DUN BUKIT PAYONG Posted: 05 Dec 2011 04:22 AM PST DPPNT cabar penasihat agama MB debat Posted: 04 Dec 2011 09:31 PM PST Marang : Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) hari ini mencabar penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin untuk berdebat secara ilmiah berkenaan hukum hudud. Cabaran ini dikeluarkan oleh ketua DPPNT Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam usaha untuk menerangkan keadaan sebenar hukum hudud kepada masyarakat yang sering diputar belitkan oleh Barisan Nasional (BN). Beliau berkata demikian setelah tersiarnya laporan yang mengatakan Mohd Kamal mendakwa bahawa hukum hudud kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah. Bercakap pada forum berjudul 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia' di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal dipetik sebagai berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis. "Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam. "Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun." Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan. "Dalam Islam, ini sepatutnya haram." Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam. Menurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa. "Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil." PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka. Forum itu juga turut disertai oleh ulamak muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya. "DPPNT merasa amat kesal atas kenyataan yang tidak bertanggung jawab ini.Apatah lagi dia bercakap dihadapan bukan Islam yang pastinya akan menambah kekeliruan kepada mereka. Maka saya sebagai ketua DPPNT dengan rasminya mencabar Mohd Kamal untuk berdebat secara terbuka berkaitan perkara hudud ini. Kita mahukan debat ini terbuka kepada semua agar segala kekusutan yang sengaja diada-adakan berkenaan hudud oleh BN akan terurai. Mereka mesti berani, jangan lempar batu sembunyi tangan," tegas beliau. | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 05 Dec 2011 03:43 AM PST |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 05 Dec 2011 01:56 AM PST Golongan Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka Posted: 05 Dec 2011 01:00 AM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - Golongan Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka ::. Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul! 1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat... ..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya. 3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya... ..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ... tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU... " Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita. DarulMujahidin/- | Tiada satu pun sekolah Cina dijanjikan PRU-12 siap dibina Posted: 05 Dec 2011 12:45 AM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - Tidak ada sebuah pun daripada enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang dijanjikan oleh kerajaan BN pada pilihan raya umum 2008 yang telah siap dibina, manakala hanya satu yang sedang dalam pembinaan selepas lebih tiga tahun berlalu. Rasa tidak puas hati itu antara 15 isu yang meliputi 43 kehendak yang disuarakan menerusi satu memorandum daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), iaitu Dong Jiao Zong (DJZ) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. azlanDalam memorandum itu, DJZ juga meluahkan rasa tidak puas hati sekolah-sekolah aliran bahasa Cina dan bahasa Tamil yang mendakwa menghadapi layanan yang tidak adil selama ini, terutamanya berhubung masalah perguruan, peruntukan wang dan pembinaan sekolah. "Pada tahun 1999 hingga 2008, kerajaan telah meluluskan pembinaan 16 buah SJKC baru dan perpindahan 75 buah SJKC sedia ada. "Sehingga 15 Julai 2011, hanya lapan buah SJKC baru dan 54 SJKC yang dipindah siap dibina. Kini, terdapat tiga buah SJKC baru masih dalam pembinaan, manakala pembinaan lima buah SJKC baru masih belum dimulakan. Selain itu, terdapat 21 buah SJKC yang dipindah berkenaan masih belum siap dibina," petik memorandum itu. Terpaksa kutip derma Menurut DJZ, pada setiap Rancangan Malaysia, kerajaan telah membina banyak Sekolah Kebangsaan mengikut keperluan pembangunan, akan tetapi, kerajaan tidak membina SJKC yang mencukupi. "Sehingga kini, kerajaan masih tidak mengumumkan bilangan SJKC baru yang akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (Tahun 2011-2015). damansara school open 030107 new pupils"Selain itu, maklumat berkenaan tempat pembinaan SJKC baru, peruntukan pembangunan, agihan tanah rizab sekolah dan jadual waktu pembinaan sekolah juga tidak diumumkan," petik memorandum itu. Menurut DJZ, peruntukan pembangunan yang diagihkan oleh kerajaan kepada SJKC juga adalah tidak adil dan tidak mencukupi. "Ini menyebabkan SJKC perlu mengutip derma daripada masyarakat bagi menampung perbelanjaan pembinaan dan penyelenggaraan sekolah dan sebagainya. "Selain itu, terdapat juga SJKC yang membuat permohonan kerusi meja tidak diluluskan atau menghadapi pelbagai rintangan, sehingga terpaksa meminta Sekolah Kebangsaan memberi kerusi meja yang berlebihan kepada SJKC," petik memorandum itu. malaysiakini/- | Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat Posted: 05 Dec 2011 12:30 AM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan. Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha' yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina. Jumhur fuqaha' juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut: a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan; b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah. Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan. Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut. Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama' mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak. Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut. jakim/- | Melekat belakang lori kontena Posted: 05 Dec 2011 12:00 AM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - PELABUHAN BARAT - Seorang pekerja percetakan yang baru 13 hari menyambut hari jadi maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang lori kontena di Jalan Pelabuhan Barat, di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu, mangsa dikenali V Nagarathinam, 30, yang tinggal di Banting dikatakan dalam perjalanan menghala Pelabuhan Barat dipercayai tidak perasan dengan kewujudan lori kontena itu yang rosak dan di parkir di lorong kanan. Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, mangsa dipercayai gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang lori kontena itu menyebabkan bahagian hadapan motosikalnya remuk dan melekat pada lori itu. "Berikutan rempuhan kuat itu, mangsa yang masih lengkap bertopi keledar mengalami kecederaan di bahagian dada serta patah kaki meninggal dunia dalam keadaan terlentang di atas motosikalnya jenis Yamaha Lagenda. "Kejadian itu hanya disedari pemandu lori yang berusia 38 tahun apabila terdengar bunyi dentuman kuat secara tiba-tiba memaksanya memeriksa kejadian itu," katanya. Menurutnya, pemandu lori kontena itu mendakwa kenderaannya secara tiba-tiba mengalami kerosakan teknikal ketika di lorong kanan. "Pada awalnya dia berusaha untuk beralih ke lorong kiri namun kehadiran beberapa kenderaan lain yang berada di lorong itu menghalang niatnya sekali gus dia mengambil keputusan terpaksa memberhentikan lori di lorong kanan. "Selepas beberapa minit menghentikan kenderaan dan memeriksa bahagian yang rosak, dia mendakwa sedang mengambil kon kecemasan untuk dipasang beberapa meter di belakang lori itu sebagai tanda amaran kepada pemandu kenderaan lain. "Namun belum sempat berbuat demikian, bahagian belakang lori kontenanya terlebih dahulu dilanggar mangsa," katanya. Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sinar Harian | Lima kemalangan dalam 48 jam Posted: 04 Dec 2011 11:55 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pelaksanaan lorong khas untuk bas dan teksi di sepanjang Jalan Tun Sambanthan dan Little India, di sini, sejak Sabtu lalu yang bertujuan mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan, bertukar tragedi apabila lima kemalangan berlaku dalam tempoh kurang 48 jam. Rata-rata kemalangan itu membabitkan bas dan pejalan kaki yang ingin melintas di kawasan itu. Pengunjung, Pramenenth, 41, berkata kebanyakan pengunjung di kawasan itu tidak menyedari perubahan yang dilaksanakan. Katanya, pihak bertanggungjawab tidak memasang papan tanda amaran secukupnya atau menyediakan laluan melintas jalan untuk pejalan kaki. "Ketika jalan ini sehala, pengguna hanya melihat ke kiri jalan untuk memastikan tiada kenderaan dan boleh melintas dengan selamat. "Apabila jalan ini dibuka kepada dua hala, pengunjung yang tidak tahu dengan perubahan ini melintas tanpa melihat kiri serta kanan dan menyebabkan kemalangan," katanya ketika ditemui. Katanya, sistem baru itu juga mengakibatkan keadaan jalan bertambah sesak dan menganggap pembaharuan itu sia-sia, bukan mengurangkan masalah sebaliknya memburukkan keadaan. "Saya tidak faham tujuan bas dan teksi dibenarkan melalui jalan ini kerana tiada perhentian bas di sini, malah mereka juga tidak dibenar menurunkan penumpang," katanya yang berharap sistem jalan berkenaan dikaji semula. Sabtu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka lorong khas untuk kegunaan bas dan teksi dari pusat bandar raya menghala Taman Seputeh dan Bangsar bermula dari persimpangan Jalan Tun Sambanthan atau Jalan Tun Sambanthan 4 melalui kawasan Little India ke Taman Seputeh dan Bangsar melalui Jalan Travers. Lorong berkenaan berkuat kuasa setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 8 malam. Penduduk P Yuthis, 22, berkata penduduk berharap jalan berkenaan dikembalikan kepada sistem asal kerana lebih memudahkan, biarpun terpaksa mengalami sedikit kesesakan. Sementara itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan melahirkan rasa dukacita mengenai lima kemalangan di kawasan berkenaan. "Kami akur kehendak rakyat yang mahukan perubahan, biarpun ia tidak bersesuaian. Apabila berlakunya kemalangan seperti ini, siapa yang perlu dipersalahkan dan perlu bertanggungjawab? Namun, saya akan berbincang dengan Menteri, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk tindakan selanjutnya," katanya. METRO/- | Pau dan Ikrar pulihkan Umno? Posted: 04 Dec 2011 11:50 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - PAU dah, ikrar dah, bai'ah dah , Najib kata UMNO pulih sepenuhnya - hebat! UMNO akhirnya menampakkan (walaupun cuba untuk berselindung) yang pemimpin-pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya sebenarnya memusuhi diri mereka sendiri. Perhimpunan Agung baru berakhir dan segala-galanya yang berlaku dalam perhimpunan itu, saya ulangi; UMNO sebenarnya memusuhi diri mereka sendiri. Samada mereka sedar atau pun tidak itu tidak pula saya ketahui. Apa kah sebabnya saya berkata demikian? Sebabnya mereka dalam ghairah menghentam semua parti lawan, mereka tidak sedar yang mereka sedang mengaku kelemahan mereka yang sebenarnya. Kecaman yang tidak terkira itu melambangkan kelemahan mereka sendiri. Jika UMNO dan pimpinannya kuat dan mendapat sambutan masakan mereka terpaksa melakukan kecaman yang keterlaluan yang sudah jauh terkeluar dari semangat demokrasi yang kita kononnya anuti sebagai wadah politik kita semua. Kerana rasa ketakutan UMNO telah bertindak dengan mengadakan ikrar sumpah taat setia kepada UMNO dalam menghadapi pilihanraya ini. Ini di sebabkan ada para perwakilan kalau tidak silap saya perwakilan P Pinang yang mengatakan salah satu dari sebab besar kekalahan calon-calon UMNO di mana-mana ialah kerana ahli-ahli UMNO sendiri telah memberikan undi dan sokongan kepada parti lawan. Kata-kata Musa Sheikh Fadzir ini benar. Saya telah menulis banyak kali tentang isu ini. Dalam ucapan penangguhan petang semalam, Presiden UMNO telah mengatakan PKR sedang menghadapi ahli-ahli parti yang keluar dari parti itu. Kata beliau 6 ahli parlimennya dan beberapa orang ADUN PKR telah keluar parti kerana tidak berkeyakinan terhadap PKR kononnya. Tetapi elok kita ingatkan pucuk pimpinan UMNO yang telah berucap bagaikan halalintar semalam yang sebenarnya yang paling ramai meninggalkan parti mereka ialah ahli-ahli atau apa yang di sebut sekarang ini sebagai orang UMNO. Dalam pilihanraya yang lepas lebih dari satu juta ahli UMNO telah mengundi parti-parti pembangkang di dalam peti undi….bukannya enam orang atau 5 orang sahaja. Itu merupakan jumlah yang terbesar meninggalkan UMNO selepas Dr Mahathir meninggalkan UMNO dan membawa ahli-ahli UMNO kedalam parti yang baru yang meminjam nama UMNO itu. Mengenali sikap dan perangai ahli-ahli UMNO, bai'ah yang dilakukan dalam Perhimpunan Agong itu tidak akan pergi ke mana pun. Bai'ah itu hanyalah melibatkan 5447 orang perwakilan sahaja. Silap-silap ramai di antara mereka juga akan tidak membantu UMNO dalam pilihanraya nanti. Saya yakin kerana ada 4 atau lima orang perwakilan yang saya kenal telah datang ke TTDI berjumpa dengan saya dan mereka sendiri berkata mereka juga tidak akan memberikan sokongan kepada UMNO kerana kepada mereka UMNO sudah begitu teruk tercalar dan tidak lagi di hormati oleh orang ramai. "UMNO sekarang ibarat dahan yang telah rapuh. Kalau dahan dah reput bang, takkanlah kita nak bernaung di bawahnya lagi! Takut-takut dahan itu patah dan jatuh, mati kita di hempapnya" kata salah seorang yang berjumpa dengan saya yang masih berbaju Melayu yang keluar dari Dewan Perwakilan PWTC itu. Perwakilan yang datang dari dua bahagian di Johor ini mengakui yang keadaan di Johor pun tidak begitu sedap bagi UMNO ini. "Lantak dia oranglah bang. Dia orang kata UMNO boleh menang selepas perhimpunan agong ni, itu dia punya pasallah. Kalau dengan perhimpunan agong boleh menang, panggil lah perhimpunan agong khas sehari dua sebelum mengundi nanti. Lebih indah khabar dari rupa bang! Walhasil balik asal bang! Biarkanlah dia orang buat kerja. Kita releks" kata seorang lagi. Sesungguhnya UMNO bermusuh kepada dirinya sendiri. UMNO memusuhi siapa sahaja yang buat kritikan. UMNO masih lagi melakukan mengambil wang rakyat secara haram tetapi dengan penuh sistematik dengan berbagai-bagai cara. Pemimpin-pemimpin rasuah ini akan bermati-matian untuk mempertahankan UMNO kerana UMNO itu merupakan modal perniagaan mereka. Kalau UMNO jatuh ia bermakna mereka akan hilang modal untuk berniaga dan 'commission' yang mereka selalu dapati. UMNO sekarang sudah takut kepada bayang-bayang sendiri. Pemimpin-pemimpin UMNO tahu yang ramai ahli-ahli UMNO akan sabotaj calon mereka sendiri. "Kita tunggu bang, apabila UMNO mengumumkan senarai calon nanti. UMNO akan kalah dalam banyak kerusi yang mereka pegang sekarang nanti. Cakap bolehlah! Pembangkang tidak payah berkempen sangat nanti" bentak seorang dari mereka. "Kalau UMNO merasa kuat apa payah-payah hentam pembangkang gila-gila? Dah kuat! Tak payah hentamlah! Jemu lah! Tiga hari kami mendengar kata-mengata orang lain. Parti sendiri tidak terjaga nak ambik tahu parti orang lain…menghina orang lain, mencaci..tak habis habis." Kata seorang perwakilan yang hanya di panggil dengan nama rengkas Man. Kata seorang lagi, "Dah 50 tahun bercakap tentang agenda Melayu, tetapi Melayu tak kemana juga. Berjanji-berjanji dan berjanji….pendusta besar!" Dalam pilihanraya nanti mereka akan bercakap agenda Melayu lagi tetapi Melayu tidak maju juga. Pendeknya UMNO telah gagal sama sekali untuk memperjuangkan agenda Melayu sejak beberapa ketika dahulu. UMNO hanya mengutamakan agenda 'kronism' mereka sahaja. Itu sebab mereka memaki hamun tanpa batas dan segala-gala kelemahan mereka, UMNO lemparkan kesalahan kepada parti-parti pembangkang. Apabila ramai ahli-ahli UMNO mengundi pembangkang, mereka menyalahkan parti-parti pembangkang. Ketakutan mereka terhadap pengaruh pembangkang memaksa mereka bertindak melakukan ikrar serta bai'ah dalam perhimpunan agong baru-baru ini. Mana ada parti dalam dunia ini terpaksa melakukan bai'ah untuk mengekalkan kuasa. Semua yang tidak pernah di lakukan oleh manusia yang berfikiran dilakukan oleh UMNO semata-mata untuk kuasa. Tindakan berbai'ah itu sahaja menunjukan yang UMNO tidak berkeyakinan untuik mendapatkan sokongan dalam pilihanraya yang akan datang. UMNO mengaku hebat tetapi kelemahan-kelamahan mereka di tayang-tayangkan kepada rakyat. Kuat apa namanya itu? Hanya seorang penakut sahaja yang selalunya menjerit-jerit serta terlolong-lolong minta tolong seperti yang ditunjukkan oleh DS Najib itu. Rupa-rupanya kepada pimpinan UMNO telah kembali pulih setelah berbai'ah dan berikrar di dalam Dewan Merdeka. Semuanya sudah selesai dan "UMNO akan menang besar dalam pilihanraya nanti'. Mereka (pimpinan UMNO) sebenarnya tidak dapat merasakan apa yang sebenarnya berlaku di bawah-bawah ini. Ramai yang tertunggu-tunggu di kawasan masing-masing, siapakah gerangan-gerangan yang akan di umumkan sebagai calon boleh menang itu. Jangan pula personaliti Abdul Wahab yang ada di dalam UMNO sekarang ditukar pula dengan Abdul Wahib seperti watak-watak dalam filem Tiga Abdul. Hendak mencari watak Abdul Wahub itu tidak mungkin dapat di cari dalam UMNO sekarang ini. Kalau ada pun Abdul wahub itu ia hanya merupakan kejadian yang kaddang…kaddang sahaja dalam UMNO. Tetapi kalau nak cari 'winnable candidates' dalam UMNO, yang perlu dipastikan ialah UMNO itu sendiri adalah 'winnable party'. Harakah Daily | Weta serangga terbesar Posted: 04 Dec 2011 11:45 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - WELLINGTON - Seorang pencinta alam sekitar, Mark Moffett, 53, telah menemui spesies serangga terbesar di Pulau Little Barrier di New Zealand. Spesies Weta yang bersayap selebar tujuh inci itu turut diisytiharkan sebagai serangga terbesar di dunia kerana beratnya melebihi 71 gram daripada burung pipit dan saiznya adalah tiga kali ganda daripada tikus. Moffett menyatakan terdapat lebih 70 jenis spesies Weta yang hanya memakan tumbuhan, serangga kecil dan buah-buahan ditemui di kawasan terpencil di New Zealand. "Seekor Weta betina yang sedang bertelur didakwa mampu mencapai berat sehingga lebih 70 gram," menurutnya lagi. SINAR HARIAN/- | Jaga tepi kain, bukan suruh selak kain Posted: 04 Dec 2011 11:44 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - PENANTI, 5 Dis: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menegaskan, Islam melarang sama sekali umatnya menyelak kain saudaranya sendiri sehingga boleh menjatuhkan maruah dan meruntuhkan tali persaudaraan. Sebaliknya, kata beliau Islam hanya mengajar umatnya menjaga 'tepi kain' saudaranya sendiri sebagai teguran sekiranya ada saudaranya yang terbabas terutama membabitkan akidah. Katanya, kelakuan menyelak kain atau menabur fitnah yang berterusan kepada saudaranya bukan kerja Islam sebaliknya kerja syaitan yang inginkan perhubungan antara umat Islam lebur sekaligus memutuskan pertalian. "Perbuatan menjagai tepi kain orang memang digalakkan dalam Islam kerana sikap tersebut boleh memperbetulkan semula sekira saudaranya terbabas, tetapi bukan sampai menyelak kain sehingga terburai semua yang selama ini orang tidak tahu," jelasnya ketika berucap dalam forum Perdana sempena Maal Hijrah anjuran Pejabat Exco Agama Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP), Briged Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Penanti di Kampung Terus semalam. Bagi beliau jika benar saudara seislam melakukan kesalahan, maka perlu menegur, menasihati dan mendekatinya agar tidak meneruskan tradisi fitnah sehingga boleh menjejaskan persaudaraan yang terjalin. Hari ini soalnya, kenapa perasaan menjagai tepi kain orang tidak lagi popular tetapi perbuatan menyelak kain orang sampai terburai semua perbuatan yang selama ini tidak diketahui ramai menjadi pilihan. Turut menjadi ahli panel pada forum bertajuk 'Demi Ummah... Ada Aku Kisah' ialah pendakwah bebas, Ustaz Mohd Hussain Yee dan peguam syariah, Rosidi Hussain yang dipengerusikan oleh Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan. Harakah Daily | Mengapa kekurangan minyak masak berulang? Posted: 04 Dec 2011 11:40 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU, 5 Dis: Bekalan minyak masak di Terengganu dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh. Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim (gambar) berkata, ini kerana mereka terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu. Menurutnya, selain itu beberapa negeri lain yang turut terlibat, antaranya tinjauan Lujnah Pengguna PAS Terengganu mendapati pasaraya-pasaraya di Kelantan juga mengalami kekurangan malah hampir ketiadaan bekalan. "Seolah-olah menjadi fenomena rutin, tinjauan mendapati, ramai pengguna yang kecewa mendakwa, ada pihak bertindak menyorokkan bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga akan naik sebanyak 40 sen sekilogram," katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya, minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50). Katanya, jika spekulasi itu benar, ia sangat menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari. Lantas, ujarnya Lujnah Pengguna PAS Terengganu mempersoalkan keberkesanan fungsi agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam mengawal selia perkara itu. "Lantaran keadaan ini telah berulang beberapa kali dan kita meyakini bahawa ini bukanlah untuk kali yang terakhir," ujarnya. Menurutnya, memegang status sebagai negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia, tentunya ketiadaan bekalan minyak masak itu menimbulkan pelbagai persoalan. "Apakah pihak pengeluar, pengilang, pemborong atau pengedar boleh bertindak sewenangnya demi keuntungan mereka tanpa sebarang tindakan berkesan dari agensi penguatkuasaan berkenaan sehingga rakyat terpaksa menanggung kesukaran?" soalnya. Beliau menambah, seorang penyelia di sebuah pasaraya di Besut yang enggan dikenali menyatakan kekurangan bekalan minyak masak di pasaran adalah disebabkan pembekal menggunakan alasan pengurangan bekalan, disebabkan kuota baru yang ditetapkan kerajaan yang mana kuota yang digunakan pula telah berusia hampir empat tahun. Kata beliau, sekiranya itulah antara sebabnya, maka lujnah pengguna menegaskan bahawa kuota tersebut adalah tidak relevan lagi, ia perlu ditambah. Menurutnya lagi, mana mungkin kuota yang diberikan sejak empat tahun lepas boleh sama dengan sekarang dengan pertambahan bilangan pasar raya besar dan kedai runcit serta bilangan pengguna. Katanya, kerajaan juga perlu mengetatkan penguatkuasaan terhadap pembelian bahan kawalan itu bagi mengelakkan penyelewengan selain memastikan hanya rakyat tempatan membeli dan menikmati subsidi yang diberi kerajaan. "Kita juga sukar untuk mempercayai bahawa alasan penggunaan minyak masak keluaran Malaysia oleh rakyat Selatan Thai menjadi punca kekurangan bekalan di negara ini kerana sebenarnya masyarakat muslim Selatan Thai kebanyakkan mereka telah menggunakan minyak masak keluaran Malaysia sejak zaman berzaman lagi lantaran mereka sebenarnya meragui status kesucian minyak masak keluaran negara mereka sendiri. "Apatah lagi bila kekurangan bekalan dilaporkan turut berlaku di Lembah Kelang, Kedah dan Pahang," ujarnya lagi. Harakah Daily | Soi Lek jangan undang kemarahan umat Islam Posted: 04 Dec 2011 11:36 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) meminta Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menutup mulut dan jangan bercakap mengenai Islam jika tidak mengetahuinya secara betul dan tepat. "Jika tidak, beliau 'menembak' sesuka hati tanpa fakta yang benar mengenai Islam," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. DPP Malaysia merujuk kepada sebuah forum bertajuk 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia' di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur pada hari semalam. DPP Malaysia, kata Riduan merasa Dr Chua Soi Lek amat biadap kerana mempertikai agama Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini. "Beliau tidak berhak bercakap mengenai Islam di dalam forum tersebut kerana beliau tidak tahu mengenai Islam," katanya. Katanya, jika ada wakil umat Islam yang turut hadir sebagai panel daripada Umno, ini tidak memberi gambaran beliau boleh bercakap apa sahaja mengenai Islam. Sepatutnya, kata Riduan Soi Lek menyentuh mengenai usaha beliau bagi membela bangsa kaum Tionghua di negara ini, serta bagaimana mahu mengembalikan sokongan masyarakat Tionghua kepada MCA, bukan bercakap mengenai Islam. Bagi DPP Malaysia, tegasnya isu Hudud atau hukum Islam tidak wajar dibincangkan secara terbuka oleh masyarakat bukan Islam kerana ia boleh mencetus polemik yang lebih besar. "Isu hukum Islam sepatutnya dibincangkan secara ilmiah oleh mereka yang berkelayakan dan melibatkan semua pihak, barulah isu ini mendapat penjelasan secara betul dan menyeluruh," tegasnya. Tambahnya, alasan pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan 'kemusnahan diri' jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia adalah alasan yang tidak boleh diterima sama sekali. DPP Malaysia menjelaskan, hakikatnya jika hukum Islam terlaksana di Malaysia, pelabur pasti akan datang ke Malaysia kerana matlamat undang-undang Islam meletakkan keadilan dan keselamatan kepada semua rakyat di negara ini. Secara logiknya, kata beliau jika keadilan dan keselamatan rakyat terkawal, pasti pelabur akan berani datang ke Malaysia kerana hak dan keselamatan mereka dijamin. DPP Malaysia juga menyangkal dakwaan Dr Chua bahawa sistem perundangan Islam tidak adil kepada semua pihak khususnya wanita. DPP Malaysia, ujarnya mempersoalkan dari manakah rujukan beliau sehingga mendakwa syariat Islam tidak adil khususnya kepada wanita. "DPP Malaysia yakin, jika beliau mendapat maklumat dan fakta yang sebenarnya, pasti beliau tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian. "DPP Malaysia menegaskan hukum Islam menjaga hak semua rakyat khususnya kaum wanita," katanya lagi. Dengan pelaksanaan hukum Islam, jelasnya sudah tentu kehormatan wanita akan terjaga di mana pelacuran, perzinaan, rogol, liwat, menuduh berzina dan liwat, dan lain-lain lagi tidak akan berlaku secara berleluasa seperti sekarang ini. Oleh itu, tegasnya DPP Malaysia meminta Dr Chua tidak lagi bercakap atau mengeluarkan kenyataan mengenai Islam jika tidak mahu mengundang kemarahan umat Islam. Katanya, DPP Malaysia sanggup bersemuka dengan beliau bagi memberikan penjelasan menyeluruh jika beliau mahu mendalami pengetahuan mengenai Islam. "Jangan kerana mahu meraih undi kaum Tionghua, undi Umno pula menyusut kerana umat Islam terlalu marah dengan beliau sehingga menghukum Umno pula," ujarnya. Harakah Daily | Umno dicucuk hidung, perlekeh hudud di pentas MCA Posted: 04 Dec 2011 11:31 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 5 Dis: Umno dilihat berada dalam keadaan terdesak serta bertekad memperjudikan agama Islam apabila sanggup menghina hukum hudud di pentas kendalian MCA. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkely Ahmad yang dihubungi Harakahdaliy memberitahu kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin amat mengejutkan dan mengecewakan. Mohd Kamal Sadin semalam dilaporkan mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah. Beliau yang bercakap pada forum berjudul 'Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia' di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, semalam berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis. Bagi Dr Dzulkefly, sepatutnya seorang yang mempunyai latar belakang agama perlu menyemarakan nilai-nilai murni Islam terutamanya hukum hudud dengan menonjolkan perkara-perkara yang baik sebagai menghilangkan kesangsian orang bukan Islam. "Perkara yang perlu dilakukan olehnya, sepatutnya menghilangkan kesangsian orang bukan Islam tentang sebenarnya hudud bukannya memperlekehkan kemuliaan hukum tersebut. "Perkara yang ditimbulkan oleh beliau itu sudah dijelaskan sewaktu di parlimen dan juga oleh tokoh-tokoh ulama, tetapi apa yang dilakukan oleh beliau adalah sebaliknya sehinggakan sanggup memperjudikan hukum Allah dan juga agama Islam," jelasnya yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor. Baginya, tindakan yang dilakukan itu jelas menggambarkan politik murahan serta terdesak Umno. "Islam diperlekehkan di pentas MCA demi mencari populariti politik bagi menghadapi pilihanraya umum nanti, yang mana kita sedia maklum MCA secara terang menentang hudud dari awal lagi serta mengeluarkan beberapa tohmahan sebelum ini. "Jelas kita lihat dalam keadaan sekarang Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun memperjudikan Islam demi undi untuk mereka dan orang agama di dalam Umno sekarang ini pun sanggup menggadaikan maruah mereka demi sokongan MCA. "Umno mengambil sikap kerdilkan diri kerana terlalu takutkan MCA, sehingga sanggup berdiam diri walaupun secara terang kenyataan MCA itu menggugat kesucian hukum Allah," sambungnya lagi. Dr Dzulkefly memberitahu politik murahan Umno itu sebenarnya menjerat Islam itu sendiri dan memberi peluang kepada MCA untuk menyerang perlaksanaan hudud. Katanya, sikap tidak mempunyai pegangan agama yang kuat di kalangan pemimpin Umno semestinya disukai oleh MCA kerana mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa ada tentangan dari Umno. "Umno telah dicucuk hidung oleh MCA sebab itu apa yang dikatakan oleh MCA tentang Islam, Umno tidak pernah membantah. "Kita di dalam Pakatan Rakyat wujud kesefahaman di mana DAP menghormati pendirian PAS terhadap hudud dan mengatakan DAP memperkudakan PAS itu tidak benar sama sekali," kata beliau lagi. Harakah Daily | PRU 13 untuk anak muda Posted: 04 Dec 2011 11:25 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - Apa khabar Malaysia? Semoga kita semua terus maju dan berpadu dalam memacu negara ini ke arah masa depan yang lebih cemerlang. PRU-13: Overview PRU-13 semakin hampir.Gendang sudah dipalu.Strategi sudah diatur.Semangat dan motivasi sudah mula dipupuk. Setiap pihak, sama ada BN ataupun PR, semakin rancak dan bersemangat merencana gerak kerja awal bagi menghadapi perlawanan genting itu nanti. Masing-masing sudah memasang target dan matlamat tersendiri, BN pasti ingin mempertahankan kemanangan dan PR pula pasti berusaha mencipta sejarah menerajui kepimpinan negara buat julung kalinya. Itulah matlamat mereka, yang pasti akan dilaksanakan oleh jentera masing-masing. PRU-13 dikatakan bakal berlangsung dengan penuh sengit dan hangat. Banyak analisa awal yang telah dibuat oleh para penganalisis politik berkenaan gambaran awal dan juga kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku pada PRU-13 nanti. Apa yang pasti, PRU-13 bakal menjadi satu pilihanraya yang akan menentukan status kedudukan parti-parti yang bertanding, samada ia masih mendapat sokongan dan kepercayaan daripada rakyat ataupun sebaliknya. Jika keputusan PRU-12 dahulu dikatakan satu sejarah baru dalam arena politik negara, penulis merasakan tidak mustahil akan tercipta satu lagi sejarah baru pada PRU-13 nanti. Dengan pelbagai peristiwa yang mewarnai pasca PRU-12 yang lepas sehinggalah ke saat ini, pasti satu lagi anjakan baru akan berlaku pada PRU-13 ini. Kedua-dua pihak, BN mahupun PR diselubungi dengan pelbagai isu dan krisis yang sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada graf dan corak undian kelak. Pasti semua itu akan dinilai dan diperhalusi oleh para pengundi dalam menentukan calon mahupun parti yang akan menjadi pilihan mereka nanti. PRU-13 dan anak muda Dalam setiap pilihanraya, pengundi adalah elemen yang paling penting dalam menentukan keberjayaan sesuatu pilhanraya itu. Ya, merekalah yang bakal memberikan kepada setiap calon yang bertanding tanda "X" sebagai tanda sokongan dan persetujuan mereka kepada calon tersebut untuk menjadi wakil kepada mereka di dewan negeri mahupun di dewan rakyat nanti. Sudah pasti, para pengundi ini akan dipancing oleh pihak yang bertanding dengan pelbagai 'umpan' untuk memilih mereka. Pilihanraya kali ini bakal menyaksikan ANAK MUDA menjadi sasaran utama parti-parti yang bertanding. Jika dilihat pada PRU-12 yang lepas, ANAK MUDA sebenarnya sudah memainkan peranan yang besar dalam melakar sejarah pada pilihanraya itu. Ini kerana, antara faktor kemenangan PR pada ketika itu ialah kemampuan mereka menguasai undi daripada anak muda. Namun pada kali ini, semua parti sudah mula sedar akan nilai undi seorang anak muda dalam memastikan kemenangan calon mereka. Jika dirujuk kepada angka terbaru pengundi muda yang didaftarkan oleh parti-parti politik, ia dengan jelas menunjukkan bahawa semua pihak memandang serius akan undi daripada golongan muda. Ini jelas lagi dibuktikan dengan isu sampingan seperti isu kebenaran mahasiswa berpolitik dan juga isu calon muda yang pasti ada perkaitannya dengan anak muda. PAS telah melancarkan kempen 'Orang Muda Geng Kito', manakala BN pula dengan tema 'BN Pilihan Orang Muda' dalam usaha memikat hati orang muda untuk mengundi mereka. Parti lain juga dilihat tidak ketinggalan dalam mendampingi golongan ini dengan pelbagai program yang disasarkan kepada anak muda telah dijalankan. YA, anak muda bakal menjadi PERMATA dan EMAS dalam PRU-13 nanti.Seharusnya, peluang ini perlu dipergunakan dengan sebijaknya oleh para pengundi muda dalam menentukan hala tuju pemerintahan negara untuk tempoh sekurang-kurangnya 4-5 tahun yang mendatang. Untuk itu, anak muda perlulah bersedia dari segenap sudut kerana sudah pasti mereka akan dihidangkan dengan pelbagai janji mahupun tawaran oleh kedua-dua pihak dalam usaha mendapatkan undi muda. Justeru, penulis ingin berkongsikan beberapa TUNJANG yang seharusnya menjadi asas kepada anak muda dalam menentukan aliran undi mereka nanti. Jauhkan undi sentimen dan warisan Kenapa penulis meletakkan perkara di atas sebagai salah satu isu yang perlu difahami dan dinilai oleh semua anak muda? Pada pemerhatian penulis, anak muda yang tidak terlibat secara lansung dengan mana-mana parti politik biasanya akan mengikut undi keluarga dalam memilih calon. Contohnya, jika keluarga itu kuat UMNO, maka anak akan turut mengundi UMNO. Inilah yang dikatakan sebagai undi sentimen dan warisan. Anak muda seharusnya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan budaya undi sebegini. Mereka perlu sedar bahawa undi itu adalah hak dan milik mereka dan seharusnya mereka mencari dengan sendiri arah undi yang akan mereka berikan nanti. Anak muda juga perlu berani untuk membuat pilihan sendiri, walaupun pilihan itu mungkin bertentangan dengan pilihan keluarga mahupun masyarakat setempat.Inilah nilai satu undi anak muda, penuh dengan kebijaksanaan dan ketelusan. Pilihlah dengan intelek dan berfakta Nilaian satu undi itu sangat berharga dan bermakna sekali. Justeru, pemberian undi itu perlulah berdasarkan fakta dan intelek yang jelas dan tepat agar ia diberikan kepada yang selayaknya. Sesuai dengan keadaan anak muda yang semakin bijak dan bermaklumat pada masa kita, fakta dan akal perlulah menjadi satu ukuran kepada para anak muda dalam menentukan siapakah yang bakal mereka undi kelak.Mereka perlulah membuat perbandingan yang adil dan saksama terhadap segala tawaran daripada setiap calon dan parti yang bertanding. Dengan perkembangan teknologi yang pesat, anak muda bolehlah mengambil peluang ini untuk mencari seberapa banyak maklumat daripada pelbagai sumber dan seterusnya menilai dengan sendiri. Anak muda tidak boleh sekadar mendengar daripada para pekerja parti sahaja, kerana sudah tentu mereka akan hanya menceritakan perkara yang memihak dan memberi pulangan kepada parti mereka sahaja. Anak muda juga perlulah bersifat terbuka dan berlapang dada untuk membincangkan segala isu mahupun tawaran-tawaran yang diberikan oleh semua parti dengan golongan sebaya. Capahkan minda dan pemikiran anda dengan berkongsi maklumat dan bertukar pandangan dengan golongan sebaya. Ini sudah pasti akan memberikan skop maklumat dan pengetahuan yang lebih besar dan seterusnya membantu para anak muda untuk membuat penilaian dan pilihan yang sewajarnya. Bukan sekadar mampu tapi telus memimpin Selain itu, anak muda juga perlu sedar bahawa setiap parti samada BN ataupun PR telah membuktikan kemampuan masing-masing dalam memimpin. BN telah membuktikannya semenjak merdeka, PAS telah membuktikannya di Kelantan, begitu juga dengan PKR dan DAP di Selangor dan Pulau Pinang. Penulis yakin, kesemua parti mampu menyediakan calon yang berkelayakan untuk memimpin dan mengurus tadbir negeri mahupun negara jika diamanahkan dengan kepimpinan ini. Walaupun begitu, dalam suasana sekarang, anak muda bukan lagi membutuhkan mereka yang tahu memimpin, namun apa yang terlebih penting sekarang ialah kita memerlukan calon yang TELUS dan AMANAH dengan jawatan wakil rakyat ini. KETELUSAN dalam pentadbiran amat penting bagi memastikan rakyat menikmati secara adil dan saksama segala hasil dan pendapatan negara. Pihak yang mampu menyediakan calon yang TAHU MENTADBIR dan juga TELUS sepatutnya menjadi pilihan anak muda. Pilihan untuk masa depan Ramai penganalisis politik yang menyatakan bahawa PRU-13 bakal menentukan arah tuju masa depan Negara, samada Malaysia mampu menjadi lebih baik, atau semakin mundur atau berada pada tahap yang sama. Anak muda perlu ingat bahawa masa depan itu adalah mereka, dan undi merekalah yang bakal menentukan masa depan mereka. Dalam membuat penilaian dan pemilihan, anak muda sewajarnya memandang untuk tempoh 10 tahun mendatang dengan membayangkan pelbagai kemajuan dan cabaran. Dengan pelbagai isu dan masalah yang melanda negara pada ketika ini, satu masa depan yang lebih cerah dan gemilang menjadi impian anak muda kini. Pilihlah mereka yang mampu berkhidmat untuk mencapai impian ini. Bukan sekadar undi Ya, undian anak muda itu tersangatlah penting dan ia bakal menjadi pemisah antara yang menang dan kalah. Namun begitu, anak muda perlu ingat bahawa tidak cukup bagi mereka untuk sekadar memberikan undi kepada calon semata-mata, tanpa anda sumbangan lain sebelum dan selepas proses pengundian itu. Apa yang penulis maksudkan ialah anak muda perlulah memperjuangkan undi mereka itu. Jika mereka yakin dengan seseorang calon dan percaya ia adalah pilihan yang tepat berdasarkan pemerhatian dan penelitian yang jitu, anak muda perlu berusaha untuk memenangkan calon itu. Maksudnya, anak muda perlulah turut sama-sama berkempen dan mempromosikan calon itu agar mendapat sokongan daripada masyarakat setempat. Tunjuklah cara dan kaedah kempen yang terbaik lagi berhemah. Ketepikan sentimen benci-membenci, saling mengata mahupun memfitnah calon lain. Fokuslah kepada menyampaikan tawaran yang diberikan dan meyakinkan rakyat untuk turut sama-sama memilih calon pilihan anda itu. Berhujjahlah dengan fakta dan maklumat yang benar. Jika calon pilihan anda itu menang, maka menjadi tanggungjawab anda juga untuk sama-sama bekerja dan membantu calon pilihan anda itu.Janganlah lepas tangan dan sekadar datang meminta semata-mata tanpa menunjukkan sebarang rasa ingin tolong dan bekerjasama dengan calon itu. Ingatlah, mungkin anda kelak yang bakal mengganti tempat YB itu. Siapa tahu! Akhir kalam: Undilah Keluarlah mengundi kelak.Ia adalah hak dan tanggungjawab anda. Tidak berguna jika anak muda hanya tahu mengkritik dan menuduh sahaja, tanpa ada usaha yang lebih jitu untuk memperbaiki keadaan yang rosak itu. Jika anda merasakan perlu satu transformasi dan reformasi, maka gunakanlah UNDI itu untuk menyakan agenda tersebut. Berikanlah undi anda kepada yang selayaknya. UNDILAH untuk masa depan anak muda yang lebih bersinar. Harakah Daily | Taat setia: Ahli Umno rasa berlaku khianat Posted: 04 Dec 2011 11:24 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - TEMERLOH, 5 Dis: Ikrar taat setia kepada parti dan surat akujanji membuktikan ada tanda-tanda tidak yakin terhadap ahli-ahli Umno sendiri menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, ini juga petanda parti tersebut yang baru saja menamatkan perhimpunan agung ke-62 kelmarin, sedang berdepan masalah dalaman begitu ketara sehingga memaksa perwakilannya bersumpah untuk menyokong calon yang bakal dipilih. Tuan Ibrahim berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas tindakan perwakilan Umno melafazkan sumpah taat setia kepada parti yang dipimpin Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari terakhir perhimpunan agungnya kelmarin. Sementara Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula mencadangkan semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat akujanji menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama Umno. Tambah Tuan Ibrahim, ahli Umno sendiri sudah merasai akan berlaku tindakan khianat dan belot sesama sendiri apabila orang-orang tertentu tidak dicalonkan. "Tindakan ahli Umno melakukan sumpah taat setia ini juga secara tidak langsung mengiktirafan terhadap apa yang PAS lakukan dahulu dan ternyata berkesan walaupun dulu dicemuh dan dikritik oleh pimpinan Umno. Mereka juga akhirnya melakukan perkara sama," katanya. Ujarnya, bai'ah memang terdapat dalam sejarah Islam bagaimanapun menurut Tuan Ibrahim, sumpah antara Umno dan PAS jauh berbeza. "Dalam PAS, kita lakukan sumpah bai'ah terhadap calon yang memenangi pilihan raya agar mereka tidak keluar atau lompat parti kerana mereka menang atas tiket PAS yang dipilih oleh rakyat. Sebaliknya, Umno melafazkan sumpah itu untuk tidak mengkhianati dan taat setia pada calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding. "Jadi jelasnya sumpah Umno ini lebih kepada pemilihan calon dan bukan dibuat kerana amanah yang diberikan oleh rakyat atau parti seperti dilakukan PAS," katanya. Lebih lanjut, katanya masalah dalaman yang berlaku dalam Umno sekarang tidak berlaku dalam PAS sebab tiada perebutan dalam parti itu. Malah katanya, terdapat calon yang dipilih pucuk pimpinan PAS datang semula dan mencadangkan nama calon lain yang difikirkan lebih layak. "Justeru ia berbeza dengan Umno yang terpaksa berhempas pulas cuba membendung persengketaan sesama sendiri, menghindari hasad dengki dan budaya cantas mencatas yang berakar umbi dalam parti itu." Harakah Daily | Melayu mana Umno nak bela, Melayu kaya? Posted: 04 Dec 2011 11:21 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 5 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa orang Melayu agar tidak tertipu dengan janji palsu Umno yang kononnya mahu membela Melayu. Bercakap pada program Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati di sini malam tadi, ketua pembangkang itu juga berkata, sudah lebih lima dekad Umno BN diberi peluang memerintah negara, namun nasib orang Melayu tidak pernah terbela malah harta orang Melayu yang tergadai. "Datang perhimpunan jerit nak bela Melayu. Melayu mana nak dibela, Melayu mana nak diselamatkan, Melayu kaya, Melayu pemimpin Umno? "Mereka tak layak diselamatkan, mereka perlu dihumban dalam pilihan raya akan datang," katanya di hadapan kira-kira 10 ribu hadirin. Menurutnya, laungan membela Melayu oleh pemimpin Umno hanya sekadar slogan demi mempertahaan survival pemimpin parti itu untuk terus mendapat kuasa. "Nak percaya pertahan Melayu? "Kalau betul nak pertahan Melayu, mereka tidak akan biar tanah-tanah Melayu dirampas. Kg Baru satu-satunya tanah Melayu di Kuala Lumpur, itu pun nak serah kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru. "Tanah Felda ratusan ribu hektar, serah kepada (Pengerusi Felda Tan Sri) Isa Samad," jelasnya lagi. Mengulas perhimpunan agung Umno lalu juga, Anwar mendakwa Umno gagal memahami semangat hijrah Rasulullah s.a.w. yang meninggalkan fahaman perkauman sempit dan mengambil fahaman yang lebih universal. Dari pemimpin hingga kepada ahli biasa Umno, kesemuanya kata Anwar masih tegar dengan perkauman sempit mereka. "Pergi haji, pakai ihram, tetapi masih balik dengan perkauman keras, angkuh, zalim dan rompak harta rakyat," katanya sambil berkata tidak menujukan kata-kata itu pada sesiapa. Pertahan Selangor tawan Putrajaya Dalam pada itu Anwar turut memberi peringatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Pakatan Rakyat bukan sahaja akan mempertahan Selangor malah akan berusaha untuk menguasai Putrajaya menjelang PRU-13 nanti. "Najib kata nak rampas Selangor. Saya nak jawab, boleh mimpi nak tawan Selangor, tapi kami insyaAllah sampai Putrajaya. "Dalam pilihan raya kita ada dua, satu PR satu BN, satu madu satu racun. "Racun di tangan kirimu... BN, madu ditangan kananmu...PR," katanya dalam nada menyanyi lagu Madu dan Racun yang dipopularkan penyanyi Jamal Mirdad. Turut hadir dan berucap pada program malam tadi adalah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Datuk Mustafa Ali, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan pimpinan PR Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Harakah Daily | Awasi bahaya syirik Posted: 04 Dec 2011 11:15 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Konsep perubatan sebenar termasuk perubatan alternatif berasaskan Islam ialah apabila si pengamal menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t sebagai penyembuh, manakala dia hanya sebagai pihak yang berikhtiar. Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Razak Idris, berkata ikhtiar bermaksud pengamal perubatan berkenaan hanya menggunakan kepakarannya dengan tidak mencampur aduk dengan amalan tertentu berbentuk syirik. "Ikhtiar untuk membantu pesakit mengurangkan kesakitan dialami dengan menggunakan kepakarannya bukan bermakna dia menambah sesuatu yang meragukan hingga begitu yakin mendakwa penyakit akan sembuh jika mengamalkannya. "Sebagai contoh dalam kes tukang urut ini dia menggunakan jampi serapah dan sebagainya, itu sudah kira menjurus kepada perbuatan syirik dan ia sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. "Berikutan itu, sebagai pesakit, kena berhati-hati memilih pengamal perubatan kerana kita sedar pada hari ini ramai yang terpesong daripada nas agama apabila berubat dan tidak kurang juga yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan," katanya di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai pakar urut urat tradisional yang didakwa mampu memulihkan pelbagai jenis penyakit zahir dan batin, namun proses dan kos rawatan digunakan tidak masuk akal. Perkara itu didedahkan seorang jurutera dikenali Amir, 45, yang membawa isterinya ke pusat terbabit untuk berurut, tetapi dikenakan bayaran RM675 untuk sekali rawatan hingga isteri pulih dan terpaksa menjalani proses urut yang disusuli bacaan mantera selain hembusan asap rokok. Malah, dia turut mendakwa ditipu pasangan tukang urut itu apabila perlu datang kali kedua untuk rawatan susulan dengan bayaran sama kerana diberitahu masih ada 'benda tak elok' yang perlu dibuang selain ubat 'mujarab' bernilai RM9,000. Menjelas lebih lanjut, Dr Muhamad Razak berkata, sebagai pengamal urutan tradisional, seseorang itu haruslah menganggap perkhidmatan ditawarkan satu ibadat dan harus baginya untuk menjaga tatasusila ketika berubat. "Mengikut perspektif agama, Islam tidak melarang perkhidmatan ini selagi ia mengikut landasan betul dan penjagaan tatasusila sangat dititikberatkan…tak mengurut orang yang bukan mahramnya serta ada batas-batas tertentu yang lain. "Jadi, saya nasihatkan pelanggan mahupun pesakit, berhati-hatilah mencari pengamal perubatan yang sesuai dan rujuk kepada orang yang lebih pakar jika tidak arif mengenai perkara ini," katanya. Harian Metro | Desakan Umno supaya Sharizat letak jawatan disokong Posted: 04 Dec 2011 11:11 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 5 Dis: Cadangan Anggota Parlimen Umno agar Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan disokong oleh pemimpin muda PKR. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Shahrizat mesti berjiwa besar untuk melepaskan jawatannya ekoran terdedahnya skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan suaminya sendiri. "Pendirian saya tidak berubah. Kita tidak mampu untuk menghadapi sebarang masalah menjelang pilihan raya ini. Saya sayangkan pemimpin tetapi saya lebih kepada parti saya. Pendirian saya kekal," kata Bung Mokhtar kepada media sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina, Sin Chew Daily. Sebelum ini, Bung Mokhtar mencadangkan agar Shahrizat melepaskan jawatannya ekoran terdedahnya skandal yang melibatkan suaminya, Mohamad Salleh Ismail. Mohamad Salleh selaku Pengerusi Eksekutif NFC dikatakan terlibat dengan penyalahgunaan RM250 juta pinjaman mudah kerajaan untuk projek itu. Turut membuat desakan terbuka kepada Sharizat adalah Ketua Umno Bahagian, Syed Ali. Media mendedahkannya manakala pihak kerajaan pula mengesahkannya namun Shahrizat berkata apa yang dibuat oleh suaminya tidak ada kaitan dengan beliau walaupun beliau seorang anggota kabinet. Latar belakang NFC NFC telah ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Ke 9. Ia disasarkan sebagai projek berimpak besar dengan sasarannya adalah membekalkan 40 peratus keperluan daging negara menjelang 2010. Pada tahun 2007, kerajaan meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC. Pada Oktober 2011, Ketua Audit Negara melaporkan pelbagai salahguna wang berlaku dalam NFC melalui laporan yang lambat terbit itu. Antara laporannya adalah pembelian kondominium mewah dan kereta mercedes. Pengerusi NFC adalah suami Shahrizat, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail, Pengarah Eksekutifnya adalah Wan Shahinur Izmir (anaknya, 31 tahun), Ketua Pegawai Eksekutifnya adalah Wan Shahinur Izran (anaknya juga, 27 tahun) dan Pengarah NFC Wan Izzana Fatimah (anak perempuannya, 25 tahun). Gaji bulanan pengerusinya adalah RM100,000, pengarah eksekutif RM45,000 sebulan, CEO RM35,000 sebulan dan pengarahnya adalah RM35,000 sebulan. PKR pula mendedahkan lebih terperinci iaitu pelbagai pembelian yang dibuat oleh NFC yang tidak ada kaitan langsung dengan penubuhan dan peranannya. Antara pembelian yang dibuat oleh NFC adalah kondominium mewah di Bangsar di One Menerung bernilai RM9,758.140, tanah di Presint 10 Putrajaya bernilai RM3,363.507 dan kereta Mercedes CLS 350 CGI bernilai RM534,622. Namun semasa berucap di persidangan Umno baru-baru ini, Shahrizat meminta semua ahli Umno bertenang dan mendengar penjelasan dari pemimpinnya. Shahrizat bersingsing lengan ketika memberikan ucapan dalam perhimpunan wanita Umno ini dan menjadi topik serangan para penceramah agama di masjid dan surau kerana lengan adalah sebahagian dari aurat wanita. Namun Bung Mokhtar berkata, beliau tidak pasti apakah penjelasan itu telah diterima oleh orang ramai atau tidak. "Saya setuju dengan pandangan Bung Mokhtar dan Syed Ali; Shahrizat Jalil mesti berjiwa besar untuk melepaskan jawatan beliau sebagai menteri," kata Shamsul Iskandar dalam Twitternya yang menambahkan lagi panas Shahrizat di perhimpunan agung Umno itu. Skandal itu juga telah menjadi topik perbualan yang paling hangat di kalangan ahli Umno sepanjang perhimpunan itu dengan kebanyakan mereka menganggap Shahrizat boleh menjadi bala kepada Umno dalam pilihan raya umum yang bakal berlangsung. Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid berkata, rakyat sudah muak dengan penyelewengan yang sentiasa berlaku dalam kerajaan. Harakah Daily | Hantar 250 produk ke makmal Posted: 04 Dec 2011 11:00 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - PENGURUSAN KR1M mengambil langkah menghantar produk untuk ujian makmal bagi memastikan ia menepati spesifikasi walaupun dijual murah. - Gambar hiasan KUALA LUMPUR – Pembekal produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menghantar 250 produk ke beberapa buah makmal swasta tempatan bagi memastikan ia selamat dan pengguna tidak berasa was-was untuk menggunakannya. Kos penghantaran kesemua produk itu menelan perbelanjaan sebanyak RM300,000 dan ia ditanggung oleh pengilang dan pembekal produk KR1M. Antara barang tersebut ialah susu segar, susu sejat, krimer pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam dalam tin, kordial mangga dan mentega kacang manis. KR1M dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, jika hasil ujian makmal mendapati ada produk tidak memenuhi spesifikasi, langkah mengatasi masalah serta pencegahan akan dilaksanakan segera. Tambahnya, walaupun produk di premis KR1M adalah murah, barangan yang dihasilkan oleh usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan itu tetap berkualiti. "KR1M akan terus berjuang dalam industri peruncitan untuk bersaing menjadi peniaga yang jujur, kental serta mampu bersaing dengan syarikat negara asing yang lain agar mencapai status negara maju," ujar kenyataan itu lagi. Kelmarin Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa hasil pemantauan mereka mendapati sebanyak 13 produk KR1M tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil terhadap produk berkenaan. kosmo/- | Jangan mimpi tawan Selangor Posted: 04 Dec 2011 10:57 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak bermimpi untuk menawan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) khususnya Selangor kerana PR kini bertambah yakin untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BN kini dilihat sudah tidak mendapat tempat dihati rakyat ekoran pelbagai kes yang secara tidak langsung timbul dan terbongkar rentetan Laporan Audit Negara 2010. "Mana jawapan rasional bagi isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC)?. Mereka jawap, tetapi jawapan yang diberi hanya untuk menutup kelemahan mereka. Mungkin penyelewengan peruntukan RM250 juta bagi mereka adalah jumlah yang kecil. "Selain itu dalam Perhimpunan Agung Umno lalu mereka kata mereka pejuang bangsa Melayu, mana ada. Jika pejuang bangsa Melayu, tidak timbul isu PPSMI dan isu-isu lain," katanya ketika berucap pada majlis Rapat Umum PR di perkarangan Stadium Malawati, semalam. Semalam, hampir 10,000 penduduk setempat dan luar kawasan membanjiri majlis berkenaan walaupun pada awalnya hujan lebat dan khemah tidak mencukupi untuk menampung mereka. Siri kedua dan ketiga Rapat Umum PR dijadualkan berlangsung di Perak dan Pulau Pinang pada 10 dan 18 Disember depan. Rapat Umum PR diadakan bagi menjawab segala tuduhan yang didakwa dilemparkan Umno ketika persidangan agung parti itu yang berlangsung selama lima hari bermula 29 hingga 3 Disember lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut hadir dan berucap pada program itu ialah, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri serta Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. Sinar Harian | 'Ranking rasuah M'sia semakin teruk semasa Najib' Posted: 04 Dec 2011 10:40 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - Prestasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan dalam kajian terbaru Transparency International (TI) mendapati gejala rasuah semakin buruk semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berbanding dua perdana menteri sebelumnya. azlanRanking itu bukan sahaja yang terburuk dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan oleh TI Malaysia tetapi menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, adalah kedudukan terendah yang diperolehi Malaysia dalam 17 tahun sejak ia diperkenalkan pada 1995. Keputusan ranking 2011 yang diumumkan Khamis lalu menunjukkan terdapat kemerosotan dalam kedudukan Malaysia yang jatuh dari tangga 56 tahun lalu ke tangga 60 tahun ini daripada 183 negara yang dikaji. Malaysia kali ini hanya mencatatkan 4.3 mata - kejatuhan berturut-turut kali ketiga sejak 2009. (Di bawah sistem pemarkahan, 10 adalah 'bersih' manakala 0 ialah 'amalan rasuah tegar'.) Terjerumus Lim dalam kenyataan akhbarnya, hari ini berkata, dalam tempoh sembilan tahun dari 1995 semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, markah yang dicatatkan oleh negara berlegar antara 4.8 pada tahun 2000 dan 5.3 pada tahun 1996. Ranking negara jatuh 14 kedudukan dari tangga 23 pada tahun 1995 ke tangga 37 pada tahun 2003. azlanManakala sepanjang tempoh lima tahun pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, kedudukan negara terjerumus 10 lagi kedudukan daripada 37 pada tahun 2003 kepada 47 pada tahun 2008. Lim berkata markah markah CPI negara terperangkap di antara 5.0 dan 5.1. Walau bagaimanapun, sepanjang dua tahun setengah pentadbiran Najib, ranking CPI Malaysia mencatatkan kedudukan paling buruk dalam pelbagai aspek. malaysiakini/- | Soi Lek dituntut meminta maaf Posted: 04 Dec 2011 10:30 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 5 Dis: PAS dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam kenyataan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar), yang memperlekehkan hukum Hudud dan menuntut beliau meminta maaf dari seluruh umat Islam. Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim juga melahirkan rasa "kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau." Ini bukanlah kali pertama presiden MCA yang pernah tertangkap dalam video seksnya itu menghina Islam bahkan telah beberapa kali. Kali ini di dalam sebuah forum "Hudud and its Implications on non-Muslims" yang dianjurkan semalam. Kenyataan Soi Lek ini dibuat ketika rakan karib MCA itu, Umno, terus-terusan mendakwa kononnya DAP cuba mengkristiankan umat Islam padahal kebanyakan pemimpin DAP sendiri bukan beragama Kristian. Abim menilai kenyataan biadap itu sebagai indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam itu sendiri, kata Mohamad Raimi dalam kenyataannya. Di samping itu, katanya, Abim berpandangan kenyataan tersebut yang itu berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini. Ini memandangkan hukum Hudud serta ajaran Islam secara keseluruhannya menghormati serta memartabatkan hak asasi manusia. Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek tersebut juga merupakan kesinambungan daripada sentimen Islamophobia yang berkembang pesat di seluruh dunia, tambah beliau. Abim, katanya, merasa amat kecewa di atas kegagalan beliau mendalami serta memahami Islam secara keseluruhannya, di samping kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau. Memandangkan ia bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat begitu (menghina hukum Islam), Abim menggesa permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh beliau kepada seluruh umat Islam di negara ini. Abim juga, katanya, menggesa tindakan serta peringatan tegas dikemukakan ke atas beliau untuk mengelakkan insiden-insiden ini daripada berulang kembali. Umno sekongkol dengan MCA Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kesal kerana Umno terus bersekongkol dengan MCA mengkritik hukum Allah. Tindakan terbaru Presiden MCA, Dr chua Soi Lek mengkritik hukum hudud bukan perkara baru, walaupun kenyataan ini dikritik oleh pelbagai pihak. "PAS menyedari bahawa tindakan berterusan beliau sekadar untuk menutup kegagalan pentadbiran beliau dalam MCA sehingga pelbagai masalah dalaman masih belum berjaya diatasi. "Kegagalan beliau meyakinkan masyarakat cina terhadap BN cuba ditutup dengan menimbulkan kritikan trhadap isu hudud. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap diam membisu UMNO terhadap penghinaan berterusan ini," kata Tuan Ibrahim. Bagi beliau, Ketakutan Umno untuk menegur tindakan biadap Chua Soi Lek ini membuktikan kepada umum siapa jadi kuda tungangan sebenar. Kebiadaban MCA ini tentunya lahir dari rasa besar kepala akibat tiadanya teguran atau bantahan oleh mana-mana perwakilan sewaktu PAU lalu. Bahkan apa yang diluah ialah kritikan terhadap enekmen hudud di Terengganu dan Kelantan, yang kononnya bertentangan dengan hudud sebenar. "PAS telah berulang kali menyatakan kalau apa yang dibentang tidak tepat dengan hudud sebenar, UMNO seharusnya membentang hudud yangh sebenar dan PAS. Akan pasti meyokongnya. "Jangan hanya tahu kritik, bila diminta sampai kini gagal kemukakan yang sebenar menurut perspektif Umno," katanya. harakahdaily/- | Biarlah PAS 'diperkuda' dari Umno 'diperlembu' Posted: 04 Dec 2011 08:30 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 4 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sindiran mendakwa adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'. Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih. "Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS. "Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda dari diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh kira-kira 10,000 hadirin. Ucapan sinis tersebut sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Agung Umno bahawa PAS diperkuda oleh DAP. Menjelaskan tuduhan itu, Presiden PAS itu berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman. Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, ianya juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka. Kegagalan itu kerana Umno masih menggunakan sistem penjajah iaitu melaga-lagakan pelbagai kaum dan pada masa yang sama menolak Islam. "Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam. "Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi. Turut hadir dan berucap pada program malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan pimpinan PR Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. harakahdaily/- | Gajah, zirafah Zoo Melaka mati Posted: 04 Dec 2011 08:24 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - AYER KEROH – Anak gajah berusia satu tahun setengah di Zoo Melaka mati kelmarin dipercayai akibat faktor kesihatan. Pengarah Zoo Melaka, Ahmad Azhar Mohammed berkata, anak gajah itu sebelum ini pernah mengalami luka kerana terkena jerat. Menurutnya, anak gajah yang masih menyusu ditinggalkan ibunya dan dihantar ke Zoo Melaka untuk proses rawatan. "Seperti biasa ada haiwan berjaya diselamatkan, ada yang tidak. Ini perkara biasa kerana selain mengalami luka akibat dijerat mungkin anak gajah ini tidak serasi di tempat baru. "Bagaimanapun, kematiannya tidak disebabkan oleh sebarang penyakit," katanya semalam, sebagai mengulas dakwaan seekor daripada lapan gajah yang dijadikan tontonan umum mati kelmarin dan zirafah di bawah jagaan zoo itu mati minggu lalu. Menurut Ahmad Azhar, seekor zirafah dewasa yang ditempatkan di zoo itu mati minggu lalu akibat komplikasi ketika melahirkan anak. "Seperti manusia juga zirafah juga mempunyai masalah ketika bunting dan zirafah dewasa yang mati minggu lalu disebabkan komplikasi ketika mahu melahirkan," katanya. Bagaimanapun, kandungannya juga gagal diselamatkan. sinar harian/- | Misi Jelajah Santun Pulau Pangkor Pemuda PAS Perak Posted: 04 Dec 2011 08:15 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - SAFARIZAL SALEH
PULAU PANGKOR, 2 Dis:- Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang dalam lawatan kerja ke Negeri Perak telah menyertai program misi jelajah mesra santun bersama penduduk Pulau Pangkor yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut.
Antara pimpinan yang hadir diketuai oleh Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh; Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu; Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh; Bendahari Pemuda PAS Perak, Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar; Exco Pemuda PAS Perak yang juga Ketua Pemuda PAS Parit, Mohd Hakimi Shah Alani; Ketua Pemuda PAS Lumut, Badrulhisyam Baharuddin dan rombangan Pemuda PAS Lumut.
Misi kali ini menyerahkan sumbangan kepada penduduk Pulau Pangkor yang memerlukan sumbangan yang telah memilih Kampung Sungai Pinang Besar dan Kampung Sungai Pinang Kechil untuk diagihkan barangan keperluan dapur. Salah seorang penerima sumbangan di Kampung Sungai Pinang Kechil yang ditemui masih sehinggi kini tidak mendapat bekalan air bersih dan keperluan elektrik dan airnya hanya bergantung dengan sebuah perigi sahaja.
Jelajah yang sehari suntuk itu juga turut melawat sekitar pulau dan pantai yang terdapat di Pulau Pangkor. Antaranya ialah pembangunan di Teluk Nipah yang dilihat amat berbahaya kerana terlalu hampir dengan landai pantai yang amat berbahaya kepada pengunjung dan juga pelancong yang berada di situ. Dan gerai-gerai yang turut dibina di situ juga mendapat rungutan kerana terlalu kecil dan tidak selesa. | Terkulai selepas mengamuk Posted: 04 Dec 2011 08:00 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - SUSPEK ditembak mati selepas mengamuk dan menyerang polis di dalam Wad 18 HKL kelmarin. KUALA LUMPUR - Suasana tenang di Wad 18 Hospital Kuala Lumpur (HKL) kelmarin bertukar cemas apabila seorang lelaki Nigeria berbadan sasa yang ditahan selepas dipercayai menelan 46 ketulan syabu mengamuk dan menyerang anggota polis sebelum suspek mati ditembak di situ. Kejadian yang tidak diduga itu berlaku pukul 9.45 malam apabila suspek berusia 31 tahun tersebut dapat memutuskan gari yang dikenakan pada tangan dan besi katil sebelum mengamuk dengan memecahkan cermin tingkap dan lampu syiling. Difahamkan, ketika kejadian terdapat kira-kira lapan pesakit pada bahagian tempat suspek diletakkan dan lebih 20 lagi berada di dalam wad tersebut. Suspek ditahan di katil nombor 10, Wad 18, Tingkat 4 hospital itu. Seorang penjaga pesakit yang enggan dikenali memberitahu, kejadian berlaku begitu pantas hingga dia sendiri tidak sempat untuk menyembunyikan diri dan hanya melindungi suaminya yang terlantar dari melihat insiden tersebut. Katanya, dia dapat melihat bagaimana suspek merentap gari yang dipasang beberapa kali hingga besi itu terputus dan tercampak sebelum memecahkan lampu syiling. kosmo/- | Barang mahal luar biasa Posted: 04 Dec 2011 07:50 PM PST 9 Muharram 1433H. [MOD] - PADANG BESAR - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis menggiatkan pemantauan harga barang di sekitar bazar atau Arked Niaga Padang Besar yang didakwa mahal luar biasa. Yang Dipertua MPK, Rosley Mat berkata, gesaan itu dibuat berikutan dakwaan yang diterima MPK melalui laman sosial Facebook dan emel oleh orang awam mengatakan harga barang jualan di bazar itu mahal lebih dua kali ganda daripada biasa. Menurutnya, pemantauan kerap terutamanya terhadap barangan kawalan diperlukan bagi membendung usaha memanipulasi harga sempena musim cuti persekolahan sekali gus menjaga imej pelancongan Padang Besar. "Berdasarkan aduan, ada peniaga yang mengambil kesempatan menjual kacang gajus dengan menipu timbangan dan tindakan ini sama sekali mengecewakan pengunjung yang datang dari jauh semata-mata untuk membeli-belah di Padang Besar. "Saya mohon kerjasama KPDNKK untuk memantau tindakan tidak bertanggungjawab peniaga secara lebih kerap demi mengelakkan nama baik bazar Padang Besar tercemar angkara sikap segelintir individu," katanya sewaktu melawat keadaan Arked Niaga Padang Besar semalam. Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di bazar Padang Besar mendapati harga barangan pakaian dan aksesori wanita dijual sedikit mahal berbanding kebiasaan, bagaimanapun harga barangan makanan dijual dengan harga biasa. Bagaimanapun, lebih 70 peratus peniaga didapati tidak meletakkan tanda harga pada setiap produk barangan yang dijual dan keadaan itu semestinya menimbulkan keraguan dalam kalangan pengunjung. Seorang pengunjung dari Johor Bahru, Naemah Abdullah, 28, berkata, dia sekeluarga kecewa dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga di bazar Padang Besar memandangkan ianya tidak jauh berbeza daripada harga di tempat kediamannya. "Kami sekeluarga datang dari Johor Bahru ke sini semata-mata untuk membeli-belah setelah dipromosi rakan-rakan, bagaimanapun agak kecewa kerana harga pakaian, dan aksesori wanita tidak banyak berbeza daripada tempat kami. "Lebih menyedihkan, ada segelintir peniaga yang bersikap kasar terhadap kami sekiranya tidak membeli barang di kedai mereka. "Saya berharap pihak berkuasa tempatan memantau keadaan ini," katanya. sinar harian/- | |
Peghelih La... Posted: 04 Dec 2011 11:44 PM PST Straits Times: Bekas MB Perlis dikait skandal rasuah Alstom Posted: 04 Dec 2011 09:15 PM PST The Malaysian Insider melaporkan hari ini: Ketika seorang pemimpin kanan Umno berhadapan dengan kontroversi projek ternakan lembu kendalian keluarganya, parti teras Barisan Nasional (BN) itu kini dihimpit dakwaan terbaru bahawa seorang bekas menteri besar pernah menerima habuan daripada syarikat kejuruteraan gergasi Perancis, Alstom bagi pembinaan loji elektrik di Perlis.
Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas Speaker Dewan Negara dan bekas menteri besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.
Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu.
Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an.
Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995.
Straits Times melaporkan kedua-dua Abdul Hamid dan bekas rakan kongsinya Ti Chee Liang telah disebutkan dalam saman jenayah terhadap Alstom.
Menurut Straits Times, Alstom didenda €31 juta (RM128.77 juta) oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland dua minggu lalu kerana gagal mengadakan panduan yang sewajarnya untuk menghindari amalan rasuah di kalangan eksekutifnya di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Ia merupakan satu bentuk kesalahan di bawah undang-undang Switerland.
Alstom merupakan pemain utama di Malaysia dalam bisnes tenaga dan diberi kontrak menyediakan peralatan bagi menjana tenaga elektrik 7.5 gigawatt, kata akhbar itu.
Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang rapat dengan siasatan,
Straits Times melaporkan bahawa SPRM akan menyoal siasat eksekutif tempatan Alstom dalam beberapa hari lagi. | Melayu mana Umno nak bela, Melayu kaya? Posted: 04 Dec 2011 09:09 PM PST Harakahdaily SHAH ALAM, 5 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa orang Melayu agar tidak tertipu dengan janji palsu Umno yang kononnya mahu membela Melayu.
Bercakap pada program Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati di sini malam tadi, ketua pembangkang itu juga berkata, sudah lebih lima dekad Umno BN diberi peluang memerintah negara, namun nasib orang Melayu tidak pernah terbela malah harta orang Melayu yang tergadai.
"Datang perhimpunan jerit nak bela Melayu. Melayu mana nak dibela, Melayu mana nak diselamatkan, Melayu kaya, Melayu pemimpin Umno?
"Mereka tak layak diselamatkan, mereka perlu dihumban dalam pilihan raya akan datang," katanya di hadapan kira-kira 10 ribu hadirin.
Menurutnya, laungan membela Melayu oleh pemimpin Umno hanya sekadar slogan demi mempertahaan survival pemimpin parti itu untuk terus mendapat kuasa.
"Nak percaya pertahan Melayu?
"Kalau betul nak pertahan Melayu, mereka tidak akan biar tanah-tanah Melayu dirampas. Kg Baru satu-satunya tanah Melayu di Kuala Lumpur, itu pun nak serah kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru. BACA SELANJUTNYA >>> | PRU 13 untuk anak muda Posted: 04 Dec 2011 09:02 PM PST Petikan dari Harakahdaily Apa khabar Malaysia? Semoga kita semua terus maju dan berpadu dalam memacu negara ini ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
PRU-13: Overview
PRU-13 semakin hampir.Gendang sudah dipalu.Strategi sudah diatur.Semangat dan motivasi sudah mula dipupuk. Setiap pihak, sama ada BN ataupun PR, semakin rancak dan bersemangat merencana gerak kerja awal bagi menghadapi perlawanan genting itu nanti. Masing-masing sudah memasang target dan matlamat tersendiri, BN pasti ingin mempertahankan kemanangan dan PR pula pasti berusaha mencipta sejarah menerajui kepimpinan negara buat julung kalinya. Itulah matlamat mereka, yang pasti akan dilaksanakan oleh jentera masing-masing.
PRU-13 dikatakan bakal berlangsung dengan penuh sengit dan hangat. Banyak analisa awal yang telah dibuat oleh para penganalisis politik berkenaan gambaran awal dan juga kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku pada PRU-13 nanti. Apa yang pasti, PRU-13 bakal menjadi satu pilihanraya yang akan menentukan status kedudukan parti-parti yang bertanding, samada ia masih mendapat sokongan dan kepercayaan daripada rakyat ataupun sebaliknya. Jika keputusan PRU-12 dahulu dikatakan satu sejarah baru dalam arena politik negara, penulis merasakan tidak mustahil akan tercipta satu lagi sejarah baru pada PRU-13 nanti.
Dengan pelbagai peristiwa yang mewarnai pasca PRU-12 yang lepas sehinggalah ke saat ini, pasti satu lagi anjakan baru akan berlaku pada PRU-13 ini. Kedua-dua pihak, BN mahupun PR diselubungi dengan pelbagai isu dan krisis yang sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada graf dan corak undian kelak. Pasti semua itu akan dinilai dan diperhalusi oleh para pengundi dalam menentukan calon mahupun parti yang akan menjadi pilihan mereka nanti.
PRU-13 dan anak muda
Dalam setiap pilihanraya, pengundi adalah elemen yang paling penting dalam menentukan keberjayaan sesuatu pilhanraya itu. Ya, merekalah yang bakal memberikan kepada setiap calon yang bertanding tanda "X" sebagai tanda sokongan dan persetujuan mereka kepada calon tersebut untuk menjadi wakil kepada mereka di dewan negeri mahupun di dewan rakyat nanti. Sudah pasti, para pengundi ini akan dipancing oleh pihak yang bertanding dengan pelbagai 'umpan' untuk memilih mereka.
Pilihanraya kali ini bakal menyaksikan ANAK MUDA menjadi sasaran utama parti-parti yang bertanding. Jika dilihat pada PRU-12 yang lepas, ANAK MUDA sebenarnya sudah memainkan peranan yang besar dalam melakar sejarah pada pilihanraya itu. Ini kerana, antara faktor kemenangan PR pada ketika itu ialah kemampuan mereka menguasai undi daripada anak muda. Namun pada kali ini, semua parti sudah mula sedar akan nilai undi seorang anak muda dalam memastikan kemenangan calon mereka.
Jika dirujuk kepada angka terbaru pengundi muda yang didaftarkan oleh parti-parti politik, ia dengan jelas menunjukkan bahawa semua pihak memandang serius akan undi daripada golongan muda. Ini jelas lagi dibuktikan dengan isu sampingan seperti isu kebenaran mahasiswa berpolitik dan juga isu calon muda yang pasti ada perkaitannya dengan anak muda. PAS telah melancarkan kempen 'Orang Muda Geng Kito', manakala BN pula dengan tema 'BN Pilihan Orang Muda' dalam usaha memikat hati orang muda untuk mengundi mereka. Parti lain juga dilihat tidak ketinggalan dalam mendampingi golongan ini dengan pelbagai program yang disasarkan kepada anak muda telah dijalankan.
YA, anak muda bakal menjadi PERMATA dan EMAS dalam PRU-13 nanti.Seharusnya, peluang ini perlu dipergunakan dengan sebijaknya oleh para pengundi muda dalam menentukan hala tuju pemerintahan negara untuk tempoh sekurang-kurangnya 4-5 tahun yang mendatang. Untuk itu, anak muda perlulah bersedia dari segenap sudut kerana sudah pasti mereka akan dihidangkan dengan pelbagai janji mahupun tawaran oleh kedua-dua pihak dalam usaha mendapatkan undi muda. Justeru, penulis ingin berkongsikan beberapa TUNJANG yang seharusnya menjadi asas kepada anak muda dalam menentukan aliran undi mereka nanti.
| Selak kain, singsing lengan bukan cara Islam Posted: 04 Dec 2011 08:55 PM PST Harakahdaily KUALA LUMPUR, 4 Dis: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menganggap Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam gagal mencapai objektif untuk memuhasabah parti sendiri sebaliknya lebih banyak memburuk-burukkan parti lawan. Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, apa yang lebih malang, perhimpunan yang dilihat gah dengan liputan media arus perdana itu berlangsung ketika rakyat bergelut dengan kepayahan hidup akibat salah guna kuasa dan salah urus tadbir kerajaan Umno BN.
"Persidangan Umno khususnya Wanita Umno gagal mencapai objektif murni sesuatu mesyuarat agung iaitu membuat muhasabah, berlapang dada dengan teguran, merancang ke arah pembaikan ke arah kesempurnaan," kata beliau dalam satu kenyataan.
Menyentuh mengenai kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat jalil yang ingin "menyingsing lengan dan "menyelak kain" dan melepaskan geram kepada Pakatan Rakyat, beliau menyifatkannya sebagai tidak mempertahankan maruah Islam.
"Muslimat PAS akan terus mendoakan hidayah daripada Allah SWT kepada semua Orang Melayu khususnya Wanita Islam di dalam Umno, agar menjadikan Islam sebagai dasar dan panduan Hidup serta matlamat utama kehidupan mahupun perjuangan mereka
"Singsing lengan, selak kain, hilang kawalan, mengamuk dan seumpamanya hanya membuktikan sebenarnya tidak mempertahankan maruah Islam," katanya.
Menurutnya juga, DMPP tidak gentar dengan kenyataan Shahrizat untuk menggerakkan 1.3 juta ahlinya untuk menggempur rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.
"Insya Allah jangankan 1.3 juta ahli Wanita Umno itu digerakkan sepenuhnya kononnya untuk menggempur rakyat dalam PRU13 bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional, hatta dengan segala penipuan serta kekotoran sistem pilihan raya yang ada pun, Muslimat PAS sudah siap siaga," katanya.
Ia, ujarnya termasuk peranan jentera penerangan DMPP yang telah mengambil "posisi tempur" masing-masing untuk menghadapi segala propaganda Umno BN.
| Umno ibarat 'kereta tiada brek' Posted: 04 Dec 2011 08:27 PM PST Harakahdaily SHAH ALAM, 5 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT.
Ini kerana, katanya Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.
Katanya, kerana membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh.
"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.
"Dalam Umno, sebab dia singkir Islam dan ambil kebangsaan, maka tidak ada mukallaf. Sebab itu timbul rasuah, timbul dadah, pecah rumah, rompak, jual bayi, timbul macam-macam perkara kerana rakyat di bawah pemerintahan Umno sudah hilang brek. Kereta tak ada brek. Kereta lumba pun ada brek," kata beliau sewaktu berucap di majlis Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati, dekat sini malam tadi.
Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan, brek bagi seseorang manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum ialah takwa kepada Allah.
Jika tiada takwa katanya, manusia akan melakukan apa sahaja yang disukainya.
"Brek ialah takwa kepada Allah. Tiap-tiap manusia Allah bekalkan dengan nafsu. Ada nafsu amarah dan nafsu-nafsu lain.
"Nafsu amarah, kerja dia turut nafsu. Apa sahaja yang nafsu nak, kena buat. Breknya apa? Tak ada.
"Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah.
"Mahu tidak mahu, Melayu khususnya Melayu muslim kena ingat, takwa kepada Allah ialah brek untuk mengikat nafsu amarah," katanya sambil mengingatkan, syurga dan neraka tetap wujud sama ada manusia yakin atau tidak dengan kewujudannya.
"Syurga, neraka ini bukan projek kerajaan, projek Allah," katanya di hadapan kira-kira 10,000 yang hadir.
Rapat Rakyat itu diadakan sebagai menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir Sabtu lalu.
Turut berucap ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan ahli jawatankuasa DAP, Teresa Kok. | |
PARLIMEN BUKIT GANTANG Posted: 04 Dec 2011 09:42 PM PST Ubah sekarang,selamatkan Malaysia- Posted: 04 Dec 2011 08:07 PM PST Rapat Rakyat Peringkat Perak akan berlangsung pada 10 Disember ini. Ayuh,kita beramai-ramai memberi sokongan kepada kerajaan baru,kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat. | |
DPP PADANG TERAP Posted: 04 Dec 2011 09:35 PM PST PROGRAM KHATAN PERDANA PADANG TERAP Posted: 04 Dec 2011 05:32 AM PST
Sempena musim cuti persekolahan, ramai dikalangan ibu bapa akan mengambil peluang
untuk melakukan satu ibadah berkhatan sebagai salah satu daripada tuntutan agama.
Dalam kesempatan ini, Pejabat Ahli Parlimen Padang Terap dengan kerjasama NGO Terapcare telah mengambil kesempatan dengan menganjurkan Program Khatan Perdana yang dijalankan di Dewan Pekan Naka pada 3 Disember baharu-baharu ini.
Program ini melibatkan berpuluh-puluh orang kanak-kanak yang berumur anatara 7 hingga 11 tahun di sekitar Padang Terap yang pendaftarannya adalah percuma. Kanak-kanak ini dimandikan dengan pancutan air oleh pihak bomba sebelum masing-masing bersedia untuk dikhatankan secara tradisional.
Ahli Parlimen Padang Terap dalam ucapan aluan beliau mengucapkan tahniah kepada para peserta khatan kerana bakal menempuh alam remaja. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh ibu bapa kerana tidak mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak. Beliau mengucapkan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program seumpama ini.
Turut hadir pada program tersebut ialah Adun Angkat Dun Pedu, Yb. Ust Mohd Izzat bin Mohd Shauki. Beliau yang juga timbalan Speaker Kedah dalam ucapan perasmian sempena program tersebut berkata, ibadah berkhatan adalah satu tuntutan dalam agama islam dan mempunyai pelbagai kelebihan seperti suci dan dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman. Beliau yang sempat memberikan sedikit wang sumbangan kepada peserta khatan gembira kerana program ini dapat memberikan faedah dan kebajikan kepada rakyat jelata sejajar dengan slogan Kedah Sejahtera.
Antara tetamu yang hadir ialah para pimpinan Pas Padang Terap, pimpinan MTD Pedu dan Pengerusi NGO Terapcare, Ust Hamizan bin Amzah serta ahli jawatankuasa Terapcare.
| |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 04 Dec 2011 07:50 PM PST Majlis Berhatan Sempena Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2011 Posted: 04 Dec 2011 06:39 AM PST DUNGUN, 4 Disember Ahad - Majlis Tindakan DUN Sura sekali lagi seperti tahun sebelumnya berjaya mengadakan Majlis Berkhatan Sempena Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2011. Majlis berlangsung selama dua hari, bermula 2 hingga 3 Disember, 2011, diadakan di Surau Ustaz Haji Omar Shukri. Seramai lebih 60 orang kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas menyertai majlis ini. Para ibubapa dan penjaga diberi pilihan waktu khatan - pagi, petang dan malam. Sebelum majlis bermula, satu taklimat kepada ibubapa dan penjaga diberikan oleh mudim, Haji Mazait Mohamad. Sebahagian kos bayaran penyertaan ditanggung oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli. Beliau turut menyumbang cenderahati kepada setiap peserta yang terlibat. | |
PAS Kawasan Miri Posted: 04 Dec 2011 07:46 PM PST Taman Awam Kurang Selamat Untuk Kanak-kanak Kecil bermain !!! Posted: 04 Dec 2011 03:09 AM PST Taman Awam Miri perlu dinaiktaraf MIRI - Taman Awam Miri terletak di atas bukit kira-kira 3km dari pusat bandar di sepanjang Jalan Miri-Bintulu. Terdapat taman-taman flora, platform pemerhatian, taman permainan kanak-kanak, bilik pameran, ukiran batu dan arca, air terjun, jambatan gantung, air pancut, trek jogging dan lain-lain kemudahan sukan. Terdapat juga taman permainan atau kolam air untuk kanak-kanak.
Taman permainan kanak-kanak yang moden sering mempunyai peralatan rekreasi seperti jongkang-jongket, merry-go-round, swing set, slaid, chin-bar, kotak pasir, bar monyet, tangga overhead, playhouses dan sebagainya. Ini akan membantu kanak-kanak membangunkan koordinasi fizikal, kekuatan dan fleksibiliti serta menyediakan rekreasi dan keseronokan.
Taman permainan juga perlu mempunyai kemudahan-kemudahan untuk bermain tidak formal untuk sukan dewasa, seperti besbol, arena luncur dan gelanggang bola keranjang dan sebagainya untuk menarik lebih ramai lagi pelawat datang ke Taman Awan Miri.
Perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Majlis Bandaraya Miri (MBM) adalah keselamatan keatas taman permainan kanak-kanak kecil yang berumur 3 – 6 tahun yang terlalu aktif bermain samada dalam kolam air permainan dan juga tempat permainan awam. Keselamatan taman permainan kanak-kanak perlu diambil kira memandangkan sekarang kebanyakan peralatan yang digunakan adalah daripada besi atau keluli. Taman permainan dengan peralatan tersebut boleh mencederakan kanak-kanak yang suka berlari-lari dan mungkin terjatuh akibat tergelincir dan sebagainya.Strategi pencegahan Sebelum suatu perkara yang tidak diingini terjadi, kita hendaklah mencegah dari awal kerana kita tidak mahu kanak-kanak kecil jadi mangsa akibat kecuaian dan taman permainan kanak-kanak yang tidak begitu selamat digunakan. Peralatan yang menggunakan bahan dari besi atau keluli amat merbahaya terhadap kanak-kanak kecil, usaha pencegahan perlu dilakukan untuk mengurangkan kemungkinan kanak-kanak terjatuh dan mengalami kecederaan yang teruk jika kanak-kanak itu terjatuh di tempat permainan tersebut. Perkara yang perlu dilakukan adalah seperti berikut: • mengurangkan ketinggian pada peralatan dari kejatuhan maksimum terutamanya dengan mengurangkan ketinggian keseluruhan dengan apa-apa jua yang kanak-kanak mungkin memanjat atau;
• mengurangkan kemungkinan jatuh dari peralatan yang di buat dari bahan besi melalui halangan-halangan, tidak menggalakkan pendakian, dan menjadikan permukaan atas tidak selesa atau tidak selesa untuk memanjat atau duduk diatasnya;
• memasang permukaan yang lebih fleksibel dibawah dan sekitar peralatan mainan dengan bahan plastik supaya kanak-kanak yang jatuh kurang berkemungkinan patah tulang.
Akhir sekali, taman permainan dan kolam air untuk kanak-kanak kecil memang perlu diberi perhatian oleh pihak yang mereka bentuk untuk mengurangkan risiko supaya ibu bapa atau penjaga mereka dapat melepaskan anak-anak kecil mereka bermain dengan selamat. Kita mahu menjadikan Taman Awam Miri sebagai sebuah taman yang indah,menarik dan selamat untuk pelawat yang datang ke tempat tersebut.
Kita mendesak mereka yang bertanggungjawab, menjaga dan mengurus Taman Awam Miri dapat mengambil tindakan segera atas cadangan tersebut diatas tanpa prajudis. Kita ingin perkara ini dilakukan demi kebaikan semua terutama sekali kanak-kanak kecil yang bermain di Taman Awam Miri tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik
PAS Miri Jofri Jaraiee
English version Miri Public Park should be upgraded MIRI - Taman Awam or Miri Public Park is located on a hill about 3km from the city centre along the Miri-Bintulu Road. There are flora gardens, observation platform, children's playground, exhibitions room, stone carvings and sculptures, waterfalls, rope bridges, fountains, jogging tracks and other sports facilities. There is also a water park or pool for children.
Modern playgrounds often have recreational equipment such as see-saw, merry-go-round, swing sets, slides, chin-bar, sand box, monkey bars, overhead ladder, playhouses and more. This will help children develop physical coordination, strength and flexibility, as well as providing recreation and enjoyment.
Playgrounds should have facilities for playing informal games of adult sports such as baseball; arena, skating and basketball courts and so on to attract more visitors come to the Taman Awam Miri.
Things that need to be addressed by relevant authority such as Miri City Council (MCC) is a safety on the playground for small children aged 3-6 years who are too active play games either in a pool of water and public playground.
Playground safety of children should be taken into account as now most of the equipment used is of iron or steel. Playground with such equipment can injure children who like to run and may fall due to slipping and so on. Prevention strategies Before any undesirable case happens, we must prevent from the beginning because we do not want small children to become victims of negligence and the playground for children is not really safe to use. Equipment using materials of iron or steel is very dangerous for small children, prevention efforts must be done to reduce the risk that the child may fell and seriously injured if the child falls in the playground. Things to be done are as follows: • reducing the height of the equipment from a maximum downfall in particular by reducing the overall height of anything that a child may climb up or;
• reduce the likelihood of falls from equipment that is made of metal through the barriers, discourage climbing, and making the top surface is not comfortable or uncomfortable to climb or sit on it;
• installing a more flexible surface under and around play equipment with plastic material so that the children who fell less likely to break bones.
Finally, a playground and pool for small children really need to be addressed by the designer to reduce the risk that parents or guardians to give their small children to play safely. We want to make Miri Public Park as a beautiful garden, attractive and safe for visitors to the place.
We urge those responsible, in charge and manage the Miri Public Park to take immediate action on the proposal without a prejudice. We want this to be done for the good of all, especially young children who play at the Miri Public Park regardless of race, religion and political belief | |
PAS LENGGONG Posted: 04 Dec 2011 07:33 PM PST YDP PAS Lenggong di FB Posted: 04 Dec 2011 02:18 AM PST Lihat doa Rsulullah kepada lelaki yang engkau lebih sayang. Dan Umar Al Khattab ialah lelaki yang Allah Paling sayang.
Nabi s.a.w pernah berdoa:"Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab". (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi)
Dulu PAS sendirian ajak sahabat berfahaman umno depa xmau sekarang PAS berdakwah bersama DAP dan PKR depa buat alasan juga mudahan ada alasan apabila bertemu ALLAH moga ALLAH mengampunkan dosaku ibubapa dan sahabat yg masih bersama pemimpin menipu melayu.
Ahmad Kamal Bin Mustafa hingga ke saat ini, hati saya tak pernah terbuka untuk menyertai PAS.....apabila bersama pakatan, perjuangan Islam oleh PAS sudah menampakant iada ummmphhh lagi......terpaksa banyak berdolak dalik demi untuk mengekalkan kuasa dan kearah Putrajaya...
Nazri Zain Walaupun belum terbuka utk menyertai PAS, namun saya tetap berdoa agar Allah melemparkan keyakinan ke dlm hati tuan dan teman2 seangkatan tuan tentang keadilan sistem Islam yg wajib kita umat Islam tegakkan di bumi Malaysia ini dan matlamat itulah yg ingin ditegakkan oleh PAS. InsyaAllah tuan akan bersama PAS tak lama lagi..
Nordin Alip Ha ha ha, tak pe2..bersama UMNO pun boleh. Boleh bawa kesyurga...., malangnya cuma syurga dunia utk yg memerintah dan utk anda fikirlah sendiri. Selama2nya tersesat jln.......Na'uzubillah...
Dasuki Hassan panduan pas ialah Al-Quran, Hadis Nabi, Ijmaq-Ulama' dan Qias. dalam umno tak ada pun nak laksanakan 100% hukum yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis Nabi, malah tolak tidak melaksanakan Hukum Hudud......!ini surah Al-E-Imran, ayat 21 dan 22,... Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (21) Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan. (22)
| |
Dr Azman Ibrahim Posted: 04 Dec 2011 07:26 PM PST KENYATAAN MEDIA ISU KEKURANGAN BEKALAN MINYAK MASAK Posted: 03 Dec 2011 08:12 PM PST Bekalan minyak masak di Terengganu dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.Selain itu beberapa negeri lain yang turut terlibat. Antaranya tinjauan Lujnah Pengguna PAS Terengganu mendapati pasaraya-pasaraya di Kelantan juga mengalami kekurangan malah hamper ketiadaan bekalan.Seolah-olah menjadi fenomena rutin, tinjauan mendapati, ramai pengguna yang kecewa mendakwa, ada pihak bertindak menyorokkan bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga akan naik sebanyak 40 sen sekilogram.Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).Jika spekulasi itu benar, ia sangat menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari. Lantas, Lujnah Pengguna PAS Terengganu mempersoalkan keberkesanan fungsi agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam mengawal selia perkara ini, lantaran keadaan ini telah berulang beberapa kali dan kita meyakini bahawa ini bukanlah untuk kali yang terakhir.Memegang status sebagai negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia, tentunya ketiadaan bekalan minyak masak ini menimbulkan pelbagai persoalan. Apakah pihak pengeluar, pengilang, pemborong atau pengedar boleh bertindak sewenangnya demi keuntungan mereka tanpa sebarang tindakan berkesan dari agensi penguatkuasaan berkenaan sehingga rakyat terpaksa menanggung kesukaran?Seorang penyelia di sebuah pasaraya di Besut yang enggan dikenali menyatakan kekurangan bekalan minyak masak dipasaran adalah disebabkan pembekal menggunakan alasan pengurangan bekalan, disebabkan kuota baru yang ditetapkan kerajaan. Kuota yang digunakan pula telah berusia hamper empat tahun.
Sekiranya itulah antara sebabnya, maka Lujnah Pengguna menegaskan bahawa kuota tersebut adalah tidak relevan lagi, ia perlu ditambah. Mana mungkin kuota yang diberikan sejak empat tahun lepas boleh sama dengan sekarang dengan pertambahan bilangan pasar raya besar dan kedai runcit serta bilangan pengguna.Kerajaan juga perlu mengetatkan penguatkuasaan terhadap pembelian bahan kawalan itu bagi mengelakkan penyelewengan selain memastikan hanya rakyat tempatan membeli dan menikmati subsidi yang diberi kerajaan. Kita juga sukar untuk mempercayai bahawa alasan penggunaan minyak masak keluaran Malaysia oleh rakyat Selatan Thai menjadi punca kekurangan bekalan di negara ini kerana sebenarnya masyarakat muslim Selatan Thai kebanyakkan mereka telah menggunakan minyak masak keluaran Malaysia sejak zaman berzaman lagi lantaran mereka sebenarnya meragui status kesucian minyak masak keluaran negara mereka sendiri. Apatah lagi bila kekurangan bekalan dilaporkan turut berlaku di Lembah Kelang, Kedah dan Pahang.Dr Azman IbrahimPengerusiLujnah Pengguna dan Alam SekitarPAS Terengganu. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 04 Dec 2011 03:45 PM PST AKHIRNYA OBJEKTIF DIPANDANG NEGATIF, AMPUH RUPANYA LUMPUH! Posted: 04 Dec 2011 01:27 AM PST Komen : Pokoknya DS Najib berjaya menyeronokkan ahlinya dengan memberi peluang perwakilan UMNO bercakap,berucap dan bercakap. Perwakilan ditipu dengan penangguhan pemilihan UMNO bukan perhimpunan sahaja.
KUALA LUMPUR, 3 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2011, yang berakhir hari ini, mencapai empat objektif yang ditetapkan dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Objektif pertama beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan UMNO satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.TETAPI PM KANTOI LAGI perwakilan hadir ramai kerana diberi elaun dan kemudahan. Pengerusi UMNO Malaysia tidak dapat mandat dan sokongan penuh kerana berlaku porak peranda apabila tidak ada pemilihan baru.
Objektif kedua pula, beliau mahukan perhimpunan itu membuktikan UMNO sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.TETAPI PM KANTOI LAGI bila pemimpin dalam UMNO dan kabinetnya nampak terlibat dengan rasuah yang berselirat contohnya Shahrizat dan keluargany berkaitan kes NFC..
"Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional," katanya.TETAPI PM KANTOI LAGI apabila ramai ahli UMNO tak faham transformasi apa dan apa yang Najib transformkan?
Dalam objektif keempatnya, beliau mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyatMalaysiaboleh meletakkan keyakinan bahawa UMNO.TETAPI PM KANTOI LAGI bila ramai rakyat berbangsa Cina enggan mengundi BN lagi dan ditambahlagi dengan kebangkitan dan kesedaran peneroka menyaman Kerajaan BN atas penipuan yang telah berlaku bertahun lamanya.
Najib berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai'ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin. | MALAM INI ADA MAKLUMAT TERUS DARI SHAH ALAM Posted: 03 Dec 2011 03:48 PM PST GOMBAK, 2 DIS: Kerajaan Selangor bersedia memperuntukkan sedikit dana untuk menggunakan khidmat pakar penyiasatan daripada negara luar seperti Britain dan Eropah bagi membawa kes projek ternakan lembu kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke mahkamah.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia adalah pendekatan yang sering digunapakai negara luar bagi menyelesaikan jenayah kolar putih atau jenayah bersifat korporat. Jelasnya, walaupun ia adalah pendekatan yang belum pernah digunakan di negara ini, namun beliau yakin kaedah itu akan membantu menyelesaikan perkara berkenaan. "Saya serahkan kepada Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution. Mereka akan membuat pembentangan kepada pihak polis dan MACC supaya menunjukkan pekara yang perlu diperhatikan oleh pihak polis." "Ini adalah perkara baru di Malaysia tetapi perkara ini sangat dijaga di Britain dan Australia." Terdahulu, ketua Audit Negara mendedahkan bahawa projek fidlot tersebut dalam keadaan kucar kacir dan tidak menepati sasaran ekoran tiada kepakaran pengurusan. Skandal ini menjadi tumpuan media apabila pimpinan Pakatan Rakyat mempersoalkan pinjaman dana RM250 juta yang diberikan kepada keluarganya. Tidak cukup dengan itu, beberapa pendedahan berhubung salahguna kuasa dan urus tadbir oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk pembelian dua buah kondo mewah dan membuka syarikat-syarikat milik peribadi turut didedah. Namun, kepimpinan Umno dan sayap Wanitanya bersungguh-sungguh mempertahankan Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. -tvsnews- | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 04 Dec 2011 03:02 PM PST NAJIB PANAS BONTOT MASA USUL AGAMA FATHUL BARI...WAKAKAKA Posted: 04 Dec 2011 12:26 AM PST Kesian dengan 'Ustaz' Umporno nie bila perbahasannya usul agama, pendidikan dan sosial di perhimpunan agung Umno di PWTC yang penuh dengan 'semangat' hanya didengari oleh sebahagian kecil sahaja perwakilan Umporno termasuklah presidennye sendiri Haji Najib yang KEPANASAN BONTOT terus kelihatan keluar dewan sewaktu saat-saat permulaan perbahasan bermula.
Nak buat macamana orang Umporno nie memang hati dah jauh sangat dengan agama Allah... rasa panas bontot je bile dengan usul agama... | NAJIB NAFI 'BAI'AH' IKUT AMALAN PAS Posted: 04 Dec 2011 12:04 AM PST Najib Razak menafikan perbuatan 'sumpah bai'ah' yang dilaksanakan oleh semua perwakilan UMporNO pada Perhimpunan Agung mereka buat kali pertama dalam sejarahnya adalah mengikut amalan Nabi dan para sahabat dan bukan dilihat mengikut amalan PAS, untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan menyifatkan ia sebagai "pilihan raya paling getir" bakal dihadapi mereka. Pengerusi BN ini menambah, Umno membuat sejarah apabila buat pertama kali parti itu mengadakan ikrar atau "bai'ah" sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Dalam pada itu, Muhyiddin mengajak seramai 5,447 perwakilan daripada 191 bahagian yang hadir untuk bersama-sama beliau melafazkan ikrar tersebut sebagai lambang taat setia kepada parti demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta. | KEMENTERIAN TARIK 13 PRODUK KR1M BAHAYA UNTUK KESIHATAN? Posted: 03 Dec 2011 11:50 PM PST Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato. Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan selain spesifikasi penglabelan. Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta. | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 04 Dec 2011 11:51 AM PST Posted: 03 Dec 2011 11:00 PM PST Kaum Cina turut rasa beban Oleh : Wartawan Sinar Harian Tarikh : December 2, 2011 CHUKAI – Beban kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat bukan sahaja dirasai masyarakat Melayu, malah kaum Tionghoa di bandar ini terutama dalam kalangan mereka yang tidak berkemampuan turut tertekan, kata Pengarah Pas Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat. Susulan itu, Hanafiah berkata, pihaknya meneruskan inisiatif mengagihkan bantuan kepada kaum Tionghoa yang terdiri daripada orang miskin, ibu tunggal dan warga emas yang membabitkan seramai 120 orang penerima pada tahun ini termasuk lima daripadanya adalah kaum India. Menurutnya, bantuan yang dihulurkan yang melangkaui kaum dan agama itu berupa barangan keperluan dapur sempena musim monsun bagi meringankan beban yang ditanggung. "Tambahan lagi musim hujan sepanjang tengkujuh ini sudah tentu sedikit sebanyak membataskan pergerakan mereka untuk mencari rezeki, jadi sekurang-kurangnya dengan bantuan sebegini dapat meringankan kos perbelanjaan dapur mereka. "Harga barang yang mahal sekarang juga membuatkan kos sara diri meningkat, malah mereka juga pada masa sama terpaksa menyediakan peruntukan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak pula," katanya ketika ditemui pada program penyampaian bantuan itu yang diadakan di Jalan Jakar, dekat sini. Hanafiah berkata, menerusi program itu beliau juga dapat menyelami hati nurani kaum Tionghoa dan kehendak rakyat. "Penyampaian bantuan sebegini sebenarnya adalah program tahunan yang dilakukan MTD Chukai kerana kami peka dengan kesusahan rakyat, bukan sahaja kaum Melayu dibela malah kaum Cina dan India juga sentiasa diambil berat. "Lebih bermakna apabila melihat maklum balas daripada masyarakat Tionghoa yang ternyata sangat gembira dengan bantuan yang disampaikan. Dari sini juga hubungan dengan orang Cina ini dapat dan diperkukuhkan," katanya. | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR Posted: 04 Dec 2011 11:47 AM PST Ambil iktibar kebocoran kilang Lynas di Australia Posted: 03 Dec 2011 03:38 PM PST | KUANTAN, 2 Dis: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) menggesa kerajaan 'membuka mata' dengan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini kerana kedudukan kilang Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) di Gebeng nanti dijangkakan akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi. Menurutnya, ini disebabkan kandungan radioaktif pada sisa pejal di Mt Weld ialah pada kadar 1.8 Bq|g sedangkan radioaktif sisa pepejal yang dijangkakan terhasil kilang itu di Gebeng ialah pada kadar 6 Bq|g. Tambahnya, kadar maksimum yang diterima antara bangsa pula ialah 1 Bq|g dengan Malaysia sendiri turut menerima pakai standard antara bangsa tersebut. "Bukan itu saja, dalam jarak 30 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak wujud penduduk di sana sedangkan dalam 30km radius di Gebeng ada terdapat 700,000 penduduk. "Sementara dalam jarak 25 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak terdapat air bawah tanah sedangkan di Gebeng, kedudukan Lynas di Gebeng terletak di atas tanah gambut yang paras airnya lebih tinggi daripada paras air biasa dan sungai Balok berkedudukan disebelah Gebeng. "Lynas Gebeng juga terletak dalam lingkungan 5 kilometer dari Laut China Selatan, bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi pelancong sementara perairan tersebut juga merupakan sumber hasil ekonomi tempatan di mana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama," katanya. Tambah Fuziah, sebarang kebocoran jika berlaku di Lynas akan meninggalkan impak yang bakal memusnahkan alam sekitar serta ekonomi di samping kesihatan penduduk kerana tiada industri yang bebas seratus peratus daripada kemalangan termasuk Lynas terkecuali. Katanya, selama ini Lynas berselindung di sebalik Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang seolah-olah menjadi 'jurucakap' mereka. "Saya tegaskan bahawa Lynas tidak wajar berada di Gebeng kerana situasi di Gebeng sekali-kali tidak akan menepati segala aspek keselamatan mengikut piawaian antarabangsa. "Sebab itu saya menyambut baik kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan, Datuk Rebecca Sta Maria yang menyatakan bahawa Lynas mesti mematuhi peraturan sebelum lesen pra-operasi boleh di keluarkan keatas LAMP ketika beliau melawat kilang itu di Gebeng kelmarin. "Janganlah cuba mengulangi kesilapan di tempat lain yang hanya akan menjadikan penduduk di Gebeng dan sekitarnya menjadi mangsa," katanya. Beliau turut kesal sebelum ini pihak kerajaan cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan bahawa sisa dari Lynas adalah selamat sehingga boleh ditabur merata-rata dan percaya maklumat tersebut merupakan input daripada Lynas semata-mata. |
| |
PEMUDA PAS DUN KIJAL Posted: 04 Dec 2011 11:35 AM PST |
Dupahang's Weblog Posted: 04 Dec 2011 11:20 AM PST Koleksi Berita Buang Bayi (ke 39 pd 14/11/2011 “Bayi di parking kereta Klinik”) Posted: 04 Dec 2011 06:07 AM PST Oleh : http://inijalanku.wordpress.com Bayi lelaki ditemui dibuang INSPEKTOR Najahah Abdul Fatah mendukung bayi yang ditemui di kawasan letak kereta Klinik Kesihatan Kota Setar untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan semalam. ALOR SETAR 14 Nov. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui ditinggalkan di dalam sebuah beg di bawah sebatang pokok di [...] | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 04 Dec 2011 11:01 AM PST Ggateh Basikal di Kuala Krai Posted: 03 Dec 2011 11:01 PM PST | Jadual Perlawanan Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Guru 2011 Posted: 03 Dec 2011 11:00 PM PST | Piala Tok Guru – Kota Bharu menang bergaya. Posted: 03 Dec 2011 10:55 PM PST PENGKALAN CHEPA, 3.Dis – Kejohanan Bolasepak Piala Tok Guru 2011 memasuki hari kedua menyaksikan perlawanan antara Kota Bharu menentang Rantau Panjang dengan berkesudahan kemenangan berpihak kepada Kota Bharu 3, Rantau Panjang 0. Sementara itu perlawanan petang tadi juga menyaksikan satu perlawanan bersih kerana ketiadaan kad kuning dilayangkan oleh pengadil Mohd Azrul Mohd Amir. Jaringan pertama Kota Bharu oleh Muhammad Suhaimi Yusof diminit ke 23 ternyata merancakkan perlawanan dan serangan bertubi-tubi dilakukan oleh pihak Rantau Panjang namun ia gagal menyamakan kedudukan. Masa pertama juga semakin menekankan Rantau Panjang setelah sekali lagi Mohd Suhaimi yang memakai jersi no 8 berjaya menumpaskan penjaga gol lawan di minit ke 31. Perlawanan merebut piala berperestij di Kelantan ini juga turut menarik perhatian Kapten The Red Warriors Badri Radzi atau lebih dikenali panggilan Piya untuk menyaksikan sendiri perlawanan yang membawa kemenangan terhadap Kota Bharu. Rantau Panjang yang semakin tertekan tidak berputus asa di masa kedua dengan melakukkan beberapa serangan namun ia gagal menembusi kubu pertahanan Kota Bharu dan dengan kelekaan pemain, sekali lagi gawang gol Rantau Panjang dibolosi dengan tendangan menarik dari Mohd Juzali Dzulkarnain diminit ke 71 membawa Kota Bharu berada dalam keadaan selesa. | Piala Tok Guru – Tanah Merah gigit jari dan Gua Musang hampakan Jeli Posted: 03 Dec 2011 10:52 PM PST Kegagalan memenafaatkan masa pertama oleh pasukan Tanah Merah ketika menentang Pasir Mas bagi perlawanan pertama dalam Kejohanan merebut Piala Tok Guru 2011 mengakibatkan pasukan yang mewakili Parlimen Tanah Merah itu pulang dalam keadaan hampa. Kemenangan selesa Pasukan Pasir Mas dengan jaringan 3 gol tanpa balas membolehkannya memasuki Peringkat Suku Akhir pertengahan bulan ini. Padang yang basah akibat hujan lebat malam tadi dan pagi ini tidak menghalang Pasir Mas mendapat jaringan pertama pada minit ke 49 oleh Ahmad Razi Abdullah dan diikuti dua jaringan pada minit terakhir oleh Mohd Faridzuan Md Zonkifli pada minit ke 80 dan 81. Namun dalam perlawanan awal pagi ini juga telah menyaksikan 5 kad kuning yang dilayankan oleh pengadil Che Bustaman Jaafar iaitu dua bagi Tanah Merah dan tiga bagi Pasir Mas. Kerancakan Kejohanan Bolasepak merebut Piala Tok Guru semakin meriah, diatas semangat kesukanan yang ditunjukkan dua perlawanan hari jumaat lalu iaitu antara Pasir Mas bertemu Tanah Merah dan Gua Musang menentang Jeli. Gua Musang yang mula mengganas setelah memasuki separuh masa kedua berjaya menembusi gawang Jeli pada minit ke 42 setelah pemain nombor 9 Mohd Hafizan Azman berjaya menjaringkan gol pertama untuk Parlimen Gua Musang. Namun tujuh minit kemudian Jeli berjaya menyamakan kedudukan jaringan gol setelah Mohd Azizi Mat Suri menendang kencang menewaskan penjaga gol Gua Musang. Perlawanan kali ini juga menyaksikan pengadil perlawanan Che Bustaman Jaafar melayankan dua kad Kuning untuk pasukan Jeli sementara Gua Musang mempamerkan permainan bersih sehingga ke akhir perlawanan. Harapan Jeli untuk mempertahankan gawang gol dari dibolosi Gua Musang hampa apabila pemain gantian Mohd Basaruddin Che Ali yang masuk pada minit ke 56 berjaya menewaskan penjaga gol Jeli pada minit ke 63 dan menyaksikan kesudahan perlawanan Gua Musang 2, Jeli 1. Gua Musang yang berjaya memasuki Suku Akhir akan bertemu Pasir Mas pada 17.Dis ( Sabtu ) yang dijangka akan bermain di Padang Mini Penjara, Pengkalan Chepa. | Najib tinggal transformasi, ambil kembali perkauman Posted: 03 Dec 2011 08:44 PM PST KUALA LUMPUR, 4 Dis: Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam memperlihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengikut rentak timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin membawa politik perkauman dan kebencian. AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas keseluruhan ucapan Najib sepanjang perhimpunan itu berkata, segala tranformasi yang dicanang perdana menteri itu sebelum ini, tenggelam dalam laugan perkauman parti itu sepanjang perhimpunan tersebut. "Akhirnya Najib kembali mengambil garis yang sama seperti Muhyiddin iaitu garis perkauman dengan memainkan 'politic of fear' seperti zaman kuno. "(Beliau) kembali menggunakan strategi menakutkan orang Melayu dengan menjadikan DAP sebagai momokan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor. Menurutnya lagi, rakyat khususnya bukan Melayu tentunya kecewa dengan pendekatan Najib yang ditunjukkan dalam perhimpunan Umno itu. Najib yang sebelum ini ujarnya berdegar-degar dengan slogan tranformasi politik, liberalisasi dan inklusif, kini musnah sekelip mata dalam perhimpunan Umno itu. "Rakyat tertanya-tanya mana transformasi Najib yang dia mahu bawa dahulu. Beliau kini semakin tajam perkauman dan dah jadi Melayu 'totok'. "Najib perlu tahu bukan semua Melayu boleh ditakutkan. Hanya Melayu Umno sahaja boleh ditakutkan dengan perkauman seperti itu," katanya lagi. Dalam pada itu, Dr. Dzulkefly mahu rakyat menilai sikap pemimpin Umno itu dan mahu membezakan dengan apa yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. "Ini berbeza dengan PAS, yang membawa mesej keadilan Islam untuk semua, membawa mesej kasih sayang antara kaum, sedangkan mereka (Umno) pula bercakap tentang perkauman dan kebencian," katanya. | Muhyiddin jahil konsep Negara Berkebajikan Posted: 03 Dec 2011 08:44 PM PST KUALA LUMPUR, 3 Dis: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, jelas bertujuan untuk menyembunyikan kejahilannya sendiri yang sebenarnya tidak tahu perkara itu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan lagi oleh Muhyiddin kerana dakwaan beliau itu ternyata tidak berasas.
Menurut beliau, para pemimpin PAS telah pun menunjukkan contoh konsep Negara Berkebajikan sejak PAS berjaya memerintah Kelantan 21 tahun lalu yang kini turut diikuti di negeri-negeri lain yang berada di bawah Pakatan Rakyat.
Katanya, sekiranya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, tidak mungkin mereka bercakap mengenainya dan berkemampuan melaksanakannya seperti yang telah ditunjukkan di Kelantan.
"Dia yang tak reti. Bukan pemimpin-pemimpin PAS yang tak tahu. Kalau pemimpin pemimpin-pemimpin PAS tak tahu macam mana boleh dilaksanakan di Kelantan," katanya ketika ditemui di sini.
Muhyiddin ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Malaysia pada perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, 29 November lalu berkata, pemimpin-pemimpin PAS hanya sekadar tahu menyebut tentang Negara Berkebajikan tetapi sebenarnya tidak tahu tentang konsep sebenar Negara Berkebajikan.
Realiti itu didakwa berbeza dengan pemimpin-pemimpin Umno yang bukan sekadar tahu perkara itu, tetapi telah melaksanakannya sejak memerintah negara berpuluh tahun lalu.
Menurut Mohamad Sabu, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin kerana ia tidak mungkin berkemampuan mempengaruhi orang ramai, melainkan hanya akan memalukan dirinya sendiri sahaja yang terbukti jahil tentang konsep Negara Berkebajikan yang sebenar.
Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, katanya, pernah membuat kenyataan seperti itu dan membandingkannya dengan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN tentang sekelumit bantuan kebajikan yang diberikan kepada rakyat menerusi agensi-agensi kerajaan.
"Tetapi langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan BN itu masih jauh dengan konsep Negara Berkebajikan sebenar. Untuk mengetahuinya, Muhyiddin perlu menelitinya dengan mendalam dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan," katanya.
Antaranya contoh yang telah ditunjukkan di Kelantan, tambahnya, dengan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan yang kemudiannya turut diikuti di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
"Langkah Kerajaan PAS Kelantan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan itu pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi kemudian Kerajaan BN sendiri juga turut mengikutinya.
"Selain itu, di Kelantan juga turut dilaksanakan skim takaful, bantuan kepada ibu tunggal dan lain-lain bantuan kepada rakyat, manakala segala urusan kerajaan dengan rakyat pula dipermudahkan," katanya.
Itu, katanya, hanyalah sebahagian sahaja dari langkah yang telah dilaksanakan di Kelantan, manakala sebahagian contoh di Selangor pula dengan sebahagian pemberian bekalan air percuma.
"Di Pulau Pinang pula, diberikan RM100 kepada setiap anak negeri itu yang baru lahir sebagai sebahagian bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada rakyat di negeri itu," jelasnya.
Kerajaan PAS Kelantan, tegasnya, walaupun miskin, tetapi tetap berkemampuan melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan baik, ekoran kefahaman para pemimpin PAS sendiri tentang konsep Negara Berkebajikan.
"Kini, banyak langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan itu yang pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi telah ditiru satu demi satu oleh Kerajaan BN.
"Jadi siapa sebenarnya yang tak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan? Ternyata bukan para pemimpin PAS yang tak tahu, tetapi Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang jahil mengenainya," ujar beliau. | Desak Nik Aziz undur bukti Umno Kelantan takut Posted: 03 Dec 2011 08:43 PM PST KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan mendakwa desakan perwakilan Umno Kelantan, Mohd Afandi Yusoff agar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berundur membayangkan ketakutan Umno kepada Menteri Besar Kelantan itu.
Ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata ianya juga menunjukkan betapa Umno gerun untuk berhadapan dengan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz sehingga terpaksa membuat desakan tersebut.
"Kita ingin bertanya kepada perwakilan Umno Kelantan ini, atas dasar apakah Menteri Besar Kelantan diminta berundur? Jika atas faktor umur, tidakkah mereka yang terpalit dengan rasuah dan penyelewengan serta jauh lebih muda dari Nik Aziz lebih layak untuk berundur?
"Tidakkah Mohd Afandi membaca Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan pelbagai ketirisan dalam perbelanjaan duit kerajaan yang berlaku di bawah pentadbiran individu yang kononnya lebih muda,"soalnya.
Menurut beliau lagi, tindakan Afandi membandingkan Tuan Guru dengan Tun Mahathir Muhammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah berundur membayangkan kejahilannya terhadap sejarah Umni sendiri.
Menurutnya, kedua-dua bekas perdana menteri itu berundur bukan atas desakan pembangkang tetapi atas desakan dalaman Umno sendiri setelah mereka gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihanraya.
"Tun Mahathir berundur setelah sokongan Melayu kepada Umno merosot dalam pilihanraya umum 1999 dan Tun Abdullah berundur setelah Barisan Nasional gagal mendapat dua pertiga majoriti di dalam parlimen dalam pilihanraya umum 2008.
"Adapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz, semakin disayangi dan disanjungi oleh rakyat Kelantan berbanding dengan Afandi sendiri yang pernah kalah kepada seorang calon wanita di dalam pilihanraya umum 2008 untuk kerusi parlimen Rantau Panjang," katanya.
Justeru, beliau berkata desakan Umno Kelantan tidak perlu dilayan oleh kepimpinan kerajaan negeri.
Apa yang perlu ujarnya ialah meneruskan fokus ke arah membangunkan negeri Kelantan di bawah payung syariat.
"Adapun desakan Umno Kelantan itu tidaklah ubah seperti jurulatih pasukan bola sepak sebelah lawan yang merayu-rayu agar dibuang pemain penyerang utama sebelah sini yang dibimbangi akan menjaringkan gol setelah mereka sendiri pun terkial-kial untuk mencari penjaga gol," ujarnya. | Fidlot: Kenyataan polis tak mampu selamatkan Umno Posted: 03 Dec 2011 08:43 PM PST KUALA LUMPUR, 3 Dis: Percubaan polis untuk menghalang huru hara di dalam Umno berikutan kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan berjaya, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"(Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri) Khalid (Abu Bakar) dakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.
"Kenyataan Khalid itu mungkin menyelamatkan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) yang berhempas pulas membela projek suami (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) itu dari menghadapi huru hara dalam perhimpunan agung Umno serta dipersoalkan oleh perwakilan-perwakilan yang berlakon kononnya mahu ketelusan dan amalan yang bersih dalam pemberian projek itu.
"Tetapi ia tidak mungkin menyelamatkan Umno dari menghadapi huru hara yang lebih besar lagi selepas ini," katanya.
Menurut Mahfuz, masalah terbesar yang dihadapi bukannya ketegasan ahli-ahli Umno kepada prinsip menentang kronisme, penyalahgunaan kuasa atau amalan yang tidak bersih dalam pemberian mana-mana projek.
"Semua itu mereka tidak peduli dan tidak pernah ambil peduli. Huru hara akan berlaku kerana semakin ramai ahli Umno yang akan mempersoalkan mengapa pemimpin tertinggi atau keluarga mereka mendapat habuan yang banyak sedangkan mereka hanya mendapat tulang-tulang sahaja.
"Tak mungkin boleh berpuas hati dengan sedikit suapan yang dihulurkan ketika pemilihan parti itu.
"Tentu mereka juga mahu habuan besar seperti keluarga Shahrizat kerana bagi mereka, mereka dan keluarga mereka juga berkerja keras dan berhak mendapat apa yang dinikmati oleh keluarga Shahrizat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Begitu juga dengan ahli-ahli Umno yang mendapat upah lima enam puluh ringgit memasang poster ketika pilihan raya, mereka juga teringin hendak mendapat habuan besar seperti dinikmati keluarga Ketua Wanita Umno, kata Mahfuz.
"Ahli-ahli Umno juga tentu boleh berfikir, itu habuan untuk keluarga Sharizat, bagaimana pula dengan pemimpin Umno lain dan keluarga mereka?
"Sebab itulah huru hara yang ditumbulkan oleh lembu fidlot itu besar kemungkinan akan berpanjangan dan semakin buruk.
"Bila keluarga Sharizat daat habuan besar, tidak ada jaminan para penyokong (Tan Sri) Rafidah (Aziz) yang ditewaskan oleh Shahrizat dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita Umno sebelum ini akan berdiam diri," katanya lagi.
Beliau juga mempersoalkan dakwaan Khalid kononnya tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.
"Khalid dan (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) sendiri berkata siasatan terhadap projek NFC masih diteruskan.
"Kalau masih disiasat bagaimana pula boleh mendakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC?" kata Mahfuz sambil menyatakan beliau merasa sangat kasihan melihat Khalid berusaha sungguh-sunguh memberi penjelasan dalam kes yang melibatkan para pemimpin Umno itu.
"Khalid tentu mahu menjadi Ketua Polis Negara," katanya lagi sambil tersenyum. | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 04 Dec 2011 10:10 AM PST Bekas Ketua Polis Negara gesa badan bebas kaji statistik jenayah Posted: 03 Dec 2011 10:54 PM PST Apakah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga meragui penurunan kadar jenayah dari statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri sendiri? Kenapa sudah bersara baru hendak bersuara? SHAH ALAM 3 Dis. 2011 - Satu badan bebas perlu diwujudkan bagi mengkaji mengenai statistik jenayah di negara ini, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Beliau berkata, kewujudan badan bebas ini penting supaya rakyat dapat memperoleh statistik yang dikeluarkan oleh sebuah badan yang diyakini bebas dan adil serta tidak berkepentingan. "Kita selalu membaca atau mendengar mengenai penurunan kadar jenayah, tetapi rakyat masih berasa tidak selamat kerana tidak yakin dengan maklumat penurunannya yang diterima itu," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Kolokium Kritikan Media Ke-25 anjuran pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm | 13 Produk Makanan Di Kedai Rakyat 1Malaysia Tak Penuhi Spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 Posted: 03 Dec 2011 10:53 PM PST 13 Produk Makanan Di Kedai Rakyat 1Malaysia Tak Penuhi Spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 MStar 3 Dis 2011 KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato. Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan. Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M. Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis. Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta. Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini. Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan. Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu. Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan. "Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985," ujarnya. Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/12/3/mstar_berita/20111203160322&sec=mstar_berita | Sertai Jambori Amal 16 ke 18 Dis 2011 di Port Dickson Posted: 03 Dec 2011 08:35 PM PST JAMBORI AMAL 2011 Tarikh : 16 - 18 Dis 2011 (Jumaat - Ahad) Tempat : Telok Kemang, Port Dickson Peserta : Lelaki sahaja Yuran : Dewasa RM20, Remaja/Kanak-kanak RM10 Aktiviti : - Solat Jemaah - Tazkirah Agama - Sukan - Kembara - Latihan Memasak - Dan banyak lagi Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi Sdr. Izamri 013-2124086 Sdr. Faizal 013-6641694 Sdr. Shahrizal 017-4680125 Anjuran : Unit Amal Negeri Sembilan Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini boleh disalurkan melalui Pengarah (Sdr. Izamri) Jabatan Amal N.Sembilan melalui akaun CIMB 05020693061526. Sila dapatkan maklumat lanjut dan borang penyertaan di N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com/2011/12/sertai-jambori-amal-16-ke-18-dis-2011.html | Kejohanan Futsal Tertutup 1 Jan 2012 di Seremban Posted: 03 Dec 2011 08:34 PM PST KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP Parlimen Seremban dan Rembau Tarikh : 1 Januari 2012 (AHAD) Tempat : Gelanggang Futsal Seremban Yuran : RM 60/pasukan
Hadiah : Tempat Pertama RM1,000 Tempat Kedua RM 500 Tempat Ketiga RM 250
Untuk pertanyaan dan penyertaan sila hubungi Azizi 017-6664084, Hakki 013-3840022
Tarikh tutup penyertaan : 21 Dis 2011 Tarikh undian : 24 Dis 2011
Anjuran : Jawatankuasa Kejohanan Futsal 2012 Pakatan Rakyat Parlimen Seremban dan Rembau
Syarat asas penyertaan : Peserta lelaki berumur 18 tahun ke atas yang menetap dalam kawasan Parlimen Seremban atau Rembau
Kepada sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin menaja hadiah untuk kejohanan ini sila hubungi Hakki 013-3840022 atau Azizi 017-6664084. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 04 Dec 2011 09:57 AM PST PAS ikut telunjuk DAP atau DAP ikut telunjuk PAS? Siapa bohong? Posted: 04 Dec 2011 02:45 AM PST Kit Siang: Siapa bohong, Umno atau MCA? | | Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 4 Dis: Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberi jaminan bahawa kuasa orang Melayu tidak akan tergugat jika Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 akan datang.
Malah beliau berkata, hak orang Melayu itu akan lebih terbela di bawah Pakatan Rakyat berbanding apa yang dilakukan Umno sejak parti itu merintah negara ini beberapa dekad lalu.
"Orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa apabila PR memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, yang benar-benar akan hilang kuasa adalah Umno dan Umno-Putra.
"Malah, orang Melayu akan mendapat lebih banyak hak-hak dan kuasa apabila PR memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu beliau turut membidas tohmahan pemimpin Umno khususnya timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa DAP sebagai parti cauvinis Cina yang berhasrat menghapuskan raja berpelembagaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara Republik.
Katanya, kenyataan Muhyiddin itu bukan sahaja satu pembohongan malah keji, tidak bertanggungjawab, dan cubaan menakutkan dan menghasut rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Dari awal lagi, dalam ucapan pertama saya 40 tahun yang lalu di Parlimen pada 23 Februari 1971, saya telah isytiharkan bahawa DAP menyokong penuh sistem raja berperlembagaan dan bahawa kita "tidak pernah dan tidak mempersoalkan kedaulatan Raja-Raja", tegasnya lagi.
Siapa bohong
Selain itu mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa 'PAS mengikut telunjuk DAP' yang turut disokong Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, Kit Siang berkata ianya sangat berbeza dengan pandangan MCA terhadap mereka.
"Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan sekutu beliau pula menuduh DAP dengan menyatakan 'DAP mengikut telunjuk PAS'.
"Siapa yang telah berbohong? Najib dan Muhyiddin atau Chua Soi Lek?," soalnya.
Mengulas lanjut beliau berkata, tiada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat bertindak sebagai 'Big Brother' malah kesemua parti memainkan peranan bersama.
"Tidak seperti BN di mana Umno adalah hegemoni dan parti-parti politik yang lain tunduk kepada agenda dan kepentingan Umno," katanya. |
| |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 04 Dec 2011 09:36 AM PST Apakah dapat dipentaskan Harga Sebuah Maruah di Kedah? Posted: 04 Dec 2011 05:51 AM PST Oleh H FANSURI KEPADA Menteri Besar Kedah. Salam revolusi. Perjalanan usia saya dalam kegiatan kesusasteraan masih rebung.Namun izinkan saya berbicara mengenai sebuah novel yang mungkin sesuai untuk di'komsas'kan. Komsas adalah kependekan daripada 'Komponen Sastera'.
Adapun nama judul novel itu adalah Harga Sebuah Maruah (HSM), karangan Azizi Hj Abdullah. HSM meraih hadiah kedua pada 2007 di dalam sayembara 50 tahun DBP
Sejak HSM mula dipentaskan di Balai Budaya pada bulan ini maka ramai yang menyedari bahawa teater HSM itu adalah hal kisah pesawah di Kerpan, Kedah. Tetapi, nampaknya perjuangan para pesawah ini tidak diserap sepenuhnya oleh para penonton.
Orang-orang mungkin hanya melihat kepada persembahan mutu lakonan, gaya dan rentak intonasi suara dan sebagainya. Jika novel itu mahu diabadikan sebagai teks komponen sastera (Komsas), maka tentunya Najib Razak dan Muhyiddin Yassin ada halangan nanti, jika mereka sedar isi penentangannya.
Jadi, untuk tujuan itu, di peringkat awal, nampaknya sudah ada skrip naskhah teater untuk dipentaskan.
Maka, bolehlah kita manfaatkannya untuk teater di seluruh negeri Kedah, kalaupun ia ditolak sebagai teks komsas itu nanti.
Membaca dan menonton sangatlah beza penerimaannya ke atas penonton. Menonton teater menyebabkan ingatan kita kekal bertambah kuat berbanding pembacaan novel itu.
HSM itu kisah lama para petani di Kerpan yang boleh selalu dipunggah-punggah daripada relung ingatan lama.
Bersimbah kenangan lalu membanjiri fikiran ramai orang khasnya rakyat negeri Kedah, maka hal itu bererti hadirnya suatu modal baharu sebagai kempen untuk orang-orang PAS mengganyang Umno dan BN menjelang pilihan raya umum akan datang. Itu jika kita hendak berbicara daripada strategi kempen.
Nampak seperti kotor sedikit, seolah-olah kita memperalatkan teater untuk kempen.
Tetapi hakikat sebenarnya, persembahan teater itu tidak kotor malah itulah yang mesti dibuat bagi memastikan rakyat Kedah selalu teringatkan penindasan Umno ke atas petani Kerpan yang tidak berdosa itu.
Kerpan dan Memali misalnya tidak boleh diabadikan dalam bentuk ceramah dan buku ilmiah, buku politik popular sahaja, malah ia perlu disenikan dalam bentuk teater dan filem juga. Harapan saya, semoga HSM yang mengabadikan derita Kerpan ini akan diangkat julang sebagai filem juga akhirnya nanti.
Saya harap, kerajaan negeri Kedah, dengan lujnah kebudayaan PAS boleh memanfaatkan teater ini untuk masa depan kesenian, kebudayaan. Hingga nota ini ditulis, saya difahamkan bahawa pihak Pusat Pengajian Seni, USM dan DBP adalah yang terlibat dalam pembikinan teater HSM itu. Hanya menantikan kesungguhan Pakatan Rakyat jika benar mereka benar-benar berhasrat menaklukkan hati manusia menjelang pilihan raya umum nanti.
Al-Fatihah buat Azizi Hj Abdullah... | Manusia Antara Air Hujan dan Banjir Posted: 03 Dec 2011 06:56 PM PST Sekarang kita di musim tengkujuh. Hujan dan ribut saling mendahului untuk melanda bumi . Ada yang mengeluh dan ada juga yang bersyukur . Ada yang ditimpa musibah lalu kampung dan rumahnya ditenggelami air , namun mereka sabar menghadapinya . Tidak kurang juga yang menyumpah seranah dan memaki hamun lalu menyalahkan pelbagai pihak kerana kegagalan membina parit , longkang dan benteng yang boleh menghalang banjir.
Musim begini , banyak tugas harian tergendala. Pekebun getah pastinya bercuti panjang demikian juga nelayan di laut , pastinya mereka jua terpaksa menggantung pukat buat tempoh yang agak panjang .
Pendek kata , banyak urusan terpaksa ditunda ke satu tempoh yang lain . Namun di sana ada satu urusan dan tugas kita sebagai manusia yang tidak boleh ditunda atau ditangguhkan , biarpun musim tengkujuh ini kian buruk keadaannya.
TUGAS MANUSIA
Tugas yang saya maksudkan tersebut ialah tugas ibadah atau pengabdian diri kepada Allah swt. Ianya tidak terhenti setakat sembahyang dan membaca al quran semata – mata , tetapi merangkumi semua tanggungjawab yang mendekatkan diri kita selaku makhluk ( manusia ) kepada Khaliq ( Allah swt. )
Antara tugas utama kita ialah meneruskan perjuangan untuk mendaulatkan syariat Allah swt. Ianya tidak mungkin boleh ditangguhkan biarpun seketika. Apalah sangat hujan air sehingga kita menghentikan tugas – tugas perjuangan sedang sebahagian dari saudara seaqidah kita , sedang bergelut dan bertempur di bawah hujan peluru demi mendaulatkan Islam.
Malah , suatu yang menarik , hujan yang turun ini adalah antara bukti keagungan Ilahi , tuhan yang selayaknya disembah oleh kita manusia.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ. الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai sekalian manusia! Abdikanlah dirimu kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). Al-Baqarah : 21–22
HIDUP DAN MATI ADALAH UJIAN ALLAH
Air adalah sumber kehidupan . Tanpa air , tiada satu pun makhluk bernyawa mampu hidup di muka bumi ini. Kehidupan menjadi sempurna dengan air yang diturunkan Ilahi. Namun kehidupan itu pula bukanlah segalanya , sebaliknya ia adalah satu ujian pula dari Ilahi untuk melihat siapakah yang mengabdikan diri kepada Allah swt. tuhan yang menghidupkan mereka dengan air sebagai alat bantu kehidupan. Firman Allah swt :
تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِير. الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). Surah al-Mulk : 1 – 2
PELBAGAI UJIAN DARIPADA ALLAH
Kehidupan adalah sebuah perjuangan . Sebagaimana pentas perjuangan dihiasi pelbagai ujian Ilahi , selayaknya kehidupan ini jua dihiasi dengan pelbagai ujian dari Allah , menepati system nilai guna menyaring siapakah yang sabar dalah meredah pelbagai ujian tersebut.
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Surah al-Baqarah:155
Ujian Senang & Susah
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan ( kejahatan ) dan kesenangan ( kebaikan ) sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. Surah al-Anbiya':35
ALLAH PEMBERI RAHMAT
Sungguhpun ujian Ilahi dalam bentuk hujan dan banjir ini amat getir untuk dihadapi , namun ia adalah rahmat dari Allah Jalla wa A'la. Sebagai insan beriman , kita sangat yakin , segalanya tersimpan dalam ilmu Allah swt. Bahawa apa yang berlaku tidak sia – sia melainkan terlalu banyak iktibar yang perlu dilihat oleh kita . Firman Allah swt :
قُلْ مَن ذَا الَّذِي يَعْصِمُكُم مِّنَ اللَّهِ إِنْ أَرَادَ بِكُمْ سُوءًا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ رَحْمَةً وَلَا يَجِدُونَ لَهُم مِّن دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا
Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Ia hendak memberikan rahmat kepada kamu? " Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka. Surah Al-Ahzab : 17
AIR HUJAN ADALAH RAHMAT DAN NIQMAT
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya: Biasanya apabila hari berangin atau mendung, wajah Rasulullah s.a.w kelihatan gelisah. Bila hujan mulai turun, wajah baginda menjadi berseri dan hilanglah kegelisahan baginda. Aisyah bertanyakan hal itu kepada baginda. Baginda menjawab: Aku bimbang angin atau mendung itu menjadi azab untuk menyiksa umatku. Jika baginda melihat hujan, baginda akan berkata: Itu adalah rahmat.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya seorang lelaki masuk ke masjid pada hari Jumaat dari satu pintu yang menuju ke arah Darul Qadha (rumah Umar bin al-Khattab).
Pada waktu itu Rasulullah s.a.w sedang berdiri sambil berkhutbah. Orang itu menghadap Rasulullah s.a.w sambil berdiri, kemudian berkata: Wahai Rasulullah! Segala harta benda telah musnah dan jalan-jalan menjadi terputus (iaitu mereka tidak lagi dapat menggunakan unta kerana bimbang unta mereka mati malah boleh mengurangkan binatang ternakan mereka disebabkan cuaca pada ketika itu), oleh itu berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan menurunkan hujan kepada kita. Rasulullah s.a.w lalu mengangkat kedua tangan dan berdoa
اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا
Yang bermaksud: Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami.
Kata Anas: Tidak, demi Allah! Kami tidak lihatpun di langit ada mega atau gumpalan awan. Di antara kami dengan gunung tidak ada satu pun rumah atau perkampungan (yang menghalangi pandangan kami untuk melihat tanda-tanda akan turunnya hujan). Tiba-tiba muncul mega bagaikan perisai di sebalik gunung. Ketika berada di tengah-tengah langit, mega itu mulai melebar kemudian menurunkan hujan. Tidak, demi Allah! Kami tidak melihat matahari sedikit pun.
Pada hari Jumaat berikutnya masuk pula seorang lelaki dari pintu yang sama, ketika itu Rasulullah s.a.w sedang berdiri sambil berkhutbah. Orang itu menghadap baginda sambil berdiri, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Banyak harta benda yang binasa dan jalan-jalan telah terputus. (Kali ini kerana terlampau banyak hujan). Oleh itu berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan menahan hujan dari kami. Rasulullah s.a.w pun mengangkat kedua tangan lantas baginda berdoa :
اللَّهُمَّ حَوْلَنَا وَلا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah musnahkan kami. Ya Allah! Engkau turunkanlah ia di atas gunung-gunung dan bukit-bukau, di lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.
Hujan pun reda dan kami dapat keluar, berjalan di bawah sinar matahari.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Abu Jahal berdoa: Wahai tuhanku sekiranya al-Quran ini betul datang dari sisiMu, maka turunkanlah hujan batu dari langit atau timpakan kepada kami siksaan yang pedih. Lalu turunlah ayat
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيْهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ وَمَا لَهُمْ أَلا يُعَذِّبَهُمُ اللَّهُ وَهُمْ يَصُدُّونَ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
Yang bermaksud: Dan Allah tidak sekali-kali akan menyiksa mereka, sedangkan 'engkau wahai Muhammad ada di antara mereka dan mengapa mereka tidak patut disiksakan oleh Allah sedangkan mereka menyekat orang2 Islam daripada Masjidil Haram sehingga ke akhir ayat BANJIR MENJADI BALA UMAT TERDAHULU
Antara rahmat Ilahi melalui air hujan dan banjir yang melanda ini ialah sebagaimana yang pernah Allah timpakan kepada ummat terdahulu sebagai balasan terhadap keangkuhan dan kesombongan mereka dihadapan Allah swt. Ianya menjadi rahmat buat insan yang taat dan bala buat mereka yang derhaka .
لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍ وَشِمَالٍ كُلُوا مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُور. فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ
Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!. Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara. Surah Saba' : 15–16
مِّمَّا خَطِيئَاتِهِمْ أُغْرِقُوا فَأُدْخِلُوا نَارًا فَلَمْ يَجِدُوا لَهُم مِّن دُونِ اللَّهِ أَنصَارًا
Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan). Surah Nuh:25
وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ وَقِيلَ بُعْدًا لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim". Surah Hud:44
BALA TUHAN MERATA KEPADA ORANG JAHAT DAN BAIK
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. Surah Al-Anfaal:25
BANJIR DI AKHIRAT
Satu penegasan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak , ialah banjir di akhirat kelak .
حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ( يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ) قَالَ يَقُومُ أَحَدُهُمْ فِي رَشْحِهِ إِلَى أَنْصَافِ أُذُنَيْهِ
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda mengenai firman Allah ( يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ) Yang bermaksud: Hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan Semesta Alam. Baginda bersabda: Seorang daripada mereka tenggelam dalam peluhnya sehingga paras telinga.
Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. | Warga Pekerja Bukan Hamba Posted: 03 Dec 2011 06:53 PM PST 1. Warga pekerja adalah aset negara dan mereka juga merupakan dinamo kepada pertumbuhan ekonomi negara. Justeru itu, mereka bukan hamba abdi yang diperah kudrat mereka lalu ditindas dengan pelbagai akta yang tidak memihak apatah lagi memelihara kepentingan mereka.
2. Kerajaan tidak boleh melayan warga pekerja seperti melayan warga division dua berbanding warga korporat yang juga tidak dinafi memberi sumbangan besar kepada lonjakan ekonomi negara.
3. Setelah mengerah keringat yang menitis sampai ke tumit, wajarnya warga pekerja dijaga dan ditunaikan hak mereka selayaknya. Saya pasti, mereka bukan menuntut suatu yang melebihi kewajaran dan hak yang sepatutnya mereka miliki. Juga mereka bukan menuntut agar dimanjakan oleh kerajaan. Sebaliknya mereka mahu hak mereka dihormati dan dihargai oleh kerajaan setelah mereka mengerahkan tulang empat kerat mereka untuk masa depan negara.
4. Kerajaan mesti bersikap terbuka dan sedia mendengar setiap masaalah berbangkit daripada rakyat termasuk warga pekerja. Kedegilan kerajaan untuk tidak mendengar suara hati warga pekerja akan mengundang masaalah besar kepada negara dan tidak keterlaluan jika saya menyebut bahawa ia juga berpotensi merencatkan kitaran sihat ekonomi negara menuju kestabilan yang didambakan.
5. Kerajaan bertanggungjawab memberi Jaminan Perlindungan Pekerjaan, Hak Kebajikan, Hak Berpersatuan, Gaji minimum dan lain - lain tanpa sebarang diskriminasi yang membezakan antara Pekerja yang berstatus tetap atau pun Pekerja yang diambil secara kontrak. Menafikan hak dan meletakkan mereka setaraf buruh asing adalah satu bentuk penindasan yang tidak sewajarnya berlaku dalam negara kita.
Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. | Selangor Akan Bawa Pakar Luar siasat penyelewengan NFC Posted: 03 Dec 2011 06:36 PM PST GOMBAK, 2 DIS: Kerajaan Selangor bersedia memperuntukkan sedikit dana untuk menggunakan khidmat pakar penyiasatan daripada negara luar seperti Britain dan Eropah bagi membawa kes projek ternakan lembu kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke mahkamah. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia adalah pendekatan yang sering digunapakai negara luar bagi menyelesaikan jenayah kolar putih atau jenayah bersifat korporat.
Jelasnya, walaupun ia adalah pendekatan yang belum pernah digunakan di negara ini, namun beliau yakin kaedah itu akan membantu menyelesaikan perkara berkenaan.
"Saya serahkan kepada Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution. Mereka akan membuat pembentangan kepada pihak polis dan MACC supaya menunjukkan pekara yang perlu diperhatikan oleh pihak polis."
"Ini adalah perkara baru di Malaysia tetapi perkara ini sangat dijaga di Britain dan Australia."
Terdahulu, ketua Audit Negara mendedahkan bahawa projek fidlot tersebut dalam keadaan kucar kacir dan tidak menepati sasaran ekoran tiada kepakaran pengurusan.
Skandal ini menjadi tumpuan media apabila pimpinan Pakatan Rakyat mempersoalkan pinjaman dana RM250 juta yang diberikan kepada keluarganya.
Tidak cukup dengan itu, beberapa pendedahan berhubung salahguna kuasa dan urus tadbir oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk pembelian dua buah kondo mewah dan membuka syarikat-syarikat milik peribadi turut didedah.
Namun, kepimpinan Umno dan sayap Wanitanya bersungguh-sungguh mempertahankan Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan