Selasa, 13 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dun Kijang

Posted: 13 Dec 2011 03:50 AM PST

Dun Kijang


Majlis Sumbangan Armalah dan Anak Yatim

Posted: 12 Dec 2011 08:45 PM PST

Ahad, 11 Disember 2011. Satu Majlis Sumbangan Armalah dan anak yatim telah diadakan di Dewan Pasti Kedai Buloh. Majlis ini dihadiri lebih kurang 80 armalah dan anak yatim Dun Kijang. Majlis penyampaian sumbangan ini dirasmikan oleh YB Kak Ubai selaku ADUN Kijang.

Majlis bermula kira-kira jam 2.30 petang dengan tazkirah daripada Ustaz Abdullah bin Abdul Rahman, Imam masjid mukim Semut Api...

Sumbangan disampaikan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kata-kata amanat juga disampaikan oleh YB Kak Ubai.








PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 13 Dec 2011 03:46 AM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


PUSAT KHIDMAT KEBAJIKAN TEMERLOH DILANCARKAN

Posted: 12 Dec 2011 08:01 PM PST

TEMERLOH: Pusat Khidmat Kebajikan Setiap Masa PAS Temerloh telah disempurnakan perlancarannya oleh Adun Kuala Semantan YB Syed Hamid Syed Mohammad di sini baru-baru ini.

Turut hadir, YDP PAS Kawasan Hj Md Jusoh B Darus, Setiausaha Kawasan Temerloh En Ahmad Zuber Omar dan En Sohaimi b Abd Latif selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS yang juga merangkap pengarah program berkenaan bersama ahli-ahli jawatankuasa yang lain serta puluhan penduduk setempat.

Menurut Sohaimi , pusat ini menjadi pilot projek kebajikan bagi PAS. Dan insyallah akan dikembangkan ke dua kawasan lain pada masa akan datang iaitu Dun Mentakab dan Lanchang. Pusat ini antara lain satelit mengaktifkan pusat kebajikan, mengalakkan masyarakat membuat kebajikan, memberitahu atau mempromosi perkhidmatan dan aktiviti yang di tawarkan.

Selain itu juga, pusat ini bakal menjadi tempat mengumpul sumbangan dari mereka yang berkemampuan dengan menjadikan ia sebuah badan mengurus dan mengedarkan sumbangan kepada golongan rakyat yang memerlukan tanpa prejudis .

Begitupun, pusat ini juga akan bertindak, sebagai pusat persediaan awal menghadapi musibah seperti banjir, kebakaran dan bencana yang lain. Selain itu ia juga bertindak juga menjadi penyelaras bagi pengumpulan tenaga para sukarelawan bagi menghadapi sebarang bencana tanpa mengira fahaman dan ideology kepartian. Seterusnya pusat ini menjadi makenaisma ke arah penganjuran program aktiviti yang boleh meningkatkan silaturahim antara penduduk dan jemaah Islam PAS dalam mencari keredhaan Allah .

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh para dermawan, orang perseorangan atau mana-mama individu yang ingin menghulurkan sumbangan amatlah dialu-alukan. Sumbangan adalah tidak dihadkan dalam sebarang bentuk.

Pusat ini yang terletak di tepi laluan utama Jalan Temerloh Triang akan mula beroperasi mulai hari ini. Seorang petugas tetap akan ditempatkan di pusat ini sepanjang masa. Dan orang ramai yang ingin berurusan dipersilakan hadir ke pusat ini pada bila-bila masa sahaja.

Dan semua barangan yang di sumbangan insyallah akan diagihkan kepada golongan sasar yang dipilih iaitu terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, ujar beliau.

Dengan ini setidak-tidaknya keperihatinan, kehadiran dan kebersamaan PAS dalam masyarakat diperlukan dan amat dirasai. Dan kehidupan rakyat marhein terbela dan menceriakan hidup serta kehidupan mereka, jelas beliau.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 13 Dec 2011 03:18 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Hasan Ali: I'm still willing to cooperate with Pakatan

Posted: 12 Dec 2011 06:18 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 13 Dec 2011 01:38 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Daulat Tuanku : Sultan Abdul Halim Ditabal YDP Agung ke 14

Posted: 12 Dec 2011 08:53 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada Sultan Abdul Halim Mua’zam Shah kerana telah ditabalkan menjadi YDP Agung ke 14. Kami mendoakan agar Allah melimpahkan rahmatNya ke atas tuanku dan diberikan kesihatan untuk memikul jawatan sebagai Ketua Negara Malaysia. Kami juga menjunjung kasih kepada Tuanku Mizan yang telah menamatkan tempoh pemerintahan yang gemilang [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 13 Dec 2011 01:21 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Sultan Abdul Halim lafaz sumpah Agong ke-14

Posted: 13 Dec 2011 01:01 AM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi ini, bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Ketibaan Tuanku Abdul Halim bersama Sultanah Haminah Hamidun pada pukul 9.07 pagi disambut oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais.

Seramai 29 anggota dan pegawai dari Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja mengadakan kawalan kehormat setempat.

Baginda berdua kemudian berangkat ke Dataran Parlimen di Kuala Lumpur untuk sambutan penuh istiadat.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja di Istana Negara pada 14 Okt lalu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini.

Ini adalah kali kedua Tuanku Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas kali pertama pada 21 Sept 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 Sept 1975.

Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Sambutan

Di Kuala Lumpur, keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah di Dataran Parlimen di Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi disambut dengan tiupan nafiri oleh 20 anggota dari Rejimen Kedua Kor Armour Diraja.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman menyambut keberangkatan tiba baginda berdua.

Baginda berdua kemudian diiringi ke peterana, melintasi pasukan kawalan tombak, diikuti dengan persembahan tabik "Hormat Diraja" oleh pasukan kawalan kehormat dan disusuli lagu Negara Ku oleh pasukan pancaragam pusat Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipimpin Leftenan Nor Azizan Yahaya.

Serentak dengan itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.
Tuanku Abdul Halim kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormat terdiri daripada 103 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Muhammad Abdullah.

Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan disusuli dengan tabik 'Hormat Diraja' serta lagu Negaraku.

Lafaz sumpah

Baginda berdua kemudian menerima menghadap menteri-menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan sebelum berangkat ke Istana Negara di Jalan Duta untuk istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

NONETuanku Abdul Halim kemudiannya melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.

Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kali pertama ialah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.

Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957.

Istiadat hari ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 November lalu.

Pengisytiharan

Berikut ialah pengisytiharan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 yang dibacakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini:

"Bahawasanya adalah diperuntukkan oleh Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan bahawa hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-raja:

Dan bahawasanya menurut peruntukan Jadual Ketiga kepada Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja telah mengisytiharkan Beta dipilih memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Maka oleh yang demikian Beta, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'azam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, dengan ini mengisytiharkan bahawa Beta pada hari ini telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan telah mengangkat sumpah yang dikehendaki oleh Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mengikut cara yang ditetapkan oleh Perkara itu.

Diperbuat di Istana Beta, Istana Negara, di Ibu Negara Beta di Kuala Lumpur pada tiga belas haribulan Disember dalam tahun dua ribu sebelas."

Senarai Agong

Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong:

1) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Mangkat: 1 April 1960 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama)
Ditabal: 2 Sept 1957
Tempoh Jawatan: 3 Ogos 1957 - 1 April, 1960

2) Sultan Selangor
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah
Mangkat: 1 Sept 1960
Ditabal: 1 Sept 1960 (mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua)
Tempoh Jawatan: Menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong sejak 4 April 1960 berikutan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman)

3) Raja Perlis
Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Mangkat: 16 April 2000
Ditabal: 4 Jan 1961
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1960 - 20 Sept 1965
(Raja paling muda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada usia 40 tahun)

4) Sultan Terengganu
Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Mangkat: 20 Sept 1979
Ditabal: 21 Sept 1965
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1965 - 20 Sept 1970

5) Sultan Kedah
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Ditabal: 20 Feb 1971
Tempoh Jawatan: 21 Jan 1970 - 20 Sept 1975

6) Sultan Kelantan
Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Mangkat: 29 Mac 1979
Ditabal: 28 Feb 1976
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1975 - 29 Mac, 1979

7) Sultan Pahang
Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Ditabal: 10 Julai 1980
Tempoh Jawatan: 26 April 1979 - 25 April 1984

8) Sultan Pahang
Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
Mangkat : 23 Jan 2010
Ditabal: 15 Nov 1984
Tempoh Jawatan: 15 April 1984 - 25 April 1989

9) Sultan Perak
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah
Ditabal: 18 Sept, 1989
Tempoh Jawatan: 26 April 1989 - 25 April 1994

10) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Mangkat : 27 Dis 2008
Ditabal: 22 Sept, 1994
Tempoh Jawatan: 16 April, 1994 - 25 April, 1999

11) Sultan Selangor
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah
Mangkat: 21 Nov 2001 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-11)
Ditabal: 23 Sept 1999
Tempoh Jawatan: 26 April 1999 - 21 Nov 2001

12) Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Ditabal: 25 April 2002
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2001 - 13 Dis 2006

13) Sultan Terengganu
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Ditabal: 26 April 2007
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2006 - 12 Dis 2011

14) Sultan Kedah
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (Dilantik untuk kedua kali)
Ditabal:
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2011

- Bernama

Ujub

Posted: 13 Dec 2011 01:00 AM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, "Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi."

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, "Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila."

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat." (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).". (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,"ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba'in)

tazkirah/-

Keunikan perkahwinan wanita Islam Bulgaria

Posted: 13 Dec 2011 12:55 AM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

MEHMED AIUMANKOV bergambar bersama isterinya, Fetma Kuchikova di hadapan rumah mereka sewaktu majlis perkahwinan di kampung Ribnovo, Bulgaria.

SOFIA, Bulgaria - Seorang pengantin perempuan, Fatme Kichukova membiarkan wajahnya disolek dengan kapur tebal berwarna putih dan dihiasi labuci berwarna-warni.

Upacara itu hanya boleh dilihat oleh saudara-saudara perempuannya, sebelum Kichukova disatukan dengan suaminya, Mehmed Aiumankov.

Kichukova berkahwin di kampungnya, Ribnovo di kawasan pergunungan Rhodope, 210 kilometer selatan Sofia.

Penduduk kampung tersebut masih mengekalkan adat perkahwinan tradisional pada musim sejuk itu di sebalik fahaman komunis selama berdekad-dekad dan kemiskinan yang membuatkan ramai lelaki berhijrah ke luar negara untuk bekerja.

Ritual perkahwinan tersebut diteruskan dalam kalangan orang Pomak yang menganut Islam sewaktu zaman pemerintahan Uthmaniah. Penganut Islam mewakili 10 peratus daripada keseluruhan 7.4 juta rakyat Bulgaria. - Reuters

Kilik ke 14 Juta, terima kasih kepada semua.

Posted: 13 Dec 2011 12:45 AM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

Alhamdulillah semasa saya sedang melayari internet di sebuah kilang membuat perabut antik di bandar Jepara Indonesia sebentar tadi, sempat saya melayari Blog Cina islam yang dikendalikan oleh team moderator yang berusaha tanpa mengenal penat dan lelah untuk terus menampilkan blog kesayangan ini dengan sosok dan penampilan tersendiri.

Tanpa disedari klik pengunjung yang disediakan di sidebar kanan menunjukkan jumlahnya sebanyak 14,008,000 lebih.

Mudah-mudahan dengan mencecah 14 juta klik itu memberi perangsang dan petunjuk kepada kami untuk terus menampilkan blog ini dipersada media baru di negara Malaysia sesuai dengan jumlah pengunjung harian yang tidak jemu-jemu masuk ke blog ini.

Tiada hadiah dan penghargaan yang mampu kami berikan dengan semangat dan kesetiaan tuan, puan hadir ke blog ini, melainkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga.

Semuga Allah memberkati segala kerja buat kita dan menjadikannya sebagai sebahagian dari amal soleh yang melayakkan kita mendapat syurga Nya jua.

Drs. Khalil Idham Lim
Jepara Indonesia, 13 Disember 2011.

Gelombang baru PRU-13 memihak kepada PR

Posted: 13 Dec 2011 12:40 AM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Gelombang baru yang memihak kepada pembangkang dijangka berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), khususnya di negeri ini dan negara amnya.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, gelombang tersebut amat terasa ketika kini memandangkan PRU13 memperlihatkan satu titik baru dalam sejarah negara apabila Pakatan Rakyat (PR) buat pertama kali bertemu Barisan Nasional (BN).

Bagi Pas Terengganu, beliau berkata, pihaknya tekad memastikan Terengganu jatuh ke tangan pembangkang buat kali ketiga selepas memenangi negeri ini sebanyak dua kali pada 1959 dan 1999.

"Kalau pilihan raya sebelum ini, kita (Pas) bersendirian, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersendirian dan DAP bersendirian tetapi kita tidak cukup kuat untuk bersendirian lagi.

"Kita juga rasa satu gelombang baru akan berlaku bukan sahaja di negeri ini tetapi di seluruh negara dan untuk menghadapi pilihan raya kali ke-13 dalam tempoh 54 tahun merdeka, inilah kali pertama pili-han raya iaitu satu pakatan lawan satu barisan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Kelab Veteran Pas Terengganu di Jalan Sultan Mahmud, di sini, kelmarin.

Pada majlis tersebut, keputusan mesyuarat bersetuju melantik Abdul Wahab Salleh sebagai Pengerusi Kelab Veteran Pas Terengganu bagi menggantikan Allahyarham Kassim Ahmad yang meninggal dunia, 19 Mei lalu.

Mengulas lanjut, Mohd Abdul Wahid turut meminta golongan veteran mengadakan perjumpaan lebih kerap sebagai platform menyampaikan maklumat kepada ahli supaya mereka tetap dengan perjuangan parti dan bekerjasama menghadapi pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, Kelab Veteran Pas perlu memainkan peranan untuk sebarang perbincangan, selain memberi sumbangan termasuk kewangan untuk kemajuan parti.

"Veteran kena bermaklumat dan kena bekerja untuk menghadapi pilihan raya. Kita harap perjumpaan ini bukan yang pertama dan terakhir. Kalau pertemuan ini boleh dibuat sekali sebulan lebih baik," katanya.

Pada majlis sama, beliau turut mempertahankan Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang bakal disaman Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berhubung satu artikel membabitkan kontrak perbekalan pakaian seragam sekolah.

Beliau berkata, Adun tersebut tidak menipu dan mendapati tiada apa yang tidak kena berhubung fakta yang dikaitkan dengan Laporan Ketua Audit Negara 2010.

sinar harian/-


Nyaris ditimpa pokok kayu ara

Posted: 13 Dec 2011 12:30 AM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA PILAH – Seorang pekerja SWM Enviroment Sdn Bhd (SWM) mengalami detik-detik cemas apabila nyaris ditimpa sebatang pokok dipercayai jenis kayu ara yang tumbang ketika melakukan kerja menyapu kira-kira jam 8.15 pagi di Jalan Bukit dekat sini, semalam.

Mangsa, Norsita Mohd Ibrahim, 39, berkata, ketika kejadian, dia sedang menyapu di bawah pokok besar itu yang berusia lebih 30 tahun.

Menurutnya, tiba-tiba terdengar bunyi seolah-olah ranting patah dan kemudian melihat ke arah pokok itu sebelum ia semakin senget.

"Saya terus berlari ke tempat yang lebih selamat selepas terdengar jeritan pengawal keselamatan perpustakaan ber­hampiran menyuruh saya 'lari'," katanya kepada Sinar Harian.

Norsita berkata, dalam keadaan badan menggigil, dia berlari keluar untuk menyelamatkan diri kerana bimbang dihempap pokok ataupun dahan besar.

"Kejadian ini adalah pe­ngalaman yang tidak dapat dilupakan. Setiap hari, saya akan menyapu kawasan ini bermula dari taman permainan kanak-kanak hingga jalan simpang ke Dewan Datuk Bahaman Shamsudin.

"Memang malam tadi, hujan lebat dan mungkin sebab itu pokok tersebut tumbang. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana sempat melarikan diri," katanya yang sudah berkerja bersama SWM selama setahun.

Norsita berkata, mujur ketika kejadian tiada kenderaan mela­lui jalan tersebut.

"Kebiasaannya, jalan ini sibuk ketika waktu pagi kerana masing-masing hendak menuju ke bandar Kuala Pilah.

"Namun, ketika itu, hanya saya seorang sahaja yang sibuk membersihkan daun-daun kering di atas Jalan Bukit ini berhampiran taman permainan kanak-kanak," katanya.

Dalam pada itu, Norsita berkata, sepanjang jalan tersebut, terdapat pokok yang tinggi berkemungkinan boleh berlaku kejadian seperti hari ini (semalam).

"Saya sudah menyapu di kawasan ini sejak setahun lalu. Perasaan takut dan bimbang tetap ada ketika melalui bawah pokok yang tinggi hampir 23 meter.

"Bila hujan dan angin ribut, bimbang pokok itu tumbang secara tiba-tiba seperti kali ini. Mungkin hari ini, tiada kemalangan jiwa berlaku, pada hari seterusnya, kita tidak tahu," katanya.

Sehubungan itu katanya, diharap pihak berkenaan dapat mencantas dahan pokok berkenaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini pada masa akan datang.

Sinar Harian

Allah Maha Kuasa

Posted: 13 Dec 2011 12:25 AM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

"Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.

Ditangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Ali Imran - 26)

tazkirah/-

Rakyat Perak masih taruh harapan pada Nizar

Posted: 13 Dec 2011 12:15 AM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Dewan Pemuda PAS Perak mendakwa terdapat usaha dari pihak tertentu yang akan cuba mencemarkan imej dan nama baik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) menjelang PRU-13 nanti.

Tindakan itu, kata mereka ekoran Mohamad Nizar masih mendapat sokongan dan menjadi harapan seluruh rakyat negeri itu untuk kembali memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri.

Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, faktor sokongan padu rakyat terhadap Nizar itu juga turut menjadi kebimbangan besar BN negeri itu terutama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Pada kami, sebenarnya Barisan Nasional (BN) Negeri Perak amat bimbang perkara tersebut dan cuba memastikan imej Datuk Seri Nizar diburukkan dengan pelbagai serangan.

"Kami yakin rakyat sedang menunggu untuk menyuarakan 'undi' mereka bagi memastikan Datuk Seri Nizar dan PR meneruskan pentadbiran bersih yang 'terhenti' dalam tempoh 11 bulan sahaja," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Pada masa sama jelasnya, Umno Perak kini sedang berdepan krisis dalaman apabila ramai di kalangan pemimpin Umno negeri itu kurang senang dengan Zambry dan mahu teraju kepimpinan negeri itu diganti orang lain.

Zambry juga dikatakan bukan calon pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kebanyakkan pimpinan Umno Bahagian terutamanya kurang senang dengan kepimpinan Datuk Seri Zambry berikutan ramai dikalangan mereka adalah penyokong kepada bekas Menteri Besar Perak ke-9 iaitu Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali.

"Kami mencabar BN Perak agar segera menamakan siapakah calon Menteri Besar jika BN Perak berjaya kembali mentadbir Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti," katanya.

Harakah Daily

Bersara 60 tahun burukkan krisis pengangguran

Posted: 13 Dec 2011 12:00 AM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

Semasa Penjawat Awam diberikan opsyen untuk melanjutkan umur persaraan wajib dari umur 56 tahun kepada 58 tahun dahulu lambakan pelajar yang tamat pengajian mereka begitu sukar untuk mendapat pekerjaan dimana-mana agensi sektor awam kerana mereka perlu menunggu selama 2 tahun berturut-turut kerana Penjawat Awam yang sepatutnya bersara pada umur 56 tahun dilanjutkan lagi kepada 58 tahun.

Kini apabila kerajaan mengumumkan untuk melanjutkan umur persaraan kepada kakitangannya lagi sekali daripada umur 58 tahun kepada 60 tahun yang akan berkuatkuasa 1hb Januari 2012 masalah pengangguran dikalangan belia-belia kita yang baru tamat pengajian mereka ini akan bertambah kerana keadaan akan lebih sukar untuk mendapatkan pekerjaan dimana mereka terpaksa menunggu hingga ketahun 2014 barulah dibuka kembali jawatan kosong apabila had umur persaraan wajib kakitangan awam mencecah umur 60 tahun itu pada akhir tahun 2013 dan mungkin ada yang layak bersara hingga ketahun 2014 mengikut tarikh lahir masing-masing.

Fenomina ini telah ditempuhi kepada belia dimasa proses peralihan perlanjutan umur persaraan daripada umur 56 kepada 58 tahun tidak berapa lama dahulu.Bayangkan lebih daripada 100 ribu pelajar yang tamat pengajian mereka dipusat pengajian tinggi dan lebih daripada 200 ribu yang hanya ada sijil kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun itu hendak diletakkan dimana jika tawaran pekerjaan semakin sempit ruangnya.Walaupun pihak Kerajaan berikan jaminannya tidak akan menjejaskan pengambilan kakitangan awam yang baru tetapi mana mungkin secara logiknya tawaran pekerjaan ditambahkan lagi lebih kurang 100 ribu itu tanpa sebab tertentu.

Ambil contoh dimana bakal-bakal Guru yang sudah lama mengeluh dan ada yang memendamkan rasa melalui media kerana masih belum mendapatkan tempat mengajar walaupun sudah agak lama menerima Ijazah dan Diploma mereka.Kalau dahulu ramai dikalangan belia berminat untuk mengambil Ijazah Perguruan kerana terjamin akan pekerjaan yang menanti tetapi ianya bukan lagi suatu jamian lagi.

Diharap pihak Kerajaan ambil tindakan sewajarnya bagaimana untuk menyelesaikan masalah pengganguran yang semakin meruncingkan itu.Saya cadangkan ambilkan sahaja lebih kurang 100 ribu belia yang layak bekerja disektor awam sebagai pekerja sambilan sebelum mereka ini diserapkan berperingkat-peringkat kejawatan tetap apabila ada yang akan bersara wajib nanti mengikut penggiliran masing-masing.Kemungkinan kaedah sebegini sedikit sebanyak akan dapat mengatasi masalah lambakan pengangguran itu nanti.

-Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail
Ampangan

Harakah Daily

PAS komited bantu perjuangan rakyat Palestin

Posted: 12 Dec 2011 11:40 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Dis: PAS hari ini menerima kunjungan daripada tiga wakil Badan Kebudayaan Palestin di Malaysia (PCOM) membincangkan kerjasama dua pihak bagi membebaskan Palestin daripada cengkaman Israel.

Kunjungan mereka disambut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Menurut Pengarah Eksekutif PCOM, Muslim Abu-Umar PCOM yang beribu pejabat di sini sudah mempunyai hubungan yang erat dengan PAS lebih 10 tahun lalu.

Hari ini mereka hadir sendiri ke pejabat Harakah bagi berbincang program-program kerjasama yang boleh dilakukan dan berharap PAS dapat meningkatkan kerjasama dan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Kamarudin dalam pertemuan tersebut menyatakan pendirian PAS untuk sentiasa memberikan sokongan kepada perjuangan Palesytin melawan kekejaman Israel.

"Saya menegaskan sekali lagi komitmen dan pendirian PAS untuk sentiasa memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin hak-hak mereka sebagai sebuah negara yang bebas merdeka

"Kita juga harap supaya Malaysia turut meningkatkan lagi perjuangan menunutut wujudnya sebuah negara Palestin yang bebas dan merdeka seperti negara-negara lain," katanya.

PCOM juga berharap PAS dapat mempelopori perjuangan membebaskan Palestin di Malaysia.

Harakah Daily

Penghina hudud jangan kurang ajar - Ridhuan Tee

Posted: 12 Dec 2011 11:39 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kolumnis media Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah baru-baru ini menyelar pihak yang lantang menghina Islam khususnya hudud dan memberikan amaran kepada mereka.

Tanpa menamakan secara jelas, Mohd Ridhuan dalam tulisan yang disiar akhbar Sinar Harian kelmarin menggambarkan pihak yang dimaksudkannya adalah 'penzina' dan yang 'berlatar belakang menjijikkan'.

Katanya parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, 'jangan terlalu kurang ajar'.

"Apatah lagi jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya.

"Saya masih lagi boleh bersabar jika mereka tidak menerima 'hudud Pas'. Tetapi cara mereka bercakap tidak menampakkan rujukan kepada 'hudud PAS', tetapi menghina Islam secara keseluruhan dan isi kandung al-Quran. Perbuatan ini amat melampau," tulisnya.

Biarpun tidak dinyata dengan jelas siapa sasaran tulisannya, namun ianya dipercayai ditujukan kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Ini kerana, dalam tulisannya itu beliau merujuk kepada kenyataan yang mendakwa pelaksanaan hukum hudud akan membawa kepada kemusnahan ekonomi negara dan binasa diri.

Ianya termasuk dakwaan bahawa pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan "binasa diri" jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia yang pernah diucap Soi Lek pada satu forum di Wisma MCA baru-baru ini.

"Jangan bermain dengan api wahai penzina. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan 'binasa diri' jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

"Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang daripada Cina dan Vietnam yang datang 'memberi khidmat'?


"Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini? Apakah mungkin beliau turut melanggan kerana memang menjadi kesukaannya menyimpan mistres?" soalnya lagi.

Dalam nada tegas, beliau yang juga penyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia turut mengingatkan pihak tersebut tidak mencampuri urusan orang Islam khususnya berkaitan dengan soal hudud.

Apatah lagi katanya jika seseorang itu berlainan bidang kepakaran, maka sewajarnya tidak perlu banyak mengulas tentang bidang yang lain.

"Jika bidang beliau mengenai kesihatan seperti mana jawatan yang pernah dipegang sebelum ini, lebih baik dia bercakap mengenai keburukan yang dibawa hasil seks luar nikah atau seks rambang atau penzinaan," tegasnya.

Soi lek sebelum ini juga mendakwa sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.

Selain itu beliau turut meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan.

"Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti nujum.

"Justeru, tunggu apa lagi, marilah kita bersama-sama tanpa mengira parti dan ideologi, mempertahankan Islam yang semakin lama semakin berani dimamah dan diratah oleh ultra kiasu yang wujud di mana-mana, termasuk dalam Barisan Nasional," kata Ridhuan.

Harakah Daily

Kelantan bangga dengan perlantikan Timbalan Agong

Posted: 12 Dec 2011 11:38 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 13 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa melahirkan rasa bangga beliau dan rakyat Kelantan atas perlantikan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam satu kenyataannya, Husam yang juga Exco kerajaan negeri berkata, "Perkenan para kekanda ke Bawah DYMM Raja-Raja Melayu memilih Tuanku Sultan Kelantan selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong besar ertinya terhadap kedaulatan dan kebesaran Tuanku.

"Besar pula maknanya bagi seluruh rakyat Negeri Kelantan Darul Naim," kata Husam dalam satu kenyataan medianya.

Husam juga melahirkan keyakinannya, Tuanku Faris Petra mampu memberi makna kepada kesaksamaan kemajuan wilayah dan mengharumkan nama negeri ini dengan hemah, prihatin, bijaksana, berjiwa rakyat, mempunyai visi yang dinamik dan berdedikasi yang ada pada baginda.

"Selama ini, dalam tempoh yang singkat, Tuanku menjadi kebanggan rakyat Kelantan dan rasa bangga itu akan Insya Allah akan dikongsi pula oleh seluruh rakyat Malaysia," tegas Husam dalam kenyataannya.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan juga merakamkan 'sembah tahniah' di atas pengisytiharan Sultan Muhammad ke V memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman, berkata pihaknya berbesar hati di atas perlantikkan itu.

"Semoga perlantikan tuanku membawa berkah dan keamanan di negeri Kelantan Tadahan Wahyu ini.

"Patik mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, merakamkan sembah tahniah kepada tuanku semoga tuanku di lindungi dunia dan akhirat,"ujarnya.

Syukur atas perlantikan Agong

Husam juga mempersembahkan ucapan tahniah dan rasa syukur di atas perlantikan DYMM Al Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan DYMM Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang masing-masing selaku DYMM Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang ke 14.

Selaku rakyat yang menjunjung tinggi kelangsungan Kesultanan Melayu selaku teras utama politik negara menerusi konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen sejak turun temurun, saya merasa bangga dan bertuah menyaksikan perlantikan Tuanku berdua, kata Husam.

"Selaku DYMM Yang di-Pertuan Agong bagi kali yang kedua bagi Ke Bawah DYMM Al Sultan Kedah, sudah tentu memberikan nostalgia zaman anak-anak saya dengan ketinggian budi, hemah, bijaksana dan mesra rakyat ke Bawah Duli Tuanku sewaktu berada di atas singgahsana sebagai DYMM Yang di-Pertuan Agong bagi kali pertama dahulu.

"Insya Allah, dengan pengalaman luas dan berpandangan jauh lagi saksama yang dianugerahkan Allah kepada Tuanku, Malaysia akan terus bersatu maju, adil, makmur, maju dan aman damai," kata Husam.

Husam juga mengucapkan junjung kasih kepada DYMM Yang di-Pertuan Agung ke 13, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin atas khidmat baginda yang cemerlang.

"Semoga Allah melanjutkan usia baginda dalam keadaan sihat dan 'afiat serta diberikan hidayah dan taufik yang berterusan," katanya dalam kenyataan itu.

Harakah Daily

Doktor sahkan rawat ayah blogger Faisal di wad

Posted: 12 Dec 2011 11:34 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 13 Dis: Doktor pakar Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Ahmad Shawani Mohd Sidek, 40 memberitahu mahkamah beliau pernah merawat bapa blogger Umno, Mohd Faisal Mohd Rohban Ahmad.

Ketika memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini katanya Roban Ahmad Samsir dirawat di wad pada 27 September hingga 4 November 2009 kerana menghidapi penyakit kencing manis.

Katanya, beliau boleh mengingati pesakit terbabit memandangkan namanya agak unik, dan kebetulan pula mendapat panggilan telefon anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) menanyakan nama pesakit terbabit.

"Sekadar memberi nama pesakit tidak menyalahi peraturan dan saya bukannya memberitahu lanjut jenis penyakit," katanya menjawab soalan peguam defendan Adly Abdul Manas," katanya.

Kes tersebut dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Husam diwakili peguam Hisham Fauzi turut dibantu Zainal Abidin Mustafa dan Rosilawati Zakaria. Bagaimanapun Zainal tidak hadir kerana ada kes lain di Putrajaya.

Naib Presiden PAS itu menyaman Faisal kerana menyiarkan tulisan berunsur fitnah dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009.

Rencana tersebut bertajuk "Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta."

Husam dalam pernyataan tuntutannya sebelum ini menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan mengelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.

Ekoran itu plaintif melalui peguam mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.

Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama dan membayar ganti rugi RM500,000.

Faisal yang hadir bersama keluarganya dijangka menjadi saksi pihak defendan pada perbicaraan yang akan disambung pada 7 dan 8 Mac tahun hadapan.

Manakala prosiding kes Husam saman seorang lagi blogger mesra Umno, Kickdefella akan diadakan pada 18 Disember depan juga di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Pada pengurusan kes sebelum ini Kickdefella, nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz memohon memindahkan kes tersebut ke Kuala Lumpur, namun dibantah plaintif.

Harakah Daily

Agong baru akan rapatkan Kedah dan Pusat

Posted: 12 Dec 2011 11:32 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 13 Dis: Kerajaan negeri Kedah yakin, hubungan antara kerajaan negeri Kedah dengan Pusat selepas ini akan bertambah baik ekoran perlantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Demikian kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dalam sidang medianya semalam bagi mengucapkan tahniah kepada Tuanku Abdul Halim.

Ini adalah perlantikan yang kedua kalinya buat Tuanku Abdul Halim sebagai Yang DiPertuan Agung.

Bagi Azizan, pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim merupakan penghormatan bersejarah dan menjadi kebanggaan bagi seluruh rakyat Kedah.

Beliau berkata seluruh rakyat mendoakan agar baginda dan Sultanah Haminah Hamidun dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta dapat memerintah dengan penuh kedaulatan dan keamanan.

"Akan tetapi, rasa bangga patik-patik sekalian bercampur hiba, berat rasanya hati untuk berjauhan dengan seorang raja pemerintah, tempat sekalian patik bergantung harap selama ini," katanya ketika berucap pada Majlis Istiadat Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan di Istana Anak Bukit di sini semalam.

Azizan berkata beliau mewakili seluruh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta seluruh rakyat berikrar akan taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri itu.

Katanya agenda kerajaan negeri bagi menjamin kebajikan rakyat akan terus didokong dan hubungan baik dengan kerajaan persekutuan akan terus dijaga.

"Pastinya pesanan serta pandangan Tuanku yang konstruktif, galakan dan tunjuk ajar kepada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan menjadi suntikan dan panduan bagi patik mengemudikan pentadbiran negeri," katanya.

Timbalan Agong

Sementara itu, rakyat Kelantan menyambut baik perlantikan Sultan Kelantan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, yang dilantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong, merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri itu.

Tengku Muhammad Faris Petra, 42, putera sulung Sultan Ismail Petra, yang sering membahasakan diri baginda sebagai "kita", telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Baginda yang gemar turun padang termasuk ke kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli, sering membahasakan diri baginda sebagai "kita".

Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat yang dikenali sebagai berbaju "gumbang", berkopiah putih ketika melawat rakyat.

Harakah Daily

Masyarakat bukan Islam Kelantan tak gentar hudud

Posted: 12 Dec 2011 11:30 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

Beberapa orang anggota masyarakat bukan Islam yang ditemui Malaysiakini di Kota Bharu menolak pandangan bahawa undang-undang hudud yang telahpun diluluskan di negeri itu akan menjejaskan kegiatan ekonomi mereka.

Individu berkenaan sebaliknya berpandangan, undang-undang berkenaan akan dapat mengurangkan kadar jenayah seperti rompakan.

Seorang daripada mereka, yang ingin dikenali sebagai Puan Gan berpendapat penjenayah akan lebih takut untuk melakukan perbuatan itu kerana hukuman berat yang boleh dikenakan melalui undang-undang berkenaan.

Kedai kasutnya itu terletak berhampiran zon bersejarah Kota Bharu yang menempatkan bangunan dan lokasi bersejarah yang menjadi tarikan pelancong, termasuk Balai Syura, Istana Jahar dan Istana Batu.

Malangnya, kawasan itu sunyi pada waktu malam dan beliau bimbang keadaan itu akan mengundang kegiatan jenayah.

"Awal tahun ini, kedai emas (di hadapan kedainya) telah dirompak. Sebab itulah sekiranya undang-undang hudud ini dikuatkuasa, orang akan berfikir dua kali sebelum melakukan rompakan," katanya.

Wanita kelahiran Selising, Pasir Puteh itu juga yakin hukuman hudud seperti potong tangan akan mengelakkan jenayah seperti itu berlaku.

"Memanglah bunyinya sangat kejam (potong tangan). Tapi sekiranya seorang mangsa ragut terjatuh dan cedera parah, ia akan memberi kesan mendalam kepada keluarga... Mungkin lebih teruk," katanya lagi.

Ditanya lanjut, Puan Gan juga berpandangan bahawa peraturan keislaman yang diperkenalkan pihak berkuasa tempatan – Majlis Perbandaran Kota Baru Bandaraya Islam – tidak menjejaskan beliau.

Peraturan tersebut termasuk denda yang dikenakan ke atas wanita Islam untuk kesalahan tidak menutup aurat, termasuk tidak memakai baju berlengan panjang.

"Saya tidak fikir ia memberi kesan sangat kepada kita, malah orang Cina di sinipun berpakaian sopan, mungkin kita lebih konservatif," katanya yang menambah peraturan itu tidak dikuatkuasakan dengan ketat.

Beliau bagaimanapun terkejut apabila diberitahu bahawa ramai golongan bukan Islam di pantai barat Malaysia menentang hudud dan hukuman berkenaan.

"Kadang-kadang saya rasa surat khabar mainkan isu ini banyak sangat," katanya lagi.

malaysiakini/-

Suami, dua isteri ditahan

Posted: 12 Dec 2011 11:25 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

SERI ISKANDAR - Kelicikan suami dan dua isterinya melakukan kegiatan pecah kereta secara berkumpulan mengundang padah apabila ketiga-tiga mereka berjaya ditahan di Pasir Putih, Ipoh, 8 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, penahanan tiga suspek itu, berjaya menyelesaikan lima kes kecurian melibatkan kejadian pecah kereta.

Menurutnya, pihaknya menjumpai lapan komputer riba dianggarkan bernilai RM15,000 yang dipercayai dicuri oleh suami dan dua isterinya sebelum menjual barang itu kepada seorang pembeli di Ipoh.

"Modus operandi, mengumpil kereta mangsa yang diletakkan di parkir setelah mangsa meninggalkan kereta berkenaan.

"Suspek bersama dua isteri dan seorang anak akan berlegar-legar di kawasan letak kereta untuk mencari kereta yang boleh di pecah," katanya.

Mohamad Fakri berkata, apabila melihat ada kereta yang boleh dijadikan sasaran, salah seorang isteri akan mengekori mangsa masuk ke pasar raya bagi memerhatikan mangsa.

"Manakala suspek bersama seorang lagi isteri akan melakukan kerja-pecah kereta ini.

"Isteri yang mengekori mangsa akan memaklumkan jika mangsa selesai beli-belah dan," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga menemui beberapa barangan lain yang dipercayai digunakan untuk tujuan pecah kereta antaranya empat pemutar skru pelbagai warna dan saiz serta besi penyangkut.

"Kita juga menemui lima peranti storan media (pendrive), dua kad anggota Rela, enam pelbagai kad, 29 rangkai kunci kereta pelbagai jenis, 16 biji nar pengetat tayar, 12 suis kunci kereta, lima telefon bimbit pelbagai jenis dan satu kamera digital yang dipercayai barang curi," katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga seorang mekanik, menjual komputer riba itu dengan harga RM400 hingga RM500 kepada pembeli.

"Kebanyakan mangsa adalah pelajar Institut Pengajian Tinggi sekitar daerah ini.

"Kes ini dilaporkan sejak Jun lalu sehingga kini dan kita percaya dengan penangkapan ini kita berjaya membongkar banyak kes lain" katanya.

Katanya, rentetan itu, pembeli komputer riba berkenaan turut ditahan di sebuah pasar raya di Ipoh.

Kes disiasat di bawah Akta 379 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi suspek dan kedua isterinya manakala, pembeli komputer riba disiasat di bawah Akta 379/411 Kanun
Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sinar Harian

Elaun Guru GSTT ditarik

Posted: 12 Dec 2011 11:25 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

Assalamualaikum wbt saudara editor,

Saya merupakan salah seorang guru sandaran terlatih yang telah bkhidmat selama 4 tahun.

Kerajaan telah mengumumkan pada bulan Mac yang lepas bahawa semua GSTT yang mencukupi syarat akan diserap dan diberikan kursus kpli/dpli/kdc bermula tahun 2012.

Berdasarkan kontrak lantikan saya sekarang (contract of services) kami dibayar gaji sebanyak RM1901.80, elaun bantuan sara hidup sebnyak RM300 dan elaun khidmat awam RM300.

Tetapi bermula minggu lepas, semua GSTT dipanggil mengikut PPD masing-masing untuk menukar status kami dari contract of services (cos) kepada contract for services (cfs).

Berdasarkan contact cfs gaji akan dibayar sebanyak RM2331dan tiada elaun lain.

Gaji GSTT cfs dibayar berdasarkan hari bekerja. Malang bagi kami, GSTT cos apabila dipanggil dan dipaksa menandatangani pertukaran kontrak dari cos kepada cfs dan terpaksa memulangkan semula perbezaan gaji yang kami telah terima dan caruman kwsp majikan kepada kerajaan bermula 11/10 dan gaji bulan disember akan dibayar mengikut hari bekerja.

Ini satu penganiayaan bagi kami. Di mana kami nak dapatkan wang untuk pulangkan semula wang tersebut sedangkan kami baru dimaklumkan mengenai pertukaran kontrak ini pada bulan Disember.

Walhal kami juga telah menerima surat tamat konrak berakhir 31 disember 2011 berdasarkan contract of services. Apa beza kami GSTT dengan guru tetap? Beban kerja kami sama seperti guru-guru tetap yang lain. Adakah kami tiada hak untuk bercuti?

-Guru terainaya

Harakah Daily

Kaabah dicuci dengan air Zamzam

Posted: 12 Dec 2011 11:20 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

MAKKAH: Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, mengetuai upacara membersihkan Kaabah, bangunan paling suci, menggunakan air Zamzam yang dicampur dengan air mawar, semalam.

Majlis itu dihadiri oleh sebilangan besar tokoh terkenal, antaranya Ketua Presiden Dua Masjid Suci, Sheikh Al-Hosain dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu.

Kenamaan lain yang turut hadir di majlis itu termasuk Menteri, Fouad Haji Al-Farsy, Datuk Bandar Makkah, Osama Al Bar dan Timbalan Gabenor Makkah, Abdul Aziz Al Khodairy.

Beberapa diplomat dari negara Islam dan pegawai Masjidil Haram turut hadir di majlis itu.

Bahagian dalam Kaabah, dicuci dua kali setahun – pada Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kesembilan dalam kalendar Hijrah.

Kaabah, yang terletak di dalam kompleks Masjidil Haram yang luas, adalah penting kepada agama Islam dan menjadi kiblat kepada semua orang Islam di dunia ketika menunaikan solat.

Berjuta-juta umat Islam datang ke Baitullah untuk menunaikan sebahagian rukun haji setiap tahun.

Melakukan tawaf dengan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, adalah satu rukun wajib umrah dan haji.

Harian Metro

Patuh seperti kambing

Posted: 12 Dec 2011 11:17 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Pembelaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhujah, bukti berhubung tingkah laku Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebelum dan selepas dakwaan kejadian itu berlaku, tidak boleh dipercayai.

"Sukar untuk dipercayai SP1 (Mohd Saiful) bertindak seperti seekor kambing yang patuh de­ngan arahan tertuduh (Anwar) walaupun banyak peluang untuk­nya melarikan diri dari bilik tidur tersebut sebelum dakwaan liwat itu dilakukan. Dia memilih tidak berbuat demikian," kata peguam utama Anwar, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi, semalam.

Karpal berkata, tidak ada bukti mengatakan, pintu ke bilik tidur itu dikunci dan Mohd Saiful boleh berlari keluar dari bilik itu ke ruang tamu, kemudian boleh meminta tolong daripada penghuni yang tinggal di unit bertentangan kondominium itu dan membuat aduan kepada mereka.

"Tetapi dia beritahu, dia terima pelawaan tertuduh ke ruang makan," katanya.

Hujahan itu bagi peringkat pembelaan dalam kes Anwar, 64, atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, yang juga bekas pembantunya di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Pembelaan mempersoalkan kredibiliti Mohd Saiful dan meminta mahkamah menilai semula kredibilitinya kerana pengadu tersebut tidak bercakap benar walaupun mahkamah mendapati dia saksi boleh dipercayai pada peringkat kes pendakwaan.

Sehubungan itu kata pembelaan, mahkamah mestilah mempertimbangkan sama ada kes terhadap Anwar itu dibuktikan melangkaui keraguan munasabah berikutan pihaknya telah menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Karpal berhujah, daripada keterangan pakar bedah Ortopedik, Dr Thomas Hoogland ketara merobohkan keterangan Mohd Saiful berhubung keupayaan Anwar sebagai lelaki berumur membuat aksi liwat seperti yang digambarkan oleh pengadu itu.

"Mohd Saiful ketika disoal balas menyatakan bahawa pada hari tersebut, beliau (Anwar) melakukannya dengan laju dan rakus," kata Karpal.

Menurutnya, Mohd Saiful mengatakan telah diliwat sebegitu di atas lantai dalam bilik tersebut.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan Dr Hoogland, adalah tidak mungkin Anwar boleh melakukan aksi seperti dikatakan kerana ia memerlukan pergerakan pinggul yang boleh menyebabkan kesakitan berhubung masalah tulang belakangnya itu.

Selain itu katanya, pembelaan mempertikaikan kredibiliti Mohd Saiful kerana membuat laporan selepas dua hari kejadian didakwa berlaku.

Karpal juga memohon mahkamah menangguhkan keputusan terhadap kes tersebut bagi membolehkan Mohd Saiful dipanggil semula dan turut memanggil bekas anggota pasukan pendakwaan Timbalan Pendakwa raya Farah Azlina Latif, yang didakwa ada hubu­ngan sulit
dengan Mohd Saiful, sebagai saksi, untuk menafikan dakwaan itu di mahkamah.

Peguam Sankara Nair pula berhujah, sekiranya benar pintu di kondominium itu berkunci, siapakah yang menghidangkan kopi dan karipap yang didakwa dimakan Anwar dan Mohd Saiful selepas kejadian liwat tersebut.

Hujahan bersambung 1.30 tengah hari ini.

Sinar Harian

Bekas pengarah JPJ didakwa

Posted: 12 Dec 2011 11:15 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

SEREMBAN - Bekas Peng­a­rah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Mohd Kamal Saad, 57, me­ngaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Serem­ban, di sini, semalam, atas tuduhan menerima tiket penerbangan dan penginapan da­ripada sebuah syarikat memandu untuk menghadiri satu mesyuarat di Sabah, tahun lalu.

Mohd Kamal membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi.

Mengikut pertuduhan, Mohd Kamal didakwa menerima tiket penerbangan pergi balik Kuala Lumpur-Kota Kinabalu berharga RM298 dan penginapan selama satu hari di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah bernilai RM390 bagi menghadiri Mesyuarat Jabatan Pengang­kutan Jalan Bersama Institut Memandu Negeri Sembilan pada 24 Julai hingga 26 Julai 2010.

Mohd Kamal menerimanya daripada pemilik Institut Pemandu Empat Sempurna (M) Sdn Bhd, Lukut Port Dickson, Sharifah Norliza, 45.

Tertuduh yang kini bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia di Putrajaya didakwa menerima tiket dan tempahan hotel itu tanpa balasan di pejabat JPJ negeri pada 24 Julai tahun lalu walaupun mengetahui wanita itu ada kena mengena dalam urusan yang dijalankan oleh beliau ketika itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pence­gahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Fairuz Johari memohon mahkamah membebaskan tertuduh dengan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Mohd Kamal yang diwakili peguam, Ramzani Idris dan Mu­hammad Faiz Fadzil memohon ikat jamin dikurangkan dengan alasan akan bersara dalam tempoh enam bulan lagi, selain perlu menyara keluarganya.

Nursinah membenarkan Mohd Kamal dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Nursinah turut menetapkan 2 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula.

Sinar Harian

Samun pekerja stesen minyak

Posted: 12 Dec 2011 11:11 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

IPOH – Seorang kakitangan agensi pekerja asing dihukum tiga tahun penjara serta satu sebatan dan denda RM40 kerana bersalah terhadap tiga pertuduhan menyamun, memiliki senjata berbahaya dan barang haram di Tambun pada Februari dan Mac lalu.

Majistret Rabiatul Adawiyyah Che Khalib memerintahkan hukuman itu dijalankan serentak dari tarikh ditangkap setelah mempertimbangkan rayuan tertuduh, Yahisyal Yahaya, 26.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh dikenakan dua tahun penjara atas kesalahan menyamun seorang pekerja stesen minyak warga Pakistan dengan menyamar sebagai polis dan merompak sebuah telefon bimbit jenama Nokia, wang tunai RM300 dan dokumen penting milik mangsa.

Dia melakukan perbuatan itu di stesen minyak Batu 6, Tambun pada jam 2 petang, 19 Februari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Tertuduh juga didapati bersalah memiliki senjata berbahaya iaitu pisau, parang panjang dan pemotong dawai ketika ditahan oleh anggota polis di Taman Perpaduan pada jam 3.30 petang, 6 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Yahisyal dikenakan penjara setahun dan satu sebatan didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Yahisyal juga dikenakan denda RM40 atas kesalahan memiliki barang haram iaitu satu vest hijau, topi hitam mempunyai logo PDRM, gari dan anak kunci serta mempunyai pelekat kenderaan tertera logo PDRM dan Polis Gerakan Am (PGA) pada waktu dan tarikh sama.

Dia didakwa dibawah Seksyen 16 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukan hukuman denda tidak lebih RM50 atau enam minggu penjara.

Tertuduh tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan dengan alasan mempunyai tiga anak kecil dan mahu hukuman dijalankan serentak. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nor Abdurrahim.

Sinar Harian

Lori ais 'ghaib' rempuh rumah

Posted: 12 Dec 2011 11:09 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Seorang guru yang sedang sibuk memotong rumput terkejut sebaik terdengar dentuman kuat sebuah lori ais yang merempuh stor rumah ibunya, Gan Yok Tau, 62, di Jalan Batu Belang, Pulau Sebang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Yap Kiam Fong, 42, berkata, lori ais terbabit bergerak tanpa pemandu dipercayai mengalami masalah pada brek tangan.

"Kedudukan saya memang dekat dengan stor itu, kemudian, mendapati lori itu tiada pemandu dan tembok stor barangan terpakai yang terletak tepi jalan sudah runtuh.

"Ketika kejadian, ada 15 ahli keluarga dalam rumah itu termasuk 11 kanak-kanak kerana kami adik-beradik pulang bersempena cuti sekolah," katanya.

Difahamkan, pemandu lori ais itu sedang menghantar ais dan menyedari lori yang dinaiki 'ghaib' sebaik keluar dari kedai berkenaan sebelum mendapati ia sudah merempuh stor rumah yang terletak kira-kira 25 meter.

"Pemandu lori terkejut apabila mendapati lori yang dipandu itu tiada dan menyangka sudah dibawa lari penjenayah.

"Mujur saya dan adik segera mendirikan sebatang kayu bagi menghalang bumbung zink yang sudah roboh itu terus terjatuh walaupun terdapat rak yang menempatkan barang-barang terpakai dalam stor itu sudah roboh," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supe­rintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin, mengesahkan kejadian lori muatan ais yang menggelongsor merempuh tembok bahagian stor sebuah rumah itu, namun tiada kecederaan di­laporkan.

"Difahamkan lori ais terbabit mengalami masalah pada brek tangan hingga menyebabkan ia meluncur sendiri pada jalan yang agak landai hingga merempuh bahagian tepi sebuah rumah yang menempatkan stor penyimpanan barangan terpakai," katanya.

Sinar Harian

Kerajaan Negeri kumpul bukti

Posted: 12 Dec 2011 11:00 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri akan mengumpul bukti dan membuat kajian terperinci berhubung pengurusan anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC) semasa pentadbiran BN sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri sedia memberi kerjasama untuk menjamin ketelusan dalam membanteras kegiatan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dengan memperuntukkan sebanyak RM10 juta dalam 'Geran Selangorku' bagi tujuan itu.

"Buat masa ini, kita tidak akan laporkan kepada SPRM terlebih dahulu untuk kumpul bukti kukuh. Kita pun tahu SPRM banyak kerja dan boleh jadi mereka tidak mempunyai ramai pegawai untuk jalankan kajian itu.

"Jadi, kita cuba bantu mereka mengumpulkan maklumat kes ini supaya perkara ini dapat diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya kelmarin yang mendakwa pengurusan GLC semasa ditadbir BN sebelum ini tidak diuruskan secara teratur hingga mewujudkan suasana bermasalah dengan amalan rasuah, perjanjian usaha sama berat sebelah dan pemberian projek kepada kroni yang hanya menguntungkan segelintir pihak, tetapi merugikan rakyat secara keseluruhannya.

Abdul Khalid berkata, pengumpulan bahan bukti itu memerlukan kos tinggi dan beliau mencadangkan agar sedikit peruntukkan tersebut digunakan untuk menampung perbelanjaan kes jika ia memerlukan kajian, sehingga perkara berkenaan dibawa ke mahkamah.

"Kita bukan pandai cakap saja, tetapi akan buat susulan daripada kes ini berdasarkan peruntukan sedia ada dan berharap ia dapat dilakukan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Kempen Menanam Pokok di Cahaya SPK Resort Club, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Abdul Khalid juga turut membantu menanam pokok di kawasan seluas 200 hektar dan beliau menyokong usaha pemaju supaya mewujudkan persekitaran hijau di kawasan perumahan yang dibina.

Hadir sama pada majlis itu, Exco Selangor,Yaakob Sapari dan Ronnie Liu; Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kum­pulan Syarikat Per­modalan Kebangsaan Bhd (SPK), Saiful Aznir Shahabudin.

sinar harian/-

Kaki hutang tidak serik

Posted: 12 Dec 2011 10:54 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki masih tidak serik meminjam RM21,500 dengan ah long sejak 2010 walaupun tahu risiko yang akan menimpanya.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, lelaki itu melarikan diri daripada ah long, lalu bersembunyi di rumah rakannya.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
"Ibu bapa lelaki itu membantunya apabila dia tidak mampu untuk menyelesaikan hutang itu, namun dia masih tidak menyesal apabila sekali lagi meminjam wang dengan ah long," katanya.

Beliau berkata, kes yang hampir sama turut menimpa seorang penjual telefon bimbit yang tidak serik meminjam wang hampir RM200,000 dengan 37 ah long.

"Lelaki itu bukan sekali dua berhutang ah long, dia datang berjumpa dengan saya untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Menurutnya, lelaki itu mencari helah lari daripada melangsaikan hutang sehingga cuba merancang penculikan palsu ke atas diri sendiri bagi mendapatkan wang membayar hutang.

Sinar Harian

Isteri orang ditangkap khalwat

Posted: 12 Dec 2011 10:52 PM PST

17 Muharram 1433H. [MOD] -

AMPANG - Akibat rumah tangga sedang retak, seorang isteri sanggup memenuhi ke­inginan nafsunya bersama lelaki lain.

Tindakan jijik mereka itu tidak bertahan lama apabila dihidu pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah.

Pegawai masjid itu, Ahmad Nawi Osman berkata, dalam serbuan jam 3 pagi semalam, mereka dapati wanita berkenaan, berpakaian baju tidur, bersekedudukan dengan lelaki terbabit dalam rumah di Taman Kencana, dekat sini.

"Ketika kehadiran penguat kuasa, lelaki berkenaan yang hanya berseluar panjang, cuba meloloskan diri melalui pintu belakang, tetapi ditangkap sewaktu memanjat pagar di rumah teres itu," katanya.

"Wanita itu warga Indo­nesia dan mempunyai dua anak, manakala pasangannya warga Myanmar bukan Islam dan bujang. Mereka bekerja kilang," katanya.

Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali.

Sinar Harian

Salam Perjuangan

Posted: 12 Dec 2011 11:52 PM PST

Salam Perjuangan


ISU NFC - SEMUA YANG TERLIBAT MESTI BERUNDUR

Posted: 12 Dec 2011 03:03 AM PST

16 Muharram 1433 H | 12 December 2011
Merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta Ketua Umno Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur sebelum beliau diundurkan, PAS berpendapat adalah tidak adil untuk Dr Mahathir untuk menyerang Shahrizat, tetapi tidak pada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada bulan Mac 2007, Kementerian Pertanian di bawah TPM kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memilih dua syarikat untuk menguruskan NFC.

Sehubungan itu, tidak pelik bilamana Muhyiddin mempertahankan projek tersebut, sedangkan beliau tahu ianya jelas bercanggah dengan kelulusan yang diberikan, dan  berlaku pelbagai penyelewengan dana rakyat tersebut.

Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat. Tetapi persoalan yang lebih besar adalah siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya, sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat.

Muhyiddin, selaku Menteri Pertanian yang menganugerahkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Shahrizat adalah lebih bersalah daripada segi pentadbiran kerajaan dan etika kebertanggungjawaban seorang menteri.

Bayangkan sekarang, Muhyiddin ialah bakal PM sekiranya apa-apa terjadi pada Datuk Seri Najib Razak, berapakah banyak projek di bawah kelolaan kementerian dan kuasa beliau yang akan berakhir seperti tragedi NFC. Bolehkah rakyat Malaysia menerima seorang bakal PM yang sedemikian?

Sudah terbukti bahawa Muhyiddin tidak lagi insaf dengan kesilapannya apabila menyatakan bahawa 'NFC hanyalah isu politik yang dicetuskan Pakatan Rakyat' dan terus mempertahankan projek tersebut walaupun kewujudan penyalahgunaan dana awam yang susah dipertikaikan.

Dr Mahathir tidak sepatutnya pilih kasih dalam menegur Shahrizat dan tidak kepada Muhyiddin yang meluluskan projek ini. Sekiranya sikap Muhyiddin ini dibiarkan berterusan, berapakah lagi wang rakyat yang bakal terkorban?

Jika Perdana Menteri Najib tidak berani menegur timbalannya, Dr Mahathir selaku mantan dan mentor Umno kenalah berani menegur Muhyiddin atas dasar membantu Najib membetulkan pentadbirannya. Sekiranya Shahrizat disuruh berundur, Muhyiddin pun harus menerima nasib yang sama.

Apa yang pelik bilamana hanya Shahrizat sahaja yang diminta berundur, sedangkan Muhyiddin tidak diarahkan berbuat demikian. Begitu juga dengan beberapa orang yang lantang mempertahankan penyelewengan ini, juga sepatutnya merasa malu kerana ia nyata bertentangan dengan norma biasa.

Jika Shahrizat saja yang berundur, percayalah rakyat akan terus mencengkam isu NFC sehingga semua yang terlibat berundur.

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 12 Dec 2011 11:16 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


Jalan 2.17 km, tapi empat tahun tak siap-siap

Posted: 12 Dec 2011 03:34 PM PST


MONDAY, 12 DECEMBER 2011 20:56
WARTAWAN BULETIN

BuletinOnline

MEDIA INFORMASI TERKINI

Pengguna jalan raya terhimpit; jalan pantai ditutup akibat hakisan DUNGUN - Keadaan lalulintas di bandar Dungun kini benar-benar membimbangkan penduduk apabila jalan besar bandar ini yang 'berterusan' dalam pembinaan sejak beberapa tahun lalu.

Kebimbangan mereka bertambah, apabila jalan pantai yang menghubungkan Sura Hujung dengan Kuala Dungun ditutup kepada lalu lintas kerana hampir putus akibat hakisan.

     

 

















Tinjauan Buletinonline mendapati kawasan pantai Teluk Lipat terus dilalui oleh kenderaan ringan walaupun ia sudah dihalang dan diletakkan tanda amaran.
Namun, oleh kerana jalan besar yang teruk dan berlubang-lubang mereka mengambil risiko melalui jalan pantai, walaupun ombak ganas musim tengkujuh sedang menghakis jalan itu.

Menurut seorang peniaga Abdul Rahman b. Seni Mohamad meminta pihak bertanggungjawab menyiapkan Jalan Haji Zainal Abidin itu secepat yang mungkin.

Beliau yang telah berniaga selama disitu selama 24 tahun berkata, beliau menghadapi kerugian kerana para pelanggannya susah untuk meletakkan kenderaan kerana jalan yang tidak siap-siap itu.

"siapkan secepat mungkinlah, takkan nak begini sokmo (sentiasa), nak berniaga pun susah, dengan nak 'parking' (payah) tengok keadaan sekarang,"katanya sambil menunjukkan kearah jalan yang kelam kabut itu.

Abdul Rahman mempersoalkan, sampai bilakah pengguna jalan raya tersebut akan menghadapi keadaan yang berlarutan sekian lama itu.

















Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly menempelak kerajaan Umno dan Barisan Nasional terengganu yang gagal menyiapkan jalan tersebut.

Katanya, beliau berasa malu dengan keadaan jalan yang hanya sepanjang 2.17 kilometer, tetapi sudah empat tahun dibina.

"(cuba) pergi ke Sura Gate (Jalan Haji Zainal Abidin), malu ke orang (malu kita kepada orang ramai).... berapa panjang (jarak jalan itu)?.......(jaraknya hanya) 2.17 kilometer, bukan 217 kilometer,

"berapa tahun buat? start (mula) pada tahun 2008, sekarang sudah hampir 2012, empat tahun tak siap lagi!,"katanya ketika berucap pada Majlis Ceramah Penerangan Isu Semasa di Kampung Limbong, Paka dekat sini semalam, 12 Disember.

Menurutnya, sebelum dinaiktaraf jalan tersebut adalah dalam keadaan baik, mempunyai pembahagii jalan dan lampu yang sempurna pada waktu malam.

Tetapi apabila dinaitaraf, sudahah tidak siap-siap, beliau berkata, jalan tersebut berlubang-lubang dan 'hanyar' sekali.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Dungun memberitahu, ada pihak yang memaklumkan bahawa jalan tersebut tidak mungkin siap.

Ia adalah kerana, menurutnya, kontraktor pembinaan jalan tersebut tidak lagi mendapat bekalan batu dari pihak pembekal akibat gagal menjelas hutang.

Oleh itu, beliau berkata, tidak ada pilihan lain kepada rakyat, melainkan menukar kerajaan Umno dan menggantikannya dengan kerajaan PAS, bagi menyelesaikan pembinaan jalan tersebut.

"Baru-bru ini, orang beritahu (saya) tidak (akan_) siaplah jalan itu, kerana kuari tempat dia (kontraktor) ambil batu tu, dua tempat, tempat dia ambil batu sudah ditutup akaunnya (kerana) tidak bayar (hutang), bakal tak siaplah jalan itu,

"kena tukar kerajaan kalau jalan macam ini, baru boleh buat pula (semula),"jelasnya.



DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI

Posted: 12 Dec 2011 11:10 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI


Gambar-gambar program asyura perdana PAS kaw. Jerai

Posted: 12 Dec 2011 05:33 PM PST








Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 12 Dec 2011 09:39 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Keluarga Mangsa ISA terima bantuan

Posted: 12 Dec 2011 05:12 PM PST

TAWAU, 12 Dis: Dewan Pemuda PAS Tawau dan PASKalabakan hari ini menyampaikan sumbangan sebagai bantuan meringankan bebankeluarga mangsa ISA, khususnya menjelang sesi persekolahan 2012 akan datang.

KetuaPemuda PAS Kalabakan, Usman Madeaming berkata, sumbangan tersebut menunjukkankebersamaan dewan itu dengan isteri-isteri tahanan ISA dalam memahami danmenyelami kesengsaraan keluarga tahanan yang ditinggalkan.

"Merekayang ditahan ini merupakan sahabat kita. Pengajar kuliah di masjid dan surausekitar Tawau.

"Kitaterkejut dengan berita penahanan ini dan akan bersama keluarga mangsa untukmenyelami betapa perit dan pahitnya perjalanan seorang isteri yang ditinggalkansuami akibat kerakusan ISA," katanya ketika berucap sempena penyerahansumbangan tersebut di Pejabat PAS Tawau.

Dalampada itu, Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu, yang turut hadir menyatakanbahawa Pemuda PAS Sabah sentiasa komited dalam isu kebajikan keluarga tahananISA.

"Bukan baru sekarang, PAS menentang akta kejam ini. Tetapi dari dahululagi.

"UMNOsudah menghina rakyat Sabah dan Sarawak. Ucapan Perdana Menteri (Datuk SeriNajib Tun Razak) untuk memansuhkan ISA ialah pada Hari Malaysia, yakni haridimana kemasukan Sabah dan Sarawak serta Tanah Melayu lalu membentuk sebuahnegara bernama Malaysia," kata beliau.

Seramai10 keluarga mangsa ISA tersebut menerima sumbangan yang disampaikan oleh KetuaPemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu. Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbanganberkenaan ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julfikar Abd. Mijan;Setiausaha Pemuda PAS Sabah, Firdaus Fuad; ahli jawatankuasa PAS kawasan Tawaudan Kalabakan serta isteri dan ibu mangsa tahanan ISA.

Papan tanda hospital sudah naik lalang

Posted: 11 Dec 2011 11:19 PM PST

PENSIANGAN, 12 Dis: Janji manis sebuah kerajaan Barisan Nasional Sabah di daerah ini sudah tidak memberi apa-apa erti lagi.
 
Pembangunan sebuah hospital yang dijanjikan sejak beberapa tahun lalu kini umpama 'hospital lalang' yang tidak ubah mencekik duit dan nyawa rakyat.

Yang Dipertua PAS Pensiangan, Hisammuddin Sulaiman berkata, janji yang diberikan Barisan Nasional kepada penduduk kawasan Pensiangan dan Keningau ibarat 'janji pilihanraya' yang mencekik darah dan nyawa rakyat.

"Janji hospital 5 tahun dulu, hari ini janji lagi… nak buat klinik. Tanah yang rata dah tumbuh lalang. Bukan pendek-pendek… tapi datanglah tengok sendiri.

"Papan tanda pun dah nampak nak terbalik, macam beri signal BN akan terbalik macam itu," katanya dalam nada yang marah.

Menurutnya, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Daerah Nabawan, OKK Sayau dalam sebuah akhbar tempatan Utusan Borneo mengesahkan lagi mengenai ketidakupayaan sebuah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Musa Aman yang hanya berjanji tapi tidak melaksanakan.

"Bukan saya yang dedahkan maklumat ini. Rakyat Sabah sudah baca kenyataan ini yang dikeluarkan sendiri oleh rakyat Sabah," jelasnya.

Kata Hisammuddin, keresahan rakyat terutama golongan ibu yang mengandung yang menghadapi kesukaran mendapat bantuan di saat kelahiran bayi.

"Bayangkan ibu-ibu yang ingin melahirkan bayi terpaksa mengharungi jalan berbatu sejauh di pedalaman Sook menuju ke hospital terdekat di Keningau.

"Ada kemungkinan tidak sempat tiba di hospital, anak sudah dilahirkan dalam perjalanan," dakwanya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Sabah mendesak kerajaan negeri menyediakan prasarana yang mencukupi di Klinik Nabawan.

"Klinik ini bukan kekurangan kakitangan, malah ubat-ubatan yang diperuntukkan tidak mampu menampung keperluan penduduk," katanya.

Hasil bumi: Pakatan manfaat untuk rakyat Sabah

Posted: 06 Dec 2011 08:19 PM PST

KOTA KINABALU, 7 Dis: Dewan Pemuda PAS Sabah menyerurakyat dinegeri ini sekali lagi berani membuat perubahan dalam Pilihanraya Umum13 akan datang demi kebaikan dan kesejahteraan tanah air.

KetuaPenerangannya  Mohd Zulfikar Abd Mijanmenyatakan dengan tegas bahawa kemajuan dan kekayaan negeri Sabah ini tidaksetimpal dengan apa yang rakyat dapat daripada perkara tersebut.

Katanya,kemenangan rakyat Selangor dalam membentuk kerajaan Pakatan Rakyat seharusnyatidak dipandang sepi kerana banyak manfaat dan keadilan yang diperoleh.

"Pilihanraya2008 lalu, menyaksikan perubahan drastik rakyat terhadap kepimpinan kerajaan.Selangor yang dahulunya dicengkam hebat Barisan Nasional, berjaya ditembusiPakatan Rakyat.

"Inikemenangan rakyat. Sudah berpuluh tahun rakyat Selangor mengimpikan kerajaankebajikan dan hari ini, dapat dirasai semua rakyat Selangor," katanya.

MenurutZulfikar lagi, rakyat Sabah merupakan rakyat yang berani membuat perubahan.Sabah yang sebelum ini pernah dipimpin oleh beberapa parti sebelum BarisanNasional bakal menyaksikan kejatuhan BN yang selama ini rakus mengautkeuntungan tanpa perhitungan besar buat Sabah.

"RakyatSabah ialah rakyat yang berani membuat perubahan. Justeru, saya mengajak sekalilagi untuk saya dan rakyat Sabah semuanya untuk membuat perubahan yang lebihbesar," ujarnya.

Beliaumemberi contoh mengenai kekayaan Selangor yang dibuat pengagihan sama ratauntuk kesenangan rakyatnya. Rakyat Selangor kini menikmati 20 meter padu airpercuma, pemberian bantuan pendidikan kepada anak Selangor yang berjayamelanjutkan pelajaran di universiti dan sebagainya.

Melihatkepada perkara tersebut, beliau tidak menolak bahawa kekayaan hasil bumi yangdimiliki Sabah pada hari ini mampu memberikan yang jauh lebih baik buatrakyatnya.

"Apakita tidak malu dengan pengumuman Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia?Kita marah dengan kerajaan Persekutuan yang hanya tahu mengaut keuntungan hasilbumi Sabah tapi tidak tahu bagaimana nak mengurus rakyat," katanya.

21 pasukan rebut Piala YDP PAS Pensiangan

Posted: 01 Dec 2011 06:04 AM PST

PENSIANGAN, 2 Dis: Sebanyak 21 pasukan dalam KejohananBola "Orang Kampung Geng Kita", terbuka liga sembilan sebelah sedangbertungkus lumus bagi merebut Piala Pusingan YDP PAS Pensiangan.

Perlawananakhir kejohanan tersebut akan diadakan 10 Disember 2011 di Lugayan, Sook dekat sini.

MenurutYang DiPertuanya Hishammuddin Sulaiman, tujuan program ini adalah bukan sahaja untukmemupuk budaya yang sihat dalam sukan bola sepak malah, menyemarakkan rasakekeluargaan pemimpin bersama rakyat.

"Semuaorang tahu apa itu bola. Sudah menjadi sebati bola menjadi kelaziman permainananak muda," katanya.

Menurutnya,PAS serta remaja dan anak muda kampung sekitar ingin terus semarakkan semangatanak-anak muda menyertai kejohanan ini.

KataHishammuddin, kejohanan yang julung kali diadakan di sekitar Sook mendapatsambutan yang menggalakkan dan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

"Kitamelihat, masyarakat semakin mendekati kita. Dan, kita menerima mereka sepertikeluarga sendiri tanpa mengira siapa pun dirinya," ujarnya.

PAS Sabah adakan lawatan muhibbah ke negeri Pakatan Rakyat

Posted: 27 Nov 2011 06:07 PM PST

KUALA LUMPUR,28 Nov:Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini mengadakan lawatan kerjaseminggu ke negeri-negeri yang dipimpin oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Lawatan yang berteraskan muhibbah dansemangat setiakawan itu akan mengadakan perbincangan dua hala mengenai tawaranPakatan Rakyat, pilihan raya dan kerjasama ekonomi.

Ketua Penerangannya, Mohd ZulfikarAbd. Mijan berkata, PAS Sabah sedang berusaha membawa keluar rakyat di negeriitu dari kepompong kekuasaan dan kerakusan pemimpin di bawah kerajaan BarisanNasional.

"Kita mengadakan lawatan kenegeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat ini, bukan sahaja akan mengambil manfaatkeseluruhan peluang malah akan membincangkan juga mengenai apa tawaran kitaselaku parti dalam komponen Pakatan Rakyat kepada rakyat Sabah," jelasnya.

Menurutnya, generasi muda pada hariini sudah mula sedar dengan suasana perubahan yang turut dirasai oleh rakyatSabah yang berada di semenanjung.

"Kita melihat ini merupakan moodperubahan dalam diri rakyat, terutama golongan muda.

"Mereka tidak sekadar melihat danmenonton apa yang dihidangkan... tapi apa yang mereka lakukan ialah mencarisebanyak mana sumber isu untuk dijadikan pelengkap kepada sesuatudakwaan,"  ujarnya.

Kata Zulfikar, lawatan ini jugasecara langsung akan membincangkan persediaan menghadapi pilihanraya yang akanberlaku pada bila-bila masa.

"Kesediaan pilihanraya pada tahun inimerupakan sesuatu yang amat mencabar.

"Kita akan menggunakan seluruh mediumpenyebaran yang ada untuk menyebarkan apa sahaja maklumat yang benar mengenai Sabahdan Malaysia kepada rakyat," katanya.

Katanya, beliau juga tidak menolakkenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru inibahawa pilihanraya pada kali ini merupakan yang paling sengit dalam sejarahpilihanraya umum.

"Pemuda akan memberikan saingansengit kepada pasukan lawan dengan perlawanan satu lawan satu.

"Kita juga percaya, mereka tidaksenang dengan kerja kita. Tapi, apa salahnya kalau kita bekerja dan bersaingsecara sihat," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Sepanggar.

Lawatan yang disertai Ketua Pemuda,Lahirul Latigu bersama kepimpinan PAS Sabah itu bermula di Selangor pada 26 Novlalu hingga 29 Nov akan turut berkunjung ke Kedah (30 Nov – 1 Dis) dan berakhirdi Kelantan (2 Dis – 3 Dis).

Perutusan Hijrah 1433

Posted: 27 Nov 2011 07:43 AM PST




Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Sdr Mohd Zulfikar Abdul Mijan menyeru kepada semua masyarakat di Sabah agar melakukan satu perubahan pada PRU ke 13 akan datang sempena kedatangan hijrah 1433.

Zulfikar mewakili saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Sabah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam maal hijrah 1433 kepada semua masyarakat di Sabah khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Beliau menjelaskan, hijrah sebenarnya satu konsep yang seerti dengan perubahan dan ia boleh di aplikasikan kepada semua tanpa mengira latar belakang agama dan suku kaum di Sabah.

Kata Zulfikar, hijrah atau perubahan di Sabah ini adalah sesuatu yang mesti dilakukan memandangkan suasana pembangunan di negeri ini yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan.

Beliau mengambil contoh bagaimana umat Islam di Makkah ketika sebelum hijrah hidup dalam keadaan serba kemunduran samada dari sudut ilmu ataupun teknologi. Apabila hijrah berlaku, umat Islam menjadi kuat dan digeruni lawan serta mampu mencabar kuasa besar dunia ketika itu.

Jelas beliau lagi, hijrah bukan sahaja sambutan yang penuh meriah tetapi apa yang lebih penting iaitu perlaksanaan hijrah itu sendiri. Jika selepas 50 tahun merdeka masyarakat di Sabah masih banyak ketinggalan, maka sudah tentu perubahan mesti dilakukan.

Perubahan ini kata beliau sudah tentu memerlukan pengorbanan yang tidak sedikit daripada semua masyarakat di Sabah. Jika tidak, negeri ini tidak akan dapat menikmati kemakmuran pembangunan hasil daripada khazanah buminya yang kaya dengan sumber semulajadi.

Apa ertinya 50 merdeka tetapi tanah-tanah milik rakyat dirampas tanpa hati perut dan hasil kekayaan muka buminya dikaut oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN yang tamak harta dan kuasa tanpa memperdulikan nasib rakyat, persoal Zulfikar.

Justeru kata beliau, PRU ke 13 ini adalah peluang terbaik masyarakat negeri ini untuk melakukan perubahan dengan menukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Mangsa kebakaran terima bantuan

Posted: 26 Nov 2011 07:09 PM PST

KOTA KINABALU, 27 Nov: Mangsa kebakaran 55 buah rumah diKampung Tanjung Aru Baru, dekat sini Khamis lalu menerima sumbangan daripadaPAS Kawasan Putatan pagi tadi.

Sumbanganyang berbentuk pakaian dan keperluan harian itu disampaikan sendiri oleh AhliParlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli yang juga AJK PAS Malaysia.

Dr.Hatta berkata, sumbangan yang diberikan itu diharap dapat membantu meringankanbeban yang ditanggung mangsa.

Menurutnya,selain bantuan tersebut, pihaknya juga menggesa kerajaan Sabah agar lebihmemberi perhatian termasuklah mengenai kesihatan, kemudahan tempat tinggal dansebagainya.

"PASmenyampaikan ucapan dukacita dan simpati kepada mangsa kebakaran. Setakat hariini, apa yang telah kita ketahui bahawa masa depan mereka ini masih tidakterjamin.

"PASmengharapkan kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan untuk terusmemantau kesihatan mangsa bagi memastikan air yang digunakan itu selamat untukdiminum dan digunakan.

"PASkhuatir, kemungkinan terdapat jangkitan penyakit berjangkit sekiranya langkahawal pemeriksaan ini tidak dilakukan," katanya.

MenurutKetua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu yang turut menemui wakil mangsakebakaran berkata, pihaknya bersimpati atas musibah yang dialami dan berusahauntuk membantu sedaya upaya bagi meringgankan beban yang terpaksa dihadapi.

"Kitajuga dapat maklum bahawa, ada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yangmengambil peperiksaan tahun ini terpaksa mengulangkaji dalam keadaan yangkurang selesa," ujarnya yang juga Naib Yang DiPertua PAS Putatan.

Turuthadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Sabah, AminuddinAling; Naib Ketua Muslimat PAS Sabah, Faizah Antong dan Setiausaha PAS Sabah,Awang Laiman serta beberapa pimpinan PAS Sabah.

Khamislalu, lebih 1000 orang kehilangan tempat tinggal apabila sekurang-kurangnya 55buah rumah di kampung tersebut musnah dalam kebakaran yang berlaku menjelangsubuh pada jam 2.15 pagi.

Kebakaranitu bagaimanapun berjaya dikawal sepasukan bomba yang menggunakan lima buahjentera daripada Balai Bomba Sembulan, Lintas dan Penampang. Kebakaran itu jugaberjaya dikawal pada jam 5.15 pagi dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam6.30 pagi.

Dalamkejadian itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana semuapenghuni berjaya menyelamatkan diri.

PAS KDAS 3

Posted: 12 Dec 2011 09:14 PM PST

PAS KDAS 3


Puluhan Ribu Hadiri Rapat Rakyat

Posted: 12 Dec 2011 09:08 AM PST


Pada 10/12/2011 Program Rapat Rakyat anjuran Pakatan Rakyat Perak yang telah diadakan di Beruas Perak telah mendapat sambutan sangat menggalakkan dari rakyat perak,Puluhan Ribu Rakyat Perak telah hadir dalam Program tersebut walaupun cuaca hujan dari petangnya sehingga pukul 11 malam, namun ia tidak mematahkan semangat kami semua untuk hadir pada program tersebut.

Program ini menampilkan Pimpinan Utama Pas, Keadilan Dan DAP. Ucapan dimulakan dengan YB V Sivakumar iaitu speker Dewan Undangan Negeri yang sah, YAB Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin, MB Perak yang sah, YB Ngeh Koo ham Ahli Parlimen Beruas Merangkap Pengerusi DAP Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin Pesuruhjaya Pas Perak, Dr Mohd Nor Manuty Ketua PKR Perak, YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden Pas dan DS Anuar Ibrahim Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR. Para hadirin mendapat suntikan semangat dari ucapan Pimpinan Utama Pakatan Rakyat untuk merampas semula Perak dalam PRU 13 nanti, Ini juga merupakan sejarah di Beruas apabila berjaya menghimpunkan Puluhan Ribu peserta dalam Program Tersebut.

Yang menarik mengenai Program ini ialah , ia telah diadakan di Kawasan Kilang Papan yang mana pemilik Kilang papan tersebut merupan bukan Ahli dari Pakatan rakyat, Ini merupakn isyarat jelas kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat sudah mendapat tempat di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk dari kalangan Ahli dari komponen BN itu sendiri. Ini juga menunjukkan rakyat sudah mula sedar dengan apa yang telah berlaku di dalam negara Malaysia yang tercinta ini.

Seperti mana yang kita semua maklum bahawa pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa telah dilakukan oleh pimpinan Negara yang dikepalai oleh Najib (Rosmah) dan konco-konconya. Selain itu dengan kenaikan harga barang yang gagal dikawal oleh Kerajaan juga merupakan satu faktor dimana rakyat sudah mulai meninggalkan Parti yang semakin tersepit dan seperti telur dihujung tanduk iaitu Parti Komponen Barisan Nasional. Dengan isu terbaru yang melibatkan Ketua Wanita Umno Malaysia yang melibat sejumlah wang yang banyak iaitu sebanyak RM 250 juta. Ini sudah cukup untuk menguatkan hujah Rakyat bagi sama-sama kita tumbangkan Umno dan BN dalam PRU ke 13 nanti yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Puluhan Ribu Hadirin yang hadir pada Program Rapat Rakyat tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sehingga Program selesai walaupun hujan turun agak lebat sehingga pukul 11 mlm. Inilah semangat dan iltizam yang telah ditunjukkan oleh Rakyat demi untuk menumbangkan Umno dan mengangkat Perjuangan Pakatan Rakyat dalam PRU ke13 nanti. Semoga semua usaha ini akan diberi pertolongan oleh Allah dan dapat mencapai kemenangan nanti. Allahuakbar...

DPP PADANG TERAP

Posted: 12 Dec 2011 09:04 PM PST

DPP PADANG TERAP


Deklarasi aset: Pemuda PAS syor contohi P Pinang

Posted: 12 Dec 2011 05:43 AM PST


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menyambut baik inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan integriti bagi menjamin pentadbiran yang bersih terhadap negeri tersebut.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, antara langkah tersebut adalah setiap Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dikehendaki membuat deklarasi aset mereka yang akan dipaparkan melalui internet.
Katanya, DPP Malaysia menganggap deklarasi aset exco sebagai langkah baik dan penting bagi membuktikan bahawa setiap exco kerajaan negeri bekerja dengan penuh amanah, tanggungjawab, telus serta menunjukkan bahawa mereka bekerja untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Beliau berkata, apa yang berlaku di negara ini adalah, ramai dari kalangan pemimpin negara atau pemimpin kerajaan negeri gagal mengisytiharkan aset mereka.
"Ini mungkin disebabkan pemimpin ini bimbang kerana mereka mempunyai banyak kepentingan terhadap harta yang boleh dipersoalkan rakyat dan jika diisytiharkan harta mereka mungkin bernilai jutaan ataupun billion ringgit yang jauh daripada kemampuan sebenar mereka," katanya kepada Harakahdaily.
Bagi DPP Malaysia, ujarnya pemimpin seperti itu bersikap tidak jujur kepada rakyat kerana mengambil kesempatan daripada kuasa dan pengaruh yang mereka miliki untuk mengaut sebanyak mana harta sama ada melalui perniagaan mahupun melalui rasuah.
Baginya, agak mengejutkan kerana ada ada pemimpin negara atau pemimpin kerajaan negeri yang mempunyai aset bernilai berbilion ringgit, hasil dari pemerintahan selama bertahun-tahun lamanya.
Persoalan yang timbul, ujarnya bagaimana mereka mendapat harta yang begitu banyak jumlahnya yang jauh daripada pendapatan mereka.
Katanya, sudah tentu perkara sebegitu akan menimbulkan persoalan di kalangan rakyat, adakah pemimpin itu bekerja untuk rakyat atau hanya untuk diri mereka sendiri.
Katanya, kesan daripada itu akan menyebabkan berlakunya pelbagai ketirisan dalam pentadbiran.
Beliau menambah, Laporan Ketua Auditi Negara 2010 menyaksikan berlakunya pelbagai masalah yang berpunca dari  kecuaian dan ketirisan dalam pentadbiran di pelbagai agensi kerajaan.
Selain itu, kata beliau rakyat pula merasa kecewa kerana hasil kekayaan negara ini tidak dapat dikongsikan bersama.
Malah, katanya lagi masih ramai rakyat yang menderita kemiskinan serta terhimpit oleh kenaikan harga barang yang semakin meningkat di negeri yang kaya dengan hasil petroleum.
Oleh itu, ujarnya DPP Malaysia menyarankan kerajaan negeri-negeri lain agar mengambil kerajaan Pulau Pinang sebagai contoh terbaik dengan setiap pemimpin kerajaan mengisytiharkan asset mereka bagi memastikan integriti dan ketelusan dalam pentadbiran dapat dijaga bahkan boleh dipertingkatkan.
"Tidak hairanlah jika kerajaan Pulau Pinang berjaya mencatatkan jumlah pelaburan yang tertinggi di Malaysia untuk kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 dengan jumlah pelaburan RM12.24 bilion," katanya.
Menurutnya, dengan hanya memerintah negeri selama tiga setengah tahun kerajaan negeri Pulau Pinang berupaya bangkit sebagai negeri terbaik dari sudut pentadbiran mengalahkan negeri yang diperintah Barisan Nasional yang telah memerintah selama berpuluh tahun lamanya.

Tragedi NFC: Muhyiddin tak layak jadi PM

Posted: 12 Dec 2011 05:35 AM PST

Harakahdaily.

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian yang menganugerahkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah lebih bersalah daripada segi pentadbiran kerajaan dan etika kebertanggungjawaban seorang menteri.
"Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat, akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Oleh itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata adalah tidak adil untuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat, dengan menyuruhnya 'untuk berundur sebelum beliau diundurkan' tapi tidak pada Muhyiddin.
"Dr Mahathir tidak sepatutnya pilih kasih dalam menegur Shahrizat dan tidak kepada Muhyiddin yang meluluskan projek ini. Sekiranya sikap Muhyiddin ini dibiarkan berterusan semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan seterusnya perdana menteri, berapakah lagi wang rakyat yang bakal terkorban?" soal Tuan Ibrahim.
Tuan Ibrahim turut mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang tidak lagi insaf dengan kesilapannya apabila menyatakan bahawa 'NFC hanyalah isu politik yang dicetuskan Pakatan Rakyat' dan terus mempertahankan projek tersebut walaupun kewujudan penyalahgunaan dana awam yang susah dipertikaikan.
"Bayangkan sekarang, Muhyiddin ialah bakal perdana menteri sekiranya apa-apa terjadi pada Datuk Seri Najib Razak, berapakah banyak projek di bawah kelolaan kementerian dan kuasa beliau yang akan berakhir seperti tragedi NFC. Bolehkah rakyat Malaysia menerima seorang bakal PM yang sedemikian?" soal beliau.
Selaku mentor Umno, Tuan Ibrahim berkata Dr Mahathir sepatutnya membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani menegur timbalannya, untuk menegur Muhyiddin atas dasar membantu Najib membetulkan pentadbirannya.
Apa yang pelik, kata beliau ialah bila mana hanya Shahrizat sahaja yang diminta berundur, sedangkan Muhyiddin tidak diarahkan berbuat demikian.
"Begitu juga dengan beberapa orang yang lantang mempertahankan penyelewengan ini, juga sepatutnya merasa malu kerana ia nyata bertentangan dengan norma biasa.
"Sekiranya Shahrizat disuruh berundur, Muhyiddin pun harus menerima nasib yang sama. Jika Shahrizat saja berundur, tapi tidak Muhyiddin dan lain-lain, percayalah rakyat akan terus mencengkam isu NFC sehingga semua yang terlibat berundur," tambah beliau.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 12 Dec 2011 03:57 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


AWAS PR ! 'RASUAH JALANRAYA' DAH BERMULA

Posted: 11 Dec 2011 03:46 PM PST

Memang kita rakyat Malaysia yang berpendapatan sekeluarga kurang dari RM3,000 layak dan ada hak menerima wang RM500 'one OFF' yang ditentukan oleh Kerajaan BN.Yang penting kita tahu wang itu adalah dari wang negara atau wang rakyat juga bukan wang BN atau UMNO. BN dan UMNO hanya menguruskan selagi mandat pilihanraya diberikan melalui kemenangan dalam Pilihan Raya.Najib bab beri wang memang bijak, bayangkan beliau dah set sebaik semua borang BR1M diterima di seluruh negara maka Najib akan guna masa beri wang RM500 adalah semasa pilihanraya nanti.Dengan mudah BN melalui Najib akan menghulur wang semasa kempen dalam Pilihan Raya ke 13 nanti. Inilah yang dinamakan rasuah yang cuba dihalalkan oleh SPR. Nampaknya BN akan sibuk memberi wang dalam kempen dan saban hari berita elektronik akan menghidangkan adingan rakyat dapat wang sahaja. Jadi apa Pakatan Rakyat akan lakukan?
PR samada Pilihan Raya atau Pakatan Rakyat?

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 12 Dec 2011 03:26 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN NFC WAJIB BERUNDUR!!!

Posted: 12 Dec 2011 04:15 AM PST

PAS hari ini mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menganugerahkan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil wajar meletakkan jawatan kerana 'lebih bersalah' dari segi pentadbiran kerajaan dan patut memikul tanggungjawab sebagai anggota Kabinet.


Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kesemua pihak termasuk Muhyiddin harus tampil menerima tanggungjawab dalam isu kontroversi NFC.

"Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat.

"... akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat," kata beliau.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat dengan menyuruhnya 'untuk berundur sebelum beliau diundurkan' tapi tidak pada Muhyiddin yang kini merupakan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Gesaan agar Shahrizat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakkan jawatan semakin meningkat.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas apa-apa termasuk saranan Dr Mahathir Jumaat lalu.

HANYA ORANG ASLI SETIA PADA BN : RAIS

Posted: 11 Dec 2011 06:02 PM PST

Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta rakyat negara ini mengenang budi dan jasa pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan terus memilih mereka demi mengekalkan kemajuan negara.


Beliau berkata orang Melayu, sebagai kaum terbesar negara, boleh membantu menentukan kerajaan BN terus dipilih pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga meminta mereka supaya memberi kerjasama untuk membawa BN mengecapi semula kejayaan pilihan raya umum seperti sebelum 2008.

"Walaupun kita mendapat tempat dalam kerajaan, kita mesti ingat (usaha pemimpin terdahulu) dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan (yang dikuasai pembangkang)." katanya.

Rais berkata orang Melayu harus mencontohi sikap dan pendirian masyarakat Orang Asli yang sentiasa memberi komitmen dan kesetiaan mereka terhadap kerajaan BN.

"Masyarakat Orang Asli mencurahkan taat setia di samping komitmen kepada kerajaan BN dan penglibatan mereka menerusi kerja-kerja amal di kawasan masing-masing.

"Pendirian ini tidak berubah kerana mereka berpegang teguh kepada prinsip 'sekali menjadi sahabat selamanya menjadi sahabat'," katanya.

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 12 Dec 2011 11:58 AM PST

PEMUDA PAS DUN KIJAL


MARI BERHIJRAH

Posted: 11 Dec 2011 06:42 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 12 Dec 2011 11:31 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Negara Berkebajikan: PAS tawar hapus cukai dan tol

Posted: 11 Dec 2011 04:11 PM PST

Negara Berkebajikan: PAS mahu rakyat jadi tuan

Posted: 11 Dec 2011 04:11 PM PST

SHAH ALAM, 11 Dis: Konsep Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS adalah memperjuangkan hak rakyat di mana rakyat adalah tuan, manakala kerajaan pula hanya bertindak sebagai pemegang amanah kepada wang rakyat.

Bercakap sewaktu melancarkan buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' di perkarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini,  Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu mengikut panduan yang ditetapkan dalam al-Quran.

"Kita ingin mengubah konsep sekarang yang mana kerajaan menjadikan rakyat sebagai bahan untuk diniagakan, segala sumber pendapatan negara diambil melalui rakyat mengikut cukai-cukai yang ditetapkan.

"Kerajaan adalah khadam kepada rakyat, pemimpin adalah pemegang amanah jadi kita mahu hak rakyat dikembalikan mengikut saluran yang betul," katanya.

Buku setebal 59 muka surat itu menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh parti itu bersama Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang mentadbir negara.

Dalam bahagian polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan sosial.

Dalam pada itu Abdul Hadi memberitahu pentadbiran kerajaan sekarang hanya berkonsepkan 'kekayaan negara berpusing kepada orang tertentu sahaja' sedangkan rakyat terus terseksa.

"Sepatutnya harta kekayaan negara disalurkan kepada rakyat selain digunakan untuk pembangunan negara, malah jika kerajaan ingin mencari sumber pendapatan maka cukai perlu dikenakan tetapi tidak semua rakyat perlu membayar cukai.

"Sebab itulah Pakatan Rakyat ingin memansuhkan terus tol kerana rakyat yang tidak sepatutnya dikenakan cukai juga turut terbeban pembayaran tol, inilah yang dijanjikan di dalam Buku Jingga serta konsep negara berkebajikan," sambungnya lagi.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan konsep negara berkebajikan ini juga akan menjadi menifesto pada pilihanraya yang akan datang dan ia selaras dengan kesepakatan di dalam Buku Jingga.

Tawar 10 agenda

Dalam buku itu juga, PAS memperincikan 10 agenda yang ditawarkan PAS yang menyentuh kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama.

Selain itu, Abdul Hadi yang menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.

Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang turut menghuraikan mengenai belia dan pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti serta pemeliharaan alam sekitar.

Buku ini juga merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulis Abdul Hadi sendiri yang bertajuk "Konsep Asas Negara Berkebajikan" yang telah dilancar sebelum ini.

Kedua-dua buku tersebut adalah susulan daripada ucapan dasar yang dibentangkannya dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 Jun lalu yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".

"Mudah-mudahan ia akan jadi pemangkin kepada rakyat untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya nanti.

"Jika rakyat menilai secara jelas negara kebajikan ini maka ia akan melancarkan laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya nanti," kata Abdul Hadi.

Menteri dakwa birokrasi punca debat UM batal

Posted: 11 Dec 2011 04:10 PM PST

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa karenah birokrasi oleh pentadbiran Universiti Malaya (UM) punca debat Auku antara pelajar malam kelmarin dibatalkan.

Meluahkan rasa dukacita dengan tindakan pembatalan itu, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata pihak universiti sepatutnya menjadi pemudah cara kepada aktiviti yang mahu dianjurkan mahasiswa bukan menjadi penghalang kepada mereka.

"Mahasiswa mohon kelulusan daripada Fakulti. Kelulusan tak diberi kerana kurang komunikasi Fakulti-HEP. Ini karenah birokrasi.

"Saya junjung peraturan.Tapi kita ada budi bicara. Bila mahasiswa anjur program ilmu, kita patut facilitate bukan frustrate," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sambil mendakwa telah menghubungi kedua-dua pihak termasuk penganjur dan HEP UM, Saifuddin menyifatkan kerenah birokrasi tersebut 'tak patut berlaku'.

Semalam, TNC HEP UM Datuk Rohana Yusuf menjelaskan pihaknya terpaksa campur tangan dengan meminta debat di Fakulti Undang-undang universiti berkenaan dihentikan kerana ia diadakan tanpa kebenaran.

Rohana berkata, pihaknya tidak bermaksud mahu menyekat kegiatan pelajar, tetapi seharusnya program berkenan diadakan menggunakan saluran yang betul.

Pihak penganjur pula, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) dan  Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) melahirkan kekecewaan mereka terhadap pentadbiran UM kerana program itu terpaksa dibatalkan ketika sedang berlangsung.

Setiausaha Agung Kami, Khairul Naim berasa terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh pengawal keselamatan dan "special branch" ketika debat antara Ahmad Shukri Che' Ab. Razab yang merupakan bekas aktivis Pro-Mahasiswa dan Syamsul Salleh iaitu bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sedang rancak berjalan pada pusingan kedua.

Gugur Hasan Ali hanya fitnah Utusan

Posted: 11 Dec 2011 04:10 PM PST

SHAH ALAM, 11 Dis: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media milik Umno Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa digugurkan dari menjadi calon pada pilihanraya nanti.

Sambil membidas laporan Utusan itu, beliau berkata ianya hanya satu tuduhan tidak benar memandangkan PAS sendiri belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung senarai nama calon yang akan bertanding.

"Apa yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu tidak benar, bagaimana ia tahu nama-nama calon sedangkan peringkat PAS Pusat pun belum memberi keputusan rasmi.

"Perkara itu tidak perlu timbul sekarang sebab semuanya belum ada keputusan rasmi dan kita tidak akan umum nama-nama yang akan bertanding selagi belum tibanya hari penamaan calon," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perlancaran Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Kompleks PKNS di sini.

Utusan Malaysia melalui Mingguan Malaysia hari ini mendakwa Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum.

Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berseloroh menyifatkan Utusan sebagai 'lebih PAS' dari pimpinan PAS apabila mengetahui perkara yang belum dibincangkan oleh parti itu.

"Saya sendiri belum tahu lagi dicalonkan atau tidak sebab tiada keputusan lagi dan pelik juga bila nama Dr Hassan disebutkan sebagai digugurkan sebagai calon.

"Kalau saya sendiri belum pasti kedudukannya maka kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar milik Umno itu tidak tepat dan fitnah semata-mata," katanya.

Sekitar program maghi Ggateh di Kuala Krai

Posted: 11 Dec 2011 04:09 PM PST





















N45 Dr Halimah Ali

Posted: 12 Dec 2011 10:35 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


PUTERI UMNO masuk PAS: mahu jatuhkan UMNO PRU 13

Posted: 11 Dec 2011 08:03 PM PST

PAS Kawasan Gerik

Posted: 12 Dec 2011 10:33 AM PST

PAS Kawasan Gerik


FELDA sedang menuju kehancuran, tunggu sahaja

Posted: 12 Dec 2011 12:09 AM PST

Sebagaimana pengakuan Muhyiddin dan Najib PRU kali ini adalah ibu kepada semua pilihanraya dalan sejarah negara kita. Apa tidaknya, pilihanraya kali ini seolah-olah piihanraya untuk memilih di antara UMNO atau pun memilih rakyat. Sekarang ini adalah pilihan di anatara mengekalkan kepimpinan UMNO yang mahukan segala agenda peribadi mereka disokong ramai.

Satu lagi pilihan ialah untuk memilih agenda perubahan untuk rakyat yang inginkan kesatuan di antara kaum dalam kehidupan seharian dan menolak keghairahan kepimpinan yang menyanyikan lagu-lagu rasis yang menebal. Pemimpn-pemimpin di atas mahukan rakyat berpecah kerana UMNO sekarang ini wujud di atas keadaan Melayu yang berpecah pada tahun 1988 dahulu.

Berlainan dengan UMNO yang di tubuhkan pada 11hb Mei 1946 dahulu. UMNO dahulu wujud di atas penyatuan rakyat Melayu yang ramai dengan matlamat mencapai kemerdekaan dan seterusnya untuk mengisi kemerdekaan negara. UMNO yang baru ini wujud di atas perpecahan umat Melayu dan ada pemimpin yang sedang memegang kuasa mengambil kesempatan untuk membawa puaknya jauh dari UMNO yng dibiarnya mati itu.

UMNO sebenarnya tidak boleh langsung menyalahkan mana-mana pihak termasuk pembangkang kerana kelemahan yang mereka alami sekarang. Kesalahan berada di pihak UMNO sendiri. UMNO itu mempunyai infrastruktor yang sangat besar untuk mempertahankan benteng mereka kerana telah menjadi pemerintah begitu lama. Tetapi yang menyebabkan parti itu menjunam ialah kerana 'culture' yang terbentuk sejak dua tiga dekad yang lalu yang telah memecahkan segala benteng pertahanan parti itu secara beransur-ansur.

Di mana sahaja UMNO masuk campur yang baik akan menjadi lemah, yang teratur akan menjadi lintang pukang dan yang telah teguh dan berjaya akan mengalami kerosakan dan kerugian yang besar. Contoh-contohnya banyak. Di antara contohnya ialah apa yang berlaku ke atas Felda sekarang. Sebelum itu kita telah lihat bagaimana MAS telah kerugian berbillion billion ringgit setelah ia mula di serahkan kepada Tajuddin Ramli dahulu. Banyak lagi contoh yang kita boleh lihat dalam mana konsep pengswastaan serta 'corporatization' ciptaan Dr Mahathir dahulu.

Banyak syarikat-syarikat kerajaan yang gagah yang dipegang oleh kerajaan dahulu telah rosak kerana budaya tadbiran negara yang tidak jujur. Sekarang ramai yang meminta, bukan sahaja saya dan ramai lagi untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di Felda sekarang ini.

Sebenarnya apa yang berlaku di dalam Felda ini memang sudah dijangkakan apabila perbadanan ini telah di pindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada Jabatan Perdana Menteri dahulu. Felda yang begitu mantap yang telah dikembangkan dan dimajukan di bawah pengurusan Raja Tan Sri Alias dahulu menjadi tempat pemimpin yang kelaparan untuk mengambil alih. Ramai yang telah melihat Felda dengan air liur yang meleleh seperti anjing nampak tulang.

Mereka-mereka ini kalau di suruh untuk membina sesuatu dengan baik tidak ada kemampuan dan kepandaian. Tetapi bila sudah maju merekalah yang masuk campur dan ingin menjadi hero dan ada pula yang ingin 'topple-menopple' dalam badan yang sangat kaya itu.

Apabila pengerusi kepada Lembaga Pengarah Felda sudah masuk campur dan menggunakan pengaruh untuk mengambil alih KPF baru-baru ini ramai yang berfikir telah menjangkakan yang situasi yang sedang di hadapi Felda dan peneroka sekarang ini akan berlaku.

Saya ingin menulis dengan detail apa yang berlaku di dalam Felda ini. Hanya saya hendak menunggu waktu yang sesuai untuk berbuat demikian. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Pengurus Besar perbadanan ini, Dato Zulkifli Wahab yang sudah di arah untuk bercuti selama lapan bulan ini.

Apabila sudah berlaku perkara seperti ini saya jangkakan Felda tidak akan menjadi Felda lagi. Kerajaan pimpinan Najib memang terkenal dengan tidak mampu untuk membina kemajuan, tetapi beliau terkenal dengan menjahanamkan apa yang sudah kuat hasil kemampuan pimpinan dahulu dan etika pentadbiran yang tinggi yang sudah tiada di zaman ini.

Di tambah pula dengan kemasukan TS Isa Samad kedalamnya…..peneroka akan di porak perandakan dan apa yang peneroka dapat ialah elemen kuku besi yang sedang terbentuk di dalam Felda sekarang. Nak membangunkan tidak ada kemampuan…maka kerja mereka ini hanyalah untuk meruntuhkan sahaja.

Insyaallah saya akan menulis tentang apa yang berlaku dalam Felda ini serta implikasi yang akan di hadapi oleh peneroka serta implikasi yang akan di hadapi oleh FELDA keseluruhannya.

Buat setekat ini, peneroka hanya perlu hafalkan satu perbilangan, iaitu 'ibarat menanam pohon yang condong, pohonnya berada di halaman peneroka, buahnya jatuh ke halaman orang lain.'

ATAU pun ingat kepada satu lagi, 'peneroka di jadikan seperti kerbau untuk membajak sawah pagi dan petang, tetapi hasilnya di baham oleh tikus-tikus yang gemuk di kepuk padi'.

Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/

KHIDMAT MERU

Posted: 12 Dec 2011 10:21 AM PST

KHIDMAT MERU


SEMARAK HIJAU DI TG SEPAT

Posted: 11 Dec 2011 03:36 PM PST




















Kempen Semarak Hijau yang diadakan di DUN Tanjung Sepat mendapat reaksi yang baik dari petugas parti dan sambutan masyarakat setempat.

YB Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor Dr Abd Rani bin Osman selain memberi kata-kata semangat kepada petugas gerak-gempur, juga melawat pengundi-pengundi Cina yang majoritinya adalah nelayan.

Dr Rani dibawa melawat ke kebun buah markisa yang menjadi sumber ekonomi masyarakat setempat.

Beliau juga diminta untuk menyampaikan beberapa buah kerusi malas bagi penduduk warga emas yang selalu menghabiskan masa mereka bersantai di tepi laut disebelah pagi dan petang.


















PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 12 Dec 2011 09:36 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Kemenangan besar Ikhwan menggerunkan Amerika-Israel

Posted: 11 Dec 2011 07:53 PM PST

16 Muharram 1433H. [MOD] -

"Keputusan ini lebih buruk dari apa yang kita ramalkan," kata Pegawai Kanan Keselamatan Israel seperti yang dipetik dari akhbar harian Yahudi Yedioth Ahronoth.

Beliau merujuk kepada kemenangan besar puak Islam yang didominasi Ikhwan Muslimin dan Salafi dalam Pilihan Raya Umum Mesir pada pusingan pertama.

Kemenangan ini juga amat mengejutkan Amerika Syarikat yang terpaksa menghantar delegasi peninjau untuk bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir. Tindakan ini dibantah sebahagian besar rakyat Mesir, yang dianggap sebagai satu usaha negara polis dunia itu untuk campur tangan dalam PRU Mesir.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengulangi amaran beliau bahawa akan berlaku 'Arab Spring' di Mesir yang ia bakal merebak ke seluruh negara Arab. Lebih buruk lagi bagi Israel kata Netanyahu, ianya akan menjadi 'Iranian Winter' iaitu seperti revolusi Iran tahun 1979, yang memburukkan hubungan Arab-Israel.

Dalam ucapannya kepada Knesset (Parlimen Israel) bulan lepas, Netanyahu berkata, "Pada bulan Februari, apabila berjuta rakyat Mesir berdemontrasi di Kaherah, ada kalangan pemimpin Israel yang berkata, kita akan menghadapi era liberalisasi dan progres."

Kebimbangan Netanyahu itu ditegaskannya kerana beliau tahu bahawa kebanyakan rakyat Mesir tidak menerima kewujudan Israel, dengan perasaan anti-Zionis dan anti-Semitic yang begitu subur di negara Arab itu.

Selama ini pun, Israel dapat hidup dengan selesa, kerana mereka mempunyai hubungan yang akrab dengan bekas diktator Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan rakyat Mesir.

Kebimbangan Israel bukan hanya setakat perkembangan di Mesir sahaja. Mereka terpaksa menganalisis dengan terperinci kebangkitan Islam di Tunisia, Libya dan Maghribi, di mana, satu persata ketua-ketua negara Arab yang lunak dengan mereka tumbang.

Keputusan rasmi PRU peringkat pertama

Ikhwan Muslimin dengan partinya Parti al-huriyyah wal Adalah (PJF) dan pakatan tahalufnya bersama 10 komponen parti-parti lain yang dikenali sebagai tahaful demokrasi, menang bergaya dengan menguasai 80 daripada 166 kerusi yang dipertandingkan.

Sebanyak 36 kerusi diperolehi dari kerusi individu dan 44 kerusi secara berkumpulan. Parti an-Nur Assalafi mendapat kerusi kedua terbanyak selepas PJF dangan memperoleh sebanyak 33 kerusi (6 individu, 27 berkumpulan).

PJF akan membuat kerajaan campuran sekiranya mendapat mejoriti mudah dalam pilihan raya kali ini yang akan dijangka tamat pada awal Januari 2012.

Parti-parti Islam mendapat undi percaya rakyat Mesir pada pilihan raya kali ini berbanding parti yang beraliran liberal dan sekular. Media massa menguatkan propaganda dengan memburuk-burukkan parti-parti pro Islamis kepada golongan Kristian dan masyarakat pertengahan setelah melihat banyak kerusi yang dimenangi pro Islam.

Isu undang-undang Islam, hudud,pelancongan, kebebasan berpakaian, isu kebebasan agama, hubungan luar dan ekonomi cuba diapi-apikan didalam sekmen bincang politik saluran-saluran media. Akan tetapi, semuanya dapat dijelaskan dengan baik oleh wakil-wakil parti seterusnya menyakinkan pengundi untuk terus menyokong mereka membentuk kerajaan.

Yang paling menarik, calon beragama Kristian yang pertama mendapat kerusi di parlimen Mesir adalah dari Parti al-Karamah yang bertahaluf bersama PJF. Calon tersebut menang di kerusi berkumpulan atas tiket Parti al-Huriyyah wal Adalah. PJF juga telah berjaya menempatkan wanita pertama di kerusi parlimen Mesir dan seterusnya menafikan Ikhwan Muslimin mendikriminasikan Kristian dan kaum wanita dalam menguruskan negara. Dewan Rakyat Mesir dijangka akan bersidang pada bulan Mac 2012 nanti.

Pecahan 112 kerusi yang dimenangi secara berkumpulan seperti berikut:

- Parti al-Huriyyah wal Adalah, 44 kerusi
- Parti an-Nur Assalafi, 27 kerusi
- Kerusi berbaki dikongsi oleh 8 parti lain seperti;
o Parti Alwafd
o Parti Almisriyyin Alahrar
o Parti Aladl
o Parti Attajammuk
o Parti Misr alQaumy
o Parti Alhuriyyah
o Parti Almuwaten Almisry
o Parti Misry Alhurrah

56 kerusi Individu seperti berikut:

- Parti al-Huriyyah wal Adalah 36 kerusi
- Parti an-Nur Assalafi 6 kerusi
- Parti Alwafd satu kerusi
- Parti Almisriyyin Alahrar satu kerusi
- Parti Aladl satu kerusi
- Parti Attajammuk satu kerusi
- Parti Misr alQaumy satu kerusi
- Parti Alhuriyyah satu kerusi
- Parti Almuwaten Almisry satu kerusi
- Calon bebas 5 kerusi
- (2 kerusi masih menuggu untuk dipertandingkan semula )

Fakta PRU Mesir peringkat pertama

- Melibatkan 9 buah Negeri dari 27 buah negeri ( Kaherah, Port Said, Dumyat, Bahr Alahmar, Assuit, Kafr Syiekh, Alfoyyoum, Luxor dan Iskandariah )
- Mewakili 13.5 juta pengundi
- Mempetaruhkan sebanyak 166 kerusi parlimen ( 2/3 atau 112 kerusi berkumpulan & 1/3 atau 56 kerusi individu ).
- 2 kerusi daerah pertama di Kaherah dibatalkan dan akan diadakan pilihan raya semula.

harakahdaily/-

Orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena

Posted: 11 Dec 2011 07:44 PM PST



9 Dis 2011 : Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob mengingatkan agar pihak peneroka Felda tidak ghairah apabila diumumkan agensi itu akan disenarai di bursa saham sebaliknya mengambil iktibar nasib peneroka-peneroka di Felda Sendayan dan Felda Labu di Negeri Sembilan setelah terlepas ke pihak lain.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu, sebaliknya mengingatkan bahawa tanah merupakan sumber ekonomi mereka dan tidak sepatutnya dibiarkan memasuki perniagaan berisiko yang mungkin boleh terlepas kepada orang luar.

"Lihat apa jadi dengan peneroka-peneroka Felda Labu dan Sendayan yang pada satu ketika begitu ghairah untuk menjadi jutawan lalu tanah mereka dijual, bagaimana dengan nasib mereka?

"Ada yang menjadi kuli, ada yang terpaksa jadi pemandu teksi dan sebagainya jadi biarlah pelihara tanah Felda yang selama ini menjadi tempat orang-orang melayu bergantung hidup jadi apa perlunya dicagarkan untuk bermain saham.

"Tak wajar tanah Felda menjadi pertaruhan kerana tanah adalah sumber ekonomi kalau tergadai kepada kapitalis pemain saham yang rakus, yang biasanya menguasai sehingga 30%. Berapa banyak tanah-tanah yang telah tergadai sebab sesiapa saja boleh beli, " jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah pada program pelancaran 'Gerakan Selamatkan Felda' peringkat kebangsaan di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka, malam tadi.

Turut berceramah ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Razman Zakaria.

Kira-kira 6,000 hadir mendengar program yang diadakan bagi memberi penerangan dan risiko kepada warga Felda mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam Bursa Saham Malaysia sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

Dr Rosli berkata, jangan ingat semua projek kerajaan boleh berjaya walaupun diberi jaminan. Tambahnya ini terbukti dengan projek lembu NFC yang sedang hangat dibicarakan sekarang, yang konon pada mulanya mahu jadikan Gemas sebagai 'beef valley' atau lembah lembu.

"Di Negeri Sembilan saja berapa banyak projek kerajaan yang gagal antaranya projek tebu di Ayer Hitam, gagal. Pada Masa (Tan Sri) Isa Samad juga ada projek yang gagal iaitu
ladang babi terbesar di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan tetapi gagal membawa keuntungan bahkan hanya meninggalkan penyakit Japanese Encephalitis (JE) sahaja," katanya.

Justeru Dr Rosli mahu semua warga Felda bersatu dengan apa cara sekalipun menghalang Felda daripada disenaraikan di bursa saham walaupun dijanjikan dengan durian runtuh.

Beliau khuatir, apa yang sedang diusahakan pihak tertentu pada masa ini hanyalah sebagai jalan untuk mengalirkan wang ke dalam poket kroni mereka sahaja.

Sementara itu Razman Zakaria yang berceramah sebelum itu, memberitahu perniagaan di bursa saham mempunyai risiko yang tinggi sehingga boleh menyebabkan tergadai.

"Jangan pelik jika mula-mula penyenaraian harga begitu tinggi tetapi akhirnya Felda bukan lagi menjadi milik rakyat tempatan kerana semua ini dengan ketiadaan pengetahuan dalam permainan saham, harga boleh dipermain sebagai mana berlaku ketika kegawatan ekonomi 1998.

"Saya bagi contoh ada saham sebuah syarikat iaitu Hwa Tai dulu di bursa saham pernah mencecah sehingga RM80 seunit tapi sekarang tak sampai RM2. Jadi itulah realiti permainan saham," katanya.

Razman yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, tugas Felda sepatutnya menjana keseluruhan hasil nilai komoditi daripada 2 juta ekar tanah dan wang itulah sepatutnya menjadi "durian runtuh" untuk peneroka, bukannya dengan bermain saham.

"Tapi RM6 bilion wang tunai yang pernah dimiliki Felda dulu mana pergi?" soalnya.

Beliau menarik perhatian, kalau kerajaan berniaga yang terjadi ialah luputnya aset awam Bank Bumiputera dan MISC Perkapalan.

"Sebab itu, pada saya kalau Felda tidak dipertahankan daripada penyenaraian, boleh tergadai. Akhirnya jadilah seperti dalam filem Ali Baba Bujang lapok. Ibrahim Pendek lempar dadu sambil berkata mari kita tengok siapa yang kena...

"Akhirnya orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena..." sambil disambut gelak ketawa.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6970-orang-akan-kata-lagi-lagi-peneroka-yang-kena

Jasindaily Online

Posted: 12 Dec 2011 09:26 AM PST

Jasindaily Online


MAIM SALAH GUNA WANG ZAKAT : RAKYAT MELAKA BERANG

Posted: 12 Dec 2011 08:22 AM PST

10 TAWARAN NEGARA BERKEBAJIKAN

Posted: 12 Dec 2011 08:20 AM PST

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 12 Dec 2011 09:18 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Pengguna jalan raya terhimpit; jalan pantai ditutup akibat hakisan

Posted: 12 Dec 2011 05:51 AM PST


DUNGUN - Keadaan lalulintas di bandar Dungun kini benar-benar membimbangkan penduduk apabila jalan besar bandar ini yang 'berterusan' dalam pembinaan sejak beberapa tahun lalu.

Kebimbangan mereka bertambah, apabila jalan pantai yang menghubungkan Sura Hujung dengan Kuala Dungun ditutup kepada lalu lintas kerana hampir putus akibat hakisan.

Tinjauan Buletinonline mendapati kawasan pantai Teluk Lipat terus dilalui oleh kenderaan ringan walaupun ia sudah dihalang dan diletakkan tanda amaran.

Namun, oleh kerana jalan besar yang teruk dan berlubang-lubang mereka mengambil risiko melalui jalan pantai, walaupun ombak ganas musim tengkujuh sedang menghakis jalan itu.

Landskap Siasah

Posted: 12 Dec 2011 08:10 AM PST

Landskap Siasah


Kerjasama politik bijak di Mesir

Posted: 11 Dec 2011 10:18 PM PST

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Islam memang dijanjikan akan bangkit semula.

Pada petugas Islam dinasihati jangan ghairah dengan kemenagan sehingga menjadi rongga kecil perencanaan musuh.

Israel pening kepala Ikhwan (Parti Hurriyah wa adalah ) serta parti salafi menang besar Pilihanraya Mesir....pusingan pertama Islam menang...pusingan kedua macam mana?
US dah hantar peninjau dan pelobi untuk desak SPR Mesir buat 'sesuatu'....Parti Hurriyah hanya menang kerana kerjasama erat dengan kaum Kristian dan agama lain...aplikasi tahaluf siasiy yang bijak di Mesir....
Muhammad Nuruddin Bashah


Kemenangan besar Ikhwan menggerunkan Amerika-Israel


"Keputusan ini lebih buruk dari apa yang kita ramalkan," kata Pegawai Kanan Keselamatan Israel seperti yang dipetik dari akhbar harian Yahudi Yedioth Ahronoth.

Beliau merujuk kepada kemenangan besar puak Islam yang didominasi Ikhwan Muslimin dan Salafi dalam Pilihan Raya Umum Mesir pada pusingan pertama.

Kemenangan ini juga amat mengejutkan Amerika Syarikat yang terpaksa menghantar delegasi peninjau untuk bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir. Tindakan ini dibantah sebahagian besar rakyat Mesir, yang dianggap sebagai satu usaha negara polis dunia itu untuk campur tangan dalam PRU Mesir.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengulangi amaran beliau bahawa akan berlaku 'Arab Spring' di Mesir yang ia bakal merebak ke seluruh negara Arab. Lebih buruk lagi bagi Israel kata Netanyahu, ianya akan menjadi 'Iranian Winter' iaitu seperti revolusi Iran tahun 1979, yang memburukkan hubungan Arab-Israel.

Dalam ucapannya kepada Knesset (Parlimen Israel) bulan lepas, Netanyahu berkata, "Pada bulan Februari, apabila berjuta rakyat Mesir berdemontrasi di Kaherah, ada kalangan pemimpin Israel yang berkata, kita akan menghadapi era liberalisasi dan progres."

Kebimbangan Netanyahu itu ditegaskannya kerana beliau tahu bahawa kebanyakan rakyat Mesir tidak menerima kewujudan Israel, dengan perasaan anti-Zionis dan anti-Semitic yang begitu subur di negara Arab itu.

Selama ini pun, Israel dapat hidup dengan selesa, kerana mereka mempunyai hubungan yang akrab dengan bekas diktator Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan rakyat Mesir.

Kebimbangan Israel bukan hanya setakat perkembangan di Mesir sahaja. Mereka terpaksa menganalisis dengan terperinci kebangkitan Islam di Tunisia, Libya dan Maghribi, di mana, satu persata ketua-ketua negara Arab yang lunak dengan mereka tumbang.

Keputusan rasmi PRU peringkat pertama

Ikhwan Muslimin dengan partinya Parti al-huriyyah wal Adalah (PJF) dan pakatan tahalufnya bersama 10 komponen parti-parti lain yang dikenali sebagai tahaful demokrasi, menang bergaya dengan menguasai 80 daripada 166 kerusi yang dipertandingkan.

Sebanyak 36 kerusi diperolehi dari kerusi individu dan 44 kerusi secara berkumpulan. Parti an-Nur Assalafi mendapat kerusi kedua terbanyak selepas PJF dangan memperoleh sebanyak 33 kerusi (6 individu, 27 berkumpulan).

PJF akan membuat kerajaan campuran sekiranya mendapat mejoriti mudah dalam pilihan raya kali ini yang akan dijangka tamat pada awal Januari 2012.

Parti-parti Islam mendapat undi percaya rakyat Mesir pada pilihan raya kali ini berbanding parti yang beraliran liberal dan sekular. Media massa menguatkan propaganda dengan memburuk-burukkan parti-parti pro Islamis kepada golongan Kristian dan masyarakat pertengahan setelah melihat banyak kerusi yang dimenangi pro Islam.

Isu undang-undang Islam, hudud,pelancongan, kebebasan berpakaian, isu kebebasan agama, hubungan luar dan ekonomi cuba diapi-apikan didalam sekmen bincang politik saluran-saluran media. Akan tetapi, semuanya dapat dijelaskan dengan baik oleh wakil-wakil parti seterusnya menyakinkan pengundi untuk terus menyokong mereka membentuk kerajaan.

Yang paling menarik, calon beragama Kristian yang pertama mendapat kerusi di parlimen Mesir adalah dari Parti al-Karamah yang bertahaluf bersama PJF. Calon tersebut menang di kerusi berkumpulan atas tiket Parti al-Huriyyah wal Adalah. PJF juga telah berjaya menempatkan wanita pertama di kerusi parlimen Mesir dan seterusnya menafikan Ikhwan Muslimin mendikriminasikan Kristian dan kaum wanita dalam menguruskan negara. Dewan Rakyat Mesir dijangka akan bersidang pada bulan Mac 2012 nanti.

Pecahan 112 kerusi yang dimenangi secara berkumpulan seperti berikut:

- Parti al-Huriyyah wal Adalah, 44 kerusi
- Parti an-Nur Assalafi, 27 kerusi
- Kerusi berbaki dikongsi oleh 8 parti lain seperti;
o Parti Alwafd
o Parti Almisriyyin Alahrar
o Parti Aladl
o Parti Attajammuk
o Parti Misr alQaumy
o Parti Alhuriyyah
o Parti Almuwaten Almisry
o Parti Misry Alhurrah

56 kerusi Individu seperti berikut:

- Parti al-Huriyyah wal Adalah 36 kerusi
- Parti an-Nur Assalafi 6 kerusi
- Parti Alwafd satu kerusi
- Parti Almisriyyin Alahrar satu kerusi
- Parti Aladl satu kerusi
- Parti Attajammuk satu kerusi
- Parti Misr alQaumy satu kerusi
- Parti Alhuriyyah satu kerusi
- Parti Almuwaten Almisry satu kerusi
- Calon bebas 5 kerusi
- (2 kerusi masih menuggu untuk dipertandingkan semula )

Fakta PRU Mesir peringkat pertama

- Melibatkan 9 buah Negeri dari 27 buah negeri ( Kaherah, Port Said, Dumyat, Bahr Alahmar, Assuit, Kafr Syiekh, Alfoyyoum, Luxor dan Iskandariah )
- Mewakili 13.5 juta pengundi
- Mempetaruhkan sebanyak 166 kerusi parlimen ( 2/3 atau 112 kerusi berkumpulan & 1/3 atau 56 kerusi individu ).
- 2 kerusi daerah pertama di Kaherah dibatalkan dan akan diadakan pilihan raya semula.

PAS Kulaijaya

Posted: 12 Dec 2011 07:32 AM PST

PAS Kulaijaya


Felda dalam proses kehancuran.

Posted: 11 Dec 2011 11:28 PM PST

Sebuka Mata : Aduhai Rais Bin Yatim

Posted: 11 Dec 2011 10:44 PM PST

KEMENANGAN ANTARA IMPIAN DAN REALITI.(Bhg1)

Posted: 11 Dec 2011 10:19 PM PST

Haji, hajah perlu muhasabah diri.

Posted: 11 Dec 2011 06:24 PM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 12 Dec 2011 04:01 AM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


HARI KEBAJIKAN PAS TEMERLOH MERIAH

Posted: 12 Dec 2011 02:58 AM PST






TEMERLOH: Konsep negara berkebajikan berjaya di terjemahkan dan direalisasikan oleh PAS Kawasan Temerloh kelmarin. Pilot projek kebajikan yang dikendalikan oleh Halwa Temerloh bertempat di Kg Pamah Kasih berjaya menarik ratusan penduduk setempat.

Program Kebajikan ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Antara acarana menarik program kebajikan amal ini meliputi jualan amal barang keperluan harian, sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan, pemeriksaan kesihatan, gunting rambut percuma, sumbangan pakaian sekolah, jualan barangan terpakai.

Turut hadir bagi memeriahkan hari kebajikan yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh Hj Md Jusoh Darus, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh En Ahmad Zuber Omar dan Naib Ketua Kawasan YB Syed Hamid Syed Mohammad, yang juga merasmikan hari kebajikan berkenaan.

Program Kebajikan ini turut menerima tetamu kehormat ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat Dr Najihah Solehah bersama rombongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan