PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH Posted: 29 Dec 2011 03:10 AM PST Ayahnya Hj Shamsuddin Ahmad Telah Kembali ke Rahmatullah Posted: 29 Dec 2011 03:06 AM PST TEMERLOH, 29 NOVEMBER 2011, Ayah Hj Shamsudin Ahmad atau dikenali dengan Sham Bengkel di Taman Temerloh Jaya telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi, Jenazah tersebut akan di kebumikan di masjid cempaka lancang pada malam ni. PAS Kawasan Temerloh mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Rohnya termasuk orang-orang yang syuhada. Al-Fatihah | Peniaga Bantah Saman Parking Posted: 29 Dec 2011 03:02 AM PST
MENTAKAB: DAP Temerloh dan Mentakab bersama-sama masyarakat setempat membantah keras tindakan saman parking secara membabi buta oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) Temerloh.
Ini berdasarkan aduan ramai pemilik premis perniagaan dalam bandar berkenaan yang melanggan secara bulanan petak parking hadapan kedai mereka di bandar Mentakab ini dan mereka juga sudahpun meletakkan serta mempamerkan tiket-tiket parking tetapi masih juga di saman.
Kes saman ini sudah berlarutan berbulan-bulan lamanya, dan tiada jalan penyelesian dicapai. Walaupun mangsa-mangsa berkenaan turut membuat aduan kepada pihak berkenaan, dan juga berusaha bertemu dengan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Seorang pemilik premis yang di saman yang nilainya sejumlah RM20,000 menunjukkan bukti bahawa beliau pada tarikh-tarikh berkenaan membayar parking petak yang beliau gunakan tetapi masih juga di saman.
Bantahan aman berkenaan dibuat ditengah-tengah pusat bandar ini berhadapan sebuah pusat perniagaan terkenal dan turut mendapat sambutan luarbiasa para pengguna jalanraya dan pemilik premis perniagaan lain di bandar Mentakab yang rata-rata rasa teraniya dan dianayai. Kami bukan penduduk yang engkar, kami membayar parking berkenaan dengan meletakkan tiket – tiket parking yang dikeluarkan PBT berkenaan. Selepas digoreskan tarikh dan masa waktu parking kami pamerkan. Tak kanlah parking reader masih buta dan tidak nampak, ini mustahil, jelas seorang pengguna dengan nada yang marah.
Kami sudah beberapa kali bertemu dengan Adun Mentakab En Chua Boon Seong yang mewakili penduduk Dun ini bagi mengadu masalah berkenaan. Tetapi beliau mengambil sikap mendiamkan diri sahaja.
Sikap lepas tangan dan enggan bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah rakyat ini mengundang masalah rakyat di adukan kepada pihak DAP setempat. Sehubungan itu, bagi melahirkan rasa keperihatinan dan simpati atas nasib yang menimpa masyarakat Tionghua berkenaan En Ahmad Zubir Omar selaku wakil PAS turut hadir bagi memberi sokongan moral dan tanda simpati kepada mangsa-mangsa yang teraniaya. | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 29 Dec 2011 01:36 AM PST Pemuda PAS Melaka terjemah Negara Berkebajikan Posted: 29 Dec 2011 01:00 AM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - JASIN, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Melaka menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan dengan membiaya peralatan persekolahan kepada 120 orang kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan di sekitar Jasin. Usaha itu dibuat rentetan daripada kos sara hidup yang semakin tinggi, di samping keperluan mendesak keluarga untuk menyara anak-anak mereka yang lain bagi memasuki musim persekolahan 2012 nanti. Mereka terdiri daripada buruh kasar, petani, nelayan dan warga emas. Program yang dianjurkan bersama UPU Merlimau Pasir itu dibuat secara berperingkat. Bermula dengan sumbangan kepada 40 orang kanak-kanak yang dibawa ke pasaraya di bandar Muar dan diikuti kumpulan kedua yang dibawa ke pasaraya di sekitar bandar Jasin. Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah mengetuai program kebajikan itu (gambar). Turut hadir adalah kepimpinan Pemuda PAS negeri Melaka dan Pemuda PAS Kawasan Jasin. Konsep program merakyat kerana kanak-kanak itu dibawa terus ke pasaraya untuk membeli pakaian dan kasut. Manakala beg sekolah dan alat tulis diberikan terus ke rumah mereka. Program seumpama itu diharap dapat merapatkan ukhuwah antara masyarakat dengan PAS selain menjadi contoh teladan kepada masyarakat untuk terus menyumbang kepada golongan yang memerlukan. Harakah Daily | Harakahdaily pertahan berita, ini transkripnya Posted: 29 Dec 2011 12:45 AM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Dis: Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa. Berikut adalah asas kepada berita berkenaan. Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember. Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik. Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf. Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah? Terimalah. Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru? JKR 10 Wartawan: Ustaz Nasha... Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai. Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap. Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru? Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah. Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini? Ada peluang apa lagi lah...baik. Harakah Daily | Lelaki Maut Dihempap Penyangkut Besi Lif Posted: 29 Dec 2011 12:30 AM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - KUALA KANGSAR: Seorang lelaki mati dihempap penyangkut besi lif ketika hendak menghantar perabot di tingkat atas sebuah kedai perabot tiga tingkat di Jalan Raja Chulan di sini Khamis. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supt Abdul Gaffar Muhammad berkata, kejadian berlaku pada pukul 10 pagi ketika Mohd Abdillah Khairuddin, 27, berada di dalam lif dengan muatan perabot untuk dihantar ke tingkat atas. "Tiba-tiba lif tersebut terjatuh ke bawah, manakala penyangkut besi itu menghempap kepalanya menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini Khamis. Kejadian disedari oleh majikan Mohd Abdillah yang kemudian melaporkannya kepada polis. Abdul Gaffar berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku akibat bebanan yang berat menyebabkan tali rantai lif itu putus dan penyangkut besi berkenaan menghempap mangsa. Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut, katanya. Dalam kejadian lain, seorang remaja berusia 13 tahun terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km 1 Jalan Sitiawan-Lumut pada Rabu. Muhamad Asrul Muhamad Azizan berasal dari Kampung Acheh yang mengalami cedera parah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Manjung pada pukul 11.50 pagi, Rabu. - BERNAMA | Warga Korea hilang: Polis minta bantuan kedutaan Posted: 29 Dec 2011 12:26 AM PST 4 Safar 1433H. [MOD] -KUALA LUMPUR 29 Dis. — Bukit Aman kini bekerjasama dengan Kedutaan Korea Selatan di sini, bagi mengesan dua suspek dipercayai rakyat negara itu, berkaitan kes kehilangan seorang ahli perniagaan Korea Selatan sejak 31 Okt. lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejaki suspek terbabit yang dipercayai telah meninggalkan negara ini."Kemungkinan sekarang ini suspek sudah pulang ke negara asal (Korea),
mungkin juga sudah lari ke mana-mana negara lain. Bantuan dari Kedutaan Korea dan pihak Interpol mampu membantu dalam menyelesaikan misteri kehilangan ahli perniagaan itu," katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan berdasarkan maklumat sedia ada.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama, berkata kes itu masih disiasat mengikut Akta Orang Hilang.
Warga Korea itu, Kim Chong Yong, 53, yang tinggal di negara ini sejak dua dekad lepas, dilihat kali terakhir di sebuah pusat hiburan di Desa Sri Hartamas antara 9 malam hingga 1 pagi pada 30 Okt bersama seorang lelaki, sebelum dilapor hilang pada keesokannya. — BERNAMA | Rel kereta api di tengah-tengah desa Posted: 29 Dec 2011 12:16 AM PST 4 Safar 1433H. [MOD] -
SEORANG wanita menyembur air di kawasan rumahnya dekat landasan kereta api di Desa Kham Thien, Hanoi kelmarin. HANOI – Sebuah desa di sini dianggap antara yang paling berbahaya buat para penghuninya kerana ia terletak amat dekat dengan landasan kereta api. Ia dikenali sebagai Kham Thien. Bangunan kediaman terletak di kiri dan kanan landasan kereta api sepanjang 200 meter. Penduduk enggan meninggalkan bangunan yang terletak di tepi landasan itu walaupun terdapat banyak nahas dan kematian pada setiap tahun. Mereka masih tinggal di desa itu walaupun pihak berkuasa telah memberikan amaran mengenai kematian dan nahas kereta api. – Agensi Kosmo | Syria, Yaman terus bergolak Posted: 29 Dec 2011 12:00 AM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - PENUNJUK perasaan berarak di Sanaa menuntut Salleh didakwa. GAMBAR rakaman video agensi berita Ugarit News menunjukkan sebuah kereta kebal Syria di bandar Homs, semalam. Gas pemedih mata sambut protes di Homs, penunjuk perasaan bergaduh di Sanaa DAMSYIK: Polis Syria menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan 70,000 penunjuk perasaan di jalan Homs kelmarin pada masa pemerhati Arab melawat kawasan itu sehari selepas puluhan mati akibat tindakan keras terhadap penduduk yang berbeza pendapat. "Lebih 70,000 penunjuk perasaan cuba memasuki Dataran al Saa di tengah bandar Homs, kemudian ejen keselamatan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka," kata Pemerhati Rakyat Syria untuk Hak Asasi yang berpangkalan di Britain. Pada masa yang sama, sesetengah penunjuk perasan ditembak dengan peluru hidup semasa mereka berarak ke dataran itu dan empat cedera termasuk seorang cedera parah. Pemerhati berkata tunjuk perasaan berasingan diadakan di tempat lain di bandar itu bertujuan mendedahkan amalan tidak sihat dan jenayah regim itu. Sebelum menyertai perarakan di Dataran al Saa, puluhan ribu penunjuk perasaan berkumpul di kawasan Al-Khalidiyeh, menurut badan itu. Tunjuk perasaan turut dilaporkan di daerah Bab Dreib dan Jub al-Jandali. Protes itu dilakukan pada masa sama pemerhati Liga Arab melawat kawasan tengah bandar untuk memantau urusan mengakhiri kekerasan terhadap penunjuk perasaan anti pemerintah. Berikutan laporan pembunuhan 34 orang awam di wilayah Baba Amro di Homs pada Isnin, penduduk yang mengadakan majlis pengebumian berhampiran Kefer Ayia untuk sesetengah mereka yang terbunuh, diserang oleh pihak keselamatan. Aktivis mendakwa, tentera membawa keluar kereta perisai dari satu daerah ketika pemerhati Arab tiba dan menyembunyikannya dalam zon dikuasai kerajaan. Sementara itu di Sanaa, musuh dan penyokong Presiden Yaman bertempur menggunakan batu dan kayu kelmarin, memburukkan lagi kekacauan negara itu pada masa sama Washington menimbangkan permohonan pemimpinnya untuk ke Amerika Syarikat. Aktivis belia, yang mengetuai protes sejak berbulan menentang pemerintahan 33 tahun Presiden Ali Abdullah Saleh berbelah bahagi sama ada beliau perlu meninggalkan tanah air kerana boleh mengurangkan konflik tetapi turut membuka peluang mengelak pengadilan. – Reuters/AFP | Iran bicara perisik CIA Posted: 28 Dec 2011 11:40 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - TEHRAN: Pihak berkuasa Tehran membicarakan seorang warga Amerika Syarikat kelahiran Iran kelmarin atas tuduhan mengintip untuk Agensi Perisikan Pusat (CIA) dengan pendakwa raya menuntut defendan dikenakan 'hukuman maksimum' kemungkinan hukuman mati, jika dia didapati bersalah, lapor agensi berita Fars. Pengakuan Amir Mirzai Hekmati menunjukkan dengan jelas bahawa tertuduh bekerjasama dengan CIA dan terbabit dalam aktiviti mengancam keselamatan Iran. "Justeru, saya meminta mahkamah mengenakan hukuman maksimum," kata pendakwa raya yang dipetik sebagai berkata. Hekmati, 28, bekas anggota marin Amerika dilahirkan di negara itu dalam sebuah keluarga pendatang. Tetapi, dia kemudian muncul dalam televisyen tempatan Iran pertengahan Disember lalu dan memberitahu dalam bahasa Parsi dan Inggeris fasih bahawa dia adalah seorang ejen CIA yang dihantar untuk menyusup ke dalam Kementerian Perisikan Iran. – AFP | Ternak patin: 3 pengarah didakwa perdaya 12 individu Posted: 28 Dec 2011 11:30 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - Tiga pengarah sebuah syarikat pertanian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan memperdaya 12 individu membabitkan pelaburan projek ternakan ikan patin bernilai kira-kira RM1.1 juta. Johar Arifin Baki, 45, S Suresh Kumar, 30, dan Auni Zafirah Abdul Rahim, 25, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Slamat Yahya. Sebagai pengarah syarikat Premier Agro Sdn Bhd ketiga-tiga mereka didakwa bersama-sama telah memperdaya dengan niat menipu 12 pelabur individu dengan menawarkan skim ternakan benih ikan dalam sangkar menjajanjikan pulangan kepada pelaburan tersebut. Para pelabur tersebut telah membayar wang pelaburan mereka yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat Premier Reliance (M) Sdn Bhd. Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di premis syarikat mereka yang mempunyai alamat perniagaan di No: 19, Jalan Kasuarina 7, Botanic Capital, Bandar Ambang Botanic, Klang dekat Shah Alam, antara 15 Mei 2009 dan 3 Julai 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hakim Slamat membenarkan ketiga-tiga tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM12,000 serta seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 1 Feb tahun depan untuk sebutan semula kes. Mereka diperintahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes itu selesai. Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Shari'ah Abu sementara ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama | Dugaan datang bertimpa Posted: 28 Dec 2011 11:25 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - KUANTAN – "Sejak suami saya meninggal dua tahun lalu, dugaan datang bertimpa-timpa, Dan jika tidak kuat semangat saya juga tidak mahu hidup lagi," kata B. Sharta 27 yang kehilangan suami dan anak sulungnya dalam kemalangan jalan raya dua tahun lalu. Sharta berkata, kemalangan itu bukan sahaja meragut nyawa dua orang yang disayanginya, malah turut merentap kebahagiaan yang dikecapnya selama ini. "Dalam kejadian itu, hanya saya dan anak bongsu, Kartik, 6 sahaja yang hidup manakala suami, anak sulung, adik ipar dan anaknya turut meninggal kerana kereta bertembung dengan lori. "Mengenangkan anak bongsu yang masih kecil, saya tabahkan hati untuk menerima dugaan ini dan kini saya hanya berharap agar masa depan anak saya ini cerah biarpun tanpa ayah di sisinya," katanya. Selain itu, Sharda juga terkilan kerana tidak dapat bekerja untuk menambah pendapatan keluarganya kerana keadaan kesihatannya yang tidak menentu. Oleh itu, dia kini menumpang di rumah bapanya yang hanya bekerja susun papan di sebuah kilang. "Saya bukan tidak mahu bekerja, tetapi kemalangan tersebut telah menyebabkan saya mengalami cedera parah di bahagian kepala dan setiap kali ingin pergi bekerja saya akan rasa pitam. "Kini, hanya mengharapkan gaji ayah yang tidak seberapa sahaja untuk menanggung kami dua beranak ini," katanya. Sementara itu juga, dia juga berharap agar permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat diluluskan. Menurutnya, permohonan terdahulu telah ditolak kerana factor usianya yang masih muda. "Jika ikutkan usia, memang saya masih muda,tetapi saya tidak berdaya untuk bekerja dan memerlukan bantuan untuk menyara anak saya ini. "Apa yang saya harapkan agar anak saya dapat kesempurnaan sepertimana kanak-kanak yang lain," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Sinar Harian | Pakatan Rakyat tekad mansuh Auku – Anwar Posted: 28 Dec 2011 11:23 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 29 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat tekad untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sekiranya menerajui Putrajaya kelak. "Saya mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Auku serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual," katanya dalam satu kenyataan. Ketua Umum KEADILAN itu turut menggesa kerajaan agar menghentikan segala tekanan terhadap mahasiswa dan menyifatkan Umno sebagai terdesak kerana dilihat seakan takut dengan kelompok mahasiswa. "Tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan Umno semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan ini serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono. "Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah Auku sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa. Tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus," "Insiden remeh di depan ibu pejabat Umno di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik Umno seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan," kata Anwar. Tambah beliau, tindakan menghukum menggunakan Auku terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa. Anwar turut membidas janji komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kononnya mahu meminda Auku dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian hanyalah omong kosong. Pada 23 Disember lalu, Adam Adli Abdul Halim menerima surat panggilan ke jawatankuasa disiplin UPSI dan berdepan dua pertuduhan, iaitu mencemarkan nama universiti serta memberi ancaman kepada ketenteraman awam. Ia berikutan tindakannya menurunkan bendera Najib selepas Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyerahkan memorandum menuntut kebebasan akademik kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Suruhajaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Tindakan itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya sekumpulan penyokong Umno. Keadilan Daily | 11 NGO halang penyenaraian FGVH Posted: 28 Dec 2011 11:12 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Dis: 11 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan penubuhan Gerakan Selamatkan Felda (GSF). Dikepalai Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebaangsaan (Anak) yang bergerak sendirian sebelum ini, matlamat utama GSF ditubuhkan untuk menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL). Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, GSF di peringkat awal mendesak kerajaan membatalkan usaha penyenaraian yang bakal menjejaskan aset 112,635 peneroka. "Gabungan ini akan bergerak ke seluruh negara bagi mendesak kerajaan membatalkan hasrat penyenaraian ke Bursa Saham," kata beliau pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, dekat sini, hari ini. Selain Anak, GSF disertai Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Kumpulan Media Independent (Kami), Badan Bertiindak Peneroka Felda (Bangkit), Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa). Turut bersama, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Harakah Daily | Zakat: PKR harap Jamil Khir tidak menyorok Posted: 28 Dec 2011 11:10 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Dis: Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berharap Datuk Jamil Khir Baharom segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu wang zakat. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tentang salah guna wang zakat meliabtkan menteri berkenaan. Nazmi berkata, berikutan kenyataannya semalam, Muhamad Yamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa pembiayaan kos guaman Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi pegawai kanan MAIWP dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan. "Dalam kenyataannya, beliau juga menyalahkan Anwar dan pihak-pihak tertentu yang 'menyalahgunakan' proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah," ujarnya dalam satu kenyataan. Pada Jun 2011 juga, katanya Jamil Khir menafikan penggunaan wang zakat untuk membayar kos guaman itu. Malangnya, kata beliau Yamin tidak menyebut tentang 'pendahuluan' RM63,650 daripada wang zakat yang telah disahkan oleh Ketua Audit Negara pada November 2011. "Yamin juga harus sedar bahawa apabila seorang itu dizalimi, beliau mempunyai hak yang diiktiraf di dalam syarak dan sistem Perlembagaan kita untuk mempertahankan diri mereka. "Saya berharap Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam Malaysia dapat segera tampil ke hadapan dan bukan menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu ini," ujarnya. Menurutnya, pada Jun lalu juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salah guna wang zakat yang disalurkan selain daripada asnaf yang lapan adalah kesalahan dan dosa besar. Sekurang-kurangnya, kata beliau apabila isu itu mula-mula timbul peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan. "Persoalannya, adakah pandangan tersebut diberikan dan sekiranya ya, apakah pandangan beliau?" tanya beliau yang juga Adun Seri Setia Yang nyatanya, kata beliau lagi Ketua Audit mengesahkan wang zakat dibayar kepada peguam sebelum dipulangkan hampir enam bulan kemudian pada Disember 2010. Soalnya lagi, mengapa wujud dwi-standard dengan kes amil zakat di Johor Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini. Katanya, umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat. Harakah Daily | Monopoli MAS-Air Asia, rakyat jadi mangsa Posted: 28 Dec 2011 11:07 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 29 Dis: Penerbangan untuk Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih sukar dan mahal selepas ini kerana Firefly tidak akan lagi menjalankan perkhidmatan di negeri-negeri tersebut. Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong (gambar) berkata, kolaborasi MAS-Air Asia dilihat hanya menguntungkan satu pihak sahaja, iaitu Air Asia sendiri, manakala rakyat menderita, lapor Roketkini.com. "Dengan MAS dan Firefly menghadkan penerbangannya, Air Asialah yang memonopoli laluan-laluan udara tertentu. Sebagai contoh, laluan Sandakan-KL sudah menjadi monopoli Air Asia sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, dengan jumlah penerbangan yang kurang dan harga pula lebih mahal, ia bukan sahaja menyusahkan pengguna, malah tidak baik untuk ekonomi. Beliau menjelaskan, institut kajian Research for Social Advancement (REFSA) telah mengenal pasti beberapa pekara utama: 1. Kurang penerbangan bermaksud kurangnya pekerjaan untuk staf di udara dan di lapangan. Ini juga bermaksud gaji lebih rendah, kurang peluang perkerjaan, dan kurang kuasa perbelanjaan. 2. Ia juga memberi impak terhadap perniagaan yang bergantung kepada penerbangan udara tersebut seperti teksi, hotel, restoran, penjaja dan sebagainya yang amat berharap dan bergantung kepada pengguna penerbangan tersebut. 3. Dalam jangka masa panjang, situasi ini juga akan menyebabkan semakin kurang peluang untuk bertemu, berbincang dan menghasilkan produktiviti ekonomi. Liew berkata, walau pun alasan kolaborasi MAS-Air Asia dikatakan membuka peluang untuk semua, yang tersurat adalah Firefly telah diikat sayapnya. "Sudahlah orang di Johor kecewa dengan pembatalan penerbangan, Firefly mengalami penurunan kadar 30 peratus di hub sendiri di Subang," tambah beliau. Para pekerja Firefly juga gelisah kerana tidak pasti dengan nasib mereka. Jika dahulu saingan mereka yang utama ialah pemilik Air Asia Tan Sri Tony Fernandes, kini beliau terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat induk mereka. Menurut Liew, adalah lumrah bahawa kebanyakan staf Firefly mahu 'melompat kapal' untuk masa depan yang lebih terjamin, dan kehancuran Firefly juga mengurangkan lagi jumlah pilihan pengguna. "Penambahan pilihan, pengurangan kos, menggalakan persaingan, kesaling hubungan adalah amat penting untuk kemajuan negara," ujarnya. Beliau yang juga Setiausaha Biro Antarabangsa DAP berkata, kolaborasi yang berbentuk monopoli itu harus dihalang sebelum lebih berpuluh ribu rakyat Malaysia terjejas dengan pembatalan penerbangan, kehilangan mata pencarian mereka, dan pengecilan gaji. "Semoga lebih banyak perkhidmatan dan pilihan diberi kepada rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak agar mereka dapat pulang dengan selamat, murah, dan mudah," katanya. Harakah Daily | Tiga cilik dipercayai kebas duit Posted: 28 Dec 2011 11:02 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - PUCHONG - Misteri kehilangan wang tunai berjumlah hampir RM20,000 milik seorang kontraktor yang sebelum ini disangka perbuatan toyol terjawab apabila tiga penyamun cilik mengaku melakukan perbuatan itu. Difahamkan, penyamun cilik berkenaan mengaku mencuri wang tunai itu selepas ditakut-takutkan anak mangsa yang mendakwa badan mereka yang mencuri akan terasa panas kerana terkena air jampi dibuat rakan bapanya. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal berkata, sebelum ini beberapa kali duit yang disimpan di dalam bilik tidur di rumah yang didiaminya di Kampung Seri Langkas Tambahan, di sini hilang, bagaimanapun jejak si pencuri gagal dikesan. Pada mulanya, Kamal berkata, dia menyangka isterinya yang mengambil duit itu sehingga pernah mencetuskan beberapa pergaduhan. "Barang kemas dan wang tunai milik isteri juga lesap, malah sejak tiga tahun lalu, kami kehilangan puluhan ribu ringgit tanpa mengetahui siapa yang mengambilnya. "Memang mulanya kami sangka ia perbuatan toyol kerana tiada kesan rumah dipecah masuk dan sebagainya, bagaimanapun misteri kehilangan wang ini akhirnya terbongkar apabila anak saya terserempak dengan si pencuri yang ketika itu cuba mengambil wang dalam salah satu bilik tidur di rumah kami," katanya kepada Sinar Harian. Kejadian terbaru berlaku petang Sabtu lalu Kamal berkata, anaknya cuba bertindak mengejar penyamun cilik berkenaan, namun gagal. "Anak saya memang kenal dengan kanak-kanak itu kerana dia tinggal di kawasan berhampiran, akibat geram dengan perbuatan itu, anak saya yang berusia 9 tahun mengambil satu bekas berisi air dan kertas bertulisan jawi seolah-olah seperti 'air jampi' dan ditunjukkan kepada kanak-kanak itu. "Dia memberitahu siapa yang mencuri wang di rumah saya perutnya akan terasa panas dan jangan menyesal sekiranya tidak mahu memulangkan wang yang dicuri," katanya. Takut dengan ugutan itu, tiga kanak-kanak masing-masing berusia 11, 12 dan 13 tahun itu mengaku mencuri wang ketika rumah ditinggalkan kosong. Lebih mengejutkan, kanak-kanak itu mengaku memasuki rumahnya melalui tingkap sebelum menyelinap masuk ke dalam salah sebuah bilik tidur untuk menggeledah mencari wang. Kamal berkata, dia tidak dapat mengagak berapa banyak wang yang hilang, namun kali terakhir berjumlah hampir RM4,000. Menurutnya, selepas mengaku, kanak-kanak itu hanya memulangkan RM60 sahaja dan mendakwa baki selebihnya sudah dibelanjakan membeli bola, kasut dan sebagainya. Isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum ini dia langsung tidak mengesyaki kanak-kanak yang hampir sebaya dengan anaknya melakukan perbuatan itu. "Memang duit banyak kali hilang, tetapi saya tidak pernah mengesyaki kanak-kanak yang selalu datang ke rumah bermain dengan anak saya itulah pencurinya. "Sebelum ini ada juga terasa hairan apabila kanak-kanak itu sering bertanya bila saya mahu keluar rumah ke kedai membeli sarapan dan sebagainya, berkemungkinan untuk memudahkan mereka melakukan 'kerja' di rumah saya tanpa disedari sesiapa," katanya. Sinar Harian | Rasuah:Bekas Pegawai Kanan Digi Telecommunication Didenda RM2.75 Juta, Penjara Empat Tahun Posted: 28 Dec 2011 11:00 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Seorang bekas pegawai kanan pemerolehan Digi Telecommunication Sdn Bhd dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM2.75 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas didapati bersalah atas 14 pertuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM415,000 daripada sebuah syarikat. Hakim Asmadi Hussein menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa tertuduh, S. Stanley, 39, dari Bandar Kinrara, Puchong, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Tertuduh boleh dipenjara selama 14 tahun sekiranya dia gagal membayar denda. Asmadi bagaimanapun membenarkan permohonan Stanley untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai. Mahkamah turut menaikkan jumlah jaminan terhadap tertuduh daripada RM50,000 kepada RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkannya melapor diri di balai polis terdekat pada Ahad pertama setiap bulan. Stanley didakwa memperoleh wang itu melalui akaun Maybank daripada Syarikat Nakhoda Sistem Sdn Bhd sebagai dorongan untuk memilih syarikat berkenaan sebagai pembekal kabel dan peralatan telekomunikasi kepada Digi Telecommunication. Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Kinrara, Puchong dekat sini, antara 13 Ogos 2007 dan 22 Okt 2008. Sepanjang perbicaraan, seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan seorang saksi. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Muhammad Sinti manakala tertuduh diwakili oleh peguam M.Athimulan. - BERNAMA | Empat lari bertempiaran Posted: 28 Dec 2011 11:00 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - BESUT - Empat bersaudara bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila sebuah rumah yang mereka diami terbakar dalam kejadian ketika hari hujan di Kampung Lak Lok Dalam dekat Alor Selising, Jertih, di sini semalam. Mangsa, Siti Hasmah Taji Mohamad, 25, berkata, kejadian jam 7.30 pagi semalam itu berlaku ketika dia bersama seorang anak saudara dan dua sepupunya sedang tidur di dalam dua bilik berasingan di dalam rumah terbabit. Menurutnya, dia terhidu bau hangit seperti sesuatu terbakar di bahagian dapur rumah dan selepas diperiksa mendapati penjuru dapur yang menempatkan ruang yang ditutup dengan almari telah terbakar. "Sebaik menyedari kejadian itu saya terus mengejutkan anak saudara saya, Aqil Qayyim Ramadan Azwan, 4, dan dua sepupu Syazaliani Shamsuddin, 15 serta Mohd Said Ismail, 21, yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri. "Kami keluar sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting," katanya. Siti Hasmah berkata, ketika kejadian dua sepupunya tidur di rumah berkenaan untuk menemaninya kerana ibunya, Siti Mariam Ab Fatah, 55, tidak ada di rumah kerana melawat saudara yang sakit di Bachok, Kelantan. Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan sebuah motosikal milik bapanya yang bekerja di Kuala Lumpur musnah, termasuk beberapa set pelamin milik kakaknya untuk disewakan. Siti Mariam berkata, dia redha dengan kejadian itu walaupun rumahnya musnah, kerana yang paling penting nyawa anak, cucu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu selamat. Dia menganggarkan kerugian yang dialami melebihi RM100,000. Sementara itu menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Zuzuki Safei, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.39 pagi lalu menghantar tujuh anggota bersama sebuah jentera ke tempat kejadian. Kata beliau, api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 10 minit selepas bomba tiba di tempat kejadian dan 90 peratus rumah kayu itu musnah. "Punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya. Sinar Harian | Nelayan tuntut RM2.9 juta Posted: 28 Dec 2011 11:00 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU - Kira-kira 500 nelayan dari sembilan kampung berhampiran pusat rekreasi terkemuka, Danga Bay di sini berkumpul bagi menyerahkan memorandum tuntutan baki pampasan yang berjumlah RM2.9 juta kerana projek pembangunan di pesisir pantai itu dikatakan telah menyebabkan kehidupan mereka terjejas. Menurut mereka, sejak pemaju projek itu bersetuju untuk membayar pampasan itu, hanya RM100,000 dibayar pada 2004 kepada 279 nelayan yang berkenaan. Kami mahu tuntut baki lagi RM2.9 juta yang seperti dijanjikan," kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pampasan Danga Bay, Pandak Ahmad. Kumpulan nelayan terbabit yang datang dengan ratusan bot dari jeti Kampung Sungai Melayu hingga ke Danga Bay, kemudian berkumpul sambil bersemangat memegang sepanduk menuntut pembayaran disegerakan. Selepas hampir 10 minit menunggu, hanya sembilan wakil nelayan dibenarkan menemui pihak pengurusan Danga Bay dan menyerahkan memorandum pampasan berkenaan kepada Pengurus Undang-undang Danga Bay Sdn Bhd, Chai Yee Man. Usaha mendapatkan kenyataan Danga Bay bagaimanapun gagal kerana Yee Man enggan mengulas sebaliknya menyatakan beliau hanya diarah oleh pihak pengurusan untuk menerima memorandum yang diserahkan. Pandak berkata, kehadiran nelayan itu sebagai tanda mereka bersatu menuntut pampas an yang tertunggak sejak 10 tahun lalu. "Sejak lapan tahun lalu, hanya RM100,000 daripada RM3 juta berjaya diserahkan kepada 279 nelayan yang terlibat pada 6 Januari 2004. Mereka memberi alasan bahawa perkara tersebut tidak termasuk dalam perjanjian yang dibuat. "Maka kami menuntut baki pampasan yang dijanjikan. Sudah beberapa kali diadakan mesyuarat, namun tiada juga keputusan. Kami hanya bagi tempoh masa kepada mereka selama 10 hari untuk selesaikannya. "Sekiranya masih tiada tindakan, kami akan menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mahupun ke Putrajaya bagi menghantar memorandum yang sama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak," katanya ketika pemberita, di sini, semalam. Pengerusi Nelayan kawasan Johor Selatan, Azli Mohd Aziz berkata, pendapatan nelayan di kawasan itu terjejas sejak projek pembangunan yang dibangunkan di kawasan pesisiran pantai. "Paling teruk kepada penternak kupang. Kalau dulu, mereka meraih pendapatan yang tinggi hasil sumber terbabit, namun, kini sudah tiada. Kami di peringkat persatuan telah bermesyuarat banyak kali. "Kami harap isu kami ini mendapat perhatian terutamanya kepada Kerajaan Negeri agar membela nasib kami yang teraniaya ini. Kami mahu ia dapat diselesaikan segera mungkin dan memberi faedah kepada semua pihak," katanya. Sementara itu, nelayan dari Kampung Bakar Batu, Udi Benge, 36, mendakwa sejak projek pembangunan dilaksanakan oleh Danga Bay, dia hilang punca pendapatan, kini hidupnya umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. "Nak cari ketam atau udang memang susah. Sekarang nak cari RM20 juga susah," katanya. Kesemua kampung yang terlibat ialah Kampung Teluk Serdang; Kampung Skudai Kiri; Kampung Bakar Batu; Kampung Sungai Temon; Pantai Lido; Sungai Danga; Sungai Melayu; Kampung Tebing Runtuh dan Kampung Usaha Jaya. Kumpulan berkenaan kemudian bersurai secara aman pada jam 3.30 petang selepas memorandum diserahkan. sinarharian | Pekebun sayur ke mahkamah Posted: 28 Dec 2011 10:57 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - IPOH – Seorang pekebun sayur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar dadah jenis syabu di Kampung Baru, Ampang Baru pada 15 Disember lalu. Leong Chai Wai, 43, dari Taman Seri Ampang didakwa mengedar Syabu seberat 3.64 kilogram di rumahnya pada jam 10 pagi pada tarikh berkenaan. Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 39B(2) akta yang sama memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Bagaimanapun tiada pengakuan dicatatkan sewaktu pertuduhan di bawah seksyen berkenaan dibacakan. Laporan akhbar lalu, Chai Wai bersama ibunya ditahan dalam serbuan di rumahnya dan merampas dadah berkenaan yang dibungkus kecil bagi memudahkan penjualan untuk pasaran tempatan termasuk di Kuala Lumpur. Turut dirampas wang tunai berjumlah RM110,000, sebuah kereta, jam tangan jenama Rolex dan wang dalam akaun berjumlah RM95,000. Keseluruhan nilai harta yang disita bernilai RM237,000. Bagaimanapun, ibunya berusia 73 tahun yang ditahan bersama dalam serbuan berkenaan dilepaskan dengan ikat jamin polis. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala Chai Wai diwakili peguamnya, Datuk Naran Singh. Majistret Haslina A Raof menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia. Sinar Harian | Bapa bawa anak ketika mencuri Posted: 28 Dec 2011 10:54 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - KOTA BHARU – Seorang bapa menunjukkan contoh tidak baik kepada anak-anaknya apabila sanggup melakukan perbuatan mencuri sebuah mesin canai milik sebuah pasar raya di sini, ketika tiga anak itu ada bersamanya, pada 20 Disember lalu. Natijahnya, Mohd Zahamid Said, 35, dari Kampung Kiat Sering di sini, dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin. Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan selepas tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly. Berdasarkan pertuduhan, Mohd Zahamid mengaku dengan niat jahat mencuri mesin canai jenama Starke milik pasar raya Giant bernilai RM56.99 pada jam 8.30 malam, 20 Disember lalu. Tindakan tertuduh disedari seorang pengawal keselamatan, Mohd Izwan Ibrahim sebelum bertindak menahan tertuduh dan menyerahkan kepada pihak polis. Sebelum hukuman diputuskan, tertuduh mengaku membawa bersama tiga anaknya berusia enam, empat dan dua tahun ketika mencuri di pasar raya tersebut selain merayu hukuman diringankan dengan alasan mempunyai tanggungan. "Saya mohon hukuman saya diringankan kerana saya mempunyai empat anak yang masih kecil," katanya. Tertuduh memiliki tiga rekod lampau termasuk dua jenayah curi mengikut Seksyen sama selain turut dijatuhi hukuman tiga bulan penjara serentak oleh mahkamah sama kerana gagal menunjukkan kad pengenalan ketika ditahan dalam kejadian terbaru itu. Sinar Harian | Lebih 50 anggota Kastam hadapi tindakan tatatertib Posted: 28 Dec 2011 10:52 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - TUMPAT - Lebih 50 anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di seluruh negara dikenakan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja sepanjang tahun ini atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah. Penolong Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Penguatkuasaan, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, jabatan tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota Kastam yang terlibat dengan masalah disiplin. Menurutnya, tindakan tatatertib ini untuk mengelakkan berlakunya gejala yang tidak sihat di kalangan anggotanya dan seramai 13,000 pegawai yang ada, bilangan yang terlibat dengan masalah tatatertib ini amatlah kecil. "Jabatan akan bertindak tegas ke atas mana-mana anggota atau pegawai yang terlibat dalam perlanggaran tugas," katanya. Bagi mengatasi masalah ini pihak jabatan telah mengenal pasti tiga program iaitu 'Hot Spot', "Hot Staff' dan "Hot Job'. "Jika kawasan tersebut dikatakan 'Hot Spot', kita akan tukarkan pegawai atau anggota tersebut dalam tempoh setahun begitu juga dengan 'Hot Staff' untuk mereka yang "nakal". Untuk 'Hot Job', pegawai di bahagian pentafsir yang terlalu kerap menggunakan budi bicara kita akan tukarkan mereka ke bahagian lain," katanya selepas merasmikan Program Khidmat Bakti Masyarakat, Kempen Mencegah Penyeludupan di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri Tujoh, semalam. Hadir sama, Pengarah Kastam Kelantan, Mohd Isa Endut dan Timbalannya, Zakaria Yusoff. Sinar Harian | Ceroboh asrama: Juru kimpal dipenjara sebulan Posted: 28 Dec 2011 10:49 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - KOTA BHARU – Seorang juru kimpal dijatuhi hukuman penjara sebulan selepas didapati bersalah menceroboh kawasan asrama, Disember lalu. Hukuman terhadap Lok Gim Seng, 45, diputuskan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pada prosiding kelmarin, tertuduh mengaku bersalah menceroboh asrama pelajar dan pekerja yang terletak di Jalan Bayam di sini, pada jam 1.30 pagi, 21 Disember lalu. Berikutan itu, Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut. Selain itu, Gim Seng turut dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara selepas mengaku bersalah mengikut Peraturan 6(1) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana gagal mempamerkan kad pengenalan kepada polis ketika pemeriksaan pada hari kejadian. Terdahulu, tertuduh merayu hukumannya diringankan berikutan ibu bapanya sudah uzur dan mereka yang akan membayar denda sekiranya dia dikenakan hukuman itu. Mohd Fazaly Ali bagaimanapun mengenakan hukuman penjara serentak dari tarikh tangkapannya dan menasihatkan tertuduh supaya menginsafi kesalahan tersebut. "Saya nasihatkan kamu berubahlah. Cukuplah tu. Ibu bapa kamu yang sudah tua itu sanggup datang ke mahkamah semata-mata kerana kamu. Jika mereka tidak sayang mereka tidak akan datang. Jadi, berubahlah sementara mereka masih ada," katanya. Tertuduh turut memiliki tiga rekod lampau termasuk dua kesalahan membabitkan jenayah dadah. Sinar Harian | Pelajar MRSM johan tahfiz Posted: 28 Dec 2011 10:46 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - KAMPUNG CACAR – Bekas pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Paka II, Muhammad Haizul Ezzat Alias, 13, muncul johan program Kem Pra-Tahfiz 2012 setelah mengetepikan lebih 30 peserta lain pada program yang diadakan sempena musim cuti sekolah itu. Haizul Ezzat, yang kini sedang menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan dinobatkan sebagai pelajar terbaik apabila dia berjaya menghafal empat surah al-Quran selain dapat membaca kitab suci itu mengikut sebutan dan kaedah yang betul. Haizul yang ditemui ketika berkongsi kegembiraan berkata, dia akan membaca surah yang dihafalnya beberapa kali untuk membolehkannya mengingati apa yang dibaca. "Sekurang-kurangnya saya baca sepotong ayat itu sebanyak 10 kali untuk membolehkan saya mengingatinya. "Selain itu saya juga fokus ketika mendengar tunjuk ajar dari guru selain banyak membuat hafalan ketika berada di rumah," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu ketika ditemui selepas menerima hadiah dan sijil penghargaan sempena majlis tamat kursus di Masterscaff Holdings delat sini, malam semalam. Program Kem Pra Tahfiz anjuran As Syafie Consultancy yang berpusat di Taman Uda Murni Paka itu bertujuan untuk mendidik golongan remaja agar menjadikan Al-Quran sebagai budaya hidup selain turut menyelitkan ibadah lain sebagai melengkapkan acara. Sinar Harian | Dijel curi televisyen hotel Posted: 28 Dec 2011 10:44 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU – Malang bagi dua lelaki apabila mereka bukan sahaja tidak berjaya mendapatkan televisyen yang cuba dicurinya, malah terpaksa meringkuk dalam penjara selama enam bulan selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan terbabit di Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Tertuduh, masing-masing berasal dari Kuala Terengganu iaitu Mohamad Zani Mat Yusof, 23, dari Kampung Nesan Empat, dan Mohd Asyraf Hamdi Mat Din, 20, dari Kampung Tanjung Teluk melakukan perbuatan itu di sebuah hotel, di Jalan Sultan Zainal Abidin, empat hari lepas. Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-duanya melaksanakan dengan niat bersama melakukan perbuatan terbabit pada 25 Disember lalu kira-kira jam 4.30 petang di Hotel Suria Inn dan telah mencuri dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat kediaman daripada milikan Wong Soon Woei, 38, iaitu sebuah televisyen LCD 32 inci bernilai RM1,600. Kedua-duanya melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama. Mengikut fakta kes, kedua-duanya dikatakan telah menggunakan tali plastik untuk mengeluarkan televisyen di bahagian ruang tamu tingkat satu itu melalui tingkap hotel. Bagaimanapun, perlakuan kedua-duanya disedari oleh orang ramai yang berada di kedai makan bersebelahan hotel tersebut dan bertindak menghentikan perbuatan terbabit. Pemilik kedai makan kemudian menghubungi pemilik hotel terbabit yang ketika itu sedang berada di kediamannya di Jalan Sultan Zainal Abidin bagi memaklumkan berhubung perkara itu. Pengadu yang ke tempat kejadian kemudian mendapati orang ramai telah menangkap kedua-dua tertuduh terbabit dengan kesan lebam di bahagian badannya. Pengakuan pertuduhan dibuat di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof dan pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi. Sinar Harian | 16 Terbunuh Kebakaran Di Myanmar Posted: 28 Dec 2011 10:30 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] -
YANGON: Satu kebakaran diikuti beberapa letupan beberapa memusnahkan gudang dan kawasan kediaman menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 108 cedera Yangon, Myanmar, pada hari Khamis.
Letupan bermula ketika anggota bomba cuba memadamkan api di sebuah gudang dan api merebak ke gudang, kawasan perumahan dan bangunan berhampiran sebelum waktu subuh.
Wad kecemasan di Hospital Besar Yangon berada dalam keadaan cemas kerana berpuluh-puluh orang cedera selain ambulan dan trak membawa mayat.
Seramai 108 orang yang cedera telah dihantar ke hospital dan ramai lagi bakal dibawa ke situ, kata seorang jururawat kanan. Beliau mengesahkan seramai 16 orang telah meninggal dunia.
Beliau berkata mereka yang terkorban termasuklah sekurang-kurangnya tiga anggota bomba yang terperangkap dalam letupan semasa kebakaran di bandar Mingalar Tahung Nyunt yang terletak di timur Yangon.
Bagaimanapun jururawat tersebut tidak mahu mendedahkan identitinya kerana dia bukanlah orang yang berhak memberi kenyataan kepada media.
"Ramai yang mati akibat terkena serpihan yang terbang dari dinding yang batu yang tercampak jalan kerana letupan," seorang penduduk berusia 45 tahun, Maung Win, memberitahu media tempatan.
Letupan turut merobohkan bangunan termasuk sebuah biara Buddha berhampiran gudang. Tingkap dari bangunan berdekatan hancur berkecai akibat letupan kuat, kata saksi kejadian.
Selain itu letupan itu turut menggegarkan seluruh bandar, mengejutkan penduduk yang sedang tidur. Asap hitam dilihat berkepul dari tempat runtuhan pagi Khamis.
Sementara anggota bomba pula berusaha mencari mayat di celah-celah serpihan.
Punca kebakaran dan letupan pula masih tidak dapat dipastikan.
Penduduk berhampiran berkata kebakaran bermula di sebuah gudang yang menyimpan barang-barang elektronik sebelum merebak ke gudang lain yang menyimpan beberapa jenis bahan kimia.
mStar/- | Bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia Posted: 28 Dec 2011 08:35 PM PST 4 Safar 1433H. [MOD] - Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini. Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin. Arifin ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004. Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor. malaysiakini/- | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI Posted: 28 Dec 2011 11:25 PM PST |
PAS Negeri Sembilan Posted: 28 Dec 2011 10:02 PM PST Amanat DS Anwar Ibrahim 4 Jan 2012 di Seremban Posted: 28 Dec 2011 08:12 PM PST AMANAT DS ANWAR IBRAHIM Tarikh : 4 Jan 2012, Rabu Masa : 8.45 mlm Tempat : Perkarangan Pejabat PKR NS, Jln Tuanku Antah, Seremban Semua dijemput hadir RAPAT RAKYAT NEGERI SEMBILAN Tarikh : 15 Jan 2012, Ahad Masa : 8.30 mlm Tempat : Dataran Rakyat, Pekan Gemas, N.Sembilan Bersama Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat Semua dijemput hadir Sumber : http://pkrn9.blogspot.com | Tazkirah 3 Ustaz 12 Jan 2012 di Johol, N.Sembilan Posted: 28 Dec 2011 01:33 AM PST MUNAJAT DAN TAZKIRAH PERDANA Antara Imam 5 minit dan Imam 5 tahun Bersama : YB Ustaz Taib Azamudin (bekas Imam Masjid Negara) Ustaz Kamal Asha'ari (bekas Imam Masjid Shah Alam) Ustaz Norazman Mohamad (bekas Imam Masjid Ampangan)
Tarikh : 12 Jan 2012 (Khamis) Masa : 8 malam Tempat : Dataran Al-Ikhwan Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Semua dijemput hadir | Korek pasir secara haram Posted: 28 Dec 2011 01:32 AM PST Dari laman web Aduan Rakyat Online Korek pasir secara haram - 28 Dis 2011 Kejadian pengorekan pasir dijalankan di dalam kawasan kampung saya beralamat seperti yang di bawah, saya agak sangsi bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Kami bimbang akan keselamatan rumah-rumah kami, kerana kerja penyedutan pasir itu berdekatan dengan rumah kami. Ini boleh menyebabkan tanah mendap dan runtuh sekaligus mengancam keselamatan penduduk kampung. Lebih menghairankan lagi, kerja mengeluarkan pasir itu hanya dijalankan pada waktu 4/5 pagi. Kejadian ini menyebabkan penduduk kampung curiga dengan niat sebenar pengorekan pasir ini. Saya amat berharap bahawa aduan rakyat dapat membawa isu ini ke tengah dan pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sepatutnya sebelum kejadian yang tak diingini berlaku. Sekian, terima kasih. Batu 7 3/4 Kg Pantai, Jalan Jelebu, 71770, Seremban, Negeri Sembilan. By: Amir Rosli Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/korek-pasir-secara-haram#more-8478 | Ijtimak Ulamak Haraki Negeri Sembilan Ikrar Rungkai Kekuatan Umno BN Posted: 28 Dec 2011 01:32 AM PST 27 Dis 2011 Seremban, 27hb Dis 2011-Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan terus mengorak langkah untuk memacu jentera pilihanraya ulamak negeri menjelang pilhanraya umum yang bakal diumumkan pada bila-bila masa lagi. Kesungguhan jentera Dewan Ulamak Negeri Sembilan dibuktikan dengan penganjuran Ijtimak Ulamak Haraki Peringkat Negeri Sembilan pada hari semalam. Penganjuran ini juga turut diadakan dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan. Tegas Setiausaha DUPNS , Ustaz Abdul Hadi, kehadiran para peserta amat memberansangkan. Lebih kurang 100 orang peserta daripada seluruh pelusuk Negeri Sembilan telah datang dengan tekad dan iltizam yang tinggi untuk menumbangkan Umno BN dalam PRU yang akan datang. Para peserta telah memenuhi lokasi Ijtimak yang diadakan di Dewan Taman De Palma, Jaya Ampangan untuk mendengar amanat dan taujihat daripada Pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Negeri. Sebanyak tiga pembentangan telah disajikan para peserta sejak seawal 9 pagi sehingga 1:30 tengahari. Kertas kerja pertama berkisar dengan Ribat dan Petugas Pilihanraya, ianya dibentangkan oleh Ustaz Ismi Taib iaitu Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat. Manakala kertas kedua pula berkisar berkenaan dengan Isu-isu semasa dan pandangan serta penyelesaian Islam. Ianya juga dibentangkan oleh Ustaz Ismi Taib. Pembentangan ketiga pula berkisar berkenaan dengan kursus kepimpinan daripada pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan. Rata-rata peserta melahirkan rasa keyakinan mereka terhadap pertolongan Allah unutk menumbangkan Umno BN dalam PRU yang akan datang. Ijtimak Ulamak Haraki tersebut diserikan lagi dengan perasmian penutup oleh Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan iaitu Yb. Taufiq. Oleh: sripetaling Sumber : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=11375 | |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 28 Dec 2011 09:58 PM PST Sukan Rakyat PAS Pensiangan meriah Posted: 28 Dec 2011 06:03 PM PST PENSIANGAN, 28 Dis: Majlis Sukan Rakyat PAS Pensianganberlangsung meriah dengan kehadiran hampir 300 penduduk sekitar DUN Sookmengambil bahagian dalam setiap acara yang dianjurkan.
YangDiPertuanya, Hisammuddin Sulaiman berkata, sambutan yang diberikan pendudukkampung sememangnya menyuntik semangat untuk lebih memahami dan merapatkanjurang antara pemimpin dan rakyat setempat.
"Sambutanyang diberikan oleh penduduk kampung agak baik.
"Dan,pihak kami berasa gembira dengan sambutan ini… mudah-mudahan kita akanmeneruskan lagi program-program santai sebegini. Secara tidak langsung, dapatmengeratkan hubungan rakyat dan pemimpin," jelasnya.
Terdahulu,Pemuda PAS bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kampung Batu Luguyan,Sook mengadakan sukan rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun ke 47 kampungtersebut yang dirasmikan oleh Yang DiPertua PAS Pensiangan, HisammuddinSulaiman.
"Banyakacara yang dianjurkan pada sambutan ulang tahun ini. Antara yang meriah ialahacara menyumpit." Katanya.
Selainitu, Sukan Rakyat turut diadakan di Kampung Lingkudau dengan sambutan yang turutmenggalakkan apabila pertandingan bola sepak Piala YDP Pensiangan dianjurkan tersebutdisertai golongan muda kampung berkenaan. | |
MTD N24 Bemban Posted: 28 Dec 2011 09:23 PM PST Bengkel Bahasa Arab Posted: 28 Dec 2011 04:13 AM PST Satu bangkel Bahasa Arab akan dianjurkan oleh PASTI As Salam Ayer Panas pada ketetapan berikut:- Tarikh:29/12/2011(Khamis) Masa:3.00 Petang Tempat:PASTI As Salam Ayer Panas,Dusun Haji Tambi Kampung Ayer Panas,Bemban Melaka Peserta:Guru PASTI As Salam diwajibkan dan guru-guru PASTI sekitar dialu-alukan Maklumat lanjut sila hubungi admin | |
PAS Kawasan Miri Posted: 28 Dec 2011 08:05 PM PST Surat Terbuka Buat Lembaga Amanah dan Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) Posted: 28 Dec 2011 01:14 AM PST Apa Peranan LAKMM Terhadap Masyarakat Melayu Miri? MIRI – Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) adalah sebuah syarikat dalam urusan Persatuan. Syarikat itu beroperasi di Malaysia. Alamat berdaftar ialah No 504, Tingkat 2, Jln Pelita Utama, Pelita Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak. Satu persoalan yang sering menjadi tanda tanya bagi masyarakat Melayu di Miri ialah apakah bangunan yang masih dalam proses pembinaan yang bersebelahan dengan Masjid Al Taqwa Miri akan jadi milik LAKMM (Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri) atau pun sebaliknya.
Tapak tanah tersebut menurut penduduk di Miri adalah tapak kepunyaan LAKMM tetapi persoalannya sekarang adakah bangunan baru yang dibina dalam tapak tersebut akan disewa kepada syarikat lain untuk menjalankan perniagaan atau tapak tanah tersebut sudah dijual kepada sebuah syarikat tertentu?
Isu ini seringkali dibangkit oleh segelintir masyarakat Melayu Miri yang mempersoalkan apa sebenarnya peranan LAKMM dalam usaha untuk membantu masyarakat Melayu yang kebanyakan masih jauh ketinggalan dalam bidang perniagaan dan ekonomi.
Kalau LAKMM benar-benar ingin membantu masyarakat Melayu di Miri untuk maju mereka boleh memberi bantuan kewangan atau apa saja cara untuk memajukan perniagaan kecil orang Melayu. Ini sudah tentu memberi peluang kepada orang Melayu untuk berniaga dan mengubah cara hidup mereka supaya tidak terus bergantung dengan bantuan kerajaan. Mereka boleh berdikari dan bersaing setaraf dengan masyarakat lain terutama masyarakat Cina di Bandaraya Miri.
Mereka boleh belajar dari masyarakat Cina bagaimana cara mereka boleh maju dalam perniagaan bukan 'Ali Baba' projek yang diperuntukkan kepada mereka. Kalau masyarakat Cina boleh maju dalam perniagaan dan tidak bergantung dengan kerajaan, masyarakat Melayu juga perlu belajar bagaimana cara menjalankan perniagaan yang baik supaya tidak terlalu bergantung dengan kerajaan untuk maju dan bersaing di peringkat antarabangsa, barulah masyarakat Melayu dapat hidup berdikari tanpa memerlukan subsidi dari kerajaan.
Kita juga tidak bersetuju jika tanah-tanah LAKMM yang ada nilai komersial dalam Bandar dijual kepada syarikat tertentu demi untuk mengaut keuntungan yang cepat tanpa memberi sebarang menafaat kepada masyarakat Melayu yang masih jauh lagi ketinggalan dalam bidang perniagaan. Kalau tanah-tanah yang ada tersebut dibangunkan dan diguna sebaik mungkin sudah pasti masyarakat Melayu juga boleh maju dan bersaing dengan masyarakat lain dalam bidang perniagaan.
Kita sarankan kepada LAKMM agar membuat sesuatu yang boleh memberi menafaat dan berguna untuk masyarakat Melayu terutama sekali di Miri agar mereka yang berminat untuk berniaga dapat bantuan kewangan disamping diberi insiatif cara-cara untuk meningkat ekonomi masyarakat Melayu supaya dapat bersaing dengan bangsa lain.
Kalau perkara ini dapat dilaksanakan dan dirancang serta diurus dengan baik, kita yakin masyarakat Melayu akan maju dan setanding dengan bangsa lain dan tidak lagi bergantung dengan bantuan kerajaan.
Ramai peniaga kecil Melayu terutama sekali pejaja-pejaja kecil sekarang merungut sebab susah sangat untuk mendapat tapak baru yang sesuai untuk berniaga dengan harga sewa yang murah. Memandangkan harga rumah kedai dan tempat berniaga serta sewa sekarang semuanya naik dan mahal maka ini akan menyebabkan para perniaga kecil Melayu akan terus ketinggalan dalam perniagaan.
Tempat peniagaan dalam bandaraya Miri sekarang sangat mahal dan sudah tentu sukar bagi peniaga kecil Melayu/Bumiputera bersaing dengan syarikat peniagaan yang besar kecuali mereka mempunyai pertalian dengan pihak yang berkuasa.
Kita cadangkan kepada LAKMM agar dapat membina bangunan komersial seperti Pasar Khadijah di Kelantan dimana peniaga-peniaga kecil Melayu/Bumiputera dapat menjual hasil-hasil mereka disitu dengan sewa yang berpatutan atau LAKMM boleh bina sebuah dewan serba guna untuk disewa kepada organisasi atau mana-mana pertubuhan tanpa mengira fahaman politik untuk menjana kewangan atau pendapatan LAKMM.
Apabila perkara ini dapat dirancang dan diurus dengan baik maka sudah pasti LAKMM akan mendapat sanjungan dan penghargaan daripada masyarakat Melayu khasnya kerana berjaya membangunkan masyarakat Melayu dari terus ketinggalan dari arus pembangunan dan juga dalam bidang perniagaan.
Keutamaan hendaklah diberi kepada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan perniagaan dan ekonomi untuk mengurus LAKMM agar segala asset yang ada pada LAKMM dapat digunakan sebaik mungkin. Pengurusan LAKMM seharusnya bebas dari pengaruh politik kepartian agar mereka boleh mengurus dengan baik tanpa gangguan dari ahli politik.
Apa yang penting adalah mereka yang diamanah menjaga kebajikan Melayu Miri mestilah mereka yang jujur,amanah dan mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi agar LAKMM dapat bersaing dengan persatuan lain dalam bidang perniagaan. Sekiranya LAKMM sudah maju dan berjaya dalam pengurusannya ini akan memberi banyak menafaat kepada orang Melayu dan juga Bumiputera lain yang memerlukan bantuan dan kebajikan.
Apa yang dikehendaki oleh masyarakat Melayu Miri adalah LAKMM dapat melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan dapat memberi kebajikan kepada semua orang Melayu sesuai dengan nama LAKMM tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Akhir sekali kita berharap pihak LAKMM dapat menerima pandangan atau teguran yang membina ini dengan hati terbuka dan kita juga harap agar pihak pengurusan dalam LAKMM telus dan jangan biarkan diri mereka terpinggir dari arus globalisasi yang kian mencabar ini.
Insya-Allah masyarakat bumiputera Islam lain juga akan mendapat menafaat hasil usaha yang dilakukan oleh LAKMM. Apabila LAKMM sudah maju dan boleh berdaya saing dengan persatuan lain, ini sudah tentu akan mengharumkan nama LAKMM ke seluruh Negara kerana berjaya dan mampu memberi sumbangan dan memberi kebajikan untuk semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee PAS Miri
English version What is the role of LAKMM to the Miri Malay community? MIRI - Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) is a company in Associations business. The company operates in Malaysia. Its registered address is No. 504, 2nd Floor, Jln Pelita Utama, Pelita Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak.
One question that has always been a question mark on the Malay community in Miri is the building which still under construction next to the Masjid Al Taqwa will be owned by LAKMM Miri (Miri Malay Charitable Trust Board) or otherwise.
The sites in accordance with the population of Miri is a site owned by LAKMM but the question now is whether the new building which was built in the site will be leased to another company to do business or the land site sold to a specific company?
This issue often raised by some of the Malay community of Miri who questioned what LAKMM role in efforts to help the Malay community which is still lags in many areas of business and economics.
If LAKMM really want to help the Malay community in Miri to develop they can provide financial assistance or any other way to develop Malay businesses. This would provide opportunities for the Malays to do business and change their way of life that is not directly dependent on government aid. They can be independent and compete on par with other communities, especially the Chinese community in Miri City.
They can learn from the Chinese community how they can progress in business and not to 'Ali Baba' the projects allocated to them. If the Chinese can progress in business and not rely on the government, the Malay community must also learn how to do good business not to be too dependent on the government to develop and compete globally; only then Malay community could live as independently without the need for subsidies from the government.
We also oppose if the lands of LAKMM have commercial value in the City sold to certain companies in order to earn fast money without giving any benefit to the Malay community which is still far away left behind in the areas of business. If the land is developed and used wisely certainly the Malay community can develop and compete with other communities in the areas of business.
We suggest to LAKMM to do something that would benefit and be useful for the Malay community, especially in Miri, that those who wish to do business can be initiated by the financial assistance as well as ways to increase the economy of the Malay community in order to compete with other nations.
If the matter can be implemented and planned and managed well, we are confident that the Malay community will be developed on par with other nations, and no longer dependent on government aid.
Many small businesses, especially the Malay small traders are now grumbled because difficult to get new sites suitable for trading with the low rental prices. As the price of shop houses and trading places and rental now all rise and expensive then this will cause the Malay small businesses will continue lag in business.
Place of businesses in the Miri city now is very expensive and certainly difficult for Malay/Bumiputera small businesses compete with the big companies unless they have a connection with the authorities.
We suggest to LAKMM to build a commercial building such as Khadijah Market in Kelantan, where Malay/Bumiputera petty traders to sell their products there, for affordable rental or LAKMM can build a community hall for rent to the organization or any society irrespective of political affiliation to generate LAKMM financial or income.
When this can be planned and managed well it is certainly LAKMM will get praise and awards from the Malay community in particular for successful development of the Malay community from continued left behind from the mainstream of development and also in the businesses.
Priority should be given to those who have the expertise in business management and economy to manage LAKMM so that all the assets available to the LAKMM can be used wisely. LAKMM management should be free from the influence of partisan politics so that they can manage well without interference from politicians.
What are important are those who entrusted with the safeguard of Miri Malay charitable, they must be honest, trustworthy and have expertise in economics so that LAKMM can compete with other associations in the field of business. If LAKMM have been developed and successful in its management this will give many benefits to the Malays and other Bumiputera who need assistance and welfare.
What is required by the Malay community of Miri is LAKMM able to carry out their duties of trust and will provide charitable to all Malays in accordance with LAKMM name regardless of race, religion and political belief.
Finally, we hope that the LAKMM can accept constructive opinion or comments of this with an open heart and we also hope that the management in LAKMM transparent and do not let themselves marginalized from wave of globalization which is more challenging.
God willing, other Bumiputera Muslim community will also benefit and will be given assistance and welfare by LAKMM when LAKMM been developed and can be competitive with other associations. This will bring reputation to LAKMM throughout the country as successful and able to contribute and provide charitable for all communities regardless of race, a religion and political belief. | |
PAS LENGGONG Posted: 28 Dec 2011 07:53 PM PST PRU 13 jangkaan mac2012 Posted: 28 Dec 2011 01:55 AM PST PRU 13 melihat persiapan besar kemungkinan selepas tahun baru cina. | Mahathir bukan cerdik sangat - Ku Li Posted: 28 Dec 2011 01:50 AM PST Hishamuddin Rais KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO. Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis. Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua. Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang. Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu. "Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak. Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu. Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak. "Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui." Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court. Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak. Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah. Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali. Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama. "Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau. "Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri. Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman. Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal. "Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara." Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat. "Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya. Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi. Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman. | Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran Posted: 27 Dec 2011 11:02 PM PST Salmah Mat Husain BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya."Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini."Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya."Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."Kenduri kesyukuran"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini."Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat. | FB YDP PAS Lenggong Posted: 27 Dec 2011 10:59 PM PST
bm.malaysia-chronicle.comDisebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya Pencegah... | FB YDP PAS Lenggong Posted: 27 Dec 2011 10:57 PM PST
PROGRAM CERAMAH: "MOHON SEBARKAN MUAT TURUN, CETAK DAN TAMPALKAN DI KAWASAN DAN CAWANGAN MASING-MASING. JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA JAZA'."
ALHAMDULILLAH... PIMPINAN PAS PUSAT DAN NEGERI NEGERI TURUT HADIR KE MARKAZ TMN KUNING SARI INI ANTARANYA UST IDRIS HJ AHMAD (AJK PAS PUSAT), USTAZ ABU BAKAR HUSSEIN (PESURUHJAYA NEGERI PERAK), DATO' SERI NIZAR JAMALUDDIN (TIM. PESURUHJAYA PAS PERAK 1 / AHLI PARLIMEN BKT GANTANG), USTAZ MISBAH MUNIR (TIM. PESURUHJAYA PAS PERAK 2), TN. HJ RAZMAN ZAKARIA (TIM. PESURUHJAYA PAS PERAK 3) PIMPINAN KAWASAN DAN JUGA CAW.2 BERDEKATAN. SEMOGA DENGAN KUNJUNGAN2 DARI PAS PUSAT DAN NEGERI PAS TMN KUNING SARI AKN MENJADI KUBU KUAT PAS PULA...INSYA ALLAH.... | FB YDP Lenggong Posted: 27 Dec 2011 10:56 PM PST
PROGRAM CERAMAH: "MOHON SEBARKAN MUAT TURUN, CETAK DAN TAMPALKAN DI KAWASAN DAN CAWANGAN MASING-MASING. JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA JAZA'." | Dari FB YDP Lenggong Posted: 27 Dec 2011 10:54 PM PST
Al Fatihah....... Allahyarham Ali bin Hj Ahmad, Telah kembali Ke RAHMATULLAH pada hari ini di Manjung. Jenazah telah disolatkan sebelum Solat Asar dan disemadikan selepas Solat Asar di Masjid Warisan (lama) Kg. Temelong Lenggong, Perak. Semoga Allah Tempatkan rohnya bersama-sama orang-orang yang bertaqwa.... Amiin...!!! | TIDAK MASUK PARTI, TIBA-TIBA KELUAR PARTI? Posted: 27 Dec 2011 10:25 PM PST Pembohongan dan penipuan adalah permainan mereka.
AMK nafi 500 anggota keluar parti (Oleh: Ahmad Fadli) KUALA LUMPUR 26 Dis: Ketua Angkatan Muda KEADILAN Gombak, Jafrien Muhammad menafikan berita kononnya 500 anggota AMK Hulu Kelang keluar parti dan menyertai Umno.
Menurutnya, individu yang kononnya bertindak sebagai jurucakap kumpulan 500 orang itu, Mohd Jefry Sallehuddin, tidak pernah menjadi ahli KEADILAN. "Saya menafikan berita ini. Ia dusta dan tiada 500 ahli KEADILAN keluar parti. "Jefry bukan ahli parti dan dakwaan kononnya beliau pernah ditahan di ISA dan masuk penjara sebanyak 16 kali adalah satu pembohongan," kata Jafrien. Akhbar dalam talian MStar hari ini melaporkan 500 anggota AMK Hulu Kelang bertindak keluar parti dan menyertai Umno Gombak kononnya kecewa dengan KEADILAN yang tidak menepati janji. Bercakap lanjut, Jafrien berkata Jefry sebelum ini hanya merupakan seorang sukarelawan parti dan selama ini juga beliau diketahui mempunyai perwatakan yang meragukan. Jefry juga, katanya bukan penduduk asal Selangor tetapi berasal dari Sabah. "Kami ada dengar akhir-akhir ini yang dia mendakwa boleh memberikan kad pengenalan kepada mana-mana pendatang asing yang mahu menyokong Barisan Nasional," kata Jafrien. Justeru, beliau mencabar Jefry agar mengemukakan bukti jika benar dia berjaya membawa 500 ahli AMK ke dalam Umno Bahagian Gombak. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 28 Dec 2011 03:34 PM PST KEMBAR YANG MENGANCAM RAKYAT MALAYSIA ! Posted: 27 Dec 2011 11:36 PM PST Komen Teman : UMNO & PEKEMBAR ibarat kembar seiras yang mempunyai perangai yang sama di mana jika dicuit UMNO , PEKEMBAR akan sakit juga . Cuma PEKEMBAR tidak disukai atau tidak digemari pemimpin UMNO dan ahlinya samada mereka tidak tahu sejarah atau malu untuk menggunakan nama Melayu bagi UMNO.Memang teman setuju dan akui kenyataan Tok Guru Nik Aziz bahawa UMNO(PEKEMBAR) adalah ancaman kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Bukti pertama ialah nama Melayu UMNO iaitu PEKEMBAR pun mereka(ahli dan pemimpin UMNO) tidak sudi menggunakannya padahal mereka yang beria-ia memperjuangkan Melayu kununnya, perjuang Bahasa Melayu kununnya dan perjuang dan pertahankan Tanah Melayu kununnya(Terbukti masa pemerintahan UMNO Pulau Batu Puti terlepas ke Negara luar(Singapura), Tanjung Pagar juga ditukar/beli dengan Singapura dan Tanah Keretaapi Tanah Melayu dalam Malaysia juga UMNO tak dapat pertahankan. Dizaman 90an dan 2000an kebelakangan ini rasuah dan komisyen melampau menjadi kebiasaan pimpinan UMNO atas dan bawah. Bila kewangan negara menurun maka kenaikan harga minyak , tol dan barang serta perkhidmatan akan menjadi sandaran dan talian hayat RM mereka(Pimpinan UMNO yang berkuasa).Belum lagi penyelewengan gila-babi melampau contoh terburuk terkini ialah kes NFC RM250juta yang tak terjawab oleh pemimpin UMNO dan tak termampu menghukum Shahrizat waima bukan nak menjentik nak tegurpun takut. Kenapa Najib dan Muhyiddin takut mengakui kesalahan dan penyelewengan NFC?UMNO sebenarnya ancaman kepada orang MelayuSAYA ingin berpesan kepada setiap ahli PAS supaya sentiasa bersedia untuk pilihan raya setiap saat. Pilihan raya bukan sahaja antara PAS dengan Umno, pilihan raya ini empat, lima tahun sekali, tapi sebenar pilihan raya adalah pilihan antara nafsu dan akal hari-hari.Pilihan antara syaitan dengan malaikat, nak sembahyang atau tak sembahyang, nak bayar hutang atau tak nak bayar, makan kedai kopi nak bawa balik ke anak isteri atau habis di kedai.Orang yang bayar hutang bererti dia telah pangkah benda wajib, tak bayar hutang ertinya orang yang pangkah tidak wajib.Bila dia pilih tidak bayar bererti dia pangkah yang salah. Oleh demikian, pilihan raya bukan antara PAS dengan Umno sahaja, tapi antara nafsu dengan akal.Di antara agama de ngan tidak ingat agama. Bukan empat tahun sekali tetapi setiap saat, setiap detik.Pilih hendak ke syurga atau neraka, nak ke syurga hutang kena bayar, sampai waktu sembahyang kena sembahyang, sampai waktu puasa kena puasa, sampai waktu tinggal rokok tinggal rokok.Saya di Kelantan saya sebut lama dah, nak jadi wakil rakyat mesti orang tidak merokok. Yang merokok saya tidak pilih, itu pandai-pandai dialah.Dalam Perhimpunan Agung Umno mereka mainkan emosi untuk lawan kita, sedangkan perpecahan antara Muhyiddin dengan Najib begitu ketara.Najib mahu letak calon boleh menang iaitulah calon pilihannya, kroninya. Dengan serangan hebat dibuat atas kita, macam mana Tok Guru simpulkan PAU itu? Umno (sebenarnya) ancaman bagi orang Melayu, sebab itu 60 tahun hidup orang Melayu tidak ke mana.Umno sebut Melayu tiada kuasa sekarang, siapa jaga Melayu, kalau tidak Umno? Bila PAS guna Islam, maka sebanyak mana dikehendaki golongan kebangsaan ada belaka dalam Islam, sebanyak mana dikehendaki ekonomi ada belaka dalam Islam.Banyak mana yang jaga Melayu ada belaka dalam Islam. Jadi mengapanya ambil Melayu sahaja, ambil Islam mencakupi segala- galanya. Ekonomi ada dalam Islam, jaga bangsa ada dalam Islam, sosial ada dalam Islam.Dalam pimpinan politik ini, Tok Guru paling utama Umno serang. Tok Guru disuruh berhenti dan sebagainya. Macam orang nak main bola dengan 'Red Warrior' (Kelantan) tapi Apek tak boleh jadi 'golkeeper'. Nak lawan apa, kalau nak lawan biarlah Apek jadi 'golkeeper'. Bubarlah pasukan kamu tu.Tiada arah kecuali Islam. Islam ini baru betulbetul arah. Tak pasal-pasal Umno tolak Islam pilih kebangsaan. Arah tuju kita orang Islam nak masuk syurga.Arah tuju orang Umno nak jadi kaya. Kontrak sana sini, tak dapat kontrak, dia rasuah. Syurga neraka dia tidak fikir kerana tiada Islam, Islam hanya jadi tradisi. Umno tiru Eropah, bukannya tiru Nabi Muhammad.Macam Eropah nak kaya jajah negeri sana, jajah sini, bunuh orang, tidak padan dengan negeri dia datang negeri orang. Kerana hendak kaya saja, syurga neraka bukan dia peduli.PAS tonjolkan syurga neraka, tonjolkan dosa pahala, tonjolkan nafsu amarah syaitan iblis, tapi Umno tidak tonjolkan ini. Sedangkan inilah kelainan antara sekular dengan agama. Orang sekular tak tonjol lang sung syurga neraka, tonjolnya hanya pembangunan.Misalnya begini, pengajian matematik sains benda ni tak payah mari dari langit, tak payah wahyu dari langit kerana manusia ada otak.Otak ni dah cukup untuk manusia faham teknologi, sains, matematik ni. Sebab itu kalau kita pergi mengaji matematik di Russia, dua kali dua sama empat.Pergi Amerika, dua kali dua sama empat juga. Kerana ini semua boleh guna otak.Bahkan Russia yang kata tiada Tuhan, dia lebih terkehadapan dari segi ilmu angkasa. Kapal Soyuz tu, Amerika pun tumpang.Maknanya, komunis lebih terkehadapan untuk naik ke bulan, hal angkasawan.Ini cukup dengan otak sahaja. Tetapi bila mari wahyu ertinya beri pada kita ilmu yang otak kita tak sampai hendak fikir. Dosa pahala mana orang hendak reti, syurga neraka mana orang nak faham, iblis nafsu di mana orang hendak tahu melainkan dengan wahyu.Umno tidak tonjol benda ni. Kalau Umno tonjol benda ni, semua rakyat jadi PAS. Kerana syurga neraka ini bukan projek PAS, bukan projek kerajaan, tapi projek Allah.Allah yang buat bumi, Allah yang buat langit, Allah itu juga akan buat kiamat, akan buat azab kubur.Oleh yang demikian, kalau Umno tak tunjuk benda ni ertinya Umno telah potong 50 peratus daripada ajaran ilmu wahyu.PAS tonjol benda ni hingga Umno kata susah Nik Aziz ni kata syurga neraka.Dah memang agama ni begitu. Syurga neraka ni barang ada, kita terima memang dia ada, kita tak terima pun dia ada, jadi baik kita terima.Hari ini orang Eropah pun sudah boleh sistem kewangan Islam selepas keruntuhan dan krisis ekonomi Amerika dua tahun lepas.Sistem perbankan Islam mula berkembang sekarang. Itu baru ekonomi Islam, insya-Allah sikit lagi akidah Islam juga dunia akan terima. Sekarang ini banyak bank Islam walaupun masih ada kelemahankelemahannya, tapi orang boleh terimanya.Hari ini walaupun tiada krisis ekonomi tapi (berlaku) hutang atas hutang. Hutang ini bukan apa, dipanggil 'al-gharar' iaitu spe kulasi. Islam akan diterima dunia.Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAThttp://hazrul7.files.wordpress.com/2009/04/dato-nik-abdul-aziz-nik-mat.jpg | KONDO HASIL PINJAMAN LEMBU BERJAYA DIKESAN ! Posted: 27 Dec 2011 06:11 PM PST Kondo Mewah Keluarga Shahrizat Di SingapuraLANTARAN pendedahan saudara Rafizi Ramli sebelum ini, berhubung pembelian kondominium mewah di Singapura oleh keluarga Shahrizat Jalil, ReJaM© bersama kumpulan aktivis Jingga 13 telah melakukan lawatan ke kondominium tersebut.Kami berjaya menemukan kondominium yang dimaksudkan di alamat, 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore seperti yang dilaporkan di dalam dokumen pendedahan tempoh hari.Gambar di bawah ini diambil di pintu masuk ke kondo mewah tersebut (dalam gambar, saudara Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga 13). Pada mulanya kami dihalang untuk masuk ke kawasan kondominium oleh pihak keselamatan.Kami terpaksa melakukan beberapa muslihat supaya dibenarkan masuk. Namun kami dihalang untuk mengambil gambar dengan alasan ini merupakan kawasan persendirian. Hanya kamera Hp yang berjaya diseludup masuk.Difahamkan, Orchad Scotts merupakan kondominium antara yang paling selesa dan luas di Singapura. Kawasan ini juga merupakan kawasan kediaman golongan elit di kota yang pernah dikenali sebagai Pulau Temasik itu.Di bawah ini beberapa keping gambar yang berjaya diambil secara "curi-curi" di dalam kawasan kondominium Orchard Scotts. Mujur pihak pengawal tak nampak, kalau nampak mampos!Salah sebuah unit kondo mewah di Orchard Scotts ini didaftarkan pembeliannya menggunakan nama suami Shahrizat dan dua orang anaknya secara milikan bersama. Duit rakyat RM250 juta untuk bela lembu diguna untuk kumpul kekayaan.ReJaM© "Selepas ini kita dedahkan pula Restoran Makanan Mewah family Shahrizat di Singapura..!"/MiloSuam | Innalillah ...Takziah pada YB Khalid Samad Posted: 27 Dec 2011 04:33 PM PST Ayah kepada YB Khalid Samad telah kembali kerahmatullah pagi 1.20 pagi tadi.. Solat jenazah insyallah akan dilakukan di Masjid UIA Seksyen 17 , Petaling Jaya selepas solat Zohor.Al Fatihah untuk roh Allahyarham. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 28 Dec 2011 03:22 PM PST RAMAI VETEREN UMNO AKAN SERTAI DAP Posted: 27 Dec 2011 04:57 PM PST DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah. Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Zairil Khir Johari, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa. DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi. Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera. Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak. Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan malam DAP di Tampin, Perak awal tahun ini. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 28 Dec 2011 11:42 AM PST Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran Posted: 28 Dec 2011 12:57 AM PST BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini. Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya. "Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini. "Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya. "Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini. Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini. Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu. Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din. Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia." Kenduri kesyukuran"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini. "Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau. Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat. | Najib takut bertindak bimbang Shahrizat dedah keburukan Umno Posted: 28 Dec 2011 12:57 AM PST SHAH ALAM, 28 Dis: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat. Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat diambil tindakan, lapor TVSelangor. "Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?. "Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu" kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat. "Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya," tegas Haniza (gambar) yang juga Timbalan Speaker Dun Selangor. Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat, Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita. "Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini," katanya. "Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan," jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor. Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab. Namun begitu, Haniza berkata, ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN. Mengulas lanjut, Haniza berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat. "Luah mati emak, telan mati bapak. Bagaimana cara sekalipun, Umno tidak akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, " kata beliau. PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta. Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu. Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan. | Mahathir bukan cerdik sangat - Ku Li Posted: 28 Dec 2011 12:56 AM PST KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO. Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis. Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua. Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang. Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu. "Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak. Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu. Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak. "Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui." Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court. Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak. Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah. Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali. Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama. "Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau. "Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri. Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman. Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal. "Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara." Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat. "Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya. Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi. Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman. | Jangan guna media arus perdana - Haron Din Posted: 28 Dec 2011 12:56 AM PST KUALA LUMPUR, 28 Dis: Datuk Dr Haron Din bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am PAS, agar semua pihak yang bertelagah tidak menggunakan media arus perdana. Beliau berkata demikian dalam wawancara khasnya dengan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Pengarang Berita Harakah, Mohd Rashidi Hassan di rumahnya Isnin lepas. Haron Din, timbalan Mursyidul Am PAS itu berkata, apa yang berlaku dalam PAS sekarang hanya sebutir pasir yang dijadikan sebuah busut dan diperbesarkan. "Saya mahu semua pihak berhenti bercakap, jangan cakap apa-apa lagi," katanya. Beliau juga mahu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali bermaf-maafan di antara satu sama lain. "Saya amat gembira jika semua pihak yang terbabit meminta maaf secara terbuka," katanya. | PIALA TOK GURU : KB, Machang mara ke Akhir Posted: 27 Dec 2011 05:13 PM PST KOTA BHARU, 28.Dis – Kemuncak kejohanan Bolasepak Piala Tok Guru 2011 kini berada dipenghujungnya, Jumaat ini 30.Dis akan berlangsungnya peringkat akhir bagi merebut piala berprestij negeri ini di samping RM10 ribu bagi yang menjadi juaranya. Parlimen Kota Bharu yang berjaya menewaskan Pasir Mas 3-0 dengan seawal permainan di saat ke 24 jaringan kencang dari pemain sayapnya Mohd Akimi Che Sulaiman ternyata mengejutkan Pasir Mas yang belum bersedia sepenuhnya mengatur rentak permainan. Kota Bharu terus mengamuk diminit ke15 dengan membolosi gawang gol Pasir Mas hasil jaringan pemain pertahanannya Mohd Yuzmuhaimizee Yaacob. Pasir Mas seolah-olah kehilangan arah dan setiap serangan yang dilakukan berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan Kota Bharu sehinggakan babak pertama menyaksikan permainan yang seolah-olah berpihak sepenuhnya kepada parlimen Kota Bharu. Memasuki separuh masa kedua diminit ke 44 sekali lagi Pasir Mas dikejutkan dengan jaringan pemain penyerangnya Mohd Juzali Dzulkarnain yang berjaya memperdayakan dua pemain Pasir Mas dalam kotak panalti dan menewakan penjaga gol Pasir Mas. Sementara itu malam tadi Machang yang terkejut dengan serangan Pengkalan Chepa di minit pertama tidak mudah mengalah terus mengasak Pengkalan Chepa di separuh masa kedua yang mendatangkan hasil cemerlang tigal gol biarpun tewas di masa pertama dua gol. Pengkalan Chepa melalui Mohd Shaiful Bahari Abdullah merembat kencang gol Machang menjadikan perlawanan semakin rancak dengan kedua-dua pihak sering membuat serangan kearah pintu gol lawan masing-masing. Minit ke16 sekali lagi gawang gol Machang lumpuh setelah benteng pertahanannya ditembusi Pengkalan Chepa melalui tendangan kencang Mohd Nor Hamizi menjadikan Machang ketinggalan 2 gol. Rentak perlawanan di masa kedua tidak mematahkan semangat pemain Machang dan pencaturan merombak susunan permainannya ternyata berhasil setelah dim init ke 44 Mohd Amirul Kamsuri berjaya membolosi gawang gol Pengkalan Chepa menjadikan 2-1. Sementara itu gol penyamaan dari Machang terus tercapai setelah Mohd Amirul Kamsuri sekali lagi menjaringkan gol dalam masa dua minit selepas gol pertama. Pengkalan Chepa yang seolah-olah kehilangan arah terus diasak oleh Machang yang semakin mendapat sokongan penonton dan biarpun mendapat beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan, namun gol ketiga bagi Machang terus terhasil melalui jaringan pemain jersi 15 di minit ke 57 Irman Jazman Azhar. Machang yang berjaya membuktikan kehebatan kesebelas pemainnya akan beraksi menentang Kota Bharu di perlawanan akhir nanti bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV Jumaat ini jam 9 malam. Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan negeri dijangka akan hadir sama bagi menyaksikan perlawanan akhir tersebut dan menutup tirai sukan bolasepak Kelantan tahun 2011. Urusetia penganjur kejohanan berharap peminat sukan bolasepak akan hadir beramai-ramai memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan dan membuktikan Piala Tok Guru adalah merupakan piala berprestij di negeri ini. | Amanat terakhir DSAI Posted: 27 Dec 2011 04:10 PM PST | Sogokan: Muhyiddin perlu bersihkan nama Posted: 27 Dec 2011 04:01 PM PST KUALA LUMPUR, 27 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang serius dakwaan bahawa setiausaha sulit kanan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menerima sogokan.
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh media pada hari ini mendakwa Setiausaha Sulit kanan TPM, Mohd Shukor Abdul Manan menerima lebih daripada RM100,000 sebulan.
"Bagi DPP Malaysia, dakwaan seperti ini amat berat dan memerlukan siasatan terperinci kerana ia melibatkan integriti dan nama baik Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
"Dalam hal ini, TPM perlu membersihkan namanya dengan bersikap berani dan telus menyiasat secara menyeluruh dakwaan tersebut," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Katanya, Muhyiddin tidak perlu menyembunyikan kebenaran sekalipun kebenaran itu amat pahit untuk ditelan kerana melibatkan orang kepercayaan beliau.
Jika benar dakwaan tersebut, ujarnya TPM itu perlu mengambil tindakan tegas terhadap setiausaha sulit kanannya.
Ini, katanya sebagai suatu hukuman bahawa kedudukan sebagai orang penting dan di tempat strategik bukan boleh disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.
Ia juga, tambah beliau sebagai peringatan bahawa amanah bukan suatu yang boleh dipandang ringan, melainkan ia perlu ditunaikan dengan sebaiknya.
Jika dakwaan tersebut pula tidak benar, ujarnya TPM perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar dakyah tersebut.
Menurtnya lagi, fitnah dan spekulasi tidak boleh dibiarkan berleluasa oleh pihak tertentu yang dengki kerana ia boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang.
Belia berkata, budaya fitnah adalah budaya yang tidak sihat yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara ini.
Katanya, DPP Malaysia mengingatkan bahawa isu rasuah dan penyelewengan kuasa merupakan teras terhadap kejayaan atau kegagalan kepemimpinan negara.
Baginya, pemimpin yang berjaya bukan setakat diukur terhadap prestasi kerjanya semata-mata, lebih dari itu bagaimana pemimpin tersebut menunaikan amanah yang dipikulnya sebaik mungkin.
Ini, ujarnya termasuk mereka yang terlibat secara langsung sebagai pembantu dan pegawai pemimpin tersebut.
"Seseorang pemimpin akan dianggap gagal sekiranya beliau dan orang bawahannya terkait dengan pelbagai skandal yang memburukkan nama beliau dan parti pimpinannya meskipun hasil kerjanya cemerlang," ujarnya.
Katanya, DPP Malaysia percaya rakyat Malaysia inginkan pemimpin negara yang benar-benar bersih, jujur dan ikhlas dalam memberikan sumbangan dan jasa bakti terhadap rakyat dan negara.
"Sebaliknya rakyat jemu dan benci terhadap pemimpin yang mengharapkan sokongan rakyat, tetapi akhirnya mengaut keuntungan dan kekayaan untuk kepentingan diri sendiri," katanya lagi. | Piala Tok Guru – Machang Ke Final Posted: 27 Dec 2011 04:00 PM PST | Pulau Pinang ada 1500 anggota PPS Posted: 27 Dec 2011 03:57 PM PST KEPALA BATAS, 27 Dis: Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang bertekad menjalankan tugasan dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab bersama pasukan polis serta penduduk tempatan untuk membantu mengurangkan kadar jenayah yang semakin meningkat. ( Seorang anggota PPS menerima walkie talkie dari Ketua Menteri tanda pengiktirafan kepada tugas mereka)Baru-baru ini keseluruhan 71 pasukan berbanding 31 pasukan tahun lalu diberikan walkie talkie dan vest PPS oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertempat di Dewan Endon, Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas sempena kunjungan beliau ke majlis penyampaian wang RM1,000 kepada waris warga emas peringkat Seberang Perai Utara. Adanya alat komunikasi segala tugasan menjaga keselamatan lebih terjamin serta membolehkan pengawasan terhadap petugas PPS dapat diseliakan dengan lebih cepat dan cekap. PPS mula ditubuhkan 17 September 2011 yang lalu menunjukan perkembangan yang positif apabila berjaya menambah bilangan kepada 1500 ahli yang berdaftar bagi kesemua Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di Pulau Pinang. Anuar Rejab yang bertugas di kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Dua berkata, kewujudan PPS memang di nanti-nantikan oleh mereka yang prihatin terhadap masalah gejala moral dan jenayah. Ramai masyarakat menyifatkan, penubuhan dan keaktifan PPS kena pada tempatnya sesuai dengan mengwujudkan persekitaran kejiranan yang ceria, selamat dan bersatu padu. "Ramai yang menanti kemunculan PPS di kampung-kampung atau di mana sahaja kerana ia mampu berkawal bersama polis dan orang kampung untuk tangani jenayah yang semakin parah, " tegasnya. Sankaran dari Kampung Perlis, Butterworth menambah, PPS yang diamanahkan mengawal persekitaran kena memikul tanggungjawab dengan penuh minat jangan 'main-main' atau melakukan sambil lewa. Beliau bimbang sikap lewa akan mencetuskan anggapan yang salah maklumlah ianya datang dari program Kerajaan Pakatan Rakyat . "Keyakinan penduduk tempatan terhadap PPS amat tinggi maka mereka yang memakai baju PPS berwarna ungu mesti cergas melaksanakan tugasan bila dikehendaki, " katanya. Sementara itu rakannya Neoh Eng Seng dari Taman Dedap, Sungai Puyu merasa sungguh seronok bila memakai vest PPS kerana bila mengenakan pakaian itu di tubuh dapat rasakan peningkatan semangat yang membuak-buak. | Pilihan raya umum Mac depan? Posted: 27 Dec 2011 03:54 PM PST KUALA TERENGGANU, 27 Dis: PAS menjangkakan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan Mac tahun depan dan mahu semua peringkat parti membuat persiapan terbaik. "Kali ini saya agak yakin berbanding dengan tarikh-tarikh sebelum ini," kata ahli politik veteran PAS yang juga Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali ( gambar). Beliau berkata demikian dalam satu majlis makan malam dekat sini baru-baru ini. Beliau membuat andaian itu berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara. "Bagi saya, Umno akan timbang dua perkara kali ini sebelum mengadakan pilihan raya iaitu keadaan dalam Pakatan Rakyat yang sedang diserang. "Satu lagi, kedudukan ekonomi yang dijangka bermasalah tahun depan ekoran krisis ekonomi dunia khasnya di Amerika dan Eropah. "Sebelum Malaysia terasa kesannya, baik buat pilihan raya dulu," kata Mustafa dalam ucapannya itu. Sehubungan itu, beliau meminta semua organisasi dalam PAS membuat persiapan yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya kali ini. "Najib sudah isytiharkan, ini adalah ibu kepada segala peperangan (mother of the batle), yang tidak pernah dirasai BN sebelum ini, jadi kita mesti membuat persiapan terbaik," katanya. Mustafa bersetuju, ramai pemimpin dan Umno sangat terpengaruh dengan teori R.A.H.M.A.N yang menghasilkan Datuk Seri Najib perdana menteri di kalangan Umno yang terakhir. Teori R.A.H.M.A.N adalah teori berdasarkan turutan perdana menteri Malaysia dari Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husein, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib. Sehubungan itu, Mustafa meminta semua ahli PAS memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya kali ini khasnya di Terengganu. Bagi beliau, Umno Terengganu sudah terlalu kekeringan idea dalam menghadapi PAS sehingga terpaksa menimbulkan kembali isu yang sudah berlangsung puluhan tahun lalu iaitu isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman. Ia dibangkitkan dalam satu titah Tuanku Sultan Terengganu di sebuah masjid baru-baru ini yang antara lain kesal kerana masih ada pihak yang tidak bersembahyang di masjid kawasan masing-masing. Namun isu ini dijawab dengan mudah oleh penduduk kariah masjid Pengadang Baru dekat sini. Masjid Pengadang Baru adalah masjid kerajaan negeri tetapi jawatankuasa dan imannya dikuasai oleh pemimpin PAS tempatan. Ekoran itu, ramai pemimpin Umno tempatan tidak sembahyang termasuk sembahyang Jumaat di masjid itu. Antaranya adalah Pengerusi JKKK Pengadang Baru yang sembahyang di masjid lain iaitu Masjid Kubang Durian. (Dua orang kanak-kanak remaja menyampaikan sumbangan derma untuk dana pilihan raya kepada Datuk Mustafa Ali sambil diperhatikan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dalam majlis makan malam mengumpul dana Dun Ladang).Ekoran itu, Mustafa merumuskan Umno sudah kekeringan idea untuk melawan PAS. Oleh itu, pilihan raya ini disifatkan beliau sebagai masa terbaik untuk PAS merampas kembali Terengganu. Dalam pada itu juga, Mustafa Ali mengingatkan jentera parti agar tidak mengharapkan masalah 'dalaman' Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menang pilihan raya. Justeru itu, kata beliau PAS perlu mempunyai kekuatan sendiri bagi menarik sokongan pengundi dan rakyat seluruhnya. Menurutnya, meski pun Umno-BN menghadapi banyak masalah termasuk isu perbalahan dalaman parti itu tetapi bukan jaminan kepada PAS pada pilihan raya akan datang. "Kita (PAS) tidak boleh bergantung dengan isu Umno dan Barisan Nasional 'berbalah' (krisis) tetapi kena ada kekuatan kita sendiri," tegasnya. Mustafa mahu jentera PAS di semua peringkat bekerja kuat bagi menambah serta memperkukuhkan daftar pemilihnya. Menurutnya, senario politik hari ini menunjukkan gelombang bukan Melayu Islam agak kuat menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. | 20 pelajar miskin dapat pakaian sekolah Posted: 27 Dec 2011 03:54 PM PST IPOH, 27 Dis: Pemuda PAS Perak meraikan 20 kanak-kanak miskin dalam usaha mereka meringankan bebanan ibu bapa mereka menjelang musim persekolah baru Januari nanti. (Gambar kenangan selepas membeli pakaian sekolah)Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah memulakan program bersempena pembukaan sekolah tidak lama lagi dengan meraikan pelajar miskin berkenaan membeli peralatan sekolah. Pengerusinya, Isran Fahmi Ismail yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Siput (Utara) telah memilih 20 orang pelajar miskin untuk kali ini. Turut hadir bersama adalah kepimpinan Pemuda PAS Sungai Siput. Program yang berbentuk pembelian terus ke kedai ini bersama dengan pelajar yang dipilih untuk membeli peralatan sekolah seperti uniform sekolah dan kasut sekolah. Program seumpama ini akan diteruskan oleh Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Perak di tempat-tempat lain pula selepas ini. | Surau Salihiah: Sejak bila Umno juara agama Posted: 27 Dec 2011 03:54 PM PST KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS mempersoal sejak bila Umno mula menjuarai isu agama apabila cuba menunjukkan keperihatinan mereka dengan menentang kerajaan Kedah yang mahu merobohkan Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar untuk diganti dengan surau baru ditapak baru.
AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, rakyat tidak pernah lupa pengkhianatan Umno dalam isu perobohan dan penutupan banyak masjid surau sejak parti itu memerintah negara.
"Kenapa pemimpin Umno seperti (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan Umno meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana.
"Rakyat tertanya-tanya sejak bila Umno menjadi juara agama dan hendak membela surau," soalnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya dalam isu perobohan surau Salihiah itu, Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah memberi kebenaran, dan pihak pemaju bersetuju untuk membayar pampasan dan memberi tapak baru kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).
Namun ujarnya pimpinan Umno Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat Kedah cuba mengambil isu surau untuk menjadi modal kempen.
Beliau melihat isu tersebut sengaja dimainkan Umno Kedah kerana mereka sedang lemas melihat kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya memimpin Kedah dengan cemerlang walaupun terpaksa menanggung hutang lapuk yang ditinggal BN sebanyak RM2.3 bilion.
"Contohnya kebijaksanaan kerajaan Kedah mengurus negeri sehingga pendapatan balak daripada RM8 juta setahun meningkat RM53 juta.
"Umno takut rakyat Kedah membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan Umno selama 51 yang menindas rakyat, maka Umno cuba menjadi juara membela agama, sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana Umno sudah bertukar nada," katanya lagi.
Perobohan Surau Salihiah untuk diganti baru diputus kerajaan negeri ekoran ianya antara bangunan yang terjejas untuk pembangunan projek Aman Central.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini memaklumkan surau itu akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan kemudian digantikan dengan bangunan baru.
Azizan juga berkata beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa.
Bagaimanapun isu itu menjadi modal kempen Umno negeri bagi memburukkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui PAS. | PKR nafi kerah ahli cetus huru-hara 9 Januari Posted: 27 Dec 2011 03:53 PM PST KUALA LUMPUR, 27 Dis: PKR hari ini menafikan pihaknya terlibat dalam penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta semua anggota parti itu berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution berkata, SMS itu menggunakan namanya dengan mendakwa beliau telah mengeluarkan suatu surat pekeliling mengarahkan semua ahli parti hadir.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.
"Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa Umno.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai, anggota PKR dan penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan. | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 28 Dec 2011 11:11 AM PST Fahamilah Bila Nik Aziz Nak Buat Kenduri Posted: 28 Dec 2011 03:05 AM PST Kelantan : Semalam saya ada melaporkan berita kecil tetapi penting mengenai kunjungan Dr Hasan Ali bersama Nasharudin Mat Isa terhadap Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya juga turut menyebut dalam kunjungan ia disertai oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang. Semalam tidak ada maklumat lanjut berhubung pertemuan itu. Rupanya pertemuan semalam turut sama dihadiri oleh timbalan Mursyidul Am Haron Din. (Nik Aziz melawat Pantai Irama, Bachok yang terjejas teruk akibat hakisan ombak) Apa saya difahamkan menjelang Maghrib, pertemuan itu berlangsung dalam keadaan mahabbah. "Semua yang keluar dari bilik Tok Guru nampaknya ceria dan muka berseri-seri," begitulah lapor sumber saya.
Hari ini baru ada ualasan tentang pertemuan itu. Nik Aziz memberi tahu pemberita dalam kunjungan itu Hasan Ali memohon maaf kepadanya atas keterlanjuran yang mempertikaikan kosnep negara berkebajikan yang menjadi dasar atau pun tema Pas hari ini. Kata Nik Aziz dia terharu atas kunjungan itu dan permohonan maaf oleh Hasan Ali itu. "Susah untuk orang memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan," kata Nik Aziz sambil menyatakan orang yang bersalah wajar meniru perbuatan Hasan Ali itu. Apakah masih ada orang yang berslaah dengan Pas atau Tok Guru itu yang masih belum meminta maaf? Tidak dinyatakan apakah bekas timbalan presiden Pas (yang kini sukar untuk angkat telefon sejak kalah dalam perlawnan) berbuat perkara yang sama. Tetapi kita yakin pemergian secara pakej itu rombongan itu menjelaskan kepada Tok Guru mengenai apa-apa yang mungkin disalah anggap ataupun tidak jelas selama ini. Sebagai menyambut rasa gembria itu Tok Guru bercadang untuk mengadakan kenduri (hari ini) di JKR 10. Katanya Pas pusat juga perlu mengadakan kenduri kesyukuran atas selesainya pertikaian itu. Menjadi amalan Tok Guru bila selesai dari sesuatu masalah besar beliau akan mengadakan kenduri kesyukuran. Masa isu Hudud selesai dan tidak berpanjang beliau menyarankan agar diadakan kenduri dan beri makan kepada ahli Pas dan rakyat Kelantan. Saran beliau ahli Pas boleh mengeluarkan belanja untuk mengadakan kenduri berkenaan. Molek benarlah kalau Pas atau mana-mana pihak menyahut seruan dan cadangan Tok Guru itu. Buatlah kenduri besar (bewaoh) dan panggil semua yang bertelagah duduk semeja - meja vip. Panggil Mustapa Ali, Saari Sungip, Khalid Samad, Mahfuz Omar, Hasan Ali, Nasharudin Mat Isa, Nasrudin Hassan dan juga Nik Abduh. Biar mereka duduk semeja. Biar mereka bertentangan mata dan bersalaman. Sambil makan boleh berbual mesra dan sesekali mengilai dan ketawa. Kalau ini boleh dilakukan saya rasa orang paling gembira ialah Tok Guru Nik Aziz. Ahli dan penyokong Pas juga tentu gembira dan bahagia. Kenduri itu nanti dengan 'occasion' yang saya maksudkan tadi boleh menghapuskan prejudis dan tanggapan buruk terhadap Pas ekoran pertelagan dua tiga hari lampau. Seperti mana kata Nik Aziz selepas Umno tidak boleh memperolok-olokkan Pas dan mengambil kesempatan atas pertelagahan. Molek benarlah saat pilihan raya hampir tiba semua ahli Pas yang bermasam muka dan bebuku hati selama ini membuang yang keruh dan ambil yang jernih. Semua patut senada dan seirama, sederap dan selengkap dan jangan hidup secara terpisah, bahaya. Dari sisi lain saya senak jiwa melihat apabila setiap kali ada pertelagahan di dalam Pas, kesudahannya akan dibawa kepada Nik Aziz. Nampak Nik Aziz yang mujarab untuk merawatkan Pas. Kesian juga saya kepada Tok Guru kerana masih lagi kena melayan masalah-masalah yang tidak sewajarnya berlaku dan boleh diatasi dengan kematangan pemimpin. Lain kali diharap ahli Pas khasnya pemimpin akan berfikir banyak kali untuk bergaduh kerana pergaduhan mereka itu boleh menyusah dan membebankan Tokguruku itu. Kalau kita benar-benar sayang kepada beliau sebagai pemimpin kita janganlah membuat onar lagi. Tok Guru seperti Nik Aziz tidak layak untuk dipersembahankan dengan masalah sebaliknya apa yang perlu kita bawa kepadanya kegembiraan dan kebahagiaan kerana itu yang beliau dambakan. Titik. [cm 5:16 28/12/11] | Lupus hutang pinjaman pelajaran : Tahniah kerajaan Kedah Posted: 28 Dec 2011 02:49 AM PST Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas keputusan melupuskan hutang pinjaman pelajaran dalam kes-kes tertentu.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, inisatif kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah itu membuktikan bahawa mereka amat prihatin dan menyelami denyut nadi rakyat di negeri itu. Kepemimpinan negeri itu membuktikan bahawa mereka memegang tampuk kuasa bukan untuk kepentingan diri mereka sendiri, tetapi untuk kepentingan rakyat jelata.
Katanya, Umum mengetahui bahawa pendidikan adalah keperluan hidup yang mesti ditunaikan oleh kerajaan terhadap rakyatnya. Dengan pelajaran akan terbela kehidupan rakyat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat daripada belenggu kemiskinan. Pelajaran melahirkan masyarakat yang bertamadun, berakhlak mulia, disamping membina masyarakat dan negara yang maju dan berdaya saing. Insentif pelajaran daripada kerajaan kepada rakyat merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan rakyat dan negara.
"Kerajaan Kedah berjaya menempatkan diri antara negeri yang berjaya menunjukkan kesungguhan membantu rakyat. Dengan kedudukan ekonomi negeri yang stabil ditambah dengan perbelanjaan pentadbiran yang berhemah. "Insentif-insentif khusus bagi membantu rakyat adalah tindakan yang tidak merugikan kerajaan tersebut, malah, pelbagai imbuhan dan insentif yang diberikan untuk rakyat mampu meningkatkan lagi hasil pendapatan negeri dengan keberkatan pentadbiran yang bersih, jujur dan telus," katanya.
Dengan inisatif tersebut tambahnya, ternyata aspek pelajaran diambil perhatian penting oleh kerajaan Kedah. Ianya juga membuktikan bahawa kerajaan Kedah berusaha memastikan tiada rakyat yang keciciran pelajaran untuk jangka panjang. "Meskipun pelupusan hutang pinjaman tidak dikuatkasakan kepada semua pihak, namun ia langkah yang amat baik sebagai permulaan," katanya lagi.
Dalam pada itu beliau turut mengesyorkan kepada kerajaan negeri-negeri lain agar mengambil kerajaan Kedah sebagai contoh yang baik dalam usaha membantu rakyat. "Sebaiknya semua kerajaan negeri berlumba-lumba dalam memberikan perkhidmatan dan kebajikan yang terbaik kepada rakyatnya sebagai balasan sokongan rakyat terhadap pemerintahan mereka," katanya. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 28 Dec 2011 10:01 AM PST Pesawat APMM tersadai kerana tidak ada wang Posted: 28 Dec 2011 06:43 AM PST Pada Januari 2009 kerajaan Malaysia telah menerima pesawat amfibia Bombardier untuk kegunaan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia), kemudian pada awal 2010 sebuah lagi pesawat model yang sama diterima pada kos sekitar RM 120 juta sebuah. Kini kedua-dua buah pesawat tersebut telah tersadai tidak dapat digunakan kerana tiada peruntukan kewangan untuk penyenggaraan pesawat. Satu telah tersadai sejak tahun 2010 lagi, dan sebuah lagi kira-kira 6 bulan yang lalu. Pada awalnya kerajaan berbangga kerana Malaysia adalah negara yang pertama di Asia yang menggunakan pesawat amfibia. Malaysia di kelilingi oleh lautan dan pantai yang luas dan panjang. Dengan ketiadaannya pesawat maritim ini akan pasti mengancam keselamatan negara. Siapa yang akan dipersalahkan atau dikambing hitamkan dalam kes ini? Dalam pada masa yang sama kita mempunyai 18 buah jet pejuang Sukhoi yang berharga sekitar RM 3 bilion atau sekitar RM 150 juta sebuah. No money to fly 27 December 2011 PETALING JAYA (Dec 26, 2011): The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) has had to ground its two amphibious planes – barely two years after putting the aircraft into service – due to budget constraints. Since their grounding, the two Bombardier Aerospace CL415MP have been sitting in a hangar in Subang. One has been parked there since late last year, while the other has been grounded for about half a year. According to the agency's 2010 annual report, the planes had to be grounded as the agency has yet to sign the maintenance contract for the amphibious planes as MMEA has not been allocated enough funds for the purpose. Apart from firefighting, the amphibious planes can be used for search and rescue and maritime surveillance although only one aircraft, serial number M71-01, has been fitted with the specialised mission equipment including two side-looking airborne radars, a forward-looking infrared radar, an airborne maritime surveillance system and other avionics and communications equipment. The government ordered the planes from Bombardier in June 2008 and the first aircraft was delivered in January 2009 while the second arrived in early 2010. http://www.thesundaily.my/news/249344APMM pertama di Asia guna pesawat amfibia 14/10/2008 6:06pm PELABUHAN KLANG 14 Okt. - Pesawat pelbagai guna amfibia yang dibeli oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijadualkan tiba bulan depan, sekali gus akan menjadikan negara ini sebagai yang pertama di Asia menggunakan kapal terbang jenis itu. http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PR11&y=2008&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htmSementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan akan meneliti laporan bahawa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dikatakan diarah tidak menggunakan dua pesawat amfibianya berikutan masalah kewangan. Katanya, beliau masih menunggu laporan penuh agensi itu berkaitan dua Bombardier Aerospace CL415MP dengan sebuah tersadai sejak akhir tahun lalu manakala sebuah lagi hampir enam bulan. Akbar itu memetik, berdasarkan laporan tahunan APMM 2010, pesawat berkenaan tidak boleh diterbangkan kerana agensi itu belum menandatangani kontrak penyelenggaraan berikutan kekurangan dana. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takperlutafsiranbaru/Article/index_htmlPesawat Pertama (M71-01) telah diserahkan kepada APMM pada 23/1/2009 manakala pesawat kedua telah diserahkan pada bulan Oktober 2009. Pesawat Bombardier ini berupaya untuk membantu dalam memadamkan kebakaran. Pesawat ini berupaya melawan kebakaran dengan kelajuan 150 kt 278 km/j. http://www.mmea.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1570:aset-apmm&catid=66Beliau berkata, pesawat Amfibi terbaru itu yang berharga RM120 juta dan dibeli dari Kanada, kini boleh melaksanakan misi penuh. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htmMalaysia telah menandatangani kontrak bernilai AS$ 900 juta bagi pembelian 18 buah pesawat Su-30MKM pada 5 Ogos 2003. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukhoi_Su-30MKM | Korek pasir secara haram Posted: 28 Dec 2011 01:30 AM PST Dari laman web Aduan Rakyat Online Korek pasir secara haram - 28 Dis 2011 Kejadian pengorekan pasir dijalankan di dalam kawasan kampung saya beralamat seperti yang di bawah, saya agak sangsi bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Kami bimbang akan keselamatan rumah-rumah kami, kerana kerja penyedutan pasir itu berdekatan dengan rumah kami. Ini boleh menyebabkan tanah mendap dan runtuh sekaligus mengancam keselamatan penduduk kampung. Lebih menghairankan lagi, kerja mengeluarkan pasir itu hanya dijalankan pada waktu 4/5 pagi. Kejadian ini menyebabkan penduduk kampung curiga dengan niat sebenar pengorekan pasir ini. Saya amat berharap bahawa aduan rakyat dapat membawa isu ini ke tengah dan pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sepatutnya sebelum kejadian yang tak diingini berlaku. Sekian, terima kasih. Batu 7 3/4 Kg Pantai, Jalan Jelebu, 71770, Seremban, Negeri Sembilan. By: Amir Rosli Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/korek-pasir-secara-haram#more-8478 | Tazkirah 3 Ustaz 12 Jan 2012 di Johol, N.Sembilan Posted: 28 Dec 2011 01:29 AM PST MUNAJAT DAN TAZKIRAH PERDANA Antara Imam 5 minit dan Imam 5 tahun Bersama : YB Ustaz Taib Azamudin (bekas Imam Masjid Negara) Ustaz Kamal Asha'ari (bekas Imam Masjid Shah Alam) Ustaz Norazman Mohamad (bekas Imam Masjid Ampangan)
Tarikh : 12 Jan 2012 (Khamis) Masa : 8 Malam Tempat : Dataran Al-Ikhwan Air Mawang, Johol, N.Sembilan Semua dijemput hadir | |
Landskap Siasah Posted: 28 Dec 2011 08:10 AM PST |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 28 Dec 2011 07:01 AM PST |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 28 Dec 2011 04:01 AM PST Akibat provokasi melampau Posted: 27 Dec 2011 07:28 PM PST SHAH ALAM, 27 DIS : Demontrasi kira-kira 50 penduduk Kampung Batu 5, Jalan Bukit Kemuning yang dilaporkan media kawalan Umno pada 24 Disember lalu menuntut janji Adun dan Ahli Parlimen berhubung penyelesaian masalah banjir yang dialami mereka sejak sekian lama didakwa didalangi pihak berkepentingan yang sengaja ingin mencetuskan provokasi.
Tindakan penduduk tersebut ekoran peruntukan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merangkap Perdana Menteri telah menyumbang RM2.71 bilion kepada Umno-BN untuk menawan kembali Selangor.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang melakukan lawatan ke kawasan itu berkata, beliau sendiri tidak pernah didatangi penduduk di kawasan itu untuk memaklumkan tentang kejadian banjir yang berlaku.
Menurutnya, isu banjir adalah fenomena atau kejadian alam yang tidak dapat dielakkan, bahkan bukan perkara luar biasa yang berlaku di negara ini.
Katanya, kejadian banjir yang melanda di seluruh negara kini adalah disebabkan musim tengkujuh telah tiba.
"Adun di kawasan ini (Suhaimi Shafiei) telah membawa kes tersebut kepada pihak bertanggungjawab, malah setiap parit di kawasan ini kebanyakannya telah dibersihkan. Kalau ikutkan, sebenarya banjir di kawasan Kota Raja dan Sri Muda telah lama berkurang. Cuma apabila hujan lebat dan mendadak serta apabila air pasang, maka air akan naik ke jalan-jalan selain kemungkinan parit dan longkang juga dipenuhi sampah," katanya.
Bagaimanapun tegas beliau, satu mesyuarat penyelarasan telah diaturkan pihak kerajaan negeri bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta beberapa wakil penduduk untuk membincangkan masalah tersebut dengan lebih lanjut. Beliau berkata, mesyuarat yang akan dilaksanakan pada minggu depan itu akan membawa kepada usaha-usaha untuk mencari penyelesaian terbaik berhubung masalah banjir yang melanda kawasan itu sejak 10 tahun lalu.
"Sebagai wakil rakyat, saya akan memastikan semua jabatan yang dipertanggungjawabkan akan membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah rakyat. Sebenarnya saya sudah biasa di kawasan ini dan banyak menyelesaikan masalah perparitan. Terdapat kawasan yang kami tidak boleh berbuat apa kerana kemungkinan kawasan itu rendah dan sebagainya," jelasnya.
Tambahnya, sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor pada tahun 2008, pelbagai masalah banjir di negeri ini berjaya diselesaikan, manakala isu banjir di Batu 5 akan cuba diselesaikan secepat mungkin...sumber TVS | |
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH Posted: 28 Dec 2011 03:47 AM PST PAS Temerloh anjur program kerohanian Posted: 27 Dec 2011 03:10 PM PST TEMERLOH: Kemantapan jati diri dan pembentukansyaksiyyah adalah menjadi teras utama dalam pembangunan jemaah PAS. Program sehariTaujihat Dun Mentakab bawah parlimen Temerloh baru-baru ini di markas PASBintang.
Majlis itu dimulakan dengan qiamulail padasebelah awal pagi yang dipimpin oleh Al fadil Ust Abd Satar b Rani diikuti puladengan pengisian kerohaniah sebelah pagi dan berakhir sebelum waktu tengahhari.
Majlis ini adalah anjuran serta pimpinan Urusan Ulama Kawasan. Iabertujuan mengumpul ahli-ahli PAS setempat bagi memperkukuhkan nilai-nilai danmenyuburkan pembinaan jati diri sebagai rijal dalam gerakan Islam.
Turut hadir adalah pimpinan JPr Dun Mentakabdan penduduk setempat | Bob Lokman Gegarkan Temerloh Posted: 27 Dec 2011 04:04 AM PST TEMERLOH8: PAS Kawasan Temerloh semakin rancakmenggerakkan jentera pilihanraya menjelang PRU13 tidak lama lagi.
Sehubungan itu sebagai satu usaha bagi menyuntiksemangat perjuangan para aktivis rakyat setempat. Seorang selebriti tanahairterkenal Bob Lokman telah diundang ke majlis berkenaan bagi tujuan tersebut.
Bob yang terkenal sebagai pelakon, pelawak, pengacara,penulis lirik lagu yang tersohor tanah air ini yang digilai ramai anak mudakini telah merasmi Bilik Operasi (BO) Peti Undi Sanggang Seberang di satumajlis yang diadakan khas secara ringkas di Sanggang Seberang baru-baru ini.
Ini adalah sebagai tanda kesiapsiagaan jenteraPeti Undi bagi menghadapi PRU13 pada bila-bila masa sahaja.
Turut hadir dimajlis tersebut adalah PengarahJPr Kawasan Temerloh Sdr Hassan Omar, Ustaz Firauz Hisyam Nordin, beberapa ahlijawatankuasa PAS Kawasan dan Pengarah JPr Dun Mentakab serta ahli-ahlijawatankuasa yang lain.
Manakala di sebelah malam pula telah diadakanceramah gempur khas oleh Bob Lokman, Ust Suhaimi Saad, Ketua Penerangan PASPahang dan Ybhg Ustaz Fadil Mohd Noor exco DPPNP.
Kehadiran penduduk setempat ke majlis berkenaanadalah turut memeriahkan program berkenaan. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan