CINA ISLAM (林川興) Posted: 10 Dec 2011 01:27 AM PST China Sempurnakan Mekanisme Undang-undang Keselamatan Makanan Posted: 10 Dec 2011 12:50 AM PST 14 Muharram 1433H. [MOD] -
China akan terus berusaha untuk menyempurnakan mekanisme undang-undang keselamatan makanan.
Demikian dinyatakan oleh pegawai-pegawai dari pelbagai badan kerajaan yang berkenaan dalam Forum Kemuncak Perundangan Keselamatan Makanan China 2011 semalam.
Dimaklumkan oleh Naib Menteri Kesihatan China, Chen Xiaohong, penggubalan "rancangan piawaian kebangsaan keselamatan makanan 2011 hingga 2015" akan diselesaikan tidak lama lagi. Dokumen yang berfungsi sebagai panduan ini akan turut dikuatkuasakan sebaik sahaja prosedur pungutan suara umum terhadapnya selesai.
Ketua Pengarah Jabatan Am Suruhanjaya Keselamatan Makanan Dewan Negara China, Zhang Yong pula menyatakan undang-undang yang melibatkan makanan akan terus diubahsuai supaya lebih selaras dengan kehidupan harian dan lebih mudah dilaksanakan.
Naib Ketua Pendakwa Raya Badan Pendakwa Rakyat Tinggi, Zhu Xiaoqing menyatakan bahawa badan-badan pendakwa pelbagai peringkat di seluruh negara akan meningkatkan usaha dalam kerja penyiasatan dan penyelidikan dari segi undang-undang supaya dapat membantu menangani kes jenayah yang berkaitan keselamatan makanan. | Import-Eksport China Naik 23.6%, USD3.3 Trilion Posted: 10 Dec 2011 12:46 AM PST 14 Muharram 1433H. [MOD] -
Menurut statistik terkini dimaklumkan oleh Kastam China pagi tadi, jumlah keseluruhan import dan eksport perdagangan luar China bagi tempoh Januari hingga November lalu telah meningkat 23.6% berbanding masa yang sama tahun lalu, iaitu melebihi USD3.3 trilion.
Antaranya jumlah eksport telah meningkat 21%, dengan melebihi USD1.7 trilion, manakala import meningkat pula 26%, iaitu melebihi USD1.5 trilion. Lebihan dagangan menurun 18%, dengan mencatat USD138,4 bilion.
Jumlah perdagangan dua hala China-Eropah, China-A.S., China-Jepun dan China-ASEAN telah meningkat lebih 16% dalam tempoh 11 bulan awal tahun ini. Selain itu, perdagangan dua hala China dengan beberapa pasaran baru seperti Australia, Brazil, Rusia dan Afrika Selatan juga mencapai peningkatan yang ketara.
CRI/- | Pilihan raya orang Islam setiap hari Posted: 09 Dec 2011 11:52 PM PST 14 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Perjuangan PAS bukan semata-mata menentang Umno BN, tetapi yang lebih utama menentang ajaran sekular yang didukung parti itu.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, akibat memperjuangkan sekular, orang Umno tidak diingatkan mengenai kewajipan melawan hawa nafsu dan menolak pujuk rayu syaitan.
"Perjuangan PAS bukan perjuangan menentang Umno semata-mata tapi yang lebih besar mengajar manusia mengikat hawa nafsu.
"Pilihan raya bukan hanya lima tahun sekali, tapi orang Islam melakukan pilihan raya setiap hari, sepanjang masa.
"Umno tidak pernah didengarkan oleh pemimpin mereka untuk menjauhkan diri dari syaitan," kata beliau sewaktu menyampaikan ucaptama di Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, hari ini.
Tok Guru Nik Aziz juga menegaskan, golongan sekular secara tidak sedar sudah menolak separuh daripada ajaran Islam apabila tidak mengutamakan perjuangan melawan syaitan.
"Mengelak diri daripada pujuk rayu syaitan tidak ada dalam ajaran sekular.
"Syaitan, neraka, tak ada dalam pengajian sekular. Oleh yang demikian pada orang yang sudah menjadi sekular, 50 peratus daripada pengajian Islam sudah hilang.
"Pengajian Islam termasuk perkara ghaib iaitu syurga, neraka, dosa, pahala, padang mahsyar. Semua ini tak ada dalam sekular, jadi tak pernah sebut, bila tak pernah sebut mereka lupa," kata beliau di hadapan kira-kira 1,000 ahli yang hadir.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu juga, untuk memastikan manusia selamat di akhirat kelak, mereka wajib mengikut ajaran Islam yang sebenar, tanpa bercampur dengan ajaran barat yang lain.
"Sekular tak bawa manusia ke syurga. Yang hanya membawa manusia ke syurga ialah Islam.
"Umno atau golongan sekular kalau kita andaikan, seperti bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tapi berhenti di Gua Musang, terliur tengok buah-buahan banyak, maka berhenti di situ sahaja, tak sampai ke Kuala Lumpur.
"Samalah dengan Umno, nak ke syurga tapi tersekat separuh jalan kerana terpedaya dengan segala pembangunan dan kekayaan di dunia," katanya.
Perjuangan PAS adalah jihad
Sementara itu, Tok Guru Nik Aziz mengingatkan ahli agar memanfaatkan sistem pilihan raya yang ada untuk memenangkan PAS agar dapat berjihad menegakkan Islam.
Ini kerana tegasnya, tanpa kuasa amat sukar untuk PAS membanteras segala kemungkaran di muka bumi, khususnya yang dilakukan orang Islam sendiri.
"Tanpa kuasa, kita boleh menyatakan haramnya judi, arak, hiburan melampau batas dan sebagainya, namun ia hanya akan terbatas di mimbar masjid dan helaian kitab sahaja tanpa ditegakkan dalan sistem pemerintahan," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut menyelar istilah jihad yang digunakan Umno dalam perhimpunan agungnya baru-baru ini.
Beliau berkata, iistilah jihad itu berasal daripada Al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.
Justeru, beliau mempersoal jihad yang dimaksudkan Umno sedangkan parti itu terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.
"Jihad ini istilah Al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri?
"Mereka sifatkan jihad untuk mempertahankan orang Melayu. Islam bukan untuk orang Melayu, bukan untuk Arab, bukan untuk Cina tapi untuk manusia," katanya.
Turut bersama, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain.
Ustaz Hadi akan menyampaikan amanat di majlis penutup petang ini.
Harakahdaily/-
| Gerhana bulan penuh malam ini Posted: 09 Dec 2011 11:40 PM PST 14 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 10 Dis: Penduduk di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia sekali lagi dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh malam ini.
Bulan yang beredar dengan had laju relatif 1,800 kilometer sejam akan mula memasuki zon bayang luar bumi pada kira-kira pukul 7.33 malam.
Bayang bumi akan mula menyentuh sisi sebelah kanan bulan tepat pukul 8.46 malam menandakan permulaan fasa gerhana bulan dan masa yang diambil oleh bayang gelap itu untuk menyapu keseluruhan muka bulan hanya 75 minit.
Selepas itu bulan akan mengalami gerhana penuh selama kira-kira 48 minit, kelihatan seperti sebiji bola raksasa berwarna kuning tembaga kerana kesan serakan cahaya dari kawasan bayang luar.
Peringkat pertengahan gerhana penuh itu dihitung berlaku pada pukul 10.32 malam ketika ketiga-tiga jasad samawi iaitu bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan satu garisan dan satu satah.
Ia juga menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh dan jangkamasa bulan melewati kawasan bayang dalam bumi ialah selama tiga jam 22 minit sehingga gerhana berakhir pukul 12.18 pagi.
Fenomena sama kali terakhir berlaku pada bulan Jun tahun lalu namun sedikit berbeza apabila ia dapat dilihat waktu siang berbanding malam pada malam ini.
Solat sunat gerhana bulan di negara ini pula boleh dilakukan sebaik sahaja bayang bumi mula kelihatan di permukaan bulan iaitu kira-kira pukul 8.46 malam.
Harakahdaily/- | Borang bantuan rakyat 1Malaysia diedarkan hari ini Posted: 09 Dec 2011 09:45 PM PST 14 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini, di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah terpilih dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web, http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500. - BERNAMA | Buka bungkusan bom: Pengarah agensi cukai cedera Posted: 09 Dec 2011 07:37 PM PST 14 Muharram 1433H. [MOD] -
ROM 10 Dis. – Pengarah Agensi Cukai Equitalia, Marco Cuccagna mengalami kecederaan di mata dan tangan selepas membuka sebuah bungkusan yang dipercayai mengandungi bahan letupan di sini, semalam.
Kejadian itu berlaku di pejabatnya dan sejurus mendapat bungkusan tersebut, Cuccagna terus membukanya dan ia meletup secara tiba-tiba.
Sehubungan itu, beliau dikejarkan ke hospital dan pihak berkuasa kini sedang menyiasat kejadian tersebut. – AFP | 89 pesakit maut: Polis tahan enam pegawai hospital Posted: 09 Dec 2011 07:33 PM PST 14 Muharram 1433H. [MOD] -
KOLKATA 10 Dis. – Pihak berkuasa India menahan enam pegawai Hospital AMRI atas dakwaan memulakan kebakaran sehingga menyebabkan 89 pesakit maut dalam satu kejadian kebakaran di sini, semalam.
Sebelum ini, petugas-petugas di hospital tersebut dituduh tidak membantu pesakit menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.
Kesemua suspek menyerah diri kepada polis selepas kejadian tersebut. – Agensi | Pasukan keselamatan bunuh 14 lagi penduduk di Syria Posted: 09 Dec 2011 07:24 PM PST 14 Muharram 1433H. [MOD]
NICOSIA 10 Dis. – Sekurang-kurangnya 14 penduduk awam terbunuh dan 23 yang lain cedera apabila pasukan keselamatan Syria melepaskan tembakan di beberapa bandar, semalam.
Menurut Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria, 10 penduduk awam terbunuh di sekitar bandar Homs, dua di Deraa, masing-masing seorang di Hama dan Douma berhampiran Damsyik.
Dua kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun antara yang maut dalam kejadian tersebut. – AFP- | Wakil Rakyat Jangan Mungkir Janji Apabila Terpilih Posted: 09 Dec 2011 06:25 PM PST 14 Muharram 1433H. [MOD] - PAS Miri
Wakil Rakyat Jangan Mungkir Janji Apabila Terpilih "Kesetiaan penduduk luar bandar terhadap BN tidak boleh dipertikaikan dan perlu dibalas dengan perkhidmatan terbaik oleh wakil rakyat, tegas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Penyerahan Tangki Air Ke Seluruh Sarawak di Pusat Pentadbiran Baharu Mukah, baru-baru ini." Petikan dari kenyataan ketua menteri Sarawak dalam akhbar Utusan Borneo. Ketua Menteri Sarawak mengingatkan wakil rakyat BN (Barisan Nasional) yang terpilih agar sentiasa turun padang dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang memilih mereka. Satu peringatan yang cukup baik tetapi sayangnya peringatan tersebut tidak dilaksanakan dengan baik oleh wakil rakyat BN yang terpilih maka sebab itulah Sarawak masih mundur dan jauh ketinggalan. Antara beberapa sebab kemunduran Sarawak adalah seperti berikut. Wakil rakyat yang terpilih jarang sekali mahu turun padang mendengar keluhan dan masalah rakyat. Sebelum dipilih atau semasa musim pilihanraya mereka selalu turun padang menunjuk muka tetapi setelah menang jarang sekali mahu turun padang mendengar masalah rakyat kecuali ada program yang melibatkan majlis kerajaan bersama rakyat. Wakil rakyat yang dipilih lebih suka aktiviti mereka disiarkan dalam media massa kerajaan kononnya merekalah yang perihatin terhadap masalah rakyat. Kalau tiada liputan media mereka jarang mahu turun padang untuk mendengar keluhan rakyat. Wakil rakyat yang dipilih kebanyakannya lebih pentingkan diri sendiri dan parti mereka dari rakyat yang menyokong mereka. Mereka lebih utamakan kepentingan peribadi dari kepentingan rakyat. Sepatutnya wakil rakyat yang terpilih tersebut berjuang mempertahankan hak rakyat bukannya memberi kekayaan hanya kepada keluarga dan kroni-kroni mereka saja.
Jika wakil rakyat yang terpilih tersebut benar-benar jujur,ikhlas dan amanah dalam menjalankan tugas mereka sudah pasti Sarawak sudah lama maju kehadapan kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia. Sarawak yang kaya dengan sumber hasil seperti kayu balak, minyak sawit, petroleum dan sebagainya boleh digunakan sebaik mungkin untuk membangunkan Sarawak tapi sayangnya rakyat Sarawak masih lagi hidup dalam kemiskinan. Kemana perginya hasil sumber asli Sarawak tersebut? Masalah infrastruktur dan kemudahan asas di Sarawak masih jauh ketinggalan dari semananjung Malaysia. Kenapa perkara ini berlaku? Antara sebab perkara ini berlaku adalah ketirisan dalam pengurusan peruntukan yang disalurkan untuk masyarakat luar Bandar dimana masyarakat luar Bandar yang buta huruf dan tidak mendapat maklumat tentang peruntukan tersebut sudah pasti tidak tahu apa yang berlaku dengan peruntukan tersebut digunakan. Sarawak akan maju apabila ditadbir oleh wakil rakyat yang benar-benar jujur,amanah dan tidak melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa mereka terhadap rakyat yang sudah memilih mereka. Wakil rakyat yang terpilih kena ingat siapa mereka sebelum mereka dipilih jadi wakil rakyat atau jadi ketua menteri dan juga jadi menteri, kalau bukan rakyat yang memilih mereka. Janganlah sombong, angkuh dan menyalahgunakan kuasa setelah diangkat jadi pemimpin. Semua ini bersifat sementara saja, jadi gunakan peluang yang ada sekarang untuk berkhidmat untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi. Pemimpin yang jujur,amanah dan ikhlas berjuang untuk rakyat, jasanya akan terus dikenang walaupun mereka sudah tidak ada lagi tetapi peminpin yang zalim dan menyalahgunakan kuasa, rakyat akan menghina dan mencaci mereka semasa dan selepas mereka tidak berkuasa lagi. Jadi fikir-fikirlah bagi mereka yang sudah terpilih jadi wakil rakyat agar dapat memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat sebelum semuanya terlambat dan berakhir dengan kehinaan atau kemulian. Apa yang rakyat mahu adalah wakil rakyat yang dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur, ikhlas, amanah dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. PAS Miri Jofri Jaraiee | MCA turut protes Lynas Posted: 09 Dec 2011 07:05 AM PST (Gambar yang diambil dari video yang disiarkan blog pro Umno, Semaremas) 14 Muharram 1433H. [MOD] -
KUANTAN, 9 Dis: Walaupun kerajaan BN terus menafikan projek Lynas di Kuantan merbahaya kepada kesihatan, namun kerabatnya, MCA turut membantah projek itu.
Dalam satu bantahan yang dibuat terhadap Lynas, jelas Pemuda MCA Indera Mahkota turut menaikkan kain rentang mereka membantah projek itu.
Bantahan itu mendapat kejutan dari blog pro BN Umno dan mengecam tindakan MCA itu.
"Mengejutkan kerana klip video yang dimuatnaik di youtube pada 31hb Oktober 2011 jelas mempaparkan kain rentang MCA Youth Indera Mahkota dalam kempen anti Lynas yang berada dalam kawasan Parlimen Indera Mahkota.
"Sewajarnya sebarang protes sedemikian disalurkan melalui saluran Barisan Nasional dan bukannya menyertai bersama dengan penganjur kempen tersebut yang jelas nyata adalah pihak Pakatan DAP PKR PAS.
"Kalau benda itu betul merbahaya kepada rakyat kita mampu memahami sentimen mereka.
"Namun pakar tempatan dan luar negara mengakui projek Lynas tidak merbahaya. Jadi apakah keperluannya turut serta dalam kempen yang tidak bermanafaat kepada rakyat dan turut menyokong fitnah kosong sahaja? Tindakan itu tidak betul. Sila perbetulkan," tulis blog Jas Salleh, Semaremas.
Harakahdaily/- | Dr M: Shahrizat harus tahu bila nak berundur Posted: 09 Dec 2011 06:51 AM PST 14 Muharram 1433H. [MOD] -
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.
Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.
Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.
"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti". "Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.
"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.
Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing". Malaysiakini/-
Persoalannya bukan sahaja letak jawatan namun yang lebih penting setiap mereka yang terlibat dengan penyelewengan dan rasuah mesti diseret ke muka pengadilan dan dihukum sesuai dengan undang-undang negara yang sedia ada. | |
DPP PADANG TERAP Posted: 09 Dec 2011 09:48 PM PST Dewan Pemuda Pas Malaysia Kesal Hudud Diperlekeh Posted: 09 Dec 2011 05:51 PM PST Ambil tindakan 'buat hudud pun tak jadi apa' - Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pihak berkuasa agama di negara ini digesa segera bertindak terhadap pihak yang bertanggungjawab menerbit dan menyiarkan sebuah drama pendek di Youtube yang secara terang-terangan menghina hukum Allah.
Drama pendek bertajuk 'Lagi Hudud PAS' itu didakwa telah menghina hukum hudud dengan cuba memberi gambaran hudud bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah malah menjadikan masalah lebih teruk.
"DPPM (Dewan Pemuda PAS Malaysia) mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan wajar kepada mereka termasuk ke atas pemilik akaun kawasaki9722 yang menyiarkan filem tersebut.
"Filem ini tidak menguntungkan sesiapa malah mengundang kebencian ramai," kata ketua dewan itu Nasruddin Hassan kepada Harakahdaily.
Mengikut maklumat yang direkodkan, drama dengan tajuk 'Lagi Hudud PAS' itu yang berdurasi 5 minit 34 saat dimuat naik sejak 21 November lalu oleh pemilik akaun bernama kawasaki9722.
Sehingga berita ini ditulis, drama itu telah ditonton oleh 10,123 pengguna dengan catatan 94 dari mereka menekan like dan 4,395 dislike.
Menggunakan lima pelakon Islam dan tiga bukan Islam, dialog drama ini antara lain menyentuh isu HIV tertinggi di Kelantan sambil memperlekeh hudud yang mahu dilaksanakan kerajaan negeri yang dipimpin PAS.
Malah mereka juga mendakwa ibu tunggal di Kelantan paling ramai dan rakyat negeri itu juga paling ramai bekerja di tempat-tempat maksiat.
Dalam dialog itu juga turut menyebut "Buat hudud pun tak jadi apa" lalu disambung seorang lagi dengan berkata "makin teruk ada la".
Sebelum ini negara kecoh dengan kenyataan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Kamal Saidin dan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mempersenda hukum Allah SWT dalam Majlis Wacana Hudud di Wisma MCA baru-baru ini sedang beliau tiada autoriti untuk bercakap mengenai hukum Islam.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ust Fathul Bari selaku Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Umno sebagai salah seorang panel.
Belum pun reda dengan isu itu, umat Islam sekali lagi dicabar dengan penghinaan hukum Allah melalui drama pendek tersebut.
Apa yang dikesalkan kata Nasruddin, kebebasan berkarya digunakan untuk menghina hukum Allah SWT sedang mereka tanpa segan silu menikmati segala macam kemudahan, keselesaan dan nikmat anugerah Allah SWT di atas muka bumi ini.
"Pelaku yang mendalangi penghinaan terancang terhadap hukum Allah SWT sedang berdepan dengan satu tanggungjawab yang sangat berat.
"Saya terlebih dahulu mewakili DPPM mengharapkan dalang dan para pelakon muslimnya bertaubat kepada Allah SWT dan kembali ke pangkalan jalan," katanya. | 3 Ceramah Hangat Sepanjang Disember Di Padang Terap Posted: 09 Dec 2011 09:23 AM PST | Pemuda MCA turut serta perhimpunan bantah Lynas Posted: 09 Dec 2011 08:18 AM PST BANTAHAN rakyat terutamanya penduduk Kuantan Pahang berhubung projek Lynas yang mengancam nyawa langsung tidak dipedulikan. Sebaliknya pelbagai alasan digunakan untuk membolehkan projek itu diteruskan.
Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib berulang kali memberikan alasan supaya rakyat percaya bahawa projek Lynas yang memberikan keuntungan itu tidak berbahaya kepada kesihatan rakyat.
Sedang mereka sibuk cuba meyakinkan rakyat kononnya Lynas tidak berbahaya, rupa-rupanya salah satu parti komponen besar Barisan Nasional, MCA melalui divisyen pemudanya turut sama membantah projek Lynas.
Pemuda MCA Indera Mahkota, Pahang di dalam sebuah rakaman video turut sama menyertai demonstrasi yang dianjurkan oleh ratusan penduduk sebagai bantahan projek Lynas ini.
Mereka dengan tegas menaikkan banner bagi menunjukkan bahawa anak muda MCA turut membantah projek berbahaya itu.
Pemimpin BN yang lain boleh cakap pung pang pung pang konon Lynas tak merbahaya. Tapi pemuda MCA Indera Mahkota ini sedar, bila sisa radioaktif ini tersebar, mereka sendiri yang akan menerima akibat. | Bersara 60 tahun: Apalah nasib bakal guru Posted: 09 Dec 2011 12:41 AM PST Aziz Muda - Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 9 Dis: Kesan buruk dari langkah Kerajaan BN menaikkan umur persaraan kakitangan awam dari 58 kepada 60 tahun mulai dirasai sebahagian rakyat negara ini sekarang.
Antara golongan pertama yang menanggung kesan buruk itu termasuklah mereka yang terbabit dalam sektor pendidikan, terutama bakal-bakal guru.
Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berkata, langkah menaikkan umur persaraan itu pasti akan menyebabkan berlakunya pembekuan kenaikan pangkat di kalangan kakitangan kerajaan dan pengambilan kakitangan baru.
Menurutnya, perkara itu telah pun dibahaskan oleh beliau pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, tetapi telah dinafikan oleh menteri terbabit.
"Kini, ternyata apa yang saya nyatakan itu sememangnya benar dan tidak boleh dinafikan oleh pihak-pihak terbabit. Kesan buruknya antara lain turut melibatkan guru," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Risiko tersebut, menurutnya, lebih dirasai lagi oleh para guru dan bakal guru di negara ini apabila dalam masa yang sama terdapat pula pelbagai masalah dan kerenah yang melanda Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga turut membabitkan sektor pendidikan negara.
Katanya, antaranya yang membabitkan isu penghinaan kepada mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan di fakulti-fakulti pendidikan.
"Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan telah membuat kenyataan yang menghiris hati mahasiswa dengan mengatakan mahasiswa perlu mencari kerja lain berikutan tiada kekosongan jawatan.
"Ia telah membawa kepada perhimpunan aman yang telah dianjurkan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang dihadiri oleh ribuan mahasiswa," tegasnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah.
Kenyataan terbaru daripada Timbalan Menteri Pelajaran berkenaan 5,000 graduan sudah ditemuduga, tambahnya, juga dilihat amat mengelirukan.
"Ini menyebabkan ramai graduan ISMP yang mempertikaikan kenyataan beliau. Mereka bertanya, apa sudah jadi wahai KPM dan Timbalan Menteri? Janganlah buat kenyataan yang bertentangan dengan realiti," katanya.
Dalam masa yang sama, pelbagai pihak turut hairan apabila Kerajaan BN ingin pula membawa 13,000 guru asing untuk mengajar di negara ini.
"Ini menambahserabutkan lagi polisi KPM, apabila kera di hutan disusukan, anak bini di rumah kelaparan dan dihina," tegas beliau seperti yang turut dimuatkan di dalam websitenya www.nasirzakaria.com.
Ketika mereka yang teraniaya sedang bertungkus lumus berusaha mengatasi masalah yang dihadapi, Kementerian Pelajaran turut didesak menyatakan kesahihan dakwaan yang mengatakan berlaku kelewatan penempatan guru sehingga 7 bulan terhadap mereka yang terbabit.
"Ini kerana graduan ISMP seolah-olah dipermainkan dan diperbodohkan oleh KPM. Persoalan yang timbul ialah apakah ia berpunca daripada tiada perjawatan ataupun kerajaan tidak mempunyai dana untuk membayar gaji pegawai pendidikan.
"Apa tidaknya, dari bulan ke bulan menanti hingga sekarang borang online masih belum ada bayangnya. KPM hanya menjawab sila semak laman web KPM dari semasa ke semasa," katanya.
Sebelum ini, jelasnya, sudah pelbagai isu yang muncul yang boleh menimbulkan kegelisahan warga pendidik yang menjadi tonggak pembangunan ilmu warga Malaysia, termasuk isu kuarters guru, isu 9 jam bekerja, isu elaun pengangkutan dan perpindahan yang belum berkesudahan dan wajib diselesaikan segera oleh Kementerian Pelajaran.
"Kepada warga guru yang telah menghabiskan empat tahun di universiti mempelajari ilmu pedagogi, falsafah, sosiologi, psikologi pendidikan, seterusnya dua minggu menjalani Rancangan Orientasi Sekolah dan 14 minggu menjalani praktikum di sekolah, fikir-fikirkan dan buatlah pilihan tepat dalam PRU 13 nanti," katanya.
|
| |
PAS LENGGONG Posted: 09 Dec 2011 07:43 PM PST Azizan pertahan Nik Aziz tanding pilihan raya Posted: 09 Dec 2011 02:06 AM PST Mahathir berhenti bukan PAS suruh, Orang umno pun tak suruh pasa tu bila dia kata nak berhenti semua pakat terpa kedepan. Rafidah kata "why why" kenapa umno jadi macam anjing dok menyalak pula. Cuba anjing-anjing itu menyalak suruh Najib berhenti bagi can pula kepada Muhyidin KUALA LUMPUR, 9 Dis: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyelar pihak tertentu yang cuba mempertikai hasrat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus bertanding pilihan raya.
Katanya, mana-mana pihak luar tidak wajar campur tangan terhadap hasrat Menteri Besar Kelantan itu, sebaliknya menyerahkan kepada rakyat negeri itu untuk membuat pilihan.
"Saya sokong sepenuhnya jika beliau mahu bertanding lagi pada PRU13.
"Kepimpinan beliau masih diperlukan sama ada dalam PAS atau pun di Kelantan. Malah parti sendiri tidak pernah bangkitkan isu itu. Desakan datang daripada pihak luar," katanya dipetik Sinar Harian.
Tambahnya lagi, tiada sebab untuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz berundur ekoran beliau juga masih kuat untuk mentadbir negeri itu.
"Kalau beliau masih mampu tadbir negeri dan rakyat masih sokong beliau untuk jadi Menteri Besar, tiada salahnya untuk beliau bertanding semula pada pilihan raya akan datang.
"Malah jika beliau yakin boleh menang, tiada sebab untuk tidak jadi calon," petik akhbar berbahasa Melayu itu lagi.
Selasa lalu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, berkata, tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
Malah, beliau berikrar akan tetap bertanding pada PRU13 kerana mahu terus berlawan dengan Umno.
Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan pada 1990. Pada PRU 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka, dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar, dengan majoriti 4,249 undi. | Jawapan Tok Guru. Posted: 09 Dec 2011 02:02 AM PST 'Saya lawan Mahathir, nak turut dia macam mana'
KOTA BHARU, 9 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Umno bertindak secara 'songsang' semasa memimpin orang Melayu di negara ini apabila menolak Islam dari dasar parti. ni, katanya menyebabkan Umno gagal memimpin orang Melayu. Beliau yang juga Menteri Besar menegaskan Islam adalah agama yang syumul dan lengkap, justeru hendaklah dijadikan dasar dalam memimpin parti oleh orang Melayu termasuk Umno. "Orang Melayu beragama Islam, dan Islam itu sendiri agama yang syumul dan lengkap, namun tiba-tiba ditolak oleh pemimpin Umno menyebabkan orang Melayu enggan mengikutinya. "Kini Umno melaung Melayu bersat', tetapi bersatu untuk apa, untuk Melayu atau untuk Islam? Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi tadi. Mengulas saranan Mahathir supaya beliau bersara dari politik, Mursyidul Am PAS itu berkata, beliau melawan mantan Presiden Umno itu sejak awal lagi. "Saya melawan daripada awal sampai ke akhir, nak turut dia macam mana oleh kerana saya melawan dia. "Siapa suruh dia berhenti, dan sewaktu dia berhenti dahulu, dia bagi tahu dia tidak boleh memimpin orang Melayu, bahkan tidak berjaya memimpin orang Melayu. "Saya jawab sendiri, saya kata dah mu tarik 'songsang' orang Melayu, sedangkan orang Melayu beragama Islam dan Islam itu pula lengkap. "Islam sempurna, tiba-tiba dia (Mahathir) tolak Islam dari dasar partinya, buat pandai-pandai dia. Mana boleh orang Melayu nak turut dia," ujarnya. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menghadiri Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sempena pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini menasihatkan Tuan Guru Nik Aziz supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut. Tuan Guru Nik Aziz menegaskan hasrat untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti tidak berubah. "Dah orang nak kepada saya, nak buat lagu mana, apa saya boleh buat," jelasnya. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Negeri Dr Mohd Fadhli Hassan ketika mengulas isu itu menegaskan Umno tidak berhak langsung mengulas isu itu. "Bagi kita, apa saja Tok Guru kata, bahkan selagi Tok Guru ada, kita mahukan Tok Guru memimpin kita. "Ini adalah hak ahli PAS, sesungguhnya selagi mana Tok Guru ada, kita nak Tok Guru yang memimpin PAS," tegasnya. Selepas menya,paikan kuliah mingguan pagi tadi, Tuan Guru turut melancarkan risalah Suara PAS Kelantan, Purnama yang diterbitkan Lajnah Penerangan PAS Negeri. | Pengisian borang untuk RM500 Posted: 09 Dec 2011 01:54 AM PST Urusan tersebut sepatutnya dilakukan oleh agensi Kerajaan Persekutuan. Sebaliknya dilaksanakan oleh agensi kerajaan negeri. Ketua kampong memaklumkan ketua isi rumah dikehendaki hadir dan wakil tak diberi borang itu. Ketika itu ambil borang dan ketika itu isi dan diserah ketika itu juga. Mungkin nanti akan dibayar juga di satu masa dengan memanggil para adun-adun. Pemberian RM500 telah menampakkan terlebih sudu dari garpu politik yang umno. | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 09 Dec 2011 07:33 PM PST UMNO Sudah Faham, Tidak Meneruskan Perlaksanaan Semata-mata Kerana Politik - Prof Dr Abd Aziz Bari Posted: 09 Dec 2011 05:01 AM PST DUNGUN - Tindakan kerajaan Umno Terengganu memberikanpelbagai alasan menangguhkan perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah(Hudud dan Qisas) adalah amat mengecewakan. Pakar Perlembagaan, Professor Dr Abdul Aziz Bari berkata,dari segi undang-undang, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas)yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu dan diperkenankanoleh Sultan pada tahun 2002, tidak patut ditangguhkan perlaksanaannya. Soal alasan teknikal, persiapan dan prasarana dalam melaksanakan hukum Allahtersebut menurutnya hanya boleh dilihat apabila dilaksanakan "Sepatutnya dari segi undang-undang, ia sepatutnya tidak ditangguhkan, masalahprasarana itu, saya rasa hanya boleh dilihat kalau dilaksanakan. "ertinya, kalau tidak dicuba, tidak dilaksanakan, macamana kita nak tahu samadaia boleh dijalankan atau tidak,"ujarnya ketika diminta mengulas kenyataankerajaan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri yang bermula pada 5 Disemberdan tamat hari ini. Dr Aziz berkata demikian ketika ditemui Buletinonline, selepas menyampaikanucapan pada Majlis Minum Petang (Hi-Tea) yang dianjurkan oleh NGO Waris, di sini,pada Khamis 8 Disember, Katanya, ia amat mengecewakan kerana kerajaan Terengganu yang diterajui oleh partiyang sama dengan kerajaan pusat, sepatutnya ia perlaksanaan hukum tersebutadalah lebih mudah. "Kalau kerajaan negeri memrlukan bantuan dan kerjasama dengan kerajaan pusatsepatutnya dengan parti yang sama, "itu seharusnya menjadi satu pemangkin, memberi lonjakan ataupun memudahkanperlaksanaannya,"jelasnya. Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu juga menegaskan,beliau tidak nampak ada sebarang masalah bagi kerajaan Terengganu dalammelaksanakan perundangan itu. Beliau juga menzahirkan rasa dukacita kerana menurutnya, Umno sebenarnya sudahfaham tentang kedudukan hukum itu keatas orang Islam namun tidak meneruskanperlaksanaannya semata-mata kerana politik. "Sekarang ni saya tengok sesiapa pun, baik Umno sendiri sudah faham, Cuma sayarasa yang menyedihkan (adalah) mereka melebihkan politik (dari mahumelaksanakan Islam), kalau dah faham, dah setuju, dah terima buat sajalah, "macam di Terengganu, benda sudah disiapkan, Enakmen sudah disiapkan, apa lahyang ditunggu?,"katanya. Turut hadir dalam Majlis Hi-Tea tersebut adalah ADUN Sura, Ustaz Wan HassanMohd Ramli, Setiausaha PAS Kawasan Dungun, Norul Azhar dan Pengerusi Waris,Ustaz Roslan Ismai. | Prof Dr Abdul Aziz Bari Tinggalkan UIAM Posted: 08 Dec 2011 07:50 PM PST DUNGUN - Konflik membabitkan pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dengan majikannya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berakhir apabila beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan universiti berkenaan. Abdul Aziz berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau kini berasa tidak lagi sesuai untuk terus berkhidmat di universiti itu. Menurutnya, beliau telah cuba untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli akademik yang prihatin dengan masalah masyarakat, apabila melontarkan beberapa pandangan terhadap isu yang kritikal, namun pesekitaran di universiti berkenaan menyebabkan niatnya itu dianggap sesuatu yang ganjil, sekali gus gagal untuk menjadi seorang ahli akademik ideal. "Saya terpaksa tinggalkan UIAM kerana dalam keadaan sekarang, saya tak nampak ada ruang sesuai untuk saya terus berkhidmat di universiti itu mahupun di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama pertubuhan bukan kerajaan, Waris Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia di Mayang Sari Resort di sini, petang semalam. Ketika ditanya apakah beliau akan menyertai politik selepas meninggalkan UIAM, Abdul Aziz yang juga seorang kolumnis Sinar Harian berkata, beliau lebih suka memilih bidang akademik sebagai kerjaya dan buat masa ini, tidak berhasrat untuk menyertai parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang. | |
PAS Kawasan Miri Posted: 09 Dec 2011 07:29 PM PST Wakil Rakyat Jangan Lupa Diri Bila Sudah Terpilih Posted: 09 Dec 2011 06:27 PM PST Wakil Rakyat Jangan Mungkir Janji Apabila Terpilih "Kesetiaan penduduk luar bandar terhadap BN tidak boleh dipertikaikan dan perlu dibalas dengan perkhidmatan terbaik oleh wakil rakyat, tegas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Penyerahan Tangki Air Ke Seluruh Sarawak di Pusat Pentadbiran Baharu Mukah, baru-baru ini." Petikan dari kenyataan ketua menteri Sarawak dalam akhbar Utusan Borneo.
Ketua Menteri Sarawak mengingatkan wakil rakyat BN (Barisan Nasional) yang terpilih agar sentiasa turun padang dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang memilih mereka. Satu peringatan yang cukup baik tetapi sayangnya peringatan tersebut tidak dilaksanakan dengan baik oleh wakil rakyat BN yang terpilih maka sebab itulah Sarawak masih mundur dan jauh ketinggalan.
Antara beberapa sebab kemunduran Sarawak adalah seperti berikut. Wakil rakyat yang terpilih jarang sekali mahu turun padang mendengar keluhan dan masalah rakyat. Sebelum dipilih atau semasa musim pilihanraya mereka selalu turun padang menunjuk muka tetapi setelah menang jarang sekali mahu turun padang mendengar masalah rakyat kecuali ada program yang melibatkan majlis kerajaan bersama rakyat.
Wakil rakyat yang dipilih lebih suka aktiviti mereka disiarkan dalam media massa kerajaan kononnya merekalah yang perihatin terhadap masalah rakyat. Kalau tiada liputan media mereka jarang mahu turun padang untuk mendengar keluhan rakyat.
Wakil rakyat yang dipilih kebanyakannya lebih pentingkan diri sendiri dan parti mereka dari rakyat yang menyokong mereka. Mereka lebih utamakan kepentingan peribadi dari kepentingan rakyat. Sepatutnya wakil rakyat yang terpilih tersebut berjuang mempertahankan hak rakyat bukannya memberi kekayaan hanya kepada keluarga dan kroni-kroni mereka saja. Jika wakil rakyat yang terpilih tersebut benar-benar jujur,ikhlas dan amanah dalam menjalankan tugas mereka sudah pasti Sarawak sudah lama maju kehadapan kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia.
Sarawak yang kaya dengan sumber hasil seperti kayu balak, minyak sawit, petroleum dan sebagainya boleh digunakan sebaik mungkin untuk membangunkan Sarawak tapi sayangnya rakyat Sarawak masih lagi hidup dalam kemiskinan. Kemana perginya hasil sumber asli Sarawak tersebut?
Masalah infrastruktur dan kemudahan asas di Sarawak masih jauh ketinggalan dari semananjung Malaysia. Kenapa perkara ini berlaku? Antara sebab perkara ini berlaku adalah ketirisan dalam pengurusan peruntukan yang disalurkan untuk masyarakat luar Bandar dimana masyarakat luar Bandar yang buta huruf dan tidak mendapat maklumat tentang peruntukan tersebut sudah pasti tidak tahu apa yang berlaku dengan peruntukan tersebut digunakan.
Sarawak akan maju apabila ditadbir oleh wakil rakyat yang benar-benar jujur,amanah dan tidak melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa mereka terhadap rakyat yang sudah memilih mereka.
Wakil rakyat yang terpilih kena ingat siapa mereka sebelum mereka dipilih jadi wakil rakyat atau jadi ketua menteri dan juga jadi menteri, kalau bukan rakyat yang memilih mereka. Janganlah sombong, angkuh dan menyalahgunakan kuasa setelah diangkat jadi pemimpin. Semua ini bersifat sementara saja, jadi gunakan peluang yang ada sekarang untuk berkhidmat untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi.
Pemimpin yang jujur,amanah dan ikhlas berjuang untuk rakyat, jasanya akan terus dikenang walaupun mereka sudah tidak ada lagi tetapi peminpin yang zalim dan menyalahgunakan kuasa, rakyat akan menghina dan mencaci mereka semasa dan selepas mereka tidak berkuasa lagi.
Jadi fikir-fikirlah bagi mereka yang sudah terpilih jadi wakil rakyat agar dapat memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat sebelum semuanya terlambat dan berakhir dengan kehinaan atau kemulian.
Apa yang rakyat mahu adalah wakil rakyat yang dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur, ikhlas, amanah dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
PAS Miri Jofri Jaraiee
English version The Elected Representative Do Not Default Promise When Selected "Loyalty of the rural residents for the BN cannot be disputed and should be rewarded with the best service by elected representatives, stressed Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. He said this when launching the Water Tank delivery to all of Sarawak in Mukah New Administrative Centre, recently. "Excerpt from the statement of the chief minister of Sarawak in Borneo Post daily.
Chief Minister reminded the elected representatives BN (Barisan Nasional) that selected should always go to the ground and provide the best service to the people who choose them. A good reminder, but unfortunately these warnings are not implemented well by the chosen representatives of BN so that is why Sarawak is still backwards and lagging behind.
Among the several reasons Sarawak backwardness are as follows. Selected representatives seldom want to go to the ground to hear complaints and problems of the people. Before the election or during the election season, they always go to the ground to show their face, but after winning seldom want to go to the ground listening to the people unless there is a program involving the government with the people.
Elected representatives who prefer their activities published in the government's media so-called they are concerned the problem of people. If there is no media coverage, they seldom want to go to the ground to hear the complaints of the people.
The elected representatives are mostly more concerned with themselves and their party from the people who support them. They are more concerned with personal interests from the people. Selected representative should be fought for the rights of the people not just to enrich his family and their cronies only.
If the selected representatives really honest, sincere and trustworthy in discharging their duties Sarawak would have been a long way forward compared to other states in Malaysia. Sarawak is rich in sources of revenue such as timber, palm oil, petroleum, etc. can be used wisely to develop Sarawak but unfortunately the people of Sarawak still live in poverty. Where goes the outcome of the natural resources of Sarawak?
Problems of infrastructure and basic facilities in Sarawak are still far behind from Peninsular Malaysia. Why is this happening? One of the reasons this happens is a leakage in the management of provisions channelled to the rural communities where rural people are illiterate and do not get information about these provisions certainly do not know what happened with the provisions were being used.
Sarawak will be developed when administered by representatives of the people who really honest, trustworthy and does not make corruption and abuse their power against the people who have chosen them.
The selected representatives must remember who they are before they are chosen to be representative of the people or become a chief minister and also became a minister, if not the people who choose them. Do not be arrogant, imperious and misuse of power after appointed as a leader. All this is only temporary, so use the opportunity now to serve the people, not for personal gain.
Leaders who are honest, trustworthy and sincere in fighting for the people, their services will always be remembered although they were no longer around, but the leader unjust and misuse of power, people will insult and battered them during and after they are no longer in charge. So think, think for those that have been selected to be representative of the people to be able to provide the best service for the people before they are too late and ended with humiliation or dignity. What people want is a representative of the people who can carry out their duties with integrity, sincerity, honesty and fairness, regardless of race, religion and political belief. | |
DUN CHINI Posted: 09 Dec 2011 07:13 PM PST |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 09 Dec 2011 03:44 PM PST CHE DET HALAU TOKEY LEMBU Posted: 09 Dec 2011 03:17 PM PST Che Det menggesa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur daripada politik berhubung kontroversi projek NFC, yang dikaitkan dengan keluarganya, jika ia perlu bagi membantu partinya. Bekas perdana menteri berkata, dia perlu meninggalkan sebelum "dihalau" keluar oleh partinya. "Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa. "Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri," kata beliau ketika ditanya sama ada menteri bertaraf senator itu wajar berundur ekoran isu berkenaan. | BERTENANG... TIADA KIAMAT 2012 : PAKAR Posted: 08 Dec 2011 06:03 PM PST Jika anda bimbang bahawa dunia ini akan berakhir penghujung tahun depan berdasarkan kalendar kaum Maya — bertenang kerana tarikhnya masih jauh daripada ramalan. Itu penegasan pakar-pakar Maya yang mengetepikan sebarang kepercayaan bahawa kaum Maya purbakala telah meramalkan dunia akan kiamat dengan malapetaka buruk pada Disember 2012. Perkara itu juga telah digambarkan menerusi filem "2012" mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dua tahun lalu. Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012. Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Ia mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar. Pada tanggal 21 Disember 2012 bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi. Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet. Kalendar itu menyebut bahawa detik itu akan membawa kembali Bolon Yokte, dewa Maya yang dikaitkan dengan perang dan penciptaan. ... pakar segala pakar, Nabi Muhammad pun tak tau bila tarikh berlakunya kiamat.... | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 09 Dec 2011 03:09 PM PST SYABAS ROZALI NAK CABAR NOH OMAR Posted: 09 Dec 2011 02:58 AM PST Lagi cerita pasal Rozali IsmailSemalam kami belasah Tan Sri Rozali Ismail yang tidak ikhlas dalam hasrat untuk menyumbang kepada UMNO tetapi dia ada tujuan lain untuk jadi MB Selangor. Masaalah dia bukan merupakan "winnable candidate" untuk menawan Selangor dengan masaalh yang dibawa oleh Syabas.Hari ini, terdedah pula dia bersama Tan Sri Yusof Nor bersekongkol dengan Ketua Pengarah Felda, Dato Dzulkifli Wahab yang engkar dengan arahan Perdana Menteri, Dato Ser Mohd Najib Tun Abd Razak untuk mengosongkan kerusi Pengerusi Koperasi Felda untuk diberi laluan kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.Dari mengikut rancangan PM, Dato Dzulkifli telah sebaliknya mengugurkan empat orang ahli Lembaga KPF, Tan sri Isa Samad, Tan Sri Yusof Nor, Dato Bakke Salleh dan Dato Sabri ISmail.Dia juga turut menghasut peneroka-peneroka untuk membatalkan penyenaraian Felda Global Venture yang dirancang PM untuk manafaat semua peneroka-peneroka. Ada pihak seperti MyKMU yang menyeru kedua-dua pihak supaya hentikan pertembungan yang tidak sihat ini dan mencari jalan perdamaian. Diakui Tan Sri Isa Samad pun ada tersilap 'gurau". Namun tindakan Yusof Nor dan Rozali untuk bersama sekongkol dengan 'penderhaka' tidak membantu dan tidak sepatutnya.Bagi Rozali, ini bukan kali pertama dia memberi masaalah kepada Felda. Usahanya menubuhkan BAPAK telah kmi sebut semalam. Ia hanya untuk kelihatan bersama PM semasa pelancaran dan akhirnya melonggokkan masaalah balik kepada Felda.Dia juga pernah mahu mengagalkan usaha KPF dengan cuba menubuhkan Koperasi generasi Kedua Felda yang tidak perlu ditubuhkan.Apa ni Rozali, betul tak kami kata kamu mugkin dah dapat nakkan tariff dari kerajaan Selangor. Semalam akhbar melaporkan kamu tarik balik saman terhadap Kerajaan Selangor. Apa yang dipersetujuinya? | TAK MAHU BERSARA, JUMPA SENGSARA Posted: 09 Dec 2011 01:39 AM PST Tengku Muhammad Fakhry Petra Tengku Ismail memfailkan saman RM150 juta terhadap Ketua Polis Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan tiga yang lain kerana mendakwa telah ditahan secara salah.Tengku Fakhry menamakan Ismail, ASP Norazman Ismail, bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan.Beliau memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melalui firma undang-undang AS Dhaliwal and Co.Bercakap kepada pemberita kemudian, Tengku Fakhry berkata beliau mengambil tindakan itu bukan bermotifkan wang tetapi demi keadilan."Saya rasa ini adalah kali pertama seorang anggota keluarga diraja telah menamakan ketua polis negerinya sendiri sebagai defendan," katanya.Peguam AS Dhaliwal dan Harpal Singh turut hadir semasa saman difailkan.Pada 4 Mei tahun lalu, Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Ismail Petra, raja perempuan serta Tengku Fakhry telah dihalang oleh Unit Tindakan Khas, kira-kira 50 meter dari pintu pagar istana semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang Kota Baru pada jam 7.30 malam.Mereka mahu menghantar Tuanku Ismail kembali ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk rawatan susulan tetapi telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.Tengku Fakhry juga ditahan selama kira-kira empat jam manakala Tengku Anis mendakwa terpaksa tidur di atas lantai di HUSM untuk mengelak ditangkap polis. -mk | PENGERUSI UMNO IKTIRAF PENTADBIRAN PAS DI KEDAH ! ALHAMDULILLAH ! Posted: 09 Dec 2011 01:24 AM PST PM yakin Langkawi sebaris pulau ternama duniaLANGKAWI 8 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi bagi meletakkan nama pulau legenda itu sebaris dengan pulau-pulau terkemuka dunia seperti Seychelles, Mauritius, Bali, Hawaii dan Maldives.Sejajar dengan pelan terperinci yang membabitkan pelaksanaan program pembangunan Langkawi bagi tempoh 2011-2015 itu, Perdana Menteri berkata, Langkawi perlu melaksanakan penjenamaan yang kuat dalam tempoh terdekat terutama dalam memperkenalkan alam semula jadinya yang hebat.Menurut beliau, pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi dijangka menggandakan pendapatan sektor pelancongan kepada RM3.8 bilion melalui kehadiran tiga juta pelancong pada 2015 di samping mewujudkan 4,200 peluang pekerjaan.Perdana Menteri berkata, sebanyak RM5 bilion pelaburan diperlukan dalam tempoh pelaksanaan rangka pembangunan itu dengan 52 peratus pelaburan akan dijana oleh sektor swasta.Kerajaan memperuntukan RM420 juta bagi menjayakan pembangunan sebagaimana yang disenaraikan dalam pelan itu dan peruntukan itu telah diumumkan dalam Bajet 2012.Najib juga berharap Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) menangani segera ancaman hakisan di Pantai Cenang kerana ia merupakan lokasi tarikan pelancong.Katanya, pantai itu akan diberi wajah baru dengan pembangunan semula secara holistik dengan pembangunan zon komersil dan menjadikannya pantai bagi kegiatan riadah keluarga serta pelancong.Beliau turut mengumumkan pelantikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Khalid Ramli, 62, sebagai Pengurus Besar Lada yang baru. Pelantikan itu berkuat kuasa bulan ini. - Bernama | AKHIRNYA DAH BOLEH CALIT ! Posted: 07 Dec 2011 11:42 PM PST Majlis Fatwa Kebangsaan Bersetuju Dakwat Kekal Boleh Di Gunakan Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 KUALA LUMPUR, 8 Dis - Majlis Fatwa Kebangsaan telah berpendapat dakwat kekal yang pernah diuji dan diluluskan bagi pilihan raya umum 2008 boleh digunakan ketika pilihan raya umum ke-13 jika kandungan bahannya masih sama. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (foto) berkata, selagi dakwat itu menggunakan bahan sama seperti pernah diuji, ia boleh digunakan kerana kandungannya mematuhi syarak dan tidak menimbulkan sebarang kemudaratan atau masalah kepada umat Islam melakukan ibadat. Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum kali ini kini hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan dari segi kandungan dalam bahan tersebut kelak. Wan Ahmad berkata, seiring dengan keputusan jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang memutuskan untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya ia tidak bertentangan dengan Islam. "Bagaimanapun, jika jenis dakwat yang akan digunakan nanti (PRU-13) berbeza dengan dakwat yang sudah diputus dan diuji sebelum ini (PRU-12), maka ia perlu dianalisis terlebih dulu Jabatan Kimia sebelum diserah kepada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Majlis Fatwa bagi diputuskan sama ada ia boleh digunakan atau tidak kerana dikhuatiri mengandungi bahan terlarang," kata Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.[Keputusan penggunaan dakwat kekal diputuskan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen minggu lalu. Dakwat kekal yang dicadangkan untuk digunakan ketika pilihan raya umum ke-12 telah diuji dan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 2007 mendapati dakwat itu tidak mengandungi bahan najis diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta tidak menghalang air sampai ke kulit apabila digunakan. Uji kaji dijalankan Jabatan Kimia Malaysia juga mendapati dakwat kekal itu yang mengandungi alkohol etanol juga tidak menimbul masalah ibadat bagi orang Islam. Bagaimanapun, dakwat itu dilupuskan menerusi proses pembakaran pada November 2009 berikutan faktor keselamatan dan perundangan. Difahamkan kerajaan mengimort dakwat hitam bernilai hampir RM2.4 juta dari India. Negara berkenaan menggunakan dakwat kekal sejak 1951 dan memperoleh bekalan dari Mysore Paints dan Varnishes Ltd (MPVL), milik kerajaan negeri Karnataka sejak 1959. Penggunaan dakwat itu dikatakan cukup berkesan bagi mengelak pengundian berganda. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memberi kelulusan untuk digunakan tetapi penggunaannya telah dibatalkan beberapa hari sebelum hari pengundian]. | |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 09 Dec 2011 01:49 PM PST Brahim Ali Kata Dakwat Kekal Kurangkan Jumlah Pegundi Posted: 09 Dec 2011 11:41 AM PST Ya benar! Dengan dakwat kekal akan mengurangkan bilangan pengundi, iaitu pengundi hantu. Padan muka! Pengundi Pasir Mas akan mengajar katak ni secukup cukupnya pada PRU 13 nanti. SPR minta jelas dakwat kekal PRU 13 dikatakan tidak sah ketika solat PASIR MAS- Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat penjelasan mengenai penggunaan dakwat ketika mengundi, kerana ia mungkin akan mengurangkn bilangan pengundi dalam PRU 13 kelak. Masih ramai rakyat yang tidak tahu mengenai penggunaanya kerana dikatakan tidak sah digunakan ketika solat. - SH Kelantan | Khas Buat Ibrahim Ali - Hukum Pakai Indelible Ink Dalam PRU Posted: 09 Dec 2011 11:37 AM PST Ibrahim Ali baru-baru ini membantah penggunaan dakwat kekal dalam proses mengundi di negara kita atas alasan bahawa takut nanti dia tak sah ambil wuduk. Nampaknya dia tak tahu bahawa majlis fatwa kebangsaan telah mengeluarkan fatwa membenarkannya pada tahun 2007. Mungkin juga dia tak tahu dan ramai yang tak tahu bahawa negara kita ada porta khas untuk menyampaikan koleksi-koleksi fatwa yang telah dikeluarkan oleh mereka. Anda boleh lihat portal tersebut di sini. Suruhanjaya Pilihanraya juga tak perlulah nak tinggu majlis fatwa bersidang sekali lagi untuk memberikan fatwa terbaru samada boleh atau tidak boleh menggunakan dakwat tersebut. Melainkan jika mereka mahu mendesak majlis fatwa mengeluarkan fatwa baru tidak membenarkannya agar mudah mereka berpusing keputusan untuk membatalkannya pada PRU13 nanti. Anda boleh membaca keputusan majlis fatwa tentang perkara indelible ink tersebut di sini | |
Pemuda Pas Cawangan Ketengah jaya Posted: 09 Dec 2011 01:04 PM PST Mengapa Tidak Terus Minum Daripada Kendinya? Posted: 09 Dec 2011 09:46 AM PST Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu. Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?
Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.
Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?
Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.
Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : " Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato'illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain"
Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan " Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?"
Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma'sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,
Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?
Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.
Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?
Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai .
Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.
Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah.
Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.
Pak Kiyai terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?
Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.
Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.
Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?
Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.
Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?
Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai.
Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?
Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.
Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara' dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.
Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketikamana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?
Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : " Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat". Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata " Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?" al-Imam al-Syafiee menjawab : " Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan"
Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara'nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?
Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya. Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa " Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya" Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : " Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?"
Maka kata al-Imam Malik : " Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya"
Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.
Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya . http://nazrulnasir.blogspot.com/2011/01/mengapa-tidak-terus-minum-daripada.html | |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 09 Dec 2011 10:32 AM PST Kisah Sebenar! 16 September… yang ramai tak tahu Posted: 09 Dec 2011 07:43 AM PST reformis1998Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2009 menyaksikan kekalahan BN yang paling teruk dalam sejarah Malaysia. Lima negeri dan 1 Wilayah Persekutuan tumbang di tangan Pakatan Rakyat. Akibat kekalahan yang memalukan, Abdullah Badawi meletak jawatan dan diambilalih oleh Najib Razak.
Najib segera merangka strategi jahat untuk mengembalikan keyakinan penyokong BN yang terjejas teruk akibat kekalahan yang memalukan mereka. Dalam mesyuarat sulit Najib bersama unit pakar strategi dan think tank beliau pada April 2008, Najib membuat perancangan jahat dengan 'apa cara sekalipun' merampas semula negeri-negeri yang telah tumbang. Dan mereka menumpukan strategi mereka untuk Perak dan Selangor.
Tetapi sudah pasti Anwar Ibrahim dapat mengetahui perancangan mereka melalui maklumat risikan oleh SB Polis dan MIO Tentera. Bagaimana SB dan MIO boleh beri maklumat kepada Anwar Ibrahim…? Sebenarnya, itulah hakikat yang berlaku sekarang.
Malah mesyuarat Kabinet, mesyuarat MKT Umno, maklumat risikan lain juga dengan senang Anwar boleh perolehi…. Sebab apa…? Sebab lebih separuh ahli UMNO, menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai risikan adalah orang Anwar Ibrahim!
Najib merancang… Anwar juga mengatur strategi berdasarkan maklumat yang diberi. Pada 23 April 2008, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa sudah cukup Ahli-Ahli Parlimen dari BN untuk menyertai Pakatan Rakyat, dan tarikhnya adalah 16 September 2008, iaitu Hari Penubuhan Persekutuan Malaysia.
Dalam aturan tindakannya itu, Anwar Ibrahim menggunakan segala peruntukan perlembagaan dan tidak satupun tindakan beliau yang melanggar perlembagaan dalam usaha strategi beliau untuk membentuk kerajaan baru. Termasuklah tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Badawi di Parlimen, dan juga memohon untuk mendapatkan persetujuan dari YDP Agong.
SEBAB UTAMA ANWAR IBRAHIM RANCANG 16 SEPTEMBER
Tujuan dan matlamat utama perancangan '16 September' adalah untuk mengalih perhatian Najib dan rejimnya daripada merampas Selangor yang merupakan aset yang tidak ternilai di Negara ini.
("Anda mesti mencari cara yang bijak untuk mengalihkan perhatian musuh anda semasa anda membuat langkah strategik" - Buku The Art Of War – Shun Zu)
Dengan pengumuman '16 September', maka kelam kabut lah pimpinan Najib, sehinggakan pada 8 September 2008 beliau terpaksa melarikan 49 ahli Parlimen ke Taiwan bagi tujuan kononnya "lawatan sambil belajar". Padahal ketakutan yang amat sangat, apabila ramai ahli parlimen BN yang berbisik kepada Anwar, " Please.. count..me..in ".
Tetapi itu BUKAN matlamat utama Anwar iaitu menarik ahli-ahli parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat. Matlamat utama Anwar Ibrahim adalah untuk menyelamatkan Selangor dari dirampas oleh Najib.
Dalam tempoh Najib dan konco-konconya kelam kabut menyelamatkan ahli-ahli parlimen mereka, masa pun berlalu… selama hampir setahun.
Anwar Ibrahim berjaya merancang strategi untuk mengurustadbir kerajaan Selangor dengan lebih stabil dan menyediakan benteng yang kukuh dari serangan Najib dan konco-konconya.
Bayangkan jika Anwar Ibrahim tidak mengumumkan '16 September'. Najib dan rejimnya akan mempunyai banyak masa untuk memikirkan strategi untuk merampas Selangor.
Selepas isu '16 September' berakhir, pada Februari 2009 Najib dan rejimnya berjaya merampas kuasa kerajaan negeri Perak dengan rakusnya mengheret Speaker DUN dan mengunci beliau semasa ucapan perasmian sidang DUN oleh Raja Muda Perak. Tetapi, Selangor tidak semudah itu untuk dirampas, kerana bilangan majoriti Pakatan Rakyat di DUN Selangor adalah jauh lebih banyak dari Perak.
Akibat ketidakpuasan hati Najib dan rejimnya, mereka masih mencuba untuk hancurkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dengan memperkudakan SPRM sehingga kita menyaksikan kematian Teoh Beng Hock atas sebab dakwaan pembelian bendera Malaysia yang bernilai RM2 ribu sahaja.
Jika Teoh Beng Hock mengaku "kesalahan" tersebut, adakah akan ada tangkapan secara besar-besaran ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor, dan menumbangkan Kerajaan Selangor ???
konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu, kerana isu azan. Dan kemudian, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim didakwa penyelenggaraan kereta sendiri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor.
Isu kecil sebegini pun mereka gunakan sehingga menyebabkan kematian, tangkapan ISA dan dakwaan terhadap Menteri Besar.
Apa-apa pun Najib gagal ke atas Selangor…, dan sebab utama adalah Anwar Ibrahim berjaya memperkukuhkan kerajaan Selangor dengan senjata '16 September'.
Sebab itulah sehingga sekarang ini Najib dan BN masih berterusan membangkitkan isu '16 September' yang kononnya "gagal", sedangkan yang sebenarnya Najib dan BN telah kalah di dalam perancangan mereka dan tidak puashati akibat diperangkap oleh Anwar Ibrahim di negeri Selangor... | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 09 Dec 2011 09:52 AM PST Beginilah nasib guru Melayu ketika ini. Posted: 08 Dec 2011 06:03 PM PST Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua atau TESL) sudah 8 bulan menganggur. Dalam pada masa yang sama kerajaan Malaysia akan membawa masuk 300 guru dari Amerika Syarikat untuk mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Menang sorak, kampung tergadai ! MELAKA 6 Mei 2011 : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan membawa masuk kira-kira 300 penutur jati Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat bagi membimbing para pelajar tempatan dalam mata pelajaran bahasa itu mulai tahun depan. Graduan TESL masih menunggu Berita Harian 9 Dis 2011 SAYA ingin meminta pihak yang berkenaan supaya membuka mata dan mengambil berat mengenai masalah menimpa kami, graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua). Sudah enam tahun kami menghabiskan masa dan kudrat kami di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti demi mendapatkan segulung ijazah. Alhamdulillah, pada pertengahan 2011, kami berjaya menamatkan pengajian kami dan mendapat segulung ijazah yang kami idam-idamkan. Kami ditawarkan biasiswa Kementerian Pelajaran untuk mengambil ijazah TESL dalam program berkembar antara pihak IPG dan universiti. Malangnya, selepas menunggu lebih kurang lapan bulan, kami masih belum mengetahui status mengenai penempatan kami. Kami cuba untuk mengajukan soalan mengenai penempatan kami kepada Kementerian Pelajaran, tetapi setiap kali kami menghantar e-mel kepada kementerian, jawapan yang diberikan cukup mudah, "Tiada sebarang tarikh ditetapkan". Beberapa hari lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mengeluarkan kenyataan meminta supaya 5,000 pelajar ISMP daripada IPTA supaya tidak menyangka mereka dianaktirikan kementerian. Sekiranya mereka yang mengambil ijazah di IPTA berasa mereka dianaktirikan, bagaimana pula dengan kami? Kami ditemuduga oleh kementerian dan kemudian diberi biasiswa untuk mengambil ijazah dalam bidang pendidikan. Bukannya kursus yang kami ambil ini baru diperkenalkan, tetapi sudah bertahun-tahun diperkenalkan. Kami berharap Kementerian Pelajaran dapat mengambil langkah yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah kami. GURU TESL, Cohort 4. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GraduanTESLmasihmenunggu/Article | CERAMAH UMUM Posted: 08 Dec 2011 06:03 PM PST Tarikh : 12 Dis 2011, Isnin Masa : 9 mlm Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban Penceramah : Nik Amar Nik Abdullah, Abdullah Sani, Zulkefly Mohamad Hj Omar | Kampus UITM di Rembau? Posted: 08 Dec 2011 06:02 PM PST Masih kah kita ingat pengumuman pembinaan Kampus Universiti Teknologi Mara (UITM) Rembau pada tahun 2008? Projek kereta laju KL - Gemas bermula Kosmo 31 Jan 2008 SEREMBAN - Pembinaan landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Gemas yang kini sudah pun bermula dengan dijangka siap dalam masa empat tahun lagi. Projek itu yang dijalankan oleh Indian Railways Company (IRC), dijangka menjadi pendorong kepada pembangunan pesat di Seremban, Rembau, Tampin, Gemencheh dan Gemas. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal. Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemudahan seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. BELIAU JUGA MENGUMUMKAN PEMBINAAN SEBUAH LAGI KAMPUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) REMBAU selepas kampus di Kuala Pilah di mana ia dibuat secara inisiatif pembiayaan swasta (PFI). http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm | Tutup tingkap waktu makan Posted: 08 Dec 2011 06:02 PM PST Tutup tingkap waktu makan Harian Metro 9 Dis 2011 JEMPOL: Penduduk di sekitar sebuah ladang di Rompin, dekat sini, mendakwa terpaksa menghidu bau busuk dan hanyir daripada longgokan sampah-sarap yang tidak terurus di tapak pelupusan sampah di ladang itu, sejak setahun lalu. Lebih menyedihkan apabila keadaan itu dikatakan turut menyebabkan mereka perlu menutup pintu dan tingkap ketika makan kerana tidak tahan bau busuk berkenaan. Penduduk, K Ponisan, 53, mendakwa masalah sampah sarap tidak terurus itu sudah diajukan kepada pihak berkaitan, namun tiada tindakan tegas diambil. "Keadaan itu bertambah teruk apabila hujan lebat kerana air sampah yang mengandungi sisa toksik mengalir ke sungai di kampung berdekatan, sekali gus membunuh hidupan air. "Rumah kami terletak agak jauh dan terpaksa melalui kawasan ladang itu untuk keluar. Kami berasa tidak selesa menghidu bau busuk setiap kali menggunakan laluan terbabit," katanya di sini, semalam. Menurutnya, pihak pengurusan sebelum ini menimbus sampah yang sudah penuh, namun ia tidak diselenggara dengan baik hingga mendatangkan masalah kepada penduduk sejak setahun lalu. "Tempat pelupusan sampah itu sebelum ini terurus dengan baik, namun ia sudah tidak diselenggara dan kami sudah tidak tahan menghidu bau busuk pada setiap hari. "Justeru, saya berharap pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah itu demi keselesaan penduduk," katanya. Bagi pengguna jalan raya, V Kesavan, 56, keadaan air sampah dari tapak pelupusan yang mengalir masuk ke tali air akan mencemarkan air sungai. "Bayangkan air sungai boleh bertukar jadi warna hitam, inikan pula kami setiap hari terpaksa menghidu bau busuk yang akan mengundang bahaya kepada kesihatan. "Simpatilah pada kami yang sentiasa menggunakan laluan itu dan sampah berkenaan perlu ditimbus bagi mengelak terus mengundang pelbagai masalah," katanya. Seorang lagi penduduk, G Ravi Chandran, 43, berkata, keadaan tidak akan menjadi masalah sekiranya kawasan berkenaan diurus dengan baik. "Masalah tidak akan berlaku sekiranya pihak bertanggungjawab dapat menguruskan tapak pelupusan berkenaan seperti sebelum ini. "Perkara itu perlu segera diatasi demi kebaikan dan keselesaan semua penduduk di sekitar kawasan ini," katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tutuptingkapwaktumakan/Article/index_html | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 09 Dec 2011 08:29 AM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan