Jumaat, 18 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 17 Nov 2011 11:33 PM PST

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Prestasi unggul dekatkan Pakatan Rakyat dengan Putrajaya |

Posted: 17 Nov 2011 04:59 PM PST

Oleh MOHD RASHIDI HASSAN

JOM kita pakat angkat dua-dua ibu jari tangan kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhABmZaLKKcWqKD8-M-v8lUJvsgRs93g0Oh7sGAuJHUlghW6zbZE_YIKNh_v8W6HKyuTHGj_26KKwi1tJIMiufk6vl1CVVeYrnDcwjqA56es8-7kz1EALXEmmfI_GrLOTEf-jC-xCiDhmCh/s960-r/pakatan-rakyat.jpgat, Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng di atas prestasi terbaik mereka menguruskan amanah rakyat.

Mereka berjaya mengemudi negeri-negeri di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat dengan baik di sebalik pelbagai kekangan dan tekanan yang dihimpitkan Kerajaan Persekutuan.

Prestasi Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, jauh mengatasi kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional, walaupun dilimpahkan dengan pelbagai bantuan dan sokongan Kerajaan Persekutuan.

Kita juga percaya jika Perak tidak dirampas, nescaya Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan termasuk dalam kelompok terbaik ini.

Mereka berempat harus dipuji kerana berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara mengiktiraf kejayaan mereka menguruskan negeri dengan cemerlang, berjaya menambah pendapat negeri, berjaya mengawal perbelanjaan dengan berhemah dan menunjukkan kebolehan menguruskan ekonomi negeri dengan berhemah.

Berbanding negeri di bawah pimpinan Umno-BN, yang menerima teguran dan kritikan keras Ketua Audit berikutan prestasi hambar pentadbiran mereka.

Sekurang-kurangnya rakyat kini, boleh 'membuka mata', membuat perbandingan dan menilai kemampuan Pakatan Rakyat berbanding BN.

Walaupun Pakatan Rakyat ditohmah pagi petang, siang malam oleh media-media tali barut Umno-BN, namun fakta dan petunjuk ekonomi, jelas membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bukan sahaja boleh membuktikan ia mampu mentadbir, malah mentadbir lebih baik daripada BN.

Tekanan dan fitnah yang dilemparkan media tali barut BN terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat bukan calang-calang. Sepanjang lebih tiga tahun ini, jika kita perhatikan, tiada apa yang baik daripada Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Negeri pimpinan BN semuanya bagus, diurus dengan baik, banyak pelabur dan macam-macam lagi ditonjolkan.

Tetapi malangnya pembohongan media pengampu ini tidak bertahan lama. Caci maki mereka terhadap Pakatan Rakyat, ditempelak oleh Laporan Audit Negara. Negeri yang ditohmah tidak pandai memerintah, huru-hara kerana parti gabungan didakwa berpecah belah, sebaliknya membuktikan prestasi ekonomi yang cemerlang. Cemerlang menguruskan hasil negeri, berhemah dalam membelanjakan hasil.

Negeri BN yang senantiasa baik di mata mereka, sebaliknya di perintah oleh manusia yang hampas, penuh dengan amalan rasuah, kronisme dan nepotisme. Negeri pimpinan BN cemerlang dalam menimbunkan hutang, boros dalam membelanjakan hasil yang diperolehi.

Fakta ini seharusnya cukup menjadi asas kepada pegawai-pegawai kerajaan di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Gaji anda dibayar rakyat yang mendokong kerajaan yang memerintah. Pegawai-pegawai kerajaan jangan lagi menjadi tali barut Umno-BN. Jangan mengulangi unsur-unsur sabotaj.

Pegawai kerajaan harus sedar bahawa, sebagai ketua kerajaan negeri dan pentadbir, Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada BN.

Dengan bukti-bukti jelas ini, khususnya fakta angka yang terdapat dalam Laporan Audit Negara, Pakatan Rakyat boleh mencabar BN, bahawa ia mempunyai kredibiliti yang tinggi, berintegriti, transparen dan akauntibiliti sebagai kerajaan.

Pakatan Rakyat bukan lagi pencabar kepada BN, malah ia adalah alternatif kepada BN. Alternatif untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Kebangkitan rakyat akan berterusan untuk menempatkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Putrajaya. Pakatan Rakyat adalah government in-waiting, insya'Allah.

Bentuk skuad siber hadapi PRU13

Posted: 17 Nov 2011 05:16 AM PST

Oleh DR MOHD FADZLI HASSAN

KEPERLUAN PAS masa kini adalah satu pasukan pendukung parti yang mampu memanfaatkan ICT dan Media Baru sebagai satu 'alat' memperkasakan kerja-kerja peneranghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8cwml4nYBRV36qfJoAEwziVjYXKZQ7kZ1PAVV15i7CF89ZbXenTxIt1JfGdI0JKA1_jwaT0j5hwDpskM3gz24nPhzP9jeSvSfNTTP6HUIO4wp4GBaH9uavx54XGEl5NZteTHB82W_u8Y/s400/internet.jpgan dan dakwah dalam dunia moden sekarang ini.

Kehadiran teknologi internet yang ditunjangi ICT seperti web, blog, Facebook, Twitter, YouTube, webtv dan berbagai lagi media sosial yang lain telah memberikan kesan yang besar terhadap penyebaran maklumat yang selama ini sentiasa berat sebelah kepada parti pemerintah.

Bagi menjadikan ICT dan Media Baru ini lebih dihargai dan dibudayakan di dalam parti, siaran web radio dan webtv ceramah dan kuliah pimpinan PAS harus dijadualkan secara lebih agresif tidak terhad kepada kuliah Tok Guru Mursyidul Am dari Dewan Zul, Kota Bharu dan Tok Guru Presiden dari Masjid Rusila sahaja.

Bagi tempat yang tiada capaian kepada internet, dicadangkan kaedah mengadakan tayangan 'Wayang Pacak' dengan menggunakan teknologi VCD (video compact disc). Berita yang disiarkan oleh TVPAS hendaklah diperbanyakkan.

PAS sebuah organisasi yang telah mencapai tahap kematangan setelah lebih 60 tahun mengharungi perjuangan tentunya kaya dengan pelbagai data dan maklumat yang tidak disimpan dan diuruskan secara bersepadu.

Bagi memenuhi hasrat ini, proses kerja dan konsep pengurusan moden seperti Total Quality Management (TQM), pengurusan pengetahuan (knowledge management), Organisation Learning, Organisational Restructuring, Process Innovation, Business Process Improvement (BPI), Business Process re-engineering (BPR) dan lain-lain perlu diimplementasikan dan menjadi sebahagian daripada agenda pengurusan ICT.

Inisiatif strategik kepada pembangunan ICT di Kelantan sebagai contoh negeri yang diperintah oleh PAS adalah untuk untuk menjadikan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama sebagai negeri berpengetahuan atau knowledge state (k-state) dirancang menjelang tahun 2015.

Ketiga-tiga elemen ini disasarkan kepada 3 sektor iaitu Sektor Awam (Kerajaan), Sektor Swasta (Perniagaan) dan Sektor Komuniti (Rakyat) Kerangka Strategik Pembangunan ICT Kelantan dibentuk untuk menyediakan satu halatuju strategik pembangunan ICT di Kelantan untuk mencapai visi Membangun Bersama Islam dengan menekankan kepada 3 elemen; iaitu Government to Government (G2G); Govenrment to Community (G2C) dan Government to Business (G2B) di bawah kepimpinan ulama untuk merealisasikan model good governance.

Saya ingin menyarankan Lujnah Penerangan perlu mengusahakan dana yang mencukupi bagi bersaing dalam mendapatkan teknologi media baru ini. PAS mempunyai tenaga manusia yang ramai di semua peringkat negeri dan kawasan serta Dun untuk menjayakan sesuatu tujuan termasuk dalam bidang ICT dan Media Baru ini.

Sungguhpun begitu, tenaga petugas dalam bidang ICT dan Media Baru ini perlu dilatih secara terancang dan sistematik termasuk pimpinan tertinggi parti.

Dalam merealisasikan objektif ICT dan Media Baru, proses-proses pelaksanaannya perlu diambil secara menyeluruh dan konsisten.

Di antara proses perlaksanaan yang dicadangkan adalah melaksanakan Pengurusan Perubahan (change management) untuk mewujudkan budaya kerja yang berasaskan ICT (ICT oriented).

Selain itu, PAS perlu mempromosikan budaya perkongsian maklumat dan ilmu dengan penggunaan teknologi ICT dan Media Baru (contoh: e-mel, FB, Twitter dan lain-lain) sebagai alat untuk berkomunikasi bagi mewujudkan persekitaran dan pembudayaan ICT di kalangan anggota parti.

Jentera Penerangan dan Jentera ICT adalah dua jentera yang berbeza sebagaimana yang diamalkan sekarang ini, iaitu Lujnah Penerangan dan Dakwah (LPD) dan Lujnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (LICT).

Perkara ini pernah dibincangkan dalam satu Resolusi Bengkel Pemerkasaan e-Media PRU12 pada tahun 2007 yang lepas dengan mencadangkan pembentukan Cyber Squad.

Satu pelan perancangan kerja untuk persediaan PRU13 yang bersepadu dan menyeluruh serta praktikal yang berorientasikan hasil kerja dan realistik dengan mengambil kira tempoh yang ada sebelum PRU13 untuk; i. Menyediakan Petugas (Squad)

ii. Mengenalpasti kemahiran/ kepakaran ICT dan Media yang diperlukan (Squad)

iii. Mengukur kesediaan perkakasan, teknologi dan akses saluran komunikasi (Cyber) Penyebaran maklumat dan bahan-bahan PAS berkaitan PRU- 13 secara bersepadu;

i. Melalui kerjasama yang mantap antara LICT/JITP (penyedia teknologi) dan LPD (penyedia maklumat/bahan sebaran);

ii. Melakukan strategi penyampaian yang tersusun/ tersepadu dari Pusat kepada Negeri dan Kawasan secara formal dan terbuka (kaedah penerangan) serta tidak formal dan tertutup (kaedah saraf) – pelbagai format media (eg. teks, grafik, audio, video, multimedia); pelbagai saluran (eg. Internet,SMS, MMS, CD,
DVD).

DR MOHD FADZLI HASSAN Exco Penerangan Pengurusan Maklumat Sains & Teknologi Kelantan

Najib dipaksa berhenti awal?

Posted: 17 Nov 2011 05:06 AM PST

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Kontroversi Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) membabitkan keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil bukan saja tidak dapat diredakan oleh penjelasan rakan sejawatnya dalam Pemuda, Khairy Jamaluddin, malah keterangan menantu bekias Perdana Menteri itu makin memanaskan isu ini.

Khairy mempertahankan penyaluran dana hampir RM10 juta daripada NFC, untuk membeli apartmen mewah  One Menerung, sambil menegaskan tiada unsur penyelewengan dalam pembelian hartanah itu, sebaliknya beliau berhujah, ia merupakan satu bentuk "pelaburan yang paling selamat".

Sebelum ini, Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata wang yang disalurkan kerajaan kepada NFC diletakkan di dalam sebuah akaun amanah khas dan Khairy sendiri menegaskan bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat.

Apakah kerajaan telah dirujuk terlebih dahulu sebelum transaksi pembelian kondominium mewah bernilai RM9,758,140 itu dibuat, yang langsung tiada kaitan dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu?

Secara peribadi saya menghormati pandangan Ahli Parlimen Rembau itu -- yang tidak diberikan sebarang jawatan dalam kabinet Najib Razak -- mengenai demokrasi, khususnya menyentuh kebebasan bersuara. Khairy (bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping nSiew) bersetuju dengan penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai Seksyen 15, Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Malah, Khairy, beberapa tahun lalu, semasa Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 3 Mei, turut mahu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan.

Malangnya, Khairy tidak mempunyai kekuatan untuk menjuarai isu-isu ketelusan, integriti, salahguna kuasa, apatah lagi berbicara hal berkaitan kronisme dan pilih kasih. Rekod hitamnya di zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi ternyata menyukarkan beliau, malah kekalahan teruk Umno-BN dalam pilihan raya umum, Mac 2008 juga disandarkan kepada karenahnya.

Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli yang mula membangkitkan isu ini menyifatkan alasan Khairy itu sebagai tidak masuk akal. Setiausaha Agung KeADILan, Saifuddin Nasuiton Ismail pula menyifatkan pembelian kondo itu sebagai "perlakuan pecah amanah yang jelas bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan NFC".

Dalam wawancara dengan Sinar Harian, Rafizi mengusik Khairy: "Di sini saya hendak ucap terima kasih kepada Khairy kerana sibuk untuk mempertahankan menteri itu (Shahrizat). Saya hairan kenapa perkara ini seolah-olah melibatkan pihaknya sedangkan kita mahu orang lain jawab."


Sementara itu, banyak pihak percaya, kerjaya politik Shahrizat kini bagai telur di hujung tanduk. Pimpinan Umno-BN sendiri merasakan ia satu beban atau liabiliti yang bertindan-tindih dengan masalah besar yang sedia menekan parti itu. Imej buruk Umno yang sukar bercerai tanggal dengan elemen korupsi dan salahguna kuasa makin terpahat kukuh pada persepsi rakyat.

Mampukah Shahrizat menepis segala dakwaan dan serangan, terutama yang dibuat melalui media baru, yang berupaya membongkar pelbagai fakta dan dokumen, dengan cepat dan menyeluruh? Rangkaian aktiviti perniagaan suami dan anak-anak beliau diteropong sehalusnya. Restoran mewah berasaskan daging milik keluarganya juga menjadi perhatian dan dikaitkan dengan NFC yang mencurigakan itu.

Shahrizat juga bakal berdepan dengan 'penghakiman' Rosmah Mansor, yang dilihat mempunyai kata putus dalam isu-isu kritikal seperti ini. Meskipun hubungan mereka agak intim, namun bagi pemerhati politik, Rosmah akan bertindak nekad kepada sesiapa jua, termasuk 'menghukum keras' kenalannya jika mereka boleh mendatangkan kesulitan, apatah lagi menjejaskan sokongan kepada BN. Banyak contoh yang boleh diberikan; rakan-rakan karib Rosmah terpelanting disebabkan 'wanita pertama' itu merasakan mereka menyusahkannya.

Dalam pada itu, saya begitu tertarik dengan buku Kesilapan-Kesilapan Najib, nukilan Shahbudin Husin, seorang teman lama yang saya kenali semasa bertugas sebagai wartawan Mingguan Tanahair, yang dimiliki Allahyarham Ikhwan Nasir, pertengahan 1980-an.

Sewaktu rakan-rakan penulis buku politik yang lain, misalnya Sayuti Omar, Daud Ibrahim dan Yahaya Ismail, tidak menampilkan karya terbaru mereka, Shahbudin seperti melawan arus. Untuk tahun 2011, ini merupakan buku keduanya, selepas Najib Perdana Terakhir ... mendapat sambutan memberangsangkan, sehingga tiga kali diulang cetak.

Di zaman kuasa siber mendominasi situasi, pasaran buku politik popular terjejas teruk. Pembaca lebih mudah dan cepat mengutip info serta analisis melalui internet. Bagaimanapun, Shahbudin, seperti mahu menyanggah tanggapan itu. Dengan menerbitkan buku sendiri (seperti kebiasaan semua penulis buku politik popular), pasaran memberikan respons baik terhadap karya bekas wartawan Watan ini.

Rupanya buku masih medium berpengaruh dan mempunyai kedudukan istimewa buat peminat politik semasa, terutama yang dahagakan  kupasan isu yang segar. Agak ramai yang mahukan analisis lebih mendalam yang mampu menggugah pemikiran, dan hanya buku dapat memenuhi hasrat itu.

Buku politik popular memang berbeda daripada buku-buku ilmiah yang dihasilkan sarjana sains politik, namun ia tetap ada keunikan tersendiri. (Segera saya teringat kepada Allahyarham Prof Dr Hussain Mohamed, yang banyak menyimpan koleksi buku-buku politik popular dan menjadikannya satu bidang kajian beliau).
Banyak rahsia dan maklumat dalaman terselit di dalamnya. Pengalaman penulis yang rata-rata terjun langsung ke lapangan, malah terlibat aktif dalam pergolakan semasa, juga memberi kelebihan.

Kunjungan Shahbudin ke pejabat Harakah, 10 Nov lalu, secara tidak langsung mencabar saya untuk kembali berkarya, selepas lebih 10 tahun menyepi. Ia mengingatkan saya tentang 'kegemilangan' era reformasi, 1998-99; buku Anwar: Skandal Seks atau Konspirasi Politik, dicetak lebih 50,000 naskhah dan dipercayai jumlah cetak rompak juga mencecah angka sama. Sedangkan buku itu lantang mengkritik Anwar Ibrahim!

Buku terbarunya ini juga dijangka dapat menarik perhatian pembaca. Latar belakangnya sebagai seorang aktivis Umno (masih menjadi ahli), dengan jawatan terakhir sebagai Naib Ketua Pemuda dan AJK Bahagian Wangsa Maju, turut mewarnai sentuhan beliau dalam mengutarakan 19 kesilapan Najib.


Di antara kesilapan-kesilapan itu adalah:

* Slogan 1Malaysia merupakan silap pertama di hari pertama sebagai PM
* Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan
* Paling ramai memasukkan kawan-kawan dalam kabinet
* Kabinet lemah dan ramainya menteri senator
* Pemotongan subsidi walaupun atas nama rasionalisasi
* Perlantikan Apco sebagai perunding kerajaan
* Gagal mengawal karenah dan gaya mewah Rosmah
* Gagal mengurus parti komponen dan anggota kabinet
* Terlalu banyak program transformasi tetapi hasil diragui
* Tidak tegas, tidak konsisten dan flip-flop
* Terlalu bergantung kepada bekas panglima Anwar
* Merestui budaya politik jijik dan lucah
* Mempunyai terlalu ramai pegawai tapi tidak membantu
* Terlalu ghairah mengejar populariti

Shahbudin memberi penekanan kepada masalah-masalah yang melibatkan peribadi Najib, Rosmah dan keluarganya, sebagai halangan utama untuk Umno meraih kembali sokongan. "Pihak Wanita Umno yang terlibat dalam Rumah 10 ketika berkempen dan berdepan langsung dengan pengundi, mengakui mereka kadang-kadang menjadi kelu dan hilang kata-kata untuk mempertahankan Umno apabila dibangkitkan isu-isu melibatkan Rosmah.

Beliau juga membayangkan, Najib akan mengikuti jejak Pak Lah, yang terpaksa meletakkan jawatan, ekoran prestasi buruk pada Mac 2008. Sekiranya BN masih gagal memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen selepas PRU13 nanti, desakan supaya Najib berundur pasti bergema dengan kuat.

Bukankah timbalannya, Muhyiddin Yassin juga yang lantang menekan Pak Lah dahulu? Dari sisi ini, Muhyiddin dilihat ada kekuatan tersendiri, untuk berani dan tegas bertindak bagi "menyelamatkan" Umno.

Atau sekurang-kurangnya Najib harus berupaya merebut kembali negeri termaju, Selangor; beliau masih pengerusi perhubungan Umno negeri. Shahbudin melihat syarat itu sebagai penanda aras paling minimum untuk mengelakkan Najib dihambat lebih awal daripada posisinya sebagai PM.


Saya sempat mengusik Shahbudin: "Mungkin Muhyiddin sendiri akan beli borong buku Kesilapan-Kesilapan Najib itu. Bukankah dia bakal meraih manfaat politik yang besar daripada kandungan buku tersebut?" Beliau sekadar ketawa kecil ...

Ekonomi Kedah memuaskan

Posted: 17 Nov 2011 05:05 AM PST

LAPORAN Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan kedudukan kewangan Kerajaan Negehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_h1J7wv3fj3Ure2YHc-Du3xvYNPk8CTS72Ub7nZPGpLTx2PhPKkEfkFFsixtI6sY4TkCq7DNO9DP0qEKP0el_Q2uQdqsIkFTr5YdiiYILAaXDk4pmbTJW30Mv4JKcjBWzz6uxChgZ8lKK/s400/mb+logo%5B1%5D.jpgri Kedah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak pada tahun 2010 secara keseluruhannya adalah memuaskan.
 
Laporan itu menyebut, pada tahun 2010, baki kumpulan wang disatukan adalah berjumlah RM328.28 juta berbanding sejumlah RM265.52 juta pada tahun 2009
Peningkatan hasil sejumlah RM87.94 juta atau 23.9 peratus pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus sejumlah RM2.55 juta atau 0.6 peratus.

“Ini menyebabkan Kerajaan Negeri mencatat surplus pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta berbanding defisit tahun 2009 berjumlah RM62.89 juta iaitu peningkatan mendadak sejumlah RM85.39 juta atau 135.8 peratus,” kata Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikemukakan Ketua Audit, Tan Sri Ambrin Buang baru-baru ini.

Laporan itu menyebut, peningkatan ini telah mengurangkan baki defisit akaun hasil disatukan tahun 2010 sejumlah RM22.50 juta atau 7 peratus menjadi RM298.23 juta berbanding RM320.73 juta pada tahun 2009.

Pengurangan wang tunai juga adalah seimbang dengan peningkatan ketara deposit dalam negeri berjumlah RM84 juta atau 45.7 peratus menjadi RM268 juta pada tahun 2010 berbanding RM184 juta pada tahun 2009, katanya.

Manakala pertambahan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM249.87 juta pada tahun 2010 menambah komitmen kerajaan negeri terhadap baki hutang awam yang kini berjumlah RM2.61 bilion berbanding RM2.38 bilion pada tahun 2009.

Ketua Audit Negara mengesyorkan, tindakan yang lebih berkesan perlu diambil untuk mengutip tunggakan hasil.

Jumlah tunggakan hasil pada tahun 2010 berjumlah RM172.67 juta telah berkurangan sejumlah RM27.16 juta atau 13.6 peratus berbanding RM199.83 juta pada tahun 2009, ujarnya.

Berikut adalah ringkasan Laporan Ketua Audit Negara 2010:

Kedudukan Kewangan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah

Mengikut Lembaran Imbangan, Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun 2010 berjumlah RM328.28 juta.

Jumlah ini merupakan lebihan terkumpul daripada ketiga-tiga Akaun Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. Jumlah ini meliputi wang tunai berjumlah RM40.14 juta dan pelaburan berjumlah RM288.14 juta.

Analisis audit mendapati Kumpulan Wang Disatukan mengalami peningkatan sederhana sejumlah RM62.76 juta atau 23.6 peratus menjadi RM328.28 juta pada tahun 2010 berbanding RM265.52 juta pada tahun 2009.

Peningkatan ini adalah disebabkan baki Akaun Pinjaman Disatukan meningkat sejumlah RM42.32 juta atau 121.7 peratus berbanding pada tahun 2009. Selain itu, Akaun Hasil Disatukan mengalami peningkatan sejumlah RM22.5 juta atau 7 peratus berbanding pada tahun 2009.

Wang Tunai

Mengikut Penyata Kewangan, baki wang tunai pada 31 Disember 2010 berjumlah RM40.14 juta. Wang tunai merupakan aset yang terdiri daripada Wang Tunai Dalam Bank berjumlah RM15.46 juta, Wang Tunai Dalam Perjalanan berjumlah RM24.65 juta dan Wang Tunai Dalam Tangan berjumlah RM0.03 juta.

Analisis perbandingan kedudukan wang tunai bagi tahun 2010 menunjukkan penurunan berjumlah RM20.60 juta atau 33.9 peratus menjadi RM40.14 juta berbanding RM60.74 juta pada tahun 2009.

Penurunan ini disebabkan oleh aliran wang tunai keluar pada tahun 2010 berjumlah RM3.13 bilion melebihi aliran wang tunai masuk berjumlah RM3.11 bilion.

Wang tunai dalam perjalanan pada tahun 2010 pula telah berkurangan sejumlah RM14.03 juta atau 36.3 peratus menjadi RM24.65 juta berbanding RM38.68 juta pada tahun 2009.

Pelaburan

Baki pelaburan Kerajaan Negeri Kedah pada akhir tahun 2010 berjumlah RM288.14 juta meningkat sederhana sejumlah RM83.36 juta atau 40.7 peratus berbanding RM204.78 juta pada tahun 2009.

Peningkatan ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun. Analisis perbandingan menunjukkan peningkatan adalah disebabkan penambahan dalam Deposit Dalam Negeri berjumlah RM84 juta.

Analisis Keuntungan

Pelaburan Kumpulan Wang Amanah dan Pelaburan Am Analisis Audit mendapati keuntungan daripada pelaburan pada tahun 2010 telah meningkat sejumlah RM0.85 juta atau 18.7 peratus menjadi RM5.39 juta berbanding RM4.54 juta pada tahun 2009.

Peningkatan ini adalah disebabkan agihan keuntungan MAB berjumlah RM0.70 juta dan Petronas berjumlah RM0.90 juta bagi Saham Dan Syer.

Selain itu, keuntungan pelaburan Deposit Dalam Negeri telah meningkat sejumlah 0.50 juta menjadi RM3.79 juta pada tahun 2010 berbanding RM3.29 juta pada tahun 2009. Analisis Audit seterusnya mendapati keuntungan daripada pelaburan MAB dan Petronas sepatutnya diperakaun sebagai hasil di Akaun Hasil Disatukan tetapi telah silap diperakaunkan ke Akaun Amanah SSI.

Prestasi Kewangan Akaun Hasil Disatukan

Akaun Hasil Disatukan pada tahun semasa mengalami peningkatan sejumlah RM22.50 juta atau 7.0 peratus menyebabkan baki defisit Akaun Hasil Disatukan berkurangan menjadi RM298.23 juta berbanding RM320.73 juta pada tahun 2009.

Peningkatan ini adalah kali kedua dalam tempoh 5 tahun kebelakang iaitu sejumlah RM19.53 juta pada tahun 2006. Peningkatan ini adalah disebabkan lebihan pendapatan semasa berjumlah RM85.39 juta melebihi baki defisit pada awal tahun berjumlah RM62.89 juta.

Hasil

 Hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Kutipan hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta iaitu meningkat sederhana sejumlah RM87.94 juta atau 23.9 peratus berbanding tahun 2009 berjumlah RM368.27 juta.

Idris Ahmad

Posted: 17 Nov 2011 11:21 PM PST

Idris Ahmad


RM250 Juta Boleh Membantu 62500 Keluarga Umno

Posted: 17 Nov 2011 04:21 PM PST

RM250 Juta Boleh Membantu 62500 Keluarga Umno

Kes National Feedlot Corporation (NFC) satu lagi bukti kerajaan BN telah gagal menjadikan Pertanian Satu Perniagaan, jauh sekali untuk menjadikan ia sebagai Food Security. Ini adalah lambang kebobrokan dasar BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap,stadium runtuh, perhentian bas Kuala Berang Runtuh dan banyak lagi jikalau hendak disenaraikan

Memang kerajaan BN gagal menjaga keselamatan makanan untuk rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada negara luar. Pada tahun 1990 negara mengimport makanan sebanyak RM4.6 bilion dan mendadak meningkat kepada RM26.7 bilion pada tahun 2010. Sedangkan Malaysia tanahnya luas tetapi semua makanan seperti beras, bawang, cili, sayuran terpaksa bergantung kepada negara lain. Negara Indonesia, Thailand, Kemboja walaupun iklim negara sama dengan negara kita tetapi mampu menampung keperluan makanan di negara mereka malahan boleh dieksport ke negara Malaysia. Harga cili naik sehingga RM20 sekilo kerana Thailand banjir, ini hanya satu contoh. Apa pemimpin negara buat untuk merancang keperluan permakanan negara kita? Menteri Pertanian buat apa? Rakyat tentu tidak lupa bagaimana cerdiknya pemimpin BN yang pernah jual saham BERNAS kepada syarikat Wan Tan di Hong Kong. Jika sektor strategik pun kerajaan BN pernah jual kepada negara asing. Ini semua bahana kerana penyakit "Kroni diutamakan, kepentingan rakyat di kemudiankan”. Buktinya projek NFC anak syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd di Gemas Negeri Sembilan diberi kepada bukan ahlinya, maka inilah akibatnya. Peruntukan wang sebanyak RM250 juta ketika Tan Seri Muhyiddin Yasin menjadi Menteri Pertanian. Target pengeluaran lembu pada tahun 2010 sebanyak 60,000 tetapi hanya mampu sebanyak 8000 ekor. Kesannya wang rakyat mengalir begitu banyak kerana negara terpaksa mengimport lembu daripada negara luar kerana kegagalan projek ini. Kita tidak kisah jika lembu ini diberi kepada penyokong Umno tegar di kampung-kampung yang berada di bawah paras miskin, kerana mereka ada kebolehan untuk membela lembu Sekurang-kurangnya dapat meningkat taraf hidup mereka. Sebaliknya diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian. Berapa banyak wang negara mengalir keluar akibat dasar bebal pemimpin negara kita yang gagal menjaga keselamatan makanan. Apa akan terjadi kepada rakyat jika terjadi sesuatu kepada negara ini atau negara yang mengeksport makanan seperti bencana alam. Pemimpin BN ia tidak bimbang kerana boleh membeli beras atau makanan yang berkualiti tinggi. Sepatutnya masalah kekurangan daging lembu akan dapat diatasi jika diberi kepada ahlinya, bukan diberi kepada keluarga Datuk Sharizat Jalil. Wang sebanyak itu boleh membeli 125, 000 ekor lembu yang berharga RM2000 seekor. Cuba bayangkan 125,000 ekor boleh diagihkan kepada 62,500 ahli Umno yang miskin, jika dua ekor sekeluarga. Sekurang-kurang 62500 keluarga Umno yang miskin dapat dikurangkan. Tetapi apa boleh buat pemimpin negara bukan sahaja tidak menjaga kebajikan rakyat malahan ahlinya juga terbiar.


Filed under: Ekonomi, Kezaliman Umno/BN

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 17 Nov 2011 11:13 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Tuan Ibrahim: Usah puas hati dengan media baru

Posted: 17 Nov 2011 05:45 PM PST

MEDIA  baru memang dilihat mampu mengimbangkan pengaruh dan propaganda media tradisional, malah mengatasihttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0d5dg7qJ7t1E7x6Ax4M1I9vQ0FRbw1IFfdGoK0MIC2fpL3eHpzbKNj_yEih9Ek7rUJ5P42HtrGX7hoE98eiOTd9Roe_x2Pu-DfgIuI8PsI_Kmc5Er_utOI_CPA_CZHRxIn7D5kQJ4VKr6/s1600/UstDTuanSmallC.jpgnya. Ia bukan lagi terhad di bandar-bandar besar, namun untuk PRU13 nanti, banyak lagi faktor lain yang mesti diambil kira. Kepada PAS, mampukah ia meyakinkan pengundi Melayu untuk turut sama membuat perubahan besar? Ikuti wawancara wartawan, AHMAD LUTFI OTHMAN dan SAIDAH HAIRAN, dengan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di pejabat Harakah, baru-baru ini.

HARAKAH: Sekarang banyak pihak bercakap soal pengaruh media baru dalam politik. Di Malaysia, dari satu segi, "padang permainan" semakin rata berbanding penguasaan mutlak pemerintah dahuludi. Namun, ada yang bimbang jika  aktivis parti (PAS) yang obses dengan kuasa siber ini secara tidak sedar mungkin meremehkan tugas-tugas tradisi, melalui medium biasa, tapi berkesan seperti pendekatan bersemuka dengan rakyat ...

TUAN IBRAHIM: Saya tengok dari sudut peranan media baru ada banyak yang mengubah persepsi masyarakat. Cuma ruanglingkup masih terhad. Terdapat jurang yang jauh di antara suasana di bandar, pinggir kota dan luar bandar. Pengaruh terhadap masyarakat bandar hebat sehingga mereka sanggup  membuat perubahan politik.

Namun, di kawasan luar bandar masih lagi kuat penggantungan pada media tradisi. Sememangnya media tradisi tidak boleh ditinggalkan. Kita masih kekalkan program ceramah, dialog dan pendekatan bersemuka.

Kita juga risau dengan media baru yang tiada kawalan. Dalam konteks ini, bagaimana kita boleh mengurus tenaga yang ada fikrah atau kesedaran untuk digembling, supaya kita boleh lebarkan penerimaan masyarakat. Tinjauan menunjukkan pengaruh media baru di kampung agak terhad. Jika boleh mencetaknya  daripada sumber itu, dan diedar, ia lebih berkesan.

Maknanya kalau orang baca internet, kemudian print-out dan boleh edar, maka ia lebih berkesan. Jadi, kita sedang berusaha wujudkan satu pasukan supaya mereka boleh manfaatkan sumber internet dengan berkesan. Kalau boleh, dalam setiap ceramah ada bahan  yang diedar kepada orang ramai untuk dibawa, dalam bentuk CD, bahan bercetak dan sebagainya. Ini amat berkesan untuk sasaran yang kita tumpu.

Mungkin yang datang dengar ceramah itu kebanyakannya ahli kita tetapi di rumah mereka mungkin bukan, jiran mereka mungkin bukan. 

Sekarang kita tengok di negeri Pakatan, seperti Kelantan. Kita ada banyak bahan, begitu juga di Selangor, di Kedah. Mereka terbit  buletin, cuma sejauh mana kita dapat manfaatkannya lebih meluas. Soal pengedaran mesti diberi perhatian besar. Ada kalanya cetak banyak tapi tak teredar.


 Dahulu ramai mengeluh soal maklumat tidak sampai kepada sasaran. Kini, dengan perkembangan pantas ICT dan maklumat di hujung jari, apakah senario politik dapat diubah dengan mudah?

Kalau kita tengok sirah Rasulullah, Islam datang dalam satu istilah "Alfathu", iaitu buka. Islam itu cukup menentang elemen menutup pandangan, pemikiran dan maklumat kepada rakyat. Islam datang untuk buka, bukan untuk paksa. Konsep buka itu menarik. Islam datang bukan untuk menjajah tetapi membuka. Supaya rakyat dapat buka minda, buka telinga. Dengan konsep buka itu rakyat dapat membuat perubahan.

Sebab itu kalau kita tengok aduan Nabi Nuh a.s. "Ya Allah, apabila aku menuju kepada mereka, mereka tutup telinga, tidak mahu mendengar." Sebab itu Islam datang untuk buka. Justeru, kita menentang apabila permit diberi secara terhad, tauliah ditarik.

Sebenarnya zaman Nabi pun ada tauliah. Misalnya,  Nabi temuduga Muaz  bin Jabal dahulu sebelum beliau mengajar. Jadi konsep temuduga itu ada. Nabi tanya dan apabila sudah yakin baru boleh mengajar. Sayidina Ali masuk satu masjid, melihat seorang lelaki sedang mengajar. Habis mengajar lelaki itu dipanggil dan ditanya soalan. Apabila Ali yakin dengan jawapannya, lelaki tersebut boleh meneruskan mengajar.

Tetapi Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Othman, orang seperti ini tidak perlu ditemuduga. Maknanya, ada orang yangkita yakin dengan ilmunya, kerajaan sepatutnya mendorong mereka mengajar. Apabila kita rasa bimbang dan ragu dengan ilmu mereka, panggil untuk ditemuduga.

Umumnya, bila berlaku pembukaan minda, saya yakin perubahan akan berlaku.

Begitu juga dengan pengaruh  model teladan. Di Makkah,  13 tahun Nabi berdakwah, tidak sampai  1,000 masuk Islam, tetapi di Madinah, hanya selepas  10 tahun berdakwah, lebih 300,000 masuk Islam.

Rakyat akan buat perubahan kalau mereka yakin. Jadi, macam mana kita hendak bina keyakinan? Orang mudah yakin kalau mereka tengok contoh. Justeru, kita kena pertahan kemenangan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan di Selangor, sebab kita nak tunjuk model.

Kedua, yakin dengan ilmu melalui proses kuliah, pengajian dan ceramah. Ada benda yang kita tidak perlu tengok, seperti yakin dengan dosa dan pahala serta alam akhirat. Sebab itu orang beriman mereka boleh yakin walaupun tidak ada model. Masyarakat awam tidak boleh, mereka perlukan model sebab mereka hendak tengok.

Sebab itu kita kena pertahankan kemenangan. Penggal pertama kita menang memang cabaran banyak kerana hendak bersihkan perkara yang Umno-BN tinggalkan. Bagaimanapun setelah kita tunjuk model, rakyat baru yakin dengan pencapaian ekonomi kita, insya-Allah.

 

Orang selalu membandingkan, kenapa tahun 1999, zaman reformasi, internet belum meluas, tetapi pencapaian kita baik, terutama di kalangan orang Melayu. Namun, pada  2004, perkembangan media baru jauh lebih maju, tetapi hasilnya BN mencapai keputusan pilihan raya paling membanggakan.
 

Faktor perubahan itu banyak, termasuk media baru.  Tapi pada  1999 ledakan itu adalah isu Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kemudian kemarahan rakyat tinggi terhadap Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.  Apabila Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan PM, sentimen orang marah kepada Dr Mahathir hilang. Rakyat kembali meletakkan harapan.

Ini ada kelemahan pada kita. Kita harus fokus pertembungan bukan kepada manusia tetapi dasar. Kita jangan letakkan pertembuangan dengan manusia sebab apabila individu itu tidak ada, rakyat rasa individu lain okey. Sebab itu kita bukan lawan faktor peribadi tetapi lawan Umno kerana dasar. Dasar tetap kekal.

Majoriti pengundi masih bergantung pada isu yang berlaku ketika itu. Umumnya di Malaysia, pengundi bandar dan luar bandar itu hampir seimbang. Pengaruh media baru boleh menguasai pengundi bandar dan pinggiran bandar tapi di luar bandar ia bergantung pada isu.

Misalnya,  tahun 1999 di Pahang kita menang enam kerusi. Enam kerusi termasuk kawasan Felda yang lojiknya payah kita menang. Saya bertanding di Dun Jengka, yang  ada 10 peti undi, 9 daripadanya Felda. Waktu itu, Ketua Umno dan AJK sokong kita. Saya pergi jumpa mereka dan mereka tidak boleh terima hakikat Mahathir pecat Anwar.

Jadi saya ingat perubahan itu bergantung pada isu. Mutakhir ini kita agak beruntung sebab kita boleh jawab lebih mudah. Bila timbul isu kita terus boleh jawab. Dulu, kalau muncul isu menyerang kita, terpaksa dibuat road show sampai dua bulan.  Sekarang apabila timbul isu, dalam sehari kita masuk youtube,  rakyat dapat akses dan mampu buat penilaian. Cuma mesti ada mekanisma lain agar penjelasan dapat sampai kepada orang yang tidak ada internet.

 

 

Mungkin daripada segi ICT, soal teknikal misalnya, kita sudah sudah setaraf dengan pesaing kita, tetapi bagaimana pula dengan pengisian dalam media baru itu. Sejauh mana persiapan  dibuat agar kandungannya bermutu dan boleh diyakini?

Memang kita ada beberapa mekanisma yang perlu diselesaikan. Pertama, ada blogger yang secara sukarela menjawab isu. Kedua, mekanisme dalam parti sendiri. Dan ketiga, ada ahli parti yang mengisinya, tetapi penyelarasan menjawab itu tidak berlaku

Ada ustaz yang naik ke pentas dan dalam kuliah, kadang-kadang jawapan mereka  tidak selaras dengan kehendak parti. Mungkin mereka hanya timbulkan isu agama dan tidak dalam konteks politik. Pertama, kita perlu wujudkan rangkaian di antara parti dengan simpatisan,  iaitu blogger kita.

Baru-baru  ini ada seminar ICT bersama Lajnah Penerangan dan Dakwah. Saya fikir ini satu pendekatan yang sangat baik. Timbalan Penerangan PAS Pusat, Dato' Seri Nizar Jamaluddin bertanggungjawab menguruskan bagaimana hendak mencari tenaga dan bahan, supaya bahan ini selaras dengan kehendak parti.

Kadang-kadang timbul sentimen melampau sehingga ada yang menulis dengan emosi. Memang kita akui hendak kawal individu agak payah tetapi perlukan penyelarasan dan kawalan. Kita ada Meja Penerangan Pakatan Rakyat. Diputuskan setiap bahan dari negeri mesti disalurkan ke Meja Pakatan Rakyat. Senang untuk semua pihak membuat rujukan.
 
Kita tak mahu perubahan di Kelantan misalnya tidak diketahui di negeri lain, misalnya Johor.  Perubahan itu mesti dapat dikongsi oleh lebih ramai khalayak. Di Selangor banyak  bahan tetapi bukan terhad untuk Selangor sahaja. Bila Kedah buat perubahan, negeri lain mesti mendapat maklumat.

Jadi, Meja Pakatan Rakyat ini sebagai penyelaras. Cuma halangan kita adalah kekangan kewangan untuk menyebarkan bahan-bahan itu, misalnya Buku Jingga.

Seterusnya, apa yang ditimbulkan blogger Umno. Kita mesti pastikan orang ramai tidak terpengaruh dengan fitnah mereka. Untuk menjawab fitnah itu, kita kena ada satu jawatankuasa khas.

 


Masa 1999 dahulu, semangat kesukarelawanan untuk menyebarkan maklumat begitu tinggi. Tanpa disuruh, masing-masing ghairah mengedarkan bahan, walaupun terpaksa mencetak daripada internet dengan kos sendiri. Rasanya, hal seperti itu agak merosot sekarang ini, masing-masing mengharapkan pihak atasan, yang berautoriti melakukannya.

Saya tengok apabila masing-masing buat, semua orang perlu fikir ada penyelerasan. Cuma perlu mewujudkan beberapa orang penting yang boleh menjadi penyelaras dan boleh mengumpul tenaga. Sebagai contoh, kita ada blogger yang hebat dan apabila kita buat pertemuan, mereka gembira. 

Masalah kita adalah dana. Kalau kita boleh wujudkan satu jawatankuasa, kita kena bagi peruntukan untuk mereka, terutama untuk menyelaraskan isu. Kita ada beberapa orang yang boleh membantu hal ini, dan ia mesti disegerakan.

 

Ya Dato', masa cukup suntuk sekarang, segala masalah termasuk dana mesti diselesaikan segera.

Pertama, dari sudut media baru kita kenal pasti beberapa tenaga penggerak melalui rangkaian Lajnah Penerangan dan Dakwah. Apabila timbul isu, mereka boleh ambil dan sebarkan dengan cepat. Insya-Allah, cuma mampu atau tidak untuk kita menjawab dengan baik.

Kita perlu manfaatkan tenaga kita, misalnya blogger yang mendapat sambutan baik seperti cukup baik. Pengalaman mereka perlu dikongsi bersama dengan blogger lain. Blog yang baik itu mesti dihubungkan dengan blog lain.

Musuh juga akan melakukan perancangan yang sama, malah mereka dibayar gaji khusus untuk membawa cerita mengarut.  Sekarang adalah perlawanan untuk menguasai dunia maklumat. Namun, kita masih yakin kita perlu yang berakhlak, bermaklumat, bertanggungjawab dan berhemah.

Saya tengok masyarakat  Cina telah melakukan perubahan politik yang  besar kerana mereka hilang keyakinan terhadap pimpinan. Orang Melayu, walaupun laporan audit mendedahkan pelbagai ketirisan dan penyelewengan, sebahagiannya masih tidak berubah. Ini kerana Umno berjaya menanamkan, dalam  satu tempoh yang lama, pergantungan kepada pemerintah.

Sekarang, kita hendak ubah persepsi terutama di kalangan orang Melayu, bahawa PAS mampu mengambil peranan Umno, malah dapat mentadbir jauh lebih baik, serta mampu menyelesaikan banyak masalah rakyat.

 

 


Rasanya, di antara masyarakat Melayu dan Tionghua, tidak banyak perbedaan dari segi penerimaan atau pendedahan terhadap maklumat. Bagaimanapun, persepsi sebahagian orang Melayu masih sukar diubah. Mengapa jadi begitu, ya? 

Pendekatan agama tidak boleh ditinggalkan kerana harapan orang Melayu dari segi agama tinggi kepada PAS. PAS yang akan membela Islam. Apabila timbul isu agama, orang hendak tengok pendirian PAS.

Isu kalimah Allah misalnya, orang tidak tanya kepada Umno, orang tanya PAS. Maknanya, penggantungan rakyat terhadap isu agama kepada PAS amat tinggi. Ini kita kena urus dengan baik dan cermat. Sebab itu, dalam kita bertahalluf, ada syarat yang kita cermati dan kita kena pelihara. Kita kena istiqamah dengan prinsip dan orang sensitif hal ini.

Begitu juga Isu ekonomi, saya perhati pada tahun 1999 apabila saya bertanding ada sembilan Felda dan lima daripadanya kelapa sawit. Kawasan getah saya kalah semua. Faktornya, kerana orang miskin takut hendak buat perubahan kerana penggantungan mereka kepada kerajaan amat tinggi.

Orang Cina kurang penggantungan terhadap kerajaan. Mereka tidak kisah untuk belajar tinggi kerana mereka bukan hendak kerja dengan kerajaan. Mereka perlu sijil dan selepas itu boleh melakukan apa sahaja kerja. Orang Melayu sukar hendak berubah sebab penggantungan mereka terhadap Umno kuat.

Saya ambil congoh menarik, misalnya dalam Buku Jingga, di antara program 100 hari Pakatan Rakyat memerintah adalah membatalkan Felda Plantation bagi membuka ladang yang akan diuruskan oleh generasi kedua dan ketiga peneroka Felda. Kita edar borang. Sambutan luasa biasa. Kita cetak 6,000 habis dan cetak semula. Walaupun yang  berjanji itu kita masih belum memerintah. Maknanya persepsi orang Melayu masih lagi bergantung.

Saya tengok dalam setiap pilihan raya, Umno menggunakan pendekatan sama iaitu berjanji hendak bagi rumah kepada rakyat dan edar borang, rakyat berebut tetapi selepas pilihan raya, tiada. Rakyat mahukan perubahan dan kita akan laksanakan janji-janji kita itu.


Dalam pada itu, kita juga patut beri perhatian kepada golongan yang tidak sensitifdengan perkembangan semasa. Misalnya menurut satu tinjauan, 20 peratus mahasiswa tidak kisah dengan politik. Ini sangat bahaya. Mereka kecewa apabila ahli politik yang menang dan melompat. Ada juga yang menang tetapi tidak peduli pada rakyat, hanya ambil kesempatan. Golongan yang kecewa ini mendakwa, serupa sahaja PAS atau Pakatan dengan BN apabila menang. Kedua, mereka tengok pertembungan besar dalam politik. Mereka celaru dan ambil sikap malas layan.

Bagi saya, PAS berjaya istiqamah. Cuma kelemahan yang ada kita kena atasi. Kita tunjukkan kepada rakyat, sikap bertanggungjawab dan ambil berat masalah mereka.

 

 

Dato' sebut soal pengiktirafan kepada agama pada PAS tinggi. Dan itulah yang hendak dirobohkan Umno bagi menanamkan keraguan rakyat terhadap kekuatan PAS. Ditimbulkan, apabila PAS  bergabung dengan kerajaan campuran KeADILan dan DAP, banyak prinsip PAS dikorbankan. PAS juga ditohmah menjadi kuda tanggungan DAP. PAS dikatakan semakin tamak untuk berkuasa dan rela mempertaruhkan dasar Islam?


Propaganda Umno dalam soal ini menggambarkan kerisauan Umno. Punca besar kerana keputusan pilihan raya 2008. PAS gagal mencapai kemenangan besar, berbeda dengan DAP. Jadi orang tengok yang menjadi ketua adalah DAP. Dalam politik, orang ukur dengan kemenangan, orang tidak ukur dengan dasar, seperti berapa ramai ahli dan cawangan.

Apabila timbul sesuatu isu, orang tengok siapa menjuarai isu itu. Yang menjuarainya dilihat hero. Sebab itu PAS kena menjuarai setiap isu yang berlaku dan orang hendak tengok komitmen kita. Apabila timbul isu, orang tengok kecenderungan kita kepada DAP walhal sebenarnya kita bukan cenderung pada DAP tapi kita berpegang kepada nas.

Contoh, isu kalimah Allah, kita berdasarkan hujah ilmiah dan nas, bukannya terikat dengan DAP. Memang Quran dan hadis sebut begitu. Apabila Umno timbul isu macam ini, sasaran mereka  satu kelompok sahaja. Kelompok itu ialah orang yang tidak ada maklumat, selain  TV dan akhbar harian. Sasaran mereka adalah pengundi Melayu.

Tahun 1999, kita manfatkan situasi di Lembah Klang yang besar pengaruhnya terutama kepada   keluarga  di kampung-kampung. Pilihan raya 2004 mereka angkut semua pengundi bawa ke Kelantan. Apabila Tok Guru buat solat hajat, dan mereka berasa simpati dengan PAS, maka mereka balik bukan undi BN, tengah jalan mereka tanggal baju dan sokong PAS.

Kini kesempatan perlu diambil oleh negeri-negeri yang tidak ditumpu Umno. Apabila kita menang empat negeri, seluruh jentera tertumpu ke empat negeri ini. Ini kesempatan yang baik, yang perlu diambil negeri yang tidak menang, Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Supaya ruang kosong serangan dapat dimanfaatkan semaksimumnya.

Dulu serangan teruk hanya kepada Kelantan. Semua pengundi dibawa ke Kelantan dan kita menang empat negeri. Sekarang negeri yang belum menang kena buat kerja betul-betul sebab sasaran mereka berpindah.

 

 

Semua akui dalam PRU13 nanti, iaitu pilihan raya paling sengit bakal disaksikan, penentunya adalah pengundi Melayu, terutama di luar bandar. Kebetulan PAS banyak bertanding di kawasan itu. Maknanya, kejayaan Pakatan menguasai Putrajaya bergantung kepada kejayaan PAS dalam pilihan raya berkenaan. Dalam tempoh singkat ini, apa yang boleh diusahakan PAS?

Secara ikhlas, masih banyak kita kena buat dalam masa terhad. Persiapan  pilihan raya masih banyak perlu diperbaiki terutama dari segi jentera, daftar keahlian, organisasi, dana dan lain-lain. Memang sengit dna tidak mustahil akan berlaku perkara di luar jangka, termasuk kekerasan fizikal.

Kita letak harapan bahawa kalau kita boleh tingkatkan sikit peratus sokongan kepada kita, ia cukup positif. Dalam konteks Felda, nampak  ada perubahan, insya-Allah. Terutama dalam isu saman Felda, menang. Dulu peneroka nak saman Felda, tidak masuk dalam kepala pun. Nak tubuh cawangan takut.

Bagi pengundi kampung pula kita boleh manfaatkan kesedaran anak-anak mereka tanpa menafikan di kampung-kampung sendiri sudah perubahan  besar. Yang penting jaringan maklumat perlu disebarluaskan.
 

Kita juga berharap kepada kekuatan calon yang rapat dengan rakyat, yang rajin ziarah dan sebagainya. Begitu juga dengan undi pos, kalau ini kita boleh dapat sedikit, saya rasa insya-Allah kita boleh menang. Apa pun, kerja masih banyak.

 

 

Pengerusi BN,  Dato' Seri Najib Razak  secara terbuka, melalui TV kita dapat saksikan, telah mengkritik dan menegur pimpinan parti itu, agar tidak sombong dan mesti mendekati rakyat, turun ke akar umbi. Kita jarang dengar kritikan sama daripada pimpinan tertinggi PAS kepada wakil rakyat dan pimpinan negeri yang berkuasa.

 

Isu calon dalam PAS, Alhamdulillah. Mungkin melalui proses tarbiyah dan kita tekankan jangan berebut soal jawatan kerana ia menyusahkan di akhirat nanti. Pengalaman saya sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang, tidak ada orang berjumpa hendak jawatan. Bahkan yang kita minta bertanding, merayu-rayu minta diberi kepada orang lain. Mungkin kita belum menang, jika sudah menang mungkin berbeza.

Di Kelantan, eleman itu mungkin ada tetapi tidak besar. Umno berdepan masalah apabila mereka buat polisi baru. Polisinya tidak semestinya ketua bahagian menjadi calon, jadi masing-masing melobi. Disember nanti Umno ada perhimpunan walaupun tidak ada pemilihan. Perhimpunan ini dijadikan medan melobi untuk jadi calon.  Masing-masing bergantung dengan pemimpin. 

Apa pun kita ambil mudah isu ini dalam PAS. Misalnya, zaman Nabi, selepas perang, Nabi dapat banyak harta rampasan. Tapi waktu mengagihkan harta, Nabi bagi kepada orang Makkah. Ini menyebabkan orang Madinah berkecil hati.

Nabi panggil mereka dan berkata, "Aku dengar orang Madinah tidak puas hati." Sahabat kata, "Ya Rasulullah, dalam perang kami di depan, tapi bila dapat harta kami tak dapat." Nabi berkata,"Orang Makkah akan balik ke Makkah dan bawa kambing tapi mereka tidak bawa Nabi. Kamu balik ke Madinah, memang kamu tidak ada kambing tapi kamu ada Nabi. Apakah kamu rasa aku lebih murah daripada kambing?"

Jadi, ini soal tarbiyah. Nabi sebut soal jawatan ini pada mulanya menyesal, pertengahan berdukacita, dan di hujungnya dihumban di neraka. Nabi pesan, jangan minta tapi kalau orang beri jawatan jangan lari. Siapa-siapa yang orang beri jawatan tapi dia lari, aku tidak mahu jumpa di padang Masyar nanti, kata Nabi.

Sebab itu saya letakkan syarat bahawa pimpinan mesti ada usrah; ahli tidak apa, pimpinan hendak jadi calon mesti ada usrah, hadir tamrin dan kena faham dasar parti. Pimpinan yang  tidak ada usrah, tidak ada tamrin apabila datang ujian mereka tidak tahan.

Berusaha keras tumbang BN

Posted: 17 Nov 2011 05:43 AM PST

Oleh Anti Jerung

PAKATAN RAKYAT tidak mustahil melakukan kejutan di Pahang, Johor dan memperolehi majoriti dua pertiga kerusi di Parhttp://hornbillunleashed.files.wordpress.com/2009/10/pakatan-rakyat.gif?w=219&h=146limen.Umno tunjang BN hanya bersandar kepada pengundi yang kurang pendedahan dan penjawat awam yang tertekan.

Tempoh berhujah di dewan negeri BN, dewan negara atau mahkamah tidak lagi bermakna kerana sekarang adalah tempoh melancarkan boikot majlis kerajaan dan berkempen awal.

Modalnya adalah kos, masa dan penerangan sistematik.

Pimpinan Pakatan Rakyat berjawatan atau berpendapatan harus bertebaran jauh ke pandalaman dan berkorban memberi ruang pada barisan pelapis memangku tugas sementara. Pakatan Rakyat seharusnya cukup bersedia berdepan karenah SPR yang memanipulasi peti undi, sabotaj dewan pengundian dan pernah berlakunya salah umum pemenang.

Semasa PRN10 Sarawak menampakkan kematangan kempen menarik DAP dan ketidakseragaman strategik Pakatan. PAS sebagai penamat Umno seharusnya menguasai tiga isu Melayu. Iaitu hakikat sejarah kemerdekaan, defisit negara dan kesyumulan syariat berlandaskan martabat ulama yang antaranya meliputi mata wang dinar dan hudud.

Setelah Mat Sabu mendedahkan peranan ulama sebagai pejuang kemerdekaan kini masanya Melayu didedahkan pula siapakah dalang di sebalik penasihatpenasihat raja. Mereka hanyalah berorientasikan kutipan zakat, aset dan tabungan Islam.

Sekiranya fokus, nekad dan perancangan pakatan yang selaras Pakatan Rakyat hanya selangkah membentuk kepimpinan baru negara, dilimpahi khazanah hasil bumi-NYA, begemerlapannya syiar Islam, menapak maju di persada global dan BN terkubur sendiri selamanya.

Bentuk skuad siber hadapi PRU13

Posted: 17 Nov 2011 05:41 AM PST

Oleh DR MOHD FADZLI HASSAN

KEPERLUAN PAS masa kini adalah satu pasukan pendukung parti yang mampu memanfaatkan ICT dan Media Baru sebagai satu ‘alat’ memperkasakan kerja-kerja peneranghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8cwml4nYBRV36qfJoAEwziVjYXKZQ7kZ1PAVV15i7CF89ZbXenTxIt1JfGdI0JKA1_jwaT0j5hwDpskM3gz24nPhzP9jeSvSfNTTP6HUIO4wp4GBaH9uavx54XGEl5NZteTHB82W_u8Y/s400/internet.jpgan dan dakwah dalam dunia moden sekarang ini.

Kehadiran teknologi internet yang ditunjangi ICT seperti web, blog, Facebook, Twitter, YouTube, webtv dan berbagai lagi media sosial yang lain telah memberikan kesan yang besar terhadap penyebaran maklumat yang selama ini sentiasa berat sebelah kepada parti pemerintah.

Bagi menjadikan ICT dan Media Baru ini lebih dihargai dan dibudayakan di dalam parti, siaran web radio dan webtv ceramah dan kuliah pimpinan PAS harus dijadualkan secara lebih agresif tidak terhad kepada kuliah Tok Guru Mursyidul Am dari Dewan Zul, Kota Bharu dan Tok Guru Presiden dari Masjid Rusila sahaja.

Bagi tempat yang tiada capaian kepada internet, dicadangkan kaedah mengadakan tayangan ‘Wayang Pacak’ dengan menggunakan teknologi VCD (video compact disc). Berita yang disiarkan oleh TVPAS hendaklah diperbanyakkan.

PAS sebuah organisasi yang telah mencapai tahap kematangan setelah lebih 60 tahun mengharungi perjuangan tentunya kaya dengan pelbagai data dan maklumat yang tidak disimpan dan diuruskan secara bersepadu.

Bagi memenuhi hasrat ini, proses kerja dan konsep pengurusan moden seperti Total Quality Management (TQM), pengurusan pengetahuan (knowledge management), Organisation Learning, Organisational Restructuring, Process Innovation, Business Process Improvement (BPI), Business Process re-engineering (BPR) dan lain-lain perlu diimplementasikan dan menjadi sebahagian daripada agenda pengurusan ICT.

Inisiatif strategik kepada pembangunan ICT di Kelantan sebagai contoh negeri yang diperintah oleh PAS adalah untuk untuk menjadikan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama sebagai negeri berpengetahuan atau knowledge state (k-state) dirancang menjelang tahun 2015.

Ketiga-tiga elemen ini disasarkan kepada 3 sektor iaitu Sektor Awam (Kerajaan), Sektor Swasta (Perniagaan) dan Sektor Komuniti (Rakyat) Kerangka Strategik Pembangunan ICT Kelantan dibentuk untuk menyediakan satu halatuju strategik pembangunan ICT di Kelantan untuk mencapai visi Membangun Bersama Islam dengan menekankan kepada 3 elemen; iaitu Government to Government (G2G); Govenrment to Community (G2C) dan Government to Business (G2B) di bawah kepimpinan ulama untuk merealisasikan model good governance.

Saya ingin menyarankan Lujnah Penerangan perlu mengusahakan dana yang mencukupi bagi bersaing dalam mendapatkan teknologi media baru ini. PAS mempunyai tenaga manusia yang ramai di semua peringkat negeri dan kawasan serta Dun untuk menjayakan sesuatu tujuan termasuk dalam bidang ICT dan Media Baru ini.

Sungguhpun begitu, tenaga petugas dalam bidang ICT dan Media Baru ini perlu dilatih secara terancang dan sistematik termasuk pimpinan tertinggi parti.

Dalam merealisasikan objektif ICT dan Media Baru, proses-proses pelaksanaannya perlu diambil secara menyeluruh dan konsisten.

Di antara proses perlaksanaan yang dicadangkan adalah melaksanakan Pengurusan Perubahan (change management) untuk mewujudkan budaya kerja yang berasaskan ICT (ICT oriented).

Selain itu, PAS perlu mempromosikan budaya perkongsian maklumat dan ilmu dengan penggunaan teknologi ICT dan Media Baru (contoh: e-mel, FB, Twitter dan lain-lain) sebagai alat untuk berkomunikasi bagi mewujudkan persekitaran dan pembudayaan ICT di kalangan anggota parti.

Jentera Penerangan dan Jentera ICT adalah dua jentera yang berbeza sebagaimana yang diamalkan sekarang ini, iaitu Lujnah Penerangan dan Dakwah (LPD) dan Lujnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (LICT).

Perkara ini pernah dibincangkan dalam satu Resolusi Bengkel Pemerkasaan e-Media PRU12 pada tahun 2007 yang lepas dengan mencadangkan pembentukan Cyber Squad.

Satu pelan perancangan kerja untuk persediaan PRU13 yang bersepadu dan menyeluruh serta praktikal yang berorientasikan hasil kerja dan realistik dengan mengambil kira tempoh yang ada sebelum PRU13 untuk; i. Menyediakan Petugas (Squad)

ii. Mengenalpasti kemahiran/ kepakaran ICT dan Media yang diperlukan (Squad)

iii. Mengukur kesediaan perkakasan, teknologi dan akses saluran komunikasi (Cyber) Penyebaran maklumat dan bahan-bahan PAS berkaitan PRU- 13 secara bersepadu;

i. Melalui kerjasama yang mantap antara LICT/JITP (penyedia teknologi) dan LPD (penyedia maklumat/bahan sebaran);

ii. Melakukan strategi penyampaian yang tersusun/ tersepadu dari Pusat kepada Negeri dan Kawasan secara formal dan terbuka (kaedah penerangan) serta tidak formal dan tertutup (kaedah saraf) – pelbagai format media (eg. teks, grafik, audio, video, multimedia); pelbagai saluran (eg. Internet,SMS, MMS, CD,
DVD).

DR MOHD FADZLI HASSAN Exco Penerangan Pengurusan Maklumat Sains & Teknologi Kelantan 

Meramaikan jaringan penyokong dan simpatisan PAS

Posted: 17 Nov 2011 05:39 AM PST

Oleh USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN

BEBERAPA fakta terkini menekankan betapa revolusi teknologi maklumat melalui sepuluhhttp://makemoney24hour.com/wp-content/uploads/2009/01/internet.jpg teknologi-teknologi strategik sedang merubah landskap perniagaan, kerajaan, kehidupan dan seterusnya gerakerja dakwah dan politik.

Organisasi dakwah dan politik seperti PAS sudah pasti terkesan, perlu bersiap siaga, mengambil peluang dan memanfaatkannya.

Kini, penggunaan telefon bimbit pintar dan tablet telah melebihi komputer meja dan riba.

Seperkara yang penting ialah telefon bimbit pintar adalah sebenarnya sebuah komputer yang dimampat dan dipadatkan dan semuanya boleh dibuat dengan menggunakannya.

Dengan pemerkasaan media baru melalui penggunaan ICT, kini, penguasaan media adalah terletak kepada setiap individu manusia, yang ada perkakasan seperti telefon bimbit pintar,ada capaian internet, menjadi ahli media sosial seperti Facebook dan aktif menghasil dan menyebarkan maklumat.

Pengguna kini ada pilihan maklumat yang mereka mahu, boleh berkongsi dengan mudah dan pantas, tidak mudah terikat dan terpengaruh, dan akhirnya, mereka membuat keputusan yang terbaik mereka rasakan.

PAS sebagai sebuah organisasi dakwah dan politik tidak mahu ketinggalan dengan peluang untuk memperkasakan organisasi dan ahlinya, serta keupayaan mencapai lebih ramai sasaran dakwah dan pengundi dengan pantas dan mudah.

Melalui laman-laman rasmi portal dan Facebook PAS, rakyat jelata di luar dan dalam negara kini diberi pilihan untuk mendapat maklumat yang tepat dari organisasi PAS sendiri.

Ceramah-ceramah PAS kini tidak lagi tertumpu di markas sahaja, malah boleh dicapai dari mana-mana sahaja di dunia melalui WebTV PAS.

Meraih kekuatan dan pemerkasaan melalui ICT dan Media Baru juga memerlukan pengorbanan daripada semua penggerak, daripada semua lapisan kepimpinan dan penggerak bawahan.

Sebagai merumuskan usaha-usaha memperkuat dan memperkasakan organisasi dan gerakerja PAS untuk persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-13 (PRU 13), langkah-langkah berikut mestilah dimulakan dari sekarang:

1. Manfaatkan Prasarana dan Teknologi Berasaskan Cloud Computing – Dengan cara ini, tidak perlu lagi penggerak teknikal dan IT PAS memiliki dan menyenggarakan perkakasan kerana sumber perkomputeran (computing services) telah boleh disewa dan dibayar secara bulanan dengan harga berpatutan. Jabatan IT PAS Pusat akan mempelopori dan menerokai penggunaan servis-servis cloud yang memperkasakan organisasi PAS, seperti penggunaan Google Apps, Cloud Flare dan Cloud P2P yang meramaikan lagi penonton video-video PAS melalui internet;

2. Manfaatkan Media Sosial untuk Menyebarluaskan Maklumat dan Pengarahan Tugasan Jentera Parti – Sehingga bulan April 2011, lebih 10 juta rakyat Malaysia adalah pengguna aktif Facebook. Kewujudan (presence) organisasi dan fikrah PAS melalui Facebook adalah amat strategik.

PAS Pusat, Negeri dan Dewan-dewan perlu memanfaatkan Facebook dan media sosial lain seperti Twitter dan Google Plus untuk meramaikan jaringan penyokong dan simpatisan PAS.

Pengarahan tugasan gerakerja umum PAS, seperti meramaikan kehadiran ke rapat-rapat umum, adalah lebih cepat dan efektif disalurkan melalui wahana media-media sosial ini;

3. Menggalakkan Ahliahli dan Penggerak PAS Melabur untuk Memiliki dan Memanfaatkan Telefon Bimbit Pintar (smartphones) Berserta Capaian Internet Bergerak (3G) – Inilah senjata maklumat dan komputer kecil yang perlu dimiliki dalam dunia yang kian terjaring dan pantas bergerak. Maklumat-maklumat dari SSDP, SPOKAS, SMSPRO dan SISPRO kini benar-benar berada di dalam tangan;

4. Memiliki Skil dan Kemahiran Baru untuk Keluar Dari Zon Selesa dan Berinteraksi Dengan Generasi Muda dan Rakyat Pelbagai Bangsa Melalui Media Baru Skil dan kemahiran baru untuk berinteraksi dengan jutaan generasi muda dan rakyat pelbagai bangsa adalah diperlukan dengan menggunakan media-media baru.

USTAZ ABDUL GHANI SHAMSUDDIN adalah Pengerusi Lujnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi PAS Pusat

Bn Berdepan Kebangkitan Pelajar

Posted: 17 Nov 2011 05:20 AM PST

Oleh Ahmad Zawawi

Keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada 4 Pelajar Fakulti Sains UKM adalah satu Petunjuk baru kepada masyarakat pelajar yang hak Kebebasahttp://demamalaysia.files.wordpress.com/2010/04/auku-akta-zalim-3.jpgn Bersuara adalah hak mutlak mereka sebagai rakyat Negara ini dan tidak boleh dinafikan dengan Akta-Akta sampingan seperti AUKU 1971. Ini merupakan satu Landmark Decision.

Sebagai seorang pelajar Jarak Jauh yang juga terikat dengan AUKU tersebut saya mengucapkan syabas kepada keempat-empat Wira Pelajar Muhammad Hilman Idham, Wong King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza. Anda mengubah landskap politik Malaysia.

Saya percaya bermula sekarang masyarakat pelajar merasa sangat lega dan tidak takut lagi kepada kekanggan-kekanggan yang menghantui mereka selama ini.

Bercakap mengenai PRU 13 saya percaya Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

Jika Pilihanraya Umum mahu diadakan mengikut tempoh matang besar kemungkinan student forces akan lebih besar jumlahnya dibelakang puak Reformis.

Kita semua maklum ujudnya AUKU hanyalah untuk menyekat Student Power. Ramalan popular yang Parlimen akan dibubar pada 11.11.11 mungkin menjadi kenyataan.

http://ahmadzawawi.wordpress.com

Catatan cemerlang Audit Kedah digelapkan TV3

Posted: 17 Nov 2011 05:19 AM PST

Oleh Zulkifli Yahaya

BULETIN Utama TV3 melaporkan kononnya Ketua Audit Negara telah menegur Kerajaan Negeri Kelantan kerana amalan perbelanjaan yang tidak berhemah. Siaran berita yhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfqtZEYJCNWN-0YHD7-g8lfjQW8tXeq1D1OBF-Hpbl5jzar-gb8gpGS8LrZUemekIZbaMunfFWqG1FX4vhdM_OyXMq0VREKIOHjCjiqpF-Oada0r_QSKA2UkwkhfVBFJJI5VKBTSoAgNji/s1600/logo+buletin+utama+baru.JPGang sama juga mengecam Kerajaan Negeri Selangor kerana berdasarkan laporan audit itu juga, hasil negeri Selangor merosot sebanyak 20 peratus dari sebelumnya.

Banyak juga pendedahan kepincangan dalam pengurusan kewangan oleh agensi kerajaan Pusat yang berlaku tetapi TV3 tidak menyiarkannya. Itulah kaedah penyiaran berat sebelah dan penuh propaganda oleh siaran televisyen yang bekerja keras untuk menyelamatkan kuasa kerajaan BN di pusat.

Cuma ramai yang tertanyatanya, apa pula halnya dengan laporan audit berhubung pengurusan kewangan di Kedah?

Jika wujud mustahil TV3 serta media-media talibarut BN akan mendiamkan saja. Rupanya semakan terhadap laporan audit tersebut mendapati tiada kepincangan yang boleh dimanipulasi oleh BN.

Tentulah BN Kedah sangat kecewa kerana siang malam mereka 'mendedahkan penyelewengan' di media kononnya kerajaan negeri menyalahgunakan wang peruntukan Pusat berhubung penyelenggaraan jalan, tetapi tiada pula dalam laporan audit.

Maka terserlahlah kejahilan mereka selama ini yang telah bertindak membuat lapora polis dan SPRM.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat berbangga dengan Laporan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan Kerajaan Negeri Kedah untuk tahun 2010.

Walaupun Ketua Audit Negara mengatakan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Kedah memuaskan, namun bagi DPPNK, dengan usia 'setahun jagung' iaitu baru tiga tahun memerintah, pencapaian tersebut adalah sangat cemerlang," ujar Ketua Penerangan DPPNK yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria.

Katanya, DPPNK akan terus bekerja keras bagi terus mempertahankan dan mengajak seluruh rakyat terus menyokong dan mendukung pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Di sebalik segala kepincangan Laporan Ketua Audit Negara terhadap Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional, DPPNK menyeru seluruh rakyat Negeri Kedah untuk membuat perbandingan dan membuat pilihan yang tepat.

Ahli Parlimen Padang Terap itu telah membuat kajian terhadap laporan audit, khususnya terhadap pentadbiran di Kedah. Banyak catatan cemerlang yang direkodkan.

Antaranya, Kerajaan Negeri Kedah telah mengalami peningkatan hasil sejumlah 23.9 peratus atau RM87.94 juta pada tahun 2010 berbanding peningkatan perbelanjaan mengurus RM2.55 juta atau RM 0.6 peratus. Hasil kerajaan negeri pada tahun 2010 berjumlah RM456.21 juta berbanding 2009 sebanyak RM368.27 juta.

Pencapaian ini yang terbaik di dalam masa lima tahun. Kerajaan Negeri Kedah juga telah mencatatkan surplus atau lebihan pada tahun 2010 berjumlah RM22.50 juta.

Peningkatan ini sangat ketara dan sangat membanggakan. Ia adalah defisit tertinggi dalam masa 5 tahun dan merupakan surplus kali kedua dalam tempoh tersebut. Berbanding dengan defisit tahun 2009 yang berjumlah RM62.89 juta, ia menjadikan peningkatan sejumlah RM85.39 juta iaitu sebanyak 135.8 peratus.

Ketua Audit Negara juga telah memperakui pengurusan kewangan di Jabatan/Agensi Negeri telah bertambah baik berbanding 2009. Pihak Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti di 17 Jabatan/Agensi Negeri.

Laporan tersebut telah memperakui peningkatan penerimaan hasil cukai tanah sebanyak RM18.69 juta iaitu peningkatan sebanyak 21.9 peratus. Kerajaan negeri berjaya mengutip RM104.06 juta berbanding 2009 hanya RM85.37 juta. Walaupun dasar kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang menurunkan cukai sebanyak 25 hingga 75 peratus di awal usia pemerintahan, namun bagi DPPNK telah berlaku kecekapan dalam kutipan hasil tanah walaupun berlaku penurunan selama dua tahun berturut-turut.

Kutipan ini yang kedua tertinggi di dalam tempoh lima tahun. Peningkatan ketara iaitu 125.2 peratus atau RM19.71 juta juga berlaku dalam pungutan tunggakan cukai tanah. Hasil kutipan berjumlah RM35.45 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu hanya RM15.74 juta. Kutipan ini adalah tertinggi dalam masa lima tahun.

Sekali lagi premium hutan berjaya ditingkatkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Peningkatan sejumlah 46.9 peratus atau RM15.49 juta.

Berbanding tahun 2009 sebanyak RM33.05 juta, kerajaan berjaya memungut RM48.54 juta. Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam masa lima tahun. Sebagai catatan juga peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2007, hampir 400 peratus.

Kerajaan juga berjaya membuat kutipan premium tanah tertinggi dalam masa lima tahun terakhir. Berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak RM 26.63 juta, sebanyak RM58.12 juta atau peningkatan sebanyak 118.3 peratus.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 17 Nov 2011 09:30 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Wayang YB Parlimen Pasir Salak : RUMAH GEN. 2 - FELCRA TERUS MENIPU PENEROKA

Posted: 17 Nov 2011 07:31 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 17 Nov 2011 08:15 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Ucap Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang UPSR 2011

Posted: 17 Nov 2011 12:19 AM PST


DUNGUN, 17 November Khamis - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun mengucapkan tahniah kepada semua pelajar UPSR 2011 yang memperolehi keputusan cemerlang. Keputusan peperiksaan tersebut diumumkan hari ini, Khamis 17 November.

" Tahniah! Kepada semua pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang, semoga kejayaan ini dapat diteruskan lagi selepas melangkah ke alam sekolah menengah nanti, yang pastinya di sebalik kejayaan para pelajar ini ialah para guru yang mengajar dengan penuh dedikasi juga didokong oleh para ibubapa dan penjaga yang sentiasa mendoakan kejayaan anak jagaan masing-masing, " ujar ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli ketika menyampaikan 
sumbangan penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang UPSR 2010, 
adik Anis Adilla binti Abd Fatah di hadapan kediaman ibubapanya 
di Taman Telok Lipat 1, di sini, tahun lalu.


Sementara itu, keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini, beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Dipetik laporan Bernama Online, Abd Ghafar berkata calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini.

PAS Kawasan Miri

Posted: 17 Nov 2011 07:24 PM PST

PAS Kawasan Miri


Wakil Rakyat BN Sarawak Ramai Tapi Takut Bersuara Dalam Parlimen?

Posted: 16 Nov 2011 07:16 PM PST

Wakil Rakyat Sarawak Kurang Bersuara Dalam Parlimen
Mengapa Ahli Parlimen (AP) Sarawak kurang bersuara dalam sidang parlimen terutama sekali AP dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang banyak menyumbang kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat. Jarang sekali kita mendengar suara AP dari Sarawak selain Tiong dari Bintulu yang banyak bercakap. Sepatutnya AP dari PBB yang perlu tampil ke depan untuk menyuarakan masalah kaum bumiputera dan rakyat Sarawak yang masih jauh ketinggalan dari segi infrastruktur dan kemudahan asas lebih-lebih lagi yang tinggal di kawasan luar Bandar.

Pandangan dari penduduk Sarawak antara lain katanya " semasa perbahasan di Parlimen AP dari Sarawak semuanya tidur langsung tidak ada berucap maupun berdebat macam AP dari negeri-negeri lain macam AP dari sabah, bhg Kinabatangan yang lantang bersuara tetapi dari Sarawak semuanya lesu. Apa sik pandai bersuarakah atau sik mampu berucap baik beri orang lain ajak. Coba bawah ketengah sedikit masalah masalah di Sarawak di parlimen."

Sepatutnya mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat dan dilantik sebagai AP menyuarakan masalah rakyat di parlimen bukan sekadar duduk dan mengambil elaun saja. Perkara ini sudah lama kita perhatikan mengapa mereka kurang bersemangat untuk bersuara seolah-olah tiada masalah yang berlaku dalam Sarawak.
Semua kita tahu bahwa Sarawak adalah antara yang termiskin dalam Malaysia dan masih jauh ketinggalan dari Semananjung Malaysia sedangkan banyak sumber hasil datang dari Sarawak.

Sepatutnya inilah masanya suara AP dari Sarawak dan Sabah menuntut hak mereka seperti royalty minyak, masalah penggangguran anak tempatan, masalah perumahan yang semakin mahal untuk dibeli, masalah tanah rakyat yang kena rampas untuk kepentingan pihak tertentu dan sebagainya agar dapat di beri perhatian oleh kerajaan Pusat. BN Sarawak telah memberi sumbangan kerusi parlimen terbanyak untuk mengekalkan kuasa kerajaan BN di peringkat pusat maka mereka juga perlu berani tampil ke depan bukan hanya mendiam diri tanpa bersuara untuk kepentingan rakyat Sarawak.

Kita mendesak agar AP atau wakil-wakil rakyat dari Sarawak harus berani bersuara dalam parlimen dan jangan hanya membaca skrip dan mengikut telunjuk pihak yang mempunyai kepentingan atau hanya untuk kepentingan parti mereka saja tetapi suara rakyat langsung tidak diambil kira. Kita harap AP dari Sarawak jangan cepat melenting apabila rakyat menegur sikap AP Sarawak yang kurang bersemangat untuk menyuarakan masalah mereka di peringkat pusat (Parliament). Semua ini untuk kepentingan dan masa depan rakyat Sarawak agar terus maju dan bangun bersama arus pembangunan yang semakin pesat.

Jangan biarkan rakyat Sarawak menumpang di tanah sendiri dan tanah rakyat jadi mangsa arus pembangunan yang hanya mementingkan kepentingan pihak tertentu saja. Jangan biarkan rakyat terus hidup dalam keadaan daif dan menderita akibat arus pembangunan yang tidak seimbang dimana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin terus hidup menderita.

Kalau sudah terpilih menjadi wakil rakyat sepatutnya bekerja untuk rakyat bukan untuk kepentingan diri sendiri, kalau sudah rasa susah sangat hendak berkhidmat untuk rakyat lebih baik jadi perniaga sepenuh masa dari membazir wang rakyat. Rakyat memilih wakil rakyat untuk menyuarakan masalah rakyat bukan sebaliknya. Jadi kita minta mereka yang bercita-cita hendak jadi wakil rakyat mesti ikhlas,jujur,amanah dan bersedia berkorban untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

English version
Sarawak People Representatives Lack of Expression in Parliament

Why do Members of Parliament (MP) Sarawak less speech in the Parliament assembly particularly MP from the Party Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB), which substantially contributed a great victory of Barisan Nasional (BN) at central. Rarely do we hear the voice of the Sarawak MP other then Tiong from Bintulu which talk too much. The MP from PBB should have come forward to voice their problems and the people of Sarawak Bumiputera whose are still far behind in terms of infrastructure and basic amenities, especially living in rural areas.

The view from the people of Sarawak, among others, reported "during a debate in Parliament MP from Sarawak are all asleep and did not have speech debate like MP from other states like MP from Sabah, Kinabatangan Division is vocal but from Sarawak are all exhausted. Why cannot speak or not able to give a good speech else better give to others. Try voice out some problem in Sarawak in the parliament. "

They has been selected as a representative of the people and appointed to the MP should voicing the people's problems in parliament not just sit and take time allowance. This has been a long time; we see why they less eager to speak as if no problems occur in Sarawak. All of us know that Sarawak is among the poorest in Malaysia and is still far behind from Peninsular Malaysia, while many sources of revenue come from Sarawak.

This is the right time for MP Voice from Sarawak and Sabah claim their rights, such as oil royalties, the problem of locals unemployment, housing problems more expensive to buy, people land to be confiscated for the benefit of certain parties, etc that can be addressed by the federal government. BN Sarawak has contributed the most seat for the coalition to maintain power in the federal level, they also need to be brave step forward not only keeps mum without speaking for the people of Sarawak.

We urge the MP or representatives of the people of Sarawak should dare to speak out in parliament and Do not just read the script and in accordance with the dictates of interest or just for the sake of their party, but the voice of the people just did not take into account.

We hope that the MP of Sarawak do not quickly effervescent when their attitude rebuked by the people that Sarawak MP is less eager to voice their problems in the centrals (Parliament). All this is for the benefit and the future of the people of Sarawak to continue to prosper and to grow with the increased pace of development.

Do not let the people of Sarawak to stay in their own land and the people become victims of land development that only concerned with the interests of certain parties. Do not let the people continue live in an incompetent situation and suffered from the unbalanced current development where the rich get richer and the poor continues to suffer.

If you have been selected to be representative of the people you should work for the people, not for self interest, if you feel difficult to serve the people better you be a full time businessman rather than waste people's money. The people choose representatives to expressed their problems and not vice versa. So we request those who aspire to be representative of the people must be sincere, honest, trustworthy and willing to sacrifice for the people regardless of race, religion and political belief.

PAS LENGGONG

Posted: 17 Nov 2011 07:05 PM PST

PAS LENGGONG


Dari YDP PAS Lenggong

Posted: 17 Nov 2011 01:43 AM PST

fakta kenapa semua orang melayu wajib bersatu bersama PAS 1. Tugas umno memungut hasil negara gagal 2.berbelanja Boros dan merugikan rakyat 3. Pendidikan gagal rakyat rosak akhlak 4. Ugama di pinggir tentang pelaksanaan hukum Allah. Nyawa dihujung usia cuba beli pengundi dgn bajet negara. Khianat. Negara dgn memberi kerakyatan kpd warga asing. Berjihadlah unt Islam dan keselamatan ummah.

Ceramah di Lenggong Malam esok. Datanglah

Posted: 16 Nov 2011 10:53 PM PST


Mohd Sabu Tiimb Presiden PAS 18 Nov 2011 Jam 9 mlm di Markas Kg Gelok (3 km sebelah Kanan ke Grik dr Lenggong Perak) Siapa Pengkhianat Bangsa dan nergara. Semua dijemput hadir ada cerita UMNO nak buat hal dah tiba masa unt kita berjihad. Sebarkan dan datanglah beramai-ramai.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 17 Nov 2011 04:13 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


DALAM DIAM ROS INI LAGI JAHAT DARI ROSMAH !

Posted: 17 Nov 2011 05:36 AM PST


Komen : Malam semalam jika kenyataan YB Parlimen Bkt Gantang di ambilkira berkenaan Rosmah isteri PM yang dibincangkan di Parlimen maka Rosmah boleh dikira menipu kerana cincin RM24 juta memang ujud dan diakui Tan Sri Nazri Aziz.

Pendaftaran Pakatan: ROS didakwa menipu

Pakatan Rakyat hari ini menafikan dakwaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa gabungan itu tidak membuat permohonan baru untuk mendaftar diri mereka.

Malah, kata setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution,pihak mereka telah menghambat jabatan berkenaan sejak Mac lalu supaya segera mendaftarkan Pakatan Rakyat.

Saifuddin berkata selepas pengerusi pro-tem Pakatan Datuk Zaid Ibrahim berpaling tadah pada November tahun lalu, jawatankuasa itu pada mesyuarat tergemparnya (EGM) telah melantik ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Kamaruddin Jaafar untuk memegang jawatan itu pada Mac lalu.


Saifuddin merujuk laporan akhbar New Straits Times yang memetik Ketua Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman, bahawa Pakatan tidak berusaha mendaftarkan gabungan itu.

"Kami kesal dengan kenyataan ini kerana semasa EGM, kita telah menamakan pengerusi pro-tem yang baru... kami telah mengaturkan perjumpaan dengan timbalan pengarah ROS (bahagian pertubuhan) bagi menyerahkan permohonan dengan beberapa pindaan sepatutnya.

"Tetapi ROS enggan menerimanya, alasan mereka, permohonan lama masih menunggu keputusan berhubung permohonan yang dibuat oleh Zaid, walaupun mengikut perlembagaan PKR, Zaid bukan lagi seorang ahli," kata Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang

Katanya, sejak Mac, Pakatan berhubungan dengan ROS setiap tiga hingga empat minggu untuk menentukan status permohonan tetapi tidak menerima sebarang jawapan.MalaysiaKini

BUKIT SENTOSA BERGEGAR OLEH MB NIZAR !

Posted: 16 Nov 2011 09:11 PM PST



YDP PAS Kawasan hulu Selangor menekankan agar rakyat terus menolak dari mengundi Kerajaan BN yang sudah terlalu teruk dengan pentadbiran rasuah yang semakin terdedah terutama di media mereka sendiri.

Ustaz Wan Muhammad Shamsuddin merangkap Ketua Zon Bukit Beruntung membacakan doa agar majlis diberkati dan berjalan dengan baik.


Ketua Penerangan PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 merangkap Unit Amal dengan tenaga muda cilik yang akan menjadi pelapis hebat akan datang.

Dalam dewan lebih selesa bagi yang ingin bersila sambil mendengar ceramah.

Pak Khalid(Khalid Jaafar) Penyelaras DUN Batang Kali bertanggungjawab menjelaskan isu-isu semasa yang perlu diketahui rakyat terutama pengundi yang belum bertukar kepada mengundi Pakatan Rakyat.Beliau terus memberi butiran darihal laporan audit yang mendedahkan keburukan pengurusan Kerajaan BN.



Dari kiri En. Chng Boon Lai (Pengerusi DAP Hulu Selangor), dikuti PAK Khalid (Khalid Jaafar) sebagai Penyelaras DUN Batang Kali dan di hujung sekali Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan hulu Selangor Tn Hj Muhammad Idris Ahmad.


Dalam Dewan Parlimen semalam MB Nizar menjelaskan kisah Rosmah (isteri PM) dibincangkan kerana cara perbelanjaan beliau(Rosmah). Pembelian cicin RM24 juta disentuh serta bega tangan yang berharga jutaaan



Ramainya peminat ingin mengambil gambar Mantan Menteri Besar Perak yang telah dirampas jawatan dan pentadbirannya oleh cara kejam dan tidak bertamadun oleh Kerajaan Bn melalui Ketuanya DS Najib.


Wah bersemangat Sdr Rahmat Timbalan Ketua Cawangan Bukit Sentosa 2 bersebelahan MB Nizar selepas tamat program ceramah.

SELAGI PR TAK PERINTAH, SIMPANAN POLIS BOLEH DIRATAH !

Posted: 16 Nov 2011 08:53 PM PST

Komen : Dulu dadah berkilo bahan bukti di Rompin boleh hilang dan polis terlibat hanya dikenakan tindakan tatatertib. Sebelum itu , dadah bahanbukti lesap dalam Ibu Pejabat polis Johor kununyanya ada CCTV tapi kisahnya hilang begitu saja, nak harap wartawan dedahkan, wartawan pula dikejar Polis. Dan kini wang tunai hasil samun juga hilang semasa dalam simpanan Polis>

Wang rampasan hilang dari IPD Shah Alam

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu dilaporkan hilang dalam simpanan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mengesahkan kehilangan itu, berkata selain wang tunai RM11,700, beg duit milik semua suspek turut dilaporkan hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes yang terletak di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

"Kita menjalankan siasatan terhadap semua pegawai dan anggota kita yang mengendalikan kes berkenaan serta mereka yang bertanggungjawab untuk berada di pejabat penyimpanan bahan bukti siasatan kes," katanya ketika dihubungi semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga siasatan yang dijalankan pihaknya sendiri selesai.

Dalam kejadian 15 September lalu, polis menahan tiga pegawai kanan SPRM kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas tiga penggurup wang asing selepas dipercayai bersubahat bersama dua lagi suspek awam.

Bagaimanapun, sehingga sekarang polis hanya berjaya merampas sebahagian wang tunai daripada ketiga-tiga suspek, manakala selebihnya dilaporkan berada dalam simpanan suspek awam yang masih diburu.

Ketiga-tiga pegawai SPRM terbabit didakwa ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 7 Oktober lalu atas tuduhan bersubahat melakukan rompakan, penyamaran dan penipuan serta menyembunyikan rancangan rompakan terhadap tiga warga Singapura yang dalam proses membawa wang berkenaan keluar dari negara. -BH

FROM TOL BERUNTUNG TO DEWAN KOMUNITI BUKIT SENTOSA

Posted: 16 Nov 2011 07:41 PM PST


Kalau masuk Tol Bukit Beruntung kita akan jumpa simpang tiga yang penuh dengan banner dan signboard pelbagai. Tapi yang penting bender ijau tu! Hate !

dari Simpang Tiga belok ke kanan melalui deretan kedai baru ebelang kanan projek sunshine ke sunrise kalau tak silap.






Meriahnya pandangan depan Dewan komuniti dengan bendera PAS, PKR dan DAP berkibar megah mengalu-alukan rakyat yang hadir.


Alhamdulillah Ketua Pemuda AMK Bukit Sentosa yang bersama turun padang membantu Program Ceramah Umum MB Nizar bersama memberi penerangan dengan Pimpinan PAS Cawangangan Bukit Sentosa 2, PAS Zon Bukit Beruntung, Pimpinan PKR dan Pimpinan DAP.


Inilah sebahagian tenaga sukarela pemuda yang terdiri ajk dan merangkap Unit Amal.

Inilah format baru tempat penceramah di depan pintu dewan dan kanopi rakyat di luar dewan.

AHLI MAJLIS KATA BUMBUNG SRA TIRIS !

Posted: 16 Nov 2011 07:15 PM PST


Dari kanan Kelihatan Ahli Majlis Hulu Selangor En. Sazali Norsaham yang merupakan ajk PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 dan sebelah beliau adalah Ustaz Wan Muhamad Shamsudin b Wan Lokman salah seorang guru di sekolah ini.
En. Sazali mengulas perlunya dibaiki bumbung tersebut yang walaupun saiz bocor kecil sahaja tetapi kesannya akan menjadi besar jka lambat dibaiki. Dengan cuaca yang lebih kepada hujan maka kelambatan pembikian akan menjadi keadaan lebih buruk bila air hujan akan masuk merosakan siling di dalamnya dan seterusnya menganggu guru dan pelajar di dalamnya.

Bangunan Sekolah SRA Bukit Sentosa Fasa 1 baru siap akhir pertengahan tahun 2011 namun ramai saksi mengatakan atap pecah telah berlaku sebaik bangunan diserahkan untuk digunakan.


Kelihatan penunjuk pada tempat atap yang bocor.

KERJA SPR BELUM BOLEH DIPUJI, JPN APATAH LAGI !ULA BERTAMBAH RANGGI !

Posted: 16 Nov 2011 05:35 PM PST

Penjelasan permainan Daftar Pemilih oleh Pengarah JPrN

AHMAD LUTFI OTHMAN dan SAIDAH HAIRAN dengan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor

Jaafar Samsudin, di pejabat Harakah, 2 Nov lalu. Lebih dikenali sebagai Cikgu Jaafar, beliau banyak menyentuh isu daftar pemilih yang cukup kritikal di Selangor. Mengapa BN mempunyai keyakinan tinggi untuk menawan negeri termaju ini?

HARAKAH: Selangor menjadi negeri tumpuan Umno dan Pengerusi Perhubungan Negeri, Najib Razak. Bagi BN, negeri termaju ini mesti dirampas semula, dengan apa cara sekalipun. Justeru, ramai bimbang pelbagai penipuan dan tipuhelah akan dilakukan, termasuk jalan pintasnya dengan memanipulasikan senarai daftar pemilih. Kepada cikgu, apakah kekhuatiran orang ramai itu berasas?


JAAFAR: Kekhuatiran itu ramai memang berasas. Ini dapat dikesan daripada rang daftar yang kita semak dan bantah sejak suku tahun 2010 hingga suku tahun ketiga 2011. Kita bantah berdasarkan semakan kita kerana timbul keraguan.


Pertama, pertambahan bakal pemilih begitu banyak. Begitu juga dengan pendaftaran tukar alamat. Begitu ramai pemilih yang didaftarkan, tukar alamat masuk ke Selangor.
Pertukaran tukar alamat masuk itu perkara janggal dan tidak pernah berlaku sebesar itu sebelum ini. Maknanya, ada gerakan besar-besaran dibuat oleh pihak tertentu. Mereka masukkan pengundi yang berasal dari Sabah dan Sarawak khususnya di kawasan Parlimen dan Dun yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Misalnya, di Parlimen Kota Raja, bagi suku tahun kedua sebanyak 7,000 pengundi masuk. Di Parlimen Shah Alam, 5,000 dan di Parlimen Kapar, juga 5000. Dun yang paling besar menerima penambahan ialah Bangi, 3,000.

Sebelum ini, kebanyakannya kurang 1,000. Ini menunjukkan proses pendaftaran dibuat begitu hebat. Saya semak, ada unsur pendaftaran luar biasa dan mungkin berlaku penyelewengan.

Pengundi bukan bermastautin di Parlimen dan Dun berkenaan. Kita bantah 1,600 dan kita berjaya 1,400. Bagi suku tahun kedua, kita bantah 1,400, dan kita berjaya 1350. Hanya 50 orang yang kita bantah ditolak SPR. Ramai yang dibantah itu tidak datang semasa bantahan. Kita mengemukakan bukti yang cukup.

Saya nampak kerjasama SPR dalam soal bantahan semakin baik. Tapi bukan bermakna kita cukup puas hati atau berasa sudah selamat ... proses ini mesti berterusan. Ia juga memberikan latihan dan kepekaan kepada jentera pendaftaran pilihan raya PAS kita baik

Cuba jelaskan bagaimana proses semakan dan bantahan?
Untuk suku tahun pertama yang berakhir Mac, proses bantahan pada April. Tempoh bantahan hanya seminggu. Tempoh ini tidak mencukupi. Kita tidak berkemampuan melakukan bantahan yang lebih banyak dalam waktu singkat.

Berapa banyak bantahan dapat dibuat?
Saya agak dalam 20 peratus yang masih kita tidak dapat bantah. Ia terutama yang babitkan kad pengenalan menggunakan kod 71. Iaitu mereka belum ditentukan negeri lahirnya. Kalau dilahirkan di Amerika atau England ada kod-kod tertentu. Tapi awal dulu JPN menggunakan kod yang sama, 71. Sekarang JPN menggunakan kod 71 ini untuk ambil jalan mudah atau ada perkara yang disorokkan.


Kalau kita semak di JPN kita dapati ia juga babitkan kad pengenalan merah. Jumlahnya agak ramai. Dalam suku tahun kedua, sebanyak 17,000 seluruh Selangor.

Dalam 17,000 itu dapat kita buktikan mempunyai kad pengenalan warna merah atau bukan warganegara. Ia tidak boleh didaftarkan. Bukan semua kod 71 kita bantah, tapi hanya yang timbul keraguan.


Adakah ada bukti bahawa semua itu merupakan perancangan Umno?
Apabila kita bantah, ada kalanya nampak orang belakang mereka adalah pimpinan Umno. Dalam bantahan suku tahun dulu, mereka dibawa beramai-ramai, malah jawapan yang diberikan adalah sama. Ada juga yang mengakui bahawa mereka tidak pernah mendaftar.
Contohnya, soalan di mana mereka didaftarkan, jawapannya sama. Begitu juga dengan bukti-bukti lain, yang menunjukkan memang mereka diatur oleh pihak lain untuk menekan kita. Banyak juga kos yang perlu dikeluarkan. Kita sudah belanjakan untuk suku tahun kedua sekitar RM42,000, yang kita kalah kes.
Beberapa kawasan 100 peratus kita menang. Hulu Langat, 100 peratus menang. Kota Raja, 98 peratus menang iaitu sebanyak 243. Hanya tiga pemilih ditolak.

Tentunya proses semakan dan bantahan yang rumit dan memakan belanja besar itu tidak dapat menghalang usaha licik Umno untuk merampas Selangor?

Ya, kita masih lagi bimbang ... tapi kita kena lakukan proses itu secara berterusan, sekurang-kurangnya untuk mengingatkan pihak berkuasa. Umno-BN juga akan lebih berhati-hati kerana tahu mereka diperhatikan. Kita harus pastikan dokumen sempurna ketika menyemak. Akibat bantahan kita, pendaftaran untuk suku tahun ketiga agak berkurangan.

Bagaimana pula dengan undi pos, yang juga dilihat seperti simpanan tetap buat BN?

SPR membuat pengakuan secara rasmi dengan PAS Selangor bahawa undi pos ditolak sebanyak 3,000. Ini kerana undi pos dibuat untuk menukar status pengundi awam di kalangan isteri polis. Sedangkan isteri polis tidak layak untuk mengundi pos. Dia undi biasa tapi ditukarkan dan dibuat suku tahun kedua dan ketiga. Sebanyak 3,200 untuk Selangor dan semua ditolak.
Undi pos dipanggil pengundi tidak hadir. Sesiapa boleh mengundi bagi pihak mereka.
Dalam konteks Selangor, apakah masalah undi pos ini membimbangkan?

Di Selangor, ada beberapa kawasan yang kritikan kerana undi pos, misalnya di Hulu Langat sebanyak 7,000. Dulu hanya 3,500, naik sekali ganda. Tahun 2008, majoriti kita menang kerusi berkenaan lebih kurang 1,700. Apabila undi pos naik 7,000, rasanya kerusi Hulu Langat dalam keadaan cemas.

Undi pos kita boleh bantah bila terdapat pengundi byang tidak layak, pada bila-bila masa, sepanjang tahun. Ia bertambah mungkin disebabkan kewujudan kem yang baru atau penambahan anggota.
Ada sahaja polis dan tentera yang bersara setiap masa, kita dibenarkan kemukakan dokumen dan kita minta SPR keluarkan senarai dan padamkan nama mereka, yang bukan lagi polis dan tentera.


Seharusnya proses membersihkan nama itu tugas SPR, kan?

Ya, tetapi mereka kata sukar untuk kemaskini. Dan kita mesti ingat, undi pos ini sering menjadi faktor untuk memenangkan pihak lawan. Jumlah undi pos tidak perlu besar, sehinga 10,000, untuk menjejaskan kemenangan kita, cukup dengan 1,000 undi.



Misalnya, di kerusi Dun Morib, keputusan undi biasa menunjukkan PAS menang dengan majoriti 400. Apabila dibawa undi pos sebanyak 640, BN pula menang dengan majoriti 400 lebih.

Undi pos ada di Dun Paya Jaras, Morib, Dusun Tua dan Gombak Setia. Sekarang ini undi pos banyak di Parlimen Shah Alam, 700, sedangkan asalnya 20 orang sahaja. Di Kota Raja hanya lapan.


Ia juga satu perencanaan untuk mengalahkan kita?
Ada keraguan, khususnya di Paya Jaras, Shah Alam, Hulu Langat, undi pos meningkat. Undi pos jika dikendalikan seperti sekarang memang satu ancaman. Ini kekuatan atau senjata parti lawan mereka untuk merampas kerusi kita.
Di Hulu Langat kemasukan sehingga 3,000 undi pos. Kita jangka kedudukan kita tidak selamat.
Kita mengakui pengakuan BN boleh merampas Selangor, atau menyatakan Selangor dalam genggaman, ada asasnya. Ini dilaungkan pemimpin BN di hadapan jentera mereka sendiri. Misalnya, dalam himpunan guru-guru Kemas, pemimpin BN yakin Selangor dapat dirampas.
Memang kempen dari rumah ke rumah yang dibuat secara agresif oleh guru Kemas boleh mempengaruhi. Betapa cantik jentera BN, sebab mereka ada 'skrip'. Dari segi ini mereka lebih berdisiplin dan sistematik.


Jentera pilihan raya BN paling utama ialah Kemas. Di setiap Parlimen ada guru Kemas sekitare 30 orang. Seluruh Selangor, melebihi 600 yang menggerakkan jentera perayu dan kempen.
Skrip mereka boleh mempengaruhi rakyat. Kita sudah ada sejarah bagaimana segelintir orang ramai terpengaruh dengan kes Anwar Ibrahim dulu. Walaupun ia dusta, tetapi jika diulang-ulang terutama di kawasan luar bandar, ia mungkin dapat mempengaruhi.



Itu menunjukkan jentera kempen kita juga lemah, ya?
Saya pernah bertanya pengundi di Dun Selat Kelang; ada pengundi warga emas percaya kerajaan kita lemah dan tidak tolong rakyat. Walaupun ia tidak benar, tetapi guru Kemas sering melaungkan perkara ini, dan ada yang percaya. Salah atau benar cerita lain.
Memang kita di pihak yang benar dan kuat, tapi bagaimana kita sampaikan kebenaran dan maklumat itu kepada rakyat. Ini sangat kurang. Sebab itu saya tidak percaya orang Melayu tidak sokong PAS; ia berpunca kelemahan jentera parti.

Bagus kempen PAS Ganti Umno, tapi kita kena menyediakan sistem yang canggih bahawa orang Melayu mesti menggantikan Umno dengan PAS. Cadangan saya, pertama kuatkan jentera parti. Kedua, kuatkan jentera pilihan raya dan ketiga kuatkan jentera penerangan.

Penerangan ini cukup penting. Kekuatan jentera BN terutama di kampung, pada penerangan, iaitu guru-guru Kemas. Kalau penerangan kita dilipatgandakan, rakyat akan dapat maklumat dan kefahaman.


Dengan kemasukan pengundi luar yang ramai ke Selangor, ditambah kecurigaan terhadap pemegang kad pengenalan merah dan kod 71, serta kemungkinan mengundi lebih daripada sekali, selain undi pos, apakah taktik jahat BN untuk rampas Selangor dapat kita sekat? Tarikh pilihan raya pula semakin dekat.

Kita akan berjumpa SPR di Putrajaya, 20 Nov dan bawa bahan-bahan bukti. Akan kami timbulkan beberapa kelemahan besar terutama daftar pemilih dan Pendaftar Pilihan raya Parti Politik (PP-PP) yang diberhentikan SPR tanpa pengetahuan kita. Sedangkan mereka jalankan kerja yang baik.


Cikgu berpuas hari gerakerja pilihan raya PAS Selangor?
Umumnya belum memuaskan. Pertama pendaftaran tidak memuaskan, penerangan tidak menyeluruh dan berkesan, manakala penculaan lemah. Penculaan ini satu daripada kelemahan yang ditegur Presiden PAS. Banyak kerusi Dun PAS yang begitu lemah pendaftaran pemilih baru.

Hanya aspek kebajikan memuaskan tapi kena lipatgandakan usaha. Program seperti merakyatkan ekonomi Selangor dan Jom Shopping menarik perhatian. Ada warga emas menangis dengan layanan petugas kita.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 17 Nov 2011 03:42 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


NAJIB 'PEMBOHONG"... ISA MASIH BERJALAN!!!!

Posted: 16 Nov 2011 11:05 PM PST

1. Sebelum ini, dengan yakinnya YAB Perdana Menteri Datuk Seri Hj. Najib Tun Abd Razak mengisytiharkan bahawa Kerajaan UMNO dan BN akan memansukhkan ISA sekaligus memberi sinar harapan kepada rakyat yang menanti sejak sekian lama untuk bebas dari belenggu akta drakonian ISA yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan telah banyak membawa kesengsaraan kepada rakyat sendiri.


2. Tangkapan terbaru ke atas saudara Nazri Dollah di bawah akta ISA adalah bukti bahawa Kerajaan UMNO dan BN terus mempermainkan kesabaran rakyat dan terus mendera perasaan mereka. Ia bukan sahaja satu bukti bahawa kerajaan UMNO dan BN tidak serius dan jujur menghapuskan akta zalim itu tetapi juga terus mendera dan membuli rakyat sendiri.

3. Selayaknya kerajaan tidak lagi menggunakan ISA setelah komitmen untuk memansukhkannya telah dipertegaskan oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Tetapi malang, ia sungguh meragukan. Tidak mustahil komitmen kerajaan UMNO dan BN dalam perkara - perkara lain seperti mahu memansukhkan PPSMI dan melakukan reformasi pilihanraya juga hanya satu retorik yang memperdayakan rakyat.

4. Sebelum ini berlaku flip - flop kerajaan dalam memutuskan kedudukan PPSMI dan kini kelihatan sikap yang sama akan berulang pada ISA. Jika benar Kerajaan UMNO dan BN konsisten untuk memansukhkan ISA, Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa supaya saudara Nazri Dollah dibebaskan dari ISA dan jika ada pertuduhan ke atas beliau maka hendaklah di dakwa ke mahkamah, bukan dikurung tanpa sebarang perbicaraan.

5. Jika kerajaan UMNO dan BN terus berdegil dan keras kepala, enggan untuk membebaskan saudara Nazri Dollah, saya mengharapkan seluruh rakyat bangkit membantah dan menolak kerajaan flip - flop ini khasnya anak - anak muda demi masa depan rakyat dan negara yang lebih baik, aman dan sejahtera dari kezaliman yang dihasilkan oleh kerajaannya sendiri.


6. Sekiranya rakyat tidak bangkit membantah sebaliknya membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan BN ini, tidak mustahil selepas ini PSC pula akan menjadi mangsa manipulasi kerajaan flip - flop ini. Melalui perkembangan ini setelah PPSMI dan ISA, saya jangka langkah untuk reformasi sistem pengurusan pilihanraya juga akan mengalami nasib yang sama. Akan cair dipertengahan jalan. Hanya kejujuran dan dilihat jujur dalam usaha melakukan perubahan ini sahajalah yang akan memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan UMNO dan BN kali ini.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

SEPERTI YG DIJANGKA... TERENGGANU TERBAIK UPSR 2011 KALI KE-11

Posted: 16 Nov 2011 08:38 PM PST

Terengganu terus unggul dalam pencapaian semua A, UPSR 2011 dengan pencapaian 15.6 % meningkat sebanyak 0.2% berbanding tahun 2010 sebanyak 15.4%. Begitu juga dengan pencapaian Minimun C telah meningkat kepada 71.1% berbanding 66.8%. Peningkatan 4.3 % mengikut En.Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu antara yang terbaik semenjak beberapa tahun ini.

Ini menjadikan Terengganu terbaik UPSR untuk kali ke-11 berturut-turut dengan Gred Purata Negeri 2.14, peningkatan sebanyak 0.11 berbanding 2.25, tahun lalu.
Pengarah Pelajaran Negeri bersyukur dengan pencapaian berkenaan dan semua pihak yang memberi sokongan ke arah kecemerlangan itu. Sebanyak 63 buah sekolah telah mencapai kejayaan cemerlang. SK. Kampung Bharu Tok Dor, Besut memperolehi pencapaian tertinggi peratus 5A iaitu sebanyak 66.67 %. Sementara pencapaian tertinggi GPS ialah SK Dusun, Hulu Terengganu iaitu 1.23. Daerah terbaik pencapaian semua A ialah Daerah Besut iaitu 23.9%.




.... benarkah khabar angin mengatakan soalan bocor setiap tahun berlaku di Terengganu?

SEMAK KEPUTUSAN UPSR 2011 MELALUI SMS

Posted: 16 Nov 2011 08:26 PM PST

Dalam diam, cepat masa berlalu. Sesi persekolahan tinggal sehari sahaja lagi sebelum ditutup. Dan….hari ini pula, bakal diumumkan keputusan UPSR 2011. Pastinya berdebar-debar adik-adik kita yang telah jadi calon UPSR tahun 2011 ini. Ibubapa yang mempunyai anak-anak yang menunggu keputusan UPSR 2011, pun apa kurang "cemasnya".

Kepada ibubapa yang mempunyai anak calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), anda boleh mula membuat semakan keputusan UPSR 2011 anak anda menerusi :

Sistem pesanan ringkas mySMS 15888 dibuka seawal pukul 10 pagi ini.


Perkhidmatan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November 2011


Cara semakan keputusan UPSR 2011 adalah dengan menaip UPSR [angka giliran] dan hantar kepada 15888


Contoh UPSR BC001A040 sms ke 15888


Setiap sms yang dihantar akan dikenakan bayaran RM0.15 dan setiap sms yang diterima akan dikenakan bayaran RM0.20.


Tahniah buat yang berjaya!!!!




Manakala pengumuman rasmi bagi analisa penuh berdasarkan keputusan UPSR 2011 akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya sekitar pukul 9.00 pagi nanti oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud



Kami pasti adik-adik ada yang tak senang duduk dibuatnya menunggu saat-saat keputusan UPSR 2011 keluar. Pasti akan ada ibubapa yang lebih risau mengalahkan anak mereka sendiri yang sedang menunggu keputusan UPSR 2011. Diharapkan janganlah jadikan keputusan UPSR 2011 ibarat :



"LIFE AND DEATH"

SAH UMNO GILE MEROYAN!!!

Posted: 16 Nov 2011 05:47 PM PST


Memang sah UMNO adalah sebuah parti gila meroyan, selama ini meraka menyangkakan yang Pulau Pinang dipimpin oleh UMNO… walhal sebelum DAP memegang tampok pemerintahan Pulau Pinang, Parti Gerakan yang diketuai oleh ketua menteri Dr Koh Tsu Koon atau sebelum ini mendiang Tun Lim Chong Eu dan Tun Dr Lim Keng Yaik yang menjadi Ketua Menteri.


Sementara itu, Koh Tsu Koon akan yang kalah dalam PRU 12 dulu dijangka menamakan setiausaha agungnya Teng Chang Yeow atau naib ketua Pulau Pinang Ong Thean Lye untuk mengetuai kepimpinan peringkat negeri, sebahagian usaha mahu merampas balik kerajaan negeri daripada DAP dalam PRU ke-13.

Gerakan tewas di kesemua 13 kerusi Dewan Undangan Negeri yang disandangnya manakala mujur Umno masih ada 11 kerusi sekarang termasuk beberapa kerusi bebas.

NFC AKAN BAGI PENJELASAN HARI INI!!!!

Posted: 16 Nov 2011 05:29 PM PST

National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) akan memberi penjelasan berhubung kontroversi berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang menerima kritikan pelbagai pihak termasuk pembangkang, hari ini.
Pengurusan kanan syarikat itu dijangka menjawab semua persoalan yang ditimbulkan sebelum ini, di pejabat NFC di Jalan Gemas, Negeri Sembilan, jam 11 pagi selain membawa wakil media melawat ke kawasan ladang syarikat bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

Dakwaan pembangkang keterlaluan dan projek terbabit tidaklah seperti digambarkan, sebaliknya menghadapi beberapa masalah yang akan diperjelaskan hari ini
Pihak NFC akan membuat penjelasan bagaimana mereka berdepan dengan masalah dari mula beroperasi.


Mereka akan memberi penjelasan target sebenar yang ditetapkan oleh Kerajaan


Mereka akan memberi penjelasan betapa susahnya untuk memasarkan daging lembu yang dimonopoli oleh kaum Cina


Mereka akan memberi penjelasan kenapa mereka melabur untuk membeli bangunan kondo


Mereka akan memberi penjelasan kenapa kerajaan melambat-lambatkan pembinaan pusat penyembelihan di tanah NFC


Mereka akan memberi penjelasan tanah yang diduduki oleh NFC adalah disewa daripada PMB negeri Sembilan


Mereka akan memberi penjelasan bahawa Wang RM250Juta adalah pinjaman daripada kerajaan dan perlu dibayar balik bukan dapat percuma.

Mampukah semuanya akan terjawab pada hari ini.?????

AKU INGAT KATAK NI DAH ARWAH... HIDUP LAGI RUPENYE

Posted: 16 Nov 2011 04:46 PM PST


musim-musim hujan nie makin kuat pula katak obesiti pasir mas nie berbunyi... maklum la... kalau tak berbunyi bukan katak namenya... lebih-lebih dekat pilihanraya nie...

Brahim katak, banyakkan berdoa moga-moga panjang umur dan umno Pasir Mas nak bagi laluan bertanding dibawah bendera UMporNO....

PAS KOTA TINGGI

Posted: 17 Nov 2011 01:38 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Ceramah Bersama Bob Lokman

Posted: 17 Nov 2011 03:45 AM PST

Umno Berselindung Atas Nama Mempertahankan Melayu dan Islam

Posted: 17 Nov 2011 03:42 AM PST

Mutakhir ini banyak penulisan meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang.

Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini.

Pandangan begini bukan baru, malah semakin lumrah dalam pemikiran sebahagian besar penulisan dan cetusan idea di kalangan pemikir Melayu Islam.

Namun, apa yang penting ialah "Adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?"

Bagi menjawab kebimbangan golongan ini, kita harus berpijak kepada sejarah negara dan kedudukan kekuasaan Melayu dan agama Islam selama ini.

Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umno-lah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah.

Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan Umno.

Tapi, wajarkan ketakutan begitu? Sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar, namun fikirkanlah selepas membaca hujah-hujah di bawah ini.

1. Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah - sehinggakan ada kawasan parlimen yang jumlah pemgundinya mencecah hampir seratus ribu orang.

2. Kenapa tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah?

3. Umno dah tewas lebih 20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana.

4. Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut. Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990?

5. Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukan ke ini Umno sendiri yang melakukan pengkhianatan kepada Melayu?

6. Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno?

7. Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi halal untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno.

8. Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam?

Kebimbangan hilangnya kekuasaan orang Melayu dilihat tertunjang dengan kekuasaan Umno – seolah-olah tiada parti lain dalam Malaysia yang akan memelihara kuasa Melayu dsn agama Islam.

Namun hakikatnya, dalam soal membela Melayu, Umno selama ini tidak mampu menaikkan martabat dan sosio-ekonomi mereka dengan ketara walaupun sudah 54 tahun memerintah negara. Begitu juga, dalam soal membela Islam, berapa kali Umno melacurkan Islam dan menggunakan Islam hanya apabila keadaan perlu untuk memelihara kepentingan politik semata-mata?

Janganlah rakyat Melayu Islam terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda, "Tanpa Umno, mereka hilang tempat bernaung." Sebaliknya, mereka harus menuntut Umno untuk berubah dan sekiranya tidak, slogan 'Asal bukan Umno' akan menjadi laungan dan pilihan mereka pada pilihanraya akan datang.

Pemikiran sempit dari era sebelum merdeka dilihat masih dianuti oleh parti perkauman sehingga hari ini. Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan Umno-MCA-MIC.

Kini, rakyat negara ini dilihat sudah bersedia berhadapan dengan era baru yang lebih terbuka.

Harus diingat, kaum dan bangsa seseorang bukanlah pilihan seseorang manusia - ianya ketentuan Allah. Lantaran itu, Islam melihat kemuliaan bukan kepada bangsa dan warna kulit tetapi pada ketaqwaannya.

Apakah yang rakyat Melayu Islam nak bangga kalau rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berleluasa dalam negara diketuai oleh sebuah kerajaan yang majoriti ahlinya mendadik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam?

Rakyat Melayu Islam mesti melakukan perubahan besar untuk melahirkan umat Islam yang kuat akidahnya dalam berpegang kepada ajaran Islam. Mereka perlu segera menyelaraskan tindakan mereka dengan ajaran Islam dan menterjemahkan sifat sebenar Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, tanpa mengira apakah mereka Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Kerana itu, janganlah mereka terus mempertahankan kerajaan korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan dengan berselindung semata-mata atas nama mempertahankan Melayu dan Islam. Ini bukan sahaja memalukan umat Melayu Islam malah mencemarkan agama Allah kerana penganutnya bersifat sebegitu rupa.

Dun Kelaboran

Posted: 17 Nov 2011 11:59 AM PST

Dun Kelaboran


Majlis Penyerahan Rumah Dhuafat Kampung Ana

Posted: 17 Nov 2011 12:21 AM PST

Penyampaian replika kunci rumah di hadapan Rumah Dhuafat

YB ADUN bersama JK Majlis Tindakan DUN meninjau rumah

Jamuan Naik Rumah baru

Jemputan dan jiran tetangga yang turut meraikan
Satu majlis penyerahan Rumah Dhuafat kepada rakyat yang memerlukan telah diadakan di Kampung Ana pada 16hb November 2011.  Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran, YB Mohd Zaki Bin Hj Ibrahim.  

Penerima, En Razali Bin Isa merasa sangat beruntung kerana telah dibantu oleh Kerajaan Negeri Kelantan, beliau yang hanya bekerja kampung dan mempunyai tujuh (7) orang anak.  Inilah antara bukti di hadapan mata yang menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri cakno rakyat dan pengamalan negeri berkebajikan. 

Encik Razali merupakan penerima Rumah Dhuafat yang ke 12 sejak ia dilancarkan pada tahun 2006.  Dijangka sehingga akhir tahun ini, sebanyak empat (4) buah Rumah Dhuafat  akan disiapkan di mukim yang lain.  Antara kriteria bagi pembinaan Rumah Dhuafat ini antaranya pemohon belum mempunyai rumah sendiri, miskin, punya kawasan sendiri untuk dibina rumah dan punya tanggungan yang ramai.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 17 Nov 2011 11:06 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Bersama Angkasawan Negara Pada 25 November 2011

Posted: 16 Nov 2011 10:33 PM PST

'Angkat keris', 'hidup Melayu' perjuangan sempit

Posted: 16 Nov 2011 06:06 PM PST

KOTA BHARU, 17 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan yang dibawa pihak tertentu dengan 'mengangkat keris' dan melaungkan 'Melayu' adalah perjuangan sempit.

Bahkan, katanya perjuangan seperti itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas.

"Pada saat pihak lain 'mengangkat keris' dan melaungkan-laungkan 'hidup bangsa' dengan merendah-rendahkan martabat kaum lain, kami di Kelantan mengangkat 'persamaan darah' dan keturunan di tempat yang sepatutnya serta menafikan sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi kaum," ujarnya.

Beliau berkata terdapat di negara ini orang Melayu menyempitkan perjuangan mereka dengan fokus perjuangan hanya untuk bangsa Melayu saja, sedang itu salah dari segi Islam.

"Itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas, bahkan ada yang mengangkat keris, menyebut Melayu itu menyebabkan orang Cina menjadi dendam dan marah, sedangkan 'khazanah' di Malaysia ini dipenuhi oleh (khazanah) orang Cina.  Ini kerana mereka lebih kaya daripada orang Melayu," jelasnya yang juga Mursyidul Am PAS..

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Mesra Kaum 2011 di Dewan Perniagaan Cina di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama.
Majlis merupakan 'projek perintis' Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) itu dihadiri lebih 700 orang terdiri dari wakil pimpinan pelbagai kaum.

Selain itu, Menteri Besar turut memaklumkan demi mempastikan kebajikan kaum bukan Melayu dan non-muslim terjaga, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.7 juta dalam Bajet 2012 yang dibentang dan diluluskan persidangan Dewan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Bajet itu untuk sumbangan kebajikan khusus bagi masyarakat bukan Islam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, budaya Kelantan yang menjunjung nilai-nilai Islam telah membina masyarakat majmuk, harmoni dan bertoleransi tinggi.
"Dan ini membawa kepada perpaduan erat antara kaum tanpa dasar kebangsaan.

"Bahkan dari segi kebudayaan termasuk kaum Cina,  mereka bebas mempersembahkan budaya mereka termasuk tarian naga," katanya sambil menambah bahawa pada awal pemeriahan Kerajaan Negeri (1990-an), selaku Menteri Besar beliau menekankan agar Islam 'berada di tampuk pemerintahan'.

"Ini penting supaya dalam masa yang sama, hak rakyat non-muslim terpelihara dengan baik di bumi Kelantan ini khususnya," katanya.

Fidlot: BN hadapi krisis keyakinan rakyat

Posted: 16 Nov 2011 06:05 PM PST

KOTA BHARU, 17 Nov: Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa Umno BN kini sedang berdepan 'krisis keyakinan rakyat' yang teruk.

Menurut Mohd Amar, keadaan itu berlaku ekoran penyelewengan yang didedahkan melalui Laporan Ketua Audit Negara 2010 termasuk salah guna kuasa dalam isu National Feedlot Corporation membabitkan keluarga menteri kanan kerajaan.

"Keseluruhan kepimpinan Umno Barisan Nasional kini secara kolektifnya terjejas teruk.

"Mereka sampai kini tidak boleh menyelesaikan isu-isu yang ditimbulkan, bahkan sehingga hari ini Timbalan Perdana Menteri terpaksa meminta National Feedlot tampil membuat penjelasan sendiri.

"Ini bererti, penjelasan yang dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan juga beberapa orang lain, tidak boleh menyelesaikan masalah," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, bercakap kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Mesra Kaum 2011 di Dewan Perniagaan Cina di sini malam tadi.

"Jadi, ini satu benda yang besar.

"Isu 'audit' ini sendiri menjejaskan penghormatan rakyat kepada pemimpin Umno dan BN.

"Kita bukan kira satu dua orang individu, tetapi keseluruhan, kepimpinan Umno BN secara kolektifnya terjejas teruk," dakwa Mohd Amar.

Terdahulu, majlis makan malam tersebut dirasmikan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir Exco Kerajaan Negeri Dato Anuar Tan Abdullah.

National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd. dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah.

Sementara itu, mengulas kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, beliau berkata 'Tuan Guru' itu sendiri merupakan satu 'kekuatan' kepada PAS dan Pakatan Rakyat khususnya.

"Dan dari sudut lain, kita melihat corak kepimpinan Islam yang dibawa Tuk Guru ini boleh diterima seluruh lapisan masyarakat.

"Jadi pada pandangan kita, ini menunjukkan bahawa kepimpinan Islam ini bukanlah suatu benda asing dalam masyarakat terutama dalam konteks Kelantan," katanya.

Hayati 'Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali'

Posted: 16 Nov 2011 06:05 PM PST

SHAH ALAM, 17 Nov: "Sesiapa yang ingin menjadi calon pada pilihan raya nanti perlu menghayati serta meresapi setiap isi kandungan di dalam buku ini, barulah layak untuk memikul tanggungjawab sebagai calon," jelas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menyatakan demikian pada program pelancaran buku hasil tulisan mantan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berjudul 'Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali' di Shah Alam Convention Centre malam tadi juga memberitahu perjuangan yang ditunjukkan oleh Syed Husin adalah satu perjuangan politik bukannya bersifat peribadi.

"Jelas apa yang ditunjukkan dalam perjuang beliau bukan untuk kepentingan peribadi dan apa yang dilakukan olehnya perjuangan untuk sebuah landasan politik bagi mengembalikan arah politik negara.

"Ingat dalam kita menongkah arus perjuangan sekarang jangan kita lupa apa yang dulu kerana tanpa perjuangan dulu tidak akan yang sekarang," jelasnya.

Anwar berharap setiap pemimpin di dalam Pakatan Rakyat terutamanya PKR boleh meneliti setiap baris isi kandungannya kerana ia dapat memberi kesedaran pada setiap pembaca tentang langkah perjuangan yang sebenar.

Sementara itu Syed Husin menitik beratkan bukan pujian yang diperlukan oleh setiap individu jika ia merasakan dirinya seorang pejuang tetapi satu keikhlasan yang lahir dari jiwa individu tersebut.

"Bila menyebut tentang perjuangan nada yang sama kita akan katakan, saya ingin jelaskan kita mesti menteladani semangat perjuangan yang telah dilakukan oleh pihak sebelum kita.

"Perjuangan sebelum kemerdekaan kemudian timbulnya reformasi sehingga wujud tsunami politik negara pada pilihanraya yang lepas memberi isyarat yang jelas kepada kita bahawa Putrajaya sebenarnya sudah hampir dengan kita, jadi hayati perjuangan semoga impian kita tercapai," kata beliau.
Buku memoir itu merupakan kenangan hidup Syed Husin tentang perjuangan politiknya untuk menegak keadilan, kebajikan dan kebenaran bagi rakyat.

Ia juga menceritakan mengenai penyertaan, kegiatan, pengalaman dan pandangan beliau terutama berhubung beberapa peristiwa politik yang melibatkan rakyat.

Pendidikan, kegiatan akademik serta luar akademik diceritakan kerana sedikit sebanyak mempengaruhi sikap hidup Syed Husin, terutama terhadap bidang politik yang lebih setengah abad diceburinya.

Selain itu juga soal politik juga  ditumpukan di dalam memoir itu berpusat kepada catatan-catatan tentang penyertaan dan pengalaman penulis serta sikap, pandangan dan fikirannya terhadap beberapa isu, perkembangan, peristiwa dan kontroversi politik yang berlaku dalam parti dan negara.

Memoir itu memberi latar belakang dan menjelaskan beberapa perkara seperti apa yang berlaku selepas kemenangan parti-parti pembangkang di lima negeri, pembentukan Pakatan, percubaan Umno-Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan terutama Selangor, percubaan Anwar yang dianggap gagal berkaitan 16 September dan sebagainya.

Memoir itu mendedahkan banyak juga hal mengenai pertimbangan yang tidak diketahui umum tentang mengapa dan bagaimana sesetengah keputusan politik telah diambil

Turut hadir semasa majlis perlancaran buku itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan juga beberapa pemimpin-pemimpin di dalam PKR.

Kalau Shahrizat letak jawatan, Muhyiddin pun sama

Posted: 16 Nov 2011 02:44 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Jawapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada desakan supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan mengundang rasa kasihan Mohamad Sabu.

"Kasihan sungguh pada Muhyiddin apabila membaca jawapannya itu. Nampak tak berdaya sungguh beliau hendak memikirkan jawapan yang meyakinkan kepada tuntutan supaya Shahrizat meletak jawatan.

"Maklumlah, Muhyiddin tentu tahu beliau juga perlu meletak jawatan kerana beliau adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika projek lembu itu diserahkan kepada keluarga Shahrizat," kata Timbalan Presiden PAS itu.

Mohamad percaya, Muhyiddin juga tentu tahu bahawa Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin tidak akan berani menuntut Shahrizat meletak jawatan tanpa restu secara diam-diam orang atasan.

"Sebab itu nampak bingkas sungguh Muhyiddin memberikan jawapan sedangkan sebelum ini beliau membisu mengenai isu NFC (Pusat Fidlot Kebangsaan) itu," kata beliau.

Mohamad tidak percaya Bung Moktar berani melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahan seluruh kepimpinan tertinggi Umno.

Tindakan seperti itu boleh membunuh kerjaya politiknya, kata beliau lagi.

"Kalau tidak ada restu, saya tidak percaya dia berani tunjuk hero minta Shahrizat berundur.

"Bukan Shahrizat sahaja yang terasa sakitnya. Muhyiddin lebih terasa lagi," kata Mohamad.

Isnin lalu, ketika berucap dalam sidang Dewan Rakyat, timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu menuntut Shahrizat meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan penglibatan keluarganya dalam NFC.

Ketika menjawab tuntutan itu, Muhyiddin berkata, Ketua Wanita Umno itu tidak perlu meletakkan jawatan dalam kabinet dan parti kerana beliau tidak terlibat secara langsung dalam projek penuh kontroversi yang diuruskan oleh anggota keluarganya itu.

"Seruan Bung itu saya fikir tak perlulah sangat. Soal-soal sebegini khusus di kalangan kita sama kita (sesama Umno) kerana ia tidak secara langsung menyatakan Shahrizat terlibat.

"Sebenarnya, ini soal operasi perniagaan yang diuruskan oleh keluarga tetapi Shahrizat sendiri tidak terlibat," katanya.

Sebelum ini, beberapa blog dan laman sosial ahli-ahli Umno menuduh Muhyiddin mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin pernah menuduh Timbalan Presiden Umno itu membuka jalan kepada kemenangan pembangkang.

Selepas itu, katanya, "Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan saperti yang pernah dia lakukan kepada (Tun) Abdullah Hj Ahmad (Badawi)".

Zaharin, yang menuduh Muhyiddin sebagai "anak paria", "penyamun besar" dan "perosak Umno", mendakwa beliau mempunyai maklumat bahawa Muhyiddin terbabit hendak menjatuhkan Najib. 

PKFZ: Apa maksud Nazri 'isu lebih besar'

Posted: 16 Nov 2011 02:39 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Nov: PAS meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan pandangan beberapa anggota kabinet berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2002.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya berdasarkan keterangan Nazri di mahkamah sebagai saksi ke-20 perbicaraan pendakwaan dalam kes Tun Dr Ling Liong Sik itu.
Nazri seperti dilaporkan media kelmarin memberikan keterangan kepada mahkamah bahawa ramai anggota kabinet termasuk beliau sendiri tidak bersetuju dengan projek PKFZ namun terpaksa bersetuju atas kerana 'bimbang menjadi isu besar'.
Nazri ketika itu merupakan Menteri Pembangunan Usahawan.
"Saya minta Nazri jelaskan kepada media dan masyarakat, apa butiran pandangan anggota kabinet yang tak berstuju dan apa apa yang dimaksudkan Nazri dengan 'isu yang lebih besar' itu," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempertikai tindakan anggota kabiet ketika itu yang bersetuju dengan cadangan projek PKFZ walaupun tahu ia akan gagal dan membazirkan wag negara.
Tambahnya, tindakan itu menunjukkan anggota kabinet BN tidak berperanan sepenuhnya sebaliknya hanya menjadi "pak turut".
"Tak sewajarnya bila mereka tak bersetuju tapi akhirnya terpaksa bersetuju  sedangkan  mereka tahu cara pengendalian projek PKFZ itu akan mendatangkan masalah kepada  negara.
"Nampak sangat anggota kabinet ini takut dengan kuasa yang ada pada Perdana Menteri dan akhirnya mereka menjadi pak turut, tak berfungsi dalam kabinet, hanya memberikan pandangan untuk tak bersetuju," katanya.
Beliau juga bimbang amalan in masih berterusan dalam kabinet BN.
"Lemahlah anggota kabinet kalau begini caranya. Mungkin amalan ini masih berterusan dalam kerajaan BN," katanya lagi.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar pada sidang media sama berkata perbicaraan skandal PKFZ lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding menemui jawapan.
Justeru beliau mencadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes tersebut.
"Perbicaraan PKFZ lebih banyak menimbulkan persoalan daripada menjawab. Nazri sebagai ahli kabinet senior sepatutnya memberi maklumat ini kepada PAC misalnya.
"Ia menimbulkan lebih banyak kekeliruan yang patut diselesaikan bukan sahaja di peringkat mahkamah tapi di peringkat Suruhanjaya Diraja kerana melibatkan berbilion wang rakyat," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sekitar majlis makan malam mesra kaum 2011

Posted: 16 Nov 2011 02:38 PM PST












NFC disalah guna untuk keluarga pemimpin Umno

Posted: 16 Nov 2011 02:35 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Nov: PKR hari ini mendedahkan beberapa transaksi yang dilakukan National Feedlot Corporation (NFC) bagi mengukuhkan bukti bahawa syarikat itu disalahguna untuk kepentingan keluarga dan ahli-ahli politik Umno BN.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution hari ini menunjukkan senarai empat transaksi yang dilakukan dari tahun 2008 hingga 2009.
Pada awal penubuhan NFC 2008, syarikat yang dikaitkan dengan suami dan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu membiayai perbelanjaan Shahrizat sebanyak RM26,400.
Ditanya ke mana perbelanjaan itu dilakukan, Saifuddin bagaimanapun mahu Shahrizat sendiri menjawabnya.
"Jika benar isu NFC tiada kena mengena dengan Shahrizat, sewajarnya beliau langsung tidak ada urusan dengan syarikat ini apatah lagi menggunakan wang NFC untuk membiayai perbelanjaan beliau," kata Saifuddin pada sidang medi di lobi Parlimen hari ini.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut berkata, NFC membayar sejumlah RM398,640 kepada dua pengarah NFC, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh pada 2009 sebagai bayaran sewa pejabat NFC di Mont Kiara.
"Tindakan menggunakan wang NFC dari dana RM250 juta untuk mambayar sewa kepada pengarah-pengarah NFC perlu juga dijawab Shahrizat," katanya.
Selain itu, NFC mendermakan lembu-lembu yang dibiayai menggunakan wang rakyat kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan Adun di Negeri Sembilan, Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93.
"Kalau isu yang serupa melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, SPRM juga perlu tangkas menyiasat NFC, Datuk Shaziman dan YB Yunus kerana mendapat lembu yang dibiayai rakyat," katanya lagi.
Saifuddin juga mendedahkan, NFC menjual lembu secara hutang kepada pimpinan Umno seperti Datuk Seri Zulhasnan Rafique bernilai RM70,000 pada tahun 2008, yang hanya dibiayai pada tahun 2009.
"PKR boleh sahaja mendedahkan secara terperinci setiap perbelanjaan yang melibatkan ramai lagi pemimpin Umno dan dana rakyat berjumlah RM250 juta ini," tegasnya.
Selain itu kata Saifuddin, sejak menerima pinjaman mudah daripada kerajaan berjumlah RM250 juta, NFC tidak pernah sekali pun membayar balik kepada kerajaan sama ada pembayaran pinjaman pokok atau pun faedah 2 peratus yang dikenakan.
"Jika ia benar-benar sebuah pinjaman seperti yang didakwa pimpinan Umno, maka sekurang-kurangnya NFC perlu membayar RM5 juta setahun kepada kerajaan dalam bentuk faedah pinjaman," katanya.

Sekitar Forum Bicara Bajet 2012 Untuk Siapa?

Posted: 16 Nov 2011 02:33 PM PST








ansarullah

Posted: 17 Nov 2011 11:01 AM PST

ansarullah


Masalah di Selangor lagi??????

Posted: 16 Nov 2011 05:49 PM PST

Air keluar dari celah dinding

bocor
SUBANG – Masalah air keluar dari celah dinding sejak unit rumah diduduki pada tahun 2007 masih belum selesai menyebabkan pemilik rumah di Pangsapuri Sri Galaksi, Subang Bistari U5 dekat sini berang.

Dakwa penduduk, aduan yang dibuat kepada pemaju tidak pernah diberi perhatian menyebabkan mereka nekad membawa perkara ini ke tengah termasuk mengambil tindakan undang-undang jika masalah itu tidak selesai.


Menurut pemilik rumah bermasalah, Henry Saman, 33, berkata masalah dipercayai berpunca daripada kebocoran bumbung di unit rumahnya tiga tahun lalu yang ketika itu masih di bawah jaminan.

(cerita di sini)

P/S:Ini bukanlah cerita pasal politik sebenarnya.Saja buat tajuk gempar gitu.Bagi buka mata sikit.Hehehehehe

Tapi di Selangor,banyak juga air rupanya.Sampai keluar ikut dinding.Mungkin terlebih air agaknya.

KP Kawasan yang duduk di Gombak pun dah banyak kali cerita.Dia dah lama tak bayar BIL air.Kira sejak PR memerintah memang dia tak pernah bayar BIL air.
Untunglah demenya.

Kat Jerantut?Selangor rasanya sungai tak banyak dan tak besar macam kat Pahang ni.Dulu kerajaan Pahang siap nak hantar air bantu kerajaan Selangor.(masa BN dululah!)

Tapi kita yang kaya dengan sungai bila agaknya nak dapat air free macam kat Selangor tu ye?

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 17 Nov 2011 10:02 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


'Angkat keris', 'hidup Melayu' perjuangan sempit

Posted: 16 Nov 2011 06:58 PM PST





Muhammad Yusri Amin
Harakah Daily





















KOTA BHARU, 17 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan yang dibawa pihak tertentu dengan 'mengangkat keris' dan melaungkan 'Melayu' adalah perjuangan sempit.

Bahkan, katanya perjuangan seperti itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas.

"Pada saat pihak lain 'mengangkat keris' dan melaungkan-laungkan 'hidup bangsa' dengan merendah-rendahkan martabat kaum lain, kami di Kelantan mengangkat 'persamaan darah' dan keturunan di tempat yang sepatutnya serta menafikan sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi kaum," ujarnya.

Beliau berkata terdapat di negara ini orang Melayu menyempitkan perjuangan mereka dengan fokus perjuangan hanya untuk bangsa Melayu saja, sedang itu salah dari segi Islam.

"Itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas, bahkan ada yang mengangkat keris, menyebut Melayu itu menyebabkan orang Cina menjadi dendam dan marah, sedangkan 'khazanah' di Malaysia ini dipenuhi oleh (khazanah) orang Cina. Ini kerana mereka lebih kaya daripada orang Melayu," jelasnya yang juga Mursyidul Am PAS..

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Mesra Kaum 2011 di Dewan Perniagaan Cina di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama.

Majlis merupakan 'projek perintis' Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) itu dihadiri lebih 700 orang terdiri dari wakil pimpinan pelbagai kaum.

Selain itu, Menteri Besar turut memaklumkan demi mempastikan kebajikan kaum bukan Melayu dan non-muslim terjaga, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.7 juta dalam Bajet 2012 yang dibentang dan diluluskan persidangan Dewan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Bajet itu untuk sumbangan kebajikan khusus bagi masyarakat bukan Islam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, budaya Kelantan yang menjunjung nilai-nilai Islam telah membina masyarakat majmuk, harmoni dan bertoleransi tinggi.

"Dan ini membawa kepada perpaduan erat antara kaum tanpa dasar kebangsaan.

"Bahkan dari segi kebudayaan termasuk kaum Cina, mereka bebas mempersembahkan budaya mereka termasuk tarian naga," katanya sambil menambah bahawa pada awal pemeriahan Kerajaan Negeri (1990-an), selaku Menteri Besar beliau menekankan agar Islam 'berada di tampuk pemerintahan'.

"Ini penting supaya dalam masa yang sama, hak rakyat non-muslim terpelihara dengan baik di bumi Kelantan ini khususnya," katanya.

Isu fidlot: PKR dakwa tiga lagi pemimpin BN turut terlibat

Posted: 16 Nov 2011 06:55 PM PST


Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 17, 2011

KUALA LUMPUR - PKR mendakwa ramai pemimpin Barisan Nasional (BN), turut terbabit dalam isu National Feedlot Corporation (NFC), syarikat berkaitan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution berkata, pendedahan ini jelas menunjukkan dana diperoleh daripada kerajaan disalahgunakan untuk keluarga dan ahli Umno.

"Ini berdasarkan rekod kewangan syarikat, pada tahun 2008, NFC membuat pembayaran dipercayai bagi perbelanjaan Ketua Wanita Umno itu, sebanyak RM26,400.

"NFC juga membuat pembayaran kepada suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh berjumlah RM398,640 sebagai pembayaran sewa pejabat pada tahun 2009 di Mont Kiara," katanya.

Isu pinjaman RM250 juta kepada NFC dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek ternakan lembu, menjadi panas termasuklah pernah berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada sesi penggulungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Parlimen dan selepas dikeluarkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Pinjaman RM250 juta itu, dikatakan disalahgunakan, termasuklah pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta di Bangsar.

Mengulas perkara sama, Saifuddin mendakwa, mereka juga mendapati syarikat berkenaan turut, menderma lembu kepada seorang menteri (BN) pada tahun 2009 berjumlah RM5,281.87 dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (BN).

NFC dikatakan membuat penjualan lembu secara kredit kepada seorang Ahli Parlimen BN RM70,000 pada tahun 2008 dan hanya membuat pembayaran pada 2009 secara kredit.

"Perkara ini menjadi persoalan kenapa ia berlaku, seharusnya dana diberi harus digunakan untuk rakyat dan peladang.

"Sebaliknya, NFC menjadi penyumbang kepada ahli politik kerajaan, yang mempergunakan dana tersebut demi kepentingan mereka," katanya.

PKR mahu buat kejutan di Johor

Posted: 16 Nov 2011 06:53 PM PST


Sinar Harian
PKR

BATU PAHAT – Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kejutan mungkin akan berlaku di Johor, pada pilihan raya umum akan datang.

Ini berikutan usaha bersungguh-sungguh pakatan pembangkang, terutama PKR untuk menawan negeri itu termasuk menjadikan Johor tuan rumah kongres kelapan parti itu,

"Kita percaya, rakyat akan beri sokongan kuat kepada PR untuk tawan Johor, sekali gus membuat kejutan besar pada pilihan raya akan datang. Ianya akan dimulakan di sini, untuk menjadikan Johor kubu kuat kita," katanya ketika berucap pada majlis makan malam PKR Cabang Batu Pahat di sini, kelmarin.

Kongres Kelapan KPR akan berlangsung di Pulai Springs Resort, Johor Bahru bermula 25 hingga 27 November ini.

Selain Johor, Anwar berkata, pembangkang turut meletakkan matlamat menawan Negeri Sembilan dan Melaka, selain mengukuhkan kedudukan di Selangor dan Pulau Pinang.

"Kita yakin dengan sokongan rakyat Johor yang semakin meningkat. Paling tidak pun, kita akan dapat tambah kerusi di negeri dianggap kubu kuat Umno ini," katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua PKR Johor, Chua Jui Meng dan Ketua PKR Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali.

Selain itu, Anwar juga berjanji, jika PR diberi peluang memerintah, jawatan Perdana Menteri hanya akan disandang oleh pemimpin yang sama untuk tempoh dua penggal sahaja.

"Menteri pula tidak akan dilantik daripada mereka yang terlibat dengan perniagaan," katanya.

Sementara itu, pada sidang media berasingan di KUALA LUMPUR, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution ada sebab tertentu mengapa kongres kelapan parti itu diadakan di Johor.

"Kita tidak buat di Melaka, Perlis, Sabah atau Sarawak yang juga belum pernah jadi tuan rumah. Daripada rekod kita, trend di negeri di mana tujuh kongres diadakan sebelum ini, kemudiannya menjadi medan yang subur untuk parti dan PR. Lihatlah kejayaan kita di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan," katanya.

Untuk kongres kali ini yang bertema 'Demi Rakyat', seramai 2,534 perwakilan yang mewakili 218 cabang seluruh negara dan 1,055 pemerhati berdaftar dijangka akan hadir.

Kajian UIA: Populairiti Najib Kini Jauh Meningkat Berbanding Anwar, Nik Aziz Serta Lim Guan Eng !!

Posted: 16 Nov 2011 04:27 PM PST


Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (foto) meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian olehUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIA). Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIA menunjukkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum PKRDatuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot. Prof Datuk Syed Arabi Idid daripadaJabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan. Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu. Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah. "Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib," katanya. Pada Okt 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus. "Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka," kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.


Bertuah Najib, rupanya populariti beliau kini semakin meningkat sekarang
selepas balik dari kerjakan ibadah haji di tanah suci Mekah baru-baru ini
Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal. Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masihmemandang tinggi Dr Mahathir dan segala sumbangannya. Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu. Azrul Hisyam berkata rakyat Malaysia melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara. "Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan," katanya.

Transaksi yang perlukan penjelasan dari Shahrizat..

Posted: 16 Nov 2011 04:18 PM PST




Dua orang Hero yang muncul untuk menyelamatkan Shahrizat setelah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menutup peluang Shahrizat untuk membuat penafian tentang isu pembelian Kondo bernilai RM9.8Juta juga telah menyebabkan Shahrizat semakin tersepit dengan isu NFC ini.


Jika sebelum ini Khairy yang cuba menjadi Hero dengan menyediakan alasan bodoh bahawa Kondominium berharga RM9.8Juta itu dibeli sebagai pelaburan oleh NFC dengan menggunakan dana dari wang rakyat, kedua-dua hero yang muncul untuk menyelamatkan Shahrizat pula mengatakan 'Shahrizat tidak terlibat'..

Kata hero pertama Perdana Menteri ketika projek ini dilancarkan yang tiba-tiba terbangun dari tidurnya bila isu penyelewengan NFC semakin panas "Tanya individu yang berkenaan, apa kena-mengena dengan Shahrizat, itu suami dia... Shahrizat tidak terlibat, jadi jangan tanya dia.- laporan penuh sila baca di (SINI)

Hero kedua yang menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu "Bung Moktar tidak mengatakan Shahrizat secara langsung terlibat sebab ini adalah soal bisnes yang dikendalikan oleh keluarganya, tetapi beliau tidak terlibat,"- laporan penuh sila baca di (SINI)

Malang buat Shahrizat yang cuba membantu kini menjadi beban buat dirinya..

Kerana Pak Lah dan Muhyiddin berkata 'Shahrizat tidak terlibat'.. penglibatan Shahrizat pula yang didedahkan..

Lebih buruk lagi beberapa nama lain dikeluarkan pula antaranya Dato' Shaziman Mansor, YB Yunus ADUN Klawang dan Zulhasnan Rafique.

Pak Lah dan Muhyiddin berkata 'Shahrizat tidak terlibat'.. jika 'Shahrizat tidak terlibat' kenapa perlu ada transaksi begini.. Transaksi yang memerlukan penjelasan dari Shahrizat..

1- Pada tahun 2008 (di awal penubuhan), NFC membayar perbelanjaan Dato' Seri Shahrizat Jalil sebanyak RM26,400… Jika benar isu NFC tidak ada kena mengena dengan Dato' Seri Shahrizat Jalil, sewajarnya beliau langsung tidak ada urusan dengan syarikat ini apatah lagi menggunakan wang NFC untuk membayar perbelanjaan beliau.

2- NFC membayar sejumlah RM398,640 kepada Dato' Dr Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dalam tahun 2009 sebagai bayaran sewa pejabat NFC di Mont Kiara…. Tindakan menggunakan wang NFC dari dana RM250 juta untuk membayar sewa kepada pengarah-pengarah NFC perlu juga dijawab oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil.

3-NFC mendermakan lembu-lembu yang dibiayai dengan wang rakyat kepada YB Dato' Shaziman Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan YB Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93…. Kalau isu yang serupa menyebabkan SPRM menyiasat YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, SPRM juga perlu tangkas menyiasat NFC, YB Dato' Shaziman Mansor dan YB Yunus kerana mendapat lembu yang dibiayai rakyat.

4-NFC juga menjual lembu secara hutang kepada pimpinan Umno seperti YB Dato' Seri Zulhasnan Rafique bernilai RM70,000 dalam tahun 2008, yang hanya dibayar dalam tahun 2009.

Semakin ramai yang cuba membantu semakin tersepit Shahrizat dengan isu ini.. tertanya-tanya juga aku adakah benar mereka-mereka itu mahu membantu Shahrizat atau mahu membantu membina tekanan agar Shahrizat letak jawatan dan melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO itu?

******************************

Kenyataan Media

NFC Dibiayai Oleh Kerajaan, Tidak Pernah Membayar Satu Sen Kembali Kepada Kerajaan.

Saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang cuba memisahkan isu NFC daripada kebertanggungjawaban Dato' Seri Shahrizat Jalil dan kerajaan Barisan Nasional. Kenyataan-kenyataan mereka memberi gambaran bahawa NFC adalah sebuah syarikat swasta dan tidak ada unsur percanggahan kepentingan (conflict of interest) apabila sebuah syarikat milik keluarga menteri mendapat projek kurniaan kerajaan.

KEADILAN ingin menegaskan bahawa sejak menerima sepenuhnya pinjaman mudah dari kerajaan berjumlah RM250 juta, NFC tidak sekali pun membayar balik satu sen kembali kepada kerajaan – baik dari segi pembayaran pinjaman pokok atau pun faedah 2% yang dikenakan. Sekiranya ia benar-benar sebuah pinjaman seperti yang didakwa pimpinan Umno, maka sekurang-kurangnya NFC perlulah membayar RM5 juta setahun kepada kerajaan dalam bentuk faedah pinjaman.

Semakan KEADILAN menunjukkan bahawa NFC bukan sahaja tidak pernah membuat sebarang bayaran kepada kerajaan, ia juga tidak merekodkan sebarang liabiliti bagi kadar faedah 2% seperti yang didakwa oleh kerajaan.

Hakikatnya, operasi NFC dibiayai sepenuhnya oleh wang rakyat melalui suntikan dana RM250 juta dan geran RM6 juta yang diluluskan kerajaan. Keputusan untuk menganugerahkan projek kebangsaan yang dikategorikan sebagai Projek Berimpak Tinggi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) ini dibuat oleh kabinet Barisan Nasional yang dianggotai Tun Abdullah Badawi, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Shahrizat Jalil.

Justeru, prestasi NFC sudah tentu menjadi tanggungjawab menteri-menteri yang terbabit, apatah lagi apabila syarikat yang mendapat projek dimiliki sepenuhnya oleh keluarga menteri.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila NFC tidak diuruskan dengan baik sehingga tidak mencapai sasaran yang dipersetujui. Malah, transaksi NFC juga menunjukkan dana rakyat yang disalurkan melalui suntikan RM250 juta disalahgunakan untuk kegunaan keluarga dan ahli-ahli politik Umno.

Saya senaraikan transaksi berikut yang tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan benar-benar memantau NFC:

Pada tahun 2008 (di awal penubuhan), NFC membayar perbelanjaan Dato' Seri Shahrizat Jalil sebanyak RM26,400. Jika benar isu NFC tidak ada kena mengena dengan Dato' Seri Shahrizat Jalil, sewajarnya beliau langsung tidak ada urusan dengan syarikat ini apatah lagi menggunakan wang NFC untuk membayar perbelanjaan beliau.

NFC membayar sejumlah RM398,640 kepada Dato' Dr Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dalam tahun 2009 sebagai bayaran sewa pejabat NFC di Mont Kiara. Tindakan menggunakan wang NFC dari dana RM250 juta untuk membayar sewa kepada pengarah-pengarah NFC perlu juga dijawab oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil.


NFC mendermakan lembu-lembu yang dibiayai dengan wang rakyat kepada YB Dato' Shaziman Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan YB Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93. Kalau isu yang serupa menyebabkan SPRM menyiasat YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, SPRM juga perlu tangkas menyiasat NFC, YB Dato' Shaziman Mansor dan YB Yunus kerana mendapat lembu yang dibiayai rakyat.


NFC juga menjual lembu secara hutang kepada pimpinan Umno seperti YB Dato' Seri Zulhasnan Rafique bernilai RM70,000 dalam tahun 2008, yang hanya dibayar dalam tahun 2009.


KEADILAN boleh sahaja mendedahkan secara terperinci setiap perbelanjaan yang melibatkan ramai lagi pimpinan Umno dan dana rakyat berjumlah RM250 juta ini.

Skandal NFC telah menunjukkan bagaimana bobroknya sikap pimpinan Umno yang menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya atas alasan ia perbelanjaan sebuah syarikat swasta.

Malangnya, syarikat swasta itu dimiliki oleh keluarga seorang menteri dan dianugerahkan sebuah projek besar negara dengan suntikan dana RM250 juta.

Tindakan yang lebih mulia ialah bagi menteri-menteri yang berkenaan memikul tanggungjawab dan mengambil tindakan tegas berhubung skandal NFC ini.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG
AHLI PARLIMEN MACHANG

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 17 Nov 2011 09:49 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


Doa Ma'thurat:Ustaz abd ghani shamsudin

Posted: 16 Nov 2011 02:51 PM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 17 Nov 2011 09:13 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Masalah besar peserta RTP Risda di N.Sembilan

Posted: 16 Nov 2011 07:21 PM PST



Apakah masalah peserta-peserta Rancangan Tanah Pinggir Air Gelugor 2 ,Gemencheh, Negeri Sembilan telah menemaui jalan penyelesaiannya? Cuba bayangkan para peserta menerima pendapatan hasil sawit sebanyak RM 444 dalam masa 4 bulan . Pendapatan sebanyak RM 110 sebulan umur sawit 9 tahun yang sepatutnya hasilnya maksimum sedangkan peserta yang tidak bernaung bawah RISDA memperolehi pendapatan lebih kurang RM 600.

"Kami sudah hilang kepercayaan"

Sinar Harian 4 Mac 2010

GEMENCHEH – Peserta Projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) Kampung Tenai/Air Gelugor meluahkan rasa tidak puas hati dengan bayaran dividen diterima hasil pengeluaran buah kelapa sawit yang dikatakan tidak munasabah.

Mereka menyifatkan pembayaran dividen itu tidak setimpal sehingga terpaksa menanggung hutang bayaran ganti rugi mencecah puluhan ribu ringgit.

Peserta, Hassan Mohd Dom, 60, berkata, pembayaran dividen sebanyak RM100 sebulan tidak memadai dengan segala usaha dilakukan, sebaliknya menyedari menanggung hutang ganti rugi RM10,648 bagi satu lot tanah selepas mencuba keluar daripada Projek TSB terbabit.

"Saya berasa amat kecewa dengan pentadbiran jawatankuasa pengelola Projek TSB kerana melakukan sebegini rupa. Kesemua peserta kebanyakannya adalah ibu tunggal serta warga emas.

"Pendapatan peserta semakin susut dengan anggaran purata RM80 hingga RM100 sebulan mengikut keluasan tanah. Bayaran dividen ini sebenarnya tidak munasabah kerana hasil yang dikeluarkan kebun adalah 100 peratus," katanya.

Hassan berkata, bayaran dividen itu menjadikan peserta atau pemilik tanah berada dalam lingkungan tahap miskin tegar.

"Bagaimanapun, peserta yang kecewa tidak boleh keluar daripada Projek TSB sebelum menjelaskan hutang bayaran ganti rugi terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, dekat sini, semalam.

Bayaran ganti rugi bertambah

Hassan berkata, peserta juga bingung kerana mendapati hutang bayaran ganti rugi projek yang dikenakan semakin bertambah tanpa mengetahui sebabnya.

Malah, katanya, jumlah ganti rugi mencecah puluhan ribu ringgit dan membebankan peserta.

Menurutnya, perkara itu pernah dibangkitkan dalam mesyuarat bersama jawatankuasa pengelola Projek TSB kampung bagi mendapatkan penjelasan, namun segala pertanyaan tidak dilayan.

"Rasa tidak puas hati juga timbul apabila pelantikan jawatankuasa pengelola Projek TSB kini dibuat secara dwi-tahunan berbanding terdahulu pada setiap tahun," katanya.

Menurutnya, peserta ada memohon supaya jawatankuasa pengelola Projek TSB dipilih setiap tahun, namun, mereka hanya diberitahu proses pemilihan dibuat mengikut dwi tahunan.

Dividen tak relevan

Mokhtar Hamid, 56, berkata, pembayaran dividen yang diberikan kepada peserta setiap empat bulan sekali dengan anggaran purata RM100 sebulan adalah tidak relevan.

"Saya rasa tidak munasabah dengan pembayaran wang dividen yang diberikan mengikut lot tanah masing-masing kerana hasil buah kelapa sawit amat memuaskan. Sepatutnya peserta hanya menanggung hutang berjumlah kecil sekarang.

"Tambahan pula, saya yang juga salah seorang peserta TSB kampung ada mencuba mengusahakan sendiri projek di atas tanah milik ipar dan mampu meraih pendapatan sebanyak RM1,000 bagi tempoh 20 hari tanpa menanggung hutang," katanya.

Mokhtar berkata, peserta merasakan sudah hilang tempat mengadu dan tidak dapat berbuat apa-apa melainkan akur untuk menjelaskan hutang bayaran ganti rugi dikenakan sekiranya mahu keluar daripada Projek TSB kampung ini.

"Kami ada menyuarakan permasalahan kami kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Risda negeri dan daerah ini namun tidak pasti langkah diambil pihak berkaitan untuk menyelesaikan maslaah ini," katanya.

JKKK sudah maklumkan Risda

Ahmad Ramlan, 63, mendakwa, terdapat sub kontraktor dilantik bagi memetik hasil tanaman menjalankan kerja di luar waktu ditetapkan dan aduan pernah dibuat kepada Risda daerah, namun tindakan tidak dapat diambil berikutan tiada bukti sahih.

Pengerusi Jawatankuasa Kese-lamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Tenai Air Gelugor, Baharudin Rashid ketika dihubungi mengesahkan ada menerima keluhan peserta projek TSB terbabit sekali gus menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera.

"Pihak JKKK sudah memak-lumkan kepada wakil rakyat kawasan, pentadbiran Risda peringkat daerah dan negeri bagi mengambil tindakan segera dengan memulangkan semula tanah peserta di samping melupuskan hutang bayaran ganti rugi.

"Hal ini perlu diperhalusi dan disegerakan proses penyelesaian-nya demi kesejahteraan peserta kerana saya sendiri sudah tidak tahan melihat kesusahan yang dialami mereka dengan pemberian dividen hasil tidak seberapa," katanya.

Sementara itu Sinar Harian cuba menghubungi pihak Risda untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai permasalahan itu namun gagal.

Tiada berlaku penyelewengan

Pengerusi Jawatankuasa Projek TSB, Siti Rohani Ayob berkata, tiada penyelewengan berlaku di dalam projek itu seperti didakwa, sebaliknya peserta perlu mematuhi peraturan yang sudah dipersetujui dalam projek itu.

Menurutnya, dividen diterima peserta lebih kecil jumlahnya sebelum beliau mengambil alih jawatan itu pada 1 Januari 2009.

"Sebelum ini, semasa Pengerusi lama memegang jawatan, peserta hanya mampu meraih dividen RM50 hingga RM150 setahun.

"Bagaimanapun sejak saya mengambil alih, mereka mampu meraih RM400 dalam tempoh tiga bulan," katanya.

Beliau sendiri tidak faham mengapa ada pihak cuba menjatuhkannya sedangkan selaku Pengerusi, dia hanya menjaga dan membersihkan kawasan Projek TSB.

"Bagaimanapun apabila kawasan ladang sudah bersih dan cantik, timbul pula masalah dividen ini," katanya.

Sumber :
http://pasns.blogspot.com/2010/03/kami-sudah-hilang-kepercayaan.html
http://kgtenaiairgelugor.blogspot.com/2010/02/bila-tuk-din-berkata-2.html

Hanya iman benteng pertahanan terakhir dari melakukan jenayah

Posted: 16 Nov 2011 05:37 PM PST



Pada bulan September 2011, 3 orang pegawai SPRM telah ditahan berkaitan kes rompakan hampir RM1 juta di Lapangan Terbang KLIA. Kini sebahagian dari wang rompakan tersebut yang disimpan di Ibu Pejabat Polis Selangor pula didapati hilang, walaupun bilik simpanan bahan bukti ini dikawal ketat.

Berita sebegini hanya menambahkan lagi keraguan rakyat terhadap PDRM dan SPRM. Hanya iman yang teguh sebagai benteng terakhir seseorang itu dari melakukan jenayah.

Part of robbery loot goes missing
17 November 2011

Evidence of KLIA heist stolen from state police headquarters

Part of the loot in the RM930,000 robbery at the Kuala Lumpur International Airport on Sept 15 has gone missing from police custody.

The crucial evidence, said to be RM11,000, was kept in the investigating officer's room at the Selangor police headquarters in Shah Alam.

The money was discovered missing last week and investigators believed it was an inside job as all visitors to the police headquarters are strictly vetted.

It is learnt that although there are closed-circuit television cameras (CCTV) installed at various points in the building, there are no CCTVs at the investigating officers' rooms.

The missing money was part of the loot which comprised foreign currencies which was robbed from a group of moneychangers at KLIA.

The three MACC officers -- S. Vijayarao, Wan Elfie Shafizy Wan Ahmad and Aziz Jaafar -- were slapped with nine charges on Oct 7 at the Sepang Sessions Court.

It was reported that five men, including the three MACC officers, allegedly robbed the moneychangers of the cash at the airport's satellite building.

http://www.nst.com.my/local/general/part-of-robbery-loot-goes-missing-1.6983

TIGA PEGAWAI SPRM SAMUN KLIA DILUCUT TUGAS
Rabu September 21, 2011

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes samun ke atas seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dikecualikan dan dilucutkan daripada sebarang tugasan siasatan.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/9/21/mstar_berita/20110921212212&sec=mstar_berita

MACC MEN HELD OVER ROBBERY
Rabu September 21, 2011

KUALA LUMPUR: Three Malaysian Anti-Corruption Commission officers (MACC), including an assistant commissioner have been arrested for allegedly robbing a money changer of US$300,000 (RM900,000) inside the satellite building at KL International Airport (KLIA).

The three, said to be attached to the Putrajaya special operations division, were arrested on Tuesday by Sepang police following a report lodged by the money changer that he was robbed by them on Sept 15.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/9/22/nation/9550697&sec=nation

KHIDMAT MERU

Posted: 17 Nov 2011 09:04 AM PST

KHIDMAT MERU


HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH ALFARABI

Posted: 16 Nov 2011 04:28 PM PST









Hari Kecemerlangan Sekolah Rendah Islam Al Farabi telah diadakan di Dewan Hambali, Masjid AsSyariff Meru.


Dalam ucapan perasmiannya, YB Dr Rani mengatakan betapa dunia sekarang ini amat memerlukan pimpinan yang berakhlaq, yang disenangi rakyat dan dapat menjalankan amanah yang diberikan tanpa mementingkan dirinya sendiri.


Sejarah membuktikan bagaimana ekonomi dan urustadbir negara boleh hancur apabila urusan sesuatu perkara itu diuruskan oleh maanusia yang tidak amanah.









KURSUS JENAZAH BAGI GOLONGAN REMAJA

Posted: 16 Nov 2011 03:35 PM PST








Satu kursus jenazah untuk golongan remaja telah di adakan di Masjid At Taqwa Bukit Kapar.

Seramai 100 orang dijangka mengambil bahagian dalam kursus selama setengah hari itu.


YB Dr Rani yang dijemput sebagai perasmi dalam majlis tersebut mengingatkan setiap peserta bahawa kematian adalah satu ketetapan setiap insan yang pastinya akan menjemput kita apabila sampai masanya tanpa mengambilkira usia seseorang itu.


Yang pentingnya ialah bagaimana kita mengisi baki-baki kehidupan ini supaya mendapat keredhaan Allah swt.








MAJLIS MAKAN MALAM SRJK(C) TIONGHA KOK BIN

Posted: 16 Nov 2011 12:55 PM PST




















Satu Majlis Makan Malam sambil mengutip derma telah diadakan di SRJK(C) Tionghua Kok Bin . Tetamu Kehormat, YB Dr Hj Abd Rani telah juga menyumbang dana bagi tujuan yang murni.


Selain berusaha mendapatkan peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM150,000 bagi kerja-kerja infra di sekolah tersebut, YB Dr Rani juga menyumbang 5 buah komputer bagi keperluan sekolah yang mempunyai seramai 350 orang murid itu.


Guru Besar sekolah memaklumkan bahawa 25 % dari pelajar di sekolah tersebut adalah orang Melayu .


















KEM SMART SOLAT SRA MERU JLN TAP BERJAYA

Posted: 16 Nov 2011 12:38 PM PST







Kem Smart Solat yang dijalankan selama satu hari untuk pelajar-pelajar Sekolah Rendah Agama Jalan Tap, Meru telah berjalan lancar dan memuaskan hati guru-guru terlibat.

YB Dr Rani yang hadir sebagai Perasmi Penutupan Majlis tersebut mengingatkan pelajar-pelajar tersebut betapa pentingnya peranan solat didalam kehidupan harian mereka.

Murid-murid diingatkan agar mengejar ilmu didunia tetapi jangan sekali-kali mengenepikan ilmu akhirat.







PAS Kulaijaya

Posted: 17 Nov 2011 07:54 AM PST

PAS Kulaijaya


Umno Berselindung Atas Nama Mempertahankan Melayu dan Islam

Posted: 16 Nov 2011 05:23 PM PST

Dewan Pemuda PAS Tawau

Posted: 17 Nov 2011 07:47 AM PST

Dewan Pemuda PAS Tawau


TAHANAN ISA

Posted: 16 Nov 2011 09:18 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 17 Nov 2011 03:53 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Missi ke Palestine

Posted: 17 Nov 2011 03:52 AM PST

Tiga Ahli Parlimen PAS akan menyertai konvoi delegasi Global March to Jerusalem (GMJ) bagi menunjukkan sokongan dunia terhadap Palestin.
Mereka ialah Siti Zailah Mohd Yusuf (Rantau Panjang) yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS dan Khalid Samad (Shah Alam) yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurut Siti Mariah, mereka akan berlepas ke Kaherah, Mesir malam ini dan akan bertemu dengan 26 Ahli Parlimen dari 15 negara lain di pintu masuk Rafah, Gaza.
"Ada yang ikut jalan darat, udara dan melalui pelbagai pintu masuk dan akan bertemu Rafah," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Delegasi tersebut anjuran Council for Palestine Solidarity dan disertai Ahli Parlimen antaranya Indonesia, India dan Afrika Selatan.
Konvoi tersebut bertujuan mewujudkan gelombang kesedaran warga dunia untuk bersama rakyat  Palestin dalam isu penjajahan Zionis.
Justeru Siti Mariah berkata, pihaknya berharap doa dan sokongan daripada rakyat Malaysia agar misi mereka berjaya.
"Kami akan kembali ke Malaysia pada 25 haribulan dan kami harap doa dan restu daripada rakyat Malaysia untuk menjalankan misi ini," katanya.
Khalid menambah, konvoi tersebut sepatutnya pada bulan lepas amun terpaksa ditangguh kerana Israel sedag menyerang Gaza ketika itu.
"Konivoi ni asalnya bulan lepas tapi disebabkan Israel menyerang Gaza maka ianya dibatalkan," katanya yang pernah menyertai misi ke Gaza bersama NGO Muslim Care.

Jentera HelWa terus menggempur

Posted: 16 Nov 2011 03:55 AM PST


Esok 17hb Nov 2011 bertempat di Balai Masyarakat Seksyen 9, Putra Height akan diadakan Ceramah (dialog tu ada pihak yg minta tulis) oleh,

1. YB Teresa Kok
2. Yb Shuhaimi Shafie
3. YB Abdullah Sanai
4. Saudari Aiman Athirah Al Jundi

Ceramah ini ada lah anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Raja. Mewakili pihak penganjur, kami menjemput orang ramai untuk hadir beramai-ramai ke majlis ini.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 17 Nov 2011 03:21 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB YANG DITUNGGU-TUNGGU KEMBALI LAGI !!!

Posted: 16 Nov 2011 08:42 AM PST

PENGENALAN

Ramai pelajar mempunyai persepsi bahawa bahasa Arab itu SUSAH untuk dikuasai. Walhal, ia SENANG saja. Yang penting ialah teknik belajar yang betul. PAKEJ-PAKEJ 10 HARI AJAIB adalah untuk membawa anda ke landasan yang betul untuk BERJAYA dalam peperiksaan bahasa Arab.



Ù‡َÙŠَّا Ù†َتَعَÙ„َّÙ…ُ اللُّغَØ©َ العَرَبِÙŠَّØ©َ

PAKEJ-PAKEJ KURSUS YANG DITAWARKAN

Untuk maklumat selanjutnya lihat di sini :

http://insanberpotensi2.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan