Khamis, 24 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 24 Nov 2011 01:54 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Mayat mereput dalam semak

Posted: 24 Nov 2011 01:00 AM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ANGGOTA polis mengusung mayat lelaki yang ditemui dalam semak di Presint 11, Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA - Seorang pemandu jengkaut tidak menyangka kehadiran dua ekor ayam hutan yang cantik di kawasan belukar berhampiran landasan Express Rail Link (ERL) di Presint 11 di sini semalam membongkar penemuan mayat seorang lelaki di dalam semak di kawasan itu.

Ketika ditemui pada pukul 9.30 pagi, mayat yang lengkap berpakaian termasuk memakai jaket itu ditemui dalam keadaan hampir reput dan dipercayai telah mati sejak dua hingga tiga minggu lalu. Si mati tidak memakai kasut.

Sepasukan anggota forensik yang melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian bagaimanapun tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa.

Seorang pemandu jengkaut warga Indonesia dikenali sebagai Yan dikatakan pergi ke kawasan semak itu untuk melakukan kerja-kerja menyelenggara landasan ERL tetapi dia tersalah lokasi.

"Semasa pekerja asing itu berada di kawasan tersebut, dia ternampak dua ekor ayam hutan cantik dan cuba menangkap haiwan itu.

"Lelaki itu mengejar ayam itu hingga memasuki kawasan semak sebelum ternampak mayat berulat yang berbau busuk," kata sumber itu semalam.

Pemandu jengkaut yang panik itu terus menghubungi penyelianya sebelum memaklumkan penemuan tersebut kepada polis.

Jarak jalan besar ke kawasan semak lokasi mayat ditemui ialah kira-kira 700 meter. Jalan tersebut menjadi laluan utama bagi penduduk di Kompleks Kejiranan Presint 11. Lokasi mayat itu ditemui juga tidak jauh dari Hospital Putrajaya dan Masjid Putra.

KOSMO/-

Majikan arah amah buat kerja lain didenda RM500k

Posted: 24 Nov 2011 12:45 AM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Majikan yang menggaji pembantu rumah Indonesia dan mengarahkan mereka menjalankan kerja selain daripada di rumah boleh didenda sekurang-kurangnya RM500,000 atau penjara tiga hingga 20 tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed, berkata kesalahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 itu termasuklah mengarahkan pembantu rumah membantunya bekerja di pasar malam atau kedai runcit, menjaga orang sakit di rumah selain di rumah majikan itu serta meminta mereka bekerja di rumah lain walaupun di rumah saudara-mara sendiri.

Indonesian domestic helpers maids 2"Di Indonesia, apabila kita memohon pembantu rumah, kita akan ditanya untuk tujuan apa, kerana kalau pembantu rumah diambil untuk menjaga orang tua, latihan yang akan diberi khusus untuk jaga orang tua saja. Kalau diambil untuk kerja-kerja rumah, latihan yang diberi hanya berkaitan dengan tugas kerja-kerja rumah," katanya pada sidang akhbar mengenai isu pembantu rumah dan penarikan balik moratorium di Putrajaya, hari ini.

Ditanya sekiranya pembantu rumah itu sendiri secara sukarela ingin membuat kerja berkenaan sama ada di rumah majikan atau di tempat lain untuk mendapatkan wang tambahan, Sheikh Yahya berkata: "Tidak dibenarkan kerana mungkin pada masa itu dia kata setuju tetapi kemudian hari akan timbul isu lain.

"Dia digajikan untuk rumah A, jadi mesti kerja di rumah A. Kerana dalam pas dia pun ada nama majikan itu. Jika dia ditangkap di rumah lain selain dari rumah A, pembantu rumah juga boleh dikenakan tindakan dan majikan juga boleh didakwa."

Indonesian domestic helpers maidsDengan persetujuan pihak Indonesia untuk menyambung semula penghantaran pembantu rumah ke Malaysia mulai 1 Disember ini, Sheikh Yahya menasihatkan majikan dan agensi pekerjaan supaya lebih bertanggungjawab dan menghormati semua persetujuan yang dicapai antara Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pertemuan kedua-dua pemimpin itu di Bali, baru-baru ini.

Antara persetujuan itu adalah mengenai keperluan mengadakan kontrak kerja untuk pembantu rumah, kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang ditetapkan pada kadar RM4,511, wajib kursus selama 200 jam, cuti satu hari seminggu kepada pembantu rumah selain tidak dibenarkan melakukan kerja lain selain daripada kerja domestik.

Majikan pula hanya dibenarkan mengambil balik RM1,800 daripada kos yang mereka dulukan kepada pekerja dengan memotong gaji tidak lebih daripada 50 peratus sebulan daripada pekerja mereka.

"Kita tidak mahu peristiwa moratorium pada 2009 berlaku kembali yang sebelum ini terjadi akibat daripada penderaan terhadap pekerja hingga menyebabkan kematian, penganiayaan serta tidak membayar gaji," katanya.

Sheikh Yahya berkata, hanya 121 daripada 400 agensi pekerja berdaftar di Malaysia yang bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk menguruskan penggajian pembantu rumah Indonesia.

"Senarai agensi itu akan dipaparkan di portal jabatan itu pada awal Disember depan. Agensi yang tidak bersetuju tidak dibenarkan membuat urusan membekalkan pembantu rumah Indonesia," katanya.

domestic maids 070606 child careBeliau berkata, antara alasan mereka tidak bersetuju adalah kos struktur yang dipersetujui kedua-dua negara iaitu sebanyak RM4,511 yang didakwa tidak memberi keuntungan kepada agensi berkenaan selain daripada segi jaminan.

"Dulu tiga bulan sekarang dah dilanjut kepada enam bulan, jadi banyak agensi kata dia takut nanti lepas lima bulan baru ada majikan datang kepada mereka dan beritahu pembantu ini disahkan tidak layak daripada segi kesihatan untuk bekerja dan minta pembantu rumah yang baru," katanya.

- Bernama

PRU13: Cecah RM300 juta

Posted: 24 Nov 2011 12:40 AM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BANDARAYA MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kos mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan mencecah RM300 juta, berbanding RM200 juta untuk PRU12.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, anggaran kos itu sekiranya pilihan raya diadakan serentak, termasuk di negeri diperintah pembangkang.

Menurutnya, peningkatan kos itu disebabkan bila-ngan pemilih meningkat dan peralatan pilihan raya bertambah.

"Sekiranya kita mahu melaksanakan undi pos untuk pemilih di luar negara, ia turut membabitkan penambahan kos kerana untuk setiap pemilih, kos penghantaran adalah kira-kira US$10.

"Persediaan kita sekarang hanyalah persediaan awal. Kita masih dalam proses penye­diaan belanjawan dan masih menilai perkara yang perlu penambahbaikan supaya semuanya sempurna apabila pilihan raya diadakan nanti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas satu taklimat untuk pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus PRU13, di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, SPR juga sedang merancang beberapa pembaharuan termasuk penggunaan dakwat kekal, proses penamaan calon, undi awal, pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya dan sebagainya, yang mana kini diteliti Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Menurutnya, ada antara pembaharuan itu yang boleh dilaksanakan segera manakala ada pula perlu mengambil masa lama.

SINAR HARIAN/-

Pemandu kontena ditipu dua rakan diisytihar muflis

Posted: 24 Nov 2011 12:30 AM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kontena dari Puchong dekat sini bingung setelah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sejak 12 tahun lalu ekoran masalah kereta yang tidak pernah dibelinya.

Zameri Zakeria, 47, mendakwa, hidupnya kini semakin terhimpit akibat dianiaya dua rakannya apabila tidak dapat membuat pinjaman akibat diisytiharkan muflis.

"Saya diisytiharkan muflis atas dakwaan tidak membuat bayaran bulanan kereta Proton Saga yang tidak pernah saya beli pada tahun 1999," katanya kepada pemberita pada program Sembang-Sembang The Mall di sini semalam.

Pemandu kontena itu memberitahu, pada tahun 1997, dia telah didatangi dua rakannya yang dikenali sebagai Johari dan Mat Desa meminta tandatangannya bagi membantunya menguruskan pembelian kereta terpakai jenis Nissan Langley aeroback.

Bagaimanapun, selepas pertemuan itu, dia tidak mendapat sebarang dokumen dan berita mengenai pembelian kereta tersebut sehingga pada 2003 dia menerima surat bayaran tertunggak 48 bulan dari sebuah institusi kewangan berjumlah RM29,136.

Zameri menambah, dia hairan bagaimana institusi kewangan berkenaan boleh meluluskan pinjaman kepada dua rakannya itu yang menggunakan namanya tanpa kebenaran.

Kosmo/-

Air: Utusan cuba perbodoh rakyat Kelantan

Posted: 24 Nov 2011 12:25 AM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 24 Nov: Biar pun lima siri laporan khas dimuat Utusan Malaysia bagi memburukkan Kelantan berkaitan isu bekalan air bersih, namun ia dianggap belum mampu mengocak jiwa rakyat.

Ini kerana setiap hari mereka boleh minum, mandi, membasuh dan apa-apa sahaja kegiatan menggunakan air bersih dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Malah, pelabur tetap memilih Kelantan sebagai destinasi pelaburan mereka. Seandainya bekalan air di sini kritikal mengapa mereka memilih mengembangkan operasi perniagaan di Kelantan.

Apakah agenda setting Utusan peringkat tertinggi itu mampu memperbodohkan rakyat Kelantan. Jawapannya tidak.

Begitu juga dakwaan isu air dicemari bakteria E.coli, mangan dan arsenik, sedangkan kadarnya lebih rendah berbanding negeri-negeri lain.

Misalnya kadar kandungan E.coli di Kelantan hanya sekitar 0.88 peratus berbanding Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus).

Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanafi Mahmud berkata, kadar kandungan bakteria E.coli hanya dalam peratusan kecil, dan diatasi segera setelah dikesan kandungannya.

Lagi pun katanya setiap minggu sampel air di semua loji rawatan air AKSB dihantar ke Pejabat Kesihatan untuk dianalisis.

"Setakat ini tiada pun teguran dibuat jabatan terbabit berkaitan isu yang ditimbulkan sebuah akhbar arus perdana sekarang," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman (kiri) berkata, sebanyak 3531 sampel air dianalisis Jabatan Kesihatan dan hanya 31 kes sahaja dikesan ada kandungan E.coli.

"Persoalannya sekarang mengapa Kelantan sahaja yang digegerkan dalam media sehingga setiap hari disiarkan kenyataan negetif.

"Ini seolah-olah menggambarkan negeri lain tidak ada E.coli. Tidak selamanya rakyat mudah ditipu dengan maklumat berat sebelah seperti yang menjadi mainan Utusan Malaysia sekarang," katanya di sini.

Malah kata beliau akhbar terbabit juga lupa tanggungjawab menyediakan perkhidmatan bekalan air adalah di bawah kerajaan pusat, dan kerajaan negeri cuma menyalurkan sumber air.

"Mengapa mereka tidak cuba rujuk kepada perlembagaan yang secara jelas menerangkan perkara itu. Jangan cuba hendak kelirukan rakyat.

"Memandangkan tugas tersebut tidak dilaksanakan kerajaan pusat, kerajaan negeri terpaksa mengambil alihnya bagi memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat.

"Cuba bayangkan pula usaha kerajaan negeri mahu meningkatkan bekalan air tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat dalam tempoh begitu lama.

"Selama 13 tahun Kelantan diketepikan mendapat sebarang peruntukan. Usahkan peruntukan, pinjaman pun tidak diberi pada awalnya," ujarnya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu prasarana bekalan air tetap juga dipertingkat termasuk mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

Hanya pada 2003 barulah pinjaman mudah diluluskan sebanyak RM600 juta, itu pun diberi bukan sekaligus, sebaliknya sedikit demi sedikit.

Menurutnya Md Anizam hasil kesungguhan kerajaan negeri sehingga sekarang hampir 70 peratus rakyat Kelantan mendapat bekalan air bersih disediakan AKSB.

HARAKAHDAILY/-

Auku: Jangan ulangi janji mansuh ISA

Posted: 24 Nov 2011 12:20 AM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akan meminda Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bagi membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik.

Menurut Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari (gambar), kenyataan tersebut menunjukkan bahawa kerajaan yang sedia ada sudah mula faham dan akur dengan desak pelbagai pihak yang saban tahun memperjuangkan permansuhan Auku sejak Tun Dr Mahathir Mohamad lagi iaitu pada tahun 1971 berikutan demonstrasi Baling di Kedah.

Katanya, setiap undang-undang yang digubal berdiri atas satu-satu niat penggubalan, begitu juga dengan Auku.

"Saya melihat Auku ini digubal bertitik tolak pada beberapa peristiwa antaranya PMUM isytihar manifesto sokong pembangkang dalam PRU ke-4 sehingga tercetusnya Persitiwa 13 Mei 1969.

"Juga Demonstrasi Anti Tunku oleh PMUM di Universiti Malaya pada 29 Ogos 1969 dan Demonstrasi 'Papan Tanda' 5 Okt 1970 iaitu pertembungan PMUM dan PBMUM sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu bahasa Melayu dan pendidikan," ujarnya kepada Harakahdaily.

Setelah itu, katanya kerajaan membentuk 'Jawatankuasa Mengkaji Kampus' sehingga tergubal dan diwartakan Auku pd 18 Mac 1971.

Ini, ujarnya membuktikan niat Auku digubal untuk sebenarnya ialah untuk menutup 'pekung' kerajaan sebenarnya.

"Saya juga melihat Auku ini juga membunuh aktivisme mahasiswa. Mahasiswa tidak lagi bebas berfikir, berpersatuan, menyuarakan pandangan secara idealis dan akademik malah kehidupan mereka sentiasa diancam," katanya lagi.

Natijahnya, tambah beliau mahasiswa Malaysia saban ini tidak lagi menjadi jurubicara ummah demi pembangunan negara sebagaimana mahasiswa Malaysia pada era 1960-an dan 1970-an, malah ianya turut terkesan kepada pensyarah-pensyarah universiti.

"Gamis harapkan pengumuman ini tidak berulang sepertimana pengumuman mansuhkan ISA yang lalu, sehingga kini masih menjadi tanda tanya pada rakyat bila akan mansuh," katanya.

HARAKAHDAILY/-

Kementerian Kesihatan arah sos tiram 1M'sia ditarik

Posted: 24 Nov 2011 12:19 AM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.

liow tiong lai pc on kr1m products 231111 01"Produk itu mesti ditarik balik segera," kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

"Keputusan analisis dua produk sos tiram itu menunjukkan produk itu masing-masing mengandungi sebanyak 0.8 dan 1.0 peratus protein berbanding standard iaitu tidak kurang daripada 2.5 peratus protein," katanya.

Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Kementerian Kesihatan tidak sekali-kali akan bertolak ansur kepada pihak yang mengeluarkan produk makanan yang boleh membahayakan kesihatan rakyat," kata Liow.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Liow berkata, Kementerian Kesihatan mendapati susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak berbahaya untuk kesihatan.

Katanya, hasil analisis menunjukkan kandungan vitamin A dalam produk susu itu ialah 3240 I.U (unit antarabangsa) bagi setiap 100gram dan ia tidak melebihi had sebenar iaitu 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.

"Pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua yang menyatakan produk susu itu mengandungi lapan kali lebih banyak vitaman A daripada had dibenarkan.

Liow berkata Tony telah mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan tumbesaran itu dengan peraturan susu rumusan bayi.

Beliau berkata peraturan kandungan susu rumusan bayi menetapkan had maksimum vitaman A yang dibenarkan ialah 500 I.U.

Sementara itu, Liow berkata pemeriksaan terhadap produk KR1M lain seperti krimer pekat manis, krimer sejat, teh, bihun dan bes miniman buah-buahan Blackucurrent didapati tidak berbahaya dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

MALAYSIAKINI/-

Nafi tinggalkan anak sendirian

Posted: 24 Nov 2011 12:00 AM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MELAKA: Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan dengan sengaja menganiaya anak perempuannya sendiri dengan meninggalkan mangsa sendirian di tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu.

Tertuduh, Hii King Kit, 23, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran dan beralamat di Lorong 3, Jalan Pisang Barat, Kuching, Sarawak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan meminta dibicarakan di depan Hakim Harmi Thamri Mohamad@ Shaharuddin.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Haslinda Abu Bakar, sementara tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mengikut kertas pertuduhan, Hii sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan iaitu bapa kepada Anna yang berusia setahun dan 11 bulan didapati sengaja menganiaya iaitu dengan meninggalkan dia seorang diri di tempat awam.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pada 5 November lalu, kira-kira jam 8.48 malam di dalam tandas lelaki Tingkat 1, Mahkota Parade, Jalan Merdeka, dekat sini.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Haslinda mencadangkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

TERTUDUH...Hii dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

Hakim yang menimbangkan rayuan tertuduh menetapkan jaminan RM5,000 dan syarat melapor diri di balai polis.

Kes itu akan disebut semula pada 14 Disember depan untuk lantikan peguam bela.

Sementara itu, suasana sedikit kecoh sebelum prosiding bermula apabila bapa tertuduh melarang jurugambar dan media merakam gambar Hii dan menulis namanya di dalam akhbar.

Lelaki terbabit juga sanggup merayu dan menyembah wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi termasuk meminta nombor telefon untuk berhubung dengan editor akhbar.

Isteri tertuduh yang ditemui di luar pula menyatakan dia belum menemui Anna yang kini masih ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di rumah Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan.

Sejurus selepas membayar denda, tertuduh kemudiannya ditahan anggota polis sebelum dibawa menaiki van ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kontinjen negeri memberkas seorang lelaki yang juga bapa kandung kanak-kanak perempuan berusia setahun yang disifatkan tidak berhati perut dan kejam apabila meninggalkan mangsa di tepi tandas pusat beli-belah Mahkota Parade, dekat sini, pada 5 November lalu.

HARIAN METRO/-

Hak asasi bukan tiket wanita Islam tanding ratu cantik

Posted: 23 Nov 2011 11:45 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

APABILA isu penyertaan wanita dalam pertandingan ratu cantik kembali memanggil khalayak untuk berdiskusi mengenainya, ia tidak lain seolah-olah berbicara mengenai musim durian, bunga yang lebat, buah menjadi dan bakal mengisi ruang pasaran buah-buahan di seluruh negara.

Ada yang menjadikannya tempoyak, lempuk, keropok dan tidak kurang juga suka makan durian yang segar dan baunya menerjah merata-rata. Apabila musimnya sudah sampai ke penghujung, tumpuan mula beralih kepada hal lain pula.

Begitulah juga pertandingan ratu cantik yang pernah menggegarkan negara lebih 10 tahun lalu apabila tiga peserta pertandingan ratu cantik ditangkap penguat kuasa agama. Namun, kes itu tidak mampu memberi pengajaran apabila dikaitkan dengan hak asasi termasuk pertandingan menyalahi hukum agama.

Mungkin kita lupa setiap perbuatan bertentangan dengan syarak dan menjadi fitnah kepada agama adalah jenayah terhadap agama yang dikelek. Hak asasi individu untuk bertanding akan berkubur apabila seseorang itu menafikan hak umat Islam, iaitu untuk memelihara kesucian agama dianuti.

Menteri berkenaan sekali lagi memberi peringatan wanita Islam diharamkan menyertai apa juga pertandingan ratu cantik.

Setiap wanita Islam dilarang menonjolkan aurat melainkan keadaan darurat, apatah lagi dalam keadaan yang mengundang ghairah atau berlumba-lumba untuk kelihatan cantik dan menawan.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga memutuskan demikian pada 1997. Mungkin orang awam tidak menyedarinya kerana kesedaran mengetahui fatwa agama terkini pada masa itu tidak begitu tinggi dan kurang disebarkan media.

Walaupun tidak difatwakan secara khusus, pertandingan ratu cantik yang menghendaki peserta membuka aurat serta dipertontonkan kepada umum untuk diadili adalah jelas haram dan berdosa.

Fatwa pengharaman oleh Majlis Fatwa Kebangsaan jelas menegaskan pertandingan ratu cantik bertentangan dengan agama Islam dan apa-apa jenis pertandingan serupa, walaupun bukan dinamakan pertandingan ratu cantik dilarang.

Walaupun begitu, larangan itu hanya bersifat nasihat kerana selagi fatwa tidak diwartakan di setiap negeri, undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan dan tiada pihak berhak menyekat aktiviti berkenaan daripada terus dianjurkan.

Perlu diingat, wanita Islam bukanlah alat pertandingan. Banyak perkara boleh dijadikan mainan, tetapi bukan wanita Muslimah. Wanita Islam perlu memiliki sifat tawaduk dan tidak membanggakan diri, apatah lagi menunjukkan kebatilan kepada orang lain.

Islam adalah agama yang dibangunkan atas paksi kemuliaan yang menolak kesombongan. Justeru, Islam menyeru umatnya sentiasa rendah hati dan tidak cintakan populariti.

Banyak cara untuk menonjolkan kecantikan dan keperawanan Muslimah sebenar. Tentulah ia berbeza dengan cara wanita bukan beragama Islam kerana perbezaan kepercayaan dan budaya.

Paras rupa setiap wanita Islam yang disucikan dengan kemuliaan hati, kelembutan tutur kata dan tindak-tanduk, sudah cukup mengagumkan setiap mata memandang. Amal salih mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya menjadikan wanita Islam istimewa dalam kelasnya tersendiri.

Itulah yang menjadikan wanita Muslimah dicintai Allah SWT dan disayangi setiap orang yang mengenalinya.

Hadis diriwayatkan Muslim: "Sesungguhnya jika Allah SWT mencintai seorang hamba, Dia memanggil malaikat Jibril seraya berfirman: Sesungguhnya Aku telah mencintai si fulan maka cintailah dia. Lalu Jibril mencintainya dan kemudian Jibril menyeru penghuni langit: Sesungguhnya Allah SWT mencintai si fulan maka cintailah dia. Lalu penduduk langit mencintainya.

Kemudian ia disambut dan diterima penduduk bumi. Dan jika Allah SWT membenci seorang hamba, Dia memanggil malaikat Jibril seraya berfirman: Sesungguhnya Aku telah membenci si fulan, maka bencilah dia. Lalu Jibril membencinya, kemudian Jibril menyeru penghuni langit: Sesungguhnya Allah SWT telah membenci si fulan maka bencilah ia. Lalu penduduk langit membencinya, kemudian di dibenci penduduk bumi."

Justeru, Muslimah perlu mengambil iktibar daripada setiap peringatan disampaikan Allah SWT melalui perantaraan sama ada yang disedari atau tidak.

Setiap larangan yang diseru melalui apa juga jalan dakwah secara langsung atau tidak langsung, melalui penguatkuasaan undang-undang ataupun tidak perlu dijadikan benteng kukuh supaya tidak runtuh, sekali gus membinasakan dinding akidah dan keimanan kepada Allah SWT.

HARIAN METRO/-

Sekolah Menengah Vokasional dinaik taraf kolej pada 2013

Posted: 23 Nov 2011 11:40 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Sebanyak 78 sekolah menengah vokasional akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2013, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya mencapai standard yang memenuhi keperluan pasaran kerja dan pasaran semasa.

"Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dikenal pasti untuk dijadikan program rintis mulai tahun depan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong-Barisan Nasional) yang bertanya, bilakah kementerian akan menukarkan status sekolah vokasional kepada kolej vokasional sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara.

Mohd Puad berkata, kesemua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej vokasional ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.

Pelajar yang menamatkan pengajian di kolej ini akan mendapat diploma vokasional kerana mengikuti kursus selama lapan semester (empat tahun).

Menurutnya, pelajar sekolah menengah tingkatan satu hingga tiga yang mengikuti peringkat Program Asas Vokasional (PAV) akan diberi sijil Tahap Dua.

SINAR HARIAN/-

Hutang Perak makin besar, defisit membuncit

Posted: 23 Nov 2011 11:27 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

IPOH, 24 Nov: Hutang kerajaan negeri Barisan Nasional Perak amat mengejutkan kerana telah meningkat hampir RM1 bilion pada tahun ini.

Secara khusus, hutang negeri tahun lalu yang berjumlah RM903.8 juta telah meningkat sebanyak RM72 juta dalam masa 12 bulan sahaja untuk menjadikannya RM975 juta pada masa ini.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (gambar) berkata, jumlah hutang itu lebih besar daripada segala program kerajaan seperti skim kredit mikro, bantuan rumah, bantuan barangan makanan, bantuan wang tunai musim perayaan, skim Tabaruk dan program kluster ekonomi keluarga, lapor Roketkini.

"Semua program untuk rakyat hanya berjumlah RM19 juta sahaja," katanya membahaskan Bajet 2012 bagi negeri Perak, semalam.

Menurutnya, sikap suka berhutang telah dimulakan oleh BN sejak sedekad lalu apabila hutang negeri naik mendadak dari hanya RM182 juta pada tahun 2000 kepada RM975 juta tahun ini.

"Jumlah hutang ini adalah kenaikan sebanyak 535 peratus! Jika ada lagi pihak yang masih membisu atau memilih untuk berpura-pura, saya rasa mereka perlu insaf dan kembali ke pangkuan jalan.

"Bah kata pepatah Melayu, jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis berkata, kerajaan BN perlu menjelaskan tentang hutang RM72 juta yang dicipta dalam masa 12 bulan lalu.

Nga juga mempertikaikan defisit bajet RM50.14 juta dan yan kos perbelanjaan kerajaan RM915 juta kerana jumlahnya terlalu besar bagi Perak.

Menurutnya, keadaan itu tidak seimbang dengan laporan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, yang mencatatkan bahawa Perak kini mempunyai paling ramai bilangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Mengikut laporan itu, katanya, Perak kini mempunyai 192,000 keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM2,300, iaitu mewakili 12.2 % dari semua keluarga yang berpendapatan rendah.

"Jumlah tersebut adalah paling ramai di seluruh tanah air kita. Ini jelas terbukti selepas 54 tahun di bawah BN, bukan sahaja BN gagal menerajui negeri kita menuju ke paras pendapatan yang bermaruah, sebaliknya ramai rakyat kita masih hidup melarat khususnya orang Melayu," tambah beliau.

Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping menjelaskan bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat Perak selama setahun sejak pilihan raya umum 2008 hingga rampasan kuasa oleh BN pada Februari 2009 adalah jauh lebih baik daripada salah urus dan salah keutamaan BN.

Beliau memberi contoh di mana semasa pemerintahan Pakatan Rakyat, kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk memilih ketua kampung di semua 817 kampung Melayu tradisonal di mana sekitar 30 peratus dimenangi oleh warga kampung yang menyokong Umno.

Bagaimana pun, setelah rampasan kuasa di Dun Perak, kerajaan Umno BN yang zalim telah memecat semua ketua kampung yang dipilih oleh rakayat dan digantikan sistem perlantikan yang bercorak kuku besi untuk konco-konco mereka sahaja.

"Pemecatan ketua kampung tanpa sebarang pampasan kepada mereka yang mendapat mandat rakyat adalah satu perbuatan yang zalim dan menjijikkan. Apakah salah mereka? Adakah mereka rasuah? Rompak? Curi? Semuanya tidak tetapi mereka tetap dipecat kerana tidak menyokong Umno," katanya.

Menurutntya, Bajet BN Perak hanyalah pembaziran wang rakyat demi kroni Umno BN di samping bakal menjadikan anak negeri deritadengan hutang yang semakin meningkat.

"Ini adalah bajet defisit beri gula-gula, bajet pancing undi, bajet angkat hutang untuk memperdayakan rakyat. Ini bajet pilihan raya. Namun, rakyat nampak semua ini.

"Jadi ini juga bajet yang akan memenangkan Pakatan Rakyat, insya Allah," katanya. – Roketkini.com

Sidang DUN Perak hari ke 4

Posted: 23 Nov 2011 11:20 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 10 ) Dun PR/DAP dari Bercam menarik perhatian dewan dengan perbahasan mengenai masalah perumahan rakyat didalam Dun yang diwakilinya. Beliau mengatakan kerana banyaknya masalah di Dunnya , sebelum dia menang rambutnya hitam dan selepas menang sudah beruban/putih, iaitu merujuk banyak masalah didalam Dunnya.

( 9 ) Perbahasan dari yb sivakumar yang mempertikaikan daifnya dan jaminan bantuan kepada SRJK tamil mendapat perhatian dari Adun Slim dari BN. Beliau membela tidakan kerajaan Perak melalui yayasan perak memberi bantuan kepada pelajar perak tanpa mengenal bangsa. Yb Sivakumar juga mencelah supaya jaminan mestilah ada dari kerajaan perak untuk bantu srjk tamil.

4 - 5 orang di Singapura cuba bunuh diri setiap hari

Posted: 23 Nov 2011 11:11 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SINGAPURA - Empat atau lima orang dilaporkan cuba membunuh diri di Singapura setiap hari.

Sekurang-kurangnya seorang berjaya. Doktor dan pekerja sosial perubatan berkata, mereka yang cuba membunuh diri kini merebak di kalangan lebih muda, lapor The Straits Times.

Harian itu menyebut Ketua Perkhidmatan Sosial Perubatan, Hospital Besar Singapura (SGH), Esther Lim sebagai berkata, masalah itu pernah menjejas orang-orang tua saja, tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini ia merebak di kalangan mereka dalam usia 30-an dan 40-an.

Bagi mereka, penyebabnya biasanya adalah perhubungan yang gagal dan hutang yang besar, kata beliau.

Kadar percubaan bunuh diri ini berdasarkan maklumat hospital. Hospital lebih besar seperti SGH dan Hospital National University (NUH), berkata mereka menangani satu kes sehari. Hospital kecil seperti Hospital Khoo Teck Puat menangani kes itu selang sehari. — Bernama

Berani bertemu tok mudin

Posted: 23 Nov 2011 11:00 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BALING - Walaupun banyak ibu bapa yang memilih kaedah berkhatan secara moden namun bagi penduduk Kampung Lanai dekat sini lebih selesa menggunakan khidmat tok mudin.

Majlis berkhatan yang berlangsung di Masjid Intan Safinaz, Kampung Lanai merupakan anjuran masjid dan rukun tetangga kampung berkenaan.

Seramai 36 kanak-kanak melibatkan umur empat hingga 10 tahun dikhatankan menggunakan kaedah tradisional seperti duduk di atas batang pisang.

Majlis bertambah meriah apabila kanak-kanak ini turut diarak dan dimandikan sebelum mereka dikhatankan.

Pengerusi Tunas Jiran Rukun Tetangga Kampung Lanai, Mohd Dakroh Yaso berkata, kaedah tradisional tidak sepatutnya dilupakan kerana ia turut mempunyai kelebihan tertentu.

"Sambutan yang diterima amat menggalakkan walaupun kita menawarkan kaedah tradisional.

"Selain itu, kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan ini tidak menunjukkan perasaan gugup mahupun takut," katanya.

Mohd Dakroh berkata, majlis ini merupakan kali kedua dianjurkan pihak masjid dan rukun tetangga.

Katanya, perarakan kanak-kanak ini membuatkan mereka bertambah bersemangat dan dapat menghilangkan perasaan gemuruh mereka.

"RM60 dikenakan kepada setiap kanak-kanak yang ingin menyertai majlis ini. Wang berkenaan melibatkan majlis perarakan, kenduri dan wang sagu hati kepada setiap kanak-kanak," katanya.

sinar harian/-

PAS Perak tubuh Bilik Gerakan Banjir

Posted: 23 Nov 2011 10:40 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

IPOH, 24 Nov: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengambil perhatian serius mengenai ramalan kaji cuaca yang menjangkakan berlaku hujan lebat berterusan yang akan mengakibatkan banjir di sebelah Utara Perak pada pertengahan atau akhir bulan November ini.

Ketua penerangannya, Ahmad Nuri Al-Amin berkata, langkah pertama yang telah diputuskan oleh pimpinan parti ialah menubuhkan satu Bilik Gerakan Banjir di peringkat negeri dan PAS kawasan yang terbabit di bawah pemantauan dan seliaan, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Misbahul Munir Masduki.

Menurutnya, PAS Perak juga telah menyusun beberapa langkah persediaan awal bagi menghadapi suasana banjir di Utara Perak pada kali ini termasuk persediaan keselamatan.

Malah, ujarnya PAS negeri yang memperjuangkan konsep Negara Berkebajikan juga akan menawarkan bantuan yang sesuai seperti membersihkan rumah selepas banjir surut kelak.

Bagi persediaan itu juga, katanya Jabatan Amal Negeri Perak yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS negeri akan menyiapkan anggota mereka membentuk satu pasukan bantuan banjir bagi menghadapi sebarang kemungkinan musibah banjir kali ini.

"Kami juga mengalu-alukan bantu orang ramai dalam semua aspek keperluan bagi membantu mangsa banjir kelak dan berharap persediaan awal ini nanti akan melicinkan gerak kerja bantuan yang akan disalurkan kelak.

"Kami juga mendoakan agar Allah SWT dapat melindungi kita dari segala malapetaka dan memberi kita kekuatan untuk bersabar dalam menghadapi segala ujian-Nya," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Untuk sebarang pertanyaan, maklumat dan sumbangan, bolehlah menghubungi talian 05-3136377.

Harakahdaily/-

Bajet Ketua Menteri tidak mesra rakyat!

Posted: 23 Nov 2011 10:29 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Kuching-23 November 2011, Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) hari ini secara terperinci telah meneliti dan memahami bajet Negeri Sarawak yang telah dibentangkan pada persidangan DUN yang lepas oleh Ketua Menteri (KM) Sarawak Pehin sri Hj. Abdul Taib Mahmud. Secara umum, bajet KM tidak terperinci dalam menjelaskan ke mana wang negeri dibelanjakan.

Pembahagian peruntukan lebih kepada sektor-sektor umum dan bukan projek-projek khusus. Bajet KM juga dilihat amat pro-industri dan bukan pro-rakyat. Tiada peruntukan jelas untuk mengurangkan tahap kemiskinan negeri yang dianggarkan pada 27,065 keluarga mengikut PLI sedia ada (2009). Bajet Pakatan rakyat (PR) pula memperuntukkan RM 100 juta khusus untuk golongan miskin ini & tambahan RM 117 juta untuk bonus warga emas.

Ini tidak termasuk program peningkatan pendapatan seramai 250,000 pekerja Sarawak yang berjumlah RM 300 juta (Program 'Fair Wage').

Menurut DPPNS lagi, tiada peruntukan jelas untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar-pelajar Sarawak di semua peringkat. Ini berkemungkinan kerana Kerajaan BN Sarawak melihat ini sebagai tanggungjawab Kerajaan Pusat.

Lebih membimbangkan lagi, tiada peruntukan jelas untuk pembangunan Islam dan sekolah-sekolah Islam di Sarawak. Walaupun diterajui oleh KM yang Muslim, masih tiada peruntukan jelas untuk pembangunan Islam dan umat Islam Sarawak.

Bajet KM juga amat fokus kepada pembangunan sektor perindustrian melalui SCORE dan pelancongan dengan peruntukan 56.8% daripada perbelanjaan pembangunan. Walau bagaimanapun, pembahagian antara 2 sektor ini tidak dinyatakan.

Dalam satu perspektif lain, sebenarnya, kedua-dua sektor ini saling bertentangan antara satu sama lain kerana sektor industri selalunya mencemarkan persekitaran dan tidak hijau.

Bukan setakat itu Bajet yang disifatkan hanya melepaskan batuk di tangga ini juga menunjukkan tiada peruntukan yang jelas untuk membangunkan tenaga kerja berkemahiran bagi menyokong SCORE dan berkemungkinan akan menyebabkan lambakan pekerja-pekerja mahir asing akan berlaku di Sarawak jika tiada tindakan serius dari Kerajaan Negeri yang boleh menjejaskan peluang penduduk tempatan. Berikut adalah beberapa butiran dalam bajet KM dan bezanya dengan bajet mesra rakyat PR:

i. Anggaran pendapatan oleh BN dengan 'growth rate' = 5% ialah RM4.043 bilion vs
Anggaran pendapatan oleh PR dengan 'growth rate' = 4% (lebih konservatif) = RM 4.500 bilion  jelas menunjukkan tahap kecekapan yang rendah oleh BN dalam mentadbir negeri.

ii. Lebihan pendapatan oleh BN hanya RM 79 juta vs PR sebanyak RM 215 juta .
*Walau bagaimanapun terdapat kekeliruan dalam bajet KM ini, di m/s 15 dalam tajuk 'Expenditure Estimates 2012' dinyatakan perbelanjaan pembangunan = RM 2.550 bilion

(rujuk poin 1.ii.b) tetapi kemudiannya dalam tajuk 'Development Expenditure Estimates 2012' dinyatakan jumlah perbelanjaan pembangunan = RM 3.263 bilion (rujuk poin 3). Jika jumlah RM 3.263 bilion digunakan (tambahan pula, jumlah ini yang diperincikan peruntukan-peruntukannya), sepatutnya bajet ini adalah bajet defisit sebanyak RM 634 juta (-15.7%)!

iii. Pemisahan hasil cukai loteri berjumlah RM 100 juta daripada bantuan-bantuan yang mungkin akan disalurkan kepada rakyat Muslim.

iv. Pendapatan negeri terlalu bergantung kepada hasil tidak boleh diperbaharui iaitu sebanyak 52.9% (perhutanan, petroleum & gas) dan jika hanya petroleum & gas diambil kira, kebergantungan adalah sebanyak 40.3%. Kerajaan negeri gagal mempelbagaikan sumber pendapatan negeri.

v. Tiada peruntukan yang jelas untuk membangunkan tenaga kerja berkemahiran bagi menyokong SCORE.

Justeru DPPNS berharap agar rakyat mula menilai kecekapan KM dan juga Menteri kewangan yang hanya sekadar "melepaskan batuk ditangga" sahaja dalam pengurusan kewangannya. Sedarlah bahawa hasil negeri ini yang begitu kaya disalurkan hanya kepada tumpuan industry semata-mata. Rakyat juga patut sedar bahawa Mereka (BN) tidak lebih hanyalah untuk member kesenangan kepada kroni masing-masing.


Zharudin Narudin/-

Kg Baru: Pemuda PAS Titiwangsa kecewa sikap MAS

Posted: 23 Nov 2011 08:35 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPK Titiwangsa) mencabar Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) agar memainkan peranan penting sebagai pembela tanah penduduk Kampung Baru sebagaimana yang dimainkan oleh Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB).

Timbalan ketuanya, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, DPPK Titiwangsa berpandangan, MAS sejak akhir-akhir ini tidak memainkan peranan dalam membela tanah orang Melayu di kampung warisan tersebut, sehingga ia akhirnya terlepas ke tangan pihak lain.

"DPPK Titiwangsa merasa sedih kerana sejak ura-ura Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru hendak dibentangkan dalam bacaan kali pertama tahun 2010, sehinggalah ia dibentang dan diluluskan di Parlimen bulan Oktober 2011, MAS tidak langsung membantah isu ini, bahkan menyokongnya pula," ujarnya Harakahdaily.

Tambahnya, lebih memeranjatkan apabila MAS turut 'bersubahat' dengan cuba menafikan peranan Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Selangor untuk membantu menyelamatkan hak penduduk Kampung Baru.

Sepatutnya, kata beliau MAS berterima kasih kerana keprihatinan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang cuba sedaya upaya memastikan Kampung Baru dimiliki oleh penduduk asalnya.

Sebaliknya, ujar beliau Sekretariat Pembangunan Kampung Baru yang diterajui oleh Saudara Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi pula bangkit membela nasib penduduk Kampung Baru.

Beliau berkata, rakyat khususnya penduduk Kampung Baru melihat SPKB lebih berperanan aktif dan lantang dalam memastikan isu Kampung Baru diperjuangkan sebaiknya.

"Dalam hal ini, DPPK Titiwangsa mengingatkan MAS, jangan sampai rakyat melupai jasa dan sejarah panjang MAS sehingga menjadi bahan cemuhan malah sebaliknya mengangkat Saudara Ahmad Zamri dan SPKB sebagai ikon baru Kampung Baru.

"Justeru, DPP Kawasan Titiwangsa mendesak agar MAS kembali kepada perjuangan asal bagi memastikan jawatankuasanya lebih proaktif dan menjadi 'mata' dan 'telinga' penduduk Kampung Baru dalam Perbadanan Pembangunan Kampung Baru," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, katanya DPPK Titiwangsa meminta agar setiap rancangan atau cadangan pembangunan Kampung Baru dibincangkan dahulu dengan penduduk Kampung Baru dan dapatkan persetujuan mereka, dan tidak dibuat secara melulu.

Selainnya, tambah beliau DPPK Titiwangsa mengharapkan MAS akan utamakan kepentingan penduduk lebih daripada menuruti nafsu sesetengah pihak yang gelojoh mahu meratah tanah 'emas' warisan orang Melayu itu.

HARAKAHDAILY/-

Lagi kematian di Kaherah

Posted: 23 Nov 2011 08:00 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SEJUMLAH penunjuk perasaan antipemerintahan tentera berlari ketika bertempur dengan anggota-anggota polis di Kaherah semalam.

KAHERAH - Tiga orang lagi mati di Kaherah semalam, kata seorang anggota perubatan ketika keganasan yang telah meragut nyawa puluhan penduduk berterusan pada hari kelima walaupun pihak tentera yang memerintah buat sementara berjanji mempercepatkan peralihan ke arah demokrasi.

Beberapa pertempuran dengan pihak berkuasa keselamatan berlaku di Jalan Mohammed Mahmud dekat Dataran Tahrir di sini yang merupakan lokasi ribuan penunjuk perasaan berhimpun bagi menuntut pemerintahan tentera ditamatkan dengan segera selepas berkuasa ekoran peletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden pada Februari lalu.

Anggota-anggota polis pencegah rusuhan melakukan sekatan di jalan itu, melepaskan gas pemedih mata dan tembakan amaran ke arah para penunjuk perasaan.

Seorang doktor di hospital terbuka di Omar Makram berkata, tiga orang terbunuh dalam keganasan terbaharu melibatkan anggota-anggota keselamatan yang berdepan dengan para penunjuk perasaan yang membaling batu dan bom petrol.

"Ia seperti peluru hidup tetapi saya tidak berpeluang untuk memeriksa sebelum (tiga mayat itu) dibawa ke hospital," katanya.

Seorang budak berusia 10 tahun merupakan antara mangsa terbaharu yang terkena tembakan, kata seorang paderi, Fawzi Abdel Wahid.

Menurut agensi berita Mena, seramai 32 orang telah mati sejak tunjuk perasaan itu bermula pada Sabtu lalu. - AFP

Sidang DUN Perak hari ke 4

Posted: 23 Nov 2011 07:30 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 8 ) Sekarang wakil dari tronoh Yb Sivakumar menyampaikan perbahasan bajet.

( 7 ) Wakil dari Dun Selama merayu kepada kerajaan negeri supaya menjayakan IKS di Selama sedangkan pru 13 sedang hampir sedangkan sejak 2004 telah diumumkan. Dan sebidang tanah juga telah dikenal pasti untuk tujuan itu.

( 6 ) Sesi soalan lisan berakhir dan sesi perbahasan bajet bermula dengan peruntukan waktu yang diumumkan adalah 20 minit bagi setiap pembahas. Adun kerajaan dari Selama memulai perbahasan.

Dua askar Mesir ditembak mati oleh penyeludup

Posted: 23 Nov 2011 07:20 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BAITULMAQDIS: Dua askar Mesir terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan penyeludup berhampiran sempadan Israel semalam, kata jurucakap tentera Israel.

"Kejadian berlaku kira-kira 6 petang (waktu tempatan) di wilayah Mesir berhampiran bandar Haluza, Israel dengan dua askar Mesir ditemui terbunuh dalam pertempuran dengan penyeludup ketika mereka cuba memasuki Israel," kata jurucakap tentera Israel, Avital Leibovitz kepada media.

Kira-kira 45 minit kemudian, sekumpulan penyeludup kedua berjaya melepasi halangan keselamatan Israel dan mendorong askar negara itu melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang tercedera, katanya. - AFP

Kenderaan baharu teroka Marikh

Posted: 23 Nov 2011 07:00 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan beberapa juruteknik memerhatikan kenderaan Curiosity di Makmal NASA di Pasadena, California.

CAPE CANAVERAL, Amerika Syarikat (AS) - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan kenderaan baharu sebesar sebuah kereta yang akan meneroka planet Marikh.

Kenderaan itu yang diberi nama Curiosity mempunyai lengan sepanjang dua meter dan dilengkapi laser untuk memusnahkan batu di planet tersebut.

"Ini ialah mesin impian saintis Marikh," kata timbalan ketua projek saintis Marikh di NASA, Ashwin Vasavada.

Kenderaan itu bernilai AS$2.5 bilion (RM7.94 bilion) dan ia akan bergerak ke kawasan yang mempunyai organik dan karbon di Marikh pada Ogos tahun depan.

Kenderaan itu membawa seberat 4.8 kilogram plutonium yang boleh menjana kuasa selama dua tahun di Marikh.

Ia sepanjang dua meter, lebar sembilan meter dan setinggi dua meter. - Agensi

Sidang DUN Perak hari ke 4

Posted: 23 Nov 2011 06:45 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 5 ) Adun setiawan memohon penjelasan tambahan mengenai statistik sasaran 5 juta orang pelancong domestik. Pihak kerajaan mengatakan. Pelancong asing berjumlah 400 ribu lebih dan 3 juta lebih pelancong domestik makanya kerajaan sasarkan 5 juta pelawat pada TMP 2012.

( 4 ) Pihak kerajaan wakil dari Sungai Rapat mengucapkan terima kasih dari tebing tinggi dengan keperihatinan dan menjawab pihaknya akan menambah risalah tahun melawat perak 2012 yang kemungkinan habis dan akan berusaha menambah dengan segera.

( 3 ) Wakil PR dari Tebing Tinggi yang bangun mempersoalkan tentang persiapan tahun melawat Perak 2012 sedangkan waktu tinggal sebulan lebih sahaja. Dia menunjukan beberapa risalah yg diambil beberapa hari lepas dan katanya tidak ada mengenai tahun melawat perak.

Sidang DUN Perak hari ke 4

Posted: 23 Nov 2011 06:30 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 2 ) Sesi soalan lisan sedang berjalan dengan soalan ke 5 dari wakil hulu kinta mengenai tahun melawat perak 2012. Sebentar tadi dewan dihangatkan mengenai persoalan yang dibangkitkan oleh wakil pr dari mengelembu mengenai bacaan meter elektrik. Persoalan yang diperkataan ialah aduan mengenai penukaran meter baru yang menyebabkan bacaan naik dari biasa.

( 1 ) Dewan dihangatkan dengan isu siapakah yang meluluskan anugerah tanah 45 ekar kepada pondok pak the di pengkalan hulu. Nizar mempertahankan bahawa mesyuarat exco kerajaan perak semasa PR perintah perak ianya diluluskan. Berlaku sedikit kekecohan bila Zambry juga mendakawa ianya diluluskan oleh Pengkalan Hulu semasa menjadi MB. Nizar juga menjelaskan permohonan semasa BN perintah sebenarnya telah ditolak.

Sidang DUN Perak hari ke 4

Posted: 23 Nov 2011 06:10 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Sidang DUN Perak untuk hari ke 4 bermula tepat pada jam 10.00 pagi tadi dengan dimulai dengan bacaan doa dan pengumuman dari pihak speaker Ganesan sebagai mana biasanya dengan mengingatkan supaya seluruh Ahli Yang Berhormat memeatuhi peraturan dewan yang telah ditetapkan.

Sesi sidang bermula dengan soalan-soalan lisan selama sejam seperti biasa.

Soalan pertama dari wakil dari Majoi mengenai Maahad tahfiz.

Laman web 1 Malaysia digodam "hacked" oleh hacker Indonesia.

Posted: 23 Nov 2011 06:00 PM PST

28 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

LAMAN web 1 Malaysia milik perdana menteri hari ini digodam "hacked" oleh individu yang dipercayai warga Indonesia. Hal itu disedari sebentar tadi menyaksikan laman web peribadi Najib Tun Razak itu memaparkan latar belakang hitam dengan mesej ringkas ditinggalkan oleh penggodam.

Antara mesej yang ditinggalkan ialah "this site has been hacked by Tofan Batam" serta logo besar bertulis "Darkness Batam".

Sebelum ini beberapa laman web Malaysia turut digodam (hacked) oleh hacker yang dipercayai dari Indonesia difahamkan kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan bola sepak Indonesia ke atas Malaysia.


Tinjauan pada pukul 6:54 pagi tadi menyaksikan gambar bendera Malaysia pula dikencingkan oleh karikatur memakai topi dengan bendera Indonesia dipaparkan pada halaman utama web 1 Malaysia.

MILO SUAM/-

Salam Perjuangan

Posted: 23 Nov 2011 11:54 PM PST

Salam Perjuangan


HUDUD - ALASAN DICARI, KEBERKATAN DIJAUHI

Posted: 23 Nov 2011 03:04 PM PST

27 Dzulhijjah 1432 H | 24 November 2011

Berlainan dan percanggahan pendapat dalam Islam adalah perkara lumrah dari dahulu hingga sekarang. Bagaimanapun perlulah diketahui bahawa berlainan pendapat itu, ada yang diharuskan syarak dan ada yang dilarang. Malah ada yang amat-amat dilarang.

Yang diharuskan adalah pada perkara-perkara/ furu'iyyah (masalah-masalah cabang) yang tidak ada nas syarak yang memastikannya. Adapun yang diharuskan berkhilaf, adalah pada ruang berijtihad pada perkara yang ada tiada nas syarak, tidak ada ayat yang menetapkan hukumnya. Lebih-lebih lagi pada perkara yang baru timbul, di mana tidak pernah berlaku sebelum ini.

Contoh jelas yang diharuskan berkhilaf. Seperti bila mana sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W tidak bersependapat, sama ada hendak menghimpun dan menulis semula Al Quran. Abu Bakar As Siddiq R.A berpendapat tidak boleh dibuat kerana Rasulullah S.A.W tidak melakukannya dan tidak pernah ada suruhan melakukannya. Oleh kerana itu beliau berpendapat, ia tidak boleh dilakukan.

Manakala Umar Al Khattab R.A berpendapat, perlu dilaksanakan usaha pengumpulan dan penulisan Al Quran kerana dibimbangi akan hilang daripada hafalan ummah. Sebabnya pernah berlaku, ramai penghafal Al Quran yang terkorban syahid. Generasi kemudian akan kehilangan Al Quran. Setelah mereka bertelagah, akhirnya mereka bersetuju perlu dihirnpun dan ditulis semula Al Quran.

Demikian juga mereka bertelagah dalam memilih seorang ketua negara untuk menggantikan Rasulullah S.A.W, bagi meneruskan pemerintahan Islam. Mereka bertelagah pada memilih orang, yang akhirnya mereka bersetuju memilih Abu Bakar As Siddiq.

Dalam permasalahan hudud, perlu atau tidak melaksanakannya, telah dijawab oleh amalan Rasulullah S.A.W, para sahabat dan juga as-salafussoleh. Perlu melaksanakannya. Mereka tidak pernah bertelingkah kerana wujud nas-nas syarak yang amat jelas, menyuruh kita, khasnya pihak berkuasa agama, pada setiap generasi, pada setiap negara, wajib melaksanakannya.

Sepatutnya tidak berlaku pertentangan pendapat di kalangan ulama-ulama muktabar, khasnya ulama 'amilin (yang beramal dengan ilmunya), jika kesemua mereka benar-benar takutkan Allah dan melaksanakan perintah Allah. Bagaimanapun jika ada di kalangan mereka, yang takut akan kehilangan maslahat keduniaan, daripada kemurkaan Allah Taala dan azabnya, maka akan berlakulah apa yang anda ajukan pada persoalan di atas, bahawa ada ulama bertelingkah.

Setiap satu dalam kesalahan hudud (mencuri, merompak, berzina, menuduh zina, meminum arak, murtad) semuanya telah ditetapkan Allah hukumannya di dalam Al Quran (dan terang hukumnya) dan juga hadis-hadis sahih, maka pelaksanaannya adalah wajib.

Seperti Allah Taala memerintahkan kita melaksanakannya dalam perintah-Nya menerusi ayat (mafhumnya):

"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik".
(Surah Al Maidah:49)

Di kalangan ulama-ulama muktabar tidak berlaku khilaf dalam kewajipan melaksanakannya. Ini kerana mempertikaikan kewajipannya, adalah bererti melawan dan mempertikaikan hukum Allah yang sabit wajibnya. Jika berlaku demikian, maka bererti mereka melawan hukum Allah.

Mengendalakan hukum Allah, mempertikaikan hukum Allah adalah menentang Allah. Firman Allah (mafhumnya), "Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar". Surah At Taubah:63

Ayat-ayat yang sedemikian maksudnya, banyak berulang dalam al-Quran. Antaranya firman Allah (mafhumnya), "Orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu daripada mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina.

"Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina. Surah Al Mujadilah, ayat 5 dan ayat 20.

Ulama muktabar atau ilmuan yang terbilang, tidak mungkin bertelingkah kerana mereka tahu akibat penentangan itu akan menghadapi seksa Allah yang amat keras menunggu mereka. Ada kalangan ulama yang menjadi ahli politik, menggunakan akal pendek mereka dan menilai kepentingan dan pulangan-pulangan duniawi, atau membela dan mempertahankan kedudukan, atau kepentingan-kepentingan khusus, yang mereka berselindung di sebalik kalimah (bahasa) yang seolah-olahnya mereka bukan menentang, tetapi sebenarnya menentang.

Ini kerana dalam hati mereka, mereka tidak mahu melaksanakan hukuman hudud. Sebenarnya hukum-hukum hudud tidak ada pilihan bagi kita, melainkan mencari jalan yang terbaik untuk melaksanakannya, dan sama-sama menggalas amanah untuk memahamkan masyarakat tentang kebaikan hukuman itu, bagi dilaksanakan sebaik-baiknya tanpa sebarang kecelaruan. - hijabulcrewz

PAS LENGGONG

Posted: 23 Nov 2011 07:32 PM PST

PAS LENGGONG


Hari Sabtu nanti

Posted: 23 Nov 2011 01:31 AM PST

Semua Peneroka Felda Didaerah Lenggong dan Kawasan-kawasan Yang Sewaktu Dengannya Diseru Hadir Beramai-ramai. Antaranya Isu;

1.) Penyenaraian Felda Plantation Ke BSKL Oleh Global Venture. (Peneroka Akan Mengalami Kesan jangka Masa Panjang.

2.) Tanah Felda Akan Di Kaveat, Pemegang Saham Mendapat Untung Besar, Peneroka Akan Mengalami Kerugian dan Berisiko Kehilangan Tanah.

3.) Dengan Penyenaraian Ini, Membuktikan Bahawa Felda Telah Jauh Tersasar Daripada Matlamat Asalnya.

Menyebuk

Posted: 22 Nov 2011 09:39 PM PST

Masa speaker kedah istihar kerusi kosong, SPR mintak mahkamah sekat, diperak juga macam tu, sekarang nak suruh serentak pula. tu le

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang 'menyibuk' terhadap urusan parti politik lain dengan mengusahakan agar Pilihanraya Umum di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh negara kecuali Sarawak didakan serentak.

Ketua DPP Malaysia, Riduan Mohd Nor berpendapat SPR tidak berhak masuk campur terhadap urusan pihak lain sedangkan urusan kendaliannya banyak lagi yang tidak selesai.

"Dari segi undang-undang tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri untuk mengadakan pilihan raya umum secara berasingan, mengapa SPR pula 'terhegeh-hegeh' mahu menasihati parti politik untuk mengadakan PRU secara serentak," ujarnya kepada Harakahdaily.

Sepatutnya, kata beliau urusan mengadakan pilihan raya umum secara serentak atau berasingan diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, dan SPR tidak berhak mempertikai atau campur tangan terhadap perkara itu.

Tambahnya, tugas utama SPR adalah melaksanakan perjalanan pilihanraya agar ia berlangsung dengan baik, sistematik, telus, dan adil.

Menurutnya lagi, mencampuri urusan parti-parti politik terutama pembangkang akan dilihat oleh rakyat bahawa SPR terikat dengan arahan pihak tertentu yang berkepentingan.

"DPP Malaysia mengesyorkan, jika SPR benar-benar mahu menasihati pemimpin parti politik, adalah lebih baik Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof menasihati dahulu Perdana Menteri agar mengumumkan tarikh pilihan raya umum kepada rakyat daripada awal," katanya.

Ini, katanya lebih penting supaya semua pihak dapat membuat persiapan bagi menghadapinya.

Menurut Riduan, merahsiakan tarikh pilihan raya merupakan suatu tindakan yang tidak bijak kerana boleh mengganggu jadual parti politik dan rakyat keseluruhannya.

"DPP Malaysia juga mencadangkan agar SPR menasihati Perdana Menteri untuk mewujudkan Kerajaan Sementara selepas pembubaran parlimen sehingga tarikh pengundian," katanya lagi.

Ini akan lebih adil kepada semua pihak yang bertanding dalam PRU ke 13 nanti kerana boleh mengekang budaya rasuah, projek segera, penyalahgunaan kuasa dan wang dan lain-lain lagi.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 23 Nov 2011 07:16 PM PST

Dr Azman Ibrahim


ISU AIR TANPA FLUORIDA, KESIMPULAN UTUSAN MALAYSIA DANGKAL DAN MELULU

Posted: 23 Nov 2011 12:24 AM PST


Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini (Rabu, 24 November 2011) yang mengaitkan gejala kereputan gigi di kalangan kanak-kanak di Kelantan adalah disebabkan hanya lima daripada 29 loji rawatan milik Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang mempunyai sistem pemfluoridaan atau 17.9 peratus adalah disifatkan terlalu melulu dan kesimpulan yang dibuat tanpa pandangan pakar.

Untuk berlaku adil dari segi fakta, tanpa kita menafikan kebenaran  fakta akan kekurangan fluorida dalam bekalan air yang dibekalkan Air Kelantan Sendirian Berhad, mari kita merujuk kepada Kajian Epidemiologi Kesihatan Pergigian Kebangsaan (NOSHH) pada tahun 2007 di kalangan kanak-kanak Malaysia berusia enam tahun. Kajian yang sama inilah mungkin dijadikan rujukan oleh Utusan Malaysia. Kita amat memahami budaya 'baca tak habis' di kalangan wartawan mereka.

NOSHH mendapati 74.5 peratus mengalami masalah gigi. Kajian ini antara lain menyatakan bahawa kawasan Kuala Lumpur , mencatatkan rekod terbaik dengan 55.8 peratus kanak-kanak mengalami masalah gigi dan paling tinggi adalah Kelantan di mana 95.6 peratus kanak-kanak di situ mengalami kerosakan pada gigi susu mereka. Manakala bagi gigi kekal pula, sebanyak 10 peratus kanak-kanak mempunyai karies gigi.

Kajian Epidemiologi Kebangsaan yang dilakukan pada 2007 ini juga mendapati 93.2 peratus iaitu sembilan daripada 10 kanak-kanak berusia enam tahun di Terengganu mengalami karies gigi ataupun gigi berlubang.
Data ini menunjukkan perbezaan kadar kerosakkan gigi antara kanak-kanak di Terengganu yang dikatakan meminum air berfluorida dengan kanak-kanak di Kelantan yang dikatakan meminum air tidak berflorida hanyalah 2.4 peratus. Suatu angka perbezaan yang kecil. Saya suka mengambil perbezaan antara Kelantan dan Terengganu kerana kedua-dua negeri ini adalah berjiran dan rakyatnya mempunyai gaya hidup yang hampir sama.

Perhatikan pula fakta kajian yang menyatakan untuk gigi kekal, hanya 10% kanak-kanak mengalami karies gigi, suatu penurunan peratusan yang begitu drastik berbanding ketika kanak-kanak berusia bawah 6 tahun dengan 95.6 peratus, sedangkan tentunya mereka masih meminum bekalan air yang sama.

Apa yang ingin saya utarakan, faktor kerosakkan gigi bukanlah satu-satunya kerana bekalan air yang tidak mengandungi fluorida, tetapi lebih kepada gaya dan cara hidup, gaya pemakanan dan tahap kesedaran penjagaan gigi. Pengambilan makanan manis yang menjadi kesukaan kanak-kanak berusia di bawah 6 tahun serta kurangnya tahap kesedaran penjagaan gigi di kalangan ibu bapa adalah antara punca utama.
 Sebagai pengamal pergigian profesional di Kelantan dan Terengganu sejak lebih 10 tahun lalu, serta pernah bertugas sebagai pensyarah pelatih di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kelantan,  didapati hampir keseluruhan ibu-ibu di sini gemar memasukkan minuman bergula ke dalam botol susu anak-anak mereka, suatu amalan yang menjadi penyumbang utama kerosakkan gigi anak-anak diperingkat awal usia.

Pengalaman semasa bekerja di Iraq dahulu sebaliknya mendapati, amalan pemakanan mereka yang berbeza menyebabkan kadar kerosakkan gigi kanak-kanak di sana agak rendah walaupun negara mereka tidak pernah mengenal istilah air berfluorida.

Sekadar catatan, Pemfluoridaan air adalah penambahan paras fluorida semula jadi ke dalam bekalan air paip awam ke paras optimum untuk kesihatan pergigian. Ia  adalah selamat dan berkesan untuk mengurangkan kerosakan gigi. Dalam masa yang sama kita memahami bahawa tanggungjawab memastikan bekalan air mempunyai kandungan fluorida bukan hanya tanggungjawab Syarikat Bekalan Air negeri-negeri berkenaan, tetapi juga adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat melalui kementerian Kesihatan.

Sila rujuk kepada Rancangan Malaysia ke 9 (2006-2010) bab 20, Meningkatkan Taraf Kesihatan menyebut;
20.12 Aktiviti kesihatan pergigian dilaksana bagi menggalak kesedaran tentang pentingnya amalan pergigian yang baik untuk menambah baik kualiti hidup. Bagi mencegah pereputan gigi, pemfluoridaan bekalan air terus dijalankan. Sehubungan ini, sembilan loji rawatan air dilengkapkan dengan saluran fluorida di negeri Kedah dan Perak menjadikan bilangan loji yang dipasang penyalur kepada 249 daripada sejumlah 440 loji. Program penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif untuk pelajar sekolah bertujuan mengenal pasti dan merawat masalah pergigian di peringkat awal terus dilaksana dalam tempoh Rancangan yang memanfaatkan lebih 90 peratus pelajar sekolah rendah.

Silakan mereka yang berada di bilik berhawa dingin Kementerian Kesihatan untuk menjelaskan maksud pernyataan ini. Bukankah bisa difahami bahawa sebenarnya Kementerian Kesihatan mempunyai peruntukan kewangan untuk program pemfluoridaan bekalan air tetapi kenapa Kelantan dianak tirikan?

Kalau umno ingin berpolitik, janganlah sampai hal budak-budak gigi 'rongok' pun nak dipolitikkan. Angka dan laporan memerlukan analisa teliti dan pandangan pakar  sebelum dibuat kesimpulan mudah dan dangkal.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 23 Nov 2011 07:10 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Hizbullah, Iran Guna Alat Perisik AS Kesan Pembelot

Posted: 23 Nov 2011 08:09 AM PST

WASHINGTON : Amerika Syarikat mendapat tamparan hebat apabila pergerakan Hizbullah berjaya mengenal pasti dan menahan pemberi maklumat di kalangan anggotanya yang bekerja untuk Agensi Perisikan Pusat (CIA).
 
Selain itu, dalam perkembangan berasingan di Teheran, pegawai di Iran turut berjaya membongkar identiti beberapa orang yang didakwa menjadi pemberi maklumat CIA. 
Bekas pegawai Amerika berkata, pemberi maklumat CIA, dipercayai direkrut di kalangan rakyat tempatan berjaya dikenal pasti disebabkan kecuaian dalam prosedur kerja dikenali dalam dunia penyamaran sebagai 'tradecraft' yang digunakan agensi berkenaan.

Oleh itu, bekas pegawai operasi CIA, Bob Baer, yang bukunya dijadikan filem Hollywood, Syriana, berkata kemampuan Hizbullah tidak boleh dipandang rendah.

"Sistem keselamatan Hizbullah setanding dengan agensi lain di dunia. Ia lebih baik daripada agensi perisikan Russia, KGB," kata Baer.

Satu sebab Hizbullah berjaya membongkar pengintip ialah kerana ia mempunyai pengaruh besar hingga dapat memaksa pasukan keselamatan Lubnan menyerahkan komunikasi sulit dan peralatan pengintipan dibekalkan Amerika.

Ia kemudian menggunakan peralatan itu untuk mengenal pasti dan mengesan pemberi maklumat CIA. - Reuters

sumber : bharian.com

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 23 Nov 2011 03:54 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


MENYESAL TAK SUDAH KALAU JILAT SEMULA LUDAH !

Posted: 22 Nov 2011 10:57 PM PST

Komen Teman : Barisan Nasional atau PEKEMBAR(UMNO) akan menyesal tak sudah kalau cuba melaksanakan rang undang-undang menghalang demo sebegini. SEBAB ! sebabnya dah terbukti 4 negeri yang telah menyebabkan mereka(BN/UMNO) kantoi telah mendorong mereka membuat demo bila tidak puashati pada pemerintah Pakatan Rakyat di Negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat(PR) seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Contoh di Selangor berpa ramai ADUN BN dan bekas ADUN dan menteri turun padang membuat demo pada Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh PR!Tengoklah bekas ADUN Lembah Jaya Bn iaitu Ismail Kijo yang pernah berdemo di Ampang Point sebagai contoh. Itu baru negeri, kalau Malaysia BN kantoi, apa yang mereka(BN) boleh buat kalau undang-undang haramkan demo telah dikuatkuasa? BN juga yang susah nanti.
Wahai BN dan UMNO ..kalau kamu kalah Putrajaya bagaimana nak demo ! Dulu punyanya busuk hati kutuk Pakatan Rakyat berdemo dikatakan macam beruk seperti kata KJ (Ahli Parlimen BN Khairy Jamaludin menantu Pak Lah)...tup-tup lepastu beliau(KJ) rajin turun padang berdemo dan akhirnya telan balik air ludah yang telah diludahkan kepada Pakatan Rakyat. JADI ! INGATLAH SEBELUM CUBA LULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG TERSEBUT nanti UMNO juga yang semput.



Kerajaan BN dengonya amat serius untuk membentangkan satu rang undang-undang yang akan menghalang rakyat dari membuat perlakuan protes secara demonstrasi dijalanan. Teman dan rakyat harap semua Ahli Parlimen Pakatan rakyat dan Ahli Parlimen BN yang nak berubah akan hadir ke sidang Parlimen untuk membantah undang-undang ini.

Amat memalukan jika Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak bersungguh membantah rang undang-undang ini.

Diantara undang-undang yang akan diperkenalkan katanya ialah,

- Notis selama 30 hari perlu diberikan lebih awal, kecuali ditempat-tempat yang dikhususkan oleh Menteri Dalam Negeri.

- Selepas notis dihantar, perhimpunan boleh diteruskan kecuali terdapat bantahan dari pihak polis.

- Protes jalanan tidak akan dibenarkan.

- Protes tidak dibenarkan dalam kawasan 50 meter dari kawasan larangan seperti yang terdapat dalam senarai termasuk hospital, sekolah, tempat ibadat.

- Seksyen 8 membenarkan "pegawai polis mengambil tindakan yang sirasakan sesuai " supaya akta ini dipatuhi.

- Seksyen 9(5) membenarkan polis mengenakan denda terhadap penganjur sehingga RM10,000 jika sekiranya tiada notis awal perhimpunan diberikan kepada polis.

- Seksyen 20(1) membenarkan polis menahan sesiapa saja yang membawa atau membenarkan kanak-kanak dibawa keperhimpunan.

- Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda penunjuk perasaan sehingga RM20,000.

- Mereka yang dibawah umur 21 tahun tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang penganjuran perhimpunan.

- Kanak-kanak dibawah umur 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang bentuk perhimpunan kecuali kebudayaan, keugamaan seperti pengkebumian ataupun acara yang diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri.

Rang undang-undang ini akan dibentangkan bersama dengan akta Polis, dimana permohonan permit polis untuk menganjurkan perhimpunan akan dimansuhkan.

Tujuan undang-undanag ini diperkenalkan ialah untuk menghalang sebarang demo atau perhimpunan aman.

PEMERINTAH PENIPU RAKYAT , SYURGA TAK LEKAT !

Posted: 22 Nov 2011 09:02 PM PST

Nasihat Imam Auzai' kepada Khalifah Abu Jaafar Al Mansur:

Wahai Amirul Mukminin, Rasulullah bersabda:

"Sesiapa sahaja di kalangan pemerintah, apabila mati dalam keadaan menipu rakyatnya, nescaya diharamkan syurga untuknya".

Wahai Amirul Mukminin! sesiapa yang benci kepada kebenaran, sesungguhnya ia benci kepada Allah. Kerana sesungguhnya Allah itu benar lagi membenarkan. Hendaklah Tuanku tegakkan kebenaran dan keadilan ke atas rakyat. Tutuplah aurat (keaipan) mereka. Janganlah dikunci pintu rumah Tuanku, atau mengadakan hijab (penghalang) di antara Tuanku dengan mereka. Hendaklah Tuanku bergembira dengan nikmat yang mereka terima, tetapi bersimpati dengan musibah yang menimpa mereka.
Wahai Amirul Mukminin! Urwah bin Ruwain berkata: "Pernah Rasulullah memiliki pelepah kurma yang digunakan untuk bersugi hingga menakutkan kaum munafik. Kemudian turunlah Jibrail bertanya: Hai Muhammad! Apakah pelepah kurma ini engkau gunakan untuk menghancurkan atau menakutkan hati umatmu?"

WahaiAmirulMukminin! Relakanlah dirimu dengan dirimu! Dan carilah keamanan daripada Tuhanmu! Gemarlah kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ingatlah sabda Rasulullah:

"Sesungguhnya panah yang dimiliki oleh ahli syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya."

Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya jika sesebuah kerajaan yang sebelummu itu kekal, nescaya ia tidak akan sampai kepadamu. Begitu jugalah, ia tidak akan kekal di tanganmu atau sesiapa sahaja.

Wahai Amirul Mukminin! Ingatlah kata-kata Umar Al Khattab: 'Jika mati anak kambing di tepi sungai Furat (Iraq), nescaya aku takut akan dipertangungiawabkan mengenainya di akhirat kelak!"

Maka bagaimana pula halnya dengan rakyatmu yang tidak beroleh keadilan daripadamu sedangkan ia sangat hampir denganmu?"

Peringatan seperti ini sebenarnya hanya berani disuarakan oleh ulama yang mempunyai kekuatan jiwa yang luar biasa dan bekerja kerana Allah. Dalam suratnya kepada khalifah itu, Imam Auzai' menyambung:

Wahai Amirul Mukminin! Allah telah berfirman:

"Hai Daud! Sesungguhnya Kami jadikan engkau khalifah di muka bumi. Sebab itu putuskanlah sesuatu perkara di antara rakyatmu dengan kebenaran. Janganlah engkau turuti kemahuan nafsumu, nanti engkau akan disesatkan dari jalan Allah': Shad: 26

Wahai Amirul Mukminin! Rasulullah bersabda:

"Setiap pemerintah akan dibawa pada hari kiamat dengan tangannya dirantaikan ke leher. Ia hanya dapat dibuka oleh keadilannya. Ia diberhentikan di atas titian sirat di atas neraka yang akan bergerak dengan suatu gerakan yang akan menghilangkan seluruh anggota daripada badan. Kemudian ia dikembalikan. Lalu hitung amalannya. Kalau ia dahulu berbuat baik, nescaya ia lepas dengan kebaikannya. Kalau ia dahulu berbuat jahat, nescaya pecahlah titian itu, lalu ia terhumban ke dalam neraka tujuh puluh kharif (jarak masa setahun)."

Wahai Amirul Mukminin! Umar r.a. berkata:" Amir (pemerintah) itu ada empat jenis:

Amir yang kuat; yang dapat mengawal diri dan pegawai-pegawainya. la seperti mujahid (orang yang berjihad). Tangan (kekuasaan) Allah dan rahmatNya terhampar ke atasnya.

Amir yang lemah; yang dapat mengawal dirinya sendiri sahaja dan tidak pegawai-pegawainya. la dalam keadaan yang membahayakan sebagaimana sabda Rasulullah: "Pengembala yang terjahat itu bahaya yang menghancurkan. Dia itu binasa sendiri. "

Dan Amir yang membiarkan dirinya dan pegawai pegawainya menurut hawa nafsunya. Mereka kesemuanya akan binasa."

Wahai Amirul Mukminin! Umar Al-Khattab telah berdoa:

"Wahai Tuhanku. Sekiranya menurut ilmu-Mu, aku akan terpengaruh, apabila dua rakyatku dihadapkan kepadaku, kepada yang miring daripada kebenaran, baik yang dekat atau jauh, maka janganlah Engkau biarkan aku walaupun sekelip mata".

Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya yang paling berat ialah berdiri tegak untuk menegakkan kebenaran kerana Allah. Yang paling mulia di sisi Allah ialah taqwa. Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan mentaati Allah, nescaya ia akan diangkat dan dimuliakan oleh Allah. Sesiapa yang mencari kemuliaan dengan membuat maksiat kepada Allah, nescaya ia dihina dan direndahkan oleh Allah.

..........................................................................................................

Bacelah sejarah siapa dibelakang maharaja Najasyi, Umar Ibnu Aziz, Sultan Salehuddin al Ayubi, Sultan Murad II, Sultan Muhammad al Fateh, Maharaja Aurangzeb..
http://alambukansemulajadi.blogspot.com/2011/11/nasihat-imam-auzai-kepada-khalifah-abu.html#more

RAKYAT KELIRU ANTARA TIPU DUIT SENDIRI DENGAN TIPU WANG RAKYAT YANG MANA LEBIH JAHAT

Posted: 22 Nov 2011 06:11 PM PST

Kita masih ingat bagaimana rakyat Malaysia pernah menipu atau menyeleweng duit mereka sendiri semasa skim beli komputer menggunakan Wang KWSP semasa zaman Mahathir dahulu. Ramai tahu ada rakyat yang seleweng untuk mendapatkan wang tunai untuk kegunaan yang lebih penting untuk kegunaan mereka pada masa itu sehinggakan ada yang gunakan untuk belanja kenduri perkahwinan anak mereka. Kita tidak tolak jika ada yang menipu hanya bertujuan mendapatkan wang untuk sengaja berjoli namuan kebanyakkannya memang terdesak .Teman bukan menyokong rakyat yang menyeleweng tetapi teman nak keadilah perbicaraan dan keadilan undang-undang di mana kerajaan beria-ia nak menjalankan hukuman pada mereka yang menipu wang KWSP yang merupakan wang rakyat yang bekerja dan membenarkan potongan caruman KWSP . Sewajarnya ada undang-undang diwujudkan untuk menjaga keselamatan wang KWSP agar tidak dikeluarkan secara tidak sah walaupun wang itu adalah wang rakyat.
Namun jika dibandingkan dengan kes NFC atau lebih dikenali sebagai kes panas 'Feedlot' yang bernilai RM250 juta memang terang diseleweng apabila diprogram untuk projek lembu tapi ada sebahagian bajet dibelikan Kondo dan belanja umrah sekeluarga?
Rakyat dah faham bahawa RM250juta adalah bukan wang Shahrizat atau wang Noh Omar atau wang DS Najib tetapi wang rakyat. Kenapa bila disuruh buat lain tetapi dibuat lain dan telah ditegur Audit negara tetapai Kerajaan Bn hadapi sambil lewa?
Kenapa bila 22 rakyat ini bila difikirkan dengan lojik mereka (22 orang) ini menipu wang mereka sendiri boleh dibicara , disaman dan ada yang dihukum tetapi seorang/kumpulan yang menipu RM250,000,000 tidak dicop penipu/penyeleweng hanya denga sedikit penjelasan mulut?


Menipu di sini membawa maksud membuat pengeluaran kononnya untuk membiayai perkara yang berkaitan dengan perumahan tetapi menggunakannya untuk tujuan lain.

Dalam isu Scandal 'Feed The Lord' pula kita menyaksikan sebanyak RM250 Juta dana dari wang milik rakyat telah disalurkan sebagai 'Soft Loan' kepada National Feedlot Corporation (NFC), Syarikat milik Suami dan Anak Shahrizat yang dianugerahkan melalui tender terbuka tapi terhad (Noh Omar kata).

Tujuan dana tersebut disalurkan ialah untuk untuk mengusahakan industri lembu pedaging di Gemas, Negeri Sembilan, untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri sebanyak 38 peratus.


22 ahli KWSP didenda tipu pengeluaran

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Seramai 22 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didapati bersalah dan didenda sepanjang Julai hingga September lepas kerana terlibat dengan penipuan pengeluaran.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, sejumlah lima saman baru untuk kesalahan yang sama juga telah difailkan di mahkamah dalam suku tahun berkenaan.

Menurut beliau, tindakan yang dikenakan itu merupakan usaha berterusan pihaknya dalam membanteras dan mencegah kegiatan penipuan.

"Sebanyak 22 ahli yang didapati bersalah telah didenda sebanyak RM17,400 oleh mahkamah bagi kesalahan yang melibatkan penipuan pengeluaran perumahan KWSP.

"Salah seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara, manakala 16 lagi berkemungkinan dipenjarakan sehingga enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

"Adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan simpanan ahli terus dilindungi termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli yang didapati bersalah mengeluarkan simpanan persaraan mereka secara tidak sah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991, ahli yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu pengeluaran boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Nik Affendi berkata, mereka yang disabitkan kesalahan tetapi memulangkan wang yang dikeluarkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan hanya akan dibenarkan memohon di bawah pengeluaran yang sama dalam tempoh dua tahun dari tarikh wang tersebut dipulangkan.

Bagaimanapun, kata beliau, bagi ahli yang tidak memulangkan wang atau berbuat demikian selepas tempoh enam bulan dari tarikh sabitan, maka mereka akan hilang hak bagi membuat pengeluaran yang sama untuk selama-lamanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penipuan pengeluaran turut membabitkan penyerahan dokumen palsu oleh ahli bagi mendapatkan kelulusan permohonan pengeluaran simpanan KWSP mereka.

Justeru itu, katanya, setiap permohonan pengeluaran dan dokumen sokongan yang diterima oleh pihaknya akan disemak secara terperinci dan dirujuk dengan pihak berkaitan untuk menentukan kesahihannya.

"Sistem KWSP berkemampuan mengesan ahli yang telah membuat penipuan walaupun selepas pengeluaran dibuat.

"Pegawai KWSP juga dari semasa ke semasa dilengkapkan dengan maklumat terkini berkaitan kes penipuan terutama modus operandi yang digunakan oleh ahli atau sindiket terbabit," katanya.

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 23 Nov 2011 03:17 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


MINUM PETANG DI DUN KEMASIK

Posted: 23 Nov 2011 04:57 AM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 23 Nov 2011 03:14 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


BRAHIM KATAK TERUS MENJILAT NAJIS UMNO.... SOKONG 100% AKTA PERHIMPUNAN

Posted: 23 Nov 2011 12:29 AM PST

Perkasa menyokong 100% akta baru ini atas alasan ia penambahbaikan berbanding peruntukan sedia ada. Ibrahim Ali berkata, Akta Perhimpunan Awam masih memberi kebebasan berhimpun dan tidak menyekat kebebasan untuk berhimpun selagi perhimpunan berjalan secara aman.

"Kerajaan bagus, akta baru ini sebenarnya untuk keselamatan rakyat untuk memastikan tiada pihak yang akan mengambil kesempatan, malah kerajaan tetap beri peluang untuk rakyat bersuara, cuma bezanya di kawasan-kawasan yang betul, dan dalam keadaan yang selamat dengan kawalan pihak berkuasa," katanya.

"Sekiranya berlaku demonstrasi dan perhimpunan terbuka yang tidak terkawal, penjenayah akan mengambil kesempatan terhadap situasi itu."

"Negara kita ini dipenuhi pendatang asing, ada di antara mereka yang tidak bekerja, menjadi penyamun, perompak, dan sebagainya, sekiranya berlaku demonstrasi, mereka akan gunakan peluang itu untuk melakukan jenayah.
... kesian jugak kat mamat Tendong nie... nak kemaruk sangat nak bertanding pilihanraya... habis dijilatnye najis-najis UMNO....  nak lawan parlimen Pasir Mas ke dun Tendung?

SPR NASIHAT NAJIB DULU... JANGAN MENYIBUK HAL ORANG

Posted: 22 Nov 2011 10:02 PM PST

Dewan Pemuda PAS membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang "menyibuk" terhadap urusan parti politik lain dengan mahu memujuk negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat agar mengadakan pilihan raya umum secara serentak.


Sebaliknya, sayap pemuda PAS itu mahu SPR memujuk agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengummkan tarikh pilihan raya umum lebih awal.

SPR tidak berhak untuk masuk campur terhadap urusan pihak lain sedangkan urusan kendaliannya banyak lagi yang tidak selesai.

"Dari segi undang-undang tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri untuk mengadakan pilihan raya umum secara berasingan, mengapa SPR pula terhegeh-hegeh mahu menasihati parti politik untuk mengadakan pilihan raya umum secara serentak?" kata Riduan.

Riduan menambah, sepatutnya urusan mengadakan pilihan raya umum secara serentak atau berasingan diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, dan SPR tidak berhak mempertikai perkara itu.
"Mencampuri urusan parti-parti politik terutama pembangkang akan dilihat oleh rakyat bahawa SPR terikat dengan arahan pihak tertentu yang berkepentingan," katanya lagi.

Riduan menambah, pihaknya mahu mengesyorkan, jika SPR benar-benar mahu menasihati pemimpin parti politik, adalah lebih baik Aziz (gambar) menasihati dahulu Najib agar mengumumkan tarikh pilihan raya umum kepada rakyat daripada awal.

"Ini lebih penting supaya semua pihak dapat membuat persiapan bagi menghadapinya. Merahsiakan tarikh pilihan raya merupakan suatu tindakan yang tidak bijak kerana boleh mengganggu jadual parti politik dan rakyat keseluruhannya," katanya.

HANYA SEKEPING GAMBAR

Posted: 22 Nov 2011 06:30 PM PST

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang kematian ibunya mati dalam peperangan. Kanak-kanak ini terlalu rindu akan ibunya maka dilakarkan gambar ibunya pada lantai kayu dengan gambar ibunya itu melentangkan tangan untuk ditiduri oleh anaknya sebagai alas bantal.

Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti…?
Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti…?
Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?...
Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?...
Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?...
Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?...
Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkanyang lain-lain…tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi….
Ya'Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik…padaMu jua aku meminta berikanku perlindunganMu…
Panjangkan umurku Ya'Allah…bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa…
berikanlah aku kekuatanMU Ya'Allah…hanya padaMu aku berserah Ya'Allah….
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang…Maha Pengampun….Maha SegalaNya….Amin…."


HANYA SEORANG DARIPADA 30 KANAK-KANAK TADIKA GIGI ELOK.

Posted: 22 Nov 2011 05:05 PM PST

Setelah menyerang habis-habisan dengan menipu seluruh rakyat Malaysia yang menyiarkan artikel pasal kadar E.Coli di Kelantan tertinggi ... kali ini Siri 4 dan terakhir Laporan penipu Utusex berkaitan kualiti air di Kelantan oleh wartawan yang tidak beretika kewartawanan, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan TERMIZI CHE ANUAR.... kedua-dua wartawan ini lebih menyiarkan berita keburukan PR tanpa memberi fakta yang benar.

(UM) KUALA LUMPUR 22 Nov. – Hampir keseluruhan kanak-kanak di Kelantan yang berumur bawah enam tahun mengalami masalah pereputan gigi atau gigi berlubang akibat air di negeri itu tidak dibekalkan dengan kandungan fluorida yang mencukupi.


Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menyebut, pada tahun 2007, 95.3 peratus kanak-kanak di negeri itu yang berumur di bawah enam tahun menghadapi masalah gigi berlubang. Pada tahun itu, penduduk mendapat air berfluorida adalah 18.1 peratus.


Bayangkan apa yang berlaku selepas ini. Ini kerana peratusan penduduk yang mendapat air berfluorida menurun hampir setiap tahun dan tahun lalu hanya hanya 14.1 peratus.

... mana Laporan Jabatan Kesihatan Malaysia pasal kanak-kanak yang menghadapi masalah gigi? Sebenarnya tiada kajian khusus dilakukan oleh kementerian kesihatan berkenaan tahap kesihatan gigi dikalangan kanak-kanak bawah 6 tahun di Malaysia....

UNDANG-UNDANG HAIWAN?

Posted: 22 Nov 2011 04:42 PM PST

Undang-undang perhimpunan aman yang dibacakan kali pertama semalam akan memberi kuasa yang luas kepada UMNO dan polis selain menghakis hak dan kebebasan diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan selama ini...

Dupahang's Weblog

Posted: 23 Nov 2011 12:19 PM PST

Dupahang's Weblog


Ulamak Jelajah Malaysia Lancar Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki

Posted: 22 Nov 2011 03:14 PM PST

 Dewan Ulamak PAS Pusat telah melancarkan Siri Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki yang telah berjaya diadakan sebagai permulaannya di dua negeri iaitu Johor Darul Takzim dan di negeri Terengganu Darul Iman. Siri Penyusunan Jentera dan Penjelasan Isu-isu semasa ini insyAllah akan menjelajah semua negeri-negeri di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah. Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulamak PAS [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 23 Nov 2011 11:11 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


10 BUAH RUMAH ROSAK

Posted: 23 Nov 2011 03:38 AM PST

E-mail Print PDF
KEMAMAN - Seurang-kurangnya sepuluh buah rumah di Kampung Geliga Pantai dekat sini  rosak teruk dipukul ribut yang melanda kira-kira jam 4 petang Rabu 23 November.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Geliga Ariffin Yusof, kejadian 'ribut kilat' yang berlaku 10 minit tersebut telah menerbangkan atap rumah penduduk terbabit.

"Lebih kurang 10 buah rumah yang rosak, ribut melanda dengan pantas, tak sampai 10 minit kira-kira pada jam 4 petang,"ujarnya ketika ditemui skuad Buletinonline


Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat yang ;bersegera' melawat tempat kejadian meminta semua penduduk yang ditimpa bencana tersebut agar bersabar.

"Saya minta semua yang dilanda tragedi ini supaya bersabar,"ujarnya.

Beliau turut menggesa pihak bertanggungjawab supaya mengambil perjalanan segera membantu mereka.

Menurutnya, kerugian dianggarkan lebih RM100,000 dan pihaknya akan memberi bantuan segera bagi mengurangkan beban kehidupan mangsa-mangsa terbabit,malam ini hanafiah menyedidiakan nasi bungkus  sebanyak 60 bungkus.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 23 Nov 2011 11:08 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Kursus Kecemerlangan Kerjaya Dan Pengurusan Rumah Tangga

Posted: 23 Nov 2011 12:26 AM PST

Akta Perhimpunan sahkan Bersih 3 perlu disegera

Posted: 23 Nov 2011 12:22 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata langkah kerajaan BN membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman menguatkan lagi hujah bahawa himpunan Bersih 3 perlu diadakan segera.

Menurutnya, tindakan kerajaan itu bukan sahaja cuba mencengkam hak rakyat untuk berhimpun, malah lebih teruk dari itu kerajaan sebenarnya sedang cuba menipu rakyat dengan nama 'transformasi' yang dilaungakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Jelas sekali bahawa rakyat sedang dipermainkan oleh BN yang berselindung di sebalik nama transformasi.

"Langkah kerajaan ini makin menjelaskan lagi bahawa Bersih 3 perlu dirialisasikan segera," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bacaan pertama RUU Perhimpunan Aman yang dibentang di Dewan Rakyat semalam oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Antara lain, kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu termasuklah melarang protes jalanan.

Selain itu, undang-undang itu juga bakal membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal iaitu 30 hari sebelum himpunan.

Bagi mereka yang ditangkap menyertai himpunan itu pula, polis dibenar mendenda mereka sehingga RM20,000.

"Kerajaan perlu belajar apa yang sedang berlaku di Mesir. Rakyat mereka bangkit membantah tindakan pemerintah tentera yang tidak konsisten dan menekan mereka.

"Kalau kerajaan Umno BN juga tak konsisten dan mencengkam rakyat, tak mustahil mereka juga bakal berdepan kebangkitan rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata apa yang memalukan, nama rang undang-undang itu sendiri sudah bercanggah dengan kandungannya.

Katanya, walaupun namanya RUU Perhimpunan Aman, tetapi kandungannya secara keseluruhan cuba menghalang sebarang perhimpunan rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau RUU ini untuk halang Bersih 3, itu perhitungan silap.

"Rakyat moden tidak boleh dikongkong dengan langkah sebegitu," katanya.

KELAYAKAN OLIMPIK : MALAYSIA LWN SYRIA

Posted: 23 Nov 2011 12:14 AM PST

Malaysia vs Syria

23 November : 8.30 Malam : Rabu (Malam Ini)

Stadium Nasional Bukit Jalil

Tiket Rm50 Grandstand : Rm20 Terbuka : Rm5 Kanak-Kanak

Siaran Langsung @ TV1 dan Astro Arena

YB Dr Mohamed Fadzli (ADUN Temangan) Ke Lokasi Banjir

Posted: 22 Nov 2011 09:47 PM PST


Pemuda PAS buka bilik gerakan banjir

Posted: 22 Nov 2011 09:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengumumkan bilik gerakan banjir telah dibuka di seluruh negara bagi menghadapi kemungkinan banjir kelak.

"Sukarelawan untuk membantu pasukan penyelamat yang akan bertugas semasa banjir sangat diperlukan," kata setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Kenyataan beliau merujuk kepada laporan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan menerima lebihan hujan di antara 20 peratus hingga 40 peratus daripada normal berbanding tahun lepas, di antara bulan November 2011 hingga Mac 2012.

Berdasarkan ramalan itu, dan sekiranya intensiti hujan yang tinggi turun dalam masa singkat, serta ditambah pula dengan keadaan air pasang, maka situasi banjir akan menjadi lebih buruk.

Negeri-negeri yang dijangka menerima hujan yang tinggi antara lain adalah negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan Sabah.

Fenomena air pasang besar pula diramalkan akan berlaku pada 25 Disember 2011 dan 23 Januari 2012.
"DPPM mengingatkan kepada negeri-negeri yang dijangka akan mengalami banjir besar ini supaya sentiasa berjaga-jaga terutama di musim hujan," kata Khairul Faizi lagi.

Menurutnya, DPPM sudah siap terutamanya tenaga yang akan bertugas, tenaga penyelamat dan bantuan kecemasan.

DPPM juga, ujarnya siap menghulurkan tenaga bantuan dan kerjasama kepada pihak kerajaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Beliau berkata, Bilik Gerakan Banjir dan Bencana Alam ditubuhkan di peringkat negeri.

Katanya, untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Pejabat Pentadbiran Dewan Pemuda PAS negeri-negeri.

Alam Ria PASTI Nur Jihad Machang

Posted: 22 Nov 2011 09:45 PM PST










SPR wajar nasihat Najib umum tarikh p’raya awal

Posted: 22 Nov 2011 09:42 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang 'menyibuk' terhadap urusan parti politik lain dengan mengusahakan agar Pilihanraya Umum di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh negara kecuali Sarawak didakan serentak.

Ketua DPP Malaysia, Riduan Mohd Nor berpendapat SPR tidak berhak masuk campur terhadap urusan pihak lain sedangkan urusan kendaliannya banyak lagi yang tidak selesai.

"Dari segi undang-undang tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri untuk mengadakan pilihan raya umum secara berasingan, mengapa SPR pula 'terhegeh-hegeh' mahu menasihati parti politik untuk mengadakan PRU secara serentak," ujarnya kepada Harakahdaily.

Sepatutnya, kata beliau urusan mengadakan pilihan raya umum secara serentak atau berasingan diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, dan SPR tidak berhak mempertikai atau campur tangan terhadap perkara itu.

Tambahnya, tugas utama SPR adalah melaksanakan perjalanan pilihanraya agar ia berlangsung dengan baik, sistematik, telus, dan adil.

Menurutnya lagi, mencampuri urusan parti-parti politik terutama pembangkang akan dilihat oleh rakyat bahawa SPR terikat dengan arahan pihak tertentu yang berkepentingan.

"DPP Malaysia mengesyorkan, jika SPR benar-benar mahu menasihati pemimpin parti politik, adalah lebih baik Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof menasihati dahulu Perdana Menteri agar mengumumkan tarikh pilihan raya umum kepada rakyat daripada awal," katanya.

Ini, katanya lebih penting supaya semua pihak dapat membuat  persiapan bagi menghadapinya.
Menurut Riduan, merahsiakan tarikh pilihan raya merupakan suatu tindakan yang tidak bijak kerana boleh mengganggu jadual parti politik dan rakyat keseluruhannya.

"DPP Malaysia juga mencadangkan agar SPR menasihati Perdana Menteri untuk mewujudkan Kerajaan Sementara selepas pembubaran parlimen sehingga tarikh pengundian," katanya lagi.

Ini akan lebih adil kepada semua pihak yang bertanding dalam PRU ke 13 nanti kerana  boleh mengekang budaya rasuah, projek segera, penyalahgunaan kuasa dan wang dan lain-lain lagi.

Program Mufti Bersama Masyarakat Machang

Posted: 22 Nov 2011 09:39 PM PST







Kadar Kerosakan Gigi Kanak-Kanak : Utusan Malaysia Manipulasi Fakta

Posted: 22 Nov 2011 07:03 PM PST

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) kesal dengan laporan Utusan Malaysia pada hari ini (23 November 2011) yang masih terus menerus menyerang kerajaan negeri Kelantan berhubung isu air. Hari ini di muka hadapan akhbar tersebut, dilaporkan bahawa kadar kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak di Kelantan adalah yang tertinggi di Malaysia dan ia dikatakan berpunca dari air yang tercemar dan mengandungi florida yang tidak mencukupi.

2. DPPNK menyifatkan bahawa serangan ini merupakan satu serangan yang terancang di dalam usaha untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Kelantan. Isu air yang mula dilaporkan semenjak hari Ahad, 20 November 2011 telah diletakkan di muka hadapan selama empat hari berturut-turut dan mungkin dikira sebagai isu yang mampu menggugat penguasaan PAS di Kelantan di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

3. Sukalah DPPNK merujuk kepada laporan Utusan Malaysia sendiri di dalam sisipan Kesihatan pada 16 Januari 2011. Laporan tersebut membawa kenyataan Pakar Pergigian dan Ortodontik Kanak-kanak Prof. Dr. Nik Noriah Nik Hussien yang menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan kerosakan gigi kanak-kanak di Malaysia sememangnya tinggi dengan hanya 25.5 peratus sahaja kanak-kanak yang bebas dari masalah gigi berbanding dengan kadar 50 peratus yang ditetapkan oleh WHO. (Rujuk : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0116&pg=kn_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&y=2011)

4. Persoalannya, adakah logik kadar rendah bebas masalah gigi di Malaysia itu disumbangkan oleh Kelantan sahaja? Jika di Kelantan ia berpunca dari kadar florida yang rendah lalu dikaitkan dengan kelemahan kerajaan negeri membekalkan air yang bersih, bagaimana pula dengan kadar kerosakan gigi kanak-kanak di seluruh Malaysia yang disifatkan rendah oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)?

5. DPPNK mencabar Utusan Malaysia agar menyiarkan kenyataan mana-mana doktor gigi yang bertauliah atau mana-mana kajian ilmiah yang berautoriti untuk mengesahkan bahawa kekurangan fluorida di dalam bekalan air menjadi punca utama kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak khususnya di Kelantan.  Bahkan menjadi satu fakta yang diketahui umum bahawa punca utama kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak bukanlah kerana kekurangan fluorida di dalam bekalan air tetapi kerana makanan yang manis yang mengandungi gula yang tidak dibersihkan.

6. Adalah di luar logik akal jika masalah kekurangan fluorida yang serius di dalam kandungan air terawat di Kelantan tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang membuat pemantauan dari masa ke semasa.

7. DPPNK berpandangan, tindakan Utusan Malaysia yang memanipulasi fakta untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Kelantan ini tidak lain hanyalah untuk mengalihkan isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku di kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Benarlah kata-kata Menteri Besar Kelantan, air Kelantan ingin digunakan untuk membersihkan najis lembu bernilai RM250 juta.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 23 November 2011

Rujukan :
1. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/GIGI/Ketidakselesaan.pdf
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0116&pg=kn_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&y=2011

Jejak Anak Muda dekati pengundi muda

Posted: 22 Nov 2011 06:56 PM PST

PETALING JAYA, 22 Nov: Pemuda Pakatan Rakyat hari ini bersepakat untuk melancarkan Jejak Anak Muda (JAM) yang akan dimulakan pada Disember ini bagi mendekati hati pengundi muda di seluruh negara.

Bercakap pada satu sidang media di Ibu Pajabat Keadilan, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akim memberitahu Pemuda Pakatan Rakyat akan melaksanakan satu program mendekati pengundi muda di seluruh negara.

"Kita telah bersetuju untuk melancarkan satu program Jejak Anak Muda (JAM) pada bulan Disember nanti bagi usaha untuk mendekati pengundi-pengundi muda serta matlamat kita dalam menyampaikan info-info terkini berkenaan dengan usaha Pakatan Rakyat.

"Program JAM akan kita lancarkan selepas retreat Pemuda Pakatan Rakyat di Johor nanti iaitu sebelum berlangsungnya Kongres AMK," jelasnya.

Shamsul juga memberitahu konsep JAM itu akan dilakukan menggunakan kenderaan awam seperti bas, teksi mahupun keretapi.

"Kita akan bergerak menggunakan kenderaan awam, kerana apa yang kita semua ketahui bahawa golongan pemudalah yang paling ramai menggunakan pengangkutan awam dan inilah cara terbaik untuk kita merasai sendiri apa yang mereka alami selain dari kita menyalurkan maklumat kepada mereka.

"Untuk permulaan kita akan fokus pada negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan selepas itu kita akan memasuki negeri yang dimenangi oleh Barisan Nasional. Program ini akan berterusan sehingga tiba pilihanraya umum," sambungnya lagi.

Tambahnya, program itu akan diketuai oleh pemimpin-pemimpin utama Pemuda Pakatan Rakyat selain dari jawatankuasa-jawatankuasa peringkat negeri.

Dalam pada itu juga beliau memberitahu selain daripada program JAM, Pemuda Pakatan Rakyat juga telah menubuhkan Sekretariat Khas Pemuda Pakatan bagi membincangkan setiap isu untuk menghadapi pilihanraya umum nanti.

Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari memberitahu pada pilihanraya nanti, golongan pemuda adalah penentu kepada pemenang parti yang bertanding.

"Kita melihat pengundi muda akan menjadi penentu kepada menangnya parti yang bertanding dan satu yang luar biasa apabila pertambahan pengundi muda hampir dua juta.

"Kepada parti yang dapat mengambil hati pengundi muda adalah satu kejayaan. Jadi saya melihat program JAM ini satu cara terbaik untuk kita mendekati mereka," katanya.

Tambah Shamsul pula walaupun kita melihat sekarang sokongan pengundi muda berpihak kepada Pakatan Rakyat tetapi tanpa kita mendekati mereka secara terus akan dapat mengurangkan keyakinan mereka.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang turut serta mesyuarat tersebut memberitahu sentimen pengundi muda sekarang ini memihak kepada Pakatan Rakyat.

"Sokongan pengundi muda sekarang ini sudah memihak kepada Pakatan Rakyat dan kita tahu mereka mula beralih kerana melihat apa yang dijanjikan oleh Barisan Nasional terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanyalah pembohongan semata-mata.

"Golongan muda melihat apa yang telah dijanjikan oleh Najib sebelum ini dengan agenda tranformasinya tetapi tiada satu pun dapat dimanafaatkan oleh pengundi muda. Apatah lagi dengan penangkapan tiga belas orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Mereka melihat kalau sebelum ini janji Najib terhadap pemansuhan ISA tetapi dengan penangkapan tersebut membuktikan jelas Najib tidak bercakap benar melainkan hanya ingin membohongi rakyat," jelasnya.

Sebelum itu, mesyuarat tersebut yang diadakan di Ibu Pejabat Keadilan turut dihadiri Pemuda dari PKR, PAS dan juga DAP dalam mencari penyelesaian terbaik bagi menghadapi pilihanraya nanti.

Pemuda Pakatan Rakyat juga mengucapkan tahniah atas kejayaan skuad Bola Sepak Harimau Muda yang telah berjaya mengalahkan Indonesia semalam dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea.

Akta Perhimpunan Aman percepat ajal Umno BN

Posted: 22 Nov 2011 06:56 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Lajnah Undang-Undang Guaman dan PAS Pusat memandang serius tindakan Kerajaan Barisan Nasional membentangkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Akta Polis 1967.

AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, setelah meneliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang tersebut, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini.

Menurutnya, menamakan rang undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman dalam keadaan akta tersebut hakikatnya melarang sama sekali sebarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan Kerajaan BN Umno dan Datuk Seri Najib ke atas rakyat.

Ujarnya, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkan perhimpunan aman.

Beliau berkata, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat 'draconian dan zalim, akta yang ingin digubal itu beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin diganti.

Katanya, hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.
"Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ianya tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.

"Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi 'perang' ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada," tegasnya.

Pada masa ini, beliau berpendapat rang undang-undang itu adalah secara jelas unconstitutional kerana ianya bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had tersebut tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.

Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.

"Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak Kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram," ujarnya.

Katanya, amat malang Peguam Negara dan Kerajaan Umno BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif di dalam rekodnya yang sedia buruk dalam isu pencerobohan hak asasi khususnya dalam isu perhimpunan aman.

Baginya, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk Kerajaan BN dan Peguam Negara.

"Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal Kerajaan Umno BN insya Allah," ujarnya.

Dedah penyewa kondo RM70 ribu sebulan

Posted: 22 Nov 2011 06:55 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Koordinator Jingga 13, Fariz Musa mendesak National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan penyewa kondominium One Menerung di Bangsar yang didakwa membayar sewa bulanan RM70 ribu sebulan.

Fariz menggesa Pengarah Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail mendedahkan penyewa terbabit sekiranya benar kondominium itu dibeli untuk tujuan pelaburan, lapor KeadilanDaily.

"Kami pertikaikan kenyataan Datuk Seri Mohamad Salleh yang menyatakan sewa kondominium itu adalah RM70 ribu sebulan.

"Kami gesa Datuk Mohamad Salleh dedahkan siapakah yang menyewa kondominium itu," kata Fariz.
Beliau yang lebih dikenali sebagai cikgu Fariz mendesak perkara itu sebelum membuat laporan polis terhadap NFC di Balai Polis Dang Wangi, tengah hari tadi.

Menurut Fariz, pengakuan Mohamad Salleh bahawa NFC membeli bukan satu tetapi dua kondominium kononnya sebagai instrumen pelaburan adalah satu bukti nyata aktiviti pecah amanah.

Jingga 13, satu NGO yang memperjuangkan isu-isu yang dekat dengan masayarakat telah membuat laporan pertama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya minggu lalu.

SPRM kemudian menghubungi Fariz dan memaklumkan yang laporan itu kini diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia dan disiasat di bawah Akta 613, Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersabit aktiviti jenayah pecah amanah.

Laporan pertama Jingga 13 itu memetik harga kondominium dibeli NFC sebanyak RM9.8 juta.
Namun, pengakuan Mohamad Salleh bahawa NFC, sebuah syarikat penternakan lembu yang dibiayai kerajaan- sebenarnya membeli dua unit kondominium mewah berharga RM13.8 juta mendorong Jingga 13 untuk membuat laporan baru pagi tadi.

Semalam, PKR mendakwa NFC membelanjakan RM32,000 wang rakyat bagi membiayai pakej umrah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya.

KHIDMAT MERU

Posted: 23 Nov 2011 10:22 AM PST

KHIDMAT MERU


DIALOG BERSAMA PENDUDUK TAMAN KLANG

Posted: 22 Nov 2011 01:20 PM PST

















Penduduk-penduduk Taman Klang berasa lega dan berpuas hati apabila wak il rakyat mereka dapat turun padang dan mendengar keluhan-keluhan mereka.

Majlis Dialog yang diadakan antara penduduk Taman Klang dan YB Dr Rani serta En Deepakaran selaku Ahli Majlis MPK telah mendapat sambutan baik dikalangan penduduk yang majoritinya adalah golongan Cina.

Selain masaalah taman, masaalah longkang tersumbat dan pokok yang tidak ditebang adalah masaalah utama mereka














Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 23 Nov 2011 10:03 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pusat Ikan Hiasan Marin di Port Dickson

Posted: 22 Nov 2011 11:42 PM PST



Adakah Pusat Ikan Hiasan Marin di Port Dickson yang berharga RM4.8 juta ini digunakan sepenuhnya dan menjadi antara tempat tumpuan pelancongan dan lawatan sempena cuti sekolah ini? Nampaknya ada 2 projek mega Industri Asas Tani di N.Sembilan ini. Projek penternakan lembu NFC di Gemas dan Pusat Ikan Hiasan ini.

Pembinaan Pusat Ikan Hiasan Marin masih ada kecacatan

PORT DICKSON 20 Sept. - Pusat Ikan Hiasan Marin berharga RM4.8 juta di Batu 7, Teluk Kemang dekat sini didapati, masih mempunyai kecacatan, akibat pembinaan tidak sempurna.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, projek pembinaan pusat itu dimulakan Disember 2007 dan dijadual siap Disember 2008.

"Namun projek ini lewat siap, kira-kira setahun. Sepatutnya projek ini siap Disember 2008 tetapi lewat sehingga September 2009. Projek ini siap sepenuhnya September 2009 dan diserahkan pada 28 Disember 2009.

"Ini bermakna mulai Januari hingga Disember tahun ini, merupakan tempoh kecacatan yang harus diperbaiki pada bangunan dan persekitaran pusat itu," katanya kepada pemberita ketika melawat pusat itu, hari ini.

Katanya, unit teknikal Jabatan Perikanan, pihak kontraktor yang membina projek itu dan syarikat mengendalikannya mengenal pasti beberapa kecacatan berkenaan berdasarkan kepada pemerhatian dan penelitian mereka.

Beliau berkata, projek itu adalah yang pertama di negara ini dan dibina di atas bekas tapak pusat penetasan udang galah seluas 0.85 hektar.

Ia antara lain bertujuan meningkat dan mempelbagaikan pengeluaran ikan hiasan dan memperluaskan pasarannya.

Aktiviti di pusat itu termasuk penyelidikan dan pembangunan ikan hiasan, pengeluaran ikan hiasan, program inkubator dengan penglibatan pihak swasta, latihan, pembangunan stok induk serta agrotourism dan pendidikan awam.

Antara kemudahan yang terdapat di situ ialah pembiakan dan asuhan, galeri pameran, pejabat, makmal, setor, sistem bekalan dan rawatan air serta ruang pembungkusan dan pemunggahan.

Katanya, syarikat inkubator yang dilantik mengendalikan pusat itu ialah Integrated Bumi Aquarium Express Sdn Bhd.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Integrated Bumi Aquarium Express Sdn. Bhd., Datuk Saipuddin Ahmad berkata, pada peringkat pertama ini sebanyak 40 spesies ikan hiasan air tawar dan ikan marin sedang dibiakkan di pusat itu.

Katanya, 100 peratus ikan hiasan yang dibiakkan di pusat itu akan dieksport ke luar negeri terutama negara Eropah kerana permintaan tinggi dan harganya yang kompetitif. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0921&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

Pakatan Rakyat tembusi kubu kuat Umno, Felda di N.Sembilan

Posted: 22 Nov 2011 07:10 PM PST



JEMPOL 22 Nov 2011 : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat kini semakin bertapak kukuh di pedalaman khasnya kawasan Felda yang sebelum ini dianggap kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

Dalam satu program ceramah di Gugusan Felda Palong di sini malam tadi, Anwar berkata, ia memberikan isyarat bahawa Pakatan Rakyat kini semakin hampir ke Putrajaya dan bakal menyingkirkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Ceramah berkenaan yang diadakan di Felda Palong 6, berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka dari Gugusan Felda Palong.

Dalam ucapannya, Anwar melahirkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa dan kehadiran ribuan peneroka Felda yang menandakan bahawa kubu kuat Umno di Negeri Sembilan itu berjaya ditembusi Pakatan Rakyat.

"Saudara dan saudari pada malam ini berjaya membuktikan bahawa akhirnya antara kubu Umno yang terkuat di Negeri Sembilan berjaya juga ditembusi.

"Saya percaya kebangkitan warga peneroka pada malam ini khususnya anak muda akan memberikan kemenangan kepada calon PR di Palong, Jeram Padang, Serting dan Jempol," katanya di hadapan kira-kira 2,000 peneroka Felda dari Gugusan Felda Palong.

Anwar dalam ucapan lebih sejam mengingatkan Umno-BN terhadap penyelewengan yang dilakukan Felda dan kegagalan parti itu membela nasib peneroka.

Felda kini berdepan saman dari ribuan peneroka dari Negeri Sembilan, Kelantan, Johor dan Pahang ekoran penyelewengan yang dilakukan agensi itu terhadap hasil pendapatan peneroka.

"Nasihat saya kepada Umno, jangan berdendam, jangan balas dendam, jangan hukum orang apabila menyedari sokongan warga Felda kini mula berpihak kepada PR.

"Anda (Umno) harus persalahkan diri anda sendiri kerana gagal membela nasib warga peneroka Felda," kata Anwar dan disambut dengan sorakan gamat daripada para hadirin.

Dalam program berkenaan Anwar turut menerima penyerahan borang kemasukan seramai 412 ahli baru KEADILAN dari Ranting Felda Palong 6; 105 ahli dari Ranting Felda Palong 4 dan 257 ahli dari Ranting Felda Palong 2.

Untuk rekod Gugusan Felda Palong mempunyai 16 Tanah Rancangan Felda bermula dari Felda Palong 1 dan berakhir dengan Felda Palong 16.

Beliau juga menyempurnakan pemberian Geran 'Pengisytiharan Tanah Berkelompok Persendirian' kepada 32 peneroka Felda Palong 8 yang mengusahakan penanaman semula getah dan kelapa sawit secara persendirian dan bukan melalui Felda.

Ketua Pembangkang itu turut menerima kemasukan 80 peneroka Felda Palong 8 yang menyerahkan Borang Permohonan Peneroka Generasi Baru.

http://www.keadilandaily.com/anwar-keadilan-tembusi-kubu-kuat-umno-felda/

KEADILAN lancar 'Janji Palong' bela peneroka Felda

JEMPOL 22 Nov 2011 : KEADILAN melancarkan manifesto warga Felda peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai 'Janji Palong' bagi membela hak peneroka yang selama ini diabai kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Manifesto itu dilancarkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan warga Felda yang diadakan di Felda Palong 6 di sini malam tadi.

Program tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka Felda di sekitar gugusan Felda Palong.

Anwar dalam ucapannya memuji usaha yang dilakukan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN (BMFOAK), dalam memperjuangkan hak peneroka yang ditindas oleh Felda di Gugusan Felda Palong dan sekitar Jempol.

Turut hadir dan memberi ucapan pada majlis itu Pengerusi BMFOAK, Suhaimi Said, Timbalan Pengerusi, T Kumar dan Setiausahanya, Rebin Birham.

Sebelum ini sebanyak lapan kes saman ke atas Felda yang melibatkan peneroka Felda Palong, Felda Serting dan Felda Jengka (Pahang) telah difailkan di Mahkamah yang dikendalikan oleh BMFOAK.

Janji Palong mengandungi 6 elemen penting di dalam perjuangan KEADILAN membela nasib Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda.

Pertama, memansuhkan Felda Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingga.

Kedua, menawarkan 830,000 ekar tanah Felda Plantation kepada 83,000 peneroka baru yang terdiri daripada generasi baru Felda.

Ketiga, berjanji membangunkan perumahan mampu milik untuk generasi baru yang menetap di kawasan Felda.

Keempat, menamatkan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang memerah hasil peneroka Felda.

Kelima, mengisytiharkan hutang Peneroka yang akan ditolak daripada pendapatan mengikut kiraan sebenar.

Dan keenam, pemberian insentif kepada peneroka tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan penggantungan kepada Felda.

http://www.keadilandaily.com/keadilan-lancar-janji-palong-bela-peneroka-felda/

Pendaftaran Pelajar PASTI 2012 kini dibuka di Rembau

Posted: 22 Nov 2011 07:09 PM PST



PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI Al Ahmadi
No 86, Jalan CU3
Taman Chembong Utama
Rembau, Negeri Sembilan
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi Cikgu Tarwiah 014-2268907 , 014-2268837

Sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan :
- Kurikulum 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal
- Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan
- Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih
- Konsep Tadika Islam
- Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak
- Asas Al Quran dan Doa Harian
- Amali dan Praktikal Ibadah
- Aktiviti Sukan dan Riadah
- Yuran yang berpatutan

Waktu Pembelajaran
8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis)
8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)

Matapelajaran
Komunikasi Asas : Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa
Inggeris
Matematik
Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani
Al Quran dan Tulisan Jawi

Objektif PASTI
Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa
Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam
Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam

Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 23 Nov 2011 09:15 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Sos tiram 1M'sia perlu ditarik segera - Datuk Seri Liow Tiong Lai

Posted: 23 Nov 2011 04:01 AM PST



Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.

liow tiong lai pc on kr1m products 231111 01
"Produk itu mesti ditarik balik segera," kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Pua sebelum ini berkata pada label sos tiram keluaran Lee Kum Kee dan Tesco menyatakan bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram. Bagaiamapun, katanya, sos jenama 1Malaysia pula menyatakan ia diperbuat daripada perisa tiram.

Isu Fidlot : Perjanjian dibuat 2010 tapi duit dah habis pada 2009?

Posted: 23 Nov 2011 03:55 AM PST




Selain dari Kondominium bernilai RM9,758,140.00 yang dibeli untuk lembu-lembu dari NFC (Khairi kata beli sebagai pelaburan).. hari ini Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan satu lagi keajaiban yang berlaku dalam scandal 'Feed The Lord' ini..


Menurut Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid Kementerian Pertanian Asas Tani telah mengeluarkan kesemua wang sebagai dana untuk NFC sejak dari tahun 2008 hingga akhir 2009.

Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat.

Ajaibnya ialah setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010..

Ajaib bukan…

Jadi bagaimanapula Noh Omar boleh mengatakan Syarikat milik Suami dan Anak Shahrizat ini dipilih melalui tender terbuka yang terhad (macam mana aku tak tau lah..) sedangkan wang telah habis dikeluarkan setahun sebelum perjanjian ditandatangani?

Noh Omar juga telah berbohong bila beliau hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar..

Mengapa pula Najib membohongi rakyat dengan mengatakan bahawa setakat 31 Julai hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada NFC?

Sedikit fakta tentang pembayaran kepada NFC oleh Kerajaan.

~Menjelang 31 Mac 2009. Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

~Pada 31 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC.

~dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.


*****************************

NFC: PAC dapati banyak kelemahan

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia hari ini memutuskan memanggil Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara untuk melihat semula sistem pengurusan bagi setiap agensi dan jabatan kerajaan.

PAC yang bermesyuarat hari ini membincangkan khusus permasalahan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dilihat banyak kelemahan yang timbul di dalam pengurusannya.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, mesyuarat itu khusus kepada isu NFC tetapi pada peringkat awal Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sahaja dipanggil.

"Pada peringkat awal isu NFC ini kita hanya memanggil MOA dahulu untuk kita ketahui permasalahan tersebut, dan pihak NFC kita akan panggil bagi mendengar keterangannya pada bulan Januari 2012 tahun depan.

"Kita belum lagi membincangakn perkara ini secara khusus kerana PAC belum lagi memanggil NFC," jelasnya.

Beliau memberitahu melalui perbincangan hari ini, PAC mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

"Kelemahan yang paling ketara antara MOA dan NFC adalah di mana wang telah dikeluarkan kesemuanya sejak tahun 2008 hingga akhir 2009.

"Wang tersebut dikeluarkan kepada akaun khas yang mana ia memerlukan kelulusan kementerian untuk disalurkan kepada akaun operasi syarikat.

"Tetapi masalahnya setelah kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan pada 2010," jelasnya.

Beliau juga memberitahu sepanjang perbincangan yang dilakukan terhadap agensi mahupun jabatan kerajaan itu hanya perkara sama yang berulang sehinggakan rakyat sudah mula muak mendengarnya.

"PAC mendapati hanya perkara yang sama berlaku dan kita dapati kelemahan yang jelas adalah sistem pengurusan yang mana ia tidak selari antara pengurusan dengan perlaksanaan.

"Dalam pada itu melihat kepada permasalah yang berulang ini PAC bersetuju untuk memanggil Kementerian Kewangan dan juga Ketua Setiausaha Negara bagi mencari penyelesaian serta memperbaiki kembali sistem yang lama yang tidak sesuai lagi pada masa sekarang," sambungnya lagi.

Tambahnya lagi, pada masa sekarang kebanyakan agensi mahupun jabatan lebih tertumpu kepada projek berkonsep perniagaan dan bagi mengelakkan perkara seperti NFC ini berulang maka perubahan kepada sistem operasi perlu dilakukan.

"Wujud kelemahan dalam sistem yang ada, apabila pihak audit menjalankan tanggungjawabnya serta memaparkan yang benar ia tidak akan disenangi oleh semua jabatan kerajaan," sambungnya lagi.

BN bakal tewas di Pahang, Johor dan Melaka! - Dr Abu Hassan Hasbullah

Posted: 22 Nov 2011 09:40 PM PST


WAN NORDIN WAN YAACOB
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgm-M0W0MaeZDgPM7-OFoWu6h6Ai1nb0e3Mk1hB2esVqISwMmsEecbDSzAQbpiS5EHJ0_H1WxFzOliLJl9ygIW8HBj3qxLEXikvO1-M1Teo3vTzYnhyWeCaY8H9O6xqVbRvLMmAerXI83nT/s320/Copy+of+DSC_0097.JPG
KUALA LUMPUR: Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menjangkakan Umno- BN bakal hilang penguasaan di tiga negeri dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang.


Bercakap baru-baru ini, Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Pengajian Media di Universiti Malaya (UM) berkata, terdapat banyak faktor yang mendorong ke arah jatuhnya tiga kerajaan itu ke tangan pembangkang

Pertamanya, peralihan sokongan golongan anak muda bukan Melayu dan kecenderungan golongan ini untuk mendaftar sebagai pengundi dapat dilihat perkembangan ke arah itu, katanya.

Sementara, kemasukan maklumat alternatif yang dimainkan oleh media baharu dan media alternatif seperti Harakah menyumbang kepada kesedaran golongan di bandar dan meresap ke kawasan berhampiran, katanya.

Beliau yakin dengan permasalahan besar yang dihadapi kerajaan hari ini, sementara tekanan ekonomi amat dirasai rakyat, tiga negeri BN ini bakal dikuasai pembangkang dengan peralihan undi seperti pada tahun 2008.

Ditanya mengenai sebarang kemungkinan negeri-negeri yang dikuasai Melayu seperti Kelantan dan Kedah akan berlaku perubahan, Dr Abu Hassan menyatakan PAS akan terus menerajui Kelantan kerana imej kepimpinan yang sangat memberi keselesaan kepada rakyat.

"Saya yakin, PAS akan terus berjaya mempertahankan Kelantan, jika mood yang ada hari ini kekal sehingga pilihan raya umum akan datang" katanya.

Akta Perhimpunan Aman percepat ajal Umno BN

Posted: 22 Nov 2011 09:38 PM PST


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Lajnah Undang-Undang Guaman dan PAS Pusat memandang serius tindakan Kerajaan Barisan Nasional membentangkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Akta Polis 1967.

AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, setelah meneliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang tersebut, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini.

Menurutnya, menamakan rang undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman dalam keadaan akta tersebut hakikatnya melarang sama sekali sebarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan Kerajaan BN Umno dan Datuk Seri Najib ke atas rakyat.

Ujarnya, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkan perhimpunan aman.

Beliau berkata, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat 'draconian dan zalim, akta yang ingin digubal itu beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin diganti.

Katanya, hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.

"Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ianya tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.

"Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi 'perang' ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada," tegasnya.

Pada masa ini, beliau berpendapat rang undang-undang itu adalah secara jelas unconstitutional kerana ianya bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had tersebut tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.

Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.

"Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak Kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram," ujarnya.

Katanya, amat malang Peguam Negara dan Kerajaan Umno BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif di dalam rekodnya yang sedia buruk dalam isu pencerobohan hak asasi khususnya dalam isu perhimpunan aman.

Baginya, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk Kerajaan BN dan Peguam Negara.

"Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal Kerajaan Umno BN insya Allah," ujarnya.

MAIS larang Aziz Bari bentang kertas kerja di KUIS

Posted: 22 Nov 2011 09:29 PM PST

Profesor undang-undang Abdul Aziz Bari, yang sebelum ini didakwa kritikal terhadap Sultan Selangor, telah dilarang oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) daripada membentangkan kerta kerja di satu seminar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).




NONETerletak di Kajang, KUIS merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh MAIS, yang terletak di bawah bidangkuasa Sultan Selangor.


Aziz dijadual membentangkan kertas kerja di seminar itu pagi esok.

Bagaimanapun, katanya, pagi tadi beliau menerima notis yang
memaklumkan bahawa seseorang di MAIS, yang mendakwa rapat dengan istana Selangor, telah meminta pihak penganjur menggugurkan kertas kerjanya.

Katanya, pihak penganjur telah merayu kepada mereka untuk mengekalkan beliau seperti yang dijadualkan kerana orang ramai datang ke seminar itu untuk mendengar ucapannya.

Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini bahawa seminar tersebut telah dirancang lebih daripada tiga bulan yang lalu.

Pakar undang-undang itu menjadi tajuk utama akhbar bulan lalu apabila polis menyiasatnya di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung komennya mengenai titah Sultan Selangor berhubung 'pemeriksaan' Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap makan malam kesyukuran yang diadakan di Damansara Utama pada 3 Ogos.

Berikutan ini, UIA telah digantung perkhidmatan Aziz selama enam hari. Penggantungan itu ditarik balik selepas bantahan besar daripada pelbagai pihak, termasuk pelajar universiti di seluruh negara dan para ahli akademik.

-malaysiakini-

Dengar ni, wahai ulama'-ulama UMNO !!!

Posted: 22 Nov 2011 04:30 PM PST


Kenapa umat Islam, hatta di kalangan ulama-ulama terbuang di Malaysia, tidak bersependapat dan sepakat dalam hal pelaksanaan hukum hudud? Malah mereka dilihat bertentangan antara satu sama lain. Seolah-olah hukum hudud itu ada pilihan untuk melaksanakannya atau tidak melaksanakannya. Berikutan kecelaruan itu, apakah pandangan Dato' dalam perkara ini?

Dato' Dr. Haron Din : Berlainan dan percanggahan pendapat dalam Islam adalah perkara lumrah dari dahulu hingga sekarang. Bagaimanapun perlulah diketahui bahawa berlainan pendapat itu, ada yang diharuskan syarak dan ada yang dilarang. Malah ada yang amat-amat dilarang.

Yang diharuskan adalah pada perkara-perkara/ furu'iyyah (masalah-masalah cabang) yang tidak ada nas syarak yang memastikannya. Adapun yang diharuskan berkhilaf, adalah pada ruang berijtihad pada perkara yang ada tiada nas syarak, tidak ada ayat yang menetapkan hukumnya. Lebih-lebih lagi pada perkara yang baru timbul, di mana tidak pernah berlaku sebelum ini.

Contoh jelas yang diharuskan berkhilaf. Seperti bila mana sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W tidak bersependapat, sama ada hendak menghimpun dan menulis semula Al Quran. Abu Bakar As Siddiq R.A berpendapat tidak boleh dibuat kerana Rasulullah S.A.W tidak melakukannya dan tidak pernah ada suruhan melakukannya. Oleh kerana itu beliau berpendapat, ia tidak boleh dilakukan. Manakala Umar Al Khattab R.A berpendapat, perlu dilaksanakan usaha pengumpulan dan penulisan Al Quran kerana dibimbangi akan hilang daripada hafalan ummah. Sebabnya pernah berlaku, ramai penghafal Al Quran yang terkorban syahid. Generasi kemudian akan kehilangan Al Quran. Setelah mereka bertelagah, akhirnya mereka bersetuju perlu dihirnpun dan ditulis semula Al Quran.

Demikian juga mereka bertelagah dalam memilih seorang ketua negara untuk menggantikan Rasulullah S.A.W, bagi meneruskan pemerintahan Islam. Mereka bertelagah pada memilih orang, yang akhirnya mereka bersetuju memilih Abu Bakar As Siddiq.

Dalam permasalahan hudud, perlu atau tidak melaksanakannya, telah dijawab oleh amalan Rasulullah S.A.W, para sahabat dan juga as-salafussoleh. Perlu melaksanakannya. Mereka tidak pernah bertelingkah kerana wujud nas-nas syarak yang amat jelas, menyuruh kita, khasnya pihak berkuasa agama, pada setiap generasi, pada setiap negara, wajib melaksanakannya.

Sepatutnya tidak berlaku pertentangan pendapat di kalangan ulama-ulama muktabar, khasnya ulama 'amilin (yang beramal dengan ilmunya), jika kesemua mereka benar-benar takutkan Allah dan melaksanakan perintah Allah. Bagaimanapun jika ada di kalangan mereka, yang takut akan kehilangan maslahat keduniaan, daripada kemurkaan Allah Taala dan azabnya, maka akan berlakulah apa yang anda ajukan pada persoalan di atas, bahawa ada ulama bertelingkah.

Setiap satu dalam kesalahan hudud (mencuri, merompak, berzina, menuduh zina, meminum arak, murtad) semuanya telah ditetapkan Allah hukumannya di dalam Al Quran (dan terang hukumnya) dan juga hadis-hadis sahih, maka pelaksanaannya adalah wajib.

Seperti Allah Taala memerintahkan kita melaksanakannya dalam perintah-Nya menerusi ayat (mafhumnya), "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik". Surah Al Maidah:49

Di kalangan ulama-ulama muktabar tidak berlaku khilaf dalam kewajipan melaksanakannya. Ini kerana mempertikaikan kewajipannya, adalah bererti melawan dan mempertikaikan hukum Allah yang sabit wajibnya. Jika berlaku demikian, maka bererti mereka melawan hukum Allah. Mengendalakan hukum Allah, mempertikaikan hukum Allah adalah menentang Allah. Firman Allah (mafhumnya), "Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar". Surah At Taubah:63

Ayat-ayat yang sedemikian maksudnya, banyak berulang dalam al-Quran. Antaranya firman Allah (mafhumnya), "Orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu daripada mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina.

"Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina. Surah Al Mujadilah, ayat 5 dan ayat 20.

Ulama muktabar atau ilmuan yang terbilang, tidak mungkin bertelingkah kerana mereka tahu akibat penentangan itu akan menghadapi seksa Allah yang amat keras menunggu mereka. Ada kalangan ulama yang menjadi ahli politik, menggunakan akal pendek mereka dan menilai kepentingan dan pulangan-pulangan duniawi, atau membela dan mempertahankan kedudukan, atau kepentingan-kepentingan khusus, yang mereka berselindung di sebalik kalimah (bahasa) yang seolah-olahnya mereka bukan menentang, tetapi sebenarnya menentang.

Ini kerana dalam hati mereka, mereka tidak mahu melaksanakan hukuman hudud. Sebenarnya hukum-hukum hudud tidak ada pilihan bagi kita, melainkan mencari jalan yang terbaik untuk melaksanakannya, dan sama-sama menggalas amanah untuk memahamkan masyarakat tentang kebaikan hukuman itu, bagi dilaksanakan sebaik-baiknya tanpa sebarang kecelaruan.

Pemuda PAS Merbok

Posted: 23 Nov 2011 08:18 AM PST

Pemuda PAS Merbok


SEMINAR ICT & MEDIA BARU PAS MERBOK

Posted: 23 Nov 2011 03:10 AM PST


Dengan keperluan penguasaan dalam ICT bagi menghadapi PRU13 tidak lama lagi, Lajnah Penerangan Dakwah & ICT, Dewan Pemuda Pas Kawasan Merbok (DPPKM) akan menganjurkan Seminar ICT & Media Baru Pas Merbok pada Ahad 27 Nov 2011 . Program tersebut akan bermula jam 9.00 malam bertempat di Dewan Umar Mokhtar , RFC Lagenda Heights, Sungai Petani.
DPPKM ingin menjemput semua ahli/pemuda Pas terutamanya yg berpengetahuan dlm bidang IT (blog,FB,Tweeter dll) dijemput hadir menyertai seminar tersebut.
Bawa bersama laptop,notebook dan broadband atau telefon android,ipad, tablet dan sebagainya jika ada.
Siap siaga...gendang dipaluuuu....!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan