Selasa, 20 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 20 Dec 2011 01:52 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


NFC membarah: Kondo RM10 juta di Singapura pula

Posted: 20 Dec 2011 01:00 AM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 20 Dis: Umno perlu membuat keputusan segera untuk bertindak kepada pihak yang bertanggungjawab dalam skandal NFC atau terus dimalukan.

Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) semakin membarah apabila PKR hari ini mendedahkan NFC membeli sebuah kondominium bernilai hampir RM10 juta di Singapura.

(Kondominium mewah Orchard Scotts di Singapura. Disinilah NFC membeli unitnya bernilai kira-kira RM10 juta)

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

Pendedahan kali ini dibuat oleh tiga pemimpin kanan PKR dalam sidang media mereka hari ini.

Ketiga-tiga mereka adalah Saifudin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Zuraida Kamarudin (Ketua Wanita) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategik).

Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno menekan agar Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Turut memberikan tekanan adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Ini kerana, NFC dikendalikan oleh suami dan anak-anak beliau.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu beranggapan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika pinjaman itu diluluskan, Tan Sri Muhyidin Yassin mesti bertanggungjawab ke atas penyelewengan ini kerana projek ini terletak di bawah penyeliaan kementerian yang beliau jaga.

Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka.

"Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh," kata kenyataan mereka bertiga.

Pendedahan dibuat ekoran Umno dan Shahrizat belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat.

"KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan," kata mereka.

Menurut kenyataan itu, mereka ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.


Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC, kata mereka.

Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.

Pada hari ini, KEADILAN boleh mendedahkan satu komunikasi (dalam bentuk email) di antara Saudara Wan Shahinur Izran dengan Saudari Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran di Singapura bagi pihak keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Email ini membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah di Singapura.

Bagi tempoh 3 bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil dianggarkan memindahkan sejumlah S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura.

Jika ini berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura.

Amalan ini sudah tentu turut berleluasa dengan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh mereka di Singapura, kata mereka.

Oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah milik penuh keluarga Shahrizat Jalil, wang dari NFC boleh sahaja dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat ini, kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts.

"Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh berdiam diri lagi kerana pendedahan demi pendedahan membuktikan berlaku penyelewengan berleluasa dalam penggunaan dana rakyat berjumlah RM250 juta itu.

"Kami mendesak beliau mengambil tindakan segera membekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan secepat mungkin," kata kenyataan itu.

Harakah Daily

Tidak timbul isu DAP mahu kerusi MB Selangor

Posted: 20 Dec 2011 12:50 AM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 20 Dis: Pakatan Rakyat (PR) mengutuk sekeras-kerasnya pembohongan yang disebarluaskan oleh pihak tertentu bahawa DAP sedang merancang untuk mengambil kuasa Menteri Besar Selangor dengan meletakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu.

"Kita melihat ini sebagai satu usaha terdesak Umno khususnya untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong calon-calon PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi DAP negeri, Teresa Kok Suh Sim, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Hakikatnya, kata beliau DAP adalah parti berbilang kaum tetapi telah 'dipenjarakan' dalam imej parti bukan Melayu oleh Umno sebagai strategi politik pecah dan perintah yang telah mereka gunakan ke atas rakyat selama ini.

Jelasnya, Umno mahu meneruskan pembohongan dengan menimbulkan satu persoalan yang tidak pernah ditimbulkan oleh mana-mana pihak dalam PR.

Beliau yang juga Adun Meru menjelaskan DAP telah mencadangkan kepada PR Selangor supaya mereka dibenarkan meletak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu.

Ini, katanya dicadangkan DAP dengan tujuan supaya DAP boleh membebaskan dirinya daripada imej yang 'dipenjarakan' oleh Umno.

Menurutnya, perbincangan telah dilakukan secara tenang dan terbuka bersama rakan-rakan PR dan bukan secara tertutup atau rahsia.

PAS dan PKR, jelasnya telah menyatakan kekhuatiran ia akan dieksploitasi oleh Umno yang sememangnya menggunakan sentimen perkauman untuk menyerang PR.

DAP, ujarnya akan dituduh gila kuasa dan PAS serta PKR pula akan dituduh pengkhianat bangsa.

"Walaupun inilah apa yang sering dilakukan Umno, namun tindakan itu boleh mengukuhkan persepsi yang songsang ini di kalangan masyarakat Melayu," ujarnya.

Tegasnya, persoalan jawatan Menteri Besar Selangor tidak pernah timbul kerana PR berpuas hati dengan prestasi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan tiada apa-apa rancangan untuk menukarnya.

"Kami yakin bahawa melalui kerjasama dan semangat saling sokong menyokong yang ditunjukkan selama ini, prestasi Selangor di bawah Tan Sri Khalid akan bertambah, bukan sebaliknya.

"Sekalli lagi kami dari PR mengutuk sekeras-kerasnya usaha adu domba dan persengketaan berbau perkauman yang disebar Umno dan menggesa mereka meninggalkan tabiat buruk dan terkutuk itu demi negara," ujarnya lagi.

Justeru, beliau berharap semoga rakyat diselamatkan daripada politik perkauman sempit yang diperjuangkan Umno BN.

"Semoga rakyat memahami bahawa politik sedemikian hanya pembohongan Umno BN untuk menutup amalan rasuah dan penyelewengan yang telah menjadi darah daging mereka selama ini," katanya.

Harakah Daily

Futsal Pemuda Perak meriah

Posted: 20 Dec 2011 12:40 AM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melalui Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) telah menganjurkan kejohanan Futsal tahun 2011 kali ini.

Sebanyak 33 pasukan telah menyertai kejohanan kali ini yang datang daripada seluruh Negeri Perak. Pasukan yang telah menyertai kali ini dipilih oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Haji Asmuni Awi.

Manakala kehadiran daripada kepimpinan Pemuda PAS Perak terdiri daripada Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dan Setiausahanya, Salman Saleh.

Kejohanan kali ini diserikan dengan cabutan bertuah yang menarik berikutan hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur menarik minat hadirin untuk tunggu hingga ke saat akhir.

Harakah Daily

PKR: Dr M bohong, terus bohong

Posted: 20 Dec 2011 12:30 AM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

PKR hari ini menunjukkan rekod kerajaan yang menunjukkan bahawa Malaysia menerima dana daripada Bank Dunia pada 1999 untuk menangani kiris kewangan.

Merujuk kepada apendiks Belanjawan 2010, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, ia jelas menunjukkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berbohong dan terus berbohong dengan menafikan perkara itu.

"Kalau pun Tun Mahathir meragui dokumen-dokumen rasmi dari Bank Dunia, beliau tidak boleh menafikan dokumen rasmi kewangan negara yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan di Parlimen," katanya.

Berdasarkan belanjawan 2919 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober 2009, kerajaan menerima bantuan untuk sektor sosial daripada institusi global pada 1999.

MALAYSIAKINI/-

Video di Youtube perli ‘panglima ludah’

Posted: 20 Dec 2011 12:11 AM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 20 Dis: Sebuah video dimuat naik di laman Youtube, memperli aksi dan tindakan samseng Pemuda Umno yang mengugut untuk memukul dan meludah seorang mahasiswa kerana menurunkan bendera presiden Umno di PWTC, Sabtu lalu.

Dalam video berkenaan, jurucakap yang meniru semula aksi Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha, 'menyelar' tindakan 'biadap' mahasiswa yang memasuki laman sosial Myspace serta 'mengagungkan' Facebook.

Menggelarkan diri mereka sebagai 'top-top perang', video berkenaan mengejek Armand Azha yang membuat ancaman ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli dalam satu video yang juga dimuatkan di laman Youtube.

Mereka memberi amaran kepada mahasiswa yang menggunakan Facebook supaya tidak memasuki laman sosial Myspace.

"Ini semua top-top perang. Kalau saya jumpa mahasiswa itu, saya tampar dan saya ludah. Puii," kata pemuda berkenaan sambil aksi 'meludah' itu diikuti sekumpulan rakan-rakan di belakang nya.

Kata-kata itu meniru amaran Armand terhadap Adam Adli yang berkata "Jangan sampai satu hari kami jumpa kami ludah, kami tampar muka kau.. Berani kau kurang ajar dengan kami? Ini semua panglima perang tahu?,"

Sehingga berita ini ditulis, video berkenaan yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama kyopropaganda sejak semalam, disukai lebih seribu pengguna internet.
Video itu turut dihubungkan di Facebook, dan mendapat komen dan sambutan dari orang ramai.

Dalam perkembangan sama, pengguna Facebook turut membina laman peminat Adam Adli- sebagai tanda sokongan terhadap mahasiswa terbabit. Laman itu disukai lebih 8,000 pengguna internet setakat ini.

Keadilan Daily

PETRONAS Tamat Taja Ariff Alfian

Posted: 20 Dec 2011 12:00 AM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – PETRONAS menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009.

PETRONAS sekali gus mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.

"Setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff Alfian memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar PETRONAS dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

"PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya," menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Dublin apabila menyedari Ariff Alfian tidak pulang ke Malaysia selepas penajaannya ditamatkan, kerana bimbang terhadap keselamatan dan status beliau di Ireland.

Pada Mei 2009, PETRONAS mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman berkenaan kepada Ariff Alfian dan penjaminnya mengikut peraturan serta syarat perjanjian yang sudah ditetapkan dan juga dipersetujui oleh kesemua pihak.

"Sehubungan itu, perbincangan juga sudah diadakan dengan penjamin pada pertengahan tahun ini mengenai pembayaran balik pinjaman berkenaan. Sehingga kini, PETRONAS masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu, walaupun surat peringatan sudah dihantar pada 6 Disember lalu.

"Adalah penting bagi PETRONAS menerima pembayaran balik pinjaman ini untuk dimasukkan semula ke dalam dana penajaan pengajian tinggi bagi keperluan bakal pelajar tajaan PETRONAS pada masa hadapan," menurut kenyataan itu. – Berita Harian Online

Twitter terima pelaburan Putera Alwaleed RM954.3j

Posted: 19 Dec 2011 11:30 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

GAMBAR fail menunjukkan Twitter dan seorang pengguna laman itu menerusi telefon bimbit. Gambar kecil Putera alwaleed.

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu (UAE) - Bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal dan syarikat pelaburannya menyatakan semalam bahawa mereka akan melabur sebanyak AS$300 juta (RM954.3 juta) ke atas laman web perkongsian sosial Twitter.

Pelaburan bersama dengan Syarikat Kingdom Holding (KHC) milik Putera Alwaleed dibuat selepas rundingan selama beberapa bulan dengan ia mewakili kepentingan strategik dalam Twitter.

Putera Alwaleed yang telah lama membuat pelaburan dalam sektor media dan tekonologi berkata, urus niaga berkenaan mencerminkan minat pelaburan dalam perniagaan yang berdaya maju dan memberikan impak global.

Twitter membenarkan penggunanya menghantar mesej pendek hingga 140 huruf.

Ia menjadi alat penting yang menghubungkan penunjuk perasaan dan untuk menyampaikan maklumat semasa kebangkitan rakyat di rantau Arab pada awal tahun ini.

"Kami percaya bahawa media sosial akan membawa perubahan besar dalam lanskap industri media dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Twitter akan menguasai dan menjana keuntungan daripada trend positif ini," kata Pengarah Eksekutif KHC, Ahmed Halawani dalam satu kenyataan.

Putera Alwaleed merupakan anak saudara pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah.

Twitter memiliki lebih 100 juta pengguna aktif yang menghantar sekitar 250 juta mesej yang dikenali sebagai tweets pada setiap hari.

Putera Alwaleed disenarai sebagai orang ke-26 terkaya di dunia oleh majalah Forbes.

Pada September lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Dick Costolo menyatakan pelaburan tunai akan membolehkan syarikat itu menentukan hala tuju laman itu. - AGENSI

Umno tidak boleh dipakai lagi - bekas Pengarah Pendidikan

Posted: 19 Dec 2011 11:21 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH, 20 Dis: Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran.

"Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini.

"Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam.

Apa guna dirinya yang diberikan kesihatan sihat tinggal diam di rumah padahal penyelewengan terus berlaku dengan memperdayakan rakyat miskin sebagai 'kambing hitam' bagi mengaut undi, katanya.

"Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu.

"Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional," terangnya.

Tambah beliau, akibat terlalu banyak penipuan dan penyelewengan membuatkan rakyat mempertikaikan keikhlasan BN yang sanggup memberikan wang RM500 kepada setiap keluarga sedangkan negara terus dicengkam bebanan hutang yang tinggi.

Jika kerajaan terlalu prihatin terhadap rakyat bukan sekarang mereka mulakan pemberian RM500 itu tetapi sejak dulu lagi sebab kemiskinan rakyat sudah lama, katanya.

"Jika BN benar-benar mahu bantu rakyat kenapa hari ini baru nak bagi RM500. Mereka buat secara mendadak semata-mata dengan tujuan yang tersembunyi," tambahnya.

Pemberian itu pun, bagi beliau, disebabkan timbul perasaan irihati setelah rasa tergugat dengan pemberian beberapa skim oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

"Adalah tidak lojik lagi, rakyat yang sudah matang masih tidak berani buat perubahan demi kebaikan semua pihak serta negara," kata Datuk Adnan.

Menceritakan kesungguhan dirinya untuk turun berkempen di mana sahaja sekiranya dijemput beliau yang ada pertalian dengan pejuang kemerdekaan Leftenan Adnan menambah, semua itu dibuat untuk membuang perasaan bersalah dalam dirinya yang bekerja untuk kerajaan sedangkan kerajaan yang disanjung melakukan penindasan, penipuan dan penyelewengan yang ketara memalukan.

Peliknya, ujar beliau, kenapa mereka yang ada jawatan tinggi dalam kabinet tidak langsung timbul perasaan bersalah atau meletakan jawatan bila gagal sebagai menteri sebaliknya terus bangga dengan kesalahan yang dibuat.

Beliau bertanya apakah kapasiti mereka yang asyik melakukan penyelewengan mengaku sebagai Umat Islam sedangkan mereka memakan daging saudara sendiri.

"Pesanan saya kepada rakyat gunalah otak, guna akal, guna jari, guna perasan dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk menegakan yang hak memerangi yang batil. Jangan takut buat perubahan yang menguntungkan semua pihak," tegasnya lantang.

Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut menyaksikan penyerahan 15 keping borang permohonan menjadi ahli PAS di sekitar kubu kuat Umno di Permatang Binjai.

Kemasukan itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni.

Borang diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dijemput khas memberikan ucaptama bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

Harakah Daily

SBPA: Jangan rosakkan masa depan rakyat, negara

Posted: 19 Dec 2011 11:19 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Dis: PAS kesal dengan sikap kerajaan yang sentiasa mengambil langkah tergesa-gesa dalam menentukan sesuatu polisi.

"Terkini ialah dengan memaksa kakitangan kerajaan untuk menandatangani skim Saraan Baru Perkhimatan Awam (SBPA) yang diumumkan oleh kerajaan," kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

Katanya, seperti yang diketahui, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) masih perlu berunding dengan kakitangan kerajaan untuk menyetujui skim tersebut.

Tetapi hari ini, katanya pihak guru-guru telah diminta untuk menandatangani segera skim tersebut, walaupun tempoh akhir masih belum sampai iaitu pada 31 Disember 2011.

PAS, jelasnya telah melalui pengalaman di mana pihak kerajaan telah menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menyebabkan banyak SAR terpaksa ditutup.

Tambahnya, tujuan kerajaan ialah supaya mereka menyerah diri kepada skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam rangka pihak kerajaan menguasai pendidikan Islam dalam negara ini.

Menurutnya, pada 2006, PPSMI telah dipaksa kepada rakyat dan ternyata PPSMI telah membawa kepada kerosakan kepada kemajuan pendidikan kebangsaan yang berasaskan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Justeru, katanya apabila skim-skim yang membabitkan pendidikan dilaksanakan tanpa rundingan yang sebaik-baiknya dengan pihak kerajaan, PAS bimbang akan banyak lagi masalah yang akan timbul dalam bidang pendidikan yang akan merosakkan falsafah pendidikan di negara ini.

"Memadailah ibu bapa bimbang terhadap akhlak anak-anak mereka disebabkan kegagalan dasar pendidikan moral atau kelemahan dasar dalam pendidikan akhlak," ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, PAS berharap kerajaan menyelesaikan segera isu-isu besar seperti ini di samping membuat perancangan yang betul dalam bidang pengurusan, kerana perancangan semasa yang dibuat secara tergesa-gesa telah menyebabkan banyak kerosakan termasuklah soal penempatan guru-guru lepasan institusi pengajian tinggi dalam bidang pendidikan yang gagal diselesaikan sehingga hari ini.

"Begitu juga apabila SBPA mahu dilaksanakan, pastikan ia membawa kebaikan kepada rakyat keseluruhan, bukan untuk sesuatu kepentingan yang boleh merosakkan masa depan rakyat dan negara," ujarnya.

Harakah Daily

Penjual ayam didenda RM1,600 miliki daun ketum

Posted: 19 Dec 2011 11:15 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

SIK - Mahkamah Majistret Sik, semalam, mengarahkan seorang penjual ayam membayar denda RM1,600 atas kesalahan memiliki sejumlah 2.01 kilogram (kg) daun ketum.

Muhamad Syafik Sobri, 20, dituduh memiliki daun tumbuhan yang mengandungi Mitragynine, iaitu bahan bahan yang disenaraikan dalam jadual pertama dan ketiga (bahan-bahan Psikotropik) Akta Racun 1952.

Muhamad Syafik didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(35) akta sama, kira-kira jam 2.50 petang, 27 Ogos lalu, di jalan Padang Awam, kawasan Kampung Mandul, Sik.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun, atau kedua-duanya sekali.

Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin mengarahkan Muhamad Syafik membayar denda RM1,600 atau penjara lima bulan jika gagal membayar jumlah denda ditetapkan.

Terdahulu, Muhamad Syafik dalam rayuannya memohon agar dikenakan hukuman paling minimum atas alasan hanya bekerja sebagai penjual ayam dengan pendapatan RM30 sehari selain tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan sebelum ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syaiful Akmal Mohd Razi.

Sinar Harian

Pemuda PAS Perak perkukuh hubungan dlm PR Perak

Posted: 19 Dec 2011 11:10 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Angkatan Muda Keadilan PKR Negeri Perak bagi mengukukuhkan hubungan antara kedua parti yang kini dalam Pakatan Rakyat di Negeri Perak.

Rombongan Pemuda PAS Perak diketuai oleh Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss bersama 10 orang Ahli Jawatankuasa Kerjanya. Angkatan Muda Perak pula diketuai oleh Ketuanya, Dr Meor Ahmad Isharra Ishak bersama Ahli Jawatankuasa Kerjanya menyambut kedatangan Pemuda PAS Perak.

Perbincangan lebih kearah untuk mengukuh peranan anak muda di dalam PR Perak bagi memastikan PR akan kembali memerintah Negeri Perak setelah dirampas dengan cara kotor awal Februari 2009 yang lalu. Perbincangan hampir sejam tersebut banyak membincangkan persiapan jentera pilihanraya kedua-duanya.

Pemuda PAS Perak juga akan bertemu selepas ini dengan Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda Sosialis DAP Negeri Perak dalam masa terdekat untuk meneruskan agenda mengukuhkan hubungan dengan parti tersebut menjelangnya persiapan jentera Pilihan Raya Umum ke - 13 nanti.

SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Futsal Pemuda PAS Perak meriah

Posted: 19 Dec 2011 11:00 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melalui Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) telah menganjurkan kejohanan Futsal tahun 2011 kali ini.

Sebanyak 33 pasukan telah menyertai kejohanan kali ini yang datang daripada seluruh Negeri Perak. Pasukan yang telah menyertai kali ini dipilih oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Haji Asmuni Awi. Manakala kehadiran daripada kepimpinan Pemuda PAS Perak terdiri daripada Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dan Setiausahanya, Salman Saleh.

Kejohanan kali ini diserikan dengan cabutan bertuah yang menarik berikutan hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur menarik minat hadirin untuk tunggu hingga ke saat akhir.

SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Minta kaji faktor jenayah meningkat

Posted: 19 Dec 2011 10:59 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Pas meminta kerajaan mengkaji faktor yang mempengaruhi peningkatan kes jenayah membabitkan penuntut antarabangsa, khususnya dari Afrika yang belajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) di negara ini.

Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, kes-kes jenayah seperti sindiket penipuan dan pemalsuan dokumen yang dikaitkan dengan pelajar negara terbabit dilihat membimbangkan dan tidak boleh dipandang ringan.

Sehubungan itu, perkara paling utama, katanya, adalah memastikan pengambilan pelajar luar negara terutama Afrika benar-benar menepati syarat kemasukan ke IPT dan kesan daripada tindakan undang-undang yang telah diambil oleh pihak kerajaan.

"Walaupun banyak operasi telah dilakukan tetapi jumlah kes yang disiarkan tidak pernah berkurangan, malah semakin meningkat. Justeru, perlu dikaji sebab-sebab berlaku dan meningkatnya jenayah tersebut khususnya yang dilaporkan dalam akhbar," katanya.

Dalam laporan media tempatan baru-baru ini, seramai 89 warga Afrika termasuk lima wanita ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 selain ada yang disyaki terlibat dalam sindiket penipuan antarabangsa.

Menurutnya, kes-kes jenayah membabitkan pelajar dari negara Afrika terutama di sekitar Lembah Klang dilihat tidak berkurangan, malah semakin meningkat.

Katanya, keadaan itu secara tidak langsung membabitkan isu keselamatan negara yang perlu diberi perhatian segera.

Sinar Harian

9 dicekup asyik laga ayam

Posted: 19 Dec 2011 10:56 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

TELUK INTAN - Kemaruk bermain laga ayam di dalam estet kelapa sawit mengundang padah apabila sembilan individu yang leka bermain dicekup dalam satu operasi di Jalan Estet, Kampung Bahagia, di sini, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, operasi berjaya dilakukan hasil maklumat orang awam dan risikan anggotanya sebelum menyerbu lokasi kaki judi berkenaan.

Katanya, ketika serbuan dilakukan sekumpulan orang awam yang asyik bermain permainan laga ayam terkejut dengan kehadiran polis dan mereka cuba melarikan diri.

Namun mereka dikepung dan polis berjaya menahan sembilan lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun yang disyaki terlibat dengan aktiviti laga ayam di kawasan ini.

"Selain itu, kami turut merampas 13 ekor ayam yang dikatakan digunakan untuk aktiviti laga ayam," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Mohd Zaki berkata, kesemua suspek yang dipercayai orang luar daerah ini dibawa ke IPD Hilir Perak untuk siasatan lanjut.

Katanya, pihaknya juga akan menyiasat dalang di sebalik aktiviti itu yang dipercayai dijalankan oleh penduduk tempatan.

Sinar Harian

Polis cari Samuel Thangaraju

Posted: 19 Dec 2011 10:54 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

IPOH – Polis mencari seorang pemandu lori yang terlibat dalam satu kemalangan maut pada 17 Mac lalu, membabitkan kenderaannya dengan sebuah motosikal, supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini.

Individu dikenali sebagai Samuel Thangaraju a/l Jebamony, 38, beralamat Jalan Sungai Pari Buntong di sini, tidak pernah hadir ke mahkamah tetapi diwakili peguamnya. Waran tangkap juga telah dikeluarkan.

Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal maut dan pemboncengnya cedera.

Samuel Thangaraju diminta hadir ke mahkamah pada jam 8 pagi di hadapan Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani.

Orang ramai yang mengetahui dan dapat memberi maklumat individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Inspektor Hanum di talian 010-3915581 atau 05-2451546.

Sinar Harian

Penjual surat khabar disamun

Posted: 19 Dec 2011 10:52 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Seorang penjual surat khabar rugi lebih RM200 apabila disamun seorang lelaki tidak dikenali di Singapore Street, di sini, kelmarin.

Thien Yuen Yin, 63, yang sibuk berkemas untuk pulang terkejut didatangi seorang lelaki, yang disangkanya mahu membeli surat khabar.

Menurutnya, sebaik sahaja lelaki terbabit menghampirinya, suspek terus menolak basikalnya dan melarikan sebuah beg plastik berisi wang tunai serta beberapa barang berharga.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang," katanya.

Menurutnya, beg plastik berkenaan mengandungi wang hasil jualan surat khabar dan beberapa kotak rokok untuk dijual.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Champbell, di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komosioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat di bawah Sesyen 379 kerana mencuri.

Sinar Harian

Jangan sensasi isu masjid

Posted: 19 Dec 2011 10:50 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Orang ramai dinasihatkan tidak mensensasikan isu Masjid Kariah Mantin yang disimbah cat Khamis lalu kerana kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, spekulasi yang ditimbulkan orang ramai dikhuatiri akan mewujudkan suasana tegang.

"Kita mohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kes ini kerana siasatan masih dijalankan.

"Setakat ini, kita telah mengambil keterangan beberapa orang saksi kejadian ini. Kita yakin siasatan akan selesai dalam tempoh terdekat," katanya kepada Sinar Harian, se­­ma­lam.

Hamdan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian, diminta tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan perbuatan khianat.

Sementara itu, wakil pe­ngurusan Masjid Kariah Man­tin yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, pihaknya akan melakukan kerja pembersihan dan mengecat semula tembok serta dinding masjid berkenaan yang dicemari cat merah, hari ini.

"Pihak pengurusan masjid telah mendapatkan kebenaran untuk membersihkan dan mengecat semula masjid daripada pihak polis.

"Kerja-kerja pembersihan akan dilakukan secara gotong royong," katanya.

Sinar Harian

Fuziah sedia pertahan kerusi

Posted: 19 Dec 2011 10:44 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

KUANTAN – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bersedia mempertahankan kedudukannya di tempat yang sama jika dikekalkan di peringkat pusat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13).

Menurutnya, pemilihan kerusi Kuantan diserahkan kepada peringkat pusat sama ada untuk mengekalnya atau memilih calon lain sebagai ganti.

"Saya telah lakukan yang terbaik, di sini tempat di mana saya dibesarkan hinggalah saya mencurahkan bakti saya kepada setiap masyarakat yang memerlukan.

"Jadi saya sentiasa bersedia untuk terus berkhidmat di sini dan mempertahankan pencalonan jika masih mempunyai laluan. Namun jika ada calon lain dirasakan lebih layak, saya akan menyokong kerana calon-calon yang ada semuanya terbaik.

"Selain itu, saya juga telah berjaya meletakkan Kuantan sebagai tempat yang baik jadi sangat yakin mereka yang terpilih boleh meneruskan usaha saya selama ini," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi.

Sementara itu, Fuziah sering turun padang bertemu masyarakat tanpa mengira waktu sama ada menjelang pilihan raya atau sebaliknya turut yakin dengan pendekatan yang digunakan ini.

Fuziah berkata, keadaan masih tidak membimbangkan kerana pengundi di sini nampaknya masih memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Selepas saya menang hingga kini, saya tidak berhenti bekerja dan turun padang bertemu dengan masyarakat dan rakyat di sini, khususnya. Ini kerana sistem kerja yang saya amalkan tidak berkala, jadi rakyat boleh nampak saya di mana-mana bersama mereka dan boleh meminta bantuan tidak mengira masa.

"Dengan itu, jika melihat kembali perjalanan kerja saya, rasanya pengundi sekarang sudah bijak menilai sendiri dalam memilih wakil rakyat yang layak," katanya.

Sinar Harian

Pas perbanyak program komuniti

Posted: 19 Dec 2011 10:40 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

POKOK SENA - Pas Kawasan Pokok Sena akan memperbanyakkan Program Pemimpin Bersama Komuniti tahun hadapan, dalam usaha mengenal pasti masalah penduduk dan golongan sasaran yang memerlukan.

Yang Dipertua Pas Kawasan Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, program itu diadakan setiap dua minggu dan kini mula menampakkan hasil.

Menurutnya, melalui program itu pelbagai masalah dapat dikesan dan Majlis Ketua Kampung (MKK) akan memanjangkan masalah itu kepada wakil rakyat, seterusnya ke pengetahuan Kerajaan Negeri untuk tindakan lanjut.

"Pemimpin setempat seperti MKK yang akan mengenal pasti terlebih dahulu masalah yang dihadapi penduduk dan mengenal pasti individu yang memerlukan perhatian dan bantuan daripada wakil rakyat dan Kerajaan Negeri.

"Kita juga akan memperbanyakkan lagi program turun padang seperti yang kita lakukan ini pada tahun hadapan kerana ia mampu mendekatkan pemimpin dengan masyarakat komuniti di seluruh kawasan Pokok Sena," katanya kepada Sinar Harian semasa turun padang di Kampung Bukit Lada.

Lima kampung berjaya dilawati iaitu membabitkan Kampung Bukit Lada, Kampung Bukit Payong, Kampung Palas, Kampung Mata Air dan Kampung Lenchut Emat.

Mahfuz, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menekankan peranan belia dalam menyumbangkan perubahan kepada kampung masing-masing

Menurutnya, peranan belia sangat penting untuk membawa perubahan kepada kampung kerana mereka mampu menyumbangkan tenaga dan juga buah fikiran.

"Generasi lama sudah tidak berkeupayaan lagi, maka generasi muda iaitu barisan pelapis bersama kita turun padang memperlihatkan komitmen, keupayaan dan kemampuan mereka yang sangat menyerlah dalam mengetahui masalah utama di kawasan mereka," katanya.

Tambahnya, sambutan masyarakat pada program yang dianjurkan sebelum ini membuktikan program berbentuk sedemikian sememangnya dinantikan rakyat.

Sinar Harian

Tadika PASTI Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia

Posted: 19 Dec 2011 10:30 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

IPOH: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan tadika berteraskan Islam yang menawarkan peluang pendidikan kepada kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun di negara ini. Dengan kurikulum yang komprehensif, sistem pendidikan yang progresif dan guru-guru yang terlatih, PASTI telah menjadi pusat pendidikan kanak-kanak yang terbaik di Malaysia.

Sewaktu berucap merasmikan Hari Anugerah Kualiti PASTI Peringkat Kebangsaan di Hotel Seri Malaysia, Ipoh baru-baru ini, Muhammad Sabu, Timbalan Presiden PAS menyatakan bahawa PASTI ditubuhkan oleh PAS bagi melahirkan insan soleh yang pintar di negara ini.

Ia merupakan tanggungjawab PAS kepada masyarakat dalam bidang pendidikan bagi melahirkan generasi yang bertaqwa dan bijaksana. PASTI yang telah wujud lebih 25 tahun di negara ini mempunyai rangkaian cawangannya yang banyak bagi memudahkan masyarakat mendapatkan pendidikan yang lengkap untuk anak-anak mereka. Di PASTI, murid-murid dididik dan diasuh dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat membangunkan rohani, intelek, emosi dan jasmani mereka mengikut acuan Islam.

Menurut Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Hassan Ahmad, ibu bapa yang menghantar anak-anak ke PASTI sebenarnya telah membuat keputusan yang bijak dan tepat kerana PASTI terbukti telah berjaya mendidik dan membimbing serta menanamkan asas-asas Islam yang kukuh kepada kanak-kanak.

Dalam menghadapi situasi gejala sosial yang semakin menjadi-jadi di negara ini, ibu bapa sepatutnya menghantar anak-anak mereka ke PASTI supaya anak-anak mereka memiliki sahsiah dan benteng agama yang mantap. Tambah beliau lagi, misi PASTI adalah mahu menjadikan murid-murid mampu menguasai 5M, iaitu `membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamal'.

PASTI akan melaksanakan beberapa inovasi dan program baru untuk murid-muridnya seperti program Pra-Tahfiz PASTI, solat dhuha, kaedah dan teknik pengajaran-pembelajaran terkini dan sebagainya. "PASTI berhasrat menjadi pusat pendidikan kanak-kanak terunggul di negara ini dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia', tambah beliau.

Kejayaan PASTI kerana kehebatan kurikulumnya dan kemahiran guru-gurunya. Kurikulum dan kandungan pendidikan yang disampaikan oleh PASTI jelas lebih jauh kehadapan dalam sistem pendidikan prasekolah yang ada di negara ini.

Sempena Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia tersebut, persembahan khutbah dan nasyid oleh murid-murid PASTI serta pelancaran Manual Pengurusan PASTI turut diadakan.

Bagi ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak mereka yang berusia 4 hingga 6 tahun ke mana-mana PASTI di negeri Perak ini, pendaftaran masih dibuka. Untuk maklumat lanjut, dapatkan maklumat dengan menghubungi 017-5525949 (En.Ridzuan Rashid) atau email: pastiperak@yahooo.com, Facebook: pastimalaysia.

Dengan kurikulum yang komprehensif, sistem pendidikan yang progresif dan guru-guru yang terlatih, PASTI telah menjadi prasekolah berteraskan Islam yang terbaik di Malaysia. Misi PASTI adalah mahu menjadikan murid-murid mampu menguasai 5M, iaitu `membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamal'.

SAFARIZAL SALLEH/-

Tarik anak muda ceburi politik

Posted: 19 Dec 2011 08:35 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA KLAWANG - Media baru menjadi salah satu faktor penarik bagi golongan muda menceburkan diri dalam arena politik, kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz.


Nik Abduh berkata, situasi sekarang tidak seperti zaman pasca kemerdekaan di mana politik hanya menarik minat golongan tua kerana mereka hanya cenderung membaca akhbar yang diterbitkan pada masa itu.

Menurutnya, anak muda hari ini bukan sahaja berhibur dengan muzik atau filem kegemaran mereka, malah mula memberi tumpuan kepada arena politik.

"Jika dahulu anak muda sering melakukan kerja yang tidak ada kaitan dengan politik dan ia menjadi asing bagi mereka.

"Tetapi kini berbeza, di tangan mereka ada beratus-ratus maklumat dan berita mengenai politik yang mereka baca dari seluruh dunia," katanya pada Majlis Ceramah Umum Pas yang diadakan di Balai Islam Kampung Kuala Pah, se­ma­lam.

Hadir sama, Adun Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani; Pesuruhjaya Pas Me­laka, Adly Zahari; Ketua De­wan Pemuda Pas Negeri Sembilan, Khairul Anuar Wafa dan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Kateran Marman.

Nik Abduh berkata, Pas turut memberi kepercayaan kepada golongan muda untuk menjawat jawatan pesuruh­jaya Pas negeri.

Menurutnya, hal itu dibuktikan dengan kedua-dua jawatan tersebut disandang oleh golongan muda di Melaka dan Negeri Sembilan.

"Tidak ada di tempat lain jawatan pesuruhjaya ini disandang oleh orang muda kecuali Melaka dan Negeri Sembilan.

"Ini membuktikan Pas percaya orang muda mampu meneruskan perjuangan Pas dan membuat kerja-kerja untuk parti bagi mencapai matlamat perjuangan," katanya.

Beliau berkata, Pas adalah parti Islam dan perjuangan Pas mudah iaitu mahu membawa orang Melayu kembali kepada agama Islam.

"Namun ada segelintir mengatakan Pas membawa Islam yang tidak betul. Apabila orang mendengar seruan kembali kepada Islam, adakah ia tidak berguna?," katanya.

Katanya, kepercayaan diberikan rakyat di kedua-dua buah negeri itu me­nunjukkan mereka yakin dengan perjua­ngan Pas meskipun diketuai oleh golongan muda.

Sinar Harian

Mangsa banjir Johor meningkat ke 1,000

Posted: 19 Dec 2011 08:20 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di lima daerah yang dilanda banjir di Johor meningkat kepada 1,011 orang setakat pukul 9 malam tadi.

Setiausaha Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata sebanyak 18 pusat pemindahan banjir telah dibuka iaitu 12 di Kluang, tiga di Segamat dan masing-masing satu di Kota Tinggi, Batu Pahat dan Johor Baharu.

Daerah Kluang mencatatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 754 orang daripada 193 keluarga dari Kampung Mengkibol, Kampung Muhibbah, Kampung Kolam Air, Kampung Berasau, Kampung Orang Asli Sungai Peroh, Kampung Punchor, Kampung Sri Cahaya, Kampung Contoh, Kampung Batu 4 Paloh, Kampung Melayu Mardi dan Perumahan Rakyat Yap Tau Sah, katanya.

Turut dipindahkan ialah 143 mangsa banjir dari Kampung Batu 10, Skudai di Johor Baharu.

Di Segamat, sebanyak 81 mangsa banjir dari Kampung Usaha Jaya; Kampung Paya Dalam dan Kampung Spangloi di Segamat kini ditempatkan di Balai Islam Kampung Paya Dalam, Balai Raya Spangloi dan Balai Raya Kampung Usaha Jaya.

Seramai 18 mangsa banjir dari Kampung Parit Haji Kamisan, Yong Peng, Batu Pahat dan 15 mangsa banjir dari Kampung Sungai Berangan, Kota Tinggi ditempatkan di balai raya kampung masing-masing.

- Bernama

Umno hidup atas tipu helah

Posted: 19 Dec 2011 08:00 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

Meskipun Umno menjadikan DAP sebagai sasaran utamanya dalam perhimpunan agung Umno 2011, target sebenarnya adalah untuk melemahkan PAS atau sekurang-kurangnya terus meletakkan parti Islam itu dilihat sebagai komponen terkecil dalam Pakatan Rakyat. Ia bagi memudahkan Umno memainkan emosi dan sentimen pengundi Melayu, serta menyuntik keraguan tentang keupayaan PAS untuk "menggantikan Umno" sebagai teras dalam kerajaan baru nanti.

Melalui kolum ini, agak kerap juga saya mengingatkan bahawa seteru politik Umno yang utama, daripada dahulu hingga sekarang, tetap sama, iaitu PAS. Justeru, walaupun ada suara pemimpin tertinggi Umno untuk mengajak PAS mengadakan persefahaman politik, seperti pada 1999 dan 2008 -- setiap kali sebaik saja keputusan pilihan raya yang menjejaskan Umno -- ia lebih kepada usaha terdesak parti itu bagi mengekalkan kuasa. (Menjelang pilihan raya 1990, yang menyaksikan persefahaman politik pembangkang yang menggusarkan Dr Mahathir Mohamad, PAS juga didekati dengan motif menggagalkan barisan Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, yang diketuai tengku Razaleigh Hamzah).

Demi survival kuasa, Umno bersedia melakukan apa jua, termasuk menyembah dan mengemis individu atau parti yang dimusuhinya sejak lama. Pada 1999, Dr Mahathir beberapa kali beria-ia memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor, untuk membincangkan isu-isu "perpaduan ummah". Ya, kita tidak boleh bayangkan bagaimana wajah Umno tanpa singgahsana kuasa. Benar, Umno tewas beberapa kali, di beberapa negeri, tetapi ia tetap dapat berpaut erat dengan kuasa kerajaan persekutuan, yang masih menjanjikan pelbagai "keasyikan". Kekayaan, prestij dan pengaruh terus terpelihara.

Apabila kedudukan Umno yang tergugat teruk dalam pilihan raya 1999, sehingga mencalarkan imejnya sebagai parti terbesar orang Melayu, telah dapat dipulihkan dalam pilihan raya 2004, maka tawaran atas nama "perpaduan ummah" itu tidak timbul lagi. PAS kembali digasak dan diasak. Pelbagai istilah dan label negatif yang dilemparkan sebelum itu timbul kembali. Aktivisnya seolah-olah menjadi warganegara kelas kedua, ditekan dan ditindas jika ada peluang berbuat demikian.

Sebaik saja kuasa Umno kembali terancam, seperti berlaku pada 2008, maka kedengaran kembali suara-suara merintih dan merayu untuk menjalin kerjasama dan muafakat, atas nama kepentingan bangsa dan memartabatkan agama. Seolah-olah selama ini Umno begitu prihatin dengan degup jantung penderitaan umat ... Didengungkan bahawa Melayu akan kehilangan kuasa politik sedangkan yang panik menanti saat-saat kejatuhan adalah Umno.

Namun, selepas ajakan atau pelawaan ditolak, secara tiba-tiba PAS akan dituduh sudah terpesong jauh, serta menyeleweng daripada prinsip dan perjuangannya yang asal, walhal selama ini Umno tidak pernah pula menghormati dasar Islam yang diasaskan sejak penubuhan PAS 60 tahun lalu itu.

Oleh kerana imej buruk DAP di kalangan masyarakat Melayu-Islam dikira masih belum dapat dibersihkan, maka wajah PAS akan dihodohkan dengan bermacam-macam dakwaan dan tohmahan seperti "PAS alat DAP", "PAS menjadi biro agama DAP", "PAS diperkudakan DAP". Segala perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS -- sesuatu yang lazim bagi mana-mana parti politik yang dinamik -- akan dikaitkan dengan "ketamakan untuk berkuasa" dan "keghairahan untuk mendakap Putrajaya".

Kebetulan pula dalam PRU12, DAP menunjukkan prestasi paling cemerlang berbanding PAS dan KeADILan. Dalam masa sama, politik sering dikaitkan dengan bilangan atau nombor. Meskipun diakui bahawa dalam Pakatan Rakyat, tiada mana-mana parti, walaupun mempunyai kerusi lebih banyak, boleh memaksa kehendaknya kepada pihak lain, sepertimana Umno sering bertindak kepada komponen BN, namun real politik harus diambil kira.

Apa pun, tohmahan Umno tidak akan berhenti di situ. Misalnya, apabila PAS melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan baru-baru ini, susulan daripada tema muktamar tahunan Jun lalu, strategis Umno terus menuduh bahawa DAP menjadi faktor utama PAS beralih daripada memperjuangkan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Dalam berita Bernama TV, malam Jumaat lalu, Naib Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi melemparkan tuduhan sama. Katanya, perubahan dasar dalam PAS ditentukan oleh taukeh politiknya, DAP. Sedangkan tema Negara Berkebajikan ini bukan perkara baru. Model negara yang diiktibarkan daripada al-Quran dan Sunnah ini terakam sejak penubuhan PAS lagi, dengan ungkapan "Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur", bermaksud "Negara yang sejahtera dan (mendapat keampunan) Tuhan Yang Maha Pengampun".

Malah, tema manifesto PAS dalam pilihan raya 2008, yang dilancarkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di Pejabat Agung, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, pada 21 Februari 2008 adalah "Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih: Menuju Negara Berkebajikan". Harus diingat bahawa ketika itu belum lagi ditubuhkan Pakatan Rakyat, dan PAS juga tidak mengadakan kerjasama politik secara langsung dengan DAP, selepas parti itu keluar daripada Barisan Alternatif sebelum pilihan raya 2004.

Dalam ucapan pelancaran manifesto itu, Ustaz Hadio berkata, tanggungjawab menunaikan Negara Berkebajikan ini adalah lebih luas daripada istilah yang difahami di politik Barat 'welfare state'. "Walaupun sebahagiannya dilaksana oleh negara-negara Barat, objektif yang dimaksudkan oleh PAS dalam negara ini adalah lebih luas. Bagi merealisasikan tema ini PAS menonjolkan tiga ciri yang penting bagi pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu beramanah, adil dan bersih," katanya.

Ternyata Umno bertungkus-lumus berusaha menyambung talian hayatnya di atas siri pembohongan dan penipuan ....

Harakah Daily

SPR cuba alih perhatian

Posted: 19 Dec 2011 07:40 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) seperti yang dinyatakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof belum ada hitam putih.


Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Wan Nik Wan Yusof berkata, walaupun SPR menyatakan persetujuan untuk menggunakan kaedah tersebut, ia belum ada kata putus daripada pihak kerajaan.

Menurutnya, pengumuman itu mungkin hanya untuk mengalih perhatian orang ramai kepada isu lain yang lebih serius seperti pertindihan daftar pemilih yang masih belum diselesaikan sepenuhnya.

"Setakat ini, kita lihat SPR akan bersandarkan kepada kabinet, menteri atau Parlimen, kita hanya boleh mempercayainya selepas ia diumumkan secara rasmi oleh kerajaan. Mungkin juga ia hanya untuk memberitahu kepada rakyat bahawa SPR melakukan sesuatu untuk menjadikan pilihan raya lebih adil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Aziz yang bersetuju memenuhi salah satu tuntutan Bersih 2.0 itu semalam.

Contoh dakwat kekal yang akan digunakan sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesahan kandungan sebelum dikemukakan kepada kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan susulan.

Dakwat kekal 'silver nitrate' yang akan digunakan digunakan di beberapa negara bagi memastikan pilihan raya berjalan secara adil dan ianya berbeza dengan dakwat kekal yang disyorkan pada PRU 12.

Sementara itu, Timbalan Exco Negeri Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, rakyat mahukan PRU 13 berjalan adil dan bebas daripada sebarang bentuk keraguan.

"Buatlah apa saja asalkan rakyat berpuas hati dan penggunaan dakwat kekal hanya salah satu daripadanya sedangkan SPR sewajarnya terlebih dahulu menyelesaikan isu lain yang lebih besar," katanya.

Katanya, aduan mengenai wujudnya pengundi hantu dalam daftar pemilih sehingga ke hari ini belum ada jawapan meyakinkan sehingga rakyat menilai sendiri kredibiliti SPR itu sendiri.

Sinar Harian

Dakwa Anak Dipukul Guru: Bapa Saman Tadika

Posted: 19 Dec 2011 07:30 PM PST

24 Muharram 1433H. [MOD] -

Seorang bapa menyaman sebuah tadika selepas anaknya didakwa dipukul seorang guru hingga cedera ketika belajar di tadika Taman Cempaka, Ampang di sini pada 7 Mac lalu.

Lee Boon Hock, 35, seorang Jurujual Barangan Elektrik ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ampang berkata tindakan itu diambil selepas kecewa dengan pengurusan Tadika Seri Cempaka yang tidak mengambil serius terhadap aduan dibuat berhubung insiden itu.

Beliau mendakwa, kejadian menimpa anaknya, Nicholas Lee, 4, adalah jelas selepas guru terlibat dikenali sebagai Nelly mengaku memukul anaknya hingga cedera menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada isterinya.

Menurutnya, dalam insiden itu anaknya didenda guru berkenaan berdiri atas meja dan ditarik rambut hingga kepala diketuk ke meja dan pehanya turut dipukul.

"Bila isteri saya hubungi guru itu, dia tak jawab. Keesokannya kami pergi ke sekolah, dia turut tidak mahu keluar dari pagi hingga petang. Lepas itu dia SMS beritahu dia menghadiri satu upacara kematian dan mengaku dalam SMS "adalah benar saya tarik rambut anak anda" tetapi lepas mengaku kita nak jumpa dia tak nak jumpa,"katanya.

Marah dengan keadaan itu, beliau membuat laporan polis di Ampang, tetapi guru berkenaan masih enggan beri kerjasama.

"Akhirnya saya tukar laporan saya dan saya nak saman sekolah itu," katanya kepada media di sini.

Menurut Lee, polis memaklumkan kini sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu dan difahamkan guru tersebut juga direman satu hari sejurus pulang "makan angin" dari India beberapa hari selepas kejadian itu.

Beliau berkata, satu rakaman video juga sudah dibuat bagi mengumpulkan bukti bagi tujuan saman itu.

"Untuk bukti yang lebih kukuh bagi tujuan saman, saya ke (Balai Polis) Ampang dan menyuruh anak saya buat rakaman video di Bukit Aman. Dan kini kes itu sedang berjalan," katanya sambil mendakwa anaknya kini fobia selepas kejadian itu.

tv news/-

Salam Perjuangan

Posted: 19 Dec 2011 11:22 PM PST

Salam Perjuangan


BLOGGER UPAHAN UMNO DIBAYAR RM 10 JUTA?

Posted: 19 Dec 2011 06:39 AM PST

23 Muharram 1433 H | 19 December 2011

KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno didedahkan membayar RM10 juta kepada sekumpulan blogger sebagai kempen perang saraf menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Datuk Najib kian terdesak untuk meraih undi kaum Cina dan ini terbukti apabila beliau memperuntuk sekurang-kurangnya RM10 juta kepada sekumpulan wartawan dari media arus perdana untuk menyerang pemimpin PakatanRakyat menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.


"Malah, SKMM juga sudah diberi amaran agar jangan mengganggu blogger upahan ini walaupun tulisan mereka menimbulkan api perkauman dan agama," katanya kepada Keadilandaily.


Beliau difahamkan, kumpulan blogger itu diketuai Setiausaha Media Najib, Tengku Sarifuddin dan bekas wartawan kanan The New Straits Times, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rockybru.
Menurutnya, peruntukan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa dengan bloggers upahan ini akan mengeluarkan artikel bertujuan menaikkan imej Najib sebagai tokoh yang patut diundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina.

Beliau bagaimanapun yakin, taktik kotor itu akan gagal malah memburukkan lagi imej Najib.


"Rakyat bijak dalam menilainya dan masyarakat Cina saya yakin tidak terpengaruh dengan taktik kotor ini," katanya. -
keadilandaily.com

DPP PADANG TERAP

Posted: 19 Dec 2011 10:01 PM PST

DPP PADANG TERAP


Rakyat Padang Terap disajikan dengan Forum Perdana sempena Maal Hijrah

Posted: 19 Dec 2011 10:40 AM PST

Baharu-baharu ini rakyat Padang Terap telah disajikan dengan majlis ilmu iaitu forum perdana yang diadakan di Masjid Padang Setol, Pedu. Majlis ilmu ini dianjurkan dengan kerjasama oleh Pejabat Agama Padang Terap, PKWR Adun Angkat Pedu, serta NGO Terapcare. Ia dianjurkan  bersempena dengan sambutan Maal Hijrah pada tahun ini.
Majlis ini menampilkan beberapa tokoh agama iaitu Sheikh Abdullah bin Awang Sa, Penolong Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Sheikh Faisol bin Hj Omar, Kadhi Daerah Kubang Pasu, dan Ust Mohd Isa Abd Rahman, pegawai Jabatan Mufti Kedah.
  
Majlis yang bermula pada sebelah pagi turut memasak 10 kawah bubur asyura yang disediakan oleh NGO Terapcare dan penduduk qariah tersebut. Majlis yang pada sebelah malamnya dimulakan dengan persembahan marhaban oleh sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh anak qariah Padang Setol.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Yb Ust Nasir Zakaria. Dalam ucapannya, beliau menyebut tentang keadaan zaman sekarang amat berbeza dengan zaman Nabi Muhammad
S.A.W. Beliau mengajak semua kaum muslimin dan
muslimat agar sentiasa mentaati Allah dalam apa
Dalam majlis forum ini, kehadiran amat ramai dan tidak menghampakan. Dengan sokongan daripada seluruh penduduk masyarakat, ia akan menjadi satu amalan agar setiap ketika segala amalan kita dengan Allah semakin dekat. 






CERAMAH ISU TERKINI DI FELDA BUKIT TEMBAGA

Posted: 19 Dec 2011 03:19 AM PST

Baharu-baharu ini ceramah Perdana Isu-Isu Semasa telah diadakan di Felda Bukit Tembaga, Kuala Nerang. Ceramah yang disampaikan oleh dua orang tokoh politik iaitu Yb Ust Nasir bin Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap dan Exco Negeri Kedah, Yb Dr. Ismail bin Salleh.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Yb Ust Nasir, beliau menyebut tentang kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang terang-terang menipu dan merampas hak rakyat.
Beliau juga menyentuh tentang bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang terang-terangan tidak menyebelahi rakyat dan hanya membela golongan kakitangan kerajaan sahaja sedangkan lebih 90% rakyat di negara ini adalah bekerja sendiri. Beliau juga turut menasihatkan rakyat agar menilai kepincangan yang dilakukan oleh Umno BN seperti dalam isu mempermainkan hudud,penyalahgunaan kuasa, National Feedlot Centre (NFC) dan pelbagai isu yang menyebabkan Umno BN menjadi kucar-kacir. Keaiban yang timbul itu menyebabkan Umno BN semakin dibenci oleh rakyat yang mahukan perubahan.

Seterusnya ceramah yang disampaikan oleh jemputan khas, Yb. Dr Ismail Salleh, Exco Kerajaan Negeri Kedah yang memberikan ceramah beliau dengan penuh bersemangat demi menyampaikan maklumat kepada rakyat Padang Terap khususnya penduduk di Felda Bukit Tembaga. Dalam ceramahnya, beliau menyebut perancangan untuk memburukkan Pakatan Rakyat dan negeri yang diperintah pembangkang dilakukan dengan nekad untuk meraih sokongan rakyat kerana pihak Umno BN tahu sokongan rakyat terhadap mereka sudah susut. Beliau juga menceritakan pengalaman beliau menjadi ahli panel semasa program yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen baharu-baharu ini yang jelas menunjukkan tohmahan yang dilemparkan oleh Umno BN secara terancang dan diatur. Yb Dr Ismail juga menyeru seluruh rakyat di Padang Terap tidak memberikan sokongan kepada Umno BN kerana ia akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa keadaan sekiranya Umno BN masih menguasai pentadbiran.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 19 Dec 2011 03:59 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


MANA BAIK? HASSAN KE NASHARUDIN

Posted: 18 Dec 2011 04:57 PM PST


KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa yang dikaitkan dengan desas-desus akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13 dan kemungkinan keluar PAS menegaskan, beliau masih percaya dan setia dengan parti Islam itu.


"Kepercayaan dan kesetiaan saya kukuh terhadap PAS," kata beliau dalam temu bual dengan Berita Minggu disiarkan hari ini.

Menjawab soalan sama ada akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, Ahli Palimen Bachok ini berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada secara peribadi mahupun "diarah pimpinan parti."

Kata Nasharudin, beliau juga tidak memikirkan dengan serius hal tersebut sebab ada banyak perkara yang perlu dibereskan.

"Saya balik kawasan di Bachok dan uruskan masalah rakyat macam biasa. Saya akan tentukan bertanding atau tidak apabila tiba masa," katanya lagi.

Sementara itu, Datuk Dr Hasan Ali enggan mengatakan sama ada kesetiaan beliau terletak pada PAS dan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya menegaskan beliau hanya setia kepada Allah. Exco Kerajaan Negeri Selangor ini berkata beliau komited untuk mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi diraja.

"Saya setia kepada Allah. Kepada umat, dalam konteks ini, saya tidak suka menggunakan istilah setia, tetap bekerjasama.

"Bekerjasama dengan rapat untuk membantu mereka dan mereka membantu saya," kata beliau (gambar) pada sidang media di rumahnya hari ini.



... korang nilai le sendiri....!!!!

INTIPATI SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

Posted: 18 Dec 2011 04:37 PM PST

....apakah ada kebaikan kepada semua penjawat awam dengan sistem baru ini?

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 19 Dec 2011 03:45 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


UMNO MENYINGA BILA DIJERKAH KUMPULAN JINGGA !

Posted: 19 Dec 2011 12:54 AM PST

INILAH GAMBAR TANAH KELUARGA SHARIZAT YANG BERNILAI RM3,363,507 JUTAJingga 13 telah mengadakan lawatan ke tanah Sharizat di Presint 10 di Putrajaya..Tanah seluas dua bidang tersebut dibeli melalui akaun National Meat Lives Corporation (NMLC) pada tahun 2009 dengan harga RM3,363,507 juta..Di sini aku kongsikan beberapa keping gambar lawatan ke tanah tersebut...
Bukti.. plan lot tanah yang dibeli NMLC RM3.4juta..
inilah lot tanah yang di beli NMLC
Sharizat nak menafikan..?coretan lianglahad pada Ahad 18 Disember 2011

DASYATNYA 3 CABARAN RAKSASA UNTUK BN

Posted: 18 Dec 2011 07:47 PM PST

PERTAMA : KEBANGKITAN ARTIS DAN KESANNYA PADA PEMINAT YANG RAMAI.KEDUA : KEBANGKITAN PEKERJA SWASTA.KETIGA : KEBANGKITAN KAKITANGAN KERAJAAN.Maaf kepada Barisan Nasional , sebenarnya bukan 3 tapi 4 iaitu kebangjkitan mahasiswa atau pelajar pengajian tinggi atau kalangan siswa dan siswi yang masih belajar di Universiti awam dan kolej swasta.1. HIJRAH ARTIS KEPADA ISLAM SEBENAR SERTA PEJUANGAN INDIDIVIDU DAN KEPADA MASYARAKAT SEBAGAI ORANG ISLAM 2. KEBANGKITAN KESEDERAN MAHASISWA TENTANG HAK-HAK MAHASISWA PADA POLITIK NEGARA TERUTAMA SEBAGAI PENGUNDI.3. KERAJAAN BN TERPAKSA TERIMA PERLUNYA PEMANSUHAN AUKU YANG MENGONGKONG MAHASISWA MALAHAN ISA JUGA DIAKUI BN SEBAGAI UNDANG_UNDANG LAPUK.4. KEBANGKITAN BESERTA KEMARAHAN PEKERJA SWASTA TERHADAP KETIDAK LAYANAN KERAJAAN BN KEPADA GAJI MINIMA YANG TERLALU LEMBAB PERLAKSANAANYA>5. KEMARAHAN DAN KEBANGKITAN PEKERJA & KAKITANGAN KERAJAAN MELALUI CUEPACS ATAS PERLAKSANAAN SBPA YANG TIDAK MELALUI DAN RESTU CUEPACS SENDIRI. SYABAS PRESIDEN CUEPACS YANG TIDAK TAKUT GELARAN DATUK DITARIK BALIK DEMI MEMPERJUANGKAN HAK KAKITANGAN KERAJAAN.

TULAH BANYAK BERCAKAP LAGI MUDAH TERPERANGKAP

Posted: 18 Dec 2011 05:15 PM PST

PETALING JAYA: Sandiwara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pinjaman dari Bank Dunia pada sekitar tahun 1999 sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.Selama ini, Mahathir menyalahkan Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet.Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek "Malaysia Education Sector Support Project", "Malaysia Social Sector Support Project" dan "Malaysia Year 2000 Technical Assistance Project" manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan".9:12 AM 19/12/2011
Tuduhan terhadap Anwar direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran komitmen beliau dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban, demikian menurut satu kenyataan dari pejabat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.Kata kenyataan itu, Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98.
Lantaran ketegasan beliau inilah Mahathir sebagai perdana menteri ketika itu merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara, kata kenyataan itu lagi.Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan Umno serta juak mereka.Menurut kenyataan itu lagi, rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu semberono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekaligus agen Barat.Mahathir cari alasanSementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999."Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu."Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain," katanya kepada harakahdaily.Tambahnya pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri."Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai 'hero' yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap 'kapitalis'. Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon.Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat sendiri boleh melihat sikap berpura-puraan dan berbohong Mahathir hanya untuk kepentingan sendiri.Katanya, dalam isu itu Mahathir yang sepatutnya perlu bersumpah bukan Anwar, dan seluruh rakyat sedang menunggunya.FMT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 19 Dec 2011 12:14 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Mahasiswa bukan budak hingusan

Posted: 18 Dec 2011 07:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis: "Saya ucapkan selamat berjuang, sabar dan tabah mendepani ujian buat seluruh mahasiswa yang berani dan benar," kata Nasrudin Hassan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu berkata mahasiswa adalah agent of change dan ilmu yang mereka miliki meletakkan mereka sebagai intelek muda dan ia merupakan aset untuk berani, yakin dan bertanggungjawab dengan tindakan yang mereka ambil.

"Mereka bukan lagi budak hingusan yang boleh ditempelak, dipulas telinga dan ditampar, apa lagi untuk diludah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, mereka mampu bangkit membentuk gelombang third force yang berkesan ke arah membangkitkan ummah dari lena yang panjang lantas mencetus perubahan dan meletakkan negara selamat serta bebas dari anasir yang meruntuhkan peradaban seperti rasuah, pecah amanah, ketidaktelusan dan sebagainya.

Katanya, kerajaan sekali-kali tidak wajar mengkesampingkan tuntutan mereka apatah lagi memperkecilkan mereka.

"Saya lihat inilah masanya, mahasiswa menyusun kebangkitan lalu memposisikan diri mereka selayaknya, sesuai dengan ilmu dan semangat yang mereka miliki. Usah gentar berkelana di alam buana ini, menggalas cita-cita perjuangan," ujarnya.

Tambahnya, tidak sekadar berjuang untuk membebaskan mahasiswa tetapi juga menggerak kesedaran serta kebangkitan rakyat.

Justeru, katanya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan syabas kepada thaurah yang mula menampakkan rentak kebangkitan mahasiswa.

Kini, ujar beliau mereka mula melepaskan diri dari pasung puaka yang membelenggu leher mereka sejak sekian lama.

"Kami pastinya bangga dengan perkembangan ini.

"Menuntut ilmu biarlah seiring dengan semangat perjuangan. Jangan abaikan salah satu dari keduanya. Ilmu adalah senjata berkesan bagi perjuangan yang kita dukung," tegasnya.

Beliau menambah, ada senjata tetapi tidak menghunusnya untuk perjuangan suci itu hanya memperlihatkan kita lemah.

"Demikian juga berjuang tanpa senjata (ilmu) membuatkan kita salah memilih hala tuju yang benar," jelasnya.

IMF: Tun Mahathir cuba alih isu

Posted: 18 Dec 2011 02:37 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila tindakan beliau meminjam dari Bank Dunia sudah terbongkar walaupun selama ini beliau menafikannya.
Ketika dihubungi harakahdaily, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Mahathir sekarang terkedu dan terdesak dan sedang cuba mencari alasan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu beliau meminjam wang dari Bank Dunia pada tahun 1999.

"Rekod yang mengatakan beliau melakukan pinjaman juga telah didedahkan oleh laman web Bank Dunia dan sekarang Mahathir memikirkan cara terbaik untuk menutup pembohongan beliau iaitu memfitnah Anwar yang merupakan Menteri Kewangan krtika itu.

"Kenapa beliau takut dan kalau betul baik mengaku sahaja jangan melepaskan apa yang beliau lakukan kepada orang lain," katanya.

Tambahnya lagi pendedahan pinjaman itu menunjukkan ianya berlaku pada tahun 1999 iaitu selepas Anwar dipecat sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Laman web Bank Dunia mendedahkan bahawa Malaysia membuat pinjaman sebanyak tiga kali pada tahun 1999 dan sekali pada 1998 yang berjumlah AS$400 juta dan pinjamam itu dibuat setelah Anwar dipecat dari kabinet.

Pinjaman Mac 1999 itu atas nama projek "Malaysia Education Sector Support Project", "Malaysia Social Sector Support Project" dan "Malaysia Year 2000 Technicial Assistance Project" manakala pada 18 Jun 1998 bagi projek "Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan".

"Dulu beliau cuba tunjukkan dirinya sebagai 'hero' yang tidak akan tunduk kepada Bank Dunia yang bersikap 'kapitalis'.

"Tetapi sekarang segalanya terbukti bahawa Mahathir diwaktu siang beliau bermusuh dengan Bank Dunia tetapi malam menjadi teman perbualan telefon.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat sendiri boleh melihat sikap berpura-puraan dan berbohong Mahathir hanya untuk kepentingan sendiri.

Katanya, dalam isu itu Mahathir yang sepatutnya perlu bersumpah bukan Anwar, dan seluruh rakyat sedang menunggunya.

"Beliau sepatutnya bersumpah yang beliau tidak pernah memohon bantuan dari Bank Dunia, dan jika laporan tersebut itu tidak benar maka beliau perlu mengambil tindakan undang-undang.

"Tapi adakah beliau seberani itu untuk bertindak, yang saya pasti beliau akan terus menyerang Anwar kerana baginya isu Bank Dunia sewaktu Anwar berada dalam kabinet beliau," kata Mahfuz.

Hudud: MCA hina, DAP sekadar beza pandangan

Posted: 18 Dec 2011 02:37 PM PST

MACHANG, 18 Dis: Kefahaman mengenai hudud di antara pemimpin MCA dan DAP jauh berbeza, di mana MCA sampai ke peringkat menghina, sebaliknya DAP hanya mempertikai aspek perlembagaan sahaja.
Buktinya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini mendakwa pelabur akan meninggalkan Malaysia dan negara bakal berhadapan dengan kemusnahan jika hukum hudud dilaksanakan.
Sebaliknya pemimpin DAP terutamanya pengerusinya Karpal Singh sebelum ini hanya sekadar menganggap hudud bercanggah dengan perlembagaan.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, berdasar kepada kenyataan presidennya pemimpin MCA secara jelas menghina hudud.
"Soi Lek mendakwa pelabur akan lari dan negara bakal musnah apabila perundangan hudud dilaksanakan di negara ini.
"Sebaliknya kalau kita lihat kenyataan pemimpin DAP tidak ada yang menentang sebegitu keras, sebaliknya sekadar menyebut ada percanggahan di sisi perlembagaan sahaja," katanya pada satu program di Labok semalam.
Menurutnya juga wakil kerajaan Kelantan telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh membincangkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Katanya, Kelantan diwakili beliau sendiri, anggota-anggota Exco, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Muhamed Fadzli Hassan, anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof.
Menurutnya pada pertemuan tersebut wakil kerajaan negeri menjelaskan panjang lebar mengenai perundangan hudud, biar pun ketika itu DAP ada pendiriannya tersendiri.
Beliau juga menjelaskan kerajaan negeri telah mewujudkan jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bagi mengkaji kaedah pelaksanaan perundangan tersebut.
Katanya, jawatankuasa seramai 20 orang itu turut menyenaraikan Ketua Polis Kelantan, Pengarah Jabatan Penjara, ulama dan pakar perundangan Islam.
Kata beliau penglibatan sama pihak polis dan penjara penting kerana mereka akan menguatkuasa peraturan di bawah perundangan hudud apabila seseorang itu didapati bersalah.
Malah Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad sebelum ini menjelaskan pihak-pihak terbabit perlu memberi kerjasama bagi menguatkuasa perundangan hudud.

Berhemah tangani krisis, elak perang di media

Posted: 18 Dec 2011 02:36 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan mahu segala perbezaan pandangan dalam PAS diurus dengan berhemah bagi mengelakkan tercetusnya pertelagahan.

Perbezaan pandangan yang timbul katanya mempunyai punca dan sebab yang tersendiri dan pemimpin tertinggi parti harus bijak menanganinya dengan mencari mekanisme terbaik selain menggunakan saluran terbuka melalui media.

"Masaalah dalaman organisasi atau jamaah kita janganlah didedah kepada media atau masyarakat umum justeru ia laksana membuka pekong di dada sendiri. 

"Berlapang dada dan ikhlas dari kesemua pihak yang ber"krisis" adalah asas penyelesaian masaalah yang dihadapi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tenang dan tidak cepat menghukum serta berlaku adil dan saksama kepada semua pihak pula katanya antara sikap yang perlu diambil sewaktu berdepan dengan situasi sebegini.

Selain itu juga, beliau menasihatkan semua pihak merendahkan keegoan dan ketepikan kepentingan diri demi memudahkan segala krisis yang berlaku mencapai jalan penyelesaian terbaik.

Prinsip 'Amal Islami' juga harus diutamakan dengan tidak mudah tunduk pada emosi dan juga desakan pihak luar yang tidak berhak mencampurinya.

"Jaga jamaah bukan merosakkannya. Bina ukhuwwah bukan meruntuhkannya. Bimbing ahli yang bermasaalah bukan menghalaunya. 

"Sebagaimana kita gigih mengajak orang menyertai jamaah, maka kita juga mesti tekun berusaha untuk memastikan mereka tidak pula meninggalkan jamaah kita," katanya.

NFC: Tun M perlu desak Najib arah Muhyiddin undur

Posted: 18 Dec 2011 02:35 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis: PAS menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Datuk Seri Najib Razak agar mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil yang terpalit dengan skandal RM250 juta Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Tun M yang juga bekas perdana menteri diyakini sangat tahu tentang kerakusan pemimpin di dalam Umno yang mengambil wang rakyat untuk untuk kepentingan peribadi termasuk dalam isu NFC.

"Mahathir perlu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta barisan kabinetnya agar mengarahkan Muhyiddin dan Shahrizat meletak jawatan.

"Jika beliau ingin Najib lakukan tranformasi, maka skandal tersebut perlu disiasat secara telus tanpa ada sebarang perlindungan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas skandal projek NFC bernilai RM250 juta yang diberikan kepada syarikat suami Shahrizat yang sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dari pihak kerajaan.

Selain Shahrizat, ianya juga didakwa membabitkan Muhyiddin selaku menteri pertanian ketika projek itu diluluskan.

Sementara itu, Dzulkefly juga turut membidas kenyataan Tun yang mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Katanya, cabaran Tun itu tidak lebih dari cuba mengalihkan isu skandal NFC dari diperkatakan oleh rakyat khususnya berdepan pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

"Saya tidak pasti tujuan sebenar dan mungkin ia ingin mengalihkan perhatian rakyat dari isu lembu kepada desakan tersebut.

"Ini adalah cara Umno sebenar bila terdesak mereka akan mengalihkan isu, bagi saya isu tersebut sudah lama," katanya.

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif di Kelantan

Posted: 18 Dec 2011 02:35 PM PST

KOTA BHARU, 18 Dis: Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif Kelantan yang bakal berlangsung selama dua hari bermula 20 Disember ini.

Program tersebut sebagai usaha kerajaan membantu rakyat di negeri itu mendapatkan peluang pekerjaan serta pendedahan bagaimana untuk memulakan perniagaan.

Sekurang-kurangnya lebih 3,000 peluang pekerjaan akan ditawarkan dengan penyertaan beberapa syarikat besar.

Program berkenaan akan diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Kelantan yakin ekonomi Kelantan akan terus berkembang dalam tempoh lima tahun akan datang dengan adanya penganjuran program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif Kelantan seperti itu.

Pengarah Jabatan Kerajaan Dan Swasta (JKS) Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, pihaknya yakin sasaran kerajaan negeri Kelantan untuk menyediakan 100,000 pekerjaan dalam lima  tahun akan datang akan tercapai.

"Dengan ini sekaligus dapat menjawab tohmahan pihak pihak tertentu khususnya Barisan Nasional  bahawa Kerajaan Negeri tidak bersungguh sungguh dalam berusaha mewujudkan peluang pekerjaan di negeri ini,"ujarnya dalam satu kenyatan media semalam.

Menurutnya lagi, dengan penyertaan banyak pihak seperti Universiti Lim Kok Wing, Zentrum Future Studies, Zuldesign Autotronics, PROFIMA dan pelbagai pihak lagi dapat menyuburkan industri kreatif di Kelantan seterusnya memesatkan perkembangan ekonomi negeri ini.

"Program ini membuka peluang kepada rakyat Kelantan khususnya anak muda yang berbakat dan kreatif untuk menyalurkan daya inovasi dan kreativiti mereka,"ujarnya.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan penyertaan seramai mungkin belia khususnya para graduan yang masin mencari peluang pekerjaan.

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 19 Dec 2011 11:41 AM PST

PEMUDA PAS DUN KIJAL


GEMPAR ! UFO Di Bandar Kemaman

Posted: 18 Dec 2011 09:53 PM PST

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 19 Dec 2011 09:33 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Syahidnya Seorang Ulama' Ummah: As-Syahid As-Syeikh 'Imad 'Effat Rahimahullah

Posted: 18 Dec 2011 03:11 PM PST

Hubungan Anak & Ayah: Mufti Mesir bersama murid kesayangannya As-Syahid Syeikh 'Imad 'Effat Rahimahullah

Sebelum syahidnya Al-Marhum Syeikh 'Imad 'Effat, ramai yang tidak tahu bahawa beliau adalah antara aktivis revolusi 25 Januari. Pemergian beliau turun ke medan Tahrir pada himpunan dan protes sebelum dan selepas jatuhnya Mubarak, tidak ramai yang menyedari kerana As-Syahid akan mengenakan pakaian biasa, tanpa pakaian jubah Al-Azhar dan serban Al-Azhar-seperti kebiasaan yang beliau pakai pada hari-hari menyampaikan pengajian di Masjid Al-Azhar.

Saat menemui ajal, beliau turun sekali lagi bersama-sama rakyat pada Jumaat lalu bersamaan 16 Disember bagi menuntut agar tentera melaksanakan janjinya menyerahkan kerajaan Mesir kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada masa yang disepakati sebelum ini iaitu sebelum Jun 2012 selain menuntut agar pilihanraya Mesir yang berbaki dua pusingan akan datang, berlangsung dengan penuh telus dan bersih.

Turun Membanteras Kezaliman (Klik Untuk Tonton Video as-Syahid)

Ini kerana pada pusingan pertama dan kedua yang berlangsung pada 14 dan 15 Disember lepas, menyaksikan saki-baki golongan 'FULUL' atau calon-calon bekas parti Mubarak yang dibubarkan (NDP) melakukan pembelian undi dan menyogok para pengundi dengan wang. Ada beberapa daerah mengundi, calon 'jahat' ini telah mengupah para perusuh untuk melarikan kertas dan peti undi seperti yang berlaku di daerah Gamaliya, bahagian Kaherah apabila calon bekas parti NDP yang juga bekas wakil rakyat kawasan tersebut, Haidar Baghdadi. Namun, pihak keselamatan berjaya mendapatkan semula kertas dan peti undi yang cuba dilarikan. Begitu juga pada pusingan kedua baru-baru ini, pihak calon 'jahat' ini mengupah perusuh untuk melakukan kekacauan di pusat-pusat mengundi antaranya melepaskan tembakan ke udara yang menyebabkan ada pengundi yang takut untuk mengundi. Pelbagai penipuan yang berleluasa ini, sekalipun berjaya diatasi tetapi ia tiada kerjasama baik yang diberikan oleh pihak tentera sebagai pemerintah sementara ketika ini. Itu belum dikira lagi poster dan kain rentang yang dikoyak dan dirosakkan. Malah terdapat beberapa daerah, pihak musuh menggunakan samseng-samseng bagi menghalang calon kempen Parti Kebebasan dan Keadilan masuk ke kampung bagi merayu undi. Terdapat juga laporan beberapa penyokong parti dibelasah dan dikasari.


Wajah Penuh Bercahaya.. Doanya Untuk Syahid Dimakbulkan Allah

Yang banyak menentang penipuan pilihanraya ini ialah individu calon atau wakil mereka atau parti yang bertanding khasnya Parti Kebebasan dan Keadilan (Parti di bawah Ikhwan Muslimin), satu-satunya parti setakat ini yang dilihat mahu pilihanraya berjalan dengan penuh adil dan telus.

Adapun selainnya, banyak melakukan dakyah dan politik kotor. Termasuklah parti Salafi yang kononnya mahu kepada pelaksanaan syariat Islam seperti Parti Nur yang banyak memberikan saingan sengit kepada Parti kebebasan dan Keadilan di semua daerah. Antara kempen kotor Parti Nur apabila menggunakan nama seorang syeikh Wahabi yang terkenal di Mesir iaitu Syeikh Muhammad Hisan. Parti Nur menggunakan kalam ucapan dan gambar beliau bahawa Syeikh Hisan menyokong Parti Nur. Tetapi dalam satu wawancara televisyen, Syeikh Hisan terang-terang meminta nama dan gambar beliau tidak digunakan untuk kempen mana-mana parti politik. Bahkan pada pusingan kedua lepas, terdapat calon dari Parti Nur adalah dari kalangan 'FULUL' iaitu calon bekas NDP pada zaman Mubarak. Parti Nur sanggup mengambil mereka sebagai calon mereka demi untuk kepentingan politik.

Semua perjalanan pilihanraya yang walaupun zahirnya dilihat lebih adil berbanding zaman Mubarak, tetapi beberapa perkara yang mencacatkan keadilannya harus dibantah. Maka golongan rakyat yang prihatin, mereka mengadakan bantahan di hadapan Pejabat Jemaah Menteri, di Jalan Jemaah Menteri di Qosrul 'Aini, berhampiran dengan dataran Tahrir. Maka sebab itu, kejadian ini dinamakan "Peristiwa Jalan Jemaah Menteri" atau "Ahdas Syarie Majlis Wuzarak".

Tegas & Tekun Menyampaikan Ilmu di Masjid al-Azhar as-Syarif

Syeikh Imad juga turut menyertai himpunan tersebut. Menurut isteri beliau yang juga wartawan akhbar Al-Ahram yang diceritakan dari saksi kejadian, ketika Syeikh Imad berada dalam himpunan tersebut, tiba-tiba seorang lelaki yang berada bersebelahan beliau melepaskan tembakan yang menyebabkan Al-Marhum gugur syahid. Bedah siasat hospital juga mendapati bahawa tembakan yang dilepaskan adalah dari jarak dekat. Solat jenazah beliau telah disembahyangkan ribuan umat Islam yang bersedih atas pemergian beliau di Masjid Al-Azhar, sehari selepas syahidnya beliau.

Pada 22 Oktober 2011 iaitu kira-kira sebulan sebelum berlangsungnya Pilihanraya Mesir, Al-Marhum As-Syahid Syeikh Imad 'Effat dgn ilmu dan keberanian beliau telah mengeluarkan fatwa bahawa mengundi calon 'Fulul' iaitu bekas parti Mubarak adalah HARAM. Berikut disiarkan kenyataan penuh beliau spt yg disiar oleh web Ikhwan Muslimin:

"Sesungguhnya mengundi bagi (calon) Fulul atau mereka yang ada hubungan dengan anggota parti (pemerintah) yang dibubarkan (iaitu Parti Demokratik Kebangsaan-NDP) pada pilihanraya akan datang adalah HARAM dari segi syarak. Ini kerana memandangkan mereka telah menyumbang kepada kerosakan selain keinginan mereka yang mahu menghancurkan masa depan Mesir dengan berleluasanya rasuah sedangkan telah berlakunya revolusi berdasarkan sebab tersebut (iaitu memerangi rasuah dan kerosakan). Maka sesiapa yang memberikan undinya nescaya dia telah menyampaikan (golongan ini) kepada pentas bagi membuat perundangan."

Boleh rujuk web rasmi Ikhwan Muslimin yang menyiarkan teks dalam Bahasa Arab (klik)

Suasana Pada Hari Pengebumian as-Syahid al-'Alim as-Syeikh 'Imad 'Afat Rahimahullah

Pada pandangan saya, ini juga menjadi faktor beliau menjadi sasaran musuh. Satu fatwa yang amat berani dan atas nama Al-Azhar, tentunya ia memberikan kesan besar kepada masa depan politik musuh revolusi 25 Januari yang terdiri dari kalangan 'FULUL' parti NDP Mubarak dan Amnu Daulah, kedua-duanya telah dibubarkan tetapi masih bertebaran melakukan kerosakan dan memastikan revolusi dan pilihanraya Parlimen menemui kegagalan.

Berdasarkan kepada fatwa tersebut, pada saya secara tidak langsung Al-Azhar telah membuktikan bahawa politik dan pemerintahan merupakan perkara yang ada kaitan dengan agama. Jika tidak, masakan tidak ada hukum HARAM mengundi mereka yang membuat kerosakan dan mengamalkan rasuah?

Sememangnya Islam dan pemerintahan tidak pernah terpisah atau istilahnya 'Islam suku, politik suku'. Ia adalah ajaran dan didikan golongan sekular yang amat bertentangan dengan Islam.

Penulis adalah bekas Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Sumber: Rujuk di Sini

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 19 Dec 2011 09:32 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Siapa yang melindungi premis jenayah di Seremban Jaya?

Posted: 18 Dec 2011 09:34 PM PST



Free Malaysia Today – 19 December 2011
Who is behind the Seremban Jaya vice dens?

Seremban OCPD Saiful Azly Kamaruddin says the police cannot divulge details as it may affect their operations.

The police refused to reveal details on whether the illegal gaming outlets and brothels in Seremban Jaya were being run by organised crime syndicates.

"I have to be silent on this as it may tamper with our operations," said Seremban district police chief ACP Saiful Azly Kamaruddin.

However, Saiful assured the public that the police are doing their best to check on the illegal outlets by conducting regular raids on the premises, with the help of the Seremban Municipal Council and Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"TNB helps us by disconnecting power supply to these outlets," he told FMT.

Last week, several residents from Seremban Jaya complained that the soaring numbers of illegal gaming outlets and brothels in the area were causing serious social problems.

Alleging that the vice dens were run by crime syndicates, they said the outlets seemed to be well organised as the premises are guarded by thugs and only allow selected customers in, after being screened using CCTV.

Despite regular police raids, the residents said that the vice dens continue its operations, sometimes the very next day after police operation.

On the residents' claims, Saiful urged the public to alert the authorities when the illegal outlets resume its operations following a raid.

"Though we are aware of its existence but we need the public's help by reporting such matter to us. Let us know and we will take action against them," said Saiful.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/12/19/who-is-behind-the-seremban-jaya-vice-dens/

Temui Mazlan Aliman 27 Dis 2011 di Lubuk China, Rembau

Posted: 18 Dec 2011 03:53 PM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 Dis 2011, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Semin, Lubuk China, Rembau
Penceramah : Mazlan Aliman, Hj Taufek Abd Ghani, Ustaz Norazman Mohammad & Rozmal Malakan

Semua dijemput hadir

SBPA : Jangan cetus ‘perang’ dengan kakitangan awam, Cuepacs beri amaran

Posted: 18 Dec 2011 03:52 PM PST



KUALA LUMPUR, 18 Dis ― Isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) turut menjadi perhatian perhimpunan membantah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) petang ini, dengan pemimpin kanan Cuepacs memberi kerajaan amaran - jangan mencetuskan "perang" membabitkan kakitangan awam yang rata-rata tidak puas hati dengan sistem gaji baru ini.

Pelaksanaan SBPA dilihat akan menjadi satu lagi ujian kepada pentadbiran Najib menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail berkata, pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, sudah pun mencetuskan rasa tidak senang di semua lapisan perkhidmatan awam khususnya mereka dalam Kumpulan Pelaksana.

Kumpulan Pelaksana sebelum ini dikenali sebagai kakitangan Kumpulan Sokongan I dan II.

"Saya minta kerajaan jangan cetuskan perang, kakitangan awam ada 1.4 juta orang, saya berharap kerajaan jangan wujudkan pertikaian dengan melaksanakan SBPA," kata beliau yang menimbulkan isu NFC, projek ternakan lembu yang dikaitkan dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Wanita Umno, dalam ucapannya.

Kemudian ketika ditemui The Malaysian Insider, Zainal yang juga pemimpin kanan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkata, ramai beranggapan bahawa projek NFC yang menggunakan RM250 juta dana awam itu sebagai satu pembaziran.

"Mengapa RM250 juta boleh dibazirkan dalam projek lembu, kata nak keluarkan lembu dalam setahun dalam sekian-sekian jumlah, tetapi tak jadi, gagal," soal beliau yang menyamakan mengapa kerajaan tidak boleh memberi manfaat lebih baik bagi kakitangan awam menerusi SBPA.

Masalah dan kegagalan projek NFC ditimbulkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Kerajaan kata gunakan hampir RM3 bilion untuk melaksanakan SBPA, siapa rasai jumlah yang besar? (Difahamkan) seramai 36 penjawat Kumpulan Premier dapat bahagian peruntukan (dalam bentuk perubahan gaji) hampir RM200 juta, hanya sekitar RM300 juta bagi Kumpulan Pelaksana," katanya lagi.

Rata-rata kesemua pemimpin yang bercakap pada perhimpunan petang ini melahirkan rasa tidak puas hati yang timbul khususnya berkaitan perubahan gaji di bawah SBPA.

SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis sekarang.

Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perubahan gaji - kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

Ia sebahagian daripada langkah menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Cuepacs mendakwa kenaikan gaji bagi kebanyakan kakitangan awam khususnya Kumpulan Pelaksana adalah kurang daripada tujuh peratus, yang turut menjadi harapan.

Satu slaid yang ditunjukkan kepada lebih 2,000 orang yang menghadiri perhimpunan hari ini menunjukkan penjawat kategori JUSA C menerima kenaikan hampir 45 peratus di peringkat permulaan gaji berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM).

SBPA akan menggantikan SSM.

Maklumat itu menunjukkan kategori Satu JUSA C menerima gaji permulaan RM$6,595 di bawah SSM dan akan dibayar RM$12,000 jika menerima SBPA, Kategori Dua (SSM RM$7,236; SBPA RM$12,645), Kategori Tiga (SSM RM$7,939; SBPA RM$13,345), Kategori Empat (SSM RM$8,710; SBPA RM$14,115) dan Kategori Lima (SSM RM$9,480; SBPA RM$14,885).

Cuepacs mahu membangkitkan lima poin komponen dalam SBPA semasa pertemuan dengan Najib minggu ini.

Dua poin utama ialah menangguhkan urusan penerimaan opsyen dan membatalkan dasar pemisah atau 'exit policy'.

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sbpa-jangan-cetus-perang-dengan-kakitangan-awam-cuepacs-beri-amaran/

Pemuda Guchil

Posted: 19 Dec 2011 09:23 AM PST

Pemuda Guchil


Isi Borang BR1M. Wang RM500 Itu Milik Rakyat - TGNA

Posted: 19 Dec 2011 01:56 AM PST

SBPA: Cuepacs akan berhimpun di JPA jika sesi temu PM gagal

Posted: 19 Dec 2011 01:55 AM PST

Najib tidak bersuara isu ini !!

Posted: 19 Dec 2011 01:54 AM PST

SBPA, Yg Kaya Makin Kaya,Yg Miskin Papa Kedana

Posted: 19 Dec 2011 01:53 AM PST

Jasindaily Online

Posted: 19 Dec 2011 09:13 AM PST

Jasindaily Online


DHPP CADANG LETAK CALON BUKAN ISLAM ?

Posted: 19 Dec 2011 04:00 AM PST

mtdchenderoh

Posted: 19 Dec 2011 08:19 AM PST

mtdchenderoh


TAHNIAH ! TEAM FUTSAL KOTA LAMA KIRI, KWSN PDG. RENGAS

Posted: 18 Dec 2011 09:53 PM PST

 Team Futsal Kota Lama Kiri bergambar bersama 
YDP Pas Kawasan Padang Rengas, Ketua Pemuda Pas Kawasan, Ketua Pemuda Pas Cawangan Kota lama Kiri

Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan tahniah kepada Team Futsal pemuda Kota Lama Kiri, Kawasan Padang Rengas yang telah menduduki tempat ke-3 Kejohanan Futsal Dewan Pemuda Pas Perak yang telah berlangsung di Gelanggang Futsal Extreme Park, Tambun semalam.
Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas telah menghantar sebanyak 5 pasukan yang terdiri daripada team DPPK, Kati, Gapis dan Paya Ranggam. Team Paya Ranggam dan Kati tewas pada peringkat kumpulan (pusingan pertama) manakala team DPPK serta Gapis berjaya layak hingga ke pusingan ke-2.
Turut turun memberi sokongan ialah YDP Pas Kawasan Padang Rengas merangkap Ketua Pas Cawangan Kota Lama Kiri (Ustaz Jamaluddin b. Ahmad).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Asmuni (YDP Pas Kawasan Tambun) pada sebelah pagi. Program dimeriahkan lagi dengan acara cabutan nombor bertuah.
Sekalung tahniah buat pihak penganjur serta tahniah juga kepada semua pasukan yang telah bertanding dengan semangat ukhuwah dan kesukanan.
"PEMUDA PAS MEMIMPIN GERAKAN ANAK MUDA"
Berikut dipaparkan aksi- aksi menarik sepanjang kejohanan berlangsung.
 Team DPPK Pdg Rengas sedang beraksi (Jersey Biru)
 Aksi Team I.B.U Kati (berjersey kuning)
 Aksi Team Glaticos, Gapis (berjersey merah)
 
 YDP Pdg Rengas sampaikan hadiah cabutan bertuah kpn Wan, Kg Jamuan
 Hafizi DPPK Pdg Rengas pun menang cabutan bertuah
 Pemain Team Kota Lama Kiri juga terpilih pemenang cabutan bertuah
 Kehadiran YDP Pdg Rengas menyuntik semangat anak muda Kota Lama Kiri
 Penjaga Gol Team Kota Lama Kiri juga terpilih pemenang cabutan bertuah








Pemain- pemain Kota Lama Kiri menerima hadiah yang di sampaikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas Perak

Penduduk Kg. Jarau meletakkan harapan yang tinggi untuk perubahan

Posted: 18 Dec 2011 05:30 PM PST


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Giliran penduduk di Kg. Jarau pula menjadi lokasi pilihan ekspedisi dakwah "Pas Turun Padang". Bermula dari jam 3.30 petang rombongan kami yang di ketuai oleh Dr Azalan dibawa menaiki motosikal oleh jawatankuasa cawangan Jarau untuk menemui penduduk di sana.
Dengan sedikit buat tangan sebagai tanda ingatan, di samping suasana musim buah terutamanya durian dan rambutan perjalanan kami berlangsung dengan suasana "Mahabbah". Ternyata kehadiran pimpinan Pas sentiasa di tunggu- tunggu oleh masyarakat setempat yang inginkan perubahan serta masa depanyang lebih baik pada masa akan datang.

PAS Kulaijaya

Posted: 19 Dec 2011 07:40 AM PST

PAS Kulaijaya


Kemelut Dalam FELDA

Posted: 18 Dec 2011 07:09 PM PST

MRCB cadang caj tol RM9.10 untuk EDL.

Posted: 18 Dec 2011 05:57 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan