KUALA TERENGGANU - Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat Nasional (BN) dan SMS fitnah kepada bekas setiausaha sulit menteri besar Terengganu.
Hakim Mahkamah Sesyen, M Bakri Abd Majid menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu.
Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh dan ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.
Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu, Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.
Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan berasingan.
Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan membenarkan Ahmad Ramzi diikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin.
Dalam penghakimannya, M Bakri berkata, mahkamah perlu mengikuti perkembangan semasa sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan yang menyaksikan perbuatan jenayah juga berubah termasuk menggunakan medium baru seperti internet.
"Kecederaan reputasi atau harga diri, tidak kurang pedihnya dengan kecederaan fizikal. Sehubungan itu hukuman perlu dijatuhkan seiring dengan perkembangan ini," katanya.
Tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi, Ooi Chooi Gaik and Nur Azimul Azami.
Pihak pembelaan ketika merayu hukuman diringankan berkata, ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan ia juga tidak melibatkan keganasan serta tidak memberi kesan kecederaan kepada mana-mana pihak.
Pihak pendakwaan pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dan meminta setiap hukuman dijalankan berasingan.
Dalam hujahnya, Mohd Jazamuddin berkata walaupun perbuatan tertuduh tidak mendatangkan kecederaan fizikal, ia telah menjatuhkan reputasi Wan Ahamad, sekali gus menjejaskan reputasi kerajaan di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
Beberapa anggota keluarga Ahmad Ramzi termasuk isterinya dilihat hadir di mahkamah. - Bernama
KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) sangsi dengan tindakan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), bagi memberi ruang yang lebih luas untuk pelajar aktif berpolitik.
Ketuanya, Mohd Nor Hamzah berkata, selain melihat keputusan itu tidak lebih untuk memancing undi dalam kalangan mahasiswa pada pilihan raya umum akan datang, pihaknya tidak yakin berhubung kebebasan yang diberi melalui pindaan seksyen terbabit.
Menurutnya, pelaksanaan itu dikhuatiri tidak memberi kebebasan sepenuhnya, terutama mereka yang membangkang kerajaan berhubung sesuatu isu sehingga mewujudkan ketidakseimbangan dengan mereka yang menyokong parti memerintah.
"Dari sudut pelaksanaan, kita bimbang kebebasan menjurus kepada mereka yang menyokong parti memerintah sahaja.
"Sebaliknya menyekat, menghalang mana-mana pihak yang tidak menyokong parti kerajaan. Kita juga khuatir sekiranya pemimpin sebenarnya mahu melihat mereka yang tidak menyokong mereka dan mengenakan tindakan tertentu seperti menarik balik biasiswa dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian.
Berdasar ketidakyakinan itu, Mohd Nor turut mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa bebas untuk memantau pelaksanaan undang-undang itu bagi memastikan ia berjalan lancar.
Jelasnya, keadaan itu penting bagi memastikan pelajar-pelajar tidak didiskriminasi atau dikenakan sebarang ugutan sekiranya mengeluarkan pandangan berhubung sesuatu isu yang tidak memihak kepada kerajaan.
"Kita minta ada jawatankuasa bebas terdiri daripada pembangkang dan mahasiswa bagi memantau pelaksanaan undang-undang tersebut," katanya.
Beliau bagaimanapun mengharapkan kerajaan bersikap jujur dan ikhlas terhadap pindaan Seksyen 15 itu sambil menyifatkan tindakan itu bagus kerana memberi kebebasan berpolitik buat mahasiswa.
Beliau menegaskan, kebebasan itu sepatutnya sudah lama dinikmati kelompok cerdik pandai itu dalam menunjangi tradisi keintelektualan.
Pada masa sama, katanya, peluang yang diberi kerajaan itu perlu diguna sepenuhnya untuk membuat perubahan besar memandangkan sudah berpuluh-puluh tahun kebebasan mereka disekat.
TEMERLOH: PAS Kawasan Temerloh telah mengadakan program Taujihat Amilin PAS pada 28hb yang lalu. Program ini disambut bersempena dengan kedatangan 1Muharam 1433H yang jatuh pada hari Ahad bersamaan 28hb November kelmarin.
Program ini telah diadakan di Surau Bukit Angin Temerloh. Turut hadir adalah YDP PAS Kawasan, pimpinan Kawasan yang lain serta ahli-ahli PAS seluruh kawasan Temerloh.
Sambutan program separuh hari ini, adalah di rangka bagi memperkukuhkan jati diri, memupuk semangat dan displin petugas tanpa mengabaikan aspek kerohanian para aktivis pendokong dan pemimpin parti PAS itu sendiri.
Seawal jam 3.30 pagi pimpinan dan ahli bermunajat kepada Allah mohon membersihkan diri dan disucikan hati dan diredhoi perjuangan ini. Solat Munajat para petugas ini telah dipimpin oleh Al fadil Ust Ahmad badawi Abdullah Al hafiz. Kemudian diikuti dengan pengisian Kuliah Subuh oleh ketua Urusan Ulama Kawasan Ust Ariffin Abdullah.
Selain itu, para peserta dibawa beriadah mengelilingi kawasan taman berdekatan. Dan disusuli dengan kuliah Dhuha serta diakhiri dengan program kebajikan
TEMERLOH: YB Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohammad melancarkan operasi bot Amal Temerloh di sini kelmarin.
Sempena pelancaran gerakkerja Amal Temerloh, majlis melepaskan sebuah bot Amal Temerloh diadakan di Sungai Semantan berdekatan Taman Espalane Temerloh.
Turut hadir sama YDP PAS Kawasan Temerloh Hj Md Jusoh Darus, Pengerusi DAP Temerloh En Hoo Wee Choon, Setiausaha PAS Kawasan En Ahmad Zuber Omar, Ketua Amal Temerloh En Shafie Idris serta beberapa orang jawatankuasanya.
Dimajlis berkenaan Syed Hamid dibawa dan diringi meninjau ke memudiki Sungai Semantan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Temerloh dengan disertai bersama juga oleh pasukan Amal.
Menurut, Shafie Idris walaupun Amal hanya mampu memiliki hanya sebuah bot, tetapi ia cukup bermakna. Ini kerana pada banjir 2007 yang lalu, Amal Temerloh gagal diaktifkan dan digerakkan secara tersusun, tetapi kini alhamdulilah atas kesedaran kerja-kerja kebajikan ia berjaya menambat hati-hati anak muda kita dengan melibatkan mereka bersama. Dan sebagai buktinya, lihat sahaja pada hari ini kehadiran anak-anak muda ini lebih daripada 30 orang.
Bot yang sebuah ini akan beroperasi dipengkalan hadapan bagi melakukan kerja memindah, menyelamat dan menghantar bantuan banjir dari semasa ke semasa.
Sebab itu, pada hari ini kita mengkoordinasi dengan pihak Bomba dan Penyelamat Temerloh, agar kehadiran pasukan sukarelawan ini tidak disalah ertikan. Manfaatnya dalah akan dirasai masyarakat. Kami golongan muda yang perihatin.
Inilah juga wawasan negara bahawa belia adalah harapan dan masa depan negara, tegas beliau.
TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Temerloh, bersama Amal Temerloh berjaya mengumpulkan lebih 30 orang sukarelawan lelaki bagi bersiapsiaga menghadapi banjir di sini semalam.
Sehubungan dengan itu, satu majlis taklimat ringkas telah diadakan ditepi tebing Sungai Semantan di Taman Espalene Temerloh. Majlis berkenaan diserikan sama dengan kehadiran dua orang Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh berserta 20 orang kakitangannya.
Pihak Bomba dimajlis berkenaan telahpun mentaklimatkan tatacara kaedah penyelamatan mangsa di dalam air, yang betul dimana telah disimulasikan oleh seorang pegawai bomba.
Disamping itu, beliau juga turut memberi tips tips langkah keselamatan kepada para sukarelawan berkenaan. Beliau juga mengingatkan keselamatan mesti diutamakan, cita-cita murni semua sukarelawan yang hadir mendapat panduan langkah keselamatan yang betul dan tepat dengan menjadikan kerja kita ini berbaloi, dengan yang menyelamat dan orang yang diselamat kedua-duanya selamat, ujar beliau.
Turut hadir adalah, YDP PAS Kawasan Temerloh,Hj Md Jusoh Darus, Adun Kuala Semantan, YB Syed Hamid Syed Mohammad, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh En Ahmad Zuber Omar, Pengerusi DAP Temerloh En Hoo Chee Woon bersama rakan dan lain-lain sukarelawan serta masyarakat setempat.
Di majlis yang sama juga, sukarelawan berkenaan di bawa meninjau ke kawasan lokasi di Sg Semantan bersama 3 buah bot bomba berkuasa kuda tinggi, serta beberapa buah bot sukarelawan.
Pemuda PKR (AMK) menentang tindakan kerajaan mengubah suai skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam peringkat JUSA dan Turus bagi membolehkan kepakaran luar termasuk dari sektor swasta diambil masuk.
Timbalan ketua penerangannya Najwan Halimi (gambar bawah, kiri) berkata, mekanisme seperti itu memperlihatkan seolah-olah perdana menteri tidak mempunyai keyakinan kepada kualiti dan kemampuan penjawat awam sedia ada.
NONE"Malah ini secara tidak langsung bakal menyekat pengayaan dan perkembangan kerjaya penjawat awam yang berpotensi untuk menyumbang khidmat bakti kepada pembangunan negara," katanya.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, pengubahsuaian itu bermakna mana-mana pekerja swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.
Memetik sumber, akhbar itu melaporkan, jawatan terbabit boleh menjangkaui sehingga ke kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.
Utusan juga difahamkan, bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak; sementara pihak dalam dan luar perkhidmatan awam boleh memohonnya.
PERKASA: Jangan terburu-buru
Dalam kenyataannya semalam, Najwan berkata, di negara maju, jawatan utama dan strategik dalam sektor perkhidmatan awam tidak sesekali dikontrakkan, malah diberikan kepada penjawat awam yang berpotensi dan berkemahiran luas.
Malah, tambahnya, turut diberikan kepada golongan masih muda berumur sekitar 35 ke 40-an.
"Apakah jawatan-jawatan tertinggi dan strategik kerajaan ini dengan sewenang-wenangnya 'diswastakan' bawah agenda transformasi perdana menteri?
"Dan apakah jaminan kerahsiaan maklumat kerajaan yang boleh diberi menerusi pelaksanaan program ini sekiranya wujud ruang kondusif untuk tenaga profesional swasta keluar masuk dengan mudah?" soalnya.
syed hassan syed aliDalam perkembangan berkaitan, kumpulan pendesak Melayu PERKASA turut dilaporkan tidak selesa dengan skim baru itu kerana ramai pegawai kerajaan akan kecewa kerana mereka selama ini merupakan tonggak yang menjayakan dasar kerajaan.
"Mereka merangkak dari bawah untuk ke atas dengan pelbagai pengetahuan pentadbiran dan kerap mengikuti kursus serta memberi kursus. Mereka lebih faham agenda kerajaan dan memahami perasaan kakitangan awam.
"Apakah mereka yang memegang jawatan di sektor swasta seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tahu tentang perjalanan sektor awam? Oleh itu, jangan buat sesuatu yang terburu-buru," setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali dipetik sebagai berkata.
IPOH 29 Nov 2011 Sebuah lori muatan pasir hilang kawalan telah merempuh 8 buah kereta di persimpangan lampu insyarat di Medan Gopeng Ipoh pada pukul 2.20 petang tadi.
Lori berkenaan dipercayai gagal berhenti akibat fungsi brek namun kemalangan ini diberitakan hanya seorang pemandu kereta yang cedera ringan. Kemalangan ini mengakibatkan kesesakan jalanraya sehingga 2 KM. -BP
LEGA...ibu bapa kanak-kanak lima tahun lega selepas anak mereka ditemui semula.
TAHAN...anggota polis (kiri) membawa dua daripada empat suspek yang ditahan, semalam. TAHAN...anggota polis (kiri) membawa dua daripada empat suspek yang ditahan, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menempuh detik hitam hampir lima jam apabila 'diculik' secara tidak sengaja oleh seorang lelaki yang melarikan kenderaan mewah jenis BMW milik bapanya, semalam.
Dalam kejadian di Jalan KIP 1, Desajaya, di sini kira-kira jam 9.30 pagi itu, kanak-kanak malang terbabit ditinggalkan bapanya berusia 37 tahun dalam kenderaan di bahu jalan seketika kerana mahu membeli makanan di sebuah restoran di kawasan berhampiran.
Difahamkan, seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba meluru masuk ke dalam kenderaan yang tidak dimatikan enjinnya itu ketika bapa mangsa baru meninggalkan kenderaan itu.
Menyedari kenderaan dan anak lelakinya dilarikan, bapa mangsa bergegas membuat laporan di Balai Polis Kepong, sebelum kes dirujuk ke Balai Polis Desajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Menurut sumber, suspek yang melarikan kenderaan mewah itu dikatakan hanya menyedari ada seorang kanak-kanak lelaki di tempat duduk belakang selepas mangsa menangis ketakutan lima minit kemudian.
"Suspek bagaimanapun masih meneruskan niatnya melarikan kenderaan berkenaan tanpa menghiraukan tangisan kanak-kanak itu," katanya.
Sumber berkata, sebaik laporan mengenai insiden itu diterima pihak berkuasa, usaha mengesan kanak-kanak terbabit giat dijalankan.
"Selain menghebahkan kejadian itu kepada semua unit peronda, beberapa sekatan jalan raya dilakukan bagi mengesan suspek di sekitar ibu negara," katanya.
Usaha hampir lima jam itu membuahkan hasil apabila pihak berkuasa menerima maklumat mengatakan mangsa sedang di disembunyikan di sebuah hotel di Sri Damansara.
Sumber berkata, sepasukan polis dari Balai Polis Sri Damansara yang dimaklumkan bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan empat individu termasuk seorang wanita masing-masing berusia antara 20 hingga 34 tahun, kira-kira jam 2 petang. "Ketika ditahan, pihak berkuasa turut merampas sebuah kereta jenis Nissan Latio dipercayai milik kumpulan terbabit," katanya.
Katanya, sebaik ditahan, seorang daripada suspek mengaku hanya berniat melarikan kenderaan mewah milik bapa mangsa tanpa menyedari terdapat kanak-kanak dalam kereta berkenaan.
"Semua yang ditahan kemudian dibawa ke balai polis berhampiran kawasan itu untuk soal siasat," katanya yang turut memberitahu, pihak berkuasa sudah mengenal pasti lokasi kereta BMW milik mangsa disembunyikan.
Difahamkan, selepas merakamkan percakapan bapa mangsa, kanak-kanak malang itu kemudian diserahkan kembali kepada keluarganya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi, mengesahkan penahanan keempat-empat suspek.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan 379A kerana menculik daripada penjaga yang sah.
Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.
opposition walkout parliament 081210 anwarAhli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.
Kumpulan berkenaan bertindak demikian pada kira-kira jam 3.15 petang ini selepas perbahasan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan).
Kumpulan wakil rakyat berkenaan juga tidak akan mengundi secara belah bahagi untuk menghalang rang undang-undang berkenaan daripada diluluskan petang ini.
GERIK – Kelahiran seekor anak kambing berwajah pelik milik seorang penternak, Abd Karim Abd Hamid, 69, pada Isnin lalu, menggemparkan penduduk di kampung Air Suda 2, di sini.
Menantunya, Mohd Halim Mat Wahid, 37 berkata, wajah anak kambing dari spesies boer itu dianggap satu perkara yang luar biasa dan ia telah menarik perhatian orang ramai.
Katanya, Abd Karim telah menternak kambing sejak lebih 20 tahun lalu dan ini merupakan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.
"Bapa mertua saya adalah seorang pesara tentera dan telah menternak kambing sebaik sahaja dia bersara daripada perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Sebelum ini semua anak kambing di kandang ternakannya dilahirkan dalam keadaan normal dan kejadian pada kali ini memang mengejutkan ramai penduduk," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mohd Halim, kelahiran anak kambing berkenaan disedari pada jam 8 pagi di kandang kambing bapa mertuanya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Fasa 2, Gerik-Kupang.
Walau bagaimanapun, kata Mohd Halim, anak kambing itu telah mati selepas beberapa saat dilahirkan dan telah dikebumikan di belakang rumah bapa mertuanya.
Katanya, kebanyakan penduduk yang berkesempatan datang dan melihat sendiri anak kambing itu mengatakan wajah peliknya agak menakutkan.
"Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal.
"Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain," katanya.
KUALA LUMPUR, 29 Nov: PAS berpendirian akan memprotes dan menolak Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman melainkan ianya dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk diteliti.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, hal itu kerana pembentangan RUU tersebut dilihat tidak lebih kepada respon negatif kerajaan terhadap kejayaan perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu.
"Pas protes dan menolak sepenuhnya rang undang-undang ini kecualilah ianya dibawa kepada Jawatankuasa Khas Parlimen dahulu.
"Rang undang-undang ini sebenarnya menghukum rakyat terutamanya yang berhimpun di Bersih 9 Julai lalu.
"Ini adalah reaksi negatif kerajaan bagi menghukum rakyat kerana mengadakan perhimpunan 9 julai yang lalu dan untuk memastikan rakyat tidak boleh lagi berhimpun bukan 100 ribu, bukan 500 ribu malah beberapa ratus ribu pun tidak boleh lagi berhimpun dan melakukan apa yang berlaku pada 9 julai lalu," kata beliau pada sidang media bersama Majlis Peguam di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Tumpat itu juga berkata, RUU tersebut jelas membuktikan kerajaan tidak bersedia menghadapi kemaraan rakyat yang berlansung dalam keadaan aman.
"Umno BN tidak toleran, tidak sanggup untuk menghadapi rakyat yang boleh berhimpun dan berarak secara aman seperti yang berlaku pada perhimpunan Bersih itu," katanya.
Majlis Peguam wakili rakyat
Sementara itu, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, tindakan Majlis Peguam mengadakan perarakan aman membantah RUU tersebut adalah mewakili suara rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi.
"Apa yang dijalankan oleh Majlis Peguam memang menyuarakan hasrat rakyat Malaysia kerana kita tidak mahu satu akta perhimpunan haram sebaliknya hendak dibebaskan daripada pengharaman ataupun pemenjaraan hak asasi manusia selama ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Tambah beliau, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah membuktikan kebenaran berhimpun secara aman yang diberikan kepada rakyat tidak mendatangkan keburukan malah dihormati rakyat.
"Kita telah buktikan di Pulau Pinang kita adakan satu sudut pidato sebanyak dua kali seminggu dan rakyat dibenarkan berhimpun secara bebas tanpa sebarang provokasi.
"Ini berjalan hampir dua tahun dan tak ada masalah dan saya rasa kerajaan Malaysia harus mempunyai keyakinan terhadap kematangan rakyat," katanya sambil berkata, DAP bersama Pakatan Rakyat menyokong penuh Majlis Peguam untuk menolak RUU tersebut.
Cintakan kebebasan
Dalam pada itu, Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berjaya menyerahkan draf RUU yang disediakan pihaknya dan surat terbuka kepada Timbalan Menteri di Jabata Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Leong dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menegaskan, Majlis Peguam tidak anti kerajaan atau pro pembangkang sebaliknya hanya pencinta undang-undang dan kebebasan.
"Majlis Peguam tidak anti kerajaan atau pro pembangkang tapi kami anti ketidakadilan, perlanggaran perlembagaan dan pencinta undang-undang," kata beliau yang sebelum itu berarak secara aman dari Taman Tasik Perdana bersama lebih kurang seribu peguam termasuk penyokong demokrasi menuju ke bangunan Parlimen.
Turut diserahkan ialah surat terbuka kepada Ahli Parlimen yang menyatakan beberapa peruntukann dalam RUU Perhimpunan adalah lebih ketat berbanding sebelum ini.
Ia termasuk penyenaraian tempat-tempat larangan berhimpun yang disifatkan sebagai tidak munasabah seperti sekolah, rumah ibadat dan stesen minyak.
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong penuh tindakan Majlis Peguam Malaysia dan Kumpulan Aktivis Occupy yang mengadakan perarakan membantah RUU Perhimpunan Aman di Parlimen hari ini.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, exconya, Mohd Sany Hamzan berkata, sememangnya usaha menbantah undang-undang yang disifatkan 'kejam' itu wajar disokong oleh semua rakyat Malaysia.
"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Majlis Peguam Malaysia, Kumpulan Aktivis Occupy yang telah melakukan bantahan secara serius terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 201.
"Seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keamanan perlu melahirkan sokongan terhadap usaha untuk membantah dan memprotes cadangan Rang Undang-Undang perhimpunan Aman 2011 ini," katanya yang juga pengarah pilihan raya dewan itu.
Beliau mengulas himpunan yang disertai ribuan peguam dan orang awam di parlimen pagi tadi.
Selain membantah undang-undang itu, himpunan itu juga bagi mendesak seluruh wakil rakyat untuk tidak menyokong usul tersebut diluluskan.
Dalam pada itu, Mohd Sany juga menyelar sikap Umno BNselaku Kerajaan Persekutuan yang telah membohongi rakyat apabila berjanji untuk memberikan lebih kebebasan kepada rakyat, namun perkara sebaliknya berlaku.
"Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap sebarang usaha mana-mana pihak untuk membantah dan memboikot Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 nanti," katanya.
Kepentingan dan hak seramai 220,210 orang peneroka, anggota keluarga peneroka, generasi kedua dan kakitangan FELDA adalah terletak di dalam pegangan ekuiti sebanyak 51% di dalam Felda Holding Berhad (FHB) yang dipegang melalui Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF). Manakala baki pegangan sebanyak 49% di dalam FHB adalah dipegang oleh FELDA Global Venture Holdings (FGVH), yang dimiliki 100% oleh FELDA.
Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak sewaktu membentang belanjawan negara bergegar-gegar memaklumkan bahawa peneroka bakal mendapat durian runtuh bilamana Felda akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pertengahan bulan 2012 nanti.
Di bawah pentadbiran Najib, cadangan untuk menyenaraikan FGVH akan memperlihatan peneroka di bawah KPF terpaksa melepaskan 51% kepentingan mereka di FHB - yang mencatatkan keuntungan RM760 juta tahun lepas untuk duduk di bawah FGVH dan memegang 61 peratus dalam FGVH, yang anak-anak syarikat antarabangsanya telah dilaporkan kerugian RM500 juta sehingga 2010.
Bagaikan kedengaran guruh di langit dengan pengumuman Najib, maka Isa Samad yang menjadi 'key person' yang diharap menjayakan hasrat yang pernah dibantah rakyat era Tun Dr Mahathir ini terus mengisytiharkan beberapa langkah ke arah 'meruntuhkan durian' tersebut.
Antaranya memasukan dirinya menjadi pengerusi KPF, mengambilalih kesemua ladang Felda Plantation untuk dipajak selama 99 tahun, menggerakkan aset Felda di semua lot kosong dalam Felda dan pelbagai caturan lain untuk memastikan hasrat menjadikan saham Felda antara yang tertinggi apabila dilancarkan.
Namun, hasrat tersebut disedari oleh beberapa pimpinan peneroka yang terlihat ada agenda tersembunyi pihak berkepentingan dalam usaha ini. Mereka bangkit membantah bukan kerana menolak durian runtuh, tetapi demi masa depan generasi Felda, tanah milik Felda dan pendapatan peneroka yang menjadi ahli KPF.
Apa tidaknya, FGVH sebuah syarikat yang terus membuat kerugian beratus juta ringgit dan bergantung hidup pada Felda Holding Berhad (FHB) bakal 'menelan' telur emas peneroka, FHB di dalam struktur baru dari penstrukturan semula dan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.
Pada minda mereka terfikir bagaimana syarikat yang rugi dan lemah boleh 'menelan' sebuah syarikat yang maju dan terbukti 'profitability'nya?
Belum reda desakan agar Isa Samad digugurkan daripada jawatan Pengerusi Felda, kini wujud pula tuntutan daripada warga Felda untuk mengetahui berapa gaji dan elaun yang dibayar kepada beliau dan ahli lembaga pengarah Felda yang ditugaskan bersungguh-sungguh ingin merampas tanah Felda Plantation untuk dipajakkan.
Bantahan cara pentadbiran Isa Samad dalam mengurus Felda oleh beberapa pimpinan utama telah menimbulkan polemik cabar-mencabar. Terbaru, ialah tindakan menuntut permohanan maaf dan terhadap Isa akibat penghinaan kepada pengerusi peneroka Felda Saudara Shamsuddin Othman.
Bukan itu sahaja, peneroka kini bangkit melalui Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) untuk memberikan amaran bahawa saman akan dikeluarkan jika mereka tidak diberi jaminan bertulis penyenaraian ke BSKL dapat menjamin pendapatan konsisten sepanjang tempoh pajakan tanah mereka seluas 360,000 hektar kepada FGVH dengan pelbagai syarat tidak munasabah dan jumlah nilai pajakan yang sangat kecil iaitu RM500 juta sahaja berbanding RM2 bilion yang diperolehi sekarang.
Mereka mempersoalkan mengapa mereka tidak dijemput untuk berbicara sebelum pengumuman dibuat, dan mengapa ada sesuatu yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan peneroka dalam usaha FGVH mengambilalih aset Felda khususnya KPF.
Senario ini membuktikan apa yang dibimbangi oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) ternyata ada kebenarannya, kerana apalah makna bagi peneroka dan persatuan peneroka bilamana mereka dikesampingkan dalam sebarang agenda besar berkaitan Felda.
Hura-hara yang timbul kini nampaknya akan menyebabkan hasrat Najib untuk 'meruntuhkan durian' tidak akan menjadi kenyataan. Persoalan besar kini ialah apakah haji Najib terus bersedia memikul ' biawak hidup' yang menimbulkan kemarahan warga pengurusan dan Felda, atau adakah beliau berani untuk menyahkan Isa dari Felda. Mungkin persoalan ini bukan hanya perlu ditanya kepada Haji Najib, tetapi elok juga ditanya kepada Hajah Rosmah.
PRESIDEN syarikat Toyota Motor Corp., Akio Toyoda bergambar di sisi kereta konsep dan skuter yang ditunggang sambil berdiri, Winglet di Tokyo semalam.
TOKYO - Presiden syarikat Toyota Motor Corp, Akio Toyoda memperkenalkan kereta konsep futuristik yang memiliki bentuk menyerupai sebuah telefon pintar gergasi dalam satu majlis di sini semalam.
Dinamakan Fun-Vii, beliau menggelarkan kereta konsep tersebut sebagai "sebuah telefon pintar bertayar empat".
Kereta itu berfungsi seperti sebuah komputer peribadi dengan pemandunya boleh berhubung dengan orang lain dengan mengetuk panel pintu kereta tersebut.
Pintu kenderaan itu dilengkapi skrin besar dengan fungsi sentuh yang beroperasi seperti sebuah telefon pintar.
"Sebuah kereta perlu mempunyai daya tarikan," kata Toyoda.
Beliau turut memperkenalkan sebuah skuter yang boleh ditunggang sambil berdiri yang dinamakan Winglet pada majlis berkenaan. - Agensi
Langkah Kerajaan Selangor memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu diteruskan dalam bentuk menyemarakkan penyampaian informasi dengan memperkenalkan Agenda Masyarakat Berinformasi, Negara Demokratik.
Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim merangka strategi informasi ini sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif.
"Agenda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya politik fitnah yang telah menjadi budaya Umno-BN," katanya.
Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar SelangorKini serta Selangor Times.
Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma.
Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong dengan propaganda Umno- BN, ujar beliau lagi.
"Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara," katanya.
Di bawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan.
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mendakwa hanya pemimpin dan kerajaan yang zalim sahaja yang takut untuk berdepan bantahan dan himpunan rakyat.
Bercakap sewaktu membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata tindakan kerajaan memperkenalkan RUU itu dilihat seolah-olah semakin menyempitkan ruang kebebasan rakyat.
Selain itu beliau mendakwa, pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa tentunya takut akan perhimpunan aman rakyat.
"Apa alasan kerajaan Malaysia mempersulitkan lagi perhimpunan aman sehingga menjadi teruk daripada negara Zimbabwe dan Myanmar yang demokrasi mereka semakin baik?
"Pemimpin yang zalim sahaja yang takut rakyat buat perhimpunan," katanya.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas menggesa RUU itu ditarik balik dan dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk dibincang dan diteliti.
"Saya mencadangkan sebaik-baiknya menteri tarik balik rang undang-undang ini dan sebaiknya kemukakan dalam tempoh yang singkat untuk dikaji dan diteliti oleh Jawatankuasa Khas Parlimen dan berikan satu contoh bagaimana nak memperkenalka RUU yang begitu penting ini," kata beliau .
Menurut Anwar, ianya kerana RUU itu memberikan impak yang besar kepada rakyat yang mahukan kebebasan untuk bersuara dalam sesuatu isu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata, RUU itu gagal dibahaskan dengan semasak-masaknya sebaliknya kerajaan hanya menggunakan kuasa majoriti mereka untuk meluluskannya.
"Di Malaysia, (kerajaan)selalu guna kuasa majoriti untuk memaksa terima rang undang-undang tanpa perbahasan panjang dan tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang inginkan kebebasan.
"Saya tegaskan sikap Pakatan Rakyat kepada rakyat untuk menuntut kerajaan menarik balik rang undang-undang ini," katanya.
TAMPIN – Seorang ibu muda dipercayai dalam proses penceraian, ditahan kerana disyaki membuang dan menanam bayi dipercayai lahir tidak cukup bulan, kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, suspek berusia 25 tahun itu, ditahan sebaik menerima laporan daripada Hospital Melaka kira-kira jam 1 pagi ketika suspek sedang menerima rawatan.
Beliau berkata, susulan penahanan serta hasil soal siasat, suspek terbabit kemudian membawa anggota polis ke lokasi mayat bayi yang ditanam di dalam semak, berdekatan sebuah lorong di Jalan Batu Belang, di sini.
"Polis mengambil hampir setengah jam, menggali lokasi dikatakan suspek, bagi mengeluarkan mayat bayi lelaki yang telah reput.
"Mayat bayi dilahirkan 22 November lalu itu, dibawa ke Hospital Tampin, sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Sinar
Kooi Cheang berkata, suspek berasal dari Taman Indah, ditahan reman tiga hari mulai kelmarin bagi mem bolehkan suspek disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan susulan menyembunyikan kelahiran.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta tampil membantu polis menjalankan siasatan dengan menghubungi balai berdekat an atau Pegawai Penyiasat Cif Inspektor Azmi Abdul Salam di talian 06-4411221 atau 06-4411222.
Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.
NONERang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.
Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.
Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.
Perarakan yang dinamakan 'Walk for Freedom', akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.
Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.
LAPORAN LANGSUNG
11.56am: Di bangunan Parlimen, ahli parlimen DAP bagi kerusi Sibu, Wong Ho Leng menunggu kehadiran peguam dan orang ramai di pintu masuk.
"Bagaimana Rang Undang-undang ini boleh diluluskan? Gila!," katanya kepada wartawan dan berkata beliau akan membawa masuk beberpa penunjuk perasaan masuk ke Dewan Rakyat.
Setiap ahli parlimen dibenarkan membawa masuk lima tetamu mereka ke bangunan itu.
11:55am Peguam Edmund Bon mengetuai orang ramai sambil melaungkan "Bebas, bebas, bebas himpun, bebas rakyat." Ini sambut oleh orang ramai yang turut melaungkan slogan sama dan tepukan gemuruh.
11:50am Jumlah hadirin semakin ramai dan dianggarkan melebihi 500 orang.
11:47am Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) kelihatan memantau perhimpunan hari ini.
Di bangunan Parlimen, polis mula mendirikan sekatan jalan di pintu masuk bagi persiapan berdepan dengan peguam dan orang ramai yang akan berarak itu.
11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat."
Menurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalah-guna.
Beliau menyenaraikan situasi di mana orang ramai tidak dibenarkan berhimpun dan setiap satu situasai yang disebutkannya itu sisambut dengan jeritan 'boo' para hadirin.
"Tahukah anda, kita juga tidak boleh berhimpun di ibu pejabat Majlis Peguam kerana ia terletak 50 meter daripada sebuah jambatan?"
"Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM."
11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin.
11:29am Beberapa poster berwarna kuning dikibarkan. Antaranya berbunyi: 'Kill the Bill' dan 'Bebas Himpun, Bebas Rakyat'.
11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik.
Antara yang hadir juga termasuk ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP yang juga seorang peguam dan Kua Kia Soong dari Suaram. Beberapa aktivis kempen Anti-Lynas juga kelihatan bersama kumpulan ini.
11:20am Anggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir.
11:16am Majlis Peguam mengedarkan draf 18 muklasurat Akta Perhimpunan Aman versinya kepada media.
11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan.
"Rang Undang-Undang ini bakal merampas akta yang memberikan kita kemerdekaaan negara."
11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa."
Naib presiden PKR N Surendran dan ketua penerangan PKR Latheefa Koya juga kelihatan bersama - kedua-dua mereka adalah peguam.
11:05am: Seorang anggota polis trafik tiba bagi mengawal lalu lintas.
11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning.
11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari.
11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba.
10:56am: Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang.
10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam.
10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang.
10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini.
Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan.
10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen.
10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja.
TIGA buah kapal nelayan turut musnah terbakar dalam kejadian letupan di Jeti Angkasa Baru dekat Kudat, kelmarin. Seorang lagi mangsa lemas ketika terjun ke laut cuba selamatkan diri
KOTA KINABALU: Dua rentung manakala seorang lagi lemas apabila tangki minyak sebuah kapal nelayan yang berlabuh di Jeti Angkasa Baru, di Kudat, kira-kira 200 kilometer (km) dari sini, meletup lalu terbakar, malam kelmarin.
Mangsa yang rentung dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu adalah masing-masing seorang lelaki dan wanita, manakala mangsa lemas adalah wanita yang dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan terjun ke laut.
Semua mangsa berusia 20-an itu yang masih dikenal pasti identitinya dipercayai berada di atas kapal nelayan berkenaan ketika kebakaran berlaku.
Kebakaran itu juga menyebabkan empat lagi rakan mereka termasuk seorang wanita berusia di antara 21 hingga 50 tahun yang berada di bahagian luar kapal mengalami cedera parah, iaitu Richard Mohd, 21; Hamid Gabin, 35; Muhd Ayob Buyong, 50 dan seorang wanita dikenali sebagai Mylen Masarap, 27.
Semua mangsa yang mati dihantar ke Hospital Kudat untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati tiga mangsa yang mati dipercayai berada di atas kapal nelayan yang terbakar akibat letupan tangki minyak itu.
Beliau berkata, mangsa pertama iaitu wanita yang mati dipercayai akibat lemas kerana tiada kesan terbakar, ditemui kira-kira jam 6.50 pagi manakala dua mangsa yang rentung termasuk seorang lelaki di temui kira-kira jam 11.30 pagi, tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Semua mangsa yang selamat itu mengalami kecederaan parah selepas bertindak terjun dari kapal dan bot mereka untuk menyelamatkan diri.
"Siasatan awal juga mendapati dua daripada tiga mangsa yang mati dipercayai rakyat Filipina," katanya.
KUALA LUMPUR, 29 Nov: PAS mengingatkan kerajaan Umno BN bahawa transformasi yang dicanang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang.
"Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah," ujarnya dalam sat kenyataan.
Katanya, PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan ianya tidak langsung memberi gambaran "aman" sebagaimana dicanangkan.
"Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.
"Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat?" tanya beliau.
Bahkan, ujarnya mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu.
RUUHA, katanya merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU13 akan datang, bagi membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan.
Rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi RUUHA ini, kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu-isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno BN walaupun ia jelas menindas mereka, ujarnya.
"Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak," ujarnya.
Jelasnya, kata Umar bin Abdul Aziz: "Bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu".
BAGHDAD 29 Nov. - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, termasuk anggota polis dan pekerja penjara, dalam satu serangan berani mati di sebuah penjara Iraq di utara Baghdad, semalam.
Penyerang berani mati meletupkan sebuah kereta yang dipenuhi bahan letupan kira-kira pukul 8 pagi (11 pagi waktu Malaysia) dan disasarkan di pintu utama penjara Hout di Taji, kira-kira 25 kilometer di utara Baghdad.
Menurut pegawai, kira-kira 15 orang turut dilaporkan cedera dalam serangan itu yang berlaku ketika ramai ahli keluarga datang melawat banduan. - AFP
BELGRADE 29 Nov. - Bekas Perdana Menteri Yugoslavia, Ante Markovic, semalam meninggal dunia pada usia 88, lapor media tempatan.
Markovic yang dilantik menjadi Perdana Menteri pada 1989, telah memperkenalkan mata wang ditukar dan dilaksanakan penswastaan secara meluas walaupun mendapat tentangan dari republik persekutuan yang berjuang untuk kemerdekaan.
Bagaimanapun, laporan tersebut tidak menyebut punca dan lokasi kematian beliau. - dpa
SEBUAH bot (kiri) melintas Jambatan Kutai Kartanegara yang runtuh di bandar Samarinda, Kalimantan Timur pada Sabtu lepas.- AFP
TENGGARONG, Indonesia - Angka kematian akibat jambatan runtuh di Kalimantan Timur yang menyebabkan berpuluh-puluh kenderaan terjunam ke dalam sungai kini meningkat kepada 11 orang, kata beberapa pegawai semalam ketika siasatan bagi mengenal pasti punca nahas sedang dilakukan.
Lebih 30 orang dipercayai masih hilang selepas jambatan gantung Kutai Kartanegara sepanjang 720 meter yang dibina menyerupai jambatan Golden Gate di San Francisco runtuh ke dalam Sungai Mahakam pada Sabtu lepas.
"Jumlah mangsa yang terbunuh ialah 11 orang," kata ketua agensi pencari dan penyelamat wilayah Kalimantan Timur, Harmoni Adi.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, mayat-mayat mangsa terdampar di tebing sungai berkenaan.
"Sebanyak 39 orang cedera dan berdasarkan laporan orang ramai, sekurang-kurangnya 33 yang lain hilang," katanya.
"Sukar untuk mengenal pasti jumlah sebenar mangsa yang hilang kerana kami tidak tahu bilangan kenderaan dan orang ramai yang jatuh semasa jambatan itu runtuh," ujarnya.
Menurutnya, usaha mencari juga sukar berikutan keadaan air sungai yang keruh. Sungai Mahakam memiliki kedalaman hingga 40 meter.
Punca jambatan itu runtuh tidak dapat dipastikan tetapi Nugroho memberitahu bahawa satu kabel sokongan jambatan itu putus semasa kerja-kerja membaiki sedang dilakukan.
REMBAU: "Saya terpaksa membuang air kecil atas lantai rumah kerana mereka tidak menghiraukan permintaan saya untuk ke tandas dan mengarahkan supaya diam," kata Puziah Abdul Rahman, 71, yang berdepan detik mencemaskan apabila kediamannya di Kampung Mayon, Chengkau di sini, diceroboh tiga penjenayah, awal pagi semalam.
Warga emas itu kerugian ribuan ringgit, malah menanggung kesakitan akibat ditumbuk penjenayah.
Menceritakan detik getir itu, Puziah yang juga ibu tunggal, berkata dia terjaga daripada tidur kerana mahu ke tandas membuang air kecil, kira-kira jam 3 pagi.
"Namun, sebaik melangkah keluar dari pintu bilik, saya ternampak kelibat tiga lelaki memegang parang di tangga dapur rumah.
"Mereka yang menyedari kemunculan saya kemudian terus menerkam dan menutup mulut saya. Saya sempat melawan dan bergelut tetapi secara tiba-tiba seorang daripada mereka bertindak menumbuk pipi saya," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.
Puziah yang tinggal bersendirian selepas kehilangan suami sejak 10 tahun lalu berkata, penjenayah itu kemudian menggeledah masuk ke dalam bilik mencari barang berharga.
Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.
NONERang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.
Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.
Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.
NONEPerarakan yang dinamakan 'Walk for Freedom', akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.
Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.
LAPORAN LANGSUNG
11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning.
11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari.
11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba.
10:56am: Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang.
10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam.
10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang.
10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini.
Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan.
10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen.
10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja.
KUALA LUMPUR, 29 Nov: 'Tak Nak BN' adalah jawapan kepada rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat supaya memilih lagi BN untuk memastikan agenda transformasi beliau terlaksana.
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pada mula rakyat mungkin kagum dengan gagasan awal Datuk Seri Najib, seolah-olah beliau mahu membuat perubahan di negara ini.
Tetapi, katanya lama-kelamaan Najib menunjukkan siapa sebenarnya beliau kerana rakyat sudah mual dengan slogan transformasi yang bertukar menjadi nasi basi.
Apa tidaknya, jar beliau semakin hari semakin terserlah siapa sebenarnya Datuk Seri Najib.
"Ahli Umno sudah maklum beliau memang terkenal sebagai seorang yang kaya dengan retorik sejak daripada beliau memegang Ketua Pemuda Umno lagi.
"Buktinya ketika beliau mengumumkan untuk menghapuskan ISA, 13 mangsa di Sabah ditangkap," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, ketika Najib mengumumkan untuk memberi kelebihan kepada rakyat berhimpun, tiba-tiba pindaaan yang lebih teruk daripada sebelumnya, malahan lebih teruk daripada Myanmar.
Katanya lagi, ketika indeks rasuah negara semakin teruk, beliau masih berasmara dengan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, walaupun beliau memang disabit rasuah di dalam pemilihan Umno.
"Cuba bayangkan daripada 3.2 juta ahli Umno, yang dipilihnya ialah Tan Sri Isa Samad, apa kelebihan yang ada pada Isa Samad, sehingga Datuk Seri Najib tidak nampak selain daripada beliau, sedangkan Felda adalah satu institusi yang cukup penting yang mempunyai dana dan eset yang begitu banyak selepas Petronas.
"Sekarang beliau merayu supaya rakyat memilih lagi BN?" soalnya.
Idris berkata, dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau selama menjadi Perdana Menteri telah gagal menggulakan rakyat dengan slogan 1Malaysia yang terbaru ialah slogan wasatiah.
"Beliau tidak sedar ketika beliau beretorik dengan slogan transformasi rakyat menunggu dengan penuh ketekunan dan mencatat apa yang beliau cakap.
"Tiba-tiba rakyat nampak ini hanya slogan kosong setelah menunggu sekelian lama," ujarnya.
Belia menambah, rakyat percaya jika BN menang maka GST, cukai 6 % prepaid, harga minyak, gula, tepung dan keperluan rakyat akan naik.
Akhirnya, kata belia rakyat akan menjawab 'Tak Nak BN' dalam PRU ke-13 nanti.
SEORANG penduduk terpaksa memegang tali bagi mengelaknya dihanyut air deras di Kampung Derdap, Pengkalan Kubor semalam.
KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin reda apabila jumlah mangsa pemindahan banjir di negeri ini terus menurun kepada 1,247 orang membabitkan 347 keluarga malam tadi berbanding 1,327 orang pada sebelah petang.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri berkata, sehingga malam tadi enam buah pusat pemindahan di Pasir Mas dan Tumpat masih beroperasi.
"Cuaca di Kelantan semakin baik apabila dilaporkan cerah di beberapa kawasan. Mangsa banjir pulang secara berperingkat sementara menunggu air yang menenggelami kawasan kediaman mereka surut sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang juga menurun kepada 10 meter, namun masih melebihi paras bahaya sembilan meter.
Jurucakap itu berkata, sehingga malam ini lima laluan di Pasir Mas dan Tumpat masih ditutup kepada kenderaan ringan.
"Di Pasir Mas, empat laluan ditutup iaitu Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu di Kilometer 10; Jalan Banggol Kulim Lokasi 2, Kilometer 1; Jalan Pengkalan Rakit, Kilometer 3 dan Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram Kilometer 3.
KAHERAH: Rakyat Mesir hari ini keluar beramai-ramai untuk mengundi bagi memilih pemerintahan demokrasi, iaitu kali pertama sejak berakhirnya era pemerintahan Hosni Mubarak.
Selepas 10 bulan berada dalam peralihan kuasa dan berakhirnya 30 tahun pemerintahan autokrasi oleh Hosni Mubarak yang disingkirkan selepas protes jalanan, lebih 40 juta pemilih akan menentukan anggota Parlimen yang baru hari ini.
"Kami tidak pernah mengundi sebelum ini. Suara kali langsung tidak dilayan," kata Mona Abdel Moneim, salah seorang daripada pengundi wanita yang mengundi buat kali pertama di Daerah Shubra, di ibu negara itu.
Pengundian untuk memilih Ahli Parlimen akan ditentukan menerusi tiga peringkat bermula di bandar raya utama iaitu Kaherah, Alexandria dan beberapa kawasan lagi dengan parti sederhana Islam, Muslim Brotherhood dijangka akan menang.
Peringkat pemilihan yang dijangka lebih sulit ialah pemilihan pada perhimpunan penuh Parlimen yang dijangka berlangsung sehingga hujung Mac depan.
Sejak dua minggu lalu tercetus demonstrasi besar-besaran apabila penunjuk perasaan meminta kerajaan sementara yang dipimpin tentera agar berundur.
Tunjuk perasaan itu menyebabkan 42 terbunuh manakala lebih 3,000 lagi cedera. Sementara itu, proses pengundian dilaporkan berjalan dengan aman dan lancar dengan pusat pengundian ditutup sehingga jam 9 malam waktu tempatan sebelum proses pengiraan bermula. - AFP
KUNCI...Kori mengunci pintu makam Tok Pulau Manis yang gagal ditemui tiga kaki ekor.
KUALA TERENGGANU: "Tiga lelaki berserban dan berjubah itu merayu sambil menangis teresak-esak kepada saya meminta pertolongan menunjukkan jalan keluar dari kawasan makam Tok Pulau Manis selepas semalaman berlegar-legar kerana tidak nampak pintu keluar," kata Imam Masjid Pulau Manis di sini, Kori Endut.
Kori, 68, berkata demikian ketika mendedahkan mengenai padah menimpa tiga lelaki berlagak alim yang melakukan upacara pemujaan nombor ekor di kubur ulama terkenal, Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, di sini.
Beliau berkata, tiga lelaki berusia 40-an terbabit lengkap berserban dan berjubah bagi mengabui mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama yang lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.
Menurutnya, kejadian yang menimpa tiga sahabat itu yang tidak dapat mencari jalan keluar selepas melakukan aktiviti pemujaan, antara padah yang menimpa mereka yang melakukan perbuatan khurafat di kubur berkenaan.
Kori bertanggungjawab menjaga kubur berkenaan yang terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Pulau Manis berkata, dia melihat tiga lelaki itu menangis teresak-esak sambil berlegar-legar di sekeliling kawasan makam itu jam 7 pagi.
Seorang lelaki yang disyaki penagih dadah meninggal dunia selepas pengsan di pusat tahanan sementara Bukit Jalil petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berumur 50 tahun itu ditemui pengsan di lokapnya pada 3.45 petang sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh anggota polis yang bertugas.
"Bagaimanapun, doktor yang merawatnya mengesahkan lelaki itu meninggal dunia pada 4.14 petang di bilik kecemasan.
"Siasatan awal mendapati si mati tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan ditahan atas reman kes narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sejak 23 Nov lepas," katanya dalam khidmat sistem pesanan ringkas malam tadi.
Kepentingan dan hak seramai 220,210 orang peneroka, anggota keluarga peneroka, generasi kedua dan kakitangan FELDA adalah terletak di dalam pegangan ekuiti sebanyak 51% di dalam Felda Holding Berhad (FHB) yang dipegang melalui Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF). Manakala baki pegangan sebanyak 49% di dalam FHB adalah dipegang oleh FELDA Global Venture Holdings (FGVH), yang dimiliki 100% oleh FELDA.
Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak sewaktu bergegar-gegar membentang belanjawan negara memaklumkan bahawa peneroka bakal mendapat durian runtuh bilamana Felda disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada pertengahan bulan 2012 nanti.
Di bawah pentadbiran Najib, cadangan untuk menyenaraikan FGVH akan memperlihatan peneroka di bawah KPF terpaksa melepaskan 51% kepentingan mereka di FHB - yang mencatatkan keuntungan RM760 juta tahun lepas untuk duduk di bawah FGVH dan memegang 61 peratus dalam FGVH, yang anak-anak syarikat antarabangsanya telah dilaporkan kerugian RM500 juta sehingga 2010.
Bagaikan kedengaran guruh di langit dengan pengumuman Najib, maka Isa Samad yang menjadi 'key person' yang diharap menjayakan hasrat yang pernah dibantah rakyat era Tun Dr Mahathir ini terus mengisytiharkan beberapa langkah ke arah 'meruntuhkan durian' tersebut.
Antaranya memasukan dirinya menjadi pengerusi KPF, mengambilalih kesemua ladang Felda Plantation untuk dipajak selama 99 tahun, menggerakkan aset Felda di semua lot kosong dalam Felda dan pelbagai caturan lain untuk memastikan hasrat menjadikan saham Felda antara yang tertinggi apabila dilancarkan.
Namun, hasrat tersebut disedari oleh beberapa pimpinan peneroka yang terlihat ada agenda tersembunyi pihak berkepentingan dalam usaha ini. Mereka bangkit membantah bukan kerana menolak durian runtuh, tetapi demi masa depan generasi Felda, tanah milik Felda dan pendapatan peneroka yang menjadi ahli KPF.
Apa tidaknya, FGVH sebuah syarikat yang terus membuat kerugian beratus juta ringgit dan bergantung hidup pada Felda Holding Berhad (FHB) bakal 'menelan' telur emas peneroka, FHB di dalam struktur baru dari penstrukturan semula dan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.
Pada minda mereka terfikir bagaimana syarikat yang rugi dan lemah boleh 'menelan' sebuah syarikat yang maju dan terbukti 'profitability'nya?
Belum reda desakan agar Isa Samad digugurkan daripada jawatan Pengerusi Felda, kini wujud pula tuntutan daripada warga Felda untuk mengetahui berapa gaji dan elaun yang dibayar kepada beliau dan ahli lembaga pengarah Felda yang ditugaskan bersungguh-sungguh ingin merampas tanah Felda Plantation untuk dipajakkan.
Bantahan cara pentadbiran Isa Samad dalam mengurus Felda oleh beberapa pimpinan utama telah menimbulkan polemik cabar-mencabar. Terbaru, ialah tindakan menuntut permohanan maaf dan terhadap Isa akibat penghinaan kepada pengerusi peneroka Felda Saudara Shamsuddin Othman.
Bukan itu sahaja, peneroka kini bangkit melalui Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) untuk memberikan amaran bahawa saman akan dikeluarkan jika mereka tidak diberi jaminan bertulis penyenaraian ke BSKL dapat menjamin pendapatan yang konsisten. Mereka amat sangsi kerana sepanjang tempoh pajakan tanah mereka seluas 360,000 hektar kepada FGVH dengan pelbagai syarat tidak munasabah, hasil pajakan hanyalah RM500 juta sahaja berbanding RM2 bilion yang diperolehi sekarang.
Mereka turut mempersoalkan mengapa mereka tidak dijemput untuk berbicara sebelum pengumuman dibuat, dan mengapa ada sesuatu yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan peneroka dalam usaha FGVH mengambilalih aset Felda khususnya KPF.
Senario ini membuktikan apa yang dibimbangi oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) ternyata ada kebenarannya, kerana apalah makna bagi peneroka dan persatuan peneroka bilamana mereka dikesampingkan dalam sebarang agenda besar berkaitan Felda.
Hura-hara yang timbul kini nampaknya akan menyebabkan hasrat Najib untuk 'meruntuhkan durian' tidak akan menjadi kenyataan. Persoalan besar kini ialah apakah haji Najib terus bersedia memikul 'biawak hidup' yang menimbulkan kemarahan warga pengurusan dan Felda, atau adakah beliau berani untuk menyahkan Isa dari Felda. Mungkin persoalan ini bukan hanya perlu ditanya kepada Haji Najib, tetapi elok juga ditanya kepada Hajah Rosmah.
2 Muharram 1433 H | 28 November 2011 PAS mengingatkan kerajaan Umno-BN bahawa transformasi yang dicanang oleh PM mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang. Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah.
PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau, dan ianya tidak langsung memberi gambaran "aman" sebagaimana dicanangkan.
Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat? Bahkan, mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu.
RUUHA merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU13 akan datang, sekaligus membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan.
Rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi RUUHA ini, kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno-BN walaupun ia jelas menindas mereka.
Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak.
Kata Umar bin Abdul Aziz: "Bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu."
KUALA LUMPUR, 28 Nov — Ketua peneroka Felda, yang juga seorang ahli lembaga pengarah agensi itu, memberi masa 14 hari kepada Pengerusinya Tan Sri Isa Samad yang didakwa mengeluarkan kata-kata menghina beliau dalam satu taklimat di Kuala Pilah awal bulan ini.
Shamsuddin Othman berkata mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda, selaku ketua kepada para peneroka, dengan mengeluarkan ayat seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu dia", tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Isa selaku pengerusi agensi kemajuan tanah persekutuan itu.
"Ini kali pertama seorang Pengerusi Felda mengeluarkan kata-kata menghina seorang ketua peneroka, bukan sahaja pemimpin peneroka, saya kira keseluruhan peneroka rasa terhina dengan kenyataan Tan Sri Isa," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Rakaman ucapan Isa turut ditayangkan pada sidang media yang dihadiri oleh sembilan naib pengerusi JPP Wilayah dan Gerakan Persatuan Wanita.
Berdasarkan kandungan ucapannya, Isa didapati mendakwa bahawa Shamsuddin yang diturut dipanggil sebagai "Pak Sam" tidak faham-faham meskipun sudah berkali-kali dijelaskan mengenai proses penyenaraian Felda Global Ventures.
Shamsudin (gambar), 59, dari Felda Wilayah Johor Baru berkata, Isa mengeluarkan kenyataan itu ketika memberi taklimat mengenai penyenaraian Felda Global Ventures di Kuala Pilah bagi peneroka-peneroka Felda Wilayah Raja Alias pada 12 November lalu.
"Saya akan lantik peguam dan akan memberi masa 14 hari kepada Isa agar meminta maaf. Oleh kerana beliau mengeluarkan kenyataan itu secara terbuka di khalayak ramai, maka saya mahu beliau meminta maaf secara terbuka di lima akhbar tempatan," kata beliau lagi.
Shamsuddin yang memegang jawatan Pengerusi JKPP sejak 15 tahun lalu dan sebagai ahli lembaga pengarah sejak lima tahun lalu berkata, beliau menyedari Isa mengeluarkan kata-kata berbuat mengaibkan itu pada sebelah malam 12 November.
"Tetapi saya tidak mengambil apa-apa tindakan, saya pun tidak menghubungi beliau... hanya berharap beliau akan akan menghubungi saya dan meminta maaf, saya harap beliau tahu kesilapan beliau dan tahu apa yang patut dilakukan, tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian.
"Jadi, saya terpaksa mengambil tindakan ini, memaklumkan kepada media. Saya mahu beliau memohon maaf dalam 14 hari... saya rasa saya telah dihina dan diaibkan dengan kata-kata ini," kata beliau yang akan memutuskan tindakan susulan selepas tempoh itu berakhir.
Shamsudin sambil menafikan tindakannya dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau parti politik berkata, "saya mahu beri beliau (Isa) peluang." Kenyataan media yang dikeluarkan menyebut Isa tidak layak menerajui Felda.
"Malah, boleh disimpulkan cakap-cakap beliau bahawa usaha-usaha beliau lakukan untuk kebaikan peneroka tidak lebih sekadar menanam tebu di bibir," katanya. - themalaysianinsider
KUALA LUMPUR, 29 Nov: 'Tak Nak BN' adalah jawapan kepada rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat supaya memilih lagi BN untuk memastikan agenda transformasi beliau terlaksana.
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pada mula rakyat mungkin kagum dengan gagasan awal Datuk Seri Najib, seolah-olah beliau mahu membuat perubahan di negara ini.
Tetapi, katanya lama-kelamaan Najib menunjukkan siapa sebenarnya beliau kerana rakyat sudah mual dengan slogan transformasi yang bertukar menjadi nasi basi.
Apa tidaknya, jar beliau semakin hari semakin terserlah siapa sebenarnya Datuk Seri Najib.
"Ahli Umno sudah maklum beliau memang terkenal sebagai seorang yang kaya dengan retorik sejak daripada beliau memegang Ketua Pemuda Umno lagi.
"Buktinya ketika beliau mengumumkan untuk menghapuskan ISA, 13 mangsa di Sabah ditangkap," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, ketika Najib mengumumkan untuk memberi kelebihan kepada rakyat berhimpun, tiba-tiba pindaaan yang lebih teruk daripada sebelumnya, malahan lebih teruk daripada Myanmar.
Katanya lagi, ketika indeks rasuah negara semakin teruk, beliau masih berasmara dengan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, walaupun beliau memang disabit rasuah di dalam pemilihan Umno.
"Cuba bayangkan daripada 3.2 juta ahli Umno, yang dipilihnya ialah Tan Sri Isa Samad, apa kelebihan yang ada pada Isa Samad, sehingga Datuk Seri Najib tidak nampak selain daripada beliau, sedangkan Felda adalah satu institusi yang cukup penting yang mempunyai dana dan eset yang begitu banyak selepas Petronas.
"Sekarang beliau merayu supaya rakyat memilih lagi BN?" soalnya.
Idris berkata, dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau selama menjadi Perdana Menteri telah gagal menggulakan rakyat dengan slogan 1Malaysia yang terbaru ialah slogan wasatiah.
"Beliau tidak sedar ketika beliau beretorik dengan slogan transformasi rakyat menunggu dengan penuh ketekunan dan mencatat apa yang beliau cakap.
"Tiba-tiba rakyat nampak ini hanya slogan kosong setelah menunggu sekelian lama," ujarnya.
Belia menambah, rakyat percaya jika BN menang maka GST, cukai 6 % prepaid, harga minyak, gula, tepung dan keperluan rakyat akan naik.
Akhirnya, kata belia rakyat akan menjawab 'Tak Nak BN' dalam PRU ke-13 nanti.
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 29 Nov: PAS mengingatkan kerajaan Umno BN bahawa transformasi yang dicanang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mestilah ke arah lebih baik, bukan undur ke belakang.
"Jangan sesekali cuba memperkenalkan transformasi palsu yang berlindung di sebalik akta atau rang undang-undang (RUU) bagi menghalalkan tindakan zalim pemerintah," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.
Katanya, PAS menegaskan pendirian bahawa RUU Himpunan Aman (RUUHA) 2011 mesti ditarik balik kerana mempunyai kecacatan melampau dan ianya tidak langsung memberi gambaran "aman" sebagaimana dicanangkan.
"Rakyat melihat RUU ini adalah gambaran kecelaruan dan kebimbangan parti Umno-BN yang kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.
"Apakah Umno tidak belajar daripada pelbagai akta zalim yang dilaksanakan di Timur Tengah sehingga menyebabkan kemarahan rakyat?" tanya beliau.
Bahkan, ujarnya mereka bangkit bukan sahaja medesak undang-undang dipinda tetapi menumbang terus kerajaan yang zalim itu.
RUUHA, katanya merupakan kebimbangan pemerintah terhadap keputusan yang akan dibuat oleh rakyat dalam PRU13 akan datang, bagi membolehkan kerajaan bertindak menangkap dan menghukum sesiapa sahaja yang berhimpun menunjuk perasaan tidak puashati terhadap tindakan kerajaan.
Rakyat umum perlu disedarkan tentang implikasi RUUHA ini, kerana seandainya ia diluluskan, maka rakyat sudah pasti hampir tidak boleh langsung berhimpun bagi meluahkan bantahan terhadap sebarang isu-isu yang tidak berpihak pada kerajaan Umno BN walaupun ia jelas menindas mereka, ujarnya.
"Ingatlah, kemarahan rakyat tidak akan dapat disekat dengan undang-undang. Ambillah pengajaran daripada sepucuk surat yang dihantar oleh Saidina Umar bin Abdul Aziz tatkala beliau menerima permohonan peruntukan kewangan bagi membuat benteng untuk menyekat sekumpulan golongan pemberontak," ujarnya.
Jelasnya, kata Umar bin Abdul Aziz: "Bentenglah kemarahan rakyat kamu dengan keadilanmu, payungi rakyatmu dengan kasih sayangmu, kerana itu lebih baik dari kamu membina benteng besi menyekat kemarahan rakyatmu".
CERAMAH PERPADUAN RAKYAT Tarikh : 2 Dis 2011 , JUMAAT Masa : 8.45 Malam Tempat : Bilik Gerakan PKR DUN Rantau, Taman Delima, Pekan Rantau, N.Sembilan (depan Petronas) PENCERAMAH : YB Nurul Izzah Anwar ( Naib Presiden PKR ) YB Saifuddin Nasution ( Setiausaha Agung PKR ) Dr. Rafaie Abd. Malek ( MPP PKR ) YB Taufek Abd. Ghani ( ADUN Paroi (PAS) N.Sembilan ) YB Ravi ( ADUN Port Dickson ) CheGUBard (Ketua PKR Rembau )
"Pengurusan pelarian Filipina di Sabah adalah di bawah tanggungjawab Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Sabah, Labuan iaitu di bawah agensi Majlis Keselamatan Negara di mana ia adalah di bawah JPN".
Datuk Wira Abu Seman Yusof
Oleh : MUTALIB M.D
JAWAPAN Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop terhadap persoalan yang ditimbulkan oleh 33 Ahli Parlimen Malaysia yang mengambil bahagian membahaskan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pada 23 November 2011, adalah jawapan tersirat yang ditunggu-tunggu rakyat Sabah selama ini.
Dalam jawapannya, Abu Seman mendedahkan bahawa bajet rumah transit pelarian Filipina di Sabah dan juga Labuan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Malaysia (Labuan) terletak di bawah Majlis Keselamatan Negara dan bukannya di bawah Kementerian Dalam Negeri.
"Sehubungan dengan perkara ini, pengurusan pelarian Filipina di Sabah adalah di bawah tanggungjawab Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Sabah, Labuan iaitu di bawah agensi Majlis Keselamatan Negara di mana ia adalah di bawah JPN. Jadi, oleh kerana ia bukan di bawah KDN, maka saya tidak boleh dapat memberi maklumat berkaitan dengan perkara ini," kata Abu Seman yang menjawab rungutan rakyat Sabah, tetapi disembunyikan selama ini.
Jawapan Abu Seman ini menunjukkan bahawa selain daripada KDN, JPN berkuasa penuh ke atas 'Pelarian' di Sabah, termasuk memberikan MyPR kepada semua pemegang IMM-13 di Sabah dan Labuan.
Dalam jawapannya, Abu Seman turut menyentuh kriteria prosedur pemberian kewarganegaraan kepada warga asing di bawah peruntukan Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan.
"Dari jumlah yang dinyatakan, pemberian kewarganegaraan di bawah Perkara 16, adalah berjumlah 428,144 orang sehingga 15 Oktober 2011. Pemberian taraf kewarganegaraan adalah berdasarkan kepada syarat prosedur dan kelayakan yang telah ditetapkan di Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan," kata Abu Seman.
Jawapan bersahaja ini membuka ruang minda rakyat Sabah berhubung misteri OPS Gambeling yang merekrut seramai 322,903 orang warga asing Indonesia, Filipina, India dan Pakistan telah diberikan KAD PENGENALAN PROJEK melalui peruntukan nombor kad pengenalan biru:
H 0288001 hingga H0384000
H 0480001 hingga H0576000
H 0609601 hingga H0610000
H 0658001 hingga H0658200
H 0658401 hingga H0659000
H 0666001 hingga H0666400
Bagaimanapun jawapan Abu Seman disanggah oleh Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian) Sallahuddin Haji Ayub kerana sebelum ini KDN memberikan jawapan sehingga Ogos 2011, terdapat 1,365,027 orang yang diberikan kerakyatan Malaysia.
Abu Seman hanya berdalih dengan mengatakan maklumat yang beliau ada sehingga 15 Oktober 2011 dan akan memaklumkan secara bertulis berhubung fakta sebenar. Sila ikuti perbahasan Dewan Rakyat dengan Klik ABU SEMAN.
Berapakah jumlah sebenar warga asing yang diberi kerakyatan Malaysia bergantung kepada 'Cerita 1001 Malam' yang akan digubah KDN kerana hanya mereka ada rekod isteri, adik beradik, anak cucu cicit PATI yang diberi kerakyatan songsang sejak 1970-an hingga 1994, menjelang plot menumpaskan Parti Bersatu Sabah (PBS) melalui pengundi hantu!
Tetapi 'Kerakyatan Songsang' ini boleh dimasukkan ke dalam Guinness World Record kerana tidak ada seorangpun kaum Cina atau India yang memegang kad pengenalan yang bernombor siri di atas, seolah-olah ketika itu tidak ada kaum Cina atau India yang boleh memiliki nombor keramat yang dikhususkan untuk PATI yang memborong semua Kod 12.
Oleh itu tidak keterlaluan jika Mantan Ketua Menteri Sabah berkata;
"KERAJAAN PERSEKUTUAN boleh mendaftar mana-mana pendatang asing dalam masa tiga minit, tiga jam, tiga bulan atau tiga tahun. TIDAK ADA undang-undang yang menetapkan tempoh dan jika Kerajaan Persekutuan ingin mengubah corak mengundi di Sabah untuk selamanya, maka ia boleh dilakukan semudah menandatangani dokumen."
KetikamelangkahmeninggalkanbumiMekahtercintadalamperistiwahijrah, Nabis.a.wbersabda; "WahaibumiMekah, engkaulahbumi yang akucintaidandicintai Allah.Kalautidakkeranapendudukmumenghalaukukeluar, nescayaakutidakakanmeninggalkanmu."Suatusabda yang mengambarkankecintaanRasulullahkepadatanahtumpahdarahtempatdilahirkandandibesarkansertadisinilahpanji-panjisyiar Islam muladikibarkan.Walaupunkecintaankepadatanahairadalahfitrahmanusiatetapikeranatuntutanperjuangan Islam yang lebihbesar, maka Islam menjadigalanggantidengansegalanyawalaupunterpaksamengorbankanperkara yang paling dicintai.
Imam As syahidhassan Al Bannaadamenyatakan, kecintaankepadatanahairadalahsebahagiandari agama. Seorang Muslim dituntutuntukberbaktidanmempertahankantanahairdarisebarangpencerobohan.Sekiranyabumiummat Islam dicerobohi, seruan jihad wajibdiistiharkan, kitadijanjikanganjaransyahiddijalan Allah.
Sejarah yang benartelahmencatatkan, perjuanganmenentangpenjajahkuffar yang menguasaibumiummat Islam dipeloporiolehmujahid-mujahid Islam yang beranidimedanjuang. PeranguntukmembebaskanTerusan Suez diterajuidisafhadapanolehsukarelawanperangIkhwanulMuslimin.GerilaIkhwanulMuslimininilah yang mencetuskanmasalahbesarkepadapasukanpenjajahInggeris.Sangatmenghairankantenterapenjajahkeranaapabiladiperiksamayat-mayatsyuhada' yang gugur, kesemuamerekaterkenatembakandaribahagaianhadapan.Tentunyatidakadadalamkamusperjuanganmereka, berpalingbelakang, laridarimedanperang.
Ketikapendudukanpenjajah Francis di Algeria, kebangkitanrakyat Algeria mengusirpenjajahdikepalaiolehseorangulama' Syeikh Abdul Qadir Al Jazairi.Walaupunharga yang mahalterpaksadibayardenganjutaansyuhada' telahgugurtetapipenjajah Francis berjayadihalau.Malangnyasetelahpenjajahdihalau, golongansekularmenerajuipemerintahan, walaupunmerekabukanlahpejuang.
PenjajahItalidibumiummat Islam Libya ditentangatasnama jihad olehpejuang-pejuang yang dipimpinolehSyeikhUmarMukhtar yang digelarsingapadangpasir. Keberaniannyamemimpinpasukan yang serbakekuranganberhadapandenganangkatantenteraItaliserbalengkaptidakmampudibohongiolehsesiapa.Jihadnyaditerima Allah.SyeikhUmarMukhtarsyahidditaligantungsetelahdidapatibersalahkeranamenentangpenjajahItali.
Di Indonesia, Ummat Islam bangkitjugaatasnama jihad fisabilillah, bersenjatakanbuluhruncing, denganpenuhkeberanianberhadapanpenjajahBelanda. Sayangnya, apabilanegaraberjayadibebaskan, Islam tidakmemerintah, tetapiseorangsekularsepertiSoekarnomenerajuinegara.
Di tanahairkita, kenapainsan-insanpejuangsepertiHaji Abdul RahmanLimbung, Tokjanggut, Mat Kilau,Tok Gajah, RosliDhobydanramailagidilabelsebagaipemberontak? PenjajahInggerismelabelkanmerekasebagaipemberontakdanpengacaukeamanan, malangsekalibilapenulis-penulissejarahkitajugamenulisdengan nada yang sama. Anakcucukitaperludisedarkansemulabahawamerekainiadalahpejuang-pejuang yang bangkitatasnama Islam menentangpenjajahkuffar yang menjarahbumiummat Islam.
Sir Henry Gurney, yang jelasadalahseorangYahudi yang berperananbesardalampenubuhannegaraharamYahudidiPalestin pula diagung-agungkanseolah-olahdialahwiradalammenentangpengganaskomunis. hakikat yang disembunyikan, diaadalahsalahseorang yang tangannyaberlumurandengandarahummat Islam palestin.
Seorangmuslimdituntutuntukmelakukan yang terbaikbuattanahairnya. Iniadalahtuntutanaqidah yang kitaanuti.Haramkitamenjadipengkhianat.Kalauadaparti yang berjuangdemibangsadan agama, PAS tentunyalebihhebatdansyumulkerana Islam menjadidasarperjuangankita. Islam dengansendirinyaakanmelindungibangsadannegara. Selagi PAS berpegangdengandasar Islam, mustahil PAS akanmengkhianatinegara.
Pihak polis dari Bukit Aman, IPK dan IPD Rembau perlu menubuhkan pasukan petugas khas (special task force) untuk membanteras jenayah samun pecah rumah yang semakin menjadi-jadi ketika ini sekitar Rembau.
Didera tiga penceroboh Harian Metro 29 Nov 2011
REMBAU: "Saya terpaksa membuang air kecil atas lantai rumah kerana mereka tidak menghiraukan permintaan saya untuk ke tandas dan mengarahkan supaya diam," kata Puziah Abdul Rahman, 71, yang berdepan detik mencemaskan apabila kediamannya di Kampung Mayon, Chengkau di sini, diceroboh tiga penjenayah, awal pagi semalam.
Warga emas itu kerugian ribuan ringgit, malah menanggung kesakitan akibat ditumbuk penjenayah.
Menceritakan detik getir itu, Puziah yang juga ibu tunggal, berkata dia terjaga daripada tidur kerana mahu ke tandas membuang air kecil, kira-kira jam 3 pagi.
"Namun, sebaik melangkah keluar dari pintu bilik, saya ternampak kelibat tiga lelaki memegang parang di tangga dapur rumah.
"Mereka yang menyedari kemunculan saya kemudian terus menerkam dan menutup mulut saya. Saya sempat melawan dan bergelut tetapi secara tiba-tiba seorang daripada mereka bertindak menumbuk pipi saya," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.
Puziah yang tinggal bersendirian selepas kehilangan suami sejak 10 tahun lalu berkata, penjenayah itu kemudian menggeledah masuk ke dalam bilik mencari barang berharga.
CERAMAH PERPADUAN RAKYAT Tarikh : 2 Dis 2011 , JUMAAT Masa : 8.45 Malam Tempat : Bilik Gerakan PKR DUN Rantau, Taman Delima, Pekan Rantau, N.Sembilan (depan Petronas) PENCERAMAH : YB Nurul Izzah Anwar ( Naib Presiden PKR ) YB Saifuddin Nasution ( Setiausaha Agung PKR ) Dr. Rafaie Abd. Malek ( MPP PKR ) YB Taufek Abd. Ghani ( ADUN Paroi (PAS) N.Sembilan ) YB Ravi ( ADUN Port Dickson ) CheGUBard (Ketua PKR Rembau )
KOTA – Seorang pembantu am sekolah, Raja Mahadzir Raja Khalid, 55, dari Kampung Titian Akar, di sini, terkejut sebaik menjumpai longgokan najis di bawah ampaian belakang rumahnya dipercayai najis penyamun yang menceroboh kediamannya, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, empat penjenayah dipercayai warga asing berjaya melarikan wang tunai lebih RM2,000 melibatkan duit gaji bulanan, selain dua rantai emas, satu gelang tangan emas, satu gelang kaki emas, empat jam tangan berjenama, kamera dan tujuh telefon bimbit.
Menurut Mahadzir, ketika kejadian dia bersama isteri dan tiga anaknya sedang nyenyak tidur di bilik masing-masing dan langsung tidak terdengar bunyi bising seolah-olah dipukau,
sedangkan tombol pintu bilik anak lelakinya yang berusia 28 dan 21 tahun dipecahkan menggunakan tong gas.
"Sebaik tersedar, saya terkejut apabila parang berada betul-betul di leher saya dan ketika itu saya tidak berani melawan kerana bimbang keselamatan kami sekeluarga.
"Ketika itu, dua penyamun berada di sisi katil dan menyuruh saya dan isteri diam. Bahkan, penyamun terbabit mengarahkan kami menunjukkan tempat menyimpan duit dan barang kemas," katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.
Katanya, selepas penyamun berkenaan menyelongkar untuk mengambil barang berharga, mereka terus mengikat kaki dan tangannya serta isteri menggunakan tuala isteri yang dipotong dua menggunakan parang.
Menurutnya, penjenayah terbabit dipercayai masuk ke rumah selepas mengumpil tingkap di bahagian bilik jahit isterinya. Keempat-empat penyamun dipercayai berada dalam rumahnya kira-kira 30 minit sebelum melarikan diri mengikut pintu belakang.
"Sebaik sahaja penyamun itu melarikan diri, saya terus membuka ikatan dan menghubungi pihak polis," katanya.
Harian Metro 28 Nov 2011 'Sedar-sedar parang dah ada di leher'
REMBAU: "Kami sekeluarga yang tidur nyenyak di bilik tidak mendengar bunyi bising seolah-olah dipukau sedangkan tombol pintu bilik anak lelaki saya dipecahkan menggunakan tong gas.
"Sejurus tersedar, saya terkejut melihat parang berada di leher dan berasakan nyawa bagaikan berada di hujung tanduk," kata Raja Mahadzir Raja Khalid, 55.
Rumahnya di Kampung Titian Akar, di sini, dipecah masuk sekumpulan lelaki awal pagi semalam. Sebelum ini, rumah seorang ibu tunggal di Kampung Sawah Raja berhampiran dipecah masuk dipercayai penjenayah sama, baru-baru ini.
Menceritakan detik cemas jam 4 pagi itu, Raja Mahadzir berkata, empat lelaki dipercayai warga asing melarikan wang tunai lebih RM2,000 termasuk barang kemas, jam tangan berjenama, kamera dan telefon bimbit.
Menurutnya, dia dan isteri terperanjat apabila mendapati dua lelaki berada di sisi katil dan meminta mereka mendiamkan diri serta menunjukkan tempat simpanan wang dan barang kemas.
"Selepas lelaki itu menyelongkar laci almari solek, mereka mengikat kaki dan tangan kami menggunakan tuala isteri yang dipotong menggunakan parang.
"Ketika itu, anak kami turut diikat dua lagi rakan mereka yang menyelongkar bilik berasingan," katanya.
Raja Mahadzir berkata, keempat-empat lelaki itu berada di dalam rumahnya kira-kira 30 minit sebelum melarikan diri melalui pintu belakang. "Saya kemudian segera membuka ikatan dan menghubungi polis. Selepas kejadian, saya menjumpai longgokan najis di bawah ampaian belakang rumah dipercayai najis penjenayah berkenaan," katanya yang mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM10,000.
Katanya, berdasarkan dialek penjenayah itu, dia tidak menolak kemungkinan mereka warga asing.
"Saya berharap penjenayah terbabit diberkas secepat mungkin supaya kejadian seumpama itu tidak berulang," katanya yang masih trauma. Beliau membuat laporan di Balai Polis Kota untuk tindakan selanjutnya.
HARI ini beberapa orang Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) yang diikhtiraf sebagai badan rasmi oleh Felda telah memberi kata dua kepada Ha Najib Razak dan menggesa memecat Pengerusi Felda Mohd Isa Samad. Mereka memberi kata dua kalau Mat Isa tidak dipecat Umno akan kehilangan undi dalam pilihan raya umum akan datang.
Badan itu mendakwa mereka mewakili 1.6 juta peneroka dari 120,000 keluarga di 11 wiayah Felda di seluruh negara.
Desakan juga dilakukan supaya memecat Pengarah Seranta Felda Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Sabri Ahmad.
Desakan ke atas pengerusi dan pengarah itu ada kena mengena dengan langkah untuk menyenaraikan Felda Global Ventures di Sekureti Malaysia tidak lama lagi. Cadangan untuk menyenaraikan Felda itu diumumkan Ha Najib sewaktu membentangkan Bajet Oktober lalu. Katanya penyenaraian itu dibuat tergesa-gesa dan peneroka sendiri belum mengetahui tentangnya.
Felda tidak menjelaskan kepada peneroka menyebabkan ada menganggap penyenaraian itu dilakukan dalam gelap dan untuk kepentingan segelintir pihak berkepentingan ke atas Felda. Sidang media itu dikendalikan oleh Pengerusi JKPP Shamsuddin Othman yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda. Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah. Desakan oleh badan rasmi ini pertama kali dan memperlihatkan Felda berada dalam kemelut.
Desakan supaya Mohd Isa berundur adalah satu-satu langkah yang mampu dibuat oleh para peneroka. Tetapi pada pandangan saya ia tidak mudah untuk dilakukan oleh Ha Najib. Mungkin untuk memecat beberapa nama lain yang disebut boleh tetapi tidak dengan Najib.
Kenapa saya berkata begitu kerana, kedudukan Mohd Isa itu dilantik oleh Najib sendiri. Ia bukan atas pilihan peneroka. Najib adalah perdana menteri. Perkara yang kena faham dengan perlantikan Isa ialah berhubung dengan balasan jasa dan budi Mohd Isa oleh Najib.
Mohd Isa seharusnya tidak kembali ke dalam parti apa lagi memegang sebuah institusi seperti Felda lagi apabila mengenangkan kepada apa yang berlaku kepada dirinya. Bukankah Isa digantung menjadi ahli Umno dan dipecat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan setelah didapati bersalah melakukan rasuah semasa pemilihan pemimpin Umno 10 tahun lepas.
Orang seprti Mohd Isa sepatutnya tidak dipandang lagi kerana dari segi moral dan integritinya ia lebih buruk dari anjing buruk kepala. Namun tidak begitu di dalam Umno. Dalam Umno mereka yang bersih, jujur, cerdik dan mempunyai personaliti baik tidak akan naik. Mereka hanya layak menjadi ekor sahaja.
Boleh diperhatikan kepada individu yang menjadi pemimpin Umno hari ini, bermula dari Najib sendiri membawa kepada ketua cawangan semuanya terpalit dengan dosa dan dikaitkan dengan berbagai skandal. Ada menteri yang melanggan pelancur lebih hebat dari apa yang dituduh kepada Anwar Ibrahim. Anwar kalau bawa pelacur berlindung juga tetapi ada pemimpin Umno terang-terang gendung wanita Siam atau pun 'main' dengan bini orang.
Isu rasuah usah cerita yang songlap duit rakyat makan projek banyak dan berlambak. Sebut menteri mana yang tidak terlibat dengan komisyen. Menerima komisyen dan rasuah semacam sudah mendarah daging dalam kepimpinan Umno. Itu cerita komisyen pembelian kapal selam walaupun dinafi beratus kali tetapi ia tidak dapat menutup persepsi orang terhadap rasuah dan penyelwengan Umno.
Mungkin cerita jahat dan khinat ini tidak ke pengetahuan rakyat tetapi mereka yang terlibat dari opis boy sampai ke Ketua Setiausaha semua tahu akan fiil pemimpin Umno sendiri. Kerana begitu meluas menyebabkan ada juga KSU, Pengarah Jabatan dan sebagai ikut sama menerima dan melakukan rasuah.
Kaau rasuah tidak menjadi bara tidaklah pula digubalkan Badan Pencegah Rasuah ditukar menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kalau begitu lagak dan watak serta perangai pemimpin Umno jadi tidak hairanlah kalau orang seperti Mohd Isa yang tidak disenangi peneroka diambil menjadi pengerusi Felda menggantikan Yusuf Noor ternyata lebih wara' dari Mohd Isa.
Saya sudah sebut sebelum ini mengenai Mohd Isa. Kenapa beliau dipilih menjadi Adun Bagan Pinang semasa pilihan raya kecil dan kenapa beliau dilantik menjadi pengerusi Felda. Sebenarnya Najib tidak ada pilihan lain untuk membalss budi Mohd Isa kepadanya. Mohd Isa ada jasa besar kepada Najib yang berupa rahsia. Tidak mustahil kalau Najib membiarkan Mohd Isa, bekas MB Negeri Sembilan itu akan meledakkan segala-gala tentang Najib yang ada dalam poketnya. Kelebihan kepada Mohd Isa iaah kerana dia mengetahui sesuatu tentang Najib.
Jadi berbalik kepada hasrat peneroka supaya Mohd Isa dipecat ia seperti mencurah garam ke laut sahaja. Kerja itu sia-sia saja. Yang terbaik peneroka perlu kekalkan dan biarlah Mohd Isa. Guna dan ajarlah Mohd Isa, Najib dan Umno sekali dalam pilihan raya akan datang. Begitu juga kalau pendedahan hari ini bertujuan untuk mendapat perhatian Perhimpunan Agung Umno ia akan menjadi sia-sia saja. Tengku Razaleigh Hamzah sudah kata apa-apa keputusan dan perbincangan dalam perhimpunan agung Umno ianya satu endorcement sahaja.
Saya percaya tidak akan ada mana-mana perwakilan G7 yang berani untuk menimbulkan isu berkenaan. Apa lagi kalau mereka yang pernah merasai lemak dan manisnya wang Mohd Isa.
Sudah sampai masanya rakyat bawahan dan marhain seperti peneroka bukan setakat melepas kata-kata tetapi mereka harus mengotakan. Kritikan teguran tidak akan membawa makna sama sekali apa yang pentingnya jatuhkan UBN barulah transformasi ke atas Felda dan juga institusi lain akan berlaku. Kepada saya tindakan membuat kenyataan berupa ugutan membuang masa dan tenaga sahaja. [wm.kl. 7:48 pm 28/11/11]- mso
DENGAN FAKTA DI BAWAH INI, LEBUHRAYA BERTOL WAJAR DIHENTIKAN PERJANJIAN DAN KERAJAAN MALAYSIA PERLU AMBIL ALIH DAN SAMADA MENUTUP TERUS ATAU MENETAPKAN KADAR MINIMA RM1 UNTUK SEMUA TOL. MANAKALA TOL YANG LALUANNYA BUKAN SUSUR PERLU DIMANSUH DAN DIBUANG MENGELAKKAN BAHAYA TOL DI TENGAH PERJALANAN. PADA TEMAN , TOL YANG TELAH UNTUNG SAMPAI 3 KALI GANDA WAJAR DITUTUP AWAL DAN DIHENTIKAN PERJANJIANNYA.
KUALA LUMPUR, 28 NOV – Kerajaan pusat Barisan Nasional jelas tidak adil dan tidak berhati nurani kerana masih membenarkan syarikat-syarikat pengendali lebih raya terus mengutip tol walau pun mereka sudah pun mengaut keuntungan yang amat besar.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kerajaan BN melalui jawapan bertulis Parlimen telah mengakui bahawa syarikat pengendali tol Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) yang telah membelanjakan RM5.945 bilion untuk pembinaan lebuh raya itu telah memperolehi RM24.266 bilion daripada kutipan tol dan pampasan kerajaan sehingga 31 Disember 2010.
Katanya, ia menunjukkan bahawa syarikat pengendali tol NSE telah mencatat lebihan RM18.321 bilion setakat 31 Disember 2010 daripada pelaburan asal.
"Adakah perlu lagi untuk syarikat tersebut untuk mengutip lagi banyak tol daripada rakyat apatah lagi untuk menaikkan kadar tol?
"Sepatutnya, dan jika diambil kira kepentingan rakyat, kutipan tol bagi NSE patut dihentikan serta merta sedangkan hasil kutipannya sudah pun tiga kali ganda pelaburan asal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan, keadaan yang sama berlaku kepada Jambatan Pulau Pinang yang dikuasai kerajaan pusat telah mengutip RM1.859 bilion dengan kos pembinaan RM944 juta, iaitu ia mencatatkan lebihan RM924 juta.
Bagi Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula, katanya, tol yang dikutip berjumlah RM340 juta, dengan kos pembinaannya RM256 juta, iaitu lebihan sebanyak RM84 juta.
"Rakyat Pulau Pinang bukan sahaja tidak sepatutnya terus dibebani tol sehingga 31 Disember 2038, malah kutipan tol bagi Jambatan Pulau Pinang dan BKE harus dihentikan serta merta," tegasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, rakyat di Pulau Pinang menjadi mangsa keputusan kerajaan BN melanjutkan kutipan tol selama 17 tahun untuk Jambatan Pulau Pinang, iaitu sehingga akhir tahun 2038, dan bukannya tarikh luput asal pada tahun 2021.
Menurutnya, rakyat juga dihukum atas perkara yang sama untuk (BKE) yang turut dilanjutkan tempoh tol 11 tahun kepada tahun 2038 berbanding tarikh luput asal tahun 2026.
"Ini telah dilakukan supaya kenaikan kadar tol untuk lima lebuh raya lain dibeku selama lima tahun. Tambahan pula, tidak ada lanjutan tempoh tol bagi NSE atau Linkedua Malaysia-Singapura, " tambahnya.
Justeru, Guan Eng mencabar Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara tersebut setelah Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri itu mendakwa beliau (Guan Eng) bersikap "double-standards" dalam bantahannya terhadap semakan semula perjanjian tol.
"Saya tidak faham bagaimana saya boleh dikatakan sebagai mengamalkan "double-standards" apabila saya mengambil pendirian yang berprinsip untuk membantah syarikat-syarikat pengendali tol yang selama ini meraut keuntungan yang besar daripada rakyat," katanya
PENGECUALIAN PAMPASAN TOL ~ SEMAKAN SEMULA TERMA KONSESI
Lebuhraya Sekarang hingga 2015 Struktur tol Semasa Struktur tol baru Tarikh luput semasa konsesi Tarikh luput baru konsesi NSE Tiada kenaikan 10% setiap tiga tahun 5% pada 2016 and setiap tiga tahun selepas Dec 31, 2038
Dec 31, 2038 Elite Tiada kenaikan 10% setiap tiga tahun May 31, 2030 Linkedua Tiada kenaikan 25% setiap lima tahun Dec 31, 2038 BKE Tiada kenaikan 15% – 25% setiap lima tahun June 27, 2026 Penang Bridge Tiada kenaikan 10% setiap lima tahun Tiada kenaikan Dec 31, 2021
Menurut Guan Eng, semakan semula terma konsesi seperti di atas bukanlah satu keadaan "menang-menang" bagi semua pihak kerana ia hanya satu kemenangan besar bagi syarikat-syarikat pengendali tol sahaja.
Beliau hairan bagaimana menteri berkenaan tetap mendakwa bahawa semakan semula perjanjian tol itu membawa manfaat kepada rakyat melalui pembekuan kenaikan kadar tol, sedangkan kenaikan kadar tol tersebut sebenarnya menyamar di sebalik lanjutan tempoh tol.
"Kesannya mungkin tidak dirasai sekarang, tetapi kesakitannya akan berlanjutan selama 17 tahun bagi Jambatan Pulau Pinang dan 11 tahun bagi BKE," tambah beliau. – Roketkini.com
Bekas Setiausaha Politik Dato' Seri Idris Jusoh, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir didapati bersalah terhadap semua pertuduhan yang dihadapinya, termasuk menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Hakim Mahkamah Seksyen, M Bakri Abd Majid, setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak termasuk tertuduh yang memilih memberi keterangan bela diri secara bersumpah, memutuskan Dr Ahmad Ramzi bersalah terhadap semua pertuduhan yang dihadapinya.
Mahkamah menjatuhkan hukuman masing-masing tiga bulan penjara untuk kesalahan mengugut Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka YB Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Permaisuri YB Abd Halim Jusoh dan ADUN Ajil Dato' Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 manakala untuk kesalahan memfitnah bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu Dato' Wan Ahamad Wan Muda, yang kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Dato' Wan Ahamad, dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, tertuduh dikenakan hukuman penjara tiga bulan.
Hakim M Bakri memerintahkan hukuman itu dijalankan secara berasingan.
Ketika membacakan keputusannya, hakim berkata mahkamah perlu mengikuti perkembangan semasa sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan, yang menyaksikan perbuatan jenayah juga berubah termasuk menggunakan medium baru seperti internet.
"Kecederaan reputasi atau harga diri, tidak kurang pedihnya dengan kecederaan fizikal. Sehubungan itu, hukuman perlu dijatuhkan seiring dengan perkembangan ini," katanya.
Sebelum itu, M Bakri berkata setelah membandingkan dengan teliti bukti-bukti, pihak pembelaan didapati gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan dihadapinya.
Dr Ahmad Ramzi merupakan bekas Setiausaha Politik Dato' Seri Idris Jusoh, bekas Menteri Besar Terengganu.
Tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan hari ini dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi, Ooi Chooi Gaik and Nur Azimul Azami.
Ketika merayu hukuman diringankan, pihak pembelaan berkata kesalahan ini merupakan yang pertama dilakukan tertuduh dan ia juga tidak melibatkan keganasan serta tidak memberi kesan kecederaan kepada mana-mana pihak.
Tertuduh perlu menangung isteri dan tiga orang anak yang masih kecil.Dr Ahmad Ramzi juga memberi kerjasama yang baik kepada pihak pendakwaan sepanjang kes berlangsung.
Pihak pembelaan juga meminta mahkamah hanya mengenakan denda yang setimpal terhadap setiap kesalahan tertuduh.
Pihak pendakwaan pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dan hukuman diminta dijalankan berasingan terhadap setiap pertuduhan.
Dalam hujahnya, Mohd Jazamuddin berkata walaupun perbuatan tertuduh tidak mendatangkan kecederaan fizikal, ia telah menjatuhkan reputasi Dato' Wan Ahamad, sekaligus menjejaskan reputasi kerajaan pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said.
Pihak pembelaan memohon mahkamah menangguhkan hukuman sementara pihaknya memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi sebelum 1 Disember ini.
Hakim membenarkan permohonan itu dan tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan dua orang penjamin.
Menteri BN Ahmad Maslan kata 'wasatiyyah' adalah sederhana. Beliau kata DS Najib sudah acapkali bicara tentang konsep wasatiyyah terutama di Hawai baru-baru ini. Benarkah DS Najib nak amal 'wasatiyyah'? Isteri belanja beribu dan malah berjuta adakah itu wasatiyyah. Kalau azam baru pun , istiharlah di media bahawa beliau dan isteri akan amalkan kesederhanaan dan memohon maaf atas terlanjur berlebihan dalam berbelanja.
'Wasatiyyah' gagasan baru Umno lawan 1Malaysia? Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 27 Nov: PAS melahirkan rasa hairan dan pelik apabila Umno yang selama ini terkenal sebagai parti bersifat perkauman cuba melancarkan gagasan wasatiyyah sebagai langkah ke arah mengambil jalan pertengahan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemunculan idea ini menandakan sesuatu yang tidak kena telah berlaku pada Umno masa kini.
"Adakah kemunculan gagasan wasatiyyah petanda Umno kini kian bergelora? Ataupun ada pemimpin yang tidak sabar menanti untuk menonjolkan kepimpinannya kepada ahli Umno sehingga melancarkan slogan baru yang lebih mudah difahami untuk memalukan slogan 1Malaysia yang sehingga kini masih belum difahami oleh rakyat.
"Apakah kerana ada pihak yang merasakan konsep 1Malaysia perdana menteri sudah hampir tenggelam sehingga mendorong mereka untuk mengemukakan idea gagasan wassatiyyah sebagai alternatif dan persediaan ke PRU13 tanpa slogan 1Malaysia? "katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian dipercayai mengulas seminar kebangsaan anjuran Umno bertajuk 'Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia' sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di Kuala Lumpur semalam.
Sambil menegaskan bahawa wasatiyyah adalah satu asas penting selaras dengan gagasan Islam, namun apa yang dipersoal adalah kemampuan Umno untuk mengamalkan perinsip tersebut dalam keadaan perjuangan mereka tebal dengan sifat perkauman.
"Harus tegas diingatkan bahawa gagasan wasatiyyah wajib dibina di atas asasnya yang betul, yakni dasar dan paksi yang tidak bertentangan dengan prinsip Islam.
"Akan tetapi, mana mungkin parti yang bersifat tebal perkauman dan sering flip-flop seperti Umno dapat mengambil jalan tengah dalam pendekatan politik dan urus tadbir negara," katanya.
Beliau memberikan contoh, tindakan Umno yang membiarkan beberapa badan NGO pro mereka terutamanya Perkasa, memainkan sentimen perkauman ekstrem bermotifkan politik yang jelas mencerminkan gagasan wasatiyyah yang diutarakan hanyalah slogan kosong, sebagaimana berakhirnya gagasan Islam Hadhari dan lainnya.
Menurut Tuan Ibrahim, gagasan wasatiyyah hanya akan dapat dicapai bilamana parti pemerintah melaksanakan sistem pemerintahan dengan adil dan saksama.
Selain itu, parti pemerintah mesti melaksanakan amanah yang diletakkan dengan menghayati seluruh sistem Islam kerana seluruh dasar Islam berpaksi kepada keadilan sejagat, tanpa mengira perbezaan warna kulit dan bangsa.
"Parti pemerintah juga diwajibkan melaksanakan perjanjian seperti pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dan menghormati dan menjunjung dasar federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan," tegas beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Walau apapun, kata Tuan Ibrahim, gagasan wasatiyyah yang disebut Umno hanya sekadar pemanis bicara bagi memberi ruang kepada segolongan intelek berbicara.
Gagasan itu ujarnya tidak lebih dari sekadar wacana dan seminar tanpa apa- apa tindakan dan pelan bertindak.
"Selagi Umno terus dan masih gagal menunaikan amanah dan gagasan sistem federalisme yang telah diterima pakai dalam sistem politik negara, lancarlah apa- apa slogan sekalipun kerana ianya tidak lebih hanya fatamorgana, kosong yang tidak mempunyai apa-apa makna kepada rakyat selain sebagai satu cubaan baru untuk memperdayakan mereka," tambahnya.
Mudah-mudahan kesan kezaliman BN akan mencetuskan kesedaran kepada ahli MTUC pada 2 Disember yang berjumlah 5 juta orang untuk beralih arah mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak.
Akta Pekerjaan: MTUC mahu MOU dengan Pakatan Rakyat. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan.
Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut.
Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan.
"Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan, kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan... Awak tolong saya, saya akan tolong awak," katanya lagi.
"Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan.
Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini.
Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini.
Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan "sokong pekerja" oleh para perwakilan berkenaan.
Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi.
"Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan," kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja.
Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan.
Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini. - Malaysiakini
Dear friend, I am humbly writing this risk free message to you, regardless that we have not known each other, but I believe that this could be an avenue to know each other. Please may this letter serve as a notice and as a proposal to you. My names are Miss. Nadia Paxton, of the Malaysia. I am a British citizen by Marriage, but presently divorced, my father and Mother are originally from the Malaysia. I am presently working with an international delivery financial service company, as the head of department, Consignment and Luggage Security unit. There was an amazing thing that happened in my office. For quiet sometime now, I have been checking on a particular consignment under my unit. Since 2007 to date, no one has come for the collection of this consignment. I managed to open it, and found out a huge sum of amount Registered in the box and after much consideration, I decide to keep it to myself. The only way to take out this consignment is to get someone who will stand for it. I know that life is all about risk, so I decide to take the risk of contacting you, to stand and make claim on this consignment. You need not to worry, as I will be guiding you on the procedures to follow, as to provide the relevant documents which will be needed to claim the consignment from our office. I can assure you that this is a risk free deal, and I am 100% ready to compensate you, if your co-operation is fully applied. Please if you need more clarifications and ready to assist with the best of your interest, kindly write me back, so we can get to know each other. I shall wait for your response, so I could furnish you with more details relating to my proposal. Till then, I remain my humble self. Miss. Nadia Paxton, Email: nadia19822@yahoo.com
YB Dr Rani telah turun padang bersama En Deepakaran selaku Ahli Majlis MPK dan Tuan Hj Taifor Hj Nor selaku Ketua Kampung Meru untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang bermasaalah di persekitaran Pasar Besar Meru.
Selain permasaalahan 'main hole' yang tidak bertutup, masaalah jalanraya yang rosak dan sampah-sampah yang bertaburan, masaalah tembok yang runtuh juga adalah perkara yang diberi perhatian.
Dewan Hambali Masjid AsSyariff Meru di penuhi dengan ibu-bapa dan kanak-kanak yang datang untuk meraikan sejumlah 111 orang kanak-kanak yang akan menjalankan khatan secara beramai-ramai.
Tuan Shamsudin Bin Mon selaku Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang dalam ucapannya memberi semangat kepada peserta-peserta khatan yang akan menjalani proses khatan pada hari berikutnya.
YB Dr Rani selaku perasmi Program Berkhatan Perdana anjuran Masjid As Syarif Meru mengingatkan anak-anak yang terlibat agar menjaga akhlaq-qkhlaq Islamiyah selepas berkhatan nanti
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Saksikan gaya seorang samseng dengan dada yang terbuka, memaki Ketua Peneroka Felda Kebangsaan (Pak Sam) yang juga mewakili peneroka-peneroka Felda di dalam Lembaga Pengarah Felda. Tidak pernah dalam sejarah Felda, seorang Pengerusi Felda memaki peneroka secara terbuka seperti dilakukan Isa Samad. Inilah mentaliti beliau dan kroni-kroni beliau yang menganggap peneroka ini menyusahkan dan bagaikan zombi yang patut mengikut sahaja arahan-arahan mereka.
Wahai peneroka dan generasi baru Felda, adalah fakta bahawa peneroka tidak pernah diambil pandangan berkenaan isu penyenaraian, pajakan tanah dan rampasan kuasa pengerusi Koperasi Felda.Wakil kamu iaitu Pak Sam yang bergelumang dalam Felda berpuluh tahun lamanya tidak diperdulikan bantahan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda malah apabila Pak Sam secara jujur memberikan pandangan, Pak Sam dimaki secara terbuka dan sebelum ini Pak Sam pernah menjadi sasaran anjing-anjing Isa Samad di dalam blog dan facebook.Berbanding pandangan Pak Sam sebagai seorang yang arif dengan hal ehwal Felda dan kepentingan peneroka dengan Isa Samad dan Sabri Ahmad yang mempunyai track record buruk di Negeri Sembilan dan Sime Darby, siapa yang kamu rasa lebih jujur dan tidak berkepentingan mengemukakan pandangan.
Yakinlah, mereka yang dijanjikan dengan pink form untuk menjadikan mereka jutawan, dijanjikan kontrak-kontrak, jawatan CEO dan Lembaga Pengarah sebenarnya tidak pernah pedulikan nasib-nasib peneroka Felda dan anak-anak. Peneroka-peneroka bangkitlah dan suarakan kepada PM Najib bantahan kamu terhadap semua ini. Selagi bicara kamu semua setakat di kedai kopi dan bilik tidur,selagi itu mereka fikir segala kekayaan Felda adalah milik mereka semata-mata. Isa Samad dan Sabri Ahmad baru-baru ini telah memaksa SKMM menerima keahlian mereka menggunakan kuasa Menteri Koperasi dan mengarahkan Koperasi Permodalan Felda memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 15 Januari 2012 untuk memaksa ahli menerima Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi.Mari kita berhimpun di Ibu Pejabat Felda dan berarak ke Putrajaya mendesak PM menyingkirkan Isa Samad dan menghormati keputusan-keputusan peneroka Felda!!
Satu analisa yang menarik oleh seorang Persara, aku yakin ramai diantara kita yang terlepas pandang perkara ini..
Seorang pesara menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.
Dengan berbekalkan cetakan slaid pembentangannya, Ng Chak Ngoon (kanan) yang menyifatkan dirinya sebagai seorang pesara, membentangkan kepada anggota panel PSC dengan graf yang menunjukkan 222 garisan, dengan setiap satu lebih tinggi daripada yang lain.
Graf itu, kata Ng di sesi pendengaran di Kota Kinabalu semalam, digariskan mengikut jumlah pengundi kawasan pilihan raya bagi pilihan raya umum 2008.
"Semua di sebelah kiri (biru) dimenangi oleh BN, di sebelah kanan (merah) dimenangi oleh pembangkang. Kawasan pilihan raya BN sangat kecil dan kawasan pembangkang sangat besar. Jadi, apa yang berlaku di sini?"
Beliau mendakwa, ia bukan secara kebetulan yang semua orang di kawasan yang besar suka pembangkang dan semua orang di kawasan pilihan raya kecil suka BN.
NONESebaliknya, Ang mendakwa kawasan BN dipecahkan menjadi kawasan yang lebih kecil untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka.
Menurutnya, kawasan pilihan raya yang paling kecil - Putrajaya yang diwakili BN - hanya mempunyai 6,008 pengundi - tetapi kerusi Kapar - yang dimenangi pembangkang - mempunyai 112.224 pengundi, iatu 17 kali lebih daripada Putrajaya.
"Jika kita pecahkan Kapar kepada saiz Putrajaya, anda akan mempunyai 17 ahli parlimen dari Kapar dan bukannya seorang sahaja."
Jika semua kerusi sama saiznya, kata Ng, pilihan raya umum lepas akan menyaksikan keputusan di mana BN dan Pakatan Rakyat hanya akan mempunyai perbezaan tujuh kerusi di Parlimen dan bukannya 140 dan 82 seperti dalam keputusan sebenarnya.
Beliau juga menganggarkan jika sesebuah parti bergantung kepada semua kerusi kecil untuk memegang kuasa, maka ia hanya akan memerlukan 15.4 peratus daripada jumlah undi untuk membentuk majoriti di Parlimen.
Oleh itu, katanya, jka pembangkang fikir mereka boleh menawan Putrajaya, mereka boleh lupakan sahaja niat tersebut.
Hina peneroka: JKPP Felda mahu saman Isa Harakahdaily
AMPANG, 28 Nov 2011 : Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka.
Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini.
"Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar.
"Jika enggan memohon maaf, kita akan meneruskan tindakan saman terhadap beliau," kata Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman (kiri).
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.
Kira-kira 15 anggota mereka turut serta pada sidang media itu termasuk pimpinan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda yang diketuai Azizah Bahari.
Dalam rakaman ucapan yang turut ditayangkan kepada media, Isa dilihat mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia".
Dia juga secara jelas menujukan kenyataan-kenyataan itu kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam".
Bagaimanapun tindakan Isa itu dianggap menghina seluruh peneroka kerana Shamsuddin adalah ketua peneroka Felda kebangsaan yang mewakili seluruh peneroka.
Menurut Shamsuddin lagi, penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal prolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan. Sedangkan pendapatan Felda daripada tanah-tanah itu sekarang ini sekitar RM2 billion setahun.
"Ini kali pertama dalam sejarah, pengerusi Felda hina peneroka, tak pernah berlaku sebelum ini," katanya.
Selain itu dalam video itu juga, Isa secara tersekat-sekat menggelarkan 'JKPP' sebagai 'JKK'.
"Setelah hampir setahun bertugas tetapi masih tidak mengetahui nama dan fungsi JKPP membuktikan Tan Sri Isa tidak layak menerajui Felda," katanya.
CERAMAH PERPADUAN RAKYAT Tarikh : 2 Dis 2011 , JUMAAT Masa : 8.45 Malam Tempat : Bilik Gerakan PKR DUN Rantau, Taman Delima, Pekan Rantau, N.Sembilan (depan Petronas) PENCERAMAH : YB Nurul Izzah Anwar ( Naib Presiden PKR ) YB Saifuddin Nasution ( Setiausaha Agung PKR ) Dr. Rafaie Abd. Malek ( MPP PKR ) YB Taufek Abd. Ghani ( ADUN Paroi (PAS) N.Sembilan ) YB Ravi ( ADUN Port Dickson ) CheGUBard (Ketua PKR Rembau )
KOTA – Seorang pembantu am sekolah, Raja Mahadzir Raja Khalid, 55, dari Kampung Titian Akar, di sini, terkejut sebaik menjumpai longgokan najis di bawah ampaian belakang rumahnya dipercayai najis penyamun yang menceroboh kediamannya, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, empat penjenayah dipercayai warga asing berjaya melarikan wang tunai lebih RM2,000 melibatkan duit gaji bulanan, selain dua rantai emas, satu gelang tangan emas, satu gelang kaki emas, empat jam tangan berjenama, kamera dan tujuh telefon bimbit.
Menurut Mahadzir, ketika kejadian dia bersama isteri dan tiga anaknya sedang nyenyak tidur di bilik masing-masing dan langsung tidak terdengar bunyi bising seolah-olah dipukau,
sedangkan tombol pintu bilik anak lelakinya yang berusia 28 dan 21 tahun dipecahkan menggunakan tong gas.
"Sebaik tersedar, saya terkejut apabila parang berada betul-betul di leher saya dan ketika itu saya tidak berani melawan kerana bimbang keselamatan kami sekeluarga.
"Ketika itu, dua penyamun berada di sisi katil dan menyuruh saya dan isteri diam. Bahkan, penyamun terbabit mengarahkan kami menunjukkan tempat menyimpan duit dan barang kemas," katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.
Katanya, selepas penyamun berkenaan menyelongkar untuk mengambil barang berharga, mereka terus mengikat kaki dan tangannya serta isteri menggunakan tuala isteri yang dipotong dua menggunakan parang.
Menurutnya, penjenayah terbabit dipercayai masuk ke rumah selepas mengumpil tingkap di bahagian bilik jahit isterinya. Keempat-empat penyamun dipercayai berada dalam rumahnya kira-kira 30 minit sebelum melarikan diri mengikut pintu belakang.
"Sebaik sahaja penyamun itu melarikan diri, saya terus membuka ikatan dan menghubungi pihak polis," katanya.
Harian Metro 28 Nov 2011 'Sedar-sedar parang dah ada di leher'
REMBAU: "Kami sekeluarga yang tidur nyenyak di bilik tidak mendengar bunyi bising seolah-olah dipukau sedangkan tombol pintu bilik anak lelaki saya dipecahkan menggunakan tong gas.
"Sejurus tersedar, saya terkejut melihat parang berada di leher dan berasakan nyawa bagaikan berada di hujung tanduk," kata Raja Mahadzir Raja Khalid, 55.
Rumahnya di Kampung Titian Akar, di sini, dipecah masuk sekumpulan lelaki awal pagi semalam. Sebelum ini, rumah seorang ibu tunggal di Kampung Sawah Raja berhampiran dipecah masuk dipercayai penjenayah sama, baru-baru ini.
Menceritakan detik cemas jam 4 pagi itu, Raja Mahadzir berkata, empat lelaki dipercayai warga asing melarikan wang tunai lebih RM2,000 termasuk barang kemas, jam tangan berjenama, kamera dan telefon bimbit.
Menurutnya, dia dan isteri terperanjat apabila mendapati dua lelaki berada di sisi katil dan meminta mereka mendiamkan diri serta menunjukkan tempat simpanan wang dan barang kemas.
"Selepas lelaki itu menyelongkar laci almari solek, mereka mengikat kaki dan tangan kami menggunakan tuala isteri yang dipotong menggunakan parang.
"Ketika itu, anak kami turut diikat dua lagi rakan mereka yang menyelongkar bilik berasingan," katanya.
Raja Mahadzir berkata, keempat-empat lelaki itu berada di dalam rumahnya kira-kira 30 minit sebelum melarikan diri melalui pintu belakang. "Saya kemudian segera membuka ikatan dan menghubungi polis. Selepas kejadian, saya menjumpai longgokan najis di bawah ampaian belakang rumah dipercayai najis penjenayah berkenaan," katanya yang mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM10,000.
Katanya, berdasarkan dialek penjenayah itu, dia tidak menolak kemungkinan mereka warga asing.
"Saya berharap penjenayah terbabit diberkas secepat mungkin supaya kejadian seumpama itu tidak berulang," katanya yang masih trauma. Beliau membuat laporan di Balai Polis Kota untuk tindakan selanjutnya.
Bangunan hospital di Gaza yg sudah 4 tahun tergendala akibat sekatan israel ke atas Gaza. Israel menghukum rakyat gaza kerana memilih HAMAS. Sekatan udara, laut, darat menyebabkan ekonomi gaza terjejas teruk. Gaza tak dibenarkan eksport hasil tanamam dll. Bnyk cerita. Nanti sambung. Bateri habis. Sdg tunggu nak terbang balik. Rindu malaysia. . .
25hb nov : Berpeluang ke Tahrir Square melihat sendiri perhimpunan aman sebelum solat jumaat. Semangat. . .
25hb nov - Bersama siswi univ azhar s'gor di rumah s'gor. Singgah utk beramah mesra sebelum bertolak balik ke tanah air. Mrk kirim salam . .
24hb nov: di rumah as syahid sheikh yassin di gaza yang di jadikan muzium kenangan oeleh keluarganya
YB zailah menerima cenderahati dari Ismail Haniyan, perdana menteri Palestin. Saya pun terima juga tapi gambarnya dlm kamera Yb zailah. Ha ha
24hb nov: seorang wanita palestin yg suami dan 2 org anak lelakinya dlm tahanan israel. Cucunya tidak pernah melihat ayahnya. Saya sebak entah beberapa kali mendengar cerita ahli keluarga-isteri dan ibu2- bukan shj suami atau anak mereka dipenjarakan, mrk xdibenarkan menziarahi atau berhubung. Siksaan yg diterima diluar imaginasi kemanusiaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan