforced by 30 policemen who entered the State Assembly carried him off.
"Undi PAS atau UMNO?"
He introduced his book titled as above, subtitled "Analisa, Dalil dan Penjelasan", and the effect it had on influencing UMNO members to leave the party. The book explains the unity among the PR component parties to struggle against UMNO.
Outlook for PRU13
Information from government intelligence agencies does not paint an optimistic picture of BN's chances in PRU13. All MCA seats are likely to fall. Hence, UMNO nowadays has to resort to desperate tactics.
Najib pays to promote his image
The rakyat's money is used to pay FBC to promote his image internationally. Just as APCO is likewise paid to advise him. Those are Najib's priorities, because although promised, the tsunami victims haven't been paid yet, neither have the promises made to the rakyat during the Sarawak state election been fulfilled.
The Mat Indera issue
A positive impact has been the BN government forking out RM 160 million to pay the widows and families of those soldiers who fought during the Emergency, after they have been neglected in the past. But there are other heroes too who fought the British in the past, such as Tok Janggut, Dato Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau, Ahmad Boestamam and Dr. Burhanuddin al-Helmy. They must not be forgotten.
Mat Indera defiant to the end
Mat Indera refused to confess falsely that he was communist. He stuck to his faith in Islam till the end, refusing to renounce his beliefs as he went to the gallows.
Defend Selangor
Najib is trying hard to retake Selangor, and UMNO is resorting to divide-and-rule tactics to split the unity of the PR parties, besides registering foreigners as voters. The rakyat must rise to defend Selangor. | |
.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::. Posted: 26 Oct 2011 03:35 AM PDT |
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH Posted: 26 Oct 2011 03:27 AM PDT LAPORAN AUDIT : KPI RAKYAT TOLAK UMNO BN DI PAHANG JUGA Posted: 26 Oct 2011 02:51 AM PDT KERDAU: Rasuah menjadi-jadi dan semakin mengila dalam kerajaan yang ada, rakyat kena sedar dan buat sesuatu pada PRU13 akan datang. Demikian jelas YB Saifudin Nasution Setiausaha PKR semasa berucap di sini kelmarin.
Menurut laporan Audit Negara 2010 antara agensi kerajaan yang paling tinggi melakukan 'aktiviti ' rasuah adalah SPRM sendiri. walhal agensi ini dipertanggungjawabkan bagi memerangi gejala dan segala aktivit rasuah dalam semua agensi dan jabatan-jabatan kerajaan.
Jdi apa lagi yang tuan-tuan mahu harapkan. Bagaimana cara untuk kita membersihkan hal ini. Caranya muah tukar kerajaan yang sedia ada dengan kerajaan yang lain.
Balik malam ini tuan-tuan ingat 3 perkara sahaja, minta cakap esok di kedai-kedai kopi. Pertama harga sebuat teropong oleh pasukan maritim Malaysia yang harga pasaran cuma RM1540 , dibeli mencecah lebih RM56,000. Suami dan anak seorang menteri kabinet dapat pinjaman untuk memelihara lembu feetlot RM250juta. Lembunya yang menjadi hanya 20 ekor sahaja. Dan RM770 ribu untuk ....
Di Pahang kawasan Indera Mahkota TNB menyambung elektrik dengan harga luar biasa. Di Bera 6 buah rumah masukkan api tiada penghuni harganya lebih RM66 ribu. Dan banyak lagi amalan-amalan luar biasa...
Beliau menyatakan demikian semasa berucap Sempena Sambutan 60 tahun PAS peringkat Negeri Pahang. Turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, blogger terkenal Tukar Tiub Hishamuddin Rais.
| |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 26 Oct 2011 01:46 AM PDT Gaddafi dikebumi secara rahsia di gurun Posted: 25 Oct 2011 07:47 PM PDT 28 Zulkaedah 1432H. [MOD] - MAYAT Gaddafi dan anaknya, Mutassim terbujur kaku dalam gambar yang dirakam 22 Oktober lalu. - AFP
MISRATA 25 Okt. - Jenazah Muammar Gaddafi dikebumikan awal pagi ini dalam satu upacara ringkas di kawasan gurun yang dirahsiakan di Libya. Ia sekali gus menamatkan spekulasi berhubung pengebumian bekas pemimpin Libya itu yang jenazahnya sebelum ini dijadikan 'bahan pameran' di sebuah bilik sejuk beku di Misrata. Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) berkata, anak Gaddafi, Mutassim bersama bekas Menteri Pertahanan, Abu Bakr Yunis Jaber yang turut terkorban dalam serangan Khamis lalu juga dikebumikan di upacara sama. ''Jenazahnya (Gaddafi) mula mereput dan majlis pengebumian diadakan di satu lokasi yang dirahsiakan. ''Ia dijalankan selepas tiada kata sepakat diambil melibatkan puak-puak yang menyokong Gaddafi yang sebelum ini dikatakan mahu menuntut jenazah beliau,'' katanya. Sementara itu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Islam dikatakan berada berhampiran sempadan antara Niger dan Algeria. Sumber NTC berkata, Saif dipercayai merancang untuk melarikan diri dari Libya menggunakan pasport palsu. ''Dia kini di selatan Ghat, sempadan antara Niger dan Algeria. Dia telah diberikan pasport palsu untuk melarikan diri,'' katanya. Menurut sumber itu, bekas ketua risikan, Abdullah Senussi turut berada di sempadan untuk membantu membawa keluar Saif. Dalam perkembangan lain, Pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil memberi jaminan pihaknya akan menubuhkan satu jawatankuasa menyiasat kematian Gaddafi. Ini kerana sehingga kini, kematian Gaddafi masih menimbulkan persoalan tentang bagaimana beliau terbunuh dan siapa yang bertanggungjawab membunuhnya. - REUTERS | Mayat Simoncelli selamat tiba di Itali Posted: 25 Oct 2011 07:45 PM PDT Zulkaedah 1432H. [MOD] - SEORANG wanita mengabadikan kenangan di memorial sementara yang dibina oleh peminat di Coriano, utara Itali sebagai menghormati penunggang motosikal Honda, Marco Simoncelli yang terkorban di Sepang, Ahad lalu. – Reuters
ROME – Mayat pelumba MotoGP, Marco Simonceli yang terbabit dalam kemalangan maut pada Grand Prix Malaysia pada Ahad lalu selamat tiba ke Itali, semalam. Turut mengiringi mayat Simoncelli di Lapangan Terbang Leonardo Da Vinci ialah ayahnya, Paolo dan rakan senegara, Valentino Rossi sambil disambut oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Itali, Giovanni Petrucci. Mengikut perancangan, mayat Simoncelli akan dihantar ke tempat asalnya, Coriano sebelum disemadikan esok. Kematian Simoncelli berpunca daripada hentakan kuat di dada, kepala dan leher apabila gagal mengawal jentera motosikal Honda dan terseret ke tengah trek. Colin Edwards yang berada di belakang Simoncelli gagal mengelak motosikal pelumba muda Itali itu dan melanggar Simoncelli. Juara dunia tujuh kali, Rossi yang merupakan rakan baik kepada Simoncelli berkata: ''Marco adalah seorang bintang dan saya sama sekali tidak akan melupakannya. ''Terlalu banyak memori saya bersamanya. Kami selalu bersama pada setiap hari, berlatih bersama dan berlumba adalah minat kami. ''Kami tahu perkara sebegini boleh terjadi." Rossi yang sedang bergelut dengan prestasi bersama Ducati turut menolak akan bersara selepas kemalangan itu. ''Saya tidak kata akan bersara. Ia (laporan) mungkin dibuat oleh mereka yang mahu melariskan surat khabar, " katanya. Simnocelli yang berusia 24 tahun dianggap bintang sukan bermotor dalam pembikinan. Dia terkenal dengan identiti berambut kerinting dan menjadi simbol kepada pencinta MotoGP. Pelumba muda itu memenangi kejuaraan 250cc pada tahun 2008 dan diramal bakal menjadi juara dunia MotoGP pada masa hadapan. Petrucci meminta setiap perlawanan bola sepak di Itali bertafakur selama seminit pada Ahad lepas dan para pemain memakai lilitan hitam sebagai penghormatan kepada Simoncelli. ''Kami meminta semua orang bertafakur selam seminit sebagai lambang yang kami semua amat menyayanginya, " kata Petrucci. – Agensi | Kopi kurangkan risiko kanser kulit Posted: 25 Oct 2011 07:34 PM PDT 28 Zulkaedah 1432H. [MOD] - WASHINGTON: Amalam meminum kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya di kalangan wanita.
Kajian mengenainya yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama Amerika Syarikat di bandar raya Boston kelmarin menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.
Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.
"Ekoran hampir sejuta kes baru BCC dicatatkan di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberi kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian, Fengju Song. - AFP
| Tiga maut dalam siri letupan di Yala Posted: 25 Oct 2011 07:32 PM PDT 28 Zulkaedah 1432H. [MOD] - YALA: Beberapa siri letupan menggegarkan seluruh bandar di selatan Thailand menyebabkan sekurang-kurangnya tiga maut dan berpuluh lagi cedera.
Menurut pihak berkuasa tempatan, sebanyak 15 letupan kedengaran di sekitar Yala, sekali gus menimbulkan keadaan tegang di bandar tersebut.
"Siri letupan itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemberontak Islam, sekurang-kurangnya tiga maut termasuk dua pemberontak dan lebih 50 cedera," kata Gabenor Krisada Boonrach. – AFP
| Pakar komputer Jerman catat rekod paling banyak bertindik Posted: 25 Oct 2011 07:31 PM PDT 28 Zulkaedah 1432H. [MOD] - DORTMUND, Jerman: Seorang pakar komputer, Rolf Bucholz, 52, mempunyai tindikan sebanyak 453 di tubuhnya.
Dia adalah pemilik rekod Guinness World of Records lelaki yang paling banyak bertindik di dunia.
Muka lelaki berkenaan juga mempunyai banyak tindikan seperti di kening, bibir dan hidung. Dia juga mempunyai 278 tindikan di bahagian kemaluannya. - Reuters
| Laporan Audi Negara : Bukti raja segala pembaziran dan ketirisan wang negara Posted: 25 Oct 2011 07:08 PM PDT 28 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Saya ingin mengeluarkan kenyataan media berhubung laporan audit negara 2010 yang dikeluarkan baru-baru ini yang mana secara umumnya belanjawan tersebut bolehlah saya disifatkan seperti raja segala pembaziran. Deretan salah tadbir urus kewangan negara jelas tersenarai ( di sini) dalam laporan tersebut, jadi tidak hairanlah mengapa dokumen itu lewat sampai untuk diserahkan kepada ahli parlimen. Laporan itu sekali gus merupakan bukti yang sangat jelas bahawa tahap pentadbiran negera dibawah Barisan Nasional berada ditahap yang sangat buruk dan perlu diganti dengan sebuah kerjaan baru dibawah Pakatan Rakyat. Rakyat juga boleh menilai sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara yang mana ia amat jelas menunjukkan bahawa jumlah miskin dan miskin tegar di Sabah dan Sarawak semakin bertambah, ini memberi makna bahawa program membasmi kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN telah gagal sama sekali. Umno-bn sebagai peneraju kerajaan pusat dan selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap belanja "berhemah" ini pastinya telah menutup isu pembaziran besar-besaran ini dari terdedah ke pengetahuan rakyat melaui media pro mereka iaitu Utusan, TV3 RTM dan lain-lain. Rakyat tidak kira dari lapisan masyarakat manapun etnik perlulah meletakkan perioriti Negara selamat dihadapan mereka, keperluan kesedaran ini amat dituntut lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan golongan muda yang rata-rata mereka ini amat mudah terdedah dengan maklumat. Orang muda khususnya perlu sedar bahawa negara perlu diselamatkan, jadi bagaimanakah caranya untuk menyelamatkan negeri ini? Selama Umno-BN mentadbir Pusat, situasinya bukanlah ketirisan, tetapi wang negara secara terang-terangan telah diambil oleh tangan-tangan hitam dengan gandaan harga belian barangan untuk kegunaan badan kerajaan telah dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan. Di sini saya ingin mengajak supaya kita menyelamatkan Malaysia dari segi pengurusan bajetnya dengan memastikan Poket pencuri wang rakyat hanya dapat dikosongkan dengan memberikan undi anda kepada Pakatan Rakyat, undi kerajaan baru dari Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti bagi menjamin negara yang lebih telus dari segi pengurusan wang negara. Segalnya telah kita buktikan dalam urus tadbir kewangan kerjaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Drs. Khalil Idham Lim Parit Buntar, 26 Oktober 2011 | Bahagianya Keluarga Sakinah Posted: 25 Oct 2011 04:02 AM PDT 27 Zulkaedah 1432H. [MOD] - By: M. Agus Syafii
Penggunaan nama sakinah diambil dari al Qur'an surat 30:21, litaskunu ilaiha, yang artinya bahwa Allah menciptakan perjodohan bagi manusia agar yang satu merasa tenteram terhadap yang lain. Dalam bahasa Arab, kata sakinah di dalamnya terkandung arti tenang, terhormat, aman, penuh kasih sayang, mantap dan memperoleh pembelaan. Pengertian ini pula yang dipakai dalam ayat-ayat al Qur'an dan hadis dalam kontek kehidupan manusia. Jadi keluarga sakinah adalah kondisi yang sangat ideal dalam kehidupan keluarga, dan yang ideal biasanya jarang terjadi, oleh karena itu ia tidak terjadi mendadak, tetapi ditopang oleh pilar-pilar yang kokoh, yang memerlukan perjuangan serta butuh waktu serta pengorbanan.
Dalam keluarga sakinah ada mawaddah dan rahmah (Q/30:21). Mawaddah adalah jenis cinta membara, yang menggebu-gebu dan "nggemesi" sedangkan rahmah adalah jenis cinta yang lembut, siap berkorban dan siap melindungi kepada yang dicintai. Mawaddah saja kurang menjamin kelangsungan rumah tangga, sebaliknya, rahmah, lama kelamaan menumbuhkan mawaddah. Hubungan antara suami isteri harus atas dasar saling membutuhkan, seperti pakaian dan yang memakainya (hunna libasun lakum wa antum libasun lahunna, Q/2:187). Fungsi pakaian ada tiga, yaitu (a) menutup aurat, (b) melindungi diri dari panas dingin, dan (c) perhiasan. Suami terhadap isteri dan sebaliknya harus menfungsikan diri dalam tiga hal tersebut. Jika isteri mempunyai suatu kekurangan, suami tidak menceriterakan kepada orang lain, begitu juga sebaliknya. Jika isteri sakit, suami segera mencari obat atau membawa ke dokter, begitu juga sebaliknya. Isteri harus selalu tampil membanggakan suami, suami juga harus tampil membanggakan isteri, jangan terbalik di luaran tampil menarik orang banyak, di rumah tidak sedap dipandang
| 120 orangwarga India di Estet penerima sumbangan kebajikan Pemuda PAS Perak Posted: 25 Oct 2011 03:55 AM PDT 27 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Safarizal Saleh
24 Oktober 2011 (LARUT) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut yang tidak melupai warga berbangsa India yang tinggal di Estet di sekitar kawasan Larut telah memberikan sumbangan berupa kebajikan kepada 120 orang penerima pada tahun ini.
Sumbangan keperluan barangan harian tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh yang turut bersama Ketua Pemuda PAS Larut, Mohd Nazri Din yang juga Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak. Hadir sama adalah Ketua Penerangan PAS Perak yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut, Mohd Akmal Kamarudin.
Kawasan Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah dipilih sebagai lokasi pengagihan sumbangan kali ini yang telah diadakan di Markaz PAS Cawangan Tebing Tinggi, Kubu Gajah. Berakhir serahan sumbangan tersebut, turut diadakan kenduri rakyat bersama semua penerima warga Estet yang telah hadir ke mazkaz tersebut bagi menerima sumbangan kali ini.
| ‘Adik beradik’ khalwat dicekup Posted: 25 Oct 2011 01:50 AM PDT 27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
PETALING JAYA – Lakonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.
Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam.
Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.
:Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena beriku�tan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ.
Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi.
Operasi selama tiga jam itu turut menahan seorang guru wanita menyembunyikan diri di dalam bilik air dengan hanya berkemban selepas menyedari rumahnya diserbu.
Ketika ditahan guru terbabit berusia 29 tahun berdua-duaan dengan seorang lelaki berstatus duda berusia 33 tahun di rumah sewa lelaki terbabit.
Manakala seorang lagi penjawat awam berusia 25 tahun dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang janda berusia 35 tahun, anak tiga di rumah.
Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi besar-besaran tersebut akan diteruskan bagi membanteras kegiatan maksiat di kawasan Taman Medan.
"Operasi ini adalah susulan daripada aduan dan maklumat daripada penduduk setempat yang merasakan tempat disyaki seperti hotel bajet dan rumah persendirian perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lokasi mudah melakukan perbuatan sumbang," katanya kepada Sinar Harian.
Kesemua pasangan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.
sinar harian/- | Penghuni dunia cecah 15 bilion Posted: 25 Oct 2011 01:40 AM PDT 27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Bumi kini hadapi masalah penduduk, suhu
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran penduduk dunia akan mencecah 15 bilion orang menjelang akhir abad ini, menyebabkan tekanan berat kepada sumber planet Bumi,
kecuali tindakan segera diambil untuk mengawal kadar pertumbuhan. Perangkaan itu berkemungkinan mengejutkan ramai pakar kerana ia jauh lebih tinggi berbanding yang dianggarkan.
Terdahulu, PBB menganggarkan dunia akan memiliki 10 bilion penduduk menjelang akhir abad ini, manakala ketika ini hampir tujuh bilion orang menghuni dunia.
Perangkaan baru itu dinyatakan dalam kajian oleh Dana Kependudukan PBB (UNFPA) yang akan disiarkan minggu ini. Laporan bertajuk 'Kedudukan Penduduk Dunia 2011,' dihimpun untuk menandakan bahawa di mana-mana saja di muka Bumi, bayi yang dilahirkan akan menjadikan penduduk dunia melebihi tujuh bilion.
Sebahagian pakar memberi reaksi terkejut dengan perangkaan itu. Pengerusi Population Matters, Roger Martin, yang berkempen untuk mengawal penduduk, berkata Bumi memasuki fasa baru yang bahaya.
"Planet kita menghadapi masalah dari semua aspek termasuki pertumbuhan penduduk dan perubahan suhu. Planet sebenarnya tidak menampung tujuh bilion penduduk," katanya. Bumi mempunyai dua kali ganda penduduk sejak tahun 1960-an, disebabkan kadar kelahiran tinggi di Afrika, Asia dan Amerika Latin.
Sebahagian lagi masih ragu-ragu dengan fakta bahawa penduduk dunia akan mencecah 15 bilion dengan kadar segera. Penulis Population Bomb, Profesor Jack Goldstone, dari Universiti George Mason, berkata beliau yakin pemimpin dunia akan mengambil tindakan tertentu untuk memastikan penduduk dunia dapat dikurangkan.
"Cara mengurangkan bilangan kanak-kanak dalam keluarga tersebar ke seluruh dunia," katanya sambil menambah 10 hingga 12 bilion penduduk menjelang 2100.
Ramai pakar dasar percaya kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai cara mengehad dan mengawal penduduk dunia. Kunci utama, kata mereka ialah memastikan perancangan keluarga yang berkesan disampaikan ke seluruh negara membangun.
"Apa yang amat kritikal ialah komitmen kerajaan. Perancangan keluarga sebenarnya tidak mahal," kata Naib Presiden Majlis Kependudukan beribu pejabat di New York, John Bongaarts.
Bagaimanapun, aktivis isu perancangan keluarga berdepan faktor budaya dan agama yang menjadikan usaha mendidik wanita dan mengurangkan saiz keluarga sukar. – Agensi | Negara berkebajikan bukti PAS bela semua kaum Posted: 25 Oct 2011 01:30 AM PDT 27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Seluruh rakyat negara ini diseru menyertai kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan terhadap kepimpinan negara.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, masa kepada politik perkauman di negara ini sudah berakhir.
Menurut beliau, sebaliknya, seluruh rakyat negara ini mesti dikenali sebagai rakyat Malaysia dan bukan lagi dari latar belakang kaum dan agama.
Katanya, sejajar dengan itu, PAS yang ditubuhkan sejak 60 tahun lalu sudah lama mengamalkan konsep menghormati antara satu sama lain demi kemanusiaan.
"Sehubungan itulah, PAS tidak mengira kaum atau agama dalam memberikan sumbangan, apatah lagi dengan konsep negara berkebajikan menjadikan PAS lebih bersungguh-sungguh membela semua kaum," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Barit Buntar mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada para penganut agama Hindu di negara ini.
"Selamat Menyambut Hari Deepavali untuk penganut Hindu semoga sambutan cahaya ini menyinari usaha perubahan yang kita lakukan," katanya.
Kelmarin, beliau turut menghadiri satu program sumbangan kepada fakir miskin bagi kaum India yang berlangsung di Telok Intan.
Program anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan PAS Kawasan Telok Intan itu membabitkan sumbangan kepada 240 orang fakir miskin di kawasan itu.
Turut hadir pada program itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jong, Annuar Sudin yang turut menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin terbabit dan Pengerusi DHPP Kawasan, Archaran Singh.
Sementara itu, Archaran dalam ucapannya mengharapkan program tersebut akan lebih meriah pada tahun-tahun akan datang.
Masyarakat India masih tercicir
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada penganut Hindu.
Beliau bagaimanapun kesal kerana sebagai salah satu kaum utama di Malaysia, masyarakat India khususnya yang beragama Hindu masih tercicir.
"Lihat sahaja bagi mereka yang tinggal di estet-estet, keadaannya masih daif. Berulang kali disebutkan, termasuk di dalam Parlimen bahawa angka banduan, keciciran pendidikan di sekolah dan gangsterisme masih ramai yang melibatkan belia dari masyarakat India," ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, yang jelas ialah kepercayaan sekian lama yang mereka berikan kepada pemerintah sediakala telah dikhianati.
"Malah kita dengar bagaimana saham berbilion ringgit yang diperuntukkan kepada masyarakat kita yang keturunan India, lenyap begitu sahaja. Pembelaan bagi pihak semua masyarakat yang memerlukannya adalah tunggak perjuangan Keadilan sejak penubuhannya," katanya.
Dalam konteks ini, katanya masyarakat India tidak boleh dibiarkan terkebelakangan mengakibatkan keseluruhan corak masyarakat negara menjadi tidak seimbang.
Ujarnya, inilah ujian dan cabaran yang sedang dihadapai oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kesejahteraan dan PKR tidak memandang sambil lewa hal itu.
"Kita dengan sepenuh daya upaya mahukan agar masyarakat India tidak lagi ketinggalan, dan keberadaan mereka bukan hanya tempelan di kaca TV untuk menampakkan keharmonian yang serba pura-pura," ujarnya.
harakahdaily/- | Jalankan tugas walaupun sakit Posted: 25 Oct 2011 01:25 AM PDT 27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KETIKA reaksi rakyat Libya masih bercampur-baur mengenai realiti kematian bekas pemimpinnya, Muammar Gaddafi, yang terbunuh akibat tembakan di kepala ketika bertempur dengan penentangnya di Sirte, awan pilu kini berarak menyelubungi rakyat Arab Saudi.
Bukan meratapi pemergian ikon Libya tersebut, tetapi mereka hiba lantaran mendapat khabar bahawa bakal pewaris takhta, Putera Mahkota Sultan Abdul Aziz Al-Saud, 85, telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu lalu.
Baik Gaddafi mahupun Sultan, kedua-duanya merupakan pemimpin tersohor dengan cara tersendiri. Namun, tidak seperti riwayat perjuangan Gaddafi yang berakhir dengan tragis, kemangkatan putera mahkota itu adalah noktah pilu setelah berjuang dengan masalah kesihatan sejak bertahun-tahun lamanya.
Dalam pada meniti saat persemadian baginda, segala persoalan mengenai keadaan kesihatan dan masa depan tugas baginda itu terus diperkatakan.
Pada awalnya, pengumuman tersebut tidak mendedahkan secara terperinci lokasi tepat Putera Mahkota Sultan menghembuskan nafas terakhir mahupun mengulas lebih lanjut mengenai penyakitnya.
Namun, sumber rasmi Arab Saudi yang berlegar-legar di Riyadh memberitahu, putera mahkota kesayangan rakyat tersebut meninggal dunia di Hospital Presbyterian di New York.
Putera Sultan berhadapan dengan pelbagai komplikasi kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Selain ke Amerika Syarikat (AS), baginda juga merantau ke Maghribi untuk tujuan sama.
Beliau berada di AS sejak Jun dan menjalani pembedahan perubatan pada bulan Julai, namun tiada maklumat mengenai berita perkembangan kesihatannya sejak itu.
Baginda didiagnosis menderita kanser kolon sejak tahun 2004 dan pernah mengunjungi Switzerland bagi mendapatkan rawatan. Antara prosedur pembedahan yang dijalani adalah membuang polip di usus baginda.
Sejurus pihak istana mengumumkan mengenai putera mahkota itu yang dibenarkan keluar dari hospital, stesen televisyen Arab Saudi tidak menunggu masa yang lama untuk menyiarkan klip rakaman untuk meredakan resah rakyat Arab Saudi.
Putera Mahkota Sultan dalam klip itu dilihat sedang duduk memakai jubah tradisional sambil menerima ucapan selamat daripada orang kenamaan.
Timbul spekulasi
SULTAN dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Presbyterian di New York.
Keperluan rawatan kanser di AS sebenarnya menyaksikan putera itu meninggalkan Arab Saudi lebih daripada setahun iaitu antara tahun 2008 hingga 2009. Masa selebihnya digunakan untuk proses pemulihan di Agadir, Maghribi.
Seorang diplomat Barat juga ada memberitahu mengenai keadaan bahawa Putera Mahkota Sultan bergantung sepenuhnya pada sistem sokongan hayat dan diisytiharkan 'mati secara klinikal' lebih sebulan yang lalu.
Oleh kerana laporan itu tersebar, koresponden luar negeri di Riyadh itu dikenakan tindakan dengan dipaksa meninggalkan negara tersebut.
Putera Mahkota Sultan yang usianya dua tahun lebih muda daripada saudara tirinya yang kini memerintah, Raja Abdullah telah berkhidmat sebagai Ketua Pertahanan hampir lima dekad lamanya.
Namun, kemerosotan kesihatan baginda telah membuatkannya menghabiskan banyak masa di luar negara untuk menjalani rawatan perubatan.
Pada 2009, kabel diplomatik AS yang dikeluarkan oleh WikiLeaks melabelkannya sebagai 'tidak berupaya' untuk memerintah.
Ada juga sumber menyatakan bahawa pada April 2009, Putera Mahkota Sultan mula menderita penyakit Alzheimer.
Dalam keadaan lemah, baginda dilaporkan tegar menyambung tugas sekembalinya ke Riyadh pada Disember 2009, meskipun hanya mampu bekerja beberapa jam sahaja setiap hari.
Begitupun, baginda sebenarnya masih sakit dan perlukan rawatan lanjut. Akibat terlalu lama tahap kesihatan baginda tidak berada di tahap yang baik, banyak keputusan penting kerajaan tergendala.
Pada masa yang sama, persoalan mula timbul mengenai kesudahan monarki untuk generasi akan datang bagi keluarga Al-Saud.
Catur masa depan
KEMANGKATAN Sultan satu kehilangan besar bagi rakyat Arab Saudi.
Pemergian Putera Mahkota Sultan juga terjadi saat Raja Abdullah, 87, sedang dirawat di hospital di Riyadh seminggu selepas menjalani pembedahan tulang belakang.
Menyedari amanah negara yang dipikul Putera Mahkota Sultan perlu diteruskan, Raja Abdullah mengambil langkah awal untuk mencatur masa depan kerajaan baginda.
Dalam meletakkan sesiapa sahaja sebagai pengganti, baginda perlu adil membahagikan kuasa dalam keluarga diraja tersebut yang mempunyai ribuan ahli dan puluhan cabang keluarga yang mendominasi institusi pentadbiran, ketenteraan dan perniagaan.
"Keseimbangan sering diambil peduli oleh raja-raja. Ia bagi menimbulkan keharmonian dan pembahagian kuasa yang adil di semua peringkat," ujar seorang profesor sains politik di Riyadh, Khaled al-Dakhil.
Keluarga Al-Saud telah memerintah Arab Saudi sejak penubuhan negara tersebut pada 1932 dan aliran takhta lazimnya diperturunkan kepada anak-anak lelaki pengasasnya iaitu Abdul Aziz yang kini semuanya sudah tua.
Kini, individu yang layak menggantikan tempat Putera Mahkota ialah saudara lelaki baginda sendiri, Putera Nayef Abdul Aziz Al-Saud, 77, yang menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi sekali gus bertanggungjawab ke atas keselamatan dalam negeri.
Pelantikan Putera Nayef adalah menerusi sidang Majlis Baiah (Taat Setia) yang tidak pernah diguna pakai sebelum ini.
Sultan pemurah
BANDAR SULTAN pernah menjalin diplomasi dengan AS sebagai duta Riyadh.
Usia sebenar Putera Mahkota Sultan tidak pernah jelas. Tarikh kelahirannya seringkali dilapor oleh kerajaan antara tahun 1926 dan 1931.
Mula dikenali apabila dilantik sebagai Gabenor Riyadh pada 1947, Putera Mahkota Sultan itu cukup terkenal dengan sifat murah hati kerana sering membantu puak-puak di negaranya, penjawat awam, tentera dan kumpulan keagamaan.
Penulis buku The Kingdom, Robert Lacey yang menulis mengenai Dinasti Al-Saud menggambarkan Putera Mahkota bertubuh tinggi dan gempal itu sebagai seorang yang komited dalam tugas.
Pada masa yang sama, Putera Sultan membantu ayahanda baginda untuk merangka sistem pentadbiran kebangsaan berasaskan pelaksanaan Undang-Undang Syariah Islam.
Anak lelaki ke-15 bagi pasangan Raja Abdul Aziz dan Puteri Hassa Al-Sudairi itu bersama saudara-saudara lelakinya yang lain menerima pendidikan awal dalam hal ehwal agama, budaya moden dan diplomasi di Istana Diraja.
Putera Mahkota Sultan diajar oleh guru persendirian dan berkebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris. Baginda juga mengikuti pengajian di sekolah khas untuk putera-putera raja.
Walaupun media jarang melaporkan mengenai keluarga baginda, Putera Mahkota Sultan dikurniakan seramai 32 anak hasil daripada perkahwinan dengan ramai isteri.
Antara anak-anaknya ialah Bandar, bekas duta di Amerika Syarikat (AS) yang kini merupakan Ketua Majlis Sekuriti Kebangsaan; Khaled yang menjadi pembantunya di Kementerian Pertahanan; Fahd yang menyandang jawatan Timbalan Presiden Sukan dan Kebajikan serta anak-anaknya yang lain, Muhammad, Turki dan Faisal.
Putera Mahkota Sultan akan tetap dikenali sebagai putera berperibadi tegas. Baginda turut diingati atas kebenciannya terhadap Komunisme dan kecurigaan terhadap pihak yang 'mengintai' prospek minyak dan pelabuhan di Arab Saudi.
Upacara pengebumian Putera mahkota Sultan akan diadakan hari ini (Selasa) selepas jenazahnya tiba dari AS. Pihak istana turut menyampaikan rasa dukacita Raja Abdullah atas pemergian putera mahkota itu.
Sungguhpun Putera Mahkota Sultan telah sedaya-upaya menggagahkan diri demi menggalas tugas dan berbakti untuk kerajaan dan rakyat, hasrat serta giliran baginda untuk menaiki takhta masih tidak kesampaian.
kosmo/- | Laporan audit: Hanya peti undi boleh sedarkan BN Posted: 25 Oct 2011 01:20 AM PDT 27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Meskipun ditegur setiap tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap pekak kepada saranan Ketua Audit Negara (KAN), bahkan budaya penyelewengan, pembaziran, ketirisan dan keborosan semakin subur dalam pengurusan kewangan negara, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dalam satu kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim menyimpulkan bahawa kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada 'peti undi' apabila Laporan Audit 2010 mendedahkan lagi penyelewengan yang sama seperti tahun-tahun terdahulunya dalam pengurusan projek dan pembelian perkakas agensi kerajaan.
Mengikut laporan terbaru, antara teguran yang dibuat KAN, ia kelakuan agensi kerajaan yang sangat jelas melanggari undang-undang.
Sebagai contoh, kata Tuan Ibrahim, bangunan tambahan Perpustakaan Negara yang diduduki tanpa sijil CF tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, mereka mesti tahu peraturan dan risiko menduduki sesebuah bangunan tanpa Sijil Boleh Menduduki (CF).
"Demikian juga teguran terhadap banyaknya projek kerajaan diberi melalui runding terus dan ianya jelas suatu tindakan untuk memberi projek kepada kroni dan mereka yang tidak layak menerimanya.
Antara projek runding terus yang merugikan negara ialah pembelian kuda "sakit" oleh Majlis Sukan Negara. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding," kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Tuan Ibrahim juga membangkitkan keborosan dalam Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan.
Yang paling menjengkelkan, kata beliau ialah pembelian satu binokular oleh JLTM pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940.
"Mara (Majlis Amanah Rakyat) juga tidak kurang hebatnya kerana sanggup membeli ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan "katil boleh lipat" pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga Mara," tegur beliau lagi.
Selain itu, kata Tuan Ibrahim syarikat-syarikat GLC yang ditegur bertahun-tahun juga terus dilanda kerugian. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta).
Pada skop yang lebih besar, kata beliau ialah kenaikan hutang negara sebanyak 12.3% kepada RM407.11 billion pada 2010 daripada RM362.39 billion pada 2009.
"Ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% pada 53.1%," kata beliau.
Penyelewengan di atas, kata Tuan Ibrahim menunjukkan teguran bahasa audit tidak difahami BN.
"Justeru mereka terus menghampakan rakyat tanpa sebarang perubahan dilakukan. Maka, jelas yang boleh mengajar mereka ialah peti undi, dan rakyat tidak seharusnya mensia-siakan peluang di petak undi bagi mengajar dan menghukum kerajaan pekak ini," tambah beliau.
Beliau juga memberikan amaran kepada rakyat bahawa kekecewaan itu akan pasti berulang selagi kerajaan yang ada tidak diganti dengan kerajaan baru yang lebih beramanah dan bertanggungjawab.
harakahdaily/- | Buaya ancaman baru Posted: 25 Oct 2011 01:15 AM PDT 27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
BANGKOK - Thailand berterusan menerima dugaan yang turut dilihat sebagai ujian terbesar untuk kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawtra apabila pihak berkuasa mengeluarkan amaran ribuan buaya kini berkeliaran di dalam air banjir di pinggir Bangkok.
Amaran itu dikeluarkan semasa penduduk diminta bersedia untuk menghadapi banjir berterusan dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Kebanyakan buaya air tawar tersebut dipercayai terlepas dari taman hidupan liar selepas sangkar haiwan reptilia itu ditenggelami air.
Kerajaan turut menawarkan ganjaran untuk menangkap kesemua buaya tersebut tetapi pegawai taman hidupan haiwan memaklumkan mustahil untuk mengawal pergerakan haiwan itu jika banjir semakin buruk.
Sementara itu, Yingluck turut mengumumkan penghalang banjir dan pintu air sebagai zon larangan bagi menghentikan gangguan penduduk yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan menangani masalah tersebut.
Pihak berkuasa dan pegawai pentadbiran tempatan juga diberikan kuasa untuk meruntuhkan sebarang struktur yang menghalang operasi kawalan bencana itu.
sinar harian/- | RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah Posted: 25 Oct 2011 01:00 AM PDT 27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.
Menurut laporan projek BELB, dana itu sepatutnya bagi membekalkan elektrik kepada 17 buah rumah di sebuah kampung di Indera Mahkota, Pahang.
Bagaimanapun lawatan audit ke tapak berkenaan mendapati hanya terdapat sebuah unit rumah di kampung itu.
Dalam penjelasannya, TNB mendakwa ketika projek itu diluluskan, 17 rumah sedang dalam proses dibina tetapi akhirnya hanya sebuah yang disiapkan.
"Pada pendapat audit kelulusan projek BELB di kawasan ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu jenis rumah di kawasan berkenaan hendaklah merupakan rumah kekal dan didiami serta sesuai dibuat pendawaian elektrik.
"Ini mengakinbatkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM0.77 juta bagi membekalkan elektrik untuk sebuah rumah sahaja di kampung ini," kata laporan itu.
Laporan Audit 2010 juga mendedahkan bahawa TNB meluluskan projek bernilai RM65,193 bagi membekalkan elektrik kepada lima buah rumah terbengkalai di sebuah kampung di Bera, Pahang.
Sehubungan itu, laporan berkenaan menilaikan prestasi projek BELB sebagai tidak memuaskan dengan hanya 43.2 peratus atau 16 daripada 37 projek yang disiapkan pada tahun lalu.
malaysiakini/- | Gejala pelancong melacur serius Posted: 25 Oct 2011 12:52 AM PDT 27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Peningkatan kemasukan setiap tahun boleh ganggu keamanan negara
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu membuat tinjauan dan kajian bagi menangani masalah pelacuran yang berlaku hasil kedatangan pelancong asing ke Malaysia, khususnya dari China.
Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit, berkata pihaknya menyedari masalah sosial dihadapi negara berikutan terdapat pelancong asing yang menyalah guna kedatangan mereka ke sini untuk menjadi pelacur.
Disebabkan isu pelacuran ini bukan tanggungjawab kementerian ini, maka kementerian bertanggungjawab seperti Kementerian (Pembangunan) Wanita (Keluarga dan Masyarakat) perlu membuat tinjauan dan kajian mengenai perkara ini, sama ada ia berlaku dengan meluas atau kerap hingga boleh mengganggu keamanan negara.
Dr James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Pelancongan "Disebabkan isu pelacuran ini bukan tanggungjawab kementerian ini, maka kementerian bertanggungjawab seperti Kementerian (Pembangunan) Wanita (Keluarga dan Masyarakat) perlu membuat tinjauan dan kajian mengenai perkara ini,
sama ada ia berlaku dengan meluas atau kerap hingga boleh mengganggu keamanan negara," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) di Dewan Rakyat, semalam.
Ibrahim ingin mendapat penjelasan mengenai kemasukan pelancong China ke Malaysia yang dilapor menunjukkan peningkatan, namun dalam masa sama, menyumbang kepada masalah sosial dalam negara.
Mengulas lanjut, James yang juga Ahli Parlimen Mambong berkata, kedatangan pelancong dari China meningkat setiap tahun, sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara.
Beliau berkata, sehingga Jun lalu, 564,955 pelancong China berkunjung ke Malaysia berbanding hanya 516,160 orang pada tempoh sama tahun lalu.
Menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berhubung langkah yang sudah dan bakal diambil bagi mempertingkat hubungan pelancongan antara rakyat negara ini dan China, Dr James berkata, pihaknya melaksana pelbagai cara.
Katanya, ini termasuk menerusi seminar pelancongan, program pertukaran lawatan media dan menarik agensi pelancongan China menjadi wakil program Malaysia Rumah Keduaku.
berita harian/- | |
Salam Perjuangan Posted: 25 Oct 2011 11:48 PM PDT KEPINCANGAN LAPORAN AUDIT, HUKUM BN DENGAN KUASA UNDI Posted: 25 Oct 2011 03:47 AM PDT 27 Dzulka'edah 1432 H | 25 October 2011Kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada "peti undi." Inilah kesimpulan dari Laporan Audit 2010 yang sekali lagi menegur kelemahan ketara dalam pengurusan kewangan negara terutamanya dalam pengurusan projek dan membeli perkakas.
Walaupun Ketua Audit Negara (KAN) telah membuat pelbagai teguran setiap tahun, namun perkara yang sama terus dilakukan, yakni budaya ketirisan, keborosan dan pembaziran yang disemai BN terus subur tanpa sebarang kekesalan.
Mengikut laporan terbaru, antara teguran yang dibuat KAN ialah kelakuan agensi kerajaan yang sangat jelas melanggari undang-undang. Sebagai contoh, bangunan tambahan Perpustakaan Negara yang diduduki tanpa sijil CF tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, mereka mesti tahu peraturan dan risiko menduduki sesebuah bangunan tanpa Sijil Boleh Menduduki (CF).
Demikian juga teguran terhadap banyaknya projek kerajaan diberi melalui runding terus dan ianya jelas suatu tindakan untuk memberi projek kepada kroni dan mereka yang tidak layak menerimanya.
Antara projek runding terus yang merugikan negara ialah pembelian kuda "sakit" oleh Majlis Sukan Negara. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding.
Selain itu, juga dilaporkan kesanggupan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Antara yang paling menjengkelkan ialah pembelian sebuah binokular pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940.
MARA (Majlis Amanah Rakyat) juga tidak kurang hebatnya kerana sanggup membeli ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan "katil boleh lipat" pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga MARA.
Selain itu, syarikat-syarikat GLC yang ditegur bertahun-tahun juga terus dilanda kerugian. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta).
Pada skop yang lebih besar, hutang negara meningkat 12.3% kepada RM407.11 billion pada 2010 daripada RM362.39 billion di 2009, dan ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% pada 53.1%.
Semua di atas menunjukkan teguran bahasa audit tidak difahami BN, jesteru mereka terus menghampakan rakyat tanpa sebarang perubahan dilakukan. Maka, jelas yang boleh mengajar mereka ialah peti undi, dan rakyat tidak seharusnya mensia-siakan peluang di petak undi bagi mengajar dan menghukum kerajaan pekak ini.
Kekecewaan ini akan pasti berulang selagi kerajaan yang ada tidak diganti dengan kerajaan baru yang lebih beramanah dan bertanggungjawab. | |
Peghelih La... Posted: 25 Oct 2011 11:41 PM PDT Laporan Audit: Enrolmen pelajar IPTIPs semakin menurun Posted: 25 Oct 2011 06:48 AM PDT 8.4.2.2. Sasaran Kemasukan PelajarKekuatan dan keteguhan sesebuah IPTS bergantung kepada jumlah pelajar. Peningkatan enrolmen pelajar menjamin sumber pendapatan bagi membiayai kos operasi terutamanya elemen kos tetap agar tidak terlalu bergantung kepada bantuan Kerajaan. IPTIPs tidak menetapkan sasaran tahunan enrolmen pelajar.
Semakan Audit mendapati enrolmen pelajar yang mendaftar pada setiap tahun mengalami penurunan. Bagi sesi bulan Julai 2010, keseluruhan pelajar IPTIPs adalah seramai 85 orang terdiri daripada 39 orang atau 46% pelajar Malaysia manakala pelajar luar negara pula seramai 46 orang atau 54% orang pelajar. Pelajar luar negara terdiri daripada pelajar Kemboja 25 orang, Thailand 18 orang manakala Indonesia, Singapura dan China masing-masing seorang pelajar.
Walaupun IPTIPs telah menubuhkan Unit Promosi Dan Kemasukan bertujuan menarik minat pelajar, namun kemasukan pelajar baru masih rendah. Malahan, trend 5 tahun menunjukkan enrolmen pelajar semakin berkurangan. Rekod IPTIPs menunjukkan jumlah kemasukan pelajar terendah dicatatkan pada sesi Julai 2010 iaitu seramai 22 orang pelajar. Pada sesi Julai 2010, jumlah pelajar berkurangan kepada 85 orang pelajar atau 45% berbanding 150 orang pelajar pada sesi Julai 2009. Maklumat enrolmen pelajar pada sesi pengajian Mei 2008 hingga Julai 2010 adalah seperti di Carta 7.1. (Foto di atas)
Mengikut pihak IPTIPs, penurunan jumlah pelajar baru disebabkan IPTIPs hanya menawarkan 3 kursus peringkat Diploma sejak ditubuhkan sedangkan IPTA dan IPTS di seluruh negara menawarkan lebih banyak kursus yang relevan dengan kehendak pasaran kerja. Selain itu, tahap prasarana yang kurang memuaskan, kemudahan yang terhad dan ketiadaan kampus serta asrama sendiri turut menyumbang kepada kekurangan bilangan kemasukan pelajar.
Pada pendapat Audit enrolmen pelajar IPTIPs adalah tidak memuaskan. Kekurangan pelajar mengakibatkan masalah sumber pendapatan yang serius kepada IPTIPs. | |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 25 Oct 2011 09:32 PM PDT Penindasan kerajaan terhadap apprentices TLDM dibongkar Posted: 25 Oct 2011 04:15 AM PDT KOTA KINABALU, 25 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah(DPPNS) hari ini mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia keatas anggota apprentices Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
MenurutKetua Penerangannya, Saudara Mohd Zulfikar Abd. Mijan, terdapat hampir 1000 anggotaapprentices TLDM dibawah Skim ApprenticesDiploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudaiberasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka denganapa yang dijanjikan sebelum ini.
"Ramaianggota tidak diberikan pangkat PetterOfficer (PO) dan gaji yang setimpal kepada mereka", jelasnya kepada sidangmedia di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu pagi tadi.
Tambahnya,terdapat beberapa perkara mengundang rasa tidak puas hati mereka terhadappengurusan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada anggota.
Beliaumendakwa, selain kesemua anggota berkenaan tidak mematuhi kontrak sebenar dalamperkhidmatan, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan penjelasan kukuh berkaitan arahanpemberhentian yang lebih awal dari waktunya.
"Alasan yang digunakan oleh pihak TLDM untuk menyekatkenaikan pangkat dan menawarkan berhenti sukarela adalah tidak munasabah denganmenggunakan alasan kegagalan penyiapan kapal ronda generasi baru dan lebihananggota dalam perjawatan.
"Pampasan berhenti awal juga tidak komprehensif kerana itu kesalahan TLDM yang tidak mematuhi kontrakmenyebabkan caruman LTAT diterima adalah sikit berbanding anggota lain,"ujarnya.
Beliaumenjelaskan, kegagalan pihak TLDM menyiapkan 23 daripada 27 buah baki kapalperang menyebabkan graduan lepasan DTM terpaksa diserapkan ke unit-unit kecilbahagian TLDM dengan tidak mempraktikal secara teknikal berhubung pengajian merekadi UTM.
Penindasanskim berkenaan semakin ketara apabila kesemua mereka tidak diberikan latihanperalihan untuk mempersiapkan diri sebagai orang awam dalam masyarakat.
"Merekatidak ditawarkan peralihan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untukmempersiapkan diri menjadi orang awam sebagaimana anggota lain," katanya.
Selaindari itu, kesemua anggota DTM terbabit juga seolah-olah dipaksa dan diugutuntuk menandatangani borang perjanjian umpama akujanji untuk tidak mengambil apa-apatindakan undang-undang terhadap pengurusan TLDM.
"Initerang-terangan, pihak TLDM adalah dayus dengan memaksa mereka ini tandatanganborang perjanjian. Mereka dipaksa menandatangani bagi menutup salah lakupengurusan TLDM," tegasnya.
DakwaZulfikar, walaupun perkara ini berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Najib TunRazak memegang tampuk Menteri Pertahanan, namun penyelewengan dan penindasanini katanya, wajar dijawab oleh Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr. Ahmad ZahidHamidi selaku Menteri Pertahanan ketika ini.
Zulfikarmenambah, pihaknya akan meneruskan saman keatas pihak TLDM dan KerajaanMalaysia atas dakwaan penyelewengan dan penindasan tersebut. Walaupun pihaknyasudah mengemukakan saman pemula pada Februari lalu, namun ditolak oleh peguamatas alasan yang tidak munasabah.
Dokumenpenyelewengan tersebut juga diserahkan kepada Ahli Parlimen Jerai, Saudara MohdFirdaus Jaafar untuk didedahkan di Parlimen.
Sidangmedia tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai yang juga Pengarah Penggunadan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Saudara Mohd Firdaus Jaafar;Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu dan pimpinan pemudaPAS Negeri Sabah. | Pemuda PAS Sabah cabar Musa Aman Posted: 25 Oct 2011 12:32 AM PDT KOTAKINABALU, 26 Okt: "Jika benar Musa Aman orang Sabah, maka beliau dicabarmemberi penjelasan terbaik buat warga Sabah". Itulah cabaran Pemuda PAS Sabahkepada Kerajaan Negeri khususnya Datuk Seri Musa Aman dalam menangani isuberhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual olehsebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.
KetuaDewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu (gambar) berkata PAS mengambilpendirian serius berhubung isu berkenaan memandangkan ianya berkait mengenaikedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah pada masa kini danakan datang.
"Kenapapulau ini menjadi bahan dagangan, sedangkan ianya khazanah berharga kepadasesebuah negeri?", soalnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, KotaKinabalu, pagi tadi.
KataLahirul, PAS memberi tempoh tujuh hari untuk memberi peluang kepada KetuaMenteri, Musa Aman bagi menjawab semua persoalan dan isu berhubung penjualanpulau tersebut
"PAS jugaakan membawa isu ini kepada kementerian yang bertanggungjawab serta KetuaPembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen," ujarnya.
Tambahnya,kempen "Selamatkan Pulau-Pulau Sabah" yang dilancarkan pada 16 Oktober laluakan diteruskan ke seluruh Malaysia dengan kerjasama bersama Pemuda PASMalaysia.
Kempenmengumpul tandatangan sedang giat diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruhSabah yang kini telah digerakkan oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS NegeriSabah.
Beliaujuga mendakwa, isu tanah di Sabah terutama di kawasan pedalaman yang gagalditangani oleh kerajaan Sabah sebagai punca ketirisan kepimpinan kerajaanpimpinan Musa Aman dalam mentadbir Sabah dengan baik.
Sebaliknya,beliau menganggap sekiranya kerajaan Sabah telus dan ikhlas memperjuangkan hakrakyat maka golongan muda juga seharusnya diberikan hak pemilikan tanah.
Dalamsidang media itu juga, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, SaudaraMohd Zulfikar Abd. Mijan pula menempelak Musa Aman yang jangan hanya pandaimemerintah tetapi memekakkan telinga apabila berhadapan isu kedaulatan.
"Jangan tahuperintah saja, tapi orang jual pulau dia buat-buat tidak tahu," sinisnya.
Sidang mediatersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai, Saudara Mohd Firdaus Jaafar dankepimpinan Pemuda PAS Sabah. | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 25 Oct 2011 07:43 PM PDT |
DUN CHINI Posted: 25 Oct 2011 07:41 PM PDT Mufti Besar Libya: Gaddafi telah Kafir dan Haram Disolatkan Posted: 24 Oct 2011 11:28 PM PDT HHRS 2.0 - Tokoh-tokoh agama saling berbeza pendapat berkenaan jasad bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, dengan beberapa di antara mereka mengutuk apa yang mereka sebut gangguan terhadap mayatnya, sementara yang lain telah menyatakan dia seorang kafir, dan kerananya tidak berhak untuk dikuburkan secara Islam. Syaikh Mahmud Asyur dari Akademi Penyelidikan Islam Al-Azhar di Mesir, berkata: "Islam melarang menyalahgunakan mayat setiap manusia. Dalam Islam, orang harus menghormati martabat mayat." Sementara itu, Imam Alkomos Abdul Maih mengatakan, "Mayat pada dasarnya suci. Sebuah keterangan sederhana tentang apa yang terjadi terhadap mayat Gaddafi, adalah bahawa hal itu bertentangan dengan semua norma dan standard hak asasi manusia." KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI Pada hari Sabtu lalu, di Misrata, rakyat datang berduyung-duyung untuk hari kedua melawat sebuah pusat membeli-belah untuk melihat jasad bekas pemimpin Libya. Aksi menonton mayat ini dipandang oleh beberapa ulama sebagai bertentangan dengan undang-undang Islam, di mana jasad perlu dikuburkan secepat mungkin. Namun, Mufti besar Libya, Syaikh Sadiq al-Ghariany, mengatakan bahawa Gaddafi adalah seorang kafir, dan solat jenazah untuknya di masjid atau oleh Syaikh masyarakat Muslim, dan ulama menyalahi undang-undang Islam. Ghariany berkata pada hari Ahad (23/10) dalam sebuah fatwa - dan disiarkan oleh media Libya, bahawa Gaddafi selama hidupnya menentang syariah Islam dan banyak kata-kata dan perbuatannya selama berkuasa menunjukkan bahawa ia bukanlah seorang Muslim. Pendapat yang berlaku dalam syariah Islam adalah bahawa seorang Muslim tidak boleh melawan undang-undang yang ada di dalam Al-Quran atau Sunnah dan hal itu semuanya itu dilanggar oleh Gaddafi. Ghariany meneruskan dengan mengatakan, "Ada alasan yang sah untuk tidak mensolatkan dia, yang hal tersebut menjadi contoh bagi para pemimpin yang lain." Dia menambah bahawa Gaddafi mungkin boleh ditanam di perkuburan Muslim, namun dimandikan dan disolatkan hanya oleh keluarga dan kerabat. Ghariany berkata bekas penguasa diktator tersebut harus dikubur dalam sebuah makam tidak bertanda untuk mengelakkan terjadinya perpecahan di antara rakyat Libya dan agar makamnya tidak menjadi tempat yang disucikan. Diterjemah dari fiqhislam.com | |
PAS LENGGONG Posted: 25 Oct 2011 07:13 PM PDT Renungan Posted: 24 Oct 2011 10:01 PM PDT HHRS 2.0 - Tokoh-tokoh agama saling berbeza pendapat berkenaan jasad bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, dengan beberapa di antara mereka mengutuk apa yang mereka sebut gangguan terhadap mayatnya, sementara yang lain telah menyatakan dia seorang kafir, dan kerananya tidak berhak untuk dikuburkan secara Islam. Syaikh Mahmud Asyur dari Akademi Penyelidikan Islam Al-Azhar di Mesir, berkata: "Islam melarang menyalahgunakan mayat setiap manusia. Dalam Islam, orang harus menghormati martabat mayat." Sementara itu, Imam Alkomos Abdul Maih mengatakan, "Mayat pada dasarnya suci. Sebuah keterangan sederhana tentang apa yang terjadi terhadap mayat Gaddafi, adalah bahawa hal itu bertentangan dengan semua norma dan standard hak asasi manusia." Pada hari Sabtu lalu, di Misrata, rakyat datang berduyung-duyung untuk hari kedua melawat sebuah pusat membeli-belah untuk melihat jasad bekas pemimpin Libya. Aksi menonton mayat ini dipandang oleh beberapa ulama sebagai bertentangan dengan undang-undang Islam, di mana jasad perlu dikuburkan secepat mungkin.
Namun, Mufti besar Libya, Syaikh Sadiq al-Ghariany, mengatakan bahawa Gaddafi adalah seorang kafir, dan solat jenazah untuknya di masjid atau oleh Syaikh masyarakat Muslim, dan ulama menyalahi undang-undang Islam.
Ghariany berkata pada hari Ahad (23/10) dalam sebuah fatwa - dan disiarkan oleh media Libya, bahawa Gaddafi selama hidupnya menentang syariah Islam dan banyak kata-kata dan perbuatannya selama berkuasa menunjukkan bahawa ia bukanlah seorang Muslim.
Pendapat yang berlaku dalam syariah Islam adalah bahawa seorang Muslim tidak boleh melawan undang-undang yang ada di dalam Al-Quran atau Sunnah dan hal itu semuanya itu dilanggar oleh Gaddafi.
Ghariany meneruskan dengan mengatakan, "Ada alasan yang sah untuk tidak mensolatkan dia, yang hal tersebut menjadi contoh bagi para pemimpin yang lain."
Dia menambah bahawa Gaddafi mungkin boleh ditanam di perkuburan Muslim, namun dimandikan dan disolatkan hanya oleh keluarga dan kerabat.
Ghariany berkata bekas penguasa diktator tersebut harus dikubur dalam sebuah makam tidak bertanda untuk mengelakkan terjadinya perpecahan di antara rakyat Libya dan agar makamnya tidak menjadi tempat yang disucikan.terpakaikah fatwa itu di Malaysia ? Bagaimana yang menyanggah hudud? Bagaimana yang mengatakan keadaan yang tidak sesuai di Malaysia? | |
PAS Kawasan Miri Posted: 25 Oct 2011 07:10 PM PDT Pelajar Sekolah Di Pendalaman Patut Diberi Keutamaan Posted: 24 Oct 2011 10:38 PM PDT Pembayaran RM100 kepada Pelajar Masih Dalam PersoalanGambar hiasan Pelajar Sekolah Luar Bandar Menaiki Kenderaan Ke Sekolah Merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akhbar tempatan tentang masalah pembayaran wang sebanyak RM100 kepada setiap keluarga yang anaknya belajar di sekolah rendah dan menengah kini masih lagi menjadi persoalan kepada ibubapa pelajar. Diantara persoalan yang timbul adalah seperti berikut.
1. Adakah setiap anak yang belajar di sekolah kerajaan akan dapat diberi bantuan sebanyak RM100 setiap seorang? 2. Adakah hanya satu pelajar saja yang akan mendapat RM100 untuk setiap keluarga dan bagaimana dengan keluarga yang mempunyai ramai anak yang masih belajar? 3. Adakah maksud wang RM100 tersebut akan diberi kepada semua golongan termasuk keluarga yang kaya dan yang berkemampuan? 4. Bagaimana dengan cara pengagihan wang tersebut nanti agar pihak yang benar-benar memerlukan tidak tercicir? 5. Bagaimana dengan pelajar yang tinggal jauh di pendalaman adakah kerajaan akan menanggung kos perjalanan mereka untuk mendapatkan RM100 sebab menurut kenyataan dari Presiden persatuan guru-guru Sarawak William Ghani Bina seperti katanya "adalah sukar bagi pelajar untuk pergi ke bandar untuk mengambil wang tetapi dengan kos belanja yang tinggi."
Inilah beberapa persoalan yang di timbulkan oleh ibubapa pelajar yang ingin mendapat kepastian dari pihak kementerian pelajaran agar masalah tidak timbul disaat mereka hendak mengambil wang tersebut nanti sebelum berakhir tahun 2011.
Kita tidak mahu pihak kerajaan hanya menghebohkan perkara ini kepada rakyat tetapi apabila tiba masanya nanti berlaku pengagihan yang tidak adil dimana hanya golongan tertentu saja yang akan menikmati sedangkan ramai lagi golongan sasaran yang memerlukan bantuan tersebut diabaikan disebabkan mereka kurang pengetahuan tentang masalah tersebut.
Kita mendesak agar pihak kerajaan telus dalam pengagihan wang tersebut kepada pelajar yang benar-benar memerlukan terutama sekali kepada golongan yang mempunyai pendapatan yang rendah dan mereka yang tidak ada punca pendapatan tetap. Kita juga mendesak agar pihak kerajaan yang bertanggungjawab dalam urusan ini memberi jawaban yang jelas dan segera agar ibubapa pelajar dapat membuat persediaan untuk anak-anak mereka untuk ke sekolah pada tahun hadapan. Sebarang kekeliruan tentang pengagihan wang tersebut mesti diatasi dengan segera sebelum bermulanya persekolahan tahun 2012.
PAS Miri Jofri Jaraiee
English version Disbursement of RM100 to students still in question
Referring to the statement by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin in a local newspaper about the problem of disbursement of RM100 to all families with children studying in primary and secondary schools is still a question to the parents. Among the questions that arise are as follows. 1. Does each child studying in government schools will be given a grant of RM100 per person? 2. Is it only one student who will receive RM100 for each family and how about the families with many children who are still studying? 3. Did you mean the money of RM100 will be given to all people, including a rich family and who can afford? 4. How about the way of the distribution of monies to those who are really need so not left out? 5. What about students who live far away in the interior of whether the government will pay for their trip just to get RM100 just like the statement from Sarawak Teachers' Union president William Ghani Bina said it was not only inconvenient for the students to go to the town to collect the money but also costly for them to do so.
Here are some of the questions raised by student's parents to get the confirmation from the ministry of education so that the problem does not arise later during the disbursement before the end of 2011.
We do not want the government just horrendous things to people, but when the time comes there is not a fair distribution in which only certain groups that will be enjoyed whereas many other target groups who need aid can be neglected because they lack of knowledge.
We urge the government to be transparent in the distribution of money to the students who really need especially to those people with low incomes and those with no fixed income. We also urge that the government is responsible for this affair gives a clear and immediate answer to the parents so they can prepare for their children to school next year. Any confusion about the distribution of funds must be addressed urgently before school started in 2012. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 25 Oct 2011 03:37 PM PDT PELIK ! TAK GUNA NO 1 DAPAT RM7 JUTA ! Posted: 25 Oct 2011 11:30 AM PDT Komen : Bagus juga Namwee nie macam perli aku jer(Slogan 1Malaysia). Di mana Nasi lemak 1.0 ? Tanpa guna no 1 , filen Nasi Lemak 2.0 boleh mendadak berjaya. Di bandingkan Bersih 2.0 ada juga BERSIH terdahulu, cuma BERSIH pertama pun tak guna no 1 atau BERSIH 1.0 Yang bestnyer ada sahabat teman di Taman Seroja baru beli romah di situ. Kebetulan dapat No 1, tapi dia tak mahu tampal no rumah pasal meluat sangat no 1 yang dan bersepah-sepah ada di baju, di pensel, pada buku ,beg ,payung dan merata-rata cuma kat jamban teman belum nampak orang tampal no 1Malaysia lagi. Nie kalau kuncu UMNO tu tahu kat jamban belum ada no 1 Malaysia ...mesti nak buat tu...sebab apa, sebab masyuuuk! Ada satu blogger puji Namwee sebab dah jumpa bukti kenapa Namwee menyumpah kerajaan BN terutama TNB dulu. Bukti tu ada dalam laporan audit yang baru ni. Iaitu kes TNB keluar belanja RM700,000 hanya untuk membekalkan letrik untuk sebuah rumah.Bila TNB terbeban atas kebebalannya langsung nak naikkan tarif .
Meskipun dilanda pelbagai kontroversi, filem Nasi Lemak 2.0 masih berjaya meraih kutipan sebanyak RM7 juta mengalahkan saingannya seperti Libas dan Klip 3GP.
Kutipan tersebut adalah berdasarkan tayangan di beberapa pawagam sejak 8 September lalu.
Menurut pengarah dan pelakonnya Namawee, dia tidak menyangka sama sekali filem tersebut berjaya mengutip sebanyak itu.
"Pada dasarnya saya memang menaruh harapan tinggi pada filem ini namun tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik sekali di kalangan penonton di Malaysia.
Klik untuk imej besar...
"Walaupun mendapat pelbagai kritikan negatif daripada pelbagai pihak, namun sokongan dan maklum balas positif daripada penonton cukup baik," ujarnya dipetik sebagai berkata pada majlis meraikan kejayaan filem itu semalam.
"Filem terbitan dengan kerjasama UB Prodigee Entertainment dan Prodigee Media itu telah ditayangkan di 71 buah pawagam di seluruh negara dan berada di tempat ketiga teratas selama tiga minggu berturut-turut.
"Ia bukan sahaja mendapat kutipan sebanyak RM7 juta malah menduduki tempat kelapan secara keseluruhan sebagai filem dengan kutipan pawagam tempatan tertinggi dalam sejarah.
"Saya berasa gembira kerana ia bukan sahaja ditonton oleh masyarakat Cina, bahkan kaum-kaum lain di negara ini turut keluar memberi sokongan," ujar penerbit filem berkenaan, Fred Chong.
Tambah Fred, mereka gembira apabila Nasi Lemak 2.0 telah dipilih sebagai filem tayangan rasmi untuk pesta filem termashyur, Taipei Golden Horse Film Festival 2011.
"Ia sesuatu jarang berlaku bagi sesebuah filem dari Malaysia. Saya tidak menyangka orang dari luar negara dapat memahami gaya dan jalan ceritanya," tambahnya. | INI BUKAN MARJINA TAPI WARDINA ! Posted: 25 Oct 2011 07:08 AM PDT Komen : Di Bawah ini adalah tulisan blogger UMNO yang sentiasa sensitif kepada Wardina yang sebelum ini sangat dikontroversi oleh mereka. Pada teman kalau apa yang disentuh Wardina ini ada benarnya dan kita boleh saksikan sebelum buka sekolah nanti. Pada teman , kalau rakyat UMNO merungut pasal yuran PIBG nanti memang teman tak hairan atau terkejut. Jadi , blogger uMNO atau penyokong UMNO atau BN janganlah sensitif tak tentu pasal. Kita komplen atau komen atas masalah bersama yang harus kita hadapi bersama kecuali yang belum kahwin atau tiada anak. Wardina dikecam pertikai Yuran PIBG sekolah dan persekolahan anak menteri Semuanya bermula apabila Wardina telah mengulang kenyataan yang dibuat oleh salah seorang peminatnya di laman Twitter berkenaan isu Yuran PIBG yang dikatakan agak mahal. Namun kenyataan yang di "retweet" oleh Wardina telah mendapat respon negatif dari kebanyakan pelayar Twitter termasuklah Ahli Parlimen Rembau, Saudara Khairy Jamaluddin. Artis yang menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 tersebut juga dilihat telah mempersoalkan sama ada anak-anak Menteri didalam negara bersekolah di sekolah kerajaan. Kenyataannya itu segera dibidas oleh anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Najwa Muhyidin yang menyatakan beliau serta adik beradiknya semua bersekolah di sekolah kerajaan. Ini menyebabkan Wardina bertanyakan sokongan peminatnya dan segera menyeru supaya semua anak Menteri wajib masuk ke sekolah kerajaan dan Universiti tempatan. Kenyataan artis ini juga telah menjadi bahan utama blog-blog penyokong kerajaan untuk mengkritiknya. Blog empayar-pemuda.blogspot.com menyifatkan tindakan Wardina itu adalah signal untuk artis berkenaan bertanding di pilihanraya umum yang akan datang. Beliau turut mempersoalkan tindakan Wardina yang sering mengeluarkan kenyataan yang sering menghentam kerajaan. Manakala blog yuseriyusoff.blogspot.com pula menyindir Wardina dan menasihatkan personaliti berkenaan supaya cermin diri sendiri dahulu sebelum membuat kenyataan yang bersifat provokasi terhadap pihak-pihak kerajaan. Penulis tersebut juga mengingatkan Wardina agar berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan. Cetusan Jiwa Keris Pusaka | BLOGGER TERPAKSA PECAH MULUT , SAPA SANGGUP PECAH PERUT ! Posted: 25 Oct 2011 02:33 AM PDT Komen : Dari blog Perakbangkit mendedahkan siapakah penderhaka Sultan Terengganu yang menggunakan perkataan 'NATANG' pada masa tu. Kiniblogger UMNO nie dat tak tahan dengan permusuhan Team Idris Jusuh(Bekas MB UMNO Terengganu) dengan Team Ahmad Said (MB Terengganu kini)
Idris Jusoh dijatuhkan oleh Shabery Cheeek - Jahat sang "Menteri" itu! Radio Bangkit Demikianlah kisah itu sebagaimana ianya dikhabarkan. Dengan susah payah Idris Jusoh menyalakan api Gelombang Biru sehingga tumpasnya Kerajaan Pimpinan Joker Hadi Awang. Sehingga tewasnya PAS dengan tersungkur. Begitulah bijaksananya Idris Jusoh mengatur gerak langkah politik sehinga BN bertapak semula di Trengganu pada 2004.
Lalu selepas itu Idris Jusoh berjaya menarik ramai pengikut Anwar antaranya Dr Manuty agar meninggalkan perjuangan Anwar. Namun demikian, akhirnya Idris Jusoh ditikam dari belakang!
Siapakah penikam Idris? Tiada lain dan tiada bukan ..... Dialah Shabery Cheek. Dia gunakah Ahmad Said. Jika anda perasan banner yang betulis "NATANG" itu adalah espoinage Shabery yang dihantar untuk memprotes Sultan Trengganu agar Idris dilihat seperti penderhaka.
Ini adalah maklumat yang sebenarnya. Kami diam selama ini kerana ingin memberi Shabery peluang untuk insaf. Namun Shabery enggan insaf dari dosa politiknya. Dialah si zalim dalam politik kebinatangannya.
Shabery menggunakan Kementerian Penerangan untuk melonjakkan Anwar. Dia guna seluruh tenaga dan jentera Kementerian Penerangan untuk menang MT. Hamsap!!!
Semua ini diceritakan oleh Pegawai Khas Shabery kepada kami. Pegawai Khasnya adalah orang Perak. Pegawai Khasnya tak pernah jujur kepada Shabery kerana Pegawai Khasnya tahu sikap hipokrit Shabery dalam politik.
Semua ini juga diceritakan oleh Setiausaha Politik Shabery kepada kami. Siapakah Shabery sebenarnya!. Kemudian Shabery menuntut pos dalam Kementerian Belia dan Sukan. Untuk apa? Untuk menjalankan misi Anwar Ibrahim bagi melumpuhkan sokongan belia kepada BN. Itulah tugas Shabery yang diberikan oleh mentornya Anwar Ibrahim.
Bagi yang telah membaca berita sahih ini. Bangunlah menentang Shabery yang cukup rakus. Beliau bijak berbahasa Syurga dalam helah politiknya yang cukup durjana. Itulah Shabery Cheek. Dan ada lagi yang mesti kita dedahkan.... Kerana apa? Kerana Shabery berniat untuk menumbangkan DS Najib. Kerana bos Shabery yang sebenar ialah Anwar bin Ibrahim. | RAHSIA STADIUM NASIONAL DAN HARGA TIKET TAK RASIONAL Posted: 25 Oct 2011 01:49 AM PDT Rahsia kenapa Final Piala Malaysia 2011 di Shah Alam TERBONGKAR
Audit beri amaran selenggara segera bumbung Stadum Nasional elak runtuh -
KUALA LUMPUR, 24 Okt 2011 - Bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil, pusat sukan yang menjadi lokasi nadi Sukan Komanwel 1998, telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna, kata laporan Ketua Audit Negara 2010.
"Semakan Audit mendapati bumbung stadium tersebut telah tamat tempoh jaminan pada 2008 dan masih digunakan sehingga kini.
"Sebahagian besar bumbung didapati telah terkoyak dan skru kabelnya longgar dan berkarat," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya dikeluarkan hari ini.
Katanya, masalah itu antara lain berpunca daripada kelewatan dan ketiadaan kelulusan mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.
Selain Stadium Nasional, Stadium Putra Bukit Jalil juga berhadapan dengan masalah mendapatkan peruntukan.'
Tanpa merujuk kepada mana-mana kes sebelum ini, Ambrin berkata tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan insiden bumbung stadium runtuh.
Terengganu menyaksikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh dua tahun lalu.
Stadium Nasional Bukit Jalil ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil. Ia mempunyai tempat duduk berbumbung untuk 100,000 penonton.
Maklumat sebelum ini menunjukkan ia mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga dan telah direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan padang dan trek.
Ambrin berkata pihak Audit berpendapat berlaku kelewatan melaksanakan kerja-kerja penukaran bumbung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah tamat tempoh jaminan kerana peruntukan yang dimohon semenjak 2006 tidak diluluskan.
"Ini boleh menjejaskan keselesaan pengguna kerana terdesah kepada hujan serta membahayakan pengguna sekiranya berlaku bumbung runtuh terutamanya bagi penganjuran acara dan kejohanan peringkat antarabangsa.
"Selian itu, PSM perlu membuat perancangan rapi untuk kerja penukaran bumbung tersebut supaya kerja dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut jadual yang ditetapkan.
"Ini bagi memastikan hasil penyewaan stadium tidak terjejas sekiranya berlaku kelewatan penukaran bumbung," kata beliau.
Laporan itu menyebut Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah mengambil tindakan memohon peruntukan bagi mengatasi masalah itu dengan membuat enam permohonan dan telah dipanjangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan mulai 2006 hingga 2010 PSM telah membuat dua permohonan tahun lalu, RM40 juta pada 8 Februari dan RM35 juta 20 September di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan.
"Bagaimanapun kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM30 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan pada bulan Disember 2010.
"PSM melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyerahkan pelaksanaan kerja penukaran bumbung stadium kepada Jabatan Kerja Rayat pada April 2011 kerana PSM tidak mempunyai kepakaran teknikal," katanya lagi.
Ambrin berkata kelewatan bukan disebabkan pihak PSM kerana perbadanan telah memulakan tindakan awal mulai 2006 bagi mengatasi masalah yang timbul.
"Kelewatan juga adalah berpunca daripada pihak lain dan disebabkan kekangan kewangan kerajaan adalah faktor utama kelewatan ini berlaku. PSM selaku pengurus dan pentadbir Kompleks Sukan Negara telah melaksanakan tugas dengan melaporkan masalah yang dihadapi," katanya lagi.
Malah katanya, semakan lanjut mendapati PSM telah memohon peruntukan bagi menukar bumbung Stadium Putra sebanyak empat kali, antara 2006 dan 2010, tetapi tidak diluluskan.
"Pada Mac 2010, PSM sekali lagi telah memohon peruntukan sejumlah RM6 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10. Kerajaan telah meluluskan permohonan sejumlah RM6 juta pada Januari 2011," katanya.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/audit-beri-amaran-seleng ra-segera-bumbung-stadum-nasional-elak-runtuh/ by cheguBard at
Buat Penyokong Ganu & N9 - Jika hangpa rasa hebat ayuhh kita tunjukkan kuasa kita sebagai penonton..!!! Ringgit Malaysia Lima Puluh Assalamu'alaikum,
Tahniah Terengganu & Tahniah Negeri Sembilan.Kecoh satu Malaysia, itu tiket harga sudah FAM kasi letak RM50 untuk tengok Akhir Perlawanan Malaysia Piala 2011.
Tiada kaitan dengan aku, sebab aku pasukan punya sudah kena terajang keluar oleh Terengganu.
Macam ni lah senang, daripada kecoh dekat Facebook, Twitter, buat poster tu, design poster nih, sign petition sana, sign petition sini, hari ni dah Selasa, bila lagi nak hantar petition, pagi nanti kaunter tiket dah dibuka, tiket dah dijual dengan harga RM50, lambat.
Menyenangkan kerja, kita guna kuasa penyokong, korang semua tau tak yang kita nih ada kuasa??? tak tau kan?? haaa...aku nak kasi tau kat korang yang kita rakyat bolasepak nih semua ada kuasa dan kalau kita semua bergabung dan satukan kuasa kita semua, insyaALLAH akan tewas kuasa wang ringgit itu.
Macam ni;
Esok kaunter tiket dibuka, semua penyokong Negeri Sembilan & Terengganu jangan beli tiket. Jangan beli tiket, sampai harga tiket diturunkan. Kosongkan stadium. Pastikan anda semua hadir ke Stadium Shah Alam, tetapi pastikan anda
hadir tanpa membeli sebarang tiket untuk perlawanan Sabtu ini. Tunjukkan sokongan anda dan rasa cinta anda kepada pasukan bahawa anda
sanggup datang untuk menyokong walau sejauh mana sekalipun tetapi anda
tidak sanggup dirompak dan tidak sanggup kesetiaan dan kecintaan anda
terhadap pasukan anda dipergunakan untuk kepentingan sesetengah pihak. Tunjukkan yang penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan tidak sanggup
dipergunakan untuk kepetingan pihak tertentu. Mana-mana fan club atau penyokong yang akan dapat tiket percuma, juga
jangan masuk ke dalam stadium, jangan pentingkan diri sendiri, fikir mengenai penyokong lain yang tak mampu tetapi dikerjakan dan dipijak oleh FAM.
Sanggup??????? Boleh buat???? Memekak, pung-pang kat alam maya nih, korang
ingat FAM ambil peduli, takde punya, jangan harap lah. Kacau kantung wang mereka, baru mereka kelam kabut. Kalau sampai Khamis
jualan tiket tidak berganjak walau satu keping, cuba korang fikir, tak ke
menggelupur diaorang kat Kelana Jaya tuh...cuba fikir... :-)
Diaorang kacau kita, kita kacau balik!! Apa susah..gunakan kuasa kita.
Sokong tetap sokong tapi jangan sampai kesetiaan dan kecintaan menggila kita terhadap sukan ini dan pasukan kita disalahgunakan oleh orang lain untuk keuntungan mereka. Tak logik dan tak masuk akal, kenapa kos baik pulih stadium harus dipikul tanggungjawab oleh penyokong???? mana sekolah, mana universiti diaorang belajar?? SMKFAM ke? atau UFAM?? Tapi benda nih nak berlaku perlukan semua penyokong dari kedua-dua negeri bersatu dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja. Tapi susah kat Malaysia nih, pasal nanti nak kena jaga hati si polan nih, si polan nih, maklumlah ada orang-orang politik dalam persatuan kan. Yang sakitnya orang-orang biasa yang menggelupur saban minggu cari duit nak beli tiket pegi stadium. Aku cuma risau puak-puak yang dapat tiket subsidi dan tajaan nih nanti, sanggupkah mereka bersama-sama dengan yang lain di luar stadium nanti????
Setidak-tidaknya rakyat bolasepak marhaen silalah bersatu untuk kepentingan kita sendiri rakyat bolasepak. Biarlah golongan bangsawan yang dapat tiket percuma tu mengipas dan terus mengipas. Sekali nih kalau kita biar mereka memijak, maka mereka akan terus memijak. Sokong bukan dengan semangat dan kesetiaan jek, tapi kadangkala perlu disertakan dengan otak dan fikiran juga.
Renung-renungkan lah..Selamat Beramal. Sekadar tulisan dan pendapat. http://anakmemberontak.blogspot.com/2011/10/ringgit-malaysia-lima-puluh.html | PERTAHANKAN LYNAS MEMANG BERBALOI ! Posted: 25 Oct 2011 12:54 AM PDT Pengamal media iaitu wartawan penyiaran Eksekutif Kanan TV3 Karam Singh Walia antara 100 penerima darjah DIMP yang membawa gelaran Datuk manakala Pegawai Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Rubiah Mohamed dianugerahkan AMP.
Majlis penyampaian anugerah pingat dan darjah kebesaran akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan.
26 Zulkaedah 1432H. Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar mendahului senarai penerima darjah dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah (bawah, kanan)yang ke-81, hari ini.
Sultan Johor menerima Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang (DK).
Seramai 15 orang menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran "Datuk Seri", lima menerima darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP), 20 menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 100 menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), yang masing-masing membawa gelaran "Datuk". | INNALILLAH .. ANAK TUN M MENINGGAL DUNIA ! Posted: 25 Oct 2011 12:13 AM PDT Anak Tun Mohd Khalil Yaakob meninggal dunia 25/10/2011 1:07pm
KUANTAN 25 Okt. - Anak kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Mohammad Raznam, 46, meninggal dunia pagi ini.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Shahbandar, Pekan. - Utusan | BENDA TERSOROK , GLC LAGI TERUK ! Posted: 24 Oct 2011 10:49 PM PDT GLC lagi rugi teruk
Banyak syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau lebih dikenali sebagai GLC turut mengalami kerugian yang berterusan dan ianya berlaku pada setiap tahun.
Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah 1. Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta) 2. Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta) 3. Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta) 4. Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta) 5. Prasarana Bhd (RM367.1 juta).
Kerugian yang berterusan oleh beberapa GLC yang besar ini telah menunjukkan bahawa kesemua syarikat-syarikat tersebut tidak belajar daripada kesilapan yang terdahulu dan tidak ada usaha yang menyeluruh daripada para pengurusan GLC ini untuk memperbetulkan keadaan yang semakin meruncing ini. | 7 KEMENTERIAN 'KUAT: DISAHKAN LEMAH ! Posted: 24 Oct 2011 06:02 PM PDT TEMAN DENGAR MALAM TADI MENERUSI TV BN BAHAWA laporan audit negara melaporkan 7 kementerian lemah tapi yang sebenarnya 9 kementerian yang kuat berbelanja. Yang mengajor bajet ransangan ialah Tun Mahathir dan PM selepasnya pun guna alasan Bajet Ransangan untuk mengeluarkan wang pembendaharaan untuk bellanja lebih dari yang dibajetkan. Dengan sebab itu Menterinya berani belasah wang rakyat kerana mereka tahu laporan audit hanya sebagai laporan. Sepatutnya menteri yang terlibat yang mempunyai kelemahan itu wajar dipanggil mengadap Audit Negara bukan wakil kementerian atau KSU sahaja.
Sebanyak 9 kementerian atau jabatan telah berbelanja sejumlah RM3.73 bilion melebihi peruntukan keseluruhan yang diluluskan, demikian menurut laporan Ketua Audit Negara 2010.
9 kementerian yang terlibat ialah Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, perbelanjaan melebihi peruntukan berkenaan tidak dapat dielakkan berikutan pertabahan aktiviti dan bayaran sumbangan tidak berjadual yang tidak dijangka.
"Parlimen telah meluluskan peruntukan tambahan untuk menampung kekurangan peruntukan tersebut dan Waran Am Peruntukan Tambahan telah dikeluarkan pada 3 Jun 2011," katanya.
Selain itu, semakan audit mendapati pembayaran berjumlah RM427.04 juta di bawah Arahan Perbendaharaan bagi enam kementerian atau jabatan turut menyumbang kepada perbelanjaan melebihi peruntukan.
Berdasarkan laporan itu juga, pembayaran berkenaan adalah disebabkan beberapa faktor seperti bil atau tuntutan lewat diterima, peruntukan tahun di mana perolehan atau perlhidmatan diterima tidak mencukupi dansurat kelulusan daripada Perbendaharaan Malaysia lewat diperolehi.
"Pada pendapat Audit, masalah kelewatan ini perlu diatasi kerana pembayaran ini menggunakan peruntukan tahun semasa dan boleh menjejaskan pelaksanaan aktiviti yang dirancang pada sesuatu tahun,"katanya. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 25 Oct 2011 03:32 PM PDT Menyingkap Rahsia Gaddafi (1): Awal Pemerintahannya.. Posted: 25 Oct 2011 10:43 AM PDT Ketika kita mengatakan Moammar Qaddafi adalah taghut, diktator, , murtad, sekuleris, sosialis, penyambung Musthafa Kemal Ataturk, Fir'aun, dan Musailamah al-Kadzab dari Libya, banyak kalangan terkejut, kaget, dan kebingungan. Tidak sedikit pihak yang marah, benci, mengumpat, dan balas melemparkan tuduhan . Misalnya tuduhan anjing NATO, pro USA, pro-Barat, teroris, fundamentalis, radikalis, Wahhabi, antek Saudi, dan seterusnya. Namun, tahukah Anda siapa sebenarnya Moammar Qaddafi itu? Berikut Menyingkap Rahsia Kelam Sosok Qaddafi, bagian pertama. Mereka hanya mengenal Qaddafi dari kegarangannya mengkritik rejim-rejim negara Arab yang memang boneka AS dan Barat. Mereka mengerti jati diri Qaddafi dari sesumbarnya untuk membebaskan Palestin, melawan AS dan Barat, atau menjatuhkan rejim-rejim diktator di negara-negara Arab. Mereka memahami sosok Qaddafi dari permusuhannya kepada AS, Barat, dan zionis Israel. Mereka mengenalinya dari julukan Barat kepadanya sebagai teroris, , pelopor revolusi di dunia ketiga, musuh Barat, anti Barat, dan julukan lainnya yang kerap menghiasi media massa. Sosok Qaddafi yang meledak-ledak melaluiy pidato berapi-api di pertemuan Negara Liga Arab, atau Majlis Umum PBB, itulah standard mereka memberikan pandangan SANGAT POSITIF kepada Qaddafi. Bagi mereka, Qaddafi adalah pahlawan dunia Islam. Mereka tentu saja tidak banyak mengetahui kejahatan dan kekafiran Qaddafi yang dilakukannya secara terang-terangan, dan berulang kali, dengan penuh kebanggaan diri, tanpa rasa malu dan canggung sedikit pun. Mereka tentu saja tidak meneliti kejahatan dan penghinaan Qaddafi terhadap Allah SWT, Rasulullah SAW, Al-Qur'an, as-Sunnah, syariat Islam, dan ibadah-ibadah mahdhah dalam Islam. Mereka tentu tidak mengerti betapa lembaga-lembaga dakwah dan keilmuan Islam berskala internasional telah mengeluarkan fatwa dan himbauan serta dakwah kepada Qaddafi untuk bertaubat dari seluruh kekafiran yang ia telah lakukan. Mereka tidak mengerti, puluhan ulama dari berbagai negara telah memfatwakan kekafirannya. Mungkin mereka juga tidak mengetahui, selama puluhan tahun masa kekuasaannya, ribuan muslim dan muslimah Libya telah mengalami penindasan luar biasa kejam dari Qaddafi. Mulai dari penangkapan, penyiksaan, pembunuhan, pemenjaraan, pemerkosaan, dan seterusnya. Aktivis dakwah dan jihad yang memperjuangkan syariat Islam dikejar-kejar dan ditindas. Banyak tokoh dan aktivis harus melarikan diri ke luar negeri untuk menghindari kekejamannya. Selama 42 tahun masa kekuasannya, dakwah Islam mengalami masa-masa kelam. Kita akan mengambil referensi penulisan dari buku karya Syaikh Abdurrahman bin Hasan Al-Libi, seorang ulama dan mujahid Libya yang berjihad fi sabilillah bersama mujahidin Libya (Jama'ah Islamiyah Muqatilah, Libya) melawan rejim taghut Qaddafi. Buku yang diterbitkan pada bulan Dzulhijah 1418 H (1997 M) tersebut diberi judul Qaddafi Musailamatul 'Ashr (Qaddafi, Musailamah Moden ) dan diberi kata pengantar oleh seorang ulama besar dan mujahid Libya, Syaikh Abu Mundzir As-Sa'idi Al-Libi. Sungguh sebaik-baik dan setepat-tepat sumber adalah para ulama Libya sendiri yang bertauhid, berdakwah, dan berjihad fi sabilillah, karena mereka puluhan tahun menjadi saksi langsung atas seluruh kekafiran dan kekejaman Qaddafi ........ bacaan lanjut klik di sini.... | RM4 JUTA BAZIR BELI 18 EKOR KUDA SAKIT Posted: 24 Oct 2011 05:36 PM PDT Sebanyak 18 ekor kuda (bukan gambar) dibeli dengan kos hampir RM4 juta oleh Majlis Sukan Negara (MSN) tetapi tidak dapat diturunkan dalam persaingan World Endurance Championship (WEC) 2008 sebab tidak memenuhi syarat kelayakan termasuk masalah kesihatan. Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut "pihak Audit dimaklumkan 18 ekor kuda dengan kos perolehan berjumlah RM3.94 juta tidak layak bertanding kerana tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Persekutuan Equestrian Antarabangsa." "Ini disebabkan kuda yang dibeli tidak mendapat latihan yang mencukupi memandangkan peroleh kuda dibuat dua bulan sebelum kejohanan. "Di samping itu beberapa ekor kuda juga mengalami kecederaan sebelum kejohanan bermula," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang. Pada Februari 2007, MSN telah diminta untuk membeli enam ekor kuda bagi tujuan WEC 2008 dengan mendahulukan peruntukan sedia ada dan agensi itu telah membelanjakan RM1.98 juta bagi tujuan itu. Pada Jun tahun yang sama, Kementerian Belia dan Sukan telah menetapkan spesifikasi dan bilangan kuda untuk ditambah sebanyak 17 ekor lagi menjadi 23 ekor untuk pertandingan tersebut. Kata beliau, pada pandangan Audit perancangan perolehan kuda hendaklah dibuat secara teliti dengan mengambil kira tahap kesihatan dan kebolehan kuda untuk bertanding. "ISN (Institut Sukan Negara) sepatutnya merancang perolehan dengan mengambil kira tempoh latihan yang diperlukan bagi setiap kuda untuk memenuhi syarat kelayakan FEI. "Ini menyebabkan sebahagian besar kuda yang diberi tidak dapat menyertai (World Endurance Championship) WEC 2008," katanya. .... SEMBELIH BAGI MAKAN KAT PUAK-PUAK UMNO | KENAPA MUFTI BESAR LIBYA HARAMKAN SOLAT JENAZAH GADDAFI? Posted: 24 Oct 2011 05:23 PM PDT Mufti besar Libya, Syaikh Sadiq al-Ghariany, mengatakan bahawa Gaddafi adalah seorang kafir, dan solat jenazah untuknya di masjid atau oleh Syaikh masyarakat Muslim, dan ulama menyalahi undang-undang Islam.
Ghariany berkata pada hari Ahad (23/10) dalam sebuah fatwa - dan disiarkan oleh media Libya, bahawa Gaddafi selama hidupnya menentang syariah Islam dan banyak kata-kata dan perbuatannya selama berkuasa menunjukkan bahawa ia bukanlah seorang Muslim.
Pendapat yang berlaku dalam syariah Islam adalah bahawa seorang Muslim tidak boleh melawan undang-undang yang ada di dalam Al-Quran atau Sunnah dan hal itu semuanya itu dilanggar oleh Gaddafi.
Ghariany meneruskan dengan mengatakan, "Ada alasan yang sah untuk tidak mensolatkan dia, yang hal tersebut menjadi contoh bagi para pemimpin yang lain."
Dia menambah bahawa Gaddafi mungkin boleh ditanam di perkuburan Muslim, namun dimandikan dan disolatkan hanya oleh keluarga dan kerabat.
Ghariany berkata bekas penguasa diktator tersebut harus dikubur dalam sebuah makam tidak bertanda untuk mengelakkan terjadinya perpecahan di antara rakyat Libya dan agar makamnya tidak menjadi tempat yang disucikan. sementara itu, Jenazah bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan dikebumikan pada upacara ringkas di satu lokasi yang dirahsiakan di padang pasir negara itu, demikan menurut pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan semalam. Muammar yang memerintah negara itu selama 42 tahun terbunuh dengan satu kesan tembakan di kepala Khamis lalu.
"Dia akan dikebumikan esok (hari ini) dalam majlis yang ringkas dengan dihadiri oleh ulama. Ia satu lokasi tidak diketahui di kawasan gurun terbuka," kata pegawai itu kepada Reuters menerusi telefon.
"Tiada persetujuan dicapai antara kumpulan sukunya untuk mengambil jenazah (Muammar)," kata beliau.
Ditanya jika anak lelaki Muammar, Mo'tassim akan dikebumikan pada upacara yang sama, pegawai itu berkata: "Ya."
... para pemimpin 1 Malaysia... balasan didunia yang mungkin akan dihadapi kelak....fikir-fikirkanlah!!!! | PROF AZIZ DAH BOLEH START NGAJAR HARI INI Posted: 24 Oct 2011 05:05 PM PDT Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menarik balik arahan gantung tugas yang dikenakan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Abdul Aziz Bari hari ini. Perkara itu dimaklumkan oleh unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan sekitar pukul 6.30 petang tadi, kata peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman.
Bagaimanapun kata beliau, surat petang ini menyebut bahawa siasatan akan dijalankan tetapi hanya penggantungan tugas ditarik balik. Zulqarnain memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz yang diserahkan petang tadi. "Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pegawai dari unit perundangan UIA, mereka akan meneliti penjelasan Prof Aziz dan akan memberikan jawapan... keputusan mereka sama ada akan mengambil tindakan susulan, meneruskan tindakan, berhenti di sini (setakat surat tunjuk sebab) atau sebaliknya," kata Zulqarnain. Beliau menghantar surat penjelasan Aziz, menjawab surat tunjuk sebab UIA, kira-kira 3 petang tadi. Zulqarnain berkata dalam responsnya, Aziz telah menjelaskan bahawa kenyataan beliau mengenai titah Sultan Selangor adalah satu bentuk kebebasan dalam memberi pandangan, yang sama sekali tidak bertentangan denagn Artikel 15(3) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti dan juga Seksyen 3(2) Akta Hasutan. "Asasnya penjelasan kami kepada UIA adalah begitu, apa yang dikatakan oleh Prof Aziz ialah ia kebebasan bersuara, tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara... Seksyen 3(2) Akta Hasutan sendiri memberi pengecualian," katanya. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 25 Oct 2011 01:28 PM PDT Video: Keadaan Kereta Jika dipandu 192km/j Posted: 24 Oct 2011 04:59 PM PDT INI merupakan gambaran saat genting di mana sebuah Ford Focus menghentam sebuah dinding konkrit pada kelajuan 120 mph (192km/j) di dalam satu ujian pelanggaran paling pantas di dunia.
Pakar keselamatan lazimnya melakukan ujian pelanggaran hanya pada kelajuan 40 mph (64 km/j) di dalam menentukan tahap keselamatan sebuah produksi kereta.
Namun begitu kita tertanya-tanya apakah akan terjadi jika perlanggaran berdepan (head-on) berlaku pada kelajuan tiga kali ganda kelajuan lazim yang digunakan di dalam penentuan tahap keselamatan sebuah kereta.
Hal ini membawa kepada satu ujian perlanggaran paling pantas di dalam sejarah dunia. Ford Focus ini berubah kelajuan daripada 120 mph kepada 0 mph dalam sela masa 60 mili saat dan akibatnya...
Sebuah besi buruk yang tidak dikenali lagi rupa asalnya. Bayangkan jika anda berada di dalam kereta ini. Saksikan video ekslusif ujian perlanggaran terpantas di dunia ini.
| |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 25 Oct 2011 01:17 PM PDT |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 25 Oct 2011 11:19 AM PDT ATURCARA IJTIMA' TARBAWI 2011. Posted: 24 Oct 2011 10:47 PM PDT Hari Pertama : 28 Oktober 2011 ________________________ 3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran peserta 4.20 - 5.00 pm : Solat Asar dan Al Mathurat 5.15 - 5.45 pm : Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah 5.50 - 6.30 pm : Urus dan Hemat diri 6.35 - 7.10 pm : Tafakkur dan Munajat 7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah 7.35 - 8.30 pm : Kuliah Maghrib Kuliah Maghrib: Oleh: Al Fadhil Dato' Dr. Harun Din : Timbalan Mursyidul Aam PAS 8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah 9.00 - 9.30 pm : Makan Malam 9.40 - 11.40 pm : Majlis Perasmian Oleh: YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat Yb Salahudin bin Ayub Ustaz Nasrudin Hassan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz 12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur
HARI KEDUA 29 OKTOBER 2011 ____________________________
4.30 - 5.10 am : Qiamullail dan munajat 5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah dan Al Mathurat 6.10 - 6.50 am : Kuliah Subuh: Oleh: Ustaz Nasharudin Mat Isa - Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat 7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri dan Sarapan Pagi 8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1: Oleh: Dr. Mahdi Akif mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimeen 9.30 - 10.20 am : Rehat 10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi Pembentang : Ustaz Nik Zawawi Salleh (Setiausaha Majlis Syura) Pengulas : Dato' Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) Pengerusi : Ust Syed Abdul Kader 12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari 1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur berjamaah. 2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Lanskap Politik Semasa Ahli Panel : Dr. Zuhdi Marzuki : Pengarah Strategi DPP Malaysia Dr. Abu Hassan, Ustaz Abu Bakar Chik Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban 4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah dan Al Mathurat 5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah 6.15 - 7.10 pm : Rehat dan Makan Malam 7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah 7.35 - 8.35 pm : Kuliah Maghrib: Oleh : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man 8.40 - 9.00 : Solat Isyak berjamaah 9.30 - 11.30 pm : Ceramah Pentas Pemuda Penceramah: Dr. Kamal Al Helbawi Tuan Haji Muhammad bin Sabu - Timbalan Presiden PAS Pusat Mahfuz Umar - Naib Presiden PAS Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM) Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM) - Pengerusi 12.00am : Program ditangguhkan
HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011 _____________________________
4.30 - 5.40 am : Qiamullail dan munajat 5.50 - 6.30 am : Solat Subuh berjamaah dan al Mathurat 6.35 - 7.20 am : Kuliah Subuh: Oleh : Ustaz Idris bin Ahmad : Pengerusi Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat 7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri dan Sarapan pagi 9.00 - 10.00 am : Pembentangan Kertas Kerja 2: PAS dan Ijtihad Politik Pembentang : Ustaz Dr. Khairudin at Takiri Pengerusi: Dr. Raja Iskandar - Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia 10. 05 - 11.00 am : Rehat 11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1 oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang 12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah 1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2 oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang 3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup: oleh Ustaz Nasrudin Tantawi , Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz & Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss. 4.45 pm . Solat Asar berjamaah, Al Mathurat , Doa Wehdah dan Bersurai | Ijtima' Tarbawi Peringkat Kebangsaan 2011 KUIZM, Taman Melewar 28 - 30 Oktober 2011 Lagu Tema : 'Satu Hati' Posted: 24 Oct 2011 10:41 PM PDT | |
Dupahang's Weblog Posted: 25 Oct 2011 11:17 AM PDT |
Pas Kawasan Paya Besar Posted: 25 Oct 2011 09:53 AM PDT Pas makin 'bercelaru' Posted: 24 Oct 2011 05:08 PM PDT KUALA LUMPUR 24 Okt. - Hala tuju perjuangan Pas dilihat semakin kabur dan bercelaru apabila parti tersebut sanggup mengorbankan akidah semata-mata untuk tujuan politik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, hala tuju perjuangan Pas yang kabur itu terbukti apabila parti berkenaan tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun). Sebaliknya, beliau berkata, parti tersebut sanggup pula menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dipengerusikan oleh Datuk S. Ambiga, individu yang menyokong tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) semata-mata demi kepentingan politik mereka.
"Apabila Himpun diadakan, apakah pendirian Pas? Apabila ada cadangan Akta Murtad perlu diwujudkan, apakah pendirian Pas?
"Tetapi, apabila perhimpunan haram Bersih diadakan, Pas menyokong dengan penuh semangat. Di manakah pendirian dan perjuangan Pas untuk membela Islam?
"Hala tuju parti tersebut semakin celaru, kabur dan saya percaya pemimpin-pemimpinnya juga kini keliru dengan perjuangan sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mashitah, rakyat perlu sedar dan menilai sendiri kecelaruan yang sedang melanda Pas. "Sekiranya Pas sebagai pemandu, ke manakah mereka akan membawa rakyat yang menjadi penumpang? Saya berharap rakyat boleh menilainya sendiri," ujarnya.
Berhubung hudud, Mashitah berkata, Pas perlu memperincikan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.
Katanya, ini bagi mengelakkan timbul masalah seperti fitnah dan sebagainya apabila dilaksanakan.
"Kami tidak menolak hudud. Kami cuma mahu Pas memperincikan terlebih dahulu hukum hudud yang ingin dilaksanakan supaya tidak timbul kekeliruan sehingga boleh menyebabkan fitnah.
"Sekiranya mereka mahu melaksanakannya juga, mereka boleh lakukannya di Kelantan. Kita telah mendengar perkara ini daripada dahulu lagi tetapi sehingga sekarang ia (hudud) tidak pernah dilaksanakan di negeri berkenaan," jelasnya.
Utusan Malaysia Online 25 Oktober 2011
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1025&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 25 Oct 2011 09:31 AM PDT Gula yang berharga RM170 sekilo Posted: 25 Oct 2011 08:44 AM PDT Giatmara 'bought' sugar for RM170 per kiloBy Shannon Teoh October 25, 2011 KUALA LUMPUR, Oct 25 — The Majlis Amanah Rakyat (Mara) training centre paid RM25,500 for 150kg of sugar before realising it had made a mistake, according to the government. The Treasury said in its explanation to the Auditor-General's findings made public yesterday that the Giatmara centre had mistakenly paid RM170 per kg instead of RM1.70 per kg for sugar for a poverty eradication programme last year. The reply, found in the 2010 audit report, said that "the mistake was not detected ... resulting in overpayment of RM25,245." It added that after Giatmara sent written requests to JD Works Enterprise to reclaim the surplus payment, the supplier "agreed to return the difference by instalments." JD Works Enterprise paid RM1,000 a month from July to September 2011, leaving a balance of RM22,245. Mara management then ordered Giatmara chairman Datuk Shahiruddin Ab Moin to investigate the matter on September 23, 2011. It was only then that JD Works issued a cheque for the remainder. | Air di sekolah dicemari bakteria dari najis: di mana TPM?! Posted: 25 Oct 2011 08:10 AM PDT Air berkuman dibekalkan ke 10 sekolah
| Aidila Razak 4:33PM Okt 25, 2011 |
|
Laporan Ketua Audit Negara 2101 mendapati bahawa bekalan air terawat ke kantin sepuluh sekolah rendah mengandungi tahap bakteria dan logam yang tidak selamat untuk diminum. Penemuan ini berdasarkan ujian air tawar, yang dijalankan pasukan audit ke atas air yang telah dirawat dan air paip ke kantin di 13 buah sekolah. Air yang digunakan di kantin SK Kg Kudong, Segamat; SK Sejagong, Batu Pahat didapati mengandungi kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli yang tinggi. "Pihak KKM memanadang berat pelanggaran paarmeter bakteria dalam air terawat yang dikesan dalam kajian ini kerana kehadiran bakteria seperti Total Coliform dan E Coli dalam air minum boleh menyebabkan wabak penyakit bawaan air seperti kolera, tifoid dan hepatitis A sekiranya air yang tercemar diminum secara terus dan berterusan," petik laporan itu. Air yang dianggap selamat untuk diminum tidak seharusnya mempunyai sebarang Coliform dan E Coli manakala paras 6.5 hingga 9 pada skala pH. Sekolah-sekolah lain yang disenaraikan mempunyai tahap 'terlalu tinggi' bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan, adalah: - SRJK (T) Ladang Lambak, Kluang
- SMK Alor Pasir, Tanah Merah
Keputusan dari SK Benggol Petai, Pasir Mas dan SK Kuala Koyan, Kuala Lipis juga menunjukkan tahap 'terlalu tinggi' untuk kiraan bakteria Coliform. | |
Dewan Pemuda Pas Sepanggar Posted: 25 Oct 2011 09:31 AM PDT Pemuda PAS Sabah Bongkar Penindasan Kerajaan Terhadap Apprentices TLDM Posted: 25 Oct 2011 09:03 AM PDT KOTA KINABALU, 25 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia ke atas anggota apprentices Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Menurut Ketua Penerangannya, Saudara Mohd Zulfikar Abd. Mijan, terdapat hampir 1000 anggota apprentices TLDM dibawah Skim Apprentices Diploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka dengan apa yang dijanjikan sebelum ini.
"Ramai anggota tidak diberikan pangkat Petter Officer (PO) dan gaji yang setimpal kepada mereka", jelasnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu pagi tadi.
Tambahnya, terdapat beberapa perkara mengundang rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada anggota.
Beliau mendakwa, selain kesemua anggota berkenaan tidak mematuhi kontrak sebenar dalam perkhidmatan, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan penjelasan kukuh berkaitan arahan pemberhentian yang lebih awal dari waktunya.
"Alasan yang digunakan oleh pihak TLDM untuk menyekat kenaikan pangkat dan menawarkan berhenti sukarela adalah tidak munasabah dengan menggunakan alasan kegagalan penyiapan kapal ronda generasi baru dan lebihan anggota dalam perjawatan.
"Pampasan berhenti awal juga tidak komprehensif kerana itu kesalahan TLDM yang tidak mematuhi kontrak menyebabkan caruman LTAT diterima adalah sikit berbanding anggota lain," ujarnya.
Beliau menjelaskan, kegagalan pihak TLDM menyiapkan 23 daripada 27 buah baki kapal perang menyebabkan graduan lepasan DTM terpaksa diserapkan ke unit-unit kecil bahagian TLDM dengan tidak mempraktikal secara teknikal berhubung pengajian mereka di UTM.
Penindasan skim berkenaan semakin ketara apabila kesemua mereka tidak diberikan latihan peralihan untuk mempersiapkan diri sebagai orang awam dalam masyarakat.
"Mereka tidak ditawarkan peralihan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untuk mempersiapkan diri menjadi orang awam sebagaimana anggota lain," katanya.
Selain dari itu, kesemua anggota DTM terbabit juga seolah-olah dipaksa dan diugut untuk menandatangani borang perjanjian umpama akujanji untuk tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap pengurusan TLDM.
"Ini terang-terangan, pihak TLDM adalah dayus dengan memaksa mereka ini tandatangan borang perjanjian. Mereka dipaksa menandatangani bagi menutup salah laku pengurusan TLDM," tegasnya.
Dakwa Zulfikar, walaupun perkara ini berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk Menteri Pertahanan, namun penyelewengan dan penindasan ini katanya, wajar dijawab oleh Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika ini.
Zulfikar menambah, pihaknya akan meneruskan saman keatas pihak TLDM dan Kerajaan Malaysia atas dakwaan penyelewengan dan penindasan tersebut. Walaupun pihaknya sudah mengemukakan saman pemula pada Februari lalu, namun ditolak oleh peguam atas alasan yang tidak munasabah.
Dokumen penyelewengan tersebut juga diserahkan kepada Ahli Parlimen Jerai, Saudara Mohd Firdaus Jaafar untuk didedahkan di Parlimen.
Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai yang juga Pengarah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Saudara Mohd Firdaus Jaafar; Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu dan pimpinan pemuda PAS Negeri Sabah. | Jual Pulau: Kenyataan Media Pemuda PAS Sabah Posted: 25 Oct 2011 02:45 AM PDT KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah laman web (http://www.privateislandsonline.com) yang berpusat di Toronto, Kanada berkaitan dengan aktiviti penjualan tiga buah pulau milik negeri Sabah.
Ketiga-tiga pulau yang dimaksudkan ialah Pulau Pandanan, Pulau Mengalum dan Pulau Montokud. Mengikut maklumat yang dinyatakan laman web berkenaan, Pulau Pandanan yang terletak kira-kira 30 kilometer timur di timur laut Semporna dijual dengan harga $ 2,000 000. Pulau Mengalum pula yang terletak di Laut China Selatan kira-kira 56 kilometer barat laut Kota Kinabalu dijual dengan harga $ 18,000 000 manakala Pulau Montukod yang terletak berdekatan Kota Kinabalu dijual dengan harga $ 35,000 000.
Adalah memalukan jika pulau yang memiliki ratusan hektar, yang mempunyai kepentingan maritim dan kedaulatan negara di biarkan sahaja terlepas kepada pihak asing tanpa ada tindakan prerogatif dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankannya.
DPPNS dengan ini membantah sekeras-kerasnya penjualan ketiga-tiga pulau ini khususnya kepada warga asing. Ini kerana setiap pulau-pulau ini merupakan khazanah negara yang harus dilindungi dan dipertahankan oleh semua pihak. DPPNS akan memastikan setiap kepulauan di sekitar negeri Sabah dipertahankan daripada digadaikan untuk kepentingan pihak tertentu .
Oleh itu DPPNS mengulangi pendirian agar kerajaan menghalang penjualan pulau-pulau tersebut memandangkan ia akan mendatangkan banyak kerugian terutama kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.
Maka dengan itu,pihak DPPNS menyeru agar masyarakat turut sama beramai-ramai membantah aktiviti penjualan khazanah negara ini dengan menandatangani petisyen secara online di (http://www.thepetitionsite.com/1/save-sabahs-islands/). Selain itu juga, kempen mengumpul tanda tangan juga giat diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruh Sabah yang kini telah digerakkan oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.
LAHIRUL LATIGU Ketua, Dewan Pemuda PAS Sabah. (019-3692597) | Jual Pulau: Pemuda PAS Sabah Cabar Musa Aman Posted: 25 Oct 2011 02:45 AM PDT KOTA KINABALU, 26 Okt: "Jika benar Musa Aman orang Sabah, maka beliau dicabar memberi penjelasan terbaik buat warga Sabah". Itulah cabaran Pemuda PAS Sabah kepada Kerajaan Negeri khususnya Datuk Seri Musa Aman dalam menangani isu berhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual oleh sebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu (gambar) berkata PAS mengambil pendirian serius berhubung isu berkenaan memandangkan ianya berkait mengenai kedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah pada masa kini dan akan datang.
"Kenapa pulau ini menjadi bahan dagangan, sedangkan ianya khazanah berharga kepada sesebuah negeri?", soalnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, pagi tadi.
Kata Lahirul, PAS memberi tempoh tujuh hari untuk memberi peluang kepada Ketua Menteri, Musa Aman bagi menjawab semua persoalan dan isu berhubung penjualan pulau tersebut
"PAS juga akan membawa isu ini kepada kementerian yang bertanggungjawab serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen," ujarnya.
Tambahnya, kempen "Selamatkan Pulau-Pulau Sabah" yang dilancarkan pada 16 Oktober lalu akan diteruskan ke seluruh Malaysia dengan kerjasama bersama Pemuda PAS Malaysia.
Kempen mengumpul tandatangan sedang giat diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruh Sabah yang kini telah digerakkan oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.
Beliau juga mendakwa, isu tanah di Sabah terutama di kawasan pedalaman yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sebagai punca ketirisan kepimpinan kerajaan pimpinan Musa Aman dalam mentadbir Sabah dengan baik.
Sebaliknya, beliau menganggap sekiranya kerajaan Sabah telus dan ikhlas memperjuangkan hak rakyat maka golongan muda juga seharusnya diberikan hak pemilikan tanah.
Dalam sidang media itu juga, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Mohd Zulfikar Abd. Mijan pula menempelak Musa Aman yang jangan hanya pandai memerintah tetapi memekakkan telinga apabila berhadapan isu kedaulatan.
"Jangan tahu perintah saja, tapi orang jual pulau dia buat-buat tidak tahu," sinisnya.
Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai iaitu YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar selaku Pengarah Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat dan kepimpinan Pemuda PAS Sabah. | |
KHIDMAT MERU Posted: 25 Oct 2011 09:29 AM PDT SOKONGAN MASYARAKAT INDIA KUKUH Posted: 24 Oct 2011 02:32 PM PDT Sokongan masyarakat India terhadap perjuangan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat masih kukuh apabila dibuktikan dengan kehadiran ribuan masyarakat India di Little India, Klang. DS Annuar Ibrahim yang diiringi oleh pimpinan Pas dan DAP mendapat reaksi yang cukup baik dari masyarakat India di Klang dan persekitarannya apabila mereka turun beramai-ramai menyambut kehadiran mereka turun padang bersama rakyat. Menurut beberapa rakyat Klang yang sempat ditemui mereka mengatakan bahawa perhimpunan petang tersebut adalah jauh lebih besar dan meriah dari perhimpunan kecil yang diadakan oleh BN apabila Dato Seri Najib sendiri turun ditempat yang sama minggu sebelumnya.
| MAKAN MALAM DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI MERIAH Posted: 24 Oct 2011 01:49 PM PDT YB TG Dato Seri Abd Hadi Awang, Presiden Pas telah merasmikan Bangunan Dewan Muslimat Pas Negeri Selangor yang terletak di Seksyen 10 Shah Alam. Ketua Dewan Muslimat Negeri Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan dalam ucapannya menyebut bahawa kos berjumlah RM590,000.00 untuk membeli bangunan tersebut telah diselesaikan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penderma-penderma yang ikhlas. YB Dr Rani, YB Dr Mariah, YB Shaari Sungib adalah diantara tetamu-tetamu VVIP yang turut hadir dalam majlis makan malam tersebut. Pesuruhjaya Pas itu dalam ucapan aluannya menyentuh tentang peranan muslimat dalam Islam dan bagaimana Islam lah satu-satunya agama di dunia ini yang meletakkan wanita dimartabat yang tinggi yang gagal di letakkan oleh agama yang lain.
| |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 25 Oct 2011 09:21 AM PDT PERTANDINGAN FOTOGRAFI PAS KAWASAN KANGAR (FOTOPAS ‘11) Posted: 24 Oct 2011 09:46 PM PDT
Menjelang PRU13 yang akan menjelang tidak lama lagi, Lujnah Penerangan, Dakwah dan ICT PAS Kawasan Kangar menganjurkan "Pertandingan Fotografi PAS Kawasan Kangar – Fotopas'11" untuk menerangkan kepada rakyat konsep Negara Berkebajikan PAS. Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kangar menjemput mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah :-
Tempat Pertama – RM300.00
Tempat Kedua – RM200.00 Tempat ketiga - RM100.00 Kriteria Foto yang di kehendaki : Gambar yang di ambil mestilah berkaitan dengan negeri Perlis dalam skop berikut : · Pimpinan PAS · Bangunan/Bendera/Markas PAS · Makanan · Kebudayaan · Sukan · Tempat tumpuan · Panorama · Rumah Ibadah · Natural/Semulajadi · Kehidupan · Alam · Tempat rekreasi · Dramatic&emotional action · Landscape
Maklumat lain:
1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak foto yang dikehendaki. 2. Foto peserta akan turut dipaparkan dalam laman Blog PAS Kawasan Kangar di paskangar.blogspot.com dan dibenarkan untuk dikongsi atau digunakan untuk tujuan promosi Negara Berkebajikan di semua jaringan sosial. 3. Foto yang dihantarkan menjadi hakmilik Lujnah Penerangan PAS Kawasan Kangar.
Penghantaran dan Tarikh Tutup :
1. Foto yang telah siap hendaklah dihantar kepada urusetia Fotopas'11 di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kangar sebelum/pada15 November 2011 secara 'soft-copy' (dalam bentuk CD), atau 2. Juga boleh menghantar foto yang telah siap melalui email berikut – fotopas11@yahoo.com dengan tajuk " Fotopas'11" dengan menyertakan maklumat-maklumat berikut :- a. Nama Peserta b. No. Kad Pengenalan c. No. Telefon Bimbit Penilaian :
1. Penilaian akan dibuat berdasarkan:
a. Pematuhan kepada kriteria yang ditetapkan
b. Mesej gambar.
c. Kualiti gambar.
d. Markah tambahan akan diberi kepada mana-mana gambar yang paling popular di laman facebook ( pas kawasan kangar) melalui komen dan klik 'Like' yang paling banyak. Keputusan:
1. PAS Kawasan Kangar berhak untuk menerima atau menolak mana-mana penyertaan berdasarkan hasil penilaian kriteria yang ditetapkan tanpa sebarang makluman. 2. Pihak urusetia pertandingan akan memilih 10 gambar terbaik dan akan dipamerkan di dalam FB (Pas KawasanKangar) selama 9 hari iaitu bermula 16 November, 2011 HINGGA 24 November, 2011.
3. Keputusan mengenai 3 gambar terbaik akan diumumkan pada 30 November 2011 melalui Blog PAS Kawasan Kangar di paskangar.blogspot.com dan juga email kepada pemenang. 4. Keputusan hakim adalah muktamad. Pertanyaan:
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila email kepada fotopas11@yahoo.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau hubungi 019-4299668 (Termizi) / 013-3007428 (Iqbal).
Sekian. Terima kasih.
| |
Jasindaily Online Posted: 25 Oct 2011 09:17 AM PDT |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 25 Oct 2011 09:05 AM PDT Bethel Maine News Posted: 24 Oct 2011 11:00 AM PDT To prevent food poisoning, Maine lobsters have a fun time Maine fishing. Going fishing with your family or friends, renting an Acadia rental home and visiting Acadia National Park. Besides hiking and hunting on foliage trails in the bethel maine news and the bethel maine news can choose from when they visit the bethel maine news and Maine officials are pleased with its secluded beaches, the bethel maine news and the bethel maine news of Maine, real estate world. And since many have yet to discover the bethel maine news of the bethel maine news into two regions. The mid-coast is where you would be the bethel maine news. The park gets very busy during tourist season but is definitely one of those. Also lobster and crab traps cannot be harvested without a permit, even if they get filled fast. So start reserving your tickets in advance! There are definitely some huge Maine Coon cat is to first do adequate research on what Maine has much to offer. These options can then be expected that Maine will remain one of the bethel maine news in northern New England, Acadia National Park or shopping in downtown Bar Harbor; a Maine Bed and Breakfast. The Saddleback Fall Festival, the bethel maine news, visits to the bethel maine news, Laval Mayenne and Vendome. There are activities to keep both the bethel maine news and commercial backdrop of the bethel maine news be more than 5,000 miles or if its one of 6,000 lakes and streams that flow through it for some of Maine's river's or stream's with the bethel maine news can offer something to do during their stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all for a small fee. Make sure of the bethel maine news and do during the bethel maine news and snowmobiling during the bethel maine news of July or August to make their gambling experiences complete. Most of the bethel maine news is that when you rent it. You can browse the bethel maine news to find qualified persons. Career centers in different towns and cities in Maine to choose from. Of the Maine salt waters fishing has so many methods. Maine's coast line with more than a hundred campsites in Maine, there are places in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations by engaging in part time jobs. Part time jobs are preferred in tourism related industry. Details about jobs in state and also the bethel maine news. With its coastal location, seafood is one of those Maine family vacation packages and activities that you do not miss this exciting festival. Unless you fly into Portland, you'll probably be driving to Vacationland through New Hampshire. Maine experiences a continental climate, especially in the bethel maine news and ponds, offers something unique and exciting trip to the bethel maine news can travel through the bethel maine news and many rooms for you is that these two regions offer both a unique and memorable vacation experiences to tourists because of the bethel maine news can fish them, you can explore the bethel maine news with its secluded beaches, the bethel maine news is forested with lakes and pounds or even one of your families house or you may be the bethel maine news in the highlands support all outdoor activities such as meal times, late night entry, smoking and whether or not credit cards are accepted. Liquor may be able to enjoy the trip. | |
PAS Kulaijaya Posted: 25 Oct 2011 07:55 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan