Jumaat, 16 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 16 Dec 2011 02:24 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


RM1,077 bilion wang negara dibawa lari, lapor GFI

Posted: 16 Dec 2011 12:50 AM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Rakyat Malaysia kehilangan "satu dekad yang telah hancur dek korupsi", di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9.

Mengikut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI), wang haram sebanyak RM150 bilion (USD47 bilion) telah dikeluarkan dari Malaysia dalam tahun 2009 sahaja.

RM150 bilion ini adalah tambahan kepada kerugian besar RM927 bilion (USD291 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari 2000 hingga 2008. Laporan GFI ini telah mengejutkan kita semua, terutamanya apabila Malaysia kini berada di kedudukan 5 negara yang tertinggi untuk pelarian modal haram yang terbesar.

Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut Lim, laporan terkini GFI yang bertajuk "Aliran Kewangan daripada Negara Membangun Dalam Dekad Berakhir 2009" telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.

Mengikut penulisnya, kata Lim Guan Eng, unjuran tersebut adalah berdasarkan kira-kira bayaran, perdagangan dua hala dan data hutang luar negeri yang dilaporkan negara-negara ahli IMF dan Bank Dunia.

Kata Lim, mereka menekankan bahawa aliran haram ini merupakan "ketirisan modal yang tidak direkod melalui... pemindahan wang secara haram yang terhasil daripada rasuah, pencurian, sogokan dan pengelakan cukai.

Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada wang rasuah yang diperolehi secara haram dan tambahan pula tidak diedar semula ke dalam ekonomi negara, katanya.

Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, ketirisan lebih RM1,000 bilion yang amat besar dan tidak bertanggungjawab ini adalah akibat daripada rasuah dan sukar untuk ditebus semula.

"Hakikat bahawa hasil rasuah sebanyak RM1,000 bilion telah dialirkan keluar daripada negara kita dalam tempoh 10 tahun yang lalu bermakna bahawa rakyat Malaysia telah kehilangan satu dekad yang telah hancur dek korupsi.

"Sudah tiba masa untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah merompak negara kita," tegas Lim.

Antaranya, projek-projek seperti Port Klang Free Trade Zone (PKFZ), skandal saham Bumi RM52 bilion, skandal "lembu dan kondo" RM250 juta NFC, "komisyen" setengah bilion untuk pembelian dua kapal selam kelas Scorpene, dan banyak lagi projek kaitan kerajaan yang penuh dengan kos "overrun" atau kos berlebihan tanpa apa-apa kebertanggungjawaban.

Ia termasuk juga pendedahan Lapora Ketua Audit Negara terkini tentang RM3.7 bilion yang terlebih dibelanja oleh jabatan-jabatan kerajaan, yang telah menjadikan Malaysia sebagai raja wang haram, tambahnya.

"Tidak hairanlah kenapa prestasi negara kita telah merosot mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2011 badan pemerhati rasuah Transparency International (TI) yang menunjukkan bahawa Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri.

"CPI Malaysia pula telah menurun kepada 4.3 pada tahun ini, dan Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana "unsur-unsur kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi tersebar luas," katanya.

Pendedahan terkini oleh GFI tentang wang haram sebanyak RM1,077 bilion yang telah dialirkan keluar daripada negara kita sedikit sebanyak menunjukkan betapa banyak kerugian yang dialami rakyat Malaysia.

"DAP menyesal kerana Kerajaan BN mengambil ringan kajian bereputasi ini yang telah dijalankan oleh sebuah badan yang bebas dan berprestij.

"Rakyat Malaysia harus bersatu untuk menyelamatkan negara kita daripada BN, membersihkan rasuah yang berleluasa dan mendapatkan balik RM1,077 bilion yang telah kehilangan ini," tegas beliau.

Harakah Daily

Warga asing bawa pulang troli ke rumah

Posted: 16 Dec 2011 12:33 AM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

SEBERANG JAYA – Sikap warga asing yang membawa pulang troli selepas membeli-belah dari sebuah pasar raya besar, dekat sini, mencacatkan imej sekitar kawasan Semilang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan Semilang, Omar Abdullah berkata, lebih 50 troli dilihat berada di merata-rata tempat, bukan sahaja di kawasan perumahan, parit, tepi jalan, malah ada juga yang dibuang di dalam sungai.

Menurutnya, lambakan troli itu mengundang pelbagai masalah, terutama gangguan lalu lintas, selain aliran sungai tersekat.

"Saya kesal kerana troli itu diletakkan sesuka hati di merata tempat, lebih parah yang dibuang ke dalam sungai. Tidak kurang lima troli ada dalam sungai. Keadaan itu menyebabkan sampah tersangkut dan air tidak dapat mengalir. Ia boleh mengundang banjir.

"Masalah ini sudah lama tetapi makin menjadi-jadi sejak beberapa bulan lalu. Sebelum ini pihak pasar raya mengutip semula troli yang bersepah ini, tetapi lama-kelamaan mereka biarkan sahaja sebab terlalu banyak dan tidak terkawal," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Omar berkata, ada juga troli yang ditukar fungsinya dan digunakan sebagai ampaian untuk menyidai pakaian.

Beliau dalam pada itu berkata, ada pihak turut mengambil kesempatan menjual troli ke premis barangan lusuh demi mengaut keuntungan peribadi.

Katanya, perbuatan itu didakwa sering dilakukan pada waktu malam ketika jalan sunyi.

"Mereka akan kumpul troli itu di satu tempat, dan lori akan datang mengambilnya lalu dibawa untuk dijual," katanya.

Justeru, beliau yang mewakili penduduk meminta pihak pasar raya supaya memantau masalah itu demi kepentingan bersama.

Pada masa sama, beliau mencadangkan pengawal keselamatan ditempatkan di setiap pintu keluar pasar raya agar troli tersebut tidak dibawa keluar sewenangnya.

Sinar Harian

Warga Indonesia tebang pokok bakau secara haram

Posted: 16 Dec 2011 12:31 AM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

SENAI – Tujuh lelaki warga Indonesia yang leka menebang pokok bakau secara haram di Hutan Bakau Pantai Dg Pacat, Belungkor Kota Tinggi, ditahan dalam satu Ops Bersepadu Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua bersama anggota dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Komander Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, ke semua lelaki itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan ditahan dibawah Akta Perhutanan Negara 1985, kerana menceroboh kawasan hutan simpan.

Sinar Harian

Suhakam sambung siasatan kes Bersih 19 Disember

Posted: 16 Dec 2011 12:23 AM PST

20Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan meneruskan Siasatan Awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 lalu.

Kali ini Suhakam akan memanggil anggota polis dan pegawai perubatan yang merawat Mohamad bin Sabu dan Hanafi bin Hawari, satu kenyataan media yang dikeluarkan Suhakam hari ini.

Ia akan diadakan selama dua hari iaitu 19 dan 20 Disember mulai jam 9.30 pagi Bilik Siasatan, Tingkat 13, Pejabat Suhakam Menara TH Perdana, 50250 Kuala Lumpur.

Sehingga kini, Suruhanjaya telah mengadakan lima sesi pendengaran awam melibatkan sebanyak 14 orang saksi telah memberi keterangan.

Bagi sesi pendengaran awam berikutnya, enam orang saksi lagi dijangka hadir bagi memberi keterangan di hadapan Panel Inkuiri.

Panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suruhanjaya Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi b Haji Abdul Majid dan Encik Detta Samen.

Harakah Daily

Pantau pusat karaoke

Posted: 16 Dec 2011 12:17 AM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

KANGAR - Kerajaan Negeri diminta memantau pusat karaoke yang wujud secara haram di merata tempat tanpa pengawasan rapi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Penyokong kerajaan, Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) berkata, perkara itu tidak seharusnya dibiarkan berleluasa kerana mencabar kewibawaan agensi kerajaan dan menjejaskan imejnya pada kaca mata orang ramai,

Beliau berkata kewujudan pusat karaoke haram secara berleluasa termasuk di kawasan Simpang Empat perlu dbanteras segera kerana ia turut mengganggu ketenteraman orang ramai dan jemaah masjid pada waktu subuh.

"Mereka melalak sampai pagi dan mencabar orang tengah azan subuh. Orang dok azan depa pula terus menyanyi dengan suara lagi kuat. Kebanyakannya adalah orang luar yang datang ke sini untuk berhibur. Mereka bukan orang Perlis.

"Kepada Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang bakal menjadi Menteri Besar Perlis tidak lama lagi kena perhati perkara ini. Menteri Besar pun kena selalu turun padang tinjau masalah yang berlaku kerana pusat karaoke sepatutnya beroperasi sehingga jam 1 pagi sahaja," katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2012 di Dun Perlis semalam.

Menurutnya, langkah itu perlu bagi mengelakkan Perlis menjadi seperti Kedah yang gagal membendung pertumbuhan pusat hiburan termasuk karaoke apabila dibiarkan tanpa pemantauan PBT.

"Kita tidak mahu jadi macam Kedah yang 16 kali ganda lebih banyak pusat karaoke berbanding Perlis," katanya.

Speaker, Datuk Yazid Mat kemudian mencelah dan bertanya kenapa Shahidan menyebut Kedah 16 kalia ganda.

Shahidan menjelaskan bahawa keluasan Kedah lebih besar iaitu setiap daerahnya adalah seluas sebuah negeri Kedah.

"Kedah ada 16 daerah dan setiap daerahnya adalah sebesar Perlis. Jadi dengan 16 daerah di Kedah samalah seperti 16 kali ganda pertumbuhan pusat karaoke," katanya.

Sinar Harian

Ikan kembung naik 3 kali ganda

Posted: 16 Dec 2011 12:14 AM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Harga ikan kembung di Pasar Besar Alor Setar melambung daripada RM3 kepada RM10 sekilogram, malah ada beberapa kawasan sehingga RM12 sekilogram, sejak sebulan lepas yang didakwa disebabkan bekalan tidak mencukupi.

Peniaga Ali Harun, 43, berkata cuaca yang tidak menentu menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut.

Ali, yang mendapatkan bekalan ikan dari Kuala Kedah, berkata sebelum ini diaboleh mendapat sehingga 500 kilogram sehari tetapi kini hanya memperoleh 60kilogram.

"Harga dari peraih RM8.50 menyebabkan kami terpaksa jual RM10. Keuntunganberkurangan tidak seperti sebelum ini kerana pelanggan enggan membeli banyak," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar hari ini.

Seorang lagi peniaga Ghazali Abdul Rahman, 72, berkata disebabkan harga ikanmelambung, ada pelanggan tetapnya kejut dan mengeluh kerana ia terlalu mahal walaupun bukan pada hari perayaan.

Katanya ada antara pelanggan yang mengetahui situasi semasa harga ikan tidakmerungut malah hanya membeli pada kuantiti yang sedikit tidak seperti sebelumnyatetapi dia percaya harga ikan itu akan kembali normal setelah bekalan mencukupi.

Tinjauan Bernama di Pasar Besar Alor Setar di sini mendapati rata-rata pelanggan membeli pada kuantiti yang sedikit tidak seperti sebelum ini yangmembeli tiga hingga lima kilogram.

Mohd Khir Hamid, 48, yang sering membeli ikan kembung di Pasar Besar itu,berkata kenaikan harga yang mendadak itu dirasai trutamanya oleh keluarga miskin atau berpendapatan rendah.

Tinjauan di Pasar Pekan Tokai di Pendang pula mendapati rata-rata peniagaterpaksa menjual ikan kembung pada harga RM12 sekilogram disebabkan harga yangdibeli dari peraih terlalu tinggi iaitu RM9.50 sekilogram.

Mohd Khairul Hisham Senaman, 25, berkata hasil jualannya sejak sebulan lalumenurun memandangkan pelanggan mula beralih kepada makanan lain yang lebih murah.

Sinar Harian

Jangan sokong penyenaraian FGVH membuta tuli - Anak

Posted: 16 Dec 2011 12:01 AM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menyokong secara membuta tuli penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia (BSKL).

Presidennya, Mazlan Aliman sebaliknya berkata, semua pihak harus berhujah secara berilmu dan mengkaji baik buruk penyenaraian FGVH terhadap peneroka Felda.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas memorandum Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kepada Felda semalam yang menyokong penyenaraian FGVH.

Memorandum tersebut juga dilaporkan mengutuk campur tangan Anak yang didakwa telah "menghasut" golongan peneroka untuk "menolak usaha murni kerajaan."

"Anak tak ada masalah, kita terima semua respons daripada pelbagai pihak (mengenai penyenaraian FGVH) cuma kita bukan nak beradu kekuatan.

"Isu yang paling penting ialah penyenaraian yang akan menyebabkan tanah peneroka dicagar. Sebab itu saya nasihatkan semua pihak berhujah atas ilmu, bukan atas sebab sentimen," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan juga menyifatkan tindakan Perkasa itu sebagai "sokongan terhadap individu" iaitu Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, tanpa memahami duduk perkara sebenar.

"Sekali pun mereka nak sokong Isa Samad, biarlah bersandarkan hujah.

"Mereka kena faham kesan terhadap peneroka apabila penyenaraian ini berlaku. Jangan sampai sokong membawa rebah," kata beliau sambil menegaskan, Anak bukan orang luar yang cuba campur tangan urusan dalaman Felda seperti yang didakwa Perkasa.

Ini kerana, beliau sendiri adalah anak peneroka tetapi Datuk Abdul Rahman Bakar pemimpin Perkasa itu bukan ada apa-apa kaitan dengan peneroka pun.

Mazlan juga menyelar tindakan Perkasa yang menyifatkan Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab sebagai "duri dalam daging".

Sebaliknya beliau berkata, Dzukifli telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang berada dalam Felda sehinggalah kehadiran Isa yang mencetuskan huru hara termasuk mencadangkan Dzulkifli bercuti dan mengambil kursus pengurusan.

"Itu satu tuduhan yang jahat kepada Datuk Dzul dan menidakkan pengorbananannya selama 30 tahun.

"Mereka buat sokongan membuta tuli terhadap Isa Samad sedangkan Isa datang tak sampai setahun ke Felda. Isa sebenarnya merupakan liabiliti kepada Felda," tegasnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Menurut laporan, KPF yang dipimpin Datuk Dzulkifli sebelum ia diambhil secara paksa oleh Isa berjaya memberikan fividen 15 peratus kepada semua ahli yang jarang-jarang dibuat oleh pemimpin sebelum ini.

Harakah Daily

Bukan tuan rumah tetapi hapuskan rasuah - Dewan Ulamak

Posted: 15 Dec 2011 11:58 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Malaysia didesak agar lebih serius untuk menangani masalah amalan rasuah di negara ini dan bukan sahaja sekadar menjadi tuan rumah sahaja kepada persidangan untuk membanteras rasuah.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan berita hari ini yang melaporkan bahawa Malaysia menjadi tuan rumah Rakan Perkongsian Strategik dengan 16 negara Asia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memupuk hubungan dan kerjasama strategik dalam isu-isu pencegahan rasuah.

Malaysia menjadi tuan rumah kepada rakan perkongsian strategik dengan 16 negara Asia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memupuk hubungan dan kerjasama strategik dalam isu-isu pencegahan rasuah.

Dialog tiga hari itu yang bermula semalam dianjurkan oleh Program Pembangunan Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatuan (UNDP), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Selain hubungan dan kerjasama, dialog itu juga bertujuan menggalakkan penyelaras yang lebih erat antara agensi-agensi pencegahan rasuah in rantau Asia dan dunia Arab.

"Sebelum kita menjadi tuan rumah, seeloknya rumah kita hendaklah bersih dan tersusun terlebih dahulu sebelum kita jemput orang luar untuk datang ke rumah kita sebagai tetamu , dengan ranking rasuah yang memalukan sudah tentu kita amat segan apabila tetamu mengetahui hakikat dalam rumah kita yang bersepah!" katanya.

Bagi beliau, rasuah bukan hanya dengan persidangan tetapi ianya hendaklah dibuktikan melalui tindakan oleh pihak kerajaan bermula daripada kesungguhan pihak pimpinan atasan sehinggalah kepada peringkat bawah.

"Kata-kata hikmat berkata busuk ikan bermula daripada kepala, isu rasuah kalau tidak ditangani secara bersungguh-sungguh diperingkat atasan maka peringkat bawahan akan lebih berisiko"

"Dalam Islam, pendidikan dan teladan menjadi contoh terbaik dalam menangani masalah ini, apabila rakyat tidak dihidangkan dengan contoh yang baik, maka agak sukar isu rasuah diselesaikan,"kata beliau lagi.

Menurut beliau, rasuah yang berlaku dalam negara ini sejak mutakhir ini begitu menggusarkan dan masa depan generasi dan negara ini.

"Kerajaan pimpinan Umno telah gagal dan dilihat gagal dalam menangani isu rasuah ini, hanya perubahan secara besar-besaran dalam PRU yang akan datang yang hanya mampu membawa sinar untuk memerangi rasuah.

"Rasuah perlu dicantas bukan sahaja daripada pucuknya tetapi hendaklah dicabut bermula dari umbinya lagi, dan seluruh rakyat tahu siapa umbi rasuah dinegara ini," soal beliau lagi.

Beliau berkata, kepimpinan Tuan Guru Mursyidul Am PAS telah menjadi contoh yang terbaik dalam menangani masalah rasuah ini sehinggakan Kelantan dikenali sebagai negeri yang cemerlang dalam menangani rasuah.

"Ini semua tidak lain dan tidak bukan kerana ajaran Islam yang diterjemahkan mengikut terjemahan yang sepatutnya oleh pihak kerajaan negeri yang dipimpin oleh seorang ulamak," ujar beliau.

Harakah Daily

DHPP syor calon Tionghua tanding Dun Bandar

Posted: 15 Dec 2011 11:52 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU 16 Dis: Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPPP) mencadangkan agar calon Tionghua dari Pakatan Rakyat diketengahkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

(Vincent Lee menyerahkan borang baru keahlian DHPP kepada Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran semalam, 15 Disember.)

Naib Pengerusi DHPP Pusat, Vincent Lee berkata pada pilihan raya akan datang calon dari kaum Tionghua wajar diketengahkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, Kuala Terengganu.

Kata beliau, strategi politiknya peluang Pakatan Rakyat menang di Dun Bandar agak cerah jika calon Pakatan Rakyat dari kaum Cina menentang calon MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN).

"Kami (DHPP) telah buat sedikit kajiselidik di negeri ini, pengundi Tionghua ada 38 peratus di Kuala Terengganu.

"Kami mencadangkan supaya PAS-Pakatan Rakyat dapat kemukakan calon Cina untuk menentang calon MCA dari Barisan Nasional sebagai strategi politik kita," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat DHPP Pusat kepada Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN) Terengganu, Ariffin Deraman di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, 15 Disember lalu.

Menurutnya, jika PAS-Pakatan Rakyat dapat mengetengahkan calon tersebut akan memberi impak besar kepada sokongan pengundi tionghua di daerah-daerah lain di negeri ini.

Ini kerana, katanya senario politik kaum Tionghua di Terengganu agak berbeza dengan negeri-negeri lain di pantai barat.

"Saya bukan hendak 'mengajar' orang Terengganu tetapi strategi politik yang saya lihat kepada kaum Cina di negeri ini berbeza dengan negeri lain di pantai barat.

"Mereka (pengundi) rasa hanya ada satu peluang kepada orang Cina untuk ada 'suara' yang mewakili mereka di dewan (Dun) dan ini perlu kita (PAS) ambil perhatian," jelasnya.

Menurutnya, hasrat PAS dan Pakatan Rakyat kembali memerintah Terengganu agak cerah jika kena dengan strategi politik semasa.

Kata Vincent, hakikatnya pengundi Tionghua telah bosan dengan calon MCA-BN tetapi seolah-olah tidak ada pilihan lain.

"Kami (DHPP) sangat berharap supaya PAS dan Pakatan Rakyat di Terengganu mengambilkira senario dan strategi politik untuk menang PRU ke-13 akan datang," tegasnya.

Selain itu, katanya kaum bukan Islam (Cina dan India), pengundi muda, orang miskin dan golongan wanita antara penentu kemenangan sesebuah parti dalam pilihan raya.

Pada PRU ke-12, calon MCA-BN, Dato' Toh Chin Yaw mengalahkan calon PKR, Dr Abdul Manaf Che Mat dengan majoriti 1,142 undi di Dun Bandar yang mempunyai peratusan pengundinya Melayu 60.41 peratus, Cina (38 peratus), India (1.13 peratus) dan lain-lain (0.43 peratus).

Sempena kunjungan tersebut Vincent Lee menyerahkan 4,000 borang keahlian DHPP kepada Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran serta disaksikan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat, Pengarah JPN PAS Terengganu, Ariffin Deraman, Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Harakah Daily

6 juta dijangka lawat Kelantan tahun depan

Posted: 15 Dec 2011 11:49 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 16 Dis: Seramai enam juta orang pelancong dalam dan luar negara bakal mengunjungi Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) tahun hadapan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sasaran itu dibuat berdasarkan peningkatan pelancong yang begitu mendadak tahun ini seramai 5.3 juta orang sehingga Oktober tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pra pelancaran TMK@12, disebuah hotel di sini petang tadi.

Menurutnya, jumlah pelancong dijangka meningkat akhir tahun ini seramai 5.8 juta orang.

"Dengan promosi yang dilakukan di peringkat antarabangsa kita yakin jumlahnya akan bertambah 6 juta pelancong tahun hadapan,"ujarnya.

Bagaimanapun, tambahnya Membangun Bersama Islam diharap menjadi dasar TMK.

Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata rakyat akan mendapat manfaat besar hasil program TMK.

Sambungnya, sebagai contohnya TMK yang diadakan pada tahun 2008, pendapatan pelbagai sector mencecah RM1.8 bilion, manakala tahun 2010, sebanyak RM1.84 bilion.

Pelbagai acara menarik diadakan sempena pelancaran ini, persembahan silat, dikir barat bertemakan TMK.

Harakah Daily

Kemelut Felda usaha BN untuk dapatkan wang

Posted: 15 Dec 2011 11:47 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Kemelut yang berlaku dalam Felda memberikan bukti jelas bahawa Kerajaan BN kini ketiadaan wang, walaupun cuba disembunyikan oleh para pemimpin Umno.

Untuk mendapatkan wang terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Kerajaan BN terpaksa memanfaatkan Felda dengan pelbagai tindakan, sehingga sanggup mengenakan pelbagai tekanan kepada para peneroka dan pemimpin-pemimpin badan itu yang bertanggungjawab.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, arahan bercuti keluar negara ke atas Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jelas merupakan campur tangan politik terhadap badan tersebut yang tidak seharusnya berlaku.

Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan disebabkan motif tertentu bagi membolehkan pihak kerajaan melaksanakan perancangannya bagi mendapatkan wang melalui badan itu tanpa halangan daripada para pemimpin Felda.

Katanya, realiti itu lebih terserlah apabila diteliti alasan arahan bercuti ke atas Dzulkifli selama lapan bulan ke London sejak 25 November lalu, bagi membolehkan beliau mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan untuk meningkatkan prestasi bagi melakukan tranformasi Felda.

"Tindakan ke atas Datuk Duzulkfli itu adalah cadangan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melalui surat yang dihantar kepada Datuk Seri Najib bertarikh 21 November, manakala arahan bercuti pula dikeluarkan menerusi surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri bertarikh 25 November lalu.

"Prestasi Datuk Dzulkifli sudah diakui oleh pelbagai pihak. Orangnya diketahui umum cukup bertanggungjawab, berwibawa dan berintegriti. Alasan yang diberikan itu ternyata tidak masuk akal dan memang boleh dibaca dengan mudah mesej di sebaliknya oleh orang ramai," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, semalam.

Kemelut yang berlaku dalam Felda berpunca dari perancangan Isa dengan sokongan para pemimpin Umno BN untuk memetrai perjanjian pajakan tanah selama 99 tahun antara Felda dan Felda Global Vantures Sdn Bhd.

Tindakan tersebut ternyata akan menggelapkan masa depan Felda dan para peneroka, apatah lagi akan disusuli dengan perancangan Isa selanjutnya untuk menyenaraikan Felda ke dalam Bursa Saham Malaysia yang ternyata akan mendatangkan kesan buruk amat besar terhadap badan itu sendiri.

Katanya, namun Perdana Menteri, Isa dan para pemimpin Umno BN tidak mempedulikan itu semua. Perkara yang penting bagi mereka adalah untuk membolehkan mereka mendapatkan wang, walaupun akan mengorbankan kepentingan rakyat khususnya masa depan para peneroka di seluruh negara.

"Untuk membolehkan perancangan mereka itu berjalan lancar, Perdana Menteri juga bukan sekadar bertindak sedemikian terhadap Datuk Dzulkifli, tetapi juga ternyata tidak langsung menghormati Ketua Peneroka Kebangsaan, Shamsuddin Othman.

"Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin Umno sanggup mengenepikan begitu sahaja segala pandangan Pak Sham yang begitu dihormati oleh para peneroka, sesuai dengan kebolehan dan kedudukan Pak Sham sebagai orang yang bertanggungjawab, berwibawa dan cukup faham dengan segala perjalanan Felda," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Lebih jauh dari itu, tegasnya, Perdana Menteri turut melakukan tindakan yang sama terhadap para peneroka lain di seluruh negara, dengan mengenepikan segala pandangan dan desakan mereka agar menarik balik arahan bercuti ke atas Dzulkifli dan menggugurkan jawatan Isa bagi kepentingan Felda.

"Saya yakin, untuk mengambil hati para peneroka, Kerajaan BN pasti akan memberikan wang kepada peneroka dengan jumlah yang besar nanti atas nama tertentu, kononnya dengan alasan keuntungan awal Felda terutama atas tindakan terkininya," katanya.

Sekiranya benar pemberian itu atas keuntungan Felda ekoran langkah-langkah terkini yang dilakukan, tambah beliau, semua itu sebenarnya hanyalah keuntungan untuk jangka masa pendek sahaja.

"Untuk jangka masa panjang, segala langkah yang ingin dilakukan itu pasti akan merugikan badan itu sendiri. Ini termasuklah cadangan untuk pajakan tanah dan penyenaraian Felda ke dalam Bursa Saham Malaysia.

"Kalau langkah penyenaraian itu menguntungkan, ia diyakini hanya untuk peringkat awal bagi jangka masa pendek sahaja, tetapi untuk jangka masa panjang, ia pasti akan menyebabkan Felda punah-ranah nanti," tegas beliau.

Harakah Daily

Pemuda PKR kempen bebas Anwar 901, sokong himpunan siswa

Posted: 15 Dec 2011 11:44 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA, 16 Dis: Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akim (gambar) berkata pihaknya menyokong penuh himpunan yang akan diadakan oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) esok di samping melancar kempen bebaskan Anwar.

"Kita menyokong himpunan tersebut dan AMK juga akan turut serta semasa himpunan yang diadakan dari Sogo ke Dataran Merdeka itu.

"Dalam pada itu kita menyambut baik usaha mahasiswa yang berani menuntut hak mereka dan kita lihat ini adalah satu perkembangan yang bagus dalam suasana politik sekarang serta bantahan kepada AUKU ini," jelasnya.

Beliau memberitahu, AMK akan mengadakan dialog bersama mahasiswa di dalam kampus menggunakan lambang parti dan kita harap ia tidak menjadi halangan oleh pihak pentadbiran universiti.

"Kalau sebelum ini kita melihat Pemuda Umno diberi kebebasan untuk bertemu dengan mahasiswa malah mereka menggunakan lambang parti apabila mengadakan dialog bersama mahasiswa malah tiada tindakan dari pihak universiti.

"Dan kita juga berharap dialog yang akan dilakukan oleh Keadilan mahupun Pakatan Rakyat juga tidak mempunyai apa-apa halangan, jika kita menerima layanan sebaliknya maka jelas wujud ketidak adilan di dalam pentadbiran universiti malah ia menunjukkan campur tangan pihak lain.

"Dialog bersama mahasiswa akan digerakkan secara agresif agar mahasiswa tahu maklumat sebenar senario politik negara, saya berpendapat mahasiswa perlu diberi pendedahan yang meluas tidak kita apa jua warna politik dan mereka sendiri boleh menentukan yang mana mereka ingin pilih," sambung beliau lagi.

Beliau berharap kerajaan peka dalam apa yang dikehendaki oleh mahasiswa jika kerajaan benar-benar ingin memulih institusi pendidikan di negara ini.

Sebelum itu Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bertekad akan meneruskan Himpunan Kebebasan Akademik di Dataran Merdeka,17 Disember ini meskipun diberi amaran keras oleh pihak polis.

Pengerusinya, Ahmad Safwan Anang berkata, mahasiswa tidak akan tunduk kepada "gertakan" polis sebaliknya akan meneruskan himpunan seperti yang dijadualkan kerana ianya sangat penting untuk menunjukkan protes mereka terhadap kekangan akademik yang semakin parah.

Kempen Bebas Anwar 901 Dilancar

Dalam pada itu Shamsul memberitahu berkaitan dengan keputusan fitnah II Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diketahui pada 9 Januari tahun hadapan beliau secara hari ini melancarkan kempen secara maya di laman 'Twitter' bagi menghimpunkan seramai yang mungkin terhadap kes tersebut.

"Saya juga hari ini telah memulakan kempen #BebasAnwar901 yang dilakukan secara maya di laman twitter.

"Kita ingin mengumpulkan seramai yang mungkin mereka yang membantah usaha kerajaan ingin memenjarakan Anwar berkenaan dengan kes tersebut, yang mana kita lihat segala percaturan untuk memasukan beliau ke dalam penjara sudah dirancang dari awal lagi.

"Melalui kempen ini saya pasti rakyat akan datang memberi sokongan kepada Anwar pada hari keputusan itu nanti, saya juga menyeru seluruh rakyat tidak kira berada di mana pun tanpa mengira kedudukan mahupun kaum turut dalam kempen tersebut dan hadir memberi sokongan kepada Anwar pada 9 Januari nanti," katanya.

Beliau menyatakan rakyat negara ini perlu tahu kejaman yang dilakukan oleh pemerintahan sekarang Barisan Nasional bagaimana cara mereka ingin menyekat kemaraan Anwar dengan hanya menggunakan kuasa mereka mengatur segala perbicaraan mahkamah.

Anwar dijangka akan dijatuhkan hukuman 9 Januari ini.

Harakah Daily

Kerajaan diminta mansuh, bukan pinda AUKU

Posted: 15 Dec 2011 11:41 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA, 16 Dis: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendesak agar kerajaan memansuhkan segera Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) bukannya meminda.

Berkata pada satu sidang media di Ibu Pejabat Keadilan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memaklumkan pihaknya telah dijemput untuk turut serta di dalam Sidang Meja Bulat esok 17 Disember di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

"Bagi pihak Keadilan akan diwakili oleh Pengarah Komunikasi Parti, Nik Nazmi Nik Ahmad dan beberapa perkara akan kita bentangkan pada persidangan tersebut.

"Melihat kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan November yang lalu bahawa AUKU bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan merupakan satu keputusan yang benar-benar bersejarah.

"Di dalam maklum balasnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Seksyen 15 AUKU akan dipinda untuk membenarkan mahasiswa aktif di dalam parti, namum di dalam ucapan yang sama Najib tetap mengumumkan politik tetap akan diharamkan daripada kampus," jelasnya.

Tambah Nurul Izzah lagi, malangnya cadangan pindaan AUKU ini nampaknya sama seperti kegagalan agenda transformasi Najib selama ini seperti yang dilihat di dalam reformasi ISA dan Akta Perhimpunan Aman.

"Pengumuman yang nampak berani pada mulanya tetapi apabila diteliti secara dekat sebenarnya meneruskan dasar-dasar lapuk yang sedia ada.

"Kita lihat sahaja kekeliruan maklum balas tersebut terhadap isu ini sendiri oleh anggota kabinet Najib sendiri serta pentadbir-pentadbir university yang berakhir dengan penangkapan 15 mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mengadakan flash mob di KL Sentral bagi membantah AUKU," sambungnya.

Beliau memberitahu Seksyen 15 sebenarnya hanya merangkumi kebebasan berpersatuan mahasiswa tetapi seksyen-seksyen lain yang sebenarnya membolehkan pemusatan kuasa pentadbiran universiti di Malaysia termasuk perlantikan naib-naib canselor oleh menteri.

"Dalam pada itu mengadakan prosedur displin yang tidak adil bagi kesalahan-kesalahan di bawah AUKU serta menyekat kuasa Majlis Perwakilan Pelajar," jelasnya Nurul Izzah lagi

Sementara itu Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akim, memberitahu kebebasan akademik yang sudah mati selama empat puluh tahun di Malaysia, hanya dengan memansuhkan AUKU budaya ketakutan yang sudah berakar umbi di universiti-universiti negara kita dapat diatasi.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri menunjukkan keazaman politik jika beliau benar-benar serius tentang kebebasan dan kecemerlangan akademik dengan memansuhkan AUKU keseluruhannya dan memperkenalkan undang-undang baru yang menjamin otonomi universiti, pensyarah dan mahasiswa.

"Pada masa yang sama, kami mahukan negeri-negeri Pakatan yang menguasai universiti dan kolej tertentu untuk menunjukkan komitmen yang lebih mendalam kepada kebebasan akademik.

"Mahasiswa kritikal di dalam cara Kerajaan Negeri Kedah menghadapi isu Kolej Universiti Insaniah dan bagaimana Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambil tindakan terhadap cadangan menjadikan Universiti Selangor sebagai institusi bebas AUKU dari segi semangatnya," sambungnya.

Shamsul Iskandar memberitahu komitmennya untuk memansuhkan AUKU dan mengembalikan kebebasan akademik sudah wujud sekian lama dan terkandung di dalam Buku Jingga.

"Kita harus berbuat sedemikian di negeri-negeri Pakatan Rakyat dan mendesak perkara yang sama daripada pentadbiran Najib sehingga universiti-universiti kita benar-benar bebas dan menjadi simbol kecemerlangan seperti suatu ketika dahulu," kata Shamsul lagi.

Dalam pada itu Nik Nazmi berkata, beliau akan pastikan persidangan tersebut akan menjadikan perbincangan memansuhkan AUKU dan bukan memindanya, selain itu juga beberapa cadangan akan diutarakan agar ia dapat diterima oleh pihak penganjur.

"Kita mahu sesuatu yang baru di dalam AUKU dan saya berharap persidangan tersebut menjadi satu sejarah kepada mahasiswa yang selama ini menuntut hak mereka.

"Kita tahu hari ini bagaimana kekangnya mahasiswa ingin bergerak untuk menyatakan apa yang mereka kehendaki. Hak mahasiswa tidak boleh kita halang, kebebasan perlu mereka perolehi terutamanya dalam arena politik tanah air seperti mana yang diberikan kepada pelajar di luar negara yang menyertai Kelab Umno di sana," kata beliau.

Harakah Daily

Nasharudin tidak pernah hadir mesyuarat - Mustafa

Posted: 15 Dec 2011 11:38 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Mustafa berkata demikian dalam wawancara khas dengan wartawan Harakah dan Harakahdaily semalam.

Ekoran laporan mengenainya oleh Harakahdaily semalam, pelbagai pihak menghubungi Harakahdaily dan Mustafa untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Dalam wawancara itu, Mustafa melahirkan rasa kesal dengan kedua-dua pemimpin itu dan menyifatkan mereka sejak akhir-akhirnya terperangkap dalam agenda Umno.

"Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat.

"Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir (mesyuarat).

"Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir," beritahu Mustafa dalam wawancara khas itu.

Ekoran beberapa tindakan dan kenyataan kedua-duanya sejak akhir-akhir ini Mustafa membuat kesimpulan mereka terperangkap dalam agenda musuh.

"Jadi sebab itu saya buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS," katanya.

Ikuti pelbagai isu lagi yang dibangkitkan melalui wawancara penuh dengan Mustafa dalam Harakah cetak Sabtu ini.

Harakah Daily

DAP saran wujud Parlimen tentera

Posted: 15 Dec 2011 11:35 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - DAP negeri ini menyarankan supaya kerajaan mewujudkan lima kawasan Parlimen Khas khusus kepada anggota tentera bagi memudahkan mereka mengundi.

Setiausaha DAP Negeri Pulau Pinang, Ng Wei Aik berkata, kawasan Parlimen Khas Tentera itu perlu diwujudkan mengikut zon utara, zon tengah, zon selatan, zon Sabah dan Sarawak.

"Memandangkan ketelusan pengundian tentera sering diangkitkan dan dipertikaikan, kita mencadangkan agar diwujudkan Parlimen Khas Tentera ini.

"Zon utara mewakili Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, manakala zon tengah diwakili Perak,Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu. Zon selatan pula diwakili Pahang, Melaka dan Johor," katanya ketika sidang media selepas menghadiri pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di Dewan Sri Pinang, pagi ini.

Sinar Harian

Padah curi kuali burger

Posted: 15 Dec 2011 11:31 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Hasrat seorang pemandu untuk memulakan perniagaan menjual burger bagi menambah pendapatan tidak kesampaian apabila dia ditangkap polis kerana mencuri kuali burger milik seorang peniaga di tapak niaga berhampiran sebuah pasar raya, Batu 6, Jalan Gambang dekat sini, 21 November lalu.

Hairul Azhar Hamzah, 29 dari Indera Mahkota di sini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam bagi menghadapi tuduhan mencuri mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dia mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah dalam keputusannya mengarahkan tertuduh membayar denda RM3,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Tertuduh yang juga bapa kepada seorang anak didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira-jam 9.10 pagi 21 November lalu.

Nasib tertuduh tidak baik kerana perbuatannya disedari pemilik gerai yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian.

Berdasarkan fakta kes, peniaga terbabit ternampak sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak diletakkan berhampiran gerainya.

Pada masa yang sama, dia ternampak seorang lelaki (tertuduh) sedang mengangkat kuali burgernya dan dimasukkan ke dalam bonet kereta tersebut.

Peniaga berusia 36 tahun mendekati tertuduh lalu bertanya berhubung tindakan lelaki itu mengambil kuali bersama rantai besi dari gerai di situ.

Tertuduh yang berpura-pura sebagai pemilik gerai itu menjelaskan dia datang untuk berniaga tanpa menyangka lelaki itu pemilik sebenar gerai yang dicurinya.

Lelaki tersebut kemudian menangkap tertuduh dan merampas semula perkakasan itu bersama satu alat pemotong besi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan.

Dalam rayuannya, tertuduh memilih hukuman denda memandangkan dia terpaksa menyara anak dan kedua ibu bapanya yang sudah tua dengan pendapatan RM900 sebagai pemandu.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Amalina Zainal Mokhtar memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal memandangkan lelaki itu memiliki tiga rekod kesalahan lampau dan pernah dipenjarakan selama 20 bulan atas kesalahan memiliki dadah.

Sinar Harian

Air terjun ragut dua nyawa

Posted: 15 Dec 2011 11:28 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

BENTONG – Kegembiraan empat sekawan beriadah di Air Terjun Chamang, dekat sini, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas dalam kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Firdaus Ismail dan Muhammad Arif Azizan, 20, beralamat di Ampang, Selangor.

Rakan mangsa, Syaiful Mohd Syafeeq Shaifol Hisham, 20, berkata, mereka bertolak dari Ampang ke pusat rekreasi itu kira-kira jam 2 petang untuk memancing memandangkan ia merupakan hobi mereka berempat.

"Ketika sedang asyik memancing dan bermain air, tiba-tiba Muhammad Firdaus tergelincir sebelum masuk ke dalam air. Muhammad Arif cuba membantu, namun kedua-dua mereka hanyut dibawa arus," katanya kepada Sinar Harian.

Syaiful Mohd Syafeeq berkata, dia dan rakannya cuba meminta pertolongan pengunjung dan pengawal hutan di kawasan itu, namun gagal kerana arus deras.

Menurutnya, dia masih terkejut dengan apa yang berlaku dan tidak menyangka kunjungan pertama rakannya itu ke Air Terjun Chamang bertukar tragedi.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, Rahim Abdullah berkata, pihaknya dengan kekuatan enam anggota tiba di tempat kejadian kira-kira jam 5.15 petang.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, seorang daripada mangsa berjaya dibawa ke darat hasil bantuan orang awam.

"Manakala, seorang lagi mangsa terpaksa dibawa menyeberangi sungai untuk dibawa ke darat.

"Kedua-dua mangsa terbabit hanyut lebih kurang 100 meter dari tempat kejadian, namun berjaya dijumpai anggota penyelamat pada hari sama," katanya.

Sinar Harian

Air melimpah masuk gerai

Posted: 15 Dec 2011 11:23 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

BUKIT PASIR – Pemilik tiga gerai makan di Jalan Besar Bukit Pasir di hadapan jalan masuk Jalan Kemunting di sini memerlukan perhatian pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah sistem perparitan dihadapi mereka.

Peniaga mendakwa, kerana tiadanya saluran perparitan yang sempurna, gerai mereka sering dinaiki air setiap kali hujan sekali gus mengganggu perniagaan mereka.

Peniaga, Jalilah Ismail, 43, berkata, sejak 12 tahun dia berniaga di situ, dia dan dua peniaga lain terpaksa berpakat mengeluarkan modal sendiri untuk membuat longkang bagi mengelakkan air terus bertakung kerana di situlah tempat mereka mencari rezeki.

"Saya harapkan mereka (pihak yang berkenaan) datang sendiri memantau dan bertanyakan masalah yang kami hadapi di sini," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Mohd Razif Ismail, 50, berkata, dia juga bersetuju dengan pandangan Jalilah kerana perniagaannya sering kali terganggu akibat air dari jalan besar memasuki gerainya.

Katanya, dia juga mengharapkan satu saliran perparitan yang sempurna dapat dibina segera.

"Diharap pihak yang berkenaan termasuk PBT mengambil tindakan untuk membina satu saluran air seperti parit di belakang gerai kami supaya air yang memasuki gerai dapat surut dengan cepat dan tidak lagi bertakung," katanya.

Manakala, Jahurunisa Mainuddin, 49, berkata, dia juga mahukan tindakan segera dilaksanakan untuk membina saliran perparitan yang sempurna selain membina beberapa lagi kemudahan lain.

"Selain itu saya juga harap kemudahan lain dapat dibina seperti tandas awam dan surau untuk kemudahan pelanggan kami yang semakin ramai dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Bahagian Batu Pahat, Mohd Hamidi Mad Tap berkata, dia mahukan agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan mengatasi masalah peniaga di kawasan berkenaan.

Katanya, pernah satu ketika semasa makan di gerai berkenaan semasa hujan, air yang melimpah di kawasan pelanggan serta tempat mereka memasak mencecah paras betis saya dan ini memberikan satu pandangan yang tidak elok.

"Saya berasa terkilan kerana tiadanya tindakan daripada pihak yang berkenaan walaupun saya telah diberitahu ada peniaga yang sudah berniaga di kawasan ini melebihi 10 tahun lamanya," katanya.

Sinar Harian

Lelaki maut gara-gara cemburu

Posted: 15 Dec 2011 11:20 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Bahana cemburu, seorang lelaki berusia 54 tahun maut selepas dipukul dalam satu kejadian berhampiran kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Macang Kudong, Pokok Sena, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Hamdan Saad, dikatakan sedang menunggang motosikal bersendirian kawasan berkenaan dan ditinggalkan di dalam belukar.

Mangsa bagaimanapun sempat menghubungi keluarganya dan dibawa pulang ke rumah sebelum dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Difahamkan, mangsa ketika ditemui ahli keluarganya berada di dalam sebuah parit yang memisahkan ladang kelapa sawit dengan lokasi kejadian, dan mangsa dipercayai terjatuh sewaktu cuba mencari jalan untuk keluar dari lokasi kejadian.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Setar, Superintendan Baharom Abu berkata, mangsa yang dimasukkan ke HSB kira-kira jam 1 petang kelmarin, dilaporkan meninggal dunia awal pagi semalam.

"Mangsa mengalami kecederaan pada seluruh badan dan kes pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa).

"Hasil awal bedah siasat mendapati mangsa mengalami masalah jantung akibat kecederaan badan serta tekanan emosi akibat dipukul," katanya.

Menurutnya, motif kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Susulan daripada itu, polis berjaya menahan dua suspek lelaki berusia 50 dan 22 tahun, bapa dan anak, dirumah mereka di Pokok Sena.

"Kedua-dua suspek berkenaan direman selama tujuh hari bermula kelmarin," katanya.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa yang ditemui di perkarangan Unit Forensik HSB, semalam, enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sinar Harian

Nyaris terkena kejutan elektrik

Posted: 15 Dec 2011 11:16 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

TAIPING – Seorang warga emas terkejut apabila wayar elektrik tiba-tiba jatuh lalu mengenai leher ketika sedang berjalan menuju ke stesen teksi di Jalan Iskandar, di sini.

Chua Hock Koon, 71, berkata, dia baru sahaja keluar dari sebuah kedai kopi kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, sebelum kejadian dia berhasrat menemui seorang kenalan di stesen teksi untuk berbual, namun hasrat itu terbantut akibat wayar elektrik mengenai lehernya.

"Wayar ini terjatuh dan terkena pada leher saya, walaupun tidak teruk tetapi saya masih dapat rasa kesakitan­nya," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam

Hock Koon berkata, selepas kejadian, salah seorang pemandu teksi yang berada di situ menyatakan wayar terbabit jatuh mungkin disebabkan banyak burung bertenggek.

"Saya bimbang kejadian sama terus berulang dan keadaan itu akan mendatangkan bahaya kepada orang ramai terutama kanak-kanak," katanya.

Katanya, dia kemudian membuat satu laporan kepada pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan salah seorang ahli MPT, The Han Leng telah hadir ke tempat kejadian untuk meninjau masalah yang berlaku.

"Apabila pemeriksaan dijalankan, beliau terus menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengambil tindakan selanjutnya.

"Jalan ini sentiasa sibuk dengan kenderaan dan orang ramai, oleh itu, perhatian serius perlu diambil bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya.

Sinar Harian

Remaja ditemui lemas selepas mandi kolam

Posted: 15 Dec 2011 11:12 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

HUTAN MELINTANG - "Saya bersama suami bergegas ke kolam itu selepas mendapat tahu apa yang berlaku, namun kami hanya sempat menatap mayat anak kami terbujur kaku sebaik sahaja tiba di tempat kejadian." Ujar M Santhaletchumi, 37, ibu kepada B Uthayakumar, 13 yang ditemui mati lemas selepas mandi di sebuah kolam dalam kawasan tapak pembinaan perumahan, di Jalan Hutan Melintang, di sini, pada petang kelmarin.

Santhalethumi berkata, dia sedang bekerja di sebuah kilang berhampiran kediamannya ketika mendapat panggilan daripada rakan mangsa pada jam 4.50 petang yang memaklumkan anaknya itu sakit tenat selepas mandi di sebuah kolam.

Menurutnya, mangsa telah keluar rumah pada kira-kira jam 8 pagi pada hari kejadian untuk ke rumah rakannya yang terletak tidak jauh daripada rumahnya di Taman Selasih, Hutan Melintang, di sini.

"Saya hairan kenapa Uthayakumar pergi ke kolam yang terletak kira-kira 400 meter daripada rumah kami sedangkan dia tidak tahu berenang dan tidak pernah ke situ sebelum ini.

"Kami juga tidak menjangka perkara ini boleh berlaku kerana Uthayakumar tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan atau kelakuan aneh sebelum kejadian ini," katanya ketika ditemui, semalam.

Enggan menceritakan lebih lanjut, Santhaletchumi mengakui, dia dan suami, C Bala, 42 tidak dapat menahan sedih saat menatap mayat anak kedua daripada lima beradik itu, namun tetap menerima suratan takdir.


Kelakuan aneh

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, maklumat daripada rakan mangsa memaklumkan polis beberapa keanehan yang dilakukan mangsa sebelum ditemui lemas.

"Menurut rakan mangsa, antara kelakuan aneh mangsa adalah meninggalkan dompet serta telefon bimbitnya di rumah rakannya dan keluar rumah tanpa memberitahu sesiapa.

"Kelakuan mangsa turut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan keluarganya, tambahan mangsa tidak pernah mandi di luar rumah termasuk di parit atau sungai, sebelum ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Hutan Melintang hanya memberitahu rakannya, dia mahu mandi berseorangan tetapi tidak memberitahu di mana.

"Rakan mangsa mula merasa risau apabila mangsa tidak kembali selepas hampir dua jam dan telah keluar untuk mencari mangsa di merata tempat, namun gagal menemuinya.

"Kejadian yang menimpa diri mangsa hanya disedari selepas salah seorang rakannya yang lain berkebetulan melalui kawasan tapak pembinaan itu," katanya.

Kok Liang berkata, rakan mangsa ternampak kepalanya terapung dalam kolam berkenaan dan telah meminta bantuan daripada penduduk berkedekatan untuk menyelamatkan mangsa.

Katanya, ambulans telah dihubungi selepas mayat mangsa ditarik keluar oleh penduduk dari kolam berkenaan dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat.

"Mangsa telah disahkan maut akibat lemas serta diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. Mayat mangsa telah dituntut oleh keluarganya untuk disempurnakan," katanya.

Sinar Harian

Empat nyaris maut, rempuh tiang lampu

Posted: 15 Dec 2011 11:04 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

HULU BERNAM – Hasrat empat remaja bermain futsal terbantut apabila terbabit dalam kemalangan berdekatan Plaza Tol Behrang, Perak dekat sini malam kelmarin.

Kereta Perodua Viva yang mereka naiki dikatakan gagal dikawal selepas melalui lopak air di laluan tersebut lalu terbabas ke bahu jalan laluan bertentangan dan nyaris merempuh tiang lampu.

Pemandu yang hanya dikenali sebagai Baim, 20, berkata, ketika kejadian hujan renyai dan laluan berkenaan gelap.

"Kereta kami secara tiba-tiba melencong selepas melalui lopak air dan terbabas ke laluan bertentangan.

"Keadan ketika itu amat mencemaskan kerana kereta meluncur di atas rumput dan terseret lebih kurang 30 meter sebelum berhenti berdekatan tiang lampu.

"Nyaris juga kereta tidak merempuh tiang lampu, kalau tidak hanya ALLAH SWT yang tahu kesannya pada kami semua," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Baim bersama rakannya tidak mengalami sebarang kecereraan bagaimanapun kereta tersebut mengalami kerosakan pada kedua-dua pintu sebelah kiri serta bumper hadapan.

"Syukur, tiada apa-apa berlaku pada kami," katanya.

Sinar Harian

Jimmy dakwa isteri suka judi

Posted: 15 Dec 2011 11:00 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM – Pengacara Jimmy Shanley mendakwa, keretakan rumah tangganya berpunca daripada tabiat buruk isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy yang suka berjudi dan merokok.

Menurutnya, disebabkan keengganan meninggalkan tabiat itu menyebabkan Nursuhaila tidak mahu tinggal bersamanya dan masa untuk bersama semakin terhad.

"Dia (Nursuhaila) bukan sahaja berjudi menggunakan daun terup, tetapi turut berjudi menerusi Internet ketika di rumah mertua.

"Isteri enggan tinggal bersama saya kerana sukar hendak meninggalkan aktivitinya itu disebabkan di rumah saya tidak ada perkhidmatan jalur lebar (broadband)," katanya.

Jimmy berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakilinya dalam perbicaraan permohonan perintah kembali taat dan nusyuz yang difailkan pada Januari lalu.

Katanya, sebelum bernikah, Nursuhaila berjanji akan melayannya setiap masa dan meninggalkan semua perbuatan negatifnya itu.

Permohonan untuk kembali taat difailkan oleh Jimmy pada 3 Januari lalu, diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu dibuat selepas Jimmy dan Nursuhaila mula tinggal berasingan pada 21 Oktober tahun lalu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Saharuddin Selamat bersambung 23 Februari dan 5 Mac 2012.

Sinar Harian

Noh nafi ada kaitan video hina Hudud

Posted: 15 Dec 2011 07:29 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar) menafikan dakwaan satu video klip bahawa beliau ada kaitan dengan video klip hina hukum hudud.

Menurut Noh, ia adalah satu pakatan jahat pembangkang yang cuba menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin di negeri Selangor.

"Apa lagi isu, melainkan cara pemimpin pembangkang yang akan serang secara peribadi pemimpin-pemimpin (Barisan Nasional) terutama saya yang berada di Selangor supaya kredibiliti saya hilang (dan) rakyat Selangor tidak percaya kepada kepimpinan saya," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional anjuran Majlis Profesor Negara di Kuala Lumpur , Khamis.

Baru-baru ini, Harakahdaily menyiarkan laporan satu video klip yang menunjukkan bukti-bukti kaitan antara video sembang rakyat dengan Noh Omar.

Email penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan video menghina hudud itu juga email yang tertera sebagai pengendali laman web rasmi Noh iaitu Pena Noh dan laman web Umno Bahagian Tanjung Karang yang diketuai Noh.

Email itu juga didapati ada kaitan dengan laman web Puteri Umno Selangor, menurut klip video yang diterbitkan oleh Malaysianews.

Harakahdaily menyiarkan berita ini 14 Disember lepas di bawah tajuk Video hina hudud ada kaitan dengan Noh Omar? tentang isu ini.

Noh yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata tindakan itu mungkin satu tuduhan dan konspirasi yang cuba dilakukan pembangkang untuk mengaitkan beliau dengan isu sensitif.

Bernama melaporkan beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan media pembangkang, Rabu, yang mendakwa penerbit video Sembang Rakyat yang menerbitkan klip menghina hukum hudud dimiliki oleh orang yang sama yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang itu, laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, disamping blog Pena Noh.

Noh berkata beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana orang untuk melakukan perkara itu, dan menafikan dakwaan tersebut.

"Pembangkang di Selangor ini, cukup bimbang dengan saya. Dulu fitnah pasal isu insentif padi, tapi yang ini (video hina hudud) saya cukup terkejut dan saya tidak buat (perkara itu)," katanya.

Harakah Daily

SBPA: PM dituntut tunai janji naik gaji Jan 2012

Posted: 15 Dec 2011 07:25 PM PST

20 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bersetuju dengan saranan Cuepacs yang mendesak kakitangan awam agar tidak menandatangani borang opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diedarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad (gambar) berkata, cubaan penguatkuasaan SBPA kepada 1.2 juta kakitangan awam tanpa memberikan maklumat yang mencukupi adalah satu penganiayaan.

Menurutnya, DPPWP dimaklumkan, hanya kakitangan yang menandatangani SBPA sahaja yang akan menerima kenaikan gaji sebanyak 7-13 peratus seperti yang di umumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan bajet yang lalu.

"Manakala kakitangan yang mahu mengunakan skim perkhidmatan berdasarkan SSM dan SSB akan kekal menerima tangga gaji sedia ada," ujarnya kepada Harakahdaily.

Malah, ujarnya ramai kakitangan awam yang tidak berpuashati kerana dalam SBPA mereka wajib memilih untuk bersara pada usia 60 tahun.

Beliau menambah, penilaian anjakan atau kenaikan gaji tahunan pula bakal didasarkan kepada merit laporan prestasi tahunan yang mana kakitangan yang gagal mencapai markah 70 peratus bagi 3 tahun berturut-turut boleh dipecat.

Katanya, apa yang tidak dijelaskan oleh JPA adalah, bagaimana bentuk penilaian itu berfungsi.

Soalnya, bagaimana mereka boleh menjamin tidak adanya elemen pilih kasih, atau sabotaj oleh kakitangan atasan kepada mereka yang menjadi subordinat mereka.

Menurutnya lagi, malah tidak dinyatakan juga jumlah kenaikan itu kerana carta perubahan gaji tidak diberikan.

"Adakah kakitangan yang mencapai markah yang lebih tinggi akan menerima kenaikan gaji dua kali ganda atau sama sahaja seperti sebelum ini di mana mereka hanya menerima kadar kenaikan mengikut tahun perkhidmatan?" tanya beliau lagi.

Katanya, kakitangan awam adalah aset yang penting kepada pentadbiran negara, tetapi layanan yang diberikan kepada mereka nampaknya semakin teruk.

Tambahnya, perkara yang paling penting untuk hidup mereka iaitu dalam menentukan masa depan kerjaya mereka dibuat tergesa-gesa sedangkan JPA hanya memberikan masa dari 16-30 Disember ini untuk mereka membuat keputusan.

"Itu arahan dari JPA, tapi bila turun kepada Kementerian dan Jabatan, ramai yang mengadu bahawa mereka perlu buat keputusan kurang dari 48 jam kerana pihak Bahagian Sumber Manusia masing-masing mengambil masa yang banyak untuk mengedar dan merekodkan pilihan yang dibuat sebelum menghantarnya semula kepada JPA," katanya lagi.

Apa yang penting, ujarnya DPPWP berharap agar kakitangan awam bijak membuat pilihan dan tidak tergesa-gesa.

Justeru, katanya DPPWP juga mahu Perdana Menteri menunaikan janjinya untuk menaikkan gaji kakitangan awam bermulai 1 Januari tahun hadapan tanpa mengira skim mana yang mereka pilih dan tidak terikat kepada SBPA sahaja.

"Rakyat memang sedar bahawa Perdana Menteri cuba menggunakan pakej belanjawan Bajet 2012 untuk menarik undi dan sokongan, tapi biarlah dengan cara yang ikhlas dan jelas bukannya sekadar janji yang cacamarba," katanya lagi.

Harakah Daily

PAS TAMBUN

Posted: 16 Dec 2011 01:56 AM PST

PAS TAMBUN


JOM MAKAN DURIAN BERSAMA MASYARAKAT KANTHAN

Posted: 15 Dec 2011 10:35 AM PST

JOM MAKAN DURIAN BERSAMA MASYARAKAT KANTHAN

PADA
19 DISEMBER 2011

JAM
8 MALAM

TEMPAT
PASAR MALAM KANTHAN BARU

MASYARAKAT KANTHAN DI JEMPUT HADIR..

PERJALANAN AKHIR SEORANG NEGARAWAN YANG TIDAK DI DENDANG

Posted: 15 Dec 2011 10:12 AM PST





SEKEMBALINYA PAK IMAM MAJID atau nama sebenarnya Abdul Majid Salleh, maka akan berkuranglah sumber-sumber kemerdekaan yang tulen sebagai bekal kepada anak-anak merdeka akan datang, tetapi ingatlah bahawa walaupun ianya pergi tetapi ilmu, kenangan, pengalaman dan jasa beliau tetap bersama kita, kami di PASTAMBUN. COM merasakan satu kehilangan mutiara amat mahal yang tidak dikeluarkan sebagai permata... tuan sentiasa bersama kami.. InsyaAllah.

KP : Semoga Allah anugerahkan syurga ke atas jenazah Allahyarham Imam Majid Salleh.. Al-Fatehah

DR ABU HASSAN MENJAWAB SOALAN D FORUM ANJURAN SINAR

Posted: 15 Dec 2011 09:35 AM PST



KP : Anak muda perlu buat perubahan dari sekarang untuk masa depan negara yg kita cintai..

FILEM PENDEK JAWAB ISU HUDUD...

Posted: 15 Dec 2011 09:34 AM PST

PELANCARAN BUKU TULISAN DR KHAIRUDDIN YDP PAS TAMBUN

Posted: 15 Dec 2011 09:01 AM PST




Tahniah kepada YDP Tambun Dr Khairuddin Dato Abdul Malek, kerana berjaya melancarkan buku sulongnya yang berjudul "TUMPASKAN KEZALIMAN MENANGKAN ISLAM"
yang telah disempurnakan oleh AF Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Malaysia dan Dato Seri Anwar Ibrahim, di majlis ceramah Ceramah Perdana Rapat Rakyat di Bruas baru-baru ini.

Buku ini adalah hasil kesungguhan beliau dalam usaha membuka minda masyarakat untuk memahami tasawwur Islam yang sebenar mengenai peranan rakyat dan pemimpin bagi menentang dan menghapuskan kezaliman agar kebenaran dan keadilan Islam dapat ditegakkan.

KP : Tahniah..

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 15 Dec 2011 11:37 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


Posted: 15 Dec 2011 05:15 AM PST

Salam Perjuangan

Posted: 15 Dec 2011 11:27 PM PST

Salam Perjuangan


CUEPACS BANTAH SBPA, GESA PENJAWAT AWAM TUNGGU

Posted: 15 Dec 2011 08:11 AM PST

20 Muharram 1433 H | 16 December 2011

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri pada 19 Disember ini.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.


Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda 
berkata, pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

"Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.


"Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat," kata beliau.


Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, "Kongres di Kuala Perlis khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar."


"Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan, dan 
tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu si,gkat." katanya.

"Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas," kata Omar.


Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.


Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau. - themalaysianinsider.com

DPP PADANG TERAP

Posted: 15 Dec 2011 10:06 PM PST

DPP PADANG TERAP


Hudud?Ini sedikit Penerangan ringkas tentangnya.

Posted: 14 Dec 2011 11:30 PM PST






Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.Kami sangat mengalukan perkongsian(share) video ini kepada masyarakat.

PAS KDAS 3

Posted: 15 Dec 2011 09:48 PM PST

PAS KDAS 3


Video Yang Menangkis Tohmahan Umno Tentang Hudud

Posted: 15 Dec 2011 06:52 AM PST



Tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda yang telah berjaya menangkis segala tohmahan Umno BN berkenaan Hukum hudud. Semoga dengan terbitnya drama pendek ini akan dapat meyakinkan orang ramai tentang hudud sekaligus dapat menolak fitnah yang dilakukan oleh Video sembang Rakyat yang ditaja oleh umno. Semoga sahabat-sahabat dapat share video ini kepada sahabat-sahabat di Facebook supaya Masyarakat jelas tentang Keadilan Hukum Hudud tidak seperti yang di tohmah oleh Umno dan BN yang sanggup menghina Hukum Allah.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Dec 2011 09:06 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Bob Lokman, Dato Fauzi 19 Dis 2011 di Seremban

Posted: 15 Dec 2011 07:54 PM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 19 Dis 2011, Isnin
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Taman Angsamas, Mambau (Jln Seremban-Mambau-Rantau)
Bersama :
Bob Lokman
Dato Fauzi (Bekas Timb. Menteri Pnerangan)
YB Taufek
YB Guna
CheGuBard

Semua dijemput hadir

Besi longkang meragukan

Posted: 15 Dec 2011 01:33 AM PST



Besi longkang meragukan
15 Dis 2011

SIMPANG DURIAN – Penduduk, di sini meminta pihak berkenaan membaiki longkang di laluan masuk ke Sekolah Menengah Kebang­saan Dato' Haji Tan Ahmad di pekan Simpang Durian kerana ia hanya ditutupi dengan besi.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Noranif Selamat berkata, ketika membuat tinjauan di kawasan berkenaan beliau mendapati longkang berkenaan tidak selamat untuk digunakan.

Menurutnya, longkang itu hanya ditutup dengan besi dan keadaannya juga tidak melekat kemas pada longkang dan ia mudah berubah-ubah.

"Keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan jatuh khususnya motosikal. Buat masa ini, penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif yang sempit di sebelah longkang berkenaan.

"Motosikal dan kereta tidak ada masalah untuk menggunakan laluan alternatif yang sempit tetapi tidak untuk kenderaan berat seperti lori dan bas sekolah," katanya.

Katanya, oleh itu diharap longkang berkenaan akan dibaiki sebelum sesi persekolahan­ bermula.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Saiful Ridzuan Jasmi, 25, berkata, longkang itu sudah rosak kira-kira setahun lalu.

"Sudah lama keadaan longkang ini begini, saya pun tidak pasti jika ada penduduk membuat aduan atau tidak kerana sehingga kini tiada satu langkah dibuat untuk membaiki longkang ini.

"Selain sekolah, jalan ini juga digunakan oleh penduduk untuk menjalankan urusan harian. Malahan lokasi jalan ini juga terletak bersebelahan dengan Dewan Simpang Durian yang menjadi tumpuan apabila ada acara diadakan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/besi-longkang-meragukan-1.12526

Rembau Hari Ini

Posted: 15 Dec 2011 07:57 PM PST

Rembau Hari Ini


Bob Lokman, Dato Fauzi 19 Dis 2011 di Seremban

Posted: 15 Dec 2011 07:56 PM PST


CERAMAH UMUM
Tarikh : 19 Dis 2011, Isnin
Masa : 8.45 mlm
Tempat : Taman Angsamas, Mambau (Jln Seremban-Mambau-Rantau)
Bersama :
Bob Lokman
Dato Fauzi (Bekas Timb. Menteri Pnerangan)
YB Taufek
YB Guna
CheGuBard

Semua dijemput hadir


Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 15 Dec 2011 03:59 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


NAJIB MAKIN CUAK DENGAN KAUM CINA

Posted: 14 Dec 2011 10:03 PM PST

KLANG, 15 Dis — Di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin dekat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat khususnya kaum Cina agar terus menyokong kerajaan pimpinannya kerana telah banyak mereka.


Laporan media sebelum ini menyebut aliran sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum 2008.

Najib berkata peluang perniagaan untuk masyarakat Cina tidak pernah disekat dan ini dapat dilihat daripada penguasaan mereka terhadap sebahagian besar perniagaan dalam negara.

"Mereka berjaya kerana kita amalkan dasar ekonomi yang bebas. Kita jamin keamanan dalam negara dan kestabilan dalam negara.

"Kita berlaku adil kepada semua kaum. Orang Cina boleh maju kerana dasar kita. Tidak ada orang Cina yang boleh kata mereka kaya tanpa pertolongan kerajaan," katanya dipetik Bernama Online.

Kata beliau, selain kaum lain, kerajaan juga memberikan penukaran tanah, lesen bank, lesen beras, lesen gula kepada kaum Cina untuk membantu membangunkan ekonomi mereka.

"Oleh itu, rakyat haruslah sokong apa yang dilakukan oleh kerajaan," katanya.

RASA PELIK KALAU USTAZ NASA PELIK

Posted: 14 Dec 2011 09:56 PM PST

KUALA LUMPUR, 15 Dis — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa membidas golongan tertentu dalam PAS, yang menurutnya "pelik" dan mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya umum ke-13.


Nasharudin yang turut dinamakan sebagai antara calon yang akan digugurkan berkata, beliau hairan dengan perkembangan terkini dalam PAS.

Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga disebut-sebut akan digugurkan tetapi dinafikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad lalu atas alasan pemilihan calon belum dimuktamadkan.

"Saya ada hubungi Dr Hasan dan menyatakan sokongan kepadanya. Saya pelik bila tengok ada pihak mendakwa beliau dan saya akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum.

"Mengikut amalan PAS, biasanya presiden yang umumkan siapa bertanding di mana. Tapi tiba-tiba ada pula individu peringkat bawah yang membuat kenyataan," katanya dipetik Berita Harian.

Ia dilihat kenyataan media terbuka mengenai PAS sejak tewas mempertahankan kerusinya Jun lalu.
"Saya tak fikir banyak cawangan PAS di Pasir Mas mencalonkan beliau tetapi apabila pucuk pimpinan memberi lampu hijau, jentera bekerja untuk memastikan kemenangan parti.

"Sama juga apabila saya mendapat arahan presiden untuk bertanding di Yan pada 1999, Besut pada 2004 dan Bachok pada 2008," katanya lagi.

Tambah beliau, PAS mempunyai proses saringan menyeluruh dalam memilih dan mengesahkan calon.

"Senarainya perlu melalui Biro Politik, Jawatankuasa Kerja Pusat dan Majlis Syura sebelum kata putus presiden," katanya lagi.

Nasharudin juga menegaskan beliau berpegang kepada pendirian untuk menyerahkan soal bertanding atau digugurkan kepada pucuk pimpinan parti.

Katanya, masalah dalam PAS sekarang terlalu ramai orang yang hendak bercakap.

"Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS.

"Dulu banyak pihak, terutama rakan media kata cukup susah nak dapatkan maklumat mengenai PAS sebab yang bercakap biasanya cuma presiden atau setiausaha agung," katanya lagi.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 15 Dec 2011 02:16 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Jom Pangkah PAS

Posted: 14 Dec 2011 09:50 PM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 15 Dec 2011 11:32 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


MANGSA OMBAK BESAR TAGIH JANJI YB

Posted: 15 Dec 2011 02:52 AM PST


    KEMAMAN – Kejadian ombak besar yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini turut melanda Kampung Geliga di sini pada Isnin 12 Disember lalu.

    Badai musim tengkujuh itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya lima buah rumah rosak dan tidak kurang 30 orang bakal kehilangan tempat berteduh.

    Penduduk terbabit hanya mampu 'mengalirkan airmata' ketika ditemui skuad Buletinonline, kerana tidak tahu, ke manakah mereka akan membawa diri.

    Apabila ditanya, adakah wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional bagi DUN berkenaan telah mengambil perjalanan, mereka hanya bungkam sementara menyapu airmata yang membasahi pipi.

    Norizan bt Osman, 47, seorang suri rumahtangga berkata, sudah setahun beliau menunggu wakil rakyat mengotakan janjinya, memberikan sebuah tapak rumah yang baru dan selamat untuk didiami.

    Katanya, wakil rakyat terbabit berjanji sebaik rumah mereka mengalami kejadian yang sama pada tahun lalu.

    "tahun lau, selepas omabk besar melanda lebih kurang macam ni lah, pihak wakil rakyat berjanji, akan carikan tempat baru, untuk kami sekeluarga,

    "tapi sampai hari ni, kami dilanda ombak lagi, tak dok khabar berita dari YB,"ujarnya dengan perasaan hiba.

    Suami Norizan, Wan Zakaria Wan Jusoh, 62, adalah seorang buruh kasar yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah atau pun tanah.

    Pendapatan yang diperolehi hanya mampu menyara kehidupan, makan minum dan pakai, mereka sekeluarga.

    "Nak baiki rumah ni pun saya tak mampu, apa lagi nak beli tanah atau nak beli rumah, cukup bulan hanya cukup untuk makan minum saya dan keluarga,"katanya.

    Selain mereka, Shahazat bt Mat Ali, 41, turut merayu kepada pihak kerajaan negeri Terengganu supaya dapat memberikan bantuan bagi menjamin kehidupan masa depan.

    Shahazat yang juga seorang guru tadika, masih mengharapkan slogan 'merakyatkan pembangunan dan pentadbiran' yang dicanang oleh kerajaan, bukanlah hanya slogan kosong.

    "saya merayu, pihak berkenaan, agar dapat memberikan perhatian kepada kehidupan penduduk di sini,

    "saya masih percaya, ada pihak yang akan menolong, walaupun sehingga kini, janji hanya tinggal janji,"katanya.

    Suami Shahazat, Zulkifli Jusoh, 45, bekerja sebagai seorang pemandu lori yang memperolehi pendapatan hanya RM800 sebulan.

    Katanya, dalam keadaan barang keperluan yang semakin meningkat, pendapatan sebanyak itu tidak cukup untuk mereka sekeluarga.

    Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat ketika dihubungi berkata, kerajaan Umno dan BN Terengganu sepatutnya mendahulukan rakyat, bukan mendahulukan koperat.

    [Gambar kanan - Norizan, berbaju kuning, menerima bantuan segera, berupa barang makanan keperluan harian, yang disumbangkan oleh Majlis Tindakan DUN (PAS) Chukai]

    "Kan slogan rakyat didahulukan, sepatutnya rakyat yang terlebih dahulu dibantu, bukan koperat, tetapi sebaliknya,

    "MB Mad Said boleh meluluskan segera tanah dan membina hypermarket Giant di Kijal, macam kilat,

    "tetapi untuk lima keluarga yang susah ini, yang berhadapan dengan hidup dan mati, permohonan mereka 'slow', macam siput babi,"tegas Hanafiah.

    Menurutnya, pada awal tahun 2011, ketika keluarga yang sama telah dilanda ombak, beliau telah meminta supaya kerajaan bertanggungjawab dan bertindak segera.

    Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, InsyaAllah, sekiranya PAS diberi mandat memerintah semula pada pilihanraya akan datang, ia akan menjadi keutamaan.

    "saya bukan berjanji, macam janji Umno, tapi memang telah ada dalam manifesto PAS Terengganu, akan meneruskan dasar berkebajikan, memberikan tanah untuk tapak rumah, kepada rakyat yang tidak memilikinya,"jelasnya.

    Dupahang's Weblog

    Posted: 15 Dec 2011 11:17 AM PST

    Dupahang's Weblog


    LYNAS: MB PAHANG FITNAH ADUN PAS PAHANG

    Posted: 14 Dec 2011 06:37 PM PST

    Khairil Abdul Rahim TEMERLOH, 14 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad hari ini tampil memberi penjelasan menafikan keterlibatan beliau dalam kontrak melibatkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng sebagaimana disiarkan sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini.Dalam sidang medianya di pejabat Perhubungan PAS Pahang, beliau mendakwa ia berpunca [...]

    Mohamad Taufek Abd Ghani

    Posted: 15 Dec 2011 10:41 AM PST

    Mohamad Taufek Abd Ghani


    Besi longkang meragukan

    Posted: 15 Dec 2011 01:32 AM PST



    Besi longkang meragukan
    15 Dis 2011




    SIMPANG DURIAN – Penduduk, di sini meminta pihak berkenaan membaiki longkang di laluan masuk ke Sekolah Menengah Kebang­saan Dato' Haji Tan Ahmad di pekan Simpang Durian kerana ia hanya ditutupi dengan besi.

    Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Noranif Selamat berkata, ketika membuat tinjauan di kawasan berkenaan beliau mendapati longkang berkenaan tidak selamat untuk digunakan.

    Menurutnya, longkang itu hanya ditutup dengan besi dan keadaannya juga tidak melekat kemas pada longkang dan ia mudah berubah-ubah.

    "Keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan jatuh khususnya motosikal. Buat masa ini, penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif yang sempit di sebelah longkang berkenaan.

    "Motosikal dan kereta tidak ada masalah untuk menggunakan laluan alternatif yang sempit tetapi tidak untuk kenderaan berat seperti lori dan bas sekolah," katanya.

    Katanya, oleh itu diharap longkang berkenaan akan dibaiki sebelum sesi persekolahan­ bermula.

    Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Saiful Ridzuan Jasmi, 25, berkata, longkang itu sudah rosak kira-kira setahun lalu.

    "Sudah lama keadaan longkang ini begini, saya pun tidak pasti jika ada penduduk membuat aduan atau tidak kerana sehingga kini tiada satu langkah dibuat untuk membaiki longkang ini.

    "Selain sekolah, jalan ini juga digunakan oleh penduduk untuk menjalankan urusan harian. Malahan lokasi jalan ini juga terletak bersebelahan dengan Dewan Simpang Durian yang menjadi tumpuan apabila ada acara diadakan," katanya.

    http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/besi-longkang-meragukan-1.12526

    Program Motivasi Keluarga 24 Dis 2011 di Rembau

    Posted: 15 Dec 2011 12:01 AM PST



    BENGKEL MOTIVASI PELAJAR DAN IBU BAPA
    Tarikh : 24 Dis 2011, Sabtu
    Masa : 2 ptg - 5 ptg
    Bersama Pakar Motivasi Ustaz Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon,
    Tempat : Dewan SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail (SMKA Pedas), Pedas, N.Sembilan

    Terbuka kepada orang ramai, pelajar sekolah rendah/menengah serta ibu bapa dan penjaga

    Yuran penyertaan RM10 seorang

    Jika pelajar datang bersama ibu/bapa/penjaga, ibu/bapa/penjaga percuma untuk setiap pelajar

    Jika ada pelajar yang kurang berkemampuan, pihak penganjur akan cuba mencari menaja.

    Untuk tempahan tempat, pertanyaan atau menaja pelajar yang kurang berkemampuan sila hubungi :
    Sufian 013-3589328
    Pn Wani 013-013-3851202
    Hakki 013-3840022
    Sahrizal 017-4680125
    Shukur 017-3627238
    Rozmal 012-2267406

    BIODATA PENCERAMAH
    Nama : Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon
    Kelulusan : B Sc (Hons) Electrical Eng., Ijazah (Master) Kaunselor Islam
    Umur : 45 tahun
    Keluarga : Beristeri dengan 6 orang anak
    Pengalaman : 9 tahun sebagai jurutera, 12 tahun sebagai guru, mendapat tauliah mengajar dari Majlis Agama Islam Negeri

    Perkembangan Masjid Pedas Tengah, Rembau

    Posted: 14 Dec 2011 11:15 PM PST



    Ada sesiapa yang mempunyai maklumat perkembangan terkini mengenai Masjid Kampung Pedas Tengah di Rembau?

    Khamis September 10, 2009

    BINA 7 MASJID BARU DI NEGERI SEMBILAN

    Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini.

    Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau, Seremban 2, Kampung Paroi, Kampung Gebok (Mantin), Kampung Melang, (Kuala Pilah), Pedas Tengah (Rembau) dan Taman Anggerik (Batu Kikir).

    Beliau berkata, pembinaan masjid di Rantau berharga kira-kira RM7.9 juta yang boleh menampung 2,500 jemaah akan dibina menerusi derma dan sumbangan Yayasan Albukhary di Taman Ekar.

    Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    http://mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?file=/2009/9/10/mstar_manusia_peristiwa/20090910153348&sec=mstar_manusia_peristiwa

    PEDAS, 19 Nov – Hajat dan hasrat Allahyarham Dato' Seri Dr. Hj Mohammad Eusuff Teh untuk membina sebuah masjid di tanah yang diwakafkan olehnya akhirnya tercapai apabila pembinaan yang mengambil masa selama 14 bulan itu dapat direalisasikan pada hari ini setelah masjid yang menjadi inspirasi penduduk setempat tersergam indah di Mukim Pedas Hilir.

    Pembinaan di atas tanah rizab di lot 3303 itu merupakan satu penghargaan penduduk khususnya bagi kariah Pedas Hilir di mana sebelum ini masjid yang diguna-pakai sudah tidak mampu lagi menampung kepadatan jemaah yang ramai berikutan pembangunan dan penempatan yang kian maju di sekitar daerah ini.

    Umumnya, masjid kariah Pedas Hilir yang dinamakan Masjid Dr. Hj Mohammad Eusuff Teh merupakan sebuah masjid yang diwakafkan oleh keluarga Allahyarham Dr Hj Mohammad Eusuff Teh. Menurut anak sulong allahyaraham, YBhg. Dato' Mohd Raihan Dato' Dr Hj Mohammad Eusuff Teh, pembinaan dilakukan berikutan amanat allahyarham yang ingin mewakafkan sebuah masjid bagi kegunaan masyarakat islam di negeri ini.

    http://n9kini.com/14075/

    Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau

    Posted: 14 Dec 2011 04:58 PM PST



    Sekadar peringatan kepada pihak yang membuat janji dan mereka yang menagih janji.

    Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau
    Utusan Malaysia , 8 Mac 2011

    REMBAU 7 Mac - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.

    Menurut beliau, pembinaan yang akan dibuat melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) ini merupakan projek Kementerian Kesihatan untuk negeri ini dan akan menjadi tumpuan untuk kepakaran dalam bidang rehabilitasi.

    ''Dengan adanya Hospital Daearah Rembau, ia akan memberi kemudahan kepada penduduk di daerah Rembau yang berjumlah 60, 000 orang ketika ini. Lagipun daerah ini kini mempunyai tiga klinik dan 13 klinik desa dan sampailah masanya, ia mempunyai sebuah hospital yang selesa," kata beliau di sini hari ini.

    Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah, di mana hospital di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan, pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal, haemodialisis, pengimejan dan diagnostik.

    Di hospital yang akan dibina ini juga akan mempunyai kemudahan antaranya wad lelaki, wanita, kanak-kanak, bersalin, sakit puan, rehabilitasi dan pentadbiran.

    Beliau juga mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan, supaya kepelbagaian dalam kepakaran di semua hospital daerah ini perlu ada pengkhususan tertentu.

    ''Contohnya di Kuala Pilah, kita sediakan perkhidmatan kepakaran telinga, hidung dan tekak. Di Rembau, kita ada kepakaran rehabilitasi, di Jelebu, ada kepakaran lain, di Tampin begitu juga dan di Seremban kita jadikan pakar rujukan.

    ''Kalau ini diterima, maka doktor yang bertugas itu pun tidaklah terkejar-kejar. Kita akan rujukan kes yang berkaitan di hospital berkaitan. Ini akan lebih tersusun," kata beliau.

    Mohamad juga memaklumkan, Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban juga akan mempunyai blok baru untuk wad wanita dan kanak-kanak, di mana ini juga akan menambah bilangan katil serta keselesaan kepada pesakit.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0308&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm&arc=hive

    Kuliah Maghrib Ustaz Nik Abduh 18 Dis 2011 di Senawang

    Posted: 14 Dec 2011 04:58 PM PST


    KULIAH MAGHRIB
    Oleh Ustaz Nik Abduh Dato Nik Abd Aziz
    Tarikh : 18 Dis 2011 , Ahad
    Tempat : Surau An-Nur, Taman Seremban Selatan Fasa 3, Senawang
    Masa : 7.30 mlm

    Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir


    Pemuda Bersamamu v3

    Posted: 15 Dec 2011 09:20 AM PST

    Pemuda Bersamamu v3


    Jom tonton FILEM pendek lakonan Ketua Pemuda Pas Pusat.

    Posted: 15 Dec 2011 02:07 AM PST


    Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.Kami sangat mengalukan perkongsian(share) video ini kepada masyarakat..

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan