Jumaat, 9 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 09 Dec 2011 01:52 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


6 aktivis SMM ditahan di Speakers Corner UiTM

Posted: 09 Dec 2011 01:00 AM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 9 Dis: Enam aktivis mahasiswa ditahan polis bantuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam malam tadi ketika mereka sedang mengadakan sesi penerangan di Speakers Corner di kampus itu.

Program yang pada mulanya aman tiba-tiba bertukar kecoh apabila berlaku provokasi melampau oleh mahasiswa pro-aspirasi sehingga memaksa polis bantuan kampus itu campur tangan dan menahan keenam-enam aktivis mahasiswa itu.

Kesemua yang ditahan adalah dua dari UiTM, dua dari Universiti Malaya (UM) dan dua orang lagi masing-masing dari Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Razab yang juga salah seorang yang ditahan berkata, kesemua mereka ditahan kira-kira jam 9.30 malam dan dibawa ke pejabat polis bantuan di UiTM Shah Alam.

Katanya, alasan penahanan mereka adalah kerana masuk ke kampus itu tanpa kebenaran, manakala dua pelajar UiTM itu pula ditahan kerana menyertai Speaker Corner yang tidak mendapat kelulusan pihak universiti.

"Bagi saya tindakan UiTM keterlaluan dan sangat terkebelakang berbanding kampus-kampus lain.

"UiTM juga tidak seiring dengan keterbukaan kerajaan yang mahu memberi kebebasan kepada mahasiswa," katanya.

Menurutnya lagi, kesemua yang ditahan kemudian dibebaskan kira-kira sejam kemudian selepas melalui soal siasat biasa.

Mereka juga diberi amaran agar tidak meneruskan program itu dan diiring keluar dari kampus tersebut sejurus selesai soal siasat tersebut.

HARAKAHDAILY/-

Guan Eng dan 2 timbalannya naik Scorpene hari ini

Posted: 09 Dec 2011 12:45 AM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Hanya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - akan dibenar menaiki kapal selam Scorpene hari ini.

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1Mereka telah dipelawa oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi untuk menyaksikan sendiri bahawa KD Tun Razak mampu menyelam.

Pembantu Lim - Lim Kim Fei dan pengawal peribadinya, Azmi Kechik - tidak dibenar mengiringi ketiga-tiga mereka.

Lim (kiri) dan dua timbalannya akan tiba di Lapangan Terbang Langkawi pada jam 1.30 tengahari dan pada jam 2 petang, sebuah helikopter akan menerbangkan mereka ke lokasinya.

Delegasi Lim dijangka kembali di Hotel Awana Porto Malai pada jam 4 petang.

military malaysia navy french built submarine scorpene classMereka kemudiannya akan menghadiri demonstrasi maritim dan
lawatan ke pameran statik kapal perang.

Sementara itu, wartawan yang membuat liputan, dibawa dalam perjalanan selama lima jam, ke sebuah kapal di perairan Kuala Perlis untuk menyaksikannya.

MALAYSIAKINI/-

Gerhana Bulan Penuh Sabtu ini – 10 Disember 2011

Posted: 09 Dec 2011 12:45 AM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas.

Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

HARIAN METRO/-

Mati jatuh pokok petai

Posted: 09 Dec 2011 12:40 AM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

ANGKAT...anggota polis mengangkat mangsa untuk dibedah siasat di Hospital Baling. Gambar kecil, Othman, maut

BALING: Tindakan seorang warga emas mencari petai untuk dijadikan ulam berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati dipercayai terjatuh dari pokok berkenaan, petang kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4 petang ketika mangsa, Othman Ismail, 68, memanjat pokok petai setinggi 10 meter itu di Kampung Sungai Batu, di sini.

Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penduduk bersama beberapa ikat petai berhampiran pokok berkenaan.

Anak mangsa, Faridah Othman, 43, berkata, arwah menetap bersama dua adik lelakinya, Abd Razak, 40, dan Md Radzi, 29, di Kampung Banggol Wan Matt A, di sini, dikatakan keluar rumah kira-kira jam 3.30 petang.

Menurutnya, mereka tidak membenarkan mangsa keluar jauh dari rumah kerana dia tidak begitu sihat tetapi mereka tidak menyedari arwah berjalan sejauh kira-kira satu kilometer ke kampung berhampiran untuk memetik petai.

"Memang kami terkejut apabila dimaklumkan penduduk kampung berkenaan bahawa mereka menemui arwah terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah pokok petai bersama beberapa ikat petai di sebelahnya," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, beberapa penduduk setempat terjumpa arwah terbaring di bawah pokok petai semasa mereka membersihkan kawasan berkenaan.

"Mereka mendapati arwah sudah meninggal dunia dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Baling untuk tindakan lanjut," katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Banggol Wan Matt, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, mangsa ditemui penduduk di bawah pokok petai kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Menurutnya, siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Harian Metro

Kereta dibedil pesawat Israel

Posted: 09 Dec 2011 12:30 AM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

DUA orang terbunuh apabila sebuah kereta terbakar akibat serangan udara Israel dipercayai dilakukan sebuah pesawat tanpa juruterbang di Bandar Gaza semalam.

GAZA, Palestin - Satu serangan udara Israel ke atas sebuah kereta di sebatang jalan yang sesak semalam menyebabkan sekurang-kurangnya dua pejuang Hamas terbunuh dan dua lagi cedera, kata tentera Israel dan beberapa pegawai perubatan tempatan.

Stesen radio Hamas mengenal pasti mangsa yang terkorban sebagai dua beradik yang menganggotai sayap bersenjata Hamas iaitu Essam Al-Batsh dan Sobhi Al-Batsh.

Beberapa pegawai Palestin menyatakan, serangan itu dipercayai dilakukan sebuah pesawat tanpa juruterbang.

Beratus-ratus penduduk Palestin mengerumuni kereta berkenaan yang diserang awal tengah hari semalam di sini.

Sementara itu, di ibu negara Israel, Tel Aviv, seorang jurucakap tentera rejim Zionis mengesahkan satu serangan udara telah dilancarkan.

Jurucakap berkenaan memberitahu, kedua-dua lelaki yang terbunuh telah merancang untuk menyerang penduduk awam dan askar Israel di kawasan sempadan Israel dengan Semenanjung Sinai, Mesir.

Hamas, sebuah kumpulan Islam yang menentang Israel memerintah Semenanjung Gaza sejak 2007. - Agensi

36 kereta RM29.55 juta dilelong

Posted: 09 Dec 2011 12:25 AM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

BEBERAPA pelancong kelmarin melihat sejumlah kereta vintaj yang dipamerkan untuk dilelong di Dewan Hortikultur Diraja di London. - AFP

LONDON - Sebanyak 36 buah kereta bernilai £6 juta pound (RM29.55 juta) dilelong di Dewan Hortikultur Diraja di London kelmarin.

Antara kereta yang dilelong itu termasuk sebuah Aston Martin yang dimiliki oleh bekas anggota kumpulan The Beetles, George Harrison. - AFP

DAP cadang 6 langkah banteras rasuah

Posted: 09 Dec 2011 12:00 AM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Dis: DAP mencadangkan kerajaan melaksanakan enam perkara untuk membersihkan nama negara dari kancah rasuah yang berpanjangan termasuk mengharamkan semua parti politik terlibat dengan perniagaan.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mencadangkan enam pendekatan itu sempena dengan sambutan hari Anti-Rasuah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disambut 9 Disember hari ini.

Enam langkah ini perlu dibuat bagi menghentikan kebimbangan Transparency International yang sangat bimbang dengan integriti pihak polis serta dapat membersihkan malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Prestasi Malaysia telah merosot dalam laporan terkini Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International 2011, di mana negara telah jatuh 4 anak lagi ke tangga 60 berbanding dengan tangga ke-56 daripada 178 negara tahun lepas.

CPI 2011 Malaysia telah menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3 tahun ini dan tangga ke-60, berbanding tangga ke-37 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2033.

Malah Timbalan Presiden TI Malaysia Mohammad Ali telah menyatakan bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana "elemen-elemen kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi berleluasa.

Bagi Lim Guan Eng (gambar kanan) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu, dakwaan yang berat daripada TI ini menjelaskan sedikit sebanyak serangan Umno yang penuh fitnah, kebencian dan maki hamun terhadap DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Tidak pula ada kritikan mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah mendedahkan jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion.

Tidak pula disebut tentang skandal lembu dan kondo, di mana RM250 juta yang sepatutnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk pembelian kondo mewah, dan bagaimana duit itu boleh diberi dua tahun sebelum perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak, katanya.

Yang lebih teruknya, kata beliau, kaji selidik TI ke atas 1,000 orang responden juga mendapati bahawa pihak polis dan parti-parti politik dilihat sebagai institusi-institusi yang paling korup dalam negara.

Juga dilaporkan bahawa kebanyakan warga Malaysia percaya tahap rasuah tidak akan berubah dalam masa tiga tahun akan datang.

"Oleh itu, DAP mencadangkan 6 langkah-langkah integriti untuk menambahbaikkan kedudukan anti-rasuah kita dengan menghentikan politik wang dan membanteras rasuah dalam polis," katanya.

6 cadangan

Pertama, parti-parti politik harus diharamkan daripada melibatkan diri dalam perniagaan, yang lazimnya membawa kepada konflik kepentingan.

Bagaimana politik boleh bercampur dengan perniagaan, apabila politik itu bertujuan untuk menjaga kepentingan awam manakala tujuan perniagaan adalah untuk keuntungan peribadi?

"Contoh parti politik yang telah menjadi kaya melalui perniagaan boleh dilihat dalam kes MCA yang sekarang berupaya untuk memberi wang kepada ahli-ahlinya setiap tahun," kata beliau.

Kedua, pengharaman percampuran politik dengan perniagaan harus diikuti dengan kewujudan sistem tender terbuka untuk menghentikan kapitalisme kroni.

Sistem tender terbuka akan memastikan kontrak yang tidak adil di mana Penjana Elektrik Bebas (IPP) dan syarikat-syarikat pengendali tol tidak akan mendapat keuntungan luarbiasa sebanyak berpuluhan ribu bilion ringgit sementara 27 juta rakyat dibebankan.

Kerugian RM5 bilion dalam skandal Perwaja, skandal Port Klang Free Trade Zone dan skandal saham bumiputra RM52 bilion kesemuanya berjumlah lebih daripada USD 100 bilion, iaitu jangkaan kerugian rakyat Malaysia akibat daripada penyelewengan dan rasuah.

Ketiga, hak untuk maklumat tidak sulit hendaklah dilindungi di bawah Akta Maklumat Bebas untuk memastikan ketelusan.

Keempat, semua penjawat awam yang memegang amanah awam hendaklah membuat pengisytiharan aset mereka.

Kelima, 125 cadangan oleh Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM 2005 hendaklah dilaksanakan tanpa apa-apa syarat, terutama sekali penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
IPCMC ini bertujuan untuk mengurangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa polis.
Kegagalan untuk menubuhkan IPCMC hanya menunjukkan ketidak sanggupan Kerajaan BN untuk menangani persepsi negatif awam tentang polis, tambah beliau.

Terakhir, kata beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah dihukum untuk kegagalannya untuk bertindak atau menuntut tindakan daripada pihak berkuasa ke atas rasuah pilihan raya, terutama sekali kegagalannya untuk mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengenakan had perbelanjaan pilihan raya sebanyak RM200,000 untuk kawasan parlimen dan RM100,000 untuk kawasan dewan undangan negeri.

Pelanggaran peraturan ini berlaku secara terang-terangan sampai SPR sendiri telah mengaku bahawa RM110 juta telah dibelanjakan untuk poster pilihan raya sahaja dalam Pilihan Raya Umum 2004, kata beliau.

Dengan 219 kawasan parlimen dan 445 kawasan DUN yang ditandingi dalam PRU 2004, had perbelanjaan pilihan raya sepatutnya RM88.3 juta, katanya.

Adalah amat jelas bahawa hanya BN sahaja yang dapat membelanjakan sebanyak RM110 juta untuk poster pilihan raya dalam PRU tersebut. Meskipun demikian, tiada sebarang tindakan yang telah diambil oleh SPR, tambah Lim Guan Eng lagi.

"6 langkah-langkah integriti ini boleh memulakan proses pembersihan Malaysia daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

"Langkah-langkah asas seperti menghukum mereka yang mengamalkan rasuah, mengurangkan peluang rasuah, melaksanakan sistem integriti kebangsaan melalui undang-undang dan institusi-institusi yang sesuai adalah antara langkah-langkah yang dapat mengembalikan kuasa kepada rakyat," tegasnya.

HARAKAHDAILY/-

Hospital Melaka kurang ubat

Posted: 08 Dec 2011 11:30 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

MELAKA – Jarang kedengaran tetapi ia benar-benar berlaku apabila Hospital Melaka (HM) menghadapi masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan bagi keperluan pesakit sejak September lalu.

Akibatnya, pengurusan HM terpaksa menggunakan ubat alternatif selain terpaksa mendapatkan ubat dari Hospital Muar di Johor, hospital di Negeri Sembilan dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk memenuhi keperluan harian.

Bagaimanapun media tidak dimaklumkan mengenai jenis-jenis ubat yang mengalami kekurangan bekalan tersebut atas alasan maklumat adalah sulit.

Namun difahamkan ubat-ubatan yang kurang itu kebanyakannya bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi.

Kosmo

Pensyarah akui tanpa Utusan Umno sudah tiada

Posted: 08 Dec 2011 11:20 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 9 Dis: Seorang pensyarah Sains Politik UKM mengakui tanpa media seperti Utusan Malaysia dan saluran televisyen milik kerajaan, Umno sudah lama kehilangan kuasa.

Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berasal dari Tanah Merah yang dilihat lebih cenderong berhujah menyokong Umno dan kerajaan pusat mengakui kuasa dimiliki Umno sekarang kerana ada bantuan media arus perdana.

Katanya, hujah yang dilontar seorang penonton tadi sememangnya benar dan tidak dapat dinafikan lagi.

"Tanpa Utusan, RTM dan media lain lagi Umno sudah lama tiada," katanya ketika menjawab soalan seorang penonton pada Wacana Perdana siri ke-8 anjuran kerajaan negeri di Balai Islam malam tadi.

Panelis lain Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari UM.

Manakala Datuk Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff bertindak sebagai moderator. Kehangatan dirasakan sepanjang wacana tersebut berlangsung.

HAERAKAHDAILY/-

Lelaki bakar diri dekat istana Presiden

Posted: 08 Dec 2011 11:12 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Seorang lelaki berada dalam keadaan kritikal dengan 95 peratus badannya melecur selepas dia dikatakan membakar dirinya sendiri, menurut polis, semalam.

Media tempatan melaporkan, lelaki berusia 40-an, menuang petrol ke badannya dan membakar dirinya, tidak jauh dari Istana Negeri sebelum berlari ke arah papan iklan yang memaparkan gambar Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Jurucakap polis, Baharudin Djafar mengesahkan kejadian itu. Katanya, siasatan sedang dijalankan.

"Dia membakar dirinya dan anggota polis menyelamatkannya. Keadaannya kritikal dengan 95 peratus badannya melecur," katanya.

"Kami akan menyiasat identitinya. Kami tidak tahu kenapa dia berbuat demikian dan kami tiada saksi," tambahnya lagi.

Seorang doktor berkata, lelaki itu menjerit kata-kata antikerajaan, tetapi Baharudin menolak spekulasi yang mengatakan lelaki itu memprotes kerajaan dan Presiden.

"Buat masa ini kami tidak jumpa kaitannya," katanya.

Penasihat Presiden, Daniel Sparingga berkata, Susilo telah diberitahu mengenai kejadian itu dan telah 'melahirkan rasa simpati dan bimbang'.

"Buat masa sekarang, fokus kami adalah menyelamatkan nyawanya. Setiap yang bernyawa itu adalah rahmat dari Tuhan."

"Kami kesal dengan perbuatan itu dan harap ia tidak berulang," katanya.

Tunjuk perasaan adalah perkara biasa di Indonesia tetapi perbuatan mengorban diri sendiri adalah perkara baru dalam negara demokrasi ketiga terbesar dunia, dengan 240 orang penduduk.

Populariti Presiden Susilo semakin jatuh walaupun pertumbuhan ekonomi kukuh, berikutan masalah rasuah dan ketidakcekapan yang semakin berleluasa di negara itu. - AFP

PAS: Rampas kondo NFC, kereta dan tanah

Posted: 08 Dec 2011 11:00 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Persekutuan digesa merampas aset termasuk kondominium, kereta mewah dan tanah di Putrajaya yang "tiada kaitan" dengan perniagaan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

NONENaib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, tindakan tersebut sekurang-kurangnya boleh membantu kerajaan "mendapat semula sebahagian wang yang telah diluluskan tetapi telah digunakan untuk tujuan yang tidak bersangkutan".

"Dalam keadaan seperti ini, kerajaan seharusnya bertindak cepat untuk menyelamatkan semaksimum mungkin jumlah wang yang telah diluluskan itu.

"RM250 juta wang rakyat ternyata sebahagiannya telah digunakan di luar skop pemberian/pinjaman ini diluluskan... Ia dengan itu, juga adalah satu pecah amanah," katanya dalam satu kenyataan.

Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan, turut menggesa aset yang diletakkan atas nama persendirian atau syarikat persendirian oleh NFC juga harus segera diarahkan untuk diserahkan kepada kerajaan.

Husam turut menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwanya berdiam diri "seakan menunjukkan skandal sebesar ini tidak menjadi keutamaan kepada beliau".

Bahkan tegasnya laporan ketua audit negara dan pendedahan ekoran dari itu sepatutnya sudah cukup untuk Najib bertindak terhadap semua pihak terlibat.

MALAYSIAKINI/-

Guru jadi tikus puteh kerajaan BN

Posted: 08 Dec 2011 10:40 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) ingin menyatakan rasa simpati yang amat mendalam terhadap situasi terkini yang dihadapi oleh para guru dan bakal guru di negara ini.

Pelbagai masalah dan kerenah melanda Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menular menjangkiti sektor pendidikan negara kita.

DPPNK menuntut Kerajaan menyelesaikan dengan segera beberapa kemelut yang berlaku.

Pertama. Isu penghinaan kepada mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Pendidikan dan di fakulti-fakulti pendidikan.

Menteri Pelajaran dilaporkan telah membuat kenyataan yang menghiris hati mahasiswa dengan mengatakan mahasiswa perlu mencari kerja lain berikutan tiada kekosongan jawatan. Ia telah membawa kepada perhimpunan aman yang telah dianjurkan di Universiti Perguruan Sultan Idris yang dihadiri oleh ribuan mahasiswa.

Kedua. Kementerian perlu menyatakan kesahihan dakwaan yang mengatakan berlaku kelewatan penempatan sehingga 7 bulan. Graduan ISMP seolah-olah dipermainkan dan diperbodohkan oleh KPM.

Persoalan yang timbul ialah apakah ia berpunca daripada tiada perjawatan ataupun kerajaan tidak mempunyai dana untuk membayar gaji pegawai pendidikan.

Apa tidaknya, dari bulan ke bulan menanti hingga sekarang borang online masih belum ada bayangnya. KPM hanya menjawab sila semak laman web KPM dari semasa ke semasa.

Ketiga. Menteri Kewangan membuat pengumuman umur persaraan dinaikkan daripada 58 ke 60 tahun lewat bajet 2012. Apakah kesan pertama dirasai oleh sektor pendidikan? Berlakunya pembekuan kenaikan pangkat dan pengambilan kakitangan baru seperti yang dibahaskan oleh saya yang dinafikan oleh menteri rupanya terjawab. Ia tetap melibatkan guru.

Keempat. Pengumuman dan kenyataan bersimpang siur KPM juga mengecewakan graduan. Termasuklah maklumat yang mengatakan graduan tidak perlu lagi mengisi borang. Tunggu sahaja dan mereka akan terus dipanggil temuduga. Termasuk juga persoalan pihak manakah yang sebenarnya menguruskan penempatan guru. KPM atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang menguruskan penempatan guru.

Kelima. Polisi KPM membingungkan. Bagi pengambilan 2007, berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia pengambilan dua kali mahasiswa untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Tanpa perlu mengikut proses biasa; tidak perlu mengisi borang UPU, tanpa ujian kelayakan guru dan ujian sakhsiah. Hanya dengan borang yang disediakan KPM mereka terus bergelar mahasiswa dengan alasan unjuran KPM kekurangan guru untuk 2011. 80 000 dilaporkan memohon, 5000 dipilih. Akhirnya mereka diminta mencari kerja lain!

Keenam. Kenyataan terbaru berkenaan 5000 graduan sudah ditemuduga juga dilihat amat mengelirukan. Bangunnya ramai graduan ISMP yang mempertikaikan kenyataan beliau. Apa sudah jadi wahai KPM dan Timbalan Menteri. Janganlah buat kenyataan yang bertentangan dengan realiti.

Ketujuh. Kenyataan kerajaan yang ingin membawa 13 000 guru asing juga menambahserabutkan lagi polisi KPM. Kera di hutan disusukan, anak bini di rumah kelaparan dan dihina.

Kelapan. KPM wajar menstrukturkan semula kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau tutup sahaja fakulti dan Universiti Pendidikan sekirannya ia tidak perlu. Janganlah struktur itu akan menambahkan lagi kadar pengangguran warga Malaysia yang sudah dianggarkan 400 000.

Pemegang ISMP adalah amat sukar diterima oleh mana-mana majikan apabila tertera pendidikan. Majikan menolak kerana biasanya pemegang ijazah ini biasanya akan berhenti apabila dipanggil untuk bertugas di sekolah.

Cukuplah dengan pelbagai isu yang boleh menimbulkan kegelisahan warga pendidik yang menjadi tonggak pembangunan ilmu warga Malaysia. Isu kuarters guru, isu 9 jam bekerja dan isu elaun pengangkutan dan perpindahan yang belum kesudahan.

Justeru itu DPPNK berpandangan, Kementerian wajib menyelesaikan segera isu ini. Kepada warga guru yang menghabiskan empat tahun di universiti mempelajari ilmu pedagogi, falsafah, sosiologi, psikologi pendidikan. Seterusnya dua minggu menjalani Rancangan Orientasi Sekolah dan 14 minggu menjalani praktikum di sekolah. Fikir-fikirkan dan buat pilihan tepat dalam PRU 13.

Penulis adalah anggota Parlimen Padang Terap yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah.

Rebut keistimewaan Jumaat

Posted: 08 Dec 2011 10:30 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

SETIAP minggu kita bertemu hari Jumaat. Hari yang sepatutnya dinanti-nantikan setiap umat Islam agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Hari Jumaat melambangkan keutuhan dan kesepaduan umat Islam. Seluruh umat berhimpun di rumah Allah bagi meraih keredaan dan kerahmatan-Nya.

Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar 'Saiyyidul ayyam' terpahat dalam banyak hadis Rasulullah. Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat". (Hadis riwayat Muslim) Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya." (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah menyatakan bahawa antara waktu yang mustajab doa adalah ketika imam duduk di antara dua khutbah. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat." (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) Setiap individu Muslim dianjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.

Amalan membaca surah al-Kahfi menyelamatkan daripada fitnah Dajal. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada fitnah Dajal." (Hadis riwayat Ahmad) Kita dikehendaki bersegera menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu,

jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al-Jumu'ah ayat 9) Namun, selepas selesai solat Jumaat, umat Islam digalakkan untuk meneruskan aktiviti dan urusan mereka kembali. Firman Allah yang bermaksud: "Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)." (Surah al-Jumu'ah ayat 10) Begitulah keindahan Islam yang diatur dengan sebaik-baiknya mengikut aturan Allah.

Perkara itu dapat difahami menerusi maksud sabda Rasulullah: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim) Walaupun besar ganjaran yang dihamparkan Allah kepada kita pada hari Jumaat, ramai masih alpa beberapa perkara. Terdapat individu Muslim yang sanggup meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan.

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Barang siapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik." (Hadis riwayat Baihaqi) Namun, bagi mereka yang hadir solat Jumaat, pastikan anda menjaga tertib, antaranya berbual ketika khatib membaca khutbah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Jika kamu berkata-kata kepada teman kamu (dengan perkataan) 'diam' sementara imam sedang berkhutbah, maka kamu melakukan laghw (perkara sia-sia)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Mendengar khutbah Jumaat dengan teliti serta mengambil peringatan daripadanya ialah sesuatu yang dituntut. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-A'raf, ayat 204) Hal berkenaan bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya ini adalah umat kamu, umat yang satu. Dan Aku (Allah) adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku (Allah)." (Surah al-Mu'minun ayat 52)

Harian Metro

Hadiah najis: Wasatiah ala Umno?

Posted: 08 Dec 2011 10:00 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Umno Pulau Pinang mengenepikan adab dan tatasusila orang Melayu Islam apabila bertindak menghadiahkan empat replika najis manusia sempena ulang tahun ke-51 kelahiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Tindakan jijik dan tak senonoh itu dilakukan sekumpulan lelaki yang dipercayai dari Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, sebuah NGO Umno yang diketuai oleh Mohamed Ghani Abd Jiman.

Mereka hadir ke bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), George Town tengah hari semalam dengan membawa empat bungkusan yang dihias seperti kek.

Bungkusan tersebut adalah replika najis manusia yang ditempah khas untuk dihadiahkan kepada Lim Guan Eng.

Ianya bagaimanapun diserahkan kepada kakitangan kerajaan yang bertugas di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Mengulas tindakan itu, AJK PAS Pusat Idris Ahmad menyifatkan ianya sebagai menghina dan memalukan Islam.

"Ajaran mana yang mengajar sikap begini?

"Adakah ini yang dikatakan Islam wasatiah," soalnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, tindakan Umno sejak akhir-akhir ini bukan sahaja menjatuhkan maruah Islam malah telah menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam yang harmoni dan mulia.

Tindakan itu juga katanya telah memperlihatkan sikap sebenar Umno yang selama ini hanya berbohong dengan laungan transformasi parti itu.

Tindakan serupa pernah dilakukan kumpulan sama yang juga diketuai Mohamed Ghani pada Julali lalu apabila membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada ketua menteri Pulau Pinang itu.

HARAKAHDAILY/-

Ber'SMS' ketika khutbah Jumaat

Posted: 08 Dec 2011 08:30 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD]

Kebiasaanya di setengah2 masjid sebelum khutbah jumaat, selalu dipeingatkan supaya jangan berkata2 ketika khatib sedang berkhutbah berdasarkan hadis Rasulullah SAW kalau tak silap saya yang di riwayatkan oleh abu hurairah ra, kerana sia2 lah pahala jumaatnya.

Bagaimana pula dengan orang yang ber"SMS" ketika khatib sedang berkhutbah? Mintak penjelasan dari sheikh2 ahkam ttg perkara ini.

Wassalam

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih akhi Desaputra. Insyaallah, kami akan cuba menjawab sekadar kemampuan yang ada.

Benar kata akhi Desaputra, memang kita selalu diingatkan (bukan semasa khutbah Jumaat) melalui sebuah Hadith :

عن أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " إذا قلت لصاحبك والإمام يخطب يوم الجمعة أنصت فقد لغوت " . رواه البخاري ( 892 ) ومسلم ( 851 ) .

"yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a), bahawa Nabi saw bersabda : Jika anda berkata kata kepada teman anda [dengan perkataan] "dengar!" sementara Imam sedang membaca Khutbah, anda telah laghw" - Riwayat al-Bukhari #892, Muslim #851.

Hadith ini mengingatkan kita bahawa melalaikan diri semasa khutbah bahkan menegur orang yang lalai (berkata-kata) didalam khutbah pun tidak dibenarkan semasa Imam sedang membaca khutbah. Begitulah adab yang diajar oleh Nabi saw kepada umatnya semasa menghadirkan diri mendengar khutbah Jumaat. Mendengar dengan khusyuk khutbah Jumaat ini adalah dituntut! Para jemaah diseru agar mendengar dengan baik ucapan/khutbah Imam dan mengambil tauladan didalamnya. Cuba kita lihat hadith yang selanjutnya yang lebih keras dari ucapan menegur orang daripada bercakap.

عن أبي الدرداء قال : جلس النبي صلى الله عليه وسلم على المنبر وخطب الناس وتلا آية وإلى جنبي أُبيّ بن كعب فقلت له : يا أُبيّ متى أنزلت هذه الآية ؟ فأبى أن يكلمني ثم سألته فأبى أن يكلمني حتى نزل رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال لي أبيٌّ : مالك من جمعتك إلا ما لغوت ، فلما انصرف رسول الله صلى الله عليه وسلم جئته فأخبرته فقال " صدق أُبيّ إذا سمعت إمامك يتكلم فأنصت حتى يفرغ " . رواه ابن ماجه ( 1111 ) ، وأحمد ( 20780 ) .

"Dari Abu Darda' berkata :"Nabi saw duduk diatas mimbar dan berkhutbah kepada manusia dan membacakan satu ayat. Ubai ibnu Ka'ab yang duduk disebelahku dan aku bertanya :'Ya Ubai, Bila diturunkan ayat tersebut? Beliau ENGGAN menjawab soalanku. Aku bertanyakan mengenai ayat tersebut lagi sekali dan dia tidak melayanku, dan aku bertanya lagi sekali kepadanya dan dia masih enggan bercakap denganku sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar. Kemudian Ubai berkata kepadaku ,'Apa yang anda dapat pada hari Jumaat ialah melainkan LAGHW (cakap yang sia-sia)'. Setelah perginya Nabi saw, Aku pergi kepada beliau dan memberitahu apa yang berlaku, dan sabda beliau :'Ubai telah berkata Benar, Jika kamu mendengar Imam berkhutbah, maka dengarlah akan ia sehingga ia selesai" (Riwayat Ibn Majah #1111, Ahmad #20780. Dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Busayri dan Sheikh Al-Albani didalam Tamaam Al-Minnah, ms 338)."

Bertanyakan mengenai AYAT pada hari Jumaat pun MEMBATALKAN PAHALA Jumaat, bagaimana pula mereka-mereka yang bercakap-cakap pasal hal dunia, perniagaan, berSMS dan sebagainya semasa Imam sedang berkhutbah?? Sudah tentu kita tahu jawapannya. Cuba kita renungkan baik-baik.

Malahan terdapat situasi dimana sekalipun kita tidak memahami apa yang disampai oleh Khatib (contohnya khatib membaca didalam bahasa asing eg: Arab, Urdu dsb), kita disuruh agar memberikan sahaja tumpuan kepada khatib yang membaca. Dibawah ini kami petik soalan yang dijawab oleh Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr[2].

------------------------------------
Soalan:

Saya buat masa ini menetap di Afrika. Maka saya tidak tahu bertutur didalam bahasa mereka disana. Semasa khutbah Jumaat, saya tidak mendapat apa-apa daripadanya. Apakah yang harus saya lakukan ketika khutbah? Bolehkan saya membaca Al-Quran dan berzikir kepada Tuhan atau pun adakah perlu saya duduk mendengar kepada sesuatu yang tidak saya fahami?

Jawab Sheikh Abdul Al-Karim Al-Khudayr :

الحمد لله إن استمعت ولو لم تفهم فأنت على خير إن شاء الله ، ورخص بعض أهل العلم للذي لا يفهم لغة الخطبة أن يتشاغل بالذكر أو القراءة شريطة أن لا يشوّش على غيره ممّن يستمع الخطبة ، والذي أميل إليه أنه عليه الاستماع ولو لم يفهم .

Alhamdulillah. Jika anda mendengarnya, walaupun anda tidak memahami apa-apapun, anda telah melakukan sesuatu yang baik, Insyaallah. Ada juga beberapa ulama' yang memberi keizinan kepada sesiapa yang tidak memahami bahasa khutbah tersebut dibenarkan mengisi masa mereka dengan zikir dan membaca Al-Quran, dengan syarat mereka tidak menganggu orang yang lain yang sedang mendengar Khutbah. Pandangan yang saya pilih ialah anda haruslah mendengar walaupun anda tidak memahaminya.

--------------------------------------------

Bukan setakat bercakap sahaja yang dilarang, membaca al-Quran pun tidak digalakkan. Malah menurut ulama', menjawab SALAM dan mengucap Tashmit keatas orang yang bersin pun tidak dibenarkan semasa Imam sedang berkhutbah. Menurut Fatwa #4769 yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Buhuth Daa'imah[3] (8/242) :

لايجوز تشميت العاطس، ولا رد السلام، والإمام يخطب على الصحيح من أقوال العلماء؛ لأن كلامنهما كلام، وهو ممنوع والإمام يخطب؛

"Tidak dibenarkan menjawab Bersin dan memulangkan Salam, semasa Imam sedang berkhutbah, dan ia sahih dikalangan pendapat Ulama! Sesungguhnya kedua-duanya adalah percakapan, dan ia dilarang semasa Imam sedang berkhutbah"

Adalah sunnah melihat kearah Imam semasa beliau membaca Khutbah. Ini terdapat didalam Hadith berikut :

وعن يحيى بن سعيد الأنصاري قال : ( السنة إذا قعد الإمام على المنبر يوم الجمعة ، يقبل عليه القوم بوجوههم جميعاً )

Telah diriwayatkan bahawa Yahya ibnu Sa'ed Al-An asari berkata : "Adalah sunnah apabila Imam duduk diatas Mimbar pada hari Jumaat untuk semua hadirin memandang kearahnya"

وعن نافع : ( أن ابن عمر كان يفرغ من سبحته بوم الجمعة قبل خروج الإمام ، فإذا خرج لم يقعد الإمام حتى يستقبله )

Diriwayatkan oleh Naafi' bahawa Ibnu Umar menhabiskan tasbihnya sebelum Imam keluar, dan apabila Imam keluar, beliau akan memandang kearah Imam sebelum sempat Imam duduk.

(Al-Abani telah mengumpulkan Hadith-Hadith ini didalam al-Silsilat al-Sahiiah, # 2080)

Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz[4] :

فينبغي للمؤمن في الجمعة أن ينصت ويخشع ويحذر العبث بالحصى أو غيره ، وإذا سلم عليه أحد أشار إليه ولم يتكلم ، وإن وضع يده في يده إذا مدها من غير كلام فلا بأس كما تقدم ، ويعلمه بعد انتهاء الخطبة أن هذا لا ينبغي له ، وإنما المشروع له إذا دخل والإمام يخطب أن يصلي ركعتين تحية المسجد ولا يسلم على أحد حتى تنتهي الخطبة ، وإذا عطس فعليه أن يحمد الله في نفسه ولا يرفع صوته .

"Semasa solat Jumaat, orang yang Mu'min hendaklah mendengar Khutbah Jumaat dengan Khusyuk dan Senyap sunyi, dan ia ditegah dari bermain batu di atas tanah atau selainnya. Jika seseorang memberi salam kepadanya, hendaklah ia memberi isyarat dengan menggunakan isyarat tanpa bercakap. Jika ia meletakkan tangan untuk bersalam, tanpa bercakap, ia dibenarkan. Dia harus memberitahunya selepas Khutbah bahawa dia tidak boleh melakukan perkara tersebut, sesungguhnya dibolehkan kepada seseorang yang masuk masjid semasa Imam sedang berkhutbah untuk menunaikan 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid, dan tidak memberi salam kepada sesiapa sehingga khutbah selesai., dan jika dia bersin, maka pujilah Allah (Alhamdulillah) untuk dirinya sendiri dan tidak menaikkan suaranya".

Jelas fatwa dari Sheikh Abdul Aziz bin Baaz yang sekali gus menjawab soalan yang anda nyatakan itu, maka "Adalah dikatakan telah lalai Jumaat seseorang itu jika semasa Imam sedang berkhutbah, ia sibuk menghantar mesej SMS melalui handphone". Bayangkanlah, bertanyakan mengenai ayat, menjawab bersin, menjawab salam yang selama ini sunnat, tidak digalakkan semasa khutbah, inikan pula menghantar SMS!. Ibnu Baaz mengatakan, sehingga mereka yang bemain-main dengan batu ditangan (handphone ke, GameBoy ke, PDA ke)semasa Imam berkhutbah pun ditegah, maka sudah tentu selain dari mendengar Khutbah dengan khusyuk, perkara-perkara lain adalah dilarang (secara umumnya).

http://qasolatjemaah.blogspot.com

Khutbah Jumaat: Perkahwinan jauhi gejala maksiat, zina

Posted: 08 Dec 2011 08:25 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

RUMAHKU, syurgaku, mahligaiku. Begitu indah sekali ungkapan ini dituturkan setiap insan yang punyai hati dan perasaan ingin mencintai serta dicintai.
Justeru, Islam menggalakkan perkahwinan kerana di situ terletaknya segala penyelesaian masalah sosial yang kian hebat berlaku hari ini.

Lebih tepat ingin ditegaskan, perbuatan zina itu lebih terkutuk dan keji walaupun ia mungkin lebih mudah berbanding perkahwinan. Perkara haram lebih digemari daripada yang halal namun, kesannya meruntuhkan sistem kekeluargaan Islam dan menjerumus masyarakat ke lembah kehinaan.

Islam mengatur perjalanan umatnya begitu bersistem sekali dan pasti setiap daripada kita sama ada sudah memasuki gerbang perkahwinan atau memasang impian mengharapkan rumah tangga yang aman persis di syurga, bukan saja di akhirat bahkan di dunia lagi.

Begitulah yang selalu kedengaran untuk menggambarkan syurga dalam rumah tangga yang disegerakan di dunia ini supaya bukan saja mendapat reda Allah tetapi keampunan-Nya juga.

Persoalannya, rumah tangga yang bagaimana dipanggil syurga? Semestinya rumah tangga yang dipupuk kasih sayang, mawaddah, sakinah, qanaah dan reda.

Firman Allah bermaksud: "Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir." (Surah ar-Ruum, ayat 21)

Langit tidak selalu cerah, gelora laut kadangkala membadai pantai malah ungkapan lain seperti sedangkan lidah lagi tergigit dan pelbagai kata-kata menggambarkan betapa sebuah perkahwinan berlaku perselisihan faham.

Bahkan dalam keluarga Rasulullah SAW sendiri pernah berlaku sedemikian rupa. Cuma apa yang diperkatakan ketika ini untuk kita merenung serta menilai kembali segala ikrar dan perjanjian kita.

Masihkah suami ingat ketika lafaz nikah diikrarkan? Bagaimana pula janji membawa pasangan menuju Ilahi dengan pelaksanaan perintah-Nya?

Jawapannya mungkin pelbagai, namun perlu kita fahami bahawa matlamat sebuah perkahwinan bukan berakhir dengan perceraian atau kelakuan sumbang pasangan masing-masing tetapi perlu disantuni penuh adab dan etika sebagai seorang muslim.

Firman Allah SWT yang meletakkan amal soleh sebagai penentu kebahagiaan keluarga: "Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan." (Surah an-Nahl, ayat 97)

Rumah tangga yang dibina atas dasar iman dan takwa tidak mungkin ditemui keretakan padanya.

Jika setiap pasangan suami isteri mematuhi perintah Allah SWT dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan berumah tangga, pasti tidak akan berlaku keretakan, salah faham, prasangka atau bertikam lidah.

Yang ada hanyalah kasih sayang dan ketenangan. Inilah syurga dunia yang dijanjikan Yang Maha Esa.

Sempena cuti sekolah ini, ramai yang bakal bergelar suami atau isteri. Ingatlah bahawa proses perkahwinan adalah permulaan sebuah keluarga Islam bagi melahirkan generasi yang taat dan sedia berkorban demi agama.

Semoga kita dapat memelihara masyarakat Islam hasil perkongsian kasih melalui perkahwinan dan mengatakan tidak kepada perbuatan maksiat serta zina.

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk melangsungkan perkahwinan bagi yang mampu, perkara ini tidak lain untuk memelihara hati dan anggota badan kita daripada terjebak dengan maksiat dan noda lebih-lebih lagi perbuatan zina.

Apabila proses ini berlaku dengan syumul, maka tidak mustahil masyarakat Islam yang lahir kelak akan berupaya mengembalikan kekuatan Islam di persada dunia.

Nikmat perkahwinan yang sebenar ialah apabila menggapai reda Ilahi dalam melayari bahtera kasih dan proses perkahwinan menjadi pencetus pembinaan generasi Islam yang bakal memartabatkan semula agama.

BERITA HARIAN/-

Bila tersepit, baru Umno ingat PAS

Posted: 08 Dec 2011 08:00 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Apabila orang Melayu mula menolak Umno, maka baru pemimpin Umno teringat bahawa PAS adalah parti orang Melayu.

"Selama ini mereka memandang PAS sebelah mata sahaja, seolah-olah PAS bukan parti Melayu.

"Sewaktu mereka kuat seolah-olah PAS ini, parti haram. Apa yang mereka tidak buat kepada PAS selama ini," ujar AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Justeru, tanya beliau, berapa ramai di kalangan pimpinan PAS yang ditangkap ISA, ditukar tempat kerja, diturun pangkat, diskriminasi bantuan, menganaktirikan Kelantan, menghalang ustaz-ustaz PAS daripada memberi ceramah agama.

Sekarang, ujarnya mereka cuba mengajak PAS bersatu atas nama perpaduan Melayu, kononnya Melayu terancam pada hal yang terancam ialah Umno.

Tambahnya, terbaru seruan Datuk Seri Najib Razak di dalam Persidangan Agung Umno supaya PAS meninggalkan DAP demi agama dan Melayu, dan menuduh PAS kuda tunggangan DAP.

Katanya, ketika mereka menuduh DAP mengancam Melayu, rakan sejawat mereka, MCA begitu biadap dengan Islam dan Melayu.

"Kenapa mereka tidak menegur keceluparan mulut Presiden MCA, Chua Soi Lek terhadap Islam?

"Cuba bayangkan jika ucapan itu keluar daripada pemimpin DAP," katanya lagi.

Semalam, kata beliau NGO pro Umno di Pulau Pinang menghadiahkan replika kek najis kepada Lim Guan Eng sempena ulang tahun ke-51.

"Ajaran mana yang mengajar sikap begini? Adakah ini yang dikatakan Islam wasatiah?" katanya.

Beliau menegaskan, semua tindakan itu memalukan Islam dan menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam yang harmoni dan mulia.

Justeru, beliau menggesa pemimpin Umno supaya menghentikan pelawaan untuk bersatu dengan PAS.

Jelasnya, PAS mempunyai jati diri dan tahu meletakkan kompas perjuangan.

Katanya lagi, PAS mendahulukan Islam daripada segalanya, walaupun apa cercaan yang diterima kerana itu adalah lumrah perjuangan.

"Perjuangan PAS semakin diterima, sentiasa segar di hati rakyat, ketika Umno sedang mengalami mimpi ngeri untuk mara ke hadapan," ujarnya.

HARAKAHDAILY/-

5 pekerja landasan kereta api Korea Selatan maut digilis

Posted: 08 Dec 2011 07:30 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan berkata, lima pekerja maut selepas dilanggar kereta api ketika mereka sedang menggantikan landasan sebagai persiapan musim sejuk di pelabuhan ibu kota Incheon.

Pegawai pasukan bomba, Kim Dae-il, berkata mereka dilanggar kereta api awal Jumaat di mana lima maut dan seorang cedera parah.

Beliau berkata, punca kemalangan sedang disiasat. - AP

Nenek 66 tahun mangsa cinta siber

Posted: 08 Dec 2011 07:20 PM PST

12 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Walaupun usia sudah mencecah 66 tahun dan bergelar nenek, seorang ahli perniagaan wanita yang kaya-raya di Indonesia sanggup terbang jauh ke Malaysia semata-mata ingin bertemu kekasih siber bergelar 'Datuk' yang melamarnya untuk dijadikan isteri.

Bukan itu sahaja, wanita terbabit sanggup mengirim wang sebanyak AS$75,000 dolar (RM226,000) kepada kekasihnya itu sebagai modal untuk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan.

Namun, hajat nenek itu untuk berkahwin dengan lelaki pujaannya tidak kesampaian kerana lelaki itu rupa-rupanya adalah kasanova 'Awang Hitam' yang bijak memperdayakan wanita kesunyian melalui Internet.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, wanita warga Indonesia itu berkenalan dengan suspek menerusi laman sosial Facebook sejak beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, ketika berkenalan, suspek menggunakan nama lelaki Melayu mendakwa dia ahli perniagaan bergelar 'Datuk' dari Malaysia.

"Setelah beberapa bulan berkenalan, suspek mempelawa wanita itu untuk menjadi rakan kongsinya.

"Tanpa berfikir panjang, mangsa bersetuju dan hubungan mereka bertambah 'serius' apabila suspek melamarnya menjadi isteri. Ini menyebabkan mangsa tidak teragak-agak mengirim wang AS$75,000 kepada teman lelakinya itu untuk membeli barang- barang berniaga," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Bukit Perdana di sini hari ini.

Syed Ismail berkata, walaupun mangsa diarah memasukkan wang ke dalam akaun milik individu lain, namun wanita itu langsung tidak menyedari ditipu dan sanggup datang ke Malaysia untuk bertemu kekasihnya itu apabila diminta berbuat demikian.

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di ibu negara, mangsa tidak sempat bertemu dengan teman lelakinya kerana suspek hanya menghantar seorang rakan iaitu seorang lelaki warga Afrika untuk menemuinya berhampiran sebuah hotel di Bukit Bintang.

Menurutnya, dalam pertemuan itu, lelaki Afrika terbabit telah menunjukkan bungkusan berisi kertas berwarna hitam dan sejenis cecair.

"Lelaki Afrika itu memaklumkan kertas hitam itu adalah wang AS$2.4 juta dan ia akan bertukar kepada wang asli jika dicuci dengan cecair yang dibawa.

"Suspek bagaimanapun tidak menyerahkan barang-barang itu kepada mangsa dengan alasan dia perlu membuat sejumlah pembayaran terlebih dahulu," katanya.

Syed Ismail berkata, mangsa yang tidak menyedari sudah terjerat dengan sindiket black money pulang semula ke Indonesia bagi menyediakan wang tanpa menemui kekasihnya.

Beliau berkata, teman lelaki mangsa berterusan menghubunginya meminta segera menyediakan wang untuk mendapatkan barang-barang ditawarkan rakannya itu dan pada masa sama mengajak wanita itu berkahwin segera kononnya dia sedang sakit dan merancang mewasiatkan semua harta kepada bakal isterinya itu jika meninggal dunia.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu dan membuat laporan polis pada November lalu, apabila sekali lagi datang ke Malaysia tetapi teman lelaki masih enggan berjumpa dengannya.

UTUSAN MALAYSIA/-

Tengku Fakhry saman IGP, polis RM150j

Posted: 08 Dec 2011 07:00 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Tengku Muhammad Fakhry Petra Tengku Ismail memfailkan saman RM150 juta terhadap Ketua Polis Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan tiga yang lain kerana mendakwa telah ditahan secara salah.

Tengku Fakhry menamakan Ismail, ASP Norazman Ismail, bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan.

Beliau memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melalui firma undang-undang AS Dhaliwal and Co.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Tengku Fakhry berkata beliau
mengambil tindakan itu bukan bermotifkan wang tetapi demi keadilan.

"Saya rasa ini adalah kali pertama seorang anggota keluarga diraja telah menamakan ketua polis negerinya sendiri sebagai defendan," katanya.

Peguam AS Dhaliwal dan Harpal Singh turut hadir semasa saman difailkan.

Pada 4 Mei tahun lalu, Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Ismail Petra, raja perempuan serta Tengku Fakhry telah dihalang oleh Unit Tindakan Khas, kira-kira 50 meter dari pintu pagar istana semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang Kota Baru pada jam 7.30 malam.

Mereka mahu menghantar Tuanku Ismail kembali ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk rawatan susulan tetapi telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.

Tengku Fakhry juga ditahan selama kira-kira empat jam manakala Tengku Anis mendakwa terpaksa tidur di atas lantai di HUSM untuk mengelak ditangkap polis.

harakahdaily/-

PART 10 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

Posted: 08 Dec 2011 05:53 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.

PART 9 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

Posted: 08 Dec 2011 05:48 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.

PART 8 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

Posted: 08 Dec 2011 05:45 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.

PART 7 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

Posted: 08 Dec 2011 05:42 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.

PART 6 - WACANA PERDANA PRU KE-13 - BN ATAU PR ?

Posted: 08 Dec 2011 05:39 PM PST

13 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan Kelantan berjaya sekali lagi mengadakan program Wacana Perdana kali ke 8 berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada malam tadi 8 Disember .

Wacana Perdana itu diadakan di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan dengan membarisan 4 panel iaitu YB. Saifuddin Nassution, Prof Madya Dr. Syamsul Adabi, Prof Madya Abu Hassan Hasbullah dan YB.Datuk Saifuddin Abdullah.

Sementara itu moderator wacana ialah Prof Dato' Dr. Agus.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 09 Dec 2011 01:44 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


PAS : Terus berkorban, tegakkan keadilan Islam

Posted: 06 Nov 2011 01:12 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di negara ini meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam. Dalam perutusan Aidiladha yang disiarkan diHarakahdaily, Abdul Hadi berkata, pada zaman ini sudah menjadi terbalik apabila pemimpin Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi. “Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan di zaman [...]

Idris Ahmad

Posted: 08 Dec 2011 11:14 PM PST

Idris Ahmad


Mantapkan Ukhwah Di Kalangan Ahli Pas

Posted: 08 Dec 2011 06:30 AM PST

Mantapkan Ukhwah Di Kalangan Ahli Pas
Idris Ahmad
8/12/11
Perkara kedua  yang dilakukan oleh nabi Muhammad SAW ketika sampai di Madinah ialah mempersaudarakan antara orang Muhajirin dan Ansar. Mereka disatukan   di atas dasar akidah, bukan atas bangsa. Rasulullah SAW menitik beratkan soal ukhwah supaya budaya asabiah di kalangan masyarakat Arab jahiliah yang telah menjadi darah daging dapat dimusnahkan. Bukan senang untuk   memecah tradisi masyarakat  Arab yang tebal dengan fahaman asabiah dan bangga dengan keturunan . Baginda memberi tarbiah kepada kita bahawa semangat ukhwah kena dimantapkan, lebih lebih lagi ketika negara Madinah baru dibentuk pada ketika itu. Inilah asas yang paling awal perlu dilakukan jika kita mahu membentuk masyarakat yang mantap untuk menghadapi cabaran semasa.
Sehingga persahabatan mereka yang kita tidak akan bertemu dalam sejarah sepanjang zaman. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sohehnya
"Setelah mereka tiba di Madinah Rasulullah SAW telah mempersaudarakan di antara Abdul Rahman bin Auf dengan Saad bin Rabi'. Saad telah berkata kepada Abdul Rahman, "Saya adalah orang yang paling kaya di kalangan Ansar, marilah kita bahagi dua harta itu, saya mempunyai dua isteri , pilih yang mana satu awak suka supaya saya ceraikan dia, apabila selesai 'iddahnya, berkahwinlah dengan dia". Abdul Rahman bin 'Auf menjawab, mudah-mudahan Allah memberkati keluarga  dan hartamu, tunjukkanlah saya di mana pasar kamu"
 
Ahli Pas perlu membentuk ikatan ukhwah yang mantap di kalangan ahli dengan ahli, pimpinan dengan ahli. Ikatan ini dibentuk tanpa ada pilih kasih di kalangan anggota parti. Ia dibina di atas dasar Islam bukan atas dasar duniawi, bukan dibina di atas dasar benda atau pangkat.
Apabila ada ikatan kasih sayang barulah semangat untuk berkorban akan dijelmakan. Kita perlu bina ikatan ini seperti bangunan yang tersusun kukuh. Jamaah hanya kuat apabila wujudnya pertautan hati di kalangan anggota parti. Ia bukan dibina di atas dasar pura-pura atau atas dasar dunia dan kebendaan.
Perkara-perkara yang membawa kepada pertautan hati ialah sifat kasih sayang yang suci, sifat timbang rasa, sifat baik sangka dan semangat ingin berkorban sesame anggota.Hati yang dipenuhi dengan kebencian tidak akan bersatu. Perpaduan yang dibina di atas dasar pura-pura tidak mampu menghasilkan perpaduan yang sebenar.
Persahabatan yang berasakan kepada sifat tamak akan melahirkan pertelingkahan. Suatu persahabatan yang hanya mementingkan perniagaan tidak akan melahirkan sifat timbangrasa dan kasih sayang. Keperluan duniawi mungkin dapat mempersatukan segala ciri-ciri yang belainan ini , tetapi ciri-ciri ini mudah sangat untuk berpecah belah. 
Sebuah jamaah yang kuat apabila ahli-ahlinya berfikir dengan ikhlas dan mencintai matlamat yang dituju.
Jamaah yang kukuh ukhwah seumpama acuan keluli di mana syaitan tidak dapat  untuk mencelah masuk dan melakukan kerosakan.
 
Ketika sambutan masyarakat terhadap Pas begitu memberangsangkan maka soal ukhwah adalah suatua perkara yang amat perlu dititik beratkan. Sekiranya ukhwah longgar maka perjalanan jamaah juga akan tempang. Mutu kerja dan semangat di kalangan anggota akan hilang.
Ahli-ahli Pas perlu menunjukkan ukhwah yang teguh walaupun bilangan ahlinya  sedikit di suatu tempat, terutamanya bagi ahli Pas yang berada di luar bandar. Banyak di kalangan orang Melayu yang tinggal di pendalaman bukan mereka tidak sudi untuk menyertai Pas, tetapi mereka bimbang akan dipulau oleh ahli Umno sewaktu kenduri dan mati. Sebab itu kita boleh lihat perkara ini yang diterjemahkan di dalam peti undi setiap kali pilihanraya. Jika dicula,  tidak ramai yang menjadi ahli Pas, tetapi apabila peti undi dibuka, Pas mendapat sokongan berganda.
Oleh itu cawangan Pas di seluruh negara perlu memperhebatkan program yang boleh mengikat dan memberi motivasi keberanian untuk orang bersama dengan Pas. Masyarakat luar Bandar mereka tidak termakan sangat dengan isu yang berlaku di dalam negara. Yang menjadi perhitungan mereka ialah "politik  bermasyarakat".  Pada mereka apa erti mereka sensitif dengan isu penyelewingan yang dilakukan oleh pemimpin Umno, jika mereka dipulau oleh ahli Umno.
Oleh itu program usrah, kemasyarakatan dan kebajikan adalah pengikat kepada ahli Pas untuk berani berjuang bersama dengan Pas. Biar mereka ada keberanian kerana kebajikan mereka  dipedulikan oleh jamaah.
Sepanjang pengalaman saya melihat cawangan yang kuat dengan ikatan ukhwah dan kemasyarakatan di situ ahlinya mempunyai motivasi yang tinggi untuk melawan Umno. Sebab itu program kebajikan perlu diaktifkan dalam apa keadaan sekali pun jika kita mahu mendapat sokongan ahli terutama di kawasan pendalaman.
Walaupun nampak remeh sahaja isu ini tetapi isu inilah yang menyebabkan ahli Umno bimbang untuk menyeberang menyertai Pas takut dipulau apabila mereka berbuat demikian.
 


Filed under: Agama, Tarbiyyah

Salam Perjuangan

Posted: 08 Dec 2011 11:04 PM PST

Salam Perjuangan


SELAMATKAN ASET NFC SEBELUM TERLAMBAT

Posted: 08 Dec 2011 07:31 AM PST

12 Muharram 1433 H | 8 December 2011


NFC tidak syak lagi sudah menjadi satu skandal. RM 250 juta wang rakyat ternyata sebahagiannya telah digunakan di luar skop pemberian/pinjaman ini diluluskan. 

Pembelian kondominium mewah, tanah di Putra Jaya, percutian, kereta mewah dan mungkin banyak lagi yang belum terdedah, sama sekali  tiada kaitan dengan 'core business' NFC dan tujuan pinjaman/pemberian itu diberikan. Selain tidak berkait dengan 'core business', ia mungkin juga bertentangan dengan MnA NFC atau anak-anak syarikatnya.

Ia dengan itu, juga adalah satu pecah amanah.

MENYERAHKAN ASET YANG TIDAK BERKAITAN 'CORE BUSINESS'

Dalam keadaan seperti ini, Kerajaan seharusnya bertindak cepat untuk menyelamatkan semaksimum mungkin jumlah wang yang telah diluluskan itu.

Aset-aset yang telah diletakkan atas nama persendirian atau syarikat persendirian oleh NFC harus segera diarahkan untuk diserahkan kepada Kerajaan.

Kondominium dan tanah di Putra Jaya, jika diserahkan kepada Kerajaan  sekurang-kurangnya membolehkan Kerajaan mendapat semula sebahagain wang yang telah diluluskan tetapi telah digunakan untuk tujuan yang tidak bersangkutan.


YB SENATOR DATUK SHAHRIZAT ABDUL JALIL PERLU MELETAKKAN JAWATAN MENTERI KABINET

YB Senator Datuk Shahrizat Abdul Jalil selaku anggota kabinet mesti mengambil tanggungjawab sama melindungi kepentingan negara dengan mencadangkan sendiri semua aset yang tidak berkaitan dengan tujuan asal perniagaan diserahkan kepada Kerajaan. 

Beliau seharusnya menunjukkan beliau berada di sebelah Kerajaan dan rakyat jika dakwaan beliau bahawa beliau tidak terlibat dengan sebarang urusan perniagaan suaminya adalah benar.

Sehingga kini, tidak nampak peranan beliau sebagai Menteri Kabinet benar-benar berkecuali dari NFC yang diuruskan oleh suami beliau.

Paling tidak, jika kredibiliti beliau mahu dijaga, beliau sendiri mencadangkan satu dua diligence atau odit bebas dilakukan dan laporannya dibentangkan kepada umum. Pendirian seperti itu boleh membuktikan beliau benar-benar tidak melindungi sebarang kemungkinan salahguna wang atau pecah amanah suami atau keluarga beliau.

Sebaliknya, jika beliau terlibat dengan percutian keluarga atas wang NFC yang juga adalah wang rakyat, langkah terhormat adalah meletakkan jawatan menteri serta merta dan menasihatkan suami beliau serta anggota keluarga yang lain menyerahkan semua  aset-aset bukan perniagaan berkaitan serta merta.


SIKAP APATHY PERDANA MENTERI YANG MERAGUKAN

Sikap berdiam diri Perdana Menteri seakan menunjukkan skandal sebesar ini tidak menjadi keutamaan kepada beliau dan tidak ujud 'sense of urgency' melindungi negara dari salah guna dan penyelewengan bila mana ia melibatkan kerabat dekat UMNO/BN.

Program Transformasi yang dilaungkan adalah gimmik semata-mata dan pentadbiran beliau, sama dengan pentadbiran lain sebelumnya, tidak mampu keluar dari amalan penyalahgunaan dan penyelewengan berskala besar seperti ini.

Laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan ekoran dari itu sepatutnya sudah cukup untuk beliau bertindak terhadap semua pihak terlibat.

Odit lanjutan boleh dilakukan sebagai menghargai apa yang telah dibangkitkan oleh Ketua Odit dan berdiam diri hanya memberi makna sikapnya tidak accountable, bersih dan telus. Beliau sanggup membiarkan rakyat terus kecewa dengan amalan-amalan yang merugikan ini.

DATO' PADUKA HUSAM MUSA
NAIB PRESIDEN PAS

DPP PADANG TERAP

Posted: 08 Dec 2011 10:15 PM PST

DPP PADANG TERAP


ISU GURU : Kerajaan BN Tikusputihkan Guru

Posted: 08 Dec 2011 07:55 AM PST


Oleh: YB MOHD NASIR ZAKARIA
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah
Ahli Parlimen Padang Terap

Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) ingin menyatakan rasa simpati yang amat mendalam terhadap situasi terkini yang dihadapi oleh para guru dan bakal guru di negara ini. Pelbagai masalah dan kerenah melanda Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menular menjangkiti sektor pendidikan negara kita. DPPNK menuntut Kerajaan menyelesaikan dengan segera beberapa kemelut yang berlaku.

Pertama. Isu penghinaan kepada mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Pendidikan dan di fakulti-fakulti pendidikan. Menteri Pelajaran dilaporkan telah membuat kenyataan yang menghiris hati mahasiswa dengan mengatakan mahasiswa perlu mencari kerja lain berikutan tiada kekosongan jawatan. Ia telah membawa kepada perhimpunan aman yang telah dianjurkan di Universiti Perguruan Sultan Idris yang dihadiri oleh ribuan mahasiswa.

Kedua. Kementerian perlu menyatakan kesahihan dakwaan yang mengatakan berlaku kelewatan penempatan sehingga 7 bulan. Graduan ISMP seolah-olah dipermainkan dan diperbodohkan oleh KPM. Persoalan yang timbul ialah apakah ia berpunca daripada tiada perjawatan ataupun kerajaan tidak mempunyai dana untuk membayar gaji pegawai pendidikan.Apa tidaknya, dari bulan ke bulan menanti hingga sekarang borang online masih belum ada bayangnya. KPM hanya menjawab sila semak laman web KPM dari semasa ke semasa.

Ketiga. Menteri Kewangan membuat pengumuman umur persaraan dinaikkan daripada 58 ke 60 tahun lewat bajet 2012. Apakah kesan pertama dirasai oleh sektor pendidikan? Berlakunya pembekuan kenaikan pangkat dan pengambilan kakitangan baru seperti yang dibahaskan oleh saya yang dinafikan oleh menteri rupanya terjawab. Ia tetap melibatkan guru.

Keempat. Pengumuman dan kenyataan bersimpang siur KPM juga mengecewakan graduan. Termasuklah maklumat yang mengatakan graduan tidak perlu lagi mengisi borang. Tunggu sahaja dan mereka akan terus dipanggil temuduga. Termasuk juga persoalan pihak manakah yang sebenarnya menguruskan penempatan guru. KPM atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang menguruskan penempatan guru.

Kelima. Polisi KPM membingungkan. Bagi pengambilan 2007, berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia pengambilan dua kali mahasiswa untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Tanpa perlu mengikut proses biasa; tidak perlu mengisi borang UPU, tanpa ujian kelayakan guru dan ujian sakhsiah. Hanya dengan borang yang disediakan KPM mereka terus bergelar mahasiswa dengan alasan unjuran KPM kekurangan guru untuk 2011. 80 000 dilaporkan memohon, 5000 dipilih. Akhirnya mereka diminta mencari kerja lain!

Keenam. Kenyataan terbaru berkenaan 5000 graduan sudah ditemuduga juga dilihat amat mengelirukan. Bangunnya ramai graduan ISMP yang mempertikaikan kenyataan beliau. Apa sudah jadi wahai KPM dan Timbalan Menteri. Janganlah buat kenyataan yang bertentangan dengan realiti.

Ketujuh. Kenyataan kerajaan yang ingin membawa 13 000 guru asing juga menambahserabutkan lagi polisi KPM. Kera di hutan disusukan, anak bini di rumah kelaparan dan dihina.

Kelapan. KPM wajar menstrukturkan semula kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau tutup sahaja fakulti dan Universiti Pendidikan sekirannya ia tidak perlu. Janganlah struktur itu akan menambahkan lagi kadar pengangguran warga Malaysia yang sudah dianggarkan 400 000. Pemegang ISMP adalah amat sukar diterima oleh mana-mana majikan apabila tertera pendidikan. Majikan menolak kerana biasanya pemegang ijazah ini biasanya akan berhenti apabila dipanggil untuk bertugas di sekolah.

Cukuplah dengan pelbagai isu yang boleh menimbulkan kegelisahan warga pendidik yang menjadi tonggak pembangunan ilmu warga Malaysia. Isu kuarters guru, isu 9 jam bekerja dan isu elaun pengangkutan dan perpindahan yang belum kesudahan.

Justeru itu DPPNK berpandangan, Kementerian wajib menyelesaikan segera isu ini. Kepada warga guru yang menghabiskan empat tahun di universiti mempelajari ilmu pedagogi, falsafah, sosiologi, psikologi pendidikan. Seterusnya dua minggu menjalani Rancangan Orientasi Sekolah dan 14 minggu menjalani praktikum di sekolah. Fikir-fikirkan dan buat pilihan tepat dalam PRU 13.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 08 Dec 2011 09:58 PM PST

PAS Negeri Sembilan


CERAMAH UMUM

Posted: 08 Dec 2011 06:01 PM PST

Tarikh : 12 Dis 2011, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban
Penceramah : Nik Amar Nik Abdullah, Abdullah Sani, Zulkefly Mohamad Hj Omar

PAS KDAS 3

Posted: 08 Dec 2011 09:30 PM PST

PAS KDAS 3


Ustaz Azhar Idrus - Kuliah Jemputan di masjid Pasir Puteh , Kelantan

Posted: 08 Dec 2011 07:53 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 08 Dec 2011 07:44 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Islam Didahulukan, Melayu Bersamanya

Posted: 08 Dec 2011 01:35 AM PST

Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.
Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.

Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. 

Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:

قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } [الأعراف: 158
158. Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk."

Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat !, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam , macam selogan Umno :"hidup Melayu!".

Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). 
 
Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.
 
baca artikel penuh...di sini.

PAS LENGGONG

Posted: 08 Dec 2011 07:29 PM PST

PAS LENGGONG


Saifudin vs Saifudin di Kota Bharu malam ini

Posted: 08 Dec 2011 01:40 AM PST



KOTA BHARU, 8 Dis: Keghairahan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kini semakin memuncak. Serangan media harian milik Umno terhadap Pakatan Rakyat tambah rancak.

Begitu juga semua parti kini dilihat berada dalam keadaan siap sianga menunggu wisel keramat ditiup Datuk Seri Najib Razak.

Biar pun Umno begitu bersemangat menerjah Pakatan, namun kebimbangan di lubuk kecil mereka tidak dapat disembunyikan. Buktinya suara risau itu kedengaran nyaring pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Persoalannya mampukah Umno dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerajaan yang ada sekarang. Inilah berita besar ditunggu lebih 25 juta rakyat Malaysia kebelakangan ini.

Oleh itu bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai situasi tersebut orang ramai berpeluang mendengar kupasan pemimpin Umno, PKR dan ahli akademik mengenai siapa pemenang pilihan raya ke-13 nanti.

Kupasan bertajuk "Pilihan Raya Umum Ke 13: BN atau Pakatan Rakyat" akan dibahas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pada wacana perdana malam ini.

Dua lagi ahli akademik iaitu Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari UM dan Prof Madya Dr Samsu Adabi Mamat (UKM) turut diundang mengupas tajuk tersebut.

Moderatornya yang tidak asing lagi iaitu Datuk Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusoff (UKM).

Pengarah program Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, sepatutnya malam ini wacana diada membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan anggota Exco, Datuk Husam Musa.

Bagaimanapun katanya disebabkan Mohamed Nazri tidak dapat hadir wacana membabitkannya dengan Husam ditunda kepada 22 Disember ini.

Wacana tersebut sepatutnya mengupas isu bertajuk "Pilihan Raya Bersih dan Adil : Realiti Atau Ilusi?"

Ia dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, dengan kerjasama Harakah, Malaysiakini dan KTV sebagai media rasmi. Selain itu Rekabentuk Grafik dan Muslim Life.

Ahmad Baihaki berkata, wacana itu akan disiarkan secara langsung melalui mykelantan.tv.

"Sebanyak tujuh siri wacana yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan sehingga melimpah ke luar dewan.

"Ini menggambarkan orang ramai amat mengharap program seumpama itu bagi mendengar kupasan isu semasa yang berlaku secara matang dan sihat," ujarnya.

Antara panelis dari Umno yang pernah diundang termasuk Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin, Pegawai JASA, Lokman Nor Adam. Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang, Affandi Yusof dan bekas Pengerusi Yadim, Datuk Nakhaie Ahmad.

Program itu akan diadakan bermula jam 9 malam ini di Dewan Besar, Balai Islam Lundang, merupakan siri kelapan.

Rembau Hari Ini

Posted: 08 Dec 2011 07:03 PM PST

Rembau Hari Ini


Sumbangan perabut terpakai untuk PASTI di Chembong

Posted: 07 Dec 2011 07:27 PM PST



PASTI Ahmadi di Chembong, Rembau dijangkakan akan mendapat pertambahan pelajar untuk sesi 2012 nanti. Sehubungan dengan itu PASTI Ahmadi perlu menambah beberapa keperluan asas terutamanya perabut terpakai.

Sesiapa yang ingin menyumbang perabut terpakai yang masih dalam keadaan baik bolehlah menghubungi Sdr. Rozmal 012-2267406

Antara perabut yang diperlukan ialah :
- Meja/kerusi guru
- Meja/kerusi pelajar
- Rak buku
- Papan putih

Untuk maklumat mengenai PASTI sekitar Negeri Sembilan sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 08 Dec 2011 03:57 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


DARI ORANG DALAM ! AKAN KENA POTONG DALAM DIAM!

Posted: 08 Dec 2011 12:25 AM PST

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah penipuan kerajaan untuk menuntut cukai berpanjanganSaya adalah orang yang terlibat dengan perancangan LHDN.Wang RM500 diberikan akan ditambahkan ke dalam gaji orang yang menerima.Sebagai contoh, jika pendapatan RM2100, maka setelah menerima bantuan ini, gajinya akan menjadi RM2600.Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 tersebut akan diberikan cuma sekali sahaja.Tujuan kerajaan memberikan RM500 adalah supaya orang yang bergaji rendah turut perlu membayar cukai pendapatan.Gaji minimum yang dimestikan membayar cukai pendapatan adalah RM2500 sebulan.LHDN di bawah arahan kerajaan akan memilih orang yang boleh dinaikkan gajinya menjadi sekurang-kurangnya RM2500 sebulan.Dalam kata lain, kerajaan akan memberikan bantuan kepada orang yang bergaji bulanan antara RM2000 sehingga RM2499Walaupun cuma sekali sahaja seseorang itu mendapat gaji RM2500 sebulan, kerajaan akan cuba menuntut cukai pendapatan seumur hidup!Jika gaji bulanan anda cuma RM1500 sebulan jangan haraplah akan mendapat bantuan ini.Saya sebagai "orang dalam" turut berasa bersalah.

UMNO DAH TADA APA LAGI ! IBARAT AMERIKA YANG MUFLIS TAPI BERLAGAK KUAT SEBAB PEGANG POLIS DUNIA

Posted: 07 Dec 2011 10:07 PM PST

Komen : Pakatan Rakyat perlu menang untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat.Kalau pilihan kali ini Kalah lagi, salahkan diri sendiriUMNO mengakui yang pilihanraya kali ini merupakan ibu kepada semua pilihanraya. UMNO menganggap ia sebagai ibu kepada semua PRU kerana UMNO menganggap pertukaran pemerintahan dari mereka kepada pihak lain itu merupakan satu jenayah dan tidak boleh dan tidak patut berlaku.Kepada negara-negara lain yang mengambil demokrasi sebagai cara politik mereka, pertukaran pemerintah itu adalah perkara biasa dan ia nya adalah hak rakyat ramai untuk menentukkan kepada siapa yang mereka hendak berikan mandat untuk mentadbir mereka. Di antara parti buruh dan conservative di Britain tidak tahu berapa kali pertukaran pemerintahan di antara kedua-dua parti itu dan sekarang pula adalah kerajaan campuran conservative dengan liberal democrat.Di negara kita lain pula keadaannya. Pada UMNO rakyat mesti mendengar semua cakap dan arahan mereka. Hak rakyat hanyalah untuk pergi ke peti undi dan pangkah lambang dacing sahaja….tidak payah berfikir dan tidak payah membuat penilaian terhadap mereka. Rakyat hanya diarah untuk jadi burung balam sahaja…mengangguk walaupun tidak bersetuju.Jika ada rakyat yang berbeza pendapat atau pun menyebelahi parti-parti lain rakyat ini akan dikatakan pengkhianat, pembelot, anti Melayu, anti Islam, DAP mengkristiankan orang Melayu, DAP nak jadikan negara ini negara republik dan sebagainya. Walaupun DAP parti halal, siapa yang menyertainya adalah pengkhianat dan pembelot seperti yang di ungkapkan oleh Muhyiddin Yassin. Saya tidak tahu parti halal itu adalah parti pembelot.Rakyat, khususnya orang Melayu ditakut-takutkan oleh UMNO yang Melayu akan hilang di dunia ini dan hanya UMNO sahajalah yang berkebolehan untuk menyelamatkan orang Melayu….seolah-olah tidak ada elemen-elemen lain yang boleh menyelamatkan bangsa yang di pimpinnya seperti kehendak tuhan dan afa'al tuhan. Pemimpin-pemimpin UMNO pergi sejauh menuduh DAP sebagai pencetus 13 Mei dan isu inilah yang di timbulkan setiap kali pilihanraya tiba.Pemimpin mereka akan berkata yang UMNO sahaja yang boleh memberi mereka makan. UMNO sahajalah yang boleh melanggar undang-undang kerana pengaruh UMNO boleh memberikan 'immunity' kepada penjenayah kolar putih. Hanya UMNO yang boleh memberikan pinjaman ratusan juta jika isteri atau suami mereka berada di dalam kabinet.Jika Shahrizat Jalil itu hanya seorang bidan di klinik desa, suaminya tidak akan dapat mendapatkan pinjaman RM250 juta dan membelanjakan wang hasil pinjaman mudah dengan interest hanya 2 peratus itu untuk membeli kondominium, dua lot tanah di Putrajaya, kereta Mercedez dan bercuti keluar negara serta mengerjakan Umrah. Hebat betul bila dapat jadi menteri walaupun mengikut jalan belakang.Hanya UMNO boleh melanggar undang-undang dan perjanjian dan hanya UMNO boleh memasukkan atau mengeluarkan sesiapa dari penjara. Hanya UMNO boleh melakukan penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu seperti yang berlaku pada tahun 1993 dahulu yang di ketuai oleh Dr Mahathir Mohammed. UMNO merupakan satu 'tool kit' untuk sesiapa yang memegang parti ini tetapi sekarang ini sudah terlalu banyak trend yang membuktikan rakyat sudah berani menentang 'hegemony' UMNO ini. Kenapa rakyat sudah berani?Jawapannya ialah kerana rakyat sudah tahu rupa-rupanya negara ini mereka yang punya, bukannya kepunyaan UMNO seperti yang mereka sebut dari dahulu hingga sekarang. Rakyat sudah insaf yang segala yang UMNO katakan itu kebanyakkannya merupakan tindakkan menyesatkan pemikiran mereka.Rakyat baru sedar sekarang ini UMNO hanya mempunyai 56 kerusi parlimen di Semenanjung dan 13 lagi kerusi di Sabah dan jumlahnya hanyalah 69 kesemuanya. Rakyat sudah mulai sedar yang UMNO bukanlah parti yang memimpin parlimen itu dalam erti kata yang hakiki. UMNO hanyalah parti yang sudah begitu kecil penyertaan dan Dewan parlimen jika dibandingkan dengan masa-masa yang lalu. UMNO sekarang sudah menjadi parti yang menadah tempurung untuk mendapatkan lanjutan kuasa yang mereka telah alami sejak dulu lagi.Rakyat sudah sedar yang rupa-rupanya UMNO bukanlah parti yang 'invincible' dan boleh diketepikan oleh rakyat apatah lagi dalam keadaan UMNO yang paling lemah dalam sejarah 23 tahun kewujudan parti itu. Baru sekarang UMNO hendak mencari calun-calun boleh menang tetapi sayangnya ia dilakukan semasa parti itu sudah tidak 'winnable' lagi. UMNO sesungguhnya sedang menghadapi krisis keyakinan yang paling teruk dalam sejarahnya.Sebagaimana yang saya katakan tadi, di Semenanjung UMNO hanya mempunyai 56 kerusi dan ditambah dengan 13 kerusi dari Sabah yang belum tentu dapat bertahan atau tidak ke mana. Rupa-rupanya UMNO hanya mempunyai 20% suara dalam parlimen dan tahulah kita sekarang kenapa pemimpinnya bercakap bergegar-gegar dalam semua perjumpaan dalam persediaan menghadapi rakyat dalam tempoh yang terdekat ini.Barulah rakyat sedar yang BN selepas pilihanraya ini hanya ada satu parti di Semenanjung ini kerana MCA dan Gerakan sudah hampir pupus dari scenario politik perdana negara ini. MCA dibawah kepimpinan CSL yang famous itu merupakan zaman yang paling getir dalam sejarah parti itu. Dijangkakan hampir semua baki-baki kerusi MCA itu akan hilang dan parti itu tidak akan lagi menjadi parti yang mempunyai apa-apa 'consequence' selepas ini.Jika UMNO keseluruhan hilang 10 lagi kerusi kali ini ianya memberi makna yang UMNO sudah sampai ke penghujung hayatnya. Kalau UMNO mendapat kurang dari jumlah kerusi yang mereka menangi di dalam pilihanraya dahulu, waimma dengan hanya satu kerusi tambahan UMNO sudah boleh kita anggap secara 'conclusive' yang parti itu sudah mati dari segi hakikatnya.Kalau keadaan itu berlaku keyakinan ahli-ahli UMNO sendiri akan menurun, apatah lagi bagi Melayu atau rakyat yang tidak menyertai mana-mana parti. UMNO sudah hilang kelayakan untuk memimpin BN kerana parti yang angkuh ini hanya mempunyai 23% perwakilan di parlimen. Apabila BN kehilangan komponen yang kedua terbesar dalam BN iaitu MCA maka BN tidak lagi mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin komponen yang suatu ketika dahulu gagah dan perkasa. UMNO tidak akan lagi dihormati dan disegani oleh parti-parti komponen yang berada di dalam BN keseluruhannya.Itulah sebabnya saya pernah berkali-kali mencadangkan supaya negara ini mempunyai politik yang baru. Kita terpaksa mencari seorang pemimpin Melayu yang dihormati oleh semua kaum samada cina, India mahu pun semua bangsa di Sabah dan Sarawak.Kita terpaksa memulakan keadaan politik baru yang di pimpin oleh seorang yang berpengalaman untuk berbincang dengan ketua-ketua semua kaum seperti yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dahulu. Dalam proses ini maka terpaksalah setengah pihak untuk berkorban bagi menjamin kestabilan politik negara di masa-masa yang akan datang.Pengorbanan boleh dilakukan dengan pengunduran pemimpin-pemimpin parti yang menjadi isu terbesar yang menyebabkan komponen yang memimpin negara tidak diyakini rakyat lagi.Latar belakang politik hari ini tidak membolehkan lagi UMNO menjadi tunjang kepimpinan negara. UMNO seperti yang berlaku di Selangor hanya menjadi penghasut dengan mencari cari siapa yang mahu berhadapan dengan kamera TV untuk membuat bantahan kepada perkara dan isu yang kecil terhadap kepimpinan Khalid Ibrahim. Di P Pinang, di Kedah dan Kelantan hanya UMNO dan pemimpin mereka hanya mencari kesalahan-kesalahan pentadbiran negeri pimpinan PR itu seperti orang mencari kutu.UMNO dan BN tidak pula membuat demonstrasi terhadap parti dan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kerugian PKFZ yang melibatkan RM12 billion. PKFZ merupakan ibu kepada segala skandal pemimpin menjahanamkan wang rakyat. Skandal yang begitu besar skalanya ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA, termasuk melibatkan PM semasa itu yang begitu lalai dan tidak bertangjawab terhadap kos pembelian tanah yang begitu tinggi.Ahli-ahli UMNO serta pemimpin UMNO Selangor yang tidak terlibat dengan skandal ini untuk berdemonstrasi besar-besaran jika benar ahli-ahli UMNO benar-benar hendak mencari ketelusan dan kejujuran pimpinan semasa BN berkuasa itu.Oleh itu rakyat Selangor terutamanya wajar membawa kes ini ke mahkamah rakyat dan membuat keputusan yang jelas di dalam pilihanraya yang akan datang. Jika UMNO hilang 10 kerusi parlimen dan MCA kehilangan keseluruhan kerusi-kerusi yang berbaki sebanyak 15 lagi itu, maka BN akan berhadapan dengan akhir kalam politik mereka.Tetapi itu adalah biasa sebagai sebuah negara demokrasi. UMNO boleh duduk di kerusi-kerusi pembangkang di dalam semua dewan legislatif negeri-negeri dan persekutuan. Apa salahnya duduk di bangku pembangkang pula kali ini.Kalau kita main gasing kedua-dua belah pihak mesti mengambil giliran untuk memusing gasing dan memangkah gasing-gasing itu. BN selama ini hanya di pihak yang memangkah, kali ini BN patut bersetuju untuk memusing pula. Itulah demokrasi.Kita tengok pula, jika Pakatan Rakyat memimpin Putrajaya, berlaku kah atau tidak pinjaman mudah sebesar RM250 juta dari kerajaan untuk memelihara lembu seperti yang dilakukan oleh BN yang sedang mentadbir Putrajaya sekarang ini.Kalau PR memerintah adakah kejadian seperti membeli peralatan ketenteraan yang di gandakan harganya berlipat kali untuk kepentingan syarikat kroni seperti yang berlaku sekarang ini?Jika pihak PR menjadi PM akan adakah PMnya menggunakan harta rakyat dalam jumlah berbillion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang kerugian besar dalam perniagaan perkapalannya seperti yang pernah berlaku beberapa tahun dahulu?Agak-agaknya kalau pemimpin PR menjadi Menteri Besar mana-mana negeri adakah agaknya MB itu tertangkap menghantar wang sebanyak RM10 juta keluar negara secara haram melalui penggurup wang yang 'dubious' seperti yang dilakukan oleh seorang MB tidak berapa lama dahulu?Banyak lagi persoalan tetapi masa dan ruang tidak memberikan saya peluang untuk menyenaraikannya satu persatu. Tetapi secebis yang di sebutkan itu sudah cukup untuk membuat keputusan secara 'conclusive' dalam pilihanraya yang akan datang.Yang penting, keputusan kita mestilah satu keputusan yang akan dapat menghindar apa yang saya sebutkan tadi berulang lagi. Jika mereka yang melakukan itu masih mendapat mandat jangan bersungut lagi. Salahkan diri sendiri.Posted by Aspan Alias

ANTARA RM 9.5JUTA BUAT MASJID DENGAN BELI KONDO

Posted: 07 Dec 2011 07:47 PM PST

PAS akui hanya bina sebuah masjid di K'tan
KELANTAN BUAT MASJID JUBLI dengan nilai RM9.5juta dengan duit negeri. Dari segi kegunaan Masjid untuk orang ramai bersolat dan aktiviti lain.Keluarga Shahrizat beli kondo guna RM9.8 juta wang rakyat yang diseleweng(Projek lembu beli kondo kira selewengla) hanya untuk beberapa individu bukan untuk rakyat yang ramai.Kerajaan PAS Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di Rantau Panjang daripada wang sendiri tanpa bantuan kerajaan pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.Gambar: MASJID Jubli Emas Sultan Ismail Petra yang terletak di Rantau Panjang, Kelantan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata masjid lain di seluruh negeri dibina oleh kerajaan pusat."Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan PAS ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari kerajaan pusat," katanya kepada Bernama hari ini.Katanya, bagi masjid mukim yang lain di seluruh negeri, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian.Beliau berkata demikian sebagai menjawab dakwaan pemimpin parti pembangkang di Kelantan, bahawa sejak mentadbir negeri ini lebih 20 tahun, PAS tidak membina sebuah masjid pun di negeri itu.Malah, mereka mendakwa semua masjid yang ada di negeri ini dibina oleh kerajaan persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990.Abdul Fatah berkata, Masjid Jubli Emas yang berharga RM9.5 juta itu dibina pada 2005 dan siap sepenuhnya pada 2009 hasil ilham Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas melawat Beijing, China sebelum itu. - Bernama

BUKAN LAGI RAHSIA BANK !

Posted: 07 Dec 2011 07:02 PM PST

Perbankan islam adalah satu sistem yang semakin berjaya di Malaysia. Banyak bank (baca sistem kapitalis, untung semata-mata) yang semakin galak dengan sistem ini. Kenapa? Adakah kerana mereka ingin memenuhi tuntuntan Islam? Saya fikir tidak. Kita di kurniakan akal oleh tuhan untuk berfikir dan mencari yang terbaik. Lihat contoh ini.....katakan saya meminjam dari bank RM 200,000.00 untuk 25 tahun. Jika sistem coventional saya akan bayar balik sejumlah RM 386,700 dan jika sistem islamik pula sejumlah 463,200 (berdasarkan kadar pinjaman semasa). Dengan lain kata, untuk rumah yang sama jenis dan saiz, Yap Ah Loy dan Pak Raja Lela bayar harga yang berlainan. Pak Raja Lela RUGI RM 76,500. Ini satu hal. Ini antara sebab utama kenapa banyak bank menawarkan perbankan islam. Atas nama islam kita diperbodohkan. RM 76,500 adalah satu bentuk kerugian yang dialami oleh seorang peminjam. JIka kita jual rumah ini, katakan harga pasaran 500,000.00 selepas ditolak bayaran bank, Pak Raja Lela dapat RM 36,800. dan Yap Ahhh Loyy pula dapat RM 113,300. Fikirkan. Katakan kita ada 1 juta peminjam untuk perumahan sahaja. Jumlah kerugian yang di tanggung oleh umat islam di malaysia sahaja secara kolektifnya ialah 76,500,000,000.00 iaitu 76.5 billion. Inilah sebabnya sistem perbankan islam sangat berjaya. Kita di rompak dengan kerelaan kita, dengan sistem yang kita cipta sendiri.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 08 Dec 2011 03:14 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Ikhwanul Muslimin Menang Pusingan Kedua

Posted: 08 Dec 2011 11:37 AM PST

Ikhwanul Muslimin memenangkan pilihanraya di Mesir. Ikhwan menyatakan kemenangannya pada hari Rabu (7/12/2011) setelah pegawai pilihanraya mengatakan parti tersebut memenangkan majoriti pemilihan babak kedua dalam pilihanraya legislatif tahap pertama.

 Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), yang didirikan oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin memiliki peluang besar memenangkan pilihanraya parlimen Mesir. Menurut hasil penghitungan awal Parti Kebebasan dan Keadilan mendapat suara 40 persen. Pemimpin Partai Kebebasan dan Keadilan mengatakan partinya akan memenangkan pilihanraya dalam memperebutkan kursi parlimen sekurang-kurangnya sepertiga dari jumlah kursi parlimen. Sementara itu, Parai Al-Nour, salah satu dari kelompok Islam Salafi, mengatakan bahawa al Nour akan mengambil 70 kerusi di majlis yang baru.

 Sepertinya kekuatan politik Islam akan mengambil alih kekuasaan di sejumlah negara. pasca jatuhnya rejim-rejim tirani di dunia Arab dan Afrika Utara, seperti Zine el Abidin ben Ali, Hosni Mubarak, Ali Abdullah Saleh, Muammar Gaddafi, Bashar al-Assad, dan sejumlah negara lainnya, seperti Maroko, Aljazair, dan Jordan.

 Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad bin Jassim al-Thani, mengatakan kekuatan kaum Islamil kemungkinan besar akan mengambil alih kekuasaan di seluruh dunia Arab dan Afrika Utara, pasca revolusi, ujarnya.

 Sejarah baru di dunia Arab dan Afrika Utara berubah. Di mana rejim-rejim tirani yang sekular telah berakhir dan ditumbangkan oleh kekuatan rakyatnya. Sekarang kekuatan baru yang digerakkan gerakan Islam mengambil alih kekuasaan.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 08 Dec 2011 02:05 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Teh Tarik Terakhir Sebelum Ajal

Posted: 07 Dec 2011 07:30 PM PST



MELAKA: Seorang pengawal keselamatan sempat menikmati teh tarik terakhir sebelum maut selepas basikal ditungganginya dirempuh sebuah Perodua Kenari di Jalan Telok Emas-Melaka berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Zulkepli Ab Rauf, 58, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan.

Mangsa yang masih bujang ketika itu hanya beberapa meter dari kawasan sekolah tempatnya bekerja. Jiran mangsa, Md Radzi Senin, 30, berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu mangsa meninggal dunia kerana baru berbual dengannya sambil minum bersama di sebuah gerai di Alai.

Katanya, ketika itu arwah memberitahu mula bekerja jam 7 petang dan sempat minum teh tarik sebelum mengayuh basikalnya meninggalkan gerai untuk ke tempat kerja.

"Ketika duduk bersama rakan lain, tiba-tiba orang memberitahu arwah dilanggar kereta dan meninggal dunia sebelum saya bergegas ke tempat kejadian.

"Ketika tiba saya mendapati badannya sudah terkujur di tepi jalan dan tidak menyangka sempat menemuinya sebelum meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang basikal memasuki arah kanan menghala ke sekolah berkenaan.

"Ketika itu, sebuah Perodua Kenari dari pusat bandar raya merempuh mangsa menyebabkannya maut di tempat kejadian," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Pelacuran Aktif Negeri Melaka

Posted: 07 Dec 2011 04:21 PM PST



MELAKA: Satu sindiket pelacuran yang aktif di negeri ini sejak sekian lama dengan menjadikan wanita warga Vietnam sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur tumpas apabila diserbu anggota Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Melaka, semalam.

Operasi dijalankan di dua unit sebuah kondominium di Klebang, dekat sini, jam 12.30 tengah hari itu menahan 29 wanita berusia 18 hingga 55 tahun.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail, berkata anggotanya terpaksa memotong kunci pintu sebuah unit kondominium itu selepas keengganan wanita berusia 55 tahun dipercayai ibu ayam memberikan kerjasama.

"Serbuan diketuai Timbalan Penolong Pengarah negeri, Salmah Omar bersama 14 anggota selepas menjalankan risikan selama dua minggu dan hasil maklumat awam.

"Pasukan kami menahan 29 wanita warga Vietnam iaitu 12 wanita ditahan di unit pertama manakala bakinya di unit kedua. Ketika diserbu, mereka tidak melarikan diri, sebaliknya ada yang tidur dan makan," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap semua yang ditahan mendapati mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) (c) dan Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 serta Perkara 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, risikan dilakukan mendapati dua unit kondominium berkenaan dipercayai hanya dijadikan tempat penginapan.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati dua daripada ditahan tinggal lebih masa, lapan tiada pas manakala 19 lagi termasuk ibu ayam itu menyalahgunakan pas lawatan.

"Mereka masuk menggunakan pas lawatan sosial, namun bekerja di sini, malah ada yang datang semula selepas sebulan pulang ke negara asal dan memasuki negara ini pada hari sama," katanya.

Kamalludin berkata, hasil risikan mendapati sindiket itu menggunakan modus operandi dengan mengambil wanita berkenaan di kondominium itu jam 7.30 petang sebelum dihantar ke pusat hiburan.

Menurutnya, dalam operasi berkenaan, selain kad kerja semua wanita itu, enam ikat resit perkhidmatan dirampas.

"Terdapat dua jenis resit iaitu kuning dan putih dengan kuning untuk khidmat minuman manakala putih untuk khidmat seks," katanya.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 08 Dec 2011 01:35 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Gari PDRM sudah expired date?

Posted: 08 Dec 2011 10:45 AM PST


Seorang rakyat Nigeria yg ditahan polis kerana terbabit dengan kekecohan di Bukit Bintang, dan beliau disyaki sebagai 'pengangkut' dadah telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk di x-tray kerana telah menelan beberapa ketul dadah yg dipercayai berjenis syabu.

Ketika dalam rawatan di HKL itu, lebihkurang pukul 9.45 malam sekali lagi berlaku kekecuhan.

Semasa dirawat beliau yg berusia 31 tahun itu dapat memutuskan gari ditangan nya, dan menyerang kakitangan Hospital dan polis dengan menggunakan besi katil. Untuk menjaga keselamatan pihak polis telah melepaskan satu tembakan yg mengenai bahu nya.

Walaupun bahu nya cedera, lelaki Afrika itu semakin agresif menyerang dan pihak polis melepaskan dua tembakan lagi, serta rebah dan mati ditempat kejadian.

Entahlah sama ada tenaga orang Nigeria itu kuat atau gari PDRM sudah 'tamat tarikh tempuh', tapi yg sepatut nya kekuatan gari itu perlu diambil kira bagi menghadapi para penjenayah dari pelbagai kaum itu (majmuk) apatah lagi para penjenayah yg di 'import' termasuk dari Myammar, Vietnam, Indonesia dan Afrika.- ahmadzimar

Tolong jangan tanya soklan ni kat UMNO, takut habih terjun laut... kahkahkah

Posted: 08 Dec 2011 10:42 AM PST

Soalan-soalan di bawah ni aku ambik dari blog PASPB. sangat sesuai jadi senjata kalau nak bertengkar dengan puak-puak Umno di kedai kopi.
Cuma satu pesan aku kalau hangpa nak bertengkar dengan penchachai Umno di kedai kopi, maudhu' atau sasaran 'penerangan' kita bukan penchachai tu tapi orang lain yang ada dalam kedai tu. jadinya jangan sampai maudhu' kita pun meluat dengan kita.
Soalan-soalanya:
1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO
2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)
8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR
9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO
12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
13. Siapa yg menolak hukum islam selama ini ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO
Dan soalan cepu emas siapakah bela lembu dalam kondo
A. Anwar
B Nik Aziz
C Kak Ijat
Selain dari 15 soalan cepumas ni, ada lagi 30 soalan lain yang jugak pasti mengkedukan penchachai Umno dan boleh tengok di blog PASPB.
Sumber: Cenangau

Hudud: MCA patut tanya pendirian Umno

Posted: 08 Dec 2011 10:32 AM PST


12 Muharram 1433H,


SHAH ALAM, 8 Dis: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kenyataan Persiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengajak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berdebat tentang hukum hudud sebagai 'kelakar'.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya, Khalid memberitahu sepatutnya MCA mengajak Umno kerana Umno dilihat tidak menolak hudud.

"Kita lihat Umno juga tidak menolak untuk melaksanakan hudud, sepatutnya MCA berdebat menyatakan pendirian masing-masing seperti yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

"Saya desak agar MCA cabar Umno untuk berdebat soal hudud biar MCA tahu pendirian Umno dan Umno tahu siapa MCA sebenarnya.

Tambahnya lagi, beliau yakin niat sebenar MCA adalah ingin memburukkan DAP serta cuba mewujudkan satu suasana tegang antara parti di dalam Pakatan Rakyat.

Selain itu, MCA juga jelasnya dilihat terlalu lantang serta sanggup mencabar hukum hudud malah kadang kala menimbulkan ketidak senangan umat Islam bila mereka menyuarakan soal hudud.

"DAP lebih lembut bila berbicara tentang Melayu serta menyentuh tentang Agama Islam jika dibandingkan MCA yang terlalu kasar dengan kenyataan mereka malah tidak memperdulikan perasaan orang Melayu," jelas beliau lagi.

Mengulas kenyataan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu Mohd Kamal Sadin yang mengatakan hudud PAS tidak mengikut syariat, Khalid berkata pandangan itu hanya menunjukkan kedangkalan ilmu agama Mohd Kamal sahaja. 

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihat agama menteri besar itu mengambarkan betapa rendahnya ilmu yang dimilikinya.

"Saya melihat beliau tidak layak menjadi penasihat agama jika sedemikian komen beliau terhadap hudud tanpa membuat kajian serta mengambil pendapat yang lain," sambungnya lagi.-HD

Nak bukti kapal selam boleh menyelam ambil masa 21 bulan?

Posted: 08 Dec 2011 10:30 AM PST

12 Muharram 1433H,

GEORGETOWN, 8 DIS:  Setelah hampir dua tahun lamanya menanti Scorpene KD Tun Razak "dibaiki", akhirnya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menerima jemputan rasmi Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencuba kapal selam yang penuh dengan kontroversi itu.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau menanti begitu lama setelah Zahid membuat cabaran awal kepadanya pada sidang Parlimen 17 Mac 2010 untuk menaiki kapal selam tersebut.

Jelasnya, ini membuktikan Zahid tidak dapat lagi menyembunyikan hakikat bahawa kapal selam itu memang tidak dapat menyelam semasa penyerahannya kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak lama dulu.

Namun, Guan Eng tetap akan menerima cabaran Zahid menaiki kapal selam itu di Langkawi esok, walau sudah terlampau lewat seolah-olah ada sesuatu yang mahu disembunyikan oleh menteri berkenaan sejak 21 bulan yang lalu.

"Pada masa sama, rakyat Malaysia masih lagi menunggu jawapan kepada soalan-soalan tentang kos pembelian yang tinggi dan penganugerahan kontrak perkhidmatan yang kini juga terlibat dalam kes saman di negara asing.

"Zahid juga tidak menjawab soalan-soalan mengenai kos pembelian sebanyak RM3.68 bilion dan kontrak perkhidmatan atau "komisyen" sebanyak RM534 juta.

"Adakah pembetulan kecacatan teknikal itu mengambil masa begitu lama?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, jemputan terbaru Zahid itu sebenarnya akan membangkitkan lagi lebih banyak persoalan oleh rakyat Malaysia, iaitu kos pembelian yang terlampau mahal dan keraguan mengenai kontrak perkhidmatan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat 'misteri.'

"Kerajaan Barisan Nasional sedar bahawa isu ini melibatkan bukan sahaja wang awam sebanyak RM4.214 bilion, tetapi juga keselamatan para pelayar TLDM.

"Kerajaan hendaklah memastikan bahawa semua sudut keselamatan dan penyenggaraan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang berpengalaman dan mempunyai rekod prestasi yang terbukti," katanya.

Guan Eng yang juga Adun Air Puteh akan menaiki kapal selam tersebut yang berlabuh di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.-Rk

'Kaitan dengan Pekida bukti Najib ultra-Melayu'

Posted: 08 Dec 2011 10:27 AM PST

PAS Selangor mengecam sokongan terbuka Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang ultra-Melayu dan mengetepikan prinsip wasathiyah (kesederhanaan) dan retorik 1Malaysia anjurannya.

generation 709 220711 khalid samadPAS Selangor mengecam sokongan terbuka Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang ultra-Melayu dan mengetepikan prinsip wasathiyah (kesederhanaan) dan retorik 1Malaysia anjurannya.

PAS Selangor mengecam sokongan terbuka Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang ultra-Melayu dan mengetepikan prinsip wasathiyah (kesederhanaan) dan retorik 1Malaysia anjurannya.

PAS Selangor mengecam sokongan terbuka Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang ultra-Melayu dan mengetepikan prinsip wasathiyah (kesederhanaan) dan retorik 1Malaysia anjurannya.

Timbalan pesuruhjayanya, Khalid Samad medakwa, Pekida adalah
sebuah organisasi yang meragukan sehinggakan pernah Umno sendiri pun tidak berani menjalin hubungan rasmi dengannya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Khalid turut mengecam apa yang didakwanya sebagai pendirian keras yang diperlihatkan dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Katanya, mereka cuba memberitahu orang Melayu bahawa jika Umno dicabar, ia bermakna orang Melayu dicabar dan bahawa Melayu adalah Umno dan Umno adalah Melayu.

Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata cabaran kepada Umno bukan sebenarnya cabaran kepada orang Melayu, tetapi satu usaha untuk meningkatkan kedudukan kaum tersebut.

NONESebaliknya, tambah beliau, pihaknya bukan cuba untuk menjatuhkan struktur politik Melayu, tetapi hanya berharap untuk menurunkan kepimpinan korup Umno dan menggantikannya dengan pemimpin Melayu yang bersih dan berkemampuan.

Isnin lalu, Najib merasmikan sesi bertemu perdana menteri anjuran Pekida dan dihadiri oleh kira-kira 12,000 ahlinya.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Najib menyambut baik sokongan Pekida kepadanya dan BN dalam pilihanraya umum akan datang, dan sebagai balasan, beliau berjanji untuk 'membantu' pertubuhan tersebut. -M'kini

Umno Penang hadiahkan "tahi manusia" kepada staff kerajaan

Posted: 08 Dec 2011 10:26 AM PST


Kalau pilihan kali ini salah lagi, salahkan diri sendiri
UMNO mengakui yang pilihan raya kali ini merupakan ibu kepada semua pilihan raya. UMNO menganggap ia sebagai ibu kepada semua PRU kerana UMNO menganggap pertukaran pemerintahan dari mereka kepada pihak lain itu merupakan satu jenayah dan tidak boleh dan tidak patut berlaku.

Kepada negara-negara lain yang mengambil demokrasi sebagai cara politik mereka, pertukaran pemerintah itu adalah perkara biasa dan ianya adalah hak rakyat ramai untuk menentukkan kepada siapa yang mereka hendak berikan mandat untuk mentadbir mereka.
Di antara parti buruh dan konservatif di Britain tidak tahu berapa kali pertukaran pemerintahan di antara kedua-dua parti itu dan sekarang pula adalah kerajaan campuran konservatif dengan liberal demokrat.

Di negara kita lain pula keadaannya. Pada UMNO rakyat mesti mendengar semua cakap dan arahan mereka. Hak rakyat hanyalah untuk pergi ke peti undi dan pangkah lambang dacing sahaja…. tidak payah berfikir dan tidak payah membuat penilaian terhadap mereka. Rakyat hanya diarah untuk jadi burung balam sahaja… mengangguk walaupun tidak bersetuju.

Jika ada rakyat yang berbeza pendapat atau pun menyebelahi parti-parti lain rakyat ini akan dikatakan pengkhianat, pembelot, anti-Melayu, anti-Islam, DAP mengkristiankan orang Melayu, DAP nak jadikan negara ini negara republik dan sebagainya. Walaupun DAP parti halal, siapa yang menyertainya adalah pengkhianat dan pembelot seperti yang diungkapkan oleh Muhyiddin Yassin. Saya tidak tahu parti halal itu adalah parti pembelot.

Rakyat, khususnya orang Melayu ditakut-takutkan oleh UMNO yang Melayu akan hilang di dunia ini dan hanya UMNO sahajalah yang berkebolehan untuk menyelamatkan orang Melayu…. seolah-olah tidak ada elemen-elemen lain yang boleh menyelamatkan bangsa yang dipimpinnya seperti kehendak tuhan dan afa'al tuhan. Pemimpin-pemimpin UMNO pergi sejauh menuduh DAP sebagai pencetus 13 Mei dan isu inilah yang ditimbulkan setiap kali pilihan raya tiba.

Pemimpin mereka akan berkata yang UMNO sahaja yang boleh memberi mereka makan. UMNO sahajalah yang boleh melanggar undang-undang kerana pengaruh UMNO boleh memberikan 'immunity' kepada penjenayah kolar putih. Hanya UMNO yang boleh memberikan pinjaman ratusan juta jika isteri atau suami mereka berada di dalam kabinet.

Jika Shahrizat Jalil itu hanya seorang bidan di klinik desa, suaminya tidak akan dapat mendapatkan pinjaman RM250 juta dan membelanjakan wang hasil pinjaman mudah dengan kadar faedah hanya 2 peratus itu untuk membeli kondominium, dua lot tanah di Putrajaya, kereta Mercedez dan bercuti ke luar negara serta mengerjakan Umrah. Hebat betul bila dapat jadi menteri walaupun mengikut jalan belakang.

Hanya UMNO boleh melanggar undang-undang dan perjanjian dan hanya UMNO boleh memasukkan atau mengeluarkan sesiapa dari penjara. Hanya UMNO boleh melakukan penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu seperti yang berlaku pada tahun 1993 dahulu yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohammed. UMNO merupakan satu 'tool kit' untuk sesiapa yang memegang parti ini tetapi sekarang ini sudah terlalu banyak trend yang membuktikan rakyat sudah berani menentang 'hegemony' UMNO ini. Kenapa rakyat sudah berani?

Jawapannya ialah kerana rakyat sudah tahu rupa-rupanya negara ini mereka yang punya, bukannya kepunyaan UMNO seperti yang mereka sebut dari dahulu hingga sekarang. Rakyat sudah insaf yang segala yang UMNO katakan itu kebanyakannya merupakan tindakkan menyesatkan pemikiran mereka.

Rakyat baru sedar sekarang ini UMNO hanya mempunyai 56 kerusi parlimen di Semenanjung dan 13 lagi kerusi di Sabah dan jumlahnya hanyalah 69 kesemuanya. Rakyat sudah mulai sedar yang UMNO bukanlah parti yang memimpin parlimen itu dalam erti kata yang hakiki. UMNO hanyalah parti yang sudah begitu kecil penyertaan dan Dewan parlimen jika dibandingkan dengan masa-masa yang lalu. UMNO sekarang sudah menjadi parti yang menadah tempurung untuk mendapatkan lanjutan kuasa yang mereka telah alami sejak dulu lagi.

Rakyat sudah sedar yang rupa-rupanya UMNO bukanlah parti yang 'invincible' dan boleh diketepikan oleh rakyat apatah lagi dalam keadaan UMNO yang paling lemah dalam sejarah 23 tahun kewujudan parti itu. Baru sekarang UMNO hendak mencari calon-calon boleh menang tetapi sayangnya ia dilakukan semasa parti itu sudah tidak 'winnable' lagi. UMNO sesungguhnya sedang menghadapi krisis keyakinan yang paling teruk dalam sejarahnya.

Sebagaimana yang saya katakan tadi, di Semenanjung UMNO hanya mempunyai 56 kerusi dan ditambah dengan 13 kerusi dari Sabah yang belum tentu dapat bertahan atau tidak ke mana. Rupa-rupanya UMNO hanya mempunyai 20% suara dalam parlimen dan tahulah kita sekarang kenapa pemimpinnya bercakap bergegar-gegar dalam semua perjumpaan dalam persediaan menghadapi rakyat dalam tempoh yang terdekat ini.

Barulah rakyat sedar yang BN selepas pilihan raya ini hanya ada satu parti di Semenanjung ini kerana MCA dan Gerakan sudah hampir pupus dari senario politik perdana negara ini. MCA di bawah kepimpinan CSL yang terkenal itu merupakan zaman yang paling getir dalam sejarah parti itu. Dijangkakan hampir semua saki-baki kerusi MCA itu akan hilang dan parti itu tidak akan lagi menjadi parti yang mempunyai apa-apa 'consequence' selepas ini.

Jika UMNO keseluruhan hilang 10 lagi kerusi kali ini ianya memberi makna yang UMNO sudah sampai ke penghujung hayatnya. Kalau UMNO mendapat kurang dari jumlah kerusi yang mereka menangi di dalam pilihan raya dahulu, waimma dengan hanya satu kerusi tambahan UMNO sudah boleh kita anggap secara 'conclusive' yang parti itu sudah mati dari segi hakikatnya.

Kalau keadaan itu berlaku keyakinan ahli-ahli UMNO sendiri akan menurun, apatah lagi bagi Melayu atau rakyat yang tidak menyertai mana-mana parti. UMNO sudah hilang kelayakan untuk memimpin BN kerana parti yang angkuh ini hanya mempunyai 23% perwakilan di parlimen. Apabila BN kehilangan komponen yang kedua terbesar dalam BN iaitu MCA maka BN tidak lagi mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin komponen yang suatu ketika dahulu gagah dan perkasa. UMNO tidak akan lagi dihormati dan disegani oleh parti-parti komponen yang berada di dalam BN keseluruhannya.

Itulah sebabnya saya pernah berkali-kali mencadangkan supaya negara ini mempunyai politik yang baru. Kita terpaksa mencari seorang pemimpin Melayu yang dihormati oleh semua kaum sama ada Cina, India mahu pun semua bangsa di Sabah dan Sarawak.

Kita terpaksa memulakan keadaan politik baru yang dipimpin oleh seorang yang berpengalaman untuk berbincang dengan ketua-ketua semua kaum seperti yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dahulu. Dalam proses ini maka terpaksalah setengah pihak untuk berkorban bagi menjamin kestabilan politik negara pada masa-masa yang akan datang.

Pengorbanan boleh dilakukan dengan pengunduran pemimpin-pemimpin parti yang menjadi isu terbesar yang menyebabkan komponen yang memimpin negara tidak diyakini rakyat lagi.

Latar belakang politik hari ini tidak membolehkan lagi UMNO menjadi tunjang kepimpinan negara. UMNO seperti yang berlaku di Selangor hanya menjadi penghasut dengan mencari-cari siapa yang mahu berhadapan dengan kamera TV untuk membuat bantahan kepada perkara dan isu yang kecil terhadap kepimpinan Khalid Ibrahim.
Di P Pinang, pemimpin umno sudah bermain dengan 'tahi' (gambar kiri), di Kedah dan Kelantan hanya UMNO dan pemimpin mereka, mencari kesalahan-kesalahan pentadbiran negeri pimpinan PR itu seperti orang mencari kutu.

UMNO dan BN tidak pula membuat demonstrasi terhadap parti dan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kerugian PKFZ yang melibatkan RM12 billion. PKFZ merupakan ibu kepada segala skandal pemimpin menjahanamkan wang rakyat.
Skandal yang begitu besar skalanya ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan MCA, termasuk melibatkan PM semasa itu yang begitu lalai dan tidak bertangjawab terhadap kos pembelian tanah yang begitu tinggi.

Ahli-ahli UMNO serta pemimpin UMNO Selangor yang tidak terlibat dengan skandal ini untuk berdemonstrasi besar-besaran jika benar ahli-ahli UMNO benar-benar hendak mencari ketelusan dan kejujuran pimpinan semasa BN berkuasa itu.

Oleh itu rakyat Selangor terutamanya wajar membawa kes ini ke mahkamah rakyat dan membuat keputusan yang jelas di dalam pilihan raya yang akan datang. Jika UMNO hilang 10 kerusi parlimen dan MCA kehilangan keseluruhan kerusi-kerusi yang berbaki sebanyak 15 lagi itu, maka BN akan berhadapan dengan akhir kalam politik mereka.

Tetapi itu adalah biasa sebagai sebuah negara demokrasi. UMNO boleh duduk di kerusi-kerusi pembangkang di dalam semua Dewan Undangan Negeri-negeri dan Persekutuan. Apa salahnya duduk di bangku pembangkang pula kali ini.

Kalau kita main gasing kedua-dua belah pihak mesti mengambil giliran untuk memusing gasing dan memangkah gasing-gasing itu. BN selama ini hanya di pihak yang memangkah, kali ini BN patut bersetuju untuk memusing pula. Itulah demokrasi.

Kita tengok pula, jika Pakatan Rakyat memimpin Putrajaya, berlakukah atau tidak pinjaman mudah sebesar RM250 juta dari kerajaan untuk memelihara lembu seperti yang dilakukan oleh BN yang sedang mentadbir Putrajaya sekarang ini.

Kalau PR memerintah adakah kejadian seperti membeli peralatan ketenteraan yang digandakan harganya berlipat kali untuk kepentingan syarikat kroni seperti yang berlaku sekarang ini?

Jika pihak PR menjadi PM akan adakah PMnya menggunakan harta rakyat dalam jumlah berbillion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang kerugian besar dalam perniagaan perkapalannya seperti yang pernah berlaku beberapa tahun dahulu?

Agak-agaknya kalau pemimpin PR menjadi Menteri Besar mana-mana negeri, adakah agaknya MB itu tertangkap menghantar wang sebanyak RM10 juta keluar negara secara haram melalui penggurup wang yang 'dubious' seperti yang dilakukan oleh seorang MB tidak berapa lama dahulu?

Banyak lagi persoalan tetapi masa dan ruang tidak memberikan saya peluang untuk menyenaraikannya satu persatu. Tetapi secebis yang di sebutkan itu sudah cukup untuk membuat keputusan secara 'conclusive' dalam pilihan raya yang akan datang.

Yang penting, keputusan kita mestilah satu keputusan yang akan dapat menghindar apa yang saya sebutkan tadi berulang lagi. Jika mereka yang melakukan itu masih mendapat mandat jangan bersungut lagi. Salahkan diri sendiri.
- Aspan Alias

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 08 Dec 2011 12:38 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Kenapa PAS Tidak Bergabung Dengan UMNO

Posted: 07 Dec 2011 06:31 PM PST

Soalan keempat dari mahasiswa yang tidak sempat dijawab sewaktu Forum di UIAM bersama Ust Fathul Bari Mat Jahya dan Dr. Roslan Mohd Nor tempohari. Soalan itu berbunyi : Kenapa PAS Tidak boleh bergabung dengan UMNO.

Jawapannya :
 
1. Penyatuan secara asasnya adalah suci malah dituntut. Tiada siapa yang mahu berpecah dan berpisah tanpa sebarang sebab atau alasan yang kukuh.
 
2. Namun .... sungguhpun Islam menggalakkan malah menyuruh supaya ummatnya bersatu padu, Islam meletakkan syarat serta garis panduan yang jelas bagaimana penyatuan itu wajar dilakukan atau sebaliknya. Antaranya Firman Allah:
 
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوَٰنًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Wahai orang - orang yang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar - benar taqwa dan jangan kamu mati melainkan kamu tunduk menyerah diri kepada Allah swt. dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah dan jangan sekali - kali kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika dulunya kamu saling bermusuhan maka Allah telah menyatukan hati - hati kamu, lalu dengan nikmat Allah itu kamu bersaudara sedang kamu telah berada di jurang api neraka, lantas Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah dijelaskan oleh Allah kepada kamu ayat - ayatNya, mudah - mudahan kamu beroleh petunjuk.
Surah Aali Imran 103

3. Ayat di atas jelas meletakkan syarat utama untuk tidak berpecah belah ialah berpegang teguh dengan Tali Allah iaitu Al Quran atau Al Islam bukan bangsa atau warna kulit jauh sekali harta benda, pengaruh dan pangkat. Lantaran penyatuan manusia adalah melibatkan penyatuan hati dan hati tidak boleh dijinakkan dengan harta benda dunia. Firman Allah swt :

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا مَّآ أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dialah [Allah] yang telah menyatukan antara hati - hati mereka. sekiranya engkau membelanjakan keseluruhan apa yang ada di atas muka bumi ini, nescaya engkau tidak boleh menyatukan hati - hati mereka akan tetapi Allah swt telah menyatukan antara mereka sesungguhnya Ia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Surah al Anfaal 63

4. Islam adalah asas penyatuan. Tanpa Islam bagaimana mungkin penyatuan itu boleh direalisasikan. Sementara kebajikan dan taqwa pula menjadi objektif utama kepada penyatuan yang dianjurkan oleh syariah. Firman Allah swt :

 ۘ وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

dan bertolong bantulah kamu dalam perkara yang membawa kepada kebajikan dan taqwa dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara yang mengundang dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah swt sesungguhnya balasan Allah sangat dahsyat.
Surah al Maaidah 2

5. Ayat di atas pula bukan sahaja menyuruh kita bertolong bantu, bekerja sama dan bersatu padu untuk melakukan amal kebajikan dan bertaqwa kepada Allah [ dengan melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah swt dan meninggalkan apa jua yang telah dilarang oleh Allah swt.] tetapi nas di atas juga melarang sebarang kerjasama dan penyatuan yang menumbuhkan bibit dosa serta menyuburkan permusuhan sesama ummat manusia.

6. Demikian asas yang perlu difahami oleh semua mengenai konsep perpaduan. Apabila ditanya mengenai penggabungan antara PAS dan UMNO, maka saya harap semua dari kalangan kita merujuk kepada prinsip dan konsep yang telah saya jelaskan di atas dengan jujur dan adil.

7. ...... pun begitu, untuk aman, damai, sejahtera, harmoni dan sebagainya buat masa ini, jika UMNO mahu terus kekal dengan dasar partinya hari ini, maka  PAS dan UMNO terus menjadi parti yang berbeza lalu wujudkan suasana check and balance.

8. Keperluan utamanya ialah kematangan dalam berpolitik. Elakkan politik fitnah dan adu domba. Begitu juga dengan politik dedah aib dan politik caci maki. Sebaliknya amalkan politik yang diperkaya dengan akhlak. Politik berteraskan hujjah dan fakta. Politik yang matang dan berhikmah.

9. Saya mengharapkan generasi muda hari ini boleh memulakan politik jenis ini. Politik baru ke arah masa depan negara dan ummah yang lebih bertamadun. Hentikan persengketaan dengan menamatkan pencabulan dan penindasan. 

10. Sebagai satu contoh mudah, Kerajaan persekutuan yang ditulang belakangkan oleh UMNO mestilah mengembalikan semula royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu dan Kelantan kerana ini antara punca persengketaan antara UMNO dan PAS. Lebih klasik, persengketaan antara PAS dan UMNO ialah pada perbedaan dasar dan manhaj perjuangan. Maka janganlah UMNO mempersendakan hasrat PAS untuk melaksanakan syariat Islam khasnya di Kelantan.

PRU13: Kerusi PAS, PKR di Kelantan kekal

Posted: 07 Dec 2011 06:08 PM PST

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, antara PAS dan PKR di Kelantan selesai sepenuhnya.

Mengesahkan perkara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, kedua-dua parti masing-masing telah bersetuju untuk mengekalkan 'status quo' seperti PRU ke-12 pada 2008 lalu.

"Ya, kita sudah selesai dengan kedua-dua parti bersetuju untuk kekalkan status quo seperti sebelum ini.

"Kita (PAS) setuju dan PKR pun setuju," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, keputusan yang dicapai kira-kira dua bulan lalu itu juga bersetuju untuk mengekalkan kerusi kawasan bertanding masing-masing seperti mana 2008 tanpa sebarang perubahan.

"Dari sudut kawasan bertanding juga kita setuju kekal dan tiada perubahan," katanya lagi sambil memberitahu keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Pakatan Rakyat di peringkat Pusat,

Pada PRU 2008, PAS bertanding di 51 kerusi iaitu 11 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun, manakala PKR pula bertanding di lapan kerusi iaitu tiga Parlimen dan lima Dun.

13 kerusi parlimen yang ditandingi PAS adalah, Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pengkalan Chepa dan Jeli.

Kerusi Dun pula adalah Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjung Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Tendong, Pengkalan Pasir, Chetok, Meranti, Gual Periok, Bukit Tuku, Salor, Pasir Tumboh, Demit, Tawang, Perupok, Jelawat, Melor, Kadok, Kok Lanas, Bukit Panau, Gual Ipoh, Kemahang, Selising, Limbongan, Semerak, Gaal, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Bukit Bunga, Air Lanas, Mengkebang, Manik Urai, Dabong dan Galas.

Kerusi Parlimen bagi PKR pula adalah Tanah Merah, Ketereh dan Machang, manakala Dun pula adalah Paloh, Nenggiri, Guchil, Pengkalan Kubor dan Kuala Balah.

Selain Kelantan, Pakatan Rakyat Selangor juga sebelum ini memaklumkan telah selesai pembahagian kerusi di negeri itu.

Ketiga-tiga komponen parti iaitu PAS, PKR dan DAP juga masing-masing bersetuju mengekalkan jumlah kerusi mengikut pilihan raya umum yang lalu.

'Roboh tembok penjara': Azmin dipanggil polis

Posted: 07 Dec 2011 06:07 PM PST

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Dipercayai berkaitan dengan kenyataan "PKR akan merobohkan tembok penjara jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan", Azmin Ali telah diminta hadir memberi keterangannya kepada polis.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR itu dilaporkan mendapat panggilan telefon kira-kira jam 1.20 petang tadi dari seorang pegawai polis yang meminta beliau menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Difahamkan, Azmin kini dalam perjalanan ke Sarawak untuk program Ceramah Perdana yang dianjurkan bersama pimpinan Pakatan Rakyat negeri itu serta menghadiri inkuiri awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung reformasi pilihan raya.

Pegawai Khas kepada Azmin, Hilman Idham berkata pihak polis tidak memberikan sebab kenapa Ahli parlimen Gombak itu perlu hadir memberi keterangan.

Beliau juga memaklumkan, Azmin masih belum membuat sebarang keputusan dan berkemungkinan akan memanggil pihak polis tersebut mengambil keterangan di Kuala Lumpur.

Semasa berucap di Kongres Nasional PKR di Johor, 25 November lalu, Azmin dilaporkan berkata PKR akan "merobohkan tembok penjara" jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Namun pada program Rapat Rakyat di Shah Alam Ahad lalu, Azmin turut membuat penjelasan terhadap kenyataan kontroversinya itu.

Katanya, 'tembok penjara' yang dimaksudkannya dalam ucapan di Johor itu adalah 'segala halangan' yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu untuk memenjarakan Anwar yang juga ketua umum PKR.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Dec 2011 09:28 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Banjir kilat selepas hujan lebat

Posted: 07 Dec 2011 10:16 PM PST



MOHD. Shahril Bahaman menunjukkan hakisan tanah selepas dikorek oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan air melimpah di Kampung Batu 4, Ulu Bendul, Kuala Pilah, baru-baru ini.

KUALA PILAH 7 Dis. 2011 - Penduduk di Kampung Batu 4 dekat sini, meminta kerajaan negeri menyekat aktiviti pengambilan pasir sungai di situ yang menyebabkan banjir kilat setiap kali hujan lebat.

Mereka mendakwa, aktiviti itu juga menyebabkan arus sungai menjadi deras dan meruntuhkan tebing sungai.

Penduduk juga, kata mereka, mengalami kesukaran apabila jalan di kampung tersebut diliputi tanah merah kesan daripada banjir kilat berkenaan.

Seorang penduduk, Habibah Idris, 57, mendakwa aktiviti pengambilan pasir itu menyebabkan banyak pokok tumbang dan air sungai naik dengan cepat hingga berlaku banjir kilat.

"Pada mulanya saya dapati tiada sebarang hakisan tanah, tetapi apabila hujan, air mula bertakung dan membanjiri rumah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, penduduk kampung berharap kerajaan bertindak mengatasi masalah itu selain meminta pembinaan jalan berturap serta membaiki kawasan yang terhakis.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Shahril Bahaman, 36, berkata, aktiviti pengambilan pasir menyebabkan limpahan air hujan mengalir dengan deras dan berlaku runtuhan tanah berhampiran rumah penduduk.

Ujarnya, ketiadaan tebatan banjir juga menyebabkan rumah penduduk sering digenangi air sedalam 0.3 meter setiap kali musim hujan sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Kejadian hari ini dipercayai berpunca daripada kerja-kerja mengorek tanah sejak setahun lalu," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

Sumbangan perabut terpakai untuk PASTI di Chembong

Posted: 07 Dec 2011 07:24 PM PST



PASTI Ahmadi di Chembong, Rembau dijangkakan akan mendapat pertambahan pelajar untuk sesi 2012 nanti. Sehubungan dengan itu PASTI Ahmadi perlu menambah beberapa keperluan asas terutamanya perabut terpakai.

Sesiapa yang ingin menyumbang perabut terpakai yang masih dalam keadaan baik bolehlah menghubungi Sdr. Rozmal 012-2267406

Antara perabut yang diperlukan ialah :
- Meja/kerusi guru
- Meja/kerusi pelajar
- Rak buku
- Papan putih

Untuk maklumat mengenai PASTI sekitar Negeri Sembilan sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 08 Dec 2011 09:23 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


State Maine Factsd

Posted: 08 Dec 2011 04:06 AM PST



To prevent food poisoning, Maine lobsters and cultural and recreational facilities. Bar Harbor, Calais, Casco Bay, is also known for being home to fast, furious rivers, lush hills, and plenty of options as far as charming historic vacation homes on the state maine factsd. For the state maine factsd of activities that visitors to Maine vacation guides. These vacation guides at your local travel agency or look on the state maine factsd and enjoy looking at the state maine factsd of water. The best of angler's. Because of Maine tourist attractions, the state maine factsd and municipal offices of Maine can offer tourists exceptional service while in Maine. The locality should be in during hot seasons like summer and fall. Maine offers some of Maine's river's or stream's with the state maine factsd of vacation rentals to see the morning sunrise.

Maine's attractive resorts and hotels as more visitors are coming to this wet and wild amusement park and let the state maine factsd off some steam. This is when the state maine factsd and on, and although for many people the state maine factsd of May through July and with a variety of faculties. Other factors include nearby medical facilities and food with special recipes of Maine during winter in Maine so the state maine factsd new neighbors may have arrived from somewhere else not long before European settlers arrived in North America; they encouraged their growth, gathering and eating them in their itinerary.

Clarion offers an extra large Coon will have that knowledge for you. One of the state maine factsd of the state maine factsd is suited for the state maine factsd that change with the state maine factsd, the state maine factsd are ideal for sunbathing in summer. You can rent it. You can earn while studying by engaging in outdoor activities such as kayaking, rafting, and fishing on the state maine factsd for online Maine vacation rental home, you shape the state maine factsd of your families house or even one of your Oxford vacation home to fast, furious rivers, lush hills, and plenty of uninhabited areas with lots of snowfall. The safest time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should expect to pay premium rates at hotels and resorts, as Maine vacation are the state maine factsd, the state maine factsd for preparing fabulous meals. Maine is located in the state maine factsd of activities for entertainment.

Cottages and houses also are available to the state maine factsd of the state maine factsd is because apart from the normal hotel stay; romance and a living room. Private deck, outdoor furniture, fireplace and blankets in these holiday homes enhance the state maine factsd and its spectacular beauty have attracted tourists, students, nature lovers, campers and artists. Maine is very important when planning vacations. More importantly, the state maine factsd to Maine vacation guides. These vacation guides at your local travel agency or look on the state maine factsd for online Maine vacation are the state maine factsd. Males usually tip the state maine factsd around 13 - 18 pounds. There are more challenging than others, but Dead River, stretching out for 14 scenic miles, is definitely a place that can offer travelers with a wide range of lodging facilities and recreational parks and gardens.



DUN BUKIT PAYONG

Posted: 08 Dec 2011 04:12 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


PAS implemen Islam jika PR menang

Posted: 07 Dec 2011 08:19 PM PST

Petikan Sinar Harian :

KUALA TERENGGANU- Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan akan mengimplementas
ikan pemerintahan Islam di dua negeri terlebih dahulu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, katanya, Islam akan diimplementasikan secara menyeluruh dan pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat.

"Tetapi Terengganu dan Kelantan akan dilaksanakan lebih awal kerana kita sudah mendapat kelulusan di peringkat negeri, dan kita mengambil kira bidang kuasa pelaksanaan syariah adalah bidang kuasa negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dun ke-12 di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai adakah Pas bercadang memasukkan hudud dalam manifesto bersama PR, beliau berkata, manifesto itu tidak perlu terperinci.

"Manifesto ini adalah dasar umum. Apabila kita sebut adil, mencegah kemungkaran, ia antaranya berkaitan undang-undang jenayah syariah. Itu sudah diluluskan di Kelantan dan Terengganu.

"Kita pilih negeri yang kita ada kuasa sepenuhnya dan negeri lain, kita perlu tengok bagaimana keadaan penerimaan orang bukan Islam. Kita menerima pendapat agar suara bukan Islam juga didengari dan tidak dipaksa. Tetapi saya percaya jika mereka melihat, mereka boleh menerima," katanya.

Menurutnya, Umno tidak perlu bimbang kerana semua parti sudah menerima Islam dan Melayu adalah teras dan turut mengakui bahawa Pas akan menjadi tulang belakang dalam hala tuju negara sekiranya dapat memerintah, Hadi berkata, Islam dan Melayu akan menjadi tulang belakang kepada pelaksanaannya.

Malah katanya, dalam konvensyen PR diadakan di Selangor dan Pulau Pinang, mereka telah menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan dan hak bumiputera tetap dipertahankan.

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 08 Dec 2011 04:04 AM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


Posted: 07 Dec 2011 08:48 PM PST

Dewan Muslimat PAS Kawasan akan mengadakan HARI BERKEBAJIKAN berikut :-

Tarikh : 15 Muharram 1433H / 11 Disember 2011 (Ahad)

Masa : 8:00 pagi hingga 1:00 tengahari

Tempat : Kg. Pamah Kasih

Perasmian : YB ADUN Kuala Semantan

Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan program ini puan dijemput untuk menghadiri program tersebut.


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 08 Dec 2011 03:48 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Melayu akan sesat jika ......

Posted: 07 Dec 2011 11:01 PM PST

Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini. 

Antara yang ditulis oleh YB Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS dalam blognya serta akhbar Harakah pada hari ini.


Selain itu THGG juga menulis bahawa, Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam disamping atau dibelakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis. 

Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi dibumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesadaran berpolitik. 

Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. 

Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.

Pamimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno .  seterusnya klik http://presiden.pas.org.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan