ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG Posted: 24 Dec 2011 03:39 AM PST UPSI AMBIL TINDAKAN TERHADAP ADAM ADLI Posted: 23 Dec 2011 05:53 AM PST KUALA LUMPUR 23 Dis: KEADILAN menyelar tindakan dan tekanan yang dilakukan pentadbiran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) terhadap mahasiswanya, Adam Adli yang mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Ia berikutan surat dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu merosakkan nama universiti dan memberi ancaman kepada ketenteraman awam. "Kedua-dua pertuduhan adalah tidak berasas, tidak berperlembagaan, tidak sah dan jelas tidak masuk akal. Dalam tindakan Adam menurunkan bendera Perdana Menteri, beliau hanya menjalankan haknya dalam kebebasan bersuara dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. Menurutnya, Adam tidak melakukan kesalahan undang-undang malah harus dipuji kerana mempunyai pendirian yang berani untuk memperjuangkan autonomi di institusi pengajian tinggi. "UPSI tidak mempunyai hak untuk menghalang Adam daripada menjalankan hak-hak sivil beliau sebagai warganegara," "Tindakan Adam merupakan bantahan yang sah dan demokratik terhadap kegagalan Najib bagi memastikan pelajar mendapat kebebasan akademik dengan memansuhkan AUKU," katanya dalam satu kenyataan hari ini. "Justeru, kami menyeru kepada UPSI dengan serta-merta menggugurkan semua tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Adam serta menuntut Najib melakukan pembaharuan besar agar mahasiswa dapat mepertahankan kebebasan akademik di dalam negara," katanya. Adam menerima surat panggilan ke jawatan kuasa disiplin dari UPSI hari ini, gara-gara menurunkan bendera Najib di Ibu Pejabat Umno pada 17 Disember lalu. Beliau dipanggil untuk hadir ke pendengaran jawatankuasa universiti tersebut 19 Januari depan. | |
Suara Sri Andalas Posted: 23 Dec 2011 11:53 PM PST Khir Toyo Bersalah Atas Tuduhan Rasuah Posted: 23 Dec 2011 12:00 AM PST SHAH ALAM 23 DIS: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah. Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah. Pada masa ini, Hakim Mohtaruddin sedang mendengar rayuan dari peguam Khir sebelum menjatuhkan hukuman. Khir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang. Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat. Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin. DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan. Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi. Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007. Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.- Malaysiakini | Yayasan Selangor Peruntuk RM782,000 Biayai Pinjaman Pelajar INPENS Posted: 22 Dec 2011 01:23 AM PST KUALA SELANGOR, 22 DIS : Yayasan Selangor akan memperuntukkan RM782,000.00 bagi membiayai pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar Kolej Antarabangsa INSPENS (INSPENS) pada tahun depan. Pinjaman tersebut adalah bagi pelajar di peringkat sijil dan diploma. Ia melibatkan RM430,000.00 untuk pelajar-pelajar baharu dan RM352,000.00 untuk pelajar sedia ada. Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor YM Raja Amir Shah Raja Abdul Aziz berkata usaha ini sejajar dengan penubuhan Yayasan Selangor 41 tahun dulu bagi menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti dan bersepadu. "Sememangnya Kolej Antarabangsa INSPENS adalah sangat dekat di hati Yayasan Selangor dan sentiasa diberi keutamaan dalam berbagai perkara terutama pemberian pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Yayasan Selangor telah menaja sebanyak RM6.0 juta yang melibatkan penajaan seramai 588 pelajar yang telah tamat dan masih meneruskan pengajian di INSPENS," katanya semasa majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Yayasan Selangor dan INSPENS di sini. Menurut Raja Amir Shah memorandum persefahaman yang ditandatangani itu adalah simbolik kepada usaha sama Yayasan Selangor dan INSPENS bagi tahun 2012 untuk membantu pelajar yang berpendapatan rendah. "Yayasan Selangor telah menyediakan pembiayaan pendidikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor yang kurang berkemampuan sejak tahun 1984. Seramai 9,116 pelajar telah menikmati skim ini. "Yayasan Selangor juga telah mengeluarkan perbelanjaan lebih RM69 juta untuk pembiayaan pendidikan pelajar di pusat pengajian tinggi sama ada di peringkat sijil,diploma dan ijazah," katanya. Sementara itu Presiden Kolej INSPENS Datuk Mohd Mydin Mohd Shariff berkata memorandum persefahaman ini adalah untuk mengukuhkan persefahaman, bantuan dan sokongan khidmat antara Yayasan Selangor dan INSPENS pada masa akan datang. "Salah satu cara terbaik untuk mengatasi kemiskinan bukan memberi wang kepada anak-anak atau ibu-bapa tetapi memberi mereka peluang belajar di kolej INPENS, supaya apabila mereka keluar mereka boleh berdikari dan dapat membantu kembali keluarga," katanya. Dalam majlis itu juga, pihak Yayasan Selangor mengumumkan menyumbang empat buah kenderaan kepada Jabatan Automotif INSPENS berupa sebuah bas jenis Isuzu,sebuah Van jenis Inocom, sebuah kereta Proton Waja dan sebuah motorsikal jenis EX5 untuk kegunaan pembelajaran pelajar INPENS.
Sumber: TVSNEWS | |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 23 Dec 2011 11:53 PM PST Ceramah dan Kursus PACABA di Kg Penderas Hari ini. Posted: 23 Dec 2011 03:42 PM PST Saya memanggil Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR untuk memberikan penerangan kepada penduduk Kg Penderas hari ini, 24.12.11 jam 4.00 petang, mengenai dasar tanah yang dicadangkan oleh Parti Keadilan Rakyat.
Ada sebahagian daripada masyarakat Orang Asal masih keliru dengan dasar PKR mengenai Tanah Orang Asal.
Kami mengambil pendekatan yang sama dengan NGO-NGO Orang Asal seperti yang diutarakan oleh JOAS dan Jaringan-Jaringan yang lain iaitu tuntutan supaya tanah komunal Orang Asal di wartakan.
Rezab ini hendaklah diketatkan dengan undang-undang yang jelas dan nyata bahawa sebarang pencerobohan keatas tanah yang diwartakan itu akan dikenakan hukuman jenayah yang berat.
Orang Asal mempunyai adat istiadat yang ditambatkan kepada tanah dan hutan, dan jika hutan mereka sudah ditarik dari mereka apalah lagi tinggal kepada mereka.
Pembangunan rancangan Felda telah menghapuskan kawasan-kawasan hutan yang menjadi sumber rezeki dan adat istiadat mereka yang mereka warisi dari nenek moyang mereka.
Orang Asal juga berhajat untuk meneruskan kehidupan secara berkelompok didalam jalinan masyarakat yang sentiasa bergotong royong, bantu membantu diantara satu sama lain, dan mengamalkan adat istiadat yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka.
Mereka telah melihat pembangunan di Bukit Lanjan oleh Kerajaan UMNO/BN di Selangor yang akhirnya menjadikan penduduk Orang Asal di Bukit Lanjan kehilangan segala-galanya.
Orang Asal bukan menentang pembangunan, tetapi pembangunan yang mereka mahu adalah pembangunan yang mengambil kira cara kehidupan mereka khususnya adat istiadat mereka yang perlu dikekalkan.
Tanah komunal mereka termasuklah kawasan-kawasan hutan iaitu kawasan buruan, kawasan tanah adat, tanah perkuburan, tanah kampong dan ladang yang sudah mereka kerjakan didalam kawasan tanah komunal itu.
Mereka lebih rela tidak mempunyai geran tanah untuk individu jika persempadanan tanah komunal mereka dapat dikekalkan dan mereka boleh menjalankan kehidupan yang menjadikan adat istiadat kaum mereka dapat dikekalkan.
Orang Asal khususnya di Pahang merasakan bahawa mereka telah tertipu diatas kekononannya bahawa mereka tidak diberikan geran tanah kampong dan ladang mereka bahawa mereka mempunyai hak dan kepentingan yang lebih besar dan luas keatas kawasan hutan di sekitar perkampongan mereka kononnya tanah-tanah itu telah direzabkan sebagai Rezab Orang Asli, walhal tidak ada sekeping tanah pun di Negeri ini yang direzabkan oleh Kerajaan sebagai Rezab Orang Asal, bahkan tanah rezab yang diwartakan semasa pemerintahan Inggeris dahulu pun sudah ditarik balik. Rezab Orang Asal di Kg Pian, Kuala Krau merupakan Rezab terakhir bagi mereka dan Rezab itu pun sudah ditarik balik.
Ada pula wakil rakyat UMNO menyatakan bahawa Kerajaan boleh memberikan geran tanah kepada Orang Asal keatas tanah kampong dan ladang yang mereka kerjakan tetapi Kerajaan tidak mahu Orang Asal dibebankan dengan membayar premium dan cukai tanah tahunan.
Kalau itu menjadi hasrat murni Kerajaan amat perlulah Kerajaan melindungi tanah-tanah Orang Asal dengan suatu Rezab yang ketat, tetapi dengan Kerajaan membiarkan tanah komunal Orang Asal diceroboh dan sesetengahnya diberikan hakmilik kepada penduduk dari kaum yang lain membuktikan bahawa Kerajaan hanya menanam tebu di bibir, hipokrit hanya untuk memperdayakan.
Di kawasan-kawasan seperti Kuala krau, Rompin, Bera dan Pekan, tanah-tanah yang sudah ditanam dengan getah dan kelapa sawit oleh Orang Asal telah dirampas, diceroboh dan diberikan geran kepada syarikat-syarikat swasta dan juga anak-anak syarikat kerajaan Pahang.
Ada juga agensi Kerajaan melaksanakan TSB dan TSK keatas tanah-tanah getah dan sawit yang sudah diusahakan oleh Orang Asal, tetapi pendapatan Orang Asal bukannya bertambah besar bahkan menjadi berkurangan. Kononnya dengan TSB/TSK yang dijalankan oleh ejensi Kerajaan, Orang Asal hanya perlu pergi "cucuk" di Bank setiap bulan, mereka akan membawa pulang wang hasil dari TSB/TSK itu. Tetapi apabila sistem itu diamalkan, berbulan-bulan wang tidak keluar dari bank walaupun setiap bulan Orang Asal pergi "cucuk" di Bank. Maka TSB/TSK adalah sistem memiskinkan Orang Asal menjadi lebih miskin daripada keadaannya yang sedia ada.
Maka Majlis Penerangan yang akan dibentangkan oleh Bob Manolan pada hari ini amatlah penting untuk membela nasib Orang Asal dan dasar yang akan dibentangkan itu akan dijadikan dasar Parti Keadilan Rakyat bagi menangani isu Tanah Orang Asal.
Pada hari ini, pemimpin-pemimpin masyarakat Orang Asal dari Kg Terbol, Kg Pian, Kg Lubok Wong, Kg Pasu, Kg Penderas, Kg Mendoi, Kg Seboi, Kg Berdut, Kg Rekoh dan Kg Rekoh akan diberikan penerangan secukupnya untuk mereka bawa balik ke kampong masing-masing untuk mereka bualkan kepada anak buah mereka.
Program seperti ini akan juga diadakan di cabang-cabang lain di Negeri Pahang semoga Orang Asal di seluruh Pahang memahami dasar tanah yang diperjuangkan oleh Orang Asal.
Kursus ulangan PACABA akan diadakan selepas Majlis Penerangan tersebut. | Zaman Letak "Songkok" Era Perikatan sudah lama berakhir Posted: 23 Dec 2011 02:29 PM PST Semasa saya mula mengenali politik diwaktu umur saya belasan tahun saya suka mengikuti dan mendengar ceramah-ceramah dari pimpinan UMNO/Perikatan, Parti Rakyat Malaya/Fron Sosialis, dan PMIP/PAS.
Isu-isu ceramah pada waktu itu tidak menyentuh dasar-dasar yang komplikated, dasar-dasar sosial atau dasar-dasar ekonomi. Wan Kadir dari Perikatan sentiasa bercakap bahawa perkataan UMNO itu diulang banyak kali didalam Quran iaitu perkataan AMANU, Alif Mim Nun Wau, sebagai contoh.
Lambang kapal layar adalah simbol untuk menyelamatkan manusia jika berlaku banjir manakala PMIP pada waktu itu menggunakan lambang tapak tangan dan PMIP (Pan Malayan Islamic Party) berhujah bahawa Orang Melayu (UMNO) menjadi alat Cina MCA, hujah dasar yang lebih kukuh adalah daripada PRM/Fron Sosialis.
Fron Sosialis sentiasa menerangkan dasar kesamarataan sosialis dimana akan dihapuskan penindasan manusia keatas manusia. Mereka juga berhujah mengenai dasar nasionalisasi, iaitu menjadikan hak negara sumber-sumber utama ekonomi negara, seperti lombong-lombong bijih, estet-estet dan pengangkutan.
Perikatan menyerang Fron Sosialis sebagai membawakan dasar komunis dan orang Melayu tidak boleh terima komunis kerana komunis itu tiada ugama, dan serangan UMNO pula menyatakan bahawa jika dasar komunis hendak dijalankan di Malaya maka negara ini akan diperintah oleh kaum Cina.
PMIP juga turut menyatakan bahawa dasar sosialis yang dibawakan oleh PRM/Fron Sosialis itu bercanggah dengan Islam.
Didalam ceramah-ceramah yang diadakan di sekitar Bandar Temerloh, ceramah-ceramah Fron Sosialis dihadiri oleh pengunjung yang ramai kerana style dan kehebatan berceramah pemimpin-pemimpin mereka yang membawa telo Indonesia sangat diminati.
Pemimpin-pemimpin UMNO/Perikatan kurang hebat dari segi berceramah dan ceramah mereka hanya berkisar menyentuh tentang peribadi calon-calon lawan seperti calon-calon lawan itu sebagai ejen Jepun, mereka membawa Jepun ke Tanah Melayu dan UMNO memberi ingatan kepada pengundi-pengundi bahawa di zaman Jepun kehidupan amat sukar sekali. "Nak cari gula pun susah".
UMNO juga mengingatkan pengundi-pengundi Melayu supaya berwaspada dengan Fron Sosialis dan mengingatkan pemerintahan Cina selama 13 hari, suatu pemerintahan yang zalim.
PMIP kurang diserang oleh UMNO pada waktu itu kerana parti itu kurang pengaruhnya di Temerloh. Perlawanan sengit sentiasa berlaku diantara UMNO/Perikatan dan PRM/Fron Sosialis.
Fron Sosialis pada waktu itu mendapat sokongan yang hebat daripada orang-orang Melayu Temerloh. Kampong-kampong seperti Belengu, Paya Batu, Tanjung Batu, Lebak, Lebak Seberang, Pengkalan Manggis, Buntut Pulau, Pangsenam, Paya Kecik, Tanjung Riau, Bukit Kelulut, Paya Kemuning, Paya Pulai, Batu 4, Paya Luas terkenal dengan kekuatan PRM/Fron Sosialis.
Tetapi malangnya Fron Sosialis tidak mendapat sokongan orang-orang Cina di Bandar Temerloh dan Kampong Baru Cina.
Saya masih ingat akan calon PRM/Fron Sosialis yang hanya kalah 120 undi sahaja untuk DUN yang sekarang ini dikenali sebagai Kuala Semantan.
Di peringkat parlimen juga Fron Sosialis memungut undi yang memberangsangkan. Pak Sako selaku calon Fron Sosialis hanya kalah dilingkungan 1500 undi sahaja di Temerloh.
PMIP berada di tempat ketiga yang jauh ditinggalkan oleh Perikatan dan Fron Sosialis.
Tetapi zaman itu adalah zaman UMNO/Perikatan. UMNO/Perikatan tidak perlu menurunkan calon yang hebat-hebat sehingga ada diperkatakan bahawa kalau UMNO/Perikatan letak tunggul kayu pun parti itu pasti menang; dan lebih senang mereka menyatakan bahawa UMNO/Perikatan hanya perlu letak songkok sahaja, maka calon itu pasti akan menang.
Bagaimana pun "demokrasi" yang diamalkan pada waktu itu adalah 100 kali lebih baik dari amalan demokrasi pada waktu ini.
Polis tidak ada halangan untuk mengadakan ceramah di mana-mana. Padang-padang bola boleh digunakan oleh UMNO/Perikatan dan boleh juga digunakan oleh Fron Sosialis dan PMIP. Permit polis tidak diperlukan.
Lebih hebat lagi, parti-parti pembangkang boleh menggunakan balai-balai raya sama seperti UMNO/Perikatan untuk mengadakan ceramah di kampong-kampong. Balai-balai raya pada hari ini dijadikan dewan eksklusif untuk UMNO/BN bahkan di semua balai raya kini sudah dipampangkan papan tanda UMNO/BN walhal balai-balai raya itu adalah dari duit rakyat, sepatutnya menjadi hak awam dan hak setiap parti politik yang berdaftar di Negara ini.
Pilihanraya pada waktu itu dibuat secara 3 peringkat, bermula dengan pilihanraya peringkat Majlis Bandaran dan Kerajaan Tempatan, kemudian diikuti oleh pilihanraya diperingkat Negeri/DUN dan akhirnya diperingkat Parlimen. Masa berkempen amatlah panjang sehingga 3 bulan.
Saya masih ingat kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri kerana mahu menumpukan kepada kempen Pilihanraya. Tunku berpegang kepada amalan demokrasi bahawa didalam Pilihanraya hendaklah berlaku perlawanan diantara parti dengan parti; bukan parti yang memperalatkan jentera kerajaan berlawan dengan parti pembangkang seperti yang berlaku sekarang ini.
Didalam Pilihanraya yang diadakan diperingkat Majlis Bandaran/Kerajaan Perikatan, banyak juga bandaran dan perbandaran yang berjaya ditawan oleh Pembangkang. Pulau Pinang dan Melaka ditadbirkan oleh Fron Sosialis; Ipoh ditadbirkan oleh PPP. Bahkan bandar kecil seperti Bentong ditadbirkan oleh UDP pimpinan Lim Chong Eu.
Pembangkang berjaya menghantar wakil-wakilnya ke Majlis-Majlis Tempatan dan trend menunjukkan bahawa banyak lagi Majlis-Majlis Bandaran dan Tempatan boleh jatuh kepada Pembangkang khususnya Fron Sosialis jika pilihanraya diperingkat itu diteruskan.
Maka Suruhanjaya Athinahappan telah ditubuhkan dan Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya Pilihanraya di peringkat Majlis Kerajaan Tempatan/Bandaran/Perbandaran dimansuhkan, dan pemansuhan ini ditentang oleh Pembangkang.
Pembangkang juga memenangi kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sehinggalah dilaksanakan undang-undang ISA bilamana hampir kesemua pimpinan Fron Sosialis dari Parti Buruh dan Parti Rakyat ditahan dibawah ISA. Fron Sosialis menjadi lumpuh tanpa kehadiran pimpinan mereka.
Ejen-ejen musuh telah mengambil alih pimpiinan Parti Buruh sehinggakan gabungan Parti Buruh/PRM dimansuhkan dan akhirnya Parti Buruh diharamkan, maka tinggallah PRM bergerak bersendirian dengan pimpinan mereka merengkuk didalam tahanan ISA.
Bukan semua parti politik pada waktu itu menentang ISA, PMIP dan DAP sebagai warisan kepada PAP Singapura tidak menentang ISA pada waktu itu kerana amat yakin bahawa ISA pada waktu itu hanya digunakan untuk menahan puak-puak komunis dan kononnya puak-puak komunis itu berada didalam Fron Sosialis.
Fron Sosialis pada waktu itu amat bertentangan dengan DAP kerana DAP adalah warisan PAP Singapura yang juga mengamalkan ISA di Negara itu dan pimpinan Barisan Sosialis di Singapura menjadi mangsa kekejaman ISA di pulau itu.
PAS/PMIP dan DAP hanya bangun menentang ISA apakala pimpinan mereka juga mulai ditahan dibawah ISA.
Entah sejauh mana kehebatan diri saya sendiri didalam gerakan politik tidak dapat saya ukur sendiri tetapi apabila saya turut ditahan dibawah ISA sebanyak dua kali dan di kedua kali itu merengkuk di Kem Tahanan Kemunting dibawah ISA, maka pastilah juga bahawa tindakan politik saya itu turut mencemaskan UMNO/BN.
Politik hari ini adalah politik era baru. Rakyat kurang mementingkan ideologi tetapi mereka mahu melihat program politik yang dapat memberikan kesetabilan khususnya dibidang pemerintahan, ekonomi dan perpaduan rakyat.
Daripada seorang kanak-kanak sekolah yang berminat mengikuti perkembangan politik, saya kini terlibat dengan perjuangan parti-parti pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat.
Masa depan Negara dan Rakyat Malaysia kini ditentukan oleh perjuangan politik yang pro-rakyat dan dapat dibezakan dengan politik UMNO/BN yang mengamalkan kronism, rasuah, salahguna kuasa dan tidak demokratik.
Ini bukan lagi zaman letak "songkok" boleh menang tetapi zaman perjuangan politik demi Negara dan Rakyat, zaman itu sudah berakhir!
Saya menghayati perjuangan Parti Keadilan Rakyat kerana dasar ekonominya amat jelas memberikan menfaat kepada rakyat; dan dasar politiknya yang berteraskan perpaduan kaum memberikan harapan yang segar untuk masa depan rakyat. | Jangan Buat Pandai-Pandai Sendiri! Posted: 23 Dec 2011 07:46 AM PST Kita mungkin seorang yang pandai. Kita mungkin mempunyai ijazah sehingga PhD. Kita mungkin mempunyai pengalaman yang luas. Kita mungkin menjadi pentadbir yang baik. Kita mungkin menjadi seorang politikus yang berkalibar. Kita mungkin mempunyai segala kualiti yang baik-baik.
Namun jika kita menyertai parti politik atau lain-lain pertubuhan termasuk NGO, sepandai manalah kita, sebijak manalah kita, sehebat manalah kita, kita perlu akur kepada konsep berorganisasi, konsep berjemaah.
Kita tidak boleh buat kerja one-man show, kita tidak boleh kerja sorang-sorang, kita tidak boleh pandang enteng kepada pandangan yang dikemukakan oleh rakan-rakan dengan memandang rendah kepada pandangan mereka, apatah lagi, kita tidak boleh selewengkan dasar organisasi itu dilentur untuk mengikut kehendak dan acuan kita sendiri.
Konsep berorganisasi bagi pertubuhan yang mengamalkan demokrasi adalah jelas, sesuatu ide itu boleh dibawa kepada jemaah; setelah dibincang dan dipersetujukan, maka apa yang dipersetujukan itu menjadi pegangan setiap daripada anggota organisasi itu walaupun ia tidak bersetuju dengan keputusan jemaah itu.
Jika kita tidak bersetuju dan terus menerus menyanggah keputusan itu kerana tidak sesuai dengan pandangan kita, maka kita kena ambil opsyen iaitu samada berdiam diri dan bersetuju dengan keputusan itu, atau kita kena keluar dari organisasi itu.
Kita tidak boleh terus menerus menentang keputusan itu dan menggunakan media yang bertentangan dengan organisasi kita menghentam keputusan itu seolah-olah keputusan itu tidak ada kene mengena dan tidak mengikat kita. Itu salah!
Didalam konsep berorganisasi, ada pula apa yang dikatakan Jawatankuasa Disiplin. Sudah tentu sikap kita itu boleh dibawa untuk tindakan Jawatankuasa Disiplin, dan Jawatankuasa itu boleh mengesyorkan kepada Biro Politiknya atau kepada Jawatankuasa Tertingginya supaya kita diambil salah satu daripada tindakan yang biasa ditetapkan untuk satu-satu organisasi seperti amaran, amaran keras, gantung keahlian, atau yang paling serius pecat.
Kalau kita masih sayang kepada organisasi yang kita sertai itu mungkin kita mengambil sikap yang boleh melembutkan tindakan keatas kita, seperti memohon maaf dan tidak lagi akan mengulangi kesilapan yang telah kita lalui dan menerima tindakan disiplin yang dikenakan kepada kita dengan hati terbuka untuk kita nanti dapat kembali semula aktif didalam pertubuhan itu.
Tetapi ramai daripada mereka yang dirujuk kepada tindakan disiplin lebih gah mengambil tindakan yang membayangkan ego kita sendiri dengan mengambil jalan keluar iaitu keluar dari organisasi itu.
Senario sebegini telah menimpa ramai pemimpin-pemimpin yang sudah tertanam pengaruh juga egonya didalam organisasi tertentu. Mereka menjangkakan pengaruh mereka itu disebabkan ketokohan mereka yang tidak boleh lentur. Ketokohan kadang-kadang terikat rapat dengan organisasi yang mereka sertai.
Sudah berapa ramai daripada mereka yang lebih mementingkan egonya sendiri yang mengambil jalan keluar dan berhenti daripada menjadi anggota organisasi yang mereka sertai itu, dan tiba-tiba mereka mendapati mereka tidak mempunyai apa-apa pengaruh lagi baik dari kalangan rakan-rakan lama juga daripada mereka yang bermusuh dengan organisasi yang disertai mereka dahulu.
Dan akhirnya mereka itu ditelan oleh sejarah dan tiada siapa lagi akan mengingati akan dia. Hiduplah dia terpencil menjadi seorang dagang seperti kera sumbang.
Maka eloklah kita berpegang kepada nasihat bahawa walaupun kita pandai tetapi janganlah memandai-mandai. | Sempat membuat lawatan ke 5 buah kampong Orang Asal dan Felda Jenderak Utara Posted: 23 Dec 2011 05:08 AM PST Walaupun didalam keadaan hujan yang sekejap lebat dan sekejap renyai, saya bersama Sdr Khalid (Penolong Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau) dan Kak Hendon (Bendahari Cabang) sempat juga melawat ke lima buah kampong Orang Asal.
Basah kuyup juga baju, tetapi saya tetap juga keluar dari kereta apabila sampai di rumah ketua-ketua ranting untuk perbincangan mengenai program PKR Cabang Kuala Krau pada hari esuk, 24hb Disember 2011 di Kg Penderas.
Kami sampai di rumah Ahmad Dagu di Kg Penderas jam lebih kurang 4.00 petang didalam hujan yang tengah lebat. Saya memberitahu Ahmad bahawa perjumpaan pada hari esuk terpaksa diubah ke rumah beliau kerana isteri Chim Ni sedang sakit dan tidak manis diadakan perjumpaan di rumah Chim.
Rumah Chim adalah Bilik Gerakan utama PKR Ranting Kg Penderas manakala rumah Ahmad Dagu adalah markas kedua untuk kampong itu.
Ahmad Dagu menyatakan mudah: "Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan." Ahmad Dagu adalah Timbalan Ketua PKR Ranting Kg Penderas.
Selesai mengaturkan perjumpaan esuk di rumah Ahmad kami meneruskan perjalanan ke rumah Basri Hok di Kg Pasu. Jalan ke rumahnya betul-betul becak dan licin. Basri adalah Ketua PKR Ranting Kg Pasu.
Saya memberitahu Basri bahawa perjumpaan di Kg Penderas untuk esuk telah diubah dari rumah Chim ke rumah Ahmad. Rupa-rupanya Basri sudah maklum kerana dia juga tahu bahawa isteri kepada Chim sedang sakit.
Basri memberi jaminan bahawa kesemua PACABA dari Kg Pasu akan dipunggah olehnya ke Kg Penderas esuk. Basri mempunyai keretanya sendiri. Dia juga meminta tolong supaya saya turut mengadakan kereta untuk membawa beberapa orang yang lain dari kampong itu, dan saya meminta Basri supaya rakan-rakan PACABA yang akan pergi ke Kg Penderas itu menunggu kedatangan kereta saya di depan kedai di Kampong Penderas itu antara jam 2.30 hingga jam 3.00 petang.
Basri menyatakan bahawa seramai 6 orang PACABA akan turut hadir ke Perjumpaan di rumah Ahmad esuk dan beberapa orang Sukarelawan yang lain akan turut hadir. Jika ada pengangkutan lebih ramai sukarelawan akan turut serta tetapi jika pengangkutan terhad maka hanya dua tiga orang sahaja Sukarelawan akan turut serta kerana mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri.
Menghampiri jam 5.00 petang, saya, Khalid dan Kak Hendon terus pergi ke Kg Lubok Wong ke rumah Nazmi Majid, Ketua PKR Ranting kampong itu.
Nazmi tidak ada di rumah, saya dapat bertemu dengan isteri Nazmi. Dan saya meninggalkan pesanan kepada isteri Nazmi untuk memberitahunya bahawa Perjumpaan di Penderas esuk sudah diubah tempat perjumpaan dari rumah Chim ke rumah Ahmad, dan kesemua PACABA dari Kg Lubok Wong hendaklah menunggu di hadapan rumah Nazmi untuk dibawa ke Kg Penderas.
Jam 5.15 petang kami sudah sampai ke rumah Wan Kisam Daud, Ketua PKR Ranting Kg Pian, beliau sedang rehat-rehat menemankan anaknya yang baru berkhatan, Kak Hendon hulur sedikit wang untuk anaknya.
Saya memberitahu Wan bahawa Perjumpaan di Kg Penderas pada hari esuk telah diubah dari rumah Chim ke rumah Ahmad dan saya bertanya Wan berapa ramai PACABA yang akan pergi ke Kg Penderas esuk.
Dia belum pasti kerana penduduk di kampong itu tidak mempunyai kenderaan dan sukar untuk menaiki motosikal di musim hujan ini.
Saya memberitahu Wan Kisam bahawa sesiapa yang akan pergi ke Kg Penderas esuk akan dijemput dengan kenderaan, dan Wan nampak lega dengan pemberitahuan itu.
Wan Kisam adalah seorang Muslim, dia dan keluarganya memeluk agama Islam beberapa bulan yang lalu, dan dia dengan tenang menyatakan: "Insya Allah, kami akan tunggu di depan kedai saya tu."
Jam lebih kurang 5.45 petang, kami sudah sampai ke rumah Zainal Cok, Ketua PKR Ranting Kg Terbol/Galung.
Zainal sudah bersedia untuk ke Kg Penderas esuk. PACABA dari kampong itu seramai 5 orang akan pergi ke Kg Penderas dan beliau meminta supaya mereka dapat dijemput dengan kenderaan kerana mereka tidak mampu pergi ke Penderas dengan menunggang motosikal di musim hujan ini.
Saya memberitahu Zainal supaya mengumpulkan 5 orang PACABA itu dihadapan rumahnya pada jam lebih kurang 2.00 petang esuk.
Selesai di Kg Terbol, kami terus ke Felda Jenderak Utara, ke rumah Awang dan Leha iaitu petugas parti yang sangat handal di rancangan itu. Saya menyerahkan 700 helai edaran untuk diedarkan dari rumah ke rumah di Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan.
Edaran itu mengandungi jemputan ke Ceramah Pakatan Rakyat di Felda Jenderak Utara pada 30hb Disember 2011 bermula jam 8.45 malam. Tenaga Penceramah pada malam itu terdiri daripada Sdr Mazlan Aliman, Haji Suhaimi Said, Sdr Rebin Birham, Sdr Zabidie Abas dan Pak Jabit bertindak selaku Pengerusi. Ceramah itu juga akan disertai oleh Wan Fauzudin dari Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) PKR Pahang.
Setelah itu kami singgah di Masjid Felda Jenderak Utara untuk menyempurnakan Solat Asar.
Selesai sudah program lawatan menemui Ketua-Ketua Ranting di perkampongan Orang Asal dan juga menemui petugas-petugas parti di Felda Jenderak Utara. Dua program parti iaitu untuk 24hb Disember 2011 bermula jam 4.00 petang iaitu Program Kursus Ringkas untuk PACABA, kursus ulangan dan Ceramah oleh Sdr Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR di Kg Penderas dan prgoram Ceramah Pakatan Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat di Markas PAS Felda Jenderak Utara pada 30hb Disember 2011 dapat diselesaikan.
Kerja-kerja menampal poster di DUN Jenderak untuk ceramah pada 30hb Disember itu akan dijalankan oleh JK PKR Cabang Kuala Krau dan petugas-petugas pada 27hb Disember 2011. Insya Allah, tradisi gotong royong ini akan terus dilaksanakan oleh PKR Cabang Kuala Krau. | |
Anwar Ibrahim Posted: 23 Dec 2011 07:38 PM PST Mahasiswa Perlu Tegas Perjuang Hak Rakyat Posted: 23 Dec 2011 12:32 AM PST Keadilan Daily Mahasiswa perlu tegas, bebas dan lantang memperjuangkan hak rakyat, menegur pemimpin yang rasuah serta salahguna kuasa, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim Bercakap di depan kira-kira 100 hadirin pada sesi 'Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim' di kediamannya malam tadi, Anwar memulakan bicaranya dengan membacakan sajak terkenal Taufik Ismail, bertajuk 'Takut 66, Takut 98?. "Saya mula aktif dalam gerakan mahasiswa, dan biasa dengan demonstrasi. Justeru, gunakan sebaiknya era mahasiswa itu untuk menyatakan yang benar. "Kamu boleh tidak bersetuju dengan (perdana menteri) Najib. Kamu juga boleh tidak bersetuju dengan Anwar. Tidak salah berhujah dan melawan dengan fakta," kata Anwar, pemimpin mahasiswa yang ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong mogok petani miskin di Baling, Kedah pada 1974. Menurut Anwar, berbanding Datuk Seri Najib Razak, bapanya lebih bersikap terbuka dengan tuntutan mahasiswa ketika menjadi Perdana Menteri. Tun Abdul Razak kerap mengadakan pertemuan bersama mahasiswa, menjamu mereka dan berbincang di kediaman rasmi Perdana Menteri, sedangkan pada siangnya mahasiswa berdemonstrasi di tengah ibu kota. "Manakala mahasiswa berani dan bersedia untuk bertanya (kepada pimpinan negara)," kata Anwar mengimbau zaman sebagai pemimpin pelajar. Merujuk tuntutan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan kes pelajar Adam Adli- Anwar berkata kerajaan hari ini gagal mendengar pandangan mahasiswa, apabila ugutan pihak tertentu terhadap gerakan itu dan isu yang dibangkitkan mereka dipandang sepi. "Mereka memperbodohkan kritikan (mahasiswa). Sedangkan mahasiswa ialah pemangkin untuk memecahkan permasalahan. Ketika saya menjadi Menteri Pendidikan, tanpa gagal setiap tahun saya pusing setiap kampus di seluruh negara," katanya. Beliau memberikan contoh, 'Great Economic Debate' yang dianjurkan mahasiswa di Universiti Malaya selama tiga malam sebagai acara debat tahunan pada zamannya, kini tidak lagi diteruskan. "Ribuan hadir. Ada wakil (mahasiswa penyokong) kerajaan, ada wakil pembangkang dan ada wakil akademik. Kenapa sekarang tidak boleh? Itu (budaya) yang mesti kita kembalikan," katanya. | Foto Program #Meetanwar Anjuran Anwar Ibrahim Club,22 Disember 2011 Posted: 23 Dec 2011 12:20 AM PST Anwar Ibrahim Club telah menganjurkan program anak muda bersama Dato Seri Anwar Ibrahim #meetanwar semalam bertempat dikediaman beliau semalam, Khamis 22 Disember 2011, jam 8.30 malam. Turut bersama dalam menjayakan program tersebut ialah Dato Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail,YB Nurul Izzah,Ihsan,Ilham dan Suami. | |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 23 Dec 2011 09:01 AM PST Membuka Pintu Penjara Posted: 23 Dec 2011 04:35 AM PST Kisah Khir Toyo, Anwar, Sharizat & Awang Adek HusseinKHIR Toyo Erodikromo telah pun mengetahui nasibnya hari ini bila mana Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana didapati bersalah melakukan rasuah ke atas pembelian satu lot tanah atas namanya dan isterinya Zaharah Kechik. Saya tidak pasti apakah keputusan mahkamah hari ini telah dapat difirasatkan oleh isterinya lebih awal. Saya masih teringat dalam satu interviu dengan sebuah akhbar dengan Zaharah Kechik selepas suaminya mengangkat sumpah menjadi MB Selangor dulu, Zaharah berkata dia tidak merasa terkejut dengan perlantikan suaminya sebagai MB kerana sebelum itu dia pernah 'bermimpi' yang Khir Toyo akan jadi MB. Jadi saya tidak tahu apakah Zaharah mempunyai warida' yang suaminya akan masuk ke penjara suatu hari nanti. Hari ini kalau mahkamah tidak membenarkan rayuan, Khir Toyo sudah pun akan tidur berlapikan toto dalam penjara. Sehubung dengan hukuman yang diterima hari ini Khir akan membuat keputusan mengenai masa depan politiknya pada 9 Januari nanti, tarikh sama Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menentukan apakan Anwar Ibrahim akan going back ke penjara atau pun tidak. Saya berfirasat Khir akan mengambil keputusan akan berihat dari politik sekiranya Anwar akan ke penjara. Sebaliknya kalau Anwar didapati bebas dan dibenarkan jamin, Khir akan terus berpolitik. Iya, bagi Khir beliau tidak perlu gentar dengan apa yang berlaku. Kalau Anwar yang dijatuhi penjara sembilan tahun masih aktif dalam penjara kenapa tidak dengan Khir? Khir hanya 12 bulan sahaja kalau rayuanya ditolak. Jangan pula gara-gara rayuan itu hukuman di tambah enam bulan lagi menjadi 18 bulan sudahlah. Dalam soal ini Khir kena belajar dan mengambil air bekas dalam botol Anwar untuk minum bagi menguatkan semangat dan menghilangkan rasa menggeletar. Anwar walaupun di penjara tetapi semangatnya kuat dan tidak patah. Dia melawan dari dalam tembok. Khir harus sama melawan dari dalam untuk membalas dendam dan memberi pengajaran kepada bekas menteri yang Khir dakwa cuba hendak menjatuhkan kerjaya politiknya. Khir jangan mudah mengaku kalah, kita anak jantan keturunan Jawa lagi.(Saya bukan Jawa walaupun nama macam Jawa). Elok juga kalau Khir Toyo masuk penjara. Dia boleh kenal siapa lawan dan siapa kawan. Boleh tahu siapa yang setia dan siapa yang berpaling tadah saat beliau ditimpa musibah. Dengan apa yang berlaku akan mematangkan proses politik dan hidup Khir sendiri. Khir perlu mengingati siapa yang mengujunginya malam dan siang semasa menjadi MB dulu, yang datang membawa berbagai-bagai proposal dan hari ini ke mana mereka menghilang. Apa yang dialami Khir hari ini sudah dilalui oleh Anwar. Kawan yang dulu 'mendolor' (bukan liwat) punggungnya, memujinya dan menjadi pembela terhadap kritikan kepadanya lari lintang pukang selepas Anwar dipecat dari Umno, hilang kuasa dan diringkukkan dalam penjara. Kawan-kawan yang mengelilingi Anwar kini sebahagian besar rakyat yang dulu tidak pernah mendapat perhatian Anwar. Sementara sebahagian yang hampir setiap Subuh bersembahyang bersama Anwar kini bertindak mufarakah dari saf Anwar. Khir juga perlu ingat dan intai-intai apakah Dr Hasan Ali ada bertanya mengenai masalahnnya. Bukankah ketika saat kritikal hendak tubuh kerajaan Selangor sebaik pilihan raya ke-12 selesai dulu Hasan ada jumpa dengan Khir dan Khir berjanji akan menyokong Hasan sebagai MB Selangor. Jadi adakan hari ini saat Khir telah divoniskan Hasan ada jumpa Khir? Ataupun nombor telefon Khir Toyo pun Hasan sudah delete dari handsetnya. Penantian untuk Khir sudah pun berakhir. Kini orang sedang menanti bila pula nasib bakal diterima oleh Sharizat Abdul Jalil. Khabarnya SPRM sudah pun mula masuk dan menggelidah pejabat projek lembu gemuk (NFC). Rakyat sedang menunggu apa yang ada di pejabat itu. Apakah Sharizat yang kini sedang mengigil dan tidak dapat tidur malam sampai mata pun sudah dalam terlibat atau tidak. Saya rasanya Sharizat tidak terlibat hanya menjadi mangsa saja. Mangsa suaminya, arkh. Najib kata dia tidak menerima surat perletakan jawatan Sharizat. Saya yakin tiada surat itu tetapi saya mempercayai Najib sudah mencari calon baru untuk diletakkan berdepan dengan Nurul Izzah di Lembah Pantai. Tidak ada guna Najib pecat sedangkan pilihan raya sudah hampir, jangan calon Sharizat samalah dengan pecat. Kalau pun pecat Sharizat kononnya nak tunjukkan Umno bersih, orang sudah tahu Umno sudah lama berkeladak dengan pelbagai najis. Dalam perhatian saya Raja Nong Chik adalah pengganti Sharizat dan pahlawan Umno akan berdepan dengan Nurul Izzah. Sesudah pejabat lembu gemuk digelidah dan Sharizat sudah berada di hujung senja, orang sedang menunggu bila pula Awang Adek Hussein akan dipanggil memberi kenyataan dan menyerahkan segala dokumen berhubung transaksi wang ke dalam akaun peribadinya. Orang ramai juga sedang tunggu siapakah dari tiga orang pegawai Awang Adek itu yang menjadi tukang urus akaun peribadinya. Adakah yang bernama Rahim, atau Ramli atau Nik Yahaya? Atau orang lain suku sakat, saya hanya tahu dari H hingga L sahaja. Masa terus berjalan dan kisah-kisah mereka di atas itu belum selesai sepenuhnya. Khir Toyo masih diluar, antara beliau dengan Anwar siapa yang akan bertepa di Sungai Buloh. Sharizat dan Awang Adek juga sedang menggeletar dan membuat perhitungan. Siapa antara mereka yang akan terlepas atau pun terjerat dengan rasuah. Kepada Zaharah Kechik kalau suami tersayang terpaksa transit hidup di penjara pergilah jumpa dengan Dr Wan Azizah belajar darinya bagaimana untuk hidup tanpa suami. Bagaimana untuk menghadapi cemuhan dan pandangan serong orang ramai bila suami menjadi narapiadana. Wan Azizah adalah sebaik-baik guru bagi mana-mana isteri yang suami mereka meringkuk ke dalam penjara. Sama-sama kita tunggu saat dan waktu pasti akan tiba juga. Tidak lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia. Sesiapa yang benar akan dibenarkan Allah dan sebaliknya begitulah juga. Kepada Khir Toyo selamat belajar berukun untuk hidup dalam penjara berlapikkan toto dari Golok. [wm.kl.5:54 pm 23/12/11] Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/ | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan