Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 25 Dec 2011 03:25 AM PST How the EC is in cahoots with BN Posted: 24 Dec 2011 11:39 PM PST In an effort to lend an air of credibility to itself, the Election Commission (EC) has announced that indelible ink will be used in the upcoming 13th general election.
But there is no reason to jump for joy just yet. A lot of hanky-panky can still go on undetected right until the day of polling itself. Listed below are several examples:
1. Name not in the voter rolls and therefore unable to vote – any perfectly eligible voter whose name is not in the voter rolls is totally helpless to do anything about it. They can lodge a complaint of course but by then the results of the polls are already secured.
2. Name transferred out to another locality or worse still to another state – this is also an inconvenient move for the eligible voter and will very well impede his ability to vote if his name is transferred, say from Kuala Lumpur to Perlis. 3. PKR's Kuantan MP Fuziah Salleh has revealed that nearly 600,000 names in Selangor have been moved or shifted about without the voters knowledge and these are only the ones detected! Although indelible ink is a tremendous help in preventing multiple-voting, we are still back to square one if the eligible voters are unable to cast their vote due to hanky-panky in the voter rolls. Although prior to polling day we can check to see that our names are not tampered with, anything can still happen on the day of voting itself. With instant and advance technology our names can be in the voter rolls today but vanish tomorrow on polling way. There is no surefire guarantee that our names will be 100% kept safe in the voter rolls. 4. The only way the Pakatan Rakyat can win the 13th general election is with overwhelming support from the rural masses and from Sabahans and Sarawakians. This is because due to gerrymandering by EC, many small seats have been created in the rural areas. This is called the 'Voters-per-seat Formula'. For instance, the parliament seat of Batu in Kuala Lumpur has over 100,000 voters. Compare this to the rural areas where many seats have less than 10,000 voters. This means that 100,000 can only give one seat to the opposition if the opposition wins in Batu whereas in the rural areas 100,000 voters can already contribute 10 seats. This also shows that more weight or power is given to the rural seats as even with a few thousand voters, the rural folk have already one parliament seat compared to the city folk who need big numbers to get just one parliament seat. This unfair method of manipulation by EC has helped BN to win all along. 5. Besides playing around with the 'Voters-per-seat Formula', the EC can also move voters in a strategic manner. For example the Parliament seat of Shah Alam held by PAS' Khalid Samad. EC can move the Chinese voters to Klang which is held by DAP's Charles Santiago. In this way, BN regains Shah Alam. Forget about Klang, never mind. Next, the EC can also move the Chinese voters from the PAS seat of Titiwangsa to Cheras which is held by DAP. In this way, BN regains Titiwangsa. Forget about Cheras as it is impossible for BN to win in Cheras anyway. EC's dubious tactics By transferring out the Chinese to areas where BN finds impossible to win, they will regain seats lost to the opposition and those seats that BN cannot win we will notice that the opposition has won by a very margin, for instance Seputeh (won by DAP's Teresa Kok by a margin of 36,000), Kepong and Cheras (also won by DAP with large margins). This is a bad sign as it indicates that something is afoot. 6. Another of EC's dubious tactics is the demarcation of boundaries beyond rhyme or reason. Again, several examples:- - Parliament seat of Batu in Kuala Lumpur. This is supposed to be a KL Federal Territory seat but it has been extended beyond Pasar Borong Selayang right up to Taman Selayang Jaya in Selayang, Selangor. In fact it overlaps with Selayang's Parliament seat in Selangor.
- Parliament seat of Kepong in Kuala Lumpur. This is also a KL Federal Territory seat which has entered into Selayang, Selangor and overlaps with the Selayang Parliament seat as well.
- The third example also involving a KL Federal Territory seat is the Parliament seat of Titiwangsa which has been extended right up to Taman Chempaka in Selangor.
All those seats are geographically weird in nature and this is done to include in Malay voters who are known to favour BN. However, in the 12th general election in 2008, many urban Malays voted for the opposition. Knowing this, Umno is now frightening the Malays that they will be wiped-out if Pakatan comes to power. This is to prevent the Malays from voting for Pakatan. The Malays must remember that PAS is also a Malay party and PKR is Malay-based, thus there is no way the Malays will be wiped out if they give overwhelming support to Pakatan. It is only Umno that will be wiped-out! Therefore, it can be seen that due to EC's shenanigans, it is the rural voters that hold massive power to swing the election and decide who stays in Putrajaya. Together with the civil service, teachers, police and the armed forces which are BN's vote bank, the rural vote which encompasses the settlers of Felda, Felcra and their kith and kin and those in connection with them are more than enough to ensure that BN stays in Putrajaya. Mind you, the rural vote includes those in the Sabah and Sarawak interiors which have too many small seats and all these small seats contribute to BN's Parliament seat count as well. Truly, the 13th general election is going to be the biggest and dirtiest election battle in history, indelible ink notwithstanding. Indeed we are living in interesting and exciting times. Will the rakyat vote in Pakatan Rakyat to usher in a new era of change for the better or will we wake up to the same old boring BN with corruption stories day in day out the day after the election results are announced? We are certainly on the threshold of a great historic moment, greater than the fall of the Berlin Wall, will the rakyat rise to the occasion? Selena Tay is a FMT columnist. | Dr. Mariah menyatakan kekesalan PAS terhadap LPF Posted: 24 Dec 2011 08:14 AM PST PAS amat kesal dengan langkah Lembaga Penapis Filem (LPF) kerana melepaskan tanggungjawabnya kepada pihak penerbit dan pengarah sepenuhnya dalam urusan penapisan filem di negara ini.
Tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bukan sekadar memperlihatkan sikap lembaga itu yang ingin lari dari melaksanakan tugas pentingnya, tetapi diyakini akan mendatangkan kesan lebih buruk terhadap masyarakat.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, penapisan filem merupakan satu perkara amat penting yang sepatutnya mesti dilaksanakan oleh sebuah agensi kerajaan yang berwibawa.
Menurutnya, tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan dengan baik, tetapi langkah terbaru LPF untuk tidak lagi melakukan kerja-kerja itu mulai tahun depan jelas menunjukkan badan tersebut atau pihak kerajaan hanya memandang mudah perkara itu.
Katanya, langkah terbaru LPF itu pasti menimbulkan kehairanan kepada pelbagai pihak kerana ia seolah-olah menunjukkan pihak kerajaan tidak peka dengan tanggungjawabnya sendiri.
"Dengan melepaskan tanggungjawab itu dibimbangi akan lebih memburukkan keadaan apabila filem-filem yang mengandungi adegan-adegan yang sepatutnya dipotong turut ditonton oleh orang ramai," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Meletakkan tanggungjawab menapis hanya kepada pihak penerbit filem dan pengarah, menurutnya, pasti akan menimbulkan pelbagai risiko bagi perlaksanaan tanggungjawab moral kerana mereka mempunyai tanggapan tersendiri terhadap sesebuah filem yang dihasilkan oleh mereka.
Begitu juga dengan adegan-adegan yang terdapat di dalam filem yang mereka hasilkan itu kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri meskipun tidak disenangi pihak lain.
"Disebabkan perkara itu, dapatkah pihak penerbit dan pengarah itu sendiri yang diharapkan memainkan peranan itu dengan baik, apatah lagi jika mereka itu bukan beragama Islam?" katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.
Beliau yakin tindakan LPF itu bukan akan membantu mengatasi masalah gejala sosial di negara ini, malah akan mempertingkatkannya, ekoran filem-filem yang akan ditayangkan di negara ini nanti lebih banyak mempunyai adegan yang berunsur negatif.
"Ini tidak terkecuali sama ada filem-filem tempatan dan dari luar negara yang dibawa masuk ke negara ini kerana bagi filem-filem dari luar negara, tanggungjawab itu juga akan diserahkan kepada mereka yang membawa masuk filem-filem itu sendiri," ujarnya.
Jika sebelum ini di bawah tanggungjawab agensi itu sendiri pernah berlaku adegan-adegan yang sepatutnya dipotong tidak juga dipotong sehingga turut ditayangkan kepada umum, kejadian seperti itu diyakini lebih berleluasa setelah LPF mengambil langkah itu.
Pada hal di bawah tanggungjawab LPF, kejadian itu diyakini berlaku kerana masalah-masalah tertentu yang mungkin tidak disengajakan atau terlepas pandang.
"Dengan langkah baru LPF itu nanti, jika berlaku pasti bukan lagi masalah terlepas pandang, tetapi disengajakan oleh pihak penerbit dan pengarah ekoran perbezaan anutan agama, budaya dan tahap tanggungjawab moral di kalangan mereka," tambahnya.
Untuk mengimbangi langkah itu, pihak LPF digesa mengeluarkan garis panduan yang jelas kepada pihak penerbit, pengarah dan mereka yang terbabit dalam urusan membawa masuk filem-filem dari luar negara ke negara ini.
Katanya, menerusi garis panduan itu, pihak LPF mestilah menyatakan dengan jelas tentang filem-filem dan adegan-adegan yang tidak boleh ditayangkan di negara ini agar masing-masing dapat mengelakkan dari memasukkan unsur-unsur negatif ke dalam filem masing-masing.
Beliau turut menyarankan LPF agar menguatkuasakan undang-undang berhubung perkara itu untuk dikenakan kepada mereka yang gagal mematuhinya agar mereka tidak memandang ringan terhadap tanggungjawab moral.
"Hanya dengan itu yang dapat diharapkan agar filem-filem yang dihasilkan dan ditayangkan di negara ini bebas dari unsur-unsur negatif termasuk unsur lucah, mempersendakan Islam, jenayah dan sebagainya," ujar beliau | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 25 Dec 2011 01:49 AM PST Benarkah semua harta Khir atas namanya dan telah dirampas ? Posted: 24 Dec 2011 03:19 PM PST 29 Muharram 1433H. [MOD] -Antara hukuman kepada mantan MB Selangor dengan seorang yang miskin samun wang untuk beli susu kepada anaknya. di Johor juga ada kejadian di mana seorang penganggur mencuri 4 kotak syampoo berharga RM 107.40 dipenjar 2 tahun juga. Sedangkan Khir Toyo yang mencuri wang puluhan juta ringgit cuma kena setahun penjara, Itupun dapat penangguhan hukuman selain mendapat lanyan VIP bila tidak digari malah tersenyum lebar selepas di hukum. Tindakan merampas hartanya oleh Kerajaan Malaysia dilihat sebagai sebahagian dari hukuman yang keras, namun adakah Khir meletakkan semua harta atas namanya dan semuanya telah dirampas ?. Tentu semua akan dapat memberi jawapan yang tepat adakah benar Khir sudah tidak ada harta lagi ? Pakatan Rakyat dalam tawaran Buku Jingga menjanjikan sesuatu tewrmasuk PAS yang menawarkan Negara Berkebajikan adalah untuk menyelamatkan sisitem perundangan negara yang semakin diragui selepas hukuman yang tidak setimpal dikenakan kepada Khir Toyo. Kalau sudah begina jadinya nampaknya hukuman yang keras dan masimun akan kepada kepada rakyat bawahan yang miskin dan mencuri atas kesempitan hidup, namun pembesar BN yang cudah punya harta bertimbun kalau mencuri cuma dikenakan hukuman yang paling minima. Kes Khir Toyo mengakhiri warna politik tanah air dan ianya memberi isyarat yang jelas kepada rakyat untuk memberi harapan sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 akan datang bagi mengembalikan tahap kahakiman negara yang semakin diragui. Drs. Khalil Idham Lim Pariut Buntar, 25 Disember 2011. | Korban Ribut Washi Mencecah 1000 Posted: 24 Dec 2011 03:01 PM PST 29 Muharram 1433H. [MOD] - Jumlah kematian akibat ribut tropika Washi yang mengganas di selatan Filipina meningkat kepada 1,000 orang. Menurut statistik terbaharu yang dikeluarkan oleh kerajaan, angka korban di bandar Cagayan de Oro yang paling teruk dilanda bencana kali ini mencatat 579 orang, 283 orang di bandar Iligan dan 138 orang di bandar Dumaguete, sementara 49 lagi dilaporkan hilang. Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC) menganggarkan jumlah korban ribut ini dijangka terus meningkat. Presiden Benigno Aquino III yang melakukan tinjauan ke ketiga-tiga kawasan bencana tersebut berjanji akan segera menyalurkan bantuan. CRI.-
| Facebook paling banyak dicari Posted: 24 Dec 2011 03:00 PM PST 29 Muharram 1433H. [MOD] - NEW YORK 24 Dis. - Facebook merupakan perkataan paling banyak dicari sepanjang 2011, menurut perkhidmatan pemantauan di talian, Experian Hitwise. Ia merupakan tahun ketiga berturut-turut, jaringan sosial itu menduduki tempat pertama dalam senarai Experian Hitwise. Carian lain yang menggunakan perkataan Facebook seperti facebook login, facebook.com dan www. facebook.com juga menduduki tempat 10 teratas, menjadikan carian berhubung Facebook sebanyak 4.42 peratus daripada keseluruhan carian. Experian Hitwise berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding 2010. Selain itu, perkataan youtube, craigslist, yahoo dan ebay turut menduduki senarai carian paling banyak, sementara yahoo.com pula menduduki tempat ke-10. Perbezaan paling ketara dalam senarai adalah jaringan sosial Myspace yang berada di kedudukan kelima pada 2010, tidak tersenarai tahun ini. Jurucakap perkhidmatan pemantauan di talian itu, Matt Tathan berkata kepada Huffington Post, Myspace merupakan perkataan paling dicari pada tiga tahun pertama apabila senarai itu mula dilancarkan pada 2006. - AGENSI | Militan Boko Haram serang tiga bandar, 46 maut Posted: 24 Dec 2011 02:58 PM PST 29 Muharram 1433H. [MOD] - KANO 25 Dis. – Sekurang-kurangnya 46 orang terbunuh dalam beberapa siri serangan yang dipercayai didalangi militan Islam di utara Nigeria, semalam, kata pasukan perubatan. Serangan yang masuk hari kedua itu yang menyaksikan tiga bandar diserang menggunakan bom dan senjata api, dipercayai perbuatan militan Boko Haram. Kira-kira 19 mayat dibawa ke rumah mayat hospital Damaturu, manakala 20 lagi di bawa ke hospital Maiduguri. – AFP | 120,000 berkumpul bantah keputusan pilihan raya Rusia Posted: 24 Dec 2011 02:56 PM PST 29 Muharram 1433H. [MOD] - MOSCOW 25 Dis. – Kira-kira 120,000 orang berkumpul dalam satu demonstrasi untuk membantah keputusan kontroversi pilihan raya yang dimenangi Vladimir Putin, kata pihak penganjur semalam. Ahli politik Rusia, Vladimir Ryzhkov yang juga penganjur demonstrasi itu, berkata, beliau mensasarkan jumlah itu akan meningkat sehingga sejuta orang. "120,000 orang telah hadir dan demonstrasi selepas ini, kami akan membawa sejuta orang untuk berdemonstrasi," katanya. – AFP | Tujuh penunjuk perasaan Yemen ditembak mati Posted: 24 Dec 2011 02:53 PM PST 29 Muharram 1433H. [MOD] - SANAA 25 Dis. – Pihak keselamatan dan penyokong kuat Presiden Ali Abdullah Saleh menembak mati tujuh penunjuk perasaan di selatan ibu negara Yemen, semalam. Berpuluh-puluh penunjuk perasaan turut cedera apabila gas pemedih mata dan tembakan meriam air dilepaskan terhadap beribu-ribu penunjuk perasaan yang berarak untuk menuntut Saleh dibicarakan. Berpuluh-puluh penunjuk perasaan yang berkumpul di selatan bandar Taez sebelum berarak sejauh 270 kilometer ke ibu negara, tiba di Sanaa tengah hari semalam namun dihalang di selatan bandar itu. – AFP | Buat tatu di Bali, lelaki dijangkiti HIV Posted: 24 Dec 2011 02:30 PM PST 29 Muharram 1433H. [MOD] - SYDNEY 24 Dis. - Pihak berkuasa kesihatan Australia mendedahkan, seorang rakyatnya dipercayai dijangkiti virus HIV selepas membuat tatu di Bali, Indonesia. Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Australia Barat mencadangkan orang ramai yang membuat tatu di Bali agar menjalani ujian bagi mengesan virus tersebut. Bagaimanapun, ia tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai pesakit tersebut. "Semua bukti menunjukkan tatu itu menjadi punca jangkitan HIV. "Kes ini memaparkan risiko kesihatan sebenar apabila melakukan tatu di luar negara,'' kata jabatan itu dalam satu kenyataan. Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit jabatan itu, Paul Armstrong berkata, risiko dijangkiti HIV bukan sahaja melibatkan tatu tetapi juga bertindik. "Selain HIV, mereka juga terdedah kepada jangkitan Hepatitis B dan Hepatitis C serta bakteria,'' ujarnya. Pegawai Indonesia berkata, jumlah kes HIV/AIDS yang dilaporkan di Bali meningkat tahun lepas dengan seorang daripada empat pelacur menghidap penyakit itu. - AFP | Guna nama BBM Posted: 24 Dec 2011 02:28 PM PST 29 Muharram 1433H. [MOD] - TORONTO 24 Dis. - Pengeluar telefon pintar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mungkin terpaksa menukar nama perkhidmatan mesej popularnya, BlackBerry Messenger (BBM) selepas dikatakan melanggar cap dagang sebuah syarikat Kanada. Ini kerana perkhidmatan BBM itu, mempunyai nama sama seperti syarikat BBM Canada, sebuah firma yang menyediakan rating pendengar serta penonton televisyen dan radio. BBM Canada telah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Persekutuan tahun lepas dan keputusannya dijangka pada Februari ini. Ketua Eksekutif BBM Canada, Jim MacLeod berkata, beliau mahu RIM berhenti mengiklankan nama BBM itu. Namun, katanya, beliau bersedia menukar nama syarikatnya jika diberikan pampasan sewajarnya. "Kami perlu bersikap praktikal. Mereka beroperasi di seluruh dunia tetapi kami tidak. Namun, kami tidak bersedia untuk sewenang-wenangnya melepaskan nama kami,'' katanya. Dalam pada itu, RIM pula menyatakan akan tetap mengekalkan nama BBM dan tidak akan membayar pampasan kepada syarikat berkenaan. "Kami percayai BBM Canada cuba untuk mendapatkan cap dagang daripada akronim BBM itu yang tidak menggambarkan perkhidmatan yang ditawarkannya dan tidak diperuntukkan di bawah undang-undang cap dagang Kanada,'' ujar syarikat itu dalam satu kenyataan. MacLeod berkata, BBM Canada ditubuhkan pada 1955 dengan nama asal Bureau of Broadcast Measurement dan menukar namanya kepada BBM pada 1960-an. - Reuters | Pesakit mati selepas alat kelamin putus digigit tikus Posted: 24 Dec 2011 01:19 AM PST 28 Muharram 1433H. [MOD] - Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, di India, demikian menurut laporan sebuah media tempatan. Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age. Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut. "Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita. Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu. Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini. Sabtu lalu, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya. Dalam satu lagi tragedi malang di sebuah hospital swasta juga di Kolkata, pada 9 Disember lepas, lebih 90 orang mati lemas terhidu asap dalam satu kebakaran di bangunan hospital tersebut. - Bernama | |
Salam Perjuangan Posted: 25 Dec 2011 12:03 AM PST 'CYBER WAR' - KUASAI MEDIA BARU HADAPI PRU13 Posted: 24 Dec 2011 04:03 PM PST 29 Muharram 1433 H | 25 December 2011
Oleh Wan Nik Wan Yusoff, Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan
MESKIPUN banyak pihak sudah mengambil maklum akan pentingnya peranan media baru dalam kempen plihan raya, masih berlaku sikap sambil lewa di kalangan pengurus kempen PAS dalam memanfaatkan ruang kempen media baru untuk memberi maklumat kepada pengundi.
Kelebihan era "24 hours news cycle" yang menyaksikan informasi yang bersimpang siur tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.
Paling mudah diukur ialah sikap lewa pengurus kempen PAS, antaranya dari segi sejauh mana memanfaatkan telefon bimbit yang sentiasa di sisi itu sebagai alat penggempur maklumat.
Pengurus kempen PAS didapati tidak memberi tumpuan serius, terutama dari segi melengkapkan profil pengundi sasar dengan nombor telefon bimbit, gagal memanfaatkan SMS berkelompok dan online SMS. Agak minimum pula menggunakan SMS bergambar (multimedia message) atau pemberitahuan secara twitter. Penggunaan telefon bimbit bukan hanya sekadar untuk bersembang dan ber'sms' sahaja tetapi harus diperkasakan lagi dengan pengurusan perang media yang dijana oleh teknologi maklumat internet atau komunikasi maya.
Justeru setiap pengurus kempen PAS hendaklah turut menguasai dan berkuasa mencorakkan maklumat internet menerusi pelbagai jaringan komunikasi maya bersifat laman sosial seperti blog,facebook dan twitter.
Kesemua laman sosial ini boleh dicapai secara mudah oleh setiap pengguna telefon bimbit, kerana pelbagai peranti telefon bimbit sekarang sudah dilengkapi dengan aplikasi sistem laman sosial. Sementelah pula, budaya pengguna peranti komunikasi (termasuk kalangan pengurus kempen PAS) sekarang sedang berkembang ke arah penggunaan dwi-fungsi peranti atau dua-dalam satu, iaitu telefon dan iPad.
Kecanggihan peranti yang seharusnya dapat dimanfaatkan secara maksimum oleh pengurus kempen PAS demi memakmurkan kempen pilihan raya pascaledakan maklumat internet.
Kempen menerusi telefon mengambil peluang pengguna telefon bimbit di Malaysia kini sekitar 15 juta orang (daripada 28,908,795 orang) sudah tentu kempen media/isu menerusi peranti ini boleh memberi nilaian positif yang meyakinkan. Tinggal lagi, sejauh manakah usaha dan upaya itu dapat dilaksanakan?
Di sinilah peri pentingnya pendekataan perang media dirancang dengan kemas dan berstrategi. Apakah pengurus kempen PAS bersedia atau sudah melaksanakannya?
Menyelesaikan persoalan ini, pihak jentera kempen PAS perlu mengambil langkah-langkah berkikut:
Melatih dan membiasakan para pengurus kempen dengan budaya bestari perang media (smart culture of the media war). Ia bermaksud, suatu perancangan strategik berasaskan maklumat dengan teknik dan taktik serangan berorientasikan media baru. Ia perlu bermula dengan tindakan melengkapkan profail pengundi yang akses media baru.
Menyediakan medium dan bahan atau isu untuk disampaikan kepada pengundi menerusi peranti seperti telefon bimbit, mahupun iPad.
Ia memerlukan simulasi isu berupa agenda setting. Misalnya isu korupsi, kronisme dan nepotisme Umno yang terjelma melalui 'politik lembu' NFC boleh dijadikan modal awal untuk di- SMS-kan.
Selepas itu, diikuti dengan isu berikutnya. Antaranya isu isteri PM yang suka bergaya sebagai First Lady, dan isu-isu yang seterusnya. Apa yang penting penyediaan agenda setting secara berterusan sehingga pilihan raya adalah teknik penting untuk disesuaikan dengan penggunaan peranti telefon bimbit.
- Wujudkan pasukan penilai dan penarafan hasil atas kempen menerusi telefon bimbit. Penilaian adalah penting untuk penarafan setiap respons pengundi, apakah sikap pengundi bersetuju atau menolak isu-isu yang dibangkitkan? Atau, apakah sesuatu isu yang dibangkitkan oleh PAS mendapat sambutan popular di sisi pengundi atau sebaliknya.
Justeru itu, pendekatan kempen media baru seumpama pendekatan SMS telefon bimbit adalah salah satu teknik dan taktik untuk menguji peluang PAS sama ada menang atau sebaliknya. Ia suatu medium sosial yang memberi kesan politik serta establishment politik baru yang semestinya dimanfaatkan oleh pengurus kempen PAS. | |
PAS KDAS 3 Posted: 24 Dec 2011 09:19 PM PST YB Hassan Ali tarik Balik Kritikan Negara Kebajikan Posted: 23 Dec 2011 10:35 PM PST Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu. Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti. "Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut. "Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu," katanya pada sidang media di kediamannya di sini. Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama. Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam. Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam. "Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini. "Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan," katanya. Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya. | |
PAS LENGGONG Posted: 24 Dec 2011 07:23 PM PST Menjiwai Kepemimpinan Umar Al Khattab Posted: 24 Dec 2011 01:59 AM PST Saidana umar sedia di kritik dan sedia memohon maaf. Sistem PAS kearah itu sebarang rasa terkilan hendaklah dalam cara PAS. Ahlan Wsahlan Wa Syukran. KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti."Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut."Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama.Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam."Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini."Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan," katanya.Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya. | Syukur Posted: 23 Dec 2011 08:45 PM PST KUALA TERENGGANU, 24 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali(gambar) yakin, isu kekecohan yang berlaku dalam PAS sudah selesai.
"The game is over - permainan ini sudah selesai, bagi saya ia sudah selesai," kata Mustafa ketika memberikan ucapan dalam majlis makan malam di Markas PAS Kuala Terengganu, di sini malam tadi.
Mustafa mengulas kekecohan yang berlaku dalam PAS ekoran perang dalam media antara beberapa pemimpinnya.
Ia memuncak apabila Mustafa menyifatkan dua pemimpin Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa terperangkap dalam agenda musuh PAS iaitu Umno.
Menurut Mustafa, ia selesai melalui kenyataan beberapa pimpinan dan mesyuarat lajnah politik baru-baru ini.
"Dalam mesyuarat, saya tanya kepada semua yang terlibat dan masing-masing kata, apa yang mereka cakap lain, yang disiarkan media lain.
"Jadi jawapan saya dalam sidang media yang lalu harapnya yang terakhirlah," kata Mustafa.
Bagaimanapun, katanya, Dr Hasan akan membuat kenyataan hari ini dan dia akan melihat kenyataan itu samada untuk memberi respons atau tidak.
"Kalau dia (Dr Hassan) cabar suruh dedah, saya akan kajilah apa nak jawab," kata Mustafa.
Kes itu, katanya selesai dengan cara Presiden PAS memanggil tiga orang yang terlibat dalam kes ini termasuk Adun Hulu Klang yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib. | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 24 Dec 2011 12:19 PM PST Posted: 23 Dec 2011 03:24 PM PST Oleh Mohd Sayuti OmarKHIR Toyo Erodikromo telah pun mengetahui nasibnya hari ini bila mana Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan kerana didapati bersalah melakukan rasuah ke atas pembelian satu lot tanah atas namanya dan isterinya Zaharah Kechik. Saya tidak pasti apakah keputusan mahkamah hari ini telah dapat difirasatkan oleh isterinya lebih awal.
Saya masih teringat dalam satu interviu dengan sebuah akhbar dengan Zaharah Kechik selepas suaminya mengangkat sumpah menjadi MB Selangor dulu, Zaharah berkata dia tidak merasa terkejut dengan perlantikan suaminya sebagai MB kerana sebelum itu dia pernah 'bermimpi' yang Khir Toyo akan jadi MB.
Jadi saya tidak tahu apakah Zaharah mempunyai warida' yang suaminya akan masuk ke penjara suatu hari nanti. Hari ini kalau mahkamah tidak membenarkan rayuan, Khir Toyo sudah pun akan tidur berlapikan toto dalam penjara.
Sehubung dengan hukuman yang diterima hari ini Khir akan membuat keputusan mengenai masa depan politiknya pada 9 Januari nanti, tarikh sama Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menentukan apakan Anwar Ibrahim akan going back ke penjara atau pun tidak. Saya berfirasat Khir akan mengambil keputusan akan berihat dari politik sekiranya Anwar akan ke penjara.
Sebaliknya kalau Anwar didapati bebas dan dibenarkan jamin, Khir akan terus berpolitik. Iya, bagi Khir beliau tidak perlu gentar dengan apa yang berlaku. Kalau Anwar yang dijatuhi penjara sembilan tahun masih aktif dalam penjara kenapa tidak dengan Khir? Khir hanya 12 bulan sahaja kalau rayuanya ditolak. Jangan pula gara-gara rayuan itu hukuman di tambah enam bulan lagi menjadi 18 bulan sudahlah.
Dalam soal ini Khir kena belajar dan mengambil air bekas dalam botol Anwar untuk minum bagi menguatkan semangat dan menghilangkan rasa menggeletar. Anwar walaupun di penjara tetapi semangatnya kuat dan tidak patah. Dia melawan dari dalam tembok. Khir harus sama melawan dari dalam untuk membalas dendam dan memberi pengajaran kepada bekas menteri yang Khir dakwa cuba hendak menjatuhkan kerjaya politiknya. Khir jangan mudah mengaku kalah, kita anak jantan keturunan Jawa lagi.(Saya bukan Jawa walaupun nama macam Jawa).
Elok juga kalau Khir Toyo masuk penjara. Dia boleh kenal siapa lawan dan siapa kawan. Boleh tahu siapa yang setia dan siapa yang berpaling tadah saat beliau ditimpa musibah. Dengan apa yang berlaku akan mematangkan proses politik dan hidup Khir sendiri. Khir perlu mengingati siapa yang mengujunginya malam dan siang semasa menjadi MB dulu, yang datang membawa berbagai-bagai proposal dan hari ini ke mana mereka menghilang.
Apa yang dialami Khir hari ini sudah dilalui oleh Anwar. Kawan yang dulu 'mendolor' (bukan liwat) punggungnya, memujinya dan menjadi pembela terhadap kritikan kepadanya lari lintang pukang selepas Anwar dipecat dari Umno, hilang kuasa dan diringkukkan dalam penjara. Kawan-kawan yang mengelilingi Anwar kini sebahagian besar rakyat yang dulu tidak pernah mendapat perhatian Anwar. Sementara sebahagian yang hampir setiap Subuh bersembahyang bersama Anwar kini bertindak mufarakah dari saf Anwar.
Khir juga perlu ingat dan intai-intai apakah Dr Hasan Ali ada bertanya mengenai masalahnnya. Bukankah ketika saat kritikal hendak tubuh kerajaan Selangor sebaik pilihan raya ke-12 selesai dulu Hasan ada jumpa dengan Khir dan Khir berjanji akan menyokong Hasan sebagai MB Selangor. Jadi adakan hari ini saat Khir telah divoniskan Hasan ada jumpa Khir? Ataupun nombor telefon Khir Toyo pun Hasan sudah delete dari handsetnya.
Penantian untuk Khir sudah pun berakhir. Kini orang sedang menanti bila pula nasib bakal diterima oleh Sharizat Abdul Jalil. Khabarnya SPRM sudah pun mula masuk dan menggelidah pejabat projek lembu gemuk (NFC). Rakyat sedang menunggu apa yang ada di pejabat itu. Apakah Sharizat yang kini sedang mengigil dan tidak dapat tidur malam sampai mata pun sudah dalam terlibat atau tidak. Saya rasanya Sharizat tidak terlibat hanya menjadi mangsa saja. Mangsa suaminya, arkh.
Najib kata dia tidak menerima surat perletakan jawatan Sharizat. Saya yakin tiada surat itu tetapi saya mempercayai Najib sudah mencari calon baru untuk diletakkan berdepan dengan Nurul Izzah di Lembah Pantai. Tidak ada guna Najib pecat sedangkan pilihan raya sudah hampir, jangan calon Sharizat samalah dengan pecat. Kalau pun pecat Sharizat kononnya nak tunjukkan Umno bersih, orang sudah tahu Umno sudah lama berkeladak dengan pelbagai najis.
Dalam perhatian saya Raja Nong Chik adalah pengganti Sharizat dan pahlawan Umno akan berdepan dengan Nurul Izzah.
Sesudah pejabat lembu gemuk digelidah dan Sharizat sudah berada di hujung senja, orang sedang menunggu bila pula Awang Adek Hussein akan dipanggil memberi kenyataan dan menyerahkan segala dokumen berhubung transaksi wang ke dalam akaun peribadinya. Orang ramai juga sedang tunggu siapakah dari tiga orang pegawai Awang Adek itu yang menjadi tukang urus akaun peribadinya. Adakah yang bernama Rahim, atau Ramli atau Nik Yahaya? Atau orang lain suku sakat, saya hanya tahu dari H hingga L sahaja.
Masa terus berjalan dan kisah-kisah mereka di atas itu belum selesai sepenuhnya. Khir Toyo masih diluar, antara beliau dengan Anwar siapa yang akan bertepa di Sungai Buloh. Sharizat dan Awang Adek juga sedang menggeletar dan membuat perhitungan. Siapa antara mereka yang akan terlepas atau pun terjerat dengan rasuah.
Kepada Zaharah Kechik kalau suami tersayang terpaksa transit hidup di penjara pergilah jumpa dengan Dr Wan Azizah belajar darinya bagaimana untuk hidup tanpa suami. Bagaimana untuk menghadapi cemuhan dan pandangan serong orang ramai bila suami menjadi narapiadana. Wan Azizah adalah sebaik-baik guru bagi mana-mana isteri yang suami mereka meringkuk ke dalam penjara.
Sama-sama kita tunggu saat dan waktu pasti akan tiba juga. Tidak lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia. Sesiapa yang benar akan dibenarkan Allah dan sebaliknya begitulah juga. Kepada Khir Toyo selamat belajar berukun untuk hidup dalam penjara berlapikkan toto dari Golok http://msomelayu.blogspot.com | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 24 Dec 2011 09:36 AM PST YB Sura Selar Sikap Lunak Kerajaan Terhadap Isu Murtad Posted: 23 Dec 2011 06:34 PM PST SURA, 23 Disember: YB Ustaz Wan Hasan Mohd Ramli menyelar sikap kerajaan yang memandang kecil isu murtad dalam negara. Ketika masyarakat Islam sentiasa diberitakan mengenai bilangan isu murtad yang menakutkan, kerajaan pula mengambil langkah memindahkan semua perbicaraan kes murtad daripada mahkamah syariah ke mahkamah sivil.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyebut berkaitan perkara tersebut di Putrajaya.
" Kes murtad nanti akan berada di bawah mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah kerana jika mahkamah syariah, keseluruhan masalah tidak dapat diselesaikan sebab apabila disebut murtad ia membabitkan pelbagai pihak termasuk bukan Islam.
" Jadi, saya minta supaya JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mengatur pertemuan dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi memaklumkan kewujudan enakmen ini," ujarnya selepas mengadakan pertemuan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan Islam di sini kelmarin.
Berikutan isu tersebut, YB Ustaz Wan Hasan yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun mengkritik sikap kerajaan dalam menangani isu yang sangat penting dalam Islam. Sikap yang ditunjukkan mengukuhkan lagi bukti pengkhianatan pimpinan UMNO terhadap agama. Isu penurunan bendera Perdana Menteri selama lima minit lebih penting bagi UMNo daripada isu agama.
" Pada zaman Rasulullah dan khulafa' ar-Rasyidin, terdapat 11 kes murtad yang berlaku. 3 kes berlaku di Zaman Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam, 7 kes pada zaman Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq Radiallahu'anhu dan 1 kes pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab Radiallahu'anhu. 1 Kes murtad diselesaikan ketika Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam masih hidup, 9 kes diselesaikan pada zaman Sayyidina Abu Bakar dan 1 kes diselesaikan pada zaman Sayyidina Umar"
" Panglima-panglima Islam dilantik bagi memerangi kes murtad pada zaman tersebut. Para ulama' menyatakan pengurangan secara mendadak kes murtad daripada zaman Sayyidina Abu Bakar ke zaman Sayyidina Umar menunjukkan sikap sahabat yang bersungguh-sungguh untuk memerangi isu murtad pada zaman tersebut", tegas beliau ketika menyampaikan khutbah di Masjid Sura Lama di sini.
Sikap lunak yang ditunjukkan oleh kerajaan dalam menangani isu murtad menunjukkan UMNO sebenarnya yang menjadi keldai tunggangan parti komponen mereka, bukan PAS. | PAS kembalikan kedaulatan Islam di Terengganu Posted: 23 Dec 2011 05:28 PM PST MARANG, 23 Dis: Pemerintahan kerajaan Islam Terengganu yang diasaskan oleh Sultan Zainal Abdin (III) telah dikembalikan ketika kerajaan PAS memerintah negeri ini tahun 1999-2004. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, undang-undang Islam yang digubal di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) bukti Islam pernah berdaulat di negeri Terengganu. Katanya, Itqan Al-Muluk Bi Ta'Dil As-Suluk itu berlaku di zaman Sultan Zainal Abidin (III) yang menunjukkan kepintaran baginda.Menurutnya, baginda mewujudkan Perlembagaan Negeri yang digubal oleh ulama-ulama dan pembesar negeri waktu itu."Perlembagaan Negeri Terengganu Itqan Al-Muluk Bi Ta'Dil As-Suluk ini berlaku di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) yang menunjukkan kepintaran beliau."Baginda Sultan mewujudkan Perlembagaan Negeri yang digubal oleh ulama-ulama dan pembesar negeri waktu itu. Itqan Al-Muluk Bi Ta'Dil As-Suluk itu nama Perlembagan Negeri Terengganu," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika wawancara khas mengenai undang-undang Itqan Al-Muluk Bi Ta'Dil As-Suluk di zaman kerajaan Sultan Zainal Abidin (III) di kediamannya, Rusila pagi tadi.Berita Penuh: Di Sini | Adam Adli : Dewan Pemuda PAS turut bersama anda Posted: 23 Dec 2011 11:31 AM PST Dewan Pemuda PAS menegaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC baru-baru ini. "Tindak balas ke atas Adam Adli sangat keterlaluan. Ludah, pukul dan terkini (dakwaan) ugutan ke atasnya telah melepasi batas kewarasan manusia bertamaddun," tegas ketuanya, Nasrudin Hassan.
"Sekalipun mereka menganggap tindakan berani Adam menurunkan bendera Datuk Seri Najib sebagai satu kesalahan, tetapi tindak balas sedemikian adalah suatu tindakan yang sangat keterlaluan.
"Insya-Allah, DPPM tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas andai terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Adam Adli,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nasrudin berkata, seperti yang telah beliau tegaskan sebelum ini bahawa tindakan anak muda itu menurunkan bendera Najib perlu ditangani secara diplomasi.
"Beliau selaku mahasiswa, selaku intelek muda tentunya mempunyai asas kukuh kenapa beliau bertindak sedemikian. Beri peluang kepada beliau membuat penjelasan, kenapa beliau melakukannya.
"Kerana saya percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya," tambahnya.
Sebagai contoh, tegas Nasrudin, beliau sendiri pernah dikritik hebat oleh sebahagian media ketika menurunkan bendera Sweden satu ketika dahulu.
"Tegas saya nyatakan bahawa tindakan saya menurunkan bendera tersebut sebagai satu isyarat jelas bahawa Sweden tidak lagi dihormati apabila rakyatnya sewenang-wenang menghina Nabi Muhammad SAW.
"Perbuatan menurunkan bendera tidak lagi sepadan dengan tindakan mereka menghina Rasulullah SAW.
"Begitulah saya melihat kes Adam Adli. Kalau tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan dia saja-saja pergi menurunkan bendera Datuk Seri Najib," tegasnya.
student handing memo to suhakam on academic freedom Bebas chairperson Muhammad Safwan AnangNasrudin menganggap tindakan nekad Adam itu sebagai isyarat atau mesej yang ingin disampaikannya kepada perdana menteri.
"Selaku kerajaan, dengarlah suara hati anak muda itu. Jangan perkecilkan beliau. Jangan sangka beliau keseorangan. Paling tidak, mahasiswa, anak-anak muda yang terpinggir akan sepadu bersama Adam Adli.
"Saya selaku ketua DPPM sekali lagi menyatakan rasa kesal dengan tindak balas di luar batas kewarasan tersebut.
"Saya harap Adam bersabar. Kuatkan pergantungan kepada Allah swt. Anda tidak keseorangan. Dewan Pemuda PAS turut bersama anda," tambahnya.
sumber : malaysiakini
| |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 24 Dec 2011 09:16 AM PST |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 24 Dec 2011 07:48 AM PST |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 24 Dec 2011 03:51 AM PST Bantahan di Kedutaan Mesir Posted: 23 Dec 2011 06:00 AM PST Gabungan pertubuhan wanita, Solidariti Wanita Prihatin hari ini menyerahkan satu memorandum ke pejabat Kedutaan Mesir bagi membantah perlakuan kejam tentera negara itu terhadap kaum wanita. Ianya berhubung rakaman satu klip video yang disebar di internet yang memaparkan seorang wanita Mesir yang menyertai demonstrasi rakyat negara itu diserang dan dibelasah tentera dengan kayu pemukul sehingga separuh mati. Lebih menyedihkan, apabila pakaian dan tudung wanita itu juga telah ditarik hingga terselak sekaligus mengaibkannya. Malah dua lelaki yang cuba membantu wanita itu juga turut dipukul dengan kejam oleh tentera tersebut.
Penyerahan memorandum itu disertai Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Dr Siti Mariah Mahmud, AJK International Muslim Women Union (IMWU), Malaysia Azlin Hezri, wakil Empower Maria Chin Abdullah, Koordinator Solidariti Wanita Muda Malaysia (SWiMM), wakil Persatuan Mawaddah Malaysia (PMM) dan wakil Ameerah. Memorandum mengandungi empat tuntutan itu diterima wakil kedutaan, Yasser Hashem di bangunan kedutaan itu di Jalan Rhu persiaran Ampang Hilir di sini.Antara lain kandungan isi memorandum menyatakan desakan agar Ketua Tentera Mesir, Field Marshal Tantawi segera memohon maaf kepada wanita dan dua lelaki yang dipukul tersebut.Mereka juga mahu Field Marshal meletakkan jawatan tertinggi tentera itu secepat mungkin.Mereka berpendapat, wanita sepatutnya dilindungi dan dihormati kaum lelaki apatah lagi tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan dan bukan bertindak zalim kepada orang awam. "Ada banyak cara bagi menangani rakyat secara baik. "Jika demonstrasi itu ganas ke apa ke, mereka perlu ditangani dengan baik, bukan ganas dilawan dengan ganas," katanya YB Dr Siti Mariah kepada pemberita selepas penyerahan itu. Bercakap pada sidang media sama Maria Chin dan Azlin juga sependapat, tindakan kejam tentera tersebut tidak sepatutnya berlaku sekalipun provokasi dimulakan oleh rakyat. "Perhimpunan aman ke tak aman ke, tindakan pencabulan dan kekejaman khususnya kepada wanita seperti ini tidak patut berlaku," kata Maria. Aiman Athirah pula berkata, beliau tidak menolak kemungkinan tindakan tersebut cubaan memberi gambaran buruk terhadap kepimpinan baru negara itu selepas kejatuhan regim akibat kebangkitan rakyat enam bulan lalu. Katanya, banyak pihak tidak senang dengan kemenangan parti yang memperjuangkan Islam di negara itu dan cuba memburukkan imej mereka. Dalam pada itu, bantahan sama turut dibuat di Mesir apabila kaum wanita turun beramai-ramai di Kaherah sebagai tanda protes.
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan