Khamis, 18 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 18 Aug 2011 04:00 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


BM sudut pandangan Bukan Melayu

Posted: 17 Aug 2011 05:34 AM PDT

Ramai pelajar lemah bahasa Melayu
Oleh Teo Kok Seong
teokok@ukm.my
2011/08/17

Isu kurang dibincang berbanding gagal kuasai bahasa Inggeris

PERSOALAN kegagalan penguasaan bahasa Inggeris yang baik oleh kebanyakan pelajar Malaysia selepas 13 tahun mempelajarinya, ikut mencetuskan pelbagai soalan, selain mengundang banyak komen. Ada yang menyoal keberkesanan kurikulum bahasa Inggeris sedia ada, kesesuaian dasar baru untuk memartabatkan bahasa Melayu, memperkukuh bahasa Inggeris dan kebijaksanaan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada awal tahun ini.
Ada juga yang mencadangkan pengembalian sekolah aliran Inggeris, menyalahkan guru yang dikatakan tidak cekap, mengaitkan sikap negatif pelajar dengan pen-capaian yang lemah dan menuduh Kementerian Pelajaran enggan mewajibkan kelulusan mata pelajaran bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Kita boleh terus menyoal dan mengulas persoalan ini, lebih-lebih lagi untuk mempromosikan bahasa Inggeris. Sebetulnya pada masa sama, kebanyakan pelajar kita termasuk Melayu sendiri, apatah lagi yang bukan Melayu juga tidak menguasai bahasa Melayu iaitu bahasa negara ini dengan baik. Namun, hal ini tidak banyak diperkata dan kalau cuba diperkata, ia tidak mendapat sambutan serta tempat untuk dibincangkan dengan rinci.


Sebenarnya, persoalan ketiadaan kecekapan berbahasa Inggeris, pengetahuan dan penguasaan rendah terhadap bahasa Melayu, termasuk kegagalan memahami sejarah tanah air oleh kebanyakan pelajar antara tanda dan gejala kemerosotan sistem pendidikan kita. Hal ini dapat dilihat pada bahkan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang. Kebanyakan mereka tidak mampu menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris, tidak cekap berbahasa Melayu persuratan ketika bercakap dalam situasi formal, dan tidak memahami hubung kait peristiwa lampau negara yang penting dengan masa kini baik dalam konteks tempatan mahupun sejagat. Kelemahan sistem pendidikan kita disedari kerajaan dan sedang dikaji semula untuk diperbaiki. Dalam konteks kecekapan berbahasa Inggeris, kita perlu berpijak di bumi nyata bahawa kecekapan yang bakal generasi muda kita peroleh, mungkin tidak dapat menandingi tahap yang diperlihatkan golongan lama. Ini antaranya adalah pada masa dulu, bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar, manakala kini ia hanya satu mata pelajaran.

Walaupun begitu, dengan penekanan serius kerajaan melalui pelbagai usaha pendidikan untuk memastikan generasi muda cekap berbahasa antarabangsa yang paling penting ini, golongan ini dengan sikap belajar yang betul serta bimbingan dedikasi guru, pasti memperlihat kecekapan yang jauh lebih baik daripada yang ada sekarang. Dalam pada kita berikhtiar untuk menguasai bahasa Inggeris pada tahap baik, kita tidak boleh sekali-kali mengetepikan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan. Pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu yang baik oleh rakyat Malaysia bukan saja penting, tetapi wajib. Bahasa Melayu adalah maruah dan citra, selain jati diri bangsa dan negara. Maruah bahasa Melayu terletak pada martabatnya.


Ikut bersikap begini ialah pihak media, antaranya akhbar bukan bahasa Melayu yang kurang bersedia untuk memberi liputan adil mengenai bahasa ini. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa leluhur, etnik dan ibunda orang Melayu, dianggap sebagai kualiti bangsa Melayu. Justeru, ia adalah tanggungjawab dan kewajipan bangsa Melayu saja.


Dalam kes bahasa Melayu di Malaysia, ideologi begini adalah salah. Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa negara, yakni sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Sehubungan ini, martabatnya hendaklah dipertahan setiap masa oleh semua warga negara.

Oleh itu, ia perlu diperlakukan dengan penuh tertib, sesuai dengan syiarnya sebagai bahasa utama di negara ini. Dengan ini, bahasa Melayu hendaklah selalu diutamakan dan tidak boleh diketepikan dalam sebarang ranah penggunaan yang sememangnya menjadi hak dan kuasanya.Perilaku kita semua terhadap bahasa Melayu, khususnya yang bertentangan dengan syiarnya, sudah pasti akan menimbulkan pelbagai tanggapan.


Oleh itu, tindakan yang boleh merendahkan citra bahasa Melayu hendaklah dihindari kerana ia boleh ikut merendahkan citra kita semua sebagai bangsa berharga diri dan negara berdaulat.Sesungguhnya dalam bahasa Melayu tersimpan nilai, salasilah serta akar kita sebagai bangsa Malaysia.

Dengan ini, hanya bahasa Melayu mampu memberi capaian langsung kepada warisan budaya serta pandangan dunia kita sebagai bangsa Malaysia, untuk melengkapi dan juga menolak perspektif yang disaji oleh tamadun lain. Bahasa Melayu juga satu-satunya warisan budaya yang dengan penuh keyakinan dan pengertian, boleh bukan saja mempertahan tetapi menjamin kemuliaan kita sebagai satu bangsa bermaruah dan negara yang berdaulat

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 18 Aug 2011 03:39 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Jemputan untuk semua

Posted: 17 Aug 2011 05:00 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 18 Aug 2011 03:25 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


YB SUMBANG DUIT MORE DI KAWASAN SIK

Posted: 18 Aug 2011 01:17 AM PDT



YB. Haji Yahya Abdullah menyampaikan sumbangan duit more di Kawasan Sik, walaupun tidak seberapa tapi besar maknanya, kata seorang pengerusi surau disini.

PAS TAMBUN

Posted: 18 Aug 2011 01:59 AM PDT

PAS TAMBUN


EDARAN BUBUR LAMBUK ZON MERU PAMER SYIAR

Posted: 17 Aug 2011 10:45 AM PDT







Persediaan booth bubur lambuk














Sedia untuk diedarkan...













"Bubur lambuk daripada PAS untuk juadah berbuka.."











Ketua PAS Caw. Taman Meru turut edarkan bubur lambuk











Konti deejay pun ada..!




















Sdr. Faizal tak lepaskan peluang tarik pengunjung ke booth












Bukti PAS MESRA RAKYAT!













3/4 dah habis diedarkan..














Edaran bubur lambuk tidak mengira kaum.PAS MEMANG MESRA RAKYAT!














Hampir selesai edaran dalam tempoh satu jam..









17 Ogos 2011 - PAS Zon Meru menjengah masyarakat di bulan Ramadhan. Lokasi Bazar Ramadhan di Taman Jati menjadi tempat tumpuan mereka. Kehadiran booth ini telah menarik perhatian pengunjung daripada pelbagai bangsa yang datang ke Bazar Ramadhan berhampiran.Sebanyak 800 pek bubur lambuk disediakan untuk diedar. Edaran yang bermula seawal jam 4.30 petang telah menarik ramai pengunjung ke booth ini. Uniknya booth ini turut dilengkapkan dengan mini konti deejay sebagai satu daya tarikan. Beberapa orang pengunjung juga turut ditemubual untuk mendapatkan respon langsung berkaitan aktiviti pengedaran bubur lambuk ini. Turut serta dalam edaran ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun, Pn. Zuhairah Dato' Hj. Ghazali merangkap Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Tambun disamping Ketua Cawangan Taman Meru, Sdr Ahmad Khair Faizal Yahaya. Para petugas daripada Zon Meru patut diberikan pujian di atas kerjasama yang telah ditunjukkan bermula daripada penyediaan bubur lambuk pada sebelah paginya sehingga edaran pada sebelah petangnya. Sebaik jam 5.30 petang bubur lambuk telah habis diedarkan. SYABAS kepada PAS ZON MERU di atas usaha yang unik dalam mendekati dan menyantuni masyarakat sekitar.Mekanisma yang digunakan ini diharapkan dapat menjadi contoh kepada Zon yang lain. Zon Meru seiring "MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN".

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 18 Aug 2011 01:21 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Pengantin baru dibaham jerung

Posted: 18 Aug 2011 01:20 AM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

VICTORIA (Seychelles): Percutian dan bulan madu pasangan pengantin baru di pulau peranginan di Lautan Hindi bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dibaham ikan jerung, semalam.

Baru berkahwin 11 hari lalu, Ian Redmond, 30, menjadi mangsa serangan ganas ikan jerung di depan isterinya.

Media melaporkan, Redmond sedang leka berenang kira-kira 30 meter dari pantai apabila dia tiba-tiba menggelepar dan menjerit meminta tolong.

Pasangannya, Gemma Houghton, dari Wigan, England, berbaring di pantai apabila dikejutkan dengan jeritan Redmond.

Gemma, 27, panik melihat suaminya dibaham ikan ganas itu.

Beberapa nelayan berjaya menarik Redmond ke sampan dan membawanya ke pantai.

Saksi berkata, lelaki terbabit cedera parah akibat gigitan ikan jerung berkenaan.

Katanya, ikan paus itu membaham sebahagian besar daging pada tubuh Redmond menyebabkan dia kehilangan banyak darah.

Katanya, Redmond menghembus nafas terakhir sebelum sempat pasukan paramedik tiba.

"Isteri lelaki itu hanya mampu menjerit dan menangis di sisi mangsa," katanya.

Serangan jerung semalam adalah yang kedua dalam tempoh dua minggu di Pulau Praslin, Seychelles.

Ia terletak kira-kira 32 kilometer dari tempat Putera William dan Kate Middleton berbulan madu baru-baru ini.

Saksi berkata, Redmond kehilangan sebahagian besar kaki kirinya sehingga dia dapat melihat tulang paha mangsa.

"Seorang wanita meluru dan mula menjerit memberitahu mangsa adalah suaminya," katanya.

Seorang penduduk tempatan berkata, Redmond berenang tidak jauh dari kawasan pantai apabila serangan berlaku.

"Tangannya dibaham jerung dan sebahagian daripada tubuhnya juga hilang.

"Air di kawasan itu merah akibat darah mangsa," katanya. - TS

Kita di tipu melalui pemakanan??

Posted: 18 Aug 2011 01:00 AM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam.

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,

kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

-eSpAcE 9808-::

Tiga tahun hidup dengan cahaya lilin

Posted: 18 Aug 2011 12:30 AM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

AMPANG, 18 Ogos: Sasaran jejak Ramadan anjuran Editorial Harakah bersama Dewan Muslimat PAS Pusat kali ini tertumpu kepada golongan ibu tunggal dan warga emas yang terlantar sakit.

Di sebalik tirai kemegahan dan kegemilangan kota raya Kuala Lumpur, di Dun Lembah Jaya masih ramai lagi insan yang terpinggir dan amat memerlukan bantuan. Mereka memerlukan bantuan bukan sekadar sesuap nasi tetapi mahu mengubah nasib kehidupan anak-anak.

(Khasim menyampaikan sumbangan Harakah kepada suami Sofiah, warga emas yang lumpuh dan tidak mampu bercakap.)

Ibu tunggal, Roziah Livis, 30-an, yang tinggal di pangsapuri Taman Kosas terpaksa menggunakan lilin selama tiga tahun kerana tidak mampu membayar tunggakan bil elektrik yang mencecah RM2,000.

Beliau mempunyai tiga anak terpaksa berhenti daripada kerja membantu menjual ais kerana kuku dan kakinya rosak. Suaminya telah melafazkan cerai talak satu selepas beliau melahirkan anak ketiga.

Fauziah Ramli, 30-an, baru melahirkan anak kelima juga memerlukan bantuan kerana suaminya berada dalam penjara. Meringankan bebanan, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz menghulurkan bantuan.

Kesengsaraan dan penderitaan warga emas, Sofiah Abd Ghani yang lumpuh, tidak boleh bercakap dan tidak kenal sesiapa, turut memilukan.

Beliau terbaring di atas katil dan hanya mampu menggerakkan tangan sebelah kanan. Selama lima tahun beliau terbaring dan hanya minum susu melalui hidung.

Jejak Ramadan akan terus menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Tiga ibu tunggal, dua warga emas serta seorang pesakit kritikal turut mendapat sumbangan.

Mereka mendapat bantuan wang tunai serta barangan asas beras, tepung, gula dan teh.

Dana Ramadan yang digerakkan Unit Editorial Harakah dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Pusat mendapat sambutan menggalakkan. Sumbangan yang diperolehi telah diagih-agihkan kepada golongan kurang bernasib baik.

Mereka yang bersimpati dan menyokong misi mulia ini boleh salurkan sumbangan atas nama DMPP ke akaun Maybank 564025400533.

harakahdaily/-

JK p’raya hanya untuk kaburi mata rakyat

Posted: 18 Aug 2011 12:15 AM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Imam sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 mempertikaikan alasan yang diberikan Majlis Agama Islam Jojor (MAIJ) berhubung tindakan itu.

Hassan Md Said (bawah), 40, mengesyaki alasan berkenaan bacaan khutbahnya sengaja ditimbulkan untuk menghalalkan tindakan menggantungnya.

"Mereka boleh kata (penggantungan) berkenaan khutbah, sedangkan semua orang kampung kata penggantungan saya disebabkan BERSIH.

"Lepas ini saya tak hairanlah kalau alasan lain keluar sama. (Contohnya) kata saya tidak datang mesyuaratlah," katanya sinis.

Penasihat MAIJ Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, penggantungan seorang iman baru-baru ini dibuat atas kesalahan tidak membaca teks khutbah yang disediakan majlis itu.

Tanpa menyebut nama Hassan, Noh berkata tindakan diambil terhadap imam tersebut "untuk mengundurkan diri dan ditarik balik pentauliahannya", lapor Sinar Harian hari ini.

Bekas mufti Johor itu juga dilaporkan berkata, tindakan terpaksa diambil kerana MAIJ telah beberapa kali menasihati dan memberikan banyak peluang tetapi kesalahan itu masih berulang.

'Saya bukan Mat Sabu'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan - imam utama Masjid Ladang - menafikan tidak membaca khutbah yang disediakan sebaliknya hanya "menyesuaikan" dengan masalah isu setempat di kampungnya.

"Khutbah ini kadang-kadang tidak semasa dan tidak sesuai dengan tempat. Kampung saya ini kampung nelayan. Masalah orang sini masalah akidah. Di sini muktazilah, Syiah, Wahabi semua ada. Khutbah saya kenalah menyentuh perkara ini," katanya.

Menurutnya lagi, beliau sudah lebih sepuluh tahun mengambil tindakan itu tetapi tiada sebarang teguran dibuat oleh pihak majlis atau pegawainya di peringkat daerah yang dilantik.

"Kenapa sekarang baru isu khutbah ini muncul? Kenapa tidak dua tahun lalu. Betullah saya kata, majlis agama ini tidak profesionallah. Saya sekarang ini kalau dipecat pun saya redalah," katanya.

Ditanya sama ada beliau mengkritik kerajaan dalam khutbahnya, Hassan menafikannya dengan alasan "saya bukan (timbalan presiden PAS) Mat Sabu".

"Saya juga bukan hendak main politik atau hendak jatuhkan kerajaan. Cuma saya ini bukan macam imam-imam lain yang ikut saja, (mereka) bila orang datang hendak kena tabik," katanya.

Hassan - bapa kepada dua anak - itu digantung kerja tiga bulan sehingga 2 November atas alasan "melanggar beberapa arahan" majlis agama negeri, yang dikeluarkan melalui Pejabat Kadi Johor Bahru.

Hassan percaya tindakan itu susulan beliau antara hampir 1,700 orang yang ditangkap polis pada 9 Julai lalu. Beliau menafikan menyertainya, sebaliknya hanya menziarahi saudara dan melawat ibu negara.

Pengidap kencing manis serius itu percaya elaun bulanan RM750 terhadapnya juga dibekukan, sekali gus menyebabkan pesakit kencing manis serius itu hilang mata pencarian.

Bantuan kewangan kepada Hassan boleh disalurkan melalui akaun Maybank dengan nombor akaun 151548003632 (Hassan bin Md Said).

harakahdaily/-

Bersyukur Kita

Posted: 18 Aug 2011 12:15 AM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt dengan penuh keyakinan
dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya dan juga
meninggalkan segala laranganNya, Mudah-mudahan kita menjadi
insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat
di akhirat.

Firman Allah swt yang bermaksud:
''Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada
kamu tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesunguh-
nya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
(An-Nahl:18)

Dari ayat tersebut jelas menunjukan bahawa Allah swt telah mengurnia-
kan berbagai-bagai kenikmatan kepada hamba-hambaNya di dunia ini,
nikmat kesenangan, kemakmuran, keselamatan, kesejahteraan dan
bermacam lagi nikmat yang tidak terkira banyaknya. Tetapi apakah
kita mensyukuri nikmat tersebut,

Firman Allah swt yang bermaksud:
"...Dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya
menyembahNya semata-mata."
(An-Nahl:114)

Syukur adalah merupakan pujian, ingatan dan terima kasih kepada Allah
terhadap pengurniaan nikmat kepada hamba-hambaNya, Sebagai tanda
syukur, seseorang hamba itu hendaklah taat mengerjakan segala suruhan
dan perintah Allah swt serta meninggalkan dan menjauhi segala larangan
dan tegahanNya, kita sebagai hamba hendaklah sentiasa reda dengan
qada' dan qadar Allah.

Amalan bersyukur kepada Allah itu hendaklah dilakukan melalui tiga perkara:

Pertama: Melalui hati, dengan cara mengiktiraf dan mengakui sepenuhnya
bahawa semua nikmat-nikmat tersebut adalah kurnia dan pemberian dari
Allah swt.

Kedua: Melalui lisan, iaitu menzahirkan di dalam kehidupan seharian
dengan memuji-muji Allah serta memperbanyakkan mengucap syukur
kepadaNya.

Ketiga: Melalui perbuatan iaitu berlaku taat kepada Allah yang mana
menggunakan segala nikmat-nikmat yang dikurniakan pada tempat-
tempat yang diredaiNya.

Allah tidak akan mengubah segala bentuk nikmat yang telah di-
kurniakan kepada hamba-hambaNya di dunia ini selagi nikmat
tersebut digunakan pada jalan yang diredhaiNya, Nikmat itu akan
berkekalan selagi mereka taat dan bersyukur kepada Allah, tetapi
sebaliknya jika mereka kufur nikmat,

menderhaka dan meninggal-kan segala suruhan dan perintahNya dan melakukan segala
larangan dan tegahanNya, maka buruklah balasan di dunia dan
juga di akhirat.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Balasan yang demikian itu ialah kerana sesungguhnya Allah
tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya
kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Al-Anfaal:53)

Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'

Posted by tok_aji

Pertikaian Laut China Selatan tak jejas PBGEC

Posted: 18 Aug 2011 12:00 AM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

NANNING (Guangxi, China): Pertikaian mengenai Laut China Selatan antara China dengan negara Asean tidak memberikan kesan kepada perdagangan dua hala dan kerjasama ekonomi dalam Kerjasama Ekonomi Seluruh Teluk Beibu (PBGEC).

Timbalan Ketua Pengarah Suruhanjaya Perancangan, Pembinaan dan Pentadbiran Zon Ekonomi Teluk Beibu Guangxi, Chen Ruixian, berkata perbincangan dan rundingan antara negara-negara terbabit diadakan secara berterusan untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul.

"Pertikaian Laut China Selatan tidak akan menjejaskan kerjasama antara Asean dengan negara-negara PBG.

"Penyertaan pegawai-pegawai peringkat tinggi dalam Forum PBGEC Ke-6 menunjukkan negara-negara PBG berhasrat meningkatkan kerjasama bagi hubungan dua hala, memperluas kerjasama untuk saling mempercayai dengan prinsip memelihara kepentingan bersama semua pihak dan merealisasikan pembangunan sama menang.

"Kami amat yakin bahawa dengan usaha bersepadu kerajaan China, negara-negara anggota Asean dan negara-negara anggota PBG, Forum PBGEC akan membuahkan hasil dan akan lebih berjaya," katanya pada satu sidang media di sini semalam.

Forum PBGEC yang diadakan setiap tahun itu bermula di sini hari ini.

Kira-kira 200 peserta termasuk pegawai, pakar, cendekiawan dari institusi penyelidikan dan wakil-wakil dari institusi kewangan serta pertubuhan antarabangsa dari China dan Asean telah berhimpun bagi forum dua hari itu di ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi Zhang Barat Daya China.

Chen berkata Forum PBGEC itu semakin meraih momentum kukuh sejak kali pertama diadakan pada 2006.

Tahun lalu, katanya, jumlah perdagangan China dengan negara-negara PBG lain mencecah US$285.835 bilion dan daripada jumlah itu, 97.63 peratus adalah antara China dengan negara Asean.

"Sebagai peneraju dalam kerjasama Asean-China, perdagangan Guangxi dengan negara-negara PBG lain menguasai 99.51 peratus daripada keseluruhan perdagangan dengan negara Asean tahun lalu," katanya.

Justeru kata Chen yang juga Timbalan Setiausaha Agung Jawatankuasa Penganjur Forum PBGEC Ke-6, berkata forum itu akan bertindak sebagai platform menyempurnakan tugas berat untuk menginstitusikan dan memajukan kerjasama PBG dengan mengadakan projek-projek baharu dalam bidang-bidang khusus.

"Forum ini akan memperluas lagi kerjasama dan perdagangan Asean-China, terutamanya dalam Kawasan Perdagangan Bebas China-Asean (CAFTA)," katanya, sambil menambah Forum PBGEC Keenam itu akan lebih pragmatik, dan perbincangan yang lebih mendalam akan diadakan mengenai sektor dan projek utama.

Tahun ini adalah ulang tahun kedua CAFTA. Sejak pelaksanaan CAFTA, perdagangan dua hala antara Asean dengan China telah berkembang dengan pesat.

"Perangkaan menunjukkan bahawa pada 1991, perdagangan dua hala antara Asean dengan China bernilai hanya US$7.96 bilion; bagaimanapun ia melonjak kepada AS$292.78 bilion tahun lalu.

"Bagi enam bulan pertama tahun ini, perdagangan dua hala meningkat sebanyak 25 peratus kepada AS$171.12 bilion. Menjelang akhir Jun tahun ini, pelaburan dua hala berjumlah hampir AS$80 bilion," katanya.

Chen berkata China adalah rakan dagang terbesar bagi Asean, manakala Asean menjadi rakan dagang ketiga terbesar bagi China, sekali gus mengatasi Jepun.

"Ini menunjukkan permulaan yang baik bagi CAFTA. Kerjasama ekonomi dan perdagangan Asean-China telah mencapai tahap baharu dan ini menjanjikan prospek yang lebih luas," katanya. - BERNAMA

Kes Qazaf : Anwar Tolak Zainul Rijal Sebagai Pendakwa

Posted: 17 Aug 2011 11:50 PM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 18 OGOS: Campurtangan politik dalam urustadbir mahkamah Syariah merupakan faktor utama kepada penangguhan kes Qazaf yang melibatkan Saiful Bukhari Adzlan dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjangkau lebih daripada tiga tahun.

Malah hak Ketua Umum PKR itu terus diketepikan apabila peguam syarie Zainul Rijal yang mewakili kerajaan sering menggunakan pelbagai alasan teknikal bagi mengelak kes tersebut daripada didengari sejak 2008.

Sehubungan itu, Anwar bersama peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman hari ini menfailkan permohonan kepada Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi menolak Zainul daripada mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Jabatan Pendakwaan Jawi dan Pengarah Jawi.

Malah, menurut Anwar gesaan itu dibuat berdasarkan reaksi Zainul yang dilihat seolah-olah menjadi agen menghalang perlaksanaan Mahkamah Syariah dengan memberi alasan teknikal melibatkan Mahkamah sivil.

"Kita bangkit ialah menuntut supaya prosiding mahkamah syariah berjalan. Itu yang paling penting. Berulang kali diminta untuk dimulakan (prosiding). Tiga tahun belum mula kes dan orang yang pergi ke Suhakam termasuk Persatuan Peguam Muslim ini tidak peduli mahkamah Syariah. Dia guna tiket persatuan.

"Jadi mereka bercakap tentang keperluan menghormati Islam dan mahkamah syariah tapi mereka mengabaikan proses (Syariah) kerana alasan politik. Ia adalah arahan jelas daripada ketua politik. Dalam kes ini apa yang paling buruk adalah penyalahgunaan wang zakat," kata beliau kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Zainul yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim pernah dikaitkan dengan pembayaran yuran guaman menggunakan wang zakat.

Malah perkara tersebut turut diakui oleh Timbalan Menteri pada sidang Parlimen Jun lalu.

Anwar kemudian menjelaskan beliau tetap dengan pendirianya untuk menolak amalan 'sumpah laknat' yang dilakukan sesetengah pihak.

Sebaliknya, Anwar tetap merujuk Mahkamah Syariah bersabit perintah Al-Quran dan Syariat.

Dalam pada itu, peguam Kamar yang ditemui turut menyifatkan tuntutan tersebut berpatutan memandangkan beberapa kenyataan Zainul kepada media sebelum ini didakwa telah menjejaskan kewibawaan dan sistem Mahkamah Syariah selain berlawanan dengan etika peguam syarie.

Malah, beliau turut menyifatkan tindakan Zainul tidak profesional selain wujudnya konflik berkepentingan terhadap responden.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mendedahkan lanjutan butiran kod etika peguam yang telah dilanggar Zainul.

Namun Kamar yakin kedua-dua pihak boleh dipanggil ke sesi pendengaran pada bulan Oktober nanti.

"Saya tidak dapat memberitahu butiran terperinci kerana saya kena sampaikan dulu permohonan tersebut tapi antaranya beliau telah melanggar etika peguam syarie dalam perwakilan di mahkamah syariah,"

Anwar sebentar tadi ditemani isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan rakan.

tv selangor/-

DAP kutuk bakar pejabat

Posted: 17 Aug 2011 11:30 PM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN, 18 Ogos: DAP Pulau Pinang hari ini mengutuk tindakan kejam kumpulan atau individu yang membakar ibu pejabat DAP Pulau Pinang di sini pada jam 3 pagi tadi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menganggap perbuatan keji itu dilakukan oleh pengecut memandangkan pejabat yang sama telah disimbah cat merah empat hari lalu, lapor Roketkini.

"Serangan pengecut, cuba bakar Ibu Pejabat DAP awal pagi ini. Hanya selepas empat hari cat merah disimbah ke atas pejabat itu. Tolak keganasan!" katanya melalui mesej Twitter pagi ini.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula menyatakan rasa terkejut dan meluat dengan insiden itu yang disifatkannya sebagai perbuatan jahat bermotifkan politik.

Katanya jika ada mana-mana pihak tidak puas hati dengan DAP atau kerajaan negeri Pakatan Rakyat, mereka dipersilakan untuk membantah atau mengkritik melalui saluran yang sah.

"Kita sedia berdepan dengan rakyat yang mempunyai rasa prihatin, kita terbuka untuk dikritik dan kita sedia memberi jawapan kepada sebarang kritikan," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, media kawalan Kerajaan Pusat dan parti pemerintah tidak pernah menyiarkan penjelasan DAP dan Pakatan, sebaliknya digambarkan sebagai rasis dan pembuli walau pun DAP dan Pakatan menolak keganasan.

"Ibu pejabat kami pula bukanlah banglo atau menara, kami berjiran dengan rakyat di kawasan perumahan. Percubaan melulu pagi tadi membakar pejabat kami boleh mengancam nyawa orang lain yang tinggal di unit berdekatan.

"Jika tidak kerana jiran-jiran berdekatan bertindak cepat, kebakaran ini mungkin akan membawa kepada kesan buruk," katanya.

Chow yang juga Ahli Parlimen Tanjong, mengucapkan terima kasih kepada penduduk di kawasan tersebut yang bertungkus lumus membantu menyelamatkan keadaan.

Beliau juga dimaklumkan bahawa ibu pejabat Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) juga disimbah cat merah, di antara lewat malam tadi atau awal pagi ini.

Sementara itu, Setiausaha DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, sebiji botol, dipercayai digunakan sebagai molotov cocktail atau bom api, telah dijumpai di tempat kejadian.

Bomba yang tiba di tempat kejadian 15 minit setelah penduduk di kawasan itu menghubungi mereka dikatakan telah mengambil botol tersebut untuk diuji sama ada suspek menggunakan botol itu sebagai senjata.

Ng yang juga Adun Komtar berkata, laporan polis sudah dibuat dan sedang menunggu siasatan dari pihak berkuasa berkenaan.

harakahdaily/-

Kereta Skoda lebih laju berbanding Porsche 911

Posted: 17 Aug 2011 09:00 PM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

RICHARD 'Dickie' Meaden memandu kereta Skoda Octavia pada kelajuan 325.32 kilometer sejam di Bonneville Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.

BONNEVILLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemandu lagak ngeri, Richard 'Dickie' Meaden menjadi pemandu pertama yang memecah paras kelajuan 321.86 kilometer sejam dengan memandu kereta Skoda, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, kereta buatan Republik Czech itu kerap menjadi bahan ketawa kerana ia dianggap tidak setanding dengan jenama-jenama kereta utama di Eropah.

Namun, pihak Skoda mengambil masa selama enam bulan untuk melakukan pengubahsuaian pada kereta Skoda Octavia untuk cabaran tersebut.

Meaden memandu kereta itu dengan kelajuan 325.32 kilometer sejam dalam sesi pemanduan pada Minggu Kelajuan Bonneville di sini, negeri Utah pada Sabtu lepas.

Enjin kereta berkapasiti dua liter itu dilengkapi pengecas turbo gergasi untuk meningkatkan kuasa kenderaan itu daripada 200 kuasa kuda (bhp) kepada lebih 500bhp sekali gus lebih berkuasa daripada kereta sport Porsche 911. - Agensi

Kes Fitnah Liwat II : Bekas IGP Juga Enggan Jadi Saksi

Posted: 17 Aug 2011 08:30 PM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim - apabila mereka mengajukan pertanyaan mengenai merit kes semasa sesi temubual.

Menurut peguam Sankara Nair, pada mulanya Musa sedia bekerjasama dengan mereka, termasuk Anwar dengan menjawab beberapa soalan.

"Bagaimanapun, apabila kita tanya mengenai merit kes itu, Musa jawab beliau tidak mahu menjadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Sankara.

Anwar mencelah dan berkata, " Ia sudah dalam skrip."

Sankara berkata pertemuan dengan Musa hanya berlangsung kira-kira lima minit apabila beliau muncul pada jam 2.30 petang.

Bersama Sankara yang mengendalikan temubual itu adalah peguam Ram Karpal dan Param Cumaraswamy.

Sankara berkata pihak pembelaan agak kecewa kerana meskipun hakim berkata saksi mempunyai hak untuk tidak menjawap, Musa sepatutnya membantu.

"Namanya secara langsung disebut oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Justeru, beliau patut membantu kita," katanya.

"Siapa tahu, apa yang diperkatakannya itu mungkin membantu pihak pembelaan. Tetapi Musa memilih untuk tidak berbuat demikian."

Mohd Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata dia menelefon telefon bimbit ketua polis negara itu selepas mengadu kepada timbalan perdana menteri ketika itu, datuk Seri Najib Razak berhubung perbualan yang didengarnya.

Menurut Sankara, temubual dengan Musa berjalan dengan tenang meskipun beliau pernah disiasat berhubung dakwaan memalsukan bukti pada perbicaran kes liwat pertama yang membabitkan Anwar.

Seorang lagi saksi yang ditemubual oleh pihak pembelaan adalah bekas pembantu Anwar, Mohd Khoharullah Abdul Majid.-Malaysiakini

tv news/-

Tak tahu motif simbah asid

Posted: 17 Aug 2011 08:00 PM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SIMPATI...Muhd Khairun (kiri) berbual dengan mangsa di HKL, semalam.
KUALA LUMPUR: "Sebaik menerima berita anak saya disimbah asid, badan saya menjadi lemah dan tak tahu nak buat apa. Sepanjang pengetahuan saya, dia anak yang baik dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

"Kejadian itu benar-benar mengejutkan saya. Saya sedih kerana pada tahun ini dia akan menyambut hari raya di hospital dalam kesakitan akibat kejadian ini. Saya harap pihak tidak bertanggungjawab diberi balasan setimpal," kata Abdul Latiff Kassim, bapa kepada seorang lelaki yang disimbah asid ketika sedang menunggu rakannya berhampiran tandas awam di Jalan Raja Laut, 8 Ogos lalu.

Katanya, perasaan sedih tidak dapat dibendung apabila melihat kecederaan teruk di muka, badan dan dua tangan anaknya serta berdepan kemungkinan terjejas penglihatan selepas mata kanannya kabur manakala mata kiri belum dapat dibuka.

Abdul Latiff berkata, dia yang sedang menonton televisyen di rumah bersama isteri bergegas ke hospital sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan Mohd Raffie yang berada bersamanya pada malam kejadian.

"Ketika tiba, saya terkejut mendapati dia dalam keadaan begitu teruk. Selepas bertemu rakannya, baru saya tahu dia menjadi mangsa simbahan asid oleh orang tidak dikenali ketika sedang menunggu di dalam kereta," katanya pada sidang media bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Menurut Abdul Latiff, dia sekeluarga menolak kemungkinan kejadian berkenaan bermotifkan dendam kerana anak ketiga daripada empat beradik itu tidak mempunyai masalah di tempat kerja, malah dia disenangi semua orang.

"Ini turut diakui majikan yang datang melawatnya baru-baru ini. Malah ramai rakan sekerjanya turut memberikan sokongan moral dan bersedih dengan kejadian itu. "Saya yakin ia bukan bermotifkan permusuhan dan sebagainya. Ia mungkin dilakukan individu bermasalah," katanya.

Sementara itu, Muhd Khairun berkata, bironya akan menubuhkan Jawatankuasa Tabung Amanah bagi mencari dana membantu meringankan beban anggota keluarga selain menampung perbelanjaan yang mungkin diperlukan Mohd Raffie.

Katanya, beliau akan mempengerusikan jawatan itu yang dianggotai seorang peguam Mahkamah Tinggi, selain ahli keluarga yang akan ditentukan kemudian bagi mencari dana untuk menampung segala kos berkemungkinan.

metro/-

Dakwa dibogelkan, ahli PSM serah memo ke Bukit Aman

Posted: 17 Aug 2011 07:30 PM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Tiga anggota wanita Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat aduan rasmi kepada lembaga disiplin polis mengenai 'layanan buruk, pencabulan kuasa dan ganguan seksual" ke atas mereka semasa ditahan Jun lalu.

G Packialetchumy , P Indra dan P Jody membuat aduan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dengan diiringi beberapa pemimpin PSM hari ini.

Mereka menyerahkan memorandum empat halaman bersama tujuh laporan berhubung dakwaan salah laku polis.

Wanita berkenaan mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menanggalkan pakaian mereka kepada baju lokap di hadapan dua anggota polis lelaki di kawasan terbuka di balai polis Kepala Batas di Pulau Pinang.

Ini, kata mereka berlaku pada malam 25 Jun, di mana 31 anggota PSM ditangkap semasa dalam program jelajah parti itu. Tiga belas daripada mereka adalah wanita.

"Sebaik saja tiba di lokap, kami bergilir dibawa ke lobi. Saya nampak ada 10 anggota wanita dan dua lelaki," kata Packialetchumy yang mendakwa beliau kemudiannya diarahkan untuk menanggalkan bajunya.

Dakwanya lagi, dua anggota polis lelaki berkenaan yang berdiri kira-kira sejauh dua meter kemudiannya menjerit "Buka, kenapa tak buka?".

"Bila saya enggan buka, seorang anggota wanita mara ke depan dan tarik baju saya," kata Pakialetchumy (kanan), 40, dengan berang.

Beliau kemudiannya berselindung di belakang anggota polis wanita lain dan menukar kepada pakaian lokap itu seperti yang diarahkan.

Dalam aduannya juga, Jodie, 51, mendakwa seorang anggota polis lelaki menyepak kakinya apabila pada mulanya dia enggan mematuhi arahan itu.

Indra, 53, pula mendakwa seorang anggota polis cuba melondehkan seluarnya.

Menurut ketiga-tiga mereka, nasib yang sama juga dialami tahanan wanita lain.

malaysiakini/-

Lebih banyak penyelewengan Felcra akan didedah

Posted: 17 Aug 2011 07:00 PM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,: Kemenangan waris kepada peserta Felcra di Tapah dalam samannya terhadap Felcra Berhad baru-baru ini membuka jalan untuk lebih banyak penyelewengan didedahkan.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, penyelewengan yang berlaku di Felcra lebih teruk berbanding Felda.

"Ini satu lagi kemenangan manis kepada peneroka di Felcra, satu lagi institusi pembangunan tanah.

"Ini membuka jalan kepada pendedahan lebih banyak penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku di Felcra. Apa yang berlaku di Felcra lebih serius daripada Felda," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Mazlan berkata, Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) sedang mengumpulkan bukti berkaitan kes-kes penyelewengan Felcra khususnya di Perak untuk didedahkan dan dilaporkan kepada pihak berwajib.

"Bapa sudah buat keputusan untuk mendapatkan beberapa sample kes penyelewengan yang berlaku yang sebahagiannya di Perak seperti di Pasir Salak dan baling, Kedah.

"Peserta Felcra sudah buat laporan kepada Bapa dan kita akan teliti kes-kes ini untuk dibawa kepada pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Baru-baru ini, seorang waris kepada peserta Felcra di Tapah, Mohamad Ramly Sanji menang dalam samannya terhadap Felcra Berhad yang didakwa menceroboh tanah milik ibunya.

Mahkamah Tinggi Ipoh melalui Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Dr Hassan Abd Rahman yang memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat oleh Felcra dengan ibu plaintif sebelum ini tidak sah.

Sehubungan itu pihak Felcra diarah membayar ganti rugi kepada plaintif dan kos tindakan itu akan ditaksirkan mahkamah.

Selain itu Hakim juga mengeluarkan perintah injuksi yang menetapkan bahawa pihak Felcra perlu mengosongkan tanah tersebut dalam masa 30 hari dan segala kos pengosongan itu perlu ditanggung pihak Felcra.

Plaintif menfailkan saman berkenaan pada 2008 selepas mendapati pihak defenden iaitu Felcra Berhad melakukan pencerobohan ke atas tanah seluas dua hektar dijalan Kacu Tapah, yang dibangunkan atas tujuan tanaman kelapa sawit.

Kes beliau antara yang mendapat bantuan dan sokongan Bapa, sebuah NGO yang memperjuangkan nasib peserta Felcra.

harakahdaily/-

Najib mesti umum terma penyelesaian Tajuddin

Posted: 17 Aug 2011 06:30 PM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah mengumumkan kepada rakyat terma-terma penyelesaian antara bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajuddin Ramli dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat.

"Najib diingatkan supaya jangan menyalahgunakan kuasanya dan mempermain-mainkan amanah rakyat kerana pertikaian antara Tajuddin dan GLC berkaitan melibatkan berbilion ringgit wang rakyat dan sudah lama berlanjutan," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyifatkan seluruh rakyat kini ditipu dan dipermain-mainkan jika benar laporan yang menyatakan bahawa hanya Tajuddin dan peguam Umno, Hafarizam Harun sahaja yang tahu terma-terma penyelesaian tersebut.

"Belum habis lagi kita menghadapi bencana di mana MAS berpindah milik dari rakyat kepada individu timbul pula isu terma penyelesaian yang digelapkan sehingga GLC berkaitan pun tidak tahu.

"Lebih buruk lagi, dilaporkan juga bahawa GLC berkenaan dimaklumkan bahawa terma penyelesaian global itu akan didedahkan kepada mereka hanya jika mereka bersetuju melantik Hafarizam sebagai peguam mereka.

"Jika benar, ia seperti ugutan kepada GLC berkenaan yang sekaligus bermakna ugutan kepada rakyuat kerana GLC hakikatnya milik rakyat," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan Perdana Menteri bahawa beliau boleh dituduh terlibat mengugut rakyat melalui terma berbau ugutan kepada GLC berkaitan jika beliau tidak menyatakan kepada rakyat terma-terma penyelesaian antara GLC tersebut dengan Tajuddin.

Beliau juga menuntut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memikul tanggungjawab utama atas apa yang berlaku itu.

"Selain apa yang dilihat sebagai pengambilalihan MAS oleh Air Asia, off-site solution dengan Tajuddin yang dilihat ditaja oleh Najib hakikatnya adalah menifestasi kegagalan program penswastaan Dr Mahathir," tegas Mahfuz.

Beliau menyifatkan kedua-duanya sebagai bencana yang diakibatkan oleh amalan kronisme dan rasuah paling hebat iaitu penswastaan atas dasar "siapa yang kamu kenal".

"Walaupun Dr Mahathir telah bersara selama kira-kira tujuh tahun, tetapi rakyat masih dipaksa menanggung beban kebobrokan pemerintahan 22 tahunnya," kata beliau.

Mahfuz kesal, MAS dari sebuah syarikat penerbangan nasional kepunyaan rakyat, yang dahulunya setaraf Singapore Airline, Cathay Pacific dan Etihad kini menanggung kerugian serta tidak dapat bersaing maju dan lebih menyedihkan, berpindah hak milik daripada rakyat kepada individu.

"Tajuddin yang dilihat umum sebagai pihak yang dikaitkan sebagai bertanggungjawab menyebabkan MAS rugi besar terlepas bebas begitu sahaja," kata beliau.

harakahdaily/-

Bekas tentera dakwa mengundi 'sampai lenguh'

Posted: 17 Aug 2011 06:00 PM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.
Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.
"Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang.

"Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986.

Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.

Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi.

Tambahnya (foto kiri), kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan.

"Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.

"Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi.

Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar.

Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi."

Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul."

Risman (kiri) pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978.

"Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi.

Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor.

Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos.

Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya.

Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan.

malaysiakini/-

Harga rumah di Miri terlalu mahal

Posted: 17 Aug 2011 05:30 PM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

RAMAI penduduk di Miri dan juga di Sarawak merungut tentang harga rumah yang terlalu mahal di bandaraya Miri. Bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana tentu sukar sekali untuk memilikirumah sendiri disebabkan harga sebuah rumah teres sekarang boleh mencecah sampai Rm300 ribu keatas.

Untuk mendapat rumah kos dibawah RM200 ribu ke bawah sekarang sukar sekali. Pemaju perumahan sering memberi alasan disebabkan harga bahan binaan yang semakin meningkat menyebabkan mereka menaikkan kos harga rumah sekarang.

Kita minta pihak kerajaan supaya dapat mengawal harga kos rumah yang terlalu tinggi sekarang ini dapat di kurangkan ke minima supaya golongan yang berpendapatan rendah dapat membeli dan memiliki rumah sendiri.

Sepatutnya Sarawak yang mempunyai tanah yang luas sebesar semananjung Malaysia tidak mempunyai masalah untuk membina rumah kos rendah dan juga rumah yang mempunyai tempat keluasan yang luas bukan seperti sekarang dimana terlalu kecil dan sempit. Mengapa pihak kerajaan hanya membiarkan pihak pemaju perumahan mengambil keuntungan yang melampau dengan membina rumah yang kecil dalam kawasan yang sempit?

Mengapa perlu membina rumah flat dan teres sedangkan kalau kerajaan benar-benar perihatin sudah pasti kerajaan dapat memberi tanah lot kepada semua rakyat di Sarawak ini sebab tanahnya luas. Kalau kerajaan serah kepada pemaju perumahan sudah pasti rakyat akan menanggung semua kos pembinaan dan juga yang untung bukan rakyat tetapi pemaju. Sedangkan pihak pemaju mendapat keuntungan yang tinggi hasil dari jualan mereka dan yang jadi mangsa sekarang adalah rakyat. Dimana tanggungjawab kerajaan untuk membantu masalah rakyat ini?

Kita minta kerajaan Sarawak jangan biarkan masalah ini berlarutan, kita perlu membina lebih banyak rumah kos sederhana dan rendah untuk rakyat yang kurang berkemampuan. Kalau kerajaan benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat sepatutnya perkara semacam ini tidak berlaku dalam Sarawak yang mempunyai keluasan tanah yang boleh menampung semua rakyat Sarawak yang tinggal dalam Negara ini.

Kalau pihak kerajaan gagal untuk mengatasi masalah dan membantu rakyat yang sudah sekian lama ingin memiliki rumah sendiri, kita jangan biarkan mereka terus berkuasa kerana ini adalah tanggungjawab kerajaan atas kelemahan system pentabiran mereka sendiri yang hanya mementingkan kepentingan pihak pemaju dan pihak yang mempunyai kepentingan sehingga membiarkan rakyat hidup sengsara di tanah
sendiri.

Miri juga tercatit sebagai Bandar yang mempunyai penduduk setingan yang ramai. Inilah antara puncanya mengapa Miri ramai penduduk mendiami kawasan setinggan disebabkan rata-rata yang tinggal dalam setinggan adalah penduduk yang datang dari daerah lain dan ada juga penduduk asal Miri. Mereka tidak mampu untuk membeli rumah dengan kos yang terlalu tinggi maka dengan sebab itu mereka membina rumah dalam kawasan tanah kerajaan demi untuk menyambung kehidupan seharian.

Apakah pihak kerajaan sudah merancang untuk memindah mereka ke suatu tempat yang lebih selesa dan selamat? Sepatutnya pihak kerajaan memperuntukan suatu tempat perumahan yang sesuai untuk didiami bukan macam sekarang dimana ada sesetengah tempat perumahan rakyat terpaksa

ditimbus tanah disebabkan kawasan berpaya dan dalam kawasan belukar dan di pinggir hutan dimana mereka terpaksa menimbus tanah-tanah paya serta memerlukan kos yang tinggi. Sudah pun tanah kena bayar ini belum lagi membeli bahan binaan rumah dan sebagainya. Tentu ini akan menjadi bebanan pada mereka yang kurang berkemampuan.

Sekiranya mereka hendak membeli rumah kos rendah pun mereka memerlukan dana yang cukup sebab ada diantara mereka yang di temui mengatakan rumah kos rendah sekarang harganya boleh mencecah sampai RM100 ribu ke atas. Dimana slogan kerajaan mengatakan "Rakyat di Dahulukan, Pencapaian dI utamakan"?

Sekali lagi kita menyeru agar pihak kerajaan dan pemaju perumahan boleh menyediakan rumah yang sesuai dan selamat untuk didiami serta dengan harga kos yang sederhana yang mampu dimiliki oleh golongan yang mempunyai pendapatan sederhana dan rendah.

Semoga amalan menuju ke arah Negara berkebajikan yang di tunggu-tunggu oleh rakyat marhean selama ini akan menjadi kenyataan sekiranya berlaku perubahan kuasa selepas PR 13 nanti, Insya-Allah

**Jofri Jaraiee adalah Yang DiPertua PAS Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak

harakahdaily/-

Kini pengundi dengan MyKad tidak wujud pula dikesan

Posted: 17 Aug 2011 01:50 AM PDT

17 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Ketika BN dan Pakatan Rakyat sibuk memperkatakan tentang penubuhan jawatankuasa khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya, lagi kesilapan didedahkan dalam daftar pemilih oleh parti-parti politik dan orang awam.

Penemuan terbaru oleh seorang penyokong PAS menunjukkan
beberapa pengundi berdaftar di Kedah mempunyai MyKad dengan nombor yang tidak wujud.

Maklumat tersebut berserta imej skrin (kiri) lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipaparkan di halaman Facebook yang didaftarkan kepada 'Pengundi PAS Kedah'.

Ia menunjukkan bahawa angka ketujuh dan kelapan nombor MyKad tiga orang pengundi dicatatkan sebagai '00 '. Secara umumnya, angka itu digunakan untuk menunjukkan negeri lahir pemegang MyKad.

Menurut lamanweb Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyenaraikan kod bagi negeri-negeri di Malaysia dan negara-negara asing, kod '00 'tidak wujud.

Ketika dihubungi, pegawai perkhidmatan pelanggan JPN mengesahkan tidak ada kod itu dan meminta wartawan ini membuat laporan rasmi kepada jabatan berkenaan.

Semakan dengan portal JPN - yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan mereka - menunjukkan tidak ada rekod tiga MyKad terbabit.

Apabila mengakses pagi ini, sistem pengesahan dalam talian SPR mengesahkan butiran pengundian ketiga-tiga mereka:

1. Hasrullizam bin Halim
MyKad no: 800604002563
Kawasan mengundi: Bukit Pinang (negeri), Pokok Sena (Prliament)

2. Rosmadi bin Chik
MyKad no: 801111002544
Kawasan mengundi: Kota Siputeh (negeri), Jerlun (Parlimen)

3. Shapiza binti Ghazali
MyKad no: 811020002568
Kawasan mengundi: Bukit Lada (negeri), Pokok Sena (Parlimen)

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (kanan) telah berkali-kali menjelaskan bahawa setiap pendaftaran pengundi akan diperiksa dengan pangkalan data JPN.

Oleh itu, tidak diketahui bagaimana tiga pengundi tersebut telah didaftarkan dalam daftar pemilih walaupun nombor MyKad mereka tidak sah.

malaysiakini/-

Peghelih La...

Posted: 17 Aug 2011 11:18 PM PDT

Peghelih La...


Lagi-lagi orang Perlis....

Posted: 17 Aug 2011 01:12 AM PDT



Kenapa ramai sangat orang Perlis???

PAS KDAS 3

Posted: 17 Aug 2011 09:38 PM PDT

PAS KDAS 3


Isu Bacaan Al- Quran sebelum subuh...

Posted: 16 Aug 2011 11:14 PM PDT

Berita nie telah meletup didalam media-media terutamanya yang pro Umno sejak minggu lalu lagi. Umno telah mengambil kesempatan mengenai isu ini dengan menghentam kerajaan Negeri kononnya arahan dikeluarkan oleh kerajaan negeri.
Bagi rakyat yang tak dapat maklumat sudah barang pasti menyalahkan Kerajaan Negeri khasnya rakyat yang beragama islam. Adakah Pimpinan Umno tak tahu yang kes ini telah diputuskan oleh majlis fatwa Negeri, apakah Umno yang mengatakan nak pertahan Aqidah Umat islam menolak keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa. Adakah didalam Majlis fatwa ini ahli panelnya terdiri dari Exco agama atau ketua menteri sendiri? Sudah tentu ai tidak melibatkan ketua menteri dan exco kerana Ahli majlis Fatwa tidak tersenarai nama Lim Guan Eng dan exco agama didalamnya.
Majlis fatwa di ketuai oleh Mufti Pulau Pinang dan ahli jawatankuasanya dan mereka telah bersidang dan bermesyuarah dengan masing-masing mengemukakan hujah agama dan hadis-hadis nabi. Sudah tentu keputusan yang dikeluarkan memang ada kebenarannya kerana didalam ahli majlis fatwa nie bukannya orang macam najib didalamnya, mereka yang duduk didalam majlis fatwa mempunyai Ilmu yang luas tentang agama dan paham mengenai hukum-hukum allah.
Janganlah Umno nak mengambil kesempatan dengan mengambil isu ini untuk nak menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat di Penang. Cermin la diri dulu sebelum nak Kritik berkenaan isu ini. Janganlah cuba nak ambil kesempatan berkenaan isu ini. Carilah modal yang lain, kalau tak ada modal sangat pi la tanya Apco tu...Rakyat sekarang semakin cerdik dan mempunyai pemikiran yang matang dalam menilai sesuatu isu didalam negara kita. Umno yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan akan terus mebuat isu supaya rakyat khasnya orang bukan islam menolak Pakatan rakyat dalam PRU 13 nanti,
Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah menamatkan Riwayat Umno dan BN dalam PRU 13 ini. Amin....Hancur3 Unmo..

Umno hilang patriotik mudah beri kerakyatan

Posted: 16 Aug 2011 10:46 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 17 Aug 2011 09:21 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Company stops bus service to three housing estates in Seremban

Posted: 17 Aug 2011 06:03 PM PDT

Company stops bus service to three housing estates in Seremban
Wednesday August 17, 2011

RESIDENTS in Taman Permai, Taman Duyung and Taman Oakland have been left stranded as the bus service to the residential areas has stopped since May 30.

They now have to pay more in taxi fare to reach to their destinations such the schools, hospital and market.

The bus company, Seremban Town Service (STS), which serves the residential areas hourly, has stopped the service because of poor passenger load.

Mary Theresa, 82, who works in Kemayan Square, now walks 2km to her working place if she fails to flag down a taxi.

"It used to cost me just a ringgit by bus but now I have to fork out RM8 for a taxi or RM2 if I am able to share the fare with three others.

"I am only a casual worker and cannot afford to travel by taxi," said Theresa from Taman Permai I.

Chin Ah Teng, 65, from Taman Permai II, said he had missed out on his hospital appointment once waiting for the bus because he did not know the service had stopped.



Frustrated: Residents waiting at the bus stop in Taman Permai I to flag down passing taxis.

Chin said last month he called for the taxi and was charged RM8 for a one-way trip to the hospital and an additional RM2 for the call charges.

"Imagine having to fork out RM18 just for a trip to the hospital and back. This is a financial burden for senior citizens," he said.

K. Vijayakumari, 59, said most of the residents in Taman Permai were middle-class families who were without their own transport and had to depend on the bus service.

However, Mary Josephine, 55, and Ng Ah Siew, 61, have been offering to send residents if they are heading to town in the morning and appealed to the authorities to solve the transport issue soon because school children are also affected.

"This should be a social responsibility by the bus company. It is a pity to see children walking to school for the past two months," said Josephine.

SMK ACS student Hoo Kar Ken, 16, said it was easier going to school than coming back unless he shared a taxi with others heading in the same direction.

"The fare used to be 60sen one way by bus but it is three times more now by taxi," said Hoo.

Bukit Kepayang assemblyman Cha Kee Chin said STS should be more considerate towards the residents and resume service.

Cha said he had contacted the bus company but was told that the services would resume by the end of July.

"It is August now and there is a long silence from the bus operator. I have had discussions with City Liner and they have promised to look into my request," added Cha.

Cha said he had even raised the matter at the state assembly on Monday as the residents especially the senior citizens and school children have been inconvenienced for too long and the mentri besar had promised to look into the problem.

He also pointed out that since the Seremban Municipal Council was subsidising the bus company servicing residents in Nilai and Pajam, they could also extend the same privilege to the residents in these areas.

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/8/17/central/9294746&sec=central

PAS LENGGONG

Posted: 17 Aug 2011 07:43 PM PDT

PAS LENGGONG


Wajah hipokrit umno

Posted: 17 Aug 2011 02:47 AM PDT


Demi politik, Umno sanggup pertikai fatwa
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Umno dilihat begitu terdesak apabila sanggup mempolitikkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara sebelum subuh demi kelangsungan mereka kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lebih mendukacitakan menurut Mursyidul Am PAS itu, Umno juga sanggup "mencari balah" dengan mufti yang telah mengeluarkan fatwa tersebut, semata-mata kerana mahu menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.

"Bagi saya, tidak munasabah Umno mahu 'mencari balah' dengan mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

"Isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan. Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah 'DAP!' Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?" soal Menteri Besar Kelantan itu lagi.

Beliau juga membidas tindakan Umno yang seolah-olah mahu menjadi juara memperjuangkan isu agama, padahal pada masa yang sama merekalah yang meruntuhkan agama.

"Saya ingin bertanya kepada Umno, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini? Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak.

"Apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada Umno," ujarnya lagi.

Ianya juga termasuk isu judi yang benar-benar dilarang oleh Islam namun Umno katanya seperti tidak mengendahkan larangan itu.

"Di Kelantan, kami disaman oleh MCA kerana menghalang premis judi daripada beroperasi dan kes ini sedang disebut di mahkamah. Saya tertanya-tanya, di mana perwira-perwira Umno dalam isu ini? Atau tiba-tiba keris telanjang Ketuanan Melayu menjadi tumpul bila berdepan dengan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional?," soalnya lagi.

Cara Umno persembahkan Islam salah

Mengulas lanjut, beliau berkata cara Umno mempersembahkan Islam pada hari ini, salah sehingga menggerunkan masyarakat bukan Islam sedangkan Islam itu indah dan rahmat kepada seluruh manusia.

Ia termasuklah isu bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh yang bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam.

Menurutnya, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan.

Berbeza di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya muslim, perkara tersebut mungkin tidak timbul sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza.

Jika terbukti tidak mengganggu, tidaklah menjadi halangan dan ia terpulang kepada keadaan setempat dan situasi semasa masyarakat.

"Saya menyeru kepada Umno, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam. Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi. Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi.

"Sayangnya, saya lihat Umno sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa. Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana.

"Umno mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara. Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam," katanya.


Wajah perpaduan yang menggerunkan umno-bn

Posted: 17 Aug 2011 02:45 AM PDT

Adun DAP sertai agih bubur lambuk
Ahmad Danial

AYER KEROH, 17 Ogos: Ahli Dewan Undangan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong bersama-sama bergotong royong dengan ahli-ahli PAS Cawangan Sungai Putat memasak bubur lambuk dan mengagihkannya kepada penduduk setempat.

Program yang berlangsung kelmarin mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan di kalangan penduduk setempat.

Program memasak bubur lambuk dan mengagihkannya kepada penduduk setempat merupakan program tahunan PAS Cawangan Sungai Putat.

Adun Ayer Keroh itu juga turut memberikan sumbangan peribadi bagi menjayakan program tersebut.

Khoo melahirkan rasa gembira dengan sambutan rakyat terhadap program seumpama ini dan mengharapkan ianya dapat diteruskan pada masa hadapan.

"Saya sangat gembira kerana dengan bantuan PAS, saya dapat turut sama berkongsi pengalaman di bulan puasa yang suci ini.

"Harapan saya agar perjuangan PR akan berjaya dengan semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat," tambah Khoo.

Sebaik sahaja bubur lambok itu masak, petugas-petugas DAP, PAS Cawangan Sungai Putat dan Majlis Tindakan Dun Bukit Baru bersama-sama mengagihkan bubur tersebut kepada penduduk di sekitar Kampung Sungai Putat, Tun Razak dan Taman Saujana.

Sementara itu Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab berkata penduduk setempat ternyata senang hati dan gembira dengan kesediaan Adun DAP untuk turut sama dalam program pengagihan bubur lambuk ini.

"Selama ini orang Melayu melihat DAP tidak suka kepada Islam tetapi perkara itu semakin hilang dan apa yang dilihat pada program tersebut amat baik, penduduk gembira dan mengucapkan terima kasih kepada YB Khoo.

"Orang Melayu sudah tidak takut kepada DAP dan orang Cina juga tidak takut kepada PAS, ini suatu perkembangan yang baik kepada masa depan politik Pakatan Rakyat di negeri Melaka," katanya.


Umno dalang: Mustafa pertahan kenyataan

Posted: 17 Aug 2011 02:43 AM PDT


Umno dalang: Mustafa pertahan kenyataan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mempertahan kenyataannya bahawa isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) adalah 'perangkap' Umno.

Sehubungan itu katanya, beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak terutama Umno yang memohon beliau memohon maaf kerana mengaitkan isu pemeriksaan itu dengan parti mereka.

"Saya tetap mempertahan apa yang saya kata sebelum ini. Tidak timbul soal mintak maaf ni," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan setiausaha badan perhubungan Umno Selangor Datuk Mohd Zin Mohamed yang menuntut beliu memohon maaf secara terbuka kerana mengaitkan mereka sebagai dalang pemeriksaan terhadap DUMC pada 3 Ogos lalu.

Mohd Zin semalam juga berkata, Umno bersedia mengambil tindakan undang-undang jika beliau gagal berbuat demikian.

Pada sidang media semalam, Mustafa menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan 'perangkap' Umno dalam isu Jais dan gereja itu.

Menurutnya, beliau mendapat maklumat bahawa Umno berperanan disebalik tindakan Jais itu.

"Saya dapat maklumat 'dalaman' Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu," ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu Selasa lalu.

Beliau berkata, oleh kerana maklumat 'dalaman' itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.

Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

PAS sebelum ini meyatakan pendirian awal mereka berhubung perkara itu yang mahu Jais membuat pendakwaan di mahkamah jika benar terdapat bukti bahawa ada usaha memurtadkan umat Islam.


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Posted: 17 Aug 2011 07:31 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING


Posted: 16 Aug 2011 07:20 PM PDT

ZIARAH RAMADHAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING
SERTA MEMBERI SUMBANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN
DI KAMPUNG PADANG BESAR
KUALA KETIL
10 RAMADHAN 1432
10 OGOS 2011
RABU
SERAMAI 12 BUAH KELUARGA YANG MENERIMA
SUMBANGAN IKHLAS DARI DPPB
































PAS Kawasan Miri

Posted: 17 Aug 2011 07:13 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Rumah Semakin Mahal Hidup Rakyat Semakin Tersempit!!!

Posted: 17 Aug 2011 12:50 AM PDT

Harga Rumah Terlalu Mahal Rakyat Hidup Tertekan


Gambar hiasan Bandaraya Miri dari atas bukit

Miri - Ramai penduduk di Miri dan juga di Sarawak merungut tentang harga rumah yang terlalu mahal di bandaraya Miri. Bagi yang berpendapatan rendah dan sederhana tentu sukar sekali untuk memiliki rumah sendiri disebabkan harga sebuah rumah teres sekarang boleh mencecah sampai Rm300 ribu keatas. Untuk mendapat rumah kos dibawah RM200 ribu ke bawah sekarang sukar sekali. Pemaju perumahan sering memberi alasan disebabkan harga bahan binaan yang semakin meningkat menyebabkan mereka menaikkan kos harga rumah sekarang.

Kita minta pihak kerajaan supaya dapat mengawal harga kos rumah yang terlalu tinggi sekarang ini dapat di kurangkan ke minima supaya golongan yang berpendapatan rendah dapat membeli dan memiliki rumah sendiri.

Sepatutnya Sarawak yang mempunyai tanah yang luas sebesar semananjung Malaysia tidak mempunyai masalah untuk membina rumah kos rendah dan juga rumah yang mempunyai tempat keluasan yang luas bukan seperti sekarang dimana terlalu kecil dan sempit. Mengapa pihak kerajaan hanya membiarkan pihak pemaju perumahan mengambil keuntungan yang melampau dengan membina rumah yang kecil dalam kawasan yang sempit?

Mengapa perlu membina rumah flat dan teres sedangkan kalau kerajaan benar-benar perihatin sudah pasti kerajaan dapat memberi tanah lot kepada semua rakyat di Sarawak ini sebab tanahnya luas. Kalau kerajaan serah kepada pemaju perumahan sudah pasti rakyat akan menanggung semua kos pembinaan dan juga yang untung bukan rakyat tetapi pemaju. Sedangkan pihak pemaju mendapat keuntungan yang tinggi hasil dari jualan mereka dan yang jadi mangsa sekarang adalah rakyat. Dimana tanggungjawab kerajaan untuk membantu masalah rakyat ini?

Kita minta kerajaan Sarawak jangan biarkan masalah ini berlarutan, kita perlu membina lebih banyak rumah kos sederhana dan rendah untuk rakyat yang kurang berkemampuan. Kalau kerajaan benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat sepatutnya perkara semacam ini tidak berlaku dalam Sarawak yang mempunyai keluasan tanah yang boleh menampung semua rakyat Sarawak yang tinggal dalam Negara ini.

Kalau pihak kerajaan gagal untuk mengatasi masalah dan membantu rakyat yang sudah sekian lama ingin memiliki rumah sendiri, kita jangan biarkan mereka terus berkuasa kerana ini adalah tanggungjawab kerajaan atas kelemahan system pentabiran mereka sendiri yang hanya mementingkan kepentingan pihak pemaju dan pihak yang mempunyai kepentingan sehingga membiarkan rakyat hidup sengsara di tanah sendiri.

Miri juga tercatit sebagai Bandar yang mempunyai penduduk setingan yang ramai. Inilah antara puncanya mengapa Miri ramai penduduk mendiami kawasan setinggan disebabkan rata-rata yang tinggal dalam setinggan adalah penduduk yang datang dari daerah lain dan ada juga penduduk asal Miri. Mereka tidak mampu untuk membeli rumah dengan kos yang terlalu tinggi maka dengan sebab itu mereka membina rumah dalam kawasan tanah kerajaan demi untuk menyambung kehidupan seharian.


Apakah pihak kerajaan sudah merancang untuk memindah mereka ke suatu tempat yang lebih selesa dan selamat? Sepatutnya pihak kerajaan memperuntukan suatu tempat perumahan yang sesuai untuk didiami bukan macam sekarang dimana ada sesetengah tempat perumahan rakyat terpaksa ditimbus tanah disebabkan kawasan berpaya dan dalam kawasan belukar dan di pinggir hutan dimana mereka terpaksa menimbus tanah-tanah paya serta memerlukan kos yang tinggi. Sudah pun tanah kena bayar ini belum lagi membeli bahan binaan rumah dan sebagainya. Tentu ini akan menjadi bebanan pada mereka yang kurang berkemampuan.

Sekiranya mereka hendak membeli rumah kos rendah pun mereka memerlukan dana yang cukup sebab ada diantara mereka yang di temui mengatakan rumah kos rendah sekarang harganya boleh mencecah sampai RM100 ribu ke atas. Dimana slogan kerajaan mengatakan "Rakyat di Dahulukan, Pencapaian dI utamakan"?

Sekali lagi kita menyeru agar pihak kerajaan dan pemaju perumahan boleh menyediakan rumah yang sesuai dan selamat untuk didiami serta dengan harga kos yang sederhana yang mampu dimiliki oleh golongan yang mempunyai pendapatan sederhana dan rendah.

Semoga amalan menuju ke arah Negara berkebajikan yang di tunggu-tunggu oleh rakyat marhean selama ini akan menjadi kenyataan sekiranya berlaku perubahan kuasa selepas PR 13 nanti, Insya-Allah


English version
High-priced House Depressed People in Living
Miri - A lot of Miri citizens and Sarawakian complaining about the house prices too expensive in the Miri city. For low-income and middle classes, it was hard to have their own homes because of the price of a terraced house now can reach up to RM300 thousand and above. To get the houses cost below RM200 thousand now is very difficult. Housing developers often giving the reason because of the construction materials prices rising caused them to increase the cost price of the house now.

We want the government to be able to control the cost of the house now which is too high can be reduced to a minimum so that the lower income group able to buy and own their own homes.

Sarawak which have a huge of land areas as large as Peninsular Malaysia has no problem to build low cost houses and the house with a large area is not like now where are too small and constricted. Why the government just let the developer take advantage of building a small house in a small area with high price?

Why have to build flats and terraced houses but if the government really concerned of course the government can provide lots of land to all the people in Sarawak for its area. If the government submits to the developer of course people will bear all the construction costs and the profit will be enjoyed by the developers only and not the people.

While the developers have a high profit from the sale and the victims were citizens. Where is the government's responsibility to help out these people's problems?

We raise this issue to the government of Sarawak so that Do Not let this problem persists, we need to build more medium-and low-cost housing for less fortunate. If the government really sincere to help the people, this sort of thing should not happen in Sarawak, which has huge of land that can accommodate all the people of Sarawak who live in this country.

If the government fails to solve this problems and help the people who have been so long wanted to own their own homes, we should not let them stay in power because it is the responsibility of the government on the failing of their own system of administration that is only concerned with the interests of developers and stakeholders wihich let the people live in misery in their own land.

Miri is also recorded as a city with a high population of squatter. This is because why the Miri people living in the squatter area due to the average of people who come from the other districts and there are also indigenous Miri. They cannot afford to buy houses at highest costs, so they have to build houses in the area of government land in order to carry on their daily lives.

What are the government planning to transfer them to a more comfortable and safe place? The government should allocate a suitable place for them to build a house and not like now where some people had filled the land due to swampy areas and in the bush land and forest edge, where they have to cover the wetland with a high cost. Up till now they have to pay the land and have yet to buy a house and others construction materials. This will be a burden on the less fortunate.
If they want to buy a low-cost houses they need to have a funds, because some of them told us that the current low-cost housing price can reach up to RM100 thousand and above.

Where is the government's slogan says, "People come first, Performance is priority"?

Once again we urge the government and the developer to provide a suitable and safe home for living and with a moderate cost affordable for people with moderate and low income to buy.

Good practice towards National welfare in waiting by the people in this coming 13th general election will become a reality in the event of a power change, God willing

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 17 Aug 2011 03:40 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


RM10,080.00 Diagihkan Di 'PAS Bersama Mu - Masih Ada Yang Sayang' Peringkat DUN Kemasik

Posted: 17 Aug 2011 06:55 AM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 17 Aug 2011 03:22 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Perpindahan Bendahari Dan Penyerahan Tugas Kepada Bendahari Baru

Posted: 17 Aug 2011 02:01 AM PDT

Malam tadi telah selesai penyerahan tugas bendahari kepada saudara Shukri,bagi menggantikan bendahari sebelum ini saudara Asmar Nawing yang akan berpindah ke negeri kelahiran beliau,Sabah.Saudara Asmar akan meninggalkan semenanjung ini pada hari Ahad ini,22 Ramadhan.
Pihak DPPWM mengucapkan terima kasih atas jasa dan usaha yang telah disumbakan ke atas kami.Semoga istiqamah dengan perjuangan Islam yang lebih mencabar di Sabah nanti

SIDANG MEDIA PENYELEWENGAN FELDA PAGI INI

Posted: 16 Aug 2011 05:27 PM PDT

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan mengadakan sidang media pada :-

Tarikh : 17 Ogos 2011 (Rabu)
Masa : 10.30 tengahari
Tempat : Tingkat 5, Pejabat Agong PAS Pusat Jalan Raja Laut Kuala Lumpur

ANAK akan membuat pendedahan terkini penyelewengan FELDA

Semua media / blogger dijemput hadir.

Sekian, Terima kasih.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 17 Aug 2011 03:14 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


TAKUT KALAH MAIN ARAH TUKANG PANGKAH

Posted: 17 Aug 2011 02:43 PM PDT

BUKTI-BUKTI UNDI POS ADALAH UNDI BN: Saya yang menurut perintah!

Bekas tentera mengaku "tolong pangkah" undi
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Empat bekas anggota tentera mengakui pilihanraya di negara ini tidak bersih dan tidak adil, sehingga mereka sendiri mengakui pernah memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasannya.

Ketika itu, mereka melakukannya tanpa rasa bersalah setelah diarahkan berbuat demikian, tambahan pula mereka sendiri tidak pernah mengambil berat soal pilihanraya, pembuangan undi dan politik tanah air.

Seorang bekas tentera, Mohamed Nasir Ahmad, 50, mengakui pernah memangkah 400 kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain pada pilihanraya umum tahun 1986 lalu ketika bertugas di Sabah.

Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan setelah menerima arahan pegawai atasannya dan arahan itu pula dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sesuai dengan disiplin tentera.

"Saya bertugas di bahagian perkeranian. Saya bertugas di Sabah selama 4 tahun. Sebelum bertugas di Sabah, saya pernah bertugas di Mindef dan kemudian di beberapa tempat lain lagi.

"Walaupun arahan dan pekerjaan itu hanya sekali sahaja saya terima dan saya lakukan sepanjang saya berkhidmat dalam tentera sehingga saya bersara cukup tempoh pada tahun 1998 lalu, tetapi saya tetap rasa bersalah sehingga sekarang," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agong PAS, di sini, hari ini.

Seorang lagi bekas anggota tentera, Kamarulzaman Ibrahim, 53, mengakui telah memangkah ribuan kertas undi pos selama 3 hari sehingga lenguh.

Perbuatan tersebut dilakukan setelah menerima arahan dari pegawai atasannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-7 pada tahun 1986 lalu ketika sedang bertugas di Kem Terendak, Melaka.

Beliau yang bertugas sebagai kerani tadbir menjelaskan, selain memangkah kertas-kertas undi pos tentera sebanyak dua karung dengan angka ribuan itu, beliau turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas-kertas undi tersebut.

"Ketika memangkah kertas-kertas undi itu, saya terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan. Jumlahnya memang banyak, sebanyak 2 karung, tetapi saya tak tahu jumlahnya, yang nyata ribuan, hingga lenguh tangan.

"Pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas. Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak," katanya yang bersara pada tahun 1991 lalu.

Beliau yang tinggal di Johor turut mengakui kertas-kertas undi pos yang dipangkahnya itu melibatkan anggota-anggota tentera di seluruh negara dan melibatkan pengundian untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Saya berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah." Kini saya sedar apa yang saya lakukan itu adalah salah. Jadi saya turut tampil membuat pengakuan pada hari ini supaya semua orang tahu mengenai kepincangan pilihanraya di negara kita," katanya.

Sementara itu, Mejar (B) Risman Mastor, 64, pula mengakui turut diarahkan memangkah puluhan kertas undi pos ketika bertugas di Kem Kampung Sawah, Port Dickson, Negeri Sembilan pada PRU tahun 1978 lalu.

"Jika kepada rakan-rakan saya yang lain, mereka diarahkan memangkah BN, kepada saya berbeza pula. Saya diarah oleh pegawai atasan saya supaya memangkah pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan.

"Puncanya, ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru. Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki, kami berjuang demi mempertahankan negara, tapi apa yang kami dapat?"

"Disebabkan tidak puas hati dengan perkara itu, pegawai atasan kami telah mengarahkan saya memberikan undi kepada pembangkang, walaupun jumlahnya sekitar 20 hingga 30 kertas undi sahaja," katanya yang bersara pada tahun 1996 lalu.

Manakala seorang lagi bekas tentera, Mohd Kamil Omar, 49, dari unit Komandor TUDM menjelaskan, meskipun tidak pernah menerima arahan memangkah kertas-kertas undi pos, tapi beberapa karung kertas undi pos yang telah dipangkah oleh rakan-rakannya bagi pihak rakan-rakan tenteranya yang lain pernah dilihat dengan jelas di hadapan matanya sendiri.

"Namun ketika itu, kami anggota tentera tidak mempedulikan sangat tentang politik, tentang pilihanraya. Kami tak pernah mengambil tahu sama ada pilihan raya di negeri kita besih atau tidak, adil atau tidak.

"Kini menerusi perjuangan Bersih 2.0, barulah banyak anggota tentera yang sedar mengenai perkara itu. Mujur jugalah adanya perjuangan Bersih 2.0. Kalau tidak banyak anggota tentera akan terus tidak mengetahui perkara itu, malah ada yang langsung tak tahu hak mereka sendiri dalam pilihanraya," ujar beliau.

Kunjungan mereka ke Pejabat Agung PAS ditemani Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

HASIL PENDEDAHAN YANG MENAKUTKAN RAKYAT

Posted: 17 Aug 2011 03:19 AM PDT




PETALING JAYA: Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional sebagai salah satu syarat dari proses pemutihan 6P, dedah Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida tampil dengan skrip bersumpah yang digunakan Umno-BN untuk diberikan kepada warga asing tersebut, yang menunjukkan terdapat usaha menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program berkenaan.

"Bukti-bukti dengan jelas menunjukkan kewujudan pengundi hantu . Ini mengesahkan kebimbangan ramai pihak bahawa Umno-BN sedang menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan," katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan, di Tropicana hari ini.


Turut hadir Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Menurut Zuraida, pihaknya berjaya menyusup masuk sebagai PATI dan memperoleh skrip atau borang sumpah itu.

Skrip itu antara lain memerlukan seseorang PATI menyokong dan mengundi Umno-BN, selain menyatakan ikrar taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, sultan dan negara Malaysia.

Skrip itu berbunyi "Assalamualaikum, wallahi, wabillahi, watawallahi"

"Saya ….dengan nama Allah berikrar dan berjanji akan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong, Sultan-sultan dan negara Malaysia.

"Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional.

"Saya juga akan terus memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu"

"Saya berjanji akan menyimpan RAHSIA ke atas perkara ini dan jika saya ingkar saya akan menerima padahnya"

Beliau mencabar parti komponen Barisan Nasional sepetu MCA, MIC, Gerakan dan PBS untuk menyatakan pendirian sama ada bersetuju dengan muslihat menyeludup pengundi hantu menggunakan alasan pemutihan.

"Jika mereka berdiam diri bermakna mereka juga bersubahat dengan pengkhianatan yang mencabul kedaulatan negara. Muslihat Umno-BN akan tersebar luas dan menaikkan lagi kemarahan rakyat," tegas Zuraida.

Sumber : http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

SEJAK 2009 KAMU DAH HILANG ADAB

Posted: 16 Aug 2011 05:25 PM PDT

Laporan polis terhadap Timbalan Ketua Polis Perak

IPOH, 16 Ogos: Adun Pakatan Rakyat Perak menggesa Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof menarik balik kenyataan terhadap mereka dan memohon maaf kepada rakyat.

Gesaan itu dibuat oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakil semua Adun Pakatan Rakyat di dalam laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini, hari ini.

"Maka dengan ini, saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataannya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN.

"Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM di kaca mata rakyat!" ujarnya yang juga AJK PAS Pusat dalam laporan polis itu.

Berikut adalah laporan polis tersebut.

Adalah dengan ini satu laporan polis dibuat di IPD Ipoh, Perak pada 16 Ogos 2011 (Selasa) terhadap Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof mengenai kenyataan beliau terhadap kami Adun sebagaimana terpapar di muka depan di dalam akhbar Sinar Harian, semalam.

Dengan tajuk "JAGA ADAB" beliau menyatakan "saya harap ahli-ahli dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin".

Saya dengan ini bertegas menyatakan bahawa kenyataan ini melanggar serta bertentangan dengan Kanun Keseksaan (Akta 574) perkara 124. Kenyataan melampau dan keterlaluan ini juga membuat saya berasa terguris, marah, terhina, takut, cemas, bimbang, malu, dan dukacita. Sekaligus beliau mengenepikan Undang-undang tubuh Kerajaan Perak (Perlembagaan Perak), Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetap Dun yang mana saya dan semua Adun telah mengangkat sumpah memelihara dan mendukungnya.

Sebagai wakil rakyat dan ahli dewan, saya juga tertakluk kepada semua perkara yang terkandung didalam Peraturan Tetap dewan bagi mentadbir perjalanan mesyuarat termasuk adab, tatasusila, peraturan persidangan dewan serta tingkah laku kami. Dewan mempunyai Tuan Speaker dan pengawalnya tersendiri. Doktrin pengasingan kuasa dan sistem demokrasi berparlimen menjadi ikutan saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan Datuk Zakaria di dalam laporan akhbar tersebut juga mengesahkan bahawa sejak rampasan kuasa oleh Umno BN pada bulan Februari 2009, kesemua persidangan Dun Perak telah dicerobohi oleh PDRM dengan kehadiran begitu ramai anggota serta kenderaan polis. Saya ingin mengingatkan bahawa PDRMlah yang telah masuk dan menceroboh Dun Perak pada 7 Mei 2009, sedang Speaker YB Sivakumar mengendalikan persidangan dan YB Sivakumar telah diheret dan diangkat serta digulingkan oleh anggota polis dan beliau telah dikunci selama satu jam di bilik belakang dewan.

Sementara kami Adun Pakatan Rakyat dibelasah dan dikasari oleh polis didalam dewan dan ditonton oleh media, rakyat, Orang-orang Besar Negeri, Pengarah-pengarah kerajaan Negeri dan Persekutuan. Siapa yang sebenarnya biadap bila Datuk Zakaria menyuruh kami "Jaga Adab"?

Kenyataan ini juga menimbulkan keluh-kesah dan berupa ugutan serta pencerobohan terhadap bidang kuasa kami sebagai wakil rakyat. Sedarlah bahawa tahap kejadian mungkar, jenayah, rasuah, pembunuhan, kemalangan, salah guna kuasa, pecah amanah di Perak yang menjadi-jadi kini, memerlukan PDRM melaksanakan tugas mereka bagi menjaga keselamatan rakyat dan negeri. Jangan sibuk menjaga persidangan Dun Perak dan berlagak seperti Perdana Menteri. Sebagai eksekutif, PDRM ada tugasan mereka yang mesti dilaksanakan. Laporan polis yang dibuat oleh rakyat masih bertimbun yang belum disiasat!

Kenyataan Datuk Zakaria yang tidak bertanggungjawab, niat buruk, berbau ugutan serta mencerminkan sikap diperalatkan oleh UMNO BN amat menyedihkan kami. Lihat saja kekejaman yang dibuat Polis terhadap rakyat semasa himpunan aman Bersih 2.0 di KL pada 9 Julai 2011! Bilik hotel saya diceroboh oleh polis dari IPD KL pada jam 12.45 tengah malam pada 9 Julai 2011!

Persidangan yang sepatutnya berjalan selama 2 hari telah ditamatkan oleh Speaker haram pada jam 1 tengah hari pada 15 Ogos 2011. Banyak soalan lisan dan bertulis kami tidak dijawab. Pembesar suara/microphone kami selalunya ditutup. Peraturan Tetap tidak dipatuhi oleh Speaker haram! Bagaimana kami boleh "menimbulkan banyak perkara" dalam persidangan yang tak sampai 3 jam? Speaker haram telah tidak upaya mengendalikan dewan serta hilang kawalan dan akhirnya Dun Perak gagal sebagai badan Legislatif yang dimuliakan!

Maka dengan ini saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataanya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN. Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM di kacamata rakyat!

Kamparin

Posted: 17 Aug 2011 02:00 PM PDT

Kamparin


Posted: 16 Aug 2011 06:57 PM PDT




Petikan dari Harakahdaily.net

IPOH, 16 Ogos:
Adun Pakatan Rakyat Perak menggesa Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof menarik balik kenyataan terhadap mereka dan memohon maaf kepada rakyat.

Gesaan itu dibuat oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakil semua Adun Pakatan Rakyat di dalam laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini, hari ini.

"Maka dengan ini, saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataannya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN.

"Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM di kaca mata rakyat!" ujarnya yang juga AJK PAS Pusat dalam laporan polis itu.

Berikut adalah laporan polis tersebut.

LAPORAN POLIS TERHADAP TIMBALAN KETUA POLIS PERAK DATUK ZAKARIA YUSOF DIATAS KENYATAANYA YANG BERBAU UGUTAN DAN MELANGGAR KANUN KESEKSAAN SEKSYEN 124


Adalah dengan ini satu laporan polis dibuat di IPD Ipoh, Perak pada 16 Ogos 2011 (Selasa) terhadap Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof mengenai kenyataan beliau terhadap kami ADUN sebagaimana terpapar di muka depan di dalam akhbar Sinar Harian, semalam.

Dengan tajuk "JAGA ADAB" beliau menyatakan "saya harap ahli-ahli dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin".

Saya dengan ini bertegas menyatakan bahawa kenyataan ini melanggar serta bertentangan dengan Kanun Keseksaan (Akta 574) perkara 124. Kenyataan melampau dan keterlaluan ini juga membuat saya berasa terguris, marah, terhina, takut, cemas, bimbang, malu, dan dukacita. Sekaligus beliau mengenepikan Undang-undang tubuh Kerajaan Perak (Perlembagaan Perak), Perlembagaan Persekutuan dan Perintah Tetap Dun yang mana saya dan semua Adun telah mengangkat sumpah memelihara dan mendukungnya.

Sebagai wakil rakyat dan ahli dewan, saya juga tertakluk kepada semua perkara yang terkandung didalam Perintah Tetap dewan bagi mentadbir perjalanan mesyuarat termasuk adab, tatasusila, peraturan persidangan dewan serta tingkah laku kami. Dewan mempunyai Tuan Speaker dan pengawalnya tersendiri. Doktrin pengasingan kuasa dan sistem demokrasi berparlimen menjadi ikutan saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan Datuk Zakaria di dalam laporan akhbar tersebut juga mengesahkan bahawa sejak rampasan kuasa oleh Umno BN pada bulan Februari 2009, kesemua persidangan Dun Perak telah dicerobohi oleh PDRM dengan kehadiran begitu ramai anggota serta kenderaan polis. Saya ingin mengingatkan bahawa PDRMlah yang telah masuk dan menceroboh Dun Perak pada 7 Mei 2009, sedang Speaker YB Sivakumar mengendalikan persidangan dan YB Sivakumar telah diheret dan diangkat serta digulingkan oleh anggota polis dan beliau telah dikunci selama satu jam di bilik belakang dewan.

Sementara kami Adun Pakatan Rakyat dibelasah dan dikasari oleh polis didalam dewan dan ditonton oleh media, rakyat, Orang-orang Besar Negeri, Pengarah-pengarah kerajaan Negeri dan Persekutuan. Siapa yang sebenarnya biadap bila Datuk Zakaria menyuruh kami "Jaga Adab"?

Kenyataan ini juga menimbulkan keluh-kesah dan berupa ugutan serta pencerobohan terhadap bidang kuasa kami sebagai wakil rakyat. Sedarlah bahawa tahap kejadian mungkar, jenayah, rasuah, pembunuhan, kemalangan, salah guna kuasa, pecah amanah di Perak yang menjadi-jadi kini, memerlukan PDRM melaksanakan tugas mereka bagi menjaga keselamatan rakyat dan negeri. Jangan sibuk menjaga persidangan Dun Perak dan berlagak seperti Perdana Menteri. Sebagai eksekutif, PDRM ada tugasan mereka yang mesti dilaksanakan. Laporan polis yang dibuat oleh rakyat masih bertimbun yang belum disiasat! saya menuntut satu siasatan terhadap Datuk Zakaria dibuat jika sekiranya ada unsur jenayah mengikut seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Kenyataan Datuk Zakaria yang tidak bertanggungjawab, niat buruk, berbau ugutan serta mencerminkan sikap diperalatkan oleh UMNO BN amat menyedihkan kami. Lihat saja kekejaman yang dibuat Polis terhadap rakyat semasa himpunan aman Bersih 2.0 di KL pada 9 Julai 2011! Bilik hotel saya diceroboh oleh polis dari IPD KL pada jam 12.45 tengah malam pada 9 Julai 2011! Negeri ini bukanya negara polis!

Persidangan yang sepatutnya berjalan selama 2 hari telah ditamatkan oleh Speaker haram pada jam 1 tengah hari pada 15 Ogos 2011. Banyak soalan lisan dan bertulis kami tidak dijawab. Pembesar suara/microphone kami selalunya ditutup. Peraturan Tetap tidak dipatuhi oleh Speaker haram! Bagaimana kami boleh "menimbulkan banyak perkara" dalam persidangan yang tak sampai 3 jam? Speaker haram telah tidak upaya mengendalikan dewan serta hilang kawalan dan akhirnya Dun Perak gagal sebagai badan Legislatif yang dimuliakan!

Maka dengan ini saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataanya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN. Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM di kacamata rakyat!

YB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin
ADUN Pasir Panjang

16 Ogos 2011 di IPD IPOH Perak

Pakatan Rakyat Keluar DUN Perak

Posted: 16 Aug 2011 06:19 PM PDT


Asalamualaikum dan Salam Sejahtera Ramadzan

Pada 15 Ogos bermula persidangan DUN Perak jam 10 pagi dipengerusikan oleh Speaker haram Dato' Ganesan dengan tiada agenda mesyuarat. Kami dijanjikan bersidang selama 2 hari hingga 16 Ogos. Namun pada jam 12.50TH pada 15 Ogos persidangan ditangguh oleh Zambry! Penangguhan ini dibuat 10 minit setelah semua ADUN PR bertindak keluar dari dewan oleh kerana layanan buruk, berat sebelah serta hilang keupayaan Speaker haram mengendalikan persidangan.

Kami bertindak keluar dewan oleh kerana:

1. Dalam banyak ketika hak kami bersuara dinafikan Speaker haram yg menutup swis pembesar suara dan microphone semua ADUN PR sedangkan mic ADUN BN bolih saja bercakap bila bila masa.

2. Kebanyakan soalan lisan dan bertulis kami dari PR langsung tak berjawab. Misalnya 7 dari 8 soalan ADUN Teja langsung tidak dijawab.

3. Peraturan mesyuarat yang termaktub didalam Perintah Tetap langsung tidak dipatuhi. Speaker haram membuat keputusan sesuka hatinya dan dia bermaharajalela!

4. Bila ditanya berapa hari persidangan akan dilanjutkan oleh YB Sitiawan Dato Ngeh, Speaker haram menyatakan hanya 1 hari, nah! anih bukan ?

5. ADUN BN khususnya UMNO mengacau kami (kerana mic mereka bebas dipasangkan) maka mereka mengganggu kami dari bercakap walaupun tanpa mic.

Menyedari Speaker akan menangguhkan persidangan, saya lantas bangun untuk mendapat penjelasan namun disekat sedang saya bercakap beberapa saat, maka akhirnya saya "pack-up" bersama rakan ADUN PR keluar meninggalkan dewan pada jam 12.40 th . Kami kebilik perpustakaan untuk mengadakan sidang akhbar.

Bayangkan dengan 59 kawasan DUN sudah pasti banyak soalan dan sugutan serta rungutan rakyat yang mahu kami kemukakan dan diharap persidangan dapat dilanjutkan sehingga 4-5 hari. Malangnya oleh kerana pengecut dan cuak PR akan membongkar salah laku BN serta perbelanjaan besar Zambry menggunakan wang rakyat, maka persidangan cepat cepat ditangguh semata-mata bagi memenuhi syarat mesti bersidang sekali dalam tempoh 6 bulan, itu sahaja.

Sebenarnya ADUN PR nak dedahkan salah laku YB Hamidah serta BN yang menawarkan firma Atigas Technology S/B tanah 150 ekar di Segari dengan firma tersebut hanya bermodal berbayar RM100.00 sahaja sebuah firma lesu (dormant co) . Selepas kelulusan dan kami dedahkan dimedia, baru firma diakui oleh Yb Hamidah menaikan modal berbayar sebanyak RM5juta! (utk projek yg dikatakan bernilai RM5.8B). Yb Pengkalan Hulu kata ini biasa!

Kita nak tanya Dr Zambry berapa banyak wang rakyat dibelanjakan untuk makan angin keluar negara sejak BN rampas kuasa? Berapa banyak kos sepanduk dan banner mempamirkan muka dia yang digantung disetiap persimpangan jalan di Perak dan lebuhraya PLUS? langsung tidak berjawab. Sedangkan di Parlimen bila ditanya berapa banyak wang rakyat diguna bagi Najib dan Rosmah keluar negara juga dijawab!

Inilah kesannya apabila kuasa yang pegang adalah haram hasil rampasan kuasa kerajaan BN oleh Najib Tun Razak di Perak. Mereka gentar dan pengecut berhadapan dengan hakikat sebenar. Malang bagi rakyat Perak yang mana DUN lumpuh dan tidak berfungsi sama sekali. Di pilihanraya akan datang rakyat Perak akan menghukum dan menolak mereka, InsyaAllah.

Walhu'alam dan selamat menyambut hari Lebaran, Eid Mubarak salam aidil fitri maaf zohir dan bathin. Udahlah, bersaralah, cukuplah. Perubahan pasti berlaku. Hidup rakyat!

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 17 Aug 2011 01:18 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Sungai Putat: Edar Bubur Lambuk

Posted: 17 Aug 2011 01:43 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong bersama-sama bergotong royong dengan ahli-ahli PAS Cawangan Sungai Putat memasak bubur lambok dan mengagihkannya kepada penduduk setempat.


Program yang berlangsung Ahad lepas mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan di kalangan penduduk setempat.

Program memasak bubur lambok dan mengagihkannya kepada penduduk setempat merupakan program tahunan PAS Cawangan Sungai Putat. Adun Ayer Keroh itu juga turut memberikan sumbangan peribadi beliau bagi menjayakan program tersebut.

Khoo melahirkan rasa gembira dengan sambutan rakyat terhadap program seumpama ini dan mengharapkan ianya dapat diteruskan pada masa hadapan.


"Saya sangat gembira kerana dengan bantuan PAS, saya dapat turut sama berkongsi pengalaman di bulan puasa yang suci ini."

"Harapan saya agar perjuangan PR akan berjaya dengan semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat " tambah Khoo.

Sebaik sahaja bubur lambok itu masak, petugas-petugas DAP, PAS Cawangan Sungai Putat dan Majlis Tindakan Dun Bukit Baru bersama-sama mengagihkan bubur tersebut kepada penduduk di sekitar Kg Sungai Putat, Kg Tun Razak dan Taman Saujana.

Sementara itu Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab berkata penduduk setempat ternyata senang hati dan gembira dengan kesediaan Adun DAP untuk turut sama dalam program pengagihan bubur lambok ini.

"Selama ini orang Melayu melihat DAP tidak suka kepada Islam tetapi perkara itu semakin hilang dan apa yang dilihat pada program tersebut amat baik, penduduk gembira dan mengucapkan terima kasih kepada YB Khoo"


"Orang Melayu sudah tidak takut kepada DAP dan orang Cina juga tidak takut kepada PAS, ini suatu perkembangan yang baik kepada masa depan politik Pakatan Rakyat di negeri Melaka" kata Yusof.









Sumber: Mutaligat



Batu Gajah Mari

Posted: 17 Aug 2011 12:16 PM PDT

Batu Gajah Mari


Sambutan Badar Qubra berlangsung dengan jayanya

Posted: 16 Aug 2011 11:09 AM PDT

Bertempat di Markas PAS Pengkalan Pegoh, Ipoh Perak semalam telah berlangsungnya Sambutan Badar Qubra Peringkat Negeri Perak . Majlis ini dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Perak dengan kerjasama PAS Kawasan Gopeng.

Walaupun penceramah utama iaitu Naib Presiden PAS Dato' Paduka Husam Musa tidak dapat hadir, namun majlis sambutan ini terus berlangsung dengan jayanya.
Antara pimpinan yang hadir ialah AJK Pas Pusat, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Muhammad Bin Husain yang mewakili Husam Musa serta pimpinan PAS Perak. Walapun hujan turun dengan lebat, majlis berbuka puasa dan solat terawih tetap berjalan dengan lancar.

Pesuruhjaya PAS, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam ceramahnya menyeru kepada semua agar mengambil iktibar daripada peristiwa Perang Badar. "Semangat tentera Islam yang berperang pada bulan Ramadhan dalam keadaan serba kekurangan wajar menjadi inspirasi perjuangan kita pada hari ini," katanya. Beliau menggesa supaya PAS bersedia menghadapai PRU ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tambahnya lagi, UMNO akan membuat apa sahaja demi mengekalkan kedudukannya. PAS perlu bersedia untuk menghadapi UMNO yang akan membuat apa sahaja demi menyekat perjuangan PAS yang ingin memartabatkan Islam "UMNO sama sahaja dengan Abu Jahal. Kedua- duanya tolak Islam, melakukan penindasan, kezaliman dan ketidakadilan. Tidak ada beza UMNO dengan Abu Jahal," jelas beliau kepada lebih 800 orang hadirin.

Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin mengambil kesempatan pada majlis tersebut untuk menceritakan tentang apa yang berlaku di sidang dun yang diadakan baru-baru ini. Beliau berkata, sidang dun kali ini tidak mempunyai agenda dan dewan hanya bersidang tidak sampai 3 jam. Segala soalan yang ditujukan oleh Adun daripada Pakatan Rakyat tidak dijawab. "Ketika kami bangun nak berbahas pembesar suara kami ditutup. Kami terpaksa mencerit, adun BN pula bila-bila boleh berbahas. Inilah ketidakadilan yang BN," katanya.























Dupahang's Weblog

Posted: 17 Aug 2011 12:06 PM PDT

Dupahang's Weblog


Tiada alasan untuk tidak solat

Posted: 17 Aug 2011 10:31 AM PDT

Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita. Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan [...]

Cikgu Pa menimbus lubang perangkap UMNO

Posted: 17 Aug 2011 10:27 AM PDT

  Oleh: tokpepijat ” Nampaknya isu serbuan gereja kembali “panas” . Semacam ada komplot dan konspirasi dalam peristiwa tersebut. Ada beberapa perkara yang boleh kita fikirkan : 1) Pendedahan terbaru SU PAS Dato Mustafa Ali tentang ada “elemen” UMNO dalam serbuan tersebut. UMNO Selangor melenting dan memberi tempoh 3 hari kepada Cikgu Pa untuk minta [...]

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 17 Aug 2011 09:58 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Sabah dan Perlis antara negeri paling teruk langgar Quality Assurance Program (QAP) berdasarkan laporan audit Kualiti Air 2008

Posted: 16 Aug 2011 07:32 PM PDT





Persoalan yang tidak pernah ditanya..adakah QAP tahun 2009,2010 dan 2011 makin buruk?

KHIDMAT MERU

Posted: 17 Aug 2011 09:43 AM PDT

KHIDMAT MERU


KERUSI RODA DARI AHLI MAJLIS

Posted: 16 Aug 2011 11:49 PM PDT










Mr. Tan Ahli Majlis MPK telah bermurah hati mendermakan sebuah kerusi roda berbagai guna untuk seorang anak remaja yang telah lumpuh akibat kemalangan jalanraya 6 tahun yang lalu di Kg Bukit Kapar.

Turut mengiringi beliau ialah YB Dr Rani dan Datuk Ketua Kampung Tuan Hj Syafie Hj Sulaiman.

Keluarga susah pemuda tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Mr Tan yang jelas tidak mengira bangsa dan agama dalam kegiatan kebajikan yang di usahakan.









N45 Dr Halimah Ali

Posted: 17 Aug 2011 09:21 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


BUKTI-BUKTI UNDI POS ADALAH UNDI BN: Saya yang menurut perintah!

Posted: 17 Aug 2011 08:09 AM PDT

Bekas tentera mengaku "tolong pangkah" undi
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Empat bekas anggota tentera mengakui pilihanraya di negara ini tidak bersih dan tidak adil, sehingga mereka sendiri mengakui pernah memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasannya.

Ketika itu, mereka melakukannya tanpa rasa bersalah setelah diarahkan berbuat demikian, tambahan pula mereka sendiri tidak pernah mengambil berat soal pilihanraya, pembuangan undi dan politik tanah air.

Seorang bekas tentera, Mohamed Nasir Ahmad, 50, mengakui pernah memangkah 400 kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain pada pilihanraya umum tahun 1986 lalu ketika bertugas di Sabah.

Menurut beliau, perbuatan itu dilakukan setelah menerima arahan pegawai atasannya dan arahan itu pula dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sesuai dengan disiplin tentera.

"Saya bertugas di bahagian perkeranian. Saya bertugas di Sabah selama 4 tahun. Sebelum bertugas di Sabah, saya pernah bertugas di Mindef dan kemudian di beberapa tempat lain lagi.

"Walaupun arahan dan pekerjaan itu hanya sekali sahaja saya terima dan saya lakukan sepanjang saya berkhidmat dalam tentera sehingga saya bersara cukup tempoh pada tahun 1998 lalu, tetapi saya tetap rasa bersalah sehingga sekarang," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agong PAS, di sini, hari ini.

Seorang lagi bekas anggota tentera, Kamarulzaman Ibrahim, 53, mengakui telah memangkah ribuan kertas undi pos selama 3 hari sehingga lenguh.

Perbuatan tersebut dilakukan setelah menerima arahan dari pegawai atasannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-7 pada tahun 1986 lalu ketika sedang bertugas di Kem Terendak, Melaka.

Beliau yang bertugas sebagai kerani tadbir menjelaskan, selain memangkah kertas-kertas undi pos tentera sebanyak dua karung dengan angka ribuan itu, beliau turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas-kertas undi tersebut.

"Ketika memangkah kertas-kertas undi itu, saya terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan. Jumlahnya memang banyak, sebanyak 2 karung, tetapi saya tak tahu jumlahnya, yang nyata ribuan, hingga lenguh tangan.

"Pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas. Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak," katanya yang bersara pada tahun 1991 lalu.

Beliau yang tinggal di Johor turut mengakui kertas-kertas undi pos yang dipangkahnya itu melibatkan anggota-anggota tentera di seluruh negara dan melibatkan pengundian untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Saya berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah." Kini saya sedar apa yang saya lakukan itu adalah salah. Jadi saya turut tampil membuat pengakuan pada hari ini supaya semua orang tahu mengenai kepincangan pilihanraya di negara kita," katanya.

Sementara itu, Mejar (B) Risman Mastor, 64, pula mengakui turut diarahkan memangkah puluhan kertas undi pos ketika bertugas di Kem Kampung Sawah, Port Dickson, Negeri Sembilan pada PRU tahun 1978 lalu.

"Jika kepada rakan-rakan saya yang lain, mereka diarahkan memangkah BN, kepada saya berbeza pula. Saya diarah oleh pegawai atasan saya supaya memangkah pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan.

"Puncanya, ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru. Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki, kami berjuang demi mempertahankan negara, tapi apa yang kami dapat?"

"Disebabkan tidak puas hati dengan perkara itu, pegawai atasan kami telah mengarahkan saya memberikan undi kepada pembangkang, walaupun jumlahnya sekitar 20 hingga 30 kertas undi sahaja," katanya yang bersara pada tahun 1996 lalu.

Manakala seorang lagi bekas tentera, Mohd Kamil Omar, 49, dari unit Komandor TUDM menjelaskan, meskipun tidak pernah menerima arahan memangkah kertas-kertas undi pos, tapi beberapa karung kertas undi pos yang telah dipangkah oleh rakan-rakannya bagi pihak rakan-rakan tenteranya yang lain pernah dilihat dengan jelas di hadapan matanya sendiri.

"Namun ketika itu, kami anggota tentera tidak mempedulikan sangat tentang politik, tentang pilihanraya. Kami tak pernah mengambil tahu sama ada pilihan raya di negeri kita besih atau tidak, adil atau tidak.

"Kini menerusi perjuangan Bersih 2.0, barulah banyak anggota tentera yang sedar mengenai perkara itu. Mujur jugalah adanya perjuangan Bersih 2.0. Kalau tidak banyak anggota tentera akan terus tidak mengetahui perkara itu, malah ada yang langsung tak tahu hak mereka sendiri dalam pilihanraya," ujar beliau.

Kunjungan mereka ke Pejabat Agung PAS ditemani Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

JOM BERLATIH SAMBUT LAILATUL QADR!

Posted: 17 Aug 2011 07:50 AM PDT

In the QUEST of lailatul qadr?!

Posted: 17 Aug 2011 12:08 AM PDT

LAILATUL-QADR
Its excellence is great, since in this night the Noble Qur'aan was sent down, which leads one who clings to it, to the path of honour and nobility, and raises him to the summit of distinction and everlasting life. The Muslims who adhere strictly to the Sunnah of Allaah's Messenger SAW do not raise flags on this night, nor suspend colourful decorations. Rather they vie in standing during it (Lailatul-Qadr) in Prayer out of sincere faith and hoping for reward. Here, O Muslim, are the Qur'aanic Aayaat and authentic prophetic ahaadeeth referring to this night:

* Its excellence

As regards its excellence it is more than sufficient to mention that Lailatul-Qadr is better than a thousand months, He, the Mighty and Majestic, says:

" Verily! We have sent it (this Qur'aan) down in the Night of Decree (Lailatul-Qadr). And what will make you know what the Night of Decree is? The Night of Decree is better than a thousand months. Therein descend the angels and the Rooh (i.e. Gabriel) by Allaah's Permission with all Decrees, Peace! until the appearance of dawn." (Al-Qadr 97: 1-5)

And in it every decreed matter for the year is conveyed, He, the Most High says:

" We sent it (this Qur'aan) down on a blessed Night. Verily, We are ever warning (mankind of Our Torment). Therein (that Night) is decreed every matter of ordainment. Amran (i.e. a command or this Qur'aan or His Decree of every matter) from Us. Verily, We are ever sending (the Messenger). (As) a Mercy from your Lord. Verily! He is the All-Hearer, the All-Knower." (Ad-Dukhaan 44: 3-6)

* When is it?

It is reported from the Prophet SAW that it is within the twenty-first, twenty-third, twenty-fifth, twenty-seventh, twenty-ninth or the last night of Ramadhan.

Imaam ash-Shaafi'ee, rahimahullaah, said: To me it is as the Prophet SAW used to answer according to the question posed, it would be said to him: "Shall I seek it in such and such night?" So he would reply: "Seek it in such and such night." And Allaah knows best. (Reported from him by al-Baghawee in Sharhus-Sunnah)

The most correct saying is that it occurs in the odd nights of the last ten nights of Ramadhan and this is shown by the hadeeth of 'Aa'ishah, RA, who said: "Allaah Messenger SAW used to practice I'tikaaf in the last ten nights and say: 'Seek out Lailatul-Qadr in the (odd nights) of the last ten days of Ramadhan." (Bukhari, Muslim )

However if the servant is too weak or unable, then he should at least not let the last seven days pass him by, due to what is reported from 'Ibn 'Umar, who said: Allaah's Messenger SAW said: "Seek it in the last ten, and if one of you is too weak or unable then let him not allow that to make him miss the final seven." (Bukhari, Muslim)

This explains his, SAW saying: "I see that your dreams are in agreement (that it is in the last seven) so he who wishes to seek it out then let him seek it in the last seven." (Bukhari)

It is also known from the Sunnah, that knowledge of the exact night upon which Lailatul-Qadr falls was taken up because the people argued, 'Ubaadah ibn as-Saamit, RA said: The Prophet SAW came out intending to tell us about Lailatul-Qadr, however two men were arguing and he said: "I came out to inform you about Lailatul-Qadr but so and so, and, so and so were arguing, so it was raised up, and perhaps that is better for you, so seek it on the (twenty) ninth and (twenty) seventh and the (twenty) fifth." (Bukhari)

Some ahaadeeth indicate that Lailatul-Qadr is in the last ten nights, while others indicate that it is in the odd nights of the last ten, so the first are general and the second more particular, and the particular has to be given priority over the general. Other ahaadeeth state that it is in the last seven - and these are restricted by mention of one who is too weak or unable. So there is no confusion, all the ahaadeeth agree and are not contradictory.

In conclusion: The Muslim should seek out Lailatul-Qadr in the odd nights of the last ten: the night of the twenty-first (the night before the twenty-first day), the twenty-third, the twenty-fifth, the twenty-seventh and the twenty-ninth. If he is too weak or unable to seek it out in all the odd nights, then let him seek it out in the odd nights of the last seven: the night of the twenty-fifth, the twenty-seventh and the twenty-ninth. And Allaah knows best.

* How should a Muslim seek Lailatul-Qadr?

One who misses this blessed night then he has missed much good for no one misses it except one from whom it is withheld. Therefore it is recommended that the Muslim who is eager to be obedient to Allaah should stand in Prayer during this night out of Eemaan and hoping for the great reward, since if he does this, Allaah will forgive his previous sins.

He SAW said: "Whoever stands in (Prayer) in Lailatul-Qadr out of Eemaan and seeking reward then his previous sins are forgiven." (Bukhari)

It is recommended to supplicate a great deal in it, it is reported from 'Aa'ishah, RA that she said: "O Messenger of Allaah! What if I knew which night Lailatul-Qadr was, then what should I say in it?" He said: "Say: Allaahumma innaka 'affuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'annee." (O Allaah you are the one who pardons greatly, and loves to pardon, so pardon me.) (at-Tirmidhi, Ibn Majah)

O brother! You know the importance of this night, so stand in Prayer in the last ten nights, in worship, detaching oneself from the women, ordering your family with this, and increasing in actions of obedience and worship in it.

From 'Aa'ishah, RA who said: "The Prophet SAW used to tighten his waist-wrapper (izaar) - (meaning detached himself from his wives in order to worship, and exerted himself in seeking Lailatul-Qadr), spend the night in worship, and wake the family in the last ten nights." (Bukhari, Muslim)

From 'Aa'ishah, RA: "Allaah's Messenger SAW used to exert himself in the last ten nights more than he would at other times." (Muslim)

* Its sign

[Many people believe in all sorts of superstitions about Lailatul-Qadr, and false beliefs from them are that the trees prostrate, and buildings sleep! And these things are clearly futile and baseless.] Allaah's Messenger SAW described the morning after Lailatul-Qadr, so that the Muslim may know which day it is. From Ubayy, RA who said: that he SAW said: "On the morning following Lailatul-Qadr the sun rises not having any rays, as if it were a brass dish, until it rises up." (Muslim, Abu Dawood, at-Tarmidhi, Ibn Majah)

From Abu Hurairah, RA who said: "We were discussing Lailatul-Qadr in the presence of Allaah's Messenger SAW, so he said: 'Which of you remembers (the night) when the moon arose and was like half a plate?'" (Muslim) [Qaadi 'Iyaad said: "It contains an indication that it was towards the end of the month - since the moon does not appear like that when it arises except towards the end of the month."]

From Ibn 'Abbaas, RA who said: Allaah's Messenger SAW said: "Lailatul-Qadr is calm and pleasant, neither hot nor cold, the sun arises on its morning being feeble and red." (at-Tayaalisee, Ibn Khuzaimah, al-Bazzaar with hasan isnaad)

Let us seek abundance rewards from our Creator by performing extra actions in these last few days of the noble month of Ramadhan as it could be our last...

ADUN SELAT KLANG bawa 100 WARGA EMAS SHOPPING

Posted: 16 Aug 2011 10:23 AM PDT






KLANG

Pejabat ADUN Selat Klang sejak akhir-akhir ini menjadi tumpuan warga emas dan keluarga.Kalau dulu, pimpinan PAS, AJK JKKK dan penyokong Pakatan Rakyat yang membantu menguar-uarkan tentang SKIM MESRA USIA EMAS berupa khairat kematian berjumlah RM2500 yang akan diberi kepada waris si mati.Sekarang dengan pengumuman oleh kerajaan Selangor memberi baucar RM100 untuk setiap warga emas ramai yang tiba-tiba muncul dan proaktif mendaftar.
YB Dr Hjh Halimah Ali selaku ADUN SELAT KLANG turut bersama menyambut mereka bahkan melayan mereka di GIANT Bukit Tinggi Klang.Sebelum berlepas YB Dr Halimah memberi ucapan aluan dan menekankan kepada mereka walaupun jumlah RM100 tidak sebesar mana tetapi ianya merupakan penghargaan pihak kerajaan PAKATAN RAKYAT SELANGOR yang mengiktiraf dan menghargai sumbangan warga emas dalam membangun keluarga, masyarakat dan negeri Selangor.
Mereka rata-rata seronok dan teruja.Ada yang rasa janggal sebab sudah lama tidak ke pasaraya.Lazimnya pesankan anak cucu sekarang mereka bersama urusetia daripada pejabat ADUN dan PAS Selat Klang serta JKKK Kpg Sg UDANG.Ada yang membantu menyorong troli, ada yang mencari barang yang dihajati.Ada setengah warga emas ini sakit kaki tetapi semangat merasa pertama kali di'manjakan' ADUN mereka tidak mahu ketinggalan.Ada yang uzur dan perlu dibelikan untuk mereka.
Semua mengucap terima kasih berulang-ulang kali.
Indah melihat warga emas bersemangat dan ceria diberi perhatian yang amat didahagakan.

Pemuda PAS Merbok

Posted: 17 Aug 2011 07:17 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


SURAH AL-QADR & LAILATUL QADAR

Posted: 16 Aug 2011 10:01 PM PDT

``Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada satu malam. Amal ibadah yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.''

(Riwayat Ibnu Majah)


Surah Al-Qadr dan Malam Al-Qadr

Salah satu ayat dalam surah Al-Qadr menyentuh malam kemuliaan iaitu malam penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran). Malam Al-Qadr merupakan malam penuh keberkatan (iaitu mendapat keampunan, rahmat dan keredhaan Allah s.w.t.) dan ditetapkan oleh Allah segala urusan berdasarkan kebijaksanaanNya. Pengertian surah Al-Qadr sepatutnya dibaca bersekali dengan surah Al-Dukhan ayat 3-5:

yang bermaksud:

[3] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

[4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).

[5] Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.

[6] (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).

[7] Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).

[8] Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dialah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.


Kebiasaannya, jika Allah melakukan bentuk "ayat tanya" dalam Al-Quran ia menggambarkan kemuliaan dan pengagungan akan sesuatu dan perkara ini adalah jelas dalam Surah Al-Qadr. Pengagungan di sini diharapkan agar manusia memperbanyakkan pengisian ibadah pada malam itu dan diisi dengan amalan-amalan soleh yang berbagai. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa pengagungan kepada malam ini menunjukkan bahawa Nabi sendiri tidak mengetahui ketepatan masa berlakunya. Maklumat tentang keistimewaan malam Al-Qadr hanya dapat diketahui melalui Al-Quran dan Al-Sunnah.


Istilah qadr mempunyai tiga maksud; iaitu pertama; menetapkan, kedua kemuliaan dan ketiga penyempitan. Dilihat pada makna pertama iaitu menetapkan, pada malam tersebutlah Allah telah menentukan perjalanan hidup manusia melalui seruan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. ke arah jalan yang hak dan menolak kebatilan dan itulah aturan jalan ketetapan yang ditentukan Allah walaupun penuh ranjau duri. Kedua, malam tersebut adalah semulia malam jika diteliti berlakunya penurunan Al-Quran (nuzul Al-Quran) dan pengiktirafan Allah terhadap malam tersebut. Ketiga, berlakunya kesempitan di dunia kerana jumlah kehadiran para malaikat yang membawa rahmat dan keampunan Allah.


Persiapan menghadapi malam Al-Qadr ialah selama 10 hari sebab ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan, bukannya sehari dua. Pastinya Allah akan menganugerahkan malam Al-Qadr pada mereka yang bersedia untuk 10 malam dan bukan hanya untuk semalam dua sahaja. Inilah falsafah Lailatul Qadr iaitu kita perlukan dalam kehidupan ketika persiapan yang teliti tanpa membenarkan ruang-ruang kerugian untuk mendapatkan kerahmatan dan keredhaan Allah s.w.t... Adapun ketentuan malam Al-Qadr itu pada malam-malam ganjil adalah untuk tidak terlalu memenatkan kita beribadah berterusan pada 10 malam terakhir kerana ada keselangselian. Allah pastinya menganugerahkannya pada orang yang ikhlas.


(Memburu Lailatul Qadr 2)

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 17 Aug 2011 07:07 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


BUKTI DITEMUI LAGI : PEMUDA PAS

Posted: 17 Aug 2011 03:17 AM PDT

KONVENSYEN SEKRETARIAT DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

Posted: 16 Aug 2011 08:44 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 17 Aug 2011 04:01 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Tazkirah ramadhan 8

Posted: 16 Aug 2011 09:19 PM PDT

Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Hamzah Ngah Timbalan Mudir Maahad Darul Quran Rusila Marang.Semoga bermanafaat insyaAllah

http://www.youtube.com/watch?v=eL3B6XbSjdg&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=nAXIOMx1GO0

Perkasa ganti PAS :Tak perlu layan Ibrahim Ali

Posted: 16 Aug 2011 09:07 PM PDT

Marang: Hasrat Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa ) untuk menggantikan PAS bagi memertabatkan Islam di Malaysia dianggap satu lagi cara mendapatkan publisiti murahan terbaru Ibrahim Ali.

Tidak dapat dipastikan apakah kelayakan Perkasa untuk menggantikan PAS sebagai gerakan yang memang sudah dikenali dan diakui kawan dan lawan dalam memperjuangkan Islam secara konsisten.

Adun Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika diminta memberikan komen berkaitan isu ini menyatakan bahawa tidak perlu ahli-ahli PAS melayan karenah orang seperti Ibrahim Ali ini.

"Dia ini ialah pengkhianat kepada pengundi di Pasir Mas terutama kepada penyokong PAS yang mengundi dia pada pilihanraya dulu.Tiba-tiba melompat meninggalkan kita.

Orang sebegini nak bercakap nak ganti PAS untuk menegakkan Islam.

Dia dan perjuangan dia sendiri tak ikut cara rasulullah, jadi macamana nak menegakkan Islam," jelas beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu.

Ibrahim dalam satu sidang akhbar baru-baru ini telah mengisytiharkan Perkasa secara rasminya telah mengambil alih tugas memartabatkan Islam daripada PAS.

Antara alasannya ialah kegagalan PAS mengendalikan isu berkaitan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan sebuah gereja dan isu memperlahankan bacaan al quran sebelum solat subuh di Pulau Pinang.

Ustaz Mohd Nor kemudiannya menyeru kepada semua ahli PAS agar fokus kepada isu yang lebih besar iaitu isu berkenaan pendaftaran pengundi yang meragukan.

Isu-isu kecil ini berkemungkinan sengaja dibangkitkan bagi membantu BN yang sedang tertekan dalam isu pengundi hantu seperti yang dibuktikan oleh Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan