GOMBAK - Taktik licik sindiket curi lori dikenali sebagai Geng Azlan berjaya ditumpaskan, selepas polis memberkas empat lelaki termasuk ketua kumpulan itu, serta merampas lapan lori bernilai RM200,000 dalam beberapa serbuan yang dibuat pada 19 hingga 24 Disember lalu di Tanjung Karang, Selangor dan Teluk Intan, Perak.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, hasil maklumat yang diperoleh, pihaknya menahan seorang lelaki yang juga ketua kumpulan terbabit bernama Azlan di Tanjung Karang pada 19 Disember lalu.
Beliau berkata, susulan tangkapan itu, pihaknya menahan dua lagi suspek lelaki bersama dua buah lori dalam dua serbuan di Tanjung Karang pada 21 Disember dan di Teluk Intan pada Jumaat lalu.
"Hasil soal siasat dibuat, kita berjaya tahan suspek keempat di kawasan sama iaitu di Teluk Intan dan merampas dua buah lori bersamanya.
"Siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada serbuan terakhir di sebuah ladang kelapa sawit di Teluk Intan dan sebanyak empat buah lori yang sudah diubah suai ditemui di kawasan itu," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam.
Rosly berkata, dalam operasi terbabit, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan suspek untuk mencuri lori iaitu wayar, playar, pemutar skru dan kunci pendua.
Beliau berkata, modus operandi suspek adalah dengan menyasarkan lori-lori yang ditinggalkan pemilik di sekitar kawasan Gombak.
"Mereka akan curi lori, kemudian ubah suai untuk kegunaan ladang, sebelum menjualnya dengan harga serendah RM3,000 hingga mencecah RM6,000. Harga asal sebuah lori terbabit biasanya berjumlah RM80,000," katanya.
Menurutnya, siasatan awal menunjukkan kumpulan suspek itu aktif menjalankan kegiatan haram terbabit sejak awal tahun ini.
Katanya, semua suspek berusia antara 27 hingga 30 tahun itu direman seminggu bermula 20 Disember lalu sehingga semalam mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Beliau berkata, semua suspek terbabit semalam diserahkan untuk siasatan lanjut oleh IPD Sentul bersabit kes lain.
SHAH ALAM, 28 DIS: Tindakan penyaluran dana berjumlah RM 2.71billion seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk pembangunan Selangor tanpa melalui kerajaan negeri jelas menunjukkan kebiadaban kerajaan persekutuan terhadap Selangor.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Haniza Talha berkata, kerajaan negeri merupakan kerajaan yang sah hasil dari pilihan rakyat melalui proses demokrasi dan sepatutnya kerajaan persekutuan menghormati dan bukannya mengenepikan kerajaan negeri.
"Saya nampak, kalau kerajaan negeri melakukan perkara ini menunjukkan mereka tidak menghormati dari segi hak demokrasi rakyat Selangor yang telah memilih kerajaan yang sah. Jadi kalau kerajaan persekutuan memilih agensi-agensi lain yang mengenepikan kerajaan negeri dari segi undang-undang yang sah, ini satu tindakan yang menghina proses pilihanraya dan pilihan yang telah dibuat rakyat.
"Perkara ini tidak berlaku seperti ini sebenarnya. Maknanya disini kerajaan persekutuan dengan terang-terang menujukkan perangainya yang biadap sedangkan pilihanraya dia juga yang buat.
Bila pilih kerajaan negeri yang sah, melalui proses yang sah, tapi dia tidak mengiktiraf. Ada tanda soal besar disitu sebenarnya dengan sikap kerajaan persekutuan yang mengenepikan kerajaan negeri yang sah," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Selcat.
Jelasnya, penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) adalah untuk memastikan sisitem urus tadbir negeri berjalan lancar dengan mengikut lunas dan saluran yang betul.
Bidang kuasa Selcat berdasarkan peruntukan kuasa yang diberikan oleh Dewan Undangan Negeri. Untuk perkara ini adalah diluar bidang kuasa Selcat.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendakwa jumlah peruntukkan yang diumumkan Najib adalah untuk digunakan oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang.
Bagi Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, beliau pula berpendapat, perkara ini merupakan tindakan salah guna kuasa yang tidak bertanggungjawab memandangkan ianya melibatkan penggunaan wang rakyat.
Ujar Haniza lagi, kerja-kerja pemantauan bukan terletak pada kerajaan negeri sebaliknya tanggungjawab badan bebas.
"Proses penyaluran peruntukkan ini dah salah. Dia tidak memberikan peruntukan kepada kerajaan negeri. Kenapa kerajaan negeri lain dia tidak buat macam tu?
"Ini menunjukkan kebodohan pimpinan kerajaan persekutuan. Jahilnya mereka tentang proses demokrasi dizahirkan sekarang. Mereka tidak memahami proses demokrasi. Kalau mereka mengiktiraf proses demokrasi, sepatutnya mereka mengiktiraf kerajaan yang dipilih," katanya ketika dihubungi TVSelangor.
KUALA LUMPUR, 28 Disember: Cadangan Kerajaan BN untuk melaksanakan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang kini ditentang hebat oleh kakitangan kerajaan, diyakini mempunyai muslihat tertentu khususnya bagi mengurangkan agensi dan kakitangan sektor awam.
Keyakinan tersebut didasarkan kepada beberapa perkembangan semasa, apatah lagi sebelum SBPA dilaksanakan, langkah ke arah itu telah pun dibuat oleh kerajaan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, realiti itu antara lain terserlah apabila dirujuk kepada langkah penutupan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) baru-baru ini.
Menurutnya, dengan langkah itu, kerajaan ternyata telah mengecilkan sektor awam dan mengurangkan kakitangan sektor awam, apabila kesemua kakitangan yang berada di bawah Indah Water Konsortium (IWK) akan diserapkan ke sebuah syarikat baru yang akan ditubuhkan, National Sewerage Services Company (Nasco) dan akan diswastakan sepenuhnya kemudiannya.
Katanya, sedangkan IWK itu berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan yang juga agensi kerajaan, tetapi apabila kakitangan-kakitangan terbabit diserapkan ke dalam Nasco nanti, mereka tidak lagi akan menjadi kakitangan kerajaan.
"Maklumat yang kami perolehi berhubung perkara itu pula, 98 peratus kakitangan IWK tidak bersetuju untuk diserapkan ke Nasco.
"Sebahagian besar daripada mereka itu adalah kakitangan di bahagian teknikal, para profesional yang berkepakaran tinggi termasuk engineer dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Punca kakitangan-kakitangan terbabit tidak bersetuju diserapkan ke dalam Nasco, menurut beliau, tidak lain kerana mereka tidak bersetuju dengan dasar kerajaan untuk menswastakan sektor awam.
"Jika selama ini mereka sudah berada di dalam sektor awam, kenapa pula mereka mesti menjadi kakitangan swasta? Sedangkan dengan penyerapan itu, mereka akan kehilangan pelbagai keistimewaan sebagai kakitangan sektor awam," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Walaupun sedar kakitangan sektor awam tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, Kerajaan BN tetap dengan keputusannya untuk menutup Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, tanpa mempedulikan risiko yang akan ditanggung oleh rakyat.
"Pada hal dengan pembukaan Nasco itu nanti, kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan khas sebanyak RM200 juta daripada wang Tabung Amanah Pembentungan," tegasnya.
Selain itu, hutang IWK sebanyak RM1.5 bilion daripada kerajaan akibat kerugian yang ditanggungnya selama ini akan turut dilupuskan oleh kerajaan.
"Lain-lain geran yang bernilai RM7 bilion juga akan diserahkan kepada Nasco nanti. Pada hal penutupan IWK dan digantikan dengan Nasco itu sebenarnya hanyalah proses ubah nama sahaja dan ia tidak lebih dari itu bagi manfaat rakyat," tambahnya.
Manakala kerugian yang ditanggung oleh IWK itu pula selama ini, tegas beliau, adalah berpunca dari pertindihan pengurusan di dalam badan itu sendiri, akibat kesilapan dasar Kerajaan BN sendiri.
Kakitangan IWK khususnya di bahagian teknikal sahaja yang tidak bersetuju dengan penyerapan ke dalam Nasco itu berjumlah tidak kurang 120 orang, manakala langkah kerajaan itu pula pasti akan mengurangkan kakitangan profesional yang berkepakaran tinggi di dalam sektor awam.
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard (gambar) telah ditahan oleh pihak polis semalam.
Beliau ditahan ekoran pihak polis menerima satu laporan yang telah dibuat oleh Umno Ampang petang semalam mengenai akaun twitter palsu menggunakan nama AMK Rembau, yang kononya mempunyai kaitan dengannya yang dikatakan telah menghina institusi raja.
CheguBard melalui twitternya menjelaskan dan bertegas bahawa akaun twitter tersebut tidak ada kena mengena dengan pihaknya, namun pihak polis tetap merampas telefon Blackberry dan juga laptop miliknya serta sebuah lagi laptop kepunyaan Keadilan Cabang Rambau.
Dalam pada itu, beliau dalam berkata tidak gentar dengan sebarang ugutan pihak tertentu malah akan terus membina kekuatan anak muda untuk menumbangkan Umno dan memberi fokus menggerakan SAMM sebagai platform terbaik untuk golongan anak muda berjuang.
Menurutnya lagi, SAMM baru sahaja selesai mengedar 30 ribu DVD mengandungi sebab-sebab kenapa Umno harus ditinggalkan.
Ianya sebagai membantu kempen nasional Asalkan Bukan Umno (ABU) yang juga telah melancar dan mengedar 25 ribu naskah risalah penjelasan isu 'cincin puaka' sebelumnya.
Sementara itu dalam satu kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan Rembau, Md Sani Mohd Shah pada 5 Julai yang lepas, beliau menjelaskan akaun twitter AMK Rembau, tidak ada kena mengena akaun twitter "AMK Rembau".
Beliau yakin akaun ini telah menyamar dengan menggunakan nama AMK Rembau secara sengaja mahu mengelirukan orang ramai dengan memburukkan nama. Akaun telah dipantau sejak kewujudannya, menggunakan perkataan lucah dan segala macam kenyataan yang tidak sesuai.
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas keputusan melupuskan hutang pinjaman pelajaran dalam kes-kes tertentu.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, inisatif kerajaan Pakatan Rakyat negeri Kedah itu membuktikan bahawa mereka amat prihatin dan menyelami denyut nadi rakyat di negeri itu. Kepemimpinan negeri itu membuktikan bahawa mereka memegang tampuk kuasa bukan untuk kepentingan diri mereka sendiri, tetapi untuk kepentingan rakyat jelata.
Katanya, Umum mengetahui bahawa pendidikan adalah keperluan hidup yang mesti ditunaikan oleh kerajaan terhadap rakyatnya. Dengan pelajaran akan terbela kehidupan rakyat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat daripada belenggu kemiskinan.
Pelajaran melahirkan masyarakat yang bertamadun, berakhlak mulia, disamping membina masyarakat dan negara yang maju dan berdaya saing. Insentif pelajaran daripada kerajaan kepada rakyat merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan rakyat dan negara.
"Kerajaan Kedah berjaya menempatkan diri antara negeri yang berjaya menunjukkan kesungguhan membantu rakyat. Dengan kedudukan ekonomi negeri yang stabil ditambah dengan perbelanjaan pentadbiran yang berhemah.
"Insentif-insentif khusus bagi membantu rakyat adalah tindakan yang tidak merugikan kerajaan tersebut, malah, pelbagai imbuhan dan insentif yang diberikan untuk rakyat mampu meningkatkan lagi hasil pendapatan negeri dengan keberkatan pentadbiran yang bersih, jujur dan telus," katanya.
Dengan inisatif tersebut tambahnya, ternyata aspek pelajaran diambil perhatian penting oleh kerajaan Kedah.
Ianya juga membuktikan bahawa kerajaan Kedah berusaha memastikan tiada rakyat yang keciciran pelajaran untuk jangka panjang.
"Meskipun pelupusan hutang pinjaman tidak dikuatkasakan kepada semua pihak, namun ia langkah yang amat baik sebagai permulaan," katanya lagi.
Dalam pada itu beliau turut mengesyorkan kepada kerajaan negeri-negeri lain agar mengambil kerajaan Kedah sebagai contoh yang baik dalam usaha membantu rakyat.
"Sebaiknya semua kerajaan negeri berlumba-lumba dalam memberikan perkhidmatan dan kebajikan yang terbaik kepada rakyatnya sebagai balasan sokongan rakyat terhadap pemerintahan mereka," katanya.
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.
Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.
Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.
Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.
Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.
Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.
"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.
Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.
Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.
Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.
"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."
Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.
Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.
Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.
Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.
Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.
"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.
"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.
Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.
Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.
"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."
Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.
"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.
Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.
Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo.
Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.
Selama ini orang ramai menganggap TV3 hanya berbohong dalam soal-soal politik pembangkang sahaja, rupa-rupanya dalam hal banjir pun mereka nak pekenakan penonton.
PAS Rompin hari ini menempelak siaran berita Buletin Utama TV 3 yang menyiarkan kononnya Tanjong Gemok, Rompin kini lumpuh disebabkan banjir sebagai penipuan besar.
Pengarah PAS Dun Tioman, Mohd Fadzli Ramli, berkata sebenarnya tidak ada langsung air di atas jalan di Tanjong Gemok (jeti untuk ke pulau Tioman) dan berita tersebut jelas menipu serta tidak bertanggungjawab.
"Dalam dua, tiga hari lepas pun air pasang dekat menara jam saja di situ, nampok beno nipunya...," cekasnya dalam facebooknya.
Sementara pengomen-pengomen posting berkenaan kesal kerana "berita pasal banjir pun nak tipu jugak ker".
Sementara yang lain mengatakan mungkin selama ini televisyen berkenaan berbohong dalam soal politik bagi menyokong Umno, tetapi mereka tidak faham bagaimana dalam hal banjir pun TV3 mahu menipu. Sedangkan cerita tidak benar itu boleh menimbulkan kekeliruan dan huru-hara.
BAGHDAD: Satu kumpulan bersekutu dengan pergerakan al-Qaeda di Iraq mengaku bertanggungjawab atas beberapa serangan yang menggegarkan Baghdad minggu lalu hingga mengorbankan 69 orang.
Serangan terancang pada Khamis lalu mensasarkan pasar, kedai runcit, kafe dan bangunan kerajaan di kebanyakan kejiranan penduduk Syiah.
Ia berlaku ketika krisis kepemimpinan meletus membawa kepada ketegangan hubungan antara Sunnah dan Syiah.
Ia adalah serangan besar-besaran pertama sejak tentera Amerika Syarikat melengkapkan pengunduran penuh dari Iraq bulan ini.
Pada masa sama, ia menambah keraguan mengenai keupayaan pasukan keselamatan Iraq untuk melindungi negara itu. Hampir 200 orang cedera dalam pengeboman itu.
Menurut Kumpulan Perisikan SITE, sebuah organisasi berpusat di Amerika yang memantau lalu lintas web kumpulan jihad, pengakuan itu dihantar lewat kelmarin dalam laman web militan.
Kumpulan Negara Islam Iraq menggelar serangan itu sebagai 'pencerobohan hari Khamis,' bertujuan menyokong penduduk Sunnah yang dipenjara dan membalas dendam terhadap mereka yang dipenggal kerajaan Syiah.
"Serangan khas dilancarkan bagi menyokong tahanan Sunnah di penjara ditadbir golongan murtad dan membalas dendam terhadap tahanan yang dipenggal," kata kenyataan mereka.
Kumpulan itu juga berkata serangan berkenaan adalah bukti bahawa mereka 'tahu di mana dan bila untuk menyerang dan mujahidin tidak akan berdiri dengan tangan mereka terikat berpunca daripada rancangan berasal dari Iran.'
Kenyataan itu merujuk kepada tuduhan pemimpin Sunnah bahawa kerajaan Syiah bersekongkol dengan negara jiran Syiah, Iran, musuh ketat Baghdad ketika di bawah pemerintahan rejim Saddam Hussein.
Washington dan sesetengah pegawai Iraq memberi amaran kemunculan semula militan Sunnah dan Syiah serta meningkatnya keganasan selepas pengunduran tentera Amerika. – AP
JOHOR BAHRU 28 Dis. – Seorang bekas pengurusan kanan Iskandar Investment Berhad (IIB) didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan sebuah projek kepada bakal penender tiga tahun lalu.
Tertuduh berusia 51 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin. – UTUSAN
JAKARTA: Hujan lebat yang berlarutan selama tiga jam di Ternate, Maluku Utara malam tadi menyebabkan bandar itu dilanda banjir lahar dingin dari sisa bahan volkanik gunung berapi Gamalama dan mengakibatkan tiga orang terkorban.
Mangsa yang terbunuh ialah dari sebuah keluarga di kawasan Desa Tobu, Ternate Utara, yang dihanyutkan arus deras, kata pihak berkuasa tempatan.
Dalam kejadian itu lima penduduk kampung juga cedera parah dan dirawat di hospital daerah sementara ribuan penduduk lagi terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.
Desa Tubo merupakan kawasan paling teruk dilanda banjir lahar dingin itu dengan kira-kira 90 peratus rumah penduduk mengalami kerosakan teruk, bahkan ada rumah yang dihanyutkan arus.
Gunung Gamalama meletus pada 4 Dis lalu, namun letusan pada hari itu tidak mengakibatkan kerugian harta benda, cuma mengganggu jadual penerbangan komersil Manado-Ternate selama seminggu. - BERNAMA
ALOR SETAR, 28 Dis: Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina.
Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.
"Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.
Beliau membidas sikap sesetengah pihak khasnya Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan surau itu diroboh.
Surau itu terpaksa dirobohkan untuk membolehkan projek Aman Central dibina di atasnya kerana ia bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk.
"Saya tahu hukum-hakam..saya (juga) lulusan (Universiti Al Azhar) Mesir. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Majlis Fatwa dan Mufti.
"Jangan cari publisiti murahanlah...selesai dulu kes lembu (NFC) RM250 juta tu dulu," kata Azizan membidas pemimpin Umno yang membangkit isu itu.
Kerajaan negeri juga, katanya, telah membayar pampasan bernilai RM1.48 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebagai pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep 'istiddal' bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanafaat kepada umat Islam.
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Datuk Dr Haron Din bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am PAS, agar semua pihak yang bertelagah tidak menggunakan media arus perdana.
Beliau berkata demikian dalam wawancara khasnya dengan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Pengarang Berita Harakah, Mohd Rashidi Hassan di rumahnya Isnin lepas.
Haron Din, timbalan Mursyidul Am PAS itu berkata, apa yang berlaku dalam PAS sekarang hanya sebutir pasir yang dijadikan sebuah busut dan diperbesarkan.
"Saya mahu semua pihak berhenti bercakap, jangan cakap apa-apa lagi," katanya.
Beliau juga mahu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali bermaf-maafan di antara satu sama lain.
"Saya amat gembira jika semua pihak yang terbabit meminta maaf secara terbuka," katanya.
PARIT, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit mengisytiharkan kesediaan menewaskan Barisan Nasional dalam Pilihanaraya Umum ke 13 semasa Himpunan Anak Muda Parit (Himpit) hujung minggu lalu.
(Presiden PAS menyerahkan bendera PAS dan PKR tanda pemberian mandat untuk memperjuangkan Pakatan dalam pilihan raya nanti)
Himpit berjaya mendapat sambutan di luar jangkaan dengan kehadiran mencecah 500 orang di Dewan Darul Mubarak, Kampung Selboh, Parit.
Himpit turut dihadiri oleh barisan penceramah anak muda yang bertenaga terdiri daripada Ketua Serikandi Keadilan Malaysia (Cik Siti Aisyah Sheikh Ismail), Ketua Ameerah Malaysia (Cik Fareedah Samad), AJK Cabang Keadilan Parit (En Mahathir Abdullah) dan Ketua Pemuda PAS Parit merangkap Exco Dewan Pemuda Pas Malaysia (Ustaz Hakimi Mohd Nor).
Himpit turut menyaksikan penyerahan watikah jentera pilihanraya oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada Ketua Pemuda PAS Parit dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Parit (Husin Abdullah).
Dalam ucapan Ustaz Hakimi, beliau telah mengajak para hadirin untuk sama-sama mengiktiraf Ustaz Ismi Muhammad Taib iaitu YDP PAS Kawasan Parit sebagai Ikon Anak Muda Parit.
Pegisytiharan ini telah dibuat dihadapan seluruh tetamu jemputan iaitu Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Perak (Ustaz Abu Bakar Hussain), Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak (Haji Razman Zakaria), Setiausaha PAS Perak (Ustaz Misbahul Munir Masduki) dan Ketua Penerangan PAS Perak (Ustaz Nuri Al Amin Endut).
Menurut Ustaz Hakimi yang ditemui selepas Himpit, beliau mengucapkan rasa syukur atas sambutan yang begitu menggalakkan daripada anak muda termasuk dengan kehadiran konvoi bermotor dari seluruh kawasan Parit.
Beliau juga menyatakan bahawa Himpit ini adalah petanda awal bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi semua kerusi di Parlimen Parit, Dun Belanja serta Dun Bota dalam Pilihanraya Umum ke 13 ini.
JAKARTA 28 Dis. - Peningkatan status amaran untuk Gunung Ijen daripada waspada kepada siaga iaitu amaran tahap ketiga oleh pihak berkuasa baru-baru ini serta aktiviti volkanik yang semakin meningkat di Gunung Semeru dan Gunung Bromo, telah membuat pihak pentadbiran negeri Jawa Timur membuat persiapan awal menghadapi bencana letusan ketiga-tiga gunung berapi itu.
Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Jawa Timur telah bersiap siaga menghadapi bencana itu terutamanya bagi melindungi masyarakat yang tinggal di kawasan sekitar.
Wilayah Gunung Ijen meliputi kawasan Banyuwangi, Bondowoso dan Situbondo, wilayah Gunung Semeru meliputi Lumajang, Probolinggo dan Malang manakala wilayah Gunung Bromo meliputi Probolinggo, Pasuruan, dan Malang.
Ketua BPBD Jawa Timur, Siswanto berkata, perhatian masyarakat kini bertumpu kepada Gunung Ijen manakala semua daerah di sekitarnya telah mendirikan pusat siaga bencana seperti di daerah Situbondo, Bondowoso dan Banyuwangi sebagai persediaan bila Gunung Ijen meletus. - BERNAMA
KOTA KINABALU, 28 Dis: Seluruh jentera pemuda PAS dan Unit Amal Sabah hari ini diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di beberapa kawasan rendah di seluruh daerah di negeri ini.
Ketua Penerangannya, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar) berkata, pihaknya akan menempatkan petugas yang terdiri dikalangan petugas PAS dan Unit Amal di setiap bilik gerakan bagi kemudahan orang ramai yang menghadapi banjir.
"Kiita akan bersiap sedia. Bilik gerakan akan dibuka dengan jumlah kakitangan dan petugas yang mencukupi. Bantuan perlu sampai kepada rakyat," jelasnya.
Beliau turut menasihatkan penduduk yang kerap dilanda banjir untuk melakukan persiapan awal bagi mengelakkan pelbagai kejadian tidak diingini berlaku.
"Patuhi arahan pihak berkuasa. Pindah apabila diminta berbuat sedemikian. Simpan barangan berharga ditempat yang tinggi dan awasi anak-anak," nasihat Julpikar.
Selain itu, pengguna jalan raya turut dinasihatkan agar merancang pemanduan dan destinasi yang ingin ditujui berikutan cuaca yang tidak menentu.
Menurut Jabatan Meteorologi, hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.
Kawasan terlibat di Sabah ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Ranau manakala di Sarawak, keadaan sama dijangka terjadi di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan dan Serian.
Negara gempar dengan insiden 17 Disember, di mana seorang aktivis telah menurunkan bendera Perdana Menteri tatkala ratusan mahasiswa turun ke jalan raya bagi menjunjung prinsip kebebasan akademik.
Berkali-kali sahabat saya yang lain bertanya tentang isu ini, dan ini pendapat saya:
Pertama sekali saya ingin merakam tahniah di atas kejayaan mahasiswa yang berjaya membawa tuntutan mereka ke tengah untuk diberi perhatian yang lebih apabila berjaya menyerahkan dua memorandum – kepada Suhakam dan satu lagi kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri.
Kesudian Timbalan Menteri untuk turun dan bertemu mahasiswa juga harus dipuji dan dihargai. Saya secara peribadi mengagumi cara dan toleransi yang ditunjukkan beliau, selain peribadi beliau yang berakhlak, beretika dan sifar skandal.
Namun isu yang lebih penting di sini ialah tindakan Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri sewaktu acara klimaks kepada program itu. Solidariti Mahasiswa Malaysia seperti yang dijangka telah menyokong sepenuhnya tindakan Adam dalam hal ini berdasarkan beberapa hujah.
Saya juga merasakan tidak ada masalah dengan tindakan itu. Hal ini kerana, bendera yang diturunkan langsung tidak dipijak,dikoyak atau diconteng. Bendera yang hanya diturunkan selama beberapa minit itu juga akhirnya dinaikkan semula ke tempat asalnya.
Kita boleh katakan tindakan Adam sebagai kurang ajar jika dia menurunkan bendera Malaysia yang menjadi lambang kebanggaan dan imej negara kita. Dalam hal ini, Adam tidak berbuat demikian.
Sebaliknya, Adam telah menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri dan bendera tersebut langsung tidak melambangkan imej negara kita. Maka, soal biadab atau kurang ajar langsung tidak wujud dalam polemik ini.
Teguran buat Adam
Sebagai teman mahasiswa, ingin saya ambil kesempatan ini untuk menegur Adam Adli dalam beberapa perkara. Pertama, jika ingin melakukan acara simbolik seperti menurunkan bendera, pastikan beliau membawa sendiri bendera yang ingin digunakan dalam acara simbolik tersebut. Adalah kurang manis sebagai orang luar yang datang ke PWTC untuk menceroboh bendera kepunyaan mereka.
Saya sertakan di sini satu analogi. Sewaktu kita berdemo menentang keganasan zionis dalam beberapa episod demonstrasi sebelum ini, kita telah mengekspreskan kemarahan kita dengan membakar bendera negara Israel dan sekutu mereka, Amerika Syarikat.
Adakah para demonstran telah menurunkan bendera Amerika Syarikat yang terdapat di kedutaan mereka? Jawapannya tidak. Kita tidak menurunkan bendera yang ada di kedutaan Amerika Syarikat untuk acara simbolik membakar bendera sebaliknya membawa bendera Amerika Syarikat kepunyaan kita sendiri.
Itulah yang harus dilakukan Adam Adli agar tidak dilihat keterlaluan. Beliau perlu faham status PWTC yang merupakan 'rumah' UMNO. Apa yang dilakukan pada 17 Disember tempoh hari telah membuatkan beliau dilihat sebagai penceroboh dan bukannya orang yang menyatakan protes kepada kepimpinan sedia ada.
Teguran buat penyokong kerajaan
Sejurus selepas Adam Adli menurunkan bendera itu dan menaikkan bendera kebebasan akademik, maka ada pihak yang ingin menjuarai isu ini dengan kononnya menyatakan kemarahan kepada mahasiswa.
Saya langsung tidak peduli jika mereka ingin berasa marah atau apa sekali pun. Tetapi tindakan mereka yang mengugut dengan kekerasan langsung tidak mencerminkan keperibadian Melayu yang kononnya menjadi wadah perjuangan mereka selama berdekad-dekad. Sebaliknya, perangai mereka berani saya sifatkan sebagai samseng murahan dan terdesak untuk mencari perhatian !
Apakah wajar untuk seseorang yang tidak jelas jasanya kepada Melayu mengiktiraf diri mereka sendiri sebagai 'panglima'? Apakah wajar individu-individu sebegini berniat untuk meludah mahasiswa? Apakah mahasiswa ini hanya sekadar sampah-sampah picisan untuk diludah sesuka hati?
Jika benar Adam Adli telah melakukan sesuatu yang mereka kurang senang, tegurlah beliau dengan kaedah yang berhikmah. Hal ini tidak perlu saya ajarkan di sini memandangkan mereka lebih senior dan sepatutnya tahu cara untuk menegur Adam dan kami adik-adik mahasiswa dengan pendekatan yang baik dan rasional.
Tetapi sayang, golongan 'panglima ' ini lebih berminat menggunakan 'ludah' berbanding teguran yang membina dan bermanfaat.
Ingin saya tinggalkan satu soalan kepada mereka, di mana mereka tatkala warga luar berpesta menghina negara kita dan membakar bendera negara kita suatu masa dulu? Adakah sifat kejantanan dan kepahlawanan panglima-panglima ini hanya berkesan pada mahasiswa sahaja?
Moga semua pihak beroleh pengajaran daripada peristiwa 17 Diesember 2011. Moga semua berada dalam perlindungan , petunjuk dan rahmat Allah.
KAHERAH, 28 Dis: PAS menyampaikan ucapan tahniah kepada Ikwanul Muslimin Mesir yang menang besar dalam pilihan raya umum negara itu baru-baru ini.
(Syed Azman [kanan] berbual dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Mohamed al-Badie' di pejabatnya dekat Kaherah)
Ucapan itu disampaikan oleh Penolong Setiausaha Agong PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad dalam kunjungan singkat ke Mesir baru-baru ini dan sempat bertemu serta bertukar maklumat dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Mohamed al-Badie'.
Pertemuan yang mewakili Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu adalah sempena kehadiran beliau sebagai anggota rombongan ahli pemerhati antarabangsa Pilihan raya Mesir di bawah seliaan PBB yang sedang berjalan sekarang.
Dalam pertemuan di pejabat baru Ikhwan yang tersergam indah itu, Dr Syed Azman telah menyampaikan ucapan tahniah seluruh kepimpinan PAS terutamanya Ustaz Hadi dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas kemenangan besar awal parti politik gabungan Ikhwan, 'al-Hurriyat wal Adalah' (Parti Kebebasan dan Keadilan) atau Freedom and Justice Party (FJP).
FJP meraih majoriti kerusi di seluruh Mesir. Ini merupakan penanda awal terhadap perjuangan rakyat Mesir bagi membebaskan negara mereka daripada pemerintahan kuku besi bekas Presiden Mubarak.
Begitu juga dengan sokongan penuh PAS kepada seluruh kepimpinan Ikhwan Muslimin Mesir yang sejak sekian lama telah diharamkan dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti politik oleh pemerintah Mubarak.
Menurut Dr Badie', seluruh petugas Ikhwan Muslimin sedang sibuk mengadakan kempen di seluruh Mesir di bawah gabungan parti FJP dan sedang mengatur persiapan bagi meghadapi pilihan raya Presiden yang dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun 2012.
Suasana baru ini juga sedang dimanfaat oleh Ikhwan bagi membangunkan semula negara Mesir bersesuaian dengan ciri-ciri yang lebih bersifat demokratik.
BACHOK, 28 Dis: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita terhadap spanduk yang mendakwa beliau melarang rakyat negeri ini mengambil wang RM500.
Katanya, sejak awal lagi beliau telah mengeluarkan kenyataan menyeru rakyat d negeri itu mengambil wang berkenaan.
"Saya dah cakap sebelum ni kan, ambillah wang RM100 ke RM500 ke RM1,000 ke, sebabnya tu duit kerajaan. Mereka berhak mengambilnya.
"Kain rentang tu dibuat oleh mereka yang kecewa dan tak ada modal untuk menyerang orang lain,"ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat hakisan pantai di Pantai Irama, dekat sini.
Hadir sama dalam lawatan itu anggota-anggota exco kerajaan negeri Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan Che Lah Md Nawi, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed dan lain lain pimpinan negeri.
Beliau mengulas spanduk yang dipasang di negeri itu kononnya beliau melarang rakyat negeri ini mengambil wang itu kerana ianya haram.
Di Terengganu juga timbul isu yang sama di mana tersebar berita kononnya wang itu haram diambil rakyat kerana ianya wang rasuah.
Namun seorang penceramah bebas berkata, ia haram kalau wang itu bertujuan rasuah agar mengundi BN tetapi kalau ia diambil dan tidak undi BN tidak ada masalah.
Pusat perlu bantu
Sementara itu, Nik Abdul Aziz dalam kunjungannya melihat hakisan pantai itu berharap Kerajaan Pusat berusaha menyelesaikan masaalah hakisan ombak kerana ianya boleh mengancam keselamatan penduduk.
"Pada masa yang sama kerajaan negeri melalui JPS juga akan membantu menyelesaikan masaalah ini,"ujarnya.
SHAH ALAM, 28 Dis: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat.
Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat diambil tindakan, lapor TVSelangor.
"Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?.
"Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu" kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat.
"Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya," tegas Haniza yang juga Timbalan Speaker Dun Selangor.
Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat, Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita.
"Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini," katanya.
"Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan," jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor.
Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.
Namun begitu, Haniza berkata, ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN.
Mengulas lanjut, Haniza berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat.
"Luah mati emak, telan mati bapak. Bagaimana cara sekalipun, Umno tidak akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, " kata beliau.
PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam 'kucar-kacir' seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.
PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.
Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.
Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) hari ini sekali lagi mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berhubung perlantikan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang baru.
(Bangkit dan Anak menyerahkan aduan kepada pegawai SKM tentang status Isa di KPF)
Aduan kedua ini juga dibuat Presiden Bangkit, Abdul Rahman Ramli ekoran tidak berpuas hati dengan jawapan SKM yang diterima mereka terhadap aduan pertama mereka 18 Oktober lalu berhubung perkara sama.
Turut serta dalam penyerahan aduan kedua tersebut adalah Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman.
Dalam surat jawapan SKM bertarikh 10 November, Ketua Sektor Operasi dan Kawal Selia SKM, Haji Mat Deris Jusoh memaklumkan Isa belum lagi dilantik sebagai Pengerusi KPF.
Beliau juga merujuk kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang dilapor media 25 Oktober lalu bahawa Isa masih belum dilantik sebagai pengerusi KPF.
Dalam aduan kedua ini, Abdul Rahman mahu SKM menyatakan status sebenar Isa kerana didakwa berlaku kekeliruan dan percanggahan maklumat berkaitan perkara itu.
Menurutnya, percanggahan itu berkaitan maklumat bahawa Isa telah mendapat surat persetujuan menjadi pengerusi KPF pada 15 Ogos lalu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui setiausaha sulit kanannya Datuk Ab Aziz Kasim.
Dalam meyuarat khas Lembaga Pengarah Felda pada 25 Ogos pula, Isa telah membawa persetujuan tersebut untuk melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF.
Aduan tersebut diserahkan kepada Ketua Unit Penguatkuasa SKM, Rossali Mursalin di pejabat suruhanjaya itu di Putra Place, Jalan Putra di sini.
Dalam aduan pertama dahulu, Bangkit turut memohon SKM membatalkan keputusan Mesyuarat Lembaga KPF pada 22 Jun lalu yang telah memuluskan keahlian Isa menjadi ahli koperasi.
Menurut mereka, keputusan tersebut melanggar Undang-undang Kecil KPF yang menyatakan hanya kakitangan Felda atau anak syarikat Felda yang berjawatan tetap sahaja yang layak menjadi anggota koperasi KPF, sedangkan jawatan Isa selaku Pengerusi Felda hanya berstatus kontrak.
Mereka juga memohon keahlian Isa dalam KPF dibatalkan serta-merta.
Tidak terikat dengan politik
Dalam pada itu, Mazlan Aliman yang turut bersama Bangkit ke SKM hari ini mahu suruhanjaya itu tidak terikat dengan agenda politik pihak tertentu dalam isu tersebut.
"Kalau mahu jadi agensi berwibawa, tolong hormat undang-undang dan koperasi pekebun kecil.
"Jangan terikat dengan orang politik," katanya sambil menggesa jawapan segera sebelum 5 Januari.
Jawpan SKM sebelum tarikh itu sangat penting kerana ada kaitan dengan saman pemula peneroka terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang difailkan baru baru ini.
Mereka juga memohon njunksi mahkamah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari depan.
BANDA KABA - DAP negeri semalam mempersoalkan sistem baru bacaan tarif elektrik yang diperkenal Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini yang dianggap mengelirukan pengguna.
Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, terdapat beberapa aduan diterima daripada orang ramai mengenai kadar bayaran dikenakan lebih tinggi berbanding biasa.
Menurut Poay Tiong, kekeliruan timbul apabila ada bil yang dibaca pemeriksa meter secara manual, namun bulan berikutnya ia dibuat secara rambang menerusi kiriman pos.
Katanya, masalah timbul sebaik bil disemak pada bulan berikutnya apabila pengguna sering merasakan kadar dikenakan agak tinggi.
"Pengguna menyatakan aduan kerana bimbang mereka dikenakan bayaran lebih tinggi dan mengharapkan supaya TNB mengekalkan cara yang digunakan sebelum ini.
"Kita mahu TNB jelaskan adakah kaedah yang digunakan benar-benar praktikal dan tiada unsur yang mendatangkan kerugian buat pengguna," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Sementara itu, jurucakap TNB ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kaedah yang digunakan adalah lebih sistematik dan langsung tidak menganiaya pengguna.
Menurutnya, kaedah penghantaran bil menerusi sistem pos juga adalah cara digunakan negara lebih maju.
"Bagaimanapun, mungkin terdapat kesilapan dari segi bacaan disebabkan beberapa faktor.
"Oleh itu, kita minta pengguna dapat merujuk terus kepada pejabat TNB terdekat sekiranya terdapat sebarang kemusykilan," katanya.
Menurut jurucakap itu lagi, TNB akan mengadakan sidang media bagi memperjelaskan kepada umum mengenai dakwaan wakil rakyat DAP itu.
ALOR SETAR - Seorang lelaki bertindak agresif menyerang pegawai polis berpangkat Inspektor dengan parang panjang sehingga cedera parah, ketika dalam satu serbuan polis di rumahnya, semalam.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, suspek berumur 45 tahun itu juga turut merosakkan sebuah kereta peronda polis dengan memecahkan cermin dan kerugian dianggarkan berjumlah RM2,000 hingga RM3,000.
Menurutnya, kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari setelah sepasukan polis terdiri daripada dua pegawai dengan 10 anggota pergi ke rumah suspek di Kampung Alor Pudak, Yan untuk menyerahkan saman berhubung kes Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan khianat.
"Kita sedaya upaya tidak menggunakan senjata api untuk menangkap suspek sebaliknya menggunakan kaedah tangkap biasa sahaja walaupun berlaku pergaduhan ketika serahan saman.
"Suspek berjaya ditahan dan kini berada di Balai Polis Yan. Sementara mangsa, 29, bertugas selama tiga tahun dalam PDRM dimasukkan ke dalam wad untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya kepada media di pekarangan wad kecemasan HSB, di sini, semalam.
Ahmad berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika disabitkan kesalahan, atau Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
"Kita akan dakwa suspek dengan seksyen yang paling berat kerana melibatkan kes serius menyerang menggunakan senjata tajam dan boleh menyebabkan kematian kepada mangsa.
"Bagaimanapun kita juga cuba dapatkan pengesahan doktor untuk mengesahkan lelaki berkenaan mempunyai masalah tekanan jiwa atau sebaliknya. Namun suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah sebelum ini," katanya.
Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazali, mangsa, Muhamad Firdaus Zainal sampai di wad kecemasan HSB pada jam 3.25 petang dengan mengalami kecederaan di bahagian buku lali kiri serta dilaporkan stabil.
Menurut ibu suspek, anaknya mengalami masalah tekanan mental sejak empat tahun lalu dan bekerja membuat sawah.
"Semasa kejadian kami berdua di rumah, namun saya ketakutan melihat kehadiran ramai polis dan bertindak lari ke rumah jiran. Saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu," katanya.
SHAH ALAM - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan di stesen minyak Seksyen 7 di sini, Ogos lalu.
Bagaimanapun, Mohd Naim Abdullah, 30, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.
Mohd Naim didakwa melakukan rompakan itu bersama dua lagi rakannya yang masih bebas dengan bersenjatakan pisau di Stesen Shell Jalan Lazuar 7/29, Seksyen 7, di sini, kira-kira 6.48 pagi, 14 Ogos lalu.
Dalam rompakan itu, dia didakwa mengambil wang RM870.80 milik stesen minyak itu dan telefon bimbit serta tunai RM150 milik pekerja, Mohd Arman Khan.
Nilai kerugian dianggarkan RM1,400.
Mohd Naim berdepan tuduhan di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimim 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abd Rahman memohon mahkamah memberikan ikat jamin RM10,000 dengan alasan Mohd Naim mempunyai rekod lampau membabitkan kes sama.
Mohamed Mokhzani membenarkan permohonan itu dan menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes.
SHAH ALAM - Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara ini, mampu dipulihkan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memperketat penguatkuasaan dan pelaksanaan akta yang telah dibincangkan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Salahuddin Ayub berkata, menerusi perbincangan bersama SPRM, tindakan Perdana Menteri itu akan membantu mengimplementasikan semua akta yang sudah dipersetujui sebelum ini.
Menurutnya, jika Najib gagal dalam memberi arahan mempertingkatkan usaha kepada SPRM, penurunan yang diharapkan akan hanya sia-sia.
"Setelah Najib memberi arahan, pasti semua pihak memandang serius menangani isu ini dan akhirnya akan pulih sekali gus memuaskan.
"Tidak kira siapa pun, sama ada daripada parti kerajaan mahupun pembangkang, isu ini harus diberi penekanan. Semua pihak bertanggungjawab memastikan indeks ini menurun," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, CPI bukan isu politik kerana semua badan bertanggungjawab dan harus memainkan peranan.
"Laporan audit negara juga sangat penting sebagai kayu pengukur dalam menentukan CPI ini. Ia menjadi penyumbang kepada kadar naik dan turun CPI, " katanya.
Sementara itu, seorang lagi Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Tan Seng Giaw berkata, ukuran terhadap CPI sesebuah negara berbeza.
"Kita mengambil indeks ini sebagai ukuran kasar sahaja kerana tiada hasil penyelidikan yangmenunjukkan keputusan tepat dan sempurna.
"Sesuatu penyelidikan perlu mengambil kira semua aspek untuk meningkatkan imej negara," katanya.
Beliau turut menyarankan aspek pekerjaan diberikan tumpuan bagi menangani gejala rasuah di negara ini.
"Jika semua rakyat faham apa yang boleh dan apa yang tidak saya percaya, CPI negara mampu pulih," katanya.
SEJUMLAH pelancong yang menaiki sebuah bas menyaksikan beberapa ekor harimau Siberia cuba untuk menangkap seekor ayam mati (dalam bulatan) di Taman Hutan Harimau Siberia di Harbin, China semalam.
HARBIN, China - Sejumlah harimau mendekati sebuah kereta pacuan empat roda di Taman Hutan Harimau Siberia di sini, China semalam.
Kereta itu dinaiki oleh kakitangan yang menjaga harimau itu untuk melemparkan ayam mati kepada haiwan tersebut.
Sejumlah pelancong yang menaiki sebuah bas turut menyaksikan beberapa ekor harimau berebut untuk mendapatkan ayam yang dicampakkan ke arah haiwan tersebut.
Menurut laporan media, lebih 800 ekor harimau Siberia tinggal di taman tersebut yang menjadi pusat pembiakan haiwan yang terancam. - Reuters
Pembangkang Pulau Pinang sudah menemui jalan kehancuran apabila suara lantang Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi yang mahukan Umno memegang jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang telah DICAMPAK begitu sahaja oleh Gerakan dan Barisan Nasional. Parti Melayu Umno terpaksa melutut dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan yang telah dilantik sebagai [...]
KOTA KINABALU, 28 Dis: Seluruh jentera pemuda PAS dan Unit Amal Sabah hari ini diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di beberapa kawasan rendah di seluruh daerah di negeri ini.
Ketua Penerangannya, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar) berkata, pihaknya akan menempatkan petugas yang terdiri dikalangan petugas PAS dan Unit Amal di setiap bilik gerakan bagi kemudahan orang ramai yang menghadapi banjir.
"Kiita akan bersiap sedia. Bilik gerakan akan dibuka dengan jumlah kakitangan dan petugas yang mencukupi. Bantuan perlu sampai kepada rakyat," jelasnya.
Beliau turut menasihatkan penduduk yang kerap dilanda banjir untuk melakukan persiapan awal bagi mengelakkan pelbagai kejadian tidak diingini berlaku.
"Patuhi arahan pihak berkuasa. Pindah apabila diminta berbuat sedemikian. Simpan barangan berharga ditempat yang tinggi dan awasi anak-anak," nasihat Julpikar.
Selain itu, pengguna jalan raya turut dinasihatkan agar merancang pemanduan dan destinasi yang ingin ditujui berikutan cuaca yang tidak menentu.
Menurut Jabatan Meteorologi, hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.
Kawasan terlibat di Sabah ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kota Belud dan Ranau manakala di Sarawak, keadaan sama dijangka terjadi di Kuching, Bau, Lundu, Samarahan dan Serian.
KOTA KINABALU, 28 Dis: PAS Sepanggar hari ini mengucapkan selamat berjaya kepada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang akan menduduki Peperiksaan Akhir Semester yang akan bermula minggu hadapan.
Ketua Penerangan, Mohd Julpikar Abd Mijan menerusi kenyataannya memberi sokongan dan galakkan kepada mahasiswa yang akan menduduki peperiksaan tersebut.
"Kepada mahasiswa UMS, semoga berjaya dalam peperiksaan.
"Semoga beroleh kejayaan dan keputusan yang cemerlang," doa beliau.
Beliau turut menasihatkan mahasiswa agar sentiasa menjaga kesihatan diri dan melakukan persiapan awal bagi memastikan perjalanan untuk menduduki peperiksaan berjalan dengan baik.
"Persiap diri dengan segala kemudahan yang ada. Usaha dan banyakkan berdoa.
"Kejayaan sudah dihadapan, cumanya menanti usaha diri anda," katanya.
KOTA KINABALU, 27 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mendesak Polis dan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera membersihkan kepimpinan negara daripada sebarang salah laku rasuah, korupsi dan salah guna kuasa.
Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, pendedahan terbaru yang dibuat oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil telah mengundang pelbagai andaian negatif rakyat terhadap integriti pemimpin kerajaan sedia ada.
"Jika benar dakwaan Shahrizat, polis dan SPRM perlu segera membuat siasatan rapi terhadap sebarang salahlaku tidak kira kepimpinan peringkat negara mahupun negeri.
"Sangat malang jika wujud pemimpin yang makan rasuah, hipokrit dalam memimpin, salah guna kuasa dan kedudukannya," jelasnya.
Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu pada 25 Disember lalu yang mempersoalkan "siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah", yang dilihat seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Shahrizat berkata demikian bagi membela dirinya yang sedang ditekan ekoran skandal Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berpendapat, bukan Shahrizat sahaja yang salah dalam hal ini tetapi yang lebih bersalah adalah bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika projek itu diberikan, Tan Sri Muhyidin Yassin.
"Seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh beliau.
"Maklumlah, beliau sedang terpalit dengan 'projek lembu kondo' dan ramai rakan-rakannya yang mendesak beliau meletak jawatan. Takkan beliau seorang yang ada masalah," kata Lahirul lagi.
Sementara itu, rakyat juga ujarnya tidak perlu berasa senang hati dengan tindakan ke atas Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah baru-baru ini oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Baginya, itu hanya kes terpencil malah yakin banyak lagi kes yang lebih besar yang sepatutnya diambil tindakan.
"Banyak lagi skandal Menteri Besar, Ketua Menteri, Bekas Menteri dan sebagainya.
"Ini perlu dibersihkan dan dihadap ke muka pengadilan dengan kadar segera," ujarnya.
DUNGUN - Hakisan teruk akbat ombak besar yang melanda pantai Teluk Lipat dekat sini mendapat liputan pelbagai media.
Namun, tidak ada media yang mengungkit semula janji kerajaan Umno dan Barsan Nasonal (BN) kira-kira enam bulan dulu untuk menyelamatkan pantai yang indah itu.
Pada 7 April 2011, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut telah meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sektar menyatakan perancangan dan usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah hakisan pantai di negeri Terengganu seperti Pantai Tok Jembal Kuala Nerus, Telok Lipat Dungun, Rhu Rendang Marang dan Telok Kalong Kemaman.
gambar-gambar hakisan Pantai Telok Lipat, Dungun...di bawah :-
Wahid selaku Ahli Parlimen Kula Terengganu sewaktu membangkitkan perkara itu dalam sidang Parlimen berkata, akibat ketiadaan perancangan rapi dan perancangan yang tidak betul, Pantai Tok Jembal kini semakin teruk terhakis, apabila tambak yang dibina dibuat terus ke laut ekoran pembinaan landasan kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
lagi gambar-gambar hakisan Pantai Telok Lipat, Dungun...di bawah :-
Menurut beliau, akibat perancangan yang tidak betul, Pantai Rhu Rendang turut mengalami hakisan teruk, ekoran pembinaan pemecah ombak untuk pembinaan Pelabuhan Chendering.
KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS mempersoal sejak bila Umno mula menjuarai isu agama apabila cuba menunjukkan keperihatinan mereka dengan menentang kerajaan Kedah yang mahu merobohkan Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar untuk diganti dengan surau baru ditapak baru.
AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, rakyat tidak pernah lupa pengkhianatan Umno dalam isu perobohan dan penutupan banyak masjid surau sejak parti itu memerintah negara.
"Kenapa pemimpin Umno seperti (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan Umno meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana.
"Rakyat tertanya-tanya sejak bila Umno menjadi juara agama dan hendak membela surau," soalnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya dalam isu perobohan surau Salihiah itu, Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah memberi kebenaran, dan pihak pemaju bersetuju untuk membayar pampasan dan memberi tapak baru kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).
Namun ujarnya pimpinan Umno Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat Kedah cuba mengambil isu surau untuk menjadi modal kempen.
Beliau melihat isu tersebut sengaja dimainkan Umno Kedah kerana mereka sedang lemas melihat kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya memimpin Kedah dengan cemerlang walaupun terpaksa menanggung hutang lapuk yang ditinggal BN sebanyak RM2.3 bilion.
"Contohnya kebijaksanaan kerajaan Kedah mengurus negeri sehingga pendapatan balak daripada RM8 juta setahun meningkat RM53 juta.
"Umno takut rakyat Kedah membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan Umno selama 51 yang menindas rakyat, maka Umno cuba menjadi juara membela agama, sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana Umno sudah bertukar nada," katanya lagi.
Perobohan Surau Salihiah untuk diganti baru diputus kerajaan negeri ekoran ianya antara bangunan yang terjejas untuk pembangunan projek Aman Central.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini memaklumkan surau itu akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan kemudian digantikan dengan bangunan baru.
Azizan juga berkata beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa.
Bagaimanapun isu itu menjadi modal kempen Umno negeri bagi memburukkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui PAS.
Wajar tahu Siapa Ahli Jannah(Syurga) dan Siapa ahli Nar (Neraka)Hadis 2436 jilid 4 Sahih MuslimDari Haritsah bin Wahab r.a katanya dia mendengar Nabi Saw bersabda "Mahukah kamu sekelian ku beritahu siapa ahli Jannah?" Jawab para sahabat " Tentu ya Rasulullah" Sabda Baginda " Muslim dhaif bila dihina orang, lalu dia bersumpah dengan menyebut nama Allah dan mereka berdoa kepadaNya, maka doa nya sungguh dimakbulkan Allah" kemudian baginda bertanya pula "Mahukah kamu kuberitahu siapa penduduk neraka?" jawab mereka "tentu" Sabda Baginda "setiap orang yang kasar, besar mulut, angkuh, takbur, sombong mewah, namun kikir/bakhil dan sombong"Ayat "Kazalika yatba'uLlahu ala kulli qalbin mutakabbirin jabbarin" terjemahan " yang demikian itu, Allah telah membekukan hati orang yang takbur dan sombong"orang takbur dan sombong di identified sebagai orang fasik yang melakukan kezaliman secara terangan di depan pandangan muslimin muslimat… Allah ingatkan " Allahu la yahdi kaumilfasikiin" terjemahan " Allah tidak memberi hidayah bagi orang fasikiin"Hadis 2437 Sahih Muslim:Dari Abu hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda "Ada dua macam penghuni neraka yang belum terlihat olehku dewasa ini : pertama , orang yang membawa cemeti seperti ekor sapi, digunakannya untuk memukul manusia, kedua wanita yang berpakaian tetapi seperti bertelanjang dan pandai merayu menggoda, rambut mereka disasak seperti punuk unta miring, Mereka tidak dapat mencium jannah. Sesungguhnya bau jannah itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauhHadis 2438Dari Abu Hurairah r.a katanya dia mendengar rasulullah saw. Bersabda " Tidak lama , jika usiaku panjang, engkau akan lihat suatu kaum memegang cemeti seperti ekor sapi ditangannya .mereka itu sentiasa berada dalam kemurkaan Allah Taala sepanjang pagi dan petangHadis 2442 jilid 4 sahih muslimPenduduk jannah ada tiga macam ;Penguasa yang adil, pemurah dan bertindak sesuai dengan Hukumorang yang berhati pengasih dan berhati lembut terhadap karib kerabat dan musliminorang dhaif yang tidak terkendalikan otaknya, mereka disamping kamu hanyalah ikut-ikutan, mereka tidak mahu berkeluarga dan tidak mengkehendaki kekayaan.Penduduk neraka ada 5 macam:orang dhaif yang tidak mempergunakan otaknya, mereka hanya menjadi pengikut, tidak berusaha mencari nafkah untuk dirinya dan berkeluarganya.pengkhianat yang tidak tahu malu, sampai hal-hal kecil dikhianati nya jugaorang yang pagi petang berusaha hendak menipumu, tentang keluargamu, dan hartamuorang bakhil atau pendustaorang yang bermulut buruk dan suka menggunjing.
Laporan polis, SPRM terhadap Awang Adek | Print | KOTA BHARU, 26 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek menerima sejumlah wang dari pihak tertentu menerusi tiga keping cek.Dakwaan itu dibuat berikutan sebuah lama blog yang dikenali thewhistleblower 711 di alamat http://thewhistlower711.blogspot.com.Artikel berkenaan memuatkan Awang Adek dikatakan telah menerima sejumlah wang ke dalam akaun peribadi beliau yang merupakan sumbangan seseorang.Tiga akaun cek yang berjumlah keseluruhannya RM100,000 masing-masing bernombor 45128662, 98634780 dan 994648024 telah dimuatkan dalam blog tersebut.Laporan polis berkenaan dibuat oleh Mohd Roshdi Zahari, 29, dari Kampung Tualan Salak, Jelawat, Bachok di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa dekat sini kira-kira pukul 3.15 petang tadi.Sebaik sahaja laporan polis berkenaan siap dibuat, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pula dibuat.Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa, ketika ditemui memberitahu sumbangan berkenaan begitu meragukan dan pihak berkenaan perlu menyatakannya secara jelas berhubung perkara itu.Salmah Mat Husain
Di mana KEADILANNYA : Dr Khir Toyo DISABIT kes seleweng berjuta ringgit penjara 1 tahun manakala seorang bapa disabit dalam kes mencuri hanya RM20 dikenakan penjara selama 3 tahunDi mana keadilannya undang-undang dunia ciptaan BN. Khir Toyo cuma dijatuhkan hukuman setahun penjara. Tetapi seorang bapa di Terengganu yang mencuri RM20 kerana mahu membeli susu anak dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara.ihsan Mutaligat
Dengar cerita UMpoNO Pasir Puteh akan bekerja keras menjelang PRU 13 ini... sasaran mereka pertama adalah menjayakan misi mengibarkan bendera BN di rumah sekitar kawasan Selising yang mana setiap rumah akan dibayar sekitar RM50-RM100 bagi tujuan murni tersebut. Ketua Bahagian mensasarkan sekitar 300-400 bendera akan dikibarkan di kawasan rumah penduduk di situ sebelum 2012.
Kehadiran ramai penggerak parti jam 3.00-5.00 petang di bilik gerakan DUN Selising sehingga terpaksa duduk di luar dewan bilik gerakan DUN Selising (nak kate ramai giler).
Ketua Bahagian Pasir Puteh berucap di bilik gerakan DUN Selising. Majlis penyerahan 360 helai bendera be End kepada penggerak parti. Dimajlis itu juga diadakan dialog libatkan 2 wakil veteran. 1 orang wakil pemuda dan 1 orang wakil wanita....
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hanya mampu menggelengkan kepala dan berkata, "Tidak, tidak," bila ditanya oleh wartawan sama ada barisan kabinet sudah memutuskan Menteri pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalilharus kekal dikabinet atau tidak.
Muhyiddin berkata kabinet belum memutuskan sama ada harus Sharizat wajib meninggalkan kabinet berikutan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) yang bernilai RM250 juta.
.... xde berani le TPM ni nak pecat Shahrizat... dah tue kambing dia kat Johor sape pulak nak jaga???
Ana terjumpa di dalam salah satu blog pencacai angkat najis UMNO akan program yang akan diadakan pada Sabtu ini...
MUNAJAT PERDANA SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH
Tarikh : 31hb Disember 2011
Waktu : 12tgh - 5ptg
Tempat : Madrasah Salihiah, Kanchut, Jalan Tambang Badak, Alor Setar, Kedah
Pengisian Program
1. Solat Zohor dan Solat Hajat Berjemaah 2. Tazkirah khas "kemuliaan berjihad" - Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya 3. Alunan Marhaban dan Selawat Nabi oleh Anak Yatim 4. Kenduri Rakyat 5. Kempen mengumpul tandatangan tanda sokongan terhadap Madrasah Salihiah 6 Ceramah Khas oleh YB Zulkefli Nordin/YB Hasan Ali.
Seluruh Muslimin/Muslimat dijemput hadir beramai-ramai.
...tak tau le sejauh mane kebenarannya akan penglibatan YB Hassan Ali dlm program tersebut sukar dipastikan atau mungkin suatu fitnah untuk terhadap beliau..!!!.
UMNO Kelantan nampaknya dah habis helah dan tipu muslihat apibal sanggup menggantung banner memburuk-burukkan TG Nik Aziz dan Kerajaan Pas Kelantan yang kononnya Tok Guru mengharamkan duit RM500 yang disumbangkan kepada keluarga yang berpendapatan di bawah RM3k.
Al-maklum la dah hampir 22 tahun Kelantan dibawah pentadbiran TG Nik Aziz... kalu ikut usia budak dah nak habis belajar kat U dah... tue yang dok gile meroyan tue...
Pejabat Menteri Besar Kelantan menafikan kaitan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sepanduk haram di sekitar negeri itu yang menggunakan gambar menteri besar itu.
"Kami ingin memaklumkan bahawa YAB Tuan Guru Menteri Besar tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sepanduk ini.
"Pihak kami menganggap sepanduk ini merupakan satu usaha mencemarkan nama baik YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan," kenyataan itu dipetik.
Sepanduk yang bertulis "Rakyat Kelate Nok Royalti Minyok...Buke Nok Pitih RM500" dan "Puak-puak Kito Jange Gi Ambik Pitih RM500 tu, Itu Pitih Haram, Tok Tahu Mari Mano" dipercayai digantung pihak tertentu bagi menggambarkan penolakan PAS terhadap pemberian wang RM500 oleh pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Sedangkan pendirian Tuan Guru Nik Aziz selama ini sangat jelas bahawa wang tersebut adalah wang rakyat malah rakyat diseru mengambilnya.
Pendirian Tuan Guru juga boleh dilihat melalui kata-katanya yang popular setiap kali pilihan raya iaitu "Bagi pitih ambik, bagi kain pakai, bagi gula kacau, tapi bila undi, pangkah bulan".
ALOR SETAR 26 Dis. – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) menganugerahkan Ummi Hafilda sandang srikandi di atas perjuangan ikhlasnya menegakkan kebenaran.
Ibu Gayong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datin Faridah Abu Johan berkata, pihaknya bangga kerana dapat menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang sentiasa bersemangat seperti Ummi Hafilda.
"Kita tidak mahu orang seperti lalang dan kita nampak Ummi Hafilda ikhlas dalam perjuangannya.
"Sandang srikandi ini memang wajar dianugerahkan kepada Ummi Hafilda agar dia terus berjuang demi negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar di sini semalam.
Faridah berkata, pihaknya akan terus menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang berjuang demi negara.
Dalam pada itu, Ummi Hafilda berkata, dia terharu dan bangga dengan anugerah daripada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
Katanya, sandang srikandi itu menjadikan dia lebih bersemangat untuk menjelajah negara bagi memberi penerangan mengenai mereka-mereka yang menjadi pengkhianat negara.
"Saya bersyukur akhirnya perjuangan saya selama 14 tahun menegakkan kebenaran diterima ramai.
"Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan saya akan terus berusaha menyelamatkan negara daripada pihak yang ingin memusnahkannya," jelasnya.
Tambah Ummi Hafilda, dia juga berharap kerajaan akan memberikan kelulusan kepadanya untuk menjelajah ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi memberi penerangan kepada pelajar pengalamannya.
"Saya perlukan platform ini bagi berdialog dengan pelajar-pelajar di universiti agar mereka faham apa yang sebenarnya berlaku. Saya sanggup hadapi apa sahaja asalkan kebenaran terbukti," katanya
... habis rosak anak gadis kalu srikandi lucah ni turun ke IPT...
KAJANG: Gaji lumayan mencecah RM6,000 sebulan, sebuah kereta dan perbelanjaan harian ditanggung antara taktik penipuan digunakan seorang lelaki untuk memperdaya mangsanya.
Bakal pekerjanya hanya perlu menjadi teman membeli-belah dan paling mengejutkan perlu menonton aksi onaninya.
Penipuan berkenaan didedahkan seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rubi, 21, yang mendakwa didatangi lelaki 'gila' itu pertengahan November lalu sewaktu ingin membuat pembayaran tempat letak kereta di bandar Kajang.
Katanya, dia didatangi seorang lelaki berusia 40-an memperkenalkan dirinya sebagai Riduan, pemilik sebuah syarikat membekal perkhidmatan pekerja asing.
"Lelaki berkenaan memberitahu syarikatnya mencari pekerja dengan menawarkan gaji lumayan selain pelbagai insentif menarik.
"Pada mulanya, dia menawarkan kerja sebagai kerani dengan gaji permulaan RM1,200 sebulan," katanya. Rubi berkata, dia pada mulanya berminat selain tugas diberikan boleh disiapkan di rumah tanpa perlu ke pejabat.
Menurutnya, melihat dia mula menunjukkan minat, lelaki berkenaan menambah gaji RM6,000 sebulan sebagai pembantu peribadi.
"Saya hanya perlu menemaninya membeli-belah selain menjadi teman untuk dia berbual. Namun, lelaki berkenaan mula bersikap pelik apabila memaklumkan saya perlu menemaninya melakukan onani," katanya.
"Permintaan pelik lelaki berkenaan menyebabkan saya takut jika lelaki berkenaan bertindak lebih jauh dan membahayakan keselamatan," katanya.
Katanya, melihat dari penampilan, lelaki terbabit tidak menampakkan imej sebagai seorang ahli korporat dan mungkin mempunyai agenda tersembunyi terutamanya kepada golongan wanita.
Bimbangkan keselamatan diri dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan, Rubi kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
MAJLIS MAHABBAH DAN IJTIMA ULAMA THURATH 2012 Tarikh :1 Januari 2012 Hari : Ahad Tempat : Surau Perwaja Gurun Kedah Daru Aman Masa : 6.30 petang hingga 11.30 malam
PENGENALAN MAJLIS Majlis ini khusus untuk memberi tempat kepada para ULAMA THURATH , Ulama yang benar-benar alim dan menguasai kitab muktabar terutamanya Tuan-tuan guru disekitar Kedah dan Fathani . Ramai ulama Muktabar di Kedah , mereka sudah berusia emas , maka kita perlu utamakan mereka kerana mereka permata ummah yang banyak berjasa kepada Islam dan masyarakat .
Fokus pada ulama yang tua yang kita jemput diantaranya:
1. Tn Guru Hj Salleh Musa Pondok, Sik 2. Tn Guru Hj Ahmad, Kuala Nerang 3. Tn Guru Hj Wahab Hassan/ Awang Lanai 4. Tn Guru Hj Abdullah , Bukit Lada 5. Tn Guru Hj Zakaria, Jeneri 6. Tn Guru Hj Izuddin , Pendang 7. Tn Guru Abd Rahim , Pendang 8. Tn Guru Hj Yussuf , Pendang 9. Tn Guru Hj Abd Karim , Dala Fathani Thailand 10. 3 Orang ulama tua dari Fathani , 2 Orang dari Singapura . Insyallah akan dijemput bersama Pak Su Mid Kuala Nerang dan Pak Teh Mad Isa
Insyallah lebih dari 15 ulama Tua akan hadir , samalah kita doa agar mereka sihat dan dapat hadir dalam majlis ini bersama- sama kita .
Semoga dengan program ini , masyarakat akan sedar peranan ulama Thurath , ulama yang sentiasa mengajar kitab muktabar pada masyarakat kita. Masyarakat hanya agungkan penceramah yang kurang mantap ilmu mereka , masyarakat agongkan ahli politik dan pemerintah Sedangkan Ulama Pewaris Anbia dilupakan .
Harap masyarakat beri kerjasama dan sokongan pada usha ini . Doa saudara diperlukan .
Maklumat Lanjut Hubungi Tim Pengarah Program Mahabbah dan Ijtima Ulama Thurath 2012 013 4044259
PENGENALAN Satu majlis bagi MENGAMBARKAN DAN MENZAHIRKAN KECINTAAN KITA KEPADA RASULULLAH MUHAMMAD s.a.w. Insan yang membawa rahmat keamanan, keharmonian keadilan serta kesejahteraan untuk kita dan alam seluruhnya.
MAKLUMAT RINGKAS Tarikh : 30 dan 31 Disember 2011, Hari : Jumaat dan Sabtu Tempat : Stadium Sultan Abd Halim, Suka Menanti Alor Setar, Masa : 8.30 Pagi - 12.00 Malam.
PENGISIAN OLEH ULAMA' TERSOHOR DAN PEMIKIR ISLAM SERTA PENCINTA RASULULLAH :
1- Sahibus Samahah Dato Baderudin Haji Ahmad – Mufti Kerajaan Negeri Kedah 2- Tuan Guru Dato Dr. Harun Din Al hafizh – Ulamak tersohor 3- Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam -Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru Indonesia 4-Syeikh Mohd. Zainal Asri bin Haji Ramli – Mudir Maahad Darul Hadis 5- Ustaz Ahmad fawaz bin Dato Fadhil – Anak Dato Fadhil Noor 6- Ustaz Nik Abduh bin Dato Nik Abd. Aziz – Anak Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat 7- Ustaz Mohd. Khalil bin Dato Seri Abd. Hadi – Anak Dato Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang 8- Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali - editor Eksekutif majalah Q & A 9- Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim- Dekan fakulti Perniagaan Islam UUM 10- YM Hajah Raja Mazian Bt Raja Mohamed- mantan pengacara Al- Hidayah Tv3 11- Nora - Wan Norafizah binti Ariffin - selebriti dan penyanyi
PESERTA MAJLIS INI BOLEH DISERTAI dan dihadiri OLEH SEMUA INSAN... Anda suami/isteri anda, anak-anak, ibu ayah adik abang kakak ... jiran, rakan sepejabat lelaki wanita, tua muda, kecil besar, melayu, cina india ... muslim dan non muslim semua golongan ... pencinta rasul...
CARA UNTUK MENYERTAINYA TIADA BAYARAN DIKENAKAN kepada anda yang cintakan rasulullah
Hanya pinta kami agar anda membiasakan diri anda BERSELAWAT SEBANYAK MUNGKIN mulai hari ini sehingga kita masuk ke majlis yang adakan pada 30.12.2011 supaya jiwa dan perasaan anda begitu cinta kepada rasulullah.
Serta pada MALAM KEMUNCAKNYA ANDA DIGALAKKAN BERPAKAIAN PUTIH bagi mewujudkan suasana syahdu berselawat dan berqasidah memuji rasulullah. ( bayangkan anda dalam ribuan yang berpakaian putih bersih .... sama serupa ...)
ANDA INGIN MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS INI ? PASTINYA anda amat ingin memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Oleh itu anda perlu
LETAK DAN TANAM AZAM UNTUK HADIR ke majlis lantunan mahabbah pada tarikh 30 dan 31 disember 2011 di Stadium Sultan Abd. Halim Suka Menanti.
HADIR BERSAMA ANAK DAN KELUARGA SERTA RAKAN JUGA JIRAN agar mereka juga dapat merasai serta mendapat berkat dan pahalanya.
Bersama MENJAYAKAN MAJLIS TAHLIL . Isikan borang dan hantarkan kepada MAAHAD DARUL HADIS atau KELAS PAKSIsetiap jumaat di menara zakat atau kelas di seri mentaloon pada hari sabtu atau berhubung 0195987842
SEBARKAN MAKLUMAN INI kepada orang yang anda kenali atau tidak melalui sms, facebook, email blog salinan handbill poster dan sebagainya . pastinya ada pahala untuk anda juga.
Menghulurkan SUMBANGAN WANG RINGGIT seikhlas dalam tabung lantunan atau terus kepada akaun YAYASAN PAKSI . atau menjadi penaja.
HADIR AWAL DAN IKUT PERATURAN serta arahan pengelola.
KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ; CIKGU SUKARNO ABD.HAMID 0195987842
Assalamualaikum. Semua dijemput ke SAMBUTAN AMBANG SEJAHTERA 2012 anjuran URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KEDAH Dengan Kerjasama PEJABAT DAERAH KULIM terutamanya mereka yang tinggal di kawasan Padang Serai dan Kulim/ Bandar Baharu…
Tarikh : 31 Disember 2011
Masa : 8.00 malam – 12.00 malam
Tempat : Dataran Dewan Putra, Kulim, Kedah Darul Aman.
ANTARA ACARA MENARIK :
PETANG
5.00 Petang, di Stadium Keladi –
PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN, SKUAD PILIHAN KEDAH VS SKUAD PILIHAN KULIM
Penyampaian hadiah oleh Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Nasaruddin Hasan Tantawi
Aktiviti santai bersama Pemuda Dun Hulu Besut anjuran ARC ( Alternatif Riding Club ) Besut.Aktiviti bertujuan merapatkan hubungan antara ahli serta menambahkan lagi keahlian ARC Besut.
Terima kasih kepada pimpinan yang turut hadir memeriahkan majlis ini,antaranya Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Nasaruddin Hasan,Ketua Pemuda Pas Terengganu Ust Mohd Nor Hamzah,YDP Kawasan Besut Ust W.Azhar W.Ahmad,Tim. YDP Kawasan Besut merangkap Pengerusi MTD Hulu Besut Cikgu Solahuddin Jaafar dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut Saudara Zukri Jusoh.
Terima kasih tak juga kepada semua yang terlibat terutama Majlis Tindakan Dun Hulu Besut dan Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut.Tahniah juga diucapkan kepada semua ahli ARC Besut yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
You are subscribed to email updates from PEMUDA BESUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA TERENGGANU, 27 Dis: Ketika yakin Terengganu akan kekal di bawah BN namun bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bimbang BN akan kalah jika Datuk Seri Ahmad Said terus kekal sebagai Menteri Besar.
Perkara ini dinyatakan beliau kepada teman-teman rapat beliau dalam Umno.
"Kita masih dahului PAS tetapi kalau hok j**g**g tu masih jadi MB, kita kalah," kata Idris kepada teman-temannya dalam Umno.
Kenyataan ini diceritakan semula rakan-rakan Idris kepada pemimpin PAS, Datuk Mustafa Ali.
Mustafa menceritakan hal ini dalam majlis makan malam PAS Dun Ladang baru-baru ini.
Kenyataan Idris membayangkan beliau masih menjadi faktor penting dalam politik Umno Terengganu.
Namun begitu, sikap beliau telah menyebabkannya terketepi dari arus utama politik Terengganu kerana tidak disenangi oleh pihak istana.
Walaupun dibawa ke pusat, ia juga tidak menyelesaikan masalah Idris. Beliau sekadar dilantik menjadi Pengerusi MARA sahaja.
Ahmad Said dilantik sebagai MB selepas pilihan raya umum 2008 lalu. Namun perpecahan dalam Umno Terengganu terus ketara.
Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu dipimpin oleh Ahmad Said manakala satu lagi masih yakin dengan kepimpinan Idris.
Salah seorang penyokong Idris adalah Adun Alor Limbat, Alias Mohamad. Sejak sekian lama Alias tidak bergerak selaku Adun kerana pertentangannya dengan kumpulan Ahmad Said.
Kini, menurut sumber, Alias tidak tersenarai sebagai calon Umno dalam pilihan raya akan datang.
Beliau akan digantikan oleh Saiful Bahri Baharudin (gambar), Ketua Pemuda Umno Terengganu.
Namun ramai yakin pemilihan Saiful akan memudahkan laluan PAS untuk merampas kembali Dun ini.
Ini kerana Saiful lebih berminat untuk mendapat keuntungan dari projek pembangunan dari politik.
Pemilihan beliau sebagai Ketua Pemuda pula dibuat oleh Khairy Jamaludin bukannya akar umbi Umno Terengganu.
Hasilnya, nama bekas Adun Umno di situ, Yusof Musa naik kembali. Alias sedar mengenai hal ini dan mula bergerak.
Namun beliau juga mula sedar, Idris Jusoh sudah tidak ada tempat dalam politik Terengganu.
"Orang-orang Idris kini mula mendekati Ahmad Said kerana sedar idris tidak akan naik semula di Terengganu," kata satu sumber dalam tinjauan Harakahdaily.
Sebelum ini, Harakahdaily pernah melaporkan Umno akan memilih Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Chek sebagai MB Terengganu selepas pilihan raya umum akan datang.
Beliau dilaporkan dipilih bagi mengimbangi pertembungan politik antara Idris dan Ahmad Said. Namun hubungan istimewa beliau dengan PAS dan Tengku Razaleigh Hamzah menyebabkan sesetengah pihak dalam Umno sangat bimbang dengan pendekatan ini.
"Pendek kata, politik Umno Terengganu belum jauh dari stabil dan PAS mempunyai peluang yang cerah untuk merampas kembali Terengganu," kata seorang pemimpin PAS.
Kenyataan beliau disokong oleh seorang bekas pemimpin PKR Terengganu.
"Bagi saya ciri-ciri untuk menang di Terengganu ada tetapi PAS dan Pakatan Rakyat perlukan 'bom' untuk menyedarkan rakyat tentang semua ini," kata beliau.
KOTA BHARU, 26 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek menerima sejumlah wang dari pihak tertentu menerusi tiga keping cek.
Dakwaan itu dibuat berikutan sebuah lama blog yang dikenali thewhistleblower 711 di alamat http://thewhistlower711.blogspot.com.
Artikel berkenaan memuatkan Awang Adek dikatakan telah menerima sejumlah wang ke dalam akaun peribadi beliau yang merupakan sumbangan seseorang.
Tiga akaun cek yang berjumlah keseluruhannya RM100,000 masing-masing bernombor 45128662, 98634780 dan 994648024 telah dimuatkan dalam blog tersebut.
Laporan polis berkenaan dibuat oleh Mohd Roshdi Zahari, 29, dari Kampung Tualan Salak, Jelawat, Bachok di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa dekat sini kira-kira pukul 3.15 petang tadi.
Sebaik sahaja laporan polis berkenaan siap dibuat, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pula dibuat.
Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa, ketika ditemui memberitahu sumbangan berkenaan begitu meragukan dan pihak berkenaan perlu menyatakannya secara jelas berhubung perkara itu.
BESUT, 26 Dis: PAS Besut melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Umno bahagian yang mengibarkan bendera negeri separuh tiang sejak lebih seminggu lalu.
Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tindakan mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang di pejabat Umno bahagian Besut itu tidak wajar.
Ini kerana, katanya di saat seluruh rakyat jelata gembira dengan keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin kembali memerintah negeri tindakan tersebut amat dikesali.
"Ini tidak harus berlaku di saat seluruh rakyat negeri ini bergembira dengan kepulangan Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk kembali memerintah Terengganu, setelah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selama sepenggal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13," katanya.
Menurutnya, Umno BN bersikap hiporkrit apabila melenting marah ketika seorang mahasiswa yang berdemonstrasi bertindak menurunkan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi membisu berhubung bendera Terengganu dinaikkan separuh tiang itu.
"Saya tidak fikir Ketua Umno Bahagian Besut tidak nampak bendera Terengganu berkibar di separuh tiang di hadapan pejabatnya di tengah-tengah bandar Jerteh dalam tempoh waktu yang agak lama.
"Saya juga tidak terfikir bekas Menteri Besar Terengganu (Idris Jusoh) itu tidak dimaklumkan tentang kepulangan Tuanku Sultan Mizan yang telah kembali memerintah Terengganu," ujarnya.
Katanya, PAS Besut menasihati kepimpinan Umno bahagian agar segera mengembalikan semula bendera negeri Terengganu pada kedudukan asal dengan baik.
KUALA LUMPUR, 26 Dis: Pejabat Menteri Besar Kelantan menafikan kaitan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sepanduk haram di sekitar negeri itu yang menggunakan gambar menteri besar itu. Sambil melahirkan rasa kesal, mereka dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, tindakan pihak tertentu yang menggunakan gambar Tuan Guru itu merupakan cubaan mencemarkan imej dan nama baik beliau.
"Kami ingin memaklumkan bahawa YAB Tuan Guru Menteri Besar tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sepanduk ini.
"Pihak kami menganggap sepanduk ini merupakan satu usaha mencemarkan nama baik YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan," kenyataan itu dipetik.
Sepanduk yang bertulis "Rakyat Kelate Nok Royalti Minyok...Buke Nok Pitih RM500" dan "Puak-puak Kito Jange Gi Ambik Pitih RM500 tu, Itu Pitih Haram, Tok Tahu Mari Mano" dipercayai digantung pihak tertentu bagi menggambarkan penolakan PAS terhadap pemberian wang RM500 oleh pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Sedangkan pendirian Tuan Guru Nik Aziz selama ini sangat jelas bahawa wang tersebut adalah wang rakyat malah rakyat diseru mengambilnya.
Pendirian Tuan Guru juga boleh dilihat melalui kata-katanya yang popular setiap kali pilihan raya iaitu "Bagi pitih ambik, bagi kain pakai, bagi gula kacau, tapi bila undi, pangkah bulan".
Justeru, pihak Pejabat Menteri Besar mahu pihak yang bertanggungjawab menurunkan sepanduk tersebut dengan kadar segera.
BATU CAVES - Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan sebanyak RM6 juta untuk diagihkan kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi tujuan menaik taraf infrastruktur serta kemudahan pendidikan sekolah-sekolah berkenaan.
Peruntukan fasa kedua ini merupakan antara langkah yang diambil bagi memantapkan visi pendidikan, selain meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru dan pelajar.
"Selain menyerahkan cek, juga untuk melihat secara lebih dekat perkembangan sekolah yang menerima bantuan, bagi memberi peluang kepada mereka membuat aduan sekiranya ada kerosakan atau keperluan lain."
Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata demikian selepas merasmikan program bantuan pendidikan fasa dua di Sekolah Agama Rakyat (KAFAI) Al-Humaira' Kampung Nakhoda di sini.
Ini kerana untuk menjadikan Selangor sebagai Hab Ilmuwan, perlu direalisasikan melalui penyediaan kemudahan dan suasana pembelajaran yang kondusif
- DR YUNUS HAIRI
Tambah beliau lagi, dalam usaha menjadikan Selangor, Negeri Maju, Idaman, Sejahtera dan Berkebajikan, perlu dilahirkan modal insan yang berkualiti bukan sahaja dari sudut intelektual, malah juga spiritual.
"Ini kerana untuk menjadikan Selangor Hab Ilmuwan, perlu direalisasikan melalui penyediaan kemudahan dan suasana pembelajaran yang kondusif," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang.
Pada fasa pertama, sebanyak 121 buah sekolah menerima bantuan pendidikan berjumlah RM2, 765, 000.00. Manakala pada fasa kedua, permohonan sebanyak 134 buah sekolah telah diluluskan dan akan menerima bantuan secara 'direct grant' daripada kerajaan negeri berjumlah RM2, 114, 000.00
Hadir sama dalam program tersebut ialah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.
Permintaan jalan berturap di Kampung Tengah Lenggeng
Saya tinggal di Kampung Tengah Lenggeng, Negeri Sembilan. Saya salah seorang dari beberapa penduduk yang tinggal di sebuah kawasan yang agak jauh dari jalan raya. Jalan ke rumah kami hanyalah jalan tanah merah lebih kurang sepanjang 1 KM.
Kami menggunakan jalan tersebut untuk keluar masuk dan apabila hujan kami terpaksa meninggalkan kereta dan van ditepi jalan raya dan berjalan kaki ke rumah. eadaan ini sangatkan menyusahkan kami semua.
Kami sudah tinggal di sini hampir 10 tahun. Dalam masa 10 tahun ini kami sudah membuat berkali-kali permohonan untuk mendapatkan jalan berturap tapi tidak pernahada tindakan yang diambil.
Setiap kali permohonan dibuat, alasan yang diberikan oleh pihak berkuasa adalah belum ada peruntukan, rumah kurang dari empat buah rumah. Sedangkan di kawasan lain jalan lama semuanya sudah bertukar baru dan ada kawasan yang tidak mempunyai rumah juga diberikan jalan berturap. Saya sudah membuat aduan kepada ketua kampung dan juga YB di kawasan Lenggeng ini tapi semuanya hanya sama saja.
Sekarang saya betul-betul sudah terdesak memerlukan jalan berturap kerana saya merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada 2013 dan saya ingin mengadakannya dirumah saya, tapi jika saya tidak berjaya mendapatkan jalan berturap sebelum itu saya terpaksa membatalkan majlis tersebut.
Saya sangat berharap pihak aduan rakyat dapat menolong saya menyelesaikan masalah ini. Saya sangat berharap.
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Apa gunaya slogan diatas jika rakyat seperti kami diabaikan seperti orang asing.
SAMBUTAN TAHUN BARU 2012 Tarikh : 31 Dis 2011, Sabtu Masa : 11 pagi - 12 tgh mlm Tempat : Kg Sawah Raja (DUN Kota), Rembau Bersama : Ustaz Dr Badrul Amin, YB Ustaz Firdaus, YB Sivakumar, YB Chang Lih Kang, YB Taufek che'GuBard dan Pak Jabit
Tentatif Program : 11 pg : Gotong Royong Persiapan Kenduri Rakyat 5 ptg : Pendaftaran petugas/sukarelawan Pakatan Rakyat Rembau 7 mlm : Solat Maghrib/Isya berjemaah, Tazkirah, Zikir (diimamkan oleh Ust Dr Badrul Amin) 8.30 mlm : Jamuan Makan Malam / Kenduri Rakyat 8.45 mlm : Ceramah umum oleh Ust Dr Badrul Amin, YB Ust. Firdaus (MP Jerai), YB Sivakumar (Mantan Speaker DUN Perak), YB Chang Lih Kang (ADUN Perak), YB Taufek (PJ PAS NS), che'GuBard dan kemunculan khas 'Pak Jabit' (Man Kadir) pelakon Hantu Kak Limah 12.00 tgh mlm : Zikir Munajat
Antara janji @ tindakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu
4 Mei 2010 : MB Terengganu berkata kerajaan negeri dalam usaha mengkaji pelbagai kaedah untuk membaik pulih hakisan berkenaan yang memerlukan kos yang sangat tinggi.
Menurutnya, setiap muara memerlukan kira-kira RM50 juta untuk dibaik pulih dan ia tidak termasuk kos membaik pulih kawasan pantai.....
"Kerajaan negeri memang tidak mampu untuk membaiki setiap hakisan yang berlaku di kawasan pantai memandangkan setiap hakisan yang perlu dibaik pulih memerlukan kos yang tinggi.
2 Feb 2011 : MB Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said arah Jabatan Pengairan dan Saliran jalankan kajian bagi mencari pendekatan atau sistem bersesuaian untuk mengatasi masalah hakisan yang berlaku di sepanjang Pantai Tok Jembal dan Pantai Teluk Lipat.
11 Mei 2011 : Peruntukan RM1.5 juta diluluskan untuk membina tiga benteng penahan ombak dan ia perlu disiapkan segera sebelum musim tengkujuh akan datang, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Zaabar Mohd Adib.
Peruntukan segera itu, katanya, diluluskan selepas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam lawatan kerja ke daerah Dungun pada minggu lalu melihat sendiri kemusnahan pantai itu dan mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyiapkan reka bentuk benteng penahan ombak berkenaan.
Zaabar berkata, kerajaan negeri menunggu peruntukan kerajaan Pusat untuk membina benteng pemecah ombak di Pantai Teluk Lipat bernilai RM150 juta sebagai langkah pencegahan hakisan jangka panjang.
Sambutan 60 Tahun Pas Peringkat Negeri Selangor telah berjalan dengan lancar di Sabak Bernam.
Ustaz Salehin Muhyi selaku YDP Pas Sabak dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor telah berjaya menjalankan tugas beliau selaku Pengarah Program tersebut.
Dalam ucapan perasmian program, YB Dato Mahfuz Omar mengingatkan ahli-ahli Pas seluruh peringkat agar merujuk kembali niat mereka melibatkan diri dalam Pas adalah semata-mata untuk mendapat mardhatillah.
Kekuatan jamaah jauh mengatasi kekuatan individu dan tarbiyah amat dikehendaki agar dapat kita beristiqamah dalam perjuangan suci ini.
Program Back To School yang di adakan untuk masyarakat kaum India di Ijok mendapat sambutan hangat dikalangan penduduk India disitu.
Dalam ucapannya YB Dr Rani dan YB Dr Zulkifli Ahmad menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab sebagai wakil rakyat mengembalikan hak rakyat kepada rakyat dan bukan nya memerah peluh rakyat untuk memenuhkan poket wakil-wakil rakyat.
Program Semarak Hijau yang di jalankan di DUN Jeram mendapat sambutan yang baik dari kalangan remaja dan orang ramai.
Selain YB Dr Zulkifli, YB Saari Sungib dan YB Dr Rani juga turun padang untuk bersantai makan ayam bakar dan kerang bersama pemuda dan menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan anak yatim.
Majlis yang di adakan dihalaman rumah datok Ketua Kampung Bukit Kerayong 2 dan di halaman rumah tuan Hj Zainal begitu meriah dan berbaloi.
Program Semara Hijau ini akan diteruskan pada setiap hari Sabtu dan Ahad di seluruh kawasan di Selangor bagi menjalinkan hubungan baik dan akrab antara pimpinan dan rakyat disamping mendedahkan kepada rakyat program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok telah menyertai Asyura Perdana Parlimen Merbok anjuran PAS Kawasan Merbok pada 24 Disember 2011 (Sabtu) lalu. Program ini melibatkan semua cawangan. Suasana kemesraan dan kemeriahan sangat dirasai. Pelbagai jenis rasa bubur asyura dapat dinikmati.
KUALA LUMPUR, 27 Dis: Gesaan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) agar urusan penafisan filem terus dengan kerajaan untuk mengelakkan pihak berkepentingan mengambil kesempatan.
Sehubungan itu, mereka menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik keputusan untuk menyerahkan tugas menapis filem kepada penerbit dan pengimport filem mulai tahun hadapan.
Sebelum ini penapisan filem adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Penapis Filem (LPF).
Pendirian Muslimat PAS ini dibantah oleh Wanita MCA dengan andaian ia menggambarkan kerajaan di bawah PAS mahu menyekat kebebasan penerbit filem.
Namun bagi timbalan ketua Muslimat PAS, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) , pandangan ini dibuat kerana pihaknya bimbang penerbit dan pengimport mengambil kesempatan untuk sengaja "terlepas menapis" dan menayangkan filem-filem yang mempunyai unsur negatif dan bercanggah dengan norma masyarakat majmuk di Malaysia.
"Kerajaan tidak boleh lari dari tanggungjawab sebagai "gate keeper" kepada Industri Perfileman kerana sebahagian penerbit dan pengimpot filem tidak mempunyai nilai yang sama dengan majoriti rakyat," katanya.
"Sementara menunggu KDN bertindak ke atas penerbit atau pengimpot filem untuk memberi penjelasan sekiranya filem yang ditayangkan tidak menepati syarat-syarat tayangan, pihak-pihak ini sudah pun mengaut keuntungan," kata beliau kepada dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Siti Mariah juga menyifatkan keputusan itu sebagai menidakkan peranan dan tujuan LPF ditubuhkan dan menggambarkan sikap flip flop, ketidaktegasan dan lepas tangan kerajaan BN dalam menangani isu yang amat penting ini.
"Ianya bercanggah dengan semua keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Kerajaan sekali lagi menunjukkan sikap yang tidak konsistan apabila berubah kepimpinan utama negara.
"Dasar kementerian yang tidak konsistan ini menyebabkan segolongan masyarakat yang berkepentingan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dan melupakan kesan jangka panjang kepada masyarakat terutamanya aspek nilai kehidupan murni, moral dan keagamaan rakyat terbanyak," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.
Tegas beliau juga, jika LPF sudah tidak menjalankan tanggungjawab menapis filem lagi, pihak-pihak terlibat akan mudah terlepas daripada tindakan undang-undang atas alasan mereka tidak tahu bahawa sesuatu adegan dalam filem mereka dianggap menyalahi peraturan penapisan.
"Penghapusan penapisan oleh LPF dilihat sebagai jalan mudah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi menghadapi segelintir pengkritik, penggiat seni dan rakyat yang terlalu longgar dan liberal dengan nilai mereka dan menganggap yang rakyat semuanya matang untuk menilai sendiri kesemua perkara," tegasnya.
Sehubungan itu ujarnya, DMPP akan menyerahkan memorandum bantahan kepada KDN dalam masa terdekat dan akan melancarkan Kempen Tanda Tangan Protes Rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan langkah terbaru ini.
PAS menjangkakan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan Mac tahun depan dan mahu semua peringkat parti membuat persiapan terbaik.
"Kali ini saya agak yakin berbanding dengan tarikh-tarikh sebelum ini," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Beliau membuat andaian itu berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara.
SUA berpendapat, Umno akan timbang dua perkara kali ini sebelum mengadakan pilihan raya iaitu keadaan dalam Pakatan Rakyat yang sedang diserang.
"Satu lagi, kedudukan ekonomi yang dijangka bermasalah tahun depan ekoran krisis ekonomi dunia khasnya di Amerika dan Eropah.
"Sebelum Malaysia terasa kesannya, baik buat pilihan raya dulu," kata SUA itu lagi.
Sehubungan itu, beliau meminta semua organisasi dalam PAS membuat persiapan yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya kali ini.
"Najib sudah isytiharkan, ini adalah ibu kepada segala peperangan (mother of the batle), yang tidak pernah dirasai BN sebelum ini, jadi kita mesti membuat persiapan terbaik," katanya.
Mustafa bersetuju, ramai pemimpin dan Umno sangat terpengaruh dengan teori R.A.H.M.A.N yang menghasilkan Datuk Seri Najib perdana menteri di kalangan Umno yang terakhir.
Teori R.A.H.M.A.N adalah teori berdasarkan turutan perdana menteri Malaysia dari Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husein, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib.
Sehubungan itu, Mustafa meminta semua ahli PAS memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan