KEPIMPINAN MAJLIS TINDAKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI MAHARANI
DAN SELURUH AHLI PAS MUAR.
Ramadhan yang dinanti-nanti telah menjelma. Umat Islam bersungguh beribadah mengejar ganjaran Allah. PAS Muar sentiasa perihatin setiap kali tibanya Ramadhan. Sebagai menunaikan tanggungjawab MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN aktiviti kebajikan sudah menjadi lumrah bagi PAS sejak dahulu. Mereka yang berhak insyaAllah akan dibantu mengikut kemampuan yang ada hasil sumbangan umat yang perihatin sempena Bulan Ramadhan. Terima kasih kepada semua yang menyumbang dengan ikhlas.
Isnin 2 Ramadhan 1432 sebelum berbuka puasa: YB Dr Mohammad Taslim bersama Pegawai Khasnya Sdr Hamidun Omar telah menziarahi jiran YB, seorang warga emas dan ibu tunggal, untuk menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan harian dan sedikit wang tunai. Program ziarah. MAMPIR RAMADHAN sempena bulan Ramadhan ini akan berterusan sepanjang bulan Ramadhan.
Inilah sedikit sumbangan daripada PAS untuk bulan Ramadhan.
Nenek ini dengan diperhatikan oleh cucunya menerima sedikit sumbangan
daripada YB Dr Mohammad.
Lambang bulan ditangan nenek tu sebagai tanda ukhuwah.
Tandas, ruang solat terbiar Sinar Harian 3 Ogos 2011
JOHOL – Kemudahan Hutan Lipur Gua Batu Maloi, Kampung Tanggai, Air Mawang, dekat sini yang terbiar dan tidak dipantau secara menyeluruh oleh pihak berkaitan menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan pengunjung.
Pemandu pelancong, Mohd Nazri Abdullah, 54, berkata, jumlah pelancong pada Januari hingga Julai tahun ini mencecah 5,000 orang sekali gus memberi gambaran bahawa Gua Batu Maloi adalah satu produk pelancongan yang sangat terkenal dan sering dikunjungi.
Menurutnya, setiap minggu, ada sahaja pelancong berkunjung ke sini dengan majoriti 40 hingga 50 orang.
"Aktiviti di sini memang mencabar kerana tempat ini menjanjikan pelbagai pengalaman yang berharga kepada pencinta gua.
"Meskipun menjadi tumpuan orang ramai, tetapi saya rasa sedih dan kecewa apabila kemudahan seperti tandas serta ruang solat tidak diselenggarakan dengan sempurna," katanya.
Mohd Nazri berkata, masalah gangguan air juga sering berlaku di sini sehingga menyebabkan pengunjung melahirkan rasa tidak senang.
"Begitu juga dengan ruang solat yang dipenuhi lumpur dan rosak. Lumpur tidak dibersihkan selepas banjir yang berlaku pada awal tahun lalu sehingga mengotori ruang solat sekali gus memberi imej negatif," katanya yang terpaksa menyediakan ruang solat untuk pengunjung atau menumpang surau di Kampung Tanggai.
Beliau berkata, keadaan struktur tanah berhampiran surau dan tandas juga menggusarkan hatinya apabila setiap kali hujan lebat, tanah akan runtuh.
"Keadaan tebing longkang yang sudah runtuh juga mencacatkan pemandangan kawasan ini," katanya.
Menurutnya, beliau sudah mengutarakan masalah itu kepada pihak berkenaan, namun masih belum mendapat maklum balas.
"Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak berkenaan perlu menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan agar masalah kebersihan dan gangguan bekalan air dapat diatasi segera.
"Jika saya memiliki sumber kewangan yang kukuh, mungkin saya boleh membantu membuat kerja-kerja penyelenggaraan itu, namun kekangan kewangan membantut pergerakan saya," katanya.
Katanya, banyak masalah yang berlaku di sini seperti rumput tidak dimesin, sampah sarap tidak dipungut dan semak tidak di tebas.
"Justeru, diharap pihak berkaitan dapat memantau dan memandang serius masalah berkenaan agar produk pelancongan yang bernilai tinggi ini tidak terbiar begitu sahaja tanpa ada pengunjung," katanya.
Anjuran bersama : PAS Kawasan Rembau , Dewan Ulamak PAS N.Sembilan , Unit Amal Kawasan Rembau , Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau , Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau
Untuk Sumbangan : Cek atas nama : PAS KAWASAN REMBAU No akaun : 05-012-01-007334-7 (Bank Islam)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hj Abd Roni 012-2268230 , Hamizi 012-2832458 , Rozmal 012-2267406
KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Dewan Pemuda PAS yakin penemuan dan pendedahan penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi dan kemudiannya ditukar menjadi warga negara bukanlah kesilapan teknikal seperti dijelaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun ia adalah satu konspirai terancang.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, jika ia kesilapan teknikal, mana mungkin boleh berlaku sepantas itu dan mlibatkan bukan seorang penduduk tetap, malah ribuan lagi.
"Memang tak logik la kalau kesilapan teknikal. Benda sebesar tu boleh silap, bukan satu pulak tu tapi beribu.
"Saya yakin ini bukan silap, ini mesti disengajakan," katanya menempelak penafian yang dibuat pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Abdul Aziz dalam responnya berhubung kontroversi pertukaran status PR ditukar menjadi warganegara bagi membolehkan mereka mengundi yang dilapor semalam memberi alasan, apa yang berlaku mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Beliau juga mendakwa kemungkinan senarai nama PR di laman web Jabatan Pendaftaran Negara adalah senarai lama yang belum dikemaskini.
Menurutnya lagi, hanya penduduk tetap yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja yang boleh ditukar menjadi rakyat Malaysia.
Mengulas lanjut Suhaizan melahirkan rasa hairan mengapa SPR menjadi "tukang jawab" bagi pihak JPN.
"SPR jangan nak tolong jawab bagi pihak JPN la. Kita tahu SPR terima senarai yang salah, tapi kenapa terima juga...
"Tidak mustahil SPR, JPN dan KDN berkomplot dalam perkara ini," telahnya.
Semalam, pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.
Selain Mismah, 52 nama lain juga turut dikesan bertukar status dan didaftar sebagai pengundi di beberapa parlimen di Kuala Lumpur.
Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.
Bukti-bukti itu jelasnya telah dimuat turun termasuk data-data kad pengenalan PR kerana sudah menjangkakan sama ada "server" JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.
Jangkaan itu katanya ternyata benar apabila ia betul-betul berlaku semalam.
Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini.
Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini.
KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan pembubaran Parlimen selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi.
"Isu yang mendesak kini ialah ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan negara dengan kebanjiran warga asing di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.
"Apabila daftar pemilih dibanjiri oleh warga asing, ia jelas merupakan ancaman serius kepada kedaulatan negara dan keselamatan negara selain dari pencabulan hak asasi warganegara Malaysia sendiri," tegas beliau ketika menuntut supaya SPR menjelaskan bagaimana daftar pemilih dibanjiri oleh warga asing yang hanya memiliki status penduduk tetap sahaja.
Mahfuz menyifatkan pendedahan itu sebagai bukti yang tidak boleh disangkal lagi bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) dan SPR tidak habis-habis membohongi rakyat Malaysia apabila berulang kali mendakwa bahawa daftar pemilih yang ada sudah dibersihkan.
"Kita boleh terima kalau nama orang yang baru sahaja seminggu dua meninggal dunia masih ada dalam daftar pemilih walaupun zaman sekarang zaman teknologi yang membolehkan nama si mati dibuang hampir serta merta dari daftar pemilih.
"Tetapi kebanjiran begitu banyak warga asing bukan lagi perkara yang boleh dikompromikan. SPR boleh dituduh terang-terangan terlibat membiarkan kedaulatan dan keselamatan negara ini terancam.
"Sebagai agensi kerajaan, SPR tidak sepatutnya dilihat menjadi pihak yang mengancam kedaulatan dan keselamatan negara," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Antara lapan tuntutan bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi. Tuntutan-tuntutan lain ialah mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
"Sebab itulah kita mohon Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu campur tangan antaranya tidak memperkenankan permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen selagi tuntutan Bersih tidak dipenuhi.
"Kini semakin terbukti, keengganan SPR membersihkan daftar pengundi sudah sampai ke peringkat mengancam kedaulatan dan keselamatan negara dengan kebanjiran warga asing dalam daftar tersebut.
"Jangan sampai nanti orang melihat SPR bukan sahaja tidak mahu membersihkan daftar pemilih malah menjadi dalang utama yang mengotorkan daftar itu dengan kebanjiran warga asing tersebut," kata Mahfuz.
Kebanjiran warga asing dalam daftar pemilih itu didedahkan oleh blog Perisik Rakyat (http://www.perisik-rakyat.com).
Blog itu mendedahkan sehingga 169 nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia.
Namun begitu, menurut siasatan Harakahdaily, tidak semestinya nombor kad pengenalan yang mempunyai angka -71- di tengah adalah warga asing. Ini kerana, angka -71- di tengah menunjukkan lahir di luar negara.
Menurut pendedahan Perisik Rakyat, antara warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi bernama Mismah.
Menurut laporan Malaysiakini pula, Mismah diterima sebagai pengundi baru di Ijok, di mana Ahli Dewan Undangan Negerinya ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimennya ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dzulkelfy Ahmad.
Menurut Malaysiakini, Mismah didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.
Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan dakwaan itu.
Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.
KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut mereka dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.
Ekoran itu, Suhaizan Bin Kaiat, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia menuntut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan penjelasan.
Dewan Pemuda PAS, katanya, mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.
"Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," kata beliau dalam kenyataannya.
(Kad MyPR Mismah pada sebelah pagi)
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini, katanya kepada Harakahdaily.
Malaysiakini mengeluarkan berita "PR Didaftar Sebagai Pengundi" pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011.
Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR).
Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia.
Kad Pengenalan di bawah di salin pada jam 1.06 petang 2hb Ogos 2011 :
Kad Pengenalan sudah bertukar menjadi biru pada jam 2.30 petang hari yang sama 2hb Ogos 2011 setelah Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 petang. Ini memberi maksud bahawa Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja.
(Kad MyKad Mismah pada sebelah petang selepas dibuat laporan pada sebelah paginya)
Nama Mismah terdapat dalam WEB SPR sebagai "Sedang Dalam Pameran Rang" seperti di bawah :
Mismah adalah individu yang telah daftarkan sebagai pengundi di Dun Ijok, Selangor walaupun beliau adalah seorang PR. Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sedang mempamerkan maklumat bakal-bakal pemilih di seluruh negara sekarang ini.
Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.
(Keratan semakan dengan SPR status Mismah sebagai pengundi)
"Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali. Dewan Pemuda PAS sudah menjangkakan sama ada "server" JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.
"Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara. Ini lah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini," katanya.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
DUNGUN, 2 Ogos Selasa - Lebih 60 orang faqir miskin di sekitar DUN Sura di sini menerima sumbangan berupa keperluan dapur menjelang Ramadhan baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung di Surau Haji Abdul Jalil, Jalan Lembah itu diadakan pada 30 Julai, Sabtu dua hari sebelum ketibaan Ramadhan.
Beras, gula, gandum, minyak masak dan wang tunai telah disampaikan kepada para penerima yang telah dipilih melalui PAS Cawangan-cawangan DUN Sura.
Sumbangan telah disempurnakan oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli. Isteri beliau, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd turut hadir menyampaikan sumbangan.
Program tahunan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura ini mendapat kerjasama daripada para dermawan yang menyumbang dalam bentuk barangan dan kewangan.
DUNGUN 01 Ogos 2011 - Sempena ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Ustaz Wan Hassan Md Ramli telah turun padang mengagihkan sekotak kurma kepada para peniaga di Pasar Besar Dungun bagi meraikan kedatangan bulan yang mulia ini.
Turut mengiringi beliau adalah Ustaz Azman Syapawi, Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu yang turut menghadiahkan sebotol air zam zam kepada para peniaga.Program kebajikan Majlis Tindakan Dun Sura ini dibantu sepenuhnya oleh petugas dari Penyelaras Pemuda Dun Sura yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Sheikh Hanafi dan juga Muslimat Dun Sura yang turut disertai oleh isteri YB ADUN Sura, Hajjah Siti Zaliha Mohamad.
Walaupun dinafikan hak untuk menerima peruntukan DUN dari Kerajaan Negeri Terengganu,pihak MTD Sura tetap menjayakan program ini yang banyak dibantu oleh orang perseorangan dan derma dari pihak yang simpati atas permasalahan ini.
Sudah menjadi kebiasaan bilamana program yang dianjurkan oleh pihak MTD Sura ini akan ditiru sepenuhnya oleh pihak Umno BN yang akan turut turun padang selepas daripada ini.Berlainan dengan program yang dianjurkan oleh pihak PAS,program Umno BN ini sudah tentu menelan perbelanjaan besar puluhan ribu ringgit dan menggunakan wang rakyat yang diselewengkan bagi memastikan dikalangan mereka mendapat habuan yang sewajarnya.
Pihak Majlis Tindakan Dun Sura amat berbesar hati dan merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang menjayakan program Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dun Sura ini.Turut tidak dilupakan para petugas dari kalangan pemuda dan muslimat yang mengiringi di sepanjang program berlangsung.
Gambar-gambar sekitar Sumbangan Kurma oleh YB Dun Sura dan air zam zam oleh Ustaz Azman Syapawi..klik DI SINI
Anjuran bersama : PAS Kawasan Rembau , Dewan Ulamak PAS N.Sembilan , Unit Amal Kawasan Rembau , Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau , Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau
Untuk Sumbangan : Cek atas nama : PAS KAWASAN REMBAU No akaun : 05-012-01-007334-7 (Bank Islam)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hj Abd Roni 012-2268230 , Hamizi 012-2832458 , Rozmal 012-2267406
CERAMAH UMUM Tarikh : 6 Ogos 2011, Sabtu Masa : 9.30 malam Tempat : Batu 3, Kg Pedas-Linggi, Rembau (berhampiran Tol Pedas) Penceramah: YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS YB Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Dr Rosli Yaakop , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Chegubard , Ketua PKR Rembau
Selasa, 02 Ogos 2011 09:36 | Ditulis oleh Sarina Ismail
ALOR SETAR, 2 Ogos 2011 – Keadaan Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dilaporkan stabil setelah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Jumaat lepas setelah dinasihatkan doktor untuk berehat.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, YB Dr. Ismail Salleh, keadaan Azizan bertambah baik sejak semalam dan mampu berbual dengan tetamu.
"Beliau membuat rawatan awal di Kedah Medical Centre (KMC) sebelum dinasihatkan membuat pemeriksaan susulan di IJN.
"Beliau menjalani prosedur angiogram dan dimasukkan ke wad untuk pemantauan berterusan," ujarnya.
Menurut beliau lagi, kemungkinan Azizan akan berehat daripada aktiviti rasmi kerajaan negeri antara satu dan dua minggu dan buat masa ini, semua majlis rasmi yang dijadualkan untuk beliau akan diwakili Exco.
"Beliau masih memerlukan pemeriksaan rapi dan pemantauan. Walau bagaimana pun pihaknya tidak perlu lantik Pemangku Menteri Besar kerana tempoh berehat beliau tidak melebihi 30 hari," terangnya.
Beliau juga mengharapkan Azizan akan segera sembuh dan dapat menjalankan tanggungjawab seperti biasa.
PAS Kawasan Miri merasakan keadaan lalu-lintas di sekitar bulatan Pujut 7, Miri semakin kritikal dengan kesesakan yang amat teruk pada waktu pagi dan waktu petang.Kesesakan teruk ini berlaku ketika penduduk-penduduk di sekitar Senadin, Permyjaya, Tudan dan Lutong pergi dan balik dari pejabat masing-masing. Kesesakan luar biasa ini adalah akibat daripada sistem jalan yang kurang sempurna.
Perkara ini dapat dielakkan lebih sepuluh tahun yang lalu sekiranya pihak kerajaan meneliti pelan pembangunan di sekitar kawasan Permyjaya dan Senadin. PAS Kawasan Miri merasa hairan kenapa berlaku pembesaran dan penaikan taraf jalan menghubungkan Lutong dan Kuala Baram melalui Batu Satu sedangkan sekarang jalan itu tidak lagi menjadi jalan utama ke Kuala Baram atau ke Brunei. Kenapa tidak perancangan pembesaran jalan tersebut dipindahkan ke jalan menghubungkan Pujut 7 dan Permyjaya? Ini menunjukkan kerajaan yang ada pada ketika itu tidak memiliki keupayaan untuk merancang dan menguruskan pembangunan infrastruktur dengan baik.
Oleh yang demikian, kami merasakan perlu ada penjelasan daripada pihak yang kerajaan dan Majlis Bandaraya Miri berkenaan kegagalan perancangan ini. Dalam masa yang sama, kami ingin mencadangkan dalam tempoh pembinaan dan pembesaran jalan menghubugnkan Pujut 7 dan Permyjaya ini, pihak PDRM khususnya bahagian trafik perlu mengambil tindakan serius untuk menempatkan anggota bagi mengawal lalu-lintas. Kita tidak mahu pihak PDRM hanya bertindak efektif dalam menguruskan demonstrasi awam yang aman tetapi lembab dalam menguruskan tugasan harian mereka.
Mohammad Arifiriazul, Ketua Penerangan PAS Kawasan Miri, www.pas-miri.blogspot.com, arifiriazul@pas.org.my
NOTA EDITOR: Terima kasih Poji kerana research yang taraf dunia. Seperti yang Tulang Besi telah nyatakan sebelum ini, Barisan Nasional akan merampas semula Selangor dengan bantuan mamat2 Indon, Bangla dan Myammar. Kalau Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mengambil tindakan dengan kadar segera, maka bersiap sedialah untuk meninggalkan Bangunan SUK dgn kadar segera. Berhentilah buat kerja syok sendiri dan mula kan kerja2 bersih daftar pemilih. Asyik harap PAS je sampai kiamat tak boleh selesai masaalah ni.
TAWAS ke, Jom Shopping ke, semua program USELESS dan TAK GUNA kalau Kerajaan Pakatan Rakyat tidak dapat halang mamat Indon, Bangla dan Myammar dari mengundi.
PRU-13: Misi Pertahan Kuasa Dengan Kod "71"
Jelas dari sumber maklumat Website Suruhanjaya Pilihanraya sendiri dengan jelas, tiada menyatakan bahawa hanya "Warganegara Malaysia" sahaja yang ditakrifkan sebagai "layak" mendaftar sebagai pengundi dan layak mengundi setelah permohonan diluluskan.
Dalam Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga tiada dinyatakan bahawa "Pemastautin Tetap" juga layak sebagai pengundi. Hanya "Warganegara Malaysia" sahaja layak sebagai pengundi.
Dibawah ialah contoh MyPR ataupun Kad Pengenalan Malaysia Pemastautin Tetap (Bukan Warganegara Malaysia).
Dibawah ialah deretan nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia:
530824715008
671219715084
380424715016
650503715054
501124715020
561210715515
600602715505
690510715008
430106715072
470111715030
520915715311
521111715089
540622715164
620620715179
341026715342
500815715527
550707715285
600510715209
600720715004
620816715170
310622715144
560908715088
310901715366
550904715110
330118715194
381230715143
390203715054
441205715223
561124715156
600110715007
670918715070
190721715277
231027715339
380825715199
450727715030
600102715082
690608715487
490815715248
560101715028
650815715336
130427715247
601107715043
621214715098
310425715292
461014715173
530717715088
540201715166
540515715070
570527715200
570601715138
581215715168
630713715169
650418715009
740829715002
751028715081
560112715031
600703716187
551020715021
560920715152
631009715020
720322715099
630106715423
610515715039
730917715089
540515715038
450316715060
530927715123
561005715014
600718715048
711010715108
780413715187
610615716151
700620715291
571210715063
400811715118
640403715074
300407715169
321030715144
370722715197
510609715365
590613715555
590703715751
600323715545
610710715093
740612715001
611101715519
460814715054
740715715100
620427715177
311007715171
620805715829
520111715033
541230715004
570515715078
650612715256
510115715162
591022715064
750410715037
790607715125
740313715087
570101715246
530824715008
671219715084
520312715195
571109715405
380424715016
371215715103
540818715051
540830715038
650110715416
631105715311
600102715437
560703715527
600616715215
420107715155
550618715195
670624715104
620520715462
680810715254
590517715459
611106715008
291218715301
640505715198
460404715123
350727715278
601217715204
650410715207
560317715190
591104715295
420928715056
560405715465
620824715082
480309715078
500610715152
520407715200
560405715086
590406715165
640806715378
641130715187
750612715000
460202715205
581126715211
610305715479
450905715018
490227715209
610518715202
470806715117
511113715120
560314715291
581110715129
760612715077
791225715079
490322715186
580909715037
650503715054
670308715014
700404715027
560605715953
510808715181
620620715419
470116715101
470320715176
520328715042
420616715348
580318715246
250622715425
540429715138
540515715302
610203715099
Buktinya, print screen semakan dilaman Website Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dibawah:
br />
Harap dapat penjelasan dari Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Kesemua nombor-nombor diatas menggunakan Kod nombor "71" sebagai rujukan kelahiran diluar negara Malaysia.
Kalau tiada respon dari pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, kita mesti bersetuju bahawa Misi Kod 71 adalah Misi menjual Negara Malaysia kepada Pendatang Asing dan penggeraknya ialah Pemerintah Negara Malaysia sekarang yang takut kehilangan kuasa.
Demi kuasa, Maruah Negara diserah pada warga Asing.
Tuanku Sultan melawat MB KUALA LUMPUR - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku sultan Kedah telah sudi mencemar duli menzirahi YAB Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang sedang di rawat di Institut Jantung Negara (IJN). KDYMM Tuanku Sultan sudi melapangkan masa menziarahi YAB Menteri Besar setelah di maklumkan tentang keadaan Ustaz Azizan. Didalam lawatan baginda telah di beri peneragan oleh Pakar Jantung IJN yang merawat baginda. YAB Ustaz Azizan menjunjung kasih diatas lawatana KDYMM tuanku itu walaupun beliau tidak dibenarkan bercakap oleh doktor yang merawat baginda. YAB Menteri Besar di masukkan ke IJN setelah beliau mengadu tidak sihat dan mendapatkan rawatan di KMC yang kemudiannya di rujuk ke IJN untuk tindakan lanjut. Posted by Kedah La
Kos Hidup Tinggi : Kelantan Mahu Import Beras Di Buka Untuk Negeri Pakatan
Surat YB Husam kepada Perdana Menteri yang diutus pada 1 Ramadan:
Pertama, untuk mengucapkan salam Ramadhan kepada YAB Datuk Seri. Di samping itu, saya doakan juga dengan berkat Ramadhan, YAB Datuk Seri segera sembuh.
Kedua, untuk mencadangkan program pengurangan kos hidup yang melambung sekarang bagi membantu meringankan keperitan rakyat jelata. Ramadhan antara lain mendidik keprihatinan jiwa Mukmin terhadap anggota masyarakat yang lemah, terkesan dengan beban hidup dalam menyara kehidupan diri dan keluarga.
Melalui berlapar, kita merasai kesukaran rakyat yang miskin dan memerlukan. Kita menghayati keperitan mereka dan mendesak jiwa dan minda kita memikirkan seribu satu cara untuk berkongsi penderitaan mereka.
Salah satu isu yang menghimpit rakyat sekarang adalah kenaikan kos barang-barang keperluan seharian, seperti YAB Datuk Seri sendiri mengakuinya dengan cadangan langkah memerangi kos kehidupan sebagai satu lagi bidang keberhasilan utama negara seperti yang diumumkan oleh YAB sehari dua yang lalu.
YAB Datuk Seri,
Pada pandangan saya, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dan cara yang boleh menurunkan harga barang keperluan dengan segera, terutama beras, gula, tepung dan susu.
Salah satu penyumbang bagi tingginya harga barang-barang ini ialah dasar yang salah yang dilaksanakan oleh Kerajaan YAB Datuk Seri sendiri iaitu menentukan import kepada monopoli agensi atau syarikat tertentu.
Tanpa monopoli ini, harga barang keperluan dapat diturunkan serta merta.
YAB Datuk Seri,
Sebagai membuktikan dakwaan saya, YAB Datuk Seri boleh menyemak perbandingan harga dunia dan harga yang dikenakan kepada pengguna Malaysia. Sebagai contoh, harga beras gred berkualiti, purata adalah USD 650 semetrik tan. Bermakna harganya adalah RM 20 setiap sepuluh kilogram. Bandingkan berapa harga yang dikenakan kepada pengguna sekarang?
Bagi mengukuhkan pandangan saya bahawa harga barangan ini boleh dikurangkan melalui permit import yang tidak ekslusif kepada hanya satu syarikat seperti Bernas, izinkan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri, mengimport 500,000 metrik tan beras berkualiti premium untuk jualan Negeri Pakatan Rakyat sebagai langkah permulaan.
Seperti dalam makluman YAB Datuk Seri, penggunaan beras Negara adalah berjumlah 2 juta metrik tan dan apa yang kami pohon tidak menjejaskan pengguna negeri lain.
Insya'allah ia akan membantu empat perkara;
a. Harga yang lebih murah b. Kualiti premium c. Sekuriti bekalan makanan untuk keperluan Negara d. Tidak membebankan kewangan kerajaan kerana ia tidak memerlukan subsidi.
Kami Insya'allah berkeupayaan melakukannya dalam tempoh dua minggu dari tarikh keizinan diberikan dan jika keizinan ini boleh disegerakan oleh YAB Datuk Seri, pengguna boleh menempuh Ramadhan ini dengan kos hidup yang lebih rendah.
Buat permulaan, Insya'Allah kami boleh mulakan dengan beras, gandum, susu dan gula.
Mengikuti surat ini nanti ialah surat-surat dan tindakan rasmi yang lain, termasuk dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi menjadikan semangat Ramadhan membantu mereka yang berkesempitan suatu realiti.
Sekian, terima kasih. Dato Hj Husam Musa -Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri -Naib Presiden PAS
Komen : Kita mengalu-ngalukan kehadiran Tun M memecahkan rekod diri beliau sendiri untuk turun ke mahkamah. Al-maklumlah lutut Tun M belum pernah dibedah kot? Dulu masa jadi PM , beliau suruh soalan dihantar kepadanya. Kali ini kita harap Tun M akan menunukkan kejantannya lebih baik dari anaknya Marina. Dan kita harap DS Najib juga jangan ber alasan bila dipanggil ke mahkamah atau minta soalan dulu.
Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, kata DPP Tun Abdul Majid Tun Hamzah.
Beliau memberitahu demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas meminta bekas pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Sahari Mahadi untuk mengesahkan sepucuk surat yang ditulis oleh Ling kepada Dr Mahathir.
Sahari merupakan saksi kedua pendakwa dalam perbicaraan tersebut.
Ling pada mulanya dituduh menipu jemaah menteri untuk memberi persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek PKFZ mengikut terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).
Dalam tuduhan pindaan - yang didedahkan oleh peguam semalam - Ling didakwa telah gagal mendedahkan fakta-fakta yang berkaitan dengan faedah 7.5 peratus setahun sebagai tambahan kepada kos tanah yang telah dijual pada harga RM25 sekaki persegi yang berjumlah RM1,088,456,000 .
Dalam pertuduhan pertama, Ling didakwa menipu jemaah menteri supaya bersetuju dengan syarat-syarat pembelian di antara KDSB dan LPK dan memberikan kelulusan untuk membeli.
Ling dituduh melakukan penipuan dengan mengetahui bahawa dia (Dr Ling) boleh menyebabkan kehilangan kepada Kerajaan Malaysia, yang kepentingannya di dalam urusan yang berkaitan dengan penipuan itu, beliau terikat oleh suatu kontrak di sisi undang-undang untuk melindungi.
Pertuduhan itu, di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pilihan, Dr Ling didakwa menipu jemaah menteri dengan curangnya menyembunyi fakta serupa pada tempat dan tarikh yang sama.
Pertuduhan tersebut - mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan - membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan tersebut dijangka mendengar keterangan 40 orang saksi.
Syarikat konsesi mencetak dan mengedar bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dawama Sdn Bhd telah mengarahkan kesemua pekerjanya, dianggarkan lebih 400 orang, mengambil cuti tanpa gaji bermula esok ekoran masalah kewangan dihadapinya.
Notis itu yang menggariskan pertikaian dengan DBP sebagai alasan, agensi terletak di bawah Kementerian Pelajaran, sebagai punca kepada tindakan tersebut.
Dawama dilaporkan berhadapan dengan masalah kewangan rumit.
The Malaysian Insider menghubungi Dawama beberapa kali, tetapi tiada respons daripada pengurusan mengenai perkembangan terbaru ini.
Tindakan mengejutkan pekerja ini diambil ketika umat Islam memasuki bulan Ramadan, dijangka esok.
Majoriti pekerja Dawama beragama Islam.
Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd Zainal Awit berkata, pihaknya menerima notis berkenaan Khamis lalu mengatakan semua pekerja perlu bercuti tanpa gaji sehingga pertikaian dengan DBP selesai.
"Bila pertikaian itu akan selesai, bila kami boleh balik bekerja, kami tidak tahu... tetapi kami diminta mengambil cuti tanpa gaji, bermakna tiada gaji, tiada tarikh bila ia akan berakhir," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Zainal berkata, mengikut notis yang dikeluarkan kepada kesemua pekerja, Dawama mengatakan bahawa pihaknya sedang berhadapan dengan pertikaian ekoran keingkaran DBP mematuhi konsesi yang dimeterai satu dekad lalu.
"Sehingga pertikaian ini diremedikan, kami diminta mengambil cuti tanpa gaji... sampai bila?
Esok, lusa sudah mula bulan Ramadan, kemudian Hari Raya Aidilfitri," kata beliau yang turut terkejut bagaimana majikannya boleh berhadapan dengan masalah kewangan sedangkan "maklumat kami menunjukkan syarikat sepatutnya membuat keuntungan sehingga RM60 juta setiap tahun."
"Dawama mencetak dan mengedarkan buku teks, buku dan majalah, di mana ia sepatutnya tidak rugi.
Tetapi kami difahamkan ia berhadapan dengan masalah termasuk tidak mampu membeli kertas," kata beliau yang mengakui pernah mengadu isu itu kepada Kementerian Pelajaran.
"Tetapi, disebabkan tindakan itu, saya telah digantung tugas selama 14 hari dan apabila saya mula balik untuk bekerja Khamis lalu, kami terima notis ini," katanya lagi.
Esok, kesemua pekerja Dawama akan berkumpul pdi pekarangan ibu pejabat Dawama di Hulu Klang untuk membuat pendirian dan tindakan susulan mereka.
The Malaysian Insider membawa laporan pada 27 Jun lalu, DBP dan Dawama berhadapan dengan 'perang dingin' — dipercayai meruncing bulan lalu di sebalik isu kemerosotan penjualan dan cetakan buku dan majalah terbitan agensi itu sejak beberapa tahun lepas.
The Malaysian Insider juga difahamkan pengurusan kedua-dua entiti itu kini memasuki satu persekitaran yang sangat parah dengan dikatakan tidak dapat bersemuka dalam menyelesaikan isu mereka, sekali gus meletakkan DBP dalam keadaan serba salah.
Sumber itu juga berkata, hubungan tidak mesra itu wujud selepas DBP memutuskan untuk melantik pihak ketiga bagi mencetak buku-buku teks agar ia dapat dibekalkan kepada sekolah menjelang Ogos.
Malah difahamkan 'perang dingin' DBP dan Dawama meruncing sehingga ke tahap menutup 'pintu' kepada pengurusan agensi itu ekoran selepas kata dua Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Abdul Aziz baru-baru ini — yang memberi satu tempoh kepada Dawama agar melakukan penambahbaikan dalam mengatasi masalah kemerosotan penjualan dan cetakan buku dan majalah terbitan sejak beberapa tahun lepas.
Dawama diberi tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002 dan sejak itu berlaku kemerosotan yang agak ketara daripada segi cetakan dan jualan.
Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada 2014.
Dua minggu lalu, Termuzi memberi jaminan buku teks akan tetap sampai di sekolah sebelum sesi persekolahan 2012 bermula.
Kini, DBP sedang menggunakan khidmat pihak ketiga untuk mencetak buku-buku teks dan 10 majalahnya termasuk edisi bulan Julai yang tidak dapat dicetak dan diedarkan awal bulan ini. - jalanpulang
kontrak till 2014, tapi dbp sudah appointed new printing service rm60 juta yearly hilang begitu sahaja KISAH SEBELUM. BP rugi RM200 juta: Aziz Deraman terlibat? Oleh HAMAS YASSIN Membaca kenyataan Aziz Deraman yang tersiar dalam Siasah 04-10 Mac 2011 tentang kerugian DBP mengingatkan penulis tentang peribahasa Melayu yang berbunyi seperti ayam jantan kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi. Untuk mengingatkan Aziz Deraman, dia telah menjadi Ketua Pengarah DBP dari tahun 1994 hingga 2004.
Konsesi lima bahagian di DBP kepada Dawama dilakukan pada akhir 2002 semasa Aziz Deraman menjadi Ketua Pengarah DBP. Bagaimana Aziz Deraman sebagai Ketua Pengarah DBP tidak tahu tentang syarat-syarat perjanjian konsesi melibatkan pembahagian 80% kepada Dawana dan 20% kepada DBP untuk buku bukan teks sekolah dan 70% kepada Dawama dan 80% kepada DBP untuk buku teks sekolah dari harga jualan buku tersebut?
Mungkin ketika itu Aziz Deraman terlalu sibuk berkunjung ke luar negara untuk membuat perjanjian MOU dengan universiti-universiti asing dengan alasan kononnya untuk mengembangkan Bahasa Melayu ke luar negara. Penulis difahamkan sepanjang 10 tahun Aziz Deraman berkhidmat sebagai Ketua Pengarah DBP sebanyak lebih 20 perjanjian MOU telah dilaksanakan.
Mungkin Aziz Deraman seronok berjalan hingga lupa tentang konsesi DBP dengan Dawama dan memberikan tanggungjawab terhadap perjanjian konsesi kepada Timbalannya Abu Bakar Muhammad dan juga orang harapannya seperti Kamarul Zaman Shahrudin, Azah Wahab dan Mohd Isa Safuan. Mereka tersebut ialah Pengarah Dasar, Pengurus Kewangan dan Pegawai Undang-undang di DBP ketika perjanjian konsesi dirangka dan dilaksanakan. Mereka bertiga masih ada di DBP sekarang dan dinaikkan pangkat dan gred jawatan lagi.
Penulis mendapat maklum dari konsesi yang merugikan DBP beratus juta ini anak Aziz Deraman berkhidmat di Dawama dengan jawatan yang tinggi juga. Kenapa anak Aziz Deraman bekerja di Dawama? Mungkin Aziz Deraman boleh menjawabnya.
Kepada Aziz Deraman, bagi penulis tidak perlulah membuat kenyataan bahawa kerugian DBP disebabkan pemantauan dan penyeliaan yang lemah oleh DBP dan dalam masa yang sama kemungkinan salah pengawasan di pihak Dawama atau sebagainya.
Apakah Aziz Deraman tidak faham maksud 20% dan 80% serta 30% dan 70% dari harga jualan buku tersebut? Kalau dia tidak faham bertanyalah.
Semasa menjadi Ketua Pengarah DBP sebenarnya anda tidak bertanggungjawab. Anda hanya memakai songkok tetapi sebenarnya berpura-pura sahaja. Cukuplah lakonan anda jangan menjadi ayam jantan kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi. Dicatat oleh ELBI RISALAH http://dialograkyat.blogspot.com/2011/03/dbp-rugi-rm200-juta-aziz-deraman.html
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menafikan secara terbuka penglibatan beliau dalam agenda mencari pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.
"Saya mencabar beliau untuk membuat kenyataan secara terbuka bahawa beliau tidak berjumpa Ku Li dan mempelawa Ku Li memimpin pakatan pembangkang," kata ahli parlimen Bebas kawasan Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, ketika mengulas laporan bahawa pakatan pembangkang cuba memujuk anggota parlimen Gua Musang daripada BN, Tengku Razaleigh Hamzah, menjadi ketua pembangkang.
Zahrain berkata isu sebenarnya bukan mengenai pemilihan Tengku Razaleigh sebagai pengganti Anwar sebaliknya ia mencerminkan keraguan pemimpin-pemimpin kanan pakatan pembangkang terhadap kredibiliti Anwar.
Beliau berkata rakyat harus tahu tindakan mencari pengganti Anwar adalah petunjuk jelas bahawa pemimpin Pas dan DAP sedar Anwar adalah satu bebanan kepada kelangsungan politik mereka.
KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Ekoran tekanan daripada orang ramai, Media Prima Bhd memutuskan untuk menggugurkan iklan sempena Ramadan, yang disifatkan banyak pihak sebagai berbaur rasis dan mencetuskan rasa kurang senang di kalangan rakyat pelbagai kaum.
Awal hari ini, bekas ketua eksekutif 8tv ini cuba meredakan keadaan dengan meminta orang tidak membesarkan iklan berkenaan yang menasihatkan bukan Islam supaya bersopan ketika bulan Ramadan.
Diterbitkan sebagai pengumuman perkhidmatan publik menerusi 8tv, tiga iklan menggambarkan seorang budak perempuan 'Cina' makan secara terbuka, mengenakan pakaian kurang sopan dan kurang beradab ketika Ramadan seolah-olah mencetuskan kurang senang di kalangan umat Islam.
Iklan-iklan itu mengesyorkan agar bukan Islam menjauhkan diri daripada tingkah laku sedemikian dan mahu mereka memahami dan menghormati bulan Ramadan.
Tahun ini, Media Prima berhadapan dengan kritikan apabila menyiarkan iklan sempena Aidilfitri, didakwa membawa gambaran dan mesej penganut Kristian.
Iklan itu turut ditarik balik ekoran kritikan orang ramai khususnya kalangan Muslim.
.... amik le contoh puteri umno yang seksi-seksi jadi pelakonnya.... hahahaha
KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan Jumaat lalu daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat, akan dicaj di Butterworth esok kerana memiliki bahan-bahan subversif.
Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar mengesahkan perkara itu hari ini. "Saya baru menerima panggilan daripada peguam saya, polis ada mengatakan bahawa mereka akan mengeluarkan waran tangkap jika kami tidak muncul esok," kata beliau.
"Kami akan hadir, biar mereka mendakwa kami dan kita akan lihat ke mana kita akan pergi dari sana," kata beliau lagi.
Ragunath Kesavan, salah seorang peguam mewakil mereka berkata, keenam-enam pemimpin terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 48 Akta Pertubuhan dan Seksyen 29 Akta Keselamatan Dalam Negeri. Jumaat lalu, selain Dr Jeyakumar, lima yang lain iaitu setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P.Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33 dan M.Sukumaran, 50, timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R. Sarat Babu, 25, telah dibebaskan tanpa sebarang syarat.
Mereka ditahan sejak 2 Julai lepas di Seberang Prai, Pulau Pinang mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan).
Sebelum itu, mereka ditahan bersama 24 yang lain dalam sebuah bas persiaran di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas pada 25 Jun dan didakwa di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.
Keghairahan UMNO melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.
Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.
Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.
UMNO dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin UMNO pernah menanggap politik suku agama suku.
Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.
Bukankah ini bukti fahaman UMNO yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?
Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.
Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda UMNO juga tergolong senarai pengganas.
Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0?
Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara?
Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam UMNO.
Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?
Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.
Pada 30 Julai 2011 lepas saya menghadiri satu lagi jemputan satu program anjuran kerajaan negeri Kelantan bertajuk 'Bicara Selebriti'.
Ya, sudah beberapa kali saya dijemput ke Balai Islam, Kelantan untuk pelbagai wacana. Namun kali ini agak lain sedikit. Biasanya di pentas Balai Islam itu saya akan berbicara dan berdiskusi dengan tokoh-tokoh politik atau pemikir.
Selalunya 'panas' dan banyak emosi akan 'bangkit'. Namun kali ini agak santai dengan tajuk dan panel yang demikian rupa. Turut diundang selebriti Wardina Safiyyah dan gitaris terbilang saudara Sham Kamikaze.
Turut menjadi panel tokoh dakwah yang dikenali ramai, sahabat baik saya yang lama tidak bertemu al-Fadhil Ustaz Hasrizal Jamil dan juga sahabat baik saya Amin Idris sebagai moderator.
Saya bukan tidak pernah sepentas dengan Wardina, hanya seminggu lepas saya dan beliau berforum di KUIS, Selangor yang turut dihadiri oleh Datuk Sri Shahrizat Jalil. Beliau juga sahabat saya. Demikian Saudara Sham Kamikaze yang selalu juga ke rumah saya di Bukit Mertajam.
Namun, untuk sepentas atas nama selebriti agak berat bagi saya. Saya bukanlah terkenal seperti mereka. Mereka selebriti, saya rakyat marhaen. Ya, saya seorang rakyat biasa, yang kadang-kala terlibat mengulas isu-isu yang menjadi hak rakyat muslim merdeka untuk memperkatakannya.
Cuma, saya juga mengulas banyak isu seni di sudut agama dan pemikiran serta menulis puisi dan lirik. Mungkin yang lebih 'sikit' pernah jadi mufti Perlis. Ramai juga artis-artis glamor merupakan sahabat baik saya.
Namun, agak 'segan' untuk duduk atas pentas atas nama selebriti. Apapun, saya kagum dengan kepimpinan kerajaan Kelantan yang menampilkan kematangan mereka dalam mengadunkan isu-isu hiburan ini di negeri yang terkenal dengan banyak pusat pengajian agama.
Muzik, nyanyian: Berhak pilih pandangan Dalam majlis itu, saya mengambil peranan membahaskan pandangan sarjana tentang nyanyian dan muzik. Saya tahu, bukan senang bagi pihak kerajaan negeri untuk membolehkan lahirnya sikap terbuka dalam kalangan mereka yang 'kuat agama' mengenai isu ini.
Apatah lagi di Kelantan yang banyak pondok-pondok tradisionalnya. Dalam masa yang sama, generasi muda inginkan hiburan dan mereka perlukan bimbingan.
Dalam majlis itu, saya jelaskan bahawa ada perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana fekah mengenai persoalan nyanyian dan muzik. Dalam persoalan khilaf yang muktabar seperti ini, seseorang berhak memilih pandangan dia yakini dan tidak boleh memaksa orang lain meyakini apa yang dia yakini.
Ertinya, setiap muslim berhak berpegang dengan pandangan yang dia rasa lebih rajih atau kukuh. Dia tidak boleh mewajibkan pandangan tersebut ke atas orang lain, jika mereka mentarjihkanpandangan yang berbeza.
Ini khilaf yang diiktiraf atau khilaf mu'tabar. Tiada siapa yang berhak memaksa pilihannya ke atas orang lain. Maksudnya, jika ada yang mengharamkan muzik, maka tidak boleh dia memaksa pandangan yang sama ke atas mereka yang mengharuskannya. Demikian sebaliknya.
Bagi saya, saya selalu teringat Nabi SAW ketika membenarkan pertunjukkan permaianan perisai dan lembing dalam masjid, sehingga ramai yang menonton termasuk kaum wanita dan isteri Nabi SAW sendiri iaitu Aishah, baginda bersabda:
"Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah." (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
Bahkan baginda SAW apabila hadir ke perkahwinan kaum Ansar, baginda bersabda: "Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan." (Riwayat al-Bukhari).
Lebih dari itu, kadang-kala baginda terlibat dalam membetulkan lirik, agar lebih bertepatan dengan ajaran Islam.
Al-Rubaiyi' binti Mu'awwiz menceritakan bahawa: "Rasulullah SAW datang ke majlis perkahwinanku, lalu baginda duduk di tempat dudukku. Beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: 'Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok'. Baginda bersabda: 'Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu'." (Riwayat al-Bukhari).
Demikian, Nabi SAW tidak melarang nyanyian gadis-gadis tersebut sekalipun lagu-lagu berlirik sedih yang dinyanyikan mengenai mereka yang terkorban. Cumanya apabila mereka menyebut lirik yang bercanggahan dengan kebenaran maka Nabi SAW menegurnya.
Dalam hadis ini Nabi SAW menegur ungkapan yang menyatakan baginda tahu apa yang akan terjadi pada esok hari. Hal ini tidak benar. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang bakal berlaku.
Bukan perangi hiburan
Sebagai sebuah kerajaan, kepimpinan Kelantan telah mengambil jalan yang yang sederhana. Kelantan - melalui program seperti ini - memberikan pendidikan secara langsung dan tidak langsung untuk aktivis Muslim berinteraksi dengan dunia hiburan, sekali gus mendekati anak-anak muda.
Jalannya bukan memerangi hiburan, sebaliknya mencari ruang untuk dimanfaatkan; maka rakyat dapat berhibur secara terarah dan tidak melampai batas.
Dengan itu Kelantan tidak menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang membiarkan rakyat bebas lepas dengan hiburan tanpa bimbingan, tidak juga menjadi jumud sehingga mengharamkan segala bentuk hiburan, termasuk nyanyian, muzik dan filem.
Demikianlah, apabila sesebuah kepimpinan itu ada wawasan yangjelas dan nurani yang inginkan rakyat berada dalam bimbingan yang betul. Segala gerak kerja diselaraskan antara kehendak rakyat dan peraturan agama.
Sikap yang matang lagi sederhana diperlukan oleh rakyat dan umat pada setiap ketika. Bukan masanya untuk mengharamkan itu dan ini tanpa memberikan alternatif yang dapat membimbing rakyat yang pelbagai ragam dan kehendak.
Janganlah pula jadi seperti kepimpinan yang hanya hendak 'memberikan keseronokan' kerana inginkan sokongan mereka rakyat tanpa memikirkan kesan dan masa depan.
Cumanya, masih banyak perkara yang perlu dibuat. Kita perlukan pembikinan karya-karya seni dalam pelbagai bidang yang berkualiti dan mendidik. Ada gabungan antara unsuran hiburan dan bimbingan secara terancang.
Ada ikatan antara seni dan kehidupan insani secara berkesan. Ini memerlukan satu perancangan jangka panjang dan pendek. Semoga Kelantan mampu melangkah lebih jauh.
Anak pondok Pasir Tumbuh
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat yang saya kasihi YB Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut.
Beliau anak tuan guru pondok Pasir Tumbuh, Tuan Guru Haji Atiqullah Yaakob. Latar belakang agamanya dan sikapnya yang terbuka patut menjadi contoh kepada banyak pihak. Beliau adalah salah satu bukti bahawa kepimpinan agama di Kelantan bersikap rasional dan meraikan perbezaan latar belakang rakyat.
Sangkaan bahawa kepimpinan agama akan mengharamkan hiburan dan seni ke atas rakyat adalah tidak benar jika dikaitkan dengan kepimpinan Kelantan. YB Ahmad Baihaqi (atas, berkopiah hitam) masih muda. Beliau dua tahun lebih muda dari saya. Sama-sama belajar di Jordan dahulu.
Hari ini menjadi pemimpin yang makin matang. Apa yang masih perlu untuk semua insan, termasuk beliau adalah terus mendedahkan diri kepada maklumat yang pelbagai, aliran fikir yang semakin rencam dan mencari kesederhanaan di sebalik itu semua.
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
KEMAMAN: Salah satu dari konsep "Negara Berkebajikan" yang ingin diutarakan oleh PAS kepada rakyat di negara ini termasuklah mengambil sikap prihatin dalam masyarakat bermajmuk.
Ini telah ditunjukkan dalam kepimpinan PAS Terengganu yang sering kali melakukan ziarah apabila berlakunya kematian sekali pun terhadap orang bukan Islam.
Sehubungan itu, pada 30 Julai lalu Penolong Setiausah PAS Terengganu, Hanafiah Mat telah melawat mendiang Long Po Poong, 65, di rumah mayat Kampung Dusun Nyior, Chukai, Kemaman.
Katanya, setiap manusia adalah insan yang sama dari keturunan Nabi Adam a.s yang akhirnya berpecah menjadi pelbagai suku kaum dan bangsa di dunia ini.
"PAS merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Long Po Poong yang mati kemalangan langgar lari.
"Kita (PAS) harap balunya (Siew Moi) dan anak-anak sabar, tabah menerima dugaan (kematian) ini," ujarnya.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai menyifatkan kes langgar lari itu tidak bertanggungjawab.
Dimaklumkan, mendiang Po Poong meninggal dunia setelah dimasukkan ke Hospital Kuantan akibat kemalangan langgar lari yang berlaku di Jalan Jakar, Chukai, dekat sini.
Mendiang Po Poong merupakan seorang pekerja bengkel yang baik dan menetap di Kampung Feri Lama, Chukai.
Beliau meninggalkan seorang balu, Goh Siew Moi, 53, dan empat orang anak terdiri dari seorang lelaki dan tiga perempuan.
Siew Moi berkata, mendiang suaminya akan dikebumikan di tanah perkuburan jirat Cina Bukit Kuang.
"Mendiang seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Kami akan semadikan mendiang (Po Poong) di tanah perkuburan jirat (Cina) di Bukit Kuang.
"Saya ucap terima kasih kepada Hanafiah yang datang melawat kami di rumah mayat pada malam ini," ujarnya.
Tinjauan di rumah mayat tersebut mendapati kehadiran bekas calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai 2008 itu mendapat sambutan dan tepukan dari semua hadirin.
Bahkan, salah seorang dari kaum tionghua itu menjulang tangan Hanafiah serta memaklumkan ini "orang kita" dengan ucapan spontan "beres!!".
” Bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan kepada kebenaran ke atas kebatilan dan kezaliman, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib. Pada bulan ini kita diseru memperbanyakkan ibadat kepada Allah SWT. Di antara ibadat yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah saling menasihati sesama muslim untuk kesejahteraan di dunia dan juga di akhirat,” ujarnya dalam [...]
http://perantaukite.blogspot.com/ Petanda pilihanraya makin hampir, pertama bila ahli-ahli PAS masuk Umno berbondong-bondong, dan PAS hampir kekeriangan ahli. Ini adalah antara ‘kerja-kerja’ Utusan bagi menggambarkan pilihanraya semakin hampir dan dekat. Kedua, Anwar akan diserang daripada pelbagai sudut, ketiga Pakatan pembangkang akan melatah atas beberapa isu terutama soal pembahagian kerusi. Hari ini sahaja kita lihat Utusan masih [...]
http://pahangdaily.blogspot.com/ ! Panas dan sungguh mengejutkan bila kami mendapat maklumat ini. Ternyata, permainan “taktik kotor” yang dipelopori oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus didedahkan oleh rakyat mutakhir ini. Ia bagi membuktikan memang berlaku amalan tidak bersih dalam pilihanraya di Malaysia selama ini. Malah, ia juga bagi menyedarkan Timbalan Pengerusi [...]
DUNGUN 01 Ogos 2011 - Sempena ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Ustaz Wan Hassan Md Ramli telah turun padang mengagihkan sekotak kurma kepada para peniaga di Pasar Besar Dungun bagi meraikan kedatangan bulan yang mulia ini.
Turut mengiringi beliau adalah Ustaz Azman Syapawi, Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu yang turut menghadiahkan sebotol air zam zam kepada para peniaga.Program kebajikan Majlis Tindakan Dun Sura ini dibantu sepenuhnya oleh petugas dari Penyelaras Pemuda Dun Sura yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Dungun,Ustaz Sheikh Hanafi dan juga Muslimat Dun Sura yang turut disertai oleh isteri YB ADUN Sura, Hajjah Siti Zaliha Mohamad.
Walaupun dinafikan hak untuk menerima peruntukan DUN dari Kerajaan Negeri Terengganu,pihak MTD Sura tetap menjayakan program ini yang banyak dibantu oleh orang perseorangan dan derma dari pihak yang simpati atas permasalahan ini.
Sudah menjadi kebiasaan bilamana program yang dianjurkan oleh pihak MTD Sura ini akan ditiru sepenuhnya oleh pihak Umno BN yang akan turut turun padang selepas daripada ini.Berlainan dengan program yang dianjurkan oleh pihak PAS,program Umno BN ini sudah tentu menelan perbelanjaan besar puluhan ribu ringgit dan menggunakan wang rakyat yang diselewengkan bagi memastikan dikalangan mereka mendapat habuan yang sewajarnya.
Pihak Majlis Tindakan Dun Sura amat berbesar hati dan merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang menjayakan program Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dun Sura ini.Turut tidak dilupakan para petugas dari kalangan pemuda dan muslimat yang mengiringi di sepanjang program berlangsung.
Terdapat kajian oleh pihak berkenaan yang menyebut bahawa beransur-ansur dalam melaksanakan undang-undang bukan maksud beransur-ansur dalam menurunkan syariat. Ini adalah terjemahan yang tidak betul.Barangkali hasil daripada terjemahan inilah menyebabkan arak masih dibenarkan dijual di negara ini, dihalalkan buat sementara waktu kemudian dikatakan akan diharamkan terus sebagaimana pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di samping kononnya dilaksanakan syariat secara sedikit demi sedikit.
Oleh kerana terjemahan tidak betul maka fahaman pun turut sama menyeleweng. Tasyri' dalam bahasa Arab adalah masdar (Kata terbitan) dari Syara'a, tayri'an. Maka tasyri' itu ialah membuat undang-undang bukan mendaulatkan undang- undang.
Dalam menyebut undang-undang (tasyri') memang berlaku secara tadarruj (beransur-ansur) di mana undang-undang ini dikatakan beransur-ansur oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w secara tadarruj, beransur-ansur ayat demi ayat.
Inilah sejarah turunnya al-Quran yang bukan sahaja diwahyukan kepada Nabi Muhammad pada bulan Ramadhan, tetapi mewahyukan juga kepada masa-masa lain.
Yang dimaksudkan dengan diturunkan al-Quran di sini ialah turun daripada Luh Mahfuz ke Baitul 'Izzah pada bulan Ramadhan. Inilah kelebihan bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran.
Firman Allah SWT yang bermaksud "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (al-Baqarah ayat 185)
CERAMAH UMUM Tarikh : 6 Ogos 2011, Sabtu Masa : 9.30 malam Tempat : Batu 3, Kg Pedas-Linggi, Rembau (berhampiran Tol Pedas) Penceramah: YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS YB Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Dr Rosli Yaakop , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Chegubard , Ketua PKR Rembau
Masjid As Syariff Pekan Meru, masjid-masjid dan surau Di Dun Meru telah dipenuhi masyarakat Islam sepanjang masa di bulan Ramadhan. Selain solat lima waktu, banyak program diadakan seperti kuliah subuh, Iftor Ramadhan, tazkirah, solat tarawih setiap malam. Dimasjid As Syariff Meru , sambutan berbuka dan bersahur secara percuma mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan masyarakat di sini. Setiap 6.30 petang, program Iftor Ramadhan disajikan bagi melengkapkan madrasah Ramadhan. Sebelah malam dengan jamaah 2,000 orang, masjid dihidupkan dengan solat tarawih dan diserikan dengan majlis tadarus AlQuran dan Qiamulail. Diharapkan momentum ini dapat diteruskan hingga akhir Ramadhan dan diseru masyarakat yang lain merebut peluang untuk memenuhi rumah Allah bagi melengkapi Madrasah Ramadhan
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak sejak sebulan lepas kelihatan sangat letih sehingga menyebabkannya menukar rutin tidur.
Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan yang sebelum ini berjaga sehingga jam 1 hingga 2 pagi, kini terpaksa tidur sejam atau sejam setengah selepas Maghrib.
"Kebelakangan ini dia tidur selepas Maghrib, hingga jam 9.30 atau 10.00 (malam), selepas itu baru dia memanggil saya ke rumah.
"Kalau tak panggil saya, dia akan maklumkan dia nak jumpa si polan si polan di rumah, semuanya berkaitan kerja.
"Keletihannya nampak sangat-sangat. Jam 12 baru selesai," kata Sanusi.
Sehubungan itu, Sanusi yang juga ketua penerangan PAS Kedah berkata setelah bekerja "dari pagi hingga pagi", beliau patut berehat sekejap.
Semalam, kesihatan Azizan yang dimasukkan di IJN di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, dilaporkan tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.
Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.
Menulis dalam blognya hari ini, Sanusi juga menggambarkan Azizan sebagai orang yang kuat bekerja dan enggan bercuti walaupun untuk berehat.
"Laaaa... aku nak rehat lagu mana? Hang tak nampak kerja kita bertimbun tu...," kata Sanusi menceritakan semula reaksi Azizan apabila dinasihatkan berehat.
DPPKM mendoakan semoga Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Harun Din & Pesuruhjaya PAS Kedah, YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak diberikan kesihatan demi meneruskan gerak kerja jamaah.
Kami juga mendoakan agar Dr Harun & Ust Azizan akan cepat sihat dan sembuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan