Salam Perjuangan Posted: 15 Nov 2011 11:56 PM PST LEMAHKAH MELAYU TANPA UMNO? Posted: 15 Nov 2011 04:04 AM PST 18 Dzulhijjah 1432 H | 15 November 2011
Mutakhir ini banyak penulisan meluahkan kebimbangan terhadap kekuasaan orang Melayu Islam – seolah-olah melihat dengan jatuhnya kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), maka kekuasaan orang Melayu juga akan turut hilang. Kewujudan Pakatan Rakyat (PR) dilihat akan melemahkan kekuasaan orang Melayu dan juga akan menghakiskan kekuatan Islam di negara ini. Pandangan sebegini bukanlah baru, malah semakin lumrah dalam pemikiran sebahagian besar penulisan dan cetusan idea di kalangan pemikir Melayu Islam.
Namun, apa yang penting ialah, adakah pemikiran ini bertolak kepada fakta dan realiti sebenar atau hanya satu luahan rasa tanpa berpijak kepada fakta yang nyata?
Bagi menjawab kebimbangan golongan ini, kita harus berpijak kepada sejarah negara dan kedudukan kekuasaan Melayu dan agama Islam selama ini.
Sejak negara ini merdeka, Umno adalah tunjang kekuasaan BN dan Umno-lah yang diharapkan memelihara maruah Islam dan kaum Melayu. Selama 54 tahun nasib Melayu dan Islam terbela, dan kalaulah Umno tewas maka orang Melayu akan hancur dan semakin lemah.
Itulah pemikiran yang hendak diterapkan di kalangan rakyat, agar umat Islam dan kaum Melayu akan sentiasa was-was dan ketakutan untuk kehilangan Umno. Tetapi, wajarkah ketakutan sebegitu? Sekali imbas, atas permukaan ada terasa seperti benar, namun fikirkanlah selepas membaca hujah-hujah di bawah ini.
Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah - sehinggakan ada kawasan Parlimen yang jumlah pengundinya mencecah hampir 100,000 orang.
Dan mengapa pula tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah?
Umno sudah tewas lebih 20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana.
Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut.
Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990?
Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi Parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukankah ini bukti yang Umno sendiri melakukan pengkhianatan kepada Melayu?
Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno?
Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi 'halal' untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno?
Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam?
Kebimbangan hilangnya kekuasaan orang Melayu dilihat tertunjang dengan kekuasaan Umno – seolah-olah tiada parti lain dalam Malaysia yang akan memelihara kuasa Melayu dan agama Islam.
Namun hakikatnya, dalam soal membela Melayu, Umno selama ini tidak mampu menaikkan martabat dan sosio-ekonomi mereka dengan ketara walaupun sudah 54 tahun memerintah negara. Begitu juga, dalam soal membela Islam, berapa kali Umno melacurkan Islam dan menggunakan Islam hanya apabila keadaan perlu untuk memelihara kepentingan politik semata-mata?
Janganlah rakyat Melayu Islam terus membuta tuli menyokong kerajaan yang sengaja menakut-nakutkan mereka dengan propaganda, "Tanpa Umno, mereka hilang tempat bernaung." Sebaliknya, mereka harus menuntut Umno untuk berubah dan sekiranya tidak, slogan 'Asal bukan Umno' akan menjadi laungan dan pilihan mereka pada pilihanraya akan datang. Pemikiran sempit dari era sebelum merdeka dilihat masih dianuti oleh parti perkauman sehingga hari ini. Namun, pemikiran sedemikian diyakini akan bakal berakhir dengan kemunculan gabungan politik berbentuk majmuk seperti PAS-PKR-DAP, di mana ketiga-tiga parti ini boleh menerima semua bangsa sebagai ahli mereka tidak seperti gabungan Umno-MCA-MIC.
Kini, rakyat negara ini dilihat sudah bersedia berhadapan dengan era baru yang lebih terbuka.
Harus diingat, kaum dan bangsa seseorang bukanlah pilihan seseorang manusia - ianya ketentuan Allah. Lantaran itu, Islam melihat kemuliaan bukan kepada bangsa dan warna kulit tetapi pada ketaqwaannya.
Apakah yang rakyat Melayu Islam nak bangga kalau rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa berleluasa dalam negara diketuai oleh sebuah kerajaan yang majoriti ahlinya mendadik dada sebagai pembela orang Melayu dan Islam?
Rakyat Melayu Islam mesti melakukan perubahan besar untuk melahirkan umat Islam yang kuat akidahnya dalam berpegang kepada ajaran Islam. Mereka perlu segera menyelaraskan tindakan mereka dengan ajaran Islam dan menterjemahkan sifat sebenar Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam, tanpa mengira apakah mereka Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Kerana itu, janganlah mereka terus mempertahankan kerajaan korup, rasuah dan pelbagai penyelewengan dengan berselindung semata-mata atas nama mempertahankan Melayu dan Islam. Ini bukan sahaja memalukan umat Melayu Islam malah mencemarkan agama Allah kerana penganutnya bersifat sebegitu rupa.
| |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 15 Nov 2011 09:28 PM PST PAS Sabah anjur Wacana Rakyat Posted: 15 Nov 2011 05:19 PM PST KOTA KINABALU, 16 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah(DPPNS) akan menganjurkan satu wacana berkonsep perundangan bagi mengetengahkanisu berkaitan perundangan Sabah dan Persekutuan.
Ketuanya,Lahirul Latigu (gambar) berkata wacana tersebut yang julung kali diadakan ini bakalmenyaksikan tumpuan ramai terutama rakyat Sabah dalam mengetahui perkaraberbangkit sama ada berkaitan perkara 20 mahupun institusi perlembagaan negara.
Katanya,pengetahuan rakyat umum kepada aspek berkaitan perlembagaan dan enakmen negeriSabah adalah perlu bagi memastikan setiap warga Sabah mengetahui hak dankebajikan yang perlu dipertahankan.
"Sudahsampai masanya rakyat Sabah memahami dengan jelas apa sebenarnya perkara 20 danapakah disebalik pembentukkan perkara berkenaan.
"Kitaingin mengajak rakyat bagi sama-sama untuk 'celik' undang-undang terutamaberkait dengan negeri Sabah ini," katanya semasa di temui di pejabat Pemuda PASdi sini.
MenurutLahirul lagi, perkembangan positif untuk rakyat mengetahui mengenai perkaitanundang-undang juga mesti dipupuk dan disemai memandangkan peredaran perubahanzaman telah berlaku.
"Sudah54 tahun negara ini mencapai kemerdekaan. Sudah banyak revolusi sistem, baikpendidikan, ekonomi, budaya dan sebagainya. Hari ini, kita ingin turut samamelihat rakyat sama-sama boleh bercakap mengenai undang-undang dan hak.
"Kitasudah tidak boleh untuk duduk sekadar hanya menerima sahaja. Rakyat bolehmenyuarakan pandangan dan perbezaan pandangan bakal dilihat sebagai satupersaingan dan perkembangan positif," ujarnya.
Beliauturut mengajak rakyat seluruhnya untuk turut sama menjayakan program tersebut.Hal ini katanya, peluang berbicara mengenainya tidak banyak yang menganjurkan,dan PAS merupakan agen utama membawa masyarakat ke arah perubahan.
"Pihakpemuda PAS mengajak seluruh rakyat yang berkelapangan untuk sama-sama mengikutiprogram ini," katanya.
Wacanabertajuk "Perkara 20 dan Perlembagaan Malaysia" tersebut akan diadakan pada 19November di Likas Square, Kota Kinabalu ini bakal menyaksikan penglibatan aktifProf. Dr. Abdul Aziz Bari yang juga merupakan Pakar Perlembagaan dan PensyarahUndang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Penyertaan tersebutterbuka kepada semua warga dengan bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM10setiap seorang.
Orangramai yang berminat untuk mengikuti wacana berkenaan, bolehlah merujuk teruskepada Salman Muhammad Amin di talian 019-8963075 atau Mohd Firdaus Bin Muhammad Nor (013-5409308/ 088-430832). | |
DPP PADANG TERAP Posted: 15 Nov 2011 09:10 PM PST Seluruh Wat Siam Menerima Sumbangan Kerajaan Negeri Kedah: Lensa Pesta Loy Krathong Peringkat Negeri Kedah 2011 Di Wat Phikultharam Pedu Kedah Posted: 15 Nov 2011 04:28 PM PST PEDU, 15 November 2011 - Tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan bahasa, Kerajaan Negeri Kedah bersetuju untuk meneruskan pemberian sumbangan sebanyak RM43 ribu kepada 43 Wat Siam di seluruh Negeri Kedah dan akan mengajurkan Liga Bola Sepak Piala Menteri Besar, khas untuk belia Siam. Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Encik Muhammad Sanusi Md Nor berkata, seperti tahun-tahun lalu, kerajaan negeri bersedia memberi sumbangan wang tunai kepada 43 buah Wat Siam di seluruh Negeri Kedah. Setiap wat akan menerima wang tunai sebanyak RM1000 untuk aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan di wat masing-masing. Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili YAB Menteri Besar di Pesta Loy Kratong Peringkat Negeri Kedah di Wat Pedu Phikultararam. "Ustaz Azizan juga telah bersetuju agar kita menganjurkan Liga Bola Sepak Piala Menteri Besar bagi seluruh belia masyarakat Siam di negeri in. Ianya akan diadakan pada bulan Disember nanti yang akan diuruskan oleh Urusetia Belia Negeri Kedah dengan kerjasama pemimpin-pemimpin belia masyarakat Siam. "Saya mohon kepada belia-belia yang meminati bola sepak diseluruh negeri untuk turut sama terlibat dalam kejohanan ini kerana ianya khusus untuk masyarakat Siam," katanya. Tambah Sanusi lagi, Menteri Besar juga memohon agar tiada masyarakat yang merasa tersisih dari kalangan seluruh rakyat Negeri Kedah kerana jika ada mana-mana pihak yang merasa tersisih, tertinggal dan tidak dipedulikan, maka ini adalah satu kelemahn kerajaan negeri yang patut diatasi segera. Jika itu berlaku, masyarakat tempatan bolehlah berjumpa dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung, Ahli Majlis Daerah dan pemimpin politik setempat. "Seterusnya kita perlu bersama-sama meneruskan aktiviti gotong royong khususnya dalam bidang pendidikan. Semangat ini mesti diteruskan untuk memajukan seluruh rakyat di negeri ini. "Selain itu, sepanjang memerintah Kedah selama empat tahun, kerajaan negeri telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kemajuan ekonomi yang terbaik. Alhamdulillah sepanjang empat tahun memerintah, kita telah berjaya melakukan banyak perubahan," ujarnya. Tambahnya, selepas mengambil alih kerajaan negeri, kerajaan negeri telah mengambil tindakan untuk menurunkan cukai tanah sehingga 25 hingga 75 peratus, menyebabkan kerajaan negeri 'kerugian' sebanyak RM50 juta setahun. Namun begitu dengan kecekapan yang ada, negeri dapat menampung kembali kerugian tersebut dengan keuntungan balak. Semasa pemerintahan kerajaan dahulu, Kedah hanya memeperoleh tujuh hingga lapan juta setahun tetapi sekarang di atas keluasan tanah yang sama kini Kedah memperoleh RM70 juta setahun. "Inilah yang terjadi apabila pemimpin memegang amanah kepimpinan kerajaan atas prinsip jujur, ikhlas, menolak rasuah, menolak penyelewengan dan mengutamakan rakyat," ujarnya. "Pendapatan negeri yang bertambah dari tahun ke tahun akan dipulangkan kembali kepada rakyat melalui beberapa saluran, antaranya adalah Skim Kafalah iaitu mana-mana rakyat Negeri Kedah yang miskin dan mendaftar dengan e-Sinar yang kehilangan ahli keluarganya, kerajaan negeri beri bantuan pengurusan jenazah sebanyak RM500," terangnya. Ujar Encik Sanusi lagi, kerajaan negeri memberikan bantuan kepada pelajar memasuki IPTA sebanyak RM400 untuk program ijazah dan RM200 untuk program diploma. Kerajaan negeri juga memberikan bantuan kepada bidan kampung dan menaikkan bantuan minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada RM75 pada tahun 2007 kepada RM150. "Inilah pulangan balik kepada rakyat hasil daripada kecekapan pentadbiran yang dibuat oleh kerajaan negeri sekarang dan itu hanya pencapaian kita selama empat tahun. "Saya yakin kalaulah tempoh yang ada pada kita menyamai tempoh yang telah diberi kepada kerajaan yang dulu selama 53 tahun, maka rakyat Negeri Kedah akan dapat menikmati hasil yang lebih banyak seperti yang kita sebut dalam slogan "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua". Beliau turut memohon kepada seluruh masyarakat Siam di negeri ini untuk terus memberi peluang kerajaan negeri yang dipimpin oleh Ustaz Azizan dan seluruh ahli-ahli mesyuarat kerajaan, untuk terus diberi mandat agar terus melaksanakan kepimpinan yang lebih baik sehingga masa yang akan datang. | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 15 Nov 2011 09:04 PM PST Majlis Makan Malam PASTI N9 25 Nov 2011 di Seremban Posted: 15 Nov 2011 12:52 AM PST MAJLIS MAKAN MALAM Sempena Anugerah PASTI 2011 Tarikh : 25 Nov 2011 , Jumaat Masa : 8 mlm Tempat : City Kingdom Ballroom, Taman AST, Seremban Kupon : RM50/dewasa, RM30/kanak-kanak Artis Undangan : Iwan Pelbagai Acara Menarik : - Persembahan Artis Undangan - Persembahan Pelajar PASTI - Persembahan Multimedia - Anugerah Pelajar/Pengurusan/Guru Sila dapatkan poster program di http://pasti-n9.blogspot.com/Untuk tempahan kupon atau sumbangan sila hubungi : Setiausaha 019-6785867 Wakil Seremban 017-2232503 Wakil Rembau 013-3692019 Wakil Telok Kemang 013-4475216 Wakil Rasah 013-2304321 Wakil Kuala Pilah 013-3910979 Wakil Jempol 013-3862856 Wakil Tampin 013-6778875 Wakil Jelebu 017-6975810 Wakil Majlis Guru 019-6677749 | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 15 Nov 2011 07:56 PM PST Pelepasan Yang Menyuntik Semangat Perjuangan Posted: 15 Nov 2011 02:52 AM PST 14 November 2011, Pandan Indah - Seramai 7 orang pemuda dari Dewan Pemuda PAS Ampang (DPPA) telah dilepaskan dari pertuduhan perhimpunan haram & konvoi haram yang dikenakan ke atas mereka selepas ditahan di perkarangan Masjid Taman Kosas Fasa 2 Julai lalu. Perlepasan ini anataranya adalah hasil hujah bernas para peguam yang mewakili tertuduh sepanjang tempoh perbicaraan. Salah seorang yang peguam yang berjasa tersebut ialah Saudara Fazarudin Sujari Md Radzi. Dalam sidang media yang diadakan diluar Mahkamah Sesyen Ampang semalam beliau menyatakan pihak pendakwa tidak berjaya mendatangkan hujah yang munasabah untuk mensabitkan kesalahan ke atas yang tertuduh. Menurut beliau lagi, sekiranya pertuduhan diteruskan, ianya adalah bertentangan dengan dasar kerajaan untuk memperjuangkan hak asasi manusia dan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Namun perbicaraan demi perbicaraan terus diadakan sehingga hari ini semata-mata untuk menakut dan menyusahkan rakyat sahaja. Justeru, beliau berharap agar segenap lapisan masyarakat yang inginkan keadilan ditegakkan di negara ini terutama para pemuda dan pejuang keadilan agar tidak gentar dengan ugutan dan provokasi dari pihak Umno dan Barisan Nasional.
Ketua Penerangan DPPA Aouis Mohamed sedang menemuramah Saudara Fazarudin
Ketua DPPA, Ustaz Fazlulrahimi Maarop bagi pihak tertuduh (OKT) amat bersyukur dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan memberikan kata-kata semangat terutama para peguam yang telah bertungkus lumus dalam membela mereka sepanjang perbicaraan. 7 orang OKT tersebut adalah Ustaz Fazlulrahimi, Shahril, Engku Faizan, Fathullah, Rozaimi, Shafi'e dan Adha. Turut dilepaskan bersama mereka ialah AJK JKP MPAJ Saudara Shah Jahan yang dibicarakan atas dakwaan memakai baju bersih.
| |
PAS LENGGONG Posted: 15 Nov 2011 07:40 PM PST Mufti: Kesian Najib, bukan dibantu tapi diampu Posted: 14 Nov 2011 10:50 PM PST The most important is Najib tak boleh silap, sebab dia PM, Kalau dia silap dia perlu mengaku silap itu. Orang lain tak berhak. Samada Jamil Khir atau Abdullah Mat Zain sepetutnya beritahu najib yang catatannya di twiternye silap. dia Najib perlu akui kesilapannya. Mana boleh Najib akui kesilapan itulah keigoan PM Malaysia itu. Dan dia sedia diketawakan ramai.
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyelar tindakan "penasihat agama" yang didakwanya tidak membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam urusan haji, sebaliknya "lebih kepada budaya ampu".
"Yang bagi komen di Malaysia ini kononnya hendak bantu, sebenarnya bukannya membantu akibat tidak mahu faham, tetapi lebih kepada budaya ampu.
"Jadi rakyat makin keliru. Perkara asas ilmu haji, saya yakin semua jemaah dan bekas jemaah haji semua boleh faham," kata Juanda (kiri) yang juga bekas profesor pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.
Beliau mengulas reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan penasihat agama kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Md Zin yang dilapor mempertahankan status haji Najib setelah ditegurnya sebelum ini.
Juanda pada 9 November lalu melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.
Sedangkan, katanya, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat paling awal pada 8 November atau 12 Zulhijah selepas solat Zohor bagi yang nafar awal.
'Tak dimanfaat, tak bermanfaat'
Susulan itu, Jamil Khir (bawah, kanan) menjelaskan, kenyataan daripada Twitter Najib bahwa beliau selesai menunaikan haji, sedangkan masih ada rukun belum dilaksanakan, telah disalah tafsir dengan selesai wukuf.
Manakala Abdullah pula menyifatkan tuduhan bahawa Najib dan isteri gagal mengerjakan haji sebagai fitnah pihak yang terdesak, yang didakwa mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai.
Katanya, dakwaan Najib dan isterinya Rosmah gagal mengerjakan haji merupakan fitnah oleh orang "jahil" dalam ilmu mengerjakan haji.
Dalam kenyataannya kepadaMalaysiakini semalam, Juanda berkata, beliau kasihan kepada Najib yang mempunyai pegawai yang banyak tetapi "tidak dimanfaat dan tidak bermanfaat".
"Kenapa tak bawa penasihat-penasihat agama ini daripada awal dalam rombongan PM yang 20 orang itu, agar hal macam ini tak berlaku daripada awal?
"Berlambak mereka ini ikut buat haji. Jemaah haji biasa pun duduk dengan pembimbing haji siang malam agar dibantu dan diberi nasihat ibadat," katanya.
Yakin haji lengkap, PM salah tweet
Juanda yang juga profesor pelawat di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di Shah Alam berkata, komen pihak lain, yang tiada dalam rombongan itu akan merendahkan lagi imej Najib dan merumitkan lagi keadaan.
"Jadi, buat sesuatu biar betul daripada awal awal dalam semua perkara. Kalau tak tahu, eloklah bertanya. Ia tidak akan merendahkan kedudukan sesiapa pun," katanya.
Mengulas status haji Najib, Juanda berkata, beliau yakin ia lengkap dan perdana menteri tersilap tweet.
"Beliau bermaksud selesai rukun haji. Saya juga tahu PM mabit di Mina dua malam dan melontar dua hari tasyriq. Beliau nafar awal ke Jeddah untuk menghadap Putera Nayef sebelum balik Malaysia. Beliau juga tawaf Wada' sebelum balik ke Jeddah," katanya.
Beliau juga menjelaskan, terdapat pihak hendak mengulas isu itu tidak cukup mendalami ilmu haji dan perkara cabang berkaitannya.
Juanda pernah menjadi penasihat haji Malaysia selama enam tahun sehingga 2008 dan pengerusi panel penyediaan buku panduan ibadah yang diterbitkan oleh Tabung Haji.
Beliau juga pernah menjadi guru agama haji muassasah dan pakej untuk orang kenamaan Tabung Haji dari 1996 hingga 2008. | |
PAS Kawasan Miri Posted: 15 Nov 2011 07:27 PM PST Apa Peranan Menteri Agama Islam Terhadap Umat Islam Di Sarawak? Posted: 14 Nov 2011 10:35 PM PST Masalah Masjid Di Miri, Kemana Pergi Menteri Agama Hal Ehwal Islam Sarawak?
Masjid Al Taqwa terletak di tengah bandaraya Miri dan sering menghadapi masalah kebocoran apabila musim hujan lebat. Baru-baru ini Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui melawat masjid besar Miri yang sedang dalam proses pembaik-pulih. PAS Miri pernah menyuarakan masalah masjid di Miri dan jawaban yang di terima agak mengecewakan dimana menteri yang menjaga hal ehwal Islam berkata ".. tiada kebocoran atap berlaku di Masjid Miri dan ianya masih dalam keadaan baik..". Kalau alasan masjid Miri masih lagi dalam keadaan baik bukan bererti tiada masalah lain yang perlu di ambil perhatian seperti kebocoran atap yang sering berlaku apabila musim hujan lebat dan ini akan merosak imej masjid Bandar Miri apabila mereka yang datang dari luar datang solat dan melawat masjid tersebut. Kita bangkitkan isu masjid ini bukan untuk tujuan politik tetapi lebih kepada keselesaan dan keselamatan mereka yang menggunakan masjid tersebut. Dari dulu lagi kita minta menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam Sarawak agar datang sendiri melawat masjid di Miri yang menghadapi kerosakan tetapi yang peliknya sekarang adalah menteri yang bukan menjaga hal ehwal agama Islam pula sering datang melawat masjid di Miri.
Kunjungan Datuk Peter Chin Fah Kui Ke masjid Miri sekurang-kurangnya melihat sendiri kerosakan dan proses memperbaik-pulih masjid tersebut serta ingin tahu berapa kos kerosakan masjid tersebut sekiranya tidak mencukupi. Walaupun disebalik kedatangan beliau mungkin ada agenda tertentu kerana Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) sudah hampir tapi yang sepatutnya datang dan memeriksa keadaan masjid di seluruh Sarawak adalah menteri yang menjaga hal ehwal Islam bukannya mereka yang tidak berkenaan. Begitu juga dengan masalah pembinaan masjid baru di Senadin yang sampai sekarang pun belum ada perkembangan setelah hampir setahun berlalu. Sepatutnya mereka yang bertanggungjawab menjaga hal Ehwal Islam dan kebajikan umat Islam di Sarawak kena perihatin masalah umat Islam di Sarawak bukannya hanya sibuk apabila tiba musim pilihanraya saja. Kita mendesak agar Menteri Muda (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman dapat menjalankan tugas dengan amanah dan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira golongan dan fahaman politik. PAS sentiasa ingin bekerjasama dengan semua pihak demi kebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. PAS Miri Jofri Jaraiee English version Problem Mosque in Miri, Where Goes the Minister of Religious (Islamic Affairs) of Sarawak? Masjid Al Taqwa is located in the middle of Miri city and often leak problems when heavy rainy season.
Recently, the Minister of Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Peter Chin Fah Kui visited the great mosque of Miri in the process of renovation.
PAS Miri had voiced the problems of mosque in Miri and receive an answer in a bit frustrating when the minister in charge of Islamic affairs, said "... No roof leaks occur at the mosque of Miri and it is still in good condition.. ". If the Miri mosque is still in good condition it does not mean that no other problems that need to take note as the roof leaks that often occur when heavy rainy season and this will damage the image of Miri City mosque when they were visitor coming from outside to come for prayers and visit the mosque.
We raised the issue of this mosque is not for political purposes but more on comfort and safety of those who use the mosque. We have raise this issue from the beginning to the minister in charge of Islamic affairs of Sarawak to come in person to visit mosque in Miri that have a damage problem, but the strange thing now is the minister who is not in charge of religion affairs is often came to visit to Miri mosque.
The visit of Datuk Peter Chin Fah Kui to the Miri mosque at least to see the damage and the progress of the rehabilitation of the mosque and would like to know how much the cost of the damage to the mosque if it is not enough.
Although his visit despite of possible specific agenda for the coming of 13th General Election (GE13) , but the person who should come and check the mosques throughout Sarawak was the minister in charge of Islamic affairs rather than those who do not relevant.
Similarly, the problem of the construction of the new mosques in Senadin that until now been no progress after almost one year. They should be taking charge of the Islamic Affairs and the welfare of Muslims in Sarawak to be concerned with the problems of Muslims in Sarawak and not only just busy when the election season came.
We urge the Assistant Minister in the Chief Minister's Department (Islamic Affairs) Datuk Daud Abdul Rahman to carry out the trust to be fair to all people regardless of group of pupils and political affiliation. PAS has always wanted to work with all parties for the welfare of all people regardless of race, religion and political belief. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 15 Nov 2011 03:53 PM PST AKHIRNYA UMNO SELANGOR TERIMA PADAH ! Posted: 15 Nov 2011 01:51 PM PST SHAH ALAM, 15 NOV : Sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 hari ini menjadi gempar berikutan pendedahan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelbagai salah guna kuasa Barisan Nasional Selangor membabitkan kehilangan jutaan ringgit yang turut melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman.Selain Satim, Abdul Khalid juga mendedahkan usaha pengambilan tanah oleh bekas menteri Besar Selangor, isteri
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat bagi mendapat beberapa lot tanah dikawasan elit. Dalam sesi penggulungan itu, Khalid mendedahkan Ketua Pembangkang, Satim Diman telah membuat beberapa transaksi berhubung penjualan tanah di Science Park 2 semasa pentadbiran BN dulu.
Tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang telah diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk tujuan pembangunan pendidikan sains.
Menurut Khalid, pemberian tanah tersebut bagaimanapun dijual oleh Satim dengan harga murah kepada Nikmat Inai Sdn Bhd, di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah. "Belum selesai syarikat Satim membayar belian kepada PKPS, atas kuasa politik yang beliau pegang, tanah itu dijual kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga berlipat kali ganda. "Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin atas dasar Bumiputera,"jelas Khalid. Sidang DUN yang masuk hari kelima hari ini turut digemparkan dengan pendedahan Khalid berhubung tanah Revolusi Hijau di Alam Perdana yang melibatkan bekas Menteri Besar dan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah. "Tanah ini telah menjual kepada Barisan Elit untuk taman penindustrian walaupun tanah itu masih berstatus pertanian. "Meskipun Barisan Elit tidak boleh memulakan projek perindustrian, namun yang berkuasa adalah orang berkepentingan maka projek tersebut dijalankan sedangkan rakyat Selangor kerugian puluhan juta hasil bayaran premium," katanya. Selain itu, ladang seluas 12,000 ekar di Sabah yang dikatakan dijual oleh PKPS pada 2006. Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera. Namun seperti juga kes Science Park 2, Khalid berkata, ladang ini dijual pula kepada Rimbunan Hijau, syarikat yang ada kaitan dengan parti komponen BN. Mengulas lanjut salahlaku pembangkang ini, Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri pada akhirnya berjaya memaksa Barisan Elit Sdn Bhd membayar RM29 juta untuk menukar syarat dari pertanian kepada perindustrian. "Tiga contoh ini menunjukkan Umno-BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,"kata Khalid lagi. Beliau yang juga Adun Ijok berkata sejak Mac 2008, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamalkan reformasi dalam pentadbirannya yang amat mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih dari amalan rasuah dan kronisma. Kesan dari reformasi ini, kata Khalid telah memberi keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding pentadbiran terdahulu, malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk rakyat Selangor. | SYUKUR PADA ALLAH , AHLI PARLIMEN UMNO DAH SEDAR PENGURUSAN BN YANG LEMAH Posted: 15 Nov 2011 06:23 AM PST Azman Mokhtar dan Tony Fernandes tipu rakyat - Bung Mohtar Beberapa ahli Parlimen Umno hari ini menuduh Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Tony Fernandes telah menipu rakyat dalam urusan perjanjian saham melibatkan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Ogos lalu.
Dari kanan, AirAsia chief executive Tony Fernandes, Pengerusi Malaysia Airlines Md Nor Yusof dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin mahu Azman, ketua eksekutif Khazanah disoal siasat ekoran keputusan agensi pelaburan kerajaan memutuskan untuk menukar 20.5 peratus saham dalam MAS bagi mengambil 10 peratus saham dalam AirAsia.
"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara," kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini.
"Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain," katanya lagi.
"Kemungkinan mereka bukan bodoh. Kemungkinan mereka mendapat keuntungan besar dengan mengaut wang rakyat," kata beliau dengan kedudukan Tune Air, milik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, kini memiliki satu perlima pegangan dalam MAS.
Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz juga mendakwa AirAsia dengan jelas menipu publik dan "sekarang cuba untuk menipu MAS."
"Jika orang macam ini (Fernandes) menguasai kita, astaghfirullah," katanya ketika membahaskan Bajet 2012.
Bung Mohtar juga berkata bahawa kerajaan tidak harus takut dengan Fernandes.
"Apa sahaja beliau mahu, kita beri. Beliau mahu kenakan caj tambahan bagi lebihan (muatan) bagasi dan hisap darah rakyat miskin.
"Sekarang saya dengar beliau ada rancangan untuk mengambil alih keseluruhan penerbangan dalam negeri dan MAS hanya akan ada penerbangan antarabangsa," kata beliau sambil menambah, "jika kita beri yang ini kepada beliau, negara akan rosak. Ia tanda berakhirnya dunia bagi kita," kata beliau lagi.
Katanya, jika kerajaan tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan, bermakna "pegawai-pegawai kerajaan bersubahat dengan AirAsia dan ada kepentingan peribadi."
Perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia berhadapan dengan kecaman daripada ahli-ahli politik dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu. Dicatat oleh geroboksepatu | PROJEK 8 BILION , PROJEK CAMELEON Posted: 15 Nov 2011 03:35 AM PST AKHIRNYA RAKYAT DAPAT KESIMPULAN DARI PROJEK YANG BERSIMPUL RM8,000,000,000 (rm8 bilion) memindah air sungai Pahang ke negeri Selangor. Padahal, fakta dari LUAS mengatakan 4 dari 7 empangan adalah menunjukkan bekalan melimpah atau lebih 100%. Jadi apa terhegeh2 nak impot air dari Pahang? Kalau dihalusi masalah kekurangan air di Pahang selalu meruncing walaupun dah lebih 50 tahun BN memerintah. Kita selalu dengar dan lihat daerah Temerloh dan Bera sering mengalami kekurangan air dan rakyat selalu merungut seolah-olah tiada kesudahannya.Tup-tup Pahang berlagak macam berlebih air dengan cara menjual air ke negeri Selangor yang sebenarnya tiada masalah air. Kalau ada masalah pun disebabkan masalah pengurusan dan projek mega pemimpin BN yang dimulai oleh Tun Mahathir iaitu projek Putrajaya bilamana air dari empangan Semenyih di salur terus ke Tasik Putrajaya dan semasa sukan Komanwel 1998.
Kerajaan pusat tidak ikhlas dalam menyelesaikan kemelut penstrukturan semula industri air di Selangor
Baru-baru ini, pelbagai pihak telah melakukan spekulasi bahawa Selangor bakal menghadapi krisis air pada tahun 2014. Kenyataan ini sebenarnya telah dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau sejak setahun yang lalu. Namun begitu, kenyataan ini baru-baru ini telah digempar-gempuhkan dengan hujah sokongan bahawa semua loji rawatan air di Selangor telah beroperasi pada tahap maksimum untuk menghasilkan 4,326 juta liter air sehari untuk menampung keperluan sebanyak 4,197 juta liter air sehari, iaitu margin simpanan air sebanyak 129 juta liter air sehari ataupun kira-kira tiga peratus daripada keperluan air sehari sahaja.
Justeru itu, mereka yang menyokong hujah ini telah mendesak Selangor untuk segera bersetuju untuk memberi Kebenaran Merancang bagi meluluskan pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat atau Langat 2 bagi melengkapkan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) yang berharga RM8 bilion.
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) juga menyalahkan kerajaan Selangor kerana sengaja melengahkan pelaksanaan PPAMPS dan memberi amaran bahawa Selangor akan dipersalahkan jika berlaku krisis bekalan air pada masa akan datang.
Itulah udang di sebalik batu - Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor.
Saya hairan apakah yang penting sangat dengan projek ini? Saya memetik kenyataan akhbar Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bertarikh 22 September 2011 seperti di bawah:
"Pemantauan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di tujuh empangan dan sungai-sungai utama di Selangor mendapati kedudukan paras air di semua muka sauk bagi keperluan loji pembersihan air adalah baik dan tidak membimbangkan.
Sumber air di Selangor masih dalam keadaan yang mencukupi dengan taburan hujan yang tinggi dicatatkan di banyak kawasan terutamanya kawasan tadahan air. Secara purata, paras air di empangan pada tahun ini adalah meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Dakwaan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bahawa rizab air yang didakwa semakin menyusut adalah satu kenyataan yang tidak profesional kerana ianya telah memberi gambaran yang salah tentang kebolehdapatan sumber air di negeri Selangor.
Secara terperinci, kedudukan tahap simpanan air empangan pada 20 September 2011 adalah seperti yang berikut :
1. Empangan Sungai Selangor pada tahap 78.34% 2. Empangan Sungai Tinggi pada tahap 85.78% 3. Empangan Batu pada tahap 100% (melimpah) 4. Empangan Klang Gate pada tahap 100% 5. Empangan Tasik Subang pada tahap 95.64% 6. Empangan Sungai Langat pada tahap 100% (melimpah) 7. Empangan Sungai Semenyih pada tahap 100% (melimpah)
Berdasarkan pemantauan itu dapat di buat kesimpulan seperti yang berikut:- i) Purata paras air empangan pada tahun 2011 adalah meningkat berbanding tahun sebelumnya; ii) Taburan hujan yang turun di kawasan tadahan air empangan adalah tinggi; iii) Taburan hujan yang rendah bagi Empangan Sungai Selangor pada bulan Jun dan Julai adalah 48.11mm dan 49.26mm. Manakala taburan hujan yang rendah bagi Empangan Sungai Tinggi pada bulan Jun dan Julai adalah 182mm dan 110mm. Bagaimanapun pada bulan Ogos dan September taburan hujan kembali kepada keadaan purata iaitu 200mm;
Semenjak 2011, semua empangan dalam keadaan yang baik dan cukup untuk membekalkan sumber air kepada semua loji-loji pembersihan air di Selangor yang dikendalikan oleh syarikat konsesi air dan diagihkan oleh SYABAS.
Apa yang perlu ditegaskan disini, bahawa SYABAS adalah pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan rizab air bersih dalam tahap 10%. Namun apa yang pasti adalah rizab air bersih berada pada tahap 3% hingga 5% kerana loji tidak berupaya menambah pengeluaran.
Sebagai syarikat konsesi yang bertanggungjawab untuk membekalkan air bersih kepada rakyat, SYABAS sepatutnya mengambil usaha untuk mengatasi masalah ketidakupayaannya dalam memastikan rizab air bersih berada dalam tahap yang baik.
SYABAS perlu melihat teknologi terkini untuk merawat sumber air dan menaiktaraf loji-loji sediada bagi menambah kapasiti loji pembersihan air tersebut. Jika ada pun krisis air, ianya disebabkan oleh kegagalan loji pembersihan air untuk sentiasa memastikan bekalan air bersih mencukupi.
Secara keseluruhannya, Negeri Selangor mempunyai sumber air yang mencukupi untuk memenuhi permintaan. Langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi meningkatkan keupayaan loji pembersihan air untuk memenuhi unjuran permintaan dan rizab air bersih."
Kenyataan LUAS ini memang ada kebenarannya.
Jikalau Selangor bakal menghadapi krisis air, mengapakah SYABAS sebagai pemegang konsesi pembekalan air di Selangor tidak mengambil langkah proaktif untuk menurunkan kadar Air Tidak Berhasil atau Non Revenue Water (NRW) yang berada pada tahap 32% pada masa sekarang?
Mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SYABAS masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang dari 30 peratus. Walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 % pada 2009 berbanding 38.43 % pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020.
Tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang tidak akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan.
Laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan.
Ini menunjukkan bahawa pengendali loji-loji berkenaan, Puncak Niaga telah gagal melakukan usaha untuk menambahbaik loji-loji rawatan air ini bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk keperluan pengguna.
Tambahan lagi, SYABAS juga telah membekukan semua projek penggantian paip air baru di Selangor berikutan keputusan kerajaan Selangor untuk menaikkan tarif air. Ini berlaku di kawasan saya di mana SYABAS telah berjanji untuk menukarganti paip air di Kampung Baru Sungai Way pada tahun 2011 ini berikutan beberapa insiden paip pecah pada tahun 2009. Walaupun begitu, sampai hari ini SYABAS belum menjalankan apa-apa tindakan untuk menukarganti paip baru di Kampung Baru Sungai Way. Tindakan SYABAS yang mementingkan kepentingan diri sendiri ini telah memeritkan kadar NRW di Selangor.
Mengapakah SYABAS tidak berusaha untuk mengurangkan kadar NRW ini dan sekaligus mengurangkan keperluan air sebanyak 4,197 juta liter sehari?
Selain itu, tahun jangkaan bahawa Selangor akan menghadapi krisis air juga berbeza-beza. Pada tahun lalu, telah dikatakan bahawa Selangor akan menghadapi krisis air pada tahun 2012. Tidak lama yang lalu, Selangor dikatakan akan menghadapi krisis air pada tahun 2014. Jadi soalannya ialah bilakah tahun yang benar bahawa Selangor akan menghadapi krisis air? Tahun 2012 atau 2014?
Apa yang jelas, tuduhan bahawa Selangor akan menghadapi krisis air sama ada pada tahun 2012 atau 2014 merupakan rekaan semata-mata. Jika pun ianya akan berlaku, ianya boleh dielak dengan mengurangkan NRW tetapi ini tidak dilakukan oleh SYABAS. Tuduhan krisis air terhadap Selangor mempunyai motif politik kerana Langat 2, sebagai satu projek "cash cow" BN, akan dibina oleh syarikat-syarikat kroni. Sebarang kelewatan sudah pasti akan menjejaskan kedudukan kewangan mereka yang berkepentingan. | RETAK MENANTI BELAH, MENTERI BN DIMINTA ANGKAT KAKI (BOLEH BLAH) Posted: 14 Nov 2011 06:35 PM PST Masa Dato Seri Rafidah Aziz sebagai ketua wanita juga macam kes Shahrizat tapi dalam bentuk Saham pada ahli keluarga tetapi kes itu senyap dan selamat. Kini dah berjangkit kepada Shahrizat, nasib Shahrizat sangat baik walaupun kalah dalam pilihanraya namun dapat juga dilantik Senator mungkin nak menutuk kes kotor fidlot lebih 250 juta. Walau diwakil jawab oleh Menteri Pertanian namun bukti lanjut dalam pembelian kondo pula muncul dan diiakan oleh KJ dan kini pergolakan dalam Parlimen antara Ahli Parlimen BN amat ketara dan akan membuat Najib merana. kes RM250,000,000 Sahrizat masih bernasib baik belum ada fail SPRM berbanding dengan kes RM2,000 Teoh Beng Hock yang disiasat sampai maut dalam siasatan dan matinya di dalam kawasan SPRM di Shah Alam pula.
Moktar mahu Shahrizat letak jawatan
9:32PM Nov 14, 2011 Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.
Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.
Bung Moktar (kiri) membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.
"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.
"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.
"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.
Ahli parlimen Kinabatangan yang lantang itu, bagaimanapun tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.
Namun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang tadi, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar. | RETAK MENANTI BELAH, MENTERI BN DIMINTA ANGKAT KAKI (BOLEH BLAH) Posted: 14 Nov 2011 06:35 PM PST Masa Dato Seri Rafidah Aziz sebagai ketua wanita juga macam kes Shahrizat tapi dalam bentuk Saham pada ahli keluarga tetapi kes itu senyap dan selamat. Kini dah berjangkit kepada Shahrizat, nasib Shahrizat sangat baik walaupun kalah dalam pilihanraya namun dapat juga dilantik Senator mungkin nak menutuk kes kotor fidlot lebih 250 juta. Walau diwakil jawab oleh Menteri Pertanian namun bukti lanjut dalam pembelian kondo pula muncul dan diiakan oleh KJ dan kini pergolakan dalam Parlimen antara Ahli Parlimen BN amat ketara dan akan membuat Najib merana. kes RM250,000,000 Sahrizat masih bernasib baik belum ada fail SPRM berbanding dengan kes RM2,000 Teoh Beng Hock yang disiasat sampai maut dalam siasatan dan matinya di dalam kawasan SPRM di Shah Alam pula.
Moktar mahu Shahrizat letak jawatan
9:32PM Nov 14, 2011 Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.
Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.
Bung Moktar (kiri) membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.
"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.
"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.
"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.
Ahli parlimen Kinabatangan yang lantang itu, bagaimanapun tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.
Namun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang tadi, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 15 Nov 2011 03:14 PM PST APA NAK JADI DENGAN ANAK-ANAK UMNO SEKARANG? Posted: 14 Nov 2011 09:38 PM PST Ya Allah Tuhan Sekalian Alam, Engkau Kembalikanlah Mereka Kepada Jalan Yang Benar, Jauhilah mereka daripada jalan yang engkau murkai, jauhilah mereka daripada terpengaruh dengan ajaran Islam Hadhariah 1 Malaysia .Kembalikanlah Mereka Ke Pangkal Jalan Iaitu Jalan Yang Engkau Redho .Amin Ya Robbal Alamin Ya Allah.. | KENAPA MEREKA GUNA MASJID EDAR VCD LUCAH? Posted: 14 Nov 2011 09:31 PM PST Gempar sebahagian umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di beberapa masjid di Seberang Perai minggu apabila menjumpai kira-kira 50 salinan VCD, dengan penutup hijau tertera perkataan 'Wasiat Tok Guru dan Saksikan'. VCD itu diletakkan di pintu masuk ke masjid dan di tempat-tempat strategik menuju ke masjid-masjid berkenaan. Pengerusi masjid Guar Perahu Abu Bakar Dakilani Abu Hassan, berkata pita itu ditemui di sekurang-kurangnya lapan masjid. Dan lebih mengejukkan apabila mendapati salinan VCD yang pada awalnya disangkakan ia merujuk kepada amanat oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat. Namun kandungan VCD tersebut adalah rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Persoalannya, mengapakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini sanggup menggunakan masjid-masjid Allah sebagai tempat untuk menyebarkan VCD lucah? | TAK MASYUKKK!!... 4 MP UMNO SERANG TONY AIRASIA Posted: 14 Nov 2011 09:17 PM PST Ketua syarikat tambang murah AirAsia Tan Sri Tony Fernandes menggunakan ruang sosial Twitter sekitar dua jam pagi ini untuk menjawab kritikan ke atas beliau oleh beberapa wakil rakyat semalam sambil berkata, empat Ahli Parlimen telah menyerang beliau secara "peribadi" sejak lima tahun lalu. "Empat Ahli Parlimen telah mengkritik saya. Menjadikan ia sesuatu yang peribadi selama lima tahun. "(Malah) seorang Ahli Parlimen mengatakan saya telah merompak orang kampung (rakyat biasa) yang miskin," kata Fernandes pagi ini. Malah jawab beliau: "Orang kampung tidak boleh terbang (menggunakan perkhidmatan udara) sebelum ini." "Kami telah bekerja keras untuk membolehkan mereka terbang dan 130 juta orang sudah terbang kerana kami," kata beliau yang syarikatnya telah menandatangani perjanjian tukaran saham dengan Penerbangan Malaysia (MAS) Ogos lalu. Kata beliau, pendekatan AirAsia ialah bersusah payah untuk membolehkannya menyediakan perkhidmatan tambang murah bagi rakyat berpendapatan rendah. "Cukai lapangan terbang dibayar oleh semua rakyat Malaysia. Wang itu tidak pergi kepada AirAsia, tetapi MAB (Malaysia Airport Berhad. Bagi setiap RM25 adakah anda fikir mendapat nilai (yang sepadan) di (terminal murah) LCCT," katanya lagi. .... cube masyukkkk... senyap je puak-puak nie? | NFC : NOH CUBA CUCI BONTOTNYA Posted: 14 Nov 2011 04:48 PM PST National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) adalah sebuah syarikat swasta yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan,dengan pemegangan saham oleh Agroscience Sdn Bhd.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar berkata,syarikat ini diberikan pinjaman oleh kerajaan untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional selepas berjaya memenangi tender terbuka.
Bagaimanapun katanya,pinjaman RM250 juta itu tidak dibayar terus kepada NFC sebaliknya melalui akaun pinjaman khas (special loan account) yang dibuka menggunakan akaun Maybank yang dikawal oleh Kementerian Kewangan.Katanya,masih ada baki RM69 juta di dalam dalam akaun itu selepas bayaran RM181 juta berdasarkan tuntutan dibuat oleh NFC. "Tuntutan dibuat NFC berkaitan urusan ladang semata-mata,tidak ada langsung mengenai pembelian kondominium.Jika ada (pembelian kondominium) sudah tentu tuntutan itu tidak akan dibayar kerana pengeluaran memerlukan pengesahan daripada jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan Pengarah Jabatan Veterinar dan Kementerian Kewangan," katanya. Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menegaskan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar bahawa projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak kena-mengena dengan kerajaan pusat adalah salah dan seolah-olah tindakan "mencuci tangan." Sehubungan itu tegas Zuraida, kenyataan Noh kelmarin bukan sahaja tidak tepat, malah bercanggah dengan kenyataan beliau sebelum itu. | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 15 Nov 2011 01:44 PM PST Pelepasan Yang Menyuntik Semangat Perjuangan Posted: 15 Nov 2011 02:52 AM PST 14 November 2011, Pandan Indah - Seramai 7 orang pemuda dari Dewan Pemuda PAS Ampang (DPPA) telah dilepaskan dari pertuduhan perhimpunan haram & konvoi haram yang dikenakan ke atas mereka selepas ditahan di perkarangan Masjid Taman Kosas Fasa 2 Julai lalu. Perlepasan ini anataranya adalah hasil hujah bernas para peguam yang mewakili tertuduh sepanjang tempoh perbicaraan. Salah seorang yang peguam yang berjasa tersebut ialah Saudara Fazarudin Sujari Md Radzi. Dalam sidang media yang diadakan diluar Mahkamah Sesyen Ampang semalam beliau menyatakan pihak pendakwa tidak berjaya mendatangkan hujah yang munasabah untuk mensabitkan kesalahan ke atas yang tertuduh. Menurut beliau lagi, sekiranya pertuduhan diteruskan, ianya adalah bertentangan dengan dasar kerajaan untuk memperjuangkan hak asasi manusia dan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Namun perbicaraan demi perbicaraan terus diadakan sehingga hari ini semata-mata untuk menakut dan menyusahkan rakyat sahaja. Justeru, beliau berharap agar segenap lapisan masyarakat yang inginkan keadilan ditegakkan di negara ini terutama para pemuda dan pejuang keadilan agar tidak gentar dengan ugutan dan provokasi dari pihak Umno dan Barisan Nasional.
Ketua Penerangan DPPA Aouis Mohamed sedang menemuramah Saudara Fazarudin
Ketua DPPA, Ustaz Fazlulrahimi Maarop bagi pihak tertuduh (OKT) amat bersyukur dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan memberikan kata-kata semangat terutama para peguam yang telah bertungkus lumus dalam membela mereka sepanjang perbicaraan. 7 orang OKT tersebut adalah Ustaz Fazlulrahimi, Shahril, Engku Faizan, Fathullah, Rozaimi, Shafi'e dan Adha. Turut dilepaskan bersama mereka ialah AJK JKP MPAJ Saudara Shah Jahan yang dibicarakan atas dakwaan memakai baju bersih.
| |
Dupahang's Weblog Posted: 15 Nov 2011 11:36 AM PST Kongsi Gelap : Kerajaan Dinasihati Rujuk Para Ulamak Posted: 14 Nov 2011 08:12 PM PST Kuala Lumpur, 14hb Nov 2011. Isu sosial yang melibatkan rakyat negara ini terutamanya golongan remaja negara ini adalah merupakan satu perkara yang mendukacitakan ramai pihak . Ianya adalah bukti kegagalan sistem pendidikan negara untuk mendidik rakyat negara ini khususnya generasi remaja yang bakal menjadi pelapis harapan agama dan negara pada masa yang akan datang. Demikian [...] | KECEWA GANGGUAN AIR DI FELDA TIDAK BERUBAH SEJAK 30 TAHUN LALU Posted: 14 Nov 2011 08:02 PM PST Saudara Pengarang, KRISIS bekalan air di tanah rancangan Felda di Jengka tiada kesudahan dan bukan satu fenomena baru di kawasan tersebut. Masalah tersebut pasti mendapat liputan media apabila tiba musim perayaan kerana rata-rata kawasan tanah rancangan akan mengalami krisis bekalan air yang serius. Lebih teruk lagi isu berkenaan berlarutan lebih 30 tahun dan Pahang sudah [...] | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 15 Nov 2011 11:20 AM PST Bicara Bajet 2012 Untuk Siapa??? Posted: 14 Nov 2011 11:53 PM PST | PENJELASAN ISU AIR KELANTAN 2011 Posted: 14 Nov 2011 11:49 PM PST | Libatkan rakyat Kelantan dengan pelancongan Posted: 14 Nov 2011 11:32 PM PST KUALA LUMPUR, 15 Nov: Kerajaan BN menerusi Kementerian Pelancongan digesa mengambil beberapa langkah bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Kelantan terlibat dalam bidang pelancongan. Gesaan tersebut dibuat memandangkan negeri Kelantan mempunyai potensi besar untuk turut maju dalam bidang pelancongan kerana mempunyai pelbagai tempat menarik. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, faktor tersebut ditambah lagi dengan sikap rakyat Kelantan itu sendiri yang sememangnya banyak yang berminat untuk turut memajukan bidang pelancongan di negeri itu. Menurut beliau, berdasarkan perkembangan semasa, negeri Kelantan semakin banyak didatangi pelancong dari dalam dan luar negara, sehingga menyebabkan banyak rakyat negeri itu yang mengusahakan homestay bagi menampung keperluan pelancong. Katanya, namun usaha mereka agak terbatas kerana kekurangan peruntukan dari pihak Kerajaan BN untuk membantu mereka mempertingkatkkan usaha mendirikan lebih banyak hotel, homestay dan yang seumpamanya. "Minat rakyat Kelantan untuk turut memajukan bidang pelancongan tidak boleh diperkecilkan, malah kebanyakan mereka yang mendirikan homestay itu sendiri adalah dari golongan nelayan. "Ini terutamanya di kawasan saya sendiri yang terkenal dengan perkampungan nelayan, tetapi mempunyai keunikan tersendiri dalam menarik perhatian para pelancong ke Kelantan," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Presiden PAS mendesak pihak Kementerian Pelancongan mengadakan dan mempertingkatkan peruntukan serta insentif-insentif bagi rakyat negeri itu khasnya memajukan industri yang ternyata boleh mendatangkan keuntungan besar itu kepada negeri dan negara. Beliau turut kesal kerana pihak Kementerian Pelancongan sehingga kini masih gagal memanfaatkan kewujudan dua tempat yang menarik di Kubang Kerian iaitu Pulau Kot dan Tanjung Piai bagi mengembangkan industri pelancongan negara. "Pada hal kedua-dua tempat itu telah dimasukkan dalam destinasi pelancongan oleh pihak kementerian, sejajar dengan kedudukannya yang menarik sebagai tanah paling hujung di benua Asia," katanya. Kegagalan pihak kementerian memberikan perhatian terhadap tempat itu, katanya, menjadikan kedua-dua tempat tersebut gagal menarik lebih banyak pelancong asing, walaupun ia mempunyai keistimewaan tersendiri seperti juga di negara-negara lain terutamanya di Afrika yang juga mempunyai tempat seperti itu. "Jadi saya ingin tahu, apakah peranan kementerian terhadap usaha untuk memajukan pelancongan di kedua-dua tempat itu? Adakah pihak kementerian menyediakan peruntukan khas dan peruntukan tambahan untuk memajukannya?" tanya beliau. | TENTATIF PROGRAM CAKNA ANAK MUDA DUN TEMANGAN 2011 Posted: 14 Nov 2011 11:29 PM PST Tarikh : 22 Zulhijjah 1432 H / 18 November 2011 Masa : 8.30 Pagi – 12 .00 Malam Tempat : Kampung Pak Roman ( UPU Pak Roman ) ... MASA BUTIRAN PROGRAM
PAGI
8.30 Gotong – royong Perdana ( Baiki rumah )
11.30 Jamuan Rakyat ( Perkarangan Rumah Abe Zuhar )
12.30 Kuliah Sebelum Jumaat ( Masjid Mukim Limau Hantu ) ( Ustaz Muhammad Shariff Md Azhari )
Solat Jumaat ( Khutbah oleh YB Dr Mohamed Fadzli Dato Hj Hassan )
PETANG
2.00 Di sambung Jamuan Rakyat ( Perkarangan Rumah Abe Zuhar )
2.30 Berkumpul & Taklimat untuk Program Ziarah ( Perkarangan Rumah Abe Zuhar )
3.00 '' Program Ziarah '' bermula ( 4 Lokaliti - 4 Kumpulan ) Diiringi Pasukan Pemuda Bermotor
4.22 Solat Asar Berjemaah ( Melibatkan semua Surau di 4 Lokaliti )
5.00 Program " Mesra Kedai Kopi '' ( 4 buah Kedai Kopi )
6.30 Rehat / Persiapan diri
MALAM
7.00 Solat Maghrib berjemaah & Kuliah Maghrib
# Masjid Mukim Limau Hantu # Surau Pangkal Kuang # Surau Pak Roman # Surau Lubuk Bunut
9.00 Program Santai Bersama Anak Muda ( Perkarangan Rumah Abe Zuhar )
Pengisian :-
# Ucapan YB Dr Mohamed Fadzli Dato Hj Hassan # Ucapan Ketua DPPKM # BBQ Bersama Anak Muda # Cabutan Bertuah # Penyampaian Sumbangan kepada Pemuda UPU | YAB Tuan Guru Di Majlis Pecah Tanah Loji Air Wakaf Bunut Posted: 14 Nov 2011 11:27 PM PST | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 15 Nov 2011 09:22 AM PST Majlis Makan Malam PASTI N9 25 Nov 2011 di Seremban Posted: 15 Nov 2011 12:56 AM PST MAJLIS MAKAN MALAM Sempena Anugerah PASTI 2011 Tarikh : 25 Nov 2011 , Jumaat Masa : 8 mlm Tempat : City Kingdom Ballroom, Taman AST, Seremban Kupon : RM50/dewasa, RM30/kanak-kanak Artis Undangan : Iwan Pelbagai Acara Menarik : - Persembahan Artis Undangan - Persembahan Pelajar PASTI - Persembahan Multimedia - Anugerah Pelajar/Pengurusan/Guru Sila dapatkan poster program di http://pasti-n9.blogspot.com/Untuk tempahan kupon atau sumbangan sila hubungi : Setiausaha 019-6785867 Wakil Seremban 017-2232503 Wakil Rembau 013-3692019 Wakil Telok Kemang 013-4475216 Wakil Rasah 013-2304321 Wakil Kuala Pilah 013-3910979 Wakil Jempol 013-3862856 Wakil Tampin 013-6778875 Wakil Jelebu 017-6975810 Wakil Majlis Guru 019-6677749 | |
KHIDMAT MERU Posted: 15 Nov 2011 09:03 AM PST BELANJAWAAN SELANGOR 2012 Posted: 14 Nov 2011 02:47 PM PST | MELAWAT KELUARGA MENDIANG ADRIAN Posted: 14 Nov 2011 02:06 PM PST YB Dr Rani setelah selesai berbahas di Sidang DUN telah bergegas ke rumah keluarga mendiang Adrian yang mayatnya masih di sembahyangkan di gereja berdekatan. Keluarga mendiang, terutama ibunya Mary berasa cukup sedih dengan kematian anak emas lelakinya Adrian yang mendapat liputan luas media apabila terbunuh dalam kejadian yang tidak diingini di Indonesia. Mendiang, seorang pelajar pintar yang melanjutkan pelajaran di negara seberang laut dalam bidang perubatan bercita-cita untuk membuka klinik selepas tamat pelajaran dan memberi khidmat perubatan percuma kepada golongan miskin. Namun cita-cita murninya tidak tercapai apabila beliau terlibat dalam satu pergelutan ketika cuba mendapatkan balik motosikalnya yang cuba dirampas oleh pemuda-pemuda samseng di Indonesia. YB Dr Rani selain menyampaikan rasa simpati kepada ibu mendiang, juga menyampaikan sumbangan wang bagi meringankan bebanan keluarga mereka.
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan