Selasa, 6 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 05 Dec 2011 11:51 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Demi perjuangan, Demi Rakyat...!

Posted: 05 Dec 2011 02:19 PM PST

Hari ini saya meneruskan panggilan perjuangan dan jam 10.00 pagi nanti akan berada di Felda Palong 10, Jempol, Negeri Sembilan. Tugas utama disini adalah untuk mempastikan Surat Perjanjian yang bakal ditandatangani oleh Peneroka dengan Kontraktor adil dan seimbang dan tidak merugikan peneroka.

Peneroka menyerahkan ladang mereka untuk ditebang oleh Kontraktor, dan ladang yang mereka serahkan ini pada setahun yang lalu menjadi bahan kontrak antara Felda dan Kontraktor untuk ditebang dan dijualkan kayu getah diatasnya; tetapi kedua-dua Felda dan Kontraktor berkenaan telah gagal menjalankan tugas yang mereka persetujui yang melibatkan harta Peneroka tetapi tidak melibatkan Peneroka sebagai pihak didalam Perjanjian itu. Anih!

Pengurus Felda Palong 10 telah memberikan berbagai amaran kepada Peneroka yang akan menyerahkan ladang mereka untuk ditebang kayu getah diatasnya dan konco-konco pengurusan ada yang mengatakan bahawa peneroka-peneroka ini akan dibuang dari rancangan Felda jika engkar.

Insya Allah, Peguam-Peguam bagi peneroka-peneroka ini akan mempertahankan kedudukan Peneroka Felda itu.

Kesemua Peneroka-Peneroka yang terlibat di Palong 10 itu adalah ahli-ahli UMNO.

Selepas menjalankan tugas di Palong 10, saya akan ke Palong 9 untuk bertemu dengan Jentera Pilihanraya Palong 9. Persediaan KEADILAN Dun Palong kini jauh berbeza dengan 2008, dan Insya Allah, dengan kekuatan baru di kawasan ini, PKR akan berjaya menawan DUN Palong.

Pada malam ini pula saya akan ke Felda Palong 8 untuk bertemu dengan Jawatankuasa Penaja PKR Ranting Felda Palong 8 untuk menerangkan peruntukan Perlembagaan PKR kepada mereka supaya mereka dapat dipandu didalam pengurusan Ranting yang betul.

Malam ini saya akan menginap di rumah Sdr Latif, Ketua PKR Ranting Palong 10; dan jam 8.00 pagi esuk akan bertolak ke Segamat ke kawasan Parlimen Sekijang. Jam 10.00 pagi akan bertemu dengan Jentera Pilihanraya kawasan Parlimen Sekijang.

Majlis-Majlis Dialog telah diaturkan oleh PKR Cabang Sekijang untuk rancangan-rancangan Felda Pemanis dan Kemelah jam 3.00 petang dan pada jam 8.30 malam ceramah di Felda Redong. Saya akan menginap di rumah Pn Natrah Ismail, Timbalan Ketua PKR Cabang Sekijang di Segamat pada malam itu.

Pada hari Rabu saya akan bertolak ke rancangan-rancangan Felda di Melaka, dan jadual lawatan kerja saya disana masih belum diberitahu kepada saya. Sdri Ginie Lim akan menghubungi saya kemudian.

Team bola tampar, team bolasepak dan team futsal PKR Penderas

Posted: 05 Dec 2011 04:25 AM PST

Pasukan Bolatampar Wanita PKR Ranting Kg Penderas ditubuhkan dengan diraikan oleh ahli-ahli PKR kampong tersebut - 5.12.11 (Laungan Reformasi turut bergema)



Sdr Hafez Harun, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau menyampaikan jaring untuk bolatampar kepada Rosman (Ketua Pasukan) dan Yantie.
Sdr Abd Razak Hussain, Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Krau menyampaikan sebiji bola Bolatampar kepada Ketua Pasukan, Rosmah Chim
Sdr Mohd Saludin Omar, Pengerusi Tetap P{KR Cabang Kuala Krau menyampai sebiji bola kepada Rosmah Chim, Ketua Pasukan.


Hari ini tertubuhlah pasukan Bola Tampar wanita bagi KEADILAN Ranting Kg Paya Luas dan dengan latihan yang akan diteruskan mereka bersedia mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan sekitar Kuala Krau.

Sementara itu Pasukan Bolasepak PKR Ranting Penderas dan Pasukan Futsal akan dirasmikan pada 28hb Disember 2011 apabila 2 team futsal dan sebuah team Bolasepak akan ditubuhkan.

Geram dengan sikap sesetengah rakan ...

Posted: 04 Dec 2011 11:30 PM PST

Semalam saya berada di Pekan, Pahang. Saya berjumpa dengan rakan-rakan dari parti sahabat, yang mengambil sikap yang betul-betul menghinakan.

Dia berkata bahawa mereka itu susah nak diharapkan, hari ini mereka berkata begini, tapi esuk mereka sudah berpendirian lain. Mereka itu tidak boleh diharap, ada sedikit imbuhan yang kecil, mereka sudah boleh berpaling tadah.

Bila saya bertanya berapa lama mereka sudah bergaul dengan kaum itu. Lama, jawab mereka, bertahun-tahun.

Berapa kali sebulan mereka menemui kaum itu? Tak adalah begitu, adalah sekali dua dalam masa setahun.

Dalam pertemuan sekali dua dalam tempoh setahun itu, apakah bentuk perhubungan yang dijalinkan dengan kaum itu. Kami bertukar fikiran dan memberi pengaruh supaya mereka berubah dari menyokong UMNO kepada parti kita. Nampaknya, mereka bersetuju, tapi esuknya bila kami jumpa lagi, mereka sudah ada pendirian lain.

Cis, inikah bentuk hubungan yang dijalin? Ini semacam sakit jantung yang diobat dengan panadol.

Jangan diharap sesiapa juga yang boleh menyokong kita kalau dalam setahun dapat berjumpa hanya sekali dua kali, dan didalam perjumpaan itu terus nak tanam pengaruh. Orang Melayu, orang Cina, orang India, dan semua orang akan tolak perhubungan seumpama ini.

Inikah yang dikatakan kerja-kerja massa? Inikah yang dikatakan kerja politik? Janganlah diharapkan duit 5 sen nak beli segantang beras, sekilo gula, jauh sekali nak beli sebuah kereta.

Bila saya mendengar percakapan dari kawan-kawan yang kononnya sangat pandai berpolitik itu, usahkan kaum itu akan rasa terhina, saya juga terasa terhina, dan saya meninggalkan orang-orang ini dengan perasaan yang jijik terhadap mereka.

Siapakah yang mereka tujukan percakapan mereka? Kepada Orang Asal. Bagi saya Orang Asal hidupnya simple, mudah berkawan, dan sangat bersetia didalam berkawan, tetapi berkawan biar dengan penuh ikhlas; kalau berjuang untuk mereka, berjuang dengan penuh komitment dan berjuang dengan penuh ikhlas, bukan untuk mencari pengaruh dari mereka, tetapi memberikan perkhidmatan yang baik kepada mereka.

Pengaruh bukan boleh dibeli, dan pengaruh tidak boleh dipaksakan. Maka saya harap kawan-kawan di Pekan ini tolonglah berlajar lagi jika mereka mahu berpolitik dikalangan kaum Orang Asal, terima kasih.

Anwar Ibrahim

Posted: 05 Dec 2011 07:20 PM PST

Anwar Ibrahim


Bertemu Buku Dengan Ruas

Posted: 05 Dec 2011 08:20 AM PST

Dari SharpShooter

Sebaran Media

Satu laporan polis akan dibuat pada, 6hb Disember 2011, pada pukul
2 petang di Balai Polis Jalan Travers  ke atas laman sesawang

www.papagomo.com yang dimiliki oleh Wan Muhammad Azri bin Wan Deris, pemegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019.

Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul “AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM” pada capaian :
http://www.papagomo.com/2011/11/amin-iskandar-penulis-malaysian-insider.html Tulisan ini dilakukan pada tarikh tertera di laman web tersebut : 26hb November 2011.

Fitnah tulisan Wan Muhamamad Azri atau Papagomo ini dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan saya terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisan saya bertarikh 25hb November 2011 di capaian:
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/razali-ibrahim-janganlah-bersikap-seperti-anak-kecil/

Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak.

Semua media, penulis blog dan rakyat Malaysia dijemput hadir.

Sekian dimaklumkan,

Amin Iskandar

Blog:
www.aminiskandar.net

Rakaman Dato Seri Anwar Ibrahim Dalam Rapat Rakyat Di Shah Alam

Posted: 04 Dec 2011 10:53 PM PST


Rakaman Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim DiProgram Mesra Rakyat Hulu Yam Baru

Posted: 04 Dec 2011 10:46 PM PST


Ceritera Parti U

Posted: 04 Dec 2011 07:58 PM PST

Merdeka Review

Cerpen/Satira

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pembuka kata

Kita sebagai Parti U berbeza dengan pihak lawan.  Contoh pertama, jawatan Ketua Umum dalam Parti A tidak dipilih secara demokratik, malah lebih berkuasa pulak dari Presiden parti.

Lihat bagaimana Presiden kita dipilih oleh perwakilan secara demokratik.  Cumanya ada seorang mantan Presiden kita yang amat berkuasa sehingga boleh menyuruh Presiden kita buat itu dan ini.  Kalau tak ikut cakap dia, alamat jadi seperti seorang lagi mantan Presiden yang tidak lagi cemerlang, gemilang dan terbilang, hanya sudah terbuang.

Contoh kedua, Parti B yang ada nama demokratik tetapi tidak ada ertinya kerana dalam pemilihan mereka, perwakilan memilih 20 ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti.

Parti kita pula dipilih secara demokratik oleh perwakilan.  Kuasa demokrasi dipegang oleh pucuk pimpinan.  Mana-mana calon yang boleh menewaskan calon pilihan pucuk pimpinan, kita akan serahkan kepada jawatankuasa disiplin untuk melucutkan pencalonannya.  Malah, demokrasi kita membenarkan calon yang mencabar calon kesukaan pemimpin kita digantung keahlian.

Demi menjaga nasib orang kita, Parti tidak boleh terlalu demokratik.  Sebab itu kita tidak benarkan jawatan-jawatan Setiausaha Agung, Ketua Penerangan dan Bendahari dipertandingkan.  Walaupun kita tak sama dengan pihak lawan, kita juga kena ikut mereka sedikit-sebanyak.  Sebab itu kita lantik beberapa calon yang kalah pertandingan untuk duduk dalam jawatankuasa tertinggi pusat.

Contoh ketiga, adalah Parti C yang kini memperjuangkan negara berkebajikan.  Masyaallah… jawatan Mursyidul Am pun tidak diundi secara demokratik tapi nampaknya lebih berkuasa dari Presiden.  Sama juga dengan Parti A yang mana suami jadi Ketua Umum, isteri jadi Presiden dan anak sulung jadi Naib Presiden.

Demokrasi dan keadilan

Parti U yang kita sayangi ini jauh lebih baik.  Bukan sahaja mantan Presiden U yang lebih berkuasa, sama seperti residen British zaman penjajahan dahulu, kita juga ada isteri Presiden yang tidak ada apa-apa jawatan dalam parti tetapi amat berkuasa.  Jadi kita ada dua ketua umum untuk menentukan arah tuju parti.

Lihatlah betapa demokratiknya kita.  Daripada 3.3 juta ahli, kita benarkan 2,700 perwakilan menentukan nasib Parti U.  Ini berbeza dengan Parti A yang pada tahun lalu mengadakan pemilihan di mana peringkat akar umbi yang memilih kepimpinan parti.  Mana boleh begitu.  Itu terlampau demokratik.  Tak sesuai untuk negara kita yang belum cukup matang demokrasi.  Sebab itu kita ada mantan Presiden untuk mengajar kita bagaimana mahu berpolitik.  Pihak lawan tidak ada semua itu.

Jauh sekali Parti kita dengan masalah gabungan lawan yang tidak bersatu hati.  Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata dia setuju secara peribadi, Parti B kata dia menentang habis-habisan dan Parti C pula kata dia mahu jadi negara berkebajikan.

Kita pula amat konsisten.  Kita sentiasa bersatu hati.  Kita sudah umumkan kita ini negara Islam walaupun kita tidak buat apa-apa.  Kita cabar Parti C supaya buat undang-undang hudud tapi kita sendiri tak ada niat untuk melaksanakannya.  Malah, kita mengaku kita pun ada negara berkebajikan, cuma kebajikan untuk kroni dan keluarga menteri sahaja.  Untuk rakyat kita sediakan kedai 1Negara yang menjual barang-barang bermutu rendah.

Memanglah kita tak boleh beritahu orang lain bahawa kita banyak meniru dari Parti B.  Apa tidaknya, bila mereka perkenalkan “Malaysian Malaysia”, kita hentam Parti B habis-habisan.  Bila mantan Presiden kita dulu buat Wawasan 2020, kita senyap-senyap tiru falsafah Parti B.  Lepas itu Presiden kita sekarang buat 1Negara, sekali lagi kita tiru “Malaysian Malaysia”, malah kita tambah lagi idea Parti B yang memperjuangkan “Malaysian First” atau “Utamakan Rakyat Malaysia”.

Shhh…jangan beritahu orang lain.  Malu kita nanti kalau orang tahu kita tiru idea-idea Parti B yang kita tuduh semua penyokong mereka sebagai bangsat.  Mana nak sorok muka kalau rakyat tahu kita ceduk prinsip Parti B yang kita kata parti paling rasis, sedangkan kita tidak benarkan kaum-kaum lain masuk parti kita.

Apa pun, kita memang tidak sama dengan pihak lawan.  Kita hanya gunakan slogan, mereka pula benar-benar mahu melaksanakannya.  Itulah kebodohan mereka.  Dalam politik, mana boleh laksanakan apa yang kita janjikan.  Nanti teruk kita dituntut oleh rakyat untuk melakukan apa sahaja demi kepentingan dan kebaikan mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Nepotisme dan hak

Pihak lawan penuh dengan nepotisme, penuh dengan politik anak beranak.  Parti kita pun ada juga.  Tapi kita tidak gelarnya nepotisme, itu namanya hak.  Malah zaman pemerintahan Islam Hadhari pun ada politik anak-beranak.  Tapi itu dulu.  Lagi pun nepotisme kita untuk kaum kita juga.  Melalui nepotisme kita mengkayakan sanak-saudara kita.  Apa salahnya kita membantu kaum kita.

Berbeza dengan nepotisme pihak lawan.  Apa mereka dapat?  Dalam Parti A, Ketua Umum sudah masuk keluar penjara.  Isteri dan anak-anaknya merana.  Siapa suruh masuk pembangkang?  Dalam Parti B, anak dan bapa serta kawan-kawan sudah kita tahan di bawah ISA tanpa bicara.  Mengapa mereka sibuk sangat hendak mendedahkan salah guna kuasa, tasuah dan penyelewengan?  Tentulah kita terpaksa tangkap untuk tutup mulut mereka.

Dalam Parti C pun sudah ramai kita tahan tanpa bicara.  Mereka benar-benar mahu laksanakan apa yang mereka perjuangkan.  Tidak cerdik langsung mereka ini.  Agama itu hanya untuk slogan politik, bukan untuk dilaksanakan.

Sungguh hebat dan dalam sekali makna kata-kata Presiden kita walaupun belum pernah bertanding jawatan Presiden.  Malah, belum pernah beliau melalui pilihan raya umum.  Inilah kehebatan pemimpin kita, boleh jadi Presiden Parti U tanpa perlu bertanding apa-apa.

Malah, kita bangga dengan Presiden kita yang masuk politik kerana bapanya adalah tokoh besar negara.  Itu bukan nepotisme.  Itu adalah hak.  Itu suratan takdir.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Berkorban untuk kami

Jelaslah betapa demokratik dan adilnya Parti U yang selama ini menjadi tempat naungan untuk anda semua.  Tanpa Parti U, negara akan hancur.  Kita dalam Parti U tidak tamak.  Kita berkongsi kuasa dengan parti-parti komponen yang lain.

Keadilan dan demokrasi kita sudah tersohor.  Apa tidaknya, kalau kita kita mahu buat apa-apa, parti M1 dan M2 akan menyokong sepenuh-penuhnya usaha kita.  Walau pun kadang-kadang Parti G buat bising, sekali kita jerkah, dia membisu seribu bahasa. Itulah konsensus dalam barisan kita.

Oleh itu, jika kita mahu Presiden Parti G digantikan dengan orang lain yang lebih rela mengikut kehendak kita, ia akan mengikut sahaja.  Begitu juga Parti M1 dan M2 yang bukan sahaja menurut kata-kata kita, malah belum kita buka mulut, dia sudah setuju.

Maklumlah kesemua parti-parti komponen kita ini, pemimpin mereka semuanya kalah atau tak bertanding dalam PRU yang lalu.  Jadi mereka tahu di mana kedudukan mereka.  Kita tetap sayang mereka.  Walaupun kalah pilihan raya, kita lantik mereka jadi Senator supaya boleh jadi Menteri.  Tentulah mereka bersyukur dan terhutang budi kepada kita.

Di seberang laut Timur negara kita, parti-parti komponen hanya menurut sahaja.  Kita bagi jawatan kepada pemimpin mereka.  Itu pengorbanan kita.  Apa kita dapat?  Tentulah hasil sumber minyak dan hutan untuk kita agihkan kepada para pemimpin kita.  Sebagai parti yang dominan tentu mereka rela Parti U perlu mendapat lebih dari orang lain.

Inilah erti pengorbanan yang sebenar.  Jika parti-parti komponen sanggip berkorban, mengapa tidak anda sebagai tanda taat setia kepada kepimpinan kami yang sentiasa memikirkan tentang nasib anda, walaupun biasanya nasib kami perlu diutamakan kerana kami adalah pemimpin anda.

Penutup kata

Pihak lawan selalu menuduh kita meminggirkan rakyat khususnya Bumiputera.  Itu tidak benar.  Kalau kita pinggirkan rakyat, masakan kita berikan di kalangan mereka projek-projek besar seperti menternak lembu.  Malah, kerana kita tidak mahu melihat mereka gagal, kita benarkan mereka membeli kondominium dengan duit yang diberi untuk menternak lembu.  Malah, kalau benar pun khabar angin kononnya mereka membeli kereta-kereta mewah, apa salahnya?  Kan kita mahu tunjukkan kepada rakyat tentang kejayaan kaum kita?

Jika Parti U hilang kuasa, siapa yang akan membela agama untuk memastikan hanya rakyat bawahan yang dikenakan tindakann undang-undang?  Siapa yang mampu menyekat hak umat dan kaum kita daripada mempersoalkan dari mana kita dan anak-beranak mendapat kekayaan?

Bagi tuan-tuan dan puan-puan, tepuklah dada, tanya siapa yang menjadi sumber rezeki anda.  Bagi kami pula, tepuklah dada, tanya Presiden adakah kami akan dicalonkan.  Sama-sama kita berjuang untuk kepentingan pucuk pimpinan.

Jika Parti U terus berkuasa, maka tuan-tuan dan puan-puan juga yang akan menumpang gembira.  Cukuplah setakat itu.  Kami tahu apa yang kami buat.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 05 Dec 2011 11:17 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Serangan biologi di pengkalan TUDM

Posted: 05 Dec 2011 12:20 AM PST



Akhbar 2 Dis 2011 melaporkan seramai 24 pelatih komando di pengkalan TUDM di Bukit Jugra telah disyakki dijangkiti leptospirosis. Adakah ini merupakan serangan penyakit biologi semulajadi atau serangan senjata biologi. Sebelum ini juga PULAPOL dan PUSASDA telah menghadapi serangan biologi.

Adakah Malaysia terutamanya Menteri Pertahanan dan Kementerian Pertahanan bersedia menghadapi serangan senjata biologi? Adakah H1N1, Adenovirus, Melioidosis, Leptospirosis, Kencing Tikus dan sebagainya sebahagian daripada senjata biologi?

Beberapa kes penyakit biologi yang melanda kem tentera, polis dan PLKN yang dilaporkan sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2011/04/persiapan-serangan-senjata-biologi-di.html

Lockdown at RMAF base
Friday, December 2nd, 2011
Bukit Jugra RMAF base lockdown

24 trainee commandos in hospital for suspected leptospirosis infection





SHUTDOWN: Health Ministry officers will conduct checks at the Bukit Jugra RMAF base (top) while infected commandos are being housed in the maternity ward at Hospital Banting

BANTING: The Bukit Jugra RMAF base is under lockdown after 24 trainee commandos were admitted for suspected leptospirosis infection.

Two of them are in critical condition, while Health Ministry officials have descended on the army base since Monday to ensure there is no outbreak.

The trainees have been quarantined in the maternity ward of the Banting Hospital. Two of them are in critical condition, with one trainee transferred to the Kuala Lumpur Hospital yesterday.

The condition of the remaining 22 trainees was reported to be stable. Thery will be released only after tests are complete — expected to be in a few days.

According to sources, the patients were brought there on Monday evening for food poisoning.

A security guard said family members and friends of the trainees, who turned up at the hospital earlier in the day, were not allowed to enter the ward.

"They just sat here and waited for hours. All they wanted was to see the trainees, but no one was allowed to go in. They left after talking to doctors on duty," he said.

The guards said they were given strict orders by the hospital management not allow anyone to enter.

A hospital staff who contacted The Malay Mail said they were given strict orders by hospital management and military commandants to keep the situation under wraps.

Hospital Banting director Dr Rozita Mohamed confirmed the commandos were admitted there but declined to comment further.

Visiting the hospital yesterday, The Malay Mail found the 22 commandos housed at the maternity ward.

A hospital staff said there were two maternity wards and whenever a high number of patients were admitted with the same problem, they were kept at one of the wards, also known as "Ward 2".

A nurse, who declined to be identified, said as patients were quarantined, they had to be housed in a separate ward.

"The hospital is taking precautionary measures as the disease may be contagious."

Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi yesterday confirmed the soldiers were infected by leptospirosis, which is commonly associated with rat's urine.

Sources said it was believed the commandos could have been infected from the food or water they consumed.

Health Ministry officers are conducting checks at the RMAF base, including scouring the Bukit Jugra jungle area where the victims are believed to have undergone final training.

The health officers are also inspecting the airbase's water tanks and water outlets to see if the food or water source could have been contaminated.

Disease spread through animal urine
PETALING JAYA: Leptospirosis is a rare disease which infects humans exposed to bacteria contaminated by animal urine and is contagious as long as the bacteria remain moist.

The main carriers are rats, moles and mice but a large range of other mammals, such as dogs, deer, rabbits, hedgehogs, cows, sheep, raccoons, opossums, skunks, and certain marine mammals, are able to carry and transmit the disease as secondary hosts.

Wikipedia states: "There have been reports of 'house dogs' contracting leptospirosis apparently from licking the urine of infected mice that enter houses. The types of habitats most likely to carry infective bacteria are muddy riverbanks, ditches, gullies, and muddy livestock rearing areas where there is a regular passage of either wild or farm mammals."

The disease can infect humans through contact with water, food, or soil containing urine from these infected animals. This may happen by swallowing contaminated food or water, or through skin contact if there are cuts on the skin and is not known to spread from human contact.

Studies have also shown there is a direct correlation between the amount of rainfall and incidence of leptospirosis, making it seasonal in temperate climates and year-round in tropical climates.

Occupations at risk of being infected by leptospirosis include veterinarians, slaughterhouse workers, farmers, sewer workers, and people working on derelict buildings. Rowers are also known to contract the disease.

The Health Ministry's website states leptospirosis's symptoms include an average incubation period of 10 days and the disease starts with fever, shivering, body aches and headache.

Other symptoms are coughing without phlegm, nausea, vomiting, diarrhea. Symptoms, such as joint and bone aches, sore threat and stomach aches, are the least reported symptoms.

Victims might also suffer from muscle aches, enlarged liver or speen, swollen sweat glands, sore threat, rashes, lung problems and stiff muscles.

Most leptospirosis cases are treatable although there are cases of deaths when complication arise.

Supportive treatment is needed for complicated cases and it is advisable to avoid stagnant water or pools as these are areas where the bacteria habitats.

Spate of cases this year
THIS year witnessed at least five reports of leptospirosis scare or outbreaks nationwide, from Penang to Kuala Krai and all the way to Sarawak.

The biggest case was reported by the Sarawak Health Department on Nov 8 with 96 confirmed cases in Bintulu over a period of 21 months.

It, however. pointed out the State's overall incident is 1.9 individuals per 100,000 population, far below the threshold for any disease to be considered an outbreak.

Another reported incident occurred on Oct 17 when 11 infected orang asli school children from SK Sungai Berua were hospitalised at the Sultanah Nur Zahirah Hospital and Hulu Terengganu Hospital in Terengganu.

Minister briefed by forces chief
DEFENCE Minister Datuk Seri Zahid Hamidi said he was briefed on the outbreak of the leptosirosis cases by Armed Forces chief Gen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yesterday.

"The authorities conducted extermination exercises at the camp, including the living quarters of those hospitalised," he told The Malay Mail.

Asked whether the camp would be quarantined, Zahid said they were waiting for a report from the Health Corps director-general before proceeding further.

He said the family members of those affected had been were notified.

http://www.mmail.com.my/content/86869-lockdown-rmaf-base

Temui Bob Lokman di Rembau 11 Dis 2011

Posted: 04 Dec 2011 11:47 PM PST



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 11 Dis 2011, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Batu 3, Pedas Hilir, Rembau, N.Sembilan
Penceramah :
Bob Lokman
YB Hj Taufek
Chegubard
Dr Rosli Yaakop

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan sila hubungi 019-3457690 , 012-6837340

BULETIN RAKYAT

Posted: 05 Dec 2011 11:13 AM PST

BULETIN RAKYAT


UCAPAN DS ANWAR DI MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA RAKYAT ULU YAM ~ HULU SELANGOR

Posted: 04 Dec 2011 09:01 PM PST

DS ANWAR ~ MALAM RAPAT RAKYAT STDM MALAWATI SHAH ALAM

Posted: 04 Dec 2011 08:00 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan