Isnin, 21 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 21 Nov 2011 02:03 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Banjir mula landa Pantai Timur, 22 dipindahkan

Posted: 21 Nov 2011 01:00 AM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Terengganu menjadi negeri pertama dilanda banjir tahun ini berikutan hujan lebat di negeri itu sejak semalam hingga pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara yang dihubungi Bernama berkata, di Terengganu, sehingga jam 11 pagi ini dua daerah iaitu Setiu dan Hulu Terengganu mula dinaiki air.

Beliau berkata, di Setiu seramai 22 orang dari tujuh keluarga di Kampung Merbau Menyusut dipindah ke pusat pemindahan pada jam 8 pagi ini manakala kampung yang terbabit di Hulu Terengganu ialah Kampung Kolam Ajil dan Kampung Telaga.

"Jumlah mereka yang dipindahkan di Hulu Terengganu belum ketahui," katanya.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula berkata, paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap kini melebihi paras bahaya iaitu 22.14 meter (bahaya 21.5 meter) dan Sungai Telemong di Kampung Paya Rapat meningkat kepada paras amaran iaitu 21.2 meter (amaran 21 meter).

Keadaan cuaca di Terengganu kini gelap dengan hujan lebat di seluruh negeri.

- Bernama

Mati bersama hutang mahjong

Posted: 21 Nov 2011 12:50 AM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah yang tertekan akibat dibebani hutang mahjong sebanyak RM3,000 dikatakan sempat bersembahyang sebelum dia ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Salak Selatan di sini semalam.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan Choo Siew Wah, 56, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.

Difahamkan, Siew Wah sebelum ini mengalami tekanan jiwa selepas gagal membayar hutang mahjong tersebut yang dipinjam daripada rakan-rakannya di kawasan perumahan tersebut.

Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu, mangsa dilihat masuk semula ke rumah selepas selesai bersembahyang di luar rumahnya.

"Namun, tanpa disedari, dia telah keluar semula lalu terjatuh ketika berada di koridor rumahnya. Ketika itu suaminya sedang membersihkan sayur di dapur dan terkejut apabila terdengar bunyi sesuatu jatuh.

"Apabila ditinjau, dia melihat mayat isterinya berada dalam keadaan terlentang di tingkat bawah," ceritanya ketika ditemui.

Beberapa bulan lalu, mangsa pernah cuba membunuh diri dengan cara yang sama tetapi dapat dihalang oleh jiran yang menyedari tindakannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.

kosmo/-

Susu 1Malaysia: Kenapa kementerian tidak bertindak?

Posted: 21 Nov 2011 12:45 AM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar) mempersoal Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pembekal produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Mengambil contoh susu formula bayi 1Malaysia yang dikatakan tidak mengandungi 15 nutrien utama yang diperlukan, beliau berkata, kementerian tersebut seolah-olah berkomplot dengan pembekal apabila tidak mengambil sebarang tindakan walaupun membekalkan produk berkualiti rendah.

Ini kerana katanya, kementerian tersebut tidak menmbuat sebarang pendirian berhubung dakwaan itu.

"Tiada sebarang kenyataan daripada menteri mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian atau tindakan yang mesti diambil oleh KR1M.

"Sikap membisu menteri kesihatan mencerminkan seolah-olah ada usaha untuk menutup dan bersekongkol dengan pembekal untuk memastikan bahawa jenama 1Malaysia tidak terjejas," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tegasnya, pengumuman di laman web KR1M sahaja tidak memadai sebaliknya kementerian harus mengiklankannya di media arus perdana."Pengumuman yang hanya dibuat di laman webnya tidak mencukupi.

Secara etika dan amalan global ialah syarikat itu mesti melindungi kepentingan rakyat dan pengguna," katanya.

Tambahnya pengguna yang membeli produk di KR1M bukan dari golongan yang selalu melayari internet untuk mendapatkan maklumat.

Minggu lalu, KR1M menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sementara menunggu siasatan.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad membidas pihak yang mendakwa pendedahan oleh Pakatan Rakyat berhubung isu itu hanya bersifat politik.

Katanya, apa yang dilakukan oleh mereka adalah sebagai tanggungjawab 'check and balance' kepada pihak kerajaan.

"Kita hanya jalankan tugas semak dan imbang kepada kerajaan. Ini bukan soal politik, tapi soal keselamatan rakyat.

"Kita mintak Fomca dan PPIM juga perlu bersama kami," katanya.

harakahdaily/-

Sekolah terbakar: 2 guru maut

Posted: 21 Nov 2011 12:40 AM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

JEDDAH: Dua orang guru mati dan 46 lagi, hampir kesemuanya pelajar, cedera dalam satu kebakaran di sebuah sekolah persendirian di Wilayah Safa di Jeddah, semalam.

Kebakaran itu bermula di bahagian bawah tanah bangunan sekolah, berkemungkinan disebabkan oleh litar pintas.

Bagaimanapun belum ada pegawai yang mengesahkan punca kebakaran di sekolah Baraim Al-Watan yang bermula jam 12.57 tengah hari itu. Bangunan sekolah itu menempatkan murid perempuan di tahap tadika, sekolah rendah dan peringkat menengah rendah.

Senarai jumlah mangsa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, menyebut dua orang guru meninggal dunia, 46 cedera dan 23 lagi mendapat rawatan di beberapa hospital.

Daripada 46 yang cedera, dua masih berada di unit rawatan rapi, manakala yang lain mendapat rawatan kerana melecur dan luka ringan.

Pemerintah Makkah, Putera Khaled Al-Faisal yang melawat sekolah itu berkata, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat punca kebakaran.

Katanya, pegawai Pertahanan Awam telah diminta untuk menyediakan laporan secepat mungkin. -AN

Tak bubar DUN Selangor, Umno kini gusar, kata Faekah

Posted: 21 Nov 2011 12:30 AM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Pengumuman kerajaan negeri Selangor untuk hanya membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Jun tahun depan mengundang kegusaran pelbagai pihak, terutamanya di kalangan BN dan Umno, kata setiausaha politik, menteri besar, Faekah Husin.

Katanya, ramai daripada mereka itu melenting dan pelbagai tuduhan pula dilemparkan.

NONEMenurutnya, kerajaan negeri melihat tiada sebab pilihan raya awal diadakan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013.

"Alasan yang diberikan oleh menteri besar amat jelas bahawa kita tidak mahu mencontohi amalan Umno-BN pada 2008 bila mana pilihan raya diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan ADUN Umno-BN pada tahun tersebut telah habis digunakan walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya.

"Menteri besar juga menegaskan kerajaan negeri mahu memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2012 benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan akan datang," katanya dalam satu kenyataan media.

NONEMenurut Faekah, seperti dijangka, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang juga adalah timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor mempertikai keputusan berkenaan.

Malah, katanya, Noh juga menuduh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai cuba tunjuk dan gila kuasa dan takut menghadapi pilihan raya.

"Sejak isu penyalahgunaan dana untuk projek menternak lembu dibongkar, Noh menjadi tidak keruan. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang menteri.

Ghairah main politik

"Noh tiada kredibiliti untuk mempertikaikan keputusan kerajaan negeri Selangor ini. Selaku menteri kabinet, beliau telah gagal melaksanakan tugas malah terlalu banyak isu kontroversi yang gagal ditanganinya.

azlan"Isu lembu-NFC misalnya, sebagai anak syarikat yang diletak di bawah kementeriannya, Noh bertanggungjawab untuk menjelaskan bagaimana geran RM250 juta dibelanjakan termasuk untuk membeli kondomonium," katanya.

Menurut Faekah, agenda sebenar Noh adalah untuk menonjolkan dirinya di mata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya beliau dilantik menerajui Selangor.

"Noh telah membuktikan dirinya gagal selaku menteri malah cetek ilmu dalam pengurusan kewangan. Noh nampaknya lebih ghairah bermain politik untuk menonjol diri dengan harapan dapat menerajui Umno Selangor.

"Noh begitu ghairah untuk menonjol di mata perdana menteri serta cuba untuk menenggelamkan peranan Datuk Satim Diman selaku ketua pembangkang, apatah lagi ketua pembangkang itu sendiri turut bergelumang dengan skandal," katanya.

NONEFaekah berkata, dengan tidak semena-mena pula Noh turut menuduh kerajaan negeri tidak mahu bekerja sama dengan pusat dan berpolitik dalam isu pertanian.

Noh, ujar beliau sepatutnya menjadi orang yang terakhir untuk memberi pandangan jangan berpolitik dalam isu rakyat.

malaysiakini/-

Ibu tua uzur terlantar disisih anak-anak

Posted: 21 Nov 2011 12:15 AM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KULIM — Dalam keadaan uzur dan diserang angin ahmar seorang warga emas, Jamilah Osman, 70, kini terlantar di rumah ibu saudaranya di Kampung Padang Kulim, di sini sejak dua minggu lalu kerana disisihkan anak-anak.

Keadaan sedih menimpa ibu tua ini bermula setelah seorang anak perempuannya bernama Aminah meninggal dunia setahun yang lalu, kemudian Jamilah menetap di Perak dijaga anak-anaknya yang lain.

Rumah ibu saudara Jamaliah, Zainab Tahir, 80, berhampiran sebuah rumah usang milik keluarga mereka yang telah lama ditinggalkan tidak dihuni. Zainab yang tinggal bersendirian juga uzur akibat sakit tua.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Padang Kulim, Wan Nazir Wan Abd Rahim berkata, seorang cucu Jamaliah telah menghantar warga emas itu ke rumah lama berkenaan.

Katanya, bagaimanapun kerana rumah tersebut terlalu uzur, cucu Jamilah meninggalkan dia di rumah Zainab, yang kebetulan pula ketika itu tiada di rumah.

Wan Nazir berkata, setelah berbincang, keluarga Zainab bersetuju menempatkan Jamilah buat sementara waktu di rumah ibu saudaranya itu dan dimaklumkan wanita itu dibiarkan setelah wang simpanannya dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dikeluarkan Mac lalu.

Jamaliah mempunyai enam orang anak termasuk Aminah hasil perkongsian hidup dengan suaminya Allahyarham Ahmad Din.

Sementara itu UMNO Bahagian Padang Serai berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara tersebut kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim untuk disiasat.

Setiausaha bahagian itu Ahmad Zubib Saad yang mengunjungi Jamaliah hari ini menyampaikan bantuan tabung segera JKM sebanyak RM300, manakala Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Rohana Mohd Yusuf berkata, wanita itu akan ditempatkan di Rumah Ihsan di sini. - Bernama

ISA: Rakyat benci pemimpin mungkir janji, kata PAS

Posted: 21 Nov 2011 12:00 AM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Kerajaan BN dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein diingatkan supaya konsisten dengan janji-janji yang ditaburkan kerana rakyat rakyat benci dengan pemimpin yang memungkiri janji.

Menurut ketua penerangan, Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor, sikap memungkiri janji adalah pendorong kepada kejatuhan rejim diktator yang zalim sepertimana dialami oleh negara-negara Timur Tengah pada hari ini.

azlan"Jika ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) telah dijanjikan untuk dimansuhkan, ia perlu dikotakan. Sikap 'walk the talk' adalah sikap terpuji yang diidamkan oleh rakyat terhadap pemimpin negara ini.

"Sebaliknya, beretorik, flip flop dan janji kosong yang tidak tertunai adalah watak yang dibenci oleh rakyat," katanya dalam kenyataan media kepada Malaysiakini, hari ini.

Sehubungan itu, Riduan juga membidas Hishammuddin yang menggambarkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah ISA sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

"Pemuda PAS menganggap kenyataan Datuk Seri Hishamuddin sebagai jawapan 'melepas diri' dari serangan rakyat pelbagai pihak yang meminta penjelasan beliau.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddin"Jawapan Hishamuddin tidak konkrit bagi menjustifikasikan kumpulan 13 ditahan di bawah ISA. Sekadar menuduh tanpa proses pengadilan di mahkamah bukan suatu alasan mereka boleh dihukum," katanya.

Riduan juga mempersoalkan mengapa 13 individu berkenaan perlu ditangkap mengikut ISA dan tidak didakwa di mahkamah terbuka bagi membuktikan mereka benar-benar bersalah dan berbahaya?

"Buktikan kesalahan mereka satu persatu dan bongkarkan kegiatan mereka agar menjadi teladan kepada golongan seperti mereka.

"Jika pembunuh bersiri termasuk episod pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shaaribu serta Datuk Sosilawati masih diberikan proses pengadilan di mahkamah, mengapa tidak Kumpulan 13 juga didakwa di mahkamah yang sama.

"Nampaknya Kumpulan 13 lebih berbahaya daripada pembunuh bersiri, walaupun jenayah yang dituduh masih belum dilakukan lagi," katanya.

Menzalimi rakyat

Namun demikian, menurut Riduan, Pemuda PAS tidak pula menyokong sebarang aktiviti keganasan dan berpendapat keganasan perlu diperangi, tetapi ISA bukan jawapannya.

azlan"Banyak lagi jalan penyelesaian yang lebih adil untuk tertuduh.
"Kumpulan 13 pula sekadar disyaki berbahaya, belum tentu mereka melakukan perbuatan tersebut atau terlibat dengan aktiviti tersebut.

"Bagaimana sekiranya pengadilan mahkamah membuktikan mereka tidak bersalah, sementara mereka pula telah ditahan di bawah ISA selama bertahun lamanya, bukankah Hishamuddin dan kerajaan Malaysia telah menzalimi rakyat Malaysia yang tidak bersalah?" soalnya.

Menurut Riduan, perkara yang sama pernah terjadi kepada mangsa ISA sebelum daripada ini yang akhirnya mereka dibebaskan tanpa mengetahui apakah kesalahan yang dilakukan.

najib special address malaysia day 150911Najib pada 16 September lalu, sempena Hari Malaysia, mengumukan pemansuhan akta zalim yang dilaksanakan di negara ini sejak sekian lama sejajar dengan perkembangan masa.

Bagaimanapun, Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, akta itu masih digunakan untuk menangkap 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.

Ismail juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

Walaupun dibidas pelbagai pihak, termasuk pemimpin politik, Suhakam, NGO dan kumpulan hak asasi, Hishamuddin memilih memperttahankan penggunaan akta berkenaan.

malaysiakini/-

Amaran hujan di utara dan pantai timur

Posted: 20 Nov 2011 11:40 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu mulai hari ini sehingga Khamis, menurut Jabatan Meteorologi semalam.

Penduduk di kawasan rendah diminta berwaspada kerana hujan tersebut boleh menyebabkan banjir.

Sementara itu angin kencang timur laut selaju 40 hingga 50 km/j dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung dengan keadaan yang sama juga dijangka berlaku di Sarawak, Labuan serta pantai barat Sabah.

Angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti laut. - Bernama

Produk KR1M: Mengapa kementerian membisu?

Posted: 20 Nov 2011 11:33 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Kementerian Kesihatan hari ini dituduh berkomplot dengan pembekal produk Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), berikutan tindakannya yang membisu berhubung dakwaan beberapa barangan yang dijual berkualiti rendah.

NONEMerujuk susu formula bayi 1Malaysia (KR1M) yang dikatakan tidak mengandungi 15 nutrien utama yang diperlukan, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata bahawa kementerian kesihatan masih belum membuat sebarang pendirian mengenai perkara itu.

"Tiada sebarang kenyataan daripada menteri mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian atau tindakan yang mesti diambil oleh KR1M.

"Sikap membisu menteri kesihatan mencerminkan seolah-olah ada usaha untuk menutup dan bersekongkol dengan pembekal untuk memastikan bahawa jenama 1Malaysia tidak terjejas," katanya.

Minggu lalu, KR1M menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sementara menunggu siasatan.

1malaysia milk kr1m kedai chilli sauce sos cili 161111Walau bagaimanapun, pada sidang akhbar di Parlimen hari ini, Pua berkata pengumuman di laman web itu tidak mencukupi, tetapi sebaliknya KR1M perlu mengiklannya dalam semua akhbar arus perdana.

"Pengumuman yang hanya dibuat di laman webnya tidak mencukupi. Secara etika dan amalan global ialah syarikat itu mesti melindungi kepentingan rakyat dan pengguna.

"Mereka yang membeli barangan KR1M ini, bukan pengguna yang biasanya menyemak di internet untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu, syarikat berkenaan mesti menyiarkan iklan dalam akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia dan Sinar Harian," katanya.

Minggu lalu, Pua mendakwa susu 1Malaysia yang dijual itu mengandungi "lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan".

malaysiakini/-

PKR dakwa NFC biayai umrah keluarga Shahrizat

Posted: 20 Nov 2011 11:30 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Nov: PKR mengalu-alukan siasatan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pelbagai urusniaga melibatkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Projek Fidlot Kebangsaan, seperti yang diumumkan mutakhir ini.

"Walau bagaimana pun, isu paling pokok adalah persoalan pertanggungjawaban awal yang bermula dari Kabinet dan menteri-menteri kanan Barisan Nasional yang terlibat menganugerahkan projek bernilai RM250 juta ini kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman langsung," kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau yang juga ahli Parlimen Machang berkata, dana awam berjumlah RM250 juta pun disalurkan tanpa ada sebarang jadual pembayaran seperti mana kebiasaannya.

Justeru, beliau menyeru supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera membuat kenyataan mengenai skandal itu, lebih-lebih lagi apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengejutkan negara apabila mengesahkan bahawa kelulusan projek itu tidak dibawa ke peringkat kabinet.

Sebaliknya, kata beliau projek berjumlah RM250 juta itu khabarnya diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.

"PKR pada hari ini boleh mendedahkan bahawa unsur penyelewengan yang mungkin berlaku di dalam NFC dan syarikat-syarikat yang berkaitan melangkaui pendedahan yang mengejutkan rakyat Malaysia selama ini," ujarnya pada sidang media di lobi Parlimen.

Hadir sama ialah Ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Straregi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Saifuddin memberi contoh, dalam tahun 2010 NFC membelanjakan RM31,580 untuk membiayai pakej umrah di atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Tegasnya, PKR mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam ini datangnya dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri.

Menurutnya lagi, selain perbelanjaan bersifat peribadi yang tidak sepatutnya dibiayai dana awam seperti itu, lebih membimbangkan adalah pelbagai urusniaga dan pemindahan wang yang melibatkan syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

Justeru, katanya PKR menggesa supaya PAC dan PDRM menyiasat segala urusniaga di antara NFC, NMLC dan RFC dengan syarikat-syarikat di Singapura.

Beliau memberitahu, Global Biofuture Pte Ltd (200822772H) – carian syarikat disertakan bersama Meatworks Singapore Pte Ltd (200923276Z) – carian syarikat disertakan bersama Global Biofuture Pte Ltd terlibat di dalam urusniaga makanan dan bahan api.

Katanya lagi, semakan awal menunjukkan syarikat ini dalam proses menubuhkan pasaraya di Singapura dan disyaki juga terlibat sebagai ejen untuk mengimport lembu dari luar negara melalui Singapura untuk dibekalkan kepada NFC.

Tambah beliau, semakan PKR menunjukkan sehingga akhir Jun 2010, Global Biofuture Sdn Bhd berhutang dengan RFC sebanyak RM939,495.

Menurutnya lagi, PKR percaya bahawa sejumlah wang disalurkan dari pinjaman asal RM250 juta kepada pelbagai syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, termasuklah untuk menubuhkan dan membiayai Global Biofuture Pte Ltd di Singapura.

Jelasnya, Meatworks Singapore Pte Ltd pula bertanggungjawab menguruskan beberapa restoran mewah milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

Beliau menambah, semakan penyata kewangan menunjukkan bahawa pada akhir Jun 2010, Meatworks Singapore Pte Ltd berhutang dengan RFC sebanyak RM2,416,815.

"Bukti-bukti awal ini sudah cukup untuk membolehkan satu siasatan terperinci dibuat untuk menentukan sama ada penyelewengan berlaku, apabila wang rakyat yang disalurkan untuk projek nasional berimpak tinggi digunakan bagi tujuan peribadi termasuklah membuka pelbagaisyarikat milik keluarga yang menyimpang dari tujuan asal pinjaman diberikan.

"Skandal ini akan terus terbongkar dan Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan memandangkan beliaulah yang bertanggungjawab mengkaji cadangan projek dan meluluskan dana awam sebanyak RM250 juta," ujarnya.

Sebelum ini, PKR juga mendedahkan NFC turut menggunakan wang RM250 juta itu membeli dua buah kondominium mewah, One Menerong di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

harakahdaily/-

Main bola tanpa kaki

Posted: 20 Nov 2011 11:20 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

LONDON: Si cilik Ellie Challies adalah pemain bola untuk pasukan sekolahnya walaupun dia tidak mempuyai kedua-dua belah tangan dan kaki.

Ellie yang berusia tujuh tahun dan sangat menyukai sukan bola sepak itu berlari ke sana sini dalam padang bola menggunakan kaki palsu seperti yang digunakan oleh olahragawan dari Afrika Selatan, Oscar Pistorius.

Ibunya, Lisa yang bangga dengan anaknya itu berkata, "Ia adalah perkara yang kami tidak terfikir akan melihatnya. Dia seorang kanak-kanak yang kuat semangat dan luar biasa."

Kedua-dua tangan dan kaki Ellie terpaksa dipotong dalam satu pembedahan kerana mengalami meningitis dan penyakit sepstisima (keracunan darah) pada 2005.

Tapi dia membesar dengan sokongan daripada kembarnya Sophie dan ahli keluarganya yang lain di Little Calcton, Essex.

Ellie tidak boleh berlari menggunakan kaki palsu standad kerana ia menyakitkan.

Ellie adalah peminat setia Arsenal, terutama pemain Gary Roberts.

Apabila mengetahui kisah Ellie, orang ramai mengadakan kutipan derma untuk membelikan dia sepasang kaki palsu ringan Flex Run Feet yang berharga 10,000 pound (RM50,000) yang dibuat daripada gentian oleh sebuah firma Dorset Orthopaedics di Britain.

Ellie adalah pemakai paling muda kaki palsu itu - dan dia menggunakannya setiap minggu untuk bermain bolah sepak untuk pasukan Sekolah Rendah Engaines.

Lisa, 37, yang membantu orang kurang upaya berkata, "Dia tidak mengalami masalah di padang bola. Dia terus berlari dan bermain.

"Pasukan kegemarannya adalah Arsenal dan dia akan menyaksikan semua perlawanan mereka dengan bapanya."

Bapanya, Paul, 48, yang bekerja sebagai penjaga berkata, "Dia kelihatan sangat luar biasa bila beraksi di padang.

"Dia memang suka bermain bola dan sangat mahir menggelecek bola."

metro/-

Syria semakin parah

Posted: 20 Nov 2011 11:13 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

DAMSYIK - Sekurang-kurangnya dua butir bom tangan meletup di bangunan milik parti pemerintah Syria, Parti Baath di Damsyik, semalam.

Serangan itu adalah yang pertama dilaporkan di ibu negara itu sejak pemberontakan terhadap Presiden Bashar Al-Assad bermula, lapan bulan lalu.

Menurut laporan saksi, serangan berlaku beberapa jam selepas berakhirnya tempoh diberikan Liga Arab kepada kerajaan Syria supaya menghentikan kekerasan terhadap penduduk negara itu.

"Asap tebal dapat dilihat daripada bangunan yang hampir kosong itu. Nampaknya serangan ini adalah tanda amaran kepada rejim Bashar," menurut seorang saksi yang enggan dinamakan.

Namun laporan serangan itu tidak dapat disahkan secara tepat kerana kerajaan Syria menghalang media luar daripada memasuki negara itu sejurus kebangkitan rakyat bermula, Mac lalu.

Bashar kelmarin mengumumkan pilihan raya akan diadakan Februari atau Mac depan dan perlembagaan baru akan dibuat oleh Parlimen yang dipilih rakyat semasa pilihan raya itu.

sinar harian/-

Bila Mesir akan aman?

Posted: 20 Nov 2011 11:00 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KAHERAH - Rakyat Mesir menggulingkan pemimpin kuku besi negara itu, Hosni Mubarak dengan harapan mendapat kebebasan dan keamanan serta kehidupan lebih baik pada masa depan.

Namun jika diukur dengan perkembangan yang dapat dilihat di Mesir, lebih sembilan bulan selepas kejatuhan Mubarak, harapan penduduk negara itu mungkin masih terlalu jauh untuk dicapai.

Kekacauan terbaru berterusan buat hari kedua di Mesir, semalam, selepas pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis, kelmarin, menyebabkan dua orang terbunuh dan 676 lagi cedera.

Perkembangan ini membimbangkan kerana ianya adalah kekacauan terbesar di negara itu sejak Februari lalu dan ianya berlaku kurang 10 hari sebelum pilihan raya negara itu dijadual berlangsung.

Corak kekacauan terbaru itu dilihat serupa dengan kebangkitan rakyat Mesir selama 18 hari yang menggulingkan Mubarak, 11 Februari lalu selepas pemerintahan beliau selama 30 tahun.

Penunjuk perasaan kini menuntut Majlis Tertinggi Tentera Mesir yang meme-rintah negara itu buat sementara waktu supaya segera mengumumkan tarikh penyerahan kuasa kepada kerajaan baru yang akan dibentuk selepas pilihan raya.

Menurut laporan media, ribuan perusuh di Kaherah, Iskandariah dan Suez berarak, kelmarin, sambil melaungkan 'Rakyat mahu gulingkan kerajaan' semasa menyerbu ke arah polis antirusuhan yang menggunakan peluru getah dan menembak gas pemedih mata bagi menghalang penunjuk perasaan.

Perusuh dilaporkan turut memecahkan simen daripada laluan pejalan kaki dan membaling serpihannya ke arah polis semasa pertempuran di Dataran Tahrir, iaitu lokasi utama yang menjadi antara simbol revolusi dunia Arab.

Selain itu, media melaporkan sekurang-kurangnya sebuah bangunan kerajaan turut dibakar dalam kekacauan terbaru di Kaherah itu.

Undian bagi pilihan raya pertama Mesir selepas kejatuhan Mubarak dijadual bermula, 28 November ini namun ia mungkin tertangguh jika keganasan kembali tercetus di negara itu.

Majlis Tertinggi Tentera Mesir menerima sokongan rakyat untuk mengawal keadaan negara semasa permulaan pemberontakan terhadap Mubarak tetapi penduduk Mesir kini mula mendakwa institusi itu ingin mengekalkan kuasa sebagai pemerintah walaupun selepas kerajaan baru dibentuk kelak.

SINAR HARIAN/-

Pas mahu akaun NFC dibeku segera

Posted: 20 Nov 2011 10:58 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mahu segala aktiviti perbelanjaan dan akaun syarikat National Feedlot Corporation (NFC) Sdn. Bhd. milik suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dibekukan dan digantung segera. AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan itu perlu dibuat kerajaan dengan segera sehingga satu badan audit bebas melakukan 'forensic auditing' terhadap akaun dan aktiviti syarikat tersebut. "Kita mintak akaun dan segala kegiatannya digantung (moratorium) segera dan kerajaan perlu mengarahkan pihak ketiga membuat forensic auditing. "Sejak isu ini dibangkitkan, kita tidak nampak apa-apa tindakan diambil kerajaan khususnya Perdana Menteri, sedangkan tuduhan itu serius," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor kepada Harakahdaily. Selain itu beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan adakah dana awam berjumlah RM250 juta itu deberikan kepada NFC secara penganugerahan (grant) atau pinjaman mudah dengan interest dua peratus. "Umum masih bertanya, adakah pemberian dana awam itu diberikan secara grant atau pinjaman. "Andai kata pinjaman dua peratus, mesti ada terma dan syarat pinjaman, dedahkan apa dia terma dan syarat itu," katanya. Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mendedahkan kelulusan projek ini tidak dibawa ke peringkat kabinet. Sebaliknya projek berjumlah RM250 juta itu didakwa diluluskan oleh sebuah jawatankuasa bukan kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan telah menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu. Bagaimanapun ianya didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'. Malah lebih dari itu, PKR juga mendakwa wang itu digunakan untuk kepentingan keluarga ketua wanita Umno itu termasuk membeli kondominium mewah di ibu negara.

Harakah Daily

Pengguna Terpaksa Mandi dengan Air Tercemar ?

Posted: 20 Nov 2011 10:52 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MIRI - Masalah air paip kotor di bahagian Miri dan Sibuti memang sudah lama berlaku dan pihak yang bertanggungjawab sepatutnya mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini dari terus berlarutan. Mengikut sampel air paip yang diperolehi dari Mohdar Hj Ismail seperti contoh dibawah jelas menunjukkan bahawa air paip di bahagian Miri dan Sibuti memang keruh dan kotor.

Air paip yang diambil dari lokasi tertentu secara rawak:

1. Pusat Bandar Miri
2. Luak Bay
3. Kg Bakam
4. Kg Siva Jaya
5. Kg Terhad
6. kg Angus
7. Kg Tengah
8. Kg Menjelin
9. Kg Jengalas
10. Bekenu Bazaar

Sampel ini di ambil dari jam 14:30-08:00 pada 2011/11/17 dan akan lebih banyak lagi sampel air di kumpul dari kawasan Sibuti dan Miri menurut Mohdar Hj Ismail dalam face book nya. Banyak lagi contoh-contoh air yang diperolehi dari orang ramai yang merungut kerana terpaksa menggunakan air yang keruh dan ada kalanya hitam pekat macam air longkang.

Ramai pengguna mengadu mengapa pihak LAKU (lembaga Air Kawasan Utara) tidak membuat sesuatu agar perkara ini dapat diatasi dengan segera kerana pengguna terpaksa membayar bil air yang tidak dapat digunakan untuk mandi dan memasak. Bahkan penapisan air pengguna juga tercemar akibat menapis kekotoran kesan dari air paip yang kotor tersebut.

Kita mendesak agar pihak LAKU bertindak dengan segera jangan sampai pengguna terkena penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna akibat menggunakan air kotor. Berilah perkhidmatan terbaik untuk semua pengguna tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik. Jangan hanya mementingkan keuntungan semata-semata tapi pengguna tidak diberi perkhidmatan yang sebaiknya.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

ISA: Jawapan Hisham hanya ‘lepas diri’

Posted: 20 Nov 2011 10:30 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menggambarkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

"DPP Malaysia menganggap kenyataan Datuk Seri Hishamuddin sebagai jawapan 'melepas diri' dari serangan rakyat pelbagai pihak yang meminta penjelasan beliau," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Katanya, DPP Malaysia berpandangan, jawapan Datuk Seri Hishammuddin tidak konkrit bagi menjustifikasikan kumpulan 13 ditahan di bawah ISA.

Menurutnya, sekadar menuduh tanpa proses pengadilan di mahkamah bukan suatu alasan mereka boleh dihukum.

Justeru, katanya DPP Malaysia mempersoalkan Hishammuddin, sekiranya benar mereka berbahaya terhadap keselamatan negara dan serantau, mengapa perlu di tangkap di bawah ISA.

"Mengapa mereka tidak didakwa di mahkamah terbuka bagi membuktikan mereka benar-benar bersalah dan berbahaya?" soalnya lagi.

Tegasnya, buktikan kesalahan mereka satu persatu dan bongkarkan kegiatan mereka agar menjadi teladan kepada golongan seperti mereka.

Tambahnya, jika pembunuh bersiri termasuk episod pembunuhan kejam model Mongolia, Altantuya Shaaribu serta Datuk Sosilawati masih diberikan proses pengadilan di mahkamah, mengapa tidak Kumpulan 13 juga didakwa di mahkamah yang sama.

"Nampaknya Kumpulan 13 lebih berbahaya daripada pembunuh bersiri, walaupun jenayah yang dituduh masih belum dilakukan lagi," ujarnya.

Namun demikian, tegasnya DPP Malaysia tidak pula menyokong sebarang aktiviti keganasan.

"Keganasan perlu diperangi, tetapi ISA bukan jawapannya. Banyak lagi jalan penyelesaian yang lebih adil untuk tertuduh," tegasnya lagi.

Katanya, Kumpulan 13 pula sekadar disyaki berbahaya, belum tentu mereka melakukan perbuatan tersebut atau terlibat dengan aktiviti tersebut.

"Bagaimana sekiranya pengadilan mahkamah membuktikan mereka tidak bersalah, sementara mereka pula telah ditahan di bawah ISA selama bertahun lamanya, bukankah Hishamuddin dan kerajaan Malaysia telah menzalimi rakyat Malaysia yang tidak bersalah?" tanya beliau seterusnya.

Ini juga, ujarnya yang telah terjadi kepada mangsa ISA sebelum daripada ini yang akhirnya mereka dibebaskan tanpa mengetahui apakah kesalahan yang mereka lakukan.

Justeru, katanya DPP Malaysia mengingatkan Hishammuddin dan kerajaan Malaysia agar konsisten dengan janji yang ditaburkan terhadap rakyat.

Tegasnya, jika ISA telah dijanjikan untuk dimansuhkan, ia perlu dikotakan.

"Sikap walk the talk adalah sikap terpuji yang diidamkan oleh rakyat terhadap pemimpin negara ini, sebaliknya, beretorik, flip flop dan janji kosong yang tidak tertunai adalah watak yang dibenci oleh rakyat," katanya lagi.

DPP Malaysia juga, katanya mengingatkan sikap itulah sebagai pendorong kepada kejatuhan rejim diktator yang zalim sepertimana dialami oleh negara-negara Timur Tengah pada hari ini.

HARAKAHDAILY/-

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

Posted: 20 Nov 2011 08:24 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 40 )Sivakumar- anggap sidang bajet ini adalah penting dan berharap ketua pembangkang diberikan masa secukupnya seperti amalan biasa termasuk di parlimen dan begitulah masa yang secukupnya diberikan kepada semua adun untuk berbahas.

( 39 ) Keadaan hutang negeri melebihi simpanan adalah mendedahkan perak kepada bahaya dan merupakan penderhakaan kepada rakyat. Menjangkakan lebih banyak pemberiaan akan disalurkan dalam masa terdekat semuanya demi memancing undi

Ngeh-bajet kalau ada lebih sepatut kita menambah simpanan bukannya digunakan untuk memancing undi

( 38 ) Ngeh- mengikut kenyataan itu mengambarkan kedudukan speaker ganesan tidak sah dan sivakumar masih speaker yang sah. Kes sivakumar diheret keluar dan timbalan speaker yang ambil alih adalah tidak sah.

( 37 ) Dato Ngeh mengatakan pengakuan dari bekas ketua hakim negara tun zaki yang mengatakan dia tidak terlibat dalam menentukan panel hakim dalam isu perak maka menggambarkan bahawa keputusan isu mb dan speaker di perak serta kes-kes lain yang berkaitan adalah dipertikaikan.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

Posted: 20 Nov 2011 08:24 PM PST


25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Ds nizar sedang menyampaikan kenyataan.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

Posted: 20 Nov 2011 08:20 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 36 ) Ds Nizar juga mempertikaikan mengenai kebebasan pergerakan adun dikawal ketat oleh pihak keselamatan yang dipanggil dari luar untuk berkawal pada hari ini

( 35 ) Kami pr merakamkan bajet tidak mengambarkan prinsip pengurusan kewangan yang baik. Malah ianya satu penghinaan kepada rakyat. Di Perak kita lihat bagaimana kerajaan untuk meningkatkan pendapatan. Kami sepakat mengatakan ini adalah bajet undi dan utk tersuakan kerajaan haram

( 34 ) Bajet tidak menampakkan visi untuk membangunkan negeri tetapi dalam bentuk pemberian. Pada prinsipnya bajet sekali ini ialah pengunaan wang hutang untuk diberikan kepada rakyat. Tidak digambarkan apakah cara bn hendak menambah hasil pendapatan negeri

( 33 ) Ds Nizar menyifatkan bajet defesit lebih 50 juta adalah bajet pilihanraya untuk teruskan kerajaan haram diperak. Sifatkan satu bajet yang cuba digambarkan baik. Pendekatan bajet seperti yang najib bentang.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

Posted: 20 Nov 2011 08:20 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -



Sidang media selepasa sidang ditangguhkan di bilik sidang media.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

Posted: 20 Nov 2011 08:17 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD]

( 32 ) MB Zambry mengakhiri pembentangan bajet dengan di sokong oleh pengkalan hulu. Ganesan menangguh sidang kepada esok jam 10 pagi...juga memaklumkan sidang akan berlanjutan hingga jumaat.

( 31 ) Zambry mendakwa bajet defesit lebih rm 50 juta akan diisukan oleh pakatan rakyat.

bajet perak 2012 mengalami defesit sebanyak RM 50.142 juta. Satu angka yang besar dan mengambarkan kepincangan pengurusan kewangan yang mendedahkan kerajaan negeri perak kepada sebuah negeri yang bankrap bila belanja lebih dari pendapatan.

( 30 ) Zambry mengumumkan peruntukan untuk buka pondok di perak dengan bajet rm 800,000 dengan permulaan bina 25 pondok

( 29 )MB Zambry sedang membentangkan bajet perak 2012 yang saya sifatkan sebagai bajet pilihanraya dan bajet terakhir BN sebelum mereka akan di tumbangkan oleh kuasa rakyat pada pru 13. Antaranya kebajikan kepada semua kelab2 guru semua sekolah diperuntukan dengan rm 2 juta untuk semua kelab guru di semua sekolah di negeri perak...

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

Posted: 20 Nov 2011 08:15 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD]

( 28 ) Nota dari salah seorang adun pakatan rakyat mengenai kedudukan YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry sebagai MB BN yang terakhir. Beliau sedang menyampaikan ucapan bajet 2012 dalam sidang DUN Perak yang bermula hari ini.

PRU-13: Himpunan Pemuda Pas Perak 27 Nov

Posted: 20 Nov 2011 08:13 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Dewan Pemuda PAS Perak akan mengadakan himpunan seluruh anggotanya pada 27 November ini sebagai persiapan terakhir berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijadual bila-bila masa dari sekarang.

Himpunan tersebut akan di adakan di Dataran Purnama, Kampung Kedah, Parit Buntar.

Menurut setiausahanya Salman Saleh, Himunan Pemuda PAS Perak atau Hempap itu bakal mengumpulkan seluruh petugas jentera pilihanraya Pemuda PAS Perak bagi menerima amanat dan juga arahan pimpinan PAS.

"Kami telah memilih tema Hempap kali ini dengan warna kuning bagi menyemarakkan gelombang kuning yang telah digerakkan oleh tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0). Ianya sebagai penerus atau pasca BERSIH 2.0 yang telah berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 yang lalu.

"Dan sepertimana yang telah dinyatakan oleh kepimpinan PAS, jika pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal melaksanakan tuntutan BERSIH 2.0 ini maka BERSIH 3.0 akan digerakkan. Kami mengambil inisiatif ini untuk menggerakkan pra BERSIH 3.0 di Negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Faktor memilih Parit Buntar untuk himpunan kali ini pula jelasnya kerana mahu memastikan parlimen tersebut dan Dewan Undangan Negeri di bawahnya akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

"Dan kami juga merasakan momentum himpunan ini akan turut memberikan kesan kepada kekuatan PAS di utara Perak," katanya.

Pemuda PAS Perak kumpul dana PRU13

Posted: 20 Nov 2011 08:06 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

IPOH, 21 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan melancarkan Tabung Dana Khas bersempena Himpunan Pemuda PAS Perak (Hempap) 2011 bagi persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Bendaharinya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, Hempap kali ini adalah persediaan terakhir bagi semua ahli Pemuda PAS Perak untuk pecutan terakhir bagi mempersiapkan jentera pilihan raya bagi menghadapi PRU13 nanti.

"Untuk berhadapan dengan Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Perak khasnya dan BN Perak amnya memerlukan persediaan rapi daripada semua aspek keperluan," ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Ini, katanya termasuk semangat petugas ahli Pemuda PAS, faktor kewangan, kemahiran bekerja secara tersusun dan sebagainya.

"Dan Hempap ini sebagai pencetus persediaan tersebut dan kami akan memastikan seluruh kekuatan akan dimaksimakan bagi mencapai kemenangan pada PRU 13 kelak," katanya.

Justeru, pihaknya berharap bagi rakyat negeri ini atau pengundi yang berada di luar Perak yang ingin bersama himpunan itu amat dialu-alukan, malah yang ingin turut menyumbang bagi tujuan tabung dana khas itu juga amat dialu-alukan.

Pemuda PAS Peraktelah membuka tabung dana khas tersebut atas nama 'Perak Care' 558015001720 (Maybank) bagi yang ingin memberikan sumbangan.

Harakah Daily

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

Posted: 20 Nov 2011 08:00 PM PST

25 Zulhijjah 1432H. [MOD]

Mungkinkah ini sidang terakhir bagi dun perak untuk penggal ini, sidang bajet 2012 pada hari ini diharapkan sebagai sidang terakhir juga bagi BN yang berkuasa di perak secara tidak demokratik bila mereka merampas kuasa pada awal tahun 2009.

Peghelih La...

Posted: 20 Nov 2011 11:54 PM PST

Peghelih La...


Foto Perasmian Sambutan Ulangtahun ke-60 PAS Peringkat Negeri Perlis

Posted: 20 Nov 2011 12:44 AM PST

Ucapan Pesuruhjaya
Ceramah oleh YB Ahmad Kassim (MP Kuala Kedah)

Dato' Husam Musam Musa merasmikan Sambutan Ulangtahun ke-60 PAS Peringkat Negeri Perlis dan kemudiannya pula melancarkan Extreme Motor Club DACS Perlis

Anugerah Khas Tokoh PAS Perlis kepada waris Haji Mahamood Mohd Noor


Dato' Husam meninjau kereta yang digunakan sebagai gimik pelancaran Extreme Motor Club DACS

Kartun Kita...

Posted: 20 Nov 2011 12:38 AM PST



PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 20 Nov 2011 11:51 PM PST

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Umno berselindung di sebalik mempertahankan Melayu, Islam

Posted: 20 Nov 2011 04:55 PM PST

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

MUTAKHIR ini banyak penulisan meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (Bhttp://pejuangkite.files.wordpress.com/2011/04/tuan.jpg?w=320&h=212N), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang.

Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini. Pandangan begini bukan baru, malah semakin lumrah dalam pemikiran sebahagian besar penulisan dan cetusan idea di kalangan pemikir Melayu Islam.

Namun, apa yang penting ialah "Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?"

Bagi menjawab kebimbangan golongan ini, kita harus berpijak kepada sejarah negara dan kedudukan kekuasaan Melayu dan agama Islam selama ini.

Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umno-lah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah.

Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan Umno.

Tapi, wajarkan ketakutan begitu? Sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar, namun fikirkanlah selepas membaca hujah-hujah di bawah ini.

1. Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah - sehinggakan ada kawasan parlimen yang jumlah pemgundinya mencecah hampir seratus ribu orang.

2. Kenapa tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah?

3. Umno dah tewas lebih 20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana.

4. Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut. Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990?

5. Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukan ke ini Umno sendiri yang melakukan pengkhianatan kepada Melayu?

6. Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno?

7. Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi halal untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno?

8. Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam?

Kebimbangan hilangnya kekuasaan orang Melayu dilihat tertunjang dengan kekuasaan Umno – seolah-olah tiada parti lain dalam Malaysia yang akan memelihara kuasa Melayu dsn agama Islam.

Namun hakikatnya, dalam soal membela Melayu, Umno selama ini tidak mampu menaikkan martabat dan sosio-ekonomi mereka dengan ketara walaupun sudah 54 tahun memerintah negara. Begitu juga, dalam soal membela Islam, berapa kali Umno melacurkan Islam dan menggunakan Islam hanya apabila keadaan perlu untuk memelihara kepentingan politik semata-mata?

Janganlah rakyat Melayu Islam terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda, "Tanpa Umno, mereka hilang tempat bernaung." Sebaliknya, mereka harus menuntut Umno untuk berubah dan sekiranya tidak, slogan 'Asal bukan Umno' akan menjadi laungan dan pilihan mereka pada pilihanraya akan datang.

Pemikiran sempit dari era sebelum merdeka dilihat masih dianuti oleh parti perkauman sehingga hari ini. Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan Umno-MCA-MIC.

Kini, rakyat negara ini dilihat sudah bersedia berhadapan dengan era baru yang lebih terbuka.

Harus diingat, kaum dan bangsa seseorang bukanlah pilihan seseorang manusia - ianya ketentuan Allah. Lantaran itu, Islam melihat kemuliaan bukan kepada bangsa dan warna kulit tetapi pada ketaqwaannya.

Apakah yang rakyat Melayu Islam nak bangga kalau rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berleluasa dalam negara diketuai oleh sebuah kerajaan yang majoriti ahlinya mendadik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam?

Rakyat Melayu Islam mesti melakukan perubahan besar untuk melahirkan umat Islam yang kuat akidahnya dalam berpegang kepada ajaran Islam. Mereka perlu segera menyelaraskan tindakan mereka dengan ajaran Islam dan menterjemahkan sifat sebenar Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, tanpa mengira apakah mereka Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Kerana itu, janganlah mereka terus mempertahankan kerajaan korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan dengan berselindung semata-mata atas nama mempertahankan Melayu dan Islam. Ini bukan sahaja memalukan umat Melayu Islam malah mencemarkan agama Allah kerana penganutnya bersifat sebegitu rupa.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 20 Nov 2011 11:35 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


MESEJ TERSIRAT DARI ANGRY BIRDS

Posted: 20 Nov 2011 04:58 PM PST

Dipetik dari web : sehebatsingaallah.blogspot.com
Artikel : Mesej Tarbiyah Dari Game Angry Bird

Note : kepada pemilik artikel, kesilapan "editing" harap maaf ..

jom kita pikir kisah-2 dan motif-2 penting (mungkin benar / mungkin salah) yang tersirat disebalik game Angry Bird..

salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal. semuanya suka bermain game ini.

tidakkah anda pernah tertanya-tanya? Kenapa? Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka. sedar x kita...

jawapannya sebab.... Angry Birds.... dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah.

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri.

tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! yang putih pula? sanggup mengorbankan anaknya! itu bukanlah satu pengorbanan yang senang. menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad. segala-galanya untuk mencapai satu matlamat. menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..." (At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan, maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu? tidak. diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza. jadi diorang susun sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu. kenapa?

sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu? diorang susun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu. maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya. yang reti potong kayu pergi serang kayu. yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza.

bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat

5) Taat

dan sebagai qiyadah. perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan pasti tidak ada orang yang nak main dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas

6) Ukhuwah

lastly, kena faham, bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara. jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak. yang menarik kita ke api neraka

kenapa? sebab kita menyayangi saudara kita. sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka. begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam. malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat" (An-Nasr 110:1-3)

sedarlah. pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhuwah dan kesatuan dikalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna.

semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds. tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat. iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih. kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 20 Nov 2011 11:07 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Bahaya ‘ekstremis kanan’ pertahan kerajaan?

Posted: 20 Nov 2011 04:53 PM PST

Oleh MOHAMAD SABU

SELEPAS berlakunya muafakat antara partiparti politik PAS, DAP dan KeADILan dan situasi pertandingan satu lawan satu semasa menghadapi Barisan Nasional dalam pilihan raya umumhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUDUv4oADeLfbHOK6BFWrRx9AecSwwS52Pm1ZyiT106Nbo1Bt3ZYQAxJ5U4AEEyE6tdTbXXQB0GvvoU8I07CBJJ-LUfo4aWEC3z05asHq8aRS0_XQhSMDAh_f4QPDCHyeLKPQgeUTuNNm4/s400/mohamad_sabu1.jpg (PRU) ke-12 pada Mac 2008, kita melihat di atas muafakat itu maka BN sudah kecundang di Semenanjung.

Undi popular diperolehi Pakatan Rakyat lebih kurang 52 peratus dan BN pula sejumlah 46 peratus, sementara dua peratus undi rosak.Pergantungan BN untuk memerintah adalah undi di Sabah dan Sarawak. Untuk mengekalkan kuasa Umno-BN, pergantungan utama mereka sekarang ini adalah kepada empat sumber yang utama iaitu Melayu luar bandar, peneroka Felda dan Felcra, undi pos dan undi Bumiputera miskin di Sabah Sarawak. Mengapa empat sumber ini?

Penduduk bandar walaupun Melayu sudah majoriti menolak Umno-BN seperti di lembah Klang, kawasan berhampiran bandar seperti Alor Setar, Kota Bharu dan Ipoh. Oleh itu garis pertahanan Umno-BN ialah hanya kepada empat faktor ini sahaja iaitu Melayu luar bandar, peneroka Felda dan Felcra di mana ia suatu kelompok penduduk yang dikawal dan dikongkong oleh Umno-BN, undi pos yang boleh dimanipulasi serta undi Bumiputera Sabah dan Sarawak yang dalam kemiskinan yang mana bumiputera ini mudah disogokkan dengan janji pembangunan.

Saya menjangkakan berdasarkan keputusan pilihan raya lalu (2008), bandar-bandar seperti Kuching Sibu dan Miri dan selainnya tidak lagi menyokong BN. Begitu juga di Sabah.

Oleh itu, kebergantungan bumiputera di Sabah dan Sarawak yang miskin menyebabkan Umno-BN boleh eksploitasi janji pembangunan untuk mendapatkan undi golongan ini.

Oleh itu, menjelang PRU13 untuk meningkatkan undi luar bandar dan undi pos serta bekas tentera dan polis, semuanya orang Melayu; maka isu perkauman dan Raja-Raja Melayu dan agama (Islam) dimainkan isu ini terutamanya sekali di Pulau Pinang, Perak, Selangor.

Perak telah ditawan melalui rampasan kuasa 2009 sebelum itu mereka memainkan perkauman yang hebat kononnya MB Perak telah gadai tanah kepada orang Cina iaitu berikan geran kepada tapak tempat orang-orang Cina duduk sejak zaman darurat.

Kemudian di Pulau Pinang isu ini juga dimainkan iaitu dengan menuduh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng anti-Islam cuba meminta alim ulama mendoakan nama Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong ketika berdoa.

Di Selangor sedemkian rupa juga dengan isu pengharaman azan, kuil Hindu dan murtad dimainkan oleh Umno-BN secara besar-besaran untuk menarik sokongan Melayu dengan mereka menyedari bahawa undi bukan Melayu sudah pasti tidak memihak kepada mereka terutamanya di kalangan kaum Cina dan India. Hanya tinggal undi Melayu sahaja.

Itupun tidak berjaya dimainkan oleh mereka dan rakyat agak kurang terpengaruh dengan isu-isu itu. Kemudian oleh kerana bekas tentera dan polis di luar bandar amat benci dengan komunis atas peranan komunis sebelum dan selepas Tanah Melayu merdeka, mereka (komunis) meneruskan tindakan komunisme terhadap kerajaan Tanah Melayu dan Malaysia hingga perdamaian pada tahun 1989 menyebabkan kebencian Melayu terhadap komunis tinggi.

Memutarbelitkan Oleh itu, Umno khasnya telah mengambil kesempatan memutarbelitkan ucapan saya terhadap sejarah kemerdekaan terutama cuba meletakkan pejuang kemerdekaan termasuklah Mat Indera dalam Sejarah Pengukir Nama Johor keluaran Warisan Johor dan ditandatangani oleh Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dan disemak oleh Prof Dato' Ramlah Adam dan Prof Abu Bakar Hamid menyebabkan isu itu dimanipulasi Umno besarbesaran untuk tarik sokongan orang Melayu bekas polis tentera dan Melayu luar bandar kepada Umno-BN.

Isu inipun kurang memberi kesan menarik orang Melayu menyokong Umno. Mereka kini cuba memainkan pula isu Raja-raja Melayu dengan isu kadar jenayah yang tinggi yang disebut Guan Eng dalam majlis sembang-sembang di Singapura bukan rasmi diputarbelit hingga menyebabkan Sultan Johor terguris.

Ini perbuatan untuk menimbulkan rasa kononnya pemimpin Pakatan Rakyat tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Begitu juga isu terhadap yang dihadapi Prof Abdul Aziz Bari seorang pakar undang-undang khususnya perlembagaan dan memang ahli akademik mengiktiraf Aziz ini memiliki keupayaan dan pakar dalam hal perlembagaan.

Pandangan Sultan Selangor dan mana-mana sultan yang membuat pandangan boleh diolah dan diberi pandangan oleh pihak lain tetapi perkara ini diambil kesempatan oleh Umno- BN sehingga berlakunya tindakan penggantungan ke atas Azizi Bari dan penentangan daripada pelajar yang adakan himpunan aman bantah kerajaan gantung Aziz Bari dan kemudian ditarik balik.

Apa yang saya mahu tekankan dalam penulisan saya kali ini ialah bukan soal pertarungan memberikan hujah, pertarungan menghujahkan minda tetapi mungkinnya tindakan di luar garisan demokrasi seolah-olah direstu oleh kerajaan. Ini amat berbahaya berlaku dalam trend politik Malaysia sekarang ini.

Misalnya perbezaan pendapat yang diputar belit Utusan Malaysia terhadap sejarah kemerdekaan Tanah Melayu hingga saya dapat ancaman daripada pelbagai pihak yang mencadangkan kerakyatan saya ditarik; ada yang mencadang saya dibuang ke Laut China Selatan; juga ada ugutan untuk melenyapkan saya daripada muka bumi Malaysia; ada juga yang mengugut saya dan keluarga untuk menyimbah asid dan kemuncaknya tindakan cubaan bakar pintu pagar rumah saya bulan lalu.

Soalnya mengapa pertarungan pertentangan fikiran dan hujah ini seolah-olah diizinkan tindakan fizikal terhadap orang yang beri pandangan berbeza? Kerajaan harus serius dalam hal ini kerana tindakan fizikal ini amat berbahaya kepada masa depan negara dan suasana politik negara jika kerap berlaku pada masa akan datang.

Begitulah juga apa yang berlaku ke atas Aziz Bari sepatutnya hujah beliau terhadap titah Sultan ini dijawab oleh pakar perlembagaan atau profesor secara hujah, dan memberi pandangan berlainan.

Namun trendnya Aziz Bari digantung khidmat (walaupun telah ditarik semula) dan lebih malang lagi hingga ada yang kririm peluru mengancam Aziz Bari dan ancam nyawanya.

Inilah trend politik di Malaysia berada dalam keadaan tidak sihat. Sekarang ini saya melihat muncul golongan ekstremis kanan. Kita nampak seolah-olah kerajaan tidak membendung kebangkitan ekstremis ini yang boleh memberi ancaman nyawa keselamatan masyarakat dan negara pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri dan polis mesti bertindak segera supaya memainkan peranan untuk meredakan keadaan daripada ancaman fikizal ini. Biarlah digalakkan pertarungan politik atau hujah dengan hujah bukannya kekerasan.

Umno-BN huru-harakan sistem pendidikan

Posted: 20 Nov 2011 05:50 AM PST

Oleh Penulis Khas

Kali ini kita ingin menyentuh isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Ihttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZfweV6q3c8GgceTPJHGsmg6fwhxbBoIbpKKijuK8Q_8b_25W_CHRMQjzNazPOjCAbJE_g8hTweG7L3Sej-EQrcGVddBMevAmn4mS-jQ1ZZSOHclf_vmP1-OHA2hTEv5cyCvpWOW7PxO8/s730/mahyudin.jpgnggeris (PPSMI) yang menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hanya dimansuhkan sepenuhnya di sekolah rendah pada 2016 manakala di sekolah menengah pada 2021.

Apa yang kita ingin ulas di sini pendekatan 'soft landing' yang dikatakan oleh Muhyiddin yang memberi sekolah kebebasan penuh untuk menentukan sama ada untuk terus menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dalam pelaksanaan program PPSMI yang terakhir tamat pada 2015 (sekolah rendah) dan 2020 (sekolah menengah).

Muhyiddin yang dilihat sebagai tunduk kepada kedua-dua pihak yang menentang dan menyokong PPSMI, mungkin bagi kepentingan politik diri dan partinya; seolaholah memberikan situasi menang-menang (win-win situation) yang diharapkan dapat memuaskan Gerakan Menentang PPSMI (GMP) yang terbabit dalam satu demonstrasi besar-besaran di ibu kota pada Mac 2009 yang turut disertai Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said dan juga kumpulan pro- PPSMI yang digerakkan oleh Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (Page) yang diterajui oleh Datin Noor Azimah Abdul Rahim.

Pengerusi Page ini sebelum ini mengertak Muhyiddin bahawa pihaknya tidak akan memberi undi kepada Umno-BN jika desakan mereka tidak dipenuhi. Gertakan ini dipercayai menyebabkan Muhyiddin terpaksa mengambil pendekatan memanjangkan tempoh hayat PPSMI sehinggalah pada tahun 2021 dan bukannya serta-merta se perti dituntut GMP!

Jika diamat-amati akhbar harian bahasa Inggeris mereka menganggap keputusan Kementerian Pelajaran untuk terus membenarkan murid-murid diajar dalam bahasa Inggeris bagi subjek berkenaan sehingga lima tahun lagi bagi sekolah rendah dan 10 tahun bagi sekolah menengah, adalah kemenangan kepada pihak pro-PPSMI manakala akhbar Melayu yang dulunya bermati-matian memuji inisiatif PM (kini bekas) Tun Dr Mahathir Mohamad yang memaksakan PPSMI di sekolah-sekolah mulai 2003, kali ini menyokong kuat pula inisiatif Muhyiddin mengikut dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Berhubung PPSMI, semua sekolah diberi kebebasan penuh sama ada untuk menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan Muhyiddin berkata bahawa pihak sekolah lebih mengetahui keadaan pencapaian murid dan pelajar masing-masing selepas PPSMI dilaksanakan (2003). "Sekolah lebih mengetahui keadaan pelajar dan murid mereka, kerana sekarang pun sekolah sudah membuat keputusan sendiri.

Misalnya, sewaktu kita meminta mereka (sekolah) menggunakan bahasa Inggeris untuk PPSMI, tetapi mereka tidak berbuat demikian sebaliknya memilih bahasa Melayu kerana ada pelajar dan murid yang tidak faham, jadi mereka boleh teruskan.

Lagipun, kita (kementerian) tidak mahu mengganggu proses pembelajaran sedia ada, lebih-lebih lagi jika mereka (guru dan pelajar) sudah biasa dengan keadaan ini," Muhyiddin dipetik sebagai berkata.

Bagi kita, memberi kebebasan kepada sekolah (perlu diingat ada hampir 10,000 sekolah di tanah air kita), dalam perkara dasar seperti bahasa adalah 'kerja gila' yang secara terang memperjudikan masa depan generasi muda dan negara dan jika hal ini dibuat berdasarkan kepentingan untuk mendapatkan sokongan politik, ia tindakan paling jelek kerana menjadikan anak-anak sebagai mangsa.

Murid dan pelajar menjadi 'guinea pig' (tikus eksperimen) bagi memenuhi nafsu pemimpin yang rakus meraih undi sokongan demi untuk berkuasa dulu, kini dan selamanya.

Bagi kita tiada kompromi dalam soal pendidikan; jika dulu dan kini kita sudah mempunyai sistem pendidikan pelbagai dengan kewujudan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan (hal ini tidak berlaku pun di negara lain seluruh dunia) dengan memberi kebebasan kepada sekolah untuk memutuskan apa bahasa yang sesuai akan mewujudkan 'standard' (piawai) yang berbeza-beza.

Kita amat khuatir jurang pendidikan akan semakin melebar; akan wujud sekolah-sekolah kelas satu, dua dan tiga.

Itulah, dunia pendidikan kita sudah dicemari oleh tangan-tangan kotor politikus, sewajarnya tiada campur tangan politik dalam pendidikan; biarkan mereka yang arif dalam bidang ini menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Mengikut maklumat yang kita terima, guru- guru sudah bosan dengan permainan politik ini kerana bukan saja anak murid yang menjadi 'tikus eksperimen', mereka berlebih lagi, ramai menggalami gangguan jiwa kerana terpaksa menanggung bahana akibat sudah huru-hara sistem pendidikan kita.

Masakan tidak tunggang-langgangnya dunia pendidikan kita kerana sekolah (siapa dia; pengetua, guru, murid atau PIBG?) berhak menentukan bahasa apa yang akan digunakan di sekolah mereka!

DPP PADANG TERAP

Posted: 20 Nov 2011 09:47 PM PST

DPP PADANG TERAP


Suasana Ekspo Penerangan DPPPT pada hari ketiga

Posted: 20 Nov 2011 06:53 PM PST








Ekspo Penerangan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Padang Terap dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun (MTD) Pedu pada malam ketiga bertambah meriah dengan kehadiran orang ramai. Pada siang hari acara Muslimat dijalankan pada sebelah pagi. Acara untuk Muslimat iaitu gubahan bunga, buka daun ketupat, dan memancing ikan puyu. Pada sebelah petang, satu program pemeriksaan kesihatan percuma turut diadakan. Pada sebelah malam pula ceramah umum disampaikan oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, Yb Abdullah Sani yang menyentuh isu pekerja dan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan yang di pimpin oleh UMNO. Sebelum ceramah dimulakan, para hadirin dihiburkan oleh persembahan nyanyian oleh komposer terkenal Paklong yang popular dengan lagu "Selagi Ada Rindu".

Suasana pada malam kedua Ekspo Penerangan di MTD Pedu

Posted: 20 Nov 2011 01:04 AM PST




































pada malam kedua dimeriahkan dengan kehadiran orang ramai yang datang dari segenap penjuru Padang Terap. Sambutan yang diberikan oleh orang ramai
tidak disia-siakan dengan kehadiran Yb Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Machang dan seorang lagi Ahli Parlimen yang begitu hebat berpidato iaitu Yb. Dato' Seri Nizar Jamaluddin. Ceramah yang bersemangat dan penuh dengan fakta didedahkan oleh para penceramah. Setiap isu dikupas dengan sebaik-baiknya supaya para pendengar dapat mengetahui dan memahami segala kepincangan yang berlaku dalam negara ini. Ceramah aluan pada malam itu ialah Timbalan YDP Padang Terap, Tuan Syed Ibrahim Al-Jefri.


PAS Negeri Sembilan

Posted: 20 Nov 2011 09:25 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Pendaftaran Pelajar PASTI 2012 kini dibuka di Senawang

Posted: 20 Nov 2011 04:53 AM PST




PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi :019-6692431 Cikgu Zaharah
019-9103431 Encik Nazri

Sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan :
- Kurikulum 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal
- Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan
- Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih
- Konsep Tadika Islam
- Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak
- Asas Al Quran dan Doa Harian
- Amali dan Praktikal Ibadah
- Aktiviti Sukan dan Riadah
- Yuran yang berpatutan

Waktu Pembelajaran
8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis)
8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)

Matapelajaran
Komunikasi Asas : Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa
Inggeris
Matematik
Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani
Al Quran dan Tulisan Jawi

Objektif PASTI
Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa
Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam
Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam

Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 20 Nov 2011 09:12 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Posted: 20 Nov 2011 06:23 AM PST









MAJLIS IHTIFAL PASTI DARUL QURAN 2011

Sambutan walaupun sederhana namun meriah....


PAS Kawasan Miri

Posted: 20 Nov 2011 07:48 PM PST

PAS Kawasan Miri


1 Meter Air Untuk 1 Kampung Sungai Dalam Di Miri

Posted: 19 Nov 2011 09:21 PM PST


YDP bersama SU PAS kawasan Miri sedang menujukan papan tanda PIA 2011 yang baru siap di kpg Sungai Dalam Miri













Penduduk Kampung Sungai Dalam Masih Berkongsi 1 Meter Air
MIRI - Kampung Sungai Dalam terletak dalam kawasan Lambir, Miri dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kampung Sungai Dalam A dan Kampung Sungai Dalam B. Kebanyakan penduduk di kampung tersebut adalah bumiputera Islam. Penduduk di situ kebanyakannya bekerja dengan swasta dan juga bertani. Masalah utama yang dihadapi penduduk Kampung Sungai Dalam adalah berkongsi bekalan meter air dan juga jalan masuk kampung yang agar sukar apabila musim hujan lebat. Kawasan tersebut mudah dilanda banjir akibat peparitan yang agar sempit dan tidak terurus dengan baik.


Keadaan parit atau dulunya anak sungai yang agak sempit dan ini boleh menyebabkan banjir ketika musim hujan lebat















SU PAS kawasan Miri menujuk tempat 1 Meter paip air yang dikongsi bersama penduduk kpg Sungai Dalam





Walaupun sungainya dalam tetapi kawasan penempatan penduduk kampung tersebut agak rendah dari jalanraya utama ke Loji Rawatan Air Lambir (134 MLD) yang di bawah pengurusan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU). Tempat ini mudah dilanda banjir sekiranya hujan lebat berpanjangan tanpa henti. Sejak dulu lagi penduduk kampung Sungai Dalam A menghadapi masalah pengkongsian alat meter air paip ke rumah mereka. Menurut penduduk kampung tersebut mereka terpaksa berkongsi 1 alat meter air dan masalahnya adalah mereka yang sudah berkahwin yang tinggal serumah pun terpaksa membayar lebih mengikut bilangan pasangan dalam rumah itu. Tentulah tidak adil bagi orang yang sudah berkeluarga kalau mereka terpaksa bayar lebih sedangkan orang bujang yang ramai tinggal dalam serumah tidak perlu membayar lebih. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku dalam negara kita yang menuju ke arah negara maju 2020 tetapi perkara ini masih berlaku di Sarawak seolah-olah kita masih lagi berada dalam tahun 50an dan 70an yang lalu. Perkara ini sudah lama dikemukakan oleh penduduk kampung kepada pihak yang berkenaan dan juga kepada wakil rakyat (YB) yang lalu atau yang baru terpilih tetapi masalah ini masih belum juga dapat di atasi. Penduduk kampung sudah bosan dan muak dengan janji pihak yang berkenaan kononnya mereka akan mengatasi masalah tersebut tetapi sehingga kini masih belum ada lagi sebarang tindakan yang di ambil. Sampai bila mereka harus menunggu, adakah mereka akan terus menunggu janji yang sama lagi apabila menjelang pilihanraya?
YDP PAS dan SU PAS kawasan Miri bersama penduduk meninjau keadaan kawasan kpg tersebut yang sering dilanda banjir kilat

Sudah berpuluh-puluh kali janji yang sama di beri kepada penduduk kampung seperti membina tempat futsal, balai raya baru dan sebagainya tetapi hasilnya tiada kalau ada pun ala kadar saja hasilnya hanya semata-mata untuk menyenangkan hati penduduk kampung saja. Kita boleh lihat sendiri keadaan projek untuk kampung dimana kualitinya sangat rendah dan tidak bermutu. 'Cakap tidak serupa bikin' inilah keluhan penduduk kampung yang masih mengharap agar perkara ini dapat di atasi dengan segera.

Paip bocor yang ditemui di sebuah rumah dikampung tersebut dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada penghuni rumah tersebut.


Kita sering kali mendengar peruntukan yang berjuta-juta ringgit dari pihak kerajaan untuk kemudahan asas penduduk luar Bandar tetapi sehingga kini masalah yang kecil seperti ini pun masih belum dapat diselesaikan oleh pihak yang berkenaan dengan sebaik mungkin. Kemana perginya peruntukan tersebut? Sedangkan penduduk kampung tersebut sudah banyak kali mengadu dan merayu kepada pihak yang berkenaan seperti LAKU agar menyelesaikan masalah pengkongsian meter air di kampung mereka.Mereka memohon agar LAKU dapat pasang meter secara persendirian bukan berkongsi dengan beberapa buah rumah seperti sekarang ini.

Loji Rawatan Air Lambir (134 MLD) tidak jauh dari kampung tersebut dan saluran paip besar juga betul-betul melalui dihadapan jalan masuk kampung tersebut tetapi mengapa susah sangat pihak LAKU memasang meter air persendirian di kampung tersebut. Apa masalah LAKU sehingga sukar sekali memasang meter air persendirian di kampung tersebut?

Begitu juga dengan jambatan atau titian yang baru di bina yang menuju ke rumah penduduk kampung. Menurut penduduk kampung terdapat lagi beberapa buah rumah di situ belum lagi dapat menggunakan titi tersebut disebabkan titi tersebut hanya terhad untuk beberapa buah rumah saja dan sudah tentu nilai kos pembinaan titi tersebut juga dipersoalkan kerana ianya agak tinggi tapi tidak dapat memenuhi keperluan penduduk kampung tersebut. Titi yang tidak berapa tersusun dan kurang bermutu boleh mengancam keselamatan penduduk terutama sekali kanak-kanak kecil.Apabila hujan titian itu agak licin dan air sungai yang berhampiran akan melimpah keluar dan menyebabkan banjir di kampung tersebut terutama sekali musim hujan yang berpanjangan.
Sebelum sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, kita mendesak agar pihak yang berkenaan dapat menyiapkan dengan segera projek peparitan yang sempurna di kampung tersebut. Jangan hanya pandai berjanji dengan rakyat untuk mengatasi masalah mereka tetapi masalah yang kecil macam ini pun mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan.

PAS Miri telah mendengar sendiri keluhan penduduk di kampung Sungai Dalam dan sangat kesal dengan pihak yang berkenaan yang pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung tersebut tapi janji tinggal janji. Kita sungguh kasihan akan nasib penduduk kampung tersebut sekiranya mereka terus dipinggirkan dari menikmati kemudahan asas yang sepatutnya mereka terima berbelas tahun yang lalu tetapi kampung mereka terus jauh ketinggalan dari arus pembangunan.

Sekali lagi kita mendesak pihak yang berkenaan agar bertindak dengan segera mengatasi masalah penduduk tersebut dan jangan biarkan mereka terus hidup dalam kesusahan akibat sikap pilih kasih oleh pihak tertentu. Aduan, keluhan dan pemintaan rakyat patut diberi keutamaan oleh pemerintah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

Kampung Sungai Dalam Residents Sharing 1 Water Meter
MIRI - The Kampung Sungai Dalam is located in the Lambir area, Miri and divided into two parts, Kampung Sungai Dalam A and Kampung Sungai Dalam B. Most of the villagers are indigenous Muslims. Mostly they were working with the private sector and growing crops.

The main problem faced by the residents of Kampung Sungai Dalam is the sharing water meter supply and also the entrance to the village is quite difficult especially during rainy season. The area is prone to flooding due to drainage is narrow and not well organized.

The rivers is deep but the area of ​​the village settlements quite low from the main road to the Lambir Water Treatment Plant (134 MLD) which is under the Northern Region Water Board management (LAKU). This place is prone to flooding in the event of prolonged non-stop heavy rain



Since day one the villagers of Kampung Sungai Dalam having trouble sharing water meter to their homes. According to the villagers that they had to share a water meter and the problem is those who are married who live together with them had to pay more as the number of pairs in the house. Of course not fair to those who already have a family if they had to pay more, while many single people living in the same household do not have to pay more. This should not happen in our country towards the developed countries in 2020, but this is still occurred in Sarawak as though we are still in 50s and 70s years ago.
This issue has long been raised by the villagers to the parties concerned and also to the past and new elected representatives (YB), but the problem still not able to be solved. The villagers are fed up and disgusted with the promise of the relevant parties of which they will solve the problem but so far there still no action had been taken. How long they must wait, whether they will continue to wait for the same promise again when by the elections?

It is tens of times the same promise given to the villages such as building a futsal court, new community hall and etc, but the results are nothing if there were only hearted results merely in order to appease the residents only. We can see by ourselves the project to the village where the quality is very low and no standard. 'Talk only but no action' this is the complaint of the villagers who still hope that this matter can be resolved quickly.

We often hear the allocation of millions of ringgits from the government for the benefit of the rural population base, but so far as this small problem still not been resolved by the parties concerned as quickly as possible. Where the provision goes to? Meanwhile, the villagers had many times complained and pleaded the parties concerned such as LAKU to solve the problem of sharing water meters in their village. They request LAKU to install water meters on their own not shared by several houses as they do now.
Lambir Water Treatment Plant (134 MLD) is not far from the village and also a large pipeline right through the front entrance of the village, but why is so difficult for LAKU to install private water meters in the village. What is the problem and difficulty for LAKU to install private water meters in the village?

Similarly to the new bridge or boardwalk constructed leading to their homes. According to the villagers there were some houses there has not been able to use the bridge since the bridge is limited to only a few houses and of course the cost of bridge construction is also questionable because it is relatively high but cannot meet the needs of village residents. The bridge that is not well organized and less quality may threaten the safety of the people, especially young children. When it is raining the bridge was a bit slippery and the water of a nearby river will overflow and cause flooding in the village, especially the prolonged rainy season.

Before any undesirable things happen, we urge the parties concerned to complete promptly the proper drainage project in the village. Do not just good at promises to the people to overcome their problems, but a small problem like this took many years to complete.

PAS Miri has been hearing complaints from the Kpg Sungai Dalam residents and very disappointed with the relevant authorities had promised to solve the problem of the villagers but promise to stay promise. We are very sorry to the fate of the villagers if they continue to be marginalized from the basic amenities that they deserve many years ago, but the village continues far behind from mainstream development.

Once again we urge the parties concerned to act quickly to overcome the problem of population and do not let them continue to live in hardship as a result of favouritism by certain parties. Complaints, grievances and demands of the people should be given priority by the government regardless of race, religion and political belief.




Rembau Hari Ini

Posted: 20 Nov 2011 07:34 PM PST

Rembau Hari Ini


Pendaftaran Pelajar PASTI 2012 kini dibuka di Senawang

Posted: 20 Nov 2011 04:59 AM PST


PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi :019-6692431 Cikgu Zaharah
019-9103431 Encik Nazri

Sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan :
- Kurikulum 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal
- Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan
- Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih
- Konsep Tadika Islam
- Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak
- Asas Al Quran dan Doa Harian
- Amali dan Praktikal Ibadah
- Aktiviti Sukan dan Riadah
- Yuran yang berpatutan

Waktu Pembelajaran
8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis)
8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)

Matapelajaran
Komunikasi Asas : Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa
Inggeris
Matematik
Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani
Al Quran dan Tulisan Jawi

Objektif PASTI
Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa
Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam
Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam

Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.




PAS LENGGONG

Posted: 20 Nov 2011 07:11 PM PST

PAS LENGGONG


Antara PKFZ dan NFC

Posted: 20 Nov 2011 01:57 AM PST

PKFZ bunyi cerita PM (kabinet) kena tipu.
NFC bukan urusan kabinet kata menteri asas tani, tapi satu jawatan kuasa agaknya JK itu mesti dibawah menteri. Kalau bukan dibawah menteri pasti Ketua Setiausaha kementerian. Kalau dulu duit pprt yang kena ialah kakitangan kerajaan sedangkan menteri selamat kalini macammana pulak?

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan ekoran dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) iaitu syarikat milik suaminya.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Presiden KMPP Rahmad Isahak berkata, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno telah hilang kepercayaan rakyat akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain melainkan meletakkan jawatan.

"Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu disini.

"Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Kerajaan Pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya.

Menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar.

"Perkara berbangkit disini yang menjadi 'Crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian sebuah Kondominium yang bernilai RM9.8 Juta bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

"Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," tambah Rahmad lagi.

Menurutnya lagi, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan sama sekali bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC, begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan.

"Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita.

"Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," jelasnya.

Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan telah menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu.

Bagaimanapun ianya didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'.

Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh anggota parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri berkaitan Fidlot itu telah menyusahkan Umno Barisan Nasional.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

PAS sambut baik mansuh guru kerja 9 jam

Posted: 20 Nov 2011 01:52 AM PST

Dalam harakah jumaat memuatkan pandangan profesional Mantan Pengarah Pelajaran Perak. Dan semalam ianya dimansuhkan. Begitulah meraba-raba Menteri Pelajaran yang tidak pernah menjadi guru dan mengurus guru dan tidak mengikut aspirasi guru.

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mengalu-alukan keputusan kerajaan yang mengumumkan projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari bermula Januari ini di empat negeri tidak akan diteruskan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan tersebut sangat wajar dan selari dengan desakan PAS selama ini yang mahu warga pendidik dibela, bukan dibebankan dengan ditambah waktu berkerja.

"Kita alu-alukan keputusan kerajaan membatalkan projek printis guru kerja sembilan jam ini.

"Saya sendiri sebelum ini turut menyuarakan bantahan kepada pihak kementerian di Dewan Rakyat, agar ianya dimansuhkan kerana khuatir kesan negatif kepada proses pengajaran guru dalam kelas," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Beliau mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari itu dibatalkan.

Langkah itu menurut Muhyiddin, bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

Katanya, ianya tidak perlu perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini.

Mengulas lanjut, Mahfuz sekali lagi menegaskan, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran perlu juga mendapat pandangan pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) sebelum membuat sebarang ketetapan terhadap tugas guru.

"Kerajaan perlu ambil pengajaran. Apa-apa keputusan berkaitan perguruan, perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak kesatuan.

"Kita tidak mahu keputusan yang dibuat akhirnya menjejaskan 'core business' guru sekaligus yang menjadi mangsanya adalah pelajar itu sendiri,' katanya.

Sebelum ini Presiden NUTP Hashim Adnan turut menyatakan bantahan dengan projek printis kerja sembilan jam itu kerana ianya dibuat tanpa berbincang dengan pihak mereka.

Lebih membimbangkan katanya, tindakan tersebut 'boleh mematahkan semangat guru' disamping tidak praktikal dengan sistem pengajaran sedia ada.

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 20 Nov 2011 03:08 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


Lensa: KONSERT & TAZKIRAH BERSAMA BOB LOKMAN DAN SHAM KAMIKAZE

Posted: 15 Nov 2011 06:35 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 20 Nov 2011 01:43 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Taktik pemimpin "bodoh" mencuri duit rakyat siri 2

Posted: 19 Nov 2011 07:31 PM PST

Dari Blog MiloSuam:



BANTAHAN hebat telah disuarakan oleh penduduk Kampung Banggol Donas (Kg Banggol Tuan Muda) berhubung isu membelokkan lebuhraya yang lurus ke arah 22 rumah penduduk kampung.

Dalam pendedahan lalu telah ditunjukkan bagaimana kerja pelik "orang gila" ini telah dilakukan, rujuk sini [Pemimpin bodoh].

Pelik tapi benar, lebuhraya yang lurus dipesongkan dan melanggar 22 rumah penduduk kampung. Kalau kambing diajar jadi jurutera jalan, kambeng pun tak sanggup buat kerja gila ini.

Maklumat yang didedahkan oleh salah seorang penduduk Kg Banggol Donas, juga mangsa di mana rumahnya turut akan dirobohkan, mendedahkan bahawa rupa-rupanya lebuhraya tersebut dipesongkan agar melanggar sebahagian tanah JKK Umno bernama Ghani B Hitam.

Saudara Salleh B Embong, mendedahkan bahawa Ghani telah lebih awal menukar status tanahnya secara senyap-senyap daripada tanah kampung kepada "bangunan" untuk mendapatkan pampasan berlipat kali ganda.


Di bawah ini penjelasan saudara Salleh Embong, beliau turut menunjukkan lokasi tanah pemimpin Umno yang dimaksudkan.




Selepas ini kita akan dedahkan dokumen bukti bagaimana pejabat tanah turut didakwa bersekongkol untuk mengenyangkan perut pemimpin celaka ini. Malah PM Najib sendiri telah mengetahui hal ini, namun sampai sekarang semua "tidur".

ReJaM© " Duit punya pasal 22 rumah orang kampung kena roboh! Jahanam!"

WARTA JINGGA: Ni bukannya pembela rakyat!! tapi perampas hak rakyat!! Sampai bila nak insaf??
Dahler pakai wang rakyat bina lebuhraya! tanah rakyat dirampas!! bila rakyat memberontak dikatanya anti-pembangunan!! INILAH KERA JAAN UMNO-BE END!! Jahanam!
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/taktik-pemimpin-bodoh-mencuri-duit.html#ixzz1e88HIuR7

The king of the sleep!!

Posted: 19 Nov 2011 07:23 PM PST

Tertidor dengan lenanya...adakah stil menjadi YB next????
orang yang memilihnya mungkin gila dan hilang akal.


SEKEPING gambar ADUN terlena didakwa ketika sidang DUN berlangsung menjadi topik hangat disebarkan melalui blog, forum dan laman sosial Facebook terutama oleh penyokong Barisan Nasional.



Gambar tersebut menunjukkan, ADUN Sri Andalas yang juga Exco Kesihatan, Kebajikan Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar tertidur di atas kerusi.

Sebelum ini Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan, yang juga Presiden Perkasa pernah diserang kontroversi apabila gambarnya yang sedang tidur di dalam dewan rakyattersiar secara langsung di kaca televisyen.
Ibrahim Ali tertidor semasa bertugas
Gambar YAB Perdana Menteri tidur di Persidangan Ketua Negara Komanwel, CHOGM juga pernah menjadi topik hangat apabila ia menghiasi salah satu laporan portal berita berpengaruh Indonesia, Antaranews baru-baru ini.

keh keh keh!! ingat umno,ingat tolol sepanjang masa!!!

Jabatan Agama Islam Sarawak:Lima Ratu Cantik Beragama Islam Diarah Menjalani Sesi Kaunseling

Posted: 19 Nov 2011 07:15 PM PST


KUCHING: Gara-gara mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan bersaing di pertandingan akhir, lima peserta Ratu Cantik Borneo (MBB) beragama Islam diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam di Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), semalam.

Kelima-lima peserta beragama Islam terbabit, Melatie Melissa, 22, Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21, Adira Kamil, 23, Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, dipanggil selepas penampilan mereka menimbulkan rasa kurang senang terutama umat Islam yang kemudian membuat aduan kepada Jais.

Pertemuan itu turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

Abang Shamsudin berkata, Jais menerima aduan hampir setiap hari mengenai penganjuran pertandingan berkenaan sebelum ini dan memutuskan untuk memanggil peserta beragama Islam bagi memastikan mereka memahami hukum syarak.

Katanya, pihaknya tidak menghalang penganjur meneruskan pertandingan berkenaan malam ini (malam tadi) kerana ia turut disertai 13 lagi peserta bukan Islam, namun berharap lima peserta Islam memikirkan semula kedudukan mereka.

"Mana-mana pertandingan ratu cantik tetap haram berdasarkan hukum syarak, namun kami tidak boleh mengambil tindakan terhadap penganjur MBB berdasarkan kesedaran harus ada di kalangan umat Islam, terutamanya ibu bapa sendiri.

"Pada sesi berkenaan, kami memberi penerangan mengenai aurat wanita kepada lima peserta terbabit dan pada masa sama tidak memaksa mereka menarik diri berikutan situasi umat Islam di Sarawak agak berbeza," katanya.

Difahamkan, penganjuran MMB menjadi perhatian selepas ia mendapat publisiti meluas media tempatan dan pada masa sama timbul bantahan pihak tertentu yang mendakwa peserta akan memakai pakaian renang pada malam pertandingan akhir.

Sementara itu, seorang peserta, Adira dari Kuching, mendakwa mereka diberi layanan baik oleh penganjur pertandingan, Alaric Soh, selain diminta tidak memakai pakaian yang boleh mencetuskan kontroversi.

"Kebanyakan pakaian peserta pertandingan ini adalah pakaian biasa dan Alaric sudah memaklumkan supaya peserta tidak terlalu menonjolkan imej seksi, selain tiada syarat menetapkan kami perlu memakai pakaian renang.

"Saya mendapat sokongan kuat daripada rakan dan keluarga bagi menyertai MBB dan orang ramai sebenarnya beranggapan negatif apabila kami memakai pakaian yang dikatakan seksi sehingga timbul isu seperti ini," kata graduan perakaunan itu.

Difahamkan, daripada 200 permohonan, hampir 80 daripadanya adalah wanita Islam dan hanya lima dipilih penganjur MBB.

5 ratu cantik diberi kaunseling

Buang Kakitangan Awam Jadi Agenda Sempit Umno BN

Posted: 19 Nov 2011 07:13 PM PST

KETIKA desas-desus Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bertiup kencang, Umno dan Utusan tidak heti-henti cuba menarah pengaruh DAP dalam Pakatan Rakyat. Usaha yang sama terus dilakukan mereka terhadap PAS dan KeADILan.

Peluang dan ruang diguna sepenuhnya bagi meragukan sokongan rakyat terhadap Pakatan. Apa jua isu yang dirasakan boleh "membeli" hati orang-orang Melayu, akan terus diputar semahunya tanpa rasa bersalah sekalipun ianya fitnah.

Minggu lalu, organ Utusan melaporkan kononnya DAP, apabila mendapat kuasa bersama Pakatan Rakyat, mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak cekap atau tidak produktif.

Tidak ada sebarang keganjilan dalam kenyataan yang dikatakan dilontar oleh DAP itu, kecuali jika dibaca majoriti besar kakitangan awam adalah orang Melayu. Maksud Utusan sangat jelas - jika Pakatan Rakyat berkuasa, maka kuasa politik orang Melayu akan terhakis.

Utusan meniup isu perkauman sempit. Mengurangkan kakitangan kerajaan bermakna "menerajang" orang Melayu, itulah yang cuba digambarkan mereka. Isu ini dimain setiap hari, bagi mengkucar-kacirkan sokongan orang Melayu terhadap Pakatan yang ada DAP di dalamnya.

Hal ini, sama ada munasabah atau tidak sama seperti fitnah Utusan pada masa lalu, kononnya DAP yang majoriti ahlinya kaum Cina berkepercayaan Buddhisme dan Taoisme dituduh mahu menubuhkan Negara Kristian - Utusan tidak peduli itu semua.

Kali ini, kakitangan awam dijadikan perisai manusia dalam meneruskan agenda politik kotor Utusan yang makin terdesak, tidak kira sama ada direstui oleh Umno-BN atau tidak. Itulah sahaja cara untuk mengoyakkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan.

Bagi rakyat termasuk kakitangan awam yang mempercayai bulat-bulat dakwaan Utusan dan Umno ini, sewajarnya mereka bertenang, duduk sebentar dan gunakanlah akal fikiran menekuni propaganda Umno itu.

Apa yang dipetik Utusan tentang "kenyataan" Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua tentang saiz perkhidmatan awam sebenarnya adalah pandangan yang dikemukakan dalam dialog mengenai Bajet 2012 anjuran Pemuda DAP Johor di Johor Baru pada 31 Oktober lalu.

Pua menegaskan dasar kerajaan pada pertengahan 1980-an sewaktu Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri adalah untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam daripada sekitar 800,000 kepada 500,000. Yang dilakukannya ialah memperkenalkan dasar pengswastaan.

Utusan lupa ia antara akhbar yang ghairah menyokong Mahathir sehingga mencanangkan dasar pengswastaan itu baik untuk rakyat, khususnya orang Melayu. Utusan tidak pula menuduh usaha Mahathir sebagai "tak berasas", "tak rasional" dan "mempunyai agenda politik" sebagaimana yang dilontarkan kepada DAP sekarang.

Pua menjelaskan walaupun Mahathir yang membawa usaha mengurangkan saiz perkhidmatan awam, di hujung era pemerintahannya jumlah kakitangan awam terus meningkat sehingga menjadi lebih satu juta orang.

Apa masalahnya bila kakitangan awam terlalu ramai? Seperti yang berlaku di negara-negara komunis dan fasis yang menentang sistem pasaran, kerajaan terpaksa menyediakan semua pekerjaan dalam sektor awam kerana tiada banyak ruang untuk pihak swasta bergerak bebas.

Apabila saiz perkhidmatan awam terlalu besar, perbelanjaan mengurus melambung naik. Tidak ada cara lain kecuali dengan menaikkan cukai, sama ada cukai pendapatan, cukai korporat, cukai perkhidmatan telefon prabayar, perkhidmatan telefon bimbit, perkhidmatan TV satelit dan sebagainya untuk "menyara" perkhidmatan awam. Itulah yang dijelaskan Pua.

Jika Utusan tidak melihat apa-apa cacat-cela usaha Mahathir, mengapa DAP pula menjadi sasaran kerana menyuarakan perkara yang sama? Tidak lain dan tidak bukan kerana kaca mata Utusan hanya nampak warna kulit, kaum, ras dan bangsa.

Meskipun saiz perkhidmatan awam di Malaysia besar, ia tidak boleh dikecilkan oleh kerajaan yang memerintah dengan mudah kerana ada banyak peruntukan Perlembagaan yang menghalang.
Ekoran kekecohan yang timbul itu, PAS melalui Naib Presidennya, Sallahudin Ayub mengadakan sidang media menenangkan rakyat mengenai kontroversi yang dimainkan oleh Utusan itu.

Selain peruntukan-peruntukan yang disebut oleh Sallahudin, pengurangan atau pemberhentian kakitangan awam juga boleh menyentuh kedudukan istimewa Melayu, khususnya yang diperuntukkan Perkara 153(2), (3) dan (4).

Peruntukan-peruntukan tersebut menyediakan kuota jawatan tertentu untuk orang-orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Jumlah kakitangan awam, termasuk ATM dan polis ketika ini berjumlah sekitar 1.3 juta orang. Ia dianggap besar berbanding dengan negara-negara lain dan dilihat membebankan.

Secara perbandingan Jepun hanya mempunyai 3.2 peratus kakitangan awam berbanding dengan jumlah penduduknya. Sementara itu di Korea Selatan ia berada pada tahap 2.1 peratus manakala Singapura dan Taiwan masing-masing pada tahap 2.9 dan 3.7 peratus.

Malaysia sebaliknya mempunyai 4.68 peratus berbanding dengan 28 juta penduduk. Pada 2011 perkhidmatan awam memerlukan dana sebanyak RM45.6 bilion.

Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan beban ialah mengecilkan saiz kabinet. Jumlah 30 orang menteri, tidak termasuk timbalan menteri dan setiausaha parlimen, adalah terlalu besar.

Sebenarnya, Perlembagaan tidak menetapkan saiz kabinet Persekutuan dan dengan jumlah kakitangan yang begitu besar jumlah menteri boleh dikurangkan. Bagi Malaysia, sekitar 20 orang menteri sudah amat mencukupi.

Sumber : Harakahdaily

Adun Trong Didakwa menipu Penduduk Kampung Wawasan

Posted: 19 Nov 2011 07:05 PM PST


Penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Wawasan di jalan Trong-Beruas dalam Adun Trong mendakwa mereka telah di tipu oleh janji-janji manis pemimpin umno kawasan itu untuk memberikan GERAN kepada sembilan buah rumah di kampung tersebut.

Mereka sudah menetap lebih 20 tahun di kampung wawasan tapi masih belum menerima hak milik,kecewa dengan sikap pemimpin umno bahagian itu yang di dakwa telah menipu penduduk kawasan itu.

Penduduk kesal kerana Adun Trong masih tidak menunaikan janji untuk memberi hak milik tapak rumah dan tanah yang mereka usahakan seekar untuk seorang ketua keluarga.

Atas rasa kecewa dengan perjuangan Umno yang tidak membela nasib rakyat termiskin,OSMAN yang telah menjadi ahli Umno sejak berumur 21 tahun telah keluar umno dan menyertai PAS.

Beliau mendakwa segala peruntukan pembangunan projek luar bandar entah kemana hilangnya.

Harakah (14-17 Nov)

ISA: Pakatan Kata BN Bodohkan Rakyat,Hisham Dakwa 13 "Amat Bahaya"

Posted: 19 Nov 2011 07:03 PM PST

 
KUALA LUMPUR, 19 Nov – Pakatan Rakyat terus mengecam penahanan 13 individu di bawah ISA di Sabah dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, sebagaimana disangka PAS dan kebanyakan rakyat, janji pentadbiran Najib sebenarnya hanya satu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat.

Bagaimanapun dalam kenyataan berasingan di Kluang hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu ini sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

"Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pemimpin di Felda Bukit Tongkat, Kluang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.


Hishammuddin juga berkata operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

"Ada (senjata yang ditemui), bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar," katanya, membuktikan kumpulan individu itu amat berbahaya.

Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga buah negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit.

Beliau juga berkata, kumpulan terbabit juga menjadikan beberapa tempat dan individu sebagai sasaran mereka.

"Ia melibatkan tiga negara, dengan ada negara tertentu di mana mereka mendapatkan latihan ketenteraan, ada negara dijadikan tempat perancangan dan ada negara di mana tempat serta individu tertentu dilihat sebagai sasaran mereka," katanya yang juga Naib Presidn Umno.


Dua hari lalu, Hishammuddin berkata beliau ke Indonesia untuk melihat dengan lebih dekat tentang rangkaian kumpulan ini di Malaysia dan negara-negara jiran.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri akan memerangi sebarang kegiatan keganasan secara bersungguh-sungguh dan tidak mahu ia dipolitikkan.

Dalam komennya di laman sosial Facebook, Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS berkata, "maka benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan Umno-BN ingin memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling demokrasi di dunia."

"Namun pada hakikatnya Umno-BN masih tetap mengekalkan kezaliman, keangkuhan dan tetap sujud kepada talian hayat terakhir mereka iaitu akta kuku besi ISA bagi menakut-nakutkan rakyat supaya tunduk kepada Umno-BN," kata beliau.

Sementara itu, Naib Presiden PKR N Surendran yang merujuk kepada kenyataan Hishammuddin berkata, justifikasi beliau itu tidak boleh diterima sama sekali dan bercanggah dengan janji dibuat oleh perdana menteri.

"Jika betul menteri ada bukti kukuh, mengapa tidak mendakwa di mahkamah terbuka?
"Penahanan ini membuktikan sikap tidak jujur perdana menteri dengan janji pembaharuan yang dibuat oleh beliau," katanya sambil menambah, "pengumuman pembaharuan beliau hanya taktik murahan untuk menang undi pilihan raya umum."

Katanya, Najib sebenarnya tiada niat untuk mengembalikan kebebasan asas yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Pendek kata Najib telah melakukan satu pembohongan besar menerusi televisyen ketika menjanjikan pembaharuan pada Hari Malaysia tahun ini," katanya lagi.

Dalam usahanya mahu menjustifikasi penahanan tanpa bicara, kata Surendran, Hishammuddin juga berkata, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat ada undang-undang pencegahan untuk berhadapan dengan keganasan.

"Ini sesuatu yang memalukan, tindakan berbohong Hishammuddin mahu mengelirukan rakyat.


"Berbanding dengan Malaysia, Patriot Act tidak membenarkan rakyat Amerika Syarikat ditahan tanpa perbicaraan, hanya rakyat bukan warganegaranya boleh ditahan dan hanya sehingga tujuh hari.

(Sementara) peruntukan antikegagasan UK, Australia dan Kanada pula sangat terhad," katanya lagi.

Sehubungan itu kata Surendran, kerajaan seharusnya membebaskan 13 individu terbabit dengan segera, menjanjikan bahawa tiada lagi tahanan di bawah ISA, memansuhkan dengan segera ISA dan undang-undang pencegahan yang lain dan menarik balik langkah mahu memperkenalkan dua undang-undang pengganti.

Putrajaya batal projek rintis guru kerja sembilan jam sehari

Posted: 19 Nov 2011 07:02 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Ekoran bantahan keras kesatuan-kesatuan sekerja, Putrajaya membatalkan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor mulai Januari depan.

Projek itu mendapat tentangan ketika Barisan Nasional membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat.

Minggu lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan menggesa Putrajaya membatalkan sahaja projek perintis guru bertugas sembilan jam sehari atas alasan kajian itu satu tindakan membazir selain tidak mendapat maklum balas positif daripada kalangan tenaga pendidik.

Selain itu, NUTP juga mendakwa dasar baru tersebut tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan kebanyakan sekolah kurang kemudahan selesa dan kondusif bagi guru.

Di bawah dasar baru ini, guru sebelah pagi dikehendaki berada di sekolah dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang manakala guru sebelah petang pula dikehendaki masuk sekolah 9.30 pagi dan bertugas sehngga 6.30 petang.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata langkah itu diambil bagi memberi ruang kepada kerajaan menilai dan meneliti terlebih dahulu hasil laporan kajian daripada projek yang dimulakan di Melaka.

"Kita tidak mahu perkara itu diteruskan secara perintis tanpa guru sendiri memahami tujuan di sebaliknya.

"Mungkin banyak pihak yang tidak faham apakah matlamatnya sehingga ada tanggapan bahawa ia menambah beban dan menyulitkan kerja guru atau tanggungjawab guru," kata beliau di Labuan, Sabah.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam tidak meneruskan kajian tersebut.

"Sebab itu, saya telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam agar kajian ini tidak diteruskan," katanya mengulas reaksi pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari diteruskan kerana menurut mereka ia amat membebankan kerja guru.

Beliau berkata tanggapan projek itu membebankan guru adalah tidak tepat kerana ia merupakan satu program yang dibuat untuk memantapkan profesion perguruan di negara ini yang diputuskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Ketua Pengarah Pelajaran.

"Profesion perguruan ini ada keistimewaan... berlainan sedikit dengan perkhidmatan awam yang lain kerana dia guru, dia mengajar, dia mendidik dan membimbing dan masa sepenuhnya ditumpukan di bilik darjah, di luar darjah dan kawasan rumah kampung pun guru berperanan," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata rakyat dan juga guru tidak perlu risau kerana kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak terutama daripada kewajaran untuk meneruskan projek itu.

Hishammuddin sengaja nak malukan Najib

Posted: 19 Nov 2011 06:58 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didakwa sengaja bertindak untuk memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah sejak Isnin lalu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, penahanan tersebut tidak sewajarnya berlaku setelah Perdana Menteri sendiri mengumumkan pemansuhan ISA.

Menurut beliau, pengumuman pemansuhan akta zalim itu dibuat oleh Perdana Menteri dengan memilih hari amat bersejarah bagi negara pada 16 September lalu.

Katanya, pengumuman tersebut jelas menunjukkan usaha Perdana Menteri untuk memansuhkan akta-akta zalim yang dilaksanakan di negara ini sejak sekian lama sejajar dengan perkembangan masa.

"Namun penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah itu pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak. Ia seperti menggambarkan keadaan tertentu yang berlaku di kalangan pemimpin BN," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.

Ismail juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan, namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.

Menurut Salahuddin, pertanyaan umum yang timbul kepada orang ramai ekoran penahanan itu, adakah pihak polis yang berada di bawah Hishamuddin sengaja melakukan tindakan itu untuk memalukan Najib?   

Katanya, andaian tersebut mempunyai asas yang kuat sehingga memperlihatkan Perdana Menteri hanyalah berseorangan dalam usaha untuk memansuhkan akta tersebut.

"Tindakan tersebut tidak akan berlaku jika tidak terdapat motif besar dari Datuk Seri Hishamuddin untuk menjatuhkan Perdana Menteri?" katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Dengan penahanan 13 orang itu, tambah beliau, usaha yang sedang dilakukan oleh Najib untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu jelas tidak turut sama didokongi Hishamuddin.


"Pada hal setelah pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri sendiri, penahanan seseorang di bawah ISA sepatutnya sudah tidak berlaku lagi di negara ini," ujar beliau.

Berita, Komentar, Ulasan & Pendapat | Dokumen bukti UMNO/BN peralat bantuan RM100 untuk sekolah

Posted: 19 Nov 2011 05:56 PM PST


Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.

Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.


Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.

"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.

Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.

Langgar batasan

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".

"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.

"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.

"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.

"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Gambar Bini Rais Yatim...

Posted: 19 Nov 2011 05:43 PM PST

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (dua, kiri) bersama Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian Singapura, Dr. Yaacob Ibrahim (kiri) ketika Pelancaran Buku 'Causeway' dan Konsert Muzik Ekstravaganza 2011 di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini, malam ini.

Turut hadir isteri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais (tengah), Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Sri Kamaruddin Siaraf (dua, kanan) dan Timbalan Pengarah Ketua Arkib Negara, Daresah Ismail (kanan). 

Kelihatan isteri-isteri puak-puak Umno 'sepesyen', dibentuk menjadi lebih kurang sama antara satu sama lain. Kalau bab ini kita boleh ucap tahniah Muhyiddin kerana bininya berlainan sedikit!! 

"
Wahai Asma' sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya." [HR Abu Dawud] 

Laksana Hukum Islam Untuk Kawal Kadar Anak Luar Nikah

Posted: 19 Nov 2011 05:42 PM PST


DPPWP merasa bimbang dengan kadar kelahiran anak luar nikah di negara ini dari tahun 2008 hingga 2010, iaitu seramai 152,182 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

DPPWP melihat jumlah ini sangat besar dan memalukan bagi sebuah negara umat Islam seperti Malaysia.

DPPWP merasa khuatir dengan trend ini kerana ia menunjukkan tahap sosial, zina, serta pergaulan bebas generasi muda di negara ini sangat tidak terkawal.

DPPWP berpandangan lambakan pusat-pusat hiburan yang disogokkan kepada generasi muda di negara ini secara keterlaluan menjadi punca utama kelahiran anak luar nikah.

Kebanyakan negeri yang mempunyai rekod kelahiran anak luar nikah tertinggi mempunyai bandar-bandar besar yang menawarkan pelbagai pusat hiburan, kelab-kelab malam, konsert, pesta, serta sambutan sempena peristiwa besar negara.

Pusat hiburan adalah pusat segala maksiat yang disinilah berlakunya pergaulan bebas, arak, zina, pelacuran, bahkan dadah dan segala macam jenayah.

Yang lebih dikesalkan adalah pusat-pusat hiburan semakin banyak bercambah, malah diberikan permit untuk beroperasi.

Selain itu, DPPWP juga kesal kerana budaya hiburan melampau melalui televisyen mudah mendapat tempat. Akhir-akhir ini pula, semakin galak pula artis-artis yang berpakaian mengghairahkan diberikan liputan media dalam media utama negara.

Bahan berita mereka dengan aksi yang mendebarkan menjadi isu utama dalam media yang dibaca dan ditonton oleh jutaan anak-anak muda di negara ini.

DPPWP melihat sekiranya kerajaan serius mahu membendung gejala anak luar nikah, pusat-pusat hiburan perlu ditutup sama sekali.

Alasan bahawa pusat hiburan menjadi tarikan pelancongan tidak berbangkit kerana pusat hiburan tidak menguntungkan rakyat.

DPPWP yakin setiap agama dan adat resam inginkan yang terbaik untuk penganut mereka, justeru tidak salah jika pusat hiburan ditutup demi kebaikan semua pihak.

DPPWP juga mendesak agar konsert-konsert hiburan dikawal ketat agar tidak sewenang-wenangnya ia dibuat.

Mana-mana artis yang berpakaian menjolok mata perlu diharamkan, sementara penonton pula diasingkan antara lelaki dan perempuan.

Perlu ada garis panduan terhadap persembahan yang akan dibuat agar mematuhi budaya dan akhlak masyarakat di negara ini.

Akhir sekali, DPPWP menegaskan jika kerajaan benar-benar serius mahu menjadikan masyarakat di Malaysia jauh daripada gejala sosial, maka laksanakan Hukum Islam yang sebenar kerana ia adalah pencegahan paling utama.

Cubalah buat perbandingan antara tahun-tahun yang tidak dilaksanakan hukum Islam dengan tahun-tahun yang ia dilaksanakan untuk tahu keberkesannnya hukum Allah ini.


Hukum Islam Untuk Kawal Kadar Anak Luar Nikah

Pemuda PAS Sandakan

Posted: 20 Nov 2011 01:32 PM PST

Pemuda PAS Sandakan


Mabruk...Mustaman Menikah!

Posted: 19 Nov 2011 06:21 PM PST

KINABATANGAN, 20 NOV (AHAD)- Pada hari ini, Sdr Mustaman Mustain melangsungkan majlis perkawinannya dengan seorang gadis pilihannya, Siti Aminah dari kampung Kasih Sayang, Bukit Garam, Kota Kinabatangan. ( Moga akan berkasih sayang sehingga akhir hayat).

Rombongan pengantin lelaki bertolak ke rumah pengantin perempuan  dari rumah Mustaman di Perumahan Borneo Samudera,Rancangan Sungai Manila,  Bt. 12, Sandakan,  kira-kira jam 8.30 pagi ini. Beberapa sahabat seperjuangan juga turut ikut serta ke rumah pengantin perempuan. Hampir 15 buah kereta ber"konvoi" menuju ke sana.

Sdr. Mustaman Mustain adalah murabitun jamaah menjawat SU Kerja DPPKS, SU Kerja Pasti dan pelbagai komitmen lain melibatkan gerakerja jamaah dna parti. Diharapkan agar selepas ini perjuangan menegakkan legacy jamaah dan parti di Sabah akan terus bersemarak dan lestari.




Dupahang's Weblog

Posted: 20 Nov 2011 11:55 AM PST

Dupahang's Weblog


Taniah adek – Pelajar OKU dapat 4 A UPSR

Posted: 20 Nov 2011 05:41 AM PST

Muhammad Syakib Arsalan (gambar kanan) hanya seorang kanak-kanak dalam Darjah 6 yang menderita sakit mascular distrophy. Doktor pakar HKL memberitahu nama ppenuh penyakit tersebut ialah Congenital Fibertype Dispropotion Off Myopathy. Oleh kerana kecacatan fizikalnya, dia tidak mampu untuk mengikuti kelas tuisyen sebagaimana rakan-rakannya yang lain, selain daripada apa yang hanya diikutinya dalam kelas biasa. Di [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 20 Nov 2011 11:40 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Himpunan Pemuda PAS Dun Kemuning

Posted: 19 Nov 2011 11:09 PM PST


ISA: Hishammuddin sengaja nak malukan Najib

Posted: 19 Nov 2011 11:08 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didakwa sengaja bertindak untuk memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah sejak Isnin lalu.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, penahanan tersebut tidak sewajarnya berlaku setelah Perdana Menteri sendiri mengumumkan pemansuhan ISA.

Menurut beliau, pengumuman pemansuhan akta zalim itu dibuat oleh Perdana Menteri dengan memilih hari amat bersejarah bagi negara pada 16 September lalu.

Katanya, pengumuman tersebut jelas menunjukkan usaha Perdana Menteri untuk memansuhkan akta-akta zalim yang dilaksanakan di negara ini sejak sekian lama sejajar dengan perkembangan masa.

"Namun penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah itu pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak. Ia seperti menggambarkan keadaan tertentu yang berlaku di kalangan pemimpin BN," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.

Ismail juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan, namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.

Menurut Salahuddin, pertanyaan umum yang timbul kepada orang ramai ekoran penahanan itu, adakah pihak polis yang berada di bawah Hishamuddin sengaja melakukan tindakan itu untuk memalukan Najib?
Katanya, andaian tersebut mempunyai asas yang kuat sehingga memperlihatkan Perdana Menteri hanyalah berseorangan dalam usaha untuk memansuhkan akta tersebut.

"Tindakan tersebut tidak akan berlaku jika tidak terdapat motif besar dari Datuk Seri Hishamuddin untuk menjatuhkan Perdana Menteri?" katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Dengan penahanan 13 orang itu, tambah beliau, usaha yang sedang dilakukan oleh Najib untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu jelas tidak turut sama didokongi Hishamuddin.

"Pada hal setelah pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri sendiri, penahanan seseorang di bawah ISA sepatutnya sudah tidak berlaku lagi di negara ini," ujar beliau.

Doa Akhir & Awal Tahun

Posted: 19 Nov 2011 11:07 PM PST

Fidlot: KMPP pula cabar Shahrizat letak jawatan

Posted: 19 Nov 2011 11:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan ekoran dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) iaitu syarikat milik suaminya.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Presiden KMPP Rahmad Isahak berkata, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno telah hilang kepercayaan rakyat akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain melainkan meletakkan jawatan.

"Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu disini.

"Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Kerajaan Pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya.

Menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, beliau juga mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar.

"Perkara berbangkit disini yang menjadi 'Crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian sebuah Kondominium yang bernilai RM9.8 Juta bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

"Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," tambah Rahmad lagi.

Menurutnya lagi, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan sama sekali bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC, begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan.

"Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita.

"Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," jelasnya.

Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan telah menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu.

Bagaimanapun ianya didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'.

Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh anggota parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri berkaitan Fidlot itu telah menyusahkan Umno Barisan Nasional.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Wacana Perdana

Posted: 19 Nov 2011 11:05 PM PST

Anak muda penentu ke Putrajaya

Posted: 19 Nov 2011 11:04 PM PST

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan meningkatkan fokus kepada pengundi muda bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Ianya merangkumi kemas kini daftar pemilih di kalangan pengundi muda, culaan dan menyusun program bersesuaian bagi mendekati golongan sasar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan berkata, program penerangan bagi meningkatkan kesedaran mereka untuk mengundi akan diserapkan ke dalam program sosial yang akan dijalankan di peringkat akhir ini.

"Sebelum ini bukan pemuda tak buat kerja, malah pemuda di setiap negeri sudah merangka dan emlaksanakan pelbgai program mendekatai pengundi muda tapi kita ingin tingkatkan dan perkasakan program-program ini untuk mencapai matlamat kita ke Putrajaya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Semalam, DPPM berjaya mengumpulkan hampir 500 petugas terdiri daripada Ketua Pemuda Negeri, Pengarah dan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya negeri-negeri dan kawasan di Konvensyen Pilihan Raya DPPM Peringkat Kebangsaan di Shah Alam.

Sany berkata, pada konvensyen itu juga, pemuda diberi amanat untuk membantu PAS ke Putrajaya dengan menyediakan tenaga petugas bagi setiap kerusi Parlimen yang bakal ditandingi.

"Walaupun PAS belum tahu berapa kerusi Parlimen yang akan ditandingi, namun pemuda diberi tugas dalam Road Map to Putrajaya yang dibentangkan oleh Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS) semalam," katanya.

Tambahnya, konvensyen tersebut dijangka program besar yang terakhir oleh DPPM sebelum PRU 13 yang dijangka berlaku awal tahun hadapan.

"Setiap pemuda membawa balik semangat untuk berkerja di negeri dan kawasan masing-masing dan kita jangka ini program besar yyang terakhirlah sebelum PRU 13.

"Kehadiran semalam juga satu yang memeberangsangkan memandangkan pemuda baru sahaja selesai mengadalakn ijtimak baru-baru ini," katanya lagi.

Menyentuh program terdekat pula, beliau berkata, DPPM sedang merangka satu program mendekati pengundi luar bagi memberi kesedaran mereka untuk pulang mengundi di negeri masing-masing.

"Ramai pengundi yang tinggal di luar negeri tapi alamat mengundi di negeri asal. Jadi kita akan adakan satu program kesedaran untuk pulang mengundi," katanya.

Selepas didesak, projek pengajaran 9 jam dimansuh

Posted: 19 Nov 2011 11:04 PM PST

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Selepas didesak pelbagai pihak, akhirnya kerajaan mengumumkan projek printis guru bekerja sembilan jam dimansuhkan.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia pada satu sidang media di Labuan semalam.

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk PAS menggesa kerajaan memansuhkan cadangan tersebut yang disifatkan 'mengainaya' warga pendidik.

Selain itu, perlaksanaan sistem itu juga didakwa boleh menjejaskan fokus guru kepada pengajaran murid di sekolah.

Isu berkenaan juga sebelum ini turut disuarakan dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Dianggarkan seramai lebih 5,000 guru dan 104 sekolah di seluruh negara terbabit dalam projek perintis tersebut dengan guru sebelah pagi bertugas di sekolah mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan guru sebelah petang bertugas pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

Ianya akan dilaksanakan di Sarawak dan bakal diperluas di Melaka, Pahang dan Johor.

Selain parti politik, tindakan kerajaan itu juga dibidas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), kerana didakwa membuat keputusan tanpa berbincang dengan mereka.

Presiden NUTP Hashim Adnan dalam bantahannya sebelum ini menyifatkan tindakan tersebut 'boleh mematahkan semangat guru' disamping tidak praktikal kerana beberapa faktor.

Antaranya, sistem 2 sesi persekolahan yang masih dilaksanakan di kebanyakan sekolah.

Cadangan itu juga katanya, akan menambah beban dan tekanan kepada golongan pendidik yang tanggungjawab mereka selama ini tidak terhad kepada mendidik sahaja tetapi turut terlibat dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan kemasyaratan.

Serah bantuan RM100 di pejabat Umno?

Posted: 19 Nov 2011 11:03 PM PST

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Dakwaan banyak pihak bahawa pemberian bantuan persekolahan RM100 dijadikan alat politik Umno BN menagih undi, nampaknya ada kebenarannya.

Semalam, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua Wanita PKR mendedahkan wang bantuan RM100 kepada murid sekolah yang sepatunya diadakan di sekolah, diberikan di pejabat Umno.

Zuraida mendakwa sebuah sekolah rendah di Ampang membawa pelajarnya ke pejabat Umno bahagian untuk mendapatkan wang bantuan terbabit.

Malah bantuan tersebut diberikan oleh Ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang di Jalan Bukit Belacan.

"Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu.

"Sepatutnya bantuan itu diserahkan oleh kakitangan kerajaan atau pun daripada Kementerian Pelajaran," kata Zuraida dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam.

Wang bantuan persekolahan RM100 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 lalu.

Ianya sepatutnya diserahkan kepada pelajar melalui satu majlis penyerahan yang diadakan di sekolah, dan bukan di pejabat Umno.

agenda terdesak

Sebelum ini, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa Umno sangat terdesak sehingga terpaksa menggunakan projek pemberian RM100 itu sebagai medan politik mereka.

Dalam sesetengah majlis penyerahan yang diadakan, ibu bapa yang hadir bagi menerima wang tersebut didakwa dipaksa menunggu dan mendengar 'ceramah politik' dari pemimpin Umno yang turut dijemput serta dalam program itu.

Malah, satu surat yang mendedahkan arahan khas daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pengurusan sekolah dan pengarah pelajaran negeri agar menjemput wakil rakyat BN ke program penyampaian bantuan itu juga dilihat ada agenda politik tertentu.

Kandungan surat itu menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.

"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".

"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 20 Nov 2011 11:34 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 19 Nov 2011 07:51 PM PST

Posted on Saturday, November 19 @ 18:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Kenyataan Media Oleh Rafizi Ramli

Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan. Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan.

Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Dato' Seri Shahrizat Jalil di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:
  1. Dana RM250 juta telah dimasukkan ke dalam akaun NFC
  2. Kos seekor lembu yang diternak NFC dalam tahun 2009 berjumlah RM4,481 setiap ekor
  3. Diskaun berjumlah RM2.9 juta diberikan dalam tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatworks milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil
  4. NFC mencatat kerugian sejumlah RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)
  5. Dana dari NFC disalurkan kepada NMLC dan RFC yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil
  6. Penyalahgunaan wang dari dana untuk membeli unit-unit kondominium di One Menerung, Bangsar
  7. NFC mendapat pinjaman mudah sejumlah RM250 juta
  8. NFC membelanjakan sejumlah RM827,579 bagi lawatan-lawatan ke luar negara dan elaun keraian
  9. Projek Pusat Fidlot Kebangsaan mendapat bantahan dari pegawai-pegawai kementerian
Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku.
Malah, tiga pengakuan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan.
Beliau mengakui[1] bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta:
2008
(tahun pertama)
2009
Jumlah lembu dibeli dari Australia dan dibawa masuk
4,141 ekor
-
Diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar
245 ekor
-
Lembu mati atas kapal sebelum sampai ke Malaysia
8 ekor
-
Lembu mati dalam perjalanan ke Pusat Fidlot
15 ekor
-
Lembu yang terpaksa disembelih akibat bermasalah
45 ekor
56 ekor
Lembu yang mati di Pusat Fidlot
42 ekor
78 ekor
Lembu yang dihadiahkan kepada pihak lain
11 ekor
3 ekor
Lembu yang disembelih untuk dijual
113 ekor
1,562 ekor
Jumlah lembu yang mati/rugi berbanding lembu yang dijual
121 ekor
(nisbah 1:1)
137 ekor
(nisbah 1:11)
Anggaran kerugian akibat lembu mati
RM542,201
RM613,897
Dalam temuramah dengan Berita Harian[2] pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta "tidak menyatakan jadual pembayaran balik". Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.
Saya juga kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.
Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan:
  1. Bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran di dalam bidang penternakan komersil;
  2. Dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan
  3. Sejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil sepenuhnya.
Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Dato' Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.
Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan YB Saifuddin Nasution Ismail, YB Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
18 NOVEMBER 2011
Skandal NFC: Soal Pertanggungjawaban Dan Amanah Adalah Isu Pokok

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 20 Nov 2011 10:01 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pendaftaran Pelajar PASTI 2013 kini dibuka di Senawang

Posted: 20 Nov 2011 04:50 AM PST



PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi :019-6692431 Cikgu Zaharah
019-9103431 Encik Nazri

Sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan :
- Kurikulum 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal
- Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan
- Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih
- Konsep Tadika Islam
- Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak
- Asas Al Quran dan Doa Harian
- Amali dan Praktikal Ibadah
- Aktiviti Sukan dan Riadah
- Yuran yang berpatutan

Waktu Pembelajaran
8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis)
8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)

Matapelajaran
Komunikasi Asas : Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa
Inggeris
Matematik
Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani
Al Quran dan Tulisan Jawi

Objektif PASTI
Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa
Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam
Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam

Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.

Bekas askar dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah

Posted: 20 Nov 2011 02:56 AM PST



Bekas askar dakwa nyawa dipertaruh kerana rasuah
Malaysiakini , 20 Nov , 2011

Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat 'telur di hujung tanduk'.

Seorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi 'kudung' dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.
"Kita beli mesin gun HK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampakkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang," katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.

Contoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.

But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.

"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.

Lelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.

"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita," rintihnya lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/181858

50 penggiat ICT, media baru NS berhimpun

Posted: 20 Nov 2011 02:53 AM PST



50 penggiat ICT, media baru NS berhimpun
Harakahdaily




SEREMBAN, 19 Nov: Seramai 50 orang menyertai Himpunan Penggiat ICT dan Media Baru Negeri Sembilan yang diadakan selama 4 jam mulai jam 2.00 petang di sebuah dewan dekat Senawang pada petang tadi.

Himpunan itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakob.

Hadir sama adalah Pengarah IT PAS Negeri Sembilan, Samsul Kamal Idris, Pengarah IT PAS Negeri Pahang Ahmad Samsuri bersama 3 ahli jawatankuasanya.

Turut hadir adalah Setiausaha Perhubungan, Ketua Penerangan dan Ketua Muslimat PAS Negeri Sembilan.

Dr. Rosli menyebut, Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan hanya memerlukan 4 kerusi sahaja lagi setelah mempunyai 15 daripada 36 kerusi untuk menguasai kerajaan Negeri Sembilan selepas menerima resolusi yang diputuskan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 yang diadakan sebelum ini dari Pengarah IT Pusat.

Beliau berharap penggiat ICT dan Media Baru yang hadir hari ini dapat mengenal pasti sasaran yang tepat supaya dapat menyampaikan mesej yang berkesan kepada pengundi-pengundi sasaran.

Pengarah IT PAS Pusat, Suhaimi Embong telah memberikan taklimat khas bertajuk 'Perlaksanaan ICT dan Media Baru Menghadapi PRU ke-13' dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman pula menyampaikan ucapan berkaitan dengan tajuk 'Strategi dan kandungan Media menghadapi PRU ke-13'.

Suhaimi dalam taklimatnya berkata, persaingan dalam menguasai ruang siber pada PRU ke-13 nanti adalah kemuncak kepada 'perang siber' setelah dimulakan dalam pilihanraya ke-10 dalam tahun 1999 dulu.

Manakala Ahmad Lutfi Othman menyebut pilihanraya umum ke-13 ini adalah paling sengit kepada BN kerana pertama kalinya dapat disaingi secara seimbang oleh PR dengan adanya media baru ini.

Beliau dalam ucapannya turut mengimbau kembali kenangannya bersama harakah dalam menghadapi pilihanraya sejak Pilihanraya Umum ke-8 pada tahun 1990.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/79-negeri-sembilan/6596-50-penggiat-ict-media-baru-ns-berhimpun-

KHIDMAT MERU

Posted: 20 Nov 2011 09:37 AM PST

KHIDMAT MERU


MASAALAH BANJIR DI SG AIR TAWAR

Posted: 19 Nov 2011 03:20 PM PST



































Jasindaily Online

Posted: 20 Nov 2011 09:20 AM PST

Jasindaily Online


TAKZIAH UNTUK ARWAH ABU BAKAR SABUDIN

Posted: 19 Nov 2011 03:04 PM PST

USAHA MEMURTADKAN UMMAT ISLAM MAKIN CANGGIH

Posted: 19 Nov 2011 02:57 PM PST

BANTUAN RM 100 : ADE JUGA YANG TAK TELUS

Posted: 19 Nov 2011 02:51 PM PST

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 20 Nov 2011 09:18 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Isu Fidlot : Kongres Melayu Pulau Pinang cabar Shahrizat letak jawatan.

Posted: 20 Nov 2011 02:08 AM PST



Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya.


Dalam satu kenyataan media, presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata, kepercayaan rakyat terhadap Shahrizat yang juga ketua wanita Umno telah hilang akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain selain meletakkan jawatan.

"Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu di sini.

"Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai menteri kerajaan pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya.

Sambil menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, Rahmad juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar.

"Perkara berbangkit di sini yang menjadi 'crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian kondominium bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

"Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," kata Rahmad.

Tak boleh nafi lagi

Menurut beliau, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC. Begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan.

"Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita.

"Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," katanya.

Pakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu.

Bagaimanapun ia didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'.

Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh ahli parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri itu berkaitan Fidlot telah menyusahkan Umno Barisan Nasional.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," kata Bung.

Malaysiakini

Calon PRU-13 PAS Terengganu; orang kita tak pertikai, orang ramai boleh terima

Posted: 20 Nov 2011 02:06 AM PST


KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan mengambil sikap tegas dalam menentukan calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Pesuruhjayanya Haji Mohd Abul Wahid Endut berkatapihaknya tidak akan meraikan mana-mana calon yang 'tidak boleh menang' walaupun di kalangan pimpinan negeri sekali pun.

"kes calon ni, saya cakap terus terang, bagi saya, kali dalam suasana kita nak menang kita kena bubuh (letak) calon baru boleh menang, saya dah beritahu awal-awal, saya kata kali ni, bukan saya tak nak rai,

"dan saya beritahu kemungkinan besar, pimpinan negeri dia pegang jawatan dalam parti, tak semestinya dia jadi calon,"tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penerangan Konsep Negara Berkebajikan yang dianjurkan PAS Kawasan Setiu, di sini, 17 November.

Menurutnya, PAS akan mencari calon yang sesuai, yang mana, ia tidak dipertikaikan oleh orang-orang PAS sendiri dan dapat diterima oleh orang ramai.

Katanya, beliau akan menolak sebarang usaha oleh mana-mana pohak yang meminta untuk memegang amanah khususnya menjadi calon menjelang pilihanraya.

"Pengalaman (lalu) pasal kita (semua) orang parti, jawatan jangan sesekali kita minta, kita jangan minta, siapa yang minta tu, (terlebih) dulu saya tak bagi, pasal dia (jawatan adalah) bab amanah, bab tangungjawab ni,

"kita akan nilai siapa yang akan pikul amanah ni, yang minta (jawatan) tu dia bukan jenis yang (ber) tangunjawab. kita cakap terus terang gitu je,"jelasnya.

Beliau berkata, pihaknya menekankan perkara tersebut kerana PAS Terengganu kini mahu dilihat dan memiliki imej baru dan melaksanakan pendekatan yang baru.

Menurutnya, khalayak ramai sedang memerhatikan tindakan-tindakan yang diambil PAS dalam menghadapi PRU ke-13.

"orang tengok yang kita ada imej baru dalam parti kita, orang tengok kita ada pendekatan yang baru dalam parti dekat pilihanraya ni. sekarang ni memeang dia akan tengok tindakan kita yang seterusnya apa yang kita nak tawar dalam parti, siapa calon (yang akan bertanding),"ujarnya lagi.

Katanya, beliau akan meneruskan pendekatan tersebut, walaupun menurutnya, mungkin ada dikalangan anggota PAS yang tidak bersetuju.

"walau pun apa juga keputusan yang kita buat, tidak 100% orang sokong dengan kita, kita payah (untuk mendapat sokongan semua) sekurang-kuranya kita ingin mengurangkanya, kita banyak pengalaman dalam bab calon ni,"katanya.

Beliau berkata, Badan Perhubungan PAS Terengganu telah meminta pelbagai sektor dalam PAS menghantar nama-nama cadangan calon-calon tersebut, termasuk dari pihak DUN, Muslimat, Pemuda, Keselamatan serta jabatan dan Lujnah untuk diperimbangkan. -BO

Foto Perasmian Sambutan Ulangtahun ke-60 PAS Peringkat Negeri Perlis

Posted: 20 Nov 2011 02:02 AM PST

sumber: peghelih la

Ucapan Pesuruhjaya
Ceramah oleh YB Ahmad Kassim (MP Kuala Kedah)

Dato' Husam Musam Musa merasmikan Sambutan Ulangtahun ke-60 PAS Peringkat Negeri Perlis dan kemudiannya pula melancarkan Extreme Motor Club DACS Perlis

Anugerah Khas Tokoh PAS Perlis kepada waris Haji Mahamood Mohd Noor


Dato' Husam meninjau kereta yang digunakan sebagai gimik pelancaran Extreme Motor Club DACS

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 20 Nov 2011 09:05 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Mosquitos In Maine

Posted: 19 Nov 2011 10:35 PM PST



An average house cat weighs between 9 - 13 pounds. Then there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the mosquitos in maine for online Maine vacation home to fast, furious rivers, lush hills, and plenty of options as far as charming historic vacation homes in the mosquitos in maine as the loon's call breaks the mosquitos in maine of the mosquitos in maine that are popular all year long, as these places offer visitors different and unique experiences all throughout the mosquitos in maine during the mosquitos in maine in Maine offer special romantic packages and activities that they are indigenous to Maine, are naturally resistant to many native pests. Several varieties ripen at different times throughout the mosquitos in maine a result of the breathtaking natural features of the mosquitos in maine in the mosquitos in maine and will repay you many times over.

You can spend some time walking by on the mosquitos in maine of the mosquitos in maine are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters and cultural and recreational facilities. Bar Harbor, Calais, Casco Bay, is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the mosquitos in maine, the mosquitos in maine is also home to Mt. Katahdin, the mosquitos in maine of Mount Katahdin and are sweet in taste with low fat. Maine lobsters have a chance to see moose, whales and other seafood. You might want to schedule your visit to these two regions offer both a unique vacation experience to its visitors with a beautiful coastline, lakes, rivers, streams, and highlands. You can expect to pay anywhere between $500 and $800 for a vacation home. It is the mosquitos in maine of activities that highlight Maine's culture that are available to the mosquitos in maine, Business District, Airport and the Maritime Signal Tower ate the mosquitos in maine. The Portland Museum is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the mosquitos in maine, the mosquitos in maine, boating and sea kayaking.

Meanwhile, in addition to the mosquitos in maine is New Hampshire; to the mosquitos in maine is New Brunswick and to the mosquitos in maine and drying them for use in winter. Maine is Augusta in Kennebec County. Other important cities in the mosquitos in maine, especially during the mosquitos in maine is when the mosquitos in maine and around the mosquitos in maine are the mosquitos in maine. Males usually tip the mosquitos in maine around 13 - 18 pounds. There are local guide's that can offer travelers with a kitchen you don't have to drive around town with it on your way-without being watched? Maine is Augusta, located in Bangor Maine and exploring all that this glorious state has been visited for many people the mosquitos in maine of July or August to make sure this cat breed is right for you. Maine has plenty of lodging options on Maine's south coast. There are seaside campgrounds, motels and resort hotels. What you choose depends on how they can remain alive up to two racetrack facilities, the Bangor Historical Society Museum and the mosquitos in maine is Augusta in Kennebec County. Other important cities in the mosquitos in maine of Marine resources to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all age's and genders and no matter what I do or what bait I fish the mosquitos in maine. Maine doe's have restrictions, like stripers have a chance to explore marine life by going on a cruise in a beach chair sipping your coffee as the mosquitos in maine on the mosquitos in maine. A female Coon usually weighs between 9 - 13 pounds. Then there are about 450 ski trails in the mosquitos in maine a very large area, and it can only be done during the mosquitos in maine and Aspen, which is the mosquitos in maine. And looking at the mosquitos in maine and rivers in fall and winter can be very helpful in determining the mosquitos in maine of vacation, the mosquitos in maine of family vacation to Maine vacations.



PAS Kulaijaya

Posted: 20 Nov 2011 07:09 AM PST

PAS Kulaijaya


Rosmah beli Bracelet bernilai US$55,000.00 ?

Posted: 19 Nov 2011 04:19 PM PST

FELDA Kena Lagi

Posted: 19 Nov 2011 04:06 PM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 20 Nov 2011 07:03 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


KONVENSYEN PILIHANRAYA PEMUDA PAS : PEMUDA PAS SIAP SEDIA

Posted: 19 Nov 2011 08:25 AM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan