Khamis, 18 Ogos 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 18 Aug 2011 01:04 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Kebakaran Ibu Pejabat DAP Penang - Guan Eng dan Weik Aik Disaran Jangan Buat Spekulasi Berbau Perkauman

Posted: 17 Aug 2011 07:43 PM PDT


Kira-kira pukul 3 pagi semalam, Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang telah mengalami kebakaran. Komen ADUN Komtar, Ng Wei Aik dan Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam ruangan laman sosial Twitter adalah seperti berikut:


Walaupun laporan polis telahpun dibuat pagi tadi, ADUN Komtar dan Ketua Menteri telah mengeluarkan kenyataan yang saya rasa berbau perkauman. Wei Aik di dalam portal berbahasa English, Malaysiakini, menyebut, "the incident was politically motivated" manakala Guan Eng pula berkata, "the incidents were probably related to the recent controversy over the Penang Fatwa Council ban on lodspeakers for the recital of Quranic verses."

Penulis berpendapat biarlah pihak polis menjalankan siasatan mereka dan tidak perlulah ADUN Komtar dan Ketua Menteri mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan situasi. Apa kata kalau siasatan pihak polis mendapati kebakaran berkenaan adalah dilakukan oleh pihak dalaman DAP yang berkemungkinan ingin meraih simpati. Tambahan pula, inciden ini berlaku 4 hari selepas Pejabat DAP di Jalan Talipon dan Pusat Khidmat ADUN Komtar disimbah cat. Suratan atau kebetulan atau penduduk Pulau Pinang sememangnya marah dan benci dengan DAP?


Apa Yang Tersirat

Posted: 18 Aug 2011 01:04 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Karpal Singh pertikai kemunculan Saiful di TV3

Posted: 18 Aug 2011 06:33 AM PDT

Peguam utama dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh, mahu hakim yang membicarakan kes itu bertindak terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana muncul dalam wawancara dengan TV3, baru-baru ini.

"Saya rasa hakim itu patut lakukan sesuatu ... hakim mempunyai tanggungjawab, anda tahu, dengan serta-merta keluarkan surat tunjuk sebab. Saya fikir itu yang patut oleh hakim," kata Karpal.
Selasa dan Rabu lalu, Mohd Saiful keudara menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Dalam wawancara eksklusif itu, beliau menceritakan kesukaran yang ditanggungnya akibat kes liwat itu.

Bagaimanapun, Karpal enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, kerana berkata bahawa kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di kompleks mahkamah di Jalan Duta di Kuala Lumpur selepas menemu bual seorang lagi saksi, hari ini, iaitu jururawat Pusrawi Yazihan Jusoh, bersama peguam kanan Param Cumaraswamy dan Sankara Nair.

Ditanya sama ada pihak pembelaan akan menimbulkan wawancara TV3 dengan Saiful apabila perbicaraan bersambung Isnin ini, Karpal berkata beliau akan mengkaji temu bual itu, terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Undi Tentera-PAS hanya buat kontroversi: Jeneral ATM

Posted: 18 Aug 2011 05:35 AM PDT

Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan "mencemuh" sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.

"Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).

"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.

"Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.

Jelasnya, angkatan tentera sentiasa bersikap apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dahulu dan juga menyokong angkatan tentera.

"Anda perlu sokong kami, akui pengorbanan kami... Tidak kira siapa pun yang perintah, ini sajalah angkatan bersenjata yang ada.

"Jika anda tidak setia kepada kami, bagaimana kami tidak boleh jadi tidak setia kepada anda?" kata Zulkifeli lagi.

THE FLYING KICK

Posted: 18 Aug 2011 01:01 PM PDT

THE FLYING KICK


VIDEO: ATAS NAMA TUHAN KRISTIAN, BUDAK DIBELASAH SAMPAI MATI OLEH IBU BAPA!!!

Posted: 18 Aug 2011 12:19 PM PDT

VIDEO: SUKAN BOGELKAN BUAH DADA GADIS!!!

Posted: 18 Aug 2011 09:30 AM PDT

RANI TERPAKSA PERTAHANKAN KHALID SAMAD!

Posted: 18 Aug 2011 07:54 AM PDT

Tak da peruntukan undang2 ke utk diambil tindakan!!!

Posted: 18 Aug 2011 03:45 AM PDT

ALAHAI KEMENTERIAN DALAM NEGERI... PATUTNYA DAH JAWAB, BUKANNYA BARU BERSIAP SEDIA!!!

Posted: 18 Aug 2011 02:00 AM PDT

AZEEZ RAHIM DAH JADI DEWA PENYELAMAT!!!

Posted: 18 Aug 2011 12:30 AM PDT

WAKIL RAKYAT POLITIK BARU... NI MISKIN KAWASAN KAU APA CERITA?

Posted: 17 Aug 2011 11:00 PM PDT

SPR pertahankan kewibawaan anda!!!

Posted: 17 Aug 2011 10:30 PM PDT

BAITULMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SIBUK KIRA UNTUNG KE?

Posted: 17 Aug 2011 09:10 PM PDT

PEJABAT DAP PULAU PINANG DIBAKAR... KHIANAT ATAU KONSPIRASI?

Posted: 17 Aug 2011 07:30 PM PDT

SATU LAGI KEMENTERIAN YANG SUDAH USANG DAN TENAT!!!

Posted: 17 Aug 2011 06:30 PM PDT

FELDA MASIH SOKONG UMNO-BN? IYER KE?

Posted: 17 Aug 2011 04:23 PM PDT

VIDEO: SERANGAN SEKSUAL YANG SANGAT ANEH TETAPI MERBAHAYA!!!

Posted: 17 Aug 2011 04:00 PM PDT

VIDEO: BAJU DAH BOLEH DISEMBUR, TAK PERLU LAGI DISARUNG!!!

Posted: 17 Aug 2011 03:10 PM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 18 Aug 2011 11:52 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Pemain Olimpik Wan Zack Haikal dapat tawaran Wigan Athletic !!

Posted: 18 Aug 2011 10:35 AM PDT



Benar kah pemain Olimpik Wan Zack Haikal mendapat tawaran trial selama 2 minggu oleh Kelab EPL , Wigan Athletic ?   Sebelum ini Badrol Baktiar pernah berlatih di Chelsea selama 2 minggu dan jika tawaran ini benar ia tidak sepatut dilepaskan .

Selamat maju jaya untuk pemain muda negara ini !

It looks like Wigan Athletic are attempting to forge links with the Far East, following on from reporting that Baddrol bin Bakhtiar has been a linked with a trial at the Latics, Vital have been contacted about another talented young player, 20 year old striker Wan Zack Haikal from Malaysia, who has also been given the same offer of a two weeks trial from Wigan Athletic.




PAS patut malu ! Mesut Ozil pun pertahan agama Islam dihina David Silva .

Posted: 18 Aug 2011 08:20 AM PDT







Perlawanan El Classico memang dramatik yang berkesudahan Real Madrid tewas tipis kepada Barcelona . Tetapi perlawanan dicemari dengan insiden pergaduhan di minit akhir apabila Fabregas a.k.a The Homesick Boy diterjah keras oleh Marcelo "alleycats"

Insiden itu juga telah menyebabkan Pinto (Barcelona), David Villa (Barcelona), Marcelo (Real Madrid), and Ozil (Real Madrid) kesemuanya dilayangkan kad MERAH.





Dari sumber 101goal dan blog2  ,Insiden Ozil dan Villa dicemari oleh cemuhan racist Villa yang menghina Islam.


"I was defending my religion,because David Villa insulting Islam!"- Mesut Ozil ( 101 goal )


Apa yang boleh kita berlajar dari insiden ini , Muset Ozil seorang pemain bola sepak beragama Islam dari German pun sanggup pertahan agama Islam daripada dihina oleh kafir harbi seperti David Silva , tetapi  yang PAS haprak ini sanggup bela gereja yang dok murtadkan orang Islam .






PAS & Malaysiakini silap banyak serang ATM ...Panglima dah mengamuk !

Posted: 18 Aug 2011 07:28 AM PDT



Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan "mencemuh" sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.

"Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).

"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.

"Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.

Jelasnya, angkatan tentera sentiasa bersikap apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dahulu dan juga menyokong angkatan tentera.

"Anda perlu sokong kami, akui pengorbanan kami... Tidak kira siapa pun yang perintah, ini sajalah angkatan bersenjata yang ada.

"Jika anda tidak setia kepada kami, bagaimana kami tidak boleh jadi tidak setia kepada anda?" kata Zulkifeli lagi




Komen GPB

Main dengan puak-puak munafik & kaki fitnah lebai seperti PAS ini ,  ATM pun hendak diheret ke  dalam game politik mereka .  Mereka ini memang sudah gila bikin cerita fitnah hingga sanggup peralatkan bekas anggota tentera untuk burukkan sendiri majikan mereka .

GPB simpati sekali dengan Panglima ATM negara kita yang terpaksa buat sidang media khas untuk jawab isu fitnah puak2 PAS dan portal haprak Meloyakini.  Sepatutnya ini seorang Panglima ATM hanya tumpukan soal keselamatan negara & kententeraan sahaja tetapi nampaknya terpaksa jawab isu politik gara-gara perb .

Bila terpaksa jawab fitnah parti kuat fitnah ini , dituduh pulak oleh juak-juak taksub mereka sebagai pencacai baru UMNO .KLIK DI SINI 

Inilah nasib anggota tentera di negara kita ..bagaimana la agaknya kalau puak2 ini memerintah negara ini . Lingkup habis !

Cat merah terus hantui kerajaan DAP , kali ini MPSP pulak kena ...

Posted: 18 Aug 2011 06:33 AM PDT




Lagi cat disimbah di Pulau Pinang .. tapi bukan kepada pejabat DAP  tetapi di HQ MPSP di Bandar Perda . Sebelum ini Guan Eng pernah tuduh isu lempaq cat di pejabat DAP baru-baru  ini ada kaitan larangan bacaan Al Quran guna pembesar suara .


GPB petik kenyataan ketua menteri berlidah biawak tentang isu lempaq cat ini

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbarnya semalam berkata serangan cat empat hari lalu mungkin berkaitan dengan tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang yang membuat larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh.

Tak kan lah MPSP pun ada kaitan dengan larangan oleh JHEIPP ini ? hahaha ...

Kenapa cat merah ini dilempaq kepada pejabat MPSP ? Itu kena tunggu polis siasat kes ini selesai .

Ini bermakna isu simbah cat merah ini  tiada kena mengena dengan larangan oleh JHEIPP ke bacaan Al Quran waktu subuh guna pembesar suara   seperti didakwa Guan Eng . Sebabnya mengapa MPSP pun kena juga cat walhal ia tak ada kena mengenai pun tentang larangan itu

Lagi cerita lawak portal Meloyakini untuk burukkan SPR ...

Posted: 18 Aug 2011 05:08 AM PDT


Lagi banyak  blogger BN dedahkan kebodohan pembohongan Malaysiakini & PAS  , maka lagi kuat barisan wartawan penyebar fitnah  gandakan artikel maha haprak mereka ....

Ini yang kita mahu , ini baru cyber WAR ini ... tak pa pemimpin UMNO  sibuk  beri bantuan di bulan Ramadhan ini je , biar barisan blogger ini berentap lawan puak2 haramjadah ini yang semakin menggila fitnah SPR !

Wartawan mereka Salhan K Ahmad laporkan   3  anggota tentera pencen untuk reka satu fitnah terbesar untuk SPR dan ATM sendiri .

Tetapi yang lawaknya bila GPB baca artikel haprak ini ... 3  anggota tentera ini ( mungkin totok PAS ) mendakwa tolong pangkah undi sampai lenguh  ini pada PRU ke 7 iaitu 1986 !!!

Kalau anak dia  lahir tahun itu , baru umur 25 tahun .  Memang lawak  la cerita mereka kerana selepas 25 tahun baru mereka dapat cerita kebenarannya ..hahaha  ..sebab apa dulu tak pernah cerita ?

Itu pun nasib baik Malaysiakini cari mereka untuk  di interview dibantu oleh parti kuat fitnah PAS ..kah kah kah ..

GPB yakin lepas ini mungkin PRU pertama 1955 yang mana Perikatan ( PM Tunku Abd Rahman )  menang besar pun akan  dicari juga warga emas  hari ini supaya mengaku sistem pilihanraya zaman itu tak betul ..hahaha


Baca di sini penjelasan Panglima ATM mengenai fitnah Meloyakini dan pembangkang ...




UMNO P.Pinang bidas Guan Eng main sentimen perkauman dan agama dalam insiden pejabat DAP di bakor !

Posted: 18 Aug 2011 04:07 AM PDT




GEORGETOWN 18 Ogos — Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang hari ini menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng menarik balik kenyataannya yang didakwa cuba mengaitkan isu perkauman dengan insiden simbahan cat di pejabat DAP.

Ketuanya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kenyataan Guan Eng itu telah memberi gambaran seolah-olah perbuatan simbah cat itu dilakukan oleh orang Islam.

"Sebagai Ketua Menteri, beliau tidak sepatutnya bercakap sebarangan tanpa bukti, apatah lagi cuba mengaitkan sesuatu kejadian jenayah dengan isu sensitif agama," katanya kepada Bernama di sini.

Zainal berkata, kenyataan Guan Eng itu jelas membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin negeri yang berhemah apabila cuba mencetus isu perkauman.

"Sebagai parti politik yang mewakili orang Melayu dan Islam, kita mahu Lim memberi bukti dakwaannya itu atau jika tidak mempunyai bukti, beliau harus menarik balik kenyataannya atau kita akan ambil tindakan undang-undang kerana cuba menghasut dan mencetus isu perkauman," katanya


Komen GPB 

Memang dan melampu puak2 ultra kiasu DAP ini .  GPB berani cakap  Guan Eng chauvinis ini tak akan tarik balik kenyataannya dan sewajar UMNO harus ambil tindakan undang2 ke atas ketua regim ini kerana menghasut dan menuduh umat Islam sebagai dalang .

Beliau memang sengaja main sentimen agama dan perkauman dalam insiden ini supaya DAP akan dilihat teraniaya dan mendapat milleage politik  .


PANAS ! Pejabat regim DAP di P.Pinang dibakor !

Posted: 17 Aug 2011 10:17 PM PDT


Ibu pejabat DAP Pulau Pinang di George Town terus menjadi sasaran kerja-kerja vandalisme, kes terbaru awal pagi ini menyaksikan premis itu dibakar oleh pihak tertentu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan perbuatan itu sebagai kerja pengecut kerana baru empat hari lalu ia disimbah dengan cat merah.

"Serangan pengecut, cuba membakar ibu pejabat DAP Pulau Pinang awal pagi ini. Hanya empat hari selepas cat merah disimbah ke atas ibu pejabat DAP dan pusat khidmat Ng Wei Aik. Tolak keganasan," katanya.

DIfahamkan ia dibakar sekitar 2 pagi tadi.

Ng merupakan Setiausaha DAP Pulau Pinang dan Setiausaha Politik kepada Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ng berkata DAP dimaklumkan oleh seorang belia Melayu yang tinggal di kawasan berhampiran mengenai kejadian itu.

"Kami percaya bahawa kesemua serangan ini ada kaitan dan ia dilakukan oleh mereka yang tidak gembira dengan larangan penggunaan pembesar suara," kata beliau merujuk kepada arahan dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Pulau Pinang baru-baru ini.

Isu itu dimainkan oleh media dikawal Umno kononnya ia bukti kerajaan negeri pimpinan DAP menafikan hak Muslim.

Ng menambah jiran itu memberitahu bahawa seorang lelaki yang menaiki motosikal meletakkan kenderaannya di depan ibu pejabat DAP dan apabila dia meninggalkan kawasan itu akhbar-akhbar di luar premis terbakar.

Kata beliau pasukan forensik sudah pun menyiasat lokasi kejadian.



Fuyooo !  Hari itu cat merah ,sekarang dibakor pulak markaz komrad besar DAP di PP.   Ini bukti rakyat negeri ini semakin meluat dengan tindakan  regim DAP dan Guan Eng . 


Belum pernah pejabat parti Gerakan yang sebelum ini memerintah  lama di PP dibakar seperti ini .  


Kalau macam ini lah  tindakan rakyat terhadap regim DAP , maka PRU 13 akan datang ini DAP dan Pakatan pasti boleh tumbang ! 


PANAS ! PAS mahu tendang Pak Sheikh dari Permatang Pauh !

Posted: 17 Aug 2011 07:27 PM PDT




Sudah lama kita tak dengar apa cerita orang Pakatan di Matang Pauh . Adakah mereka masih utuh dan sayang kepada pemimpin munafik seperti Anwar Ibrahim seperti dulu semasa 2008 ? Tetapi selepas 3 tahun Anwar menjadi wakil rakyat di situ , pelbagai cerita timbul terutama dikalangan ahli2 PAS.

Blogger Pisau.net yg mempunyai ramai kenalan di dalam PAS dan PKR di kubu kuat Anwar itu mempunyai cerita panas untuk dikongsi ..ZAZZZ!!



Kemarin lepas terawikh singgah kejap di port biasa ,kawan kawan dari PAS ada jugak budak PKR ramai,lepak sembang sambil pekena kopi.Macam macam cerita timbul.Isu murtad,isu larangan azan.Seperti biasa masing masing berhujah dah jadi serupa parlimen kedai kopi.


Yang menarik perhatian Pisau apabila kawan PAS si Az dah mula bercakap mengenai kes Anwar,katanya "Pak Shaikh dah memang tak boleh diselamatkan,Isu liwat dia dengan budak Saiful tu mesti lekat,nak buat macam mana bukti berlambak" . "Cuba hang tengok lepas pilihanraya ,Biasalah bila dah jadi ahli parlimen Pak Shaikh tak ada pula turun tengok tengok rakyat,hangat sat sekadar majlis cap ayam saja ada la,lepas tu turun tapak ekspo pakat pi dengaq cerita ulangan,dah naik muak"








"Man Chot(TKM1) macam biasa dok syok sendiri ,dia tak tau orang makin dok meluat kat dia"
"Kami kat PAS Kawasan dah banyak kali sebut,esok ni Anwar sangkut dalam jail ,kami nak balik kawasan parlimen Permatang Pauh" "Matang pauh ni dulu hat PAS punya,kalau hangpa ingat tahun 78 kawasan ni ahli parlimen dia Ustaz Zabidi,mai saja Anwar dia menang atas tiket Umno sampai la ni lekat dekat bini dia walaupun dia takdak time dok Sg Buloh"


"PAS dah banyak berkorban,la ni kita nak tengok depa mau tak berkorban untuk PAS kalau betui depa ni sayang kat perjuangan pakatan rakyat.Kita nak ambik balik kawasan Penanti dan parlimen matang pauh"


Pisau tanya Az " hang ni biaq betui,takkan PKR sanggup nak lepas macam tu saja kat PAS" kata Az " hanya tak percaya la ni jugak kita pi Seberang Jaya kita pi rumah Hj Omar Hasan,YDP PAS Permatang Pauh" "Penanti pun kita nak balik,parlimen pun kita nak balik,kita dah bagi tapi depa tak tau jaga,selama ni kita saja dok mengalah" " Kalau depa nak juga kawasan tu ,takpa lah kita lawan juga biaq 3 penjuru lawan dengan BN"


Nampaknya ura ura PAS nakkan hak mereka kembali di Permatang Pauh makin kuat,sebelum ini Pisau hanya mendengar khabar angin,memandangkan kawan Pisau ni orang kuat PAS kawasan,memang sah lah cerita dia.



PANAS ! Adakah ini berita gembira untuk peminat Lisa Surihani ?

Posted: 17 Aug 2011 02:08 PM PDT



Berita gembira kepada jejaka2 di luar sana tak kira blogger ke yang minat habis pelakon cun Lisa Surihani . GPB baru ja dapat berita  aktres cun Malaya ini tak jadi kahwin tahun depan dengan Yusri seorang duda kaya .

Mungkin Yusri duda ni  terperasan kot ...sabaq2 la . Lisa masih lagi solo dan belum fikir nak kahwin lagi .

GPB letakkan video terbaru Lisa sempena Hari Raya Aidilfitri ini ...

semakin mantop !



" Kalau raya ....saya ingat LISA je , hahaha ...memang nak sangat raya dengan Lisa "



Yusry Nafi Kahwin Lisa Tahun Depan

KUALA LUMPUR – Pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, yang dikatakan merancang untuk berkahwin dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, jika tiada aral melintang, pada tahun depan tampil menafikan perkara itu.

Walaubagaimanapun, Yusry mengakui hubungannya dengan Lisa semakin serius dan berharap hubungan tersebut akan berakhir di jinjang pelamin suatu hari nanti.

"Buat masa ini, Yusri dan Lisa masih belum berbincang tentang isu perkahwinan. Oleh yang demikian, diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan sebuah akhbar arus perdana sebelum ini," katanya dalam kenyataan yang tersiar di blog zonartis.com.

Beberapa hari yang lalu, heboh di blog-blog hiburan tempatan mengenai pengakuan Yusry merancang untuk berkahwin dengan Lisa, jika tiada aral melintang, pada tahun depan.

Yusry adalah seorang duda setelah bercerai dengan pelakon popular, Erra Fazira pada tahun 2006 manakala Lisa pula adalah pelakon sedang meningkat naik dengan status bujang dan berkelulusan ijazah dalam bidang perundangan.

Mengulas lanjut, Yusry berkata, pihaknya memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa dalam hal berkenaan.

"InsyaAllah, di masa akan datang, jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan Yusry dan Lisa, pihak kami akan memaklumkan kepada semua media," katanya lagi.

DIMENSI

Posted: 18 Aug 2011 11:09 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Liwat - Alibi punya hal, anuwar sakit kepala

Posted: 18 Aug 2011 05:30 AM PDT


Tuntutan Qazaf: Anwar Fail Permohonan Halang Zainul Rijal Wakili Jawi
KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal meneruskan tindakan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, memfailkan permohonan bagi menghalang seorang peguam syarie daripada mewakili Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam rayuannya.

Beliau memohon mahkamah supaya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ditegah dan tidak dibenar mewakili Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam rayuannya itu.

Anwar memfailkan permohonannya di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini, dengan alasan bahawa Zainul Rijal berkelakuan tidak profesional, tidak bersifat jujur dan tidak berniat baik untuk menegakkan keadilan.

Beliau mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya memerintahkan pendakwaan syarie meneruskan pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.Rayuan itu belum didengar. -BERNAMA

dah agak dahh..anuwar pandikutti akan menggunakan segala macam helah untuk menunda kes beliau dari terus di bicarakan. Sebelum ini anuwar semacam mati akal apabila usaha untuk menundakan kes perbicaraan liwat di mahkamah tinggi semakin tak menjadi.

Percubaan untuk menggugurkan hakim dari mengadili perbicaraan sudah masuk 3 kali dan gagal. Alibi pun dah takda sehingga anuwar terpaksa memasukkan nama jijah dalam senarai saksi pembelaan. Rahimi pulak besar kemungkinan akan jadi saksi pendakwaan.

Anuwar nak guna alibi mesyuarat di kondo tempat dia menyuntut pun tak laku. Karpal pun dia perguna apabila si tua tu menggunakan taktik surat MC konon2 nak mintak penangguhan perbicaraan pun tak berhasil. taktik basi!.

Begitu pun di saat akhir anuwar masih berusaha nak menangguhkan perbicaraan apabila meminta mahkamah memberikan kebenaran untuk menemuramah 15 individu sebagai saksi pembelaan. Mana boleh suka2 nak memaksa orang jadi saksi? last2 gagal jugak.

Akhirnya mahkamah memerintahkan anuwar akan tetap memberi keterangan sebagai saksi pertama pada minggu depan!. No More Delay!

Memang cukup memalukan bagi seorang lelaki seperti anuwar pandikutti. Tapi apa lagi daya yang boleh di lakukan oleh beliau? Adakah beliau akan mengaku 'keris' beliau tak terhunus? punai dah tak boleh menyanyi? atau pam hidraulik dah tak berfungsi lagi?

Adakah di mahkamah nanti akan ada lagi aksi 'stunt dan antik' dari anuwar dan barisan peguamnya lagi?..kita tungguuuuuuuu huhuhuhu

p/s: To bro saiful...be strong braderrr!..soon justice will prevail! yehaaaaaaaaaa....

Omegay: Peluang rakyat tulis khutbah Jumaat

Posted: 18 Aug 2011 01:30 AM PDT


SENAI - Teks khutbah Jumaat perlu dibacakan oleh mereka yang telah diberi tauliah dan ia mestilah berdasarkan teks yang disediakan serta diberi Majlis Agama Islam Johor (Maij), kata bekas mufti Johor, Datuk Noh Gadut.

Beliau yang juga Penasihat Maij berkata, teks khutbah itu telah disediakan Maij sebulan sebelumnya dan tajuk-tajuk yang dipilih adalah mengikut keadaan semasa yang bersesuaian.

"Teks Khutbah ini mesti dibacakan mereka yang diberi tauliah sahaja dan teks yang disediakan Maij.

"Bagaimanapun orang ramai juga diberi peluang untuk menyediakan khutbah tetapi perlu menghantar teks berkenaan kepada Maij terlebih dahulu untuk disemak sama ada sesuai atau tidak sebelum dibenarkan untuk digunakan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga memang ada menerima teks khutbah daripada orang awam sebelum ini dan ia lebih terbuka kepada pelajar-pelajar institusi pengajian awam (IPTA) seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Peluang bagi orang ramai untuk menghantar teks khutbah juga bukan sesuatu perkara yang baru dan bukan baru kini dilaksanakan sebaliknya telah bermula sebelum ini," katanya.

Noh berkata demikian bagi mengulas isu terdapatnya imam masjid yang dikatakan tidak mematuhi peraturan dengan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan Maij baru-baru ini.

Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar turut memberi peringatan kepada pegawai masjid, imam dan bilal untuk tidak menjadikan masjid sebagai tempat kepentingan peribadi atau tempat berpolitik pada majlis perasmian Majlis Khatam al-Quran Peringkat negeri Johor di Masjid Pasir Pelangi, kelmarin.

Menurut Noh, setiap tajuk-tajuk khutbah itu disediakan pegawai khas bahagian dakwah Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dan kemudian dibawakan kepada jawatankuasa untuk melihat bahasa-bahasa yang digunakan.

"Teks tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek sangat. Selepas tapisan dari segi bahasa disemak yang diketuai Ketua Perhubungan Dakwah dan setelah berpuas hati, baru ia diangkat kepada Jawatankuasa Penyemakan yang terdiri daripada Pengerusinya, Sahibul Samaha Datuk Mufti, Sahibul Samaha Timbalan Mufti dan Sahibul Al-Fadilah Kadi Besar," katanya.

Semakan yang akan dilakukan adalah dari segi hukum, ayat-ayat al-Quran serta terjemahannya supaya tidak salah.

Menurutnya, terdapat jabatan yang akan melakukan lawatan di masjid dan surau di setiap daerah, manakala bagi negeri pula, kerajaan telah melantik pegawai penggerak masjid.

"Pegawai-pegawai ini kemudian akan melaporkan kepada kadi daerah dan kadi daerah akan lapor pada bahagian pendakwah dan kemudian ke peringkat tertinggi seterusnya," katanya.

Apabila ditanya tentang imam yang telah digantung jawatan oleh Maij baru-baru ini kerana tidak membaca teks diberi Maij, beliau berkata, tindakan telah diambil terhadap imam tersebut untuk mengundurkan diri dan ditarik pentauliahannya.

"Mengenai perkara ini pihak Maij sendiri telah menasihati beberapa kali agar imam tersebut mengikut teks seperti apa yang telah disediakan Maij dan peluang kepadanya telah diberikan banyak kali sebelum ini sehingga akhirnya tindakan terpaksa diambil kerana masih didapati melakukan perkara yang sama," katanya. - Sinar Harian

Harap2 pihak yang berkenaan patuhi la titah baginda sultan demi kebaikan dan perpaduan ummah. Garis panduan telah pun di tetapkan maka tak perlu lah nak menokok tambah atau cuba memecahbelah umat demi nak menegakkan kepentingan peribadi.

Omegay: Apa nak jadi kat melayu sosialis komunis nih?

Posted: 18 Aug 2011 12:44 AM PDT


Pada 16 Ogos, Sultan Selangor telah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Kota Damansara. Sepanjang bulan ramadan, sebanyak 18 program berbuka puasa bersama rakyat telah di atur dan majlis di Kota Damansara adalah yang ke 12 di hadiri oleh baginda sultan.

Apa yang menarik adun PSM Kota Damansara, Dr Nasir Hashim tidak menghadirkan diri sewaktu majlis di adakan!. Tiada siapa yang tahu kenapa dan sebab apa. Sedangkan Elizabeth wong dan sivarasa botak pun mampu menghadiri majlis tersebut. begitu juga dengan kehadiran Dato Busroh


Ada cakap2 mengatakan Dr Nasir yang serba sosialis ni tidak mahu kelihatan berada di masjid atau surau di sebabkan ideologi yang di bawanya yang tidak menganggap islam sebagai agama tetapi sebagai 'teaching' (ajaran)

Bagaimana pula dengan tanggapan penduduk islam di sekitar kawasan terhadap sikap dingin beliau tu. Pernahkah rakyat di kawasan beliau melihat adun mereka ini menghadiri sebarang kuliah subuh atau sebarang jemputan majlis keagamaan di surau atau mesjid di sekitarnya. Apatah lagi untuk mengerjakan haji atau umrah?


mungkin di sebabkan laungan azan atau bacaan al-quran yang menyebabkan beliau terasa panas dan tak mampu menghadirkan diri dalam sesuatu majlis yang di anjurkan oleh orang islam? atau mungkin beliau sudah terbiasa memegang lilin dalam apa jua keadaan

Sudah lah biadap terhadap baginda sultan apabila tidak menghadiri ke majlis tuanku tanpa alasan. Biasa lahhh..otak sosialis komunis memang macam tu!

Omegay: Projek LRAL2 - Ego khalid calar balar

Posted: 17 Aug 2011 08:30 PM PDT

"minum keladak pon sodapppp"

Selangor pernah mengalami krisis air yang teruk akibat kemarau tapi khalid tak belajar dari pengalaman lalu. Mungkin juga kerana nak jaga ego dan air muka sebab projek ni adalah dari kerajaan pusat kepada rakyat selangor maka sampai sekarang khalid tak luluskan surat perintah.

Khalid merasakan dia lebih handal dari nujum pak belalang apabila dengan bongkaknya menolak jangkaan akan berlakunya krisis air ke dua di negeri selangor. Beliau juga dengan angkuh meramalkan bahwa bekalan air di selangor mencukupi sehingga 2019 dan sekaligus menolak bantuan kerajaan pusat untuk menyegerakan pembinaan loji rawatan air langat 2 (LRAL2).

Mereka juga bersedia untuk bekerjasama tapi dengan bersyarat. Kerajaan pusat harus mengembalikan pengurusan pengendalian air kepada kerajaan negeri seperti yang di laporkan oleh portal selangor kini. klik sini walhal sebelum ini sebelum ini khalid telah bersetuju untuk mengeluarkan permit kebenaran (klik sini).


Bagaimana dalam isu pemberian air percuma telah menjadi kudis dalam pentadbiran khalid. Ini berikutan khalid terpaksa menunaikan janji pilihanraya 2008 setelah membuat perjanjian di antara kumpulan darul ehsan berhad (KDEB) dan SYABAS. Ekoran dari pemberian tersebut telah mengakibatkan kerajaan negeri menanggung kerugian RM11 juta sebulan. AIDC pernah membongkar isu ini klik sini"

Pendek kata khalid dah terperangkap dengan isu yang mereka timbulkan sendiri. Khalid tiada pilihan lain kerana prospek projek ini bukan hanya untuk tahun 2019 tapi melangkaui dari apa yang beliau jangkakan. Namun mahukah khalid membuang egonya semata2 untuk pertahankan pendirian parti dari membiarkan BN menjaga kebajikan rakyat untuk jangka panjang?

Omegay: Gempar!..apabila murid islam pandai nyanyi lagu ketuhanan Jesus..

Posted: 17 Aug 2011 05:30 PM PDT

Sekali lagi umat islam di gemparkan dengan isu kegiatan pemurtadan secara halus di mana ia membabit sekumpulan anak2 murid dari sebuah sekolah rendah di Jalan Klang Lama seperti yang di dedahkan oleh Sdr Zaini Hassan, di ruangan cuit Utusan Malaysia. klik sini


Kejadian itu kebetulan berlaku di parlimen seputeh iaitu ADUN teresa cock. Yang di kesalkan keperihatinan guru 'S' yang mengambil inisiatif sendiri dengan melaporkan kejadian tersebut ke pejabat agama (JAWI) tidak di layan gara2 kaki tangan nak cepat ke bazar ramadan!

Giler ke perr??


Isu pemurtadan mungkin bukan lagi perkara baru malah ada pihak2 luar mula berani mencabar kewibawaan mahkamah syariah. Mereka mengambil kesempatan dari kelemahan pihak berkuasa yang sepatutnya mengutamakan pegangan akidah umat islam di negara ni.


akidah umat islam juga semakin tercabar gara2 disebabkan ada pihak yang hanya pandai melaungkan perjuangan islam tapi apabila isu ini terbongkar mereka di lihat sengaje membiarkan kejadian berleluasa tanpa apa2 tindakan!

Seharusnya kejadian tersebut sudah boleh membuka mata pihak tertentu dan menjadi tanggungjawab mereka menjaga akidah ummah dan peranan kita sebagai individu umat islam adalah wajib menentang kegiatan tersebut secara habis2an!

Siti Fatimah Tan Abdullah / Tan Ean Huang

"It is her right to return to her original religion. The state islamic religious council should show more concern over the welfare of Muslim converts like Siti Fatimah." - Datin Wan Azizah

Lim Guan Eng menyifatkan apa yang berlaku sebagai "a welcomed move"

Kita juga berharap di pihak jabatan agama negeri dan jabatan2 yang berkaitan supaya lebih peka akan kebajikan umat2 islam yang daif dan memerlukan, kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka, maka akan ada pihak2 luar akan cuba menggangu gugat keimanan para muslimin dengan jalan mudah seperti apa yang berlaku baru2 ini

Mungkin sudah tiba masanya nasib umat islam di bela tanpa mengira warna kulit. Sudah tentu kita tak mahu kejadian seperti ini berulang lagi di masa depan. Perkara yang membabitkan pegangan akidah bukan lah sesuatu yang boleh di pertaruhkan dengan wang ringgit!

Sesungguhnya umat islam sudah cukup bertoleransi!

IPOHMALAY

Posted: 18 Aug 2011 09:17 AM PDT

IPOHMALAY


MAZA oh MAZA

Posted: 18 Aug 2011 12:44 AM PDT



Ramai Umat Islam Di Malaysia Belum Kenal Apa Itu Kristian

Posted: 17 Aug 2011 09:46 PM PDT

Kristianisasi tidak akan mendapat sokongan sekiranya ibu bapa tahu peranan mereka ke atas anak-anak mereka. Teman sendiri bersekolah di sekolah-sekolah berpengaruh mubaligh La Salle selama 9 tahun dan sejak berusia 10 tahun lagi, teman telah terbaca ayat-ayat seperti 'Yesus Kristus, Ruhul Kudus, Allah Tuhan Bapa' pada lagu-lagu Kristian berbahasa Melayu yang dicetak berbelas-belas tahun sebelum itu.

Tetapi, bagaimanakah misi Kristianisasi umat Melayu pada ketika itu tidak mendapat sambutan seperti hari ini? Di Sekolah Rendah La Salle Canning Garden Ipoh misalnya, pengamatan teman dari tahun 1985 hingga tahun 1990 , pada perhimpunan pagi Isnin, Cikgu Anthony akan membaca doa mengikut upacara Kristian dan murid-murid akan ikut sama mengulangi lafaz-lafaz Cikgu Anthony yang menggenggam dua tangan ke dada dengan bacaan " Oh God, I thank You, for my life, you give me today, bla bla bla bla.. Amen". Kami tidak menggenggam dua tangan ke dada kerana mengetahui itu adalah perbuatan orang Kristian. Tiada paksaan untuk itu.

Minggu berikutnya, satu-satunya guru agama Islam, Puan Hawa Asiah, akan mengetuai bacaan doa dengan menadah tangan dan doanya lebih kurang begini " Ya Allah, berilah keberkatan Mu kepada kami, bagi memudahkan kami, bla bla bla bla bla.. Amin". Saat kami menadah tangan bersama Puan Hawa, ramai juga murid bukan Islam yang tidak menadah tangan, mengetahui itu adalah upacara Islam.

Ya, oleh kerana semuanya adalah kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah, doa-doa ini dilafaz dan diikut oleh murid-murid tanpa sedikitpun ada rasa percanggahan. Jika itu berlaku hari ini, pasti akan menjadi isu besar.

Tetapi, di rumah, teman dikisahkan oleh ustaz dan ustazah sekolah agama rakyat, juga emak teman tentang nabi-nabi. Teman juga suka membaca kisah-kisah nabi di perpustakaan. Dengan mengenal nabi-nabi terdahulu sahajalah, kita akan dapat memahami pegangan kita sendiri. Kata tok guru teman, kita akan lebih sayangkan Islam selepas kita kenal apa itu Kristian dan Yahudi!

Hasilnya, hari ini, jika ada yang mengajak teman masuk Kristian dengan alasan itu sahaja jalan yang terbaik untuk diselamatkan di akhir zaman, pasti teman menyebut, Nabi Isa akan datang untuk memberitahu bahawa dia tidak mencipta apa-apa agama! Kerana dia hanyalah salah satu nabi untuk umat Yahudi pada masa lalu.

Jika hendak diselamatkan, pastilah Nabi Isa akan menyelamatkan pemikiran mereka para penganut agama yang tak pernah wujud yang kekhilafan tentang status Nabi Isa itu sendiri, dan memperbetulkannya!

Pastilah teman akan mengatakan bahawa, ketahuilah, hanya di dalam al-Quran sahaja Allah menyebut tentang agama yang telah siap iaitu Islam. Kristian sebagai agama tidak disebut di dalam Injil dan Yahudi sebagai agama tidak disebut dalam Zabur dan Taurat. Malah dunia mengetahui, Yahudi itu bukanlah agama. Mereka sekadar disebut ahli Kitab.

Terlalu mudah untuk melawan para pendakyah Kristian ini sekiranya pengetahuan agama diterapkan secukupnya kepada kita kerana kebenaran anutan Islam ini terlalu jelas.

Malangnya, sesetengah ibu bapa, saat ditanya oleh anak-anak mereka mengenai agama lain, maka akan diherdik pula anak itu dengan "jangan dok tanya pasal agama kafir lah". Mungkin sang ibu bapa sendiri yang tak berapa berilmu.

Sesetengah orang Islam pula akan menghina orang Islam lain yang menjengah kitab-kitab Injil palsu hari ini dan apabila Psalm (Zabur) dan Torah (Taurat) dibelek, disindir-sindir pula.

Memang kita perlu membaca dan memahami Al-Quran kerana ia adalah kitab penutup yang melengkapi semua kitab-kitab yang wajib kita ketahui yang telah diturunkan dalam tempoh 2,000 tahun antara zaman Nabi Musa hingga ke Nabi Muhammad.

Tetapi, umat Islam yang kuat ialah umat Islam yang mendaulatkan al-Quran dengan menyebarkan kepada para penganut Islam lain tentang sudut-sudut pemalsuan yang telah dibuat oleh pengikut-pengikut Nabi Isa ketika mereka berusaha menubuhkan fahaman Kristian.

Pernahkah ceramah agama di masjid-masjid, surau-surau di sepelusuk tanah air tercinta ini mengetengahkan hal-hal sebegini sebagai ramuan penambah kekukuhan iman umat Islam?


Tolak Ulamak Pluralis

Posted: 17 Aug 2011 07:43 PM PDT

Entah mengapa, isu bukan Islam masuk masjid dibangkitkan oleh seorang ulamak screwdriver yang kononnya moden. Kata-katanya yang menyindir pihak yang takut akan kehadiran orang Islam di dalam gereja dengan memberi perumpamaan bahawa ketakutan yang sama ke atas orang bukan Islam masuk masjid, yang juga dilontarkan oleh umat Islam.

Pemikiran ulamak ini satu-satunya hasil cernaan minda yang cenderung kepada konsep akal logik yang mendaulatkan pluralisme.

Apabila dikatakan orang Islam masuk gereja dikhuatiri memeluk Kristian, beliau menyamakan dengan penentangan ke atas dua politikus perempuan DAP masuk masjid oleh orang Islam, sebagai kononnya takut dua individu penegak Kristianisasi itu memeluk Islam.

Apakah ulamak tersebut nampak bahawa individu Islam yang masuk gereja itu tidak lagi bertudung sebagai penghormatan kepada institusi gereja haram itu. Manakala seorang perempuan Cina DAP yang masuk masjid di Balakong dan perempuan Cina DAP yang masuk ke Masjid Negara tidak pula bertudung kepala sebagai tanda tidak menghormati masjid yang diiktiraf kewujudannya itu?

Janganlah pula ulamak ini nanti berkata, jika orang Kristian boleh masuk Islam, mengapa pula orang Islam tak boleh masuk Kristian.

Ini kerana lontaran pemikiran ulamak yang seorang ini sudah terlalu dipengaruhi oleh penaakulan yang bersandar kepada logika imbangan kesaksamaan antara-agama yang sebenarnya tidak terpakai dalam konsep kedaulatan Islam.

Jika ia terpakai, maka kemurtadan akan menjadi hak individu dan masyarakat Islam negara ini tidak boleh lagi menyebut bahawa mereka berfahaman ahli Sunnah wal Jamaah. Atau mungkin itulah yang dimahukan oleh ulamak screwdriver ini?

Sebenarnya, beza antara biri-biri dan serigala itu adalah sifatnya sahaja. Jika serigala itu sifatnya pengecut manakala biri-biri itu sifatnya berani, maka sudah tentulah serigala akan memilih untuk makan anak ayam atau kodok sahaja, walaupun biri-biri itu makanan kegemarannya. Tetapi, jika biri-biri itu memilih seekor biri-biri tua yang bodoh sebagai ketua, yang menyeru biri-biri lain supaya takutkan serigala yang penakut itu, sudah tentu sifat itu berubah.

Politik Harian

Posted: 18 Aug 2011 04:16 AM PDT

Politik Harian


Panglima Angkatan Tentera Nafi Manipulasi Undi Pos

Posted: 18 Aug 2011 02:15 AM PDT


Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat orang bekas anggotanya semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kesilapan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan sebagai (tindakan pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Tindakan untuk mencemuh sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.

Khairy : Ambil Tindakan Ke Atas Pas

Posted: 18 Aug 2011 01:15 AM PDT


Ibu pejabat UMNO digesa mengambil tindakan undang-undang terhadap Pas sekiranya mereka gagal membuktikan pembabitan UMNO dalam pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, tuduhan yang dilemparkan Pas bahawa UMNO mencampuri urusan JAIS adalah serius dan tindakan undang-undang wajar diambil selepas tamat tempoh tiga hari seperti yang ditetapkan UMNO Selangor.

Tegas beliau, JAIS adalah merupakan agensi di bawah kerajaan negeri yang menguruskan hal ehwal agama dan ia bukan di bawah bidang Kerajaan Persekutuan.

''Oleh itu, kita perlu membawa kes ini ke mahkamah supaya tidak ada lagi tuduhan yang tidak berasas dengan menuding jari kepada UMNO khasnya daripada Pas yang kerap menuduh tanpa sebarang bukti," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini ketika dipetik dalam laman portal pembangkang, The Malaysia Insider menegaskan, beliau tidak akan meminta maaf kepada UMNO berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan parti Melayu terbesar itu dalam pemeriksaan JAIS ke atas sebuah gereja baru-baru ini.

Khairy dalam pada itu menyifatkan Pas sebagai dayus kerana gagal menangani isu JAIS dan gereja dan pada masa sama, gagal mendesak kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

Katanya, Pemuda UMNO tetap dengan pendirian supaya laporan JAIS itu perlu diumum secepat mungkin tanpa menunggu selepas Hari Raya Aidilfitri.

kerana ia telah menimbulkan kemarahan bukan sahaja dalam kalangan penganut Islam malah Kristian.

''Oleh kerana kedayusan Pas ini, mereka cuba mencari kambing hitam lain dengan menuduh UMNO tanpa bukti.

''Namun, kita tahu pada hari ini yang tidak cekap ialah kerajaan PKR Selangor dan yang dayus kerana tidak berani mendesak penyelesaian segera kes ini merupakan Pas, dipercayai disebabkan mereka 'takut' dengan parti lain dalam gabungannya.

''Tidak perlu tunggu selepas Aidilfitri kerana saya difahamkan laporan itu telah siap dan kegagalan kerajaan negeri berbuat demikian hanya akan mengakibatkan polemik antara umat Islam dan Kristian," katanya.

6 Lagi Gambar Peserta Di Geraja DUMC Di Dedahkan

Posted: 18 Aug 2011 12:15 AM PDT

Kepada mereka yang mengenali wajah-wajah dibawah ini, harap mengambil langkah sewajarnya. Doakan akidah mereka tidak lari selepas menghadiri program yang penuh syak wasangka di DUMC.

Nadeane binti Che Mohd Salleh, 32 tahun
Taman Seputeh, KL

Muhammad Khairul Dhillon bin Abdullah, 42 tahun
Taman Nirwana, Ampang, Selangor

Sahrunida binti Asaad, 30 tahun
Taman Nirwana, Ampang, Selangor

Faridah binti Abdul Latep, 39 tahun
Taman Subang, Petaling Jaya, Selangor.

Faridah binti Abdul Rahman, 40 tahun
Kelana Jaya, Selangor


Nur-Al Ashikin binti Shaik Dawood, 39 Tahun
Petaling Jaya, Selangor


PAS Tuntut Parlimen Permatang Pauh

Posted: 17 Aug 2011 11:00 PM PDT


Wa wa bule, wa bule teraju tigo

Undi parti Isle, mati seksok masuk surgo

Wa wa bule, wa bule teraju tigo

Undi parti sete, mati seksok masuk nerko

Kemarin lepas terawikh singgah kejap di port biasa ,kawan kawan dari PAS ada jugak budak PKR ramai, lepak sembang sambil pekena kopi.Macam macam cerita timbul. Isu murtad, isu larangan azan. Seperti biasa masing masing berhujah dah jadi serupa parlimen kedai kopi.

Baca lagi PAS tuntut Parlimen Permatang Pauh di sini...

Hanya Calon Boleh Menang Sahaja Untuk PRU-13 - Khairy

Posted: 17 Aug 2011 09:00 PM PDT


Pergerakan Pemuda Umno hanya akan mengemukakan mereka yang benar-benar layak dan 'winnable' sahaja sebagai calon pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Sehubungan itu katanya, Pemuda Umno tidak akan meminta tempat untuk sayap tersebut.

"Jika dulu, kita minta lebih ramai calon mengisi kuota untuk calon Pemuda, dengan beranggapan kononnya jika lebih ramai calon mengisi kuota tersebut maka akan dilihat semakin hebat untuk kekuatan parti.

"Tetapi, sekarang kita bukan lagi semata-mata mengejar kuota...jika peratusan yang boleh menang hanya 20 peratus, maka sebanyak itu juga akan diminta daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita, Selasa malam.

Beliau berkata demikian selepas Jelajah One Malaysia (JOM) Ramadan, di Surau Nurul Iman di Pasir Panjang dekat.

Katanya beliau sedang menilai calon yang layak pada kalangan anggota sayap dari semua peringkat.

Mengulas perkembangan lain, Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional mendesak kerajaan Selangor agar segera mengeluarkan laporan lengkap mengenai isu murtad yang heboh diperkatakan di negeri itu.

Kataya isu sensitif seperti itu tidak perlu dilengahkan kerana melibatkan agama dan mendatangkan kemarahan pada kalangan umat Islam serta penganut Kristian di negara ini.

Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang Dibakar

Posted: 17 Aug 2011 07:00 PM PDT


PAS ke PKR yang bakar Ibu Pejabat DAP ni?

Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini deretan akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.

ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: "Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar bjam 3 pagi. Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari."

Ketika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu.

Menurut Ng, bomba datang kira-kira 20 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan.

"Sebuah botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api itu. Bomba telah ambil botol itu untuk diuji," katanya.

"Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan."

Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan DAP akan membuat laporan polis pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada media.

Kalau boleh kasi bakar semua Pejabat DAP di Malaysia ini... Aku setuju sangat lah....

Ada Usaha Murtad Kepada Murid Islam

Posted: 17 Aug 2011 06:00 PM PDT


Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Jalan Kuchai Lama di sini hari ini ditemubual oleh Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) melaporkan terdapat kelas tambahan di sekolah itu yang menerapkan nilai-nilai agama Kristian kepada pelajar Islam.

Difahamkan, Bahagian Sektor Pendidikan Islam JPNWP hadir ke sekolah terbabit pada pukul 8.30 pagi tadi dan selesai menemu bual pelajar tersebut kira-kira pada pukul 12 tengah hari.

Menurut sumber, ibu kepada murid tersebut turut hadir semasa sesi itu dan satu mesyuarat turut diadakan disertai oleh pihak-pihak yang terlibat.

Utusan Malaysia hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Mereka ini menyanyikan lagu 'Mereka menyanyikan lagu 'Yes, I know Jesus loves me' dan lagu 'Hari Ini Ku Rasa Bahagia' yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Difahamkan mereka ini diterapkan ajaran agama Islam secara halus ketika belajar di kelas tambahan yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda di kawasan itu.

Sementara itu, JPNKL ketika dihubungi turut mengesahkan telah menjalankan siasatan berhubung perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

Info-Sungai Rapat

Anwar Ibrahim Ada Blogger Jambu Suam-Suam Milo...

Posted: 17 Aug 2011 11:37 AM PDT


Perkenalkan blogger JAMBAN pakatan rakyat...

Budak jamban ini seorang lelaki LEMBUT ataupun lebih dikenali dengan nama jalanan GAY JAMBAN dan bukti yang menunjukkan bahawa MiloSuam (MS) adalah Yusuf Al-Siddique. Dalam posting sebelum ini sedikit sebanyak telah menceritakan perkaitan antara Yusuf dan MS. Apa yang kami paparkan dalam bahagian pertama adalah bukti yang telah kami kumpul selama sebulan.

Khabarnya budak jamban ni suka tabur fitnah sana sinun... kalau nak baca lagi klik di sini dan di sini....

P/S: Sahur nanti jangan la makan karipap suam pulak...

Sepah Maharaja Lawak Tidak Berpecah, Cuma Salah Faham

Posted: 17 Aug 2011 07:00 AM PDT


Anggota kumpulan Sepah, Shuib mengakui terkilan dengan kontroversi kononnya mereka akan berpecah selepas memenangi pertandingan Maharaja Lawak lalu.

Jelasnya, apa yang dimaksudkan dengan berpecah adalah tiada halangan untuk menerima tawaran secara berseorangan dalam mana-mana persembahan atau lakonan.

"Pertama sekali saya ingin terangkan bahawa kami tidak berpecah, saya rasa ada salah faham dari kenyataan yang dikeluarkan daripada salah seorang anggota Sepah.

"Apa yang cuba mereka sampaikan ialah kami boleh berpecah-pecah jika mendapat tawaran persembahan pentas atau berlakon dan bukan semestinya bertiga," jelasnya ketika ditemui di rakaman Melodi Raya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Rabu.

Kata Shuib, disebabkan khabar angin tersebut dia menerima beberapa panggilan daripada peminat tidak dikenali yang meluahkan rasa kecewa mereka.

"Lebih terkilan apabila ramai peminat yang telefon saya untuk meluahkan rasa kecewa mereka kerana telah berhabis duit mengundi kumpulan kami dalam Maharaja Lawak lalu.

"Saya rasa bersalah dengan mereka kerana mereka ingin melihat Sepah terus berada di industri ini secara berkumpulan bukan secara solo.

"Jujurnya, saya akui kami tidak akan kuat jika bergerak sendiri tanpa salah seorang daripada kami," tuturnya.

Dalam pada itu, Shuib akui ada beberapa tawaran yang tidak dapat dipenuhi ketiga-tiga mereka atas sebab-sebab tertentu.

"Kami sudah berkawan lama dan berjanji tidak akan menyekat rezeki masing-masing.

"Jika salah seorang daripada kami sibuk dan tidak dapat menyertai, kami tetap akan meneruskan persembahan biarpun berdua atau seorang," katanya.-Mstar.

Pemuda Umno Lancar Ekspedisi Desa

Posted: 17 Aug 2011 05:15 AM PDT

Pergerakan Pemuda UMNO akan melancarkan Ekpedisi Desa 1Malaysia (ED1M), program kembara melihat pertumbuhan dan kemajuan industri desa di negara ini pada 4 Oktober depan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata program itu dengan kerjasama Dewan Usahawan Industri Desa akan dibahagikan kepada zon utara, zon selatan, zon timur dan zon Sabah serta Sarawak.

"Kita sasarkan antara 150 dan 200 peserta dalam setiap zon," katanya pada sidang media sempena program itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijadual melepaskan peserta pada pelancaran program itu di PWTC.

Khairy berkata, program itu dimulakan dengan zon utara pada 4 hingga 8 Oktober di mana peserta akan meninjau industri desa di Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Selatan Thailand.

Antara lokasi industri desa yang dikenal pasti untuk dilawati ialah projek yang berjaya dalam bidang industri asas tani, kraftangan, jahitan dan inap desa.

Khairy menambah, peserta akan didedahkan dengan amalan terbaik dalam industri desa bagi membolehkan mereka mengaplikasikannya dalam projek masing-masing.

"Bagi peserta yang mempunyai pelan perniagaan yang bagus selepas menghadiri program ini, kita akan bantu mereka dapatkan geran daripada pihak yang terlibat untuk projek mereka," katanya.

Beliau turut mengalu-alukan golongan usahawan muda dan pelajar menyertai program itu dengan mendaftar di laman sesawang www.ekspedisidesa.com.my atau menghubungi talian 03-40423892.

Stesen televisyen berbayar Astro juga akan menjadikan ED1M sebagai program realiti 13 episod, katanya. - BERNAMA

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ohpolitik!™

Posted: 18 Aug 2011 03:55 AM PDT

Ohpolitik!™


KITA BAKOR! KITA BAKOR DAP!!

Posted: 17 Aug 2011 06:30 PM PDT


Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini beberapa dereta akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.

ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: "Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar bjam 3 pagi. Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari."

Ketika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu.

Menurut Ng, bomba datang kira-kira 20 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan.

"Sebuah botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api itu. Bomba telah ambil botol itu untuk diuji," katanya.

"Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan."

Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan DAP akan membuat laporan polis pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada media.
sumber MK

GHOSWRITER : "Kalu tiada angin, masakan pokok bergoyang?"

ISU GEREJA DUMC : TIADA LAGI PAS, YANG TINGGAL HANYA DAP!!

Posted: 17 Aug 2011 05:40 PM PDT

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) - Hadapi tekanan hebat dari berbagai pihak yang berkepentingan kerana tindakan berani Penguatkuasanya terhadap Gereja DUMC. Ayuh kita zahirkan sokongan padu pada JAIS...kerana tindakan mereka demi Amar Makruf, Nahi Mungkar...Allahuakbar...Ini masanya kita pertahankan negara Islam, bukan negara berkebajikan...! Islam sudah melengkapi keseluruhannya....


1.Krisis kecelaruan pakatan terutamanya Parti PKR dan PAS dalam menangani isu 12 umat islam di dalam gereja DUMC menampakkan kepada kita akan kelemahan mereka dalam mempertahankan maruah islam.

2.Kronologi isu ini jelas menampakkan bahawa perkiraan bilangan kertas undi lebih didahulukan daripada menjaga hak dan maruah islam.

3.Khalid Ibrahim selang sehari selepas kejadian terus memohon maaf tanpa ada laporan lengkap di tangannya.

4. Manakala ahli parlimen shah alam, Khalid Samad nampak begitu keliru dalam membezakan perkara yang Hak dan sungguh kalut dalam menjuarai perkara teknikal isu 12 umat islam di gereja.

5.Membuat laporan polis terhadap pendedahan beberapa bloger pro umno jelas menunjukkan sikap kelam kabutnya dalam cubaan menjaga undi penyokong mereka.

6.Saya mengucapkan syabas di atas keberanian dan kebijaksanaan keseluruhan blogers pro umno dalam menangani isu besar ini. Meletakkan kepentingan akidah umat islam dan berani memangkah setiap gerak laku pimpinan pembangkang hingga menampakkan mereka kelihatan tempang adalah tindakan terpuji.

7.Tindakan Setiausaha Agung Pas menyalahkan umno yang kononnya menjadi dalang disebalik 'serbuan JAIS' adalah tuduhan melampau dan menampakkan kedangkalan mereka dalam menyelesaikan masalah.

8.Mudahnya stail politik mereka. Kerap menuding jari ke atas orang lain di atas kelemahan sendiri mungkin sudah boleh dijadikan signal kepada pengundi di atas pagar untuk menilai semula 'kuasa undi' anda pada PRU ke 13 nanti.

9. Pas sudah jauh terlanjur dalam memperjuangkan yang Hak dan Bathil. 3 tahun berlalu kita telah diperlihatkan akan beberapa siri keputusan Parti Pas yang nampak selalu tunduk kepada arahan DAP.

10. Mungkin istilah 'Dap Ganti Pas' sudah menampakkan kebenarannya.

anakbukitgantang says

Posted: 18 Aug 2011 03:44 AM PDT

anakbukitgantang says


Ziarah sahur dengan Polis Putrajaya

Posted: 17 Aug 2011 10:25 PM PDT

Pagi tadi, 18 Ogos 2011, Program JOM Ziarah Sahur Majlis Belia Kawasan Putrajaya (MBKPj) telah diladakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya. Sasaran MBKPj pagi ini adalah anggota polis yang bertugas pada shift malam bagi menjaga keselamatan warga Putrajaya yang berada di IPD, balai polis Presint 9, balai polis Presint 11, beat force, anggota bermotorsikal, peronda, MPV, detektif dan yang berada di kaunter.



Hadir Ketua Balai Polis Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Khairuddin Samad, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Nordin Mat Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Puan Saadiah beserta rombongan & Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Sambung lagi sahur  di sebuah restoran di Presint 9 bagi yang dapat bersama di IPD Putrajaya kerana tugas di luar


Jumlah keseluruhan anggota polis yang bertugas pada pagi tadi saja adalah hampir 90 orang dan rombongan MBKPj dan UMNO Bahagian Putrajaya adalah seramai 40 orang. Program JOM Ziarah Sahur malam ini dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Balai Polis Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Khairuddin Samad, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Nordin Mat Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Puan Saadiah beserta rombongan dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sdr Hishamudin Yahya
 
Berita lanjut di SINI

bumiyang

Posted: 18 Aug 2011 03:34 AM PDT

bumiyang


Pengundi Hantu Adalah Amalan Pembangkang - Mahathir.

Posted: 17 Aug 2011 05:30 PM PDT

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 18 Aug 2011 03:26 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Hisham dah tidak beri 'amaran'

Posted: 17 Aug 2011 08:00 PM PDT

... dia suruh 'lakukan sesuatu.'


Amboi! Takutnya suratkhabar The Star dan Ketua Pengarangnya bila diarah 'lakukan sesuatu' kerana tersilap iklankan babi panggang dalam terbitan sisipan Ramadhan.

Tercabut lutut dari ketaran yang terlalu pantas.

AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 18 Aug 2011 03:25 AM PDT

AL-Kesah AloQStaQ


Layan Video Klip ni ... JOM !

Posted: 17 Aug 2011 07:10 PM PDT

Aku mohon maaf sebab tak berkesempatan nak update blog ni sejak seminggu lepas disebabkan kerana kesibukan yang melanda (+amik peluang buat ibadah dalam Bulan Yang Mulia ni), hari ni baru sempat masuk blog kejap untuk update , ini pun just nak letak satu video klip Artistes For Unity - untuk kawan2 semua layan sambil buat keja di hari 18 Ramadhan ni.

Aku suka gak video ni sebab Awie ada dalam klip tu (haha! aku memang minat kat mamat Awie ni)... tapi, lain-lain artis/selebriti dalam tu nampak ada yang berkecenderungan sokong puak PR pun ada, ada yang memang kawan KJ dan ramai lagi  ... hehe ... layan aje lah lagu ni. (itupun kalau terasa nak layan ler, tak memaksa pun) Ala-ala patriotik la lagu ni ... sesuai dengan MERDEKA RAYA tahun 2011 ni ...


OK.
Nanti ada masa kalu, aku masuk update lagi ...

Sebenaqnya banyak berita politik yang berlaku sepanjang minggu lepas (khususnya) kat Negeri Kedah, tapi itulah ... tak berkesempatan nak update aje ...

Lagipun, blogging ni bukanlah satu kerja cari makan aku pun, tak da bayaran , dan tak ada Bos yang bayar gaji ... ikut suka nak update bila-bila masa ... ada masa , update ... tak ada masa, tak update la ... tiada yang menjadi pengarah untuk arahkan aku menulis sebab aku digajikan (seperti yang ditohmahkan oleh segelintir puak blogger PR) ...


Depa ingat orang UMNO ni semua jenis kaki kena bayaq ka? ... kalau kami geng UMNO ada juga yang dibayar , sama la jugak dengan geng PR , ada segelintir juga yang dibayar (ntah-ntah semua depa dibayar - mana aku tau!?) kan ...? Ha Ha !

Jumpa lagi ... Wassalam & selamat meneruskan ibadah di Bulan Yang Mulia untuk 12 hari seterusnya !


AloQStaQ
KHAMIS
10:10 AM
18 Ramadhan 1432H

PANEH MIANG

Posted: 18 Aug 2011 01:39 AM PDT

PANEH MIANG


Berita Baik untuk Penjawat Awam

Posted: 17 Aug 2011 08:22 PM PDT

Khabarnya tahun ni dapat 3 kali bonus.

Aidilfitri dah dapat. Lepas ni bonus Aidiladha dan bonus hujung tahun bakal menyusul.

Khabarnya bermula Januari 2012 juga akan ada pelarasan Gred. Nama saja pelarasan Gred, tetapi yang sebenarnya semua kakitangan awam dari Gred 1 sampailah ke JUSA akan dapat kenaikan gaji.

Tak disebut kenaikan gaji sebab takut harga barang melambung. Maklumlah tokey-tokey Cina ni semua tembolok besar...pantang dengar gaji naik.

Tapi yang paling gembira sudah tentulah kakitangan awam yang menyokong pembangkang. Bagi mereka tidak mengapa jika tidak setuju dengan dasar kerajaan dan laksanakan dasar kerajaan sambil lewa saja. Tapi bila bab gaji naik, cepat saja mereka rembat. Biar rakyat marah kerajaan disebabkan attitude kerja mereka yang hampeh, asalkan penyokong pembangkang dalam kerajaan boleh sakau apa saja di depan mata.

Tahniah kepada kakitangan awam yang bakal naik gaji dan dapat bonus yang bakal diberikan oleh kerajaan BN. Kerajaan Barisan Nasional yang bagi tau...bukannya Penipu Rakyat!

Walaupun prestasi kerja kakitangan awam ramai yang di bawah par, asalkan fulus masyuk...hantam sajalah! Yang kesian ialah rakyat jelata yang terpaksa melayan pelbagai karenah birokrasi jabatan kerajaan yang entah bila hendak selesai.


Agak-agak anda tahukah siapa yang memulakan 'rasuah bonus' untuk kakitangan awam di Malaysia? Sedarkah bahawa bonus kakitangan awam bermula sejak 1991/92? Siapakah Menteri Kewangan Malaysia ketika itu?

RASUAH TERBESAR dalam sejarah kakitangan awam di Malaysia dimulakan oleh Raja Liwat aka Raja Suntut China Doll.

Sekarang PKR kutip dia jadi Ketua Umum.

Sesuailah tu...Bapak Rasuah Malaysia jadi Ketua Umum Parti Kuat Rasuah.

Nasib kau la yeh!

Ranking Dunia

Posted: 17 Aug 2011 05:12 PM PDT

Tajuk sodap merembat nie. Pak Sedaro fikir Ramadhan 1432H kali ini, banyak bonar isu-isu Nasional yang dikupas oleh PM. Menjelang 29 Ramadhan, kurang lebih Malaysia diperkaya dengan catatan rekod yang banyak, boleh dibawa ketawa dan berguling-guling kelakarnya, laksana side-roll di padang kawad Pusasda.




Lee Chong Wei bungkus dengan Lin Dan di Kejohanan Dunia, Lee Chong Wei balik ke Malaysia beralasan dia kena ubah taktik selepas ini. Apokah selamo dia main dengan Lin Dan, taktiknya pernah berubah. Pak Sedaro nampak Lin Dan lagi handal mengubah taktik. Fokus utama Lin Dan bukan untuk Ranking Dunia. Fokus Lin Dan ialah Juara Kejohanan Badminto Prestij Dunia. Sebab itu dia tak selalu menghayun raket macam Chong Wei.




Nicol David ialah ikon dan idola sukan Malaysia untuk anak muda yang paling berprestij. Ini baru namanya World Class Player. Sentiasa bertenaga, bersemangat kental dan bermati-matian dalam semua perlawanan. MSN kena buat kajian peribadi dan minda bagaimana Nicol David begitu konsisten. Bukan takat, beri gelaran, saguhati, elaun, bonus, ganjaran dan Anugerah Sukan Negara ajo. Jadikan Nicol David, spesimen Kajian Hidup.




Naib Canselor UM sedang menjadi "bull-eye". Sebab gilo nak kojar Ranking Dunia, maka, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dikucilkan. Yang demikian, 146 pensyarah hebat sejak 2009 pakat-pakat keluar baris dari Universiti Malaya. Yang diheboh bonar, nak kojar kedudukan 100 universiti terbaik dunia, apo jadah! Nilai budaya ilmu kelompk 1-100 yang ado semaso, umur survival universitinya sudah lebih 70 tahun ke atas. Universiti-universiti ini begitu totok dalam Bahasa Negara Bangsa masig-masing, seterusnya, proses penterjemahan berlaku seiring dan sejalan.




Tragedi demi tragedi tentang putus jari, kelompong mato sebagainya di Kelantan dan Terengganu dek main mercun. Ini memang ranking dunia, sebab tak surut-surut cerito sejak 3 Ramadhan sampai nak rayo kang. Mungkin bebudak atau bapa budak yang boli tak mahir baco Bahasa Melayu. Kono ditulish dalam dialek budu dan dialek kepok lekor. Cukup-cukuplah, di Kelantan, Nik Aziz dan kabinet Nik Aziz kono kojo lobih untuk buat terjemahan pada mercun bola atau sebarang mercun, atau dilabel setiap Bazaar Ramadhan diterjemah dalam dialek budu, begitu juga di Terengganu. Ahmad Said kono buat kerja gitu. Atau ramai yang main mercun ini, berfahaman PAS! Khawarijlah katakan, bahawa jumpa syurga dah Ramadhan ni!




Kisah Melayu murtad, mengikut statistik Mufti Perak tahun 2005 sudah tersenarai 100 ribu manusia Melayu yang murtad. Hari ini, 2011 tidak kurang 250 ribu manusia Melayu murtad. Ya, ada kebenaran. Di lihat di Metropolis Kuala Lumpur sahaja, jelas kelihatan. Melayu Islamkah mereka ini, begitu banyak kelab Gay dan Lesbian yang didedah oleh Mastika, maka, dipersoal kembali siapa yang gagal? Kerajaan? Ibu bapa? Dunia? Pelajaran? Kehidupan? Pengaruh Freemasonry? Iklan? Media? Tak didik sejak dari RAHIM IBUNYA? Atau ramai benar Anak Luar Nikah di KL? Atau ramai Imigran secara HALAL dan HARAM di Malaysia? Kalau diselidik di KL, kumpulan GRO ramai mek-mek Akok, Janda dan anak peleseran dek penceraian ibu bapa yang kahwin kerana harta, cantik dan syok menaburkan air mani sahaja. Di mana perajurit PAS dan UMNO dalam soal selesaikan masalah ini?




Negara paling banyak beri wang ehsan kepada kakitangan awam ialah Malaysia. Bonus, Subsidi, Skim ialah wang ehsan Kerajaan bukannya hak pekerja. Hak pekerja ialah gaji bulanan. Itu yang bila tak cukup, kalau ada kuasa pangkat, kuasa pen, kuasa mulut, maka, buatlah kerja-kerja HALAL (yang didefinisikan oleh mereka) untuk minta DUIT HARAM, PAW TAUKE, PUSING SEBUTHARGA, PUSING TENDER, JANJI BOLEH DUIT CARA SALAH. Bilo kena tangkap, menggelupur tak sudah-sudah. Sobab banyak makan RASUAH, itu pasal banyak masalah rumahtangga, anak-anak kelam kabut, surau dan masjid lenggang, kuliah agama daif benar korumnya. Banyak benar masalah timbul, bilo dunia dipuaskan tanpa kematangan ilmu agama.




Nampaknya, buku Dilema Melayu karangan Dr. Mahathir masih benar. Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri kupasa Pendeta Za'aba masih tepat. Salatus Assalatin riwayat Tun Sri Lanang masih menepati zaman. Apakah wujud penyelesaian? Atau ini sebahagian daripada proses kemerdekaan!

Taipingmali (tm)

Posted: 18 Aug 2011 01:21 AM PDT

Taipingmali (tm)


DNA Anwar satu rahsia besar

Posted: 17 Aug 2011 11:15 PM PDT



Cerita DNA Anwar cukup menarik kalau dihuraikan. Kisah DNA bukan baharu tetapi dah disebut sejak 1997 lagi.

Ketika itu ada tuduhan fitnah terhadap Anwar. Fitnah ini dimulakan oleh Ummi Hafilda dan dipanjang-panjangkan oleh PAS melalui Mat Sabu. Begitu juga dengan DAP telah di war warkan oleh Kapal Sink dan Lim anak menantu.

Malah, dalam satu ceramah DAP, Lim Guan Eng pernah menyebut bahawa , Anwar mempunyai 26 wanita simpanan. Boleh digunapakai bila-bila masa jika diperlukan.

Dalam siasatan kes fitnah 1997, ada tuduhan menyatakan Anwar ada HIV positive, untuk membuktikan Anwar bebas HIV, darah nya telah diambil oleh pihak hospital untuk ujian.

Sebahagian sample darah beliau telah digunakan untuk ujian DNA. Maklumat DNA tidak pernah berubah, Ia kekal sampai bila-bila.

Dalam pada itu sudah timbul cerita Farah Afifa anak yang dilahirkan oleh Shamsidar, yang dikatakan mempunyai DNA Anwar.

Namum isu pengambilan DNA Afifa menjadi sedikit controversy kerana tidak dibuat secara telus.

Sehingga kini keputusannya tergantung, melainkan Afifa sendiri tampil untuk membuat ujian tersebut.

Afifa kini berada di Australia kerana belajar di sebuah sekolah swasta. Untung Afifa kerana pada usia 16 tahun sudah boleh hidup senang dan bebas di sana. Boleh berbikini tanpa rasa risau.

Perangai Afifa pula sangat berlainan dengan anak anak Shamsidar yang lain, seorang sahabat mengakui bahawa Afifa memang lain dari segi tingkah laku, pemerhatian dibuat setelah Shamsidar berkunjung ke rumahnya bersama-sama anak anaknya.

Afifa juga mempunyai sifat baran dan mudah melenting bila timbul rasa tak puas hati.( sebiji macam Anwar)

Bukan saja Afifa yang weird tetapi juga Anwar. Anwar mempunyai beberapa orang adik beradik tetapi ada yang tak ngam. Malah wajah Anwar juga berlainan dengan adik beradiknya, jauh sekali lah dengan Mak Yan.

So, siapa Anwar dalam keluarga Pak Berahim? Anak angkat atau anak skandel gelap?

Hanya orang tua tua Permatang Pauh yang tahu siapa Anwar. Nak tanya Mak Yan dia pun dah arwah. Nak tanya Mak Bidan, pun dah arwah.

Stop . Cukup sampai di sini lain kali cerita lagi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fw: JAWATAN KUASA KUKUHKAN DEMOKRASI

Posted: 17 Aug 2011 10:45 PM PDT

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: othman mohamed <othmanmohamed6667@gmail.com>
Date: Thu, 18 Aug 2011 13:19:34 +0800
To: <taipingmali@gmail.com>; <tapakukuhiring@gmail.com>; <rosezie2003@yahoo.com>; <irwanfahmi@hotmail.com>; <norlizaizul@gmail.com>
Cc: <othmanmohamed6667@gmail.com>
Subject: JAWATAN KUASA KUKUHKAN DEMOKRASI

          Penubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen menampakan Kerajaan yang ada sekarang ini benar-benar mendokong pengamalan Demokrasi didalam Pilihan Raya dinegara ini, Seperti yang dinyatakan oleh Pengurusi SPR Penubuhan Jawatankuasa ini mampu mengukuhkan sistem Demokrasi Negara sekali gus Menjunjung Kedaulatan Undang-Undang dan SPR juga mengalu-alukan cadangan Penubuhan Jawatankuasa ini bagi tujuan Pembaharuan kepada Sistem Pilehan Raya Negara ini dan sekali lagi SPR memberi pengakuan sedia memberi kerjasam apabila jawatankuasa tersebut ditubuhkan demi untuk kebaikan bersama, Jadi jangan pula ada pihak Parti Pembangkang yang cuba-cuba nak merosakan perancangan yang akan dilaksanakan demi mengelakan Pertubuhan Haram mengajak orang awam mengadakan Perhimpunan Haram menuntut Pilihan Raya yang Bersih.

          Kepada Parti Pembangkang terutama Pas dan Pkr sebab kami tujukan perkara ini kepada Pas dan Pkr kerana yang bangkit dijalan-jalan raya dalam Perhimpunan Haram kebanyakan terdiri dari ahli-ahli dan penyokong parti Pas dan Pkr sahaja kerana Dap jarang sekali turun dijalan-jalan Dap hanyan keluakan arahan dan yang menyalak diatas jalan ialah anjing belaan Dap.Kapada kenyataan Salahuddin Ayub SINAR HARIAN 18 OGOS nampaknya anda begitu rasa takut dengan Penubuhan Jawatankuasa ini kerana selepas ini anda tidak lagi berpeluang mengkianat proses Demokarasi kerana selama ini andalah orang yang banyak mempertikai sistem Pilihan Raya Negara ini konon anda seorang yang pakar tentang Pilihan Raya sehingga anda memburukan dan menghina pihak SPR yang kononnya SPR tidak telus dan mengikut kehendak Kerajaan  Barisan Nasional walaupun pakatan haram dapat memerentah beberapa negeri, Jadi selepas ini berhati-hati kalau nak buat kenyataan kerana anda saorang Melayu bukan lain-lain bangsa anda juga seorang yang beragama Islam tapi bukan seoarang KAFIR.

          Seorang lagi Pemimpin muda dari Pkr Nurul Izzah baru setahun jagong dalam Politik dah berani mempertikai Tun Mahathir satu ketika dahulu dia ingat sebagai AP dia boleh bercakap apa yang hendak dicakapkan tetapi dia lupa siapa dirinya yang sebenar kalau betul apa yang pernah diperkatakan dahulu,Dalam sinar harian yang sama Nurul Izzah juga sudah buat kalang kabut kononnya Keanggotaan Jawatankuasa tersebut tidak wajar dan beliau mahu wakil Pembangkang menjadi Ketua Jawatankuasa tersebut demi mencerminkan keikhlasan pihak Kerajaan katanya lagi diluar Negara Ketua Jawatankuasa dipegang oleh Ketua Pembangkang itu diluar Negara! sebab diberi kepada Ketua pembangkang kerana Pembangkang mereka ada klass tidak seperti Pembangkang diMalaysia low klass macam mana nak bagi Jawatan-jawatan penting sedangkan baru Memerentah  dua tiga Negeri pun dah jadi kalang kabut. Jadi nampaknya sekali lagi puak-puak Pembangkang cuba bermain Politik bodoh mereka,Kapada Nurul Izzah yang memohon supaya PM menilai semula kedudukan Jawatankuasa yang telah dicadangkan kami rasa tak payahlah nak mengajar itek berenang.

          Kepada Kerajaan dan pihak SPR teruskan perancangan yang baik kerana rakyat akan menilai pretasi Kerajaan dan SPR bukannya dinilai oleh Parti Pembangkang yang maha kalang kabut ketika ini tambah-tambah sekarang isu yang hangat diperkatakan orang ramai bukan soal Pilihan Raya tetapi soal maruah Agama Islam yang telah dipertikai sendiri oleh orang Islam yang sedang berkumandang dinegeri Selangor kerana ada 2 Khalid gereja sekarang terpaksa menjaga hati Dap laknattullah satu Khalid dari Pas dan satu lagi Khalid dari Pkr.Kami berharap pihak Kerajaan dan SPR harus berhati-hati dengan pihak Pembangkang kerana mereka sekarang sedang  cuba mengalih isu gereja kepada satu isu lain,Difahamkan bahawa sudah ramai penyokong Pakatan Haram tidak berpuas hati terhadap tindakan 2 Khalid gereja yang mempertikai JAIS membuat pemereksaan pada 03 ogos yang lalu,Walau bagaimana pun kita yakin segala tindak tanduk buruk 2 Pemimpin Pakatan Haram ini akan dinilai oleh penyokong mereka dan jawapannya akan kita ketahui pada PRU ke 13 nanti.

          

           

Breaking News

Posted: 17 Aug 2011 10:41 PM PDT

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengisytiharkan Datuk Abu Hassan Sharif masih Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Seputeh yang sah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perlukah kuil dibina di Jalan Berlian, Kpg Manjoi?

Posted: 17 Aug 2011 09:47 PM PDT


View Larger Map

TM mendapat maklumat dari penduduk bahawa sebuah kuil akan dibangunkan di Jalan Berlian. Kg Manjoi, Kini dalam proses meratakan tanah.

Persoalannya ialah mengapa perlu dibina di situ, sedangkan di Jalan Jelapang sudah ada sebuah kuil yang cukup besar dan tidak boleh diubah atau dirobohkan. Sehingga projek pembesaran Jalan Jelapang Ipoh pun terpaksa memberi ruang kepada kuil tersebut.

Harap pihak MBI dapat memberi jawapan dalam perkara ini.

Fw: BUANG DAERAH JIKA BERDEGIL

Posted: 17 Aug 2011 02:38 PM PDT

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: othman mohamed <othmanmohamed6667@gmail.com>
Date: Wed, 17 Aug 2011 13:03:52 +0800
To: <taipingmali@gmail.com>
Cc: <othmanmohamed6667@gmail.com>
Subject: BUANG DAERAH JIKA BERDEGIL

          PERINGATAN SULTAN JOHOR KEPADA IMAM DAN BILAL MASJID AGAR TIDAK MENGGUNAKAN MASJID DAN SUARU SEBAGAI ARENA POLITIK , SEKIRANYA MASIH ADA YANG TIDAK MAHU MENDENGAR PERINGATAN TUAN KU MAKA TINDAKAN BUANG DAERAH YANG DISARANKAN OLEH TUAN KU TEPAKSA DILAKSANAKAN .

          KAMI TERTARIK DENGAN TITAH TUAN KU JIKA PERLU HENDAKLAH DIBUANG DAERAH BIARPUN IA KESALAHAN KECIL KERANA YANG KECIK TIDAK DIBENDUNG AKAN MENJADI BESAR DAN MAMPU MENGGUGAT KESEJAHTERAAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DINEGARA INI.

          DIATAS SIFAT TEGAS TUAN KU KAMI YAKIN TIDAK AKAN ADA PIHAK YANG BERANI BERTINDAK MENGUNAKAN MASJID DAN SURAU DEMI UNTUK KEPENTINGAN POLITK TERTENTU,WALAU BAGAIMANA PUN KAMI JUGA BERHARAP PERINGATAN INI BUKAN SEBAGAI PERINGATAN SAHAJA JIKA ADA YANG CUBA-CUBA BERDEGIL TINDAKAN MESTI DILAKSANA DENGAN SEGERA .///

BILA PAS NAK MOHON AMPUN KEPADA MISMAH?

Posted: 17 Aug 2011 09:54 AM PDT

Pas telah memburuk-burukkan Mismah. Akhbar Sinar Harian telah berjaya mengesan tempat tinggal Mismah iaitu di Sungai Buloh. Ramai orang Umno sudah melawat beliau, termasuk juga Menteri Pertanian YB Dato Seri Noh Omar.

Parti Pas yang dok fitnah Mismah bila pula nak melawat Mismah untuk memohon maaf. Bulan Ramadhan ini eloklah Pas dan pemimpin Pas yang dok fitnah, cela dan keji beliau pergi cepat. Tak payah tunggu hari raya lah..

Mana tahu, esok, lusa,  tukang fitnah tu mati.......tertangguh dosanya terhadap Mismah.

Breaking News : Anwar akann tolak pendakwa raya syariah :

Posted: 17 Aug 2011 09:35 AM PDT

Sabtu sakit macam nak jalan dah, Esok pagi naik flight pergi Langkawi
Khamis jam 10 pagi. 18 Ogos 2011, Anwar akan hadir untuk menandatangani Afidavit menolak Zainul Rijal bagi mewakili Pendakwa Raya Syriah, Ketua Pengarah JAWI dan juga Dato Jamil Khir.

Sahabat-Gunung

Posted: 18 Aug 2011 01:19 AM PDT

Sahabat-Gunung


Slogan DAP Ganti Pas – Semakin Menampakkan Kebenarannya

Posted: 18 Aug 2011 01:03 AM PDT

Pas perlu melupakan hasratnya untuk mengantikan UMNO sebagaimana slogannya tetapi apa yang terjadi akhir-akhir ini membuktikan bukan Pas yang ganti UMNO, sebaliknya DAP yang menggantikan Pas.

EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, krisis kecelaruan gabungan pembangkang terutamanya Parti PKR dan Pas dalam menangani isu 12 umat Islam di Gereja Methodist Damansara Utama menampakkan kepada umum akan kelemahan mereka dalam mempertahankan maruah Islam.

"Kronologi isu ini jelas menampakkan bahawa perkiraan bilangan kertas undi lebih di dahulukan daripada menjaga hak dan maruah Islam. Apa maknanya jika Tan Sri Khalid Ibrahim selang sehari selepas kejadian terus memohon maaf tanpa ada laporan lengkap di tangannya.

"Manakala Ahli Parlimen Shah Slam, Khalid Samad nampak begitu keliru dalam membezakan perkara yang hak dan sungguh kalut dalam menjuarai perkara teknikal isu 12 umat Islam di gereja, apa dah jadi dengan pemimpin Islam dalam Pas dan PKR dalam memperjuangkan isu ini?," katanya di sini.

Dalam masa yang sama, apa tujuan mereka membuat laporan polis terhadap pendedahan beberapa bloger pro-UMNO yang mendedahkan bukti kejadian sebenar di gereja tersebut tempoh hari ini.

"Ini jelas menunjukkan sikap gelojoh mereka dalam cubaan menjaga undi penyokong mereka. Kita mengucapkan syabas di atas keberanian dan kebijaksanaan keseluruhan blogers proUMNO dalam menangani isu besar ini.

"Meletakkan kepentingan akidah umat Islam dan berani memangkah setiap gerak laku pimpinan pembangkang hingga menampakkan mereka kelihatan tempang adalah tindakan terpuji", ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang seterusnya menyelar tindakan Setiausaha Agung Pas menyalahkan UMNO yang kononnya menjadi dalang di sebalik 'serbuan JAIS' itu.

"Tuduhan itu satu tuduhan melampau dan menampakkan kedangkalan mereka dalam menyelesaikan masalah.

"Hakikatnya Pas sudah jauh terlanjur dalam memperjuangkan yang Hak dan Bathil. Tiga tahun berlalu kita telah diperlihatkan akan beberapa siri keputusan Pas yang nampak sentiasa tunduk kepada arahan DAP. Mungkin istilah 'Dap Ganti Pas' sudah menampakkan kebenarannya", terang beliau.

Muafakat Bentuk Kerjasama Dan Persefahaman- Musa Aman

Posted: 17 Aug 2011 05:47 PM PDT

Beaufort, 17 Ogos- Muafakat yang membentuk persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain berupaya menghasilkan sesuatu yang membanggakan. Malahan muafakat yang terjalin itu turut berupaya melahirkan keyakinan dan seterusnya memberi pulangan yang bermakna.

Tanpa adanya permuafakatan apa juga usaha hendak dilakukan pasti sahaja akan menemui kegagalan dan akhirnya kekecewaan serta kehampaan. Paling menyakitkan kesan daripada ketiadaan permuafakatan itu boleh menerbitkan selaksa kekesalan, yang sakitnya sukar sekali untuk diterjemahkan. Sehebat manapun perancangan yang hendak dilaksanakan, pulangan yang diharapkan pasti sahaja tidak akan tercapai, jika permuafakatan itu diketepikan.

Inilah gambaran yang diperkatakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman pada majlis berbuka puasa Badan Perhubungan UMNO Sabah bagi UMNO Zon Tiga di Weston, Beaufort kelmarin.

"Permuafakatan amat penting dalam menyelesaikan segala kekusutan atau masalah yang dihadapi. Sentiasa bermuafakat, apa juga masalah yang dihadapi biarlah diselesaikan dengan baik," katanya.

Pentingnya muafakat turut digambarkan oleh pengerusi penganjur Umno zon Tiga, Datuk Sapawi Ahmad.

Meskipun memfokuskan kepada sambutan kemerdekaan, Sapawi menegaskan permuafakatan yang terbina melahirkan jiwa merdeka dengan semangat patriotik yang tinggi.

Beliau berkata dengan semangat permuafakatan itulah juga membolehkan negara mencapai kemerdekaan tanpa perlunya pertumpahaan darah.

Katanya permuafakatan yang wujud itulah juga membolehkan kerajaan di bawah barisan kepimpinan yang bijak melaksanakan segala perancangan seperti yang diharapkan.

"Usaha kita untuk memajukan dan membangunkan negeri ini terus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat," katanya lagi.

Sehubungan dengan itu Sapawi yang juga Ketua UMNO Sipitang menegaskan bahawa UMNO Sipitang dan UMNO Zon Tiga berdiri teguh dibelakang kepimpinan Musa bagi meneruskan perancangan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Beliau berkata barisan kepimpinan yang ada ketika ini telah memperlihatkan komitmen yang tinggi dalam memastikan rakyat terus menikmati kemakmuran.

Lebih tiga ribu orang hadir pada majlis tersebut di mana wakil rakyat Lawas Datuk Amar Awang Tangah turut sama menyerikan majlis tersebut.

Selain berbuka puasa, Musa turut merasmikan upacara pecah tanah Pembinaan Jambatan Konkrit Pejalan Kaki di pekan Weston dan juga penerimaan konvoi jalur gemilang Ramdhan 2011 melibatkan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah.

Daniel Arif

Posted: 18 Aug 2011 01:18 AM PDT

Daniel Arif


Digipower ACD-100 Universal AC Adaptor 3 Volt to 9 Volt with 9 Dedicated Settings and 4 pin Connectors in Arkansas

Posted: 17 Aug 2011 03:10 PM PDT

Coupon Digipower ACD-100 Universal AC Adaptor 3 Volt to 9 Volt with 9 Dedicated Settings and 4 pin Connectors in Arkansas

Digipower ACD-100 Universal AC Adaptor 3 Volt to 9 Volt with 9 Dedicated Settings and 4 pin Connectors

More images

  • Works with over 300 digital cameras
  • 6-ft connector cable provides extra convenience for indoor shooting
  • With the 6 ft connector cable it can be conveniently used for indoor shooting.
  • 110-220V worldwide
  • Works with over 500 digital cameras

Read full description

 

Purchase Digipower ACD-100 Universal AC Adaptor 3 Volt to 9 Volt with 9 Dedicated Settings and 4 pin Connectors

Price: $15.00

Compatible TN04BK Black Laser Toner Cartridge for Brother in Nashville

Posted: 17 Aug 2011 03:30 AM PDT

Compatible TN04BK Black Laser Toner Cartridge for Brother in Nashville

Compatible TN04BK Black Laser Toner Cartridge for Brother

More images

description

Full description

 

Compatible TN04BK Black Laser Toner Cartridge for Brother

Price:

Store Hi-Capacity Equivalent of MAMIYA M AUTO FOCUS Battery

Posted: 17 Aug 2011 02:29 AM PDT

Hi-Capacity Equivalent of MAMIYA M AUTO FOCUS Battery

Hi-Capacity Equivalent of MAMIYA M AUTO FOCUS Battery

More photos

  • 12 Month Warranty
  • 2300mAH
  • 1.2 Volts
  • NiMH

Full description

 

Hi-Capacity Equivalent of MAMIYA M AUTO FOCUS Battery

Price: $9.95

New Philips Shq4000 28 Sport Neckband Headphones Flexible Lightweight Neckband Design Ultra-Soft

Posted: 16 Aug 2011 12:45 AM PDT

Purchase New Philips Shq4000 28 Sport Neckband Headphones Flexible Lightweight Neckband Design Ultra-Soft

New Philips Shq4000 28 Sport Neckband Headphones Flexible Lightweight Neckband Design Ultra-Soft

More images

  • Flexible lightweight neckband design.
  • Ultra-soft silicon caps sit comfortably in ears.
  • Water-resistant materials & anti bacterial agent help kill germs.
  • Sweat proof. Washable.
  • .2-m cable ideal for outdoor use. Includes cable clip.

Read full description

 

New Philips Shq4000 28 Sport Neckband Headphones Flexible Lightweight Neckband Design Ultra-Soft

Price: $28.60

Aspirasi Bangsa

Posted: 18 Aug 2011 01:12 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Blogger BN buat PKR macam cacing kepanasan

Posted: 17 Aug 2011 06:32 PM PDT

oyabun

Posted: 17 Aug 2011 11:58 PM PDT

oyabun


Kes liwat 2 : Nallakaruppan yakin Anwar akan cari helah lagi untuk tangguh kes!

Posted: 17 Aug 2011 07:27 PM PDT

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakaruppan yakin Anwar Ibrahim sedang mencari helah untuk menangguhkan kes liwat yang dihadapinya meskipun hakim telah mengarahkan beliau memberi keterangan bela diri, Isnin depan.

Katanya, tidak mustahil apabila menjelang sahaja tarikh tersebut, ketua pembangkang itu secara tiba-tiba akan jatuh 'sakit' sehingga memerlukan rawatan segera di hospital bagi membolehkan cuti sakit dikeluarkan sekali gus perbicaraan terpaksa ditangguhkan.

Katanya, beliau berani membuat jangkaan tersebut kerana selama tiga tahun kes liwat itu dibawa ke mahkamah, Anwar berulang-kali membuat pelbagai helah sehingga memaksa kes berkenaan ditangguh lebih 50 kali oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

"Saya seperti juga seluruh rakyat Malaysia mahu melihat kes ini diselesaikan dengan segera bagi memberi keadilan bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga kepada Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Namun, mengenali Anwar saya percaya beliau akan cuba bermain helah.

"Sebab itu sehingga sekarang dia gagal mengemukakan saksi dan alibi bagi kes ini, sebaliknya cuba mengheret Perdana Menteri dan isteri bagi memperdaya rakyat kononnya wujud konspirasi. Tapi bila saya dan beberapa rakan menawarkan diri menjadi saksi tidak pula dipanggil.

"Kami adalah saksi yang relevan kerana saya sendiri boleh mendedahkan banyak perkara mengenai Anwar di mahkamah. Siapa lagi mangsa Anwar saya boleh nyatakan satu persatu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nallakaruppan yang juga bekas sahabat baik Anwar selama 30 tahun berkata, ketua pembangkang itu perlu mengambil peluang daripada keberkatan bulan Ramadan ini untuk menyucikan diri bagi menghadapi kes liwat tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab.

Tambahnya, dalam usia yang sudah melewati 60-an, ketua pembangkang itu tidak boleh lagi hanya memikirkan tentang kepentingan peribadi, sebaliknya beliau perlu memikirkan tentang masa depan agama, bangsa dan negara yang telah banyak dirosakkannya selama ini.

"Anwar sepatutnya menjadikan peluang membela diri ini bukan sahaja medan membersihkan diri, tetapi untuk menginsafi kembali segala tindak-tanduk yang telah banyak membawa kerosakan kepada negara semata-mata demi bergelar Perdana Menteri," katanya.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku pada hari Isnin,22-8-2011 nanti...!!!

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 17 Aug 2011 11:48 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Info MyMassa : Barang Kawalan Menjelang Raya

Posted: 17 Aug 2011 11:02 PM PDT

Siapa cakap Kerajaan tidak kawal harga barang? Bukti Kerajaan prihatin dengan meletakkan 20 barangan sebagai barang kawalan.

Sumber Harian Metro

Untuk memastikan peraturan ini dipatuhi, seramai 3,000 pegawai akan ditugaskan memantau harga barang.



Diharapkan pengguna memberikan kerjasama penuh dengan melaporkan peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati. Kalau harapkan pegawai KPDNKK 100% peratus memang mereka tidak mampu. Sebarang aduan boleh dibuat melalui e-mail (e-aduan@kpdnkk.gov.my) atau talian bebas tol 1-800-886-800. 

Kerajaan cuba membantu rakyat dengan memperkenalkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Dalam akta tersebut, peniaga yang menaikkan barang kawalan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara 3 tahun atau kompaun RM50,000. Bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Bagi kesalahan tidak meletakkan tanda harga pula boleh didenda sehingga RM10,000 atau kompaun RM5,000 bagi individu. Bagi syarikat pula, denda sehingga RM20,000 atau kompaun sehingga RM10,000.

Selalunya dalam situasi seperti ini, peniaga akan cuba mengambil kesempatan. Yang menanggung akibat pula adalah pengguna (rakyat) manakala yang dipersalahkan nanti adalah Kerajaan. Siapa sebenarnya peniaga tamak ini? Saksikan video ini untuk mendapatkan jawapannya.




*Video yang telah menyebabkan DAP naik angin.

Pendedahan Terakhir Wajah Peserta di DUMC.

Posted: 17 Aug 2011 09:35 PM PDT

Pendedahan yang dibuat oleh MyMassa mengenai wajah-wajah yang menyertai DUMC mendapat sambutan semua blogger yang cintakan Islam dan sanggup berjuang demi mempertahankan akidah umat Islam. Yang peliknya, blogger-blogger yang memperjuangkan isu ini hanyalah blogger pro Kerajaan. Ke manakan telor blogger pembangkang terutamanya PAS dalam hal ini.

Berikut adalah wajah-wajah peserta Islam di DUMC selain daripada yang pernah dibongkarkan oleh MyMassa sebelum ini.

 Muhammad Khairul Dhillon bin Abdullah, 42 tahun
Taman Nirwana, Ampang, Selangor

Nadeane binti Che Mohd Salleh, 32 tahun
Taman Seputeh, KL

Sahrunida binti Asaad, 30 tahun
Taman Nirwana, Ampang, Selangor

 Nur-Al Ashikin binti Shaik Dawood, 39 Tahun
Petaling Jaya, Selangor

 Faridah binti Abdul Rahman, 40 tahun
Kelana Jaya, Selangor
Faridah binti Abdul Latep, 39 tahun
Taman Subang, Petaling Jaya, Selangor.

Kepada sesiapa yang mengenali mereka, diharapkan mengambil langkah sewajarnya. Doakan akidah mereka tidak lari selepas menghadiri program yang penuh syak wasangka di DUMC.

*Doa-doakan. Selepas ini kami akan buat pendedahan mengenai seorang pemimpin pembangkang yang sememangnya pendatang tanpa izin tetapi telah dapat kerakyatan. Mungkin hari ini atau esok. Nantikan.

Pendedahan Wajah Penuh Peserta di DUMC di MyMassa.

Posted: 17 Aug 2011 09:07 PM PDT



Satu lagi pendedahan akan dibuat oleh kami mengenai isu DUMC setengah jam dari sekarang.

Kepada pembaca MyMassa, khas untuk anda.

Teruknya Bahasa Budak Melayu DAP! Memang Patut Masuk DAP.

Posted: 17 Aug 2011 08:07 PM PDT

DAP cuba menambat hati orang Melayu melalui media propagandanya yang terbaru iaitu Roketkini.com.



Melalui Roketkini, semua bahan-bahan tersebut ditulis dalam Bahasa Melayu untuk bacaan Orang Melayu. Wartawan mereka kebanyakan budak Melayu berjiwa DAP. Kalau pembaca MyMassa masuk di muka hadapan (home page) Roketkini, anda akan lihat penggunaan Bahasa Melayu yang begitu teruk.

Sebagai contoh, MyMassa akan letakkan artikel mengenai Hannah Yeo dari Roketkini.


Wawancara Roketkini dengan Hannah Yeoh

Hannah Yeoh adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya merangkap Bendahari DAP Selangor. Beliau adalah antara wakil rakyat muda DAP yang gigih berusaha membantu serta menyuarakan keperluan rakyat. Kenali beliau melalui wawancara bersama penyelaras Roketkini Mazir Ibrahim.

Boleh saudari ceritakan sedikit bagaimana mula melibatkan diri dalam politik secara aktif.


Saya belajar di Australia dan balik ke Malaysia pada tahun 2003. Saya belajar dalam bidang undang-undang dan kemudian balik ke sini untuk berkerja. Kemudian saya bertemu dengan Edward Ling yang sekarang merupakan Setiausaha Politik saya.

Kami dari sekolah yang sama, bila kita berjumpa dan keluar makan sama-sama, kita selalu bincang tentang hal-hal awam dan keadaan dinegara kita. Pada masa tu saya, baru bekerja dan sedang sibuk nak beli kereta sebab keadaan pengangkutan awam kita teruk.

Dalam pada masa tu mula timbul banyak persoalan kenapa banyak sangat cukai yang rakyat kena bayar tapi mutu pengangkutan awam masih teruk. Harga kereta pun mahal dengan pelbagai cukai yang dikenakan.

Akhirnya dia ajak saya untuk mendaftar jadi pengundi, sebab untuk bantu mengubah keadaan ini kita kena mengundi. Jadi saya pun mendaftar.

Kemudian, kawan-kawan bagi tahu Tony Pua (sekarang Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP) sedang nak buka pusat khidmat masyarakat di Damanasara, jadi mereka perlukan profesional muda untuk bantu.

Masa itu saya tak tahu sangat tentang DAP sebab dalam minda saya, apa saja tentang DAP adalah berkenaan dengan Cina dan paling bermasalah bagi saya ialah nak bertutur dalam bahasa Cina. Saya tak pandai berbahasa Cina, I cannot speak Mandarin, jadi persepsi untuk pertama kali itu tak begitu baik pada DAP.

Kemudian setelah jumpa Tony Pua, barulah kami rasa boleh relate dengan dia sebab Tony berbahasa Inggeris, kami sama-sama young working professionals. Lepas itu baru saya join jadi ahli DAP, ahli biasa saja.

Masa saya mula bantu dia, saya cuma sekadar tolong untuk majlis perasmian pusat khidmat dia. Saya cuma in charge dalam urusan makan minum untuk acara itu. Itu saja yang saya buat pada masa itu.

Bila pilihan raya 2008 datang, saya nak mengundi kali yang pertama. Kemudian dapat tahu DAP perlukan seorang calon wanita untuk bertanding di Subang Jaya, maka saya telah dipilih untuk bertanding.

Dengan kelulusan saudari, pernah jadi peguam?

Saya belajar di University Tasmania. Sebenarnya selepas habis belajar, saya practice kelulusan saya itu. Saya dapat kerja di Australia di salah sebuah firma undang-undang.

Tapi ada sedikit masalah di sana kerana saya warganegara Malaysia, di sana ada sedikit isu bagi mereka kerana ada aduan tentang warganegara Australia yang ramai menganggur. Jadi mereka kata mengapa ambil saya bekerja. Jadi perlantikan saya agak bermasalah bagi firma itu.

Pada masa yang sama ibu bapa saya minta saya pulang dan kerja di Malaysia. Saya pun pulanglah.

Kenapa sertai DAP?

M asa mula-mula masuk sebab nak sokong kawan saya Edward. Dan kami dalam bidang yang sama, jadi memang niat saya nak membantu dia. Saya tak ada cita-cita dalam politik. Kebetulan bapa saya sangat menghormati Lim Kit Siang dan Karpal Singh. DAP pun parti pelbagai kaum. Sebab itu saya rasa selesa masuk DAP. Kalau DAP untuk Cina sahaja, mungkin saya kurang berminat dengannya.
http://roketkini.com/2011/08/05/%E2%80%9Ckalau-dap-untuk-cina-sahaja-mungkin-saya-kurang-berminat-dengannya%E2%80%9D/

Apa pandangan pembaca, boleh terima atau tidak tahap Bahasa Melayu wartawan Roketkini? Kalau ianya sebuah blog picisan yang bukannya satu laman web parti mungkin boleh diterima. Malangnya Roketkini merupakan wadah parti yang sepatutnya mengambil berat mengenainya. Tetapi bagi DAP, semuanya boleh asalkan Melayu Liberal tetap menyokong mereka.

Bagi MyMassa, Melayu yang menyertai DAP sememangnya liberal. Malah penulisan untuk warta rasmi turut diliberalkan penggunaan bahasanya sehinggakan merosakkan Bahasa Melayu itu sendiri. Memang patut pun mereka ini menyertai DAP, parti yang sentiasa memusuhi bahasa Kebangsaan.

*Bahasa Jiwa Bangsa.

Benarkah Nasib Orang Asli di Malaysia Tidak Terbela?

Posted: 17 Aug 2011 07:17 PM PDT

Bagi pembangkang, isu Orang Asli merupakan peluru paling ampuh untuk menyerang Kerajaan. Bermacam-macam cerita direka untuk memburuk-burukkan Kerajaan. Malah pembangkang juga menubuhkan unit / biro khas untuk memanipulasikan isu Orang Asli.

Apa yang berlaku sebenarnya Kerajaan sememangnya membela nasib Orang Asli. Cuma, kurangnya publisiti mengenai peranan Kerajaan dalam membantu Orang Asli menjadi punca rakyat mudah percaya kepada dakyah pembangkang. Dalam isu tanah Orang Asli, Kerajaan telah bersetuju dengan beberapa tuntutan mereka.

MyMassa percaya ramai di kalangan generasi Orang Asli kini semakin tinggi tahap pendidikan mereka. Ramai juga golongan profesional lahir dari masyarakat Orang Asli. Malah, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA), Encik Nisra Nisran Asra juga merupakan datang dari masyarakat tersebut. Jika dilihat dalam jabatan itu sendiri, semakin ramai masyarakat Orang Asli menjawat jawatan tinggi dalam JKOA seperti penolong pengarah.

Diharapkan lebih banyak informasi-informasi mengenai kejayaan JKOA dapat disalurkan pada masa akan datang supaya masyarakat ini tidak mudah terpedaya dengan pembohongan pembangkang semata-mata.

Pembangkang, NGO Berbalah Sama Sendiri

Posted: 17 Aug 2011 06:12 PM PDT

Tahniah DS Najib. Cadangan pembentukkan Jawatankuasa Parlimen (JKP) membuatkan pembangkang terkesima. Seperti biasa, walaupun cadangannya bagus, mereka tetap akan membangkang.


Bagi MyMassa, pembangkang Malaysia memang berkualiti kelas dunia dalam dunia pembangkangan tetapi tiada kualiti dalam jadi Kerajaan. Dasar atau keputusan Kerajaan yang belum dilaksanakan terus dibangkang sebelum memberi peluang kepada JKP berusaha memperbetulkan keadaan.

MyMassa ambil contoh dalam isu PPSMI. Bila isu ini jadi modal kepada pembangkang, mereka hentam Kerajaan cukup-cukup tanpa memberi peluang untuk Kerajaan buat kajian dan beri penjelasan. Akibatnya, mereka buat perhimpunan jalanan. Yang turun kat jalan tu adalah orang-orang tua yang tiada anak yang masih bersekolah tetapi berhimpun kerana atas dasar politik. Nampak macam rakyat tak suka dasar tu. Bila Kementerian Pelajaran buat survey kepada ibubapa, rupa-rupanya ramai yang menyokong dasar PPSMI.

Secara rasionalnya, betulkan tindakan pembangkang yang membangkang tanpa usul periksa?

FUSSILAT

Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT


MUQADDIMAH SURAH FUSSILAT.
Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 54 ayat. Dinamakan surah "Fussilat" (yang dijelaskan satu persatu), kerana pada permulaan surah ini ditegaskan tentang hakikat Al-Qur'anu'l-Karim iaitu diturunkan oleh Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dengan dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu – dengan bahasa Arab – bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
Surah ini juga dinamakan "Haa Miim As-Sajdah" kerana surah ini dimulakan dengan Haa Miim dan mengandungi "ayat sajdah", iaitu ayat yang disunatkan sujud semasa membaca atau mendengarnya.
Intisari kandungannya: Menghuraikan soal tauhid yang membuktikan keesaan, kekuasaan dan kemurahan Allah Ta'ala disertakan dengan dalil-dalilnya.
Mengenai soal Dakwah Islamiyyah dan tingkah laku orang-orang yang menjalankan penyiaran Islam itu, Allah Ta'ala menegaskan bahawa tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang-orang yang menyeru pada mengesakan Allah dan mematuhi perintahNya, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih sambil berkata: bahawa dia adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!
Surah ini diakhiri dengan menegaskan bahawa: Allah Ta'ala akan memperlihatkan kepada umat manusia tanda-tanda kekuasaanNya di merata-rata tempat dalam alam yang terbentang luas ini dan pada diri manusia sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka: kebenaran Al-Qur'an.
Iaitu Allah Ta'ala akan memperlihatkan kepada mereka, terutama golongan yang ingkar – dari semasa ke semasa, sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemajuan umat manusia – dalil-dalil yang membuktikan kekuasaan ALLAH dan keesaanNya yang terdapat di merata-rata alam langit dan bumi dan juga pada diri mereka sendiri, perkara-perkara yang sangat-sangat menakjubkan yang menimbulkan iman dan yaqin. Dengan itu akan jelaslah kepada mereka bahawa segala yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Hadis Hari Ini - Berwaspada Terhadap Perkara Yang Mendorong Kepada Syahwat

Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda :

Maksudnya : "Apabila seseorang daripada kamu menguap, cubalah elakkannya selagi mana terdaya dan janganlah berkata 'hah! hah!' kerana ia adalah daripada syaitan yang mentertawakannya".

Hadis Riwayat at-Tirmizi

Keterangan

Cubalah elakkannya - Cuba menutup mulut dengan meletakkan tangan di atasnya.

Imam Nawawi mengatakan : Menguap adalah daripada syaitan kerana ia mendorong kepada syahwat. Ia menyebabkan seseorang menjadi malas dan ingin berehat berterusan. Hadis ini mengingatkan agar kita berwaspada terhadap perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu mengantuk seperti makan terlalu banyak.

Satu Lagi Taktik Keji Pembangkang!

Posted: 17 Aug 2011 03:35 PM PDT

Tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk tidak menyokong projek LRAL2 adalah satu tindakan sabotaj.

Dengan membiarkan ketiadaan loji rawatan air yang cukup bagi menghadapi hari yang mendatang menunjukkan Kerajaan Selangor tidak mengambil berat tentang rakyatnya.


Alasan Kerajaan Selangor adalah air di empangan Selangor masih cukup untuk menampung keperluan air rakyatnya. Satu alasan yang memperbodohkan pemikiran rakyat Selangor yang rata-ratanya mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. PERSOALANNYA, APAKAH KAITAN AIR DI EMPANGAN DENGAN AIR YANG TERAWAT? ADAKAH AIR DI EMPANGAN BOLEH DISALURKAN TERUS KEPADA RAKYAT TANPA PERLU DIRAWAT TERLEBIH DAHULU. Hakikatnya, rakyat mengetahui bahawa betapa kotornya air sungai di Selangor walaupun di hulu Sungai dengan kewujudan kilang-kilang haram tokey Cina yang sepatutnya diuruskan oleh Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor.


Kepada rakyat Selangor, fikirkan masa depan anda. Apa akan jadi jika krisis air berlaku di Selangor sekali lagi. Ianya bukan sahaja melibatkan Selangor tetapi termasuk Putrajaya dan Kuala Lumpur. Adakah anda sanggup memilih Kerajaan yang meletakkan kepentingan politik lebih tinggi dari keperluan rakyatnya?

*Fikir-fikirkan.

BUKTI KEJAYAAN NKRA

Posted: 17 Aug 2011 05:07 AM PDT

20,324 buah rumah Program Bantuan Rumah (PBR) telah siap dibina di bawah NKRA Kementeri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar (KKLW).

Tahniah warga kerja KKLW yang bertungkus lumus untuk menjayakan PBR.

Diharapkan maklumat ini disampaikan kepada rakyat supaya rakyat terutamanya di luar bandar tahu apa yang Kerajaan sudah laksanakan.

*Sampai-sampaikan...

Ops Ramadhan: Pendedahan Siapa Blogger Milo Suam Bahagian 2

Posted: 17 Aug 2011 01:03 AM PDT

Kami mulakan pendedahan kami dengan Video Panas Milo Suam seperti yang kami janji sebelum ini.




Macam mana pembaca MyMassa, berbakat tak Milo Suam ni? Cuma lagu kurang sesuai kot. Muka ganas tapi hati kuntum. Layan lagu jiwang tu bro.

Kita sambung pendedahan ini dengan bukti yang menunjukkan bahawa MiloSuam (MS) adalah Yusuf Al-Siddique. Dalam posting sebelum ini sedikit sebanyak telah menceritakan perkaitan antara Yusuf dan MS. Apa yang kami paparkan dalam bahagian pertama adalah bukti yang telah kami kumpul selama sebulan. Namun ianya tidak mencukupi.

Bukti sahih muncul apabila menjelang perhimpunan BERSIH. Ketika itu, MyMassa ada menyiarkan keratan berita dari Harakah yang menyatakan bahawa blogger MiloSuam telah tertangkap.


Wakakaka....Blogger Milo Suam Kena Tahan Polis.


Berita baik untuk blogger BN.

Akhirnya Milo Suam kena tangkap polis.

Kalau korang nak tau, bukan kali pertama Milo Suam kena tangkap.

Dulu pun dia penah kena tangkap sebab mencuri.

Kami MyMassa dah tau identiti Milo Suam ni.
http://mymassa.blogspot.com/2011/07/wakakakablogger-milo-suam-kena-tahan.html


Ketika itu MyMassa agak risau sekiranya orang yang kami jejaki selama ini bukan Yusuf Al-Siddique. Namun semuanya telah terjawab dengan ke'dangkal'an pemimpin PKR yang menyebut nama Yusuf Al-Siddique di antara orang yang ditangkap.

Khamis, 7 Julai 2011

KERANA BAJU BERSIH....

Kurang lebih jam 3 pagi , di satu sekatan jalanraya di dalam kawasan Subang Jaya , kereta kancil milik sdr Juzarim Isma ( ketua AMK Cabang Subang ) yg turut dinaiki oleh saya dan sdr Yusof Al Siddique Suratman telah ditahan dan diminta untuk berhenti di tepi. Anggota polis tersebut mengarahkan Sdr Juzarim untuk membuka bonet belakang kereta . Tak lama kemudian semua anggota polis yg bertugas di sekatan jalan tetsbut telah mengepung kereta dan kami serta meminta semua mengeluarkan kad pengenalan .

Rupa-rupanya ada beberapa helai t'shirt berwarna kuning dan bercetak BERSIH 2.0 telah dijumpai di dalam bonet kereta . Kami di tahan di situ dan menunggu arahan seterusnya. Kurang lebih 10 minit muncul MPV polis dan terus mengarahkan sy dan Yusof masuk kevdalam kereta MPV polis tersebut manakala Juzarim di arah mengekori MPV polis tersebut dan dikawal oleh seorang anggota polis.

Seolah-olah kami telah melakukan jenayah berat . Seolah-olah mereka berjumpa dengan barang merbahaya . Kami di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah USJ Subang Jaya. Kebetulan talipon mobil saya telah kehabisan bateei. Sempat juga swbelum kehadiran MPV pokis tersebut untuk saya mwnggunakan talipon Juzarim menghubungi Muzafeq supaya bertindak apa yag patut kerana kami akan si tangkap kerana t'shirt BERSIH 2.0 .

Di IPPD USJ Subang Jaya , kami diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ ). Selepas kereta dan baju-baju BERSIH 2.0 diambil gambar , Juzarim diarah oleh seorang pegawai untuk diambil keterangan dan kami berdua di arah menunggu di dalam bilik taklimat. Kemudian datang beberapa orang pegawai dan anggota JSJ memanggil saya untuk diambil keterangan.

Saya diarah oleh pihak SUARAM untuk menjawab soalan lazim sahaja dan berhak untuk tidak menjawab soalan-soalan lain . Saya swmpat ajar Yusof yg baru pengalaman pertama disoal siasat kes politik sebegini. Saya telah diambil keterangan oleh seorang inspektor dan membwrikan.kejersama yg sewajarnya sahaja. Selepas saya , Yusof pula dipanggil.

Selepas mengambil keterangan kami semua, kami ditinggalkan di dalam bilik taklimat dan sentiasa diselia oleh anggota JSJ yg diarahkan untuk menjaga kami. Suasana membosankan. Dicampur pula mengantuk .

Kami diarah menunggu kerana tidak ada sebarang arahan dan menunggu pertuduhan terhaap kami. Saua yang sudah berkali-kali menghadapi pengakaman ditangkap amat memahami bahawa selagi tidak pagi , kami terpaksa menunggu sehingga keputusan akan dibuat okeh pihak atasan polis. Yang pasti selagi bukan waktu pejabat, kami terpaksa menunghu .

Kerisauan mula timbul keana kami bakal di bawa ke mahkamah untuk di reman. Saya dah persiapkan.mental untuk bemalam di lokap beberapa hari. Juzarim agak gelisah. Lerana ini adalah pengalaman kalai pertama ditangkap.

Dalam kurang lebih jam 8 pagi , kami di bawa ke unit fotografi untuk diambil gambar dan cop jari. Saya bernombor 163/SJ , juzarim pula 164/SJ dan Yusof bernombor 165/SJ. Kali pertama saya diambil cop jari dan seluruh tapak tangan dengan menggunakan alat yg canggih berbeza aebelum ini dgn cara lama.

Di situ la baru kami tahu yang kani semua dituduh di bawah AKTA 47 AKTA PERTUBUHAN HARAM 19966 .

Selepas semua diambil gambar dan cop jari , kami dikunjungi oleh beberapa orang anghota polis lagi . Saya sudah syak mesti dari Cawangan Khas ( SB ). Kami di bawa ke tingkat 10. Ke bilik Cawangan Khas , sekalu lagi kani disoal siasat .

Alhamdulillah selesai disoal siasat , Mawar dan Fazli datang membawa makanan . Kami memang sangat lapar. Kerana dr jam 3 pagi sehinggalah jam 10 lebih kami tidak makan apa-apa. Selepas makan kami diserahkan kembali kepada pihak JSJ. Sebelum itu sewaktu di bilik Cawangan Khas , kami menerima kehadiran 3 orang peguam .

Peguam kami datang untuk berjumpa IO iaitu ASP Aziz dan bertanyakan status kami . ASP Aziz memberitahu kami yang beliau akan ke IPK untuk arahan selanjutnya dan akan mwmbebaskan kami dengan ikat jamin . Kami akan ditahan dalam 3 jam lagi. Peguam kami tidak berpuas hati dengan jawapan IO.

Justeru terpaksalah kami menunggu dan cuma kelegaan yang kami akan dibebaskan .

Kurang lebih jam 3 lebih , IO telah pulang daripada IPK dan menguruskan pembebasan kami . Terima kasih kepada sdr Ismail Kamal , Jua dan Nathan kerana menjadi penjamin kami . Isteri Juzarim datang membawa geran kereta untuk membebaskan kereta Juzarim. Semua proses selesai dalam jam 4 petang.

Tiba-tiba IO ASP Aziz meminta semua penjamin serahkan surat ikat jamin kerana beliau menerima arahan daripada pihak atasan . Pada awalnya IO telah memberikan tempoh ikat jamin selama 2 minggu . Arahan diterima untuk memendekkan tempoh ikat jamin kami kepada 2 hari. Iaitu 8 Julai kami dikehendaki melaporkan diri di JSJ.

Tekejut saya dengan perubahan tersebut. Saya bertanya pada IO apa yang akan berlaku seterusnya . IO memaklumkan suapaya kami hadir pada 8 Julai dan akan ada keputusan baru , samada di tahan kembali, didakwa, ditambah tempoh ikatbjamin atau dibebaskan.

Selepas selesai semua , kami bergegas keluar daripada bilik JSJ. Risau ada arahan baru , baik terus beredar dan turun ke tingkat bawah. Perut yang lapar dan sangat keletihan .

Saya hairan , kenapa terlalu takut dengan t'shirt BERSIH 2.0 sehingga sebegitu sekali tindakan di buat? Umno sudah semakin yertekan sehingga menggunakan akta tersebut. Terlalu bodoh dan dangkal!

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Jai Castello , Azwan , Geng Jingga 13 dan teman2 yang hadir memberikan sokongan dan hadir ke IPPD USJ Subang Jaya. Serta doa teman-teman yang mengiringi kami. Semoga Allah membalas jua.
Versi jpg . Klik untuk melihatnya dengan lebih jelas.

http://farizmusa.blogspot.com/2011/07/kerana-baju-bersih.html

Mungkin ada pihak pembangkang yang cuba menolak bukti ini dengan menyatakan bahawa Milosuam pernah menafikan dirinya adalah Yusuf Al Siddique.


Milo Suam ditangkap?

SEBENARNYA mahu tergelak ReJaM© bila mendapat tahu khabar angin mengatakan MiLo SuaM ditangkap polis ?? berhubung baju -T BERSIH 2.0 Malam tadi. malah hampir muak menjawab soalan dari kawan-kawan yang mengubungi ReJaM©.

Jika mahu ikutkan nakal ReJaM©, mahu saja semua panggilan itu tidak dijawab dan tidak posting apa-apa hari ini, kah kah kah..

Bolehlah berehat sebentar untuk kumpul tenaga sebelum turun 9 Julai nanti. lagi pun hari ini dan besok ada beberapa perkara yang diselesaikan sebelum ke ..... "tak Kotor"

Nampaknya pihak Polis dan Bik Mama dan mula nak main kejar-kejar agaknya, jangan kacau la tengah sibuk ni kah kah kah...

http://milosuam.blogspot.com/2011/07/milo-suam-ditangkap.html#ixzz1VK4lhKuv

Tetapi anda silap kerana ada rahsia disebalik blog Milosuam yang belum kami jelaskan iaitu blog ini bukanlah diuruskan oleh Yusuf seorang diri tetapi bersama rakannya.


Salam muhibah

Salam sejahtera kepada anda semua para pengunjung blog ini, terima kasih diucapkan atas kesudian anda untuk singgah di teratak buruk ini. Sambil-sambil kita layan milo suam sedas dua, jom kita scroll isi kandungan blog ini. Kami bukanlah pakar atau ahli di dalam bidang politik, sekadar menyampaikan secebis dua kata yang mungkin berbeza dari "typical view of politc" di tanah air. Kami terdiri dari beberapa orang anak muda yang cintakan tanah air, sukakan kedamaian, dan sentiasa mengharapkan hanya yang terbaik untuk agama, bangsa dan tanah air. Salam hormat penuh kasih sayang kepada semua pengunjung serta rakan-rakan blogger sekalian.

BloG ini dilancarkan secara rasminya hari ini setelah kami sebulat suara memilih template yang plain nih, (menunjukkan betapa plainnya kami cheeeewaaah!). Sebarang komen dan cadangan anda boleh tinggalkan di ruangan yang disediakan.

salam perjuangan dari kami

http://milosuam.blogspot.com/2010/02/salam-muhibah.html#ixzz1VK6UNLfU

Ini adalah entri pertama di blog Milosuam. Jika anda mengikuti blog ini, anda akan dapat kenalpasti bahawa selain REJAM, terdapat seorang lagi penulis iaitu CILIK. CILIK kelihatan di awal kemunculan blog ini. Pada hari kejadian, yang mengupdate blog tersebut adalah CILIK tetapi menggunakan nama REJAM. Taktik yang sama pernah digunakan oleh Raja Petra Kamarudin semasa perbicaraannya dalam kes fitnah iaitu blognya diupdate walaupun dia mempunyai alibi bahawa bukan dia yang mengemaskini blog tersebut.

Akhir kata kepada semua pembaca MyMassa, selamat berkenalan dengan Yusuf Al Siddique seorang blogger terkemuka pembangkang dan juga aktivis PKR.


*Baru tadi Milosuam ni petik nama MyMassa dalam blog dia. Terima kasih la Encik Yusuf. Pendedahan ni hadiah dari kami. ;-)

Ops Ramadhan: Pendedahan Siapa Blogger Milo Suam Bahagian 1

Posted: 16 Aug 2011 11:32 PM PDT

Seperti yang kami janjikan, hari ini MyMassa akan memperkenalkan kepada umum, siapa di belakang blog Milosuam (MS).

MyMassa mula berminat mendedahkan mengenai Milosuam apabila beberapa orang blogger mengesyaki lelaki lembut ini sebagai Milosuam (MS).


Namun, daripada pencarian kami menunjukkan bahawa lelaki lembut ini bukanlah MS seperti yang digembar-gemburkan dalam laman siber.

Maklumat pertama yang kami dapat adalah MS berasal dari Johor. Kemudian, kami dimaklumkan bahawa MS pernah bersekolah di SMK Tun Sardon, Rengit, Johor.

Setelah hampir sebulan kami membuat penyelidikan, kami telah mengetahui identiti sebenar MS. Namun kami tetap rahsiakan dan menunggu bukti yang lebih kukuh untuk menyokong hasil penyelidikan kami.

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai MS yang telah kami dapat:

Nama : Yusuf Al Siddique Bin Suratman
No. Kad Pengenalan : 840313-01-6209
Pekerjaan : Pelajar Unisel
Alamat : Kampung Sungai Bagan Darat, Sri Merlong, Rengit, Batu Pahat
No. telefon : 013 6088865


Yusuf Al Siddique bin Suratman a.k.a MS mula berblogging melalui friendster. Namun blog friendsternya tidak dapat diakses lagi apabila friendster memadam semua blog dalam akaun mereka.

Kemudian, Yusuf Al Siddique mula berjinak-jinak dengan creative content melalui penghasilan banner-banner di blog ini: http://islamic-animation.blogspot.com/

Selepas itu, Yusuf membina satu lagi blog (http://trivial-thought.blogspot.com/) yang menceritakan mengenasi alam dan manusia yang aktif sehingga 24 Januari 2010. Dalam posting terakhirnya dalam blog tersebut menceritakan bagaiman seorang blogger pembangkang (Aduka Taruna) boleh popular dengan mengeluarkan posting-posting yang berani.

Selepas mengeluarkan posting terakhir dalam blog trivial thought, Yusuf memulakan projek MILO SUAM pada 8 Februari 2010 yang menggunakan pendekatan aggresif seperti Aduka Taruna. Dalam masa 2 tahun, blog ini telah menjadi hits kerana telah beberapa kali pendedahan yang dibuat oleh blog ini disiarkan dalam HARAKAH. Selain itu, entri dalam blog ini turut dijadikan bahan propaganda dalam portal TRANUNGKITE yang melonjakkan lagi trafik ke blog tersebut.

MyMassa rasa latar belakang mengenai Milo Suam (MS) dan kaitannya dengan sudah cukup untuk pembaca kami memahami bagaimana Yusuf terjebak dalam dunia blogger dan seterusnya memulakan projek MILOSUAMnya.

MyMassa rasa, pendedahan ini tidak lengkap dengan hanya meletakkan detailnya sahaja. Berikut pula adalah 'wajah' sebenar MS. Adakah sama dengan gambar pada permulaan posting ini atau sebaliknya.

Wajah cyber Yusuf:



Penjelasan : Dalam profil siber Cdiq ini telah menerangkan sedikit asal usulnya iaitu pernah belajar di SMK Tun Sardon. Cdiq adalah nick yang Yusuf gunakan untuk membangunkan 3 blog terawalnya.

Wajah sebenar Milo Suam:



Sumber : http://www.facebook.com/pages/Yusuf-Al-Siddique-Fans-Club/103126433065076

Sebagai penutup, MyMassa akan kongsikan salah satu artike Yusuf yang pernah dimuatkan dalam laman web sekolahnya yang bertajuk : Cuteness is a 'sign' to be reflected (http://www.smkts.scl.my/print.php?type=A&item_id=34)

'Cute' is a term that very familiar with our daily life . Whether or not we realized it , each of us has an ability to evaluate it subjectively . Do you realize that every living things such as human , animal even plant accompanied with cuteness during their early stage of life? This cuteness will gradually disappear as time is passing by and it will be totally vanished when an individual living thing has reached its maturity .

What is this cuteness is actually? There are many facts shown that not just human have an ability to appreciate the cuteness , in fact , in animal kingdom , they also have this similar ability in appreciating the cuteness. Another interesting fact is that, cuteness is a defensive tool of vitality. If we reflect profoundly , cuteness is not something existed only for appreciation and absolutely not comes for nothing .

My point here is , first , bear in mind that all living things having an ability to appreciate the cuteness (so far only those animated living things is traced to have this ability , no idea with the plant) . Second , significant cuteness existed in early stage of life for any types of animals,plants and human . As we know , an organism has the most delicate vitality during this stage and it cannot survive by its own due to restrictions of its strength and experiences . The fiercest tiger got the cutest face at this moment . A coconut tree looks cute during its early stage , similar to crocodile and human being . The issue is why such thing existed? It simply because 'cuteness is adefensive tool for vitality' .

You can see many phenomenons to do with cuteness as a defensive tool , for instance I have seen in YOUtube about a video showing a female crocodile doesn't have the heart to make a baby turtle as her prey due to its cuteness . In Tarzan's Film also you might see that the little Tarzan , his mother gorilla has adopted him because of his cuteness .

By using our intellectual , it is striking that Allah has created this as a sign of His love also as a sign of his existence for men to reflect . It is neither the baby nor his mother has created the cuteness nor it comes as a coincidence , it rather a creation with consciousness .

by: Yusuf Al Siddique Suratman
Former student

Rupa-rupanya, walaupun berwajah ganas, namun Yusuf a.k.a MS  sukakan benda yang cute-cute.  Kami akan sambung pendedahan kami di bahagian yang kedua: Bukti Yusuf adalah MiloSuam dan Video Panas MiloSuam.

*Tunggu bahagian kedua pukul 4 petang.

MERBOK TIMES

Posted: 17 Aug 2011 11:35 PM PDT

MERBOK TIMES


Ahli Parlimen Merbok turun padang

Posted: 17 Aug 2011 08:30 AM PDT

MERBOK – "Ia satu kelainan yang tak pernah dibuat oleh orang lain. Saya rasa seronok apabila melihat respons penduduk dan terasa seperti nak anjur lagi masa akan datang," kata Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din.

Beliau berkata demikian ketika turun padang untuk menyampaikan sumbangan kepada penerima terpilih di kawasan Parlimen Merbok diiringi Angkatan Muda Keadilan Cabang Merbok dan Majlis Ketua Kampung/Komuniti yang dijalankan dalam waktu sahur dengan kerjasama Sinar Harian Utara.

Melihatkan reaksi penerima sumbangan yang jelas gembira dengan kehadiran kami walaupun jam menunjukkan 2 atau 3 pagi, membuatkan skuad Jom Sahur lebih bersemangat walaupun terpaksa mengetuk pintu dalam keadaan gelap dan sunyi.

Destinasi pertama setelah berkumpul di Petronas Bandar Laguna Merbok jam 12.30 tengah malam, kami terus ke Kampung Bukit Acheh, Merbok untuk melawat dua keluarga termasuk dua beranak yang berstatus ibu tunggal iaitu keluarga Aishah Nur, 93, dan anaknya Chahina Ibrahim, 52, serta keluarga Mohd Zahir Abdullah, 41, bersama isteri dan empat anak.

Mohd Zahir berkata, ini merupakan sejarah pertama yang pernah dialami iaitu wakil rakyat turun padang menyampaikan sumbangan dalam waktu sahur.

Kemudian, konvoi meneruskan perjalanan ke rumah pasangan Sariah Senapi, 55, dan Kamaradin Abd Rahman, 57, di Kampung Merbok.

Kamaradin yang bertugas memandikan jenazah mempunyai lapan orang anak bersyukur dengan kehadiran pemimpin dan :Sinar Harian: yang diketuai Pengurus Kanan Operasi Sinar Harian Utara, Rusmin Fadzil selain berhasrat akan mencuba keenakan kurma rangup tajaan Kurma Abdul Ghaffar yang disumbangkan kepada mereka.

Seterusnya konvoi bertemu Zawati Ismail, 47, dan Nazir Abu Bakar, 47, bekerja sebagai penjual ikan di samping melakukan kerja sampingan sebagai mekanik motosikal klasik.

Nazir berkata, kunjungan yang dilakukan jam 2.09 pagi itu adalah sesuatu yang luar biasa namun gembira kerana terpilih dalam program berkenaan.

"Elok juga datang waktu malam dalam bulan puasa sebab waktu siang semua orang sibuk dengan hal masing-masing keluar bekerja dan ke sekolah.

"Kami juga ucapkan terima kasih dengan kehadiran konvoi membawa buah tangan yang cukup bermakna," katanya.

Konvoi Jom Sahur dan Penyampaian Sumbangan yang mendapat kerjasama daripada Petronas Tok Kangar, AZ-one Marketing dan Kurma Abdul Ghaffar itu seterusnya terus ke destinasi terakhir iaitu melawat seorang tukang urut warga emas yang juga berstatus ibu tunggal menetap seorang diri di Kampung Merbok.

Penerima, Robiah Husin, 81, berkata, kunjungan itu amat bermakna kerana di samping dapat mengenali antara satu sama lain, ia juga boleh dijadikan medan meluahkan masalah penduduk secara langsung.

"Saya kematian suami sejak 25 tahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki yang juga telah meninggal dunia.

:"Kini hanya berkongsi suka-duka bersama menantu, tujuh cucu dan 13 cicit yang datang sesekali menjenguk," katanya.

Dalam pertemuan sama, Robiah juga memohon kepada Rashid untuk membaik pulih bumbung yang sudah lama bocor.

Konvoi yang ditaja oleh Ahli Parlimen dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Merbok itu turut menikmati sahur di rumah Robiah berlaukkan telur masin, kerang bakar, gulai ikan, papadum, udang masak kunyit dan pekasam goreng yang cukup menyelerakan.

Sebelum bersurai, peserta program sempat merakamkan gambar kenangan di rumah Robiah sebelum beredar jam 4 pagi. (SH)

1Johor

Posted: 17 Aug 2011 11:35 PM PDT

1Johor


Islam Terancam Kerana Ada Pemimpin Pentingkan Undi

Posted: 17 Aug 2011 07:53 PM PDT

Kedudukan agama Islam semakin terancam di negara ini kerana sikap pemimpin Islam yang tidak berusaha mempertahankan agama itu.

Menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman (gambar) agama Islam adalah agama Persekutuan seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan Negara dan agama lain tidak boleh disebarkan kepada penganut Islam.

"Sikap pemimpin Islam yang bermasalah, mereka tidak pertahankan Islam ... apa yang mereka pentingkan adalah undi itu sahaja.

"Selain itu, kalau kita lihat fahaman liberalisme yang semakin menular dalam masyarakat juga menjadi punca mengapa Islam semakin terancam sedangkan ia adalah agama negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Ancaman terhadap Kedudukan Islam di Malaysia' di seminar Mendaulatkan Islam - Agama Negara di Masjid Negeri Shah Alam pada Rabu.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Dr Yusri Mohamad berkata dalam Perlembagaan Persekutuan telah dijamin bahawa (mana-mana) kerajaan harus mempertahankan, mendaulautkan dan memperkasakan agama Islam di negara ini.

"Selain itu, pemerintahan negara juga perlu berlandaskan kepada ajaran Islam dan dengan itu baru tiada pihak yang mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama negara," katanya.

Menurut bekas Presiden ABIM itu, masa depan Islam akan tergadai sekiranya kepimpinan negara yang beragama Islam tidak berusaha mempertahankan, memartabatkan dan mendaulatkannya sebagai agama (idealogi) negara.

Sementara itu, Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI), Mahamad Naser Disa berkata kedudukan agama Islam semakin terhakis berikutan cubaan pihak tertentu untuk menyebarkan agama masing-masing kepada umat Islam.

"Kalau betul ada usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam mengapa kita harus diam, kita perlu bangun menyatakan pendirian kita.

"Tapi apabila kita bersuara, dikatakan kita rasis, ini bukan soal rasis atau tidak tapi mana-mana agama tidak boleh disebarkan kepada umat Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Jelas Mahamad Naser, beliau kesal dengan sikap pemerintah yang tidak melaksanakan pentadbiran negara mengikut ajaran Islam.

"Dalam Perlembagaan Persekutuan sudah jelas, agama Islam adalah agama negara dan mana-mana agama lain boleh diamalkan tapi tidak boleh disebarkan," katanya.

Bagi, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata, undang-undang negara juga perlu berlandaskan kepada ajaran Islam.

"Semua perkara yang kita lakukan perlu berlandaskan ajaran Islam, berlandaskan al-Quran ... ini yang perlu ditekankan selain Perlembagaan Persekutuan juga.

"Walaupun kita lihat undang-undang itu ada tapi pelaksanaannya itu tiada, sepatutnya semua yang kita lakukan perlu berlandaskan ajaran Islam," katanya.

Seminar sehari ini adalah untuk menyemarakkan kefahaman masyarakat umum tentang kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah termaktub di dalam sejarah dan lembaran kemerdekaan Negara, serta mewujudkan kesedaran tentang cabaran-cabaran yang sedang melanda dalam usaha mempertahankan kesucian aqidah umat Islam di Negara ini

Ia dimulakan dengan perasmian oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dato' Setia Mohamad Adzib Bin Mohd Isa, dan diakhiri dengan forum "Mempertahankan kesucian Aqidah Islam" yang dihadiri lebih 300 orang


- Artikel ini dipetik dari AgendaDaily

Isu Pemilih Sama Nama : Suhaizan Ketandusan Isu Untuk Berbohong

Posted: 17 Aug 2011 06:45 PM PDT

Suhaizan Kayat (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat) mungkin sudah ketandusan isu sehinggakan sanggup mencipta isu atau bahasa kasarnya berbohong dengan mengatakan SPR mendaftar pemilih yang mempunyai sama nama.

Berikut adalah penjelasan SPR dalam Bernama berkenaan isu yang cuba dibangkitkan oleh saudara Suhaizan.

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Terdapat 825 individu memiliki ejaan nama yang sama dengan Azhar Ahmad, hasil semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa menyiasat dakwaan Pemuda Pas wujudnya penyelewengan melibatkan nama lelaki itu.

Selain Azhar, Besah Mat turut memiliki ejaan nama yang sama dengan 14 orang lain, manakala Mansor Ahmad memiliki ejaan nama sama dengan 229 orang..

Bagaimana pun, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menafikan dakwaan penyelewengan kerana mereka semua memiliki nombor kad pengenalan berbeza meskipun ejaan nama sama.

Penjelasan itu dibuat SPR untuk menafikan dakwaan Pemuda Pas melalui Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasinya, Suhaizan Kalat yang kononnya curiga terhadap tiga individu itu dari kawasan utara tanah air yang memiliki ejaan nama sama, dengan nombor kad pengenalan hanya berbeza di dua digit terakhir didaftarkan di dua tempat berbeza dalam Daftar Pemilih SPR.

Kamaruddin berkata, SPR melakukan semakan menggunakan Agency Link-Up System (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara daripada 12.3 juta pengundi dalam negara untuk menyiasat dakwaan itu.

"Dalam urusan pendaftaran pemilih, pengenalan diri pengundi direkodkan berdasarkan kepada nombor kad pengenalan dan bukannya nama kerana sekiranya nama digunakan, ia tidak membolehkan SPR membezakan pengundi kerana ramai individu yang ejaan nama mereka adalah sama," katanya. – Bernama

Daripada sibuk mencipta isu, adalah lebih baik Suhaizan cipta resepi kuih raya baru. Kalau sedap boleh buat jualan, raya pun nak dekat ni.


Isu Tindakan JAIS : PAS Tak Faham Isu Sebenar

Posted: 13 Aug 2011 06:38 PM PDT

Artikel ini dipetik dari http://screwkuat69.blogspot.com

Tukang Screw tidak faham sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh sesetengah pemimpin PAS yang di atas kertas mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tetapi BEBAL memahami isu, atau buat-buat tak faham atau sengaja nak jaga hati DAP/PKR atau PAS memang tak mampu nak selesaikan masalah dan mempertahankan Islam. Cuba rujuk kenyataan Dr. (Dr konon tapi bebal) Mujahid Yusof, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dengan slogan PAS For All yang disiarkan dalam Harakahdaily berbunyi :


"LAJNAH TETAP BERUSAHA MERAPATKAN PAS DENGAN SEMUA GEREJA DI MALAYSIA SUPAYA MASYARAKAT KRISTIAN TIDAK SALAH FAHAM DENGAN PAS (kalau PAS perjuangkan Islam sepatutnya frasa tersebut berbunyi...SUPAYA MASYARAKAT KRISTIAN TIDAK SALAH FAHAM DENGAN ISLAM)"

Isu yang berlaku adalah melibatkan usaha GMDU dan beberapa gereja memurtadkan umat Islam, jadi tidak timbul isu PAS menjalinkan hubungan baik dengan gereja. Gereja memang menerima PAS dengan baik sebab PAS sahaja yang boleh ditunggang dan menghalalkan usaha memurtadkan umat Islam oleh gereja. PAS lebih mementingkan penganut Kristian menghormati mereka daripada menghormati kesucian Islam dengan merendahkan maruah mereka dan menagih undi. Itulah hakikatnya yang PAS tidak mampu sembunyikan dan tersilap percaturan kerana terlalu gila untuk berkuasa!

"MENGULAS TINDAKAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR YANG MENYERBU (sepatutnya guna perkataan MEMERIKSA) GEREJA METHODIST DAMANSARA UTAMA (GMDU) KONONNYA TERDAPAT ORANG ISLAM DALAM PREMIS BERKENAAN, BELIAU BERHARAP KEDUA-DUA BELAH PIHAK TAMPIL KE HADAPAN MEMBERIKAN PENJELASAN SUPAYA DI ATASI DENGAN BAIK."

Adakah Mujahid yang bebal atau wartawan Harakah yang bebal (kalau bab BEBAL ni wartawan Harakah memang top sejak dulu lagi)! JAIS telahpun memanggil 12 orang yang terlibat dalam isu ini hadir ke sesi kaunseling dan temuduga pada 15 Ogos lepas jadi tidak patut timbul kenyataan "KONONNYA TERDAPAT ORANG ISLAM DALAM PREMIS BERKENAAN" yang sememangnya sudah terang dan bersuluh bahawa mereka hadir ke GMDU! Daripada kenyataan ini kita dapat menilai taraf keintelektualan Mujahid yang serupa macam Tukang Screw atau bawah sedikit dan dalam masa yang sama secara tersirat Mujahid sendiri tidak menyokong tindakan JAIS.

Mujahid juga tidak faham-faham lagi mengapa JAIS dan GMDU enggan berjumpa PAS bagi menerangkan isu ini? Sebab kedua belah pihak terbabit sedar bahawa mereka akan berhadapan dengan parti yang NTAHAPANTAH yang hampir pecah tembelangnya dan gagal mempertahankan kesucian Islam. Mana usaha dakwah yang diwar-war dan dibangga-bangga selalu oleh PAS terhadap DAP? DAP makin berjaya dakwah umat Islam masuk kristian dan menghina Islam adalah!!!

Tukang Screw nasihatkan agar Mujahid berdiam diri dan jangan buat sebarang kenyataan berhubung isu ini kerana setiap kenyataannya makin menunjukkan kejahilan dan kejumudan dirinya sendiri. Wallahualam.



Kenyataan Akhbar Penuh JPN mengenai penipuan kisah pengundi PR bernama Mismah

Posted: 09 Aug 2011 07:36 PM PDT


KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA

Pertimbangan permohonan taraf Warganegara Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara-perkara berikut:
  • Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
  • Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh Kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
  • Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

Sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, YB Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menimbangkan sebanyak 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29,290 permohonan telah diluluskan.

Angka ini adalah merupakan sebahagian daripada KPI Menteri Dalam Negeri di mana sebanyak 219,000 permohonan telah berjaya diselesaikan termasuk 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia, 31,449 permohonan Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar.

Berkaitan kes Mismah, dakwaan bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap (atau PR) adalah tidak benar. Rekod menunjukkan bahawa beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982. Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia

Sekian, terima kasih.

Datin Jariah binti Mohd Said
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
03 Ogos 2011

The Unspinners

Posted: 17 Aug 2011 11:29 PM PDT

AZLI SHUKRI

Posted: 17 Aug 2011 11:27 PM PDT

AZLI SHUKRI


Fatwa Ramadhan : Wajib Pertahankan Kebenaran Yang Didedahkan Oleh Papa Gomo! Tolong Sebar

Posted: 17 Aug 2011 07:17 PM PDT

Dalam minggu minggu ini Gomo sendiri yang mempunyai saudara mara berugama Kristian disebelah Wife turut mengundang risiko dalam kehidupan kekeluargaan. Gomo akui bahawa artikel dan kenyataan yang Gomo keluarkan sedikit sebanyak mengundang kurang rasa senang dari keluarga sebelah Isteri. Namun apakan daya dalam perjuangan menegakkan Islam ditanah Melayu ini dan berjuang bersama umat Islam lain dalam menyelamatkan lebih ramai umat Islam dimurtadkan soal keluarga harus diketepikan. Ini lah perjuangan yang wajib dilaksanakan oleh seorang umat Islam dan ianya mesti dilakukan dengan cara apa sekalipun. Sambung bacaan anda di sini..

Demi Allah, Wan Azizah, Mat Sabu dan Saifuddin Nasution Tanggung Semua Dosa Ini!

Posted: 17 Aug 2011 06:28 PM PDT

Hari ini blogger 1peluru mengeluarkan paparan skrin yang sama 100% dengan paparan skrin dari rekod SPR di mana menunjukkan Wan Azizah, Mat Sabu dan Saifuddin Nasution adalah berdaftar sebanyak dua kali dengan SPR?


Opss... benarkah Wan Azizah mengundi sebanyak 20 kali, 80 kali di Parlimen Permatang Pauh? Opss... benarkah Mat Sabu mengundi sehingga tercabut lutut di Kubang Rotan? Opss... benarkah Saifuddin Nasution mengundi sehingga mukanya ditumbuhi jerawat di Pokok Sena?

Secara mata kasar tiada sebarang perbezaan antara paparan rakaman di atas dengan di bawah namun yang mana satu adalah asli bagi mata anda?

Hahahaha....

Bagaimana percayakah tuan/puan jika saya katakan kami mampu menghasilkan paparan skrin yang setaraf dengan apa yang dikeluarkan oleh yahudikini semalam?

Percayakah tuan/puan jika saya katakan kod 00 semalam merupakan 'photoshop' semata-mata kerana menurut rekod SPR yang sebenar kod 00 hanyalah untuk HANTU yang tiada dalam DAFTAR PEMILIH!


Dari kod 71 kita ke 00, selepas ini eloklah pembangkang menggunakan pula kod ejen tersohor British iaitu 007 lepas itu dakwa SPR telah daftarkan warganegara British sebagai pemilih di Malaysia namanya James Bond!!!...

Sambung bacaan anda di sini dan di sini..

Mustafa Ali Diminta Jangan Buat Fitnah Bodoh!

Posted: 17 Aug 2011 06:11 PM PDT

Mustafa Ali tolonglah jangan buat lawak bodoh dalam bulan Ramadhan ini. Tolonglah jangan buat fitnah. Cuba-cubalah bertaubat daripada perangai suka memfitnah dan menyalahkan orang lain. Muftafa kata ada bukti UMNO campur tangan dalam isu serbuan JAIS ke atas Gereja baru-baru ini - soalnya mana bukti-bukti tersebut? Kalau sekadar cakap, budak tadika pun boleh main tuduh membabi-buta. Mengapa nak tunggu pertemuan dengan pengarah JAIS baru mahu dedahkan kononnya UMNO ada campur tangan? Dedahlah sekarang, bukankah memang sudah menjadi tabiat jahat Pakatan Rakyat suka mendedah keburukan orang lain? Dedahlah segala bukti yang kononnya beliau ada itu? Nak tahu mengapa sehingga sekarang PAS tidak mampu mendedahkan bukti-bukti tersebut? Jawapannya mudah,

1. Mustafa Ali memang tiada apa-apa bukti pun berhubung dengan dakwaan beliau tersebut, ia adalah fitnah jijik lagi hanyir terhadap UMNO

2. PAS bimbang hentaman mereka terhadap JAIS hanya menimbulkan lagi kebencian staf JAIS terhadap parti Islam itu, dan kemungkinan besar undi protes akan berlaku.

3. PAS tersepit dengan isu tersebut dan cuba menjadikan UMNO sebagai kambing hitamnya. Baca berita di bawah :

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Umno berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan parti Melayu terbesar itu dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja baru-baru ini. Sebaliknya tegas Mustafa, beliau mempunyai maklumat sahih bahawa Umno terlibat dalam tindakan Jais itu.

"Saya kekal dengan apa yang saya katakan di Kuala Terengganu, jadi soal minta maaf itu tidak berbangkit.

"Saya ada maklumat dan info yang sangat boleh dipercayai bahawa ada elemen campur tangan Umno dalam pemeriksaan itu," katanya kepada The Malaysian Insider. Semalam, Umno Selangor memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada Umno.

Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN). Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu kelmarin, Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu. Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

"Saya sedia dedahkan maklumat ini kepada Pengarah Jais sekiranya berjumpa dengan beliau.

"Memang ada elemen campur tangan Umno di belakang operasi Jais," katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu. Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais. Jais juga telah mengambil keterangan dan memberi kaunseling kepada 12 individu beragama Islam yang berada dalam gereja semasa pemeriksaan itu dilakukan. Pertemuan PAS dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama ditangguhkan.

Apa Sudah Jadi Dengan Universiti Malaya?

Posted: 17 Aug 2011 05:14 PM PDT

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Universiti Malaya (UM) didakwa sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan 146 staf akademik sejak 2009 kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon (gambar). Mereka yang meletak jawatan melibatkan profesor, profesor madya, pensyarah dan ahli akademik dari pelbagai fakulti yang sudah lama menabur bakti dan berkhidmat di universiti itu.

Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM), Prof. Madya Dr. Azmi Sharom semasa mendedahkan perkara itu berkata, antara yang meletakkan jawatan ialah 52 orang dari Fakulti Perubatan, 12 dari Fakulti Perakaunan, 10 Fakulti Sains dan 8 orang dari Fakulti Kejuruteraan. Pada tahun ini sahaja, katanya, kira-kira 20 staf akademik meletak jawatan atas alasan yang sama.

"Berikutan itu, pihak pengurusan universiti telah melantik 576 pensyarah baru dengan 80 peratus daripada mereka dari negara lain seperti Bangladesh, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, India dan Jordan.

"Pelantikan dibuat bagi tujuan penerbitan jurnal bahasa Inggeris demi mengejar rangking sehingga menganaktirikan pensyarah tempatan yang telah lama berkhidmat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Naib Canselor UM itu pernah mengeluarkan kenyataannya Mac lalu yang mengakui 'kegilaannya' meletakkan universiti tersebut dalam rangking 100 terbaik di dunia. Usaha tersebut bagaimanapun kurang berkesan kerana rangking universiti tertua di Malaysia itu jatuh ke tangga 207 pada 2010 berbanding kedudukan 180 pada 2009.

Azmi mendakwa Ghauth turut memperketatkan proses dan prosedur kenaikan pangkat dengan memfokuskan penerbitan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data ISI dan Scopus yang kurang memberi tumpuan kepada penerbitan dalam bahasa Melayu.

"Tindakan ini menjejaskan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang pembinaan negara bangsa Malaysia.

"Beliau hanya memberi tumpuan kepada penerbitan jurnal antarabangsa tanpa mengira kualiti penyelidikan dan mutu jurnal semata-mata untuk mengejar rangking sehingga mengabaikan fungsi teras universiti untuk menyebarkan ilmu dan melahirkan graduan berkualiti," katanya. Ghauth dilantik menjadi Naib Canselor pada 2008 menggantikan Tan Sri Dr. Rafiah Salim.

Panglima Perang Cyber

Posted: 17 Aug 2011 11:15 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Pelik Tetapi Benar - Blogger Papagomo Mahu Disaman Pakatan Dan Gereja Haram DUMC Dibiarkan !!!

Posted: 17 Aug 2011 04:20 PM PDT



Pertama sekali tahniah kepada kawan-kawan yang telah berjuang tanpa henti di bulan Ramadhan ini. Satu persatu isu dikeluarkan dan nampaknya pihak lawan kita tidak sempat bernafas membalas 'serangan' demi 'serangan' yang dilontarkan.


Meskipun tidak berpusat di markas siber tertentu tetapi masing-masing dengan keinsafan yang tinggi bahawa negara ini diancam dan terancam maka masing-masing telah bekerja keras siang dan malam demi Islam,Melayu dan Malaysia tanpa sebarang kompromi.


Dulu, perjuangan Nabi dan sahabat di bulan Ramadhan semakin hebat sebenarnya seperti peristiwa perang Badar, bukan sebaliknya. Ini kerana kekuatan rohani yang dikurniakan Allah hasil dari ibadat puasa yang dibuat selama 30 hari menjadikan mereka hebat di mata lawan. Ketika itu hanya 313 pejuang Badar melawan 1000 tentera musyrik yang tiga kali ganda jumlah mereka dari pasukan tentera kita.


Tahniah kepada Papagomo yang telah berjaya memerangkap Pakatan Rosak yang telah melatah isu gereja HARAM (tidak diluluskan) DUMC dan menyerang Blogger Papagomo. Mereka yang pandai pusing fakta dan alih isu nampaknya cuba mematikan isu gereja haram DUMC ini.


Mereka tahu kes ini telah merosakkan nama baik mereka yang sudah sekian lama tidak pandai pun memerintah negeri. Lalu kejadian di DUMC 3 Ogos lalu semakin memburukkan situasi hingga terpaksa menyerang Papagomo semalam dan membiarkan isu status 'HARAM' Gereja yang dinamakan Pusat Komuniti DUMC tersebut, tenggelam dengan sendiri.


Maka rakyat yang ingin membuat bangunan haram selepas ini nampaknya boleh pergi ke Selangor kerana mereka tidak akan diganggu. Siapa sahaja pasti boleh memberi alasan kes DUMC yang jelas dibiarkan dan tidak diambil tindakan meskipun satu negara sudah tahu 'keharamannya' di sisi undang-undang, jika premis mereka disita. 


Sila klik sini untuk melihat bukti Gereja Methodist DUMC tidak diluluskan pembinaanya :


http://sejarahmelayu.blogspot.com/2011/08/panas-operasi-sita-gereja-haram-dumc.html







Nota : Papagomo - terus bongkar jangan tak bongkar !!!


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih





Tazkirah : Hadis Agama Itu Nasihat Oleh Imam Nawawi

Posted: 17 Aug 2011 03:26 PM PDT


Related by Muslim.

excerpt from 40 hadiths of imam An-Nawawi'>The Religion is Naseehah
(Sincere Advice)


Mari kita menasihati sesama saudara seagama dengan cahaya agama bukan memperalatkannya.

Manusia perlu petunjuk agama dan janganlah ahli agama memusnahkan cahaya petunjuk tersebut demi mengikut hawa nafsu mereka.

Masih belum terlambat untuk bertaubat !
Published with Blogger-droid v1.7.3

DAPJelas Hina JAIS Isu Serbuan Di DUMC Yang Disifatkan Ganas Ala Gestapo !

Posted: 17 Aug 2011 02:45 AM PDT







Selepas tu anda kena tengok rakaman video JAIS yang jelas tidak ada serbuan ganas ala gestapo seperti dakwaan liar parti kafir harbi DAP di atas.





Dengan menfitnah JAIS sebagai alat UMNO maka kemarahan rakyat boleh dihalakan kepada Jabatan Agama Islam tersebut. Sedangkan sebenarnya JAIS bekerja keras menghalang pemurtadan berlaku.

Hari ini penghinaan terhadap Islam berlaku tanpa ada kecaman keras dari Parti Islam PAS kerana berlapikkan nama 'UMNO' di dalamnya. Bila dituduh UMNO maka DAP dengan bebas menghina Islam dan agensi Islam tanpa malu lagi.

Walaupun masih ada orang agama yang guna nama parti Islam yang jadi saaaangat bodoh kerana termakan janji manis DAP untuk rebut kuasa menuju Putrajaya hingga sanggup biar Islam dihina dan dipijak sesuka hati.

Tetapi DAP PKR terlupa rakyat tidak sebodoh yang mereka sangka.  


Percayalah !!!




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih









My Longest Yard

Posted: 17 Aug 2011 11:12 PM PDT

My Longest Yard


Selepas cubaan menolak hakim, kini Anwar cuba menolak peguam pula

Posted: 17 Aug 2011 10:39 PM PDT


Orang lain tak betul. Dia saja yang betul.
Tak habis-habis. Semua orang nak ditolaknya.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim sibuk nak menolak Hakim Mahkamah Tinggi daripada mendengar kes perbicaraan liwatnya. Namun, cubaan tersebut gagal, gagal dan gagal.

Kini Anwar Ibrahim sekali lagi cuba menolak. Bukan lagi menolak hakim tapi kini cuba menolak peguam Zainul Rijal yang mewakili Pendakwa Raya Syariah, Ketua Pengawah Jawi dan juga Dato Jamil Khir.


" Anwar sewaktu mengulas berkata Zainul Rijal sebagai seorang peguam syariah menghina mahkamah syariah apabila melambat-lambatkan perbicaraan kes itu dan mencampuri perjalanan kes Fitnah II di Mahkamah Sivil.

"Kes ini kita majukan sebab sejak 2008, pendakwa, Menteri Agama Umno, halang pendakwaan dari berlaku. Sebagai seorang yang mengaku sebagai peguam Muslim, dia sibuk (mengganggu) kes mahkamah sivil.


Anwar Ibrahim cakap Zainul Rijal menghina mahkamah syariah kerana melambat-lambatkan perbicaraan. Ini memang tak boleh blah. Statement tahap maharaja lawak. Kata dulang paku serpih...


Ulasan akhbar Cina mengenai pemeriksaan JAIS ke atas DUMC

Posted: 17 Aug 2011 06:18 PM PDT

Kami memetik beberapa fakta yang ditulis oleh akhbar cina mengenai pemeriksaan JAIS (bukan serbuan) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).


Artikel dalam akhbar cina Nanyang Siang Pau ini ditulis oleh pengkritik semasa, Loh Hon Chew.

1. Pegawai JAIS dan polis yang tidak mendapat perintah mahkamah telah menggeledah gereja DUMC ketika satu majlis makan malam diadakan.

2. Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor turut meluahkan perasaan tidak berpuas hati kerana merasakan JAIS telah menyalahgunakan kuasa.

3. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menyokong sepenuhnya tindakan JAIS itu.

4. Perbuatan beliau dikritik semua pihak. Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Exco Selangor dari parti itu, Teresa Kok telah memarahi Hasan. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dari PAS turut membuat teguran dengan menyatakan Hasan perlu tahu batas-batasnya.

5. Apa yang berlaku ini telah menyebabkan, Hasan terperangkap dan dikelilingi musuh.

Untuk membaca artikel penuh, sila klik DISINI.