Ahad, 19 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 18 Jun 2011 11:29 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


chegu'Bard

Posted: 17 Jun 2011 11:20 PM PDT

Saya tidak mahu berapologetik, adakah saya suka kepada chegu'Bard atau sebaliknya? Ada pemimpin yang menegur saya kerana saya terus katakan saya suka kepada chegu'Bard. Tetapi saya tidak mengundi chegu'Bard!

"Eh..eh suka kepada chegu'Bard tapi tak mengundi dia? Apahal?"

Ya, saya suka kepada chegu'Bard tapi saya tak mengundi dia. Saya tidak mengundi dia didalam PRU dan saya tidak mengundi dia semasa pemilihan PKR yang lalu.

"Habis, apa guna suka kalau tak mengundi dia?"

Bagaimana saya nak mengundi dia kerana didalam pemilihan PKR dia bertanding jawatan didalam AMK, saya bukan anak muda dan tidak layak mengundi dia. Saya bukan pengundi di Rembau, sudah tentu tak dapat mengundi dia.

chegu'Bard bertanding sebagai Ketua AMK PKR pusat didalam pemilihan yang lalu. AMK Cabang Kuala Krau mencadangkan chegu'Bard, diatas kehendak AMK Kuala Krau. Saya tidak terlibat mencalonkan chegu'Bard dan juga tidak mencalonkan Sam.

Bebas. AMK Kuala Krau bebas memilih Sam atau memilih Chegu'Bard diatas kesedarang mereka sendiri.

Namun, pada hari pengundian itu, pengempen-pengempen Sam ramai di Kuala Krau dan tidak ada seorang pun yang pengempen chegu'Bard. Keputusannya, Sam menang tipis di Kuala Krau.

Saya tidak dapat menentukan calon mana yang perlu dipilih oleh AMK Kuala Krau. Begitu juga pertandingan antara 3 pemimpin PKR yang bertanding Timbalan Presiden. Saya dengan jelas berkempen untuk Azmin Ali. Tetapi saya juga bebaskan ahli-ahli PKR Kuala Krau untuk mengundi sesiapa saja yang mereka suka.

Akibatnya Azmin Ali menang besar diikuti oleh Dato Zaid dan Mustapha Kamal Ayob. Mustapha adalah pemimpin yang baik. Tetapi setiap anggota hanya boleh mengundi seorang sahaja, dan saya sudah pun membuat keputusan untuk memberi sokongan kepada Azmin Ali.

Antara chegu'Bard dan Sam, siapa saya pilih?

Sejak hampir 3 tahun lampau, chegu'Bard meluangkan masa yang banyak di Kuala Krau, kadang-kadang beliau memberi masa hingga 3 hari disetiap kali beliau datang ke Kuala Krau.

Saya lasakkan beliau. Ada program 4.00 petang, ada program 9.00 malam, dan kadang-kadang pada sebelah malam, chegu'Bard berceramah di dua tempat.

Kalau saya ada duit, saya beri chegu'Bard sedikit duit minyak, kalau tak ada, saya berterus terang saja dengan dia, tetapi dia tidak serik-serik menyokong program yang PKR Kuala Krau anjurkan.

Bukan senang untuk pemimpin-pemimpin datang ke Kuala Krau khususnya DUN Jenderak. Saya boleh bilang dengan jari mereka yang sanggup datang ke mari, walaupun, saya tak henti-henti mengundang pemimpin-pemimpin hadir. Kadang-kadang terasa juga kerana undangan dari PKR langsung tidak diperdulikan tetapi tiba-tiba mereka datang juga ke kawasan Kuala Krau atas undang parti sahabat.

Saya memang buat kerja di kawasan DUN Jenderak ini. Tetapi kemampuan saya sangat terbatas manakala jentera PKR di kawasan ini tertumpu kepada saya. Bergerak saya, bergeraklah jenteranya, kalau saya memberi tumpuan kepada kerja-kerja yang saya pegang di peringkat Pusat seperti Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal.

Sebulan penuh dari pertengahan Mei sehingga hari ini, setiap hari saya terlibat dengan lawatan-lawatan ke rancangan-rancangan Felda di Negeri Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Maka jentera saya di Kuala Krau turut tidak aktif.

Inilah yang menyebabkan hilang semangat saya.

Maka apabila saya mendapat seorang teman seperti chegu'Bard yang boleh datang membantu, saya kira pemimpin seperti ini jauh lebih berharga daripada mana-mana pemimpin walaupun besar kepada parti tidak mendatangkan erti kepada pergerakan PKR di Kuala Krau.

Dengan jentera yang hanya bergerak dengan arahan, terfikir oleh saya untuk tidak mahu bertanding didalam PRU yang akan datang, tetapi ingin menjadi Jentera PRU sahaja. Saya tidak mampu untuk menjadi calon, disamping mengetuai jentera dan disamping mencarikan kewangan untuk gerakan PRU itu.

Sebab itu saya sendiri mencadangkan dua tiga nama yang lain supaya dicalonkan di dalam DUN Jenderak didalam PRU akan datang ini. Dan Insya Allah, saya akan menjadi tenaga kerja yang boleh dipertanggungjawabkan.

Ada juga kesilapan-kesilapan chegu'Bard yang tidak diakui oleh chegu'Bard sendiri. Mana ada sebuah parti politik yang perfect. Mesti ada kelemahannya. Maka jika kita menumpukan rasa tidak puas hati kita kepada kelemahan parti, kita akan merasakan bahawa parti itu (melalui tindakan pimpinannya) sebagai tidak memberikan ruang (khususnya ruang demokrasi) kepada kita.

Kita mempunyai kekuatan dan kelemahan kita. Jika kita tumpu untuk memperbaiki kelemahan kita, maka kerja buat kita untuk parti kita boleh mendatangkan kepuasan kepada kita.

Disinilah saya kurang bersetuju dengan chegu'Bard yang sentiasa menjadi isu utama kelemahan kita untuk diperbesarkan. Dan setiap kali chegu'Bard memperbesarkan kelemahan itu, setiap kali juga saya melemparkan teguran kepadanya.

Namun begitu, teguran saya bukan berbentuk antagonistik, tetapi semata-mata untuk mengingatkan bahawa kita semua ada kelemahan masing-masing, hanya dengan menyedari kelemahan ini akan dapat kita menyatukan tenaga kita untuk berhadapan dengan pihak lawan.

Saya yakin chegu'Bard mampu menerima teguran, dan kini chegu'Bard sentiasa boleh datang ke kawasan saya kalaupun tidak pada tarikh yang saya cadangkan, beliau akan beri masa mengikut jadualnya yang kosong.

Adakah kerana chegu'Bard sentiasa datang ke Kuala Krau maka saya terikat dengannya? Saya bukan sahaja terhutang budi dengan chegu'Bard kerana itu, tetapi saya terhutang budi dengan beliau kerana kesungguhan beliau menerangkan isu-isu yang sangat-sangat memerlukan penerangan yang dinanti-nantikan oleh masyarakat.

Chegu'Bard, dengan caranya yang tersendiri, mampu memberikan penerangan yang berkesan, sehinggakan setelah selesai jadual chegu'Bard di Kuala Krau, beliau lagi-lagi dipinta untuk datang bukan sahaja ke Kuala Krau tetapi kawasan-kawasan sekitarnya, dan pada 16 dan 17hb Jun baru-baru ini saya telah bawa chegu'Bard berceramah di tiga kawasan didalam kawasan Parlimen Temerloh iaitu di Kg Lebak, Taman Saga dan Seberang Temerloh.

Saya akan menceritakan pula kehebatan Felicia Ling yang sebelum ini memberikan bantuannya ke kawasan DUN Jenderak didalam entri yang akan datang.


R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 18 Jun 2011 11:02 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Perhimpunan Bersih 2.0

Posted: 18 Jun 2011 01:35 AM PDT


        PERHIMPUNAN BERSIH 2.0
            Tarikh:         9 Julai 2011 
             Masa:           2.00pm
             Tempat:       Kuala Lumpur
          TEMPAT BERHIMPUN:
               Sogo
              Masjid Kampung Baru
                          Bangunan DBKL
TUNTUTAN:
              - Bersihkan senarai undi
              - Mereformasikan undi pos
              - Gunakan dakwat kekal
              - Akses media bebas & adil
              - Masa berkempen minima 21 hari
              - Kukuhkan institusi awam
              - Hentikan rasuah
              - Hentikan politik kotor  Malaysia

WARGA SUBANG DIJEMPUT UNTUK BERSAMA-SAMA  BERJUANG DEMI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK

Anwar Ibrahim

Posted: 18 Jun 2011 07:33 PM PDT

Anwar Ibrahim


Polisi Dividen: Petanda UMNO-BN Semakin Kesempitan Wang?

Posted: 18 Jun 2011 07:52 AM PDT

Dari Merdeka Review

GLC kini dijadikan sasaran untuk menyelamatkan UMNO-BN dari kesempitan wang.  Polisi dividen yang diutarakan memperlihatkan petanda-petanda bahawa UMNO dan kerajaan persekutuan Barisan Nasional kini semakin kesempitan wang, sehingga mengintai dividen dari syarikat GLC.

KUB Malaysia Bhd yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO dan Kementerian Kewangan memaklumkan pada 14 Jun 2011, bahawa syarikatnya merancang untuk melaksanakan polisi dividen mulai tahun 2013 – mengagihkan dividennya kepada pemegang saham.  Kebetulan, Petronas Nasional yang merupakan penyalur wang utama kepada kerajaan persekutuan, mengumumkan pada minggu lalu bahawa syarikatnya telah mencapai persetujuan dengan kerajaan Najib, untuk melaksanakan polisi dividen 30% mulai tahun 2013.

Polisi dividen yang dimaksudkan adalah, sesebuah korporat menentukan satu kadar yang tetap untuk agihan dividen, dengan mengeluarkan keuntungan bersih pada kadar tertentu, untuk dijadikan dividen dan diagihkan kepada pemegang saham.  Mengambil contoh Petronas Nasional, polisi dividen 30% membawa makna bahawa, syarikatnya telah menetapkan dividennya pada kadar 30% daripada keuntungan bersih – untuk diagihkan kepada pemegang saham saban tahun pada kadar yang tetap ini.

UMNO-BN paling dimanfaatkan

Menurut laporan Bernama, Pengarah Urusan KUB Malaysia Bhd, Mohd Nazar Samad memaklumkan kepada media pada 14 Jun 2011 bahawa syarikatnya merancang untuk melaksanakan satu polisi dividen mulai tahun 2013, dan beliau berharap ia dilaksanakan setelah syarikatnya mencapai paras pertumbuhan yang stabil.

Kini, KUB Malaysia Bhd mengagihkan dividen kepada 75,000 orang pemegang sahamnya berasaskan keuntungan daripada projeknya.  Pada tahun kewangan 2010, syarikatnya mengagihkan dividen 2.4 sen per unit saham.

Menurut laporan tahun kewangan 2010, dua pemegang saham terbesar KUB Malaysia Bhd adalah Gaya Edisi Sdn Bhd (29.62%) dan Kementerian Kewangan (22.55%).  Menurut maklumat yang diumumkan di Bursa Malaysia, pemegang saham terbesar Gaya Edisi Sdn Bhd adalah Temasek Padu Sdn Bhd, dan Temasek Padu kini adalah pemegang harta parti pemerintah terbesar, UMNO.

Najib Razak telah menstruktur semula harta parti UMNO setelah mengambil alih tampuk pimpinan.  Harta UMNO telah dimasukkan ke bawah Temasek Padu, dan syarikat ini dikuasai oleh orang rapatnya, Zulkifly Rafique, pengasas firma guaman Zul Rafique & Partners, dan seorang lagi peguam dari firma guaman ini, Tunku Alizan Raja Muhammad Alia.

Seandainya KUB Malaysia Bhd melaksanakan polisi dividen pada tahun 2013, maka jelas UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat manfaat terbesar.  Menurut model polisi dividen, UMNO dan Kementerian Kewangan akan mendapat dividen pada kadar yang tetap dari KUB Malaysia Bhd setiap tahun.  Kini, Najib Razak adalah Menteri Kewangan, merangkap Presiden UMNO.

KUB dapat projek mega

Sebagaimana yang diketahui, KUB Malaysia dijangka bakal mendapat satu projek hospital kepakaran kanak-kanak yang bernilai RM3 bilion bersama IJM Corporation Bhd.  Di bawah kontrak yang sama, KUB Malaysia bersama IJM bakal mendapat kontrak konsesi untuk mengendalikan hospital tersebut selama 30 tahun.

Selain itu, KUB Malaysia juga berniat untuk mendapatkan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur kedua, yang bernilai RM250 juta, termasuk pembinaan landasan kapal terbang ketiga dan landasan teksi.

Pada masa yang sama, KUB Malaysia juga pengedar gas asli cecair (LNG) yang utama di Malaysia, membawa jumlah perolehanantara RM280 juta hingga RM320 juta setiap tahun.  KUB Malaysia juga sedang membida untuk perusahaan LNG Shell Malaysia.  Jikalau pembidaannya berjaya, maka syarikat tersebut akan berpeluang untuk menjadi pengedar LNG kedua terbesar, dijangka menyumbang perolehan RM2 bilion setiap tahun, malah akan meningkatkan nisbahnya dalam pasaran dari 12% kepada 32%.

Apa yang menarik, syarikat joint venture antara KUB Malaysia Bhd dengan Malaysia Steel Works (KL) Bhd juga berjaya mendapat satu projek inter-city commuter trainbernilai RM1.23 bilion di bawah Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.

Polisi dividen serentak pada tahun 2013?

Sementara itu, Petronas mengumumkan pada minggu lalu, bahawa syarikatnya telah mencapai persetujuan bersama kerajaan Najib bahawa mereka akan menetapkan pengagihan dividen kepada kerajaan pada kadar tetap 30% (daripada keuntungan bersih) mulai tahun 2013.  Dua tahun kebelakangan ini, Petronas telah mengagihkan dividen setinggi RM30 bilion setahun kepada kerajaan Najib.

Dari perhitungan yang sedia ada, sekurang-kurangnya dua buah GLC yang berkaitan dengan kerajaan persekutuan dan UMNO akan melaksanakan serentak polisi dividen pada tahun 2013.  Dengan kata lain, kerajaan persekutuan dan UMNO akan mendapat dividen yang tetap daripada GLC ini mulai tahun 2013.  Seandainya ini satu polisi yang ditetapkan, maka dijangka lebih banyak GLC yang akan mengikut “kerangka” ini.

Petanda-petanda ini memperlihatkan kerajaan Najib dan UMNO kini semakin kesempitan wang, lantas cuba mendapatkan sumber kewangan dari GLC.

Harta semakin kekosongan

Pada hakikatnya ia bukan sesuatu yang berada di luar dugaan.  Kerajaan persekutuan telah melabur sejumlah RM26.49 bilion ke atas 104 buah syarikat GLC melalui Menteri Kewangan Diperbadankan, namun kerajaan hanya boleh bergantung kepada Petronas untuk mendapat pulangan yang nyata melalui dividen Petronas. Dengan penetapan polisi dividen ini, pendapatan yang boleh diambil dari Petronas dijangka berkurang dari sebelumnya, namun langkah ini sebenarnya menyasarkan GLC yang lain, menyedari bahawa kerajaan tidak boleh bergantung kepada Petronas selama-lamanya.

Laporan Audit Negara menunjukkan, daripada 25 GLC yang mendapat keuntungan pada tahun 2008, hanya 13 GLC yang mengagihkan dividen kepada kerajaan persekutuan, dan hanya empat buah GLC yang mengagih dividen berturut-turut untuk tiga tahun (2006-2008). ?Baca: Untung, tapi tak bayar dividen?

Antara tahun 2006 hingga 2008, Petronas menyumbang RM159.73 bilion dalam bentuk cukai dan dividen kepada kerajaan persekutuan – lebih 98% daripada sumbangan cukai dan dividen GLC.  Selain itu, Petronas telah mengagihkan dividen sejumlah RM84 bilion kepada kerajaan dalam tempoh tiga tahun tersebut - 99.8% daripada dividen yang diperolehi kerajaan daripada GLC.

Apakah polisi dividen yang menetapkan kadar pada 30% ini sebagai persediaan kerajaan UMNO-BN berdepan dengan kekosongan wang pada tahun selepas 2013?  Lebih-lebih lagi PRU-13 dijangka diadakan pada hujung tahun ini atau tahun 2012, yang sudah tentunya menelan kos yang tidak kurang.  Apakah keadaan ini mendesak kerajaan UMNO-BN untuk menggubal polisi dividen, agar memastikan pendapatan yang stabil dari GLC yang untung?

Bersih Rally Test Of BN Tolerance

Posted: 18 Jun 2011 07:19 AM PDT

From The Malaysian Insider

The Bersih 2.0 rally next month will be the litmus test of the ruling Barisan Nasional (BN) government's commitment to tolerance and openness, PKR said today.

The opposition party said the planned mammoth July 9 rally to demand electoral reform will determine if Malaysia can progress as a society in step with the demands of an increasingly progressive public.

"The ability and right of a citizen to elect a party of his choice independently and without manipulation is central to the political integrity that the rakyat now demands loudly of any political party in Malaysia," PKR said in a statement today.

It pointed out that the lack of integrity in the electoral system will continue to impede efforts by the government to advance Malaysia economically and socially, despite the Najib administration's promise of future prosperity.

The Pakatan Rakyat (PR) lynchpin also chastised BN for its "blatant antagonism" towards the rally, in particular "strong statements bordering on threats" issued by the Home Ministry in recent weeks.

PKR warned that the ruling coalition's zero tolerance attitude towards Bersih 2.0 and electoral reform only serves to ensure continued erosion of public confidence in national institutions.

PR component parties and activists are gearing up to march on July 9 in the second such rally by election watchdog Bersih.

The first rally in 2007 saw up to 50,000 people take to the streets of the capital, where they were dispersed by police armed with tear gas and water cannons.

The 2007 rally has been credited for the PR's record gains in Election 2008, where the opposition pact swept to power in five states and won 82 parliamentary seats.

PAS has promised to bring some 300,000 protestors this year in hopes that it will galvanise support for the opposition in the next general election, which is expected to be called within a year.

Umno Youth and Malay rights group Perkasa has said they will march on July 9 also to counter the Bersih rally.

Dr Tan: Siapa Biaya Kos Pertunangan Anak Najib?

Posted: 18 Jun 2011 07:15 AM PDT

Dari Malaysiakini

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.

parliament crime prevention dialogue 080906 tan kee kwongMajlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain.

Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan.

Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

"Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000," soal Dr Tan.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevBeliau yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta ‘mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan’.

"Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM," katanya.

Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.

“Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi," kata pemimpin PAS itu.

NONESebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.

Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu.

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Posted: 18 Jun 2011 11:08 AM PDT

Gwo-Burne for Kelana Jaya


KAKITANGAN AWAM NAIK 4.2% DALAM SETAHUN

Posted: 14 Jun 2011 12:12 PM PDT

JAWAPAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 15 JUN SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus kenaikan bilangan anggota penjawat awam termasuk polis, tentera, bomba dari Mac 2010 hingga Mac 2011. JAWAPAN: YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang di-Pertua, Bilangan penjawat awam (termasuk polis, tentera dan bomba) pada [...]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan