Rabu, 30 November 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Khairy Jamaluddin

Posted: 30 Nov 2011 01:20 AM PST

Khairy Jamaluddin


MEMACU GENERASI, MELAKAR TRANSFORMASI

Posted: 29 Nov 2011 04:00 PM PST

UCAPAN DASAR KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2011 30 NOVEMBER 2011, 8.30 PAGI, DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC

Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 29 Nov 2011 11:41 PM PST

Ahli Parlimen Kota Belud


Perbahasan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 oleh Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Kota Belud 29/11/11

Posted: 29 Nov 2011 09:43 AM PST

Perbahasan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 oleh YB Ketua Pembangkang 29/11/11

http://ustre.am/_1gWcL:VBS



Perbahasan Rang Undang-Udang Perhimpunan Aman 2011 oleh YB Ahli Parlimen Kota Belud 29/11/11


http://ustre.am/_1gWcL:VBU

Razlan's

Posted: 29 Nov 2011 11:29 PM PST

Razlan's


Ucapan Dasar Khairy Jamaluddin 2011

Posted: 29 Nov 2011 07:28 PM PST


EMBARGO SEHINGGA DILAFAZKAN

SILA SEMAK KETIKA DILAFAZKAN

UCAPAN DASAR

KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG

PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2011

30 NOVEMBER 2011, 8.30 PAGI, DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC

 

 

"MEMACU GENERASI, MELAKAR TRANSFORMASI"

 

 

Yang Berbahagia Dato' Pengerusi Tetap

Yang Berbahagia Saudara Timbalan Pengerusi Tetap

Wakil-wakil Majlis Tertinggi

Yang Berhormat Dato' Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri

Para Perwakilan dan Pemerhati

 

1. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Agung lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan Terpuji, Penghulu segala Nabi, penyampai risalah suci.  Setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan, kerana dengan iradat, rahmat dan izin-Nya kita semua dapat berkumpul di Dewan Tun Hussein Onn di pagi yang penuh barakah ini bagi melunaskan urusan Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda.

 

2. Hari ini kita bersidang bagi menilai dan membahas bukan sahaja pencapaian kita dan parti kita, bahkan hala tuju dan garis panduan perjuangan seterusnya.  Perkara ini selari dengan firman Allah SWT di dalam Surah As-Syura ayat 38:

 

وَأَمۡرُهُمۡ شُورَىٰ بَيۡنَہُمۡ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ

Yang bermaksud: "dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya".

 

3. Perhimpunan kali ini sangat penting dan besar ertinya buat kita semua.  Suka diingatkan bahawa perhimpunan ini, berkemungkinan besar, yang terakhir sebelum kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13).  Inilah masa dan ruang untuk kita merapatkan ukhwah dan membina kekuatan sayap sebagai bekalan perang. Inilah masa dan ruang untuk kita mengukuhkan azam, menaman tekad serta menambah baik perancangan bagi memastikan orang muda akan terus bersama-sama kita.

 

Para perwakilan sekalian,

 

4. Dewasa ini, konsep perubahan atau "change" merupakan mantera yang acapkali disebut. Tetapi kita perlu sedar, perubahan berlaku dalam pelbagai bentuk dan tahap. Ada perubahan yang kecil dan lazim. Ada pula perubahan yang lebih besar dan menyeluruh – perubahan yang datang sekali dalam beberapa generasi. Pada hemat saya, inilah bentuk perubahan yang sedang kita saksikan.Berdasarkan lipatan sejarah pembinaan tamadun manusia, terdapat beberapa detik yang merakam perubahan yang didasari oleh peralihan generasi. Bagi saya, peralihan generasi berlaku apabila sesuatu perubahan atau transformasi itu tidak hanya terbatas kepada pengenalan dasar-dasar baru atau muka-muka baruMalah ia juga merupakan suatu kedatangan era yang menyaksikan munculnya pemimpin-pemimpin berwawasan yang memperjuangkan perubahan yang melangkaui zaman mereka – perubahan yang menguburkan norma-norma lapuk yang sudah lama berakar umbi dalam masyarakat.

 

5. Contoh yang mungkin diketahui ramai ialah peristiwa di Amerika Syarikat. Rakyat negaratersebut pernah hidup dibelenggu Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin menentang kuasa Komunis Kesatuan Soviet. Pemimpin-pemimpin mereka ketika itu terdiri daripada generasi lama yang gagal memberi kesegaran dan suntikan baru dalam corak pemerintahan negara. Kekontangan sedemikian berlarutan sehinggalah munculnya John F. Kennedy, yang bukan hanya muda dan kelihatan muda, tetapi telah berjaya membawa suatu mesej peralihan zaman dan program perubahan yang menghidupkan semula harapan rakyat. Kemenangan beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1961 merupakan satu detik penting yang menandakan peralihan generasi. Ucapan sulung beliau selaku Presiden dilakar dalam sejarah politik dunia sebagai satu sinar harapan kepada rakyat Amerika. Harapan bahawa ketakutan yang mereka rasakan selama hampir dua puluh tahun bakal berakhir. Harapan bahawa suatu bentuk pentadbiran yang mencerminkan peralihan generasi secara besar-besaran sudah tiba di Amerika.

 

6. Dalam konteks sejarah Islam, perkara yang sama turut berlaku. Kita singkap kisah Khalifah Harun al-Rashid, yang telah mengangkat Baghdad menjadi pusat keilmuan dan perdagangan dunia pada kurun ke-9. Pembangunan institusi sarjana seperti Baitul Hikmah serta prasarana perubatan, ekonomi dan pendidikan yang maju telah memangkin pencapaian baru dalam segenap aspek ketamadunan – sesuai dengan label Zaman Kegemilangan Islam. Tetapi, jauh lebih penting daripada pembangunan institusi, Khalifah Harun adalah pemimpin muda yang membawa nilai-nilai dan pemikiran yang baru untuk melihat Baghdad menyumbang kepada perkembangan tamadun pada skala yang lebih besar. Maka, meskipun mengambil alih tampuk pemerintahan pada usia 20-an, era kepimpinan Khalifah Harun telah menyaksikan perubahan yang signifikan dalam haluan tamadun Islam, sekaligus menyumbang kepada pencapaian peradaban manusia secara amnya.Kesemua ini bertitik tolak daripada kesanggupan melakukan suatu transformasi besar-besaran.

 

Para perwakilan sekalian,

 

7. Dua contoh ini menggambarkan betapa penting dan gentingnya peralihan generasi dalam memacu kebangkitan dan haluan kemajuan serta nasib sesuatu masyarakat, negara, mahupun umat manusia sejagat. Namun, yang bulat takkan datang bergolek. Yang pipih takkan datang melayang. Haluan dan nasib takkan berubah dengan sendirinya. Dalam semua kisah yang saya kongsi sebentar tadi, wujud unsur-unsur anjakan pemikiran, kebangkitan idealisme muda dan keberanian pemimpin memacu pembaharuan positif – inilah yang saya istilahkan sebagai peralihan generasi.

 

8. Di tanahair kita, saya percaya kita juga dapat melihat peralihan generasi ini sedang berlaku.Kepimpinan Presiden parti kita, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, boleh dikatakan kepimpinan negara pertama yang dibesarkan dalam era pasca-Merdeka. Maka tidak hairanlah jika YAB Presiden amat memahami bahawa perubahan zaman sudah mula rancak berlakuSekiranya kita ketinggalan dalam membuat transformasi, nescaya rakyat tidak akan memaafkan kita. Kita perlu sedar, faktor besar yang menentukan kalah menang dalam pilihanraya adalah pengundi muda yang dianggarkan hampir 40 peratus. Golongan pengundi generasi baru ini nyata mempunyai congakan dan pola pemikiran yang cukup berbeza daripada generasi sebelumnya.Daripada saluran maklumat yang mereka pakai, nilai-nilai yang mereka hargai, hobi yang mereka gemari sehinggalah kepada persepsi dan sudut pandang mereka terhadap peranan pimpinan politik – kesemuanya mencerminkan satu peralihan generasi yang mendukung perubahan zaman. Syukur Alhamdulillah, kepimpinan YAB Presiden jelas mempamerkan pemahaman jitu terhadap keperluan pengisian yang terancang dalam meraikan peralihan generasi tersebut. Gagasan transformasi ekonomi dan politik yang dilaksanakan membuktikan kesungguhan beliau dalam memimpin UMNO menakhodai peralihan generasi kini.

 

9. Walau bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa sifat dan bentuk peralihan generasi yang kita perlukan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang besar dan menyeluruh. Ia bukanlah seperti menyalin tikar lama dengan mengkuang baru. Ia bukanlah sekadar suatu peralihan kepimpinan lama dengan menggantikannya dengan wajah-wajah muda.Sebaliknya, jauh lebih penting, ia adalah suatu tuntutan perubahan yang meruntun penghijrahan tasawwur atau sudut pandang atau "worldview". Tasawwur yang berupaya menjadi titik tolak kepada segala transformasi ekonomi dan amalan politik dalam Kerajaan mahupun parti. Tasawwuryang selari dengan peredaran zaman. Tasawwur atau "worldview" yang bertunjangkan acuan pemikiran tersendiri yang segar dan bersedia untuk keluar daripada kepompong kebiasaan tanpa perlu menyisihkan jatidiri asal dan nilai-nilai IslamTuntasnya, lihatlah dunia hari ini daripada sudut pandangan burung, bukannya intaian sempit katak di bawah tempurung.

 

10. Tasawwur atau "worldview" yang saya maksudkan ini menuntut keseimbangan antara tradisi dan pemodenan, antara kemajuan fizikal dan pembangunan sahsiah, antara teladan sejarah dan potensi pembaharuan. Dalam konteks ini, seseorang yang menghayati perspektif dan keseimbangan tersebut akan memahami pentingnya nilai hak asasi dan kebebasan sivil di sampingmengiktiraf kepentingan kestabilan dan keamanan negara. Pada pengamatan saya, inilah asas yang harus mendukung program transformasi politik yang kita saksikan hari ini. Sebagai contoh, YAB Presiden telah memutuskan untuk memansuhkan ISA – satu simbol kuasa berpaksikan tasawwur lapuk – dengan harapan ia bisa menyuburkan amalan demokrasi yang lebih matang di samping menggubal undang-undang baru yang menjamin keselamatan negara.

 

11. Banyak lagi contoh serupa yang menandakan berputiknya lembaran baru dalam falsafah kepimpinan negara. Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa segala Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Politik yang digariskan oleh YAB Presiden tidak mungkin berlaku tanpa wujudnya tasawwur atau sarwajagat baru ini. Ini adalah satu peralihan perspektif yang menuntut kita menjadi lebih berani, matang dan berkeyakinan dalam menyambut cabaran dunia baru.

 

12. Dalam soal politik, jika tasawwur atau "worldview" sebelum ini, prinsipnya mudah: kuasa adalah betul atau "might is right". Maksud saya, kuasa adalah prinsip yang mendasari segala tindakan kita sebelum ini. Apabila wujudnya masalah, kita tangkap dan humban ke dalam lokap. Bila berdepan cabaran, kita cantas, berkas dan haramkan. Mungkin kaedah mentaliti Perang Dingin ini sesuai pada masa dahulu, tetapi dunia sekarang meruntun pendekatan yang lebih berhikmah dan terbuka.Lantas sebagai contoh tasawwur iniKerajaan akan pinda seksyen 15 AUKU bagi membuka ruang kepada mahasiswa kita untuk turut serta dalam politik. Pada saya, ini bukan bermain selamat, ini tamsilan kepimpinan berhemat. Ini bukan tunduk pada tekanan, ini kesungguhan melakar perubahan.

 

13. Sama seperti peralihan generasi dalam arena politik, penterjemahan tasawwur baru dalam lapangan ekonomi juga harus berasaskan prinsip yang lebih progresif. Mentaliti ekonomi Melayu sebelum ini banyak berpaksikan kepada bantuan dan perlindungan Kerajaan semata-mata. Jatuh bangun perniagaan Melayu terlalu bergantung kepada ihsan Kerajaan. Jika Kerajaan bantu, Melayu maju. Jika Kerajaan enggan tolong, maka melopong. Itu perspektif  lama.

 

14. Tetapi zaman sudah berubah. Di samping masih ramai orang Melayu yang memerlukan bantuan Kerajaan, ramai juga orang Melayu yang sudah bertapak dalam pelbagai industri dan sektor ekonomi negara. Objektif kita sekarang bukan semata-mata mahu meningkatkan penglibatan orang Melayu dalam sektor ekonomi, tetapi untuk membina daya saing supaya Melayu mampu melonjak lebih tinggi berlandaskan kemampuan dan merit. Yang miskin kita bantu, yang mampu kita perkasa.

 

15. Sebagai generasi pemimpin muda parti dan negara, Pemuda mesti berada di hadapan setiap kelok perubahan demi mengisi gagasan peralihan generasi. Dalam konteks ini, ingin saya tegaskan kita haruslah menjiwai makna dan falsafah gagasan peralihan generasi dan tasawwur ini dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Tiada gunanya jika kita sekadar bersorak dan bertepuk tangan secara membuta tuli menyambut setiap pengumuman YAB Perdana Menteri, tanpa memahami dengan jelas rasional dan sebab tindakan tersebut. Sokongan kita terhadap langkah-langkah progresif seperti pemansuhan ISA mesti berlunaskan satu kesedaran mendalam tentang tuntutan tasawwur atau "worldview" barubukan kerana membodek ketua.

 

16. Perkara ini harus dipandang serius. Kerana kegagalan menjiwai kepentingan tasawwur baru iniakan menggagalkan transformasi atau peralihan generasi yang kita wawarkanMenjadi harapan orang muda di luar sana untuk kita dalam Pemuda menjadi pelopor dan pencetus kepada idea dan pemikiran baru dan progresif tanpa menunggu isyarat dari YAB PresidenJika tidak, kita akan muda hanya pada usia, bukan pada idea atau pemikiran – "young in age, but ancient in mentality".Percayalah, ini bukan masanya kita menjadi tukang sorak yang menyokong tanpa ilmu, yang menentang dengan nafsu.

 

17. Kita tidak perlu melangkau jauh bagi melihat contoh terbaik untuk kita teladani. YAB Presiden kita sendiri, walaupun sudah lama meninggalkan zaman Pemuda, tetapi dirinya adalah seorang pemimpin yang mesra generasi muda, yang faham generasi muda dan lebih penting yang menghargai dan mengiktiraf generasi muda. Beliau mempunyai ratusan ribu pengikut di Twitter, sentiasa menggunakan ruang media sosial untuk berinteraksi dengan orang muda, singgah ke konsert, bersukan. Dan lebih penting daripada itu, pendekatan dan falsafah politik YAB Presiden sendiri berkisar kepada prinsip-prinsip keterbukaan, kebebasan, keadilan dan penghakupayaan generasi muda. Pendek kata, Presiden kita adalah contoh terbaik seorang pemimpin yang menjiwai tasawwur dan peralihan generasi ini.

 

18. Dalam konteks perubahan dan tasawwur baru ini, Pemuda harus bersyukur kerana perjuangan kita, membuahkan hasil. Hampir semua dari langkah transformasi politik kerajaan - ISA, AUKU, kebebasan akhbar, kebebasan berhimpun – adalah sesuatu yang telah kita perjuangkan lebih awal lagi.   Pada waktu dan ketika itu, ada yang pandang sinis – kononnya Pemuda terlalu liberal dan progresif. Tetapi hari ini terbukti, keberanian Pemuda membawa tasawwur baru yang mencerminkan kehendak sebenar orang muda akhirnya mendapat pengiktirafan melalui transformasi YAB Presiden sendiri. Inilah tandanya kita tidak bertindak membuta tuli. Perjuangan kita selari dengan jiwa orang muda.  Itulah sebabnya Barisan Nasional Pilihan Orang Muda.

 

Para perwakilan sekalian,

 

19. Dalam konteks yang lebih luas, kesedaran terhadap kepentingan menghayati tasawwur baru ini akan memberi satu makna baru kepada konsep "winnable candidate" yang diperkenalkan YAB Presiden.  Untuk memastikan kemenangan bagi Barisan Nasional pada pilihanraya yang bakal diadakan, kita perlu mengangkat calon-calon yang bukan hanya popular dalam parti, tapi diterima oleh para pengundi. Dalam konteks peralihan generasi yang saya olah tadi, saya percaya bahawa salah satu faktor yang menjadikan seseorang calon itu sebagai "winnable candidate" adalah sejauh mana beliau memahami peralihan generasi yang sedang berlaku.

 

20. Kajian Makmal Pemuda mendedahkan sandaran undian anak muda adalah 35 peratus berdasarkan parti, 34 peratus calon dan 27 peratus pemimpin utama peringkat nasional. Kajian ini juga mendapati bahawa 62 peratus daripada mereka adalah kelompok atas pagar yang hanya akan memilih parti dan calon yang dianggap terbaik. Maka sangkaan dan kepercayaan bahawa rakyat sentiasa menyokong BN walau siapapun calon kita, adalah mitos dan meleset sama sekali. Bukan sekadar pertimbangan yang diambil kira dalam mengundi generasi muda amat berbeza, kita juga perlu menerima hakikat bahawa merekalah faktor penentu kalah menang bagi banyak kerusi di PRU-13. Maka, atas dasar ini, "winnable candidates" adalah mereka yang antara lain berupaya memahami dan berkongsi perspektif yang mesra generasi muda.

 

21. Selain itu, seseorang "winnable candidate" perlulah mempunyai kebolehan dan amanah.   Dua perkara ini akan menentukan sama ada seorang calon itu diterima oleh pengundi atau sebaliknya.Amanah menuntut anjakan pemikiran dan kesedaran dalam memupuk budaya jujur, ikhlas dan mesra dalam perjuangan. Sesungguhnya, selaku pemimpin, kepentingan diri tidak boleh sekali-kali menjadi keutamaan. Kita sentiasa dinilai oleh rakyat jelata, dan kepada rakyatlah keringat ini perlu tumpah. Yang lebih penting, segala perlakuan kita selaku pemimpin yang memikul amanah besar ini akan diadili oleh Allah SWT nanti. Keinsafan dan kesedaran ini harus menjadi daya yang memberi makna kepada semua tindakan agar kita berani memperjuangkan perkara yang benar demi rakyat.

 

22. Firman Allah SWT sebagaimana petikan daripada ayat 26, Surah Al-Qasas :

 

إِنَّ خَيۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡأَمِينُ

 

Yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah".

 

23. Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah menulis, "Hendaklah dipastikan orang yang terbaik bagi setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah""Al-Quwwah" merujuk kepada kekuatan atau kemampuan seseorang melaksanakan tugas yang diberi. Sudah pastilah dalam konteks politik dan pilihanraya, "al-Quwwah" yang dimaksudkan ialah seorang "winnable candidate" yang cergas, rajin, berwawasan, prihatin, adil kepada semua tak kira agama atau bangsa dan mempunyai ilmu untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat.

 

24. Jika kita mengakui hakikat bahawa PRU-13 merupakan medan survival BN, kita perlu menerima konsep "winnable candidate" dan bersama-sama menyokong YAB Presiden melaksanakannya.  Pada zaman Rasulullah SAW sendiri, semasa Islam diserang dari pelbagai sudut dan survival agama berada di tahap paling genting, Baginda telah memilih panglima-panglimanya berdasarkan kemampuan dan bukannya hubungan mereka dengan Baginda.

 

25. 'Amr bin al-As dihantar untuk menjadi pemerintah wilayah Oman walaupun beliau baru menganut Islam jika dibandingkan dengan para sahabat yang lain. Rasulullah SAW telah memilih Khalid ibn al-Walid untuk menjadi panglima tentera Islam dan memberi gelaran Sayful Allah al-Maslul atau Pedang Allah Yang Terhunus. Bukan kerana beliau dan Baginda mempunyai pertalian khusus. Namun dek keupayaan beliau dalam mengurus, kebijaksanaan mengatur turus serta keberanian menggempur musuh secara terus.

 

26. Saya akui, kita tidak mungkin setanding dengan 'Amr al-As ataupun Khalid ibn Al-Walid.  Namun saya yakin ada di kalangan Pemuda yang sudah bersedia menggalas tanggungjawab yang lebih besar.  Kami dilatih, dididik dan diasuh dalam kilang UMNO.  Kami berharap melalui konsep"winnable candidate", tiada lagi calon yang dipilih atas dasar simpati mahu pun calon pakai kabel.Sebaliknya, "winnable candidate" perlu dipilih atas dasar merit dan keupayaan sebenar. Kami menunggu dengan penuh kesabaran waktu dan giliran untuk tampil ke hadapan. Kami sama sekali tidak mendesak untuk mengganti yang lama, jauh sekali dari mengaku sebagai terbaik dari semua yang ada. Cuma sekadar ingin menyatakan dengan satu suara dan harapan, intai dan jenguk-jenguk jualah Pemuda dalam memilih "winnable candidate" akan datang.

 

Anak tupai digonggong helang

Terbang tinggi menghala selatan

Jika Pemuda di beri peluang

Tak mungkin kami persia-siakan

 

27. Pemuda juga ingin menghantar amaran yang keras. Kami kesal dengan sikap sesetengah kelompok yang hari ini menyokong konsep "winnable candidate", kononnya berikrar akan membantu "winnable candidate" untuk menang, sebaliknya beria-ia menunjukkan muka di ambang pilihanraya kerana menganggap diri mereka sebagai "winnable candidate"Tetapi apabila harapan tidak kesampaian, sokongan serta sumbangan terhadap parti dibiar mati bersama angan-angan yang tak menjadi. Ini bukan bentuk mentaliti yang kita mahu. Kalau masih ada golongan sedemikian yang bukan sahaja terang-terang menyokong pembangkang tetapi juga memboikot secara senyap – yang langsung tak buat kerja, yang membawa diri merajuk sepi, yang menghilangkan diri, yang tak keluar mengundi – kita minta tindakan tegas terhadap mereka ini sebagai pembelot kepada parti.

 

28. Namun akhirnya, kita percaya dan menaruh keyakinan tinggi kepada kebijaksanaan serta pertimbangan pucuk pimpinan parti di dalam menentukan pilihan calon yang difikirkan layak sebagai "winnable candidate" di kalangan ahli parti. Ikrar kami kepada Presiden, sungguhpun Pemuda menaruh harapan untuk diberi peluang, kami tahu yang paling penting adalah untuk memenangi pilihanraya. Oleh itu, walau apa jua pun keputusannya, Pemuda berikrar kepada YAB Presiden, kami akan setia menyokong mana-mana calon yang dipilih demi maqasid yang lebih besar yakni kemenangan Barisan Nasional.

 

Para perwakilan sekalian,

 

29. Di bawah kepimpinan hari ini, Pemuda UMNO telah ditransformasi dan diberi wajah baru, penjenamaan baru, pengisian baru. Jika dulu Pemuda pernah dianggap kumpulan pendesak, jurubicara masyarakat atau sekadar pelengkap kepada pimpinan parti. Hari ini Pemuda telah membuka lembaran baru. Kini, imej dan identiti Pemuda UMNO tidak lagi dilihat atau dikenali sebagai satu sayap politik yang hanya tahu bermain retorik. Maka, Pemuda kini berdiri sebagai sebuah pertubuhan yang kreatif dan proaktif dalam menyelesaikan masalah dan isu generasi muda. Inilah yang dimaksudkan "politik khidmat bakti" atau "solutions driven politics" oleh Pemuda UMNO.

 

30. Dalam Model Baru Politik, Pemuda tidak seharusnya menjadi entiti yang hanya pandai bercakap dan menolak segala selok belok pelaksanaan kepada Kerajaan. Sebaliknya, Pemuda sendiri perlu terlibat secara terus dan aktif dalam merangka dasar dan menyampaikan penyelesaian berkesan melalui program-program kita sendiri. Ini kerana, apabila bercakap tentang politik, hanya ada dua perkara yang akan terngiang-ngiang di benak pemikiran orang muda hari ini.Pertama "What can you do for us?" dan keduanya kepercayaan bahawa "Talk is cheap" atau cakap senang la. Jadi tukang karut sahaja tak guna.

 

31. Atas kesedaran ini, bermula dengan lima rukun Pemuda iaitu Bersatu, Berprinsip, Relevan, Inklusif dan Proaktif sebagai panduan dalam misi memenangi sokongan generasi muda, kita telah memperkenalkan Makmal Pemuda atau BN Youth Lab yang menjadi platform untuk generasi muda hari ini meluahkan kegusaran dan menyuarakan pandangan mereka. Antara isu yang dibangkitkan ialah perumahan, pendidikan, penjagaan anak-anak dan ibu bapa, gaji minimum, pinjaman PTPTN, pinjaman perniagaan dan harga barangan. Kita bersyukur kerana banyak daripada cadangan kita, iaitu Skim Rumah Pertamaku, Dana Belia 1Malaysia dan Majlis Konsultasi Gaji Negara, yang bakal melonjakkan kadar gaji pekerja, telah disisipkan dalam Belanjawan tahun lepas.  Tambahan lagi, Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) bagi memenuhi keperluan perumahan generasi muda telah turut dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada Julai lalu. Kesemua ini adalah contoh ampuh kepada ideologi politik khidmat bakti yang menjadi teras kepada era baru Pergerakan Pemuda hari ini.

 

32. Malah, atas prinsip politik khidmat bakti yang menjuarai suara orang muda hinggalah aspirasi menjadi realiti, Pemuda telah menerajui gerakan ke arah perkembangan kebebasan sivil yang kini menjadi dasar Kerajaan sepertimana saya sebut tadi - ISA, AUKU, tahanan terhad, kebebasan akhbar dan kini kebebasan berhimpun.  

 

33. Melalui program Jelajah 1Malaysia atau JOM kita telah membawa nilai hakiki kepada tradisi pembelaan rakyat. Lebih 550 buah rumah telah kita baik pulih dan ribuan keluarga telah mendapat bantuan melalui gerakan Cakna Pemuda dan Pemuda Prihatin. Karnival Kerjaya Pemuda BN akanmenjadi aktiviti berterusan untuk membantu para graduan dan anak muda mendapat pekerjaan.Setakat ini karnival kerjaya tersebut telah diadakan tujuh kali di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, Pahang, Sabah dan Perak. Karnival kerjaya kita telah menjadi satu jenama sebutan ramai – bila orang muda bercakap pasal pekerjaan, pasti tak lekang dari bercakap Karnival Kerjaya Pemuda yang telah menawar puluhan ribu peluang pekerjaan kepada ratusan ribu anak muda, tak kira parti, tak kira bangsa.

 

34. Tidak hanya sekadar itu:

 

a.
bagi membuktikan bahawa khidmat bakti Pemuda tidak hanya tertumpu di kawasan luar bandar dan mengikis persepsi yang UMNO ini hanya jaguh kampung, Sekretariat Hal Ehwal Bandar gigih mendekati warga kota dengan pelbagai program kebajikan;

 

b.
bagi membantu anak muda yang menghadapi kekangan kewangan untuk belajar, kita lancarkan Biasiswa Pendidikan Pemuda;

 

c.
bagi mencungkil bakat anak-anak muda, kita telah mengadakan Festival Musik Pemuda  sebagai satu platfom mempamerkan kebolehan masing-masing;

 

d.
bagi membantu mereka yang teraniaya, yang dibawa lari, yang tiada kad pengenalan, Biro Aduan Komuniti tanpa jemu memastikan kes-kes yang diadu dapat diselesaikan;

 

e.
bagi menggilap dan menarik minat bakal pemimpin pelapis, kita juga telah menganjurkan Pertandingan Pidato Politik yang terbuka kepada semua anak muda pelbagai bangsa;

 

f.
bagi menyemai semangat patriotisme dan membuang sikap mendewa-dewakan komunis, kita anjurkan Pentas Patriot;

 

g.
bagi membina kelas peniaga dan budaya keusahawanan di kalangan anak muda, Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan telah tampil dengan pelbagai program seperti Jelajah Francais dan MyBiz;

 

h.
bagi membantu orang muda memiliki rumah kita anjurkan juga BN Youth Home Ownership Expo (HOPE) yang menawarkan rumah-rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Pertamaku serta PR1MA; dan

 

i.
bagi menangkis serangan pembangkang dan mengukuhkan suara kita di alam siber, aktiviti Unit Media Baru terus diperkasakan.

 

35. Alhamdulillah, impak dan hasil kesemua program ini telah menjana sokongan kepada BN, di mana kita melihat kembalinya undi muda pada pilihanraya-pilihanraya kecil, bermula dari Bagan Pinang lagi. Program-program ini juga telah menyuntik semangat dan kesedaran politik generasi dan telah membantu kita mendaftarkan hampir 80 ribu pengundi baru pada tahun ini sahaja dan pada masa sama mengekalkan Pemuda selaku penyumbang terbesar keahlian baru UMNO.

 

36. Semua pencapaian ini jelas membuktikan bahawa program-program Pemuda adalah selari dengan Model Baru Politik. Malah, YAB Presiden telah mengiktiraf program kita seperti Karnival Kerjaya sebagai contoh Model Baru Politik. Terbukti, Pemuda tidak hanya bersorak, tidak melepaskan batuk di tangga, atau menyokong dengan suara. Tetapi kita aktif, kita kreatif dalam membantu agenda YAB Presiden. Kita laksanakan program-program yang membawa nilai tambah, yang menjadi kebanggaan kepada parti dan YAB Presiden. Jadi ini bukan sekadar mendabik dada atau syok sendiri, kerana nakhoda kita sendiri dan golongan muda amnya telah mengiktiraf peranan Pemuda dalam memacu generasi, melakar transformasi.

 

Para perwakilan sekalian,

 

37. Lanjutan kepada seruan politik khidmat bakti yang kita pegang serta selaku ejen penyelesaian masalah orang muda, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk menarik perhatian Kerajaan dan pimpinan parti kepada beberapa perkara.

 

38. Pertama, jika kita lihat kepada senario sekarang, kebanyakan anak muda kita begitu terdedah kepada kecenderungan atau keperluan untuk berhutang sama ada untuk menampung pelajaran, kad kredit, kereta dan sebagainya, berbanding dengan pinjaman produktif bagi memulakan perniagaan atau mencipta peluang baru. Ketidakseimbangan struktur ini terbukti apabila jumlah hutang yang dikeluarkan oleh sektor kewangan bagi kad kredit dan kereta dari tahun 2010 hingga Julai 2011 mencecah RM249 bilion. Jumlah ini sebenarnya RM7 bilion lebih tinggi berbanding pinjaman yang diberikan kepada perniagaan kecil dan sederhana dalam tempoh yang samaTidak hairanlah jika angka hutang anak-anak muda kita meningkat saban hari sehinggakan 25 peratus daripada mereka yang muflis dari tahun 2005 hingga tahun ini adalah mereka yang berumur di bawah 40 tahun.  

 

39. Oleh itu, sekalipun kita mengakui sumbangan agensi-agensi seperti Tekun, MARA, PUNB, SME Bank dan lain-lain dalam membantu mengatasi masalah ini, saya ingin sekali lagi mengusulkan penubuhan bank khas untuk orang muda, iaitu Bank Belia. Sesungguhnya Pemuda percaya bahawa bank ini akan mampu menawarkan pinjaman serta program perintis kepada usahawan muda. Bank ini bukan sahaja berkhidmat dan memenuhi keperluan orang muda, malah harus dibiar untuk diuruskan oleh orang muda. Bank ini tidak akan memberi pinjaman mudah atau kemudahan yang menambah beban seperti hutang kad kredit tetapi menyumbang hanya untuk keperluan produktif yang menjana pendapatan seperti pinjaman modal pusingan serta modal memulakan perniagaan bagi usahawan mudaKita juga anjurkan supaya skim pembangunan vendor muda diperkenalkan oleh semua GLC dengan kuota khusus bagi menyemarakkan penyertaan usahawan muda pelbagai bangsa yang berpotensi dan berkemampuan. Ini untuk membolehkan usahawan muda membina "track record" dan pengalaman mereka.

 

40. Yang kedua adalah penghakupayaan pasangan muda yang bekerja melalui penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak di seluruh negaraUmum mengetahui, keperluan bagi pusat tersebut adalah ketara bagi golongan muda, terutamanya bagi pasangan yang kedua-duanya bekerja. Hari ini, ramai suami yang mengeluh apabila si isteri terpaksa berhenti kerja semata-mata perlu menjaga anak. Atau tidak mustahil makin ramai suami yang terpaksa berhenti kerja sebab gaji isteri mereka lebih tinggi. Apapun mereka hilang satu punca pendapatan disebabkan tangungjawab menjaga anak. Oleh sebab itu, Pemuda mencadangkan penubuhan Pusat Jagaan Kanak-kanak 1Malaysia yang bersih dan selamat serta dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan dibina di seluruh negara.

 

41. Ketiga, Pemuda UMNO juga menyambut baik iltizam Kerajaan dalam memperluas Pendidikan Teknik dan Vokasional.  Kami sedar bahawa sebahagian besar daripada pelajar lelaki muda mempunyai kemahiran amali lebih daripada kecemerlangan akademik.  Kami juga sedar bahawa sistem sedia ada tidak menyediakan peluang yang cukup bagi mereka. Setakat ini hanya 10 peratus daripada jumlah pelajar kita yang mengikuti pendidikan vokasional berbanding dengan negara lain seperti Thailand 41 peratus dan Jerman 59 peratus.  Sekiranya kita mahu memastikan aliran ini dapat mewujudkan pekerja mahir yang tidak ketinggalan apabila ekonomi negara mengorak langkah ke tahap berpendapatan tinggi, usaha untuk menambah lebih banyak lagi kolej teknik perlu disegerakan.  

 

42. Kurikulum aliran teknik dan vokasional juga perlu dikemaskini mengikut keperluan pasaran.  Jangan kita ulangi kelemahan dasar penambahan universiti yang lebih bercorak kuantiti bukan kualiti. Sekadar menambah lebih banyak universiti tanpa menyediakan kursus yang relevan kepada pasaran, lantas melahirkan ramai siswazah yang berijazah tetapi tiada kemahiran yang diperlukan oleh dunia pekerjaan.  Pemuda UMNO harap aliran teknik dan vokasional ini akan menjadi tempat lahirnya pekerja berilmu pengetahuan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan mengubah persepsi sedia ada terhadap aliran berkenaan.

 

43. Yang keempat, selari dengan tasawwur baru, agenda ekonomi Bumiputera juga perlu pendekatan baru.  Di samping kita tekankan dasar-dasar yang lebih mesra pasaran, berteraskan merit dan terbuka, kita juga akui betapa pentingnya tindakan Kerajaan untuk memastikan pemerkasaan ekonomi Bumiputera. Oleh itu, Pemuda menyambut baik penubuhan TERAJU dan juga pengumuman Halatuju Transformasi Ekonomi Bumiputera oleh YAB Perdana Menteri beberapa hari yang lepas.

 

44. Pemuda harap TERAJU akan dapat berpegang teguh kepada pendekatan baru ini. Kita tidak mahu sejarah berulang di mana segelintir usahawan Bumiputera yang hanya bersandarkan kabel, dibantu atas nama Dasar Ekonomi Baru, tetapi akhirnya saham dijual, kepentingan digadai - sekadar nama atas kertas supaya mendapat status Bumiputera tetapi tidak lebih dari seorang Ali kepada Baba.

 

45. Usahawan Bumiputera muda kini lebih berupaya dan jujur.  Mereka tidak akan jual kepentingan bangsa, mereka sanggup bersaing dengan semua. Saya harap TERAJU akan melihat kepada kumpulan ini.  Jika dulu kita melihat matlamat DEB cuba dicapai melalui pemindahan kekayaan kepada mereka yang tiada kemampuan, Pemuda berharap TERAJU akan memastikan yang diberi peluang adalah anak bangsa yang tidak akan mengkhianati perjuangan dan mengaut keuntungan cepat untuk diri sendiri.

 

46. Kelima, pada awal tahun ini Pemuda telah bangkit mendesak Kerajaan agar tidak menaikkan harga minyak RON95 tatkala rakyat sedang dihimpit tekanan kenaikan harga barang. Alhamdulillah, Kerajaan telah mendengar pandangan kita dan harga RON95 terus kekal. Kita juga menyokong usaha Kerajaan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang bukan sahaja menawarkan produk yang lebih murah malah menghapuskan kerakusan orang tengah dalam mengaut untung. Dalam hal ini, saya juga menggesa pihak Kerajaan bersikap lebih proaktif untuk menggunakan apa sahaja perundangan dengan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang ligat menekan rakyat di negara ini. Sememangnya, kenaikan harga barang berlaku antara lain atas sebab faktor luaran. Tetapi kita juga tahu wujudnya pihak atau "traders" yang tamak. Inilah golongan rakus yang perlu kita perangi, golongan parasit yang mengaut keuntungan luar biasa atas kesusahan orang lain.

 

47. Sekali lagi cadangan-cadangan ini menjadi bukti pentas keramat Pemuda sentiasa menjaga kepentingan orang muda, lantas menjadikan BN Pilihan Orang Muda.  Kita berkhidmat selesaikan masalah bukan seperti pembangkang yang hanya tahu menghasut anak muda memberontak.  Politik kita politik khidmat bakti, politik pembangkang politik demonstrasi sana sini.

 

Para perwakilan sekalian,

 

48. Sekarang wujud kelompok tertentu yang menggarap nafsu, kedangkalan ilmu serta perjuangan individu menjadi runut dan lagu politik yang baruMereka tidak ubah seperti agas-agas sumbang yang gemar menangguk di air keruh. Terkinja-kinja ke hulu dan ke hilir dengan pendekatan semberono dan populis. Ia sebenarnya tidak lebih daripada gula-gula politikditabur demi mengumpan sokongan merebut kuasa yang sudah lama mereka dambakan. Golongan sedemikian,adalah satu gerombolan pemancing terdesak sanggup meletakkan cacing-cacing simpati agar kail muslihatnya disentap mereka yang termakan tipu helah betapa setiap janji-janji manis yang ditabur bukan sahaja memusnahkan diri, malah menggadai negara.

 

49. Filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul 6 Jahanam telah mengisahkan tentang 6 orang penjenayah yang membuat onar dalam masyarakat dengan perbuatan merompak, mencuri, membunuh dan merogol. Hari ini masyarakat kita tidak terlepas daripada terpaksa berhadapan dengan 6 Jahanam versi moden – polemik politik pembangkang jijik! Buktinya adalah melalui percubaan pembangkang yang berangan-angan melaksanakan 6 formula kehancuran negara yang saya sifatkan sebagai formula 6 Jahanam.

 

Pertama:  Menjahanamkan sistem demokrasi

 

50. Pembangkang seringkali menggunakan kebangkitan di Timur Tengah untuk menghasut rakyat negara ke arah revolusi jalanan. "Arab Spring" di Malaysia, kata mereka. Di manakah letaknya akal fikiran mereka kalau kita ingin disamakan dengan negara Tunisia, Mesir dan Libya? Malaysia amat berbeza dengan negara yang huru-hara di Timur Tengah. Namun, pembangkang menggunakanperkara ini untuk meniup api kebencian kepada Kerajaan. Inilah agenda tersembunyi yang ingin mereka capai, tatkala idea mengadakan Bersih mereka canai. Matlamat mereka bukannya pemerkasaan sistem pilihanraya yang adil. Sebaliknya, ia adalah wahana menyebarkan debu-debu sangsi yang akan menimbulkan kekacauan yang maha kelam kabut dalam sebuah negara berdaulat.

 

51. Pada mereka sistem demokrasi itu tidak wujud di bawah pentadbiran BNPada mereka BN adalah pencuri pilihanraya, menidakkan suara rakyat, dan menggunakan serba macam taktik kotor untuk kekal berkuasa. Jika benarlah pakatan pembangkang mendukung demokrasi, mengapa sehingga hari ini mereka tidak pernah melahirkan rasa kesal mengenai insiden September 16?Sedarkah kita, propaganda rampasan kuasa September 16 adalah satu bentuk penghinaan kepada amalan demokrasi yang wajar dirakam sebagai satu detik hitam dalam sejarah negara.

 

52. Tak cukup dengan itu, baru-baru ini Azmin Ali dengan gah mengumumkan hasrat PKR untuk memecah tembok penjara bagi membebaskan Anwar Ibrahim sekiranya didapati bersalah dalam kes liwatnya. Semestinya ini bukan kenyataan pendukung demokrasi yang sebenar. Undang-undang negara, sistem kehakiman negara semuanya tidak diendahkan. Sudah terang lagi bersuluh, keluar dari mulut mereka sendiri, agenda mereka hanya satu, iaitu memastikan Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan apa jua cara - halal atau haram. Dan konsep demokrasi ini hanya menjadi alat bermusim ke arah sasaran sempit mereka.

 

53. Tidak syak lagi, demokrasi negara menjadi mangsa pertama di bawah kerakusan pakatan jahanam.

 

Burung bayan terbangnya tinggi

Hinggap seekor di pohon pisang

Mengaku konon pejuang demokrasi

Rupanya penghasut jalan songsang

 

Kedua: Menjahanamkan sistem pentadbiran

 

54. BN adalah satu parti yang telah terbukti keupayaannya dalam mentadbir negara. Semangat setiakawan antara parti komponen dapat dilihat dengan jelas dalam pemilihan Jemaah Kabinet oleh Perdana Menteri. Bagaimana pula dengan pembangkang? Sehingga kini, mereka masih gagal memberikan kita Kabinet Bayangan. Yang mereka ada, 3 penyelia untuk satu portfolio – tiga kepala, satu badan. Bayangkan kalau mereka perlu menubuh kabinet di masa hadapan – siapa Perdana Menterinya? Anwar, Guan Eng atau Haji Hadi?

 

55. Mutakhir ini, mereka dengan angkuhnya mahu mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan.  Pembangkang tabur statistik bahawa nisbah penjawat awam dengan penduduk di Malaysia adalah tinggi dan membebankan.  Tetapi mereka sengaja menyembunyikan hakikat bahawa negara-negara lain tidak mengambil kira golongan anggota keselamatan dan warga pendidik sebagai kakitangan awam. Sedangkan di Malaysia, dua golongan ini merangkumi lebih 50 peratus daripadasemua penjawat awam.  Maka, sudah pastilah nisbah kita lebih tinggi daripada negara-negara lain.

 

56. Bagi Pemuda, tiada langsung sebab untuk kurangkan saiz kakitangan awam. Negara tidak mungkin mengecapi kemakmuran sebegini tanpa sokongan dan usaha gigih sektor awam. Tapi jelas, ini bukan pertimbangan bagi pihak pembangkang. Sesungguhnya, bagi penjawat awam yang bakal mengundi kelak, undi untuk pembangkang adalah sama seperti menabur pasir ke periuk nasi sendiri.

 

57. Bayangkan pula apa akan jadi kepada pentadbiran undang-undang? PAS mahu laksanakan hudud, tetapi DAP pula minta langkah mayat mereka dulu. Jika Pakatan mengambil alih Kerajaan Persekutuan, apakah akan ada undang-undang berbeza di negeri berbeza? Apakah definisi jenayah sendiri akan berubah mengikut geografi? Kalau mencuri di Kelantan, potong tangan. Kalau di KL, sumbat penjara. Kalau di Pulau Pinang, itu kita tengok dulu apa kata Khalifah Lim Guan Eng.

 

58. Inilah realiti yang akan berlaku sekiranya kita benarkan pakatan pembangkang yang tandus persefahaman mengambil alih kepimpinan negara. Sistem pentadbiran kucar-kacir tanpa arah, porak peranda - menjadi mangsa kedua kerakusan pakatan jahanam!

 

Ketiga: Mejahanamkan maruah negara

 

59. Semua menjadi saksi, UMNO dan BN tidak pernah tergamak memburuk-burukkan kepimpinan negara kita kepada orang luar. Namun, tidak sampai sepenggal menjadi Ketua Menteri, Lim Guan Eng terkocoh-kocoh ke Singapura menjaja fitnah terhadap negeri Johor semata-mata mahu menggambarkan satu situasi yang menyebelahi partinya. Beliau tahu Johor adalah bakal penerima pelaburan terbesar dari Singapura. Disebabkan dengki, beliau menakut-nakutkan pelabur dari Singapura tanpa mempedulikan kesan pelaburan negara yang boleh merudum disebabkan tindakan biadapnya, seolah-olah Pulau Pinang itu bukan sebahagian dari Malaysia. Persetankan kepentingan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Apa yang penting hanyalah DAP dan Republiknya di Pulau Pinang! Pantang ada peluang. Maruah negara beliau telanjangkan.  

 

60. Kerakusan pembangkang amat berbeza dengan sikap dan budaya kita yang bangga menjadi anak Malaysia. Kita bangga dengan asal usul negara kita, bangga dengan pencapaian kita, bangga dengan lambang negara kita.  Maka kita marah apabila pembangkang dengan sesuka hati memperlekehkan Jalur Gemilang. DAP dengan angkuhnya berkata mereka lebih sanggup edar bendera roket berbanding bendera kebangsaan. Ini biadap! Kita marah dengan janji pembangkang untuk mengubah terus Jalur Gemilang sekiranya mereka memerintah.  Inilah polemik politik jijik dan budaya kebencian yang dibawa oleh pihak pembangkang. Bukan setakat simbol negara, institusi-institusi penting seperti polis, tentera semuanya habis dihentam dan dipandang hina. Tak pernah langsung kita dengar mereka mengiktiraf jauh sekali memperjuangkan kepentingan anggota keselamatan negara. Bayangkan kalau mereka mengambil alih, apa nasib negara kita? Jadi bahancemuhan di persada antarabangsa.

 

61. Maka, sekiranya kita biarkan mereka memerintah, satu sahaja hasilnya terhadap maruah dan imej negara. Mangsa ketiga pakatan jahanam!

 

Malangnya sungguh nasib Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Pembangkang sungguh berhati busuk

Burukkan negara berderai-derai

 

Keempat: Menjahanamkan sejarah negara

 

62. Sesungguhnya sejarah adalah pasak jatidiri sesuatu negara. Warisan dari generasi ke generasi.Melalui sejarah, kita kenal identiti kita sebagai seorang Melayu Islam dan seorang warganegara Malaysia. Melalui sejarah, kita mula memahami tanggungjawab, amanah dan peranan kita dalam memastikan kelangsungan agama, bangsa dan negara. Tanpa sejarah, semua laungan juang tidak bermakna. Tanpa sejarah kesemua percaturan politik tidak punya hala tuju. Peliknya, hari ini ada yang memutar belitkan sejarah – menyanjung golongan yang mengetuai serangan Bukit Kepong – golongan yang membunuh isteri dan anak semuda dua tahun. Semua dipuja sebagai pejuang kemerdekaan. Pegawai polis yang terkorban pula dilabel sebagai tali barut British.

 

63. Apabila musuh durjana negara diangkat sebagai wira, apabila perjuangan pembela pertiwi dihina, maka inilah tamsilan ampuh talam dua muka; pakar pura-pura. Inilah yang dikatakan gunting dalam lipatan; api dalam sekam; musuh dalam selimut. Inilah realiti sekiranya penjunjung komunis dibiar mentadbir negara. Lesap habis segala fakta sejarah. Kesemuanya bakal diganti mitos pro Komunis yang menyanjungi pengganas, para pembunuh anggota polis. Sejarah negaradan asal usul bangsa menjadi mangsa keempat pakatan jahanam.

 

Kelima:  Menjahanamkan jati diri bangsa

 

64. UMNO adalah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Malangnya ini bukan fokus Pakatan Rakyat. Yang mereka tahu, gadaikan kepentingan bangsa, cabar kesucian agama, asalkan kepentingan politik mereka terjaga. Kita perhatikan PAS. Setiap kali cuba menyentuh isu agama, mereka akan dilibas pantas oleh DAP. PAS hanya mampu membisu. Takut berputus kasih dengan DAP yang memilih bulu! Bila DAP mengamuk, PAS menyorok. Bila DAP kata Himpunan Sejuta Umat agenda haram, PAS diam. PAS tutup cerita pasal larangan berhibur di bulan puasa di Kedah. PAS tutup cerita pasal isu murtad yang berleluasa. Semua berpunca daripada ketiadaan satu ideologi yang sehaluan - yang digadaikan adalah nasib bangsa dan agama.

 

65. Lebih malang, demi kuasa, pembangkang ligat menanam benih prejudis yang menghalang orang Melayu untuk bercakap dan memperjuangkan kepentingan bangsa secara terbuka. Jatidiri Melayu mereka hakis. Kecintaan kepada bangsa mereka kikis. Sehingga mewujudkan persekitaran yang menyebabkan segelintir berasa janggal untuk menzahirkan semangat dan jatidiri mereka sebagai anak Melayu. PAS dan PKR masih sanggup bersekongkol dan hanya mendiamkan diri melihat orang Melayu di Pulau Pinang diasak dan dipijak-pijak oleh DAP. Hari ini, menjadi orang Melayu di Pulau Pinang, tak ubah seperti merempat di bumi sendiri. Bukan sekadar jatidiri Melayu hancur, warna kulit kita pun dah dipersenda. Mana mungkin DAP bukan parti rasis setelah menghina warna kulit YAB Menteri Besar Perak. Mana mungkin saya tak terasa, warna kulit saya pun serupa. Malah, selama ribuan tahun di seluruh dunia, warna kulit telah menjadi simbol penindasan, dan dengan sewenang-wenangnya mereka lontarkan kenyataan rasis sebegitu.

 

66. Barangkali PKR sudah mula sedar bahawa sokongan Melayu terhadap mereka semakin pudar.Orang Melayu sudah sedar bahawa PKR tidak mampu memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa kita. Lantas semasa Kongres PKR yang berlangsung baru-baru ini, mereka tampak begitu kemaruk kuasa dan terdesak sehingga menuntut kita meminda perlembagaan persekutuan agarmenjamin hanya orang Melayu yang boleh menjadi Perdana Menteri.

 

67. Mereka merayu kepada UMNO meminda perlembagaan tidak lain tidak bukan kerana PKR khuatir sekiranya Pakatan pembangkang menang kelak, yang menjadi Perdana Menteri bukannya dari parti PKR mahupun PAS. Mereka gusar dengan kuasa DAP yang tampil lebih mendominasi, lebih berkuasa dalam pakatan pembangkang dan terpaksa menggunakan UMNO sebagai jalan belakang, jalan penyelamat.

 

68. Tindakan ini menampakkan rasa saling curiga sesama pembangkang sehingga membuatkan PKR terpaksa meminta UMNO untuk membuat sesuatu yang boleh selamatkan merekaBarisan Nasional tidak perlu kepada pindaan perlembagaan ini kerana kita menaruh penuh keyakinan pada sistem muhibbah sedia ada serta semangat muafakat di kalangan ahli komponen BNKita percaya UMNO mampu menawarkan kepimpinan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita yakin tanpa peruntukan dalam perlembagaan pun, rakyat Malaysia keseluruhannya tetap menyokong kepimpinan Melayu yang adil kepada semua. Ini jatidiri kita dalam UMNO yang bangga dengan kemampuan bangsa sendiri untuk terus memimpin negaraTapi tanpa jatidiri utuh, PKR berpeluh.Terhegeh-hegeh minta UMNO pula pinda perlembagaan kerana tidak mampu mengatasi kuasa DAP merampas takhta Kerajaan sekiranya nauzubillah mereka menang.  

 

69. Ketaatan PAS dan PKR terhadap kerakusan DAP ini nyata tidak bertepi. Inilah masalahnya, apabila jatidiri bangsa runtuh dan musnah.  Maka, agama dan bangsa akan menjadi mangsa kelima pakatan jahanam.

 

Keenam: Menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara

 

70. Dalam mengupas kesejahteraan ekonomi, pembangkang mengapung-apungkan kononnya mereka sebuah kerajaan yang bersedia memberikan segala-galanya secara percuma kepada rakyat. Saya teringat akan satu pesan bidalan lama - yang manis jangan segera ditelan, yang pahit jangan segera dibuangInilah formula Pakatan pembangkang. Janji manis, pendekatan populis, negara muflis.

 

71. Kajian kita mendapati bahawa sekiranya janji-janji manis dalam Buku Jingga dilaksanakan, Malaysia akan bankrap seperti Greece dalam tempoh hanya 2 tahun. Mana tidaknya, untuk mengotakan sebahagian janji manis kebajikan mereka, hutang Kerajaan akan mencecah RM617 bilion pada tahun kedua sahaja. Maka kita akan mempunyai tidak lebih daripada setahun untuk bersorak-sorai meraikan kenikmatan sementara kehidupan percuma, sebelum terpaksa meratib penuh sesal kemusnahan ekonomi negara untuk beberapa generasi selepas itu. Biarpun terdapat analisis yang menunjukkan kelemahan pendekatan sebegini, pembangkang tidak peduli. Yang penting, mereka mampu memancing undi. Jika mengikut pembangkang, negara akhirnya terpaksa melukut di tepi gantang menagih bantuan daripada agensi seperti IMF. Kita tahu sejarah Anwar yang rapat dengan IMF dan beliau rela menjadi pak sanggup mengheret negara kepada tuntutan luar demi kuasa. Inilah masalahnya orang yang suka melalak. Berteriak pandai, berfikir tidak.Kuman seberang laut mereka nampak. Gajah depan mata mereka sepak. Pendek kata, kemakmuran ekonomi negara akan menjadi mangsa keenam, pakatan jahanam.

 

Awan datang lindungi bulan

Malam pekat sunyi rasa

Politik pembangkang sarat kebencian

Hasut rakyat demi kuasa

 

Dentam-dentum atas permatang

Orang mengemping padi muda

Melayu terpinggir di Pulau Pinang

Air Kelantan tak bersih jua

 

Tunggul kecil di tengah huma

Buat tanda antara sempadan

Biar apapun pembangkang cuba

Putrajaya tetap Pemuda pertahankan

 

Para perwakilan sekalian,

 

72. Jangan sekali-kali kita lalai, leka dan alpa. Jangan kita dibuai kegemilangan silamCabaran yang bakal kita hadapi pada PRU-13 ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah pilihanraya.Inilah masa dan ketikanya Pemuda UMNO bangun untuk melakar kesinambungan perjuangan yang murni ini.

 

73. Pemuda yang ada pada hari ini, seperti mereka yang terdahulu, tidak mungkin lari dari medan perangKita tahu betapa pentingnya perjuangan ini demi masa hadapan anak bangsa. Saya yakin dan percaya setiap ahli Pemuda yang ada pada hari ini takkan gentar untuk menghadapi armada perang musuh dan berjuang bersama-sama pucuk pimpinan. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Biar patah dahan berpaut, biar retak lantai berpijak, musuh datang pemuda tak takut, apa dugaan takkan berganjak.

 

74. Akhirul kalam, saya akhiri ucapan ini dengan satu sajak yang didedikasikan kepada kita semua semoga menjadi azimat untuk kita bersedia menghadapi cabaran yang paling getir dalam sejarah parti keramat kita.

Apabila engkau terasa hembusan angin fajar diiringi embunnya,

Pernahkah engkau berhenti bertanya,

Rahsia silam bumi yang engkau pijak,

Lipatan sejarah langit yang engkau junjung?

 

Apabila engkau menegakkan panji-panji perang-mu,

Pernahkah engkau berhenti bertanya,

Siapakah gerangan pejuang tidak bernama,

Yang dulu menggadai jiwa dan raga demi anak bangsa?

 

Apabila air mata berlinangan ketika engkau memohon restu bonda,

Pernahkah engkau berhenti bertanya,

Apakah sebab mereka berjuang, tanpa mengira badai yang datang,

Apa cerita di sebalik cerita memungkinkan mereka mengorbankan semua?

 

Apabila anak-anak mu melambaikan tangan dan sayu engkau membalasnya,

Pernahkah engkau berhenti bertanya,

Bagaimana aku insan biasa dapat menebus segala jasa

Bagaimana aku manusia kerdil dapat meneruskan perjuangan mereka?

 

Apabila semboyan sudah berbunyi diiringi paluan gendang perang ini,

Apabila musuh bertentang mata, denyutan nadi semakin kencang,

Engkau tidak lagi perlu bertanya,

Kerana hari ini, ketika bahtera perang mereka semakin menghampiri,

Sudah tentu hari ini, di bawah kibaran panji-panji parti keramat kita ini,

Kita akan sama-sama teguh berdiri!

 

Ayuh Pemuda, Mari kita sama-sama berdiri!

Berdiri bukan mencari nama, Berdiri bukan mencari harta,

Berdiri kerana aku tidak mungkin lupa sejarah ku,

Berdiri kerana aku pewaris perjuanganmu,

Berdiri kerana aku siap siaga, terus sahaja bertarung nyawa

 

Ayuh Pemuda, Mari kita sama-sama berdiri!

Berdiri kerana aku Pemuda yang tidak gentar semua,

Berdiri kerana aku Pemuda penerus perjuangan bangsa!

Berdiri kerana engkau berdiri bersama, teguh kita pasti bersama, kekal utuh ke akhir masa.

 

HIDUP UMNO!  

HIDUP UMNO!  

HIDUP UMNO!

Tranformasi dalam UMNO

Posted: 29 Nov 2011 03:22 AM PST

Malam ini buat pertama kalinya, Penolong Setiausaha Sayap-sayap akan menjadi perwakilan, sebelum ini hanya perwakilan G2, Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda sahaja diiktiraf sebagai perwakilan.

Ini merupakan satu lagi transformasi UMNO untuk menentukan UMNO senantiasa diremajakan.

Bermula tahun ini juga, semua Ketua Pemuda Cawangan dan juga Penolong Setiausaha sayap cawangan secara automatik dilantik sebagai perwakilan di peringkat Bahagian.

Di Peringkat Bahagian, Setiausaha Bahagian juga secara automatik sebagai Perwakilan...

Ikuti ucapan Perasmian oleh YAB Tan Sri Muhyddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO Malaysia pada jam 8.30pm nanti di Twitter @razlanrafii dan #PAUMNO.

Taklimat Presiden UMNO sempena PAU 2011

Posted: 29 Nov 2011 01:55 AM PST

Jam 3.00pm sebentar tadi dewan penuh dengan kepimpinan tertinggi setiap bahagian, bersedia mendengat taklimat dari Presiden.

Didalam taklimat sebentar tadi, YAB Presiden meminta kesemua kepimpinan Tertinggi Bahagian bersama-sama merasakan kasih sayang diantara kesemua ahli parti. beliau meminta semua yang berjawatan memberi mandat kepada kepimpinan parti untuk menentukan calon pada Pilihanraya akan datang.

Semua kene akur setiap kerusi yang kita tandingi mesti menang, kepimpinan parti adalah calon yang diutamakan.

Bagi pandangan saya, kita sudah bersedia untuk kemenangan parti kita, semua sudah satu hati, tidak ada team a tidanada team b.

We are ready ...

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

Posted: 29 Nov 2011 10:57 PM PST

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


SELAMAT BERSIDANG KEPADA PERWAKILAN PEMUDA..

Posted: 29 Nov 2011 08:00 AM PST

Pergerakan Pemuda Rompin ingin mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan pemuda dari seluruh negara.Jadikan pertemuan ini sebagai satu tanggungjawab yang terpikul mewakili akar umbi untuk berbincang,bertukar pandangan dan melahirkan kekuatan padu ke arah menghadapi PRU13 demi kesinambungan kuasa politik Melayu yang semakin terhakis ini.Janganlah hendaknya peluang dan ruang ini tidak digembleng semaksima mungkin untuk merancang sesuatu gelombang baru bagi menarik kembali golongan muda menyokong transformasi yang sedang dilakukan kerajaan kearah kehidupan yang lebih sejahtera di masa hadapan.Tahniah diucapkan dengan penganjuran pidato politik pemuda yang dilihat mampu melahir ramai pemimpin wibawa dan berketrampilan.Teruskan usaha transformasi pemuda.Jadikan BN PILIHAN ORANG MUDA...

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 29 Nov 2011 11:17 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN - TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Posted: 29 Nov 2011 06:38 AM PST

"MENUNJANGI SURVIVAL BANGSA: SUATU JIHAD"
DI MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2011

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

YB Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita

YB Sdr. Khairy Jamaluddin , Ketua Pergerakan Pemuda

YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin , Ketua Pergerakan Puteri

YB Naib-Naib Presiden UMNO

YB Setiausaha Agung UMNO

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian.

1. Marilah kita dahului dengan sembah tahmid ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun pada malam yang bersejarah ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2011.

2. Perhimpunan tiga sayap penting parti UMNO ini adalah kemuncak manifestasi suara akar umbi umat Melayu yang mahu melihat perjuangan bangsa diperkasa, kesucian agama dibela, kedaulatan pertiwi dipertahan dan keutuhan parti UMNO sebagai gerakan pembela umat Melayu yang tiada galang-ganti ini diperkukuh dan diperteguhkan. Inilah perhimpunan terbesar umat Melayu yang mengangkat suara keramat rakyat dari segenap ceruk desa dan kota, dari segenap lapisan warga, untuk dijadikan suluhan, panduan dan sempadan dalam melayari bahtera di samudera perjuangan meninggikan agama, memartabatkan bangsa, mendaulatkan nusa dan menobatkan siasah parti UMNO yang tercinta.

Kesatuan kita ini ibarat kata pepatah Melayu:

Bulat Air kerana Pembetung

Bulat Manusia kerana Muafakat

Kata seia kata sepakat

Setuju sependirian setuju sependapat

Kata dibulati kata bertepati

Janji termeteri, kejayaan dinikmati

3. Maka dalam semangat Maal Hijrah, marilah kita perkukuhkan kesatuan hati sesama kita, marilah kita semarakkan muafakat yang membawa berkat, supaya terpancar darinya sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita. Demikianlah ajaran junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. yang membentuk kesatuan Ansar dan Muhajirin, yang mendamaikan permusuhan 'Auz dan Khazraj.

4. Sesungguhnya, harapan umat Melayu terhadap UMNO tinggi menggunung. Sebagai parti yang tertubuh atas semangat kental perjuangan, UMNO memikul amanah besar untuk terus membela kesucian agama, menjulang maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara. Di atas jemala UMNO, terhimpun sejuta harapan dan cita-cita umat Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang bermaruah, bermartabat dan merdeka jiwanya.

Kuasa Politik Melayu Goyah, Fitnah Terhadap UMNO

Saudara dan Saudari Sekalian,

5. Langit tidak selalunya cerah, laut tidak selalunya tenang. Tsunami politik yang melanda ketika Pilihanraya Umum 2008 dilihat oleh banyak pihak sebagai titik mula perubahan lanskap politik yang ketara di negara kita. Barisan Nasional kehilangan majoriti dua per tiga di Parlimen. Kedudukan UMNO dan parti-parti komponen BN tidak sekuat dahulu. Kuasa politik Melayu semakin goyah.

6. Tidak semena-mena timbul persepsi bahawa UMNO tidak lagi mampu untuk membela nasib orang Melayu. Malah, pelbagai tuduhan liar dilempar kepada UMNO. Ada yang kata UMNO tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu selama 54 tahun memerintah; UMNO parti rasis; UMNO pemuflis negara; UMNO anti-demokrasi; malah ada yang mengatakan UMNO adalah ibu segala kejahatan. Na'uzubillahi min zalik.

7. Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa. Kepada YAB Presiden, usah resah, usah gelisah, usah gundah, usah gulana. Teruskan perjuangan. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke lautan sama direnangi. La takhaf wa la tahzan innallāha ma'ana.

8. Sesungguhnya, percikan api fitnah mereka menyambar dan merebak ke segenap sudut kehidupan, menyemarak sentimen kebencian. Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas - hilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama UMNO dan meruntuhkan harapan orang Melayu terhadap parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik.

Tembelang Pembangkang

9. Pada masa yang sama, parti-parti pembangkang mengambil kesempatan atas hakisan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar. Parti DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

10. Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau. Mereka langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

11. Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihanraya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

12. Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Agenda mereka yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

13. Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum sahaja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu.

14. Hari ini kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.

15. Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera.

16. Begitulah juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR ini ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam. PKR sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya. Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

17. Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO. Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah. Masing-masing sedang menilik nasib Ketua Umum mereka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang mahu terus timbul, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyucikan Ketua Umum mereka. Yang petah berceramah menggunakan pentas Islam untuk menjaja pelbagai konsep fikah – daripada fiqh maqasid kepada qazaf – semata-mata untuk membela Ketua Umum mereka. Bagi yang berfikiran ultraliberal, mereka mengambil kesempatan atas kemelut moral yang berlaku untuk mewajarkan pelbagai amalan yang bertentangan dengan budaya masyarakat Timur atas nama kebebasan. Mutakhir ini, pemikiran pluralisme agama yang amat mengelirukan umat Islam juga cuba dimurnikan oleh golongan ini semata-mata untuk mewajarkan pemikiran Ketua Umum mereka yang semakin bercelaru.

18. Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan Ketua Umum mereka. Dari satu segi, PKR dulu, kini dan selamanya tidak pernah berganjak daripada tujuan penubuhannya, iaitu mempertahankan seorang individu. Untuk itu syabas kita ucapkan kepada PKR, walaupun sebenarnya:

Hisap rokok dalam kelambu,

Terbit asap menjadi abu

PKR umpama golok kayu

Tetak tak lut gadai pun tak laku.

19. Lain pula halnya dengan PAS. Suatu ketika dahulu, PAS begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam. Bagi mereka, Islam adalah ghayah atau matlamat dan PAS adalah wasilah atau alat untuk mencapai matlamat. Mereka begitu komited sehinggakan sanggup menuduh sesiapa sahaja yang tidak menyokong perjuangan parti itu sebagai kafir. Malah, UMNO dikatakan parti taghut kerana tidak menyokong agenda negara Islam acuan PAS. Akibatnya, umat Islam berpecah dan berbalah sesama sendiri lantaran fatwa songsang PAS.

Saudara dan Saudari Sekalian,

20. Mutakhir ini, tak semena-mena PAS sudah tidak lagi memperkatakan tentang matlamat menubuhkan negara Islam. Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin PAS, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam PAS. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk.

21. Anehnya, PAS tidak pula mengatakan PKR dan DAP sebagai parti taghut. Jauh panggang dari api, PAS sebaliknya mengangkat kedua-dua parti itu sebagai rakan sekongkol dan sekedudukan mereka. Negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik PAS. Ternyata, tsunami politik yang melanda dalam pilihan raya umum lalu telah menghanyutkan istilah negara Islam dari kamus politik PAS. Bagi PAS, dalam menghadapi lanskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

22. Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur'an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?

23. Untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan. Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka.

24. Walau apa pun, kita hendak bertanya kepada PAS. Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan? Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan. Justeru, kita nak katakan kepada PAS, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dahulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan.

25. Sebenarnya PAS bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan. Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik PAS untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam. Apa yang penting bagi PAS, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP.

Keresahan Melayu

Saudara dan Saudari Sekalian,

26. Perkembangan mutakhir ini semakin meresahkan orang Melayu. Mereka tertanya-tanya apakah nasib masa depan umat Melayu di tanah air sendiri. Terbangunkah ekonomi Melayu dan Bumiputera jika apa sahaja usaha untuk membantu mereka dianggap sebagai rasis dan berpilih kasih? Apakah orang Melayu dan Bumiputera akan mendapat bahagian yang adil dalam pengagihan kekayaan? Wujudkah peluang-peluang ekonomi untuk orang Melayu dan Bumiputera dalam dunia yang semakin kompetitif?

27. Bagaimana dengan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera? Masihkah boleh mereka bergantung harap kepada biasiswa daripada kerajaan? Apakah ada ruang untuk mereka membangunkan potensi diri dalam rancangan pembangunan modal insan negara? Bagaimana pula dengan peluang-peluang pekerjaan untuk mereka? Selain itu, apakah kedudukan istimewa agama Islam akan terus terjamin? Terbelakah agama Islam jika serangan bertubi-tubi kepada institusi-institusi Islam berterusan? Terpeliharakah kesucian Islam jika parti seperti DAP lebih berpengaruh mentakrifkan Islam?

28. Seterusnya, orang Melayu bertanya, akan kekalkah kuasa politik Melayu jika pembangkang terus melakukan serangan demi serangan terhadap institusi-institusi Melayu? Mampukah UMNO untuk membela nasib umat Melayu? Mampukah UMNO untuk terus bersuara mewakili mereka seperti dahulu? Mampukah UMNO untuk terus memenuhi harapan orang Melayu? Atau adakah UMNO akan terus terperangkap dalam psikologi politik pasca-tsunami 2008 yang meresahkan orang Melayu?

UMNO Adalah Jawapan Kepada Keresahan Melayu

29. Sebenarnya, jawapan kepada persoalan-persoalan ini ada pada kita semua. Sebagai ahli UMNO, sebagai pemimpin UMNO, kita semua memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan UMNO.

30. Hakikatnya, UMNO telah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008. Kita tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan UMNO dalam membela orang Melayu. Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Presiden selaku Perdana Menteri. MTAB bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa. Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin kompetitif.

31. Terkini, YAB Perdana Menteri telah pun melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik iaitu, (i) pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan Bumiputera; (ii) pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian; dan (iii) penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar. Tiga fokus strategik ini diharapkan dapat melonjakkan pencapaian Bumiputera dalam bidang ekonomi. Selain itu, penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi akan terus dipertingkatkan melalui pelbagai projek pemula di bawah Program Transformasi Ekonomi dan juga melalui Program Transformasi Luar Bandar. Semua ini adalah kesinambungan daripada usaha-usaha yang telah dilakukan UMNO selama ini dalam perjuangan mengangkat martabat ekonomi Bumiputera.

32. Begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin UMNO tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan. Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan. Dengan dana sebanyak 500 juta ringgit, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan Bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh 5 tahun akan datang. Semua ini adalah manifestasi komitmen UMNO untuk memastikan anak-anak Melayu dan Bumiputera yang cemerlang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berjaya dalam kehidupan.

33. Yakinilah, sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO akan terus membela hak anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan segala bantuan pendidikan yang layak bagi diri mereka. Pada masa yang sama, atas dasar keadilan, kita juga tidak menafikan hak anak-anak kaum-kaum lain untuk mendapat kemudahan yang sama. Inilah prinsip al-'adl wal ihsan yang ditekankan dalam agama kita.

34. UMNO juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperleceh. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguatkuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi. Kerajaan Pusat komited untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya. Bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik. Ini adalah keikhlasan UMNO untuk memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara kita.

35. Fokus kepada pendidikan Islam adalah selari dengan pendekatan wasatiyyah UMNO, iaitu sederhana dan berimbang, dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan. Al Quran memberikan asas tentang ummatan wasata sebagai strategi terbaik membangunkan Islam, bukannya pendekatan ekstrem yang hanya terpancar dengan retorik dan kenyataan-kenyataan yang umum sifatnya dan tidak memberi kesan kepada pembangunan institusi dan sistem.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat 143:

وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى

ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ

Yang bermaksud:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

36. Dengan pendekatan wasatiyyah ini kita seimbangkan pembangunan rohani dan pembangunan fizikal, antara tuntutan fardhu 'ain dan fardhu kifayah. Kedua-duanya adalah dituntut oleh Islam. Dalam konteks ini, Islam harus diberi makna yang luas. Ianya bukan sahaja satu sistem kepercayaan, tetapi juga cara hidup yang mencakupi segenap segi kehidupan. Al-Quran dalam Surah Al-Asr menyebutkan إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ yang memberi maksud orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang melakukan amal soleh. Ertinya, syi'ar Islam tidak hanya terpancar melalui amalan ritual semata-mata, tetapi juga melalui amal soleh dan pembangunan yang membawa kesejahteraan hidup manusia.

37. Inilah komitmen UMNO. Kita mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat. Ini jugalah tekad politik UMNO dalam memastikan umat Melayu semakin maju dan berwibawa dalam segala bidang dan lapangan.

38. Namun sebagai parti tunjang di dalam Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan komitmen mensejahterakan rakyat merentasi batas kaum. Dengan konsep perkongsian kuasa, UMNO telah membuktikan keikhlasannya memimpin dalam kepelbagaian bangsa dan kelainan agama. Sebagai contoh, sewaktu kita memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, walaupun kita dikritik hebat, hakikatnya limpahan nikmat turut sama dikongsi oleh semua kaum. UMNO tetap sedar bahawa bagi meneruskan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara, realiti landskap politik negara yang majmuk sifatnya mesti dipelihara. Jangan kita tanamkan kebencian kepada kaum-kaum lain. Jangan kita lemparkan kehinaan kepada agama-agama lain. Jangan kita titipkan prasangka kepada budaya-budaya lain. Kita bukan rasis seperti DAP.

Pilihanraya Umum Ke-13

Saudara dan Saudari Sekalian,

39. Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini. Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihanraya umum ke-13 adalah ibu segala pilihanraya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?

40. Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri?Jawapannya tentu sekali tidak.

41. Ayuh, gerakkan seluruh kekuatan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO untuk menjadi benteng parti. Datuk Seri Shahrizat, Pergerakan Wanita adalah srikandi UMNO. Pengaruh wanita amat kuat dalam masyarakat. Setiap undi wanita amat penting kepada UMNO. Perkukuhkan gerakerja Jalinan Rakyat. Perhebatkan aktiviti Skuad Sayang dengan pendekatan yang tersusun dan teratur. Kajian sikap mesti tepat, penyelarasan dan kerjasama dengan kepimpinan bahagian mesti mantap.

42. Saudara Khairy, andalah panglima perang paling muda dalam UMNO. Gerakkan barisan pemudamu, jadilah benteng UMNO yang kukuh. Turun ke akar umbi, dekati dan selamilah aspirasi generasi seangkatan denganmu. Persiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalam peperangan yang paling perit dalam sejarah parti kita. Bersedialah dengan kekuatan mental dan fizikal. Biar putih tulang, jangan putih mata!

43. Landskap politik kini adalah milik orang muda. UMNO komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. UMNO tidak akan menjadi parti yang kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda.

44. Datuk Rosnah, Puteri adalah permata UMNO. Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan matlamat. Dalam kelembutan Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa golongan wanita muda ke pangkuan UMNO. Bingkaslah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti. Perhebatkan program Puteri di segenap peringkat. Kembalikan kegemilangan Puteri sebagai sayap tempat bernaung remaja dan wanita muda untuk bersama-sama mencorak hala tuju Negara. Laksanakan peranan anda dengan berkesan supaya parti kita menjadi lebih kuat.

45. Atas segalanya, kitalah yang menentukan kekuatan parti kita. Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) parti kita akan kuat. Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihanraya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihanraya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah.

46. Calon adalah senjata parti untuk menang. Berilah sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya. Yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat. Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka.

47. Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Marilah kita bersatu menjayakan agenda transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden. Pendekatan berani YAB Presiden dalam memperkenalkan transformasi politik, dalam menunjangi perubahan, perlu disambut oleh segenap lapisan ahli-ahli UMNO.

48. Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan 'mandikan' calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan. Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihanraya. Ingat, pilihanraya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihanraya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti.

49. Sebagai sebuah organisasi, UMNO tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan. UMNO bukanlah malaikat. Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan.

50. Dalam perjuangan ini, UMNO tidak boleh bersendirian. Ajaklah, serulah, panggillah, pujuklah seluruh umat Melayu untuk bersama kita. Raih setiap sokongan dan keyakinan seluruh persatuan Melayu, gabungan Melayu, badan-badan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, belia, budaya untuk bersama kita di bawah panji UMNO dalam mempertahankan survival umat Melayu. UMNO melihat seluruh organisasi Melayu sebagai pejuang. Mereka ada sumbangan dan peranan yang besar. Ajaklah penyokong pembangkang yang sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti mereka yang sia-sia untuk bersama-sama kita. Demi kelangsungan umat Melayu, marilah kita bersatu. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 103:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ

Yang bermaksud:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

51. Gendang perang sudah dipalu. Langkah pendekar sudah disusun. Bangunlah! Berjuanglah! Pergilah ke seluruh 222 Parlimen, 576 Dewan Undangan Negeri dan 7470 Pusat Daerah Mengundi. Jangan ada yang tertinggal, tersisih dan tercicir. Jangan ada satu pun yang terlupa. Raih setiap undi di setiap kawasan. Ingat, walaupun satu undi ianya akan menentukan kemenangan kita.

52. Beri tumpuan kepada masalah rakyat. Rasai denyut nadi mereka. Dengar rintihan dan keluhan mereka. Bantulah mereka. Kita adalah mata, telinga dan suara rakyat. Paling utama, kita mesti bertanggungjawab. Lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang UMNO dengan membantu rakyat.

53. Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan pembangkang terus menghina perjuangan parti kita. Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan.

Patah sayap bertongkat paruh,

Patah paruh bertongkat siku,

Patah siku bertongkat dagu,

Patah dagu bertongkat kuku.

54. Medan perang di hadapan kita. Kita tiada banyak pilihan. Maralah ke hadapan dengan semangat kental Tariq bin Ziyad, panglima muda yang menakluki Andalusia. Ketika menyeberangi Selat Gibraltar dengan bilangan tentera yang kecil, Tariq berkata kepada tenteranya:

"Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran ... Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap ... Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu".

55. Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkan saf perjuangan parti! Berdiri teguhlah di belakang YAB Presiden parti. Bangkitlah pertahankan kelangsungan umat Melayu! Bangunlah menjulang panji perjuangan! Maralah tewaskan musuhmu di hadapan. Pastikan kemenangan milik kita!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011.


Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras, Saudari Sarina Sharif, di Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO 2011.

JADUAL PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011

Posted: 28 Nov 2011 03:29 AM PST

JADUAL PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011

Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan diadakan bermula dari 29 November hingga 3 Disember 2011.

Pendaftaran Perwakilan Sayap
Tarikh: 29 November 2011 (Selasa)

MAJLIS TAKLIMAT PRESIDEN (TERTUTUP)

Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

Peserta:

Ahli-ahli Majlis Tertinggi
Exco Sayap
Ketua-ketua & Timbalan-timbalan Ketua Bahagian
Naib-naib Ketua Bahagian
Ketua Pergerakan Wanita Bahagian
Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian
Ketua Pergerakan Puteri Bahagian
Setiausaha-setiausaha Bahagian
Ketua Penerangan Bahagian
Bendahari-bendahari Bahagian

PERASMIAN SERENTAK PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO

Tarikh: 29 November 2011 (Selasa)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Perasmi: Tan Sri Muhyiddin Yassin - Timbalan Presiden UMNO

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO

Tarikh: 30 November 2011 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi

Tempat:-

i. Pergerakan Wanita (Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC)
ii. Pergerakan Pemuda (Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC)
iii. Pergerakan Puteri (Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC)


UPACARA NAIK BENDERA DAN MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Tarikh: 1 Disember 2011 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Perasmi: YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak - Presiden UMNO

JAMUAN MAKAN MALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011
Tarikh: 1 Disember 2011 (Khamis)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Tun Razak 1, PWTC

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011 (HARI KE-2)
Tarikh: 2 Disember 2011 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011 (HARI KE-3)

Tarikh: 3 Disember 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERSIDANG PARA PERWAKILAN

Posted: 28 Nov 2011 02:42 AM PST

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengucapkan "Selamat Datang dan "Selamat Bersidang" kepada semua para perwakilan daripada UMNO Bahagian, khususnya kepada para perwakilan Puteri UMNO dari seluruh pelusuk negara ke Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang akan bermula dari 29 November sehingga 03 Disember 2011.


Perhimpunan Agung UMNO akan bermula dengan Forum Antarabangsa yang disertai delegasi parti-parti luar negara dan majlis perasmian ketiga-tiga sayap, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.


Persidangan bagi ketiga-tiga sayap itu akan diadakan pada 30 November manakala Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan bermula 1 hingga 3 Disember,




Semoga Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang ke 65 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan berjalan lancar dan akan mencapai agenda dalam memperjuangkan maruah Agama, Bangsa dan Tanahair.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 29 Nov 2011 11:03 AM PST

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


BIAR PUN KALAH LAGI ... KITA MASIH HEBAT.

Posted: 27 Nov 2011 11:26 AM PST

Assalamualaikum.

Sedikit kecewa, namun tidaklah terlalu terkilan. Itu yang saya rasakan mengenai kekalahan Malaysia 2-3 di tangan Bahrain dalam perlawanan kelayakan Olimpik yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Sedikit kecewa kerana saya beranggapan kita mampu bertahan dengan kemenangan 2-0 pada babak kedua, namun 12 minit terakhir, kita dihukum oleh Bahrain.

Tidak terkilan kerana skuad bawah 23 tahun negara telah beraksi dengan sebaik mungkin dan keupayaan mendahului pasukan Bahrain dengan dua gol terawal adalah satu petanda yang sangat meyakinkan walaupu peristiwa itu tidak mendatangkan apa-apa makna dalam konteks perlawanan tersebut.

Kejohanan pra Olimpik selain kita mahu terus mara mencipta sejarah, saya juga berpandangan ia menjadi kilang paling lengkap untuk melahirkan ramai pemain bola sepak pelapis negara. Ia adalah gelanggang yang sangat menguji skill, keupayaan dan ketahanan pemain untuk terus mendepani cabaran dalam sukan bola sepak.

Kita yang menonton tidak semudah mereka yang terpaksa bertungkus lumus selama 90 minit di padang meski pun mereka digaji. Hakikatnya, tidak semua kemahuan akan menjadi hak kita walaupun ia sebenarnya sudah semakin hampir dalam genggaman.

Kekalahan Malaysia malam tadi hanya sebahagian daripada peristiwa yang sangat menguji pemain dan perasaan penyokong Malaysia. Saya bangga dengan anak Malaysia yang tidak pernah lekang dari memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada semua pemain negara. Itu petanda mereka faham bahawa dalam percaturan, ada menang dan kalahnya.

Kekalahan itu pula akan lebih bernilai jika kita mempelajari sesuatu daripadanya dan tidak membiarkan kekalahan terus menjadi kekalahan yang tidak mempunyai apa-apa. Sesiapa pun tidak mungkin dapat menyangkal bahawa mutu permainan bola sepak negara sudah jauh berubah dan ke hadapan.

Jika ada yang tidak berpendapat sedemikian, mereka mungkin buta bola negara atau sekurang-sekurangnya mereka tidak mengikuti dengan dekat perkembangan bola sepak tanahair. Maaf, saya terpaksa menulis sedemikian kerana kita harus mengakui sesuatu yang benar-benar ada.

Tahniah saya ucapkan kepada semua pemain dan pengurusan pasukan. Saya komited untuk melihat pemain muda negara ini akan terus melakarkan kecemerlangan bermain bola sepak demi negara. Mereka telah berjuang sehabis-habis kemampuan mereka.

Kelemahan ada di mana-mana, namun kekecewaan tidak mungkin dapat mengubah kelemahan. Justeru, teruskan usaha dan memperkasakan keupayaan untuk beraksi sebagai pasukan yang lebih cemerlang pada masa depan.

Tinggalkan hari ini sebagai sejarah yang akan mencipta lebih banyak kelebihan. Itulah harapan saya.

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 29 Nov 2011 09:31 AM PST

Dr Mohamad Khir Toyo


JUSA Luar -Sistem Kerajaan Akan Porak-Peranda?

Posted: 28 Nov 2011 06:00 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan