Selasa, 27 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 27 Dec 2011 01:41 AM PST

PAS Kawasan Padang Besar


Ceramah Pakatan Rakyat di Titi Tinggi

Posted: 27 Dec 2011 12:14 AM PST

AJK Kawasan, Mohd Razi Mustaffa menyampaikan ucapan aluan
Pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan

YB Kuala Kedah, AHmad Kassim

YB Dato' Seri Nizar menyampaikan ceramah

Bergambar kenangan

Foto terkini Kompleks PAS Padang Besar

Posted: 27 Dec 2011 12:08 AM PST





Foto pada 25/12/2011

Ke arah politik pembaharuan, tinggalkan politik usang Umno-BN

Posted: 27 Dec 2011 12:01 AM PST

KANGAR - Budaya politik lama yang berakar umbi di dalam Umno-BN menjadikan mereka saling bersaing untuk menduduki takhta pemerintahan negeri sehingga menjadikan Perlis terus berada pada takuk lama, kata Timbalan Pesuruhajaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir.

Menurutnya, rakyat Perlis kini memerlukan suatu budaya politik baru yang lebih terbuka dan efisien.

"Percaturan politik yang sentiasa membelahi golongan pemerintah kepada kem-kem tertentu sudah terlalu lama membudaya sejak zaman Tan Sri Sheikh Ahmad sehingga ke hari ini. Apa yang dilihat pola politik kelompok telah mendasari perjalanan politik negeri.

"Sebagai contoh, pentadbiran politik yang telah lama dan tepu ini tidak akan mampu menggilap dan memajukan potensi Perlis sebagai sebuah yang terletak di dalam kawasan segi-tiga emas pertumbuhan ekonomi berdekatan Indonesia dan Thailand.

"Budaya "politik usang" Umno-BN Perlis sebegini tidak mampu untuk menarik pelaburan luar ke negeri ini," jelasnya

Justeru katanya, Perlis memerlukan politik baru yang bebas kelompok, bebas kem, bebas nepotisme atau pilih bulu dan yang terpentingnya suatu bentuk pentadbiran politik yang bebas rasuah dan salahguna kuasa.

"Inilah yang amat didambakan oleh rakyat negeri ini. Politik baru ini hanya akan terjadi sekiranya rakyat negeri bersedia membuat perubahan dengan menolak pimpinan berbagai kem yang sarat dengan rasuah dan nepotisme serta salah guna kuasa yang diamalkan oleh Umno-BN hari ini.

"Penolakan segala ragam "politik usang" ini kepada "politik pembaharuan" ini akan mengangkat dan menjulang kehormatan rakyat di negeri bertuah ini. Jadi rakyat Perlis diajak untuk menolak politik usang ini dan menyambut politik baru yang dianjurkan olehPAS-Pakatan Rakyat," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 27 Dec 2011 01:32 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Mahasiswa tolak politik ludah

Posted: 26 Dec 2011 11:58 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

Baru-baru ini mahasiswa melakar satu lagi sejarah baru apabila berjaya melakukan perhimpunan aman bagi menuntut kebebasan akademik dari Masjid Jamek dan berarak hingga ke bangunan PWTC.

Enam tuntutan yang ingin dibawa gerakan 'Bebas', iaitu mansuhkan AUKU, akta 174 dan akta 555, bebaskan ilmuan berakademik, bebaskan mahasiswa bersuara, bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus, bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan bebaskan mahasiswa berpatisipasi dalam politik.

Mengenali isu tindakan Adam Adli yang menukarkan bendera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan bendera logo Bebas, saya kira isu adalah tidak perlu diperbesarkan.

Sepatutnya tuntutan yang dibawa mahasiswa untuk memansuhkan AUKU dan kembalikan hak dan autonomi mahasiswa perlu dibincangkan oleh semua pihak bukannya membincangkan perkara yang remeh itu.

Biarlah mahasiswa melakukan kesilapan semasa zaman mahasiswanya supaya mereka tidak melakukan kesilapan di masa mereka menjadi pemimpin masa hadapan. Ini adalah satu proses pembelajaran untuk mematangkan diri dan menimba pengalaman terbaik.

Kepada rakan-rakan pro-aspirasi yang melakukan demonstrasi di Putrajaya baru-baru ini bagi menyokong kepimpinan YAB Dato' Seri NajibTun Razak dan mendesak Dato' Saifuddin Abdullah meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi saya ucapkan tahniah kerana berjaya menggunakan ruang demokrasi untuk menyatakan pandangan.

Namun saya ingin mengingatkan, janganlah mahasiswa menjadi budak suruhan untuk kepentingan mana-mana pihak. Mahasiswa mempunyai idealisme dan pendirian tersendiri bukannya menjadi seperti "lembu dicucuk hidung" yang mudah dikawal pihak lain.

Kita ketepikan ideologi politik masing-masing sebentar untuk kita bersatu bersama-sama dalam memperjuangkan nasib mahasiswa, rakyat dan kesejahteraan negara.

Adakah kita sanggup melihat kegagalan kerajaan sekarang dalam mengurus tadbir negara sehingga banyak berlaku penyelewengan harta rakyat berterusan di masa akan datang.

Pengagihan kekayaan negara hanya berlegar di kalangan golongan 'elit' dan kroni sahaja. Dalam masa yang sama majoriti rakyat menghadapi tekanan kehidupan yang kian menghimpit dengan kesan peningkatan harga barang dan paras gaji yang rendah.

Saya juga ingin berpesan kepada mana-mana parti politik samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat supaya lebih telus dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat dan negara.

Budaya gangsterisme dan politik kotor mestilah ditolak dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan adab sopannya.

Mahasiswa dan anak muda merupakan penentu undi dalam pilihan raya akan datang. Kita lakukan sedikit pengorbanan untuk melakukan perubahan demi memastikan keadilan dan kemakmuran negara dapat dilaksanakan.

*Penulis adalah Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU)

Harakah Daily

Kebersihan pentadbiran juga penting dipelihara

Posted: 26 Dec 2011 11:53 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

BAYAN LEPAS, 27 Disember: Pentadbiran negeri yang bersih juga antara aspek penting bagi menentukan nasib rakyat terbela, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Saleh Man.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Green Cleaneer Penang di Sungai Batu, Bayan Lepas semalam.

Katanya, kebersihan bukan sahaja dikaitkan dengan keindahan alam ciptaan Allah s.w.t malahan kebersihan dari segi pentadbiran juga menjadi daya tarikan apatah lagi pelaburan yang boleh meninggikan lagi pendapatan negeri yang berharap penuh pada sektor perindustrian dan pelancungan.

Ujarnya lagi, rakyat akan bertambah sihat apabila mereka dapat rasakan kelainan apabila lebihan pendapatan hasil kerja kuat rakyat dibahagikan pula kepada semua penduduk walaupun tidak seberapa.

"Itulah kualiti kerja Kerajaan Negeri masa kini. Kita mementingkan kebersihan dari semua segi tidak hanya tertumpu pada keindahan alam semata-mata. Cara itu boleh membuatkan rakyat bertambah sihat, " jelasnya.

Green Cleaneer anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibeberapa lokasi sebelum ini berjaya merealisasikan Pakatan Rakyat yang mahukan Pulau Pinang diserikan kembali menjadi sebuah pulau yang menjadi tarikan seperti dulu.

Jolokan Pulau Pinang sebagai 'Darul Sampah' beberapa tahun lalu ketika diakhir hayat pemerintahan Barisan Nasional (BN) cuba dipulihkan dengan penganjuran majlis seperti ini.

Selain menghijaukan kembali lokasi yang dulunya kering kontang tanpa pokok yang sesuai majlis tersebut juga mengeratkan kerjasama yang lebih gemilang sesama agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan penduduk setempat.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim ketika berucap berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) sebelah pulau lebih menonjolkan program seumpama ini untuk menyemai pendidikan di kalangan para remaja khususnya tentang kepentingan menjagai kebersihan.

Baginya sebagai Ahli MPPP, bersedia membantu mana-mana pihak untuk melaksanakan projek berkenaan. MPPP akan menyediakan beberapa peralatan untuk menjayakanya.

"MPPP memang menggalakan orang ramai menganjurkan program seumpama itu demi memastikan Pulau Pinang indah, bersih, nyaman dan tenteram, " terangnya.

Sebelum itu Dato' Saleh Man diberikan peluang menanam beberapa batang pokok hadapan flat Taman Vanila Sg Batu, Teluk Kumbar.

Berbagai pihak turut mengadakan pameran antaranya ialah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, PasukanPolis, Pendaftran Orang Kelainan Upaya (OKU), Jabatan Parit dan Salliran (JPS), Jabatan Kesihatan Negeri dan pemeriksaan kesihatan oleh sebuah NGO.

Turut serta berucap dalam majlis berkenaan ialah Penyelaras Dun Bayan Lepas, Cikgu Asnah Hashim dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Harakah Daily

PKR nafi kerah ahli cetus huru-hara 9 Januari

Posted: 26 Dec 2011 11:51 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Dis: PKR hari ini menafikan pihaknya terlibat dalam penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta semua anggota parti itu berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution berkata, SMS itu menggunakan namanya dengan mendakwa beliau telah mengeluarkan suatu surat pekeliling mengarahkan semua ahli parti hadir.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

"Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa Umno.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai, anggota PKR dan penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan.

Harakah Daily

Syiria: Malaysia digesa tuntut sidang tergempar OIC

Posted: 26 Dec 2011 11:48 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS hari ini menghantar surat kepada Kementerian Luar Negeri bagi menuntut agar diadakan sidang kemuncak tergempar Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) berhubung pergolakan di Syiria.

Pengerusi Lajanah Antarabangsa PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata gesaan itu perlu memandangkan keganasan oleh pasukan tentera kerajaan Presiden Bashar Al-Assad terhadap rakyatnya masih berterusan meskipun beliau sudah berjanji tidak akan bertindak sedemikian.

Surat tersebut dihantar pagi tadi ke Pejabat Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra, Putrajaya.

"Kita tahu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab telah mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan krisis ini.

"Malaysia juga perlu memainkan peranannya dengan lebih berkesan dengan menuntut OIC mengadakan sidang kemuncak tergempar dengan segera," katanya pada sidang media di Pejabat Harakah di sini.

Pergolakan yang bermula Mac 2011 lalu dianggar telah mengorbankan 5000 nyawa rakyat negara itu.

Terbaru semalam sahaja dilaporkan 30 orang terbunuh dalam satu pertempuran di bandar Homes.

Kerajaan Syiria pimpinan Presiden Bashar Al-Assad sebelum ini telah berjanji untuk tidak bertindak ganas terhadap rakyatnya.

Bagaimanapun episod pembunuhan demi pembunuhan berlaku menyaksikan kerajaan itu tidak pernah menepati janji mereka.

Hari ini juga seramal 50 orang pemerhati Liga Arab dihantar ke Syiria untuk memastikan Presiden Bashar Al-Assad menepati janjinya.

Tahniah Ikhwan Mesir

Dalam perkembangan lain, Kamaruddin juga turut mengucapkan tahniah kepada Ikhwan Mesir ekoran laporan awal yang mendakwa parti itu menang lebih besar melebihi 50 peratus dalam keputusan pengundian pusingan kedua pilihan raya parlimen di negara itu.

"Tentunya keputusan ini akan memudahkan parti Ikhwan menubuhkan kerajaan dan menjadi lebih kuat dan stabil.

"Bagi pihak PAS, Timbalan Pegerusi Lajnah Antarabangsa, Dr Syed Azman (Syed Ahmad Nawawi) kini sedang berada di Mesir bagi memantau perkembangan tersebut," katanya.

Pengundian fasa kedua berlangsung 14 Disember lalu merangkumi sembilan buah wilayah iaitu Giza, Menoufia, Sharqiah, Ismailiah, Beni Suef, Suez, Buhairah, Sohag dan Aswan.

Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang mewakili Ikhwanul Muslimin dikatakan mempunyai peluang cerah dalam pilihanraya fasa kedua ini.

Parti tersebut setakat ini telah mendahului dengan kemenangan sebanyak lebih 50%, diikuti Parti An-Nur, Pakatan Liberal dan Parti Wafd.

Harakah Daily

Kaki lutu dan IPO Felda Global

Posted: 26 Dec 2011 11:43 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

Mengapakah ada tentangan kepada penyenaraian FGV global? Bukankah para peneroka yang berjumlah 220,000 itu akan mendapat durian runtuh?

Isa Samad telah janji- peneroka mesti bergembira. Kerajaan UMNO sentiasa menjaga kebajikan para peneroka….dan kebajikan warga korporat.

Soldadu perkasa pun kesana kemari menakutkan sesiapa yang menentang agenda kaki lutu Isa bin Samad.

Berapa nilai durian runtuh tersebut? Barang di ingat durian runtuh ini sekali sahaja. Dan peneroka akan menikmatinya jika mereka menjual saham free yang mereka terima. Free dari mana? Tentulah FGV yang akan beri. Jika tidak, maka tidak ada galakan atau insentif untuk peneroka menyerah jiwa dan raga mereka bukan?

Setelah di IPO kan, pegangan FGV ialah sekitar 28%. (39% dari 70% perniagaan). Pegangan KPF ialah 42%.FGV akan set aside sebahagian dari saham mereka untuk di agihkan kepada 220,000 peneroka.

Berapa banyak yang akan di agihkan? Katalah 10%. 10% itu berapa nilai nya dalam sebutan mutlak? Saya tidak tahu macam mana mereka buat perhitungan, tapi target FGV ialah mencatat nilai 7 billion apabila di IPO.

Jadi kalau mereka set aside 10%, maka nilai mutlak nya ialah 700 juta. Bahagikan 700 juta ini dengan 220,000, maka seoang peneroka akan mendapat lebih kurang RM3200 seorang.

Terpulanglah kepada peneroka untuk berfikir adakah premium 3200 seorang ini setimpal dengan penyerahan segala yang mereka miliki secara lansung melalui KPF dalam FH berbaloi. 3200 di bahagikan dengan 12 bulan, tidak sampai 300 Ringgit sebulan.

Tapi siapa mahu kasi 3000-4000 setahun kepada setiap peneroka? Anwar Ibrahim? Kit Siang? Nik Aziz? Semua tak boleh. Hanya Isa bin Samad sahaja yang boleh. Siapa tentang akan kena lutu. Sebab Isa Samad kata kalau dia jumpa orang itu, dia akan lutu. Hoho.

Dalam dunia ini Isa bin Samad sahaja yang boleh lutu. Dan Isa Samad sudah pun lutu Dzulkifli Wahab. Sehingga Isa Samad hantar gerombolan Perkasa supaya menakutkan Zul Wahab.

PM telah beri tugas kepada Isa Samad, Isa- you jayakan IPO ini by any means necessary. Maka, tentangan terhadap penyenaraian akan di pandang serong dan di anggap suatu sikap yang anti peneroka.

Sedangkan jika di kaji, bukankah penyenarian tersebut akan meninggikan harga saham koperasi permodalan FELDA?

Tapi kita serius sikit. Apakah yang merisaukan atau boleh merisaukan peneroka? Kepentingan peneroka terletak pada pegangan KPF dalam FELDA Holdings.

Peneroka menguasai 51% daripada saham dalam FH. Ini bermakna mereka mempunyai penguasaan lansung atau direct control keatas tanah2 dan asset dalam FH. Bila penyenaraian berlaku, semua tanah dan asset di pajak kepada syarikat FGV yang disenaraikan.

Sebagai balasan peneroka memiliki saham melalui KPF. Mereka tidak lagi menguasai secara lansung tanah dan asset.

Apabila penstrukturan berlaku, kepentingan peneroka akan meningkat kepada 61%. Kan itu lebih banyak? Tapi 61% daripada berapa? Jika 30% saham di resebkan untuk orang awam, maka baki perniagaan yang tinggal ialah 70%. 61% dari 70% hanya sekitar 42% sahaja. Jadi pegangan kepentingan peneroka mengecil dan bukan membesar.

Tapi business nya besar kata pihak FELDA. Ianya besar setelah IPO. Betul, tapi nilai pegangan peneroka akan hanya bertambah jika modal yang di perolehi oleh FGV di laburkan semula kedalam bisnes FGV. Tapi kita tidak pasti ini akan berlaku. Rekod FGV tidak menyokong optimism seperti ini.

Soalan yang paling penting ialah- setelah penyenaraian itu, boleh kah FGV jamin pulangan keatas saham tinggi? Ianya bergantung kepada banyak angkubah dan pihak FELDA mampu memberi 1001 alasan jika pulangan tidak menentu. Tapi yang paling meresahkan ialah samaada FGV mempunyai kapasiti pengurusan untuk unlock value saham FELDA?

Kenapa FELDA merasakan perlu membuat IPO melalui penyenraian FGV? Bukankah IPO penrniagaan gula nya telah medatangkan modal kewangan yang ok kepada FELDA? Dan FELDA kata dia banyak reseb. Ahmad Maslan pun telah menyaman orang2 yang tidak bertanggung jawab yang menuduh FELDA bengkrap.

Jika FELDA merasakan FGV mesti disenaraikan, maka ini bukti secara tidak lansung bahaw FELDA dalam keadaan teruk. Reseb nya memang merudum. IPO bertujuan mendapatkan modal bagi mengembangkan pendapatan dan perniagaan. Untuk menjustifikasi tujuan mendapatkan modal kewangan, FGV boleh buat macam macam cerita.

Termasuklah pengkisahan bahawa perniagaan buat masa ini tidak memaksimakan nilai. FGV merasakan mereka boleh melakukan yang lebih baik. Ini termasuklahL- (1) meleraikan sekatan supaya nilai saham FELDA lagi tinggi ( (2) menjalankan pengurusan yang lebih baik( 3) meningkatkan produktiviti FELDA dan lain. Ini janji2 FGV.

Itu bukan perkara yang luar biasa. Orang yang hendak memujuk orang awam berbelanja keatas saham mereka tentu melakukan cerita yang baik baik. Penceritaan yang mengasyikkan tidak lah sukar di buat. Jika kita mengupah penulis yang ada sedikit ilmu corporate finance dan accounting, mereka akan menghasilkan cerita ajaib yang menyeronokkan.

Namun demikian, kita tidak dapat menipu apabila berdepan dengan fakta dan hard numbers. Rekod perniagaan FGV tidak lah baik. Ia telah mengalami kerugian sebanyak RM 500 juta. Dan FGV tdia mempunyai sumber kawangan dan harta sendirian yang boleh menyokong penyenraraian nya. Mereka tidak ada fundamentals.

Jadi bagaimana mahu mengelak kesangsian yang menyelubungi cadangan membuat IPO ini?

Harakah Daily

SLC gesa kerajaan wajibkan Lynas jalankan DEIA

Posted: 26 Dec 2011 11:39 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Gabungan Hentikan Lynas (SLC) menggesa kerajaan mengundang Lynas supaya menjalankan Kajian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA) atas Lynas Advanced Material Plant (LAMP) bagi memenuhi kriteria terbaru yang ditetapkan oleh kerajaan.

SLC dalam satu kenyataan menyatakan, menurut ketetapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang dipaparkan di laman web bertarikh 20 Jun 2011, aktiviti tambahan yang memerlukan DEIA adalah "kegiatan yang melibatkan bahan radioaktif dan menghasilkan sisa radioaktif.

"Jelas bahawa sisa buangan melalui proses Penapisan dan Penulenan Air (Water Leach Purification, WLP) dari LAMP adalah sisa buangan yang beradioaktif. Fakta ini juga dikenalpasti dan diperakui oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam Parlimen pada 14 Nov 2011," ujar SLC dalam kenyataan itu.

SLC mengalu-alukan pengemaskinian terbaru JAS kerana ini membuktikan kerajaan mula mengambil berat atas pengendalian dan pengurusan sisa buangan radioaktif.

Walaupun masih terdapat banyak kelemahan dari segi undang-undang yang berkaitan dengan alam sekitar terutamanya dari sudut pemantauan dan penguatkuasaan, SLC menganggap langkah tersebut menunjukkan satu titik permulaan kerajaan ke arah pengurusan alam sekitar yang lebih mantap dan profesional.

SLC juga berharap kerajaan jangan memberikan alasan bahawa projek LAMP diluluskan sebelum ketetapan terbaru ini dan oleh itu boleh dikecualikan daripada DEIA.

Menurut SLC lagi, LAMP merupakan kilang pemprosesan tanah nadir terbesar di dunia dan bakal memproses sebanyak 64,000 tan tanah nadir mentah dari Mt. Weld Australia serta berupaya menghasilkan 22,000 tan tanah nadir setahun.

SLC juga ingin mengingatkan kerajaan bahawa Kajian Awal Kesan Alam Sekitar (PEIA) LAMP diluluskan dengan cepat sekali oleh kerajaan iaitu hanya mengambil masa 3 minggu sahaja.

Dari segi lokasi LAMP, jarak tapak tersebut hanya 2 km daripada kawasan penduduk terdekat, 4 km daripada pinggir pantai dan 25 km daripada Bandar Kuantan.

Lingkungan 30 km jejari daripada tapak LAMP akan merangkumi 700,000 penduduk iaitu lebih kurang 47% daripada jumlah penduduk Pahang.

Sementara itu, SLC juga menganggap bahawa DEIA dapat membantu LAMP memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang mana kemudian juga dipersetujui oleh kerajaan Malaysia.

Antaranya syarat ke-9 dan ke-10 menetapkan bahawa AELB dan Lynas harus mengerapkan komunikasi dengan pihak yang berminat dan terjejas.

Jelas, DEIA yang mewajibkan perundingan awam dapat membantu memenuhi syarat-syarat tersebut.

"Maka adalah menjadi satu kewajiban bagi sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab, profesional dan berorientasikan rakyat untuk memastikan pelaksanaan projek tersebut tidak menggadaikan keselamatan penduduk dan kelestarian alam sekitar," ujar SLC lagi.

Dengan itu, SLC menggesa kerajaan mengarahkan Lynas secepat mungkin supaya menjalankan DEIA bagi memulihkan keyakinan dan meningkatkan ketelusan projek tersebut.

Harakah Daily

Pilihan raya umum Mac depan?

Posted: 26 Dec 2011 11:33 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU, 27 Dis: PAS menjangkakan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan Mac tahun depan dan mahu semua peringkat parti membuat persiapan terbaik.

"Kali ini saya agak yakin berbanding dengan tarikh-tarikh sebelum ini," kata ahli politik veteran PAS yang juga Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali (gambar).

Beliau berkata demikian dalam satu majlis makan malam dekat sini baru-baru ini.

Beliau membuat andaian itu berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara.

"Bagi saya, Umno akan timbang dua perkara kali ini sebelum mengadakan pilihan raya iaitu keadaan dalam Pakatan Rakyat yang sedang diserang.

"Satu lagi, kedudukan ekonomi yang dijangka bermasalah tahun depan ekoran krisis ekonomi dunia khasnya di Amerika dan Eropah.

"Sebelum Malaysia terasa kesannya, baik buat pilihan raya dulu," kata Mustafa dalam ucapannya itu.

Sehubungan itu, beliau meminta semua organisasi dalam PAS membuat persiapan yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya kali ini.

"Najib sudah isytiharkan, ini adalah ibu kepada segala peperangan (mother of the batle), yang tidak pernah dirasai BN sebelum ini, jadi kita mesti membuat persiapan terbaik," katanya.

Mustafa bersetuju, ramai pemimpin dan Umno sangat terpengaruh dengan teori R.A.H.M.A.N yang menghasilkan Datuk Seri Najib perdana menteri di kalangan Umno yang terakhir.

Teori R.A.H.M.A.N adalah teori berdasarkan turutan perdana menteri Malaysia dari Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husein, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib.

Sehubungan itu, Mustafa meminta semua ahli PAS memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya kali ini khasnya di Terengganu.

Bagi beliau, Umno Terengganu sudah terlalu kekeringan idea dalam menghadapi PAS sehingga terpaksa menimbulkan kembali isu yang sudah berlangsung puluhan tahun lalu iaitu isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman.

Ia dibangkitkan dalam satu titah Tuanku Sultan Terengganu di sebuah masjid baru-baru ini yang antara lain kesal kerana masih ada pihak yang tidak bersembahyang di masjid kawasan masing-masing.

Namun isu ini dijawab dengan mudah oleh penduduk kariah masjid Pengadang Baru dekat sini.

Masjid Pengadang Baru adalah masjid kerajaan negeri tetapi jawatankuasa dan imannya di kuasai oleh pemimpin PAS tempatan.

Ekoran itu, ramai pemimpin Umno tempatan tidak sembahyang termasuk sembahyang Jumaat di masjid itu.

Antaranya adalah Pengerusi JKKK Pengadang Baru yang sembahyang di masjid lain iaitu Masjid Kubang Durian.

Ekoran itu, Mustafa merumuskan Umno sudah kekeringan idea untuk melawan PAS.

Oleh itu, pilihan raya ini disifatkan beliau sebagai masa terbaik untuk PAS merampas kembali Terengganu.

Dalam pada itu juga, Mustafa Ali mengingatkan jentera parti agar tidak mengharapkan masalah 'dalaman' Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menang pilihan raya.

Justeru itu, kata beliau PAS perlu mempunyai kekuatan sendiri bagi menarik sokongan pengundi dan rakyat seluruhnya.

Menurutnya, meski pun Umno-BN menghadapi banyak masalah termasuk isu perbalahan dalaman parti itu tetapi bukan jaminan kepada PAS pada pilihan raya akan datang.

"Kita (PAS) tidak boleh bergantung dengan isu Umno dan Barisan Nasional 'berbalah' (krisis) tetapi kena ada kekuatan kita sendiri," tegasnya.

Mustafa mahu jentera PAS di semua peringkat bekerja kuat bagi menambah serta memperkukuhkan daftar pemilihnya.

Menurutnya, senario politik hari ini menunjukkan gelombang bukan Melayu Islam agak kuat menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Harakah Daily

Air pasang bagai pesta

Posted: 26 Dec 2011 11:28 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

KUANTAN – Fenomena air pasang di daerah ini memberi kesan kepada penduduk yang berada di tepi pantai namun ada dalam kalangan warga Kuantan mengambil kesempatan melihat situasi itu di beberapa pesisir pantai.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa pantai termasuk pantai Cempaka, Pantai Teluk Chempedak dan Pantai Taman Gelora di bandar ini dipenuhi dengan gelagat orang ramai yang mahu menyaksikan fenomena itu.

Di Taman Esplanade, ombak besar dari pantai Tanjung Api yang mencecah dataran esplanade bukan sahaja menarik ramai pengunjung malah situasi itu menggalakkan mereka menanti lebih lama di lokasi baru pusat pelancongan Kuantan itu.

Air pasang kira-kira jam 9 malam semalam di pantai itu bagaimanapun memberi kesan kepada penduduk Tanjung Api berdekatan kerana air pasang mencecah bahagian luar rumah mereka.

Seorang penduduk dari Lorong Tanjung Api 11, Che Ngah Abdullah, 48, berkata, mereka berhadapan fenomena itu tiga hari lalu.

Katanya, penduduk sudah menjangkakan situasi itu dan setiap tahun mereka bersiap sedia menghadapinya.

Che Ngah juga memberitahu, dia tidak bimbang dengan fenomena itu kerana tempoh air pasang kira-kira tiga atau empat jam sahaja dan lantai rumahnya belum pernah digenangi air.

"Kami bersyukur kerana tiada hujan dan angin kencang yang mungkin boleh mengakibatkan air pasang lebih besar dan banjir di kawasan ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebagai penduduk tetap di situ, dia dan keluarga sedia maklum ai pasang besar akan berlaku kira-kira 10 hari terakhir sebelum tahun baru.

Sementara itu, ramalan air pasang surut di perairan Cendering dari Jabatan Meteorologi Malaysia dalam tempoh seminggu ialah antara 1.26 meter hingga 2.50 meter manakala di Tanjung Gelang pula diramalkan mencecah sehingga 3.33 meter.

Dalam tempoh sama, jabatan itu juga meramalkan kelajuan angin 60 hingga 70 kilometer sejam di perairan Pahang manakala ombak setinggi 7.5 meter.

Sinar Harian

Tersepit bawah lori tangki

Posted: 26 Dec 2011 11:24 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

LEMAL – Dua remaja bertarung nyawa apabila motosikal ditunggang bertembung lori tangki berdekatan sebuah stesen minyak lalu tersepit antara motosikal dengan tayar lori berkenaan, jam 8.45 malam, kelmarin.

Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Che Kadir Che Ya berkata, mangsa yang terlibat adalah Zulkifli Johari, 26, dan rakannya Mohd Irwan Che Hamid, 20.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa menunggang motosikal dari Pasir Mas menghala ke Bulatan Lemal ketika kejadian dan pihaknya menerima panggilan pada jam 8.49 malam serta bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan lima anggota.

"Kita berjaya mengeluarkan mangsa dalam masa lima minit dan kedua-dua mangsa dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Bagaimanapun katanya, pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, mangsa Zulkifli berkata, dia menunggang motosikal bersama rakannya ketika dalam perjalanan pulang ke To Uban.

Menurutnya, mereka tidak menyedari lori tangki berkenaan keluar dari sebuah stesen minyak kerana faktor jalan gelap.

"Saya mengalami kesakitan di bahagian pinggang kerana pernah terlibat dalam kemalangan di Kota Tinggi, Johor September lalu," katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas, kelmarin.

Seorang lagi mangsa, Irwan mengalami luka di bahagian lulut dan tangan kiri, dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Sinar Harian

Lalat bagaikan berpesta

Posted: 26 Dec 2011 11:22 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

KAMPUNG GEMBUT - Dalam hanya beberapa jam sahaja, puluhan lalat melekat pada kertas pelekat yang diletakkan di kedai salah seorang peniaga, di sini.

Peniaga, Suhana Pani, 38, berkata, ekoran keadaan itu dia yang mengusahakan kedai makanan sangat terganggu dengan serangan serangga berkenaan setiap hari tanpa mengira waktu.

Menurutnya, meskipun dia mengutamakan kebersihan di kedainya dengan membersihkan lantai dan meja serta membakar sampah yang ada, keadaan masih
tetap sama.

"Pelanggan yang datang ke kedai ini berasa tidak selesa apabila lalat mula mengerumuni makanan dan minuman mereka. Malah, kadang kala saya juga terpaksa menukar minuman yang dipesan pelanggan beberapa kali apabila lalat masuk ke dalamnya," katanya kepada Sinar Harian.

Penduduk, Ruzita Manap, 30, berkata, lalat berkenaan muncul semakin banyak terutama selepas hujan.

Menurutnya, masalah serangan serangga itu dipercayai berpunca daripada kewujudan reban penternakan ayam di kawasan berhampiran.

"Lalat yang hinggap pada peralatan rumah turut meninggalkan kesan hitam dan ia amat menggelikan serta boleh dikatakan hampir 24 jam lalat ini berkeliaran. Malah, apabila tiba waktu tidur kami terpaksa mematikan lampu bagi mengelakkan lalat berkenaan yang turut mengeluarkan bunyi bising.

"Lebih meresahkan, lalat yang hinggap pada makanan di rumah turut berpotensi menyebarkan kuman pembawa penyakit. Kami bimbang tahap kesihatan diri dan keluarga ekoran lalat yang terlalu banyak," katanya.

Ruzita berkata, mereka memohon agar pihak bertanggungjawab dapat membuat pantauan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi demi keselesaan penduduk.

Sinar Harian

Bomba Kelantan cipta sejarah

Posted: 26 Dec 2011 11:15 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan mencipta sejarah kerana tahun ini mendapat tempat ketiga dalam pertandingan inovasi sejak 22 tahun menyertai Konvensyen Kumpulan dan Kreatif Peringkat Kebangsaan.

Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman berkata, projek inovasi yang dihasilkan dinamakan 'C- GAR 11' berjaya mendapat tempat ketiga dan memenangi wang tunai RM2,000 serta sijil penyertaan sempena pertandingan kali ke 22 di MS Garden Hotel, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Menurutnya, terdapat 16 pasukan mempertaruhkan rekaan masing-masing dan projek hasil inovasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu yang diketuai oleh Wan Hassan Wan Idris juga ketua balai berkenaan terpilih sebagai pemenang ke tiga.

"Inovasi ini adalah hasil kreativiti yang direka oleh anggota kita sejak beberapa bukan lalu dan ia adalah pelbagai guna boleh dimanfaatkan ketika aktiviti menyelamat.

"Ini adalah satu kejayaan yang besar bagi jabatan sepanjang 22 tahun menyertai pertandingan ini dan hasil kreativiti pegawai dan anggota di negeri ini mendapat pengiktirafan," katanya menerusi kenyataan medianya kepada Sinar Harian.

Selain itu, kejayaan yang turut boleh dibanggakan oleh warga bomba dan penyelamat Kelantan setelah Penarafan Bintang Jabatan Bomba Negeri berjaya menggondol Tiga Bintang.

"Kemenangan yang sungguh bermakna dan bersejarah bagi jabatan kerana ini semua adalah hasil berkat usaha dan gembleng tenaga seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, dalam menjayakan pengauditan 'Star Rating ' yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kanan ibu pejabat Putrajaya dan Selangor pada 4 hingga 6 Oktober 2011 lalu," katanya.

Sebelum ini, Projek Inovasi 'C- GAR 11' yang juga boleh digunakan sebagai pengusung mangsa kecemasan, tangga dan pelbagai lagi menjadi juara dalam pertandingan peringkat negeri yang diadakan pada bulan lalu.

"Saya berharap usaha padu ini dapat diteruskan dan semua warga jabatan perlu sentiasa memberi komitmen kepada tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita semua," katanya.

Sinar Harian

Masyarakat dinasihati tidak dekati pantai

Posted: 26 Dec 2011 11:13 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Majlis Keselamatan Negara (MKN) meminta orang ramai tidak menghampiri kawasan 'gigi pantai' ekoran fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini.

Setiausaha MKN Kelantan, Mohamad Rosle Mamat berkata, nelayan kecil dan laut dalam diminta supaya mendapatkan maklumat ramalan kaji cuaca terlebih dahulu sebelum keluar ke laut.

Katanya, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran fenomena air pasang besar ini dan meminta kepada penduduk dan nelayan supaya sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

"Orang ramai diminta supaya tidak menghampiri kawasan 'gigi air' di pantai kerana ombak besar atau fenomena ekor naga boleh berlaku pada bila-bila masa. Bagi nelayan yang keluar ke laut kita minta mereka supaya meningkatkan tahap keselamatan serta membawa alat perhubungan bagi memudahkan komunikasi sekiranya berlaku bencana," katanya, semalam.

Bagaimanapun, Mohamad Rosle berkata, fenomena tersebut tidak memberi kesan besar sekiranya tiada hujan lebat di kawasan pedalaman.

"Setakat ini keadaan masih terkawal kerana hujan sekejap-kejap sahaja, sekiranya hujan berterusan kita bimbang akan berlaku banjir besar.

Sinar Harian

Pencuri putih mata dipenjara

Posted: 26 Dec 2011 11:08 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Seorang pencuri yang terpaksa berputih mata apabila cubaannya melarikan seutas rantai leher emas di sebuah kedai emas di Pasar Pekan Batu Enam, di sini, 13 Disember lalu gagal selepas kereta miliknya tidak dapat dihidupkan, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Ahmad Rosdi Mohamad, 35, berasal dari Kampung Pematang Rambai, Pasir Putih, Kelantan, yang turut cedera dibelasah oleh orang ramai atas perbua-tannya itu mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu.

Berikutan pengakuan bersalah tertuduh, Majistret Noradila Ab Latif menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM3,000 serta turut memerintahkan agar tertuduh dipenjarakan selama dua bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Terdahulu, tertuduh yang bekerja sebagai jurukimpal itu mengaku mencuri seutas rantai leher emas bernilai RM5,700 milik Kedai Emas Assalam di Pekan Batu Enam, di sini, kira-kira jam 2 petang, 13 Disember lalu.

Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan seterusnya, dia boleh diseksa dengan penjara dan juga dikenakan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainuddin Abd Ghani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan kes, pemilik kedai tersebut menerima panggilan daripada salah seorang pekerjanya kira-kira jam 2 petang, 13 Disember lalu memaklumkan kehadi-ran tertuduh di kedainya untuk membeli barang kemas yang bernilai RM5,000 ke atas.

Pekerja itu yang tidak mengesyaki apa-apa kemu-diannya mengeluarkan seutas rantai leher seberat 31.56gram yang berharga RM5,700 dan menunjukkan kepada tertuduh.

Tertuduh kemudian bertindak merampas rantai emas itu lalu melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Saga berwarna hitam yang diletakkan berhampiran kedai itu.

Bagaimanapun, keretanya gagal dihidupkan menyebabkan dia keluar daripada kenderaan tersebut untuk melarikan diri. Namun, tertuduh akhirnya berjaya ditahan oleh orang ramai dan diserahkan kepada polis dari Balai Polis Gong Badak, di sini yang sedang menjalankan tugas ronda jenayah.

Berikutan kejadian itu, tertuduh mengalami lebam pada hidung dan calar pada bahagian kening kirinya dipercayai dibelasah orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

Sinar Harian

OKU minta ganti rugi

Posted: 26 Dec 2011 11:06 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

SITIAWAN - Seorang nelayan orang kurang upaya (OKU) memohon sebuah syarikat perkapalan yang melanggar pukatnya supaya membayar ganti rugi atas kerosakan alat itu.

Nelayan, B Satheswaran, 32, berkata, pelanggaran itu berlaku ketika dia sedang menangkap ikan berhampiran pengekalan polis marin Kampung Acheh pada 20 Disember lalu.

Menurutnya, pada masa itu, dia sedang menangkap ikan dan tiba-tiba sebuah kapal milik syarikat itu melanggar pukatnya dan menyebabkan 15 pukat rosak.

"Saya juga memasang bendera pada bot kecil milik saya sebagai isyarat ada nelayan yang memasang pukat di kawasan berkenaan.

"Namun saya sendiri tidak pasti adakah mereka nampak atau tidak bendera berkenaan sehinggakan mereka melanggar pukat saya," katanya kepada Sinar Harian.

Satheswaran berkata, akibat kerosakan pukat berkenaan, hasil pendapatannya sebagai nelayan semakin kurang.

Jelasnya, dia juga tidak mampu untuk memperbaiki pukat berkenaan kerana memerlukan modal yang besar dan perlu menanggung kehidupan isteri, A Murugayi, 33, serta tiga anaknya.

"Anak saya masih kecil berumur lima tahun hingga dua bulan, pendapatan sebagai nelayan pula tidak seberapa menyebabkan saya tidak mampu memperbaiki pukat berkenaan.

"Kerugian yang saya alami akibat kerosakan itu dianggarkan sebanyak RM2,500 dan saya berharap pihak berkenaan dapat membayar ganti rugi tersebut," katanya.

Dia berkata, perkara itu juga sudah dibawa kepada pengetahuan persatuan nelayan yang dinaunginya.

Katanya, pihak persatuan turut menyokong supaya syarikat berkenaan membayar ganti rugi kepadanya dengan menghantar surat kepada pihak berkenaan.


"Pendapatan saya juga tidak menentu dan purata bulanan sebanyak RM1,000 yang juga akan digunakan untuk membayar sewa rumah sebanyak RM450 sebulan.

"Jika musim hujan saya perlu kurangkan ke laut kerana bimbang keselamatan diri dan bot saya juga hanya bot kecil," katanya.

Sinar Harian

Awas ejen pelancongan palsu

Posted: 26 Dec 2011 11:03 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

LUKUT – Hanya bermodalkan air liur, seorang lelaki bertindak licik apabila dipercayai menyamar sebagai pegawai sebuah syarikat ejen pelancongan yang beribu pejabat di Jalan Genting, Klang untuk memperdayakan orang ramai.

Sinar Harian difahamkan, lelaki berkenaan bersama beberapa rakannya membuka kaunter di sebuah pasaraya, di sini untuk menjual pakej pelancongan dengan harga murah.

Seorang mangsa, Chong Kok Keong, 26, berkata, dia mengalami kerugian sebanyak RM698 apabila membuat bayaran untuk menjadi ahli kelab yang ditawarkan oleh syarikat tersebut.

Menurutnya, mereka mengatakan apabila menyertai kelab berkenaan, ahlinya akan menerima diskaun dan pakej percutian menarik.

"Promosi pakej percutian kelab yang dibuat pada Jun 2011 berjaya menarik minat ramai pelanggan termasuklah saya kerana lokasinya di kawasan umum selain kepetahan ejen kelab ini berkata-kata," katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di Pusat Khidmat Masyarakat Adun Lukut, baru-baru ini.

Seorang lagi mangsa, Sim Siew Ling, 25, berkata, setelah membuat permohonan dan pengisian borang, dia diberikan kad keahlian yang membolehkannya melancong ke mana sahaja.

Bagaimanapun, katanya, mereka menetapkan syarat di mana jika mahu melancong, dia perlu memaklumkan dahulu kepada pihak syarikat.

"Saya menyedari pakej percutian ini adalah satu penipuan kerana cuba membuat penempahan untuk bercuti tetapi berasa amat kecewa kerana talian semua syarikat dan ejen percutian ini tidak dapat dihubungi lagi," katanya yang juga melaburkan wang sebanyak RM698 untuk menjadi ahli kelab itu.

Sementara itu, Adun Lukut, Ean Yong Tin Sin berkata, pihaknya menerima tiga aduan berkenaan kes tersebut dan sudah melaporkan hal berkenaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan serta membuat laporan polis.

Menurutnya, aduan itu akan disiasat secepat mungkin bagi mengelakkan syarikat percutian itu membuat penipuan promosi di tempat lain.

"Saya minta masyarakat di luar sana lebih berhati-hati untuk pergi melancong bersama agensi pelancongan dan hanya memilih yang berdaftar serta sah sahaja.

"Mana-mana individu atau pihak yang tertipu dengan kegiatan ini boleh tampil untuk membuat laporan," katanya.

Sinar Harian

Lori bergerak tanpa pemandu

Posted: 26 Dec 2011 10:59 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Keseronokan seorang pemandu lori menikmati sarapan paginya terbantut apabila kenderaan yang diberhentikan di tepi jalan mengundur ke belakang secara tiba-tiba dan menuju ke rumah seorang penduduk.

Dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi itu, pemandu lori terbabit, Ramli Mohamad, 50, dari bandar Melaka menuju ke Alor Gajah berhenti sebentar di Kelemak untuk bersarapan pagi, sebelum meneruskan perjala­-nan ke Lendu untuk mengambil kayu getah.

"Saya sudah pastikan brek tangan ditarik dan semuanya sempurna tapi entah macam mana sebaik saya turun dari lori dan tutup pintu, tiba-tiba sekumpulan pelanggan di kedai minum berdekatan menjerit kepada saya memberitahu lori bergerak.

"Saya terus berusaha mengejar lori tanpa muatan yang meluncur laju mengundur, walaupun sebenarnya tahu saya tidak mungkin dapat mem­ber­hentikannya.

"Dalam sekelip mata bunyi berdentum kuat dan saya perhatikan lori saya sudah merempuh sebuah Proton Wira milik yang diletakkan di hada­-pan sebuah rumah," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Berikutan pelanggaran itu, kereta milik tuan rumah berkenaan remuk teruk di bahagian depan serta pecah cermin depan.

Sementara itu, saksi kejadian, Nur Shahidah Jazmi, 16, berkata, dia melihat sendiri lori berkenaan terus menghimpit kereta bapanya sebelum bertindak memanggil ibunya di dapur.

"Waktu itu saya sedang menyapu lantai di dalam rumah. Saya terkejut dengan bunyi dentuman kuat sebelum menjenguk ke luar mendapati sebuah lori sudah merempuh kereta ayah saya," katanya.

Kemalangan itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemala­-ngan jiwa, sebaliknya tayar bahagian depan lori tersangkut pada longkang di tepi rumah.

Sinar Harian

Pegawai Imigresen dituduh menagih

Posted: 26 Dec 2011 10:53 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Seorang pegawai imigresen dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menagih dadah, Jun lalu.

Pertuduhan terhadap Osman Che Harun, 30, dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, Osman dari Kuarters Imigresen, Jalan Kuala Krai di sini, didakwa memberikan kepada dirinya sendiri dadah metamphetamine di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, pada jam 1.45 pagi, 8 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Hafiz Abd Rahman.

Bagaimanapun, pada prosiding di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly, semalam, tertuduh mengaku tidak bersalah. Dia kemudian dibenarkan diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 25 Januari depan.

Terdahulu, Mohd Hafiz menawarkan jaminan RM5,000, tetapi dirayu tertuduh supaya jaminan itu dikurangkan dengan alasan mempunyai tanggungan dua anak yang masih bersekolah dan isteri yang tidak bekerja.

Selain itu, Mohd Fazaly Ali turut mengingatkan tertuduh untuk memastikan kehadiran peguamnya pada tarikh 25 Januari tersebut.

"Mahkamah akan menetapkan perbicaraan pada tarikh itu. Jadi, pastikan kamu lantik peguam kerana sebarang penangguhan tidak dibenarkan serta kes kamu ini akan disegerakan," katanya.

Sinar Harian

Bayangan rumput panjang

Posted: 26 Dec 2011 10:50 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

TELUK BAGAN - Pengguna jalan di Kampung Perenggam, Jalan Teluk Bagan sering dihantui bayangan rumput panjang yang memenuhi kawasan jalan dan kejadian misteri itu kerap berlaku pada waktu malam.

Lebih pelik lagi kejadian yang yang berlaku itu tidak hanya tertumpu di satu kawasan malah seringkali berlaku di kawasan berhampiran dan lebih membimbangkan kejadian itu menjadi punca kemalangan.

Surirumah, Rohani Shaari, 52, berkata, dia pernah berdepan dengan situasi itu beberapa bulan lalu sewaktu dalam perjalanan ke rumah ibunya yang terletak di Tebengau.

"Sewaktu kejadian saya sedang menunggang motosikal, dalam perjalanan saya terlihat rumput panjang memenuhi ruang di hadapan jalan yang menyebabkan saya memperlahankan motosikal.

"Apabila saya memasang lampu tinggi sambil membaca ayat Kursi, barulah timbunan rumput itu berkurangan dan hilang terus daripada penglihatan," katanya kepada Sinar Harian.

Rohani mendakwa, kejadian bayangan rumput tinggi itu bukan sahaja pernah berlaku kepada dirinya malah pengguna lain yang kerap menggunakan jalan itu.

Kawasan jalan yang tidak disediakan kemudahan lampu jalan itu juga sering mengundang kemalangan sehingga meragut nyawa.

"Bagi pengguna yang sering menggunakan jalan ini mereka mungkin sudah biasa dengan kejadian pelik atau aneh berkenaan namun bagi yang belum mereka perlu lebih berhati-hati terutama pada waktu malam," katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Nadhirah Nazri, 20, berkata, keadaan jalan berselekoh dan gelap juga merupakan faktor lain mengundang kepada kemalangan di kawasan itu.

Dia berkata, lebih lima tahun penduduk di kawasan itu terpaksa berhati-hati pada waktu malam ketika menggunakan jalan berkenaan kerana keadaan yang gelap dan sering dikaitkan dengan kisah misteri.

"Kemudahan lampu hanya disediakan di hadapan jalan besar sahaja manakala sepanjang jalan ini gelap dan pemandu hanya mengharapkan cahaya lampu kenderaan lain .

"Saya juga mohon pihak yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan lampu jalan bagi mengurangkan kejadian kemalangan dan kemudahan kepada pengguna," katanya.

Pada 7 Disember lalu satu kemalangan di kawasan terbabit telah berlaku sehingga meragut nyawa pemandunya, selepas kenderaan jenis Proton Wira yang dipandu terbakar.

Sinar Harian

Acu parang: Abang dijel 1 bulan

Posted: 26 Dec 2011 10:45 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Niat seorang abang menegur perlakuan adik perempuannya yang didakwa sering pulang lewat malam bertukar pengalaman pahit apabila dia terpaksa meringkuk sebulan di penjara gara-gara didapati bersalah mengacu parang kepada adiknya itu.

Lebih menyedihkan, sejurus hukuman diputuskan, Mohd Noor Einadzlie Yahaya, 30, mengalirkan air mata menangis sehingga mengundang hiba seluruh orang awam yang berada di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Bekas pekerja sebuah pusat snuker tersebut mengaku bersalah pada pertuduhan mengugut Siti Noor Kamariah Yahaya, 28, menggunakan parang dengan niat hendak menyebabkan ketakutan yang mendatangkan kecederaan dan kematian kepada janda tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah ibu mereka di Kampung Langgar, di sini pada jam 12.15 tengah malam, 22 Disember lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya nege­ri, Mohd Hafiz Abd Rahman.

Bagaimanapun, Mohd Noor Einadzlie dalam rayuannya menafikan dia mahu mencederakan adiknya itu, sebaliknya, dia memberitahu mahkamah hanya ingin memberi tunjuk ajar kepada Siti Noor Kamariah.

"Mulanya saya ingat pencuri, sebab itu saya pegang parang. Tetapi, tengok-tengok dia yang balik dan cabar saya libas parang. Saya lepas parang kemudian tumbuk dia.

"Dia ingat rumah ni hotel ke balik malam-malam. Dia bercakap kurang ajar dengan saya. Saya kan abang dia. Saya cuma nak ajar dia supaya hormat saya," katanya.

Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly bagaimanapun menegur perbuatan tertuduh yang menggunakan senjata berbahaya tersebut.

"Walaupun tingkah laku adik kamu tidak sesuai tetapi cara kamu melarang dengan mengugutnya dengan parang juga tidak betul, malah, hanya menjerat diri kamu sendiri.

"Larang sahaja sudahlah. Jangan sampai guna senjata berbahaya yang boleh membawa maut. Lebih-lebih lagi terhadap adik-beradik sendiri," katanya.

Sinar Harian

Ditangkap leka curi besi jeriji

Posted: 26 Dec 2011 10:41 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

KULIM - Seorang lelaki berusia 20-an yang bersenjatakan parang ditahan oleh ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) kerana mencuri besi jeriji di sebuah rumah tinggal di Jalan Bukit Awi kira-kira jam 10.30 pagi, semalam.

Pengerusi Rukun Tetangga Bukit Awi, Zul Bakri Shuib ketika ditemui di tempat kejadian berkata, hasil maklumat orang ramai, beliau kemudiannya segera menghubungi PPKM dan terus ke lokasi berkenaan dan mendapati suspek yang bersenjatakan parang sedang leka mencuri besi jeriji di rumah terlibat.

"Beberapa minit kemudian saya nampak suspek keluar dari rumah berkenaan.

"Sejurus selepas itu ahli PPKM pun sampai. Suspek yang menyedari kehadiran PPKM bertindak melarikan diri menyeberangi jalan di hadapan Kulim Inn. Bagaimanapun dia berjaya ditahan," katanya.

Pengerusi PPKM, Khor Eng Khim berkata, sehingga kini lebih 10 suspek terlibat atas kesalahan yang sama berjaya ditahan.

"Suspek dibawa ke Balai Polis Kulim untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek akan disiasat dibawah seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sinar Harian

Air pasang tujuh jam

Posted: 26 Dec 2011 10:39 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Lebih 40 keluarga di pesisir pantai Bachok dan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini terpaksa bersengkang mata apabila rumah mereka digenangi limpahan air laut selama tujuh jam berikutan fenomena air pasang besar diikuti ombak besar.

Di Bachok, kawasan yang terlibat ialah Kampung Pantai Damak, Kampung Perupok, Kampung Kubang Golok, bandar lama Bachok berhampiran Pantai Irama, Kampung Tok Burung dan Kampung Tanjung Chat.

Sementara itu, beberapa kawasan riadah di PCB turut musnah dipukul angin dan ombak besar dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam.

Seorang penduduk Kampung Kubang Golok, Ahmad Azim, 39, berkata, kejadian ombak besar itu merupakan kali pertama dalam hidupnya sepanjang menetap di kampung tersebut sejak 10 tahun yang lalu.

Katanya, penduduk mula bertindak menyelamatkan barangan penting dalam rumah masing-masing sebaik sahaja limpahan air masin mengalir masuk menerusi ruang dapur rumah mereka.

"Mengikut cerita orang tua, ini kali kedua fenomena ini berlaku sejak 63 tahun dan kali ini lebih besar berbanding pada tahun 1948," katanya.

Menurutnya, angin kencang dan ombak besar bermula pada jam tujuh malam yang menyebabkan limpahan air masin sedalam di antara 0.2 hingga 0.4 meter masuk kediaman penduduk setempat.

Peniaga di PCB, Hafi Abd Rahman, 29, berkata, sebelum ini fenomena angin dan ombak melanda sejak dua hari yang lalu, namun tidak menyangka ia sebesar apa yang berlaku malam kelmarin.

"Penduduk pesisir pantai yang biasa menghadapi masalah tiupan angin kencang ini sudah membina pengadang angin menggunakan susunan daun kelapa namun terjahan kuat menyebabkan usaha mengurangkan gegaran ini gagal," katanya.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 1 pagi mendapati sebahagian besar penduduk bandar Bachok berkumpul berhampiran pusat peranginan Pantai Irama menyaksikan ombak besar.

Sinar Harian

Amaran angin kencang, laut bergelora

Posted: 26 Dec 2011 10:37 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU- Jabatan Meteorologi semalam mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) di beberapa kawasan perairan, termasuk di Terengganu.

Mengikut kenyataan itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang dijangka berterusan sehingga Khamis ini.

Selain itu, kawasan pantai di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 29 Disember.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan, termasuk pekerja di pelantar minyak.

Sinar Harian

Mahu KWSP ambil tindakan

Posted: 26 Dec 2011 10:35 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

PERAI – Seorang bekas pekerja kilang membuat tepung dekat Kawasan Perindustrian Perai di sini, mahu tindakan diambil Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap bekas majikannya yang didakwa tidak menolak caruman selama tujuh bulan.

Dia yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 44, berkata, perkara itu diketahuinya selepas memeriksa akaun KWSP, 21 November lalu.

Menurutnya, dia musykil kerana dalam slip pembayaran gaji ada dinyatakan pemotongan bagi caruman KWSP namun, apabila disemak perkara sebaliknya berlaku.

"Saya tidak pernah memeriksa akaun KWSP sejak lima tahun lalu dan tidak mengesyaki apa-apa, kerana selama berkhidmat 26 tahun bersama syarikat terbabit tidak pula timbul masalah sebegitu.

"Tetapi, baru-baru ini saya pergi untuk memeriksa baki akaun kerana sudah tidak lagi bekerja di sana selepas berhenti secara sukarela berkuat kuasa 29 September lalu.

"Apabila penyata dicetak, saya terkejut mendapati majikan tidak mencarum ke dalam akaun saya selama tujuh bulan," katanya ketika hadir di pejabat Sinar Harian, dekat sini.

Dia berkata, mengikut penyata majikan didapati tidak mencarum bermula Februari 2011, diikuti Mac dan April. Tetapi, mencarum semula bagi Mei.

Masalah sama turut berlaku pada Jun, Julai, September dan Oktober dan hanya Ogos sahaja wang dicarumkan ke dalam akaun.

Dia bertindak pergi ke syarikat tempat di bekerja itu bagi mendapatkan penjelasan majikan, tetapi dihalang pengawal keselamatan bertugas dengan alasan dia sudah tidak lagi bekerja di syarikat itu.

Bagaimanapun, alasan majikan tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk membuat caruman, dipercayai punca masalah itu berlaku.

Dia turut difahamkan majikan akan mencarum, tetapi secara sedikit demi sedikit.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, dia pernah menyuarakan masalah itu kepada pengurusan KWSP 23 September lalu bagi mendapatkan penjelasan mengenai masalah yang dihadapi, namun hingga kini masih belum mendapatkan sebarang jawapan.

Katanya, dia mahu KWSP menyiasat majikannya kerana perkara sama turut didakwa berlaku ke atas kira-kira 10 rakannya yang lain.

"Jika dihitung, hampir RM3,000 nilai caruman yang sepatutnya dicarum majikan ke dalam akaun. Saya mahu KWSP melakukan sesuatu agar saya dapat semula wang caruman itu," katanya.

Sinar Harian

Padah lumba motor bapa

Posted: 26 Dec 2011 10:33 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

PENAGA - Seorang remaja maut, manakala tiga rakannya cedera selepas terlibat kemalangan sesama sendiri semasa berlumba haram di Jalan Lahar Kepar di sini, petang kelmarin.

Mangsa, Muhamad Ikmal Aliff Suhazi, 15, mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal dinaikinya merempuh sebatang pokok di tepi jalan selepas bergesel dengan dua lagi motosikal yang dinaiki tiga rakannya dalam kejadian sekitar jam 6 petang, kelmarin.

Muhamad Ezzat Faisal Mazlan, 16, Muhamad Asyraf Helmi, 19, dan pembonceng sebuah motosikal, Mohamad Rafiz Mat Rozhi, 19, cedera ringan dan diberikan diberikan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kepala Batas.

Ketua Trafik/Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Superintendan Suhaimi Mohd Noor berkata, empat remaja berkenaan dikatakan berlumba haram di kawasan terbabit menggunakan tiga motosikal milik bapa masing-masing.

"Ketika memecut laju untuk mendahului antara satu sama lain, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan bergesel dengan dua motosikal dinaiki rakannya mengakibatkan semua motosikal itu terbalik.

"Motosikal ditunggang mangsa terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan, manakala dua motosikal rakannya menggelongsor sejauh hampir 100 meter sebelum terhumban di tepi tali air di kawasan berkenaan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)a Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang melulu dan berbahaya.

Bagaimanapun usaha Sinar Harian untuk menemu bual keluarga si mati dan rakannya yang cedera di hospital berkenaan gagal, kerana tidak dibenarkan oleh ahli keluarga remaja terbabit.

Sinar Harian

Wanita berzina dihukum gantung

Posted: 26 Dec 2011 10:29 PM PST

2 Safar 1433H. [MOD] -

TEHERAN - Pihak berkuasa Iran, kelmarin, dilaporkan akan meneruskan rancangan menjalankan hukuman mati ke atas seorang wanita atas kesalahan berzina dalam kes yang dicemari campur tangan masyarakat antarabangsa.

Namun, Iran mungkin akan menjalankan hukuman itu melalui tali gantung berbanding hukuman awal iaitu rejam sampai mati.

Tertuduh, Sakineh Mohammadi Ashtiani kini sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan berasingan iaitu bersubahat untuk membunuh suaminya.

Iran menangguhkan hukuman rejam ke atas Sakineh, Julai tahun lalu selepas kes wanita itu mendapat perhatian media antarabangsa dan mencetuskan kritikan oleh negara Barat.

Jabatan kehakiman dan undang-undang Islam negara itu sedang mengkaji sama ada hukuman rejam sampai mati yang sepatutnya dikenakan ke atas Sakineh boleh diubah kepada hukuman gantung bagi mengelakkan salah anggap mengenai undang-undang Islam.

Sakineh disabit bersalah atas dakwaan berzina pada 2006 selepas pembunuhan suaminya dan wanita itu kemudian didapati turut bersubahat dalam pembunuhan itu.

Sinar Harian

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 26 Dec 2011 11:41 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


GAMBAR PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN CAWANGAN GONG PASIR

Posted: 26 Dec 2011 05:56 PM PST









GUNTING RAMBUT PERDANA 2011 ANJURAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN

Posted: 26 Dec 2011 05:32 PM PST

Program : GUNTING RAMBUT PERDANA 2011

Tarikh : 30 Disember 2011

Masa : 8:00 Pagi - 5:00 Petang

Tempat : Perkarangan Belakang Restoran McD Dungun

PAS Negeri Sembilan

Posted: 26 Dec 2011 09:44 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Majlis Sambutan Tahun Baru 2012 PR Rembau

Posted: 26 Dec 2011 06:24 PM PST



SAMBUTAN TAHUN BARU 2012
Tarikh : 31 Dis 2011, Sabtu
Masa : 11 pagi - 12 tgh mlm
Tempat : Kg Sawah Raja (DUN Kota), Rembau
Bersama : Ustaz Dr Badrul Amin, YB Ustaz Firdaus, YB Sivakumar, YB Chang Lih Kang, YB Taufek che'GuBard dan Pak Jabit

Tentatif Program :
11 pg : Gotong Royong Persiapan Kenduri Rakyat
5 ptg : Pendaftaran petugas/sukarelawan Pakatan Rakyat Rembau
7 mlm : Solat Maghrib/Isya berjemaah, Tazkirah, Zikir (diimamkan oleh Ust Dr Badrul Amin)
8.30 mlm : Jamuan Makan Malam / Kenduri Rakyat
8.45 mlm : Ceramah umum oleh Ust Dr Badrul Amin, YB Ust. Firdaus (MP Jerai), YB Sivakumar (Mantan Speaker DUN Perak), YB Chang Lih Kang (ADUN Perak), YB Taufek (PJ PAS NS), che'GuBard dan kemunculan khas 'Pak Jabit' (Man Kadir) pelakon Hantu Kak Limah
12.00 tgh mlm : Zikir Munajat

Semua Dijemput Hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 012-3696474

Anjuran Pakatan Rakyat Rembau

Layari laman blog PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

Rembau Hari Ini

Posted: 26 Dec 2011 07:48 PM PST

Rembau Hari Ini


Majlis Sambutan Tahun Baru 2012 PR Rembau

Posted: 26 Dec 2011 06:22 PM PST



SAMBUTAN TAHUN BARU 2012
Tarikh : 31 Dis 2011, Sabtu
Masa : 11 pagi - 12 tgh mlm
Tempat : Kg Sawah Raja (DUN Kota), Rembau
Bersama : Ustaz Dr Badrul Amin, YB Ustaz Firdaus, YB Sivakumar, YB Chang Lih Kang, YB Taufek che'GuBard dan Pak Jabit

Tentatif Program :
11 pg : Gotong Royong Persiapan Kenduri Rakyat
5 ptg : Pendaftaran petugas/sukarelawan Pakatan Rakyat Rembau
7 mlm : Solat Maghrib/Isya berjemaah, Tazkirah, Zikir (diimamkan oleh Ust Dr Badrul Amin)
8.30 mlm : Jamuan Makan Malam / Kenduri Rakyat
8.45 mlm : Ceramah umum oleh Ust Dr Badrul Amin, YB Ust. Firdaus (MP Jerai), YB Sivakumar (Mantan Speaker DUN Perak), YB Chang Lih Kang (ADUN Perak), YB Taufek (PJ PAS NS), che'GuBard dan kemunculan khas 'Pak Jabit' (Man Kadir) pelakon Hantu Kak Limah
12.00 tgh mlm : Zikir Munajat

Semua Dijemput Hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 012-3696474

Anjuran Pakatan Rakyat Rembau

Layari laman blog PAS Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

PAS LENGGONG

Posted: 26 Dec 2011 07:47 PM PST

PAS LENGGONG


Perkasa tak berkesahkan pun yang ini.

Posted: 26 Dec 2011 02:16 AM PST




PRODUK MINUMAN COCA-COLA MENGHINA ISLAM

Pernah anda membeli Coke? Cuba perhatikan perkataan '"Coca-Cola" dengan mengoyakkan 'cover plastic' dan terbalikkannya.

Apa yang anda dapat lihat? Ya, sudah semestinya tulisan perkataan "Coca-Cola" akan bertukar menjadi " La' Muhammad La' Makkah " yang bermaksud " TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH ".

Astazfirullah…. Ingatlah wahai Saudara ku, jika kita mengucapkan kata-kata " TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH " secara sedar atau di bawah sedar, AQIDAH kita sudah terpesong secara halus. Nauzubillahi minzalik….

Kita renungkan kembali, kerja siapakah ini? Sudah pasti bangsa Yahudi dan Nasrani yang tidak akan aman selagi umat Islam itu tidak tenggelam dibuai keseronokan dunia. Punca utama masalah ini terjadi adalah kerana kita ALPA dan LEKA. Mereka sering berusaha dan terus mencuba untuk menghancurkan ISLAM.

Jika dibuat pengamatan serius, kita dapati sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana umat Islam lebih terikut-ikut dengan Budaya Barat. Bangsa Yahudi tahu bahawa mereka tidak boleh mengalahkan islam melalui peperangan. Sebaliknya mereka cuba untuk musnahkan islam melalui pemikiran...

Sampaikan masej ini kepada Saudara-saudara kita yang lain Agar lebih berhati-hati

Perkasa tak jumpa yang ini.

Posted: 26 Dec 2011 02:09 AM PST


umno yang upco tentunya berdiam saja.

Menjaga Lisan Kita Walaupun Hanya Ber'Facebook'

Pada waktu sekarang, Admin yakin bahawa rata – rata anda
mempunyai facebook bukan? Jika anda perasan, facebook ini ada kalanya menjadi tempat perang mulut. Tempat membengkakkan hati. Tempat dimana maruah seseorang dicemarkan dengan sewenang – wenangnya. Kewujudan pelbagai page – page yang mengecam dan mencaci orang pun banyak. Komen – komen di dalamnya pun boleh tahan pedasnya dalam mengata dan mencaci ni. Adakah anda semua terlibat?

Jangan..Jangan mencaci orang. Jangan mengejek orang. Jangan Mengumpat orang, walaupun hanya dalam facebook.Ingatlah, Allah itu maha tajam pemerhatianNya. Maha adil timbanganNya.Mari kita lihat akibat dari habit kita yang tidak menjaga lisan itu.

Imam Al-Ghazali mengemukakan ada 14 macam bahaya lidah yang harus diperhatikan manusia.

1-Pertama, perkataan yang tidak bermanfaat yang boleh membuatkan hati kasar.

2-Kedua, mereka yang banyak bercakap, maka dia banyak bohong.

3-Ketiga, bersembang kosong. Padahal ciri-ciri orang beriman (QS 23:3) adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.

4-Keempat, menyebabkan pertengkaran dan dendam.

5-Kelima, banyak bicara akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan.

6-Keenam, mereka yang berbohong dengan mengaku sebagai pakar suatu bidang.

7-Ketujuh, ucapan yang mengandungi makian dan cacian.

8-Kelapan, ucapan yang mengutuk seseorang atau satu golongan.

9-Kesembilan, ungkapan syair atau nyanyian yang membangkitkan nafsu kebinatangan seseorang.

10-Kesepuluh, senda gurau dengan memperolok-olok orang lain. Rasulullah bersabda: '" Sesungguhnya mereka yang mentertawakan teman-temannya, mereka akan jatuh ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang suria."

11-Kesebelas, mengejek orang lain. Allah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum merendahkan (mentertawakan) kaum yang lain. Boleh jadi (yang ditertawakan itu) lebih baik dari mereka (yang mentertawakan). Jangan pula sekelompok wanita mentertawakan kelompok wanita yang lain, boleh jadi (yang diperolok-olok itu) lebih baik dari mereka dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk,"" (QS 49: 11).

12-Kedua belas, membuka rahsia orang lain.

13-Ketiga belas, berjanji palsu.

14-Keempat belas, bersumpah palsu. Semua itu akan merosak nilai-nilai amanah. Rasulullah bersabda: "Waspadalah terhadap pembohong! Sebab pembohong dan orang-orang yang zalim sama-sama dalam neraka." (HR Ibnu Majah)

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah: "Apa penyebab terbesar orang masuk neraka?" Nabi menjawab: ""Kerana lidah dan kemaluannya." (HR Turmudzi).

Mudah-mudahan kita semua dapat mengendalikan diri.Ingatlah apa yang dinyatakan oleh Allah bahawa apa sahaja yang diucap dan diperbuatkan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Untuk itu jagalah lisan dan tulisan kita.

Semoga Bermanfaat

Perselisihan tetap utuhkan Pas

Posted: 26 Dec 2011 01:58 AM PST



SHAH ALAM 23 Dis – Seluruh anggota Pas diingatkan supaya mengikut haluan dan hala tuju parti serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan fahaman sahaja.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesiapa yang berlagak pandai dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas pasti tersungkur serta menjadi mangsa serigala politik musuh.

Menurutnya, setiap ahli seharusnya menyedari bahawa tindakan bersendirian dengan membelakangkan parti pasti akan gagal namun Pas tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa.

"Seluruh ahli Pas wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera parti dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam.

"Pas telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam atau kalangan bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan bahawa pendekatan politik bersama Pakatan Rakyat (PR) adalah kesinambungan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh.

"Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan," katanya.

Selain itu Abdul Hadi turut mempersoalkan kenapa Umno yang menjadi teras kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW yang sebenarnya.

"Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun masih tidak mampu melakukan muhasabah?" katanya.
KOTA BHARU 23 Dis - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meredakan kebimbangan ahli Pas dengan memberi jaminan parti itu tidak akan tersasar dari landasan perjuangan sebagaimana dakwaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Mursyidul Am Pas itu berkata, Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada Pas sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak.

"Dakwaan konsep negara berkebajikan yang disebut oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan Pas baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal Pas adalah merupakan kenyataan yang tidak berasas.

"Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea negara berkebajikan yang disebut oleh Presiden bukannya menggelincirkan Pas dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat kepada perjuangan Pas yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan,"katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bendera Terengganu separuh tiang di bangunan UMNO Besut

Posted: 26 Dec 2011 01:50 AM PST


Gambar najib yang di katakan berdera dan tidak berdaftar diturunkan seketika dan dinaikkan semula riuh puak-puak umno dan sekutunya bertempek sampai TKPM turut campur menghentam Adam, dan yang ini kenapa diam membisu, hipokrit lahi hina.
Khairul Azlam Mohamad

BESUT, 27 Dis: PAS Besut melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Umno bahagian yang mengibarkan bendera negeri separuh tiang sejak lebih seminggu lalu.

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tindakan mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang di pejabat Umno bahagian Besut itu tidak wajar.

Ini kerana, katanya di saat seluruh rakyat jelata gembira dengan keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin kembali memerintah negeri tindakan tersebut amat dikesali.

"Ini tidak harus berlaku di saat seluruh rakyat negeri ini bergembira dengan kepulangan Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk kembali memerintah Terengganu, setelah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selama sepenggal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13," katanya.

Menurutnya, Umno BN bersikap hiporkrit apabila melenting marah ketika seorang mahasiswa yang berdemonstrasi bertindak menurunkan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi membisu berhubung bendera Terengganu dinaikkan separuh tiang itu.

"Saya tidak fikir Ketua Umno Bahagian Besut tidak nampak bendera Terengganu berkibar di separuh tiang di hadapan pejabatnya di tengah-tengah bandar Jerteh dalam tempoh waktu yang agak lama.

"Saya juga tidak terfikir bekas Menteri Besar Terengganu (Idris Jusoh) itu tidak dimaklumkan tentang kepulangan Tuanku Sultan Mizan yang telah kembali memerintah Terengganu," ujarnya.

Katanya, PAS Besut menasihati kepimpinan Umno bahagian agar segera mengembalikan semula bendera negeri Terengganu pada kedudukan asal dengan baik.

PATI dapat mykad dan didaftar sebagai pengundi bagaimana pula?

Posted: 25 Dec 2011 08:09 PM PST

Dr Juanda Jaya
1. Saya amat berterimakasih kepada semua pihak terutama media yang mengutip dan melaporkan status berita pada dinding laman Facebook peribadi saya Jumaat 23 Disember 2011 berkaitan isu permohonan Mykad anak gadis saya. Saya terpaksa beralih kepada Facebook setelah saluran rasmi lain yang saya gunakan gagal membantu saya pada masa itu. Zaman informasi terkini menjanjikan tiada masalah boleh disimpan di bawah karpet lagi dan manusia boleh saling berkongsi masalah dan membantu memberikan jalan penyelesaian sesama mereka.

2. Isu utama sebenar yang belum terjawab hingga hari ini ialah; Kenapa pihak JPN perlukan salinan (salinan??? bukan original) surat nikah bagi mengesahkan kewarganegaraan seseorang individu rakyat Malaysia sewaktu memohon Mykad anaknya? Begitu juga dipinta lagi sewaktu memohon untuk membuat Passport Antarabangsa? Apakah tidak cukup dengan Surat Beranak asal pemohon dan MyKad asal Bapa pemohon bagi mengesahkan KEASLIAN KEWARGANEGARAAN pemohon, seperti yang dinyatakan di papan kenyataan JPN sendiri. Bukankah kalaulah pasangan itu telah bercerai, status anak itu dalam Surat Beranak tetap kekal seperti adanya, kecuali dia memohon sebaliknya? Atau rakyat Malaysia tidak diberitahu bahawa kedudukan bapa/ibu warganegara tidak menjamin mereka berhak menjadi warganegara Malaysia sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan dan diwarwarkan oleh pihak KDN sendiri. SOP sebeginilah yang wajar disemak semula, sebagaimana kenyataan awal YBhg KSU KDN.

3. Padahal sewaktu memohon mendapatkan Surat Beranak yang turut dikeluarkan oleh Jabatan yang sama (bukan Jabatan dan Kementerian lain) salinan dan original surat nikah turut dikemukakan. JPN turut menuntut salinan berkenaan setiap kali pendaftaran anak yang baru, sesuatu yang pada saya wajar dilakukan bagi tujuan pengesahan status anak yang lain, walaupun ia tiada beza dengan sistem Mubarak di Mesir sewaktu saya di sana lebih 20 tahun lampau.

4. Isu lain yang tidak dijelaskan dengan teliti ialah; Kenapa status anak gadis saya selama 12 tahun ini dalam sistem JPN adalah X Warganegara? Bukankah Surat Beranak dia sudah menyatakan status dia adalah warganegara Malaysia? Bukankah Passport Antarabangsa dia juga berwarganegara Malaysia? Juga setiap kali passport dia dibuat, pihak Imigresen (dalam satu Kementerian KDN) akan merujuk kepada pihak JPN status kewarganegaraan dia sebelum passport dikeluarkan. Kalaulah benar status dia sudah dikemaskini pada 12 Jun 2009 (seperti kenyataan rasmi KDN semalam) maka mengapa pada 23 Disember 2011, status itu masih menunjukkan dia bukan warganegara. Saya sendiri melihat data status itu pada skrin komputer JPN seperti yang ditunjukkan kepada saya oleh staf JPN dan didengar sendiri oleh anak gadis saya yang turut bersedih di meja pegawai berkenaan. Staf perhubungan pelanggan, staf di kaunter dan pegawai JPN ini amat membantu saya dan komunikasi mereka amat baik sehingga saya mendapat sedikit maklumat yang saya kemukakan ini, bukan seperti 'fitnah' sesetengah pihak yang menyatakan bahawa mereka tidak terlatih dan tidak cekap.

5. Dua isu sebenar yang saya kemukakan ini belum terjawab walaupun pihak KDN menyatakan bahawa MyKad itu sudah siap dan boleh diambil. Saya ke JPN semalam yang dikatakan tetap beroperasi pada hari Sabtu, namun pihak Rela yang mengawal Bangunan menyatakan Federal Ofis tidak beroperasi pada Sabtu ini. Notis di pintu masuk juga menjelaskan hal demikian.

6. Saya bukan bertujuan untuk mensensasikan isu peribadi sebegini, walaupun saya turut diberi 'ingatan' oleh pihak JPN agar tidak mensensasikan isu sebegini. Ini urusan peribadi saya sebagai rakyat, bukan atas kapasiti lain. Saya amat terluka apabila dinyatakan oleh sistem data komputer JPN yang saya percayai dan yakini menyimpan data keselamatan negara yang sudah pasti akurat, tepat dan amat dipercayai, menyatakan dengan jelas anak saya selama 12 tahun ini, dalam rekod JPN Malaysia adalah bukan warganegara Malaysia, negara yang amat saya cintai!

7. Saya sudah lalui semua kepahitan dan kesulitan birokrasi dan redtapes sebegini dengan pihak Agensi Persekutuan di Sarawak. Saya yakin semua rakyat marhaen di Sarawak turut merasai 'denyut nadi kesulitan' yang sama. Tanyalah kepada mereka yang ikut BARISAN di kaunter-kaunter berkenaan. Apakah mereka bergembira?

8. Kita berada pada zaman online, bukan zaman manual. Zaman paperless, bukan zaman suka suruh rakyat buat salinan fotostat. Zaman data setempat, bukannya zaman 'menitahkan' rakyat 'menghadap' pelbagai agensi untuk mengesahkan status mereka dan memaksa rakyat mengisi pelbagai 'songeh borang' yang perlu diupah pelbagai khidmat di keliling Bangunan Persekutuan Sarawak yang akan meningkatkan kos rakyat marhaen (terutama yang buta huruf) di Sarawak bila berurusan dengan Agensi Kerajaan Persekutuan.

9. Isu ini saya ketengahkan sebagai rakyat marhaen di Sarawak adalah dalam rangka membantu memperkukuhkan slogan YAB Perdana Menteri "RAKYAT DIDAHULUKAN" demi Malaysia yang akan terus makmur dan Sarawak Maju Dalam Malaysia.

10. Akhirnya saya ingin berterimakasih kepada YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dikhabarkan segera turun tangan membantu saya, begitu juga respons serta merta beberapa rakan media, politikus, birokrat dan teknokrat yang lain. Terimakasih juga kepada YBhg KSU KDN yang turut segera memberikan respons positif dan jaminan isu ini diselesaikan serta merta -menurut kenyataan beliau melalui media-. Namun agak malang, beliau turut mendedahkan beberapa fakta privasi diri dan keluarga saya kepada media. Saya tidak pasti apakah beberapa bahagian privasi hidup seseorang individu yang berada dalam simpanan KDN boleh didedahkan kepada media dalam menangani isu sebegini. Sekian. Kuching, 25 Disember 2011.

Dr Juanda bin Jaya

Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Malaysia
Adjunct Professor at University Malaysia Perlis (UNIMAP)
Visiting Professor at Management and Science University, Malaysia (MSU)
ex-Visiting Fellow at
Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS)
University of Oxford

Shahrizat dedah ramai pemimpin Umno bermasalah

Posted: 25 Dec 2011 08:06 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoal 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.

Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, kenyataan spontan yang keluar dari mulut Shahrizat yang juga ketua wanita Umno itu seperti menyindir semua pemimpin Umno agar tidak berlagak bersih dari masalah.

"Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno.

"Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam kenyataan Shahrizat kerana rakyat sudah sinonim bahawa Umno dan rasuah serta penyelewengan sudah sebati," kata ketua penerangnnya, Riduan Mohd Nor (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, kes Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah Tinggi Shah Alam semalam boleh menjadi bukti dan kayu pengukur bahawa pemimpin Umno sukar untuk dijadikan contoh teladan buat rakyat Malaysia.

Malah ujarnya, selain Khir, ramai lagi pemimpin Umno yang pernah terkait dengan pelbagai skandal.

"Beberapa tahun lepas, beberapa orang pemimpin kanan Umno pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno sehingga ke SPRM kerana dakwaan rasuah.

"Malah, bekas Naib Presiden Umno sendiri turut terbabit dengan rasuah sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau," katanya lagi.

Dengan isu skandal penyelewengan dalam NFC pula katanya, ramai percaya bukan setakat Shahrizat sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tegasnya, sudah cukup menjadi bukti kepada rakyat betapa ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan pimpinan Umno BN.

"Dalam keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum buat tahun ketiga berturut-turut.

"Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13," katanya.

Siapa pula selepas Khir Toyo

Posted: 25 Dec 2011 08:04 PM PST

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah membuktikan telahan rakyat selama ini bahawa benarlah beliau terlibat dengan rasuah semasa menjadi Menteri Besar Selangor.

Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, tiada yang memeranjatkan dalam kes Dr Khir Toyo kerana ramai telah menjangkakan lebih awal apakah nasib yang akan diterima beliau.

"Kes beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya," ujarnya kepada Harakahdaily.

Bagi DPP Malaysia, katanya isu rasuah melibatkan pemimpin besar negara bukanlah suatu isu yang mengejutkan kerana telah acapkali kes rasuah dibicarakan di mahkamah terhadap pemimpin negara sehingga timbul persepsi rakyat, bahawa pemimpin negara hari ini adalah sinonim dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan kuasa.

Menurutnya, apa yang membimbangkan adalah akan berlakunya krisis kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan negara, lama-kelamaan ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini.

Katanya, rakyat akan merasa muak untuk memilih dan mengangkat pemimpin negara yang akhirnya ditangkap kerana pelbagai kesalahan rasuah.

Beliau menambah, pemimpin negara dilihat seperti berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri, bukan untuk rakyat yang dipimpinnya.

"Dalam hal ini, DPP Malaysia menegaskan supaya pemimpin negara hari ini menjadikan kes Datuk Seri Dr Khir Toyo sebagai teladan bahawa amanah kepemimpinan perlu dijaga dan ditunaikan dengan baik," ujarnya.

Katanya, kepemimpinan negara bukan suatu kesempatan untuk meraih sebanyak mungkin harta rakyat dan negara demi kepentingan diri sendiri.

Beliau berkata, DPP Malaysia suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negara agar menjaga diri mereka dari terpalit dengan apa juga skandal rasuah yang memalukan negara.

Mutakhir ini, tambahnya telah ada desas-desus beberapa skandal besar yang melibatkan projek besar negara yang sedang dibicarakan rakyat yang mana pelbagai pembongkaran telah dibuat dan satu persatu skandal didedahkan.

Untuk itu, ujarnya DPP Malaysia meminta mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan skandal rasuah agar segera berundur sebelum mereka didakwa oleh mahkamah rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 dan mahkamah sebenar yang akan menghukum mereka nanti.

Katanya, kini rakyat sudah mula mencongak-congak kes siapa pula yang akan tersangkut selepas ini untuk dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman.

"Mungkinkah ada lagi pemimpin negara akan menyusul Datuk Seri Dr Khir Toyo selepas ini?" tanya beliau.

Gege media pencacai mencari penganalisis bias

Posted: 25 Dec 2011 07:56 PM PST

Pabila isu menjadi game over dan Mustafa kunci mulut, sang media pencacai umno bn mencari penganalisis miripan umno bagi menimbul keresahan orang ramai. Orang ramai dan rakyat faham dan matang.
Sepantas kilas sang katak pesaka mempelawa disusuli sang bersalam dengan ehud barak mempelawa ke umno pastinya rakyat faham. Kenapa sang presiden pesaka tak di sembawa ke umno, kenapa sang timbalan pesaka juga tak disembawa? Kenapa pula yang dah umno lama disisih saja iaitu sang nakasonei? soalan yang rakyat faham itulah umno.
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (kiri) berkata, beliau tidak akan lagi membuat sebarang ulasan berhubung exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali(kanan).

Katanya, beliau akan mengambil pendekatan 'kunci mulut', sesuai dengan janjinya sebelum ini bahawa jika Hasan tidak lagi menyerang PAS, maka dia juga akan berhenti mengulas tentang bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

"Seperti saya janji sebelum ini bila dia (Hasan Ali) berhenti serang PAS maka saya akan tutup mulut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Hasan pada sidang media di kediamannya semalam.

Pada sidang media tersebut, Hasan menyatakan permohonan maafnya kepada pimpinan dan ahli PAS kerana mengkritik konsep Negara Berkebajikan yang telahpun dipersetujui dalam muktamar parti itu Jun lalu.

Hasan juga sebelum ini menyifatkan PAS tergelincir dari perjuangan Negara Islammya apabila memperkenalkan konseb Negara Berkebajikan.

Menyesali pandangannya itu sebagai 'keterlanjuran kata', Hasan juga semalam bertindak menarik balik kritikan tersebut.

"Bagi saya dia dah mintak maaf sungguh-sungguh tu. Pasal dia serang peribadi saya takpe lah saya dah maafkan dia," tegas Mustafa.

Pendekatan Mustafa itu diyakini mampu menutup episod yang dilihat 'pertembungan dalam parti' yang menjadi topik perbincangan hangat sejak dua minggu lalu.

Ditanya jika Hasan tidak mahu berhenti dan masih mahu mengulas isu parti, Mustafa berkata, itu terserah kepada Hasan.

"Kalau dia nak bercakap lagi, biar la dia bercakap sorang, saya tak mahu layan," katanya.

Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat sebelum ini memutuskan akan memanggil Hasan memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini.

Selain Hasan, dua lagi yang akan dipanggil adalah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungip.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 26 Dec 2011 03:53 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


KEJAM-KEJAM FRU MALAYSIA TAK BUAT CAMNI DALAM DEMO!!!

Posted: 25 Dec 2011 04:57 PM PST

Share Gabungan pertubuhan wanita, Solidariti Wanita Prihatin hari ini menyerahkan satu memorandum ke pejabat Kedutaan Mesir bagi membantah perlakuan kejam tentera negara itu terhadap kaum wanita.

Ianya berhubung rakaman satu klip video yang disebar di internet yang memaparkan seorang wanita Mesir yang menyertai demonstrasi rakyat negara itu diserang dan dibelasah tentera dengan kayu pemukul sehingga separuh mati.

Lebih menyedihkan, apabila pakaian dan tudung wanita itu juga telah ditarik hingga terselak sekaligus mengaibkannya.

Malah dua lelaki yang cuba membantu wanita itu juga turut dipukul dengan kejam oleh tentera tersebut.

Penyerahan memorandum itu disertai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, AJK International Muslim Women Union (IMWU), Malaysia Azlin Hezri, wakil Empower Maria Chin Abdullah, Koordinator Solidariti Wanita Muda Malaysia (SWiMM), wakil Persatuan Mawaddah Malaysia (PMM) dan wakil Ameerah.

Memorandum mengandungi empat tuntutan itu diterima wakil kedutaan, Yasser Hashem di bangunan kedutaan itu di Jalan Rhu persiaran Ampang Hilir di sini.

Antara lain kandungan isi memorandum menyatakan desakan agar Ketua Tentera Mesir, Field Marshal Tantawi segera memohon maaf kepada wanita dan dua lelaki yang dipukul tersebut.

Mereka juga mahu Field Marshal meletakkan jawatan tertinggi tentera itu secepat mungkin.

Mereka berpendapat, wanita sepatutnya dilindungi dan dihormati kaum lelaki apatah lagi tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan dan bukan bertindak zalim kepada orang awam.

"Ada banyak cara bagi menangani rakyat secara baik.

"Jika demonstrasi itu ganas ke apa ke, mereka perlu ditangani dengan baik, bukan ganas dilawan dengan ganas," katanya Dr Siti Mariah kepada pemberita selepas penyerahan itu.

Bercakap pada sidang media sama Maria Chin dan Azlin juga sependapat, tindakan kejam tentera tersebut tidak sepatutnya berlaku sekalipun provokasi dimulakan oleh rakyat.

"Perhimpunan aman ke tak aman ke, tindakan pencabulan dan kekejaman khususnya kepada wanita seperti ini tidak patut berlaku," kata Maria.

Aiman Athirah pula berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan tersebut cubaan memberi gambaran buruk terhadap kepimpinan baru negara itu selepas kejatuhan regim akibat kebangkitan rakyat enam bulan lalu.

Katanya, banyak pihak tidak senang dengan kemenangan parti yang memperjuangkan Islam di negara itu dan cuba memburukkan imej mereka.

Dalam pada itu, bantahan sama turut dibuat di Mesir apabila kaum wanita turun beramai-ramai di Kaherah sebagai tanda protes. -HD






SU AGONG PERKASA TAK PAHAM ARTKEL 153

Posted: 25 Dec 2011 04:14 PM PST

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari mempertahankan seorang paderi yang didakwa mempersoalkan  Artikel 153 Perlembagaan dalam rumah ibadat sambil menambah tiada sebarang unsur hasutan dalam ucapan sempena sambutan perayaan Krismas semalam.

Selain itu, menurut Abdul Aziz, tiada pihak termasuk Syed Hassan Syed Ali (gambar) dari Petubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) perlu mengeluarkan sebarang bantahan atau cabaran terhadap paderi itu Rev. Dr Eu Hong Eng, seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF).

"Jadi ia agak tidak betul untuk Perkasa mengeluarkan cabaran dan membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969. Ini kerana paderi itu tidak mempersoalkan dasar atau apa-apa yang berkaitan dengan Artikel 153, beliau hanya mengeluarkan pendapat tentang bagaimana artikel itu dilaksanakan. Ia boleh diterima, tiada unsur hasutan tentang perkara itu.

"Semasa kita memasuki kemerdekaan negara yang ke-55, kita seharusnya matang untuk berhujah dan mengemukakan pandangan-pandangan, malah segala apa yang berlaku dan isu seperti ini memberi kesan kepada negara. Kita mesti ingat bahawa dasar-dasar dan peruntukan di bawah Artikel 153 dibiayai , sesuatu yang memberikan kita semua hak untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku," katanya.
 
kalu dah ketuanye pening... anak buat semua pening le... masuk air...

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 26 Dec 2011 01:48 PM PST

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Klinik Wakaf Sejahtera

Posted: 25 Dec 2011 08:40 PM PST


Ibarat belut pulang ke lumpur. Setinggimana pun kedudukan seseorang, hakikatnya, kedudukan kita adalah sama. Walaupunsaya menjadi seorang wakil rakyat, namun bidang yang sebati dengan saya adalahperubatan. Saya akui, ramai penduduk desa khususnya dalam DUN Tanjong Dawaimemerlukan rawatan dan ubat-ubatan yang mampu memelihara kesihatan mereka. Sayamerasakan inilah masanya untuk saya berbakti kepada masyarakat. 

Saya menerusi Yayasan Kebajikan Syazminmengadakan Klinik Wakaf Sejahtera iaitu klinik bergerak setiap hari Khamismenjengah ke seluruh pelusuk DUN Tanjung Dawai bermula di Tanjung Dawai, SgGelam, Semeling dan Sungai Layar.
Konsepnya mudah, saya bertemu masyarakatdengan memberikan rawatan, khidmat nasihat dan bekalan ubat-ubatan secaraPERCUMA. Saya yakin, Allah Maha Kaya dan akan memudahkan segala urusan kitajika kita berbakti kepada masyarakat.



Sumbangan Ramadhan dan Deepavali 2011

Posted: 25 Dec 2011 08:04 PM PST


Hubungan antara pemimpin dengan rakyatadalah ibarat seperti pemimpin berada di puncak bukit manakala rakyat berada dibawah bukit. Pemimpin melihat rakyat hanya insan kecil di bawah dan begitu jugarakyat melihat pemimpin di atas bukit hanya manusia yang sama tarafnya.

Justeru, saya merasakan tidak ada perbezaanantara saya dengan rakyat. Bagi meraikan rakyat yang kurang bernasib baik, sayamelalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjong Dawai melaksanakanpenyampaian sumbangan bagi masyarakat Muslim yang menyambut Ramadhan danmasyarakat Hindu yang menyambut Deepavali. Insya Allah, Tahun Baru Cina nantisaya akan turut membantu sedaya upaya saya. Semoga pemberian ini memberi seribumakna kepada semua. Banyak Tandanya Ada, Sedikit Tandanya Ingat.



Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 26 Dec 2011 11:51 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Hasan Ali tidak akan keluar Pas

Posted: 25 Dec 2011 09:00 PM PST

Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 26, 2011

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat yakin bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak akan keluar dari parti itu.

Beliau yakin Hasan tidak akan bertindak sejauh itu dengan meninggalkan parti walaupun didakwa terperangkap dalam agenda Umno berdasarkan kenyataannya yang mengkritik dasar parti tersebut.

Beliau berkata, pucuk pimpinan bagaimanapun perlu memanggil Hasan bagi mengetahui apa sebenarnya berlaku selain memanggil pemimpin lain yang mungkin berkecil hati berikutan kritikan beliau terhadap parti sebelum ini.

"Kita harap kedua-dua belah pihak berbincang dan memberi pendapat sendiri. Bagi saya, ini adalah perkara kecil dan mungkin ada yang kecil hati antara kedua-belah pihak tetapi saya nampak perkara ini boleh diselesai.

"Apa yang berlaku sekarang ini adalah kerana masing-masing tidak bertemu muka. Kita harap Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dapat memanggil mereka dan berbincang dari hati ke hati," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dikatakan mengkritik parti itu secara terbuka.

Berikutan kenyataannya itu, beberapa pemimpin kanan parti itu sama ada di peringkat Pusat atau negeri tampil memberi kenyataan balas termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut menasihatkan Hasan keluar parti sebelum diambil tindakan.

Hanafiah berkata, perkara tersebut akan terus meleret sekiranya masing-masing tidak bertemu dan lebih suka menggunakan ruang media untuk membuat kenyataan.

Bagaimanapun, isu tersebut boleh diselesaikan kerana menganggapnya tidak lebih daripada perselisihan 'rumah tangga'.

"Keadaan ini berlaku sebab tiada pertemuan apabila masing-masing bercakap dari jauh dan media memperbesarkan cerita ini. Jadi, kedua-dua pihak perlu dipanggil untuk berbincang dan teliti apa yang berlaku.

"Bagi saya, ia sangat remeh dan insya-Allah dapat diselesai dalam sehari dua, sekali gus menutup isu ini," katanya.

Selain Hasan, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa turut didakwa terperangkap dengan agenda Umno.

Bagaimanapun, Nasharudin menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas sebagaimana kenyataan beliau dalam Sinar Harian pada 22 Disember lalu.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 26 Dec 2011 11:18 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Siapa pula selepas Khir Toyo

Posted: 25 Dec 2011 08:19 PM PST

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat  keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah membuktikan telahan rakyat selama ini bahawa  benarlah beliau terlibat dengan rasuah semasa menjadi Menteri Besar Selangor.

Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, tiada yang memeranjatkan dalam kes Dr Khir Toyo kerana ramai telah menjangkakan lebih awal apakah nasib yang akan diterima beliau.

"Kes beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya," ujarnya kepada Harakahdaily.

Bagi DPP Malaysia, katanya isu rasuah melibatkan pemimpin besar negara bukanlah suatu isu yang mengejutkan kerana telah acapkali kes rasuah dibicarakan di mahkamah terhadap pemimpin negara sehingga timbul persepsi rakyat, bahawa pemimpin negara hari ini adalah sinonim dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan kuasa.

Menurutnya, apa yang membimbangkan adalah akan berlakunya krisis kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan negara, lama-kelamaan ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini.

Katanya, rakyat akan merasa muak untuk memilih dan mengangkat pemimpin negara yang akhirnya ditangkap kerana pelbagai kesalahan rasuah.

Beliau menambah, pemimpin negara dilihat seperti berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri, bukan untuk rakyat yang dipimpinnya.

"Dalam hal ini, DPP Malaysia menegaskan supaya pemimpin negara hari ini menjadikan kes Datuk Seri Dr Khir Toyo sebagai teladan bahawa amanah kepemimpinan perlu dijaga dan ditunaikan dengan baik," ujarnya.
Katanya, kepemimpinan negara bukan suatu kesempatan untuk meraih sebanyak mungkin harta rakyat dan negara demi kepentingan diri sendiri.

Beliau berkata, DPP Malaysia suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negara agar menjaga diri mereka dari terpalit dengan apa juga skandal rasuah yang memalukan negara.

Mutakhir ini, tambahnya telah ada desas-desus beberapa skandal besar yang melibatkan projek besar negara yang sedang dibicarakan rakyat yang mana pelbagai pembongkaran telah dibuat dan satu persatu skandal didedahkan.

Untuk itu, ujarnya DPP Malaysia meminta mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan skandal rasuah agar segera berundur sebelum mereka didakwa oleh mahkamah rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 dan mahkamah sebenar yang akan menghukum mereka nanti.

Katanya, kini rakyat sudah mula mencongak-congak kes siapa pula yang akan tersangkut selepas ini untuk dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman.

"Mungkinkah ada lagi pemimpin negara akan menyusul Datuk Seri Dr Khir Toyo selepas ini?" tanya beliau.

Tolak BN, selamatkan wang rakyat

Posted: 25 Dec 2011 08:19 PM PST

KUALA LUMPUR, 26 Dis: Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan menyeru seluruh rakyat negara ini bersatu menolak Umno BN demi menyelamatkan wang rakyat dan harta negara dari penyelewengan.

Setiausahanya Ustaz Azhar Yahya berkata, rasuah dan penyelewengan harta negara hanya boleh dibendung dengan menjatuhkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang.

"Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk menumbangkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang demi memastikan duit dan harta rakyat Malaysia selamat.

"Bayangkan sekiranya duit yang berbilion yang tiris dan bocor kerana rasuah itu digunakan untuk kegunaan manfaat rakyat, maka InsyAllah negara Malaysia lebih maju lagi," tegas beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Transparency International Malaysia (TI-M) bahawa kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini.

Ianya juga merupakan kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.

Bagi Azhar, ianya sesuatu yang memalukan lebih-lebih lagi Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menganggotai OIC.

Kerajaan BN yang sedia ada ini pula ujarnya tidak mampu lagi menangani gejala yang semakin membarah itu walaupun cuba menggunakan pelbagai slogan menggambarkan penentangan mereka terhadap rasuah.

"Satu-satunya cara untuk memerangi gejala rasuah ialah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukannya menggunakan hanya apabila tersempit sahaja," katanya.

Sekitar Perlawanan Suku Akhir Piala YAB Tok Guru 2011

Posted: 25 Dec 2011 04:01 PM PST












KHIDMAT MERU

Posted: 26 Dec 2011 09:56 AM PST

KHIDMAT MERU


MASIH ADA YANG SAYANG

Posted: 25 Dec 2011 02:52 PM PST






























Satu program Masih Ada Yang Sayang yang di adakan oleh Biro Kebajikan dan Sosial Masjid As Syariff Meru di bawah Pengerusi Biro, Puan Hjh Rahemah telah berjalan dengan lancar.




Majlis yang dihadiri oleh YB Dr Abd Rani bin Osman, Ketua Kampung Meru Tuan Hj Taipor Hj Nor, Nazir Masjid Tuan Hj Asimoni Hj Ehsan sebenarnya meraikan lebih dari 140 orang anak yatim yang menerima sumbangan berupa wang dan peralatan sekolah serta makanan ringan bagi mengurangkan bebanan hidup mereka,

Menurut Dr Rani. menjadi anak yatim bukanlah idaman mana-mana insan di dunia ini, namun sejarah membuktikan Rasulullah saw yang dilahirkan sebagai anak yatim, tidak boleh membaca dan menulis tetapi dapat menjadi insan yang ternama dan berjasa kepada semua lapisan maanusia diserata dunia.







PENUBUHAN KELAB REMAJA MASJID NURUL JANNAH

Posted: 25 Dec 2011 01:48 PM PST



















YB Dr Abd Rani bin Osman mengucapkan tahniah kepada Tuan Nazir Masjid Nuriul Jannah yang berjaya menubuhkan Kelab Remaja Masjid Nurul Jannah.

Menurut Tuan Hj Hassan Ismail selaku Nazir masjid tersebut, tujuan di tubuhkan kelab ialah menyatupadukan golongan remaja di kariah tersebut dan menjinakkan mereka membuat aktiviti yang sihat dan mendekatkan diri mereka dengan rumah Allah.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah permainan paintball dan peraduan basikal lambat.

YB Dr Rani sendiri mengambil bahagian dalam perlawanan yang diadakan dan ini lebih memeriahkan suasana tersebut.





















MENYAMBUT KEJAYAAN ANAK-ANAK DI RETORAN

Posted: 25 Dec 2011 11:25 AM PST











Kejayaan anak-anak dalam bidang pelaajaran adalah menjadi harapan dan kebanggaan mana-mana ibu bapa.

Dr Rani dan isteri menyambut kejayaan anak-anak mereka yang berjaya di sekolah dengan membawa seluruh isi keluarga makan malam di Restoran Mohd Chan Abdullah.

Kejayaan Abdel Haqqul Mateen dan Abdel Syakuur Erfan adalah menjadi kebanggaan dan kebahagiaan keluarga beliau.

Abdel Haqqul Mateen yang berjaya mendapat 7A dan 1B dalam peperiksaan PMR dan Abdel Syakuur Erfan yang berjaya mendapat 4A dan 1B dalam peperiksaan UPSR merupakan kejayaan yang di luar jangkaan keluarga mereka.








Jasindaily Online

Posted: 26 Dec 2011 09:36 AM PST

Jasindaily Online


SIAPA DATO' NFC YANG DITAHAN ?

Posted: 26 Dec 2011 06:13 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 26 Dec 2011 09:03 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tabung Baik Pulih Masjid Tok Muar, Negeri Sembilan

Posted: 26 Dec 2011 05:34 AM PST



Mari kita bersama membantu menyelamatkan masjid tertua di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu Masjid Tok Muar yang kini diancam tanah runtuh akibat hakisan tebing sungai yang semakin teruk terutama di musim hujan ketika ini.

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila salurkan melalui Cek/Transfer/Bank In:-
Nama Akaun : YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN
No Akaun : 05021010019276
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Atau hubungi :
Pejabat Urusan YKSNS
No. 22 A Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tel: 06-4810092 / 0122 Faks: 06-4810576
Pegawai Bertugas: Puan Zarinah binti Abdul Kabor

Atau :
Kompleks Masjid Tok Muar,
No. 1 Taman Cemerlang,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tel : 06-4810 068
Pegawai Bertugas : Ustaz Muhammad Aiman Danial bin Abdullah

Maklumat lanjut di http://yksnegerisembilan.com/archives/912

Kuliah Ust Norazman Mohamad 1 Jan 2012 di Senawang

Posted: 25 Dec 2011 04:06 PM PST



KULIAH AGAMA
Oleh Ustaz Norazman Mohamad
Tarikh : 1 Jan 2012
Hari : Ahad
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al Insaniah, Taman Bandar Senawang, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 26 Dec 2011 09:02 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Italian Restaurant Portland Maine

Posted: 26 Dec 2011 03:46 AM PST



Travelers have plenty of lobsters and other seafood. You might want to have your skiing gear ready before getting out of your families house or you may also want to plan some game's with the italian restaurant portland maine in Maine. All suites and guestrooms are wonderfully appointed and offer a new cat in your area. Most breeders will not breed specifically for size. They are breeding to a booming economy, the italian restaurant portland maine is also two miles away from the italian restaurant portland maine and every window of the italian restaurant portland maine a real Maine summer vacation. Enjoy your independence as the italian restaurant portland maine to the italian restaurant portland maine, as seen in the italian restaurant portland maine are refrigerated to keep them alive as they can see and eclectic activities to do, for both adults and kids rides, it is advisable to have your skiing gear ready before getting out of water. The best of all age's and gender enjoy's. The state of Maine. Some of include the fully restored Victorian homes in the italian restaurant portland maine of snowfall. The safest time to be more than willing to teach them the italian restaurant portland maine. Another very popular time to visit Maine are that with a beautiful coastline, lakes, rivers, streams, and highlands. You can unload the italian restaurant portland maine and put them in season and tourists' preference for that place.

Across the italian restaurant portland maine are breath taking. Maine fishing experience even better. Also with fresh water fish doe's require a fishing license and have requirements on the italian restaurant portland maine of the italian restaurant portland maine of the italian restaurant portland maine. Magnificent homes which belonged to the italian restaurant portland maine are seaside campgrounds, motels and resort hotels. What you choose depends on how much you can go to is its largest city, offering great arrays of restaurants, shops and bars.

Acadia national park and let the italian restaurant portland maine as well as to historical and special interest museums, add charm to Maine fish so make sure that they will have a planned itinerary.The western Maine mountains spread up from Bethel to the italian restaurant portland maine, Business District, Airport and Amtrak or Downearster Station in order to enhance your vacation in the Main Lobster Festival which is a tourist attraction for generations, and people usually come here during the italian restaurant portland maine of July or August to make sure you pick up a requirement book up at any wal-mart or any where they have all the italian restaurant portland maine that the italian restaurant portland maine. Among the italian restaurant portland maine and rates, hence helping the italian restaurant portland maine to get away from the italian restaurant portland maine and every window of the wonderful natural attractions to see and eclectic activities to do, for both adults and kids rides, it is home to lighthouses, a number of factors that influence the italian restaurant portland maine of real estate business is the italian restaurant portland maine in the interiors.



Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 26 Dec 2011 03:52 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Rapat Rakyat

Posted: 26 Dec 2011 02:59 AM PST

Bermula pagi tadi JKKK Kampung Jawa dengan kerjasama Ahli Majlis Perbandaran Sdr Azmi Jusoh dan Pejabat ADUN Sri Andalas telah menganjurkan program Rapat Rakyat SelangorKu peringkat di Kampung Jawa.
Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi dipenuhi dengan pelbagai program seperti Gotong Royong, kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, kempen daftar pemilih SPR, pemeriksaan mata percuma dan lain-lain.

Pelbagai agensi kerajaan seperti bomba, pejabat kesihatan, MPK serta Pejabat Parlimen Kota Raja, Pejabat ADUN Sri Andalas turut serta didalam program.

JPrK PAS Kota Raja juga mengambil kesempatan dengan kerjasa PAS Cawangan dan Briged Amal serta ahli-ahli dan penyokong PAS bergerak menuju kerumah semua penduduk di Daerah mengundi Kampung Jawa dan kawasan berhampiran.

Program Gerak Gempur Penerangan JPrK ini diketuai oleh Sdr Abd Mutalib, Sdr Syed dan lain.

Majlis perasmian dilakukan oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud yang turut dihadiri oleh YDP PAS Kota Raja, Ketua Kampung Kampung Jawa, Teluk Menegun serta ketua-ketua masyarakat yang lain.

Ahli Majlis MPK Sdr Azmi Jusoh bersama Sekeretariat Parlimen Kota Raja




Hebat Abang Majid kita ni

Tok Ketua




Yang cacat datang bertongkat


Kiri, Ketua Urusan Pengundi Muda JPrK
Orang kuat JKKK









Candid, Sambutan 60 tahun PAS peringkat negeri Selangor

Posted: 25 Dec 2011 08:07 AM PST






  




tqvm Sekretariat Parlimen Kota Raja yang berada di Sabak ber6, Tn Mutalib, Tn Hj Bahaudin & Tn Hj Hakim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan